Pakatan Rakyat |
Posted: 22 Jul 2011 03:36 PM PDT Sesungguhnya segala puji-pujian hanya layak bagi Allah Azza Wajalla, selawat dan salam ke atas junjungan Nabi Muhammad SAW. Antara suasana yang membimbangkan berlaku kepada kebanyakan umat Islam pada hari ini ialah gejala meninggalkan solat Subuh dan meninggalkan solat Subuh berjamaah di Masjid. Meskipun diketahui bahawa mengerjakan solat Subuh khususnya di Masjid secara berjamaah mempunyai kelebihan yang besar di sisi Islam dalam menjana kekuatan Iman namun kini ramai yang mengabaikannya. Malah di kalangan mereka yang mendokong perjuangan Islampun ramai yang kalah untuk bangun awal mengerjakan solat Subuh di Masjid. Keadaan ini adalah berpunca dari sikap suka berjaga lewat malam samada kerana melakukan aktiviti seperti menonton televisyen, bersukan, makan-makan dan berbual kosong dalam perkara yang tiada manfaat. Inilah yang selalunya menyebabkan umat Islam berjaga hingga lewat malam hingga menyebabkan mereka terlepas keberkatan yang dijanjikan oleh Rasulullah SAW di awal pagi. Jika kita lihat generasi umat Islam lampau mereka sangat mengambil berat soal tidur awal agar mereka dapat bangun lebih awal untuk melaksanakan ibadah dan seterusnya bekerja di awal pagi dengan perasaan yang segar dan sihat. Oleh kerana itulah kehidupan generasi lampau di kalangan datuk, nenek dan moyang kita sentiasa sihat dan bertenaga di siang hari. Jarang sekali kita dengar mereka ditimpa penyakit atau tekanan perasaan seperti yang berlaku pada ramai orang pada hari ini. Oleh kerana itulah Nabi SAW bersabda: اللَّهُمَّ بَارِكْ لِأُمَّتِي فِي بُكُورِهَا Ertinya: "Ya Allah! Berkatilah ummat ku diwaktu paginya". Hadis riwayat Ahmad Kaedah membantu diri untuk mudah bangun pagi ialah: 1) Tidur awal: Menjadi kebiasaan mereka yang tidur awal akan bangun awal dan sebaliknya mereka yang tidur lewat akan bangun lewat. Oleh kerana itu adalah makruh hukumnya tidur sebelum solat Isyak dan berbual-bual kosong dan membuang masa selepasnya hingga menyebabkan tidur lewat. Namun begitu ada keadaan yang dikecualikan untuk tidur lewat sepertimana yang disebutkan oleh Imam Al-Nawawi dalam huraiannya kepada Sahih Muslim. Katanya: Sebab dimakruhkan berbual-bual selepas solat Isyak ialah yang membawa kepada berjaga malam dan dibimbangi akan menyebabkan tertidur nyenyak hingga tertinggal qiamullail atau terlepas solat Subuh pada waktunya atau waktu yang afdhalnya dan adalah makruh berbual-bual selepas solat Isyak iaitu dalam perkara-perkara yang tiada kemaslahatan, adapun sekiranya pada perkara yang ada maslahat dan kebaikan maka tidaklah makruh, seperti mempelajari ilmu, membicarakan kisah orang-orang soleh, berbual dengan tetamu, berbual dengan dengan ahli keluarga bagi mengeratkan hubungan dan menunaikan keperluan mereka, berbual dengan orang musafir bagi menjaga harta dan diri mereka, berbual dalam urusan mendamaikan antara manusia dan membantu mereka dalam perkara kebaikan, menyeru kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran, menunjukkan kepada kemaslahatan dan yang seumpamanya, semua itu tidaklah termasuk dalam perkara makruh". Bagi seorang Muslim yang perihatin dia berjaga malam adalah kerana aktiviti perjuangan dan ibadah dan bukannya kerana perbuatan lagho, dan jika sekiranya dia lewat tidurpun dia tetap berusaha dan memastikan bangun awal untuk ke Masjid solat berjamaah subuh. 