Selasa, 2 November 2010

BLOG - BLOG PARTI PAS

BLOG - BLOG PARTI PAS


PAS Negeri Sembilan

Posted: 02 Nov 2010 09:16 PM PDT

PAS Negeri Sembilan


ADUN Lenggeng Diarahkan Bela Diri

Posted: 02 Nov 2010 08:48 PM PDT

Rabu November 3, 2010
ADUN Lenggeng Diarahkan Bela Diri Atas Dakwaan Rasuah
Oleh SARBAN SINGH

SEREMBAN: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lenggeng, Mustafa Salim hari ini diarahkan membela diri atas tiga dakwaan mendapatkan dan menerima rasuah.

Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi, Ahmad Nasfy Yasin berkata pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie terhadap ADUN penggal pertama itu.

April lalu, Mahkamah Sesyen di sini telah membebaskan Mustafa, 51, daripada tuduhan tersebut bagaimanapun pihak pendakwaan merayu terhadap keputusan berkenaan.

Beliau dituduh menerima rasuah sebagai dorongan untuk mengeluarkan surat sokongan kepada seorang kontraktor M. Manimaran, 37, bagi mendapatkan permit menjual pasir.

Sebelum ini, hakim Mahkamah Sesyen, Amran Jantan memutuskan pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie terhadap tertuduh.

http://www.mstar.com.my/berita/mahkamah/cerita.asp?file=/2010/11/3/mstar_mahkamah/20101103104842&sec=mstar_mahkamah

Updated: Wednesday November 3, 2010 MYT 10:41:21 AM
Lenggeng assemblyman ordered to defend corruption charges
By SARBAN SINGH

SEREMBAN: Lenggeng assemblyman Mustafa Salim has been ordered to enter his defence over three charges of soliciting and accepting bribes.

High Court judicial commissioner Ahmad Nasfy Yasin said Wednesday the prosecution had establishd a prima facie case against the first-term assemblyman.

Mustafa, 51, was acquitted of the charges by the Sessions Court here in April but the prosecution appealed the verdict.

He had been accused of receiving the bribes as an inducement to issue a supporting letter for contractor M. Manimaran, 37, to obtain a permit to sell sand.

Session Court judge Amran Jantan had then ruled that the prosecution failed to establish a prima facie case against the accused.

http://www.thestar.com.my/news/story.asp?file=/2010/11/3/nation/20101103104255&sec=nation

Program Cinta Remaja 22 Nov ke 24 Dis 2010 di Seremban

Posted: 02 Nov 2010 06:29 PM PDT

PROGRAM REMAJA CINTA ISLAM
Tarikh : 22 Nov - 24 Dis 2010
Masa : 8 pg – 12 tgh
Tempat : Pengajian At-Tibyan , Seremban Selatan
Peserta : Remaja 12 - 17 tahun
Yuran : RM 150

Hubungi 0192570813 atau e-mel ufo_ips@yahoo.com

Pengajian Tahfiz, Fardu Ain dan Bahasa Arab sempena Cuti Sekolah

JOM NGAJI Cuti Hujung Tahun 2010 di PASTI Senawang

Posted: 02 Nov 2010 06:26 PM PDT

PROGRAM MARI MENGAJI
Tempat : PASTI Amal, No. 984, Jalan Teratai 14, Taman Marida, Senawang
Tarikh : 22 Nov - 17 Dis 2010
Masa : 9 pg - 12 tgh (Isnin - Jumaat)
Peserta : Lelaki atau perempuan umur 6 ke 14 tahun

Program ini akan dibahagikan kepada Tiga Kelas iaitu:
Kelas 1 - Tahap Asas (Iqra 1,2,3)
Kelas 2 - Tahap Pertengahan (Bacaan Al-Quran)
Kelas 3 - Tahap Lanjutan (Bacaan Al-Quran, Tajwid & Tarannum)

Peserta dikehendaki membawa sendiri: Kitab Iqra (1,2,3) bagi tahap asas dan
Al-Quran bagi tahap pertengahan dan lanjutan.

Yuran cuma RM 40
Setiap kelas terhad kepada 20 orang peserta sahaja

Makan dan minuman tidak disediakan
Pelajar perlu bawa rehal sendiri
Pengangkutan tidak disediakan

OBJEKTIF PROGRAM
- Menyemai dan menyuburkan cintakan Al-Quran kepada anak-anak
- Mengisi aktiviti bermanfaat untuk anak-anak sepanjang cuti sekolah

Untuk pertanyaan dan pendaftaran hubungi :
Hj. Faisol Abdul - 019-3440826 (Taman Guru), Nazri Zainal - 019-9103431 (Taman Tasik Jaya), Sufian - 013-3589328 (Taman Jasmin), Hamizi - 012-2832458 (Taman Seremban Jaya), Rozmal – 012-2267406 (Taman Alamanda)

Anjuran : PASTI Amal dengan kerjasama PAS Cawangan Senawang

Borang Pendaftaran pada pautan berikut http://pasti-n9.blogspot.com/2010/11/jom-ngaji-cuti-hujung-tahun-2010-di.html

Saluran air tidak berfungsi

Posted: 02 Nov 2010 02:37 AM PDT


Sinar Harian 1 Nov 2010

Peniaga mohon MPPD perbaiki kerosakan selepas empat bulan kedai dipenuhi air hujan

TELOK KEMANG – Kurangnya mendapat perhatian dalam hal kebajikan mengakibatkan peniaga di deretan kedai di Pasar Telok Kemang berasa tidak selesa untuk menyewa kedai terbabit.

Peniaga, Abdullah Sani Mohd Said, 57, berkata, sudah hampir empat bulan kedainya banjir akibat sering dipenuhi air hujan kerana saluran air di bumbung kedainya tidak lagi berfungsi dengan baik.

Menurutnya, tidak kira sama ada hujan lebat atau tidak, kedainya pasti akan dipenuhi air yang mengalir daripada kebocoran sistem saluran air di atas bumbung.

"Akibat daripada itu, rak di kedai saya ini sudah kembang dan rosak malah ada beberapa produk juga turut basah terkena air hujan tersebut.

"Dalam masa sebulan terakhir ini, kerosakan tersebut semakin teruk dan ia memang menjejaskan keselesaan saya sebagai penyewa kedai di sini," katanya.

Abdullah Sani berkata, dalam masa empat bulan masalah itu berlaku, dia sudah membuat aduan kepada pegawai yang berkenaan di Majlis Perbandaran Port Dickson (MPPD).

"Ketika menghubungi MPPD, pegawai berkenaan memberikan jawapan bahawa pihaknya akan segera menyelesaikan masalah tersebut. Namun, sehingga kini masih tiada sebarang tindakan yang dilakukan.

"Kedai saya ini sudah beberapa kali dipecah masuk oleh pencuri dan segala kerosakan yang dialami terpaksa ditanggung sendiri dan langsung tidak mengharapkan MPPD untuk membaikinya.

Menurutnya, masalah yang dihadapi sebenarnya berdasarkan daripada kerosakan sistem di bangunan tersebut.

"Adalah wajar untuk saya memohon MPPD membaiki kerosakan terbabit dan jika dibiarkan masalah ini akan mengakibatkan lot kedai lain turut terlibat.

"Saya amat berharap agar MPPD akan segera membaiki kerosakan yang dihadapi ini sebelum masalah itu terus merebak ke lot kedai yang lain dan lebih ramai peniaga akan menghadapi masalah yang sama.

http//www.sinarharian.com.my/mns/content/story8355371.asp

N.27 - PAS DUN Sura

Posted: 02 Nov 2010 07:26 PM PDT

N.27 - PAS DUN Sura


21 Gunung Lagi Dikhuatiri Meletus Di Indonesia

Posted: 02 Nov 2010 07:09 AM PDT

YOGYAKARTA : Indonesia pada masa ini bukan saja memantau Merapi yang memuntahkan gas dan debu panas semalam tetapi juga 21 gunung berapi lain yang menunjukkan tanda-tanda semakin aktif termasuk Galunggung, Dempo, Sinabung dan Anak Krakatau.

SEKUMPULAN penduduk meninggalkan kawasan dekat Merapi di  perkampungan Balerante, Klaten, semalam.
SEKUMPULAN penduduk meninggalkan kawasan dekat
Merapi di perkampungan Balerante, Klaten, semalam.

Letusan baru itu dilaporkan ketika Indonesia turut bertungkus lumus menangani kesan tsunami dengan dua bencana itu mengorbankan hampir 500 penduduk menyebab-kan tentera turut membantu.

Merapi adalah antara 129 gunung berapi aktif di Indonesia. Letusannya menyebabkan 38 kematian sejak seminggu lalu. Lebih 69,000 penduduk sudah dipindahkan daripada kaki gunung itu yang kini diselaputi debu.

Penduduk yang berada di khemah perlindungan sementara beberapa kilometer jauhnya turut lari mencari tempat lebih selamat selepas Merapi meletus lagi diikuti letupan kuat, kata Subrandrio, pegawai pemantau Merapi.

Gunung itu banyak kali meletus sejak dua abad lalu. Pada 1994, 60 orang maut manakala 1,300 terbunuh dalam letusan pada 1930 yang memusnahkan lebih 24 kampung.

Kerajaan juga meningkatkan tahap berjaga-jaga membabitkan 21 gunung berapi lain yang menunjukkan peningkatan aktiviti termasuk gegaran dan muntahan debu hitam sejak dua bulan lalu, kata pakar gunung berapi, Syamsul Rizal.

Seorang lagi pegawai, Gede Swantika berkata adalah biasa tahap berjaga-jaga ketiga tertinggi ditetapkan lima hingga 10 kerana sesebuah gunung berapi itu mungkin meletus dalam tempoh dua minggu.

Katanya, pegawai yang memantau aktiviti gunung berapi mengesan lebih banyak tempat menunjukkan aktivisi seismik lebih tinggi.

"Kita akui ini suatu yang luar biasa kerana membabitkan lebiht 20 gunung berapi pada satu masa. Kami perlu terus memantau tetapi saya tidak boleh kata atau ramal mana satu akan meletus. Kami hanya dapat kesan coraknya," katanya lagi.

Di PADANG, pihak berkuasa menafikan laporan bahawa bantuan tersadai di pelabuhan menyebabkan mangsa tsunami yang terselamat terpaksa mencari tumbuhan liar selepas bencana alam yang membunuh beratus-ratus orang.

Ketika Presiden Susilo Bambang Yudhoyono berkata bahawa negaranya menerima bantuan asing untuk pembinaan semula kampung yang terjejas, ada laporan menuduh kerajaan merancang untuk menempatkan semula penduduk jauh dari kawasan pantai.

Mangsa yang terselamat dalam kejadian tsunami setinggi tiga meter di pulau Mentawai, barat Sumatera mengadu bahawa bantuan terlalu perlahan tiba kepada mereka manakala pekerja bantuan berkata koordinasi adalah terlalu lemah.

Tsunami berikutan gempa bumi berukuran 7.7 skala Richter itu meranapkan kira-kira 10 kampung, memusnahkan sekolah, masjid dan rumah tradisional di kawasan pedalaman dan pantai yang popular di kalangan peluncur asing.

"Penangguhan disebabkan keadaan cuaca buruk. Tetapi sekarang kami sudah tiba ke kawasan terjejas dan bantuan dihantar walaupun ia agak terbatas," katanya.

sumber : bharian.com

Status 'Hilang Layak Pengundi Awam' Paling Ramai Di Negeri Pakatan

Posted: 02 Nov 2010 03:31 AM PDT

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) didesak supaya menjelaskan persoalan yang berbangkit berhubung kumpulan pengundi 'hilang layak undi awam' yang berjumlah 18,493 orang dalam Rang Daftar Pemilih Suku ketiga 2010.

Dan lebih mencurigakan, kata Pemuda PAS Pusat, jumlah tiga negeri paling ramai pengundi "hilang layak undi awam" ialah Kelantan (3,187), Kedah (2,876) dan Perak (2,007).

"Ironinya, negeri terbabit adalah dua negeri yang diperintah oleh kerajaan Pakatan Rakyat (PR) dan sebuah negeri lagi telah dijatuhkan secara tidak demokratik oleh BN," kata ketua penerangan Pemuda PAS pusat, Suhaizan Kaiat.

Mengikut kebiasaannya, tegas beliau, apabila seseorang pemilih menjadi pengundi pos, maka secara automatik mereka akan hilang kelayakan sebagai pengundi awam.

"Bilangan 18,493 undi "hilang layak undi awam" adalah cukup besar. Mereka berkemungkinan besar isteri atau keluarga anggota tentera atau polis," katanya dalam satu kenyataan sambil menambah, kumpulan itu baru diwujudkan dalam rang suku ketiga tahun ini.

Bagaimanapun, katanya, bilangan anggota tentera dan polis yang memohon sebagai pengundi pos adalah 76 orang sahaja, berbanding dengan keluarga mereka yang memohon berjumlah 18,493 orang.

"Secara tidak langsung, (ia) membawa maksud bahawa secara puratanya satu keluarga polis atau tentera mempunyai 243 orang ahli. Ini angka yang tidak munasabah," tambahnya.

Katanya, tidak dinafikan keluarga anggota polis dan tentera boleh memohon sebagai pengundi pos secara berasingan dengan suami atau isteri mereka yang menjadi anggota terbabit.

"Tetapi pendaftaran secara beramai-ramai di suku ketiga dan hampir dengan pilihanraya umum ke-13 adalah sungguh mencurigakan. Seolah-olah ada usaha saat-saat akhir untuk memberi kemenangan kepada pihak tertentu.

"Terdapat maklumat juga yang menyatakan bahawa terdapat isteri anggota keselamatan yang tidak mengetahui nama mereka telah dipindah daripada pengundi awam kepada pengundi pos. Mereka telah menjadi mangsa kepada golongan yang tidak bertanggungjawab," katanya.

Menurut Suhaizan lagi, apa yang paling mencurigakan adalah walaupun kali pertama kumpulan ini diwujudkan tetapi mempunyai bilangan yang cukup ramai iaitu 18,493 orang.

Mengenai jumlahnya yang ramai di Kedah, Kelantan dan Perak, Suhaizan berkata, kemenangan Pakatan rakyat dengan majoriti kecil di peringkat DUN adalah sangat membimbangkan.

"Contohnya di negeri Kedah bagi DUN N24 Jeneri, YB Yahya Abdullah (Pakatan) menang dengan majoriti 67 undi sedangkan undi "hilang layak undi awam" yang telah dimasukkan berjumlah 117 orang.

"Kemungkinan Pakatan akan kalah sebanyak 50 undi dalam pilihanraya akan datang. Bagi DUN N26 Tanjung Dawai, YB Dr Hamdan Mohd Khalib (Pakatan) menang dengan majoriti 79 undi.

"Undi daripada pengundi "hilang layak undi awam" yang dimasukkan ke DUN ini adalah seramai 105. Maka Pakatan kemungkinan kalah dengan majoriti sebanyak 26 undi," tambahnya.

Suhaizan juga menyentuh tentang pembaikan sistem undi pos yang didakwanya masih kabur.

"Selepas kekecohan pengurusan undi pos dalam pilihanraya Kecil Sibu lepas, Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof menyedari
bahawa proses undi pos menyusahkan dan menggunakan terlalu banyak borang.

"Beliau berjanji mahu membuat perubahan terhadap sistem pengundian pos. Sehingga hari ini tidak diketahui apakah statuscadangan beliau ini.

"Kewujudan pengundi "hilang layak undi awam" ini akan menambahkan bilangan pengundi pos.

"Bagaimana SPR mahu menghadapi pertambahan pengundi pos yang besar ini sedangkan janjinya untuk memperbaiki sistem undi pos belum menampakkan hasilnya?

"Selagi ruang manipulasi dalam undi pos masih ada maka pilihanraya di negara ini akan dipertikai oleh rakyat," kata Suhaizan.

Oleh itu, katanya, bagi memastikan sistem pilihanraya berjalan dengan adil dan telus maka SPR mesti menjelaskan kepada rakyat persoalan yang berbangkit berhubung dengan kumpulan pengundi "hilang layak undi awam".

sumber : malaysiakini.com

Majlis Tindakan DUN N-23 Dusun Tua

Posted: 02 Nov 2010 07:17 PM PDT

Majlis Tindakan DUN N-23 Dusun Tua


Peruntukan diberi pada ketua Umno bahagian - SDO

Posted: 02 Nov 2010 05:36 PM PDT

Harakahdaily

KUALA LUMPUR, 2 Nov: "Sory YB! Kita beri kepada Ketua Bahagian Umno. Ini arahan yang kita terima." Ini adalah jawapan Pegawai Pembangunan Negeri (SDO) Wilayah Persekutuan kepada anggota Parlimen Titiwangsa, Dr Lo' Lo' Mohd Ghazali.

Jawapan ini diberikan beliau ketika Dr Lo' Lo' bersemuka dengannya dan bertanya, "Siapa yang menghabiskan peruntukan untuk saya selaku anggota Parlimen Titiwangsa?"

Kedua-duanya bertemu dalam majlis taklimat tentang program e-Kasih di bangunan Parlimen tidak lama dahulu.

Perkara ini diceritakan oleh Dr Lo' Lo' dalam satu kenyataan yang dibuat kepada Harakahdaily baru-baru ini.

Beliau mengulas tindakan kerajaan BN tidak menyalurkan peruntukan RM1.5 juta untuk setiap kawasan Parlimen kepada para ahli Parlimen Pakatan Rakyat.

Ia hanya diberikan kepada anggota Parlimen BN dan ditempat yang BN kalah, peruntukan itu diberikan kepada ketua bahagian Umno.

"Namun dasar Umno/BN yang kolot dan takut berhadapan secara profesional di padang yang sama rata menyebabkan peruntukan tersebut masuk kantung ketua bahagian Umno," kata Lo' Lo'.

Namun begitu, katanya, semua 10 anggota Parlimen Pakatan di Kuala Lumpur telah berjaya menunjukkan politik baru yang tidak berdasarkan perkauman tetapi berdasarkan keperluan dan keutamaan.

"Kita layan rakyat sama sahaja, tanpa mengira warna kulit," cerita Lo' Lo' dalam kenyataan ketika mempertikaikan ucapan Pemangku Ketua Umno Bahagian Titiwangsa yang berkata, Umno tidak memerlukan undi Cina dan India.

Bagi beliau, kenyataan Datuk Johari Ghani itu umpama terlajak perahu boleh ditarik balik, terlajak kata buruk padahnya.

Bagi beliau, Datuk Johari telah menunjukkan warna sebenar Umno.

"Mereka hanya perlukan undi orang Cina, orang India dan bukan Melayu secara am. Bila perkiraan matematik mereka menunjukkan Umno akan selamat dengan sokongan orang Melayu, mereka tidak segan silu menyebut tidak akan sembah orang Cina dan India.

"Alhamdulillah mereka tak sembah orang bukan Melayu untuk undi. Jika tidak berat kes sebab kita orang Islam sepatutnya sembah Allah bukan sembah orang atau kaum lain," peringat Lo' Lo' dalam kenyataannya.

Lo ' Lo' sekali lagi memperingatkan, rakyat di kawasan beliau sangat memerlukan pertolongan dan Umno jelas telah membiarkan mereka selama ini.

"Bayangkan di Titiwangsa ni sahaja seramai 700 ibu tunggal yang sepatutnya layak dapat bantuan, hanya 67 orang sahaja yang ada dalam senarai Jabatan Kebajikan Masyarakat.

"Apa wakil rakyat dulu buat? Itu baru isu ibu tunggal, belum lagi isu OKU, pesakit kronik, warga emas, pesakit mental dll," katanya.

Selain itu, beliau juga kesal dengan sikap Dewan Bandaraya Kuala Lumpur yang tidak mengambil berat isu pendatang asing yang berniaga memenuhi kawasan Chow Kit yang terletak dalam kawasan Parlimen beliau.

"Belum lagi cerita Chow Kit yang telah dijajah oleh PATI. Bagaimana gerai-gerai PATI boleh dibina atas kaki lima? Bila minta DBKL bertindak, jawapannya gerai-gerai itu kepunyaan orang tempatan yang merupakan ahli/ajk beberapa persatuan peniaga.

"Siapakah ahli/ajk persatuan ini? Sebahagian besar merupakan ajk cawangan Umno yang berselerak. Rupanya yang menggadai Chow Kit bukan Lim Kit Siang atau Lim Guan Eng dari DAP tetapi Umno sendiri," tempelak beliau.

Kerana pelbagai isu itulah, kata Lo' Lo', apabila beliau membuka pusat perkhidmatan, berduyun-duyun yang datang meminta bantuan dan perkhidmatan dari pejabat beliau yang terletak di Kampung Baru.

"Bila saya buka pusat khidmat di Jalan Raja Muda Musa Kampung Baru, berduyun-duyunlah orang yang datang. Orang Melayu, Cina, India, Sikh silih berganti datang.

"Semuanya kita layan dan lakukan apa yang termampu. Yang tidak mampu ialah bagi duit sebab memang tak ada duit. Kalau ada beras, staf saya akan beri beras kepada yang memerlukan. Penagih dadah pun ramai datang," cerita Dr Lo' Lo' lagi.

Beliau sekali lagi menempelak Datuk Johari yang berkata sudah membuka pusat khidmat Umno di Desa Pandan yang lebih canggih dari pusat khidmat beliau.

"Duit kita dia dah rembat. Cuba bagi RM1.5 juta kepada anggota Parlimen yang dipilih oleh rakyat uruskan, alamat sakitlah mereka. Kita akan beri kepada rakyat secara langsung dan telus," kata beliau lagi.

Selamat Hari Raya

Posted: 18 Sep 2010 07:48 PM PDT

Ucapan Selamat Hari Raya dan Maaf Zahir Batin kepada YB Ismail Sani dan keluarga.

Pastinya selaku sahabat dalam perjuangan menabur bakti kepada masyarakat dan lawan dalam parti yang berbeza, banyak perkara-perkara yang kita tidak sehaluan. Namun semua itu bukanlah halangan untuk bersama manyambut lebaran ini dengan ziarah menziarahi antara satu sama lain.

Selaku Pengarah DUN, Saudara Mohd Jan Sulong meluangkan masa menghadiri majlis jamuan Aidilfitri anjuran YB Ismail Sani dan UMNo yang diadakan di Padang Titiwangsa, Taman Titiwangsa. Kehadiran beliau disambut oleh YB Ismail Sani dan lain-lain pemimpin UMNo setempat.



Siapa kata kami bermusuh? Mungkin kita berbeza pandangan dan perjuangan namun hubungan kami amat baik. Apa pun rakyat yang sepatutnya mendapat manfaat akhirnya. Tidak sepatutnya orang Melayu bergaduh dan benci membenci antara satu sama lain sedangkan kita sepatutnya bersama untuk memastikan hak kita terbela dan kita mendapat hak kita. Dan apa yang lebih penting Islam diletakkan ditempat yang selayaknya.

Ketua Balai Pekan Bt 14 pun ada.

Mana ada isteri-isteri.... seorang sahaja... Tapi kalau orang doakan ameeen jer ler.... Isteri pun ameen sekali ke?

Kempen Kibar Bendera Yang Muram

Posted: 17 Sep 2010 12:09 AM PDT





Hendak kibar atau tidak? Bukan sebab tak mahu kibar tetapi lebih banyak sebab untuk tidak kibar dari kibar. Bukan sebab tidak cintakan negara tapi lihatlah bendera kita di atas jika dibandingkan dengan bendera yang menjadi kebencian seluruh umat Islam di dunia. Bendera kita ala-ala US. Sebuah negara yang sentiasa menyokong apa sahaja tindakkan Israel terhadap rakyat Palestine. Suka atau tidak itulah kenyataannya.

Kalau kita di Afganistan atau di Iraq mingkin kita akan sama-sama kena tembak bersama tentera US. Sampai bila kita akan terus bertahan dengan menggunakan bendera diatas? Mungkin dengan sentimen kebencian terhadap USA yang amat kuat; kini kita punya alasan yang lebih kukuh untuk menukar bendera kita..... atau mungkin sekurang-kurangnya mengubahsuai untuk mengurangkan wajah US dalam bendera kita. umpamanya kita boleh berbuat seperti ini:

Mungkin ada baiknya kita mengambil kira keselamatan tentera atau misi keamanan kita terutama ketika di luar negara yang tahap kesedaran terhadap kewujudan negara Malaysia amat rendah... Atau kita ini mungkin tidak terkenal langsung negara Malaysia ini. Mereka yang biasa terlibat dengan misi antarabangsa mungkin boleh membuat komen.........

Ataupun kita gunakan bendera seperti ini semasa negara ada misi di luar negara sahaja...... Apa pun ianya adalah sekadar pandangan peribadi.

Penurunan Kadar Jenayah Satu Retorik ?

Posted: 16 Sep 2010 05:28 PM PDT

Pertamanya saya mewakili seluruh warga Dewan Pemuda PAS mengutuk sekeras - kerasnya segala perbuatan jenayah kejam dan mengucapkan takziah kepada ahli keluarga mangsa jenayah terbaru iaitu :
  1. Ustazah Norliza Ishak 35, [ yang dibunuh kejam bersama anaknya Amirul Ayman 10, pada 3 Sept 2010 - Port Dickson ]
  2. Datuk Sosilawati Lawiya 47, dan 3 mangsa yang lain [ juga dibunuh kejam setelah hilang sejak 30 Ogos 2010 - Kuala Lumpur ] .
  3. Sebelum ini Mohamad Adam Muzaffar telah disembelih oleh bapanya [ Muhaimi Sautar 33, ] pada 24 Ogos 2010 - Kota Bharu .
  4. Noraini Ahmad 20, dirogol dan dibunuh dengan kejam , ditemui dalam keadaan kepalanya cedera parah dan tangannya diikat dengan dawai pada 12 Ogos 2010 . - Sungai Petani .
  5. Nurul Dahyatul Fazlinda Mat Haizan 8, dan Che Ku Zaimah Che Ku Awang 28, cedera parah dibahagian muka dan mata apabila disimbah cuka getah dalam satu kejadian amuk di Kampung Sekayu pada 15 August 2010 . - Hulu Terengganu .
  6. Ilya Nabilah Rosnata 19 ditemui mati dirogol dan dibunuh dengan kejam dengan kesan tikaman pada bahagian dadanya , dipercayai telah dibunuh seminggu sebelum dijumpai terapung di Sungai Bagan dan tangannya diikat pada sebatang pokok 21 Julai 2010 lalu .- Pulai Chondong Machang.
  7. Pengawal Keselamatan dibunuh dengan kejam dalam satu kejadian di Pekan Batu 9 . Mangsa dipercayai telah dilanggar terlebih dahulu dan kemudiannya tangan kirinya dipotong dengan sebilah parang pada 4 Julai 2010 .- Kajang
  8. Amir Khan Abdullah @ Balwant Singh 53, ditemui mati berlumuran darah dengan tujuh tikaman di kepala sehingga terkeluar otaknya dan tiga tikaman di dada kiri di atas tilam dalam sebuah bilik di rumahnya pada 1 Julai 2010 . - Selayang .
  9. Siya Pandian Ketua Pemuda Dewan Himpunan Penyokong PAS Perak mati ditembak di bahagian kepala dan dadanya dihadapan kedai mencuci kereta miliknya pada 15 Mac 2010 di Langkap Teluk Intan Perak .
  10. K. Haresarren 18 bulan mati selepas mengalami keretakan tulang rusuk , hatinya pecah dan lebam di seluruh tubuh kerana didera teruk pada 3 Mac 2010 . Petaling Jaya sebelum itu pada 25 February 2010 , Syafiah Humairah 3, mati dipukul , disepak dan dipijak . - Shah Alam
  11. Atan Daud 90, Sutiah Katas 80, Ismail Awang 76, dan Siti Khatijah Ismail 22 ditemui terbunuh dengan begitu kejam pada 5 Januari 2010 . - Gemencheh
Saya hanya membawakan 10 kes jenayah kejam dari ratusan kes kejadian jenayah dalam negara kita sejak awal tahun ini . Bermula dengan satu tragedi pembunuhan 4 anggota keluarga di Gemencheh Januari lalu , kini negara gempar lagi dengan pembunuhan kejam ke atas Datuk Sosilawati dan 3 lagi mangsa yang merupakan pembantu beliau .

Program Transformasi Kerajaan [GTP] yang diperkenalkan April tahun lepas oleh YAB Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dilaporkan kononnya telah mencapai hasil signifikan menerusi pelbagai inisiatif Bidang Keberhasilan Utama negara [ NKRA ] .

Alex Iskandar Liew [ Pengarah Komunikasi GTP di Unit Pengurusan Prestasi dan Perlaksanaan ( PEMANDU ) di Jabatan Perdana Menteri ] menjelaskan bahawa indeks jenayah keseluruhan pada januari hingga ogos telah menurun 16.24 peratus .

Melihat kepada perkembangan mutaakhir betapa sadisnya jenayah yang berlaku membuatkan semua pihak kembali ragu terhadap dakwaan kononnya indeks jenayah telah menurun. Sebaliknya rata - rata melihat Malaysia merupakan sebuah negara yang berdepan dengan ancaman nilai keamanan dan keselamatan .

Setiap hari akan ada sahaja jenayah dilaporkan berlaku di seluruh negara oleh media massa. Bahkan jenayah tidak lagi dihitung dengan kadar berapa kali kejadiannya setahun , sebulan dan sehari , tetapi kini dihitung mengikut kadar jam , minit dan saat .

Saya percaya semua pihak bertanggungjawab terhadap usaha membenteras jenayah , namun kerajaan adalah pemegang amanah untuk meletakkan rakyat dan negara dalam keadaan selamat , aman dan sejahtera . Rakyat tidak boleh dikaburi dengan kenyataan - kenyataan hipokrit dan bersifat retorika politik semata - mata .

8. Pencapaian NKRA dilihat sangat tidak meyakinkan . Malah negara masih subur dengan elemen - elemen yang mempunyai potensi besar untuk mendorong berlakunya satu - satu jenayah . Sementelah pula langkah pencegahan masih bersifat melepaskan batuk ditangga. Ianya tidak dilakukan secara serius.
  • samalah seperti mencetak kata - kata amaran dan gambar penyakit yang menjadi akibat ketagihan rokok di kotak rokok dan kemudiannya dibenarkan ia dijual kepada orang ramai.
  • samalah juga tindakan kerajaan mengeluarkan lesen untuk operasi hiburan atau kelab malam dan penjualan kondom serta minuman beralkohol di kawasan majoriti muslim kemudian kerajaan yang sama pula melantik pencegah maksiat supaya menghalang dan menangkap orang yang melakukan maksiat .
Kedua - dua nota di atas memperlihatkan kepada kita betapa tidak seriusnya kerajaan menangani pertumbuhan indeks jenayah dan mungkar dalam negara kita lantaran mereka berpeluang membuat keuntungan di sebaliknya . Fenomena ini sangat dikesali dan ia sekali - kali tidak akan dapat membebaskan negara dari belenggu jenayah jika inilah sikap yang ada pada kerajaan .

Sekadar mengutuk sekeras - kerasnya segala jenayah yang berlaku tidak boleh merubah apa - apa kecuali satu tindakan berkesan dan bersepadu dengan gandingan semua pihak [ kerajaan dan rakyat ] dilakukan secara bijak demi masa depan negara . Dewan Pemuda PAS Pusat sekali lagi melihat Islam dan syariatnya adalah satu solusi tepat untuk menghindarkan negara dari badi jenayah yang semakin menular.

Kami juga mengambil kesempatan untuk mengucapkan Tahniah kepada Tan Sri Ismail Omar yang telah dilantik sebagai Ketua Polis Negara yang baru agar Tan Sri Ismail dapat berkhidmat dengan adil , telus , benar dan saksama serta cekap dan tegas membasmi rasuah dan jenayah dalam negara ini . Kes jenayah kejam yang menimpa Datuk Sosilawati menjadi kes high profile yang pertama mesti dihadapi oleh Ketua Polis Negara yang baru . Semoga berjaya dengan cahaya kebenaran dan petunjuk Ilahi .

Oleh: Ust. Nasrudin Hassan at Tantawi

Nota : Penurunan kadar jenayah bukan hanya dilihat sekadar jumlah keseluruhan penurunannya tetapi juga pandangan masyarakat terhadap keselamatan mereka. Mungkin jenayah kecil-kecilan menurun namun kes jenayah berat yang melibatkan kematian dilihat semakin meningkat. Jangan kita siapa buat lihatlah apa yang dibuat.

Jangan kerana nak tunjuk Najib dan telah mencapai NKRA yang dijanjikan dan nak tunjuk dia buat kerja kita memaparkan statistik yang mengelirukan.

PAS Kawasan Miri

Posted: 02 Nov 2010 07:15 PM PDT

PAS Kawasan Miri


Di Batu Sapi Masjid 5 Juta lulus,di Desa Senadin habuk pun tiada..

Posted: 01 Nov 2010 09:35 PM PDT




Inilah dia kerajaan BN yang terus berdusta dan menyalahgunakan wang rakyat. Saat PRK Batu Sapi;gula gula politik berterbangan tetapi di Desa Senadin;rakyat terus menghadapi kesukaran untuk memiliki sebuah Masjid yang indah.Inilah nasib rakyat.

Minyak Naik Lagi

Posted: 01 Nov 2010 09:26 PM PDT


KUALA LUMPUR, 2 Nov: PAS mengucapkan 'tahniah' kepada kerajaan Umno BN di atas keputusan menaikkan 5 sen harga petrol RON 97 bermula tengah malam tadi.
Ketika diminta mengulas perkembangan terbaru itu, Bendahari PAS Pusat, Dr Mohd Hatta Ramli secara sinis turut mengucapkan terima kasih kepada kerajaan kerana sekali lagi menyusahkan rakyat.

"Tahniah, sebab terus menerus buat keputusan yang menyusahkan rakyat," katanya yang juga Ahli Parlimen Kuala Krai.Harga petrol RON 97 dinaikkan 5 sen lagi mulai hari ini tanpa sebarang pengumuman.Berikutan itu, harganya kini menjadi RM2.15 seliter.
Bagaimanapun harga pertrol RON 95 dan diesel tidak berubah.

"Nampaknya kerajaan sekali lagi mengambil kesempatan tarik subsidi rakyat, kita tak dengar pun ada kenaikan minyak di pasaran dunia.Ini terbukti kerajaan akan terus naikkan harga barang, tak kira waktu pilihan raya atau tidak," katanya.
Datuk Seri Najib Razak dalam Bajet 2011 sebelum ini mengumumkan pembinaan Menara Warisan Merdeka setinggi 100 tingkat bernilai RM5 bilion bagi menarik pelabur dan pelancong.

Bagaimanapun menurut Hatta, dengan keputusan menaikkan harga minyak tersebut, membuktikan bajet yang dibentang mementingkan projek mega dari keperluan rakyat.
"Kita bercakap tentang kedudukan kewangan negara yang mantap, dalam masa sama kerajaan alihkan beban kepada rakyat.Saya ingatkan kepada rakyat terutama pengundi Galas dan Batu Sapi bahawa akan ada lagi kenaikan harga barang diumum kerajaan Umno BN selepas ini," katanya yang juga Koordinator Protes.Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Rohani Abdul Karim di Dewan Rakyat hari ini bagaimanapun menjelaskan, kenaikan tersebut adalah biasa kerana harga petrol RON 97 sebelum ini diletakkan dalam apungan dan boleh meningkat mengikut pasaran dunia.

Another BN Bad Project

Posted: 01 Nov 2010 09:20 PM PDT

SIBU – Thirteen longhouse folks lodged police reports this morning and last weekend over an oil palm plantation which had encroached into their lands.
The four Tuai Rumah who lodged police reports this morning were from Sg. Lenggan, Nanga Singat, Nanga Mawan and Nanga Sg. Seputah.
They were brought there by a man who wanted to be identified only as Robert. Robert, an Iban said the 13 long houses had formed a protem committee to look into the matter.

The protean committee appointed to look into the possible settlement of land sale issue and campaign against oil palm plantation at Pulau Lebaan were David Majang as Chairman, William Limbat Vice Chairman, Simon anak Amut Secretary and Anthong Ijan as Treasurer.He said they were not interested to turn this issue into a political one but the longhouse only wanted their own land back to do farming.
Robert said last weekend, the longhouse had already sent a protest against the intruding of the oil palm company which were encroaching into their NCR lands. He said in 1942, the British had given them land documents which they had with them. "The long house folks wanted to protect what belonged to them only," he said adding that if they were unable to fight this alone, they would think of other options.

Last weekend, the 13 Tuai Rumah and representatives went to Rumah Francis Kiai anak Pengarah to seek for a dialogue session with Daro State Assemblyman, Murni Suhaili. They wanted to tell him that a company with heavy machinery had been constructing roads and drainage for the oil palm plantation starting at Pulau Lebaab.
Nine longhouse folks then lodged a police report on October 28th. When Murni did not turn up, the 13 lnghouse Tuai Rumah discussed among themselves and held a protest condemning the encroachment into their NCR lands.

The 13 Tuai Rumah/Wakil Tuai Rumah gathered for the dialogue session were from Rh. Seli, Rh. Lanting, Rh. Igat, Rh. Leang, Rh. Guang, Rh. Francis Kiai, Rg, Jawa, Rh. Nyait, Rh. Kaming, Rh. Bungkok, Rh. Baying, Rh. Jinga, Rh. Jimmy and Rh. Sintan.
Expressing their concern that the river there is their source of drinking and cleaning, the oil palm plantation would polluted the rivers as they did not have pipe water supply. They were equally worried about the environment of the plantation which would destroy the flora and fauna.The jungles, being part of their livelihood feed them with fish and food including wild mushrooms, bamboo shoots, bidin, planting of vegetables which would be destroyed with the plantation set up there.
The longhouse folks claimed that their land of 6,000 hectares had been sold for RM2.3millions and it was against their rights that their lands were sold without notifying them.The group of 13 Tuai rumah had also seek the help of a lawyer to set a court injunction against the oil palm company.

Rembau Hari Ini

Posted: 02 Nov 2010 07:15 PM PDT

Rembau Hari Ini


Program Cinta Remaja 22 Nov ke 24 Dis 2010 di Seremban

Posted: 02 Nov 2010 06:28 PM PDT

PROGRAM REMAJA CINTA ISLAM
Tarikh : 22 Nov - 24 Dis 2010
Masa : 8 pg – 12 tgh
Tempat : Pengajian At-Tibyan , Seremban Selatan
Peserta : Remaja 12 - 17 tahun
Yuran : RM 150

Hubungi 0192570813 atau e-mel ufo_ips@yahoo.com

Pengajian Tahfiz, Fardu Ain dan Bahasa Arab sempena Cuti Sekolah

JOM NGAJI Cuti Hujung Tahun 2010 di PASTI Senawang

Posted: 02 Nov 2010 06:27 PM PDT

PROGRAM MARI MENGAJI
Tempat : PASTI Amal, No. 984, Jalan Teratai 14, Taman Marida, Senawang
Tarikh : 22 Nov - 17 Dis 2010
Masa : 9 pg - 12 tgh (Isnin - Jumaat)
Peserta : Lelaki atau perempuan umur 6 ke 14 tahun

Program ini akan dibahagikan kepada Tiga Kelas iaitu:
Kelas 1 - Tahap Asas (Iqra 1,2,3)
Kelas 2 - Tahap Pertengahan (Bacaan Al-Quran)
Kelas 3 - Tahap Lanjutan (Bacaan Al-Quran, Tajwid & Tarannum)

Peserta dikehendaki membawa sendiri: Kitab Iqra (1,2,3) bagi tahap asas dan
Al-Quran bagi tahap pertengahan dan lanjutan.

Yuran cuma RM 40
Setiap kelas terhad kepada 20 orang peserta sahaja

Makan dan minuman tidak disediakan
Pelajar perlu bawa rehal sendiri
Pengangkutan tidak disediakan

OBJEKTIF PROGRAM
- Menyemai dan menyuburkan cintakan Al-Quran kepada anak-anak
- Mengisi aktiviti bermanfaat untuk anak-anak sepanjang cuti sekolah

Untuk pertanyaan dan pendaftaran hubungi :
Hj. Faisol Abdul - 019-3440826 (Taman Guru), Nazri Zainal - 019-9103431 (Taman Tasik Jaya), Sufian - 013-3589328 (Taman Jasmin), Hamizi - 012-2832458 (Taman Seremban Jaya), Rozmal – 012-2267406 (Taman Alamanda)

Anjuran : PASTI Amal dengan kerjasama PAS Cawangan Senawang

Borang Pendaftaran pada pautan berikut http://pasti-n9.blogspot.com/2010/11/jom-ngaji-cuti-hujung-tahun-2010-di.html

DPPK PARIT

Posted: 02 Nov 2010 07:05 PM PDT

DPPK PARIT


Ulama Ialah Garam Bagi Bumi

Posted: 02 Nov 2010 01:12 AM PDT

pas sembrong (bangkit membuat perubahan)

Posted: 02 Nov 2010 03:31 PM PDT

pas sembrong (bangkit membuat perubahan)


Masjid mobile

Posted: 02 Nov 2010 11:08 AM PDT


MODEL Mihrabox yang mudah dipasang di mana-mana.

PARIS - Seorang imam di sebuah masjid di sini, Hassen Bounamcha menghasilkan sebuah masjid mudah alih yang boleh dibawa ke mana-mana dan dibina dalam masa singkat untuk kemudahan musafir menjalani ibadah solat.

Dia yang juga pereka sambilan berkata, ciptaannya itu setinggi dua meter dengan dikenali sebagai Mihrabox seumpama struktur mihrab di masjid yang dihasilkan daripada kertas keras, papan lapis dan plastik polisterin.

"Ia hanya berharga 450 euro (RM1,779) dan untuk versi kanak-kanak cuma 69 euro (RM272)," katanya yang berharap dapat menjual seribu unit untuk tahun ini ketika ditemui wartawan akhbar popular Le Parisien. - Agensi

Al Fatihah

Posted: 02 Nov 2010 10:46 AM PDT

Gambar Allahyarham Pak Haji Sakib, veteran PAS Johor yang mempunyai jiwa pemuda dan sangat mesra rakyat.

Pemergian Ayahanda, Haji Sakib






Salam takziah buat Sdr Nor Ain (YDP PAS Kluang) Ust Noor Ashid (Ketua Penerangan PAS Spg Renggam), Sdr. Noor Khalim Hj Sakib (Pengarah Amal Johor) {Lihat gambar disebelah} dan AL-FATIHAH buat Ayahandanya, HJ SAKIB ABD MANAN (Mantan YDP Sri Gading) yang telah meninggalkan kita buat selamanya jam 3.30ptg tadi.

Jenazah telah disembahyangkan dan dikebumikan di Masjid Kg Parit Daun Darat, Pt Raja jam 8 malam tadi. Semoga Allah merahmati rohnya.

Di sini, PAS Kawasan Sembrong mengucapkan takziah kepada seluruh keluarga Haji Sakib. Al Fatihah

Tarik Remaja

Posted: 02 Nov 2010 10:12 AM PDT


Taman Sri Lambak, Kluang : Alhamdulillah, buat pertama kali berjaya mengadakan usrah untuk remaja lelaki. Setakat ini yang hadir adalah dari kalangan anak-anak ahli sahaja.

Usrah remaja akan diadakan secara mingguan dan malam tadi setelah taaruf telah dibentuk organisasi kecil seperti perlantikan ketua usrah remaja dan penolongnya. Ana bertindak sebagai nakib dan jamuan ringkas burger Paan dan air teh.

Kita jangan selalu salahkan anak orang lain dalam masa yang sama kadang lupa anak kita sendiri tak duduk bersama jamaah dan jauh dari amal islami. Insyaallah mereka bakal menjadi pelapis generasi akan datang.

Mengikut Assyahid Imam Al-Banna 'kekuatan sesuatu jamaah ialah bergantung kepada berapa banyak unit usrah yang hidup'. Semoga slot tarbiyah ini dapat membentuk pemuda menjadi pejuang Islam yang berakhlak mulia dan kental.


10 Ciri Muslim


Dewan Pemuda PAS Petaling Jaya Utara

Posted: 02 Nov 2010 03:26 PM PDT

Dewan Pemuda PAS Petaling Jaya Utara


Islamkan Orang, Amal Yang Paling Mulia

Posted: 01 Nov 2010 06:39 PM PDT

Tahniah! Kepada Pasukan Bolasepak Negeri Kelantan Darul Naim.

Posted: 01 Nov 2010 06:03 PM PDT

ULAMA PEWARIS NABI

Posted: 02 Nov 2010 03:22 PM PDT

ULAMA PEWARIS NABI


HARGA GETAH SEKERAP RM11.90 KENAPA PENOREH DAPAT BAWAH RM5.45 SEKILO?

Posted: 02 Nov 2010 12:29 AM PDT



Pada 14 Oktober penoreh dikejutkan dengan kenaikan mendadak getah SMR RM11.90 sekilogram. Pada masa itu saya bertanya kepada mertua teman yang bekerja menoreh seekar dua selain beliau adalah peneroka FELDA kenapa jual tak dapat harga RM11.90 seperti yang dipaprkan dalam akhbar?
Yang herannya kenapa Kementerian dan media kerajaan atau RISDA tak jelaskan berapa sebenar harga purata yang diperolehi oleh penoreh bila berlaku penjualan?
Sekurang-kurangnya tidaklah orang lihat terlalu banyak pendapatan sehinggakan pencuri dan penyangak serta mat lalok sanggup mencuri getah. Padahal tak lah penoreh dapat harga seperti yang dihebohkan dalam akhbar.

Sila betulkan teman kalau formula ini tak betul kerana teman pun dapat dari seorang blogger yang teman lupa namanya.

Ok katakan harga harga getah di pasaran besar adalah RM 11.90 = 1190
cukai kerajaan = RM 1.00 = 100

Cara mengiranya amat mudah, umpama mengira 1,2,3 shja.

Getah yang dibawa ke kilang akan ditentukan peratusnya. Sebanyak 10 kilo akan diambil secara rawak daripada getah yang dibawa. 10 kilo mewakili 100%. getah tadi akan diambil dan dibersihkan seterusnya dimasukkan ke dalam mesin untuk diproses. kuantiti kilo getah yang keluar tadi mewakili peratus getah yang dibawa oleh peraih. Cth 5 kilo yang keluar = 50%.

P/s peratus yg piawai dalam 50-60 shja.

cara pengiraan

1190 - 100 x 50 = 54500


Maknanya harga getah sekerap lanie RM 5.45 atau bergantung kepada peraih untuk menaikkan sedikit harga. mgkin RM 6.00

Andai kata seorang penoreh itu dapat 20 kilo sehari dan mungkin dalam sebulan 15 hari sahaja boleh menoreh maka pendapatan adalah seperti berikut :

20 x RM5.45 x 15 = RM1,635.00 Siapa nak bagi !

NI BARU SIKIT DAH KECOH ! RUGI RM75.74 JUTA PASTU 10 TAHUN TAK SIAP

Posted: 01 Nov 2010 08:33 PM PDT


Projek Pembinaan Politeknik Muadzam Shah yang tidak siap biarpun hampir 10 tahun dimulakan, kini mengalami peningkatan kos sejumlah RM75.74 juta, iaitu 34.6% berbanding kos asal. Malah, kos ini belum mengambil kira kos perkhidmatan perunding yang perlu dibiayai kerajaan berjumlah RM10.55 juta. Apa yang menarik, projek ini terletak di daerah Pekan, kawasan parlimen Perdana Menteri, Najib Abdul Razak .

Menurut Laporan Ketua Audit Negara tahun 2009, projek yang beralih tangan dari Kementerian Pelajaran ke Kementerian Pengajian tinggi pada tahun 2004 ini, sepatutnya disiapkan pada 14 September 2003. Namun demikian, ia belum siap bina sehingga kini biarpun hampir 10 tahun berlalu, dan RM294.74 juta telah dibelanjakan berbanding kos asal projek, iaitu RM219 juta.

"Memandangkan politeknik ini masih belum disiapkan, Kerajaan terpaksa menanggung kos sewaan tempat belajar sebanyak RM2500 sebulan, dan setakat bulan Disember 2009, sejumlah RM130,000 telah dibelanjakan untuk tujuan tersebut. Selain itu, bilangan pengambilan pelajar juga terpaksa dihadkan setakat 64 hingga 347 pelajar sahaja berbanding 5,000 pelajar yang dirancang."

Pada pandangan Audit, prestasi kerja dan kedudukan kewangan sesebuah syarikat perlu dijadikan asas dalam pemilihan kontraktor dan subkontraktor bagi melaksanakan projek Kerajaan supaya projek berjalan lancar dan tidak merugikan Kerajaan.

"Selain itu, pihak Kementerian dan JKR juga hendaklah memantau dan memberikan pengawasan yang rapi terhadap kerja-kerja yang dilaksanakan oleh kontraktor serta perunding bagi memastikan projek dilaksanakan mengikut spesifikasi dan siap dalam tempoh yang ditetapkan."

Latar belakang projek

Pada masa yang sama, Ketua Audit Negara juga mengingatkan Jabatan Kerja Raya untuk mengambil tindakan bagi memungut denda kelewatan yang berjumlah RM4.34 juta daripada Kausar.

Menurut laporan, projek ini dilaksana secara reka dan bina oleh Yayasan Kontraktor Melayu Pahang Corporation Bhd (YKMP) yang dilantik secara rundingan terus, pada peringkat awal. Nilai kontrak berjumlah RM219 juta dan tempoh siap projek selama 24 bulan, dari 15 September 2001 hingga 14 September 2003. YKMP telah melantik anak syarikat Kausar Corporation Sdn.Bhd, iaitu V.C.Technologies Sdn.Bhd sebagai subkontraktor untuk melaksanakan projek tersebut.

Projek ini gagal disiapkan dalam tempoh yang ditetapkan dan kontraktor berkenaan telah ditamatkan kontraknya pada 15 Disember 2003.

Kemudiannya, Syarikat Kausar Corporation Sdn.Bhd telah dilantik untuk menyiapkan projek ini, diberi tempoh antara 10 November 2005 hingga 9 Mei 2007. Bagaimanapun, sejarah berulang dan syarikat ini ditamatkan kontrak pada 6 Mei 2008.

Seterusnya, syarikat MMN Bina Sdn.Bhd (MMN Bina) telah dilantik untuk menyiapkan projek ini dalam tempoh 12 bulan, mulai 24 Februari 2009 hingga 23 Februari 2010.

*Neo Chee Hua ialah Assistant Editor MerdekaReview, edisi bahasa Cina. Diterjemah dan disunting oleh Lim Hong Siang dari teks asal.

AKHIRNYA TUN MAHATHIR AKUI KEBIJAKSANAAN TOK GURU NIK AZIZ

Posted: 01 Nov 2010 07:59 PM PDT



Dinar emas mampu henti perang mata wang - Dr. Mahathir

KUALA LUMPUR Nov. 1 - Kerajaan di seluruh seharusnya menimbangkan penggunaan dinar emas bagi menghentikan perang mata wang, kata bekas Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad.
Beliau berkata, penyusutan dolar AS mewujudkan masalah bagi negara-negara memandangkan mereka perlu menurunkan nilai mata wang mereka bagi mengatasi kerugian daya saing.
"Jika setiap negara menurunkan nilai mata wangnya, akan ada perang mata wang dan sudah tentu, akan menyumbang kepada krisis," kata beliau kepada pemberita selepas menyampaikan ucaptama pada Persidangan Dunia Pertama Mengenai Riba di sini hari ini.

Dr. Mahathir berkata, emas mempunyai nilai intrinsik dan oleh itu merupakan nilai yang lebih baik berbanding mata wang. - Bernama

BARU NAIK 15 JULAI , KINI 2 OKTOBER NAIK LAGI ...KALAU DAH BN(BARANG NAIK) BE END JUGA AT LAST

Posted: 01 Nov 2010 06:02 PM PDT


Berkuatkuasa hari ini 2 Nov , harga minyak petrol RON97 dinaikkan 5 sen menjadikan harga terkini minyak petrol jenis terbabit kepada RM2.15 seliter.

Kali terakhir harga minyak petrol RON97 dinaikkan adalah pada 15 Julai lalu yang menyaksikan harga 5 barangan keperluan asas dinaikkan.

Kerajaan Barisan Nasional pimpinan UMNO ketika itu memberikan alasan bahawa kenaikan tersebut perlu bagi "mengurangkan beban subsidi" minyak petrol yang terpaksa ditanggung kerajaan.

Kerajaan juga telah mengumumkan bahawa harga minyak petrol RON 97 akan ditentukan melalui apungan yang terkawal sambil menetapkan bahawa hanya minyak petrol RON97 sahaja boleh dijual kepada kenderaan yang berpendaftaran luar negara.

Pemotongan subsidi berkenaan adalah sebahagian daripada rancangan Kerajaan BN untuk mengurangkan subsidi bagi barangan keperluan asas seperti yang dicadangkan oleh Unit Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaan Jabatan Perdana Menteri (PEMANDU) yang diketuai oleh Idris Jala, menteri di Jabatan Perdana Menteri.

Kenaikan terkini harga minyak petrol RON97 berlaku ketika Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak dalam pembentangan bajet 2011 nya baru-baru ini, mengumumkan cadangan pembangunan beberapa projek mega, antaranya Menara Warisan setinggi 100 tingkat yang menelan belanja RM5 bilion, dan juga rancangan menjadikan negara ini sebagai hab hiburan.

Projek-projek mega tersebut, katanya boleh membawa masuk lebih banyak pelaburan disamping menarik minat lebih ramai lagi pelancong ke negara ini seterusnya menjana pendapatan yang lebih tinggi daripada industri terbabit.

Idris pula, pada awal tahun ini juga pernah memberi amaran bahawa kenaikan lima harga barangan asas itu perlu bagi mengurangkan beban subsidi yang boleh menyebabkan negara ini menghadapi kemungkinan muflis jika sebarang langkah pengurangan subsidi berkenaan tidak dilaksanakan.

Siti Zailah | Home

Posted: 02 Nov 2010 03:20 PM PDT

Siti Zailah | Home


NEGARA THAILAND SEDIA BENTENG BANJIR DIPANJANG SUNGAI GOLOK,NAMUM MALAYSIA SAMPAI SEKARANG TIADA BENTENG BANJIR

Posted: 02 Nov 2010 01:53 AM PDT




Posted: 02 Nov 2010 01:45 AM PDT




YB Kak Lah tidak pernah tenang membiarkan rakyatnya dalam kesusahan dan sedayaupaya membantu setakat yang termampu. YB KAK LAH dan suami bergegas ke Parlimen untuk menghadiri sidang Dewan Rakyat.UJIAN ALLAH DIMASA YANG SAMA ,ANAK SAKIT DIHOSPITAL SELAYANG.

RAKYAT SENTIASA DIHATI WALAUPUN DALAM BANJIR

Posted: 02 Nov 2010 01:30 AM PDT














































JENIS SUBSIDI YANG DITANGGUNG OLEH KERAJAAN

Posted: 01 Nov 2010 11:42 PM PDT

BAGI TAHUN 2010,
SEJUMLAH RM24.9 BILION UNTUK PELBAGAI SUBSIDI DAN BANTUAN

SUBSIDI GAS CECAIR (LPG),DIESEL &PETROL RM 10.00 BILION
SUBSIDI BIASISWA RM 4 .66 BILION
PROGRAM BANTUAN PELAJAR SEKOLAH RM 2.25 BILION
SUBSIDI PERBEZAAN KADAR FAEDAH RM 1.18 BILION
SKIM PENSTABILAN HARGA MINYAK MASAK RM 828 JUTA
SUBSIDI GULA RM 790 JUTA
SUBSIDI HARGA PADI RM 448 JUTA
PAMPASAN TOL RM 394 JUTA
SUBSIDI HARGA BERAS (ST 15 ) RM 338 JUTA
BANTUAN PELAJAR BAGI PERSEDIAN KEIPT RM 294 JUTA

STATISTIK WARGA EMAS DAN IBU TUNGGAL SELURUH NEGARA

Posted: 01 Nov 2010 11:26 PM PDT

JUMLAH WARGA EMAS TAHUN 2009 IALAH 2.02 JUTA ORANG DAN TAHUN 2010 SEHINGGA BULAN SEPTEMBER SERAMAI 2.13 JUTA ORANG.
JUMLAH IBU TUNGGAL BERDASARKAN BANCI PENDUDUK TAHUN 2000 IALAH 126,810 ORANG ATAU 1.11 PERATUS DARIPADA 11.4 JUTA PENDUDUK PEREMPUAN TEMPATAN.
JUMLAH IBU TUNGGAL TERTINGGI IALAH SELANGOR (16,748 ORANG ) ;PERAK SERAMAI (15,969 ORANG ) DAN JOHOR (14,790 ORANG ).

HARGA PETROL RON 97 NAIK LAGI 5 SEN SELITER

Posted: 01 Nov 2010 11:02 PM PDT

DENGAN SENYAP SENYAP KERAJAAN MENAIKKAN HARGA PETROL RON 97 SEBANYAK 5 SEN HARI INI,WALAUPUN TANPA DIBINCANGKAN DAN DILULUSKAN DIPARLIMEN.DISAAT RAKYAT SEDANG BERDEPAN DENGAN ISU KENAIKKAN BARANGAN RUNCIT SEKARANG SEBANYAK 30 HINGGA 80 PERATUS SEJAK PENARIKKAN SUBSIDI 5 BARANG ASAS YANG DILAKUKAN OLEH KERAJAAN BARU-BARU INI SEPERTI BAWANG PUTIH,CILI MERAH,IKAN BILIS,TELUR DAN AYAM.
SEHARUSNYA RAKYAT MALYSIA SEDAR DIMANA SEBENARNYA " KONSEP RAKYAT DIDAHULUKAN ".RAKYAT AMAT MENGHARAP HARGA BARANG MAKANAN DITURUNKAN,TAPI YANG TURUNKAN HARGA SELUAR DALAM IMPORT.

LAPORAN KETUA AUDIT NEGARA YANG MENDEDAHKAN KEPINCANGAN DAN KETIRISAN YANG TERUS PARAH

Posted: 01 Nov 2010 10:15 PM PDT

LAPORAN HANYA DIBENTANGKAN DIPARLIMEN SETELAH SEMINGGU PERBAHASAN BAJET DIPARLIMEN SEOLAH OLAH KERAJAAN TAKUT ISU LAPORAN AUDIT DIDEDAHKAN DALAM PERBAHASAN BAJET.LAPORAN HUTANG AWAM KE PARAS RM 362.39 BILION ATAU BERSAMAAN RM 53.7 PERATUS KDNK.
HASIL LAPURAN ANALISIS PRESTASI KEWANGAN BAGI 85 SYARIKAT SUBSIDIARI BADAN BERKANUN KERAJAAN PERSEKUTUAN,UNTUNG SEBELUM CUKAI IALAH RM222.89 JUTA.
SEBANYAK 45 SYARIKAT TELAH MEMPEROLEHI KEUNTUNGAN SEBELUM CUKAI ,3 TAHUN BERTURUT-TURUT BERJUMLAH RM542.14 JUTA
SEBANYAK 13 SYARIKAT MENGALAMI KERUGIAN RM 146.97 JUTA DLM TEMPOH YANG SAMA.
59 BUAH SYARIKAT DARI 85 SYARIKAT SUBSIDIARI YANG TELAH BAYAR CUKAI RM 57.63 JUTA KEPADA KERAJAAN.

BANJIR MULA MELANDA PARLIMEN RANTAU PANJANG

Posted: 01 Nov 2010 08:01 PM PDT

HUJAN LEBAT SELAMA 2 HARI,MENYEBABKAN LIMPAHAN AIR SUNGAI GOLOK DAN MENYEBABKAN BANJIR DI PARLIMEN RANTAU PANJANG.BEBERAPA KAMPUNG SUDAH MULA DITENGGELAMI AIR.BEBERAPA BUAH SEKOLAH TERPAKSA DITUTUP.KAK LAH BERSAMA UNIT KABAJIKAN PARLIMEN RANTAU PANJANG ,BERUSAHA UNTUK MENYELARASKAN BANTUAN KEPADA MANGSA -MANGSA BANJIR TERUTAMA YANG RUMAH MEREKA TERKEPONG DENGAN AIR.
KERJASAMA BERSAMA AGENSI-AGENSI KERAJAAN TERMASUK BOMBA,POLIS,JKM,PGA,KEM KESIHATAN,PEJABAT TANAH,MAJLIS DAERAH,KEMENTERIAN PENDIDIKAN,KERAJAAN NEGERI,PENGHULU DAN WAKIL RAKYAT SAMA-SAMA BERUSAHA UNTUK MEMBANTU MANGSA BANJIR.NAMUN KEBANYAKKAN TERTUMPU KEPADA MANGSA DIPUSAT PERPINDAHAN BANJIR.
APA YANG JADI MASAALAH KITA IALAH,MANGSA BANJIR YANG TIDAK DAPAT BERPINDAH KERANA MASALAH TERTENTU SEPERTI SAKIT DAN LAIN NYA,PERLU KEPADA SUMBANGAN DARI ORANG RAMAI.JADI SANGAT DIALU-ALUKAN SEBARANG SUMBANGAN SAMADA MAKANAN ,BERAS,PAKAIAN SEKOLAH ,BAJU TERPAKAI,WANG RINGGIT UNTUK MEMBANTU KELUARGA MISKIN YANG BERDEPAN DENGAN MASALAH BANJIR YANG TERPUTUS PENDAPATAN MEREKA.BOLEH BERHUBUNG TERUS DENGAN SAYA DITALIAN HP 019 9823942.

POHON TAMBAH ANGGOTA KASTAM,POLIS DAN PGA UNTUK KAWALAN SEMPADAN SERTA TAMBAHAN ELAUN

Posted: 01 Nov 2010 07:46 PM PDT

PADA 2 HB NOV.2010,DALAM SIDANG DEWAN RAKYAT DIPARLIMEN,SOALAN NO 4,KAK LAH MEMBANGKITKAN MEMINTA MENTERI DALAM NEGERI,MENYATAKAN TENTANG KEKURANGAN KAKITANGAN KAWALAN DIPINTU MASUK SEPERTI POLIS,KASTAM DAN PGA.APAKAH USAHA DAN LANGKAH KEMENTERIAN UNTUK MENGAWAL KESELAMATAN DAN PENYELUDUPAN DIPINTU MASUK UTAMA DISEPANJANG SUNGAI GOLOK AGAR LEBIH BERKESAN ?.
TIMBALAN MENTERI KESELAMATAN DALAM NEGERI MENYATAKAN BAHAWA SETAKAT INI ADA SERAMAI 201 ORANG ANGGOTA YANG DITUGASKAN MENGAWAL SEMPADAN DISEPANJANG SUNGAI GOLOK DAN PINTU MASUK UTAMA.ADA 16 POS KAWALAN PGA DISEPANJANG SUNGAI GOLOK.PASUKAN TERDIRI DARI PASUKAN PGA,JABATAN IMIGRESEN,JPJ,ANTI DADAH,KURANTIN SERTA UNIT PENCEGAH UPP.
KERAJAAN TIDAK BERCADANG UNTUK TAMBAH ANGGOTA TAMBAHAN DALAM MASA TERDEKAT TAPI BERSEDIA MENGKAJI JIKA DIPERLUKAN DAN JUGA TAMBAHAN ELAUN BAGI ANGGOTA BERTUGAS DARI MASA KE SEMASA.

Pemuda PAS DUN Kemasik

Posted: 02 Nov 2010 03:17 PM PDT

Pemuda PAS DUN Kemasik


Posted: 02 Nov 2010 12:45 AM PDT

Harga Minyak Oh ! Rakyat Dibuli Minyak Dinaikkan ! Oh 1Malaysia !

Posted: 01 Nov 2010 11:59 PM PDT

Pemuda PAS Wangsa Maju

Posted: 02 Nov 2010 03:03 PM PDT

Pemuda PAS Wangsa Maju


(GAMBAR) BUKTI PIALA MALAYSIA BUKAN UMNO PUNYA

Posted: 02 Nov 2010 12:43 AM PDT

Ni bukti jelas lagi nyata bahawa Piala Malaysia bukan milik UMNO Kelantan tetapi milik 'sume' rakyat Kelantan... nanti pasti ada puak-puak UMNgOk yang jahil akan berkata... "tengok tue orang Pas conteng muka... mesti tak sembahyang"... jawapan kepada puak jahil nie..."KAWE MUSAFFIR... KAWE BOLEH BUAT SOLAT JAMAK TAKHIR"....

credit gamba kepada Kelab Penyokong Kelantan


apa pun steady la Tok Guru kerana turut support Kelantan malam tue...

"How can you simply build when you don’t have the title?" YB Zaki

Posted: 01 Nov 2010 06:26 PM PDT

Land title poser in Gua Musang


Terence Fernandez and Maria J. Dass

(TS) GUA MUSANG (Nov 1, 2010): There is a spanner in the works in the federal government's low-cost housing scheme in Taman Kesedar Sejahtera here.

The almost-complete project in a picturesque area that was once part of Chin Teck estate, 3km from town, risks being a squatter settlement as the Kelantan South Development Authority (Kesedar), which is developing the scheme, has yet to receive the land titles from the state for the 200-acre (80.9ha) property.

The low-cost housing scheme in the picturesque Taman Kesedar Sejahtera.

"How can you simply build when you don't have the title?" asked state deputy speaker and PAS Information secretary, Mohd Zaki Ibrahim.

While there is no indication that the state government will sabotage the RM95 million project, Kesedar is not taking any chances and has its paper work in order to counter any future problems.

It is learnt that in 1984, 300 acres was acquired from Chin Teck Plantations for the purpose of a low-cost housing project for the hardcore poor (those with household income of RM440 and below).

To avoid hefty taxes, the property was transferred to the state government, which was then under the Barisan Nasional, in trust for Kesedar.

However, problems occurred when the state fell to PAS in 1990.

sumber asal : http://www.thesundaily.com/article.cfm?id=53555

Umno semakin tertekan

Posted: 01 Nov 2010 06:03 PM PDT



Ayuh....

Jangankan gerimis hujan pun mari, kita redahi.........jangankan ribut taufan pun mesti kita harungi.....jangankan air bah, gelombang badai pun harus berani kita renangi.....Jangankan gerhana, kelam gelita pun pasti kita terangi.

Demikianlah lantangnya bunyi madah Presiden Umno semasa menyampaikan ucapan dasarnya semasa Perhimpunan Agung Umno ke 61 baru-baru ini.


Najib juga menyeru agar Putrajaya, lambing kuasa bagi kerajaan Pusat turut dipertahankan oleh Umno habis-habisan. Beliau berkata:

Walau berkecai tulang dan juga badan, walau berkecai jasad dari nyawa. Saudara dan saudari walau apa pun terjadi, Putrajaya mesti kita peratahankan!

Saya tidak tahu pandangan yang lain, tetapi bagi saya kali ini tampak dan zahir kebimbingan Umno terhadap lawannya. Jika dulu tidak pernah lawan diberi perhatian apalagi dipedulikan sangat, sekadar diperleceh dan dijadi bahan senda-gurau, ternyata kali ini setelah 61 tahun usianya, Umno mula gelisah.

Dalam usia melewati umur pencen, Umnokini tersedar bahawa survivalnya terancam. Setelah lebih setengah abad bersenang dan bersantai, Umno gundah dan gelisah, kuasa yang mula lurut dari tangan berkemungkinan terus lurut dan hanyut.

Inilah bagi saya kali pertama melihat Umno dalam suasana defensif. Kalau sebelum ini ia sekadar bertepuk-sorak, tawa hilai dan berhibur-sakan semasa bersidang, kini agak kelam dan muram. Walaupun lantaran budaya berhibur sudah menjadi darah daging, suasana ancaman tidak berapa terpancar pada wajah sebahagian perwakilan dan pemerhati kecuali yang insaf dan sedar khasnya dikalangan pimpinan.

Tetapi bolehkah Umno mengikis tabiat dan amalan buruknya untuk meyakinkan rakyat agar memeluk dan mengucupnya kembali?

Benarkah buruk tabiat dan amalan Umno?

Perwakilan Melaka, Mohd Said Yusif (jaguh "tutup sebelah mata") dalam perbahasannya di perhimpunan Umno baru-baru ini bercerita:

(Tentang temuduga bagi jawatan "badut politik') Dalam temuduga itu bakal badut ditanya soalan mudah lima darab lima berapa, maka dijawab dua puluh lima setelah berfikir panjang tetapi (calon badut itu) ditolak oleh pemimpin (yang menemuduga) kerana dikatakan lambat menjawab dan tidak cekap.

Badut kedua masuk dan menjawab dengan pantas dua puluh lima, juga ditolak kerana dikatakan terlalu pantas menunjukkan tidak berpengelaman.

Akhir sekali masuklah badut ketiga yang member jawapan (pada soalan yang sama): Berapa bos mahu?

Maka pemimpin it uterus berkata badut itu amat pintar kerana telah terlebih dahulu membuat "homework".

Saya pasti semua yang mendengar dongeng Mohd Said ini akan tergelak dan keatwa besar. Tetapi hakikatnya, itulah tabiat dan amalan yang memang sedia ada disemua peringkat. Tanyalah siapa yang celik dan sedar. Kerana menyedari hakikat berkenaan, dan berhadapan dengan musuh politik yang padu dan tersusun, tidak hairanlah Umno defensif dan kiranya perangai buruk mereka terus kekal berkecailah tulang dan jasad Umno sedia untuk dimakamkan di permakaman khas yang boleh kita bina di suatu sudut di Putrajaya.

Marah Masyarakat Cina sokong PR subsidi baja getah di tarik

Posted: 01 Nov 2010 06:01 PM PDT


Umno kini benar-benar terdesak dalam misi merampas Kelantan apabila kemarahan mereka dilepaskan kepada masyarakat Cina di Kampung Pulai gara-gara mendirikan pos PAS dan Pakatan Rakyat.

Ramai pekebun masyarakat Tionghua di Kampung Pulai kini dinafi mendapatkan baja subsidi setelah mereka mempamerkan sokongan terbuka kepada calon PAS.

Seorang pekebun yang namanya enggan dikenali berkata, selepas mereka mendirikan pos Pakatan Rakyat di kampung tersebut, senarai namanya dibuang daripada mendapat bantuan subsidi baja getah.

"Nama kami dibuang serta merta dari senarai penerima baja bantuan tanaman getah. Sedangkan sebelum ini bantuan baja diberi tanpa sebarang masalah.

"Ini menggambarkan Umno benar-benar terdesak kerana bantuan baja bukan dari sumber duit Umno sebaliknya hasil cukai yang dibayar rakyat," katanya kesal, ketika ditemui di sini.

Difahamkan lebih 30 pekebun Cina dinafikan hak mendapat baja tersebut. Setiap tahun mereka mendapat baja yang diagih agensi kerajaan, Risda.

Penduduk Cina di kampung tertua didiami kaum terbabit di Kelantan sebelum ini dikenali sebagai kubu kuat MCA. Namun pada pilihan raya umum lalu sokongan mereka kepada calon PAS meningkat .

PAS hanya tewas 25 undi di peti undi berkenaan. Jumlah pengundi di situ sebanyak 471 orang.

Bagaimanapun berdasarkan kepada momentum sekarang kelihatan sokongan penduduk Cina semakin bertambah dan cendorong kepada PAS.

Ini dapat dilihat hasil sokongan terbuka mereka terhadap calon PAS. Malah pada majlis makan malam yang dianjurkan DAP di sebuah tokong di kampung berkenaan baru-baru mendapat sambutan luar biasa.

Mereka tidak berganjak mendengar ceramah disampaikan Penasihat DAP, Lim Kit Siang, Setiausaha Agung Keadilan, Saifuddin Nasution Ismail dan anggota Exco kerajaan negeri, Dato' Anuar Tan Abdullah.

Sementara itu lawatan Dr Zulkefli ke perkampungan yang didiami majoriti kaum Cina itu semalam menerima sambutan hangat penduduk tempatan, rata-rata kaum Tionghua.

Lawatan berkenaan turut disertai anggota parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar dan Penyelia Dun Paloh, Hamdan Yusof dan Adun Simpang Pulai, Chan Ming Kai.

Ketika ditemui Nurul Izzah berkata, jentera kempen Keadilan yang datang dari seluruh negara akan berusaha keras menyampaikan mesej kepada masyarakat Tionghua mengenai isu semasa yang berlaku dalam negara sekarang.

"Masyarakat Tionghua di Kelantan mempunyai pendirian politiknya tersendiri kerana mereka sudah lama berada di bawah kepimpinan Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz dan tahu apa yang telah dilaksanakan bagi manfaat mereka," kata beliaui.

Menurutnya juga kerjasama jentera Pakatan Rakyat dalam setiap pilihanraya menggambarkan keutuhan parti pakatan sehingga boleh menakutkan Barisan Nasional.

"Kita tengok pergerakan jentera parti kita boleh memberi kelebihan dan keyakinan kepada semua pihak untuk menyokong calon PAS, " ujarnya.

Nurul Izzah juga berkata, hasil tinjauan ke beberapa penempatan Cina termasuk di Kampung Baru dan Kampung Pulai sokongan terhadap calon PAS memberangsangkan.

Rosmah pemangku PM jadi tanda tanya

Posted: 01 Nov 2010 05:59 PM PDT



"Sumber: HarakahDaily

KUALA LUMPUR, 1 Nov: Tindakan isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor mewakili Perdana Menteri dalam majlis yang tidak boleh disertainya menimbulkan pelbagai persoalan kini apakah beliau adalah pemangku perdana menteri.

"Saya keliru. Jika PM tidak sihat, bukankah sepatutnya timbalan perdana menteri yang mewakili beliau dan kerajaan, dan bukan Rosmah? Atau dia (Rosmah) pemangku PM," kata Malik Imtiaz Sharwa seorang peguam terkenal dalam twitternya.

Semalam, Rosmah telah berucap mewakili PM di Karnival Deepavali 1Malaysia di Litle India dekat Brickfield.

Dalam majlis itu, Najib melalui teks ucapan yang dibacakan oleh isterinya berjanji akan membantu orang India di negara ini.

Najib telah didapati mempunyai tanda-tanda awal sakit chicken pox dan diminta berehat oleh doktor.

Menurut penasihat medianya, Datuk Seri Jalaludin Bahaudin, Najib juga diingatkan supaya mengelakkan dirinya daripada menghadiri semua majlis rasmi berikutan rawatan perubatan selepas terdapat simptom penyakit cacar itu.

Katanya, presiden Umno itu mula merasa kurang sihat dan kemudian didapati ada ruam panas, sakit otot dan sendi pada hari terakhir Sidang Kemuncak Asean ke-17 dan berkaitan di Hanoi, Vietnam selama tiga hari.

"Setibanya di Subang (Selangor) hari ini, beliau menunjukkan ada tanda-tanda awal menghidapi penyakit cacar dan dengan segera mendapat rawatan. Oleh kerana ubat diberikan awal, Perdana Menteri menunjukkan respon yang baik," katanya sambil menambah doktor peribadi Najib menasihatkan Perdana Menteri berehat di kediaman dan mengelak daripada menghadiri semua majlis awam dan rasmi.

"Perdana Menteri memohon maaf atas segala kesulitan," kata Jalaludin.

Kajian dapati pengundi muda sokong PAS di Galas

Posted: 01 Nov 2010 05:59 PM PDT


Mohamed Zainal Abidin Hussin

GUA MUSANG, 1 Nov: Kebanyakan pengundi muda yang ditemubual menerusi panggilan telefon oleh sebuah badan penyelidikan bebas berkata mereka akan mengundi PAS dalam pilihanraya kecil DUN Galas yang akan berlangsung 4 November ini.

Dapatan ini dikeluarkan oleh badan penyelidikan bebas Ilham Centre, yang sentiasa mengikuti perkembangan pilihanraya-pilihanraya kecil selepas pilihanraya umum ke 12 yang lalu.

"Kami membuat panggilan telefon semalam dan hari ini kepada 2150 pengundi muda dalam kawasan DUN Galas dan 320 melayan dengan baik dan member I kerjasama," kata Pengarah Eksekutif Ilham, Muhamad Hisommudin Bakar di sini petang ini.

Mereka yang ditelefon mewakili semua daerah-daerah mengundi di Galas dan berumur antara 21 hingga 40 tahun.

Daripada jumlah itu beliau berkata 168 responden mengaku akan mengundi calon PAS, 41 akan mengundi calon BN manakala 112 lagi belum membuat keputusan.

Ilham turut mengadakan kajian lapangan dalam tempoh kempen pilihanraya kecil ini dengan menurunkan 50 pembanci dan satu gambaran menyeluruh akan dikeluarkan kepada pihak media sebelum hari mengundi.

Sejak pilihan raya kecil Kuala Terengganu, Ilham telah membuat kajian lapangan menjelang sesuatu pilihan raya kecil.

Sehingga kini, kesemua hasil kajian Ilham adalah tepat dengan keputusan pilihan raya sebenarnya termasuk yang terakhir di Bgan Pinang di mana sejak dari awal lagi kajian Ilham menunjukkan sokongan terhadap PAS lemah di kawasan pilihan raya itu.

INGAT PIALA MALAYSIA HOK UMNO... HOK RAKYAT KELATE WEIII

Posted: 01 Nov 2010 05:46 PM PDT

muka-muka orang yang tak reti malu... UMNgOk ingat Piala Malaysia tue hok datuk dio sorang... mungkin mereka nie kene ubat batuk barangkali....




Nie yang paling tak malu.........

GALAS : MARI LIHAT SIRI PEMBOHONGAN UMNgOk

Posted: 01 Nov 2010 05:35 PM PDT

Hebat sungguh UMNgOk / BN menipu penduduk Gua Musang khususnya masyarakat Orang Asli di sana dengan segala bentuk dakyah penipuan...




RON 97 NAIK 5 SEN!!!... MUJUR PAKAI RON 95

Posted: 01 Nov 2010 05:29 PM PDT

Harga petrol RON 97 dinaikkan 5 sen lagi mulai esok. Berikutan itu, harganya kini RM2.15 seliter, demikian menurut laporan.
Bagaimanapun harga pertrol RON 95 dan diesel tidak berubah.

Ini adalah kenaikan pertama harga minyak selepas kenaikan "5-dalam-1" pada 15 Julai tahun ini, yang bertujuan untuk mengurangkan beban subsidi kerajaan.

Pemotongan subsidi merupakan sebahagian daripada rancangan kerajaan untuk mengurangkan subsidi untuk barangan keperluan seperti yang dicadangkan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Idris Jala.

Jala telah memberi amaran awal tahun ini bahawa Malaysia menghadapi prospek muflis pada 2019 - seperti yang berlaku di Greece dan Iceland kerana beban hutang - sekiranya subsidi tidak dikurangkan.

Pentadbiran Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sebelum ini menegaskan bahawa pengurangan subsidi adlah perlu, tetapi para pengkritik berkata usaha untuk memaksa pengguna berjimat, tanpa tindakan yang sama di pihak kerajaan, tidak membawa sebarang makna.

Lewat bulan lalu, Najib mengumumkan senarai projek baru - termasuk pembinaan Menara Warisan Merdeka setinggi 100 tingkat bernilai RM5 bilion, yang menurut kerajaan akan menarik pelabur dan membuat Malaysia lebih menarik kepada pelancong.

Blog Rasmi Dewan Pemuda PAS Puchong

Posted: 02 Nov 2010 01:31 PM PDT

Blog Rasmi Dewan Pemuda PAS Puchong


Pemuda Puchong bertugas di PRK Dun Galas

Posted: 02 Nov 2010 04:51 AM PDT

Tanggal 27 Oktober yang lalu, jam 11malam, seramai 15 orang pemuda puchong telah melibatkan diri dalam gerak kerja Pilihanraya Kecil Dun Galas. Perjalanan menyelusuri lebuhraya karak dan seterusnya melalui bentong, raub dan kuala lipis sebelum tiba di bandar baru gua musang kira-kira jam 6.30 pagi.

Sebelum itu, semua petugas telah berhenti untuk solat subuh di markaz pas merapoh. Pada pagi 28 Oktober, petugas pemuda puchong telah memulakan gerak kerja pilihanraya yang telah disediakan oleh JPN Pemuda Selangor seperti yang dijadualkan.

Sedang melipat risalah

Bersama dengan sahabat daripada pemuda hulu selangor

Kaunter Semakan Daftar Pemilih berhampiran Markaz Penerangan Pilihanraya

'SB' yang berlagak pandai

Sambutan yang begitu menggalakkan daripada penduduk setempat

Kontinjen Puchong...Takbir!!! Allahuakbar..






MP Pendang

Posted: 02 Nov 2010 01:24 PM PDT

MP Pendang


Dahsyat, bukan rakyat je kena tipu, OECD pun kena juga!!

Posted: 01 Nov 2010 09:51 PM PDT

Malacca developed status self-declared, says OECD official
By Clara Chooi
Ali RustamKUALA LUMPUR, Nov 2 — The Organisation for Economic Cooperation and Development (OECD) has confirmed that it had not endorsed Malacca's developed state status, despite the declaration by Prime Minister Datuk Seri Najib Razak made during a grand celebration on October 20.

OECD representative Jon Hall explained to The Malaysian Insider via email that the media could have misunderstood OECD's role in the issue, pointing out that the organisation was not in the position to make such an endorsement.

"The OECD did not endorse the Malaccan declaration, mainly because we are not in a position to do so.

"As I tried to stress in my speech on Wednesday (October 20), there is no official definition of a developed country (at least none that I am aware of) so the OECD are in no position to set the criteria," he said.

Hall, who managed the OECD-hosted Global Project on Measuring the Progress of Societies, was present during the celebration held on the auspicious 2010 hour on 20.10.2010 at the Stadium Hang Jebat here.

During the event, Najib had declared Malacca a developed state via tele-conferencing from Kuala Lumpur to a fan of thousands gathered at the ceremony, amid much pomp and pageantry.

Despite the celebration however, an email war broke out between OECD officials shortly after, with questions on whether the organisation had rightfully endorsed such a status on the small southern state.

OECD is a grouping of the world's 33 richest countries with the highest GDP. The country with the lowest per capita GNP in the OECD is Turkey at US$13,000 while that of Malacca had already reached US$14,261. Malaysia itself has aimed to achieve developed nation status by 2020.

In a press event prior to the celebration, Malacca Chief Minister Datuk Seri Ali Rustam had claimed that the state had achieved its developed-state status after it met with the 32 criteria set by the OECD to qualify as a developed economy.

He had also pointed out that this initiative was a part of a 10-year development plan for the country's second smallest state, known as Melaka Maju 2010.

According to news reports, Hall had said during the event that Malaccans had higher than the OECD's minimum levels in virtually all indicators.

In his email response however, Hall noted that although he had been present during the event, he was not aware if there were any claims made at the time that the OECD had official endorsed the developed-state declaration.

"As most of the proceedings and press conference were in Malaysian (Bahasa Malaysia), and I did not have an interpreter, I do not know whether anyone claimed that the OECD had endorsed the declaration.

"One journalist did say something like that to me in question and I pointed out that we had not endorsed anything although we were pleased that statistics had played a strong part in the debate.

"Perhaps there has just been a misunderstanding in one of the newspapers," he said.

Hall also clarified that the OECD had no such criteria set to determine what made a state "developed" and pointed out that the declaration was purely an initiative of the Malaccan government.

"The criteria you mention were set by the Malaccan statistics office and benchmarked against OECD member countries — all that work was done by the Malaccan authorities although they used the OECD data where possible, I believe," he said.

Hall however agreed that he had been in contact with the Malaccan authorities on their initiative and work over the past few years.

The authorities, he added, had wanted to provide some statistical evidence of the state's development and goal towards reaching a developed state status by 2010.

"They felt that one way would be to benchmark themselves to the OECD averages, which to me, seems as a reasonable approach as any so long as they picked a selection of indicators (not just income-based ones) and had a public debate," he said.

Hall said it was for the locals themselves to decide whether they were or were not developed, not bodies like the OECD.

"And this is what the Malaccan authorities did, or appear to have done, and they even ran a survey of the public to see what the Malaccans themselves thought about their development status," he said.

Bahas bajet 26 dan 27 Oktober 2010.

