Sukacita dimaklumkan bahawa Dewan Pemuda PAS Negeri Kedah dalam usaha untuk menubuhkan sebuah Maahad tafiz Quran yang pertama dibawah Kendalian Dewan Pemuda PAS Kedah. Sebuah tapak telah dikenal pasti untuk dijadikan Maahad Tahfiz . Sehubungan dengan itu orang ramai dijemput untuk menghulurkan sumbangan bagi mengumpul dana bagi kerja-kerja persiapan awal penubuhan Maahad Tahfiz ini. Sumbangan boleh dihulurkan melalui " TABUNG PENDIDIKAN ISLAM KEDAH" NO AKAUN BANK ISLAM : 02011010058929
Untuk sebarang maklumat lanjut sila hubungi Ust Mohamad bin Ismail, Pengarah Jabatan Pendidikan Dewan Pemuda PAS Negeri Kedah di talian 019 4227323
Sehingga kini Dewan Pemuda PAS Negeri Kedah telah memiliki 2 buah Sekolah rendah Islam iaitu Sekolah Rendah Islam Darul Ulum (SRIDU) di Alor Setar dan Sekolah Integrasi Faizin (SAIF) di Guar Chempedak dan turut mengendalikan Sekolah Menengah Agama Al Baqiyatus Solihat di Kg. Ranggut, Langkawi yang akan memasuki tahun kedua pada 2011.
Seluruh warga PAS Perlis mengucapkan selamat berangkat ke Tanah Suci kepada Haji Abdul Karim Md Rejab (Timbalan Pesuruhjaya merangkap Pengarah JPN PAS Perlis).
Beliau dan isterinya, Puan Fatimah Hasan akan berangkat ke Tanah Suci untuk mengerjakan ibadah haji esok (18 Oktober) melalui Bayan Lepas, Pulau Pinang.
Kami doakan semoga selamat pergi, selamat mengerjakan ibadah dengan sempurna dan selamat pulang ke tanahair. Mudah-mudahan dikurniakan haji yang mabrur.
KANGAR - Badan Kebajikan PAS Perlis baru-baru ini meraikan ahlinya yang akan berangkat ke Tanah Suci untuk menunaikan fardu haji pada tahun ini.
(FOTO: Doa dari Pesuruhjaya)
Seramai 23 orang ahli Badan Kebajikan dari seluruh negeri diraikan dalam majlis ringkas yang diadakan di Pejabat Badan Perhubungan PAS Perlis di Jalan Sekolah Derma dekat sini.
Majlis diserikan lagi dengan kehadiran Pesuruhjaya PAS Perlis, Ustaz Hashim Jasin.
Ustaz Hashim dalam ucapannya menyeru bakal haji agar mengenang kembali sirah pembinaan kaabh dan juga sirah perjuangan Rasulullah S.a.w semasa mengerjakan ibadat di sana kelak.
"Perbetulkan niat kita dan ikutlah panduan agama semasa beribadat di sana, tumpukan perhatian untuk mencari keredaan Allah s.w.t. Kami doakan semoga dikurniakan haji yang mabrur, Insya Allah," katanya.
Di dalam majlis tersebut, Badan Kebajikan PAS Perlis menghulurkan sumbangan wang Riyal kepada para bakal haji.
Tahniah kepada PASTI Perlis atas kejayaan menganjurkan Alam Ria PASTI 2010. Segala pengorbanan masa, tenaga, wang ringgit dan keringat yang dicurahkan akan mendapat ganjaran yang setimpal di sisi Allah Taala.
Bajet 2011 yang dibentangkan oleh Perdana Menteri selaku Menteri Kewangan Pertama pada tanggal 15 Oktober 2010 telah menjelaskan lagi bahawa agenda ekonomi dan transformasi yang dibawa oleh beliau sebenarnya berpusing ditakuk lama dengan diberi penjenamaan semula. Ianya ditaburkan dengan angka yang indah-indah bersifat kosmetik, dengan mengkesampingkan pembinaan manusia yang menjadi enjin melaksanakan agenda perubahan ekonomi berkenaan.
Akhirnya, akibat dari penyelewangan, pembaziran, rasuah yang bermaharajalela serta sistem pemerintahan yang tidak bersifat adil kepada rakyat teramai maka kesejahteraan rakyat tentunya akan berada di takuk lama. Inilah yang ditekankan oleh Parti Islam SeMalaysia (PAS) bahawa asas terbesar ialah bahawa kerajaan yang dipacu oleh UMNO-BN telah gagal dalam mencapai matlamat Dasar Ekonomi Baru setelah diberi peluang memerintah selama lebih 50 tahun, bagaimana mungkin kerajaan yang sama boleh melakukan perubahan dengan satu dasar lain pula sedangkan sistem pemerintahan dan politik peras ugut dan penyisihan komponen ekonomi terhadap rakyat di luar bandar terus berleluasa ?
Dalam masa yang sama, fokus kerajaan juga terus tersasar di atas sebab-sebab yang tidak masuk akal, umpamanya peruntukan untuk program Pusat Anak Permata Negara (PERMATA) yang hanya dinikmati oleh segelintir kecil pihak dan masih diperingkat percubaan menikmati dana sebanyak RM111 juta, berbanding dengan RM 100 juta untuk meningkatkan taraf hidup orang asli dan Peribumi, dan lebih parah lagi berbanding peruntukkan RM95 juta yang diperuntukkan sebagai bantuan per-kapita untuk sekolah agama rakyat (SAR) rendah dan menengah.
Apa yang penting ialah bukannya jumlah angka-angka yang sedap didengar, umpamanya dibentangkan bahawa Pendapatan Per Kapita meningkat sebanyak 6.1 % kepada RM28,000; kononnya kadar pengangguran di takuk 3.5%; sedangkan realitinya rakyat di luar bandar tidak menikmati faedah langsung dari peningkatan angka-angka sedemikian bahkan jauh sekali dari menikmati kesejahteraan hidup akibat dari perubahan angka-angka ini !. Inilah hakikatnya. Kita katakan bahawa kerajaan UMNO-BN lah sebenarnya yang menjadi "saudagar mimpi yang memperdagangkan dongengan" bahkan mengelirukan rakyat dengan angka-angka sedemikian. Projek-projek pelaburan juga dilihat gagal dalam melakukan anjakan terhadap taraf hidup rakyat luar bandar yang miskin dan memerlukan.
Kerajaan juga nampaknya tidak cuba belajar dari kesilapan lalu dengan mengimpikan projek pembangunan Warisan Merdeka dengan menara 100 tingkat beserta kemudahannya yang bakal menelan belanja asas RM 5 billion, sedangkan projek koridor yang sepatutnya lebih memberi manafaat kepada rakyat hanyalah menerima secebis peruntukan sahaja. Contohnya peruntukan untuk East Coast Economic Region (ECER) hanyalah RM178 juta, iaitu dalam lingkungan 3.6% dari projek Warisan Merdeka. Ini tidak lagi dicampur dengan kemungkinan projek RM5 billion itu meningkat sebagaimana yang sentiasa berlaku dalam pemerintahan kerajaan UMNO-BN.
Agensi yang sepatutnya melaksanakan amanah untuk membangunkan ekonomi rakyat miskin, kini telah menumpukan pula kepada projek mega sebegini, kerana pimpinan UMNO-BN lah sebenarnya yang 'bermimpikan projek' lantas 'memperdagangkan tanggungjawab membangunkan ekonomi rakyat'.
PAS menekankan peningkatan taraf hidup rakyat miskin perlulah melalui fasa di mana rakyat teramai ini perlu merasakan bahawa mereka adalah menjadi sebahagian dari enjin aktiviti ekonomi bahkan mereka juga menjadi pemain dalam memperkasakan pembangunan negara.
Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang Presiden PAS
Kediaman Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan Isteri Datin Seri Rosmah Mansor akan diubah suai dengan belanja RM65 juta. Menurut Ahli Parlimen Bukit Bendera Liew Chin Tong, kerja-kerja pengubah suaian akan bermula tahun depan dan selesai pada tahun berikutnya. Sri Perdana di Putrajaya mula di bina pada tahun 1997 dengan kos RM24 juta dan siap dua tahun kemudiannya. Bangunan ini diubah suai buat kali pertama pada tahun 2005 yang menelan belanja hampir RM6 juta. Keperluan untuk sekali lagi melakukan pengubah suaian kepada Sri Perdana dengan kos RM65 juta dipertikaikan, khususnya apabila rakyat dinasihatkan supaya berbelanja secara berhemah. Pengubahsuaian Seri Perdana dengan peruntukan yang begitu tinggi dianggap satu lagi pembaziran dana rakyat.
Mengulas isu yang sama Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad berkata, apabila masuk sahaja Perdana Menteri baru semua nak ubah mengikut citarasa masing masing. Ini pembaziran dengan RM65 juta untuk ubah suai Sri Perdana ini satu tindakan yang tidak bertanggungjawab kerana negara amat memerlukan kewangan itu untuk membangunkan modal insan dan sebagainya.
"Duit itu boleh digunakan dengan cara yang lebih bermakna. Kita lihat bajet itu pun tetap juga merupakan satu bajet defisit ini bererti perbelanjaan seperti itu sebenarnya boleh dikurangkan untuk mengurangkan defesit. "Inilah keutamaan pemimpin Umno-BN untuk kepentingan mereka sendiri, keselesaan sendiri ikut citarasa masing masing tanpa memikirkan rakyat jelata yang menghadapi kesusahan untuk membiayai kehidupan seharian. Ramai yang tidak berkerja dan hutang piutang. Tetapi RM65 juta digunakan untuk ubahsuai Sri Perdana ini tindakan yang tidak wajar sama sekali," katanya.
BUKIT KATIL, 16 Okt: Demonstrasi aman anjuran Badan Bertindak Perobohan Pusat Asuhan Tunas Islam (Pasti) dan Surau Bukit Katil semalam berjaya memberikan gambaran kepada pihak berkuasa bahawa rakyat menolak kezaliman dan penindasan.
Mereka bukannya menolak pembangunan tetapi pembangunan itu mestilah memberikan manfaat serta tidak menjejaskan kepentingan rakyat.
Tindakan kerajaan BN Melaka yang dilihat sengaja mengambil tapak Pasti dan surau untuk dibuat jalan menimbulkan kemarahan penduduk Kampung Bukit Katil kerana bagi mereka kerajaan boleh mengambil tanah kosong yang ada di kawasan lain untuk dibuat jalan.
Malah tindakan itu juga disifatkan tidak logik kerana jalan yang akan dibina adalah bengkok berbanding cadangan asal yang lebih lurus.
Demonstrasi semalam dikatakan berjaya kerana berjaya mengumpulkan kira-kira 500 orang penduduk setempat dan kawasan sekitarnya termasuk tuan-tuan tanah yang terlibat.
Demo yang diadakan selepas solat Jumaat di hadapan Masjid Bukit Katil petang tadi telah diganggu oleh pihak polis selepas hanya kira-kira lima minit dimulakan.
Polis meminta pihak penganjur menghentikan program tersebut atas alasan mengganggu ketenteraman awam dan tiada permit.
Dalam ucapan ringkas, Pesuruhjaya PAS negeri, Ustaz Abdul Ghani Abdul Rahman kesal dengan sikap kerajaan negeri yang tidak mahu berunding dengan rakyat khususnya tuan tanah kepada Pasti dan surau tersebut.
YBhg Jurutulis Dewan Negeri Johor telah memaklumkan bahawa Mesyuarat Ketiga (Bajet 2011) Bagi Penggal Persidangan Ketiga Dewan Negeri Johor Yang Ke-12 akan diadakan sebagaimana ketentuan berikut:
BIL. HARI
TARIKH
HARI
1
11 November 2010
Khamis
2
12 November 2010
Jumaat
3
15 November 2010
Isnin
4
16 November 2010
Selasa
5
19 November 2010
Jumaat
6
23 November 2010
Selasa
7
24 November 2010
Rabu
8
26 November 2010
Jumaat
9
29 November 2010
Isnin
10
30 November 2010
Selasa
11
1 Disember 2010
Rabu
Masa : 9.30 pagi - 12.00 tengahari (Jumaat) 9.30 pagi - 1.00 petang (Isnin - Khamis)
Tempat : Dewan Persidangan Aras 2, Bangunan Sultan Ismail Kota Iskandar 79000 Nusajaya
Pakaian : Lelaki - Pakaian Kebangsaan atau Lounge Suit berwarna gelap (bersongkok bagi dif-dif Islam)
Wanita - Pakaian Kebangsaan atau sarung dan blaus berlengan panjang atau skirt yang sekurang-kurangnya paras lutut dan blaus berlengan panjang.
Untuk makluman tuan/puan , setiap ADUN dibenarkan menghantar11 soalan untuk mesyuarat ini sebelum 28 Oktober 2010. Jika anda ada soalan sila hubungi
YB Dr Mohammad Taslim @ telefon 0129349944 atau Fax 069812981 atau e-mel dunmaharani@gmail.com
Jika anda berminat untuk menghadiri Persidangan Dewan Negeri Johor sila hubungi YB Dr Mohammad.
BANDAR SERI JEMPOL - Seharusnya kemudahan yang disediakan dimanfaatkan sebaik mungkin tetapi lain pula jadinya di Pasar Awam Bandar Seri Jempol.
Tinjauan Sinar Harian di kawasan itu mendapati, pasar berkenaan terbiar dan tidak terurus serta turut menjadi sasaran vandalisme segelintir pihak tidak bertanggungjawab.
Keadaan pasar yang agak tersorok juga memberi peluang pihak tertentu melakukan maksiat.
Yang Dipertua Pas Jempol, Rahman Ramli berkata, keadaan itu mencemarkan pemandangan di kawasan berkenaan.
Menurutnya, seluruh dinding bangunan turut diconteng dengan pelbagai tulisan dan gambar menggunakan cat penyembur.
"Dengan botol yang bertaburan dan pasar terbiar ini, menyebabkan pihak tidak bertanggungjawab menggunakannya dengan sesuka hati serta menjadi sasaran utama melakukan kegiatan tidak bermoral," katanya.
Dalam pada itu, Rahman turut melahirkan rasa kecewanya kerana terdapat segelintir pihak yang tidak bertanggungjawab sanggup membuang sampah dan menconteng dinding di pasar terbabit.
Sinar Harian turut difahamkan, Pasar Awam Bandar Seri Jempol sudah beberapa tahun dibina dan beroperasi, malah dahulu keadaannya bersih serta cantik.
Justeru, Rahman berharap, Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) memandang serius masalah itu dengan mengambil tindakan sewajarnya.
"Tambahan pula, jalan di sini adalah laluan alternatif bagi penduduk berhampiran dan kerap digunakan untuk ke pasar tani berhampiran.
"Saya harap pasar ini dapat dimajukan bagi mengelakkan berlakunya perkara tidak diingini," katanya.
Bajet 2011 yang dibentangkan oleh Perdana Menteri selaku Menteri Kewangan Pertama pada tanggal 15 Oktober 2010 telah menjelaskan lagi bahawa agenda ekonomi dan transformasi yang dibawa oleh beliau sebenarnya berpusing ditakuk lama dengan diberi penjenamaan semula. Ianya ditaburkan dengan angka yang indah-indah bersifat kosmetik, dengan mengkesampingkan pembinaan manusia yang menjadi enjin melaksanakan agenda perubahan ekonomi berkenaan.
Akhirnya, akibat dari penyelewangan, pembaziran, rasuah yang bermaharajalela serta sistem pemerintahan yang tidak bersifat adil kepada rakyat teramai maka kesejahteraan rakyat tentunya akan berada di takuk lama. Inilah yang ditekankan oleh Parti Islam SeMalaysia (PAS) bahawa asas terbesar ialah bahawa kerajaan yang dipacu oleh UMNO-BN telah gagal dalam mencapai matlamat Dasar Ekonomi Baru setelah diberi peluang memerintah selama lebih 50 tahun, bagaimana mungkin kerajaan yang sama boleh melakukan perubahan dengan satu dasar lain pula sedangkan sistem pemerintahan dan politik peras ugut dan penyisihan komponen ekonomi terhadap rakyat di luar bandar terus berleluasa ?
Dalam masa yang sama, fokus kerajaan juga terus tersasar di atas sebab-sebab yang tidak masuk akal, umpamanya peruntukan untuk program Pusat Anak Permata Negara (PERMATA) yang hanya dinikmati oleh segelintir kecil pihak dan masih diperingkat percubaan menikmati dana sebanyak RM111 juta, berbanding dengan RM 100 juta untuk meningkatkan taraf hidup orang asli dan Peribumi, dan lebih parah lagi berbanding peruntukkan RM95 juta yang diperuntukkan sebagai bantuan per-kapita untuk sekolah agama rakyat (SAR) rendah dan menengah.
Apa yang penting ialah bukannya jumlah angka-angka yang sedap didengar, umpamanya dibentangkan bahawa Pendapatan Per Kapita meningkat sebanyak 6.1 % kepada RM28,000; kononnya kadar pengangguran di takuk 3.5%; sedangkan realitinya rakyat di luar bandar tidak menikmati faedah langsung dari peningkatan angka-angka sedemikian bahkan jauh sekali dari menikmati kesejahteraan hidup akibat dari perubahan angka-angka ini !. Inilah hakikatnya. Kita katakan bahawa kerajaan UMNO-BN lah sebenarnya yang menjadi "saudagar mimpi yang memperdagangkan dongengan" bahkan mengelirukan rakyat dengan angka-angka sedemikian. Projek-projek pelaburan juga dilihat gagal dalam melakukan anjakan terhadap taraf hidup rakyat luar bandar yang miskin dan memerlukan.
Kerajaan juga nampaknya tidak cuba belajar dari kesilapan lalu dengan mengimpikan projek pembangunan Warisan Merdeka dengan menara 100 tingkat beserta kemudahannya yang bakal menelan belanja asas RM 5 billion, sedangkan projek koridor yang sepatutnya lebih memberi manafaat kepada rakyat hanyalah menerima secebis peruntukan sahaja. Contohnya peruntukan untuk East Coast Economic Region (ECER) hanyalah RM178 juta, iaitu dalam lingkungan 3.6% dari projek Warisan Merdeka. Ini tidak lagi dicampur dengan kemungkinan projek RM5 billion itu meningkat sebagaimana yang sentiasa berlaku dalam pemerintahan kerajaan UMNO-BN.
Agensi yang sepatutnya melaksanakan amanah untuk membangunkan ekonomi rakyat miskin, kini telah menumpukan pula kepada projek mega sebegini, kerana pimpinan UMNO-BN lah sebenarnya yang 'bermimpikan projek' lantas 'memperdagangkan tanggungjawab membangunkan ekonomi rakyat'.
PAS menekankan peningkatan taraf hidup rakyat miskin perlulah melalui fasa di mana rakyat teramai ini perlu merasakan bahawa mereka adalah menjadi sebahagian dari enjin aktiviti ekonomi bahkan mereka juga menjadi pemain dalam memperkasakan pembangunan negara.
Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang Presiden PAS 7 Zulkaedah 1431 bersamaan 15 Oktober 2010
RTM tanya ahli perniagaan dan ahli perniagaan itu kata bukan bajet pilihanraya, manalah dia tahu sedangkan dia ahli koperat. dia tak tahu politik. tapi bile muhyidin kata macam dia maknanya barangkali betullah. takkan TPM tak tahu.nanti kalau najib buat PRU tahun depan maknanya muhyidin tak tahu atau pembohong. itu natijah cakap orang bodoh.
Resolusi dan Pelan Tindakan Dewan Pemuda PAS Kawasan-Kawasan Sarawak (Petrajaya, Miri, Bintulu, Mukah, Sibu)
1. Berusaha untuk menarik penglibatan golongan pemuda dengan pendekatan yang tepat berdasarkan kesesuaian di tempat masing-masing. 2. Memastikan setiap ahli pemuda di kawasan mengikuti usrah dengan pengisian yang mampu memberi kefahaman tentang konsep perjuangan Islam serta pendirian jemaah terhadap sesuatu isu. 3. Menekankan kepada setiap ahli pemuda bahawa tarbiah, dakwah dan siasah bergerak seiring tanpa mengabaikan mana-mana aspek tersebut. 4. Bersiap siaga untuk membantu jemaah dalam persediaan menghadapi pilihanraya DUN Sarawak berdasarkan kemampuan masing-masing dengan kepakaran yang dimiliki. 5. Setiap ahli pemuda mesti menampilkan tasawwur Islam yang syumul melalui penampilan, akhlak, pendekatan dakwah dan cara berpolitik. 6. Peka dan menjuarai permasalahan serta isu di dalam masyarakat setempat bagi menghubungkan jamaah dengan ummah
Resolusi dan Pelan Tindakan Dewan Pemuda PAS Negeri Sarawak
1. Memperkasa aktiviti penerangan dengan menggunakan segala medium seperti Facebook, program yang bersesuaian dan risalah. 2. Memantau perjalanan usrah di peringkat kawasan dengan manhaj yang bersesuaian. 3. Menyusun atur tenaga pemuda dalam persediaan menghadapi pilihanraya DUN Sarawak. 4. Memastikan Dewan Pemuda PAS Negeri Sarawak menjalinkan hubungan yang kukuh di dalam Sekretariat Pemuda Pakatan Rakyat Sarawak, demi menghadapi pilihanraya DUN Sarawak dengan persediaan dan strategi yang mantap. 5. Berusaha mengelakkan konflik dalaman dan mengukuhkan wihdatul fikr dan wihdatul amal di kalangan setiap ahli pemuda.
Bintulu, Sarawak 16 Oktober 2010, 8 Zulqaedah 1431
Bajet 2011 yang dibentangkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak petang tadi disifatkan sebagai 'Bajet Pilihan Raya (PRU) ke-13' oleh ahli Parlimen Pakatan Rakyat.Ini kerana bajet yang bertema "Transformasi Ke Arah Negara Maju Berpendapatan Tinggi" itu memberikan 'gula-gula' kepada semua golongan namun tidak membantu mengatasi beban yang ditanggung mereka.Ahli Parlimen Bachok, Nasharudin Mat Isa yang juga ditemui di lobi Parlimen pula berkata, bajet yang dibentangkan Najib memerlukan semua pihak bersedia untuk menghadapi pilihan raya.
"Apa yang dibentangkan ini mungkin tanda PRU akan diadakan lebih awal daripada yang dijangka."Namun demikian kita menghargai juga insentif-insentif yang diberikan sebagai gula-gula kepada samada kepada komuniti perniagaan atau rakyat biasa contohnya hal yang berkaitan dengan perbankan Islam dan sebagainyadan juga industri yang ingin diperkembagkan dalam negara kita'" kata beliau yang juga Timbalan Presiden PAS.
Ahli Parlimen Kubang Kerian yang juga Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub berkata, secara retoriknya bajet yang dibentangkan menyediakan segala insentif kepada rakyat tetapi adalah sebaliknya."Bajet ini menunjukkan pilihan raya semakin dekat, mungkin tahun hadapan. Walau bagaimanapun golongan sasar masih lagi tidak tercapai maksud. Mereka tidak mahu menara PNB yang tinggi tapi mahu beban hidup diringankan. "Ia tidak mencapai matlamat rakyat bawahan. Transformasi ekonomi ini tidak dapat diterjemahkan dengan bajet kepada golongan sasar tapi lebih kepada mega projek yang akan mensasarkan golongan tertentu sahaja," kata beliau kepada pemberita di luar lobi Parlimen selepas selesai pembentangan bajet.
Sementara itu, ahli Parlimen Permatang Pauh, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kerajaan Umno Barisan Nasional hanya prihatin terhadap rakyat apabila menjelangnya pilihan raya."Nampaknya Umno BN hanya prihatin kepada rakyat hanya menjelang pilihan raya."Bajet ini nampaknya menjurus kepada pilihan raya. Ada beberapa kemudahan yang ditambah menjelang pilihan raya. "Tapi isu terbesar yang menyebabkan pelaburan tidak meningkat di negara kita ialah masalah defisit yang tidak ditangani dalam belanjawan . "Itu menunjukkan belanjawan itu terpaksa berdepan dengan beberapa masalah seperti ekonomi, menjana pertumbuhan dan menarik pelaburan.Kemudian satu kelemahan besar kerana masalah rasuah, penyelewengan dan pembaziran tidak disebut. Yang disebut hanya projek mega puluhan bilion ringgit yang akan memberi manfaat lebih besar kepada kroni dan keluarga dan hanya ratusan ringgit kepada rakyat," kata beliau yang juga Ketua Pembangkang di Parlimen.Ahli Parlimen Machang, Saifuddin Nasution Ismail juga senada dengan ahli Parlimen yang lain bahawa ianya merupakan gula-gula pilihan raya.Satu petunjuk yang sangat jelas bahawa pilihan raya sangat dekat. Pertama GST tak jadi dibuat, tol tak dinaikkan, menaikkan elaun kepada pemimpin komuniti yang saya anggap isyarat yang paling jelas kerajaan akan menggubal Parlimen pada bila-bila masa," katanya yang juga Setiausaha Agung PKR.
Selain itu Bajet 2011 ini juga layak digelar Bajet Rosmah.Program Permata yang dipopularkan oleh Datin Seri Rosmah Mansor, isteri kepada Perdana Menteri turut mendapat manfaat dari Bajet 2011.Datuk Seri Najib Tun Razak yang juga Menteri Kewangan I mengumumkan sebanyak RM111 juta diperuntukkan bagi agenda Permata memperkasa pendidikan awal negara.
Peruntukan itu meliputi projek pembinaan Fasa II Kompleks Sekolah Permata Pintar, membina 32 Pusat Anak Permata Negara (PAPN) serta membiayai operasi 52 PAPN yang telah siap.Peruntukan itu turut meliputi program Permata yang lain seperti Permata Pintar, Seni, Insan dan Remaja.Walaupun Rosmah tidak mempunyai sebarang jawatan rasmii dalam kerajaan, khususnya Kementerian Wanita, Keluarga dan Masyarakat serta Kementerian Pelajaran Malaysia tetapi program Permata yang diuruskannya nampaknya seakan mendapat bajet 'istimewa'.Ini kerana, pertadbiran Najib hanya memperuntukan RM95 juta sebagai bantuan perkapita untuk sekolah-sekolah agama rakyat (SAR) rendah dan menengah.
MIRI 16 Okt - Ahli Majlis Pimpinan Pusat Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN), Datuk Dr Tan Kee Kwong berkata kegagalan Barisan Nasional membangunkan Sarawak sejak 47 tahun mentadbir negeri yang kaya dengan minyak itu telah menyebabkan lebih 170,000 rakyatnya terpaksa berhijrah mencari pekerjaan di Semenanjung.Dr Tan yang juga bekas Timbalan Menteri Tanah dan Pembangunan Koperasi keadaan ini adalah amat menyedihkan kerana Sarawak dasar pemimpin BN yang lebih mementingkan diri sendiri, keluarga dan kroni menyebabkan pengagihan kekayaan hanya berlegar dikalangan segelintir golongan elit.
"Sarawak tersangat kaya apatah lagi buminya melimpah ruah dengan minyak dan gas. Sepatutnya negeri ini sudah menjadi negeri yang paling kaya di dalan Persekutuan Malaysia tetapi malangnya ia menjadi negeri keempat termiskin."Lebih 100,000 rakyat Sarawak mencari rezeki Kuala Lumpur dan Selangor, 30,000 di Johor manakala lebih 40,000 di Pulau Pinang. Mereka terpaksa merantau jauh dari kampung halaman mereka kerana BN yang diamanahkan mentadbir negeri ini selama hampir 50 tahun telah gagal berbuat demikian," kata beliau pada perjumpaan dengan lebih 70 anggota KEADILAN dari Miri, Baram dan Sibuti.
Sehubungan itu Dr Tan membuat perbandingan antara Malaysia dengan Taiwan dari segi kejayaan ekonomi di mana negera pulau jauh lebih kaya dan maju dari negara ini. Malaysia mempunyai kelebihan yang mana penduduknya lebih ramai sebanyak 28 juta berbanding 23 juta bagi Taiwan.Keluasan negara ini adalah hampir 10 kali ganda daripada pulau tersebut dan malah Malaysia beruntung kerana mempunyai tanah yang landai berbeza dengan Taiwan di mana 60 peratus permukaannya adalah gunung ganang dan hanya 40 peratus sesuai untuk diduduki.
Namun kata mantan Ahli Parlimen Segambut itu, perbezaan itu terhenti di situ kerana walaupun bersaiz kecil ekonomi jauh lebih hebat."Di Taiwan hanya 40 peratus tanahnya boleh digunakan untuk pertanian dan penempatan berbanding di Malaysia lebih dua juta ekar terbiar."Rizab asing Taiwan adalah keempat terbesar didunia mengalahkan rizab Singapura. Malah lebih hevat daripada itu Taiwan tidak ada hutang luar satu sen pun tetapi Malaysia mempunyai hutang luar lebih RM380 bilion.
"Kita berbelanja membeli peralatan tentera lebih RM180 bilion sejak 10 lalu. Yang peliknya sebegitu banyak peralatan dibeli dengan siapa kita hendak berperang dan adakah rantau ini dalam konflik atau peperangan? Ini semua adalah kerana kerajaan umno-BN adalah sebuah kerajaan yang korup, sebab itu kita jauh ketinggalan dibandingkan dengan sebuah pulau kecil bernama Taiwan," tegas beliau. Oleh kerana itu, tambah Dr Tan, maka adalah penting rakyat Sarawak memastikan pada Pilihan Raya Umum ke 13 nanti Pakatan Rakyat dapat menubuhkan kerajaan pusat yang baru.Hanya dengan kerajaan persekutuan di bawah Pakatan Rakyat nasib rakyat Sarawak dapat berubah kepada keadaan yang jauh lebih baik di mana hak rakyat akan dihormati dan pengagihan kekayaan akan lebih adil dan saksama.
"Tidak cukup untuk Pakatan Rakyat menang dan tunuh kerajaan negeri di Sarawak tetapi rakyat negeri ini dan lain-lain negeri di seluruh negara juga mesti berjuang untuk menumbang di peringkat pusat."Ini kerana keuasa kerajaan negeri adalah amat terhad. Semua kuasa terutamanya kuasa berhubung kewangan, dasar sosial, keagamaan, pendidikan, kesihatan dan sebagainya terletak ditangan kerajaan pusat. Kalau kita tidak tukar kerajaan pusat tidak banyak yang boleh kita lakukan di peringkat negeri," jelas Dr Tan lagi.
BEIRUT : Lawatan Presiden Iran Mahmoud Ahmadinejad ke Lubnan minggu ini memberi mesej jelas kepada Amerika Syarikat serta sekutunya, Israel, bahawa Teheran adalah kuasa utama di Asia Barat dan tidak boleh dipencilkan.
NASRALLAH menghadiahkan senapang askar Israel kepada Ahmadinejad yang dirampas ketika perang Israel-Hizbullah pada 2006.
Ahmadinejad juga berunding dengan pemimpin Hizbullah, Hassan Nasrallah yang menghadiahkan mesingan Israel, senjata rampasan askar Yahudi.
Mereka berunding di kedutaan Iran di sini. Ahmadinejad juga melawat sempadan Lubnan dengan Israel dalam lawatan dua harinya ke sini sebagai melambangkan tidak mengaku kalah kepada negara Yahudi itu.
Dalam kenyataannya, Hizbullah berkata, Ahmadinejad dan Nasrallah membincangkan lawatan bersejarah pemimpin Iran itu.
Sebagai tanda terima kasih dan setia, Nasrallah memberi hadiah mesingan itu yang dirampas ketika Hizbullah menghadapi serangan askar Yahudi pada 2006.
"Amerika diberitahu bahawa jika ia memencilkan Iran, Teheran akan memasang perangkap di Lubnan. Mesejnya ialah jika Washington mahukan penyelesaian di wilayah ia perlu 'mengetuk pintu Teheran'," kata ruangan pojok akhbar harian berbahasa Arab, Al-Anwar.
Amerika dan sekutunya sebelum ini memutuskan untuk memencilkan Iran dalam usaha memaksa negara itu menghentikan program nuklearnya yang didakwa bertujuan menghasilkan senjata nuklear tetapi dinafikan Teheran.
Lawatan dua hari Ahmadinejad ke Lubnan, yang pertama sejak pilihan raya 2005, dilihat sebagai perangsang kepada sekutunya kumpulan pejuang Hizbullah, kumpulan Syiah paling berpengaruh yang berperang dengan Israel pada 2006.
"Bagi rakyat Iran, lawatan presiden dilihat dalam konteks pertemuan dua kuasa berpengaruh di wilayah itu," kata akhbar Al-Akhbar yang rapat dengan Hizbullah.
Akhbar Al-Hayat bagaimanapun mempersoalkan sama ada lawatan itu menandakan usaha Iran mengetengahkan negara itu sebagai kuasa utama di Asia Barat.
"Bolehkah Iran mengisi kekosongan di Asia Barat selepas 'kehancuran' Kesatuan Soviet dan pengunduran Amerika?" tanya akhbar beribu pejabat di London itu.
Bajet 2011 yang dibentangkan oleh Perdana Menteri selaku Menteri Kewangan Pertama pada tanggal 15 Oktober 2010 telah menjelaskan lagi bahawa agenda ekonomi dan transformasi yang dibawa oleh beliau sebenarnya berpusing ditakuk lama dengan diberi penjenamaan semula. Ianya ditaburkan dengan angka yang indah-indah bersifat kosmetik, dengan mengkesampingkan pembinaan manusia yang menjadi enjin melaksanakan agenda perubahan ekonomi berkenaan.
Akhirnya, akibat dari penyelewangan, pembaziran, rasuah yang bermaharajalela serta sistem pemerintahan yang tidak bersifat adil kepada rakyat teramai maka kesejahteraan rakyat tentunya akan berada di takuk lama. Inilah yang ditekankan oleh Parti Islam SeMalaysia (PAS) bahawa asas terbesar ialah bahawa kerajaan yang dipacu oleh UMNO-BN telah gagal dalam mencapai matlamat Dasar Ekonomi Baru setelah diberi peluang memerintah selama lebih 50 tahun, bagaimana mungkin kerajaan yang sama boleh melakukan perubahan dengan satu dasar lain pula sedangkan sistem pemerintahan dan politik peras ugut dan penyisihan komponen ekonomi terhadap rakyat di luar bandar terus berleluasa ?
Dalam masa yang sama, fokus kerajaan juga terus tersasar di atas sebab-sebab yang tidak masuk akal, umpamanya peruntukan untuk program Pusat Anak Permata Negara (PERMATA) yang hanya dinikmati oleh segelintir kecil pihak dan masih diperingkat percubaan menikmati dana sebanyak RM111 juta, berbanding dengan RM 100 juta untuk meningkatkan taraf hidup orang asli dan Peribumi, dan lebih parah lagi berbanding peruntukkan RM95 juta yang diperuntukkan sebagai bantuan per-kapita untuk sekolah agama rakyat (SAR) rendah dan menengah.
Apa yang penting ialah bukannya jumlah angka-angka yang sedap didengar, umpamanya dibentangkan bahawa Pendapatan Per Kapita meningkat sebanyak 6.1 % kepada RM28,000; kononnya kadar pengangguran di takuk 3.5%; sedangkan realitinya rakyat di luar bandar tidak menikmati faedah langsung dari peningkatan angka-angka sedemikian bahkan jauh sekali dari menikmati kesejahteraan hidup akibat dari perubahan angka-angka ini !. Inilah hakikatnya. Kita katakan bahawa kerajaan UMNO-BN lah sebenarnya yang menjadi "saudagar mimpi yang memperdagangkan dongengan" bahkan mengelirukan rakyat dengan angka-angka sedemikian. Projek-projek pelaburan juga dilihat gagal dalam melakukan anjakan terhadap taraf hidup rakyat luar bandar yang miskin dan memerlukan.
Kerajaan juga nampaknya tidak cuba belajar dari kesilapan lalu dengan mengimpikan projek pembangunan Warisan Merdeka dengan menara 100 tingkat beserta kemudahannya yang bakal menelan belanja asas RM 5 billion, sedangkan projek koridor yang sepatutnya lebih memberi manafaat kepada rakyat hanyalah menerima secebis peruntukan sahaja. Contohnya peruntukan untuk East Coast Economic Region (ECER) hanyalah RM178 juta, iaitu dalam lingkungan 3.6% dari projek Warisan Merdeka. Ini tidak lagi dicampur dengan kemungkinan projek RM5 billion itu meningkat sebagaimana yang sentiasa berlaku dalam pemerintahan kerajaan UMNO-BN.
Agensi yang sepatutnya melaksanakan amanah untuk membangunkan ekonomi rakyat miskin, kini telah menumpukan pula kepada projek mega sebegini, kerana pimpinan UMNO-BN lah sebenarnya yang 'bermimpikan projek' lantas 'memperdagangkan tanggungjawab membangunkan ekonomi rakyat'.
PAS menekankan peningkatan taraf hidup rakyat miskin perlulah melalui fasa di mana rakyat teramai ini perlu merasakan bahawa mereka adalah menjadi sebahagian dari enjin aktiviti ekonomi bahkan mereka juga menjadi pemain dalam memperkasakan pembangunan negara.
Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang Presiden PAS
KUALA LUMPUR, 15 Okt – Datuk Seri Najib Razak mengumumkan Bajet 2011 – bajet keduanya sejak dilantik sebagai perdana menteri, belanjawan terbesar dalam sejarah, yang penganalisis dan pemerhati melihat ia memfokus untuk memikat sokongan pilihan raya umum ke-13.
Bajet 2011 merangkumi peruntukan berjumlah RM212 bilion, 2.8 peratus lebih tinggi berbanding 2010, memperuntukkan RM162.8 bilion bagi perbelanjaan mengurus dan RM49.2 bilion bagi perbelanjaan pembangunan.
Ketua Eksekutif Institut Bagi Hal Ehwal Demokrasi dan Ekonomi (IDEAS) Wan Saiful Wan Jan berkata, beliau risau dengan jumlah perbelanjaan yang dijanjikan oleh perdana menteri dalam bajet kali ini.
"Peruntukan bagi 2011 hampir tiga peratus lebih tinggi berbanding tahun 2010. Dari mana sumber tambahan ini akan datang?
"Kita sudah pun berada dalam tahap defisit. Perkara logik yang perlu dilakukan apabila kita berada dalam situasi defisit ialah mengurangkan perbelanjaan.
"Tetapi nampaknya kerajaan memutuskan untuk berbelanja lebih," kata beliau dalam satu kenyataan dikeluarkan petang ini.
Kata Wan Saiful, bajet yang diumumkan petang ini nampaknya persediaan untuk menuju pilihan raya umum tergempar yang menjadi sebutan banyak pihak.
"Ada dijanjikan lebih banyak (insentif) dalam bentuk duit kepada JKKK, guru-guru KAFA, dan imam, malah juga penangguhan kenaikan tol dan pelbagai insentif lain untuk memikat pengundi," katanya.
Di akhir ucapannya, Najib menekankan bahawa apa yang telah dirangka dan akan dilaksanakan ini merupakan visi bagi memenuhi aspirasi dan impian rakyat.
"Kita mahu membina sebuah Malaysia di mana setiap seorang mampu mencipta kebahagiaan. Kita mahu membina sebuah Malaysia di mana yang mengehadkan kejayaan hanyalah sejauh mana kesanggupan seseorang itu berusaha dan bekerja keras.
"Kesimpulannya, bajet ini telah mengambil kira keperluan semua rakyat Malaysia. Pembentangannya dimungkinkan oleh pengurusan kewangan negara yang cekap dan berhemat selama ini," katanya.
Kata Najib, wawasannya dan rakan-rakan dalam Kabinet adalah untuk meneruskan tradisi murni membawa kemakmuran ke seluruh pelusuk dan ceruk negara.
"Wawasan ini bukanlah sesuatu yang mustahil. Ia bukanlah pula satu impian yang kosong. Fakta dan sejarah telah membuktikan bahawa Kerajaan Barisan Nasional berupaya melakukannya selama puluhan tahun.
"Kita telah berjaya mentransfomasikan ekonomi Malaysia dari sebuah negara pertanian berpendapatan rendah menjadi negara perindustrian moden yang berpendapatan sederhana tinggi.
"Kita telah berjaya meningkatkan per kapita daripada 260 dolar Amerika di awal merdeka kepada kira-kira lapan ribu dolar Amerika hari ini.
"Kita telah berjaya mengurangkan kemiskinan dari 60 peratus kepada 3.8 peratus sehingga berada diambang menghapuskan kemiskinan tegar dan berjaya mencipta kelas menengah yang dinamik," kata Najib merujuk kepada perkembangan lima dekad lalu.
Kata Najib: "Kita bukannya saudagar mimpi yang memperdagang dongengan."
"Kita adalah parti pembina harapan yang berpijak di bumi nyata. Apa yang kita capai bukanlah secara tidak sengaja, ibarat bulan jatuh ke riba, tetapi ia hasil dari perencanaan yang jelas, ketegasan pelaksanaan, perancangan yang rapi serta pengorbanan yang tinggi.
"Percayalah, bahawa Kerajaan tidak akan mengambil jalan mudah dengan menggadaikan kepentingan negara jangka panjang demi untuk populariti jangka pendek.
"Yakinlah, bahawa kita tidak mahu mewariskan negara yang bermasalah kepada generasi akan datang," kata ucapannya yang mengambil masa sejam dan 40 minit.
"Sesungguhnya bajet kali ini merupakan bajet ke-53 pasca merdeka yang telah dibentangkan oleh Kerajaan dari parti yang sama.
"Melalui 53 bajet, 10 Rancangan Malaysia, tiga Rangka Rancangan Jangka Panjang dan satu Misi Nasional, Bajet 2011 menjadi bingkisan penting serta langkah pertama dalam menempatkan Malaysia diambang status negara maju berpendapatan tinggi," kata beliau.
Sejumlah RM45.6 bilion daripada peruntukan mengurus adalah bagi emolumen; RM28.2 bilion (Perkhidmatan dan Bekalan); RM86.4 bilion (Pemberian dan Kenaan Bayaran Tetap); RM1.4 bilion (Pembelian Aset); dan RM1.2 bilion bagi perbelanjaan lain.
Hasil kerajaan persekutuan dianggarkan meningkat 2.3 peratus kepada RM165.8 bilion tahun depan berbanding RM162.1 bilion tahun ini, kata Najib.
Defisit negara pula dijangka terus berkurangan kepada 5.4 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) berbanding 5.6 peratus tahun ini, Perdana Menteri mengumumkan semasa membentangkan Bajet 2011 di Dewan Rakyat hari ini.
Bagi peruntukan pembangunan, Najib berkata RM28.3 bilion bagi sektor ekonomi untuk menampung keperluan infrastruktur, perindustrian serta pertanian dan pembangunan luar bandar.
Sejumlah RM15.5 bilion diperuntukkan bagi sektor sosial, termasuk pendidikan dan latihan, kesihatan, kebajikan, perumahan serta pembangunan masyarakat dan RM4.4 bilion (pembangunan sektor keselamatan), RM955 bilion (pentadbiran am) dan RM2 bilion (simpanan luar jangka).
Semasa pembentangan itu, Najib yang juga Menteri Kewangan berkata, negara telah pulih daripada ekonomi dunia berikutan langkah positif kerajaan serta pelaksanaan dua pakej rangsangan ekonomi berjumlah RM67 bilion.
Ia terbukti dengan KDNK berkembang pada 9.5 peratus bagi separuh pertama 2010, berbanding negatif lima peratus bagi tempoh sama tahun lalu.
Menurut Najib, ekonomi dunia turut dijangka pulih pada 4.8 peratus berbanding negatif 0.6 peratus pada 2009 manakala perdagangan antarabangsa berkembang 11.4 peratus berbanding negatif 11 peratus pada 2009.
Di peringkat domestik, penunjuk utama pertumbuhan ekonomi termasuklah Indeks Bursa Malaysia melonjak kepada 1,496 mata pada 14 Oktober lepas; peningkatan eksport 22 peratus bagi lapan bulan pertama 2010; pengukuhan nilai ringgit kepada dolar Amerika kepada 3.0833 pada 14 Oktober lalu; dan rizab antarabangsa berjumlah RM310.8 bilion (AS$100.7 bilion) yang mampu membiayai 8.5 bulan import tertangguh dan 4.3 kali lebih tinggi daripada hutang luar jangka pendek negara.
Najib berkata, dengan perkembangan positif, kerajaan menyemak semula kadar pertumbuhan ekonomi negara bagi 2010 kepada 7 peratus berbanding enam peratus sebelum ini.
Katanya, prestasi memberangsangkan itu adalah ekoran peningkatan pengeluaran sektor pembuatan yang berkembang pada 10.8 peratus, perkhidmatan (6.5 peratus) dan pembinaan (4.9 peratus).
Beliau berkata kadar inflasi diunjurkan pada paras dua hingga tiga peratus manakala kadar pengangguran kekal rendah pada 3.5 peratus.
Setiausaha Publisiti DAP Tony Pua pula pembentangan hari ini menunjukkan kerajaan berbelanja besar dan hanya "diselamatkan" oleh hasil kutipan hasil cukai yang tinggi daripada dijangkakan.
Dengan merujuk kepada perbelanjaan pengurusan yang terlalu besar, kata beliau, Najib perlu menjelaskan trend-trend membimbangkan yang tidak ditangani dalam perbahasan bajet yang bermula minggu depan.
"Dalam usaha memastikan perbelanjaan kerajaan digunakan dengan efektif dan boleh menjana impat ekonomi pelbagai tahap kepada negara," kata wakil rakyat ini.
Pembentangan bajet oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Abdul Razak Najib terganggu seketika dengan nama isterinya ditimbulkan oleh pihak pembangkang ketika beliau mengumumkan langkah menjadikan Malaysia destinasi utama membeli-belah di rantau Asia.
Ia bermula apabila Najib mencadangkan supaya duti import ke atas kira-kira 300 barangan pelancongan dan rakyat tempatan dimansuhkan.
"Barangan ini merangkumi kegunaan harian seperti beg tangan, kasut, sut, baju kanak-kanak, dompet, pewarna rambut..." kata Najib sambil kedengaran gelak ketawa dari ahli parlimen.
Beberapa ahli parlimen kemudiannya melaungkan "Rosmah!" disambut gelak ketawa rakan-rakan mereka.
Najib senyum sinis dan memperlahankan bacaan teks ucapannya sambil menyambung: "Pakaian malam, seluar dan seluar dalam serta wangi-wangian, termasuklah kelambu."
Dan sekali lagi lebih ramai yang ketawa.
Namun, sindiran paling tajam dilemparkan ketika Najib mengumumkan peruntukan RM111 juta untuk program PERMATA yang dinaungi oleh Rosmah.
Datuk Mahfuz Omar (PAS-Pokok Sena) dengan kuat menjerit "Rosmah! Rosmah!", sambil sekali lagi disambut Najib dengan senyuman sinis.
Peruntukan itu meliputi projek pembinaan fasa II Kompleks Sekolah Permata Pintar, bagi membina 32 Pusat Anak Permata Negara (PAPN) serta membiayai operasi 52 PAPN yang telah siap.
Peruntukan itu turut meliputi program Permata yang lain seperti PERTAMA Pintar, Seni, Insan dan Remaja.
Pembangkang, khususnya PAS berang kerana walaupun Rosmah tidak mempunyai sebarang jawatan rasmi, namum program PERTAMA yang diuruskannya didakwa seakan mendapat bajet 'istImewa'.
Ini berbanding peruntukkan RM95 juta sebagai bantuan per-kapita untuk sekolah agama rakyat (SAR) rendah dan menengah.
Pembentangan bajet ini juga mendapat sambutan serta bidasan di twitter.
"Pengurangan cukai untuk beg, penyembur rambut, minyak wangi... hadiah Krismas awal Najib untuk Rosmah? Tulis MP Serdang Teo Nie Ching.
Misinformation. Biasanya information yang berpindah dari satu mulut ke satu mulut yang lain akan berubah menjadi sensasi. Itu lah masyarakat kita. Kita bukan mendapat first hand info tapi berdasarkan cerita yang telah ditokok tambah. Ini dia cerita dari orang dalam yang duduk ditengah-tengah R&D PROTON.
"Saya ada kenalan dari kastam boleh confirmkan perkara ni.. member saya kerja kastam kat kelang dan beliau sendiri yang maklumkan yg salah satu tugas dia adalah buat checking penerimaan barangan proton untuk di pasangkan di negara ni. Satu kontena enjin je.. manakala kontena lain adalah pintu, body dan sebagainya. sama lah dengan kereta lain juga."
Kalau kita lalu kat kawasan glenmarie tu, akan ternampak lah satu tanda… Kilang Enjin Proton. Tanda tu tak duduk kat situ untuk suka suka je. Kalau kita jengok kat dalam…. Boleh nampak besi cair yang dituang kedalam acuan untuk membuat enjin block. Memang proton ada mengimpot enjin tapi dari kelas 1.2 dan 2 liter. 1.2liter untuk Savvy (enjin Renault) dan 2.0liter untuk Perdana.
Tapi untuk enjin 1.3, 1.5, 1.6 proton buat sendiri. Untuk pintu pulak… hanya kereta-kereta Perdana sahaja yang proton beli pintu dari Mitsubishi. For your information, Untuk membuat pintu sahaja memerlukan dekat 20 acuan. Bayangkan lah 4 pintu. Modal itu shaja sudah hampir RM50 juta. So untuk kereta yang volume kecil, kita beli dari luar. Untuk kereta Isawara, Wira, Waja, Gen2, Savvy… 100% body dibuat di Malaysia.
Peneroka di Felda Lawin Selatan Peringkat Satu mendakwa mereka ditipu dan dipermainkan pihak pengurusan Felda di sini berhubung pengeluaran kayu getah bagi persiapan tanam semula.
Bekas Ketua UMNO Cawangan Felda Lawin Selatan, Abu Mansur Ahmad, 52, berkata, tender bagi melaksanakan projek itu sudah dikeluarkan pada awal April lalu.
Menurutnya, boleh dikatakan sepanjang proses persetujuan tender pengeluaran kayu getah antara pemaju, pihak pengurusan dan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Rancangan (JKKR) Felda Lawin Selatan adalah bercorak paksaan ke atas semua peneroka.
"Walaupun pihak pemaju berusaha untuk mencari kontraktor yang mampu memberikan tawaran harga tinggi, namun tidak dipersetujui oleh pihak pengurusan, sebaliknya kami dipaksa untuk bersetuju dengan kontraktor yang dipilih pihaknya dengan hanya menawarkan harga lebih rendah.
"Harga yang ditawarkan kepada kami adalah RM2,395 untuk sehektar dan kami juga diarahkan supaya tidak membangkitkan sebarang masalah berhubung pengeluaran kayu getah ini dalam mana-mana mesyuarat bersama Pihak Pengurusan Felda Lawin Selatan dan JKKR Felda Lawin Selatan," katanya ketika ditemui di Felda Lawin Selatan Peringkat Satu, semalam.
Abu Mansur berkata, mereka terpaksa bersetuju terutama bila pihak pengurusan berjanji bahawa peneroka boleh mengusahakan kebun getah masing-masing dan mengeluarkan hasil seperti biasa sehingga kerja-kerja pengeluaran kayu getah sampai ke kawasan mereka.
Menurutnya, selain itu, peneroka turut mendakwa mereka tidak menerima duit hasil kebun getah sepertimana yang sepatutnya.
"Apa yang dijanjikan kepada kami adalah tanah milik peneroka akan diberikan pajakan pada kadar RM1,400 sebulan untuk setiap satu lot bersama duit sara hidup sepanjang kerja-kerja pengeluaran kayu getah itu dijalankan.
"Namun sehingga kini, kami hanya menerima duit sara hidup sahaja, manakala sembilan peneroka lain langsung tidak mendapat apa-apa," katanya.
Beliau berkata, beliau pernah membincangkan perkara ini dengan pihak pemaju dan dipersetujui bahawa nilai yang ditawarkan adalah rendah di mana pihak pemaju kemudiannya memberi insentif tambahan sebanyak RM236,000 kepada peneroka.
Bagaimanapun, Abu Mansur berkata, insentif tambahan ini disalah erti oleh pihak pengurusan yang menganggap ia sebagai duit pajakan dan memaksa peneroka mengikuti syarat dalam surat perjanjian tidak bertarikh sebelum menerima wang masing-masing.
"Pembayaran itu dikeluarkan pada 27 September lalu dan berhubung surat perjanjian itu, ia sebenarnya tidak bertarikh dan dikeluarkan tanpa terlebih dahulu melalui sebarang perbincangan atau mesyuarat bersama kami.
"Ketika mengusahakan sendiri kebun masing-masing, kami mampu mengeluarkan hasil lebih RM2,000 sebulan, namun setelah diberi pajakan, ternyata hasil yang diterima berkurangan apabila hanya menerima sekitar RM1,000 lebih sahaja," katanya.:
Cuba ubah syarat perjanjian
Manakala:, bekas Pengerusi JKKR Felda Lawin Selatan, Jumari Ismail, 57, berkata, terdapat percubaan untuk mengubah salah satu syarat Perjanjian Tuntutan/Pampasan Bayaran Kayu Getah tanpa terlebih dahulu membatalkan perjanjian asal.
Menurutnya, perkara ini disedari melalui satu sesi perbincangan dalam satu mesyuarat bersama pemaju dan berasa syarat yang hendak diubah adalah syarat ketiga dalam perjanjian itu.
"Lebih mencurigakan apabila surat perjanjian asal hanya ditandatangani satu pihak sahaja sementara JKKR Felda Lawin Selatan sebagai pihak kedua dan Pengurus Felda Lawin Selatan selaku saksi tidak menurunkan tandatangan," katanya.
Jumari berkata, dalam mesyuarat itu juga, pihak berkenaan bersetuju untuk memberikan tempoh dua minggu kepada peneroka untuk menjalankan kerja menoreh dan mengeluarkan hasil seperti biasa bermula 1 Oktober lalu.
Beliau berkata, langkah itu diberikan sementara menunggu kerja-kerja mengeluarkan kayu getah dimulakan oleh pihak pemaju.
"Pihak pemaju juga sebenarnya masih dalam proses perbincangan dengan JKKR Felda Lawin Selatan dan pihak pengurusan termasuk mesyuarat khas yang diadakan pada 8 Oktober lalu, namun tidak menemui sebarang keputusan.
"Saya bagaimanapun tidak dijemput bersama walaupun saya sepatutnya ada dalam mesyuarat selaku salah seorang ahli tertinggi Jawatankuasa Bertindak Penanaman Semula Getah di Felda Lawin Selatan Peringkat Satu," katanya.
Katanya, perjumpaan yang diadakan pada sebelah pagi itu sepatutnya lanjutan kepada mesyuarat yang tertangguh tanpa sebarang keputusan pada 8 Oktober lalu, namun ditukar tujuannya secara tiba-tiba.
"Sepatutnya ia adalah mesyuarat bersama bagi mencari penyelesaian dan memberi penerangan berhubung masalah pengeluaran kayu getah ini, tetapi ditukarkan kepada sesi taklimat oleh pihak perbankan serta Jabatan Kastam dan Eksais Diraja," katanya.
Beliau berkata, berlaku sedikit kekecohan pada pertemuan itu dan semua peneroka Felda akhirnya bertindak meninggalkan Dewan Komuniti Felda Lawin Selatan.
"Antara punca kemarahan peneroka adalah arahan yang mengatakan mereka perlu menghentikan segala kerja dan tidak boleh mengeluarkan hasil tidak sepertimana yang dipersetujui pada peringkat awal," katanya.:
Harga tawaran berbeza
Sementara: itu, seorang peneroka, Ahmad Abd Latef, 60, berkata, dia tidak berpuas hati dengan harga yang berbeza daripada tawaran asal.
Menurutnya, harga yang mereka terima adalah lebih murah daripada harga asal.
"Bukan hanya tentang harga tawaran, saya dan rakan-rakan turut tidak merasa puas hati tentang perjalanan perbincangan sejak peringkat awal lagi apabila semua yang dijanjikan tidak terlaksana," katanya.
Ahmad berkata, pada perbincangan awal, mereka dijanjikan untuk mendapatkan kadar harga tawaran lebih tinggi.
Katanya, dia juga tidak puas hati apabila pihak pengurusan Felda Lawin Selatan memaksa peneroka bersetuju dengan harga yang diperoleh sepertimana pada hari ini.
"Sedangkan pada peringkat perbincangan bersama peneroka, Pengerusi JKKR Lawin Selatan memberi keyakinan kepada kami bahawa pihaknya akan berunding dengan pemaju untuk dapatkan harga lebih tinggi.
"Namun hingga kini, tidak ada sebarang keputusan dibuat dan dimaklumkan kepada kami," katanya. -SH
Ingatan kepada ibu bekerja yang perihatin, kepada pengusaha taska dan tadika, awas jangan sampai kes ini menakutkan ibubapa, apapun ajal maut ditangan Allah SWT...
Seorang Lagi Pengasuh Di Putrajaya Diarah Henti Operasi
KUALA LUMPUR: Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) mengeluarkan notis mengarahkan seorang pengasuh kanak-kanak di Putrajaya menghentikan operasinya selepas menerima laporan mengenai kematian seorang kanak-kanak yang dijaga oleh pengasuh tersebut.
Ketua Pengarah JKM Datuk Meme Zainal Abdul Rashid berkata tindakan itu diambil setelah pihaknya mendapati pengasuh tersebut tidak mematuhi Akta Taman Asuhan Kanak-Kanak (Pindaan) 2007 kerana mengambil kanak-kanak melebihi had untuk dijaga.
"Pengasuh berkenaan hanya boleh beroperasi semula setelah berdaftar dengan JKM," katanya dalam satu kenyataan di sini.
Beliau berkata pihaknya menerima laporan mengenai kes Muhammad Firdaus Hakim Faizal Hafiz yang meninggal dunia di Hospital Putrajaya semalam, selepas dipercayai terjatuh ketika dalam jagaan pengasuh di sebuah pangsapuri di Presint 14 pada Selasa lepas.
"Kes kematian adik Muhammad Firdaus Hakim kini dalam siasatan pihak polis," katanya.
Sebelum ini dua pusat asuhan di Putrajaya turut diberi notis penutupan operasi selepas berlaku kes kematian.
Kes pertama membabitkan bayi perempuan berusia sembilan bulan, Nur Amierah Mohd Shahrul Niezam yang meninggal dunia ketika dalam jagaan pengasuh di Presint 18, manakala kes kedua berlaku di Presint 8 melibatkan bayi perempuan berusia tiga bulan, Farisha Nur Hazreen Mohd Fairuz yang meninggal dunia selepas tercekik susu.
Meme Zainal turut mengingatkan pihak yang menyediakan perkhidmatan asuhan kanak-kanak agar berdaftar dengan JKM sekiranya mereka mengambil lebih daripada kanak-kanak untuk dijaga.
"JKM amat berharap agar mana-mana ibu bapa yang menghantar atau ingin menghantar anak ke TASKA ataupun pengasuh di rumah, khususnya yang menjaga lebih daripada tiga orang kanak-kanak agar memaklumkan kepada JKM bagi membolehkan JKM menjalankan pemantauan serta membantu untuk mereka berdaftar," katanya. - BERNAMA
Nampaknya wakil MTUC hanya dapat jadi yes man dalam ahli lembaga KWSP.Rupanya Rajasekaran macam jadi penasihat sahaja.Sewajarnya Raja desak agar KWSP katadua agar sekiranya pelaburan luar negara dilakukan pastikan pencarum dapat dividen lebih tinggi. Kita sebagai rakyat Malaysia harus bersedih bila semasa awal Tun Mahatir memerintah dan sebelumnya, pekerja dan kakitangan kerajaan dapat 7% dividen. Tetapi , sekarang berapa? Masa negara tak gemilang dapat 7% KWSP maka kenapa sekarang tak sampai 5%? KUALA LUMPUR, 16 Okt — Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) menggesa Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang kini dibolehkan membuat pelaburan sehingga 20 peratus di luar negara agar "berhati-hati" kerana pasaran global lazimnya amat tidak menentu. Setiausaha Agungnya G. Rajasekaran berkata, MTUC sebagai badan induk yang mewakili kepentingan pekerja tidak pasti sama ada keputusan kerajaan untuk membenarkan KWSP menaikkan kadar pelaburan asingnya kepada 20 peratus sesuai atau tidak pada masa sekarang. Dalam Bajet 2011 diumumkan semalam, Datuk Seri Najib Razak mengumumkan langkah menaikkan kadar pelaburan KWSP di luar daripada tujuh peratus kepada 20 peratus. "Ketika krisis ekonomi 2008, impak ke atas syarikat-syarikat besar adalah sangat serius di Eropah dan Amerika Syarikat," kata beliau dalam satu kenyataan dikeluarkan mengulas kandungan Bajet 2011. MTUC juga merupakan salah satu anggota dalam lembaga KWSP. Oleh itu kata beliau, meskipun kerajaan membenarkan had baru itu panel pelaburan KWSP perlu dikenakan syarat agar mereka lebih berhati-hati dalam soal pelaburan di luar negara. Dalam kenyataan dikeluarkan, MTUC juga tidak bersetuju sekiranya syarikat-syarikat insurans mengurus dana pencen kerana pengalaman sebelum ini menunjukkan bahawa mereka amat mementingkan keuntungan dan tidak memberikan perhatian yang sepatutnya kepada keperluan pekerja. jjj Rajasekaran (gambar) juga berkata lebih tiga juta pekerja sektor swasta akan mendapat manfaat daripada langkah kerajaan menubuhkan Majlis Konsultasi Gaji Negara yang dipertanggungjawabkan menentukan kadar dan mekanisma penetapan gaji minimum. Beliau berkata tuntutan MTUC berhubung penetapan gaji minimum sudah berlarutan sejak 60 tahun lalu, dan kini ia akan direalisasikan. Najib mengumumkan kerajaan akan menubuhkan Majlis Konsultasi Gaji Negara untuk menjadi platform utama dalam penetapan upah golongan pekerja. Rajasekaran menjelaskan perkara itu sudah lama dinantikan dan ia pasti akan dapat membantu golongan pekerja, terutama di kalangan pekerja miskin. Menurutnya soal selidik kerajaan baru-baru ini mendapati bahawa kira-kira 34 peratus pekerja kini berpendapatan RM700 sebulan, iaitu di bawah paras RM720 yang ditetapkan sebagai garis kemiskinan.
Ni baru kat UMNO Terengganu, belum kat UMNO negeri lain. Ini baru guna bajet Terengganu belum guna bajet Persekutuan. Rakyat Terengganu khususnya rakyat Terengganu dan rakyat Malaysia amnya kita nak beritahu kununnya pimpinan UMNO tertinggi moral tinggi dan yang teruk pimpinan UMNO bawahan. Tetapi yang seboar-bonarnya nilai rasuah pimpinan atasan lagi tinggi dan ada klas kononnya. KUALA TERENGGANU, 16 Okt: Ketua Umno cawangan di Dun Wakaf Mempelam yang juga Pengerusi Jawarankuasa Kemajuan dan Kebajikkan Kampung (JKKK)menghadapi pertuduhan menipu bekalan makanan dan minuman majlis berbuka puasa. Kes beliau dibicarakan di Mahkamah Seksyen Kuala Terengganu baru-baru ini.
Tertuduh, 56 hadir di Mahkamah diringi pegawai SPRM dengan memakai baju kemeja berlengan panjang dan berseluar slack hitam.
Pertuduhan dibacakan oleh Timbalan Pendakwaraya SPRM, Syafinaz Shabudin di hadapan hakim Mahkamah Sesyen,Tuan Azman Mustapha.
Mengikut kertas pertuduhan, pada 24 oktober 2005 lalu, di pejabat Daerah Kuala Terengganu, dengan disedari telah memberikan seorang ejen iaitu seorang pembantu Tadbir (Kewangan) Pejabat Daerah berkenaan satu dokumen iaitu pesanan kerajaan nombor yang mana prinsipalnya mempunyai kepentingan mengenainya dan mengandungi butiran yang palsu.
Iaitu mengenai pembekalan makanan dan minuman untuk juadah majlis berbuka puasa di empat surau iaitu Surau Tok Jamal, Surau Haji Ahmad, Surau Gong Pauh Kiri, Surau Pok Babok pada tahun 2005, yang sebenarnya pembekalan itu tidak dilakukan oleh tertuduh.
Tertuduh didakwa melakukan kesalahan di bawah seksyen 11(C) Akta Pencegahan Rasuah 1997 dan boleh dihukum dibawah seksyen yang sama dengan hukuman penjara tidak kurang 14 hari, tidak lebih dua tahun atau denda 10 kali ganda nilai suapan atau kedua-dua sekali jika sabit kesalahan.
Hakim mahkamah menetapkan 9 november depan sebagai tarikh sebutan semula kes tersebut dan membenarkan tertuduh melantik peguam serta tertuduh dibenarkan ikat jamin RM4,000 dengan seorang penjamin.
BN/UMNO ambil kesempatan menekan secara fitnah berterusan terhadap DS Anwar melalui Rahimi pula. BN/UMNO hanya berani memanipulasi dengan tektik wang kasi dan memastikan Raja Petra Kamarudin tidak dapat kembali ke Malaysia. PKR melalui DS Anwar perlu siasat sampai dapat siapakah peguam CELAKA yang simpan video Rahimi dan yang belot itu. Beliau perlu dicari sehingga lubang cacing.
Sepertimana yang saya telah beritahu Anwar minggu lalu apabila berlaku pertikaian antara kami apabila saya terlalu lantang bersuara: anda sepatutnya gembira kerana saya masih bersuara. Itu bererti saya masih mengambil berat. Bila saya berdiam diri kamu sepatutnya patut berasa bimbang. Itu bererti saya sudah tidak peduli lagi.
Raja Petra Kamarudin Pada Jun 2008, apabila isu Liwat 2 ini meletus, saya telah pergi ke Quality Hotel di Shah Alam untuk bertemu Anwar Ibrahim dan peguam-peguamnya. Lobi hotel penuh dengan wartawan-wartawan yang dianggarkan lebih kurang 50 atau lebih, pemberita ini boleh mengesahkan pertemuan ini.
Wartawan-wartawan mula meluru ke arah saya apabila mereka melihat saya dan isteri masuk ke dalam hotel. Dengan silauan flash kamera-kamera, perakam video dan mikrofon telah ditolak dihadapan muka saya. Mereka semua mahu tahu apa tujuan saya berada di situ dan adakah ia ada kaitan dengan isu liwat ini.
Saya hanya tersenyum dan tidak menjawab banyak soalan. Saya kemudiannya naik ke tingkat atas bertemu Anwar dan peguam-peguamnya. Peguam-peguam mereka memberi saya sebuah fail tebal dengan pelbagai dokumen dan testimoni-testimoni.
Lebih kurang satu jam kemudian saya turun ke bawah dan kumpulan pemberita yang ramai itu masih di sana. Bila mereka melihat saya dan isteri keluar daripada lif, wartawan-wartawan sekali lagi tergesa-gesa ke arah saya dan mengerumuni saya. Mereka semua mahu tahu apa yang sedang berlaku di tingkat atas.
Beberapa wartawan telah perasan fail tebal berikat dengan pita merah yang saya bawa dan mereka bertanyakan apa yang ada di tangan saya. Saya pura-pura tidak faham dan mereka kata ketika saya tiba saya tidak membawa sebarang fail jadi fail ini pastinya telah diberikan kepada saya. Mereka mahu tahu apa kandungan di dalam fail itu.
Saya hanya tersenyum dan kata 'no komen'. Saya kemudian berjalan keluar, dan telah menghampakan ramai wartawan yang telah berkhemah di lobi hotel itu sejak malam semalam dan sedang kelaparan berita.
Malam itu saya kembali semula ke hotel dengan kamera video saya. Masih terdapat beberapa wartawan yang terhendap-hendap di sekitar tempat tetapi saya berjaya mengelakkan mereka dan naik ke tingkat atas di mana saya bertemu Rahimi. Saya membuat rakaman video kenyataan Rahimi dan dia telah mendedahkan apa yang telah terjadi -- dia dan Saiful bertemu Najib Tun Razak, apa yang berlaku semasa pertemuan itu, dan sebagainya.
Saya sebenarnya pernah menulis tentang perkara ini dengan perincian yang hebat.
Selepas sesi rakaman saya membuat satu salinan video dan memberikannya kepada para peguam Anwar. Saya menyimpan pita asli di rumah. Saya kemudiannya meminta kebenaran Anwar untuk menerbitkan video itu di dalam Malaysia Today tetapi Anwar tidak membenarkannya. Ia kelihatan seperti peguam-peguamnya telah menasihatkan dia tidak membenarkannya. Mereka merasakan pendedahan ini patut disimpan sebagai bukti untuk perbicaraan.
Saya memberitahu Anwar saya tidak bersetuju dengan strategi ini. Saya merasakan video ini patut dihebahkan segera. Perbicaraan tidak penting, saya memberitahu Anwar, kerana mereka akan memastikannya bersalah walau apa pun bukti yang Anwar ada.
Rahimi dan isterinya Febby
Saya dapat rasakan mereka akan sentiasa mencari pelbagai cara untuk membawanya ke penjara, dengan bukti yang dia ada sepatutnya digunakan untuk membersihkan namanya. Lantaran itu adalah lebih baik untuk menghalang setiap langkah yang mungkin mereka ambil dengan menghebahkan video itu ketika Rahimi masih lagi 'friendly party'. Wang boleh mengubah ramai orang dan jika orang-orang Najib berpeluang menghampiri Rahimi , dengan harga yang betul, dia boleh mengatakan bahawa video itu adalah tipu atau dia dipaksa untuk memberi keterangan palsu di dalam video, atau apa sahaja.
Rahimi bercakap dengan bebas dan terbuka. Saya atau isteri tidak menyeksanya atau memaksanya supaya membuat kenyataan seperti di dalam rakaman vidoe itu. Ia telah dibuat dengan relahati dan sukarela. Lagipun , saya seorang sahaja yang berada di dalam bilik itu dengannya dan tiada toughies atau pengawal-pengawal peribadi yang hadir. Dia mempunyai pilihan untuk tidak membuat sebarang kenyataan atau untuk membuat kenyataan yang berlawanan dengan apa yang dia perkatakan. Ia di atas persetujuannya sendiri untuk memberi keterangan bahawa dia dan Saiful telah pergi ke pejabat Najib untuk membincangkan bagaimana untuk mencipta dakwaan liwat ke atas Anwar.
Saya berpendapat kami memiliki sesuatu yang sangat mudah meletup dan ia seharusnya segera didedahkan kepada orang awam. Tetapi Anwar mendengar pendapat peguam-peguamnya dan saya gagal membuatnya mengubah fikiran. Saya malahan berkira-kira untuk melawan Anwar dengan meneruskan menghebahkan video itu. Lagipun , saya merasakan yang peguam-peguamnya telah salah bertindak dan keseluruhan episod ini akhirnya akan mengenai muka sendiri jika mereka tidak berhati-hati.
Bagaimanapun , saya mendengar kepada Anwar, walaupun dengan berat hati, dan tidak melakukannya. Tetapi saya ada berpesan kepada Anwar yang peguam-peguamnya harus melakukan apa arahannya dan bukan dia yang mengikut arahan peguam-peguamnya. Biar peguam-peguam fokus dalam persediaan untuk perbicaraan dan serahkan strategi-strategi politik kepada kami yang lebih arif, saya beritahu Anwar. Saya juga memberitahu perkara ini kepada Datuk Kamarul Bahrin Abbas, Ahli Parlimen TELUK KEMANG, yang turut serupa -- bersetuju dengan saya dan berfikir yang peguam-peguamnya telah bertindak salah.
Tiga bulan kemudian, pada September 2008, polis datang ke rumah saya untuk menahan saya di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri. Mereka menghabiskan masa berjam-jam menggeledah rumah saya untuk mencari 'bukti'. Mereka akhirnya menjumpai koleksi video-video, VCD dan dokumen-dokumen lain.
"Ini apa?" mereka bertanya sambil memegang video.
"Ia pastinya bukan porno atau rakaman saya dan isteri sedang mengadakan hubungan seks," jawab saya. (Saya menyembunyikan semuanya di tempat lain Boom, Rodi, Vic, MsMo and Chris boleh mengesahkannya). Ia adalah rakaman-rakaman peristiwa, saya beritahu polis.
Polis itu memaklumkan saya bahawa mereka perlu merampas semuanya. Saya membantah tetapi tidak berguna dan semua video-video saya, VCD dan dokumen-dokumen diangkut oleh pihak polis.
Dua bulan kemudian, pada November 2008, Mahkamah Tinggi Shah Alam mengarahkan saya dibebaskan. Tetapi polis tidak mengembalikan semua barangan saya yang telah mereka ambil. Sehingga hari ini polis masih memiliki video-video saya, VCD dan dokumen-dokumen.
Bagaimanapun , salinan-salinan yang saya buat semasa pengakuan Rahimi / testimoni berada bersama kumpulan peguam Anwar. Jadi apa yang telah terjadi kepada mereka? Ini adalah sesuatu yang Anwar kena jawab.
Pada 1999, semasa perbicaraan Liwat 1, saya memberitahu Anwar yang saya mendapat makluman beberapa peguam-peguamnya telah dibayar oleh UMNO. Kerja mereka ialah untuk mengganggu perbicaraan supaya kerajaan boleh mensabitkan dakwaan terhadap Anwar.
Anwar, sudah tentu, tidak mempercayai saya. Dia berfikir yang semua peguam-peguamnya adalah jelmaan malaikat. Saya merasakan bahawa ada beberapa diantaranya adalah jelmaan syaitan.
Dan ianya benar, dua daripada para peguam Anwar telahpun keluar dan menyeberangi UMNO. Mungkin mereka tidak benar-benar menyeberang kepada UMNO. Mungkin mereka sebenarnya sudah lama bersama UMNO dan berjaya telah memasuki di dalam kumpulan peguam Anwar supaya mereka boleh menjejaskan pembelaannya.
Sekarang saya bertanyakan kepada Anwar: adakah dia amat yakin dia tidak mempunyai sebarang 'tahi lalat' UMNO di dalam kumpulan peguamnya yang sedang mengusahakan perbicaraan kes Liwat 2? Jika tidak, di mana perginya salinan-salinan rakaman video yang saya telah berikan kepada mereka? Adakah ia menghilang secara misteri? Kalau begitu , bagaimana boleh hilang?
Sekarang Rahimi mendakwa dia telah dipaksa supaya menandatangani Statutory Declaration (Akuan Bersumpah). Dan saya mempunyai satu rakaman video untuk membuktikan bahawa ia tidak begitu. Tetapi polis telah mengambil pita-pita induk dan ia kelihatannya seolah-olah para peguam Anwar juga telah kehilangan salinan-salinan rakaman itu. Tidakkah anda mengesyaki sesuatu?
Sebab tu lah! Bila saya mengkritik Anwar dia menjadi sangat marah dengan saya. Bila saya menuduh yang dia dikepung oleh 'tahi lalat', Trojan Horses, Judas dan Brutus, dia kata saya bersikap nakal dan berniat jahat dan ia adalah untuk kepentingan tertentu demi wujudkan perselisihan dalam PKR. Dia merasakan saya sebuah kilang yang bermotif untuk memusnahkan perpaduan parti.
Baiklah, jawab satu soalan ini: di mana rakaman video testimoni Rahimi, yang saya telah berikan kepada peguam-peguamnya?
Aiyah Datuk Kamarul! Cakap dengan Anwar lah! Saya dah bosan nak cakap. Dan saya tahu anda juga turut merasa perkara yang sama kerana anda sudah puas mengeluh terhadap perkara yang serupa. Tetapi nampaknya kita perlu untuk menyelamatkan Anwar dari dirinya -- atau sekurang-kurangnya dari orang di sekelilingnya.
Sepertimana yang saya telah beritahu Anwar minggu lalu apabila berlaku pertikaian antara kami apabila saya terlalu lantang bersuara: anda sepatutnya gembira kerana saya masih bersuara. Itu bererti saya masih mengambil berat. Bila saya berdiam diri kamu sepatutnya patut berasa bimbang. Itu bererti saya sudah tidak peduli lagi.
Memang bagus ada kemudahan futsal, lebih-lebih lagi di bina di kawasan rumah pangsa yang mempunyai kepadatan penduduk yang ramai. Namun ,perlu diingat ! kalau ikut undang-undang, pembinaan bangunan seperti dewan futsal ini berkedudukan di bina di antara blog rumah pangsa adalah jadi kesalahan.
Masjid Assalam Bukit Sentosa semalam memang ramai hadirin bukan sebab hari jummat tapi kehadiran sanaksaudara, jiran tetangga yang hadir ke ruang mandi mayat Masjid Assalam. Jenazah telah di bawa ke masjid jam 10 pagi dan diuruskan menunggu solat jenazah selepas solat Jumaat.
Untuk makluman suami Allahyarham adalah Ustaz HJ Zahid yang merupakan imam di masjid Sri Sentosa di Jalan Klang lama. Semoga rohnya ditempatkan bersama orang-orang yang diampuni dan diredai Allah di syurga Allah.Aminnn Antara 3 jiran teman yang komited dalam apa saja situasi termasuk keluarga Allahyarhamah.
Menghembuskan nafas terakhir di Hospital di Ampang lebihkurang jam 3 pagi 15 Oktober 2010 bersamaan 7 Zulkaedah 1431 Hijrah. Kami jiran di Anggerik 5 telah bersedia menerima ketentuan Allah dan jenazahnya sampai ke rumahnya lebihkurang 5 pagi. Allahyarhamah adalah guru agama Islam Sekolah Kebangsaan Sentosa di Bukit Sentosa 2 dan disayangi muridnya terutama di kalangan tahun 6. Tidak putus-putus kalangan jiran, sahabat handai,guru-guru dan murid sekolah dan masyarakat Bukit Sentosa, Bukit Beruntung dan Rasa hadir memberi ziarah dan penghormatan terakhir bersama surah al-fatihah , yasin dan doa. Penuh jalanraya di depan rumah dengan murid-murid tahun 6 SKBS Bukit Sentosa 2.
Kalau Ketua Pengarah dituduh rasuah maka akan kena ISA, Kalau polis curi dadah akan dikenakan tindakan tatatertib jer.
KUALA LUMPUR – "Saya bersyukur, proses mencari keadilan di mahkamah kini selesai." Demikian luahan bekas Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Wahid Mohd. Don selepas Mahkamah Sesyen di sini semalam melepas dan membebaskannya daripada tuduhan menerima suapan RM60,000 bagi urusan pengeluaran visa kemasukan pekerja asing, dua tahun lalu. Wahid, 57, yang akan menyambut hari ulang tahun kelahirannya pada November ini juga mengucapkan terima kasih kepada ahli keluarga yang memberikan sokongan sepanjang perbicaraan kes itu. Terdahulu, Hakim Rosbiahanin Ariffin memutuskan Wahid tidak bersalah selepas mendapati pihak pendakwaan gagal membuktikan keraguan munasabah terhadap kes tersebut. Wahid didakwa di Mahkamah Sesyen di sini pada 19 Ogos 2008 atas tuduhan menerima suapan RM60,000 bagi mempercepatkan kelulusan permohonan visa 4,337 pekerja Bangladesh untuk masuk ke negara ini. Dia didakwa menerima rasuah tersebut daripada ahli perniagaan, Datuk Low Chang Hian di kediamannya di No. 3167, Jalan Lembah Ledang persimpangan Jalan Duta di sini kira-kira pukul 10.15 malam 10 Julai 2008. Berdasarkan pertuduhan, wang suapan itu merupakan sebahagian daripada pembayaran upah bagi mempercepatkan proses permohonan Visa Dengan Rujukan (VDR) bagi warga Bangladesh terbabit. Posted by RAKYAT MARHAEN
Ketua Wanita PKR Zuraida Kamaruddin membidas cadangan isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor supaya pusat bersepadu bagi membantu golongan remaja perempuan yang melahirkan bayi tanpa berkahwin ditubuhkan, lapor Suara Keadilan.
Ini kerana menurut Zuraida (kanan), tindakan Rosmah itu dilihat mahu mengambil alih tanggungjawab serta memperlekehkan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dam Masyarakat, Datuk Seri Sharizat Abdul Jalil.
"Saya hendak cakap pun tak faham, apakah sebenarnya peranan Rosmah. Beliau menteri atau isteri Perdana Menteri ke, apa jawatan rasmi beliau yang sebenarnya?
"Cadangan beliau menunjukkan beliau ingin campur tangan dalam kementerian dan urusan kerajaan, dia tidak ada apa-apa latar belakang maklumat mengenai masalah tersebut tiba-tiba nak bagi idea yang sebegini. Ini adalah satu perkara yang 'adhoc'.
"Sebarang cadangan sekali pun, Rosmah perlu berbincang dengan pihak kementerian yang berkenaan dan bukannya berlagak seperti mahu ambil alih tugas menteri dan campur tangan dalam pentadbiran negara," kata Zuraida.
Zuraida berkata Rosmah seolah-olah mencerminkan kepada rakyat bahawa Shahrizat tidak menjalankan tugasnya sebagai anggota jemaah menteri.
"Kalau macam ini baik tutup sahaja kementerian Shahrizat dan letak sahaja tanggungjawab ini di bawah Rosmah," sindir beliau lagi.
Semasa di Belgium mengiringi Datuk Seri Najib Razak, yang mengetuai delegasi Malaysia ke Sidang Kemuncak Mesyuarat Asia-Eropah (ASEM) Kelapan di Brussels, Rosmah telah melawat "Centre of Integrated Family Welfare" (CIG) untuk mendapatkan input bagi menangani masalah pembuangan bayi .
Pusat itu ditubuhkan oleh kerajaan Belgium dengan bertujuan mendekatkan lagi perhubungan ibu dengan anak di mana remaja yang tidak berkahwin akan diberikan latihan bagi menjalankan kehidupan seperti biasa.
Lawatan Rosmah ke CIG itu telah dibidas Ketua Penerangan PAS, Idris Ahmad (atas, kanan) yang menyifatkan seolah-olah kerajaan hilang punca dan kontang idea untuk mengatasi gejala berkenaan.
Idris berkata tindakan Rosmah itu ibarat memohon sedekah dan ehsan daripada orang lain, sedangkan Islam mempunyai penyelesaiannya yang jitu terhadap masalah ini.
KELAB X-CLUSIF BAJET : ROSMAH DAPAT RM111 JUTA , SEKOLAH AGAMA RAKYAT RM95 JUTA - harakah daily
Program Permata yang dipopularkan oleh Rosmah Mansor, isteri kedua kepada Perdana Menteri turut mendapat manfaat dari Bajet 2011.
Najib Razak mengumumkan sebanyak RM111 juta diperuntukkan bagi agenda Permata memperkasa pendidikan awal negara.
Peruntukan itu meliputi projek pembinaan Fasa II Kompleks Sekolah Permata Pintar, membina 32 Pusat Anak Permata Negara (PAPN) serta membiayai operasi 52 PAPN yang telah siap.
Peruntukan itu turut meliputi program Permata yang lain seperti Permata Pintar, Seni, Insan dan Remaja.
Walaupun Rosmah tidak mempunyai sebarang jawatan rasmii dalam kerajaan, khususnya Kementerian Wanita, Keluarga dan Masyarakat serta Kementerian Pelajaran Malaysia tetapi program Permata yang diuruskannya nampaknya seakan mendapat bajet 'istemewa'. Ini kerana, pertadbiran Najib hanya memperuntukan RM95 juta sebagai bantuan perkapita untuk sekolah-sekolah agama rakyat (SAR) rendah dan menengah.
KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH
woit… SAPA KATA INI BAJET PILIHANRAYA… kah kah kah…
kah kah kah... SIAPA KATA INI BAJET PEMBANGUNAN... kah kah kah..
kah kah kah… INI BAJET BIK MAMA…. kah kah kah..
kah kah kah… APA BIK MAMA HENDAK…. BIK MAMA DAPAT… kah kah kah
kah kah kah…. JANGN LUPA UNTUK KURUSKAN BADAN SILA MAKAN ROTI NAJIB…. kah kah kah…
woit... TAK KAN LUPA ROTI NAJIB KUT?... kah kah kah...
Mulai semalam orang ramai tidak akan dibebani dengan kadar kenaikan tol di empat lebuh raya kendalian PLUS.
KUALA LUMPUR - Kerajaan mengumumkan kadar tol di empat lebuh raya milik PLUS Expressway Bhd. (PLUS) tidak akan dinaikkan bagi tempoh lima tahun akan datang bermula serta-merta bagi meringankan beban pengguna. Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ketika membentangkan Bajet 2011 berkata, langkah itu diambil kerana kerajaan amat prihatin terhadap rakyat yang terpaksa menanggung kos pengangkutan yang semakin meningkat. Sementara itu, UEM Group Bhd. (UEM Group) dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) akan mewujudkan sebuah syarikat khas (SPV) untuk tawaran mengambil alih keseluruhan aset dan liabiliti PLUS pada harga berjumlah RM23 bilion. Tawaran yang akan dibayar secara tunai itu adalah bersamaan dengan RM4.60 untuk setiap saham, demikian menurut kenyataan bersama KWSP dan UEM Group. UEM Group akan menguasai sebanyak 51 peratus pegangan di dalam syarikat khas tersebut manakala 49 peratus lagi akan dimiliki KWSP. Tawaran ini bergantung kepada kejayaan penstrukturan semula Perjanjian Konsesi dengan terma-terma yang boleh dipersetujui oleh semua pihak.
KUALA LUMPUR, 16 Okt — Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) menggesa Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang kini dibolehkan membuat pelaburan sehingga 20 peratus di luar negara agar "berhati-hati" kerana pasaran global lazimnya amat tidak menentu. Setiausaha Agungnya G. Rajasekaran berkata, MTUC sebagai badan induk yang mewakili kepentingan pekerja tidak pasti sama ada keputusan kerajaan untuk membenarkan KWSP menaikkan kadar pelaburan asingnya kepada 20 peratus sesuai atau tidak pada masa sekarang. Dalam Bajet 2011 diumumkan semalam, Datuk Seri Najib Razak mengumumkan langkah menaikkan kadar pelaburan KWSP di luar daripada tujuh peratus kepada 20 peratus. "Ketika krisis ekonomi 2008, impak ke atas syarikat-syarikat besar adalah sangat serius di Eropah dan Amerika Syarikat," kata beliau dalam satu kenyataan dikeluarkan mengulas kandungan Bajet 2011. MTUC juga merupakan salah satu anggota dalam lembaga KWSP. Oleh itu kata beliau, meskipun kerajaan membenarkan had baru itu panel pelaburan KWSP perlu dikenakan syarat agar mereka lebih berhati-hati dalam soal pelaburan di luar negara. Dalam kenyataan dikeluarkan, MTUC juga tidak bersetuju sekiranya syarikat-syarikat insurans mengurus dana pencen kerana pengalaman sebelum ini menunjukkan bahawa mereka amat mementingkan keuntungan dan tidak memberikan perhatian yang sepatutnya kepada keperluan pekerja. Rajasekaran (gambar) juga berkata lebih tiga juta pekerja sektor swasta akan mendapat manfaat daripada langkah kerajaan menubuhkan Majlis Konsultasi Gaji Negara yang dipertanggungjawabkan menentukan kadar dan mekanisma penetapan gaji minimum. Beliau berkata tuntutan MTUC berhubung penetapan gaji minimum sudah berlarutan sejak 60 tahun lalu, dan kini ia akan direalisasikan. Najib mengumumkan kerajaan akan menubuhkan Majlis Konsultasi Gaji Negara untuk menjadi platform utama dalam penetapan upah golongan pekerja. Rajasekaran menjelaskan perkara itu sudah lama dinantikan dan ia pasti akan dapat membantu golongan pekerja, terutama di kalangan pekerja miskin. Menurutnya soal selidik kerajaan baru-baru ini mendapati bahawa kira-kira 34 peratus pekerja kini berpendapatan RM700 sebulan, iaitu di bawah paras RM720 yang ditetapkan sebagai garis kemiskinan.
Untuk Kementerian Pelajaran, peruntukan pembangunan sebanyak RM6.4 billion disediakan bagi membina dan menaik taraf sekolah, asrama, kemudahan dan peralatan serta memartabatkan profesion guru.
RM213 juta lagi dibajet sebagai ganjaran kepada sekolah berprestasi tinggi serta imbuhan kepada Pengetua atau Guru Besar dan Guru Cemerlang.
Enrolmen prasekolah akan ditingkatkan dengan sasaran 72 peratus menjelang akhir 2011 melalui penambahan 1,700 kelas, pemantapan kurikulum serta pelantikan 800 guru prasekolah lepasan ijazah.
RM111 juta diperuntukkan bagi program PERMATA antaranya bagi pembinaan fasa 2 Kompleks Sekolah PERMATA Pintar, membina 32 Pusat Anak PERMATA Negara (PAPN) dan membiayai operasi 52 PAPN yang telah siap.
RM250 juta diperuntukkan bagi sekolah bantuan modal agama, sekolah bantuan modal jenis kebangsaan Cina, sekolah kebangsaan Tamil, sekolah bantuan modal mubaligh dan sekolah bantuan kerajaan seluruh negara.
Kerajaan juga bersetuju membiayai bantuan per kapita untuk sekolah-sekolah agama rakyat rendah dan menengah dengan peruntukan RM95 juta sebagai mengiktiraf pendidikan Islam.
Bagi menyediakan guru serta tenaga pengajar kompeten dan berkualiti yang dapat membimbing dan mendidik pelajar sekolah dengan sebaiknya, kerajaan menyediakan RM576 juta dalam bentuk biasiswa kepada mereka yang ingin melanjutkan pelajaran.
Sejumlah RM213 juta diperuntukkan bagi mengangkat tinggi penguasaan Bahasa Malaysia, mempersadakan Bahasa Inggeris dan memperkemaskan kurikulum standard sekolah rendah.
Kerajaan bersetuju untuk mengambil 375 guru penutur jati antaranya daripada United Kingdom dan Australia untuk meningkatkan lagi pengajaran Bahasa Inggeris.
Peratusan staf akademik berkelulusan PhD ditambah kepada 75 peratus bagi universiti penyelidikan dan 60 peratus bagi IPTA lain dengan peruntukan RM20 juta.
KUALA LUMPUR, 16 Okt — Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang mendakwa Bajet 2011 yang dibentangkan semalam membuktikan agenda ekonomi dan transformasi dibawa Datuk Seri Najib Razak sebenarnya "berpusing di takuk lama dengan diberi penjenamaan semula." Kata beliau, kerajaan pusat pimpinan BN cuba menjadi "saudagar mimpin yang memperdagangan dongengan" dengan angkta-angka besar dalam bajet kali ini dan pengumuman projek-projek mega. Dalam ucapan Bajet 2011 semalam, Najib yang juga Menteri Kewangan dan Perdana Menteri berkata, "kita bukannya saudagar mimpi yang memperdagang dongengan." "Kita adalah parti pembina harapan yang berpijak di bumi nyata. "Apa yang kita capai bukanlah secara tidak sengaja, ibarat bulan jatuh ke riba, tetapi ia hasil dari perencanaan yang jelas, ketegasan pelaksanaan, perancangan yang rapi serta pengorbanan yang tinggi," kata Najib. Dalam reaksinya, Hadi (gambar) juga medakwa Bajet 2011 ditaburkan dengan angka yang indah-indah bersifat kosmetik, dengan mengkesampingkan pembinaan manusia yang menjadi enjin melaksanakan agenda perubahan ekonomi berkenaan. Ahli Parlimen Marang ini memberitahu akibat dari penyelewangan, pembaziran dan rasuah yang bermaharajalela dan sistem pemerintahan yang tidak bersifat adil kepada rakyat teramai, maka kesejahteraan rakyat tentunya akan berada di takuk lama. "Inilah yang ditekankan oleh PAS bahawa asas terbesar ialah kerajaan yang dipacu oleh Umno-BN telah gagal dalam mencapai matlamat Dasar Ekonomi Baru setelah diberi peluang memerintah selama lebih 50 tahun," kata Hadi dalam satu kenyataan dikeluarkan. Justeru, kata Hadi, bagaimana mungkin kerajaan yang sama boleh melakukan perubahan dengan satu dasar lain pula sedangkan sistem pemerintahan dan politik peras ugut dan penyisihan komponen ekonomi terhadap rakyat di luar bandar terus berleluasa. Beliau menambah pada masa yang sama fokus kerajaan juga terus tersasar atas sebab-sebab tidak masuk akal, umpamanya peruntukan untuk program Pusat Anak Permata Negara yang hanya dinikmati oleh segelintir kecil pihak dan masih di peringkat percubaan menikmati dana sebanyak RM111 juta berbanding RM100 juta untuk meningkatkan taraf hidup Orang Asli dan Pribumi, dan lebih parah lagi berbanding peruntukkan RM95 juta yang diperuntukkan sebagai bantuan perkapita untuk sekolah agama rakyat (SAR) rendah dan menengah. Kata Hadi, apa yang penting ialah bukannya jumlah angka-angka yang sedap didengar, umpamanya dibentangkan bahawa pendapatan per kapita meningkat 6.1 peratus kepada RM28,000 dan kononnya kadar pengangguran di takuk 3.5 peratus sedangkan realitinya rakyat di luar bandar tidak menikmati faedah langsung daripada peningkatan angka-angka sedemikian bahkan jauh sekali dari menikmati kesejahteraan hidup akibat dari perubahan angka-angka ini. "Inilah hakikatnya," kata beliau. "Kita katakan bahawa kerajaan Umno-BNlah sebenarnya yang menjadi 'saudagar mimpi yang memperdagangkan dongengan" bahkan mengelirukan rakyat dengan angka-angka sedemikian. "Projek-projek pelaburan juga dilihat gagal dalam melakukan anjakan terhadap taraf hidup rakyat luar bandar yang miskin dan memerlukan," katanya. Hadi berkata,kerajaan juga nampaknya tidak cuba belajar dari kesilapan lalu dengan mengimpikan projek pembangunan Warisan Merdeka dengan menara 100 tingkat beserta kemudahannya yang bakal menelan belanja asas RM5 bilion sedangkan projek koridor yang sepatutnya lebih memberi manafaat kepada rakyat hanyalah menerima secebis peruntukan sahaja. "Contohnya peruntukan untuk East Coast Economic Region (ECER) hanyalah RM178 juta iaitu dalam lingkungan 3.6 peratus dari projek Warisan Merdeka. "Ini tidak lagi dicampur dengan kemungkinan projek RM5 bilion itu meningkat sebagaimana yang sentiasa berlaku dalam pemerintahan kerajaan Umno-BN," kata beliau. Hadi menambah, agensi yang sepatutnya melaksanakan amanah untuk membangunkan ekonomi rakyat miskin, kini telah menumpukan pula kepada projek mega sebegini kerana pimpinan Umno-BNlah sebenarnya "bermimpikan projek" lantas "memperdagangkan tanggungjawab membangunkan ekonomi rakyat." "PAS menekankan peningkatan taraf hidup rakyat miskin perlulah melalui fasa di mana rakyat teramai ini perlu merasakan bahawa mereka adalah menjadi sebahagian dari enjin aktiviti ekonomi bahkan mereka juga menjadi pemain dalam memperkasakan pembangunan negara," katanya.
nota: sebuah bra telah ditemui tertinggal disebuah hotel di new york baru baru ini.
akhbar berpengaruh washington post telah mengiklankan gambar bra ini dengan harapan tuan empunya akan datang mengambilnya
untuk sementara waktu bra ini telah disimpan di balai polis nypd di precint 15
nota: adakah bra ini bersangkutan dengan rancangan kerajaan malaysia yang baru baru ini ingin menjalankan dasar memberi susu kepada anak anak sekolah? kah kah kah nota: siapa towkay bra pengeluar susu ini? kah kah kah
NAMA ROSMAH JUGA DIHERET DALAM BAJET 2011 - malaysiakini
Najib mencadangkan supaya duti import ke atas kira-kira 300 barangan pelancongan dan rakyat tempatan dimansuhkan.
Barangan ini merangkumi kegunaan harian seperti beg tangan, kasut, sut, baju kanak-kanak, dompet, pewarna rambut..." kata Najib sambil kedengaran gelak ketawa dari ahli parlimen.
Beberapa ahli parlimen kemudiannya melaungkan "Rosmah!" disambut gelak ketawa rakan-rakan mereka.
Najib senyum sinis dan memperlahankan bacaan teks ucapannya sambil menyambung: "Pakaian malam, seluar dan seluar dalam serta wangi-wangian, termasuklah kelambu."
Dan sekali lagi lebih ramai yang ketawa.
KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH
woit… INI MAT MONGOL SUDAH SILAP…. kah kah kah..
kah kah kah…. BIK MAMA SUKA BERSHOPPING DI LUAR NEGARA… kah kah kah..
kah kah kah…. TAK KAN BIK MAMA NAK BELI BRA SIAS XXXXXLLLL DI BUKIT BINTANG…. kah kah kah..
kah kah kah…. DAN SELUAR DALAM SAIS XXXXXXXLLLLLLLL DI PAVILION… kah kah kah…
kah kah kah…. NANTI SATU MALAYSIA AKAN TAHU…. kah kah kah..
kah kah kah…. BILA SATU MALAYSIA TAHU…. BARANG INI AKAN JADI TAK LAKU… kah kah kah
Riuh rendah sekampung orang bercerita pasal Bajet 2011. Sejak dari petang semalam ,sampailah la ni, mulut orang masih tak henti-henti membicarakannya. Lantak ngkorang ler.
Ada yang gumbira dapat bonus RM500. Ada yang lega kerana akan dapat berehat lebih lama selepas bersalin nanti. Ada yang bertepuk tangan, sebab tak payah perah otak untuk ambil PTK. Ada yang bersyukur kerana elaun dan gaji mereka meningkat.
Pada aku... tak der yang menarik. Mampuih pi la!!
Yang pasti tersenyum lebar ialah Rosmah Mansor. Ai... dapat peruntukan RM111 juta untuk program PERMATA. Satu program yang membazirkan duit rakyat. PERMATA yang tak nampak sinar dan kilauannya. Pudar... Projek untuk memenuhi ego seorang perempuan dan isteri seorang Perdana Menteri.
Ia cuma nampak gah on the surface jer. Tetapi... ia tidak menyeluruh dan tidak ada asas yang kukuh untuk mencapai sesuatu yang benar-benar positif dalam jangka masa pendek mau pun panjang. Ratusan juta wang rakyat dibazirkan semata-mata untuk memenuhi kegiatan masa lapang yang eksklusif Rosmah Mansor.
Ha... ha... ha.. Kalau tak diikut kehendak hatinya, mungkin dia akan menghentak-hentakkan kakinya, or... dia akan pulas telinga Najib. Arr... arrr... arr... Ok, ok, sayang. RM 111 juta you punya!! Jangan pulas telinga I lagi, ya? Sakiiitt.....
Entahler... aku, kalau nama kerajaan UMNO/BN yang buat bajet, mampuih aku tak konfiden. Aku dah hilang kepercayaan dan keyakinan pada mereka. Sakit hati betul melihatkan cara mereka mengurus wang negara. Hasil mahsul kita melimpah ruah tetapi rakyat terbanyak hanya dapat merasa kuahnya saja. Isi yang berketul-ketul, semua mereka rebut dan gasak dulu sesama mereka.
For me... enough is enough!!
Apa jua yang mereka lakukan mesti ada udang di sebalik batu. Mereka laung-laungkan kononnya bajet itu power amat... bagus amat... especially, demi kebajikan rakyat dan negara. Itu cuma yang tersurat tetapi yang tersirat?? Tersirat.... Pasti yang akan mendapat keuntungan ialah.... kroni-kroni mereka.
Para pemimpin mereka yang dok ada hari ini tidak sama dengan yang hat dulu. Dulu... pejuang rakyat sejati. La ni.... pejuang tembolok sendiri!! Dan... Najib boleh kata, yang mereka bukan saudagar mimpi. Ya betuuullll!! Itu aku setuju sesangat. Aha, dia BUKAN SAUDAGAR MIMPI, tetapi... dia PERDANA MENTERI YANG BERMIMPI. Siang dia bermimpi, malam kalau, lagi ler....
Yang syiuknya, dia cuba nak bawak the whole country bersama-sama rakyatnya sekali, dilamun mimpi indah. He's really Malaysia Bolehland's greatest magician. Dia hypnotize kita dengan janji-janji manisnya.... and apabila kita sudah di-hypnotize-kan.... senanglah dia nak men'cabul' dan 'rogol' apa yang patut dia 'cabul dan rogol'. This is 'gang rape'. He and his whole kabinet , plus their cronies... will 'gang rape' the whole nation.
Sedar-sedar nanti.... kita akan dikejutkan dan kita semua akan terkejut melihat transformasi yang dijanjikan oleh Najib Razak. Fuuuhh.... pasti dahsyat sekali!! Habis lunyai sumber kewangan negara, ekonomi negara, sistem pentadbiran negara, tiang-tiang demokrasi, keadaan politik negara dan rakyatnya. Semua, terkulai lunyai!! Kecuali.... puak-puak yang rapat dengan mereka.
Well... ambik pi apa yang depa bagi. Itu rezeki dari Allah SWT. Rezeki jangan ditolak... tetapi, jangan sekali-kali membiarkan diri kita terpedaya dengan permainan 'sihir' the Great Magician. Awas dan sentiasa berwaspada. Diri kita, negara kita... adalah tanggung jawab kita!!
Mereka ni.... puak-puak yang keji dan mementingkan diri. Bajet kali ini adalah bajet nak menyedapkan hati. Mereka hulur kepada rakyat sikit sebagai umpan, tetapi nanti... tanpa kita sedari, mereka akan kaut keuntungan yang lumayan untuk diri mereka sendiri serta kroni-kroni mereka. Aku pasti... yang akan 'kenyang' ialah mereka!! Rakyat pasti akan terus 'kelaparan'
Kita, rakyat.... jangan biarkan diri kita dibuai mimpi atau ter'hypnotize' dengan hypnosis The Great Magician, especially menjelangnya kedua-kedua PRK yang akan diadakan dan juga PRU13 yang akan tiba tak lama lagi. Ingat.... 'sihir' ialah permainan syaitan.
SYAITAN.... misi mereka ialah memperdaya kita menuju KEHANCURAN dan KEMUSNAHAN. Mereka BUKAN MENYELAMATKAN kita, tetapi.... MENJAHANAMKAN kita!!
KUALA LUMPUR: Pemuda MCA menuduh PAS "berfikiran sempit dan tidak bertoleransi" kerana menganjurkan protes terhadap bintang idola Adam Lambert dari Amerika Syarikat yang membuat persembahan dalam satu konsert di Stadium Bukit Jalil Khamis lalu. "Demonstrasi itu menunjukkan sifat ektremis yang diamalkan oleh parti itu," kata ketuanya Wee Ka Siong, dilapor oleh sebuah akhbar arus perdana.
Beliau menyatakan rasa kesal kerana PKR dan DAP, dua rakan seperjuangan PAS dalam Pakatan Rakyat memilih untuk berdiam diri dalam perkara ini. Sekumpulan besar pemuda Islam, termasuk Pemuda PAS dan wakil pelajar Gabungan Pelajar-Pelajar Islam Malaysia (Gamis) memprotes terhadap Lambert, di luar stadium itu, ketika penyanyi homoseksual itu membuat persembahan di depan 10,000 penonton yang menjerit-jerit. Ketua Gerakan Kedah, Tan Keng Liang kesal dengan tindakan PAS itu dan menyifatkannya sebagai satu penghinaan terhadap imej negara ini. "Mereka gagal memahami bahawa homoseksual adalah merupakan tabiat semula jadi sesetengah orang dan bukan sebagai sebahagian dari budaya," katanya. Presiden Karyawan Freddie Fernandez juga melahirkan rasa kecewa tentang protes yang dipimpin oleh PAS ini dan berkata, "PAS seharusnya menunjukkan sikap yang sederhana." "PAS hendaklah faham bahawa ada rakyat Malaysia yang menghargai bakat yang dimiliki oleh Lambert," tambahnya.
wahai najib atau/dan PNB, jangan buat kerja syok sendiri. ... awat hang nak lawan Mahadet yang buat Petronas Twin Towers 88 tingkat lalu hang pun nak buat pula bangunan 100 tingkat, mengalahkan Mahadet tu.
Aku yang bekerja di Twin Tower sejak dari awal menara tu disiapkan dulu dalam tahun 1997 tahu, sehingga kehari ini masih ada tingkat yang kosong terutama di sebelah menara 2. Menara 1 memamg penuh, itu pun sebab Petronas menggunakan keseluruhan menara 1 tersebut. Jadi apakah nanti bangunan 100 tingkat hangpa tu tersergam indah tanpa berpenghuni.
Jangan buat kerja syok sendiri. Betul, seperti kata Yen Yen, bangunan itu nanti boleh menarik pelancong datang ke Mesia, tapi apakah bangunan pencakar langit tersebut hanya didirikan sekadar untuk pelancong datang mendongak kepala untuk melihat puncaknya?
Jangan tanya Menteri, jangan tanya Timb Menteri, yang dah pasti bersetuju dengan apa yang dirancangkan oleh tok ketua mereka tapi tanyalah orang bawahan, samada mereka bersetuju atau tidak dengan perancangan yang mengarut itu ...
Ini salah satu projek syok sendiri di zaman mahadet
Tengok apa jadi dengan PICC - Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya?
Berapa kerat saja yang menggunakannya?
Ini pendapat orang-orang macam aku di bawah sini ...
* KUALA LUMPUR, Oct 15 — Malaysians following the Budget 2011 announcement today via the Twitter micro-blogging service were confounded when the prime minister revived a proposal to build 100-storey tower between the historic Stadium Merdeka and Stadium Negara.
Many labelled the RM5 billion Warisan Merdeka project as a frivolous and unnecessary part of the Budget, which also failed to specify how developers Permodalan Nasional Berhad (PNB), would be funding the project.
"Does KL need a 100 storey building? Ridiculous," exclaimed Klang MP Charles Santiago (@mpklang) on his Twitter account, a sentiment shared by many others who "tweeted" on the subject as Datuk Seri Najib Razak unveiled his second Budget since taking office in April 2009.
The landmark tower will eclipse the 88-storey Petronas Twin Towers completed during Tun Dr Mahathir's administration. At 100-storey tall, the skyscraper is expected to be the tallest structure in Malaysia when completed in 2015.
"If they're gonna be building this 100-storey mega structure next to Stadium Merdeka... Where exactly is it going to be again??" asked concerned artist Fahmi Fadzil (@fahmi_fadzil).
Besides the two stadiums, the proposed site is also situated near the 117-year-old Victoria Institution (VI), one of the earliest schools in Kuala Lumpur.
A couple of VI alumni have expressed concern whether the development will affect the illustrious school, much like how Bukit Bintang Girls School was bulldozed over for the Pavillion shopping centre in Kuala Lumpur's Golden Triangle.
Amid a property overhang ripe in Kuala Lumpur, lawyer Chow Pong (@ChowPong) questioned, "I wonder who will occupy the 100 storey building? Even twintower isn't fully occupied, kan?"
On how to better spend the RM5 billion, Malaysians on Twitter have suggested a number of measures to improve the quality of life.
Many of them, including indie musician Pete Teo (@PeteTeo) thought that the money should have been funnelled to improve schools, human resource and public transport.
"Why not create a Central Park in KL that is bigger than New York?" commented a representative of marketing site Vanity Shack (@vanityshack). - TMI
Parti Maju Sabah (SAPP) hari ini mengumumkan akan bertanding pada pilihan raya kecil parlimen Batu Sapi, 4 November ini.
Perkara itu diumumkan oleh presidennya, Datuk Yong Teck Lee.
Kerusi Batu Sapi kosong, berikutan kematian ahli parlimennya, Edmund Chong Ket Wah dari Parti Bersatu Sabah yang terbunuh dalam kemalangan jalan raya di Kota Kinabalu, minggu lalu.
Mendiang menduduki kerusi berkenaan sejak pilihan raya umum 2004 apabila memenanginya tanpa sebarang saingan.
Bagaimanapun pada pilihan raya 2008, beliau dicabar oleh calon Bebas, Chung Kwong Wing tetapi berjaya mengekalkan kerusinya dengan mudah dengan majoriti 3,708 undi.
Chong memperoleh 9,479 undi manakala Chung pula mendapat 5,771
Persaingan merebut jawatan nombor dua PKR adalah pertandingan tiga penjuru membabitkan naib presiden parti itu, Azmin Ali, ketua Wilayah Persekutuan, Datuk Zaid Ibrahim dan ketua Perak Mustaffa Kamil Ayub.
Azmin yang juga adalah ketua Selangor, merupakan calon pertama mengemukakan borang penerimaan pencalonan manakala Zaid pula mengesahkan bahawa beliau akan bertanding menerusi blognya.
"Pada tepat jam 11.05 pagi tadi, dengan penuh keinsafan, saya menerima pencalonan sebagai timbalan presiden.
"Saya berharap anggota terus memberi sokongan dan selepas pemilihan ini parti (kita) akan lebih kuat, anggota menjadi matang, demokrasi akan terus subur dan reformasi ditegakkan di Putrajaya," katanya.
Turut berada di atas pentas, adalah exco Selangor Dr Xavier Jayakumar yang menyokong Azmin. Beliau pula pula menawarkan diri untuk bertanding naib prtesiden.
Zaid kemudiannya menghantar wakil untuk mengemukakan penerimaan pencalonannya.
Menurut sumber parti, Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim dan puteri reformasi PKR yang juga ahli parlimen Nurul Izzah Anwar dijangka menolak pencalonan masing-masing.
Dipercayai anak ketua umum PKR dan presiden parti itu akan bertanding merebut satu daripada empat jawatan naib presiden yang dipertandingkan.
Sementara itu, Mustaffa Kamil Ayub juga mengumumkan untuk bertanding jawatan tersebut.
Beliau menyerahkan borang tawarannya itu kira-kira jam 12.50 pagi di ibu pejabat parti.
"Saya tawarkan diri untuk berkhidmat dengan parti kerana saya yakin demokrasi ada dalam parti.
"Saya akan meneruskan agenda kepimpinan dan kekuatan dalam parti sehingga ia terus diyakini," katanya dalam ucapan selepas mengemukakan penawarannya.
Menurutnya lagi, beliau mempertaruhkan segala pengalaman beliau sewaktu memimpin pertubuhan belia Islam dan selaku bekas setiausaha politik Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk meneruskan perjuangan reformasi.
Tambahnya, beliau menawarkan politik baru yang menekankan politik nilai yang berteraskan profesionalisme dan menolak politik perkauman.
Sementara itu, Datuk Zaid Ibrahim yang tiba kemudian, dalam ucapannya berkata ahli parti perlu diberi kesedaran terlebih dahulu sebelum parti bercakap tentang perubahan dan transformasi.
"Ia perlu untuk menjayakan harapan kita yang terpendam... Dengan itu saya minta ahli dan penyokong tumpu dalam pemilihan dengan kempen yang sihat.
"Jangan mereka-reka cerita, jangan laga-lagakan sesama kita, kita mahu kesatuan yang kukuh. Itu sahaja yang boleh ganyang BN," katanya.
Katanya, parti ini bukan parti untuknya, tapi parti untuk rakyat.
Sementara itu, ahli parlimen Batu, Tian Chua, yang juga merupakan bekas naib presiden PKR telah memilih untuk tidak bertanding jawatan timbalan presiden meskipun telah mendapat lima pencalonan.
Beliau juga seperti Nurul Izzah, dikatakan akan merebut jawatan naib presiden.
Semua calon mempunyai masa sehingga jam 5 petang ini untuk mengesahkan sama ada mereka menerima pencalonan untuk bertanding jawatan masing-masing. 24 Oktober ini telah ditetapkan sebagai tarikh pengumuman calon yang sedia bertanding.
Penerimaan pencalonan dibuka mulai jam 10 pagi ini di luar pusat pencalon yang ditubuhkan di ibu pejabat parti di Tropicana, Kuala Lumpur.
Penyokong Azmin dilaporkan penuh sesak sebagai sokongan moral kepadanya.
Suasana di sana dilaporkan bagaikan pesta dengan lima kanopi besar dipasang untuk proses pengambilan borang penerimaan calon.
Sejak beberapa hari kebelangkangan ini, terdapat usaha sengit bagi mengatur percaturan dalam usaha menentukan kepimpinan PKR.
Jawatan naib presiden juga dijangka amat sengit dengan hampir 30 calon yang layak bertanding meskipun ramai dijangka akan mengundurkan diri.
"Hari penerimaan calon Pemilihan Pimpinan PKR. 252 dicalonkan untuk pelbagai jawatan. Ramai akan tarik diri. Tentu ada memeranjatkan," kata timbalan presiden PKR Syed Husin Ali yang tidak akan mempertahankan jawatannya menerusi tweeter.
Bagi kerusi Pemuda - AMK, - ketuanya sekarang Shamsul Iskandar Mohd Akin akan mempertahankan jawatannya.
Shamsul sebelum ini dikatakan berminat menjawat jawatan lebih tinggi dalam PKR tetapi menukar hasratnya kerana dipercayai sedar bahawa peluangnya agak tipis.
Dipercayai Shamsul akan dicabar oleh Badrul Hisham Shahrin, yang lebih dikenali sebagai Chegubard, dan Rafizi Ramli.
Senarai calon yang telah mengesahkan penerimaan pencalonan (sehingga jam 3.30 petang) Presiden
Dr Wan Azizah Wan Ismail Timbalan presiden
Azmin Ali Zaid Ibrahim Mustaffa Kamil Ayub
Naib presiden (4 jawatan)
Mansor Othman Dr Xavier Jayakumar Tian Chua Fuziah Salleh Jonson Chong R Sivarasa Abdullah Sani Abdul Hamid N Gobalakrishnan S Manikasavagam Mohd Yahya Shari Ansari Abdullah
Pertandingan merebut empat jawatan naib presiden PKR dijangka sengit dengan hampir 30 orang telah dicalonkan.
Pengarah pilihan raya parti itu, Fuziah Salleh dan exco Selangor Dr Xavier Jayakumar menjadi antara yang terawal mengumumkan hasrat untuk bertanding naib presiden.
Selain kedua-dua mereka pemimpin lain yang juga berminat adalah Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang Datuk Mansor Othman dan Ketua Cabang PKR Tanjung Karang Yahya Shaari.
Fuziah, ketika menyampaikan ucapannya, beliau berkata beliau menerima pencalonan dari cabang dengan penuh rasa rendah diri dan berjanji akan memikul tanggungjawab yang diamanahkan kepadanya.
"Saya tahu tuan-tuan tidak minta apa-apa daripada saya. Tapi tuan-tuan dan puan-puan mahu saya mencari suara dan jadi obor kepada perjuangan kita," katanya.
Fuziah juga turut mengucapkan terima kasih kepada cabang cabang yang mencalonkannya.
Katanya, beliau menerima lebih daripada 100 cabang.
Yahya Shari pula berkata beliau akan menggarap dan menggabungkan segala pengalamannya selama ini bermula zaman reformasi untuk menguatkan parti sehingga matlamat mereka berpindah ke Putrajaya.
Manakala Mansor berkata beliau,berhasrat untuk memperkasakan parti dan rakyat dan optimis akan memenangi jawatan tersebut.
Beliau memeprolehi 53 pencalonan dari seluruh cabang di seluruh negara.
Bekas naib presiden - Tian Chua dan bekas pengarah komunikasi PKR - Jonson Chong juga mengesahkan akan bertanding.
Naib presiden, R Sivarasa juga menerima pencalonan bagi mempertahankan jawatannya.
Sebelum ini, seorang penyandangnya Dr Lee Boon Chye memilih tidak mempertahankan jawatan naib presidennya itu meskipun selesa dengan lebih 40 pencalonan.
Dr Lee yang juga ahli parlimen Gopeng berkata, beliau mengambil keputusan itu bagi memfokuskan tugasnya sebagai wakil rakyat dan ketua cabang di situ.
Di Kota Kinabalu, seorang lagi naib presiden PKR, Datuk Dr Jeffrey Kitingan, mengumumkan menolak pencalonan bagi mempertahankan jawatan itu menjelang pemilihan parti, bulan depan.
Sambil merakamkan penghargaan kepada 40 pencalonan yang diterimanya, beliau menyifatkan jawatan itu tidak membawa banyak makna "kerana tiada orang mendengar pandangan kita."
Berikut senarai yang telah mengesahkan penerimaan pencalonan (sehingga jam 1 petang)
Naib presiden (4 jawatan)
Mansor Othman Dr Xavier Jayakumar Tian Chua Fuziah Salleh Jonson Chong R Sivarasa Abdullah Sani Abdul Hamid N Gobalakrishnan S Manikasavagam Mohd Yahya Shari Ansari Abdullah
Datuk Seri Najib Razak berkata, kerajaan tidak boleh memberi bonus satu bulan gaji kepada kakitangan awam kerana tindakan itu akan memberi implikasi kewangan besar iaitu sebanyak RM3.1 bilion.
Katanya, selaku menteri kewangan yang bertanggungjawab, beliau tidak boleh berbelanja lebih daripada pendapatan.
Najib berkata memang banyak pihak yang melobi supaya kerajaan dapat mengisytiharkan bonus sebulan kepada 1.2 juta penjawat awam.
"Tapi saya nak kongsi dengan tuan-tuan dan puan. Bonus satu bulan telah belanja RM3.1 bilion pada kerajaan...kalau ikut hati memang saya nak beri bonus tapi sebagai Menteri Kewangan yang bertanggungjawab saya tidak boleh belanja lebih daripada pendapatan negara.
"Sebab itu yang saya dapat lakukan ialah beri RM500 sebagai bayaran khas kepada penjawat awam," katanya pada Perhimpunan Kebangsaan Guru 1Malaysia di Stadium Putra Bukit Jalil, di Kuala Lumpur, pagi ini.
RM500 wajar
Oleh itu, katanya pemberian bantuan khas kewangan RM500 setiap seorang adalah wajar.
Najib berkata bantuan khas kewangan itu sekurang-kurangnya dapat meringankan bebanan kewangan ibu bapa dalam persiapan untuk persekolahan anak-anak pada hujung tahun.
"RM500 ini sangat-sangat berguna sekali dan kerajaan akan bayar bantuan khas itu pada Disember ini," katanya.
Beliau berkata kerajaan bermurah hati turut memanjangkan bantuan ini kepada pesara-pesara kerajaan walaupun mungkin ada yang tiada lagi perlu menanggung anak-anak bersekolah.
Menurutnya walaupun tiada pemberian bonus, kerajaan memberikan ganjaran lain yang memberi faedah kepada penjawat awam seperti cuti bersalin tidak melebihi 90 hari.
Ini turut memberi faedah kepada guru wanita yang merupakan hampir 70 peratus daripada 400,000 guru di seluruh negara, katanya.
"Cuti bersalin ini satu hadiah untuk kaum wanita. Tapi kalau tak nak ambil 90 hari pun boleh juga...itu terpulang kepada mereka," katanya.
Perdana Menteri berkata kerajaan turut memberi faedah tambahan dari segi pinjaman perumahan di mana had maksimum pinjaman perumahan dinaikkan kepada RM450,000 berbanding RM360,000 pada masa ini, agar penjawat awam lebih mampu membeli rumah lebih berharga.
Mengenai pelbagai memorandum yang disampaikan kepada beliau untuk melakukan penambahbaikan skim perkhidmatan perguruan, Najib berkata beliau perlu sedikit masa menelitinya kerana melibatkan implikasi kewangan dan kumpulan guru yang besar.
"Sebab itu saya perlu teliti bersama JPA (Jabatan Perkhidmatan Awam) dan Kementerian Kewangan. Banyak cadangan dikemukakan...sekiranya kerajaan mampu, saya akan bincang dengan Tan Sri Muhyiddin Yassin (Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Pelajaran)...boleh buat pengumuman bila sampai pada masanya," katanya.
Begitu antara dakwaan kasar yang saya dengar apabila dalam pembentangan Belanjawan 2011 semalam, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak antara lain mengumumkan apa yang disebut sebagai projek bersepadu "Warisan Merdeka" dengan menara 100 tingkat tertinggi di Malaysia, di kawasan Stadium Merdeka dan Stadium Negara.
Saya harap suami Datin Seri Rosmah Mansor tu tak gila. Kalau dia gila, ia dengan sendirinya bermakna orang gila jadi Perdana Menteri dan Menteri Kewangan negara ini. Saya harap sungguh dia tak gila walaupun macam-macam orang pertikai fasal bangunan tu.
Ada yang kata KLCC pun masih banyak ruang tak berpenghuni, gila apa nak buat lagi bangunan 100 tingkat? Ada yang membangkitkan tentang occupancy rate bangunan-bangunan di Kuala Lumpur. "Banyak yang kosong - banyak rumah hantu," ada yang kata gitu.
"Ah, apa nak heran. Lepas ni Najib paksa la siapa-siapa duduk di situ. Kalau dulu boleh paksa Petronas duduk di KLCC, apa yang susah sangatnya nak paksa orang lain pulak di duduk di banguna 100 tingkat tu. PNB (Permodalan Nasional Berhad) pun banyak anak syarikat," kata yang lain.
Mendengar macam-macam komen tu, saya tiba-tiba teringat salah seorang tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dalam Operasi Lalang, mendiang Arokia Dass. Selepas dibebaskan, dia menjadi kontraktor kecil. Satu hari, kami berjumpa beliau ketika beliau baru selesai buat pintu pagar - projek kerajaan. "In the paper, it costs RM2,700. But all I got only RM1,500". Bila ditanya ke mana perginya lagi RM1,200, dia jawab, "As you know la. If not, you cant get the job".
Saya terfikir, kalau buat pintu pagar RM1,500 pun tiris sana sini sehingga kosnya melambung jadi RM2,700, bayangkan RM5 bilion!
Berbalik kepada ulasan-ulasan tentang Warisan Mendeka itu, saya bagaimanapun tidak berkongsi pandangan mereka. Saya nampak bangunan 100 tingkat itu boleh digunakan sebagai pusat pameran antarabangsa macam Guangzhou International Convention and Exhibition Centre. Kita boleh buat pusat pameran terbesar di dunia yang memperaga dan menjual seluar dalam, pakaian malam, kelambu, wangi-wangian, beg tangan, kasut, sut, baju kanak-kanak, dompet, pewarna rambut...
Ia pasti menjadi tarikan pelancong. Untuk memberi nilai tambah, negara boleh memperkenalkan apa yang boleh dipanggil sebagai Permata Tourism di mana kita juga mengadakan pusat-pusat Permata di bangunan 100 tingkat itu untuk membolehkan para pelancong yang melawat syurga seluar dalam di situ merebut peluang melihat dan mempelajari bagaimana nak membentuk pemimpin masa hadapan. Insya Allah, tak timbul lagi cerita anak dah jadi peguam pun, mak dia malu sangat-sangat nak meraikan perkahwinan anaknya sampai paksa orang lain dan media boikot perkahwinan anak dia.
Saya juga tak nampak mengapa orang mempersoalkan tentang occupancy rate di Kuala Lumpur ni bila Najib nak buat bangunan tersebut. Kepada saya, ia tetap akan jadi tarikan pelancong bila bangunan 100 tingkat itu menjadi pusat penternakan jin.
Janganlah pulak dok kata, "elok juga buat pusat penternakan jin supaya jin di rumah dia ada kawan". Jangan, tak elok kata lagu tu. PB
PULAU PINANG 16 OKT - Jumlah hutang Kerajaan Persekutuan Barisan Nasional 2010 yang meningkat lebih 10 peratus berbanding tahun sebelumnya hanya membebankan dan secara tidak langsung terpaksa ditanggung oleh rakyat ekoran ketidakcekapan kerajaan mengurus kewangan.
Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng berkata jumlah hutang Kerajaan Persekutuan pada 2009 ialah RM362 bilion manakala pada 2010 meningkat kepada lebih RM408 bilion.
"Jelas sekali peningkatan lebih RM40 bilion ini hanya membebankan rakyat dan ini juga bermakna 27 juta rakyat di negara ini terpaksa menanggung beban hutang berkenaan," katanya dalam satu sidang media di pejabat Ketua Menteri di Komtar, Pulau Pinang tengahari tadi.
Lim, yang juga Setiausaha Agung DAP berkata, beban hutan berkenaan jika dibahagikan sama rata dengan 27 juta rakyat di negara ini, bermakna setiap rakyat terpaksa membayar anggaran RM15,000 seorang untuk memikul beban hutang yang ditanggung oleh kerajaan.
Dalam buku bajet 2011, jadual 4.6 (Mukasurat 119) Jadual hutang kerajaan pada 2009, mencatatkan hutang dalam negeri berjumlah RM348 bilion merangkumi Bil Perbendaharaan, terbitan pelaburan termasuk bon simpanan berlandaskan syariah 2009 serta sukuk runcit 1 Malaysia 2010, sekuriti kerajaan dan tabung pinjaman perumahan.
Jumlah hutang negara pula ialah RM13,786 bilion termasuk pinjaman pasaran dan pinjaman projek, namun bagi 2010 jumlah hutang dalam negeri meningkat kepada RM390,724 bilion manakala hutang luar negara pula adalah RM17,454 bilion.
Dalam pada itu beliau juga menolak dakwaan kerajaan Barisan Nasional bahawa tindakan tidak menaikkan kadar tol untuk tempoh lima tahun akan menguntungkan rakyat.
Beliau menambah, jika dilihat pada fakta yang terdapat dalam buku bajet 2011, jumlah pampasan yang diberikan kepada PLUS dari 2006 hingga 2009 berjumlah hampir RM3 bilion.
Jumlah tersebut, katanya adalah RM655 juta bagi 2006, RM698 juta bagi 2007, RM731 juta bagi 2008 manakala 2009 pula sejumlah RM850 juta wang pampasan dibayar oleh kerajaan pada konsesi tol.
"Jika kerajaan mendakwa, kenaikan harga tol dibekukan untuuk tempoh lima tahun, jelas sekali yang menggusarkan saya adalah rakyat sekali lagi bakal menanggung beban yang lebih berat dengan kadar pampasan yang terpaksa dibayar selepas tempoh kenaikan harga tol dibekukan tamat," katanya lagi kepada media.
Menurutnya lagi angka-angka pembayaran pampasan kerana tidak menaikkan kadar tol sebelum ini sekaligus menangkis dakwaan kerajaan Barisan Nasional bahawa mereka mementingkan rakyat dengan tidak menaikkan kadar tol selama lima tahun kerana hakikatnya kerajaan hanya 'cakap kosong'.
"Ini bukan pentingkan rakyat...ini namanya hanya menguntungkan kroni sahaja," tambah beliau lagi.
Beliau seterusnya mengesyorkan supaya kerajaan mengambil alih terus semua konsesi tol di negara ini secara 'one - off' supaya rakyat tidak akan dibebankan dengan isu pampasan kepada konsesi dan juga kenaikan kadar tol.
KUALA LUMPUR 16 Okt - Hari Penamaan Calon Pemilihan Majlis Pimpinan Pusat 2010 Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) yang berlangsung di ibu pejabat parti hari ini dilihat benar-benar mencerminkan proses menyuburkan amalan demokrasi di dalam KEADILAN.
Hari Penamaan Calon anjuran KEADILAN yang mirip kepada proses sebenar yang dilaksanakan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) merupakan julung-julung kali diadakan oleh sebuah parti politik di negara ini sungguhpun baru berusia satu dekad.
Acara hari ini bertujuan pengesahan pencalonan bagi anggota parti yang layak bertanding merebut jawatan di peringkat MPP daripada Presiden sehinggalah kerusi anggota Majlis Pimpinan Pusat disamping jawatan-jawatan dalam sayap Angkatan Muda dan Wanita.
Dari segi kelayakan, jawatan Presiden menyaksikan seramai tiga calon yang layak iaitu penyandang, Datuk Seri Dr Wan Azizah wan Ismail, Ketua Umum Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Pengerusi Majlis Pimpinan Wilayah Persekutuan Datuk Zaid Ibrahim.
Bagaimanapun dijangka Dr Wan Azizah akan mengekalkan jawatan tersebut tanpa bertanding.
Pertandingan hangat dilihat akan berlegar sekitar kerusi Timbalan Presiden di mana tujuh jaguh yang sama hebat dan popular dijangka berentap untuk menjadi orang nombor dua kepada Dr Wan Azizah.
Mereka yang layak termasuk Dr Wan Azizah, dua Naib Presiden, Azmin Ali dan Mustaffa Kamil Ayub, Zaid, Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, Nurul Izzah Anwar dan Tian Chua. Di samping itu seramai 209 calon akan bertanding merebut 20 kerusi MPP.
Jawatan Ketua AMK menyaksikan pertandingan tiga penjuru iaitu penyandang, Shamsul Iskandar Mohd Akin, Rafizi Ramli dan Badrul Hisham Shaharin aka CheGuBard sementara Jawatan Ketua Wanita akan di menjadi pertarungan antara penyandang, Zuraida Kamaruddin, Ahli Jawatankuasa Biro Disiplin Pusat Animah Ferrer dan Ketua Wanita Perlis Dr Suraya Sudin.
Sambutan perayaan demokrasi ini bukan sahaja disambut dengan penuh semangat oleh ahli parti tetapi juga tidak kurang hebatnya oleh calon daripada kalangan pimpinan parti.
Bersama-sama dalam semangat setiakawan dan perpaduan mereka dilihat bergaul dengan penuh mesra sambil menyempurkan proses penerimaan calon di kaunter yang disediakan.
Seperti kempen ala pilihan raya umum, setiap calon diberi masa tiga minit untuk mewar-warkan visi mereka dan mengapa mereka harus dipilih untuk jawatan yang dipertandingkan.
"Saya amat terharu dengan langkah innovatif yang dilaksanakan oleh Parti Keadilan Rakyat. Sejak menyaksi dan mengalami sendiri kesusahan era reformasi baru kini saya melihat kejayaan merayakan reformasi dalam semangat sebenar," kata Rohani Bakar, calon bagi kerusi MPP.
Ketua Cabang Teluk Kemang, M Ravi berkata beliau berbangga KEADILAN mengadakan hari penamaan calon ini kerana ia bukti parti ini adalah parti masa depan dalam erti kata sebenarnya.
"KEADILAN sentiasa mencipta sejarah dalam persada politik negara dan apa yang kita buat hari ini akan memberi keyakinan kepada rakyat bagi kita mentadbir Putarajaya pada PRU-13 nanti," kata Ravi.
Hari penamaan calon yang sama juga di adakan di Sabah dan Sarawak bagi calon-calon yang berada di kedua-dua negeri tersebut.
Pemilihan bagi jawatan tinggi parti akan diadakan dari 31 Oktober hingga 21 November ini, manakala kongres kebangsaan parti dari 26 hingga 28 November.
Tak boleh lari dah, kalau dah sebati dengan umno, makan hasil JUDI dan hasil Kilang Arak gak……….peghuk jadi gelak gelemak, umno KASTA mana pun tetap dengan terima rasuah dan memberi menawar RASUAH, dah menjadi darah daging, UMNO=RASUAH RASUAH=UMNO, UMNO=PERKASA PERKASA=UMNO, UMNO=RASIS RASIS=UMNO, UMNO RASIS=PERKASA, PERKASA RASIS=UMNO.
Sedang kan JANJI PRK Manik Urai tak tertunai lagi, dah mula berjanji itu dan ini pulak di GALAS, janji di MU lebih kurang RM10 juta jah pun tak tertunai, tak tahu lah aku kalau harga2 papan tanda di Kg. Manik Urai dan Kg. Manjor tu 10 juta, sehari dua yang aku nampak papan tanda jah disamping letak jentolak 2 biji, itu pun terkencing terberak setelah kematian ADUN Galas jah….kalau tak….HARAM….
dua papantanda ni RM5 juta, rumah untuk Umno MISKIN dan Masjid Temalir RM5 juta jadi 10 juta, umno bahagian pulak rembat 2 juta……. mampos….PEGI JAHANNAM LAH umno……..
GURKHA ni pun hidup dalam umno kerana MELAYU UMNO FELDA KESEDAR yang bagi talihayat nya pun…..MELAYU UMNO FELDA boleh laa nak kelentong, mereka otak orang HUTAN, kalau MELAYU BANDAR, CINA, INDIA Dun Galas jangan main2.
Oiit ! korang tau ke sape Gurkha……KULI laa woi !, KULI=GURKHA GURKHA= KULI, Pegi Jahannam lah umno………
PETALING JAYA 16 Okt - Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN), Senator Dr Syed Husin Ali berkata hari-hari terakhir bagi sesebuah pemerintahan atau kerajaan menjadi sangat nyata apabila ianya semakin zalim dan korup.
Kata beliau keadaan yang sama amat relevan dengan Umno-Barisan Nasional di Malaysia di mana negeri Johor yang di anggap sebagai benteng kuat Umno tidak lagi terkecuali.
"Beberapa hari yang lalu, suasana perayaan Aidilfitri anjuran KEADILAN Negeri Johor yang pada mulanya meriah dan berjalan lancar telah menjadi ribut apabila sepasukan polis tiba-tiba menceroboh masuk ke dalam kawasan rumah persendirian di Kampung Air Manis, Kulaijaya tempat jamuan hariraya itu diadakan.
"Pada malam Sabtu 8 Oktober itu, kira-kira 40 orang anggota polis yang diarah sendiri oleh Ketua Polis Daerah, DSP Zulkefly merampas mikrofon daripada Pengerusia KEADILAN Negeri, Chua Jui Meng ketika beliau sedang berucap. Selepas itu, mereka merampas pula peralatan siaraya yang lain termasuk dua keping banner di situ.
"Mengapakah polis yang kononnya "tegas, adil dan berhemah" itu bertindak sebegitu rupa? Zulkefly Yahya tidak ada jawapan lain kecuali membebelkan 'tidak ada permit'.
"Kalau itulah alasannya, kami ingin bertanya: berapa ribukah permit yang telah dikeluarkan oleh pihak polis, dan berapa ratuskah majlis rumah-terbuka yang telah mereka serbu sepanjang musim perayaan ini?" tanya Dr Syed Husin dalam kenyataan media beliau Isnin lalu.
Beliau berkata peristiwa polis menceroboh kawasan persendirin atas alasan 'tidak ada permit' sudah pernah berlaku beberapa kali namun kejadian di Sungai Tongkang, Rengit pada malam 31 Julai masih segar dalam ingatan di mana ribuan orang sedang menunggu untuk mendengar ceramah anjuran KEADILAN di kawasan Markas PAS.
"Pada masa itulah, ratusan orang polis termasuk dari unit FRU telah dikerah untuk menceroboh masuk ke kawasan yang berkenaan serta memecahkan pintu stor dan merampas peralatan siaraya yang terkunci di dalamnya. Dalam masa yang sama, mereka juga telah bertindak memukul serta mencederakan sejumlah orang, dan menangkap beberapa yang lain.
"Semua ini tidak dapat dilupakan. Akan tetapi, mengapakah polis yang sepatutnya profesional bertindak sedemikian rupa?
"Dari dua contoh di atas, saya buat kesimpulan begini: Pemerintah yang sudah tidak berupaya, dan institusi kerajaan yang sudah korup serta tidak berwibawa, kedua-duanya akan berpaut erat antara satu sama lain. Demi survival, mereka akan berganding melakukan apa saja, tanpa mempedulikan nasib serta masa depan negara dan rakyat," jelas beliau lagi.
KUALA LUMPUR, 16 Okt: Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar berkata, Bajet 2011 yang dibentangkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak semalam tidak memenuhi permintaan kesatuan sekerja iaitu pelaksanaan gaji minimum. "Bajet kali ini tetap tidak menunaikan tuntutan kesatuan sekerja iaitu bonus dua bulan gaji dan RM900 sebulan bagi tuntutan gaji minimum," katanya. Mahfuz yang juga ahli Parlimen Pokok Sena juga dengan sinis berkata, bajet itu merupakan bajet 'seluar dalam' kerana duti import hanya dimansuhkan terhadap barangan yang remeh temeh. "Ini Bajet 'seluar dalam dan selimut' kerana 'seluar dalam' memainkan peranan penting dalam pemacuan ekonomi berprestasi tinggi, tidak nampak apa-apa perancangan terperinci untuk mencapai ETP (Program Tranformasi Ekonomi). Berhubung tiada kenaikan kadar tol untuk tempoh lima tahun, beliau berkata, kerajaan tidak memberi jaminan bahawa ia tidak akan dinaikkan selepas tempoh lima tahun. "Najib hanya memberi jaminan bahawa kadar tol tidak naik selama lima tahun, tetapi tidak ada jaminan berapa peratus kenaikkan selepas itu walaupun kadar peredaran kenderaan kian bertambah setiap tahun," katanya. Beliau turut mengulas mengenai pengurangan subsidi yang diumumkan Najib. "Sepatutnya dalam tempoh lima tahun, tidak akan berlakunya pengurangan subsidi atau cadangan melaksanakan GST (cukai barangan dan perkhidmatan)," ujarnya. Justeru, beliau menyifatkan Bajet 2011 sebagai bajet untuk persiapan menghadapi pilihan raya. "Tidak ada penstrukturan gaji, pemberian bantuan RM500 bantuan dan beberapa elaun untuk imam dan lain-lain sekadar suatu bajet sebelum pilihan raya," katanya. Beliau turut berkata, kerajaan gagal mengenalan beberapa masalah pokok yang menghalang persaing ekonomi di kalangan pelabur.
Hukuman yang diterima itu tidak setimpal dengan apa yang mereka lakukan ke atas mama dan tiga yang lain," kata Erni Dekritawati Yuliana Buhari, 25, anak jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya, selepas dua lelaki dijatuhkan hukuman penjara tujuh tahun oleh Mahkamah Majistret Banting, Selangor, semalam.
Dia yang mesra dengan panggilan Rita mengaku berasa terkilan dengan keputusan itu, tetapi agak lega kerana pihak yang bertanggungjawab menerima pembalasan walaupun tidak setimpal.
Rita berkata, sepatutnya kedua-dua tertuduh yang mengaku bersalah menghapuskan bukti dengan membakar dan membuang abu mayat ibu dan tiga rakannya ke sungai, menerima hukuman lebih daripada tujuh tahun penjara.
"Kalau betul apa yang mereka lakukan itu, saya rasa semua orang pasti setuju jika hukuman yang lebih berat dikenakan terhadap tertuduh kerana tindakan menghapuskan bukti hingga tiada mayat dan hanya tinggal serpihan tulang memang tidak berperikemanusiaan terutamanya kepada semua keluarga mangsa.
"Tetapi kalau peruntukan undang-undang sudah sedemikian saya akur dan percaya dengan siasatan dilakukan pihak berkuasa terutamanya polis," katanya yang ditemui di pejabatnya di Jalan Raja Bot, petang semalam.
Selain itu, ekoran daripada pembebasan beberapa suspek lain yang dikatakan mempunyai kaitan dalam kes berkenaan, dia meluahkan perasaan sedikit gusar kerana selepas apa yang menimpa ibu dan tiga yang lain atau mungkin ramai lagi, banyak perkara yang difikirkan boleh berlaku ke atas diri dan keluarga.
"Bila dengar ada yang sudah bebas, saya berasa agak takut juga kerana mungkin masih ada dendam yang terpendam dan mungkin juga tidak, tetapi kita tidak tahu.
"Apa yang boleh kami lakukan hanyalah mengambil langkah lebih berhati-hati dan kehidupan sosial kini terpaksa dikurangkan," katanya.
Namun, dia tidak menafikan kalau sesuatu perkara itu ingin berlaku ia akan tetap berlaku walau macam mana pun langkah berhati-hati diambil.
"Tengok macam mama, dia bukan pergi berseorangan tetapi ditemani tiga lelaki, kalau benda hendak jadi macam mana pun akan jadi. Kita terima musibah ini, cuma ambil iktibar dari apa yang sudah berlaku," katanya. Sementara itu, ditanya adakah dia masih lagi berharap ibunya bukan mangsa pembunuhan kejam itu, dia berkata selagi keputusan ujian asid deoksiribonukleik (DNA) tidak diumumkan selagi itu masih lagi ada harapan dan kalau betul ibunya sudah tiada dia terima takdir seadanya.
PETALING JAYA, 16 Okt - Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mengekalkan jawatannya tanpa cabaran tetapi kerusi timbalan presiden menyaksikan persaingan tiga penjuru.
Jawatan naib presiden yang menawarkan empat kerusi juga kelihatan panas dengan anak sulung Dr Wan Azizah, Nurul Izzah Anwar mengesahkan bertanding walaupun turut dicalonkan bagi jawatan timbalan presiden. Walaupun tiga orang dicalonkan bagi jawatan presiden, hanya Dr Wan Azizah menerima pencalonan bagi mengekalkan kepimpinannya yang bermula 11 tahun lalu. Dua yang lain ialah Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Datuk Zaid Ibrahim. Dr Wan Azizah juga dicalonkan bertanding jawatan timbalan presiden. Dua lagi dicalonkan untuk bertanding kerusi itu. Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim yang awalnya menyatakan hasrat bertanding timbalan presiden tidak mengemukakan borang penerimaan pencalonan hari ini. Hari ini turut menyaksikan perubahan mengejutkan bagi jawatan naib presiden dan ketua Angkatan Muda Keadilan. Dua naib presiden Azmin Ali dan Mustaffa Kamil Ayub bersama Zaid mencuba nasib merebut jawatan timbalan presiden yang akan kosong ekoran keputusan Senator Dr Syed Husin Ali tidak mahu mempertahankan kedudukan beliau. Bagi jawatan timbalan presiden, Azmin dilihat sebagai 'favourite' dengan memperoleh lebih 100 pencalonan manakala Zaid dan Mustaffa Kamil masing-masing 38 dan 17 pencalonan. Zaid, bekas menteri pusat, menyertai PKR tahun lalu. Azmin, yang juga Ahli Parlimen Gombak sebenarnya bercadang bertanding jawatan timbalan presiden tiga tahun lalu tetapi menarik balik hasratnya saat-saat akhir. Sesi penerimaan pencalonan ditutup pukul 6 petang tadi. Ia berlangsung sejak 10 pagi seolah-olah 'pilihan raya mini' di pekarangan ibu pejabat PKR di sini dan juga di Kuching dan Kota Kinabalu. Bersama Nurul Izzah seramai 18 calon lain mencuba nasib di peringkat naib presiden. Saingan jawatan naib presiden juga dilihat terbuka selepas dua penyandangnya Azmin dan Mustaffa Kamil tidak mempertahankan kedudukan masing-masing. Begitu juga seorang lagi naib presiden Dr Lee Boon Chye. Hanya R Sivarasa, iaitu naib presiden dilantik bertanding kerusi ini tahun ini. Di Kota Kinabalu, pemimpin PKR Sabah Datuk Dr Jeffrey Kitingan menolak daripada bertanding jawatan naib presiden. "Saya pernah menjadi naib presiden kebangsaan dan saya lihat tidak ada gunanya pada usia sedemikian saya memegang jawatan yang agak junior dan tidak mempunyai kuasa dan terus berdepan dengan keadaan di mana tidak ada siapa mendengar cakap anda," katanya. Keputusan Jeffrey itu menjadikan anggota pimpinan pusat dan ketua PKR Tuaran Ansari Abdullah satu-satunya calon dari Sabah bertanding untuk jawatan itu. Saingan kerusi naib presiden juga menyaksikan Pengarah Pilihan Raya PKR Fuziah Salleh berada di depan dengan 145 pencalonan. Calon lain termasuklah Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang Datuk Dr Mansor Osman dan Pengarah Strategik PKR Chua Tian Chang. Lain-lain ialah Abdullah Sani Hamid, N. Gobalakrishnan, Yusmadi Yusof, Baru Bian, Dr Xavier Jayakumar, Jonson Chong, S. Manickavasagam dan Dominique Ng. Seramai 135 calo, mengesahkan merebut 25 kerusi Majlis Pimpinan Pusat (MPP).
TERKINI @ 10:22:07 PM 16-10-2010
Oleh Syed Mu'az Syed Putra
October 16, 2010
PETALING JAYA, 16 Okt - Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mengekalkan jawatannya tanpa cabaran tetapi kerusi timbalan presiden menyaksikan persaingan tiga penjuru. Jawatan naib presiden yang menawarkan empat kerusi juga kelihatan panas dengan anak sulung Dr Wan Azizah, Nurul Izzah Anwar mengesahkan bertanding walaupun turut dicalonkan bagi jawatan timbalan presiden. Walaupun tiga orang dicalonkan bagi jawatan presiden, hanya Dr Wan Azizah menerima pencalonan bagi mengekalkan kepimpinannya yang bermula 11 tahun lalu. Dua yang lain ialah Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Datuk Zaid Ibrahim. Dr Wan Azizah juga dicalonkan bertanding jawatan timbalan presiden. Dua lagi dicalonkan untuk bertanding kerusi itu. Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim yang awalnya menyatakan hasrat bertanding timbalan presiden tidak mengemukakan borang penerimaan pencalonan hari ini. Hari ini turut menyaksikan perubahan mengejutkan bagi jawatan naib presiden dan ketua Angkatan Muda Keadilan. Dua naib presiden Azmin Ali dan Mustaffa Kamil Ayub bersama Zaid mencuba nasib merebut jawatan timbalan presiden yang akan kosong ekoran keputusan Senator Dr Syed Husin Ali tidak mahu mempertahankan kedudukan beliau. Bagi jawatan timbalan presiden, Azmin dilihat sebagai 'favourite' dengan memperoleh lebih 100 pencalonan manakala Zaid dan Mustaffa Kamil masing-masing 38 dan 17 pencalonan. Zaid, bekas menteri pusat, menyertai PKR tahun lalu. Azmin, yang juga Ahli Parlimen Gombak sebenarnya bercadang bertanding jawatan timbalan presiden tiga tahun lalu tetapi menarik balik hasratnya saat-saat akhir. Sesi penerimaan pencalonan ditutup pukul 6 petang tadi. Ia berlangsung sejak 10 pagi seolah-olah 'pilihan raya mini' di pekarangan ibu pejabat PKR di sini dan juga di Kuching dan Kota Kinabalu. Bersama Nurul Izzah seramai 18 calon lain mencuba nasib di peringkat naib presiden. Saingan jawatan naib presiden juga dilihat terbuka selepas dua penyandangnya Azmin dan Mustaffa Kamil tidak mempertahankan kedudukan masing-masing. Begitu juga seorang lagi naib presiden Dr Lee Boon Chye. Hanya R Sivarasa, iaitu naib presiden dilantik bertanding kerusi ini tahun ini. Di Kota Kinabalu, pemimpin PKR Sabah Datuk Dr Jeffrey Kitingan menolak daripada bertanding jawatan naib presiden. "Saya pernah menjadi naib presiden kebangsaan dan saya lihat tidak ada gunanya pada usia sedemikian saya memegang jawatan yang agak junior dan tidak mempunyai kuasa dan terus berdepan dengan keadaan di mana tidak ada siapa mendengar cakap anda," katanya. Keputusan Jeffrey itu menjadikan anggota pimpinan pusat dan ketua PKR Tuaran Ansari Abdullah satu-satunya calon dari Sabah bertanding untuk jawatan itu. Saingan kerusi naib presiden juga menyaksikan Pengarah Pilihan Raya PKR Fuziah Salleh berada di depan dengan 145 pencalonan. Calon lain termasuklah Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang Datuk Dr Mansor Osman dan Pengarah Strategik PKR Chua Tian Chang. Lain-lain ialah Abdullah Sani Hamid, N. Gobalakrishnan, Yusmadi Yusof, Baru Bian, Dr Xavier Jayakumar, Jonson Chong, S. Manickavasagam dan Dominique Ng. Seramai 135 calo, mengesahkan merebut 25 kerusi Majlis Pimpinan Pusat (MPP).
Datuk Seri Nazri Aziz menyifatkan dirinya sebagai seorang ahli politik yang berpandangan bebas. Menteri di jabatan perdana menteri itu berkata beliau langsung tidak peduli dengan pelbagai label yang dilemparkan terhadap dirinya, mahupun pandangan daripada golongan yang skeptis dengan pendiriannya.
Nazri sebelum ini sering kali mengambil pendirian yang bertentangan dengan bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad sehingga menyebabkan beliau diberi jolokan sebagai 'hatchetman' kepada perdana menteri kemudiannya, Tun Abdullah Ahmad Badawi.
Begitu juga selepas beliau dilantik ke kabinet Datuk Seri Najib Razak. Tanpa diminta, beliau terus ke hadapan untuk mempertahankan Najib apabila timbul isu melibatkan Biro Tata Negara.
Tindakannya sering meletakkan beliau dalam keadaan yang tidak selari dengan aspirasi pemimpin lain dalam BN yang mempertahankan BTN, walapun modul latihannya didakwa memupuk perkauman.
Dalam reaksinya, Nazri yang mula dilantik ke kabinet Dr Mahathir sejak 11 tahun lalu itu berkata tindakannya itu hanyalah sekadar menggunakan haknya untuk menjawab pandangan daripada bekas ketuanya itu.
"Orang melihat saya sebagai tidak menghormati dan tidak berterima kasih (kepada Dr Mahathir). Tapi saya rasa, jika Tun boleh buat kenyataan kepada umum, saya juga ada hak untuk menjawab.
"Orang selalu kata, 'kenapa mesti Nazri (yang menjawab)? Kenapa tidak orang lain?' Biar saya beritahu -- Saya seorang menteri di jabatan perdana menteri. Apabila PM diserang, anda tidak tunggu PM untuk jawab, tapi menteri di jabatan perdana menteri (patut jawab).
"Kalau anda tidak mahu saya buka mulut, letak saya di kementerian lainlah," katanya lagi dan menambah, beliau menjawab isu tersebut kerana ia ditimbulkan di Dewan Rakyat.
Katanya lagi, beliau tidak melihat isu berkenaan satu isu peribadi antara beliau dan Dr Mahathir.
"Ia cuma tugas saya. Saya tidak mahu menjadi hero. Bila Tun menjadi PM, Pak Lah (Abdullah Badawi) jadi PM, saya yang mempertahankan mereka. Saya cuma pertahankan PM.
"Selagi saya tahu perkara itu benar, saya akan terus perkatakannya," katanya lagi.
Satu lagi isu yang menyeret beliau ke kancah kontroversi ialah apabila menyahut cabaran penasihat DAP Lim Kit Siang supaya menyatakan bahawa beliau mengutamakan kedudukan sebagai 'bangsa Malaysia' dan bukannya sebagai 'bangsa Melayu.'
Beliau merupakan satu-satunya pemimpin Umno yang berani berbuat demikian, setelah dicabar oleh Lim untuk membuktikan konsep 1Malaysia yang diilhamkan Najib.
Katanya, beliau tidak kisah walaupun rakan-rakan sejawatannya yang lain tidak mengikut rentak langkahnya.
"Saya percaya dengan apa yang saya buat, dan saya (bertindak) dengan betul. Kalau anda main bola sepak sebagai striker, anda tidak akan tanya kenapa pemain pertahanan atau sayap kanan tidak menjaringkan gol.
"Saya tidak mahu peduli tentang orang lain, sebab ia akan buatkan kita berasa serba salah. Jadi kenapa saya perlu peduli? Saya cuma tumpukan kepada gol saya," katanya lagi.
"Saya tak peduli sedikitpun apa yang orang akan kata. Saya percaya ini adalah cara untuk kita maju ke hadapan selepas lebih 50 tahun (merdeka).
Tambahnya, beliau tidak mendukung pegangan yang ultra dalam mengutarakan isu-isu kaum dan beliau konsisten dalam hal ini semenjak menjadi ahli pergerakan pemuda Umno.
Malangnya, beliau tidak dapat mengulangi slogan "Malaysian first" itu di Perhimpunan Agung Umno memandangkan beliau kini dalam majlis tertinggi parti.
Nazri menjelaskan, lebih baik sekiranya beliau hanya seorang ketua bahagian kerana itu akan memberikannya lebih lebih berpeluang untuk bercakap dalam mesyuarat itu.
Namun itu tidak akan menyekat beliau untuk terus bercakap mengenai agenda anti-perkauman, katanya.
"(Pemain skuasy dan badminton negara, Datuk ) Nicol David dan (Datuk) Lee Chong Wei menang pingat emas apabila mereka bermain untuk negara. Mereka bukannya bermain untuk China tetapi Malaysia. Mereka dijulang sebagai hero.
"Tapi bila mereka pulang, apa yang (kumpulan) rasis ini beritahu mereka? 'Masyarakat kamu tidak diterima di sini.' (Orang) rasis ini tidak sepatutnya menerima apa-apa dari Malaysia.
Mursyidul Am PAS, Nik Abdul Aziz Nik Mat akan bertemu terlebih dahulu dengan mereka yang disenarai pendek untuk dipilih mewakili PAS bertanding pada pilihan raya kecil Galas sebelum salah seorang daripada mereka diisytihar sebagai calon.
Pengarah Pilihan Raya PAS Kelantan, Abdul Fatah Harun (kiri) berkata ini adalah antara ketetapan yang akan dibuat oleh Menteri Besar Kelantan tersebut.
"Tok Guru (Nik Aziz) akan panggil mana-mana nama calon yang disenarai pendek mungkin untuk menerima amanat daripadanya sebelum seorang daripada mereka diumumkan sebagai calon," katanya kepada pemberita di kediaman Nik Aziz di Kampung Pulau Melaka di Kota Bharu, hari ini.
Sebelum itu Abdul Fatah yang juga ADUN Bukit Tuku memberi taklimat kepada Nik Aziz berhubung perkembangan terbaru dan strategi parti dalam menghadapi pilihan raya kecil kawasan Dewan Undangan Negeri berkenaan pada 4 Nov ini.
Abdul Fatah berkata Nik Aziz juga mungkin akan mengumumkan nama calon PAS lebih awal daripada BN.
"Pada mulanya Nik Aziz dijangka mengumumkan nama calon pada 22 Oktober ini, tetapi mengikut perkembangan terbaru, ia mungkin diadakan lebih awal.
"Mungkin diadakan serentak pada hari pelancaran jentera pilihan raya PAS pada 19 Oktober ini," katanya.
Beliau berkata tiada apa yang hendak dirahsiakan oleh PAS mengenai calonnya di samping ia tidak mempunyai masalah dengan pemilihan calon.
Lebih 100 penduduk kampung mengadakan tunjuk perasaan secara aman di hadapan masjid Bukit Katil petang semalam kerana membantah tindakan kerajaan negeri Melaka yang bercadang mengambil tanah sebuah pusat asuhan tunas Islam dan surau di kampung berkenaan untuk pembinaan sebatang jalan raya.
Demonstrasi itu anjuran badan bertindak perobohan pusat asuhan tunas Islam (PASTI) dan Surau Bukit Katil.
Menurut pesuruhjaya PAS Melaka, Abdul Ghani Abdul Rahman, penduduk kesal dengan sikap kerajaan negeri yang tidak mahu berunding dengan rakyat khususnya tuan tanah pusat asuhan dan surau berkenaan.
"Rundingan tidak dibuat, tiba-tiba surat sampai untuk beri pampasan. Inilah sikap rakus pihak kerajaan yang jelas tidak mengutamakan rakyat.
"Di sana ada tanah kosong yang boleh diambil untuk buat jalan mengapa tanah di sini yang diambil sedangkan tanah kosong tersebut lebih sesuai tidak melibatkan surau, PASTI dan rumah rakyat," katanya dengan berang.
Menurut Abdul Ghani, tindakan kerajaan itu disifatkan tidak logik kerana jalan yang akan dibina adalah bengkok berbanding cadangan asal yang lebih lurus.
Tunjuk perasaan secara aman ini bagaimanpun diarahkan oleh polis supaya dihentikan kerana didakwa mengganggu ketenteraman awam dan tiada permit.
Ketua Dewan Pemuda PAS Melaka, Kamaruddin Sidek berkata penguakuatsaan Akta Tanah yang memberikan kuasa penuh kepada kerajaan untuk mengambil tanah rakyat atas nama pembangunan telah melucutkan hak rakyat.
"Rakyat sudah tidak ada kuasa dan hak ke atas tanah milik mereka sendiri, bila-bila masa kerajaan boleh ambil dan ianya sukar dicabar di mahkamah,"katanya.
Tunjuk perasaan ini juga dihadiri oleh pemimpin Pakatan Rakyat Melaka yang lain. Antara mereka ialah pengerusi DAP, Goh Leong San; ADUN Ayer Keroh, Khoo Poay Tiong; ADUN Bachang, Lim Jak Wong; ADUN Bandar Hilir, Tey Kok Kiew dan ketua AMK Melaka, Hairiz Nordin.
Mereka kemudian bersurai tanpa sebarang kejadian yang tidak diingini.
Perkongsian Maklumat-Teks & Touch Point Budget 2011
INSENTIF CUKAI
1.Memansuhkan duti import 5% -30% ke atas 300 barangan kegemaran pelancong dan barangan harian 2.Mengecualikan cukai jualan ke atas semua jenis telefon bimbit 3.Mengecualikan duti eksais 100% ke atas pembelian sebuah kenderaan nasional oleh OKU 4.Memperluaskan pelepasan cukai ke atas perbelanjaan perubatan ibu bapa sehingga RM5,000 5.Mengecualikan 50% duti setem ke atas surat cara pindah milik & perjanjian pinjaman bagi rumah kediaman pertama 6.Mengecualikan 100% duti import & duti eksais ke atas kereta hibrid
PEMBANGUNAN MODAL INSAN
7.Melaksanakan Program Latihan 1 Malaysia dengan peruntukan RM500 juta (Kolej Komuniti, IKBN, ILP dan Pusat Giat Mara) 8.Menubuhkan Majlis Konsultasi Gaji Negara sebagai platform dalam penetapan gaji dan pengenalan gaji minimum mulai Januari 2011 9.Menambah baik peluang kenaikan pangkat pensyarah di IPTA ke peringkat tertinggi Gred Turus III,II & I serta penganugerahan Profesor Ulung 10.Menubuhkan Dana Belia 1Malaysia berjumlah RM20 juta 11.Menyediakan peruntukan pembangunan sebanyak RM250 juta untuk Sekolah Bantuan Modal Agama, Sekolah Kebangsaan Cina & Tamil, Sekolah Mubaligh dan Sekolah Bantuan Kerajaan 12.Membiayai bantuan per kapita untuk Sekolah Agama Rakyat (rendah & menengah) dengan peruntukan RM95 juta ELAUN 13.Menaikkan imbuhan guru KAFA dari RM500 kepada RM800 sebulan 14.Menaikkan elaun bulanan RM750 sebulan kepada Imam 15.Menaikkan elaun kepada Pengerusi JKKK & Pengerusi JKKP, Tok Batin & Pengerusi JKKK Orang Asli, Pengerusi JK Kampung Baru, Pengerusi JK Kampung Baru Rangkaian & Pengerusi JK Kampung Bagan dari RM450 kepada RM800 16.Elaun kehadiran mesyuarat kepada semua ahli jawatankuasa (JK) dinaikkan dari RM30 ke RM50
PENJAWAT AWAM
17.Bantuan khas kewangan sebanyak RM500 kepada penjawat awam gred 54 dan ke bawah, pegawai kontrak dan pesara Kerajaan 18.Memansuhkan Penilaian Tahap Kecekapan (PTK) 19.Menyambung perkhidmatan Pegawai Khidmat Singkat yang akan tamat perkhidmatan pada 31 Disember2010 untuk tempoh 1 tahunl agi 20.Kemudahan pinjaman perumahan kepada penjawat awam: a)Menaikkan kadar pinjaman kepada RM20,000 untuk kerja-kerja tambahan rumah kos rendah bagi Kumpulan Sokongan Dua b)Menaikkan had kelayakan maksimum pinjaman perumahan kepada RM450,000 21.Menaikkan kadar Bantuan Mengurus Jenazah kepada RM3,000 22.Memberi fleksibiliti dengan menentukan cuti bersalin sehingga 90 hari kepada penjawat awam wanita tertakluk kepada had semasa 300 hariSKIM PERUMAHAN 23.Skim RumahPertamaku dengan jaminan Kerajaan keatas bayaran pendahuluan 10% bagi harga rumah dibawah RM220,000 24.Menyediakan Skim Pembiayaan Perumahan Kos Rendah untuk pekerja estet oleh BSN 25.Program BantuanRumah(12 ribuunit) untuk golongan miskin & miskin tegar dengan peruntukan RM300 juta
PENGGUNA
26.Mewujudkan "Portal 1Malaysia PenggunaBijak" 27.Memperkenalkan Program PengedaranBarangPerlubagimenyeragamkanhargabarangan
28.Memperkenalkan Program TransformasiKedaiRuncit, BengkelAutomotifdanProjekPasarKomuniti
MENCERGASKAN PASARAN MODAL
29.Melancarkan Dana Pencen Swasta 30.Melancarkan Skim Amanah Hartanah Bumiputera bernilai RM1 bilion dan patuh syariah 31.Suruhanjaya Sekuriti akan menawarkan 3 lesen broker saham baru kepada syarikat tempatan dan asing 32.Bursa Malaysia akan membangunkan international board 33.Bursa Malaysia akan melancarkan sukuk dan bon runcit 34.Dana Permulaan Perniagaan bernilai RM100 juta untuk menggalakkan industri modal teroka
KUALITI HIDUP
35.Menyediakan multi-vitamin untuk pelajar sekolah rendah seluruh negara 36.Meneruskan Projek PIA & PIAS dengan peruntukan RM500 juta 37.Meneruskan program subsidi bayaran bil elektrik bagi penggunaan bawah RM20 sebulan 38.Kadar tol di 4 lebuh raya milik PLUS Expressway Berhad tidak akan dinaikkan bagi tempoh 5 tahun akan datang bermula serta-merta 39.Mengkaji semula had minimum kebankrapan yang pada masa ini berjumlah RM30,000 40.Permohonan PR boleh dilakukan selepas 5 tahun 41.Menyediakan 4 buah bas sebagai Klinik Bergerak 42.Merangka Model BaruPembangunan OrangAsli dan Pribumi 43.Memperkukuh JHEOA dengan mentransformasi kepada Jabatan Kemajuan OrangAsli
Ahli parlimen Pasir Mas, Datuk Ibrahim Ali kini dirawat di Hospital Pakar Ampang Puteri, Ampang kerana masalah jantung.
Beliau yang juga adalah presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa malaysia (PERKASA) dijadual jalani bedah jantung Isnin ini.
Tidak dapat dipastikan sama ada tekanan yang dihadapinya sejak akhir-akhir termasuk tindakan Istana Kelantan Rabu lalu yang melucutkan gelaran 'Datuk Paduka' ke atasnya itu menyumbang kepada masalah kesihatannya.
Pingat Darjah Kebesaran Jiwa Mahkota Kelantan, (DJMK) itu dikurniakan oleh Sultan Kelantan ketika itu, Sultan Ismail Petra.
BUKIT KATIL, 16 Okt: Demonstrasi aman anjuran Badan Bertindak Perobohan Pusat Asuhan Tunas Islam (Pasti) dan Surau Bukit Katil semalam berjaya memberikan gambaran kepada pihak berkuasa bahawa rakyat menolak kezaliman dan penindasan.
Mereka bukannya menolak pembangunan tetapi pembangunan itu mestilah memberikan manfaat serta tidak menjejaskan kepentingan rakyat.
Tindakan kerajaan BN Melaka yang dilihat sengaja mengambil tapak Pasti dan surau untuk dibuat jalan menimbulkan kemarahan penduduk Kampung Bukit Katil kerana bagi mereka kerajaan boleh mengambil tanah kosong yang ada di kawasan lain untuk dibuat jalan.
Malah tindakan itu juga disifatkan tidak logik kerana jalan yang akan dibina adalah bengkok berbanding cadangan asal yang lebih lurus.
Demonstrasi semalam dikatakan berjaya kerana berjaya mengumpulkan kira-kira 500 orang penduduk setempat dan kawasan sekitarnya termasuk tuan-tuan tanah yang terlibat.
Demo yang diadakan selepas solat Jumaat di hadapan Masjid Bukit Katil petang tadi telah diganggu oleh pihak polis selepas hanya kira-kira lima minit dimulakan.
Polis meminta pihak penganjur menghentikan program tersebut atas alasan mengganggu ketenteraman awam dan tiada permit.
Dalam ucapan ringkas, Pesuruhjaya PAS negeri, Ustaz Abdul Ghani Abdul Rahman kesal dengan sikap kerajaan negeri yang tidak mahu berunding dengan rakyat khususnya tuan tanah kepada Pasti dan surau tersebut.
"Rundingan tidak dibuat, tiba-tiba surat sampai untuk beri pampasan. Inilah sikap rakus pihak kerajaan yang jelas tidak mengutamakan rakyat.
"Di sana ada tanah kosong yang boleh diambil untuk buat jalan mengapa tanah di sini yang diambil sedangkan tanah kosong tersebut lebih sesuai tidak melibatkan surau, Pasti dan rumah rakyat," ujarnya bersemangat.
Tindakan itu, katanya adalah perbuatan membalas dendam dan berteraskan politik serta dengki melihat kebangkitan rakyat bersama PAS dan Pakatan Rakyat.
Ketua Dewan Pemuda PAS negeri, Ustaz Kamaruddin Sidek menyifatkan tindakan itu sebagai bukti bahawa kebajikan dan kedaulatan rakyat telah hapus dengan penguakuatsaan Akta Tanah yang memberikan kuasa penuh kepada kerajaan untuk mengambil tanah rakyat atas nama pembangunan.
"Rakyat sudah tidak ada kuasa dan hak ke atas tanah milik mereka sendiri, bila-bila masa kerajaan boleh ambil dan ianya sukar dicabar di mahkamah," ujarnya.
Semua pemimpin utama PR negeri hadir antaranya Pengerusi DAP, Goh Leong San; Adun Ayer Keroh, Khoo Poay Tiong; Adun Bachang, Lim Jak Wong; Adun Bandar Hilir, Tey Kok Kiew dan Ketua AMK Melaka, Hairiz Nordin. -Sofi Wahab
16 OKT — Pembentangan Bajet 2011 semalam mencerminkan keprihatinan kerajaan Barisan Nasional (BN) untuk menjamin kesejahteraan rakyat semua peringkat.
Sebagaimana dilafazkan oleh Datuk Seri Najib Razak semasa membentangkan Bajet 2011, kerajaan BN akan terus mentadbir ekonomi negara dengan penuh amanah tanpa membuat janji-janji populis seperti dicanangkan oleh pembangkang.
Setiap kali bajet dibentangkan, banyak yang diberi oleh kerajaan kepada rakyat. Hal ini terserlah dalam intipati bajet kali ini apabila banyak insentif diberi kepada rakyat.
Bajet 2011 yang dirancang secara terperinci ini dilihat mempunyai misi untuk transformasi kita semua ke arah status negara maju berpendapatan tinggi.
Syukur, dalam situasi ekonomi yang agak mencabar, Perdana Menteri dan barisan Kabinet kita tidak kering idea. Selama 18 bulan, negara kita berjaya dibawa keluar daripada kemelesetan ekonomi dalam tempoh yang singkat.
Ini mendorong kerajaan lebih memikirkan langkah-langkah ke arah mencapai negara maju berpendapatan tinggi.
Bajet tahun hadapan ini berusaha untuk menarik lebih banyak pelaburan bagi membolehkan peluang-peluang pekerjaan diwujudkan. Tumpuannya juga mengambil falsafah konsep 1Malaysia untuk memandu hala tuju negara.
Dalam konteks ini strategi bajet kali ini menekankan pembangunan modal insan, mensejahterakan hidup rakyat, memantapkan perkhidmatan awam dan membantu pihak swasta memainkan peranan sebagai enjin pembangunan.
Selain itu, langkah-langkah konkrit menangani peningkatan kos sara hidup turut dibentangkan. Bagai memastikan kualiti hidup rakyat, maka peruntukan yang cukup disediakan untuk program rakyat.
Melihat daripada apa yang dibentangkan rasanya bajet kali ini memberi manfaat dan khabar gembira apabila beberapa bebanan yang ditanggung oleh rakyat diringankan melalui pemotongan cukai-cukai berkaitan pengguna.
Dengan menaikkan elaun untuk golongan yang berkhidmat untuk rakyat seperti ketua kampung, tok batin, Pengerusi Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung (JKKK), guru Kafa dan lain-lain, diharap mengurangkan bebanan kewangan mereka yang turut menabur jasa kepada negara.
Pelepasan dan pengurangan cukai barangan keperluan dilihat meringankan kos hidup rakyat untuk membeli barangan keperluan harian.
Ketiadaan kadar tol baru selama lima tahun bagi empat laluan lebuh raya kendalian PLUS juga sedikit sebanyak meringankan pengguna utama lebuh raya utara selatan tanah air kita ini.
Inilah langkah permulaan kerajaan untuk merealisasikan hasrat melahirkan lebih ramai rakyat berpendapatan tinggi.
Hal ini diperkukuh dengan penubuhan Majlis Konsultasi Gaji Negara.
Apa yang ketara dalam Bajet 2011 ialah tradisi kuat kerajaan BN untuk terus membela rakyat. Itulah keistimewaan bajet negara kita yang biasanya boleh dianggap pemurah berbanding kebanyakan negara lain.
Kita dapat rasakan peruntukan bajet tahun hadapan memperlihatkan kesungguhan Najib hendak menerapkan konsep 1 Malaysia, Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan.
Sebab itu rakyat mesti melihat manfaat yang diperoleh dalam pembentangan bajet ini. Inilah komitmen jitu kerajaan BN bagi menjaga kepentingan dan kesejahteraan rakyat.
"Rosmah sepatutnya malu untuk menggunakan gelaran 'First Lady', kerana umum mengetahui gelaran itu untuk Permaisuri Agong. Walaupun isu ini telah dijelaskan oleh pelbagai pihak namun ianya berterusan berlaku, dan boleh menimbulkan kekeliruan di kalangan pimpinan asing. Sehubungan itu pihak istana negara disaran mengeluarkan kenyataan rasmi agar kesilapan ini tidak berterusan dan gelaran 'First Lady' tidak digunakan sewenang-wenangnya. Tindakan ini dilihat sebagai tidak memahami protokol rasmi dan juga konsep institusi Raja Berperlembagaan. Kalau ini berlaku dalam Pakatan Rakyat, kita yakin media perdana akan terus melabelkan kita dengan label pengkhianat."
CERAMAH UMUM PAKATAN RAKYAT DAN PERASMIAN PEJABAT DEWAN PEMUDA PAS NEGERI SABAH Oleh: Ust Nasaruddin Hassan Tantawi Ketua Pemuda PAS Pusat Tarikh: 16 Oktober 2010 (sabtu) Masa: 8.00 malam Tempat: Sebelah Pejabat APMM (Marin), Kingfisher, Kota Kinabalu.
Dengan hanya tinggal beberapa hari saja lagi hari penamaan calon Pilihan Raya Kecil Dun Galas pada 26 November sementara hari mengundi 4 November suasana sekitar Dun Galas dalam Parlimen Gua Musang semakin sibuk.
Suruhanjaya Pilihan Raya juga memutuskan hari yang sama penamaan calon dan hari mengundi bagi pilihan raya kecil Parlimen Batu Sapi, Sabah.
Kerancakan menjelang pilihan raya di Dun Galas semakin bertambah di mana pemimpin PAS dan Umno/BN semakin kerap mengadakan perbincangan di kalangan parti masing-masing.
Di samping itu, bendera PAS dan Umno/BN sudah berkibar di sana sini, khususnya di tempat strategik – di simpang empat, jalan masuk ke kampung, tempat lapang, berdekatan dewan, tempat orang ramai biasanya berkumpul dan tidak kurang rancaknya berdekatan pasar malam dan pasar harian. Pelbagai petak jualan sekitar Dun Galas, membawa ke Gua Musang, malah hampir sampai ke Merapoh sudah kelihatan banyak yang ditandai, malah ada yang sudah didirikan.
Dengan pengalaman panjangnya menghadapi pilihan raya umum dan kecil sejak lebih 40 tahun, PAS sudah menduga, seperti kata Ketua Penerangan PAS Pusat, Idris Ahmad bahawa dalam mana-mana pilihan raya juga sama, Umno/BN hanya ada satu modul iaitu menggunakan sumber kewangan dan menabur pelbagai janji, termasuk janji membina satu jambatan baru di Manek Urai.
Jambatan dua lorong dianggarkan bernilai RM7 hingga RM10 juta itu diumumkan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam kempen pilihan raya kecil tersebut, bagi menggantikan satu jambatan merentasi Sungai sedia ada di kawasan itu.
"Kita akan dedahkan balik janji-janji ini di Galas," kata Idris lagi kepada Malaysiakini.
Bagaimanapun kini Umno/BN sudah mula menimbulkan masalah air bersih di Kelantan, termasuk di Gua Musang dan ini nampaknya antara permulaan siri 'serangan'nya terhadap pemerintahan PAS Kelantan. Tentu saja PAS akan menjawab isu ini dalam kempennya nanti.
Rakan-rakan dalam Pakatan Rakyat – PKR dan DAP dijangka akan datang membantu sepenuhnya seperti dalam mana-mana pilihan raya. Sudah tentu DAP dan PKR akan menumpukan perhatian kepada pengundi Cina di Dun tersebut. Malah undi Orang Asli juga akan menjadi perhatian dan kedua-dua pihak akan berusaha menarik mereka.
Kita yakin dengan pengalaman PAS yang panjang dan telah terbukti selama ini hingga mampu memerintah Kelantan lebih 20 tahun, PAS akan mengatur kempennya berdasarkan pengalaman ini. Sekali lagi kita akan melihat kemampuan PAS Kelantan, dibantu oleh PAS negeri-negeri dan pendukung PKR, DAP membuktikan kemampuannya untuk mempertahankan Galas. Dewan Muslimat pula akan mengerahkan Briged Muslimatnya yang baru ditubuh untuk membantu kempen tersebut. Sementara Dewan Ulama, Pemuda, Muslimat, malah Dewan Himppunan Penyokong PAS juga akan turun padang berhabis-habisan untuk kempen tersebut.
Dalam Pilihan Raya Umum Dun Galas pada 2008 dulu, Chek Hashim Sulaima telah menang majoriti 646 mengalahkan calon BN Mohamad Saufi Deraman, sementara dalam Pilihan Raya umum 2004, calon BN, Mohd Saufi Deraman mengalahkan calon PAS Chek Hashim Sulaima juga dengan majoriti 1,729.
Perlu diingat dalam PRU ke-12 dulu, Tengku Razaleigh kalah 316 undi di Dun Galas, walaupun beliau menang di Dun lain dalam parlimen tersebut.
Dun ini mempunyai pengundi 65.4 peratus Melayu, 22.3 (Cina), 1.8 (India), sementara lain-lain 10.5 peratus. PAS tentu tidak sukar untuk menawan pengundi Cina memandangkan sokongan yang diberi oleh mereka dalam banyak pilihan raya sejak PRU 12 dulu. Namun PAS tentunya bekerja lebih keras lagi untuk menawan pengundi India dan Orang Asli.
PAS sedang meneliti calonnya di peringkat akhir di mana dari nama-nama yang tersenarai pendek, PAS mempunyai tokoh berkaliber baik dari kalangan berlatarbelakangkan ilmu agama dan professional. Ini kelebihan PAS selama ini yang tidak sukar mencari calon berkaliber yang mampu memenuhi cita rasa rakyat.
PAS memiliki kalangan ulama, professional dan amilin yang berwibawa, yang terbukti selama ini berdasarkan gerak kerja mereka, perbahasan mereka yang bermutu di parlimen dan di Dun-Dun.
Lebih dari itu para tokoh PAS setakat ini bersih dari pelbagai amalan buruk seperti rasuah, penyelwengan, penipuan dan sebagainya. Rekod mereka selama ini telah membuktikan selama ini.
Adalah difahamkan, PAS negeri dan kawasan seluruh negara sedang membuat persiapan terakhir untuk menghimpunkan seluruh tenaganya bagi membantu kempen PAS di Galas, malah di Batu Sapi juga – bersama rakan-rakan dalam Pakatan Rakyat.
Oleh kerana hari penamaan calon dan hari mengundi yang sama di Galas dan Batu Sapi, tentunya pemimpin Pakatan Rakyat terbahagi dua untuk berada di hari pengumuman calon di dua tempat itu. Belum diketahui.