MUAR: Ex-Selangor PAS commissioner Datuk Dr Hasan Ali claims 72% of the party's leadership is now controlled by a secular group "who are in collusion with DAP and PKR." He said the rest of the leadership comprised religious scholars who were willing to ignore the original struggle of the party to support opposition leader Datuk Seri Anwar Ibrahim, whose ambition was to conquer Putrajaya in the 13th general election. "I had a secular education but I want PAS to be led by the ulamak who obtained their education in Egypt and Jordan," he said in his ceramah organised by the Muar Malay Development and Integrity Organisation (Pekim), near Bukit Naning, here, Friday night. Hasan, who was recently sacked from PAS, also revealed how the party leadership had tried to persuade him to soften his stance and just follow the directives of Pakatan, which was unhappy with his action to check what he claimed were efforts to convert Malays in Selangor to Christianity. "They asked me to be patient by saying that Islamic laws will be enforced after Putrajaya is conquered," he said. Hasan in his ceramah also reminded Malays of their rights, as enshrined in the constitution, which would be undermined if they allowed PAS, DAP and PKR to gain control of the country. He said the Opposition alliance did not want to hear the word Islam, Malays and King and would give their children a liberal education if they were given the opportunity to rule the country. - Bernama
tunku : no wonder if we look at the top level leaders in pas, only few are in the category of ulamas.worst still if you look at the deputy president, mohd sabu, how can a party like pas having clowns like mohd sabu(deputy president), mahfuz and husam(vice president).pas is no longer an islamic party.pas is becoming worst than a secular party.now the leaders can even go to pork market to campaign and shake hand with the sellers there.bravo pas....you have really transformed.
You are subscribed to email updates from tunku To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
Tersebar di blog, kisah berserta video Tok Guru Dato Nik Aziz Nik Mat mengatkaan dalam khutbah Jumaat baru-baru ini bahawa meraikan Maulidur Rasul adalah perbuatan menyerupai Kristian.
Bab usaha untuk mengingati Habibullah dalam mendekati dan mencintai Rasulullah, dia ungkitkan isu bidaah Rasulullah tidak buat dan usah terikut-ikut Kristian.
Apabila Anwar Ibrahim, Nizar Jamaluddin dan lain-lain orang PAS memegang lilin untuk ikut sama pemimpin Pakatan Rakyat memberi hormat sembahyang kepada roh Teoh Beng Hock, Nik Aziz berdiam saja. Pengikutnya menganggapnya sebagai Nabi, Nik Aziz hanya kata itu pandangannya. Ustaz Badrul Amin memuji dan menggelar Anwar Ibrahim sebagai Imam Mahadi tapi Nik Aziz diam.
Tak apalah, Husin bukan nak berkelahi dengan Nik Aziz mengenai pandangannya bahawa menyambut Maulidur Rasul adalah mengikut amalan Kristian.
Sudah tentu Nik Aziz anggap Maulidur Rasul sebagai amalan Kristian, adakah Selangor harus raikan Maulud Nabi?
Memandangkan Menteri Besar Selangor selaku exco hal ehwal ugama Islam, Tan Sri Khalid Ibrahim adalah mesra murtad dan begitu sedia minta maaf kepada gereja DUMC. Manakala, ahli Parlimen Shah Alam dari PAS, Khalid Samad yang sebenarnya menguasai PAS Selangor adalah seorang yang mesra gereja.
Bulan Februari bakal mencatatkan sejarah buat mahasiswa yang cintakan keamanan. Program Aman Kampus yang akan dianjurkan oleh alumni dan mahasiswa Aspirasi ini akan menjelajah 20 IPTA dan 5 IPTS di seluruh negara bermula 6 Februari ini. Program ini juga melibatkan penyertaan lebih 1000 mahasiswa.
Llintas langsung di TV3 upacara perlancaran Program Aman Kampus dari Putrajaya melalui program MHI pada 6 Februari ini jam 9.00 pagi yang akan dilancarkan oleh Ahli Parlimen Putrajaya YBM Datuk Tengku Adnan Tengku Mansor.
4 Asas Utama program: 1. Bagi memastikan suasana keharmonian dan kedamaian yang sedia ada di kampus sentiasa dipelihara agar penekanan sepenuhnya terhadap kecemerlangan sahsiah diri serta akademik dapat direalisasikan. 2. Bagi menyuntik semangat patriotik kepada mahasiswa agar terus memahami secara rasional terhadap dasar-dasar yang sedang dan akan dilaksanakan oleh kerajaan 3. Menyediakan sebuah wadah penyampaian maklumat yang tepat, berkesan dan terancang berkaitan penjelasan isu-isu semasa agar dapat member impak terhadap sosiopolitik negara serta pembangunan intelek mahasiswa ; dan 4. Untuk menterjemahkan sokongan majoriti terhadap kepimpinan Perdana Menteri dan negara melalui kutipan tanda tangan mahasiswa serta warga kampus.
Jelajah ke 14 buah negeri
3 Elemen perlu ada pada mahasiswa: Diplomasi, rasional & toleransi –Shahar Abdullah 1. Mahasiswa perlu ada sikap diplomasi 2. Mahasiswa yang rasional; melihat isu-isu tempatan dan kampus dalam ruang lingkup mahasiswa iaitu sendiri 3. Sikap toleransi mahasiswa harus dipupuk tidak kira sama ada di antara kaum atau sesama mereka di universiti.
Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil yang akan mula bertugas minggu depan setelah bercuti selama tiga minggu menegaskan bahawa beliau bersedia dan tidak takut untuk menghadapi sebarang tuduhan yang dilemparkan terhadapnya.
Layan dulu lagu Rimex ni...
Beliau berkata sebaliknya serangan yang dilemparkan terhadapnya itu menjadikannya lebih bersemangat untuk menghadapi pelbagai ujian.
"It's okay...kita orang politik...lagi bagi semangat kepada kita bila dapat dugaan," katanya kepada pemberita selepas Majlis Pemantapan Jentera Pilihan Raya (Jalinan Rakyat) Wanita Barisan Nasional (BN) di sini, hari ini.
Majlis itu dirasmikan Menteri Besar Perak Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir. Shahrizat diminta mengulas kenyataan Pengarah Strategi Keadilan, Rafizi Ramli dalam laman berita rasmi Parti Keadilan Rakyat, Keadilan Daily, baru-baru ini bahawa parti itu akan menyambut kepulangan Shahrizat dari bercuti dengan pendedahan terbaru berhubung dakwaan penyelewengan melibatkan keluarganya.
Shahrizat berdepan isu National Feedlot Corporation (NFC), yang diterajui suaminya Datuk Seri Dr Mohamad Salleh Ismail apabila Laporan Ketua Audit Negara 2010 pada Oktober lepas menyatakan NFC gagal memenuhi matlamat penubuhannya.
Isu itu semakin panas berikutan dakwaan pembangkang kononnya wujud penyelewengan peruntukan kerajaan berjumlah RM250 juta yang disalurkan kepada NFC. NFC ialah projek 'Lembah Daging' di Gemas, Negeri Sembilan bagi meningkatkan pengeluaran daging tempatan dan mengurangkan pergantungan negara terhadap daging import.
Terdahulu, dalam ucapannya Shahrizat yang juga Ketua Wanita Umno dan Wanita BN berkata selama 30 tahun beliau berkecimpung dalam politik segalanya senang dan dipermudahkan oleh Allah, bagaimanapun pada akhir-akhir ini beliau menghadapi ujian yang berat.
"Saya tidak layak jadi ketua jika kena uji saya menyerah bulat-bulat. Jangan ingat saya takut sangat. Saya hanya takut kepada Allah," katanya yang baru pulang daripada menunaikan umrah, semalam.
Shahrizat berkata Wanita BN perlu bersedia menghadapi pelbagai dugaan dalam politik dan beliau menasihatkan mereka supaya tidak mengambil kesempatan jika ada di kalangan mereka dilanda kesusahan.
Katanya ketika seseorang ditimpa kesusahan semua pihak perlu bersatu padu memberi sokongan kepada individu tersebut. Beliau turut mengingatkan mereka supaya tidak mudah melatah dengan agenda pembangkang.
"Kalau orang nak tembak, dia akan cari kepala.. jangan nak melatah dan ikut agenda pembangkang," katanya.
Mengenai persediaan Wanita BN bagi menghadapi pilihan raya umum akan datang, katanya beliau akan memastikan jentera pilihan raya sentiasa bersedia.
"Kita akan lebarkan sayap Skuad Sayang. Kita akan pastikan Wanita Umno dan parti komponen lain mantap," katanya. - Bernama
Wow !!!Malam nie ribuan penyokong PR telah menyerbu Nurul Izzah dalam majliskesyukuran pembebasan Anwar Ibrahim di Dewan Taman Dato' Senu, Sentul …
Ribuan penyokong mereka dijamudengan Pulut Durian…
Persoalannya, Anwar diBEBASkan …..bila Anwar bersalah dan dijatuhkan hukuman, dan ditangkap? … Atau Izzah tahubapanya bersalah dan mereka yakin bapanya akan masuk penjara kot 9 Jan lalu?
Entahlah, yang pasti, ribuanpenyokong mereka sebagai pic dari Twitter Tian Chua membuktikan bahawa NurulIzzah memang dikerumuni penyokongnya malam nie ….
Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berharap lebih ramai sukarelawandi negara ini akan menyertai konvoi darat keenam Viva Palestina Malaysia (VPM),pada 15 Mei ini.
Beliau berkata ini bagi membuktikan keprihatinan dan sokonganrakyat Malaysia terhadap perjuangan pembebasan rakyat Palestin daripadacengkaman rejim zionis.
"Kalau kita sokong keadilan kita patut sokong Palestin dansedar tentang kezaliman Israel, mereka ini betul-betul kejam," katanyapada sidang media
selepas merasmikan Festival Filem Kuala Lumpur Palestin, di sinihari ini.
Program julung kali diadakan di Malaysia itu bertujuan mengumpuldana untuk membantu rakyat Palestin dan membiayai projek pembinaan 11 sekolahbagi keperluan 9,000 kanak-kanak Palestin.
Sebanyak lima filem akan ditayangkan secara percuma di GSCPavilion mulai hari ini sehingga Isnin depan iaitu Budrus, Tears of Gaza, WaltzWith Bashir, Abu Jamil Street, Inshallah Beijing serta dua dokumentari pendekiaitu Bethlehem: Hidden From View dan Home Front.
Sementara itu, Pengerusi VPM Datuk Dr Musa Mohd Nordin berkataselain Malaysia, lebih 20 negara akan menyertai konvoi kali ini termasukAustralia, New Zealand, Britain, Greece dan yang terbaru Indonesia.
Katanya pada konvoi kali ini, sukarelawan yang membawa bantuankemanusiaan akan bertolak dari lima lokasi iaitu England, Perancis, Itali,Syria dan Turki sebelum meneruskan perjalanan ke Gaza menerusi sempadan Rafahdi Mesir.
Beliau berharap lebih banyak badan korporat dan orang perseoranganakan menyalurkan bantuan untuk menjayakan misi kali ini, seterusnyamelaksanakan pelbagai projek yang dirancang merangkumi pinjaman tanpa faedah,projek pertanian dan perhutanan bersepadu serta pemasaran produk warisanPalestin, khusus untuk rakyat negara itu sendiri.
Sejak ditubuhkan pada Jan 2009, VPM telah menyalurkan danaberjumlah RM1 juta untuk membiayai keperluan perubatan, pendidikan, pembiayaan mikro dan projek untuk kaum wanita di Gaza, kata Musa.
Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini menggesa jenteraBarisan Nasional (BN) Selangor supaya bekerja dengan lebih keras lagi dan tidakhanya bergantung kepada peningkatan penerimaan rakyat terhadap kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.
Timbalan Perdana Menteri itu berkata berdasarkan analisa keadaanpolitik semasa, secara umumnya ada peningkatan sokongan secara menyeluruhkepada BN ketika ini berbanding tahun 2008.
Katanya faktor yang menonjol ialah sebahagian besar rakyatSelangor menyanjung kepimpinan Perdana Menteri dan trend ini pada umumnyameningkat, sekaligus menambah keyakinan BN untuk mencapai lebih banyakkemenangan pada Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.
Muhyiddin berkata demikian pada sidang media selepas mengadakan pertemuandengan warga pendidik, Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIGB) serta pengelola SekolahJenis Kebangsaan Cina seluruh Selangor di sini.
Katanya penerimaan masyarakat tanpa mengira kaum terhadap BNadalah jauh lebih baik kerana usaha kerajaan membantu rakyat menerusi insiatifseperti bantuan awal persekolahan dan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M).
Sempena lawatannya ke Selangor, Muhyiddin juga mengadakanpertemuan dengan kepimpinan BN Selangor yang diketuai oleh Timbalan PengerusiBN Negeri, Datuk Seri Noh Omar serta mendengar taklimat mengenai kesiapsagaanBN Selangor menghadapi PRU ke-13.
Katanya beliau telah memberi prasyarat kepada semua pemimpin BNSelangor supaya mengukuhkan setiap parti komponen parti BN negeri bagi menempakejayaan pada PRU nanti.
Selain menilai keprihatinan kerajaan pusat terhadap rakyat denganpemberian subsidi yang kini mencecah RM33 bilion termasuk RM17 bilion untukbekalan minyak, Muhyiddin berkata rakyat Selangor juga menilai apa yang dilakukanatau tidak dilakukan oleh kerajaan negeri.
"Jadi banyak perasaan tidak senang hati dan tidak puas hatidapat saya rasakan di kalangan rakyat dengan cara negeri itu diuruskan,,"katanya.
Beliau berkata golongan peniaga di negeri itu tidak begitu seronokdengan kos perniagaan yang didakwa meningkat, penyelewengan dalam kerajaan dan dasar-dasarmereka yang bercanggah dengan kepentingan rakyat seperti dalam soal tanah,asrama Yayasan Selangor dan pengurusan Universiti Selangor.
"Ini menunjukkan sikap kurang prihatin kerajaan negeriterhadap masalah
masyarakat umum...mungkin kerajaan negeri lebih mementingkan soalhasil pendapatan tetapi kerajaan pusat mengambil kira semua aspek termasuk menolongdan menjaga hati rakyat, katanya.
Mengenai cadangan pengurusan Yayasan Selangor untuk merobohkanasrama pelajarnya di Kampung Pandan, Kuala Lumpur, Muhyiddin berkata setakatini tiada kedengaran pelan alternatif tetapi difahamkan pelajar berkenaan akanditempatkan semula di sekolah-sekolah di bawah Kementerian Pelajaran.
"Sebagai Menteri Pelajaran saya tak tahu cerita itu dia naktempat kat mana?. Sekolah kita dah ada dan pelajar kita dah ada maknanya dia nak lepas tangan begitu,"jelasnya.
Katanya rakyat Selangor tentu kecewa dengan sikap tidakbertanggungjawab itu.
Ditanya hasrat Mursyidul Am PAS Datuk Nik Aziz Nik Mat untuk terusbertanding pada pilihan raya akan datang, Muhyiddin berkata:
"Nik Aziz amat diperlukan. Nik Aziz kalau ganti orang laindia kata dah tak jadi PAS. itu keputusan dia lagipun dia Mursyidul Am jadi segala-galanyadia tentukan. Siapa boleh kata Nik Aziz jangan bertanding."
Tindakan pakatan pembangkang mengarahkan Menteri Besar Kedah DatukSeri Azizan Abdul Razak berhenti mengulas isu penggantungan pelajar KolejUniversiti Insaniah (Kuin) menunjukkan mereka langsung tidak menghormatipemimpin tertinggi negeri ini.
Pengerusi Badan Perhubungan Umno Negeri Kedah Datuk Ahmad BashahMd Hanipah berkata, walaupun berlainan parti, beliau sendiri menghormatikeputusan Azizan itu dan menyifatkannya sebagai tindakan tepat untuk mengawal disiplinpelajar institusi itu.
Beliau berkata tindakan beberapa pemimpin PAS dan PKR yang lantangmempertikaikan tindakan Menteri Besar berhubung isu pengantungan lima
pelajar Kuin menunjukkan pakatan pembangkang hanya mengutamakanpolitik sahaja tanpa berusaha memahami tindakan Azizan.
