Jumaat, 22 Julai 2011

Pakatan Rakyat

Pakatan Rakyat


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Biaqpila

Posted: 22 Jul 2011 03:36 PM PDT

Sesungguhnya segala puji-pujian hanya layak bagi Allah Azza Wajalla, selawat dan salam ke atas junjungan Nabi Muhammad SAW.

Antara suasana yang membimbangkan berlaku kepada kebanyakan umat Islam pada hari ini ialah gejala meninggalkan solat Subuh dan meninggalkan solat Subuh berjamaah di Masjid. Meskipun diketahui bahawa mengerjakan solat Subuh khususnya di Masjid secara berjamaah mempunyai kelebihan yang besar di sisi Islam dalam menjana kekuatan Iman namun kini ramai yang mengabaikannya. Malah di kalangan mereka yang mendokong perjuangan Islampun ramai yang kalah untuk bangun awal mengerjakan solat Subuh di Masjid.

Keadaan ini adalah berpunca dari sikap suka berjaga lewat malam samada kerana melakukan aktiviti seperti menonton televisyen, bersukan, makan-makan dan berbual kosong dalam perkara yang tiada manfaat. Inilah yang selalunya menyebabkan umat Islam berjaga hingga lewat malam hingga menyebabkan mereka terlepas keberkatan yang dijanjikan oleh Rasulullah SAW di awal pagi. Jika kita lihat generasi umat Islam lampau mereka sangat mengambil berat soal tidur awal agar mereka dapat bangun lebih awal untuk melaksanakan ibadah dan seterusnya bekerja di awal pagi dengan perasaan yang segar dan sihat. Oleh kerana itulah kehidupan generasi lampau di kalangan datuk, nenek dan moyang kita sentiasa sihat dan bertenaga di siang hari. Jarang sekali kita dengar mereka ditimpa penyakit atau tekanan perasaan seperti yang berlaku pada ramai orang pada hari ini. Oleh kerana itulah Nabi SAW bersabda:

اللَّهُمَّ بَارِكْ لِأُمَّتِي فِي بُكُورِهَا

Ertinya: "Ya Allah! Berkatilah ummat ku diwaktu paginya". Hadis riwayat Ahmad
Bagi membantu sahabat-sahabat untuk bangun awal diwaktu pagi supaya dapat bertahajjud, solat sunat dua rakaat sebelum subuh dan solat subuh berjamaah di Masjid, di sini dinukilkan beberapa kaedah yang sedikit-sebanyak dapat membantu

Kaedah membantu diri untuk mudah bangun pagi ialah:

1) Tidur awal:

Menjadi kebiasaan mereka yang tidur awal akan bangun awal dan sebaliknya mereka yang tidur lewat akan bangun lewat. Oleh kerana itu adalah makruh hukumnya tidur sebelum solat Isyak dan berbual-bual kosong dan membuang masa selepasnya hingga menyebabkan tidur lewat. Namun begitu ada keadaan yang dikecualikan untuk tidur lewat sepertimana yang disebutkan oleh Imam Al-Nawawi dalam huraiannya kepada Sahih Muslim. Katanya: Sebab dimakruhkan berbual-bual selepas solat Isyak ialah yang membawa kepada berjaga malam dan dibimbangi akan menyebabkan tertidur nyenyak hingga tertinggal qiamullail atau terlepas solat Subuh pada waktunya atau waktu yang afdhalnya dan adalah makruh berbual-bual selepas solat Isyak iaitu dalam perkara-perkara yang tiada kemaslahatan, adapun sekiranya pada perkara yang ada maslahat dan kebaikan maka tidaklah makruh, seperti mempelajari ilmu, membicarakan kisah orang-orang soleh, berbual dengan tetamu, berbual dengan dengan ahli keluarga bagi mengeratkan hubungan dan menunaikan keperluan mereka, berbual dengan orang musafir bagi menjaga harta dan diri mereka, berbual dalam urusan mendamaikan antara manusia dan membantu mereka dalam perkara kebaikan, menyeru kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran, menunjukkan kepada kemaslahatan dan yang seumpamanya, semua itu tidaklah termasuk dalam perkara makruh".

Bagi seorang Muslim yang perihatin dia berjaga malam adalah kerana aktiviti perjuangan dan ibadah dan bukannya kerana perbuatan lagho, dan jika sekiranya dia lewat tidurpun dia tetap berusaha dan memastikan bangun awal untuk ke Masjid solat berjamaah subuh.

2) Memelihara adab tidur:

Kunci kedua untuk mudah bangun di waktu subuh ialah memelihara amalan sunnah ketika tidur di waktu malam. Iaitu dengan berwudhuk, ketika di atas pembaringan duduk sambil menghimpunkan kedua-dua belah telapak tangan dan meniupkan ke atasnya selepas membaca surah Al-Ikhlas, Al-Falaq dan An-Naas kemudian di sapu keseluruh badan dan tidur dengan membaca doa sebelum tidur. Bagi mereka yang sukar bangun pagi, hendaklah memohon bantuan daripada ahli keluarga, kawan atau jiran bagi membantu menggerakkannya untuk bangun di awal pagi atau menyediakan jam loceng. Bagi mereka yang sudah terbiasa bangun awal di waktu subuh selalunya tidak menjadi masalah untuk bangun awal kerana secara fitrah dia akan bangun pada masanya dan tidak perlu kepada faktor luaran untuk menggerakkannya kerana seolah-olah ia sentiasa dibantu oleh para Malaikat untuk bangun awal.

Kemudian setelah terjaga hendaklah membaca doa dan janganlah sekali-kali meneruskan tidur kerana ia akan membawa kepada terjaga lewat.

3) Memenuhkan dada dengan Iman dan 'amal soleh:

Keimanan yang kuat adalah merupakan pendorong utama bagi seseorang melakukan sesuatu yang sukar. Mengerjakan qiamullail dan solat Subuh di Masjid adalah suatu amalan yang sukar dan ia tidak dapat dilakukan kecuali oleh mereka yang benar-benar yakin kepada janji kebaikan daripada Allah Taala. Justeru bagi meningkatkan keimanan dalam dada, seseorang itu hendaklah menambahkan amalannya dengan banyak melakukan kebaikan, kerana dengannya hati seseorang itu akan menjadi suci dan bersih yang memudahkan untuk suburnya Iman. Sebaliknya hati yang kotor akan menjadi keras dan kekerasan hati adalah menjadi penghalang kepada seseorang itu untuk melakukan amal ibadah yang sukar seperti solat Subuh berjamaah di Masjid dan qiamullail. Hati boleh menjadi keras kerana dikotori oleh sifat-sifat mazmumah seperti hasad dengki, ujub dan riak atau disebabkan makan dari sumber yang tidak halal.

4) Menjauhi perbuatan maksiat:

Maksiat adalah penghalang bangun solat Subuh dan mengerjakannya di Masjid. Justeru hendaklah kita sentiasa menjauhi segala maksiat. Seperti yang berpunca daripada mata iaitu melihat perkara yang haram seperti melihat aurat wanita, samada melalui televisyen ataupun internet. Juga yang berpunca dari lidah iaitu perbuatan mengata orang, mengeji, mengumpat dan menabur fitnah. Juga yang berpunca dari telinga seperti mendengar hiburan-hiburan haram dan umpatan serta fitnah. Mereka yang melakukan maksiat selalunya sukar untuk bangun solat Subuh atau ke Masjid kerana ia melemahkan naluri beramal soleh dan menghakis keyakinan kepada janji-janji kebaikan daripada Allah Taala. Mata, lidah dan telinga sepatutnya digunakan bagi melihat, membaca dan mendengar perkara kebaikan seperti al-Quran, al-Hadis, ceramah dan lain-lain.

5) Mengetahui kelebihan solat Subuh dan fadhilat mengerjakannya di Masjid
Hendaklah mengetahui kelebihan dan keistimewaan amalan solat subuh dan mengerjakannya di Masjid kerana dengan mengetahuinya barulah seseorang itu terdorong untuk berlumba melakukannya. Saidina Uthman bin 'Affan r.a meriwayatkan bahawa beliau telah mendengar Nabi SAW bersabda:

مَنْ صَلَّى الْعِشَاءَ فِي جَمَاعَةٍ فَكَأَنَّمَا قَامَ نِصْفَ اللَّيْلِ وَمَنْ صَلَّى الصُّبْحَ فِي جَمَاعَةٍ فَكَأَنَّمَا صَلَّى اللَّيْلَ كُلَّهُ

Ertinya: Barangsiapa yang solat Isyak secara berjamaah seumpama bangun mengerjakan qiam separuh malam dan barangsiapa mengerjakan solat Subuh secara berjamaah seumpama dia solat keseluruhan malam". Hadis riwayat Imam Muslim.

Ibnu Mas 'ud r.a meriwayatkan telah diceritakan kepada Rasulullah SAW berkenaan dengan seorang lelaki yang tidur di malam hari sehingga terlajak waktu Subuh, maka baginda SAW bersabda:
ذَاكَ رَجُلٌ بَالَ الشَّيْطَانُ فِي أُذُنِهِ أَوْ أُذُنَيْهِ
Ertinya: Lelaki tersebut telah dikencing oleh syaitan di telinganya (atau kedua telinga). Hadis riwayat Imam Al-Bukhari.

Menurut Imam Al-Qurtubi kencing syaitan adalah kencing yang hakiki dan bukan hanya simbolik. Sebab itu ada kalanya kita boleh kenal mereka yang tidak solat Subuh kerana wajahnya yang suram akibat dari kencing syaitan, berbeza dengan merek yang bangun solat Subuh di awal pagi.

Kebesaran dan keagungan solat Subuh berjamaah di Masjid hendaklah dimasukkan ke dalam hati kerana ia akan menangkis bisikan syaitan yang selalu membisikkan rasa ringan meninggalkannya. Bagi para ulama dan ustaz pula hendaklah menanamkan rasa malu dan bersalah yang amat sangat jika tidak hadir solat Subuh berjamaah kerana dia adalah contoh ikutan orang awam.

6) Mengetahui kesan meninggalkan solat subuh@solat berjamaah subuh.
Antara punca jiwa menjadi lemah dan hilangnya banyak daripada kelebihan agama dan dunia ialah bangun lewat dan meninggalkan fardhu subuh. Oleh kerana itulah syaitan sentiasa cuba menghalang orang yang beriman untuk mendapatkan kelebihan di waktu subuh dengan menghalangnya daripada bangun tidur. Nabi SAW bersabda: ((Syaitan mengikat/membelenggu tengkuk di kalangan kamu yang tidur dengan tiga ikatan. Dia memukul di atas ketiga-tiga ikatan (sambil berkata) : Malam masih panjang, teruskan tidur! Jika dia bangun lalu berzikir menyebut nama Allah Taala maka terungkailah satu iakatan, jika dia berwudhuk terungkailah ikatan berikutnya dan jika dia solat maka terungkailah semua ikatan. Maka pagi itu dia akan cergas dan baik jiwanya, jika tidak dia akan berpagi dalam keadaan jelek dan malas)). HR Al-Bukhari.

Waktu selepas solat Subuh adalah waktu yang penuh dengan kebaikan dan keberkatan, justeru Nabi SAW memelihara waktu tersebut iaitu memenuhkannya dengan zikir dan baginda selalunya selepas subuh terus duduk sambil berzikir sehinggalah terbit matahari, dan kemudian baginda solat dua rakaat Dhuha.

Amalan ini menjadi ikutan para ulama salafussoleh, antaranya ialah Imam Ibnu Taimiyyah yang turut melakukan amalan duduk berzikir selepas solat Subuh sehingga terbit matahari sepertimana yang dikhabarkan oleh muridnya Imam Ibnu Qayyim Al-Jauziyyah

Waktu selepas solat Subuh adalah saat banyaknya kebaikan dan keberkatan, kerana itulah Nabi SAW berdoa:

((اللَّهُمَّ بَارِكْ لِأُمَّتِيْ فِيْ بُكُوْرِهَا))

Maksudnya: Ya Allah berkatilah ummatku di waktu pagi! HR Al-Tirmizi.
Oleh sebab itu kita lihat mereka yang berjaya dalam urusan dunia mereka seperti berniaga, menternak atau bertani memulakan kerja mereka di awal pagi kerana rezki terbuka luas di waktu tersebut. Begitulah juga dalam urusan akhirat waktu pagi adalah saat yang paling baik menambahkan amal ibadah. Oleh itu mereka yang mengsia-siakan waktu tersebut dengan tidur atau berehat-rehat sahaja sebenarnya telah mendapat kerugian dalam hidup mereka
.
Di samping kelebihan dalam kerja dan ibadah, mereka yang bangun awal juga mendapat kebaikan dari sudut kesihatan kerana udara yang dihirup di waktu subuh adalah udara yang segar dan akan hilang kesegarannya apabila terbitnya matahari. Kesegaran udara di waktu pagi ini akan mencerdaskan
otak, mendamaikan jiwa dan mencergasan fizikal

7) Menjauhi sifat-sifat munafiq.
Kehadiran diri ke Masjid di waktu subuh adalah merupakan bukti kekuatan iman seseorang Muslim dan bebasnya diri dari sifat minafiq kerana ia adalah waktu paling sukar untuk melaksanakan ketaatan. Rasulullah SAW bersabda

((إِنَّ أَثْقَلَ الصَّلَاةَ عَلَى المـُـنَافِقِيْنَ صَلَاةُالعِشَاءِ وَالفَجْرِ، وَلَوْ يَعْلَمُوْنَ مَا فِيْهِمَا لَأَتَوهُمَا وَلَوْ حَبْوًا))

Maksudnya: (( Sesungguhnya solat yang paling berat bagi mereka yang munafik ialah solat Isyak dan solat Subuh, kalaulah mereka tahu kelebihan kedua-duanya nescaya mereka akan datang melaksanakannya meskipun dalam keadaan merangkak)) HR Al-Bukhari dan Muslim

Abdullah bin Mas 'ud r.a berkata: "Engkau telah melihat kami dan tidak meninggalkannya (solat Subuh) melainkan munafiq yang dimaklumi sifat nifaqnya". Riwayat Muslim, Abu Daud, Al-Nasai dan Ibnu Majah.

Ibnu Umar r.a pula berkata: "Apabila kami dapati ada lelaki yang tidak hadir solat (di Masjid) pada waktu fajar (Subuh) dan Isyak kami akan berburuk sangka terhadapnya". Riwayat Al-Bazzar, Al-Tobrani dan Ibnu Khuzaimah

Oleh itu jika anda mahu mengukur secara zahir iman seseorang maka ia boleh diukur dengan keadaan solat Subuhnya. Jika dia seorang yang sangat memelihara solat Subuh dan melaksanakannya secara berjamaah di Masjid maka ia menjadi bukti kepada kekuatan imannya. Namun jika sebaliknya, dia sangat malas berjamaah di Masjid waktu subuh maka itu adalah petanda imannya yang bermasalah serta kekerasan hatinya. Ia juga menunjukkan ketundukannya kepada hawa nafsu dan kekalahannya kepada bisikan syaitan. Seseorang yang mampu bangun untuk pergi berjamaah di waktu Subuh adalah bukti kekuatan iman seseorang kerana dia telah menang dalam peperangan dengan hawa nafsu dan hasutan syaitan supaya terus tidur.

Bagi mereka yang terus tidur, apakah mereka berasa lebih seronok diulit mimpi di atas katil sedangkan ahli jamaah yang lain sedang beribadah dan mendengar bacaan Al-Quran di dalam solat di Masjid. Adalah menjadi satu kerugian yang besar bagi mereka yang tidak merasakan apa-apa kekurangan pada diri mereka sedangkan mereka terus jauh dari rahmat Allah Taala di waktu pagi.

http://zuridanmdaud.blogspot.com

gigitankerengga

KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

DUNIACACAMARBA

Posted: 22 Jul 2011 03:32 PM PDT

Pemuda Dihukum Keliling Kampung dengan Kemaluan Diikat Bata

Posted: 22 Jul 2011 07:08 AM PDT

Berita AFP melaporkan polis Bangladesh semalam menyiasat kes seorang lelaki dipaksa berjalan keliling kampung dengan batu-bata diikat pada kemaluannya.

Tindakan itu didakwa dilakukan sebagai hukuman kerana pemuda itu menculik dan berkahwin dengan seorang kanak-kanak.


Hukuman itu dilaksanakan Sabtu lalu terhadap seorang lelaki berusia 30 tahun oleh majlis tempatan sebuah kampung yang terletak kira-kira 30 kilometer ke selatan Dhaka.

Polis berkata, lelaki itu menculik dan berkahwin secara paksa dengan budak perempuan berumur 12 tahun.


Budak itu kemudian berjaya melarikan diri.


"Ketua kampung dan beberapa penduduk memukul lelaki itu dan memaksanya berjalan dengan batu-bata diikat pada kemaluannya di di tebing sungai dan disaksikan oleh kira-kira 200 orang," kata pegawai polis, Binoy Krishna kar.

Mahkamah Kampung diiktiraf di Bangladesh tetapi mahkamah itu hanya boleh menyelesaikan pertikaian mengenai hak milik tanah, pewarisan dan isu kecil lain. Mahkamah Kampung dilarang mengenakan hukuman fizikal.


Lelaki Mabuk Paksa Anak Tarik Kereta Sorong dalam Keadaan Bogel

Posted: 22 Jul 2011 05:10 AM PDT

Kejadian ini berlaku di China.

Di sebuah lorong gelap, seorang wartawan dan sekumpulan orang awam ternampak lelaki tua berpakaian compang-camping sedang memukul seorang wanita muda yang berada dalam keadaan telanjang bulat. Gadis itu dilihat sedang merangkap sambil menarik kereta sorong berisi sampah dan barangan terpakai.

Lelaki yang dipercayai ayah kepada gadis itu dikatakan mabuk dan tidak diketahui sebab dia memaksa anaknya menarik kereta sorong itu dalam keadaan yang amat mengaibkan.

Apabila menyedari orang ramai melihat dirinya dalam keadaan begitu, si anak itu dilaporkan telah memohon maaf daripada ayahnya. Wartawan yang berada di lokasi kejadian kemudiannya melaporkan hal itu kepada pihak polis. 

P/s: Lelaki tua itu mabuk! Kerana arak, akal yang dikurniai Tuhan tidak dapat berfikir secara waras. Hasilnya, lihatlah kejadian yang berlaku di atas.

Najib Korban Cuti kerana Rakyat @ kerana Peguam Scorpene Sampai di Malaysia?

Posted: 22 Jul 2011 01:30 AM PDT

Menurut berita Bernama, Perdana Menteri  tiba di tanah air hari ini selepas melakukan lawatan ke luar negara, berkata beliau tidak sanggup bercuti lama, malah telah berkorban masa cuti beliau untuk menemui rakyat.

Selepas melakukan lawatan lapan hari ke Turkmenistan, United Kingdom dan Itali, Najib akan berada di Selangor pula pada tengah hari ini.

Beliau dijangka melakukan tinjauan mesra di Subang dan menunaikan solat Jumaat di Masjid Subang Perdana, seterusnya menyertai makan tengah hari bersama rakyat di Sekolah Kebangsaan Jalan U3, Subang Perdana.

"(Habis lawatan) saya ajak keluarga saya berbincang. Saya kata rasa-rasa dalam hati, saya kena balik walaupun ikut jadual keluarga saya dan saya, nak bercuti di luar negara sementara tetapi rasa-rasa saya perlu balik ke Malaysia.

"Saya kata bahawa tidak mengapalah kalau saya perlu berkorban. Saya sanggup berkorban demi rakyat Malaysia," kata beliau ketika berucap di hadapan kira-kira 3,000 orang yang menyambut beliau di Kompleks Bunga Raya, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur.


Saya sangsi! Saya curiga! Yang menambahkan sangsi dan curiga itu apabila dalam masa yang sama peguam yang menyiasat Skandal Scorpene turut tiba di negara ini. Lagi menambahkan curiga dan sangsi itu apabila peguam tersebut bersama dengan isterinya ditahan di KLIA dan khabarnya bakal dihalau dari Malaysia.

Siapa yang memberikan arahan kepada Imigresen untuk berbuat demikian?

[TERKINI/TERPANAS] Peguam Scorpene Dijangka Dihalau Keluar dari Malaysia

Posted: 22 Jul 2011 12:25 AM PDT

Saya petik:

[TT] peguam peranchis monsieur william bourdon
akan dihalau keluar dari malaysia

dalam masa yang sama peguam lathefa dan fadiah
masih lagi berurusan di klia

 P/s: Rejim sudah kecut. AMAT MEMALUKAN!

Berkaitan:

[MK] Peguam Perancis William Bourdon, yang berada di Pulau Pinang malam tadi untuk bercakap tentang urusniaga kontroversi pembelian kapal selam Scorpene yang didakwa melibatkan sogokan berjuta ringgit kepada pegawai kerajaan Malaysia, ditahan Jabatan Imigresen di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Difahamkan, beliau akan diusir pulang, paling awal malam ini. 

Menurut Pengarah Suaram, Cynthia Gabriel, pegawai imigresen masuk ke dalam pesawat untuk menahan Bourdon (kiri) sebaik sahaja beliau mendarat di KLIA.

"Beliau kini dibawa ke pusat tahanan imigresen di KLIA," kata Gabriel.

Pada mulanya, pegawai imigresen tidak membenarkan isteri Bourdon, juga seorang peguam, mengikutnya ke pusat tersebut.

Selepas beberapa rundingan, beliau dibenarkan menemani suaminya.

Menurut Gabriel, pegawai imigresen "menyoal Bourdon". 

Bourdon mendarat di Pulau Pinang semalam dan berucap mengenai 'Ops Scorpene' di Bayan Baru malam tadi.

Peguam Perancis yang berkhidmat dengan pertubuhan tanpa keuntungan - Sherpa - dan mengkhusus dalam membela hak asasi manusia dan jenayah menentang kemanusiaan.

Bourdon dijangka mendedahkan butiran kontroversial mengenai pembelian kapalselam negara dengan firma gergasi pertahanan Perancis DCNS.

Syarikat itu didakwa membayar komisyen "yang amat tinggi" kepada pegawai kerajaan Malaysia yang terbabit dalam perjanjian yang dimeterai pada 2002 itu.

Bayaran komisyen kepada pegawai kerajaan dianggap satu jenayah mengikut undang-undang Perancis.

Suaram berharap dapat mengumpulkan dana sebanyak RM100,000 daripada majlis berkenaan yang juga dijadualkan di Ipoh dan Kuala Lumpur hari ini dan esok, bagi membiayai kos perundangan dalam kes yang difailkan di Paris yang akan dibicarakan di mahkamah terbuka pada September ini.

Kes berkenaan difailkan tahun lalu oleh Suaram, melalui Bourdon dan pasukannya mengenai dakwaan DCNS membayar RM540 juta sebagai komisyen kepada Perimekar.

Perimekar adalah subsidari KS Ombak Laut Sdn Bhd, yang mana pemegang saham utamnya adalah isteri Abdul Razak Baginda (kanan).

Abdul Razak pula adalah rakan rapat Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak yang didakwa terbabit dalam pembunuhan penterjemah warga Mongolia Altantuya Shariibuu tetapi kemudiannya dibebaskan.

Isu Scorpene : Peguam Perancis Dihantar Pulang Tanpa Sebab
[TVS] SHAH ALAM 22 JULAI : Peguam dari Perancis, Wiliam Bourdon yang mendedahkan skandal pembelian kapal selam Scorpene, akan dihantar pulang ke negaranya setelah ditahan Pegawai Imegresen di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pagi tadi.

Bagaimanapun, tiada sebarang alasan diberikan oleh pihak imegresen terhadap tindakan menghantar pulang peguam tersebut.

Peguam Hak Asasi, Latheefa Koya ketika dihubungi Tv Selangor berkata, tindakan tanpa sebab itu menunjukkan kerajaan pemerintah takut dengan pendedahan yang dibuat Bourdon dan menguatkan lagi spekulasi yang timbul selama ini.

"Kerajaan nampaknya takut pada pendedahan yang bakal dibuat Bourdan bersabit penyelewengan dalam urusan pembelian kapal selam itu dan hubungkait dengan pembunuhan kejam wanita Monggolia, Altantuya Sharibbu," katanya.

Latheefa mengutuk tindakan kerjaan yang menyalahguna kuasa yang ada dengan menahan dan menghantar Bourdan pulang ke negaranya, semata- mata mahu menghalang peguam hak asasi Perancis itu daripada mengetengahkan pelbagai penemuannya bersabit kes itu.

"Bourdon datang ke Malaysia secara sah. Kerajaan salah guna kuasa dengan hantar balik beliau untuk tutup dakwaan penyelewengan ini," tegasnya.

Bourdon merupakan peguam yang dilantik Suara Rakyat Malaysia (SUARAM), untuk memfailkan kes itu ke mahkamah terbuka di Perancis.

Kapal selam Scorpene buatan Perancis itu dikatakan dicemari dengan penyelewengan yang melibatkan jumlah komisyen RM540 juta ringgit...

[GEMPAR] Pemimpin Regim Sudah Kecut, Peguam Scorpene Ditahan di KLIA

Posted: 21 Jul 2011 11:36 PM PDT

Saya petik:

[MK] Peguam Perancis William Bourdon, yang berada di Pulau Pinang malam tadi untuk bercakap tentang urus niaga kontroversi pembelian kapal selam Scorpene yang didakwa melibatkan sogokan berjuta ringgit kepada pegawai kerajaan Malaysia, ditahan Jabatan Imigresen di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Menurut Pengarah Suaram, Cynthia Gabriel, pegawai imigresen masuk ke dalam pesawat untuk menahan Bourdon (kiri) sebaik sahaja beliau mendarat di KLIA.

"Beliau kini dibawa ke pusat tahanan imigresen di KLIA," kata Gabriel.

Pada mulanya, pegawai imigresen tidak membenarkan isteri Bourdon, juga seorang peguam, mengikutnya ke pusat tersebut.


Selepas beberapa rundingan, beliau dibenarkan menemani suaminya.

Menurut Gabriel, pegawai imigresen "menyoal Bourdon".

Bourdon mendarat di Pulau Pinang semalam dan berucap mengenai 'Ops Scorpene' di Bayan Baru malam tadi.


Peguam Perancis yang berkhidmat dengan pertubuhan tanpa keuntungan - Sherpa - dan mengkhusus dalam membela hak asasi manusia dan jenayah menentang kemanusiaan.

Bourdon dijangka mendedahkan butiran kontroversial mengenai pembelian kapalselam negara dengan firma gergasi pertahanan Perancis DCNS.

Syarikat itu didakwa membayar komisyen "yang amat tinggi" kepada pegawai kerajaan Malaysia yang terbabit dalam perjanjian yang dimeterai pada 2002 itu.

Bayaran komisyen kepada pegawai kerajaan dianggap satu jenayah mengikut undang-undang Perancis.


Suaram berharap dapat mengumpulkan dana sebanyak RM100,000 daripada majlis berkenaan yang juga dijadualkan di Ipoh dan Kuala Lumpur hari ini dan esok, bagi membiayai kos perundangan dalam kes yang difailkan di Paris yang akan dibicarakan di mahkamah terbuka pada September ini.

Kes berkenaan difailkan tahun lalu oleh Suaram, melalui Bourdon dan pasukannya mengenai dakwaan DCNS membayar RM540 juta sebagai komisyen kepada Perimekar.

Perimekar adalah subsidari KS Ombak Laut Sdn Bhd, yang mana pemegang saham utamnya adalah isteri Abdul Razak Baginda (kanan).

Abdul Razak pula adalah rakan rapat Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak yang didakwa terbabit dalam pembunuhan penterjemah warga Mongolia Altantuya Shariibuu tetapi kemudiannya dibebaskan.


P/s: AMAT MEMALUKAN!

Tiada dalam Video PDRM: Solat dengan Tangan Berikat

Posted: 21 Jul 2011 08:30 PM PDT

P/s: Menurut blog PASPB, gambar ini dikatakan diambil berhampiran dengan Dataran Maybank ketika perhimpunan aman BERSIH 2.0 yang lalu. Jika benar dakwaan bahawa gambar ini sebahagian daripada layanan mesra pihak berkuasa semasa BERSIH 2.0, maka situasi di atas benar-benar menyedihkan. Hal ini demikian kerana mereka yang ditangkap bukanlah penjenayah ganas. Mereka hanyalah pemuda yang mahu menuntut agar pilihan raya di negara ini dijalankan secara telus. Mereka "digari" walaupun ketika bersolat. Pesan saya kepada yang terlibat: "Jawablah nanti di depan Allah SWT!"

Angkara Orang Gila, Dua Beradik Mengelupur Kesakitan Akubat Disimbah Cuka Getah

Posted: 21 Jul 2011 07:10 PM PDT

Saya petik:

[HM] MARAN: "Saya lihat dua beradik itu menggelupur kesakitan akibat disimbah cuka getah. Hati saya sedih melihat mereka meraung kesakitan," kata Siti Aishah Rohaisha Hanafi, 28, saksi kejadian dua beradik disimbah cuka getah oleh seorang lelaki dipercayai kurang siuman di Felda Jengka 9, malam kelmarin.

Dalam kejadian jam 8.30 malam itu, Shafiq Haikal Mat Safar Zaidi, 13, dan adiknya, Shafiq Aiman, sembilan tahun, parah di muka dan beberapa bahagian tubuh akibat terkena cuka getah.


Difahamkan, Shafiq Haikal yang baru selesai mengaji, mengajak adiknya ke rumah rakan sekolahnya untuk mengulang kaji pelajaran.

Sebaik tiba di depan rumah rakannya, suspek dikatakan berlari ke arah mereka sebelum menyimbah cecair dipercayai cuka getah dan terkena muka serta tubuh mangsa.


Akibat simbahan itu, dua beradik terbabit meraung serta menggelupur menahan kesakitan sebelum jeritan mereka didengar penduduk berhampiran yang pantas memberi bantuan.


Ibu saudara mangsa, Zafrida Che Sham, 41, berkata dia terkejut dimaklumkan kejadian menimpa anak saudaranya itu.

"Kejadian seperti ini tidak sepatutnya berlaku kerana ia hampir membunuh dua anak saudara saya. Apa salah dua beradik itu sehingga mereka diperlakukan begitu rupa," katanya, semalam.


Zafrida berkata, dia menyerahkan sepenuhnya kes terbabit kepada polis untuk melakukan siasatan dan seterusnya mengambil tindakan terhadap suspek.

Dia mendakwa suspek jarang bergaul dengan penduduk kampung dan dia lebih banyak bersendirian di dalam rumah selain tidak mengetahui apa penyakit sebenar dihidapi lelaki itu.


Sementara itu, Ketua Polis Daerah, Deputi Superintendan Ahmad Johari Shahabudin ketika dihubungi mengesahkan pihaknya menerima laporan berhubung kejadian berkenaan.


Menurutnya, dua beradik itu cedera parah di muka dan tubuh serta dikejarkan ke Hospital Kuala Lumpur (HKL).


Katanya, susulan kejadian itu, polis menahan reman suspek yang berusia 31 tahun selama enam hari di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD), Maran untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan.


Pengarah Pelajaran Pahang, Datuk Mazlan Mohamad pula berkata, beliau akan menghantar pegawainya hari ini untuk melihat keadaan dua beradik berkenaan.


"Saya tidak mahu membuat ulasan kerana kes terbabit masih dalam siasatan polis.


"Saya cuma dapat mengesahkan dua beradik terbabit diserang suspek, namun punca sebenar kejadian tidak dapat dipastikan," katanya, semalam.


Katanya, beliau akan memberi bantuan bagi meringankan beban keluarga dua beradik terbabit memandangkan kes itu serius.

Gadis OKU Dua Kali Lahir Anak Luar Nikah Buang Bayi

Posted: 21 Jul 2011 06:26 PM PDT

Saya petik:

[HM] KOTA TINGGI: Selepas menyusukan dan meletakkan bayi baru dilahirkannya di belakang rumah didiami bersama keluarga di Teluk Sengat di sini, seorang wanita orang kurang upaya (OKU) berusia 23 tahun dikatakan sanggup membuat helah mengejutkan ibunya dengan memberitahu terdengar tangisan bayi, Isnin lalu.

Dalam kejadian kira-kira jam 2.45 pagi itu, ibu wanita berkenaan panik terus mengejutkan suaminya sebelum mereka menemui bayi lelaki dipercayai baru dilahirkan dalam keadaan bogel di tepi longkang rumah mereka. 

Bagaimanapun, helah wanita OKU berkenaan yang mengalami kecacatan di kaki dan mata akhirnya terbongkar apabila dia ditahan polis, kira-kira jam 8 malam di rumah keluarganya selepas dipercayai terbabit melakukan perbuatan itu. Difahamkan, kejadian itu kali kedua wanita berkenaan melahirkan bayi luar nikah hasil hubungan haramnya dengan teman lelakinya warga Nepal selepas dua tahun lalu turut melahirkan bayi luar nikah hasil hubungannya dengan seorang lelaki warga Indonesia.


Menurut wanita itu, dia melahirkan bayi berkenaan seorang diri kira-kira jam 12.30 tengah malam dalam bilik tidur di rumah keluarganya.

"Ibu bapa saya tidur di bilik sebelah manakala adik bongsu pula di ruang tamu tidak menyedari kelahiran berkenaan.


"Sejurus selepas bersalin, saya sempat menyusu dan mendakap bayi saya sebelum senyap-senyap keluar ke belakang rumah lalu meletakkan bayi itu di tepi longkang rumah," katanya, semalam.


Difahamkan, ketika ditemui, bayi berkenaan masih bertali pusat selain dipenuhi kesan darah sebelum dihantar ke Hospital Kota Tinggi (HKT) untuk rawatan lanjut.

Menurut wanita itu, ketika polis dan kakitangan perubatan tiba di lokasi kejadian, dia yang memakai jean turut membantu membersihkan semut pada muka bayinya itu.


"Keluarga tidak mengetahui saya hamil kerana biasanya keluar rumah seawal jam 5 pagi untuk bekerja di sebuah kilang di Ulu Tiram sebelum pulang pada lewat malam.

"Pada masa sama, saya turut memakai pakaian bersaiz besar bagi mengelak tembelang hamil anak luar nikah diketahui keluarga," katanya.


Katanya, ini kali kedua dia melahirkan anak luar nikah hasil hubungan dengan teman lelakinya warga Nepal manakala anak luar nikah pertamanya lahir hasil hubungan dengan seorang lelaki warga Indonesia diserahkan kepada satu keluarga untuk dipelihara.


Pengarah HKT, Dr Maslina Yusof ketika ditemui mengesahkan bayi itu dilaporkan dalam keadaan sihat dan diberi rawatan antibiotik bagi mengelak sebarang jangkitan.


"Bayi lelaki berkenaan akan diserahkan kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) selepas rawatan selesai," katanya.


Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintendan Osman Muhammad Sebot ketika dihubungi mengesahkan penahanan wanita berkenaan.


"Wanita terbabit direman empat hari hingga Ahad ini dan sudah dihantar ke HKT untuk rawatan perubatan dan kes itu disiasat mengikut Seksyen 317 Kanun Keseksaan," katanya.

 P/s: Alahai!

Video Polis Tidak Menunjukkan Wajah Mat Sabu

Posted: 21 Jul 2011 05:24 PM PDT

. Yang menjadi persoalan ialah wajah Mat Sabu tidak dipaparkan dalam video itu. Cuma yang kelihatan dua orang menunggang dan membonceng motorsikal sahaja. Bagaimana polis mengatakan orang itu ialah Mat Sabu dan rakannya?

Sementara itu  Mat Sabu enggan mengulas kenyataan polis yang mendakwa beliau membuat tuduhan palsu bahawa kenderaan polis merempuh motosikal yang dinaikinya pada perhimpunan BERSIH 9 Julai lalu lapor Malaysia Kini.

"Saya tidak mahu menjawab apa-apa... Tunggu kita saman di mahkamah," katanya melalui satu kiriman SMS lewat petang ini.

Ditanya bila tindakan itu akan diambil, Mohamad menjawab: "Kena tanya peguam Hanipa Maidin".

NONEPolis hari ini tidak menolak kemungkinan mengambil tindakan ke atas Mohamad kerana didakwa membuat tuduhan palsu bahawa kenderaan polis merempuh motosikal yang dinaikinya

Pengarah Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam Bukit Aman Datuk Salleh Mat Rashid, dilaporkan berkata tidak ada kebenaran bahawa Land Rover milik polis melanggar motosikal pemimpin PAS itu.

"Malah rakaman CCTV menunjukkan beliau terjatuh dari kenderaannya selepas terlanggar pembahagi jalan," katanya sewaktu tayangan video berhubung perhimpunan itu.

Mohamad mengalami kecederaan dengan ligamen lutut kanannya terkoyak sehingga memerlukan menjalani pembedahan. Berikutan itu, doktor telah memasukkan skru sepanjang 2.5 inci di bahagian pelipat lututnya. Mohamad juga menafikan bahawa beliau berlakon untuk meraih simpati di atas kejadian yang menimpanya. 


P/s: Aduhai! Tampaknya Mat Sabu "saja-saja" suruh doktor masukkan skru di bahagian lututnya.

Minuman Malta Barbican Perisa Buah-buahan BOLEH Diminum

Posted: 21 Jul 2011 04:48 PM PDT

Saya petik:

[Kosmo] Jawatankuasa Majlis Fatwa Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia memutuskan minuman malta berperisa buah-buahan jenama Barbican dibolehkan untuk diminum umat Islam di negara ini.

Keputusan tersebut diperoleh menerusi sepucuk surat yang dihantar kepada pengedar minuman berkenaan selepas jawatankuasa itu bersidang pada 16 hingga 18 Jun lalu.

Kandungan surat tersebut menyatakan, minuman ringan malta seperti Barbican dan sebagainya yang diproses bukan untuk tujuan pembuatan arak dan alkohol yang terkandung dalam minuman tersebut juga bukan terhasil daripada proses pembuatan arak dan dengan kadar yang sedikit.

Jadi, minuman itu didapati tidak memabukkan dan dibolehkan meminumnya bersesuaian dengan keputusan muzakarah sebelum ini.

Menurut surat itu lagi, muzakarah juga menasihatkan pihak pengeluar minuman tersebut tidak menggunakan label, jenama dan sebagainya yang boleh menimbulkan keraguan kepada pengguna khususnya umat Islam. Sebelum ini. media melaporkan minuman tersebut menimbulkan isu kerana mempunyai kandungan alkohol sehingga 0.5 peratus melebihi kadar yang dibenarkan untuk pengguna Islam. 

Dewan Pemuda PAS Negeri Kedah

Dewan Pemuda PAS Negeri Kedah


KEDAH TAMBAH DANA UNTUK USAHAWAN

Posted: 22 Jul 2011 05:09 AM PDT

ALOR SETAR: Kerajaan Negeri Kedah terus menyuntik galakan kepada usahawan di negeri ini yang gigih meneroka ke arah kejayaan lebih besar.

Untuk itu, pinjaman sebanyak RM565,000 telah disampaikan kepada 28 usahawan terpilih menerusi skim bantuan Dana Teroka Usahawan pada majlis penyerahan bantuan tersebut di Wisma Perbadanan Kemajuan Negeri Kedah (PKNK), di sini pada 19 Julai baru-baru ini.

 Keterangan gambar: Ustaz Abd Ghani menyerahkan bantuan Dana Teroka Usahawan kepada salah seorang peminjam sambil diperhatikan Dato' Abdul Rahman


Menurut Exco Usahawan Kerajaan Negeri Kedah, Ustaz Abd Ghani Ahmad, jumlah tersebut adalah daripada RM 3 juta yang disediakan PKNK bagi tahun ini.

Ujarnya, pada tahun lalu PKNK memperuntukkan sebanyak RM 2 juta, manakala RM 1.7 juta pada tahun sebelumnya.

Peningkatan itu ujarnya menunjukkan komitmen kerajaan negeri dalam menggalakkan kejayaan usahawan sekaligus membantu merancakkan perkembangan ekonomi negeri.

Jelas Ustaz Abd Ghani, setiap usahawan menerima pinjaman antara RM5,000 hingga RM50,000 di mana ia hanya diberikan kepada usahawan atau bakal usahawan yang gagal mendapat pinjaman atau tidak cukup syarat untuk memperolehi pinjaman dari mana-mana institusi kewangan.

Dalam ucapannya, beliau turut menasihati para usahawan agar mendisiplinkan diri dengan menggunakan pinjaman itu hanya untuk tujuan perniagaan.

Katanya, pinjaman yang diberikan untuk tujuan memajukan perniagaan itu tidak harus digunakan untuk perkara seperti melangsaikan hutang, membeli kenderaan atau seumpamanya.

"Ini disebabkan tujuan yang lain itu akan menghancurkan minat untuk maju dalam perniagaan kerana pinjaman untuk dijadikan modal perniagaan sudah hilang dan tidak lagi dapat membantu meningkat perniagaan kerana tiada lagi wang," ujarnya.

Beliau juga menyeru para usahawan agar mengeluarkan zakat perniagaan di mana dengannya akan mendatangkan barakah dalam perniagaan.

Kerana jelasnya, di atas harta kepunyaan itu adanya hak saudara se-Islam yang miskin dan daif.

"Jika mereka dibantu dengan hak yang wajib diperolehi atas harta kita, maka mereka juga boleh membangunkan diri mereka dalam kehidupan seterusnya berupaya untuk mengeluarkan diri mereka daripada belenggu kemiskinan.

"Inilah hikmah zakat dalam membangunkan ekonomi ummah," terangnya pada majlis yang turut dihadiri Ketua Eksekutif PKNK, Dato' Abdul Rahman Ibrahim itu.

Oleh IZWAN ABDUL HALIM
izwan@harakah.net.my

Dewan Pemuda PAS Kawasan Bayan Baru

Dewan Pemuda PAS Kawasan Bayan Baru


22 July, 2011 18:19

Posted: 22 Jul 2011 11:19 AM PDT

ive never had anything handed to me I needed a quick solution right away I took advantage of this!! http://pcgm.lv/engine/redirect.php?hogyj&ref=google.com&hdparm=mail.com&url=http://finance-job.net/esubmit/bizopp_main.php now I feel completed dont wait to try it out Really easy method to make some extra cash

Blog Rasmi Unit Amal Indera Mahkota

Blog Rasmi Unit Amal Indera Mahkota


Gotong-royong membersihkan perkuburan Batu Hitam

Posted: 22 Jul 2011 03:24 AM PDT

Alhamdulillah, pada 17 Julai 2011 yang lalu, Jabatan Amal Indera Mahkota telah mengadakan satu gotong royong membersihkan tanah perkuburan Batu Hitam.

Seramai 20 orang anggota Amal telah turun untuk sama-sama menjayakan program khidmat masyarakat ini. Ia telah diketuai oleh Komander Amal Kawasan Indera Mahkota, Saudara Sheikh Azlan Sheikh Abd Aziz yang juga merupakan Timbalan Pengarah 1 Amal Pahang.

Turut serta dalam program ini ialah Timbalan Ketua Pemuda Indera Mahkota, Ustaz Zainal Abidin serta exco DPP Indera Mahkota.

Selepas gotong-royong, pihak yang terlibat telah dijamu dengan nasi minyak oleh PAS Cawangan Batu Hitam.

Jabatan Amal Indera Mahkota mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang bermurah hati menghulurkan sumbangan dalam bentuk wang, masa, tenaga dan sebagainya bagi menjayakan program gotong-royong ini.

Jazakallah...

Sheikh Azlan sedang memberi taklimat kepada anggota Amal


Saudara Zaim dengan mesin rumputnya...





Ketua Penerangan DPP Indera Mahkota, saudara Nuruldeen, sedang menginsafkan dirinya


Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing


Cukuplah kematian itu sebagai peringatan bagi orang yang berakal...


Sebahagian mereka yang telah bermurah hati menginfaqkan tenaga...Jazakallah


Menjamu selera selepas berpenat di bawah terik mentari. Semoga ia menjadi amalan baik di sisi Allah SWT

Dewan Pemuda Pas Kawasan Machang -dppkm- Mempersada Perjuangan

Dewan Pemuda Pas Kawasan Machang -dppkm- Mempersada Perjuangan


Kesan Bersih 2.0 lebih besar – Presiden PAS

Posted: 22 Jul 2011 07:54 AM PDT

TUMPAT, 22 Julai: Tidak lama selepas Bersih 1.0 diadakan pada November 2007, kerajaan Barisan Nasional (BN) menerima kesannya apabila dinafikan majoriti dua pertiga di parlimen pada pilihan raya umum Mac 2008.
Dan kesan gelombang Bersih 2.0 pada 9 Julai lalu diakui banyak pihak lebih hebat lagi dirasakan.
Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata, Bersih 2.0 dirasakan lebih hebat berbanding Bersih 1.0.
"Antaranya penyertaan masyarakat bukan Melayu begitu menggalakkan sekali. Ini merupakan satu gabungan sangat baik.
"Sedangkan kerajaan BN menggunakan pertubuhan-pertubuhan Melayu yang bersikap fanatik  seperti Perkasa dan kumpulan seni silat.
"Namun akhirnya mereka tidak dapat berhimpun dan terpaksa menarik diri kerana tidak dapat sambutan," katanya selepas perasmian penutup Ijtimak Pilihan Raya PAS Kelantan di Pantai Geting, petang ini.
Ijtimak sehari itu bermula jam 9 pagi tadi. Kesemua pemimpin PAS dan wakil-wakil rakyat hadir. Perasmian pada sebelah pagi diadakan serentak dengan kuliah perdana oleh Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.
Dianggar lebih 20,000 hadir pada ijtimak tersebut apabila lokasi tempat perhimpunan penuh dengan kebanjiran pendokong PAS dari seluruh jajahan.
Menurut Presiden PAS, di negeri lain juga perhimpunan rakyat mendapat sambutan baik di majlis-majlis yang diadakan di seluruh tempat.
"Termasuklah himpunan anjuran Bersih 2.0 yang diatur baru-baru ini mendapat sokongan meluas dari seluruh negara di mana mereka sanggup datang berhimpun di Kuala Lumpur.
"Ini menandakan respon yang sangat positif daripada seluruh rakyat, bukan saja daripada penyokong PAS," katanya.
Ditanya mengenai peguam Perancis, William Bourdon dilaporkan ditahan Jabatan Imigresen di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) katanya ia menandakan demokrasi di Malaysia ini masih tidak sempurna.
"Sekiranya kerajaan berada di pihak yang benar, kerajaan betul, apa hendak ditakutkan," ujarnya.
Bourdon dilaporkan ditahan sebaik tiba di KLIA. Semalam beliau berada di Pulau Pinang bercakap tentang isu kontroversi pembelian kapal selam Scorpene didakwa melibatkan sogokan berjuta ringgit.
Menurutnya peguam terbabit dilihat berani mempertahankan kebenaran dan kalau tak salah apa hendak ditakutkan.
Sebelum itu ketibaan Tuan Guru Abdul Hadi yang anggota parlimen Marang ke Pantai Geting menaiki motosikal berkuasa besar dari Pantai Seri Tujuh.
Mengenai sambutan hangat ijtimak tersebut katanya Insya Allah kita yakin PAS dapat mempertahankan negeri ini.
"Selama ini walau pun pilihan raya tidak bersih di seluruh negara, Kelantan boleh bertahan. Operasi mengangkut pengundi dari luar, gunakan duit, macam-macam serta serangan media.
Kelantan mampu bertahan

"Dalam masa 20 tahun kita boleh bertahan. Sambutan diberikan hari ini menandakan komitmen, iltizam jentera-jentera PAS untuk terus bekerja bagi mempertahankan kemenangan di Kelantan ini, InsyaAllah," katanya.
Mengenai cadangan penubuhan Suruhanjaya Diraja bagi mereformasikan demokrasi di Malaysia dan 8 perkara tuntutan Bersih 2.0, beliau mengalu-alukan sebarang langkah supaya membetulkan amalan demokrasi di Malaysia ini.
"Kita sangat-sangat mengalu-alukan cadangan penubuhan itu," ujarnya.
Mengulas tiada tanda-tanda pimpinan Datuk Seri Najib Razak mahu menerima 8 perkara tuntutan Berih 2.0, beliau berkata sekiranya mahu menjadi pemimpin  bertanggungjawab mesti perubahan dilakukan.
Menurutnya mana-mana pemimpin yang bertahan secara tidak bermoral, jatuh pun juga secara tidak bermoral.
"Lihat seperti apa yang berlaku di Mesir, di Tunisia dan di mana-mana saja di dunia.
"Di Asia Tenggara Marcos dengan Suharto yang memerintah begitu lama dengan revolusi tertutup, akhirnya jagi meletup dan berkaku perubahan.
"Dan kita harap negara kita juga berlaku perubahan dengan cara yang bersopan, pemimpin kena sedar dan insaf," katanya.
Beliau juga berkata, sekiranya tuntutan mereformasi pilihan raya tidak diterima kerajaan BN, PAS tetap akan menyertai pilihan raya dan menentang sebarang penyelewengan.

Ijtimak Pilihan Raya PAS Kelantan di Pantai Geting

Posted: 22 Jul 2011 07:53 AM PDT







700 mat rempit ikrar pertahan Kelantan

Posted: 22 Jul 2011 07:50 AM PDT

TUMPAT, 22 Julai: Ijtimak Pilihan Raya PAS Kelantan hari ini menyaksikan ikrar seramai 700 anak muda bagi mempertahankan Islam dan kerajaan negeri.
Ramai di kalangan ibu bapa kelihatan terharu di atas semangat anak-anak muda yang begitu lantang berikrar mempertahankan Islam di pentas utama.
Bacaan ikrar diketuai Presiden Minda Evolusi Rempit Anak Muda Kelantan (Merak), Azaizuree Ahmad di hadapan pemimpin PAS dan lebih 20,000 peserta ijtimak yang memenuhi pantai Geting, Pengkalan Kubur.
Dun Pengkalan Kubur dikuasai Umno sejak pilihan raya umum 2004. Pada pilihan raya umum 1990 kawasan itu diwakili calon Hamim, gabungan Angkatan Perpaduan Rakyat.
Anak muda dari pelbagai tempat yang bernaung di bawah Merak datang dengan motosikal menggegarkan kawasan perkelahan.
Mereka berjanji berusaha bersungguh-sungguh sebagai seorang anak muda bersama mengembelingkan perjuangan mempertahankan Islam di Kelantan.
Azaizuree berkata, mereka akan sentiasa bersama-sama memperkasakan kepimpinan Islam dan jemaahnya yang diketuai Tok Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.
"Selain itu sentiasa bersama ahli-ahli jemaah membangunkan Islam di Kelantan. Wahai pimpinan dan ibu bapa bahawa kami semua adalah sebahagian kamu, sebahagian jemaah PAS.
"Kami sama-sama mahu mempertahankan agama suci Islam walau apa jua keadaan senang atau susah, bak kata pepatah membujur lalu melintang patah. Janji kami adalah benar, ikrar kami bukan palsu," katanya diakhirnya dengan laugan takbir beramai-ramai.
Sebelum itu anggota Merak menerima sijil pelantikan team leader Minda Evolusi Rempit Anak Kelantan yang disampaikan Tuan Guru Nik Abdul Aziz.
Gimik perasmian ijtimak dilangsungkan apabila Menteri Besar dipakaikan jaket khas oleh Timbalan Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob.
Selain itu turut diadakan sumbangan kameja T kepada peserta  gusti lengan terbuka  Johor pada 23 Julai ini.
Kejohanan itu akan diadakan di Plaza Ansana Johor Bahru. Peserta terbabit termasuk Rosli Ibrahim, Zawawi Ariffin, Mohd Ropi Ibrahim dan Khusairin Siban.
Penyampaian t-shirt disampaikan anggota parlimen Tumpat, Dato' Kamaruddin Jaaffar.  Peserta Merak mengibarkan bendera Kelantan, Jalur Gemilang dan Bulan Purnama di motosikal masing-masing.
Pengarah Jabatan Pilihan Raya PAS Negeri, Wan Nik Wan Yusoff berharap setiap jentera termasuk di peringkat cawangan hendaklah meneliti apa yang disampaikan pemimpin pada ijtimak tersebut.
"Ia adalah sebagai panduan bagi menyusun gerak kerja pilihan raya yang bakal berlangsung tidak lama lagi," ujarnya.
Timbalan Pesuruhjaya II, Datuk Mohd amar Abdullah menyarankan setiap ahli dan pendokong PAS perlu membeli Harakah sebagai maklumat untuk dihadam oleh mereka.
"Jangan pula beli tetapi dijadikan tempat duduk sahaja. Hadir pada program ceramah sahaja tidak mampu untuk menyampaikan maklumat kepada orang ramai tanpa ada mekanisme lain seperti maklumat yang ada dalam Harakah," ujarnya.

Dewan Pemuda Pas Sepanggar

Dewan Pemuda Pas Sepanggar


Tangisan warga Sepangar

Posted: 21 Jul 2011 05:27 PM PDT

Dewan Pemuda PAS Kawasan Sepangar mengambil berat terhadap laporan dari sabahdaily yang dipetik dari sabahkini. Tindakan pihak berkuasa yang membelakangkan prikemanusiaan merupakan suatu perbuatan yang zalim terhadap rakyat sendiri. DPP Sepangar menyeru rakyat Sabah agar bersedia untuk menumbangkan kerajaan UMNO/BN di Sabah bagi memastikan kejadian sebegini tidak lagi menghantui rakyat Sabah. Pakatan Rakyat melalui buku Jingga malah Parti Islam Se-Malaysia (PAS) dengan tema 'Membina Negera Berkebajikan' bersedia untuk memikul amanah rakyat Sabah bagi mestikan hak-hak mereka terbela.

PAS Sabah melalui NGO Bela Tanah Rakyat Sabah (TABAH) bersedia untuk membantu sekiranya diperlukan. Sebarang permasalahan tanah disekitar Sepangar dan Kota Kinabalu, boleh menghubungi Saudara Lahirul Latigu yang juga Setiausaha TABAH (019-3692587).

........................................................................................

Berikut adalah berita yang diperolehi dari Sabahdaily:

Istimewanya PATI, Hinanya Anak Negeri?


BETAPA hinanya Anak Negeri Sabah kerana Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) tanpa teragak-agak menghantar jentolak untuk meranapkan rumah mereka di beberapa kampung di Likas, Inanam dan Sepanggar atas alasan rumah mereka adalah Setinggan; sinonim dengan pepatah Melayu, hina besi kerana karat, hina manusia kerana melarat.

Tetapi bagi PATI yang berasal daripada Pulau Gaya setelah mendapat kad pengenalan projek, Haji Sidek, dengan bantuan Datu Akjan Datu Ali Muhammad yang mengangkat sumpah sebagai Sultan Sulu, Paduka Mahasari Maulana Al-Marhum Sultan Shariful-Hashim II; begitu bermegah dengan Istana yang dibina secara haram di atas tanah simpanan milik kerajaan di Kampung Likas, Kota Kinabalu.

Haji Sidek membeli lot tanah berkenaan seluas 900 kaki persegi tetapi telah menceroboh tanah simpanan kerajaan dengan membina dua buah rumah di satu lot kosong dengan keluasan yang sama tetapi direzabkan untuk kegunaan kerajaan (open space).

Walaupun isu ini telah hangat di Facebook sejak jun tahun lalu, namun DBKK seolah-olah tidak mempedulikan keluhan rakyat, sekalipun Pengarah DBKK, Datuk Yeo Boon Hai turut memberi respon sambil lewa.

Yeo Boon Hai memberi komen dengan mengatakan bangunan tersebut adalah dalam tanah persendirian, cuma tidak ikut syarat DBKK maka OC tidak di luluskan. "Tadi pagi saya sudah arah architectnya waktu memenuhi syarat DBKK".

Namun setelah didesak, Yeo Boon Hai akhirnya mencatatkan, "According to my officer, both are in their land. One has to go. We are waiting for their architect to respone..."

Namun seorang Forumer, Ansari Abdullah menyatakan bahawa rumah tersebut bukan dalam geran hak milik tetapi dalam tanah simpanan jalan awam yang sekarang ini dipagar secara haram. Ini menghalang penglihatan pengguna jalan raya dan sudahpun menyebabkan beberapa kemalangan Jalan Raya.

Bagaimanapun Yeo Boon Hai tidak lagi memberikan sebarang respon sehingga kini dan tidak ada sebarang tindakan daripada DBKK.

Dalam pada itu, seorang Anak Negeri Sabah, Hossin Bayani Omar berkata, beliau masih ingat bila DBKK beri surat amaran robohkan rumah orang kampung Tanjung Aru yang didirikan di tanah kerajaan sejak berpuluh tahun sebelum kelahiran beliau iaitu 42 tahun lalu, tanpa sebarang pampasan.

Tindakan kejam kerajaan tersebut kata Hossin hanya dipandang sebelah mata oleh Wakil Rakyat dan penduduk terpaksa akur robohkan rumah mereka untuk pembangunan jalan dan projek keindahan kampung. Tetapi sampai ke hari ini, janji tinggal janji.

Sabahkini.net akan mendapatkan penjelasan daripada Datuk Bandar, Datuk Abidin Madingkir dalam masa terdekat.

Oleh : RAHMAN IBRAHIM (sabahkini)

Pengikut