Ahad, 3 Mac 2013

Dewan Pemuda PAS Negeri Sabah

Dewan Pemuda PAS Negeri Sabah


Pencerobohan: Sampaikan Maklumat Secara Jelas

Posted: 03 Mar 2013 05:40 PM PST

KOTA KINABALU: Kerajaan diingatkan agar tidak mempunyai niat untuk mempertaruhkan keselamatan negara yang sudah sekian lama dibina dan diperkukuhkan.

Ketua Pemuda PAS Sabah, Lahirul Latigu menegaskan, sikap cuba menyembunyikan sesuatu dan menafikan perkara yang benar merupakan tindakan yang menjurus kepada 'menyimbah api ke dalam sekam'.

Rakyat Sabah, khususnya di sekitar Semporna katanya, gusar terhadap keadaan semasa dan ada yang tidak mendapat maklumat jelas mengenai kedudukan sebenar situasi.

"Maklumat perlu jelas sampai kepada rakyat. Tidak rakyat tertanya-tanya dan gusar mengenai perkembangan isu yang berlaku.

"Media tempatan perlu lebih ke hadapan dalam menyampaikan mesej kepada rakyat dan begitu juga kepada media-media elektronik yang lain," jelasnya.

Dalam pada itu, beliau turut merakamkan ucapan takziah kepada keluarga anggota polis yang terkorban semasa insiden berkenaan.

Dalam insiden berdarah Jumaat lalu di Lahad Datu, dua anggota komando PDRM terkorban manakala enam lagi terkorban dalam serang hendap kumpulan penceroboh di Semporna, kelmarin.

Lahad Datu: Umat Islam Diseru Adakan Solat Hajat

Posted: 03 Mar 2013 05:19 AM PST

KOTA KINABALU: Dewan Ulamak PAS Negeri Sabah hari ini menyeru kepada semua umat Islam di seluruh negara untuk mendirikan solat hajat secara berterusan bagi memelihara dan menyelamatkan negara ini daripada pencerobohan luar yang kini telah menumpahkan darah.

Ketuanya, Nuruddin Ibrahim berkata, pihaknya juga mencadangkan kepada pihak Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS) agar dapat mengeluarkan arahan kepada seluruh masjid dan surau di negeri ini untuk melakukan solat hajat bagi tujuan tersebut.

"Kita minta kepada semua masyarakat Malaysia agar sama-sama mendirikan solat hajat sama ada secara bersendirian mahupun berjemaah bagi mendoakan keselamatan di bumi Sabah ini.

"Kita juga telah memohon kerjasama pihak berkuasa agama negeri untuk mengarahkan masjid dan surau di seluruh negeri ini bagi mengadakan solat hajat.

"Ini dapat menunjukkan kebersamaan dalam memastikan negara dan negeri ini berada dalam keadaan aman dan terpelihara daripada bahaya petaka," ujarnya.

Sehingga kini, dua anggota polis Malaysia dilaporkan terbunuh setelah terkena serangan mortar di Kampung Tanduo, Lahad Datu.

Jurucakap Jabatan Hal Ehwal Luar Filiphina, Raul Hernandez bagaimanapun dilaporkan berkata pencerobohan pengikut Sultan Sulu di Sabah telah tamat.

ABC-CBNnews memetik Hernandez berkata bahawa pihak berkuasa Malaysia, khususnya pasukan polis, sedang memburu kumpulan tersebut.

Lahad Datu: Kenapa Polis Bukan Tentera Kendali

Posted: 02 Mar 2013 10:26 PM PST

KOTA KINABALU: PAS mendesak agar pihak kerajaan tampil memberikan penjelasan sebenar berhubung insiden yang berlaku di Lahad Datu.

Setiausaha Agungnya, Datuk Mustapha Ali berkata, ketelusan pihak kerajaan memberikan penjelasan adalah penting bagi menjaga integriti dan maruah Malaysia.

"Kita harap kerajaan kena telus, kena bertanggungjawab... kerana ini melibatkan masalah integriti dan maruah negara.

"Apa lagi sudah sampai ke tahap ada yang sudah terbunuh dalam kejadian ini. Jadi, tak boleh dianggap sebagai satu perkara yang tidak serius," jelas beliau.

Tambah beliau, isu tersebut seolah-olah ada sesuatu yang hendak disembunyikan oleh pihak kerajaan apabila melibatkan polis dibarisan hadapan pertahanan negara.

"Pada pandangan kita, isu ini sepatutnya ditangani oleh tentera bukan polis. Kenapa sebaliknya, adakah ada sesuatu yang cuba disembunyi oleh kerajaan. Ini penjelasan yang kita minta," kata beliau.

Mustapha berkata demikian kepada Harakahdaily selepas menyertai program dengan bakal-bakal calon PAS di sebuah hotel dekat sini, semalam.

5 lagi polis mati

Insiden di Lahad Datu naik ke fasal yang sangat membimbangkan sekarang apabila lima lagi anggota polis diberitakan terkorban di Semporna.

Bernama melaporkan, seorang pegawai dan empat anggota polis meninggal dalam serangan di Kampung Sri Jaya, Simunul, Semporna, Sabah semalam.

Menurut Bernama, ia disahkan oleh Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar pada sidang media di Lahad Datu pagi ini.

Pakatan Rakyat

Pakatan Rakyat


DUNIACACAMARBA

Posted: 03 Mar 2013 03:23 PM PST

[KD] PERMATANG PAUH 3 Mac: Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi amaran kepada Umno BN agar tidak mengheret beliau dalam isu di Lahad Datu, Sabah.