"Sepatutnya kawan-kawan Azizan di dalam pakatan pembangkangperlu hormat keputusan beliau...bila disuruh tutup mulut, ini menunjukkanpakatan pembangkang langsung tidak menghormati dan seolah-olah telah hilangkepercayaan kepadanya.
"Dalam isu Kuin, Azizan telah melakukan apa yang sepatutnyaselaku Menteri Besar iaitu menyerahkan kepada Kuin sepenuhnya menangani perkaraitu tanpa campur tangan beliau," katanya kepada pemberita selepas MajlisPelajar Disayangi, Ibu Bapa Didekati di Sekolah Menengah Kebangsaan Convent disini hari ini.
Ahmad Bashah mengulas mengenai perintah yang dikeluarkan oleh PASkepada Azizan agar tidak lagi memberikan komen berhubung isu penggantunganpelajar Kuin itu.
Sebelum ini, Pengarah Komunikasi PKR Nik Nazmi Nik Ahmad dan bekaspensyarah Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) Dr Abdul Aziz Bari memintasupaya pakatan pembangkang mengambil tindakan terhadap Azizan kerana tindakanterhadap pelajar itu bercanggah dengan kandungan Buku Jingga.
Ahmad Bashah berkata dalam perspektif yang lebih luas beliaumelihat isu
Kuin sengaja diperbesarkan bertujuan untuk menyingkirkan Azizandaripada kedudukan beliau sebagai Menteri Besar Kedah.
Bekas Pesuruhjaya PAS Selangor Datuk Dr Hasan Ali mendakwa 72peratus kepimpinan PAS kini dikuasai oleh golongan sekular yang sanggup 'tidursekatil' dengan DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR).
Beliau berkata sejumlah 28 peratus lagi adalah golongan ulama yangsanggup mengenepikan perjuangan asal PAS untuk menyokong Ketua PembangkangDatuk Seri Anwar Ibrahim yang bercita-cita mahu menawan Putrajaya pada pilihanraya umum ke-13.
"Saya berpendidikan sekular tetapi saya mahu PAS terusdipimpin oleh golongan ulama yang berpendidikan dari Mesir dan Jordan,"katanya pada ceramah anjuran Pertubuhan Kemajuan dan Integriti Melayu Muar(Pekim) di Bukit Naning, di sini, malam tadi.
Pada ceramah yang dihadiri kira-kira 3,500 orang itu, Hasan turut mendedahkanbagaimana kepimpinan PAS cuba memujuknya supaya berlembut dan mengikut sahajaarahan pakatan pembangkang yang tidak setuju dengan tindakannya membanterasgerakan mengkristiankan orang Islam di Selangor.
"Mereka minta saya bersabar dengan mengatakan apabila sudahdapat tawan Putrajaya, waktu itulah baru dikuatkuasakan undang-undangIslam," katanya.
Hasan dalam ceramahnya itu turut mengingatkan orang Melayu bahawahak mereka yang termaktub dalam perlembagaan akan terjejas jika membenarkan pakatanPAS, DAP dan PKR berkuasa di negara ini.
Beliau mendakwa pakatan pembangkang tidak mahu mendengar perkataanIslam, Melayu dan raja serta mereka akan mendidik anak-anak dengan didikansecara liberal jika diberi peluang.
Bekas Pesuruhjaya PAS Selangor,Datuk Dr. Hasan Mohamed Ali menjelaskan beliau tidak akan sama sekali mengemukakan sebarang rayuan menyertai semula PAS setelah diberi tempoh hingga 7 Februari ini.
Bercakap pada Sidang Media di rumahnya itu, beliau secara tegas tidak mempunyai sebarang sebab untuk bertindak sedemikian dan akan mempertahankan prinsipnya yang terbukti mengikut Perlembagaan Parti.
Akan tetapi beliau berkata perjuangannya itu telah dihalang pimpinan parti yang dikuasai kumpulan yang beliau gelar sebagai 'Parasit PAS'.
Nasib mangsa kejadian ribut di Manjung yang telah merosakkan lebih 190 buah rumah akhirnya mendapat perhatian daripada kerajaan negeri.
Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir yang sempat melawat mangsa ribut taufan itu memberitahu kerajaan negeri akan menanggung kos membaiki bumbung yang rosak secara keseluruhannya yang melibatkan ratusan ribu ringgit.
Tambah Zambry, kawasan berkenaan sememangnya merupakan kawasan laluan ribut taufan di mana kejadian itu merupakan kali keempat yang berlaku.
"Kawasan ini memang tempat laluan angin lintang maka keadaan ribut boleh terjadi secara tiba-tiba sahaja dan ini merupakan kali keempat ia berlaku," tegasnya.
Katanya, bagi meringankan bebanan mangsa ribut berkenaan, kerajaan negeri telah mengambil langkah segera dengan mengarahkan pihak-pihak tertentu untuk membina semula bumbung yang telah rosak kesan daripada angin lintang.
"Kita sudah minta mereka baiki bumbung yang rosak, jadi dalam tempoh dua hari ini hampir 40% bumbung berjaya diperbaiki... cuma sekarang kita hanya menunggu bekalan bumbung sampai," kata Zambry.
Selain itu katanya, kerajaan negeri juga telah memperuntukkan RM40,000 di bawah tabung bencana untu disalurkan kepada kesemua mangsa dimana setiap seorang akan mendapat sebanyak RM200.
Bantuan daripada pejabat MB juga dihulurkan bagi tujuan yang sama dimana RM300 diperuntukkan kepada setiap mangsa.
"Jadi, semua mangsa akan mendapat RM500 seorang dan syarikat Vale dan Bousted juga sudi menghulurkan sedikit bantuan bagi menampung kos kerugian yang dialami oleh mangsa.
"Kita diberitahu setiap syarikat itu masing-masing menghulurkan RM10,000," katanya.
Dalam kejadian ribut di Taman Perumahan Fasa 3A Seri Manjung, dekat Lumut semalam, lebih 190 rumah penduduk di kawasan itu rosak teruk akibat tiupan angin kencang. www.peraktoday.com
Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil menegaskan bahawa beliau tidak gentar untuk menghadapi segala tuduhan yang dilemparkan terhadapnya.
Shahrizat yang juga Ketua Wanita UMNO sebaliknya menegaskan serangan yang sengaja dilemparkan terhadapnya itu dianggap sebagai pendorong untuk menghadapi pelbagai ujian mendatang.
"It's okay...kita orang politik dan perkara-perkara macam semua biasa bagi kita malah ia lagi memberi semangat kepada kita untuk menempuhi dugaan.
"Walaupun kita adalah wanita mereka ingat kita akan gentar dengan tuduhan atau ujian yang cuba diberikan....perkara itu hanya ujian biasa sebagai pemimpin," katanya ketika sidang media selepas Majlis Pemantapan Jentera Pilihan Raya Wanita Barisan Nasional (BN) di Beruas, pagi tadi.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas dakwaan Pengarah Strategi Keadilan, Rafizi Ramli yang menyatakan bahawa parti itu menunggu kepulangan Shahrizat dengan pendedahan terbaru berhubung dakwaan penyelewengan melibatkan keluarganya.
Ketika menjawab mengenai desakan beberapa pihak yang menuntut beliau meletakkan jawatan dan sekaligus mengundurkan diri daripada arena politik, Shahrizat menyifatkan wujud golongan tertentu yang mempunyai motif tersendiri di sebalik desakan berkenaan.
Katanya, pihak yang membuat desakan itu sepatutnya memikirkan semula kenyataan mereka sebelum menyatakannya kepada media massa.
Ini kerana jelas beliau, golongan berkenaan perlu sedar sejauh mana latar belakang mereka sama ada sebagai ahli politik mahu pun menteri.
"I'm leading about 1.3 juta wanita BN... jadi mereka yang mendesak itu perlu tahu dan sedar bahawa mereka yang mendesak saya letak jawatan itu mempunyai latar belakang politik yang bagaimana.
"Mereka perlu sedar dan bermuhasabah diri sebelum mengeluarkan kenyataan yang mendesak saya supaya berundur... persoalannya adakah mereka sedar latar belakang mereka sendiri dalam arena politik sebelum meminta saya letak jawatan dalam kepimpinan parti.
"Golongan yang membuat desakan itu perlu sedar pengalaman mereka dalam parti berada di tahap mana," katanya lagi. www.peraktoday.com
Ini adalah sebahagian daripada teknologi yang dimanfaatkan sepenuhnya oleh Pas. Pegawai Telekom telah memaklumkan mereka kerap menerima panggilan dari pengguna internet daripada warga emas yang minta telekom segera membaiki sambungan internet sekiranya berlaku kerosakan.
Sebarang kerosakan perlu segera dipulihkan bagi membolehkan warga emas menonton siaran LIVE.
Kini ceramah Haji Hadi di Marang dapat ditonton oleh ribuan pengikut Pas seluruh negara terutama di Terengganu,
Gambar di atas adalah iklan promosi ceramah Azhar Idrus di Ladang pada 10 Februari depan.
Khabar angin bertiup kencang di Utara menyatakan Pak Kadiaq dan beberapa orang rakan dan sekutu beliau akan menyertai Pkr semakin hangat.
Tan Sri Abdul Kadir bin Sheikh Fadzir (lahir 4 Jun 1939 di Kampung Tawar, Kulim, Kedah) merupakan ahli politik UMNO dari Kulim,Kedah,Malaysia.
Beliau mantan Menteri Penerangan (2004 - 2006) dalam Jemaah Kabinet , Perdana Menteri Malaysia ,Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi. Beliau menang bertanding kawasan parlimen P18 Kulim-Bandar Baharu, Kedah sejak Pilihan raya 1978, 1982, 1986, 1999, 2004 dan tidak bertanding pada 2008.
Merupakan jurucakap dan orang kuat kepada Anwar Ibrahim sewaktu Anwar bertanding jawatan Timbalan Presiden Umno1993.
Tidak hairanlah beliau baru-baru ini mengeluarkan kenyataan-kenyaaan panas yang menyebabkan ramai orang marah kepada beliau.
Sebagai orang kuat Anwar, beliau juga mempunyai hobi yang misteri, sama seperti bossnya. Cuma beliau lebih licik dan bijak berlakon, hanya orang-orang yang rapat sahaja yang tahu apakah hobi yang beliau sering lakukan antara jam 6.00 hingga 7.00 malam.
Ketika kumpulan pendesak Melayu, PERKASA mengagihkan "angpau bersampul putih" kepada masyarakat Cina sempena sambutan Tahun Baru, parti Islam PAS, menurut warga maya ternyata lebih bijak dalam menghormati budaya bangsa lain.
Perkasa tak faham budaya cina, hanya cina saja yang faham budaya melayu
Beberapa gambar merakamkan pemimpin PAS termasuk di kalangan akar umbi 'celik budaya' khususnya yang membabitkan masyarakat Cina. Antaranya, memaparkan gambar seorang pemimpin akar umbi PAS dari Mersing, Johor memberi angpau kepada penjual daging babi telah mendapat sambutan hangat.
Turut mendapat pujian adalah gambar exco kerajaan negeri Selangor Iskandar Abdul Samad mengagihkan angpau di hadapan sebuah gerai menjual daging babi dan tarian "singa hijau" yang diadakan sempena rumah terbuka Tahun Baru Cina anjuran PAS Perlis.
Negara Islam
Warga maya di laman Facebook itu juga membandingkan 'kecerdikan' antara PAS dan PERKASA yang didakjwa sebagai 'buta budaya' dan gagal memahami kepercayaan serta cara hidup masyarakat Cina di negara ini.
Sejak berkawan dengan Dap sudah hilang rasa jijik , tak macam dahulu
"Ini babak yang mahu dielakkan oleh MCA, momokan mereka mengenai negara Islam akan menjadi sia-sia," kata Denise Yee dalam Facebook.
"Pengerusi PAS bahagian Mersing, Johor (Rosalan Mamat) dan ADUN Cempaka (Iskandar Abdul Samad) menyambut Tahun Baru Cina dengan penjual daging babi sambil mengedarkan limau mandarin. Mereka tidak mengagihkan 'angpau putih' kepada masyarakat Cina."
Ketika dihubungi Malaysiakini, Rosalan Mamatmengucapkan terima kasih kepada pelayar di Facebook kerana memuji tindakan beliau itu.
Rosalan, 51, yang juga seorang ahli perniagaan berkata gambar itu dirakamkan dua hari sebelum Tahun Baru Cina ketika beliau dan beberpa pemimpin PAS tempatan mengedarkan angpau, limau dan kad tahun baru di sebuah pasar di Mersing.
Nak beli berapa kg?
Ditanya mengapa beliau menghampiri dan menyapa penjual daging babi berkenaan dan tidak mengelakkan dirinya kerana bagi masyarakat Islam daging berkenaan dianggap tidak "halal", Rosalan berkata agamanya tidak pernah melarang orang bukan Islam untuk memakan daging tersebut. Tak ada masalah
"Tidak ada masalah untuk Cina makan babi, hanya umat Islamyang tidak boleh makan daging babi. Kita mesti menghormati budaya Cina dan ini adalah hak mereka.
"Hanya Umno dan orang-orang MCA yang akan memutar-belitkan fakta dan mendakwa bahawa apabila PAS berkuasa, orang Cina tidak akan dibenarkan makan babi," katanya.
Menurutnya lagi, ini adalah kali pertama bagi pemimpin tempatan Pakatan Rakyat keluar bersama mengucapkan selamat tahun baru kepada masyrakat Cina. Sebelum ini mereka menganjurkan aktiviti masing-masing secara sendirian.
Tarian Singa Pas, HEBAT OOO..!!!
Sementara itu, Pesuruhjaya PAS Perlis, Hashim Jasin berkata ini bukan kali pertama parti Islam itu menjemput "singa hijau" memeriahkan majlis mereka.
Menurutnya, sejak dua atau tiga tahun lalu, PAS sebenarnya telah menampilkan persembahan tarian singa di jamuan makannya di Arau dan Sanglang.
Bagaimanapun, beliau berkata ini kali pertama parti itu mengadakan rumah terbuka Tahun Baru Cina dengan menjemput "singa hijau" untuk memeriahkan majlis itu di ibu pejabatnya pada 29 Jan lalu. Melayu terhibur
Difahamkan bahawa singa hijau itu dijemput dari sebuah kelab sukan di Kedah.
Apabila ditanya mengapa PAS mengadakan persembahan tarian singa, Hashim menjelaskan bahawa mereka mengikuti jejak kerajaan PAS Kelantan yang sentiasa mengalakkan persembahan kebudayaan berbilang kaum.
"Bukan sahaja Cina, orang Melayu juga terhibur dengan persembahan tarian singa. Ia amat menarik."
Ditanya sama ada tindakan itu, cubaan PAS untuk meraih sokongan masyarakat Cina, Hashim (kiri) berkata terpulang kepada rakyat untuk menilai bagaimana parti Islam itu berinteraksi dengan masyarkat berlainan agama dan kaum.
Ini katanya, jelas bertentangan dengan dakwaan sesetengah pihak yang menuduh PAS akan "memotong tangan dan kaki orang Cina" apabila mereka berkuasa nanti.
You are subscribed to email updates from Taiping Mali To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
Kali terakhir UMNO meminta kepakaran dan kebijaksanaan KU LI memimpin kempen parti tersebut menentang fuckatan adalah ketika PRK Galas beberapa tahun lalu. Hasilnya, UMNO bukan sahaja berjaya merampas kembali DUN Galas, malahan majoriti juga meningkat hampir tiga kali ganda.
Dan ramai juga rakyat Malaysia yang tidak akan lupa bagaimana Ku LI memastikan PAS merampas kuasa daripada UMNO pada PRU 1990 dengan kemenangan 100%!
Itulah apa yang hebatnya tentang Ku Li ini. Nampak sahaja senyap di ulu banat, tetapi pengaruhnya bukan sahaja terbatas di gelanggang politik, malahan beliau juga masih lagi dihormati dalam hal ehwal dalaman Istana Kelantan.
Kalau tidak percaya, cuba-cubalah tanya kepada rakyat Kelantan berkenaan kontroversi bagaimana Sultan Muhammad Ke-5 naik ke takhta. Kami tidak mahu mengulas lanjut atas kerana Daulat Raja-raja Melayu. Biarkanlah ia terus menjadi ceritera rakyat.
