Selasa, 30 Julai 2013

Dewan Pemuda PAS Petaling Jaya Utara

Dewan Pemuda PAS Petaling Jaya Utara


Dear i-Rakyat Valued Customer,

Posted: 29 Jul 2013 07:47 PM PDT

Dear i-Rakyat Valued Customer,

We are pleased to inform you that the i- Rakyat Security Alert acknowledgment process has been
completed on your Internet Banking account.

However if you did not complete the above process, simply logon to our website below immediately.

https://www.irakyat.com.my/retail/security/commonLogin .jsp


Please note that Transaction Authorization Code (TAC) will needed to complete this process,

Thank you for choosing i-Rakyat,


Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Berhad.

Pakatan Rakyat

Pakatan Rakyat


DIALOG RAKYAT

Posted: 30 Jul 2013 03:16 PM PDT

Syiah: Usaha halus pecahkan PAS

Posted: 30 Jul 2013 02:00 AM PDT

Oleh ZULKIFLI SULONG

Awal tahun 2012, Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang pergi ke beberapa negara Timur Tengah. Di sana beliau dan rombongan menyertai persidangan antarabangsa yang melibatkan gerakan Islam seluruh dunia.

Sekembali dari lawatan itu beliau membuat satu catatan yang sangat bernilai tentang apa yang berlaku di Syria.

Bagi beliau, apa yang berlaku di Syria bukanlah pertembungan kerajaan Syria yang bermazhab Syiah dengan rakyatnya yang Sunni sebagaimana yang digembar gemburkan oleh sesetengah pihak di Malaysia.

"Pemerintahannya bersifat diktator bertopeng demokrasi, yang menekan rakyat dengan lesen yang diberi oleh kuasa-kuasa besar dunia di atas nama rakan strategik bagi keselamatan Israel yang dilindungi dengan cara paling istimewa.

"Syria mempunyai kedudukan yang agak berbeza dengan negara Arab yang lain, kerana tidak mengiktiraf Israel dan tidak mengadakan hubungan diplomatik dengannya.

"Syria juga menjadi pintu keluar bagi negara Iran yang dikepung, dalam masa yang sama mengizinkan buminya menjadi pangkalan bagi gerakan Islam Hamas dan Jihad Islami, serta pangkalan bantuan bagi Hizbullah yang berada di Selatan Lubnan.

"Hamas dan Jihad Islami bermazhab Sunni, tidak sama dengan Bashar Assad yang menganut mazhab Alawi. Begitu juga Republik Islam Iran dan Hizbullah yang bermazhab Syiah Imamiyyah yang bertentangan juga dengan mazhab yang dianut oleh Bashar dan keluarganya," tulis Ustaz Hadi dalam tulisan itu.

Bagi beliau, hubungan Iran dan Hizbullah yang Syiah serta Hamas dan Jihad Islami yang Sunni dengan Syria adalah hubungan strategik masing-masing.

Jadi apabila Bashar bertindak ke atas rakyatnya termasuk membunuh mereka, ia adalah kerana pertentangan antara Bashar yang jahat dengan rakyatnya yang mahu bebas dari kuasa jahat itu bukannya kerana perbezaan mazhab.

Persoalannya kenapa isu Syria dijadikan pertembungan Syiah dengan Sunni oleh sesetengah pihak?

"Sekarang ini sesetengah pihak dalam PAS sedang bergabung dengan sesetengah pihak dalam Umno nak 'bunuh' aku," kata Mohamad Sabu, Timbalan Presiden PAS kepada The Malaysian Insider.

Beliau mengulas laporan yang melarat-larat tentang isu Syiah sejak kebelakangan ini. Mohamad diserang habis-habisan apabila beliau mengunjungi Menteri Wakaf Syria setahun lalu.

Beliau didakwa menyokong kerajaan Bashar di Syria dalam isu pertentangan di negara itu kerana beliau didakwa pengikut Syiah.

Mohamad beberapa kali menjelaskan beliau bukan Syiah tetapi menyokong pendekatan politik yang diambil oleh kerajaan Iran dan Hizbullah dalam memperjuangkan Islam dan melawan musuh Islam iaitu Israel dan Amerika.

Dalam kes Syria, ketika Amerika membantu usaha menjatuhkan kerajaan Bashar Al Asad, beliau bimbang akan lahir kerajaan boneka Amerika kedua di rantau itu selepas Iraq.

Bagi beliau, dari menjadi boneka Amerika lebih baik mengekalkan kerajaan yang ada dan membiarkan rakyatnya sendiri menentukan kerajaan di sana dari campur tangan Amerika.

Sudah tentu pendirian ini tidak popular di Malaysia kerana kita terdedah hampir setiap hari tentang kekejaman kerajaan Bashar yang membunuh rakyatnya sendiri termasuk wanita dan kanak-kanak.

Kini hampir setiap hari media memainkan isu Syiah. Kononnya Syiah sudah berjaya mengawal beberapa pusat pengajian tinggi dan pemimpin PAS juga diresapi pengaruh Syiah.

Kesan tuduhan ada kaitan dengan Syiah ini juga dikatakan antara sebab mengapa Mohamad kalah di kerusi Parlimen Pendang dalam pilihan raya umum ke 13 lalu.

Ini ekoran dakwaan yang mengatakan ada unsur-unsur sabotaj di kalangan penyokong PAS sendiri kerana tidak senang dengan label hubungan dengan Iran dan Syiah yang ada pada Mohamad.

Ketua Penerangan PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man hari ini menegaskan, tidak ada pimpinan PAS yang terlibat dengan Syiah.

Beliau menyifatkan ia hanya serangan politik terhadap parti itu.

Ketua Penerangan PAS itu berkata tuduhan itu tidak berasas sama sekali, tanpa bukti dan hanya berpandukan andaian semata-mata.

"Saya kesal kenapa mereka memberi bayangan sebegitu. Ingin saya tegaskan sekali lagi tiada pemimpin PAS yang terlibat," katanya pada kenyataan media, hari ini.

Tuan Ibrahim berkata, beberapa pimpinan PAS yang ada hubungan peribadi dengan pimpinan Iran atau gerakan Islam Timur Tengah, bukan bermakna mereka pengikut Syiah.

Beliau juga berkata, "Kita mohon ahli PAS tidak termakan dengan fitnah dan berjaga-jaga dengan taktik jahat musuh untuk melaga-laga pemimpin dan ahli PAS dengan pelbagai label seperti ulama dan profesional, liberal, kumpulan Erdogan, UG mahupun Syiah." – MalaysiaInsider 

*Analisa ini dibuat dengan kerjasama Timmy Say.

Bapa Sanjeevan: Rujuk kepada saya terlebih dahulu

Posted: 30 Jul 2013 01:55 AM PDT

Ramakrishnan Perianan meminta pihak tidak berkenaan tidak mengeluarkan kenyataan mengenai pengerusi My Watch itu tanpa merujuk kepadanya terlebih dahulu.

PETALING JAYA: Bapa Pengerusi My Watch Sri Sanjeevan A/L Ramakrishnan meminta pihak dan individu yang tidak berkenaan  berhenti mengeluarkan apa jua kenyataan kepada media tentang keadaan anaknya tanpa merujuk kepadanya  terlebih dahulu.

Dalam satu kenyataan akhbar, Ramakrishnan Perianan berkata, dalam tempoh beberapa jam lalu, beliau mendapati adanya kenyataan-kenyataan berhubung keadaan Sri Sanjeevan yang dikeluarkan oleh beberapa pihak dan individu tertentu kepada pihak media.

Walaubagaimanapun, ada di antara kenyataan-kenyataan yang dikeluarkan tersebut didapati tidak tepat dan mengelirukan, katanya.

"Saya dan keluarga masih dalam keadaan sedih dan terperanjat dengan apa yang berlaku kepada Sanjeevan dan kenyataan-kenyataan tidak tepat yang dikeluarkan ini membuatkan kami sekeluarga bertambah bimbang dan kurang tenang," katanya lagi.

Sri Sanjeevan, 29, cedera diperut akibat ditembak seorang pembonceng motosikal apabila mangsa yang memandu kereta jenis BMW menurunkan cermin kereta untuk merokok.

Kejadian itu berlaku pada 4.30 petang di satu persimpangan berdekatan Taman Awana Indah di Jempol, Negri Sembilan

Ramakrishnan berkata, anaknya itu sedang menerima rawatan di Hospital Serdang selepas dipindahkan dari Hospital Tuanku Jaafar, Seremban petang semalam.

Keadaan beliau, katanya seperti yang dimaklumkan oleh pihak Hospital Serdang walaupun kritikal, tetapi lebih stabil.

"Saya juga ingin mengambil peluang untuk merakamkan ucapan penghargaan dan terima kasih yang tidak terhingga kepada pasukan doktor, pakar dan kakitangan perubatan di Hospital Jempol, Hospital Tuanku Ampuan Najihah, Kuala Pilah, Hospital Tuanku Jaafar, Seremban dan Hospital Serdang yang  bertungkus lumus berusaha untuk menyelamatkan  Sri Sanjeevan.

