Selasa, 12 November 2013

Blog Rasmi Dewan Pemuda PAS Puchong

Blog Rasmi Dewan Pemuda PAS Puchong


Ibrahim Libya Bukan Ajaran Sesat Dan Ganas.

Posted: 12 Nov 2013 07:48 AM PST


Dewan Pemuda PAS Selangor melahirkan rasa kesal atas tindakan gopoh akhbar The Star menyenaraikan Ustaz Ibrahim Libya sebagai sesat dan ganas.

Di dalam tulisan akhbar  hari ini di bawah tajuk "Major cases involving violant deviant groups in Malaysia", akhbar ini secara sengaja dan tidak bertanggungjawab meletakkan nama Ustaz Ibrahim Libya bersama-sama ajaran-ajaran sesat dan ganas yang lain seperti Al-Maunah, Tuhan Harun dan  Al-Mahdi.

Ia ternyata satu tindakan berniat jahat untuk mengelirukan masyarakat terhadap PAS kerana tokoh agama Ustaz Ibrahim Libya yang sinonim dengan Tragedi Memali ini adalah sebahagian tragedi yang melibatkan PAS.

DPPNS menafikan sekeras-kerasnya bahawa mereka yang terlibat dalam tragedi ini adalah sesat dan ganas.

Dalam peristiwa 30 tahun lalu ini, Ustaz Ibrahim Libya  bersama anak-anak muridnya yang diserang oleh pihak polis dan mereka yang memulakan serangan. Ternyata ia berbeza dengan 3 kes yang dinyatakan oleh akhbar berkenaan.

Secara tidak langsung akhbar ini turut menghina kebarangakata Sultan Kedah Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah yang telah mencemar duli menziarahi di pusara Ustaz Ibrahim Libya dan para mangsa tragedi ini. Manakala Allahyarham Tuan Guru Omar Zuhdi, Pondok Lanai, Kedah telah mengeluarkan fatwa bahawa Ustaz Ibrahim Libya dan anak muridnya dikategorikan sebagai syahid. 

Selain itu Majlis Fatwa Negeri Kedah tidak pernah mengeluarkan kenyataan bahawa peristiwa Memali sebagai memerangi golongan sesat sebaliknya sekadar tidak mengesahkan istilah syahid bagi mereka yang terkorban di situ.

Ia ternyata satu perancangan jahat media untuk memburuk-burukkan PAS.

DPPNS menggesa agar akhbar tersebut memohon maaf kepada ahli keluarga Ustaz Ibrahim Libya dan Pas serta menarik balik tulisan berkenaan. Dalam masa sama DPPNS mendesak agar mana-mana pihak yang cuba untuk menyentuh berhubung isu tersebut hendaklah mendapat penjelasan dari pihak Pas terlebih dahulu agar luka yang telah lama terpendam tidak di bongkar sesuka hati oleh mereka yang tidak bertanggungjawab, terutamanya kepada pihak editorial The Star agar lebih berhati-hati pada masa hadapan.

Syarhan Humaizi Halim
Ketua Pemuda
Dewan Pemuda Pas Negeri Selangor
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Tiada ulasan:

Pengikut