Rabu, 5 Oktober 2011

Dewan Pemuda PAS Negeri Sabah

Dewan Pemuda PAS Negeri Sabah


MEMORANDUM BANTAHAN TERHADAP PENJUALAN PULAU-PULAU MENTUKOD, MENGALUM DAN PANDANAN

Posted: 05 Oct 2011 03:18 AM PDT


MEMORANDUM BANTAHAN TERHADAP PENJUALAN PULAU-PULAUMENTUKOD, MENGALUM DAN PANDANAN

DEWAN PEMUDA PASNEGERI SABAH (DPPNS) mengalu-alukan jawapanyang dikemukakan oleh Pengarah JabatanTanah dan Ukur Sabah, Datuk Osman Jamal berkaitan isu penjualan Pulau-pulauMontukod,Mengalum dan Pandanan (rujuk: http://www.theborneopost.com/2011/09/24/no-application-for-sale-of-islands-%E2%80%93-director). Namun DPPNS berpendapat ia masihmendatangkan kekeliruan dan tidak dapat memberikan gambaran penyelasaian yangkonkrit bagi memastikan hak dan khazanah negeri Sabah terus terpelihara.
Timbul persoalan, bagaimana dengan mudahnya berlakupertukaran tanah atau "land swap" antara KementerianPertanian dan Industri Makanan dengan Pemaju yang hanya dikenali sebagai Wisma Pertanian terhadap Pulau Mengalumsedangkan ia terletak di Zon Ekonomi Ekslusif (ZEE) sangat bernilai yang kinitelah menjadi tarikan pelancongan. Transaksi ini sebenarnya telah menyebabkankerajaan kerugian jutaan ringgit di samping kehilangan khazanah yang sangatbernilai. Nyatakan Siapa Syarikat Pemaju Wisma Pertanian! Siapakah individuyang bertanggungjawab di sebalik Syarikat tersebut!
Bagaimana pula Pulau Pandanan boleh ditukar hakmilikkepada individu tertentu yang mempunyai keistimewaan untuk menjual pulauberkenaan di pasaran antarabangsa sedangkan pemilik waris yang mempunyai hakNCR di Pulau Pendanan Kecil, DatuPangeran Ahmad bin Datu Ali Alam, menyangkal bahawa tiada waris mengambiltindakan menjual Pulau demikian. (rujuk: http://www.sabahkini.net/index.php?option=com_content&view=article&id=8524:osman-jamal-berbohong-dan-berniat-jahat&catid=69:tanah-adat&Itemid=75). Nyatakan siapakah individu terbabit.Jika urusniaga terbabit dibuat tanpa autoriti pihak terbabit maka ini bolehdianggap sebagai pencabulan terhadap hak pulau tersebut.
DPPNS juga ingin mendapat penjelasan bagaimana PulauMontukod dan Pandanan yang memiliki status Native Title (NT) boleh dijual diPasaran Antarabangsa sedangkan kebenaran hanya untuk aktiviti pertanian.
Jika penganugerahan status CL tersebut bertujuanmembangunkan industri pelancongan di Pulau Mengalum mengapa tidak sajadiserahkan saja peranan tersebut kepada Taman-Taman Sabah yang kini mengurusbeberapa pulau seperti Pulau Tiga, Pulau Sipadan, Taman Marin Tun Sakaran danPulau Sipadan tanpa melepaskan setiap inci pun pulau tersebut kepada pihakAsing.
DPPNS mempersoalkan sekiranya penganugerahan pulautersebut telah dilakukan pada sebelum dari kerajaan yang ada sekarang, apatindakan yang perlu dilakukan untuk mempastikan kepentingan hak dan kepentinganbersama terjaga? Sedangkan Jabatan Tanah dan Ukur bolehmenguatkuasakan Seksyen 42,Ordinan Tanah Sabah Bab 68 bagi merampas hak tanah Adat terhadappenduduk-penduduk kampung di pedalaman, maka ia juga sepatutnya mampumenguatkuasakan undang-undang yang berada dalam ruang lingkup yang sama bagimenjaga kepentingan rakyat Sabah secara keseluruhan. Adalah memalukan jika pulauyang memiliki ratusan hektar, yang mempunyai kepentingan maritim dan kedaulatannegara di biarkan sahaja terlepas kepada Pihak Asing tanpa ada tindakan prerogatifdan bersungguh-sungguh untuk mempertahankannya.
Oleh itu DPPNS mengulangi pendirian agar kerajaanmenghalang penjualan pulau-pulau tersebut memandangkan ia akan mendatangkan banyak kerugianterutama kepada khazanah berharga yang menjadi hak kepada seluruh rakyat Sabah.

Lahirul Latigu
Ketua Dewan Pemuda PasSabah
(019-3692597)


KENYATAAN AKHBAR DEWAN PEMUDA PAS NEGERI SABAH TERHADAP PENJUALAN PULAU KEPADA PIHAK ASING

Posted: 05 Oct 2011 03:10 AM PDT




KENYATAAN AKHBAR DEWAN PEMUDA PAS NEGERI SABAH
TERHADAP PENJUALAN PULAU KEPADA PIHAK ASING
 
Dewan Pemuda Pas Negeri Sabah terkejut dengan penjualan 3 buah pulau iaitu Pulau Mengalum yang terletak di pesisir Kota Kinabalu, Pulau Pandanan di Semporna dan Pulau Montukod di luar pesisir kimanis yang diiklankanmenerusi pusat pasaran talian terus yang berpangkalan di Toronto, Kanada.

Jesteru Dewan Pemuda Pas Negeri Sabah amat kesal dengan pengakuan Pengarah Jabatan Tanah dan Ukur negeri, Datuk Osman Jamal yang menyatakan kerajaan tidak boleh menghalang penjualan Pulau-pulau tersebut kerana ianya adalah hakmilik persendirian.

Persoalannya bagaimana pulau-pulau sedemikian begitu mudah dimiliki oleh segelintir individu tertentu sedangkan ia merupakan khazanah berharga Sabah yang seharusnya dipulihara, yang boleh dijadikan sebagai tarikan pelancongan. 

Dewan Pemuda Pas juga hairan bagaimana Jabatan Tanah dan Ukur boleh dengan begitu mudah memberikan kelonggaran kepada individu tertentu untuk memiliki sebuah pulau sedangkan dalam masa yang sama Jabatan ini juga yang melakukan perampasan terhadap Hak Tanah Adat yang menyaksikan begitu ramai penduduk kampung yang tinggal di pedalaman diusir, ditangkap dan didakwa seperti laporan Suhakam yang menyatakan bahawa Sabah mencatat aduan tertinggi pencabulan tanah adat sebanyak 824 kes atau 82.4% antara tahun 2002 hingga suku pertama tahun 2011.

Jika Jabatan Tanah dan Ukur boleh menguatkuasakan Seksyen 42, Ordinan Tanah Sabah Bab 68 bagi merampas hak tanah Adat terhadap penduduk-penduduk kampung di pedalaman, maka ia juga sepatutnya boleh menguatkuasakan undang-undang yang sama bagi menjaga kepentingan rakyat sabah. 

Begitulah juga apabila kerajaan bersungguh-sungguh mempertahankan Pulau Sipadan dan Ligitan daripada tuntutan negara Jiran sedangkan bersikap dingin dan berlepas tangan terhadap penjualan 3 buah pulau ini dari terlepas kepada pihak asing. Seluruh dunia kini menyaksikan perebutan pulau-pulau bagi memastikan sesebuah negara dapat meluaskan kawasan pesisir dan sempadannya. Tidak mustahil pembelian pulau ini akan membolehkan negara Asing dengan mudah memperluaskan kedudukan strategik mereka.

Jesteru Dewan Pemuda Pas Sabah mendesak supaya kerajaan Sabah menghalang urusniaga penjualan tersebut memandangkan ia akan memberi kerugian kepada khazanah berharga yang menjadi hak kepada seluruh rakyat Sabah.

Dedahkan siapa pemilik pulau-pulau tersebut yang begitu tamak sanggup menjual sebahagian dari tanahair sendiri dan siasat juga bagaimana mudahnya mereka ini memperolehi tanah seluas pulau!
 
LAHIRUL B. LATIGU
KETUA DEWAN PEMUDA PAS SABAH

Pakatan Rakyat

Pakatan Rakyat


DIALOG RAKYAT

Posted: 05 Oct 2011 04:21 PM PDT

Sisters in Islam tegas bantah hudud, dakwa tidak adil kepada wanita

Posted: 05 Oct 2011 05:52 AM PDT

TERKINI

Oleh G Manimaran

KUALA LUMPUR — Pertubuhan bukan kerajaan Sisters in Islam (SIS) kekal dengan pendiriannya menentang pelaksanaan hukum hudud di Malaysia atas alasan ia tidak akan membawa keadilan kepada kaum wanita.

Pengarah Eksekutif SIS Ratna Osman berkata, pihaknya kekal dengan pendirian yang diputuskan sejak 1993 itu - pada tahun kerajaan negeri Kelantan pimpinan PAS meluluskan enakmen bagi menguatkuasakan perundangan itu.

Terengganu membawa enakmen yang sama 10 tahun kemudian.

Bagaimanapun pelaksanaan terbantut ekoran sekatan pusat atas alasan kedudukan Perlembagaan Persekutuan.

Kata beliau, SIS menentang perundangan itu kerana ia akan menafikan hak kaum wanita selain bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan dan melanggar jaminan berperlembagaan yang diperuntukkan.

"SIS percaya bahawa masyarakat perlu dikawal selia selari dengan prinsip kesaksamaan, keadilan dan maruah, dan bukannya menerusi penghakisannya dengan hukuman-hukuman kejam dan keras," kata beliau dalam satu kenyataan dikeluarkan hari ini.

Jelas beliau, hukum hudud mendiskriminasikan kaum wanita kerana beban pembuktikan, misalnya dalam kes rogol, terletak pada bahu mangsa.

"Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Terengganu (Hudud dan Qisas) 2002 mengatakan bahawa di bawah Seksyen 9, seorang wanita yang membuat laporan dia telah dirogol boleh dituduh qazaf dan dikenakan sebatan sebanyak 80 kali jika dia gagal menyediakan bukti. "Meskipun pindaan telah dibuat untuk membenarkan bukti situasi, masih wujud kekeliruan," katanya sambil menambah, "sebagai contoh, pihak mana yang perlu menyediakan bukti iaitu polis atau mangsa?"

"Pindaan tidak mencukupi dan keseluruhan undang-undang ini kekal sesuatu yang tidak adil," kata beliau.

Beliau menambah, di bawah enakmen Kelantan pula, seorang wanita yang mengandung atau melahirkan anak disebabkan kejadian rogol, dianggap telah melakukan zina meskipun dia merupakan mangsa dirogol.

"Ketidakupayaan menyediakan empat saksi lelaki akan berakhir dengan (andaian) telah melakukan zina sedangkan perogol pula bebas," kata Ratna.

Sambil menegaskan seorang wanita tidak boleh menjadi saksi, kata beliau, mereka dari kepercayaan yang lain pun tidak boleh menjadi saksi.

"Sebenarnya tiga per empat penduduk Malaysia tidak layak menjadi saksi," katanya lagi.

Justeru kata beliau, enakmen-enakmen hudud di Kelantan dan Terengganu melanggar prinsip hak asasi manusia dan keadilan dan kesaksamaan dalam Islam.

"Ia memperuntukkan hukuman yang dilihat kejam, tidak perikemanusiaan dan mengaibkan," katanya lagi.

Oleh itu kata beliau, SIS mahu menekankan pendiriannya bahawa undang-undang hudud tidak berperlembagaan dan tidak boleh dilaksanakan di negara ini.

"Ia melanggar prinsip-prinsip universal hak asasi manusia dan diskriminasi ke atas kaum wanita," katanya lagi.

Sambutan hambar terhadap perkhidmatan emel '1M'sia '

Posted: 05 Oct 2011 05:47 AM PDT


Lee Way LoonSistem pembayaran dalam talian dan perkhidmatan Myemail - yang membabitkan kos RM50 juta - telah mengumpulkan 3,000 pelanggan sejak dilancarkan pada 14 September lalu, kata penyedia perkhidmatan tersebut - Tricubes Berhad.

Dtricubes press briefing 051011 khairun zainal mokhtar pointingalam taklimat media di Kuala Lumpur hari ini, Ketua Pegawai Eksekutif Tricubes, Khairun Zainal Mokhtar berkata, angka itu jauh daripada sasaran 5.4 juta pelanggan yang ditetapkan oleh Unit Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaan (PEMANDU).

"Kami mensasarkan seramai mungkin pelanggan, dan kami yakin dengan sasaran kami itu walaupun PEMANDU telah menetapkan sasaran 5.4 juta pelanggan menjelang akhir tahun ini," katanya.

Apabila ditekan lanjut, Khairun berkata, ramalan dalaman telah disemak semula kepada 2 juta pelanggan pada tahun 2012.

Sebelum ini dikenali sebagai perkhidmatan 'e-mel 1 Malaysia', Myemail dilancarkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada 19 April, dan terus menjadi sasaran kritikan orang ramai.

Terdapat kebimbangan mengenai aspek privasi dan sama ada jumlah wang yang dibelanjakan itu wajar, memandangkan kebanyakan perkhidmatan emel, adalah percuma. Terdapat juga persoalan mengenai status GN3 Tricubes.

Hudud tak boleh, Namewee penghina azan boleh pula macam jadi ikon 1Malaysia

Posted: 05 Oct 2011 05:39 AM PDT

Oleh Penarik beca

Saya ni dari fahaman yang suka kalau mana-mana puak pro-Islam menang, mereka dahulukan, dan buktikan memang sungguh-sungguh depa buat, benda yang tak pahttps://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgPIC2GxSv2WVtd3HagxQAZz-lPDAcSiFi_0Y0NYozkLDq7n4krjxnCflkGl6xOXL1UBXqZhNtpk-PUf4-rZLb9fyzc-B0gdJulsqhNWUUQu1LuVKRrGoinDJQHmYn0eBs-XicTHJWF/s1600/Saya+sokong+usaha+Namewee+-+Najib+30-9-2011.jpgyah pinda undang-undang dulu - pemimpin berkorban, pemimpin bersederhana, pemimpin berjimat, pemimpin meletakkan keutamaan yang betul (melawat luar negara tak tentu fasal bukan keutamaan - orang dapat berniaga dengan syarikat besar luar negara dengan memanfaatkan kecanggihan zaman IT ja, yang hampa kononnya pi melawat luar negara nak cari pelabur apa pun tak dapat, kena tipu ada la), tubuhkan pasukan khas yang sukarela atau kerajaan yang tubuhkan pasukan tersebut di bawah mana-mana jabatan kerajaan yang berkaitan serta dibayar gaji oleh kerajaan tersebut untuk menyantuni rakyat yang bermasalah, macam-macamlah, jaga alam semulajadi dan tidak berlaku seperti di Lojing, tidak kenduri balak atau tanah rakyat, macam-macam boleh buat dengan semangat Islam tanpa perlu pinda undang-undang.

Maknanya, beri keutamaan dan dahulukan apa jua kempen atau movement di mana pemimpin dan parti pro-Islam yang memerintah yang terlebih dahulu dan sungguh-sungguh menunjukkan contoh, yang buat dulu, bukan takat sembang deras ja (Tapi itu tak bermakna saya menolak pindaan undang-undang untuk laksana Islam. Na'uzubiLlah!).

Sama ada benda-benda macam pengorbanan, kesederhanaan atau penjimatan itu berlaku atau tidak dalam kerajaan Kelantan dari tahun 1990 hingga kini, dalam kerajaan Kedah 2008 hingga kini dan dalam kerajaan Terengganu 1999-2004, biar rakyat nilai sendiri. Saya bukan jurucakap kerajaan-kerajaan itu. Bab kerajaan Pulau Pinang dan Selangor, saya tak nak sentuh sebab teraju utama kerajaan negeri-negeri tersebut bukan dari parti yang vokal dengan cakap-cakap pro-Islam.

Meskipun begitu, saya tak boleh duduk diam kalau orang cakap tak kena gaya fasal hukum hudud, apa lagi kalau cakap bukan-bukan. Sebab hudud hukum Allah s.w.t. Kalau hudud ciptaan PAS, biar PAS jawab sendiri la.

Berita Malaysian Insider bertajuk "Mahathir: Umno boleh kalah besar jika PRU-13 sekarang" melaporkan:

"Negara ini mengandungi penduduk berbilang agama dan bangsa. Kalau 100 peratus Islam tiada masalah. Hudud yang hendak dilaksanakan terhadap orang Islam sahaja seperti kata (Datuk) Nik Aziz Nik Mat (Mursyidul Am Pas), itu betul... tidak adil. Islam menuntut keadilan dalam semua perkara.

"Dalam satu kes melibatkan seorang Islam dan seorang bukan Islam, orang Islam dihukum potong tangan dan bukan Islam dijel... adilkah itu. Bagi Nik Aziz adillah, bagi saya tidak adil.

"Kalau nak potong tangan, sama-sama kena potong tangan, kalau jel, sama-sama masuk jel. Jenayah sama hukuman pun patut sama," kata beliau lagi.

Dalam hukum demokrasi yang orang cerita kat saya (saya tak sebut hukum Islam sebab saya tak berapa reti Islam), Dr Mahathir is entitled to his opinion. Demokrasi juga membenarkan beliau menyuarakan pandangannya.

Dan, dengan menggunakan hukum demorasi juga, saya nak menggunakan hak saya untuk berkata dan bertanya, "Balik-balik modal tu ja yang depa pakai. Tak dak modal lain ka?"

Saya dah bagi pandangan saya terhadap modal yang balik-balik modal tu ja dalam posting bertajuk "RPK is not right too (2)". Antara lain saya kata:

Begitulah juga, apabila kita tak boleh nak paksa orang bukan Islam memeluk Islam, takkan pula kita nak paksa supaya mereka juga tertakluk kepada hukum-hukum Islam. Hakikat bahawa mereka tidak tertakluk kepada hukum Islam itulah yang lebih adil kepada mereka.

Yang tidak adil ialah apabila kita mempersoalkan kenapa kita saja yang kena dan depa tak kena. Apa adilnya menolak hukum-hukum Islam sedangkan hati kita masih nak jadi Muslim? Apa adilnya tak nak ikut peraturan tentera sedangkan pada masa yang sama tak nak pula keluar dari pasukan tentera?

Bijaksanakah bila kita mempersoalkan mengapa tentera saja yang dipaksa mematuhi undang-undang tertentu sedangkan yang bukan tentera tidak tertakluk kepada undang-undang yang sama? In the first place, why did you join the military? Ada orang paksa ka? (Kalau tak dak kerja apa nak buat dan kalau rajin, pi baca)

Saya tak nak sebut fasal orang lain. Oleh kerana Perdana Menteri dilihat sebagai orang yang perintah Malaysia, saya nak tanya kenapa bila bab hudud, terang-terang dia gambarkan hudud tak boleh dilaksanakan di negara ini (tak payah nak bajet macam reti sangat dengan melenturkan lidah menyebut perkataan maqasid syari'ah. Dalam posting bertajuk "Guna Islam untuk tak nak buat apa Islam suruh buat", saya dah sebut, "bila ahli-ahli politik sebut fasal maqasid syariah, mereka sebenarnya sedang menggunakan hujjah dari cabang ilmu Islam untuk tak nak buat Islam, untuk menolak perlaksanaan apa yang Allah s.w.t. suruh laksanakan").

Yang kurang ajarnya, si Namewee penghina azan boleh pula Perdana Menteri terkernyih-kernyih baik sangat dengan dia dan alu-alu macamlah penghina azan tu jadi ikon 1Malaysia. Kalau ya pun kemaruk undi Cina, jangan la penghina azan pun hang angkat macam bagus sangat pulak.

Sampai hari ini aku seduit pun tak percaya Namewee ni. Aku kena tangkap, sebab polis rasa terhina. Tapi dia yang hina azan, kata orang pakai tudung bungkus kepala, tak kena tangkap. Malah, Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) jemput dia macam VIP untuk memberi keterangan. Aku bukan nak sangat orang lain kena tangkap. Tapi yang aku komplen ialah nampak sangat tak adil.

Hebat Namewee, dia boleh anjing babikan semua orang. Maklumlah, pemimpin Barisan Nasional (BN) macam bertukar-tukar baton dengan beberapa pemimpin Pakatan Rakyat (PR) dalam relay tak habis-habis untuk memaafkan dan menyanjung penghina azan tu. Konon tak sengaja.

Kurang ajaq punya kerajaan. Hudud tak boleh, Namewee penghina azan boleh pula macam jadi ikon 1Malaysia. Kurang ajaq! Kurang ajaq! Kurang ajaq! - DETIK DAILY

Kontroversi sama yang diulang-ulang

Posted: 05 Oct 2011 05:36 AM PDT

Oleh Zulkifli Yahaya

Media tali barut Umno sentiasa mengintai peluang untuk menjejaskan peluang Pakatan dalam PRU13 dan isu hudud tidak pernah ditinggalkannya.

Pihak yang mencetuskan isu tersebut ialah media propaganda BN, dalam waktu yang sama PAS pula dituduh sengaja mencetuskan isu tersebut menjelang pilihan raya untuk meraih sokongan Melayu.

Walhal merekalah yang sengaja mencuitnya dengan mengajukan soalan kepada pemimpin tertentu parti bagi mencetuskan provokasi.

Pada sebilang masa pun PAS tidak mungkin membatalkan hasrat hendak menegakkan Islam sebagai cara hidup dalam diri hinggalah bernegara kerana itulah tuntutan Islam yang sebenar.

Hukum hudud cuma sejuzuk kecik dari keseluruhan ajaran Islam yang sangat luas tetapi menolak juzuk yang kecil itu boleh membawa kehancuran aqidah atau murtad.

Jadi siapapun pemimpin PAS yang diajukan soalan mengenai hudud tidak mungkin membuat kenyataan menolaknya.

Malangnya tokoh rakan sekutu yang seorang ini, sering terperangkap dengan provokasi media, menyerahkan leher untuk direjut tali gantung yang disediakan Umno. Saya telah menulis berkali-kali mengenai isu yang sama, tetapi kontroversi yang sama juga berulang-ulang.

Saya tetap tidak jemu memberi penjelasan yang sama.

Niat jahat media tali barut BN sangat mudah dihidu berhubung isu hudud. Jika PAS umumkan bahawa hudud hanya akan dibuat dengan persetujuan semua parti komponen Pakatan Rakyat, maka PAS akan dituduh tunduk pada DAP. Tetapi jika PAS umum akan tetap laksanakan hudud, maka provokasi besarbesaran akan dilakukan terhadap masyarakat bukan Islam untuk menolak PAS.

Di sebalik isu hendak buat atau tidak mahu, berselindung satu lagi persoalan besar iaitu boleh buat atau tidak boleh buat. Sangat jelas perbezaan antara 'hendak buat' dan 'boleh buat' tapi malangnya peguam yang hebat pun tidak faham, lantas mengandaikan hudud boleh dibuat tanpa pindaan Perlembagaan.

Pindaan Perlembagaan ke arah pelaksanaan hudud perlukan sokongan dua pertiga di Parlimen. Khusus untuk mengizinkan pelaksanaan hudud di negeri, Parlimen perlu meminda Akta 355, Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 terlebih dahulu.

Tanpa sokongan dua pertiga maka PAS bersendirian 'tidak mampu' melakukannya. Kalau PAS menang semua kerusi Parlimen pun, jumlahnya masih tidak mencukupi untuk meminda Perlembagaan. PAS perlukan sokongan KeADILan dan DAP – jika ditakdirkan Pakatan memerintah.

PAS berhasrat mahu laksanakan hudud tetapi DAP tidak mahu, maka PAS dikira 'tidak mampu' laksanakannya. Tidak berdosa seorang miskin yang tidak mampu menunaikan haji di Makkah lantaran tiada wang, sedangkan dia memang menyimpan cita-cita dan berusaha untuk menunaikannya.

Bagi pemimpin DAP yang seorang itu, tidak perlulah beriya-iya sangat untuk menyanggah hudud dengan kenyataan yang 'berlebihlebihan'.

Dia pun tahu pindaan Perlembagaan hanya boleh dibuat dengan sokongan dua pertiga di Parlimen. Cukup dengan berkata, DAP tak sokong hudud, maka mustahil pindaan Perlembagaan boleh dibuat.

Persoalan besar dan terpenting bagi rakyat Malaysia ialah menamatkan kebejatan BN yang memerintah lebih separuh abad.

Jika BN dapat ditumbangkan tanpa perlaksanaan hudud pun maka ia tetap lebih baik daripada membiarkan BN terus memerintah – yang pastinya hudud tidak terlaksana juga. Segala kebejatan itu berakar umbi dalam kerajaan tanpa dapat dibendung lagi.

Sehebat-hebat PAS sekalipun, tidak akan dapat melakukan apa-apa untuk membetulkan segala kepincangan itu seandainya bersama dalam BN (Wal'iyazubillah, itu cuma andaian). Satu-satu cara untuk 'membunuh' semua kebejatan itu ialah dengan menumbangkan BN di Pusat.

Jika waqi' dan biah yang ada; menuntut kerjasama dengan DAP sebagai prasyarat mencapai cita-cita tersebut maka tentu ia menjadi keutamaan. Tidak betul untuk membiarkan pihak yang zalim terus berkuasa hanya kerana merasakan satu juzuk dari ajaran Islam (hudud) tidak dapat dilaksanakan jika berkongsi kuasa.

Kita tidak boleh menunggu mampu buat semua perkara, baru hendak memulakan semua perkara. Kaedah feqah sangat jelas, 'tak boleh buat semua jangan tinggal semua'.

Realiti politik di Malaysia ialah, tidak ada manamana parti politik pun (yang berasaskankaum atau agama) boleh membentuk kerajaan secara bersendirian.

Pola komposisi kaum yang diwujudkan oleh penjajah, menyebabkan mana-mana parti yang didominasi oleh orang Melayu memerlukan sokongan parti kaum minoriti untuk membentuk kerajaan.

Terlalu lama parti pembangkang membazir masa berbicara mengenai perbezaan sewaktu berpakat menumbangkan BN, sehingga BN yang 'jahat' itu terus berkuasa.

Sepatutnya tumbangkan dulu BN, baru fikir untuk bertelingkah (jika rasa perlu).

Pemuda PR Berhimpun Di Rembau Esok Hadapi Gangster UMNO Yang Menyamar Perkasa

Posted: 05 Oct 2011 05:34 AM PDT

KELAB GREENBOC Dua minggu lepas Majlis Mesra Aidilfitri anjuran PAS Cawangan Ampangan, dekat Seremban telah di serang ala 'gangster' oleh Pemuda Umno yang menyamar sebagai ahli Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa).

Ketua PKR Cabang Rembau, Badrul Hisham Shaharin berkata, jelas tindakan mereka berhimpun secara haram dan melakukan gaduh gempar tempat awam serta mengganggu program yang mendapat permit polis adalah salah.

"Ternyata polis gagal melindungi orang awam apabila ada anggota polis yang dari awal berada ditempat kejadian gagal bertindak," katanya dalam satu kenyataan.

Menurutnya, sekurang-kurangnya dua orang awam yang hadir majlis tersebut cedera dan berdarah. Satu laporan polis telah dibuat dua hari selepas kejadian.

Badrul Hisham @ CheguBard memberitahu identiti pihak yang terlibat telah pun didedahkan namun sehingga kini seperti tidak ada sebarang tindakan.

"Malah timbul pula persoalan adakah senyapnya pasukan polis ini ada kaitan juga dengan Majlis Jamuan Aidilfitri tajaan Umno yang diadakan dalam premis PDRM (Polis DiRaja Malaysia) yang ditaja oleh Umno Seremban, selepas kejadian tersebut.

Beliau berharap polis bertindak profesional dan yakin polis juga tidak suka dengan tindakan samseng Umno yang jelas tidak menghormati pasukan keselamatan dan undang-undang negara tetapi mereka tersepit dengan tekanan daripada pihak 'atasan'.

"Kita minta polis bertindak secara profesional khususnya kepimpinan polis di Negeri Sembilan serta beliau amat kesal dengan tindakan menekan dan menghina polis negeri ini oleh mereka yang berkuasa.

"Kita juga memohon orang ramai untuk bersama-sama memberi sokongan kepada polis bagi bertindak profesional dan tidak tunduk dengan tekanan atasan semata-mata.

Ujar CheguBard, "Pemuda Umno berkelakuan sombong dan bongkak serta merasakan polis boleh diperkudakan memandangkan Perkasa Negeri Sembilan secara terbuka memberi amaran kepada Mohamad @ Mat Sabu supaya jangan masuk ke negeri itu.

Menurut beliau, Pakatan Rakyat Rembau akan mengadakan satu majlis Ceramah Perdana bersama Mat Sabu esok, 6 Oktober jam 9 malam di Kg. Pulau Bintongan, Rembau. -FMT

SAH!!! UMNO berlindung dibalik PERKASAM serang ceramah Mat Sabu

Skandal Stadium Terengganu, Wang Rakyat Terbuang Ke Laut Cina Selatan

Posted: 05 Oct 2011 05:26 AM PDT

KELAB GREENBOC
Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin telah siap dibina pada tahun 2008 menjelang berlangsungnya sukan SUKMA yang diadakan di negeri Terengganu.

Projek 'kebangaan' kerajaan negeri di bawah kepimpinan Umno/BN ini pada mulanya di jangka siap pada tahun 2007 dengan kos asal projek berjumlah RM191 juta.

Namun akibat daripada berlakunya kelewatan siapnya projek ini lebih dari setahun, kosnya telah melambung naik kepada lebih RM 292 juta.

Projek mega ini telah di serahkan perlaksanaannya kepada tiga 'kontraktor kroni' utama iaitu Bina Struktur, Emarcon dan Genggam Mercu Sdn Bhd. Manakala pembekal utama bumbung stadium berbentuk 'space frame' ini adalah syarikat Sowon Pte Ltd dari Korea Selatan.

Namun pada 2 Jun 2009 suatu tragedi yang amat memalukan seluruh rakyat Terengganu telah berlaku. Pada jam 9.40 pagi, sebahagian daripada bumbung utama stadium kebangaan ini telah runtuh.

Mujurlah tiada sebarang kemalangan jiwa yang berlaku dalam insiden ini tetapi terdapat beberapa kenderaan yang rosak teruk akibat daripada keruntuhan itu. Semasa kejadian, projek ini masih lagi dalam tempoh tanggungan kecacatan' dan pihak kontraktor yang sedang melaksanakan kerja-kerja membaiki kecacatan.

Pada 15 Jun 2009, satu Jawatankuasa Khas Penyiasatan telah ditubuhkan oleh Kementerian Kerjaraya (JKR) untuk menyiasat punca berlakunya keruntuhan bumbung stadium ini. Hasil dari penyiasatan yang telah dijalankan ini taklimat telah diberikan kepada Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) di bawah Parlimen Malaysia.

Antara faktor yang telah dikenalpasti oleh pihak JKR semasa taklimat kepada PAC adalah empat punca utama iaitu;

* Rekabentuk yang tidak memadai; perekabentuk gagal untuk mengambilkira pertimbangnan yang secukupnya terhadap keadaan penyokong kepada struktur bumbung.
* Bumbung tidak dibina dengan sempurna menyebabkan berlaku salah jajaran kepada geometri
* Kawalan kualiti tidak dilaksanakan di tapak.
* Bahan dan kualiti hasilkerja (workmanship) tidak memenuhi spesifikasi yang telah ditentukan. Mutu pembuatan komponen keluli didapati tidak baik dan tidak memenuhi spesifikasi yang ditentukan.

Isu runtuhnya bumbung Stadium Sultan Mizan ini adalah amat mendukacitakan serta memalukan seluruh rakyat Terengganu.

Walaupun kerajaan negeri telah berbelanja ratusan juta, kini telah lebih dua tahun stadium ini tidak dapat digunakan langsung. Manakala kerja-kerja baikpulih tidak berjalan lancar seperti yang di jangkakan.

Ramai kalangan rakyat Terengganu yang tertanya-tanya bilakah baikpulih stadium ini akan disiapkan? Dan siapakah yang sebenarnya bertanggungjawab terhadap keruntuhan yang memalukan ini?

Dan pihak manakah yang akan menanggung kos baikpulih ini? Dan berapakah pula kos sebenar baikpulik stadium ini yang bernilai hampir RM300 juta ini?

Skandal besar yang memalukan ini perlu kepada penjelasan telus dari pihak kerajaan Terengganu khususnya di bawah kepimpinan Datuk Seri Ahmad Said (kiri) sebagai menteri besar. Beliau tidak boleh menutup 'sebelah mata' dengan menyalahkan 'kontraktor kroni' kepimpinan yang lalu di bawah Datuk Seri Idris Jusuh (atas, kanan) semata-mata.

Menurut Ahmad Said, tambahan kos kepada penyelengaraan pembaikan stadium ini adalah di tanggung oleh tiga kontraktor utama yang bertanggungjawab. Kini persoalan besar yang timbul adalah apakah keseluruhan struktur stadium ini selamat untuk digunakan?

Dan berapakah tanggungan kerajaan negeri dalam baikpulih yang sedang berjalan ini?

Amat malang nasib rakyat di negeri Darul Iman ini.

Negeri yang kaya raya ini berhadapan dengan pelbagai skandal, salah-urus dan masalah kepimpinan yang amat lemah. Rakyat terpaksa menanggung bebanan masalah stadium yang runtuh, kolam renang yang bocor, stesen bas yang runtuh bumbungnya serta projek-projek pembaziran seperti zoo di Kemaman, subsidi 'atap biru', penberian air zam-zam dan buah kurma, yang semuanya melibatkan pembaziran dan kerugian ratusan juta ringgit.

Ya... RM300 juta yang di belanjakan untuk Stadium Sultan Mizan ini berkemungkinan besar akan terbuang ke Laut Cina Selatan sahaja... dan penyu terpaksa menangis lagi di negeri Ganu kite ini.

Penulis (Dr Syed AzmanSyed Ahmad) adalah penolong setiausaha Agung PAS dan juga ADUN Batu Buruk, Terengganu.

SAH!! Cincin RM24 Juta Memang Wujud. Disahkan Oleh Kastam. Tetapi, Peliknya Tiada Pembeli?

Posted: 05 Oct 2011 05:20 AM PDT


cincin rosmah mansor4 SAH!! Cincin RM24 Juta Memang Wujud. Disahkan Oleh Kastam. Tetapi, Peliknya Tiada Pembeli?

Punyalah kecoh sebelum ini tentang "kedatangan" cincin bernilai RM24 juta ke Malaysia. Dikatakan cincin RM24 juta milik isteri kepada Perdana Menteri Malaysia, Rosmah Mansor. Bagaimanapun, Rosmah Mansor telah menafikan dan menyifatkan ia hanyalah fitnah dan malas nak melayan tuduhan seperti ini.

Pelbagai alasan yang keluar bagi menafikan dakwaan "kehadiran" cincin RM24 juta yang digelar "Natural Fancy Gray Cushion Cut Diamond'. Antaranya ialah :

  • Cincin RM24 juta itu tu dibawa masuk Malaysia disebabkan ada pameran sulit
  • Bekas Setiausaha Sulit Datuk Seri Anwar Ibrahim, Anuar Shaari mengatakan beliau tahu cincin RM24 juta itu telah dipesan oleh bakal besan Perdana Menteri, Maria Nazabayev. (Sumber : Utusan)

Cincin RM24 juta didakwa milik Rosmah Mansor timbul apabila rekod menunjukkan nama Rosmah Mansor dimuatkan dalam ruang penerima dalam borang pelanggan, yang didakwanya bukti menunjukkan pembabitan isteri Datuk Seri Najib Razak itu. Terbaru, Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) mengesahkan cincin berlian RM24 juta yang didakwa dibeli isteri perdana menteri Rosmah Mansor benar-benar wujud.

Bertambah pelik lagi apabila, jawapan bertulis yang diberikan semalam dalam dewan parlimen oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz kepada ahli parlimen Segambut Lim Lip Eng mengatakan tiada pembelian dibuat terhadap cincin RM24 juta.

"Dalam isu yang dibangkitkan ini, SPRM (Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia) telah merujuk kepada JKDM, dan pihak JKDM telah mengesahkan bahawa tiada sebarang pembelian ke atas cincin tersebut.

"Setelah beberapa hari cincin tersebut dikembalikan semula kepada syarikat pemunya cincin berkenaan," katanya.

Yang menjadi persoalannya, kalau dah tiada pembelian yang dibuat terhadap cincin RM24 juta ini, apa tujuan cincin tersebut boleh sampai ke Malaysia? Adakah cincin RM24 juta sedang "buat lawatan muhibbah ke Malaysia" dengan sendirinya? Sekarang ini….
  • Nama Barangan: Natural Fancy Blue Gray Cushion Cut Diamond
  • Nama Pengekspot: Jacob & Co dari New York
  • Nama Pengimpot: Datin Seri Paduka Rosmah Mansor dan Jeremi Beh Sin Tee
  • Tarikh Import: 6-04-2011
  • Tempat Impot: KLIA
  • Sender ada
  • Maklumat Recipient ada
  • Borang ikrar kastam pun ada…
  • Harga cincin tertera jelas bernilai RM24 juta
  • Conclusion: Return to sender…
  • Kemudian kalau menteri mengatakan cincin RM24 juta sudah dihantar semula mesti ada alamat/invois. Buktinya? "Datang bersalam, berpeluk, bercium, takkanlah balik pergi macam itu sahaja".

BERSIH 2.0: Tunaikan 8 Tuntutan, Barulah PRU-13

Posted: 05 Oct 2011 05:17 AM PDT

Oleh Naeem Raffi

KUALA LUMPUR: Jawatankuasa Pepandu BERSIH 2.0, Maria Chin Abdullah mengesa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak agar tidak membubarkan parlimen dalam tempoh terdekat sehingga Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen (JPKP) selesai menjalankan tugas.

Sehubungan itu, BERSIH 2.0 melancarkan kempen terbaru mereka iaitu "Tunaikan 8 Tuntutan, Barulah PRU-13".

"8 tuntutan demi pilihanraya bersih dan adil harus dilaksanakan dengan serta-merta sebelum Pilihanraya Umum ke-13 (PRU-13). Kempen tersebut diadakan sebagai peringatan kepada kerajaan, terutamanya Suruhanjaya Pilihanraya (SPR)."

Beliau berkata demikian dalam satu sidang media di Parlimen hari ini. Turut hadir Ahli Jawatankuasa Pepanduan Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil, Arul Prakkash, Dr Wong Chin Huat.

Kerajaan menubuhkan JPKP untuk memperbaharui sistem pilihanraya negara selepas perhimpunan besar-besaran Bersih 2.0 di Kuala Lumpur yang disertai kira-kira 30,000 orang.

Chin berkata laporan pertama JPKP harus berdasarkan isu-isu reformasi pilihanraya jangka pendek seperti yang dibangkitkan dalam 8 tuntutan BERSIH 2.0.

Laporan kedua JPKP patut merangkumi isu-isu reformasi pilihanraya jangka panjang dan laporan tersebut seharusnya dikeluarkan sebelum akhir tahun 2012.

Cadangan-cadangan laporan tersebut harus dilaksanakan oleh SPR dan agensi-agensi dan kementerian-kementerian kerajaan yang berkaitan.

Maria menjelaskan, kejayaan Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil (BERSIH 2.0) pada 9 Julai merupakan petanda dari rakyat Malaysia bahawa reformasi sistem pilihanraya amat penting.

"Kami mengesa agar pihak SPR melaksanakan cadangan-cadangan laporan Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen (JPKP) tersebut tanpa berlengah-lengah."

Kempen ini juga akan diadakan di negeri-negeri lain untuk menyampaikan pesanan keramat ini kepada semua rakyat Malaysia.

MElihat kepada keperluan ini, Maria mengesa kepada semua rakyat Malaysia untuk memberi tekanan kepada mereka untuk memastikan pilihanraya tidak diadakan sehingga 8 tuntutan tersebut dilaksanakan.

"Adalah penting semua rakyat Malaysia mengambil tanggungjawab untuk menuntut reformasi pilihanraya dengan menyampaikan tuntutan-tuntutan pilihanraya bersih dan adil kepada pejabat-pejabat SPR negeri, Ahli-ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dan ahli-ahli Parlimen."

Malaysiakini Cabar Keputusan Tidak Pertimbang Mohon Terbit Akhbar

Posted: 05 Oct 2011 05:15 AM PDT


TVS NEWS

Pengendali laman berita Malaysiakini,Mkini Dotcom Sdn Bhd menfailkan permohonan semakan kehakiman bagi mencabar keputusan Kementerian Dalam Negeri yang tidak mempertimbangkan permohonan bagi menerbitkan suratkhabar.

Mkini Dotcom menfailkan permohonan itu pada 28 September tahun lepas di MahkamahTinggi Rayuan dan Kuasa-kuasa Khas. Media memperolehi salinan permohonan itu hari ini lapor Bernama.

Syarikat itu dalam permohonannya menamakan Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri (KDN), Menteri Dalam Negeri dan kerajaan Malaysia sebagai responden.

Semasa kes disebut hari ini, Hakim Mahkamah Tinggi Abang Iskandar Abang Hashim menetapkan 21 Oktober bagi pengurusan kes.

Mkini Dotcom berkata pihaknya melalui pengarahnya J.Premesh telah memohon untuk satu permit penerbitan di bawah Seksyen 6(1)(a) Akta 301 bagi penerbitan suratkhabar harian baru bertajuk 'Malaysiakini'.

Syarikat itu berkata suratkhabar itu yang akan diedarkan di Lembah Klang dengan penerbitan harian sebanyak 40,000 naskah, dengan harga RM1 senaskah hanya melaporkan berita mengenai isu semasa, termasuk isu-isu politik, secara bebas dan tidak berpihak.

Peguam yang mewakili Mkini Dotcom K.Shanmuga memberitahu media bahawa mahkamah juga menetapkan tarikh sama bagi syarikat itu membalas afidavit responden-responden.

Pakatan Rakyat Kemuka Bajet RM220 bilion, jimat RM14 bilion daripada BN.

Posted: 05 Oct 2011 05:12 AM PDT

Oleh Naeem Rafi

KUALA LUMPUR: Suri rumah, golongan kelas bawahan dan warga emas bakal mendapat perhatian istimewa di dalam bajet Pakatan Rakyat 2012 yang dilancarkan empat hari sebelum kerajaan Barisan Nasional yang akan membentangkan belajawan mereka sendiri.

Menerusi Bajet mereka, yang bertemakan " Kesejahteraan Untuk Semua", Pakatan juga berjanji akan memecahkan monopoli-monopoli di dalam sektor-sektor kritikal negara seperti penjanaan kuasa, pembuatan beras dan pemberian lesen teksi.

Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Belanjawan 2012 akan memperuntukan RM220 bilion berasaskan kepada sasaran untuk mengekang defisit pada kadar 4.4% daripada KDNK.

Ia bakal memberi penjimatan RM 14 bilion daripada kadar yang sekarang dibelanjakan oleh Barisan Nasional.

"Keupayaan Pakatan Rakyat menghasilkan sebuah belanjawan menyeluruh yang berlandaskan semangat reformasi rakyat adalah bukti mercu tanda kematangan dan kesediaan Pakatan Rakyat menjadi kerajaan persekutuan yang baru," katanya ditaklimat Belanjawan 2012 Pakatan Rakyat di Parlimen hari ini

Kita yakin melalui pengurusan wang negara yang lebih berhemah, telus, bertanggungjawab dan berkesan, jumlah RM220 bilion ini akan memberi 20% nilai tambah kepada rakyat, berbanding apa yang dibelanjakan oleh Barisan Nasional selama ini.

"Belanjawan Pakatan Rakyat akan mengekalkan peruntukan subsidi sebanyak RM22 bilion dengan mengambil kira unjuran harga minyak mentah terkini.

Pakatan akan memberi bonus warga emas sebanyak RM1,000 setahun kepada mereka yang layak, berdasarkan pendapatan kurang dari RM18,000 setahun.

Manakala suri rumah yang layak bakal menerima RM1,000 untuk mengurangkan bebanan keluarga dan menggalakkan mereka menabung melalui Kumpulan Wang Simpanan Pekerja.

Belanjawan Pakatan Rakyat juga akan menggunapakai mekanisme penetapan gaji minima sebanyak RM1,100 untuk diangkat dan dikuatkuasakan seperti mana yang dijanjikan dalam Buku Jingga.

"Pengenalan gaji minima dijangka akan memanfaatkan 300,000 orang kakitangan awam yang berada di bawah RM1,100",ujar Anwar.

Anwar berkata Pakatan berhasrat mangalihkan sumber kekayaan negara dari golongan mahakaya kepada program khusus untuk mengurangkan bebanan rakyat.

Selain itu, tumpuan khusus juga akan diberikan untuk menambahbaik sistem penyampaian subsidi agar ia sampai terus kepada rakyat yang memerlukan, bukannya ditadbir dan tersekat di pertengahan akibat monopoli yang diberikan kepada syarikat tertentu.

"Penghapusan subsidi korporat yang selama ini menguntungkan golongan mahakaya dan kroni mereka seperti pemilik-pemilik penjana bebas (IPP), monopoli beras oleh BERNAS, monopoli lesen teksi oleh golongan berkepentingan dan lain-lain."

Cagar tanah Felda: SPRM perlu siasat Najib, Ahmad Maslan, Isa Samad

Posted: 05 Oct 2011 05:08 AM PDT

WARKAH DAILYPersatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak) meminta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) agar berani menyiasat 'jerung besar' yang didakwa terlibat membuat keputusan mencagarkan keseluruhan tanah Felda Plantation kepada kumpulan pelaburannya, Felda Global Ventures Holdings Sdn Bhd (FGVH) selama 60 tahun.

Anak meminta SPRM menyiasat keputusan tersebut kerana dikhuatiri terdapat unsur penyelewengan dan salah guna kuasa memandangkan ianya diputuskan ketika Pengarah Besar Felda, Datuk Dzulkifli Abd Wahab tidak ada dalam mesyuarat kerana menunaikan umrah.

Lima individu dinamakan untuk disiasat SPRM iaitu Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan, Pengerusi Felda, Tan Sri Isa Samad, Pengarah Besar Felda, Datuk Dzulkifli Abd Wahab dan Presiden Kumpulan FGVH), Datuk Sabri Ahmad.

Presiden Anak, Mazlan Aliman hairan bagaimana PGVH diberikan kepercayaan yang melampau sedangkan ia mempunyai masalah pelaburan menerusi Felda Iffico Sdn Bhd, Twin Rivers Technologies US, TRT Etgo Canada, Felda Global Ventures Middle East dan Felda Global Ventures Arabia.

"Siasatan mesti dibuat samaada keputusan berisiko tinggi seperti ini yang melibatkan sebuah agensi milik negara mendapat restu daripada Perdana Menteri sendiri sebagai individu yang bertanggunjawab secara langsung ke atas dasar-dasar Felda.

"Jika keputusan tersebut adalah atas restu Perdana Menteri, adakah ia mengikut peraturan sepatutnya atau dipengaruhi kepentingan peribadi, penyelewengan dan salahguna kuasa," katanya kepada pemberita di hadapan pejabat SPRM, dekat Putrajaya, petang kelmarin dulu.

Selain itu, SPRM juga diminta menyiasat pelantikan Tan Sri Isa Samad sebagai Pengerusi Koperasi Perbadanan Felda (KPF) sedangkan beliau bukan ahli koperasi.

"Adakah pelantikan Tan Sri Isa Samad mempunyai agenda menguasai aset KPF RM1.7 bilion dan memudahkan ianya dilaburkan kepada FGVH?," soalnya yang juga Pengerusi Lajnah Tanah dan Pembagunan Wilayah PAS Pusat.

Beliau juga melahirkan kebimbangan sekiranya aset Felda tidak diuruskan dengan baik akan menyebabkan agensi pembangunan tanah milik orang Melayu itu senasib dengan bank Bumiputera, Perwaja Steel dan Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ) yang bankrap akibat kegagalan urus tadbir 'jerung besar'. Sumber: Harakahdaily

Hudud: Kenapa ada juga manusia macam Muhyiddin?

Posted: 05 Oct 2011 05:02 AM PDT

WarkahDaily

Kenapalah ada juga manusia caca marba macam dia ni dalam dunia ni. Apakah beliau ni dah keliru dengan identitinya sendiri sebagai orang Islam sehingga tanpa segan silu meminta parti yang didominasi bukan Islam (DAP) untuk memberi pendirian samada sokong atau tidak terhadap hukum Islam (Hudud), padahal diri sendiri yang mengaku beragama Islam tidak pula sibuk untuk menyatakan pendirian beliau dan partinya terhadap hukum Allah itu.

Bukan setakat buat bodoh je terhadap pendirian mereka, malahan pernah mencaci dan menyekat hukum Islam berkenaan untuk dilaksanakan oleh kerajaan Kelantan sebelum ini.

Kelmarin dilaporkan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin (gambar) meminta DAP dan PKR menyatakan pendirian mereka berhubung pelaksanaan hukum hudud memandangkan PAS sudah bertekad untuk meneruskan undang-undang itu di Kelantan dan seterusnya di negara ini, jika pembangkang mengambil alih pentadbiran kerajaan pada pilihan raya umum ke-13 kelak.

"Yang penting sekarang bukan soal pendirian Barisan Nasional (BN) tetapi pendirian parti lain dalam PKR itu sendiri. Sebelum ini mereka telah menyatakan tidak setuju pelaksanaan hukum hudud, tetapi PAS masih bertekad untuk teruskan.

"Ini memberi kesan kepada rakyat yang perlu fikir dan membuat pilihan pada PRU nanti," kata Muhyiddin dipetik dari The Malaysian Insider.

Pendirian itu perlu, kata Muhyiddin kerana beliau tidak mahu rakyat keliru dan meletakkan mereka dalam keadaan tidak menentu.

Sibuknya Muhyiddin, rakyat tahu nak buat pilihan dalam PRU nanti, usah ngada-ngada la. Kamu harus jaga Umno dulu, rakyat beragama Islam masih pening nak pilih Umno sebab kamu ngaku Islam tapi halang hukum Allah.

Woi, engkau dah ada kuasa, mengaku Islam lagi tu, rakyat bukan setakat mahukan pendirian kamu, bahkan mahu kamu melaksanakannya atau membenarkan PAS untuk laksananya. Rakyat bukan lagi keliru dengan identiti kamu sebagai orang yang mengaku Islam, bahkan merasa pelik, kamu mengaku Islam tapi tentang hukum Allah.

Bukan Islam menolak tidak menjadi perkara pelik sebab itu hak mereka, tapi engkau orang Islam, berhak ke engkau menentang hukum Allah?

Usahlah sibuk dengan pendirian orang bukan Islam terhadap hukum Hudud, kamu sendiri sebagai orang Islam sepatutnya lagi berhak untuk menyata pendirian.

Seolah-olah kamu memang ada niat untuk mengadu-domba dan menakut-nakutkan tentang pelaksanaan Hudud terhadap bukan Islam dan memberi satu tekanan kepada mereka.

Menjadi tanggungjawab kamu wahai Muhyiddin, untuk sediakan platform kepada badan-badan dakwah di Malaysia ini untuk melakukan sesi penerangan kepada bukan Islam tentang kebaikan Hudud, dan bukannya cuba menakut-bakutkan mereka. Kamu kan orang Islam.

Jangan bagi orang nampak kamu ni bodoh sangat!

Belanjawan Pakatan 2012: Berita baik untuk rakyat

Posted: 05 Oct 2011 05:01 AM PDT

Roketkini.com

KUALA LUMPUR – Pakatan Rakyat akan melaksanakan sistem gaji minima, iaitu gaji dasar yang dikuatkuasakan mengikut undang-undang untuk memastikan semua pekerja di peringkat terendah mendapat gaji berperikemanusiaan.

Sehubungan dengan itu, pekerja-pekerja lain akan turut menikmati peningkatan gaji melalui pelaksanaan sistem gaji minima.

Dalam cadangan Belanjawant Kesejahteraan 2012, Pakatan Rakyat menyedari masalah yang ditimbulkan oleh kerajaan Barisan Nasional di mana gaji di Malaysia sekarang adalah rendah.

Kumpulan terbawah, iaitu meliputi 40 peratus keluarga hanya menikmati pendapatan purata RM1,500 sebulan dan gaji rendah ini telah menyebabkan:

* Bekalan yang banyak untuk tenaga kerja asing tidak terlatih;

* Kekurangan tenaga kerja terlatih; dan

* Penghalang kepada syarikat swasta untuk meningkatkan produktiviti.

Selain itu, Pakatan Rakyat akan memperuntukkan RM2 bilion untuk sebuah Tabung Pemudahan (Facilitation Fund) untuk membantu usahawan, pengusaha industri kecil dan sederhana (SME) dan firma-firma kecil untuk memperbaharui peralatan, menjentera dan merubah operasi mereka untuk mewujudkan pekerjaan-pekerjaan baru.

Sebanyak RM1.6 bilion akan disalurkan untuk memperluas latihan teknikal dan vokasional untuk mempertingkat kepakaran tenaga kerja.

Sejumlah 10,000 orang guru akan dilatih dan RM200 juta akan diperuntukkan untuk mengatasi kekurangan guru-guru bahasa Cina, Inggeris, Tamil dan guru-guru agama, serta RM200 juta akan diberikan dengan serta merta untuk memperbaiki bangunan-bangunan sekolah terutamanya SRJK (C), Sekolah Agama Rakyat (SAR) dan SRJK (T).

Pakatan Rakyat akan memperuntukkan sejumlah RM220 billion untuk belanjawan 2012, namun akan memastikan dana tersebut dibelanjakan secara berhemah, bertanggungjawab dan berkesan.

Pakatan Rakyat yakin defisit dapat dikurangkan kepada 4.4% dari KDNK berbanding 6% pada tahun 2011. Perbezaan itu bersamaan dengan RM14 billion.

Pendapatan boleh ditingkatkan tanpa membebankan rakyat dengan memastikan konsesi kerajaan dan permit tidak disalah guna dan disalurkan dengan betul.

"Sebagai contoh, kita akan memperolehi pendapatan lebihan sekitar RM1.2 billion sekiranya berjaya menaikkan harga Permit Import (AP)," kata satu kenyataan Pakatan Rakyat mengenai Belanjawan Kesejahteraan 2012.

Pakatan Rakyat akan menumpukan usaha memastikan dana dibelanjakan secara berhemah dengan memastikan tiadanya ketirisan, pembaziran dan ketidakcekapan.

Ini pastinya berjaya meransang lebih dari 20 peratus keuntungan buat rakyat bersamaan dengan jumlah yang sama dibelanjakan.

Sebagai contoh Pakatan Rakyat mampu untuk memperuntukkan RM 4.4 billion untuk:

* Perkukuh pendidikan – keseluruhan guru bakal menikmati elaun khas mengajar sejumlah RM 500 sebagaimana yang dijanjikan Buku Jingga;

* Gaji minima yang memberi keuntungan buat 300,000 penjawat awam dan kenaikan keseluruhan skala gaji penjawat awam;

* Formula dividen yang munasabah akan menggantikan amalan mendesak dividen yang besar jumlahnya dari Petronas. Sungguhpun harga petroleum kini lebih tinggi, dividen untuk 2012 hanya sekitar RM26 billion, lebih rendah berbanding untuk tahun 2011 berjumlah RM 30 billion.

Pakatan Rakyat juga akan membawa masuk suatu era baru dengan melaksanakan reformasi dasar-dasar dan peraturan-peraturan sedia ada untuk mengurangkan kos sara hidup, menggalakkan usahawan kecil dan sederhana (SME) serta pelaburan.

Langkah-langkah utama yang akan dilaksanakan adalah:

* Dasar tender terbuka untuk perolehan kerajaan yang akan memberi ganjaran kepada mereka yang berkebolehan dan bukan mereka yang mempunyai kenalan dalam kerajaan;

* Langkah-langkah sokongan bagi golongan Bumiputera dan mereka yang kurang bernasib baik akan menumpukan perhatian untuk menambah daya saing golongan-golongan ini melalui pendidikan, latihan dan bantuan kewangan;

* Suatu Akta Kontrak Awam Tidak Adil akan digubal untuk mengkaji semula konsesi-konsesi dan perjanjian-perjanjian yang dikenalpasti sebagai tidak adil kepada kepentingan umum;

* Mengembalikan tahap profesionalisme dan kemuliaan perkhidmatan awam agar mampu memberi perkhidmatan yang lebih baik kepada rakyat, dari individu ke peniaga kecil hinggalah ke pelabur besar;

* Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) akan dibebaskan dari gangguan politik dan dibenarkan untuk beroperasi berdasarkan keutamaan perniagaan. Di masa hadapan, hanya GLC dalam sektor strategik sahaja akan dikekalkan;

* Akta Persaingan 2010 akan diperluas ke semua sektor ekonomi, termasuk syarikat telekomunikasi, perkhidmatan televisyen berbayar dan sektor tenaga;

* Monopoli-monopoli berikut (bukan menyeluruh) yang menghakis pendapatan boleh guna rakyat Malaysia dan mengakibatkan kos perniagaan yang tinggi akan distruktur semula pada tahun 2012:

1.Memansuhkan monopoli Padiberas Nasional Berhad (BERNAS) ke atas import beras. Sebaliknya, lesen import akan diberi melalui proses yang kompetitif, terbuka dan telus;

2. Telekom Malaysia (TM) akan diarah melepaskan genggaman ke atas pasaran "jarak terakhir" ("last mile") perkhidmatan internet jalur lebar dan fokus kepada perniagaan asas – data dan telefoni – lalu melahirkan pasaran "jarak terakhir" yang tegap dan berdaya saing. Ini akan mengurangkan kos dan menambahkan tahap penembusan internet jalur lebar;

3. Kartel syarikat telekomunikasi akan dihapuskan;

4. Kartel akhbar dan media akan dihapuskan;

5. Kartel perkhidmatan penerbangan akan dihapuskan;

6. Monopoli Astro ke atas perkhidmatan televisyen satelit siar terus berbayar akan dihapuskan;

7. Lesen teksi akan diberi terus kepada para pemandu teksi.

Belanjawan Pakatan: Meringankan beban rakyat

Posted: 05 Oct 2011 04:56 AM PDT

Roketkini.com

Pakatan Rakyat yang peka dan prihatin dengan masalah rakyat akan memberi bonus RM1,000 setahun bagi setiap warga emas dan bayaran RM1,000 bagi tahun 2012 untuk suri rumah yang layak jika mendapat mandat rakyat dalam pilihan raya umum akan datang.

Tawaran yang dibuat dalam Belanjawan Kesejahteraan 2012 juga menawarkan untuk:

* Menambah pendapatan isi rumah golongan miskin tegar kepada RM550 sebulan;

*Memperkukuh jaringan keselamatan sosial dengan menambah bayaran kebajikan terus sebanyak RM550 sebulan untuk memastikan penjajaran dengan bantuan kepada golongan miskin tegar;

* Memberi elaun RM700 setahun bagi penjagaan anak berumur 12 tahun ke bawah bagi keluarga yang berpendapatan kurang dari RM1,500 sebulan;

* Menubuhkan pusat penjagaan kanak-kanak berkelulusan melalui penyediaan pinjaman khas dan insentif cukai; dan

* Meningkatkan kadar penyertaan pekerja di kalangan wanita dari 46 peratus ke 55 peratus dalam masa lima tahun.

Pakatan Rakyat akan mengekalkan subsidi ke atas barangan dan perkhidmatan pada jumlah RM 22 bilion.

Dasar-dasar subsidi dan harga kawalan petrol akan dirombak untuk merasionalisasikan perbelanjaan kerajaan, iaitu:

1. Subsidi kepada badan-badan dan syarikat yang bersifat monopolistik akan dihentikan.

2. Subsidi-subsidi umum akan distruktur semula untuk mendatangkan kebaikan terus kepada kumpulan-kumpulan sasar yang memerlukan.

Pakatan Rakyat akan menghapuskan monopoli import beras yang dipegang BERNAS dan lesen import akan diberi melalui proses yang kompetitif dan terbuka. Subsidi akan diberi terus kepada para petani melalui institusi-institusi pertanian.

Pakatan rakyat akan memperuntukkan RM100 juta kepada peniaga-peniaga kecil untuk pertingkat tahap kebersihan untuk mewujudkan persekitaran yang bersih dan selesa.

Bagi menjaga kualiti kehidupan yang lebih baik, Pakatan Rakyat akan:

* Memfokuskan semula pasukan polis kepada pencegahan jenayah dan meningkatkan keselamatan awam;

* Dasar "Bina dan Jual" ("Build then Sell") untuk projek perumahan kos rendah-sederhana akan diwujudkan, untuk menjaga keselamatan pengguna. Peruntukan kos perumahan awam akan dinaikkan ke RM 1 bilion;

* Dasar Pengangkutan Nasional akan mengutamakan pengangkutan awam dengan mengetengahkan prinsip "gerakkan rakyat, bukan kereta";

* Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) akan dipindahkan daripada Jabatan Perdana Menteri kepada Kementerian Pengangkutan;

* Mempertingkat penggunaan teknologi hijau untuk menggalakkan penggunaan tenaga yang lebih baik, efisyen, dan mendatangkan kebaikan kepada rakyat melalui penjimatan kos kemudahan awam asas dan lain-lain perbelanjaan isi rumah, dan kepada industri dengan meningkatkan produktiviti dan keberuntungan.

Saiful benci Anwar, suka publisiti, sokong BN PRU 2008- saksi

Posted: 05 Oct 2011 04:52 AM PDT

KEADILAN DAILY

KUALA LUMPUR: Identiti dan watak sebenar Mohd Saiful Bukhari Azlan, pengadu dalam kes fitnah membabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim terus dibongkar di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini, apabila peguam memanggil saksi terbaru mereka.

Saksi misteri yang ditampilkan peguam itu adalah bekas rakan sekolej Saiful sendiri, yang pernah sama-sama menuntut di Universiti Tenaga Nasional (Uniten).

Pendedahan saksi berkenaan mengesahkan lagi konspirasi yang dilakukan Umno-BN untuk menghancur dan menjatuhkan reputasi Anwar sebagai Ketua Pembangkang dengan tuduhan fitnah.

Mohd Najwan Halimi, saksi yang tampil mendedahkan watak sebenar Saiful Bukhari di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini

Mohd Najwan Halimi dipanggil pada jam 11.22 pagi ketika mahkamah bersambung selepas mendengar keterangan Pengarah Jabatan Forensik, Jabatan Kimia, Lim Kong Boon.

Beliau kini bekerja sebagai pegawai di Pejabat Penasihat Ekonomi Selangor.

Dalam keterangannya di mahkamah, Najwan memberitahu beliau mengenali Saiful sejak 2003 dan tinggal berdekatan biliknya di Uniten.

Namun katanya, Mohd Saiful yang menjadi Timbalan Presiden Perwakilan di UNITEN, lebih menonjolkan sikap "gila publisiti dan perhatian."

"Saiful mahasiswa yang aktif dan mempunyai kualiti kepimpinan. Saya dan Saiful terlibat dalam program Baktisiswa.

"Dia ada kepimpinan tetapi suka publisiti," katanya.

Menurut Najwan, program itu dilancarkan bekas Menteri Dalam Negeri Tan Sri Syed Hamid Albar dan Saiful ketika itu timbalan presiden program dan Setiausaha Majlis Pimpinan Pelajar.


Semasa pemeriksaan utama oleh peguam SN Nair yang mewakili Anwar,Najwan juga merasa terkejut apabila Mohd Saiful memberitahunya ketika bertemu pada satu ceramah politik pada penghujung Februari 2008, bahawa beliau bekerja dengan Anwar.

Najwan berkata, beliau melihat laman sosial Friendster milik Saiful dan melihat banyak gambarnya dengan pemimpin BN iaitu Tan Sri Syed Hamid Albar, Datuk Mustapha Mohamed, Datuk Azalina Said serta Datuk Khairul Anaz Jusoh, pegawai khas kepada Timbalan Perdana Menteri ketika itu, Datuk Seri Najib Razak.


"Saya merasakan Mohd Saiful tidak layak menjadi pembantu Anwar, kerana kandungan laman sosialnya masih menyokong dan bersimpati dengan perjuangan politik BN, di mana beliau masih mengekalkan gambar-gambar yang diambil dengan pemimpin-pemimpin tertinggi BN," katanya.

Malah Mohd Saiful, kata Najwan telah memuat turun gambar Anwar di laman Freindster dengan meletakkan kapsyen 'Anwar pemimpin munafik'.

"Pada 2008, Saiful meletakkan dirinya sebagai penyokong BN dan menyisytiharkan bahawa Anwar munafik," katanya di mahkamah.

Menurut Najwan, Saiful juga pernah membantu kempen pilihan raya untuk Barisan Nasional (BN) pada 2008. Beliau menafikan Saiful mengagumi ketokohan Anwar, sebaliknya sangat membenci Ketua Umum KEADILAN itu, seperti diakui Saiful sendiri

.

"Dia benci Anwar," kata Najwan.

Ketika disoal balas oleh Peguam Cara Negara II Datuk Mohd Yusof Zainal Abiden, Najwan menjelaskan beliau pernah berkhidmat dengan ADUN Seri Setia Nik Nazmi Nik Ahmad, Kementerian Pengangkutan dan Universiti Teknologi Mara (UiTM) sebelum itu

Anwar: Sebar belanjawan Pakatan hingga ke akar umbi

Posted: 05 Oct 2011 04:49 AM PDT

Oleh: Masdar Wahid


KUALA LUMPUR: Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengarahkan semua jentera Pakatan di setiap peringkat di seluruh negara supaya segera menyebarkan belanjawan alternatif yang dikemukakan Pakatan Rakyat.

Ini katanya penting bagi memastikan rakyat tidak terkeliru dengan belanjawan yang bakal dibentang Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak pada Jumaat ini.

"Sebelum ini, ada beberapa dasar dan agenda pakatan diciplak oleh Datuk (Seri) Najib dan mendakwa ia dasar mereka.

"Sebab itu, kita bentangkan bajet pakatan lebih awal bagi memberi peluang lebih adil pada rakyat menilai dan membanding bajet pakatan yang kita bentang hari ini," katanya pada sidang media di parlimen sebentar tadi.

Oleh itu, kata Anwar beliau akan bermesyuarat dengan pimpinan pakatan rakyat pusat dan negeri mengenainya.

"Kita juga berbincamg dengan pimpinan negeri Pakatan terutamanya di Penang, Selangor, Kelantan dan Kedah agar bajet yang kita bentang hari ini segera diedar kepada rakyat di setiap peringkat sesegera mungkin," katanya.

Antara lain, intipati belanjawan sebanyak RM220 bilion yang dikemukakan Anwar hari ini mengekalkan subsidi sebanyak RM22 bilion untuk rakyat dengan mengambil kira unjuran harga minyak mentah terkini.

Selain itu, ia juga bermatlamat menghapuskan subsidi korporat kepada pemilik penjana tenaga bebas, monopoli beras oleh Padiberas Nasional Berhad (BERNAS) dan monopoli lesen teksi oleh golongan berkepentingan.

Bayaran bonus diberikan kepada warga emas dengan peruntukan sebanyak RM1.7 bilion setahun, manakala suri rumah diberi elaun sebanyak RM1,000 membabitkan peruntukan RM2 bilion.

Bayaran tambahan kepada keluarga kategori miskin tegar diberikan sebanyak RM550 sebulan dan menyelaras bantuan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat kepada RM550 dari kadar sedia ada iaitu RM300 sebulan.

Sebelum ini, pentadbiran Najib menciplak idea yang dibentangkan Pakatan Rakyat, antaranya memperkenalkan Model Ekonomi Baru yang menyerupai Agenda Ekonomi Malaysia yang diperkenalkan Anwar.

Najib juga mengumumkan bayaran kepada insentif guru yang meniru idea yang dikemukakan oleh Pakatan menerusi Buku Jingga.

Terbaru, Najib memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA yang dilihat meniru langkah yang telah diperjuangkan oleh Pakatan Rakyat sejak sekian lama.

GMI desak usul mansuh ISA dibentang sebelum parlimen bubar

Posted: 05 Oct 2011 04:48 AM PDT

Oleh: Sidiqin Omar


KUALA LUMPUR: Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) mendesak kerajaan membentangkan usul memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) pada sesi Dewan Rakyat kali ini, sebelum parlimen dibubarkan.

Pengerusinya, Syed Ibrahim Syed Noh berkata, selain ISA, kerajaan juga perlu memansuhkan terus undang-undang zalim seperti Ordinan Darurat (EO) dan Akta Dadah Berbahaya (DDA).

"Kami menuntut kerajaan untuk tidak menggubal akta baru yang mempunyai ciri-ciri yang bercanggah dengan prinsip keadilan dah hak asasi manusia seperti tahan tanpa bicara, tiada semakan mahkamah kuasa yang melampau.

"Semua mangsa ISA perlu dibayar pampasan setara dengan penyeksaan dan pengalaman pahit yang telah dilalui tahanan dan pemuka yang terlibat menyeksa dan menganiaya tahanan ISA mesti dibawa kemuka pengadilan," kata Syed Ibrahim ketika sidang media di lobi parlimen hari ini.

Memorandum berhubung perkara itu kemudian diserahkan kepada Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar mewakili Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar
Ibrahim.

Turut hadir pada sidang media ialah isteri bekas tahanan ISA, Saari Sungib, Haliza Jaafar, wakil Suara Rakyat Malaysia (Suaram) Nalini Elumalai dan jurucakap Lawyer For Liberty, Fadiah Nadwa Fikri.

Mengulas lanjut, Syed Ibrahim berkata pengumuman kerajaan mewujudkan akta baru menggantikan ISA tidak bermakna sekiranya asas yang sama digunakan.

Ini kerana katanya, tanpa semakan mahkamah dan tahanan tanpa bicara, ia bercanggah dengan kebebasan hak asasi manusia serta prinsip keadilan.

"GMI terkejut apabila mengetahui kerajaan gagal menjalankan kajian yang munasabah dan rundingan dengan pihak berkepentingan sebelum pengumuman pemansuhan.

Bukan kah pengumuman dan janji pertama Perdana menteri tentang ISA ini dilakukan pada 3 April, lebih dua tahun lalu," kata Syed Ibrahim yang menambah kerajaan perlu patuh kepada konvensyen antarabangsa.

Sementara itu, Ahli Parlimen Sungai Siput, Dr Jeyakumar yang turut berada di sidang media itu berkata, beliau akan terus memakai lencana anti-ISA sehingga undang-undang zalim tersebut dimansuh sepenuhnya.

"Saya sendiri jadi mangsa. Ada jenis kesalahan yang boleh didakwa di bawah Kanun Keseksaan. Jangan jadikan ini (usul pemansuhan Akta Kediaman Terhad dan Akta Buang Negeri) sebagai proses yang disalahguna.

"Jika tidak ia hanya gimik politik," tegasnya.

Isu Tung Shin: KDN, Menteri Kesihatan perlu minta maaf- Jui Meng

Posted: 05 Oct 2011 04:46 AM PDT

Oleh: Nabihah Hamid


JOHOR: Menteri Dalam Negeri dan Menteri Kesihatan perlu memohon maaf berhubung isu polis melanggar garis panduan operasi polis (SOP), ketika menyuraikan peserta himpunan Bersih 2.0 di Hospital Tung Shin, 9 Julai lalu.

Ini kerana Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishamudin Hussein sebelum ini menafikan keganasan polis terhadap peserta Bersih, malah pernah memberi amaran bahawa tindakan akan diambil terhadap dakwaan yang dikatakan tidak berasas itu.

Manakala Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai turut menafikan dakwaan bahawa gas pemedih mata, bom asap dan meriam air telah dilepaskan ke kawasan hospital tersebut.

"Sebelum ini mereka menafikan keganasan polis. Menteri kesihatan sendiri buat penafian dan memberi kenyataan yang membodek Menteri Dalam Negeri. Mereka perlu bersama-sama minta maaf di atas fakta-fakta yang diutarakan," kata Naib Presiden KEADILAN, Datuk Seri Chua Jui Meng.

Semalam, Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri Tan Sri Mahmood Adam berkata, anggota polis yang melanggar dan mengengkari peraturan yang ditetapkan itu akan dirujuk kepada jawatankuasa tatatertib polis.

Sehubungan itu, Chua Jui Meng menggesa agar nama-nama polis yang bertanggungjawab diumumkan kerana rakyat berhak mengetahui tentangnya.

"Nama polis yang melanggar etika perlu disebutkan dan disenaraikan namun kita tunggu dan lihat samada pihak atasan betul-betul akan mengambil tindakan tatatertib atau mereka akan melindungi pegawai yang sebenarnya mengikut arahan pihak atasan," kata beliau yang juga Pengerusi Majlis Pimpinan KEADILAN Johor.

Pada 9 Julai lalu, kakitangan Hospital Tung SHin mendakwa polis menembak gas pemedih mata dan meriam air ke dalam perkarangan Hospital Tung Shin di Jalan Pudu bagi menyuraikan peserta perarakan Bersih.

Ramai saksi mengesahkan kejadian tersebut termasuk 11 pegawai kanan perubatan yang telah menandatangani surat mengutuk pihak berkuasa.

Namun Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar dan pemangku ketua polis Kuala Lumpur Amar Singh, menafikan dakwaan itu meskipun banyak gambar dan video bukti yang berlegar di internet berhubung tembakan tersebut.

Gambar-gambar tersebar meluas di Internet memaksa kerajaan untuk mengumumkan pembentukan "Jawatankuasa Siasatan Dalaman Peringkat Tertinggi Kementerian Kesihatan".

KEADILAN: Bebaskan semua tahanan ISA, tutup Kamunting segera

Posted: 05 Oct 2011 04:44 AM PDT

KEADILAN DAILY


KUALA LUMPUR: Kerajaan dilihat tidak bersungguh untuk memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), selagi semua tahanan akta kejam itu belum dibebaskan.

Justeru itu, KEADILAN mendesak pentadbiran Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak membebaskan semua tahanan ISA dan menutup kem tahanan Kamunting serta merta, tegas Naib Presidennya, N Surendran.

"Dalam menghapuskan ISA, kerajaan juga perlu mengambil dan menghayati peraturan-peraturan dan nilai-nilai pemerintahan negara-negara demokrasi dan bebas.

"Kami menyeru Perdana Menteri dan kerajaan mengambil tindakan segera membebaskan serta-merta semua tahanan di bawah ISA dan menutup dengan Kem tahanan Kamunting secara rasmi," ujar Surendran dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata demikian mengulas pengumuman Najib di dewan rakyat hari ini bahawa kerajaan akan membebaskan semua 125 tahanan yang ditahan di bawah Akta Kediaman Terhad (RRA).


Mengalukan tindakan tersebut, Surendran berkata kerajaan juga perlu membebaskan semua tahanan yang ditahan secara tidak adil dan tidak mengikut perlembagan di bawah ISA 1960.

"Setelah menegaskan bahawa ISA akan dimansuhkan, ia adalah moral yang sangat salah untuk PM dan kerajaannya terus menghalang pembebasan individu-individu malang ini, dan terus memisahkan keluarga mereka.

"Jika tahanan RRA dikeluarkan segera, di manakah logiknya jika tahanan ISA tidak dibebaskan?" soal beliau.

Tambah beliau, Penahanan tanpa perbicaraan sangat menjijikkan kerana membelakangi semangat Perlembagaan Persekutuan dan undang-undang antarabangsa seperti deklarasi hak manusia sejagat (UDHR) dan Perjanjian Antarabangsa mengenai Hak-hak Sivil dan Politikal (ICCPR), yang melarang penahanan sewenang-wenangnya.

"Kerajaan mesti berhenti bersikap hipokrit dan cakap kosong untuk melaksanakan prinsip-prinsip demokrasi, dan benar-benar melakukan perubahan dan pembaharuan," kata beliau.

Tegasnya lagi, BN tidak akan dapat menarik pengundi dengan meniru manifesto pembaharuan dan demokrasi yang dilakukan Pakatan Rakyat.

"Reformasi BN tidak memadai kerana tiada komitmen sebenar di pihak mereka kepada kebebasan dan kedaulatan undang-undang; atau menyesali tindakan silam mereka yang tidak demokratik dan angkuh," katanya.

Keputusan buktikan hakim bersikap politik- Anwar

Posted: 05 Oct 2011 04:43 AM PDT

KEADILAN DAILY

PUTRAJAYA: Penghakiman Mahkamah Rayuan yang disahkan menyerang dan menghina Datuk Seri Anwar Ibrahim, membuktikan hakim bersikap politik ketika menyampaikan penghakiman mereka, kata Ketua Pembangkang itu.

Anwar membuat kenyataan itu selepas Mahkamah Persekutuan hari ini memutuskan penghakiman yang ditulis Hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Abdul Malik Ishak bersifat menyerang dan menghina beliau.

"Ini menunjukkan sikap politik keterlaluan seorang hakim Mahkamah Rayuan walau pun kes ini (Fitnah II) masih berlangsung," kata Anwar.

Penghakiman Mahkamah Rayuan itu dibuat pada 6 Julai lalu, berhubung permohonan peguam Anwar untuk menyingkirkan hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah daripada terus menghakimi kes Fitnah II.

Kenyataan Malik itu dibuat pada perenggan 6, 15, 18 dan 75 penghakiman bertulis bertarikh 11 Ogos 2011 dan disampaikan kepada peguam Anwar, Karpal Singh pada 15 Ogos 2011.

Sehubungan itu, Panel Mahkamah Persekutuan yang diketuai Hakim Besar Malaya Tan Sri Zulkefli Ahmad Makinuddin mengarahkan agar perenggan-perenggan itu dipadamkan daripada penghakiman bertulis tersebut.

Selain Zulkefli, dua lagi hakim Mahkamah Persekutuan yang bersidang bersama ialah Hakim Tan Sri James Foong dan Hakim Datuk Abdull Hamid Embong.

Bagaimanapun, mahkamah persekutuan menolak permohonan terakhir Anwar untuk melucutkan Hakim Zabidin daripada mendengar kes fitnah yang dihadapinya.

Mengulas keputusan itu, Anwar berkata beliau telah menjangkakan keputusan tersebut.

"Saya sudah menjangkakan keputusan ini," kata beliau ringkas.

Campur tangan politik dalam kes Fitnah II yang masih lagi berlangsung perbicaraannya sekarang bukan perkara baru.

Sebelum ini, Hakim Mahkamah Tinggi, Zabidin Mohd Diah membuat keputusan pra penghakiman apabila mengatakan pengadu dalam kes itu, Mohd Saiful Bukhari Azlan sebagai saksi yang berwibawa dan boleh dipercayai.

Beliau berkata demikian meskipun mengetahui Saiful mengaku pernah bertemu Perdana Menteri, Datuk Seri Najib empat hari sebelum beliau membuat laporan polis kononnya diliwat Anwar pada 28 Jun 2008.

Najib pula cuba cuci tangan dan enggan hadir ke mahkamah memberi keterangan dan memohon mengenepikan perintah sepina terhadapnya walaupun sebelum ini berkata akan hadir ke mahkamah jika disepina.

Mahkamah Persekutuan tolak rayuan Anwar ketepi hakim Zabidin

Posted: 05 Oct 2011 04:35 AM PDT

Oleh: Ahmad Fadli

Datuk Seri Anwar Ibrahim dan isteri Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail di Mahkamah Persekutuan Putrajaya.

PUTRAJAYA: Seperti dijangka, Mahkamah Persekutuan hari ini mengekalkan keputusan Mahkamah Rayuan yang menolak permohonan Datuk Seri Anwar Ibrahim bagi mengenepikan Hakim Datuk Zabidin Mohd Diah daripada terus mendengar kes Fitnah II.

Ia merupakan percubaan terakhir Anwar selepas semua percubaan di Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Rayuan untuk menyingkirkan Zabidin, sebelum ini ditolak.

Keputusan Mahkamah Persekutuan itu dibuat Panel yang diketuai oleh Hakim Besar Malaya Tan Sri Zulkefli Ahmad.

Dua lagi hakim Mahkamah Persekutuan yang bersidang bersama adalah Hakim Tan Sri James Foong dan Hakim Datuk Abdull Hamid Embong.

Rayuan itu dibuat selepas hakim Mahkamah Rayuan iaitu Datuk Hassan Lah, Datuk Ahmad Maarof dan Malik Ishak pada 6 Julai lalu menolak permohonan peguam untuk menyingkirkan Zabidin.

Peguam membuat permohonan itu selepas Zabidin bertindak berat sebelah dengan memutuskan saksi utama perbicaraan, Mohd Saiful Bukhari Azlan sebagai saksi berwibawa, sekaligus membuat keputusan pra-penghakiman dan menghukum Anwar bersalah sebelum mengarahkannya membela diri.

Bagaimanapun Mahkamah Persekutuan hari ini memutuskan Hakim Mahkamah Rayuan, Malik Ishak membuat kenyataan bersifat menyerang dan menghina Anwar, dalam penghakiman bertulisnya.

"Kami bersetuju dan mendapati perenggan 6, 15, 18 dan 75 adalah kenyataan menyerang dan menghina dan ia perlu dipadamkan daripada rekod," kata Hakim Zulkefli yang membacakan keputusan itu.

Permohonan pertama untuk menyingkirkan Zabidin dibuat pada November lalu apabila Zabidin menolak permohonan peguam untuk mendapatkan borang proforma Hospital Kuala Lumpur, yang diisi pengadu Mohd saiful Bukhari Azlan.

Bagaimanapun, Mahkamah Rayuan Putrajaya pada 14 Januari lalu menolak rayuan tersebut.

Permohonan kedua dibuat pada 8 Februari lalu apabila Zabidin tidak memberikan amaran kepada akhbar milik Umno, Utusan Malaysia atas dakwaan menghina mahkamah, namun turut ditolak mahkamah.

Bekas KP Ikim: Jangan lihat hudud isu politik kepartian

Posted: 05 Oct 2011 01:15 AM PDT

Oleh G Manimaran

KUALA LUMPUR — Bekas ketua pengarah Institut Kefahaman Islam Malaysia (Ikim) Prof Datuk Dr Ismail Ibrahim berharap isu hukum hudud tidak lagi dilihat sebagai isu politik kepartian kerana khuatir ia akan membesarkan jurang kesalahfahaman dan taksub di kalangan pengikut parti politik orang Melayu-Islam.

"Saya amat ingin melihat dan mendengar bahawa isu-isu mengenai perundangan Islam atau sivil, bukan hanya merupakan soalan dan isu perkauman atau partisan.

"Isu hudud juga janganlah hanya menjadi isu politik kepartian dan taksub ahli politik parti-parti yang tertentu seperti yang berlaku sekarang ini," kata Ismail (gambar) yang juga bekas pengerusi Majlis Fatwa Kebangsaan.

Ismail menambah, "kalau isu ini hanya dipandang dari sudut politik kepartian, maka akan bertambah besar jurang kesalahfahaman dan taksub di antara ahli-ahli parti politik, terutamanya PAS dan Umno kerana kedua-duanya merupakan parti yang dianggotai oleh orang Melayu dan Islam dan kedua-dua para pengikutnya amat taksub dengan parti dan dasar masing-masing."

Malah menurut beliau, orang yang bukan ahli taksub parti politik, orang awam yang berkecuali, orang Islam yang tidak kisah tentang parti yang memerintah dan mencari undi, malah orang-orang bukan Melayu ingin tahu apakah sebenarnya undang-undang Islam yang dikatakan hudud.

Ismail yang juga bekas duta Malaysia ke Arab Saudi berkata, selama ini banyak pihak mengambil mudah bahawa undang-undang ini telah difahami oleh semua orang, terutamanya orang Islam.

"Sebab itulah apabila disebutkan undang-undang hudud, maka orang akan terbayang hukuman potong tangan bagi yang mencuri, rejam atau sebat bagi yang berzina dan sebagainya sedangkan isu-isu yang berkaitan dengannya seperti isu berhubung dengan pendakwaan, kesaksian, hikmah dan budi bicara hakim serta kesaksian utama atau pengakuan pihak tertuduh dalam kes-kes ini tidak difahami dengan baik.

"Oleh itu, apabila disebut hudud, maka perasaan dan pemikiran yang timbul dalam kepala orang ramai ialah takut dan gerun, ngeri malah kadang-kadang membawa kepada kejam dan sebagainya yang dilabelkan dalam hukuman hudud ini," kata Ismail lagi.

Sehubungan itu kata Ismail, beliau berpandangan bahawa isu hudud "janganlah menjadi isu monopoli antara golongan politik kepartian."

Katanya, isu tawar-menawar untuk mendapatkan simpati politik dan pengundi, isu tohmah dan kacau bilau antara orang Islam sedangkan orang bukan Islam atau orang Islam yang tidak berminat, hanya melihat dan menonton telatah ganas dan mulut celupar orang-orang Islam, terutama para ulama yang tidak akan berhenti, malah akan terus-menerus dengan silat dan langkah sepak terajangnya menjadi hero dan wira.

"Kita perlu penjelasan yang rasional, pandangan dan perdebatan yang ilmiah, dialog yang berterus-terang antara semua kalangan orang Islam, yang pakar dalam undang-undang Islam dan undang-undang sivil, yang melibatkan organisasi Islam, agensi agama negara, pejabat peguam negara, ahli akademik dan para alim ulama yang berkecuali, tidak taksub dan terlalu keras mempertahankan ideologi sempit partinya," tambah beliau.

Justeru katanya, sudah sampai masa bagi para ilmuan Islam mengambil langkah bijak supaya isu hudud ditanya para ulama, maksudnya dibincangkan dengan ikhlas dan jauh dari motif politik kepartian, malah dibincangkan dalam suasana ilmiah dan realiti masyarakat yang diiktiraf Islam sendiri, dalam gagasan "maqasid syariah."

"Malah istilah ini sendiri haruslah dihalusi apakah maksudnya yang sebenar supaya semua orang akan terus-menerus berada dalam kebingungan dan berada dalam kegelapan, tidak faham hujung pangkalnya, apakah yang diperdebatkan oleh parti-parti politik Melayu dan bukan Melayu itu, apakah yang hendak dilaksanakan dalam masyarakat Islam dan bukan Islam, dan yang paling teruknya apakah yang hendak dilaksanakan di sesetengah negeri dan tidak dilaksanakan di dalam negeri-negeri lain sedangkan Islam adalah merupakan agama bagi semua orang Islam, tanpa mengira latar belakang geografi dan sosial mereka dalam negara kita yang kecil ini?

"Apakah Islam itu satu atau banyak?" kata beliau lagi.

Media: Gambar anggota Amisom tembak jurugambar Bernama TV didedah

Posted: 05 Oct 2011 01:12 AM PDT

KUALA LUMPUR — Gambar empat anggota tentera misi pengaman Kesatuan Afrika di Somalia (Amisom) yang bertanggungjawab melepaskan tembakan sehingga menyebabkan kematian jurukamera Bernama TV, Noramfaizul Mohd. Nor didedahkan apabila ia dihantar menerusi e-mel kepada Bernama semalam.

Berdasarkan gambar yang dihantar oleh Agensi Keselamatan Somalia itu, mereka yang sebelum ini dilaporkan sebagai tentera Burundi dan bertugas dalam Amisom dilihat berjalan tanpa sebarang kelengkapan senjata namun dikawal oleh beberapa tentera lain ke suatu tempat yang tidak dinyatakan, lapor Utusan Malaysia hari ini.

Laporan polis Somalia memberitahu, pihak Amisom telah menjalankan siasatan dalaman berhubung kejadian berkenaan dan mendapati keempat-empat tentera yang dituduh itu didapati bersalah kerana melepaskan tembakan berkenaan.

Amisom pada 26 September lalu secara rasminya telah menyempurnakan siasatan penuh terhadap empat tertuduh yang sebelum ini dikatakan menembak dan menyebabkan kematian Allahyarham Noramfaizul dan mencederakan jurukamera TV3, Ajis Saregar Mazlan.

Pasukan keselamatan itu juga telah memohon maaf atas kejadian tersebut serta melucutkan mereka yang terlibat daripada menjalankan tugas pasukan pengaman dan menghantar mereka pulang ke Burundi untuk dibicarakan.

Noramfaizul (gambar), 39, terkorban setelah terkena tembakan curi ketika dalam perjalanan pulang ke tempat penginapan dengan menaiki pacuan empat roda semasa menyertai misi bantuan kemanusiaan anjuran Kelab Putra 1 Malaysia di Mogadishu, Somalia pada 3 September lalu.

Akta Kerja: NGO Jerit, PSM piket di lapan lokasi serentak esok

Posted: 05 Oct 2011 01:11 AM PDT

Oleh G Manimaran

KUALA LUMPUR— Pertubuhan bukan kerajaan Jaringan Rakyat Tertindas (jerit) dan Parti Sosialis Malaysia (PSM) merancang untuk mengadakan piket di lapan bandar secara serentak esok ekoran rasa tidak puas hati berhubung pindaan Akta Kerja 1955.

Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) telah mengadakan piket mereka di kawasan Parlimen kelmarin ekoran pendirian Putrajaya mahu meneruskan bacaan kali kedua di Parlimen, yang memulakan sidang semasanya kelmarin.

Rang Undang-undang Kerja (Pindaan) 2010 disenaraikan sebagai undang-undang ke-10 dalam aturan mesyuarat semasa untuk dibahaskan.

Kelmarin, Menteri Sumber Manusia Datuk Dr S Subramaniam menegaskan pindaan itu tetap akan dibawa ke Parlimen kali ini selepas tertangguh sejak tahun lalu.

"Seperti yang anda sedia maklum, kerajaan BN yang telah dan sedang menghakis hak demokrasi rakyat Malaysia telah mengalihkan fokusnya untuk mencabul hak pekerja Malaysia pula.

"Kementerian Sumber Manusia akan membentangkan pindaan Akta Kerja 1955 pada sesi Parlimen ini bagi bacaan kedua. Pindaan ini dikatakan sebagai paling buruk dan akan menggadai hak pekerja Malaysia," kata satu kenyataan bersama Jerit dan PSM dikeluarkan hari ini.

Kenyataan itu menambah, jika pindaan diluluskan, maka para pekerja boleh dibuang kerja dengan senang dan pekerja tidak boleh mendakwa pihak majikan.

Antara peruntukan yang dimaksudkan menganiaya pekerja ialah kontraktor bagi tenaga kerja.

"Malah, bayaran kerja lebih masa juga boleh dilambat-lambatkan oleh pihak majikan.

"Ada juga lain-lain pindaan yang lebih teknikal yang akan menyebabkan hak pekerja akan tergadai kepada majikan," katanya lagi.

Pada awalnya, Jerit merancang untuk mengadakan protes pada Jumaat ini tetapi telah dipercepatkan sebagai tindakan berpiket serentak esok di lapan lokasi.

Ia akan diadakan berhampiran Dewan MPKJ & Stadium Kajang, Selangor; Zon Perindustrian Senawang, Negeri Sembilan; Simpang Jalan Sultan Azlan Shah dan Jalan Tengah, Pulau Pinang; Seksyen 15, Shah Alam, Selangor; Zon Perindustrian Sungai Siput, Perak dan Zon Perindustrian Tasek, juga di Perak; Depan perhentian bas, Tanjung Malim serta Taman Tampoi Indah, Tampoi, Johor.

PAS mahu panel khas betulkan fakta sejarah Malaysia

Posted: 05 Oct 2011 01:10 AM PDT

KUALA LUMPUR — Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar menggesa agar kerajaan menubuhkan panel khas bagi meneliti kembali sejarah negara ekoran percanggahan pendirian antara ahli politik dan akademik termasuk isu sama ada Malaysia dijajah ataupun sebaliknya.

Mahfuz berkata langkah itu penting selaras dengan pendirian Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Khaled Nordin bulan lalu, yang mahukan subjek sejarah di peringkat sekolah dikaji semula setelah didapati beberapa fakta tidak lengkap dan bercanggah dengan hasil kajian ahli falsafah dan teologi negara, Prof Tan Sri Syed Muhammad Naquib Al-Attas menerusi buku terbarunya.

Syed Naquid mempersoalkan mungkin terdapat beberapa sejarah penting tidak dicatit sebelum pemerintahan Melaka dan kemungkinan beberapa fakta juga berat sebelah.

"Perbahasan mengenai sejarah ini menunjukkan kita ada masalah kepada ketepatan fakta sejarah.

"Apa salahnya kerajaan dalam isu sejarah ini termasuk isu Mat Indera dibuat satu panel khas untuk membuat penilaian menyeluruh," kata Mahfuz (gambar), yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena.

Di Dewan Rakyat pagi tadi, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengakui bahawa Malaysia pernah dijajah - bertentangan dengan penegasan beberapa profesor bulan lalu bahawa negara hanya menjadi naungan British.

Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran menyatakan pendirian tersebut sekali gus menafikan pandangan Majlis Profesor Negara bahawa Malaysia tidak pernah dijajah.

"Sama ada negara kita dijajah atau tidak, jawapannya, ya.

"Saya mengambil pendirian begitu walaupun ada beberapa pihak yang memberikan pandangan bahawa kita tidak dijajah," kata beliau.

Kementerian Pelajaran juga telah mengadakan satu jawatankuasa untuk mengkaji silibus sejarah ekoran keputusan mewajibkan subjek Sejarah dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia.

:: @ AL-BAKISTANI @ ::

Posted: 05 Oct 2011 04:09 PM PDT

Ramai yang terkeliru apabila Najib Tun Razak, perdana Menteri Malaysia menggunakan ungkapan Maqasid Syariah dalam perkara-perkara yang agak kontroversi, Iaitu dalam perkara tidak melaksanakan hudud dan menghalalkan tahanan tanpa bicara (ISA). Ramai yang melontarkan persoalan ini kepadaku, tidak kurang juga yang mula menyindir terhadap ilmu maqasid Syariah yang baik ini dengan mendakwa bahawa ilmu ini digunakan untuk tidak melaksanakan Islam.

secara peribadi, aku pada asalnya tidak berminat untuk mengulas tentang persoalan ini. tetapi, memandangkan ramai yang terkeliru sehingga ilmu yang hebat ini semakin diperspesikan sebagai negatif, maka tidak dapat tidak, aku terpanggil untuk menulis tentang perkara ini.

PERBINCANGAN

perbincangan ini, aku rungkaikan adalah seperti berikut;

PERTAMA : PENGARUH PEMIKIRAN MAQASID

Menurut Muhammad 'Abid Al-Jabiri bahawa dari sudut kerangka pemikiran Islam, didapati wujud tiga unsur dalam sejarah intelektual Islam. Ia adalah seperti berikut;

Pertama;

Aliran Burhani, iaitu pemikiran falsafah yang jelas-jelas lebih menekankan pada penggunaan akal dan rasional dengan disertakan bukti-bukti yang nyata.

Kedua:

Aliran Bayani, iaitu pemikiran kalam atau tauhid yang lebih menekankan pada teks-teks naqliah (nas al-Quran dan as-Sunnah) dengan sedikit unsur aqliah (akal).

Ketiga:

Aliran Irfani, iaitu pemikiran tasawwuf yang lebih menekankan pada penggunaan rasa dan dzauq dengan bukti-bukti yang sulit dipertanggungjawabkan secara nyata .

Adapun menurut Dr Nu'man Jughaim dan Dr Yusuf Al-Qaradhawi bahawa dalam aliran pemikiran islam ini, ia terbahagi kepada tiga aliran .

Aliran-aliran itu adalah seperti berikut;

Pertama ;

zahiri (tekstual), iaitu aliran yang merujuk nas pada sudut tekstual, disamping melalaikan maksud yang terkandung dalam nas. Mereka ini mewarisi zahiri lama yang mengingkari kewujudan ta'lil bagi nas. Mereka tidak mewarisi keluasan ilmu, kecuali melihat nas dalam skop yang cukup sempit.

Kedua :

Muattilah (Neo-muktazilah), iaitu aliran yang hanya melihat kepada roh agama berdasarkan akal mereka, disamping melalaikan nas-nas al-Quran dan as-Sunnah. Mereka mendakwa bahawa agama ini hanya ada pada inti, tidak pada bentuk; hanya ada pada hakikat, tidak pada gambaran.

Apabila didatangkan kepada mereka nas-nas yang muhkam, mereka akan berpaling dan menggunakan berbagai-bagai ta'wil untuk memesongkan maksud nas sesuai dengan akal mereka.

ketiga;

Wasati (pertengahan), iaitu aliran yang tidak melalaikan nas-nas yang juzie dari al-Quran dan sunnah yang sahih. Mereka ini tidak melalaikan dengan mengasingkan antara nas dan maqasid secara kulli.

Apabila diperhatikan kepada ketiga-tiga aliran pemikiran yang diklasifikasikan oleh Muhammad 'Abid Al-Jabiri, Dr Yusuf Al-Qaradhawi dan Dr Nu'man Jughaim, kita dapat simpulkan bahawa, pemikiran Zahiri (tekstual) adalah pemikiran yang sekadar mempunyai unsur bayani. Sedangkan pemikiran Muattilah adalah pemikiran yang mempunyai unsur Burhani sahaja. Adapun pemikiran wasati, iaitu aliran yang tidak melalaikan nas-nas yang juzie dari al-Quran dan sunnah yang sahih. Disamping mereka tidak melalaikan atau mengasingkan antara nas dan maqasid secara kulli, ia adalah golongan yang menggabungkan ketiga-tiga unsur penting, iaitu Burhani, Bayani dan Irfani.

Apabila terhasil dari ketiga-tiga unsur ini, maka lahirlah satu fikrah yang dibincang dalam syariah, dinamakan sebagai Maqasid Syariah. Dengan erti kata yang lain, pemikiran Maqasid As-Syariah adalah pemikiran yang Mempunyai falsafah yang jelas lebih menekankan pada penggunaan akal dan rasional dengan disertakan bukti-bukti yang nyata (Burhani). Juga, menekankan pada teks-teks naqliah (nas al-Quran dan as-Sunnah) (bayani). Disamping itu juga, ia tidak melalaikan pemikiran tasawwuf yang lebih menekankan pada penggunaan rasa dan dzauq dengan bukti-bukti yang sulit dipertanggungjawabkan secara nyata (Irfani).

KEDUA : ALIRAN PENDAKWA MENGGUNAKAN MAQASID

Golongan yang terlalu Bayani, mereka akan menjadi golongan zahiri (atau disebut juga : literalis). Golongan yang terlalu burhani, mereka akan menjadi golongan muattilah (Neo-Muktazilah). Golongan yang terlalu 'irfani pula, mereka akan menjadi aliran tasawwuf yang tersasar, seperti banyak aliran-aliran tasawwuf yang sesat berlaku di dunia ini.

adapun Aliran Maqasid yang sebenar adalah gabungan antara tiga unsur, iaitu Burhani, Bayani dan Irfani. Ketiga-tiga unsur ini perlu seiring dan sejalan, tidak boleh didahulukan dan dikemudiankan antara satu dengan yang lain.

Namun begitu, ada sebilangan yang mendahulukan atau mengkemudiankan antara satu dengan yang lain, malahan wujud juga yang hanya mengambil unsur burhani sahaja dengan mendakwa bahawa mereka itu juga memegang teori maqasid syariah. Perlu diingat, hakikat sebenar mereka bukan aliran maqasid syariah yang sebenar, tetapi mereka adalah neo Muktazilah.

KESIMPULAN

Dari ini, dapat difahami bahawa tindakan Najib menggunakan istilah maqasid syariah untuk tidak melaksanakan hukum Islam merupakan aliran pemikiran neo muktazilah.

Sedangkan beliau membenarkan tahanan tanpa Bicara dengan alasan Maqasid Syariah pula adalah kesalahan dan kejahatan dalam mengamalkan maqasid syariah. Ini kerana, kemuncak bagi maqasid syariah adalah memberikan hak kepada mereka yang berhak, atau dalam istilahnya disebut sebagai mencapai keadilan, menolak kezaliman, sedangkan tahanan tanpa bicara yang diamalkan oleh Najib adalah sebaliknya, iaitu mencapai kezaliman dan menolak keadilan.

sekian

Wallahu 'Alam

Pengikut