Dan ini jugalah bukti kebijaksanaan Tok PA dalam melaksanakan tanggungjawabnya memastikan BN merampas semula Kelantan. Beliau tidak sombong dan sanggup memohon pertolongan daripada sesiapa jua yang mahu membantu. Inillah satu tokoh pemimpin UMNO negeri yang boleh bersaing dengan Nik Aziz yang tidak mahu melepaskan kuasa.
PRU 2004 telah menjadi bukti bagaimana Tok PA menguruskan jentera BN negeri sehinggakan PAS hampir tumbang dan bergantung hayat dengan hanya satu kerusi sahaja. Tetapi kesilapan strategi mengumumkan pengganti MB yang tidak digemari rakyat pada 2008 telah mengakibatkan BN mengalami kekalahan yang lebih teruk!
Insya Allah, kalau BN Kelantan terus ikhlas berjuang untuk membela nasib rakyat Kelantan yang telah lama tertindas di bawah PAS, PRU-13 Kelantan akan kembali kepada kita!
Sebagai mengenang jasa pengorbanan Baginda Rasulullah SAW dalam menegakkan Islam dan Hukum Allah di muka bumi ini, jom kita sambut Maulidur Rasul tahun ini dengan solawat dan salam yang penuh ikhlas kepada Baginda.
Marilah juga kita sama-sama memanjatkan doa kesyukuran di atas nikmat Iman dan kebebasan berkuasa di tanah sendiri. Semoga Allah SWT menyelamatkan umat Islam di Malaysia daripada perpecahan dan akhirnya ditindas oleh musuh-musuh Islam. Insya Allah.
Berpegang teguhlah kepada tali Allah SWT! Nescaya kita selamat dunia akhirat...
Kami berpendapat tindakan Hasan Ali menolak pelawaan KITA untuk menyertai parti mereka ini satu keputusan yang bijak. Hasan Ali sedar, sekali beliau menyertai KITA, beliau akan tenggelam dalam sebuah parti politik yang tiada hala tuju yang jelas dan akhirnya akan mematikan langkahnya untuk terus menentang agenda anti-Islam fuckatan.
Kami juga sebenarnya telah dapat menjangka game plan Zaid Ibrahim untuk bergayut kepada populariti Hasan Ali bagi menyelamatkan parti politiknya daripada terus hidup segan mati tidak mahu. Kami percaya terdapat perancangan halus untuk mematikan gerakan Hasan Ali daripada terus menyedarkan umat Islam daripada agenda fitnah fuckatan melalui KITA.
Cuba pembaca semua bayangkan, bagaimana seorang yang tegar mempertahankan Islam, Melayu dan Raja-raja (IMR) boleh menyertai parti yang ditubuhkan oleh seorang pemimpin yang mendukung idea sekular?!!
Dan jika benar KITA ingin menjadi kuasa ketiga yang bebas dalam politik negara, mengapa Presidennya sanggup membubarkan partinya sendiri dengan alasan tidak mahu dilihat condong kepada BN?!! Jadi kalau KITA condong kepada fuckatan tidak mengapalah ya?!! Kalau begitu, menagap perlu keluar beramai-ramai daripada fuckatan dan menubuhkan KITA?!!
Semuanya kerana inginkan kuasa di tangan sendiri bukan?!!
PAS ingat mereka boleh memperbodohkan DHPP dengan memperuntukkan kerusi yang mustahil menang kepada mereka. Tidak percaya? Suruh PAS sendiri bertanding di kerusi-kerusi tersebut.
Tetapi khowarijul PAS ini sebenarnya sudah terlalu bebal kerana kopiah busuk atas kepala itu telah lama mencengkam otak dan akal fikiran mereka. Mereka GAGAL untuk melihat perancangan besar puak kafir untuk memerintah negara.
Bayangkanlah DAP - 99% kafir, PKR - sekurang-kurangnya 50% kafir, dan PAS pula sekarang ini sekurang-kurangnya 20% kafir. Anda buatlah sendiri kira-kira baki yang tinggal untuk calon Islam fuckatan. Itupun, kalau UMNO tidak sapu bersih kerusi-kerusi tersebut.
Jadi, kepada rakyat Johor, kalau hendak rasa bertuankan pemimpin kafir, cuba-cubalah undi PAS dan fuckatan selepas ini.
*Selalu tertanya-tanya, sejak bila fatwa Dewan Ulama' PAS yang mengharamkan kerjasama dengan orang kafir itu terbatal?!!
Sudah lama kami perhatikan. Pada awalnya kami agak pelik mengapa KM Penang ini suka sangat menipu. Tidak kiralah apa sahaja. Baik pencapaian mahupun jasa orang lain. semuanya hendak diputar belitkan.
Lalu kami pun membuat sedikit kajian ringkas. Rupa-rupanya beliau ini disyaki menghidap penyakit tidak boleh bercakap benar, atau dalam bahasa sainsnya, Pathological Lying (PL). Penghidap PL ini akan menipu tanpa sebab yang munasabah.
Jadi kepada semua, terutamanya mereka yang difitnahnya, usahlah khuatir. Anda semua sebenarnya sedang berhadapan dengan manusia yang berpenyakit. Sepatutnya kita bersimpati kepada beliau dan memberikan sokongan yang sewajarnya.
Inilah akibatnya membesar dalam keluarga yang rasis dan membenci orang lain.Kasihan.
Dan kepada para pembaca yang budiman, luangkanlah masa yang sewajarnya bersama anak-anak dan keluarga kita dalam hujung minggu yang lapang ini bagi mengelakkan mereka tergolong dalam statistik 12 peratus rakyat Malaysia yang mempunyai masalah mental ini.
Nanti, nanti. Sebelum kita semua terima bulat-bulat berita di atas, ayuh kita duduk sejenak dan bermuhasabah.
Bukankah Hasan Ali dipecat kerana membantah tindakan Kerajaan Negeri DAP Selangor yang melindungi pihak GEREJA DUMC yang memurtadkan umat Islam?!!
Bukankah Hasan Ali yang menentang penjualan arak secara terbuka di Selangor tetapi terpaksa mengarahkan JAIS untuk menyusun semula tin-tin dan botol arak setelah dihalang oleh MB Khalid dan Ronnie Liu?
Dan akhirnya Hasan Ali dipecat adalah kerana beliau menentang tindakan PAS yang mempertahankan seorang peliwat yang cuba menganiaya mangsanya!
Jadi siapa yang mengikut nafsu ketika ini?!! Adakah Hasan Ali yang sibuk mengeluarkan fatwa menghalalkan zina sebagai hak peribadi apabila seorang exco Selangor dirakam melakukannya?!!
Adakah Hasan juga yang menghalalkan apabila bersilih ganti pemimpin kafir fuckatan menjejakkan kaki ke ruang sujud orang Islam di masjid-masjid bagi mengajak mereka membenci UMNO dan terus-menerus berpecah belah?!!
Pada kami, PAS hanya melabelkan Hasan Ali dengan apa yang sedang mereka hadapi ketika ini. Adakah anda semua tahu bahawa sebaik DAP mendapat kuasa, mereka terus sahaja melakukan profiling pemimpin-pemimpin fuckatan yang vokal mempertahankan Melayu dan Islam?!!
Mana yang boleh dibeli, akan diberi elaun ribuan RM setiap bulan daripada hasil syarikat anak negeri dan komisen daripada rumah urut serta pusat judi/maksiat. Asalkan mereka terus diam dan tidak melawan dasar yang akan dibawa DAP, mereka akan terus mewah.
Mana yang tidak boleh dikawal, akan ditekan secara berterusan dalam fuckatan melalui kuasa diktator Anwar dan Mursyidul AM. Dan itulah yang berlaku kepada Hasan Ali, Zul Nordin, Zahrain Hasyim dan mereka yang seangkatan.
Takkanlah mempertahankan Islam itu boleh dikira sebagai mengikut nafsu?!!
*Ramai kawan-kawan dalam PAS yang semakin mewah sekarang ini. Kereta bertukar baru/bertambah, rumah diperbesarkan...
You are subscribed to email updates from MyMassa To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
Hari ini umat Islam akan menyambut Maulidur Rasul, iaitu hari mengingati kelahiran junjungan besar Nabi Muhammad SAW. Namun, tujuan Maulidur Rasul bukanlah untuk mengingati keputeranaan baginda semata-mata tetapi perkara paling penting ialah ingatan dan kecintaan kita kepada Rasulullah SAW mestilah dizahirkan dalam bentuk mengikuti segala akhlak dan ajaran Nabi yang mulia itu. Nabi Muhammad SAW adalah insan kamil yang memiliki akhlak dan peribadi bersumberkan wahyu.
Pada diri baginda terpancar akhlak terpuji yang menjadi sumber ikutan umat (uswatun hasanah). Sejak kecil lagi baginda telah ditarbiyah (dididik), dipelihara dan dilindungi oleh Allah SWT. Masyarakat jahiliyah Mekah yang menyembah berhala serta mengamalkan budaya hidup yang tidak berakhlak turut mengurniakan gelaran 'Al-Amin' kepada baginda.
Baginda diutus sebagai Rasul untuk membawa rahmat kepada sekalian alam (rahmatan lil-alamin) seperti maksud firman Allah: "Dan tiadalah kami mengutus engkau (wahai Muhammad) melainkan untuk menjadi rahmat bagi sekalian alam" (surah al-Anbiya:107). Misinya adalah membina masyarakat rabbani yang dinaungi 'Nur Ilahi' (cahaya ketuhanan).
Baginda juga diutus ke alam ini untuk menyempurnakan budi pekerti yang mulia (makarimu'l akhlaq). Akhlak baginda adalah pancaran daripada nilai-nilai al-Quran sebagaimana kata isterinya, Aisyah r.a. bahawa akhlak Nabi adalah umpama al-Quran yang bergerak (Kana Khuluquhul Quran). Justeru, selaku umat Islam, kita dituntut mencontohi akhlak Rasulullah SAW.
Terdapat banyak sifat dan akhlak mulia Nabi yang boleh dipelajari, dihayati dan diamalkan. Antara sifat-sifat kekuatan diri baginda yang patut dijadikan ikutan ialah tawaduk, pemalu, siddiq, amanah, fatanah, tabah, sabar, syukur, pemaaf, bertakwa, beristiqamah, ikhlas, khusyuk, zuhud, qanaa dan lemah lembut. Nabi juga memiliki al-hikmah (kebijaksanaan) dan Al-Iffah (pengawasan diri).
Nabi juga menjadi contoh ikutan dalam beribadah. Dalam beribadah dan beramal sholeh, baginda mengajar tentang al-ihsan seperti mana maksud hadis baginda: "beribadatlah seolah-olah kamu melihat Allah, dan jika tidak dapat merasai demikian hadirkan hatimu seolah-olah kamu diperhatikan-Nya". 'Al-ihsan' merangkumi segala bentuk kebaikan yang dibuat oleh manusia semata-mata untuk mendapat keredaan Allah SWT.
Antara contoh amalan ibadah Nabi yang perlu diikuti ialah bersolat wajib secara berjemaah di masjid, memperbanyakkan solat sunat di rumah, beristiqamah solat tahajjud, gemar melakukan iktikaf, banyak berpuasa sunat, sentiasa berzikir, berdoa dan bertaubat, kuat berjihad, istiqamah dalam beramal, banyak membaca al-Quran, melazimkan siwak (bersugi), berjanggut, berserban dan berjubah.
Para pendakwah (da'i) patut mencontohi kesabaran yang tinggi serta keteguhan jiwa yang dimiliki baginda ketika menyampaikan risalah Allah kepada manusia. Baginda sentiasa berinteraksi dengan masyarakat dengan cara yang maaruf. Rasulullah suka membalas kejahatan dengan kebaikan. Antara sifat-sifat baginda ketika bergaul dan berhubung dengan masyarakat ialah mengasihi anak-anak yatim, mengasihi kanak-kanak, mengasihi orang miskin dan menghormati orang tua.
Baginda juga sentiasa membimbing dan mengasihi yang muda, berkelakuan baik terhadap haiwan, membalas pemberian orang, sentiasa memberi salam dan menziarahi orang sakit. Rasulullah juga mengajarkan aspek tasamauh atau bertoleransi. Nabi bergaul secara maaruf dengan pelbagai kaum dan penganut agama lain. Rasulullah pernah mengizinkan delegasi Kristian dari Najran yang datang ke Madinah melakukan ibadat mereka di satu sudut Masjid Madinah.
Baginda berpesan kepada para sahabatnya jangan merosakkan hubungan dengan orang bukan Islam kecuali mereka menentang Islam atau merobek maruah umat Islam. Untuk membina masrakat Islam yang kukuh, Rasulullah sangat menekankan aspek ukhwah Islamiah atau persaudaraan Islam tanpa mengira warna kulit atau taraf sosial.
Umat Islam diajar tidak menyakiti saudaranya sama ada melalui tangan atau lidahnya. Orang Muslim juga diharamkan menumpahkan darah saudara Muslimnya serta diharamkan menceroboh harta benda dan kehormatannya.
Nabi juga mengajar umat Islam membantu meringankan kesusahan saudara Muslimnya dan membantu golongan miskin. Nabi menegah umat Islam mendedahkan aib atau keburukan saudara Muslimnya supaya keburukannya ditutup Allah di dunia dan di akhirat kelak.
Nabi Muhammad SAW merupakan pendidik yang cukup unggul dalam membangun peribadi insan. Antara sifat-sifat Rasulullah sebagai pendidik yang boleh dijadikan contoh ialah murabbi, mualim dan muaddib. Nabi menjadikan al-Quran sebagai sumber tarbiyah serta bersifat sabar dan menggunakan pelbagai kaedah dalam mendidik.
Dalam mengurus dan mengendalikan rumah tangga Rasulullah sentiasa bergaul secara maaruf dengan isteri dan ahli keluarganya. Baginda sentiasa mendidik, berlaku adil serta bersifat berlemah lembut terhadap isteri-isterinya. Baginda tidak pernah memukul dan menghina isteri-isterinya, sebaliknya bersifat sabar dengan kerenah isteri serta sentiasa menyuruh ahli keluarga melakukan kebaikan.
Dari segi kepemimpinan, Rasulullah adalah seorang pemimpin agung yang memiliki sifat-sifat kepimpinan yang tinggi. Kepemimpinan baginda sangat menekankan aspek integriti seperti amanah, bertanggungjawab, telus dan jujur. Baginda memiliki kemampuan untuk menyusun strategi, bersifat berani, tegas dan berprinsip tetapi dalam masa yang sama baginda bersifat pemaaf dan pemurah.
Selain itu, baginda sentiasa mengamalkan syura, menegakkan keadilan, mengutamakan umat serta sanggup menanggung kesusahan bersama pengikut. Sebagai pemimpin umat, baginda tidak mengharapkan penghormatan dan pujian melainkan mengharapkan keredaan Allah semata-mata.
Kesimpulan, di tengah-tengah arus masyarakat yang semakin subur dengan sifat-sifat mazmumah (keburukan), maka wajarlah umat Islam kembali mencontohi akhlak Rasulullah SAW seperti maksud firman Allah SWT: "Sesungguhnya, adalah bagimu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik, iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan keredaan Allah dan balasan baik hari akhirat, serta pula menyebut dan banyak mengingati Allah" (Al Ahzab:21).
Orang Melayu paling ramai tidak daftar mengundi! Pendedahan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Mohd. Yusof itu sebenarnya bukan satu kejutan besar kerana situasi itu telah diketahui umum selama ini.
Sememangnya orang Melayu memandang remeh pendaftaran mengundi mahupun hak mengundi pada pilihan raya kerana masih dibuai mimpi siang bahawa bumi yang dipijak ini akan kekal di tangan mereka hingga ke anak cucu.
Masih ramai daripada 3.7 juta orang Melayu yang layak mengundi enggan melihat apa yang berlaku di negara jiran ke utara dan selatan Semenanjung, di mana orang Melayu setempat bagaikan pendatang di tanah tumpah darah mereka sendiri.
Apabila hilangnya kuasa politik dan tiada kemampuan ekonomi, maka Melayu di negara jiran hanya menumpang mencari makan daripada 'tuan tanah baru', seperti mana penduduk pribumi di Amerika Syarikat, Australia, New Zealand dan banyak lagi negara yang dijadikan koloni penjajah dari Barat.
Walaupun negara ini belum tergadai, namun telah jelas ada negeri, kawasan Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) yang telah 'diambil alih' akibat kealpaan orang Melayu yang tidak mahu mendaftar mahupun mengundi.
Melayu dan bumiputera yang menjadi majoriti melebihi 60 peratus penduduk negara ini sepatutnya dengan mudah menentukan hala tuju politik Malaysia.
Tetapi, akibat mengambil mudah proses pendaftaran dan mengundi, kaum minoriti yang sedar akan hak mereka selaku pengundi mampu menguasai kawasan yang majoriti penduduknya orang Melayu.
Ditambah pula perpecahan antara orang Melayu sendiri, maka semakin banyak kawasan yang majoriti penduduknya Melayu akan dikuasai orang bukan Melayu dalam pilihan raya, sejajar dengan sistem demokrasi yang melihat kepada jumlah undi dan bukannya kaum majoriti.
'Jatuhnya' sesuatu kawasan Melayu itu kepada bukan Melayu akan mengundang kesan berangkai di peringkat DUN, Parlimen, negeri dan akhirnya negara.
Lihat sahaja bandar-bandar besar kini politiknya sudah dikuasai bukan Melayu sedangkan tidak kurang jumlah Melayu dan bumiputera yang tinggal dan bekerja di sana. Orang Melayu pula kelihatan hanya memegang kawasan kampung dan pedalaman.
Jelas lagi nyata, bumi yang dipijak tidak semestinya kekal milik Melayu jika terus dibuai mimpi siang hari dan tidak menjalankan tanggungjawab mereka.
Bagi tokoh akademik, Tan Sri Ibrahim Abu Shah, sikap mengambil mudah urusan mendaftar dan mengundi ini merugikan bangsa sendiri terutamanya sekarang di mana ramai yang tidak faham negara boleh jatuh ke tangan bukan Melayu.
"Saya tidak faham kenapa sikap begitu masih berterusan dalam kalangan orang Melayu sedangkan anak-anak orang bukan Melayu di luar negara sanggup balik semata-mata untuk mengundi.
"Mereka tahu susahnya mendapat hak mengundi sementara orang kita terus pandang remeh dan tidak mengambil berat pentingnya satu undi kepada bangsa dan negara," katanya.
Menurut beliau, golongan yang 'tidak kisah' ini tidak dapat melihat kesan tindakan mereka kepada negara terutamanya yang akan ditanggung generasi berikutnya kelak.
Jelasnya, melihat kepada pakatan tiga parti pembangkang menunjukkan pengaruh kuasa dan kerusi lebih dipegang bukan Melayu terutamanya kini dengan ada sebilangan Melayu sendiri yang menyokong DAP.
"DAP cukup condong kepada sistem pemerintahan republik. Jika mereka menjadi ketua atau mempengaruhi kerajaan baru jika pembangkang menang, parti-parti Melayu yang lemah akan digunakan untuk kawal negara.
"Singapura mungkin dibawa masuk kembali bagi mengurangkan majoriti Melayu, tiada lagi Raja-Raja, Perlembagaan dipinda, Islam bukan lagi agama rasmi dan habislah ketuanan Melayu dan maruah diri kita," tegasnya.
Tambahnya, tidak mustahil juga Perdana Menteri kelak bukan orang Melayu mahupun Islam seperti mana pernah dijadikan ikrar di Pulau Pinang dan disebut bekas Perdana Menteri Singapura, Lee Kuan Yew.
"Mungkin ramai tidak percaya ini semua boleh berlaku tapi lihat sahaja situasi kini! Sudah ada orang Melayu sendiri yang sokong cadangan Perdana Menteri bukan Melayu.
"Oleh itu, jangan ambil mudah kesan setiap undi milik orang Melayu. Sebelum terkena, sedarlah sikit agar tidak menyesal di kemudian hari," ujarnya.
Ibrahim turut mengaitkan sokongan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim kepada rejim Israel akan menentukan corak pemerintahan negara kelak jika pembangkang menang dan Singapura kembali menyertai Malaysia.
"Singapura mempunyai pengaruh Israel yang kuat termasuk kuasa tenteranya. Jika mereka kembali di bawah pimpinan pembangkang, orang Yahudi juga akan ada pengaruh ke atas negara kita kelak.
"Jika ketika itu Melayu mahu memberontak, 'polis dunia' akan sekat dengan alasan 'undian adil telah dibuat melalui pilihan raya', maka mati kataklah kita," jelasnya.
Selain itu, beliau turut menegur usaha UMNO terutama di peringkat cawangan yang dilihat kurang menumpukan masa dan usaha dalam menarik golongan muda mendaftar dan mengundi.
"Mungkin maklumat yang saya terima ini kurang tepat tetapi cawangan-cawang UMNO kurang atau tidak bergerak sekuat parti pembangkang dalam menarik pendaftaran dan undi orang muda.
"Jentera cawangan tentu tahu anak siapa belum mendaftar dalam kawasan mereka. Berbeza dengan apa saya lihat di Subang di mana sekumpulan anak muda bukan Melayu membuka meja pendaftaran dan orang Cina paling ramai mendaftar," katanya.
Ketua Kluster Politik, Keselamatan dan Antarabangsa Majlis Profesor Negara, Profesor Datuk Dr. Mohamed Mustafa Ishak pula melihat masalah tersebut mungkin bermula dari sekolah atau universiti yang tidak menerapkan pentingnya mendaftar dan mengundi.
"Masalah utama mungkin tidak cukup kesedaran di kalangan orang muda selepas meninggalkan alam persekolahan atau universiti.
"Selain mengikuti urusan kerja dan pelajaran, orang muda perlu mengikuti perkembangan politik dan tidak boleh melupakan tanggungjawab mereka dengan mendaftar dan mengundi," ujarnya.
Beliau turut menyatakan orang Melayu memang dikenali dengan keghairahan dan semangat berkobar-kobar bila bercakap tentang politik tetapi lain pula jadinya bila waktu menjalankan tanggungjawab masing-masing.
"Orang Melayu kadang-kadang melebih sampai berpecah belah dan putus saudara akibat politik tapi buatnya lain (daftar pengundi).
"Kita kena beringat dan tidak boleh selama-lamanya dalam zon selesa. Sudahlah berpecah belah, jumlah pengundi Melayu pun kurang, yang tanggung akibatnya generasi akan datang yang meneruskan apa kita ada," jelasnya.
Beliau menegaskan, jika orang Melayu terus tidak ambil peduli peranan dan tanggungjawab dalam menentukan hala tuju dan nasib bangsa, tidak guna lagi menyesal kelak bila apa yang dimiliki lenyap akibat kealpaan mereka sendiri.
"Orang Melayu perlu berfikiran strategis dalam mengambil peranan politik. Orang dahulu tidak belajar tinggi tapi semangat mereka tinggi dalam menjalankan tanggungjawab mengundi.
"Tiada alasan lagi untuk orang sekarang terutama golongan muda kerana semua proses pendaftaran pengundi telah dipermudahkan. Jika terus leka, kuasa politik bangsa akan semakin terancam," tegasnya.-UM
Suara Politik Taminsari
You are subscribed to email updates from Belantan To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
Sumber Siasah mukasurat 7 edisi 20-26 Januari 2012
DHPP mengiktiraf Dr Hassan pemimpin yang berwibawa dan bijak.
Mereka juga meminta beliau jangan dipecat dan merayu.
Jika bukan Islam pun iktiraf kenapa PAS masih mahu pecat Dr Hassan ?
Ini tidak lain kerana Anwar dan Azmin sangat marah apabila Dr Hasan kritik mereka isu berkaitan Anwar seperti 901 yang lalu.
Selain enggan menyokong tindakan menyokong himpunan tersebut.
Ketika ini isu siapa jadi PM belum diputuskan lagi.
Lihat edisi Siasah yang sama di halaman 8 perkara tersebut di mana Lim Guan Eng mahukan Anwar sebagai Perdana Menteri manakala Ketua Dewan Ulama PAS dan Naib Presidennya Salahuddin Ayub berpendapat sebaliknya.
Bukankah ini amat bahaya bila penentuan siapa jadi PM bila menang nanti, gagal diselesaikan hingga kini.
Adakah kepada mereka mahu diserah masa depan negara kita ?
Alhamdulillah ucapan mengingatkan umat Islam tentang makhluk paling mulia iaitu Junjungan Besar Nabi Muhammad saw, sangat dianjurkan oleh Islam.
Bahkan sesiapa yang tidak berselawat apabila disebut nama Muhammad saw, dikira orang yang bakhil dan tidak layak mendapat syafaat.
Sebarkan perutusan pemimpin kita ini di semua media baru anda kuasai.
Selamat menyambut hari Mawlid Saidina Muhammad saw esok maka marilah kita mengingati penuh kasih dan cinta kepada baginda seperti mana kasih baginda kepada kita sehingga sempurnalah cinta itu dengan mengamalkan ajaran baginda tinggalkan.Bukan sebaliknya.
Jangan ada yang merendahkan martabat Nabi kita dengan menyamakannya dengan manusia biasa.
Klik bit.ly/AvgUsv untuk membaca perutusan YAB Perdana Menteri.
TPM Muhyiddin semalam melawat taman medan di dalam kawasan parlimen petaling jaya selatan, tpm menghabiskan masa kira-kira 45 minit beramah mesra dengan penduduk setempat di tapak pasar malam, sewaktu sesi beramah mesra dengan penduduk banyak masaalah yang mereka suarakan kepada tpm, antara yang paling hot ialah masaalah sampah yang tak dipungut dan jalan raya yang semakin teruk berlubang di kawasan itu.
Tak tahulah apa adun taman medan, haniza talha dari pkr buat selama 3 tahun lebih dia menjadi wakil rakyat dikawasan itu, menurut penduduk kawasan itu lagi, adun mereka jarang turun melawat kawasan jadi sukar bagi mereka untuk menyuarakan masaalah kepada adun untuk di ambil tindakan.
Hasan Ali dipecatkerana menghalang usaha kristianisasi di Selangor. Ini kerana Hasan Ali telahmendedahkan bagaimana kepimpinan PAS cuba memujuknya supaya berlembut danmengikut sahaja arahan pakatan pembangkang yang tidak setuju dengan tindakannyamembanteras gerakan mengkristiankan orang Islam di Selangor.
Ini bermaksuddalam kes gereja DUMC memang berlaku usaha untuk mengkristiankan orang Islam.Bila Hasan Ali cuba untuk menghalang kegiatan tersebut mula-mula Hasan Alidiminta tutup mulut. Kemudian terus dibuang dari PAS.
Hasan Alimenyatakan DAP tidak mahu mendengar langsung perkataan Islam, Melayu dan Raja(IMR). Memang sah PAS sudah dihinggap parasit. Kalau hendak menebang pokok,kapak yang tajam sahaja tidak berguna. Kapak itu perlu menggunkan hulu daripokok untuk menebang pokok. Parasit dipergunakan oleh DAP untuk menjatuhkanIslam.
Semasakhutbah Jumaat baru-baru ini, Nik Aziz mendakwa bahawa upacara Maulidur Rasulyang diadakan meniru budaya orang Kristian. Apa sudah jadi dengan Mursyidul AmPAS ini? Sudah dijangkiti parasit?
PerayaanMaulidur Rasul ini sudah disambut di seluruh dunia sejak dahulu lagi. Apakahseluruh ulama' di dunia sejak dahulu sampai sekarang ini dikatakan sesat keranamembiarkan umat Islam menyambutnya?
Kelahiran(Maulid) Nabi adalah sebesar-besar rahmat Allah SWT kepada alam dan manusiakeseluruhannya. Rahmat ini ada dalam aqidah, muamalah, akhlaq, malah dalamsemua bidang kehidupan.
Rahmatini tidak hanya terbatas untuk manusia di zaman Baginda sahaja, tetapi iameluas ke sepanjang sejarah manusia seluruhnya. Allah berfirman:
Ùˆَآخَرِينَ Ù…ِÙ†ْÙ‡ُÙ…ْ Ù„َÙ…َّا ÙŠَÙ„ْØَÙ‚ُوا بِÙ‡ِÙ…ْ ÙˆَÙ‡ُÙˆَ الْعَزِيزُ الْØَÙƒِيمُ "Dan (juga) kepada kaum yang lain dari mereka (generasi sahabat) yang belumberhubungan dengan mereka."
Di dalam ayat lain, Allah berfirman:
ÙˆَØ°َÙƒِّرْÙ‡ُÙ…ْ بِØ£َÙŠَّامِ اللهِ "…dan ingatkanlah mereka kepada hari-hari Allah."
Sumber Buku Persoalan Khilafiyyah & PenjelasanUlama' karangan Al-Fadhil Ustaz Muhadir bin Haji Joll, pensyarah di JabatanIlmu Wahyu dan Warisan Islam, Pusat Asasi, UIA.
Buku setebal 920 muka surat inimenjelaskan pandangan ulama' mu'tabar tentang lebih 117 persoalan khilafiyyahdengan bersandarkan dalil Al-Qur'an, hadith dan sumber-sumber istinbath yanglain.
Ayuh kita bersamaSatu hati suara Meluahkan rasa gundah di jiwa Gejala melanda akidah umat di cabar Marilah kita pertahankannya Bersatu suara dan satu usaha Bergandingan tangan menggapai cita Tiada mustahil jika ummahnya Teguh bersamaDengan keizinan Allah Yang Maha Esa Andainya warga bersatu
Kan gentar seteru
Angin sengketa pun tak kan mampu bertiup
Keimanan yang utuhTidak kan mudah runtuh Biarpun dihasutMusuh-musuh agama Mantap AqidahKukuh AgamaPerkasa Ummah Teguh NegaraBersatu Jiwa Tak kira warna kulit dan bangsa Erti bersaudaraMarilah kita bersama zahirkan Rasa keperihatinan Dalam usaha selamatkan Aqidah Ummah
"Saya tidak akan lagi mengeluarkan kenyataan tentang kontroversi KUIN. Saya sudah terima arahan," Azizan Razak pada 3 Februari 2012. Inikah yang dijerit sebagai kebebasan bersuara dan demokrasi oleh pembangkang. Hendak bersuara pun tidak boleh dalam pembangkang.
Kebebasan bercakap dalam PAS ditentukan oleh puak parasit (Erdogan). Merekalah yang menentukan skrip apa yang hendak dicakap. Mana boleh dan mana tidak boleh. Khabarnya parasit tidak menyukai Azizan Razak dan teman sekapalnya Taib Azamudden di Kedah.
Mengapa Azizan tidak disukai di Kedah? Ini kerana Mahfuz Omar dan Mat Sabu sudah tag team untuk meletakkan Mohd Nasir (ADUN Kubang Rotan) sebagai pengganti Menteri Besar di Kedah.
Mereka memang tidak menyukai Azizan bila menyelidiki latar belakang keluarga Azizan yang rata-ratanya adalah orang UMNO. Ini sebabnya Azizan mahu ditendang keluar dari kerusi MB di Kedah.
GEORGETOWN: Tujuh pertubuhan bukan kerajaan (NGO) menganjurkan demonstrasi di sini, hari ini bagi membantah kenyataan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang didakwa menyokong Israel.
Demonstrasi yang berlangsung selama 30 minit selepas solat Jumaat di hadapan Masjid Kapitan Keling itu melaungkan perkataan seperti "Anwar Pengkhianat" dan "Hancur Israel".
NGO berkenaan ialah Pertubuhan Kebajikan Al-Ehsan Islamiyah Malaysia, Persatuan Anak Jati Melayu Islam Pulau Pinang, Persatuan Anak-anak Malaysia, Badan Bertindak Rakyat Tertindas Pulau Pinang, Suara Anak-anak Malaysia, Persatuan Kebajikan Insan Mulia dan Gabungan Bela Hak Insan Pulau Pinang.
