JELUTONG, 11 Nov: Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pulau Betong, Farid Saad (gambar) mengakui kelalaian dan sikap tidak amanah kepimpinan Umno semasa berkuasa menjadi punca tanah orang Melayu makin berkurangan di Pulau Pinang.
Justeru itu, beliau sebagai generasi muda dalam Umno mahu membaikinya sekaligus memastikan lain-lain tanah yang masih dimiliki orang Melayu tidak diambil untuk pembangunan yang tidak terancang.
"Sebagai generasi muda dalam Umno, saya rasa ia perlu diperbetulkan apakah kesilapan lalu supaya tidak terus menjadi persoalan siapakah pengkhianat sebenarnya," ujarnya pada Debat Perdana Pengkisahan Tanah Melayu di Pulau Pinang: Apakah Jalan Penyelesaian di Kompleks Masyarakat Penyayang Pulau Pinang, di sini malam tadi.
Justeru, beliau mahu melupakan kisah lama yang ditinggalkan oleh generasi lama Umno yang nyata gagal menyelamatkan kedudukan tanah tersebut.
Dengan niat ikhlas, beliau mengajak semua parti politik Melayu dan badan bukan kerajaan (NGO) Melayu agar duduk semeja berbincang bagaimana cara terbaik menyelamatkannya.
"Soal parti terpulang pada rakyat. Saya tidak menghalang orang Melayu mahu memilih perjuangan mana yang mereka hendak kerana yang penting ialah ia jaga tanah masyarakat Melayu," kata beliau.
Program anjuran Yayasan Bina Ilmu itu membariskan Presiden Teras Pengupayaan Melayu (Teras), Azmi Abdul Hamid, Ahli Parlimen Parit Buntar, Dr Mujahid Yusof Rawa dan Presiden Persatuan Melayu Pulau Pinang (Pemenang), Datuk Seri Yusoff Latif sebagai ahli panel.
You are subscribed to email updates from PULAU TAWAR To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
LONDON: Sebuah kapal selam Britain semalam melancarkan serangan baru peluru berpandu Tomahawk terhadap sistem pertahanan udara Libya dalam serangan yang diselaraskan bersama tentera bersekutu lain. Serangan itu adalah yang terbaru dalam beberapa siri serangan Britain yang bersama-sama Perancis dan Amerika Syarikat mengetuai usaha menguatkuasakan zon larangan terbang terhadap Libya.
Tentera Britain sekali lagi menyertai serangan terhadap Libya sebagai menyokong Ketetapan 1973 Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, kata jurucakap Ketua Staf Pertahanan Britain, Mejar Jeneral John Lorimen, Dalam satu kenyataannya, beliau berkata: Britain melancarkan peluru berpandu Tomahawk dari kapal selam kelas Trafalgar terhadap sasaran pertahanan udara sebagai sebahagian daripada rancangan tentera bersekutu untuk menguatkuasakan ketetapan itu." Ia tidak memberi butir lanjut mengenai sasaran atau hasil serangan itu.
Letupan dan bunyi tembakan senjata antipesawat menggegarkan Tripoli semalam ketika serangan udara tentera bersekutu terhadap Muammar Gaddafi memasuki hari keenam. - AFP
BEIJING: Akhbar rasmi China, semalam meningkatkan bantahan terhadap serangan udara Barat ke atas Libya dengan menuduh negara yang menyokong serangan itu melanggar undang-undang antarabangsa serta bertindak untuk mewujudkan kekacauan baru di TImur Tengah.
Kecaman paling serius mengenai serangan terhadap tentera Muammar Gaddafi itu disiarkan dalam akhbar People's Daily, akhbar rasmi Parti Komunis yang memerintah China, sekali gus membayangkan bagaimana konflik itu menjadi pertelingkahan baru antara Beijing dengan Washington.
Akhbar itu menuduh Amerika Syarikat dan sekutunya mencabuli undang-undang antarabangsa. Ia menyamakan serangan itu dengan pencerobohan yang diketuai Amerika Syarikat terhadap Iraq pada 2003 dan berpendapat ia sebahagian daripada taktik Barat dalam mencampuri hal ehwal negara lain.
"Apa yang dilalui Iraq selama lapan tahun dan penderitaan yang tidak boleh digambarkan dengan kata-kata rakyatnya sepatut menjadi pengajaran. Serangan terhadap Libya menyusuli perang di Afghanistan dan Iraq, kali ketiga beberapa negara melancarkan tindakan ketenteraan terhadap negara yang merdeka dan berdaulat," kata akhbar itu.
"Setiap minit tindakan ketenteraan dilakukan untuk menangani krisis adalah tamparan kepada Piagam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dan peraturan dalam hubungan antarabangsa,"tambah kenyataan itu. - Reuters
Sex video: Anak asks Agong to step in Zefry Dahalan March 25, 2011
The unIslamic slanders must stop, says the association's president
SEREMBAN: The National Felda Settler Children's Association (Anak) has asked the Yang Dipertuan Agong to interfere in the controversy surrounding a video that allegedly shows opposition leader Anwar Ibrahim engaging in unlawful sex.
The association's president, Mazlan Aliman, said the King should use his authority as the nation's head of Islam to put a stop to such slanders because they could mislead Muslims.
He made the call outside the Seremban police headquarters after lodging a report against Shazryl Eskay Abdullah and other confessed promoters of the video, accusing them of violating the Censorship Act and the Penal Code. Accompanying him was Negeri Sembilan PAS commissioner Zulkefly Mohamad Omar.
"This is a conspiracy to humiliate Anwar Ibrahim and his family," he told reporters. "The behavior of the three individuals who showed the video to the media is totally against the teachings of Islam.
"The police also must act against Shazryl for trying to blackmail Anwar and his wife to force them to step down as leaders of PKR."
Mazlan also took former Malacca chief minister Abdul Rahim Tamby Chik to task, accusing him of abusing his current position as Risda chairman to book the hotel room where the video was shown to media representatives.
"He has admitted that he booked the room under the name of Risda," he said.
"This is clearly an abuse of power. If he wants to play politics, then he should quit as the chairman of Risda."
In his report, Mazlan also told the police to ascertain whether de facto law minister Mohd Nazri Aziz had broken the law for stating that the screening of the video to the media was legal.
Setelah berminggu tsunami di Jepun, berita TV1 melapurkan bantuan pertama sampai dari malaysia tiba di Jepun. anggaran 2000 kotak sampai. Penerima di jepun ialah kedutaan malaysia di sana. Besar sekali pembohongan RTM ni.
SHAH ALAM, 25 Mac: Umat Islam yang berada di Selangor termasuk negeri sekitarnya diseru hadir program Solat Hajat pada 28 Mac di Stadium Malawati, di sini.
Ketua Penerangan PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad berkata, solat hajat ini diadakan bagi menangkis fitnah jahat dan jijik terbesar selepas negara merdeka kerana dikatakan melibatkan pemimpin tertinggi BN.
Menurutnya, majlis dimulakan dengan solat Maghrib berjamaah, kuliah Maghrib khas oleh Naib Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dan solat hajat akan dilakukan selepas Solat Isyak.
Setelah itu, akan berlangsung sesi Pidato Khas disampaikan pimpinan tertinggi Pakatan Rakyat.
Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, Mursyidul Am PAS yang juga Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat, Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Penasihat DAP, Lim Kit Siang berucap malam itu.
Ustaz Idris menambah, rakyat Selangor khususnya dan juga dari negeri lain perlu hadir untuk sama-sama memohon ke Hadrat Ilahi bagi menangkis fitnah besar ini bagi mengelakkan kemusnahan negara.
"Meskipun kita tidak mempunyai kuasa untuk menghalang semua bobrok itu berlaku tetapi harus ingat kita ada Allah SWT. Yang Maha kuasa untuk membantu kita.
"Nabi Muhammad pernah bersabda mengenai Doa adalah senjata orang Mukmin kerana itu umat Islam wajar kembali kepada-Nya dalam semua hal kehidupan," tegasnya.
Selain itu, beliau berkata, mereka yang belum mempunyai pendirian politik juga boleh hadir kerana implikasi runtuhnya negara bakal menimpa sesiapa sahaja sama ada berparti atau tidak.
Begitu juga dengan rakyat bukan Islam perlu hadir menyatakan sokongan dan mendapat penjelasan terus dari pimpinan PR.
Dalam hal fitnah dan mengaibkan peribadi musuh termasuk politik ini adalah ditolak dan dibenci oleh semua agama, jelasnya.
Bagi mereka yang ingin melakukan islah dan pembaikan terhadap semua sistem yang telah rosak di negara ini, tegasnya, ia mesti dilakukan dengan perubahan kuasa politik berdasarkan kebenaran.
Disampaikan oleh Polis yang berkisar dari sambutan hari Polis. Ada beberapa kesalahan dalam membaca teks khutbah itu. Antaranya ayat yang dibaca salah. Ada isi khutbah menyimpang dari apa yang di amalkan sekarang. Kenapa pihak Polis beriya-iya sangat untuk menunjukkan alim mereka? Sedangkan imam-imam masjid yang bertaraf masjid Daerah itu telah disediakan dengan imam yang hafaz qur an? Kenapa beriya-iya sangat untuk menunjukkan alim sedangkan dari segi perlaksanaan tugas menampakkan terlalu banyak double standard. Dalam memfitnah kepada pembangkang termasuk ketua pembangkang banyak yang dilakukan oleh polis diperingkat atasan? Sepatutnya yang nak berkhutbah itu biarlah ketua polis daerah. dengan memakai uniform yang lengkap dan berkhutbah tanpa teks ditangan. Barulah orang akan memberi sedikit aprisiasi. Dengan membaca tek dan ayat yang salah sebutan menyebabkan jemaah menaruh satu sangkaan yang tak elok kepada usaha tersebut. Penduduk mempunyai mata telinga dan pemikiran.
You are subscribed to email updates from PAS LENGGONG To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
Surat Terbuka buat pemimpin Pakatan Rakyat yang berebut kerusi oleh Jofri Jaraiee, Pas Miri MIRI – Kita sudah hampir ke kemuncak untuk mencapai perubahan dan kemenangan tetapi masalah pembahagian kerusi pula jadi masalah. Sedarkah kita yang musuh utama kita sekarang adalah BN bukan sesama kita. Sekiranya masih lagi terdapat orang yang berdegil dan pentingkan diri sendiri yang akhirnya akan menghancurkan sebuah Pakatan harapan rakyat untuk melihat perubahan akan musnah sama sekali disebabkan oleh mereka yang pentingkan diri sendiri dan tamak untuk berkuasa.
Ingatan untuk semua pemimpin termasuk ahli dan penyokong Pakatan, tujuan utama kita bergabung adalah untuk menghadapi BN bukan untuk bertempur sesama sendiri dan menegakan sebuah kerajaan yang berkebajikan untuk semua rakyat tanpa mengira kaum dan agama.
Kalau perkara perebutan kerusi masih jadi issue maka hasrat rakyat untuk memilih kerajaan baru dalam pilihanraya nanti akan terganggu.
Kita minta semua pemimpinan Pakatan hentikan dan selesaikan segera masalah kerusi ini dan beri tumpuan dan perhatian kepada kebajikan rakyat dan apa rancangan yang terbaik untuk pakatan sekiranya dipilih jadi pemerintah nanti. Perkara inilah yang sepatutnya diberi keutamaan bukan perebutan kerusi.
Apa guna kita dalam satu pakatan sedangkan masalah pembahagian kerusi pun belum dapat diselesaikan dengan baik dan adil. Perkara ini seumpama memberi peluru kepada musuh untuk menembak kita. Kita jangan terlalu ghairah dengan kerusi yang kita jangka boleh menang sedangkan kita sesama sendiri pun hendak berebut yang sama untuk menang. Kalau sesiapa calon dari pakatan yang menang maknanya kita yang menang bukan BN.
Kita sepatutnya lawan satu lawan satu dengan BN dalam pilihanraya umum Sarawak nanti.
Kalau boleh elak dari lawan 3 penjuru atau lebih dengan BN sebab ini akan memberi peluang kepada BN untuk terus berkuasa.
Sedarlah wahai pemimpin Pakatan sebelum terlambat, ayuh kita bergerak dalam satu pakatan yang akan mengantikan kerajaan BN dalam PR ke 13 nanti, mulakan dengan Sarawak, Insy'Allah pasti ada perubahan yang lebih baik lagi.
English version
Fight for rakyat or for ourselves or lost everything We are almost achieve a victory, but the problem of seats allocation and distribution still having a problem. Did we realize that our main enemy right now is the BN is not our alliance. If there are still those who persist and selfish that would eventually destroy a people's alliance hopes to see changes and will be destroyed because they are selfish and greedy for power.
Reminder to all leaders, including members and supporters, our main goal to join Pakatan is to topple BN not to fight one another and to enforce a government welfare for all citizens regardless of race and religion.
If seat struggling is still an issue the wishes of the people to choose a new government in this coming election will be disrupted.
We ask all the Alliance leadership to settle the problem immediately and solve this seats allocation and focus and pay attention to the welfare of the people and what the best plan for the coalition government if elected.
This is things that should be the priority not the struggle for seats.
What is the point we in a coalition whiles the distribution of seats cannot be solved in good and fair.
Things like this give ammunition to the enemy to shoot at us. We should not get too excited with the seats we expect to win and yet we still fighting with one another just to get the same seat.
If one of our candidate from the coalition that wins the victory means we won and not BN.
We should fight to one on one with the Sarawak BN in this coming general election.
If we can avoid any 3 or more opponent corners fight with BN because this provide an opportunity for BN to stay in power.
Wake up, O leader of Alliance before it's too late, let us move in one team that would replace the BN government in PR 13 later, start with Sarawak, Insy'Allah sure there is a change for the better.
Note : Please take note this open letter just to remind ourselves that this is the only time we can change the BN Government by using voting in this coming election. So don't get heart feeling with my comments.
Gambar demo bodoh oleh puak-puak bodoh dengan memperbodohkan bodak-budak semalam di Bandar Penggaram, Batu Pahat yang katenya melibatkan UMNO, MCA, MIC, dan NGO (klik untuk lebih clear)
Antara ULASAN kenyataan media salah seorang penonton,
1. Tan Sri Rahim menipu kerana dalam sidang media semalam dia mengatakan dia merancang semua tetapi ketika bersama saya dia mengatakan ini kali pertama menonton setelah pulang dari luar negara untuk percutian keluarga
2. Saya telah 'berpura' yakin mengenai video dan sedia memberikan video tersebut ditonton oleh Datuk Seri Dr. Wan Azizah namun beliau enggan melakukan. Nampaknya beliau pun tidak bersungguh dalam kononya mahu Wan Azizah menonton video tersebut.
3. Dari pemerhatian saya video tersebut kemungkinan besar video asal yang tidak diganggu imejnya pun. Namun pelakon dalam filem tersebut bukan Anwar. Memang sekali imbas kelihatan seperti Anwar tetapi bagi sesiapa yang rapat dan biasa melihat 'perwatakan' atau gerak geri Anwar pasti tahu itu bukan Anwar. Contohnya dalam filem Ghandi, Ben Kingsley yang melakonkan watak Ghandi begitu menjadi sehingga menggondol sekurang kurangnya 11 anugerah peringkat dunia. Saling tak tumpah seperti Ghandi namun jika sesiapa yang pernah rapat dan mengenali perwatakan Ghandi tentu tahu membezakannya.
4. Saya menyakini kumpulan ini besar serta mendapat lindungan istimewa kerana modus operandi ketika membawa saya ke hotel tersebut seperti babak filem James Bond. Nama penyewa bilik tempat menonton dan daftar kenderaan yang digunakan menjemput saya mungkin dapat mengundang fakta lebih menarik lagi.
Politik kotor dan jijik seperti ini harus dikecam oleh rakyat Malaysia. Rakyat sebenarnya sudah bosan dengan politik 'selak kain' yang lansung tidak mendidik. Isu polisi, kebajikan rakyat tidak diperdebat tetapi sebaliknya 'isu selak kain' dibincangkan secara sensasi, kesian rakyat yang terhimpit dengan kenaikan harga dan kos hidup yang makin meningkat.
SHAH ALAM, 25 Mac: Umat Islam yang berada di Selangor termasuk negeri sekitarnya diseru hadir program Solat Hajat pada 28 Mac di Stadium Malawati, di sini.
Ketua Penerangan PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad berkata, solat hajat ini diadakan bagi menangkis fitnah jahat dan jijik terbesar selepas negara merdeka kerana dikatakan melibatkan pemimpin tertinggi BN.
Menurutnya, majlis dimulakan dengan solat Maghrib berjamaah, kuliah Maghrib khas oleh Naib Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dan solat hajat akan dilakukan selepas Solat Isyak.
Setelah itu, akan berlangsung sesi Pidato Khas disampaikan pimpinan tertinggi Pakatan Rakyat.
Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, Mursyidul Am PAS yang juga Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat, Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Penasihat DAP, Lim Kit Siang berucap malam itu.
Ustaz Idris menambah, rakyat Selangor khususnya dan juga dari negeri lain perlu hadir untuk sama-sama memohon ke Hadrat Ilahi bagi menangkis fitnah besar ini bagi mengelakkan kemusnahan negara.
"Meskipun kita tidak mempunyai kuasa untuk menghalang semua bobrok itu berlaku tetapi harus ingat kita ada Allah SWT. Yang Maha kuasa untuk membantu kita.
"Nabi Muhammad pernah bersabda mengenai Doa adalah senjata orang Mukmin kerana itu umat Islam wajar kembali kepada-Nya dalam semua hal kehidupan," tegasnya.
Selain itu, beliau berkata, mereka yang belum mempunyai pendirian politik juga boleh hadir kerana implikasi runtuhnya negara bakal menimpa sesiapa sahaja sama ada berparti atau tidak.
Begitu juga dengan rakyat bukan Islam perlu hadir menyatakan sokongan dan mendapat penjelasan terus dari pimpinan PR.
Dalam hal fitnah dan mengaibkan peribadi musuh termasuk politik ini adalah ditolak dan dibenci oleh semua agama, jelasnya.
Bagi mereka yang ingin melakukan islah dan pembaikan terhadap semua sistem yang telah rosak di negara ini, tegasnya, ia mesti dilakukan dengan perubahan kuasa politik berdasarkan kebenaran.
Terbaik SPM sejak 7 tahun KOTA BHARU – Keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) di negeri ini yang diumumkan semalam, mencatatkan peningkatan Gred Purata Negeri (GPN) iaitu 5.15 mengatasi Gred Purata Nasional iaitu 5.19 dan pencapaian yang terbaik untuk tempoh tujuh tahun.
Pengarah Pelajaran Negeri, Hussain Awang berkata, dari segi peratusan calon yang layak mendapat sijil (merujuk kepada Bahasa Melayu), Kelantan juga berjaya mengatasi peringkat nasional iaitu 93.73 peratus berbanding peringkat nasional sebanyak 91.2 peratus, mengatasi sebanyak 2.53 peratus.
"Seramai 278 calon daripada jumlah keseluruhan yang mengambil SPM tahun lalu iaitu 35,594 calon mendapat keputusan cemerlang.
"Jumlah tersebut mewakili 0.98 peratus keseluruhan calon sekolah kerajaan pada tahun 2010 berbanding tahun lalu seramai 307 calon memperoleh kecemerlangan iaitu (7+ dan 300 orang cemerlang sekurang-kurangnya A-) yang mewakili 1.03 peratus pada tahun tersebut," katanya pada sidang media pada majlis pengumuman SPM di Jabatan Pelajaran Negeri Kelantan, semalam.
Beliau berkata, enam pelajar memperoleh cemerlang tertinggi iaitu semua A+ manakala 272 orang cemerlang dengan sekurang-kurangnya semua A- bagi semua mata pelajaran yang diambil,"
"Jumlah tersebut mewakili 0.98 peratus keseluruhan calon sekolah kerajaan pada tahun 2010 berbanding tahun lalu seramai 307 calon memperoleh kecemerlangan iaitu (7+ dan 300 orang cemerlang sekurang-kurangnya A-) yang mewakili 1.03 peratus pada tahun tersebut.
"Pada tahun ini juga terdapat 59 sekolah mengatasi peratus calon yang layak mendapat sijil peringkat negeri dengan 22 sekolah mencapai peratus kelulusan 100 peratus berbanding tahun lalu sebanyak 18 sekolah," katanya.
Hussin berkata, sekolah terbaik Sekolah Menengah (SM)Tengku Muhammad Faris Petra, Kota Bharu, Sekolah Menengah.
Beliau berkata, enam pelajar daripada Sekolah Kawalan Jabatan Pelajaran Negeri, Sekolah Kawalan Pejabat Pelajaran Daerah dan sekolah harian biasa muncul pelajar terbaik Kelantan apabila berjaya mencatat keputusan cemerlang tertinggi iaitu memperoleh semua A+ dalam semua mata pelajaran yang diambil," katanya.
Menurutnya, keenam-enam pelajar itu adalah Faiz Ziad Zainuddin (10A+) dan Liew Hong Kheng (10A+) kedua-duanya dari Maktab Sultan Ismail, Kota Bharu; Song Chai Lin (10A+) dari Sekolah Menengah Kebangsaan (C) Chung Hwa, Kota Bharu; Mohd Izzat Syameer Mohd Zaid(11A+) dari Sekolah Menengah Agama Lati, Pasir Mas; Imran Ariffin (10A+) dai Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kubang bemban, Pasir Mas dan Salina A/P Sangguan (10A+) dari SMK Sultan Ibrahim (1), Pasir Mas
"Terdapat seorang pelajar Orang Asli yang memperolehi pencapaian membanggakan apabila memperoleh pencapaian 7A iaitu Reymond Bah Ayoh dari SMK Tengku Indra Petra, Gua Musang.
"Manakala seorang pelajar rabun (keperluan khas), Muhammad Abdul Hadi Othman dari SMKA Falahiah, Pasir Pekan, Tumpat diumumkan sebagai pelajar terbaik calon istimewa dengan memperoleh keputusan 5A," katanya.
RAWANG, 25 Mac — Seorang bekas anggota polis hari ini mendakwa Datuk Shazryl Eskay Abdullah telah mendampinginya minggu lalu untuk mendapatkan beberapa bekas anggota unit tindakan khas (UTK) khusus untuk sesi tayangan rakaman video seks Isnin lalu, yang pendedahannya mendakwa melibatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Rakaman itu menunjukkan seorang lelaki mengadakan hubungan seks dengan seorang wanita, dipercayai pelacur asing.
Mohamad Mahti Abdul Rahim, yang pernah berkhidmat sebagai pengawal peribadi Allahyarham Tan Sri Megat Junid Megat Ayub berkata, dia bertemu dengan ahli perniagaan itu minggu lalu.
"Beliau bertanya saya sama ada boleh membantu mendapatkan dua bekas anggota UTK. Apabila beliau berkata ia untuk menyerang Datuk Seri Anwar Ibrahim, saya memberitahu beliau saya tidak mahu tahu apa-apa langsung," katanya.
Mohamad Mahti, yang pernah bekerja untuk bekas menteri itu selama 18 tahun menambah, dia tidak mahu terlibat dalam apa-apa masalah meskipun mengenali Shazryl (kiri) sejak 1980-an.
"Tetapi sekarang, dengan adanya semua dakwaan, saya merasakan saya perlu mendedahkan kebenaran. Datuk Eskay adalah Si Kitol," katanya.
Mohamad Mahti berkata Shazryl mengenali Anwar sejak Ketua Umum Pakatan Rakyat itu menjadi menteri kerajaan pusat pada 1990-an.
Katanya, Shazryl kemungkinan marah selepas Ketua Pembangkang itu tidak mahu memberikan keterangan dalam kes saman berkaitan komisen RM20 juta berkaitan pemerolehan projek jambatan bengkok menghubungkan Johor dan Singapura.
"Sama ada pita (rakaman) ini betul atau tidak, saya tidak tahu tetapi ia satu tindakan tidak bermoral," katanya lagi.
Mohamad Mahti berkata dia pertama kali bertemu dengan Shazryl ketika beliau berkhidmat sebagai pakar fisioterapi Persatuan Badminton Malaysia tahun 1990-an.
"Datuk Megat pernah mengalami masalah otot dan Shazryl disyorkan kepada saya, jadi saya perkenalkan kepada Datuk Megat," kata beliau.
"Tetapi apabila Datuk Megat berhadapan dengan barah dan malah ketika beliau meninggal dunia, Eskay tidak pernah melawat beliau langsung," katanya.
Kini katanya, Shazryl mengusahakan lima kilang baja di Thailand dan rapat dengan (Tan Sri) Abdul Rahim (Thamby Chik) sebab beliau merupakan Pengerusi RISDA manakala Shuib pula bapa mertua Menteri Luar Bandar dan Pembangunan Wilayah Datuk Seri Shafie Apdal.
Shafie juga merupakan naib presiden Umno.
"Beliau juga cuba rapat dengan Pengerusi Felcra Datuk Tajuddin Rahman agar dapat kontrak jual baja," katanya lagi.
"Eskay adalah pembohong. Apa saja dia kata adalah pembohongan," kata beliau kepada pemberita di ladang kambingnya di Kuang dekat sini hari ini.
"Saya akan membantu jika polis atau Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia mahu menyoal siasat. Jika Eskay mahu menyaman saya, silakan. Saya tidak bimbang," katanya lagi.
Kenapa ? Apataknya penakut, dengan dakwat pun takut. Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) tidak bercadang menimbang semula penggunaan dakwat kekal kerana ia dianggap tidak lagi sesuai untuk digunakan.
Malaysia memang terlalu penakut di bawah pentadbiran Barisan Nasional dan ditunjangi oleh parti UMNO haram (sebab parti ni telah diharamkan dan dihidupkan semula dengan nama UMNO(BARU)) tetapi telah disilap mata oleh Tun Mahathir dan akhirnya digunakan UMNO sahaja. Bacalah sejarah semula.Barisan Nasional cuba menolak demokrasi dengan mengelat tidak mahu gunakan kaedah celup jari yang menyukarkan penipuan BN dalam pilihanraya.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz ketika menggulung perbahasan titah ucapan Diraja berkata, SPR sedang berusaha mencari kaedah baru yang lebih moden dan boleh diterima oleh semua pihak untuk digunakan dan sedang meneliti penggunaan biomatrik sebagai ganti.
"Namun ia masih dalam perhatian kerana perlu melihat dari semua sudut," katanya.
Nazri menambah, penggunaan dakwat kekal juga tidak sesuai kerana bercanggah dengan perlembagaan dengan memberi contoh situasi pengundi tidak mahu ibu jarinya dicalit dengan dakwat.
Bagaimanapun, jawapan itu mendapat tentangan daripada Dr. Siti Mariah Mahmud (PAS-Kota Raja) yang menyifatkan ia masalah peraturan yang boleh diselesaikan sebelum hari mengundi.
"Alasan mengenai perlembagaan itu kurang tepat. Kalau itulah yang menjadi isunya pada pilihan raya yang lepas, saya kira kita mempunyai masa yang cukup untuk meminda peraturan dalam pilihan raya itu sendiri.
"Tapi kita tidak membuat usaha ke arah itu. Mungkin tidak ada political will dan perjumpaan kita dengan SPR pun, SPR kata ini adalah keputusan kabinet, ini adalah keputusan kabinet," katanya.
Pada pilihan raya umum 2008, SPR menerima tuntutan Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) agar dakwat kekal digunakan namun keputusan itu ditarik balik beberapa hari sebelum mengundi atas arahan kerajaan.
Siti Mariah juga menyanggah jawapan Nazri bahawa tidak berlaku pengundian dua kali dan mendakwa terdapat pendatang asing menerima kad pengenalan meskipun tidak layak.
"Saya nak bangkitkan mengenai tidak ada pengundian dua kali. Mungkin kalau saya bawa perkara ini Menteri kata tuduhan tapi kita sudah banyak kali mendengar bagaimana di Sabah kad pengenalan diberikan kepada pendatang tanpa izin.
"Pengeluaran kad pengenalan ini menjadi perbualan malah di kalangan kakitangan kerajaan di jabatan Pendaftaran Negara sendiri mengatakan kad pengenalan mudah diberikan kepada rakyat termasuk pendatang tanpa izin yang dah lama beerada di sini untuk menjadi pengundi. Ini utuk kepentingan politik BN," dakwanya.
Tambahnya, tidak mungkin mereka yang menerima kad pengenalan secara tidak sah akan mengaku mengenai perkara itu.
"Menteri mungkin suruh saya bawa saksi. Tapi mana ada orang yang dapat kad pengenalan, yang tak sepatutnya dia dapat akan mengaku bahawa dia mendapat kad pengenalan.
"Inilah kebimbangan kita, JPN akan keluarkan kad pengenalan kepada orang yang tak sepatutnya sehingga ada yang mempunyai kad pengenanalan lebih daripada satu, boleh pergi ke dua tiga pusat pengundian,"katanya.
Nazri juga memberitahu, sistem pengundian automatik juga tidak akan dilakukan atas alasan sebahagian besar rakyat tidak tinggal di alamat seperti yang didaftar dalam kad pengenalan.
http://greenboc.blogspot.com/2011/03/video-gempar-gadis-frust-nekad-terjun.htmlKali ini KB Mall bergegar lagi.
Jika sebelum ini heboh video pasangan remaja yang kantoi khalwat. Kali ni lagi hebat, bila seorang gadis terjun dari bumbung KB Mall.
Kejadian pada hari ini pukul 4 ptg tadi.Pelbagai spekulasi mengatakan punca tindakan nekad gadis itu. Ada yang mengatakan kerana dia telah mengandung anak luar nikah, ada yang mengatakan boifriend curang, lucu bila ada mengatakan gadis ini frust sbb kat Kb Mall takde panggung wayang.
Tengok la video gila nekad gadis ini. Keberanian aksi bomba ini memang patut dipuji. Bomba terpaksa meminjam tilam dari Courts Mammoth, orang ramai bertepuk tangan bila gadis ini jatuh atas tilam. -syokdownload
Membaca temuramah antara wartawan Harakah Wan Nordin dengan SUA PKR amat bermakna dan dapat memberikan sedikit clue kenapakah isu video lucah yang ditayang di Carcosa Seri Negara itu tidak dianggap bersalah oleh Menteri di JPM yang sedang bergaduh dengan MCA dan Gerakan sekarang ini. Agak hairan bila seorang menteri yang jaga undang-undang tidak tahu dimana salahnya menonton filem lucah padahal terpapar dalam akhbar saban hari akan serbuan disana dan sini oleh polis terharap golongan yang berminat menonton filem lucah ini. Bahkan kadang-kadang sampai dalam hutan pun polis boleh sampai untuk serbu dan rampas, tetapi yang satu ni boleh pulak berlaku dalam hotel prstij pulak tu!!. Apakah ini akan menjadi precedect pula untuk kes-kes lain dimasa akan datang???. Nampaknya kita kena buka kitab undang-undang balik lah dan tunjukkan kepada menteri ini mungkin sebab dia sudah lama bergelomang dengan politik sampai tidak ingat lagi bahawa menonton dan menayang bahkan menjual dan mengedar filem porno ini adalah salah dari segi undang-undang di dalam Malaysia ini. Biarkan polis dan mahkamah tentukan semua itu. Mungkin negara kita di zaman DS Najib ini sudah ada dua set undang-undang, satu untuk BN dan satu untuk bukan BN. Apa yang ingin ana tarik perhatian adalah pasal apa yang diulas oleh YB Saifuddin SUA PKR dalam temuramah tersebut. Memang daripada pengalaman sebagai pengamal perubatan selama hampir 30 tahun, agak terkejut bila mendapat tahu bahawa sesuatu sampel yg diambil dari mana-mana specimen ujian tidak diseal dan ditampal gala dan cop mohor sebagai SOP keselamatan swab dari specimen dan seterusnya disimpan didalam peti ais untuk kestabilan specimen atau swab tersebut dan segera dihantar kemakmal untuk diujikaji apakah jenis ujian yang hendak dijalankan. Ini sudah tentu akan menimbulkan banyak keraguan diatas keselamatan sample dan swab tersebut, ia akan mengalami perubahan fizikal dengan suhu bilek biasa dan mungkin akan mengalami manipulasi tangan manusia kerana sealkeselamatan tidak ada disitu. Biasanya dalam setiap post mortem atau ujian makmal yang dibuat, kita seal dan lekatkan gala dan letakkan cop mohor dipembuka setiap penutup container tersebut agar tiada tangan yang dapat memanipulasi dan ditandatangani pula supaya tidak diganggu gugat sehingga tiba dimakmal dan dibuat ujian . Amat hairan bila membaca jawapan didalm mahkamah bahawa calit (swab) disimpan didalam almari selama 2 hari dan tidak dibuat mengikut SOP saperti arahan KPN didalam mengendalikan specimen ujian untuk kes-kes jenayah. Nampak sangat apa yang dirunsingkan oleh beliau itu ada asasnya. Begitu juga dengan saksi alibi disini. Pelik juga apabila orang yang berada didalam rumah tersebut tidak dipanggil sebagai saksi didalam mahkamah sati apa yang disebut beliau dalam jawapan kepada soalam Wan Nordin itu. Bukankah ini biasanya menjadi salah satu daripada perkara yang lazim dilakukan didalam mahkamah. Begitu juga bukti CCTV yang digambarkan oleh beliau , kenapa yidak diberikan salinan kepada peguam pihak pembela untuk meneliti apa sebenarnya yang ada didalam gambar tersebut. Dari jawapan SUA itu, nampaknya beliau berkata tidak ada pun kelibat pemuda tersebut didalam bilek rumah pemilik kondomonium itu, hanya setakat pintu lift sahaja, itupun tingkat yang berlainan. Nampaknya inilah mungkin punca kepada wujudnya versi seterusnya agar pemikiran kita kita boleh ditumpukan kepada ketirisan wang negara, rasuah peringkat mega, kes PR Sarawak yang memerlukan penerangan kepada rakyat mengenai penghapusan tanah rizab Melayu, kehilangan saham untuk Bumi sebanyak 50 billion, dan berbagai lagi masalah didalam negara yang perlu diberikan perhatian serius oleh rakyat menjelang PRU 13 ini. Kita hanya berserrah kepada Alllah atas isu terbaru ini, kes sudah berada ditangan polis, tetapi apakah ia akan menjadi satu siasatan yang telus, pada peringkat awal pun polis dah tak boleh menghalang mereka yang menayangkan filem lucah yang sememangnya menjadi kesalahan didalam negara kita. Apakah seterusnya akan berlaku?... wallahu aklam.
Oleh Khairi Ketika ini tidak ada sesiapa yang tahu apakah sebenarnya yang berlaku di sebalik tindakan Ketua Cabang PKR Jerantut, Mohd Nor Jaafar, yang menyertai Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (Kita) pimpinan Datuk Zaid Ibrahim. Menurut sumber, Mohd Nor dikatakan menyertai Kita minggu lalu tetapi tanpa pendedahan kepada media. Tetapi disahkan oleh pimpinan PKR negeri. [...]
Seorang kenalan rapat Datuk Shazril Eskay Abdullah yang turut dipelawa sebagai sebahagian pasukan konspirator penayangan video seks di Hotel Carcosa Isnin lalu, hari ini mendedahkan bahawa Eskay memang berniat untuk menjatuhkan Datuk Seri Anwar Ibrahim melalui cara kotor.
Ia didedahkan Mohamad Mahti Abd Rahim, bekas pengawal peribadi kepada Tan Sri Megat Junid selama lebih 20 tahun, yang turut mengenali Esyak sejak 1996. "Bagi saya, Datuk Eskay ini merupakan si Kitul. Dia ingin memporak-perandakan negara.
Dia memberitahu saya yang dia memang mahu menjatuhkan Datuk Seri Anwar Ibrahim," katanya ketika membuat pendedahan itu dibuat di sebuah premis di Sungai Buloh. Beliau mengetahui penayangan video itu dan turut diajak bersama menyertai kumpulan berkenaan tetapi menolaknya./Keadilan DailyP
KUALA LUMPUR, 25 Mac : Dewan Pemuda PAS Pusat (DPPP) dan Pemuda Pakatan Rakyat bersetuju membuat ketetapan mengeluarkan manifesto bersama khusus untuk generasi anak muda dan belia sekiranya berjaya menawan negeri Sarawak nanti.
Timbalannya, Ustaz Azman Shapawi Abdul Rani berkata perkara itu dicapai pada pertemuan bersama-sama dengan Pemuda Pakatan Rakyat yang dihadiri oleh pemuda DAP, PKR dan SNAP pada 23 Mac lalu di Kuching.
"Kami telah bersetuju bergading bahu dan bersepakat bersama untuk berusaha serta berazam menguasai Negeri Sarawak selepas Pilihan raya Negeri yang dijadualkan pada 16 April ini," ujarnya.
Sehubungan itu, katanya Pemuda Pakatan akan melancarkan jenteranya pada 27 Mac inidi bandar.
Menurutnya, wakil-wakil daripada setiap parti komponen Pakatan Rakyat akan memberikan motivasi, dan membakar semangat pemuda pada hari tersebut.
Beliau juga memaklumkan DPPP baru sahaja mengakhiri lawatan kerja ke Sarawak pada 22 hingga 24 Mac bertujuan untuk mengemaskini dan memastikan kelancaran Jentera Pilihanraya Pemuda PAS di Sarawak.
Azman mengetuai lawatan itu dengan Setiausaha DPPP, Khairul Faizi Ahmad Kamil dan Ketua Penerangan, Suhaizan Kaiat.
Katanya, pada 22 Mac, DPPP telah mengadakan pertemuan dengan Pemuda PAS Negeri Sarawak berbincang dan memperkemaskan lagi jentera pemuda.
"Untuk memperincikan lagi susunan gerak kerja di Sarawak, pada 23 Mac 2011 DPPP mengadakan perbincangan dengan Pesuruhjaya PAS Sarawak, Adam Ahid di kediamannya dan seterusnya bertemu dengan pemuda-pemuda Pakatan Rakyat di sebelah petangnya," katanya.
Beliau menambah, DPPP akan membuat mesyuarat susulan segera di peringkat pusat, untuk menentukan serta memfokuskan peranan pemuda negeri-negeri untuk turun di dalam pilihan raya Sarawak.
"Kita berharap pemuda-pemuda PAS daripada Semenanjung Malaysia dan Sabah yang mempunyai kelapangan masa, mempunyai kekuatan wang dan fizikal dapat turun ke Sarawak bagi memberikan sokongan moral dan melicinkan gerak kerja pemuda-pemuda di Sarawak," ujarnya.
Sex video: Anak asks Agong to step in Zefry Dahalan March 25, 2011
The unIslamic slanders must stop, says the association's president
SEREMBAN: The National Felda Settler Children's Association (Anak) has asked the Yang Dipertuan Agong to interfere in the controversy surrounding a video that allegedly shows opposition leader Anwar Ibrahim engaging in unlawful sex.
The association's president, Mazlan Aliman, said the King should use his authority as the nation's head of Islam to put a stop to such slanders because they could mislead Muslims.
He made the call outside the Seremban police headquarters after lodging a report against Shazryl Eskay Abdullah and other confessed promoters of the video, accusing them of violating the Censorship Act and the Penal Code. Accompanying him was Negeri Sembilan PAS commissioner Zulkefly Mohamad Omar.
"This is a conspiracy to humiliate Anwar Ibrahim and his family," he told reporters. "The behavior of the three individuals who showed the video to the media is totally against the teachings of Islam.
"The police also must act against Shazryl for trying to blackmail Anwar and his wife to force them to step down as leaders of PKR."
Mazlan also took former Malacca chief minister Abdul Rahim Tamby Chik to task, accusing him of abusing his current position as Risda chairman to book the hotel room where the video was shown to media representatives.
"He has admitted that he booked the room under the name of Risda," he said.
"This is clearly an abuse of power. If he wants to play politics, then he should quit as the chairman of Risda."
In his report, Mazlan also told the police to ascertain whether de facto law minister Mohd Nazri Aziz had broken the law for stating that the screening of the video to the media was legal.
Pas NS buat laporan polis Sinar Harian 25 Mac 2011
SEREMBAN – Pas Negeri Sembilan membuat laporan polis di sini, semalam, berikutan fitnah yang mengaitkan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim terlibat dalam video seks.
Pesuruhjaya Pas negeri, Zulkefly Mohd Omar berkata, laporan polis itu dibuat bagi mendesak polis melakukan siasatan terhadap Datuk Shazryl Eskay Abdullah dan Tan Sri Abd Rahim Tambi Chik yang terbabit dalam rakaman video aksi seks itu.
"Tuduhan terhadap Anwar adalah fitnah yang sangat melampau. Tiada sebarang asas yang boleh dipertanggungjawabkan," katanya kepada pemberita selepas membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seremban, di sini.
Menurutnya, ia bukan sahaja mencemar nama baik Anwar sebagai pemimpin utama Pakatan Rakyat (PR) dan keluarga, malah fitnah itu ibarat sudah menjadi budaya di negara ini.
"Kita tidak mahu barah fitnah ini merebak dan menjadi budaya diamalkan rakyat dengan tujuan memburukkan individu tertentu demi kepentingan peribadi mahupun politik.
"Kerajaan dan pihak berkuasa perlu pandang serius budaya yang semakin menular ini bagi memastikan negara bebas daripada fitnah, yang pastinya membawa kesan buruk kepada imej negara," katanya.
Hadir sama, Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Mohamad Taufek Abd Ghani dan Presiden Anak Peneroka Felda (Anak), Mazlan Aliman dan 20 ahli Pas negeri.
CERAMAH AGAMA Bersama Tuan Guru Hj Ahmad Tajuddin bin Md. Jali , Penasihat Program Pengajian Pondok, Madrasah Tarbiyah Madinatul Ilmi, Batu Kurau, Perak Tarikh : 1 April 2011 (JUMAAT) Masa : 7.45 mlm , selepas Maghrib Tempat : Surau Taman Alamanda, Senawang, N.Sembilan
YB Tuan Haji Mohd. Anuar bin Sudin, ADUN Changkat Jong (PAS)
Bagi Mesyuarat Pertama Penggal ke-4 Dewan Negeri Yang Ke-12
Perak Darul Ridzuan mulai 05 April 2011
1. Adakah Kerajaan Negeri telah berjaya mencapai sifar miskin tegar pada tarikh yang ditetapkan iaitu 31 Disember 2010? Sila nyatakan jumlah KIR yang mendapat bantuan tunai bulanan dan juga bantuan melalui Program Peningkatan Ekonomi berserta dengan amaun yang dikeluarkan.
2. Apakah syarat-syarat yang melayakkan seseorang KIR menerima bantuan dibawah Program Bantuan Rumah (PBR). Di kawasan DUN Changkat Jong berapa KIR yang telah mendapat bantuan dibawah PBR, samaada bantuan bina baru ataupun bantuan baik pulih dalam tahun ini ?
3. Kerajaan Negeri telah memperuntukkan RM15 juta untuk membangunkan projek dibawah Program Perumahan Rakyat (PBR) di Jalan Laksamana Teluk Intan berkonsepkan rumah pangsa mengandungi 150 unit untuk disewa sahaja.
Soalan saya :
A. Bilakah projek ini akan dimulakan ?
B. Siapakah yang layak untuk memohon bagi mendapatkan rumah pangsa ini ?
c. Bagaimanakah pehak kerajaan akan memberitahu orang ramai tentang projek ini ?
RAWANG, 25 Mac — Seorang bekas anggota polis hari ini mendakwa Datuk Shazryl Eskay Abdullah telah mendampinginya minggu lalu untuk mendapatkan beberapa bekas anggota unit tindakan khas (UTK) khusus untuk sesi tayangan rakaman video seks Isnin lalu, yang pendedahannya mendakwa melibatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Rakaman itu menunjukkan seorang lelaki mengadakan hubungan seks dengan seorang wanita, dipercayai pelacur asing.
Mohamad Mahti Abdul Rahim, yang pernah berkhidmat sebagai pengawal peribadi Allahyarham Tan Sri Megat Junid Megat Ayub berkata, dia bertemu dengan ahli perniagaan itu minggu lalu.
"Beliau bertanya saya sama ada boleh membantu mendapatkan dua bekas anggota UTK. Apabila beliau berkata ia untuk menyerang Datuk Seri Anwar Ibrahim, saya memberitahu beliau saya tidak mahu tahu apa-apa langsung," katanya.
Mohamad Mahti, yang pernah bekerja untuk bekas menteri itu selama 18 tahun menambah, dia tidak mahu terlibat dalam apa-apa masalah meskipun mengenali Shazryl (kiri) sejak 1980-an.
"Tetapi sekarang, dengan adanya semua dakwaan, saya merasakan saya perlu mendedahkan kebenaran. Datuk Eskay adalah Si Kitol," katanya.
Mohamad Mahti berkata Shazryl mengenali Anwar sejak Ketua Umum Pakatan Rakyat itu menjadi menteri kerajaan pusat pada 1990-an.
Katanya, Shazryl kemungkinan marah selepas Ketua Pembangkang itu tidak mahu memberikan keterangan dalam kes saman berkaitan komisen RM20 juta berkaitan pemerolehan projek jambatan bengkok menghubungkan Johor dan Singapura.
"Sama ada pita (rakaman) ini betul atau tidak, saya tidak tahu tetapi ia satu tindakan tidak bermoral," katanya lagi.
Mohamad Mahti berkata dia pertama kali bertemu dengan Shazryl ketika beliau berkhidmat sebagai pakar fisioterapi Persatuan Badminton Malaysia tahun 1990-an.
"Datuk Megat pernah mengalami masalah otot dan Shazryl disyorkan kepada saya, jadi saya perkenalkan kepada Datuk Megat," kata beliau.
"Tetapi apabila Datuk Megat berhadapan dengan barah dan malah ketika beliau meninggal dunia, Eskay tidak pernah melawat beliau langsung," katanya.
Kini katanya, Shazryl mengusahakan lima kilang baja di Thailand dan rapat dengan (Tan Sri) Abdul Rahim (Thamby Chik) sebab beliau merupakan Pengerusi RISDA manakala Shuib pula bapa mertua Menteri Luar Bandar dan Pembangunan Wilayah Datuk Seri Shafie Apdal.
Shafie juga merupakan naib presiden Umno.
"Beliau juga cuba rapat dengan Pengerusi Felcra Datuk Tajuddin Rahman agar dapat kontrak jual baja," katanya lagi.
"Eskay adalah pembohong. Apa saja dia kata adalah pembohongan," kata beliau kepada pemberita di ladang kambingnya di Kuang dekat sini hari ini.
"Saya akan membantu jika polis atau Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia mahu menyoal siasat. Jika Eskay mahu menyaman saya, silakan. Saya tidak bimbang," katanya lagi.
Shazryl adalah salah seorang daripada tiga "Datu T".
Kelmarin, Shazryl, seorang ahli perniagaan, mengaku bahawa beliaulah yang menunjukkan video itu kepada media terpilih di Carcosa Seri Negara Isnin lalu.
Dua lelaki telah ditahan polis berhubung siasatan video seks yang dikatakan membabitkan seorang lelaki yang mirip seorang ahli politik terkenal mengadakan hubungan seks dengan seorang wanita.
The Star Online yang memetik setiausaha PDRM, Bukit Aman, Datuk Ghazali Md Amin berkata beberapa barangan yang mungkin boleh digunakan sebagai bukti juga dirampas daripada kedua-dua mereka.
Katanya, seorang daripada mereka juga memaklumkan kepada polis, lokasi di mana video seks itu dirakamkan dan pihak polis telah menghantar pasukan forensik bagi menyiasat lokasi tersebut.
Ghazali juga berkata kedua-dua lelaki berkenaan telah dibebaskan dengan jaminan sementara menunggu siasatan. Beliau bagaimanapun tidak mendedahkan indentiti kedua-dua lelaki tersebut.
Semalam, bekas ketua menteri Melaka, Tan Sri Rahim Thamby Chik berkata beliau telah menyerahkan rakaman asal video seks yang didakwa membabitkan seorang pemimpin pembangkang, untuk siasatan polis di Bukit Aman.
Bercakap kepada pemberita selepas selesai disoal siasat, Rahim berkata beliau juga menyerahkan kepada polis seutas jam tangan, yang dikatakan diambil dari bilik hotel di mana adegan seks itu dirakam.
Selain Rahim, turut memberi keterangan berhubung video seks tersebut semalam ialah ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah.
Rabu lalu, Rahim dan Eskay mendakwa mereka bersama bendahari PERKASA, Datuk Shuib Lazim, adalah 'Datuk T' di sebalik tayangan video seks tersebut.
Mereka telah menayangkan video lucah itu kepada beberapa wartawan tertentu di hotel Carcosa Seri Negara di Kuala Lumpur pada Isnin lalu.
Sehari kemudian, ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim membuat laporan polis selepas menafikan beliau adalah lelaki yang didakwa dalam video tersebut.
Rahim dijadual mengadakan sidang akhbar di bangunan Risda, Jalan Ampang pada jam 3 petang ini. Beliau adalah pengerusi agensi kerajaan itu.(malaysiakini)
Tajuk di bawah telah dibentang oleh kami Lajnah Penerangan DPPK Gopeng di Cawangan penaja baru Taman Botani Simpang Pulai Rabu 23 mac 2011
Istiqamah dalam perjuangan bersama PAS
Muhammad Nuruddin Bashah
Ketua Penerangan DPPK Gopeng
Istiqamah adalah antara senjata paling ampuh yang ada di dalam Parti Islam SeMalaysia dan jamaah Islam seangkatannya sehingga mampu kekal lebih 50 tahun tanpa dana dan sumber kewangan sebagai pemacu gerak kerja ahlinya.Istiqamah adalah suatu sikap dan paradigma bukan sekadar tindak kerja. Istiqamah juga adalah falsafah hidup dan cara kita hidup. Individu tanpa istiqamah adalah individu tanpa pandangan hidup yang tepat, malah golongan yang berjuang hidup untuk perjuangan yang keluar daripada orbit rabbani, aqidah yang sahih dan hadaf yang benar, akan terkikis istiqamahnya.
Ramai juga petugas PAS hilang istiqamah kerana ketiadaan kefahaman dan ilmu dalam perjuangan. Mereka hairan mengapa berjuang islam tetapi hidup tidak kaya. Mereka hairan mengapa berjuang Islam tetapi ilmu agama tidak bertambah, akhlak tidak dibaiki malah mengapa diri sendiri tidak penting dalam masyarakat. Matlamat hidup berjamaah perlu difahami. Matlamat jamaah perlu diketahui. Ilmu berjamaah dan ilmu Islam perlu dipelajari secara berterusan dan mendalam. Inilah antara pra-syarat utama mendapat cara hidup istiqamah.
Wahai petugas PAS, sila perhatikan ayat di bawah.
oleh itu, hendaklah Engkau (Wahai Muhammad) sentiasa tetap teguh di atas jalan Yang betul sebagaimana Yang diperintahkan kepadaMu, dan hendaklah orang-orang Yang rujuk kembali kepada kebenaran mengikutmu berbuat demikian; dan janganlah kamu melampaui batas hukum-hukum Allah; Sesungguhnya Allah Maha melihat akan apa Yang kamu kerjakan.( Surah Hud : 112)
Jelas, istiqamah adalah suatu saranan daripada Allah jika kita ingin melihat kejayaan sebarang perjuangan menuju Allah.
Kelebihan istiqamah adalah seperti berikut;
·Jika anda jahil, anda akan alim sekiranya istiqamah.
·Jika anda masih maru dalam jamaah atau berpindak ke kawasan baru, anda akan kuat, dikenali dan mampu menyertai jamaah tempat baru jika anda istiqamah.
·Jika anda dirundung masalah (melakukan kesilapan atau kesalahan), istiqamah akan merawat semuanya malah menjadikan anda individu yang bersih daripada kesalahan lampau.
·Jika anda ingin memenagkan jamaah islam, anda istiqamahlah dalam bidang (lajnah) masing-masing serta gilapkan kemahiran dan bakat dengan menyertai pelbagai program takwin dan tanfizd yang dianjurkan oleh PAS Kawasan dan Negeri atau Pusat.
Dalam ayat di atas, Allah juga mengingatkan kita jika kita istiqamah jangan sesekali kita melampaui batas, mengada-ngada, bertindak ghuluw kerana golongan ghuluw dan toghut selalunya akan gugur daripada perjuangan Islam.
Ayat istiqamah adalah ayat yang paling berat bagi Rasulullah. Jika Rasulullah risau berkenaan isu istiqamah, bagaimana pula dengan kita petugas PAS masih masih jahil dan kerdil?
Ibnu Abbas RH mengkhabarkan semasa sahabat berbual denganNabi SAW, mereka berkata" Betapa cepat engkau beruban, jawab baginda, yang membuatku beruban adalah Surah Hud dan surah-surah yang seumpamnya ( Tafsir Al Qurtubi, riwayat At Tarmizi, disahih oleh al AlBani)
Istiqamah berbeza dengan istilah konsisten kerana istilah ini ada tafsirannya :
·Saidina Abu Bakar menyatakan maksud istiqamah adalah tidak menyekutukan Allah dengan sesiapa.
·Umar Al Khattab menyatakan lurus pada ketaatan dan menjauhi larangan.
·Imam An Nawawi berkata istiqamah adalah lurus atas ketaatan hingga mati.
Istiqamah bukan perkara mainan malah memerlukan mujahadatun nafs (bermujahadah dan berjihad melawan nafsu).
Istiqamah ada kaitannya dengan berazam. Azam (a'zama secara harfiah bermakna menetap cita-cita yang pasti) dalam bahasa arab bukan sekadar berangan-angan atau impian tahun baru dll, sebaliknya azam adalah kemahuan perlaksanaan kerja yang istiqamah, bersungguh-sungguh dan disertai dengan tawakal.
"kemudian apabila Engkau telah berazam (Sesudah bermesyuarat, untuk membuat sesuatu) maka bertawakalah kepada Allah, Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang Yang bertawakal kepadaNya." (Ali Imran : 159)
Kerana itu Rasul-rasul yang bergelar Ulul Azmi adalah rasul yang berazam atau bertekad kuat malah berusaha keras melawan kaum masing-masing serta menghadapai tribulasi paling teruk berbanding rasul lain. Inilah makna azam yang sebenarnya.
Tujuan PAS mendidik ahlinya adalah untuk menghasilkan Muslim haraki. Menurut Ustaz yahya Othman dalam bukunya Amal Jamaiy Pengertian dan Tuntutannya, Muslim Haraki adalah individu yang
·Mengiklan secara terbuka bahawa beliau bekerja untuk membina masyarakat Islam.
·Mendirikan Negara islam yang menyeluruh.
·Mengembalikan kepimpinan Islam.
Muslim haraki bermakna orang muslim yang bergerak. Bergerak bererti muslim itu beramal dan berjihad. Jihad dan amal perlu istiqamah jika inginkan kejayaan islam. Istiqamah adalah TERAS Muslim haraki.
Untuk ahli PAS melaksanakan cara kerja istiqamah, mereka perlu meneliti gagasan yang diterapkan oleh Abu A'la Al Maududi dalam bukunya Pra Syarat Kejayaan harakah Islamiyyah.
·Menjauhi sikap sombong dan takbur sehingga menganggap kerja Islamnya lebih baik berbanding rakan yang lain.
·Riya' serta sering menceritakan kehebatannya dalam kerja jamaah sehingga akibatnya istiqamah akan hilang dengan sendirinya sebaliknya beliau hanya asyik dengan kehebatan sendiri.
·Ahli jamaah yang berniat buruk dalam jamaah pasti akan hilnag nilai istiqamahnya.
·Sikap mementing diri, ananiyah, selfish, individualism serta budaya elitism.
·Pemikiran sempit, tidak mengikuti wacana dan arus perubahan polisi jamaah.
Antara asas penting untuk istiqamah adalah mendalami cara hidup jihad dalam amalan seharian samada dalam kerjaya, berumahtangga dan bekerja dalam jamaah. Tanpa jihad jangan harap petugas PAS tanpa wang dan ganjaran sanggup berpanas, berhujan malah dibuang pekerjaan semata-mata untuk kerja jamaah.
Jihad politik (jihad siasiy) adalah istilah yang digunakan oleh Said Hawwa dalam bukunyaJundullah Saqafatan wa Aqlaqan. Takrifan jihad politik adalah'setiap usaha yang dilakukan untuk mempertahankan dan memajukan islam dalam apa jua bidang seperti politik, pendidikan, ekonomidan lain-lain'.
Asal istilah jihad digunakan oleh ulama' fiqh untuk permasalahan bab fiqh peperangan dalam islam. Kini peperangan diterjemah dalam pelbagai bentuk termasuk berperang menentang ideologi ilhad daripada pihak kuffar.
Said Hawwa juga berkata ' Jihad politik adalah usaha yang dilakukan untuk menegak kerajaan Islam yang adil melalui saluran politik, ememgang amanah pemerintahan da mempertahankannyadaripada serangan musuh'.
Menurut Dr SyedMohamad Syed Hasan dalam bukunya Wehdatul Fikri Asas Kecemerlangan Jamaah, antara sikap yang merosakkan kerja istiqamah dalam pergerakan jamaah adalah
·Menganggap peranan memajukan Parti terletak di bahu pemimpin semata-mata.
·Menganggap muktamar atau mesyuarat agong medan mengkritik habis-habisan atau tempat menunjuk kemahiran bercakap.
·Lambat bertidak terhadap arahan , sikap menangguh kerja.
·Menghadiri mesyuarat dengan tangan , otak dan minda yang kosong.
·Mengguna masa yang lama untuk mesyuarat.
·Setiausaha menjadi ketua, manakala ketua menjadi pak angguk.
·Setiausaha hanya berperanan menjadi penghantar surat dan pencatat minit.
·Bendahari hanya menjadi penjaga akuan sahaja.
·Jawatankuasa hanya sekadar pencukup korum tanpa tugas khas.
·Keputusan mesyuarat tidak dilaksanakan.
·Sikap melawan arahan pimpinan.
Ada tiga tahap Istiqamah yang perlu berlaku serentak iaitu:
·Istiqamah hati: sentiasa teguh dalam mempertahankan kesucian iman dengan cara menjaga kesucian hati daripada sifat syirik, menjauhi sifat-sifat cela seperti riak dan menyuburkan hati dengan sifat terpuji terutamanya ikhlas. Dengan kata-kata lain Istiqamah hati bermaksud mempunyai keyakinan yang kukuh terhadap kebenaran. Firman Allah Taala. (Surah Al-Furqan ' ayat 32 ) Ertinya: Dan orang-orang yang kafir berkata : "Mengapa tidak diturunkan Al-Quran itu kepada Muhammad semuanya sekali ( dengan sekali gus ) ? diturunkan Al-Quran dengan cara yang demikian kerana hendak menetapkan hatimu (wahai Muhammad) dengannya, dan kami nyatakan bacaannya kepadamu dengan teratur satu persatu.
·Istiqamah lisan: memelihara lisan atau tutur kata daripada kata-kata supaya sentiasa berkata benar dan jujur, setepat kata hati yang berpegang pada prinsip kebenaran dan jujur, tidak berpura-pura, tidak bermuka-muka dan tidak berdolak dalik. Istiqamah lisan terdapat pada orang yang beriman, berani menyatakan dan mempertahankan kebenaran dan hanya takut kepada Allah Taala. Firman Allah Taala: (Surah Ibrahim ' Ayat 27)Ertinya: ....Allah menetapkan (pendirian) orang-orang yangberiman dengan kalimah yang tetap teguh dalam kehidupan di dunia dan di akhirat.....
·Istiqamah perbuatan:Tekun berkerja atau melakukan amalan atau melakukan apa saja usaha untuk mencapai kejayaan yang di redhai Allah. Dengan kata-kata lain istikamah perbuatan merupakan sikap dedikasi dalam melakukan sesuatu pekerjaan, perusahaan atau perjuanganmenegakkan kebenaran, tanpa rasa kecewa, lemah semangat atau putus asa.Sikap ini menjadi begitu rupa kerana dorongan hati yang istikamah.
Tahukah anda sikap istiqamah juga menjadi intipati gejala indhibat dalam jamaah? Indhibat adalah disiplin dalam berorganisasi. Maksud indhibat menurutDr Adil Syuwaikh dalam bukunya Al Indhibatadalah " kehampiran seseorang dalam melaksanakan komponen kerja yang dituntut secara termampu secara tepat degan syarat perkara itu dilakukan pada waktu yang ditetapkan dan ia sebahagian daripada kerja yang menyeluruh ditugaskan".
PAS yang berjaya di Kelantan dan beberapa negeri berpunca daripada sikap disiplin mereka yang amat tinggi dalam usaha melaksanakan SEMUA perancangan mereka. PAS yang kurang berjaya di beberapa tempat diakibatkan semua kerja hanya tertulis indah di KERTAS KERJA tetapi tidak dilaksanakan sepenuhnya.
Terdapat ramai mahasiswa dan pelajar sekolah agama yang ditarbiah d sekolah masing-masing tetapi meninggalkan parti apabila sampai usia alam bekerja. Ada yang meninggalkan kerja jamaah apabila menerima kenaikan pangkat. Bukan sekadar jasad tiada dalam majlis jamaah, malah malu alah untuk menjawab SMS dan panggilan dari sahabat jamaah sendiri. Ini petanda kehilangan intima' diri daripada jamaah dan ia amat berbahaya.
Seluruh ulama'berpendapat bahawa istiqamah musnah jika kita bergaul dengan rakan-rakan yang tidak baik, bermotivasi rendah malah pesimis terhadap kerja Islam. Malah sikap istiqamah akan musnah apabila terlalu banyak berkecimpung dengan urusan dunia. Kerjaya perlu dijadikan asbab (sebab musabab) untuk menjalankan kerja Islam kerana kerjaya menjamin wang untuk tanggunjawab berumahtangga serta wang untuk berjuang, bukannya kerjaya asing, jamaah asing.
Istiqamah adalah lambang ahli PAS telah mencapai darjat golongan multazimin yang ruh dan jasadnya untuk agama dan jamaah Islam.
KUALA TERENGGANU - Wakil-wakil parti PAS, PKR dan DAP telah hadir ke balai polis Kuala Terengganu bagi membuat laporan polis terhadap pengakuan Datuk T bahawa mereka adalah individu yang terlibat menayangkan video seks di Carcossa Seri Negara pada 21 Mac lalu.
Mereka adalah Setiausaha Dewan Pemuda PAS Wan Faizul Wan Abas bersama Exco Pemuda, Fathi Aziz Abu Bakar bersama Setiausaha Majlis Pimpinan PKR Terengganu Haji Rosli Abdullah dan Pengerusi DAP Terengganu, Ng Chai Hing.
Llaporan tersebut dibuat kerana ketiga-tiga individu tersebut Tan Sri Rahim Thamby Chik, Dato' Eskay Shazril Abdullah dan Datuk Shuib Abdullah adalah melanggar Seksyen 292 Kamun Keseksaan, Seksyen 5 Akta Penapisan Filem dan Seksyen 211 Akta Komunikasi dan Multimedia apabila menayangkan video tersebut kepada pemberita dan para wartawan
Wan Faizul menyifatkan tindakan Datuk T menayangkan video tersebut kepada pihak media dan kemudian membuat pengakuan bahawa merekalah yang menayangkannya sebagai tindakan yang tidak tahu malu dan tidak bertanggungjawab.
"Berlaku penyebaran video lucah ini dan ditayangkan tanpa rasa malu dan tidak bertanggungjawab, kerana perkara yang belum disahkan (dilakukan oleh seseorang) disebar begitu rupa tanpa dibuat laporan kepada polis terlebih dahulu,"ujarnya ketika ditemui selepas membuat laporan tersebut.
Jadi, katanya PAS mendesak supaya mereka yang mengaku menayangkan video tersebut ditangkap segera kerana pengakuan mereka sebagai 'Datuk T' yang menayangkan video itu adalah jelas.
"Mereka ini sepatutnya ditangkap (segera) dan dibuat siasatan terperinci,"tegasnya.
Beliau menganggap pihak polis sengaja mencalarkan imej mereka dan menghilangkan kredibiliti dan kepercayaan masyarakat kepada mereka sekiranya tidak mengambil tindakan, mennangkap mereka yang terbabit
Mengulas perkara sama, Menurut Setiausaha PKR Terengganu, Haji Rosli Abdullah, berdasarkan laporan akhbar media perdana yang memaparkan pengakuan Datuk T, pihaknya mendesak kerajaan khususnya pihak polis supaya bukan sahaja menyegerakan siasatan bahkan menyegerakan tangkapan keatas mereka.
Beliau turut meminta pihak berkuasa agama meniliti perkara video seks tersebut kerana pemimpin Umno-BN yang terbabit telah mempermainkan Islam dengan menayangkan video tersebut.
"Seolah-olah isu ini (video seks dan lucah) adalah isu kedai kopi, sedangkan mengikut perundangan Islam ia cukup tidak baik (mudarat) kepada masyarakat,"tegasnya.
Wakil DAP, Ng Chai Hing turut mendesak pihak berkuasa supaya mengambil tindakan segera terhadap ketiga-tiga Datuk yang telah mengaku terlibat dengan video seks yang berlaku sejak beberapa hari lalu.
"jelas, ketiga-tiga mereka telah melanggar Seksyen 5 Akta Penapisan Filem dan Seksyen 292 Kamun Keseksaan, DAP mendesak pihak polis mengambil tindakan segera, kalau tidak, imen polis akan tercemar,"jelasnya.
Dewan Pemuda PAS Kawasan Padang Besare akan mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan Kali Ke 15 pada hari Ahad ini, 27 Mac 2011 di Sekolah Rendah Islam At-Taqwa, Beseri.
Insya Allah, pada tahun ini pemilihan Jawatankuasa akan diadakan dan semua jawatan akan ada pertandingan... Selamat Datang kepada para perwakilan dan pemerhati....
1. Mencari redha Allah swt, memburu kasih sayang serta merebut kurniaanNya adalah satu perjuangan yang mesti dilakukan oleh setiap insan bergelar hamba. Meskipun terpaksa jauh berkelana, meredah samudera, membelah awan, merentasi sahara, menuruni curam, berselut lumpur, berlangir debu, berpenat lelah, bermandi peluh, bersengkang mata dan mengikat perut.
2. Insan bergelar hamba tentu sahaja tidak selesa menjalani kehidupan di alam buana ini tanpa restu Tuhan yang menciptanya. Justeru itu, mahu tidak mahu mereka terpaksa mencari jika belum ketemui, mereka terpaksa memburu jika masih jauh ketinggalan, mereka terpaksa merebut jika ruang dan peluang sangat tipis. Namun hitungan mereka sebagai seorang hamba ialah mendapatkan redha, kasih sayang dan kurniaan Allah swt.
3. Sayugianya buat hamba berstatus pejuang yang gigih menggalas tanggungjawab syariah dan amanah ummah. Mereka lebih berhak memiliki redha Allah berjanjikan pahala, berhak memiliki kasih sayang Allah berjanjikan kemenangan dan mereka juga berhak memiliki kurniaan Allah swt berjanjikan syurga Jannatu Naim.
4. Tentunyalah tidak semudah menatah bicara, melakar ungkapan dan melintas idea kerana sang pejuang mesti mencari, memburu malah merebutnya agar redha, kasih sayang dan kurniaan Allah menjadi hak milik kekal mereka bersama. Sementara musuh rakus mengepong, ghairah memfitnah, nekad menyerang dan licik memboloskan diri mereka, maka :
pejuang mesti rapat dan akrab dengan Allah swt.
pejuang mesti ramah dan mesra dengan Allah swt.
pejuang mesti ingat dan cinta dengan Allah swt.
pejuang mesti baik dan asyik dengan Allah swt.
5. Pengalaman saya dan rakan - rakan anggota rombongan Umrah Tarbawi DPP Malaysia berada di dua Tanah Haram benar - benar menginsafkan. Bermula langkah kanan dari rumah beriringan azan yang dilaungkan, kami berkelana memasuki bumi Bangkok selama lapan jam, Cairo sepuluh jam sebelum sampai ke Jeddah, Madinah al Munawwarah dan Makkah al Mukarramah.
6. Sejurus tiba di Kota Madinah al Munawwarah, operasi mencari redha Allah, memburu kasih sayang dan merebut kurniaan Allah swt berjalan serentak. Kehidupan para tetamu Allah dan NabiNya saw berubah menjadi pantas segalanya. Kelihatan mereka mencari - cari . Mereka cari di mana pintu masuk Masjidin Nabawi. Mereka cari di mana Mihrab Nabi saw, mereka cari di mana Raudhah syurgawi, mereka cari di mana maqam Rasulullah dan para sahabat baginda saw. Mereka cari semuanya itu kerana mereka mahu mencari Redha Allah swt.
7. Kota Makkah al Mukarramah pula menyaksikan mereka mencari Babus Salam pintu masuk ke Masjidil Haram yang paling digemari oleh Rasulullah saw, mereka cari di mana letaknya kaabah al Musyarrafah, mereka cari di mana Maqam Ibrahim, mereka cari di mana Hijr Ismail, mereka cari di mana Multazam, mereka cari telaga zam - zam. Mereka cari segalanya kerana mereka mahu mencari Redha Allah swt.
8. Kedua Kota suci ini juga menjadi medan dan lapangan manusia memburu. Mereka buru waktu solat setelah mengintai jadual rutin hariannya. Mereka buru detik sesuai untuk meluru ke Raudhah, demikian juga ke arah Multazam, mereka buru miqat untuk memulakan ibadah umrah, mereka buru saf hadapan menghampiri maqam Rasulullah di Madinah dan menghampiri Kaabah di Masjidil Haram. mereka buru segalanya adalah kerana mereka mahu memburu kasih sayang Allah swt.
9. Seluas - luas bumi al Haram ini menjadi sempit disebabkan jutaan tetamu Allah swt. Situasi menjadi getir dan mencabar. Pergerakkan mereka seperti berebut - rebut. Sebenarnya mereka berebut peluang untuk minum air zam-zam, mereka rebut ruang untuk munajat di Raudhah Nabi saw, mereka rebut peluang untuk munajat di Multazam, mereka rebut peluang kucup Hajarul Aswad, mereka rebut segalanya adalah kerana mereka mahu merebut kurniaan Allah swt.
10. Rugi sungguh hamba yang malas dan pejuang yang pasif. Tidak mahu mencari, tidak mahu memburu dan tidak mahu merebut redha , kasih sayang dan kurniaan Allah swt. Sedang mereka sangat memerlukan redha, kasih sayang dan kurniaan Allah swt. Jika sejelas Kaabah, mereka malas nak cari, jika sedekat Raudhah, mereka malas nak buru, jika semudah Maqam Ibrahim, mereka malas nak rebut peluang sedang mereka mengaku pejuang, tolonglah sampaikan salam saya dan para tetamu Allah dari lembah Multazam buat mereka dengan lafaz, Assalamualaikum!