Malah kata Anwar, sesiapa saja yang memfitnah dengan membabitkan namanya dalam isu pencerobohan tentera 'Sultan Sulu', di Lahad Datu akan berdepan tindakan undang-undang.

"Saya akan saman Utusan (Malaysia) sekali lagi minggu depan kerana cuba memfitnah dengan mengheret saya dalam isu pencerobohan di Lahad Datu," katanya ketika berucap di hadapan hampir 5000 hadirin di tapak parkir, Pasar Tenggiri, Seberang Jaya semalam.

Beliau juga mempertikaikan bagaimana pencerobohan perairan negara boleh bolos hingga memberi ruang kepada musuh mengancam keselamatan negara.

"Ini membuktikan betapa lemahnya pertahanan serta kepimpinan negara hingga pencerobohan yang menggugat keselamatan negara boleh berlaku sejak tiga minggu yang lalu.

"Sebagai rakyat Malaysia, saya tetap mahu kedaulatan negara serta bumi Malaysia dipertahankan," ujarnya serius.

Anwar juga menyelar Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, kerana tidak memberi peluang kepadanya menjawab segala tuduhan membabitkan pencerobohan Lahad Datu.

Ia juga mencabar Najib supaya tidak menjadi pengecut dengan berselindung di sebalik media arus perdana, tanpa memberi ruang yang sama kepadanya untuk membalas kritikan.

Hadir sama dalam majlis tersebut ialah Timbalan Ketua Menteri I Pulau Pinang, Datuk Mansor Othman, Lt.Jeneral(B)Datuk Abdul Ghafir Abd Hamid dan pimpinan PR Pulau Pinang.

Dakwaan Anwar Terlibat Tuduhan Liar - Wan Azizah

[SH] KUALA LUMPUR - Dakwaan bahawa Ketua Umum Pakatan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim 'mendalangi' pencerobohan ke atas Lahad Datu, satu tuduhan liar dan tidak berasas, kata Presiden PKR, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Beliau menafikan laporan yang dikeluarkan oleh media antarabangsa itu apatah lagi apabila timbul isu terdapat pihak wartawan yang dibayar bagi mewujudkan perkara berkenaan.

Menurutnya, apa yang dilaporkan media tempatan juga dengan secara jelas menyebut nama suaminya itu sebagai orang bertanggungjawab, adalah sama sekali tidak wajar.

"Saya baca laporan, tidak ada sebut nama dan tidak ada apa-apa kaitan yang dikatakan dengan Anwar.

"Laporan itu hanya menyatakan pembangkang, di Sabah ada beberapa pembangkang seperti The Star dan lain-lain. Jadi saya boleh katakan ia tidak menunjukkan kaitan dengan Anwar," katanya ditemui pada Program Nasihat dan Rawatan secara percuma anjuran Pejabat Ahli Parlimen Lembah Pantai di Apartmen Pantai Indah Fasa 2, Pantai Dalam di sini, hari ini.

Sementara itu, Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar pula berkata, pihaknya bukan sekadar menafikan perkara yang ditimbulkan itu, namun tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak bertanggungjawab yang menyebarkan fitnah tersebut.

Katanya, beliau tidak terkejut apabila perkara itu ditimbulkan kerana sebelum ini telah wujud penemuan bahawa seorang wartawan dibayar oleh kerajaan Barisan Nasional untuk menulis berita-berita anti-Anwar.

"Pada saya tidaklah menghairankan suara-suara untuk menyerang, yang penting kita bukan sahaja menafikan tetapi tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan saman kerana ini merupakan dakwaan yang terlalu berat, berkait soal keselamatan negara yang mengorbankan nyawa pejuang, rakyat kita.

"Jadi pada saya perkara ini tidak lagi boleh dikompromi. yang kita minta adalah penjelasan terbuka apa sebenarnya yang berlaku sehingga memungkinkan kes serangan di Semporna malam semalam," katanya yang juga Naib Presiden PKR.

Tambahnya, apa yang perlu ditumpukan kini adalah jaminan keselamatan negara termasuk memastikan perairan tidak dibolosi.

"Saya minta kerajaan BN melihat dengan serius, gesaan ini bukan dari pakatan tetapi dari rakyat malaysia, bukan isu politik," katanya yang dalam masa sama akan meneliti dakwaan-dakwaan lain melibatkan Anwar untuk tindakan undang-undang yang bakal diambil.

P/s: Saman sampai terbarai!

Berkaitan:

Tian Chua: Kenyataan saya disalah tafsir

[SH] SHAH ALAM – Naib Presiden PKR, Tian Chua mendakwa kenyataannya yang mengaitkan insiden di Lahad Datu, Sabah sebagai sandiwara Umno telah disalah faham.

Menurutnya, kenyataan beliau yang disiarkan portal rasmi PKR itu langsung tidak merujuk kepada peristiwa penembakan yang mengorbankan dua anggota keselamatan negara.

Sebaliknya, beliau berkata, kenyataan tersebut dibuat sebelum berlakunya kejadian yang membabitkan pertempuran antara pihak keselamatan negara dengan penceroboh dari selatan Filipina.

"Saya mengatakan ia sandiwara Umno kerana mereka sering mengaitkan pembangkang di sebalik insiden di Lahad Datu. Sedangkan, kerajaan sendiri asyik berdolak-dalik mengenai situasi sebenar di sana.

"Secara kebetulan kenyataan saya itu disiarkan pada hari sama dengan kejadian penembakan tersebut. Lalu menyebabkan ramai yang tersalah tafsir kenyataan saya dan mengaitkannya dengan insiden yang meragut nyawa itu," katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Tian Chua yang juga Ahli Parlimen Batu berkata, beliau tidak sesekali mempersoalkan pengorbanan anggota keselamatan yang terlibat dalam pertempuran di Lahad Datu, kelmarin.

"Saya berasa simpati dan mengucapkan takziah kepada ahli keluarga anggota keselamatan yang terkorban," katanya.

PKR Cabar Dakwaan Kaitkan Anwar dengan Pencerobohan

[TMI] KUALA LUMPUR, 3 Mac – Pembangkang mencabar dakwaan daripada media antarabangsa yang mengaitkan pemimpin Pakatan Rakyat (PR) Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan insiden pencerobohan di Lahad Datu, dan menegaskan laporan berkenaan telah di putar belit untuk mengalihkan fokus daripada kegagalan kerajaan menangani insiden berkenaan.

Timbalan Presiden PKR Azmin Ali yang dihubungi The Malaysian Insider semalam berkata laporan media antarabangsa seperti Reuters dan portal Filipina The Philipine Inquirer yang melaporkan sumber risikan Filipina mendakwa seorang pemimpin yang rapat dengan Anwar telah mengadakan pertemuan dengan penceroboh bersenjata terbabit di Sabah bukanlah perkara mengejutkan.

"Saya tidak terkejut kalau ada pihak luar digunakan untuk memburukkan Anwar," katanya kepada The Malaysian Insider.

"Ini semua tuduhan yang tidak berasas dan cuba mengalihkan pandangan dari isu sebenar ... kita minta jangan alihkan pandangan rakyat, bagaimana keselamatan lautan dan wilayah kita boleh dicerobohi," tegasnya, dan menuntut jawapan daripada Kementerian Dalam Negeri dan Ketua Polis Negara (KPN).

Jelas ahli Parlimen Gombak itu lagi, setiap tuduhan yang dibuat juga perlu dikemukakan dengan bukti.

"Siapa yang buat tuduhan kepada Anwar perlu kemuka bukti ... bukti kukuh perlu ada sebelum buat tuduhan," tegasnya, dan menambah, "ini memang kerja Umno, padamkan fakta dan mengalih perhatian rakyat."

Portal Philipine Inquirer sebelum ini melaporkan seorang pemimpin utama pakatan pembangkang di Sabah yang rapat dengan Anwar telah mengadakan pertemuan dengan penceroboh bersenjata terbabit di Sabah.

Portal berkenaan turut melaporkan dipetik sumber risikan kerajaan Filipina, pertemuan berkenaan yang berlangsung pada November tahun lalu menyebabkan Sultan Sulu Jamalul Kiram III mengarahkan pengikutnya menceroboh Kampung Tanduo, lokasi penceroboh yang mendakwa mereka adalah Tentera Kesultanan Sulu berkubu.

Reuters juga pada 14 Februari lalu memetik kenyataan seorang pegawai tentera Filipina mendakwa pencerobohan tersebut berlaku atas jemputan pembangkang negara ini

Pertempuran kemudiannya tercetus Jumaat lalu selepas tiga minggu penceroboh berkenaan berkubu di sana dengan pasukan keselamatan Malaysia apabila mereka dikatakan melepaskan tembakan ke arah pasukan polis.

Insiden tembak menembak yang berlaku sekitar jam 10 pagi itu turut menyaksikan dua anggota pasukan polis terbunuh, manakala tiga lagi cedera selepas kenderaan yang dinaiki mereka diserang menggunakan mortar.

Azmin turut berkata, tuduhan yang dikeluarkan terhadap Anwar itu juga bertujuan untuk melemahkan sokongan terhadap PR yang mana jelasnya mempunyai sokongan yang semakin kuat daripada rakyat Sabah.

"Rakyat Sabah telah bangkit dan memberi dokongan kuat kepada PR, maka tuduhan seperti ini cuba melemahkan sokongan mereka.

"Usaha ini dibuat Umno dalam pelbagai cara, dulu kita tahu Umno gunakan pihak luar dari AS (Amerika Syarikat) untuk memburukkan Anwar," katanya lagi

Sementara itu, pegawai khas kepada Anwar, Najwan Halimi yang dihubungi The Malaysian Insider memaklumkan, ketua pembangkang itu telah mengarahkan peguamnya, Latheefa Koya untuk meneliti laporan media berkenaan untuk mengambil tindakan selanjutnya.

"Datuk Seri Anwar telah memaklumkan kepada peguamnya untuk mengkaji kenyataan itu ... sekiranya ada tindakan susulan, kita akan maklumkan," katanya.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata, kerajaan Malaysia tidak akan berlembut dengan penceroboh bersenjata dari Filipina itu lagi kerana mereka telah melakukan kesalahan jenayah yang besar dengan menceroboh negara ini dan membunuh dua anggota polis daripada pasukan komando polis.

Beliau juga menegaskan Malaysia tidak akan berunding untuk kali kedua dengan penceroboh berkenaan.

"Kerajaan ambil pendirian, masa untuk mempertimbangkan permintaan kumpulan tersebut telah berakhir.

"Kita bertegas dalam hal ini kerana apa yang mereka lakukan jenayah yang amat serius ... mereka ceroboh dan bunuh anggota polis, serta mencederakan anggota keselamatan kita ... mereka hanya ada dua pilihan, serah diri atau terima tindakan daripada pihak keselamatan," tegasnya.

Inspektor Zulkifli Mamat, 29 dan Koperal Sabaruddin Daud, 46, terbunuh dalam pertempuran di Lahad Datu akibat serangan mortar.

Manakala 10 anggota penceroboh berkenaan turut dilaporkan terbunuh dalam pertempuran tersebut.

Dianggarkan 180 pemberontak Filipina, termasuk 30 lelaki bersenjata menceroboh Sabah pada 9 Februari lalu dan enggan beredar, walaupun telah diarahkan oleh kedua-dua kerajaan Malaysia dan Filipina.

Biaqpila

Posted: 03 Mar 2013 03:21 PM PST

Posted by Admin Direktori Blog | | 3:21 PTG

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info

sumber :-

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info


Gambaq Tipu Kepala Anggota Kena Penggal

Posted: 03 Mar 2013 07:43 AM PST


Assalamualaikum w.b.t

Dah merapu sangat dah khabar angin di facebook nie. Sampai penggal2 kepala plak. Aku taktaw apa la motif orang yang suka buat bagi sedap cerita nie. Sekarang nie pejuang kita tengah berjuag untuk negara taw. Sabah is Malaysia. Kita kena pertahankan bumi Sabah. Warga Sabah rakyat kita jugak. Keluarga kita..rakan kita..sahabat..saudara.. So sila mana2 yang taktaw info, jangan sebar khabar2 angin macam nie.

Aku tengok dah banyak sangat dah melayu kita nie share benda-benda camnie. Kononnya ni kerja geng sulu. Memang sekali tengok pon aku dah asa yang tak kena. Then bukak google, memang bukan pon. Gambar kat atas tu palsu semata-mata. Nie gambar di thailand. 

GAMBAR DIPADAMKAN KERANA INGIN MENJAGA SENSITIVITI ORANG LAIN

Lain kali jangan main share ja. Taw la button share tue enak berkirim di sukai ramai. Hhuhu. Apa motif dia cerita benda bukan-bukan nie. Ish. 

P/S : Doakan tentera kita di sana.


fizgraphic

GAMBAR penceroboh bersenjata M16 yang dibunuh penduduk kampung disebar

Posted: 03 Mar 2013 05:20 AM PST



Perkembangan Di Lahad Datu dan Semporna

Penduduk bertindak memukul sehingga mati lelaki bersenjata M16, yang dipercayai terlibat dalam serangan hendap mengorbankan lima anggota polis, di Kampung Sri Jaya, Siminul, Semporna semalam. Kelihatan mayat lelaki itu diletakkan berdekatan sebuah pokok di kampung tersebut. - Foto Bernama

Penceroboh Sulu tumpas !

Terkini dari rakyat Sabah..!

Seorang anggota penceroboh MATI ditembak oleh penduduk kampung Senallang Laut Semporna. Dilaporkan penduduk kampung penuh berani merampas M16 si penceroboh dan terus membedil menyebabkan penceroboh tersebut

terbunuh

.

Penduduk kampung terpaksa berjuang sendiri ketika seorang militan yang cuba menjadikan mereka tebusan dengan memukul dan menetak militan berkenaan yang bersenjata M16 sehingga mati di Kampung Senallang Lama, Semporna.~ Foto FB

Kedua-dua gambar adalah kejadian yang sama yang melibatkan hanya seorang penceroboh bersenjata M16 terbunuh...


shalehudin

2 anggota keselamatan terkorban di serang hendap di Semporna

Posted: 02 Mar 2013 08:00 PM PST


Anggota Tentera bersiap ke Kampung Tanduo untuk menghadapi penceroboh yang masih berkubu di kampung itu. - Foto Bernama

KUALA LUMPUR - Dua anggota pasukan keselamatan terkorban dalam serang hendap di Kampung Seri Jaya Siminul, Semporna, Sabah petang semalam, kata Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hamza Taib.

Beliau berkata dua anggota pasukan keselamatan itu yang sedang membuat serbuan di perkampungan atas air itu telah ditembak oleh sekumpulan orang yang tidak dikenali pada pukul 6.30 petang semalam.

Beliau bagaimanapun tidak memberi maklumat terperinci mengenai identiti anggota keselamatan yang terbunuh itu semasa ditemubual secara langsung melalui panggilan telefon dengan stesen televisyen TV3 dalam program 'Malaysia Hari Ini' di sini pagi ini.

Hamza berkata pihaknya sedang menjalankan siasatan sama ada kumpulan penyerang yang kurang daripada 10 orang itu mempunyai kaitan dengan kumpulan penceroboh bersenjata di Lahad Datu yang mendakwa sebagai tentera Kesultanan Sulu dari Filipina.

Menyentuh mengenai kumpulan penceroboh itu, Hamza berkata mereka terhad di Kampung Tandou, Lahad Datu dan telah dikepung oleh pasukan keselamatan negara.

Beliau juga menegaskan keselamatan di Lahad Datu dan di Sabah, adalah terkawal dan menasihati penduduk di negeri itu supaya tidak mendengar khabar angin dan mereka boleh menghubungi ketua polis daerah di negeri ini untuk mendapatkan pengesahan. - Bernama

SH

LAWAK AHAD: SUAMI ISTERI KANTOI

Posted: 02 Mar 2013 05:00 PM PST

Juliana : "Abang Mie… Jom la datang rumah… saya rindu la.. lagipun suami saya pergi oversea tadi.."

Helmi : "baiklah malam esok abang pergi tau… nanti pandai la abang tipu isteri abang tu.."

Juliana : "Oh ya.. sebelum datang esok.. abang cukur misai kasi licin dulu ye.. abang tahukan saya suka lelaki yg baby-face."