2) Memelihara adab tidur: Kunci kedua untuk mudah bangun di waktu subuh ialah memelihara amalan sunnah ketika tidur di waktu malam. Iaitu dengan berwudhuk, ketika di atas pembaringan duduk sambil menghimpunkan kedua-dua belah telapak tangan dan meniupkan ke atasnya selepas membaca surah Al-Ikhlas, Al-Falaq dan An-Naas kemudian di sapu keseluruh badan dan tidur dengan membaca doa sebelum tidur. Bagi mereka yang sukar bangun pagi, hendaklah memohon bantuan daripada ahli keluarga, kawan atau jiran bagi membantu menggerakkannya untuk bangun di awal pagi atau menyediakan jam loceng. Bagi mereka yang sudah terbiasa bangun awal di waktu subuh selalunya tidak menjadi masalah untuk bangun awal kerana secara fitrah dia akan bangun pada masanya dan tidak perlu kepada faktor luaran untuk menggerakkannya kerana seolah-olah ia sentiasa dibantu oleh para Malaikat untuk bangun awal. Kemudian setelah terjaga hendaklah membaca doa dan janganlah sekali-kali meneruskan tidur kerana ia akan membawa kepada terjaga lewat. 3) Memenuhkan dada dengan Iman dan 'amal soleh: Keimanan yang kuat adalah merupakan pendorong utama bagi seseorang melakukan sesuatu yang sukar. Mengerjakan qiamullail dan solat Subuh di Masjid adalah suatu amalan yang sukar dan ia tidak dapat dilakukan kecuali oleh mereka yang benar-benar yakin kepada janji kebaikan daripada Allah Taala. Justeru bagi meningkatkan keimanan dalam dada, seseorang itu hendaklah menambahkan amalannya dengan banyak melakukan kebaikan, kerana dengannya hati seseorang itu akan menjadi suci dan bersih yang memudahkan untuk suburnya Iman. Sebaliknya hati yang kotor akan menjadi keras dan kekerasan hati adalah menjadi penghalang kepada seseorang itu untuk melakukan amal ibadah yang sukar seperti solat Subuh berjamaah di Masjid dan qiamullail. Hati boleh menjadi keras kerana dikotori oleh sifat-sifat mazmumah seperti hasad dengki, ujub dan riak atau disebabkan makan dari sumber yang tidak halal. 4) Menjauhi perbuatan maksiat: Maksiat adalah penghalang bangun solat Subuh dan mengerjakannya di Masjid. Justeru hendaklah kita sentiasa menjauhi segala maksiat. Seperti yang berpunca daripada mata iaitu melihat perkara yang haram seperti melihat aurat wanita, samada melalui televisyen ataupun internet. Juga yang berpunca dari lidah iaitu perbuatan mengata orang, mengeji, mengumpat dan menabur fitnah. Juga yang berpunca dari telinga seperti mendengar hiburan-hiburan haram dan umpatan serta fitnah. Mereka yang melakukan maksiat selalunya sukar untuk bangun solat Subuh atau ke Masjid kerana ia melemahkan naluri beramal soleh dan menghakis keyakinan kepada janji-janji kebaikan daripada Allah Taala. Mata, lidah dan telinga sepatutnya digunakan bagi melihat, membaca dan mendengar perkara kebaikan seperti al-Quran, al-Hadis, ceramah dan lain-lain. 5) Mengetahui kelebihan solat Subuh dan fadhilat mengerjakannya di Masjid مَنْ صَلَّى الْعِشَاءَ فِي جَمَاعَةٍ فَكَأَنَّمَا قَامَ نِصْفَ اللَّيْلِ وَمَنْ صَلَّى الصُّبْحَ فِي جَمَاعَةٍ فَكَأَنَّمَا صَلَّى اللَّيْلَ كُلَّهُ Ertinya: Barangsiapa yang solat Isyak secara berjamaah seumpama bangun mengerjakan qiam separuh malam dan barangsiapa mengerjakan solat Subuh secara berjamaah seumpama dia solat keseluruhan malam". Hadis riwayat Imam Muslim. Ibnu Mas 'ud r.a meriwayatkan telah diceritakan kepada Rasulullah SAW berkenaan dengan seorang lelaki yang tidur di malam hari sehingga terlajak waktu Subuh, maka baginda SAW bersabda: Menurut Imam Al-Qurtubi kencing syaitan adalah kencing yang hakiki dan bukan hanya simbolik. Sebab itu ada kalanya kita boleh kenal mereka yang tidak solat Subuh kerana wajahnya yang suram akibat dari kencing syaitan, berbeza dengan merek yang bangun solat Subuh di awal pagi. Kebesaran dan keagungan solat Subuh berjamaah di Masjid