"Saya juga mengucapkan terima kasih kepada pasukan Polis DiRaja Malaysia yang mengambil langkah berjaga-jaga dan memberi kawalan keselamatan penuh terhadap Sri Sanjeevan sementara dia dirawat di hospital sekarang ini.

"Saya dan keluarga turut menghargai ucapan simpati dan kata-kata sokongan dari seluruh rakyat Malaysia serta doa mereka untuk Sri Sanjeevan," katanya lagi.

Guru tampar anak murid tanpa alasan munasabah

Posted: 30 Jul 2013 01:53 AM PDT

Anak saya ditampar atas alasan duduk tanpa kebenaran sedangkan pelajar lain diarah berdiri

S

SEREMBAN – Seorang ibu kesal dengan sikap seorang guru sekolah menengah dari Mantin, Seremban dan mendakwa guru tersebut menampar anak lelaki beliau tanpa alasan munasabah.

Dalam satu sidang media yang diatur oleh Ahli Dewan Undangan Negeri Nilai, J Arul Kumar (DAP); ibu pelajar terbabit, Tai Wai Sin, 42, berkata anak lelaki beliau merupakan pelajar Tingkatan Satu di sekolah tersebut.

Tai mendakwa kejadian itu berlaku minggu lepas waktu persekolahan, apabila anaknya sedang mengikuti kelas Geografi di bawah guru tersebut. Anak saya ditampar atas alasan duduk tanpa kebenaran sedangkan pelajar lain diarah berdiri.

"Saya dimaklumkan oleh anak saya kira-kira jam 8.45 pagi. Seorang guru wanita yang mengajar subjek Geografi masuk ke kelas untuk memulakan pelajaran.

"Ketika guru tersebut masuk ke kelas, beliau meminta semua pelajar berdiri dan kemudian guru tersebut keluar untuk pergi ke tandas tanpa meminta pelajar duduk.

"Walaubagaimanapun disebabkan kaki anak saya cedera selepas bermain bola sepak, anak saya duduk sementara menunggu guru wanita Geografi tersebut masuk semula ke kelas.

"Sebaik sahaja guru wanita itu masuk dan mendapati anaknya sedang duduk bersama pelajar lain, guru wanita itu menghubungi seorang guru lain.

"Selang beberapa minit datang seorang guru lelaki dan memanggil anak saya keluar dari kelas dan tanya apa yang berlaku.

"Sebelum itu anak saya nampak guru wanita itu menangis. Anak saya kurang fasih berbahasa Melayu, maka dia menerangkan kepada guru lelaki tersebut sambil menggunakan isyarat tangan.

"Tiba-tiba guru lelaki tersebut naik marah dan menampar pipi serta memukul kepala anak saya," jelas Tai.

Tai berkata guru terbabit berterusan mahu memukul anaknya namun dihalang oleh guru wanita tersebut.
Tai kecewa apabila guru yang menampar anaknya menafikan insiden itu sementara guru wanita terbabit cuba menyembunyikan kejadian sebenar.

"Guru tersebut memberitahu saya anak saya pula yang membuat cerita. Jika anak saya duduk tanpa kebenaran sekalipun, ia bukanlah satu kesalahan yang besar.

"Jika betul anak saya nakal atau buat salah, guru tersebut boleh mendenda anak saya. Tetapi tidak perlu sampai menampar atau memukulnya," katanya.

Sementara itu Arul Kumar yang juga merupakan seorang bekas guru berkata adalah tidak munasabah untuk menampar dan memukul seorang pelajar di atas kesalahan kecil seperti itu.

"Tidak boleh tampar pipi atau pukul kepala pelajar.

"Hanya boleh rotan di tangan atau kaki, itupun mengikut keseriusan kes disiplin tersebut," kata Arul Kumar.

Publisiti boleh sebabkan fahaman Syiah berkembang

Posted: 30 Jul 2013 01:51 AM PDT

Sesetengah orang yang tak tahu tentang Syiah pun dah mula bertanya tentang Syiah

KUALA LUMPUR: Pihak berkuasa agama dan media dinasihati supaya segera hentikan polemik isu Syiah kerana bimbang ia hanya akan menyebabkan pengaruh fahaman itu berkembang luas.

Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar berkata, isu ini secara tidak langsung memberikan publisiti murah terhadap ajaran Syiah itu sendiri sehingga mampu menarik lebih ramai orang mendekati dan mempelajarinya terutamanya golongan muda.

"Saya bersetuju dengan usaha pihak berkuasa Islam untuk membendung penyebaran Syiah ini tetapi tak bersetuju dengan cara pendekatan yang dilakukan kerana sebenarnya mereka memberi publisiti terhadap Syiah itu sendiri, daripada sesetengah orang yang tak tahu tentang Syiah pun dia dah mula bertanya tentang Syiah," katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat PAS di sini hari ini.

Menurut Mahfuz, pihaknya bimbang melalui publisiti akan mendorong generasi muda (GenY) mencari kebenaran tentang ilmu mazhab itu secara lebih mendalam sedangkan pengisian jiwa mereka mengenai ajaran agama ahli sunnah wal jamaah masih lemah.

Sekaligus menyebabkan taktik politik mengaitkan isu ini dengan mencalarkan imej PAS akhirnya memakan diri dan menjejaskan masyarakat sendiri, katanya.

Beliau turut mengecam tindakan Kementerian Pendidikan membiarkan kewujudan buku teks Pendidikan Islam yang dipercayai mengandungi unsur fahaman Syiah diguna pakai pelajar sekolah.

"Jangan nak kaitkan dengan parti politik tapi lupa kesannya buruk kepada masa depan negara.Syiah ini bukan isu PAS dan ni bukan isu parti politik…dia bermusim," katanya.

Mahfuz bagaimanapun enggan mengulas mengenai dakwaan kononnya dirinya serta beberapa pemimpin tertinggi parti itu termasuk Timbalan Presiden PAS Mohammad Sabu sebagai pengikut mazhab itu.

"Saya rasa penjelasan Ketua Dewan Ulama dan Ketua Penerangan PAS sebelum ini sudah jelas…harap ini kali terakhir saya bercakap pasal Syiah kerana saya nak bagi publisiti kepada Syiah," katanya.

Kelmarin, Ketua Penerangan PAS Pusat Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man menafikannya dan melihat ia sebagai usaha memecahbelahkan parti terutamanya menjelang pemilihan November ini.

Katanya, jika ada yang menganut fahaman Syiah, maka ia secara automatik terkeluar dari menjadi ahli PAS kerana parti itu ada sistem pemantauan dalaman yang sentiasa aktif bagi memastikan seluruh ahli parti tidak melanggar syarat tersebut; dan mengalu-alukan sebarang bukti yang melibatkan ahli parti dapat dikemukakan kepada Jawatankuasa Disiplin Parti.

"Tindakan beberapa orang pimpinan parti yang mempunyai hubungan peribadi dengan pimpinan Iran atau gerakan Islam Timur Tengah seperti Hizbullah bukan bermakna mereka pengikut Syiah. Jika begitu, bagaimana pula dengan mereka dan kerajaan yang mempunyai hubungan dengan Zionis Yahudi?

"Kerajaan jangan hanya nampak Syiah sebagai ancaman negara, sedangkan ajaran Qadyani yang telah diwartakan sebagai ajaran sesat dan bercanggah dengan aqidah terus berjalan tanpa sebarang tindakan," katanya

`Siapa dalang pembunuhan Pengerusi MyWatch'

Posted: 30 Jul 2013 01:47 AM PDT

Pemuda PAS mendesak siasatan menyeluruh dibuat mengenai satu percubaan bunuh terhadap pengerusi NGO anti Jenayah MyWatch.

PETALING JAYA: Pemuda PAS mendesak siasatan menyeluruh dibuat mengenai satu percubaan bunuh terhadap pengerusi NGO anti Jenayah MyWatch, R Sri Sanjeevan.

Ini berikutan dakwaan bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan bahawa percubaan bunuh terhadap Sri Sanjeevan mungkin ada kaitan dengan pendedahannya baru-baru ini mengenai dakwaan penglibatan anggota polis dalam sindiket jenayah.

Setiausaha Pemuda PAS, Khairul Faizi Ahmad Kamil menganggap kenyataan Musa itu sebagai sesuatu yang serius.

"Jika benar dakwaan tersebut, ia bermakna ada beberapa pihak yang 'merasa panas' dengan pendedahan  Sri Sanjeevan sehingga tergamak mengambil pembunuh upahan menembak beliau.

"Soalnya, siapakah yang berusaha membunuh beliau dan siapakah pula dalang yang mengarahkan beliau dibunuh?" katanya dalam kenyataan media hari ini.

Khairul Faizi menambah, individu berprofil tinggi seperti Sri Sanjeevan sepatutnya dilindungi daripada sebarang cubaan jenayah terhadapnya.