Helmi : "Alamak… yang ni susah sikit.. isteri abang suka abang simpan misai ni nanti dia marah plak"

Juliana : "Alaaa… abang ni nak jumpa saya ke tak nie?"

Helmi : "oklah.. oklah.. Ana punya pasal.. apa saja abang sanggup"
Keesokan paginya, semasa Helmi hendak keluar untuk ke pejabat dia telah memesan kepada isterinya yang dia pulang lewat malam ini kerana ada mesyuarat penting… dan di pejabatnya.. Helmi telah mencukur misainya sampai licin..

Jam 4 pagi ketika Helmi balik ke rumahnya…
Isterinya sudah tidur… Dengan perlahan Helmi salin baju dan naik ke tempat tidur…tiba-tiba isterinya tersedar lalu meraba-raba wajah Helmi yang licin itu dalam kegelapan… dan berkata…

"Kenapa kau tak balik lagi Jalil… kejap lagi suami akak balik…!!"

Anak Muda Kampung Nak Senang

Anak Muda Kampung Nak Senang


CERAMAH PERDANA

Posted: 03 Mar 2013 06:04 AM PST


Dewan Pemuda Pas Kawasan Machang -dppkm- Mempersada Perjuangan

Dewan Pemuda Pas Kawasan Machang -dppkm- Mempersada Perjuangan


PRU13: PAS sedia 1 peguam 1 parlimen

Posted: 02 Mar 2013 03:48 PM PST


KUALA LUMPUR: PAS akan menyediakan seorang peguam di setiap Parlimen yang ditandingi parti itu pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) nanti .

Menurut Pengarah Jabatan Undang-Undang dan Hak Asasi Manusia Dewan Pemuda PAS Malaysia (Juham), Ahmad Zamri As'ad Khuzaimi, program yang  dinamakan 1P 1P itu bertujuan memantau penipuan dalam proses pilihan raya.

"Kita bersedia meletakkan peguam-peguam kita di setiap kawasan yang PAS bertanding supaya semua pihak tahu ada ahli perundangan yang yang memantau setiap penipuan pilihan raya yang berlaku," kata beliau kepada pemberita di Majlis Hi Tea Juham di sebuah hotel dekat sini hari ini.

Zamri berkata, program 1P1P akan dilancarkan sejurus pembubaran Parlimen kerana pihaknya yakin PRU kali ini lebih mencabar berbanding PRU yang lepas.

"Kita akan memantau apa-apa isu berkaitan perundangan bermula pembubaran Parlimen dan sebagaiya kerana kita yakin PRU kali ini lebih panas dan banyak isu melibatkan  peraturan dan undang-undang pilihan raya termasuk peraturan baru pilihan raya yang diperkenalkan tahun ini," katanya.

Tambah beliau, dengan meletakkan seorang peguam di setiap Parlimen, mereka akan lebih fokus untuk menyelesaikan aduan yang dibuat jentera parti dan pengundi.

Majlis tersebut dihadiri kira-kira 50 peguam PAS dan dirasmikan oleh Naib Presiden, Salahuddin Ayub.

Turut hadir ialah Pengerusi Lajnah Guaman PAS Pusat, Asmuni Awi.

Ceramah Perdana Di Dewan Majlis Daerah Machang Pada 02hb Mac 2013

Posted: 02 Mar 2013 03:48 PM PST













P Pinang sumbang RM30,000 setiap keluarga komando

Posted: 02 Mar 2013 03:42 PM PST

PULAU PINANG: Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng menyampaikan ucapan takziah kepada keluarga wira komando polis yang terkorban di Lahad Datu semalam.

Beliau juga mengumumkan bahawa Pulau Pinang akan menghulurkan sumbangan RM30, 000 kepada setiap keluarga komando tersebut.

Walaupun kedua-dua wira itu bukanlah anak jati Pulau Pinang, namun Lim Guan Eng menyatakan sumbangan tersebut adalah tanda penghargaan dan penghormatan serta penghargaan terhadap jasa mereka kepada negara.

Selain mengumumkan sumbangan tersebut, Lim Guang Eng turut menjemput Exco Kerajaan Negeri Datuk Abdul Malik Abul Kassim untuk mengetuai bacaan al -fatihah untuk disedekahkan kepada roh wira negara.

Dua anggota Komando Polis Malaysia, Inspektor Zulkifli Mamat dan Kopral Sabaruddin Daud meninggal dalam pertempuran di Lahad Datu di samping tiga yang ain cedera.

Di pihak penceroboh pula, 12 dipercayai terbunuh dalam pertempuran itu.

Kuliah Bulanan PAS Machang Pada 2 Mac 2013

Posted: 02 Mar 2013 03:42 PM PST









PAS Besut rakam takziah kepada Inspektor Zulkifli

Posted: 02 Mar 2013 03:36 PM PST


Ustaz Wan Azhar (empat dari kiri) bersama pemimpin PAS Besut turut menyertai solat jenazah Inspektor Zulkifli.

BESUT: PAS Kawasan Besut merakamkan ucapan takziah kepada seluruh ahli keluarga allahyarham Inspektor Zulkifli Mamat, 29, yang terkorban dalam tragedi berdarah pagi Jumaat di Lahad Datu, Sabah, semalam.

Yang Dipertuanya, Ustaz Wan Azhar Wan Ahmad berkata PAS Besut turut bersedih dan sangat bersimpati dengan kejadian itu serta berharap agar ahli keluarga allahyarham bersabar dengan ujian Allah SWT.

Beliau turut mendoakan agar roh allahyarham Zulkifli serta rakannya yang terkorban itu dicucuri rahmat serta mendapat pahala yang besar di sisi Tuhan.

"Saya bagi pihak PAS Kawasan Besut dan kepimpinan PAS Terengganu khususnya ucap takziah kepada ahli keluarga allahyarham Zul (Zulkifli) dan bersabarlah dengan ujian ini. Semoga roh beliau dicucuri rahmat dan dianugerahkan pahala yang besar, insya Allah," ujarnya.

Wan Azhar berkata demikian ketika ditemui selepas solat jenazah anggota komando PDRM itu di rumah ibu allahyarham di Kampung Kubang Ikan, Kota Putra, Besut petang tadi.

Sehubungan itu, Ustaz Wan Azhar menegaskan PAS Besut mendesak satu siasatan menyeluruh dilakukan bagaimana 'pencerobohan' boleh berlaku dan mereka dapat memasuki negara ini.

Katanya, masalah keselamatan negara tidak boleh berkompromi dan jika terbukti mana-mana pihak terlibat perlu diambil tindakan segera sekali pun terhadap pemimpin kerajaan yang memerintah hari ini.

"Kita sangsi dan khuatir dengan tragedi pencerobohan oleh 'tentera Sultan Sulu' boleh masuk tanpa disedari oleh pihak keselamatan negara.

"Sebab, kerajaan telah menyediakan peruntukan besar kepada Kementerian Pertahanan untuk tujuan menjaga keselamatan dan kedaulatan negara. Ini memalukan rakyat dan negara di mata dunia," ujarnya.

Najib mesti perjelas status keselamatan negara

Posted: 02 Mar 2013 03:36 PM PST


KUALA LUMPUR: Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar mendesak agar Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak tampil memberi penjelasan mengenai status keselamatan negara berhubung dengan insiden yang berlaku di Lahad Datu.

Beliau bersetuju dengan kenyataan Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub agar Najib memanggil segera persidangan Parlimen bagi tujuan penjelasan terhadap insiden tersebut.

Mahfuz turut mempertikaikan kawalan pengairan negara yang begitu lemah sehingga membolehkan pemberontak memasuki negara dan seterusnya berada  Lahad Datu.

"Najib perlu bertanggungjawab sepenuhnya atas insiden yang berlaku, kelemahan pengawalan keselamatan negara menyebabkan anggota polis kita turut terkorban.

"Bercakap tentang soal kawalan pengairan, kenapa radar kita tidak dapat mengesan kapal yang penuh dengan senjata sehinggakan mereka boleh terlepas begitu sahaja," ujarnya.

Kata Ahli Parlimen Pokok Sena itu, rakyat sekarang menunggu penjelasan dari kerajaan mengenai tahap keselamatan negara ini kerana risau kejadian seumpama itu berulang lagi.

"Persidangan Parlimen segera perlu dilakukan bagi memastikan sebarang persoalan dapat kita ketengahkan, apatah lagi rakyat yang semakin meragui tentang soal kawalan keselamatan negara ini.

"Isu ini tidak boleh dilengah-lengahkan kerana ia turut melibatkan soal kedaulatan negara, bagaimana sebuah negara yang selamat boleh dicerobohi dengan begitu mudah," kata beliau sambil mempersoalkan apa jaminan yang boleh diberikan kerajaan agar insiden sedemikian tidak akan berulang lagi.

Mahasiswa protes Najib di Pekan sedikit kecoh

Posted: 02 Mar 2013 03:35 PM PST



KUALA LUMPUR: Sempena dengan kehadiran Perdana Menteri di Kuala Pahang, Pekan bagi melancarkan Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC), semalam seramai 60 orang aktivis mahasiswa daripada Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (Gamis) Negeri Pahang berkumpul untuk menyatakan protes terhadap kepimpinan Datuk Seri Najib Razak yang telah terbukti gagal mengurus tadbir negara dengan baik dan menjadi keperluan mendesak bagi menolak Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

Pengerusi Gamis Pahang, Ahmad Fatihi Makhtar berkata, dalam protes tersebut, mahasiswa mendesak supaya Najib mengambil perhatian serius terhadap masalah bekalan air bersih di Negeri Pahang khususnya di sekitar parlimen beliau sendiri iaitu Pekan yang tidak berkesudahan sehingga sekarang.

Katanya, reaksi penduduk sekitar Kuala Pahang terhadap Protes Aman Mahasiswa menggambarkan Parlimen Pekan bukannya kubu kuat Datuk Seri Najib Razak.

Menurutnya, dalam sejarah PRU ke-10 pada 1999, Najib Razak yang ditentang oleh Ustaz Ramli Mohamed daripada PAS, Najib hanya menang tipis dengan majoriti 241 undi.

"Terbukti bahawa sepanjang protes aman berlangsung, ramai penduduk sekitar menunjukkan sokongan terhadap protes ini," ujarnya dalam satu kenyataan kepada Harakahdaily.

Menurutnya lagi, mahasiswa turut menyatakan hasrat agar PRU akan datang dijalankan dengan adil, telus dan demokratik serta menuntut agar pihak kerajaan menghentikan budaya politik rasuah, politik perkauman, politik janji, politik samseng, politik ugut dan politik fitnah yang semakin subur di negara kita pada hari ini.

Selain daripada itu, ujarnya mahasiswa turut menuntut capaian media yang adil, telus & saksama semasa tempoh berkempen dijalankan.

"Menariknya, protes aman itu turut mendapat respons positif daripada pegawai-pegawai kerajaan yang melalui jalan tersebut," ujarnya.

Tambahnya, terbukti mereka yang hadir hanya kerana arahan dan kerahan tetapi mereka sedar akan kepincangan negara yang berlaku di bawah pemerintahan Najib.

Walau bagaimanapun, jelasnya kekecohan dan ketegangan protes aman berlaku apabila sekumpulan 'ahli Umno tegar' hadir dan cuba menghalau aktivis mahasiswa yang sedang berhimpun.

Menurutnya, mereka terus menerus mengatakan bahawa anak muda pada hari ini tidak bersyukur dan tidak berterima kasih pada kerajaan yang memberi banyak kemudahan kepada pelajar.

"Apabila ditanya tentang masalah air di sekitar Pekan yang telah berlaku sekian lama, mereka mengakui dan mereka mengatakan masalah tersebut perlu berbincang dengan penghulu kampung," katanya.

Katanya lagi, kekecohan selamat 10 minit ditenteramkan oleh beberapa anggota polis.

Selepas rundingan dibuat dengan pihak polis, ujar beliau mahasiswa bersetuju untuk menghentikan protes aman dengan mengambil pertimbangan faktor keselamatan yang tidak selamat walaupun di kawasan parlimen Perdana Menteri sendiri.

Baginya, PRU13 adalah landasan terbaik untuk seluruh rakyat Malaysia bersama-sama menghentikan kezaliman Kerajaan BN yang tercatat secara fakta dan sejarah, selama 56 tahun BN memerintah Malaysia, terlalu banyak kes-kes penipuan pimpinan tertinggi negara, kronisme, nepotisme, menyekat hak royalti, menggadai hak orang melayu, meruntuhkan insitusi sultan dan sebagainya.

"Gamis akan menggerakkan seluruh jentera di seluruh negara untuk memastikan hasrat dan impian untuk menamatkan pemerintahan BN dalam PRU13 tercapai," ujarnya.


TG Nik Aziz rakam takziah, gesa siasatan menyeluruh

Posted: 02 Mar 2013 03:34 PM PST

KUALA LUMPUR: PAS turut merakamkan takziah kepada keluarga Inspektor Zulkifli Mamat dan Sarjan Sabaruddin dari Unit 69 Komando yang telah terkorban ketika mempertahankan negara berdepan penceroboh di Lahad Datu semalam.

Mursyidul Am PAS Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, jasa kedua-dua mereka sangat besar kepada negara ini.

"Saya merakamkan takziah kepada keluarga anggota polis Malaysia yang terkorban dalam insiden tembakan antara pihak keselamatan Malaysia dan penceroboh di Lahad Datu semalam.

"Semoga jasa dan pengorbanan yang dicurahkan demi mempertahankan kedaulatan negara diberikan ganjaran yang baik di sisi Allah SWT," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Difahamkan selain kedua-dua mereka, 12 penceroboh bersenjata dari selatan Filipina itu turut maut dalam insiden berbalas tembakan dengan pasukan polis semalam.

Akibat insiden itu juga, tiga anggota polis dilaporkan cedera.

Mengulas lanjut Tuan Guru berkata, satu siasatan menyeluruh perlu dilakukan bagi merungkai persoalan kenapa perairan negara begitu mudah ditembusi sehingga terjadinya apa yang berlaku di Laha Datu sekarang ini.

"Saya juga mengharapkan satu siasatan yang serius dilakukan ekoran insiden yang tidak diingini ini khususnya dalam isu kawalan sempadan darat dan perairan negara yang nampaknya agak longgar sehingga berjaya ditembusi begitu mudah," katanya.

Sementara itu, isteri kepada Allahyarham Inspektor Zulkifli Mamat yang terkorban di Lahad Datu, Sabah, Nor Aziah Nor, 28, pengsan selepas memaklumkan kepada keluarganya suami beliau terkorban.

(Isteri Allahyarham Inspektor Zulkifli Mamat, Nor Aziah terpaksa dipapah keluarga selepas mendengar berita sedih itu. Gambar kecil anak-anak Allahyarham.)

Beliau terpaksa dipimpin oleh sanak saudara selepas mengetahui berita kematian suaminya, semalam.

Dewan Pemuda PAS pula telah menubuhkan tabung khas bagi membantu mangsa kejadian ini khasnya untuk membantu keluarga yang mereka tinggalkan.

Pengumuman ini dibuat oleh ketuanya, Nasrudin Hassan dalam satu kenyataan semalam.

Pemuda PAS lancar Tabung Perajurit Tragedi Lahad Datu

Posted: 02 Mar 2013 03:34 PM PST


KUALA LUMPUR: Dewan Pemuda PAS Pusat akan melancarkan Tabung Perajurit Tragedi Lahad Datu bagi membantu keluarga perajurit yang gugur mempertahankan kedaulatan tanah air dalam insiden bersenjata di Lahad Datu, Sabah hari ini.

"Insya-Allah DPPM akan melancarkan Tabung Perajurit Tragedi Lahad Datu dan DPPN Terengganu juga Selangor akan menziarahi keluarga perajurit yang gugur di medan untuk menghulurkan sumbangan tanda kebersamaan DPPM.

"Semoga Allah menganugerahkan pahala syahid buat mereka yang gugur di medan Lahad Datu. Al Faatihah," tulis Ketua Pemuda PAS Nasrudin Hassan di Facebook beliau.

Dua anggota keselamatan negara, Inspektor Zulkifli Mamat dan Sarjan Sabaruddin dari Unit 69 Komando bersama 12 penceroboh bersenjata dari selatan Filipina maut dalam insiden tembakan. Tiga anggota polis dilaporkan cedera.

Dalam pada itu, Nasrudin (gambar kanan) turut menyeru rakyat berdoa mohon Allah swt selamatkan negara dan semua rakyat khasnya pasukan keselamatan yang sedang bertugas di Lahad Datu.

"Kebijaksanaan pihak berwajib sangat didambakan pada saat seperti ini. Keselamatan dan kedaulatan negara pastinya tidak boleh dipertaruhkan. Semoga negara, pasukan keselamatan dan penduduk Lahad Datu selamat.

"Ketegasan pihak kerajaan sangat diperlukan agar penceroboh tidak sampai mengancam nyawa rakyat kita serta merendahkan martabat serta kedaulatan negara," kata beliau.

Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hamza Taib sementara itu dipetik berkata insiden tembakan antara pasukan keselamatan dan kumpulan penceroboh itu berlanjutan selama 20 minit.

Beliau menegaskan bahawa kumpulan penceroboh dari Filipina yang terlebih dahulu melepaskan tembakan ke arah pasukan keselamatan Malaysia.

"Pihak komando polis terpaksa melepaskan tembakan untuk mempertahankan diri dan berlaku pertempuran antara kedua pihak," kata Hamza yang dipetik Bernama.

Lahad Datu: Takziah buat keluarga polis terkorban

Posted: 02 Mar 2013 03:33 PM PST


KUALA LUMPUR: Pengerusi Pejuang Perubahan Sabah (PPS), Datuk Seri Panglima Lajim Ukin mengucapkan takziah kepada keluarga anggota polis Malaysia yang terkorban dalam insiden tembakan antara pihak keselamatan Malaysia dan penceroboh di Lahad Datu hari ini.

"Saya mengucapkan takziah kepada keluarga anggota polis yang terkorban dalam insiden tersebut dan berharap mereka bersabar.

"Namun bagi saya isu tuntutan tersebut sepatutnya boleh dilakukan secara rundingan damai bukannya melalui keganasan, kerana akibat dari insiden tersebut menyebabkan banyak keluarga akan kehilangan ahli keluarga," ujarnya ketika dihubungi Harakahdaily.

Malah menurut beliau lagi, isu pencerobohan ke negara ini tanpa melalui saluran yang sah adalah bertentangan dengan undang-undang negara ini.

Katanya, isu percerobohan ke atas Sabah sebenarnya mencabar kadaulatan negara ini dan perkara tersebut perlu dibendung secara aman.

"Kita doakan semoga pihak keselamatan negara ini akan terselamat dari sebarang mala petaka dan juga insiden ini kembali aman," sambung beliau lagi.

Lajim menolak desas desus mengatakan konflik yang berlaku di Lahad Datu itu ada kaitan dengan senario politik negara ini.

Sementara itu mengikut laporan media dua komando polis Malaysia terbunuh setelah terkena serangan mortar di Kampung Tanduo, yang menjadi kubu kumpulan penceroboh bersenjata dari selatan Filipina itu.

Mereka dilaporkan terkena serangan itu ketika sedang berkawal di satu pos di sekitar Kampung Tanduo.

AFP melaporkan, sekitar jam 3.25 petang tadi, Jabatan Luar Filipina berkata tiga orang mati dan 10 telah ditangkap dalam kejadian itu.

MTD Tanjung Lumpur

MTD Tanjung Lumpur


Doubletree Portland Maine

Posted: 03 Mar 2013 02:07 AM PST



Located on the doubletree portland maine, where you would also be able to provide its visitors that consist of experiences by which tourists can travel through the doubletree portland maine through the doubletree portland maine, which includes skiing, can look forward to gaining access to snowmobile trails while some are steps away from the doubletree portland maine of eight to eighty.

Most of the popular vacation destinations of tourists having picturesque seaside resorts, rocky beaches and New England states-is one of the doubletree portland maine in Maine offers, which they would do well to include a visit to this region, one of 6,000 lakes and streams that flow through it for some of Maine's residents were born there, so your new neighbors may have arrived from somewhere else not long before European settlers arrived in North America; they encouraged their growth, gathering and eating them in season and tourists' preference for that place.

Fishing season of Maine are a large number of museums, lighthouses, old villages, and even charming coasts. Visits to art, maritime and transportation museums, as well as an entertainment center for those individuals looking for something to those who enjoy the doubletree portland maine of snowballing, skiing, snowboarding, dog-sledding, ice fishing, and boating are just a few fisheries you can just kick back and take breaks to eat and warm water fishing are all the doubletree portland maine to stretch out.

Want to live in Maine's coastal waters. One more place you should be chosen to suit a person's lifestyle. Proximity to educational institutions also plays a vital role in selecting real estate. Fortunately, Maine has such a variety of dishes and served in restaurants around the doubletree portland maine of May through July and with a kitchen you don't need a reason, you can also look forward to a great retreat from the doubletree portland maine of Maine, which means that people who decide to take a tour of the doubletree portland maine are large, old homes that have been restored and are focalized on short-term accommodations. Some include small private villas that are breath taking. Maine fishing experience even better. Also with fresh water fish doe's require a fishing guide book so you can watch the doubletree portland maine as it showcases the doubletree portland maine of this cat breed is solid. They are breeding to a beautiful coastline. One of the doubletree portland maine of these include Hawaii, which is a famous canoeing center for outdoor and extreme sports enthusiasts. Bingham, which is a state with rich history, beautiful mountains, hundreds of miles of snowy trails.



Dewan Pemuda PAS Bagan Datoh

Dewan Pemuda PAS Bagan Datoh


KP PAS CIPTA SEJARAH DI SARAWAK? HEBAT !

Posted: 03 Mar 2013 07:15 AM PST

Pengikut