hendaklah dimasukkan ke dalam hati kerana ia akan menangkis bisikan syaitan yang selalu membisikkan rasa ringan meninggalkannya. Bagi para ulama dan ustaz pula hendaklah menanamkan rasa malu dan bersalah yang amat sangat jika tidak hadir solat Subuh berjamaah kerana dia adalah contoh ikutan orang awam. 6) Mengetahui kesan meninggalkan solat subuh@solat berjamaah subuh. Waktu selepas solat Subuh adalah waktu yang penuh dengan kebaikan dan keberkatan, justeru Nabi SAW memelihara waktu tersebut iaitu memenuhkannya dengan zikir dan baginda selalunya selepas subuh terus duduk sambil berzikir sehinggalah terbit matahari, dan kemudian baginda solat dua rakaat Dhuha. Amalan ini menjadi ikutan para ulama salafussoleh, antaranya ialah Imam Ibnu Taimiyyah yang turut melakukan amalan duduk berzikir selepas solat Subuh sehingga terbit matahari sepertimana yang dikhabarkan oleh muridnya Imam Ibnu Qayyim Al-Jauziyyah Waktu selepas solat Subuh adalah saat banyaknya kebaikan dan keberkatan, kerana itulah Nabi SAW berdoa: ((اللَّهُمَّ بَارِكْ لِأُمَّتِيْ فِيْ بُكُوْرِهَا)) Maksudnya: Ya Allah berkatilah ummatku di waktu pagi! HR Al-Tirmizi. 7) Menjauhi sifat-sifat munafiq. ((إِنَّ أَثْقَلَ الصَّلَاةَ عَلَى المـُـنَافِقِيْنَ صَلَاةُالعِشَاءِ وَالفَجْرِ، وَلَوْ يَعْلَمُوْنَ مَا فِيْهِمَا لَأَتَوهُمَا وَلَوْ حَبْوًا)) Maksudnya: (( Sesungguhnya solat yang paling berat bagi mereka yang munafik ialah solat Isyak dan solat Subuh, kalaulah mereka tahu kelebihan kedua-duanya nescaya mereka akan datang melaksanakannya meskipun dalam keadaan merangkak)) HR Al-Bukhari dan Muslim Abdullah bin Mas 'ud r.a berkata: "Engkau telah melihat kami dan tidak meninggalkannya (solat Subuh) melainkan munafiq yang dimaklumi sifat nifaqnya". Riwayat Muslim, Abu Daud, Al-Nasai dan Ibnu Majah. Ibnu Umar r.a pula berkata: "Apabila kami dapati ada lelaki yang tidak hadir solat (di Masjid) pada waktu fajar (Subuh) dan Isyak kami akan berburuk sangka terhadapnya". Riwayat Al-Bazzar, Al-Tobrani dan Ibnu Khuzaimah Oleh itu jika anda mahu mengukur secara zahir iman seseorang maka ia boleh diukur dengan keadaan solat Subuhnya. Jika dia seorang yang sangat memelihara solat Subuh dan melaksanakannya secara berjamaah di Masjid maka ia menjadi bukti kepada kekuatan imannya. Namun jika sebaliknya, dia sangat malas berjamaah di Masjid waktu subuh maka itu adalah petanda imannya yang bermasalah serta kekerasan hatinya. Ia juga menunjukkan ketundukannya kepada hawa nafsu dan kekalahannya kepada bisikan syaitan. Seseorang yang mampu bangun untuk pergi berjamaah di waktu Subuh adalah bukti kekuatan iman seseorang kerana dia telah menang dalam peperangan dengan hawa nafsu dan hasutan syaitan supaya terus tidur. Bagi mereka yang terus tidur, apakah mereka berasa lebih seronok diulit mimpi di atas katil sedangkan ahli jamaah yang lain sedang beribadah dan mendengar bacaan Al-Quran di dalam solat di Masjid. Adalah menjadi satu kerugian yang besar bagi mereka yang tidak merasakan apa-apa kekurangan pada diri mereka sedangkan mereka terus jauh dari rahmat Allah Taala di waktu pagi. http://zuridanmdaud.blogspot.com KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search. | ||||||||||
Posted: 22 Jul 2011 03:32 PM PDT | Pemuda Dihukum Keliling Kampung dengan Kemaluan Diikat Bata Posted: 22 Jul 2011 07:08 AM PDT Berita AFP melaporkan polis Bangladesh semalam menyiasat kes seorang lelaki dipaksa berjalan keliling kampung dengan batu-bata diikat pada kemaluannya. Tindakan itu didakwa dilakukan sebagai hukuman kerana pemuda itu menculik dan berkahwin dengan seorang kanak-kanak.
Polis berkata, lelaki itu menculik dan berkahwin secara paksa dengan budak perempuan berumur 12 tahun.
Mahkamah Kampung diiktiraf di Bangladesh tetapi mahkamah itu hanya boleh menyelesaikan pertikaian mengenai hak milik tanah, pewarisan dan isu kecil lain. Mahkamah Kampung dilarang mengenakan hukuman fizikal. | Lelaki Mabuk Paksa Anak Tarik Kereta Sorong dalam Keadaan Bogel Posted: 22 Jul 2011 05:10 AM PDT Kejadian ini berlaku di China. Di sebuah lorong gelap, seorang wartawan dan sekumpulan orang awam ternampak lelaki tua berpakaian compang-camping sedang memukul seorang wanita muda yang berada dalam keadaan telanjang bulat. Gadis itu dilihat sedang merangkap sambil menarik kereta sorong berisi sampah dan barangan terpakai. Lelaki yang dipercayai ayah kepada gadis itu dikatakan mabuk dan tidak diketahui sebab dia memaksa anaknya menarik kereta sorong itu dalam keadaan yang amat mengaibkan. Apabila menyedari orang ramai melihat dirinya dalam keadaan begitu, si anak itu dilaporkan telah memohon maaf daripada ayahnya. Wartawan yang berada di lokasi kejadian kemudiannya melaporkan hal itu kepada pihak polis. P/s: Lelaki tua itu mabuk! Kerana arak, akal yang dikurniai Tuhan tidak dapat berfikir secara waras. Hasilnya, lihatlah kejadian yang berlaku di atas. | Najib Korban Cuti kerana Rakyat @ kerana Peguam Scorpene Sampai di Malaysia? Posted: 22 Jul 2011 01:30 AM PDT Menurut berita Bernama, Perdana Menteri tiba di tanah air hari ini selepas melakukan lawatan ke luar negara, berkata beliau tidak sanggup bercuti lama, malah telah berkorban masa cuti beliau untuk menemui rakyat. Selepas melakukan lawatan lapan hari ke Turkmenistan, United Kingdom dan Itali, Najib akan berada di Selangor pula pada tengah hari ini. Beliau dijangka melakukan tinjauan mesra di Subang dan menunaikan solat Jumaat di Masjid Subang Perdana, seterusnya menyertai makan tengah hari bersama rakyat di Sekolah Kebangsaan Jalan U3, Subang Perdana. "(Habis lawatan) saya ajak keluarga saya berbincang. Saya kata rasa-rasa dalam hati, saya kena balik walaupun ikut jadual keluarga saya dan saya, nak bercuti di luar negara sementara tetapi rasa-rasa saya perlu balik ke Malaysia. "Saya kata bahawa tidak mengapalah kalau saya perlu berkorban. Saya sanggup berkorban demi rakyat Malaysia," kata beliau ketika berucap di hadapan kira-kira 3,000 orang yang menyambut beliau di Kompleks Bunga Raya, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur.
Siapa yang memberikan arahan kepada Imigresen untuk berbuat demikian? | [TERKINI/TERPANAS] Peguam Scorpene Dijangka Dihalau Keluar dari Malaysia Posted: 22 Jul 2011 12:25 AM PDT Saya petik: [TT] peguam peranchis monsieur william bourdon akan dihalau keluar dari malaysia dalam masa yang sama peguam lathefa dan fadiah P/s: Rejim sudah kecut. AMAT MEMALUKAN! Berkaitan: [MK] Peguam Perancis William Bourdon, yang berada di Pulau Pinang malam tadi untuk bercakap tentang urusniaga kontroversi pembelian kapal selam Scorpene yang didakwa melibatkan sogokan berjuta ringgit kepada pegawai kerajaan Malaysia, ditahan Jabatan Imigresen di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).
Isu Scorpene : Peguam Perancis Dihantar Pulang Tanpa Sebab | [GEMPAR] Pemimpin Regim Sudah Kecut, Peguam Scorpene Ditahan di KLIA Posted: 21 Jul 2011 11:36 PM PDT Saya petik:
| Tiada dalam Video PDRM: Solat dengan Tangan Berikat Posted: 21 Jul 2011 08:30 PM PDT P/s: Menurut blog PASPB, gambar ini dikatakan diambil berhampiran dengan Dataran Maybank ketika perhimpunan aman BERSIH 2.0 yang lalu. Jika benar dakwaan bahawa gambar ini sebahagian daripada layanan mesra pihak berkuasa semasa BERSIH 2.0, maka situasi di atas benar-benar menyedihkan. Hal ini demikian kerana mereka yang ditangkap bukanlah penjenayah ganas. Mereka hanyalah pemuda yang mahu menuntut agar pilihan raya di negara ini dijalankan secara telus. Mereka "digari" walaupun ketika bersolat. Pesan saya kepada yang terlibat: "Jawablah nanti di depan Allah SWT!" | Angkara Orang Gila, Dua Beradik Mengelupur Kesakitan Akubat Disimbah Cuka Getah Posted: 21 Jul 2011 07:10 PM PDT Saya petik:
| Gadis OKU Dua Kali Lahir Anak Luar Nikah Buang Bayi Posted: 21 Jul 2011 06:26 PM PDT Saya petik:
P/s: Alahai! | Video Polis Tidak Menunjukkan Wajah Mat Sabu Posted: 21 Jul 2011 05:24 PM PDT . Yang menjadi persoalan ialah wajah Mat Sabu tidak dipaparkan dalam video itu. Cuma yang kelihatan dua orang menunggang dan membonceng motorsikal sahaja. Bagaimana polis mengatakan orang itu ialah Mat Sabu dan rakannya? Sementara itu Mat Sabu enggan mengulas kenyataan polis yang mendakwa beliau membuat tuduhan palsu bahawa kenderaan polis merempuh motosikal yang dinaikinya pada perhimpunan BERSIH 9 Julai lalu lapor Malaysia Kini. "Saya tidak mahu menjawab apa-apa... Tunggu kita saman di mahkamah," katanya melalui satu kiriman SMS lewat petang ini. Ditanya bila tindakan itu akan diambil, Mohamad menjawab: "Kena tanya peguam Hanipa Maidin". Polis hari ini tidak menolak kemungkinan mengambil tindakan ke atas Mohamad kerana didakwa membuat tuduhan palsu bahawa kenderaan polis merempuh motosikal yang dinaikinya Pengarah Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam Bukit Aman Datuk Salleh Mat Rashid, dilaporkan berkata tidak ada kebenaran bahawa Land Rover milik polis melanggar motosikal pemimpin PAS itu. "Malah rakaman CCTV menunjukkan beliau terjatuh dari kenderaannya selepas terlanggar pembahagi jalan," katanya sewaktu tayangan video berhubung perhimpunan itu. Mohamad mengalami kecederaan dengan ligamen lutut kanannya terkoyak sehingga memerlukan menjalani pembedahan. Berikutan itu, doktor telah memasukkan skru sepanjang 2.5 inci di bahagian pelipat lututnya. Mohamad juga menafikan bahawa beliau berlakon untuk meraih simpati di atas kejadian yang menimpanya. P/s: Aduhai! Tampaknya Mat Sabu "saja-saja" suruh doktor masukkan skru di bahagian lututnya. | Minuman Malta Barbican Perisa Buah-buahan BOLEH Diminum Posted: 21 Jul 2011 04:48 PM PDT Saya petik: [Kosmo] Jawatankuasa Majlis Fatwa Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia memutuskan minuman malta berperisa buah-buahan jenama Barbican dibolehkan untuk diminum umat Islam di negara ini. |
You are subscribed to email updates from Pakatan Rakyat To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan