Majlis Tindakan DUN N24 Bemban akan menganjurkan kursus SSDP dan SISPRO pada butiran berikut
Tarikh:5 Muharram 1432 bersamaan 11 Disember 2010 (Sabtu)
Masa: Bermula dengan solat Zohor berjamaah
Tempat: Surau Nurul Iman, Simpang Kemendore
Pembentang : Tuan Haji Saharruddin (Ketua IT JPP Negeri Melaka)
Selain diwajibkan kepada AJK MTD Bemban dan AJK UPU-UPU didalam MTD Bemban kami juga membuka penyertaan kepada MTD-MTD lain yang berminat untuk menyertai bagi mengambil manfaatnya
Sesebuah negara jika mahu terus maju ke depan harus sentiasa melakukan perubahan. Perubahan yang semestinya menguntungkan rakyat. Tapi jika sesebuah kerajaan itu tidak mahu berubah. Terus-menerus merompak hasil rakyat, menaikkan harga barang sesuka hati maka bersiap - sedialah untuk kita menyaksikan kejatuhan negara tersebut.
Kita rakyat Malaysia harus mahu tidak mahu menolak BN pada pilihanraya umum nanti. Kita tolak bukan kerana kita percayakan Pakatan Rakyat (PAS, DAP dan PKR). Kita WAJIB menolak BN kerana bebanan yang mereka letakkan keatas bahu kita semakin lama semakin banyak. Kita yang bekerja penat - lelah, siang dan malam dan bersabung nyawa untuk sesuap nasi namun mereka yang bergelar MENTERI dan PERDANA MENTERI yang mendapat segala macam keistimewaan. Dari mekap isteri hingga ke sesuap nasi, SEMUANYA SUBSIDI. Kita rakyat? Subsidi ditarik atas nama pembangunan ekonomi.
Zaman sistem khalifah masih berada di dalam muka bumi ini. Dari sudut buku sejarah ramai Khalifah - khalifah agung yang menggunakan duit sendiri untuk membantu rakyat. Mereka tidak pernah sesekali menggunakan duit yang wajib menjadi hak rakyat untuk kepentingan mereka. Lihatlah sejarah Aurangzeb, Salahudin Al-Ayubi, Harun Al-Rasyid, Sultan Muhammad Fatih dan sebagainya. Mereka begitu amanah dalam menunaikan kewajiban mereka sebagai pemimpin. Mereka cukup takut untuk menggunakan dana negara untuk tujuan keraian diri mereka sendiri. Lihat sahaja sejarah Harun Al-Rasyid.
Namun Perdana Menteri dan para menteri BN cukup rakus menggunakan duit rakyat. Perbelanjaan Rosmah ke luar negara sahaja sudah mencecah puluhan juta. Alat soleknya mencecah ratusan ribu. Semuanya menggunakan wang rakyat. Mana mungkin mereka mampu membeli dan memperolehinya dengan sekadar wang gaji yang mereka perolehi. Semuanya dengan hasil pengutipan cukai yang tinggi dari rakyat. Mereka berseronok ke luar negara dengan hasil titik - peluh rakyat yang bekerja siang malam.
Di saat rakyat semakin terhimpit dengan masalah kewangan, BN terus menaikkan harga barang. Subsidi minyak petrol, gula, susu, tepung dan lain - lain telah ditarik. Semuanya atas nama pembangunan. Pernahkah mereka terfikir untuk memotong gaji para menteri. Jika menteri dan PERDANA MENTERI benar berjiwa rakyat, merekalah yang harus ke depan menjadi contoh dalam menangani duit negara yang semakin mengecil ini. Jika benar mereka mahu melakukan pembangunan untuk kepentingan rakyat, subsidi merekalah yang harus dipotong terlebih dahulu. Bukannya subsidi rakyat. Bukan subsidi barang keperluan rakyat.
Sekarang rakyat terpaksa menanggung perbelanjaan negara. Kita yang dipaksa membayar lebih untuk membangunkan negara. Sedangkan pemimpin BN bersenang - lenang. Mereka kaya dan kaya dan terus kaya. Harta berjuta di dalam dan di luar negara. Mereka tidak pernah merasakan kesusahan yang kita hadapi. Mereka dari minyak petrol hingga ke bil eletrik semuanya dibayar. Lantaklah harga petrol nak naik berapa banyak sekalipun, mereka tidak peduli. Kerana mereka tidak perlu membayarnya. RAKYAT YANG BAYAR BUAT MEREKA. Lantaklah harga tepung nak naik. Mereka tidak perlu ambil pusing kerana RAKYAT YANG AKAN MEMBAYAR DUIT TEPUNG TERSEBUT.
Adakah ini adil buat kita. Kita dipaksa berkorban sedangkan mereka tidak. Adilkah kah? Jika rakyat terus menyokong BN, maka mereka harus bersedia untuk menerima lebih banyak kenaikan harga minyak, tepung, susu, gula dan barangan keperluan asas lain.
Mahukah kita terus dipergunakan seperti KELDAI. Mahukah kita terus dibodohkan? Bangunlah rakyat. TUNJUKKAN SIAPA KITA SEBENARNYA!!
Sambungan dari posting saya pagi tadi, Minggu Lepas dalam Perspektif, akhirnya program kemuncak untuk minggu lepas ialah demo air. Pada pagi itu, saya telah hadir satu program pada jam 8 pagi di bangunan SUK iaitu program Hari OKU (Orang Kurang Upaya) Negeri Selangor. Tetapi ini OKU yang betul, bukan OKU (Orang Kuat UMNO). Selepas itu saya ke pejabat di Sek 13 untuk menghadiri mesyuarat PAS kawasan Shah Alam. Pada jam 11.30 saya bergegas ke Masjid Negara, sampai di sana dalam jam 12.30. Masuk dan berjumpa rakyat yang telah berkumpul seterusnya ambil wudu' dan ke dalam Masjid bertemu Tan Sri MB. Solat Tahiyat dan selepas itu berbincang dengan Tan Sri tentang program selanjutnya. Masuk waktu Zuhr, solat dan seterusnya membuat pengumuman solat hajat selepas solat sunat bagdiah. Selepas itu menuju ke anjung Masjid bersama Tan Sri yang mula berucap menyampaikan amanat beliau kepada rakyat Selangor yang prihatin. Gambar yang sempat di tweet diambil dari anjung berkenaan. Seterusnya bergerak bersama rakyat dengan tujuan hendak berarak ke Istana Negara sambil memegang sepanduk yang jelas menyatakan harapan kami iaitu membantah kenaikan harga air dan menolak penswastaan air. Semasa berarak sampai di hadapan Stesyen Keretapi yang lama, polis menghalang perjalanan kami. Kita berhenti sambil melaungkan cogan kata. Tiba-tiba rombongan kereta MB dan 3 kereta exco datang dari belakang secara perlahan. Kami membuka laluan dan bila sampai di halangan Polis, kereta-kereta ini dibenarkan keluar menuju istana. Yang berarak ingin ikut bersama tetapi tanpa apa-apa amaran, polis mula menembak gas pemedih mata. Pada ketika itu saya berada di tepi sebuah dari 3 rombongan kereta exco tersebut. Pintu belakang salah satu kereta dibuka dan YB Dr. Dzul yang berada di dalam menjemput saya masuk. Kereta itu seterusnya mengikut kereta MB yang berada di depan menuju istana Negara.
Setiba di istana Negara kami turun dari kereta dan dibenarkan masuk melalui pagar utama. Pegawai Istana menyambut Tan Sri dan mereka menerima Memorandum yang telah ditandatangani oleh lebih dari 200,000 rakyat Negeri Selangor bagi diperkenankan Agung.
Setelah selesai, kami mengikut rombongan MB sekali lagi. Kereta MB diiringi dua out-rider yang membawa MB ke arah Petaling Jaya. Kami mengikut tanpa mengetahui ke mana ingin mereka bawa kami. Bila sampai dekat kawasan Mid-Valley, mereka memberikan isyarat untuk kami teruskan perjalanan tanpa mereka. Tan Sri MB terus ke arah Damansara, kami ingat dia akan menuju kembali ke Masjid Negara. Jam pada ketika itu sudah hampir 2.40 petang. Kami terus mengikut kereta MB tetapi saya melihat kereta terakhir, iaitu kereta yang membawa YB Yaakob Sapari dan YB Dr. Dzul, mengikut haluan lain. Saya hubungi YB Dr. Dzul dan dia sebut mereka akan ke Masjid Negara. Saya jawab kita pun begitu tetapi mungkin MB mengikut jalan lain. Pada ketika itu saya berada di dalam kereta YB Dr Xavier.
Tiba-tiba saya dapati kami telah sampai di rumah MB. Beliau telah berhubung dengan pimpinan di Masjid memberitahu penyerahan memorandum sudah selesai dan semua boleh beredar. MB memberitahu dia perlu bersedia untuk program bersama Sultan Selangor pula selepas itu. Saya, YB Iskandar dan YB Teresa kemudiannya bergegas kembali ke kereta dan terus menuju kembali ke Masjid.
Sampai di Masjid pada jam pukul 3.15 petang. Saya melihat YB Dr. Dzul sedang berucap melalui mikrofon meminta semua beredar. Saya diberitahu ada beberapa orang yang telah ditahan dan dimasukkan ke dalam trak polis. Oleh itu, saya turun untuk mengucapkan terima kasih kepada yang hadir dan meminta mereka semua beredar. Ada yang menjawab mereka tidak akan beredar selagi yang ditahan tidak dibebaskan. Saya bersama YB Dr. Dzul berbincang dengan pegawai polis dan dia memberikan jaminan bahawa yang ditahan akan dibebaskan petang itu juga setelah dibawa ke Cheras.
Maka disampaikan jaminan ini kepada sahabat-sahabat yang masih di perkarangan Masjid dan akhirnya semua mula beredar. Saya pun beredar dari Masjid pada jam 3.50 petang dan menuju ke rumah DSAI untuk hadir walimah anaknya. Seterusnya ke rumah 'anak bangsa Malaysia' di Bukit Damansara untuk program terakhir hari itu iaitu sesi dialog dengan beberapa aktivis sambil menonton dokumentari 'Penjual Mancis dan minyak yang tumpah'. Dokumentari berkenaan berhubung demonstrasi kepala lembu di Shah Alam, iaitu satu demonstrasi perarakan dari Masjid Negeri ke Bangunan SUK yang dikawal baik oleh pihak Polis tanpa menembak walaupun satu peluru gas pemedih mata. Kalau yang itu boleh dikawal baik dan dibenarkan berarak, mengapa tidak yang pagi tadi saya tanya kepada hadirin. Namun semua sudah tahu sebabnya dan tidak perlu dijawab.
Petang itu saya mendapat maklumat semua yang ditahan dibebaskan. YB Dr. Mariah dan beberapa pimpinan PR lain menguruskan mereka. Saya tiba di rumah pada jam 10 malam dalam keadaan yang letih, tetapi dengan perasaan penuh bangga dengan rakyat Selangor dan Malaysia.
WaLlahu 'Alam KHALID SAMAD
You are subscribed to email updates from Khalid Samad To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
DPP PUTRAJAYA mengucap selamat menyambut Maal Hijrah 1432 kepada semua pembaca beragama Islam. Maal Hijrah atau Hari Awal Muharram merupakan suatu hari yang penting bagi umat Islam kerana ia menandakan dua peristiwa penting berlaku dalam sejarah Islam. Pertama, memperingati penghijrahan Nabi Muhammad SAW dari Kota Mekah ke Madinah pada tahun 622 masihi, Semoga dengan kelahiran [...]
PETALING JAYA: Umno dan Perkasa, yang mengheret institusi Raja-Raja Melayu dengan mentaklikkan "Ketuanan Melayu" sebagai "Ketuanan Sultan" adalah satu tindakan yang bacul.
Setiausaha Agung Saifuddin Nasution Ismail berkata demikian sebagai merujuk kepada pelbagai kenyataan yang dibuat berkenaan isu ketuanan rakyat, terutamanya daripada kalangan pemimpin Umno.
Beliau berkata, "oleh sebab mereka tidak mampu berdepan dengan persoalan penting membicarakan kaedah terbaik membela orang Melayu terbanyak seperti yang ditimbulkan PKR, lalu mereka cuba menggunakan institusi Raja-Raja Melayu.
"Tindakan seperti inilah sebenarnya yang menghina institusi Raja-Raja Melayu kerana ia tidak menghormati kedudukan Raja-Raja Melayu yang memayungi seluruh rakyat jelata tidak mengira kaum, agama dan pegangan politik," katanya dalam satu kenyataan semalam.
Namun, katanya, tindakan Umno dan Perkasa itu bukanlah perkara baru. Rekod mereka mencalarkan kedudukan institusi Raja-Raja Melayu di mata rakyat sudah diketahui umum.
Menurut beliau, krisis-krisis perlembagaan yang melemahkan institusi Raja-Raja Melayu dalam tahun 1983 dan 1993 dicetuskan oleh Umno.
Umno aibkan Raja-Raja Melayu
"Lebih malang, dalam kedua-dua siri krisis perlembagaan yang disusun oleh Umno itu, berlaku serangan-serangan yang bertujuan mengaibkan Raja-Raja Melayu dalam akhbar-akhbar dan media milik mereka, terang Saifuddin yang juga Ahli Parlimen Bachok.
Tegas beliau, ada beza yang besar di antara cakap-cakap seorang dua rakyat jelata yang dituduh mempersoalkan kedudukan Raja-Raja Melayu, dengan satu gerakan tersusun yang dilaksanakan secara besar-besaran oleh sebuah parti politik yang mengaku mempertahankan Ketuanan Melayu.
"Saya beri amaran supaya Umno dan Perkasa jangan lagi cuba memfitnah PKR dan Pakatan Rakyat dalam perkara ini. Dasar Bersama Pakatan Rakyat yang diluluskan pada 19 Disember 2009, secara jelas mempertahankan kedudukan istimewa orang Melayu dan Bumiputra dan institusi raja berpelembagaan," ujar beliau.
Menurut beliau, ini dinyatakan dalam Fasal 1 Perkara a(i) "Pakatan Rakyat akan mempertahankan Perlembagaan Persekutuan, Islam sebagai agama bagi Persekutuan dan agama-agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai di mana-mana di negara ini serta melindungi kedudukan istimewa orang Melayu dan anak negeri mana-mana antara Negeri Sabah dan Sarawak serta kepentingan sah kaum-kaum lain sejajar dengan Perkara 153"; dan Fasal 1 Perkara a(ii) "Pakatan Rakyat akan mempertahankan peranan dan tanggungjawab institusi raja berpelembagaan".
Makanya, kata beliau, PKR ingin membawa kembali polemik "Ketuanan Melayu" ini kepada perkara dasar yang diulas oleh Presiden Dato' Seri Dr Wan Azizah Ismail tempuh hari.
Melahir anak Melayu beriman
"Perkara dasar yang disentuh ialah wacana kaedah terbaik untuk melahirkan anak bangsa Melayu yang beriman, boleh berdikari, berprinsip dan berdaya juang supaya mereka kekal bermaruah dalam kerangka masyarakat pelbagai kaum di negara ini dan arus globalisasi mutakhir," terang beliau.
"Apakah kaedah Umno yang memperkecilkan kebolehan anak Melayu, dengan menakut-nakutkan mereka dan menimbulkan rasa curiga terhadap semua yang bukan Melayu, akan berjaya melahirkan anak bangsa Melayu yang bermaruah?
"Apakah "Ketuanan Melayu" yang berpaksikan kepada sistem kroni dan mendokong rasuah dengan menghamburkan kekayaan negara kepada beberapa kroni rapat Umno (tanpa mengira kaum) akan melahirkan golongan peniaga Melayu yang berdaya maju?
"Apakah budaya rasuah yang berleluasa dalam Umno akan menjamin kedudukan istimewa orang Melayu tidak akan dijual suatu hari nanti?
"Apakah anak bangsa Melayu yang membesar dengan perasaan curiga akan dapat mengambil pendekatan positif menunggang arus globalisasi untuk menjadi pemimpin antarabangsa?," soal beliau.
Umno abai kebajikan rakyat terbanyak iaitu Melayu
Katanya, persoalan yang dibawa oleh PKR adalah persoalan jatidiri dan kaedah terbaik membina jatidiri tersebut. Kaedah "Ketuanan Melayu" yang dibawa oleh Umno dan Perkasa bukan sahaja terbukti gagal membina jatidiri orang Melayu, malah menyebabkan kebajikan rakyat terbanyak (terutamanya golongan berpendapatan rendah yang majoritinya orang Melayu) terabai.
Saifuddin berkata, sehingga kini, selepas tiga dekad "Ketuanan Melayu", 75% dari bilangan keluarga yang pendapatan isi rumahnya di bawah RM2,000 adalah orang Melayu.
"Golongan ini jugalah yang dikategorikan sebagai golongan 40% paling miskin di Malaysia, seperti yang dihuraikan Perdana Menteri sendiri dalam Rancangan Malaysia Ke-10.
Ujar beliau, selepas tiga dekad "Ketuanan Melayu", rakyat terbanyak juga yang dibebankan dengan pemotongan subsidi sedangkan subsidi korporat sebanyak RM19 bilion setahun (dalam bentuk subsidi gas kepada penjana bebas) tidak disentuh.
Umno dan Perkasa tidak melahirkan sedikit keluhan pun apabila bantuan kepada rakyat termiskin, yang rata-ratanya orang Melayu ditarik setiap enam bulan untuk menampung perbelanjaan boros kerajaan membayar perunding antarabangsa, sedangkan tidak ada satu mekanisme pun diperkenalkan untuk menyalurkan kembali rasionalisasi subsidi kepada golongan termiskin ini.
"Ketuanan Melayu" benteng Umno kian rapuh
Justeru, PKR yakin bahawa polemik "Ketuanan Melayu" ini adalah benteng terakhir Umno dan Perkasa yang kian rapuh dan ditolak rakyat.
Demi melahirkan Malaysia yang majmuk, mengamalkan toleransi dan berdaya saing, PKR akan konsisten membawa gagasan Ketuanan Rakyat melalui bangsa yang bermaruah – kerana kami yakin gagasan ini tidak dapat dijawab oleh Umno dan Perkasa.
Berucap pada Kongres Nasional ketujuh PKR itu, Wan Azizah berkata konsep Ketuanan Melayu hendaklah ditolak kerana ia telah diselewengkan oleh segelintir elitis Melayu bagi mengekalkan kuasa politik mereka.
Saifuddin menjelaskan persoalan yang dilontarkan oleh presiden itu adalah mudah; iaitu kaedah bagaimana yang boleh menjamin kelangsungan dan darjat orang Melayu yang akan dihormati dan bermaruah, dalam kerangka masyarakat pelbagai kaum yang ada di Malaysia dan arus globalisasi yang deras meninggalkan kita.
"Kaedah sedia ada dibawa oleh Umno – iaitu mengabui mata rakyat mengenai hak mereka (melalui Umno) untuk terus berkuasa tidak kira prestasi mereka dan kebajikan rakyat keseluruhannya, terutamanya nasib orang Melayu.
"Konsep "Ketuanan Melayu" yang dilaungkan secara terbuka dan dibisikkan secara senyap ini oleh Biro Tata Negara (BTN) dan agensi-agensi lain, menakut-nakutkan orang Melayu bahawa perubahan kerajaan kepada pakatan politik yang lain akan menyebabkan orang Melayu hilang kuasa.
"Apabila orang Melayu hilang kuasa, maka nasib orang Melayu akan terjejas dan akan tertindas," kata Saifuddin.
Ketika diminta mengulas mengenai Ketuanan Melayu baru-baru, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Nazri Abdul Aziz berkata, ketuanan Melayu merujuk kepada "Ketuanan Sultan" dan bukan bermaksud kuasa Melayu yang mengatasi bangsa-bangsa lain.
Semoga tahun ini lebih baik dari tahun lepas, bagi umat Islam sebenarnya inilah sambutan tahun baru yang patut kita raikan, tetapi berapa kerat yang sedar...cuti umum tidak dimanfaatkan untuk merubah diri menjelang hari pertama di tahun 1432...banyak yang lena dibuai mimpi...mimpi di siang hari...al-amklumlah hari ini cuti. perhati sekeliling rumah kita khususnya yang tinggal di taman-taman...senyap jer, semua masih tidur.
Sepatutnya kita azam, bersemangat dan penuhkan hari pertama ini dengan perkara bermanfaat seperti bangun subuh tadi berjamaah di masjid, membasuh pakaian, masak sarapan dan masak lauk pauk istimewa untuk keluarga tercinta. Hei bukan masa ni kita nak berdengkur atas alasan penat dan letih bekerja.
Anggaplah tahun baru ini macam hari raya, salah satu dari hari kebesaran Islam, pagi-pagi pakai baju baru, masak makanan yang sedap, bertegur sapa dan bermaaf-maafan sesama jiran kita...kita bermula dengan azam baru, barulah hidup lebih bersemangat dan moga diberkati Allah SWT sepanjang tahun baru ini.
SHAH ALAM: Kerajaan Selangor mendapat kebenaran bertulis pada Jumaat lalu daripada Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air untuk membeli kesemua empat konsesi syarikat air di negeri itu, kata Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.
Berikutan itu, beliau berkata kerajaan negeri akan mengemukakan permohonan tawaran terbuka untuk membeli kempat-empat syarikat konsesi air berkenaan bagi melaksanakan plan penstrukturan semula industri bekalan air di negeri itu dalam tempoh tiga minggu mulai sekarang.
"Kita akan kemukakan tawaran terbuka mengikut syarat yang ditetapkan oleh Suruhanjaya Sekuriti bagi tujuan pembelian dalam tempoh antara dua atau tiga minggu," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Empat syarikat konsesi air di Selangor itu ialah Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd, (Syabas), Puncak Niaga Sdn Bhd (PNSB), Syarikat Pengeluaran Air Sungai Selangor Sdn. Bhd (Splash) and Konsortium ABASS.
Abdul Khalid berkata langkah untuk membeli syarikat-syarikat konsesi itu serta pendirian kerajaan negeri berhubung isu air, akan dimaklumkan kepada kementerian berkenaan.
Menurutnya beliau berpendapat keputusan Kerajaan Persekutuan memberi sedikit kelonggaran dalam isu air itu untuk mempercepatkan projek Penyaluran Air Mentah dari Pahang ke Selangor bagi membekalkan sebanyak 1,890 juta liter air mentah sehari ke Lembah Klang.
Sebelum ini, wujud masalah antara kerajaan Selangor dengan Syabas, yang merupakan syarikat pengurusan air di negeri itu, termasuk pertikaian mengenai kenaikan kadar tarif air.
November lepas, Abdul Khalid berkata kerajaan negeri mahu menaikkan tarif air sebanyak 15 peratus untuk pengguna air di Selangor menerusi proses penstrukturan industri air di Selangor yang masih dalam rundingan.
Mengikut perjanjian penswastaan industri air Selangor yang ditandatangani oleh Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (SYABAS) pada 2004, kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri menetapkan kenaikan tarif air pada kadar 37 peratus pada 2009, 25 peratus pada 2012 dan 20 peratus lagi pada 2015, katanya.
Pada masa ini, kadar tarif air domestik di Selangor ialah 57 sen bagi setiap 20 meter padu pertama, dan berdasarkan perjanjian konsesi itu, tarif air itu akan meningkat sehingga RM1.17 bagi setiap meter padu pada 2015.
Beliau bagaimanapun berkata kerajaan negeri tidak bersetuju kadar tarif air dinaikkan kerana mendakwa SYABAS tidak mematuhi syarat-syarat perjanjian konsesi air itu.
Jika konsesi industri air disusun semula, kenaikan tarif air dapat dikurangkan dan harga bekalan itu dapat distabilkan, katanya seperti dilapor Bernama.
Bekas menteri besar Selangor, Datuk Seri Dr Mohd Khir Toyo akan melepaskan jawatan Ketua Pembangkang Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor berkuatkuasa serta-merta.
Mengenai jawatan lain dalam Umno, ADUN Sungai Panjang itu berkata beliau menyerahkannya kepada pucuk pimpinan parti.
Dr Mohd Khir juga merupakan ketua Umno bahagian Sungai Besar.
Beliau membuat pengumuman itu dalam blognya hari ini.
Pagi tadi beliau didakwa di Mahkamah Sesyen Shah Alam berhubung pemilikan dua lot tanah dan sebuah rumah mewah di Shah Alam.
Khir ddakwa telah mendapatkan untuk dirinya dan isteri Datin Seri Zahrah Kechik, 45, suatu barang berharga dengan suatu balasan yang beliau ketahui tidak mencukupi iaitu dua lot tanah dan sebuah rumah yang terletak di alamat no 8 & 10, Jalan Suasa 7/1 L, Shah Alam, daripada Ditamas Sdn Bhd melalui pengarah Ditamas, Shamsuddin Hayroni, dengan harga RM3.5 juta, sedangkan hartanah itu telah dibeli oleh Ditamas pada 23 Disember 2004 dengan harga RM6.5 juta. - MKini
Dr Mahathir Mohamad, dalam tempoh 23 tahun pemerintahannya, sering dikritik kerana kerap menghalang penyertaan rakyat dalam proses-proses penting pembinaan negara. Malah, bekas Perdana Menteri yang terkenal dengan sikap autoritariannya itu, dikatakan jarang mempedulikan pandangan pihak lain, meskipun daripada rakan-rakan dalam Kabinetnya.
Penguasaan Mahathir begitu mencengkam, sama ada dalam partinya, Umno mahupun kerajaaan. Personalitinya begitu mempengaruhi proses politik. Fenomena ini tidak jauh berbeda dengan watak Lee Kuan Yew di Singapura atau Suharto di Indonesia ketika mereka menerajui negara masing-masing.
Ada yang melihatnya sebagai "diktator yang dipilih melalui sistem demokrasi". Bekas timbalannya (Mahathir mempunyai tiga Timbalan Perdana Menteri yang tidak sempat mewarisinya), Musa Hitam pernah mendakwa beliau lebih banyak "bermonolog dalam mesyuarat". Tidak kurang yang mengusik, hobi Mahathir pun boleh dijadikan projek negara. Maknanya, apa jua keinginan Mahathir akan dilaksanakan biar menelan berapa banyak kos sekalipun.
Pandangan Mahathir lantang, pedas, terbuka dan terus-terang. Apa yang terbuku di hatinya itulah yang diluahkan. Kita tidak perlu mencari makna tersirat di sebalik kata-katanya. Ramai pemimpin yang cuba bersilat kata-kata, mahu menyedapkan hati banyak pihak walaupun hakikatnya jauh berbeda, tetapi berbeda dengan Mahathir. Misalnya kritikan beliau terhadap ulama dan hukum Islam dilontarkan tanpa berselindung sekali gus menjelaskan kejahilannya.
Beliau memang pernah dikritik kerana mengutamakan beberapa kerat "kitchen kabinetnya", yang dikenali dengan jolokan AIDS, iaitu Anwar Ibrahim, Daim (Zainuddin) dan Sanusi (Junid) terutama menjelang pemilihan Umno, April 1987, yang menyaksikan penentangan paling serius dalaman parti daripada Team B, yang diketuai Tengku Razaleigh Hamzah.
Bagaimanapun, ia tidaklah sampai meletakkan Mahathir pada kedudukan yang lemah, sehingga segala keputusan penting kerajaan diputuskan oleh AIDS. Beliau tetap berkuku dan selalu dilihat memerintah secara solo. Tiada watak lain yang dirasakan memainkan peranan tersembunyi di sebalik tabir.
Berbeda sekali dengan penggantinya, Abdullah Ahmad Badawi, yang dikatakan tidak mempunyai "strong personality" walaupun lebih bersikap terbuka dan cuba menunjukkan beberapa pembaharuan dalam kerajaan. Perlantikan Abdullah sebagai PM begitu dialu-alukan terutama oleh sebahagian besar rakyat yang merasa tertekan di bawah regim Mahathir.
Saya sendiri menyifatkan Abdullah bakal memulangkan balik Malaysia kepada rakyatnya. Diharapkan partisipasi rakyat lebih dialu-alukan dan ruang awam yang disempitkan di zaman Mahathir kembali luas. Persaingan politik pula dijangka menjadi lebih adil, amalan rasuah dibanteras, pentadbiran yang lebih telus.
Abdullah memulakannya dengan langkah kanan. Pilihan raya umum 2004 mencatat sejarah. Penguasaan kerusi Parlimen BN melebihi 90 peratus. Rakyat terpesona dengan janjinya dan terpukau dengan potensi beliau sebagai tokoh pembaharu.
Malang sekali, harapan rakyat dikecewakan begitu cepat. Timbul pelbagai label negatif seperti dakwaan Abdullah selalu tidur dalam mesyuarat dan tidak memahami isu-isu besar negara terutama hal-hal ekonomi.
Lebih parah lagi apabila Abdullah dilihat menyerahkan amanah besar rakyat - yang sepatutnya dipikul beliau dengan penuh tangungjawab - kepada pihak lain. Amalan kronisme Mahathir yang dikritik hebat pada era reformasi berjangkit dengan wajah yang lebih parah.
Abdullah dituduh bukan saja mengagihkan projek mega kepada teman karibnya, malah segala keputusan penting negara seolah-olah diputuskan sekumpulan penasihatnya, yang bukanlah hebat sangat kemampuan mereka. Golongan muda di Tingkat 4 JPM yang melingkungi Abdullah ini begitu berambisi tinggi, tetapi menarik Abdullah jatuh merudum terutama selepas dikecam hebat Mahathir.
Tambah memburukkan Abdullah apabila kumpulan yang muda-mentah itu diketuai menantunya sendiri, Khairy Jamaluddin selain anaknya, Kamaluddin. Sehebat mana pun seseorang tokoh itu, ia masih memerlukan pasukan penasihat. Namun bagi Abdullah, beliau seolah-olah menyerahkan segala urusan negara kepada pihak lain.
Wibawa Abdullah sebagai pemimpin tersungkur. Keyakinan rakyat kepadanya menjunam. Beliau dilihat ragu-ragu dan tidak jelas arah tujuannya. Tidak pernah seorang perdana menteri dijadikan bahan senda-gurau yang mengaibkan seperti Abdullah. Dalam pilihan raya Mac 2008, tsunami politik menghukumnya!
Najib Razak sejak awal digemari Mahathir. Mungkin ketegasan dan kecerdasan (juga kelicikan) Mahathir tidak sepenuhnya diwarisi Najib. Namun, penampilannya nampak lebih "genuine", tidak seperti pemaparan imej Abdullah yang dilakukan tukang "spin". Najib kelihatan lebih tangkas dan cekap berbanding Abdullah.
Paling penting, ia tidak lagi terkurung dengan penguasaan penasihat seperti dideritai Abdullah. Apa pun, ramai pemerhati merumuskan, "malang" Najib terletak pada isterinya, Rosmah Mansor.
Rosmah seolah-olah menteri tak berpotfolio yang tidak bergaji tetapi didakwa berbelanja boros! Pembabitan beliau dalam Sidang Kemuncak Wanita Pertama sudah cukup untuk melambangkan keghairahannya. Hampir setiap malam, melalui berita TV, wajahnya menonjol mengalahkan tokoh politik lain. Ramai bercerita peranan Rosmah menentukan penganugerahan projek besar kerajaan.
Wataknya bertentangan sama sekali dengan isteri Mahathir, Siti Hasmah Mohd Ali. Saya tertarik dengan ulasan bekas Mufti Perlis, Dr Asri Zainal Abidin tentang Hasmah. Untuk mengetahui karenah Rosmah, saya cuba membayangkan personaliti yang bertentangan dengan Hasmah, seperti diungkapkan Dr Asri:
"Begitu lama Mahathir di tampuk kuasa. Tun Siti tetap bersederhana. Tiada cerita kemewahannya semasa di luar negara, atau bising campur tangannya dalam projek itu dan ini, tiada cerita 'kegarangannya' kepada pihak sana dan sini. Beliau hanya tersenyum dan merendah diri.
"Bahasanya tidak bongkak, gayanya tidak berlagak. Tidak banyak cerita di media tentang dirinya, sehingga melebihi suaminya. Seorang pemimpin memerlukan isteri yang 'tidak menyibuk' seperti Tun Siti. Walaupun sangat terpelajar, tetapi tahu membawa diri sebagai isteri pemimpin. Setiap isteri pemimpin mesti pandai menjaga maruah suaminya."
Seorang rakan mengusik, "untuk memahami watak Rosmah, cuba terbalikkan apa yang digambarkan Dr Asri dengan personaliti Siti Hasmah itu."
MELAKA: Pembaziran yang dilakukan oleh Kerajaan Negeri Melaka kerana membelanjakan hampir RM500,000 hanya bagi membina replika jam daripada pokok bunga di Dataran Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) dibidas PAS Melaka.
Menurut Timbalan Pesuruhjaya PAS Melaka, Mejar (B) Jasme Tompang, adalah tidak masuk akal kos sebanyak itu dibazirkan hanya sebagai perhiasan di kawasan itu sahaja ianya sedangkan tidak mendatangkan apa-apa faedah kepada rakyat Melaka khususnya.
"Jumlah berkenaan bukan saja tidak munasabah, ia sepatutnya digunakan untuk tujuan lain yang lebih mendesak seperti menangani masalah banjir kilat di bandar raya Melaka, bantuan kepada orang miskin ataupun membina rumah bagi mereka yang memerlukan. Sepatutnya kerajaan negeri mengutamakan kepentingan rakyat agar mereka dapat hidup dengan lebih selesa bukannya memberikan projek-projek yang tidak munasabah seperti pembinaan replika tersebut kepada kroni mereka," katanya.
Selain itu, Mejar Jasme turut merasakan bahawa kos RM500,000 yang dibelanjakan untuk membina jam bunga itu termasuk kira-kira RM70,000 bagi bunga-bunga dan tanaman di situ adalah terlalu tinggi berbanding kos sebenarnya.
"Adakah ini yang dikatakan ciri-ciri negeri maju seperti yang diumumkan baru-baru ini, ianya jelas satu pembaziran yang merugikan rakyat Melaka. Di saat rakyat terhimpit dengan kenaikan pelbagai harga barangan keperluan harian dan pelbagai lagi kos kehidupan seperti persekolahan anak-anak, mereka yang diamanahkan memimpin negeri membelanjakan wang rakyat sesuka hati tanpa rasa bertanggungjawab," ujarnya.
Seterusnya beliau mengajak rakyat Melaka menyatakan bantahan dengan menjatuhkan kerajaan Umno-BN yang korup dan tidak bertanggungjawab ini pada Pilihan Raya Umum akan datang jika mereka inginkan perubahan yang dapat menjamin kesejahteraan hidup rakyat.
1. Asyik-asyik ISA! UMNO ni dah kehabisan hujjah ker? Hujjah hanya menyusun kata. Modalnya ilmu dan air liur, kenapa sampai mahu menggunakan ISA? Tangkap melulu tanpa bukti dan beri peluang membela? Saya jangka transformasi merubah segalanya, rupanya sekadar indah khabar dari rupa.
2. Datuk Hafarizam Haruni ni Penasihat Undang-undang UMNO. Sepatutnya sebagai pengamal undang-undang beliau tahu benar bahawa ISA ini adalah undang-undang jakun, primitif, barbarian dan ketinggalan zaman. Tidak sepatutnya diguna pakai dalam negara kita yang dijolok sebagai negara membangun dan menuju majunya pada 2020.
3. Letih saya dengan sikap UMNO nih! dah kata nak berubah, sudah-sudahlah dengan perangai dan sikap lama tu. Berlapang dadalah dengan pandangan orang lain sekalipun tidak serupa. kalau tidak setuju, hujjah dilawan dengan hujjah. Kenapa pula Datin Seri Wan Azizah mahu dihadapkan dengan akta sezalim itu.
4. Tidak setuju dengan Datin Seri Wan Azizah kerana beliau tidak setuju dengan Ketuanan Melayu? Masaalahnya bukan Datin Seri Wan Azizah sahaja yang tidak setuju! Saya pun tidak setuju, Tuan Guru Nik Abdul Aziz pun tidak setuju dan Tuan Guru Hj Abdul Hadi pun tidak setuju. Malah ribuan lagi dan mungkin jutaan rakyat yang tidak setuju dengan ketuanan melayu itu, apakah mereka juga akan di ISAkan? Aduss, letih tengok cara UMNO berfikir dan bertindak. Ada berapa hektar luasnya kandang ISA itu? atau UMNO sudah hilang aqal?
5. Saya tidak mahu berkasar dengan UMNO ni , kerana mereka punya segalanya. Mereka ada cota, ada gari, ada water canon, ada gas pemedih mata, ada PDRM, ada penjara dan menteri! Saya hanya ada gigi dan lidah. kalau UMNO tidak mahu berhujjah menggunakan lidah, apa boleh saya buat? Tapi saya tegas ingin nyatakan rasa tidak bersetuju dengan penggunaan ISA sebagaimana saya juga tidak bersetuju dengan Ketuanan Melayu yang dipertahankan oleh UMNO. Maka UMNO kena ajak orang yang tidak bersetuju dengan mereka berhujjah, bukannya ajak gaduh. Kata UMNO bersikap terbuka? Transformasi konon!
6. Sebab saya lihat, sudah 53 tahun rakyat beri mandat pada UMNO dan BN untuk berdaulat. Sehingga kini Melayu tidak menjadi tuan pun? Mereka pertahankan ketuanan Melayu itu untuk apa? Oh ya! Mereka kata menentang ketuanan Melayu membuatkan Melayu terancam. Rasanya tidak munasabah Datin Seri Wan Azizah mahu mengancam diri sendiri sebab dia juga Melayu. Saya pun begitu. Apabila saya tidak setuju dengan ketuanan Melayu, saya tidak terancam pun? Rasanya UMNO yang terancam sebab ketuanan Melayu selama ini adalah batu loncatan mereka untuk mereka meloncat naik ke takhta kuasa serta membolot harta negara agar menjadi kaya raya. Kata rakyat didahulukan? kalau begini, rakyat kena dulu. Transformasi konon!
7. Ramai Melayu miskin tidak terbela. Rakyat Kelantan dinafikan hak sejak 20 tahun lalu semata-mata kerana negeri itu diperintah oleh PAS sedang rata- ata penduduk Kelantan adalah melayu malah pemimpinnya juga Melayu. Kenapa mereka sekat, halang dan tekan rakyat Kelantan kalau mereka perjuangkan ketuanan Melayu. Sejak RMK ke 6, ada 118 projek yang sepatutnya boleh membangunkan negeri Kelantan dengan lebih hebat di halang dan disekat oleh kerajaan yang sekarang mempertahankan ketuanan melayu. Tok Guru Nik Aziz tu tidak cukup Melayu kah untuk dibantu? Sekarang mereka sekat Royalti minyak petroleum pula. Transformasi konon!
8. Janganlah guna ISA nanti rakyat akan meluat dan bertambah benci kepada kamu! Setakat isu ketuanan Melayu dan kamu tidak bersetuju dengan Datin Seri Wan Azizah, takkanlah kamu hilang kewarasan dengan terus mencadangkan agar beliau ditahan dibawah ISA? Sudahlah kamu zalimi suaminya Datuk Seri Anwar Ibrahim sedemikian rupa. Kamu ni macam tidak ada perut pedal! Rakyat marah tau! Tidak percaya, cuba lah! Transformasi konon!
9. Saya pun tidak bersetuju dengan Datin Seri Wan Azizah apabila beliau tolak ketuanan Melayu lantas mencadangkan agar ketuanan rakyat diperjuangkan, sebab saya mahu Ketuanan Islam itu diperjuangkan justeru Islam itu adil untuk semua sekalipun terhadap non muslim. Panjanglah hujjahnya, kita boleh bincang dilain masa, tapi janganlah nak tangkap dia. Inilah penyakit orang berkuasa dan angkuh dengan kuasa yang dimiliki. tangkap tangkap tangkap... yang hendak ditangkap hanya lawan politik mereka, sedang penjenayah berleluasa, bermaharajalela dan semakin ketara. Negara tidak aman dan selamat. Saban hari ramai yang jadi mangsa jenayah kejam ini. Malangnya fokus orang politik yang diberi mandat memerintah ini, hanya kepada lawan politik mereka. Kata dokong demokrasi... Transformasi konon!
10.Yakinlah, rakyat masih benci UMNO kalau begini cara UMNO. Mereka buat Konvensyen Barisan Nasional menghimpun ribuan anggota untuk disuntik semangat, nyata ribuan juga rakyat diluar hadir tanpa sebarang upah untuk mengadakan demonstrasi, membantah, menolak dan menentang kezaliman. kalau naik tarif air rakyat marah, apakah UMNO jangka rakkyat tidak marah apabila mereka gunakan ISA? Macam mana UMNO boleh miliki penasihat undang-undang seperti itu? ermmm, Tragedi sebuah Transformasi.
http://ustsaifulbahri.blogspot.com/ Sesetengah Negara, penyediaan pelajaran untuk rakyat adalah tanggungjawab pemerintah dan Negara. Ini merupakan perkara asas teras pembangunan Negara. Sebab itu kebanyakan Negara memebri pendidikan percuma kepada rakyatnya sehingga keperingkat ijazah tertinggi atau mereka dikenakan bayaran minima bahkan biasiswa dianugerahkan khususnya kepada yang tidak mampu. Bagi Malaysia, kini pendidikan menjadi sumber perniagaan. Semua [...]
http://selamatkanpahang.blogspot.com/ Keratan akhbar lidah rasmi Umno ini memaparkan janji menteri Tuan Haji Ismail Sabri bahawa harga minyak RON95 akan kekal tahun ini. Belum sempat habis tahun, harga minyak tersebut dinaikkan lagi. Sebelum itu, sudah beberapa kali dinaikkan. Lebih malang lagi, harga diesel turut naik 5 sen menjadikannya RM1.80 seliter manakala gas LPG juga naik 5 [...]
http://ruangbicarapriamalaya.blogspot.com MENARIK! Rakyat terdiri dari pelbagai kaum, bangsa, latar belakang dan usia hadiri demo bantah SYABAS..mereka sedikit pun tidak gentar dengan amaran dan gertakan dari pihak kerajaan (Umno) dan polis…kalau pro Umno dibenarkan berdemo dan berarak Jumaat lepas, kami juga boleh berdemo!!…syabas diucapkan! LAPORAN TERKINI: 1. FRU sudah memulakan ‘tugas’ mereka! 2. Rakyat tidak [...]
Sultan Kelantan Sultan Muhammad V telah melucutkan dua pingat yang dikurniakan kepada pemimpin politik veteran negara Tengku Razaleigh Hamzah baru-baru ini, tetapi alasan keputusan itu masih belum diketahui. Sumber-sumber rapat dengan putera Kelantan itu, yang mesra dikenali sebagai "Ku Li" malam tadi mengesahkan tulisan beberapa blog dan khabar angin bahawa Istana Kelantan telah memutuskan untuk [...]
Penganjuran Kem Hafazan Bestari2 anjuran bersama Pusat Khidmat Masyarakat DUN Meru, Masjid As Syarif, JKKK Kg Meru dan Ahli Majlis MPK N42C berjalan dengan cukup baik dan mendapat pujian dikalangan masyarakat tempatan. Bermula jam 5 pagi, semua peserta berqiamulail, solat lima waktu dimasjid sepanjang 3 minggu dan menghadiri 4 kelas hafazan juga disertakan kelas fardu ain setiap hari. Sepanjang malam juga akan diberikan slot motivasi sebelum tidur melengkapi seharian kursus hhafazan tersebut. Pihak Masjid As Syarif juga membantu dengan melengkapi fasarana kursus hafazan ini.
You are subscribed to email updates from KHIDMAT MERU To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
LUMUT, 7 Disember - PAS tidak merebut kuasa kuasa tetapi kuasa diperlukan untuk melakukan perubahan atau pengislahan negara yang semakin teruk di bawah pemerintahan UMNO/BN. Demikian dinyatakan oleh YB Dato' Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang semasa menyampaikan ucapan bersempena Majlis Sambutan Maal Hijrah peringkat PAS Negeri Perak. Majlis berbentuk Hi-Tea tersebut telah diadakan di Markaz PAS Pasir Panjang dekat sini.
Presiden PAS bersama Ustaz Abu Bakar dan Dato' Seri Nizar.
Menurut Presiden PAS lagi, sepatutnya rakyat menggunakan demokrasi yang ada di negara ini untuk menghukum pemimpin-pemimpin UMNO/BN yang telah melakukan pelbagai kemungkaran.
"Sistem demokrasi sebenarnya memberi peluang rakyat menjadi hakim dengan menghukum mana-mana pemimpin yang melakukan kesalahan dan sepatutnya perkara ini telah lama berlaku. Malangnya, segalanya telah diputar belitkan oleh media sehingga rakyat terpengaruh dengan dakyah UMNO/BN, " tambah beliau lagi.
Ustaz Abu Bakar menyampaikan cenderamata kepada Presiden PAS.
Menurut beliau, adalah menjadi tanggungjawab para petugas parti untuk memberikan penerangan yang jelas kepada rakyat akan segala yang telah dilakukan oleh UMNO/BN yang begitu jelas tindak-tanduk UMNO selama ini telah memalukan umat Islam sendiri.
Tuan Guru Abdul Hadi juga telah menjelaskan perbezaan antara kerjasama PAS di dalam Pakatan Rakyat dengan UMNO di Barisan Nasional.
"Dari sudut fiqh politik, kerjasama PAS, DAP dan PKR adalah kerjasama tahaluf. Manakala kerjasama MNO dengan parti komponen BN adalah kerjasama wala."
YB Anuar Sudin bersama Ketua Pemuda negeri Ustaz Zawawi dan YDP PAS Teluk Intan Ustaz Ismail Che Nik.
AJK Dewan Muslimat negeri, Pn. Hjh. Faridah Rajiah bersama isteri Presiden PAS, Datin Seri Zainab (kanan).
"Kerjasama tahaluf, kita tidak menggadaikan prinsip. PAS bekerjasama atas dasar bersama menentang kezaliman. Bagi UMNO pula kerjasama mereka adalah kerjasama wala yang menggadaikan prinsip, " jelas beliau.
"Itulah yang telah dilakukan oleh Rasulullah SAW semasa berhijrah ke Madinah dengan mengadakan kerjasama dengan semua puak di Madinah sehingga terbentuknya Perlembagaan Madinah. "
Sebelum itu, turut menyampaikan ucapan ialah Pesuruhjaya PAS Perak Ustaz Abu Bakar Hussain. Di dalam ucapan, Ustaz Abu Bakar telah menyatakan apa yang sedang PAS lakukan telah lama dipraktikkan dengan jayanya oleh Rasulullah.
Ustaz Abu Bakar melayan Presiden.
Tuan Guru Presiden menyampaikan hadiah.
"Antaranya kerjasama dengan bukan Islam merupakan antara salah satu perkara yang telah dilakukan dan ia telah terbukti berjaya. Oleh itu, adalah tidak mustahil instrumen dakwah dan politik Rasulullah boleh dilakukan oleh PAS kerana Rasulullah sendiri berjaya melakukannya," jelas beliau.
Antara yang hadir ke program Hi-Tea bersama Presiden PAS.
YB Anuar bersama YDP PAS Ipoh Timur Ustaz Zulkifli Abu (kiri) dan Hj. Abdul Rahim, Bendahari PAS negeri.
Turut hadir ialah ADUN Pasir Panjang Dato' Seri Hj. Nizar Jamaluddin, pimpinan PAS negeri, Pemuda dan Muslimat negeri serta ahli-ahli seluruh Perak.
Tahniah la, sekor jerung dah kena tangkap walaupun agak lambat. Diharap dapat ditangkap lebih banyak lagi jerung-jerung ganas ni...termasuklah bapak jerung.
Kita juga berharap jerung yang sekor ni tidak dilepas semula.
Segala puji bagi Allah Tuhan semesta alam, selawat dan salam ke atas junjungan besar kita Muhammad SAW serta para sahabat baginda. Selamat menyambut Maal Hijrah ke 1432 kepada seluruh muslimin dan muslimat. Tidak lupa untuk kita panjatkan doa kepada yang Maha Pencipta agar dikuatkan iman yang lemah untuk kebahagiaan di kehidupan yang kekal abadi kelak.
Tidak semua yang terkandung di dalam sejarah hijrah itu mampu untuk kita ungkapkan di ruang yang amat terhad ini. Namun kita tidak mahu ketinggalan untuk menatapi mutiara hijrah yang tak pernah padam itu. Firman Allah swt yang bermaksud:
"Dialah yang telah menjadikan malam dan siang silih berganti bagi sesiapa yang mengambil pelajaran atau ingin bersyukur." (Al Furqan: 62)
Kedatangan awal Muharram mengingatkan kita tentang sejarah hijrah Rasulullah SAW ke Madinah. Sambutlah dengan keazaman yang berkobar-kobar yang disulami dengan muhasabah dan semangat perjuangan.
Begitu indah dan bersopannya umat Islam jika segala perjalanan hidupnya berlandaskan syariat dan adab-adab Islam. Kita ambil sistem dan peraturan Islam untuk kita aplikasikan dalam semua aspek kehidupan secara total, meningkatkan mutu ibadah dan menunaikan segala tanggungjawab sebagai hamba nescaya hati kita akan lebih tenang dan yakin, mendapat keberkatan bahkan mampu mengembalikan semua kegemilangan Islam.
Sempena Maal Hiurah dan tahun baru ini adalah masa yang tepat untuk kita memperbaiki mana yang silap. Menggilap segala aset dan potensi yang ada dalam diri kita. Sesunggungnya Allah Maha mengasihi hamba-hambanya yang bertaubat.
Berhijrahlah daripada yang tidak baik kepada yang baik, daripada yang baik kepada lebih baik. Sesungguhnya kita adalah umat terbaik.
Masalahnya apakah bekalan kita? Bekalan jalan ini hanya satu sahaja iaitu TAQWA, merasai kebersamaan dengan Allah dan penuh yakin dengan Janji Allah yang pasti benar . Firman Allah maksudnya: "Dan merupakan hak kami untuk menolong orang-orang yang beriman." (Ar Rum: 47).
Salam Muharram dan ingatan ikhlas daripada Badan Perhubungan PAS Perak sempena Maal Hijrah 1432 Hijrah.
Operasi Gempur Daftar Pemilih kelolaan Dewan Pemuda PAS Negeri Perlis dilancarkan di DUN Santan Ahad lalu oleh Ketua Pemuda PAS Perlis, Ustaz Ya'akub Abu Seman.
Kali ini, modus operandi mensasarkan kepada ahli-ahli PAS sendiri.
Taklimat dan pelancaran di Markas DUN Saudara Nazri di rumah Bendahari Cawangan Alor Tampang
Ketua DPP Padang Besar di rumah AJK Kampung Paya
Petugas pemuda dibawa mengunjungi rumah-rumah ahli di 18 cawangan di dalam DUN Santan, mengisi borang maklumat isi rumah, sekaligus mendaftarkan mana-mana individu yang belum menjadi pemilih.
Operasi yang dijalankan selama kira-kira 4 jam ini berjaya memasuki kira-kira 120 buah rumah ahli.
Yang Dipertua PAS Kawasan, Haji Mohd Anuar Tahir menyeru agar jentera parti di semua peringkat bersiap sedia untuk menghadapi pilihanraya umm akan datang.
Beliau yang singgah sebentar di majlis taklimat Ops Gempur Daftar Pemilih di DUN Santan sempat bertemu dengan AJK MTD Santan dan AJK Pemuda yang hadir di markas DUN baru-baru ini.
"Jentera kita kena bersiap sedia. Biar apa sahaja isu semasa yang timbul, kita tetap kena bersiap sedia. Tak boleh duduk dalam gear satu lagi dah, kena masuk top gear .
"Pemuda juga kena memainkan peranan dengan aktif ," katanya.
Pada pagi tadi YB Dr Siti Mariah, YB Dr Xavier, Ahli Majlis MPK Sdr Azmi Jusoh serta para pegawai Majlis Perbandaran Klang telah melakukan lawatan kerja di Pekan Sri Andalas.
Lawatan ini dibuat hasil aduan yang dibuat oleh Ahli Majlis tentang permasaalahan yang dihadapi oleh pekedai-pekedai disana.
Alhamdulillah para pegawai MPK memberi persetujuan untuk memperbaiki semua masaalah yang dihadapi disana.
Bersama Azmi Jusoh dan pegawai MPK
Turut serta Yb Dr Xavier
Bertanya sesuatu kepada peniaga kecil
Menerima aduan terus dari peniaga dan pengunjung Sri Andalas
Keletihan nampaknya AJK PAS Kawasan, Pn Azimah dan rakan yang mengiringi YB dalam lawatan ini.
Parti-parti komponen Pakatan Rakyat (PR) yang terdiri daripada PKR, PAS dan DAP tidak akan mampu untuk menumbangkan Barisan Nasional (BN) secara bersendirian, kata Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng.
Justeru, Guan Eng berkata, PR perlu mencetus serta mencorakkan gelombang rakyat tanpa mengira kaum untuk bersama-sama pakatan itu bagi menumbangkan BN yang semakin rakus membolot kekayaan negara menjelang pilihanraya umum (PRU) ke-13.
"Selagi media arus perdana, wang dan jentera kerajaan terus dikuasai oleh BN, maka PR berada dalam keadaan yang tidak setara atau setanding untuk bertarung dengan BN, hanya gelombang kuasa rakyat jelata yang mampu untuk menumbangkan BN, "Itulah semangat atau intipati yang ingin kita tiup dan sampaikan dalam Konvensyen Kebangsaan PR yang akan diadakan pada 19 Disember ini dengan Pulau Pinang sebagai tuan rumah selepas Selangor menganjurkannya buat kali pertama tahun lalu,
"Konvensyen Kebangsaan PR kali ini sangat penting kerana ia mungkin menjadi persidangan utama PR terakhir sebelum pilihanraya umum (PRU) ke-13 yang dijangka pada suku pertama tahun hadapan, " katanya dalam satu kenyataan.
Menurutnya, BN semakin rakus membolot kekayaan negara tanpa mengambil kira ekonomi rakyat apabila menaikkan harga petrol RON95, diesel, harga gas asli cecair (LPG) dan harga gula.
Yang peliknya, kata beliau, syarikat-syarikat penjana tenaga persendirian atau IPP milik antara orang terkaya di Malaysia, umpamanya, terus menikmati subsidi gas.
Konvensyen kali kedua itu akan diadakan di Dewan Melinnium, Kepala Batas, Pulau Pinang pada 19 Disember ini dan dijangka dihadiri kira-kira 3,000 perwakilan.
Mereka termasuk pimpinan utama Pakatan seperti ketua umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim; penasihat DAP, Lim Kit Siang; presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dan Guan Eng yang juga setiausaha agung DAP, serta beberapa perwakilan asing.
Mengulas lanjut, Guan Eng berkata, walaupun Pulau Pinang di bawah pentadbiran Pakatan terus menerima asakan dan tohmahan Umno dan BN, namun pihaknya yakin rakyat akan tetap bersamanya.
Katanya, ini kerana rakyat tahu bahawa kerajaan negeri Pakatan sentiasa mengutamakan rakyat dan mentadbir negeri secara cekap, berakauntabiliti dan telus.
"Jika rakyat terus menyokong BN, maka mereka harus bersedia untuk menerima lebih banyak kenaikan harga minyak, tepung, susu, gula dan barangan keperluan asas lain sepertimana yang pernah diumumkan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Idris Jala, yang juga Ketua Pegawai Eksekutif Unit Penyampaian dan Pengurusan Prestasi (PEMANDU), " tambahnya.
Hijrah secara fizikal sudah berlalu, malah Rasulullah tidak galakkan lagi umat Islam berhijrah. Kita tidak perlu lagi berhijrah ke kampung lain, selagi kampung itu baik dan aman. Selagi penduduknya tidak menghalau kita keluar, selama itulah kita perlu tinggal dalam kampung itu apatah lagi kampung itu sudah menjadi milik kita.
Tetapi hijrah dalam bentuk sikap perlu dilakukan secara tertib dan bersistematik. Jadi, marilah kita berhijrah ke arah itu demi menjaga iman. Rasulullah ketika ditanya seorang penduduk Sham, apakah iman yang paling afdal? Baginda bersabda, hijrah. Dia bertanya lagi, apa itu hijrah? Baginda menjawab, kamu meninggalkan kerja dosa.
Dalam hadis yang sama, dikatakan terdapat pelbagai jawapan kepada persoalan apakah hijrah yang paling afdal. Antaranya ialah:
1- Hendaklah kamu meninggalkan apa yang diharamkan ke atas kamu,
2- meninggalkan apa yang tuhan kamu benci.
3- Dan akhirnya ingatlah Allah banyak-banyak.
Untuk melakukan hijrah ini, seseorang itu perlu kepada jihad melawan nafsu. Di manapun anda berada, hijrah ini perlu dilakukan dan jihad ini tidak pernah terhenti apatah lagi nafsu memang sentiasa berada dalam diri kita.
Mari kita tanya diri sendiri, sudahkah kita meninggalkan apa yang diharamkan oleh Allah? Kalau anda masih bergelumang dengan dosa dan melakukan perkara haram, maka jelaslah anda masih tidak berhijrah. Begitu juga kalau anda sudah boleh meninggalkan apa yang dibenci oleh Allah, maka ketika itu sudah boleh dikatakan sudah berhijrah. Tetapi kalau belum, jelaslah dia belum berhijrah.
Ingat Allah banyak-banyak bukan merujuk kepada zikir, tahmid, dan hamdalah. Ingat Allah bukan sekadar menyebut subhanallah dll. Tetapi ingat kepada Allah merujuk kepada kerja hati dan tindakan. Ingat kepada Allah mendorong kita melakukan sesuatu dengan tekun dan sabar.
Jadi, buktikan anda semua sudah berhijrah dengan banyak zikir atau ingatkan Allah banyak-banyak. Orang yang banyak ingat Allah tidak akan melakukan dosa biasa. Mereka yang ingat Allah itulah tanda sudah berhijrah. - Dicatat Oleh Blogger ke Fikrah Islamiah
Segala puji bagi Allah Tuhan semesta alam, selawat dan salam ke atas junjungan besar kita Muhammad SAW serta para sahabat baginda. Selamat menyambut Maal Hijrah ke 1432 kepada seluruh muslimin dan muslimat. Tidak lupa untuk kita panjatkan doa kepada yang Maha Pencipta agar dikuatkan iman yang lemah untuk kebahagiaan di kehidupan yang kekal abadi kelak.
Tidak semua yang terkandung di dalam sejarah hijrah itu mampu untuk kita ungkapkan di ruang yang amat terhad ini. Namun kita tidak mahu ketinggalan untuk menatapi mutiara hijrah yang tak pernah padam itu. Firman Allah swt yang bermaksud: "Dialah yang telah menjadikan malam dan siang silih berganti bagi sesiapa yang mengambil pelajaran atau ingin bersyukur." (Al Furqan: 62)
Kedatangan awal Muharram mengingatkan kita tentang sejarah hijrah Rasulullah SAW ke Madinah. Sambutlah dengan keazaman yang berkobar-kobar yang disulami dengan muhasabah dan semangat perjuangan.
Begitu indah dan bersopannya umat Islam jika segala perjalanan hidupnya berlandaskan syariat dan adab-adab Islam. Kita ambil sistem dan peraturan Islam untuk kita aplikasikan dalam semua aspek kehidupan secara total, meningkatkan mutu ibadah dan menunaikan segala tanggungjawab sebagai hamba nescaya hati kita akan lebih tenang dan yakin, mendapat keberkatan bahkan mampu mengembalikan semua kegemilangan Islam.
Sempena Maal Hiurah dan tahun baru ini adalah masa yang tepat untuk kita memperbaiki mana yang silap. Menggilap segala aset dan potensi yang ada dalam diri kita. Sesunggungnya Allah Maha mengasihi hamba-hambanya yang bertaubat. Berhijrahlah daripada yang tidak baik kepada yang baik, daripada yang baik kepada lebih baik. Sesungguhnya kita adalah umat terbaik.
Masalahnya apakah bekalan kita? Bekalan jalan ini hanya satu sahaja iaitu TAQWA, merasai kebersamaan dengan Allah dan penuh yakin dengan Janji Allah yang pasti benar . Firman Allah maksudnya: "Dan merupakan hak kami untuk menolong orang-orang yang beriman." (Ar Rum: 47).
Salam Muharram dan ingatan ikhlas daripada Badan Perhubungan PAS Perak sempena Maal Hijrah 1432 Hijrah.
USTAZ ABU BAKAR HUSSAIN (PESURUHJAYA PAS PERAK ) ustazabubakar.wordpress.com
Saya seisi keluarga dan semua staf Pejabat Pusat Khidmat ADUN Titi Serong serta warga kerja Blog Cina Islam mengucapkan Selamat Tahun Baru Hijrah 1432 kepada semua umat Islam dimana saja berada khususnya kepada pengunjung blog ini. Semuga kedatangan bulan Muharram pada tahun ini membawa satu sinar baru bagi perjuangan Islam yang kita dokong selama ini. sehungguhnya Muharram penuh dengan pengajaran dan hikmah yang tersendiri .
Firman Allah SWT yang bermaksud:"Dan orang-orang yang berhijrah kerana Allah sesudah mereka dianiaya, pasti kami akan memberikan tempat yang bagus kepada mereka di dunia. dan sesungguhnya pahala di akhirat adalah lebih besar, kalau mereka mengetahui, (yaitu) orang-orang yang sabar dan Hanya kepada Tuhan saja mereka bertawakkal.." – Surah an-Nahl, ayat 41-42
Bersyukur kita ke hadrat Allah SWT yang telah mengizinkan kita untuk terus hidup di bumiNya ini dan berada di ambang tahun baru 1432 H pada hari ini. Sesungguhnya nikmat kehidupan yang terus menerus dikurniakan Allah SWT kepada kita ini wajarlah digunakan untuk meningkatkan amalan dan ketaqwaan kita sebagai bekalan untuk mengadap Allah SWT suatu masa kelak.
Memperingati peristiwa hijrah bukanlah satu kegiatan yang diada-adakan tanpa asas. Sambutan ini yang dibuat untuk memperingati peristiwa hijrah yang dilalui oleh Rasulullah SAW sebenarnya telah diperintahkan oleh al-Quran sendiri. Allah SWT berulang kali di dalam al-Quran memerintahkan supaya manusia mengambil pengajaran daripada peristiwa-peristiwa yang dilalui oleh umat-umat yang terdahulu sebagai iktibar dan peringatan untuk semua. Justeru, memperingati peristiwa hijrah ertinya membelek semula lembaran sejarah untuk melihat dan mempelajari bagaimanakah pengorbanan yang telah dilalui oleh baginda Rasulullah SAW dan para sahabat demi menegakkan ketuanan Allah SWT di muka bumi ini.
Hari ini, setelah 1432 tahun ia berlalu, kisah hijrah Rasulullah SAW masih kekal segar dan terpahat kukuh dalam ingatan kita. Persoalannya, adakah cukup sekadar ia diingati dan disebut tanpa dihayati semangatnya? Tentulah tidak. Justeru, saya mengajak diri saya dan semua pihak agar sama-sama melakukan gerak kerja berhijrah untuk menjadi manusia yang lebih baik pegangan dan perilakunya selepas ini.
Lakukanlah hijrah ke arah kebaikan dalam semua aspek. Di bidang ekonomi, berhijrahlah dari ekonomi riba kepada ekonomi yang diredhai oleh Allah SWT. Di dalam bidang pendidikan, berhijrahlah dari sistem pendidikan yang hanya mengutamakan merit dan sijil semata-mata kepada sistem pendidikan yang benar-benar berteraskan wahyu dan berorientasikan pembentukan minda dan akhlak yang baik. Di dalam bidang politik, tinggalkanlah politik sekular dan berhijrah kepada politik Islam yang sebenar, politik yang turut mengambil kira soal dosa dan pahala di dalam gerak kerja. Seterusnya di dalam semua bidang di dalam kehidupan, selaraskanlah semuanya agar selari dengan tuntutan mencari keredhaan Allah SWT.
Insya-allah, kita yakin jika semangat ini dapat dihayati dengan sebaik mungkin, kita tidak akan berdepan dengan pelbagai masalah untuk mengurus tadbir kehidupan masyarakat.
Sekian.
MEMBANGUN BERSAMA ISLAM – KELANTAN MENERAJUI PERUBAHAN
Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz bin Nik Mat Pejabat Menteri Besar Kelantan. Bertarikh : 28 Zulhijjah 1431H / 5 Disember 2010M
SHAH ALAM: Bekas Menteri Besar Selangor Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo, yang dihadapkan ke mahkamah kerana dituduh berhubung kesalahan dalam pemilikan dua lot tanah dan sebuah banglo, akan melepaskanjawatannya sebagai ketua pembangkang di Dewan Undangan Negeri Selangor berkuatkuasa serta merta, demikian menurut laman web www.drkhir.com, Isnin.
Mohamad Khir, 45, anggota jawatankuasa Badan Perhubungan Umno Negeri, turut berkata beliau menyerahkan kepada pucuk pimpinan berhubung jawatannya dalam parti.
"Jika ia menjadi masalah besar kepada parti, saya rela mengundur diri. Namun sebagai wakil rakyat, saya akan terus berkhidmat walau atas platform manapun sehingga mahkamah membuat keputusan," katanya laman webnya itu pada pukul 5.18petang ini.
Mohd Khir, yang juga Ketua Umno Bahagian Sungai Besar, berkata apa yang diharapkan ialah perbicaraan itu didapat dijalankan secepat mungkin
KUALA LUMPUR, 6 Dis: Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan serangan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Najib Razak terhadap Pakatan Rakyat khususnya PKR dalam ucapan di Konvensyen BN semalam sebagai keras dan tindakan terdesak.
Anwar berkata, ucapan Najib yang juga Perdana Menteri itu jelas menggambarkan rasa cemasnya terhadap perkembangan politik semasa dan salah satu cara untuk mengalihkan kepincangan pentadbiran BN.
"Ucapan serangan Najib keras dan melambangkan sikapnya yang terdesak dengan perkembangan politik sekarang, nak alih isu kepincangan dalam pentadbiran dan rasuah dalam BN sendiri. Ini nampak lain dari 'style' Najib yang biasa. "Maknanya ini pelancaran perang untuk menghadapi pilihan raya," kata Anwar dalam sidang media di lobi Parlimen hari ini.
Ketua Pembangkang itu juga berkata, isu 'keluarga dalam PKR' yang dibangkitkan Najib sangat tidak relevan kerana kedudukan Najib juga berlatar belakangkan hubungan keluarga.
"Beberapa isu beliau bangkitkan begitu aneh seperti isu keluarga dalam parti dan sebagainya, datangnya dari seorang yang naik atas kapasiti ayahnya Perdana Menteri, lantik sepupu sebagai Menteri Dalam Negeri dan masih membangkitkan isu peribadi," katanya merujuk kepada ayah Najib, Tun Abdul Razak dan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein yang merupakan sepupunya.
Anwar yang juga ahli Parlimen Permatang Pauh turut mempersoal dakwaan Najib bahawa Pakatan Rakyat anti nasional.
Saya nak tumpu tentang Pakatan ini, beliau memberikan gambaran seolah-olah Pakatan Rakyat mengalami perpecahan. Isu apa?Anti nasional isu apa? Kita berpegang pada perlembagaan. Adakah menentang rasuah itu anti nasional?Cara melayani tunjuk perasaan aman rakyat menuntut hak mereka itu juga anti nasional?" soalnya.
Tambahnya, jika benar Najib seorang pemimpin yang bertanggungjawab, beliau akan memberi peluang kepada Pakatan Rakyat untuk membalas hujahnya secara bersemuka.
"Kalau benar beliau pemimpin bertanggungjawab, beliau tidak harus mengeluarkan kenyataan tak bertangugjawab dan harus beri ruang kepada pembangkang untuk menjawab. Ini seorang Menteri bercakap di hadapan ahlinya, tak beri ruang untuk kita menjawab. Ini membelakangkan semangat demokrasi dan perbahasan segar," katanya.
Sementara itu, Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar dengan nada sinis mengucapkan terima kepada kasih kepada Najib kerana memberikan mesej jelas kepada rakyat bahawa Pakatan merupakan gabungan masa depan.
"Saya ucap tahniahlah kepada Najib kerana tak dapat sembunyikan rasa cemasnya.
"Terima kasih juga kepada beliau kerana serangan beliau itu memberikan mesej jelas kepada rakyat bahawa Pakatan merupakan gabungan masa depan bagi rakyat Malaysia," kata beliau yang juga ahli parlimen Pokok Sena.
Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng pula meminta satu suruhanjaya siasatan diraja ditubuhkan bagi menyiasat kehilangan RM 52 bilion saham bumi untuk membuktikan keihklasan BN.
"Kalau Perdana Menteri serius menangani rasuah kita harap beliau boleh adakan suruhanjaya siasatan diraja ke atas skandal saham bumi sebanyak 52 bilion ringgit yang telah dilesapkan kerana sungguhpun RM52 bilion saham yang harus diberikan kepada golongan melayu ataupun bumiputera miskin sudah hilang, tiada sebarang tindakan diambil.
"Kenapa tak ada sebarang tindakan BN terhadap skandal ini?Jelas mereka hanya nak kekalkan kekayaan kroni mereka," katanya yang juga ahli Parlimen Bagan.
Najib dalam ucapan dasar sempena Konvensyen BN di Wisma MCA semalam menggelarkan Pakatan Rakyat sebagai pakatan nepotisme dan anti nasional.
PILIHAN Raya Umum ke-13 sudah semakin hampir. Ramai yang menjangkakannya berlangsung bulan Mac atau April 2011.Mac dipilih kerana ia bertepatan dengan Pilihan Raya Negeri Sarawak, yang sudah cukup tempoh lima tahun.
Barisan Nasional nampaknya tidak berani untuk bargain. BN tidak mempunyai keyakinan sepenuhnya kepada Ketua Menteri, Tan Sri Abdul Taib Mahmud untuk mengekalkan kemenangan besar BN pada pilihan raya negeri yang lalu.
BN jelas bimbang, jika hasilnya tidak baik, ia akan menjejaskan peluang BN untuk terus berkuasa di Kerajaan Pusat.
Lalu disebut-sebut pilihan raya Sarawak harus diadakan serentak dengan pilihan raya di peringkat federal.
Lagi pun dalam mesyuarat Majlis Tertinggi Umno baru-baru ini, Umno menangguhkan pemilihannya dalam tempoh 18 bulan, menandakan mereka sedang bersiap sedia untuk menghadapi PRU ke-13.
Penangguhan dibuat kerana Umno bakal menghadapi pemilihan pucuk kepimpinan tertinggi parti secara terus menerusi cawangan dan bahagian. Mekanisme pemilihan seakan-akan sama dengan cara Parti KeADILan Rakyat, baru-baru ini.
Maka sudah tentu pemilihan secara ini, akan mencetuskan ketegangan, bantahan dan krisis di kalangan pemimpin yang bertanding.
Ketegangan dan krisis ini kebiasaannya membawa perpecahan. Oleh itu, Umno mengambil keputusan menangguhkan pemilihan bagi mengelakkan perpecahan dalamannya, diambil kesempatan oleh musuh politik.
Apa pun Pakatan Rakyat tidak harus berpandukan kepada penangguhan perhimpunan Umno. Pakatan Rakyat juga Jangan menunggu, jangan berharap Umno-BN masih memerlukan masa untuk bersedia menghadapi PRU.
Memang sebagai sebuah entiti politik Umno-BN masih belum bersedia kerana mereka mempunyai banyak masalah dalaman.
Walau tidak sedia bagaimanapun mereka, Umno-BN tetap akan dibantu dengan media dan jentera-jentera kerajaan. Masalah dalaman mereka boleh ditutup dan ditampung oleh jentera kerajaan.
Justeru dalam PRU ini, Pakatan Rakyat bukan sahaja berhadapan dengan parti komponen BN, tetapi jentera kerajaan dan media yang akan dipergunakan untuk mempertahankan kerajaan Umno-BN.
Harus diperingatkan kepada pemimpin Pakatan Rakyat yang menguasai negeri-negeri Kelantan, Kedah, Pulau Pinang dan Selangor, usah dipercayai pegawai kerajaan negeri seratus peratus, kerana sebahagian besar mereka adalah balaci-balaci Umno-BN, yang mungkin melakukan sabotaj semasa PRU nanti.
Walaupun dari segi perbandingan, pemerintahan kerajaan negeri Pakatan Rakyat diberi kepujian kerana lebih cekap dan telus daripada kerajaan negeri pimpinan BN, namun semua itu tidak banyak diketahui rakyat.
Pagi petang siang malam media tali barut Umno-BN dipergunakan sepenuhnya untuk memburuk-burukkan Pakatan Rakyat. Tiada yang baik dari Pakatan Rakyat, semuanya buruk dari sisi media Umno-BN.
Mereka bukan sahaja memfitnah Pakatan Rakyat, malah berusaha keras untuk memecahbelahkan pakatan PAS, KeADILan dan DAP dengan menimbulkan pelbagai isu sensitif.
Isu-isu sensitif ini dilontar, sama ada berpunca daripada kelemahan Pakatan Rakyat dan juga berpunca daripada manipulasi media di atas kenyataan pemimpin tertentu.
Di atas kesempatan yang diambil media talibarut Umno-BN ini, jelas mereka berjaya memalitkan persepsi buruk kalangan tertentu terhadap Pakatan Rakyat.
Dalam soal politik, Umno-BN nampaknya seakan-akan berjaya memalit persepsi buruk bahawa Pakatan Rakyat tidak mempunyai kestabilan politik, tidak bersatu padu dan tidak mempunyai polisi yang jelas. Rakyat yang 'beriman' kepada media massa akan mempercayainya, walaupun hakikat sebenarnya tidak begitu.
Begitu juga dalam soal ekonomi, Umno-BN mempunyai kelemahan yang cukup besar. Mereka gagal menguruskan ekonomi negara dengan baik, penuh dengan rasuah dan ketirisan serta salah laku.
Namun, menerusi manipulasi media talibarut, ada kalangan rakyat yang terpedaya sehingga mempercayai bahawa ekonomi negara sedang pulih dari kemelesetan.
Inilah masalah yang dihadapi Pakatan Rakyat sebenarnya. Walaupun Pakatan Rakyat mempunyai pemimpin yang berkredibiliti, telus, transparen dan memerintah dengan adil, tetapi kebanyakan rakyat tidak mengetahuinya.
Kita harus disedari, persepsi sebegini amat berbahaya. Sebabnya orang yang menjadi ahli kepada parti politik yang bergabung dalam Pakatan Rakyat tidak ramai berbanding orang yang di luar sana.
Dalam erti kata lain pengundi atas pagar memainkan peranan amat penting dalam PRU ke-13. Mana-mana parti yang dapat 'catch' minda mereka, menerapkan persepsi baik, parti itulah yang akan diundi menerajui negara.
Persepsi ini adalah fenomena sementara yang boleh memberikan impak yang besar. Walaupun mungkin pengundi atas pagar sudah mengetahui Umno-BN mempunyai puluhan salahlaku, tetapi mungkin hanya dengan satu kebaikan sahaja, boleh menenggelamkan puluhan kesalahan Umno-BN.
Setakat ini berdasarkan kajian yang dibuat Merdeka Centre, trend rakyat yang cenderung terhadap Pakatan Rakyat dan BN masih 50:50. Ianya adalah paras berbahaya bagi kedua-dua pihak.
Tetapi harus diingat bahawa sokongan terhadap BN boleh menokok kerana ada kalangan rakyat yang cenderung kepada stail kepimpinan Perdana Menteri, Dato' Seri Mohd Najib Tun Razak. Kerana ada tinjauan yang mengatakan populariti Najib menokok sehingga 70 peratus.
Walaupun Najib tidak banyak berbeza berbanding bekas PM, Tun Dr Mahathir Mohamad dan Tun Abdullah Ahmad Badawi, namun ada persepsi yang cenderung bahawa Najib lebih baik daripada Mahathir dan Abdullah.
Oleh itu, ada penganalisis yang menjangkakan bahawa keyakinan pengundi terhadap populariti Najib, boleh memberi kelebihan kepada Umno-BN, walaupun kebanyakan rakyat cenderung menolak Umno-BN.
Persepsi baik terhadap Najib ini amat membahayakan Pakatan Rakyat. Najib dilihat baik kerana beliau tidak sekeras pendekatan Mahathir dan tidak selembap cara Abdullah.
Pakatan Rakyat juga harus memperhalusi beberapa kesan daripada keputusan pilihan raya kecil seperti di Bagan Pinang, Manek Urai, Hulu Selangor dan Galas.
Sebabnya ada andaian yang mengatakan terdapatnya fakta yang jelas bahawa ada di sekitar 5-7 peratus orang Melayu 'sudah kembali' menyokong BN. Angka-angka ini tidak semestinya accurate. Namun, ia cukup untuk dijadikan garis panduan yang kritikal.
Harus dikaji juga bagaimana trend kaum India dan Cina, supaya jika penurunan undi dari kalangan Melayu misalnya, dapat ditampung.
Ada juga tinjauan yang membimbangkan dari kalangan pengundi-pengundi muda. Dikhabarkan wujud pertambahan sekitar 10-20 peratus pengundi baru.
Trend pengundi-pengundi baru ini sukar dijangka. Mereka barangkali tidak menganggotai parti politik, atau mungkin juga tidak minat politik.
Selalunya sokongan golongan muda ini bersandarkan kepada populariti personaliti tertentu. Kuasa politik bukan sahaja harus disandarkan kepada akidah dan komitmen perjuangan, perlu diketengahkan bakal-bakal pemimpin atau personaliti tertentu yang dikenalpasti boleh menarik sokongan pengundi baru.
Pada hemat penulis, inilah di antara rangka program penting yang harus diperhalusi Pakatan Rakyat pada konvensyen kedua yang akan diadakan pada 19 Disember 2010 di Pulau Pinang.
Persediaan yang rapi harus dibuat bagi menghadapi pilihan raya. Masing-masing pemimpin harus merendahkan ego mereka, mengetepikan kepentingan peribadi dan meletakkan matlamat menumbangkan BN sebagai yang paling utama.
Harus dibincangkan bagaimana Pakatan Rakyat menangani fitnah. Bagaimana Pakatan Rakyat boleh mengelak daripada menimbulkan isu-isu yang kontroversial, yang boleh menjejaskan persepsi rakyat terhadap Pakatan Rakyat.
Oleh itu, jangan sesekali dijadikan konvensyen nanti sebagai 'funfair' untuk menghimpunkan ahli dan penyokong mendengar yang positif sahaja mengenai Pakatan Rakyat.
Ambillah kesempatan untuk bermuhasabah diri, ambillah peluang untuk memperkukuhkan kesatuan, agar mendapat kepercayaan majoriti rakyat untuk menerajui negara selepas PRU ke-13 nanti.
SHAH ALAM, 7 Dis: Dato' Dr Haron Din dianugerahkan Tokoh Maal Hijrah Negeri Selangor 1432H sebagai pengiktirafan pada penglibatan beliau dalam bidang dakwah sejak sekian lama.
Dalam Negeri