Ahad, 5 Februari 2012

Pakatan Rakyat

Pakatan Rakyat


Full content generated by Get Full RSS.

DIALOG RAKYAT

Posted: 05 Feb 2012 03:21 PM PST

Dr M kecewa terhadap Najib: Dia tak akan dapat majority 2/3

Posted: 05 Feb 2012 07:18 AM PST


Kelihatan seperti Mahathir sudah putus harapan terhadap Najib. Beliau akhirnya mengaku bahawa adalah lebih baik PRU dilaksanakan selepas BN beroleh semula sokongan masyarakat Cina yang membentuk 30% daripada pengundi.

"Kita boleh beritahu beliau tentang itu dan Najib dapat menyelamatkan wang beratus juta dalam bujet 2012. Daripada memberi bantuan kewangan sekali itu, wang tersebut boleh disalurkan ke arah mekanisma yang lebih berkesan atau skim yang lebih baik. Tetapi, disebabkan PRU 13, beliau membuat keputusan untuk mengeluarkan wang dari dana negara yang sememangnya sudah tenat. Sekarang, sungguhpun dengan banyak faedah dan wang bantuan, rakyat masih enggan mengundi BN. Apa yang dapat kita simpulkan mengenai strategi kepimpinan negara? " ujar timbalan presiden PKR Chua Jui Meng kepada Malaysia Chronicle.

Siapa yang sebenarnya mahukan pilihanraya awal?

Sememangnya Najib menukar fikiran untuk laksanakan PRU13 yang awal selepas kegagalan beliau merubah fikiran rakyat untuk menjadi lebih positif terhadap Umno dan BN tahun lepas. Mahathir juga ada membayangkan PRU 13 akan dilaksanakan awal selepas memberi nasihat dengan sarkastik agar Najib tidak mengadakan undi sehingga penghujung penggal beliau.

Walaubagaimanapun, ada dikalangan puak dalam UMNO mengatakan bahawa cakap-cakap dalam parti berbeza dengan apa yang mereka canangkan diluar sana. "Mengapa kita harus buatnya?" adalah jawapan yang diberi Rosmah apabila ditanya jika Najib akan melaksanakan PRU segera semasa hari terbuka Aidilfitri di rumahnya tahun lepas.

Orang- orang Mahathir pula takut Najib akan menangguh terlalu lama pilihanraya dan mahu ia dilaksanakan sebelum keadaan ekonomi menjadi lebih suram. Walaubagaimanapun, kepimpinan Najib yang lemah dan juga politik agama dan perkauman yang melampau telah menimbulkan kemarahan rakyat. Lambakan kroni mendapat tawaran lumayan dalam bidang korporat juga menutup pintu kepada kemungkinan mengadakan pilihanraya yang awal. Keadaan ekonomi yang semakin teruk juga akan menyukarkan Najib untuk meraih keyakinan rakyat, jadi, tiada jalan keluar bagi BN sekarang. Mimpi ngeri Mahathir telah menjadi kenyataan.

"BN tidak dapat kehilangan sokongan daripada mana-mana sektor dalam negara. Apa yang dilihat sekarang adalah kemungkinan orang Cina tidak akan mengundi untuk kerajaan," beritahu Mahathir dalam satu temuramah dengan Bloomberg yang diterbitkan pada hari Khamis.

Najib tidak akan menang majoriti 2/3

Mahathir juga memberitahu bahawa beliau tidak percaya yang Najib boleh menang semula majoriti 2/3 parlimen tetapi mungkin akan menang majoriti mudah. Beliau juga menjangkakan BN akan menghadapi kesukaran untuk memenangi negeri yang diperintah Pakatan Rakyat (PR).

"Jika anda ada masa, gunakan masa itu untuk mendapat sokongan," kata Mahathir.

Namun Mahathir sendiri ialah pemimpin untuk sayap kanan konservatif dalam Umno dan merupakan penasihat untuk kumpulan ekstrimis seperti Perkasa, yang hanya beberapa hari lalu mencetuskan kontroversi dengan menghina komuniti Cina kerana keengganan meminta maaf selepas memberi ang-pow dalam sampul putih.

Mahathir juga telah mencabar Najib atas platform 1Malaysianya, prinsip utama yang menghapuskan isu ketidak-sama-rataan kaum dan membenarkan semua mendapat peluang saksama dalam sektor perniagaan seperti yang sudah sekian lama dinasihati oleh pelabur. Mahathir secara terbuka memperlekehkan Najib kerana mencadangkan untuk menggantikan Dasar Ekonomi Baru yang berasaskan kaum dengan Model Ekonomi Baru yang dicuri Najib daripada manifesto Pakatan Rakyat.

Selain daripada isu angpau putih, rakyat juga tidak gembira dengan Najib kerana skandal RM250 juta NFC, tukar tangan dalam saham AirAsia-MAS dan penjualan kepentingan Proton kepada ahli perniagaan kaya Syed Mokhtar Albukhary.

Mereka juga marah terhadap Najib kerana kontrak Lebuhraya Pantai Barat yang dianugerahkan kepada Europlus; sebuah firma yang menanggung kerugian selama ini, pada 2 kali ganda harga yang dicadangkan dengan tempoh 60 tahun konsesi!

Rakyat melihat segala kontrak dan faedah dibolot oleh kroni Najib dan rakan-rakannya dalam Umno dan mereka semakin marah. Rasuah berada di tempat teratas senarai begitu juga dengan politik perkauman dan agama yang menyebabkan mereka enggan menyokong BN.

Parlimen akan secara automatic dibubarkan pada April 2013 dan sekiranya Najib membiarkan ia sehingga saat-saat akhir penggalnya, Najib akan menjadi satu-satunya PM yang tidak mendapat mandat rakyat. Najib dilantik sebagai PM selepas parti beliau menendang keluar Abdullah Badawi pada tahun 2008. Beliau menggantikan tempat Abdullah secara rasminya pada April 2009 Malaysia Chronicle

Keengganan Shahrizat letak jawatan menarik UMNO dan SPRM jauh dalam api NFC

Posted: 05 Feb 2012 07:10 AM PST

Ketua Wanita Umno Shahrizat Jalil yang sedang dilanda kontroversi enggan letak jawatan walaupun sudah banyak suara-suara sumbang dalam parti yang menggesa beliau berbuat demikian termasuk timbalannya serta pemimpin veteran seperti Mahathir dan Rafidah Aziz. Shahrizat memilih untuk menyalahkan pihak pembangakang.

"Pihak pembangkan tidak membuat-buat cerita mengenai pembelian kondo, Mercedes Benz dan lain-lain. Sudah tiba masanya Shahrizat mengaku sahaja. Parti beliau sendiri mahu beliau letak jawatan. Tiada sebab mengapa beliau harus menyalahkan PKR kerana mendedahkan penyalahgunaan dana kerajaan oleh keluarga beliau. Adakah beliau menyeru rakyat supaya menghukum Pakatan kerana mendedahkan salahlaku keluarga beliau dan undi BN sebab membantu beliau menutup skandal tersebut?" beritahu Ahli Parlimen Batu PKR Tian Chua kepada Malaysia Chronicle.

Wanita paling tidak popular di Malaysia sekarang

Sememangnya pelik yang Shahrizat tidak merasakan bahawa beliau adalah wanita paling tida popular di Malaysia sekarang dan telah lupa bahawa antara sebab mengapa beliau dengan senangnya dapat mengalahkan Rafidah dahulu untuk jawatan Ketua Wanita pada 2009 adalah disebabkan Rafidah dilihat bersalah dalam rasuah Authorized Permit (AP) kenderaan bermotor.

Walaubagaimanapun, Shahrizat tetap berkeras akan kembali bekerja pada hari Isnin selepas pulang dari Mekah pada hari Jumaat; beritahu beliau kepada para wartawan.

"Tidak berbaloilah saya sebagai seorang menteri dan ketua kepada 1.3 juta ahli sekiranya saya lemah dan tunduk kepada drama yang direka cipta oleh pihak pembangkang," beritahu Sharizat kepada wartawan.

"Semua serangan ini dan ketamakkan pihak pembangkang yang saya saksikan ini menjadikan saya semakin kental untuk memimpin Wanita UMNO pada pilihanraya yang akan datang."

Wanita Umno berpecah kerana skandal NFC

Namun beliau langsung tidak memberi komen apabila ditanya mengenai seruan untuk letak jawatan oleh Rafidah atau Kamilia Ibrahim, timbalan beliau dan sekali lagi memilih untuk berselindung disebalik kerusi Ketua Wanita.

"Saya menghormati beliau sebagai bekas Ketua Wanita UMNO tetapi saya yang menjadi Ketua Wanita sekarang dan menjadi tugas saya untuk memastikan Wanita UMNO bersedia untuk berhadapan dengan pilihanraya yang akan datang," ujar Shahrizat bila ditanya mengenai komen Rafidah.

"Saya faham maksud beliau," kata Shahrizat merujuk kepada timbalannya Kamilia. Kamilia telah mengeluarkan kenyataan akhbar mengatakan Shahrizat sebagai bebanan dilihat Shahrizat sebagai usaha untuk merebut jawatan beliau. Ini menguatkan lagi spekulasi bahawa sayap wanita kita berpecah.

Walaupun dengan kenyataan berani Shahrizat dan pembelaan dirinya, Wanita Umno kebanyakkannya tidak gembira dengan dakwaan rasuah RM250 juta terhadap keluarga Shahrizat membabitkan Feedlot Kebangsaan.

Mereka mahu beliau berundur sehingga selesai siasatan, apatah lagi dengan kemungkinan bahawa pilihanraya umum ke 13 akan dilaksanakan pada tahun ini. Skandal NFC yang semakin digembar-gemburkan itu sudah pasti akan membuatkan pengundi lari daripada Wanita Umno.

"Mereka mahu Shahrizat sedar untuk berundur sendiri dan jangan meletakkan keputusan itu ke atas Perdana menteri," Petikan daripada pendapat Rafidah dalam Malay Mail.

Menarik Umno lebih dalam bahang NFC

Bekas presiden Umno, Mahathir juga menasihatkan beliau untuk 'berundur sebelum dihalau'.

Tetapi kelihatan seperti Shahrizat cekal untuk menarik Umno sedalam-dalamnya skandal tersebut. Ada penyokong beliau yang percaya bahawa ia adalah dimahukan oleh PM sendiri. Ada cakap-cakap dalam Umno bahawa Najib mahu menggantikan Shahrizat dengan Raja Nong Chik di kawasan Parlimen Lembah Pantai.

Tetapi, yang menyedihkan adalah Umno yang semakin buruk disebabkan skandal ini dan Najib tidak dapat menahan kemaraan api yang diciptanya sendiri. Musuh Shahrizat dalam Umno menanti perletakan jawatan Shahrizat manakala penyokong beliau mahukan Shahrizat menunggu sehingga ke akhirnya dan mendapatkan tawaran yang terbaik daripada Najib sebelum berundur. Mereka menyalahkan kumpulan Najib untuk Raja Nong Chik dan PM layak mendapat balasan atas tindak-tanduknya sendiri.

Sementara itu, Raja Nong Chick yang juga ketua bahagian Umno Lembah Pantai dan Menteri Wilayah Persekutuan telah menyibukkan dirinya di kawasan itu dengan poster dan banner gambar dirinya sendiri bersama Najib di sekitar Kerinchi dan Bangsar.

SPRM dikecam kerana tidak ambil tindakan

Rakyat Malaysia sudah banyak didedahkan dengan skandal-skandal, termasuk komisyen RM570 juta Najib hasil daripada pembelian dua buah kapal selam Scorpenes. Beberapa lagi tawaran korporat yang melibatkan penjualan murah saham dalam syarikat automotif negara, Proton kepada kroni Umno Syed Mokhtar Albukhary, projek Leburaya Pantai Barat yang begitu mahal dan tukar tangan saham AirAsia-MAS yang masih dipersoalkan.

