Kg. Jawa, 28 Disember 2014 - Lebih 100 pelajar berusia dari 7 hingga 17 tahun telah diberi khidmat gunting rambut percuma di Dewan JKKK Kampung Jawa. Program yang berjalan dari jam 9 pagi hingga 5 petang telah dihadiri oleh YB Dr. Xavier Jayakumar, ADUN Seri Andalas.
Turut hadir adalah Ahli Majlis MPK, Encik PS Rajoo dan Encik Kamal Batcha. Penghulu Mukim Jalan Kebun, Encik Abdul Wahab Othman, Ketua Kampung Kg Sg Kandis, Tn. Hj Miswan Hj Saleh dan Encik Ahmad Fahmi.
Program adalah anjuran bersama Pejabat DUN Seri Andalas dengan JKKK Kg Jawa dan AMK Kota Raja.
YB Dr. Xavier Jayakumar mengucapkan terima kasih kepada para penggunting rambut yang hadir serta para sukarelawan yang menjayakan program ini.
The plight of Indonesia AirAsia Flight QZ8501 that went missing over the Java Sea cannot be equated with Malaysia Airlines Flight MH370 which vanished without a trace in March, Australian Prime Minister Tony Abbott said Monday.
Australia is leading the search for MH370 which was on a routine flight from Kuala Lumpur to Beijing when it disappeared off radars on March 8 with 239 people on board.
"I think it would be a big mistake to equate what has happened here with MH370," Abbott told Sydney radio station 2GB after the budget airliner said a flight carrying 162 people was missing.
"MH370, as things stand, is one of the great mysteries of our time. It doesn't appear that there's any particular mystery here.
"It's an aircraft that was flying a regular route on a regular schedule, it struck what appears to have been horrific weather, and it's down. But this is not a mystery like the MH370 disappearance and it's not an atrocity like the MH17 shooting down."
MH17, also a Malaysia Airlines flight, was shot down on July 17 over rebel-held territory in eastern Ukraine, killing all 298 people on board - among them 38 Australian residents.
MH370 is believed to have crashed in the Indian Ocean far off Australia's west coast after diverting off course for an unknown reason and flying for several more hours over the remote waters.
An intense air and sea search failed to find any wreckage from the aircraft, while an underwater search has been underway for weeks in the area considered the plane's most likely resting place with no result.
The disappearance of MH370 provoked a string of theories, including that it had been hijacked. But aviation expert Neil Hansford said that such a scenario was unlikely for Indonesia AirAsia Flight QZ8501, an Airbus A320-200.
"These are very different circumstances to MH370," Hansford told Sydney's Daily Telegraph. "This plane does not have the range to go very far for a major detour."
Abbott said he was sure that aviation experts would convene to come up with more effective ways to track planes following the events of 2014, to ensure "that we don't just lose planes".
He said Australia would make itself "as available as we can be" to assist Indonesian authorities in the search for the Indonesia AirAsia plane which was heading to Singapore from Surabaya in Indonesia's east Java when it disappeared in bad weather on Sunday.
An Australian air force AP-3C Orion joined the search early Monday.
An AirAsia plane carrying 162 people that went missing after its pilot failed to gain permission to alter course to avoid a storm is believed to have crashed into the sea, a senior Indonesian rescue agency official said on Monday.
Indonesia was searching the Java Sea on Monday for the AirAsia plane that went missing on Sunday during a flight from the Indonesian city of Surabaya to Singapore.
"Based on our coordinate estimation, initial estimation is in the water," Soelistyo, head of Indonesia's search and rescue agency, said of the missing plane's likely location.
"It can be expanded based on evaluation," he told reporters on Monday.
You are subscribed to email updates from tunku To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
Email delivery powered by Google
Google Inc., 1600 Amphitheatre Parkway, Mountain View, CA 94043, United States
Gembira sungguh pemimpin-pemimpin pakatan pembangkang apabila sebuah akhbar di Amerika Syarikat (AS), The Washington Post menyiarkan gambar Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak bermain golf dengan Presiden AS, Barack Obama di Hawaii.
Tanpa mahu memeriksa terlebih dahulu apa sebenarnya berlaku, puak-puak yang dalam kepala mereka sudah 'berulat' dengan sentimen politik menyebarkan fitnah dan tohmahan. Paling ketara menuduh Najib tidak prihatin apabila bersantai bermain golf di luar negara ketika negara sedang bergelut dengan bencana banjir.
Jika mahu mereka berfikir secara jernih dan matang sudah pasti mereka akan melihat apa yang dilakukan oleh Najib bukan terbang beribu-ribu kilometer semata-mata mahu bermaif golf dengan Obama. Sebaliknya beliau menjejak kaki di bumi AS itu atas jemputan Obama bagi membincangkan isu keselamatan serantau dan pelbagai isu lain.
Jemputan Obama itu sepatutnya dianggap satu pengiktirafan, apatah lagi bukanlah satu perkara biasa bagi Obama mencampuradukkan urusan kerja dengan 'bersantai' malah jemputan itu sendiri menunjukkan penghormatan AS terhadap kepemimpinan Najib.
Tidak harus dilupakan pertemuan itu sangat penting bagi meningkatkan lagi hubungan diplomatik yang akan memberi manfaat besar kepada negara.
Tambahan pula bukanlah mudah untuk mendapatkan pengiktirafan dan keyakinan kuasa besar seperti AS terhadap kepimpinan negara ini ketika segelintir pemimpin pembangkang bersedia memburuk-burukkan Malaysia kepada pihak di Washington.
Oleh itu, janganlah berfikiran sempit. Jangan terlalu taksub mencari modal politik sehinggakan tujuan sebenar sesuatu perkara yang dilakukan oleh pemimpin negara mahu diputarbelitkan.
Dalam keghairahan untuk menyindir dan memperkecilkan usaha Perdana Menteri, puak-puak pembangkang terlupa jemputan oleh Obama itu sudah pastilah dilakukan ketika negara belum lagi dilanda bencana banjir yang serius.
Namun begitu dalam kesibukan beliau sebelum berlepas ke AS, Najib meluangkan mangsa menjenguk mangsa banjir di Kuantan pada Sabtu lalu, tetapi soalnya adakah perkara ini diuar-uarkan oleh musuh-musuh politik beliau. Sudah pasti tidak!
Biarpun berada di luar negara, Najib sentiasa mengikuti perkembangan banjir yang melanda dari semasa ke semasa dan meminta timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin memastikan segala usaha dilakukan bagi membantu semua mangsa menghadapi banjir.
Najib kembali ke tanah air hari ini dan dijadual terus melawat mangsa-mangsa banjir di Kelantan. Percayalah kita tidak akan mendengar pujian daripada pihak pembangkang, sebaliknya mereka akan menganggap kepulangan Najib bukan kerana keprihatinan beliau tetapi disebabkan desakan mereka. Itulah sikap pembangkang, tiada apa yang betul pada pandangan mereka.
Namun perbuatan mengkritik dan membuat tuduhan membuta tuli hanya berdasarkan sekeping gambar bukanlah satu tindakan yang bijak, sebaliknya hanya menunjukkan betapa jahilnya cara berpolitik sesetengah pemimpin pembangkang biarpun ada antara mereka sering sahaja membaca surah Al-Hujuraat ayat 6 yang bermaksud;
"Wahai orang-orang yang beriman! Jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini - dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) - sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang kamu telah lakukan.''
Ternyata mereka hanya membaca bukan menghayati apatah lagi mengamalkannya sebab itulah mereka boleh membuat tuduhan sesuka hati namun tiada apa yang hendak dihairankan kerana itulah standard pemimpin pembangkang negara ini.
Wasabi Oyabun..
You are subscribed to email updates from Oyabun To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
Email delivery powered by Google
Google Inc., 1600 Amphitheatre Parkway, Mountain View, CA 94043, United States
Sama ada Menteri Besar Selangor, Mohamad Azmin Ali merancang atau tidak, namun pemberian dana sebanyak RM1 juta Kerajaan Selangor atas nama bantuan banjir kepada Kelantan menimbulkan pelbagai spekulasi.
Pada hari sama, Azmin turun padang ke Kelantan memberi replika check bernilai 1 juta kepada Timbalan Menteri Besar Kelantan Datuk Mohd Amar Nik Abdullah, penyokong-penyokong PKR turut mengaitkan pemberian dana itu dengan nama penasihat Ekonomi Selangor, Anwar Ibrahim dan bekas exco kanan Kerajaan Kelantan, Datuk Husam Musa.
Facebook pro ulama, El Haraki mengecam sikap pengikut Husam yang mendakwa pemberian dana itu disebabkan usaha bosnya itu.
"Azmin tak bagi pada Husam, tetapi kerajaan Selangor bagi RM1 juta pada kerajaan negeri. Ini urusan MB dan MB, hubungan G2G, bukan G2person.." kenyataan El haraki dipetik.
RM1 juta beli hudud
Sebelum itu, El Haraki juga turut mengecam penulis reformasi Mohd Sayuti Omar (MSO) yang cuba membawa persepektif politik di sebalik pemberian dana RM1 juta itu.
MSO sering dilihat sebagai penulis politik pro Azmin Ali.
"Kalaulah saya jadi TMB Kelantan, saya malu untuk menerima check RM1 juta daripada Azmin Ali. Kalau pun Kelantan inginkan wang itu biarlah orang lain yang menerimanya.
"Sebab masa krisis MB Selangor dahulu TMB inilah yang menyeru wakil rakyat Pas di Selangor agar menyokong Khalid Ibrahim.
"Tetapi jenis tak ada air muka, dia senyum sahaja terima chek RM1 juta. Selamba saja maca(m) kera berak atas dahan motan (rambutan),"kenyatan MSO dalam facebooknya semalam.
Malah MSO memuji melangit Azmin Ali, sebaliknya menjatuh maruah Mohd Amar, Timbalan Menteri Besar dan Datuk Ahmad Yakob, Menteri Besar Kelantan, dua pemimpin kanan PAS Kelantan yang dikaitkan dengan hudud.
"Azmin cuba main politik dengan duit satu juta. Beri kredit untuk Husam Musa tapi duit diberi kepada Mohd Amar Timbalan Menteri Besar.
"Dengan duit satu juga, Azmin bawa mesej Anwar kepada PAS : Untuk Husam, ini pemimpin PAS harus angkat dalam Parti; Untuk Mohd Amar, nah satu juta, lain kali cerdik sikit main politik, kunci mulut daripada duduk ratip pasal hudud.
El Haraki menganggap kritikan MSO terhadap pimpinan kanan PAS Kelantan itu sebagai kenyataan biadap daripada 'si tua bangka'
"Sepatutnya Mohd Sayuti Omar (MSO) perlu rasa ada sifat malu kerana kerana menuturkan "sapa tak nak duit? haram tak haram tu soal lain…" pada sesi bedah bukunya yang dianjurkan oleh PrimeCare Malaysia beberapa bulan lepas.
"Sudah sahaja kamu ini, MSO. Sepatutnya semakin tua, semakin banyak bertaubat pada Allah. Bukannya hampir mati semakin kuat berlaku jahat,"katanya.
Buku tulisan MSO yang dimaksudkan El Haraki itu adalah "Inside Story – Kejatuhan Kerajaan PAS Kedah," yang dilihat berusaha untuk mencemar bekas Menteri Besar Kedah, Tan Sri Azizan Abdul Razak dan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
Daripada dua kecaman El Haraki, satu kepada pengikut Husam dan kedua kepada MSO yang kedua-duanya dipersatukan dengan satu NGO yang dinamakan PasMa (Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia).
Dalang NGO PasMa pula dikaitkan Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim yang didakwa sengaja ditubuhkan untuk menyingkirkan Hadi sebagai Presiden PAS.
Senarai nama penumpang pesawat AirAsia QZ8501 yang terputus hubungan pagi ini ketika dalam penerbangan dari Surabaya ke Singapura dikeluarkan oleh pihak Kementerian Perhubungan Indonesia.
Dalam senarai tersebut, terdapat 155 penumpang berada dalam pesawat iaitu 70 lelaki dewasa, 68 wanita dewasa, 16 kanak-kanak dan seorang bayi.
Seorang rakyat Malaysia, dikenal pasti sebagai Sii Chung Huei dari Sarawak. Laporan The Star menyebut Sii sepatutnya disertai seorang rakan, namun rakannya itu memilih untuk menaiki penerbangan lain.
Sementara itu, 23 orang lagi direkodkan tidak mendaftar masuk ke dalam pesawat. Senarai tersebut tidak termasuk tujuh anak kapal.
Dalam perkembangan berkaitan, pesawat berkenaan tidak mungkin boleh meneruskan penerbangan lagi.
Ini kerana pesawat itu, menurut Pengarah Kementerian Udara dan Perhubungan, Djoko Murjatmodjo, hanya diisi dengan bekalan minyak yang cukup untuk penerbangan selama kira-kira lima jam sahaja.
Sementara itu media melaporkan, 47 saudara mara dan rakan 57 penumpang pesawat AirAsia Indonesia Penerbangan QZ8501 telah mendaftar diri di Ruang menunggu untuk saudara mara (RHA), Terminal 2, Lapangan Terbang Antarabangsa Changi.
Berikut adalah sebahagian daripada keluarga penumpang dan anak kapal penerbangan QZ8501 yang dirakamkan beberapa agensi berita tempatan dan antarabangsa.
Menurut Changi Airport Group (CAG), 36 pegawai kebajikan CAG dan empat kaunselor daripada Kementerian Sosial dan Pembangunan Keluarga sedang memberi bantuan dan sokongan kepada ahli keluarga di RHA.
Air Asia kini sedang menjalankan operasi mencari dan menyelamat setelah pesawat QZ8501 mereka dilaporkan hilang hari ini.
Menurut kenyataan AirAsia hari ini, operasi mencari dan menyelamat sedang sedang dijalankan dan AirAsia dikatakan bekerjasama penuh membantu perhidmatan menyelamat ini.
Operasi pencarian akan digerakkan melalui udara dan darat dan pesawat itu dilaporkan hilang di kawasan Indonesia.
Pesawat QZ8501 itu dilaporkan terbang pada ketinggian 32000 ribu kaki.
Media lapor, AirAsia juga telah menubuhkan pusat panggilan kecemasan di talian +622129850801 untuk membantu anggota keluarga dan rakan-rakan penumpang pesawat itu.
Menurut AirAsia, pesawat jenis Airbus A320-200 dengan nombor pendaftaran PK-AXC itu hilang perhubungan dengan pusat kawalan trafik pada jam 7.24 pagi ini.
Sementara itu, menurut Kompas.com ada sebuah pesawat dilaporkan terhempas di perairan Belitung Timur (Beltim), Indonesia tetapi tidak dapat dipastikan sama ada ia adalah penerbangan AirAsia Indonesia QZ 8501!
"Tadi Pak Danlanud menelefon Bapak (Basuri), memberi maklumat ada pesawat Airbus jatuh di sekitar perairan Beltim," kata Yuhinu, Ajudan Bupati Beltim, ketika menghubungi bangkapos.com.
Sementara itu, Ketua Polis Marin Beltim, AKP Yanto berkata, maklumat itu masih disiasat.
"Kita masih berhubung dengan direktorat dan mengumpulkan maklumat daripada nelayan mahupun kapal yang melintas perairan Beltim," kata AKP Yanto ketika dihubungi bangkapos.com.
Pesawat AirAsia Indonesia QZ 8501 dilaporkan hilang dalam perjalanan dari Surabaya ke Singapura pagi ini.
Suara Politik Belantan
You are subscribed to email updates from Belantan To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
Email delivery powered by Google
Google Inc., 1600 Amphitheatre Parkway, Mountain View, CA 94043, United States
Just a bit editing. 6 Rabi'ul Awwal 1436H Ahad 2.30a.m. Perdana Menteri Malaysia Sudah Berada Di Lokasi Banjir Seminggu Sebelum Banjir Semakin Buruk 20 Disember2014 - YAB DS Najib turun padang di SMK Gudang Rasau, Pekan, Pahang. (banjir) 21 Disember 2014 - YAB DS Najib di Kampung Ubai, Pahang melawat suasana banjir. 22 Disember 2014 - YAB DS Najib menulis di tweeternya bahawa "Kerajaan akan memastikan beban mangsa banjir diringankan dan bantuan sampai kepada mangsa yang memerlukan" 23 Disember 2014 - YAb DS Najib 11 kali tweet/retweet dalam sehari isu-isu banjir di pantai timur 24 Disember 2014 - YAB DS Najib mengerahkan supaya semua agensi kerajaan beri tumpuan membantu mangsa banjir 25 Disember 2014 - YAB DS Najib menghubungi Timbalan Perdana Menteri, TS Muhyiddin Yassin untuk memastikan bantuan kepada mangsa banjir ditingkatkan *Menerima jemputan Presiden Barrack Obama bermain golf tidak sampai 60 Minit *Perjalanan KL-Hawai - kira-kira 9 jam *Perjalanan Hawai-KL-Kelantan - kira-kira 10 jam 26 Disember 2014 - YAB DS Najib meluluskan serta-merta peruntukan RM50 juta. 27 Disember 2014 - DS Najib meluangkan masa 5 jam melawat mangsa-mangsa banjir di Kelantan. Jemputan oleh Presiden Amerika Syarikat pada 25/12/2014 perlu diterima kerana sebagai Perdana Menteri beliau mempunyai tanggugjawab yang sama penting dalam pertemuan itu, untuk kesejahteraan rakyat Malaysia jua. Namun, Perdana Menteri membatalkan segala perancangan cuti yang khabarnya sepatutnya berakhir menjelang 31 Disember 2015. Perdana Menteri hanya 24 jam lebih sahaja di Hawai tidak sempat pergi ke mana-manapun melainkan hanya pertemuan dengan Presiden Barrack Obama. Jika ditolak masa penerbangan dan sebagainya, DS Najib tidak sampai pun 10 jam di Hawai. Apabila Perdana Menteri bercuti, adakah anda berfikir Perdana Menteri benar-benar bercuti? Adakah anda berfikir Perdana Menteri akan duduk berjam-jam menikmati buku baharu, atau shopping berjam-jam, atau bermain golf 24 jam? Sebenarnya bukan itu bentuk Perdana Menteri kita sebagaimana yang kita fikirkan. Sebenarnya cuti yang sebenar-benar cuti kepada Perdana Menteri ialah apabila beliau tidak lagi menjadi Perdana Menteri, di mana beliau boleh menikmati rehat yang panjang, bermain dengan cucu dan mengunjungi rakan-rakan lama. YAB DS NAJIB MENINJAU SITUASI BANJIR DI KELANTAN Oleh kerana DS Wan Azizah Ismail dan suaminya Anwar Ibrahim dan keluarga bercuti di luar negara lebih lama berbanding YAB DS Najib walaupun Kajang banjir setiap minggu, ianya tidak menjadi isu negatif kerana mereka bukan Perdana Menteri. Begitu juga percutian Ketua Menteri Pulau Pinang yang cuba disembunyikan khabarnya di Paris turut tidak menjadi sebaran meluas kerana dia bukan Perdana Menteri. Begitulah suka dan duka kepada sesiapa sahaja yang menjadi Perdana Menteri Malaysia. Hari ini, YAB DS Najib sudah berada di Kelantan. 24 jam sebelumnya, TS Muhyiddin Yassin turut melawat Kelantan. Tanggungjawab bersama ini diganding secara bersama dengan Menteri Besar Kelantan. Saya tidak bersetuju serangan tidak adil kepada YAB DS Najib. Beliau sebenarnya BANYAK membantu tetapi TIDAK DIHARGAI. Facebook
Belum habis satu bencana, sampai lagi satu bencana.
Terlalu banyak musibah kena tanya kenapa Allah turunkan terlalu banyak bala tahun ini bermula dgn jerebu dan kemarau jan dan hilangnya Eloklah kita bermuhasabah dan tanya adakah kita berada dilandasan yang diredai allah dalam hal ....
Menteri Besar, Dato' Ahmad Razif Abd Rahman melahirkan rasa simpati kepada enam anak pasangan Suhaimi Awang serta isteri, Nurhayati Sulong yang meninggal dunia akibat lemas selepas terjatuh dari bot yang dinaiki mereka.
Kejadian berlaku apabila Nurhayati, guru dari Sekolah Menengah Kebangsaan Geliga dikatakan pulang ke rumah kerana ingin mengambil kertas peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang belum selesai ditanda permarkahannya.
Ahmad Razif berkata, pengorbanan yang dilakukan oleh beliau amat ternilai sehingga menggadai nyawanya sendiri
KUANTAN: Angkatan Tentera Malaysia (ATM) menafikan mengeluarkan arahan menerusi aplikasi Whatsapp supaya penduduk di Pekan keluar dari daerah itu berikutan limpahan air yang naik mendadak dan akan menyebabkan banjir buruk dalam tempoh 24 jam.
Menurut kenyataan media Sel Perhubungan Raya Tentera Darat sebentar tadi, ATM tidak pernah mengeluarkan kenyataan sedemikian dan menjelaskan semua agensi terbabit terutama ATM sentiasa menggerakkan anggota serta asetnya ke lokasi terjejas akibat bencana banjir.
"Semua pihak dinasihatkan tidak menyebarkan kenyataan palsu itu yang boleh menimbulkan suasana gusar dan panik terutama penduduk di lokasi terbabit," menurut kenyataan itu.
Penafian itu dikeluarkan susulan penyebaran mesej palsu berikut:
"ATM keluarkan arahan untuk untuk warga Pekan agar keluar dari daerah Pekan. Limpahan air hulu melalui Temerloh sdg menuju ke Pekan...latest pics fm agusta at pekan...this morning by PMTD, GOC dan P5 4 Bgd Mek. Estimate time Pekan akan dilanda banjir besar dalam tempoh 24 jam lagi...dijgka Pekan akn dipenuhi air dan banjir yang amat buruk dlm 24 jam lg...sape2 yang ada saudara-mara, sahabat di Pekan mohon infokan kepada mereka agar keluar dari sana."
KUALA LUMPUR, 28 Dis (Bernama) -- Pesawat AirAsia Indonesia QZ8501 telah memohon kepada menara kawalan trafik udara (ATC) Indonesia untuk membelok ke kiri dari laluan asalnya bagi mengelak awan dalam cuaca buruk sebelum ia terputus hubungan.
Komunikasi terakhir pesawat itu dengan ATC Indonesia berlaku pada pukul 6.12 pagi (waktu Indonesia bahagian Barat) (7.12 waktu Malaysia).
Pesawat itu sedang dalam perjalanan dari Surabaya ke Singapura.
Ketua Pengarah Perhubungan Udara Indonesia, Djoko Murjatmojo berkata laporan yang diterima daripada pesawat itu memohon untuk membelok ke kiri bagi mengelak awan ketika ia sedang terbang pada ketinggian 32,000 kaki.
Pada masa itu, katanya pesawat itu juga memohon untuk meningkatkan ketinggiannya kepada 38,000 kaki.
"Pada jam 6.17 pesawat putus hubungan dan pada jam 6.18 yang terlihat hanya flight plan atau rancangan penerbangan. Pesawat berada dalam keadaan baik, tetapi cuaca memang tidak baik pada waktu itu," katanya dalam sidang media yang disiarkan secara langsung oleh Kompas TV.
Sidang media itu turut disiarkan stesen TV berbayar Astro Awani.
Djoko berkata kedudukan terakhir pesawat itu dikesan ialah di antara Tanjung Pandan, Belitung dan Pontianak.
Sementara itu, Ketua Operasi Mencari dan Menyelamat (SAR) Bangka Belitung, Joni Superiadi berkata pasukan udara telah dihantar lokasi pesawat itu dilaporkan hilang.
Katanya lima buah kapal juga akan dihantar untuk menyertai operasi SAR itu.
Menurut laman Facebook dan Twitter rasmi AirAsia, pesawat Airbus A320-200 itu terputus hubungan dengan pusat kawalan trafik udara pada 7.24 pagi waktu Indonesia bahagian Barat.
Pesawat jenis Airbus A320-200 dengan nombor pendaftaran PK-AXC itu membawa 155 penumpang, dua juruterbang dan lima kru kabin.
Mahkamah Tinggi di sini diberitahu, ahli Parlimen (MP) Barisan Nasional (BN) yang tidak menyertai program Lawatan Sambil Belajar ke Taiwan anjuran Kelab Penyokong Barisan Nasional (BNBBC) akan disyaki mahu melompat parti bagi membentuk kerajaan baharu pada 2008.
Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Dr. Mohd. Puad Zarkashi berkata, program berkenaan diadakan beberapa hari sebelum 16 September 2008 bagi mengelak ahli Parlimen pembangkang menghubungi ahli Parlimen BN supaya melompat parti.
Beliau bagimanapun bersetuju dengan cadangan peguam Razlan Hadri Zulkifli yang mewakili Datuk Seri Anwar Ibrahim bahawa MP Padang Rengas, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz, Datuk Seri Anifah Aman (MP Kimanis), Khairy Jamaluddin (MP Rembau), Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi (MP Bagan Datoh), Tan Sri Shahrir Abdul Samad (MP Johor Bahru) dan Datuk Nur Jazlan Mohamed (MP Pulai) tidak mengikuti program itu.
"Keenam-enam ahli Parlimen itu tidak pernah disyaki akan melompat parti kerana suspek yang saya maksudkan ialah ahli BNBBC yang menjadi fokus kepada pihak pembangkang," katanya Mohd Puad, yang merupakan Naib Presiden BNBBC ketika itu.
Beliau berkata demikian ketika memberi keterangan sebagai saksi defendan dalam perbicaraan kes saman RM100 juta dikemukakan Anwar terhadap Anifah, yang juga Menteri Luar berhubung kenyataan Anifah dalam sidang media di Washington pada Mei 2009.
Ketika ditanya Razlan adakah kesetiaan ahli BNBBC dipersoalkan jika mereka melompat parti, Mohd. Puad berkata: "Saya tidak mempersoalkan kesetiaan mereka tetapi mereka yang dipengaruhi oleh ahli parti pembangkang".
Beliau juga bersetuju dengan cadangan Razlan bahawa beliau dan ahli BNBBC boleh menolak tawaran daripada pihak pembangkang jika dipengaruhi dan bahawa melompat parti bukan menjadi kesalahan undang-undang.
Mohd. Puad berkata, ketika berada di Taiwan beliau dihubungi bekas Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat, Datuk Saifuddin Nasution, yang cuba memujuknya supaya meninggalkan BN dan menyertai parti pembangkang, namun pujukan itu tidak berjaya.
Katanya, beliau juga telah dihubungi oleh rakan Anwar iaitu Dr. Abdul Rahim Ghouse yang turut menyatakan hasrat untuk bertemu dengannya dan pertemuan itu turut dihadiri seorang lelaki bernama Azman Hussin.
Ketika disoal Razlan mengapa beliau bersetuju untuk berjumpa dengan Abdul Rahim dan Azman sedangkan telah menolak pelawaan Saifuddin untuk menyertai parti pembangkang, Mohd. Puad berkata: "Mereka (parti pembangkang) tidak akan berjaya sebab itu saya bersetuju untuk berjumpa dan saya percaya 16 September tidak akan berlaku".
"Saya tahu mereka (parti pembangkang) terdesak dan sebab itu saya nak tengok apa yang Abdul Rahim dan Azman akan ceritakan kepada saya," kata Mohd. Puad.
Anwar mengemukakan saman terhadap Anifah pada 27 Mei 2009 kerana mendakwa kenyataan anggota Parlimen Kimanis itu pada sidang media di Washington, pada 16 Mei 2009, yang turut dihadiri oleh Setiausaha Negara Amerika Syarikat yang ketika itu Hillary Clinton, telah mencemarkan nama baiknya.
Pesuruhjaya Kehakiman, Siti Khadijah S. Hassan Badjenid menetapkan 5 Januari ini untuk mendengar hujahan peguam yang mewakili Anifah, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah yang mengemukakan permohonan untuk meminda pernyataan pembelaan. -BERNAMA
SEKS siber atau sex texting adalah perbuatan melakukan hubungan komunikasi dengan seorang yang lain, (sama jenis atau berlainan jenis), melalui perantara media internet, dengan menghantar mesej yang lucah, sama ada dalam bentuk ayat dan huruf, dan bersama atau tidak dengan foto yang memberikan makna lucah.
Hubungan secara maya ini dilakukan bagi mendapat kepuasan seksual secara fantasi bagi satu pihak atau kedua-dua pihak. (Hahn, Harley; 1996).
Seks siber atau sex texting berlaku apabila:
Dilakukan di alam maya. Kalau dulu menggunakan komputer, tetapi sekarang boleh guna telefon bimbit. Komunikasi jarak jauh Menaip ayat lucah atau membawa makna lucah (selalunya ayat yang menggambarkan perlakuan aktiviti seks).