Keberanian wajar dicontohi

Beliau katanya, menghadapi risiko dibunuh ekoran keberaniannya mendedahkan bahawa pegawai polis sendiri terlibat dengan jenayah.

Keberanian beliau wajar dicontohi dan seharusnya banyak pihak lain sanggup ke tengah dalam menegakkan kebenaran tanpa mempedulikan risiko yang bakal diambil, katanya lagi.

"Pendedahan beliau dan jenayah yang berlaku ke atasnya pastinya menggemparkan negara. Cubaan bunuh ke atas beliau menunjukkan bahawa ada beberapa kes besar yang boleh memeranjatkan melibatkan individu atau pihak tertentu cuba untuk dilenyapkan.

"Mungkin beliau memiliki rahsia besar yang perlu disingkapkan bagi pengetahuan umum," katanya.
Bagaimanapun, Pemuda PAS  mengharapkan penjenayah terbabit segera ditangkap untuk dihadapkan ke muka pengadilan.

Menurutnya, kejadian ke atas  Sri Sanjeevan menunjukkan jenayah membunuh menggunakan senjata api adalah sesuatu yang serius dan Malaysia sudah tidak boleh dianggap selamat.

'Saya tak sangka mereka nak bunuh Sanjeevan'

Posted: 30 Jul 2013 01:45 AM PDT

MALAYSIA KINI

Ketika Pengerusi MyWatch R Seri Sanjeevan sedang bertarung nyawa di Hospital Serdang selepas cubaan membunuh, pihak yang rapat dengannya pula dihurung kebimbangan berhubung soal keselamatan mereka.

Rakannya S Gobi Krishnan, yang juga penasihat NGO antijenayah, secara tiba-tiba membatalkan lawatannya ke hospital kerana memikirkan faktor keselamatan dirinya.

Bagaimanapun, bagi bapa mangsa P Ramakrishnan, 64, sebaliknya apabila tampil tenang.

"Saya orang tua, anggota badan pun sudah tidak bernilai," Ramakrishnan, bekas peguam jenayah selama 30 tahun, kepada Malaysiakini di lobi Hospital Sedang malam tadi.

Anggap kewujudan objek rahmat Ramadan

Posted: 30 Jul 2013 01:41 AM PDT

Objek putih yang dikatakan menyerupai orang rukuk dalam solat dilihat di dahan pokok hadapan rumah Irfan, kelmarin.

KOTA BHARU- Kehadiran objek seperti cahaya datang dari dahan pokok di hadapan rumahnya dianggap sebagai satu rahmat pada bulan puasa dan memberi keinsafan dalam diri apabila ia menjelma sebelum subuh, kelmarin.

Irfan Mat Daud, 47 dari Kampung Chekok Tengah, Jalan Rambutan Rendang, di sini berkata, objek tersebut dilihatnya kira-kira jam 4.30 pagi semasa dia bangun untuk bersahur.

"Saya pulang dari kerja pembersihan kira-kira jam 4 pagi dalam keadaan hujan rintik dan cukup sejuk pagi itu, malah lebih menghairankan, pokok-pokok dilihat 'menunduk' dan layu, muncul seketika sahaja.

"Selepas berada di dalam rumah, saya menyelesaikan solat hajat kerana berasakan malam tersebut sangat pelik. Kemudian, saya rasa mahu mengambil gambar di luar rumah apabila melihat pokok seperti kelayuan," katanya kepada Sinar Harian, di sini, semalam.

Irfan berkata, dia melihat terdapat satu objek putih yang dilihat dengan mata kasar seperti kapas yang sedikit bergerak dan dia tertarik untuk merakam gambar objek berkenaan dan apabila dilihat melalui rakamannya, ia seperti orang rukuk dalam solat.

Kata Irfan, dengan rakaman gambar yang dilakukannya, dia menanyakan hal tersebut kepada beberapa ustaz yang dikenali dan rata-rata mereka mengatakan ia satu rahmat dari ALLAH dan memberi keinsafan kepada saya serta keluarga untuk melipat gandakan amalan pada bulan mulia ini.

Katanya, perkara itu dianggap satu perkara baik dan berharap ia mampu memberi kesedaran dan keinsafan kepada semua umat Islam.

Beli diesel lebih daripada had

Posted: 30 Jul 2013 01:35 AM PDT

Beli diesel lebih daripada had
SUBANG JAYA – Sikap segelintir pihak yang dikatakan membeli diesel lebih daripada had dibenarkan didakwa menjadi punca bekalan itu sering terputus di stesen minyak, di sekitar kawasan ini.

Difahamkan, pihak terbabit membeli diesel lebih daripada kesesuaian muatan tangki minyak kenderaan pacuan empat roda atau lori yang dipandu mereka.

Tangki kenderaan mereka dikatakan diubahsuai dan membolehkan lebih 100 liter minyak diisi pada satu-satu masa.

Pengusaha bas sekolah, A Saharthevan, 45, yang mendedahkan perkara itu berkata, aduan berhubung perkara itu sudah diajukan kepada agensi berwajib.

Katanya, dia sendiri pernah mengekori pemandu lori yang membuat 'kerja' terbabit dan mendapati mereka akan mengunjungi beberapa stesen minyak dalam sehari untuk memenuhi tangki minyak yang sudah diubahsuai.

Saharthevan berkata, ada sesetengah lori yang bermuatan rendah hanya boleh mengisi penuh tangki bernilai RM65 tetapi apa yang dilihatnya pihak itu boleh mengisi diesel sehingga RM180 pada satu-satu masa.

Jelasnya, dia mendapat tahu ada lebih 15 lori yang membuat pembelian diesel di stesen minyak dengan harga subsidi RM1.80 dan menjual kepada industri pada harga RM2.65 seliter.

"Yang menjadi mangsa adalah pengusaha bas sekolah, kami hanya boleh mengisi diesel menggunakan kad subsidi khas dikeluarkan kementerian di stesen yang tertera di kad sahaja.

"Apabila bekalan tiada di stesen ini, saya terpaksa pergi dari satu stesen ke satu stesen minyak lain mencari bekalan diesel," katanya.

Yang menjadi kehairanannya apabila ditanya kepada pemandu lori tangki yang membekalkan diesel ke stesen minyak, mereka mendakwa bekalan itu melimpah-limpah di tempat simpanan.

Sementara itu tinjauan Sinar Harian mendapati terdapat beberapa stesen minyak di sekitar Subang Jaya tidak mempunyai bekalan, manakala yang selainnya masih mempunyai kuota untuk dibekalkan kepada pengguna.

Ada sesetengah tempat, pengusaha didapati menaikkan notis hanya membenarkan pengguna membeli diesel tidak melebihi 100 liter bagi setiap transaksi.

PERKASA: Haram 'New Village' jika agungkan PKM

Posted: 30 Jul 2013 01:25 AM PDT

MALAYSIA KINI

Yang Dipertua PERKASA Selangor, Abu Bakar Yahya menggesa kerajaan bertindak tegas sekiranya filem 'The New Village' didapati menggambarkan Parti Komunis Malaya (PKM) sebagai pejuang kemerdekaan.

Abu Bakar yang dipetik dalam satu laporan Utusan Malaysia hari ini berkata, filem tersebut wajar diharamkan sekiranya didapati menggambarkan PKR sedemikian.

"Kita hormati keputusan KDN terhadap filem itu. Sekiranya filem ini mengandungi unsur-unsur subversif, mempromosi dan mengagung-agungkan PKM seperti yang didakwa sama ada secara langsung atau tidak langsung, maka wajar filem itu diharamkan terus daripada ditayangkan," katanya seperti dipetik Utusan.

Penerbit filem berkenaan telahpun menjelaskan bahawa filem dengan latar zaman pemberontakan komunis itu berkata karya berkenaan diluluskan oleh Lembaga Penapisan Filem (LPF) tanpa sebarang potongan pada September tahun lalu.

Penerbit filem berkenaan bagaimanapun tidak mengulas dakwaan bahawa watak utama yang ditonjolkan dalam kisah berkenaan merupakan seorang pengganas komunis.

Filem berkenaan dijangka akan ditayangkan pada 22 Ogos namun ditangguhkan susulan dakwaan oleh exco Pemuda Umno Lokman Adam bahawa filem berkenaan "mengagungkan komunisme".

Susulan itu, menteri dalam negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata LPF perlu menilai filem berkenaan sekali lagi.

ROS batalkan CEC DAP, surat menyusul

Posted: 30 Jul 2013 01:23 AM PDT

 

DAP menyuarakan rasa marah mereka terhadap pengumuman Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berhubung keputusan Suruhanjaya Pendaftar Pertubuhan (ROS) mengarahkan parti itu membatalkan jawatankuasa eksekutif pusat (CEC), sebelum perkara itu dimaklumkan secara bertulis.

Zahid membuat pengumuman itu semalam semalam di majlis berbuka puasa di Putrajaya, tetapi surat daripada ROS kepada DAP hanya dimuktamadkan pagi ini, ketika anggota CEC Anthony Loke pergi ke ibu pejabat suruhanjaya itu untuk pengesahan.

NONE"Kami masih belum menerima notis secara hitam putih. Kami hanya tahu melalui surat khabar," katanya.

Loke (kiri) enggan mengulas lanjut selain mendedahkan bahawa perkara itu akan dibincangkan dalam mesyuarat CEC malam esok.

Menurut in Chew Daily, Zahid memberitahu pemberita bahawa ROS tidak berpuas hati dengan penjelasan DAP berhubung masalah semasa pemilihan jawatankuasa itu sebelum ini.

Zahid juga dilapor menegaskan, beliau tidak campur tangan dengan keputusan ROS.

Exco dakwa 90% Wanita Umno sokong Shahrizat

Posted: 30 Jul 2013 01:20 AM PDT

Barisan penyokong Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil berpendapat, ketua Wanita Umno tersebut masih merupakan tokoh terbaik untuk memimpin sayap parti berkenaan walau timbul gesaan demi gesaan agar bekas menteri tersebut berundur.

Antaranya ialah ketua Wanita Umno Pahang Datuk Rosni Zahari yang berpendapat bahawa individu yang menimbulkan perkara tersebut tidak layak menyuarakan gesaan seperti itu.

Beliau berkata demikian bagi membidas kenyataan bekas setiausaha pergerakan tersebut, Datuk Faridah Abu Hassan yang turut membangkitkan mengenai prestasi Wanita Umno bawah pimpinan Shahrizat.

Faridah dalam kenyataannya kepada Malaysiakini pada Ahad lalu juga dengan keras mempersoalkan kewibawaan Shahrizat untuk memimpin Wanita Umno dengan membangkitkan mengenai skandal pinjaman RM250 juta bagi National Feedlot Corporation (NFC) yang diusahakan keluarga Shahrizat.

Rosni ketika ditanya mengenai skandal NFC menegaskan bahawa isu berkenaan hanyalah "pandangan peribadi" Faridah.

Rosni seterusnya memuji ketokohan Shahrizat dan usaha yang dilakukan oleh bekas MP tersebut dalam memimpin Wanita Umno.

"Gerak kerja, programnya beliau (Shahrizat) yang tersusun, kerja dengan penuh kasih sayang. Beliau mengambil tahu hal berkaitan dengan semua ketua wanita (negeri, bahagian dan cawangan). Hampir semua ketua Wanita bersependapat dengan saya," katanya.

'Eranya sudah berakhir' 

Beliau seterusnya mempersoalkan prestasi yang ditunjukkan Faridah semasa berkhidmat bawah kepimpinan ketua Wanita Umno pada masa itu, Tan Seri Rafidah Aziz.

"Era dia untuk memberi komen mengenai gerak kerja (Wanita) telah berlalu. Kenapa beliau semasa menjadi setiausaha, beliau tidak mengatur program yang lebih hebat daripada Shahrizat.

"(Kalau hebat) mengapa Rafidah (Aziz) kalah (pada pemilihan ketua Wanita) dulu," kata Rosni lagi ketika dihubungi Malaysiakini semalam.

Faridah dalam kenyataannya menggesa agar Shahrizat berundur daripada jawatan ketua Wanita dan tidak menggunakan alasan "perlawanan ibu dan anak" untuk mengelak daripada dicabar oleh bekas ketua Puteri Umno Datuk Azalina Othman Said.

Mengulas lanjut mengenai dakwaan itu, seorang rakan sejawatan Rosni, Datuk Maznah Abdul Hamid menjelaskan semula kenyataan Shahrizat berhubung "perpecahan antara ibu dan anak" dalam pertandingan itu kelak.

Jelasnya, Shahrizat hanya ingin mengelakkan perpecahan berlaku di dalam parti dan bukannya menghalang daripada dicabar.

"Tidak timbul (menghalang untuk bertanding). Sebab Shahrizat kata 'silakan'. Cuma dia bimbang orang (provokasi) hingga berlaku pepecahan (dalam Wanita) di bahagian, itu maksud beliau," kata Maznah.
90% sokongan
Beliau juga yakin bahawa 191 bahagian Wanita Umno akan memberi 90 peratus sokongan kepada Shahrizat sekiranya berlaku pertandingan.

Dakwanya, tinjauannya menunjukkan bahawa akar umbi Wanita Umno lebih menyukai calon yang mempunyai "pengalaman sebagai wanita, ibu, isteri dan serta mempunyai sifat keibuan dan pengalaman cabaran dalam menguruskan rumah tangga".

"(Mereka) beranggapan bukan sahaja politik tetapi juga mempunyai kefahaman daripada pelbagai aspek seperti kekeluargaan, spiritual dan emosional. Bukan fizikal dan (faham) politik semata-mata.

"Kalau tidak ada kriteria itu, agak sukar untuk menyaingi dan memenangi (jawatan tersebut), sebab Wanita Umno memilih kriteria itu," katanya.

Maznah berkata sokongan 90 peratus di kalangan 191 bahagian Wanita akan membuka peluang kepada Shahrizat bagi memenangi dalam pemilihan sayap parti itu September ini berbanding 10 peratus yang didakwanya tidak memihak kepada Shahrizat.

Sementara itu, seorang lagi exco sayap tersebut, Datuk Norhayati Omar pula berkata Shahrizat seharusnya diberi peluang sekurang-kurangnya untuk satu penggal lagi untuk memantapkan parti.

"Saya fikir beliau pun tidak akan memegang lama, kalau dia nak tinggal, mesti tinggal Wanita dalam keadaan kuat.

"Menang sepenggal lagi untuk memantapkan Wanita dan beliau akan meninggalkan satu legasi untuk diteruskan (selepas itu)," katanya.

Ustaz Asri terus diingati

Posted: 30 Jul 2013 01:13 AM PDT

Rabbani kekal dengan lapan anggota sehingga kini.Foto Sinar Harian oleh ZULFADHLI ZAKI
Rabbani kekal dengan lapan anggota sehingga kini.Foto Sinar Harian oleh ZULFADHLI ZAKI


SUDAH hampir empat tahun, penyanyi utama kumpulan Rabbani, Ustaz Asri atau nama sebenarnya Mohamad Asri Ibrahim meninggal dunia.


Namun, kumpulan asalnya, Rabbani tetap memperingati dan mendoakan beliau sehingga ke hari ini.

Sempena bulan Ramadan kali ini, Rabbani sekali lagi telah mengadakan majlis tahlil, Majlis Tribute Arwah Ustaz Asri Ibrahim dan kali ini ia dijalankan di Ndah Mahligai, Shah Alam.

Pada majlis sama, seramai 30 orang penghuni dari Yayasan Penyayang turut diraikan.

Selain berbuka puasa bersama-sama, penghuni Yayasan Penyayang ini juga turut digembirakan dengan penyampaian duit raya.

Ketika ditanya tentang kenangan bersama arwah Ustaz Asri yang masih diingati, salah seorang anggota Rabbani, Azadan Abd Aziz dilihat sebak.

"Apabila disebut sekarang, yang paling saya tak dapat lupakan adalah memakaikan dia butang baju Melayu.

"Hampir setiap tahun, kami bersama di pagi raya. Butang terakhir itu selalunya, saya yang akan pakaikan," katanya kepada Sinar Harian Online.

Allahyarham Ustaz Asri juga disifatkan sebagai pemaaf dan pemurah.

"Beliau sangat baik, pemaaf dan suka meraikan kawan-kawan," kata Azadan lagi.

Pelbagai kenangan tersimpan rapi dalam hati setiap anggota Rabbani dah setiap peminatnya.

Arwah meninggal dunia akibat serangan jantung pada 13 Ogos 2009.

Turut hadir anggota kumpulan nasyid yang lain seperti In-Team, Mastica, Wildan, Amrian, R-if dan Abadi serta pelakon, Didie Alias.

Pas Selangor senada dengan Pusat

Posted: 30 Jul 2013 01:09 AM PDT

Dr Abd Rani Osman
Dr Abd Rani Osman

SHAH ALAM – Pas Selangor senada dengan pendirian Pas Pusat yang akan menggugurkan ahlinya daripada parti itu sekiranya didapati terlibat dengan ajaran Syiah.

Pesuruhjayanya, Dr Abd Rani Osman menegaskan, Pas tidak meletakkan syarat tertentu menjadi ahli dan sesiapa sahaja boleh anggotai parti Islam itu, bagaimanapun, mereka tidak boleh membawa ideologi masing-masing ke dalam Pas.

"Orang Syiah, Khawarij, Tabligh atau Umno boleh masuk (menjadi ahli Pas), tapi bila dia masuk, mereka tidak boleh bawa masuk fahaman itu dalam Pas. Mereka kena ikut acuan Pas mengikut Ahli Sunnah wal Jamaah," katanya.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai pendirian Pas Pusat menerusi Ketua Penerangannya, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man bahawa ahli parti yang didapati bawa fahaman Syiah akan tersingkir daripada parti itu secara automatik.

Dalam pada itu, Dr Abd Rani menegaskan, tiada ahli Pas Selangor terlibat dengan Syiah dan beliau minta pihak punyai bukti berhubung dakwaan kaitkan ahli Pas dengan Syiah itu tampil kemukakannya.

Katanya, jika didapati ada ahli Pas terlibat dengan fahaman itu, mereka akan diberi 'kata dua' sama ada dikenakan tindakan disiplin atau disingkirkan sebagai ahli Pas.
"Setakat ini, tiada Syiah dalam Pas. Kalau ada bukti, beri kepada kita. Kita akan panggil (individu berkenaan) dan siasat.

"Kalau betul didapati ada (ahli amalkan) Syiah, kita tak singkirkan (ahli) begitu saja, sebaliknya kajian akan dilakukan sebelum tindakan diambil," katanya.

Menurutnya, Dewan Harian Pas Negeri yang dianggotai beliau bersama pimpinan tertinggi negeri sentiasa memantau sebarang pergerakan berkaitan salah laku ahli.

DAP gesa kerajaan tumpu tugas polis

Posted: 30 Jul 2013 01:03 AM PDT


SHAH ALAM – DAP menggesa Kerajaan Persekutuan menumpukan tugas polis untuk membanteras jenayah dan bukannya membuang masa menyiasat pemimpin pembangkang sedangkan penjenayah sebenar masih berleluasa.

Setiausaha Agungnya, Lim Guan Eng mendakwa, tiga kejadian tembak yang berlaku semalam jelas menunjukkan peningkatan jenayah bukan lagi satu tanggapan sebaliknya sebagai bukti kegagalan polis.

"Tiga kejadian tembak yang berlaku termasuk pembunuhan Pengasas Arab Malaysian Bank Berhad, Hussain Ahmad Najadi,  di siang hari dan di tengah-tengah Kuala Lumpur itu membuktikan peningkatan jenayah bukan lagi satu tanggapan.

"Sebaliknya ia kegagalan polis yang memerlukan tindakan segera untuk menjauhi obsesi tidak sihat terhadap parti pembangkang," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Sebelum ini, tiga kejadian tembak turut berlaku di Ipoh, Nibong Tebal dan Seremban.

Menurut Guan Eng, sebelum ini, polis telah menyalahkan pemansuhan Ordinan Darurat yang membenarkan samseng dibebaskan.

"Polis tidak boleh lagi menyalahkan pemansuhan Ordinan Darurat dalam pembunuhan Hussain kerana dia bukan penjenayah tapi seorang yang dihormati.

"Kejadian pembunuhan yang berlaku mengejutkan masyarakat Malaysia yang sedar kerajaan Persekutuan telah gagal menjamin keselamatan dan ketenteraman awam," katanya.

Sehubungan itu, beliau mahu Kerajaan Persekutuan membenarkan polis menumpukan tugas membanteras jenayah dan tidak dieksploitasi sebagai alat politik BN.

"Masanya sudah tiba untuk kerajaan  membenarkan polis untuk fokus kembali pada tugas asal membanteras jenayah.

"Statistik tidak menipu dan ia tertulis pada jawapan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi di Parlimen lalu.

"Beliau membentangkan, sebanyak sembilan peratus anngota polis ditempatkan di Jabatan Siasatan Jenayah, 3.8 peratus di Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik dan 1.4 peratus di Jabatan Siasatan Jenayah Komersial,"katanya.

Tambah Guan Eng: "tetapi beliau (Ahmad Zahid) menolak untuk menyebut bilangan pegawai polis di bawah Cawangan Khas."

Katanya lagi, hanya 9 peratus pegawai polis yang terlibat dalam membanteras jenayah di jalanan tidak boleh diterima.

"Sekurang-kurangnya, bilangan polis yang terlibat dalam banteras jenayah perlulah sebanyak 50 peratus, dengan kata lain, paling kurang  56,000 pegawai polis beruniform yang mengawal jalanan," katanya.

SPRM tahan tiga bekas pegawai tinggi GLC kerana salah guna kuasa

Posted: 29 Jul 2013 04:45 PM PDT

THE MALAYSIAN INSIDER

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini menahan tiga bekas pegawai tertinggi subsidiari syarikat berkaitan kerajaan (GLC) bagi membantu siasatan berkenaan salah guna kuasa, yang dipercayai membawa kepada kerugian berjuta-juta ringgit projek industri makanan.

Dua daripada mereka yang berusia dalam lingkungan 50-an ditahan di ibu negara petang ini manakala yang ketiga, juga berusia 50-an, di Johor Bharu malam ini.

Pengarah Siasatan SPRM, Datuk Mustafar Ali mengesahkan penahanan ketiga-tiga mereka, yang pernah memegang jawatan pengarah dan Ketua Pegawai Operasi (COO) serta Ketua Pegawai Eksekutif.

 "Penahanan mereka, kesemua lelaki, adalah bagi membantu dalam siasatan kes projek subsidiari.

"Mereka dilepaskan dengan diikat jamin selepas diambil keterangan," kata beliau dalam satu kenyataan petang ini.

Ketiga-tiga mereka diikat jamin RM500,000 setiap seorang.

Mustafar yakin penahanan mereka akan melengkapkan siasatan yang dijalankan.

Laporan media semalam menyebut SPRM sedang menjalankan siasatan melibatkan projek pembekalan makanan yang tidak menjadi kenyataan meskipun pembiayaan lebih RM30 juta telah dikeluarkan oleh bank dan GLC terbabit.

Difahamkan projek industri makanan ini dijalankan beberapa tahun yang lalu dan dikesan berhadapan dengan masalah di peringkat awal pelaksanaan projek.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Abu Kassim Mohamed dipetik media semalam berkata, siasatan yang dijalankan merangkumi pelbagai aspek.

Abu Kassim tidak menafikan siasatan ini merupakan rentetan daripada satu kes yang menarik perhatian orang ramai sebelum ini.

Kes terbaru ini dilihat antara beberapa kes besar melibatkan tokoh syarikat dan penjawat awam yang sedang disiasat oleh SPRM kebekalangan ini.

Siasatan ini dilihat antara kes besar selepas kes yang melibatkan bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Sime Darby, dan dua bekas pengarah Koperasi Permodalan Felda Quality (KPFQ) yang menghadapi 134 tuduhan menipu pegawai bank Malayan Banking Berhad (Maybank) dengan menggunakan dokumen palsu bagi permohonan tuntutan kemudahan 'Banker Acceptance' membabitkan lebih RM67 juta.

Awal Disember lalu, bekas Pengarah KPFQ, Datuk Tan Han Kook, 58, dan bekas Ketua Pegawai Operasi syarikat itu, Ching Siew Cheong, 50, mengaku tidak bersalah melakukan kesalahan menipu pegawai bank Maybank dengan menggunakan dokumen palsu bagi permohonan tuntutan kemudahan 'Banker Acceptance' membabitkan RM67,435,143 kepada tiga syarikat pengusaha makanan, Asia Food Link Sdn Bhd, Violet Bonanza Sdn Bhd dan Stanson Marketing Sdn Bhd

Dr Khir: Pemuda Umno perlu ketua baru

Posted: 29 Jul 2013 04:41 PM PDT

"Khairy popular tetapi BN kalah, Pemuda Umno perlukan pemimpin yang sebenar dan bukannya popular," kata bekas Menteri Besar Selangor.

 

Pemuda Umno – Bahagian 3

PETALING JAYA: Bekas Menteri Besar Selangor, Dr Mohd Khir Toyo berkata, Pemuda Umno perlu ketua baru kerana Khairy Jamaluddin Abu Bakar telah gagal menarik pengundi muda terutama kaum Cina dalam pilihan raya umum lalu.

Kata calon Ketua Pemuda pada tahun 2009 itu, Pemuda Umno memerlukan pemimpin baru yang ada idea baru untuk mengundi BN lima tahun lagi.

"Khairy popular tetapi BN kalah, Pemuda Umno perlukan pemimpin yang sebenar dan bukannya popular.
"Khairy hebat kerana beliau menang dalam pilihan raya, manakala jawatan Menteri Belia adalah jawatan peribadi.

"Pemuda Umno perlukan pemimpin yang ada idea baru dan bukanya pemimpin hebat kerana yang lebih penting boleh menarik sokongan pengundi muda kepada BN dan Umno.

"Saya tidak nampak program yang telah dibuatnya, Khairy perlu kemukakan idea baru ," katanya.

Dr Mohd Khir bertanding mencabar Khairy dan seorang lagi calon Datuk Mukhriz Mahathir tetapi beliau hanya mendapat tempat ketiga.

Menurutnya, Khairy hanya hebat kerana beliau berjaya dalam pilihan raya tetapi sebenarnya tidak ada kelebihan.

Jika kalah 50 kerusi?

"Adakah beliau mampu menarik pengundi muda orang Cina untuk pilihan raya akan datang?" tanya bekas Menteri Besar Selangor itu lagi.

Katanya, Khairy tidak ada idea untuk mendapat pengundi muda yang berjumlah 3.5 juta lima tahun lagi dan ia menjadi survival kepada BN dan Umno.

"Jika pemimpin yang ada kekal, apa jaminan rakyat akan sokong BN dan Umno," katanya lagi.

Dr Khir menambah, program untuk orang muda perlu digerakkan sekarang dan bukannya dua minggu menjelang pilihan raya.

Beliau menambah, walaupun BN menang dalam pilihan raya umum lalu tetapi rakyat tidak memberi sokongan kepada BN dan Umno.

Pilihan raya umum ke 14 sangat kritikal kerana jika BN dan Umno kalah 50 kerusi di kawasan bandar, parti itu akan mati, kata Dr Mohd Khir lagi.

Anak terkejut pengasas bank dibunuh

Posted: 29 Jul 2013 04:31 PM PDT

SINAR HARIAN
KUALA LUMPUR - Anak lelaki pengasas Kumpulan Perbankan Arab Malaysian Hussain Ahmad Najadi terkejut dengan pembunuhan bapanya di sini hari ini.
  
"Saya terkejut apabila mendengar tentang kejadian bunuh itu, lebih-lebih lagi apabila ia dilakukan pada waktu siang di Kuala Lumpur," Pascal Najadi kepada Bernama dalam satu temu bual menerusi telefon dari Eropah.
  
Sehubungan itu, Pascal, 45, pemegang kerakyatan dua negara iaitu Switzerland dan British, menggesa pihak berkuasa Malaysia mengambil tindakan sewajarnya bagi menahan individu yang terlibat dalam pembunuhan bapanya serta mengheret mereka ke muka pengadilan.
  
Pascal, yang turut menceburi bidang perbankan, berkata ironinya adalah Hussain Ahmad dibunuh di Malaysia, negara yang amat disayanginya dan dianggap sebagai tanah tumpah darah beliau selama lebih empat dekad.
  
Hussain Ahmad, 75, maut manakala isterinya yang berusia 49 tahun cedera parah ditembak dari jarak dekat di parkir kereta selepas keluar dari Tokong Kuan Yin di Lorong Ceylon pada 2 petang.

Mangsa terkena dua das tembakan di bahagian dada dan meninggal dunia di tempat kejadian manakala isterinya cedera di pergelangan tangan kiri serta peha kanan.
  
Siasatan awal polis mendapati seorang lelaki bersenjata merupakan antara tiga individu yang menunggu Hussain Ahmad di luar tokong berkenaan, yang dikatakan ke situ untuk bertemu rakannya bagi membincangkan urusan jual beli saham.
  
Pascal berkata beliau mengetahui tragedi yang menimpa bapanya beberapa jam selepas kejadian selain menerima panggilan daripada polis Malaysia berhubung pembunuhan itu.
  
Hussain Ahmad mengasaskan Kumpulan Perbankan Arab Malaysian pada 1975 sebelum ia bertukar tangan pada 1982 dan dikenali sebagai Arab Malaysian Bank atau Ambank. - Bernama

Harimau Malaya tak patut bersaing dengan kelab

Posted: 29 Jul 2013 04:29 PM PDT

BEKAS Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) Datuk Seri Dr Ibrahim Saad menggesa badan induk bola sepak kebangsaan itu supaya mengurangkan penglibatan Harimau Malaya dalam perlawanan persahabatan menentang pasukan berstatus kelab.
  
Beliau berkata perlawanan sebegitu tidak memanfaatkan skuad bimbingan Datuk K. Rajagobal,  malah boleh menjejaskan maruah mereka seandainya kalah kepada pasukan kelab kurang ternama terutamanya dari divisyen dua dan sebagainya.
  
"Sewaktu saya menjadi Setiausaha Agung (dari 2005-2007), kita (FAM) mengeluarkan satu garis panduan yang melarang jurulatih kebangsaan untuk mengadakan perlawanan persahabatan dengan pasukan kelab melainkan perlawanan berkenaan atas tiket jemputan.
  
"Perlawanan persahabatan menentang pasukan kelab juga tidak memberikan sebarang mata kepada sesebuah negara. Saya agak hairan bagaimana FAM boleh mengadakan perlawanan sedemikian sejak akhir-akhir ini," katanya ketika dihubungi Bernama.
  
Skuad Harimau Malaya, yang kini berada di Jepun untuk aksi persahabatan, terus mempamerkan aksi longlai selepas dimalukan 0-5 oleh pasukan tangga kedua tercorot Divisyen Satu Liga J, Shonan Bellmare pada perlawanan kedua Sabtu lepas.

Terdahulu, mereka kalah 0-2 kepada sebuah lagi pasukan dari divisyen sama, Shimizu S-Pulse pada aksi sulung Khamis lepas, yang antara lain bertujuan mempersiapkan skuad Harimau Malaya menghadapi kelab Liga Primera Sepanyol, FC Barcelona pada 10 Okt ini di Stadium Nasional, Bukit Jalil.
  
Skuad Harimau Malaya bakal menamatkan aksi persahabatan di negara Matahari Terbit itu dengan bertemu pasukan Divisyen Dua, Tokyo Verdy, Rabu ini sebelum dijangka kembali ke tanah air Khamis ini.
  
Ibrahim yang pernah menjadi pengurus skuad kebangsaan dari 2000-2005 sebaliknya menegaskan FAM perlu lebih memperbanyakkan aksi persahabatan menentang pasukan kebangsaan luar yang dilihat membantu menaikkan kedudukan bola sepak negara yang kini berada pada ranking ke-159 dunia Persekutuan Bola sepak Antarabangsa (FIFA).
  
"FIFA sendiri telah menetapkan terdapat beberapa bulan yang sesuai untuk mengadakan perlawanan persahabatan yang antara lain adalah saluran rasmi kepada negara anggota mereka untuk menaikkan ranking masing-masing.
  
"Selain itu, FAM harus mempunyai rangkaian perhubungan yang baik dengan negara-negara luar untuk mengatur perlawanan persahabatan dan tidak bergantung sepenuhnya kepada FIFA," kata Ibrahim.

Bekas Pengerusi Jawatankuasa Perlawanan Antarabangsa FAM dari 2001-2003 itu turut berkata perlawanan persahabatan menentang pasukan kebangsaan luar tidak menelan kos besar memandangkan pasukan tuan rumah perlu menanggung kos kedatangan negara pelawat.
  
Mengenai ranking skuad Harimau Malaya, Ibrahim berkata FAM selaku badan pentadbir utama sukan bola sepak negara perlu mencari jalan penyelesaian segera bagi memastikan ranking skuad Harimau Malaya tidak mengalami kemerosotan.
  
"Mungkin 10 pasukan terbaik di dunia enggan beraksi dengan kita, namun FAM perlulah merencanakan strategi untuk mengatur perlawanan dengan pasukan ranking ke-100 dunia dan ke atas.
  
"Sekiranya skuad kebangsaan kita menang ke atas negara yang berada pada kedudukan lebih baik daripada kita, maka ranking mereka akan meningkat," kata Ibrahim.
  
Untuk rekod, daripada 12 perlawanan persahabatan yang diharungi skuad Harimau Malaya tahun ini, mereka hanya mencatatkan dua kemenangan, seri sekali selain tewas baki sembilan perlawanan yang kebanyakannya kepada pasukan dari negara Arab. - Bernama

11 hospital baru dibina tahun ini

Posted: 29 Jul 2013 04:24 PM PDT

SINAR HARIAN


KUALA LUMPUR - Kementerian Kesihatan mendapat kelulusan membina 11 hospital baru di seluruh negara tahun ini.
 
Timbalan Menterinya, Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya berkata ia melibatkan Hospital Parit Buntar di Perak, Hospital Shah Alam (Selangor), Hospital Tampin dan Hospital Rembau (Negeri Sembilan) serta Hospital Bera dan Hospital Rompin (Pahang).
 
Yang lain ialah Hospital Kuala Krai dan Hospital Bachok (Kelantan) serta Hospital Lawas, Hospital Petra Jaya dan Hospital Sri Aman (Sarawak).
 
"Berbanding 140 hospital yang ada sekarang, 14 termasuk Hospital Kuala Lumpur dikategorikan sebagai hospital negeri, masing-masing 26 hospital berpakar major dan minor, 66 hospital tanpa pakar dan lapan institusi perubatan khas," katanya pada sesi soal jawab persidangan Dewan Negara di sini hari ini.
 
Beliau menjawab soalan Senator Datuk Abdul Rahman Bakar berhubung jumlah hospital daerah yang ada sekarang, bilangan yang akan dibina tahun ini dan bila sebuah hospital akan dibina di daerah Marang, Terengganu.

"Kementerian mendapati belum ada keperluan mendesak buat masa ini untuk membina hospital baharu di Marang. Ini kerana perkhidmatan rawatan pesakit bagi penduduk daerah itu telah diliputi Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu, kira-kira 20 kilometer dari Bandar Marang," jelas Dr Hilmi.
 
Selain itu, beliau berkata statistik kesihatan penduduk sedia ada juga mendapati tidak ada justifikasi keberkesanan kos agak kukuh untuk membina sebuah hospital daerah baru.
 
Bagaimanapun, beliau berkata sebuah projek klinik kesihatan di daerah itu dijangka mula dibina pada 2014 dengan anggaran kos RM25 juta.
 
Kepada soalan tambahan, beliau berkata kementerian berhasrat mengurangkan nisbah doktor berbanding penduduk kepada 1:400 menjelang 2020 berbanding seorang bagi setiap 700 sekarang. - Bernama

Astro Shaw: "The New Village" lepasi tapisan pertama tanpa suntingan semula

Posted: 29 Jul 2013 04:18 PM PDT

Astro Shaw hari ini menjawab segala tuduhan yang dilemparkan media berhubung kemelut yang melanda filem "The New Village" yang dikatakakan mengagungkan fahaman komunis.

Pihak penerbitan menjelaskan filem berkenaan telah melalui semua proses tapisan yang digariskan oleh Lembaga Penapisan Filem (LPF) dan filem itu telah diklasifikasikan sebagai P13 tanpa memerlukan suntingan kali kedua.

 Astro Shaw memberitahu, "The New Village" akan melalui proses tapisan kedua yang akan dijalankan oleh LPF. Klasifikasi P13 bermakna anak-anak yang berusia di bawah 13 tahun perlu diiringi oleh ibu bapa mereka ke pawagam bagi mengelakkan anak-anak tersebut tersalah tafsir dengan mesej yang cuba disampaikan oleh sesebuah filem.

"'The New Village' merupakan sebuah filem rencana dalam bahasa Mandarin yang mengisahkan sebuah percintaan terlarang. Filem Cina ini memaparkan kesukaran hidup komuniti Cina di sebuah penempatan semula iaitu di Kampung Baru yang diwujudkan penjajah British," menurut Astro Shaw dalam satu kenyataan yang diberikan kepada The Malaysian Insider.

Kementerian Dalam Negeri (KDN) telah menggantung tayangan filem "The New Village" yang seharusnya menemui penonton di pawagam pada 22 Ogos oleh kerana filem itu perlu menjalani satu lagi tapisan oleh LPF.

Menterinya, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata filem itu telah ditapis tiga ahli panel LPF dan diluluskan pada 7 September 2012 maka pihaknya tiidak teragak-agak untuk membatalkan filem itu sekiranya didapati mengandungi babak mengagungkan komunis.

Akhbar milik Umno, Utusan Malaysia pada Ahad melalui kolumnisnya Awang Selamat menuduh penerbit filem "The New Village" mahu menulis semula sejarah dengan mengangkat perjuangan komunis serta mengiktiraf perjuangan Setiausaha Agung Parti Komunis Malaya (PKM) Chin Peng.

Sementara itu, Khairy Jamaluddin berkata kebenaran terhadap tayangan filem "The New Village" perlu ditarik balik jika ia mengagung-agungkan peranan komunis dan mencetuskan provokasi.

Ketua Pemuda Umno itu memberitahu berdasarkan tontonan trailer, filem itu tidak boleh diterima dan seolah-olah mengagungkan komunis yang dikenali sebagai pengganas yang banyak melakukan kemusnahan di negara kita.

Tarikh lihat anak bulan syawal pada 7 Ogos - Bernama

Posted: 29 Jul 2013 04:16 PM PDT

THE MALAYSIAN INSIDER

 

Tarikh melihat anak bulan Syawal bagi menetapkan tarikh Hari Raya Puasa ialah pada petang Rabu, 7 Ogos bersamaan 29 Ramadan ini.

Menurut Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-raja hari ini, Majlis Raja-Raja telah mempersetujui bahawa cara menetapkan tarikh Hari Raya Puasa adalah berdasarkan Rukyah dan Hisab.

Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja akan mengisytiharkan pada malam itu juga tarikh Hari Raya Puasa yang ditetapkan melalui radio dan televisyen, menurut kenyataan Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-raja di sini.

 Jawatankuasa berkenaan akan melihat anak bulan Syawal di Pontian Kecil, Johor; Kompleks Falak A-Khawarizmi, Kampung Balik Batu, Tanjung Bidara, Melaka; Telok Kemang, Port Dickson, Negeri Sembilan; Bukit Melawati, Kuala Selangor, Selangor dan Balai Cerap Selangor, Sabak Bernam di Selangor; Pantai Pasir Panjang, Mukim Pengkalan Baru, Manjong, Perak dan Pusat Falak Sheikh Tahir, Pantai Aceh, Pulau Pinang.

Lokasi lain ialah Kampung Pulau Sayak, Kuala Muda; Pemandangan Indah, Pulau Langkawi dan Menara Alor Setar di Kedah; Bukit Besar, Kuala Terengganu; Bukit Geliga, Kemaman; Pulau Perhentian, Besut dan Balai Cerap KUSZA, Mukim Merang, Setiu di Terengganu; Bukit Peraksi, Pasir Puteh; Bukit Kampung Tembeling, Mukim Manjur, Daerah Olak Jeram, Kuala Krai dan Menara Bangunan SEDC, Jalan Tengku Putera Semerak, Kota Baharu di Kelantan.

Tempat lain pula ialah di Tanjung Lubang, Miri; Teluk Bandung, Kuching dan Tanjung Batu, Bintulu di Sarawak; Balai Cerap Al-Biruni, Tanjung Dumpil, Putatan, Sabah; Bukit Tanjung Batu, Nenasi; Gunung Berincang, Cameron Highlands dan Bukit Pelindong, Kuantan di Pahang; Tingkat 13, Menara Universiti Malaysia Sabah, Kampus Antarabangsa Labuan, Menara Kuala Lumpur, Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya dan Kuala Sungai Baru, Simpang Empat, Perlis.

Pengasas Arab-Malaysian Development Bank ditembak mati, isteri cedera

Posted: 29 Jul 2013 04:12 PM PDT

OLEH MUZLIZA MUSTAFA

Pengasas Arab-Malaysian Development Bank, Hussain Ahmad Najadi (gambar), 75, yang berasal dari Bahrain ditembak mati di kawasan letak kereta di Lorong Ceylon, Kuala Lumpur hari ini sementara isterinya cedera terkena tembakan.

Beliau yang kini merupakan penduduk tetap Malaysia berjalan menuju ke keretanya bersama isteri apabila seorang yang bersenjata menuju ke arahnya dan melepaskan beberapa das tembakan ke arah belakang menyebabkannya terbunuh di tempat kejadian kira-kira pada jam 1.30 tengahari.

Isterinya yang cedera terkena tembakan di badan dikejarkan ke hospital.

Pengasas AmBank ditembak mati di Kuala Lumpur hari ini. - Gambar The Malaysian Insider oleh Muzliza Mustafa, 29 Julai, 2013. 

Pengasas AmBank ditembak mati di Kuala Lumpur hari ini. - Gambar The Malaysian Insider oleh Muzliza Mustafa

Saksi kejadian berkata pasangan itu terdahulu melawat kuil yang berada di hadapan tempat letak kereta.

Saksi yang tidak mahu namanya didedahkan berkata dia berada di gerai makan apabila seorang lelaki berjalan mendekati pasangan itu.

"Kemudian saya mendengar bunyi beberapa das tembakan dan melihat pasangan itu tumbang. Saya berlari menyelamatkan diri apabila lelaki itu menuju ke arah saya," katanya.

Dia berkata lelaki bersenjata itu yang memakai topi dan cermin mata hitam bergegas meninggalkan tempat kejadian menaiki teksi.

Kejadian tembakan itu berlaku selang beberapa hari selepas pengerusi MyWatch R. Sri Sanjeevan ditembak di Bahau. Bulan lalu juga mencatatkan beberapa siri tembakan.

Pengerusi Kumpulan Ambank Berhad Tan Sri Azman Hashim mengucapkan takziah kepada isteri Hussain dan menyatakan beliau sedih dengan insiden itu.

Masjid PAS tidak ada masalah anjur program derma darah

Posted: 29 Jul 2013 04:02 PM PDT

BULETIN ONLINE

KUALA NERUS – Pada tahun ini genaplah tempoh tujuh tahun berturut-turut masjid Taqwa di pekan Batu Enam dekat sini menganjurkan program menderma darah dengan kerjasama Yayasan Amal terengganu dan Tabung Darah, Hospital Tuanku NurZahirah.

Menurut Ahli Jawatankuasa Masjid Taqwa Mustaffa Ismail, walaupun masjid tersebut dikenali sebagai 'masjid PAS', tetapi tidak ada masalah bagi melaksanakan program kebajikan dengan mana-mana pihak.

"tahun ini sudah masuk tahun ke tujuh berturut-turut masjid ini menganjurkan program mendera darah, tidak ada masalah kepada kita (pihak masjid) untuk membuat kerja-kerja amal dengan mana-mana pihak,

derma darah batu enam2

 "tahun lepas kita buat dalam bulan puasa (Ramadhan) juga, ada 70 orang yang mendermakan darah (mereka) kita harap tahun ini (kjumlah penderma) bertambah lagi,"ujarnya ketika ditemui pada rogram tersebut Sabtu 26 Julai.

Beliau yang juga Ahli Jawatankuasa Yayasan Amal Terengganu berkata masjid Taqwa kerap menganjurkan program-program mengutip derma dan sumbangan orang amai bagi membantu saudara seIslam yang ditimpa bencana serta kesusahan.

Katanya, pada masa-masa yang lalu, masjid tersebut mengutip derma untuk disalurkan membantu umat Islam di negara-negara begolak seperti Palestin, Rohingya, Syria dan lain-lain.

Kataya, pihak masjid juga menyediakan tabung khas dalam bulan Ramadhan untuk diagih-agihkan sumbangannya kepada mereka yang kurang bernasib baik di persekitaran masjid dan pekan Batu Enam.

Biaqpila

Posted: 30 Jul 2013 03:13 PM PDT

Posted by Admin Direktori Blog | | 3:13 PTG

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info

sumber :-

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info


SAKSI TUKANG MANDI JENAZAH ASY SYAHID YANG MATI AKIBAT TEMBAKAN SAMSENG POLIS

Posted: 30 Jul 2013 06:40 AM PDT

Saksi tukang mandi jenazah Asy Syahid Dr Muhammad As Sayyed Ismail Al Azhari :

Dari dalam biliik mayat sedang kami memandikan jenazah saudara kami Asy-Syahid Muhammad Sayyed Ahmad seorang imam di Majis Al Firdaus di Iskandariyah yang telah syahid akibat tembakan empat peluru yang dilepaskan oleh samseng pihak polis di hapadan pentas.

Aku bersumpah demi Allah semasa aku memandikan jenazah beliau, beliau kelihatan seolah-olah masih hidup bersama kami dan darah masih mengalir dari tubuhnya dan baunya sangat harum. Bergembiralah wahai si syahid.

Cukuplah Allah sebaik-baik penolong.

Sumber : شبكة نبض الاخوان
‪#‎mesirkini‬

KILANG UTK DISEWA DI SERI MANJUNG PERAK CALL ILA 017-5655767
NAK TAU CARA CAJ HANDPHONE DI MANA SAJA ANDA BERADA?
RUANG IKLAN TEKS RM10 SEBULAN


CUCOQ JAGUNG 30 JUZUK

Posted: 29 Jul 2013 09:00 PM PDT

Ustaz Tarmizi Shamsul Arif

Teks Soalan : Air rendaman sarang anai-anai yang makan quran, dan rendang daging/ayam yang dibacakan zikir menjadi satu fenomena hits di internet. Betulkah makanan yang disulami dengan zikir dan bacaan quran nie baik untuk kita? (ada yang berpendapat, kalau berdoa sebelum makan pun dikatakan mampu memberi manfaat pada tubuh, kerana doa berkesan dalam mengubah molekul makanan, inikan pula zikir dan bacaan quran)

** Kepada yang ada persoalan nak tanya Ustaz Tarmizi Shamsul Arif (untuk kuliah setiap hari khamis), sila mesej kami di sini atau di pages Facebook Ubat Apa Tok Wi?, atau email soalan ke welantang[at]gmail.com .. insyaAllah, kami akan sampaikan kepada Ustaz, dan kongsikan jawapannya di wall kami nanti. **

kosuke

KILANG UTK DISEWA DI SERI MANJUNG PERAK CALL ILA 017-5655767
NAK TAU CARA CAJ HANDPHONE DI MANA SAJA ANDA BERADA?
RUANG IKLAN TEKS RM10 SEBULAN


Anak Muda Kampung Nak Senang

Anak Muda Kampung Nak Senang


Zahid Hamidi kata kurang anggota punca jenayah sukar dikawal?

Posted: 30 Jul 2013 01:41 AM PDT




Adakah punca jenayah semakin meningkat sekarang ini berpunca dari kekurangan bilangan anggota polis dan kekurangan peralatan? Zahid Hamidi nak salahkan apa pula atau siapa pula selepas ini? Kenyataan dari seorang menteri sebegini hanya menambahkan lagi kerisauan rakyat. Ini bermakna selagi nisbah polis dan rakyat belum 1:35, maka selagi itu jenayah sukar dikawal. Berapa pula nisbah polis dan rakyat tahun 70an, 80an dulu?

30 Julai 2013 - Polis tidak boleh dipersalahkan dalam peningkatan kejadian pembunuhan menggunakan senjata api yang dilihat seolah-olah berleluasa sejak kebelakangan ini.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, sebaliknya semua pihak perlu memahami bahawa polis di Malaysia menghadapi kekurangan jumlah anggota dan peralatan berbanding negara maju.

"Sebagai contoh, di New York, Amerika Syarikat, seorang polis berkhidmat untuk 35 penduduk berbanding seorang polis di Malaysia berkhidmat untuk 700 penduduk untuk sesuatu kawasan," katanya.

Hussain Ahmad Najadi sokong kebangkitan Arab Spring?

Posted: 29 Jul 2013 09:47 PM PDT


Temuramah akhbar The Star pada 7 Mei 2013 dengan Hussain Ahmad Najadi , Pengasas Arab Malaysia Bank yang dibunuh mendedahkan bahawa Hussain adalah merupakan seorang pada usia mudanya seorang yang sering mengadakan demonstrasi terhadap pemerintah. Beliau telah dipenjarakan kerana mempersoalkan hutang seorang menteri yang sudah tertunggak selama sembilan tahun. Beliau juga secara tidak langsung menyokong kebangkitan Arab Spring. Apakah motif pembunuhan beliau yang sebenarnya?

By sharing his life, he hopes to create more understanding between Malaysia and the Arab world.
Tuesday May 7, 2013

It is the story of Hussain Najadi, a Bahrain-born commoner who founded the Arab Malaysian Development Bank – yes, the bank with the camel mascot! – in 1975.

Hussain was born in 1938 in Bahrain's capital, Manama.

As Ahmad's only child, Hussain displayed the same rebellious streak and, in his youth, joined the increasing number of people agitating for more personal freedom and liberties in then Britain-ruled Bahrain, resulting in repeated detentions.

After being caught leading several demonstrations, he was told to leave the country when he was 18 years old (in 1956), and he opted to go to Germany, where his training and career in business began.

And then, at the height of his professional success, the boy who came from nothing to gain so much was thrown into jail. He had had the temerity to ask that a loan, nine years overdue, be paid back – the problem was, the loan had been made to very senior Bahraini minister.

Knowing the political situation in Bahrain – it had gained independence from the British in 1971 but remains a strongly controlled Constitutional monarchy – why did Najadi make his demand?

Perhaps it had something do with his formative years when, unlike his peers, he was a voracious reader, and he had the good fortune of reading not just capitalist tomes, but also works by socialists and communists and other characters that are considered radical for capitalist-leaning Bahrain.

"My dad did say that one day, those books are going to get me into trouble. And he was right," Najadi says with a laugh.

By a stroke of luck, he was able to obtain an Iranian passport and fled as soon as he was let out of jail. Until today, Najadi remains persona non grata in his homeland and cannot re-enter Bahrain.

He does not shy away from talking at length about the rise of citizen movements like the Arab Spring demanding more democratic space in the Middle East.

"Bahrain is in turmoil now, and it is also running out of oil. It has had the same prime minister for the last 42 years. In a way, you could say that the Arab Spring started from Bahrain, and spread onwards from there, though the tsunami has yet to reach its conclusion."

While Najadi's life has centred on finance, The Sea And The Hills is not about making money.

"I have a zero ROI (return on investment) target for this book, which is purely about fostering better understanding between countries and civilisations. Malaysians still misunderstand the Arab world, and whatever they know about it usually comes from Hollywood movies and other Western perspectives of the Middle East."


Najadi Tokoh Kewangan Tersohor Dengan Gaya Hidup Ringkas, Sederhana
Selasa Julai 30, 2013

PETALING JAYA: Hussain Ahmad Najadi pernah tinggal di sebuah banglo mewah di Jalan Ampang, tetapi bertukar angin dan berpindah ke sebuah kondominium yang terletak kira-kira 15 minit berjalan kaki dari pejabatnya di Menara Haw Par.

"Pada usia saya, saya berasa lebih selamat tinggal di sana," katanya kepada The Star dalam satu temu bual pada 2 April untuk mempromosikan autobiografinya, The Sea and The Hills.

Dalam temu bual yang diadakan di pejabatnya yang serba ringkas dan sederhana, Najadi juga mendedahkan buku seterusnya akan bertajuk Decline of the West: The Enemy Within.

"Ia akan bercerita tentang bagaimana Barat jatuh melalui kemerosotan, seperti cara empayar Rome hancur, melalui kepuasan diri mereka sendiri," katanya.



Pengikut