Selasa, 12 November 2013

Pakatan Rakyat

Pakatan Rakyat


DIALOG RAKYAT

Posted: 12 Nov 2013 03:33 PM PST

CUBALAH TEKA, apakah lawak paling besar sekali! UMNO sebenarnya minoriti di negara ini, namun ia terus berlagak seperti samseng sejak zaman Dr Mahathir Mohamad dahulu. Poyo sungguh!

Analisa ini diketahui apabila berhadapan dengan situasi yang pelik tapi benar, dimana seorang lelaki berusia 50-an dan kami berdua apabila bertanya kepada seorang penjual surat khabar berbangsa India di kedai Mamak kegemaran kami jika dia ada menjual akhbar Harakah edisi terkini.

Kita semua tahu bahawa Harakah merupakan lidah rasmi PAS, dengan permit penerbitan dari Kementerian Dalam Negeri,tetapi apabila penjual akhbar teragak-agak mengeluarkan akhbar mingguan itu dari rak yang tersembunyi, kami bertanya "kenapa perlu disembunyikan?"

Adakah Umno begitu berkuasa sehingga kita semua perlu tunduk kepada kemahuannya? Jadi, kami memutuskan untuk menyelidiki beberapa orang tokoh untuk mengetahui jika Umno berhak memanggil dirinya sebagai wakil kaum majoriti di Malaysia.

Penipuan Umno yang terbesar

Umno telah memerintah negara ini sejak 1957. Dominasinya dalam politik Malaysia tidak banyak dipersoalkan sejak 15 yang lalu, malah sejak ketua pembangkang Anwar Ibrahim dipenjarakan.

Presiden Umno Baru ketika itu Dr Mahathir sedang bergelut untuk berpaut pada kuasa walaupun ahli-ahli Umno sedang memulaukannya untuk memulakan pergerakan reformasi yang meletakkan keadilan dan kesaksamaan sebagai tunggak. Pergerakan itu telah bertukar menjadi parti yang dinamakan Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Jika bukan kerana sokongan komuniti Cina dan India, Dr Mahathir dan UMNO Barunya mungkin telah diusir keluar pada tahun 1998 lagi.

Selepas pembebasan Anwar pada tahun 2004, ketiga-tiga parti terbesar dalam pakatan pembangkang- PAS, PKR dan DAP bersatu dan membentuk pakatan politik baru yang berjaya meraih sokongan yang mencukupi untuk merampas kuasa di 5 negeri di Semenanjung Malaysia pada pilihanraya umum tahun 2008.

Apa yang dikenali kemudian dengan nama tsunami politik 2008, telah membuka mata sebahagian besar populasi di negara ini. PAS bukan lagi dilihat sebagai ancaman kepada komuniti Cina.
Akhirnya, orang Melayu sedar bahawa DAP yang didominasikan oleh Cina bukanlah terdiri daripada Komunis dan Kristian semata-mata.

Pilihanraya umum 2013 ataupun PRU ke-13 juga menjadi pembuka mata. Pakatan Rakyat pimpinan Anwar telah berjaya mendapatkan undi popular, memperolehi 52% daripada jumlah undi berbanding UMNO dan Barisan Nasional, yang hanya berjaya mendapatkan 47% daripada jumlah keseluruhan.

Brainwash dan perbuatan menakut-nakutkan

Namun begitu, masih ramai rakyat biasa yang takut untuk menyatakan sokongan terbuka kepada pihak pembangkang, walaupun keadaan ini sedang berubah dengan begitu cepat. Inilah sebabnya kenapa pemerintahan sekarang dibawah Perdana Menteri Najib Razak sedang giat berusaha untuk mengembalikan semula undang-undang jumud yang zalim bagi menakut-nakutkan rakyat agar menjadi pak turut.

Ini juga hasil perang psikologi yang telah dilancarkan oleh UMNO sejak bertahun lamanya. Ia telah menjadi mitos bahawa mereka berada dalam kuasa kerana mewakili populasi majoriti. Sebaliknya, jika anda menganalisa dengan lebih jauh, kebenaran akan terungkai dengan sendirinya.

Walaupun kerajaan Umno mahu kita percaya bahawa kaum Bumiputra mewakili sebanyak 68 peratus daripada populasi negara, sebenarnya Umno hanya mempunyai lebih kurang 3 juta ahli yang menjadikan mereka terdiri daripada 11 peratus sahaja daripada populasi negara. Ini jika anggaran Umno terhadap ahlinya adalah benar dan bukan ditokok tambah sahaja.

68 peratus yang berada dalam statistik rasmi kami termasuk Bumiputra seramai 3.5 juta di Malaysia Timur, dimana majoriti mereka adalah orang Kristian yang tidak layak untuk menjadi ahli UMNO.
Golongan 'mamak' atau India Muslim seperti Dr Mahathir dan Sharizat Jalil hanya mewakili sebahagian kecil populasi 'Melayu'.

Orang Melayu, walaupun termasuk orang Melayu Banjar, Minangkabau, Indonesia dan Melayu di Malaysia Timur hanya berjumlah 15 juta berbanding populasi seramai 27 juta pada tahun 2010.


Melayu Umno mewakili 20% daripada jumlah populasi Melayu, 11% daripada populasi Malaysia!

Pada jumlah 3 juta, ahli Umno hanya mewakili 20 peratus daripada populasi Melayu. Yang lain adalah sama ada ahli parti politik seperti PAS dan PKR, atau mereka yang tidak menyokong mana-mana parti dan berdiri diatas pagar.

Menariknya, apabila isu Allah telah menjadi perdebatan hangat, UMNO cuba untuk menjadi wakil kepada populasi Islam walaupun pemimpin seperti Anwar dan juga Mursyidul Am PAS, Tok Guru Nik Aziz telah menyatakan bahawa orang bukan Islam boleh menggunakan nama Allah jika kena pada tempatnya.

Semasa berkempen untuk jawatan timbalan naib presiden, penyandang jawatan, Ahmad Zahid Hamidi sungguh lantang. Bagi Umno, dia dinobatkan sebagai hero. Namun bagi seluruh rakyat yang lain, dia merupakan 'Melayu ultra', namun persoalan yang bermain diminda kita adalah kenapa dia begitu berani untuk menjatuhkan reputasinya demi merebut jawatan timbalan naib presiden itu? Adakah benar dia mewakili majoriti jiran dan sahabat Melayu kita?

Adakah Najib Abdul Razak, perdana menteri kita, telah dilantik kerana undi majoriti ataupun sebenarnya oleh 24 orang ahli majlis tertinggi UMNO sahaja?

Mungkin inilah kenapa Najib, gagal memenangi hati rakyat walaupun telah berusaha separuh mati, jika dibandingkan dengan Abdullah Badawi yang hanya melaungkan slogan mudah, "Bekerja dengan saya dan bukan untuk saya!"

Umno itu sendiri sudah berpecah

UMNO telah menggunakan kaum-kaum lain seperti tempat untuk melepas geram. Inilah sebabnya, bila ada peluang, masyarakat lain akan membalas dendam terhadap UMNO. UMNO tidak pernah hidup dengan aman bersama kaum lain.

Malah dalam UMNO Baru, tidak seorangpun ahlinya, bersependapat dengan kepimpinan yang ada sekarang. Seorang pakcik yang berumur pernah memberitahu kami, "Anak muda, pada masa lalu, orang Melayu lebih banyak berbicara tentang Islam. Hari ini, mereka berbicara tentang wang. "

Seperti rakan-rakan Melayu yang lain, beliau memberitahu kami bahawa para pemimpin bahagian UMNO akan "membuat kacau" (menakut-nakutkan) keatas dirinya, jika beliau dilihat menyokong Pakatan Rakyat.

Daripada 3 juta ahli, kami percaya bahawa ramai yang menyertai Umno untuk mendapatkan kontrak kerajaan – seperti kes bekas bos kami yang pernah berkata, "Saya hanya mendaftar sebagai ahli MCA selepas dipaksa berkali-kali, tetapi sebenarnya, saya telah mengundi DAP seumur hidup saya! "

Panglima Umno takut kepada kaum minoriti, bergantung kepada raja M'sia Timur seperti Taib Mahmud

Yang lain dalam UMNO mempunyai pandangan yang berbeza dan sebenarnya memusuhi Kumpulan A , yang masih menguasai parti sejak 1987 apabila UMNO Baru ditubuhkan oleh Dr Mahathir.
Seperti mana-mana parti politik yang berkuasa, terdapat kelompok lain dalam UMNO yang cuba untuk merebut kuasa.

Dalam Kumpulan A, ada puak popular yang terdiri daripada sepupu Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang juga Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Hussein, serta pasukan bapa dan anak Mahathir Mohamad dan Mukhriz yang ingin berkuasa.

Kumpulan Abdullah Badawi - Khairy Jamaluddin merupakan kumpulan yang menjadi penonton dan menunggu peluang selepas Badawi , iaitu dari Kumpulan B yang telah disingkirkan oleh Dr Mahathir.

UMNO tidak takut kepada mana-mana masyarakat etnik yang lain. Sebaliknya mereka lebih takutkan orang-orang seperti Ketua Menteri Sarawak Taib Mahmud jika mereka meninggalkan BN.

Atas sebab ini, walaupun pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan telah beberapa kali mendesak, kerajaan pimpinan UMNO tidak akan menyiasat Taib. Ia bukanlah kerana kerajaan tidak mempunyai bukti yang cukup , sebaliknya, ia adalah kerana Taib tahu bahawa UMNO umpama lembu yang dicucuk hidung dan dialah yang sedang memegang rantai itu.

80/20 Penguasaan

Oleh kerana politik wang tidak pernah menjadi isu di dalam UMNO Baru, kini, dengan mengetahui bahawa Najib mempunyai pengaruh yang lemah ke atas parti itu, pihak akar umbi UMNO boleh menuntut 'gaji' lebih untuk kerja-kerja dimana mereka perlu laksanakan.

Di peringkat akar umbi, ini adalah tiket mereka untuk mengaut kekayaan dari khazanah negara, terutamanya apabila kekayaan haram yang dirompak oleh beberapa orang elit UMNO mencapai sehingga berbilion-bilion ringgit. Lagipun, apalah saja nilai berjuta-juta ringgit lagi?

Pemimpin UMNO tahu bahawa mereka tidak boleh terus berada dalam kuasa jika kedudukan mereka tergugat. Oleh itu, mereka sanggup melakukan apa saja untuk meraih sokongan akar umbi mereka.
Sehinggalah 80 peratus daripada penduduk mula sedar bahawa 20 peratus yang terdiri daripada "elit UMNO" yang menentukan kehidupan mereka, kestabilan negara ini akan terus menjunam ke bawah skala.

80 peratus yang menjadi majoriti merupakan rakyat yang terdiri dari semua bangsa dan mereka bukanlah ahli UMNO. Mereka ingin melihat negara ini mencapai impiannya – menjadi progresif dan makmur, serta bebas daripada rasuah.

Umno bergantung kepada ekstremisme bukan mengambil jalan tengah untuk kekal menguasai kekayaan negara

Kelicikan UMNO mudah sahaja jika diperhatikan, mereka perlu kekal dalam kuasa. Oleh itu, mereka perlu mencari jalan untuk kekal berkuasa. Walau bagaimanapun, kita tidak melihat sebarang langkah kukuh yang diambil untuk berdamai walaupun sebuah pilihan raya yang jelas menunjukkan perpecahan rakyat telah diadakan pada 5 Mei 2013.

Tambahan lagi, Najib yang sedang berusaha untuk mengukuhkan kuasanya ke atas Umno , telah berpusing 360 darjah dari kedudukannya yang menjanjikan politik kesederhanaan, untuk kembali ke fahaman politik beraliran kanan. Malah, Umno boleh dianggap sebagai parti pelampau. Terdapat tanda-tanda jelas bahawa mereka mengamalkan dasar politik ala Nazi dengan menggunakan kekerasan untuk menghidupkan sistem apartheid dalam tadbir urus dan pengagihan kekayaan di negara ini.

Tidak hairanlah apabila bekas menteri Saifuddin Abdullah mengakui Umno telah beralih ke aliran kanan, sambil membuatkan hadirin ketawa dan mencemuh. "Hingga ke satu tahap, ya, parti itu telah bertukar menjadi parti beraliran kanan. Sekarang kita benar-benar perlu memperbetulkan ini, terutama setelah pemilihan Umno sudah berakhir. Beberapa pemimpin Umno, selepas pilihan raya, telah cuba untuk memahami apa yang berlaku dalam PRU ke-13 . Untuk sesetengah pihak, ia menjadi pengalaman yang membawa trauma," kata Saifuddin, bekas timbalan menteri pengajian tinggi.

Ini adalah reaksi daripada dua pemimpin Melayu - bekas menteri undang-undang Umno Zaid Ibrahim dan bekas Ketua Menteri Perak Nizar Jamaluddin.
Maaf sahabatku Saifuddin , UMNO bukan hanya menyimpang ke kanan ; Umno telah terlampau ke kanan - Zaid menulis dalam tweetnya . Apa yang melampau ke kanan? Mereka menjadi parti perkauman yang sebenar ! Sebab itulah kita sering menyaksikan dan mengalami ketidakadilan hari demi hari ! - Nizar membalas dalam tweetnya .

Biaqpila

Posted: 12 Nov 2013 03:22 PM PST

Posted by Admin Direktori Blog | | 3:22 PTG

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info

sumber :-

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info


LAKARAN WAJAH SUSPEK KES TEMBAK AHMAD RAFFLI DISEBAR

Posted: 11 Nov 2013 09:39 PM PST

Kuantan: Polis mula mengedarkan lakaran wajah seorang suspek kes pembunuhan Ketua Penolong Pengarah Penguat Kuasa Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) Ahmad Raffli Ab Malek sebentar tadi.

Ketua Polis Pahang Datuk Sharifudin Ab Ghani berkata, lakaran itu membabitkan suspek yang memberi salam kepada mangsa sebelum rakannya melepaskan tiga das tembakan ke arah Mohd Raffli.

"Suspek dianggarkan berusia lingkungan 50 tahun dan saya percaya kes ini dapat diselesaikan tidak lama lagi," katanya dalam sidang media tadi.

Beliau berkata, lakaran itu 70 peratus tepat berdasarkan maklumat yang diperolehi.

"Suspek bertubuh sasa, berkulit sawa matang, rambut dan misai beruban.

"Sehubungan itu, polis meminta orang ramai yang mempunya maklumat supaya menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuantan di talian 095132222 atau bilik gerakan IPD Kuantan di 095142999," katanya.

Dewan Pemuda Pas Kawasan Bukit Katil

Dewan Pemuda Pas Kawasan Bukit Katil


Isu zakat, SAR diketengah dalam sidang Dun Melaka

Posted: 12 Nov 2013 08:24 PM PST

MELAKA: Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bukit Baru, Dr Md Khalid Kassim akan memastikan isu berkaitan dengan umat Islam di negeri ini mendapat perhatian daripada kerajaan negeri.


Sama ada ia berbentuk penyelesaian kepada masalah yang dihadapi oleh rakyat atau pembelaan kepada institusi berkaitan, beliau akan membawa perkara itu pada persidangan Dun.



Begitupun, selaku wakil rakyat kepada penduduk berbilang kaum di Dun Bukit Baru, permasalahan setempat akan terus disentuh dan disalurkan kepada jabatan-jabatan dan agensi-agensi berkenaan.



Isu berkaitan zakat dan sekolah agama rakyat rakyat (SAR) antara perkara yang menjadi fokus beliau untuk diketengahkan pada persidangan Dun nanti.



Ini kerana PAS Melaka sebelum ini pernah mendakwa wujud penyelewengan menggunakan wang zakat berkait dengan pembinaan bangunan. 



Isu itu menimbulkan rasa tidak puas hati di kalangan rakyat walaupun pembinaan bangunan itu dikatakan daripada duit 'lebihan' sedangkan masih ramai golongan miskin tidak mendapat pembelaan melalui agihan wang zakat.



Walaupun isu itu timbul sebelum beliau menjadi wakil rakyat dan di bawah kerajaan negeri yang dipimpin oleh Ketua Menteri yang lalu, namun aspek pengagihan zakat kepada asnaf yang layak akan diberikan perhatian.



Ini, katanya termasuk sumbangan zakat kepada asnaf fisabilillah seperti para pelajar yang mengambil kursus pengajian Islam di luar negara.



Tambahnya, beliau tidak pasti sama ada benar atau tidak mengenai aduan para pelajar yang menerima bantuan zakat dikatakan perlu membayar semula.



Justeru, perkara seperti itu dan pengagihan kepada semua asnaf akan diketengahkan dalam persidangan Dun untuk mendapat penjelasan daripada kerajaan negeri.



Selain itu, Dr Khalid akan turut menyentuh keadaan SAR yang kebanyakannya masih daif dan sukar untuk meneruskan operasi.



"Saya juga akan cuba membangkitkan isu yang berkait dengan masa depan guru-guru SAR dan Kafa di negeri ini agar pihak kerajaan negeri memberikan perhatian untuk membela nasib mereka," ujarnya.



Bagi mantan Timbalan Pengarah Hospital Melaka itu, guru-guru SAR dan Kafa sewajarnya mendapat pembelaan daripada kerajaan negeri dari segi gaji, status jawatan dan lain-lain yang berkaitan.



Dalam pada itu, beliau mendapati ramai para pelajar dalam Dun Bukit Baru  berpotensi untuk maju tetapi menghadapi masalah kekangan kewangan.



Menyedari pentingnya pelajaran, beliau merancang untuk mengadakan kelas bimbingan secara percuma kepada para pelajar agar mereka dapat memberikan tumpuan yang sebaik-baiknya untuk mencapai kejayaan.



Justeru, Dr Khalid mengharapkan sumbangan daripada orang ramai bagi mewujudkan kelas-kelas bimbingan dan melaksanakan lain-lain aktiviti kebajikan kepada rakyat yang diwakilinya selaku Adun pertama PAS di negeri ini.



Sumbangan boleh dibuat atas nama Tabung Dana Dun Bukit Baru melalui akaun Maybank 554026265358 atau BIMB 04015010064536. ~harakahdaily






Blog Rasmi Dewan Pemuda PAS Puchong

Blog Rasmi Dewan Pemuda PAS Puchong


Ibrahim Libya Bukan Ajaran Sesat Dan Ganas.

Posted: 12 Nov 2013 07:48 AM PST


Dewan Pemuda PAS Selangor melahirkan rasa kesal atas tindakan gopoh akhbar The Star menyenaraikan Ustaz Ibrahim Libya sebagai sesat dan ganas.

Di dalam tulisan akhbar  hari ini di bawah tajuk "Major cases involving violant deviant groups in Malaysia", akhbar ini secara sengaja dan tidak bertanggungjawab meletakkan nama Ustaz Ibrahim Libya bersama-sama ajaran-ajaran sesat dan ganas yang lain seperti Al-Maunah, Tuhan Harun dan  Al-Mahdi.

Ia ternyata satu tindakan berniat jahat untuk mengelirukan masyarakat terhadap PAS kerana tokoh agama Ustaz Ibrahim Libya yang sinonim dengan Tragedi Memali ini adalah sebahagian tragedi yang melibatkan PAS.

DPPNS menafikan sekeras-kerasnya bahawa mereka yang terlibat dalam tragedi ini adalah sesat dan ganas.

Dalam peristiwa 30 tahun lalu ini, Ustaz Ibrahim Libya  bersama anak-anak muridnya yang diserang oleh pihak polis dan mereka yang memulakan serangan. Ternyata ia berbeza dengan 3 kes yang dinyatakan oleh akhbar berkenaan.

Secara tidak langsung akhbar ini turut menghina kebarangakata Sultan Kedah Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah yang telah mencemar duli menziarahi di pusara Ustaz Ibrahim Libya dan para mangsa tragedi ini. Manakala Allahyarham Tuan Guru Omar Zuhdi, Pondok Lanai, Kedah telah mengeluarkan fatwa bahawa Ustaz Ibrahim Libya dan anak muridnya dikategorikan sebagai syahid. 

Selain itu Majlis Fatwa Negeri Kedah tidak pernah mengeluarkan kenyataan bahawa peristiwa Memali sebagai memerangi golongan sesat sebaliknya sekadar tidak mengesahkan istilah syahid bagi mereka yang terkorban di situ.

Ia ternyata satu perancangan jahat media untuk memburuk-burukkan PAS.

DPPNS menggesa agar akhbar tersebut memohon maaf kepada ahli keluarga Ustaz Ibrahim Libya dan Pas serta menarik balik tulisan berkenaan. Dalam masa sama DPPNS mendesak agar mana-mana pihak yang cuba untuk menyentuh berhubung isu tersebut hendaklah mendapat penjelasan dari pihak Pas terlebih dahulu agar luka yang telah lama terpendam tidak di bongkar sesuka hati oleh mereka yang tidak bertanggungjawab, terutamanya kepada pihak editorial The Star agar lebih berhati-hati pada masa hadapan.

Syarhan Humaizi Halim
Ketua Pemuda
Dewan Pemuda Pas Negeri Selangor
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Anak Muda Kampung Nak Senang

Anak Muda Kampung Nak Senang


Polis edar lakaran wajah suspek kes bunuh pegawai kanan JAIP

Posted: 12 Nov 2013 05:30 AM PST


Polis edar lakaran wajah suspek kes bunuh pegawai kanan JAIP
2013/11/12

KUANTAN: Polis Pahang hari ini mengedarkan lakaran wajah seorang suspek kes pembunuhan Ketua Penolong Pengarah Penguat Kuasa Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP), Ahmad Rafli Abd Malek, Ahad lalu.

Ketua Polis Pahang, Datuk Sharifuddin Ab Ghani, berkata lakaran itu membabitkan suspek yang memberi salam kepada mangsa sebelum rakannya melepaskan tiga das tembakan ke arah mangsa.

"Suspek dianggarkan berusia lingkungan 50 tahun dan saya percaya kes ini dapat diselesaikan tidak lama lagi," katanya pada sidang media sebentar tadi.

Kenapa kumpulan ajaran sesat Tuhan Harun berpusat di Pahang?

Posted: 11 Nov 2013 02:43 PM PST


Setelah ketua kumpulan ajaran sesat "Tuhan Harun" yang terlibat dengan penyelewengan pelaburan beratus-ratus juta ringgit ditangkap oleh As Syahid Ustaz Rafli yang mati ditembak pada 10 November 2013 barulah pihak berkuasa mendakwanya atas kesalahan penyelewangan wang. Secara tidak langsung As Syahid Ustaz Rafli bukan saja berjaya membanteras ajaran sesat tetapi berjaya membongkar kes penipuan wang melibatkan beratus-ratus juta ringgit. Di mana wang beratus-ratus juta ringgit itu disimpan sekarang?????

KUALA TERENGGANU: Individu paling dikehendaki Bank Negara Malaysia (BNM) berhubung kes penipuan membabitkan kerugian RM200 juta, Harun Mat Saat, 45, dipercayai menggunakan alamat palsu bagi mengelak diburu pihak berkuasa ketika menjalankan kegiatan.

DINA MENCURI LEBIH BND $91 JUTA DARI HAMPIR 5000 ORG BRUNEI.

Wednesday June 8, 2011
Self-styled prophet talks about lewd acts
HARUN MAT Saat, who claims to be the prophesied messiah Imam Mahdi, talked about lewd acts during a series of "religious" ceramah aimed at promoting his get-rich-quick scheme, reported Harian Metro.

Jumaat April 10, 2009
Konsert Malam Seribu Karya diteruskan tanpa Siti
VISUAL laser bertulis kalimah Allah, Nabi Muhammad dan bismillah merupakan antara tarikan dalam Konsert Malam Seribu Karya Rock Rohani di Stadium Malawati, Shah Alam pada 18 April ini. Jalan cerita tersebut berkisarkan tentang kehidupan, perniagaan dan visi yang ingin dicapai oleh penaung Karya Hadani, Ustaz Harun Mat Saad.
Selain Ustaz Harun, konsert ini akan dijayakan oleh artis yang bernaung di bawah Karya Hadani Yantzen, Razak Ahmad, Ezam Akar, Sham Barongan dan Rahmad Mega.

Ustaz Harun lucah
KUALA LUMPUR: Bukan hanya mengaku dirinya jelmaan Imam Mahdi dan berkuasa mengalih posisi bulan, bintang dan matahari, malah Ustaz Harun tanpa segan silu beraksi 'panas' ketika menyampaikan ucapan atau syarahan kepada pengikutnya.
"Lebih menghairankan, sepanjang menjadi pengikutnya saya tak pernah melihat dia menunaikan solat dan sering menolak ajakan kami dengan pelbagai alasan," katanya.

Barisan Nasional

Barisan Nasional


Ohpolitik!™

Posted: 12 Nov 2013 03:34 AM PST

Ohpolitik!™


AWAS!! Pegawai JAKIM Akan Dibekalkan Senjata Api #MalaysiaNews

Posted: 12 Nov 2013 12:09 AM PST



Pegawai penguatkuasa jabatan agama Islam akan dibekalkan dengan senjata api ketika mereka bertugas.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata, ia merupakan antara cadangan yang akan dipertimbangkan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dalam usaha memastikan keselamatan pegawainya terjamin.
Walaupun mengakui penggunaan senjata api bukanlah penyelesaian terbaik, Jamil Khir berkata usaha mempertingkatkan tahap keselamatan adalah lebih penting kerana pegawai penguatkuasa perlu diberi keyakinan mengenai keselamatan mereka.
"Senjata api akan dibekalkan kepada pegawai penguatkuasa ketika mereka bertugas namun bagaimana pula ketika pegawai ini berada di rumah.
"Jakim sedang melihat kepada semua aspek ini termasuk rondaan secara berkala oleh kereta peronda polis di kawasan kediaman bagi memastikan keselamatan mereka terjamin," katanya.
Jamil berkata demikian sebagai mengulas kematian Ketua Penolong Pengarah Penguatkuasaan Jabatan Agama Islam Pahang (Jaip), Ahmad Rafli Abdul Malek.
Ahmad Rafli, 49, ditembak mati dihadapan rumahnya di Indera Mahkota 2, Kuantan pada Ahad.
Mangsa ditembak dari jarak dekat oleh suspek yang memakai jubah hitam dan berkopiah sebaik sahaja menjawab salam daripada suspek.
Pengikut kumpulan ajaran sesat, Tuhan Harun dipercayai terlibat dengan kes pembunuhan berkenaan.
Jamil Khir berkata sekurang-kurangya lapan kumpulan ajaran sesat dikenalpasti masih bergiat aktif di negara ini namun tidak ada yang berbahaya seperti kumpulan yang didakwa terlibat dalam pembunuhan Ahmad Rafli.
"Mereka (lapan kumpulan) tidak terlalu agresif," katanya.
Beliau berkata kumpulan tersebut bergerak secara sulit dan agar sukar untuk dikesan.
"Kebanyakannya menggunakan pendekatan yang lembut untuk mendapatkan pengikut dan agak sukar untuk mendakwa mereka kerana bukti yang tidak mencukupi serta kekurangan saksi," katanya.
"Mereka (kumpulan ajaran sesat) ini seperti penyakit, kita juga tidak tahu bila mereka akan muncul," katanya.

TUNTUT JANJI Pemilik Akuan FB Potong Ibu Jari JIKA POLIS DAPAT TANGKAP PEMBUNUH PEGAWAI AMBANK

Posted: 11 Nov 2013 11:54 PM PST

facebook-cabar-polis

Sejak kes pengawal keselamatan yang menembak kejam seorang pegawai Ambank tempohari, berbagai-bagai persepsi kepada pasukan keselamatan negara, Polis Diraja Malaysia dengan pelbagai andaian negatif. Malah kerajaan juga dipersalahkan di atas jenayah kejam ini.

Bermula menuduh kerajaan bersengkongkol berkaitan dengan kad pengenalan palsu hinggalah pasukan polis gagal mengekang kejadian jenayah tersebut. Tidak menghairankan.. Sudah menjadi lumrah pembangkang akan mempolitik apa jua kejadian yang berlaku dalam negara.

Ada juga yang menganggap pihak Polis tidak akan dapat mengesan dan menangkap penjenayah tersebut dengan alasan-alasan bodoh yang diberikan hingga sanggup memotong ibu jari jika Polis berjaya menahan dan menangkap penjenayah tersebut.

Penjenayah sudah ditangkap dan direman. Apa lagi, rakyat Malaysia menuntut tunaikan janji. Potonglah ibu jari kalau berani! AppleBiru

MP PKR Kuantan Mencadangkan Motor Berkuasa Tinggi Dikenakan TOL!! #DewanRakyat #ParlimenMalaysia

Posted: 11 Nov 2013 10:50 PM PST



Fuziah Salleh (PKR-Kuantan) mempersoal mengapa motosikal berkuasa tinggi yang tidak perlu membayar tol di lebuh raya.

Menjawab persoalan itu,  Menteri Kerja Raya Datuk Fadillah Yusof berkata motosikal berkuasa tinggi tidak dikenakan bayaran tol kerana ia termasuk di bawah kategori kenderaan dua roda yang dikecualikan daripada kutipan tol.

Untuk Rekod, hampir semua perjanjian konsesi lebuh raya tidak mengenakan tol kepada motosikal, kecuali di Lebuhraya Linkedua Malaysia-Singapura (Plaza Tol Tanjung Kupang), dan Jambatan Pulau Pinang yang mana motosikal turut dikenakan tol.

Lepas ni, bila tol dikenakan terhadap motor berkuasa tinggi, puak Pakatan Rakyat jugala akan berlagak hero kononnya mereka menetang keras pembayarn tol ini.

Johor Sahkan Cuti Mingguan diubah Kepada Jumaat dan Sabtu BERMULA JANUARI 2014

Posted: 11 Nov 2013 08:34 PM PST


Negeri Johor Darul Takzim sudah confirm cuti mingguan diubah kembali kepada hari Jumaat dan Sabtu bermula Januari 2014.

Diberitakan, Sultan Johor telah memberi perkenan berhubung cuti mingguan ini. Sehubungan itu, hari Ahad merupakan hari bekerja bagi negeri Johor seperti mana digunapakai di Kedah, Kelantan dan Terengganu.


Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

JANGAN MUDAH PERCAYA MENGENAI KHABAR ANGIN PELARASAN 3 ELAUN Melalui Whatapps!!

Posted: 11 Nov 2013 08:18 PM PST

Kementerian Kewangan menerima banyak aduan mengenai Penyelarasan 3 elaun bagi 1.1 juta pada hari ini.

Berita mengenai perkara ini hanyalah khabar angin yang disebarkan oleh individu yang tidak bertanggungjawab. Menurut Ketua Pengarah Kementerian kewangan, pihaknya tidak pernah mengeluarkan apa-apa pekeliling mengenai perkara ini.

Orang awam dinasihati supaya tidak menyebarkan khabar angin ini di mana-mana laman sosial dan blog persendiri.

Tindakan tatatertib akan diambil sekiranya berita yang disebarkan ini melibatkan penjawat awam.



Whatapps Berita Kenaikan 3 Elaun Naik 2014 1.1 Juta Penjawat Awam?
Pelarasan 3 elaun bagi 1.1 juta pejawat awam bagi tahun 2014 – Selaras dengan pengumuman MAPPA Bil.1/2012
Lebih 1.1juta penjawat awam yang berada di skim perkhidmatan awam akan menerima pelarasan 3 elaun yang ditambah baik di bawah rancangan transformasi Perkhidmatan Awam 2014 akan diumumkan pada 15 November 2013 ini.
Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Tan Sri Mohamad Zabidi Zainal berkata, sudah sampai masanya 3 elaun utama diberikan kadar semasa sesuai dengan peningkatan kos sara hidup di malaysia.Walaubagaimanapun, elaun kritikal Khas bagi PDRM & ATM akan diperkenalkan dengan kadar RM1200 bagi smua Gred, dan itu tidak termasuk dalam 3 pelarasan elaun utama.
Menurutnya perjumpaan bersama Cuepacs dan kementerian terlibat untuk memberi maklumat terperinci pelarasan itu akan diadakan bermula Januari 2014.
Bercakap pada sidang akhbar selepas mengadakan pertemuan dengan Cuepacs mengenai pelarasan elaun itu di sini hari ini, Mohamad Zabidi berkata mereka yang berada di bandar dengan kadar cola 300 tidak terlibat dengan elaun perumahan yang akan diberikan kenaikan samarata iaitu RM600 dan bagi mereka yang berada di bandar akan menerima elaun kos tempat tinggal iaitu RM800, dan untuk kadar Cola diselaraskan RM 500 samarata.Selain itu, kerajaan msih mengekalkan elaun Itka, dan 1 elaun baru diperkenalkan iaitu elaun SBM(Subsidi Bahan Mentah) iaitu untuk Gred 11-16 RM250 , 17-41 RM 150.
Kenaikan kadar ini tidak terlibat bagi anggota keselamatan PDRM,ATM dengan mengambil kira kenaikan elaun khas.
Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

PANAS!! N Surendran di Halau Keluar Oleh Pandikar Amin #DewanRakyat #ParlimenMalaysia

Posted: 11 Nov 2013 07:52 PM PST




Pandikar Amin pagi ini bertindak tegas dengan mengarahkan Ahli Parlimen Padang Serai keluar dewan apabila ahli parlimen berkenaan dilihat tidak memberikan kerjasama dalam memastikan Dewan Rakyat bersidang mengikut tatacara persidangan Parlimen Malaysia seperti yang ditetapkan.

Dipercayai, sekarang ramailah media pakatan rakyat akan menemuramah Surendran berhubung isu beliau diarahkan keluar sekali lagi hari ini.

Kempen Anjing Calon Pemilihan PAS : Anak Nik Aziz TUDUH KERJA UMNO!!

Posted: 11 Nov 2013 07:17 PM PST

 

Timbalan Ketua Pemuda PAS, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz hari ini mendakwa dalang yang memburuk-burukkan calon Ketua Dewan Pemuda PAS Zulhazmi Shariff adalah daripada Umno. 

Tanpa mengesahkan dan meyakinkan tuduhannya itu, Nik Abduh secara lantang berkata provokasi itu hanya akan dilakukan oleh musuh ketat partinya, Umno. 

Tambahnya lagi, PAS mengamalkan etika pemilihan parti yang berakhlak dan mustahil dalangnya adalah dari dalam parti. 


"Itu saya fikir daripada Umno bukan daripada kita (PAS) itu provokasi untuk mengkhianati pemilihan dalam.

"Saya tengok gambar itu saya boleh tengok, kalau tidak Umno, orang nak khianatlah," katanya kepada wartawan di lobi Parlimen sebentar tadi. 

Melalui akaun Facebook 'Fikrah Islamiah Pilihan Kami', wajah Zulhazmi diubah dengan muka berupa anjing.

Malah pemilik akaun tersebut turut memuat naik beberapa mesej yang merujuk kepada konsep kerajaan perpaduan yang sebelum ini sering disuarakan bekas Timbalan Presiden PAS, Nasharuddin Mat Isa dan bekas Pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Dr Hassan Ali, yang didakwanya sebagai 'anjing-anjing liberal'.

Alasan yang diberikan oleh Nik Abduh dilihat bertentangan dengan tindakan 'tidak beretika' oleh  PAS baru-baru ini semasa Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Sungai Limau yang menyunting gambar calon yang kini ADUN kawasan tersebut, Mohd. Azam Abd Samat bersama Ketua Biro Sinar Harian Utara, Mohd. Idros Mohd. Ali sedang duduk berbual mesra bersama bekas Menteri Besar Kedah, Allahyarham Tan Sri Azizan Abdul Razak.

Tindakan itu jelas hanya mahu menarik perhatian penduduk sekitar Sungai Limau yang menyanjung tinggi kepimpinan Allahyarham Azizan. 

Nik Abduh yang juga Ahli Parlimen Pasir Mas selain itu menambah, PAS mengalu-alukan pencalonan Zulhazmi untuk bertanding bagi jawatan Ketua Pemuda walaupun menyedari beliau yang dikenali sebagai 'peguam PAS' tidak pernah menggangotai Pemuda PAS sebelum ini. 

"Bukan dari PAS, itu bukan akhlak etika PAS, saya mengalu-alukan pertandingan tiga penjuru walaupun orang bercakap Zulhazmi ini bukan daripada jalur lama pemuda di peringkat kawasan dan sebagainya. 

"Tapi oleh kerana ada pencalonan untuk dia (Zulhazmi) kita alu-alukan," jelas beliau.

Menjelang Pemilihan Jawatankuasa PAS Pusat 2013-2015 hujung bulan ini, jawatan Ketua Pemuda PAS bakal menyaksikan pertembungan tiga penjuru oleh Zulhazmi Shariff, Suhaizan Kaian dan Kamaruzaman Mohamad.

Lakaran Suspek Tembak Pegawai Kanan JAIP

Posted: 11 Nov 2013 07:01 PM PST


Susulan kes bunuh Ketua Penolong Pengarah (Penguatkuasaan), Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP), Dato' Sharifuddin Ab Ghani, Ketua Polis Pahang telah mengadakan sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pahang sebentar tadi.

Lakaran wajah suspek diedarkan kepada pihak media dan turut akan dipamerkan dimerata tempat. Beliau menyeru orang ramai bekerjasama menyalurkan sebarang maklumat bagi mengesan dan menangkap penjenayah terbabit. Sebarang maklumat boleh disalurkan kepada Pegawai Penyiasat, ASP Zukri Muhammad di talian 013-9764999 atau Ibupejabat Polis Daerah Kuantan di talian 09-5652222 atau talian hotline 09-5142999 atau mana-mana balai polis berhampiran.

Diskripsi Suspek:
Susuk tubuh : Sasa
Warna kulit : Sawo matang
Warna rambut : Beruban
Bulu kening : Halus
Hidung : Sederhana
Bangsa : Melayu
Mulut : Nipis
Warna misai : Beruban
Umur : Lingkungan 55 tahun
Jantina : Lelaki
Ketinggian : 170

#PakatanRakyat Sedia Khidmat Guaman Bantu Ardi?

Posted: 11 Nov 2013 06:58 PM PST


Apa pun, dalam 'keterujaan' ini, Pakatan Rakyat mahu hak asasi Ardi ini diambil berat oleh pihak polis.  Dari cara dia ditangkap semalam, aku bimbang, Ardi ini akan menerima penyeksaan yang amat dahsyat di dalam tahanan nanti. 

Cuba sesiapa tanya, apa keperluannya suspek penjenayah biasa macam Ardi dikawal oleh sekurang-kurangnya 4 orang anggota komando Unit Tindakan Khas (UTK) polis yang lengkap bersenjata dan bertopeng muka?   

Dia bukan suspek pengganas, atau dari kartel dadah sehingga perlu dikawal seperti itu? 

Maka itu Pakatan Rakyat menggesa kerajaan Indonesia agar mengemukakan bantahan rasmi atas layanan tidak berperkemanusian rakyatnya oleh polis Malaysia.  Ini bersesuaian dengan gesaan Datuk Seri Anwar Ibrahim kelmarin yang mahu kerajaan negara-negara ASEAN menilai rekod hak asasi manusia di Malaysia. 

Pakatan Rakyat sendiri bersedia membantu kerajaan Indonesia dimana perlu dalam soal ini, termasuk menyediakan bantuan guaman ke atas suspek berkenaan (kos ditanggung kerajaan Indonesia).

memetik sumber http://www.negarapakatanrakyat.blogspot.com 

'Tuhan Harun' Dipercayai Terlibat Dalam Kes Pembunuhan Pegawai Kanan JAIP

Posted: 11 Nov 2013 06:41 PM PST

Kumpulan yang menggelarkan diri mereka sebagai 'Tuhan Harun' pernah ditahan oleh Jabatan Agama Islam Pahang kerana terlibat dengan ajaran sesat dan tudahan melakukan penipuan.
Kini, ahli kumpulan ajaran sesat yang diketuai oleh Harun Mat Saad, 47 dipercayai terlibat dalam kes pembunuhan Ketua Pengarah Bahagian Penguatkuasaan Jaip Ahmad Rafli Abdul Malek dihadapan rumahnya pada Ahad.
Polis percaya kumpulan berkenaan mempunyai kaitan dengan kes pembunuhan tersebut menggesa 31 pengikut kumpulan berkenaan menyerah diri.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar menggesa mereka segera menyerah diri kepada pihak berkuasa.
"Saya menasihatkan agar mereka menyerah diri kerana jika tidak kita akan memburu mereka. Kita mahu menyoal siaasat mereka berhubung kes pembunuhan," katanya pada
Ahmad Rafli, 49, ditembak mati di bahagian kepala di hadapan rumahnya di Mahkota 2 , Kuantan selepas seorang lelaki yang memakai jubah hitam dan berkopiah memberi bertemu dengannya.
Ketika dia sedang membuka pintu dan berjalan ke arah pintu pagar seorang lagi lelaki yang berpakaian sama melepaskan tiga das tembakan ke arah mangsa.
Dua das tembakan terkena bahagian dada Ahmad Rafli menyebabkan mangsa mati di tempat kejadian, sementara satu lagi tembakan tersasar dan mengenai saluran paip rumahnya.
Khalid berkata mereka sedang menyiasat sama ada pembunuhan tersebut mempunyai kaitan dengan tugas Ahmad Rafli sebagai ketua penguatkuasa, termasuk penyebaran ajaran Syiah serta kumpulan ajaran sesat Tuhan Harun.
"Kami tidak mengetepikan sebarang kemungkinan. Kami meyeru semua jabatan termasuk Jabatan Menjejaki Pengganas Bukit Aman membantu siasatan. Kami telah menubuhkan satu pasukan petugas untuk mengesan mereka yang bertanggungjawab," katanya.
Di satu lagi majlis di Pulau Pinang, Khalid berkata tiada bukti yang menunjukkan pengikut Syiah terlibat dalam kes tembakan berkenaan, beliau menegaskan polis percaya kumpulan ajaran sesat Tuhan Harun dipercayai terlibat dalam kes tembakan tersebut.
"Kami menyedari terdapat aktviti Syiah di sesetengah sekolah dan apa yang kami risaukan adalah pengikut kumpulan ini akan menjadi pelampau dan akhirnya menyertai kumpulan militan," katanya.
Sementara itu, Ketu Polis Pahang, Datuk Sharifudin Ab Ghani berkata, polis percaya kes pembunuhan tersebut mungkin bermotifkan dendam atau tidak berpuas hati dengan tugas Allahyarham sebagai ketua penguatkuasa dalam kes yang dikendalikannya.
Beliau berkata pihak polis akan mengawal rumah mangsa bagi memastikan keselamatan ahli keluarga Allahyarham.
Ahmad Rafli meninggalkan seorang balu, Rosmahwani Abdul Wahab, 41 , dan lima anak.
Beliau dikebumikan pada pukul 10.50 pagi Isnin di tanah perkuburan Islam, Jalan Bukit Ubi.

TERBUKTI!! #MuktamarPAS : DAP Mula Pasang Kaki Dalam PAS!!

Posted: 11 Nov 2013 06:09 PM PST


Keputusan Naib Presiden Pas,Datuk Husam Musa untuk tidak bertanding jawatan Timbalan Presiden benar-benar memeranjatkan semua pihak.Ini kerana pengunduran tersebut bakal menyaksikan pertembungan 2 penjuru antara kumpulanLiberal dan Ulama parti itu.Namun keputusan Husam itu,mungkin disebabkan ingin mengelakkan undi kumpulan Liberal berpecah,sekali gus menyebabkan kumpulan ulama kembali menguasai parti.Sebagai contoh ketika pemilihan parti pada Muktamar Pas yang ke-55,penyertaan Husam untuk bertanding jawatan Timbalan Presiden telah menyebabkan Nasaruddin Mat Isa berjaya menduduki jawatan no-2 itu.

Muktamar yang diadakan pada tahun 2009 itu menyaksikan Ustaz Nasha (Ulama) mendapat 480 undi,Husam (Liberal) 281 undi dan Mat Sabu (Liberal) 261 undi.Seterusnya pemilihan parti ketika Muktamar Pas ke-57,Mat Sabu berjaya merampas jawatan Timbalan Presiden, apabila menewaskan Ustaz Nasha (penyandang) dan Tuan Ibrahim Tuan Mat. Pertembungan 3 penjuru itu telah menyebabkan kumpulan Liberal berjaya menguasai parti. 

Muktamar yang diadakan pada tahun 2011 itu, menyaksikan Mat Sabu (Liberal) mendapat 420 undi,manakala Ustaz Nasha (Ulama) hanya berjaya mendapat 224 undi dan diikuti dengan Tuan Ibrahim (Ulama) dengan 399 undi.Sekiranya trend 2 pemilihan sebelum ini diambil kira,ia sudah cukup membuktikan, pertembungan 3 penjuru hanya akan menyebabkan perpecahan undi di kalangan perwakilan.Menyedari akan hakikat itu,ulama Pas dilihat mula belajar dari sejarah apabila hanya meletakkan satu calon sahaja bagi mewakili kumpulan tersebut.

Sumber dalaman parti itu sebelum ini juga mengatakan ramai di kalangan ahli Pas dikatakan tidak beberapa senang dengan kehadiran kumpulan Liberal yang pro Anwar ini yang turut dilabelkan dengan pelbagai gelaran seperti Anwarinas dan Endorgan.Malah kegagalan beberapa pemimpin Liberal pada pilihan raya umum yang lalu juga dikatakan sebagai petanda penolakan ahli parti itu secara senyap.Contohnya kekalahan Mat Sabu di parlimen Pendang,Salahuddin Ayub di parlimen Pulai dan DUN Nusajaya,Dzulkefly Ahmad di parlimen Kuala Selangor dan Husam Musa di parlimen Putrajaya.Dengan rekod tewas dalam 2 pilihan raya umum berturut-turut iaitu pada 2008 di kerusi Kuala Terangganu dan PRU-13 di parlimen Pendang,Mat Sabu dilihat bakal berdepan dengan laluan yang sukar untuk mempertahankan jawatan Timbalan Presiden. 

Itu belum lagi diambil kira dengan pendirian Mat Sabu yang cuba mempertahankan komunis sehingga menyebabkan Pas menerima pelbagai cemuhan dan kritikan.Malah pendedahan beberapa orang ahli parti itu yang mengaitkan Mat Sabu dengan ajaran sesat Syiah,juga dikatakan sebagai gerakan dari kumpulan Ulama untuk membersihkan Pas yang dilihat semakin menyimpang.Atas alasan itu,peranan Mat Sabu sebagai Timbalan Presiden juga berjaya dikurangkan dan hanya digunakan sebagai penceramah parti bagi menarik hadiran.Namun begitu,dalam banyak-banyak 'dosa' yang dilakukan oleh Mat Sabu,penglibatan dan hubungan akrabnya dengan pemimpin DAP dikatakan sebagai punca utama gerakan untuk menyingkirkannya.Dia dikatakan sering menjadi jurucakap dan pembela parti ultra kiasu itu bagi menekan Pas dalam pelbagai perkara.


Paling memeranjatkan apabila DAP melantiknya sebagai ahli lembaga pengarah Perbadanan Air Pulau Pinang.Walaupun ada yang mendakwa ia sebagai satu penghormatan kepada Pas,namun ramai yang menyifatkan 'pemberian' jawatan itu sebagai asas untuk mengatakan Mat Sabu adalah proksi DAP di dalam Pas. 

Kesimpulannya keputusan pilihan raya umum,PRK Kuala Besut dan baru-baru ini di Sungai Limau telah menyaksikan penolakan ahli dan penyokong parti itu sehingga menyebabkan Pas mula sedar dan insaf.Tahaluf Siyasi yang diadakan dengan DAP dan pengaruh Anwar di dalam Pas telah menyebabkan parti yang kononnya memperjuangkan Islam itu semakin di tinggalkan.Oleh yang demikian,jalan terbaik untuk menarik kembali sokongan ahli dan penyokong mereka,Pas perlu menjalankan satu gerakan pembersihan dengan menyingkirkan semua proksi DAP dan pengaruh Anwar bagi memastikan parti itu terus relevan.

Pemilihan PAS TIADA #DAKWATKEKAL : HANYA GUNA PENEBUK KERTAS?

Posted: 11 Nov 2013 05:55 PM PST

PAS guna penebuk khas tanda tag perwakilan 
KUALA LUMPUR: PAS akan menggunakankaedah khas iaitu menebuk setiap tag perwakilan yang telah mengundi pada pemilihan Jawatankuasa Kerja PAS pada 22 November nanti bagi mengelak pengundian berulang. 
Berkata pada sidang media di Pejabat Agung PAS pagi ini, Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan PAS Pusat bagi sesi 2013-2015, Asmuni Awi memberitahu pihaknya tidak berhasrat menggunakan dakwat kekal. 
"Dakwat kekal kita tak guna sebab ia bukannya kekal pun, kita akan menggunakan penebuk khas dan setiap tag yang dipakai oleh perwakilan akan ditebuk pada waktu pemilihan nanti. 
"Ini bagi mengenal pasti mereka telah mengundi, untuk berlaku pengundian dua kali itu mustahil sebab tag dikeluarkan oleh PAS Pusat dan ia tidak akan berlaku," katanya. 
"Kita yakin para perwakilan akan membuat pemilihan secara berhemah sepertimana yang kita amalkan sebelum ini. 
"Pemilihan secara sihat tidak ada penipuan akan berlaku ataupun pengundian dua kali," sambung beliau.  
Dianggarkan hampir 1,300 perwakilan dari seluruh negara akan menyertai muktamar kali ini dan menunaikan tanggungjawab sebagai pemilih bagi membentuk barisan kepimpinan baru Jawatankuasa Kerja PAS Pusat dan juga ketiga-tiga dewan Ulamak, Pemuda serta Muslimat bagi sesi 2013-2015. 

 

bumiyang

Posted: 12 Nov 2013 03:10 AM PST

bumiyang


Kalimah Allah Masih Belum Selamat - Gereja Katolik Kemuka Rayuan!!!

Posted: 11 Nov 2013 10:29 PM PST

Gempar!!! Dua ADUN BN Bakal Lompat Parti di Perak Kisah Benar???

Posted: 11 Nov 2013 08:57 AM PST

tunku

Posted: 12 Nov 2013 03:01 AM PST

tunku


Fundamentalist Losing Grip In PAS Coming Poll

Posted: 11 Nov 2013 11:40 PM PST

The fundamentalists hold in PAS is fast slipping away as the liberals who are young and professional have succeeded in offering the party members better 'deal' that can pave the way for the party to 'sit at Putrajaya'.

In the upcoming PAS election, the liberals have positioned themselves strategically at every level of the party hierarchy where the fundamentalists are at the 'losing end'.

Campaigns for the party poll are free for all which give the liberals more opportunities given their mobility compared to the fundamentalists who stick to their old method of giving religious ceramahs rather than giving out views on the future of the party.

Being professionals and equipped with political knowledge and the knowing aspirations of party members, the liberals clearly have an upper hand in the campaigns which further push the fundamentalists behind in the race.

Sixty-on candidates are vying for the 18 central committee posts where nearly three-quarter are professionals and liberals, those who subscribed to re-branding PAS to a Malay-based Islamic party than the present Islamic-based party.

Given the 1,500-odd delegates this time around comprising nearly half professionals and businessmen, the liberals may spring a surprise with the likely probability that incumbent deputy president Mohamad Sabu or Mat Sabu may retain his seat against fundamentalist Datuk Mohd Amar Nik Abdullah.

Similarly, the three incumbent vice-presidents – Datuk Mahfuz Omar, Datuk Husam Musa and Salahuddin Ayub – may just continue their term against fundamentalists Tuan Ibrahim Tuan Man and Datuk Abu Bakar Chik.

The fundamentalists have had their time in projecting and promoting Islamic concepts such as the setting up of an Islamic state and the implementation of Hudud to fulfill the religious obligations but until present time, the party has yet to get the goals achieved.

Except for holding on the Kelantan state government that saw a decline in influence at the May 5 general election, the fundamentalists 'authority' has been challenged by liberals such as Salor assemblyman in Kelantan Husam, who is known to be a very close associate of Parti Keadilan Rakyat (PKR) de facto chief Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Husam's new approach with PAS director of strategy Dr Zulkifli Ahmad, also known to be Anwar's close associate and a few others, are now being accepted by party members as their approached seemed practical for the party to 'move to Putrajaya'.

Forgetting the sensitivities involved in the volatile relationship in Pakatan Rakyat (PR) where the liberals 'walk the tightrope and survive' on issues involving Islam, their appearances more elegant and way they talk more convincing especially with their intellectualism.

In fact, the liberals have been actively involved in the party campaigns in two by-elections – Kuala Besut state seat in Terengganu and the recently concluded Sungai Limau state seat in Kedah – had even predicted the outcome of the two nearly correctly.

Except not heavily involved in the campaign strategy as they always 'respect the fundamentalists way' and also not to create any animosity among the factions, these liberals have been filing details on the party weaknesses and good points for future references.

In fact, their approach and style are modern and up-to-date which impress the young members more than anything else.

Compared to the fundamentalists who wear the skull cap and most times in sarungs whose talks are mostly on religious laws rather than intellectual reasoning, the faction led by non-other than the party president himself Datuk Seri Abdul Hadi Awang seems to lose credibility and influence among the younger party members.

Given such background, the fundamentalists need more than just religious talks and issues to counter the advance of the liberals come Nov 22 when delegates cast their votes.

Shafee: No plot against AG Gani Patail

Posted: 11 Nov 2013 06:08 PM PST

Senior lawyer Muhammad Shafee Abdullah has denied a plot was made against Attorney-General Abdul Gani Patail at an alleged high-level meeting at Dr Mahathir Mohamad's residence three months ago.

Former Kuala Lumpur CID chief Mat Zain Ibrahim had made this allegation recently in a statutory declaration (SD).

Shafee said there was no reason for that and Mahathir was never involved in any way.
"Irrespective of what is contained in the SD, there is no such thing as a plot or conspiracy against the AG.

"There is no reason to do that, either on the issue of the black-eye incident or the issue of the Pulau Batu Puteh case," the senior lawyer said.
Furthermore, the senior lawyer said there was no purpose to discuss the Pulau Batu Puteh matter with Mat Zain, as he was only a former police officer and not an international lawyer.

"Why should anybody be discussing with him on that regarding the issue," he said.

However, Shafee confirmed his presence at former prime minister Mahathir's residence on Aug 10, three days after Hari Raya.

He did not want to confirm the presence of others, he said, until he had read former Kuala Lumpur CID chief Mat Zain Ibrahim's statutory declaration, saying it would be unfair to the former police officer to do so.

This was also to be fair to Mahathir.
"Tun (Mahathir) is certainly not involved in all this rubbish. It was I who wanted to pay my respects to Tun. There were others who wanted to do the same," Shafee said.
The senior lawyer had just returned to the country after seeking treatment overseas. He was met on the sidelines of Anwar Ibrahim's appeal to bar him from acting for the prosecution in his Sodomy II trial.

Contextually, Shafee alleged what he read in Malaysiakini's report is totally wrong.

"But how wrong it is, I want to be fair with Mat Zain - I want to talk to him, as I just got back from medical leave overseas."

He added that he would hold a press conference, possibly tomorrow, after he gets a full copy of Mat Zain's statutory declaration.
'No-holds-barred press conference'

Shafee said for some strange reason, the maker of the SD as well as the people who have the SD are not making it available to him.

"I cannot tell you with precision as I have not seen the SD. I do not want to be guessing. What Malaysiakini prints or The Malaysian Insider prints maybe a misquotation of the SD, and I want to rebut."

"If I receive the SD today, I will call for a press conference tomorrow... to make certain corrections, to certain things - if they are true - as stated in the press.

"I do not know if (the report) is accurately reflective of the SD. That is why I want to see the SD, to be fair to him," Shafee said, adding that he would answer everything. He promised a "no holds barred" press conference where he will answer as much he can.

Asked what had transpired at the meeting, Shafee also suggested that the media was not being fair in seeking his comments without giving him a copy of the SD.

"I do not want to comment now because I do not know what Mat Zain said. If some of you have the SD but you were told not to give it to me... shouldn't freedom of information be for everybody?

"Mat Zain cited names, shouldn't a copy be given to Tun, a copy to me, or (former Commercial Crime Investigation Department director) Ramli Yusuff and also (Mahathir's former political secretary) Matthias (Chang)," he asked.

How is he to answer or verify what is correct and what is wrong without looking at the SD, Shafee asked.

Mat Zain had said he made his SD detailing what had transpired during the meeting at Shafee's house and then at Mahathir's house.

Aspirasi Bangsa

Posted: 12 Nov 2013 01:55 AM PST

Aspirasi Bangsa


Lies, damned lies, and statistics.

Posted: 11 Nov 2013 08:35 PM PST

Taipingmali (tm)

Posted: 12 Nov 2013 01:09 AM PST

Taipingmali (tm)


Kenapa DAP Takut Pada Sejarah?

Posted: 11 Nov 2013 02:11 AM PST







Pengumuman Menteri Pelajaran Kedua Datuk Seri Idris Jusoh untuk menjadikan Sejarah sebagai subjek wajib lulus bagi peperiksaan SPM menerima cemuhan dan bangkangan hebat dari DAP. Menurut Idris, kerajaan bukan berniat untuk menggagalkan para pelajar SPM tetapi hanya ingin memastikan mereka mempunyai pengetahuan mengenai sejarah asas negara ini. Jika subjek itu tidak dijadikan wajib lulus, maka ramai yang akan hanya mempelajarinya secara sambil lewa atau mengenepikannya langsung.



Blog Lim Kit Siang memaparkan tulisan Koon Yew Yin yang membincangkan perkara ini dari sudut pandangan DAP. Yew Yin menyifatkan keputusan ini merupakan satu tindakan paling teruk bagi pendidikan di Malaysia. Hujahnya, sistem pembelajaran di negara ini sudah cukup teruk di mana tahap kecekapan pelajar bagi matapelajaran penting seperti Matematik, Sains, Bahasa Malaysia dan Inggeris begitu lemah, maka menjadikan Sejarah yang 'tidak penting' sebagai subjek penting hanya akan menjadikan keadaan bertambah buruk.



Menurutnya, Malaysia perlu terlebih dahulu memberikan perhatian kepada kebolehan menganalisa, menyelesaikan masalah, berhujah dan berkomunikasi di kalangan para pelajar jika benar ingin menjadi negara maju. Dan matapelajaran sejarah tidak akan membantu.



Sebagai seorang yang rasional, penulis bersetuju dengan Yew Yin dari satu segi. Namun begitu, penulis juga bersetuju dengan Datuk Seri Idris Jusoh.



Yew Yin berhujah atas fakta yang benar mengenai kelemahan pelajar kita dalam sains, matematik, Bahasa Malaysia dan Inggeris, serta ketiadaan skil penting untuk menjadi negara maju, tetapi di masa yang sama beliau telah menidakkan punca masalah itu berlaku.



Jika kebolehan menganalisa, menyelesaikan masalah, berhujah dan berkomunikasi di kalangan pelajar yang menjadi kekhuatiran Yew Yin, maka ketahuilah bahawa matapelajaran Sejarah mampu mengatasinya. Apa yang penting ialah kita harus mempunyai guru yang bijak yang dapat mengajak murid-muridnya menganalisa serta belajar dari sejarah itu. Dari subjek Sejarah, anak-anak murid dapat berhujah memberi pendapat serta berbincang mengenai sesuatu peristiwa, di samping meningkatkan pengetahuan am. Ini akan menjadikan mereka lebih matang kerana dapat membuka minda terhadap kejadian sebenar yang telah berlaku dan mampu berulang di masa hadapan.



Dengan menuduh bahawa sejarah negara telah dimanipulasi, menunjukkan bahawa Yew Yin telah tidak berhujah secara rasional, tetapi emosional. Yew Yin menuntut agar sejarah tidak dipengaruhi sentimen politik, tetapi Yew Yin sebenarnya berhujah atas sentimen politik yang tegar. Oleh itu, penulis menganggap Yew Yin sebagai seorang hipokrit, sama seperti para pemimpin DAP juga.



Yew Yin, seperti juga Lim Kit Siang dan keseluruhan anggota DAP berada dalam keadaan 'denial' atau penafian iaitu tidak dapat menerima sejarah. Lim Kit Siang tidak sanggup melihat gambarnya diheret oleh pihak berkuasa kerana menjadi dalang 13 Mei. Lim Kit Siang tidak sanggup melihat gambar ahli-ahli partinya di atas lori membawa penyapu sebagai simbol untuk menghalau Melayu dari Kuala Lumpur. Lim Kit Siang tidak sanggup melihat gambar-gambar 13 Mei di mana lambang DAP dapat dilihat di mana-mana kerana menjadi pencetus kepada rusuhan.



Lim Kit Siang tidak mahu mengaku yang beliau dan partinya adalah dalang rusuhan kaum dan bertanggungjawab mencetuskan kebencian.



Selain 13 Mei, masalah DAP mengenai sejarah juga, ialah komunis. DAP dibentuk dari semangat komunis yang kuat dan semangat itu masih lagi membara sehingga ke hari ini. Buktinya ialah usaha berterusan DAP untuk menjulang komunis sebagai wira menentang penjajahan. Walhal, komunis menentang penjajah atas alasan untuk menjajah juga. Komunis tidak mahukan kerajaan yang diperintah oleh orang Islam dengan undang-undang yang ditiru dari British. Komunis ingin membentuk negara komunis dengan seorang 'tokong Cina' sebagai pemimpin.



Atas hakikat inilah, DAP terlalu takut dengan sejarah dan tidak mahu anak-anak mereka mempelajari sejarah. Mereka menanamkan dalam minda anak-anak mereka bahawa sejarah tersebut adalah palsu walaupun terdapat gambar-gambar dan juga laporan-laporan dari berbagai pihak termasuk mereka yang terlibat secara langsung yang masih hidup.



Keengganan mempelajari sejarah menjadikan satu-satu bangsa itu jahil, tidak prihatin dan tidak matang. Ini terbukti melalui sikap anak-anak Cina hari ini yang cukup 'terasing' dari sistem sosial negara. Mereka tidak punya jati diri, tidak punya rasa cintakan negara dan tidak memahami atau menghayati kewujudan negara ini.



Selain itu, mereka juga tidak mampu memahami budaya dan sensitiviti kaum lain. Pendek kata, mereka tidak punya emosional kualiti yang mana menjadikan mereka warga yang biadap dan manusia yang tidak prihatin. Dalam kata lain, mereka menjadi manusia yang dingin, kaku tanpa perasaan sayang dan hormat. Sebaliknya, hati mereka penuh dengan kebencian, dendam dan ketamakan.



Lebih teruk lagi apabila sekolah-sekolah Cina pula menanamkan kepercayaan bahawa sejarah negara telah ditukar oleh kerajaan. DAP pula menggunakan kempen Sejarah Sebenar sebagai 'senjata' untuk terus menghasut anak-anak Cina agar tidak mempercayai dan mempelajari sejarah. Ini menjadikan masyarakat Cina sangsi, prejudis serta benci pada kerajaan. Perasaan ini kemudiannya membawa kepada kecelaruan identiti kerana tidak dapat mengaitkan diri mereka kepada negara mereka sendiri.



Sebenarnya, tiada siapa yang untung dengan tindakan 'memusuhi' sejarah.



Negara akan sentiasa berada dalam keadaan bergolak jika masyarakat Cina terus mengambil sikap memusuhi sejarah. Dan seperti juga peristiwa 13 Mei, tiada siapa yang lebih bertanggungjawab terhadap pergolakan ini melainkan DAP sendiri.



Kerajaan tidak akan menjadikan Sejarah sebagai subjek wajib lulus jika tiada ancaman untuk menukar dan menghasut rakyat. Oleh kerana ancaman itu berterusan, maka pendekatan paksaan ini telah terpaksa dilakukan. Sejarah yang dilupakan pasti berulang, mungkinkah itu yang Yew Yin inginkan?

Kisah cina maki orang azan di Puchong dapat pembalasan tunai dari Allah.
http://sebastianphiu.blogspot.com/2013/11/eksklusif-cerita-sebenar-cina-maki-azan.html

Siapa Yang Sedang Mencaturkan PAS?  

Posted: 11 Nov 2013 01:23 AM PST

Menjelang Muktamar PAS 24 November ini, bukan sahaja politik dalaman PAS semakin bergolak, tetapi ia turut menyaksikan rakan sekutunya, DAP, sama-sama menyibuk, mengacah dan menjentik PAS agar menari mengikut rentak mereka.
 
Ini terbukti apabila Karpal Singh, dengan tidak semena-mena membuat kenyataan yang begitu 'menyakitkan' PAS dengan mengecam parti yang berasaskan kaum dan agama sebagai merbahaya.  Karpal juga menyarankan parti seperti PAS dibubarkan sahaja atas alasan tidak menepati 'sifat' negara ini yang majmuk. 
 
PAS menjadi bertambah kelam kabut apabila sebuah laman facebook melaporkan petikan kenyataan AJK Kerja PAS Pusat iaitu Dr. Siti Mariah Mahmud yang menyarankan agar Majlis Syura Ulama dibubarkan saja.  Beliau juga dilaporkan berkata bahawa cadangan melantik Presiden dan Timbalan Presiden PAS di kalangan Ulama sebagai cadangan yang kurang bijak. 
 
Bagaimanapun, Dr. Mariah kemudiannya dikatakan menafikan kenyataan tersebut.   Sehingga kini, tiada siapa yang dapat mengesahkan kisah sebenar mengenai laporan facebook itu. 
 
Benar atau tidak, kita semua tahu bahawa PAS telah lama membelakangkan Majlis Syura termasuk pemimpin dari kalangan Ulama sendiri.    Antaranya, isu mengenai Kalimah Allah di mana PAS dilihat berada dalam keadaan kabur dan keliru, tidak tahu untuk berpegang kepada pendirian Majlis Syura atau keputusan Pakatan Rakyat. 
 
Di kalangan akar umbi PAS, mereka menganggap Majlis Syura sebagai badan tertinggi mengatasi segala yang lain.  Namun mereka lupa bahawa PAS tertakluk di bawah kerjasama dengan Pakatan Rakyat yang mana secara automatik meletakkan keseluruhan parti itu di bawah satu payung yang diketuai oleh Anwar Ibrahim. 
 
Justeru, semua keputusan wajib mengambilkira pandangan sekutu PAS iaitu DAP dan PKR, serta wajib pula diluluskan oleh Anwar Ibrahim sebagai Ketua Pembangkang. 
 
Umum tahu bahawa DAP dan PKR sama sekali tidak bersetuju sekiranya Ulama menerajui PAS. 
 
Dengan kemasukan golongan Anwarinas secara meluas di dalam PAS, maka tidak mustahil bahawa PAS sedang dicatur dari dalam agar menepati pendirian PKR/Anwar Ibrahim. 
 
Manakala, dari luar pula, PAS sedang dicatur oleh DAP.   Contohnya, kenyataan Karpal sebenarnya hanyalah sebagai ujikaji terhadap reaksi PAS, mungkin untuk mengenalpasti secara tepat siapakah yang paling lantang menentang DAP dan siapa pula yang menyokong.  Selain itu, kenyataan Karpal juga boleh dijadikan sebagai alat untuk menonjolkan mereka yang bakal bertanding dalam Muktamar nanti. 
 
Inilah masanya bagi mereka untuk menunjuk 'Islam' dan 'lantang' menempelak Karpal.  Inilah masanya untuk menunjuk sebagai pejuang tulin yang tidak gentar dengan kafir harbi. 
 
Malangnya, percaturan PAS hanyalah sebahagian dari mainan politik DAP dan PKR yang jauh lebih besar dari sekadar pemilihan parti.  Kita pasti, sepertimana kenyataan Karpal mengenai parti berasaskan agama, isu mengenai saranan pembubaran Majlis Syura adalah sebenarnya suara DAP dan PKR. 
 
Percaya atau tidak, PAS kini sedang berhadapan dengan cabaran yang melibatkan akidah dan iman.  PAS sedang diasak dari dalam dan dari luar agar menghumbankan saja golongan Ulama yang degil tidak dapat menerima pendekatan liberal dan plural DAP dan PKR. 
 
Persoalannya, mampukah golongan Ulama PAS menolak asakan mereka?  Apakah ahli-ahli PAS menyedari apa yang sedang berlaku di dalam parti mereka? 
 
Apapun, hanya Muktamar PAS yang dapat memberikan jawapan kepada semua persoalan ini.   Sekiranya golongan Anwarinas berjaya memegang jawatan penting, maka bersedialah untuk PAS yang hanya Islam pada nama.  Sekiranya balaci DAP juga turut berjaya menduduki jawatan tinggi, maka bersedialah PAS untuk menghapuskan terus nama 'Islam' pada parti mereka. 


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

oyabun

Posted: 12 Nov 2013 12:19 AM PST

oyabun


Pump gun dalam longkang?

Posted: 11 Nov 2013 11:24 AM PST

Anggota polis memegang pump gun dan kotak peluru yang ditemukan dalam longkang di Persiaran Penaga, Subang Jaya, pagi semalam.

Selepas sehari suspek utama pembunuhan kejam pegawai AmBank diberkas, polis menemukan selaras pump gun yang dipercayai digunakan dalam kejadian rompakan di bank cawangan itu pada 23 Oktober lalu, di sini hari ini.

Senjata api itu ditemukan dalam longkang berhampiran sebuah kilang alat ganti kereta di Persiaran Penaga, kira-kira 500 meter dari bank tersebut pukul 11 pagi ini.

Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Yahaya Ramli berkata, pihaknya menjalankan operasi pencarian senjata api itu berdasarkan soal siasat ke atas suspek utama.

"Hasil siasatan awal, suspek memaklumkan telah mencampakkan senjata api itu di sekitar kawasan berkenaan selepas kejadian namun tidak dapat memastikan lokasi sebenarnya.


"Polis menjalankan operasi mencari senjata selama dua jam bermula pukul 9 pagi dan menemukan pump gun serta beberapa butir peluru di lokasi tersebut," katanya ketika ditemui di lokasi penemuan senjata itu hari ini.

Polis semalam menahan pengawal keselamatan warga Indonesia yang merupakan suspek utama kes bunuh seorang pengawai operasi AmBank di sini pada 23 Oktober lalu selepas memburunya selama 19 hari.

Suspek yang nama sebenarnya Loade Ardina Loade Rasila, 35, ditangkap di Kampung Belungkor, Kota Tinggi, Johor pukul 7 pagi semalam selepas terlibat menembak Norazita Abu Talib, 37, dari jarak dekat di bahagian kepala dalam rompakan di premis tersebut di Jalan USJ Sentral 2 di sini.

Kejadian berlaku pukul 6.18 petang ketika mangsa bersama suspek serta empat lagi kakitangan sedang membuka sebuah peti besi berisi wang sebelum suspek tiba-tiba melepaskan tembakan menggunakan senjata api jenis pump gun dan mengenai muka Norazita mengakibatkan mangsa maut di tempat kejadian.

Wasabi Oyabun..

MP PR cadang PM, TPM guna pesawat komersial?

Posted: 11 Nov 2013 12:19 AM PST


Ahli Parlimen PR mencadangkan supaya Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri menggunakan pesawat komersial untuk penerbangan domestik.

Ahli Parlimen Seremban, Anthony Loke mendakwa, kerajaan telah membelanjakan RM489 ribu bagi setiap penerbangan yang dilakukan setiap hari pada 2012.

Menurutnya, perbelanjaan tersebut adalah pembaziran keterlaluan yang melibatkan perbelanjaan kerajaan.


"Penerbangan yang dilakukan oleh Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri turut melibatkan penerbangan domestik yang boleh dikurangkan perbelanjaannya dengan menggunakan pesawat komersial.

"Setiap kali Perdana Menteri naik kapal terbang, kosnya adalah RM489,000 untuk setiap penerbangan. Jumlah ini adalah melibatkan 372 penerbangan tahun lalu seperti yang diumumkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kasim.

"Kalau kerajaan ambil pesawat komersial sahaja untuk penerbangan dalam negeri ia tidak memerlukan perbelanjaan yang besar," katanya pada sidang media, di lobi Parlimen, di sini, hari ini.


Sebelum ini, Shahidan melalui jawapan bertulis menjawab soalan Loke yang ingin Menteri di Jabatan Perdana Menteri menyatakan jumlah pesawat yang dimiliki kerajaan, model pesawat, kos bahan api dan penyelenggaraan bagi tahun 2012 dan jumlah penerbangan serta destinasi pada tahun tersebut.

Shahidan menyatakan, kerajaan telah memiliki tujuh pesawat yang diistilah sebagai pesawat eksekutif (VVIP) kerajaan iaitu pesawat Falcon, Global Ekspress, Boeing Business Jet, Blackhawk, Fokker F28 serta dua unit pesawat Agusta.

Tambah Shahidan, bagi kos bahan api semua pesawat pada 2012 adalah sebanyak RM14.951 juta dan RM167.079 juta untuk kos penyelenggaraan serta jumlah keseluruhan penerbangan adalah 373 penerbangan dengan 339 destinasi atas urusan rasmi kerajaan.

Wasabi Oyabun..

DARUL EHSAN TODAY

Posted: 12 Nov 2013 12:12 AM PST

DARUL EHSAN TODAY


Pakatan Rakyat Akan Bela Pembunuh Pekerja Ambank...

Posted: 11 Nov 2013 06:00 PM PST


Aku betul tak faham kenapa ramai sangat yang gembira bila suspek utama kes pembunuhan seorang pegawai Ambank di Subang Jaya pada 23 Oktober yang lepas berjaya ditangkap polis.  

Termasuklah yang menyatakan kegembiraan itu semalam ialah Najib Tun Razak!!

Ini biasalah, orang macam Najib memang kemaruk publisiti politik, walhal dia bukan Menteri Dalam Negeri pun, tak tahu apa yang kecoh sangat.  Zahid Hamidi pun tak cakap apa-apa.

Seolahnya suspek yang dikenali sebagai Ardi itu telah pun didapati bersalah atas kesalahan tersebut dan sedang menunggu tarikh untuk digantung saja layaknya.

Kita sebenarnya tidak tahu sama ada Ardi benar-benar bersalah atau tidak.  Tekanan dari masyarakat dan pemimpin gila publisiti macam Najib, yang dihadapi pihak polis untuk menyelesaikan kes ini dengan segera, memungkinkan orang yang tidak bersalah ditangkap.

Lagipun dari segi perundangan, CCTV dan sebagainya ini bukan bukti sahih yang mengatakan Ardi ini bersalah.  Kalau bukti CCTV saja sudah cukup, Mahkamah boleh tutup, hakim semua boleh cari kerja lainlah.

Masih banyak persoalan yang tidak terjawab.  Antaranya senjata pembunuhan yang digunakan dalam kejadian tersebut, wang rompakan sebanyak RM 450,000 yang masih kita tidak tahu hujung pangkalnya sama ada berjaya dirampas atau tidak, dan sebagainya.

Rupa?  Dalam dunia ini tak silap aku, ada banyak orang yang muka hampir sama.  Aku sendiri ada kawan yang mirip dengan murka Ardi ini.  Dari gemuknya, dari rendahnya, dari bulatnya muka, semua ada mirip-mirip Ardi.  

Cuma sebab dia ini rakyat Malaysia tulen sahaja yang buat aku yakin dia bukan Ardi.

Apa pun, dalam 'keterujaan' ini, Pakatan Rakyat mahu hak asasi Ardi ini diambil berat oleh pihak polis.  Dari cara dia ditangkap semalam, aku bimbang, Ardi ini akan menerima penyeksaan yang amat dahsyat di dalam tahanan nanti.

Cuba sesiapa tanya, apa keperluannya suspek penjenayah biasa macam Ardi dikawal oleh sekurang-kurangnya 4 orang anggota komando Unit Tindakan Khas (UTK) polis yang lengkap bersenjata dan bertopeng muka?  

Dia bukan suspek pengganas, atau dari kartel dadah sehingga perlu dikawal seperti itu?

Maka itu Pakatan Rakyat menggesa kerajaan Indonesia agar mengemukakan bantahan rasmi atas layanan tidak berperkemanusian rakyatnya oleh polis Malaysia.  Ini bersesuaian dengan gesaan Datuk Seri Anwar Ibrahim kelmarin yang mahu kerajaan negara-negara ASEAN menilai rekod hak asasi manusia di Malaysia.

Pakatan Rakyat sendiri bersedia membantu kerajaan Indonesia dimana perlu dalam soal ini, termasuk menyediakan bantuan guaman ke atas suspek berkenaan (kos ditanggung kerajaan Indonesia).

Sumber: klik sini

PANAS: 76 Ketua UMNO Cawangan Di Sepang Kena Ugut Tandatangan Surat Ini...

Posted: 11 Nov 2013 05:00 AM PST

Mereka paksa 76 ketua umno cawangan di sepang supaya tandatangan surat ini... 
apa motif mereka buat macam tu?

Nak tau cerita selanjutnya klik sini & sini


MERBOK TIMES

Posted: 12 Nov 2013 12:10 AM PST

MERBOK TIMES


SAEORANG AHLI PARLIMEN KEDAH SEDANG BEREHAT DAN DIRAWAT.

Posted: 11 Nov 2013 11:10 PM PST



Stress berpolitik tidak ada hadnya. Darjah meter up and downmacam yoyo adalah kebiasaan bagi seorang ahli politik hendak pula berjawatan sebagai Ahli Parlimen.

Mana mahu difkir maslahah rakyat khasnya pengundi, pertarungan politik dalaman dan yang lebih penting ialah hal ehwal keluarga yang disayangi. 

Kebiasaan YB makan tak pernah pantang kerana terpaksa memenuhi jemputan kenduri manakala kerjanya ibarat siang tidak pernah malam terpaksa memenuhi masa orang-orang kawasan.

Seorang ahli Parlimen dalam negeri Kedah hampir blackout keletihan sebaik selepas persidangan Parlimen dan di masukkan ke hospital untuk rehat dan rawat. Tetapi situasinya tidak lah sampai kena 'stroke' seperti yang di dakwa beberapa musuh politik beliau.

Memandangkan YB perlu rehat yang cukup dan rawat yang rapi anak beliau seorang doktor dan isteri beliau tidak membenarkan sesiapa juga melawat bapanya buat sementara waktu ini kerana dibimbangi kepenatannya melarat.

Semoga seluruh rakyat kawasan beliau sabar dan memahami situasi beliau. 

Mereka yang terloncat-loncat mencari ruang sebagai calun harap jangan keterlaluan kerana rezeki, jodoh, ajal maut di tangan Allah SWT.

Dialog Dewasa Kritik Berasa

Posted: 11 Nov 2013 11:41 PM PST

Dialog Dewasa Kritik Berasa


PELIK, KENAPA KETAKUTAN???

Posted: 11 Nov 2013 10:35 PM PST

Bukan Aku, Jangan Libatkan Aku, Aku Takut
DENGAN NADA KETAKUTAN DAN TERBURU-BURU HADI DILAPOR BERKATA,
" Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang hari ini menafikan sekeras-kerasnya bahawa beliau dilantik sebagai setiausaha agung Ikhwan Muslimin antarabangsa seperti dilaporkan sebuah akhbar Mesir, Al-Watan.

Dalam sidang media ringkas di lobi Parlimen hari ini, Abdul Hadi berkata parti itu sedang meneliti langkah sesuai mengikut lunas undang-undang berhubung laporan akhbar itu"

DENGAN NADA KETAKUTAN DAN TERBURU-BURU PAS PUN BERKATA-KATA
"PAS dengan ini ingin menafikan sekeras-kerasnya, berita berkenaan, yang kononnya Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang telah dipilih sebagai pemimpin Ikhwan antarabangsa. 

"Pihak PAS sedang meneliti langkah-langkah yang sesuai untuk diambil terhadap akhbar Al-Watan berkenaan mengikut peruntukan undang-undang
," kata Abdul Hadi kenyataan medianya.

Dalam terjemahan berita yang dilampirkan bersama kenyataan medianya, sumber asal berita yang diterjemah bertajuk "Tanzim Antarabangsa Ikhwan Mesir menarik diri dari kepimpinan Ikhwan: Memilih orang Malaysia sebagai setiausaha agung", datang daripada bekas pimpinan Ikhwanul Muslimin yang telah keluar daripada kumpulan itu iaitu Tharwat Kharbawi.

Tharwat dilaporkan mendakwa Abdul Hadi sebagai ketua kepada lima orang jawatankuasa pengurusan yang bertanggungjawab menguruskan organisasi itu di seluruh dunia selama tiga tahun.

Ia juga mendakwa Ikhwanul Muslimin antarabangsa memasukkan fasal baru dalam undang-undang tubuhnya yang kini mengiktiraf setiausaha agung antarabangsa sebagai mursyid (pemimpin kerohanian) sebenar pertubuhan itu.

Menurut terjemahan itu, mursyid jemaah kehormat Mesir kini dianggap sebagai satu jawatan simbolik sahaja..

Portal Harakahdaily semalam truut menyiarkan berita itu yang didakwa dikeluarkan akhbar yang dianggap pro-tentera Mesir.



NUFAM Oh NUFAM...Salahkah MAS Suruh Kuruskan Badan?

Posted: 11 Nov 2013 05:00 AM PST

Siang tadi MyMassa ada keluarkan pandangan pembaca mengenai isu yang dibangkitkan oleh NUFAM di sini : http://mymassa.blogspot.com/2013/11/tuntutan-nufam-kebodohan-yang-melampau.html

Nampaknya artikel tersebut mendapat sambutan yang menggalakkan.

Mungkin rakyat Malaysia sebagai pengguna pengangkutan udara telah dapat membuat perbandingan antara MAS dan penyedia perkhidmatan lain seperti AirAsia dan MALINDO.

Rata-rata rakyat kini lebih mengenali AirAsia daripada MAS walaupun MAS lebih lama bertapak daripada pesaingnya yang lain.

Berbalik kepada artikel tadi, dalam banyak-banyak tuntutan NUFAM, ada satu tuntutan persatuan tersebut yang menarik perhatian MyMassa.


Salahkah MAS meminta kru kabinnya menguruskan badan?

MyMassa pelik dengan perangai segelintir kakitangan tak kira swasta atau Kerajaan. Sebelum masuk kerja menjanjikan bulan dan bintang. Kononnya apa sahaja arahan majikan akan mereka turuti. Kalau suruh bertugas lebih masa pun mereka sanggup. Tapi bila telah diterima, lain pula jadinya. Bukan arahan majikan yang mereka turuti tapi mereka pula mahu majikan tunduk kepada permintaan mereka.

Mampukah kru kabin MAS bersaing dengan keLANGSINGAN pesaing dari AirAsia? (Gambar dari mole.my)
Cuma MyMassa tak paham. Sebagai kru kabin, sudah pastinya arahan MAS supaya kakitangannya untuk menguruskan badan bukannya satu tuntutan yang tak munasabah. Takkan arahan macam tu pun NUFAM nak ingkar?

Kepada NUFAM, MyMassa dan seluruh rakyat Malaysia memberi komen terhadap anda semua bukan kerana kami dengki tetapi kami mahu supaya MAS kembali ke zaman kegemilangannya terutamanya selepas berpisah dengan Singapore Airlines pada tahun 1972.


SANTAI PROMO GST

Posted: 11 Nov 2013 01:00 AM PST


Mymassa mengucapkan tahniah kepada pihak Kementerian Kewangan Malaysia di atas inisiatif menerangkan apa itu GST kepada rakyat Malaysia. Memang tidak dinafikan kartun penerangan sebegini sedikit sebanyak boleh memadamkan kerisauan dan keraguan rakyat terhadap GST.

Namun lebih baik lagi pihak yang berkenaan menyebarluaskan lagi pemahaman mengenai GST kepada rakyat melalui pertemuan dan penerangan secara lebih kerap agar kebaikan GST dapat mendominasi minda dan jiwa rakyat yang dahagakan informasi yang sahih dan tepat dari sumbernya. Ini kerana kebanyakkan rakyat masih kabur mengenai GST apatah lagi jika pihak yang tidak bertanggungjawab cuba memesong pemahaman rakyat agar pihak mereka sentiasa dianggap hero dan pejuang rakyat. Walhal mereka sebenarnya adalah perosak-perosak masyarakat.

Seperti kata pepatah; kalau sakit gigi berjumpalah doktor gigi, jangan jumpa lawyer. Kalau nak tahu pasal GST, bertanyalah kepada yang arif dan pakarnya agar kita tidak tersesat dengan dakyah dan fitnah yang berpanjangan.




Sebar-sebarkan maklumat di atas...anda berhak tahu kebenaran agar tidak mudah diracuni oleh keraguan dan pembohongan yang tiada asasnya.



sekupangdua

Posted: 11 Nov 2013 11:37 PM PST

sekupangdua


40% POLIS TAK RETI MANDI JUNUB, 50% TAK RETI MENGUCAP DUA KALIMAH SHAHADAH

Posted: 11 Nov 2013 06:33 AM PST


40-50% POLIS TAK RETI MANDI JUNUB & MENGUCAP DUA KALIMAH SYAHADAH... Pencacai tegar keBARUAan Roket Tajol Ariffin Omar kata kononnya 30-40% POLIS takbreti mandi junub dan 50% lagi tak reti mengucap dua kalimah syahadah...

Susah ker dia orang (POLIS) menyebut Ashaduallaila haillallah, waash haduanna muhamadulrasulillah... abih tu apa guna kor agama dan memang POLIS tak adakan kelas agama si PULAPOL? Sampaikan takreti nak mengucap?... agak-agak ler Tajol oii pak mak sedara atau sedara miker takda yg keja polis ker? Atau memang POLIS tak bagi sembahyang masa latihan?

5 waktu sehari pun dah 10 kali menyebutnya, apa gunanya kor ugama dalam tentera dalam polis? Atau ko nak bagitau betapa hebatnya dua sepupu si ngange lagi hebat blh kafirkan umat islam dan baca hadis?

Berat ni... kalau dia orang ada 100 ribu anggota bermakna 40 ribu tak erti mandi junub dan 50 ribu tak reti mengucap sebagai seorang islam?

Macam ler ko takda sedara mara yg keja POLIS... tak kah ko nak tanya dan suruh dia orang mengucap dan bagaimana dia orang tau atau tidak mengucap? Kuat sakit ko jie yop. Cer kita dengor apa kata anggota ataupun anak atau sedara mara yg ada kerja POLIS... ater mak bapak dema tak pegi krusus kahwin ker? Atau setubuh tanpa mandi junub?

Adoiii tak lak sangka sebusuk perut ko nie Tajol...  (KLIK)


The Unspinners

Posted: 11 Nov 2013 11:16 PM PST

APANAMA

Posted: 11 Nov 2013 11:03 PM PST

APANAMA


Who called it a plot, whose plot?

Posted: 11 Nov 2013 10:24 PM PST

Belantan

Posted: 11 Nov 2013 11:02 PM PST

Belantan


Tak sangka pula kempen pemilihan Pas bermula dengan cara kotor begini..!!! Siapa nak kenakan siapa?

Posted: 11 Nov 2013 09:37 PM PST

Keratan laman sosial Facebook yang memburuk-buruk calon bagi jawatan Ketua Pemuda Pas Pusat yang dimuat naik, hari ini.

Kurang 24 jam selepas senarai muktamad calon pemilihan Pas bagi sesi 2013-2015 diumumkan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pemilihannya, Asmuni Awi, sudah pun muncul kempen memburuk-burukkan calon parti itu yang dimuat naik ke dalam laman media sosial Facebook hari ini.

Menurut sumber, kempen berbaur hasutan dan cuba menjejaskan undi calon Ketua Dewan Pemuda Pas itu menggunakan akaun 'Fikrah Islamiah Pilihan Kami' dengan mengubah wajah salah seorang calon yang bertanding iaitu Zulhazmi Shariff dengan gambar anjing.

Manakala dua lagi pencabar Zulhazmi seperti Suhaizan Kaian dan Kamaruzaman Mohamad pula menggunakan wajah sebenar.

Pemilik akaun tersebut turut memuat naik beberapa mesej yang merujuk kepada perjuangan kerajaan perpaduan yang sebelum ini lantang disuarakan oleh bekas Timbalan Presiden Pas, Nasharuddin Mat Isa dan bekas Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Dr Hassan Mohamed Ali.

"Jika aning-anjing liberal ini berjaya menguasai parti, maka lihatlah sendiri akan lebih ramai lagi para pejuang Islam akan menerima nasib yang sama seperti Ustaz Nasarudin dan Dr Hassan Ali.

"Mereka akan terus menerus menjadi kuda kepada PKR dan DAP...maka ketika itu percayalah penyatuan umat Islam Melayu hanya akan tinggal impian," katanya.

Selain menghasut, pemilik akaun tersebut turut mendakwa Suhaizan hanyalah 'kambing hitam' kepada golongan liberal dengan bertujuan untuk memecahbelahkan perwakilan Pas khususnya undi Kamaruzaman yang dikatakan mempunyai pemikiran Islam yang jelas.

"Golongan ini amat bimbang dengan Kamarulzaman yang mempunyai fikrah islam yang jelas maka Kamarulzaman wajib dinyah keluar dari Dewan Pemuda bagi melakasanakan kerja-kerja jahat mereka.

"Perlu diingatkan bukan saja hala tuju parti kita terletak di tangan para perwakilan sekalian namun kekuatan ummah atau umat Melayu Islam juga terletak kepada keputusan yang kita buat dalam muktamar ini," katanya sambil menyifatkan satu undi kepada Suhaizan bermakna akan menghilangkan satu undi kepada Islam.

Kempen itu jelas menyalahi peraturan pemilihan Pas kali ini yang membenarkan calon mempromosikan diri namun tertakluk beberapa garis panduan parti itu.

Antaranya ahli Pas dilarang menerbit, mengeluar, menyiar atau mengedarkan dalam sebarang bentuk kenyataan sama ada secara lisan atau bertulisan atau grafik atau karikatur dalam apa-apa medium sekalipun yang mengandungi fitnah, kejian, celaan, sindiran, atau apa jua kenyataan palsu sama ada secara langsung atau tidak langsung dengan tujuan mempengaruhi atau mendorong mana-mana ahli Pas supaya mencalonkan atau tidak mencalonkan atau mengundi atau tidak mengundi mana-mana ahli Pas.

Suara Politik
Belantan

DAP Johor minta Lim Guan Eng diganti..!!! Habislah TOKONG?

Posted: 11 Nov 2013 11:07 AM PST


Pengerusi DAP Negeri, Johor Dr Boo Cheng Hau mahu anggota Parlimen Kluang, Liew Chin Tong menggantikan Lim Guan Eng sebagai setiausaha agung parti itu pada penggal depan.

Menurutnya, Liew yang juga merupakan strategis DAP amat sesuai untuk menggantikan Ketua Menteri Pulau Pinang itu berikutan undi tertinggi yang diterimanya pada pemilihan Jawatankuasa Pusat parti itu baru-baru ini.

Guan Eng kata beliau, perlu mengundur diri pada 2017 apabila penggalnya tamat dan digantikan dengan Liew yang baru sahaja berusia 35 tahun.

"Beliau (Liew) amat dihormati oleh anggota parti berikutan prestasi DAP di Johor pada Pilihan Raya Umum ke-13. Dia juga sentiasa bekerja keras untuk parti, apatah lagi DAP kini perlu mengenalpasti pemimpin-pemimpin muda untuk diketengahkan," katanya selepas melawat Taman Melawati di sini.


Liew yang mengepalai serangan DAP terhadap kubu kuat BN di Johor berjaya memperolehi undi tertinggi di dalam pemilihan CEC dengan 1,438 undi, hanya dua undi mengatasi Penasihat DAP Lim Kit Siang yang juga anggota parlimen Gelang Patah.

Pada pemilihan CEC tahun lepas sebelum ia dibatalkan, Liew hanya menduduki tangga ke-15 dengan Guan Eng dan Kit Siang menduduki dua tempat teratas.

Pemilihan semalam melihatkan Kit Siang di tangga kedua, Guan Eng di tangga kelima, manakala Dr Boo yang diketahui tidak mempunyai hubungan yang baik dengan kedua-dua beranak itu menduduki tempat ke-18 dengan 961 undi.

Dr Boo yang juga anggota Dewan Undangan Negeri (DUN) Skudai juga mahukan pindaan dilakukan terhadap pemilihan parti.

Banyak masa dan tenaga telah terbuang oleh DAP berikutan perselisihan fahamnya dengan Pendaftar Pertubuhan (ROS) tentang pemilihan CEC yang lepas, katanya.

"Pemimpin-pemimpin parti perlu lebih telus terutamanya berkenaan pemilihan parti untuk mengelak masalah dan serangan-serangan politik yang datang daripada ahli-ahli parti. Perkara ini juga perlu diterapkan oleh kesemua parti yang bernaung di bawah pakatan rakyat, di mana pemimpinnya perlu menjauhkan diri daripada amalan pilih kasih dan kronisme," kata Dr Boo.

Suara Politik
Belantan

Anwar semakin tertekan - PKR Sabah, retak menunggu belah?

Posted: 11 Nov 2013 02:39 AM PST


Bapa borek anak rintik!. 'Bos besar' Parti Keadilan Rakyat (PKR) Sabah, Datuk Seri Lajim Ukim tidak layak atau tidak berhak untuk melenting dengan perbuatan bekas anak-anak buahnya. Adakah mereka bersalah apabila menuruti jejak langkah dan tauladan yang ditunjukkan oleh beliau?.

Sama seperti Lajim yang mempunyai alasan tersendiri, diyakini Ahli-ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kadamaian, Jeremmy Malajad dan Matunggong, Datuk Jelani Hamdan itu dan beberapa pemimpin lagi (berdasarkan kepada sumber-sumber tertentu) turut mempunyai alasan kukuh masing-masing.

Maka, tidak perlulah memukul 'borong' mengatakan pihak ketiga sebagai dalang, kerana perbuatan itu seperti menepuk air di dalam dulang, akibatnya boleh terpercik ke muka sendiri.

Dikatakan bahawa perbuatan mencari 'padang ragut' yang lebih hijau itu merupakan permainan Barisan Nasional (BN), soalannya, perbuatan Lajim sebelum ini yang turut beralih arah, siapa pula yang menjadi dalang?

Sifir mudah, semestinya pihak lawan dan dalam kes Lajim, tanpa perlu dihuraikan siapa yang mendapat manfaat daripada perbuatannya.

Sebenarnya terlalu mudah untuk menuding jari menyalahkan pihak lain, tanpa perlu menginsafi kelemahan dan kekurangan diri sendiri, perlu diingat pada masa yang sama tiga lagi jari sedang menuding ke arah diri sendiri.


Mengikut percaturan politik, BN Sabah yang memperolehi mandat besar dua pertiga dalam Pilihan Raya Umum ke-13 lalu sebenarnya tidak perlu lagi melakukan perbuatan jahat seperti yang didakwa segelintir bahawa ADUN ini telah 'dibeli', sekali gus membantu membentuk sebuah kerajaan.

Ini kerana, tanpa mereka ini sekalipun, BN telah mantap sebagai sebuah kerajaan yang kukuh hasil sokongan dan kepercayaan tidak berbelah bahagi rakyat Sabah. Atau dengan perkataan yang paling tepat, pakatan pembangkang yang hanya pandai bermain kata-kata penuh retorik telah ditolak, bukan kekalahan tipis tetapi kekalahan besar.

Masalah paling susah untuk diubati oleh sesiapa sahaja sama ada individu atau organisasi ialah apabila sukar menerima kekalahan, bukan setakat itu sahaja, mereka pada masa sama juga enggan menerima teguran dan nasihat, jauh sekali untuk bermuhasabah terhadap musibah yang melanda.

Semuanya dituduh pihak ketiga yang jahat melakukannya, diri sendiri dianggap seperti maksum, langsung tidak bersalah dan enggan mengakui kelemahan diri sendiri.

Menyentuh mengenai PKR Sabah, sebenarnya bukan lagi rahsia bahawa kemelut dihadapi mereka kini amat serius, bercelaru, caca-merba dan lintang-pukang. Segalanya serba tidak kena, cara mudah untuk menyorokkannya adalah dengan menyalahkan pihak lain.

Selepas Pilihan Raya Umum ke-13 lalu, pembangkang memenangi tiga kerusi Parlimen iaitu Sandakan dan Kota Kinabalu (DAP) serta Penampang oleh PKR, sementara DUN pula 12 kerusi iaitu Likas, Luyang, Sri Tanjong, Kepayan (DAP); Klias, Matunggong, Kadamaian, Moyog, Api-Api, Inanam, Tamparuli (PKR) dan Star di Bingkor.


Walau bagaimanapun pada 27 September lalu, ADUN Luyang daripada DAP, Hiew King Cheu mengumumkan keluar parti dan menjadi wakil rakyat Bebas sebelum diikuti oleh ADUN Kadamaian, Jeremmy Malajad pada 4 November lalu sebelum diikuti empat hari selepas itu oleh ADUN Matunggong, Datuk Jelani Hamdan yang meletak jawatan Naib Pengerusi 1 Majlis Pimpinan Negeri (MPN) PKR.

Terdapat fakta menarik mengenai Jelani, bekas orang nombor tiga berkuasa dalam PKR negeri yang membuktikan berlakunya caca-merba dan lintang-pukang dalam parti itu, beliau rupa-rupanya bukan ahli parti.

Beliau mendakwa telah memohon untuk menjadi ahli pada 7 julai 2010 tetapi sehingga kini masih belum mendapat sebarang pengesahan, sama ada diterima atau sebaliknya.

Persoalannya bagaimana seseorang yang bukannya ahli boleh menganggotai MPN sebagai Naib Pengerusi, iaitu jawatan yang bertanggungjawab terhadap dasar-dasar untuk dipatuhi oleh ahli-ahli berdaftar, mungkin tersilap pandang atau kesalahan teknikal, harapnya begitulah jawapannya.

Ketika ditanya situasi ini, Jelani secara sinis menjawab: "Tanyalah Lajim kerana beliau yang menawarkan jawatan ini, bukan saya yang memintanya. Malah beliau sebagai Pengerusi MPN parti sepatutnya lebih mengetahui,".

Kepada pengundi-pengundi Sabah yang memilih PKR baru-baru ini, sanggupkah anda mengikuti parti seperti ini yang kononnya ingin membela nasib rakyat sedangkan diri sendiri pun tidak terkawal.

Jangan jadikan usaha pelaburan anda pada masa ini 'meleburkan' nasib anak cucu pada masa akan datang, buatlah pilihan terbaik.

Suara Politik
Belantan

ANGIN PERUBAHAN

Posted: 11 Nov 2013 09:23 PM PST

GERAKAN ANTI PKR

Posted: 11 Nov 2013 09:22 PM PST

GERAKAN ANTI PKR


MOHON SEGERA DISEBARKAN ARTIKEL INI PADA SELURUH UMAT ISLAM !

Posted: 11 Nov 2013 07:34 PM PST

PENGARAH HOSPITAL SAKIT JIWA TANJUNG RAMBUTAN WAJIB BERI PENJELASAN !

Posted: 11 Nov 2013 11:16 AM PST

PenangWasabi

Posted: 11 Nov 2013 09:08 PM PST

PenangWasabi


Pembunuhan bermotif dendam?

Posted: 11 Nov 2013 11:43 AM PST

Balu Allahyarham Ahmad Raffli Abdul Malik, Rosmahwani Abd. Wahab (duduk, empat dari kanan) dan anaknya berdoa ketika bacaan talkin di Tanah Perkuburan Islam Jalan Bukit Ubi, Kuantan, semalam.

KUANTAN - Polis tidak menolak kemungkinan kes pembunuhan Ketua Pegawai Penguat Kuasa Agama, Bahagian Penguatkuasaan Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP), Ahmad Raffli Abdul Malik semalam bermotifkan dendam dan rasa tidak puas hati terhadap penguatkuasaan yang dijalankan oleh mangsa.

Ketua Polis negeri, Datuk Sharifuddin Ab. Ghani bagaimanapun berkata, pihaknya masih menjalankan siasatan daripada semua sudut termasuk ancaman yang diterima Allahyarham sama ada berkaitan penguatkuasaan atau ancaman peribadi.

"Polis Pahang telah menubuhkan satu jawatankuasa khas yang diketuai oleh saya sendiri bagi menjalankan siasatan rapi terhadap kes pembunuhan yang tidak berperikemanusiaan ini.

"Setakat ini siasatan masih berjalan dan maklumat telah kami peroleh sedikit sebanyak. Saya harap kepada mereka yang mempunyai maklumat mengenai kejadian ini boleh salurkan kepada kami dengan segera," katanya ketika ditemui pemberita di Tanah Perkuburan Islam Jalan Bukit Ubi hari ini.

Ahmad Raffli maut ditembak dari jarak dekat oleh seorang lelaki tidak dikenali di hadapan rumahnya di Indera Mahkota 2 di sini semalam.


Kejadian yang berlaku kira-kira pukul 1.55 petang itu mengakibatkan mangsa berusia 49 tahun mati di tempat kejadian akibat terkena dua das tembakan di dada kanan dan kerongkong.

Menurut Sharifuddin, siasatan lanjut mendapati suspek tidak memakai jubah seperti dilaporkan sebaliknya salah seorang daripada mereka memakai pakaian biasa berwarna putih manakala seorang lagi memakai baju dan seluar berwarna hitam serta berkopiah.

"Sebenarnya apa yang saya dapat maklumat semalam suspek bukannya berjubah. Justeru siasatan kita tidak akan menjurus kepada pakaian sahaja. Kita kena siasat dengan lebih mendalam.

"Sehubungan itu kita telah melancarkan Ops Tutup di semua jalan di negeri ini bagi memburu suspek terlibat dalam pembunuhan tersebut," katanya.

Dalam pada itu, pihaknya juga akan memberi perlindungan kepada keluarga mangsa supaya keselamatan mereka tidak diganggu oleh suspek terlibat.

"Saya harap keluarga arwah dapat bersabar dengan kejadian yang menimpa mereka ini. Insya-Allah polis tidak akan memberi peluang kepada mereka yang terlibat dan kami akan cari mereka sehingga ke lubang cacing," tegas beliau.

Sementara itu, beliau juga mencadangkan supaya semua anggota penguatkuasaan tidak termasuk polis dan tentera ditempatkan dalam satu kuarters supaya keselamatan mereka lebih terjamin.

"Kalau duduk rumah sendiri itu maklumlah banyak perkara boleh berlaku. Kita tidak tahu siapa musuh mereka. Sebab kadang-kadang ada musuh dalam selimut," katanya.

Penang Wasabi..

Raptai Perkahwinan Jailani Sidek?

Posted: 11 Nov 2013 12:14 AM PST


Lagenda badminton negara, Dato` Seri Jalani Sidek telah pun melangsungkan majlis resepsi perkahwinannnya dengan ahli perniagaan, Datin Seri Hajah Wan Zaleha Mohd Khalid, malam semalam.

Berdasarkan foto yang dimuatnaik oleh aktres Umie Aida menerusi laman Facebook miliknya, majlis pasangan ini telah diadakan di Hotel Hilton, Kuala Lumpur.

Pasangan ini diiringi dan diraikan oleh anak-anak mereka dan antara tetamy yang turut hadir ialah Datin Paduka Umie Aida bersama suami, Norshila Amin yang merupakan penyanyi popular 80′an dan aktres Nur Aliah Lee.

Majlis resepsi ini diadakan hampir genap sebulan selepas bekas isteri Jalani, produser kontroversi Raja Azmi melangsungkan perkahwinannya dengan pemuzik CRK, Eddie di Istana Budaya pada pertengahan Oktoboer yang lalu.

Tarikh perkahwinannya sebenar pasangan itu tidak diketahui, namun ada khabar angin yang mengatakan Jalani berkahwin sebelum bercerai dengan bekas isterinya. Walaubagaimanapun, pasangan tersebut sudah pun selamat diijabkabulkan.

Semuga berbahagia sehingga ke anak cucu. Amin.

Penang Wasabi..

JURI RAKYAT

Posted: 11 Nov 2013 07:04 PM PST

JURI RAKYAT


10 Manfaat Madu Yang Mungkin Anda Tak Ketahui

Posted: 11 Nov 2013 06:48 PM PST

10 Manfaat Madu yang Mungkin Anda Tak Ketahui

Madu, mungkin anda semua sudah mengenal cairan yang dihasilkan oleh para hewan pekerja yaitu lebah.Namun tahukah anda bahwa madu menyimpan segudang manfaat bagi tubuh? berikut 10 manfaat madu yang mungkin anda tidak ketahui.

1.Kandungan mineral madu dapat mengurangi derajat keasaman dan membantu mencegah pendarahan lambung

2.Madu dapat mengobati infeksi kandung kemih

3.Madu bia mengobati masuk angin

4.Madu dapat mengobati luka bakar.

5.Menambah kesuburan rambut

6.Bagi anak-anak madu dapat menjadi desinfektan dan dapat menambah nafsu makan

7.Dapat menyembuhkan/menghilangkan jerawat

8.Pada anak-anak madu juga dapat menyembuhkan cacingan

9.Untuk wanita madu juga bisa mengurangi rasa sakit pada saat datang bulan

10.Madu juga dapat mengobati penyakit anemia

Jadi tidak ada salahnya anda mengkonsumsi madu setiap hari, ditambah apabila anda merupakan salah satu orang dengan aktifitas yang sangat padat madu dapat mengembalikan tenaga anda.

Cara Membuat Rambut Mengembang

Posted: 11 Nov 2013 06:04 PM PST


rambut mengembangRambut merupakan salah satu mahkota bagi wanita. Mempunyai rambut yang indah merupakan salah satu hal yang didambakan bagi para wanita. 

Menjaga kecantikan alami adalah suatu keharusan dengan cara merawat rambut kering agar kembali indah berkilau. Jika masalah rambut berminyak bisa menimbulkan munculnya ketombe maka, cara merawat rambut kering secara alami bertujuan untuk mencegah rambut rontok, bercabang serta mengembang. 

Berikut ini cara merawat rambut mengembang : 

1. Jangan Menggunakan Shampo Secara Berlebih Penggunaan shampo saat keramas merupakan penyebab utama rambut menjadi kering. Tentu tidak masalah jika memakai shampo 2 – 3 hari sekali namun, jika anda keramas dengan shampo setiap hari justru bisa menghilangkan minyak alami. 

2. Tips Menyisir Rambut Yang Benar Menyisir rambut saat basah bisa menyebabkan kerontokan rambut. Kondisi rambut yang masih basah bila langsung disisir akan mudah rapuh dan patah. Tunggu sampai kering atau bisa memakai handuk untuk mengusap rambut secara perlahan. Pilihlah juga sisir yang lembut, terutama yang memiliki karet di ujung-ujung anak sisirnya. 

3. Memilih Kondisioner Yang Cocok Cara merawat rambut kering menggunakan kondisioner adalah memilih kondisioner rambut yang tidak mengandung alkohol. Karena kandungan alkohol dapat membuat rambut semakin kering dan mengembang. 

4. Biarkan Terurai Saat Tidur Jika tidur sebaiknya lepaskan bando atau pengikat rambut. Tujuannya untuk membuat rambut terurai sehingga mencegah mengembang selain itu juga membuat akar rambut bebas bernafas. 

5. Manfaatkan Khasiat Alami Jeruk Nipis Buah jeruk nipis berguna untuk membersihkan kotoran yang menempel pada kulit kepala serta membuat rambut sehat berkilau. Itulah cara merawat rambut yang mengembang agar tetap sehat dan berkilau.

r b f

Posted: 11 Nov 2013 07:04 PM PST

r b f


MP Pokok Sena (Pas) Mempertahankan Hak Kristian Guna Perkataan Allah...Tepuk...Tepuk...Tepuk, Kata MP DAP

Posted: 11 Nov 2013 06:04 PM PST

"Dalam Dewan Rakyat, MP Pokok Sena (PAS) sedang mempertahankan hak kristian untuk gunakan perkataan Allah. Tepuk...tepuk...tepuk...." 
Teo Nie Ching - Ahli Parlimen DAP Kulai 

Kesimpulannya apa ?

Kesimpulannya adalah...DAP mengesahkan Pas adalah tukang salak mereka....

bERANIKAN hATI

Posted: 11 Nov 2013 03:15 PM PST

bERANIKAN hATI


MELIHAT PM SELEPAS DS NAJIB DAN SELEPASNYA

Posted: 11 Nov 2013 04:43 AM PST

Gambar hiasan


1. Sama ada serius atau tidak, tentu sesekali kita terfikirkan siapakah bakal PM selepas DS Najib? Tidak usah fikirkan bila perubahan kepimpinan itu atau bagaimanakah ianya akan berlaku, kerana itu semua akan menambahkan sulitnya bahkan tidak tercapai akal. Cukuplah sekadar meneka siapakah pengganti DS Najib kerana memang sudah banyak pertanyaan-pertanyaan serupa bahkan tanpa kita sedar sudah ada pihak yang berusaha mencaturnya. Yang pasti dan mesti adalah bakal PM nanti ialah seorang pemimpin Melayu tetapi bukan  Anu ar.

2. Ramai tidak melihat TS Muhyiddin sebagai pengganti atas faktor usia walaupun ada yang menjadikan Tun Ghaffar Baba sebagai contoh bahawa usia bukanlah satu alasan untuk menolak TS Muhyiddin. TS Muhyiddin akan terpaksa menunggu lama, melainkan TS Muhyiddin sendiri mengambil keputusan nekad untuk 'melanggar' DS Najib dalam waktu terdekat, itu pun sekiranya beliau berani dan yakin mendapat banyak sokongan.

3. Banyak pihak melihat dan meramal DS Najib sendiri seakan-akan menjuruskannya kepada DS Hishamuddin sebagai pengganti. Sudah tentulah kerana faktor persaudaraan antara mereka. Selain itu faktor anak bekas PM juga akan memainkan peranan yang tidak kurang penting.

4. KJ adalah antara pemimpin muda yang dilihat sedang menuju kearah itu. Apa lagi, beliau sendiri pernah menyuarakan keinginan untuk menjadi PM Malaysia termuda dalam usia 40 tahun. Mungkin tidak dalam usia semuda itu, namun jangan diperkecilkan peluang buatnya jika kita pertimbangkan apa yang telah mampu beliau selama ini.

5. Tun Dr. Mahathir juga sudah tentu inginkan darah dagingnya meneruskan legasi. Justeru sudah tentu selagi ada hayat beliau akan mencuba sedaya upaya untuk memberikan laluan mudah kepada DS Mukhriz untuk menduduki kerusi PM. Memimpin Kedah dalam usia muda juga dapat membantunya berpengalaman mentadbir negara dengan izin Allah.

6. Peluang untuk DS Mukhriz bagaimanapun tidaklah secerah mana andainya pengganti DS Najib adalah DS Hishamuddin, juga atas faktor usia, selain faktor barisan kepimpinan sedangkan tidak mustahil sebaliknya ianya merupakan laluan mudah pula bagi KJ.

7. Untuk merealisasikan DS Mukhriz menduduki kerusi PM, terlebih dahulu TS Muhyiddin harus dipastikan menduduki kerusi berkenaan namun apakah ini akan berlaku atau akan dibiarkan berlaku? Begitupun DS Mukhriz tidak terlalu nampak menyerlah sama ada dalam pemilihan jawatan AMT dan PRK Sg Limau baru-baru ini.

8. Apapun, PAU yang akan berlangsung bulan Disember nanti masih sangat baik untuk melihat bakal pemimpin masa hadapan. Melihat antara permata dan kaca.

BERANI MEMBUAT PILIHAN...

Posted: 11 Nov 2013 03:05 PM PST

BERANI MEMBUAT PILIHAN...


'Kalau rasa dosa, jangan tengok Instagram saya' - Lana Nordin

Posted: 11 Nov 2013 02:01 PM PST

Memang tidak dinafikan penampilannya sangat 'daring' dan menggiurkan, malah pelakon ini turut menerima gelaran sebagai Pamela Anderson Malaysia gara-gara keseksiannya itu.

Namun, Lana Nodin juga dikenali sebagai artis yang cepat 'sentap' apabila ada peminat serta pengkritik yang memberi teguran berhubung isu pemakaiannya di laman-laman sosial seperti Facebook, Twitter dan Instagram.

Mengulas mengenai perkara tersebut, Lana berkata, "sebenarnya saya tak kisah kalau orang nak komen dalam akaun Instagram, cuma saya tak boleh terima kalau orang itu kurang ajar. Instagram memang laman sosial, tapi kalau tak tahu macam mana nak bersosial dan nak menggunakan laman tersebut, baik tak payah guna.

"Senang je, kalau rasa berdoas tengok instagram saya, tak payah tengok. Tutup mata. Tapi bila dah tengok, diam. Tak payah nak komen yang pelik-pelik," katanya memetik laporan portal Ohbulan.

Lana juga mengatakan menegur seseorang biarlah beradab kerana kedua ibu bapanya pun kalau mahu menegurnya akan melakukannya secara tertutup dan bukan di hadapan adik-beradiknya yang lain.

(Gambar) Bangla gila seks dicekup

Posted: 11 Nov 2013 01:15 AM PST

Gambar hiasan
Permaisuri: Sekumpulan lelaki warga asing dipercayai menjadikan alat boneka seks sebagai pemuas nafsu serakah susulan penemuan pelbagai alat perangsang seks dan anak patung menyerupai wanita dalam serbuan Jabatan Imigresen Terengganu di sebuah rumah kongsi di Kampung Telaga Putat, di sini, kelmarin.

Ketua Bahagian Penguatkuasa Jabatan Imigresen Terengganu Mohd Shahrir Khalil berkata, pelbagai peralatan itu ditemui dalam sebuah kotak yang disembunyikan di salah sebuah bilik dalam serbuan kira-kira jam 2 pagi dengan kerjasama Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), sekali gus membongkar aktiviti 'gelap' penghuni di rumah kongsi berkenaan.

Beliau berkata, hasil siasatan lanjut, seorang daripada penghuni mengakui semua peralatan seks itu miliknya dan turut digunakan rakannya yang lain bagi memuaskan nafsu masing-masing.

"Walaupun warga asing itu mengaku hanya akan mencari peralatan itu bagi memuaskan nafsu dan tidak membabitkan wanita, kita bimbang ia membahayakan anak-anak gadis tempatan di lokasi berhampiran jika dibiarkan berleluasa.
"Jika aktiviti tidak bermoral ini tidak dibendung, ia boleh mendatangkan bahaya kerana lokasi rumah kongsi ini begitu hampir dengan kawasan perkampungan.

Kes Ambank: Wajah rakan pembunuh pegawai bank yang diburu

Posted: 11 Nov 2013 12:31 AM PST

KUALA LUMPUR 11 Nov. - Polis memburu seorang lagi suspek yang terlibat dalam kejadian rompakan dan pembunuhan seorang pegawai operasi AmBank, Norzita Abu Talib, 37, pada 23 Oktober lalu.

Suspek yang dikenali sebagai Joemar, warga Indonesia itu dipercayai bertanggungjawab merancang dan bersubahabat dengan suspek utama kes berkenaan.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, suspek kini sedang diburu hasil siasatan terhadap suspek yang ditangkap di Kota Tinggi, Johor, semalam. - UTUSAN ONLINE

Kes AmBank: Polis temui senjata yang digunakan suspek

Posted: 11 Nov 2013 12:01 AM PST

SEORANG pegawai polis membawa senjata 'pump gun' yang digunakan suspek dalam kejadian rompakan dan pembunuhan seorang pegawai operasi AmBank, Norzita Abu Talib selepas ditemui di dalam longkang di Jalan Subang Persiaran Penaga, kira-kira 500 meter dari lokasi kejadian di Subang Jaya, hari ini. - UTUSAN
KUALA LUMPUR 11 Nov.- Polis menemui senjata yang digunakan suspek dalam kejadian rompakan dan pembunuhan seorang pegawai operasi AmBank, Norzita Abu Talib, di Subang Jaya pada 23 Oktober lalu.

Senjata jenis pump gun itu ditemui di dalam longkang di Jalan Subang Persiaran Penaga, kira-kira 500 meter dari lokasi kejadian pada pukul 11 pagi tadi. - UTUSAN ONLINE

Layanan buruk pembunuh pegawai Ambank, PR mahu Indonesia nyatakan bantahan?

Posted: 10 Nov 2013 11:27 PM PST

Aku betul tak faham kenapa ramai sangat yang gembira bila suspek utama kes pembunuhan seorang pegawai Ambank di Subang Jaya pada 23 Oktober yang lepas berjaya ditangkap polis.

Termasuklah yang menyatakan kegembiraan itu semalam ialah Najib Tun Razak!!

Ini biasalah, orang macam Najib memang kemaruk publisiti politik, walhal dia bukan Menteri Dalam Negeri pun, tak tahu apa yang kecoh sangat. Zahid Hamidi pun tak cakap apa-apa.

Seolahnya suspek yang dikenali sebagai Ardi itu telah pun didapati bersalah atas kesalahan tersebut dan sedang menunggu tarikh untuk digantung saja layaknya.

Kita sebenarnya tidak tahu sama ada Ardi benar-benar bersalah atau tidak. Tekanan dari masyarakat dan pemimpin gila publisiti macam Najib, yang dihadapi pihak polis untuk menyelesaikan kes ini dengan segera, memungkinkan orang yang tidak bersalah ditangkap.

Lagipun dari segi perundangan, CCTV dan sebagainya ini bukan bukti sahih yang mengatakan Ardi ini bersalah. Kalau bukti CCTV saja sudah cukup, Mahkamah boleh tutup, hakim semua boleh cari kerja lainlah.

Masih banyak persoalan yang tidak terjawab. Antaranya senjata pembunuhan yang digunakan dalam kejadian tersebut, wang rompakan sebanyak RM 450,000 yang masih kita tidak tahu hujung pangkalnya sama ada berjaya dirampas atau tidak, dan sebagainya.

Rupa? Dalam dunia ini tak silap aku, ada banyak orang yang muka hampir sama. Aku sendiri ada kawan yang mirip dengan murka Ardi ini. Dari gemuknya, dari rendahnya, dari bulatnya muka, semua ada mirip-mirip Ardi.

Cuma sebab dia ini rakyat Malaysia tulen sahaja yang buat aku yakin dia bukan Ardi.

Apa pun, dalam 'keterujaan' ini, Pakatan Rakyat mahu hak asasi Ardi ini diambil berat oleh pihak polis. Dari cara dia ditangkap semalam, aku bimbang, Ardi ini akan menerima penyeksaan yang amat dahsyat di dalam tahanan nanti.

Sambung baca di Negara Pakatan Rakyat

Mat Sabu 10 tahun ke hadapan berbanding Nik Amar

Posted: 10 Nov 2013 06:44 PM PST

Penyandang Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu mempunyai kelebihan 10 tahun ke hadapan daripada segi politik berbanding pencabarnya, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah bagi perebutan jawatan kedua tertinggi parti Islam itu, kata Timbalan Pengerusi Majlis Profesor Kebangsaan (MPN), Profesor Ulung, Datuk Dr Shamsul Amri Baharuddin.

Dr Shamsul berkata, pengalamannya dalam perjuangan parti serta kepimpinan yang sangat luas menyebabkan nama Mohamad atau dikenali sebagai Mat Sabu lebih dikenali masyarakat.

"Mungkin kerana sikapnya yang suka turun padang, bersalam dengan orang ramai, bagi seminar dan forum menjadikan beliau lebih menonjol.

"Namanya juga sering disebut berbanding Mohd Amar. Mungkin Mohd Amar hanya terkenal di Kelantan," katanya dipetik daripada akhbar berbahasa Melayu Sinar Harian.

Katanya, sekiranya Mohd Amar terpilih pada Muktamar PAS ke-59 yang berlangsung pada 22 hingga 24 November ini, mungkin kerana kesinambungan sebagai wakil daripada golongan ulama.

"Pastinya orang Kelantan akan berkempen untuk mengangkatnya dan mencari jalan supaya pemimpin baru ini meneruskan perjuangan PAS.

"Selain itu, mungkin mahu membawa perubahan dalam pucuk pimpinan parti dengan kehadiran orang muda menjadi batu loncatan Mohd Amar untuk mengambil alih jawatan tersebut," katanya.

Shamsul berkata, Mohamad bukan calang-calang orang kerana beliau masih berjaya memimpin parti walaupun kalah bertanding di Parlimen Pendang, Kedah kepada calon Barisan Nasional (BN), Datuk Othman Abdul.

"PAS tidak menghukum beliau dengan kekalahan itu, sebaliknya mungkin diberi mandat baru. Daripada segi kepimpinan dan popularitinya itulah menjadi pengukur kepadanya terus mengekalkan jawatan timbalan presiden pada muktamar nanti," katanya.

Mengulas mengenai kedudukan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang tiada pencabar, Shamsul berkata, pengalaman pemimpin itu dalam selok-belok parti dan kerajaan membantunya terus kekal.

"Pemimpin lain dilihat tidak bersedia lagi menggalas tugas sekiranya berada pada kedudukannya itu yang boleh disamakan dengan menteri-menteri di peringkat kerajaan.

"Sekiranya PAS memerintah Malaysia, Hadi akan menjadi Perdana Menterinya," katanya.

Mohamad dan Mohd Amar bakal bertembung satu lawan satu dalam pemilihan PAS kali ini apabila calon lain yang layak iaitu Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, Datuk Husam Musa dan Salahuddin Ayub menarik diri dan hanya akan bertanding merebut jawatan naib presiden.

Kemenangan bagi jawatan timbalan presiden dan naib presiden PAS pada 22 November ini akan menentukan masa depan parti Islam itu terutamanya sama ada terus berada dalam Pakatan Rakyat (PR) atau keluar daripada gabungan itu.

Mohamad dilihat sebagai mewakili kumpulan yang mahukan PAS terus bersama PR manakala Mohd Amar pula dilihat sebaliknya. – 11 November, 2013.

Apa Yang Tersirat

Posted: 11 Nov 2013 01:30 PM PST

Apa Yang Tersirat


Pembunuh Norazita Abu Talib: Bernama Loade Ardina Loade Rasila

Posted: 10 Nov 2013 10:04 PM PST

Sah sudah bahawa pembunuh Pegawai AmBank Norazita Abu Talib, 37 pada 23 Oktober lalu di premis di mana mangsa berkerja adalah warga asing berasal daripada Sulawesi Indonesia. 

Pembunuh yang menggunakan nama palsu Ardi Hamza dan mengaku beralamat di Tawau Sabah, sebenarnya bernama Loade Ardina Loade Rasila.

Perompak cum pembunuh itu sempat melarikan RM450,000 yang disimpan dipeti besi bank tersebut. 

Senjata yang berupa PUM GUN yang digunakan dalam pembunuhan itu telah dijumpai di dalam longkang, 500 meter daripada tempat kejadian. Penemuan itu, kerana pembunuh berjaya ditangkap awal pagi Ahad, di Johor.

Pembunuh yang direman selama 7 hari bermula semalam, rupanya bukan keseorangan, kerana ada individu lain yang juga warga Indonesia yang bernama JUMA dikatakan merupakan perancang utama perompakan dan pembunuhan itu.

THE FLYING KICK

Posted: 11 Nov 2013 01:15 PM PST

PEJUANG BANGSA

Posted: 11 Nov 2013 11:28 AM PST

PEJUANG BANGSA


JOM TENGOK PENGUNDI DAP P.PINANG MAIN WAYANG OPERA CINA !!

Posted: 10 Nov 2013 07:22 PM PST


NAK PROTES SENYAP ?? LEPAS TU UNDI DAP SECARA SENYAP NANTI .... ITU LAH WAYANG OPERA KAUM MATA SEPET INI .

SEMBANG KEMAIH ....SERUPA   DAP SUDAH KASI TARUK PASIR DALAM PERIUK NASI TAPI BILA PILIHANRAYA , PARTI CHAUVINIS ITU JUGA DIUNDI SEBAB BENCI SAMA UMNO /BN .

BAGI GPB ..MAMPUIH LANTAK KAT HANG PA LA .. PEMIMPIN BN TAK PERLU LAYAN SIMPATI WAYANG PUAK2 INI ..

BIAR DEPA KENA KENCING   DULU OLEH REGIM DAP BIKIN ...



- Hasrat Koay Ping, 40, memulakan hidup baharu dengan berniaga secara kecil-kecilan sejak tiga bulan lalu musnah apabila barang niaga miliknya 'dirampas' Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP). Kejadian berlaku pada 8 September lalu ketika dia tiada di tapak niaga yang terletak di Lorong Ipoh, Jelutong di sini. Ketika itu, kesemua barangan tersebut dijaga oleh pekerjanya. Menurutnya, sebaik kembali ke situ, dia terkejut apabila diberitahu pekerjanya yang barangannya telah diambil kakitangan Bahagian Pelesenan MPPP tanpa sebarang notis atau surat amaran.

 "Apa yang menghairankan tindakan tersebut dilakukan oleh Bahagian Pelesenan MPPP, bukannya Bahagian Penguatkuasaan.

 "Kejadian ini amat mengecewakan kerana ternyata berlaku salah guna kuasa dan saya mahu MPPP memberi penjelasan dan bertanggungjawab terhadap perkara ini," katanya kepada pemberita di sini hari ini. Koay Ping menambah, empat hari kemudian dia ke pejabat Bahagian Penguat Kuasaan MPPP namun terkejut apabila dimaklumkan barangan miliknya tiada di situ.

 Dia juga mendakwa, kakitangan MPPP di bahagian berkenaan memaklumkan tindakan tersebut berkemungkinan dibuat berikutan Koay Ping dikategorikan sebagai warga asing sekali gus tidak layak berniaga di situ.

 Dia kemudiannya membuat laporan polis bagi mendapatkan semula barangannya dan mendakwa mengalami kerugian kira-kira RM5,000 apabila barang niaga miliknya berupa barangan kulit dan am 'hilang'. Koay Ping juga menulis surat pada 26 September lalu kepada Pengarah Pelesenan MPPP bagi mendapatkan penjelasan tetapi sehingga kini masih belum ada maklum balas.

 Sehubungan itu, dia tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap MPPP jika isu tersebut gagal diselesaikan. Seorang lagi penjaja, Ho Boon Huat, 62, turut mengalami nasib sama seperti Koay Ping. Boon Huat mendakwa Bahagian Pelesenan MPPP 'merampas' barang niaganya pada 26 Oktober lalu atas alasan sama iaitu dia merupakan warga asing dari China. Katanya, sejak kebelakangan ini, kira-kira 10 peniaga lain di situ turut menerima nasib sama seperti mereka yang mana barangan 'dirampas' oleh Bahagian Pelesenan MPPP tanpa alasan munasabah.

 "Saya berniaga di sini sejak lima tahun lalu dan kini saya tidak mempunyai sebarang pekerjaan lain untuk sara hidup," ujarnya. Sementara itu, difahamkan, Bahagian Pelesenan MPPP akan mengadakan sidang akhbar esok bagi memberi penjelasan berhubung tindakan tersebut.

PENGUATKUASA JAIP DITEMBAK MATI BUKTI SYIAH SANGGUP MEMBUNUH !

Posted: 10 Nov 2013 05:14 PM PST




Ketua Pegawai Penguat Kuasa di Bahagian Penguatkuasaan Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP), Ahmad Raffli Abdul Malik maut ditembak dari jarak dekat oleh seorang lelaki tidak dikenali di hadapan rumahnya di Indera Mahkota 2 di sini hari ini.

Kejadian kira-kira pukul 1.55 petang itu mengakibatkan mangsa yang berusia 49 tahun mati di tempat kejadian akibat terkena dua das tembakan di dada kanan dan kerongkong.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Senior Asisten Komisioner Zakaria Ahmad berkata, sebelum kejadian mangsa sedang berehat di dalam rumah bersama isteri dan anaknya.

"Siasatan awal mendapati sebuah kereta Proton Wira Aeroback berwarna putih berhenti di hadapan rumah mangsa sebelum seorang lelaki memakai jubah hitam serta berkopiah putih berumur lingkungan 50-an keluar dan memanggilnya.

"Sebaik sahaja mangsa menghampiri suspek, seorang lagi suspek berumur lingkungan 30-an dari tempat duduk belakang tiba-tiba meluru keluar dari kereta lalu melepaskan tiga das tembakan dan terus melarikan diri," katanya ketika ditemui di tempat kejadian hari ini.

Dua daripada tembakan itu mengenai mangsa mengakibatkan pegawai itu mengalami pendarahan teruk dan meninggal dunia di tempat letak kereta rumahnya.




Sementara itu, Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar memberi jaminan Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan memburu habis-habisan suspek yang menembak mati Allahyarham Ahmad Raffli.

Dalam kenyataan beliau menerusi laman sosial Facebook peribadinya, Khalid memberitahu polis akan berusaha menjejaki mereka yang bertanggungjawab dalam kes itu.

"Saya dan seluruh warga PDRM mengucapkan takziah kepada waris Ustaz Raffli di Kuantan. Kami akan jejak pembunuh ini. Insya-Allah," kata beliau.

Allahyarham merupakan seorang pegawai penguat kuasa agama yang tegas terutama dalam membanteras isu Syiah dan maksiat di negeri ini.

Pada 28 September lalu, Allahyarham yang mengetuai serbuan Bahagian Penguat Kuasa JAIP menahan seorang imam berusia 64 tahun dipercayai pengikut ajaran Syiah di kuarters kakitangan Ladang RISDA Pekoti Timur di Muadzam Shah.

Menurut Zakaria, polis percaya kejadian itu bermotifkan bunuh kerana berlaku dalam masa yang singkat iaitu kurang dari satu minit.

"Kita percaya suspek berlegar-legar di kawasan perumahan mangsa beberapa kali sebelum berhenti di hadapan rumah mangsa.

"Bagaimanapun kita masih menyiasat motif kejadian itu sama ada berkaitan dengan tugas mangsa sebagai ketua penguat kuasa," katanya.

Beliau berkata, kes ini disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Pengikut