Ramai yang menuntut agar SPRM mengambil tindakan ke atas pelbagai kes tersebut, Tetapi NFC lah yang paling menjana perhatian ramai. Ramai yang marah kerana kelihata seperti SPRM tidak mengambil tindakan terhadap suami Shahrizat Salleh Ismail, yang dituduh oleh seorang personaliti Umno Shamsubahrin Ismail membayarnya untuk merasuah pihak polis dalam siasatan.

Salleh sudahpun dalam reman polis, lagi memcetuskan cakap-cakap dan perbalahan dalam Umno di antara pelbagai pihak yang menyokong dan tidak menyokong serta rundingan untuk mendapatkan jalan terbaik menutup skandal tersebut.

Selain Shahrizat dan Najib, mereka yang terlibat dalam skandal itu adalah TPM Muhyiddin Yassin yang enggan memanggil Suruhanraya diraja untuk menyiasat perkara itu, bekas PM Abdullah Badawi, Ketua Pemuda, Khairy Jamaluddin dan Noh Omar, menteri pertanian yang mengawal projek tersebut.

Tiba masa keluarga Shahrizat berhenti bersembunyi dibelakangnya

Dalam usaha beliau berunding untuk mendapatkan taawaran terbaik melepaskan keluarga beliau, Shahrizat juga menyerang musuh beliau, dengan memberi kenyataan bahawa tiada sesiapa dala Umno yang tidak bermasalah. Ini dilihat oleh ramai sebagai amaran untuk mendedahkan salahlaku rakan-rakannya yang lain dalam Umno sekiranya mereka bersikap melampau terhadapnya.

Tetapi pengkritik berkata bahawa rasuah adalah rasuah dan sudah tiba masanya beliau berhadapan dengan akibat penyalahgunaan dana dalam NFC walaupun niat asalnya adalah untuk melindungi keluarganya. Juga sudah tiba masanya keluarga beliau tidak lagi berselindung disebalik beliau dan mengaku terhadap tuduhan yang dilemparkan terhadap mereka dalam NFC dan jangan mengharapkan beliau melindungi mereka lagi.

"Yang pertamanya, rasuah itu salah. Jadi kita tidak dapat untuk bersimpati. Jika dakwaan adalah benar, beliau juga telah menikmati makan angin tersebut, kondo dan segala faedah lain. Sudah tentu suami dan anak-anak beliau tidak akan meninggalkan beliaudalam aktiviti yang mereka buat? Adakah ini masuk akal?" ujar Tian Chua. Malaysia Chronicle

Zaid tarik balik keputusan bubar Kita

Posted: 05 Feb 2012 07:01 AM PST

Oleh Lisa J. Ariffin

KUALA LUMPUR — Datuk Zaid Ibrahim menarik semula keputusan untuk membubarkan Parti Keadilan Insan Tanah Air (Kita), parti yang dibentuk beliau selepas keluar PKR.

Menurut Sinar Harian Online, Zaid menerusi pegawai kananya telah memaklumkan perkara itu kepada beberapa pengerusi negeri pagi ini.

"Saya menerima panggilan sekitar jam 8 pagi tadi, pegawai penyelaras parti ada menghubungi saya untuk memaklumkan pendirian terbaru Datuk Zaid iaitu tidak mahu membubarkan parti Kita, EGM tidak akan diadakan," kata Pengerusi Kita Johor Dr Mohd Zaid Mohd Yusof.

Dr Mohd Zaid menambah jika benar perkembangan tersebut, pihaknya menyambut baik keputusan itu memandangkan memang tiada alasan atau sebab parti itu harus dibubarkan.

Dalam satu pengumuman mengejutkan di laman web Kita, Khamis lalu, Zaid (gambar) berkata satu mesyuarat luar biasa (EGM) akan diadakan untuk membubarkan Kita berikutan laporan-laporan ahli-ahli di Kedah dan Pulau Pinang secara terbuka menyerang Pakatan Rakyat, "menunjukkan mereka tidak berminat terhadap isu-isu sebenar dan hanya mahu memalukan kepimpinan pembangkang."

"Saya sedar menubuhkan Kita adalah satu kesilapan," kata bekas menteri Umno ini. "Saya berharap dapat membawa idea-idea alternatif dalam politik dan membawa kepelbagaian imej untuk pembangkang."

Selepas pengumuman itu, beberapa pengerusi Kita negeri secara terbuka menolak pembubaran itu sebaliknya mendesak Zaid meletakkan jawatan.

Zaid, bekas ahli Parlimen Umno menyertai PKR pada Jun 2009. Beliau meninggalkan Umno selepas mempertikaikan penahanan wakil rakyat DAP Teresa Kok, blogger Raja Petra Kamaruddin dan wartawan Tan Hoon Cheng di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) pada 2008.

Zaid kemudian bertanding untuk jawatan timbalan presiden PKR menentang Azmin Ali dan Mustapha Kamil Ayub sebelum meninggalkan parti itu tahun lepas. Beliau juga merupakan calon PKR dalam pilihan raya kecil Hulu Selangor namun tewas kepada P. Kamalanathan dari MIC.

Zaid meninggalkan PKR kerana tidak berpuas hati dengan proses pilihan raya parti itu mkendakwa berlaku penyelewengan sebelum menubuhkan Kita.

Namun parti berusia dua tahun ini berdepan dengan masalah dalaman termasuk penentangan ahli terhadap Zaid.

Baru-baru ini Zaid mengumumkan Kita tidak akan bertanding pada pilihan raya umum ke-13 namun menawarkan sokongan kepada pembangkang.

Thaipusam: Hindraf anjur kempen 'sambut' Najib

Posted: 05 Feb 2012 06:59 AM PST


MALAYSIA KINI

Kumpulan pendesak India, Hindraf merancang untuk mendapatkan 100,000 tandatangan bagi kempen mereka ketika perayaan Thaipusam di Batu Caves, Kuala Lumpur Selasa ini, sebagai membantah kegagalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menunaikan tuntutan badan itu.

najib thaipusam 2011Kempen itu dijadualkan bermula pada pukul 9 pagi pada hari pertama masyarakat Hindu menyembah Dewa Murugan yang kebetulan bersamaan dengan hari Najib dijadual melawat kawasan kompleks kuil di Baru Caves itu.

Tujuan kempen berkenaan, kata ketua pergerakan itu, P Uthayakumar, adalah untuk mengingatkan Najib mengenai tuntutan 18 perkara yang dibuat Hindraf pada 2007 kepada kerajaan BN.

"Tuntutan 18 perkara Hindraf yang bertarikh 12 Ogos 2007 antaranya menuntut bagi kesaksamaan, peluang sama rata dan gesaan supaya semua dasar perkauman baik dari kerajaan mahupun sektor swasta dihentikan.

NONE"Ini termasuk mengasingkan khususnya golongan miskin masyarkat India daripada arus perdana pembangunan negara... semua ini belum lagi dilaksanakan oleh Umno yang kini diketuai oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, sejak lima tahun lalu sehingga hari ini," kata Uthayakumar dalam satu kenyataan.

Kempen mengumpul tandatangan oleh Hindraf yang akan diadakan di pintu masuk kuil berkenaan. Ia juga bertujuan untuk menekankan semula keperluan untuk "menamatkan perkauman" dan menyeru kepada perdana menteri menunaikan permintaan Hindraf.

Shahrizat: Saya tak mahu kurang ajar kepada Rafidah

Posted: 05 Feb 2012 06:57 AM PST


Nigel Aw

Ketua Wanita Umno Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil hari ini menolak desakan Tan Sri Rafidah Aziz supaya beliau mengundurkan diri selepas terheret dengan skandal projek ternakan lembu syarikat Perbadanan Fidlot Kebangsaan (NFC).

shahrizat general hospital 050212Bercakap kepada wartawan selepas majlis penyampaian hamper sempena sambutan Maulidul Rasul, di Wad Bersalin, Hospital Kuala Lumpur (HKL) di Kuala Lumpur hari ini, Shahrizat berkata beliau tidak akan mengulas kerana dia tidak mahu dianggap kurang ajar terhadap bekas ketuannya itu.

"Saya tidak mahu serang orang yang lebih tua daripada saya, saya datang dari keluarga di mana ibu bapa saya mengajar saya untuk tidak kurang ajar kepada sesiapa, lebih-lebih lagi mereka yang lebih tua daripada saya, jadi saya akan tutup mulut," katanya.

Khamis lalu, akhbar Malay Mail menyiarkan pada halaman utamanya, gesaan Rafidah supaya penggantinya meletakkan jawatan kerana menimbulkan masalah kepada Umno.

Ditanya sama ada keengganan beliau untuk meletak jawatan dari kerajaan mahupun parti akan menjejaskan reputasi Umno, Shahrizat berkata kontroversi adalah perkara biasa bagi mana-mana pemimpin politik.

rafidah shahrizat wanita umno mt pwtc 021208 rafidahMenurut beliau, di seluruh dunia, baik pihak kerajaan mahupun pembangkang sentiasa akan berdepan dengan isu dan kontroversi yang mencabar.Jajarkan ke Tengah

"Di serata dunia, setiap kerajaan dan setiap parti politik, sama ada anda dengan kerajaan atau dengan pembangkang, anda melalui tempoh yang penuh cabaran. Tidak ada yang luar biasa atau aneh.

"When you are a leader, you will always (be) on the line of fire," (bila anda jadi pemimpin, anda akan sentiasa berada di sasaran serangan), katanya.

Perkara biasa

Jadi, apa yang berlaku ke atas dirinya dianggap sebagai perkara biasa. Shahrizat berkata beliau tidak perlu menjawab pelbagai tuduhan yang dilemparkan dan dia hanya bertanggungjawab kepada Allah.

"Mengapa saya pergi ke Mekah tiga kali dalam dua setengah bulan? Kerana saya takut kepada tuhan, saya minta petunjuk dan bimbingan dari Allah," kata Shahrizat, yang juga Menteri Wanita, Keluarga dan Pembangunan Masyarakat.

Menurutnya, beliau tidak akan menjawab soalan-soalan yang berkaitan dengan NFC kerana siasatan masih berterusan tetapi menegaskan bahawa beliau tidak seharusnya dilabelkan bersalah tanpa proses yang sewajarnya.

"Sebagai seorang peguam dan bekas majistret, saya tidak menghukum seseorang bersalah sehingga dibuktikan. Jadi, tidak, saya tidak akan letak jawatan," katanya.

Malah, katanya, beliau juga memahami apa yang dilakukan oleh pembangkang adalah semata-mata untuk melemahkan semangat beliau selaku Ketua Wanita Umno, yang juga menjadi kekuatan kepada parti itu dan BN.

azlanPengerusi NFC Datuk Seri Mohamed Salleh Ismail adalah suami Shahrizat. Syarikat itu dituduh menyalah-gunakan dana RM250 juta dalam bentuk pinjaman mudah yang diberikan oleh kerajaan melalui dana Kumpulan wang Simpanan Pekerja kepada NFC.

Projek NFC bertujuan untuk mengurangkan import daging lembu di negara ini tetapi Laporan Ketua Audit Negara 2010 menyatakan bahawa projek berkenaan telah tersasar jauh.

Berikutan itu, beberapa pemimpin PKR kemudiannya mendedahkan bahawa pinjaman RM250 juta itu bukan digunakan untuk projek ternakan lembu tetapi dibelanjakan kepada perkara-perkara yang tidak ada kaitan, seperti pembelian kondominium mewah di Kuala Lumpur dan Singapura.

Dana berkenaan juga didakwa digunakan untuk membeli beberapa plot tanah utama di Putrajaya dan kereta mewah.

NFC ialah projek 'Lembah Daging' di Gemas, Negeri Sembilan bagi meningkatkan pengeluaran daging tempatan dan mengurangkan pergantungan negara terhadap daging import.

Pemandu teksi, pengguna ibu kota menjadi mangsa lagi

Posted: 05 Feb 2012 12:35 AM PST

Roketkini.com


KUALA LUMPUR: Sistem kupon teksi yang diperkenalkan di beberapa lokasi sekitar bandar raya ini banyak mendatangkan kerugian buat pemandu teksi.

Naib Pengerusi DAP Kebangsaan Tan Kok Wai berkata, sistem kupon ini adalah sistem yang menguntungkan kroni-kroni Barisan Nasional sahaja.

Jelasnya, sistem kupon itu lebih menguntungkan syarikat pengurusan teksi, bukan pemandu teksi yang juga terpaksa membayar sewa teksi kepada syarikat.

"Saya tidak nampak kebaikan sistem ini malah lebih menambah beban kepada penumpang dan tanpa sebarang kebaikan buat pemandu teksi.

"Walau pun dalam Parlimen sejak berdekad-dekad dilema pemandu teksi ini masih tidak dapat diselesaikan," katanya.

Justeru, Tan yang juga Ahli Parlimen Cheras berkata sudah sampai masanya Pengerusi Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) Tan Sri Syed Hamid meletak jawatan.

"Mungkin di kalangan Ahli-ahli Parlimen Pakatan Rakyat boleh mengetuai SPAD supaya meningkatkan prestasi dan keberkesanannya," katanya.

Tambahnya lagi, perkara ini sangat penting kerana ia membabitkan soal kebajikan pemandu teksi kepada rakyat Malaysia mahu pun warga kota dan pelancong tempatan serta asing.

Bendahari Kebangsaan DAP Fong Kui Lun berkata, walau pun pemandu teksi merupakan duta kecil dalam sektor pelancongan Malaysia, mereka juga perlu punyai kesedaran dan tidak menipu meter terutamanya kepada pelancong asing.

"Kuala Lumpur sebagai pusat pelancongan dan kita akan memantau dan memberi amaran kepada pemandu teksi yang tidak bertanggungjawab," katanya.

Fong yang juga Ahli Parlimen Bukit Bintang berkata demikian hasil aduan dari pelancong China yang mengadu kepadanya.

"Pelancong itu di caj sebanyak RM30 dari Jalan Petaling ke Jalan Changkat Thambi Dollah, yang mana harga yang sewajarnya cuma antara RM7 atau RM8 sahaja.

"Saya amat kecewa kerana perbuatan ini menjejaskan imej negara, dan segelintir pemandu teksi ini seharusnya mengikut meter, bukan sewenang-wenangnya," katanya dalam sidang akhbar selepas perbincangan bersama pemandu-pemandu teksi Kuala Lumpur di Little India Brickfields petang tadi.

Ahli Parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar yang turut membangkitkan kegilaan harga kupon yang dilihatnya sebagai membebankan rata-rata pemandu teksi yang jujur.

"Pihak SPAD seharusnya ambil maklum kerana jika sistem kupon ini tidak menguntungkan, kenapa diteruskan," katanya.

Justeru, Pakatan Rakyat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur akan menyerahkan memorandum dan mendesak Syed Hamid dan SPAD untuk bertemu ahli-ahli Parlimen dan pemandu-pemandu teksi dalam masa terdekat. – Roketkini.com

DAP kecam kepala babi kedua di masjid, kesal MCA bela Perkasa

Posted: 05 Feb 2012 12:20 AM PST

Roketkini.com

KUALA LUMPUR: Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng mengecam perbuatan meletak kepala babi di pintu masuk Masjid Al Hidayah di Sentul, kali kedua selepas yang pertama dilakukan di masjid di Rawang.

Beliau mengutuk dan mengecam hebat tindakan kurang ajar itu yang jelas bertentangan dengan sifat kemasyarakatan Malaysia.

"Kita tidak boleh menerima atau bertolak ansur dengan penghinaan mana-mana tempat beribadat. Masjid, kuil dan gereja merupakan tempat untuk beribadat dan berlindung, dan tidak patut dinoda dengan semberono," katanya dalam satu kenyataan semalam.

Menurutnya, kedua-dua kejadian minggu lalu adalah tindakan pihak-pihak tertentu yang tidak bertanggungjawab dan bertujuan untuk mengapi-apikan sentimen perkauman, agama dan politik di kalangan rakyat menjelang pilihan raya umum yang akan datang.

"Rakyat Malaysia yang mahukan keamanan akan menolak tindakan yang jahat ini.

"Kami menggesa supaya pihak berkuasa terutamanya pihak polis akan menyiasat dengan segera dan berharap agar sesiapa yang bertanggungjawab akan ditangkap dan dibawa ke muka pengadilan," tambah beliau.

Sementara itu, Guan Eng melahirkan rasa terkejut dengan kenyataan Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek enggan berbuat apa-apa terhadap pemimpin dan ahli MCA yang menyertai majlis-majlis anjuran Perkasa.

"Membenarkan ahli dan penyokong MCA menyertai acara-acara Perkasa bukan sahaja membuktikan hubungan MCA dengan Perkasa tetapi juga menunjukkan MCA mengiktiraf Perkasa…walau pun perjuangan Perkasa bersifat perkauman dan ekstrem menentang kaum bukan Islam dan bukan Melayu.

"Adakah MCA dan Chua sangat takut dengan Perkasa sehingga tidak berani menghalang ahli-ahli parti mereka daripada menyertai acara-acara Perkasa?" katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Perkasa telah beberapa kali memberi mengecam dan amaran keras terhadap MCA supaya jangan campur tangan dalam soal hukum hudud, pemberian biasiswa dan beberapa isu yang dianggap hak milik Melayu tanpa mempedulikan sensitiviti masyarakat Malaysia.

Guan Eng yang juga Ahli Parlimen Bagan berkata, apa yang lebih mengejutkan ialah Chua selaku pemimpin MCA telah mempertahankan Perkasa yang memberi ang pau dalam paket warna putih, yang dianggap sial oleh masyarakat Cina, dalam majlis tahun baru Cina anjuran Perkasa baru-baru ini.

Menurutnya, Datuk Ibrahim Ali telah pun dinasihatkan supaya jangan memberi paket ang pau putih oleh bekas pengerusi MCA Cawangan Sri Desa Dr Colin Tiew tetapi tidak dipedulikan oleh pemimpin Perkasa itu.

"Jelas Perkasa sengaja tidak mahu mempedulikan sensitiviti masyarakat Cina dengan memberi ang pau putih.

"Perkasa berani berbuat demikian kerana yakin mereka mendapat pembelaan daripada UMNO dan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak," katanya. – Roketkini.com

1Care: Yang sakit bertambah sakit

Posted: 05 Feb 2012 12:07 AM PST

Oleh Fairuz Azhan

Kerajaan Persekutuan sedang berada di fasa terakhir untuk memperkenalkan satu sistem insurans kesihatan nasional bernama 1Care. Cantik namanya tetapi penuh kontroversi, tidak masuk akal dan tidak munasabah.

Di bawah skim ini Kerajaan Persekutuan akan mewajibkan setiap rakyat Malaysia yang bekerja untuk memberi 10 peratus daripada gaji mereka untuk disalurkan kepada skim insurans kesihatan ini. Pemotongan ini wajib dan rakyat tidak mempunyai pilihan kerana ia akan dipotong seperti KWSP, SOCSO dan sebagainya.

Alasan yang diberikan oleh kerajaan adalah dalam kertas konsep 1Care adalah, "Malaysia sedang menuju ke arah negara berpendapatan tinggi, peningkatan kos kesihatan, peningkatan jangkaan orang ramai terhadap mutu kesihatan, perubahan demografik penduduk dan corak penyakit mereka, kebergantungan kepada perkhidmatan yang disubsidi, dan perlindungan yang terhad untuk penyakit yang teruk."

Tetapi yang jelas, terang dan nyata adalah fakta bahawa 1Care bukan penyelesaian terhadap semua permasalahan ini. Ia hanya memaksa orang membayar lebih daripada yang sedia ada, tetapi mendapat tawaran yang teruk dari sedia ada. Sebagai kesimpulan, ia adalah satu paksaan cukai yang zalim.

Sebelum dan selepas 1Care

Kumpulan pengamal perubatan, aktivis pengguna dan rakyat prihatin yang menubuhkan Pakatan Kesihatan Rakyat atau Citizens' Healthcare Coalition telah mendedahkan kepincangan 1Care.

* Sebelum 1Care, pekhidmatan kesihatan disediakan oleh sektor awam dan juga swasta. Para pengguna mempunyai pilihan utama dan sekunder tentang perkhidmatan kesihatan mereka. Selepas 1Care, perkhidmatan kesihatan hanya akan disediakan oleh entiti tunggal 1Care. Pengguna tidak lagi mempunyai pilihan. Pemberi khidmat kesihatan utama akan disediakan dan khidmat kesihatan sekunder akan disediakan oleh 'penjaga-pintu'.

* Sebelum 1Care, pembiayaan kesihatan datang daripada pelbagai sumber termasuk, subsidi kerajaan, wang pengguna itu sendiri dan syarikat insurans kesihatan yang selalunya dibayar oleh majikan sebgai salah satu faedah pada pekerja. Selepas 1Care, kerajaan akan mengambil 9.4 peratus pendapatan isi rumah.

* Sebelum 1Care, peningkatan kos khidmat kesihatan adalah selari dengan pertambahan penduduk, inflasi dan kos untuk teknologi baru. Selepas 1Care, kos kesihatan akan mendadak naik kerana kos pengurusan dan pentadbiran yang amat besar.

* Sebelum 1Care, anda bayar untuk apa yang anda guna. Selepas 1Care, anda terpaksa bayar walau pun tidak menggunakannya.

* Sebelum 1Care, pengguna berurusan dengan pemberi khidmat kesihatan secara terus dan langsung. Selepas 1Care, pengguna terpaksa menempuhi pelbagai lapisan pentadbiran dan birokrasi dan tidak lagi boleh berjumpa dengan doktor pakar secara terus.

* Sebelum 1Care, khidmat kesihatan adalah bertunjangkan keperluan pesakit dan menepati apa diperlukan oleh pesakit. Selepas 1Care, khidmat kesihatan dicatu dan ditetapkan oleh sebuah bajet tahunan yang ditentukan oleh si pemberi khidmat kesihatan utama.

Kesan 1Care kepada rakyat

Apa pula natijah dan kesannya kepada rakyat Malaysia? Yang pertama, 1Care tidak melitupi semua rawatan. Hanya sebuah senarai asas "apa yang boleh". Apa-apa yang di luar senarai asas ini tidak akan ditanggung dan rakyatlah yang kena bayar sendiri.

Yang kedua, para pengguna akan hilang kuasa pilihan mereka. Anda tidak boleh memilih doktor anda sendiri. 1Care akan memilih doktor untuk anda. Pemilihan ini akan ditentukan oleh faktor-faktor geografi dan perjumlahan penduduk.

Kalau tak suka doktor tersebut dan nak jumpa doktor lain, bayarlah sendiri. Doktor yang dilantik untuk anda ini juga akan menentukan samada anda layak atau tidak untuk berjumpa dengan doktor pakar. (Inilah yang dimaksudkan dengan 'penjaga-pintu')

Tambahan atas kesemua kedangkalan tersebut, ialah para pengguna hanya boleh berjumpa dengan doktor yang dilantik untuk anda hanya enam kali setahun sahaja.

Selain itu, rakyat hanya akan diberi ubat-ubatan yang paling murah sepertimana yang tersenarai dalam Senarai Ubatan Asas WHO (World Health Organization). Ini adalah bertujuan untuk mengurangkan kos dan menambah keuntungan kerajaan.

Tambahan pula, doktor-doktor tidak boleh memberikan ubat tersebut kepada anda, doktor hanya boleh melakukan suntikan sahaja. Jika anda mahukan ubat, carilah sendiri di farmasi. Tak suka? Bayar sendiri.

Penjagaan kesihatan dijadikan bisnes oleh UMNO-BN

Harus diingat bahawa kos-kos 1Care ini tidak akan disalurkan 100 peratus kepada perkhidmatan kesihatan seperti sistem sedia ada.

Kos-kos pengurusan, birokrasi dan pentadbiran GLC yang akan menguruskan 1Care ini harus dibayar juga, dan kos pentadbiran ini dijangka adalah sebanyak RM7.5billion setahun atas anggaran bahawa jika sistem ini dilaksanakan, kerajaan akan mendapat jumlah keseluruhan RM45billion setahun.

Yang pasti di bawah 1Care ini juga adalah fakta bahawa yang miskin akan terus tertindas. Siapakah yang akan menjaga kebajikan dan kesihatan untuk warga miskin apabila khidmat kesihatan awam ditukar kepada sebuah perniagaan yang bertunjangkan keuntungan semata-mata? Bagaimana untuk orang yang tidak mampu berkerja? Orang yang bergaji RM600 sebulan boleh ke untuk diwajibkan membayar RM60 sebulan?

Rakyat Malaysia tidak kira latar belakang mahu pun pandangan politik mereka harus bangkit menentang skim ini.

Jelas sekali bahawa 1Care bukan sahaja tidak akan membantu kekurangan dalam sektor kesihatan negara, malah kosnya lagi terlampau tinggi. Tapi apa yang rakyat akan dapat lagi teruk daripada apa yang sedia ada, dan hanya menindas pengguna dan mereka yang tidak mampu.

Apa sudah jadi dengan Malaysia kita yang tercinta ini? Sepatutnya perkhidmatan kesihatan merupakan hak asasi warganegara dan boleh diakses kepada semua. Namun amat sedih dengan keadaan kini, di bawah kerajaan UMNO-BN, segalanya sanggup digadai atas nama keuntungan, dan segala benda mahu dijadikan bisnes.

Kini, negara kita telah jatuh lagi dengan menjadikan perkhidmatan kesihatan awam sebagai bisnes yang mengaut keuntungan seberapa banyak yang boleh atas harga nyawa dan kesihatan kita. – Roketkini.com

Kaum Cina, India lebih terbuka mahu perubahan

Posted: 05 Feb 2012 12:04 AM PST

KUALA TERENGGANU: "Saya percaya rakyat Terengganu masih mengundi kita. Barisan Nasional menang dengan tipu. Sekarang sudah berlaku perubahan di seluruh negara," kata Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang.

Justeru, ujarnya kekalahan PAS Terengganu pada tahun 2004 bukan kerana ditolak oleh rakyat tetapi akibat penipuan terancang dilakukan oleh Umno dan Barisan Nasional (BN).

Hakikatnya, kata beliau kekalahan tersebut bukan kerana PAS dibenci oleh rakyat tetapi akibat penipuan terancang dilakukan oleh pemimpin Umno BN Terengganu.

Menurutnya, Umno BN telah membawa masuk sejumlah pengundi yang ramai serta tidak dikenali oleh jentera parti.

Beliau menyatakan demikian ketika berucap pada Majlis Makan Malam Sempena Tahun Baru Cina 2012 di sebuah restoran di Kampung Tanjung, Kuala Terengganu, kelmarin.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Marang menyifatkan masyarakat Tionghua dan India lebih ke depan inginkan perubahan kepimpinan negara.

Ini kerana, katanya akhbar berbahasa Cina dan Tamil lebih bersifat terbuka membuat laporan berita berbanding dengan akhbar Melayu.

"Masyarakat Cina, masyarakat India lebih cepat (sedar) kerana surat khabar Cina, surat khabar India banyak melaporkan berita. Surat khabar Melayu masih lemah, tiada integriti dan dikongkong fikiran.

"Kami mahu orang Cina bertahan dengan menyokong kita. Kita kempen lagi supaya orang Melayu buat perubahan. Sekarang seluruh dunia sudah berubah," ujarnya di hadapan hampir 300 hadirin.

Antara tetamu yang hadir ialah Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar, Pesuruhjaya PAS Terengganu, Mohd Abdul Wahid Endut, Exco Kerajaan PAS Kelantan, Datuk Anuar Tan Abdullah, Adun Sekinchan, Ng Suee Lim dan Adun Simpang Pulai, Chang Ming Kai.

Hadir sama ialah Setiausaha PAS Terengganu, Yahaya Ali, Adun Ladang, Datuk Tengku Hassan Tengku Omar, Yang Dipertua PAS Besut, Ustaz Wan Azhar Wan Ahmad, Pengarah Lajnah Penerangan dan Dakwah PAS Terengganu, Ustaz Wan Sukairi Wan Abdullah, Pengerusi Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) Terengganu, Dr Bala Chandran dan Pengerusi DAP Terengganu, Ng Chai Hing.

1 Care berada di 'peringkat akhir', kata pegawai Kementerian Kesihatan

Posted: 04 Feb 2012 11:56 PM PST

Oleh Yow Hong Chieh

KUALA LUMPUR — Skim 1 Care yang menerima kritikan bahawa kerajaan akan mengenakan cukai terhadap golongan perniagaan dan rakyat setiap bulan bagi mendapatkan dana untuk membiayai kos kesihatan yang semakin meningkat kini berada di "peringkat akhir" pelaksanaannya, demikian menurut pegawai di Kementerian Kesihatan dalam seminar bulan lepas.

Skim tersebut dipercayai berada di fasa ketiga pelaksanaannya daripada lima fasa keseluruhan, walaupun kementerian telah berulang kali membuat menafikan dan memberi jaminan "terlalu awal" untuk mengeluarkan amaran berkenaan skim tersebut.

The Malaysian Insider difahamkan bahawa kementerian telah memberitahu Persatuan Farmasi Malaysia (MPS) ketika seminar pada 15 Januari lalu bahawa skim berkenaan telah berada di peringkat akhir dan Akta Farmasi akan dibentangkan ketika sidang Parlimen Mac depan bagi menggantikan skim baru insuran.

"Kertas cadangan transformasi 1 Care berada di peringkat akhir," jelas Timbalan Pengarah Perancangan dan Polisi Kementerian Kesihatan Dr Nordin Saleh kepada MPS, berdasarkan minit mesyuarat seminar berkenaan yang diperoleh portal ini.

The Malaysian Insider turut difahamkan bahawa Timbalan Pengarah Lembaga Farmasi Kementerian Kesihatan Azman Yahya turut menjelaskan Akta Farmasi baru itu turut menyaksikan kerajaan mengedarkan dadah preskripsi kepada farmasi.

Selain itu, para doktor juga akan menentukan dadah dikenal pasti dalam satu senarai lazim, yang akan di lindungi di bawah Skim Pembiayaan Kesihatan 1 Care Nasional (NHFS) dan pesakit hanya perlu membayar "berdasarkan kemampuan" mereka bagi ubat-ubatan yang tidak dimasukkan ke dalam senarai tersebut.

Sistem penentuan harga bagi ubat-ubatan ini juga akan diperkenalkan setelah senarai lazim tersebut selesai dan farmasi dibayar balik untuk semua preskripsi, yang akan kebanyakannya terdiri daripada ubat generik.

Dicadangkan 1 skim Care, yang pusingan yang cepat ke dalam situasi yang mungkin mendatangkan kesusahan politik, dijangka untuk menggantikan sistem penjagaan kesihatan dua peringkat Malaysia dan memaksa masyarakat dan golongan perniagaan menyumbang hampir 10 peratus pendapatan bulanan mereka sebagai dana untuk kerajaan menjayakan skim insuran tersebut.

Di bawah sistem sedia ada, pesakit boleh memilih rawatan mereka sama ada di klinik swasta ataupun hospital kerajaan dengan menggunakan wang sendiri, yang mana mereka akan membayar yuran nominal asas, mengikut sistem subsidi penjagaan kesihatan persekutuan.

Skim berkenaan bagaimanapun menimbulkan perasaan tidak puas hati di atas prospek cukai tambahan berikutan Putrajaya menawarkan untuk menstruktur semula sistem penjagaan kesihatan Malaysia, walaupun ceramah untuk skim baru akan memastikan penjagaan kesihatan yang lebih saksama untuk semua rakyat Malaysia.

Mengetuai penentangan ialah Healthcare Coalition Citizens (CHC), satu kumpulan yang terdiri pengamal perubatan dan persatuan pengguna yang telah memulakannya secara dalam talian.

Kempen yang dimulakan oleh 17 persatuan, iaitu kempen "Tak Nak 1 Care" bermula Disember tahun lalu menggunakan alat-alat media sosial seperti Facebook, Twitter, blog dan YouTube untuk menyebarkan maklumat tentang skim dan mendapat sokongan meluas orang ramai.

Kementerian Kesihatan, bagaimanapun, semalam menjamin pengkritik-pengkritik yang 1 skim Care tidak akan membebankan orang awam dengan kos-kos tak wajar.

Ketua pengarahnya, Datuk Seri Dr Hasan Abdul Rahman, berkata, perbincanganterhadap jenis-jenis perkiraan kewangan yang akan tersedia dan implikasi mereka kepada kerajaan itu serta pembayar cukai berterusan bagi memastikan satu jsistem penagaan kesihatan boleh diterima model pembiayaan.

"Sebarang andaian atau tekaan ke atas kesan kewangan untuk pembayar cukai individu adalah jangkaan awal pada peringkat ini, ketika perbincangan-perbincangan masih diadakan pbagi memastikan satu model positif dapat dilaksanakan," katanya dalam suatu kenyataan.

Dr Hasan menambah bahawa kementerian sedang mengambil langkah proaktif untuk memastikan bahawa rakyat Malaysia tidak akan dibebani oleh kos penjagaan kesihatan.

PRU-13 mungkin separuh kedua 2012 untuk pastikan BN menang besar, kata sumber BN

Posted: 04 Feb 2012 11:55 PM PST

Oleh Jahabar Sadiq
Editor

KUALA LUMPUR — Pilihan raya umum mungkin akan diadakan seawal separuh kedua tahun ini kerana Datuk Seri Najib Razak sedang mendapatkan kemenangan lebih besar dengan pegawai Barisan Nasional (BN) berkata perdana menteri percaya kemenangan tipis akan diperoleh sekiranya diadakan sekarang.

Pengerusi BN mengetepikan kata-kata agar dibubarkan Parlimen awal minggu ini, beberapa hari selepas bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menasihatkan agar mengambil masa untuk mendapatkan sokongan.

The Malaysian Insider difahamkan beberapa suntikan dalam telah meletakkan BN akan mengulangi kemenangan dengan bilangan yang sama seperti pilihan raya umum 2008 jika pilihan raya diadakan tidak lama lagi. BN memenangi 140 kerusi Parlimen, hilang majoriti dua pertiga dan tewas di empat negeri.

"Datuk Seri Najib tidak akan mengambil risiko untuk mengadakan pilihan raya. Beliau boleh tunggu memandangkan ramai yang belum bersedia," kata sumber BN kepada The Malaysian Insider menambah pilihan raya umum ke-13 akan dipanggil sehingga April 2013.

Sumber itu menambah pentadbiran Najib percaya terlalu berisiko untuk memanggil pilihan raya umum sekarang disebabkan isu Pusat Fidlot Nasiona (NFC) dan mengenai soal kenaikan gaji untuk 1.4 juta kakitangan perkhidmatan awam.

"Skandal NFC menjejaskan BN. Perlu mencari jalan penyelesaian segera," katanya,

Ketua Wanita Umno Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil menafikan mempunyai kaitan dalam projek itu walaupun keluargnya menerima pinjaman kerajaan sebanyak RM250 juta untuk projek ternakan lembu.

Laporan Ketua Audit Negara 2010 mendapati projek itu tidak mencapai matlamat, sehingga membawa kepada pendedahan penyelewengan oleh pembangkang.

Shahrizat mengambil cuti daripada jawatannya sebagai Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat selama tiga minggu semasa pegawai Suruhajaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat skandal itu yang diberikan pada 2007.

Selain itu, sebab lain pilihan raya umum tidak diadakan kerana kakitangan awam tidak setuju dengan skim gaji baru yang memberikan keutamaan kepada bahagian pengurusan. Kira-kira 2,000 kakitangan di bahagian pengurusan memperoleh sekurang-kurangnya RM5,000 peningkatan tetapi di bahagian lain mendapat kenaikan hanya RM1.70 tambahan bulanan.

Sumber berkata Najib terkejut apabila kenaikan berjumlah RM2.7 bilion dalam skim gaji baru tidak dapat memuaskan kakitangan awam. Beliau kemudian mengumumkan pembentukan jawatankuasa khas yang akan membuat semakan gaji sehingga 16 April, yang mana sumber BN berkata pilihan raya umum tidak akan diadakan sehingga kakitangan awam mendapat apa yang mereka mahukan.

"BN perlukan sokongan kakitangan awam. Ia tidak boleh membangkitkan kemarahan mereka," tambah sumber itu.

Najib juga berharap dapat mempertahankan "peti deposit" di Sabah dan Sarawak selain bekerja keras mendapatkan semula Selangor yang kini dipimpin Pakatan Rakyat. Parti perikatan itu juga turut menawan Pulau Pinang, Kedah dan Kelantan.

"Ada sedikit harapan untuk mengambil semula Selangor dan mempertahankan Perak. Tetapi BN perlu bekerja keras," kata anggota strategi BN yang enggan dinamakan.

"Selain itu, BN juga tidak mempunyai sesiapa untuk meletakkan calon sesuai untuk menjadi menteri besar Selangor," tambahnya. Najib merupakan Pengerusi Umno Selangor sementara timbalannya Datuk Seri Noh Omar.

Selain itu, BN juga berhati-hati tentang peluangnya di Sarawak memandangkan ia tewas tujuh kerusi Parlimen. DAP kini memperoleh dua daripada 31 kerusi Parlimen di negeri itu.

Anggota strategik BN bagaimanapun berkata gabungan pemerintah yakin memenangi kesemua tetapi dua kerusi di Sabar, yang mempunyai 25 kerusi Parlimen.

"BN boleh menang besar jika semua isu besar diselesaikan. Sekarang Parlimen akan bersidang pada Mac dan akan meminda beberapa transformasii pilihan raya.

"Sebaik sahaja diselesaikan, mereka akan selesaikan skim gaji dan isu NFC," katanya.

Utusan: Nik Aziz tidak sedar keadaan diri sendiri

Posted: 04 Feb 2012 11:51 PM PST

Oleh Yow Hong Chieh


KUALA LUMPUR — Utusan Malaysia hari ini menyifatkan kesediaan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat untuk terus bertanding pada pilihan raya umum ke-13 membuktikan pemimpin veteran PAS itu tidak memahami realiti bahawa dirinya sudah uzur.

Mengambil contoh umur Nik Aziz, akhbar milik Umno itu mendakwa pemimpin berusia 80-an itu masih "ghairah untuk berkuasa" walaupun sudah memimpin Kelantan selama empat penggal atau lebih 21 tahun.

Tidak sangka dalam keadaan yang agak uzur, Nik Aziz (gambar) masih mahukan jawatan tersebut. Khabarnya, hendak menyampaikan taklimat kepada beliau juga sukar atas masalah pendengaran dan fikirannya yang tidak lagi tajam," kata akhbar itu dalam ruangan Awang Selamat.

"Kenyataannya juga selalu mencelarukan, yang tidak mencerminkan beliau seorang Menteri Besar dan Mursyidul Am PAS. Itu belum menyentuh soal prestasi pentadbiran beliau yang dianggap lemah."

Akhbar itu juga mengatakan walaupun perdana menteri paling lama berkhidmat Tun Dr Mahathir Mohanad — pemimpin yang dikritik Nik Aziz kerana terlalu lama berkuasa — tahu untuk berundur walaupun masih ramai yang memerlukan kepimpinannya.

"Jika Dr. Mahathir yang tidak dikaitkan dengan imej ulama mempunyai keyakinan untuk berundur dan tidak selamanya mahu bergayut pada jawatan, mengapa Nik Aziz tidak boleh berbuat demikian?

Utusan Malaysia juga mempersoalkan jika Nik Aziz tidak yakin terhadap generasi baru dalam PAS dan ditanya jika penggantinya merupakan seorang yang "buruk" dan "dungu" untuk memegang jawatan menteri besar Kelantan.

"Sesungguhnya Awang kasihankan Nik Aziz, beliau sudah hilang keyakinan untuk mencermin diri dan memahami realiti. Apa pun, kuasa sememangnya mudah melekakan manusia. Kalau Tok Guru sudah sedap - peduli apa," katanya.

Kelmarin Nik Aziz yang mula bertanding sejak pilihan raya 1967 mengumumkan beliau akan menyertai pilihan raya umum ke-13, menolak desakan Umno agar berundur.

Pemimpin berusia 81 tahun ini popular di peringkat negeri dan kebangsaan di mana dianggap membawa imej parti Islam dan jenama Islam.

Umno mengarahkan menteri Datuk Seri Mustapa Mohamed untuk menawan semula Kelantam yang tewas kepada PAS sejak pilihan raya umum 1990.

Kedua-dua parti Melayu itu memulakan kempen yang agresif demi memenangi pilihan raya akan datang.

Peniaga diwajib dedah status halal barangan kulit

Posted: 04 Feb 2012 11:50 PM PST

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) sedang menyediakan peraturan bagi mewajibkan peniaga mendedahkan maklumat jika sesuatu barang diperbuat daripada bahan tidak halal seperti kulit babi.

Ketua Setiausaha KPDNKK Datuk Saripuddin Kasim berkata ini bagi membolehkan barangan seperti beg, kasut dan pakaian yang diperbuat daripada bahan tidak halal diasingkan daripada produk halal di sesebuah premis.

"Buat masa ini, belum ada undang-undang yang membolehkan KPDNKK berbuat demikian selain menasihati peniaga," katanya ketika dihubungi Bernama.

Saripuddin berkata penyediaan deraf peraturan itu sedang dibuat melibatkan pakar-pakar daripada Jabatan Kimia, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan Majlis Agama Islam Negeri, dan dijangka siap beberapa bulan lagi.

Beliau berkata ia selaras dengan pelaksanaan Akta Perihal Dagangan 2011 yang berkuatkuasa 1 Januari lalu.

Mengulas lanjut, Saripuddin berkata kementerian selaku badan penguatkuasa telah melantik 62 pegawai Jakim sebagai Penolong Pengawal Perihal Dagangan untuk menguatkuasakan akta berkenaan.

Katanya langkah itu membolehkan pegawai Jakim mendakwa individu atau syarikat yang melanggar peruntukan mengikut akta tersebut, termasuk penyalahgunaan sijil halal.

"Sebelum ini, kuasa pegawai Jakim hanya terhad kepada menyerbu dan melakukan siasatan manakala kuasa pendakwaan terletak pada KPDNKK," jelas Saripuddin. Bernama

Cina akan sokong BN kerana mahu perubahaan

Posted: 04 Feb 2012 11:47 PM PST

MALAYSIAKINI

Barisan Nasional (BN) Kelantan yakin masyarakat Cina di negeri ini akan menyokong BN pada pilihan raya umum akan datang kerana mahukan perubahan yang gagal dilaksanakan PAS walaupun mentadbir selama 22
tahun.

wef competitiveness report 070911 mustapa mohamadPengerusinya Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata perakuan itu dinyatakan sendiri pemimpin masyarakat Cina termasuk pemimpin badan bukan kerajaan ketika bertemu dengannya beberapa hari lalu.

"Masyarakat Cina juga telah hadir dengan jumlah yang begitu besar dalam satu majlis baru-baru ini, dan ini antara bukti sokongan mereka terhadap BN semakin meningkat di Kelantan," katanya kepada pemberita selepas menghadiri sambutan Maulidul Rasul peringkat Parlimen Jeli di Bukit Nangka, di Jeli hari ini.

Justeru kata Mustapa, kenyataan pembangkang bahawa kaum Tionghua di Kelantan tidak akan menyokong BN adalah tidak benar.

Mustapa yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri berkata sempena sambutan Maulidul Rasul, beliau berharap anggota Umno di Kelantan bersatu padu.

Katanya Umno juga bersedia menerima sesiapa sahaja yang mahu menyertai parti tonggak bangsa Melayu itu asalkan sanggup menerima dasar perjuangan parti tersebut.- Bernama

Kuasa ketiga penting bagi keharmonian politik

Posted: 04 Feb 2012 11:43 PM PST

Perlukah kuasa ketiga sebagai satu entiti dalam senario politik tanah air?

NONEKalau perlu, siapakah sebenarnya mereka? Adakah mereka ini golongan yang kecewa dengan parti lama mereka, atau yang kononnya membawa perjuangan baru, atau sekadar berupa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang memeriahkan suasana termasuk dengan politik jalanan?

Kalangan pemerhati politik dan sosial berpendapat istilah 'kuasa ketiga' boleh dirujuk kepada pelbagai pertubuhan bukan kerajaan yang secara terancang atau tidak, tetapi terkait dengan agenda perjuangan yang sama, yang tampil bersama menyuarakan pandangan dan tuntutan yang serupa atau;

  • Gabungan suara-suara bebas yang jelas memperjuangkan sesuatu agenda tetapi tidak berkaitan dengan mana-mana parti pembangkang atau pun kerajaan walaupun suara-suara mereka berkemungkinan cenderung kepada pihak tertentu.
  • Kuasa ketiga tanpa simbol dan slogan boleh berupa kumpulan yang kecewa dengan parti lama mereka, yang menonjol kerana bersuara lantang dan mampu mempengaruhi golongan majoriti senyap dengan idea dan pandangan yang bertentangan dengan parti-parti politik.
Dalam perkembangan politik semasa tanah air, kuasa ketiga menjadi sebutan semula berikutan rentetan peristiwa melibatkan bekas Exco kerajaan negeri Selangor yang dipecat daripada parti PAS Datuk Hasan Ali, yang dikatakan melalui NGO JATI akan mengetuai kuasa ketiga.

perkasa first agm 270310 kerisNamun bagaimana pula dengan NGO yang telah lebih dahulu bergerak seperti Konsensus Bebas Parlimen (dianggotai empat anggota Parlimen Bebas), Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) dan Persatuan Dong Jiao Zong? Bukankah mereka juga kuasa ketiga?

Beberapa pemerhati politik berpendapat, kuasa ketiga perlu menjadi satu entiti berpaksikan konsep tidak terikat kepada Barisan Nasional (BN) mahupun pembangkang, sebaliknya bertindak sebagai pelengkap, pemerhati dan akan bersuara sekiranya perlu dalam pelbagai isu melibatkan kepentingan sosial yang luas, malah isu politik juga.

Trend ini berbeza di zaman pasca kemerdekaan apabila kuasa ketiga rata-rata diwakili oleh persatuan penulis, persatuan guru-guru dan seumpamanya yang tampil mengemukakan pelbagai pandangan tersendiri dalam membantu melicin dan melancarkan pentadbiran sebuah negara baru.

Menurut Pensyarah Kolej Undang-Undang, Kerajaan dan Pengajian Antarabangsa, Universiti Utara Malaysia (UUM) Mohamad Faisol Keling, kewujudan kuasa ketiga adalah kritikal bagi memastikan segala keputusan dan dasar yang diambil sama ada oleh pihak BN atau pembangkang adalah telus.

NONEKatanya BN mahupun pembangkang harus sedar antara faktor kewujudan kuasa ketiga ini adalah akibat rasa tidak puas hati terhadap dasar-dasar yang dibawa kedua-dua belah pihak.

"Bagi kedua-dua pihak, selain masyarakat, mereka perlu meraih sokongan menyakinkan pihak ketiga ini kerana ia memberi kesan besar dan boleh mempengaruhi kemenangan serta menentukan pembentukan kemenangan kerajaan selepas pilihan raya," katanya kepada Bernama.

Justeru, beliau berkata, kuasa ketiga patutnya memerhati, menganalisis dan menyuarakan pandangan bebas mengenai tindak tanduk parti-parti politik sama ada membawa kebaikan atau keburukan untuk rakyat dan negara, atau mengemukakan idea alternatif ke arah yang lebih baik dan harmoni.

Bagaimanapun, menurut beliau, terdapat segelintir kumpulan kuasa ketiga ini dikhuatiri akan mewujudkan perpecahan yang lebih luas di kalangan rakyat sehingga boleh menjejaskan perpaduan yang telah dipupuk sekian lama.

NONE"Adalah wajar sekiranya masyarakat lebih teliti dalam membuat penilaian terhadap perjuangan kumpulan yang mahu digelar kuasa ketiga ini, kerana mereka juga secara tersirat boleh jadi mempunyai matlamat berbau politik," katanya.

Seorang lagi penganalisis, Datuk Dr Zainal Abidin Borhan berkata, kemunculan kuasa ketiga merupakan kesan daripada pelbagai polemik dan permasalahan politik dan bukan politik, yang tidak hanya wujud di Malaysia tetapi juga di banyak negara lain.

"Dari satu sudut, kita melihat kemunculan kuasa ketiga sejak dahulu kerana ada ruang untuk berbicara, sekaligus membuktikan demokrasi itu telah lama wujud, berlainan dengan apa yang diuar-uarkan pembangkang kononnya kerajaan menyekat kebebasan bersuara".

Zainal Abidin, yang juga setiausaha Persatuan Penulis Nasional Malaysia berkata kemunculan kuasa ketiga tidak harus dikaitkan hanya dengan kekecewaan segelintir golongan atau individu semata-mata.

NONEMasyarakat perlu mematangkan diri bagi menilai peranan sebenar kuasa ketiga ini, katanya, yang menambah bahawa rakyat juga memerlukan ilmu dan mengetahui perkembangan semasa, barulah dapat melihat peranan sebenar kuasa ketiga yang seharusnya menjadi nadi pengimbang di antara kerajaan dan pembangkang.

"Apa pun kuasa ketiga mestilah berperanan positif, menjadikan perpaduan dan keharmonian hidup bermasyarakat berbilang kaum sebagai objektif utama, dan tidak mengkritik secara politik melulu," katanya.

Sependapat dengan Zainal Abidin, Naib Presiden Majlis Gabungan Pertubuhan Sukarela Selangor, Dr Ibrahim Ghaffar menyarankan masyarakat mengambil pendekatan lebih ilmiah dalam menilai peranan kuasa ketiga itu.

bersih rally july 9 crowd face-off with police 1Ibrahim lebih cenderung melihat kuasa ketiga sebagai golongan yang bebas daripada sebarang pengaruh politik, yang mempunyai peranan terbesar memupuk keharmonian yang lebih utuh dan ikhlas menjadi suara sebenar hasrat dan aspirasi rakyat yang gagal diperjuangkan atau tertinggal oleh parti-parti politik.

"Tidak boleh dinafikan ada kelompok atau individu yang tulen yang jujur ikhlas dan tidak berkepentingan menggerakkan kuasa ketiga, tetapi juga tidak boleh dinafikan ada kelompok yang akan ambil kesempatan untuk kepentingan tertentu sama ada untuk dirinya, kelompok atau pertubuhannya".

NONEOleh itu, saran beliau, untuk membuat kebaikan bagi kuasa ketiga yang penting dicari ialah titik persamaan, kerana perbezaan akan hanya membawa kemudaratan.

"Saya juga nak tekankan dalam apa juga perkara, ingatan kepada pucuk pimpinan, 'hi tech' sama ada teknologi, zahiriah, pembangunan, infrastruktur mesti diseimbangkan dengan 'hi touch' rohani, kesederhanaan oleh semua pihak supaya kita tak mahu lahirkan generasi robot tapi generasi umat," katanya.- Bernama


ULASAN ini adalah pandangan peribadi penulis tak tidak semestinya mencerminkan pandangan sidang pengarang Malaysiakini.

Zaid 'kuasa ketiga' baru pro-Pakatan?

Posted: 04 Feb 2012 11:39 PM PST

ULASAN Spekulasi berhubung parti pilihan Datuk Zaid Ibrahim selepas mengumumkan hasratnya untuk membubarkan Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (KITA) terus diperkatakan. Namun, jika diambilkira perkembangan terkini, ia mungkin tidak menjadi satu kenyataan.

Setelah beberapa siri perbincangan dengan pemimpin Pakatan Rakyat, bekas menteri Umno zaman Tun Abdullah Ahmad Badawi itu dikatakan diberikan tugas lain menggunakan formula yang hampir sama dengan yang didakwa dilakukan BN melalui "kuasa ketiga".

zaid ibrahim quits pkr 191110 02Menurut sumber, Zaid akan terus bergerak secara bebas tetapi bersikap 'mesra Pakatan' dan berperanan menjawab kritikan agresif kumpulan seperti NGO seperti JATI yang ditubuhkan Dr Hasan Ali, kumpulan pendesak Melayu PERKASA dan beberapa anggota parlimen bebas 'mesra BN'.

Peranan Zaid itu, jika menjadi kenyataan, akan menguatkan kuasa ketiga yang dilihat memberi manfaat kepada Pakatan, seiring dengan gerakan Asalkan Bukan Umno-BN (ABU) dan Gerakan Kebebasan Awam Malaysia (MCLM) yang disertai penulis blog 'dalam buangan' Raja Petra Kamaruddin.

Ia juga sekaligus mengukuhkan sektor-sektor lain, seperti kumpulan NGO, mahasiswa dan peguam, yang walaupun tidak mendokong Pakatan secara langsung tetapi memperjuangkan isu hampir sama, seperti pemansuhan akta anti hak asasi manusia, termasuk ISA, Akta Rahsia Rasmi (OSA) dan Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU).

Bagi pemerhati politik, pertembungan kuasa-kuasa ketiga daripada kedua-dua pihak BN dan Pakatan amat menarik diperhatikan dalam pilihan raya umum ke-13 yang dijangka tidak lama lagi.

Besarnya pertembungan itu sehingga menjalar sampai kepada penubuhan beberapa NGO kecil tetapi konsisten, seperti Jaringan Melayu Muda (JMM), Gabungan Anti Penyelewengan Selangor (Gaps) di pihak BN dan JINGGA 13 di sebelah lagi.

Bagaimanapun, Zaid juga dilihat menghadapi dilema dengan keengganan beberapa pemimpin KITA yang menolak hasratnya membubarkan parti yang kini berusia setahun.

Malah, terdapat usaha daripada dalam untuk menentang hasrat Zaid mengadakan mesyuarat agung khas pembubarannya, terutamanya dari Kedah.

Pada 2 Februari lalu, KITA negeri itu secara terbuka mengumumkan hasratnya untuk bekerjasama dengan kuasa ketiga yang diterajui Hasan yang dipecat PAS baru-baru ini – hasrat yang sama sekali bertentangan dengan usaha Zaid.

Sementara itu, sumber-sumber juga memberitahu, hasrat Zaid membubarkan KITA tidak lama lagi dan berikrar bersama pembangkang dalam pilihan raya umum ke-13 dikatakan langkah awal memulakan tugas barunya itu.

"Lagi pun, KITA tidak akan sampai ke mana-mana," kata sumber yang dekat dengan PKR kepada Malaysiakini.

Sementara itu, sumber yang dekat dengan DAP pula memberitahu, paling awal Zaid kembali secara rasmi dalam Pakatan selepas pilihan raya umum nanti, kemungkinan besarnya ke DAP.

Walaupun ada cakap-cakap bahawa ada suara kecil yang mahukan beliau kembali kepada PKR, tetapi penolakan dalaman – akibat serangan berterusannya kepada parti itu bermula dari isu pemilihan langsungBsebelum ini – menjadi halangan besar.

DAP pula walaupun sebelum ini dikatakan kuat menentang penyertaan Zaid dalam PKR pada Jun 2009, kini dikatakan lebih bersikap lunak ekoran dasar barunya yang mahu menarik seramai mungkin pemimpin Melayu.

Bagaimanapun, DAP – yang menghadapi masalah persepsi 'parti Cina' – juga perlu mempertimbangkan keselesaan rakan gabungannya, terutama PKR yang dilihat masih ragu-ragu terhadap usaha Zaid mendekati Pakatan.

"Melihat apa yang sudah dilakukan Zaid, sukarlah untuk parti menerimanya kembali," kata sumber PKR sambil memberitahu isu itu sudah dibincangkan dalam mesyuarat biro politik mereka beberapa minggu lalu.

Bagaimanapun, walau apa pun spekulasinya, karier politik Zaid yang dilihat berubah-rubah amat sukar diramal, sejak beliau meletakkan jawatan secara mengejut daripada Umno dan sebagai menteri di Jabatan Perdana Menteri pada Septermber 2008.

Melalui KITA pula, beliau sebelum ini pernah memohon maaf kepada perdana menteri kerana tidak pernah yakin pada keupayaannnya memansuhkan ISA tetapi tidak lama selepas itu kepada Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim pula.

Kesemua ini dipertimbangkan dengan teliti oleh Pakatan.

TPM: Siapa boleh kata Nik Aziz jangan bertanding?

Posted: 04 Feb 2012 11:37 PM PST

MALAYSIA KINI

Tan Sri Muhyiddin Yassin memperlekehkan kenyataan Menteri Besar Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang berkata beliau pernah menyatakan hasrat untuk berundur daripada politik tetapi ditolak oleh PAS Kelantan.

muhyiddin yasinSebaliknya dakwa timbalan perdana menteri, tidak ada sesiapun dalam PAS yang boleh menghalang Nik Abdul Aziz yang juga Mursyidul Am parti itu daripada bertanding pada pilihan raya umum akan datang.

"Siapa boleh kata Nik Aziz jangan bertanding?" katanya dipetik Bernama pada sidang media selepas mengadakan pertemuan dengan warga pendidik, Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIGB) serta pengelola sekolah Jenis Kebangsaan Cina seluruh Selangor di Shah Alam, semalam.

Jumaat lalu, Nik Abdul Aziz berkata beliau hendak menyatakan hasratnya untuk tidak bertanding, tetapi disergah oleh PAS Kelantan. Atas sebab itu, beliau terus berkecimpung dalam politik hingga hari ini.

Sambil menyindir Musyidul Am PAS itu adalah orang yang paling diperlukan dalam PAS, Muhyiddin berkata Nik Abdul Aziz juga bertanggungjawab menentukan segala-galanya dalam parti.

"Nik Aziz amat diperlukan. Nik Aziz kalau ganti orang lain dia kata dah tak jadi PAS, itu keputusan dia lagipun dia Mursyidul Am jadi segala-galanya dia tentukan," katanya dipetik Bernama.

Keputusan Nik Aziz untuk bertanding lagi juga diulas dalam ruangan pojok Mingguan Malaysia oleh Awang Selamat.

Masalah pendengaran

"Nampaknya tempoh 45 tahun belum cukup.

Jika tidak silap, Nik Aziz, 81, adalah wakil rakyat paling lama dalam sejarah tanah air. Beliau mula menjadi calon pilihan raya pada tahun 1967.

"Jawatan Menteri Besar pula sudah empat penggal iaitu melebihi 21 tahun. Pun tidak cukup lagi," tulis Awang dalam ruangan 'Bisik-bisik Mingguan' hari ini.

Menurut Awang lagi, tidak sangka dalam keadaan yang agak uzur, Nik Aziz masih mahukan jawatan tersebut.

NONEBeliau juga menyindir Mursyidul Am itu yang dikatakan hendak menyampaikan taklimat kepada beliau juga sukar atas masalah pendengaran dan fikirannya yang tidak lagi tajam.

"Kenyataannya juga selalu mencelarukan, yang tidak mencerminkan beliau seorang Menteri Besar dan Mursyidul Am PAS.

"Itu belum menyentuh soal prestasi pentadbiran beliau yang dianggap lemah. Misalnya, isu air bersih, yang merupakan keperluan asas untuk rakyat Kelantan sehingga hari ini belum dapat diselesaikan.

"Tetapi Nik Aziz ada kuasa untuk mewajarkan kedudukannya sampai bila-bila yang beliau mahukan," tulisnya lagi.

Akhbar milik Umno itu mengakhiri ruangan berkenaan dengan Awang mendakwa beliau sesungguhnya kasihankan Nik Aziz.

"Beliau sudah hilang keyakinan untuk mencermin diri dan memahami realiti. Apa pun, kuasa sememangnya mudah melekakan manusia. Kalau Tok Guru sudah sedap - peduli apa - teruskan sahaja."

DAP: Mengapa MCA gentar dengan PERKASA?

Posted: 04 Feb 2012 11:35 PM PST

DAP hari ini menggesa MCA melarang ahli-ahlinya daripada menghadiri majlis yang bakal dianjurkan oleh kumpulan pendesak Melayu, PERKASA kerana mendakawa NGO itu adalah organisasi "perkauman".

pakatan pokok sena ceramah 140112 lim guan engDalam kenyataan media hari ini, setiausaha agung DAP Lim Guan Eng berkata jika MCA tidak menguatkuasakan larangan itu, ini hanya membuktikan bahawa parti Cina itu mempunyai hubungan dengan PERKASA.

Menurut Lim DAP "terkejut" apabila dimaklumkan bahawa presiden MCA Datuk Dr Chua Soi Lek mengumumkan bahawa tiada larangan dikeluarkan bagi mengharamkan ahli-ahlinya daripada menghadiri majlis dan acara yang dianjurkan oleh PERKASA.

"Membenarkan ahli dan penyokong MCA menghadiri acara dan majlis PERKASA, bukan sahaja membuktikan (bahawa terdapat) hubungan MCA dengan NGO itu.

"Dengan berbuat demikian, MCA juga mengiktiraf peranan PERKASA dalam politik Malaysia walaupun pertubuhan itu memperjuangkan agenda perkauman sempit dan pelampau ke atas masyarakat bukan Islam dan bukan Melayu.

NONE"Adakah MCA dan Chua terlalu gentar terhadap PERKASA sehingga tidak berani melarang ahli mereka daripada menghadiri atau menyertai majlis dan acara anjuran PERKASA?" soal beliau.

Lim berkata Chua (tengah) dan MCA tidak boleh mendakwa mereka memperjuangkan kepentingan masyarakat Cina di Malaysia jika mereka membenarkan ahli-ahli menyertai majlis PERAKSA kerana pertubuhan itu "menyemai benih kebencian' terhadap masyarakat bukan Melayu.

Semalam, Chua dilaporkan berkata MCA tidak akan menghalang ahli-ahlinya daripada menghadiri acara PERKASA kerana Malaysia adalah sebuah negara demokrasi.

MCA dibidas pelbagai pihak selepas pengerusi cawangan parti itu di Sri Desa, Dr Collin Tiew menghadiri acara Tahun Baru Cina anjuran PERKASA pada 29 Januari. Pada majlis itu, PERKASA mengagihkan wang dalam bentuk 'angpau putih' kepada hadirin yang sebahagian besarnya masyarakat Cina.

NONEMengikut adat kepercayaan Cina, pemberian wang dalam sampul putih hanya dikhaskan semasa kematian atau pengkebumian.

Warna pilihan adalah merah. PERKASA mengakui kesilapan itu dan berkata kejahilan berkenaan berpunca kerana gagal memahami adat resam Cina.

Bagaiamanpun Tiew mendakwa tindakan oleh presiden PERKASA Datuk Ibrahim Ali itu disengajakan.

Menurut Lim, Ibrahim yang juga ahli parlimen Bebas bagi Pasir Mas berani berbuat demikian kerana mendapat pembelaan daripada BN.

"Jelas PERKASA sengaja tidak mahu mempedulikan sensitiviti masyarakat Cina dengan memberi ang pau putih.

"PERKASA berani berbuat demikian kerana yakin mereka mendapat pembelaan daripada Umno dan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak," katanya.

'Lampu hijau' bagi Lynas cetuskan bantahan baru

Posted: 04 Feb 2012 11:29 PM PST

Kira-kira 2,000 penduduk sekitar Kuantan semalam berhimpun di pantai Teluk Cempedak sebagai membantah tindakan Lembaga Pelesenan Tenaga Atom (AELB) yang meluluskan lesen kendalian sementara (TOL) untuk projek kontroversi Syarikat Lynas Advanced di Gebeng.

NONEBermula sejak 5 petang semalam, penunjuk perasaan yang berpakaian kemeja-T anti-Lynas hitam dan kuning membawa bersama kira-kira 1,000 belon dalam warna yang sama.

Mereka diminta untuk menulis hasrat mereka pada cebisan kertas sebelum dilekatkan pada belon-belon berkenaan sebelum dilepaskan.

Antara mesej itu berbunyi: "Hentikan Lynas, Radiasi Lynas? Tidak, terima kasih saja!". Satu lagi sepanduk panjang dalam bentuk kaligrafi Cina berbunyi: "hapuskan racun, jadikan negara kita gembira dan sihat,"

Dalam usaha mewujudkan kesedaran kepada orang ramai, para penunjuk perasaan juga memberi belon kepada orang ramai.

Pengerusi Selamatkan Malysia, Hentikan Lynas (SMSL) Tan Bun Teet, ketika dihubungi malam tadi, berkata keputusan AELB meluluskan lesen TOL telah mengabaikan sentimen tempatan yang mencetuskan kemarahan rakyat yang berhimpun itu.

"Malam ini, ramai yang datang, pantai penuh sesak dengan orang," katanya.

NONEMenurut beliau juga, jumlah belon yang dibawa juga tidak mencukupi kerana pihaknya tidak menjangkakan sebegitu ramai orang akan akan datang.

Tan juga berkata demonstrasi yang diadakan malam semalam berjalan lancar tanpa sebarang kejadian yang tidak diingini.

Tiada sebarang kehadiran polis atau pegawai penguatkuasa Majlis Bandaraya Kuantan yang dikesan, berbanding perhimpunan lalu, di mana khemah penganjur digeledah dan orang ramai diarahkan bersurai.

Beliau juga memberitahu pada Rabu ini, kumpulannya akan mengutus surat kepada Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Datuk Seri Maximus Johnity Ongkili, bagi menuntut AELB, yang terletak di bawah bidang kuasa kementeriannya supaya menarik balik lesen TOL itu.

NONE"Kami akan beri tujuh hari kepadanya untuk jawab. Jika surat kami tidak dibalas dalam tempoh berkenaan, kami akan memfailkan semakan kehakiman dengan mahkamah," katanya.

Hadir bersama pada acara malam semalam adalah Ahli Parlimen Kuantan, Fuziah Salleh bersama keluarganya.

Perarakan anti-Lynas dari KLCC ke Bukit Bintang

Posted: 04 Feb 2012 04:13 PM PST

Polis memantau 70 peserta protes yang berpakaian kuning hari ini, tetapi tidak mengganggu perarakan mereka dari Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) ke Bukit Bintang.

NONEMalah, kumpulan turut bergambar berhampiran sebuah stesen polis ersing. bergerak di luar pusat membeli-belah Pavilion dan sebuah pondok polis berhampiran destinasi mereka di luar cawangan Maybank Bukit Bintang.

Dua belas anggota polis memantau mereka sehingga hampir jam 3.30 petang, tetapi ketika itu kumpulan tersebut sedang bersurai.

Anggota polis peronda yang mengesan kumpulan tersebut pada awalnya, kelihatan berkomunikasi melalui radio mereka, tetapi tidak menganggu kumpulan tersebut.

NONEMenurut laman acara bantahan tersebut di Facebook, demonstrasi itu
diadakan bagi menunjukkan perpaduan di kalangan mereka yang akan membantah Loji Lynas di Pahang malam ini, dan sebagai membantah Rang Undang-undang Perhimpunan Aman 2011.

Rang undang-undang itu diluluskan oleh Dewan Negara pada 20 Disember lalu yang melarang demonstrasi jalanan. Sejak ia dibentangkan pada 22 November lalu, protes membantah undang-undang diadakan di KLCC hampir setiap hari Sabtu, kecuali pada hari cuti.

NONEPeserta protes itu mula berkumpul di taman KLCC sekitar jam 2
petang, sebelum berarak menuju ke KLCC, dengan membawa belon kuning, payung "Stop Lynas", memakai baju kuning cerah, atau baju hijau "Green Assembly 109" yang merujuk kepada protes anti-Lynas yang disertai kira-kira 2,000 pada 9 Oktober tahun lalu.

Ketika perarakan berlangsung, beberapa peserta protes tersebut berhenti mengedarkan risalah, angpau dan gula-gula kepada orang ramai, sambil menjelaskan tujuan perjuangan mereka. Bagaimanapun, mereka tidak melaungkan sebarang slogan kecuali apabila berhenti untuk bergambar.

Zamil sedia terajui Kita, mahu Zaid undur

Posted: 04 Feb 2012 03:58 PM PST

RUZY ADILA IDRIS

PUTRAJAYA - Pengerusi Parti Keadilan Insan Tanah Air (Kita) Kedah, Zamil Ibrahim sanggup menggalas amanah mengetuai parti itu jika Presidennya, Datuk Zaid Ibrahim merasakan tidak lagi mampu menerajui pertubuhan itu.

"Saya berani jamin, akan ada ramai lagi tokoh tertentu akan menyertai Kita jika Zaid tidak ada dalam parti," katanya pada sidang media di sini, hari ini.

Malah, beberapa pengerusi peringkat negeri juga sebulat suara melahirkan pendirian tidak bersetuju dengan Zaid yang semalam mengumumkan akan membubarkan parti itu.

Sehubungan itu, mereka juga mendesak agar Zaid mengundurkan diri secepat mungkin jika merasakan tidak lagi mampu menerajui parti.

Mengulas lanjut, Zamil memberitahu, EGM yang dimaksudkan tidak perlu diadakan dan jika Zaid mengakui tidak mampu menerajui parti, adalah lebih baik keluar dari parti secara terhormat kerana ada orang lain yang sukarela boleh menerajui parti.

"Mengapa beliau (Zaid) perlu merosakkan parti sedangkan selama ini kami di peringkat negeri menjaga parti dengan baik walaupun parti Kita ini kecil sahaja.

"Kami terkilan kerana keputusan ini dibuat oleh beliau hanya melalui media tanpa merujuk dahulu pimpinan negeri-negeri," katanya.

Pendirian tidak bersetuju dengan Zaid dilahirkan oleh pemimpin Kita dari Kedah, Pulau Pinang, Selangor, Johor dan Sabah.

Hadir sama, Pengerusi Kita Johor, Dr Mohd Zaid Mohd Yusof; Pengerusi Selangor, Azmi Selangor dan wakil wanita tunggal Selangor, Rahayu Wakiman. Suara pemimpin Pulau Pinang dan Sabah diwakili oleh Kedah dan Johor.

Semalam, Zaid berkata, akan membubarkan parti itu untuk menghapuskan sebarang keraguan yang mendakwa bahawa mereka tidak memihak kepada pembangkang.

Menurut Zaid, Kita akan dibubarkan menerusi mesyuarat luar biasa (EGM) yang akan diadakan tidak lama lagi.

Pengerusi Johor, Dr Mohd Zaid Mohd Yusof pula mahukan satu Jawatankuasa Eksekutif Pusat bagi mengkaji punca sebenar yang menyebabkan Zaid membuat kenyataan itu.

"Kenyataan beliau (Zaid) dilihat lebih bersifat peribadi dan hanya menyatakan hasrat itu melalui media tanpa merujuk kepada asas penubuhan serta kehendak perjuangan parti.

"Kami di Johor merasakan seolah-olah wujud unsur-unsur politik yang terselindung di sebalik kenyataan beliau itu," katanya.

Tambah beliau, keputusan Zaid untuk membubarkan parti akan dipertimbangkan dengan sewajar-wajarnya demi kepentingan parti terutamanya yang memberi sokongan di peringkat akar umbi.

Menurut Azmi, kepimpinan Kita di Selangor akan tetap meneruskan perjuang mengembangkan parti itu.

"Kami tidak akan bersama Zaid (bubar parti) ataupun bersama Barisan Nasional (BN), selagi BN masih tidak menghapuskan salah guna kuasa yang melibatkan rasuah yang berlaku.

"Malah kami juga tidak akan bersama Pakatan Rakyat (PR) jika parti itu tidak dapat membetulkan ketirisan yang berlaku di peringkat negeri-negeri," katanya.

Bom molotov: Serangan mungkin kerana isu semasa

Posted: 04 Feb 2012 03:50 PM PST

JOHOR BHARU - Timbalan Pesuruhjaya Pas Johor, Dzulkefly Ahmad yang rumah teres dua tingkat beliau menjadi sasaran bom molotov awal pagi ini mengesyak,i kejadian itu ada kaitan dengan pendirian pihaknya dalam beberapa isu termasuk pengambilan QSR Brands Bhd and KFC Holdings (M) Bhd.

"Saya yakin kejadian ini ada kaitan dengan isu pengambilan QSR Brands Bhd and KFC Holdings (M) Bhd (KFCH) oleh Johor Corporation, syarikat kerajaan negeri Johor dan isu tanah Kampung Ladang, Tanjung Kupang yang diambil oleh Iskandar Investment Berhad yang saya kendalikan Khamis lalu," katanya.

Bagaimanapun Dzulkefly juga berkata, beliau tidak pernah menerima sebarang ugutan.

Ketua Polis Daerah Johor Baharu Utara, ACP Ruslan Hassan mengesahkan kejadian tersebut dan berkata pihaknya akan menyiasat kes itu daripada semua sudut.

Kes disiasat mengikut Seksyen 435 Kanun Keseksaan kerana khianat dengan menggunakan api, katanya dipetik Bernama.

Rumah Dzulkefly di Jalan Kemajuan 20, Taman Universiti di sini, dibaling bom molotov awal hari ini.

Bercakap kepada pemberita di sini, Dzulkefly berkata, kejadian berlaku kira-kira 3.40 pagi ketika beliau dan keluarga sedang tidur.

"Kami terjaga (dari tidur) oleh satu bunyi letupan yang kuat, rumah pun bergegar dan apabila saya turun ke bawah saya dapati pintu rumah terbuka serta api sedang marak di tempat letak kereta," katanya.

Beliau berkata kejadian itu menyebabkan kereta jenis BMW miliknya rosak teruk manakala kereta jenis Toyota Camry pula mengalami kerosakan pada bahagian depan.

Kerugian dianggar RM300,000 termasuk kerosakan perabot serta kompresor pendingin hawa, katanya.

Dzulkefly, 44, berkata ketika kejadian, beliau bersama isteri serta tiga anak dan kakak iparnya berada di rumah tersebut.

Beliau yang bekerja sebagai perunding hartanah turut menolak kejadian ada kaitan dengan perniagaan, sebaliknya mendakwa bermotifkan politik.

Mat Sabu Hormati Keputusan Hasan Ali

Posted: 04 Feb 2012 03:48 PM PST

PETALING JAYA: Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu berkata, beliau menghormati keputusan bekas Pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Dr Hasan Mohamed Ali yang enggan membuat rayuan terhadap keputusan pemecatannya sebagai ahli parti Islam itu.

"Itu hak dia sama ada mahu merayu atau tidak. Saya hormati keputusan beliau," katanya ketika dihubungi mStar Online pada Sabtu.

Bagaimanapun, Mohamad atau lebih dikenali sebagai Mat Sabu enggan mengulas lebih lanjut mengenai dakwaan Hasan Ali bahawa beliau tidak pernah menerima sebarang pertuduhan berhubung pemecatannya.

"Saya tak mahu komen lebih lanjut. Itu dakwaan beliau yang sudah jadi bekas ahli PAS," katanya.

Pada sidang media di kediamannya di Kuala Lumpur, petang Sabtu, Hasan Ali menyatakan pendirian untuk tidak lagi bersama PAS kerana mendakwa parti itu sudah terkeluar daripada landasan sebenarnya iaitu untuk memartabatkan Islam.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Gombak Setia itu turut menyifatkan pemecatannya dilakukan secara autokratik dan tidak demokratik.

"Setelah merenung berbagai sudut termasukkepraktikalan gerak kerja saya seterusnya dan yang paling penting setelah beristikharah telah membawa saya membuat keputusan untuk tidak membuat rayuan," katanya.

Beliau dipecat oleh PAS pada 8 Januari lalu dan mempunyai tempoh selama 30 hari untuk membuat rayuan.

Rasuah kembali menyerang

Posted: 04 Feb 2012 03:47 PM PST

UTUSAN ONLNE

KUALA LUMPUR – Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) mengenalpasti 18 pemain dan seorang jurulatih yang terbabit dalam skandal rasuah dalam Liga Malaysia musim lalu.

Timbalan Presiden FAM, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah mengesahkan, pemain dan jurulatih berkenaan akan dikenakan hukuman penggantungan antara dua hingga lima tahun.

"Atas pandangan dan nasihat Jawatankuasa Disiplin FAM, pemain dan jurulatih berkenaan akan diambil tindakan dan senarai nama akan dimaklumkan dalam masa terdekat.

"Ini membuktikan keseriusan FAM terhadap perilaku pemain dan pegawai, sambil berharap ia akan memberi pengajaran kepada semua pemain serta pegawai yang beraksi dalam kejohanan kelolaan FAM," kata pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif (Exco) FAM di sini, semalam.

Setiausaha Agung FAM, Datuk Azzuddin Ahmad berkata, semua yang terlibat adalah enam pemain dari pasukan Negeri Sembilan dan seorang jurulatih, enam pemain T-Team dan enam dari pasukan MP Muar.

Jika pemain yang didapati bersalah boleh digantung dua hingga lima tahun, jurulatih pula berisiko digantung seumur hidup.

Tengku Abdullah turut menambah, FAM telah melantik penolong setiausaha, Kelly Sathiraj memantau pembayaran gaji pemain.

"Jika terdapat persatuan yang tidak membuat pembayaran gaji pada bulan pertama, bulan kedua kita akan beri surat amaran dan bulan ketiga automatik, pasukan itu tidak dibenarkan bermain dalam pertandingan seterusnya dan digugurkan dalam liga berkenaan," katanya.

Terdahulu Tengku Abdullah menyampaikan cek RM50,000 hasil kutipan tiket wang Piala Sumbangsih 2012 kepada badan kebajikan NCWO Negeri Sembilan dan Yayasan Kemiskinan Kelantan. - BERNAMA

Kerabu Bersuara ®

Posted: 05 Feb 2012 03:18 PM PST

Oleh: NORJIMI AZMI LATIF

KUALA LUMPUR – Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil mendakwa hidupnya kini diekori oleh 'paparazi Si Jambu' yang diupah pihak tertentu untuk mengintip dan mengorek rahsia bagi merosakkan reputasi politik beliau.

Beliau berkata, perkara itu terbongkar semasa membuat lawatan ke Perak selepas pulang dari mengerjakan umrah minggu lalu.

Kata Shahrizat, beliau dimaklumkan ada seorang 'paparazi muda' dan dengan perwatakan lembut mengikuti pergerakannya untuk mengetahui apa yang dilakukan setiap masa.

Malah menurut Shahrizat, 'paparazi Si Jambu' akhirnya terbongkar dan mendedahkan mengenai apa yang dilakukannya sebelum ini serta setiap langkah beliau, akan dijadikan modal politik.

"Si Jambu itu berjaya ditangkap dan selepas menyoalnya, dia memberitahu diberi upah orang tertentu yang selama ini beria-ria menyerang saya. Matlamat dia mengupah Si Jambu, untuk mencari kesalahan saya.

"Orang berkenaan akan dihebahkan kepada semua orang. Saya telah beritahu kepada Si Jambu, adakah dia hendak ganti jawatan sebagai Ketua Wanita Umno? Kalau dia mahu, saya akan serahkan padanya, tetapi masalahnya, dia lelaki," katanya pada sidang media selepas melawat 11 bayi yang baru lahir di wad bersalin Hospital Kuala Lumpur (HKL), hari ini.

Ditanya Si Jambu itu diupah oleh siapa, Shahrizat berkata, pergi tanyalah PKR terutama, Pengarah Strateginya, Mohd Rafizi Ramli dan Ketua Wanita parti itu, Zuraida Kamaruddin.

Kedua-dua mereka sebelum ini telah menggesa agar Shahrizat meletakkan jawatan.

Sehubungan itu, Shahrizat berkata, sebagai tanda kenangan, Pergerakan Wanita Umno akan memberi hadiah berupa sehelai baju berwarna merah dan putih bertulis, 'ini jawatan Ketua Wanita yang kamu mahu' kepada 'Si Jambu' itu tidak lama lagi.

"Mereka berdua ini yang beria-ria mahu saya berundur dari jawatan Ketua Wanita dengan mengaitkan isu Nasional Feedlot Corporation dan kedudukan saya dalam politik terutama sebagai menteri dan Ketua Wanita.

"Saya telah menjelaskan, isu ini tiada kena-mengena dengan saya kerana ia melibatkan urusan perniagaan, namun mereka tetap menyerang. Hanya ALLAH yang mengetahui apa sebenarnya berlaku dan mereka, pembangkang lebih teruk dan menjadi agresif apabila saya berdiam diri," katanya.

Shahrizat mengambil cuti selama tiga minggu dari tugas sebagai anggota Kabinet. Beliau akan menghadiri mesyuarat jemaah menteri minggu depan.

Full content generated by Get Full RSS.

Pengikut