Dilakukan bagi mendapat kepuasan seks secara fantasi Boleh diikuti dengan perbuatan onani Mesej yang diberikan boleh jadi disertakan dengan foto.
Namun penggunaan ayat sudah cukup membangkitkan nafsu seksual Pelaku mengenali satu sama lain atau tidak mengenali individu pasangannya sama sekali dan hanya menggunakan nama samaran.
Maknanya sebelum terjadinya seks siber, mereka telah mengenali antara satu sama lain. Atau mereka hanya menggunakan nama samaran sama ada untuk mendapatkan keseronokan fantasi seks atau bertujuan komersial apabila ada bayaran dilakukan.
Seks siber boleh dilakukan dengan web camera.
Beza seks siber dengan phonesex dan pornografi
Ia berlainan dari phonesex, kerana perantaraan medianya adalah suara. Ia selalunya dilakukan oleh individu yang lebih dikenali dan mesra atau dilakukan oleh kumpulan yang menawarkan perkhidmatan phonesex, di mana bayaran dikenakan.
Jarang dilakukan lagi berbanding dengan seks siber kerana ia boleh dilakukan dengan lebih mudah menggunakan telefon bimbit, dan kegiatannya sukar dikesan kerana tidak menggunakan suara (hanya susunan ayat atau gambar).
Ini bermakna seseorang yang sedang bekerja dan berhadapan dengan pelanggan di tempat kerja, mampu melakukan seks siber ini tanpa diketahui oleh orang lain.
Pornografi pula adalah kegiatan berseorangan yang melihat imej-imej lucah sama ada dalam bentuk gambar yang tidak bergerak atau video. Ia tidak melibatkan komunikasi dua hala yang interaktif.
Mengesan pelaku seks siber
Ia dilakukan oleh orang yang telah berkahwin atau yang masih bujang. Orang yang bujang ingin mencuba tetapi belum bersedia melakukan komitmen perkahwinan.
Orang yang telah berkahwin pula melakukannya kerana ingin melakukan sesuatu yang baru, terlarang dan lebih teruja di luar perkahwinan mereka.
Oleh itu, ada lelaki yang sudah berkahwin masih menyayangi isteri mereka, dan ada pula yang tidak ada rasa kenikmatan perkahwinan.
Selalunya jika ia melibatkan orang ketiga, ia akan menjejaskan perkahwinan, sementara jika ia dilakukan dengan membayar perkhidmatan seks siber, selalunya lelaki itu masih menyayangi keluarga dan isteri mereka.
Namun ada yang memberikan alasan "cuma suka-suka" namun kebanyakannya akan terjadi perjumpaan dan aktiviti seksual di alam nyata.
Jika ada keserasian ia akan membawa kepada keretakan rumah tangga, dan jika tiada keserasian selalunya mereka akan mencari orang lain sebagai pasangan yang baru.
Ciri-ciri orang disyaki melakukan kegiatan seks siber
Suka bersendiri melayan komputer atau telefon bimbit. Tidak mahu mencampuri aktiviti keluarga.
Tidak mahu membenarkan orang lain menggunakan komputer atau telefon bimbit mereka. Malah menjadi satu kemarahan bagi mereka. Apabila ia telah menjalinkan hubungan intim dengan seseorang:
Hilang keinginan untuk bermesra dan melakukan hubungan seksual dengan isteri
Mudah marah tanpa alasan yang kukuh
Mula meninggalkan solat
Mengelakkan diri dari aktiviti agama
Rawatan
Tiada rawatan yang spesifik boleh diberikan, kecuali ada kesedaran untuk individu itu berubah dan bertaubat.
Selalunya apabila isteri menegur, suami akan marah secara keterlaluan. Cara terbaik ialah si isteri lakukan aktiviti agama bersendirian, seperti solat dan membaca al-Quran, jika si suami tidak mahu melakukan bersama. Lama kelamaan si suami akan terfikir sendiri.
Jika suami tidak berubah, kena faham bahawa kita tidak mampu mengubah hati seseorang melainkan ALLAH saja yang dapat mengubah si suami. Banyakkan doa agar ALLAH buka pintu hatinya. Leteran isteri tidak mampu mengubah hati suami malah boleh menyebabkan ketegangan dan akhirnya penceraian.
Wanita boleh terjebak dalam seks siber
Wanita jarang memulakan perbualan seks ini, kecuali dengan lelaki yang rapat dengan mereka. Rapat tidak bermaksud rapat dari segi fizikal tetapi rapat dari segi emosi. Ini bermakna jika wanita dan lelaki itu tidak pernah berjumpa tetapi ada emotional engagement maka mereka lebih terbuka untuk melayan perbualan seks.
Wanita yang berkahwin ini pernah terdedah dengan aktiviti seks sama ada pernah melakukan hubungan seksual, melihat pornografi atau melakukan hubungan fizikal yang intim seperti bercium, meraba dan lain-lain. Oleh itu wanita yang pernah berkahwin lebih mudah terdedah dengan pujuk rayu lelaki.
Wanita yang melayan perbualan seks ini biasanya wanita yang terabai dari segi emosi, apabila suami terlalu sibuk, atau tidak ada masa untuk melayannya.
GANGGUAN seksual dalam talian boleh dicegah jika wanita lebih berani. Berani membuat tindakan dan berani mengajukan laporan kepada saluran-saluran berkenaan.
Jika dahulu hendak bergambar pun kita saling tersenyum malu malah seboleh-bolehnya menyembunyikan muka tetapi hari ini, teknologi merubah kejanggalan menjadi sesuatu keberanian. Dan keberanian itu seterusnya menjadikan amalan perkongsian gambar sebagai suatu habit yang diterima pakai.
Bergambar dan berkongsi gambar bukan lagi suatu kepelikan malah manusia menjadi lebih berani untuk berkongsi gambar-gambar lucah dalam rangkaian sosial secara terbuka. Ia mencetuskan fenomena maya yang tidak terbendung.
Kecanggihan teknologi hari ini dilihat bukan lagi sesuatu yang membawa kebaikan dan kemajuan. Sebaliknya disalahgunakan sehingga menjadi barah dan merosakkan sosialisasi manusia.
Seks chatt, perkongsian gambar atau link lucah di laman sosial serta penggunaan perkataan yang tidak elok atau berunsurkan seks dalam aplikasi internet telah merebak meracuni minda sebahagian daripada masyarakat kita.
Rendahnya akal dan fikiran mereka yang melakukan perbuatan memalukan ini sememangnya mempamerkan kemunduran akhlak dan psikologi.
Undang-undang gangguan seksual
Sedarkah anda penyebaran gambar lucah, perbualan dan gangguan ke arah kelucahan boleh mensabitkan anda kepada kesalahan di bawah Akta Multimedia dan Komunikasi 1998?
Sekiranya individu yang menerima gangguang itu membuat laporan dan membawa kes ini ke mahkamah bersama bukti-bukti kukuh dan merasakan bahawa mereka amat terganggu dengan mesej dan gambar-gambar tersebut, anda boleh dikenakan hukuman penjara selama tidak lebih setahun atau denda maksimum RM50,000 atau kedua-duanya?
Menurut peguam, Zuwita Kamaruzaman, Seksyen 211 (1) dan 233 (1) Akta Multimedia dan Komunikasi 1998 memperuntukkan adalah satu kesalahan apabila seseorang individu menyiarkan atau menghantar kandungan yang dianggap sumbang, lucah, palsu atau mengancam dengan niat untuk menyakiti, mengganggu atau pun mengugut orang lain.
Kandungan yang dihantar dalam bentuk teks atau melalui imej dan gambar yang bersifat lucah dengan niat untuk mengacau, mendera, mengugut atau pun mengganggu mana-mana orang adalah satu bentuk gangguan seksual.
Hukuman kesalahan yang disifatkan sebagai gangguan seksual menerusi internet ini terkandung dalam Seksyen 211 (2) Akta Multimedia dan Komunikasi 1998 iaitu seseorang yang disabitkan kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak lebih setahun atau kedua-duanya dan boleh didenda selanjutnya RM1,000 bagi setiap hari atau sebahagian daripada sehari kesalahan itu diteruskan selepas pensabitan.
Justeru, berhati-hatilah dalam menerajui rangkaian sosial. Jangan disalahgunakan kemudahan dan kecanggihan teknologi sedia ada.
Fahami hak anda
Perbuatan lucah menerusi chatting ini boleh dikaitkan dengan permasalahan dari sudut psikologi seseorang. Barangkali, manusia normal pun boleh cenderung menghadapi masalah sama jika setiap hari menerima mesej atau gambar tidak elok menerusi aplikasi whatsapp, hasil perkongsian di grup.
Namun sejauh mana kesahihannya, tidaklah dapat dipastikan dalam entri ini. Tetapi tidak dinafikan bahawa kebarangkalian itu ada.
Justeru, apa yang penting adalah kesedaran manusia. Di mana letaknya kesedaran dan sensitiviti anda sebagai manusia yang waras, yang mempunyai akal fikiran dan kebolehan mentafsir buruk dan baik sesuatu perbuatan.
Tidak perlu berfikir jauh, cukup sekadar memahami bahawa rakan-rakan anda atau kenalan baru di Facebook anda itu adalah ketua keluarga atau seorang wanita yang mempunyai anak-anak. Bayangkan jika anak-anak membuka telefon bimbit tersebut?
Dan kepada wanita yang menjadi mangsa gangguan seksual menerusi online ini, ketahui hak anda dan fahami saluran-saluran untuk anda membuat aduan.
Sekiranya keadaan berlanjutan dan anda merasa tertekan serta terganggu dengan mesej-mesej dan gambar-gambar tersebut, segera bertindak! WOW kongsikan salurannya.
PETALING JAYA: Satu laporan yang belum disahkan mendakwa pasukan pencarian telah menemui serpihan pesawat QZ8501 yang terapung di perairan berhampiran Pulau Belitung.
Portal berita Indonesia, Bangka Pos melaporkan, bagaimanapun tiada pengesahan dibuat mengenai penemuan serpihan itu setakat ini.
Berita mengenai penemuan itu tersebar selepas Pengarah Pengangkutan Air Indonesia, Djoko Murjatmodjo mengadakan sidang media pada pagi Ahad.
Dalam sidang media itu, Djoko memberitahu, kali terakhir pesawat tersebut dikesan ialah berhampiran Tanjung Pandan, Pulau Belitung di Kalimantan.
Penerbangan yang membawa 162 penumpang itu terputus hubungan dengan menara kawalan selepas 42 minit berlepas dari lapangan terbang di Surabaya.
Kuala Lumpur: Kementerian Perhubungan Republik Indonesia (KEMENHUB) masih optimis bahawa pesawat Air Asia Indonesia QZ8501 yang hilang hubungan komunikasi dengan menara kawalan di Surabaya ketika dalam penerbangan ke Singapura tidak mengalami sebarang kecelakaan.
Ketua Pengarah Perhubungan Udara KEMENHUB. Djoko Murjatmodjo berkata, jika kecelakaan ini berlaku sudah tentu transmiter pengesan kecemasan (ELT) pesawat itu dapat dikesan oleh agensi Badan Search and Rescue Nasional Indonesia (BASARNAS).
"Namun sehingga kini, tiada sebarang isyarat dikesan dan kita mengharapkan kehilangan hubungan komunikasi pesawat ini tidak berlanjutan kepada perkara yang lain," katanya kepada pemberita di Bandara Soekarno-Hatta, Tangerang sebentar tadi.
Djoko memberitahu bahawa sehingga kini BASARNAS sudah dimaklumkan mengenai kehilangan pesawat itu dan gerakan mencari dan menyelamat sudah dijalankan dengan segera ke sekitar perairan Laut Jawa di mana hubungan pesawat itu terputus.
Kuala Lumpur: Terdapat kemungkinan bahawa pesawat AirAsia Indonesia yang hilang ketika penerbangan dari Surabaya ke Singapura mendarat di suatu tempat yang tidak diketahui.
Menurut laporan Detik.com, Ketua Badan Search and Rescue Nasional (BASARNAS) DKI Jakarta, Sutrisno berkata, kemampuan pesawat itu untuk terbang selama empat jam membolehkan pesawat itu terus meluncur lebih jauh lagi dari lokasi kehilangannya.
"Pesawat itu sudah terbang tidak sampai dua jam meskipun kemampuannnya itu membolehkan ianya terbang selama empat jam. Oleh hal demikian, pesawat itu mampu terbang lagi lebih jauh dari lokasi kehilangannya dan mungkin saja ianya mendarat di suatu tempat," katanya di Pejabat Bandara Wilayah II, Tangerang tengah hari tadi.
Sehingga kini BASARNAS juga tidak dapat memastikan bahawa pesawat QZ8501 itu jatuh dan pencarian masih dilakukan di sekitar Pantai Tanjung Pandan dan Pontianak menggunakan tujuh buah kapal dan dua helikopter milik BASARNAS.
Agensi itu juga turut mendapat bantuan daripada Kementerian Kelautan dan Perikanan serta Tentera Nasional Indonesia-Angkatan Laut (TNI-AL).
"Kita berharap agar semua pihak dapat memberikan informasi keberadaan pesawat itu. Mudah-mudahan pesawat ini dapat mendarat di suatu tempat yang belum diketahui," kata Sutrisno.
JAKARTA: Kementerian Perhubungan Indonesia mengeluarkan daftar penumpang pesawat AirAsia QZ8501 yang terputus hubungan pagi ini ketika dalam penerbangan dari Surabaya ke Singapura.
Dalam daftar itu, terdapat 155 penumpang dalam penerbangan pesawat itu namun 23 penumpang yang lain membatalkan perjalanannya.
KUALA LUMPUR: Sebuah pesawat dilaporkan terhempas di perairan Belitung Timur (Beltim), Indonesia tetapi tidak dapat dipastikan sama ada ia adalah penerbangan AirAsia Indonesia QZ 8501, menurut laporan Kompas.com.
"Tadi Pak Danlanud menelefon Bapak (Basuri), memberi maklumat ada pesawat Airbus jatuh di sekitar perairan Beltim," kata Yuhinu, Ajudan Bupati Beltim, ketika menghubungi bangkapos.com.
Sementara itu, Ketua Polis Marin Beltim, AKP Yanto berkata, maklumat itu masih disiasat.
"Kita masih berhubung dengan direktorat dan mengumpulkan maklumat daripada nelayan mahupun kapal yang melintas perairan Beltim," kata AKP Yanto ketika dihubungi bangkapos.com.
Pesawat AirAsia Indonesia QZ 8501 dilaporkan hilang dalam perjalanan dari Surabaya ke Singapura pagi ini.
JAKARTA: Pesawat AirAsia QZ 8501 yang hilang dalam penerbangan dari Surabaya ke Singapura, awal pagi tadi dikatakan sebelumnya melaporkan akan menghindari awan tebal.
Kompas.com sebentar tadi memetik Pegawai Perhubungan Udara Indonesia, Joko Murdjatmojo menyatakan juruterbang pesawat sempat melakukan komunikasi terakhir dengan Pengawal Trafik Udara (ATC) di Bandara Soekarno-Hatta pada jam 6.12 pagi waktu Indonesia.
"Saat itu pesawat melaporkan akan menghindari awan dengan berbelok ke arah kiri. Saat itu pesawat terbang dengan ketinggian 32,000 kaki dengan arah 320 atau ke Barat Daya. "Pada jam 6.17 pagi , pesawat hilang hubungan dan pada jam 6.18 pagi yang terlihat hanya 'flight plan' atau rencana penerbangan," katanya,
Pesawat berkenaan dikatakan membawa 138 penumpang dewasa, 16 anak-anak dan seorang bayi. - Kompas.com
KUALA LUMPUR: AirAsia dalam kenyataannya di Facebook mengesahkan kejadian itu dan meluahkan kekesalannya terhadap insiden menimpa pesawat QZ8501 itu.
Menurut AirAsia, pesawat jenis Airbus A320-200 dengan nombor pendaftaran PK-AXC itu hilang perhubungan dengan pusat kawalan trafik pada jam 7.24 pagi ini.
"Operasi mencari dan menyelamat sedang sedang dijalankan dan AirAsia bekerjasama penuh membantu perkhidmatan menyelamat," menurut kenyataan itu.
AirAsia juga menubuhkan pusat panggilan kecemasan untuk anggota keluarga dan rakan-rakan penumpang di talian 622129850801.
Kemas kini berhubung perkara itu akan dimuat naik ke laman web www.airasia.com.
Syarikat penerbangan itu juga sudah menukar logo kepada hitam putih.
JAKARTA: Angkatan Udara Tentera Nasional Indonesia (TNI) dikerah untuk mencari pesawat AirAsia Indonesia QZ 8501 yang hilang dalam perjalanan dari Surabaya ke Singapura.
Kadispen Angkatan Udara TNI, Marsma Hadi Tjahjanto, berkata TNI juga sudah melalui semula laluan perjalanan pesawat hilang.
KUALA LUMPUR: Pesawat AirAsia QZ8501 dari Bandara Juanda Surabaya ke Singapura yang membawa 155 penumpang terputus hubungan pagi ini, menurut media Indonesia.
Menurut laporan Detik.com, pesawat itu yang berangkat pada 5.20 pagi Waktu Indonesia Barat, dilaporkan hilang di ruang angkasa Pulau Kalimantan. Kompas.com turut melaporkan insiden itu.
Menurutnya, pesawat berkenaan sepatutnya tiba di Singapura pada jam 8.30 pagi waktu tempatan. Pesawat AirAsia QZ 8501 dari Bandara Juanda Surabaya ke Singapura yang membawa 155 penumpang terputus hubungan pagi ini, menurut media Indonesia.
Florida: Seorang wanita yang ditahan atas tuduhan dadah mati seminggu selepas dibawa ke hospital untuk mengeluarkan paip menghisap dadah dari kemaluannya.
April Rollison, 31, ditahan 16 Disember lalu bersama-sama tiga yang lain.
Pegawai yang menjalankan pemeriksaan tubuh di Penjara Polk County mengesan paip kaca dan botol pil di dalam kemaluannya, menyebabkan dia dihantar ke Pusat Perubatan Bartow untuk mengeluarkan objek itu dari tubuhnya.
Doktor di hospital itu percaya April mengeluarkan botol berisi dadah dan memakan dadah itu ketika dia seorang diri di dalam tandas.
Seorang jururawat kemudian mengeluarkan paip kaca itu dari kemaluannya sebelum dia dihantar semula ke penjara.
Bagaimanapun, ketika keterangannya diambil, wanita itu mengalami kekejangan dan dihantar semula ke hospital.
Menurut laporan akhbar The Ledger of Lakeland, April berada dalam keadaan kritikal selama seminggu sehingga dia mati pagi Isnin lalu.
Mayatnya akan dibedah siasat untuk menentukan punca kematian.
Menurut akhbar itu, ujian yang dilakukan sebelum ini mendapati dia positif methamphetamine, amphetamine, kokain dan ganja.
Anggota keluarganya memberitahu penyiasat, April menagih dadah sejak berusia 12 tahun dan mereka terputus hubungan dengannya sejak dua tahun lalu.
Rekod penjara menunjukkan wanita itu berulang kali ditahan atas kesalahan dadah.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/19519?m=1#sthash.Vys0F4Fz.dpuf
BATU FERRINGHI - Ketika penduduk di bahagian Pantai Timur Semenanjung bertarung dengan bencana alam, khabar angin mendakwa sambutan tahun baharu di sepanjang pantai di sini, akan dipenuhi dengan sambutan tidak bermoral.
Tinjauan Sinar Harian mendapati terdapat beberapa hotel dan penganjur yang mula mempromosikan konsert tahun baharu.
Bagaimanapun, ia menimbulkan rasa tidak puas hati dalam kalangan orang ramai berikutan negara masih dilanda musibah namun, ada yang langsung tidak prihatin dengan keadaan berkenaan.
Beberapa penduduk di sini memberitahu risalah mengenai penganjuran sebuah konsert yang agak meragukan juga sedang giat dijalankan.
Seorang peniaga di sini yang enggan namanya didedahkan berkata, antara sambutan tahun baharu berkenaan dinamakan sebagai Trance Movement.
"Melalui risalah yang saya dapat, ia akan dibuat secara terbuka di pantai, sama seperti konsert syarikat arak beberapa tahun lalu dan kerana ini kami tidak sedap hati.
"Sekarang ialah waktu bencana negara, kenapa perlu diraikan program sebegini di tempat kami. Pelbagai khabar angin mengenai konsert itu seperti penyalahgunaan dadah dan arak sudah sampai ke pengetahuan orang kampung," katanya kepada Sinar Harian.
Menurut sumber, konsert Trance Festival sebelum ini dianjurkan di Indonesia dan trance membawa maksud keadaan kemasukan roh serta berada dalam keadaan yang tidak sedarkan diri.
Tragiknya, konsert berkenaan akhirnya menyebabkan tiga orang mati di Jakarta pada Mac lalu.
Bukan saja di negara luar, konsert itu kemudiannya dipercayai dibawa ke Stadium Bukit Jalil dengan nama yang berlainan pada awal tahun ini.
Namun akibat penggunaan dadah dalam kalangan pengunjung konsert, enam pengunjung maut ketika konsert berlangsung.
Kini penganjuran Trance Movement cuba pula dibawa ke negeri ini dan masih menjadi tanda tanya sama ada ia mendapat kelulusan daripada pihak bertanggungjawab ataupun tidak.
Konsert ini pada asalnya dibawa dari Eropah yang mana dipenuhi dengan tarian elektronik dan kemudiannya mengikut peredaran zaman sehingga dicemari dengan penggunaan dadah.
Konsert tidak bermoral
Bagi Timbalan Yang Dipertua Pas Kawasan Bukit Bendera, Saiful Lizan Yusof, beliau menganggap konsert yang bakal diadakan ini sebagai sesuatu yang tidak tahu malu.
Menurutnya, ketika penduduk di negeri lain bertarung nyawa dengan malapetaka yang melanda, ada penganjur yang mengadakan konsert sambutan tahun baharu.
"Setakat riadah mungkin tiada masalah tetapi jika ia berunsurkan perkara yang melalaikan sudah tentu ia adalah satu benda yang amat memalukan.
"Sekarang bukanlah masa yang sesuai untuk mana-mana penganjur mengadakan konsert sedemikian rupa," katanya.
JKKK minta henti
Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Komuniti (JKKK) Batu Ferringhi, Jamaludin Hashim meminta supaya mana-mana agensi tidak membenarkan penganjuran konsert berkenaan terus diadakan di sini.
Menurutnya, ia tidak sepatutnya diadakan memandangkan masih ramai yang bersedih.
"Kalau boleh henti, mari kita hentikan sama-sama dan terus membantah ia dari terus dibuat di tempat kita.
"Walaupun tempat ini adalah lokasi pelancongan tetapi tidak perlu hiburan sebegini diadakan," katanya.
MPPP masih belum lulus
Sementara itu, Bahagian Perlesenan Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) mengesahkan masih belum meluluskan konsert berkenaan.
Jurucakapnya berkata, wakil penganjur sudah mengambil borang permohonan.
"Tetapi setakat ini kami tidak lagi meluluskannya kerana tidak menerima sebarang surat sokongan daripada jabatan teknikal, polis atau bomba.
"Jika ada surat sokongan barulah ia akan disalurkan ke bahagian perlesenan untuk diluluskan," katanya.
Dalam pada itu, Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Mior Faridalatrash Wahid ketika dihubungi tidak mahu mengulas lanjut isu konsert berkenaan berikutan masih baru menerima permohonan daripada penganjur semalam.
Katanya, polis mungkin tidak akan mengeluarkan permit sekiranya penganjurannya membawa kesan negatif.
You are subscribed to email updates from Pilihan Anda To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
Email delivery powered by Google
Google Inc., 1600 Amphitheatre Parkway, Mountain View, CA 94043, United States
Apa kena dengan pemimpin pembangkang hari ini. Kalau hendak berlakonpun buatlah bagi logik sikit. Jangan sampai buat propa sampai orang nak termuntah. Yang Mat Sabu, Timbalan Presdien PAS bergambar dalam air ni buat apa? Tak ada kerja lainkah? Tak nampak mangsa banjir di kiri dan kanan yang perlu diselamatkan. Orang berdiri air sampai ke paras paha. Mat Sabu air sampai ke paras dada kenapa? Mat Sabu sedang menungging hendak buang air kah? Lihat gambar di bawah, budak berbaju merah tu tingginya separas perut buncit Mat Sabu saja. Dalam air tak tenggelam pun? Teruk sungguh hangpa buat propa.
Sukarelawan-sukarelawan BN yang bertugas di Kelantan boleh bersiap sedia untuk berkemas pulang. Lim Kit Siang sudah sampai di Kelantan. Uncle sudah turun kasi khidmat negara. Lim Kit Siang sudah sampai ke Kota Bhara menghantar bantuan DAP Pulau Pinang kepada DAP Kelantan yang sebanyak dua troli sahaja. Propa betul Uncle ini.
Uncle datang Kota Bharu pun Husam Musa dan Mat Sabu saja yang sambut. Mana Menteri Besar Kelantan? Atau mereka masih marah MB Kelantan bersama dengan DS Najib semalam? Lebih propa lagi, Lim Kit Siang turut bermain air. Orang pakai baju hujan atau 'rain coat' sewaktu hari hujan. Lim Kit Siang pakai baju hujan ketika meredah banjir. Ini uncle mau kasi gimik sikit.
Lihat gambar di bawah. Di belakang beliau adalah KY Chow, Pengerusi DAP Pulau Pinang dan EXCO Kerajaan Negeri. Lu punya anak mana Uncle? Tidak mahu balik dari percutian beliau di London-Paris ka? PM Najib adalah idola pemimpin pembangkang. Macam superstar. PM pakai pink main golf. Lim Kit Siang pakai 'pink rain coat'. Ho Ho Ho!
Banjir bukan sahaja berlaku di Pantai Timur malah beberapa lagi negeri di Semenanjung seperti Perak dan Johor. Ini termasuklah beberapa kampung yang terlibat di Air Hitam. Setakat hari ini sebanyak 26 keluarga dengan jumlah keseluruhan 81 orang berlindung di SK Kota Dalam, Air Hitam. Manakala 11 keluarga lagi dengan jumlah keseluruhan 41 orang pula berlindung di SMK Suria Perdana.
Ahli Parlimen MCA/BN Air Hitam yang juga Timbalan Presiden MCA, Datuk Wee Ka Siong adalah di antara Wakil Rakyat yang prihatin dan mesra Rakyat. Datuk Wee sewaktu ditemui di pusat pemindahan banjir mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat untuk membuka dua pusat pemindahan banjir 2 di SK Kota Dalam dan SMK Suria Perdana di Air Hitam. Mangsa banjir di Air Hitam telah dipastikan bukan sahaja bekalan makanan dan tempat perlindungan disediakan malah perkhidmatan perubatan juga turut dipastikan.
Datuk Wee juga berkata untuk Pantai Timur, beliau juga memastikan bantuan telah digerakkan ke Kelantan dan Terengganu terutama Gua Musang, di mana beliau dan Presiden MCA membuat lawatan sehari sebelum itu. Sebanyak sebanyak 12 tan bekalan dengan 2 lori telah pun dihantar ke Gua Musang dari Cameron Highlands. Bekalan adalah berbentuk makanan untuk dimasak, makanan kering dan air minuman yang sangat diperlukan.
3 buah lagi lori dengan bekalan sebanyak 9 tan dari Ibu Pejabat MCA akan terus ke Kuala Krai, satu lagi kawasan yang teruk dilanda banjir. Bekalan akan terus dihantar ke kawasan Tanah Merah, Kemangan dan Machang yang telah terputus hubungan. Untuk Terengganu, satu treler bekalan keperluan mangsa banjir pula telah diletakkan di Kuala Terengganu. Manakala Dato Paduka Chew Mei Fun pula akan menguruskan penghantaran barangan melalui helikopter ke kawasan-kawasan yang sukar untuk dihubungi.
Datuk Wee berpesan kepada penyumbang-penyumbang bekalan bantuan agar mempercepatkan penghantaran dan terus dihantar ke pusat pengumpulan supaya setiap penghantar dapat dihantar segera dan lebih tersusun. Datuk Wee juga mengucapkan terima kasih kepada semua NGO yang turut membantu memberi sumbangan.
HUBUNGAN terakhir dengan pesawat itu pada 6.12 pagi, apabila juruterbang meminta mengubah laluan ke arah tanah besar Pulau Jawa, untuk mengelak awan tebal di laluan biasa. Laluan biasa hampir seluruhnya laut.
Menara meminta juruterbang naik ke paras 38,000 kaki, 6,000 kaki di atas paras biasa. Pada keadaan menaik itu, kelajuan kapal dikesan hanya 353 knot, menggambarkan bahawa pesawat kesukaran untuk naik, 5 minit kemudian, pesawat hilang kontak dengan ATC Jakarta hingga kini.
Pesawat Airasia QZ8501 yang membawa 162 penumpang dikhuatiri "terhempas" di perairan Indonesia, sementara pasukan pencari dan penyelamat akan menyambung esok hari, kerana faktor cuaca dan kegelapan.
Pesawat malang itu berlepas daripada Surabaya pada pukul 5.20 pagi WIT dan di jadual mendarat di Changi, Singapura pada pukul 8.30 pagi waktu Singapura.
Dipercayai pesawat itu dikesan 160km di timur Belitung, Sumatera, namun tiada yang kepastian berhubung dakwaan itu.
Daripada 162 penumpang itu, 7 adalah kru. Komposisi penumpang adalah 138 dewasa, 16 kanak-kanak dan seorang bayi. Sementara kerakyatan penumpang 155 indonesia, seorang singapura, seorang Malaysia, seorang Peranis, seorang British, tiga orang Korea Selatan.
Airasia QZ8501 sebuah pesawat Airbus A320-200 dengan nombor pendaftaran PK-AXC berumur 6 tahun. Mula beroperasi pada tahun 2008.
Kehilangan pesawat QZ8501 itu mula disiarkan oleh AIRASIA melalui laman facebooknya pada pukul 7.24 pagi.
Rekod Penerbangan Airasia QZ8501
Berlepas 5.35 pagi WIT, 6.12 pagi, Juruterbang meminta naik ke paras 38,000 kaki. 6.17 pagi, Putus hubungan dengan ATC Jakarta, 6.18 pesawat hilang daripada radar. 7.55 pagi pesawat dinyatakan hilang. Hubungan dengan pesawat, kali terakhir adalah pukul 6.12 pagi, apabila juruterbang memohon naik lebih tinggi kerana cuaca buruk.
Teori yang mendekati kehilangan pesawat itu secara tiba-tiba, kemungkinan besar berlaku "kerosakan" luarbiasa termasuk "meledak" di udara, semasa menanjak naik. Tanpa panggilan kecemasan, dalam masa 5 minit, daripada kontak terakhir, menggambarkan satu kejadian buruk berlaku terhadap pesawat itu. (Apa-apapun, harap2 teori ini tidak benar, dan berharap pesawat itu selamat bersama seluruh penumpangnya, Kalau Tuhan berkehendakan semua penumpang selamat, maka demikianlah).
Penerbangan laluan Surabaya Singapura memakan masa 2 jam 10 minit. Pesawat sedang terbang selama 42 minit semasa hilang daripada keseluruhan masa penerbangan semasa hilang.
Pesawat malang itu hilang semasa berada di kawasan laut jawa antara Pulau Kalimantan dan Pulau Jawa.
Juruterbang pesawat itu adalah Kapten Iriyanto yang mempunyai pengalaman 6,100 flying hours dan First Officer seorang rakyat Perancis Remi Emmanual Plesel dengan pengalaman 2,275 Flying Hours.
Kehilangan QZ8501, menyerupai kehilangan MH370 pada 8 mac lalu, di mana pesawat itu hingga kini hilang misteri.
AirAsia has established an Emergency Call Centre that is available for family or friends of those who may have been on board the aircraft. The number is: +622129850801.
SUDAH 12 jam terputusnya hubungan antara Airasia QZ8501 laluan Surabaya Singapura yang membawa 162 penumpang termasuk kru dengan ATC Jakarta, hingga kini, belum diketahui keadaan pesawat malang itu.
Airbus 320-200 yang berumur 6 tahun itu, diserahkan kepada Airasia pada tahun 2008.
Kapaten Iryinto mempunyai lebih 6,000 jam penerbangan, dan mahir laluan Surabaya Singapura.
Pesawat malang itu, dikatakan terputus dengan ATC Jakarta, 45 minit selepas terbang. Pilot dikatakan meminta mengubah laluan untuk mengelak awan tebal pada laluan asal. Malangnya, selepas mengubah laluan, terputus pula dengan menara kawalan.
Sehingga artikel ditulis, belum diperoleh sebarang maklumat keadaan pesawat malang itu bersama-sama penumpangnya.
TELAH 5 jam, selepas QZ8501 bersama 155 peumpang termasuk 16 kanak-kanan dan seorang bayi dengan 7 kru hilang daripada radar kawalan ATC Jakarta, pada 7.24 pagi waktu Indonesia, hingga kini, belum diketahui keadaan pesawat itu.
Sebelum hilang kontak, pesawat itu dikesan berada 100 nm di Timur Belitung, Sumatera. Pesawat itu dilencongkan pada laluan bukan biasa kerana faktor cuaca.
Menurut saksi mata di Belutung Timur, pada masa-masa pesawat itu hilang kontak dengan ATC Jakarata, ada sebuah pesawat menjunam ke Laut, namun belum dipastikan, apa kah pesawat itu merupakan QZ8501.
PESAWAT Airasia QZ8501 airbus 320-200 bersama 155 penumpang dengan 7 kru laluan Surabaya Singapura yang berlepas pada 6.20 pagi dan seharusnya mendarat pada 8.30 pagi di Changi Singapura, hingga kini gagal dikesan.
Laporan menyebutkan, bahawa pesawat itu dikesan di Belitung Sumatera, sebelum hilang daripada radar Kawalan Udara Jakarta, Indonesia.
PESAWAT AIRASIA AIRBUS 320-200 dengan nombor penerbangan QZ8501 bersama-sama 155 penumpang termasuk kru bertolak daripada Surabaya menunju Singapura pada 6,20 pagi waktu Indonesia Timur, sehingga kini gagal dihubungi atau dikesan.
Komposisi penumpang 149 Indonesia, 3 Korea, 1 British dan 1 Singapura.
Dalam kelam kabut negara dilanda banjir besar, tersentak juga Demang menatap foto Perdana Menteri kita bermain golf dengan Presiden Amerika, di Hawaii katanya.
Maka ramailah yang kecewa termasuk sahabat- sahabat Demang yang sebelum ini mempertahankan Najib.
Bagi Demang, kalau Najib ada di tanahair pun, bolehkah ditahannya air? Kalau dia ada pun, berapa banyak rumah yang dia boleh tolong?
Sabar, jangan marah Demang. Demang gurau sahaja. Rumah ibu bapa Demang di Pahang pun tenggelam. Walaupun kami tidak lagi mendiami rumah itu namun hati dan perasaan Demang tetap melekat di sana.
Pertemuan dengan presiden Amerika bukan boleh dibuat sesuka hati. Temujanji bukan sehari dua dan kita bukannya ada banyak pilihan. Kena sedar diri lah.
Demang percaya PM tahu apa yang sedang berlaku dan apa yang sedang dilakukannya.
Pagi ini di Jengka dan kebanyakan tempat di pantai timur air sudah semakin surut.
Surut di hulu seperti biasa menjadikan kawasan hilir seperti Temerloh mula dilimpahi air. Moga orang Temerloh sabar menghadapinya.
Surut juga bermaksud kerja-kerja pembersihan akan bermula. Barangkali ia akan lebih memenatkan. Ketika air naik proses perpindahan dilakukan secara pantas dan tidak serentak namun selepas banjir semua orang ada rumah sendiri untuk dibersihkan.
Justeru bantuan daripada saudara-saudara yang kawasan mereka belum dinaiki air amat diperlukan. Kalau musim PRK kita boleh serbu ke kawasan PRK beramai-beramai sehingga menyemakkan ruang dan kepala penduduk tempatan, takkan lah di waktu begini kita nak mengelat?
Tambah-tambah yang senyum sinis ketika melihat foto Najib bermain golf. Buktikan anda memang seorang yang baik dan bukan hanya tahu mengkritik.
You are subscribed to email updates from waadat To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
Email delivery powered by Google
Google Inc., 1600 Amphitheatre Parkway, Mountain View, CA 94043, United States
KEMAMAN :Kementerian Komunikasi dan Multimedia menyarankan Majlis Keselamatan Negara (MKN) supaya menambah beg tidur dan power bank dalam bekalan bantuan kepada mangsa banjir pada masa akan datang.
Menterinya, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata, kedua-dua barangan itu perlu dimasukkan dalam penyediaan prosedur operasi standard (SOP) kerana ia sebahagian daripada pengurusan bencana alam seperti banjir.
"Ada dua perkara yang saya cuba di sini (Kemaman) ternyata berkesan, pertama beg tidur kerana ia lebih praktikal dan boleh menjadi tikar serta selimut dan memudahkan proses penghantaran menggunakan lori sehingga boleh memuatkan kira-kira 1,000 beg tidur dalam satu-satu masa.
Kalau kita hantar tilam sudah semestinya ia memakan ruang dan proses penghantaran juga menjadi terhad," katanya kepada pemberita selepas mengagihkan bantuan barangan keperluan asas kepada keluarga anggota polis yang menjadi mangsa banjir di kuarters polis, Bukit Mentok, di sini.
Ahmad Shabery berkata, power bank pula amat penting untuk mengecas bateri telefon bimbit ketika terputusnya bekalan elektrik atau berlaku bencana alam seperti banjir.
Dalam perkembangan lain, Ahmad Shabery yang juga anggota Parlimen Kemaman turut melahirkan rasa sedih kepada enam anak pasangan Allahyarham Nur Hayati Sulong, 37, dan Suhaimi Awang, 37, yang ditemui mati lemas selepas bot dinaiki mereka terbalik di Kampung Geliga Che Akob, Kemaman, di sini, Rabu lepas.
"Sekarang saya sedang berbincang dengan ahli keluarga mereka untuk apa jua bentuk bantuan yang akan diberi selain berbincang dengan kerajaan negeri.
"Selain itu, saya akan bawa perkara ini kepada kabinet tentang apa jua sokongan dan tanggungjawab yang boleh kita ambil bersama atas kemalangan yang menimpa ibu bapa mereka," katanya selepas menziarah enam anak arwah di Taman Geliga Intan hari ini.
Beliau berkata, kerajaan telah berusaha membuat persiapan yang begitu rapi untuk mengelak sebarang tragedi tetapi malangnya ia masih berlaku dan amat mendukacitakan. - BERNAMA
CYBERJAYA, 28 Dis (Bernama) -- Beberapa individu diminta untuk tampil memberi keterangan tentang penyebaran berita palsu mengenai banjir yang sedang melanda beberapa negeri.
"Kami sedang menyiasat penyebaran berita palsu tentang keruntuhan Pusat Pemindahan Sekolah Manek Urai. Beberapa individu telah dikenal pasti dan mereka diminta untuk tampil ke hadapan bagi membantu siasatan," kata Dato' Mohamed Sharil Tarmizi, Pengerusi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC).
Mereka ini diminta untuk tampil membantu siasatan:
1. Mohd Zulkifli bin Ismail (No MyKad: 821125-03-5687). Alamat terakhir: 474, Guchil 7, 18020 Kuala Krai, Kelantan
2. Roslina binti Hassan (No MyKad: 741228-03-6172). Alamat terakhir: 31, Lorong 8/SS6, Bandar Tasek Mutiara, 14120 Simpang Ampat, Pulau Pinang
3. Tengku Roslina binti Tengku Hamid (No MyKad: 880306-03-5870). Alamat terakhir: Rpt Sungai Sok, Kuala Krai, 18000 Kelantan
4. Ahmad Wafiuddin bin Ahmad Supri (No MyKad: 940729-03-5129). Alamat terakhir: Kg Manek Urai Lama, Kuala Krai, 18000 Kelantan
Mereka diminta untuk menghubungi pegawai-pegawai penyiasat MCMC, Pn Mai Zairani Zainal Abidin (019-3385009) atau En Mohamad Syukri Jamaluddin (019-2869515) dengan segera. Kerjasama mereka amat dihargai.
Orang ramai yang mempunyai maklumat tentang mereka di atas boleh juga menghubungi pegawai-pegawai penyiasat MCMC.
Akhirnya fitnah facebooker pembangkang King JASON kantoi ... tagline MENENTANG DENGAN FAKTA " patut ditukar menentang dengan bohong ...hahaha..
Post di page nya mengenai penemuan mayat kanak-kanak didawak di Kuala Krai sebenarnya adalah FITNAH dan ia sebenarnya berlaku di Indonesia .
Apabila dah kantoi bohong dan dimaki oleh pengikut pagesnya , dia meroyan marah kepada yang print screen fitnahnya .
Selain itu , terdapat juga lagi fitnah dilemparkan oleh FB macai PR iaitu Silbi Natiays atau bila diterbalikkan ialah SYAITAN IBLIS yang memfitnah bantuan NGO iaitu PMIUM disekat oleh UMNO..
GPB yakin ini kerja buat RBA yang ingin memecahbelahkan penyatuan umat Islam bagi membantu mangsa banjir di Kelantan . Menggunakan nama Persatuan Mahasiswa Islam UM jelas bagi membangkitkan kemarahan mahasiswa terhadap UMNO dan kerajaan .
Malah PMIUM sendir menafikan tuduhan fitnah FB macai PR .
Jadi , kepada rakyat Malaysia ,, jangan mudah terpedaya dengan berita -berita & gambar yang meragukan jika kita tidak tahu kesahihannya .
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengarahkan semua menteri yang sedang bercuti di luar negara supaya pulang ke tanah air untuk membantu menangani situasi banjir pada masa ini.
Beliau berkata, arahan itu dikeluarkan pagi tadi kepada semua menteri kabinet.
Najib berkata demikian kepada media selepas melawat pusat pemindahan banjir di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Padang Tengku di sini, sebentar tadi.
*** Syabas PM memberi yang mengeluarkan arahan ini .... Di mana YB KJ , DS Hishamuddin , DS Zahid Hamidi , DS Shafie Afdal , Datuk Ahmad Maslan ketika banjir ?
Pesawat AirAsia dalam penerbangan antara Surabaya - Singapura terputus hubungan pagi Ahad 28 Desember 2014.
Perkara tersebut disahkan oleh Pengarah Keselamatan dan Standar AirNav Indonesia, Wisnu Darjono, kepada media Indonesia.
Wisnu menjelaskan, pesawat dijadulkan tiba di Singapura pada 07.20 pagi (08.20 pagi waktu Malaysia).
Namun, pesawat tersebut terputus hubungan di sempadan Indonesia dan Singapura. "Sampai saat ini belum ada komunikasi," ujarnya.
Pesawat jenis Airbus A320-200 ini membawa 155 penumpang, yang terdiri dari 138 penumpang dewasa, 16 kanak-kanak dan satu bayi, dua pilot, lima petugas kabin.
Pesawat diterbangkan oleh Kapten Irianto.
Pesawat berangkat dari Surabaya pada 06.36 waktu Indonesia. Perjalanan dari Singapura ke Surabaya mengambil masa 2 jam 20 menit.-28/12/2014
Kelmarin Pemuda UMNO P.Pinang telah menghantar barang keperluan mangsa banjir di negeri Perak menerusi konvoi Misi Bantuan Kemanusiaan . Antara barangan yang dihantar ialah beras , gula , roti , air mineral , pampers , selimut & pakaian untuk keperluan mangsa banjir sekitar Kuala Kangsar .
Ia disumbangkan beberapa Ketua Umno Bahagian seperti Kepala Batas, Tanjung , Permatang Pauh , Bayan Baru , Jelutong , Nashmir Holding serta melalui individu2 .
GPB yakin usaha Pemuda UMNO Negeri merupakan parti politik yang pertama dari negeri P.Pinang mengambil inisiatif menghantar barang keperluan bagi membantu mangsa banjir .
Nak harapkan kepada kerajaan DAP ? CM Penang pun masih lagi seronok bercuti di Paris walaupun negeri kini sedang menerima hujan lebat setiap hari sejak Ahad lepas.
Kepada pakar komen untuk ajar cara menyelamat mangsa & sebar berita palsu kata ramai mati , kalau boleh turun menjadi sukarelawan adalah lebih baik seperti ini .
Pejabat YBU Perak : Lokasi pengumpulan barangan untuk mangsa banjir
Satu depresi tropika terbentuk di selatan Filipina di mana pakar menjangkakan ia akan meningkat kepada Ribut Tropika ketika menghampiri perairan Sabah , Rabu ini.
Sementara ini belum ada nama diberikan memandangkan ia belum memasuki peringkat taufan.
Menurut unjuran semasa, impak maksimum ribut tropika ini ke atas Sabah akan dirasakan pada hari Khamis dengan angin berkelajuan 60km/j.
Sebarang perubahan unjuran akan dikemaskini di blog ini memandangkan ia berpotensi untuk melemah, menguat atau berubah laluan.
Sebarang perubahan ke Barat Daya memberi kesan kepada Sandakan manakala perubahan laluan ke Barat Laut mengurangkan kesan ke atas Sabah.
Surabaya - Secercah harapan muncul. Salah satu keluarga penumpang AirAsia yang lost contact sedikit lega. Sebuah pesan dari kawannya mengabarkan jika seluruh penumpang selamat.
"Kabarnya mendarat darurat di Belitung Timur, semua selamat. Tapi kita tetap butuh kepastian," kata Intan dari Ntt keluarga Martinus Djomy.
Adiknya ke Singapura bersama istri, seorang anak dan baby sitternya. Intan yang mengaku sedang liburan ke Surabaya ini mendapat kabar itu dari kawannya melalui BBM.
Informasi itu juga telah disampaikan ke otoritas di crisis center Bandara Juanda. Tapi benarkah kabar BBM itu? Hingga kini belum ada konfirmasi dari otoritas terkait. - Detikcom.
Sebelum hilang kontak, pesawat AirAsia QZ8501 sempat meminta izin kepada menara Air Traffic Center (ATC) di Jakarta untuk bergeser ke sebelah kiri menghindari awan dan naik ke ketinggian 38 ribu kaki.
Berita-berita antarabangsa mula melaporkan kehilangan pesawat Air Asia Indonesia QZ8501 dari Surabaya ke Singapura yang membawa 155 jiwa yang telah hilang dari radar.
Pesawat yang berlepas jam 5:20 pagi (6:20 pagi waktu Malaysia) dijadualkan tiba di Changi pada jam 8:30 pagi.
Ia dipercayai hilang dari radar ketika melalui Pulau Belitung yang dilanda cuaca buruk.
Pesawat dilaporkan hilang dari radar pada pukul 6:17 pagi (7:17 pagi waktu Malaysia).
Contact with AirAsia flight QZ8501 bound for Singapore from Surabaya lost
Indonesia air traffic control lost contact with AirAsia flight QZ8501 bound for Singapore from the Indonesian city of Surabaya was lost on Sunday morning.
Passengers on board include 130 adults, 24 children and one infant. It departed at 5:20 (WIB) on Sunday, according to Indonesia media reports.
The aircraft reportedly lost contact while it was flying over Kalimantan island.
Trikora Hardjo, the general manager of Indonesia's Airport Company, Angkasa Pura II, said that they are still waiting for more information.
Air Asia flight missing - reports
Air Asia flight QZ 8501 travelling from Indonesia to Singapore has gone missing - reports
This breaking news story is being updated and more details will be published shortly. Please refresh the page for the fullest version.
If you want to receive Breaking News alerts via email, or on a smartphone or tablet via the BBC News App then details on how to do so are available on this help page. You can also follow@BBCBreaking on Twitter to get the latest alerts
You are subscribed to email updates from IPOH MALAY To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
Email delivery powered by Google
Google Inc., 1600 Amphitheatre Parkway, Mountain View, CA 94043, United States