Timbalan Setiausaha Pertubuhan Kebajikan Al-Ehsan Islamiyah Malaysia, Arshad Kassim, berkata kenyataan Anwar dilihat sebagai melawan arus dengan cuba menentang dasar negara yang mengecam rejim Zionis sejak sekian lama.
Naib Pengerusi Persatuan Anak Jati Melayu Islam negeri (PAJIM), Jaffar Osman, pula berkata sikap Anwar yang sering berubah pendirian itu tidak harus diterima sebagai kualiti atau sifat asas seorang pemimpin.
Anwar baru-baru ini dilaporkan menyokong usaha menjaga keselamatan Israel ketika beliau ditemuramah akhbar The Wall Street Journal. – BERNAMA
Pisau kata " asalkan Anwar,yahudi pun pakatan sokong"
Sebelum ini Hj Hadi sindir Nik Aziz,kali ini tiba pula giliran Ketua Penerangan PAS,Tuan Ibrahim Tuan Man.Nik Aziz semenjak dua menjak asyik di sindir oleh barisan pemimpin PAS menjelang PRU13,ada apa apa ka ni?
Sudah lah tak payah sindir orang tua tu,sepatutnya para pemimpin PAS harus memenuhi hasrat Nik Aziz nak jadi mursyidul am dan Menteri Besar sampai mati.Penuhilah hasrat orang tua tu. Tak payah nak sibuk.Esok ni dia mati korang ambil la jawatan tu.
Hormatlah sikit orang tua,pemimpin PAS dah tak sabar agaknya.
KUALA LUMPUR, 3 Feb: PAS Pusat sebulat suara menolak hasrat Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang untuk tidak dicalonkan dalam Pilihan raya Umum ke-13 sama ada di peringkat Dun atau Parlimen dan
membuat keputusan bahawa beliau perlu bertanding di PRU13.
Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, keputusan tersebut dicapai dalam mesyuarat lujnah politik yang diadakan pada 2 Februari di Pejabat Agung PAS.
"Tuan Guru Presiden turut akur dengan keputusan tersebut.
"Dengan pengumuman ini, maka isu penarikan diri beliau tidak berbangkit kerana parti melihat beliau masih diperlukan bagi memimpin parti dan Pakatan Rakyat (PR) dalam menghadapi PRU ke-13," ujarnya dalam satu
kenyataan.
PAS, katanya bersetuju dengan pandangan Mursyidul Am, bahawa perjuangan Islam tidak mempunyai tempoh masa bahkan sehingga akhir hayat.
Beliau menambah, walaupun jawatan boleh bertukar ganti, namun PAS masih memerlukan Tuan Guru Presiden terus memimpin bahkan para pemimpin tertinggi PR juga telah mengeluarkan kenyataan meminta Presiden PAS terus menerajui PR.
"Kita yakin dengan karisma kepimpinan, wibawa dan kedudukan Tuan Guru Haji Hadi untuk memimpin parti," jelasnya yang juga Pesuruhjaya PAS Pahang.
Malah, ujarnya dengan kepercayaan gerakan Islam Antarabangsa kepada Tuan Guru Abdul Hadi bagi menjadi pimpinan utama dalam menghadapi sebarang kemelut negara-negara Islam boleh dinobatkan sebagai pimpinan muslim agung abad ini.
"Hasrat beliau yang lahir dari sifat tawaduk dan akhlak Islam yang tinggi memperlihatkan bahawa dalam PAS, jawatan bukanlah perkara yang direbut, tetapi ianya adalah amanah.
"Islam mengajar kita agar tidak meminta jawatan, tetapi di waktu yang sama kita tidak boleh melarikan diri bila mana jamaah mengharap dan memerlukan kita untuk terus memimpin," jelas Tuan Ibrahim lagi
Pisau kata " wayang apa pulak yang puak khawarij ni main, tokey mintak kebenaran kuli?"
Hasrat Ketua Pemuda Umno Pulau Pinang untuk mempersoalkan Lim Guan Eng harus dilupakan,memandangkan ketua menteri lidah bercabang dan mempunyai kemahiran putar belit,tipu dan bohong yang diiktiraf oleh badan akreditasi PAS telah berjaya mempengaruhi pengundi pakatan kononnya beliau berjaya membina "JALAN RAKYAT" .
Jalan rakyat yang dimaksudkan oleh Guan Eng hanya satu satunya yang terdapat di Malaysia,Itu pun atas hasil usaha regim DAP yang tidak mampu dibuat oleh BN sejak 50 tahun yang lalu...keh keh keh..
Dalam ramai-ramai orang kanan parti pembangkang ini, ada seorang yang benar-benar sudah 'nampak' apabila berani menyanggah isi kandungan Buku Jingga.
Bukan mahu memuji Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak kerana waktu pelancaran buku atau manifesto PRU-13 pembangkang tempoh hari pun dia tidak membantah langsung.
Cuma sekarang, barulah Azizan tersedar daripada lamunan untuk mengakui kenyataan-kenyataan dan alasan yang diberikan oleh para pemimpin kerajaan sedia ada bahawa 10 janji dalam 'Buku Jingga' untuk dilaksanakan oleh pembangkang dalam tempoh 100 hari sekiranya mereka berkuasa hanyalah janji-janji manis dan populis.
Benar dan tepat sekali kenyataan Azizan yang tidak semua kandungan Buku Jingga itu sesuai dilaksanakan di negeri tertentu. Memang berani sungguh Azizan untuk berkongsi nada dan pendapat dengan kerajaan Barisan Nasional (BN) bahawa terdapat perkara-perkara dalam buku manifesto berkenaan yang perlu ditangguh pelaksanaannya sehingga suasana mengizinkan dengan mengambil kira keadaan politik dan masyarakat setempat.
Cuba kita rungkai kembali janji utama pembangkang 'yang paling menusuk sanubari rakyat' dalam Buku Jingga iaitu menghapuskan tol.
Janji seperti ini sememangnya mampu menambat hati sesiapa sahaja kerana setiap rakyat pasti mengidamkan kemudahan lebuh raya yang percuma tanpa sebarang tol. Tetapi pada masa sama, lebuh raya berkenaan mestilah serba lengkap dan perkhidmatannya berkelas pertama.
Hakikatnya, adalah amat mustahil untuk memenuhi kedua-dua kehendak ini secara serentak. Tetapi apa yang realistiknya adalah kejayaan pelaksanaan sistem tol pada kadar paling minimum sekarang sekali gus mengekang kenaikannya dari semasa ke semasa dengan memikirkan beban rakyat.
Jika badan pelaburan milik kerajaan seperti Khazanah dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) diarahkan mengambil alih kesemua 19 syarikat konsesi lebuh raya yang ada ketika ini seperti yang dicanangkan dalam Buku Jingga, ia akan menelan belanja antara RM50 bilion hingga RM100 bilion. Jumlah ini bukanlah satu angka yang sedikit untuk dibelanjakan oleh kerajaan semata-mata untuk memberikan tol percuma.
Dengan pendapatan kerajaan hanya RM158.6 bilion (pada 2009), melaksanakan janji ini akan menelan kos hampir dua pertiga daripada jumlah keseluruhan pendapatan Kerajaan Persekutuan.
Malah, kos pengambilalihan konsesi lebuh raya di antara RM50 bilion hingga RM100 bilion itu juga belum termasuk kos operasi dan penyelenggaraan lebuh raya terbabit. Berdasarkan kos tahunan yang ditanggung oleh syarikat PLUS ketika ini, kos penyelenggaraan rutin adalah RM235 juta, kos pentadbiran (RM349 juta) dan melangsaikan hutang (RM410 juta). Secara kasarnya, kos operasi dan pengurusan lebuh raya akan menelan sekurang-kurangnya RM2 bilion setahun.
Ya! benar sekali tanggapan Azizan bahawa untuk melaksanakan janji dalam manifesto, ia perlu berpandukan 'suasana yang mengizinkan'. Tentu rakyat Malaysia maklum dengan janji pakatan pembangkang pada Pilihan Raya Umum 2008, dengan DAP dalam manifesto pilihan raya mereka telah berjanji untuk menghapuskan tol di Plaza Tol Sungai Nyior dan Jambatan Pulau Pinang.
Namun setelah dapat menubuhkan kerajaan negeri, janji itu tidak dilaksanakan sehingga kini. Jelas terbukti janji itu sekadar populis dan amat mustahil untuk dilaksanakan. Akibatnya, rakyat tertipu.
Itu baru satu janji daripada 10 janji pembangkang dalam Buku Jingga. Kalau dihuraikan sembilan yang lain, tentu banyak cacat celanya. Contoh paling mudah boleh diteliti terhadap janji pakatan pembangkang untuk meningkatkan pendapatan semua isi rumah kepada tahap minimum RM4,000 dalam tempoh lima tahun menjelang 2015.
Untuk melaksanakan satu janji ini sahaja, mereka memerlukan sekurang-kurangnya RM93.9 bilion setahun untuk diagihkan kepada 3.8 juta isi rumah berpendapatan rendah dengan kadar imbuhan purata RM2,045 bagi seorang isi rumah.
Padahnya nanti jika janji-janji pembangkang dalam Buku Jingga ini direalisasikan, Malaysia akan menerima nasib sama seperti Greece yang sudah bankrap susulan hutang dan perbelanjaan awam terlalu tinggi sehingga gagal ditampung pendapatan kerajaan.
Walaupun Greece sebuah negara di Eropah dan bersandarkan kepada kumpulan kerjasama ekonomi Eropah yang paling kukuh dan sistem kewangan tunggal diperakui paling stabil dengan peraturan ketat di bawah European Central Bank (ECB), namun Greece terpaksa berhadapan dengan krisis kewangan akibat perbelanjaan negara secara boros sehingga hutangnya mencecah lebih 300 bilion euro (RM1.23 trilion).
Akibatnya, ketika ini rakyat Greece hidup menderita susulan kesukaran mendapatkan pekerjaan, aktiviti perniagaan tidak berjalan, kebajikan dan pembangunan sosial terjejas dan program jangka panjang pembangunan negara terbantut.
Apa yang berlaku di Greece akan turut menimpa Malaysia dalam tempoh tiga tahun jika bersandarkan corak pentadbiran dan pengurusan seperti yang dirangka pakatan pembangkang. Dalam tempoh tiga tahun juga, hutang negara bakal mencecah RM1.22 trilion (124.1 peratus daripada KDNK). Dan sudah mengalahkan Greece yang hanya berada pada paras 120 peratus sahaja KDNK jumlah hutang negara mereka.
Syabas! diucapkan kepada Azizan kerana berani tanpa gentar menyanggah Buku Jingga yang dicanang-canangkan sekutunya sendiri.
Mana mungkin seseorang hanya bercerita mahu membeli itu dan ini, bukit dan gunung malahan hingga bulan dan bintang. Sedangkan sumber kewangannya sendiri tidak diperjelaskan untuk menyokong cita-citanya itu.
Penang Wasabi..
You are subscribed to email updates from PenangWasabi To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
Sebenarnya bukan kota suci Makkah sahaja yang telah terlalu banyak berubah: yang dimaksudkan dari segi infra-strukturnya dan persekitarannya tetapi diri kita sendiri, iaitu tiap-tiap 'Tetamu Allah swt' yang semestinya melalui proses 'perubahan semulajadi' sebagai fitrah ciptaan Illahi - proses dimamah usia hari demi hari, bulan demi bulan dan tahun demi tahun..
Semestinya setiap detik.. saat, waktu... hari demi hari yang kita lalui terus 'mendewasakan kita'. Kita diuji, diduga, dicabar, kita disenangi, dipuji, kita difitnah, dicaci...kita dilimpahi rezeki, disekat rezeki, dirampas kemudian dikembalikan lagi....ah segala macam lagi asam garam 'kehidupan'. Kita pasrah kerana kita hamba Allah. Cumanya kita juga dibekalkan dengan Ilmu yang sewajarnya bagaimana untuk hidup atas jalanNYA sebagai HambaNYA. Kita cuba sedaya upaya... Namun kita cuma insan biasa, ada pula had hadnya. Ada batas-batasnya..setelah kita syukuri segala nikmat limpahan dan kurniaanNYA, kita harungi dugaanNYA kita rasa kita mesti mahu mendekatiNYA, mesti mahu cuba melihat rumahnya.
Sejuta Syukur setiap kali kita diizinkan lagi menatap Kaabah yang tersegam Indah! Ah, dari jendela penginapan kita mampu mengintipnya dan juga terpapar di kaca tv siaran langsung 24 jam dari MasjidilHaram tetapi tak mungkin sama bila kita berhadapan terus dengan Kaabah, rumah Allah!! Kita lihat betapa setiap insan berlumba lumba mahu mendekati Kaabah. Kalau boleh mahu terus sujud di hadapan Multazam bukan setakat di belakang Makam Ibrahim. Kalau boleh mahu terus solat dalam Hijir Ismail dan cium Hajratul Aswad dengan tenang. Tetapi ini bukan rumah sebarangan, ini rumah Allah. Allah swt, satu entity yang terlalu lalu suci..mana mungkin diri yang sekotor ini mendekati sesuatu yang begitu murni dan suci tetapi lamunan sebegini tak semesti kita layani..Kita berada disini..Ya di hadapan rumah Allah, dijemputNYA..kita mesti berbangga kerana masih 'layak' menjadi tetamunya..
Ah Air Zam Zam...tiap kali mendenguknya seolah olah teringat akan pengorbanan seorang Ibu mencari air untuk putera tercinta, sungguh besar pengorbanan seorang wanita patuh pada perintah suami yang meninggalkannya di padang pasir hanya kerana itu perintah Allah swt. Sebab itu sememangnya Keluarga Ibrahim dinobatkan sebagai keluarga yang mulia yang patut diberi penghormatan dunia dan akhirat oleh kita semua.
Saie hari ini tidak seperti saie dahulu...diri yang dimamah usia setengah abad disedarkan oleh Illahi betapa kudrat tidak lagi seadanya dulu. Cepat letih dan kaki sakit sakit. Kalau dulu bersaei itu NO PROBLEM. Pagi boleh ke Tanaeem petang sekali lagi, satu hari dua kali Umrah. Tetapi hari ini, 2 hari satu kali Umrah!! Tetapi, tetapi..........jangan salah sangka..diri ini tetap bersyukur. Ya berSyukur tidak terhingga..cuma yang nak dikongsi ini adalah Tanda tanda, signs diri semakin tua. Semakin kurang kuaota Umur. Semakin banyak mesti buat Amal Ibadat, buat Baik sesama manuisa, buat baik pada bangsa, Agama dan Negara.
Ah, Makkah...mengapa kota suci ini mesti terlalu berubah? Mestikan ada bangunan mega pencakar langit dan jam besar macam Big Ben di London? Tapi tak mengapalah...siapalah kita nak pertikaikan urusan penjaga kota suci. Asalkan kebajikkan dan keselamatan kita terjamin semasa mengerjakan Ibadat dan menyempurnakan apa yang patut. Bukan senang memegang amanah berat menjaga kota suci.
Namun, biar persekitaran Makakh berubah, namun...sebaik menjejakkan kaki di MasjidilHaram seolah segala yang di luarnya semua telah dilupa!!!!!!!! Mata, hati dan sanubari terpaku pada yang satu, rumah Allah, Kaabah! Tak sabar nak Tawaf, kalau Umrah nak disambung pula dengan saei supaya urusan diselesaikan dengan secepat mungkin dengan bertahlul dan terlepas dari pantang larang Ihram. Kalau berTawaf Sunat kita relax sikit...selepas 7 pusingan dan Solat Sunat Tawaf di belakang Makam Ibrahim (Selalunya di atas bentangan karpet jauh dari Makam Ibrahim supaya tak ganggu orang sedang Tawaf) dan minum air zam-zam yang semuanya amalan sunat, kita boleh Tawaf Sunat lagi, terpulanglah pada masing masing..hanya jika terlalu dekat waktu Solat Fardu pihak pengawalan Masjid tidak akan benarkan terutama orang perempuan.
(Bersambung).
You are subscribed to email updates from melayuangkat To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
1. Kita tidak terkejut dengan pengumuman Nik Aziz untuk tetap bertanding dalam PRU akan datang. (Klik Sini) Kita sedar bahawa kebelakangan ini lidah-lidah 'ularmak' sudah tidak lagi boleh dipercayai. Dulu Nik Aziz pernah menyelar Tun Dr. Mahathir kerana dianggap terlalu lama memimpin kerajaan dan parti dan bersama mendesaknya supaya berundur. Kini Tun sudahpun bersara dari politik, bila pula agaknya Nik Aziz, Hj Hadi, Karpal Singh serta Lim Kit Siang akan bersara atau mereka akan terus ingin 'menongkat langit'?
2. Tidak menghairankan apabila Hj Hadi umumkan untuk tidak bertanding dalam PRU akan datang, kerana beliau lebih sedar diri dan insaf bahawa perjuangannya dan sumbangnya tidak mampu membawa ummah kemana-mana. Dalam masa sama beliau juga sedar bahawa beliau tidak juga akan kemana-mana kerana segalanya dikuasai oleh Nik Aziz didalam Pas dan oleh Anu arr Al-Juburi dalam Pakatan Pembangkang. Hj Hadi bukan apa-apa dan bukan siapa-siapa.
3. Khabar Hasan Ali akan memimpin KITA sungguh menarik kerana akan memberikan persepktif baru dalam politik negara. Penyokong Hasan Ali sendiri serta mereka yang selama ini menyokong perjuangan Islam didalam Pas tentu akan beralih arah. Meninggalkan Pas dengan kepimpinan lapok Nik Aziz-nya dan kekecewaan Hj Hadi kerana kehilangan kuasanya selama ini. Apalagi mereka sudah semakin sedar bahawa retorik Pas yang terlampau dan menggunakan agama sebagai cara meraih sokongan politik.
4. Apabila Nik Aziz dianggap seumpama nabi oleh penceramah Pas dan Nik Aziz hanya mendiamkan diri seakan setuju, ini membuatkan penyokongnya percaya bahawa ingatan dan pemikiran beliau sudah semakin tidak stabil. Untuk mengangkat dan memberi penghormatan kepada pemimpin adalah tidak wajar sama sekali mengangkat mereka sehingga ketahap Nabi, Imam Mahadi bahkan diumpamakan sebagai Khalifah serta Ulamak sekalipun.
5. Pas sudah semakin mengikut kata Anu arr Anu-gerah Tuhan dan akur kepada kehendak DAP kini sudah semakin hilang kreadibiliti dan tidak lagi dihormati. Nik Aziz mesti digantikan dengan pemimpin baru yang lebih bersemangat dan ada idea baru. Nik Aziz patut direhatkan dari politik sebagaimana Hj Hadi yang ingin berehat secara sukarela. Yang lebih utama adalah, Anu arr 'Berahi' mesti disingkirkan dari politik tanahair kerana beliaulah yang dilihat sebagai tokoh mengacaubilaukan politik negara kerana keangkuhan dan ketamakkannya selama ini.
6. Jika Nik Aziz akan tetap bertanding kerana katanya khidmatnya masih diperlukan oleh segelintir penyokong, maka saya juga akan tetap menulis dan mengkritiknya kerana masih ada yang tetap menginginkan saya terus menulis dan mengkritik.
Di antara Statement Anwar yang mengundang kontroversi;
1. Pengunaan nama Allah. 2. Seksualiti merdeka 3. Negara ini bukan melayu yang punya. 4. DEB obselete. No longer relevant. 4. Undang-undang liwat absolete. 5. Menjamin keselamatan Israel. 6. Kepercayaan antara agama.
Jika orang lain yang buat statement seperti ini pasti dah tergolek dan tak berdaya mempertahankan statement mereka.
Tapi tidak pada Anwar. Anwar pasti ada jawaban dalam mempertahankan kenyataannya.
Cubalah jadi wartawan kalau tak percaya. Cubalah dengar ceramahnya kalau nak bukti apa yang saya kata. Cubalah walau sehebat mana pun pihak yang bertanya, pasti Anwar ada jawaban. Ulamak sohor mana pun yang pertikai kenyataannnya, pasti akan dibalas oleh Anwar dengan jawaban yang akhirnya kenyataan yang dibuat itu akan jadi selaras atau tidak bertentangan dengan Islam. Atau akan selaras dengan dasar kerajaan. Atau akan selaras dengan etika dan prinsip-prinsip moral. Atau akan selaras dengan pendirian DAP. Atau tidak bercanggah dengan prinsip PAS Atau tidak bercanggah dengan bardatun Toiyyibatun ntah apa-apa... Atau selaras dengan piagam PBB. Atau selaras dengan ijmak ulamak. Atau selaras dengan pendirian kebebasan beragama atau hak asasi manusia.
Semua ini kerana Anwar ada kelebihan yang tuhan berikan sebagai ALAT ATAU MEDIUM DUGAAN ALLAH KEPADA DIA, iaitu sejauh mana hamba-hambaNya menggunakan nikmat dan kelebihan yang Allah berikan.
Ke mana kepetahan dan kelancaran lidah yang Allah kurniakan digunakan?
Lidah Anwar diberi oleh Allah kelebihan untuk memutarkan setiap isu dan situasi dengan berkesan.
Kelebihan lidah Anwar ialah menjadikan sesuatu kesalahan yang sudah benar-benar terbonggeng di depan mata sebagai sesuatu yang dianggap fitnah dan percubaan untuk mengaibkan dia.
Lidah Anwar mampu meyakinkan umat sampai ke tahap batang kelihatan menjadi lubang an lubang menjadi batang.
Lidah Anwar mampu meyakinkan umat bahawa sesuatu yang jelas berdosa besar tertutup dan dilupakan sehingga mereka yang cuba mencegah kemungkaran itu pula akan dipersalahkan balik sebagai pihak pemfitnah yang mahu sentiasa mengaibkan dia.
Soalan: Mirip siapakah lidah anwar? Adakah mirip lidah nabi-nabi atau mirip lidah penentang nabi-nabi di zaman masing-masing?
PAS Pusat sebulat suara menolak hasrat Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang untuk tidak dicalonkan dalam Pilihan raya Umum ke-13 sama ada di peringkat Dun atau Parlimen dan membuat keputusan bahawa beliau perlu bertanding di PRU13.
Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, keputusan tersebut dicapai dalam mesyuarat lujnah politik yang diadakan pada 2 Februari di Pejabat Agung PAS.
"Tuan Guru Presiden turut akur dengan keputusan tersebut.
"Dengan pengumuman ini, maka isu penarikan diri beliau tidak berbangkit kerana parti melihat beliau masih diperlukan bagi memimpin parti dan Pakatan Rakyat (PR) dalam menghadapi PRU ke-13," ujarnya dalam satu kenyataan.
PAS, katanya bersetuju dengan pandangan Mursyidul Am, bahawa perjuangan Islam tidak mempunyai tempoh masa bahkan sehingga akhir hayat.
Beliau menambah, walaupun jawatan boleh bertukar ganti, namun PAS masih memerlukan Tuan Guru Presiden terus memimpin bahkan para pemimpin tertinggi PR juga telah mengeluarkan kenyataan meminta Presiden PAS terus menerajui PR.
Persoalan sama ada bekas Exco Selangor, Datuk Dr Hasan Mohamed Ali akan merayu untuk kebali kepada PAS atau sebaliknya akan terjawab hari ini menerusi sidang media khas di kediamannya di Kuala Lumpur.
Penjelasan mengenai keputusannya itu bakal menentukan kedudukannya selepas ini sama ada mahu terus kekal dalam PAS atau bergerak aktif menerusi pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang akan ditubuhkannya yang dikenali sebagai 'Jati'.
Hasan yang dipecat daripada PAS pada 8 Januari lalu mempunyai tempoh sehingga Selasa ini untuk mengemukakan rayuan terhadap Majlis Syura yang dipengerusikan Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.
Bagaimanapun sehingga Selasa lalu, Hasan mengesahkan bahawa beliau masih belum menerima sebarang pertuduhan ke atasnya berhubung pemecatannya itu.
Malah beliau turut mengesahkan tidak pernah diberi peluang untuk membela diri
Melihatkan kepada lautan manusia yang hadir di dalam program Perdana Menteri semalam di Terangganu, memberikan keyakinan bahawa Barisan Nasional akan berjaya mempertahankan kerusi yang dipegang dan sekaligus berpeluang menambah beberapa kerusi lagi milik pembangkang. CTS diberitahu jumlah kehadiran rakyat di Marang khasnya adalah yang tertinggi sekali dilihat dari lautan manusia yang hadir ke majlis tersebut. Walaupun jumlah kehadiran dalam acara-acara sebegini bukanlah petanda sebenar sokongan rakyat tapi dalam hal di Marang ini, CTS dimaklumkan ia adalah manifestasi sebenar sokongan rakyat kepada Perdana Menteri DS Najib Tun Razak dan Barisan Nasional (BN).
Marang adalah kawasan Parlimen yang dikuasai oleh Presiden PAS, DS Abdul Hadi Awang. Tanggapan bahawa bahawa Marang adalah kawasan selamat untuk PAS dan Haji Hadi sendiri mungkin akan berubah dengan situasi dan gerak laku yang ditunjukkan oleh Rakyat Terangganu di Marang. Tambahan lagi, DS Haji Hadi baru sahaja beberapa hari lepas memberikan gambaran tidak akan bertanding mempertahankan kawasan Parlimen Marang dalam pilihanraya akan datang, bahkan beliau hanya akan bertanding di DUN Rhu Rendang kalau benar-benar diperlukan parti. Apakah DS Haji Hadi sudah dapat membaca penolakan rakyat terhadapnya sehingga membuat keputusan demikian?
Penilaian penganalisis politik bahawa DS Haji Hadi akan tewas di Marang, bukanlah sesuatu yang mengejutkan. DS Haji Hadi pernah tewas 2 kali di Parlimen Marang iaitu dalam pilihanraya umum 1986 dan pilihanraya umum 2004. Pada 1990 pula, beliau merampas kawasan tersebut dengan majoriti tipis, iaitu 350 undi sahaja. Dalam kedua-dua kekalahan itu, beliau tewas kepada orang yang sama, Dato' Haji Abdul Rahman Bakar, bekas Timbalan Menteri Sumber Manusia yang kini dilantik sebagai Senator.
Tinjauan CTS dengan beberapa rakan yang menetap di sana mengesahkan bahawa peluang Haji Hadi untuk mengekalkan kerusi Marang agak sukar kerana beliau dikatakan kurang memberikan khidmat kepada rakyat di kawasan ini akibat kesibukan tugas sebagai Presiden Parti Adat & Sukan (PAS), terutama sejak PAS menganggotai Pakatan Haram. DS Haji Hadi dikatakan menghabiskan banyak masa di Kuala Lumpur membantu gerak kerja Pakatan Rakyat, antaranya perhimpunan BERSIH 2.0 dan sebagainya.Pegawai yang ditugaskan pula gagal berfungsi dengan baik akibat dari kengkangan kewangan yang terhad.
Terangganu di dalam PRU13 merupakan negeri yang paling konsisten dan negeri yang paling bersedia bagi menghadapi pilihanraya umum. Tidak mustahil hasrat Perdana Menteri, DS Najib Tun Razak yang menzahirkan hasrat beberapa kerusi yang selama ini menjadi milik pembankang akan kembali ke Barisan Nasional, ketika melawat Terangganu semalam, akan menjadi kenyataan.
Bekas pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Dr Hasan Ali hari ini mengisytiharkan bahawa beliau tidak akan merayu pemecatannya daripada parti itu.
Empat hari sebelum tempoh membuat rayuan tamat, Hasan berkata keputusannya itu dibuat kerana beliau telah dipecat sewenang-wenangnya.
Beliau menyenaraikan sembilan sebab mengapa beliau membuat keputusannya tersebut:
1. Peranan 'parasit' dalam mempengaruhi pemecatannya. 2. Tidak menerima sebarang surat meminta beliau menjawab tuduhan terhadapnya. 3. Sebelum pemecatannya pada 27 Disember, Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat telah berkata perkara itu telah diselesaikan. 4. PAS telah terpesong daripada perjuangan asalnya. 5. Pendirian akomodatif PAS terhadap rakan kongsi Pakatan Rakyat. 6. Dihalang untuk menegakkan hak orang Melayu dan Islam ketika berkhidmat dalam kerajaan negeri Selangor. 7. 'Parasit' dalam PAS lebih berminat untuk mendengar cakap DAP dan PKR daripada parti mereka sendiri dalam hal-hal pentadbiran negeri. 8. Hampir tiada ruang untuk Islam di Selangor kerana DAP, PKR dan beberapa 'parasit' PAS di negeri itu menyekat usaha beliau, atas dasar hak asasi manusia, kebebasan, hak membuat pilihan dan untuk menawan Putrajaya. 9. 'Parasit' PAS melihat secara negatif usaha beliau bagi pihak masyarakat Melayu dan Islam tetapi tidak pernah menemuinya. Sebaliknya, mereka memilih untuk menyerang beliau melalui media.
Bloger Otai Pas Tranungkite online, mempertikai mengapa Anwar memlilih mengajar di sebuah Universiti yang mesra Gay?
Dalam tulisan seseorang yang bernama MERONG disini penulis itu memohon penjelasan daripada Ketua Pembangkang itu, mengapa beliau memilih Universiti Georgetown yang mesra gay berbanding universiti2 lain?.
Penulis itu seterusnya meminta penjelasan daripada Anwar- Mengapa terlalu kerap ke USA atau terlibat dgn media USA? Allahyarham Fadzil Noor/ Lim KS yg pernah manjadi ketua pembangkang pun jarang melakukan demikian.
Seterusnya penulis dalam Blog Otai Pas tersebut sangat musykil tentang kekayaan Anwar, sedangkan Anwar telah terlibat sebagai pembangkang hampir 14 tahun, namun tidak menampakkan kekayaan Ketua Pembangkang itu tergugat berbanding dgn pemimpin pembangkang yg lain. Dari manakah sumber kewangan beliau?
MUAR 4 Feb. – Bekas Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Dr Hasan Ali mendakwa 72 peratus kepimpinan Pas kini dikuasai oleh golongan sekular yang sanggup "tidur sekatil" dengan DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR).
Beliau berkata, sejumlah 28 peratus lagi adalah golongan ulama yang sanggup mengenepikan perjuangan asal Pas untuk menyokong Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang bercita-cita mahu menawan Putrajaya pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13).
"Saya berpendidikan sekular tetapi saya mahu Pas terus dipimpin oleh golongan ulama yang berpendidikan dari Mesir dan Jordan," katanya pada ceramah anjuran Pertubuhan Kemajuan dan Integriti Melayu Muar (Pekim) di Bukit Naning, di sini, malam tadi.
Pada ceramah yang dihadiri kira-kira 3,500 orang itu, Hasan turut mendedahkan bagaimana kepimpinan Pas cuba memujuknya supaya berlembut dan mengikut sahaja arahan pakatan pembangkang yang tidak setuju dengan tindakannya membanteras gerakan mengkristiankan orang Islam di Selangor.
"Mereka minta saya bersabar dengan mengatakan apabila sudah dapat tawan Putrajaya, waktu itulah baru dikuatkuasakan undang-undang Islam," katanya.
Hasan dalam ceramahnya mendakwa pakatan pembangkang tidak mahu mendengar perkataan Islam, Melayu dan raja serta mereka akan mendidik anak-anak dengan didikan secara liberal jika diberi peluang. – BERNAMA
Naib Ketua Wanita Umno, Datuk Kamilia Ibrahim mengingatkan anggota pergerakan itu bahawa mereka mempunyai amanah dan tanggungjawab kepada parti mendahului kepentingan diri sendiri.
Kamilia, yang memaklumkan menerima beberapa pendapat berbeza dalam menangani isu Ketua Wanita Umno, Datuk Seri Shahrizat Jalil, meminta anggota pergerakan itu agar menumpukan kepada gerak kerja pilihan raya dan memberi kesetiaan kepada Presiden parti Datuk Seri Najib Tun Razak.
Dalam satu kenyataan hari ini, beliau berkata sebarang masalah kepimpinan yang boleh menggugat kestabilan dan menjejaskan parti harus ditangani segera dengan penuh bijaksana supaya tidak membawa perpecahan kepada Umno.
"Secara individu sebagai ahli parti jika kita menjadi beban kepada parti maka kita perlu mengambil tanggungjawab mengutamakan kepentingan parti," katanya.
Sehubungan itu, beliau menyeru Wanita Umno mengenepikan emosi untuk merapatkan barisan dan menguatkan semangat demi perjuangan parti dan BN demi menjamin kestabilan politik negara.
Kamilia berkata Wanita Umno sebagai sayap parti mempunyai tanggungjawab yang besar untuk memastikan kemenangan pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 akan datang.
"Walau apapun berlaku Wanita Umno tetap berdiri teguh di belakang presiden parti dan meneruskan kerja-kerja parti untuk menang pada PRU 13 nanti," katanya.
Sebelum ini, Shahrizat mengambil cuti rehat selama tiga minggu mulai 13 Januari lalu daripada menjalankan tugas sebagai menteri pembangunan wanita, keluarga dan masyarakat.
Shahrizat berdepan dengan isu Perbadanan Fidlot Nasional (NFC) yang diterajui oleh suaminya Dr Mohamad Salleh Ismail apabila Laporan Ketua Audit Negara 2010 pada Oktober lalu menyatakan NFC gagal memenuhi matalmat penubuhannya.
Dalam tempoh cuti tersebut, Shahrizat berharap Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dapat menjalankan siasatan sama ada beliau terbabit atau tidak dalam apa-apa keputusan yang dibuat oleh kerajaan berhubung projek NFC.
Dakwaan tuntutan palsu yang dibuat terhadap Datuk Peter Anthony Naib Presiden 1 KDM Malaysia dengan Universiti Malaysia Sabah (UMS) yang berjumlah RM43 juta sedang disiasat pihak SPRM cawangan Sabah.
Peter yang juga Pengarah Urusan Asli Jati Sdn Bhd mengakui bahawa pihak SPRM sedang menyiasatnya berhubung dakwaan tuntutan palsu tersebut.
Selain itu, beliau juga menafikan bahawa yang dia telah melarikan diri, seperti mana laporan sebuah akhbar tempatan beberapa hari lalu.
Peter mengakui, bahawa semasa SPRM mengadakan serbuan ke pejabatnya, beliau sedang berada di Kuala Lumpur.
Asli Jati Sdn Bhd sebelum ini banyak mendapat kontrak daripada UMS dan Kementerian Kemajuan Luar Bandar (KKLW).
Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil menegaskan beliau tidak akan tunduk dengan tekanan mana-mana pihak yang menggesanya meletak jawatan.
Beliau berkata, tidak ada pemimpin politik yang tidak menghadapi tekanan dan menurutnya perkara itu tidak akan melemahkan semangatnya untuk terus berkhidmat kepada masyarakat malah akan menjadikannya seorang pemimpin yang kuat dalam menghadapi cabaran. "Saya anggapnya sebagai asam garam dalam politik, saya dah lama dalam arena politik, tidak ada mana-mana pemimpin yang tidak melalui pelbagai pancaroba.
"Dan kalau orang yang tahu salasilah kepimpinan wanita Umno dan siapa yangmembuat saranan seperti ini (meletak jawatan) pasti ada sejarahnya yang tersendiri," katanya kepada pemberita di Lapangan Terbang AntarabangsaKuala Lumpur (KLIA) di sini.
Mengenai sama ada beliau akan terus berada dalam barisan Kabinet, katanya beliau menyerahkan sepenuhnya kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak untuk membuat keputusan.
Shahrizat berdepan isu National Feedlot Corporation (NFC), yang diterajui suaminya Datuk Seri Dr Mohamad Salleh Ismail apabila Laporan Ketua Audit Negara 2010 pada Oktober lepas menyatakan NFC gagal memenuhi matlamat penubuhannya.
Isu itu semakin panas berikutan dakwaan pembangkang kononnya wujud penyelewengan peruntukan kerajaan berjumlah RM250 juta yang disalurkan kepada NFC.
NFC ialah projek 'Lembah Daging' di Gemas, Negeri Sembilan bagi meningkatkan pengeluaran daging tempatan dan mengurangkan pergantungan negara terhadap daging import.
Mengenai kenyataan bekas Ketua Wanita Umno Tan Sri Rafidah Aziz yang dipetik oleh sebuah akhbar tabloid berbahasa Inggeris sebagai berkata sesiapa yang menjadi bebanan kepada parti perlu meletakkan jawatan, Shahrizat berkata, beliau tidak tahu mengenai perkara itu kerana baru sahaja pulang ke tanah air.
Katanya, beliau sangat menghormati Rafidah dan akan terus berusaha memperkuatkan dan memperkukuhkan Wanita Umno supaya bersatu dalam menghadapi pilihan raya umum ke-13 nanti.
Menurutnya, beliau yang baru sahaja pulang daripada menunaikan umrah akan memulakan tugasnya semula Rabu ini.
Shahrizat bercuti rehat selama tiga minggu bermula 13 Jan lalu daripada menjalankan tugas sebagai Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat. - BERNAMA
Nak ke mana tu Bro? Kedutaan Turkey atau negara Turkey? Baik-baik, jatuh kang.
"Selesai perbincangan dengan Menteri Kewangan. DSAI dan delegasi kini dalam perjalanan ke Istana Presiden Abdullah Gul di Ankara. #fb"
Demang betul-betul keliru dengan mesej twetter daripada Azmin Ali itu. Anwar ni siapa? Apa jawatan dia dalam kerajaan? Rakyat Malaysia tak pernah pun lantik Anwar jadi wakil untuk berurusan dengan negara lain.
Anwar hanya wakil rakyat Permatang Pauh bukannya Menteri Luar atau duta.
Anwar kena belajar bersabar sikit. Jangan gelojoh sangat. Jangan semua benda nak terpa. Kalau setakat nampak Azizah, terpa kira ok lah. Masalahnya nampak driver Azizah pun terpa. Nampak kawan anak Azizah pun terpa.
Anwar cuma ketua pembangkang yang dilantik atas ehsan DAP. Padahal DAP lebih banyak kerusi di parlimen!
Masih ingat peristiwa Anwar Ibrahim yang dikatakan hebat itu lari terkincit-kincit ke kedutaan Turkey hanya kerana bekas pembantunya buat laporan polis?
Demang belum pernah dengar peliwat dibunuh oleh mangsanya atau oleh orang yang simpati.
KUALA LUMPUR, 3 FEBRUARY, 2012: The contradictory statements on the 'gag order' issued towards Kedah Mentri Besar Datuk Seri Azizan Abdul Razak exposes PAS' incapable leadership, said Umno Youth's New Media Unit chief Tun Faisal Ismail.
He said that the matter also exposes PAS' lack of communication and shows that the party is uncertain in its direction.
Earlier today, Azizan told reporters that he will no longer comment on the Universities and University Colleges Act (AUKU) issue following instructions by his party, PAS, to stop talking to the media over the suspension of the state-owned Kolej Universiti Insaniah (KUIN) students.
However, PAS deputy president Mohamad Sabu later dismissed the gag order, saying that it was just an internal discussion and that the media had made an inaccurate report on the matter.
Meanwhile, Shah Alam MP Khalid Samad also echoed Mohamad's statement by denying the reports saying that there was no such order and that he had not received any information regarding the purported gag order.
Tun Faisal said lately PAS has been in a state of disarray with no proper direction as there is no one in the party capable enough to take charge of its leadership.
"There seems to be disunity and lack of leadership in PAS," said Tun Faisal when contacted by Malaysian Digest today.
He said of recent the party's president Datuk Seri Abdul Hadi Awang has been a lot less vocal, while its spiritual leader, Datuk Seri Nik Aziz Nik Mat is not in a healthy state.
With this latest development, he said, no one else in the party dare to step up to take charge of the party's leadership.
He said the way Azizan made the statement about the gag order is as if "he is unsatisfied with PAS' current policy which favors the Buku Jingga instead of the holy Quran".
"Now the new stream in PAS refers to the Buku Jingga, and not the holy Quran which used to be the party's initial struggle," he said.
He added that even recently sacked and Selangor PAS' former commissioner Datuk Dr Hasan Ali had also highlighted about the 'parasites' that are spreading rapidly within the party causing it to stray from its Islamic state policy.
The purported gag order which is believed to have come from the PAS leadership was issued after Azizan lambasted his critics who questioned him for supporting the suspension of the five KUIN students for organizing protests against the college in May last year.
Nota: Di KDN saja ada RELA, JPAM, Pasukan Sukarelawan Simpanan Polis, Sukarelawan Anti Dadah (SKUAD) 1Malaysia dan khabarnya akan ditubuhkan Sukarelawan Penjara.
PM lancar Briged sukarelawan khidmat negara
PEKAN - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini melancarkan Briged Sukarelawan Khidmat Negara (BSKN) yang memberi ruang dan peluang kepada bekas pelatih Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) menyumbang bakti kepada masyarakat.
Perdana Menteri berkata dengan seramai 650,000 bekas pelatih PLKN, BSKN diihat mampu menjadi satu angkatan yang hebat dan unggul sebagai sebuah badan sukarelawan di negara ini.
"BSKN boleh digemblengkan dalam kejadian mala petaka atau bencana alam seperti banjir, tanah runtuh atau kebakaran serta pelbagai aktiviti sukarelawan seperti mengindahkan kawasan," katanya ketika berucap pada majlis pelancaran BSKN di padang awam, pusat bandar Dara Chini di Chini dekat ini.
Turut hadir isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor, Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob, Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Panglima Angkatan Tentera Jen Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin.
Najib berkata beliau amat berharap penubuhan BSKN bukan sahaja memberi peluang kepada anggota briged itu melaksanakan kerja-kerja sukarelawan tetapi sebagai pendedahan kepada meningkatkan keupayaan mereka dalam bidang kerjaya dan kehidupan.
'Kerajaan membelanjakan peruntukan yang besar dalam program PLKN, sebanyak RM650 juta setahun. Bagi tempoh tiga bulan (latihan PLKN), kerajaan membelanjakan sebanyak RM8,002 untuk setiap pelatih, kita anggap ini satu pelaburan (kepada negara) dalam membentuk barisan pelapis yang mempunyai jati diri yang kukuh," katanya.
Najib berkata PLKN yang dilaksanakan sejak 2004 bertujuan mencapai tiga objektif iaitu mengukuhkan semangat patriotisme, membentuk perpaduan serta intergrasi nasional dan membentuk nilai-nilai murni di kalangan generasi muda berasaskan kepada lima prinsip Rukun Negara.
Kerajaan juga akan melaksanakan penubuhan One Malaysia Corp, yang akan menggabungkan usaha dan tenaga pelbagai kumpulan belia sukarelawan daripada pelbagai bangsa bagi merealisasikan gagasan 1Malaysia, katanya.
"Persiapan (untuk menubuhkan One Malaysia Corp) sedang dibuat dan akan diumumkan tidak lama lagi".
Beliau berkata menerusi One Malaysia Corp, gabungan yang melibatkan anggota BSKN, Rela, Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM), Rakan Muda dan kumpulan-kumpulan sukarelawan yang lain, ia dilihat akan menjadi satu angkatan yang hebat dan unggul.
"Penubuhan One Malaysia Corp itu nanti akan menjadi sendi kekuatan baru untuk kebaikan negara," katanya. - Bernama Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
Kan dah kata. Ada lagi Ahli Parlimen yang tidak tunaikan amanah. Bukan baru sekali rakyat membuat aduan mengenai Nurul Izzah. Ini satu lagi aduan yang dilaporkan dalam blog Garamanis.
Gambar diatas adalah pertemuan Raja Nong Chik dengan beberapa mangsa ribut petang kelmarin di Lembah Pantai. Ribut yang kuat hingga menerbangkan bumbung flat dan menakutkan orang ramai.
Dalam keadaan beliau berstatus Menteri yang saban hari sibuk dengan rungutan dan permasalahan bandaraya Kuala lumpur, masih lagi sempat singgah untuk bersama-sama merasai ketakutan dan kepayahan warga Lembah Pantai.
Ini bukan kerja mahu ambil kredit dan tonjol diri tetapi ini tanggungjawab pasal YB yang sepatutnya menyumbang tenaga gagal untuk membantu dan mententeramkan ketakutan rakyat.
Mana Nurul Izzah?
LEMBAH PANTAI - Sebanyak RM500,000 sehingga RM1 juta diperuntukkan untuk membaik pulih unit-unit kediaman Projek Perumahan Rakyat (PPR) Seri Cempaka dan beberapa kawasan lain di ibu negara yang terjejas teruk ekoran kejadian ribut petang semalam.
Peruntukan tersebut diumumkan oleh Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin.
Menurutnya, kementeriannya melalui Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan membaik pulih kerosakan di lima kawasan terjejas antaranya Projek Perumahan Rakyat (PPR) Kampung Limau, Pangsapuri Taman Desa, Seputeh, Sungai Besi dan yang paling teruk terjejas di PPR Seri Cempaka.
"Di PPR Seri Cempaka, tiga keluarga perlu dipindahkan sementara di kawasan berdekatan. Ini bagi kerja-kerja membaik pulih rumah dapat dilakukan kerana aspek keselamatan penduduk dipentingkan dan tidak mahu kejadian sama berulang.
"Pada masa yang sama, beberapa rumah PPR yang dikenal pasti rosak juga akan dibaik pulih oleh DBKL termasuklah kedai dan gerai yang rosak," kata Raja Nong Chik yang melawat lokasi kejadian di PPR Sri Cempaka pada malam kejadian. Hadir sama Pengarah Pengurusan Perumahan DBKL, Sukiman Surahman.
Katanya, kepada penghuni yang terjejas dalam kes ini juga berhak membuat tuntutan insurans dan DBKL akan membuat tuntutan insurans tersebut.
Beliau berkata, DBKL dan pihak bomba turut akan melakukan kerja-kerja baik pulih dan pembersihan dengan segera dan aspek keselamatan penduduk adalah paling diutamakan.
"Saya juga ingin memuji pihak bomba, DBKL dan polis yang telah bertindak pantas," katanya.
Kasihan...sikap Nurul Izzah sebijik macam ayahnya. Khidmat tiada wayang saja lebih....
Setiap tahun, seluruh umat Islam di negara ini menyambut hari kelahiran Rasul junjungan kita, Muhammad SAW, yang jatuh pada setiap 12 Rabiul Awal di tahun Gajah dengan mengadakan perarakan sambil bersalawat kepada Baginda.
Selain itu, turut diadakan majlis-majlis keagamaan seperti ceramah, bacaan Yaasin, tazkirah, dan sebagainya, memuji-muji kelahiran Rasulullah SAW yang telah menerangi kehidupan seluruh manusia sehingga ke akhir zaman.
Bukan saja di Malaysia, sambutan Maulidur Rasul juga disambut oleh umat Islam di seluruh dunia, tidak mengira sama ada di timur, barat, selatan atau utara.
Namun begitu, sambutan Maulidur Rasul sering dijadikan kontroversi di mana wujud kekhilafan pendapat atau fatwa dari para ulama dan pemerintah mengenai kewajaran umat Islam menyambutnya.
Menurut sejarah Islam, sambutan hari lahir Rasulullah SAW ini dimulakan oleh kerajaan Fatimiyyah di mana Maulidur Rasul disambut secara besar-besaran.
Bagaimanapun, menurut buku karangan Ibnu Atheer, Al-Kamil, Perdana Menteri Kerajaan Fatimiyyah kemudiaannya melarang sambutan Maulidur Rasul diadakan, tapi kemudiaannya diraikan kembali ketika pemerintahan Al-Ma'moon Al-Bata'ani.
Tapi kemudiaannya sambutan itu diharamkan semula setelah Kerajaan Al-Ayyubiyyah merampas kuasa.
Pada abad ke-tujuh, Putera Muzzafar Al-Deen Abi Sa'd Kawakbri Ibn Zein Ed-Deen 'Ali- Ibn Tabakatikin telah memerintahkan agar sambutan Maulidur Rasul diadakan kembali di mana banyak khemah didirikan dan dihias indah untuk tujuan majlis mengingati Rasulullah SAW serta sunnahnya itu.
