Sabtu, 15 Januari 2011

BLOG - BLOG PARTI PAS

BLOG - BLOG PARTI PAS


PULAU TAWAR

Posted: 15 Jan 2011 11:10 PM PST

PULAU TAWAR


Apa kata anda?????

Posted: 15 Jan 2011 07:32 AM PST

Petikan ini kami ambil dari sebuah blog dalam Jerantut ini sendiri.Ini adalah salah satu komen yang diberi oleh pembaca blog tersebut.....


Anonymous said...

Korang nampak tak lapangan motor cross kat tepi sungai salan tuuu ... Dulu kawasan tu banyak pemuda pulo tawar usahakan tanah tu ... Tanam pisang ... Kemudian apply tanah tu tol ... Apa jadi ? ada golongan bodoh umno pulo tawar ni cadang jadikan kawasan sebagai tempat motor crosss ... Apa jadi motor cross ? Elok2 ada org tanam pisang sekarang terbiar .. Membazirkan duit kerajaan .. Bodoh punya org umno polo tawo ... Sebab apa jadi macam tu sebab depa tak de nama dalam pemohonan tanah tuuu ... Jadi kalau aku tak dapat biaq semua tak dapat ... Tak ke bodoh namanya tuuuu ..... Lagi satu ... Semua org polo tawo yg ada rumah kat bukit rang dapat saham lkpp ... Tu sejak zaman tun razak dah dapat hak tu ??? tapi ada golongan bodo yg dengki ni ... Pegi tarik balik saham lkpp tu ... Dan serahkan saham tu pada org lain ... Tak ke bodo nama nya ... Umno tempat lain cari dari sumber lain nak bantu ahli ... Ni org umno pulo tawo ... Ambil hak org lain bagi kat org lain ... Tak ke bodo namenya ...carilah sumber lain byk saham felcra boleh diusahakan ... Awok umno awak ada kuasa awak bukanya pembangkang ... Tu lagi satu tak de satupun usaha-usahwa oleh umno pulo tawo ni mintak tanah kerajaan utk belia2 kampung ni ...banyak tanah pinggir kampung ni dah terlepas kat org luar ... memang bodo bodo bodoooooooo... Org pulo tawo tak pandai politik ... Politik org umno pulo tawo politik bodo ...politik lurus bendoo ... Tak pandai nak tawo menawo ...

Ulasan:-Jadi marilah kita semua,selepas membaca komen di atas berfikir dengan baik dan menentukan apa yang sebenarnya berlaku.Jumpa lagi!

Macam mana hasilnya nanti?????

Posted: 15 Jan 2011 07:06 AM PST

Pulau Tawar bakal jadi tumpuan

PULAU TAWAR – Sebanyak RM200,000 diperuntukkan bagi membina Galeri Mat Kilau dekat sini, seterusnya menjadikan Pulau Tawar sebagai sebuah perkampungan sejarah untuk kajian, rujukan dan juga kunjungan pelawat kelak.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pulau Tawar, Datuk Dr Ahmad Shukri Ismail berkata, galeri terbabit akan dibina khusus untuk menempatkan pelbagai sejarah mengenai Mat Kilau sama ada bahan sejarah peninggalannya, kisah perjuangan, gambar dan apa juga perihalan berkenaan tokoh pahlawan itu.

Menurutnya, rentetan pembukaan galeri itu, pelancongan berasaskan sejarah, konsep inap desa dan pelbagai lokasi menarik berdekatan dapat diperluaskan penduduk mahu pun agensi pelancongan yang ada.

"Penubuhan galeri ini juga antara kaedah penyelesaian terbaik untuk jangka panjang, yang turut boleh menempatkan pelbagai sejarah kepimpinan tokoh-tokoh lain yang ada.(berita lanjut di sini)


Ulasan:-Macam-macam yang telah dilakukan untuk menaikkan nama Pulau Tawar.Memandangkan tempat ini banyak sejarahnya,memang patut ia di kekalkan dan terus di mahsyurkan sejarahnya.

Tapi telah banyak juga tempat yang dibina dan akhirnya telah terbiar begitu sahaja.Kenapa jadi begitu.Dan kami juga bimbang sekiranya tempat atau bangunan yang akan dibina ini akan jadi macam sejarah bangunan makmal komputer di sekolah-sekolah seluruh Malaysia.

Jadi kena ada pihak yang benar-benar memantau pembinaan dan perjalanan bangunan ini nanti.Bukan apa,sejarah telah menunjukkan yang Yang Boroi Pulau Tawar ini pernah diisyhtihar sebelum ini.Ini maknanya dia ni tak berapa clear dalam bab kewangan.Manalah tau nak ambik kesempatan ke,apa ke?

Kalau tak ikut spek nanti,bimbang pulak bangunan ni RUNTUH!
Kalau dah buat esok,jaga elok-elok.Jangan sampai terbiar macam balairaya di kampung-kampung,penuh ngan kambing dan lembu aja!

PAS KAWASAN PASIR SALAK : 'Tawan DUN Kg.Gajah & DUN Sg.Manik @ PRU13'

Posted: 15 Jan 2011 09:26 PM PST

PAS KAWASAN PASIR SALAK : 'Tawan DUN Kg.Gajah & DUN Sg.Manik @ PRU13'


TGNA & Exco Kelantan raikan Bloggers @ Grand Season Hotel, KL

Posted: 15 Jan 2011 11:21 AM PST

PAS Negeri Sembilan

Posted: 15 Jan 2011 09:18 PM PST

PAS Negeri Sembilan


Bantah kenaikan tol Lekas

Posted: 15 Jan 2011 08:25 PM PST

Sinar Harian 16 Jan 2011

SEREMBAN – Pakatan Rakyat (PR) di negeri ini menganjurkan demonstrasi bagi mendesak syarikat konsesi Lebuhraya Kajang - Seremban (Lekas) Sdn Bhd agar tidak menaikkan kadar tol dalam masa terdekat, semalam.

Demonstrasi berkenaan diketuai Pengerusi DAP negeri, Loke Siew Fook dan diadakan di lokasi berhampiran Plaza Tol Paroi, dekat sini.

Mereka berbuat demikian selepas mendapat tahu bahawa kadar tol di lebuh raya berkenaan akan dinaikkan daripada sumber yang tidak didedahkan mereka.

Kira-kira 100 pemimpin dan ahli parti-parti komponen PR menyertai demonstrasi yang bermula jam 11 pagi hingga 12 tengahari itu.

Antara barisan kepimpinan yang hadir adalah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Senawang, P Gunasekaran; ADUN Mambau, Wong May May; ADUN Bukit Kepayang, Cha Kee Chin; ADUN Temiang, Ng Chin Tsai; ADUN Bahau, Teo Kok Seong; ADUN Paroi, Mohamad Taufek Abd Ghani dan ADUN Sikamat, Aminuddin Harun.

Menurut Siew Fook yang juga Ketua Pembangkang di negeri ini, ada sumber memberitahu beliau kadar tol Lekas mungkin dinaikkan dalam masa terdekat.

Bagaimanapun, beliau enggan mendedahkan identiti sumbernya itu kepada media.

"Saya juga akan membentangkan usul membantah kenaikan kadar tol Lekas di Parlimen kerana ia dikhuatiri membebankan pengguna lebuh raya ini," katanya.

Demonstrasi aman itu bersurai tanpa sebarang insiden tidak diingini berlaku.

http://www.sinarharian.com.my/sh/mns/content/story8628569.asp

Tol Lebuhraya Seremban nak naik lagi tahun ni 2011?

Posted: 15 Jan 2011 02:26 AM PST





Negri Pakatan leaders stage Lekas toll hike protest
Zefry Dahalan January 15, 2011

Getting wind of a move to increase the Kajang-Seremban Expressway toll, several opposition members vent their anger.

SEREMBAN: Negri Sembilan Pakatan Rakyat leaders and supporters today gathered at an interchange here to protest the expected hike in the Kajang-Seremban Expressway (Lekas).

Stretching from Kajang Selatan to Paroi, the highway is 44.3km long and cost RM1.8 billion to build. It was opened on Sept 20, last year.

The Paroi interchange is the ending point of the Kajang stretch.

Many motorists passing by the Paroi interchange also showed their support by honking and waving at the protesters.

About 50 state Pakatan leaders and supporters chanted slogans: "Hancur Barisan Nasional", "Hidup Rakyat", "Hidup Pakatan Rakyat" and "Reformasi".

They also carried a giant banner which read: "Turunkan Kadar Tol" and "Tolak Kerajaan Barang Naik".

The coordinator of the protest, Loke Siew Fook, who is also the state DAP chairman, told reporters he received information that Lekas might increase the toll rate this year.

The toll concessionaire can increase the toll rate by 10% every three years similar to the toll hikes imposed by major toll concessionaries like PLUS (Projek Lebuhraya Utara Selatan).

Loke said that Lekas was maintaining the current toll based on the 2008 rate and was expected to raise it this year according to the concessionaire agreement.

"But what irks me is that the current toll rate imposed by Lekas was higher than PLUS. For Class 1 and Class 2 motorists, Lekas charged 14.96 sen per km and 22.43 sen per km. PLUS only charged 13.60 sen per km and 20.39 sen per km for Class 1 and Class 2 respectively.

"The Lekas toll rate is expensive, so there is no reason for the company to increase it again this year. Instead, Lekas should review the current rate and reduced it," said Loke, who is also Rasah MP.

'Don't just think about profit'

Loke said that if the 10% toll hike came into effect, the toll from Setul Toll Plaza to Kajang Toll Plaza would go up from RM4.90 to RM5.40.

The toll rate at the Ampangan Toll Plaza which connects Seremban to Ampangan and Paroi will increase from RM1.90 to RM2.10 per entry.

Loke said that if Pakatan took over Putrajaya, the tolls would be abolished

Meanwhile, State DAP deputy chairman and Senawang assemblyman, P Gunasekaran, urged the people to do something drastic in the coming general election.

"The price of petrol has gone up twice in less than two months since December last year. Everything has gone up including sugar, cooking oil and other groceries. If the toll is increased, it will be bad for the people.

"My advice to the toll concessionaires is: don't just think about profit but also consider your social commitments to the people.

"These are the same people who are bringing cash and profit to the companies by using the expressway regularly," Gunasekaran said to applause.

http://www.freemalaysiatoday.com/2011/01/15/negri-pakatan-leaders-stage-lekas-toll-hike-protest/

Kisah bekas Tentera terabai di Lenggeng, N.Sembilan

Posted: 15 Jan 2011 02:25 AM PST

Pulang tangan kosong
Sinar Harian 15 Jan 2011

LENGGENG – Setiap kali cuba berhubung dengan Persatuan Bekas Tentera Malaysia Negeri Sembilan (PBTMNS) memaklumkan masalah dihadapi suaminya, dia pastinya pulang dengan tangan kosong.

Keadaan itu amat mengecewakan Rohani Ahmad, 68, menyebabkan dia kini sudah putus harapan untuk berhubung dengan persatuan itu, yang pada awalnya menjanjikan pelbagai manfaat kepada pesara tentera yang mendaftarkan diri sebagai ahli.

Biarpun itu kisah lama, namun warga emas ini berkata, dia sudah penat untuk berulang-alik ke pejabat persatuan itu semata-mata mahu menceritakan penderitaan suaminya yang kini hanya mampu bergerak menggunakan kerusi roda.

"Suami saya pesara tentera dan dia sememangnya sudah lama jadi ahli persatuan. Dulu katanya jika ada apa-apa masalah dan perlukan bantuan, kita boleh datang mengadu tapi keadaan sebaliknya.

"Waktu mula-mula suami saya sakit, saya selalu juga datang ke pejabat persatuan mengadu memohon bantuan. Namun alasannya kami ada dua orang anak yang boleh membantu," katanya kepada Sinar Harian ketika ditemui di rumahnya di Kampung Mendum dekat sini.

Rohani berkata, suaminya Hashim Taha, 82, tidak mampu berjalan disebabkan tulang sendinya patah selepas terlibat dalam kemalangan jalan raya pada 2000.

Menurutnya, sejak itu suaminya hanya duduk di rumah dan memerlukan perhatian kerana dia tidak mampu menguruskan diri dengan baik, selain disahkan menghadapi masalah pendengaran sejak lima tahun lalu.

"Kami tinggal berdua sahaja. Anak-anak sudah berumah tangga dan mereka pun ada kehidupan sendiri dan kami tidak mahu menyusahkan mereka.

"Mujurlah ada pencen suami sebanyak RM720. Dengan duit itulah yang menjadi sumber pendapatan kami berdua," katanya.

Rohani berkata, segala kelengkapan seperti katil khas dan kerusi roda untuk kegunaan suaminya dibelinya sendiri kerana tiada sebarang bantuan diterima.

Selain itu katanya, dia ada membuat permohonan mendapatkan bantuan sebanyak dua kali daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), namun ditolak dengan alasan dia mempunyai anak.

"Saya sangat kecewa, setiap kali permohonan saya pasti tak dapat, sedangkan suami saya orang kurang upaya (OKU)," katanya.

http://www.sinarharian.com.my/sh/mns/content/story8625096.asp

DEWAN MUSLIMAT PAS GOPENG

Posted: 15 Jan 2011 09:16 PM PST

DEWAN MUSLIMAT PAS GOPENG


DMPG mengucapkan takziah.

Posted: 15 Jan 2011 07:19 AM PST

 
Timbalan Ketua Majlis Guru PASTI Pusat, Puan Hajjah Asmah binti Tukiran atau lebih dikenali dengan panggilan Kak Umi telah meninggal dunia petang tadi (Sabtu, 15 Januari 2011). Menurut sumber dari PASTI Perak, jenazah akan disembahyangkan pada jam 10 pagi esok (Ahad) di Masjid Taman Meru, Ipoh.
 
Dewan Muslimat PAS Gopeng serta PASTI Kawasan Gopeng merakamkan ucapan takziah kepada keluarga Kak Umi atas pemergian allahyarhamah mengadap Penciptanya.

Kak Umi merupakan salah seorang guru PASTI yang lama berkhidmat dalam PASTI malah begitu aktif di dalam Majlis Guru PASTI Negeri Perak dan PASTI Malaysia. 

Semoga ruhnya dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan para mujahidah dan solehah oleh Allah SWT.

sumber :
intanhijau.blogspot..com

N.27 - PAS DUN Sura

Posted: 15 Jan 2011 07:39 PM PST

N.27 - PAS DUN Sura


Jurucakap ADUN Nafi Spekulasi Pilihan Raya Kecil Ke-15

Posted: 15 Jan 2011 06:40 AM PST

Khabar angin bahawa kemungkinan negara bakal menyaksikan pilihan raya kecil ke-15 bertiup kencang apabila dakwaan mengatakan bekas ADUN PKR, Badrul Hisham Abdullah (bawah, bersongkok) telah gagal menghadiri sidang dewan undangan negeri Selangor selama lebih setengah tahun.

selangor mb adun and parliament rep gatherng badrul hisham abdullah 130209 02Mengikut Artikel 69 perlembagaan Selangor, mana-mana ADUN yang tidak hadir ke sidang DUN bagi tempoh enam bulan akan menyaksikan kerusinya diisytiharkan kosong oleh speaker.

Akhbar harian Cina, Sin Chew hari ini melaporkan Badrul Hisham dikatakan gagal menghadirkan dirinya ke sidang DUN sejak enam bulan lalu dan menimbulkan kemungkinan pilihan raya kecil diadakan.

ADUN kontroversial Pelabuhan Klang itu meninggalkan PKR pada tahun 2009 dan memilih menjadi ADUN Bebas yang mesra BN.

Sebelum itu, beliau juga 'menghilangkan diri' buat seketika dan muncul semula dengan berita yang beliau akan berpaling tadah.

Pada sidang media 29 Oktober 2009, Badrul Hisham mengumumkan hasratnya untuk mengekalkan kerusinya sebagai ADUN Bebas dan berkata beliau tidak dipaksa sesiapun dalam membuat keputusan berkenaan.

Dia memenangi kerusi itu pada pilihan raya umum 2008 di bawah tiket PKR dengan majoriti 4,407 undi.

azlanBadrul Hisham mendapat 12,397 undi berbanding calon BN yang diwakili oleh Roselinda Abd Jamil (Umno) yang mendapat 7,990 undi dan calon Bebas Nazir Mansor pula mendapat 580 undi.

Teng tidak tahu

Sementara itu, speaker DUN Selangor, Datuk Teng Chang Khim ketika dihubungi Malaysiakini berkata khabar angin itu bukan berpunca daripadanya.

"Apa yang anda sampaikan adalah berita bagi saya. Saya tidak tahu kerana bukan saya yang mengeluarkan kenyataan mengenai Badrul Hisham. Berita itu bukannya datang dari saya," kata Teng.

Ditanya sama ada benar Badrul Hisham gagal menghadiri sidang DUN lebih enam bulan, Teng berkata beliau perlu menyemak rekodnya sebelum mengesahkan perkara berkenaan.

Sejak pilihan raya umum pada Mac 2008, negara telah menyaksikan 14 pilihan raya kecil. Yang terakhir akan diadakan di Tenang, Labis, Johor berikutan kematian wakil rakyatnya, Datuk Sulaiman Taha.

Nafi tak hadir

Dalam perkembangan berkaitan, seorang pembantu khas ADUN Pelabuhan Klang, yang tidak mahu namanya dipetik memberitahu Malaysiakini, wakil rakyat itu gagal hadir pada satu persidangan bajet bertarikh 8 hingga 11 November atas masalah kesihatan.

NONEKatanya, surat ketidakhadiran telah dimaklumkan kepada Teng.

Beliau juga menafikan wakil rakyat itu gagal hadir selama enam bulan kerana beliau sendiri mencatatkan kehadirannya.

"YB hubungi saya malam ini sambil (menyatakan rasa) terkejut dan beritahu apakah benar beliau tidak hadir selama enam bulan menerusi laporan Malaysiakini dan saya beritahu tidak benar sama sekali," katanya.

Ulanginya, Badrul Hisham hanya rmat gagal hadir pada persidangan bajet sahaja atas masalah kesihatan, manakala yang lain dihadiri beliau.

"Pertama pembukaan dewan rakyat dihadiri Sultan Selangor (hadir), kedua sesi persidangan soal jawab (hadir) dan ketiga persidangan bajet pada November tahun lalu, " katanya merujuk di Selangor ada tiga kali persidangan.

sumber : malaysiakini.com

PAS Kawasan Miri

Posted: 15 Jan 2011 07:30 PM PST

PAS Kawasan Miri


YB Datuk Daud Abdul Rahman Takut Dengan PAS

Posted: 15 Jan 2011 12:47 AM PST

PAS Bound To Fail, Daud
KUCHING, Jan 14 (Bernama) — Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) is confident that opposition party PAS will fail in it attempt to make inroads to Sarawak politics in the coming state election. PBB vice-president Datuk Daud Abdul Rahman is confident the party still enjoyed the strong support of Muslim-majority seats in Sarawak despite claims by the opposition party it had a strong chance of capturing state seats due to the alleged growing resentment of Muslim voters against PBB. "Based on the large presence of Muslims at goverment functions, as well as the feedback received, we are confident the party will remain relevant to this group," he said. Daud was speaking to reporters after attending the presentation of RM336,160 business tithes from Bernas to the Tabung Baitulmal Sarawak (TBS) here today. Bernas board of directors member Datuk Azizan Ayob presented the mock cheque to Chief Minister Tan Sri Abdul Taib Mahmud at the former's office here.
Daud, who is also assistant minister in the Chief Minister's Office (Islamic Affairs) said voters in Sarawak were mature in their decision, in the event of an election. It was reported that PAS was eyeing Malay-majority seats in coastal areas in the state, and mulling over whether to contest six state seats. Of the six, the opposition party claimed it could win in the fisheries villages of Sadong Jaya, Beting Maro and Sebuyau in the state election, which is expected to be held in the second quarter of the year.
PBB has won all 35 seats, including 27 Malay-majority seats in the May 2006 state election, Sarawak United People's Party won 11, while Parti Rakyat Sarawak and Sarawak Progressive Democratic Party have eight seats each. Sarawak Barisan Nasional has won 62 of the 71 contested seats in the 2006 election. – BERNAMA

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Both statements in Malay and English
Kenyataan Media Pas Miri

PAS reply on PBB vice-president statement on local news
PAS Sarawak likes to respond to PBB vice-president Datuk Daud Abdul Rahman regarding on PAS will fail in it attempt to make inroads to Sarawak politics in the coming state election. This statement shows that PBB is scare of PAS to win the seats in Sarawak especially in Malay Muslim majority seats. We also believe that Insya-Allah PAS can wrest a seats in Sarawak in this coming election.

Almost all local media that control by BN give a wrong picture about PAS in Malaysia that why people got confuse and get the wrong impression. PAS Sarawak also gets a support from Muslim and non-Muslim in urban areas especially from those who got the information from PAS media.
Now people can access the information through Internet no more depend on local media, which is control by BN. If local Media is transparent and free from BN control, we believe people will get the clear picture of PAS and Pakatan Rakyat mission and vision.

Don't look down at PAS Sarawak effort even though we are minor in Pakatan Rakyat Sarawak but our goal to change and topple BN government with Pakatan Rakyat must goes on. PAS and Pakatan Rakyat believe that Sarawak people want changes and good governance so lets give a chance to PAS and Pakatan Rakyat to rule Sarawak for healthier and development for all. We welcome PBB and BN supporter to join PAS. PAS for All

Kenyataan Media Pas Miri

Ulasan PAS terhadap kenyataan akhbar YB Daud
PAS Sarawak ingin membalas pandangan kepada naib presiden PBB Datuk Daud Abdul Rahman tentang PAS akan gagal untuk memenangi kerusi dalam pilihanraya Umum Sarawak nanti. Ini menujukan PBB takut dengan PAS untuk memenangi kerusi dalam majority kawasan Melayu Islam. Kita juga yakin bahawa PAS Insya-Allah dapat menawan kerusi dewan undangan negeri Sarawak dalam piliharaya nanti.

Hampir semua media tempatan yang dikawal oleh BN memberi gambaran buruk tentang PAS di Malaysia sebab itulah rakyat jadi keliru dan dapat gambaran buruk tentang PAS. PAS Sarawak juga mendapat sokongan dari orang Islam dan yang bukan Islam yang tinggal dalam kawasan bandar terutama sekali mereka yang dapat maklumat tentang PAS dari sumber media PAS.
Kami percaya sekira media tempatan telus dan bebas dari kawalan BN, rakyat sudah pasti dapat gambaran yang jelas tentang perjuangan PAS.

Jangan memandang rendah terhadap keupayaan PAS Sarawak walaupun kami adalah minority dalam Pakatan Rakyat Sarawak tapi maktlamat kami adalah untuk menukar dan menjatuhkan kerajaan BN bersama Pakatan Rakyat hendaklah diteruskan. PAS dan Pakatan Sarawak percaya rakyat Sarawak sudah bersedia untuk mengubah dan menukar kerajaan BN yang ada sekarang jadi bagilah peluang pada PAS dan Pakatan untuk memerintah demi kesejahteraan dan pembangunan untuk semua. Kita mengalu-alu penyokong PBB dan BN untuk bersama PAS. PAS untuk semua.

Pas Kawasan Miri

DUN PENGKALAN KUNDOR

Posted: 15 Jan 2011 07:14 PM PST

DUN PENGKALAN KUNDOR


Ceramah & Tayangan Multimedia Bajet 2011 di Pdg Awam Kuala Sala

Posted: 15 Jan 2011 06:15 PM PST


ULAMA PEWARIS NABI

Posted: 15 Jan 2011 03:14 PM PST

ULAMA PEWARIS NABI


KERA DI HUTAN DISUSUKAN SEBANYAK RM1,570,000,000 ?

Posted: 15 Jan 2011 06:46 AM PST

Tindakan UMNO melalui agensi kerajaan BERNAS dianggap seperti 'kera dihutan disusukan dan anak di pangkuan mati kelaparan' bila melabur RM 1.57 bilion di negara Kemboja tahun depan.
Bayangkan kebanyakan pesawah padi di negara sendiri masih hidup di bawah paras kemiskinan kerana hak mereka mendapat bantuan kerajaan diketepi oleh Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani.
Beras Nasional (BERNAS) dikatakan melabur begitu banyak ke luar negara hanya kununya untuk mengaut keuntungan maksimum tanpa mengira impak negatif yang akan menimpa sektor penanaman padi negara dan rakyat Malaysia sendiri.
Pembinaan kilang padi beras dan teknologi terkini di bandar Suong, Kemboja akan sekaligus menjadikan industri beras di Malaysia akan ketinggalan di belakang negara pengeluar negara padi yang lain.BERNAS yang memonopi impot dan pembekalan beras di Malaysia akan menghasilkan padi dan pemprosesan beras di Kompong Thom , Kemboja muai tahun depan sudah tentu akan mengabaikan tanggungjawab terhadap petani negara sendiri.
Dengan modal berjuta malah berbilion ringgit dihantar keluar negara sudah tentu sedikit sebanyak dan mungkin besar akan berkesan kepada petani Malaysia dari segi kekurangan modal untuk menghasilkan padi terbaik di negara sendiri.

RUGINYA TEMAN TAK GI !

Posted: 15 Jan 2011 06:27 AM PST


Nik Aziz bertemu blogger hari ini


KOTA BHARU – Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat meng ingatkan blogger di negara ini supaya tidak menulis isu-isu sensitif yang boleh menjejaskan keharmonian masyarakat.

Beliau berkata, peringatan itu bagi menyedarkan golongan terbabit agar tidak menyalahgunakan kemahiran dan kemajuan teknologi sehingga menyinggung perasaan pihak lain.

"Usahkan blogger, anak kita pun kalau buat salah kita marah. Kita bagi penerangan, sama ada dia nak dengar atau tidak, itu dia punya pasal.

"Macam kita dengan saing (kawan), kalau dia buat salah kita kena tegur. Kalau tak dengar juga, nak buat macam mana. Dia tanggung dosa," katanya kepada media selepas menyampaikan ceramah mingguan di Medan Ilmu, di sini, semalam.

Nik Aziz menyatakan demikian ketika diminta mengulas tujuan rancangan pertemuannya dengan 180 penulis blog dan pengguna Facebook pro-Pakatan Rakyat di Kuala Lumpur, hari ini.

Ditanya sama ada beliau bersedia menerangkan kepada blogger berhubung pertemuan dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak pada 24 Disember lalu, Menteri Besar Kelantan itu berkata, perkara itu sudah 'tutup buku'.

"Saya dah bagi tau, tempat sulit ke, tempat terang ke, saya bercakap benda yang sama, tidak ada rahsia," katanya.

Sebelum ini, penulis blog yang dijadual menghadiri pertemuan hari ini membayangkan akan timbulnya isu pertemuan Nik Aziz dan Najib.

Antaranya, mereka yang tidak bersetuju dengan idea kerajaan perpaduan dikatakan akan menuntut penjelasan lanjut daripada Nik Aziz kerana terdapat beberapa kekeliruan berhubung isu itu.

Antara kekeliruan yang dijangka dikemukakan adalah mengapa undangan kepada Nik Aziz disampaikan melalui bekas perdana menteri dan bukannya melalui wakil Istana Negara.

Pemuda PAS batu 8 Bendang siam Baru

Posted: 15 Jan 2011 01:34 PM PST

Pemuda PAS batu 8 Bendang siam Baru


Adun Sri Muda Bakal didakwa!!

Posted: 15 Jan 2011 12:17 AM PST

Saya petik:

Polis Perlu Sedikit Masa Lagi Lengkapkan Kertas Siasatan Kes Hina Sultan Selangor
[MStar] KUALA LUMPUR: Polis memerlukan sedikit masa lagi untuk melengkapkan kertas siasatan berhubung dakwaan Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sri Muda, Shuhaimi Shafiei menghina Sultan Selangor di dalam blognya, sebelum dibawa ke Jabatan Peguam Negara.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Datuk Seri Mohd Bakri Zinin berkata kes tersebut masih dalam siasatan.
"Buat masa ini kita akan melihat dan berbincang dengan Attorney-General's chambers (Pejabat Peguam Negara) untuk sebarang keputusan dan berkemungkinan ada arahan-arahan tertentu yang kita kena terima lagi," katanya kepada pemberita di sini, Jumaat.
Shuhaimi sebelum ini dikaitkan dengan kontroversi yang mendakwa beliau menghina Sultan Selangor 'beraja di mata, bersultan di hati' dalam blognya pada 30 Dis lepas.
Setiausaha Sulit Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah, Datuk Mohamad Munir Bani dalam satu kenyataan pada 4 Jan lepas, berkata sindiran Shuhaimi yang menyatakan baginda seolah-seolah sebagai "beraja di mata, bersultan di hati" adalah amat keterlaluan dan boleh mengelirukan rakyat. -BERNAMA

SALUT UNTUK MEREKA YANG BERANI !!!

Posted: 15 Jan 2011 12:16 AM PST

TURUN KE JALAN JALAN




PILIHAN JALAN RAYA









PRESIDEN TUNISIA LARI KE SAUDI SESUDAH BUNUH LEBIH 50 WARGA


semuanya bermula dengan graduan tanpa kerja
graduan ini membuka kedai tolak jual biah dan sayur
polis datang rampas
graduan ini membakar dirinya di hadapan pejabtat kerajaan
dia akhirnya wafat kerana terbakar

seluruh warga tunia bangun
jalan jalan raya penuuh dengan tunjuk perasaan
polis dan asakr mula menembak mati
anghka re4smi 23 orang tewas
para demonstaran mengatakan lebih dari 50 orang

si presiden dua hari dulu kata akan letak jawatan tahun 2013
warga tunia keluar lagi
hingga zine al bidine cabut lari

media kapitalis tidak hebiohkan macam kes iran
ini kerna tunisia adalah barua kepada amerika

rakyat bangun kerana:


anak muda tak ada kerja
semua harta dikumpul oleh isteri presiden dan kaum keluarga
semua projek mesti melalui first lady
akhbar dikawal
tv hanya milik kerajaan
hanya yang bodek kerajaan dapat kerja dan projek
internet dikawal
kesatuan sekerja di kawal
pelajar dan universiti dikawal oleh akta universiti
lihat:
semau ini amcam pernah dengar !!!

ditunis bukan pilihanraya yang menghalau kezaliman
tetapai jalan raya !!!


NOTA:
alfatihah untuk semua yang gugur
salut untuk yang berani
salut untuk ewarga tunisia !!!


ZINE AL BIDINE BEN ALI FORCED TO FLEE AS TUNIS PTOTESTERS CLAIM VICTORY
-guardian london



Tunisia's president Zine al-Abidine Ben Ali has fled his country after weeks of mass protests culminated in a victory for people power over one of the Arab world's most repressive regimes.

Ben Ali had taken refuge in Saudi Arabia, at the end of an extraordinary day which had seen the declaration of a state of emergency, the evacuation of tourists of British and other nationalities, and an earthquake for the authoritarian politics of the Middle East and north Africa.

KALAU JUMPA ULAR CABUT BULU DULU

Posted: 15 Jan 2011 12:15 AM PST

INI MELAYU?




TINDAKAN PILIH BULU
- meloya

Tindakan Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) merampas perkakasan dari Restoran Nasi Kandar Aliyar kerana dikatakan bersalah meletakkan kerusi meja di kaki lima jalan, dianggap sebagai 'pilih bulu' kerana tiada tindakan diambil ke atas peniaga lain yang melakukan kesalahan serupa.

Tinjauan Utusan Malaysia di sekitar Georgetown mendapati masih banyak gerai meletakkan kerusi meja mereka di tepi jalan sehingga menganggu pengguna jalan raya.

Walaupun Ahli Dewan Undangan Negeri Komtar, Ng Wei Aik yang bertanggungjawab mengetuai operasi MPPP ke atas Restoran Nasi Kandar Aliyar itu telah memohon maaf semalam, tetapi beliau seharusnya berfikir dahulu sebelum bertindak dan tidak mengamalkan 'peraturan berpilih.'

LAKONAN ANAK DARA SUNTI

Posted: 15 Jan 2011 12:15 AM PST

IKLAN LAKONAN










UMNO BAWA PELAKON VETERAN SERANG ANWAR
- harakah daily

Ketua Penerangan PAS Perak, Drs. Khalil Idham Lim menyifatkan Umno BN semakin terdesak apabila menampilkan kembali Ummi Hafilda Ali untuk menyerang Ketua Umum PKR, i Anwar Ibrahim.

Khalil yang menyifatkan Ummi sebagai 'pelakon vateran' Umno bagaimanapun yakin dia tidak akan berjaya mengheret Anwar ke penjara.

"BN semakin terdesak dengan cuba mendatangkan pelakon veteran Ummi Hafilda untuk serang Anwar.

"Saya yakin lakonan Ummi Hafilda tidak akan menjadi untuk sekian kalinya," kata beliau yang juga Pengerusi Sekretariat Pakatan Rakyat Perak.

Menurutnya, tindakan menampilkan kembali Ummi ke medan fitnah ini menunjukkan Umno BN tidak yakin dengan dakwaan liwat membabitkan bekas pembantu peribadi Anwar, Saiful Bukhari Azlan.

"Bagi saya, mereka sudah tak yakin dengan budak Saiful untuk penjarakan semula Anwar.

"Sekarang pelakon veteran Ummi dibawa kembali dengan cerita yang diketawakan oleh rakyat Malaysia termasuk budak-budak tadika," katanya.

Beliau juga berkata, tindakan Umno BN menggunakan serangan peribadi untuk memusnahkan Pakatan rakyat membuktikan mereka sudah kehabisan idea dan takut untuk berdepan isu nasional yang melibatkan rakyat.

"Kalaulah agenda menyerang peribadi dalam Pakatan nampaknya ke depan , itulah tanda BN sudah kehabisan modal.

"Maknanya BN sudah sangat celaru dan tidak berani berdepan dengan isu nasional yang lebih penting," katanya.

Beliau turut mempersoal tindakan Ummi yang menunggu sehingga sepuluh tahun sebelum menampilkan 'bukti baru' mendakwa penglibatan Anwar dalam skandal seks.

"Lucunya Ummi dah tunggu sepuluh tahun baru dedah bukti baru, nampak sangat ada sesuatu yang tidak kena," katanya.

Semalam, Ummi dalam sidang medianya nekad akan memulakan saman terhadap Anwar berhubung dakwaan penyalahgunaan kuasa yang menyebabkan dirinya ditahan pada 1997.

Ummi sebelum ini juga merupakan saksi utama dalam kes perbicaraan liwat membabitkan Anwar pada tahun 1998.

NEGARA ARAB MULA MEMILEH JALAN RAYA

Posted: 15 Jan 2011 12:14 AM PST

ROTI NAIK HARGA



nota:
dari gandum dibuat roti
orang arab panggil kuubees
ini samalah sepertri kita
dengan beras dan nasi

hari ini harga gandum melambung
tinggi dan subsidi di tarik
dan GST diperkenalkan atas
arahan IMF dan BANK DUNIA




DARI TUNISIA MEREBAK KE JORDAN


inilah pengaruh politik jalan raya
minggu lalu warga aljeria telah bangun
menunjuk perasaan kerana kenaikkan
harga tepong, gula, minyak makan dan minyak petrol
secara tergesa-gesa penarikan subsidi ini dihentikan

kerajaan aljeria takut apbila rakyat turun ke jalan raya!


penarikan subsidi adalah cadabgan IMF dan WORLD BANK

hari ini rakyat jordan di ibu kota AMMAN telah mula
keluar ke jalan raya.

kelihatan rakyat di negara arab yang selama ini
ditipu dengan pilihanraya telah mula sedar dan
memilih jalan raya sebagai parlimen politik

perdana menteri jordan telah juga dipanggil firaun
dan lauagan: undur firaun undur telah membingarkan
kota amman.

lihat dan nanti bagaimana sudahnya tunjuk perasaan ini.

kunci di negara arab ialah mesir
jika warga mesir bangun dan menghumbankan
mubarak kamal dan kaum keluarganya
maka ini akan mengoncangkan
seluruh benua arab

keluarga saud akan terkencing-kencing
dalam seluar kah kah kah



JORDANIAN PROTEST AGAINST SOARING FOOD PROCES
- guardian london

More than 5,000 people staged protests across Jordan in "a day of rage" to protest against escalating food prices and unemployment on the same day as, in another part of the Arab world, Tunisia's president fled the north African state after weeks of violent demonstrations.

Amman, Jordan's capital is 1,500 miles (2,500km) from Tunis, but the reason for the protesters' anger was the same, and so too were the calls for the leader to resign.

Jordanian University students and Ba'athist party supporters also held rallies in Irbid, Karak, Salt and Maan, demanding that the prime minister, Samir Rifai, step down.

LAGI KES PENDATANG HARAM

Posted: 15 Jan 2011 12:13 AM PST

RASUAH PUNCANYA



NOTA:
inilah salah satu
dari marabahaya yang
akan di bawa oleh rasuah
akhirnya negara tergadai
macam di tunisia
rasuah menjadi budaya
presiden dan first lady!!!



KDN PANDANG SERIOUS MASALAH JAGA HARAM - berita hairan

Kementerian Dalam Negeri (KDN) memandang serius kewujudan kira-kira 30,000 pendatang asing tanpa izin yang dikesan bekerja secara haram dalam industri kawalan keselamatan, termasuk kawasan perumahan dan sektor perkilangan di negara ini.

Setiausaha Bahagian Keselamatan dan Ketenteraman Awamnya, Awang Din Husain, berkata ini kerana kawalan keselamatan dikuasai warga asing dan meletakkan keselamatan orang awam dalam situasi tidak selamat.

Kerajaan hanya membenarkan warga Nepal iaitu bekas tentera berkhidmat sebagai pengawal keselamatan di negara ini bagi tempoh yang dibenarkan saja. Mengikut rekod KDN ketika ini, hanya 5,376 warga rakyat Nepal dibenarkan berkhidmat sebagai pengawal keselamatan.

Tidak dinafikan sesetengah syarikat cuba kaut untung lebih guna warga asing jadi pengawal keselamatan. Mereka jelas melanggar syarat serta peraturan. KDN bekerjasama dengan agensi berkaitan menangani isu ini dan tidak teragak-agak bertindak tegas ke atas mereka yang langgar undang-undang, katanya dalam satu kenyataan, semalam.

Laporan muka depan Berita Harian, kelmarin melaporkan pengawal keselamatan yang bekerja secara haram kebanyakannya warga Pakistan, Bangladesh, India, Indonesia dan Myanmar yang dibayar gaji antara RM400 hingga RM500 serta bekerja 12 jam sehari.

[Terkini] Peguam "MCA" Minta Azan Dikawal/Diperlahan BERPINDAH!

Posted: 15 Jan 2011 12:11 AM PST

Sebahagian penunjuk perasaan yang dipercayai ahli Perkida di perkarangan Masjid Al-Ikhlasiah, Kampung Kerinchi semalam. Dilaporkan 100 orang terlibat dalam perhimpunan itu - foto: Choo Choy May

The Malaysia Insider melaporkan bahawa peguam yang mengakui dirinya ahli seumur hidup MCA akan berpindah dari rumahnya di Pantai Hill Park. Hal ini disahkan oleh Gabungan NGO Malaysia. Menurut Setiausaha Agung pertubuhan ini, Mohd Jurit Ramli, beliau dimaklumkan bahawa peguam yang menulis surat kepada beberapa menteri termasuk PM itu akan berpindah atas alasan keselamatan. Berdasakan keputusan yang dibuat peguam tersebut, pertubuhan itu beranggapan perkara sensitif dan kini semakin diperkatakan itu sudah selesai. Pertubuhan ini juga berharap perkara ini tidak diperbesarkan dan dipanjangkan demi menjaga keharmonian dan perpaduan masyarakat.

Surat peguam itu boleh anda baca di sini./www.duniacacamarba.blogspot.com


Seratus Ribu Satu Malam... Rosmah Si Pembazir Wang Rakyat !!!

Posted: 15 Jan 2011 12:08 AM PST

Acap kali kita mendengar sepotong ayat yang berbunyi seribu satu malam... Sudin juga pernah tersasul dalam filem Alibaba Bujang Lapok apabila membuat bidding untuk membeli Marjinah seraya menyebut Seribu Satu Malam instead of seribu satu darham...

Hari ini kita akan mendengar satu intonasi baru iaitu Seratus Ribu Satu Malam... lihat berita di bawah dan klik untuk besarkan jika perlu;



Apa-apahal, sila baca dulu blog abang gua di sini sebagai menghormati sumber ilham...

Berapa kampung boleh makan kenduri untuk satu malam, kalau disediakan bajet RM100 Ribu?? Kalau kat Pulau Pinang, boleh bagi RM100 untuk 1000 warga emas untuk tempoh setahun, tetapi dihabiskan dalam satu malam... Cuba fikir, berapa cikgu boleh dibayar untuk tusyen percuma dalam satu malam kalau ada peruntukkan tusyen percuma sejumlah RM100 ribu??

Adakah perbelanjaan yang sebegini besar ditransaksikan melalui F.L.O.M ??

Ini baru cerita satu malam!! Belum lagi kita masuk fasal peruntukkan untuk sebuah Bahagian yang dikhaskan untuk Wanita Pertama Negara iaitu FLOM. Aku serious memang tak boleh agak, berapa banyak duit rakyat yang akan dihabiskan oleh Bahagian FLOM yang tidak sepatutnya wujud !!

Berikut adalah link-link yang berkaitan FLOM Division;





Ayuh Rakyat!! Wang anda sedang digunakan sewenang-wenangnya !!! Ayuh kita bangkit sampai FLOM dibubarkan sesegera yang mungkin !!


EDYES @ edyesdotcom
mode ready and steady

Bukan DEBAT Yang Diminta Oleh Pengundi Rembau daripada YBnya...

Posted: 15 Jan 2011 12:07 AM PST


SHAH ALAM 12 JAN: Cabaran Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin untuk berdebat dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim disifatkan sebagai talian hayat untuk menyelamatkan karier politiknya.

Disamping itu ia sebagai usaha menarik perhatian Presiden Umno kerana menurut Ketua Cabang PKR Rembau, Badrul Hisham Shaharin kini spekulasi kuat mengatakan Khairy kini sedang bergelut dengan situasi parti yang tidak lagi memerlukannya.

Badrul berkata Khairy cuba meraih kembali kepercayaan Umno dengan menawarkan diri untuk melindungi Najib Abdul Razak.

"Khairy ini dia menteri pun tidak. Dia tidak diiktiraf oleh kerajaan Umno-BN. Jadi bagaimana dia nak cabar Anwar, dia anggota kabinet pun tidak," kata Badrul kepada Tv Selangor.

Beliau juga tidak menolak kemungkinan Khairy memerlukan bantuan Najib untuk menyelamatkannya dari tuduhan terbabit dalam skandal Alcatel-Telekom.

"Minggu lepas dia merajuk, malah ada blogger blogger Umno yang mendakwa merajuknya itu ada kaitan dengan skandal Alcatel-Telekom, sejauh mana kebenarannya saya tak tahu," katanya lagi.

Badrul berkata demikian mengulas kenyataan Khairy hari ini yang mencabar Anwar supaya berdebat dengannya berhubung isu perbandingan dasar ekonomi Umno-BN dan Pakatan Rakyat.

Khairy turut mencerca Anwar dengan berkata mantan Menteri Kewangan itu tidak sama taraf untuk berdebat dengan Najib.

Khairy berkata demikian selepas Anwar mencabar Najib ke satu debat terbuka selepas Presiden Umno itu memperlekehkan pelan reformasi 100 hari Pakatan Rakyat.

"Sebelum dia sibuk nak berdebat dan mempertahankan sesiapa sahaja. Dia sendiri perlu penuhi amanah dia sebagai MP Rembau. Janji pilihanraya umum ke 12 tidak ditunaikan.

"Pengundi Rembau tidak perlukan dia berdebat dengan Anwar," katanya.


EDYES wrote:

Saya pernah menulis perkara yang sama dalam entri di sini;

Dengan tidak semena-mena, datang pula Ketua Pemuda yang tak berapa nak ketua. Datang dengan cabaran ingin berdebat dengan DS Anwar Ibrahim. Satu Malaysia terkejut khairy (baca: beruk). Terkejut kerana tidak sangka sama sekali, seorang bakal bekas Ahli Parlimen yang sedang dalam tempoh merajuk (anak omak lah katakan), tiba-tiba mengajak DS Anwar berdebat. Yang paling terkejut ialah orang Rombau, kerana menyangka beruk (baca:khairy) ini sudah lari dari bidang politik.

Jika Khairy sebenarnya masih lagi ahli parlimen, sudah tentu ramai yang ingin sangat nak bertanya, di manakah janji pembinaan hospital Rembau, Airport Rembau, Tusyen Percuma (Pusat Tusyen Emas). Ini kerana, Salmah dari Chembong yang dulunya seorang anak dara ketika khairy berjanji, kini telah menjadi janda anak 3, masih belum lagi merasai bersalin di Hospital Rembau.

Jadi sekali lagi ingin ditanya, siapa Khairy?


Sebagai YB kepada Parlimen Rembau, apakah rasionalnya untuk mencabar seorang Ketua Pembangkang untuk berdebat? Sehingga sanggup menjadi posmen menghantar surat jemputan di pintu pejabat Anwar Ibrahim. Sudahlah bapak mertuanya menjadi posmen ketika menjemput TGNA untuk hadir ke Istana Terengganu di Kuala Lumpur akhir tahun lalu, kini menantu hantunya pula menjadi posmen tahap balaci untuk berdebat dengan Ketua pembangkang.

YB Rembau, banyak lagi isu pembangunan di kawasan YB yang perlu diambil perhatian, bukan berdebat semata-mata. Apa kene-mengena YB Rembau dalam debat yang dicabar oleh Anwar Ibrahim? Adakah KJ terlupa bahawa bukan bapak mertuanya lagi yang menjadi PM ketika ini, untuk KJ pertahankan.

Najib dicabar oleh Anwar untuk berdebat dalam isu yang Najib sendiri perlekehkan. Oleh sebab itu debat antara Najib dan Anwar adalah relevan bagi membuka peluang masing-masing untuk menerangkan kepada rakyat, samada Buku Jingga itu boleh menjadi realiti(Anwar) ataupun tidak(Najib).

Debat diunjurkan atas kapasiti Ketua Kerajaan dan Ketua Pembangkang kerajaan, bukan atas kapasiti Ahli Parlimen yang terlupa tugasnya untuk membangunkan Rembau. Banyak lagi janji-janji YB Rembau yang belum dilaksanakan termasuklah pembinaan Hospital Rembau dan UiTM Rembau. Debat ini tidak akan menyebabkan Hospital Rembau dibina dengan lebih cepat, oleh itu tak perlulah YB Rembau menumpang publisiti untuk turut berdebat.

Ingatlah YB, ada banyak lagi tanggungjawab yang belum dilaksanakan. Kalau nak merajuk sekalipun, selesaikan dulu tanggungjawab. Jangan jadikan setiap undi YB pada Mac2008 dulu adalah satu kerugian, atau ini yang dikatakan menang secara 'blackout'...




EDYES @ edyesdotcom

Apa Sebenarnya Berlaku Di Antara Najib dan Rosmah ??

Posted: 15 Jan 2011 12:06 AM PST


Satu soalan mudah lagi tidak bersalah - Apakah Najib tidak mampu menasihati Rosmah ?

Baru-baru ini Najib telah membuka peluang kepada semua pengguna Twitter untuk meluahkan segala apa yang terbuku di dalam hati terhadap kepimpinan dan peribadinya Najib. Program selama satu jam #TanyaNajib ini telah digunakan sebaiknya oleh pengguna Twitter dengan pelbagai jenis soalan dikemukakan termasuklah yang sinis lagi menggelikan hati.

Tidak memeranjatkan apabila Rosmah menjadi sasaran dalam kebanyakkan tweet #TanyaNajib apabila Malaysiakini sendiri melaporkan dalam artikel yang bertajuk Rambut Rosmah Menjadi Sasaran.

Antaranya ialah;
@NajwanHalimi: Nak #tanyanajib betul ke Rosmah pakai susuk dan main bomoh?

@HilmiIsmaill #tanyanajib How does is feel to sleep next to Rosmah? Mendebarkan tak?

@MrKayMY #tanyanajib @NajibRazak DS Rosmah ke Riyadh sbg wakil kerajaan Malaysia ke? Kalau ye, kenapa dia?

@kev_Q #tanyanajib @NajibRazak Sir, I like your wife's album but where can I obtain the album karaoke version because YouTube seems to delete it.

@aleffush Apa dalam rambut Rosmah?

@NajibRazak. Kenapa banyak kesangsian dalam PERMATA dan sejauh mana kredibiliti Pengerusinya dalam hal ini? #tanyanajib #nkra

Jika dikira semua tweet berbentuk serangan, mungkin kita akan mendapati serangan ke atas Rosmah melebihi tweet yang menyerang Najib. Ini sudah dijangkakan berlaku dan Najib seolah-olah sebenarnya membuka ruang untuk orang ramai mempersenda dan memperlekeh isterinya sendiri sedangkan Najib tidak berani berbuat demikian. Ia sedikit sebanyak menjatuhkan lagi nama baik Rosmah Mansur secara langsung atau tidak langsung.
 
Sekiranya seorang suami tidak boleh menasihati isterinya, tidak mustahil si suami mengambil jalan lain untuk memalukan isterinya agar ia menjadi pengajaran dan juga menjadi isyarat bahawa apa yang si isteri lakukan selama ini tidak mendapat restu dari suami secara 'indirectly'.
 
Luahan perasaan terhadap Rosmah yang dilihat lebih sudu dari kuah pastinya akan membuatkan isteri Perdana Menteri itu lebih berhati-hati dalam membuat sebarang langkah yang melibatkan acara rasmi kerajaan agar tidak dilihat keterlaluan.
 
Pejabat Bahagian FLOM sebagai satu contoh. Adakah ianya dibangunkan dengan restu Najib apabila pejabat berkenaan diletakkan di bawah Jabatan Perdana Menteri sebaris dengan Bahagian Setiausaha Politik JPM. Najib tidak mampu berbuat apa-apa walaupun menyedari penubuhan FLOM pasti akan menyebabkan kredibiliti Najib tercalar apabila rakyat melihat Najib menyediakan sebuah pejabat sebesar satu Bahagian khas untuk isterinya Rosmah.
 
Twitter #tanyanajib sebenarnya untuk menyedarkan Rosmah dan kali ini saya melihat satu tindakkan yang bijak dari Najib untuk counter isterinya sendiri.
 
Inilah bahananya rakyat Malaysia hari ini apabila mempunyai seorang Perdana Menteri yang bukan sahaja mempunyai pelbagai masalah dalam karier politiknya, tetapi mempunyai masalah rumahtangga yang dibawa bersama dalam pejabat pentadbirannya. 
 
Bukan seorang tetapi dua orang ?? 
 
 
EDYES @ edyesdotcom
Bersama Mendesak FLOM Dibubarkan !!

PENDIDIKAN SEKS,IBU BAPA TAK PERLU BIMBANG????

Posted: 15 Jan 2011 12:04 AM PST


Para ibu-bapa jangan bimbang kerana kerajaan pimpinan UMNO-BN tidak akan terpengaruh dengan gerakan pendidikan seks yang didesak barat keatas negara-negara dunia kini. Hihihi boleh percaya ke? Kerajaan telah membuat persiapan… kalau beranak pun sudah ada sekolah peranakan di Melaka. Kalau kat sekolah diajar dengan pendidikan seks dan di PLKN pun diajar… insyaAllah bertambah alim le anak-anak kita.

Kalaulah batas-batas pergaulan antara lelaki dan perempuan tidak mengikut syara'.. macamana nak kita yakini fitnah yang diperintahkan untuk dijauhi syara' pastikan merebak. Mereka bukan kira dosa-pahala. sama seperti slogan " jangan memandu ketika mabuk". Nak minum arak takpe cuma jangan memandu. Sama jugak dengan pendidikan seks. Nak ngeseks takpe cuma pastikan selamat. Tak kena penyakit dan tak mengandung. Pakai le condom. habis macamana ibu-bapa tak bimbang??? Macamana nak selesaikan permasalahan sosial yang membarah ini?

Rasanya, di zaman dunia moden dan alam siber ini, kerajaan dibawah Kementerian Pendidikan yang diterajui oleh Tan Sri Muhyidin Yasin akan berkerjasama dengan Datuk Seri Utama Rais Yatim untuk mewujudkan kaedah khas bagi menyelamatkan remaja daripada seks bebas. Yelah... takkan gaji berpuluh ribu, mereka tak fikir apa yang membimbangkan masyarakat. Kalau dahulu bekas Naib Presiden UMNO, Isa Samad yang mencadangkan cawat besi dianggap tidak relevan… sekarang para ibu-bapa boleh menarik nafas lega kerana dengan mengikuti kelas pendidikan seks yang bermula tahun ini akan membekalkan kaedah moden untuk mengelak anak-anak anda khususnya perempuan daripada terjebak dengan seks luar nikah.
Anak-anak akan dibekalkan underware khas dengan password dan username. Para ibu-bapa dinasihatkan hafal betul-betul.. nantikan terlupa.. naye pulak!!!

Nak bincang… nak debat tak boleh. TPM dengan PM sekepala. Debat tak mendatangkan apa-apa hasil. Diaorang saja yang betul. Rakyat ikut saja. Jangan banyak cakap. Tugas rakyat. Tegakkan jari telunjuk. Keraskan betul-betul. Tunjukkan ke langit. Pekik kuat-kuat. 1 malaysia. Kita dah jadi Negara maju….Ustaz Saiful

Antara pandangan luar............
Pendapat ini kita dengar dari Menteri Pendidikan Nasional Indonesia Mohammad Nuh menyatakan, tidak setuju dengan keinginan sejumlah pihak agar diberikan pendidikan seks di sekolah kepada murid.

Saya mungkin sebagai orang yang kuno. Tapi saya melihat bahwa pendidikan seks di sekolah tidak perlu," kata Mendiknas M Nuh. Seks tidak perlu menjadi salah satu kurikulum di sekolah karena seks adalah bisa tumbuh dan muncul secara alamiah tanpa harus diajarkan.

"Soal seks setiap masyarakat tentunya akan memiliki pengetahuan secara alamiah tanpa harus ada yang mengajarkan. Jadi saya tidak setuju dengan keinginan pendidikan seks di sekolah," katanya.

Pendidikan Seks Diajar Berasingan Mulai 2011 Pendidikan seks yang diajar secara menumpang mata pelajaran lain sebelum ini akan diajar secara berasingan mulai tahun depan dengan mengekalkan penggunaan istilah Pendidikan Kesihatan Reproduktif dan Sosial (PEERS).
Timbalan Menteri Pelajaran, Dr. Mohd. Puad Zarkashi berkata, melalui pelaksanaan di bawah transformasi Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) itu, kementerian menetapkan subjek tersebut diajar selama 40 minit, dua kali sebulan di sekolah menengah dan 30 minit setiap minggu di sekolah rendah.
"PEERS sebenarnya telah dilaksanakan sejak 1989 di sekolah menengah dan sejak 1994 di sekolah rendah, cuma di sekolah rendah ia menumpang merentasi kurikulum di bawah Pendidikan Jasmani.
"Bermula tahun 2011 di bawah transformasi KSSR, kementerian memutuskan Pendidikan Kesihatan yang ada di dalamnya, PEERS akan diajar secara berasingan sebagai satu mata pelajaran yang tidak lagi bercantum dengan mana-mana mata pelajaran lain," katanya di lobi Parlimen di sini semalam.
Sumber : Kosmo

Perniagaan Baru : Sekarang perempuan belum kahwin boleh sewa ‘suami’ per jam

Posted: 14 Jan 2011 11:59 PM PST

Sebuah pekidmatan baru di Georgia menawarkan kepada perempuan yang sudah lanjut usia belum berkahwin yang perlu bantuan untuk membantu urusan rumah tangga untuk menyewa "suami" per jam.
Ini sesungguhnya hanya strategi marketing. Khidmat yang diberikan tak ada kaitannya dengan layanan hubungan intim seorang suami kepada isteri. Namun, ramai pelanggan tersalah tafsir dalam perkhidmatan ini. Pemilik usaha itu mengaku, ramai pelanggan yang datang untuk menemukan cinta.
"Layanan kami adalah untuk membantu kaum perempuan itu yang perlu bantuan mengatasi urusan rumah tangga, seperti memperbaiki barang yang rosak," kata pemilik perkhidmatan ini, Beso Mchedlishvili, kepada AFP.
Namun, menurut dia, ramai perempuan yang bingung dengan nama perusahaan itu, Seorang Suami untuk Satu Jam yang Terbatas, dan kemudian mereka meminta sesuatu yang lebih.
Sejak perkhidmatan itu dibuka di negara bekas pecahan  Soviet Union itu dua bulan lalu, jumlah permintaan para perempuan yang meminta  yang lebih intim meningkat melebihi permintaan terhadap layanan perusahaan itu yang sebenarnya. "Jadi, kami harus menjelaskan kepada mereka bahawa lelaki yang ada di sini bukan pelacur," kata Mchedlishvili. "Mereka dapat membantu untuk memperbaiki kebocoran, deskripsi tugas mereka tidak termasuk untuk memberikan kasih sayang."
Sewa seorang "suami" dari perkhidmatan di Tbilisi itu ialah 17 dollar AS (13 euro) per jam.  – BorakKosong

Wanita Tua Dirogol Di Kawasan Awam..!!!

Posted: 14 Jan 2011 11:58 PM PST

Kesian sungguh melihat makcik dalam gambar di bawah ni 'dirogol' di kawasan awam. Orang disekeliling sekadar melihat sahaja dan tidak berbuat apa-apa. Namun yang menghairankan, makcik tu rilek je... mungkin tak terdaya nak menolak si perogolnya.

Maaf, gambar-gabbar tak senonoh, tetapi dipaparkan juga untuk menyampaikan mesej bahawa hal tersebut memang terjadi dan gambar bukan superimposed. Entri ini kiriman seorang peminat Blog GB yang GB difahamkan diambil dari portal malaysiasensasi.








Mesejnya:

Memang betul-betul binatang lembu tu yek. Oleh itu jangan berpakaian berwarna merah apabila melalui kawasan yang ada lembu. Anda akan diserang seperti gambar di atas. Bagi lembu, merah itu tanda yang amat sensitif untuk benda itu. Buktinya lagi di bawah ini: Puteri UMNO yang berkempen dikejar lembu.


PUTERI UMNO DIKEJAR LEMBU SEMASA BERKEMPEN




PADANG BESAR, 2 Mac (Bernama) -- Macam-macam hal berlaku sepanjang kempen pilihan raya umum di Perlis dan hari ini isteri Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datin Seri Normala Samsuddin terpaksa membuka langkah seribu apabila dikejar seekor lembu betina di Kampung Gial, dekat sini.

Kejadian dilaporkan berlaku pukul 11.15 pagi apabila bekas personaliti TV3 itu mengetuai kira-kira 30 anggota Puteri Umno bahagian Padang Besar sedang dalam kempen merayu undi dari rumah ke rumah di kampung tradisional itu.

Bagaimanapun tiada yang cedera dalam kejadian itu kerana lembu berkenaan tidak lagi mengancam selepas mereka berlari jauh dari situ.

Jurugambar Bernama, Kassim Saad yang sempat merakamkan peristiwa itu berkata terdapat beberapa ekor lembu di kawasan berkenaan namun hanya seekor yang kelihatan agak agresif.

Semasa kejadian, suami Normala, Datuk Seri Azmi Khalid yang juga calon BN bagi kerusi Parlimen Padang Besar sedang berkempen di kawasan Sena Rendang.

Peristiwa lain yang turut berlaku sepanjang kempen pilihan raya bermula seminggu lepas termasuk tragedi malang yang menimpa calon PAS bagi kerusi Dewan Undangan Negeri kawasan Kuala Perlis, Ahmad Tajuddin Salleh, 57, yang terjatuh dari bumbung rumahnya ketika membaiki kebocoran bumbung itu semalam.

Beliau kini terlantar di Hospital Tuanku Fauziah selepas mengalami kecederaan pada bahagian pinggang dan kaki kiri.

Kejadian dua wartawan yang dibelasah oleh sekumpulan penyokong sebuah parti politik beberapa hari lepas turut mewarnai kempen pilihan raya umum ini. -BERNAMA


Begitu juga kereta-kereta yang berwarna merah, pastikan anda berhati-hati melalui jalanraya yang ada lembu di kiri kanan. Anda mungkin dirempuh oleh lembu-lembu jantan itu.

53 Tahun Merdeka : Saya Tidak Percaya Tetapi Kena Percaya....

Posted: 14 Jan 2011 11:57 PM PST

TENGAH hari tadi saya menerima SMS dari Mat Maslan yang memaklumkan satu sejarah baru berlaku di kawasannya di Benut, Johor. Sukar untuk saya mempercayai akan sejarah itu baru bermula. Tetapi kerana beliau sendiri yang kirim dan terlibat dalam sejarah itu maka saya kena percaya.

Begini tulis Mat Maslan; "Sejarah tercipta di Benut Pontian pagi ini 14/1/11. Maybank pertama dalam pejabat Pos dilaksana di Benut. Kawasan Benut belum ada bank, berjaya ada bank dengan keadaan syenergistic coporetion dan win-win. Saya rasmikan dengan ada sekali DS Wahid Omar CEO Maybank D Syed Faisal CEO Pos Malaysia.

"Pos ada 700 seluruh negara dan Maybank ada 400. Sebanyak 400 Pos tak ada Maybank, jadi dalam masa tidak berapa lama Maybank akan ada 800 cawangan. Satu tranformasi bijak sana."

Fahm ke? Apa yang Mat Maslan Felda ini nak cerita ialah mengenai kewujudan bank di Benut. Saya tidak percaya kalau selama ini Benut tidak ada bank seperti mana kata Mat. Saya ingat Benut sudah lama ada bank semacam itu.

Johor kubu Umno yang dikira kaya sepatutnya sudah lama bank dengan keadaan syenergistic wujud. Tetapi rupa-rupanya baru wujud hari ini. Mungkinkah kalau Mat Maslah tidak menjadi wakil rakyat kawasan itu bank seumpama itu tidak wujud lagi.

Wah hebat sungguh Mat Maslan, berjaya tubuh bank dan dia juga merasmikannya. Jarang anak Melayu dan wakil rakyat Melayu mendapat peluang seperti Mat Maslan mencipta sejarah.

Tahniah kepada Mat Maslan kerana berjaya menempah sejarah di Benut? Mudah-mudahan selepas ini akan jadi menteri penuhlah Mat! Mat oh Mat!
MSO.

Pusat khidmat ADUN Sri Muda diserbu polis

Posted: 14 Jan 2011 11:56 PM PST

Polis menyerbu pusat khidmat ADUN Sri Muda, Shuhaimi Shafiei dan merampas peralatan komputer milik beliau bagi membantu siasatan berhubung dakwaan menghina Sultan Selangor melalui blognya.

Menurut akhbar Sinar Harian hari ini, serbuan jam 11.30 pagi semalam dilakukan oleh sekumpulan anggota polis dari ibu pejabat kontinjen (IPK) Selangor.

NONE"Polis merampas satu unit pemprosesan pusat (CPU), monitor, papan kekunci dan beberapa kad nama. Mereka cadang hendak ambil semua, saya kata tidak boleh sebab aduan ke atas saya. Jadi ambil komputer sayalah. Saya tidak tahu apa yang diambil tetapi saya berharap mereka bertindak dengan profesional, fokus kepada isu yang berbangkit," kata Shuhaimi.

Menurutnya, serbuan berkenaan tidak disertakan waran, tetapi beliau memberikan kerjasama penuh kerana merasakan pegawai polis yang ditugaskan juga bekerja di bawah tekanan dan arahan tertentu.

Beliau berkata beliau diberitahu petugas pejabat, polis akan datang pada 11.30 pagi mencari komputer yang dikatakan digunakan untuk memuat naik bahan seperti mana yang dibuat dalam aduan polis ke atasnya.
Profesional

"Polis tidak hubungi saya tetapi hubungi pejabat saya. Inilah tindakan yang kita katakan tidak sepatutnya berlaku. Kalau saya yang disiasat, maklumkan kepada saya kita akan memberikan kerjasama penuh. Kita minta polis juga profesional," katanya.

NONEBeliau berkata, serbuan dilakukan oleh 13 anggota polis dari unit Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) termasuk anggota yang berkawal di pintu pejabat serta tiga CSI.

Dalam pada itu katanya, sehingga kini tiada perkembangan lanjut berhubung kenyataan yang dikeluarkan melainkan rampasan komputer milik beliau.

Shuhaimi juga akan mempertimbangkan dengan serius untuk menyaman Utusan Malaysia dan Awang Selamat.

"Saya minta polis segera menyiasat Awang Selamat yang memfitnah dan memutarbelitkan kenyataan, mengambil separuh daripada artikel yang ada di Internet, menggunakan itu untuk menimbulkan keadaan seolah-olah saya menderhaka (kepada sultan)," katanya.

Menurut Shuhaimi, walaupun akhbar tersebut lidah rasmi Umno, Utusan seharusnya lebih beretika dalam mengeluarkan pandangan supaya apa yang disiarkan boleh menyedarkan masyarakat dan memberikan manfaat bukan memburukkan keadaan.

Menteri: Isu azan mainan politik, tiada arahan pihak berkuasa

Posted: 14 Jan 2011 11:56 PM PST


KUALA LUMPUR, 15 Jan — Datuk Seri Jamil Khir Baharom menyifatkan isu azan Masjid Al-Ikhlasiah, Kampung Kerinchi di sini, didakwa diarah menghentikan penggunaan pembesar suara ekoran aduan seorang ahli MCA, sebagai "mainan politik" pihak tertentu untuk melaga-lagakan orang Islam dan orang bukan Islam.
Beliau menegaskan tiada arahan dikeluarkan kepada pengurusan masjid agar memperlahankan laungan azan atau tidak lagi menggunakan pembesar suara.
"Ini adalah mainan politik yang cuba dikalutkan oleh pihak tertentu yang mahu melaga-lagakan orang Islam dan orang bukan Islam.
"Ini adalah proses politik yang dimainkan, memang tiada arahan apa pun daripada kita," kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri ini ketika dihubungi The Malaysian Insider hari ini.
Difahamkan tindakan masjid tersebut menghentikan penggunaan pembesar suara ketika azan atas permintaan seorang peguam bukan Islam.
Semalam kira-kira 100 orang berhimpun di pekarangan Masjid Al-Ikhlasiah mengadakan tunjuk perasaan selepas solat Jumaat mendesak agar peguam terbabit ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).
Jamil Khir (gambar)  memberitahu, dakwaan mengatakan pihak pengurusan Masjid Al-Ikhlasiah yang menerima arahan daripada "pihak atasan" supaya berhenti menggunakan pembesar suara ketika azan adalah tidak benar.
"Memang tidak ada arahan (dikeluarkan), lagipun mana boleh buat macam itu. "Tiada arahan bertulis cuma kita hanya dapat surat aduan daripada pengadu sahaja. Bila dapat surat (aduan) itu, kita lihat apa yang berlaku di sana (Masjid Al-Ikhlasiah).
"Sebenarnya memang tidak ada isu pun... hakikatnya tiada arahan yang dikeluarkan. Jadi mereka (pengurusan masjid) tidak perlu nak buat apa yang mereka buat sekarang, itulah hakikat dan tiada masalah," katanya.
Jelas Jamil Khir, hanya Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) yang ada kuasa untuk mengeluarkan arahan tersebut.
Semalam, ketika dihubungi The Malaysian Insider, Pengarah Jawi Datuk Che Mat Che Ali juga menafikan pernah memberi arahan kepada Masjid Al-Ikhlasiah agar menghentikan penggunaan pembesar suara ketika azan.
"Bagi kita tiada arahan yang dikeluarkan. Lagipun yang boleh keluarkan arahan adalah Jawi.
"Kalau kita keluarkan arahan mesti satu Malaysia atau satu Wilayah Persekutuan, tapi sekarang Jawi pun tiada keluarkan arahan," kata Jamil Khir.
Difahamkan peguam itu yang tinggal di Pantai Hill Park yang terletak kira-kira satu kilometer dari Masjid Al-Ikhlasiah telah menghantar surat kepada Perdana Menteri sebelum dibawa ke Jabatan Perdana Menteri dan Jawi dan kemudian dimaklumkan kepada pihak pengurusan masjid.
Dalam suratnya bertarikh 20 Disember 2010, peguam tersebut berkata dia ahli MCA sejak 1998. Katanya, dia tinggal di Pantai Hill Park sejak lima tahun lalu dan terjaga daripada tidur kerana laungan azan.
Dalam salinan surat yang diperoleh dari Internet, peguam itu berkata, "sebagai seorang peguam dan ahli seumur hidup MCA sejak 1998, saya merasa amat kesal kerana sehingga kini belum menerima sebarang maklum balas dari pihak Jabatan Perdana Menteri walaupun berkali-kali saya telah menulis surat menyuarakan masalah saya termasuk kepada JPM, MCA dan Gerakan."
"Sebagai seorang penghuni yang telah lebih daripada lima tahun menghuni di Pantai Hill Park, saya sudah biasa kedengaran bunyi sembahyang subuh dari Masjid Al-Ikhlasiah yang berdekatan dan tidak menghadapi apa-apa masalah," katanya.
Bagaimanapun kata peguam itu, sejak beberapa bulan lalu dia mendapati bunyi laungan azan tiba-tiba menjadi "amat lantang sehingga mengejutkan saya pada setiap pagi 5.45 pagi."
"Ambil perhatian bahawa saya tinggal di tingkat paling tinggi iaitu tingkat 21, dan jarak Pantai Hill Park dari masjid tersebut adalah lebih kurang satu kilometer.
"Menurut khabar angin, imam yang baru telah ditukar ke masjid ini," katanya.
Dia seterusnya menulis, "saya juga pernah menelefon pejabat polis Kuala Lumpur dan menurut pegawai atasan di sana, tiada sebarang peraturan atau undang-undang yang mengawal bunyi sembahyang masjid dan lagi kuat bunyi itu lagi baik, untuk mengingatkan lebih banyak Muslim tempatan bangun bersembahyang."
"Saya menghormati kedudukan Islam sebagai agama rasmi di bawah Perlembagaan Persekutuan tetapi hak saya untuk tidur dan rehat serta bersembahyang agama sendiri dengan aman dalam permis persendirian juga harus dihormati.
"Saya berpandangan kekuatan pembesar di mana-mana tempat sembahyang tanpa mengira agama, mesti dikawal oleh pihak-pihak berkuasa tertentu, melalui peraturan yang saintifik dan rapi seperti pengiraan decibel (dB), tidak boleh mengatasi undang-undang," katanya sambil menambah,
"Seperti di rumah kampung saya di Seremban, didapati bunyi masjid itu adalah lebih rendah dan terkawal."

PAS kini berada di titik tengah

Posted: 14 Jan 2011 11:55 PM PST



Nasrudin Hassan Tantawi   
1. Mutaakhir ini terlalu banyak isu sensitif yang menguji kebijaksanaan PAS sebagai sebuah Gerakan Islam yang popular di pentas politik tanahair. PAS terpaksa berhadapan dengan ketegasan hujjah berasaskan syariah yang diperjuang disamping sokongan masyarakat dari pelbagai kaum dan agama yang diperlukan. Jua tidak dinafikan betapa PAS juga akan berhadapan dengan "serangan hendap" dari musuh yang hanya menanti saat berlakunya kesilapan dalam tindakan dan kenyataan.

2. Malah saya juga dapat mengesan bagaimana masih wujudnya dari kalangan ahli yang sukar memahami isu dan menerima keputusan yang diambil oleh jamaah lalu disulitkan lagi dengan kritikan melulu tanpa asas yang kukuh dari pihak yang mendakwa sebagai penyokong parti tetapi tidak ubah seperti sokong yang membawa rebah.

3. Mempertahankan agama serentak dengan keperluan mencari sokongan politik dari pelbagai pihak, adalah suatu yang tidak mudah bagi PAS. Mental yang mantap dan jiwa yang tabah mesti seiring dengan hujjah yang kukuh dan hikmah [kebijaksanaan] yang utuh. Bahkan perlu kepada pemimpin yang tinggi nilai taqarrub [ dekatnya dengan Allah ] . Kini gerakan PAS tidak lagi sehala atau dua hala antara PAS dengan anggotanya atau anggotanya dengan PAS, tetapi PAS kini berada di titik tengah dalam lingkungan 360 darjah yang semuanya menghala ke arah PAS sementara mengharapkan tindak balas positif dari PAS.

4. Apa yang saya maksudkan ialah PAS tidak lagi parti defensive tetapi juga offensive  sebagaimana PAS tidak hanya parti yang responsive tetapi juga creative. Malah PAS mula me'lasak' kan diri untuk menerima pandangan - pandangan bersifat kritikal dan sinikal dari pihak luar sempadan parti. Juga PAS kini membiasakan diri malah kelihatan mula mesra dengan pandangan kedua sebelum membina pendirian yang konkrit.

5. Disiplin kental yang berpaksi kepada akhlak berjamaah pula melandasi prinsip syura dalam membuat keputusan adalah potensi PAS untuk terus thabat [ utuh ] mendokong cita - cita perjuangan Islam tanpa menjarakkan diri dari arus perdana politik moden. Tegas mempertahankan syiar dan syariat Islam namun toleransi dalam komunikasi dan interaksi.

6. Saya turut merasakan suhu tinggi ditanggung oleh PAS setiap kali terpaksa bersabar dengan karenah rakan dan lawan yang kadangkala mengganggu rentak dan prestasi. Segalanya membekalkan khibrah [ pengalaman ] buat PAS yang kian dewasa dan matang dengan zaman yang direntasinya. Dalam kematangan yang sedemikian, tidak mungkin PAS mengkhianati rakan sebagaimana tidak mungkin PAS sujud mengalah kepada lawan.

7. Baru - baru ini timbul isu Interlok yang dipolitikkan secara sistematik diambang pilihanraya kecil N 05 Tenang. Dewan Pemuda PAS Malaysia bertindak pantas menganjurkan sidang meja bulat untuk mempertemukan 2 pihak yang bertelagah. Demikian juga apabila timbul kritikan terhadap hukum - hukum Allah, Dewan Pemuda PAS sekali lagi tampil secara diplomasi dan akademik, menganjurkan Nadwah  Kefahaman Islam secara bersiri [ NAFAS ]. Insyaallah siri berikutnya pada 6 Mac 2011 akan datang bagi memberikan penjelasan mengenai Islam kepada semua termasuk non muslim.

8. Demikianlah isu pekerja muslim di premis arak. Saya bersetuju dengan cadangan  Yb Khalid Samad dari Shah Alam yang menegaskan agar terlebih dahulu kerajaan yang berkuasa mewujudkan peluang pekerjaan halal untuk memindahkan pekerja dari premis haram ke premis halal tanpa perlu mencetuskan polemik [ kecuali kepada mereka yang sengaja engkar selepas daripada itu ], namun tindakan mempertegaskan hukum dan meletakkan syarat yang menepati hukum syara' sebagaimana yang dipertegaskan oleh pihak MPSJ dan Yb Dato' Hassan Ali juga wajar disokong penuh agar ummat Islam menginsafi  bahawa premis haram tidak layak untuk mereka mencari rezeki.

9. Kelihatan azan juga mencetus konflik yang perlu ditangani dengan bijak dan hikmah. Saya sedikit pun tidak hairan apabila seorang non muslim mengkritik azan yang dikumandangkan melalui pembesar suara, pula tindakan mereka kononnya berasaskan hak asasi mereka untuk hidup damai tanpa gangguan. Persoalannya sejauh mana kita menemui mereka untuk memahamkan mereka bahawa azan adalah sebahagian dari syiar agama Islam dan ia adalah urusan rasmi ummat islam yang tidaklah boleh dipertikaikan begitu sahaja. Jika Islam adalah agama rasmi negara dan ia diterima oleh semua maka sewajarnya azan tidak menjadi gangguan kepada mereka, terutama apabila mereka memahami unsur - unsur positif yang terkandung di dalam seruan azan tersebut.

10. Ertinya usaha PAS hari ini ialah menginsafkan ummah, memahamkan non muslim dan menyedarkan mereka akan tanggungjawab beretika dalam negara berbilang bangsa dan agama yang Islam menjadi agama rasminya. Saya yakin dan percaya, tiada insan yang bodoh dan dungu untuk menolak seruan kebaikan, kejayaan , kecemerlangan sebagaimana yang dilaungkan oleh muazzin saban waktu selain ia turut mendisiplinkan manusia dengan dengan masa agar hidup manusia tidak lagha [ lalai ] dan alpa.

Murnikan Perjuangan Maknakan Kemenangan

Anwar: Cabaran debat Ummi Hafilda "soal nyamuk"

Posted: 14 Jan 2011 11:54 PM PST

"Itu hanya soal nyamuk", kata Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika diminta mengulas cabaran Ummi Hafilda Ali untuk berdebat dengannya berhubung kebenaran kes salah laku seks beliau.

NONEUmmi Hafilda yang merupakan adik kepada Timbalan Presiden PKR Azmin Ali pernah menjadi saksi penting kes liwat Anwar pada 1998.

Anwar berkata demikian kepada pemberita ketika diminta mengulas mengenai cabaran debat itu ketika ditemui pada majlis "Himpunan Kebangkitan Rakyat PAS Ganti Umno" di Kampung Geliga, di Kemaman, hari ini yang dirasmikan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Ketika diminta mengulas lanjut mengenai cabaran debat yang dibuat oleh Ummi Hafilda pada Khamis lalu itu, Anwar berkata beliau menyerahkan kepada Presiden PAS untuk menjawab isu berkenaan.

NONEAbdul Hadi sebelum itu ketika ditanya berhubung kenyataan Ummi Hafilda yang mahu memfailkan saman berjumlah RM700 juta terhadap Anwar, Azmin, Presiden PKR Dr Wan Azizah Wan Ismail, peguam Karpal Singh dan parti PAS kerana salah laku mereka terhadapnya pada 1997, berkata:

"Itu nyamuk saja yang dilepaskan, jadi biarlah nyamuk yang jawab".

Daripada jumlah RM700 juta itu, Ummi Hafilda berkata saman terhadap Anwar berjumlah RM300 juta dibuat atas dakwaan salah guna kuasa selaku Timbalan Perdana Menteri pada 1997 yang mengarahkan dia ditangkap dan didera bagi mendapatkan pengakuan palsu berhubung skandal seks.

Ummi Hafilda berkata saman berjumlah RM200 juta terhadap Karpal, RM100 juta terhadap Wan Azizah dan RM100 juta lagi terhadap PAS.

Turut hadir pada majlis itu ialah Menteri Besar Kelantan yang juga Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Pesuruhjaya PAS Terengganu Datuk Harun Taib yang juga Ketua Dewan Ulama PAS Pusat.

- Bernama

Pas Cawangan Kota Kemuning

Posted: 15 Jan 2011 01:25 PM PST

Pas Cawangan Kota Kemuning


Pusat khidmat ADUN Sri Muda diserbu polis

Posted: 14 Jan 2011 10:41 PM PST

Dewan Pemuda Pas Kawasan Bukit Katil

Posted: 15 Jan 2011 01:09 PM PST

Dewan Pemuda Pas Kawasan Bukit Katil


Siapa bersama Ali Rustam ketika ditahan TNI?

Posted: 14 Jan 2011 03:58 PM PST

Nasib baik ada berita yang tersiar mengatakan Tentera Nasional Indonesia (TNI) menahan pesawat Heritage Air yang membawa rombongan kerajaan negeri Melaka di Lapangan Terbang Djuanda, Surabaya – jika tidak, tiada siapa yang tahu ke mana perginya Ketua Menteri Melaka, Dato' Seri Mohd Ali Rustam beberapa hari sebelum itu.

Maknanya, Ketua Menteri Melaka ini tidak pernah belajar dari sejarah kejatuhan kawan-kawannya dalam Umno, bagai mana isu 'pesawat' juga telah menyebabkan Dato' Seri Mhdzir Khalid hilang kuasa di Kedah dan Dato' Seri Dr. Jamaluddin Jarjis tidak lagi dilantik menganggotai kabinet.

Walaupun tiada apa-apa bukti kejatuhan Mhdzir dan Jamaluddin kerana isu pesawat, tetapi di kalangan pemimpin Umno, mereka tahu bahawa pemimpin Umno memang suka 'terbang tinggi' hingga lupa betapa sakitnya apabila terjatuh kelak.

Di Kuala Lumpur, sudah heboh cerita sebuah pesawat persendirian ditahan di Lapangan Terbang Djuanda, Surabaya yang dikhabarkan membawa seorang menteri tetapi desas-desus itu akhirnya termati dengan sendirinya apabila ada pengesahan dari Ketua Menteri Melaka, bahawa beliaulah yang berada di dalam pesawat tersebut.

Seramai 82 (menurut Utusan Malaysia) penumpang yang bersama-sama Mohd Ali itu. Bolehkah disenaraikan nama mereka supaya Lembaga Disiplin Umno yang hanya memakai kot tebal di Ibu Pejabat Umno boleh melihat-lihat (baca: meninjauninjau), kalau-kalau ada yang boleh diadukan, untuk tindakan disiplin?

Maklumlah, Mohd Ali pernah dikenakan hukuman kerana terlibat dengan politik wang ketika mahu bertanding kerusi Timbalan Presiden Umno, dengan hukuman hilang hak bertanding.

Seramai 82 orang yang mengiringi Mohd Ali ke Indonesia, khabarnya sebelum itu ke Timor Leste tentunya bukan semuanya pegawai kerajaan negeri. Jadi, siapa yang mengiringi Mohd Ali itu?

Apakah usahawan-usahawan yang selama ini banyak membantu Mohd Ali dalam kerjaya politiknya?

Mohd Ali meminta Kedutaan Malaysia di Indonesia menyiasat punca yang mendorong TNI menahan pesawat tersebut. Dalam masa yang sama, Perdana Menteri, Dato' Seri Mohd Najib Tun Razak pula perlulah menyiasat siapa kawan-kawan Mohd Ali yang sama-sama berada di dalam pesawat tersebut.


Najib jangan mengarahkan Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin, Timbalan Perdana Menteri menyiasat siapa kawan-kawan Mohd Ali itu, kerana Muhyiddin tentunya akan terkejut kelak jika beliau mengetahui siapa yang bersama-sama Mohd Ali dalam pesawat itu.

Nasib menyebelahi Mohd Ali kerana dengan bantuan Kedutaan Malaysia di Indonesia, beliau bersama lima yang lain dapat pulang sementara yang lain, terpaksa pulang lewat.

Jika tidak, kemungkinan kedatangan Perdana Menteri ke Melaka, Rabu 15 Disember lalu, tidak disambut Ketua Menteri, sebagai mana kelazimannya. Rakyat juga perlu diberitahu, berapa kerap sebenarnya Ketua Menteri Melaka ke luar negara, menyewa pesawat persendirian seperti ini dan ke mana arah tujuan mereka?

Mungkin selama ini, tiada berita pesawat persendirian seperti ini ditahan pihak berkuasa, menyebabkan berita pemergian mereka, jarang diketahui umum, kecuali anggota rombongan terpilih sahaja.

Umno tentunya tidak suka jika ada tuduhan orang-orang tertentu boleh membawa wang yang banyak ke luar negara. Jika cerita ini tersebar, rakyat akan dinasihatkan supaya jangan terpedaya dengan tuduhan seperti ini.

Tetapi, jika ada pemimpin-pemimpin negeri dan orang yang dipercayai berstatus menteri, boleh menyewa pesawat sendiri, dengan membawa seramai 82 orang menganggotai rombongannya, perkara membawa sejumlah wang yang banyak, sukar untuk dinafikan.

Walaupun, juruterbang pesawat boleh dipersalahkan kerana gagal mendapat kebenaran mendarat tetapi, mungkin ada sangkaan yang tidak wajar menjadi alasan mengapa pesawat ini tidak dibenarkan mendarat. Semua syak wasangka ini perlu diperjelaskan, kerana Mohd Ali sebagai Ketua Menteri Melaka, Ahli MT Umno yang dilantik dan Ketua Umno Bahagian Bukit Katil perlu telus berdepan dengan isu syak wasangka seperti ini.

Sebagai seorang Ketua Menteri, apakah rugi jika beliau pergi dengan pesawat MAS kerana dengan pesawat MAS, Mohd Ali boleh menemui rakyat dan penumpang lain yang sehaluan dengannya, untuk ke Surabaya. Mohd Ali juga sepatutnya tidak membenarkan dirinya menjadi mangsa keadaan seperti ini, hingga ia boleh menyusahkan hubungan dua hala antara Malaysia- Indonesia.

"Saya juga tidak pasti apa sebenarnya yang berlaku tetapi juruterbang pesawat memaklumkan dia sudah mendapat kebenaran pihak lapangan terbang untuk mendarat di situ bagi mengisi minyak sebelum meneruskan perjalanan balik ke Kuala Lumpur," Mohd Ali dipetik sebagai berkata.

Serentak dengan itu, Ketua Menteri Melaka ini berkata, makluman awal yang diterima oleh pihaknya menyatakan, TNI bertindak demikian ekoran juruterbang pesawat tidak mendapat kebenaran mendarat di lapangan terbang itu. Sementara itu, dalam satu laporan portal yang berpusat di Jakarta mendakwa, TNI mengesahkan menahan pesawat sewa khas jenis BAE 146-200 yang dinaiki sejumlah rakyat Malaysia di Lapangan Terbang Djuanda, Surabaya.

Kata beliau, pesawat tersebut dinaiki 82 penumpang dengan 20 daripadanya termasuk Mohd Ali; isterinya Datin Seri Asmah Abdul Rahman dan seorang anak lelakinya serta pegawai kerajaan negeri dalam perjalanan dari lawatan kerja selama dua hari di Timor Laste.

Menurutnya, setelah dua jam ditahan oleh TNI, beliau terpaksa mendapatkan bantuan pihak kedutaan Malaysia di negara itu bagi membolehkan beliau segera pulang bagi membuat persiapan terakhir lawatan Perdana Menteri di Melaka.

"Mujurlah melalui bantuan pihak kedutaan, enam daripada kami dibenarkan pulang ke tanah air dan tiba kira-kira pukul 12 tengah malam tadi manakala penumpang lain dibenarkan pulang kira-kira tiga jam selepas itu (pukul 2.30 pagi)," katanya.

Menurut Mohd Ali, pihaknya merasakan insiden tersebut berkemungkinan berlaku disebabkan salah faham yang mungkin timbul antara juruterbang dan pihak keselamatan lapangan terbang terbabit. Ini kerana, katanya, tiada masalah berlaku ketika pesawat mula mendarat di lapangan terbang namun insiden itu mula timbul setelah juruterbang membenarkan penumpang keluar dari pesawat.

Bagaimanapun, ujar Mohd Ali insiden yang berlaku tidak akan menjejaskan hubungan satu rumpun antara Malaysia dan Indonesia malah menjadi pengalaman berguna kepada kerajaan negeri dalam membuat persediaan menggunakan pesawat khas penerbangan pada masa depan.

Sumber : Harakah keluaran 25 - 27 MUHARAM 1432 / 31 DISEMBER 2010 - 2 JANUARI 2011

Dewan Pemuda PAS Negeri Kedah

Posted: 15 Jan 2011 01:05 PM PST

Dewan Pemuda PAS Negeri Kedah


DAULAT TUANKU

Posted: 15 Jan 2011 07:54 AM PST

MP Pendang

Posted: 15 Jan 2011 01:03 PM PST

MP Pendang


Di Malaysia bolehkah ini terjadi??

Posted: 14 Jan 2011 11:42 PM PST

Bekas Presiden Israel dipenjara kerana MEROGOL
Aku kagum dengan ayat dari pemimpin Yahudi ni.. "There are no two states of Israel, just one state,'' kata Shimon Peres, pengganti Katsav's sebagai Presiden. "There are no two kinds of citizens here. . . . All are equal in the eyes of the law.''

So.. There are no two states of Malaysia, just 1Malaysia.. but are we have two kinds of citizens and law here?


Israeli court finds former president guilty of rape

By Isabel Kershner
New York Times / December 31, 2010

JERUSALEM — An Israeli court convicted former president Moshe Katsav of two counts of forcible rape yesterday, a verdict many Israelis described as a low point in the nation's history but also redemptive, in that it upheld equality before the law.

"There are no two states of Israel, just one state,'' said Shimon Peres, Katsav's successor as president. "There are no two kinds of citizens here. . . . All are equal in the eyes of the law.''

The verdict capped a four-year spectacle that began with accusations of sexual offenses against Katsav while he was still the head of state.


"Never before has a president in the democratic world been found guilty of such deeds,'' wrote Zeev Segal, the legal commentator for the newspaper Haaretz and a law professor at Tel Aviv University.

A panel of three district court judges in Tel Aviv convicted Katsav, 65, of raping an employee — identified only by her first initial, A. — on two occasions while he was minister of tourism in 1998.

The court also convicted him of sexually abusing and harassing another complainant and of harassing a third while he was president — an exalted, if mostly ceremonial, position that Katsav held from 2000 until 2007.

Katsav has denied any wrongdoing, and his lawyers said it was possible that he would appeal to the Supreme Court.

One of his lawyers, Avigdor Feldman, said the district court had set aside the doubts of the prosecution "with unfortunate lightness,'' given that the prosecution considered the chances of a rape conviction "very borderline.''

Still, yesterday's verdict was unequivocal, finding Katsav guilty of what Ronit Amiel, a state prosecutor in the case, described as "the most serious and heinous sexual crimes.''

Katsav, looking ashen, made no comment as he left the court accompanied by his lawyers. His son, Boaz, said that the family was steadfast in its support of Katsav and that they remained convinced he was innocent.

Sentencing is expected in January; legal commentators said rape verdicts usually carried a minimum sentence of four years and a maximum of 16.

Reading from a 29-page summary of the verdict, the presiding judge, George Kara, said that Katsav's testimony was "strewn with lies, small and large,'' that the court was convinced the sexual relations were not consensual, and that the rapes had involved the use of force.

Katsav had contended that the rape accusation was a plot by the former Tourism Ministry employee, who he said was seeking revenge after she was fired.


Berita sebelumnya..

Disgraced ex-Israeli president convicted of rape



Former Israeli President Moshe Katsav, center, leaves a court in Tel Aviv, Israel, Thursday, Dec. 30, 2010. Former Israel President Moshe Katsav was convicted Thursday of raping an employee when he was a Cabinet minister, the most serious criminal charges ever brought against a high-ranking official and a case that stunned the nation. (AP Photo/Oded Balilty)

By Josef Federman
Associated Press / December 30, 2010

JERUSALEM—Former Israeli President Moshe Katsav was convicted of rape Thursday, a dramatic fall from grace for a man who rose from humble beginnings to become a symbol of achievement for Jews of Middle Eastern origin.

The disgraced politician, who had rejected a plea bargain that would have kept him out of jail, will likely be sentenced to four to 16 years in prison. The verdict was seen as a victory for the Israeli legal system and for women's rights in a decades-long struggle to chip away at the nation's macho culture, which once permitted political and military leaders great liberties.

"The court sent two clear and sharp messages: that everyone is equal and every woman has the full right to her body," Prime Minister Benjamin Netanyahu said in a statement. But he added that it was "a sad day for Israel and its citizens."

The Tel Aviv District Court found Katsav, 65, guilty of two counts of raping an employee in 1998, when he was Israel's tourism minister. It also convicted him of lesser counts of indecent acts; sexual harassment involving two other women who worked for him when he was president, from 2000 to 2007; and obstruction of justice.

Katsav denied all allegations, claiming he was a victim of a political witch hunt and suggesting he was targeted because he is a Sephardic Jew -- a Jew of Middle Eastern origin. But in Thursday's ruling, the three-judge panel said his version of events was "strewn with lies."

A somber Katsav left the courtroom without commenting, surrounded by his legal team, security guards and family members. His wife, Gila, didn't appear in court.

He was ordered to surrender his passport while awaiting sentencing on a date that was not immediately set. Late Thursday, he was holed up in his home with his family.

Israel's presidency is a largely ceremonial post, traditionally given to elder statesmen as a reward for a lifetime of public service. Winning the office capped a career in which Katsav became a model of success for Sephardic Jews, who for decades were a Jewish underclass in Israel relative to the well-off, European-rooted establishment.

Katsav's world began to crumble late in his presidency when he complained that a female employee was trying to extort him. The woman went to police with her side of the story, detailing a series of sexual assaults. Other women came forward with similar complaints.

According to the indictment, Katsav forced one woman to the floor of his office at the Tourism Ministry in 1998 and raped her. Later that year, he summoned her to a Jerusalem hotel to go over paperwork and raped her on the bed in his room. The indictment alleged that Katsav tried to calm his victim by saying: "Relax, you'll enjoy it.

Italian Prime Minister Silvio Berlusconi, to face prostitution probe, links to teen dancer Ruby

BY ALIYAH SHAHID
DAILY NEWS STAFF WRITER


Italian Prime Minister Silvio Berlusconi is under investigation for extortion and underage prostitution involving a teen nightclub dancer who attended parties at his private residence, according to sources close to the probe.

The 74-year-old playboy politician is suspected of trying to hide evidence of alleged trysts with a Moroccan nicknamed Ruby Rubacuori (Ruby the Heartstealer).

Authorities are probing whether the scandal-prone leader abused his power when he intervened to have the exotic dancer, 17 at the time, released from jail last May after she was held over theft allegations.

The investigation also involves an underage prostitution allegation that he had sex with Ruby sometime between February and May last year, according to Italian media outlets.

Berlusconi, who has a history of dating younger women, has denied the charges.



Women who Berlusconi has been linked to. From Left, clockwise: Italian soap opera star Camilla Ferranti, twins Eleonora and Imma De Vivo, Venezuelan showgirl Aida Yespica, and underwear model Noemi Letitzia. (Villa, Brengola/Getty; Pace, Castano/AP)

The case became public months ago when it surfaced that Berlusconi helped secure Ruby's release from prison. At the time he said he was simply trying to help someone in need.

Last November, Ruby told Italy's La Repubblica newspaper that she only paid one visit to the billionaire prime minister in February 2010, alongside nine other women. She claimed that Berlusconi showered her with gifts, including a diamond necklace, an Audi R8 sports car and $9,700 in cash.

She insisted there "was no sex" and that Berlusconi promised Ruby, an illegal immigrant, that he'd help her get a green card.

"When I said I was 17, he said that in the past he'd had problems with minors. He said he didn't want it to happen again," she told the newspaper. "Then we said goodbye, he was polite but firm. I was upset, as he was the first man in my life who had not wanted to take me to bed. He was like a father, I swear."

The prime minister has been ensnared in corruption charges and alleged encounters with young women since his re-election in 2008. His wife, Veronica Lario, 53, announced she was divorcing him after it emerged that he attended an underwear model's 18th birthday bash.



Berlusconi's wife, Veronica Lario, said she would divorce her husband. (Vincenzo/Getty)

Daniele Capezzone, a spokesman for Berlusconi's party, said the latest legal investigation would be unsuccessful.

"If someone ... still believes that Silvio Berlusconi can be defeated through judicial means, once again they will be sorely disappointed," he said

Akan selesaikah masalah?

Posted: 14 Jan 2011 03:31 PM PST

Tempah 22 kompaktor baru, tingkat urus sisa pepejal
-UTUSAN-

YAN 14 Jan. - Environment Idaman Sdn. Bhd. (E-Idaman) menempah 22 buah kompaktor baru dianggarkan bernilai lebih RM5 juta bagi meningkatkan lagi tahap pengurusan sisa pepejal dan pembersihan awam di negeri ini.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Mohd. Saiful Anuar Zainal berkata, sehingga kini pihaknya telah menerima dua kompaktor tersebut yang ditempatkan di Unit Perkhidmatan Yan (YSU), manakala bakinya dijangka diterima pada hujung bulan ini dan awal Mac.

"Kompaktor baru ini yang mampu memuatkan antara lapan hingga 10 tan sampah untuk satu operasi akan diagihkan bagi penggunaan di kawasan bermasalah iaitu Alor Setar, Sungai Petani dan Kulim," katanya selepas pelancaran dua kompaktor syarikat itu di pekarangan pejabat YSU, di sini semalam.


Pelancarannya disempurnakan Yang Dipertua Majlis Daerah Yan, Zahari Ismail.

Dua kompaktor tersebut akan digunakan oleh YSU bagi operasi melibatkan laluan Yan, Yan Kechil, Tanjung Dawai, Sungai Limau, Dulang, Bukit Besar, Singkir dan Guar Chempedak.

Ia juga akan melalui sembilan kawasan taman perumahan di daerah ini dan 17 taman di Guar Chempedak.

Mohd. Saiful berkata, pembelian kenderaan itu yang berharga kira-kira RM250,000 sebuah bertujuan membantu syarikat berkenaan mempertingkatkan prestasi kutipan sampah berikutan lori lama yang sudah uzur dan sering mengalami kerosakan tidak lagi efisien untuk digunakan.

Katanya, kehadiran kompaktor berkenaan diyakini dapat membantu menyelesaikan masalah terlepas kutipan yang berlaku sebelum ini.

Dalam pada itu, beliau memberitahu, selepas lebih setahun mengambil alih pengurusan sisa pepejal dan pembersihan awam di negeri ini dan Perlis, E-Idaman terus merangka strategi bagi meningkatkan kecekapan perkhidmatannya.

Katanya, ia termasuk meletakkan papan tanda di laluan utama yang memaparkan jadual kutipan sisa pepejal dan pembersihan awam yang dijalankan syarikat itu.

"Masih ada penduduk yang tidak mengetahui masa lori mengutip sampah di kawasan mereka. Dengan adanya papan tanda ini, membolehkan penduduk mengetahui jadual kutipan sampah dan mengelakkan masalah terlepas kutipan," katanya.

Harapan rakyat bahawa maslah sampah tak dikutip sehingga berhari-hari dapat diselesaikan dengan adanya kompakter baru dan alasan bahawa lori rosak memanjang tidak akan kedengaran lagi selepas in ya wahai E Idaman. Kalau berlaku juga, maka kita harap pihak PBT diberi peluang balik untuk melaksanakan kerja sampah ini kerana semua staff E Idaman adalah dulunya petugas di PBT juga, bermakna mereka telah berpengalaman melaksanakan kerj-kerja tersebut.

Batu Gajah Mari

Posted: 15 Jan 2011 11:11 AM PST

Batu Gajah Mari


Wajib tengok!! Perbezaan Pandangan (Ustaz Kazim vs Ustaz Azhar Idrus)

Posted: 14 Jan 2011 05:47 PM PST

Mari kita menilai pandangan dua orang Ustaz yang semua oang tahu dan mengenalinya. Pandangan kedua- dua orang Ustaz bebeza. Jika berfikiran waras, anda akan tahu pandangan yang benar dan pandangan yang salah.

Ustaz Kazim Elias



Ustaz Azhar Idrus

KHIDMAT MERU

Posted: 15 Jan 2011 09:15 AM PST

KHIDMAT MERU


SMUE FASA KEDUA

Posted: 15 Jan 2011 01:34 AM PST







Majlis Bayaran Faedah Skim Mesra Usia Emas Fasa Kedua Daerah Klang telah di adakan di Dewan MPK Sg Pinang Batu 2 Jalan Kapar, Klang.

Seramai 16 orang pewaris dari Meru, 41 orang dari Sementa dan 32 orang dari Sg Pinang telah hadir bagi menerima baki bayaran RM1500.00 yang di janjikan oleh Kerajaan Negeri Selangor.

Menurut YB Dr Abd Rani, sejak SMUE ini di perkenalkan pada bulan Ogos 2008, seramai 17,802 orang pewaris telah menerima bayaran tersebut di seluruh Negeri Selangor yang melibatkan perbelanjaan RM42.18 juta.
Namun menurut beliau, kerja-kerja kebajikan begini langsung tidak di dedahkan oleh media-media perdana milik UMNO / BN malah sebaliknya mereka mengatakan Pakatan Rakyat membohongi rakyat Malaysia kononnya.

Pemuda Bersamamu v3

Posted: 15 Jan 2011 09:12 AM PST

Pemuda Bersamamu v3


Gelombang hijau: Umno Terengganu mulai cemas

Posted: 14 Jan 2011 03:27 AM PST


Sabtu, 15 Januari bakal menjadi satu lagi titik penting dalam sejarah PAS, khususnya di Terengganu. Belasan ribu pendukung segenap peringkat parti dari seluruh negeri itu dijadualkan membanjiri Dataran Tok Guru di Kampung Geliga, Kemaman.

Mereka bakal menjayakan program Himpunan Kebangkitan Rakyat – PAS Ganti Umno (HKR-PGU), salah satu mata rantai aturcara menyempurnakan agenda utama dilancarkan parti di peringkat Pusat beberapa bulan lalu. Himpunan itu diharap menjadi pencetusan gelombang kebangkitan rakyat Terengganu menolak Umno dan Barisan Nasional (BN).

"Melalui himpunan ini kita (PAS negeri) harap dapat membentuk persepsi rakyat bahawa Umno sudah tidak relevan dan perlu diganti. Sebab itu kita mengajak semua lapisan rakyat Terengganu bersama kita," ujar Pegawai Penerangan PAS Terengganu, Ustaz Wan Sukairi Abdullah.

Beliau yang juga Setiausaha Jawatankuasa Panitia HKR-PGU bahkan memaklumkan pihaknya telah terlebih dahulu menyebarkan maklumat dan membangkitkan kesedaran di kalangan rakyat negeri itu mengapa mereka perlu menolak Umno.

Secara khusus, katanya, agenda itu dimulakan 24 Disember lalu. PAS Terengganu telah menganjurkan Seminar PAS Ganti Umno di Markas Tarbiyah PAS Kuala Terengganu. Himpunan sepetang itu dikatakan mendapat sambutan luar dugaan.

"Alhamdulillah, kita jangkakan hanya sekitar 700 yang akan datang, tapi petang itu lebih 1,200 orang kita hadir dari seluruh negeri," katanya.

Bagi beliau dan kepimpinan PAS negeri, kesungguhan ditunjukkan para pemimpin dan pendukung parti di segenap peringkat itu adalah petanda amat membanggakan. Ia menandakan wujud kesedaran agak tinggi di dalam masyarakat untuk menjayakan agenda dicanangkan parti.

Tidak syak lagi, kejayaan seminar itu membakar semangat kepimpinan PAS Terengganu untuk menapak dengan lebih yakin menyempurnakan misi PGU itu. Himpunan di Kemaman ini adalah siri pertama jelajah PGU ke kawasan-kawasan di seluruh negeri.

"Kita sengaja pilih daerah Kemaman di atas beberapa perkiraan. Antaranya ialah kerana ia daerah Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said. Sebagai satu gimik politik yang agak menarik, 'gelombang' ini kita mulakan di daerah Menteri Besar dan akan kita akhirkan di daerah bekas Menteri Besar (Besut)," sambung Ustaz Wan Sukairi lagi.

Sebab lain ialah kerana ia daerah paling selatan dan disifatkan sebagai pintu masuk dari Pantai Barat. Berbeza dengan suasana pra-pilihan raya 1999 yang menyaksikan 'gelombang' kemenangan PAS Terengganu masuk dari pintu utaranya bersempadan Kelantan, 'gelombang' menolak Umno kali ini diakui lebih menyerlah berlaku di Pantai Barat.

Pihak penganjur mensasarkan kehadiran 20,500 orang. Untuk itu setiap PAS Kawasan ditugaskan mengerah para pendukung mengikut kemunasabahan logistik masing-masing. Kemaman selaku kawasan tuan rumah sudah tentu diharapkan mampu menggerakkan kehadiran paling tinggi, sekurang-kurangnya 4,000 peserta.

Manakala tiga kawasan paling jauh, iaitu Hulu Terengganu, Setiau dan Besut masing-masing perlu menghantar sekurang-kurang 2,000 pendukung.

Melihatkan penyampaian maklumat dan perkembangan kesedaran agak positif di kalangan pendukung parti di peringkat bawahan, angka itu insya Allah dapat dihampiri, jika pun tidak berjaya dicapai.

Apa pun bakal berlaku, yang pastinya 'gelombang' yang diharapkan bakal dicetus di HKR-PGU itu sebenarnya sudah pun berkumandang dalam masyarakat negeri itu. Di sana-sini kedengaran mereka bercakap mengenai PGU. Ia bukan semata-mata berkaitan program sehari itu, tetapi dalam konteks lebih luas.

Kain rentang dan poster PGU yang disebarluas dan dipamerkan di serata negeri juga turut menghasilkan impak kepada rakyat. Bagi yang mengetahui dan memahami ia sebagai satu agenda parti, mereka membacanya beserta perasaan bangga dan penuh harap ianya dapat dicapai.

Bagi masyarakat terbanyak yang belum benar-benar mendalami isi maksud PGU pula, pameran sepanduk dan poster berbagai rupa itu mencetuskan naluri ingin tahu. Sekurang-kurangnya ada yang mula berfikir mengenai slogan 'PAS Ganti Umno'.

Malah tidak kurang juga yang nampak rasional di sebalik slogan itu, terutama apabila dikaitkan dengan berbagai tindakan Umno/BN yang semakin hari semakin menghimpit kehidupan rakyat. Tidak mustahil antara mereka akan teringat kembali suasana kehidupan lebih baik dan mewah sewaktu PAS memerintah Terengganu dulu.

Sebetulnya, jika diminta rakyat Terengganu membandingkan mana yang lebih baik di antara pemerintahan BN kini berbanding kerajaan PAS dulu, mereka yang ikhlas akan mengakui bahawa pemerintahan PAS lebih baik dari banyak segi.

Memang akan sentiasa ada pihak yang mengatakan sebaliknya. Bukan sahaja kalangan pendukung Umno, bahkan sebilangan orang PAS sendiri pun ada yang 'bermasalah' untuk menilai secara positif pengalaman berguna ditempa parti dulu.

Walau pun berkesempatan memerintah hanya sepenggal, PAS Terengganu telah membuktikan banyak perkara. Bagi mereka yang tidak hipokrit atau terlalu emosional dan bersentimen peribadi, tentu tidak sukar mengakui bahawa urustadbir negeri, hubungan peribadi pemimpin-pegawai kerajaan, pengurusan kewangan negeri, pentadbiran agama, kehidupan bersyariat dan kecaknaan terhadap kebajikan masyarakat di bawah kerajaan PAS adalah jauh lebih baik berbanding BN, sama ada sebelum kita memerintah dulu mahu pun sekarang.

Kini orang Terengganu sudah mula bercakap kembali mengenai kenangan manis itu. Ia tidak syak lagi amat menggusarkan Umno. Betapa sukarnya sebilangan pemimpin parti itu mengurus perasaan bimbang mereka menyebabkan ada yang tergamak berusaha menggagalkan program PGU dicanangkan PAS.

Yang menjadi mangsa kerakusan politik mereka ialah kain-kain rentang PGU. Ada poster dan kain rentang mengenai program tersebut 'dilenyapkan' oleh pihak yang tidak diketahui.

Di beberapa kawasan pula, ia diketahui dilakukan oleh pihak berkuasa tempatan (PBT). Namun, siapa sebenarnya di sebalik tindakan PBT itu tidak sukar ditelah.

"Ya, memang PBT mengakui menerima tekanan "pihak atasan" untuk bertindak menurunkan kain rentang PGU. Ia berlaku terutamanya di Dun Seberang Takir dan Bukit Tunggal, di (Kawasan) Kuala Nerus. Ia juga berlaku di Besut," ulas Wan Sukairi.

Namun kita percaya kerja sabotaj itu sedikit pun tidak mematahkan semangat orang kita untuk ikut menjayakan HKR-PGU esok. Sebaliknya lagi kuat tekanan dan pengkhianatan dibuat Umno, selalunya lagi ia menambahkan bersemangat pendukung PAS tampil membela parti.

Sebagai usaha menampakkan impak besar dan berkesan, pihak penganjur meminta setiap hadirin lelaki mengenakan t-shirt berwarna hijau, terutama hijau terang. Manakala peserta muslimat dijanjikan selendang berwana sama.

Jika arahan itu dipatuhi sebaiknya setiap yang hadir, insya Allah akan dapat kita saksikan lautan manusia berpakaian hijau akan bergerak dan berkumpul di Kemaman, esok.

Untuk itu, pastikan diri anda (yang berada berdekatan) tidak ketinggalan menjayakan himpunan amat bersejarah ini. Ayuh, marilah sama-sama kita banjirkan Dataran Tok Guru dengan 'gelombang hijau' dan kita jayakan slogan 'PAS Ganti Umno'!(hrkhdaily)


Menjelang Himpunan PGU, MPk buang bendera PAS
MPK buang bendera PAS

Pemuda Guchil

Posted: 15 Jan 2011 09:07 AM PST

Pemuda Guchil


Siapa Umi Hafilda??

Posted: 15 Jan 2011 08:55 AM PST

MUNGKIN UMI HAFILDA DAH TERLUPA..?

Posted: 15 Jan 2011 08:49 AM PST

Lelaki Ini Pernah Mengaku Dalam Mahkamah Lakukan Hubungan Seks Dengan Ummi Hafilda

Posted: 15 Jan 2011 07:58 AM PST

Posted: 15 Jan 2011 07:49 AM PST

Seratus Ribu (RM100,000.00) Satu Malam!!!... Rosmah Si Pembazir Wang Rakyat !!!

Posted: 15 Jan 2011 07:01 AM PST

Posted: 15 Jan 2011 06:59 AM PST

Posted: 15 Jan 2011 06:57 AM PST

LIMA PM YANG LEPAS TAK DENGARPUN PASAL FIRST LADY...?

Posted: 15 Jan 2011 06:55 AM PST

Posted: 15 Jan 2011 06:54 AM PST

Posted: 15 Jan 2011 06:49 AM PST

PAS kini berada di titik tengah

Posted: 15 Jan 2011 06:42 AM PST

Peguam, seluruh pimpinan PR pertahan Anwar habis-habisan – Sivarasa

Posted: 15 Jan 2011 06:40 AM PST

PAS jauh lebih baik

Posted: 15 Jan 2011 06:38 AM PST

Rahsia Bocor: Polis Bertindak Ikut Arahan Peguam Negara

Posted: 15 Jan 2011 06:37 AM PST

i n t a n h i j a u

Posted: 15 Jan 2011 07:26 AM PST

i n t a n h i j a u


AL FATIHAH : TIMBALAN KETUA MGP PUSAT MENINGGAL DUNIA

Posted: 15 Jan 2011 03:35 AM PST


Timbalan Ketua Majlis Guru PASTI Pusat, Puan Hajjah Asmah binti Tukiran atau lebih dikenali dengan panggilan Kak Umi telah meninggal dunia petang tadi (Sabtu, 15 Januari 2011). Menurut sumber dari PASTI Perak, jenazah akan disembahyangkan pada jam 10 pagi esok (Ahad) di Masjid Taman Meru, Ipoh.

Pihak PAS Kawasan Teluk Intan, YB Hj. Mohd. Anuar Sudin ADUN Changkat Jong, PASTI Kawasan Teluk Intan serta MGP Teluk Intan merakamkan ucapan takziah kepada keluarga Kak Umi atas pemergian allahyarhamah mengadap penciptanya.

Kak Umi merupakan salah seorang guru PASTI yang lama berkhidmat dalam PASTI malah begitu aktif di dalam Majlis Guru PASTI Negeri Perak dan PASTI Malaysia. 

Semoga ruhnya dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan para mujahidah dan solehah oleh Allah SWT.

intanhijau.blogspot..com

INDAHNYA PERAK... / ايندهڽ ڤراق...

Posted: 15 Jan 2011 01:50 AM PST


Seorang pak cik telah memberitahu kepada saya. Pakcik ni orang PAS dan rajin mengikuti pengajian agama di masjid dan surau di sekitar Teluk Intan. Dia kata dia paling suka mengikuti pengajian ustaz ini sebab di seorang hafiz.  Dia kata lagi, bukan sahaja dia, malah ramai lagi ahli PAS suka. 

Satu hari, pak cik ini telah berjumpa dengan saya. Wajahnya amat sugul. Dia kata, dia sudah tidak suka dengan ustaz ini.

Kenapa pak cik ?
 
"Masa saya balik dari Lumut, saya ternampak satu kain rentang di simpang ke Teluk Batik. Saya baca maklumat di kain rentang itu dan saya menjadi tidak percaya...."

Selepas itu, dia sudah tidak pergi lagi ke pengajian ustaz ini. Dia juga berharap sahabat-sahabatnya pun patut berbuat begitu.

Baru hang sedar.....! Kita dah habaq lama dah, dulu dia tak percaya. 
La ni...baru dia percaya.

intanhijau.blogspot.com

WARGA PENDIDIK JOHOR PATUT MALU DENGAN PENGARAH CABUK NI... / ورݢ ڤنديديق جوهر ڤاتوت مالو دڠن ڤڠاره چابوق ني...

Posted: 15 Jan 2011 01:06 AM PST

TENANG : MARKOM NAFI ARAH GURU

 Pengarah Pelajaran Negeri Johor, Markom Giran (gambar) hari ini menafikan tuduhan pembangkang yang mengatakan beliau menyalahgunakan kedudukan tersebut untuk mengarahkan para guru di Tenang bekerja keras bagi memastikan kemenangan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang.

"Ia bukan kempen tetapi nasihat saya kepada anak-anak buah agar menyokong kerajaan. Kerajaan hari ini adalah BN, kalau mereka jadi kerajaan, kita sokonglah mereka (pembangkang).

"Dalam kes ini saya tak kan buat apa-apa, Mohd. Puad Zarkashi dah kata saya tidak bersalah.

"Saya bercakap pada kaunselor-kaunselor, bukan orang ramai dan ia dibuat secara tertutup yang mana orang yang merakam itu tidak sepatutnya datang tetapi berbuat demikian untuk ambil kesempatan," jelasnya.

UCAPAN PONGGAL DARIPADA KETUA DHPP TELUK INTAN

Posted: 15 Jan 2011 12:58 AM PST


Kepada kaum India seluruh Malaysia :

Thangalukkam thanggal kudubathiranurukkum enathu inia Ponggal valthukal.

Daripada :
Sdr. Hachaan Singh,
Ketua Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP),
Teluk Intan

LIMA PM YANG LEPAS TAK DENGARPUN PASAL FIRST LADY...? / ليما ڤي عيم يڠ لڤس تق دڠرڤون ڤاسل فيرست لادي...؟

Posted: 14 Jan 2011 07:35 AM PST


KUALA LUMPUR: Datin Seri Rosmah Mansor, isteri kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak terbukti memiliki pejabat di Jabatan Perdana Menteri, atas nama Bahagian Wanita Pertama Malaysia atau First Lady of Malaysia Division.

Hal ini disahkan sendiri seorang pegawai yang bertugas di bahagian berkenaan ketika dihubungi KeadilanDaily.com, hari ini.
Pegawai wanita itu juga mengesahkan pejabat berkenaan bertujuan menjaga urusan Rosmah selaku isteri Perdana Menteri yang menganggap dirinya sebagai First Lady dan premis itu tiada kena mengena dengan Permaisuri Agong.
Mengulas hal itu, Naib Presiden KEADILAN, Fuziah Salleh menyifatkan perbuatan Rosmah melanggar peruntukan Perlembagaan dan menderhaka kepada Yang Di-Pertuan Agong dan Permaisuri Agong sebagai Ketua Negara.
Beliau juga menganggap perbuatan berkenaan sebagai menyalah guna kuasa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.
"Saya percaya Rosmah kini diberi terlalu banyak kuasa oleh Najib. Perbuatan ini adalah suatu penderhakaan," kata Fuziah kepada Keadilan Daily.
Beliau berkata, Rosmah hanya isteri kepada Perdana Menteri, bukan menyandang sebarang jawatan menteri hingga memerlukan beliau memiliki pejabat sendiri di Putrajaya, apatah lagi atas nama Bahagian Wanita Pertama Malaysia.
"Peranan isteri PM adalah melengkapi tugas-tugas PM berkaitan aspek sosial. Rosmah sepatutnya mengambil peranan sebagai ibu kepada rakyat Malaysia. Bukannya membazir wang rakyat dengan penubuhan bahagian itu.
"Tentunya, ia melibatkan kos kerana memerlukan kakitangan untuk digaji," kata Fuziah lagi.
Perbuatan Rosmah itu turut mendapat perhatian ramai blogger antaranya, edyesdotcom.blogspot.com.

Kewujudan Bahagian Wanita Pertama itu bermakna kedudukan Rosmah sebagai isteri PM, kini sekurang-kurangnya setaraf dengan Setiausaha Sulit dan Setiausaha Politik, Pejabat Penasihat Perdana Menteri, Pejabat Ekonomi Perdana Menteri dan Pejabat Pengurusan Sri Perdana.
Perlembagaan Malaysia selama ini memaktubkan Permaisuri Agong sebagai Wanita Pertama.
Sebenarnya, ini bukan pertama kali Rosmah 'mengangkat' dirinya sebagai Wanita Pertama. Baru-baru ini, beliau menganjurkan Sidang Kemucak Wanita Pertama selama tiga hari yang menghabiskan sebanyak RM4.5 juta.
Sebelum ini, beliau juga pernah memaparkan dirinya sebagai First Lady melalui satu iklan di New York Times.

Landskap Siasah

Posted: 15 Jan 2011 07:10 AM PST

Landskap Siasah


Sejarah Ketuanan Melayu

Posted: 14 Jan 2011 08:40 AM PST

Sejarah Ketuanan Melayu

· Digunakan oleh Tan Sri Abdullah Ahmad @ Dolah Kok Lanas (DKL) selepas pilihanraya 1986.

· DKL baru menang kerusi dan berhasrat bertanding jawatan ahli MT Umno pada Perhimpunan Agung Umno April 1987.

· DKL bangkitkan isu ketuanan Melayu dalam ucapan di Singapura pada 31 Ogos 1986. Tujuannya untuk mengukuhkan kedudukan beliau setelah jadi MP selepas digugurkan sebagai Timb Menteri dan ditahan ISA hingga 1981 sebagai seorang komunis.

· Menunjukkan pemikiran DKL dan mungkin Umno dalam tahun 1980-an.

· 1. "Let us make no mistake-the political system in Malaysia is founded on Malay dominance. That is the premise from which we should start. The Malays must be politically dominant in Malaysia as the Chinese are politically dominance in Singapore. The political system of Malay dominance was born out of a sacrosanct social contract which preceded national independence"

· Terjemahan : "Jangan kita silap faham-sistem politik Malaysia adalah berasaskan ketuanan Melayu. Ini adalah landasan permulaan kita. Di Malaysia, orang-orang Melayu mesti memegang ketuanan politik seperti mana Singapura orang-orang Cina memegang ketuanan politik. Sistem politik berlandaskan ketuanan Melayu ini dilahirkan daripada satu kontrak social yang keramat sebelum kemerdekaan negara."

· DKL merujuk kepada DAP dan PAS sebagai parti pembangkang.

· 2. "Let us think again. A strong opposition? From which party? PAS and the DAP? One a religious extremist party which does not accept the present system and the other a racial chauvinist party which also does not accept the present system."

· Terjemahan : "Mari kita fikir sekali lagi. Satu pembangkang yang kuat? Dari parti mana? PAS dan DAP? Satu parti bersifat ekstrim agama yang tidak menerima system politik yang sedia ada dan parti satu lagi itu bersifat perkauman chauvinis yang juga tidak menerima system yang sedia ada."

· Menurut sejarah, Umno mengalami perpecahan besar pada dan selepas Perhimpunan Umno 1987.

· Dr. Mahathir mengalahkan musuh politiknya, Musa Hitam dan Ku Li, terus menguasai politik Umno sehingga tahun 1993, berdepan dengan Anwar Ibrahim.

· Pilihan raya 1999, isu dan slogan ketuanan Melayu dimainkan semula bila Umno menghadapi masalah politik (kemenangan besar PAS di Kelantan & Terengganu)

· Pilihan raya 2008, pengundi bukan Melayu menolak Umno-BN hingga 4 negeri lain jatuh kepada Pakatan Rakyat.

SYABAB Kapar

Posted: 15 Jan 2011 03:17 AM PST

SYABAB Kapar


Sambutan Jubli Perak PAS Kawasan Kapar

Posted: 14 Jan 2011 08:00 PM PST

Bookmark and Share

Sambutan Jubli Perak PAS Kawasan Kapar sedang berlangsung kini. Pelbagai program dan aktiviti telah disusun sepanjang sambuatan bagi menyemarakkan sokongan pelbagai lapisan masyarakat khususnya di kawasan Kapar terhadap perjuangan PAS.

Antara lain, program sambutan adalah seperti:..

1) Majlis Perasmian Sambutan Jubli Perak PAS Kawasan Kapar oleh YB Salehuddin Ayub (Naib Presiden PAS) dan ucapan alu-aluan Oleh YB Dr Hj Abd Rani Osman (YDP PAS Kapar) pada 15 Januari 2011 (Sabtu) Jam 9.00 malam di Dewan Ahmad Razali, DUN Sementa.

2) Sambutan Tahun Baru Cina, pemberian sumbangan untuk warga emas dan orang miskin di Teluk Pulai, Klang pada 16 Januari 2011 (Ahad) oleh YB Dr Hjh Halimah Ali (ADUN Selat Klang)

3) Pemeriksaan Kesihatan Percuma untuk warga Pulau Ketam di Pelabuhan Klang oleh Yayasan Amal Malaysia dan Pejabat DUN Selat Klang pada 20 Januari 2011 (Khamis)

4) Pemeriksaan Kesihatan Percuma untuk warga Sungai Udang, Klang pada 22 Januari 2011 (Sabtu)

5) Pertandingan Bola Jaring - Wanita di Dewan Ahmad Razali, DUN Sementa pada 23 Januari 2011 (Ahad)

6) Pemeriksaan Kesihatan Percuma di Bagan Hailam, Pelabuhan Klang pada 27 Januari 2011 (Khamis)

7) Jamuan Makan Malam-Jasamu Dikenang, meraikan veteran PAS Kapar dan bekas calon serta pimpinan di Dewan Sg Pinang, Klang pada 28 Januari 2011 (Jumaat)

8) Kejohanan Futsal Terbuka Belia 2011 - Piala ADUN Selat Klang di Real Sports Arena, Telok Gadong pada 29 Januari 2011 (Sabtu)

9) Pemberian Sumbangan Tahun Baru Cina untuk Warga Emas dan orang miskin di Sungai Lima, Pelabuhan Klang pada 31 Januari 2011 (Isnin)

10) Majlis Penutup: Malam Kesenian Islam dan Ceramah Umum di Bukit Kapar, DUN Meru pada 4 Februari 2011.

Orang ramai dijemput hadir ke program yang telah dinyatakan di atas.

CINA ISLAM (林川興)

Posted: 15 Jan 2011 01:46 AM PST

CINA ISLAM (林川興)


Isu azan: Peguam buat aduan sudah pindah tempat tinggal

Posted: 15 Jan 2011 01:00 AM PST

11 Safar 1432H MOD..

KUALA LUMPUR, 15 Jan — Gabungan NGO Malaysia menganggap isu azan Masjid Al-Ikhlasiah, Kampung Kerinchi di sini "sudah selesai" dengan pengadunya — mendakwa dia seorang anggota MCA dan juga peguam — telah berpindah dari kawasan tersebut baru-baru ini. Setiausaha Agung gabungan itu, Mohd Jurit Ramli berkata, beliau dimaklumkan bahawa individu berkenaan telah menulis e-mel kepada pihak yang dia pernah mengadu mengatakan mahu berpindah dari kondominium tempat tinggalnya di Pantai Hill Park atas faktor keselamatan.

Kondominium Pantai Hill Park terletak kira-kira satu kilometer dari masjid tersebut.

"Saya dimaklumkan oleh pihak yang menerima salinan aduannya bahawa mereka ada menerima e-mel dua tiga hari yang lalu mengatakan dia sudah mengambil pendekatan mahu berpindah kerana bimbang keselamatan diri dia... itu maklumat yang kami terima," kata Jurit kepada The Malaysian Insider pagi ini.

Jurit berkata, pihak yang menerima salinan surat peguam berkenaan meminta pihak-pihak yang mengadakan tunjuk perasaan semalam supaya tidak memanjangkan isu azan ini dan melihat ia "sudah selesai" selepas dia memutuskan untuk berpindah.

"Jadi kami pun menganggap ini sudah selesai. Kita tidak mahu perkara ini berpanjangan lagi.

"Kita mahu persekitaran yang aman, kalau keadaan tidak tenang, kita tidak boleh hidup tenang dan tenteram," kata beliau.

Semalam, kira-kira 100 orang berhimpun di pekarangan Masjid Al-Ikhlasiah mengadakan tunjuk perasaan selepas solat Jumaat mendesak agar peguam terbabit ditahan di bawah ISA.

Kumpulan itu terdiri daripada anggota kumpulan NGO Pekida dan Perkasa mendakwa peguam terbabit menuntut agar masjid tersebut menghentikan penggunaan pembesar suara bagi tujuan azan.

Penunjuk-penunjuk perasaan berkenaan menamakan peguam terbabit, malah mempamerkan alamat rumah dan nombor telefonnya pada kain rentang ketika berdemonstrasi.

Ditanya tindakan susulan Gabungan NGO Malaysia, Jurit berkata, pihaknya tidak mahu memanjangkan isu ini lagi.

"Tetapi tindakan penduduk kawasan itu, kami tidak tahu. Kami menganggap isu ini sudah selesai," kata beliau lagi.

Katanya walaupun pihaknya menganggap isu ini sudah selesai tetapi sekurang-kurangnya pengadu perlu memohon maaf kepada umat Islam.

"Tindakan ini perlu untuk meredakan keadaan dan kita mahu setiap kaum hormat-menghormati agama dan kaum lain," kata beliau lagi.

Ketika ditanya sama ada pihaknya ada mengunjungi unit kediaman peguam itu sebelum ini, Jurit berkata:

"Tidak, kami tidak menemui pengadu, tetapi hanya menerima maklumat daripada salinan surat aduan."

Semalam, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) memberitahu The Malaysian Insider bahawa pihaknya tidak mengeluarkan arahan kepada mana-mana pihak termasuk pengurusan masjid agak memperlahankan laungan azan atau menghentikan penggunaan pembesar suara untuk tujuan azan.

Jurit berkata, pihak berkuasa dan pengurusan tidak seharusnya melayan aduan-aduan daripada orang perseorangan.

"Dalam kes ini, aduan daripada seorang individu, mengapa perlu kita layan? Melainkan dia mewakili mana-mana pertubuhan atau parti, kita boleh melayan... sepatutnya kita tidak melayan surat individu," kata beliau lagi.

"Surat dan aduan orang perseorangan, kita pun tidak pasti boleh percaya atau tidak," katanya.

Bagaimanapun Jurit berkata, berdasarkan maklumat yang diterimanya memang tiada arahan rasmi tetapi difahamkan ada perbincangan mengenai aduan yang diterima daripada peguam berkenaan.

Dalam salinan surat yang diperoleh dari Internet, peguam itu berkata, "sebagai seorang peguam dan ahli seumur hidup MCA sejak 1998, saya merasa amat kesal kerana sehingga kini belum menerima sebarang maklum balas daripada pihak Jabatan Perdana Menteri walaupun berkali-kali saya telah menulis surat menyuarakan masalah saya termasuk kepada JPM, MCA dan Gerakan."

"Sebagai seorang penghuni yang telah lebih daripada lima tahun menghuni di Pantai Hill Park, saya sudah biasa kedengaran bunyi sembahyang subuh dari Masjid Al-Ikhlasiah yang berdekatan dan tidak menghadapi apa-apa masalah," katanya.

Bagaimanapun kata peguam itu, sejak beberapa bulan lalu dia mendapati bunyi laungan azan tiba-tiba menjadi "amat lantang sehingga mengejutkan saya pada setiap pagi 5.45 pagi."

"Ambil perhatian bahawa saya tinggal di tingkat paling tinggi iaitu tingkat 21, dan jarak Pantai Hill Park dari masjid tersebut adalah lebih kurang satu kilometer.

"Menurut khabar angin, imam yang baru telah ditukar ke masjid ini," katanya.

Dia seterusnya menulis, "saya juga pernah menelefon pejabat polis Kuala Lumpur dan menurut pegawai atasan di sana, tiada sebarang peraturan atau undang-undang yang mengawal bunyi sembahyang masjid dan lagi kuat bunyi itu lagi baik, untuk mengingatkan lebih banyak Muslim tempatan bangun bersembahyang."

"Saya menghormati kedudukan Islam sebagai agama rasmi di bawah Perlembagaan Persekutuan tetapi hak saya untuk tidur dan rehat serta bersembahyang agama sendiri dengan aman dalam permis persendirian juga harus dihormati.

"Saya berpandangan kekuatan pembesar di mana-mana tempat sembahyang tanpa mengira agama, mesti dikawal oleh pihak-pihak berkuasa tertentu, melalui peraturan yang saintifik dan rapi seperti pengiraan decibel (dB), tidak boleh mengatasi undang-undang," katanya sambil menambah, "seperti di rumah kampung saya di Seremban, didapati bunyi masjid itu adalah lebih rendah dan terkawal." (MalaysianInsider)

Harakahdaily antara paling popular - IAM

Posted: 15 Jan 2011 12:30 AM PST

11 Safar 1432H MOD.

KUALA LUMPUR, 14 Jan: Harakahdaily telah disenaraikan oleh Institut Akhbar Malaysia (IAM) atau Malaysian Press Institute - MPI sebagai laman web Malaysia yang paling tinggi jumlah muka yang dibaca bagi setiap pelawat laman web negara ini.

Menurut IAM, purata muka surat yang dibuka oleh setiap pelawat Harakahdaily adalah adalah 38 muka berbanding portal berita paling popular di Malaysia iaitu Thestar.com.my iaitu 18 manakala Malaysiakini 33.

Ini bermakna, setiap pelawat Harakahdaily, secara puratanya membuka 38 muka laman web itu. Angka ini diperolehi oleh IAM berdasarkan maklumat pada bulan Julai 2010. IAM juga menyenaraikan Harakahdaily sebagai salah satu laman portal berita yang paling popular.

Menurut buku daftar media edisi 2011 yang dikeluarkan oleh MPI itu, Harakahdaily berada di tempat ke lapan dalam senarai laman portal berita dari Malaysia.

Laman portal berita Malaysia paling popular berdasarkan jumlah Unique Visitors adalah milik akhbar The Star iaitu thestar.com.my dan diikuti oleh Malaysiakini. Ia dibuat berdasarkan jumlah Unique Visitors untuk laman berkenaan.

Menurut MPI, Harakahdaily mempunyai 200,000 Unique Visitors berbanding dengan laman paling tinggi The Star iaitu 788,000 Unique Visitors manakala Malaysiakini 547,000.

Bagaimanapun, tempoh masa yang diambil oleh setiap pelawat Harakahdaily bagi setiap minit lebih tinggi berbanding The Star. Purata masa setiap minit bagi setiap pelawat bagi Harakahdaily adalah 19.1 manakala The Star adalah 16.2 dan Malaysiakini 16.3.

Menurut Datuk Chamil Wariya, Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah IAM dalam kata pengantar buku ini, angka yang diperolehi ini bergantung kepada angka yang disahkan oleh dua badan iaitu Audit Bureau Circulation (ABC) dan Nielson Media Research.

Dalam buku itu, IAM juga menyatakan, akhbar paling laris di Malaysia pada tahun 2009 adalah Metro Ahad iaitu sebanyak 404,994 purata naskah sehari diikuti oleh akhbar Cina, Sin Chew Daily (380,742).

Metro Ahad juga mengungguli dalam kelas Akhbar Bahasa Malaysia yang paling laris. Untuk Bahasa Inggeris pula, akhbar paling laris adalah Sunday Star iaitu sebanyak 295,815 naskah.

TV3 pula, menurut IAM adalah saluran tv yang paling popular iaitu menguasai sebanyak 30.3 peratus penonton pada tahun 2009. Namun peratusannya semakin menurun berbanding tahun-tahun sebelum ini iaitu 33 peratus (2007) dan 32 peratus (2008).

Ia diikuti oleh saluran TV2 iaitu menguasai 10.3 peratus pada tahun 2009, TV9 (8.7 peratus) dan NTV7 (6.1 peratus). TV1 berada ditangga ke enam dalam senarai IAM itu. (HarakahDaily)

Utusan gantung kerja presiden NUJ

Posted: 15 Jan 2011 12:00 AM PST

11 Safar 1432H MOD..

Presiden Kesatuan Wartawan Kebangsaan (NUJ) Hata Wahari akan digantung kerja mulai Isnin ini hingga proses siasatan dalam oleh majikannya Utusan Melayu Bhd berhubung komen-komennya di media selesai.

"(Saya) dah kena gantung kerja tak boleh pergi pejabat lagi dan tak boleh keluar dari rumah," tulis Hata dalam SMS kepada Malaysiakini, pagi ini.

Hata enggan mengulas lanjut tetapi menghantar Malaysiakini sesalinan surat penggantungan kerja yang bertarikh 11 januari lalu.

"Setelah mengambilkira keadaan sekeliling dan keseriusan dakwaan salah laku tuan, maka Syarikat akan menggantung perkhidmatan tuan bermula dari 17 Januari 2 011 hingga proses siasatan dalaman terhadap tuan selesai," petik surat yang ditandatangani oleh pengurus besar, jabatan sumber manusia, Utusan Melayu.

Menurut surat itu lagi, sepanjang tempoh penggantungan kerja, Hata tidak dibenarkan memasuki mana-mana premis Utusan Melayu kecuali jika beliau dikehendaki hadir untuk memberi penjelasan atau mendapat kebenaran pihak syarikat terlebih dahulu.
Berada di tempat boleh hubungi

"Sila maklumkan kepada syarikat alamat terkini surat menyurat serta nombor telefon kediaman dan telefon bimbit sebelum tuan meninggalkan kawasan syarikat kepada ketua jabatan tuan.

"Sepanjang tempoh penggantungan perkhidmatan ini, tuan diminta sentiasa berada di tempat yang boleh dihubungi oleh pihak syarikat dan tuan tidak dibenarkan keluar daripada lingkungan tempat tinggal," petik surat itu lagi.

Ia bagaimanapun tidak menyatakan sepanjang tempoh berkenaan Hata akan mendapat gajinya ataupun tidak.Siasatan dalaman ke atas Hata dijadualkan bermula pada Isnin ini, jam 10 pagi.

Sebelum ini, Hata diberi surat tunjuk sebab dan dikenakan siasatan dalaman kerana didakwa menyindir pengurusan Utusan serta memburukkan imej syarikat berikutan komennya dalam pelbagai akhbar, terutama portal berita, antaranya mengkritik Utusan Malaysia.

Selepas dipilih menjadi presiden baru NUJ, Hata membawa pendekatan berbeza berbanding penyandang sebelumnya Norlela Daud yang lebih 'diam'. Kesatuan itu mempunyai keanggotaan daripada kira-kira 1,300 wartawan.

Pandangan dan kritikan terbukanya - seperti isu pemilikan Umno, kejatuhan edaran akhbar dan 'kelemahan' pengarang Utusan - dilihat meresahkan banyak pihak, sehingga akhbar itu, memetik pihak tertentu, dilapor mempersoal sama ada Hata penyokong tegar pembangkang.

Jika dipecat, Hata bukan wartawan pertama dari Utusan yang akan menerima nasib sedemikian. Ini kerana pada 3 September 2009, Utusan turut menjalan siasatan, seterusnya memecat Presiden NUJ cawangan Utusan Amran Ahmad selepas didapati bersalah menfitnah syarikat itu susulan aduannya kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). (MalaysiaKini)

Isu azan: PM tak harus membisu - Nurul Izzah

Posted: 14 Jan 2011 11:30 PM PST

11 Safar1432H MOD..

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan beberapa menteri kabinet yang didakwa telah menerima surat aduan berhubung permohonan supaya laungan azan di Masjid Al-Ikhlasiah di Kampung Kerinchi, Kuala Lumpur diperlahankan diminta tampil memberi penjelasan.

Naib presiden PKR, Nurul Izzah Anwar melalui tulisan di blognya, berkata jawapan pemimpin berkenaan penting bagi menegakkan kebenaran dalam isu tersebut.

"Jika benar surat ini secara rasminya telah dihantar dan telah diterima oleh Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Razak), Datuk Raja Nong Chik, Datuk Seri Jamil Khir Baharom, Datuk Seri Mohd Nazri (Aziz), Tan Sri Koh Tsu Koon dan penasihat agama kepada Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Mat Zain, jadi apakah respon mereka?" tulisnya.

Nurul Izzah yang juga ahli parlimen Lembah Pantai, melalui tulisan di blognya, berkata jawapan pemimpin berkenaan penting bagi menegakkan kebenaran dalam isu tersebut. Beliau merujuk kejadian petang semalam, di mana kira-kira 100 orang berhimpun di perkarangan masjid berkenaan bagi membantah tindakan seorang peguam bukan Islam yang dikatakan ahli MCA - meminta laungan azan diperlahankan.

Dengan memegang kain rentang serta laungan Allahuakbar, mereka juga turut membakar patung peguam berkenaan.

Malaysiakini, Khamis lalu berjaya mendapat penjelasan daripada ketua imam masjid tersebut - Mahadi Abdullah yang berkata pihaknya mengurangkan kadar laungan azan atas arahan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) akhir Disember lalu.

"Selepas berjumpa dengan JAWI, kita memperlahankan sedikit laungan azan (pembesar suara) pada setiap waktu solat.

Mahadi berkata keputusan pihak masjid itu menimbulkan 'rasa tidak puashati' di kalangan penduduk yang majoritinya orang Melayu tetapi beliau beliau "tidak boleh buat apa-apa kerana ia adalah arahan pihak atasan".

Dakwanya lagi, beliau difahamkan aduan peguam tersebut yang tinggal di Pantai Hill Park - diajukan terus kepada perdana menteri sebelum dipanjangkan kepada menteri di Jabatan Perdana Menteri dan JAWI serta akhirnya dimaklumkan kepada pihak masjid.

Sehubungan itu, Nurul Izzah berkata respon Perdana Menteri dan pihak yang terbabit amat penting kerana surat peguam itu dihantar terus kepada Najib dan pimpinan tertinggi kerajaan Umno-BN.

"Pihak yang membantah wajib bertanya pada penerima surat-surat ini apakah jawapan mereka?" kata Nurul.

Beliau juga berkata siasatan juga harus dijalankan bagi mengenal pasti terhadap siapa sebenarnya yang mengeluarkan arahan supaya pembesar suara masjid itu diperlahankan.

"Sekiranya JAKIM mengeluarkan arahan itu, kita harus mendapatkan penjelasan bertulis sama ada wujudnya garis panduan berkenaan laungan azan di semua masjid-masjid dan surau di seluruh negara, yang memungkinkan JAWI mengeluarkan arahan kepada Masjid Al-Ikhlasiah," kata Nurul Izzah.(MalaysiaKini)

Anwar: Cabaran debat Ummi Hafilda "soal nyamuk"

Posted: 14 Jan 2011 11:00 PM PST


11 Safar 1432H MOD..

"Itu hanya soal nyamuk", kata Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika diminta mengulas cabaran Ummi Hafilda Ali untuk berdebat dengannya berhubung kebenaran kes salah laku seks beliau.

Ummi Hafilda yang merupakan adik kepada Timbalan Presiden PKR Azmin Ali pernah menjadi saksi penting kes liwat Anwar pada 1998.

Anwar berkata demikian kepada pemberita ketika diminta mengulas mengenai cabaran debat itu ketika ditemui pada majlis "Himpunan Kebangkitan Rakyat PAS Ganti Umno" di Kampung Geliga, di Kemaman, hari ini yang dirasmikan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Ketika diminta mengulas lanjut mengenai cabaran debat yang dibuat oleh Ummi Hafilda pada Khamis lalu itu, Anwar berkata beliau menyerahkan kepada Presiden PAS untuk menjawab isu berkenaan.

Abdul Hadi sebelum itu ketika ditanya berhubung kenyataan Ummi Hafilda yang mahu memfailkan saman berjumlah RM700 juta terhadap Anwar, Azmin, Presiden PKR Dr Wan Azizah Wan Ismail, peguam Karpal Singh dan parti PAS kerana salah laku mereka terhadapnya pada 1997, berkata:

"Itu nyamuk saja yang dilepaskan, jadi biarlah nyamuk yang jawab".

Daripada jumlah RM700 juta itu, Ummi Hafilda berkata saman terhadap Anwar berjumlah RM300 juta dibuat atas dakwaan salah guna kuasa selaku Timbalan Perdana Menteri pada 1997 yang mengarahkan dia ditangkap dan didera bagi mendapatkan pengakuan palsu berhubung skandal seks.

Ummi Hafilda berkata saman berjumlah RM200 juta terhadap Karpal, RM100 juta terhadap Wan Azizah dan RM100 juta lagi terhadap PAS.

Turut hadir pada majlis itu ialah Menteri Besar Kelantan yang juga Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Pesuruhjaya PAS Terengganu Datuk Harun Taib yang juga Ketua Dewan Ulama PAS Pusat.- Bernama

Sabtu Hari tanpa plastik - Malaysia terkebelakang ?

Posted: 14 Jan 2011 10:30 PM PST

11 Safar 1432H MOD..

Kira-kira dua minggu yang lalu, saya ada tertonton sebuah iklan daripada kementerian perdagangan dalam negeri, koperasi dan kepenggunaan iaitu iklan kempen Hari Tanpa Beg Plastik.

Menerusi kempen ini, pengguna tidak lagi dibekalkan dengan beg plastik secara percuma setiap kali berbelanja di pasaraya pada setiap hari Sabtu, - mereka digalakkan untuk membawa beg atau bakul sendiri dari rumah bagi menampung barangan yang dibeli.

Saya ingin mengucapkan tahniah kepada kementerian perdagangan kerana berani mengikut jejak langkah Pakatan Rakyat yang telahpun menjalankan dan melaksanakan kempen yang sama di negeri Selangor dan Pulau Pinang sejak tahun lalu dengan jayanya, walaupun Pakatan Rakyat telah mendapat kritikan daripada kerajaan persekutuan pada awalnya.

Kalau hendak dibandingkan dengan beberapa buah negara maju, negara kita adalah sangat terkebelakang di dalam implementasi penjagaan alam sekitar menerusi undang-undang.

Milenium sudah masuk tahun ke-11, tetapi kita masih bercakap tentang kitar semula barangan yang diperbuat daripada plastik, kertas dan aluminum sedangkan di beberapa negara lain seperti Jepun misalnya, undang-undang telah menyebut secara spesifik bahawa pengguna diwajibkan mengitar semula barangan seperti komputer lama, barangan eletronik, bateri, telefon lama dan sebagainya.

Wajib ambil semula

Yang menarik, undang-undang ini bukan sahaja dikenakan ke atas pengguna, tetapi juga ke atas pengeluar barangan tersebut yang diwajibkan mengambil semula produk daripada pengguna tanpa mengenakan apa-apa kos. Sekiranya kos dikenakan, pengeluar hendaklah mengumumkannya supaya menggalakkan orang ramai mengitar semula barang-barang tersebut.

Di negara kita, cadangan untuk melaksanakannya sudah kedengaran, tetapi sehingga kini, ia hanya kekal sebagai cadangan sahaja. Kalau adapun perlaksanaannya, maka saya anggap ia gagal kerana berita mengenainya adalah hampir tiada.

Hanya di beberapa tempat, kita dapat menemui syarikat-syarikat swasta yang menjalankan program pelupusan barangan eletronik terutamanya komputer, tetapi tidak ramai yang mengetahuinya kerana kekurangan kempen.

Persoalannya, adakah kita perlu menunggu sehingga undang-undang dikenakan ke atas kita, barulah kita akan menjaga alam sekitar? Bagaimana pula dengan undang-undang atau kempen yang telah dijalankan oleh kerajaan kita beberapa tahun lalu, tetapi terbengkalai atau tidak dilaksanakan sepenuhnya ibarat hangat-hangat tahi ayam?

Ketika saya tinggal di Bangsar bersama-sama beberapa orang rakan, kami telah mengagih-agihkan tugas menjaga kebersihan rumah sesama sendiri.

Saya ditugaskan untuk membersihkan halaman belakang rumah sekurang-kurangnya seminggu sekali. Manakala, rakan serumah saya, Joy, yang tugasnya membuang sampah telah meletakkan tiga buah kotak di sudut dapur rumah kami. Beliau meminta kami semua membuang botol dan pembalut plastik serta kertas di dalam sebuah kotak, sisa makanan di dalam sebuah kotak lain dan lain-lain sampah di dalam yang satu lagi.

Setiap hujung minggu, Joy akan mengasing-asingkan sampah-sampah yang boleh dikitar semula tersebut dan menghantarnya ke tempat kitaran semula.

Melecehkan

Apabila saya berpindah ke tempat lain, saya masih cuba mengamalkan pembuangan sampah seperti yang diajar oleh Joy, tapi hanya seketika sahaja. Ini adalah kerana, saya tidak jumpa tempat mengitar semula yang berhampiran dengan tempat kediaman saya.

Membuang sampah menjadi sesuatu yang melecehkan. Masalah ini bukan sahaja dialami oleh saya, tetapi juga oleh beberapa orang rakan yang berniat untuk mengamalkan yang sama.

Apabila kami menghubungi ahli majlis perbandaran masing-masing, jawapan yang diterima adalah sangat menghampakan. Akhirnya kami terpaksa bergantung dengan 'brader' naik lori yang menjalankan perniagaan mengutip dan membeli barangan kitar semula. Itupun hanya sekali sekala sahaja beliau muncul.

Ini membuat saya tertanya-tanya, bukankah beberapa tahun dahulu, kerajaan telah menyediakan pusat kitar semula yang cukup banyak di beberapa bandar utama?

Kempen 3R (Reduce, Reuse and Recycle), mana perginya semua itu? Adakah hanya terdapat di dalam sekolah sahaja? Bagaimana pula dengan orang dewasa? Jangankan pusat, tong besar tiga warna itupun saya jarang nampak, kecuali di beberapa pusat-pusat membeli belah.

Perlukah saya mengangkut sampah sarap saya sehingga ke pusat membeli belah dan membuangnya secara berasingan di tong-tong yang disediakan di setiap tingkat?

Tidak kira samada anda adalah penguatkuasa atau penyokong kerajaan persekutuan atau negeri, kebersihan alam sekitar harus diutamakan. Pada pendapat saya, kempen sehari tanpa beg plastik itu adalah sesuatu yang baik, tetapi saya mengharapkan sesuatu yang lebih baik lagi.

Tidak perlu gubal undang-undang baru, hanya perketatkan dan laksanakan kempen yang telah dibuat, perbanyakkan pusat dan bekas kitar semula dan jadikannya sesuatu yang mudah ditemui.

Atau perlukah saya menunggu sehingga pilihanraya baru, dan mungkin ada calon-calon yang akan memasukkan kempen alam sekitar di dalam manifesto mereka? (MalaysiaKini)

Berita baik buat suami di Selangor

Posted: 14 Jan 2011 06:33 PM PST

10 Safar 1432H.
Ahmad Baei Jaafar

Kerajaan Selangor telah melonggarkan prosedur permohonan untuk berpoligami mulai tahun ini. Kalau sebelum ini isteri pertama mesti hadir di mahkamah bagi mendengar permohoan suaminya untuk berpoligami, tetapi kini mahkamah boleh dengan budi bicara hakim tidak memanggil isteri pertama bagi memberi keterangan.

Dengan prosedur baru ini, diharapkan tidak ada lagi rakyat Selangor yang mengambil tindakan kahwin lagi ke negara jiran. Kelonggaran ini boleh membantu mereka yang berhasrat untuk berkahwin lebih tanpa menyusahkan mana-mana pihak baik suami mahupun isteri.

Walau bagaimanapun bagi merealisasikan agenda poligami ini saya ingin berpesan kepada suami dan isteri.

Wahai suami, jika anda berhasrat hendak berkahwin lebih daripada satu, jangan bertindak membelakangkan isteri anda. Jangan kerana hendak berkahwin isteri muda anda sanggup menipu isteri yang pertama kali dalam hidup anda. Ertinya, beritahulah dia hasrat anda dengan baik.

Memang betul, dia akan membantah, dia akan menangis kerana dia sayangkan anda.

Tetapi percayalah kalau dia membantah, sedangkan dia tahu anda tetap hendak berkahwin, nescaya dia akan merelakan atas keikhlasan anda memberitahunya. Dia akan marah dan sedih tidak lebih daripada tiga bulan, tetapi kalau anda dapat memberi kebaikan yang sama kepadanya, segala duka nestapanya akan hilang.

Pendekatan ini lebih baik daripada anda merahsiakan perkahwinan anda yang kesannya anda akan mencuri masa untuk bersama isteri pertama atau kedua. Mahukah anda hidup seperti seorang pencuri, terhendap sana terhendap sini, takut isteri tahu.

Pada masa yang sama anda akan menipu isteri pertama, hendak metinglah, ada jumpa pelangganlah dan sebagainya, sedangkan anda tahu penipu itu adalah dosa besar. Apa kata, setelah beberapa lama berkahwin, tiba-tiba isteri anda mendapat tahu yang anda sudah ada isteri baru, kesannya anda akan berperang besar dengannya. Kalau sudah perang besar, tiga tahunpun belum tentu reda.

Jadi, mana yang anda hendak pilih, isteri marah hanya selama tiga bulan atau perang besar yang belum tentu reda selepas tiga tahun? Anda tentu bijak untuk memilih yang terbaik untuk anda dan keluarga anda.

Wahai isteri, kalau suami anda menyatakan hasrat untuk berkahwin satu lagi, jangan bimbang tentang kasih sayang kepada anda akan berbelah bahagi. Sebenarnya, kasih sayang dia kepada anda tetapi 100 peratus jika selama ini memang dia sayang anda seratus peratus. Tetapi ingat, kalau selama ini dia hanya memberi kasih sayang kepada anda hanya 70 peratus, mungkin selepas anda meredai perkahwinannya dia akan memberi kasih sayang 100 peratus kepada anda pula.

Kasih sayang suami banyak bergantung kepada sejauhmana kometmen anda kepada suami anda. Jika anda memberi persembahan yang baik kepadanya, makan minum yang dihidangkan, budi bahasa, pergaulan yang menceriakan tentulah semua pengikat kasih sayang yang berpanjangan. Jadi, kalau anda lihat suami seperti kurang saying kepada anda, cek semulalah kometmen anda kepadanya. Mungkin ada kelompangan di sana sini.

Baiki kekurangan itu dengan segera, nescaya kasih suami akan bertambah semula.
Ingatlah wahai isteri, kalau pun suami anda ada empat orang isteri, kasih sayang suami anda tetap tidak berubah jika kometmen anda tidak berubah. Suami boleh beri 100peratus kasih sayang kepada semua isterinya tanpa mengurangi mana-mana pihak jika semuanya memberi kometmen yang terbaik kepadanya. Malah suami mahu dan mengharapkan setiap kali pertemuan dengan isterinya itulah malam pertamanya.

Bayangkan kalau suami balik ke rumah anda, dan hari ini anda anggap sebagai hari pertama anda berkahwin tentu mesranya amat tinggi. Kalau itu yang anda boleh lakukan pasti kasih sayang 100 peratus adalah milik anda. Kalau begitu kenapa hendak sekat dia berkahwin dengan wanita lain, bukankah dengan itu anda boleh membantu kaum sejenis anda mendapat kasih sayang daripada orang yang anda sayang. Bayangkan betapa besarnya pahala anda ketika itu sedangkan kasih sayang suami anda tetap sama.

Selain itu wahai isteri, anda perlu sedar kelemahan anda. Sewaktu anda hanya berdua dengan suami anda sayanginya 100 peratus, tetapi setelah ada anak seorang sayang anda kepada suami anda sudah berkurangan dan dilebihkan kepada anak. Layanan kepada suami sudah berkurangan dan suami kadangan terpaksa membawa diri. Bayangkan kalau anak sudah sepuluh, tentu suami dilupakan langsung. Anda tidak boleh beri kasih sayang kepada suami anda 100 peratus seperti yang mampu diberi oleh suami anda walaupun ramai isteri.

Jika anda sedar kelemahan itu, ubahlah sikap segera. Berilah kometmen yang terbaik kepada suami jika anda sayang dan cinta kepadanya. Sesungguhnya suami anda seorang yang amat manja lalu dia hendak bermanja dengan anda dan dia mahu dimanjai. Inilah kunci kebahagiaan rumah tangga. Wallahu aklam

Masjid Haopan dan Xiaodongying di bandar Guangzhou

Posted: 14 Jan 2011 06:27 PM PST

10 Safar 1432H.

Pada zaman dahulu telah menjadi kelaziman bagi etnik Hui di China bersolat di tempat berasingan dengan umat Islam etnik yang lain. Pada masa itu, beberapa buah masjid dibina untuk memenuhi keperluan tersebut. Masjid Haopan yang dibina pada zaman Dinasti Ming (iaitu pada tahun 1465) merupakan salah satu daripadanya.

Masjid Haopan ini dibina semula pada tahun 1706 semasa zaman Dinasti Qing. Luasnya mencapai 1491 meter persegi.

Menurut catatan sejarah, para sarjana Islam tempatan pernah menubuhkan kolej dalam masjid ini.Sekolah bahasa Arab telah ditubuhkan pada September, 1998.



Masjid Xiaodongying (Gmabar di atas) yang dibina pada zaman Dinasti Ming mempunyai sejarah selama kira-kira 500 tahun. Masjid ini telah memberi sumbangan yang besar kepada usaha pendidikan di Guangzhou sama ada pada masa silam atau zaman moden ini.

Menurut catatan pada tahun 1948, Imam Besar Masjid Xiaodongying, Ma Jixian telah menubuhkan sebuah sekolah. Jumlah penuntut sekolah ini ketika itu kira-kira 20 orang. Sekarang ini, sekolah tersebut sudah menjadi Sekolah Rendah Jalan Yuehua yang terletak berhampiran dengan Masjid Xiaodongying dan merupakan salah pengkalan pendidikan yang penting di Daerah Yuexiu, bandar raya Guangzhou. CRI/-

S'gor bantu orang Islam henti kerja di premis arak

Posted: 14 Jan 2011 06:22 PM PST

10 Safar 1432H.

Kerajaan Selangor akan menubuhkan sebuah tabung khas untuk membantu pekerja beragama Islam yang sedar untuk meninggalkan pekerjaan di premis dan pusat hiburan yang menjual minuman keras.

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, kerajaaan Selangor prihatin dengan perbincangan mengenai pelaksanaan Enakmen Jenayah Syariah yang tidak membenarkan umat Islam bekerja di premis berkenaan.

"Kami telah meminta ahli Exco negeri, Datuk Dr Hasan Mohamed Ali, Yaakob Sapari, Dr Halimah Ali dan Hajjah Rodziah Ismail untuk menubuhkan satu sekretariat yang akan mengadakan perjumpaan dengan Lembaga Zakat Selangor (LZS) bagi membincangkan isu ini.

Dalam satu kenyataan hari ini, menteri besar berkata, LZS akan diminta untuk bersama-sama menubuhkan tabung khas tersebut.

Katanya, kerajaan negeri sedar kebanyakan orang Islam yang bekerja di tempat sedemikian membuat keputusan tersebut atas sebab ekonomi.

Rezeki halal

Oleh itu, tegas menteri besar lagi, tabung ini akan memainkan peranan agar mereka tidak akan terbeban dengan penguatkuasaan undang-undang ini.

"Kami menghormati Enakmen Jenayah Syariah yang bertujuan memelihara umat Islam untuk mencari rezeki yang halal.

"Pada masa yang sama, sebagai kerajaan prihatin dan adil, kita perlu memberi tempoh yang cukup kepada semua pihak termasuk pemilik premis dan pekerja yang terlibat," katanya.

Berikutan itu, Khalid berkata, beliau akan mengadakan pertemuan dengan semua datuk bandar dan yang dipertua pihak berkuasa tempatan Isnin depan untuk mendapat pandangan mereka bagi memastikan penguatkuasaan enakmen tersebut dilaksanakan dengan baik dan berkesan.

Kenyataan menteri besar itu bertujuan meredakan percanggahan pendapat berhubung penakrifan larangan orang Islam bekerja di tempat-tempat yang menyajikan minuman keras.

Jika semalam, exco perumahaan dan kerajaan tempatan, Ronnie Liu berkata umat Islam dibolehkan berbuat demikian kerana larangan berkenaan yang dikeluarkan oleh Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) telah diarahkan ditarik balik, namun hari ini, exco hal ehwal Islam, adat Melayu, infrastruktur dan kemudahan awam, Datuk Hasan Mohamed Ali mempunyai definisi yang berlainan.

Tindakan wajar

"Berhubung dengan isu orang-orang Islam yang dilarang bekerja di tempat-tempat menjual minuman keras seperti yang dikuatkuasakan di MPSJ, saya sebagai exco yang menjaga
hal ehwal Islam di negeri Selangor mendapati bahawa tindakan tersebut adalah wajar.

"Saya mengucapkan syabas dan terima kasih kepada pimpinan MPSJ yang telahpun menguatkuasakan peraturan ini. Saya difahamkan peraturan ini telah melalui tiga proses perbincangan di peringkat jawatankuasa yang telah mendapat pengesahan dan kelulusan dari semua pihak termasuk ahli-ahli majlis yang bukan Islam," katanya dalam satu kenyataan media.

Liu pula semalam mengesahkan pekeliling menarik balik larangan itu telah dikeluarkan kepada presiden MPSJ, Md Adnan Ikhsan dengan alasan "kerajaan negeri tidak menyedarinya."

"Kami tidak dirujuk (berhubung larangan itu). Sebab itu, kita minta mereka tarik dulu," katanya, sambil menambah isu berkenaan turut dibincangkan pada mesyuarat exco Rabu lalu.

Malaysiakini/-

Nik Aziz akan hadir majlis bersama blogger malam ini.

Posted: 14 Jan 2011 06:16 PM PST

10 Safar 1432H.

KOTA BHARU, 14 Jan: Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menegaskan beliau tetap menghadiri majlis bersama blogger pro-Pakatan Rakyat yang dijadual diadakan malam ini di sebuah hotel di Kuala Lumpur mulai 8.00 malam.

Beliau yang juga Menteri Besar menaruh keyakinan bahawa program yang diatur sempena Majlis Makan Malam dan Ramah Mesra bersama blogger itu memberi ruang yang baik kepadanya untuk berucap.

Majlis yang dijangka turut dihadiri Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri itu diadakan bagi membincangkan banyak perkara termasuk peranan yang mungkin boleh dimainkan peserta itu bagi membantu Pakatan Rakyat dalam mendepani Pilihan Raya Umum ke-13 khususnya.

"Oleh itu besok saya akan memberi penerangan sama ada mereka mahu mendengarnya atau pun tidak, terserah kepada mereka.

"Saya bersedia berjumpa mereka yang dianggarkan seramai 150 orang, dan perjumpaan itu tidak sulit," katanya kepada media pada kuliah mingguan di Medan Ilmu di sini kelmarin.

Mengulas terdapat tulisan 'mengarut' yang ditulis sesetengah blogger di laman mereka, beliau berkata, usahkan blogger berbuat demikian, bahkan anak sendiri sekiranya menulis perkara 'mengarut' akan dimarahi.

"Sama ada blogger, tuk guru atau ibu bapa, serupa saja. Hidup atas dunia ini mestilah faham bahawa kita adalah menumpang di bumi Allah SWT.

"Oleh kerana kita menumpang segala perkara termasuk padi beras yang dimakan atau udara untuk bernafas, hatta manusia itu sendiri dijadikan Allah SWT, maka kita tidak boleh menderhakan Allah," katanya.

Beliau menolak bahawa perjumpaan itu memberi ruang kepadanya untuk memberi penjelasan tentang perjumpaan yang turut dihadiri Yang di-Pertuan Agong baru-baru ini.

Harakahdaily/-

Permohonan Sivakumar semak keputusan SPR ditolak

Posted: 14 Jan 2011 06:21 AM PST

9 Safar 1432H.

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini menolak permohonan bekas Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak V Sivakumar untuk semakan kehakiman berhubung keputusan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tidak mengadakan pilihan raya kecil bagi tiga kerusi DUN di negeri itu.

Hakim Datuk Aziah Ali yang membuat keputusan di dalam kamar, turut menolak permohonan bekas exco negeri Perak A Sivanesan dan lima lagi berhubung perkara sama.

Pada 22 Okt 2009, mereka diberi kebenaran membuat semakan kehakiman bagi mengenepikan keputusan SPR yang tidak mengisytiharkan pilihan raya kecil bagi DUN Behrang, Changkat Jering dan Jelapang selepas wakil rakyat kerusi berkenaan menjadi ADUN bebas.

Selain Sivakumar dan Sivanesan, mereka ialah Chen Fook Chye, Tai Sing Ng, Ahmad Sabry Wahab, Abdul Latif Ariffin dan Foo Hon Wai.

Mereka memohon mahkamah mengeluarkan surat perintah bagi memaksa SPR mengisytiharkan ketiga-tiga kerusi kosong berikutan peletakan jawatan wakil rakyat di kawasan berkenaan.

Dalam permohonan semakan kehakiman itu mereka menamakan SPR dan tiga wakil rakyat iaitu Jamaluddin Mohd Radzi (Behrang), Mohd Osman Mohd Jailu (Changkat Jering) dan Datuk Hee Yit Foong (Jelapang) selaku responden.

Semua pemohon tidak hadir dan hanya diwakili barisan peguam yang diketuai Datuk S Ambiga.

Malaysiakini/-

Ezam "Raja Sesumpah" menemui jodoh dengan Umi "Ratu Sesumpah" ?

Posted: 14 Jan 2011 04:20 AM PST

`Andartu' ini pernah bersumpah memegang Al-Quran tanpa menutup aurat, Al-Quran diperhinakan oleh wanita ini...


Oleh: WFAUZDIN NS

EZAM raja sesumpah kini telah menemui `pasangan' atau `jodoh'. Ini bermakna Ezam sesumpah bukan orang lain dengan YB Azmin kerana `jodoh' Ezam sesmpah adalah adik kandung kepada Azmin iaitu Umi Hafilda, suatu nama yang `glamour' di era 98 dan insan `terbuang' dari keluarga.

Di dalam media haprak, wajah `andartu' yang dikatakan masih belum laku ini muncul kembali dengan membawa `sumpah' sepertimana yang kerapkali dilakukan oleh Ezam sesumpah. Setelah `konspirasi'nya gagal di awal kemunculannya di mahkamah di era 98, kemudiannya gagal untuk menceburi kerjaya politik apabila `andartu' ini ditolak oleh Puteri Umno atas kesalahan disiplin, kali ini beliau muncul untuk mendendangkan kembali cerita penglipur lara karangan Mahathir Kutty.

Umi Hafilda telah banyak memalukan keluarga Almarhum Ali, iaitu bapa YB Azmin Ali dan juga artis Azwan Ali. Jika dahulu, Azwan Ali begitu rapat dengan `andartu' ini setiap hari ulang-alik ke mahkamah di dalam kes Liwat 1 melibatkan drama DS Anwar dan Azizan. Pada waktu itu hubungan Azwan Ali begitu renggang dengan abangnya Azmin Ali. Sekarang, hubungan di antara Azwan Ali amat baik dan kembali bersatu dalam satu keluarga. Ini tidak berlaku kepada `andartu' ini. Beliau dikatakan tidak diakui anak oleh ayahnya sehingga ayahnya menghembuskan nafas terakhir. Begitulah nasib seorang yang terbuang.

Kemunculan `andartu' yang ingin mencari glamour murahan ini untuk membawa kembali episod tahun 98 memperlihatkan betapa beliau sanggup berbuat apa sahaja hatta menjadi `pelacur politik' kepada sekutu Apco. Beliau telah diberi peluang untuk mendedahkan segala yang beliau tahu tentang kes liwat 1 dahulu, namun ianya tidak berhasil sama sekali. Kini, beliau ingin kembali menyelit di tengah-tengah kejahatan puak sekutu Apco untuk menjatuhkan kredibiliti DS Anwar. Adakah kali ini beliau akan berjaya?

Tindakan beliau untuk menyaman DS Anwar, DS Wan Azizah malahan abang kandungnya sendiri YB Azmin adalah satu usaha terbaru `andartu' ini. Beliau besumpah dengan kalimah Allah sama seperti Ezam sesumpah pernah lakukan hanya kerana untuk menjatuhkan imej DS Anwar. Tetapi, semakin banyak mereka ini bersumpah, semakin tinggi imej dan darjat DS Anwar di mata rakyat dan semakin jatuh kredibiliti pemimpin sekutu Apco. DS Anwar terus diberi kekuatan moral dan beliau bukan semakin takut, bahkan semakin berani untuk berdepan dengan Najib. Siapa yang takut untuk berdepan dengan DS Anwar?

Inilah anugerah Allah seperti yang diperkatakan oleh DS Wan Azizah. DS Anwar tidak pernah gentar untuk berdepan dengan sesiapa sahaja, lebih-lebih lagi untuk berdepan dengan `andartu' yang gila glamour ini. Tidak hairanlah jika Mahathir Kutty amat takut berdepan dengan DS Anwar hatta untuk menjadi saksi di dalam kes Liwat 1 dahulu. Najib juga bakal dipanggil untuk menjadi saksi di dalam kes Liwat 2 yang sedang berjalan sekarang. Adakah Najib akan mewarisi sifat penakut Mahathir Kutty? Bayangan penakutnya Najib telah mula kelihatan apabila enggan berdebat dengan DS Anwar di dalam isu ekonomi negara.

Saya mengalu-alukan usaha terbaru `andartu' Umi Hafilda ini. Beliau telah kembali mengingatkan kita tentang konspirasi tahun 98. Walaupun ramai yang terlibat di dalam konspirasi itu telah kembali ke dalam tanah seperti Peguam Mokhtar Abdullah (Mokhar Dugung), Penulis Buku Fitnah iaitu Khalid Jeffri, Hakim `Hacks' Augustine Paul, Dr Kristina Majid (Anwar pernah ditelanjangkan di depannya) dan beberapa orang lagi yang masih hidup tetapi `tersiksa' atau `terpulau', namun Umi Hafilda masih hidup untuk meneruskan `perjuangan' puak-puak yang telah ditanam itu. Syabas Umi `Ratu Sesumpah'./wfauzdin.blogspot.com


Tulisan ini merupakan pandangan penulis dan kami tidak bertanggung jawab dengan sebarang pandangan yang disiarkan.

PJ PAS Perak Ucap tahniah kepada peguam.

Posted: 14 Jan 2011 04:02 AM PST

9 Safar 1432H.

IPOH, 14 Jan.:-Pesuruhjaya PAS Perak, Ustaz Abu Bakar Hussain mewakili PAS Perak, mengucapkan tahniah kepada kepada barisan peguam pas dan pimpinan serta ahli pas yang berjaya menyatakan kebenaran di mahkamah kerana memenangi kes atas tuduhan menghalang tugas penjawat awam.

Ucapan beliau merujuk kepada kes Hj Mohamed Sabu bersama Sembilan tertuduh yang lain iaitu Mohd Binyamin Ishak, 48, Fuadzi Suharat, 48, Md Lazim Osman, 54, Abdul Razak Ramili, 46, Mohd Subri Mohd Said, 46, Zamarul 'Aini Abdul Malik, 40, Zainul Azrun Zainal Abidin, 39, Abdul Rahim Mat Ariff, 62, dan Mohamad Salleh, 51.

Lima darinya adalah berasal dari perak termasuklah YDP Kawasan Gopeng,HJ. Abdul Rahim Mat Ariff.

Mahkamah majistret Jawi pada 4 januari lepas membebaskan ahli jawatankuasa pusat PAS, Mohammed Sabu dan sembila yang lain daripada tuduhan menghalang ketenteraman awam dengan menghalang tugas penjawat awam.

Majistret Mohd Izaham Ali melepaskan Mohammed dan sembilan yang lain daripada tuduhan yang didakwa dilakukan pada 9 Disember 2007 di susur keluar Bukit Tambun di Lebuhraya Utara Selatan.

PAS Perak mengucapkan tahniah khususnya kepada peguam-peguam PAS, khususnya kepada Peguam Mohamad Hanipa Maidin, Peguam Aminuddin Zulikifli dan Peguam Yusnita Yusoff yang yang Berjaya mempertahankan hujah dan kebenaran bagi memastikan kemenangan berpihak kepada kebenaran.

Semoga dengan keputusan ini, kita terus meningkatkan komitmen dan istiqamah kita dalam memastikan perjuangan membela rakyat dalam mendapatkan keadilan diteruskan oleh kita semua

Semoga Allah SWT memberkati segala amal ibadah dan usaha kita dalam perjuangan ini.

Selamat berjuang kepada jentera PAS Perak di DUN Tenang.

Posted: 14 Jan 2011 04:00 AM PST

9 Safar 1432H.


IPOH, 14 Jan.:-Pesuruhjaya PAS Perak hari ini memberi kata-kata semangat kepada seluruh jentera PAS Perak yang diamanahkan bertugas di Pilihanraya Kecil DUN Tenang, agar terus berjuang dan beristiqamah dalam memastikan kemenangan calon PAS, bagi memenangi kerusi Dun Tenang.

Beliau menyatakan bahawa kemenangan PAS diDUN Tenang ini amat penting bagi membuka lembaran baru kebangkitan PAS di zon selatan tanah air ini.

Memetik ucapan beliau " Permatang Pauh, Permatang Pasir, Penanti, Bukit Selambau, Bukit Gantang di utara telah mencatat sejarah kemenangan dalam pilihanraya kecil (PRK) kepada PR dengan pencapaian yang begitu baik. Manakala di Kuala Terengganu yang terletak di timur pula juga telah mengukir kemenangan apabila kita berjaya mengambil kerusi tersebut dari tangan BN.

"Kini tiba pula giliran DUN Tenang yang terletak di selatan untuk memberi mesej yang lebih jelas kepada BN, bahawa rakyat pelbagai kaum di negara ini mahukan PR mentadbir Malaysia dan membuka lembaran baru untuk rakyat dalam membangunkan sebuah negara yang adil dan berkebajikan".

Sehubungan dengan itu beliau berharap agar jentera PAS Perak sentiasa meningkatkan ketaqwaan kepada Allah SWT dalam setiap ibadah dan gerak kerja yang dilakukan, ini kerana kemenangan sebenar adalah apabila adanya bantuan Allah SWT dalam perjuangan kita, dan seluruh jentera PAS Perak juga perlu bersiap sedia untuk menghadapi Pilihanraya Umum yang akan berlaku tidak lama lagi. "semoga momentum kemenanangan PR dalam PRK yang berlaku sebelum ini, memberi gambaran awal bahawa Perak akan kembali berada dibawah kepimpinan Pakatan Rakyat". jelas beliau

Adun Selinsing Perak kemalangan jalanraya

Posted: 14 Jan 2011 03:00 AM PST

9 Safar 1432H [MOD].

BAGAN SERAI, 14 Jan.:- ADUN Selinsing, YB Hj Husin B Din, 58, terlibat dalam satu kemalangan petang tadi di Telok Medan, Bagan Serai. Walau bagaimanapun beliau tidak mengalami kecederaan yang serius dan cuma cedera ringan di jari dan juga mengalami sakit di dada beliau akibat hentakan beg udara.

Namun begitu kenderaan yang dipandunya jenis Honda CRV milik beliau remuk di bahagian hadapan. Menurutnya semsa ditemui ditempat kejadian, semuanya berpunca selepas beliau cuba mengelak dari sebuah motosikal yang tiba-tiba berhenti di tengah-tengah jalan untuk membelok ke kanan tanpa memberi sebarang isyarat.

Dan seterusnya beliau tidak dapat mengawal kenderannya lalu terbabas melanggar sebatang pokok di bahu jalan sebelah kiri. Lain-lain foto klik di sini.

Kemalangan ini merupakan kemalangan ke dua dalam tempoh seminggu yang melibatkan pemimpin utama PAS di Perak. Beberapa hari lepas, Setiausaha PAS Perak, Ust. Hj. Misbahul Munir Hj. Masduki terlibat dalam satu kemalangan di lebuhraya PLUS berdekatan dengan Behrang dalam keadaan hujan lebat

Beliau juga tidak mengalami kecederaan serius. Namun begitu kenderaan jenis pacuan 4 roda yang dipandu Ust. Misbah yang juga merupakan YDP PAS Kawasan Bagan Datoh itu rosak teruk.

PAS TAMBUN

Posted: 15 Jan 2011 01:11 AM PST

PAS TAMBUN


CARILAH PEMIMPIN YANG BOLEH DICONTOHI

Posted: 15 Jan 2011 12:20 AM PST








PARA PEMUDA DAN PEMUDI MELAYU/ISLAM CARI PEMIMPIN YANG SEPATUTNYA DIJADIKAN CONTOH, ANDA TIDAK PERLU MEREKA DIJADIKAN PEMIMPIN..

Pengikut