Yang bermaksud : Itulah batas-batas (Syariat) Allah. Dan sesiapa yang taat kepada Allah dan RasulNya, akan dimasukkan oleh Allah ke dalam Syurga yang mengalir dari bawahnya beberapa sungai, mereka kekal di dalamnya; dan itulah kejayaan yang amat besar. Dan sesiapa yang derhaka kepada Allah dan RasulNya, dan melampaui batas-batas SyariatNya, akan dimasukkan oleh Allah ke dalam api neraka, kekalah dia di dalamnya, dan baginya azab seksa yang amat menghina. – Surah Al-Nisa', ayat 13-14
Tema sambutan Hari Hududullah pada tahun 1432 Hijrah ini ialah "Hudud Satu Pencegahan dan Pendidikan, Bukan Hukuman". Bermakna perundangan Islam termasuk hukum hudud amat mengutamakan prinsip mencegah dan mendidik umatnya ke arah keharmonian hidup bermasyarakat. Oleh itu, di dalam al-Quran, perkataan hudud disebut sebanyak 11 kali di dalam 7 ayat yang dirangkumi di dalam 5 surah yang berlainan. Satu ayat daripadanya membicarakan tentang hukum hakam puasa, tiga daripadanya tentang hukum cerai dan iddah, dan satu ayat lagi membicarakan tentang hukum faraid atau pembahagian harta pusaka, seperti mana ayat tersebut di atas. Kemudian, satu ayat juga menceritakan sikap orang-orang munafik yang suka melanggar hudud Allah dan satu lagi membicarakan tentang hukum zihar.
Penelitian terhadap ayat-ayat tersebut memberikan kefahaman kepada kita bahawa hudud bukanlah bermaksud hukuman ke atas penjenayah terhadap kesalahan-kesalahan seperti mencuri, berzina dan minum arak sahaja, tetapi lebih luas lagi ia mencangkupi semua batasan syariat yang ditentukan oleh Allah SWT. Justeru, satu silap faham yang sangat dikesalkan apabila disebut hudud, maka digambarkan sebagai satu hukuman yang kejam terhadap pesalah. Malah dilabelkan pula sebagai undang-undang primitif yang ketinggalan zaman. Sedangkan setiap pekara yang dibatasi oleh syariat dengan hukum halal dan haram dalam kehidupan manusia adalah disebut "hududullah" (hudud Allah).
Contohnya makan minum, dihalalkan oleh Allah SWT tetapi memakan perkara yang haram dikira melanggar hudud Allah. Melunaskan tuntutan fitrah manusia untuk berpasangan dibenarkan oleh Allah SWT melalui ikatan perkahwinan dan diharamkan jika dilakukan melalui bersekedudukan tanpa berkahwin yang menyebabkan hubungan zina dan ia dianggap melanggar hudud Allah. Nyata sekali, setiap perkara yang haram, melanggar perintah Allah SWT, maka dianggap melanggar hudud Allah SWT. Rasulullah SAW mengumpamakan perbuatan melakukan perkara yang haram ini seperti menceroboh tanah larangan milik Allah SWT. Sabda Rasulullah SAW:
Yang bermaksud : Ketahuilah bahwa setiap raja mempunyai tanah larangan, dan ketahuilah sesungguhnya larangan Allah di bumiNya adalah hal-hal yang diharamkanNya. Ketahuilah bahwa di dalam tubuh ada seketul daging, apabila daging itu baik maka seluruh tubuh itu baik. Dan apabila daging itu rosak maka seluruh tubuh itupun rusak. Ketahuilah, itulah qalb. – Hadis riwayat Bukhari.
Kekeliruan
Saya menyebut hakikat ini kerana kekeliruan yang timbul atau sengaja ditimbulkan di dalam negara kita bahawa hudud ertinya hukuman ke atas pesalah. Maka hudud telah diwajahkan dengan wajah yang begitu buruk dan mengerikan. Seolah-olah apabila hukum hudud dilaksanakan, semua tangan akan dipotong dan semua batu akan dijadikan lontaran untuk pesalah. Kita masih terngiang-ngiang kata-kata sinis yang dilontarkan sedikit masa lalu yang menyatakan: "Jika mahu menikmati sup tangan, silalah ke Kelantan' dan "akan habislah batu-batu di Kelantan digunakan untuk melontar pesalah zina." Paling dukacitanya, kata-kata itu terbit daripada bibir orang Islam sendiri. Sekalipun kata-kata itu sudah lama diucapkan, tetapi kesannya telah memberikan imej yang negatif terhadap undang-undang Allah SWT.
Hasilnya, masyarakat bukannya semakin dekat dengan Islam tetapi semakin jahil dan semakin jauh daripada syariat Islam yang sebenar. Syariat Islam bukannya dilihat indah dam cantik, tetapi dilihat primitif, ketinggalan zaman, ouf of date dan sebagainya. Tanggapan seperti ini bukan sahaja berlegar di kalangan non muslim bahkan masyarakat umat Islam sendiri masih keliru di dalam memahami keindahan syariat Islam yang sebenar.
Kekeliruan dan kejahilan ini bertambah parah apabila beberapa isu agama yang berlaku sejak akhir-akhir ini tidak ditangani sebagaimana yang diajar oleh Islam. Natijahnya, Islam semakin dipandang serong oleh masyarakat. Isu-isu seperti larangan non muslim memasuki masjid dan juga bacaan al-Quran di pembesar suara misalnya, ditangani dengan wajah yang lebih cenderung ke arah sentimen tanpa bimbingan ilmu yang sebenar. Hasilnya, sentimen yang dibakar bertambah panas sedangkan panduan sebenar Islam diketepikan.
Saya sifatkan golongan yang menolak, menghina dan mengenepikan syariat Islam khususnya hudud merupakan golongan yang jahil dan tidak mengetahui keindahan syariat Islam itu sendiri. Sekalipun mungkin mereka beragama Islam, tetapi Islam yang dianuti hanya di ruang yang terbatas tanpa didaulatkan sebagai undang-undang yang memerintah. Hakikatnya, menolak undang-undang syariah samalah ertinya dengan menafikan kebijaksanaan Allah SWT selaku Pentadbir alam ini. Kalaulah seorang warganegara yang berani mengkritik undang-undang negaranya sendiri boleh dianggap sebagai menghina dan mempersendakan undang-undang tersebut, maka lebih besar kesalahannya jika seorang Islam berani mengkritik undang-undang Islam sebagai ketinggalan zaman dan tidak sesuai dengan masa, orang ini bukan sahaja mencabar kebijaksanaan dan kekuasaan Allah S.W.T, tetapi boleh menjejaskan imannya sebagai seorang muslim.
Saya yakin, sebahagian besar daripada masalah ini ialah kerana kejahilan terhadap keindahan undang-undang Islam itu sendiri. Justeru, Kelantan mengambil inisiatif untuk mengadakan sambutan Hari Hududullah setiap tahun dan pada tahun ini pula diadakan seminar undang-undang syariah peringkat kebangsaan untuk memberikan pendedahan dari masa ke semasa kepada masyarakat agar apabila tiba saat dan masanya yang membolehkan hudud dilaksanakan, ia akan dilaksanakan dengan penerimaan dan kefahaman daripada masyarakat yang sudah terdidik dengan maklumat-maklumat yang benar.
Optimis
Saya optimis, jika wajah sebenar undang-undang syariah didedahkan, tidak akan ada suara-suara sumbang yang menolak pelaksanaannya nanti. Kata cerdik pandai tidak kenal maka tidak cinta.
Sehubungan itu, besarlah harapan saya agar seminar ini dapat dilaksanakan dari masa ke semasa dan hendaklah dibuka penyertaannya kepada penyertaan masyarakat non muslim untuk datang mendengar dan mengemukakan persoalan agar setiap kemusykilan dapat dijawab oleh para ilmuan bukannya diperdebatkan di dada-dada akhbar sehingga menjadi isu politik yang bias.
Hasarat Kerajaan Negeri ialah untuk mempertingkatkan syiar Islam di Kelantan ini. Oleh itu, saya menyeru kepada semua jabatan kerajaan sama ada negeri atau pesekutuan agar sama-sama bertanggungjawab dalam meningkatkan kualiti iman di kalangan rakyat dengan berkerjasama menyeru kebaikan, mencegah kemungkaran dengan cara masing-masing. Mudah-mudahan kehidupan kita semua ini akan mendapat ihsan dan keberkatan dariNya.
Maksudnya: "Dan hendaklah ada di antara kamu satu puak yang menyeru kepada kebajikan dan menyuruh berbuat segala perkara yang baik serta melarang daripada segala yang salah. Dan mereka yang demikian ialah orang yang berjaya". –Surah Ali Imran, ayat 104.
Apa yang penting difahami bahawa hukum hudud ini bila dilaksanakan, bukannya pelaksananya adalah orang politik. Tetapi hakim yang akan menjatuhkan hukuman. Itupun setelah menjalani perbicaraan yang adil terlebih dahulu. Jadi tidak perlu untuk merasa gerun dan takut dengan hukum hudud kerana bimbang kononnya akan dikuasai oleh orang politik.
Justeru, saya mengharapkan agar tabiat menolak hudud ini dapat diperbetulkan agar jangan menjadi kebiasaan di kalangan masyarakat. Jika gejala penolakan ini tidak dibendung, saya bimbang menjadi satu trend yang sebenarnya membawa kesan yang tidak baik terhadap akidah umat Islam. Jangan merasakan ini sebagai satu isu yang mudah kerana mempertikaikan hukum hudud sebenarnya mempertikaikan Allah SWT.
Penegasan Allah
Sebagai mengingatkan kembali, hayatilah penegasan Allah mengenai hudud yang bertaraf "tilka" memberi makna kehormatan, ketinggian dan peringkat atasan dari segi keutamaannya. Bermakna ia perkara penting. Maka orang yang tidak menerima hudud Allah, orang itu adalah orang durhaka!
Hukuman-hukuman hudud akan dilaksanakan oleh orang yang pakar mengenainya. Penghukuman hudud ada orangnya yang kita panggil hakim. Ia adalah tugas hakim bukannya orang politik. Maka rakyat atau mereka yang ragu, tidak perlu bimbang.
Kita juga kena ingat balik kisah "riddah" pada zaman Saidina Abu Bakar menjadi khalifah. Keputusan beliau ialah mengisytihar perang terhadap golongan riddah. Lalu Saidina Abu Bakar menegaskan: "Usahkan orang tidak mengeluarkan zakat, orang yang tidak beri 'tali hidung' ('iqal) unta, aku akan perangi mereka." Ia bermakna perbuatan yang bersifat durhaka itu tidak bolleh dibiarkan, kerana bila dibiarkan akan rosaklah masyarakat (orang ramai).
Sama juga, dengan seseorang itu yang membiarkan bacaan fatihah secara tidak betul tajwid, akan berterusan dengan tidak betul. Sedangkan kerana bacaan tidak betul itu, mwenyebabkan ia berubah makna atau menjadi makna yang tidak betul.
Akhirnya, rakaman tahniah dan terima kasih kepada semua pihak yang telah istiqomah dan sentiasa mengambil tanggungjawab menjayakan misi hududullah ini.
*Olahan daripada ucapan pada Sambutan Hari Hududullah Negeri Kelantan, pada 22 Syawal 1432 bersamaan 20 September 2011, jam 10.40 pagi di Balai Islam Lundang, Kota Bharu.
Tun Abdullah Ahmad Badawi menegaskan tiada sebab bagi pengawal selia stesen penyiaran menghalang penyiaran klip video Undilah kerana pengumuman khidmat awam seumpama itu ke udara demi kepentingan umum sejak pilihan raya umum pertama.
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) telah mengarahkan agar stesen penyiaran lokal tidak lagi menyiarkan klip video itu, yang dilancarkan sempena Hari Malaysia minggu lalu. Arahan itu difahamkan dikeluarkan oleh SKMM awal minggu ini.
"Saya merasakan ia (klip video) baik. Saya seronok mendengar (klip video itu)," kata bekas perdana menteri (gambar) ini.
"Saya mendapati lagu ini bukan (memihak) mana-mana kumpulan atau parti, liriknya menggalakkan, merangsang orang ramai tentang kepentingan pilihan raya," kata beliau pada majlis rumah terbuka Aidilfitri di sini hari ini, dengan merujuk kepada klip Marilah Mengundi yang lazimnya akan dimainkan ketika pilihan raya.
"Saya tidak melihat apa-apa sebab mengapa SKMM wajar ambil tindakan ini," katanya.
Dalam satu kenyataan awal hari ini, SKMM berkata klip video Undillah belum mendapat kelulusan Lembaga Penapisan Filem (LPF) untuk siaran, dan oleh itu, ia tidak sepatutnya disiarkan menerusi televisyen sehingga ia telah mendapat kelulusan.
Agensi itu berkata, hasil pemantauan pematuhan secara rutin dibuat menunjukkan pengumuman khidmat awam yang dihasilkan oleh pemuzik Pete Teo belum mendapat kelulusan LPF.
SKMM menambah, di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998, semua penyiar mesti menghentikan penyiaran klip video berkenaan.
Banyak pihak termasuk mereka yang menjayakan penerbitan klip itu mengkritik tindakan SKMM yang melarang stesen penyiaran lokal daripada menyiarkan bahan itu.
Selain Ahli Parlimen Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah dari Umno turut menjayakan klip itu ialah Timbalan Menteri Pelajaran Datuk Dr Wee Ka Siong dan Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Rosnah Abd Rashid Shirlin.
Personaliti lain termasuklah Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara Tony Pua, Ahli Parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar, Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad dan Adun Seri Setia Nik Nazmi Nik Ahmad.
Pelakon Afdlin Shauki dan penulis lirik kontroversial Namewee merupakan antara individu terpilih untuk mendendangkan lagu Undilah ciptaan komposer Pete Teo.
Video klip berdurasi 4.38 minit itu turut menampilkan 40 personaliti termasuk ahli politik Barisan Nasional dan Pakatan Rakyat.
Sehubungan itu, Abdullah yang melepaskan jawatan perdana menteri April 2009 bertanya sama ada lesen atau kelulusan diperlukan untuk menyiarkan klip pengumuman khidmat awam.
penyapu sial
nampaknya SKMM pun dah terlampau...dia nie pun dah jadi ahli komponen BN....kuasa dia dah semakin terlampau....jangan terperanjat satu hari nanti dia akan tiru budaya SPRM...campak tertuduh dari tingjat tertinggi dan ada waktu terluang pergi merompak orang awam bila tak cukup pulus bila bapak anjing UMNOPORNO tak cukup bagi makan...!!!
— P. Ramakrishnan The Malaysian Insider Sep 24, 2011 SEPT 24 — We must not forget the larger issues involved in the case simply because the government had decided to get out of a messy situation for its own good. The Barisan Nasional government created this untenable position that cannot be sustained by logic and [...]
by Duwen Babat My focus on electoral reform with reference to Sarawak are in four areas that are as follow. 1. Development during campaigning period – I would suggest that all development must be stopped when the DUN/Parliament is dissolved. The caretaker government must not be allowed to used development during the campaigning period to [...]
The implementation of hudud in the state of Kelantan must in all circumstances be subject to the maqasid al Shari'a, that is, the Higher Objectives of the Shari'a, the most paramount of which is to ensure justice for all, regardless of race, status or religion. This warrants the existence of Shari'a judges who are capable of dispensing justice without fear or favour and a Shari'a judicial system which is independent of political pressure or other kinds of influence that would impair its functions in the administration of justice.
As a Muslim, I am bound by the commandments of my religion including the injunctions as ordained in the Holy Qur'an. As I have stated before, the right to practice one's faith is a fundamental freedom that is guaranteed by the Federal Constitution. In this regard, it must be stressed that non-Muslims are and must continue to be in all circumstances exempt from the Shari'a jurisdiction. This view is perfectly consistent with the position of the Pakatan Rakyat as laid out in the Orange Book:
"…to defend the Federal Constitution, to uphold the position of Islam as the religion of the Federation, to ensure that other religions may be professed and practiced fully, and to safeguard the special position of the Malays and the natives of Sabah and Sarawak as well as the interests of other races in line with Article 153."
We condemn the hypocrisy of UMNO and Barisan Nasional in exploiting the hudud issue for political mileage. Even more deplorable are the sinister machinations orchestrated by UMNO in attempting to stoke the fires of ethnic and religious tension by repeatedly playing up the issue in their media.
To the non-Muslim audience, they project an anti-Shari'a stance even on some occasions rubbishing it as a primitive system while to the Muslim audience; they relentlessly attack Pakatan Muslim leaders as being traitors to their religion and race by consorting with non-Muslim leaders. Without doubt these actions are part and parcel of the overall plan to drive a wedge in the Pakatan coalition and bring about internal strife and in the process hope to weaken the coalition and the chances of victory in the next elections
I would like to stress that Pakatan Rakyat is a coalition built on the principle of consensus and mutual trust and respect. We hold firm to the conviction that any issue which affects the interest of the people must be discussed frankly in a civilized manner with the objective of seeking an amicable resolution. We also believe that each and every component party of the coalition should be given its legitimate right to explain its position on significant issues to its members.
ANWAR IBRAHIM
This posting includes an audio/video/photo media file: Download Now
Saya tegaskan bahawa Pakatan Rakyat merupakan suatu muafakat utuh dan berlandaskan kejujuran mahukan Perubahan buat rakyat negara Malaysia. Oleh kerana itu, isu yang menyentuh kepentingan rakyat pastinya dibincangkan bersama kesemua wakil dari parti komponen serta keputusan yang dibuat merupakan pendirian bersama. Pun demikian Pakatan Rakyat berpendirian, setiap dari parti komponen sewajarnya mempunyai ruang untuk mengungkapkan keyakinan, faham serta ideologi terutamanya kepada pendokong mereka. Saya sendiri telah merujuk ke mahkamah syariah berkaitan tuntutan qazaf, dan pimpinan Pakatan Rakyat tidak pernah pula menghalang. Hakikatnya hanya Menteri Hal Ehwal Agama Umno yang bertindak menghalang saya dari meneruskan tuntutan qazaf tersebut. Selain itu Dato' Jamil Khir terpalit dengan tuduhan bahawa beliau menggunakan dana zakat bagi membiayai kos guaman kerana tidak memulakan pendakwaan terhadap Saiful Bukhari dalam tuntutan Qazaf saya. Permuafakatan Pakatan Rakyat bukanlah suatu bentuk usahama seperti Umno-BN yang sekadar mahu mendapat laba politik sehingga menafikan hak serta suara mereka yang tidak sehaluan.
Berkaitan hasrat Negeri Kelantan mahu melaksanakan hudud, saya berpandangan kita sewajarnya menghormati keputusan tersebut, namun pastinya ia tertakluk kepada beberapa perkara. Pertamanya persoalan Maqasid al Syariah, Matlamat Utama Syariah, iaitu menjamin keadilan untuk semua. Malah dalam karya saya yang berjudul Gelombang Kebangkitan Asia, tuntas saya ungkapkan keutamaan Maqasid al Shariah demi menjamin keadilan untuk semua. Justeru adalah baik untuk kita merenung beberapa aspek perundangan syariah yang berjaya dilaksanakan di Kelantan, maka tidak wajar buat saya menempelak atau meremehkan langkah tersebut.
Sebagai seorang Muslim, pastinya saya menjunjung tinggi perintah Allah SWT serta pesan-pesan Nya yang terkandung di dalam Al Quran. Apabila ditanya, apakah pandangan saya mengenai hudud di Malaysia dan isu berkaitan undang-undang syariah serta perlaksanaannya oleh mahkamah syariah di negara ini, jawab saya, dalam konteks masyarakat Malaysia, kita semua tertakluk kepada peruntukan Perlembagaan Persekutuan. Oleh kerana itu perlaksanaan hukum Islam sewajarnya mengambil kira keberkesanan pentadbiran mahkamah syariah negara ini memastikan keadilan untuk semua. Menyentuh persoalan keadilan untuk semua, perlaksanaan undang-undang syariah semestinya menjamin hak bukan Islam tidak dicerobohi serta dizalimi. Saya menasihati rakan-rakan untuk meneliti kenyataan saya ini berasaskan muafakat yang tertera dalam Buku Jingga:
“Mempertahankan Perlembagaan Persekutuan, Islam sebagai agama bagi Persekutuan dan agama-agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai di mana-mana di negara ini serta melindungi kedudukan istimewa orang Melayu dan anak negeri mana-mana antara Negeri Sabah dan Sarawak dan kepentingan sah kaum-kaum lain sejajar dengan Perkara 153.”
Namun apa yang saya kesalkan adalah hipokrisi Umno-BN memperalatkan isu hudud ini sebagai permainan politik. Pimpinan Umno-BN tidak pernah berhasrat membincangkan isu ini secara tuntas dan serius. Mantan perdana menteri, Dr Mahathir menolak bulat-bulat malah mempersendakan peranan undang-undang syariah serta beberapa pesan yang dianggap sebahagian dari sunnah Rasulullah SAW. Media yang dikuasai pemerintah pula mencanangkan kononnya undang-undang syariah sebagai suatu warisan zaman primitif. Harus diingat, pandangan beberapa kerat pimpinan Umno yang mempersenda hukum Islam ini sesungguhnya tidaklah mewakili umat. Waima mutakhir ini beberapa pimpinan Umno memperlihatkan diri sebagai jagoan memperjuangkan Islam, manakala seringkali pula mereka menuduh pimpinan Pakatan Rakyat sebagai pengkhianat agama dan bangsa, sedangkan yang sering dilaung-laungkan oleh pimpinan Umno-BN sekadar retorika membakar sentimen serta sering tersasar dari kehendak syariah yang mahukan kemaslahatan untuk rakyat.
ANWAR IBRAHIM
This posting includes an audio/video/photo media file: Download Now
Jamuan Aidilfitri & Ceramah Perdana PR NS 25 September 2011/ Ahad 8.00 malam Markas PAS Muasasah Darul Syarif, Kg Gajah Mati, Batu Kikir, Jempol. Penceramah utama: YB Saifuddin Nasution Ismail YB Dato' Kamarul Baharin Abbas YB Loke Siew Fook YB Mohd Taufek Abd Ghani
PELANCARAN BILIK GERAKAN DUN PALONG & Ceramah Perdana 25 September 2011/ Ahad 8.00 malam Palong 9, Jempol Penceramah utama: YB Saifuddin Nasution Ismail YB Dato' Kamarul Baharin Abbas
Jamuan Aidilfitri KEADILAN Bersama DSAI & Ucaptama perdana Pra-PRU 13 27 September 2011/ Selasa 8.00 malam Kg Telok Pelandok, Batu 12, Pasir Panjang, Port Dickson.
Jamuan Aidilfitri DUN Chuah 24 September 2011/ Sabtu 2.30 petang hingga 5.00 petang Kg Jawa, Batu 12, Bukit Pelandok, Port Dickson.
Nasib kaulah rakyat yang berdepan dengan masalah perumahan terbengkalai sejak bertahun-tahun yang lalu. Agaknya Najib, Muhyiddin, Umno dan BN dah tak kisah lagi dah masalah perumahan terbengkalai ni. Mereka dah ada 1Malaysia, dah ada ETP Pelan Tranformasi, dah ada SPNB, dah ada Kedai Rakyat 1Malaysia, Klinik 1Malaysia. Buat penatnya buat aduan perumahan terbengkalai ni.
Laman web khusus untuk Perumahan Terbengkalai di http://terbengkalai.blogspot.com bukan merupakan satu ancaman pada mereka agaknya. Tambahan pula kalau di Melaka di mana merupakan kubu kuat Umno, lagilah mereka tak peduli agaknya.
Satu cara sahaja untuk rakyat ajar pemimpin BN/Umno ini, undi apa-apa selain BN/Umno.
Rumah terbengkalai oleh Syarikat Sepadan Tegas Sdn Bhd Aduan Rakyat 23 September 2011
Saya telah membeli sebuah rumah yang dimajukan oleh Syarikat Sepadan Tegas Sdn Bhd pada tahun 2001. Rumah sepatutnya siap pada tahun 2003, walaupun demikian ia terbengkalai hingga sekarang.
Saya telah membayar pinjaman perumahan dari tahun 2003 hingga sekarang. Pada ketika ini pihak pemaju langsung tidak ada memberi maklum balas tentang rancangan penyiapan projek perumahan (Taman Bidara Palma) di Tanjung Bidara, Masjid Tanah, Melaka.
Saya percaya bahawa mereka senasib dengan saya juga merasa begitu tertekan dan kecewa keran rumah yang diidamkan tidak disiapkan mengikut perjanjian.
Dah nak masuk kali ketiga mengundi (PRU) keadaannya masih sama. Kawasan perumahan yang terbengkalai sebahagiannya dah jadi hutan kecil.
Sebahagian pembeli pula telah mengambil inisiatif sendiri menyiapkan rumah idaman dengan perbelanjaan sendiri.
Aku baru tonton satu video terbaharu dari Bapak3, kali ni mengenai komunis. Video yang patut kita sama-sama hayati dan amat baik untuk Mat Sabu study supaya lebih faham mengenai komunis ni.
Apapun, aku puji kerajinan Bapak3 menerbitkan video ini, rangkuman yang baik untuk segenap lapisan masyarakat di Malaysia memahami komunis dan Pakatan Rakyat itu adalah sama saja ... Dua-duanya haprak !
Keep up bro Bapak3 !
Disertakan video terbaharu daripada Bapak3 untuk sama-sama kita tonton dengan anak-anak & cucu-cucu (supaya depa semua paham dan tak buta sejarah, tak le jadi macam Mat Sabu yang Mukanya Maseh Bau BU*** Normah tu).
Untuk artikel blogger Bapak3 mengenai video ini, sila Klik SINI ...
GEORGE TOWN, Sept 24 (Bernama) -- The DAP has called on the Pakatan Rakyat to hold an emergency meeting to discuss and resolve PAS' controversial plans to implement Hudud laws. DAP national chairman Karpal Singh said the party would always oppose the establishment of an Islamic state and that the Pakatan secretariat should arrange for an urgent meeting. He said, any delay to address the contentious matter would severely erode public confidence, especially among non-Muslims, on Pakatan. "An emergency meeting must be held immediately to publicly clarify Pakatan's stand on the issue and the controversy must end, once and for all," he told reporters here Saturday. It was reported early this week that Kelantan Menteri Besar Datuk Nik Aziz Nik Mat had said that PAS would not back down from plans to institute an Islamic state and Hudud agenda, and that the DAP could leave the loose coalition of opposition parties, if it was against it. However, Karpal, who is also Bukit Gelugor member of parliament, said an Islamic state could never be implemented in any part of the Federation of Malaysia because the Federal Constitution simply did not allow it. The Pakatan coalition comprises the DAP, PKR and PAS.
tunku : dont worry dap, nik aziz is just trying to divert mat sabu's issue with this hudud. they have said it clearly at their "muktamar" that they won't proceed with hudud or islamic agenda. dap should just accept nik aziz's remark and support hudud.
You are subscribed to email updates from tunku To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
Dewan Pemuda PAS Kelantan menyokong gesaan Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaludin agar kerajaan pusat meminda perlembagaan bagi membolehkan kerajaan Kelantan melaksanakan hudud.
Dalam satu kenyataan kepada Harakahdaily hari ini, ketua penerangannya Ahmad Fadhli Shaari (gambar) berkata kenyataan Khairy tersebut mempamerkan sikap seorang jauh terbuka dan berani sebagai pemimpin yang berada di dalam Umno.
"Kita menyambut baik dan menyifatkan kenyataan Khairy itu mewakili suara Pergerakan Pemuda Umno Malaysia keseluruhannya yang mahukan agar Kelantan diberikan peluang untuk melaksanakan hudud seperti yang telah dibentangkan hampir 20 tahun yang lampau," katanya.
Kenyataan Khairy tersebut dilaporkan di dalam akhbar Mingguan Malaysia, hari ini 25 September 2011 di halaman 11.
Selain pusat, mereka juga mahu cadangan Khairy itu disambut baik oleh pemuda dan Umno Kelantan demi melihat undang-undang yang berteraskan syariah ini dapat dilaksanakan.
Dalam kesibukan melayan polimek isu hukum hudud , Karpal Singh tidak harus lupa pada pendedahan dakwaan skandal video seks melibatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim khususnya CCTV terbaru masuk keluar lif di apartmen di Jalan Ampang,Kuala Lumpur.
Naib Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Datuk Razali Ibrahim mahu Pengerusi DAP itu turut memberi pendapatnya sebagai seorang peguam.
Razali yang juga Timbalan Menteri Belia dan Sukan berkata jika Karpal Singh terus membisu, beliau sebagai seorang ahli politik dan peguam tidak akan berupaya menghormatinya sebagai seorang insan.
"Ini juga akan membuka mata masyarakat tentang kredibiliti, kepakaran dan keikhlasan seorang peguam serta ahli politik veteran bernama Karpal Singh," katanya.
Razali menyatakan demikian kepada wartawan pada majlis rumah terbuka Aidilfitri di kediamannya di Kuala Lumpur Sabtu.
Baginya ini merupakan masa paling sesuai buat Karpal Singh tampil memberi penjelasan kepada masyarakat mengenai pendirian dan pendapatnya dalam hal video itu berdasarkan kepakaran dalam undang-undang.
"Dalam budaya kita, diam tanda setuju,"katanya.
CCTV itu memaparkan dua lelaki yang seiras Datuk Sharzly Eskay Abdullah dan Anwar masuk dan keluar lif apartmen itu yang didakwa lokasi adegan video seks dirakam.
Ia dalam bentuk warna.
Pendedahan CCTV itu dan trailer satu babak lain yang dikatakan dirakam di Thailand telah menghangatkan balik isu video seks.
Anwar yang diminta ulas mengenainya bagi alasan beliau enggan layan.-Agendadaily
Kejadian berlaku ketika Sambutan Aidilfitri dan ceramah timbalan presiden PAS Mohamad Sabu di Seremban malam tadi.
Acara yang dijadual bermula jam 9 malam tetapi setengah jam sebelum itu, dimana penyokong kumpulan pendesak Melayu, PERKASA mula berhimpun di tepi jalan utama yang terletak kira-kira 60 meter dari pentas ceramah.
Mereka membawa sepanduk dan kain rentang seperti "Mat Sabu Pembohong", "Mat Sabu Perosak Bangsa" dan "Mat Sabu Hina Pejuang".
Pada awalnya, keadaan dilaporkan terkawal tetapi apabila Mat Sabu mula menyampaikan ceramah pada jam 10.15 malam, ahli-ahli PERKASA itu didakwa cuba bergerak ke arah pentas.
Mereka bagaimanapun dihalang oleh penyokong PAS dan akibatnya berlaku tolak-menolak dan keadaan menjadi tidak terkawal.
PAS ganas simbah air panas.
Setiausaha PERKASA Negeri Sembilan, Alias Mohamad yang turut hadir semasa kejadian itu semalam, ketika dihubungi berkata bahawa mereka bukanlah anti-PAS tetapi sekadar menyatakan bantahan terhadap Mat Sabu.
Kami bukan menentang PAS secara keseluruhan tetapi hanya menyatakan bantahan kami terhadap Mohamad Sabu yang menyakitkan perasaan banyak anggota tentera.
"Ramai bekas anggota tentera hadir malam tadi dan mereka kecewa dengan kedegilan Mat sabu dan keenggannya meminta maaf berhubung kenyataannya.
"Dia yang diiktiraf komunis dan memartabatkan komunis.
Apabila diminta mengulas mengenai beberapa penyokong PAS yang cedera itu, Alias berkata PERKASA hanya mahu menyerahkan memorandum tetapi dihalang.
"Kami hanya mahu menyerahkan memorandum bantahan tetapi kami telah dihalang oleh penyokong PAS. Ini menyebabkan keadaan panik dan kejadian seumpama itu tidak sepatutnya berlaku.
"Tetapi saya difahamkan seorang daripada ahli kami juga terkena simbahan air panas daripada sumber yang tidak diketahui," katanya.
Projek di Ijok yang merupakan kawasan DUN yang diwakili oleh MB Selangor Khalid Ibrahim. Baikpulih jalan ni ala kadar sahaja atau dia orang dah kebas duit projek jalan? Baca lagi di sini...
Mesyuarat Majlis Pimpinan Negeri PKR Pahang semalam, sebulat suara mengambil keputusan untuk memecat Ahli Majli Pimpinan Negeri (MPN) PKR Pahang iaitu Ponusamy a/l Govindasamy.
Turut dikenakan tindakan yang sama ialah Abd Rahman Othman (Bob Rahman) bekas Ketua Cabang PKR Pekan. Keputusan itu telah dibuat dalam mesyuarat yang diadakan di pejabat PKR Bentong dekat sini.
Keputusan itu dibuat gara-gara tindakan pemimpin terbabit yang dipercayai telah terlibat dan menyertai Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (KITA) pimpinan Datuk Zaid Ibrahim.
Keputusan mesyuarat yang dipimpin oleh Datuk Fauzi Abd Rahman itu telah mengejutkan ramai pihak sebenarnya.
Sebelum ini memang sudah ada "khabar angin" mengatakan Ponusamy atau lebih dikenali sebagai Ram bakal meninggalkan PKR. Tambahan pula dia dilihat bersama Zaid ketika pelancaran Parti KITA di Batu Balai, Jerantut awal tahun ini.
Namun, beliau menafikan tindakan tersebut dan memberi alasan kehadirannya ke program berkenaan hanyalah sebagai menghormati jemputan kawan. "Saya hadir atas undangan sahabat dan tidak lebih dari itu.
Tiada kesalahan yang saya lakukan. Zaid juga adalah sahabat saya. Kenapa perlu kenakan tindakan terhadap saya", kata Ram ketika itu. Difahamkan, Ram dan Abd Rahman bakal bertanding untuk jawatan Ketua dan Timbalan Ketua Cabang PKR Pekan pada Oktober ini.
Mereka akan menentang Roslan Mohd Tahir bagi jawatan Ketua, manakala Ram pula bakal ditentang oleh Mohd Kamal Yusof bagi jawatan Timbalab Ketua. Dengan keputusan MPN Pahang semalam, apakah ini bermakna mereka berdua juga tidak layak untuk bertanding bagi jawatan terbabit?.
Kami akan mendapatkan maklumat terkini tentang kedudukan kedua-dua pemimpin terbabit. Jika benar, keputusan mahu memecatkan mereka maka ia pastinya akan memberikan malapetaka yang lebih besar kepada parti PKR di Pahang secara keseluruhannya dalam masa terdekat ini.
A school bus size NASA satellite plummeted back to Earth overnight, being torn apart as it reentered the atmosphere and fell over the Pacific Ocean, the space agency said.
Exactly when and where the Upper Atmosphere Research Satellite (UARS) fell, as well as the fate of any debris that may have made it all the way to the ground, was not yet known.
UARS "fell back to Earth between 11:23 p.m. EDT Friday, Sept. 23 and 1:09 a.m. EDT Sept. 24," NASA wrote on its website. "The precise re-entry time and location are not yet known with certainty."
UARS, which was launched on space shuttle Discovery in September 1991, began its uncontrolled re-entry over the Pacific Ocean, according to the Joint Space Operations Center at Vandenberg Air Force Base in California. NASA orbital debris scientists and U.S. Strategic Command had been carefully tracking UARS for the past two weeks after it was clear that the satellite's fall was approaching.
Prior to its plunge, UARS path around the planet meant it could have scattered its debris almost anywhere over the world's most populated regions. With a 1 in 3,200 chance that someone could have been struct by a piece of UARS, the satellite's descent into the atmosphere drew worldwide attention.
Agensi Angkasa Negara hari ini menasihatkan orang ramai agar tidak menyentuh, mengambil atau menyimpan objek luar biasa yang ditemui kerana berkemungkinan ia serpihan satelit milik Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan (NASA).
Sebaliknya, agensi itu dalam satu kenyataan di sini meminta agar penemuan berkenaan dimaklumkan kepada mereka bagi tindakan lanjut.
Satelit seberat enam tan yang dilancar pada 1991 itu jatuh ke bumi antara lewat Jumaat dan awal Sabtu.
Satelit itu dilapor memasuki atmosfera bumi dan jatuh melepasi Lautan Pasifik dengan waktu dan lokasi sebenar belum diketahui dengan tepat.
"Jika ditanya para ulama sekalipun, undang-undang Islam itu tidak boleh dilaksanakan melainkan kita sudah mengambil kira persekitaran dan realiti sebenar masyarakat ketika itu," katanya.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini menyifatkan langkah Mursyidul Am PAS Datuk Nik Aziz Nik Mat memutarkan kembali cerita lama mengenai hudud sebagai taktik parti itu bertujuan menagih perhatian rakyat.
Beliau berkata taktik ini dilakukan selepas parti itu menerima kritikan hebat daripada rakyat negara ini ekoran kenyataan Timbalan Presiden parti itu Mohamad Sabu yang mempertikaikan peranan anggota polis dalam peristiwa Bukit Kepong dan menyanjung pengganas komunis sebagai pejuang tanah air.
"Saya nampak ini taktikal, sebab parti PAS sudah menerima pukulan cukup hebat ekoran daripada kenyataan Mohamad Sabu yang menidakkan pejuang-pejuang nasionalis yang terbunuh dalam insiden Bukit Kepong dahulu. Ia telah menimbulkan kemarahan yang begitu dahsyat dalam kalangan orang Melayu.
"Mereka sedar bahawa sokongan kepada mereka dah merosot dengan begitu ketara, jadi mereka cuba timbulkan isu hudud ini dengan harapan bahawa isu Mohamad Sabu itu akan tenggelam dan cuba muncul sebagai parti memperjuangkan Hudud dan menawan hati orang Melayu," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Karnival 1Malaysia di Tanjung Tualang.
Datuk Seri Najib berkata isu hudud ini turut memperlihatkan kemelut persefahaman antara parti dalam pakatan pembangkang sudah tidak dapat ditutup lagi dan beliau yakin rakyat bijak menilai kelemahan mereka. "Dalam soal undang-undang hudud ini, telah timbul satu keadaan di mana perbezaan ideologi mereka sudah tidak boleh ditutup lagi, tidak boleh diselindung di hadapan mata rakyat.
"Saya berharap ini dapat disedari oleh rakyat, kita tidak boleh meletakkan harapan kepada satu gabungan yang tidak sehaluan daripada segi prinsip dan ideologi.
"Walaupun mereka cuba mengaburi mata rakyat, tetapi lambat laun ia akan timbul bukan sahaja daripada segi hudud tetapi juga pembahagian jawatan dalam "Kabinet Bayangan" mereka. Mereka belum berani merangka Kabinet mereka," katanya.
Ditanya mengenai pendirian kerajaan berhubung hukum hudud, Datuk Seri Najib berkata undang-undang berasaskan hukum hudud tidak akan dilaksanakan di dalam negara ini kerana realiti keseimbangan jumlah masyarakatnya tidak mengizinkan undang-undang sebegitu dikuatkuasakan.
Beliau berkata matlamat sebenar perlu dicapai, yang antaranya memastikan rakyat dan negara ini sentiasa aman serta sejahtera.
Satu perkara yang dapat aku perkatakan sewaktu menonton perlawanan bolasepak Live antara Man U menentang Stoke – bahawaJermaint Pennant danPeter Crouch merupakan pasangan yang cukup serasi ketika di atas padang.
Keserasian mereka ini bukan sahaja ketika bermain bersama dalam pasukan Stoke, tetapi sejak mereka bersama-sama dalam pasukan Liverpool lagi …..
Malam ini, beberapa kali gandingan mereka berdua hamper merobek gawang MU. Tapi takkanlah MU akan kalah kepada pasukan 'cikai' ini, sebab ada peminat MU dalam FB mengatakan bahawa Stoke merupakan pasukan cikai …. hehehehe
DAP bekerjasama dgn PAS sebab nak jatuhkan UMNO dan MCA. DAP dah dekat dengan PAS, nampak lebih paham ISLAM sekarang, berbanding MCA dok kawan dgn UMNO.... makin kacau aku tgk, dok tak paham2 Islam lagi...
Kawan aku gak kata:
dengan kata lain mahu mendekati... janganlah disebabkan diorang bukan Islam kita jauhkan... kita kena dekatkan....dengan cara tu barulah mereka memahani betapa Indah Islam tu sendiri....bila kita yg Islam menolak hukum Islam.... Apa yg bukan Islam nampak?..."org Islam sendiri pun tolak Islam... aiyaaa.....".....
itu jer yang aku nak tulis malam nie sambil layan MU vs STOKE.
Orang bodoh = pakai credit card sampai maximum, lepas tu takleh bayar (berlagak macam org banyak duit!) Orang pandai = pakai credit card tapi orang lain bayarkan (pakai kad klon la tu!)
Orang bodoh = ada motor tapi gi kerja nak naik LRT jugak (kes suka 'bergesel'la ni) Orang pandai = takde motor, takde kereta, takde LRT tapi ada otak (kes suka numpang kereta or motor kawan tapi tak reti nak hulur duit minyak!)
Orang bodoh = company dah sediakan nescafe, milo, biskut bla bla bla tapi gi minum gak kat cafeteria kena bayar plak tu Orang pandai = tak minum kat cafeteria tapi company punya nescafe, milo, biskut bla bla bla angkut bawak balik !!!!
Orang bodoh = beli suratkhabar sebab nak tengok nombor ekor je pas tu buang Orang pandai = orang yg tunggu org bodoh buang pas tu dia kutip... dapat baca semua sekali wo
Orang bodoh = kentut kuat² kat office pas tu bangga ngan baunya Orang pandai = kentut senyap sunyi (takde bunyi) baunya... boleh buat unta sakit perut! dhab pun koma sekejap! pas tu bermati-matian salahkan member sebelah guess sapa member sebelah tu?...sibodoh yg kentut kuat tula!)
Orang bodoh = ada masalah cerita kat orang pandai Orang pandai = dengar masalah orang bodoh pastu cerita kat orang bodoh yang lain, pas tu membodohkan orang bodoh tu...jadinya orang bodoh yang pertama tu jadi bodohs (plural)
Ada lagi...scroll down
Orang bodoh = orang yg buang masa baca cerita ni! Orang pandai = saper yang forward cerita ni... há há há...aku la tu... jadi yang mana satu pilihan bijak? pandainyeeeeeeeeeeeeeeeeeeee
LEPAS BACA JANGAN MARAH.....NANTI KENA JUAL!!!! ****kalau nak jadi org yg pandai, cepat-cepat ler fwd cerita nih.......heheheheeeee..........
p/s: takkan nak kena sorang2 kan??? Kan?? Kan???? Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
Ahli Dewan Undangan Negeri Berapit yang menaiki kereta milik kerajaan negeri Pulau Pinang telah melanggar kereta yang di lettakkan di tepi jalan di dalam kawasan Universiti Sains Malaysia pada petang tadi. Yang malangnyanasib yang menimpa rakan kita seorang pekerja kilang di kawasan perindustrian Bayan Lepas yang datang menyaksikan karnival bola sepak yang disertai oleh rakan beliau.
Lydia Ong dengan angkuhnya menyatakan kepada beliau sila laporkan kepada polis kejadian tersebut. Senangnya YB DAP cakap dah lah langgar kereta orang dan tidak langsung menunjukkan rasa bersalah.Inikah sifat yang ada pada YB DAP yang memang rasis bila berhadapan dengan orang melayu.
Jika kita terbalikkan cerita yang kena langgar kereta beliau dan yang melanggar kereta YB Melayu dari BN mesti berlaku pertikaman lidah. Fikirlah nasib pemilik yang keretanya dilanggar ini bukanlah orang kaya dari apa yang diceritakkan kepada saya dia mempunyai banyak tanggungan.
Hanya ini saja yang diberikan oleh beliau adakah ini cukup untuk apa yang dilakukannya?
Keadaan kereta Waja brother nie agak teruk tayar masuk kedalam dan langsung tidak dapat bergerak.
Lydia Ong telah menelefon kepada pihak kerajaannegeri dan pihaknya telah menghantar satu lagi kereta untuk menjemput beliau dan pergi begitu saja.
Inilah sifat kurang ajar ADUN DAP yang sungguh tidak bertanggungjawab.
Ketua Penerangan UMNO Datuk Ahmad Maslan, mencabar agar sama ada Pas atau Dap keluar dari kumpulan pembangkang sebagai bukti keikhlasan Pas untuk melaksanakan Hukum Hudud di Kelantan.
"Nik Aziz telah diberi 5 kali peluang oleh rakyat dlm 5 pilihanraya umum sejak 1990 tapi masih tidak menunaikan janji utk laksanakannya.
Isu hudud & negara Islam hanya sandiwara politik Pas setiap kali bila hampir pilihan raya untuk meraih undi," ujarnya yang juga Pengerusi Biro Publisiti & Penerangan BN berhubung isu Pas-Dap mengenai penubuhan negara Islam & pelaksanaan hudud.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
Presiden MCA Chua Soi Lek hari ini memberi kata dua bahawa MCA akan keluar Barisan Nasional(BN) jika hukum hudud dilaksanakan oleh UMNO. Suara yang sama juga dicanang oleh Karpal Singh di dalam Pakatan Pembangkang yang menentang perlaksanaan hudud di Kelantan kerana bercanggah dengan perlembagaan negara.
Bezanya Karpal Singh bercakap di mana DAP mendominasi Pakatan Pembangkang yang menang besar dalam PRU 12 yang lalu. DAP adalah 'abang besar' dalam Pakatan Pembangkang berbanding PAS yang tidak mempunyai suara yang kuat di dalam Pakatan Pembangkang kecuali diperalatkan semata-mata. PAS hanya bertanding 66 kerusi daripada 222 kerusi Parlimen. Di Dewan Rakyat PAS hanya ada 23 kerusi berbanding DAP 28 dan PKR 31 dalam PRU ke 12. Setelah ramai wakil rakyat PKR keluar BEBAS, DAP mengetuai jumlah kerusi terbanyak di kalangan Pakatan Pembangkang walaupun terpaksa mengekalkan Anwar Ibrahim PKR sebagai ketua pembangkang. Pendek kata, Karpal Singh menganggap PAS hanya ranking ke 3 di dalam Pakatan Pembangkang.
Berbanding dengan keputusan pilihanraya Umum ke 12, MCA kalah teruk di tangan DAP. MCA hanya menang 15 kerusi daripada 40 kerusi yang dicalonkan dan kehilangan banyak kerusi DUN daripada 90 kerusi DUN yang dipertandingkan. MCA mengalami kekalahan kerusi Parlimen di Wilayah Persekutuan, P. Pinang dan N. Sembilan. Dengan 15 kerusi daripada 222 kerusi di Parlimen atas kedudukan apa MCA boleh memberi kata dua kepada parti UMNO iaitu perti teras di dalam BN. Ada kerusi calon MCA yang hanya kerusi subsidi yang diberikan walaupun kawasan itu majoritinya Melayu. Kalau tiada kekuatan , mengapa Chua Soi Lek berani mengeluarkan amaran dan memberi kata dua?
Bukan Chua Soi Lek tak faham seperti yang dinyatakan oleh TPM, Muhyiddin Yassin. Bagi saya Chua Soi Lek amat faham dan yakin benar bahawa BN tidak akan melaksanakan Hudud dalam masa terdekat. Namun MCA tidak ada pilihan lain untuk membuktikan kepada masyarakat Cina bahawa bukan DAP saja yang berani menentang hudud malah MCA di dalam komponen BN pun tak kurang beraninya. Lawan MCA adalah DAP di kebanyakan kerusi. Jikalau MCA tidak bersuara, maka benar lah MCA adalah 'adik kecil' di dalam BN. Daripada memberi undi kepada 'adik kecil' lebih baik pengundi Cina memberi undi kepada 'abang besar' (DAP) di dalam Pakatan pembangkang.
Di Dalam PRU ke 12 lalu, pengundi-pengundi Cina banyak membantu PAS dan PKR ketika bertanding melawan UMNO. Kekalahan pemimpin-pemimpin UMNO di kawasan undi bercampur adalah disebabkan pengundi Cina telah beralih arah mengundi PKR / PAS. Pengundi Cina juga berperanan memenangkan banyak kerusi PAS terutamanya di kawasan Pantai Barat.
Semasa PRU ke 12, PAS agak berlembut dengan berkorban menukarkan manifestonya yang menjadi tradisi setiap kali pilihanraya daripada penubuhan negara Islam dan Hudud kepada yang lebih enak dan cucuk dengan masyakarat bukan Melayu. Hasil pengorban menggugurkan tujuan asas dan dasar PAS itu maka pengundi tidak lagi menganggap PAS sebagai Parti Islam yang tertutup.
Apabila Nik Aziz bermain dengan retorik hudud semula, maka MCA terpaksa menuruti DAP yang terang-terang menolak hudud. Kenyataan Soi Lek itu menunjukkan MCA masih berusaha menarik semula pengundi Cina balik kepada MCA. Apabila Nik Aziz bermain dengan isu hudud semula, pengundi Cina akan beralih arah dan tidak akan menyokong parti PAS ketika bertanding dengan UMNO. Di kawasan majoriti Cina mereka juga akan berpecah semula sama ada MCA atau DAP. Maka tindakan Chua Soi Lek itu adalah betul.
Jerkahan Chua Soi Lek itu adalah tindakan politik MCA sebagai usaha terakhir menarik semula pengundi Cina. Ianya bukan kerana MCA itu lemah tetapi atas dasar menang pilihanraya kerana MCA tidak mahu lagi menanggung malu. Chua sendiri pernah memberitahu kerajaan jikalau calon-calon MCA ramai yang kecundang dalam PRU 13, kerajaan boleh tidak memilih wakil-wakil MCA sebagai menteri atau timbalan menteri.
Kesimpulannya, bukan kerana MCA kuat atau tidak tetapi ianya adalah strategi politik MCA menjelang pilihanraya.
Sudah terang lagi bersuluh. Walaupun tiada dokumen rasmi dengan tajuk 'Langkah-Langkah Untuk Menghapuskan Warisan Malaysia', namun tindak-tanduk pemimpin pembangkang sejak 'menang besar' pada Pilihan Raya Umum (PRU) 2008 sudah cukup untuk menunjukkan apa yang bakal dilakukan jika memperoleh kuasa.
Jika ditakdirkan memerintah negara ini, mereka akan mengubah segala-galanya yang menjadi identiti kebangsaan Malaysia. Ini termasuk Perlembagaan Persekutuan; lambang utama negara seperti Jalur Gemilang, pemakaian songkok dan batik serta sejarah perjuangan menuntut kemerdekaan negara ini.
Tidak mustahil akan muncul juga 'idea gila' untuk menggantikan lagu Negaraku dan merobohkan bangunan Parlimen kerana dikatakan mempunyai hubungan secara langsung dengan Barisan Nasional (BN).
Perkiraan mereka cukup mudah. Apa sahaja yang didakwa mempunyai kaitan dengan UMNO dan BN perlu dihapuskan tanpa menghiraukan hakikat bahawa perkara itu tidak sepatutnya dipolitikkan kerana ia telah ditetapkan dan dipersetujui semua kaum sejak merdeka.
Terbaru, melibatkan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Alam Shah daripada DAP, M. Manoharan yang menegaskan pihak pembangkang akan menukar Jalur Gemilang jika memperoleh kuasa pada PRU akan datang kerana ia mempunyai kaitan dengan BN dan meniru bendera Amerika Syarikat.
Peguam yang membuat kenyataan dalam laman sosial Facebook miliknya pada 15 September lalu bertindak mengedarkan bendera parti politik untuk sambutan Hari Merdeka dan Hari Malaysia, sebagai ganti kepada bendera Malaysia yang ditentangnya itu.
Sebenarnya, Jalur Gemilang tiada kaitan dengan BN kerana ia dicipta dan dipilih oleh orang ramai menerusi satu pengundian yang dikelolakan oleh sebuah akhbar berbahasa Inggeris. Ia kemudiannya diwartakan dengan persetujuan Majlis Raja-Raja pada 1949, manakala gabungan parti komponen itu ditubuhkan pada 1974.
Pemimpin DAP yang aktif dalam pertubuhan haram, Hindraf itu sebenarnya tidak sunyi daripada kontroversi. Pada 2009, beliau telah meluahkan perasaan tidak gembira dengan syarat pemakaian songkok ketika istiadat pembukaan sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor.
Menurut beliau, syarat itu tidak perlu dipatuhi kerana orang bukan Melayu tidak diberikan status bumiputera dan masih dilayan sebagai kumpulan berbeza. Sehubungan itu, beliau menuntut kerajaan memberikan taraf bumiputera kepada bukan Melayu di negara ini yang lahir selepas 31 Ogos 1957.
Penentangan terhadap pemakaian songkok turut dikongsi oleh wakil rakyat DAP lain dan ia terbukti pada Jun tahun ini apabila 12 wakil rakyat parti itu tidak mengenakan pakaian rasmi dan songkok pada upacara pembukaan sidang DUN Sarawak Ke-17.
Dalam pada itu, Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Anwar Ibrahim lain pula kerenahnya. Ketika menyampaikan syarahan bertajuk Kebebasan dan Musuh-Musuhnya sempena Festival Salihara 2010 di Jakarta, Indonesia pada Oktober tahun lalu, telah menghina batik yang menjadi warisan negara. Beliau menyifatkan ia sebagai jelik sebab ciri-ciri keseniannya cukup rendah sehingga menyebabkan dirinya lebih gemar memakai batik Afrika.
Pada masa sama, pada awal tahun ini, kerajaan PKR Selangor telah mencuba untuk meminda Undang-Undang Tubuh Negeri Selangor 1959. Pindaan itu bertujuan memberikan kuasa kepada Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim melantik tiga pegawai eksekutif negeri termasuk Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) dan memastikan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah hanya memberi perkenan calon yang direstui kerajaan PKR sahaja.
Pengerusi Program Sains Politik Universiti Sains Malaysia (USM), Dr. Azeem Fazwan Ahmad Farouk yang diminta mengulas trend itu menyifatkan ia sebagai membimbangkan kerana perkara-perkara yang telah dipersetujui bersama sejak merdeka sepatutnya tidak diubah.
"Perkara-perkara ini seharusnya tidak diubah. Mengapa mempersoalkan kedudukan sultan dan bendera kebangsaan?" katanya.
Tegas beliau, langkah itu membuktikan pihak pembangkang tidak serius untuk mewujudkan sebuah kerajaan yang lebih baik berbanding kerajaan BN seperti yang dicanang-canangkan.
"Jika ingin mewujudkan kerajaan lebih baik pihak pembangkang seharusnya membangkitkan persoalan dasar dan bukannya mengenai perkara-perkara yang telah disepakati bersama," ujarnya.
Sementara itu, pihak Pas pula mempunyai perancangan lain iaitu bagi mengubah semula sejarah negara.
Ini terbukti dengan kenyataan Timbalan Presidennya, Mohamad Sabu ketika satu ceramah di Pulau Pinang, 21 Ogos lalu, yang mahu pengganas komunis, Muhammad Indera yang mengetuai serangan ke atas Balai Polis Bukit Kepong, Muar, Johor diiktiraf sebagai pejuang kemerdekaan. Dalam kejadian menyayatkan hati pada 23 Februari 1950, 25 orang termasuk ketua balai berkenaan, Sarjan Jamil Mohd. Shah terbunuh.
Pensyarah Kolej Undang-Undang, Kerajaan dan Pengajian Antarabangsa, Universiti Utara Malaysia (UUM), Mohd. Na'eim Ajis menyifatkan kenyataan Mohamad itu hanya akan mewujudkan perbalahan dalam masyarakat. Menurut beliau, malah kini telah muncul dua kelompok iaitu yang menyokong dan membantah kenyataan beliau.
''Saya melihat golongan yang menyokong Mat Sabu hanya menerima bulat-bulat apa yang dikatakan oleh beliau tanpa membuat kajian terlebih dahulu tentang fakta sejarah sedia ada," katanya.
Selain gerakan untuk mengubah lambang rasmi dan sejarah negara, terdapat juga trend di kalangan pemimpin pembangkang untuk mengubah Perlembagaan Persekutuan, walaupun hasrat itu tidak diluahkan secara nyata kerana bimbang tidak mendapat sokongan orang Melayu.
Penasihat DAP, Lim Kit Siang ketika sesi Dewan Rakyat pada Ogos 2008 misalnya telah mempertikaikan mengapa isu ketuanan dan hak-hak Melayu diberi penekanan sejak kebelakangan ini berbanding perpaduan nasional. Isu terbabit sepatutnya tidak dibangkitkan oleh beliau kerana kedudukan hak-hak istimewa orang Melayu telah termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.
Perkara lain yang termaktub dalam perlembagaan tertinggi negara itu yang sering dipertikaikan pihak pembangkang adalah mengenai tanah rizab Melayu, jaminan orang Melayu untuk mendapat lesen, permit dan kuota dalam perniagaan atau pendidikan serta keistimewaan mendapat biasiswa.
Segala tindak-tanduk yang ditunjukkan pemimpin pembangkang itu membuktikan jika mereka berkuasa, hak keistimewaan orang Melayu, budaya warisan bangsa, sejarah dan identiti Malaysia yang menjadi kebanggaan kita akan hilang.
Bukankah ini jelas agenda sulit Pakatan Haram Pembangkang yang dilihat dilakukan secara halus kearah me-REPUBLIK-kan Malaysia jika kita tidak bertindak dari sekarang. Fikir-fikirkanlah sebelum nasi menjadi bubur!
Wasabi Oyabun..
You are subscribed to email updates from Oyabun To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
Laporan terkini daripada Pejabat Perdana Menteri ialah pengorbanan oleh pejuang tak di dendang. Pengorbanan dituntut oleh Negara kerana sengketa yang tidak padam oleh dendam kesumat dan sandiwara agung politikus jembel.
Siapakah korban ke-13? UMNO sudah lama berkorban! Kali ini UMNO menuntut MCA, GERAKAN, MIC dan PPP pula yang berkorban. Sanggupkah kalian korbankan identiti kalian agar tidak kelihatan kelibat dalam PRU-13?
Korban paling utama ialah korban pencalonan. UMNO kena korban calon-calon yang tidak disukai ramai. UMNO kena korbankan calon-calon bangang, sombong dan bodoh. UMNO kena korbankan calon yang kelihatan tidak bersih, tak pernah bersih dan sentiasa memberi masalah di peringkat akar umbi.
Kerusi Parlimen yang dominan pengundi Melayu, wajib dijadikan milik mutlak UMNO. Kerusi Parlimen yang dominasinya Cina dipertanggungjawabkan kepada MCA serta Gerakan; dan kawasan ramai India diberi peranan kepada MIC atau PPP. Suka atau tidak, andai tidak bersetuju, maka korban ke-13 pasti menimpa UMNO.
Apakah rakyat sudah bersedia wujudkan Kerajaan Campuran di peringkat Persekutuan? Atau Kerajaan Media Baru dengan pendekatan UMNO bergabung dengan PAS di peringkat Persekutuan?...kerana dijangka MCA, Gerakan, MIC dan PPP langsung corot tiada kerusi.
PkR tidak boleh bersatu kerana mereka pendukung fahaman plural dan liberal. DAP bukan pilihan Rakyat Raja kerana meroyan mahu bikin bendera, mahu bikin doktrin Komunis, mahu bikin bahasa Mandarin yang setara dengan Bahasa Melayu serta mahu bikin akta-akta baru antaranya Akta Patriot seperti Amerika yang lebih zalim dan tidak percaya kepada kuasa Pencipta.
Korban ke-13 bakal tercipta jika Najib dan Muhyiddin saling berbalah dan berbeza pandangan dalam perkara induk. Dua teraju BN ini bakal terkorban jika Najib dan Muhyiddin saling berprasangka ketika laksanakan urusan terutama dalam perkara ranting, jika Najib dan Muhyidin tidak cekap uruskan isteri serta rumahtangga, jika Najib dan Muhyiddin tidak beri amaran keras kepada barisan Kabinet dan Ketua Bahagian UMNO serta Sahabat BN yang menjadi "gunting dalam lipatan", "api dalam sekam", "musang berbulu ayam".
Korban ke-13 bukan milik rakyat jika rakyat benar-benar rasional ketika membuang undi. Andai korban-13 benar, maka, Kelantan masih Pas, Terengganu milik Pas, Kedah kekal Pas, Pulau Pinang (campuran), Perak (campuran), Negeri Sembilan (DAP), Melaka (DAP), Selangor (DAP) dan Pahang (campuran).
Berkemungkinan selepas PRU-13, Speaker Dewan Negara bakal seorang Keling DAP, Timbalan Speaker Cina (DAP) dan Timbalan Speaker 2 ialah Melayu (KITA). Ketua Kerajaan ialah Pas (Hassan Ali), Ketua Pembangkang ialah UMNO (Khairy Jamaluddin), Menteri JAKIM ialah MP PkR, manakala, Menteri MITI ialah DAP.
Di akhir episod Korban ke-13, apabila menjelangnya 2018, Kerajaan Malaysia bakal menjadi kerajaan paling bankrap di dunia.
Pesanan : satu group fb baru nama 'Facebooker 1Malaysia' telah diwujudkan oleh Panglima pada 6.6.2011. Sasaran 1 Juta sebelum 13 Julai 2012. Sila klik di sini http://on.fb.me/kFnvGS untuk join dan mohon jasa baik anda untuk disebar kepada kawan2 Fb anda. Terima kasih.
Pesanan : satu group fb baru nama 'Facebooker 1Malaysia' telah diwujudkan oleh Panglima pada 6.6.2011. Sasaran 1 Juta sebelum 13 Julai 2012. Sila klik di sini http://on.fb.me/kFnvGS untuk join dan mohon jasa baik anda untuk disebar kepada kawan2 Fb anda. Terima kasih
Konvensyen BN Kedah 2011 pada 24 September 2011, tidak ada apa-apa impak kepada usaha menawan Kedah dari Pakatan Rakyat. Ucapan Pengerusi BN, Datuk Ahmad Bashah Abu Hanipah dilihat hanyalah ucapan ritorik kosong dengan bahan ucapan asyik diulang-ulang tanpa fakta atau realiti akar umbi yang sebenar.
Pengurusan pimpinan Kerajaan PAS dan Pakatan Rakyat yang mandom dan lemah tidak di 'address' oleh Ahmad Bashah secara bijaksana untuk menjadi bahan kempen kepada pimpinan akar umbi di kalangan UMNO, MCA, Gerakan dan MIC.
Ucapan yang hanya deras di atas pentas sebenarnya sudah lapuk dan primitif. Rakyat ingin melihat kewibawaan pimpinan dari BN sebagai alternatif kepada mereka untuk memilih dari Pakatan Rakyat kepada Barisan Nasional.
Ini yang gagal dipersembahkan oleh Ahmad Bashah sebagai 'MB' bayangan BN Kedah. Komponen BN yang duduk di belakang dewan ada yang ternga-nga mengantuk dan bertepuk hany kerana rakan-rakan yang lain bertepuk.
Ketidak hadiran pemimpin BN tertinggi diperingkat pusat menambahkan lagi "ceroi" nya konvensyen BN Kedah pada hari itu.
Kelembapan penganjur Konvensyen tersebut yang sebenarnya bermula dari peringkat awal lagi apabila perserta terpinga-pinga mencari tempat untuk mendaftar diri yang rupa-rupanya tidak ada pendaftaran. Sesiapa sahaja boleh berjalan lenggang kangkong boleh masuk ke dewan konvensyen tersebut.
Itulah cerminan BN Kedah apabila menjadi pembangkang. Ceroi macam kuah Laksa Teluk Kecai.
You are subscribed to email updates from MERBOK TIMES To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
Sudah dinyatakan bahawa tidak semestinya hudud itu perlu dilaksanakan sekaligus atau secara terus. Perlu ada perancangan dan perencanaan yang teliti dan rapi dibuat sebelum kita mahu melaksanakannya secara total di negara kita. Tidak boleh kalau kita perintah hari ni, terus laksana hudud sedangkan masih ramai lagi yang jahil dan belum memahami sepenuhnya mengenai hukum Allah yang maha adil ini.
Pelaksanaannya bukan boleh main-main atau untuk dijadikan modal politik. Ia berkaitan dengan pandangan masyarakat terhadap Islam itu sendiri. Jika pelaksanaannya gagal, maka tidak dapat tidak akan timbul salah faham di kalangan masyarakat bukan Islam dan Islam sendiri. Mereka mungkin beranggapan bahawa undang-undang Islam itu tidak adil dan kacau. Padahal hukum Islam itu memang perfect tetapi disebabkan implementasinya lemah dan tidak bijaksana maka ia akan mencacatkan matlamat perundangannya.
Pelaksanaan hudud bukan soal kewajipan seperti solat dan puasa. Ia berkenaan istitho'ah, kemampuan pemerintah melaksanakannya mengikut kesesuaian zaman dan tempat, sama seperti kewajipan ibadat haji. Suasana persekitaran yang tidak sesuai tidak memungkinkan pelaksanaan sesuatu undang-undang hudud. Ini pernah disebutkan oleh Timbalan Mufti Kerajaan Kelantan, Datuk Shukri Mohamed.
Memang menjadi kewajipan pemerintah melaksanakan hudud sama seperti kewajipan ibadat haji itu sendiri. Menolak kewajipannya bererti kita terkeluar daripada akidah Islam dan dengan sendirinya dihukum murtad. Tidak melaksanakannya atau menangguhkannya itu lain cerita. Kalau ada pemerintah yang tak mahu laksana tapi tak mempertikaikan kewajipannya walaupun dilihat mampu melaksanakan sepenuhnya hukum tersebut, ia tak boleh dihukum murtad. Ia samalah dengan orang yang sudah mampu mengerjakan haji tetapi masih belum mahu menunaikannya, hukumnya berdosa besar.
Adapun mengenai menangguhkan atau melakukan pemeringkatan dalam pelaksanaan undang-undang Islam, ini tidak bertentangan dengan ajaran Islam. Jika sesebuah negara itu masih belum mampu melaksanakannya ia tidak mengapa sama seperti hukum mengerjakan haji terbabit. Bahkan mengikut kaedah fiqh yang masyhur, "Setiap perkara yang membawa kepada suatu kesempurnaan suatu kewajipan, maka perkara tersebut menjadi wajib pula dihukumnya." Wajib bagi pemerintah menerapkan pemahaman secara berperingkat dan membuat perencanaan sebelum melaksanakan hukum hudud itu.
Ini telah pun dilaksanakan oleh kerajaan kita dan ianya terbukti apabila Tun Dr. Mahathir Mohamad, di mana beliau mengakui bahawa kerajaan telah pun menghubungi kerajaan Arab Saudi untuk mendapatkan satu model yang boleh dijadikan contoh untuk pelaksanaan hudud. Bagaimanapun, masih belum diterima sebarang respon daripada Arab Saudi. Melalui pendidikan, kita boleh lihat melalui matapelajaran Tamadun Islam yang diperkenalkan di peringkat pengajian tinggi dan penyusunan semula sukatan Pendidikan Islam di peringkat sekolah menengah.
Berkaitan pemeringkatan dalam pelaksanaan hudud ini, Dr. Yusuf Al Qardhawi ada membincangkan di dalam tulisan beliau. Kata beliau, pemeringkatan itu merupakan salah satu sunnah Allah di alam semesta dan di dalam syariah. Allah telah menentukan pelbagai perintah dan mengharamkan perkara yang haram secara berperingkat sebagaimana diwajibkan puasa, diharamkan arak dan seumpamanya.
Alangkah baiknya di sini apa yang dinyatakan oleh para ahli sejarah tentang Umar bin Abdul Aziz sewaktu beliau menjadi Khalifah, setelah manusia menyeleweng daripada manhaj al Khulafa' ar Rasyidin, melakukan kezaliman, mencuaikan hak manusia dan melampaui hudud Allah.
Anaknya yang beriman lagi bertakwa bernama Abdul Malik datang menemui beliau dan berkata dengan penuh semangat, "Wahai ayahku, kenapa kamu lambat melaksanakan semua perkara ini? Demi Allah, saya tidak akan peduli sekiranya saya dan ayah mengelegak pada jalan Allah ini."
Lalu bapa yang bijaksana ini menjawab, "Wahai anakku, sesungguhnya Allah telah mencela arak pada dan ayat dan mengharamkannya pada kali ketiga. Sesungguhnya aku bimbang untuk membawa manusia kepada kebenaran secara sekaligus lalu mereka menolaknya secara sekaligus juga."
Jelas beliau berpandangan bahawa adalah suatu kebijaksanaan bersikap lemah lembut dan berperingkat dengan manusia sehinggalah mereka menerima kebenaran yang sepatutnya diterima.
Dalam masalah yang sama, Umar Abdul Aziz juga pernah berkata, "Sesungguhnya kaum kamu (Bani Umaiyah) telah mengikatkan perkara ini satu ikat demi satu ikat. Apabila kamu mahu memaksa mereka untuk menarik balik apa yang ada pada tangan mereka , maka saya tidak jamin mereka tidak akan menentang saya yang akan membanyakkan lagi pertumpahan darah. Demi Allah, runtuhnya dunia ini adalah lebih ringan bagi saya daripada ditumpahkan darah kerana saya! Tidakkah kamu redha sekiranya kamu datang pada setiap satu hari mendatangi ayah kamu melainkan kamu ini telah mematikan satu bidaah dan menghidupkan satu sunnah?"
Inilah dia pandangan realiti yang bijaksana yang diyakini, tetapi hendaklah difahami bahawa pemeringkatan (beransur-ansur) dalam pelaksanaan syariah bukanlah bererti membatalkan pelaksanaan hukum syariah atau menggantungkan pelaksanaannya hingga ke tempoh yang tidak ditetapkan. Bahkan ia sebenarnya bererti meletakkan perancangan rapi yang mempunyai peringkat yang telah ditetapkan bagi memindahkan masyarakat kepada Islam yang sebenar dengan memberikan keutamaan bagi sudut pendidikan, media massa dan thaqafah yang bekerja secara bekerjasama dan saling melengkapkan bagi membina manusia yang dikehendaki oleh Islam dan menyediakan suasana yang patut bagi memastikan seluruh syariat Islam itu dilaksanakan dengan jayanya.
Permulaan bagi itu semua ialah menghapuskan halangan di hadapan para pendokong Islam yang benar dalam bentuk individu dan kumpulan dan memberikan jaminan kebebasan yang perlu untuk mereka, supaya mereka dapat melaksanakan tugas mereka untuk berdakwah, memberikan kesedaran, pendidikan dan pembentukan diri. Ini semua adalah perkara yang paling utama.
Pemeringkatan yang perlu menurut Dr. Yusuf Al Qardhawi ialah dengan meletakkan matlamat di hadapan mata, berusaha keras untuk sampai kepadanya, tidak berlalu satu hari, sebagaimana yang dinyatakan oleh Umar bin Abdul Aziz, melainkan dia telah mematikan satu bidaah jahiliyah dan menghidupkan satu sunnah Islam.
"Ziad bin Hudair meriwayatkan bahawa Umar r.a. telah berkata kepadanya: Apakah engkau ketahui apa yang akan meruntuhkan Islam? Kata Ziad: Aku menjawab: Tidak! Beliau berkata: Islam diruntuhkan oleh kesalahan alim ulama dan perdebatan orang munafiq dengan al Kitab dan pemerintahan imam-imam yang menyesatkan." (H/R Ad Darimi : Sahih)
"Janganlah seseorang itu menuduh seseorang yang lain dengan tuduhan kafir atau fasik, maka perbuatan itu akan kembali kepadanya sekiranya orang yang dituduh itu bukan seperti itu (bukan golongan kafir atau fasik)." [H/R Muslim dan Ahmad].
Wallahuallam.
Suara Politik Taminsari
You are subscribed to email updates from Belantan To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
Perangai lama berulang lagi. Lim Guan Eng menafikan laporan yang dikeluarkan Bernama berhubung kenyataannya memburuk-burukkan Johor ketika ditemuramah oleh sebuah stesen radio di luar negara baru-baru ini (baca sini). Memang inilah penyakit yang dihinggapi oleh Guan Eng, kos rawatan Mat Sabu pun belum lagi dijawab oleh Guan Eng.
Inikan pula memburukkan negara di luar negara. Apa untungnya Guan Eng buat begitu? Sewajarnya Guan Eng pun perlu digantung sama 6 bulan seperti mana M. Manoharan yang menghina Jalur Gemilang. Apa istimewa Guan Eng untuk terlepas dari hukuman tersebut? Sebab dia anak Kit Siang?
Lakonan antara PAS dan DAP sudah nampak jelas bila DAP masih kekal menyatakan pendiriannya dan PAS kekal "takut" untuk berbuat apa apa dengan DAP. Pendirian kumpulan Anwarinas dalam PAS juga tidak berubah, mereka kekal berdiri teguh di belakang DAP bukannya bersama dengan Nik Aziz. Pilihan raya makin dekat, makin banyak lagi skrip skrip drama baru akan muncul nanti. Kita bersama nantikannya.
SEKALI lagi Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng (LGE) yang juga Setiausaha Agung DAP, bersikap mencurigakan.
Terbaru, terdapat laporan bahawa LGE mendakwa Johor bukan negeri yang selamat bagi pelabur asing kerana penuh jenayah termasuk kes culik berbanding Pulau Pinang.
Kenyataan tersebut dibuat oleh beliau dalam satu temuramah dengan stesen radio Australia baru-baru ini. Jika benar laporan itu, beliau perlu menarik balik kenyataannya dan memohon maaf terutama kepada baginda Sultan, kerajaan negeri dan seluruh rakyat Johor.
Pada Awang, kenyataan itu bersifat penghinaan malah tohmahan kepada Johor. Kadar jenayah termasuk culik di negeri berkenaan telah menurun sejak beberapa tahun lalu. Sebagai Ketua Menteri dan rakyat Malaysia yang bertanggungjawab, LGE sepatutnya tidak memburuk-burukkan negeri lain.
Jika pun beliau ghairah mahu menarik pelaburan asing ke Pulau Pinang, lakukannya dengan cara budiman. Setiap pemimpin negeri tanpa mengira ideologi politik ketika misi pelaburan ke luar negara perlu menjaga imej dan nama baik Malaysia, bukan bertindak sebaliknya.
Itulah juga pegangan etika para pemimpin wilayah atau negeri di negara lain termasuk China, India dan Rusia. Dalam mereka mempromosi pelaburan wilayah atau negeri masing-masing ke luar negara, mereka tidak memburukkan atau melemparkan tohmahan kepada sesama negeri.
Lalu ingatan Awang mengimbas kepada kenyataan Menteri kanan Singapura, Lee Kuan Yew (LKY) tidak lama dahulu bernada sama ke atas Johor. LKY mendakwa Johor adalah negeri yang tidak selamat kerana banyak berlaku jenayah.
Ketika itu, reaksi rakyat Malaysia bangkit marah dan menyatakan bantahan sehingga mencetuskan kekecohan diplomatik antara kedua-dua negara. LKY kemudian memohon maaf kepada kerajaan dan rakyat Malaysia.
Persoalannya apakah LGE mengikut pemikiran LKY, seorang pemimpin asing yang kerap mengeluarkan kenyataan menyinggung Malaysia?
Apakah itu juga mencerminkan pendirian DAP untuk berkongsi aspirasi dengan PAP yang diasaskan oleh LKY? Berdasarkan sejarah PAP dan DAP daripada benih perjuangan yang sama iaitu bermula di tanah air ini ketika Singapura belum berpisah daripada Malaysia. Dalam isu jenayah di Johor, kenyataan siapa yang LGE mahu ikut dan percaya - pihak berkuasa di negara sendiri terutama Polis Diraja Malaysia atau LKY dari negara jiran?
Seperti biasa, LGE pasti ada alasannya jika tidak pun penafian. Tetapi Awang seperti juga ramai orang punya firasat yang selalunya tepat dalam menilai siapa sebenarnya pemimpin DAP itu.-AwangSelamat
Batuk dan berdehem paling berkuasa orang tua ini bisa menjatuhkan serban dan kopiah kaum puak khawarij PAS. Hudud ntah kemana..negara Islam ntah kemana..begitulah kaum puak khawarij betapa mereka begitu walaq kepada kepimpinan DAP ini.
Ahli Parlimen PAS Kota Bharu Datuk Wan Rahim yang sanggup mati untuk mempertahankan Karpal Singh? Apa hukumnya orang mengaku Islam tiba-tiba bersedia mati untuk Karpal kafir harbi yang terang-terang menentang Islam. Kalau Nik Aziz nak tahu, petang tadi Karpal buat statement menyatakan Nik Aziz jangan nyanyuk lupe pasal Perjanjian Persefahaman Pakatan pembangkang 18.12.2009 yang menolak Negara Islam & perlaksanaan syariat. Adakah menyokong kafir harbi macam Karpal dan sanggup mati untuk dia itu tidak menjejaskan aqidah?-zulnordin
Pisau kata "Nik Aziz dan Karpal macam berpakat, masing masing cuba tarik sokongan,Chua Soi Lek macam biasa dia gempak saja lebih"
You are subscribed to email updates from PISAU.NET To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
apa tindakan siber tropper pro kerajaan terhadap tohmahan-tohmahan sebegini?
1. Salam. Beberapa hari tak menulis dan bukan mudah untuk menulis terutama bagi blogger bebas dan tidak ditaja oleh sesiapa, namun atas nama perjuangan dan minat maka sesukar manapun tatap akan diteruskan.
2. PM cadang bonos dan kenaikan gaji lumayan tentu mengembirakan mereka yang disektor awam. (Baca sini) Namun saya tetap terkilan kerana nampaknya masih tiada pembelaan terhadap mereka yang berkerja sendiri dikampung-kampung. Ketika peneroka FELDA menerima itu dan ini, penduduk kampung tradisi masih dicengkam kepayahan hidup. Mungkin kerana undi mereka kurang bererti atau pihak kerajaan menganggap bahawa mereka bukan dari kalangan yang memprotes dan memberi masalah kepada kerajaan, justeru mereka dipinggirkan.
3. Nampaknya akan gembira sakanlah penjawat awak kelak. Mereka akan dapat bonos dan kenaikan gaji, kerja masuk jam 10 dan keluar tengahari, fail sudah bertambah dan betimbun-timbun. Duit kopi sentiasa datang kerana rasuah sudah jadi 'darah-daging' penjawat awak sebagai cara 'pemudahcara' dalam sagala macam urusan, dan yang lebih tidak wajar adalah mereka inilah kebanyakkannya yang tidak menyokong BN. Apakah ini satu rasuah yang ingin PM kita berikan kepada penjawat awam?
4. Di media-media sosial, penyokong pembangkang masih menguasai 'permainan'. Siber tropper BN ketara masih tidak tersusun dan lemah dalam strategi dalam peperangan maya. Mungkin kerajaan merasakan bahawa sudah cukup menguasai media sosial dengan menaja beberapa blogger tersohor sahaja? Mereka terlupa agaknya bahawa musuh bukannya hanya seorang.
5. Kebelakangan ini saya banyak menumpukan kepada fb dan sungguh ketara bahawa kita masih tidak berupaya menentang pembangkang. Kita sedar bahawa mereka mempunyai dana yang besar untuk menguasai media sosial sedangkan pihak BN masih lagi bermimpi dengan teori serta angan-angan bahawa BN akan tetap memenang PRU akan datang.
6. Mampukah BN bertahan ketika berontak jiwa rata-rata rakyat sedang memuncak? Seorang demi seorang pemimpin disemua peringkat dimalukan dengan salahlaku mereka selama ini. Apakah tindakan BN dan PM sendiri ketika kebanyakkan rakyat berbicara tentang teori RAHMAN, bahawa DS Najib adalah PM Malaysia terakhir dari BN atau bahkan dari kalangan orang Melayu sendiri?
7. Apa tindakan pemimpin-pemimpin lain ambil untuk meneguhkan 'barisan'? Yang ramai hanya mengambil sikap berdiam diri serta tunggu dan lihat atau bersedia dengan harapan untuk dapat melompat ke kapal baru kerana menyangka keadaan ini hanyalah satu 'permainan' dalam politik dan tidak akan memberi kesan besar kepada bangsa dan negara.
8. Saya juga sudah berputus harap pada perjuangan yang nampaknya sia-sia! Saya melihat kita sedang menggali lubang untuk kita sendiri.
VIDEO pendedahan terbaru yang mencabar status moral Anwar melalui aksi hubungan seks beliau bersama 2 wanita thailand diceritakan bekas sahabat Anwar Dato' Eskay. Ini didedahkan oleh blogger RBF dan disokong oleh beberapa otai blogger.
Apa yang pasti tarikh 12 dan 13 Januari 2011 menjadi misteri dan tanda tanya buat beberapa individu yang hampir dengan Anwar termasuklah isteri beliau sendiri Wan Azizah. Sebenarnya pihak yang diberi amanah untuk mendedahkan perilaku sebenar moral Anwar ini memberi peluang kepada Ketua Pembangkang tersebut untuk mengatur strategi agar menampakkan kekeliruan status lokasi Anwar sebenar pada 2 hari tersebut.
Ini kerana Video itu hanya sekadar dipamerkan dalam beberapa saat selepas pendedahan Anwar bersama Dato' Eskay dilihat memasuki lif sebelum tiba di bilik tempat Anwar dikatakan melakukan aksi seks bersama China Doll.
Anwar dan beberapa kuncu2 beliau yang semakin berkurangan ini sedang bersungguh2 memperjelaskan kepada rakyat lokasi sebenar beliau pada 2 tarikh ini agar ianya dilihat bercanggah dengan waktu dan tarikh Video Seks ini didedahkan. Mungkin perana Johari Abdul bakal dicantas orang lain. Kerana strategi Video Seks pertama yang cuba dipesongkan Johari, memakan diri.
Persoalannya, adakah rakyat masih percaya? Atau tidak percaya? Atau tidak mengambil tahu langsung hal ini?
Ingat, Anwar sendiri kata Moral seseorang Pemimpin amat penting untuk dijulang sebagai Ketua Negara. Anwar tidak akan memberi contoh buruk beliau. Akan tetapi Najib dijadikan sasaran. Tanpa sebarang bukti jelas, Anwar di setiap sessi ceramah beliau sejak Kempen PRU12 cuba memperjelaskan perilaku Najib yang katanya amak jelak.
Anwar mengatur ayat yang amat 'cantik' mengaitkan Najib dengan pembunuhan Altantuya.
Apa buktinya? Gambar. Namun sehingga kini tiada gambar didedahkan Najib bersama Altantuya.
Kenapa masih ada yang percaya walaupun semakin berkurangan? Kerana orang yang menyebut itu adalah Anwar Ibrahim. "Everytime you're say it;s just like a gold come out from your mouth."
Namun, bagi mereka yang dahulu mendakwa Anwar sedemikian, kini memakan diri. Apabila Video ini didedahkan, sekurang2 nya ianya bukan didedahkan Najib. Akan tetapi daripada sahabat karibnya sendiri yang dinafikan beliau.
Sekurang2 nya, ada Video bukti yang mengiyakan dakwaan Dato' Eskay walaupun cuba dinafikan status individu di dalam Video tersebut.
Anwar? Ya, Anwar bijak berbicara. Anwar bijak memukau penonton sehingga ternganga melihat pemidato handalannya.
Anwar bijak bercakap. Namun, bak kata PAS terhadap Anwar m satu ketika dahulu, Setiap percakapan Anwar, setiap janji Anwar, merupakan Malapetaka?
Apakah kesan langsung yang bakal berlaku kepada pakatan pembangkang jika Anwar didapati bersalah dan di jatuh hukum oleh mahkamah? Berapa ramai kalangan rakyat khususnya yang telah membuat pendirian untuk mengundi pakatan dalam PRU13 nanti memikirkan akan perkara ini secara rasional? Berapa ramai pula mereka yang sudah tidak peduli dan akan terus nekad mengundi pembangkang walau apa pun yang bakal terjadi kepada Anwar dan pakatan pembangkang? Ia amat bergantung kepada sejauh mana rakyat boleh membuat keputusan secara rasional dan realistik. Jika berlaku sebaliknya, iaitu mereka membuat keputusan secara emosi yang keterlaluan, maka apa pun yang bakal terjadi kepada Anwar tidak akan memberi kesan terhadap pendirian mereka. Golongan ini juga tidak akan terkesan dengan apa juga dasar dan pembaharuan yang dilakukan oleh kerajaan. Persoalannya, berapa ramaikah golongan yang berpendirian sebegini? Berapa ramai pula kalangan yang berpendirian atas pagar dan majoriti senyap yang akan terkesan jika Anwar disumbat ke dalam penjara? Begitu juga, berapa ramai kalangan atas pagar dan majoriti senyap yang akan terkesan dengan dasar dan pembaharuan yang dilakukan oleh pihak kerajaan? Bagi saya, golongan atas pagar dan majoriti senyap inilah merupakan lombong emas bagi BN mahupun pakatan. Golongan yang sudah berpihak tidak akan terkesan lagi dengan faktor-faktor dan sebarang perkembangan yang berlaku di kalangan BN atau pun pakatan. Golongan ini sudah dianggap sebagai Fixed deposit bagi ke dua-dua belah pihak. Masing-masing pihak sudah mempunyai deposit. Fixed deposit sukar untuk dicairkan. BN atau pun pakatan tidak perlu membuat kerja bodoh untuk mencairkan sokongan golongan ini. Isu komunis dan ISA adalah ibarat main 'jungkang-jungkit'. Tanpa komunis, ISA tidak akan lahir. Mainan pihak pembangkang tentang isu komunis adalah percubaan untuk memberi persepsi dan gambaran baru terhadap komunis dan perjuangannya. Pihak ini membaca, jika persepsi ini dapat diolah dan diserap oleh rakyat pada tahap 'boleh diterima' daripada tahap 'pengkhianat', maka secara halusnya ia adalah percubaan untuk mengurangkan penghormatan dan pengiktirafan terhadap para pejuang kemerdekaan, khususnya pejuang tajaan UMNO. Apabila rasa hormat terhadap pejuang kemerdekaan tajaan UMNO dapat dihakis secara halus, maka sifat rasa 'terhutang budi' terhadap segala pengorbanan dan perjuangan bapa-bapa kemerdekaan negara juga akan beransur-ansur terhakis di dalam pemikiran rakyat. Apabila ikatan 'termakan budi' rakyat negara ini terhadap perjuangan UMNO dalam membebaskan negara dari koloni penjajah dapat dirungkai, maka kejayaan terbesar pihak pakatan, khususnya PAS adalah 'kejayaan menyamaratakan tahap nilai dan pengorbanan UMNO dengan mereka. Persoalan berbangkit di sini ialah sejauh mana isu ciptaan PAS ini berjaya menembusi pemikiran rakyat atas pagar dan majoriti senyap? Apakah perjudian PAS dalam isu ini bakal memberi pulangan yang baik kepada pakatan atau pun suatu perjudian yang 'makan pangkal'? Apakah ia suatu isu yang bakal memberi keuntungan atau ia akan menyebabkan pihak pakatan 'terkayu'? Di pihak UMNO/BN pula, isu penghapusan ISA adalah sebahagian dari langkah dan tindakan politik untuk memulihkan sokongan rakyat terhadap tahap demokrasi dan transformasi politik yang sedang diusahakan oleh PM Najib. Apakah benar isu penghapusan ISA mampu untuk menjadi senjata berkesan BN untuk mengembalikan keyakinan golongan atas pagar dan majoriti senyap terhadap UMNO/BN? Jika benar, maka perjudian BN dalam mendapat sokongan rakyat melalui penghapusan ISA adalah suatu perjudian yang berbaloi dan tepat dari segi langkah transformasi politik. Jika sebaliknya, maka langkah pemansuhan ISA ini sama setaraf dengan langkah Pas dan Mat Sabu dalam percubaan untuk menjenama semula perjuangan komunis. Langkah ke dua-dua pihak boleh dikira 'terkayu'. Ke dua-dua pihak harus sedar, setiap isu yang mahu diketengahkan kepada rakyat haruslah tepat kepada golongan sasar. Adalah sia-sia membuat pelaburan lombong emas dengan nilai ratusan juta RM, tetapi akhirnya emas yang dihajati tidak terdapat di lokasi. Modal sedia ada 'makan pangkal', emas yang dicari tidak dijumpai. Dalam demokrasi, pengundi atas pagar dan majoriti senyap adalah ibarat lombong emas bagi BN mahu pun pakatan dalam usaha meraih sokongan. Jangan disebabkan kesilapan sasaran, sokongan yang diharapkan tidak menjadi, sokongan sedia ada pula turut lenyap. Persoalan yang harus difikirkan ialah siapa yang untung dengan isu komunis, siapa pengkhianat dan pejuang yang dibawa oleh PAS dan siapa yang untung dengan isu pemansuhan ISA yang dibawa oleh UMNO/BN? Apa yang pasti jika rakyat atas pagar dan majoriti senyap duduk di pihak pakatan, maka tempat duduk BN akan terjungkit. Sebaliknya, jika mereka pakat duduk di sebelah BN, maka pakatan pula yang akan terjungkit. Mari kita lihat BN dan pakatan main jungkang-jungkit.
KUALA LUMPUR: Kakitangan sektor awam dijangka sekali lagi menikmati kenaikan gaji tahun ini, dan kemungkinan perkara itu antara berita baik yang akan diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dalam Bajet 2012 di Dewan Rakyat, 7 Oktober ini.
Antara tuntutan CUEPACS sebelum ini ialah pemberian bonus dua bulan, umur persaraan dinaikkan daripada 58 kepada 60 tahun dan penghapusan Gred 1 hingga 16 dalam skim perkhidmatan bagi membolehkan kakitangan awam peringkat rendah menikmati gaji lebih tinggi.
Bagaimanapun, sumber menyatakan masih tidak diketahui berapa peratus kenaikan gaji yang bakal diperoleh oleh kakitangan kerajaan kerana pada 2007 mereka menikmati kenaikan gaji antara 7.5 hingga 35 peratus.
Turut tidak dipastikan lagi sama ada Najib yang juga Menteri Kewangan akan memberi dua bulan bonus atau sebulan bonus saja dan ura-ura mengenai perkhabaran ini sudah tersebar dengan meluas di kalangan kakitangan awam.
Ketika pembentangan Bajet 2011 tahun lalu, bantuan khas kewangan RM500 diberikan kepada penjawat awam Gred 54 dan ke bawah termasuk pegawai kontrak dan pesara kerajaan bagi meringan beban mereka dalam menampung perbelanjaan persiapan sekolah anak-anak.
Baru-baru ini, CUEPACS yang mewakili lebih sejuta kakitangan awam di negara ini, mengemukakan beberapa cadangan kepada Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dalam usaha memperbaiki kebajikan anggota kerajaan di samping meningkatkan kualiti perkhidmatan awam.
Menurut sumber itu lagi, antara perubahan yang dijangka berlaku terhadap Sistem Saraan Malaysia (SSM) ialah kemungkinan membabitkan beberapa perkara seperti struktur gaji; elaun; peningkatan peluang kerjaya dan syarat perkhidmatan. Kali terakhir semakan struktur gaji dan beberapa perkara lain secara menyeluruh membabitkan sistem sektor awam ialah pada 1992, cuma sebelum ini kerajaan beberapa kali mengumumkan pelarasan gaji.
Kita difahamkan Perdana Menteri akan mengumumkan berita baik kepada kakitangan kerajaan pada 7 Oktober ini... sudah tiba masanya untuk kerajaan melakukan satu perubahan drastik secara menyeluruh pada sektor perkhidmatan awam, katanya kepada Berita Harian, semalam.
Sebelum ini, Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) menjelaskan pelarasan gaji kakitangan awam dilakukan sebanyak enam kali dalam tempoh 15 tahun sejak 1992 hingga 2007, diberikan setiap tiga hingga lima tahun iaitu pada 1992, 1995, 2000, 2002 (dua kali) dan 2007.
Sistem Saraan Baru (SSB) dilaksanakan sejak Januari 1992, sebagai langkah strategik untuk meningkatkan keupayaan perkhidmatan awam sebelum dikaji semula dan digantikan dengan SSM.
Dalam pada itu, Presiden CUEPACS, Datuk Omar Osman, berkata semua perkara yang dibangkitkan oleh kesatuan sekerja berkenaan kini sedang dikaji secara terperinci oleh JPA.
Melihat kepada beberapa pengumuman menarik yang dilakukan oleh Perdana Menteri sebelum ini, CUEPACS juga amat yakin bahawa beliau (Najib) akan turut membuat satu kejutan pada 7 Oktober ini, katanya.
Pasti kalangan kakitangan awam gembira mendengar berita ini termasuk eXception juga. Dengan kenaikan gaji ini di harap dapat menampung hidup seiring dengan peningkatan kos sara hidup. Walaupun ianya hanya jangkaan tetapi kita masih boleh mengharapkan ianya menjadi kenyataan lebih-lebih lagi menjelang PRU 13 nanti.
Walaupun begitu disebalik kegembiraan kakitangan awam, ada lagi yang lebih gembira apabila mendengar khabar ini... Iaitu... Kalangan pemborong, pembekal dan peruncit yang terdiri dari kalangan kaum cha ya nun alif...