Antara ulama yang menyokong sambutan Maulidur Rasul ialah ulama tersohor dunia, Syeikh Yusuf Al-Qaradhawi dan Imam Jalaluddin Sayuti, manakala Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria juga pernah mempertahankan majlis sambutannya di negara ini.
Imam Jalaluddin berkata, sambutan Maulidur Rasul memberikan pahala kepada mereka-mereka yang menyambutnya memandangkan ia memuliakan Rasulullah SAW dan ia dianggap sebahagian dari ibadah di bawah kategori bida'ah hasanah (bida'ah yang baik).
"Ibadat macam itu adalah bidaah hasanah yang diberi pahala mengerjakannya kerana dalam amal ibadat itu terdapat suasana membesarkan Nabi, melahirkan kesukaan dan kegembiraan atas lahirnya Nabi Muhammad SAW yang mulia," katanya.
Syeikh Yusuf pula menegaskan bahawa mungkin Maulidur Rasul tidak disambut oleh para sahabat memandangkan Rasulullah SAW berada di depan mata dan sunnahnya hidup di dalam hati mereka.
Namun di zaman selepas itu, sunnah Rasulullah SAW sering dilupakan dan sejarah kegemilangan Islam hampir luput dari ingatan dan ia mengharuskan majlis sambutan menyambut kelahiran 'kekasih Allah' itu diadakan.
"Semua telah sedia maklum bahawa sahabat-sahabat Rasulullah tidak merayakan hari kelahiran Rasulullah. Ini kerana mereka telah menyaksikan secara langsung setiap gerak-geri Rasulullah dan seterusnya ingatan terhadap Rasulullah itu kekal di dalam hati dan juga ingatan.
"Oleh kerana mereka sering menceritakan sejarah perjuangan Rasulullah, maka tidak perlulah merayakan seperti mana dirayakan Maulid Rasul kini.
"Bagaimanapun, generasi terkemudian telah mula melupakan kegemilangan sejarah Islam dan kesannya.
"Dengan itu, perayaan Maulid Rasul diadakan bertujuan mengingati sejarah Islam ketika Rasulullah masih hidup. Sebenarnya, meraikan hari kelahiran nabi bermakna meraikan hari kelahiran Islam.
"Maka dibolehkan meraikan Maulid nabi ini dengan syarat tidak dicampur-adukkan dengan perkara-perkara bidaah. Tetapi sebaliknya diisi dengan ceramah yang menceritakan akan sejarah Islam," jelasnya panjang lebar.
Pada 13 Februari 2010 pula, Harussani pula pernah tampil mempersoalkan tindakan Kerajaan Negeri Pulau Pinang di mana Ketua Menterinya, Lim Guan Eng, yang menetapkan agar sambutan Maulidur Rasul tidak diadakan di negeri itu.
Dalam kenyataannya, Harussani yang konsisten mempertahankan Islam tanpa mengira sempadan politik itu menggesa agar perayaan-perayaan lain seperti Thaipusam atau Pesta Tanglung turut dihapuskan sekiranya Guan Eng tekad untuk membatalkan sambutan Maulidur Rasul.
Namun kemudiannya Mufti Perak itu dikecam hebat oleh beberapa pemimpin politik pembangkang, khususnya dari Pas, di mana beliau 'dicop' sebagai 'ulama UMNO'.
"Saya mencabar Tan Sri Harussani meletakkan jawatan sebagai mufti dan beliau secara langsung terlibat dalam politik," kata Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar yang menuduh Mufti Perak itu bersuara dengan bermotifkan politik pro-kerajaan Barisan Nasional.
Terbaru, Mursyidul Am PAS yang juga Menteri Besar Kelantan mendakwa bahawa sambutan Maulidur Rasul yang disambut oleh umat Islam di seluruh dunia itu meniru amalan Kristian yang turut mengadakan sambutan hari kelahiran Nabi Isa AS.
Pada penulis, beginilah jadinya apabila majlis keagamaan dijadikan alat mainan politik dan individu-individu yang berpengaruh sehingga ia mampu menyebabkan pepecahan dikalangan umat Rasulullah SAW.
Adalah lebih baik pada penulis untuk bersetuju dengan kenyataan Syeikh Yusuf, Imam Jalaluddin dan Harussani mahupun pahlawan Islam terbilang yang hidup di zaman Kerajaan Fatimiyyah, Salahuddin Al-Ayyubi, yang turut menyambut serta membesarkan hari kelahiran Rasulullah SAW.
Dengan ilmu agama yang jauh lebih tinggi dari ahli politik dan pengalaman menyelesaikan maslahah agama mereka lebih berkreadibiliti untuk bercakap mengenai Islam serta menetapkan fatwa yang lebih muktabar untuk dijadikan ikutan seluruh umat Islam di dunia.
Selamat menyambut hari kelahiran Rasulullah SAW dan salam Maulidur Rasul, semoga sunnah Baginda SAW kekal menjadi amalan di dalam kehidupan kita setiap detik, setiap saat di setiap nafas yang dihembus pada setiap hari.
Baru-baru ni, media Bernama melaporkan bahawa Mursyidul Am PAS merangkap MB Kelantan, Datuk Nik Aziz Nik Mat mendakwa dia ada rahsia untuk diberitahu. Saya fikir, ada rahsia besar yang mahu didedahkan…
"Saya nak sebut satu rahsia untuk tidak bertanding, tapi disergah oleh PAS Kelantan, inilah yang menyebabkan saya terus dalam politik hingga hari ini," kata Nik Aziz selamba.
Cheh! Itu saja rahsianya? Itu bukan rahsia..!!! Itu satu dunia dah tahu bahawa Nik Aziz Nik Mat akan bertanding PRU dan pegang jawatan sehingga dia meninggal dunia. Macam tu pun dikategorikan sebagai rahsia ke?
Selain itu, dia turut memberi komen tentang Presiden PAS, Hadi Awang yang dilaporkan enggan lagi bertanding di Dewan Undangan Negeri (DUN)…
"Adalah masalah dia…" katanya sambil menegaskan bahawa dia tidak mampu buat apa-apa berhubung hasrat Presiden PAS itu.
Heh! Lain macam saja bunyinya! Kalau Nik Aziz tak mahu bertanding PRU, ramai yang membantah kononnya. Tapi kalau Hadi yang tak mahu bertanding, puak-puak PAS buat tak tahu je?
Amboi! Sayang benar puak-puak PAS pada Nik Aziz? Hadi pulak tidak disayangi ke? Atau Nik Aziz cuba berkias menyatakan dia lebih popular berbanding Hadi?
Nampaknya, sikap riak, ujub, takbur dan angkuh sudah sebati dengan Nik Aziz pada peringkat ini. Nik Aziz langsung tak beri muka pada Hadi Awang dalam hal ini. Hebat sangat ke Nik Aziz?
Sebetulnya, jika difikirkan secara rasional, Nik Aziz Nik Mat sudah lama patut letak jawatan. Dia sudah tak relevan, uzur, lebih banyak merepek dari menyatakan kebenaran dan tak mampu mentadbir dengan baik.
Nik Aziz tak relevan sebab dia sudah ketinggalan zaman. Islam yang telah lama maju ke hadapan pun sudah lama meninggalkan Nik Aziz. Islam sudah iktiraf rakaman video sebagai bukti, tapi tidak Nik Aziz!
Sudah banyak kali Nik Aziz keluar masuk hospital. Dulu pejabatnya di tingkat tiga, tapi pasal Nik Aziz selalu uzur, pejabatnya dipindahkan ke tingkat bawah. Khabarnya lagi, nak kawal kencing pun dah tak mampu sekarang. Muntah darah tu tak payah cakap lah…
Islam "halalkan" berkawan dengan syaitan? Mazhab mana yang Nik Aziz belajar ni? Mazhab Al-Juburi ke? Kalau mazhab Al-Juburi tu, main belakang pun dia halalkan! Udah-udah la merepek tu Nik Aziz oiii…!!!
Nik Aziz mentadbir dengan baik? Heh! Kalau Nik Aziz mentadbir dengan baik, dah tentu Kelantan dah jadi negeri terkaya dalam Malaysia ni. Rasulullah SAW dulu berjaya mengembangkan Madinah Al-Munawwarah sehingga dikenali di seluruh pelosok dunia. Kelantan? Buat malu je kalau cakap pun…
Nik Aziz memang tak gentleman. Dia tidak seperti Tun M.
Ketika Tun M nak letak jawatan dulu, bukan setakat pemimpin atau orang UMNO, malah rakyat dan ramai pemimpin pembangkang yang merayu agar beliau menarik balik keputusan itu. Tapi Tun M tetap dengan pendiriannya.
Meskipun sebak ketika itu, saya sendiri terpaksa hormati keputusan Tun M. Kalau boleh, memang nak Tun M jadi PM sampai akhir hayat pun! Kalau Nik Aziz boleh buat, kenapa Tun M tak boleh, kan? Tapi, itulah…semuanya terpaksa tunduk dengan ke"gentleman"an Tun M!
Satu perkara saya nak sedarkan Nik Aziz. Jangan percaya sangat la orang PAS Kelantan yang tak kasi letak jawatan tu. Mereka bukan sayang sangat Nik Aziz pun. Mereka sebenarnya nak sangat Nik Aziz letak jawatan, tapi tak sampai hati dan takut nak kasi tahu.
Bukan apa, takut nanti tiket ke syurga tu ditarik balik. Tak pasal-pasal je free-free masuk neraka!
Entry kali ni aku tujukan khas buat adik-adik mahasiswa dan mahasiswi di zaman ini yang kononnya bijaksana, sangat pandai, sangat 'advance', hensem, jelita, cun, kacak, macho dan hebat dalam semua perkara sehingga tidak memerlukan undang-undang untuk mengawal mereka...
Dalam ceramah Datuk Dr. Hasan Ali di Jalan Kebun baru-baru ini, beliau mendedahkan bahawa dalam rush-rush yang beliau anjurkan bersama JAIS dan polis bagi membanteras maksiat di hotel-hotel, majoriti yang tertangkap dengan aksi tak senonoh tu ialah PELAJAR IPTA/IPTS.
Jadi, aku nak tanyalah. Apasal korang dan kengkawan korang teruk sangat sekarang ni?
Korang sibuk hal politik, tapi daftar mengundi pun belum. Apa pun tak tahu, maklumat main ikut sedap kepala lutut, lepas tu nak cakap itu salah ini salah?
Belajar pun tonggang langgang, CGPA bawah 2.0 pun belambak! Ponteng kelas toksah cakap laaa..
Dari korang sibuk hal politik, lebih baik korang cermin diri korang dan selamatkan kawan-kawan korang tu...
Aku dulu pun masuk universiti jugak. Tapi kami dulu takde la seteruk korang!
Korang ni bukan takde otak, tapi takde akal untuk berfikir kot? Nak sedap, nak seronok je memanjang. Belajar la dik...kejar ilmu tu dulu. Sayyidina Ali RA dulu pun suruh kejar ilmu.
Err...korang tak belajar hadis ke dulu? Tak pernah jumpa hadis Rasulullah SAW suruh belajar sampai ke negeri China? Atau korang tak di"bayan" tentang hadis tu?
Harap korang jaga diri bebaik. Solat jangan tinggal. Ingat, kerja korang cari ilmu. Lepas habis belajar, gunakan ilmu tu untuk lawan Yahudi. Ada jugak faedahnya.
Jangan lupa, hentam sekali "agen Yahudi" yang nak lindung Israel baru-baru ni tu...
Saya mendapat tahu dari rakan-rakan PAS yang bersimpati dengan nasib Datuk Dr. Hasan Ali, bahawa terdapat gerakan besar-besaran di kalangan pemimpin-pemimpin Pakatan Haram Selangor yang mahu "membunuh" bekas Pesuruhjaya PAS Selangor itu.
Pada awal pemecatan Hasan Ali, dikhabarkan juga bahawa beberapa pemimpin PAS Selangor yang dikenal pasti sebagai goblok-goblok Anwarinas telah menerima draf-draf kenyataan media untuk menyekat pengaruh Hasan Ai sekiranya beliau melawan setelah dipecat.
Maka ketika itu terpampanglah kenyataan-kenyataan "parasit" PAS di beberapa media pro-pembangkang, kononnya "PAS Selangor tidak takut pada Hasan Ali". Padahal, skrip kenyataan akhbar mereka itu dipercayai diperoleh dari pejabat "Punahsihat Ekonomi Selangor"!
Saya senyum lebar melihat "kekalutan" para pemimpin PAS Selangor yang kononnya tak takut pada pendedahan Hasan Ali. Padahal, semua penyokong dan pekerja di ibu pejabat PAS Selangor tahu betapa kecut perut dan gelabahnya puak-puak yang gulingkan bekas boss mereka yang digemari ramai itu.
Kini, Hasan Ali sudah memulakan "roadshow"nya, mengotakan apa yang dikatakan mengenai PAS yang tersasar dari landasan perjuangan sebenar dan hakikat yang mendedahkan penyelewengan, salahguna kuasa, skandal serta perbongkaran rahsia dalaman Kerajaan Negeri pimpinan Khalid "gagap".
Sebagaimana kita tahu, Selangor memang sebuah negeri yang paling maju dan antara yang terkaya dibawah kepimpinan BN dahulu. Namun kini, negeri kaya itu dikatakan telah "dirompak seboleh-bolehnya" oleh Pakatan Haram Selangor, juga diketuai oleh "Punahsihat" tersebut.
Dihadapan saya, Hasan Ali memberitahu bahawa beliau ada banyak bukti kukuh tentang penyelewengan puak-puak yang menzaliminya itu dan beliau sedia membongkarkan semua perkara tersebut bila tiba masanya.
Kenyataan itu yang disiarkan media membuatkan puak-puah Pakatan Haram Selangor semakin gelabah bagaikan syaitan mendengar azan! Maka habis dikerah seluruh pemimpin Pakatan Syaitan yang ada untuk "membunuh" segala gerakan Hasan Ali..!
Persoalannya, kenapa takut sangat dengan Hasan Ali?
Bukankah Selangor terlalu "telus' berintegriti, amanah dan suci" dari sebarang penyelewengan?
Lagipun, Selangor ada SELCAT yang MENJAMIN KETELUSAN. Menurut "fatwa jingga", mana-mana negeri yang tak ada SELCAT, CAT atau yang ada iras-iras begitu, negeri itu dianggap mengamalkan penyelewengan! Jadi, apa yang nak ditakutkan?
Saya dikhabarkan bahawa ada di kalangan pemimpin Pakatan Haram, khususnya para "parasit", yang tak tidur malam memikirkan perihal Hasan Ali ini. Meeting sampai pagi bagi membincangkan bagaimana nak "membunuh" Hasan Ali.
Hairan betul saya dengan reaksi yang boleh dianggap keterlaluan untuk menghadapi seorang YB yang lebih kecil tubuh badannya berbanding saya. Hasan Ali tu kecil saja, apa yang nak ditakutkan sangat hingga nak "dibunuh"?
"Eh! Betul ke Pok Nik Ajis ni letak jawatan pagi ni? Betul ke ni? Apa? Dia jadi tok guru pondok mengajar bebudak mengaji? Alhamdulillah...bagus la kalau betul begitu...."
Heh! Korang jangan harap la Pok Nik nak letak jawatan! Sampai ke mati la dia pegang jawatan tu! Pok Nik Ajis ni mana ada gentleman! Dia ni "gentelman" boleh laaaa...gentel taik idung!
"Saya nak sebut satu rahsia untuk tidak bertanding, tapi disergah oleh PAS Kelantan, inilah yang menyebabkan saya terus dalam politik hingga hari ini," - Pok Nik!
Berbeda dengan Tun M. Beliau tahu dan bijak untuk menentukan masa yang wajar untuk letak jawatan. True gentleman! Sampai sekarang pengaruhnya masih kuat dan makin kuat!
Walaupun jutaan rakyat sama ada kawan atau lawan meminta Tun M kekal jadi PM, beliau tetap dengan keputusannya...meskipun aku pun sebak time tu...aku terpaksa hormati kehendak Tun M...takbirrrrr..!!!
Pok Nik? Esok lepas dia meninggal, habis laaaa. Lepas dia "padam"..dengan PAS sekali pun padammmm..!!! Heh! Hasan Ali pulak menerusi JATI ganti PAS...amacam?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan