Tiada subsidi dalam Islam, hanya ada cukai, kata Ulama Umno
OLEH MD IZWAN
Saya bercakap dalam konteks sabar, kata Fathul Bari Mat Jahya berhubung artikelnya mengenai kenaikan harga minyak.
Ulama Umno, Fathul Bari Mat Jahya mempertahankan kenyataannya mengaitkan kenaikan harga barang merupakan ketentuan Allah, serta menegaskan konsep "subsidi" tidak digunapakai di dalam ekonomi Islam.
Fathul Bari mendakwa Ketua Pemuda PAS yang juga Ahli Parlimen Temerloh Nasrudin Hassan dan bekas Mufti Perlis, Prof Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin memutar-belit kenyataannya dan menegaskan tujuan asal artikel beliau ditulis dalam sebuah akhbar berbahasa Melayu adalah untuki memberi kefahaman kepada masyarakat.
"Mereka sebenarnya telah memutar belitkan kenyataan saya, saya sebenarnya bercakap tentang kenaikan harga minyak menurut perspektif akidah. Bagaimana kita nak mendekati isu ini.
"Saya bercakap dalam konteks sabar, saya bukan bercakap dalam konteks melarang kita dalam mempersoalkan perkara itu secara berhemah," katanya ketika ditemui The Malaysian Insider di luar Mahkamah Rayuan di Putrajaya semalam.
Beliau juga memetik ayat Al-Quran: "Aku (Allah) uji mereka, dengan kematian dengan kekurangan harta benda, dengan hilangnya kerosakan tanam-tanaman dan sebagainya, dan berilah khabar gembira kepada orang sabar."
Katanya, konsep "subsidi" yang digunakan oleh kerajaan ketika ini tidak berlandaskan ekonomi Islam.
"Dalam ekonomi Islam tidak ada istilah subsidi, di zaman Saidina Umar al Khattab, beliau merupakan antara tokoh ekonomi yang merangka perkembangan ekonomi Islam.
"Subsidi tidak ada, cukai ada," katanya lagi.
Menurut Fathul Bari, pemberian "subsidi" oleh kerajaan tidak sampai kepada kumpulan sasaran yang lebih memerlukan memandangkan mereka yang kaya juga menerimanya.
"Sepatutnya, subsidi atau hibah (hadiah) ini diberikan kepada golongan sasar, seperti apa yang berlaku pada hari ini.
"Orang yang mewah kehidupannya juga merasai subsidi tersebut," katanya.
Beliau turut menjelaskan gambaran oleh Nasrudin dan Mohd Asri terhadap kenyataannya seolah-olah semua adalah takdir Allah juga tidak tepat, sebaliknya berkata orang ramai perlu mencari ikhtiar dalam menangani kenaikan harga barang.
"Mereka (Nasruddin dan Asri) sekarang ini cuba nak membawa saya ke situasi mengatakan semua adalah takdir Allah tanpa usaha... itu salah, mereka cuba putar belit kenyataan saya.
"Yang saya cuba sampaikan adalah ikhtiar, kita kena sabar. Selepas ini saya menulis sebuah artikel berkenaan dengan kaedah kita mempersoalkan perkara tersebut," katanya lagi.
Fathul Bari turut mengakui tajuk artikelnya telah diubah dan beberapa perenggan dipadamkan oleh penyunting akhbar Sinar Harian.
"Tajuk asalnya 'Bagaimana sikap kita dalam menghadapi kenaikan harga minyak'. Kedua, dua perenggan saya dipadamkan... tapi ini hak mutlak editor," kata Fathul Bari.
Sebelum ini, Nasrudin dan Mohd Asri membidas kenyataan Ulama Umno tersebut sebagai tidak berasas dan mengelirukan orang ramai kerana menjadikan Allah sebagai alasan terhadap kenaikan harga barang.
"Apakah jika anda ke kedai lalu penjual menjual barang dengan harga yang mahal, maka adakah dia boleh menyatakan 'Allah yang menaikkan harga bukan saya?" soal Mohd Asri dalam akaun Facebooknya.
Minggu lalu, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengumumkan kenaikan harga petrol dan diesel sebanyak 20 sen seliter.
Menurut Najib kerajaan ketika ini menanggung subsidi sebanyak 83 sen seliter bagi RON95 dan RM1 seliter bagi diesel dan menegaskan pentadbirannya masih lagi memberikan banyak subsidi lain kepada rakyat. – 11 September, 2013.
Senang-senang saja dia menuduh orang lain kencing. Sekarang ni dia pula yang terkencing dalam seluar setelah orang yang dituduh itu mengambil tindakan undang-undang terhadapnya.
"Saya fikir saya telah disalah rujuk oleh akhbar (Utusan Malaysia). Saya tidak pernah kata Lim membuang air kecil pada tiang bendera dalam peristiwa 13 Mei," kata Puad, dalam temu bual di sini
Pada hari Jumaat, Utusan Malaysia melaporkanbekas timbalan menteri Umno Mohd Puad Zarkashi sebagai berkata bahawa Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng telah cuba untuk menghentikan tayangan Tanda Putera untuk menutup kelakuan biadap Lim Kit Siang yang membuang air kecil pada tiang bendera berhampiran rumah maka Selangor menteri besar Harun Idris dalam 1969.
Sekali pandang, kami nampak struktur di atas lebih mirip kepada DAP atau PKR berbanding senarai penasihat Kerajaan BN yang diterajui UMNO sepatutnya ada. Apakah dalam UMNO sudah tiada pakar ekonomi dan penasihat yang lebih berkelayakan? Apakah kita ketandusan golongan Melayu Profesional?
Jika diteliti berdasarkan siapa yang menerajui PEMANDU ini, kami mendapati terdapat unsur sabotaj yang halus kepada PM dan pihak Kerajaan. Perhatikan sahaja siapa yang berpengaruh menasihatkan PM untuk mengurangkan SUBSIDI, dan siapa pula di belakang REHDA yang menaikkan harga rumah sebanyak 20% sehari selepas itu? Tetapi mereka ini semua bijak berselindung. Apabila subsidi dikurangkan, rakyat hanya akan nampak PM untuk dipersalahkan!
Lihat betul-betul logo PDRM. Tertulis Polis Raja di Malaysia. Bagaimana imej logo polis ini boleh dikeluarkan? Tentunya sudah ada tangan-tangan yang mengedit logo tersebut.
Walaupun RTM sudah memohon maaf melalui beritanya pada jam 12.00 malam tadi, aku melihat ini merupakan sabotaj yang serius terhadap PDRM.
Umum tahu cubaan memburukkan imej PDRM telah lama dilakukan oleh pihak cacai Pakatan Ranjang. Kini dengan mempunyai kaki di RTM, maka lebih mudahlah puak cacai PR melakukan kerja mereka.
Saranan aku, perlu diadakan siasatan terperinci terhadap isu ini. Jangan pandang enteng terhadap perkara yang dilihat kononnya kesilapan terlepas pandang.
Mana dia KSU TERHEBAT dan paling berkuasa di KKMM? Sudah hilangkah taring beliau? Jika berani, ambil tindakan segera! Adakah KSU ini takut diboikot RTM jika mengambil tindakan terhadap kesilapan ini?
Dengar juga desas desus rakan dari RTM yang menyatakan, dalaman RTM sendiri sudah ramai cacai PR yang semakin berani menunjukkan taring. Kerja di RTM membuatkan mereka semakin meluat dengan Kerajaan BN. Kini sokongan mereka terhadap PR sudah menebal. Kesilapan ini boleh diangkat sebagai sengaja bagi memburukkan PDRM. Apapun, KSU TERHEBAT! Jalankan tugas. Siasat!
Nasi Kandar Pelita atau Pelita Samudra Pertama (M) Sdn.Bhd. adalah sebuah syarikat yang berdaftar. Nombor pendaftaran syarikat 481477-P. Syarikat ini mula beroperasi pada tahun 1994. Kini terdapat 7 (tujuh) orang pemegang saham (rakan kongsi). Enam daripadanya Muslim dan seorang India (belum Islam).Saya Ustaz Shamsuri bin Ahmad adalah salah seorang daripada rakan kongsi dan pemegang saham syarikat ini. Buat masa ini saya telah dipilih sebagai Pengerusi Eksekutif syarikat ini.
Untuk makluman semua,Pada zaman awal penubuhan syarikat ini, tidak banyak isu yang ditimbulkan. Tetapi isu yang berbagai-bagai mula timbul apabila syarikat ini mula berkembang dan menunjukkan prestasi yang memberangsangkan. Apakah motif sebenar di sebalik isu-isu yang ditimbulkan itu hanya Allah yang mengetahui.
Isu taukeh Hindu, ayam tidak disembelih dan sebagainya telah menjadi isu yang paling hangat diperkatakan dan digembar-gemburkan oleh pihak-pihak tertentu. Cara isu-isu ini dibangkitkan sangat menarik dan kadang-kala kelihatan "macam cerita benar". Manakala pencetus isu dan pencipta fitnah ini pula menggambarkan dirinya sebagai seorang yang sangat bertanggungjawab dan sangat amanah terhadap Allah.
Maka sudah pastilah akan ada orang yang terpanggil untuk mengembangkan fitnah ini atas rasa tanggungjawab terhadap agama.Saya sebagai seorang yang berpendidikan agama (Islamic Scholar), apatah lagi seorang yang terlibat secara langsung dalam medan dakwah. Memberi kuliah-kuliah pengajian, lebih-lebih lagi kaset-kaset kuliah pengajian saya bertebaran di sana sini, sudah tentulah saya amat faham tentang hukum haram halal dan tentu tidak akan berkompromi dalam hal yang seumpama ini.
Saudara-saudara,Izinkan saya membuat sedikit penjelasan.1. Islam tidak pernah melarang umat Islam berkongsi niaga dengan bukan Islam. Tidak ada satu nas Al-Quran atau hadis nabi yang menyatakan larangan terhadap perkara tersebut. Bermakna dari segi agama seorang Muslim boleh menjadikan bukan Islam sebagai rakan kongsi dalam perniagaan.
Di Pelita Nasi Kandar, rakan kongsi yang belum Islam ini ditugaskan sebagai Pengurus Akaun, sesuai dengan kebolehannya.Setidak-tidaknya di Pelita nasi Kandar, saya sebagai salah seorang rakan kongsi (bukannya makan gaji) sentiasa mengawasi perkara-perkara ini.
Untuk makluman saudara-saudara juga, Pelita Nasi Kandar kini mempunyai pekerja Muslim seramai lebih kurang 800 orang. Daripada jumlah itu terdapat 5 orang yang hafaz Al-Quran. Kebanyakan daripada mereka adalah pekerja dari India yang kita semua maklum tentang kemiskinan dan kedhaifan hidup mereka.
Kami di Pelita Nasi Kandar sangat bersyukur kepada Allah kerana kami dapat membantu mereka. Pendapatan yang seorang pekerja perolehi dapat menyara dan memberi makan kepada beberapa ramai ahli keluarganya di India. Semoga Allah menerima amal kebaikan yang sedikit ini sebagai satu amal baik di sisi-Nya.
Untuk memastikan kebersihan dan kehalalan serta menghapuskan keraguan, Pelita Samudra Pertama (M) Sdn.Bhd. telah menubuhkan anak syarikatnya Ayam Pelita Sdn.Bhd. Nombor pendaftaran 554846-A untuk menguruskan soal pemerosesan ayam.Pelita Nasi Kandar adalah satu-satunya rangkaian nasi kandar yang mempunyai pusat penyembelihan dan pemprosesan ayam sendiri. Kita menerima ayam hidup daripada pembekal kita iaitu Maju Ayam Sdn.Bhd. dan penyembelihan serta pemprosesan dilakukan sendiri oleh pekerja-pekerja kita.Proses ini dilakukan mengikut kaedah dan kehendak Syarak sepenuhnya.
Sohibus Samahah Dato' Mufti Pulau Pinang Dato' Haji Hasan Haji Ahmad dan rombongan daripada Jabatan Agama Islam Pulau Pinang telah dijemput untuk melawat, melihat dan memberi nasihat kepada pekerja-pekerja kita dari aspek Syariah.Ayam Pelita Sdn.Bhd. juga telah diberi Sijil Halal oleh pihak Jabatan Agama Islam Pulau Pinang. Bahkan pekerja-pekerja bahagian sembelihan juga mempunyai Sijil Pengesahan Penyembelihan dari pihak Jabatan Agama Islam Pulau Pinang.Semua outlets (rangkaian) Nasi Kandar Pelita di seluruh Malaysia, termasuk di Kuala Lumpur dan Petaling Jaya menggunakan ayam yang diproses sendiri oleh Ayam Pelita Sdn.Bhd. Lori-lori kita akan bergerak ke Kuala Lumpur dan Petaling Jaya 2 hari sekali.
Pelita Nasi Kandar juga mempunyai satu bilik beku di Pelita Seksyen 2 Petaling Jaya dan 3 bilik beku di Pelita Jalan Ampang, Kuala Lumpur.
Ikhlas,
Ustaz Shamsuri bin Ahmad
Pelita Nasi Kandar Penang
Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone
You are subscribed to email updates from Ohpolitik!™ To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
Azri Nizam yang juga merupakan seorang blogger Pro UMNO hari ini menawarkan diri bertanding sebagai exco Pemuda... Sebagai seorang sahabat adah wajar untuk saya memberi sokongan terhadap beliau dan juga diharapkan sahabat blogger yang lain turut memberi sokongan kepada beliau.
Berikut adalah petikan dari blog Azri Nizam yang menyatakan hasratnya untuk bertanding sebagai exco Pemuda Umno.
"Salam, setelah mendapat persetujuan daripada ahli cawangan dan sahabat sahabat di Bahagian, saya dengan ini menawarkan diri untuk bersama sama dalam perjuangan sayap parti bagi menggalas misi yang besar yang bakal dihadapi oleh UMNO dalam PRU14.
Mengapa perlu terlibat sama?
Pilihan raya yang bakal diundi oleh bakal 20 juga pengundi, 6.7 jutanya adalah pengundi baru. Saya ingin membawa kembali ideologi alif ba ta sebagai roh perjuangan dalam setiap hati anak muda UMNO.
Inilah sahaja jawapan dan penyelesaian sebenar jika UMNO mahukan meneruskan kelangsungan kuasa yang ada demi masa depan anak bangsa. Sebagai bekas kepimpinan pelajar, saya bersama rakan rakan pernah melawan arus reformasi 99 dengan ideologi dan semangat aspirasi. Alhamdulilah, gelombang reformasi itu perlahan lahan terpadam di tiup angin perubahan aspirasi.
Ada cara dan pendekatan yang diambil jika mahu menawan hati dan minda anak muda. Jangan hanya persalahkan mereka semata semata jika gagal memikat pengaruh mereka.
Kini pengundi muda bakal menentukan nasib masa depan negara. Peluang harus diberikan kepada orang muda di segenap lapisan umur untuk bersama sama berjuang mempertahankan UMNO dalam PRU14. Semangat sukarelawan dan ideologi perjuangan harus ditanam kembali agar mereka faham dan menjiwai apa sebenarnya perjuangan asal UMNO.
Piilhan raya yang bakal menentukan segala-galanya. Tidak guna berkokok di luar gelanggang lagi jika tanah dan maruah agama sudah mahu digadai. Musuh utama umat Islam sedang berkomplot untuk menjayakan agenda besar pada 2018 nanti. Ayuh kita berjuang bersama sama".
Hari ini adalah hari kedua ujian pencapaian sekolah rendah. Ibubapa yang mempunyai anak mereka mereka pertama kali mengambil ujian ini tentunya berdebar dan ada yang tak tidur malam kerana risau yang berlebihan.
478,848 calon di lebih 8 ribu pusat peperiksaan akan selesai ujian mereka esok petang dengan kertas ujian aptitude.
UPSR terakhir ialah pada tahun 2015 dan tahun berikutnya berdasarkan penilaian band yang ada dalam sistem KSSR.
Calon UPSR kali ini akan meneruskan pengajian mereka diperingkat IPT seawal tahun 2019 dan sudah kerajaan sudah merancang untuk menambah atau membesaarkan kampus-kampus IPTA terutama sekali UiTM.
Kelmarin Nga Komeng MP Taiping dengan sengaja mencela ranking UiTM yang kononnya berada ditahap paling bawah dalam ranking dunia.
Ranking 701 adalah terbaik jika dibandingkan pada peringkat dunia.
UiTM tidak boleh dibandingkan dengan UM, USM, UKM dll kerana sistem berbeza. Universiti lain saiznya kecil dan jumlah pelajarnya juga kecil. Satu lagi syarat untuk ranking dunia ia mestilah mempunyai pelajar antarabangsa. Sebab itulaah kita dapati IPTA yang lain telah membuka ruang kepada pelajar luar negara untuk menyambung pengajian mereka samada diperingkat sarjana kedua atau kedoktoran.
UiTM rugi 5 % dalam penilaian ranking dunia kerana menutup ruang kepada pelajar luar negara.
Tujuan utama penubuhan UiTM ialah memberi pendidikan kepada anak melayu. UiTM juga mengenakan yuran paling rendah kepada pelajarnya. Inilah yang amat disakiti oleh parti DAP.
Cuma sedihnya apabila anak-anak orang Pas seperti Ismath dan konco-konco Mahasewel tidak menghargai usaha kerajaan memberi ilmu dengan kos yang murah kepada orang melayu. Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
16 JAN ― IKRAM maklum terdapat kegusaran di kalangan sebahagian umat Islam mengenai penggunaan kalimah "Allah" oleh penganut bukan Islam di negara kita.
IKRAM berpendirian bahawa hukum asalnya adalah harus bagi penganut agama lain untuk menggunakan kalimah "Allah". Pandangan ini disandarkan kepada penggunaan kalimah "Allah" oleh orang bukan Islam seperti yang terkandung dalam banyak ayat-ayat al-Quran seperti ayat 61 dan 63 surah Al-'Ankabut, ayat 78 surah An-Nisa' dan ayat 78 surah Ali Imran. Mereka juga menggunakan kalimah "Allah" dengan makna yang bertentangan dengan sifat Allah seperti yang terkandung dalam ayat 30 surah At-Tawbah, ayat 68 surah Yunus serta ayat 17 dan 72 surah Al-Maidah.
IKRAM maklum bahawa terdapat kebimbangan di kalangan sebahagian masyarakat Islam bahawa jika diizinkan penggunaan kalimah "Allah" oleh selain orang Islam, pintu fitnah akan terbuka untuk memudahkan pengembangan agama Kristian, sekali gus memudahkan usaha mengajak orang Islam yang lemah akidah kepada agama Kristian. Untuk menangani masalah ini, IKRAM berpandangan bahawa penyelesaiannya bukan dengan menghalang penggunaan kalimah "Allah" tetapi dengan melipatgandakan usaha bagi menangani kelemahan aqidah dan kejahilan umat Islam sendiri.
Dalam konteks perkara-perkara 3 dan 11 (4) Perlembagaan Persekutuan yang merujuk kepada Islam sebagai agama persekutuan dan sekatan terhadap penyebaran agama lain di kalangan penganut Islam, IKRAM berpandangan apa yang sudah termaktub wajar dihormati.
Pandangan IKRAM ini bukan bermakna IKRAM merelakan sebarang agenda untuk menyebarkan agama lain dalam kalangan umat Islam. IKRAM menyeru semua agar menghormati peruntukan perlembagaan di dalam hal ini.
* Dr Mohd Parid Sheikh Ahmad ialah Presiden Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM)
* Ini adalah pendapat peribadi penulis dan tidak semestinya mewakili pandangan The Malaysian Insider.
Ahli Parlimen Taiping Nga Komeng sekali lagi dengan sengaja membodohkan dirinya dengan dakyah jahat beliau memperlekehkan UiTM.
UiTM bukanlah sebuah universiti yang mengejar ranking dunia seperti universiti lain.UiTM ada fokus dan hala tuju sendiri. Hari ini UiTM merupakan sebuah universiti awam yang terbesar di dalam negara dengan jumlah pelajarnya melebihi 180 ribu pelajar.
Pun begitu daripada 35 ribu buah universiti dunia kesemua universiti tempatan berada dibawah mata 1000. UiTM juga telah banyak meraih pelbagai anugerah kelas dunia walaupun bertaraf universiti anak melayu kampung.
Motif Nga yang sebenarnya ialah untuk menutup UiTM jika mereka memerintah.
UiTM sememangnya menjadi duri dalam daging kepada Dap.
Apa yang mereka mahu ialah UiTM membuka pintu seluas-luasnya untuk kemasukan kaum cina dan syarat kemasukan juga berdasar siapa banyak mendapat A.
Hari ini pelajar UiTM diserap masuk kerana Dasar Ekonomi Melayu yang memberi hak keistimewaan kepada anak-anak melayu yang mempunyai kelayakan minima.
Hancurkan UiTM bererti hancurlah maruah Melayu, itulah matlamat mereka.
Gabungan NGO Malaysia telah mengadakan satu taklimat pada 11 Julai 2013 yang lalu bagi Proses UPR (COMANGO). Ia dipengerusikan oleh Tian Chua dan dihadiri oleh wakil-wakil NGO, antaranya Hak Asasi Manusia, Majlis Peguam, SOGI atau Sexual Orientation and Gender Identity yang memperjuangkan LGBT, dan lain-lain lagi.
Malaysia bakal menjalani proses Semakan Berpenggal Sejagat (UPR) Majlis hak Asasi Manusia PBB pada 24 Oktober 2013 di Geneva, Switzerland. Proses ini akan menentukan tahap komitmen Malaysia terhadap Hak Asasi Manusia mengikut syor yang dikemukakan oleh Negara-negara PBB pada UPR pertama pada tahun 2009.
Secara dasarnya, Malaysia adalah sebuah negara yang meletakkan hak asasi manusia di tempat yang cukup tinggi. Hanya di Malaysia kita melihat semua agama mendapat ruang yang cukup besar dari segi pembangunan tempat ibadah. Hanya di Malaysia, kita melihat kaum minoriti diberi hak ke atas sekolah berasingan serta bebas mempunyai akhbar sendiri, mengamalkan bahasa ibunda masing-masing sehingga mengabaikan Bahasa Kebangsaan.
Hanya di Malaysia juga, kita melihat kaum minoriti 'berkuasa' menekan dan mencabar kaum majoriti, malah mengejek dan mempersenda kerajaan dan Raja-raja secara terbuka tanpa dikenakan apa-apa tindakan.
Di Malaysia, masalah hak asasi sebenar seperti buruh kanak-kanak atau diskriminasi wanita dalam pendidikan dan pekerjaan, tidak menjadi isu langsung. Pendek kata, semua manusia 'normal' di Malaysia bebas mengamalkan hak masing-masing dengan batas-batas tertentu agar tidak melanggar perlembagaan dan juga hak asasi orang lain sesuai dengan ketamadunan manusia.
Justeru, meletakkan Malaysia di bawah pemantauan COMANGO merupakan sesuatu yang meragukan. Dan keraguan ini terjawab apabila melihat isu-isu yang ditimbulkan di dalam Deraf Laporan COMANGO.
Antara isu yang menjadi perhatian COMANGO ialah isu LGBT atau SOGI. COMANGO menuntut penghapusan seksyen 377A Kanun Kesiksaan dalam undang-undang Malaysia berhubung salah laku liwat serta menuntut hak dan kebebasan kepada golongan LGBTIQ.
COMANGO juga menuntut penghapusan peruntukan-peruntukan berkaitan kesalahan mengikut undang-undang syariah yang memberi rujukan negatif terhadap permasalahan moral yang dilihat sebagai 'hak peribadi' (Perkara 9.1 dan 9.5 DLC) yang timbul dari kedudukan Perkara 3 (1) Perlembagaan Persekutuan yang memposisikan Islam sebagai Agama Persekutuan dan Enakmen-enakmen berkaitan kesalahan-kesalahan Syariah.
Selain itu, dalam taklimat yang sama, COMANGO dilihat cuba memberi tekanan ke atas kes penggunaan nama 'Allah' oleh The Herald Weekly yang masih di peringkat Mahkamah Rayuan.
Secara ringkasnya, semua permasalahan yang dikemukakan oleh COMANGO adalah merupakan perkara-perkara yang berkaitan agama Islam. Ini memperlihatkan bahawa COMANGO sengaja mengenepikan hakikat bahawa Malaysia adalah sebuah negara Islam di mana kedudukan Islam telah pun tertulis secara jelas di dalam perlembagaan.
Persoalannya, kenapa baru hari ini Malaysia perlu berhadapan dengan tuntutan-tuntutan sebegini? Jawapannya ialah kerana umat Islam di Malaysia semakin lemah sehingga membuka ruang kepada musuh-musuh Islam untuk mencabar dan menentang.
Keadaan menjadi sebegitu buruk apabila parti PAS yang merupakan pihak yang dahulunya paling 'keras' melaungkan Islam dan menentang sebarang bentuk keterbukaan kini turut bersekongkol dengan musuh-musuh Islam. Bagi memelihara 'pakatan' mereka, PAS telah menunjukkan sifat yang pasif dalam menentang usaha memurtadkan umat Islam dan berdolak dalih dalam mempertahankan kalimah 'Allah' dari disalahgunakan oleh bukan Islam.
Parti UMNO yang menjadi tonggak kerajaan bagaikan keseorangan dalam mempertahankan Islam di negara ini. Dalam keadaan di mana tekanan diterima dari seluruh pelusuk termasuk dari dalam barisan kerajaan sendiri akibat lantikan mereka-mereka yang mempunyai 'idea' yang terbuka mengenai Islam, maka pertahanan UMNO juga semakin goyah.
Melalui COMANGO, musuh-musuh Islam melancarkan serangan mereka untuk memastikan Malaysia tidak lagi menggunapakai undang-undang yang berteraskan Islam. Bagi mereka Islam adalah satu masalah besar dan perlu dihapuskan kerana ia tidak menepati citarasa mereka yang ingin mengamalkan kebebasan tanpa syarat dan had.
Umat Islam di Malaysia tidak mungkin dapat menahan asakan mereka selama-lamanya sekiranya kita terus berpecah belah. Oleh itu, PAS yang mewakili jumlah umat Islam yang signifikan di negara ini wajib meletakkan pendirian yang jelas dalam memilih untuk berada di pihak mana, iaitu sama ada bersama parti yang membela Islam yakni, UMNO, atau bersama parti yang tegar berjuang untuk menghapuskan Islam sebagai agama rasmi serta menyanjung pluralisme iaitu DAP dan PKR.
Selagi PAS bersama DAP dan PKR, selagi itulah PAS merupakan rakan subahat untuk menghancurkan Islam di negara ini.
Sesungguhnya, PAS tidak wajar menggunakan nama Islam jika ingin terus berpimpin tangan dengan DAP dan PKR tetapi di masa yang sama mengharapkan UMNO sendirian berhadapan dengan asakan COMANGO. Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
Naib Presiden Parti Cinta Malaysia (PCM), Mejar Huan Cheng Guan berkata, Pendaftar Pertubuhan (ROS) perlu bertindak lebih tegas terhadap DAP berkenaan isu pemilihan semula Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC).
Ujarnya, sikap lembut ROS menyebabkan DAP mengambil kesempatan dengan memburuk-burukkan ROS kononnya ROS sengaja mensensasikan isu ini dan secara tidak langsung UMNO dan BN terheret sama apabila dikatakan menjadi dalang.
Menurut Cheng Guan, beliau difahamkan DAP telah beberapa kali mengadakan perjumpaan bersama ahli-ahlinya untuk membincangkan permasalahan ini dan intipati perjumpaan tersebut adalah lebih kepada memburukkan ROS.
"ROS menjadi 'punching bag' DAP. Sekali dua mungkin orang tidak percaya tetapi apabila sudah kerap diburukkan ditambah pula dengan sikap lembut ROS maka orang akan percaya bahawa ROS sengaja mahu menyusahkan DAP.
"Walau pada hakikatnya permasalahan ini adalah berpunca daripada DAP sendiri namun kerana sikap putar belit DAP maka pihak lain yang akan dipersalahkan.
"Saya menggesa agar ROS lebih berani bertindak tegas dengan memberi tarikh akhir untuk DAP mengadakan semula pemilihan CEC. Sekiranya gagal, tindakan akan diambil. ROS tidak perlu takut dengan DAP,".
Usaha Biro Ekonomi dan Persatuan Pedagang dan Pengusaha Melayu Malaysia (Perdasama) menganjurkan program Jelajah Francais 1Malaysia dilihat mampu menarik minat komuniti usahawan dan bakal usahawan di peringkat akar umbi untuk menceburi bidang perniagaan melalui konsep francais.
Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Dato' Hasan Malek berkata, program ini juga mampu membangunkan lebih ramai usahawan menjadi francaisor dan francaisi.
"Difahamkan bahawa program Jelajah Francais 1Malaysia ini bukan sahaja mensasarkan penglibatan golongan usahawan malah ia juga akan melibatkan pelajar university, NGO, golongan belia, wanita, dewan-dewan perniagaan, ahli koperasi dan orang awam.
Ianya satu tujuan yang murni dalam usaha untuk membantu meningkatkan ekonomi orang-orang Melayu kerana landskap ekonomi global pada masa ini adalah lebih mencabar, maka kita perlu berusaha untuk memastikan ekonomi kita terus berdaya tahan.
Kita mahu membentuk masyarakat yang berwibawa, dengan nilai-nilai positif bagi menghadapi cabaran-cabaran yang menunggu kita di masa hadapan," ujarnya dalam majlis pelancaran Jelajah Francais 1Malaysia, di sini hari ini.
Tambahnya, untuk melangkah maju, kita perlu perubahan sikap serta keyakinan dan tidak takut untuk berdikari. Kita perlu cekal dan menepis segala bentuk halangan yang ada untuk mencakap kemajuan.
Dalam masa yang sama, Pengerusi Biro Ekonomi dan Pembangunan Usahawan Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Dato' Sohaimi Shahadan berkata, sector francais di dalam neaara ini memainkan peranan penting dalam menjana ekonomi Negara.
"Bagi tahun 2013, kerajaan mensasarkan sektor francais menyumbang sebanyakRM23.6 bilion kepada keluaran dalam Negara kasar (KDNK).
Sehingga bulan ini, sebanyak 676 perniagaan francais telah mendaftarkan perniagaan mereka, yang mana daripada jumlah ini, sebanyak 480 adalah syarikat francais tempatan," ujarnya yang juga EXCO Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia.
Yuktes Vijay bekas pembantu kepada pasukan pembelaan Datuk Seri Anwar Ibrahim semalam telah membuat laporan kepada kedutaan Amerika Syarikat (AS) dan enam kedutaan lain iaitu Syria, Qatar, Australia, Peranchis, British dan Turki.
Laporan itu berkaitan dengan penipuan Anwar tentang keputusan Pilihanraya Umum ke-13 yang mendakwa terdapat pengundi hantu, warganegara Bangladesh dan kejadian blackout di pusat-pusat pengundian.
Yuktes turut memberi satu salinan bertulis kepada kesemua kedutaan tersebut.
Bekas pembantu peguambela itu ketika ditemui NST di kedutaan AS turut membuat cabaran terhadap Anwar untuk berdebat dengannya tentang penipuan itu.
"Saya tidak nampak mengapa saya tidak boleh mencabar Anwar untuk berdebat. Beliau hanya seorang ahli biasa parlimen yang dipilih oleh orang ramai.
"Alasan mengapa saya lakukan ini adalah kerana saya tidak mahu mana-mana negara atau badan asing berfikir bahawa Malaysia mempunyai sistem demokrasi yang cacat, di mana tuduhan itu adalah tidak benar." katanya.
Ketika dihubungi AIDCNews, Yuktes menambah langkahnya menjejakkan kaki ke kedutaan itu merupakan langkah permulaan yang bakal disusuli dengan langkah-langkah seterusnya.
"Apabila saya tuduh dia penipu, Anwar tidak jawab, bila saya kata Anwar biseksual, dia juga tidak saman, sekarang ini saya cabar dia berdebat, ini pun saya yakin dia tidak akan sahut.
"Ini baru permulaan, banyak lagi langkah seterusnya, terdekat saya akan desak agar gelaran Menteri Kewangan Asia Terbaik oleh Asiamoney ditarik balik. Bukti yang ada hari ini menunjukkan Anwar tidak layak untuk gelaran itu.
"Saya juga bercadang untuk berjumpa dengan Setiausaha Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan Setiasaha Inter-Parliamentary Union (IPU) melalui Kementerian Luar Negeri.
"Saya tidak pernah minta pertolongan daripada pihak kerajaan mahupun kementeriaan, tetapi kali ini saya perlukan bantuan mereka kerana ia melibatkan pihak asing,"katanya lagi.- AIDCnews
Wasabi Oyabun..
You are subscribed to email updates from Oyabun To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
Aku tak pasti sama ada kesilapan ini di sengajakan atau tidak, tapi ini cukup memalukan, kalau perkara ini terjadi pada stesen tv swasta, aku boleh pejam mata, tapi ia berlaku pada stesen tv milik kerajaan...
Hairan... takan lah orang yang di tugaskan untuk menyediakan grafik untuk slot berita ini tak pesan akan tulisan yang menghina pasukan polis itu atau dia buat-buat tak perasan...
Apa pun pihak kementerian penerangan melalui menterinya dan pihak rtm perlu memohon maaf secara terbuka kepada pihak pdrm dan kdn atas perkara yang berlaku...
Ramai yang menghukum Tanda Putera sebagai agenda propaganda UMNO untuk membakar api perkauman sebelum menontonnya. Ini satu sikap yang melulu dan tidak adil. Yang menyedihkan, bukan sedikit Melayu turut serta dalam kempen memboikot yang didalangi DAP. Tanpa sedar mereka meletakkan diri mereka setaraf dengan LEMBU belaan kafir harbi yang takut dosa-dosa mereka ke atas orang Melayu dan Negara ini daripada diketahui umum.
Ramai yang tidak tahu Tanda Putera mengisahkan tentang kekentalan semangat dua pemimpin ulung UMNO yang bertarung dengan penyakit maut demi untuk memastikan Negara aman dan makmur. Ramai yang tidak sedar betapa susahnya hidup rakyat ketika darurat 13 Mei dahulu. Dan ramai juga yang tidak tahu bahawa situasi yang membawa kepada peristiwa 13 Mei itu sama seperti apa yang berlaku sekarang.
Sebab itulah DAP seperti cacing kepanasan apabila Tanda Putera diputuskan untuk tayangan kepada umum. Mereka seboleh-bolehnya tidak mahu rakyat melihat gelagat Lim Kit Siang dan chauvinis-chauvinis Cina kencing di tiang bendera Malaysia di hadapan rumah MB Selangor ketika itu, Arwah Datuk Haron Idris, sebagai penghinaan yang Selangor sudah jatuh ke tangan cina DAP.
Ramai juga yang tidak tahu pun, satu pembunuhan beramai-ramai telah dilakukan oleh chauvinis DAP dalam satu pawagam di Kuala Lumpur ketika peristiwa 13 Mei dahulu. Sehingga kini, DAP tidak pernah menyesal atau menyatakan permohonan maaf di atas apa yang berlaku kepada orang Melayu.
Atas dasar tanggungjawab inilah, Restoran Sekinchan Ikan Bakar, telah menaja satu tayangan khas filem Tanda Putera kepada 150 penduduk kampung dari Sg. Besar, Selangor. Tayangan khas yang akan diadakan hari ini pada jam 6 petang di Mid Valley Megamall Kuala Lumpur adalah sebagai satu usaha untuk menanam sifat patriotik dan bersyukur, terutamanya kepada generasi muda hari ini. Pada kami, ini adalah satu usaha murini yang patut mendapat pujian kerana ia bukan sahaja dapat membentuk minda anak-anak muda hari ini, malah membantu industri perfileman negara.
Langkah kebajikan yang dibuat oleh pihak Sekinchan Ikan Bakar ini sepatutnya menjadi contoh kepada semua dan jauh lebih mulia dan berbaloi daripada memberi geran membuat filem kepada cina bangsat yang menghina Negara!
Kami pernah mendedahkan sebelum ini yang antara punca utama penurunan subsidi petrol secara drastik, adalah sebagai memenuhi ultimatum penasihat PM yang dikenali sebagai PEMANDU. Klik di sini untuk baca lebih lanjut.Namun begitu, ini bukanlah bermaksud kami menentang keputusan PM baru-baru ini, cuma pada pendapat kami, adalah lebih baik PM menghentikan terlebih dahulu khidmat PEMANDU yang jauh lebih membebankan kewangan Kerajaan sebelum boleh mengurangkan subsidi yang dinikmati rakyat marhaen.
Sebelum itu, mari kita teliti siapa yang BERKUASA dalam PEMANDU ini:
Sekali pandang, kami nampak struktur di atas lebih mirip kepada DAP atau PKR berbanding senarai penasihat Kerajaan BN yang diterajui UMNO. Apakah dalam UMNO sudah tiada pakar ekonomi dan penasihat yang lebih berkelayakan? Apakah kita ketandusan golongan Melayu Profesional?
Jika diteliti berdasarkan siapa yang menerajui PEMANDU ini, kami mendapati terdapat unsur sabotaj yang halus kepada PM dan pihak Kerajaan. Perhatikan sahaja siapa yang berpengaruh menasihatkan PM untuk mengurangkan SUBSIDI, dan siapa pula di belakang REHDA yang menaikkan harga rumah sebanyak 20% sehari selepas itu? Tetapi mereka ini semua bijak berselindung. Apabila subsidi dikurangkan, rakyat hanya akan nampak PM untuk dipersalahkan!
Scores of Pemandu senior staffers are totally unqualified to justify their HUGE salaries and perks. Many are outright incompetent and indeed a threat to our nation's security.
I give you one such glaring example below.
This person, Farah Intan Burhanudin barely made it thru UIA (with a couple of repeats) and was a total washout at Zaid Ibrahim & Co. After getting laid off from ZICO, she reappeared out of nowhere into a key post in Pemandu. She handles PDRM programmes and KPIs and monitors the police force on behalf of Najib and previously for Hishammuddin H. Onn as well. Hishammuddin thr weakling was in her pocket and she -- in HIS name -- could summon CPOs and OCPDs to her beck and call.
Her partying lifestyle, heavy drinking and expensive trips overseas (disguised as "working visits") are well known in the office, where she is known as the Party Queen of Pemandu.
Her promiscuous liaisons with foreign men makes her vulnerable to undue influence by foreign interests and she could even be blackmailed into divulging national secrets to her foreign seductors.
Farah Intan is a security threat. Her lavish lifestyle, promiscuity and drinking habit makes her TOTALLY UNSUITABLE for her job. How can this drunk slut be advising softy Najib on anything? In the interest of our nation, pls get her and others like her removed from Pemandu...Klik di sini untuk baca lanjut
Kami harap sedikit maklumat di atas ini dapat menrungkai siapa dalang sebenar yang banyak melakukan sabotaj kepada PM, Kerajaan dan BN. Selama ini, PEMANDU tiada pun BN sudah banyak berjasa kepada rakyat. Lagi pun, dengan menghapuskan PEMANDU ini, Kerajaan berupaya menjimatkan berbillion RM duit gaji, bonus, elaun arak dan trip luar negara mereka.
Kami yakin, PM Najib Razak akan mendahulukan rakyat demi Malaysia!
Sekumpulan kira-kira 300 orang penyokong kerajaan berhimpun di luar kompleks Istana Kehakiman pagi ini sementara menunggu kes rayuan isu kalimah 'Allah' di Mahkamah Rayuan.
Kumpulan penyokong terbabit, sebahagian besarnya terdiri daripada anggota Wanita Umno dan penyokong Pertubuhan Peribumi Perkasa (PERKASA) berkumpul membaca surah Yaasin di pintu masuk kompleks mahkamah tersebut.
Kumpulan lelaki dan perempuan itu, antara lainnya dipimpin Presiden PERKASA, Datuk Ibrahim Ali dan CALON MAJLIS TERTINGGI UMNO Tun Faisal Ismail, berhimpun sejak kira-kira jam 8.40 pagi.
Ibrahim turut mengambil peluang untuk berucap di perhimpunan bekrenaan, selain naib presidennya Datuk Zulkifli Noordin.
Sebahagian daripada peserta lelaki bacaan Yaasin memakai pengikat kepala berwarna merah dengan tulisan 'Perkasa' dan sebahagian yang lain pula memakai baju-T bertulisan "Allah Just For Muslim, Fight No Fear".
Sebahagian besar peserta perempuan pula, yang berpakaian warna merah putih, duduk di sebelah kanan pintu masuk mahkamah.
Sementara itu, seorang daripada penyokong tersebut yang hanya mahu dikenali sebagai Umairah, 26 tahun, berasa "teruja dengan perjuangan untuk mempertahankan kalimah Allah".
"Saya berharap kes ini (kerajaan) akan menang.
"Insya-Allah kami akan berjuang habis-habisan," katanya yang bertugas sepenuh masa sebagai relawan Pertubuhan Kebajikan islam Darul Falah (Perkid).
Seorang lagi penyokong kerajaan, Abdul Rahim Sat, 41 tahun pula berasa "berkobar-kobar menanti keputusan hari ini".
"Kita akan terus berjuang lagi," katanya yang turut hadir pada perhimpunan yang sama 23 Ogos lalu.
Polis yang berkawal di sekitar mahkamah menyaring orang awam yang keluar dan masuk ke kompleks mahkamah.
Sementara itu, kumpulan Kristian yang diwakili beberapa peguam dan beberapa rahib turut memenuhi galeri awam mahkamah untuk mengikuti perbicaraan.
Kumpulan Kristian tersebut melibatkan Sidang Injil Borneo Sabah, Majlis Gereja Sabah dan Persatuan Gereja Sarawak.
Turut hadir adalah badan Kristian utama semenanjung, termasuk Majlis Gereja dan Persekutuan Kristian Malaysia dan Sidang Injil Borneo Semenanjung.
Kumpulan Kristian terbabit menjadi pemerhati dalam kes berkenaan.
Tujuh majlis agama Islam dan Persatuan Cina Muslim Malaysia juga menjadi pemerhati dalam kes tersebut. -
Sumber: MalaysiaKini
Insya Allah, dengan berkat dan rahmatNYA, Islam pasti akan diperlihara di negara yang tercinta ini. Cuma seperkara yang menyedihkan, para pejuang JIHAD PAS tidak turut serta dalam usaha murni ini hari ini. Mungkin kerana pada anggapan mereka, undi Cina DAP lebih patut dipertahankan berbanding Islam itu sendiri. Sangat memilukan hati.
Ayuh sama-sama kita panjatkan doa ke hadrat Illahi agar Islam terus berdaulat di negara ini. Al Fatihah...Insya Allah, petang ini, Islam pasti menang!
Ahmad Nizam (dua, kiri) menunjukkan sehelai kain yang tertulis nama 12 imam yang menjadi pegangan pengikut Syiah selain tujuh batu Karbala yang dirampas, kelmarin.
Sejenis batu dikenali sebagai batu Karbala yang dianggap suci oleh pengikut ajaran Syiah antara barangan yang berjaya dirampas dalam satu serbuan Jabatan Agama Islam Perak (Jaipk) di Bagan Serai, kelmarin.
Batu sebesar duit siling 50 sen yang dibawa khas dari Iran itu dikatakan digunakan pengikut Syiah terbabit ketika solat.
Ketua Pegawai Penguatkuasa Agama Jaipk, Ahmad Nizam Amiruddin berkata, ia merupakan rampasan pertama sejak Jaipk melancarkan beberapa siri serbuan di seluruh negeri sejak beberapa bulan lalu.
Menurutnya, batu itu dianggap suci berikutan ia diperbuat dari tanah dari Karbala, Iran dan tidak menolak kemungkinan ia diseludup masuk ke negara ini.
"Kebiasaannya kita hanya menemui risalah, poster dan beberapa buku yang berkait rapat dengan ajaran Syiah tetapi kali ini, kita berjaya menemui tujuh batu Karbala yang tertera kalimah Syiah ini," katanya ketika sidang media di Pejabat Bahagian Penguatkuasa Undang-Undang Syariah Jaipk di sini, semalam.
Jaipk turut merampas sehelai kain sepanjang kira-kira lima meter yang tertulis nama 12 imam yang dijadikan satu dari rukun iman dalam Syiah, buku berkaitan Syiah, sekeping gambar yang didakwa sebagai Saidina Hussein serta sehelai baju T Syiah.
Sekumpulan peguam yang diketuai oleh Presiden Persatuan Peguam Muslim Malaysia, Datuk Zainul Rijal Abu Bakar (kanan) keluar rehat sebelum Mahkamah Rayuan menyambung semula mendengar rayuan kerajaan untuk mengetepikan keputusan terdahulu yang membenarkan kalimah Allah digunakan dalam majalah mingguan Herald di Putrajaya, semalam.
PUTRAJAYA 10 Sept. - Kerajaan bertindak berlandaskan undang-undang ketika melarang majalah mingguan Herald daripada menggunakan kalimah Allah dalam penerbitannya bagi mengelak kekeliruan agama yang boleh mengancam ketenteraman awam serta menimbulkan sensitiviti keagamaan.
Arahan bertarikh 7 Januari 2009 yang dikeluarkan oleh Menteri Dalam Negeri itu munasabah dan selaras dengan Enakmen-Enakmen Kawalan dan Sekatan Pengembangan Agama Bukan Islam Kepada Orang Islam (Negeri-Negeri).
Perkara tersebut dinyatakan sewaktu Mahkamah Rayuan mendengar rayuan Kerajaan dan enam pihak lain yang tidak berpuas hati dengan keputusan kontroversi Mahkamah Tinggi membenarkan kalimah suci itu digunakan dalam seksyen Bahasa Melayu majalah tersebut.
Panel tiga hakim diketuai oleh Datuk Seri Mohamed Apandi Ali yang bersidang bersama Datuk Abdul Aziz Abdul Rahim dan Datuk Mohd. Zawawi Salleh selepas mendengar penghujahan dalam mahkamah yang penuh sesak, menangguhkan keputusan hingga bulan depan.
Peguam Kanan Persekutuan, Suzana Atan yang mewakili perayu-perayu sebelum itu berhujah, Menteri Dalam Negeri membuat pertimbangan keharmonian masyarakat berbilang kaum, agama dan budaya boleh terancam jika kalimah Allah digunakan dalam penerbitan itu.
Beliau menyatakan, masyarakat Islam di negara ini amat sensitif terhadap perkara berhubung isu agama terutamanya penggunaan kalimah Allah yang merujuk kepada Tuhan bagi penganut agama itu.
''Kalimah Allah merupakan kalimah suci umat Islam dan diletakkan pada kedudukan yang paling tinggi yang kesuciannya mesti dipelihara. Ia merujuk kepada keesaan-Nya dan tidak boleh disamakan dengan konsep Triniti mengikut kepercayaan penganut Kristian,'' hujah beliau.
Sehubungan itu, Suzana menyatakan, kalimah Allah bukan semata-mata terjemahan kepada perkataan Tuhan seperti yang dinyatakan dalam Herald tetapi merupakan kata nama khas bagi Tuhan untuk masyarakat Islam.
Dalam hujahnya, Suzana turut membangkitkan bukti baharu berhubung keharmonian kaum yang tercemar melalui afidavit yang menyatakan beberapa kejadian antaranya cubaan membakar gereja berikutan keputusan Mahkamah Tinggi itu.
Beliau turut menyatakan, arahan tersebut merupakan tindakan awal menteri dan tidak memerlukan insiden sebenar yang menggugat ketenteraman awam berlaku terlebih dahulu sebelum membolehkan arahan dikeluarkan.
Sehubungan itu, kata beliau, tiada bukti yang menunjukkan menteri berkenaan bertindak atas niat jahat atau melaksanakan budi bicara secara tidak munasabah ketika mengeluarkan sekatan terhadap majalah berkenaan.
Sementara itu, peguam Tan Sri Abdul Aziz Abdul Rahman yang mewakili Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) berhujah, kalimah Allah tidak boleh digunakan oleh agama lain kerana kalimah itu hak eksklusif umat Islam dan tiada bukti menunjukkan perkataan itu sebahagian daripada agama Kristian.
''Jika seseorang menggunakan kalimah Allah, ia merupakan seorang Islam,'' hujah beliau.
Abdul Aziz turut mempertikaikan terjemahan perkataan Allah kerana Injil yang asli adalah dalam bahasa Ibrani (Hebrew) yang kemudian diterjemahkan kepada bahasa Latin.
Menurut beliau, kitab terjemahan di Sabah dan Sarawak tidak asli kerana Bible dalam bahasa Inggeris yang telah diterjemahkan tidak mengandungi kalimah Allah.
Dalam pada itu, Mubashir Mansor yang berhujah bagi pihak Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (Maidam) menyatakan, sekatan itu munasabah bagi menghalang isi kandungan majalah itu yang turut boleh diakses secara dalam talian, disebarkan kepada umat Islam.
Peguam itu turut mempertikaikan penggunaan kalimah Allah yang diterjemahkan dalam seksyen bahasa Melayu kerana Kitab Bible versi bahasa Inggeris tidak terkandung kalimah berkenaan.
Hujah Mubashir, Terengganu melaksanakan enakmen yang melarang penggunaan perkataan itu dalam kalangan bukan Islam dan mereka perlu mendapat kebenaran Sultan untuk menggunakannya.
Mahkamah turut mendengar penghujahan Mohamed Haniff Khatri Abdulla yang mewakili Persatuan Cina Muslim Malaysia (Macma) yang menyatakan, Mahkamah Tinggi terkhilaf dalam keputusannya kerana gagal menimbangkan bahawa Islam adalah agama Persekutuan dan tidak boleh berdiri sama tinggi dengan agama lain.
Pada sebelah petang, Porres Royen yang mewakili Gereja Roman Katolik berhujah, penggunaan kalimah Allah tidak harus disekat kerana ia bukan merupakan satu kesalahan memandangkan perkataan itu hanya digunakan untuk penganut Kristian.
Beliau menghujahkan, isu yang ditimbulkan itu bukan perkara baharu kerana perkataan tersebut telah digunakan sejak zaman berzaman lamanya dan tiada perkataan lain yang lebih sesuai bagi menggantikan perkataan Tuhan melainkan dengan menggunakan kalimah Allah.
Seorang lagi peguam pihak gereja, Benjamin Dawson turut berhujah, kalimah Allah yang digunakan dalam bahasa Indonesia di Sabah dan Sarawak serta di negara jiran itu tidak langsung membangkitkan sebarang kekacauan.
Menurut beliau, perkataan itu merupakan yang sama digunakan dalam Bible dan juga al-Quran dan tidak sesuai untuk mengubahnya kerana telah lama digunakan dan penerbitan itu hanya khusus untuk penganut Kristian.
Pada 31 Disember 2009, Mahkamah Tinggi membenarkan permohonan semakan kehakiman oleh Ketua Paderi Roman Katolik Kuala Lumpur, Tan Sri Murphy Pakiam agar Herald dibenarkan menggunakan kalimah Allah.
Mahkamah Tinggi berpuas hati bahawa keputusan Menteri Dalam Negeri melarang penerbitan Herald daripada menggunakan kalimah Allah dalam majalah edisi bahasa Malaysia, adalah menyalahi undang-undang, batal dan tidak sah.-UMO
PUTRAJAYA 10 Sept - Mahkamah Rayuan hari ini menetapkan keputusan rayuan pihak kerajaan terhadap penggunaan kalimah Allah dalam penerbitan Herald - The Catholic Weekly seawalnya pada Oktober.
Keputusan itu diambil oleh tiga panel hakim yang diketuai Datuk Seri Mohamed Apandi Ali yang bersidang bersama Datuk Abdul Aziz Abdul Rahim dan Datuk Mohamad Zawawi Salleh yang mendengar rayuan pihak kerajaan hari ini.
"Keputusan tidak akan memakan masa mengambil kira keprihatanan rakyat terhadap isu ini. Keputusan dijangka diumum seawalnya pada Oktober. Tarikh akan diberitahu kelak," kata Mohamed Apandi sebaik mendengar hujah pihak kerajaan dan Herald.
Pihak kerajaan merayu berhubung keputusan Mahkamah Tinggi pada 31 Disember 2009 yang membenarkan Gereja Katolik menggunakan kalimah " Allah " dalam penerbitan Herald - The Catholic Weekly.
Kronologi pertikaian penggunaan kalimah Allah bermula pada pada 16 Februari 2009 apabila pihak Herald memfailkan semakan kehakiman berhubung penggunaan kalimah Allah dalam penerbitan gereja itu serta menamakan Kementerian Dalam Negeri dan kerajaan sebagai responden.
Herald menuntut, antara lain satu deklarasi bahawa keputusan Menteri Dalam Negeri pada 7 Januari 2009 berhubung larangan penggunaan kalimah Allah dalam mingguan Katolik itu adalah tidak sah dan kalimah Allah bukanlah eksklusif kepada agama Islam.
Majalah mingguan Katolik yang dicetak dalam empat bahasa, menggunakan kalimah Allah sebagai terjemahan untuk God bagi seksyen bahasa Malaysia namun kerajaan berhujah bahawa kalimah Allah hanya boleh digunakan secara eksklusif oleh orang Islam sahaja.
Pada 31 Disember 2009, Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Lau Bee Lan memerintahkan bahawa keputusan Menteri Dalam Negeri melarang penerbitan akhbar mingguan The Herald itu daripada menggunakan kalimah Allah dalam majalah edisi bahasa Malaysia, adalah menyalahi undang-undang, batal dan tidak sah.
Pada 5 Januari 2010, Kementerian Dalam Negeri (KDN) memfailkan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang membenarkan Gereja Katolik menggunakan kalimah " Allah " dalam penerbitan Herald - The Catholic Weekly.
Pada Julai 2013 Titular Roman Catholic Archbishop of Kuala Lumpur memfailkan permohonan bagi membatalkan permohonan rayuan majlis agama Islam dan pihak kerajaan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang membenarkan penggunaan kalimah Allah oleh majalah mingguan Katolik The Herald
Pada 22 Ogos lalu Mahkamah Rayuan menolak permohonan berkenaan sekaligus membenarkan pihak majlis agama Islam dan kerajaan meneruskan rayuan.
PUTRAJAYA 10 Sept – Kalimah Allah bukan merupakan sebahagian kepercayaan, kefahaman mahupun pengamalan orang Kristian, demikian hujah Peguam dari Majlis Agama Islam Selangor, Tan Sri Abdul Aziz Abdul Rahman.
Katanya, tidak mungkin kalimah Allah menjadi sebahagian kepercayaan orang Kristian.
"Jika kalimah Allah menjadi kepercayaan mereka, sudah tentu mereka Islam. Justeru, perkataan Allah adalah untuk agama Islam bukan untuk Kristian," demikian antara hujahnya.
Beliau berkata, saya tidak pasti bagamaimana mereka (orang Kristian) menterjemahkan God kepada Allah.
"Dalam bahasa apa? English pun tiada perkataan Allah. Sebabnya, dalam Bible asal mesti dalam bahasa Hebrew (Yahudi Israel).
"Maka apabila diterjemahkan kepada Bible asal atau bahasa Greek, tiada penggunaan kalimah Allah di situ," tegasnya ketika ditemui wartawan selepas perbicaraan berhenti rehat.
Oleh yang demikian beliau menegaskan bahawa perkataan God sama sekali tidak boleh diterjemahkan kepada perkataan Allah.
Kalimah Allah adalah milik eksklusif umat Islam, hanya orang Islam sahaja yang boleh dan berhak menggunakan kalimah Allah.
Segala hujah oleh pihak perayu telah dikemuka dan dibahaskan pada sebelah pagi. Pada jam 12.40 tengah hari tadi, mahkamah berhenti rehat dan bersambung semula pada jam 2.15 petang ini dengan hujahan oleh pihak Kristian.
Suara Politik Belantan
You are subscribed to email updates from Belantan To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
JOHOR BAHRU 10 Sept. - Ahli Parlimen Pengerang, Datuk Seri Azalina Othman Said (gambar) mengesahkan menarik diri daripada bertanding merebut jawatan Ketua Pergerakan Wanita UMNO bagi mengelakkan perpecahan dalam parti.
Beliau yang juga Ketua UMNO Bahagaian Pengerang berkata, walaupun berat untuk menarik diri, namun demi perpaduan dan keutuhan parti keramat Melayu itu, beliau sanggup membuat keputusan tersebut.
"Saya tak mahu bibit-bibit perpecahan berlaku khususnya dalam Wanita UMNO yang merupakan tunjung kepada UMNO. Berikutan itu, saya buat keputusan untuk tidak bertanding jawatan Ketua Wanita, tetapi akan mempertahankan jawatan sebagai ahli Majlis Tertinggi (MT) pada pemilihan parti bulan depan.
"Saya yakin walaupun tidak bertanding jawatan Ketua Wanita, masih ada ruang dan peluang untuk membantu memantapkan parti menerusi jawatan MT," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini.
Dengan penarikan diri bekas Ketua Puteri UMNO itu, kini jawatan Ketua Wanita UMNO dijangka dikekalkan oleh penyandangnya, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil tanpa pertandingan.
Azalina yang juga bekas Menteri Pelancongan mengakui pengalaman menjadi Ketua Puteri sebelum ini sedikit sebanyak boleh dimanfaatkan untuk memperkukuhkan kedudukan UMNO dan Barisan Nasional (BN) terutamanya mendepani Pilihan Raya Umum Ke-14 kelak.
Beliau yakin tindakan menarik diri daripada menentang Sharizat mungkin ada hikmah dan menganggap keputusan itu sebagai ketentuan ilahi yang harus diterima dengan baik.
Azalina menjadi Ketua Puteri UMNO dari tahun 2000 hingga 2004 dan ahli MT dari 2004 hingga 2009.
Jika benar gambar ini tidak diedit maka siasatan perlu dijalankan segera kerana ia seperti menghina polis kita.
Dengan ops cantas semakin berjaya hari ink sudah pasti ramai akan terasa kesannya. Begitu juga ops 6P menahan pendatang tanpa izin juga meresahkan pihak yang selama ini mengaut keuntungan atas kedegilan menggaji pekerja tanpa izin.
Namun adakah kerana itu timbul gambar logo salah di stesen milik kerajaan ini?
Semua agensi berita RTM dan juga stesen swasta perlu diperhatikan yang bertugas di bahagian berita. Samada edit video atau berita.
Kemungkinan perbuatan sabotaj berlaku amat tinggi jika dibiarkan dan jika diperhati seakan ada beberapa rakaman yang menampakkan imej negatif kepada Kerajaan di TV swasta.
KUALA LUMPUR 10 Sept. - Mahkamah Rayuan Putrajaya hari ini menangguhkan kes rayuan berhubung penggunaan kalimah Allah pada satu tarikh yang akan ditetapkan kelak.
Prosiding mahkamah yang bermula sekitar jam 9.45 pagi itu telah diketuai oleh Hakim Datuk Seri Mohamed Apandi Ali bersama Datuk Abdul Aziz Rahim dan Datuk Mohamed Zawawi Salleh.
Kes ini diteruskan berikutan keputusan Mahkamah menolak permohonan Titular Roman Catholic Archbishop of Kuala Lumpur, Tan Sri Murphy Pakiam bagi membatalkan rayuan Kementerian Dalam Negeri berhubung keputusan Mahkamah Tinggi dalam penggunaan kalimah Allah oleh orang bukan Islam.
Murphy antara lain menuntut satu deklarasi dengan menyatakan keputusan Kementerian Menteri Dalam Negeri pada 7 Januari 2009 berhubung larangan penggunaan kalimah Allah dalam The Herald adalah tidak sah kerana ianya eksklusif kepada agama Islam.
Sementara itu, suasana di luar mahkamah gamat dengan kehadiran lebih 500 wakil dari Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) dan wakil parti politik bagi menanti prosiding rayuan kerajaan terhadap status penggunaan Kalimah Allah terhadap Agama Kristian.
Matlamat COMANGO Untuk Hapus Islam Sebagai Agama Rasmi
Gabungan NGO Malaysia telah mengadakan satu taklimat pada 11 Julai 2013 yang lalu bagi Proses UPR (COMANGO). Ia dipengerusikan oleh Tian Chua dan dihadiri oleh wakil-wakil NGO, antaranya Hak Asasi Manusia, Majlis Peguam, SOGI atau Sexual Orientation and Gender Identity yang memperjuangkan LGBT, dan lain-lain lagi.
Malaysia bakal menjalani proses Semakan Berpenggal Sejagat (UPR) Majlis hak Asasi Manusia PBB pada 24 Oktober 2013 di Geneva, Switzerland. Proses ini akan menentukan tahap komitmen Malaysia terhadap Hak Asasi Manusia mengikut syor yang dikemukakan oleh Negara-negara PBB pada UPR pertama pada tahun 2009.
Secara dasarnya, Malaysia adalah sebuah negara yang meletakkan hak asasi manusia di tempat yang cukup tinggi. Hanya di Malaysia kita melihat semua agama mendapat ruang yang cukup besar dari segi pembangunan tempat ibadah. Hanya di Malaysia, kita melihat kaum minoriti diberi hak ke atas sekolah berasingan serta bebas mempunyai akhbar sendiri, mengamalkan bahasa ibunda masing-masing sehingga mengabaikan Bahasa Kebangsaan.
Hanya di Malaysia juga, kita melihat kaum minoriti 'berkuasa' menekan dan mencabar kaum majoriti, malah mengejek dan mempersenda kerajaan dan Raja-raja secara terbuka tanpa dikenakan apa-apa tindakan.
Di Malaysia, masalah hak asasi sebenar seperti buruh kanak-kanak atau diskriminasi wanita dalam pendidikan dan pekerjaan, tidak menjadi isu langsung. Pendek kata, semua manusia 'normal' di Malaysia bebas mengamalkan hak masing-masing dengan batas-batas tertentu agar tidak melanggar perlembagaan dan juga hak asasi orang lain sesuai dengan ketamadunan manusia.
Justeru, meletakkan Malaysia di bawah pemantauan COMANGO merupakan sesuatu yang meragukan. Dan keraguan ini terjawab apabila melihat isu-isu yang ditimbulkan di dalam Deraf Laporan COMANGO.
Antara isu yang menjadi perhatian COMANGO ialah isu LGBT atau SOGI. COMANGO menuntut penghapusan seksyen 377A Kanun Kesiksaan dalam undang-undang Malaysia berhubung salah laku liwat serta menuntut hak dan kebebasan kepada golongan LGBTIQ.
COMANGO juga menuntut penghapusan peruntukan-peruntukan berkaitan kesalahan mengikut undang-undang syariah yang memberi rujukan negatif terhadap permasalahan moral yang dilihat sebagai 'hak peribadi' (Perkara 9.1 dan 9.5 DLC) yang timbul dari kedudukan Perkara 3 (1) Perlembagaan Persekutuan yang memposisikan Islam sebagai Agama Persekutuan dan Enakmen-enakmen berkaitan kesalahan-kesalahan Syariah.
Selain itu, dalam taklimat yang sama, COMANGO dilihat cuba memberi tekanan ke atas kes penggunaan nama 'Allah' oleh The Herald Weekly yang masih di peringkat Mahkamah Rayuan.
Secara ringkasnya, semua permasalahan yang dikemukakan oleh COMANGO adalah merupakan perkara-perkara yang berkaitan agama Islam. Ini memperlihatkan bahawa COMANGO sengaja mengenepikan hakikat bahawa Malaysia adalah sebuah negara Islam di mana kedudukan Islam telah pun tertulis secara jelas di dalam perlembagaan.
Persoalannya, kenapa baru hari ini Malaysia perlu berhadapan dengan tuntutan-tuntutan sebegini? Jawapannya ialah kerana umat Islam di Malaysia semakin lemah sehingga membuka ruang kepada musuh-musuh Islam untuk mencabar dan menentang.
Keadaan menjadi sebegitu buruk apabila parti PAS yang merupakan pihak yang dahulunya paling 'keras' melaungkan Islam dan menentang sebarang bentuk keterbukaan kini turut bersekongkol dengan musuh-musuh Islam. Bagi memelihara 'pakatan' mereka, PAS telah menunjukkan sifat yang pasif dalam menentang usaha memurtadkan umat Islam dan berdolak dalih dalam mempertahankan kalimah 'Allah' dari disalahgunakan oleh bukan Islam.
Parti UMNO yang menjadi tonggak kerajaan bagaikan keseorangan dalam mempertahankan Islam di negara ini. Dalam keadaan di mana tekanan diterima dari seluruh pelusuk termasuk dari dalam barisan kerajaan sendiri akibat lantikan mereka-mereka yang mempunyai 'idea' yang terbuka mengenai Islam, maka pertahanan UMNO juga semakin goyah.
Melalui COMANGO, musuh-musuh Islam melancarkan serangan mereka untuk memastikan Malaysia tidak lagi menggunapakai undang-undang yang berteraskan Islam. Bagi mereka Islam adalah satu masalah besar dan perlu dihapuskan kerana ia tidak menepati citarasa mereka yang ingin mengamalkan kebebasan tanpa syarat dan had.
Umat Islam di Malaysia tidak mungkin dapat menahan asakan mereka selama-lamanya sekiranya kita terus berpecah belah. Oleh itu, PAS yang mewakili jumlah umat Islam yang signifikan di negara ini wajib meletakkan pendirian yang jelas dalam memilih untuk berada di pihak mana, iaitu sama ada bersama parti yang membela Islam yakni, UMNO, atau bersama parti yang tegar berjuang untuk menghapuskan Islam sebagai agama rasmi serta menyanjung pluralisme iaitu DAP dan PKR.
Selagi PAS bersama DAP dan PKR, selagi itulah PAS merupakan rakan subahat untuk menghancurkan Islam di negara ini.
Sesungguhnya, PAS tidak wajar menggunakan nama Islam jika ingin terus berpimpin tangan dengan DAP dan PKR tetapi di masa yang sama mengharapkan UMNO sendirian berhadapan dengan asakan COMANGO.
Bertemu dengan rakan dari Pulau Pinang yang juga aktivis media sosial dari Page Persatuan Mukabuku Pulau Pinang dan Page Hati Malaya.
Mereka datang tiga buah bas dari sana.
sedang menunggu perbicaraan disambung semula
Sekarang mahkamah itangguhkan dan menurut info rakan yang ditemui ini 8 orang peguam dijangka menyampaikan membentangkan hujahannya dan setakat ini baru tiga orang yang baru selesai.
bergambar kenangan
Tahniah kepada yang bersusah payah mengikuti perbicaraan kalimah Allah ini.
Ramai lagi dari Umno Perkasa Yadim ( Dr Asyraf Wajdi ) turut hadir.
Kunun nye pemimpin2 PAS Kedah akan buat posmotem tentang kematian PAS Kedah. Tok masih lagi ter nanti2 result dari posmortem kematian PAS di Kedah tu, sehingge saat ni masih lagi tidak dapat di umumkan keputusan dari hasil posmotem tu. Tok yakin walaupun mereke dah selesai dengan kajian posmotem, pasti mereke tidak akan umumkan. Takut2 nanti ianye boleh mendatangkan kemaluan besar kepade PAS.
Dengan kemaitan PAS Kedah, cume tinggal PAS Kelantan saje yang masih lagi boleh bertahan hidup segan dan mati pun takmau. Tapi Tok yakin PAS Kelantan akan pasti mati juge seperti PAS Kedah setelah berundur nye Tuan Guru Haji Nik Aziz dari kerusi MB nye. Talian hayat PAS Kelantan hanye berpaut kepade Tuan Guru Hj Nik Aziz sahaje.
Same2 kite perati klip VDO ni, bukan main garang nye mereke mempertahankan kuil 'yang kunun akan dirobohkan oleh DBKL tu. Sebenar nye DBKL cume ambil tindakan keatas sebahagian 'restoren' yang diujuk kan secare 'haram' tu aje.
Agak2 nye kalau lah kerajaan benar2 bertindak roboh kan semue kuil2 haram yang ujud seperti cendawan tumbuh selepas hujan di merate2 daerah di Malaysia ni ape akan terjadi agak nye? Malaysia akui sebagai negare islam tapi kuil dan tokong haram ujud di merate2 tempat.
You are subscribed to email updates from tok gajah46 To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
Matlamat COMANGO Untuk Hapus Islam Sebagai Agama Rasmi
Gabungan NGO Malaysia telah mengadakan satu taklimat pada 11 Julai 2013 yang lalu bagi Proses UPR (COMANGO). Ia dipengerusikan oleh Tian Chua dan dihadiri oleh wakil-wakil NGO, antaranya Hak Asasi Manusia, Majlis Peguam, SOGI atau Sexual Orientation and Gender Identity yang memperjuangkan LGBT, dan lain-lain lagi.
Malaysia bakal menjalani proses Semakan Berpenggal Sejagat (UPR) Majlis hak Asasi Manusia PBB pada 24 Oktober 2013 di Geneva, Switzerland. Proses ini akan menentukan tahap komitmen Malaysia terhadap Hak Asasi Manusia mengikut syor yang dikemukakan oleh Negara-negara PBB pada UPR pertama pada tahun 2009.
Secara dasarnya, Malaysia adalah sebuah negara yang meletakkan hak asasi manusia di tempat yang cukup tinggi. Hanya di Malaysia kita melihat semua agama mendapat ruang yang cukup besar dari segi pembangunan tempat ibadah. Hanya di Malaysia, kita melihat kaum minoriti diberi hak ke atas sekolah berasingan serta bebas mempunyai akhbar sendiri, mengamalkan bahasa ibunda masing-masing sehingga mengabaikan Bahasa Kebangsaan.
Hanya di Malaysia juga, kita melihat kaum minoriti 'berkuasa' menekan dan mencabar kaum majoriti, malah mengejek dan mempersenda kerajaan dan Raja-raja secara terbuka tanpa dikenakan apa-apa tindakan.
Di Malaysia, masalah hak asasi sebenar seperti buruh kanak-kanak atau diskriminasi wanita dalam pendidikan dan pekerjaan, tidak menjadi isu langsung. Pendek kata, semua manusia 'normal' di Malaysia bebas mengamalkan hak masing-masing dengan batas-batas tertentu agar tidak melanggar perlembagaan dan juga hak asasi orang lain sesuai dengan ketamadunan manusia.
Justeru, meletakkan Malaysia di bawah pemantauan COMANGO merupakan sesuatu yang meragukan. Dan keraguan ini terjawab apabila melihat isu-isu yang ditimbulkan di dalam Deraf Laporan COMANGO.
Antara isu yang menjadi perhatian COMANGO ialah isu LGBT atau SOGI. COMANGO menuntut penghapusan seksyen 377A Kanun Kesiksaan dalam undang-undang Malaysia berhubung salah laku liwat serta menuntut hak dan kebebasan kepada golongan LGBTIQ.
COMANGO juga menuntut penghapusan peruntukan-peruntukan berkaitan kesalahan mengikut undang-undang syariah yang memberi rujukan negatif terhadap permasalahan moral yang dilihat sebagai 'hak peribadi' (Perkara 9.1 dan 9.5 DLC) yang timbul dari kedudukan Perkara 3 (1) Perlembagaan Persekutuan yang memposisikan Islam sebagai Agama Persekutuan dan Enakmen-enakmen berkaitan kesalahan-kesalahan Syariah.
Selain itu, dalam taklimat yang sama, COMANGO dilihat cuba memberi tekanan ke atas kes penggunaan nama 'Allah' oleh The Herald Weekly yang masih di peringkat Mahkamah Rayuan.
Secara ringkasnya, semua permasalahan yang dikemukakan oleh COMANGO adalah merupakan perkara-perkara yang berkaitan agama Islam. Ini memperlihatkan bahawa COMANGO sengaja mengenepikan hakikat bahawa Malaysia adalah sebuah negara Islam di mana kedudukan Islam telah pun tertulis secara jelas di dalam perlembagaan.
Persoalannya, kenapa baru hari ini Malaysia perlu berhadapan dengan tuntutan-tuntutan sebegini? Jawapannya ialah kerana umat Islam di Malaysia semakin lemah sehingga membuka ruang kepada musuh-musuh Islam untuk mencabar dan menentang.
Keadaan menjadi sebegitu buruk apabila parti PAS yang merupakan pihak yang dahulunya paling 'keras' melaungkan Islam dan menentang sebarang bentuk keterbukaan kini turut bersekongkol dengan musuh-musuh Islam. Bagi memelihara 'pakatan' mereka, PAS telah menunjukkan sifat yang pasif dalam menentang usaha memurtadkan umat Islam dan berdolak dalih dalam mempertahankan kalimah 'Allah' dari disalahgunakan oleh bukan Islam.
Parti UMNO yang menjadi tonggak kerajaan bagaikan keseorangan dalam mempertahankan Islam di negara ini. Dalam keadaan di mana tekanan diterima dari seluruh pelusuk termasuk dari dalam barisan kerajaan sendiri akibat lantikan mereka-mereka yang mempunyai 'idea' yang terbuka mengenai Islam, maka pertahanan UMNO juga semakin goyah.
Melalui COMANGO, musuh-musuh Islam melancarkan serangan mereka untuk memastikan Malaysia tidak lagi menggunapakai undang-undang yang berteraskan Islam. Bagi mereka Islam adalah satu masalah besar dan perlu dihapuskan kerana ia tidak menepati citarasa mereka yang ingin mengamalkan kebebasan tanpa syarat dan had.
Umat Islam di Malaysia tidak mungkin dapat menahan asakan mereka selama-lamanya sekiranya kita terus berpecah belah. Oleh itu, PAS yang mewakili jumlah umat Islam yang signifikan di negara ini wajib meletakkan pendirian yang jelas dalam memilih untuk berada di pihak mana, iaitu sama ada bersama parti yang membela Islam yakni, UMNO, atau bersama parti yang tegar berjuang untuk menghapuskan Islam sebagai agama rasmi serta menyanjung pluralisme iaitu DAP dan PKR.
Selagi PAS bersama DAP dan PKR, selagi itulah PAS merupakan rakan subahat untuk menghancurkan Islam di negara ini.
Sesungguhnya, PAS tidak wajar menggunakan nama Islam jika ingin terus berpimpin tangan dengan DAP dan PKR tetapi di masa yang sama mengharapkan UMNO sendirian berhadapan dengan asakan COMANGO.
Kejahilan Ahli Parlimen PAS Shah Alam sudah terserlah dalam isu mempertahankan kalimah Allah SWT. Rasanya Khalid Samad tidak layak menjadi ahli parlimen bagi parti PAS. Khalid Samad perlu melihat video Haron Din di bawah ini.
Bos ke shanghai untuk pameran perabot. Maka aku adalah yang yang dipertanggungjawabkan untuk menggantikan tempat dia di sini. sejak semalam, meeting aku tak habis-habis. Meeting wakil dia, meeting aku sendiri. Sudahnya kerja designing aku tersadai. Sample aku pun sangkut. Aku gi kerja untuk meeting je. Huh! Seminggu la sudahnya keadaan aku begini.
DI Malaysia, stesen TV mempunyai garis panduan tentang pakaian yang tidak boleh terlalu mencolok mata.
Di luar liputan TV pula, memang ada artis kita yang gemar memakai pakaian seksi namun rata-rata mengambil langkah selamat dengan menghindarinya daripada dirakam agar tidak beredar di internet seterusnya 'dibahan' oleh peminat dan masyarakat.
Antara yang pernah pedih telinga mendapat tazkirah percuma daripada para peminat adalah Rozita Che Wan ketika tersebar gambar dia mengenakan skirt pendek dan Nabila Huda yang gemar mengenakan hot pants.
Namun di Indonesia, sebaliknya. Kecaman masih ada namun artis di sana tidak pula malu untuk beraksi panas malah siap memuat naik ke dalam laman sosial mereka.
Contohnya, Dewi Persik atau lebih dikenali sebagai DePe. Penyanyi dangdut yang terkenal dengan goyang gergaji ini memberikan aksi panas seperti bintang porno ketika merakam video untuk laman Keek miliknya, 6 hari lalu.
Dipercayai, aksi ini dirakam sesudah dia selesai mengadakan satu persembahan.
Sebuah video menunjukkan gelagat anak Nabila Huda di dalam kereta yang dipercayai dirakam beberapa jam sebelum kemalangan.
Melalui video yang dikongsikan di akaun Keek milik Syazwan itu, Keisha kelihatan cukup aktif dan gembira sambil badannya mengikut rentak lagu yang terpasang di dalam radio.
Betullah orang kata, malang tak berbau. Tetapi syukurlah Keisha selamat dan kecederaannya tidak parah.
Mungkin kejadian ini dapat memberi pengajaran kepada semua orang tentang kepentingan memakai tali pinggang keselamatan di tempat duduk belakang supaya perkara lebih buruk tidak terjadi.
Apapun, kita doakan semoga Keisha cepat sembuh dan lekas pulih dari trauma. Sementara itu, jom lihat keletah Keisha yang comel di bawah ini.
KUALA LUMPUR: Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom memfailkan saman terhadap Shamsul Iskandar Mohd Akin berhubung kenyataan berunsur fitnah Ketua Angkatan Muda Keadilan itu terhadapnya membabitkan isu permohonan qazaf Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Jamil Khir, menamakan Shamsul Iskandar sebagai defendan, memfailkan pernyataan tuntutan terpinda itu menerusi Tetuan Adnan Sharida & Associates di pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi di sini pada 3 Julai lepas.
Media memperoleh salinan pernyataan tuntutan itu hari ini selepas Mahkamah Tinggi di sini menolak permohonan Shamsul Iskandar, yang juga anggota Parlimen Bukit Katil, untuk membatalkan writ saman tersebut.
Hakim Datuk Nor Bee Ariffin membuat keputusan itu di dalam kamarnya dengan dihadiri peguam Adnan Seman@Abdullah mewakili Jamil Khir dan peguam Fahda Nur Ahmad Kamar, mewakili Shamsul Iskandar.
Ketika ditemui pemberita, Adnan berkata mahkamah menolak permohonan itu dengan alasan ia tidak memprejudiskan defendan dan menetapkan empat hari bermula 4 Februari 2014 untuk perbicaraan selain menetapkan 13 November ini untuk pengurusan kes.
Dalam pernyataan tuntutan itu, Jamil Khir mendakwa Shamsul Iskandar telah mengeluarkan kenyataan berunsur fitnah terhadapnya ketika mengulas mengenai isu sumpah dakwaan liwat yang dibuat ke atas ketua pembangkang itu (Anwar) yang ditayangkan secara langsung oleh RTM dalam satu forum bertajuk "Pengurusan Persepsi" pada 30 Mac 2012.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu mendakwa perkataan-perkataan fitnah itu membawa maksud bahawa beliau seorang yang menentang serta menghalang pelaksanaan undang-undang syariah berkaitan qazaf dan juga menyalahgunakan kuasa untuk menghalang pendakwaan qazaf seperti yang dituntut Anwar.
Jamil Khir, dalam pernyataan tuntutannya, juga mendakwa pada 31 Mac 2012 beliau telah membuat kenyataan kepada media bagi menuntut Shamsul Iskandar mengemukakan permohonan maaf dan menarik balik kenyataannya itu, namun defendan (Shamsul Iskandar) gagal berbuat demikian sebaliknya mencabarnya untuk berdebat.
Katanya, kenyataan fitnah itu sekali lagi dikeluarkan Shamsul Iskandar semasa ceramah anjuran Parti Keadilan Rakyat (PKR) Cabang Bukit Katil, di Taman Sin Hoe, Bukit Baru, Melaka pada 1 April 2012.
Jamil Khir mendakwa reputasi dan maruahnya terjejas disebabkan perkataan-perkataan fitnah itu yang ditayangkan secara langsung di saluran TV1 oleh RTM dimuat naik ke YouTube dan laman-laman web termasuk blog defendan shamsuliskandar.wordpress.com yang boleh diakses pengguna Internet.
Oleh itu, Jamil Khir menuntut satu perintah injunksi dikeluarkan bagi menghalang defendan mengeluar, menerbit atau mengedar sebarang kenyataan sama ada lisan atau bercetak, ganti rugi am, ganti rugi teruk, faedah, kos atau relif lain yang difikirkan sesuai.
Idris Jusoh bercakap ketika sesi dialog bertajuk "Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia - Satu Perspektif" bagi mengupas isu pendidikan nasional anjuran Sinar Harian di Auditorium Kompleks Kumpulan Media Karangkraf. - Foto Sinar Harian oleh AZMI ARYANTO
SHAH ALAM – Menteri Pendidikan II, Datuk Seri Idris Jusoh mengakui wujudnya kelemahan dalam pelaksanaan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) yang diperkenalkan di sekolah-sekolah pada 2011 telah membebankan golongan pendidik selain daripada tugas mengajar di bilih darjah.
Bagaimanapun, beliau memberi jaminan pelaksanaan PBS itu akan ditambah baik dari semasa ke semasa supaya guru tidak tertekan dengan tambahan tugas terbabit menyebabkan mereka hilang minat untuk meneruskan kerjaya terbabit.
"Pelaksanaannya ada sedikit masalah, lebih beri arahan terperinci dan ia menyusahkan guru.
"Sistem baru itu baik, cuma pelaksanaan perlu diperbaiki, saya akui kelemahannya," katanya pada program Bicara Minda yang bertajuk 'Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia-Satu Perspektif', di sini, hari ini.
Tambah beliau, pengenalan PBS itu bagi memastikan sekolah tempatan tidak lagi berorientasikan kepada peperiksaan dan mata pelajaran, sebaliknya ia berasaskan kepada penilaian pelajar itu sendiri.
Katanya, ia bagi menggantikan sistem peperiksaan sedia ada yang juga sebahagian daripada Program Transformasi Pendidikan negara.
"Guru akan menilai cara pelajar belajar, berinteraksi dan sebagainya, kemudian direkod penilaian itu secara menyeluruh, bukan peperiksanan semata-mata sahaja.
"Keadaan bertambah baik, kita akan pastikan guru tidak terbeban dengan PBS supaya kita boleh mencapai matlamat ke arah sekolah satu pertiga terbaik di dunia," katanya sambil menyifatkan kerjaya sebagai guru itu merupakan profesional mulia dan murni kerana berupaya mendidik masyarakat ke arah lebih baik.
Setiap selebriti pasti mahu tampil jelita pada acara-acara penting yang mereka hadiri, tidak terkecuali Miranda Kerr. Supermodel dari Australia ini selalu kelihatan anggun dengan gaun yang memukau, tetapi tidak kali ini.
Ketika menghadiri tayangan premier "Mademoiselle C', Miranda mengenakan gaun lace hitam yang panjang dengan bahagian atasnya yang jarang.
Gaun tersebut seharusnya membuatkan ibu kepada seorang anak ini kelihatan lebih anggun. Tapi, ketika mengangkat tangan untuk membetulkan rambut, lace tersebut terselak hingga menampakkan payudara beliau. Lebih malang, tanpa coli!
Gaun tersebut memang nampak cantik, sayangnya Miranda memutuskan untuk tidak memakai bra hingga payudaranya boleh kelihatan jelas.
Miranda juga tidak menyedari asetnya terpampang dihadapan jurugambar di situ.
IPOH - Sekeping potret Saidina Hussein dan batu karbala menjadi bukti yang membawa kepada penangkapan empat individu termasuk seorang wanita yang dipercayai pengikut ajaran Syiah di Bagan Serai dekat sini semalam.
Dalam serbuan di tiga lokasi berasingan antara pukul 7 pagi hingga 8 pagi itu, kesemua suspek berusia dalam lingkungan 41 tahun hingga 49 tahun itu ditahan di rumah masing-masing.
Ketua Pegawai Penguatkuasa Agama Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk), Ahmad Nizam Amiruddin berkata, serbuan pertama di Sungai Bogak, Bagan Serai dekat sini melibatkan penahanan sepasang suami isteri yang disyaki pengikut ajaran Syiah.
"Dua lagi lelaki turut ditahan di rumah masing-masing di Kampung Sungai Rapoh dan Sungai Rawa, Bagan Serai dekat sini tidak lama selepas itu.
"Pemeriksaan di dalam rumah keempat-empat suspek menjumpai buku, cakera padat, gambar dan baju T berkaitan Syiah," katanya pada sidang akhbar di Pejabat Penguatkuasa JAIPk di sini hari ini. - KOSMO!
KUCHING - Seorang penuntut remaja di sebuah kolej swasta yang dipercayai dirogol pensyarahnya sendiri berjaya diselamatkan sepasukan polis dalam satu serbuan di sebuah hotel bajet di Jalan Ban Hock di sini malam tadi.
Ketika ditemukan pada pukul 11 malam, mangsa berusia 17 tahun tidak sedarkan diri akibat mabuk dan berada dalam keadaan separuh bogel bersama seorang lelaki berusia 33 tahun.
Menurut sumber, lelaki terbabit yang berasal dari Sibu dan sudah berkahwin merupakan pensyarah kepada mangsa.
"Sepasukan polis malam tadi menjalankan Operasi Pencegahan Jenayah bagi mengesan bekas tahanan Ordinan Darurat (EO) di hotel bajet tersebut.
"Mereka kemudian menemukan mangsa dan suspek dalam sebuah bilik dalam keadaan mencurigakan," katanya ketika dihubungi hari ini.
Katanya, siasatan lanjut mendapati suspek memujuk mangsa keluar ke sebuah pusat hiburan di bandar raya ini dan memaksanya mengambil minuman keras sehingga mabuk.
"Suspek kemudian membawa mangsa ke bilik hotel sebelum melakukan perbuatan terkutuk tersebut," katanya.
Sementara itu, jurucakap Balai Polis Simpang Tiga ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan kes tersebut.
Menurutnya, mangsa dibawa ke Hospital Umum Sarawak untuk pemeriksaan kesihatan manakala suspek direman untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol.
RAZALI Shahabudin (kiri) bersalaman dengan peserta Nadwah Ulama Nusantara Kelima di Universiti Kebangsaan Malaysia, Bandar Baru Bangi, Selangor, semalam.
KUALA LUMPUR 9 Sept. - Pengikut-pengikut tegar Syiah sanggup memohon untuk diisytiharkan keluar daripada Islam semata-mata bagi mengamalkan ajaran itu secara terbuka.
Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan Insan), Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Datuk Razali Shahabudin berkata, perkara itu diketahui menerusi ratusan salinan surat permohonan yang diterima pihak Jakim.
Katanya, surat-surat yang turut disertakan bersama salinan kad pengenalan pengikut itu dengan jelas berniat untuk mendapatkan perkenan atau kelulusan Jakim bagi menukar agama.
"Kita tidak boleh berkompromi dalam konteks membanteras Syiah yang semakin serius ini, sama ada sedar atau tidak, kita betul-betul dicabar.
"Secara terang-terangan mereka menguji kekuatan iman dan kekuatan pegangan kita sebagai Ahli Sunnah Wal Jamaah," katanya ketika berucap dalam Nadwah Ulama Nusantara Kelima di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dekat sini hari ini.
Yang hadir sama, Dekan Fakulti Pengajian Islam UKM, Prof. Dr. Mohd. Nasran Mohamad.
Nadwah Ulama Nusantara yang bertemakan 'Ulama dan Cabaran Idealisme Semasa' itu antara lain membincangkan cabaran yang dihadapi golongan ulama dalam menangani permasalahan yang dihadapi masyarakat kini.
Dalam perkembangan sama, menurut Razali, semua pihak harus mengambil tanggungjawab memerangi Syiah secara lebih agresif menerusi penjelasan kepada masyarakat tentang penyelewengan ajaran itu.
Katanya, langkah itu penting kerana isu penyelewengan fahaman Syiah melibatkan persoalan fundamental iaitu kedudukan pegangan akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah.
"Memerangi Syiah dan mempertahankan akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah merupakan tanggungjawab fardu seluruh masyarakat terutama para ulama dan cendekiawan Islam, justeru Jakim menyeru golongan ini supaya perlu dan mesti sentiasa ke hadapan.
"Oleh itu, golongan ulama tidak boleh berselisih faham walaupun berbeza ideologi, sehingga mengabaikan penyatuan akidah dan melemahkan kedudukan agama," katanya.
Sementara itu, Razali berkata, Jakim komited melaksanakan forum dalam kalangan pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) sebagai salah satu usaha menjelaskan kepada golongan muda tentang isu-isu semasa Islam.
"Ruang dan peluang selama dua jam yang diberikan itu cukup istimewa kerana dapat berbincang dan menjelaskan secara terperinci tentang isu Syiah dan lain-lain permasalahan agama kepada pelajar-pelajar baharu," katanya.
Melihat dari senyuman yang semakin berseri-seri selepas menjadi tunangan orang, pelakon Fouziah Gous kelihatan agak seksi di majlis yang dihadirinya baru-baru ini.
Mengayakan baju rekaan Cosry bewarna keemasan, baju yang digayakan agak terdedah di bahagian dada namun begitu sebagai artis dia akur dengan apa yang telah diberikan.
"Saya rasa tidak daring atau seksi pun, saya hanya memakai baju yang telah direka dan apa yang saya inginkan hanyalah baju yang ringkas dan datang sini pun untuk melihat majlis kahwin"
Itu komen Fouziah Gous apabila di'minta untuk mengulas akan penampilan beliau baru baru ini.
Berikut merupakan beberapa keping gambar terbaru Fouziah Gous yang sempat jurugambar kami rakamkan ketika majlis berlangsung — seksi atau biasa biasa sahaja?
GEORGETOWN - Seorang remaja perempuan yang bertudung litup rela menyerahkan diri dipeluk teman lelakinya sementara seorang rakan perempuannya yang duduk bersebelah hanya mampu memandang tanpa menegur kelakuan rakannya.
Perbuatan tidak bermoral remaja berkenaan dapat dilihat ketika operasi maksiat Jabatan Agama Islam Negeri Pulau Pinang (JAINPP) di tepi sebuah pantai di sini.
Ketika dipandang sekali imbas, kelihatan dari jauh remaja lelaki berusia lingkungan awal 20-an itu ibarat sedang mendodoi kanak-kanak kecil.
Namun setelah didekati penguatkuasa, rupa-rupanya yang dipeluk adalah kekasih hatinya.
Apa yang lebih memalukan apabila rakan perempuannya yang berada di sebelah kelihatan selamba saja langsung tidak menegur perbuatan sahabatnya itu.
Ketika disapa JAINPP kedua-duanya terkedu sementara seorang lagi rakan hanya mampu memandang dalam keadaan keliru.
Kedua-duanya yang masih menuntut di sebuah pusat pengajian mengakui hanya keluar untuk berjumpa bersama rakan-rakan.
"Saya hanya berbual saja, kami tidak buat apa-apa ustaz," kata remaja wanita berkenaan yang berasal dari Bukit Mertajam.
Penguatkuasa JAINPP juga menasihatkan remaja perempuan tersebut supaya lebih menjaga maruah diri kerana masih belum berkahwin.
"Kamu belum berkahwin tapi sudah menyerahkan diri untuk sesuka hati dipegang dia (teman lelaki), kamu kena jaga maruah diri.
"Kalau berkahwin nanti apa lagi yang tinggal," nasihat penguatkuasa berkenaan.
Akibatnya kedua-duanya dikenakan saman mengikut Seksyen 29 atas kesalahan berkelakuan tidak sopan di tempat awam.
Jika disabitkan kesalahan boleh dikenakan denda RM1,000 atau enam bulan penjara atau kedua-duanya sekali.
"Kenapa ambil gambar kami, untuk apa ambil gambar?," jerkah seorang remaja berusia 24 tahun ketika wartawan Sinar Harian mengambil gambarnya.
Dia juga dikenakan notis akibat berkelakuan tidak sopan dan didapati duduk di celah paha teman lelakinya ketika berkelah bersama dua lagi rakan yang lain.
Sama seperti pasangan sebelumnya, dua lagi rakannya yang juga belum berkahwin hanya melihat tindakan remaja berkenaan bermesra dengan teman lelakinya tanpa segan silu.
Namun setelah diserbu JAINPP ketika sedang seronok berkelah, barulah kesemuanya menggelabah.
"Kami bukan buat apa-apa pun, salah ke kami duduk macam ini," jerit remaja perempuan itu sekali lagi.
Ketua Operasi dan Penguatkuasaan JAINPP, Khairul Azman Azizan berkata, pihaknya akan terus mengadakan operasi sepanjang masa dan bukan sahaja memfokuskan pada hari-hari tertentu.
Ia berikutan ada yang beranggapan JAINPP hanya melaksanakan operasi maksiat ketika hari-hari istimewa antaranya, malam merdeka, malam tahun baru dan hari kekasih.
"Sangkaan berkenaan silap kerana operasi kami tetap dijalankan setiap hari dan memantau perlakuan maksiat oleh umat Islam di Pulau Pinang," katanya.
SHAH ALAM: PAS hari ini menuntut penjelasan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) berhubung status Masjid Ar Rahman, Universiti Malaya (UM) yang dikatakan sedang dalam proses perobohan.
Ini berikutan tidak ada notis dan makluman secara rasmi dikeluarkan oleh pihak pentadbir masjid atau JAWI yang menggendalikan masjid itu.
Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad berkata, beberapa isu berbangkit termasuk tiada sebarang notis pemakluman berhubung tindakan perobohan dan pembangunan semula ditampal di masjid berkenaan.
"Kami dimaklumkan bahawa projek pengubahsuaian yang bakal dilaksanakan oleh pihak JAWI di masjid itu melibatkan perobohan bangunan asal dan penutupan operasi masjid, sama ada tempat ibadah atau program lain.
"Jadi kami perlukan penjelasan daripada JAWI ," katanya pada sidang media selepas menyerahkan surat agar diadakan perbincangan berhubung perkara itu di ibu pejabat JAWI , di Kuala Lumpur.
Sebelum ini, ketika Lebuhraya Kerinci Link dibina, para jamaah masjid ini berdemonstrasi di perkarangan masjid ekoran cadangan untuk merobohkan pagarnya bagi memberikan laluan kepada lebuhraya itu.
Kini, semua struktur masjid ini akan dirobohkan untuk membolehkan ia dibina semula.
Khalid meminta JAWI menjelaskan setakat mana bangunan serta struktur asal masjid tersebut yang terlibat dalam perobohan dan proses pembinaan semula.
Beliau melahirkan kebimbangan tindakan penutupan masjid itu akan menyukarkan mahasiswa UM khususnya untuk bersolat Jumaat kerana surau di Akademi Islam universiti itu juga dilaporkan dalam proses ubah suai.
Dalam pada itu, Khalid juga memberi dua tarikh untuk diadakan perbincangan dan mendapatkan penjelasan daripada JAWI .
Tarikh tersebut adalah 11 September atau 13 September ini.
SHAH ALAM - Kenyataan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, agar golongan ulama mengisi jawatan timbalan presiden disifatkan sebagai isyarat untuk singkirkan Mat Sabu.
Pakar Geo Strategis Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Dr Azmi Hassan berkata, kenyataan bekas Menteri Besar Kelantan, memang ditujukan kepada orang nombor dua parti itu.
"Setelah satu penggal beliau memegang jawatan itu, banyak perkara yang memudaratkan Pas berbanding perkara yang memberi manfaat.
"Saya melihat ini serampang dua mata Tok Guru (Nik Aziz), pertama untuk menghindarkan Mat Sabu, kedua, untuk mempromosikan calon ulama, " katanya kepada Sinar Harian.
Menurut Azmi, walaupun Nik Aziz tidak mengeluarkan kenyataan seumpama itu, kedudukan Mat Sabu tetap dalam bahaya.
"Berdasarkan prestasi ditunjukkan Mat Sabu dalam PRU13, sukar untuk beliau mengekalkan jawatannya.
"Bukan sahaja beliau gagal meningkatkan kemenangan parti, malah dirinya juga tidak diterima rakyat di kawasan ditandingi," katanya.
Beliau turut berpendapat, Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yacob layak dicalonkan untuk jawatan Timbalan Presiden Pas.
Azmi berkata, pengaruh Nik Aziz masih kuat, sehubungan itu gesaan dibuat itu mampu mempengaruhi Muktamar Pas akan datang.
Pendapat sama turut dinyatakan Pensyarah Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Madya Dr Samsul Adabi Mamat bahawa populariti Nik Aziz masih kuat dan menjadi rujukan kepada pimpinan parti.
"Mesej yang ingin di sampaikan beliau (Nik Aziz) selepas melihat situasi terdahulu selepas gelombang Anwarinas mengusai pemilihan parti kemudian diikuti kontroversi Syiah dalam parti membuatkan beliau mahu mengembalikan kegemilangan ulama dalam Pas.
"Ini juga usaha beliau memastikan masyarakat terus menerima Pas sebagai parti memperjuangkan Islam," katanya.
Menurut beliau, antara calon berpotensi menggantikan Mat Sabu adalah Ketua Penerangan Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dan Timbalan Ketua Pemuda Pas, Nik Abduh Nik Abdul Aziz.
"Mereka mempunyai keperibadian dan kepimpinan yang kuat dan layak untuk di ketengahkan, bagaimanapun sejauh mana penerimaan ahli parti masih belum boleh dijangka.
"Pada dasarnya, agak sukar untuk Nik Abduh menentang Mat Sabu, tetapi jika diberi peluang beliau layak memikul jawatan itu bukan sahaja beliau anak Nik Aziz tetapi keperibadian yang ada pada dirinya," katanya.
Bagaimanapun, Samsul Adabi berkata, Mat Sabu masih memberi saingan kepada calon lain kerana beliau mempunyai pengikutnya yang tersendiri.
SHAH ALAM: Penasihat DAP Lim Kit Siang memulakan tindakan saman ke atas akhbar milik Umno Utusan Malaysia yang membangkitkan semula dakwaan bahawa beliau kencing di hadapan kediaman menteri besar Selangor sebaik sebelum rusuhan kaum 1969.
Lim juga mengemukakan saman ke atas bekas timbalan menteri Umno Mohd Puad Zarkashi atas kenyataan kepada akhbar berkenaan, serta bekas menteri penerangan Tan Sri Zainuddin Maidin yang mendakwa dalam satu tulisan blog bahawa Lim menyebabkan rusuhan 13 Mei.
"Bagaimanapa seorang bekas timbalan menteri Umno berkata (demikian) dan Utusan Malaysia menerbitkan kenyataan palsu seperti ini sedangkan ini adalah penipuan paling tidak bertanggungjawab," kata Lim dalam satu kenyataan hari ini.
Beliau merujuk kepada kenyataan Mohd Puad dalam Utusan Malaysia bertarikh 7 September bahawa kritikan ke atas filem Tanda Putera hanya untuk menutup tindakan Lilm yang didakwa kencing di hadapan kediaman menteri besar.
Kontroversi tersebut bermula pada tahun lalu apabila laman facebook Tanda Putera menerbitkan gambar Lim dengan keterangan bahawa pemimpin DAP itu ditahan selepas kencing di satu tiang bendera.
Gambar berkenaan seterusnya dipadamkan namun filem tersebut mengekalkan babak kencing melibatkan beberapa orang pemuda.
Lim bertegas bahawa insiden seperti itu tidak pernah berlaku dan beliau berada di Sabah ketika rusuhan meletus pada 1969.
KLUANG – Ketiadaan suami akibat dipenjara atas kesalahan dadah menjadi 'tiket' buat seorang isteri berlaku curang bersama kekasihnya.
Bagaimanapun tindakan wanita berusia 29 tahun itu terbongkar apabila dia dicekup bersama teman lelaki di rumahnya di sini, semalam.
Kelakuan sumbang yang difahamkan berlaku sejak lebih sebulan lalu oleh penduduk setempat yang pada mulanya menyangka lelaki terbabit adalah suaminya.
Pegawai Tadbir Agama Daerah Kluang, Khalil Md Noor berkata, berdasarkan laporan yang dibuat, satu pasukan anggota penguat kuasa Jaij melakukan serbuan ke rumah wanita terbabit.
"Setibanya di rumah berkenaan, pihak kami mendapati keadaan rumahnya gelap dan hanya lampu di bahagian dapur dipasang. Sebuah motosikal yang digunakan lelaki tersebut diletakkan di bahagian belakang rumah kononnya untuk mengaburi orang ramai agar tidak mengetahui kehadiran lelaki berkenaan.
"Selepas disiasat, pihak kami mendapati ada penghuni di rumah tersebut kerana kipas angin di ruang tamu terpasang selain terdapat kelibat pergerakan manusia menerusi cermin tingkap," katanya.
Mohd Khalil berkata, selepas mengetuk pintu rumah berkenaan, pihaknya terpaksa menunggu hampir 20 minit sebelum seorang wanita bersama seorang lelaki berusia 29 tahun membuka pintu.
Ketika soal siasat dijalankan katanya, pasangan berkenaan menyatakan bahawa mereka adalah pasangan suami isteri yang sah.
"Namun hasil pemeriksaan dijalankan, pasangan terbabit gagal menunjukkan mereka adalah pasangan suami isteri sebelum mereka mengaku merancang untuk bernikah selepas wanita berkenaan bercerai.
"Apa yang lebih mengejutkan adalah anak perempuan wanita tersebut yang berusia empat tahun turut tidak mempunyai sah taraf melalui pemeriksaan terhadap surat beranak milik kanak-kanak berkenaan," katanya kepada Sinar Harian.
Menurutnya, pasangan itu disiasat di bawah seksyen Seksyen 27 (1)(a)&(b) Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Johor 1997 dan boleh dikenakan denda maksimum RM3,000 atau dua tahun penjara atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.
"Kami juga akan membuat siasatan lanjut ke atas kanak-kanak tersebut bagi menentukan kedudukannya yang sebenar," katanya.
You are subscribed to email updates from Pilihan Anda To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
1) OK..FINE!! mereka akan selalu menyebut perkataan ini jika merasa diri mereka betol dan mahu mengakhiri pertengkaran..so lelaki perlu diam..x perlu bersuare jika ingin meredakan keadaan.. 2)BAGI SAYE 5 MINIT hah!! ini memang selalu berlaku..lebih2x lagi nak bersiap keluar jalan2x..amboiiiii....bukan main lagi nak melaram...5 minit mereka tu bermaksud 5 jam..lelaki sempat pergi lepak kedai mamak,layan bola,pastu balik rumah...hahahahaha
3)TAK ADE APE2x ayat ini menunjukkan perempuan sedang cuba untuk menyembunyikan sesuatu...mereka simpan perasaan marah dalam hati sebab x mahu memulakan pertengkaran.. 4)PERGILAH BUAT!! TADI KATA NAK SANGAT!!! Ini adalah cabaran bukan kebenaran...perempuan sebenarnya x memberi kebenaran tetapi hanya ingin menduga lelaki,..so lelaki jgan lah buat yeee... 5)KELUHAN KUAT Ini sebenarnya adalah satu ayat.. perempuan akan bertindak sebegini jika mereka merasakn x ada guna untuk bertengkar dan buang masa.. 6)TAK APE LAH ayat ini bermaksud mereka berfikir dalam2x tentang bagaimana dan bila anda menerima akibat.. 7)APE2x AJE LAH..(WHATEVER) Ini adalah cara paling sopan perempuan menyatakan perasaan menyampah...huhu...jadi awas jika anda dapat ayat ini wahai lelaki...hohoho 8)TERIMA KASIH Perempuan ucapkan "terima kasih" kepada anda..jangan persoalkan,jawab jee same2x...tapi kalau perempuan cakap"terima kasih banyak2x yee" itu bermaksud bukan terima kasih yee..tapi menyindir...so kaum lelaki jgan cakap sama2x yeee....hehehee...
Ini gambar realiti kehidupan. Ini bukan gambar edit. Seorang sahabat di laman sosial Facebook berkongsikan gambar salah seorang anak muridnya yang menuntut di sebuah sekolah rendah di Tatau, Sarawak. Amat menyedihkan bilamana plastik beras dijadikan sebagai beg sekolah. CTS sendiri kalau bukan melihat sendiri gambar yang disiarkan oleh rakan CTS pastinya sukar untuk mempercayai realiti kehidupan yang getir ini.
Terselit rasa bangga dengan anak kecil ini yang bersemangat belajar untuk mengubah nasib keluarganya. Diharap Wakil-Wakil Rakyat dari parti mana sekalipun, di ceruk kawasan mana sekalipun, turunlah sendiri ke padang. Lihatlah sendiri susah senang Rakyat. Janganlah terlepas pandang perkara-perkara sebegini. Terima kasih Cikgu Khairul Nizam Mohd Sopery kerana berkongsikan sekeping kisah kehidupan.
Kita hargai kehadiran mereka untuk sama-sama membantah tindakan pihak bukan Islam menggunakan kalimah Allah di dalam Majalah Herald mahupun Bible berbahasa Melayu. Namun kehadiran mereka dengan berpakaian mencucuk mata amat kurang enak dilihat. Seeloknya pakailah pakaian yang bersopan dan menutup aurat (bukan membalut aurat) sesuai dengan majlis dan adab susila mereka sebagai wanita Islam. Apa pula kata penganut Agama lain kalau begini caranya pemakaian dan tata susila umat-umat Islam yang hendak menegakkan kalimah Allah?
Mahkamah menangguhkan kes untuk membacakan keputusan pada satu tarikh lain yang akan dimaklumkan kelak.
Kemaskini 4.30 p.m.:
Semua pihak telah selesai berhujah. Sekarang sedang menunggu sama ada panel Hakim hendak terus bagi keputusan atau menangguhkan ke satu tarikh yang lain untuk keputusan.
Posting Asal:
Sekitar 500 kini berkumpul di luar Mahkamah Rayuan di Bangunan Istana Kehakiman di Putrajaya bagi menanti prosiding rayuan Kerajaan Malaysia terhadap kes kalimah Allah di dalam Majalah Herald. Prosiding dijalankan bermula 9.45 pagi tadi dan didengar oleh 3 panel hakim yang diketuai oleh Dato Seri Mohamed Apandi Ali. Dua lagi hakim adalah Dato Abdul Aziz Abdul Rahim dan Dato Mohamad Zawawi Salleh.
Rakyat mesti bersama galas usaha jayakan pembangunan sejajar misi, visi pemimpin
TRANSFORMASI menjadi agenda utama kepemimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak. Apa yang dimaksudkan dengan 'transformasi'? Soalan ini sengaja dilontarkan kerana ramai tidak memahami erti transformasi, kabur istilahnya dan gagal memahami apa yang ingin dimaksudkan Perdana Menteri mengenai transformasi yang beliau bawa.
Jika mahu dihuraikan pengertian transformasi, kita perlu meneliti akar kata atau kata dasar yang membentuk perkataan itu. Istilah transformasi adalah daripada perkataan Inggeris iaitu transformation yang dibina daripada dua kata dasar iaitu trans dan form.
Trans bermaksud melintasi dari satu sisi ke sisi lainnya (across), atau melampaui (beyond), manakala kata form bererti bentuk. Jika istilah transformasi digunakan dalam bentuk kata kerja, maka kita menyebutnya sebagai mentransformasikan yang bermakna mengubah (rupa, bentuk, sifat dan fungsi) dan juga bererti mengalihkan.
Jelas, perkataan transformasi yang digunakan oleh kerajaan hari ini bukan istilah jargon yang tidak mempunyai makna signifikan terhadap kehidupan masyarakat dan negara. Ia mempunyai makna sangat luas. Jika dikaitkan kepada perubahan sistem pentadbiran negara, maka kata transformasi itu merujuk perubahan dalam pembangunan nasional yang menjadi visi dan misi pemerintahan kerajaan pada hari ini.
Ini bermakna transformasi mengandung makna perubahan yang biasanya menyebabkan perpindahan bentuk atau corak yang jelas. Ia berlaku secara terarah dan bertahap, bukan radikal tetapi tetap mengikut perancangan, malah ada jangka masanya. Demikian, dalam usaha membangun dan menjadikan Malaysia negara maju menjelang 2020 maka agenda transformasi menjadi sangat mendesak.
Untuk memulakannya Najib terlebih dulu memperkenalkan Gagasan 1Malaysia menjadi asas dan landasan penting bagi menjayakan agenda itu. Gagasan itu mendukung falsafah 'Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan'. Slogan ini menjadi asas beberapa program transformasi kerajaan lain. Dalam bidang pentadbiran, Najib memperkenalkan Pelan Transformasi Kerajaan (GTP), manakala dalam bidang ekonomi diperkenalkan Pelan Transformasi Ekonomi (ETP). Sambutan hari kemerdekaan tahun ini juga memakai tema '1Malaysia Menjana Transformasi'.
Usaha melaksanakan transformasi membabitkan seluruh rakyat. Ia bukan satu haluan transformasi yang mementingkan kelompok tertentu. Rakyat diberi harapan dan perubahan selari dengan objektif, maksud dan tujuan transformasi itu sendiri.
Satu lagi perkara perlu difahami ialah untuk menjayakan transformasi bukan hanya terletak di bahu kerajaan semata-mata. Rakyat sebagai aset modal insan harus membabitkan diri secara aktif dalam menjayakan transformasi nasional. Mereka harus didorong untuk memikul sama usaha menjayakan transformasi. Ia perlukan transformasi pola atau cara berfikir dan pola perilaku (budaya) rakyat untuk membentuk dinamisme perubahan yang diharapkan itu.
Masyarakat yang mempunyai kesedaran penuh terhadap sikap dan tindakan dirinya untuk menjayakan transformasi akan berupaya membentuk momentum transformasi yang memberangsangkan.
Sebab itu, lapan nilai yang digariskan di bawah gagasan 1Malaysia adalah nilai yang harus dihayati rakyat supaya agenda transformasi dapat dilakukan dengan lancar dan efektif. Lapan nilai itu ialah ketabahan, penerimaan, pendidikan, integriti, meritokrasi, rendah hati, kesetiaan, budaya kecemerlangan.
Lapan nilai itu harus dapat merubah penampilan, sikap, paradigma, tingkah laku dan kebiasaan diri supaya daya tenaga masyarakat melonjakkan daya saing negara, terutama untuk menjadi negara berpendapatan tinggi pada 2020. Justeru, sudah sampai masanya kita membentuk masyarakat yang inovatif, kreatif dan produktif.
Elemen inovatif dan kreativiti harus menyerap dalam seluruh sistem masyarakat iaitu pentadbiran, ekonomi, pendidikan, pertahanan dan pelbagai sistem lain. Jelas, makna transformasi terletak pada perubahan bentuk atau penampilan yang holistik supaya keberhasilan transformasi dapat menzahirkan impak yang berskala luas merangkumi seluruh sistem masyarakat itu.
Mungkin ini telahan penulis terhadap maksud kata-kata Najib: "Saya mengajak rakyat untuk sama-sama menjayakan transformasi besar ini".
Ia bukan dinamakan transformasi jika ia hanya sekadar membuat sedikit pembaikan atau perubahan dalam aspek tertentu. Apa yang nyata ialah agenda transformasi sangat diperlukan bagi menjayakan wawasan negara dan Malaysia sebagai negara maju berpendapatan tinggi dapat dicapai sepenuhnya.
Gambar tertera " Allah Bangkit " ini bukannya dari Indonesia tetapi sudah bertapak di Semenanjung Malaysia walaupun keputusan Mahkamah hari ini telah menangguhkan untuk membuat keputusan .
Betapa biadap & agresifnya gerakan Kristianisasi ini sedang bergerak dan mereka kini sudah mengguna secara haram kalimah suci hak umat Islam di negara ini .
Firman Allah swt, "sesungguhnya Yahudi dan Kristian selama-lamanya tidak akan sekali-sekali redha dan setuju dengan kamu (wahai umat Islam) selagi kamu tidak menurut cara kehidupan dan agama mereka. Katakanlah, sesungguhnya petunjuk Allah (yakni Al-Quran) adalah benar dan cukup bagi kami. Tetapi jika kamu masih mahu menuruti mereka sedangkan sudah sampai kepada kamu ilmu kebenaran (yakni Al-Quran), maka tidak akan ada bagimu pelindung dan pertolongan daripada ALLAH"
Al-Baqarah: 120
Gambar ini tersebar meluas di facebook hari ini oleh pages ANALISIS POLITIK TERKINIyang mendedahkan sebuah NGO Penang Diocesan Migrant Ministry - DMM berpengkalan di P.Pinang telah menganjurkan satu program kursus di Teluk Intan dan menggunakan perkataan " Allah " secara haram .
Jika anda perhatikan banner "Allah Maha Pengasih " , apakah tidak akan akan timbul kesannya kepada umat Islam jika Kristian dibenarkan menggunakan kalimah Allah di negara ini ?
Apakah nanti kita boleh menjamin apabila anak cucu kita akan mengucapkan "La ila ha illalah – Tidak ada Tuhan melainkan ALLAH"; adakah kita yakin anak kita sedang merujuk kepada ALLAH sebagaimana yang difahami umat Islam sebagai ALLAH Maha Esa?Atau dia sedang merujuk kepada ALLAH Triniti Tiga dalam Satu yang cuba disogok kepada kita oleh missionari kristian – ALLAH Bapak, ALLAH Putera dan ALLAH Roh Kudus!
GPB mohon pihak berkuasa iaitu POLIS menyiasat NGO ini kerana perbuatan mereka ini salah kerana Mahkamah Rayuan hari ini belum membuat keputusan berhubung rayuan kerajaan terhadap kebenaran yang diberi kepada Gereja Roman Katolik menggunakan kalimah Allah dalam penerbitan majalah mingguan Herald - The Catholic Weekly.
Individu daripada NGO yang menganjur kursus haram iniadalah macai tegar pembangkang yangcukup menyokong kuat Kalimah Allah digunakan Kristian
Kalau banner tajuk kursus ini tertera Kursus Allah Roh Kudus , pasti berpuluh laporan polis dibuat & kursus ini akan disiasat pihak polis
Budaya menggunakan media sosial untuk mengkritik telah menjadi masalah di kalangan pekerja muda, termasuk dalam sektor perkhidmatan awam sehingga Jabatan Perkhidmatan Awam terpaksa mengeluarkan surat pekeliling mengingatkan mereka supaya menghentikannya atau berdepan kemungkinan tindakan.
Oleh itu, jika anda tidak bersetuju dengan dasar kerajaan atau berasa diabaikan secara tidak adil dalam urusan kenaikan pangkat dan berfikir untuk mengadu dalam talian, anda dinasihatkan supaya tidak berbuat demikian.
Ketua pengarah, Tan Sri Mohamad Zabidi Zainal berkata beberapa penjawat awam telah menggunakan Twitter, blog, Whatsapp , Facebook dan Youtube untuk mempersendakan inisiatif kerajaan.
"Kami telah menerima banyak maklum balas dan aduan mengenai penjawat awam memberi pandangan negatif terhadap program kerajaan melalui media sosial dan internet.
"Mereka harus sedar bahawa ini adalah satu kesalahan," katanya dalam surat kepada semua kementerian, kerajaan dan agensi-agensi kerajaan.
Mohamad Zabidi mengingatkan kakitangan awam peruntukan di bawah seksyen 19 (1) Peraturan Am (Tatatertib dan Kelakuan) 1993 melarang mereka daripada membuat kenyataan secara bertulis atau lisan yang boleh menjejaskan atau menyebabkan kesan buruk ke atas dasar-dasar, keputusan atau program kerajaan.
"Mereka tidak boleh berkata apa-apa yang berpotensi memalukan atau meletakkan Kerajaan dalam situasi buruk.
"Mereka juga tidak dibenarkan untuk mengedarkan maklumat atau komen mengenai dasar-dasar itu dalam apa jua cara," katanya.
"Walaupun agensi-agensi kerajaan mengambil kesempatan daripada media sosial untuk mempromosikan wacana dan menghebahkan inisiatif mereka, penjawat awam tidak perlu menggunakan platform ini untuk mengkritik pihak berkuasa.
"Pekerja-pekerja sektor awam perlu sentiasa ingat bahawa mereka perlu kekal setia kepada Yang Di-Pertuan Agong, negara dan kerajaan pada setiap masa.
"Ini jelas dinyatakan dalam undang-undang yang mengawal perkhidmatan awam.
"Saya berharap agar semua ketua-ketua jabatan menganggap serius perkara ini dan mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana individu yang melanggar arahan ini," katanya.
Tambahnya, mereka yang didapati bersalah boleh diturunkan pangkat, dipindahkan atau dalam senario kes terburuk, dipecat.
Pengarah Eksekutif Persekutuan Majikan-Majikan Pekerja (MEF) Shamsuddin Bardan berkata pekerja mungkin menghadapi tindakan disiplin yang tegas jika mereka meletakkan perbincangan mengenai tempat kerja dan perkara-perkara dalaman di ruang siber.
Beliau berkata, pekerja tidak dibenarkan memaparkan apa-apa bahan di web, terutamanya Facebook atau Twitter, jika mereka tidak berpuas hati dengan sebarang dasar syarikat.
"Jika ia mendatangkan kesusahan kepada syarikat itu, ia sudah menjadi satu bentuk salah laku dan tindakan yang boleh diambil terhadap mereka termasuk, dalam keadaan tertentu, dibuang kerja," katanya.
Bila GPB membaca kenyataan Kit Siang yang nak menyaman akhbar UTUSAN, Zainuddin Maidin & Puad Zakarshi kononnya menuduh diri mengencing di kediaman MB Selangor ketika peristiwa 13 Mei 1969 , ternyata ia satu lagi tindakan DAP mahu menutup mulut media & rakyat .
kenyataan ZAM di blognya terhadap Kit Siang semasa 13 Mei . KLIK DI SINI
Jika anda membaca kenyataan Zam , tiada langsung beliau menyebut Kit Siang yang mengencing di kediaman MB Selangor . Hanya keceluparan Kit Siang ketika itu yang didakwa Zam hingga mencetuskan semangat perkauman cukup kuat dan langsung tidak mempedulikan perasaan orang Melayu .
Ikuti kenyataan ZAM yang tidak gentar SAMAN Kit Siang terhadapnya yang mencemarkan namanya .
Sebagai seorang bekas wartawan yang berjaya dalam politik, Lim Kit Siang(LKS)sewajarnya memahami posting saya (3 September 2013: Patutlah Tanda Putera Haram dan Jijik Dsisi Lim Kit Siang dan Anaknya) yang memberikan implikasi beliau bertanggungjawab menyebabkan penyokong penyokong DAP menghalau orang Melayu balik kampong sehingga mencetuskan rusuhan 13 Mei.
Sebagai seorang pemimpin yang cukup berpengaruh, beliau tidak semestinya tidak dapat berfikir bahawa trajedi itu boleh berlaku sekalipun beliau bertanding di Melaka dan tidak berada di Kuala Lumpur.
Apa yang saya maksudkan ialah kejadian itu adalah accumulative dari tindakan,ucapan dan kenyataan demi kenyataan pemimpin pemimpin DAP yangbersifat instigate,agresif dan provokatif dalam memperomosikan konsep Malaysian Malaysia yangdiwarisi dari PAP.
Hal ini telah membakar perasaan rakyat Malaysia dan menyebabkan mereka merasa terancam dan tidak lagi selamat berada di bawah Perlembagan Persekutuan.Jika LKS mahu melihat semua ucapannya yang bersifat demikian,boleh saya tunjukan kerana ada dalam simapan saya.
Kemuncakannya adalah pendarahan negara dari rakyat tidak berdosa.
Walaupun Lee Kuan Yew gagal dalam mencapai hasratnya semasa dalam Malaysia tetapi sekam yang dibakarnya akhirnya telah marak menyala dan memberikan kejaayan besar kepada DAP dan Gerakan dalam pilihanraya 1969 sehingga kerajaan terpaksa meminda akta hasutan untuk menyelamatkan MCA dan MIC dari menjadi lemah kerana terpaksa berada di pihak kerajaan atau UMNO untuk pempertahankan Kontrak Social dan Perlembaaan Perseketuan (Lim Kita Siang sila baca The Reluctan Politician oleh Tun Ismail muka 237)
Langkah LKS untuk mengambil tindakan saman terhadap Utusan Melayu dari masa kemasa dan khususnya kali ini terhadap saya sebenarnya meneruskan perbuatan yang diperkenal dan dirintis Lee Kuan Yew terhadap media Malaysia untuk menutup suara demokrasi rakyat .
Dalam tahun 1964 beliau menginisiatifkan saman terhadap Utusan Melayu kerana sebuah berita menuduhnya komunis (Utusan terpaksa meminta maaf dan juga membayarnya sebanyak 85.0000 dollar ) dan beberapa tahun kemudiannya setelah Singapura keluar dari Malaysia,dia menyaman pula akhbar The Star.Jika tidak silap ingatan saya Star membayarnya RM 300,000.
Budaya mengancam dan mengungut untuk menutup mulut media dan rakyat menerusi tindakan undang undang inilah yang diimport oleh DAP dari Singapura.
Jika LKS yakin tindakan saman boleh menegakan kebenaran maka terserahlah kepada beliau tetapi keyakinan manusia tidak boleh dihapuskan dengan saman dan sejarah juga tidak boleh diputarbelitkan dengan kemenangan di mahkamah.
Sesungguhnya saya amat tersinggong dengan tuduhan palsu Lim Kit Siang bahawa kecaman saya terhadapnya bertujuan mencari populariti atau mahu mendapatkan undi besar dalam pemilehan MKT UMNO tidak lama lagi. Saya tidak bertanding apa apa jawatanpun. LKS menyamakan saya dengan Dr. Fuad Zakarshi yang masih aktif dalam UMNO.
Saya anggap ini sebagai suatu usaha untuk mencemarkan nama saya kerana sejak bersara saya tidak lagi mengambil bahagian dalam sebarang kegiatan politik UMNO diperingkat cawangan, bahagian atau pun Pusat . Saya cuba sedaya upaya untuk hidup dengan kemuliaan sebagai wartawan bebas dengan bantuan wang persaraan dan penulisan.
Untuk pengetahuan LKS,saya tidak memegang sebarang jawatan dalam UMNO, kerajaan atau mana mana koporat atau syarikat perniagaan kecuali menjadi Karyawan Tamu kepada Institut Pemikiran Tun Dr. Mahathir Universiti Utara Malaysia(IPDM UUM)
Saya tidak berminat dalam politik kecuali menjadi pemerhati dan penulis politik dan lain lain dan saya sedang menulis buku " Saya Bukan Menteri" untuk IPDM.
Jika Lim Kit Siang mahu menyaman saya maka saya bercadang untuk mengambil Karpal Singh sebagai peguam saya jika dia mahu memberikan khidmat secara percuma kerana saya percaya dalam keadaan apapun dia berpegang kepada prinsip prinsip demokrasi.
Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng didesak untuk mengangkat sumpah jika tiada sebarang unsur manipulasi undi pada pemilihan Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) Disember lepas.
Naib Pengerusi Jaringan Cina Malaysia (JCM), Chan Kit Mun mencabar Guan Eng untuk segera mengangkat sumpah sekiranya beliau benar-benar penganut Kristian yang tulus.
"Guan Eng tidak perlu gentar untuk angkat sumpah kerana beliau sendiri telah beberapa kali tampil menafikan sebarang unsur manipulasi seperti didakwa ahli DAP sendiri.
"Jika benar Guan Eng tidak hanya retorik dengan slogan-slogan indahnya, segera tampil mengangkat sumpah terhadap semua dakwaan-dakwaan tersebut, ini juga peluang untuk membersihkan namanya," katanya ketika di hubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.
Semalam, Naib Presiden Jaringan Cina Malaysia (JCM), Liang Kak Chean menggesa Ketua Menteri Pulau Pinang itu untuk mengangkat sumpah di gereja bagi menafikan beliau terlibat dalam penipuan pemilihan CEC.
Kak Chean berkata, tindakan itu perlu bagi membuktikan ketulusan pemimpin tersebut, sekali gus mengembalikan semula keyakinan rakyat terutama masyarakat Cina terhadap kepemimpinan beliau.
Menurutnya, rakyat perlu mengetahui perkara sebenar di sebalik kontroversi pemilihan CEC itu tanpa sebarang pembohongan atau kenyataan berdolak-dalik daripada pemimpin DAP.
Dalam pada itu, Kit Mun menyifatkan tindakan DAP yang 'tergesa-gesa' cuba mengadakan pemilihan semula CEC dalam masa terdekat juga menimbulkan tanda tanya.
Jelasnya, masih terdapat dakwaan bahawa kepemimpinan tertinggi parti itu sengaja memilih bulu dengan hanya menghantar notis kepada calon-calon tertentu sahaja.
Umat Islam harus menunggu selewat-lewatnya Oktober untuk mengetahui keputusan rayuan penggunaan kalimah Allah oleh sebuah organisasi Kristian yang menjalankan dakwah di negara ini dalam Injil Bible berbahasa Melayu.
Injil berbahasa Melayu yang beredar di Semenanjung / Malaya / Persekutuan Tanah Melayu selama ini bukanlah baru kerana selama ini ia diimport dari Sabah , Sarawak dan Indonesia. Namun ia jelas budaya yang ditolak oleh penduduk Islam di jalur tanah ini sejak sekian lama apatah pula dengan menggantikan perkataan Tuhan dengan Allah (Tuhan Yang Satu) walaupun jelas yang memperjuangkannya berfahaman Tuhan Bertiga. Ia satu bentuk provokasi jahat, biadap dan penuh keraguan. Takkanlah mahkamah membenarkannya? Tapi siapa sangka.
Berbeza dengan Sabah dan Sarawak yang mana misi pengkristianan pribumi di sana dilakukan oleh kumpulan Kristian yang berpengkalan di Indonesia, penggunaan perkataan Allah di dalam Injil Bible mereka adalah sifat negeri yang telah ada sebelum tertubuhnya Malaysia lagi. Tambahan pula Indonesia dengan cemerlang selama 17 tahun mempengaruhi sosiobudaya Sabah dan Sarawak.
Malaya atau Persekutuan Tanah Melayu seharusnya difahamkan sebagai negara yang tidak pernah ditakluk sosiobudayanya oleh Indonesia. Hujah mudah ini wajar menjadi titik tolak bahawa selama ini pun, perkataan Allah di Sabah dan Sarawak tidak pernah menjadi isu dan sudah 50 tahun pun.
Ini ditambah pula dengan pertimbangan bahawa iktikad mereka tidak baik kerana beberapa fakta seperti :
1. Mencemar persekutuan Malaysia di saat Malaysia menyambut ulangtahun penubuhan yang ke 50.
2. Menggunakan titik persamaan untuk menebalkan garis perbezaan
3. Memprovokasi 63% umat Islam Malaysia yang hampir 90% tinggal di Semenanjung / Malaya / Persekutuan Tanah Melayu dengan membawa masuk elemen di luar konteks sejarah tempatan. Lebih nakal, 90% Kristian di Semenanjung adalah terdiri dari kaum yang masih bertutur bahasa ibunda mereka dan pendidikan vernakular mereka dijaga.
4. Semenanjung / Malaya / Persekutuan Tanah Melayu tidak pernah 'dijajah' Indonesia kerana Melayu haluan kiri pro-pluralis gagal menguasai sokongan orang Melayu, malah gagal mengasingkan diri mereka dari Blok Timur yang ditokohi antaranya Sukarno.
5. Semenanjung / Malaya / Persekutuan Tanah Melayu tidak pernah mengiktiraf mana-mana gereja di tanahnya, mencetak Injil Bible berbahasa Melayu. Ia secara adatnya, haram di Malaya dengan fakta penganut Kristian bukan Melayu telah berkitabkan Injil Bible dalam bahasa ibunda masing-masing.
6. Ia tidak boleh dan tidak relevan untuk menjadi isu di Semenanjung / Malaya / Persekutuan Tanah Melayu. Maka hak menentukan boleh atau tidak penggunaan kalimah Allah ialah hak rakyat Sarawak dan Sabah sendiri mengikut pertimbangan sejarah sendiri di mana selama ini tidak wujud masalah pun.
7. Kebenaran menggunakan Allah sebagai nama Tuhan Yang Satu untuk semua yang mempercayai keesaanNya tanpa mengira latar belakang kepercayaan hanya layak dibolehkan SEKIRANYA pengharaman bahasa lain selain BAHASA MELAYU diberlakukan ke atas setiap rakyat Malaysia yakni melalui asimilasi paksaan, kerana tiada kewujudan bahasa lain yang diberi ruang kecuali bahasa Melayu.
Bukankah siapa-siapa pun tahu akan hal ini? Orang Semenanjung nak beli rumah di Sarawak dan Sabah pun secara teknikalnya tak boleh. Apatah lagi dengan fakta berkait sejarah yang jelas. Takkanlah hakim lagi ........ dari orang ramai. harap-harap, tak la..
Rayuan perbicaraan mengenai penggunaan kalimah Allah oleh bukan Islam yang dikemukakan oleh kerajaan akhirnya selesai petang tadi dengan hakim bersepakat menangguhkan sekali lagi buat kali kedua ke satu tarikh yang lain selewat-lewatnya sebelum bulan Oktober.
Umat Islam seluruh negara sekali lagi terpaksa menunggu keputusan sama ada kalimah Allah ini boleh atau tidak digunakan oleh bukan Islam.
PUTRAJAYA 10 Sept – Kalimah Allah bukan merupakan sebahagian kepercayaan, kefahaman mahupun pengamalan orang Kristian, demikian hujah Peguam dari Majlis Agama Islam Selangor, Tan Sri Abdul Aziz Abdul Rahman.
Katanya, tidak mungkin kalimah Allah menjadi sebahagian kepercayaan orang Kristian.
"Jika kalimah Allah menjadi kepercayaan mereka, sudah tentu mereka Islam. Justeru, perkataan Allah adalah untuk agama Islam bukan untuk Kristian," demikian antara hujahnya.
Beliau berkata, saya tidak pasti bagamaimana mereka (orang Kristian) menterjemahkan God kepada Allah.
"Dalam bahasa apa? English pun tiada perkataan Allah. Sebabnya, dalam Bible asal mesti dalam bahasa Hebrew (Yahudi Israel).
Ahli muzik terkenal, Ahmad Dhani berjanji untuk menanggung keperluan 6 keluarga mangsa yang meninggal dunia setelah kereta yang dipandu anaknya Abdul Qodir Jailani, 13, terbabas dan melanggar sebuah kenderaan yang membawa sekumpulan pekerja di Lebuhraya Jagorawi, Jakarta malam minggu lalu.
Perjanjian tersebut mahu dibuatnya secara hitam putih dan sanggupmenjadi bapa angkat kepada anak-anak mangsa yang terkorban dan menganggung pembiayaan pelajaran mereka sehingga tamat sekolah.
Dia juga menegaskan itu bukanlah 'sogokan' bagi memastikan dia dan anaknya dihukum ringan tetapi merupakan sebahagian dari tanggungjawab moral yang perlu dilakukan olehnya.
Senin, 09/09/2013 22:24 WIB
Ahmad Dhani Akan Buat Perjanjian Tertulis dengan Keluarga Korban
Mulya Nurbilkis - detikNews
FOTO DETIKNEWS
Jakarta - Ahmad Dhani menyanggupi akan menanggung seluruh kebutuhan keluarga korban yang meninggal dunia akibat tabrakan di Tol Jagorawi. Dhani pun akan melakukan perjanjian tertulis.
"Saya harus membuat perjanjian hitam di atas putih. Saya akan membuat perjanjian dimana saya akan memenuhi tanggung jawab yang tidak akan selesai hanya sampai di tahun 2013," kata Ahmad Dhani usai menjenguk korban di RS Meilia, Cimanggis, Depok, Senin (9/9/2013).
Ia tak keberatan untuk menjadi bapak asuh dari anak-anak keluarga korban. Setiap keluarga akan membuat perjanjian tertulis yang berisi pemenuhan tuntutan yang mereka layangkan kepada Ahmad Dhani sebagai keluarga dari Dul.
"Beberapa ada yang ingin anaknya sekolah sampai selesai, saya teruskan sampai kuliah, S-1, S-2, S-3 akan tetap kita biayai . Dan itu adalah tanggung jawab belasan tahun," kata presiden Republik Cinta Management ini.
Ahmad Dhani memastikan bantuan ini bukan dimaksudkan untuk memperingan proses hukum terhadap Dul yang sudah dijadikan tersangka.
"Ini jangan dipahami bahwa tuntutan itu saya penuhi, jangan dipahami itu adalah deal agar tidak menuntut, tidak ada hubungannya, ini adalah tanggungjawab moril," ujarnya.
"Kalau mereka mau menuntut itu urusan mereka. Jangan dipahami (bantuan ini, red) supaya tidak ada tuntutan," tegas Dhani.
Fakta Sabah dan Sarawak berada 17 tahun di bawah pengaruh Kristian Indonesia sebelum 1963 perlu semua rakyat tahu. Bukan itu sahaja, malah fesyen, hiburan dan muzik juga semua dari Indonesia. Malahan lagi, Kalimantan kehilangan propinsi Kalimantan Utara nya akibat penubuhan Malaysia.
Nilai-nilai mutlak bahawasanya mereka adalah dua negara yang bersama Malaya, Singapura dan Brunei membentuk sebuah negara komanwel British bernama Malaysia perlu difahami intipati walaupun Singapura gagal kekal dalam masa kurang 2 tahun dan Brunei langsung tidak jadi dan memilih untuk terus dalam naungan British sehingga 1984.
Amerika Syarikat sendiri terdiri dari 51 buah negara. Rakyat Sabah dan Sarawak berpegang pada akan hal ini. Hari ini sepertinya, mereka yang dengki dengan orang Islam yang 90% berada di Semenanjung, mengimport masuk sesuatu yang asing secara tidak sah dari segi undang-undang dengan berpegang pada hakikat Malaya tidak pernah 'ditakluk' oleh Indonesia.
Seperti isu kalimah Allah ini.
Dalam pada itu tentulah Melayu-Melayu saka Malaya yang mengembalikan nostalgia pro Indonesia pada tahun 1940an tidak akan menyokong idea mempertahankan kalimah Allah ini kerana dogma pluralisme yang menebal dalam diri mereka. Mereka ini tidak mempunyai niat yang baik kerana bahasa Indonesia teman rasanya lebih baik dari mereka. Malah perjuangan mereka tidak dipandang pun oleh pemerintah dan majoriti rakyat Indonesia hari ini.
Dalam mencari titik persamaan, CFM nampaknya mahu titik perbezaan Malaya, Sabah dan Sarawak dibesarkan. Malah usaha mereka tidak dilakukan dengan iktikad yang baik apabila cuba mengedarkan Injil Baibel berbahasa Melayu di merata pelusuk Malaya bermula dengan apa yang didengari di Pulau Pinang.
Faktanya, selama 50 tahun, penggunaan ALLAH di dalam Injil Baibel di Sabah dan Sarawak tidak pernah menjadi halangan kerajaan Persekutuan untuk dilestarikan di sana, mengapa hari ini mereka mahu melawan di mahkamah hanya kerana tidak dibenarkan peredarannya di Malaya? Niat mereka diragui. Sementelahan, isu ini dipanaskan pada ambang sambutan ke 50 tahun penubuhan Malaysia.
Semuanya kerana dengkikan Islam. Mengapa yang tertulis ISLAM di kad pengenalan hanya diam? Lawanlah walau satu ayat. Namun jelas, perkara mudah yang tidak boleh dibuat oleh orang Islam hanyalah PENYATUAN IDEOLOGI SUNNI tetapi ia boleh berlaku dengan kuasa Allah Yang Esa.
Khutbah Jumaat yang disediakan oleh JAKIM dan disampaikan pada 6 September 2013 telah mendapat reaksi Pengerusi Persekutuan Kristian Malaysia (CFM) atau (kelihatannya seperti) PKM dalam BM, Dr. Eu Hong Seng yang menurutnya boleh mencetus gangguan ke atas ketenteraman awam atau kacau bilau.
Menurutnya tindakan menyeru perjuangan suci untuk mempertahankan kalimah Allah adalah salah dan mengajak kacau ganggu. Dia juga menyeru dengan berkata bahawa kerajaan Malaysia yang mewakili semua kaum perlu menjamin kebebasan beragama di Malaysia. Dia juga mengutuk tindakan ceramah-ceramah di TV yang mengupas misi Kristianisasi.
Tapi tentulah dia bernada pluralis yang ditegakkan oleh pembangkang. Mana mungkin dia mengundi pihak lain dan meminta pihak lain pula mewakilinya. Tindakan JAKIM pada pendapat teman , sepertiyang teman dengor di Masjid Besi, Putrajaya tidak lebih dari seruan kesedaran kepada Muslim sebagai individu yang terlalu dipengaruhi fahaman pluralisme, agar kembali mempunyai rasa tanggungjawab untuk menyedari Allah itu Esa, bukan bertiga.
Ini juga merupakan sesi merogol minda berpecah orang Melayu supaya disambangi idea penyatuan.
Jika itu disentuh, pastilah lebih rancak tarian pengerusi CFM. Tetapi adakah mereka mempunyai iktikad yang baik bila rata-rata tokoh mereka berada di pihak pembangkang yang setelah gagal menerap sekularisme total, kini cenderung mempromosi pluralisme. Mengapa tidak semeja dengan pemerintah?
Fakta Sabah dan Sarawak berada 17 tahun di bawah pengaruh Kristian Indonesia sebelum 1963 perlu semua rakyat tahu. Bukan itu sahaja, malah fesyen, hiburan dan muzik juga semua dari Indonesia. Malah Kalimantan kehilangan propinsi Kalimantan Utara nya akibat penubuhan Malaysia.
Nilai-nilai mutlak bahawasanya mereka adalah dua negara yang bersama Malaya membentuk Malaysia perlu difahami intipati. Amerika Syarikat sendiri terdiri dari 51 buah negara. Rakyat Sabah dan Sarawak berpegang pada akan hal ini. Hari ini sepertinya, mereka yang dengki dengan orang Islam yang 90% berada di Semenanjung, mengimport masuk sesuatu yang asing secara sah dari segi undang-undang dengan berpegang pada hakikat Malaya tidak pernah 'ditakluk' oleh Indonesia.
Seperti isu kalimah Allah ini.
Dalam mencari titik persamaan, CFM nampaknya mahu titik perbezaan Malaya, Sabah dan Sarawak dibesarkan. Malah usaha mereka tidak dilakukan dengan iktikad yang baik apabila cuba mengedarkan Injil Baibel berbahasa Melayu di merata pelusuk Malaya bermula dengan apa yang didengari di Pulau Pinang.
Faktanya, selama 50 tahun, penggunaan ALLAH di dalam Injil Baibel di Sabah dan Sarawak tidak pernah menjadi halangan kerajaan Persekutuan untuk dilestarikan di sana, mengapa hari ini mereka mahu melawan di mahkamah hanya kerana tidak dibenarkan peredarannya di Malaya? Niat mereka diragui.
Semuanya kerana dengkikan Islam. Mengapa yang tertulis ISLAM di kad pengenalan hanya diam? Lawanlah walau satu ayat. Namun jelas, perkara mudah yang tidak boleh dibuat oleh orang Islam hanyalah PENYATUAN IDEOLOGI SUNNI tetapi ia boleh berlaku dengan kuasa Allah Yang Esa.
PETALING JAYA: The Christian Federation of Malaysia (CFM) today urged Putrajaya to check on the Department of Islamic Development (Jakim) and its handling of the controversial "Allah" issue, a day before the hearing of the appeal filed by the government against the High Court's decision to allow The Herald newspaper to use the word, "Allah."
"Let not Jakim be the only voice purporting to speak on behalf of the government of Malaysia, which it said represents Malaysians of different faiths and ethnicities," CFM chairman Dr Eu Hong Seng said in a press statement.
Eu said the federation was concerned that the calls by the various groups to defend Islam from supposedly being insulted and threatened could be a catalyst to trigger public disorder.
In particular, CFM referred to a television programme in which accusations were made about so-called Christian plots to convert Muslims.
Eu also noted that the official Friday sermon (khutbah) written by Jakim and delivered on Sept 6, 2013, which called for "action" (tindakan) in defence of Islam by Muslims over the use of the word "Allah" for God by Christians, and that such defence was a "holy struggle" (perjuangan suci).
"In the light of that, the CFM relentlessly called upon the Malaysian government, which represents all Malaysians to ensure, uphold and protect freedom of religion in Malaysia," he said, adding that the demand for "action" by some Muslims is "incendiary and alarming to ordinary Malaysians."
According to Eu, a cursory examination of these accusations and statements clearly showed that the groups were emotional and alleged without factual basis but worst of all, he added, there appears to be no action or statement whatsoever from the government to stop the spread of such calls.
Eu pointed out that the word "Allah" to refer to God has been in use for hundreds of years in translations of and from the Bible in the Middle East and North Africa, and that Christians in those regions freely used the word "Allah" without complaints of confusion.
"Only in Malaysia when Christians use of the word "Allah" to refer to God is a problem for the Muslims," he said.
"Bumiputera Christians, who only have Bahasa Malaysia as their common language for worship and prayer, have long used the Bahasa Malaysia Bible containing the word "Allah" for God without any uproar, resistance or objection. Why now?" he asked.
Judicial review
Since about 60% of the 2.6 million Christians in Malaysia used the word, "Allah" from the time they embraced the religion, the repeated accusations that the use of the word as part of a Christian conspiracy to convert Muslims did not hold water.
"This has been going on for centuries without any problems and we have lived in relative peace and harmony until recently," he said.
"Such irresponsible accusations must stop. This is blatant scaremongering and provoking of religious tensions," he said, while inviting all Muslims to "reflect, understand and appreciate the context of how, when and why Christians use the word, 'Allah.'"
"In dealing with the use of the word "Allah" as with other inter-religious issues, there is a need for the truth instead of purely emotional rhetoric or use of base insults, or talk of plots and alleged conversions."
On Feb 16, 2010, the church filed for a judicial review of the Home Ministry's decision to prohibit the use of the word, "Allah" in The Herald publication.
Available in four languages, the publication has been using the word, "Allah" to refer to "God, in its Malay-language publication for Christians in Sabah and Sarawak.
On Dec 31, 2009, the High Court declared that the Home Ministry's decision to prohibit The Herald from using the word, "Allah," was illegal.
However, the government was adamant that the word, "Allah," was exclusively Muslims.
The government then applied for the case to be referred to the Court of Appeal.
You are subscribed to email updates from IPOH MALAY To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.