Posted: 01 Nov 2010 09:08 PM PDT

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Ronald Kiandee]: Yang Berhormat
Pendang.
7.19 mlm.
Dr. Haji Mohd. Hayati bin Othman [Pendang]: Terima kasih Tuan Yang di-
Pertua. Saya mulakan dengan Assalamualaikum warahmatullaahi wabarakaatuh, salam
sejahtera dan selamat petang.
Dalam pembentangan Bajet 2011, Perdana Menteri telah memulakan dengan
suatu yang kita rasa sedap didengar iaitu memulakan dengan Surah al-Qasas Ayat 77,
[membaca sepotong ayat], "Dan carilah pada apa yang telah dianugerahkan oleh Allah
kepadamu yakni kebahagiaan negeri akhirat dan janganlah kamu melupakan bahagian
mu, hari kenikmatan duniawi dan berbuat baiklah kepada orang lain sebagaimana Allah
telah berbuat baik kepadamu dan janganlah kamu berbuat kerosakan di muka bumi ini."
1920
Akan tetapi apabila kita melihat daripada apa yang disebut oleh Perdana Menteri
dalam pelancaran ETP (Economic Transformation Program) semalam di mana beliau
mengatakan akan menambah kelab malam dan juga melonggarkan syarat konsert
penghibur antarabangsa melalui PUSPAL yang akan dipinda iaitu pada hasratnya pada
2014 akan menambahkan sepuluh kelab malam bertaraf antarabangsa yang akan
menghasilkan RM0.7 bilion daripada kemasukan pelancong asing. Saya rasa ini
merupakan satu contradict daripada ayat yang telah dibacakan oleh Yang Amat
Berhormat Perdana Menteri tersebut.
DR. 26.10.2010
151
Begitu juga apabila kita melihat kepada laporan audit berhubung dengan Tabung
Haji. Saya merasa agak sesuatu yang sedih berlaku di sini di mana Tabung Haji
sekarang pada tahun 2009 mempunyai lebih daripada lima juta pendeposit dan
mempunyai RM23.59 bilion wang daripada pendeposit yang disimpan di dalam Tabung
Haji di mana menurut Laporan Ketua Audit Negara, lebih daripada RM435,850 wang
telah dikeluarkan tanpa persetujuan daripada pendeposit iaitu lebih daripada 113
transaksi daripada 56 akaun pendeposit iaitu daripada tahun 2007 hingga 2009 di mana
Sabah merupakan jumlah pendeposit yang duit mereka dikeluarkan tanpa izin ini iaitu
sebanyak 46 akaun berjumlah RM355,100.
Ini kerana berlaku pakatan di antara penyelia dan juga juruwang di pejabatpejabat
Tabung Haji. Saya ingin mendapat penjelasan daripada pihak kementerian,
apakah ini selepas daripada Bank Islam dan juga Tabung Haji mengadakan kerjasama
yakni wang boleh dikeluarkan daripada akaun Tabung Haji melalui Bank Islam begitu
juga transaksi menggunakan internet dan juga transaksi menggunakan ATM daripada
wang Tabung Haji dengan ATM daripada Bank Islam Malaysia Berhad kerana ini
merupakan salah satu daripada harapan rakyat di kampung-kampung dan juga mereka
yang kita golongkan sebagai mereka-mereka yang menyimpan wang untuk persediaan
mereka menuju ke tanah suci. Apakah perkara-perkara ini boleh dibiarkan berleluasa
kerana ini merupakan teguran daripada AG yang terdapat dalam laporan pada tahun
yang lepas.
Kedua Tuan Yang di-Pertua adalah berhubung dengan iklan-iklan barangan
perubatan yang telah pun diluluskan oleh Kementerian Kesihatan termasuklah iklaniklan
daripada hospital swasta dan juga mereka yang mengiklankan barangan-barangan
perubatan. Ini kerana saya rasa sebelum ini kita tidak benarkan, kementerian tidak
membenarkan iklan-iklan servis begini tetapi oleh kerana mungkin desakan daripada
pelancongan kesihatan dan juga hospital-hospital swasta yang ingin memberikan
perkhidmatan kepada pelancong luar, maka mereka telah membenarkan iklan-iklan ini.
Ini merupakan salah satu daripada perkara yang perlu diberi perhatian oleh pihak
kementerian kerana banyak barangan perubatan ini yang diiklankan tetapi kita merasa
risau, merasa begitu apa yang diiklankan itu mungkin tidak bersesuaian dengan apa
yang sepatutnya berlaku kepada barang-barang yang diiklankan. Contohnya barangbarang
perubatan yang dikatakan boleh menyembuhkan penyakit-penyakit kronik yang
sebagaimana yang kami pelajari bahawa penyakit kronik tidak dapat disembuhkan tetapi
dapat dikawal atau dikontrol misalnya darah tinggi dan juga kencing manis.
DR. 26.10.2010
152
Itu penyakit yang simplelah, kita tidak bincangkan lagi dengan penyakit end
stage urinal failure kah ataupun liver failure, kegagalan hati dan juga kegagalan buah
pinggang. Ini perkara ini sering kita dapati di iklan-iklan di akhbar dan juga di stesenstesen
televisyen dan juga kalau internet ini memang kita tidak boleh kawal tetapi yang
boleh dikawal oleh pihak kerajaan, saya rasa ini perlu diberi perhatian. Ini kerana kalau
orang-orang di kampung melihat iklan-iklan begini, mereka mengatakan kalau
kegagalan hati pun boleh dirawat macam biasa, maknanya ini satu perkara yang saya
rasa rakyat mungkin tertipu dengan apa yang diiklankan hasil daripada kelonggaran
yang diberikan oleh pihak Kementerian Kesihatan.
Begitu juga dengan apa yang berlaku, saya rasa kementerian perlu memberi
perhatian terhadap pembangunan ataupun upgrade hospital-hospital yang saya nampak
sudah pun terlalu lama. Kalau PNB kata bangunan dia 30 tahun pun nak buat pencakar
langit seratus tingkat, Warisan Merdeka kerana sudah berusia 30 tahun tetapi kalau
Tuan Yang di-Pertua pergi ke hospital bersalin, mungkin Tuan Yang di-Pertua tak
bersalin ya tetapi isteri bersalin, pergi ke hospital bersalin. Saya pernah bertugas tahun
1983 di Hospital Bersalin Kuala Lumpur dan baru-baru ini saya pergi ke situ saya lihat
perubahan seolah-olah tidak ada langsung.
Kalau tahun 1983 saya bertugas sebagai pegawai perubatan di situ pesakit
datang tidur di atas lantai beralaskan tilam yang nipis dan juga kanvas, sekarang pun
perkara yang sama masih lagi berlaku di situ. Apakah dengan jumlah RM212 bilion ini
tidak boleh kita salurkan kepada Hospital Bersalin Kuala Lumpur? Bandar raya Kuala
Lumpur, pusat pentadbiran negara yang kedualah selepas Putrajaya. Apakah ini tidak
boleh kita berikan upgrade kepada Hospital Bersalin Kuala Lumpur kerana ia
merupakan salah satu daripada pusat untuk melahirkan rakyat negara ini walaupun
apabila kita lihat di dalam hospital bersalin tersebut ramai rakyat daripada kalangan
rakyat Indonesia dan juga mereka yang tidak menjadi warganegara Malaysia pun lahir di
situ. Bila lahir anak duduk atas lantai beralaskan kanvas dan juga tilam, tidak
hygieniclah kita kata. Jadi saya rasa ini perlu diberi perhatian oleh pihak Kementerian
Kesihatan.
Begitu juga dengan institut radioterapi, onkologi dan juga perubatan nuklear. Ini
merupakan salah satu daripada pusat rujukan yang merawat kes-kes barah. Barah ini
merupakan penyakit yang paling meningkat, paling naik dia punya peratusan pesakitnya
mutakhir ini, mungkin disebabkan oleh suasana kehidupan kita, suasana makanan kita.
Alam sekitar kita menyebabkan perkara-perkara ini boleh berlaku dan pertambahan ini
DR. 26.10.2010
153
merupakan sesuatu yang tidak menggembirakan kita. Akan tetapi apabila pesakit ini
bertambah, pusat radioterapi, onkologi dan juga perubatan nuklear tidak nampak
berkembangnya.
Kita mengharapkan Pusat Kanser Negara yang telah dipecah tanahnya pada
tahun 2007 untuk mengambil pesakit ataupun merawat pesakit. Selepas 30 bulan
dipecah tanah tapi sampai sekarang tidak berlaku perkara yang kita harapkan. Jadi saya
juga ingin bertanya kepada Kementerian Kesihatan, apakah punca sebenarnya Pusat
Kanser Negara kita ini tidak dapat disiapkan walaupun Yang Berhormat Pokok Sena dan
juga Yang Berhormat Machang telah menyentuh tentang harga yang meningkat
daripada RM340 juta kepada RM960 juta itu, saya tidak mahu bincang bab itulah.
Saya harap perkara ini dapat diberi jawapan oleh pihak kementerian kerana
Pusat Kanser Negara ataupun institut radioterapi ini sudah tidak boleh menampung lagi
pesakit-pesakit kerana ia merupakan pusat rujukan daripada Utara, daripada Selatan,
daripada Timur dan juga Barat. Di Utara mungkin kita boleh merujuk kes ke
Mount Miriam Cancer Hospital, itu hospital swasta yang merawat kes-kes kanser tetapi
di bahagian tengah dan juga bahagian Selatan. Di bahagian Selatan, di Melaka ada satu
pusat kanser. Itu pun dikendalikan oleh pihak swasta. Jadi maknanya pesakit terpaksa
membayar apabila mereka ingin mendapat rawatan di pusat kanser di Melaka tersebut.
Jadi saya harap pihak kementerian memberi perhatian terhadap Pusat Kanser Negara
ini. Janganlah biar ianya dijangkiti oleh kanser juga. Saya tak mahu pusat kanser
dijangkiti kanser sampai mungkin lima tahun, enam tahun lagi tidak boleh digunakan
oleh pesakit.
Tuan Yang di-Pertua, begitu juga dengan di tempat saya. Kita mempunyai
sebuah hospital yang baru, Hospital Sultanah Bahiyah. Apa yang saya rasa mungkin
tidak kena, tidak tepat dengan apa yang dihasratkan oleh pihak Kementerian Kesihatan
iaitu pusat tabung darah di Hospital Sultanah Bahiyah. Sepatutnya tabung darah ini dia
perlu berada di hospital sebab apabila kita memerlukan darah, kita kena pergi ke pusat
tabung darah tersebut dan mengambil darah untuk melakukan operation ataupun keskes
emergency tetapi tabung darah di Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar ini ia
terletak di Hospital Alor Setar yang lama iaitu lebih kurang lima kilometer daripada
hospital yang telah dipindahkan ke Hospital Sultanah Bahiyah ini. Mereka mengatakan
pusat tabung darah ini boleh menerima dan memproses darah di situ tetapi sepatutnya
pusat untuk menerima darah, ya, boleh berada lima kilometer jauh tetapi pusat untuk
DR. 26.10.2010
154
memproses dan juga memberikan darah kepada pesakit sepatutnya berada di hospital
tersebut.
Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Ronald Kiandee]: Sambung esok Yang
Berhormat.
Dato' Dr. Haji Mohd. Hayati bin Othman [Pendang]: Saya sambung esok,
terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Ronald Kiandee]: Ahli-ahli Yang Berhormat,
sidang Dewan hari ini disambung pada pukul 10.00 pagi, 27 Oktober 2010.
11.33 pg.
Dato' Dr. Mohd. Hayati bin Othman [Pendang]: Terima kasih Tuan Yang
di-Pertua. Assalamualaikum warahmatullaahi wabarakaatuh, salam sejahtera. Saya
ingin menyambung perbahasan berhubung dengan apa yang saya ulas semalam
iaitu berhubung dengan tabung darah. Saya ingin bertanya kepada kementerian,
DR.27.10.2010 33
setakat ini berapa peratuskah darah yang dikumpulkan oleh tabung darah ini
dilupuskan, disebabkan oleh tidak digunakan?
[Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar)
mempengerusikan Mesyuarat]
Ini kerana apa yang saya sentuh semalam adalah berhubung dengan tabung
darah di Hospital Sultanah Bahiyah terletak jauh daripada kompleks hospital itu
sendiri. Ini menyukarkan kerja-kerja doktor ataupun pegawai perubatan untuk
melaksanakan tugas di unit A&E, unit surgeri dan juga unit O&G. Jadi, saya harap
kementerian kalau boleh memberikan perhatian terhadap letaknya tabung darah
yang jauh daripada kompleks hospital. Begitu juga dengan senarai-senarai mereka
yang menderma darah daripada kumpulan-kumpulan nadir iaitu kumpulan "RH-, B"
dan juga senarai nama mereka yang dikumpulkan dalam biometrik sistem di dalam
negara kita ini, supaya senang untuk kita mendapatkan bekalan darah daripada
kumpulan nadir ini.
Keduanya, dalam perbahasan pada hari saya ingin menyentuh tentang IPTS,
perubatan swasta ini kerana banyak keluhan yang ditimbulkan oleh sahabat-sahabat
yang menjadi pensyarah-pensyarah di IPTS terutamanya di unit perubatan IPTS ini
berhubung dengan perebutan pensyarah-pensyarah. Ini kerana ada antara IPTS ini
tidak mempunyai pensyarah yang cukup. Ada sesetengah IPTS itu dia kata ada dua
orang sahaja pensyarah tetap. Yang lain menjadi rebutan antara IPTS-IPTS
perubatan ini.
Jadi, saya berharap perkara ini perlu diberikan perhatian oleh Kementerian
Pengajian Tinggi kerana untuk mendapatkan seorang pengamal perubatan ataupun
doktor yang kompeten mestilah mempunyai pensyarah yang tetap, pensyarah yang
juga kompeten, tidaklah bertukar di antara sebuah IPTS dengan IPTS yang lain.
Kadang-kadang mereka terpaksa juga mengambil doktor-doktor ataupun pensyarah
daripada Kementerian Kesihatan untuk memberikan tutorial di IPTS-IPTS ini.
Ini merupakan satu daripada masalah kerana wujudnya, tumbuhnya IPTS
bagai cendawan selepas hujan sejak mutakhir ini. Mungkin mereka ini akhirnya
apabila mendapat latihan daripada IPTS ini, mereka tidak mempunyai skil yang
sepatutnya terdapat pada seorang doktor ataupun pengamal perubatan tersebut.
Saya hendak beri contoh di sini. Misalnya kita hendak set grade perkara yang simple
tetapi kadang-kadang mereka ini tidak dapat melakukan ataupun membuat lumbar
puncture.
Saya pernah memerhatikan ada antara mereka yang sampai sepuluh kali
buat... tiub, sepuluh kali dan sepuluh tiub yang kita gunakan, masih lagi tidak dapat
DR.27.10.2010 34
mereka capai hasrat untuk melakukan CPR. Maknanya, skil yang perlu diberikan
perhatian kepada mereka ini, kalau sekiranya pensyarah-pensyarah ini tidak ada
pensyarah tetap sebagaimana yang saya sebutkan tadi memang menjadi masalah
kepada doktor-doktor itu nanti.
Berhubung dengan soalan IPTS ini, saya juga ingin bertanya kerana dalam
ucapan bajet Yang Amat Berhormat Perdana Menteri menyentuh tentang RM15.2
bilion diperuntukkan untuk pembinaan hospital baru, latihan kejururawatan, latihan
doktor, bekalan ubat dan juga peralatan perubatan. Adakah di dalam bajet ini
Hospital Pendang dimasukkan? Ini kerana dalam jawapan Yang Berhormat Timbalan
Menteri pada sesi Mesyuarat yang lepas mengatakan pertengahan tahun 2011 akan
diwujudkan ataupun dibina hospital di Pendang kerana saya hari-hari lalu di kawasan
tersebut, ditumbuhi oleh hutan, banyak binatang buas tersebut, hanya harimau
sahaja yang belum ada, yang lain semua ada berkumpul di situ. Gajah dan harimau
belum ada.
Jadi, saya harap kementerian dapat memberikan perhatian terhadap Hospital
Pendang yang dijanjikan oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri tersebut. Ketiga
adalah tabung...
Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar]:
Saya ingat Yang Berhormat, harimau semua sudah masuk Dewan. [Ketawa]
Dato' Dr. Mohd. Hayati bin Othman [Pendang]: Sebelah sana mungkin. Di
sini belum ada. Tabung bantuan perubatan. Kalau kita lihat di dalam surat khabar
dan juga ada siaran dalam televisyen, rayuan untuk mendapatkan rawatan daripada
rakyat – saya rasa cukup sedih jugalah. Kadang-kadang meleleh air mata kerana
hendak membuat pembedahan jantung, anak yang dilahirkan congenital heart
defects misalnya, perlu RM30,000 atau RM40,000. Ibu bapa hanya bekerja di
kampung ataupun dengan gaji yang rendah. Untuk mendapatkan bantuan daripada
tabung bantuan perubatan ini saya rasa kerajaan perlulah memberikan perhatian
ataupun memberikan kemudahan kepada mereka. Kadang-kadang seperti bola yang
ditendang ke sana ke sini untuk mendapatkan bantuan daripada tabung bantuan
perubatan ini.
Saya biasa, ada antara ibu bapa pesakit ini yang datang, dia kata pergi ke
hospital, hospital suruh pergi ke jabatan kebajikan, jabatan kebajikan suruh pergi ke
JKKK, JKKK suruh pergi ke Penghulu dan akhirnya anak mati atas katil, tidak dapat
dilakukan pembedahan kerana tidak dapat menyediakan RM30,000.
Apakah salahnya tabung bantuan perubatan ini dimudahkan untuk rakyat
yang tidak berkemampuan untuk mendapatkan rawatan terutama sekali rawatan di
DR.27.10.2010 35
IJN? Selalunya pembedahan jantunglah RM30,000 atau RM40,000 sampai RM45,
000. Mengapakah kosnya begitu tinggi sekali? Adakah kerana wujudnya pusat-pusat
perubatan swasta yang hendak merawat pelancong kesihatan ini, menyebabkan kos
ini terlalu tinggi? Kalau perubatan swasta, pusat perubatan swasta hendak rawat
orang luar yang datang dengan kos yang tinggi itu, hak mereka. Akan tetapi, di pihak
IJN ini saya rasa perlulah memberi perhatian banyak kepada rakyat kita yang
mempunyai masalah kewangan ini.
1140
Begitu juga dengan kemudahan rawatan jantung. Di sebelah utara itu KMC
ada tetapi swasta, yang kerajaan hanya Hospital Pulau Pinang. Saya mendapat
keluhan daripada pakar-pakar kita di sana kita tidak mempunyai banyak katil di
Hospital Pulau Pinang. Seluruh bahagian utara, Kedah, Perlis, Perak Utara, Pulau
Pinang hendak mengendalikan kes-kes jantung koronari bypass kah ataupun kita
hendak buat slanting kah? Ini masalah yang dihadapi oleh rakyat di sebelah utara.
Diharap pembukaan Pusat Jantung di Hospital Sultanah Bahiyah kita segerakan
kerana ini akan dapat memberi bantuan kepada rakyat di sebelah utara.
Seterusnya yang keempat, 300 barangan yang dihapus cukai oleh – yang
dibicarakan oleh Perdana Menteri dalam perbahasan ucapan bajet beliau pada 15
hari bulan hari itu. Saya mintalah bukan setakat seluar dalam, baju dalam, kelambu
dan juga selimut yang diberikan lupusan cukai tetapi barangan perubatan. Hendak
buat operation katarak misalnya, pesakit perlu membeli kanta – orang menoreh
getah mungkin sekarang getah mahal tidak mengapalah Tuan Yang di-Pertua tetapi
orang yang kampung biasa yang tidak mempunyai pendapatan yang tinggi. Satu
kanta RM600, kalau tidak buat tidak boleh nampak. Hendak bawa motosikal tidak
boleh, hendak kayuh gerek pun tidak boleh, hendak pergi ke ladang pun tidak boleh.
Hendak cari RM600 ini memang agak sukar bagi mereka.
Seorang Ahli: [Menyampuk] Gerek tidak faham, gerek.
Dato' Dr. Mohd. Hayati bin Othman [Pendang]: Gerek tidak faham?
Basikal. Maknanya sepatutnya dalam 300 senarai barangan ini masukkanlah barangbarang
perubatan yang boleh diberikan kepada rakyat kita. Takkanlah kita hendak
membuka barang ini bagi pelancong datang untuk beli barangan di dalam negara
kita. Tidakkanlah pelancong hendak cari beg tangan hendak datang ke Malaysia,
hendak beli seluar dalam hendak datang ke Malaysia, hendak beli selimut datang ke
Malaysia, kelambu hendak datang ke Malaysia. Selimut, kelambu ini orang beli
sepuluh tahun sekali sahaja Tuan Yang di-Pertua.
DR.27.10.2010 36
Begitu juga dengan plat skru yang digunakan untuk kes-kes patah. Banyak
wang terpaksa digunakan oleh pesakit-pesakit. Kadang-kadang terlantar di hospital
sampai enam bulan. Kenapa pakcik masih belum boleh berjalan? Doktor kata
hendak bubuh besi, hendak masukkan besi, hendak bubuh besi. Dia kata kena ada
RM1,200. Maknanya inilah masalah yang dihadapi kalau sekiranya dilupuskan cukai
ya, Yang Berhormat Padang Rengas. Lupuskan cukai untuk barang-barang
perubatan ini saya sokong Yang Berhormat Padang Rengaslah. Saya harap perkara
ini perlu diberi perhatian.
Soalan yang saya tanya kepada kementerian, kepada kerajaan berhubung
dengan FTA USA ini. Kalau beberapa tahun lepas kita berbahas tentang FTA USA
ini di dalamnya ada diletakkan tentang patency ubat-ubatan sehingga 20 tahun.
Apakah USA FTA ini diteruskan ataupun tidak, kerana kalau sekiranya ini berlaku
saya rasa amat malang bagi rakyat kita kerana 20 tahun patency sesuatu ubat itu
akan dikekalkan sebelum kita dapat membuat ubat-ubat generik.
Ini kerana saya telah memberi contoh pada sesi yang lepas pada perbahasan
Parlimen ke-11 yang lalu. Berhubung dengan panadol sahaja misalnya. Kalau
sekiranya kalau kita mengekalkan patency sesuatu ubat itu, harganya 60 sen satu
biji. Jika sekiranya kita dapat membuat ubat generik kita boleh memberi dengan
harga 10 sen satu biji ya, Tuan Yang di-Pertua.
Seterusnya, ini tentang masalah kawasan sayalah. Mereka kata kalau hang
tidak bagi tahu dalam Parlimen ini balik ini kami tembak. Tembak dengan cap
pelurulah. Bukan tembak dengan peluru betul ya. Berhubung dengan jejambat di
Bukit Pinang. Kerajaan sekarang sedang – GAMUDA sedang membina double
trekking di situ. Saya merayulah kepada pihak Kementerian MOT ini Kementerian
Pengangkutan. Kami telah berbincang beberapa kali dengan MMC-GAMUDA ini
berhubung dengan jejambat di Bukit Pinang ini. Lebuh raya telah mengadakan
terowong. Petani-petani dipisahkan di antara rumah mereka dengan sawah
disebabkan oleh wujudnya lebuh raya, jalan kereta api tetapi masih lagi boleh
melintasi landasan kereta api yang ada sekarang sebab landasan kereta api itu
orang kata sempitlah.
Lebuh raya mengadakan terowong tetapi apabila double trekking ini bermula
dia akan bina tebing yang tinggi, jadi jentera bajak tidak dapat melintasi tebing
tersebut. Jadi perlu kepada jejambat dan minta mengadakan beberapa kali dengan
technician GAMUDA. Mereka berkata kalau sekiranya Kementerian Pengangkutan
meluluskan, kami boleh bina. Saya rasa kementerian boleh melihat apa yang dibuat
di Dewan Wawasan di Jitra. Di Jitra dia ada lintasan yang sempit tetapi mereka boleh
DR.27.10.2010 37
melakukan membuat jejambat dalam kawasan yang sempit. Saya rasa kaedah ini
boleh digunakan di Bukit Pinang ini supaya petani boleh membawa jentera mereka
melintasi double trekking tersebut.
Tuan Yang di-Pertua kalau tractor itu mungkin dia boleh laju tetapi kalau jenis
kubota tayar tiga ini hendak pergi sepuluh kilometer orang sudah siap bajak sawah
dua ekar, tiga ekar dia masih lagi berada di atas jalan raya. Jadi saya harap perkara
ini perlu diberi perhatian oleh pihak kerajaan ataupun kementerian.
Akhirnya, saya rasa yang kedua terakhir NCER ini pada Perdana Menteri
yang lepas Tun Abdullah mengatakan RM636 juta diberikan kepada NCER untuk
mengendali 33 projek. Saya nampak NCER ini mereka tidak melakukan, NCIA ini
tidak melakukan kerja-kerja yang digariskan di dalam NCER iaitu membaik pulih
saliran-saliran. Ini kerana yang kita dapati yang dibuat oleh NCIA adalah menurap
tepi-tepi sungai MADA. MADA korek sungai buat ban di tepi sungai, NCIA pergi turap
sungai habis semua kawasan yang tidak ada kampung pun di turap. Turap ini di atas
Kedah kata kelebuklah iaitu lumpur di tepi itu, sekali mesin padi lalu habis pecah.
MADA telah mengadu kepada saya. Siapakah yang hendak maintain ataupun
menjalankan pembaikan kepada jalan-jalan tar yang dibuat oleh NCIA ini. Ini kerana
apabila pecah MADA terpaksa menggunakan wang yang banyak untuk membaik
pulih jalan-jalan tar yang diturap oleh NCIA ini. Kita tidak mengatakan tidak boleh,
kita mengalu-alukan pembuatan jalan tersebut tetapi biarlah kawasan-kawasan yang
ada penduduk, kawasan-kawasan yang sesuai untuk di tar. Kalau kawasan yang
lembut itu cukup dengan letakkan – Tuan Yang di-Pertua ada banyak masa lagikah
tengok jam sahaja.
Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar]:
[Mengangguk]
Dato' Dr. Mohd. Hayati bin Othman [Pendang]: Ada lagi insya-Allah. Jadi
saya harap ya pihak kementerian memerhatikan juga tentang...
Dato' Mahfuz bin Haji Omar [Pokok Sena]: Tuan Yang di-Pertua, terima
kasih. Yang Berhormat bersetuju atau tidak daripada...
Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar]:
Yang Berhormat masa tidak banyak Yang Berhormat.
Dato' Mahfuz bin Haji Omar [Pokok Sena]: Yes, sikit... Sikit lagi. Bersetuju
atau tidak bahawa peruntukan kepada NCIA itu lebih baik diberikan kepada jabatanjabatan
ataupun agensi yang sedia ada contohnya kepada MADA. Itu lebih baik
untuk MADA sendiri mengaturkan apa programnya sebab saya berjumpa dengan
pengerusi MADA baru ini di kedai bekas Menteri Besar Kedah. Saya kata apa tidak
DR.27.10.2010 38
buat itu, tidak buat ini. Dia kata hendak buat apa duit pun tidak ada. Jadi ini masalah
yang dihadapi oleh MADA sendiri.
Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar]:
Jawab dan gulung Yang Berhormat.
Dato' Dr. Mohd. Hayati bin Othman [Pendang]: 101.2% saya sokong apa
Yang Berhormat Pokok Sena kata itu. Sepatutnya, NCIA ini dia membesarkan tali air,
membina tali air 'tertiary' dan juga membersihkan tali air tetapi itu tidak dilakukan ya.
Saya harap pihak MADA pihak NCIA ini duduk semeja berbincanglah di Kedah ini
pengerusi NCIA ketua pembangkang itu yang agak susah sikit ini Tuan Yang di-
Pertua.
Kemudian, seterusnya yang akhir sekalilah, kes kecurian minyak di Lapangan
Terbang Subang ini. Ada pihak MAS memberi tahu saya mereka telah pun
melakukan report polis 066609 iaitu sebanyak RM1.3 juta telah di lebih bayar oleh
MAS kepada Petronas Dagangan iaitu dari Januari 2008 hingga Mei 2009. Sebanyak
800,000 liter minyak telah ditempah tetapi tidak tahu di mana minyak itu hilang.
Mereka telah buat report dan saya harap kementerian dapat menyiasat perkara ini
kerana yang menjadi mangsa kambing hitam adalah kerani di bawah tetapi mereka
yang berkereta besar, berumah besar, bergaji besar, beristeri besar terlepas.
Jadi saya harap pihak kementerian tolong beri perhatian kepada hal ini.
Terima kasih di atas kerjasama yang diberikan Tuan Yang di-Pertua.

Cuba teka di mana nih?

Posted: 01 Nov 2010 05:57 PM PDT


Rasa macam dok di Cameron highland, tapi sejuk macam rasa dok Jordan tahun lepas pada musim sejuk, cuma tidak ada salji aje, kalau boleh buat betul-betul rasa macam tempat peranginan yang hebat juga.


Itu apa yang ana rasa masa pergi ke Puncak Gunung Jerai, sebuah pusat peranginan yang patut dipopularkan sebagai tempat peranginan sejuk yang patut dipopularkan oleh penganjur pelancung, hotel Regency memang hebat dan ini patut dijadikan sebagai
sebuah pusat untuk kursus atau sebagainya , juga perlu ada satu pusat tarikan pelancung musim sejuk saperti bunga-bungaan atau buah musim sejuk yang rasanya cucup sesuai ditanam disini, tetapi bukan secara besar besaran saperti di Cameron Highland atau Loging.
Nak sampai sini mudah je, pandu kereta sendiri, ada kawasan camping juga, bawa anak sekolah buat khemah pun boleh, ada juga resort tapi kena poket kembong sikit le. Apa yang menarik kalau nak suasana sejik sikit daripada bawah sana , naik la ke Gunung Jerai, kawasan yang boleh merelaks otak dalam suasana udara yang nyaman, kalau nak air cond tu, jangan harap la disini, tedur mesti guna selimut, patut lah DS Najib umum selimut hapus cukai dalam bajet dia baru-baru ni.

Bukan kami kata, tapi AG yang sebut.

Posted: 01 Nov 2010 05:49 PM PDT

KETUA AUDIT NEGARA PUJI PENGURUSAN KEWANGAN KEDAH 2009


Sekalung TANIAH saya ucapkan kepada pentadbiran Kerajaan Kedah yang dipimpin oleh Dato Seri Azizan. Ada beberapa sebab untuk saya berkata demikian berdasarkan laporan yang saya baca sepintas lalu.


Mungkin inilah kali pertama Kerajaan Negeri menikmati hasil daripada anak syarikatnya yang mungkian berjumlah puluhan atau ratusan yang diwujudkan. Laporan menyebutkan peningkatan yang diperolehi daripada anak syarikat ini ialah 100 PERATUS. Paling menakjubkan ialah daripada KOSONG (0) menjadi 100 PERATUS. Apa maksudnya? Ia bermaksud kerajaan terdahulu tidak pernah menikmati hasil anak syarikat Kerajaan Negeri. Persoalannya apa tujuan kerajaan terdahulu mewujudkan syarikat-syarikat ini. Adakah untuk syok sendiri atau mewujudkan pendapatan kepada kroni? Kerajaan telah memperolehi RM15.17 juta berbanding KOSONG untuk tahun 2008.
Kerajaan juga berjaya meningkatkan 17.4 peratus pendapatan daripada premium hutan. Berbanding tahun 2008, pendapatan melonjak sehingga 205%. iaitu daripada RM 9.21 juta meningkat sehingga RM 28 .14 juta. Ini menjadikan peningkatan adalah sebanyak 258.8 PERATUS !!! bagi tahun 2009 berbanding 2007. Ini adalah hasil polisi ketelusan kerajaan yang mengamalkan polisi tender terbuka bermula 2008. Dengan keluasan yang sama, tetapi pendapatan yang jauh berbeza.
Peningkatan royalti pengeluaran bahan batuan juga amat membanggakan. Peningkatan sebanyak 32 peratus menunjukkan bahawa seolah-olah berlaku masalah semasa kerajaan sebelum ini. Pada tahun 2008 royalti hanya berjumlah RM 14.65 juta berbanding peningkatan sebanyak RM4.75 juta menjadikan RM19.4 juta.
Apa yang saya dapati adalah penurunan hasil kerajaan negeri yang telah mengurangkan kadar cukai bagi tanah sejak April 2008. Saya percaya dasar ini sangat dialu-alukan oleh rakyat yang mendapat manfaat langsung lalu menyebabkan kecekapan bagi kutipan cukai tanah.
Prestasi kewangan Kerajaan Kedah dinilai sebagai memuaskan oleh Ketua Audit Negara. Namun bagi saya, masih banyak perlu ditingkat. Banyak lagi kerosakan yang ditinggalkan oleh kerajaan terdahulu yang perlu diperbetulkan. Perbandingan yang dianjurkan oleh Islam ialah dengan prestasi yang baik dengan prestasi yang lebih baik. Bukan perbandingan dengan prestasi yang lebih buruk seperti selalu digunakan oleh pembangkang di Kedah.

PAS KOTA TINGGI

Posted: 02 Nov 2010 01:22 PM PDT

PAS KOTA TINGGI


Umno Peralat Agama, Fakta Bukan Fitnah

Posted: 01 Nov 2010 04:56 PM PDT

Parti Islam Se-Malaysia PAS, menegaskan memang Umno peralatkan agama dan peralatkan orang agama. Ia bukan merupakan fitnah, tetapi kenyataan. Mereka gunakan isu agama apabila penduduknya kuat berpegang dengan agama seperti di Galas. Ustaz-ustaz Umno disuruh berkempen untuk menghalalkan apa yang Umno buat. Merekalah orang yang mencari dalil untuk menghalalkan arak, judi dan program maksiat yang ditaja oleh kerajaan umno BN.

Ketika Datin Rosmah Mansur menjadi penaung kepada Festival Fesyen Islam di Monte Carlo Monarco pada 9 Ogos 2010. Orang agama di dalam Umno membisu, seolah-olah mulut penuh dengan sagon, tidak berani tegur. Mana suara ustaz Umno apabila kerajaan BN di bawah pimpinan Datuk Seri Najib Razak yang mahu menjadikan Malaysia sebuah hub pusat hiburan malam bagi memacu industri pelancongan mengikut Program Transformasi Ekonomi (ETP. Banyak lagi bukti orang agama di dalam Umno hanya menjadi tukang baca doa dan marhaban sahaja, tidak lebih daripada itu.

PAS mencabar Umno berikan bukti, peranan orang agama di dalam Umno berkesan untuk mempertahankan Islam dan menentang kemungkaran. Orang agama di dalam Umno hanyalah membesarkan tembolok sahaja. Mereka hanya mencari hujah untuk melawan dengan PAS. Hujah mereka mengenai orang bukan Islam tidak boleh masuk masjid, ditolak dengan keputusan Majlis Fatwa kebangsaan sendiri yang mengharuskan orang bukan Islam masuk ke dalam masjid.

Hujah berkenaan dengan sumber judi telah makan diri sendiri. Rakyat mula berkata, Umno haram duit judi, tetapi halalkan lesen judi. Ke manakah pergi orang-orang agama di dalam Umno yang berkelulusan tinggi, antaranya ialah Dr Hamid Osman, Dr Abdullah Mohd Zin, Dr Yusuf Nor, Ustaz Zainal Abidin Abd Kadir, Datuk Dasuki Haji Ahmad, Ustaz Fadhil Hanafi, Dr Amran Kasimin. Persoalannya di manakah suara mereka sekarang. Perkasakan Islam di dalam Umno dahulu. Kenapakah isteri Presiden Umno tidak bertudung mereka membisu.

Persoalannya tenangkah jiwa orang agama di dalam Umno yang bergelomang dengan parti yang menyuburkan maksiat. Ilmu yang mereka belajar bertentangan dengan parti yang mereka sertai. PAS menyeru supaya orang agama tinggalkan sahaja Umno, sertailah PAS. Habiskanlah sisa umur yang masih berbaki untuk Islam. Tidak ada makna kemewahan dunia, tetapi hati tidak tenang.

Umno Yang Menyebabkan Melayu Dihina

Posted: 01 Nov 2010 04:54 PM PDT

Parti Islam SeMalaysia PAS, cuba memberi jawapan kepada Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi Naib Presiden Umno, yang sedang mencari sebab kenapa hak orang Melayu yang sering dipertikaikan di bumi sendiri. Beliau cuba membentuk pemikiran orang Melayu khususnya, berada di dalam suasana yang terancam, dengan ini orang melayu akan menyalahkan Pas dan Pakatan Rakyat.

Ini adalah teknik lama Umno untuk memulihkan tenaga Umno yang semakin lemah. Strategi ini adalah seperti pepatah Arab "Dia pukul orang dia mengadu bahawa orang lain pukul dia, dia memaki orang, dia mengadu orang lain memaki dia". Hakikatnya Umnolah yang menyebabkan Melayu hilang jati diri dan lemah kuasa politik. Akibat politik dendam dan hasad yang berlubuk di dalam hati pemimpin Umno, yang mengutamakan Umno putera, menyebabkan Melayu merempat diri sendiri.

Modal lapok mereka ialah bagaimana Melayu Pulau Pinang yang terkorban kerana Pakatan rakyat memerintah. Mereka cuba menjadi orang yang buta sejarah dan memutar belikkan fakta sejarah. Pada hal Umno dengan Gerakan yang memerintah Pulau Pinang hampir 51 tahun. Umnolah yang bertanggungjawab menyebabkan Melayu merempat di Pulau Pinang.

Zahid cuba hendak menyalahkan bahawa Melayu yang sering bertolak ansur, sehingga akhirnya ditolak secara beransur-ansur. Hakikat yang berlaku, orang Melayu tidak bertolak ansur, sebaliknya pemimpin Umno yang terlalu bertolak ansur, menyebabkan Melayu terpinggir di negeri sendiri. Selama 53 tahun Umno memerintah, mereka gagal untuk mengangkat martabat orang Melayu di negara ini. Bayak dasar-dasar yang dibuat cantik, tetapi oleh kerana pelaksanaannya yang diberikan kepada pemimpin ynag mengkhianat amanah ini maka akhirnya semuanya gagal. Pemimpin Umno kena merasa malu kepada pemimpin parti lain di negara ini yang gagal mengangkat mertabat bangsa sendiri. Manakah pergi nillai saham khas bumiputera RM54 bilion?. RM52 bilion sudah lesap, hanya tinggal RM2 billion. Kemanakah pergi tanah rezab Melayu 3 juta hektar yang ditinggal oleh penjajah pada tahun 1957. Pada tahun 1995 tanah rezab Melayu hanya 1.7 juta hektar. Rumusannya Umno tidak layak untuk menjaga hak orang melayu, ibarat seperti menyuruh serigala menjaga kambing. Sudah sampailah masanya Umno berundur dan orang Melayu pula marilah menyertai PAS sebagai ganti kepada Umno.

Kerjasama Dengan Bukan Islam, Pas Tidak Tiru Umno

Posted: 01 Nov 2010 04:51 PM PDT

Parti Islam Se-Malaysia PAS menafikan dengan sekerasnya dakwaan Tan Sri Muhyidin Yasin yang mengatakan bahawa PAS meniru Umno dalam soal kerjasama dengan parti bukan Islam. Perlu ditegaskan kerjasama PAS dengan bukan Islam ialah "Tahaluf Siyasi" tanpa menggadaikan prinsip perjuangan yang dibawa oleh PAS. Sedangkan kerjasama Umno dalam Barisan Nasional dalam dalam bentuk "wala', yang menggadaikan prinsip Islam.

PAS sebagai sebuah parti yang berdasarkan Islam, rujukannya pula ialah al-Quran, Sunnah, Ijma dan Qias. PAS sekali-kali tidak akan membuat sesuatu yang boleh menjerumuskan diri ke dalam neraka, semata-mata untuk mendapatkan kuasa. Perjuangan yang menuntut mardhatillah tidak akan menggadaikan prinsip Islam. Jika dunia dan kuasa menjadi perhitungan, lebih baik PAS bekerjasama dengan BN untuk sama-sama menaja program mungkar yang terbaru seperti pusat hiburan malam yang bakal meruntuhkan tamadun negara ini.

PAS mencabar Tan Sri Muhyidin tolong jelaskan, bilakah PAS menggadaikan prinsip Islam dan memusnahkan Islam di negara ini. Tidak ada sebuah masjid dan surau yang ditutup dan diroboh ketika PAS bekerjasama dalam Pakatan Rakyat. Sebaliknya Umno yang bekerjasama dengan bukan Islam dalam BN, telah bertindak biadab dengan agama, antaranya ialah merobohkan Masjid Bujal Kemaman, Surau Kampung Berembang Ampang Jaya, menutup Surau al Rahman Seksyen 8 Shah Alam dua minggu sebelum puasa 2007.

Tahaluf Siyasi membolehkan PAS melaksanakan dakwah dengan lebih cergas. Masjid dan surau meriah dengan majlis ilmu. Umno yang bekerjasama dengan bukan Islam mematikan majlis ilmu, meletakkan ahli jawatankuasa masjid bukan ahlinya sebagai orang yuang mengendalikan masjid, akhirnya masjid dan surau telah mati sebelum manusia mati.

Pas Cawangan Kota Kemuning

Posted: 02 Nov 2010 01:17 PM PDT

Pas Cawangan Kota Kemuning


Harga petrol Ron 97 naik 5 sen

Posted: 01 Nov 2010 10:18 PM PDT

Blog Rasmi Unit Amal Indera Mahkota

Posted: 02 Nov 2010 11:28 AM PDT

Blog Rasmi Unit Amal Indera Mahkota


Jabatan Amal Indera Mahkota 'Jejak Tawan Pahang'

Posted: 02 Nov 2010 06:25 AM PDT

Alhamdulillah, pada 31 Oktober yang lalu Jabatan Amal Indera Mahkota telah menganjur satu aktiviti lasak merentasi Hutan Bukit Pelindung dan berakhir di Teluk Cempedak dengan jarak kira-kira 15 kilometer.

Ekspedisi ini membabitkan seramai 40 orang peserta Jabatan Amal Indera Mahkota serta jemputan iaitu jabatan Amal Kuantan dan Jemaah Musolla ar-Raudhah. Sebelum itu, satu penerangan keselamatan telah disampaikan oleh seorang jurupandu bertauliah yang dikenali dengan Koperal Naga, beliau merupakan seorang anggota tentera.

Ekspedisi ini bukan sahaja dapat menguji ketahanan mental dan fizikal tetapi juga untuk mengukuhkan ukhuwah di antara peserta. Para peserta juga dapat menghayati keagungan ciptaan Tuhan dan keindahan flora dan fauna alam semulajadi.

Harapan agar aktiviti dapat diadakan lagi di masa-masa akan datang di lokasi yang berlainan.


Mendengar taklimat keselamatan sebelum memulakan perjalanan. Turut bersama menyertai jungle trekking ini ialah Pengarah Jabatan Amal Pahang, Ustaz Rosli Jabar.



Berehat sebentar menghilang letih dan lenguh, perjalanan masih jauh menuju kejayaan dan kemenangan


Wajah-wajah ceria, jangan ada yang pengsan dah la...


Saudara Firdauz, nampak bersemangat


Ulat gonggok 'gergasi' turut menemani perjalanan


Turut bersama wartawan Sinar Harian Pahang


Merenung masa depan atau merenung kemenangan...tawan Pahang


Pemandangan indah kawasan Alor Akar dari puncak Bukit Pelindung


Berhampiran pencawang telekom, puncak yang tertinggi di atas Bukit Pelindung


Penamat di Teluk Cempedak, setelah berpeluh merentasi hutan, lurah dan bukit akhirnya kejayaan menanti. Begitulah syarat kemenangan perlu berusaha dan bersusah payah, jangan jemu berjuang.


Timbalan Pengarah Amal Pahang, Ustaz Saharuddin sedang mengatakan sesuatu kepada Sheikh Azlan (Komander Amal Indera Mahkota) selaku pengarah program.


Bergambar sebelum pulang, wajah-wajah yang berjaya menawan Bukit Pelindung.

Dupahang's Weblog

Posted: 02 Nov 2010 11:14 AM PDT

Dupahang's Weblog


Masih adakah yang percaya Zulkifli Noordin?

Posted: 02 Nov 2010 10:58 AM PDT

http://www.selamatkanpahang.blogspot.com/ Dulu-dulunya , saya amat mengkagumi peguam Zulkifli Noordin yang pada masa itu begitu terkehadapan membicarakan kisah orang Islam yang murdad. Beliau juga amat menonjol menentang kumpulan fahaman-fahaman yang ingin memusnahkan Islam seperti Sisters-in-Islam (SIS), Islam Liberal dan sebagainya. Pendek kata, ketika itu beliau dianggap pejuan Islam popular selepas Ustaz Kamal Ashaari yang pernah kontroversi [...]

Tok Guru Islamkan 3 Orang Asal

Posted: 02 Nov 2010 10:30 AM PDT

LOJING,2 Nov – “Aku bersaksi tiada tuhan selain Allah dan aku bersaksi bahawa Nabi Muhammad itu pesuruh Allah”, demikian maksud kalimah syahadah yang telah dilafazkan oleh tiga orang penduduk asal Kampung Sandrop dalam Program Muhibbah Menteri Besar Kelantan bersama Masyarakat Orang Asal semalam. Majlis pengislaman mereka yang dihadiri lebih daripada 300 orang penduduk asal menjadi [...]

Umno terdesak ganggu program PAS

Posted: 02 Nov 2010 10:19 AM PDT

GUA MUSANG, 2 Nov – Gara-gara ingin mengganggu-gugat program Jom Tengok Wayang dan BBQ Bersama Anak Muda, ceramah mini anjuran Umno yang diadakan di hadapan program terbabit di Sungai Terah dihalang SPR malam tadi. Hanya 12 orang yang hadir pada ceramah itu termasuk enam orang Puteri Umno, selebihnya anggota keluarga pemilik rumah terbabit serta jiran [...]

PAS beri SPR amaran, kira undi Orang Asli di pusat mengundi

Posted: 02 Nov 2010 10:09 AM PDT

GUA MUSANG, 2 Nov – PAS menggesa Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengkaji semula keputusannya mahu membawa peti undi dari empat kawasan Orang Asli – yang mempunyai 924 pengundi – tanpa dikira terlebih dahulu di pusat pengundian terbabit. Ia akan memfailkan bantahannya berhubung keputusan SPR itu esok iaitu sehari sebelum pengundian diadakan. Empat kawasan tersebut adalah [...]

Minyak Oh Minyak :

Posted: 02 Nov 2010 05:19 AM PDT

Oleh : Chegu Zul Apa punya kerajaan, langsung tidak bertanggungjawab serta lepas tangan. Bagaimana kenaikan harga petrol bukan tanggungjawabnya tetapi ‘tanggungjawab pasaran’. Senang dan mudahlah menjadi menteri kalu macam tu. Alasan kerajaan tidak bertanggungjawab sepenuhnya terhadap kenaikan harga minyak petrol Ron 97 sebanyak 5 sen mulai hari ini.  Baguslah sebelum menjelang hari pembuangan undi di [...]

18,493 Pengundi ‘Hilang Layak Undi Awam’ Mencurigakan

Posted: 02 Nov 2010 05:16 AM PDT

Oleh Suhaizan Bin Kaiat Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia (SPR) dalam proses meluluskan Rang Daftar Pemilih Suku ke-3, 2010 dan sebarang bantahan adalah berakhir hari ini 2hb November 2010. Terdapat 18,493 undi yang termasuk dalam kumpulan pengundi “Hilang Layak Undi Awam”. Kumpulan ini baru diwujudkan dalam rang suku ke-3, tahun ini. Mengikut kebiasaannya apabila seseorang pengundi menjadi [...]

Tiba masanya, pejuang Usno bersama PAS

Posted: 02 Nov 2010 05:12 AM PDT

Oleh altawawi tawau Batu Sapi – Dewan Pemuda PAS Sabah mengajak kepada semua ahli Usno yang masih teguh memperjuangkan masa depan perjuangan umat Islam di Sabah agar keluar dari Umno dan berganding bahu bersama PAS untuk merealisasiakn cita-cita yang sama, kata Ketua Penerangan Pemuda PAS Sabah Salman Amin. Sejarah telah membuktikan perjuangan awal Usno sejak [...]

Batu Gajah Mari

Posted: 02 Nov 2010 11:05 AM PDT

Batu Gajah Mari


Hillary Clinton Beri Amaran Terhadap Malaysia Isu Kes Anwar?

Posted: 02 Nov 2010 08:19 AM PDT

Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman hari ini selepas perbincangan dengan Setiausaha Negara Amerika Syarikat, Hillary Clinton berikrar bahawa Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan mendapat perbicaraan yang adil berhubung dakwaan kes liwat yang dihadapinya.

"Adalah menjadi kepentingan saya dan negara untuk memastikan Anwar dapat perbicaraan yang adil," kata Anifah ketika persidangan akhbar bersama, - merujuk terhadap dakwaan yang dikenakan ke atas Anwar yang boleh menyaksikan beliau dihumban ke penjara sehingga 20 tahun.

Anwar, bekas timbalan perdana menteri dipecat dan dipenjarakan atas beberapa dakwaan seks dan rasuah sedekad yang lalu berkata beliau sekali lagi menjadi mangsa konspirasi politik dan melahirkan kebimbangan tidak mendapat keadilan sewajarnya berhubung dakwaan terbaru dengan seorang lagi pembantunya.

Pakatan pembangkang yang diterajuinya membuat kejutan pada pilihan raya umum 2008 lalu dengan menafikan kerajaan BN kemenangan dua pertiga di Dewan Rakyat, - sesuatu yang tidak diduga sejak BN memerintah negara ini lebih separuh abad.

Anwar, yang didakwa mengadakan perhubungan sejenis dengan pembantunya berkata semua tuduhan yang dilemparkan itu bertujuan menamatkan kerjaya politiknya dan melemahkan Pakatan Rakyat.

Badan Hak Asasai Manusia menggesa Malaysia menggugurkan dakwaan ke atas Anwar dan membidas kes itu sebagai "charade of justice," atau 'keadilan kepura-puraan' dan Amerika Syarikat telah memberi amaran bahawa ia sedang memerhati dengan teliti peristiwa berkenaan.

Meliwat walaupun di kalangan golongan dewasa atas dasar kerelaan kedua-dua pihak adalah satu kesalahan jenayah di Malaysia.

Perbicaraan Anwar bermula pada Februari lalu tetapi tergendala akibat penangguhan dan tidak mencapai banyak kemajuan.

TG Nik Aziz berjaya mengislamkan orang asal ketika berkempen

Posted: 02 Nov 2010 03:21 AM PDT

GUA MUSANG, 2 Nov:- "Aku bersaksi tiada tuhan selain Allah dan aku bersaksi bahawa Nabi Muhammad itu pesuruh Allah," demikian kalimah syahadah yang telah dilafazkan oleh tiga orang penduduk asal Kampung Sandrop dalam Program Muhibbah Menteri Besar Kelantan bersama Masyarakat Orang Asal semalam.


Majlis pengislaman mereka yang dihadiri lebih daripada 300 orang penduduk asal menjadi lebih bermakna apabila ucapan lafaz syahadah mereka dipimpin oleh YAB Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Dato' Bentara Setia Nik Abdul Aziz Nik Mat sendiri dan disaksikan oleh calon PAS, Dr Zulkefli Mohamed dan turut hadir pada majlis itu adalah Datuk Wan Abdul Rahim Wan Abdullah dan Exco kerajaan negeri, Abdul Fattah Mahmood dan Dr. Hatta Ramli, Ahli Parlimen Kuala Krai.

Ketiga-tiga saudara baru itu, Hashim Along, 32, Ramle Sabri, 20 dan Asot Jeli adalah berasal dari Kampung Sandrop juga.

Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dengan diiringi calon PAS juga sempat meluangkan masa menziarahi Keluarga arwah Salmah Bt. Uda, 43 tahun yang meninggal pada Jumaat lalu.

Suami arwah, Alim Akai, 49 tahun yang terkejut dengan ziarah itu menyambut baik kunjungan Tok Guru dinasihati agar bersabar dan turut diberi sumbangan peribadi oleh beliau.

Calon PAS yang merupakan seorang doktor, sempat memberi penerangan ringkas mengenai bahaya penyakit stroke dan darah tinggi.

Piala Malaysia dijadikan bahan kempen BN

Posted: 01 Nov 2010 11:02 PM PDT


BN menjadikan trofi Piala Malaysia sebagai bahan kempen calonnya di Galas. Pemain- pemain bola Sepak Kelantan dibawa berkempen yang diketuai oleh Tan Sri Anuar Musa dan Calon BN di Galas.

Mungkin mereka ingat pengundi khususnya peminat The Red Warrior termakan taktik mereka. Guna la bahan kempen lain. janganlah politikkan bola sepak.

Pemuda Bersamamu v3

Posted: 02 Nov 2010 09:47 AM PDT

Pemuda Bersamamu v3


Pemuda Dan Professor

Posted: 01 Nov 2010 11:39 AM PDT


Siri Motivasi Pemuda

Seorang profesor sedang menaiki sampan bersama seorang pemuda untuk menyeberangi sungai. Professor pada ketika itu dalam perjalanan untuk ke Kampung Bunga Berjuntai bagi menyiapkan kajian terbaru beliau.

Mereka bersembang.

"Kamu ni tahu membaca ke?" tanya professor kepada anak muda itu.

"Saya buta huruf tuan. Kerja saya bawa orang seberang sungai je," jawab pemuda itu jujur.

"Kesian...kamu sudah kehilangan separuh nikmat kehidupan kerana tidak tahu membaca," balas prof.

Pemuda mendiamkan diri.

"Kamu ada buat simpanan wang untuk masa depan?" tanya prof lagi.

"Takde prof," balas pemuda itu ringkas.

"Ish...ish..kalau begitu, kamu kehilangan separuh lagi nikmat kehidupan. Macam mana kamu nak hidup kalau tidak ada wang simpanan," leter prof.

Pemuda itu sekali lagi mendiamkan diri. Akur dengan kelemahan diri.

Tiba-tiba sampan yang mereka naiki bocor. Air mula melimpah masuk ke dalam sampan.

"Prof...kamu tahu berenang tak," tanya pemuda itu?

"Tak tahu," jawab Prof kegusaran.

"Kalau begitu kamu akan kehilangan seluruh kehidupan kamu," jawab pemuda.

Cerita ini cukup bermakna. Ringkas tapi padat.

Setiap orang itu ada kebijaksanaan dan kelebihannya. Kecerdikan seseorang dalam suatu perkara tidak akan menjamin kecerdikannya dalam semua perkara. Maksudnya, seorang doktor adalah orang yang paling pintar di hospital tetapi mereka bukanlah hero jika mereka bertugas di kilang Maggi. Malah fungsi mereka sangat terhad. Pastinya tidak mampu hendak dibuat ujian darah ke atas maggi seandainya didapati maggi berkenaan sakit(rosak).

Yang hendak ditekankan di sini adalah keperluan kita semua untuk saling memberi. Setiap orang dikurniakan idea yang berbeza, maka kita jadikan perbezaan itu sebagai satu rahsia kejayaan bukannya satu kelemahan.Cuma kadang-kadang di kalangan kita, ada yang malu untuk bersuara. Takut ideanya dikritik. Takut ideanya ditolak. Mungkin mereka belum faham apa beza 'Cadangan vs Arahan'.

Akhir kata, mutiara kata untuk hari ini : Cantiknya pelangi adalah kerana warnanya yang pelbagai.

Pemuda Guchil

Posted: 02 Nov 2010 09:40 AM PDT

Mohamad Taufek Abd Ghani

Posted: 02 Nov 2010 09:20 AM PDT

Mohamad Taufek Abd Ghani


Galas Kito

Posted: 01 Nov 2010 07:09 PM PDT




klik untuk imej besar

i n t a n h i j a u

Posted: 02 Nov 2010 07:33 AM PDT

i n t a n h i j a u


PAS TELUK INTAN DAN DEWAN HIMPUNAN PENYOKONG PAS SAMPAIKAN SUMBANGAN / ڤاس تلوق اينتن دان ديوان هيمڤونن ڤڽوکوڠ ڤاس سمڤأيکن سومبڠن

Posted: 02 Nov 2010 05:33 AM PDT















TELUK INTAN, 2 November - Berdasarkan moto 'PAS Untuk Semua', maka PAS Kawasan Teluk Intan dengan kerjasama Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) menganjurkan majlis penyampaian sumbangan kebajikan kepada masyarakat yang kurang mampu di sekitar Teluk Intan.

Menurut Pengerusi DHPP Teluk Intan Sdr. Hacharan Singh, seramai 200 orang kurang mampu telah dipilih menerima sumbangan berupa keperluan dapur seperti beras, gula dan minyak masak. Beliau yang juga merupakan Timbalan Ketua DHPP Perak berkata, kebanyakan penerima sumbangan datang dari kawasan sekitar Teluk Intan yang merangkumi pelbagai kaum seperti Melayu, Cina dan India.
"Ini merupakan julung kali, pihak DHPP dapat mengumpulkan bilangan penerima yang paling ramai iaitu seramai 200 orang", tambah beliau lagi.

Majlis tersebut telah diadakan di pekarangan Pejabat DHPP Teluk Intan di Batu 1, Jalan Changkat Jong.
Antara tetamu jemputan khas yang hadir ialah YB Hj. Zainuddin Md. Yusuf, YB S. Kesavan, YB Hj. Mohd. Anuar Sudin serta pimpinan PAS Kawasan dan DHPP Teluk Intan. Kesemua tetamu khas telah berpeluang menyampaikan ucapan di hadapan lebih 200 orang yang hadir.

Diharap sumbangan tersebut dapat membantu sedikit sebanyak kepada golongan yang kurang mampu dan ia juga sebagai persiapan bagi kaum India yang bakal meraikan Deepavali tidak berapa lama lagi.
Dewan Muslimat turun padang buka kaunter daftar pemilih.
YB Hj. Zainuddin menyampaikan sumbangan.
Sebahagian penerima sumbangan yang hadir.

mtdchenderoh

Posted: 02 Nov 2010 07:18 AM PDT

mtdchenderoh


SIDANG MEDIA: ISU TANAH DI CHEGAR GALAH

Posted: 01 Nov 2010 09:00 AM PDT

SIDANG MEDIA
Isu Pemberian Tanah di Kampung Chegar Galah, 
Kuala Kangsar
Selasa
2 November 2010
8.00 pagi
Di Kuala Kangsar Safari Resort
Blogger2 dijemput hadir

CINA ISLAM (林川興)

Posted: 02 Nov 2010 01:25 AM PDT

CINA ISLAM (林川興)


Belajar Dari Luqman Al-Hakim

Posted: 02 Nov 2010 04:00 PM PDT

25 Zulkaedah 1431 H
Oleh : Mzulhairi

Segala puji buat Maha Suci Allah, tuhan sekalian alam, pencipta dan pentadbir semesta. Tiada sesuatu berlaku tanpa izinnya, segala sesuatu berlaku dengan izinnya jua, Dia tuhan Maha Kuasa, kita hamba maha hina!. Selawat dan salam buat baginda, insan agung pekerti mulia, Muhammad Rasulullah SAW.

Saya menjadi senang menulis apabila termotivasi dengan sesuatu, dan kali ini begitu juga, semoga menjadi teguran dan ingatan buat diri sendiri, jua buat sahabat Qurra' diluar sana. Luqman al Hakim banyak nasihatnya, sampaikan namanya menjadi salah satu nama surah dalam kitab suci al Furqan. Namun seringkali nasihat2 dari kalamullah itu dipandang sepi, hanya menjadi bicara, kuliah dan tulisan semata, praktikalnya ramai yang gagal mengikuti, setuju?

Saya berharap, tulisan ini tidak menjadi begitu, jadi saya amanahkan kepada Qurra' sekaliannya untuk mengamalkan sesudah dibaca nanti, saya bukan memaksa, tetapi Allah yang menuntut segala yang benar itu untuk diamalkan, setuju?, atau kalian tidak setuju yang kita wajib mengikuti yang haq?,

jika begitu sila muhasabah diri kembali. Kisah yang saya suka untuk berkongsi kali ini adalah kisah Luqman al Hakim, anaknya dan keldai. Ia adalah kisah yang sangat mengesankan saya dalam bertindak dan menghadapi pandangan manusia.

Dalam mendidik anaknya untuk berhadapan dengan pandangan manusia, Luqman al Hakim telah membawa anaknya dan keldai ke pasar tempat orang ramai. Mulanya, Luqman al Hakim telah menaiki keldai itu, anaknya pula yang mengendalikan keldai itu sambil berjalan kaki, maka orang ramai berkata :

" Inilah orang tua yang tidak mengasihani anaknya, dia bersenang lenang di atas keldai, anaknya pula berjalan kaki! "

Berikutnya, Luqman al Hakim menaikkan anaknya ke atas keldai dan beliau sendiri pula yang mengendalikan Keldai dengan berjalan kaki, maka orang ramai berkata :

" Sungguh biadap anak itu, orang tua dibiarkan berjalan kaki, dia pula bersenang lenang di atas keldai! "

Seterusnya, Luqman al Hakim bersama anaknya menaiki keldai itu bersama sama, maka berkata pula orang ramai :

" Lihat!, seekor keldai membawa dua orang!, alangkah siksanya keldai itu membawa beban berganda! "

Akhirnya, Luqman al Hakim dan anaknya tidak menaiki keldai itu dan membiarkan ia kosong saja, orang ramai berkata lagi :

" Alangkah anehnya, keldai dibiarkan kosong tidak ditunggangi, tuannya pula berjalan kaki saja!"

Apa kalian dapat dari kisah ini?, saya dapat sangat banyak, dan saya mohon berkongsi sendikit. " Ridhannas ghoyatun la tudrak! ", itu kata pepatah arab yang mampu menerangkan kisah ini, maksudnya " Kepuasan atau persetujuan dari SEMUA pihak yaitu manusia adalah sesuatu yang tidak mungkin dicapai ".

Inilah yang kita katakan pandangan manusia, pandangan yang selalunya silap, jika dibandingkan dengan pandangan Allah. Sangat benar, pandangan manusia itu sering berbeza beza, setiap apa yg dilakukan pasti ada saja yang kurang bersetuju, mungkin majoriti, mungkin juga minoriti, tapi hakikatnya pasti ada perbezaan.

Melihatkan kisah ini, saya tidak mengatakan yang orang ramai yang memberi komen2 itu jahil atau silap, ada benarnya setiap komen itu bukan?, ya, memang ada benarnya, saya akui itu, tetapi setiap komen itu datangnya dari pandangan manusia yang pastinya banyak kekurangan,

saya mahu tanya, jika orang ramai itu tahu kenapa Luqman al Hakim berbuat demikian, yaitu utk mendidik anaknya, adakah komen yang sebegitu akan diberikan?, pasti tidak bukan?...begitulah manusia, ia tidak mengetahui apa yang terselindung, apa yang tersembunyi.

Apabila berhadapan dengan pandangan manusia dalam menilai sesuatu, apa yang dikatakan mungkin sangat jujur, namun hakikatnya, manusia akan berkata dengan apa yg dia tahu dan lihat sahaja, sedangkan mungkin masih banyak perkara yang tersembunyi yang tidak ia ketahui dan fahami, ia mungkin satu bentuk kejujuran, namun jujurnya pendapat itu bukanlah boleh menafikan pandangan Allah.

Kerna inilah kita perlu sentiasa memohon untuk melihat dengan pandangan Allah yang sentiasa benar, namun seringkali pandangan Allah itu akan diganggu gugat syaitan laknatullah, kerna itu sumpah setia syaitan, memalingkan manusia dari kebenaran, ia bukan silap manusia lain,

bukan silap siapa2, tetapi silap kita sendiri jika masih mahu melihat dengan pandangan manusia yg serba kurang. Kitalah yg lebih tahu situasi yang sebenar, dan Allah lah yang lebih2 lagi Maha Mengetahui.

Kejujuran perlu datang dengan pakej hikmah, ikhlas, dan benar. Tidak bijak jika jujur datang tanpa tiga perkara itu. Malah kejujuran yang sebenar adalah kejujuran yang membuat diri lebih dekat dengan pencipta, apakah boleh dikatakan kejujuran itu membawa manfaat kirannya seorang Kristian datang berdakwah kepada kita, seterusnya dengan jujur mengatakan bahawa agamanya lah yang benar,

kerna itu yang dia 'iktiqadkan, adakah itu bentuk kejujuran yang kita mahu mempercayainya dan terus memeluk agama kristian?, itu contohnya, namun pokoknya, pandangan manusia seringkali tersilap, pandangan Allah adalah yang haq, jadi pandangan mana kita mahu ikuti?. Lihatlah dengan hati yang dipandu Allah.

Berkata Luqman al Hakim kepada anakandanya selepas kisah keldai di atas :

" Sesungguhnya tiada terlepas seseorang itu dari percakapan manusia. Maka orang yang berakal tiadalah dia mengambil pertimbangan melainkan kepada Allah S.W.T sahaja. Barang siapa mengenal kebenaran, itulah yang menjadi pertimbangannya dalam tiap-tiap satu "

Maksud sabda Rasulullah SAW :

Dari Ibnu Abbas radhiAllahu `anhu, katanya: Pada suatu hari aku berada dibelakang Rasulullah sollallahu `alaihi wasallam (boncengan), lalu baginda bersabda: "Wahai anak, peliharalah Allah nescaya (Dia) akan memelihara kamu, peliharalah Allah nescaya (Dia) akan berada dihadapan kamu, dan jika engkau memohon maka memohonlah kepada Allah, dan jika engkau meminta pertolongan maka mintalah pertolongan kepada Allah, dan ketahuilah bahawa sekiranya umat berkumpul

(bersepakat) untuk memberikan suatu manfaat kepadamu, nescaya mereka tidak akan mampu berbuat demikian melainkan dengan sesuatu yang telah ditetapkan (ditakdirkan) oleh Allah, dan sekiranya umat berkumpul (bersepakat) untuk mendatangkan bencana keatas kamu, nescaya mereka tidak akan mampu berbuat demikian melainkan dengan sesuatu yang telah ditetapkan (ditakdirkan) oleh Allah. Dan telah diangkat segala pena dan telah kering segala buku."
HR : Imam Tirmidzi

Berhadapan dengan kehidupan, kita sememangnya dituntut untuk saling mengingati antara satu sama lain. Inilah fitrah kejadian manusia yang jika kita lari daripadanya, maka ia akan merosakkan kehidupan. Lengkap melengkapi antara satu sama lain, menampungi kelemahan yang lain dengan kelebihan kita, dan mengizinkan untuk kelemahan kita ditampungi oleh kelebihan insan yang lain.

Manusia tidak dijadikan Allah berbilion bilion ramainya untuk hidup sendiri tanpa mengendahkan yang lain. Namun, dalam berkata dan menzahirkan pendapat, ia perlu datang dengan pengetahuan yang benar, barulah ia bakal membantu, jika bicara tanpa ilmu yang cukup, tidak memahami situasi dengan sebenar benarnya, maka apa yg diperkatakan mungkin tidak membantu bahkan merosakkan.

Maksud sabda Rasulullah SAW:

" Barang siapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat, berkatalah perkara yang baik, atau lebih baik ia diam sahaja "
HR : Bukhari & Muslim

Saya memohon untuk sentiasa dibimbing Allah, dan bimbingan itu disekalikan dengan kemudahan untuk melaksanakannya, saya berusaha untuk itu. Saya juga pohonkan agar bimbingan, panduan, dan kemudahan dari Allah untuk sahabat sekalian, doakan saya juga.

Semoga kita sentiasa melihat dengan pandangan Allah, dan semoga syaitan tidak mampu mengganggu gugat apa yang datang dariNya. Sesungguhnnya yakin itu dari Tuhan, keraguan itu dari syaitan, maka pilihlah apa yang datang dari Tuhan. Tetapkan hati saya, tetapkan hati kami, dan tetapkan sahabat seluruhnya dengan keyakinan dariMu, Allahumma ameen! :)

Maksud firman Allah SWT :

" Dan jika Allah kenakan bahaya kepada engkau maka tidak ada yang dapat melepaskannya melainkan Dia. Dan jika dia mahukan kebaikan kepada engkau maka tidak ada yang dapat menolak kurnianya itu "
Yunus : 107.

Teka-Teki Imam Al-Ghazali

Posted: 02 Nov 2010 03:43 PM PDT

25 Zulkaedah 1431 H
Oleh : nina mazrina

Suatu hari, Imam Al-Ghazali berkumpul dengan murid-muridnya lalu beliau bertanya (teka-teki);

Imam Ghazali = "Apakah yang paling dekat dengan kita di dunia ini?"

Murid 1 = "Orang tua"
Murid 2 = "Guru"
Murid 3 = "Teman"
Murid 4 = "Kaum kerabat""

Imam Ghazali = "semua jawapan itu benar, tetapi yang paling dekat dengan kta ialah MATI. Sebab itu janji Allah S.W.T bahawa setiap yang bernyawa pasti akan mati" (Surah Ali-Imran :185)

Imam Ghazali = "Apakah yang paling jauh dari kita di dunia ini?"

Murid 1 = "China"
Murid 2 = "Bulan"
Murid 3 = "Bintang"
Murid 4 = "Matahari"

Imam Ghazali = "semua jawapan itu benar, tetapi yang paling benar adalah MASA LALU.

Oleh sebab itu kita harus menjaga hari ini, hari esok dan hari2 yang akan datang dengan perbuatan yang sesuai dengan ajaran Agama"

Imam Ghazali = "Apakah yang paling besar didunia ini?"

Murid 1 = "Gunung"
Murid 2 = "Matahari"
Murid 3 = "Bumi"

Imam Ghazali = "semua jawapan itu benar, tetapi yang paling besar sekali adalah HAWA NAFSU (Surah Al-A'raf:179). Maka kita harus hati-hati dengan nafsu kita, jangan sampai nafsu kita membawa ke neraka"

Imam Ghazali = "Apakah yang paling berat didunia?"

Murid 1 = "Baja"
Murid 2 = "Besi"
Murid 3 = "Gajah"

Imam Ghazali = "semua jawapan itu benar, tetapi yang paling berat sekali adalah MEMEGANG AMANAH (Surah al-Azab:72. Tumbuh-tumbuhan, binatang, gunung, dan malaikat semua tidak mampu ketika Allah S.W.T meminta mereka menjadi khalifah (pemimpin) di dunia ini.

Tetapi manusia dengan sombongnya berebut-rebut menyanggupi permintaan Allah S.W.T sehingga banyak manusia masuk ke neraka kerana gagal memegang amanah"

Imam Ghazali = "Apakah yang paling ringan di dunia ini?"

Murid 1 = "Kapas"
Murid 2 = "Angin"
Murid 3 = "Debu"
Murid 4 = "Daun-daun"

Imam Ghazali = "semua jawapan itu benar, tetapi yang paling ringan sekali di dunia ini adalah MENINGGALKAN SOLAT. Gara-gara pekerjaan kita atau urusan dunia, kita tinggalkan solat"

Imam Ghazali = "Apakah yang paling tajam sekali di dunia ini?"

Murid-murid dengan serentak menjawab = "Mata pedang!!!"

Imam Ghazali = "semua jawapan itu benar, tetapi yang paling tajam sekali didunia ini adalah LIDAH MANUSIA. Kerana melalui lidah, manusia dengan mudahnya menyakiti hati dan melukai perasaan saudaranya sendiri".

Tuduhan Utusan seperti penembak curi - DAP

Posted: 02 Nov 2010 03:42 PM PDT

25 Zulkaedah 1431 H
Oleh : Hazayani Zakaria

KUALA LUMPUR, 1 Nov: DAP hari ini mencabar wakil daripada akhbar Utusan Malaysia untuk berdebat secara terbuka berhubung tulisan akhbar berkenaan menggunakan kolum Awang Selamat bertajuk DAP dan Melayu.

Setiausaha Publisiti Kebangsaan DAP, Tony Pua berkata, Utusan boleh diwakili oleh sesiapa sahaja sebagai 'Awang Selamat' untuk perbahasan mengenai desakan-desakan Utusan dan Umno mengenai isu berkenaan.

Beliau menyifatkan Utusan yang dimiliki Umno semakin melampau membuat serangan terhadap DAP melalui tulisan-tulisannya.

"Penyerangan mereka termsuklah penyerangan terhadap Kerajaan Pulau Pinang atas dasar kebajikan, pengambil alihan tanah untuk membina hub pendidikan, isu penjaja-penjaja dan lain-lain perkara di mana kami dituduh menghalau orang Melayu dari Pulau Pinang.

"Utusan Malaysia juga telah menyerang bertubi-tubi terhadap pemimpin DAP yang lain termasuklah ahli Parlimen Serdang, Teo Nie Ching yang difitnah memberikan tazkirah dalam surau,

dan juga saya sendiri yang dikatakan berniat untuk menghapuskan hak diskaun beli rumah bumiputera," kata beliau yang juga Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara dalam sidang media di lobi Parlimen hari ini.

Mingguan Malaysia semalam menyiarkan tulisan Awang Selamat yang menuduh DAP sebagai parti paling rasis di dunia.

Tony juga berkata, penyunting dan pemilik Utusan Malaysia tidak sepatutnya menyembunyikan diri mereka yang sebenar di belakang nama pena dan meluahkan pelbagai tuduhan tanpa asas seperti penembak curi.

"Kami ingin memberikan peluang terbuka kepada pihak Utusan Malaysia untuk membela pendirian mereka seperti hulubalang kaum yang tulen, dan bukannya bertindak sebagai pengecut apabila menghadapi cabaran," katanya yang ditemani ahli Parlimen Bukit Bendera, Liew Ching Tong.

Tegasnya, DAP berani membuktikan bahawa mereka tidak rasis, sebaliknya bersama dengan Pakatan Rakyat untuk menambahbaikkan nasib orang Melayu bukan sahaja di Pulau Pinang tetapi juga di negeri lain yang sebahagian daripada kerajaan daripada DAP.

Sehubungan itu, beliau berharap pihak Utusan berani untuk berhadapan dengan DAP yang dianggap musuh utama mereka.

"Pembahasan ini boleh dianjurkan oleh mana-mana pihak bebas termasuk Kesatuan Wartawan Nasional (NUJ) ataupun TV3 dan format pembahasan boleh dipersetujui sebelum acara tersebut. Kami sedia menunggu berita baik daripada pihak Utusan Malaysia," katanya.

Harakahdaily/-

WASPADA SOGOKAN WANG DI GALAS

Posted: 02 Nov 2010 03:22 PM PDT

25 Zulkaedah 1431 H
Oleh : Hafizi Pauzi

GUA MUSANG, 2 November :- Kempen di Galas yang masuk hari ketujuh hari ini dijangka mula bertambah rancak selepas tertangguh dengan perlawanan akhir Piala Malaysia pada malam kelmarin. Dijangka adegan sogok fitnah akan berjalan sepertimana yang dijangka disetiap PRK.

"kita ada tiga hari tempoh kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Dun Galas 4 November ini, seluruh jentera Pakatan Rakyat digesa memperketatkan tugas kawalan bagi menangani gejala menyebar fitnah dan sogokan," ujar Drs. Khalil Idham Lim, ADUN Titi Serong yang juga Ketua Sekretariat Pakatan Rakyat Perak ketika ditemui di sini.

Mengulas perkara yang sama, Penasihat Operasi Jentera Pilihan Raya PAS Dun Galas, Datuk Wan Abdul Rahim Wan Abdullah bahawa maklumat yang diterima oleh beliau mengatakan bahawa penyebaran fitnah dan sogokan akan dimulakan pada 1 November dan sumber tersebut boleh dipercayai.

Tambahnya lagi antara bentuk sogokan yang dapat dikesan sekarang adalah dalam bentuk wang tunai RM1,000 dan set peti televisyen.

Jika benar perkara ini berlaku, pihak terbabit bakal berdepan dengan pihak keselamatan PAS yang telah pun disusun atur untuk membuat tangkapan awam, dan meraka akan akan dihantar ke pihak berkuasa untuk tindakan selanjutnya.

Walaupun situasi politik di Galas dikatakan 50-50, akan tetapi dengan semangat rakyat Kelantan dibawah kepimpinan YAB Tuan Guru Menteri Besar Kelantan yang telah memerintah selama lebih 20 tahun, Pakatan Rakyat Perak amat yakin dan percaya, pengundi di Galas telah bijak bagi memilih PAS sebagai ADUN di sini.

Justeru rakyat seharusnya bijak memilih kepimpinan yang bebas dari sebarang taktik kotor, salahguna kuasa dan perkara yang bakal mengundang kerosakan institusi pilihanraya Malaysia dengan memilih pihak yang komited meneruskan agenda kebajikan rakyat.

Selepas 38 tahun, Soberi Shafii keluar Umno

Posted: 02 Nov 2010 03:00 PM PDT

25 Zulkaedah 1431 H

KUALA LUMPUR, 1 Nov: Selepas tepat 38 tahun menjadi ahli dan memegang pelbagai jawatan dalam Umno, Mohd Soberi Shafii menghantar surat memohon keluar dari parti itu.

Permohonan itu dihantar kepada pejabat Umno dan dicop pengesahan menerimanya jam 10.45 pagi tadi.Soberi membuat pengumuman keluar Umno dalam satu sidang media bersama rakan-rakannya di Hotel Istana, hari ini.

Beliau menyifatkan, pemimpin Umno yang ada sekarang bukannya mementingkan parti lagi tetapi menjaga kepentingan diri sendiri dan kroni masing-masing.

(Gambar: Soberi menunjukkan surat maklumat keluar Umno yang disahkan penerimaannya oleh ibu pejabat Umno jam 10.45 pagi tadi)

"Umno khasnya Umno Kelantan lupakanlah khayalan masing-masing untuk menawan Kelantan bahkan kerusi (Umno) yang ada pun akan hilang dalam pilihan raya umum akan datang," kata Soberi yang pernah menjadi calon BN di Dun Kadok, Kelantan pada tahun 1995 lalu.

Beliau yang pernah menjadi Setiausaha Kerja Pergerakan Pemuda Umno Kelantan berkata, kekecewaan kepada para pemimpin Umno yang ada menjadi punca utama beliau mengambil keputusan keluar dari Umno.

"Bayangkan, saya tidak diberikan sebarang tugas untuk parti," katanya kepada wartawan dalam sidang media itu.

Soberi berkata, sikap berpuak-puak Umno khasnya di Kelantan akan menggagalakn segala visi dan misi baik yang dicanangkan oleh presiden Umno, Datuk Seri Najib Razak dalam perhimpunan agung Umno baru-baru ini.

"Sebab itulah, selepas seminggu perhimpunan agung, saya mengambil keputusan ini," katanya.

Soberi berkata, sikap pemimpin Umno yang berpuak-puak akan menggagalkan pelaksanaan segala ucapan Najib itu.

"Di Galas di atas bolehlah nampak bersatu tetapi siapa tahu apa yang berlaku di bawah sana. Saya yakin cantas mencantas berlaku," kata Soberi mengulas pilihan raya kecil Galas yang menunjukkan seolah-olah pemimpin Umno bersatu apabila Tengku Razaleigh dipilih sebagai pemimpin manakala Datuk Mustapha Mohamad sebagai timbalannya.

Soberi berkata, selepas berhenti beliau akan menjelajah seluruh Kelantan untuk berjumpa dengan rakan-rakan yang senasib dengan beliau.

"Mereka ramai di seluruh Kelantan. Saya akan himpunkan mereka kembali dan membentuk satu kuasa baru," kata Soberi. Bagaimanapun beliau nafi akan bersama dengan Perkasa pimpinan Datuk Ibrahim ahli.

"Saya tidak akan bersama dia bahkan saya bukanpun ahli Perkasa," kata Soberi.

Harakahdaily/-

Banjir: Lebih 2,000 dipindahkan di Kedah

Posted: 02 Nov 2010 02:45 PM PDT

25 Zulkaedah 1431 H
Oleh : Mohd Shubihi Muhamad Zain

PADANG TERAP, 2 Nov: Hujan lebat yang berterusan di Kedah sejak semalaman telah mengakibatkan beberapa daerah di negeri itu dinaiki air dan lebih 2,000 orang terpaksa dipindahkan ke pusat-pusat pemindahan sementara yang dibuka.

Di Padang Terap, 29 buah pusat pemindahan sementara telah dibuka bagi menempatkan 1,682 mangsa daripada 461 keluarga yang rumah mereka dinaiki air (gambar).


Ahli Parlimen Padang Terap, Ustaz Mohd Nasir Zakaria yang dihubungi berkata, jumlah tersebut dijangka akan bertambah sekiranya hujan lebat masih berlarutan.

"Ada 38 buah kampung yang telah dinaiki air, ada mangsa yang berpindah ke rumah jiran dan keluarga, dan dijangkakan jumlah mangsa akan bertambah lagi berikutan hujan lebat masih lagi turun," katanya.

Sehubungan itu beliau merayu simpati orang ramai untuk menghulurkan sumbangan dan bantuan bagi meringankan bebanan mangsa-mangsa banjir di daerah itu. Sumbangan boleh disalur terus ke akaun CIMB 0206-0000137-100 (Seketeriat Ahli Parlimen Padang Terap).

Sementara itu di Pokok Sena, dua jalan utama yang menghubungkan daerah itu dengan Kuala Nerang dan Bukit Pinang dinaiki air dan telah ditutup kepada kenderaan ringan.

Ahli Dewan Undangan Negeri Bukit Lada, Ustaz Ahmad Izzat Shauki berkata, beberapa buah kampung di situ telah dinaiki air, dan keadaan banjir masih terkawal.

Namun begitu menurutnya, penduduk-penduduk di kampung terbabit telah diletakkan dalam keadaan berjaga-jaga berikutan keadaan air yang semakin naik dan hujan yang masih tidak berhenti.

"Belum ada lagi pusat pemindahan dibuka, tapi ada beberapa keluarga yang berkeadaan tidak selamat telah berpindah ke rumah saudara mara dan jiran yang berhampiran," katanya.

Beliau yang turun meninjau keadaan banjir di situ turut menyampaikan sumbangan peribadi kepada mangsa yang terlibat.

Di Kubang Pasu, keadaan banjir di situ dilaporkan semakin buruk dan membimbangkan. Seramai 491 mangsa daripada 101 keluarga telah dipindahkan ke tiga pusat pemindahan yang telah dibuka.

Manakala di Anak Bukit, 76 mangsa banjir daripada 23 keluarga dipindahkan ke dua pusat pemindahan sementara iaitu di Sekolah Kebangsaan Gunung dan Sekolah Kebangsaan Titi Gajah, dekat sini.

Harakahdaily/-

Orang Asal terima Sijil Penempatan Berkelompok

Posted: 02 Nov 2010 02:35 PM PDT

25 Zulkaedah 1431 H
Oleh : Mohd Nor Yahya

LOJING, 2 Nov: Program Muhibbah Menteri Besar Kelantan bersama Masyarakat Orang Asal bertempat di Kampung Sandrop dihadiri lebih 300 orang penduduk.

Tuan Guru juga sempat menyempurnakan penyampaian Sijil Penempatan Berkelompok Tanah Pos Sandrop Mukim Uklu Nenggiri, Daerah Batam, Jajahan Kecil Lojing, kelmarin.

Seramai 75 keluarga yang telah lama menduduki kawasan tersebut melahirkan rasa gembira dan merakamkan ucapan terima kasih kepada kerajaan negeri di bawah kepimpinan Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Program tersebut turut dihadiri oleh calon PAS, Dr Zulkefli Mohamed dan Penasihat Jentera Pilihanraya Kecil PAS Dun Galas, Datuk Wan Abdul Rahim Wan Abdullah dan Exco kerajaan negeri, Abdul Fattah Mahmood.

Harakahdaily/-

Kemalangan: Penyelesaian Islam

Posted: 02 Nov 2010 02:20 PM PDT

25 Zulkaedah 1431 H
Oleh : Nasrudin Hassan at Tantawi

1. Mutaakhir ini sungguh ketara berlakunya kemalangan maut dan ngeri dalam negara kita samaada di jalan negeri, persekutuan mahupun lebuh raya utara selatan dan timur barat.

2. Saya mendesak supaya satu Suruhanjaya Khas segera dibentuk oleh Kerajaan bagi menyiasat atau menyelidik fenomena ini untuk satu tindakan berkesan oleh semua pihak berwajib.

3. Kita tidak diajar oleh agama untuk sekadar mengeluh dan kemudiannya menyerahkan kepada takdir apa lagi menyalahkannya. Malah apa yang diajar oleh syariat Islam ialah mengambil langkah berkesan bagi membendung perkara ini dari terus berlaku dengan kaedah umum syara' ialah mencegah lebih baik dari merawat.

4. Selain dari pakar dari pelbagai bidang yang berkaitan, saya juga mengesyorkan agar pakar syariah adalah salah seorang anggota Suruhanjaya Khas yang dibentuk untuk menangani peningkatan ketara indeks kemalangan jalanraya dalam negara kita. Syor ini saya kemukakan kerana syariat Islam mempunyai pandangan yang sangat fundamental untuk mengatasi atau menangani isu ini.

5. Sebahagian dari Maqasid Syariah ialah memelihara nyawa dan harta. Kemalangan jalanraya adalah sebahagian dari peristiwa yang akan mengorbankan harta dan nyawa . Terlalu panjang perbahasannya dalam feqh Islam mengenai kemalangan jalanraya ini termasuklah pemandu atau mereka yang menyebabkan kematian seseorang yang lain dijalanraya boleh disabitkan dengan membunuh secara tidak sengaja. [perbincangan lanjut dalam perkara ini diperlukan oleh pakar syariah]

6. Demikian juga Islam melalui lidah Rasulnya saw mengajar supaya membuang perkara-perkara yang mengganggu di jalanraya adalah perbuatan sedekah. [ertinya ia menjadi tuntutan kepada ummat Islam]. Di jalanraya dan lebuhraya dalam negara kita saya lihat terlalu banyak perkara yang mengganggu yang tidak sepatutnya dibiar berlaku. Antaranya ialah:

> iklan-iklan yang menjolok mata
> tanda arah yang dirosakkan atau rosak lalu mengelirukan
> tanda-tanda isyarat jalan yang dirosakkan atau rosak tapi dibiarkan
> permukaan jalan yang merbahaya seperti licin, pumping, berlubang dsbnya.
> pokok-pokok yang ditanam besar di bahu jalan

[saya harap kerajaan haramkan iklan menjolok mata di simpang jalan, di tepi jalan mahu pun dimana sahaja terutama yang mem"buta"kan mata pemandu lalu mengganggu tumpuan mereka.]

[Kajian-kajian tentangnya telah dilakukan sejak 30 tahun lalu, malah bermula 1950 an. Dapatan kajian konsisten menunjukkan iklan-iklan ini banyak menggangu pemandu di lebuhraya dan jalanraya. Ia menyebabkan Highway Hypnosis (pemandu tidur walaupun matanya celik), satu istilah yang semakin popular dalam kajian tentang kemalangan jalanraya.

Berikut dikemukakan satu link tentang artikel journal yang sangat menarik tentang isu ini: http://cogprints.org/3307/1/driverdistractionarticle.pdf. Bukankah perkara ini berkait rapat dengan hadith-hadith Rasulullah saw: Seutama-utama iman ialah mengucap syahadah. Serendah-rendahnya ialah membuang gangguan di jalanan". (Shaykhayn)]

7. Saya menggesa supaya kerajaan atau pihak berwajib mengambil satu langkah serius untuk memastikan gangguan seperti ini tidak berlaku kerana jelas ia sangat mengundang bahaya dan maut kepada pengguna jalanraya sedang ia boleh dielak sedari awal melalui pemantauan dan tindakan segera pihak berwajib .

8. Saya ambil contoh mudah di atas kelekaan dan ketidakcaknaan pihak berwajib dalam bertindak ialah jalan di Taman Pelindung Perdana Beserah Kuantan . Telah berkali pihak penduduk kampung memohon agar di bina bonggol dari 2 arah bertentangan kerana jalan itu terlalu sibuk dan kenderaan bergerak laju justeru kedudukannya agak menurun bukit , sedang ia berada di kawasan yang padat penempatan .

Sehinggalah kelmarin berlaku satu kemalangan yang hampir meragut nyawa seorang kanak - kanak dan juga pemandu kenderaan yang terbabas kerana mengelak kanak - kanak tersebut. Persoalannya , apakah kita selalu mengambil sikap "sudah berlaku kemalangan jiwa baru mahu bertindak?" Islam mengajar bahawa mencegah itu jauh lebih baik dari merawat [dan meratap - saya tambah]

9. Begitu juga dengan sikap pengguna jalanraya yang perlu ditangani secara bijak dan islamik. Bermula dengan doa yang diajar oleh Islam untuk dibaca oleh pemandu dan penumpang sesebuah kenderaan ,

setiap perjalanan mestilah dilantik ketua rombongan [ justeru ia diajar oleh syara' apabila bermusafir hendaklah bertiga dilantik seorang amir \ ketua ] yang bertanggungjawab menjaga disiplin perjalanan dan penggunaan jalanraya agar tidak memudharat rombongan dan tidak mendatangkan mudharat kepada pengguna jalanraya yang lain .

10. Sebagai contoh mudah , Ketua rombongan ini [dari kalangan penumpang] bertanggungjawab memantau kebajikan rombongan dan juga kedudukan pemandu. Apakah pemandu memandu secara merbahaya, melanggar undang-undang atau mengantuk dll, ketua rombongan berhak mengarahkan pemandu tersebut berhenti.]

11. Jika di atas kapal terbang [walau untuk perjalanan 45 minit] kita begitu berdisiplin, lengkap pula dengan anak-anak kapal dan ketua pramugari yang bukan sahaja memberi khidmat kebajikan kepada penumpang tetapi turut memberi taklimat keselamatan yang lengkap setiap kali penerbangan tanpa jemu. Walau kita berpuluh kali naik kapal terbang, maka berpuluh kalilah kita di minta dengar dan patuh pada taklimat keselamatan itu. Penumpang muslim pula diajar berdoa kepada Allah memohon kesejahteraan dan keselamatan dalam perjalanan pergi dan balik.

12. Kenapa kita tidak boleh meletakkan peraturan dan disiplin sedemikian di darat ke atas pengusaha kenderaan awam samaada milik kerajaan mahupun swasta, sedang kemalangan di darat lebih kerap. Saya menegaskan sekali lagi bahawa perkara seperti ini juga mesti dilakukan pada kenderaan awam di darat seperti bas ekspres, persiaran, sekolah dan sebagainya .

13. Masih banyak faktor lain termasuklah faktor kenderaan itu sendiri supaya satu langkah berkesan turut diambil agar kenderaan berisiko tinggi tidak dipandu dijalanraya sibuk dan juga lebuhraya kerana ia memudharatkan pengguna jalanraya seperti bas terlalu buruk yang mengalami kerosakkan yang terlalu kerap.

14. Akhirnya dalam perbahasan hukum mengenai perkara ini pula, saya lampirkan sebahagian pandangan feqh Islam untuk dinilai dan diambil tindakan oleh pihak berwajib agar indeks kemalangan jalanraya ini sekurang-kurangnya dapat diminimakan.

15. [Lampiran]

1. Jika kemalangan disebabkan kecuaian dan tidak melibatkan kecederaan dan kematian, maka hukumnya ta'zir ke atas pemandu.

2. Jika kemalangan disebabkan kecuaian dan menyebabkan kecederaan atau kematian, maka hukumnya ialah diat yang wajib dibayar oleh pemandu yang cuai kepada mereka yang cedera atau keluarga si mati.

3. Jika kemalangan disebabkan oleh kecuaian pihak kerajaan, seperti lubang jalan yang tidak dibaiki (macam dekat rumah ana yang dah meragut 2 nyawa), atau seumpamanya, maka diyat perlu dibayar oleh kerajaan kepada keluarga mangsa jika melibatkan kematian, atau kepada mangsa jika melibatkan kecederaan.

4. Jika kemalangan tidak disebabkan oleh apa2 kecuaian, maka tidak ada apa2 diyat, tetapi ianya akan dicover oleh harta baitul mal secara optional, bukan compulsary.

Contoh kes, jika seseorang langgar orang mati, maka ia kena bayar diyat kepada keluarga si mati. Namun dalam undang-undang hari ini, yang bersalah itu hanya kena bayar kompaun kepada kerajaan, tapi keluarga mangsa hanya menerima kematian dan kesedihan, bukan apa2 pembelaan atau apa2 pampasan.

Harakahdaily/-

Rakyat ada hak tidak pilih BN

Posted: 02 Nov 2010 12:27 PM PDT

25 Zulkaedah 1431 H
Oleh : Julzaim Juhirin

SANDAKAN, 2 Nov: "Masyarakat di Batu Sapi mesti menolak kerajaan Barisan Nasional kerana gagal menjalankan amanah mereka sebagai pemimpin yang dilantik oleh rakyat," kata Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad.

Beliau berkata demikian ketika memberikan ceramah kelompok di Kampung Cenderamata dekat sini, kelmarin.

Masyarakat di Batu Sapi, katanya perlu faham bahawa membuat perubahan bukanlah satu kesalahan malah ia merupakan hak rakyat untuk memilih siapa yang mereka akan pilih.

"Jika pemimpin Barisan Nasional tidak menjalankan tugas dan amanah yang dipertanggungjawabkan, maka masyarakat di sini berhak untuk tidak memilih mereka pada pilihan raya kali ini," katanya.

Beliau berasa hairan mengapa pengundi masih mengekalkan undi kepada BN sedangkan keadaan pembangunan dan kebajikan rakyat di sini sangat menyedihkan.

Khalid berkata, jika rakyat di Selangor yang sudah pesat membangun dengan segala kemudahan yang ada boleh menukar kerajaan dari BB kepada Pakatan Rakyat, rakyat di Sabah khusunya di Batu Sapi seharusnya sudah lama menolak BN.

Jelas beliau lagi, antara faktor rakyat di Selangor menolak BN pada Pilihanraya Umum 2008 kerana pemimpin-pemimpin mereka mengamalkan rasuah dan penyelewengan.

Seorang bekas Menteri Besar Selangor, katanya, walaupun belum sampai setahun mentadbir tetapi sudah memiliki sebuah rumah yang berharga RM4 juta.

Tambah Khalid, pendapatan royalti minyak Sabah setahun sebanyak RM1 bilion ditambah dengan keluaran hasil balak, gas dan kelapa sawit sepatutnya menjadikan Sabah lebih kaya daripada Selangor.

Tambahnya, tetapi malangnya apa yang berlaku iaitu rakyat Sabah masih di tangga termiskin dalam negara ini.

Selain itu katanya, masyarakat di sini jangan terpedaya dengan fitnah dan tohmahan yang dilakukan oleh BN terhadap 4 buah negeri yang di tadbir oleh Pakatan Rakyat seperti Selangor, Kedah, Kelantan dan Pulau Pinang.

Walaupun Pakatan Rakyat di Selangor baru memerintah hampir 3 tahun tetapi perubahan begitu jelas telah dillaksanakan berbanding kerajaan BN yang sudah mentadbir selama 50 tahun lebih.

"Dalam jangka masa yang singkat itu, kami (PR) sudah mampu melaksanakan pentadbir dan pengurusan yang terbaik dan mengutamakan kebajikan rakyat Selangor," ujarnya.

Justeru katanya, masyarakat di sini mesti membuat keputusan yang terbaik demi masa depan generasi yang ada sekarang dengan memberikan undi kepada calon Pakatan Rakyat daripada PKR, Ansari Abdullah pada hari membuang undi 4 November ini.

Harakahdaily/-

Harga petrol Ron 97 naik 5 sen

Posted: 02 Nov 2010 11:40 AM PDT

25 Zulkaedah 1431 H

Harga petrol RON 97 dinaikkan 5 sen lagi mulai esok. Berikutan itu, harganya kini RM2.15 seliter, demikian menurut laporan.Bagaimanapun harga pertrol RON 95 dan diesel tidak berubah.Tidak seperti sebelumnya, tidak ada pengumuman dibuat mengenai kenaikan tersebut.

Khabar angin mengenai kenaikan harga RON 97 itu tersebar sejak tengahari tadi dan pemilik stesen minyak berkata arahan mengenainya telah dikeluarkan.Malaysiakini memetik satu pekeliling dari sebuah syarikat minyak yang memaklumkan kepada peniaga mengenai kenaikan harga itu.

Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kepenggunaan, Datuk Tan Lian Hoe mengesahkannya ketika dihubungi oleh beberapa akhbar.

Ini adalah kenaikan pertama harga minyak selepas kenaikan "5-dalam-1" pada 15 Julai tahun ini, yang bertujuan untuk mengurangkan beban subsidi kerajaan.

Pemotongan subsidi merupakan sebahagian daripada rancangan kerajaan untuk mengurangkan subsidi untuk barangan keperluan seperti yang dicadangkan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Idris Jala.

Jala telah memberi amaran awal tahun ini bahawa Malaysia menghadapi prospek muflis pada 2019 - seperti yang berlaku di Greece dan Iceland kerana beban hutang - sekiranya subsidi tidak dikurangkan.

Pentadbiran Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sebelum ini menegaskan bahawa pengurangan subsidi adlah perlu, tetapi para pengkritik berkata usaha untuk memaksa pengguna berjimat, tanpa tindakan yang sama di pihak kerajaan, tidak membawa sebarang makna.

Lewat bulan lalu, Najib mengumumkan senarai projek baru - termasuk pembinaan Menara Warisan Merdeka setinggi 100 tingkat bernilai RM5 bilion, yang menurut kerajaan akan menarik pelabur dan membuat Malaysia lebih menarik kepada pelancong.

Malaysiakini/-

Jangan jadi penembak curi, mula debat, cabar DAP

Posted: 02 Nov 2010 11:30 AM PDT

25 Zulkaedah 1431 H
Oleh : S Pathmawathy

DAP hari ini mencabar akhbar Utusan Malaysia supaya bersifat bertanggungjawab dan menyahut tawaran debat berhubung dakwaan parti pembangkang itu sebuah pertubuhan yang rasis.

Cabaran itu dibuat oleh ahli parlimen Petaling Jaya Utara , Tony Pua berikutan kolumn yang disiarkan pada Ahad lalu di Mingguan Malaysia yang melabelkan DAP sebagai parti paling rasis di dunia.

'Awang Selamat dalam pojoknya menulis: "Ancaman DAP adalah jauh lebih berbahaya daripada apa-apa ancaman sekalipun yang pernah dihadapi dalam sejarah tanah air. Cuma bentuk penjajahan mereka lebih halus, berselindung atas slogan demokrasi dan tanpa menggunakan senjata. Tetapi implikasinya amat besar.

"Perlembagaan termasuk kedudukan Islam dan institusi beraja menjadi taruhan, yang akhirnya membawa Malaysia menuju negara republik. Apakah itu yang kita mahu?"

Pua membalas dan menganggap serangan itu sebagai "melampau' dan "keterlaluan".

Demi 'kebenaran dan keadilan, Pua yang juga setiausaha publisiti DAP, mencabar Awang Selamat atau mana-mana wakil pengarang Utusan supaya berdebat.

"Editor dan pemiliknya tidak harus bersembunyi di belakang nama pena dan melemparkan tuduhan tanpa asas, (bertindak) sebagai penembak curi," katanya pada sidang media di lobi parlimen hari ini.

Sambil menyifatkan akhbar itu sebagai "pengecut", Pua mencabar mereka menyahut cabarannya "jika mereka sebenarnya mempertahankan bangsa Melayu".

Katanya, DAP akan membuktikan parti itu bukan rasis dan sedang bekerja dalam rangka Pakatan Rakyat bagi menjamin hak Melayu terus terpelihara.

"Kami akan buktikan Utusan adalah ... rasis ... dan mereka adalah ancaman kepada negara," kata Pua.

"Menolak cabaran ini hanya mencerminkan ketiadaan integriti di pihak Utusan," katanya lagi.

Beliau memberikan akhbar itu tujuh hari untuk menyahut cabaran berkenaan dan berkata perdebatan boleh dianjurkan oleh mana-mana pihak yang berkecuali.

"Kesatuan Wartawan Kebangsaan (NUJ) atau TV3 (boleh menganjurkannya) dan format boleh dirundingkan," katanya.

Malaysiakini/-

'Tabung Budi - topeng tutup kepincangan SYABAS'

Posted: 02 Nov 2010 11:11 AM PDT

25 Zulkaedah 1431 H

Setiausaha politik menteri besar Selangor, Faekah Husin mendakwa wujud keraguan yang melampau dan percanggahan niat dalam program Tabung Budi yang dilancarkan oleh Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (SYABAS) baru-baru ini,

"Tabung Budi melibatkan skim yang membolehkan pengguna air membayar balik kos 20 meter padu air yang disubsidikan oleh kerajaan negeri kepada rakyat Selangor dan diserahkan pula kepada SYABAS," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurutnya, pengurus besar bahagian komunikasi korporat dan hal ehwal awam SYABAS, Abdul Halim Mat Som dilaporkan berkata wang kutipan tabung itu akan disalurkan kepada keluarga yang langsung tidak menerima 20 meter padu air percuma.

"Modus operandinya tidak masuk akal kerana kerajaan negeri membayar SYABAS dengan harga penuh, iaitu RM11 juta sebulan," kata Faekah lagi.

Menurutnya lagi, SYABAS tidak layak untuk mengutip subsidi 20 meter padu tersebut dari mana-mana individu.

"Jika ia dilakukan, Syabas akan dibayar dua kali untuk 20 meter padu air yang sama," tegasnya.

Hairannya, kata beliau, mengapa SYABAS tidak pula secara terus memberikan air percuma kepada rakyat tanpa menuntut bayaran penuh dari kerajaan negeri.

"Lebih memeranjatkan lagi, sebahagian dari kutipan dana yang kononnya untuk membantu rakyat miskin turut datang dari potongan gaji pekerja Syabas sebanyak RM 11.40 sebulan," tambahnya.

Faekah menyifatkan program tersebut sebagai satu gimik dan sekadar latihan perhubungan awam demi memulihkan imej SYABAS.

Lebih menghairankan, tambahnya, SYABAS langsung tidak meminta pandangan kerajaan negeri, mahupun berbincang mengenainya.

"Apa yang lebih penting, Syabas tidak ada hak dan tidak layak untuk mengutip derma dari mana-mana individu pengguna air yang telah mendapat subsidi dari kerajaan negeri.

"Jika benar ada individu yang mahu mendermakan subsidi yang diberikan tersebut mereka hendaklah memulangkannya kepada kerajaan negeri dan bukannya kepada SYABAS.

"Kami menggesa SYABAS berhenti menggunakan skim tersebut sebagai topeng menutup segala kepincangan urustadbir.

"Sekiranya SYABAS benar-benar ingin menolong rakyat, kembalikan hak air kepada rakyat Selangor," katanya.

Malaysiakini/-

Hari Lahir ku ke 46 hari ini....

Posted: 02 Nov 2010 11:06 AM PDT

25 Zulkaedah 1431 H.

Assalamualaikum.......

Alhamdulillah pada hari ini saya telah cukuplah umur 46 tahun. Kerana itu saya sangat bersyukur kepada Allah yang telah memilih diri ini dikalangan hambanya sebagai seorang yang beriman dan seterusnya diberikan hidayah dan taufiknya untuk berjuang dalam perjuangan islam.

Sesungguhnya dengan kehadiran tarikh keramat untuk sekian kalinya ini , saya terus berdoa semuga Allah memberikan sifat kesabaran bagi melalui ranju , onak dan duri dalam perjuangan ini. Kerana dengan bantuan Mu ya Allah sesungguhnya hamba ini masih mampu berada disini hari ini.

Tidak lupa saya mengucapkan berbanyak terima kasih kepada Isteri tersayang, Nor Ainah serta anak-anak tercinta, Khairul Azri Lim, Khairul Anwar Lim dan khairul Aiman Lim yang menjadi pendorong dan peniup semangat dalam menempuh cabaran itu.

Juga kepada sahabat serta rakan seperjuangan yang sering mendoakan kesejahteraan diri ini, saya ucapakan terima kasih.

Kepada yang menyampaikan ucapan dalam ruangan facebook dan blog ini saya ucapkan terima kasih. Rasanya saya sangat bersetuju dengan rakan-rakan yang telah menghadiahkan lebih awal sekiranya kemenangan di galas adalah milik kita pada 4November ini, itulah hadiah hari lahir ke 46 saya yang paling berharga .

Azhar digantung lagi, ADUN Umno keluar dewan

Posted: 02 Nov 2010 10:30 AM PDT

25 Zulkaedah 1431 H
Oleh : Susan Loone

Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang menggantung Ketua Pembangkang Datuk Azhar Ibrahim daripada menghadiri sidang dewan selama enam bulan kerana 'mengucapkan perkataan berbaur hasutan' dalam DUN itu Mei lalu.

Keputusan itu diluluskan oleh Yang Dipertua DUN Datuk Abdul Halim Hussain pada persidangan hari ini setelah usul yang dikemukakan oleh Ketua Menteri Lim Guan Eng (Air Putih-DAP) disokong oleh ADUN Pakatan Rakyat.

Bagaimanapun segala saraan dan elaun Azhar (kanan) sebagai ADUN dikekalkan.

Keputusan tersebut menyebabkan semua ADUN Umno bertindak keluar dewan.

Azhar (kanan), yang juga ADUN Penaga dirujuk kepada jawatankuasa hak dan istimewa ekoran kenyataannya itu yang telah mencetuskan kekecohan di dewan tersebut.

Jawatankuasa tersebut, yang telah bermesyuarat beberapa kali untuk membincangkan perkara itu, dijadual menyerahkan laporannya kepada DUN pada jam 2.30 petang ini.

Difahamkan, Azhar akan diminta memohon maaf terhadap kenyataannya itu.

Jika berbuat demikian, beliau tidak akan digantung daripada menghadiri sidang dewan hari ini dan esok, serta disambung semula dari 8-16 November selepas cuti Deepavali.

Terdahulu pada perbahasan yang diadakan selepas pembentangan usul itu, Azhar bertegas dengan pendiriannya tidak mahu memohon maaf disebabkan beberapa perkara iaitu tiada dakwaan khusus untuk mengenakan hukuman terhadap dirinya.

"Selain itu usul yang dirujuk juga cacat dan bercanggah dengan peraturan 37 kerana usul itu tidak pernah dibahaskan sebaliknya speaker ketika itu terus mengambil keputusan mengemukakan masalah itu dan satu undi telah diambil," katanya.

Azhar, yang juga setiausaha Umno negeri, mendakwa prosedur yang digunakan untuk merujuk kepada jawatankuasa tersebut adalah tidak betul.

Katanya, satu resolusi perlu dicadang dan dibahaskan, dan hanya baru selepas itu, satu keputusan dibuat sama ada untuk merujuk beliau atau tidak, kepada jawatankuasa tersebut.

Mei lalu, ADUN Datuk Keramat, Jagdeep Singh telah membentangkan usul untuk merujuk Azhar kepada jawatankuasa tersebut.

Ini berlaku selepas Azhar menggesa tentera mengambilalih tugas dari pihak polis kerana pentadbiran negeri itu telah menyatakan ia tidak lagi mempunyai kepercayaan pihak polis. Beliau memberi amaran bahawa rusuhan kaum boleh berlaku lagi jika rakyat hilang kepercayaan kepada kerajaan.

Azhar kemudian menjelaskan bahawa beliau membuat kenyataan itu kerana kerajaan negeri cenderung menghina polis.

Pada bulan Ogos, pengerusi jawatan tersebut, Datuk Hussein Abdul Halim, yang juga speaker dewan, berkata semua ADUN akan dibekalkan dengan senarai perkataan yang dianggap tidak sesuai disebut sewaktu persidangan.

Malaysiakini/-

Gunung Merapi meletup lagi hari ini

Posted: 02 Nov 2010 10:15 AM PDT

25 Zulkaedah 1431 H

Gunung Merapi meletup lagi hari ini, menyemburkan awan panas abu volkanik yang kelihatan bergulung-gulung di atas puncak gunung berapi di sempadan daerah Yogyakarta dan Jawa Tengah, menyebabkan orang ramai ketakutan dan panik.

Pakar-pakar gunung berapi Indonesia bagaimanapun berkata kejadian pada jam 10.30 pagi itu tidak sekuat letusan pada hari pertama 26 Oktober lepas yang mengakibatkan 38 orang terbunuh.

Lebih 500 pelajar Malaysia di Yogyakarta, Magelang dan Solo dilaporkan selamat dan mereka diarah oleh Jabatan Penuntut Malaysia di Indonesia supaya mengurangkan aktiviti luar serta menggunakan topeng muka apabila keluar dari bangunan.

Balai Penyelidikan dan Pengembangan Teknologi Kegunungapian (BPPTK) berkata Merapi meletus secara eksplosif hingga setinggi 1,500 meter dan awan panasnya kemudian meluncur hingga radius 4km ke arah selatan di Kali Gendol, Cangkringan, di daerah Sleman.

Awan panas itu bagaimanapun tidak sampai ke kawasan penempatan penduduk seperti letusan pertama pada 26 Oktober yang memusnahkan kampung Kinahrejo, Cangkringan di bahagian barat daya Merapi, iaitu perkampungan Jurukunci Merapi Mbah Maridjan, yang terbunuh bersama 14 orang lain.

Tebaran awan panas pada Selasa lalu menjangkau kawasan seluas lebih 7km.

"Kekuatan gempa kali ini tidak sekuat ketika letusan pada 26 Oktober lepas," kata kata Kurniadi, petugas yang mengawasi Merapi di BPPTK Yogyakarta.

Siaran langsung televisyen pula menunjukkan visual penduduk di sekitar lereng Merapi lari lintang pukang ke arah pusat pemindahan Merapi dengan menaiki kenderaan sendiri.

Lazimnya pada waktu tengah hari penduduk akan pergi ke kawasan bencana meninggalkan pusat pemindahan, untuk melakukan aktiviti harian seperti mencari rumput untuk ternakan lembu masing-masing di kawasan terletak berhampiran puncak gunung.

"Angin berhembus dari barat ke timur, sehingga abu volkanik mengarah ke timur Merapi seperti Kota Boyolali hingga Solo dan sekitarnya," kata Kurniadi.

Awan panas panjang kelihatan terus berhamburan hingga pukul 12 tengah hari dan masih belum berhenti, namun jarak luncurannya hanya sekitar ratusan meter.

BPPTK terus melakukan pemantauan melalui seismograf kerana pada masa ini pengamatan visual terganggu akibat kabut yang menyelimuti gunung itu.

Kurniadi berkata penduduk masih dinasihatkan berada di luar radius 10 km dari kawasan Merapi kerana keadaan gunung berapi itu belum stabil.

Data BPPTK menunjukkan bahawa pada hari Isnin dari pukul 12 tengah malam hingga 6 pagi, aktiviti Merapi kelihatan menurun, namun empat jam kemudian berlaku letusan besar.

Kurniadi seterusnya menasihatkan penduduk sekitar Merapi supaya tidak pulang ke rumah jika tiada keperluan mendesak, dan orang ramai yang berhasrat mengunjungi Yogyakarta serta sekitar Merapi di minta membawa dan memakai topeng muka.

Sabtu lepas Merapi juga menyembur awan panas yang abu volkanik sangat pekat dirasakan hingga puluhan kilometer ke arah selatan atau ke wilayah Provinsi Yogyakarta.

Sementara itu Ketua Badan Geologi, Kepala Pusat Vulkanologi dan Mitigasi Bencana Geologi Dr Surono berkata status Gunung Merapi masih "awas" sehingga intensiti aktivitinya masih tinggi dan lebih mudah meletus, namun tidak dapat dijangka bila akan berlaku.

"Letusan hari ini saya harap dapat mengurangi tenaga yang tersimpan tetapi kami tidak dapat menghitung secara kuantitatif berapa tenaga yang masih tersisa di dalam perut Merapi. Jadi kita ikuti saja," katanya.

Surono berkata dengan beberapa kali guguran lava mengarah ke arah selatan di Kali Gendol, Cangkringan, daerah Sleman, pihaknya menjangka guguran lava fasa berikutnya akan menuju ke arah itu.

Malaysiakini/-

Orang Asli 'ranjau' BN di Galas

Posted: 02 Nov 2010 10:00 AM PDT

25 Zulkaedah 1431 H
Oleh : Zakaria Hazlan & K Salhan Ahmad

Untuk sekian lama, masyarakat Orang Asli dianggap sebagai 'simpanan tetap' dan kubu kuat BN, tetapi tetapi jika rungutan di peringkat akar rumput itu benar, maka mereka mungkin menjadi 'ranjau' yang mungkin menghalang, jika tidak pun, menjejaskan kemenangan BN di Galas.

Walaupun ramai menganggap mereka sebagai masyarakat sederhana dan tidak komplikated, mudah dipengaruhi oleh bantuan pihak pusat, tetapi Orang Asli, terutamanya di kalangan generasi baru, kini mempunyai aspirasi melepasi setakat menerima bantuan pihak persekutuan.

Seorang penduduk perkampungan Orang Asli Balar, Mustapa Alwie berkata hati masyarakat itu 'terluka' setiapkali mereka dianggap sebagai golongan miskin tegar.

"Setiap kali memberikan bantuan mereka selalu kata yang kami miskin tegar.

"Kami tidak miskin, jika kami miskin, kami tidak akan dapat datang ke sini," keluh Mustapa , 41, (kiri) seorang bekas tentera, yang juga setiausaha Umno cawangan di situ.

Beliau juga kesal kerana janji-janji yang ditunaikan oleh kerajaan persekutuan juga tidak seberapa dan bukan sesuatu yang konkrit.

Seorang penduduk Balar Seman aweng, 50, memberi contoh sebuah jambatan berhampiran perkampungan itu yang mereka pohon.

"Mereka bina sebuah jambatan kecil, yang tidak cukup besar pun untuk dilalui motosikal dengan selamat," katanya.

Seman (kanan) menceritakan bahawa hubungan mereka dengan bantuan kerajaan persekutuan adalah seperti rumah singgah yang dibina di permulaan laluan menuju ke perkampungan Orang Asli di kawasan pedalaman.

"Mereka memanggilnya rumah 46 atau Rumah Sandang. Seorang lelaki bernama Sandang tinggal di sana dan menjaganya. Dia adalah orang kepercayaan ahli parlimen Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah. Itulah tempat kami tinggal ketika kami datang ke bandar. Sekarang dia telah meninggal dunia dan tidak ada orang lain yang benar-benar menjaganya."

Walaupun seorang dari pejabat tanah ditugaskan untuk menjaga rumah tersebut, tetapi keadaannya tidak seelok dahulu dan kini dalam keadaan menyedihkan, dengan atapnya bocor dan lantai pula reput.

Menurut Mustapa, mereka telah mengundi dalam lima pilihan raya umum, tetapi hampir tiada apa yang boleh ditunjukkan hasil mereka menyokong BN.

'Tanah rayau' semakin susut

Jamali Along, 24, dari perkampungan Pasik, pula berkata walaupun
tanah diambil dari mereka dan penebangan yang berterusan sejak tahun 60-an dan 70-an, tetapi tidak memberi manfaat kepada Orang Asli.

"Jika kita bertanya mengapa tidak ada projek di tanah kami untuk kami, mereka kata ianya terlalu jauh dan membabitkan kos yang terlalu mahal. Tapi bila tanah kami diambil, mereka akan membangunkannya dan memberinya kepada orang lain, kami tidak dapat apa-apa.

"Hanya yang dapat kami lihat adalah jejak tayar dan debu kenderaan balak," kata Jamali (kiri).

Perhatian utama mereka pada masa ini, kata Mustapa, adalah tanah adat mereka atau tanah rayau Orang Asli bergantung untuk hidup, yang terus susut kerana penebangan balak dan pembangunan.

"Kami ingin bebas, yang penting adalah tanah rayau kami. Ini cara hidup kita. Kami ingin berjalan selama berhari-hari mencari sumber di hutan. Jika enam hektar, kita boleh berjalan hanya satu petang," keluhnya.

Malaysiakini/-

Orang Asli di K'tan ditawar dua ekar tanah

Posted: 02 Nov 2010 09:39 AM PDT

25 Zulkaedah 1431 H
Oleh : Salhan K Ahmad

Kerajaan negeri Kelantan telah meluluskan ketetapan untuk mewartakan kawasan penempatan Orang Asli di negeri itu sebagai satu kawasan rizab, kata timbalan menteri besar Datuk Ahmad Yaakob.Katanya, keputusan itu dibuat dalam mesyuarat majlis kerajaan negeri pada Mac lalu.

Sehubungan itu, kerajaan negeri juga akan mengeluarkan surat perakuan memaklum kepada masyarakat itu bahawa kawasan yang didiami mereka dimasukkan ke dalam rizab berkenaan.

"Keputusan itu dibuat melalui kuasa di bawah Seksyen 62 Kanun Tanah Negara. Kita akan beri dua ekar seorang dalam kawasan rizab tersebut," katanya ketika ditemui selepas satu mesyuarat khas ahli lembaga Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan di Lojing hari ini.

Menurut Ahmad, setakat ini kerajaan negeri telah mengenalpasti dua buah kawasan yang masing-masingnya berkeluasa 101 dan 11 ekar di Kampung Sandrop yang terletak dalam jajahan kecil Lojing di Gua Musang.

Bagaimanapun, kawasan penempatan masyarakat Orang Asli itu belum digazetkan kerana perlu melalui proses penelitian untuk menentukan keluasan kawasan terbabit.

Pada peringkat ini, kerajaan negeri masih dalam peringkat menyukat perimeter kawasan tersebut.

"Kemudian kerajaan melalui pejabat tanah akan senaraikan nama-nama Orang Asli yang berada di dalam itu supaya tidak dimasukkan orang (bukan Orang Asli).

"Kita belum pasti keluasannya (keseluruhan bagi negeri Kelantan) tapi kita akan kenalpasti. Semua kawasan Orang Asli kita akan rizabkan," katanya lagi.

Selepas melalui proses tersebut, barulah ia diluluskan pada mesyuarat kerajaan negeri dan digazetkan, katanya lagi.

Mesyuarat selama kira-kira dua jam itu dipengerusikan menteri besar Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Difahamkan, mesyuarat yang diadakan di Pejabat Taman Kekal Pengeluaran Makanan Lojing di Gua Musang bagi menyesuaikan jadual kempen pemimpin PAS termasuk Nik Abdul Aziz.

Nik Abdul Aziz pada petang ini dijadualkan untuk melawat satu perkampungan Orang Asli di Sandrop yang terletak berhampiran.

Malaysiakini/-

Ketua Audit Negara: Saya boleh siasat apa saja

Posted: 02 Nov 2010 09:30 AM PDT

25 Zulkaedah 1431 H

Apabila Laporan Ketua Audit Negara 2009 dikeluarkan minggu lalu, pelbagai kepincangan dalam perkhidmatan awam yang membabitkan wang rakyat oleh kerajaan didedahkan.

Daripada papan tanda menunjukkan arah tandas berharga RM871 yang dibayar oleh Majlis Perbandaran Bentong hingga projek tergendala yang menelan kerugian perbelanjaan jutaan ringgit - tidak ada yang terlalu kecil kepada Jabatan Audit Negara.

Di sebalik pendedahan semua itu, kekuatan dan teraju di belakangnya tidak lain dan tidak bukan adalah Ketua Audit Negara sendiri - Tan Sri Ambrin Buang.

Pejabatnya di Putrajaya bertimbun dengan kenyataan kewangan negeri-negeri, kementerian dan agensi kerajaan yang sesetengahnya membabitkan pelbagai bayaran yang 'agak merapu' pernah disaksikan.

Buat kali pertamanya, Malaysiakini berjaya menemubual Ambrin, baru-baru ini di mana beliau bercakap mengenai campur tangan politi, kakitangan awam dan bahaya kesihatan pekerjaan.

Berikut petikan temuramah itu.

S: Jadi, bagaimana proses audit setiap tahun?

J: Terdapat tiga jenis audit atau laporan yang perlu diterbitkan, audit pembuktian atau pengakusaksian, audit pematuhan dan audit prestasi.

Dalam audit pengakusaksian, ia berhubung kenyataan kewangan oleh badan berkanun atau syarikat kerajaan disediakan mengikut piawaian perakuana. Jika ia menepati piawaian, mereka diberikan sijil bersih. Jika tidak, mereka mendapat sijil layak tetapi ada yang beranggapan ia sebagai teguran.

Jika anda mendapat hanya sijil layak, bermakna ada sesuatu yang tidak kena dengan cara akaun disediakan.

Jadi bagaiamana projek-projek dipilih?

Kami mengambil banyak perkara untuk pertimbangan seperti Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Negara (PTPTN) dan lombong pasir (kedua-duanya dimuatkan dalam laporan 2009). Perkara ini adalah kepentingan umum. Meskipun media membuat siasatan sendiri, kami juga menjalankan penyisatan sendiri.

Mungkin kami meliputi perkara yang tidak diliputi. Kami cuba berlaku adil tetapi menjalankannya secara rawak. Ada kalanya kami mendapati panggilan dan cadangan untuk siasatan.

Bagaimana pula kes yang menjadi tajuk utama seperti kes enjin jet yang hilang dan Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ) yang juga muncul tahun lalu?

Seperti enjin jet, ia dilaporkan dan disiasat oleh polis dan Jawatankuasa Kira-kira Awam. Oleh kerana sudah ada orang menyiasat, biarkan mereka kerana sesetengah siasatan itu memerlukan kaedah forensik.

Ia adalah tindakan jenayah. Bila sesetengah benda hilang, kita kena maklumkan kepada polis. Jadi ada perkara yang mereka dilengkapi dengan baik untuk menjalankan tugas, jadi mengapa membazir sumber tenaga saya?

Kita tidak membuat andaian. Kita tidak anggap seseorang itu bersalah hanya kerana seseorang membuat tuduhan. Kita tidak bertindak cara itu. Setiap perkara mesti disiasat oleh pihak berkecuali. Seperti 'barang' Kementerian Pertahanan, ia mesti disiasat oleh polis.

Malaysiakini/-

ISLAMIC FASHION FESTIVAL (IFF) MENGHINA ISLAM!

Posted: 01 Nov 2010 04:40 PM PDT

24 Zulkaedah 1431 H
www.mykhilafah.com

Jika selama ini kita hanya mendengar dan menyaksikan puak kuffar menghina Islam tetapi kali ini kita dikejutkan dengan peristiwa penghinaan ke atas Islam yang terjadi di Islamic Fashion Festival (IFF) yang dinaungi oleh Datin Seri Rosmah Mansor, isteri kepada Perdana Menteri Malaysia.

Rosmah yang memberi ucaptama di dalam Festival Fesyen Islam yang berlangsung di Sporting Club, Monte Carlo pada 9 Ogos 2010 beberapa kali mengalu-alukan kedatangan tetamu kehormat ke majlis itu. Antara yang turut hadir di majlis tersebut adalah Perdana Menteri Malaysia sendiri.

Walaupun festival tersebut telah lebih dua bulan berlalu, namun gambar-gambar dan video mengenainya agak baru sahaja tersiar di internet yang menunjukkan betapa majlis tersebut telah menghina Islam.

Agak pelik kenapa media arus perdana yang selama ini senantiasa melaporkan ucapan Najib mahupun Rosmah di majlis yang dihadiri mereka sebagai berita utama, namun kali ini majlis ini tidak mendapat liputan meluas seolah-olah ada sesuatu yang hendak disembunyikan.

Dewan Pemuda PAS telah membantah keras tindakan Rosmah yang dianggap menghina Islam di mana beberapa demonstrasi di adakan di masjid-masjid utama di beberapa buah negeri pada Jumaat lepas.

Fathul Bari yang juga anak kepada bekas Mufti Perlis, Datuk Mat Jahya Hussin yang menjadi wakil UMNO Perlis yang pertama kali berbahas dalam Perhimpuan Agung UMNO 2010yang lalu cuba membela isteri ketuanya ini dengan menegaskan bahawa "pihak pembangkang sepatutnya menyiasat terlebih dahulu hal itu dan meneliti adakah Rosmah melakukan kesalahan itu secara sengaja atau tidak. Adakah Rosmah mengetahui perkara tersebut atau tidak.

Adakah Rosmah terpaksa atau tidak," katanya. "Mengapa tidak kita menarik tangannya, bersendirian dengannya bertanya kepadanya terlebih dahulu apa yang berlaku? Adakah dia mengetahui majlis seperti ini dilangsungkan atau tiba-tiba dia terkejut dikaitkan fesyen itu dengan Islam", ujarnya [BH 23/10/10].

Terlalu terburu-buru nampaknya wakil Perlis ini 'menghentam' pembangkang dengan merujuk kepada IFF yang dihadiri Rosmah di Jakarta walhal apa yang dimuhasabah oleh pembangkang adalah merujuk kepada IFF yang dihadiri Rosmah di Monte Carlo.

Fathul Bari yang diiktiraf oleh UMNO sebagai ulama muda nampaknya sudah menjadi pengampu yang baik walaupun baru muncul di pentas politik sekular tanahair dan nampaknya bakal menjadi alat UMNO yang berkesan dalam menangkis serangan pembangkang, sebagaimana tokoh agama lainnya yang telah menjual akhirat mereka demi sedikit habuan dunia yang diberi oleh UMNO.

Di dalam ucapan Rosmah yang boleh dilayari di laman web peribadinya [http://www.pmo.gov.my/datinrosmah/_view_speech.php?submission_id=223], isteri Perdana Menteri Malaysia itu telah menyatakan dengan bangga bahawa "This Malaysian-inspired festival has made the journey of a thousand miles here to Monaco.

As Patron of the IFF, I am most honoured and privileged to be here in Monaco, an international capital of luxury fashion that has inspired the creations of many fashion designers around the world" (Festival yang diinspirasikan oleh Malaysia ini telah menempuh perjalanan beribu batu hinggalah sampai ke sini, Monaco.

Sebagai penaung IFF, saya merasa amat terhormat dan istimewa untuk berada di Monaco, pusat fesyen antarabangsa yang terhebat yang telah memberikan inspirasi kepada lahirnya pencipta-pencipta fesyen seluruh dunia).

Berdasarkan sedikit sedutan ucapan ini dan teks penuh ucapan Rosmah yang boleh dilayari di alamat di atas, sesungguhnya setiap orang yang ada keimanan dan ikhlas hatinya boleh menilai apa yang dilakukan oleh Rosmah (dan Najib) yang dalam keadaan sedar dan 'sengaja' hadir dalam majlis tersebut serta boleh 'menilai' pula ucapan dan sikap mengampu Fathul Bari sebagai seorang ulama baru yang cuba menonjol dan naik di dalam UMNO.

Apa yang jelas, dari ucapan Rosmah sendiri menunjukkan bahawa dia telah terlibat di dalam penganjuran IFF, malah di dalam ucapannya, dia mengakui yang dia telah menjemput Putera Monaco, Prince Albert II ke majlis tersebut dan berterima kasih kepada putera tersebut kerana sudi hadir. Rosmah juga tanpa berselindung memberitahu dan mengucapkan terima kasih kepada sponsor majlis tersebut iaitu Tourism Board of Sarawak (Lembaga Pelancongan Sarawak).

Entah berapa banyak duit rakyat Sarawak yang telah disapu dan apakah faedahnya kepada rakyat Sarawak dengan penganjuran majlis di Monte Carlo itu tidaklah kita ketahui. Namun apa yang jelas dari festival fesyen tersebut adalah telah berlakunya penghinaan ke atas Islam dengan mereka menamakannya sebagai "Islamic fashion" walhal pakaian-pakaian yang diperagakan oleh model-model yang terlibat, bertentangan sama sekali dengan Islam.

Banyak fesyen yang mendedahkan aurat secara langsung baik bahagian atas mahupun bahagian bawah tubuh para model wanita itu. Ada yang berpakaian tipis sehingga menampakkan warna kulitnya. Malah salah seorang model memakai baju yang berlogokan perkataan Arab "Muhammad" yang menutupi bahagian dada dan kemaluan, yang dieja dalam keadaan tonggang terbalik.

Kesemua fesyen tersebut, selain tidak menutup aurat dengan sempurna, adalah bersifat "tabarruj" dan bertentangan dengan Islam. Sebagai Muslim, kita perlu faham bahawa bukan sahaja 'fesyen' yang diperagakan itu haram, malah 'majlis' itu sendiri adalah haram. Festival fesyen tersebut sebenarnya adalah sebuah festival maksiat tetapi telah dikatakan sebagai festival fesyen Islam. Sungguh, hal ini amat-amat memalukan dan menghina Islam! Baik penaung, penganjur mahupun mereka yang hadir dalam festival tersebut telah berada dalam satu majlis yang memaksiati Allah dan RasulNya.

Aurat Wanita Di Khalayak Ramai & Tabarruj

Sejak diutusnya Rasulullah SAW, kedudukan wanita telah dimuliakan oleh Islam yang selama ini terhina di bawah sistem Jahiliyyah. Islam memandang bahawa wanita adalah aurat yang perlu dijaga dan Islam telah merincikan hukum berhubung hal ini. Islam telah membezakan perbincangan aurat wanita di dalam dua keadaan:-

(i) di dalam hayatul khasas (kehidupan khas yakni di rumah)

(ii) di dalam hayatul am (kehidupan umum yakni di luar rumah atau di khalayak ramai).

Untuk tujuan penulisan ini, kami hanya akan menyentuh kedudukan aurat wanita di dalam hayatul am. Aurat wanita adalah seluruh anggota tubuhnya kecuali wajah dan dua telapak tangannya.

Leher dan rambutnya adalah aurat di hadapan lelaki ajnabi (bukan mahram) walaupun sehelai. Pendek kata, dari hujung rambut sampai hujung kaki kecuali wajah dan dua telapak tangan adalah aurat yang wajib ditutup. Hal ini berdasarkan firman Allah SWT,

"Dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang biasa tampak daripadanya" [TMQ an-Nur (24):31].

Ibn Abbas menafsirkan kalimat "yang biasa tampak daripadanya" sebagai wajah dan kedua telapak tangan. Menurut Syeikh Taqiyuddin an-Nabhani di dalam kitabnya Nizam al-Ijtima'ei Fi al-Islam, yang dimaksud dengan "yang biasa tampak daripadanya" adalah 'wajah dan kedua telapak tangan',

kerana kedua anggota tubuh wanita inilah yang biasa tampak dari para Muslimah di hadapan Nabi SAW dan baginda membiarkannya. Kedua anggota tubuh wanita ini pula yang biasa tampak dalam pelaksanaan ibadah-ibadah tertentu seperti haji dan solat.

Di samping itu, dalil lain yang menunjukkan bahawa seluruh tubuh wanita adalah aurat kecuali wajah dan kedua telapak tangannya adalah sabda Rasulullah SAW

"Sesungguhnya seorang anak perempuan jika telah haid (baligh), tidak boleh terlihat dari dirinya kecuali wajah dan kedua tangannya hingga pergelangan tangan" [HR Abu Daud].

Dalil-dalil ini dengan jelas menunjukkan bahawa seluruh tubuh wanita adalah aurat, kecuali wajah dan kedua telapak tangannya. Juga dengan jelas menunjukkan bahawa wanita wajib menutupi auratnya, yakni ia wajib menutupi seluruh tubuhnya, kecuali wajah dan kedua telapak tangannya.

Larangan atas kaum wanita untuk menampakkan perhiasannya adalah larangan untuk menampakkan auratnya. Adanya larangan untuk menampakkan aurat, secara dalalatul iltizam menunjukkan atas larangan (terhadap lelaki) melihat bahagian tubuh wanita yang dilarang untuk ditampakkan.

Seperkara lagi, Asy-Syari' telah mewajibkan penutup aurat itu harus berupa sesuatu (pakaian) yang boleh menutupi warna kulit, ertinya kain penutup (pakaian) wanita itu wajib menutupi kulit sehingga tidak boleh diketahui (dibezakan) bahagian yang berwarna putih dari yang merah atau coklat.

Jika tidak demikian, maka pakaian tersebut tidak dinilai sebagai menutup aurat. Oleh kerana itu, jika kain penutup (pakaian) itu adalah tipis (transparan) yang tetap menampakkan warna kulit yang ada di baliknya, maka kain penutup seperti itu tidak boleh dijadikan penutup aurat. Sabda Nabi SAW,

"Tidak boleh terlihat dari dirinya" merupakan dalil yang jelas bahawa Asy-Syari' telah mensyaratkan di dalam sesuatu yang digunakan menutupi aurat agar tidak terlihat aurat yang ada di baliknya. Ertinya, harus menutupi kulit, tidak menampakkan apa yang ada di baliknya.

Inilah hukum tentang menutup aurat. Hukum ini perlu dibezakan dengan hukum pakaian wanita dalam hayatul am dan juga hukum tabarruj (dibincangkan di bawah). Menutup aurat sahaja tidak mencukupi apabila seseorang wanita itu berjalan di jalan umum, sebab As-Syari' telah menetapkan pakaian tertentu bagi wanita apabila ia berada di dalam hayatul am dan ia juga tidak boleh ber-tabarruj. Pakaian wanita dalam hayatul am terdiri dari dua jenis iaitu:-

(i) libas asfal (baju bawah) yang disebut dengan jilbab, dan

(ii) libas 'ala (baju atas) iaitu khimar (tudung).

Mengenai kewajipan pakaian bawah (libas asfal), Allah SWT berfirman,

"Wahai Nabi, katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin, 'Hendaklah mereka mengulurkan jilbabnya ke seluruh tubuh mereka" [TMQ al-Ahzab (33):59].

Dalam kitab Al-Mu'jam Al-Wasith karya Dr. Ibrahim Anis [Kaherah: Darul Maarif ms 128], jilbab diertikan sebagai ats-tsaubul musytamil ala al-jasadi kullihi (pakaian yang menutupi seluruh tubuh), atau ma fauqa ats-tsiyab kal milhafah (pakaian luar yang dikenakan di atas pakaian rumah seperti milhafah (semacam jubah), atau al-mula'ah asy-tamilu biha al-mar'ah (pakaian luar yang digunakan untuk menutupi seluruh tubuh wanita).

Berdasarkan pengertian ini, jelaslah bahawa yang diwajibkan ke atas wanita adalah mengenakan pakaian yang satu (sekeping) umpama jubah yang lurus dari atas hinggalah ke bawah. Maksud milhafah/mula'ah adalah pakaian yang dikenakan sebagai pakaian luar [di dalamnya masih ada pakaian dalam (pakaian rumah) atau pakaian sehari-hari] lalu diulurkan ke bawah hingga menutupi kedua mata kakinya.

Jika ia tidak memiliki mula'ah atau milhafah, hendaklah ia meminjamnya dari saudaranya, jirannya atau kerabatnya. Jika ia tidak dapat meminjamnya atau tidak ada yang mahu memberinya pinjam, maka ia tidak boleh keluar rumah tanpa mengenakan pakaian tersebut. Diriwayatkan dari Ummu 'Athiyah yang berkata,

"Rasulullah SAW memerintahkan agar kami mengeluarkan para wanita yakni hamba-hamba sahaya perempuan, wanita-wanita yang sedang haid, dan para gadis pingitan, pada hari Raya Idul Fitri dan Idul Adha.

Wanita-wanita yang sedang haid, mereka memisahkan diri tidak ikut menunaikan solat, tetapi tetap ikut menyaksikan kebaikan dan (mendengarkan) seruan kepada kaum Muslimin. Aku lantas berkata, 'Ya Rasulullah, salah seorang di antara kami tidak memiliki jilbab'. Rasulullah lalu menjawab, 'Hendaklah saudaranya memakaikan (meminjamkan) jilbabnya kepada wanita itu" [HR Muslim].

Dalil-dalil di atas menunjukkan dengan jelas tentang pakaian wanita di kehidupan umum. Allah SWT di dalam kedua ayat di atas, telah mendeskripsikan pakaian tersebut yang telah diwajibkan kepada wanita untuk dikenakan dalam kehidupan umum, dengan deskripsi rinci, lengkap dan menyeluruh.

Untuk pakaian atas (libas 'ala), wanita disyariatkan/diwajibkan memakai khimar iaitu tudung atau apa sahaja bahan/kain yang serupa dengannya yang berfungsi menutupi seluruh kepala, leher, dan lubang leher baju di dada. Allah SWT berfirman,

"Dan hendaklah mereka menutupkan kain tudung ke dadanya" [TMQ an-Nur (24):31].

Maksudnya, hendaklah para wanita mengulurkan kain penutup kepalanya ke leher dan dadanya, untuk menyembunyikan apa yang tampak dari belahan baju dan belahan pakaian, berupa leher dan dada. Dan hendaknya tudung itu telah siap atau tersedia untuk dikenakan apabila wanita keluar ke pasar-pasar atau berjalan di jalanan atau berada di khalayak ramai. Maka jika seorang wanita telah mengenakan libas asfal dan libas 'ala ini, barulah boleh ia keluar dari rumahnya menuju kehidupan umum. Jika ia tidak mengenakan kedua jenis pakaian ini, maka haram baginya berada dalam hayatul am.

Mengenai tabarruj, Islam mengharamkan kaum wanita untuk ber-tabarruj. Allah SWT berfirman,

"Dan perempuan-perempuan tua yang telah terhenti (dari haid) yang tiada ingin kahwin (lagi), tiadalah atas mereka dosa menanggalkan pakaian mereka dengan tidak (bermaksud) menampakkan perhiasan" [TMQ an-Nur (24):60].

Ayat ini melarang wanita yang sudah tua untuk ber-tabarruj iaitu tatkala ayat ini meletakkan syarat terhadap wanita tua itu dalam menanggalkan atau melepaskan pakaian yang boleh untuk ditanggalkan, hendaklah ia tidak ber-tabarruj. Mafhumnya, ayat ini merupakan larangan tabarruj.

Mafhum muwafaqah dari ayat ini adalah, jika kaum wanita yang sudah tua dilarang melakukan tabarruj, maka apatah lagi wanita selain mereka (wanita yang lebih muda). Firman Allah yang lain,

"Dan hendaklah kamu tetap di rumah kamu, dan janganlah kamu berhias dan bertingkah laku seperti orang jahiliah"[TMQ Al-Ahzab (33):33].

Allah SWT juga berfirman,

"Dan janganlah mereka memukulkan kakinya agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan" [TMQ an-Nur (24):31].

Apa jua perbuatan lain yang menyerupai apa yang disebutkan di dalam ayat ini dinilai sebagai tabarruj. Tabarruj maknanya adalah, 'menampakkan perhiasan dan kecantikan kepada lelaki asing (bukan mahram)'.

Dikatakan di dalam bahasa Arab, tabarrajat al-mar'ah (seorang wanita bertabarruj) ertinya az-harat zinataha wa mahasinaha li al-ajanib (wanita itu telah menampakkan perhiasan dan kecantikannya kepada lelaki ajnabi -bukan mahramnya-).

Terdapat sejumlah hadis tentang larangan atas setiap perbuatan yang dinilai sebagai tabarruj. Abu Musa al-Asy'ari menuturkan bahawa Rasulullah SAW pernah bersabda,

"Wanita mana sahaja yang memakai wangian kemudian melewati suatu kaum agar mereka mencium aromanya, maka ia (seperti) wanita yang berzina (pelacur)" [HR Ibn Hibban & al-Hakim].

Maksudnya, seperti wanita yang berzina dalam hal dosanya. Rasulullah SAW juga bersabda,

"Ada dua golongan di antara penghuni neraka yang belum pernah aku lihat keduanya, suatu kaum yang membawa cambuk seperti ekor sapi yang mereka gunakan untuk memukul orang dan perempuan yang berpakaian tetapi telanjang yang cenderung dan mencenderungkan orang lain (kepadanya),

(hiasan) kepala mereka seperti ponok unta yang miring. Mereka ini tidak akan masuk syurga dan tidak akan mencium aroma syurga. Walhal sesungguhnya aroma syurga itu boleh tercium sejauh perjalanan demikian dan demikian" [HR Muslim].

Kesemua dalil di atas secara jelas menunjukkan larangan (keharaman) tabarruj. Oleh itu, apa jua perhiasan atau make-up yang dapat menarik pandangan lelaki dan dapat menampakkan kecantikan wanita, maka ia termasuk tindakan tabarruj jika seorang wanita muncul di dalam kehidupan umum dengan perhiasan seperti itu dan ia telah berdosa.

Khatimah

Sesungguhnya Islam telah memuliakan wanita dan meletakkan beberapa hukum khusus untuk kaum hawa ini agar ia tidak menjadi bahan atau objek yang boleh dipergunakan sewenang-wenangnya. Tidak sebagaimana sistem Kapitalis hari ini yang telah menjadikan wanita sebagai bahan komoditi,

alat dan objek seks semata-mata, Islam telah memberikan satu kehidupan yang unik dan tenteram untuk kaum wanita. Islam telah melarang wanita untuk melakukan segala bentuk perbuatan yang mengandungi bahaya terhadap akhlak atau yang dapat merosakkan masyarakat. Kerana itu, seorang wanita dilarang untuk bekerja dengan pekerjaan yang dimaksudkan untuk memanfaatkan 'aspek kewanitaan' mereka. Diriwayatkan dari Rafi' ibn Rifa'ah, ia menuturkan bahawa,

"Nabi SAW telah melarang kami (mendapat hasil) dari pekerjaan seorang pelayan wanita kecuali yang dikerjakan dengan kedua tangannya. Beliau bersabda (sambil menunjukkan), 'begini' dengan jari-jemarinya seperti membuat roti, memintal, atau menenun" [HR Ahmad].

Maksudnya, seorang wanita dilarang untuk bekerja sebagai pelayan di tempat-tempat penjualan untuk menarik pelanggan. Juga, wanita di larang bekerja di pejabat-pejabat atau di kaunter-kaunter apa sekalipun dengan maksud untuk memanfaatkan unsur kewanitaannya dalam rangka mencapai tujuan-tujuan tertentu.

Wanita dilarang sama sekali (haram) bekerja sebagai pelayan bagi lelaki, sebagai model, pramugari dan pekerjaan-pekerjaan lainnya yang bertujuan 'memanfatkan' unsur kewanitaannya. Di sinilah Islam telah meletakkan satu kemuliaan kepada kaum hawa sebagai seorang yang bergelar wanita,

isteri dan ibu di mana Islam telah menetapkan bahawa wanita adalah aurat yang perlu dijaga, bukan dieksploitasi. Namun sayangnya di sebalik semua kemuliaan yang diberikan oleh Islam, terdapat segelintir wanita yang sengaja memilih jalan untuk menjerumuskan diri mereka ke jurang neraka. Na'uzubillah min zalik.

Penjelasan tentang Adat Menghidangkan Teh kepada Tetamu

Posted: 01 Nov 2010 04:11 PM PDT

24 Zulkaedah 1431 H

Ketika berkumpul dengan keluarga atau kawan-kawan, orang Cina akan minum teh untuk menghayati keharmonian dan hormat-menghormati. Ini bermakna, jika semua orang saling berbudi bahasa ketika bergaul, masyarakat dapat hidup dengan aman dan sentosa, konflik dan peperangan pula dapat dielakkan.

Pada pandangan orang Cina, teh perlu dihidangkan kepada tetamu dengan segera apabila mereka tiba. Tuan rumah perlu memastikan jenis teh yang digemari oleh tetamu tersebut terlebih dulu dan boleh juga menyediakan kuih-muih sebelum menghidangkan teh kepada mereka.

Untuk menunjukkan kesopanan dan kesantunan, teh tidak boleh dituang terlalu penuh dalam cawan, kira-kira tiga perempat cawan sudah memadai. Air teh yang dihidangkan juga tidak boleh terlalu panas untuk mengelakkan tetamu daripada terlecur. Jika tetamu yang datang itu lebih daripada seorang, air teh dalam semua cawan yang dihidangkan hendaklah sama kepekatannya.

Kuih-muih diletakkan di depan tetamu di sebelah kanan, dan cawan pula diletakkan di kanan kuih-muih itu. Yang perlu diberikan perhatian ialah teh itu diangkat dengan tangan kanan dan dihidangkan kepada tetamu dari sebelah kanannya. Jika cawan itu mempunyai tangkai, ia perlu dihalakan ke kanan untuk memudahkan tetamu memegangnya.
Selain tuan rumah, tetamu juga patut bersopan santun.

Tetamu hendaklah menerima cawan teh yang dihidangkan oleh tuan rumah dengan dua belah tangan sambil mengucapkan terima kasih. Baik tuan rumah mahupun tetamu, tidak boleh minum teh dengan cepat dan dengan banyak sekali teguk. Sebaliknya, teh hendaklah dinikmati dengan perlahan-lahan dan sedikit demi sedikit. Jika terdapat daun teh yang terapung di atas air teh, daun teh itu perlu diketepikan dengan tutup cawan atau ditiup dengan mulut.

Jangan mengeluarkan daun teh itu dengan tangan dan membuangnya ke lantai. Daun teh itu juga tidak boleh dimakan.   

Selain dihidangkan teh tetamu, teh juga dihidangkan secara percuma kepada orang-orang yang lalu di tempat awam sebagai aktiviti amal. Misalnya di bandar Quanzhou, provinsi Fujian, terdapat dua orang warga emas, seorang bernama Xu Shuizhi yang berusia 68 tahun dan seorang lagi bernama Su Hanmin yang berusia 65 tahun, yang menyediakan teh secara percuma kepada orang-orang yang lalu di persimpangan jalan berhampiran dengan tempat tinggal mereka pada musim panas setiap tahun.

Mereka menyediakan teh secara percuma selama kira-kira 4 bulan, iaitu dari Pesta Ketupat hingga musim gugur sejak tahun 1997 lagi. Menurut Su Hanmin, mereka menghidangkan teh kepada orang lain bukan sahaja untuk berbuat amal kebajikan, malah juga untuk latihan badan

CRI/-


Pengikut