Selasa, 2 November 2010

BLOG - BLOG PARTI PKR

BLOG - BLOG PARTI PKR


MEDIA Rakyat MALAYSIA

Posted: 02 Nov 2010 03:19 AM PDT

MEDIA Rakyat MALAYSIA


Email dari seorang teman : Aktivis reformasi desak JPP PKR dikaji semula

Posted: 02 Nov 2010 12:36 AM PDT

Keputusan Rasmi Perlu Ada Dokumen Yang Sah ! Jangan ada pulak yang mengubahnya

Posted: 01 Nov 2010 11:20 PM PDT

.

Posted: 02 Nov 2010 01:07 AM PDT

.


Jom Mengundi Pada 13&14 November 2010 @Pejabat Ahli Parlimen Lembah Pantai

Posted: 01 Nov 2010 03:54 AM PDT

Angkatan Muda KEADILAN (AMK) KOTA RAJA

Posted: 01 Nov 2010 11:09 PM PDT

Angkatan Muda KEADILAN (AMK) KOTA RAJA


Rosmah pemangku PM jadi tanda tanya

Posted: 01 Nov 2010 01:48 AM PDT


KUALA LUMPUR, 1 Nov: Tindakan isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor mewakili Perdana Menteri dalam majlis yang tidak boleh disertainya menimbulkan pelbagai persoalan kini apakah beliau adalah pemangku perdana menteri.

"Saya keliru. Jika PM tidak sihat, bukankah sepatutnya timbalan perdana menteri yang mewakili beliau dan kerajaan, dan bukan Rosmah? Atau dia (Rosmah) pemangku PM," kata Malik Imtiaz Sharwa seorang peguam terkenal dalam twitternya.

Semalam, Rosmah telah berucap mewakili PM di Karnival Deepavali 1Malaysia di Litle India dekat Brickfield.

Dalam majlis itu, Najib melalui teks ucapan yang dibacakan oleh isterinya berjanji akan membantu orang India di negara ini.

Najib telah didapati mempunyai tanda-tanda awal sakit chicken pox dan diminta berehat oleh doktor.

Menurut penasihat medianya, Datuk Seri Jalaludin Bahaudin, Najib juga diingatkan supaya mengelakkan dirinya daripada menghadiri semua majlis rasmi berikutan rawatan perubatan selepas terdapat simptom penyakit cacar itu.

Katanya, presiden Umno itu mula merasa kurang sihat dan kemudian didapati ada ruam panas, sakit otot dan sendi pada hari terakhir Sidang Kemuncak Asean ke-17 dan berkaitan di Hanoi, Vietnam selama tiga hari.

"Setibanya di Subang (Selangor) hari ini, beliau menunjukkan ada tanda-tanda awal menghidapi penyakit cacar dan dengan segera mendapat rawatan. Oleh kerana ubat diberikan awal, Perdana Menteri menunjukkan respon yang baik," katanya sambil menambah doktor peribadi Najib menasihatkan Perdana Menteri berehat di kediaman dan mengelak daripada menghadiri semua majlis awam dan rasmi.

"Perdana Menteri memohon maaf atas segala kesulitan," kata Jalaludin.

Sumber: Harakah Daily

Salah data, Azmin sebenarnya yang dahului Zaid

Posted: 01 Nov 2010 01:46 AM PDT


KUALA LUMPUR, 1 Nov: Mengaku tersalah memasukkan data dalam laman web rasmi PKR, Setiausaha Agung PKR, Saifudin Nasution Ismail berkata, keputusan rasmi pertandingan jawatan timbalan presiden PKR sehingga kini di dahului oleh Azmin Ali apabila mendapat 3,051..

Saifuddin memberitahu sidang akhbar di ibupejabat PKR di Petaling Jaya hari ini bahawa Datuk Zaid Ibrahim pula mendapat 2,529 undi manakala Mustaffa Kamil Ayub memperolehi 1,149 undi.

Sebelum ini, lamanweb PKR menyiarkan keputusan yang menunjukkan Zaid masih mendahului perebutan jawatan nombor dua dalam PKR. Ekoran kesilapan tersebut, laman itu ditutup sekejap dan kini dibuka kembali.

Difahamkan kesilapan itu dipercayai berlaku ketika proses memasuk data ke lamanweb berkenaan dan pihak parti sedang memperbetulkannya.

Sebelum ini, laman sesawang PKR itu memaklumkan, Penyelaras Pakatan Datuk Zaid Ibrahim mendapat 3,683 undi manakala Naib Presiden Azmin Ali mendapat 3051 undi dan Mustaffa Kamil Ayub mendapat 1,271 undi.

Sementara itu, bagi kerusi naib presiden pula, ahli parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar (3,543 undi) kini sudah dipintas oleh Pengarah Strategik PKR Tian Chua (3,621).

Mereka diekori Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang Mansor Othman (2,852) dan Pengarah Pilihan Raya PKR Fuziah Salleh (2,895).

Sebelum ini, Azmi buat pertama kalinya telah mendahului Zaid selepas tiga hari Zaid mendahului pertandingan ini.

Berikut adalah antara keputusan yang diperolehi untuk jawatan timbalan presiden di peringkat cabang-cabang:

Batu Kawan: Azmin (59), Zaid (94), Mustaffa (9)

Ipoh Timor: Azmin (50), Zaid (14), Mustaffa (2)

Bukit Katil: Azmin (97), Zaid (41), Mustaffa (8)

Tampin: Azmin (6), Zaid (115), Mustaffa (2)

Masjid Tanah: Azmin (16), Zaid (38), Mustaffa (8)

Bukit Katil: Azmin (97), Zaid (41), Mustaffa (8)

Rembau: Azmin (7), Zaid (49), Mustaffa (4)

Tangga Batu: Azmin (80), Zaid (85), Mustaffa (22)

Permatang Pauh: Azmin (211), Zaid (58), Mustaffa (11)

Bukit Mertajam: Azmin (100), Zaid (15), Mustaffa (6)

Bagan: Azmin (19), Zaid (6), Mustaffa (4)

Alor Gajah: Azmin (95), Zaid (104), Mustaffa (12)

Temerloh: Azmin (24), Zaid (25), Mustaffa (0)

Maran: Azmin (4), Zaid (24), Mustaffa (1)

Kuala Krau: Azmin (104), Zaid (19), Mustaffa (7)

Bentong: Azmin (99), Zaid (30), Mustaffa (1)

Paya Besar: Azmin (11), Zaid (32), Mustaffa (3)

Rompin: Azmin (19), Zaid (55), Mustaffa (2)

Kepala Batas: Azmin (39), Zaid (55), Mustaffa (2)

Tasek Gelugor: Azmin (8), Zaid (40), Mustaffa (41)

Ipoh Barat: Azmin (9), Zaid (13), Mustaffa (45)

Kampar: Azmin (21), Zaid (16), Mustaffa (22)

Tambun: Azmin (33), Zaid (10), Mustaffa (112)


Sumber: Harakah Daily

Tabung Budi: Sekadar Menutup kepincangan Urus Tadbir SYABAS

Posted: 01 Nov 2010 01:40 AM PDT


SHAH ALAM, 1 Nov – Setiausaha Politik Menteri Besar Faekah Husin, menggesa SYABAS berhenti daripada menggunakan skim 'Tabung Budi' yang dilancarkannya selain menganggap skim tersebut sebagai topeng menutup segala kepincangan urus tadbirnya syarikat itu selama ini.

"Sekiranya SYABAS benar-benar ingin menolong rakyat, kembalikan hak air kepada rakyat Selangor. Jangan 'menderma' ratusan ringgit namun pada masa yang sama mencuri ratusan juta wang rakyat," katanya dalam satu kenyataan media yang dikeluarkan.

Pada masa yang sama kita sentiasa mengalu-alukan sektor swasta yang prihatin dan ingin turut serta membantu rakyat; secara terbuka dan ikhlas, sekali gus melaksanakan tanggung jawab sosial mereka. Ia adalah unsur penting untuk mewujudkan sebuah masyarakat madani terutama di negeri terkaya seperti Selangor, katanya.

Faekah mempertikaikan perlaksanaan skim 'Tabung Budi' tersebut yang dilihat tidak masuk akal.

"Tabung Budi melibatkan skim yang membolehkan pengguna air membayar balik kos 20 meter padu air yang disubsidikan oleh kerajaan negeri kepada rakyat Selangor dan diserahkan semula kepada SYABAS.

"Modus operandinya tidak masuk akal kerana kerajaan negeri membayar SYABAS dengan harga penuh, iaitu RM 11 juta sebulan. SYABAS tidak layak untuk mengutip subsidi 20 meter padu tersebut dari mana-mana individu. Jika ia dilakukan, SYABAS akan dibayar dua kali untuk 20 meter padu air yang sama," ujarnya.

Tegas Faekah lagi, lebih memeranjatkan, sebahagian dari kutipan dana yang kononnya untuk membantu rakyat miskin turut datang dari potongan gaji para pekerja SYABAS sebanyak RM 11.40 sebulan.

Persoalannya, apakah potongan gaji sebanyak RM 11.40 adalah sama untuk semua pekerja SYABAS; baik pekerja kolar putih mahupun kolar biru? Adakah juruteknik SYABAS yang berpendapatan RM 2,000 sebulan akan menerima pemotongan gaji sama jumlahnya dengan Pengerusi Eksekutifnya, Tan Sri Rozali Ismail yang dibayar RM 425,000 sebulan atau RM 5.1 juta setahun?

Sebelum ini pengumuman pelancaran program Syabas ini juga menimbulkan tanda tanya. Mengapa iadiilhamkan ketika intergriti SYABAS begitu tercalar.

Laporan audit SYABAS menunjukkan bahawa lebih daripada 72 peratus kontrak yang diberikan oleh syarikat itu, dengan nilai sebanyak RM600 juta, telah dianugerahkan secara langsung tanpa tender terbuka dan dilaksana tanpa ketelusan.

Malahan terdapat juga perbezaan sebanyak RM325 juta apabila akaun awam SYABAS dibandingkan dengan rekod-rekod kontrak yang dianugerahkan.Faekah juga menegaskan ada yang tidak kena dengan rekod SYABAS.

Rekod juga menunjukkan betapa pengurusan SYABAS dijalankan dengan boros contohnya RM 51.2 juta digunakan semata-mata untuk mengubah-suai pejabat sedangkan Jabatan Kawalselia Air Selangor (JKAS) hanya meluluskan sebanyak RM23.2 juta.

Menurut Faekah lagi, audit juga mendedahkan bahawa pada Jun 2005, SYABAS melanggar syarat konsensi dengan menganugerahkan kontrak untuk membeli paip kepada sebuah syarikat Indonesia yang bernilai RM375 juta sedangkan syarat jelas memperuntukkan hendaklah menggunakan paip buatan tempatan. Bukti mendapati bahawa Syarikat Indonesia tersebut adalah kepunyaan Tan Sri Rozali sendiri.

"Pada saya, ia jelas merupakan gimik dan sekadar latihan perhubungan awam demi memulihkan imej hodoh SYABAS ketika ini. Tidak keterlaluan untuk mengatakan, ia sekadar topeng. Ketidakikhlasan SYABAS juga menyerlah apabila dalam pada Encik Abdul Halim meminta supaya isu ini tidak dipolitikkan, tiba-tiba terpacul pula Ahli Parlimen dari Hulu Selangor, P Kamalanathan pada pelancaran 'Tabung Budi' tersebut.

Lebih menghairankan, SYABAS langsung tidak meminta pandangan kerajaan negeri mahupun berbincang mengenainya," katanya.

Faekah menegaskan bahawa SYABAS tidak ada hak dan tidak layak untuk mengutip derma dari mana-mana individu pengguna air yang telah mendapat subsidi dari pada kerajaan negeri. Jika benar ada individu yang mahu mendermakan subsidi yang diberikan tersebut mereka hendaklah memulangkannya kepada kerajaan negeri dan bukannya kepada SYABAS.


Sumber: Selangorkini

Pemilihan PKR: Masih awal ramal siapa menang

Posted: 01 Nov 2010 01:38 AM PDT


SHAH ALAM – Masih terlalu awal untuk membuat penilaian berhubung isu pemilihan Parti Keadilan Rakyat (PKR) memandangkan ia masih di peringkat awal.

Ketua Penerangan PKR Negeri, Datin Paduka Tan Yee Kew berkata, pada ketika ini, isu siapa yang sedang mendahului tidak begitu penting kerana masih banyak negeri yang belum membuat pemilihan.

"Saya harapkan semua akan keluar mengundi ini adalah satu persaingan sihat dan perkara yang baik untuk parti, jadi setiap orang melihat bagaimana kita menjalankannya

"Ini kali pertama kita adakan pilihan secara langsung, jadi semua ahli berhak untuk mengundi tapi saya semua ahli akan keluar mengundi supaya mereka dapat mempraktikkan hak demokrasi mereka sebagai seorang ahli parti," katanya.

Sementara itu, Timbalan Ketua Cabang Kota Raja, Shuhaimi Shafiei berkata, dalam proses demokrasi yang tidak dikawal oleh sesiapa rekod kerja menjadi ukuran siapa yang akan dipilih ahli sebagai pemimpin mereka.

Katanya, beliau yakin akan berlaku perubahan pada kedudukan mereka untuk minggu seterusnya.

"Pemimpin yang akan dipangkah ialah seseorang yang sudah diuji dan teruji daya kepimpinannya, sudah dinilai dari segi perkhidmatannya, setia kepada parti selain mempunyai disiplin kepada parti.

"Pemimpin tersebut haruslah memahami lapangan politik, digeruni lawan dan dihormati ahli parti serta mempunyai misi parti yang jelas. Dan tidak boleh mengharapkan kepada populariti semata-mata," katanya.

Ketua Wanita PKR Negeri, Haniza Mohamed Talha turut menyokong kenyataan Shuhaimi malah berpendapat pemimpin masih boleh berkempen.

"Pemilihan ini berlangsung dalam tempoh beberapa minggu, kita kena faham pengundi paling ramai adalah Selangor.

Jadi, terlalu awal hendak buat penilaian kerana pemilihan belum menyeluruh dan pengundi paling ramai adalah di Selangor tetapi Selangor akan buat pemilihan pada 13 dan 14 November ini," katanya.

Ketua Angkatan Muda Selangor, Khairul Anuar Ahmad Zainuddin berkata, sehingga hari ini semua pihak tidak boleh meletakkan siapa yang bakal menang kerana masih di minggu pertama

"Ini baru tiga hari mula mengundi, kita ada tiga empat pusingan lagi malah Selangor, Sabah, Sarawak pun masih belum buat undian.

"Semua calon masih lagi berpeluang kerana ada beberapa pusingan dan jumlah pengundi masih boleh ditingkatkan lagi," katanya.


Sumber: Selangorkini

Pihak Bantah Pertemuan Dengan Clinton Tidak Faham Demokrasi

Posted: 01 Nov 2010 01:37 AM PDT

IMG_3842SANDAKAN 1 Nov - Ketua Oposisi, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata pihak yang mempertikaikan cadangan pertemuan beliau dengan Setiusaha Negara Amerika Syarikat, Hillary Clinton sebenarnya tidak memahami prose demokrasi yang sebenar.

"Apa masalahnya? Kenapa mereka cemburu, Azizah pun tak cemburu saya bertemu dengan Hillary. Saya pergi ke India dan bertemu dengan Perdana Menteri Manmohan Singn, begitu juga semasa saya pergi ke Turki saya berjumpa Perdana Menteri Erdogan, kenapa tak bantah," kata Anwar pada sidang media di Bilik Gerakan Utama Parti Keadilan Rakyat pagi tadi.

Bernama melaporkan kenyataan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz yang berpendapat tidak salah bagi Hillary bertemu Anwar dalam kapasiti beliau sebagai Ketua Oposisi.

Bagaimanapun Ahli Dewan Perwakilan Amerika Syarikat dari California Chuck DeVore menasihati Clinton supaya tidak menemui Anwar dalam lawatan rasminya.

Anwar dijangka mengadakan pertemuan denga Clinton semasa lawatan rasminya ke Malaysia bermula esok untuk bertukar pandangan mengenai pelbagai isu antarabangsa.


Sumber: Suara Keadilan

Umno-BN Tingkatkan Undi Pos Di Pulau Pinang

Posted: 01 Nov 2010 01:35 AM PDT

Fadzil_meragukanTASEK GELUGOR 1 Nov - PAS Pulau Pinang meragui pertambahan undi pos luar biasa sepertimana yang terdapat dalam Daftar Pemilih Tambahan (DPT) Suku Tahun 3 bagi 2010 yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Setiausaha PAS Negeri, Mohd Fadzil Kemi berkata sebagai bukti terdapat 630 nama isteri-isteri anggota tentera dalam daftar DPT yang telah didaftarkan sebagai pengundi pos di Dewan Undangan Negeri Teluk Air Tawar bagi Parlimen Tasek Gelugor.

Sebahagian besar dari mereka ini adalah pengundi baru dan pengundi yang berdaftar. Oleh kerana itu bagi mereka yang telah berdaftar telah dipindahkan ke undi pos dengan alasan hilang kelayakan pengundi awam.

"Apa yang dilakukan oleh SPR ini adalah bercanggah dengan Peraturan-Peraturan Pilihanraya (Pendaftaran Pemilih), Pindaan 2002 dalam Seksyen 2 (b) yang mana menyebut isteri seseorang anggota tentera diberi pilihan samada mahu mendaftar sebagai Pengundi Tidak Hadir (Undi Pos), walaupun mereka layak mendaftar sebagai pengundi tidak hadir, mereka ini masih lagi layak sebagai pengundi awam.

"Selain dari itu kita juga mendapati isteri-isteri anggota tentera ini tidak dimaklumkan tentang pertukaran status daftar pemilih (dari Pengundi Awam kepada Pengundi Pos).Borang 1 juga dengan jelas menyatakan SPR perlu memaklumkan kepada pengundi tersebut. Apa yang lebih mendukacitakan isteri-isteri anggota tentera ini tidak pernah memohon untuk menjadi Pengundi Tidak Hadir (Undi Pos).

"Oleh kerana itu siapakah yang mengisi borang 1 bagi pihak mereka ini. Justeru itu kita pinta SPR supaya segera membuat kata Mohd Fadzil dalam sidang media yang diadakan di Pejabat PKR Cabang Tasek Gelugor, Seberang Perai Utara petang semalam.

Sebagai bukti beliau menunjukkan senarai nama isteri-isteri anggota tentera yang sebelum ini adalah pengundi berdaftar tetapi telah didaftarkan sebagai pengundi baru dan pengundi pos.

Ada juga yang tidak mengisi borang tukar alamat oleh pengundi tetapi nama mereka ditukar tanpa pengetahuan.

Mohd Fadzil yang juga merupakan Timbalan Pengarah, Jabatan Pilihanraya PAS Negeri (JPN) Pulau Pinang turut mempertikaikan tindakan SPR yang mendaftarkan para pengundi pos ini sebagai pengundi baru sedangkan mereka sudah didaftarkan sebelum ini.

Menurut beliau lagi peraturan yang dikeluarkan oleh SPR turut menyatakan seorang yang telah mendaftar tidak dibenarkan mendaftar sebagai pengundi baru.

"Adalah tidak mustahil pertambahan yang dilakukan secara luar biasa dan tidak menurut peraturan ini melibatkan semua isteri-isteri anggota tentera seluruh negara. Kemungkinan besar ini juga merupakan salah satu agenda pihak tertentu yang mempunyai kuasa untuk menggunakan undi pos ini sebagai 'fixed deposit' atau simpanan tetap mereka menjelang pilihan raya umum yang akan datang," tegasnya lagi.

Seksyen 10 Akta Pilihan Raya 1958 ada menyebut bahawa tiada seorang pun berhak dimasukkan dalam daftar pemilih sebagai seorang pemilih dalam lebih dari satu bahagian pilihan raya bagi maksud sesuatu pilihan raya.

Malah Peraturan 14A, Peraturan-Peraturan Pilihan raya (Perjalanan Pilihan raya) 1981 juga menyatakan daftar pemilih yang dikemukakan kepada calon pada hari penamaan calon hendaklah merupakan naskah sahih daftar pemilih yang akan digunakan oleh pegawai pemngurus dan ketua tempat mengundi sesuatu tempat mengundi pada hari mengundi.

Menjelangnya PRK Parlimen Batu Sapi yang menyaksikan seramai 1615 pengundi pos dan DUN Galas yang mempunyai 127 pengundi sudah pasti ia memberi impak terhadap keputusan yang akan diterima oleh parti-parti yang bertanding.

Kelaziman yang berlaku apabila keputusan undi pos tidak dimaklumkan awal walaupun pengundian berjalan terlebih dahulu telah menimbulkan keraguan kepada masyarakat.

Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan (DPPWP) pada 8 Julai yang lalu turut mengalu-alukan cadangan Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof yang mahu menghapuskan kaedah undi pos dalam pilihan raya.

DPPWP bersetuju dengan pandangan Abd Aziz bahawa undi pos didapati menyusahkan dan mudah terdedah kepada kesilapan yang boleh mengakibatkan lebih banyak undi rosak, termasuk terlalu teknikal serta menyulitkan.

Namun begitu persoalan yang timbul apakah dalam suasana aman dalam negara ini perlunya undi pos dikekalkan kerana petugas-petugas keselamatan boleh keluar mengundi tanpa apa-apa halangan dan kesukaran.

Turut hadir dalam sidang media tersebut ialah Pengarah JPN PAS Pulau Pinang, Ustaz Khalid Man, Setiausaha JPN, Mohd Jamil Abdul Rahman dan Ketua Cabang PKR Tasek Gelugor, Mohamed Nasir Mohamad.

Sumber: Suara Keadilan

Selamatkan Malaysia, Baru Sabah Boleh Diselamatkan

Posted: 01 Nov 2010 01:34 AM PDT

IMG_3748SANDAKAN 1 Nov - Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang berkata Pilihan Raya Kecil Batu Sapi adalah ujian penting bagi Pakatan Rakyat dalam usaha menyelamatkan Malaysia daripada kebobrokan Umno dan Barisan Nasional.


Kit Siang berkata terdapat beberapa usaha untuk menyelamatkan Sabah sahaja tetapi kini adalah jelas negeri tersebut tidak boleh diselamatkan sekiranya Malaysia tidak lebih dahulu diselamatkan.

"Pilihan raya kecil Batu Sapi menandakan buat pertama kali dalam sejarah negara perubahan secara drastik digerakkan bermula dari sini ke seluruh Malaysia.

"Sejak Sabah menyertai Malaysia pada 1963 dan negara merdeka pada 1957, kita melihat Malaysia gagal merealisasikan potensi dengan sepenuhnya dan ia semakin menuju negara gagal. Menteri Kabinet juga mengku negara akan muflis menjelang 2019. Oleh kerana itu adalah agak mustahil membuat perubahan di Sabah tanpa menguasai Putrajaya, baru semua dasar yang merugikan negeri ini mampu di perbaiki," kata Kit
Siang pada sidang media di Bilik Gerakan Utama Parti Keadilan Rakyat semalam.

Beliau menegaskan hanya dengan pertukaran kerajaan di peringkat pusat barulah perubahan menyeluruh menubuhkan satu sistem kerajaan yang bersih, bebas rasuah, telus dan adil boleh di laksanakan diseluruh negara.

"Jadi pilihan raya di Batu Sapi bukan sahaja pertandingan bagi satu kerusi Parlimen tetapi satu pertembungan politik yang akan mencorakkan landskap politik Malaysia. Najib tidak takut sekiranya Yong Teck Lee menang di Batu Sapi tetapi jika Ansari dari Pakatan Rakyat menang ini akan menjadi pencetus kepada perubahan yang lebih besar," tegasnya lagi.

Sumber: Suara Keadilan

Zulkifli Noordin

Posted: 01 Nov 2010 09:04 PM PDT

Zulkifli Noordin


DR. ASRI NASIHAT ANWAR BERUNDUR!

Posted: 01 Nov 2010 03:48 AM PDT

Salam 2 all.

Saya tertarik dengan ulasan sahabat saya Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin (dah Professor Madya sekarang yop) di www.drmaza.com yang menasihatkan Anwar supaya berundur dari dunia politik.

Saya sendiri telah beberapa kali menasihatkan Anwar supaya bermuhasabah diri dan menyelesaikan masalah peribadi yang sedang dia hadapi. Setelah melihat sendiri bagaimana Anwar sanggup menggadai agama dengan mengheret saya kehadapan Lembaga Disiplin kafir untuk membicarakan saya dalam isu kalimah ALLAH, dan melihat depan mata saya bagaimana Anwar sanggup mengenepikan persahabatan dia dengan Dato' Seri Zahrain selama 30 tahun hanya untuk membodek Kitsiang dan anak lelakinya, saya melihat Anwar bukan lagi Anwar yang kita kenal.

Atau apakah ALLAH sekadar mahu umat Islam melihat warna sebenar Anwar, wallahua'lam, saya pun tak tahu. Tetapi saya berharap kepimpinan PAS khususnya dapat melihat bahawa mereka sedang mempercaturkan nasib umat Islam dan agamanya bila berterusan bersekongkol dengan Anwar. Takkan mereka tidak dapat melihat lagi sandiwara Anwar? Kalau Konspirasi 16 Sept pun Anwar boleh bohong mereka bulat-bulat, apa lagi bukti yang mereka mahu? Kalau sudah dibuktikan PAS hanya dipandang sebelah mata sahaja oleh Anwar, pun masih lagi terkial-kial nak menari ikut rentak Anwar, saya tidak tahu apa lagi yang kepimpinan PAS mahu buktikan?

Jelas di Pulau Pinang dimana Anwar langsung tidak menghormati PAS. Satu-satunya ADUN PAS, YB Ustadz Salleh Man pun tidak diberi muka, hanya kerana mahu menjaga Kitsiang & anak lelakinya. Dan kami semua pun tahu bahawa Anwar cukup tidak selesa dengan YB Tuan Guru Haji Hadi dengan ketrampilan "talibannya"!!

Tepuk dada tanyalah iman. PAS sebuah parti yang besar, keahlian ramai, jentera mantap dan petugas yang sangat komited. PAS boleh berdiri sendiri tanpa Anwar apatah lagi Kitsiang & anak lelakinya! Percayalah, selagi kita memenuhi syarat mendapat nasrullah, pasti ALLAH akan membantu kita.

Dan kepada Anwar, terimalah nasihat daripada Dr. Asri dengan hati terbuka. Berlapang dadalah. Mungkin sudah taqdir ALLAH jawatan Perdana Menteri bukan milik Anwar. Dan menjadi Perdana Menteri bukanlah segala-galanya dimuka bumi ini. Fikirkan dan renungkanlah nasihat beliau itu.

Wallahua'lam & wassalam.

Zulkifli Bin Noordin
Isnin
24 Zul; Qaedah 1431
01 Nov 2010

@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@
(Dari www.drmaza.com)

Politik Kita Memerlukan Anjakan Baru
Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin

Saya rasa politik kita memerlukan nafas baru. Seperti mana UMNO memperkatakan keperluan anjakan baru dalam politik mereka, demikian saya fikir pihak pembangkang pun perlu mula memperkatakan hal yang sama. Saya seperti kebanyakan rakyat marhaen yang hanya ingin melihat kesejahteraan negara berteraskan kerajaan yang amanah dan pembangkang yang berkualiti. Sudah banyak diperkatakan, dikritik dan diulas mengenai kerajaan hari ini. Kita jangan lupa pembangkang juga perlu untuk diberikan penilaian tentang peranan mereka yang diberi amanah dalam Parlimen kita. Ini kerana dalam konteks politik kita kualiti kerajaan dan pembangkang menjaga kemaslahatan negara. Ada beberapa perkara yang mungkin perlu dinilai:

1. Kita perlu politik idea iaitu politik yang berteraskan kebijaksaan dan pemikiran yang bernas dalam memajukan masyarakat dan negara. Kita tidak mahu politik sekadar kutuk-mengutuk, maki-memaki dan hina menghina tanpa sebarang cadangan yang membina dan memajukan pemikiran rakyat. Kita mahu ahli-ahli politik kita berkualiti sehingga kita rasa mereka layak mewakili kita atas kebolehan kepimpinanan mereka yang berteras ilmu dan budi.

2. Justeru, politik kita memerlukan watak-watak baru yang bernas, matang dan tangkas. Mereka yang disifatkan oleh sarjana politik Islam sebagai mempunyai 'al-quwwah' (kemampuan) dan al-Amanah (amanah). Mereka yang berteraskan politik idea dan nilai, bukan politik duit, atau politik taukeh. MAKA, semua ahli politik yang merasakan zaman mereka sudah habis, berilah laluan kepada mereka yang baru demi untuk kebaikan rakyat. Samada di pihak pembangkang ataupun kerajaan, hal yang sama mesti dilakukan. Ramai pelakon veteran sudah tidak sesuai menjadi 'hero' dalam pentas baru politik hari ini. Biarlah mereka tersimpan dalam diari sejarah politik kita dengan kadar sumbangan yang telah dibuat. Jika Tun Abdulllah pun bersara, makin mereka yang 'sewaktu' dengannya dalam pembangkang pun perlu bersara. Kata-kata Prof A. Aziz Bari mungkin patut dinilai semula.

3. Di samping menghormati sumbangan, saya rasa Ketua Pembangkan DSAI, sudah sampai masanya untuk bersara 'politik'. Sudah banyak rentak tari politiknya yang makin tidak 'seimbang'. Zamannya mungkin makin menyusur pergi. Saya tidak fikir generasi baru terus bertahan untuk melihat 'story-design' politik yang sama. Berilah peluang untuk beliau berundur dengan aman. Demi untuk mengujudkan pembangkang yang lebih berkualiti dan berkesan. Saya rasa beliau perlu menerima hakikat ini. Demikian setiap kita ada hari datang dan hari pergi. Biarlah kita datang disambut mesra, dan kita pergi diucapkan terima kasih dan hormat, bukan dipaksa keluar.

Maaf atas pandangan ini. Saya insyaAllah, tiada apa-apa kepentingan kedudukan ataupun jawatan atas pandangan yang seperti ini. Saya tahu sesetengah pembangkang cepat 'melenting jika ada pandangan yang mereka tidak setuju. Namun, mereka kena ingat banyak pandangan yang saya tajam terhadap kerajaan, alhamdulillah mereka tidak melenting, sebaliknya berinteraksi dengan baik.

KONSPIRASI SYAITAN II

Posted: 31 Oct 2010 11:51 PM PDT


Salam 2 all.

Saya lampirkan kenyataan YB Dato' Seri Zahrain dan kupasan beliau mengenai "Konspirasi Syaitan" untuk memberi kuasa autonomi kepada kepimpinan DAP Pulau Pinang, dan perjanjian memberi jawatan Menteri Besar kepada DAP di Negeri Sembilan dan Perak. Begitu juga jawatan TPM akan diberi kepada kepimpinan DAP.

Apa yang perlu diperjelaskan ialah strategi yang disepakati adalah untuk kepimpinan DAP meletakkan calun-calun Melayu yang bersedia menjadi badut dan balaci DAP didalam pilihanraya akan datang dikerusi DUN dan Parlimen. Inilah pengajaran yang kepimpinan DAP dapat semasa mereka terlepas peluang menjadi MB Perak bila didapati walaupun mereka menang lebih kerusi daripada PKR dan PAS, tetapi terpaksa menerima hakikat calun mereka tidak boleh menjadi MB Perak kerana undang-undang tubuh hampir kesemua negeri mewajibkan Menteri Besar mesti Melayu.

Jadi kali ini mereka akan pastikan seorang dua calun Melayu akan diletakkan dikerusi yang selamat untuk bertanding dibawah bendera DAP. Dan calun-calun inilah yang akan menjadi MB mewakili DAP. Di Pulau Pinang, calun Melayu mewakili DAP akan diletakkan bertanding dikerusi selamat DAP untuk menjadi exco menjaga hal ehwal Islam. Kita sedia maklum Majlis Hal Ehwal Islam mempunyai harta simpanan dan tanah waqaf yang besar dan bernilai ratusan jutaan ringgit. Malahan kepimpinan DAP telah belajar daripada penolakan calun mereka untuk menjadi Pengerusi MAIPP oleh YDP Agong. Dengan exco Melayu daripada DAP, maka mudahlah mereka untuk mengatur strategi dan langkah mereka keatas kebajikan dan hal ehwal umat Islam di Pulau Pinang.

Begitu juga jawatan TPM dari DAP. Ini telah diisytiharkan sendiri oleh Anwar Ibrahim yang bersedia menawarkan jawatan TPM kepada DAP. Tetapi mereka tahu umat Islam bangsa Melayu tidak akan boleh menerima Kit Siang sebagai TPM. Beliau antara cauvinis dan rasis paling teruk yang pernah sejarah negara saksikan. Maka seorang dua calun Melayu akan diletakkan bertanding dibeberapa kerusi selamat Parlimen dibawah bendera DAP. Jika mereka menang pilihanraya umum, maka langkah sementara ialah melantik calun Melayu ini sebagai TPM untuk memenuhi kuota DAP, dan keadaan ini dibuat sehinggalah keadaan tenang dan stabil, atau setelah mereka sudah benar-benar mencengkam kerajaan persekutuan, maka barulah tembelang mereka mahu meletakkan Kit Siang sebagai TPM akan dilaksanakan. Masa itu nasi sudah pun menjadi bubur bagi umat Islam bangsa Melayu!

Dan DAP akan memainkan kempen kononnya kerana menghormati bangsa Melayu maka mereka akan meletakkan calun-calun Melayu bertanding dibawah bendera DAP. Ini kononnya akan membuktikan DAP bukan parti cauvinis atau rasis. Maka sudah pasti akan ada segelintir orang Melayu, terutama badut-badut Anwarinas didalam PAS akan berkompang sakan memuji-muji langkah DAP meletakkan calun Melayu, dan mereka akan mendabik dada bahawa inilah bbukti DAP sudah dikuasai oleh kalipah 'Umar Guan Eng!! Yang mereka tidak tahu ialah kepimpinan DAP dan PKR sedang bermain sandiwara dan silap mata. Kelak nanti akan terbongkar tembelang mereka, dan masa itulah barulah golongan badut ini akan ternganga!! Na'uzubillah min zalik.

Apa yang saya dan rakan-rakan lain cuba dedahkan disini ialah dalam semua percaturan politik sempit dan kotor diantara kepimpinan PKR dan DAP ini, PAS langsung diketepikan. Kepimpinan PAS sebenarnya banyak tidak mengetahui yang sebenarnya mereka sedang diperkudakan. Dan bertambah malang kerana terdapat beberapa segelintir dikalangan kepimpinan PAS yang qiblat dan wala' mereka bukan kepada YB Tuan Guru Haji Hadi, tetapi kepada orang lain! Mereka inilah sebenarnya makhluk perosak yang akan menghancurkan PAS hanya kerana nafsu serakah mereka mengimpikan kerusi empuk Putrajaya yang dijanjikan kepada mereka!

Dan pendedahan YB DS Zahrain mengenai pandangan Anwar terhadap kepimpinan PAS di Pulau Pinang adalah bukti tentang bagaiaman PAS hanya sekadar menjadi kuda tunggangan sahaja bagi Anwar dan juak-juaknya untuk mencapai cita-ctanya merampas Putrajaya. Mengapa Anwar terlalu beriya-iya nak jadi PM saya pun tidak tahu. Adakah kerana untuk menutup masalah peribadinya saperti yang didedahkan oleh orang lain saya pun tidak pasti. Apapun, akhirnya nanti yang akan ternanga ialah PAS sendiri, sebagaimana terkedunya PAS bila mereka langsung tidak diberi sebarang kedudukan didalam barisan Kerajaan Negeri Pulau Pinang, walaupun PAS hanya ada seorang sahaja wakil rakyat iaiatu YB Ustadz Salleh Man (Permatang Pasir).

Sebenarnya apa yang telah terjadi Pulau Pinang, itu jugalah yang bakal terjadi di Persekutuan kelak. Nasihat saya kepada sahabat dan rakan didalam PAS, janganlah jadikan PAS parti yang melukut ditepi gantang. PAS sebuah parti yang besar, dengan keahlian yang ramai, jentera yang mantap dan petugas yang sangat komited. PAS boleh berjaya sendiri insyallah dengan bantuan ALLAH, selagi PAS memenuhi syarat untuk mendapat nasrullah, pertolongan ALLAH.

Saya sangat bersimpati dengan ahli bawahan dan akar umbi PAS yang sedang diperdayakan oleh badut-badut ingusan Anwarinas ini. Ahli akar umbi PAS ini sebenarnya ikhlas dan komited dalam perjuangan mereka. Ramai yang saya temui diperingkat akar umbi semasa ceramah dan kuliah disurau masjid tiap hari  yang melahirkan kekhuatiran mereka dengan hala tuju dan perjuangan PAS sekarang. Bagi saya mereka sepatutnya bersuara dan tidak menerima dengan membisu seribu bahasa. Jangan nanti bila nasi sudah menjadi bubur barulah kita nak bersuara. 

Wassalam.

Zulkifli Bin Noordin

24 Zul Qaedah 1431

01 Nov 2010

@@@@@@@@@@@@@@@@@@@

ANWAWR ANGGAP PAS TIDAK PENTING-DATO' SERI ZAHRAIN

Oleh ZABRY MOHAMAD

PULAU PINANG 30 Okt. - Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim dipercayai merupakan salah seorang dalang dalam 'konspirasi syaitan' antara parti itu dan DAP.

Ahli Parlimen Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim berkata, ketika menjadi Pengerusi PKR Pulau Pinang, Anwar pernah menasihatkan beliau dan bekas Timbalan Ketua Menteri I Pulau Pinang, Mohammad Fairus Khairuddin supaya tidak memberi ruang kepada Pas.

Menurut Zahrain, Anwar menganggap Pas tidak mempunyai peranan penting di Pulau Pinang, justeru, para pemimpinnya tidak perlu diberikan jawatan tinggi dalam pentadbiran kerajaan negeri.

"Anwar pernah berpesan kepada saya dan Fairus supaya jangan layan sangat Pas kerana Pas bagi Anwar tidak penting di Pulau Pinang.

"Kata Anwar, di Pulau Pinang kita kena jaga DAP.

"Sebab itulah Pas tidak diberi jawatan penting dalam kerajaan negeri dan Pas hanya diperkudakan saja oleh PKR dan DAP," katanya kepada Mingguan Malaysia di sini hari ini.

Ketika membahaskan Bajet 2011 di Dewan Rakyat kelmarin, Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu, Zulkifli Noordin mendedahkan wujud perjanjian rahsia berhubung pegangan kuasa politik antara PKR dengan DAP yang tidak diketahui Pas.

Melalui perjanjian rahsia itu, DAP akan memiliki kuasa autonomi ke atas Pulau Pinang sekiranya pakatan pembangkang berjaya mengambil alih Kerajaan Persekutuan.

Perjanjian itu turut membenarkan wakil DAP dilantik sebagai Menteri Besar di negeri-negeri dimenangi parti itu.

Zahrain menambah, selain Anwar, 'Keluarga Lim' yang terdiri daripada Penasihat DAP, Lim Kit Siang dan anaknya yang juga Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng dipercayai turut menjadi dalang perjanjian PKR-DAP berkenaan.

Jelasnya, beliau tidak hairan ketiga-tiga pemimpin tersebut merupakan orang yang mengatur perancangan itu kerana mereka mempunyai matlamat peribadi.

"Saya percaya ini bukan kerja parti, tapi individu tertentu.

"Ramai dalam PKR dan DAP sendiri pun tidak tahu. Isu ini melibatkan Anwar dan Keluarga Lim, memang mereka yang mengaturnya," ujarnya. - Mingguan Malaysia

KENYATAAN YB DATO' SERI ZAHRAIN (layari blog beliau zahrainmp.blogspot)


Di-atas ialah kenyataan saya yang di-terbitkan Mingguan Malaysia pada hari ini.

Tujuan saya hanyalah untuk menyatakan situasi sebenar disebalik mainan politik kumpulan pembangkang dalam negara ini.

Mainan politik kotor yang di-dalangi segelintir manusia yang bergelar pemimpin ini harus diketahui ahli dan penyokong mereka, terutamanya yang warak dan setia di-dalam PAS dan PKR.

Walaupun saya pasti pada ketika ini ahli dan penyokong kedua-dua parti ini sudah mula tertanya-tanya akan pendirian pemimpin mereka, terutamanya berhubung tindak-tanduk parti chauvinist Cina DAP yang jelas anti Bumiputera, Melayu dan Islam.

Kepercayaan ahli dan penyokong PAS dan PKR mula merosot sejak kebelakangan ini kerana pemimpin mereka menghalakan segala yang haram demi kepentingan politik semata-mata.

Saya membuat pendedahan mainan politik kotor mereka, terutamanya yang berlaku di Pulau Pinang, kerana mahu penyokong dan ahli PAS serta PKR sedar akan perkara sebenar.

Pendedahan Ahli Parlimen Kulim Bandar Baru, YB Zulkifli Noordin, tentang wujudnya pakatan syaitan bukanlah sesuatu yang tidak berasas.

Saya amat pasti pakatan syaitan ini wujud kerana Datuk Seri Anwar Ibrahim sanggup lakukan APA SAHAJA untuk mencapai cita-cita beliau - untuk menjadi Perdana Menteri.

Jika Anwar Ibrahim sanggup BERBOHONG KEPADA SELURUH NEGARA BERKENAAN SEPTEMBER 16, tidak mustahil Anwar Ibrahim yang sama sanggup "menjual" Pulau Pinang kepada Lim Kit Siang dan keluarganya menerusi DAP.

Jangan ada di-kalangan kita rakyat Malaysia yang berpendapat ini hanyalah 'mainan politik Zahrain atau Zulkifli Noordin" menentang Anwar Ibrahim. Saya ingin menegaskan bahawa pendedahan ini adalah demi masa depan negara bangsa yang kita cintai.

Janganlah kita alpa dengan mainan politik kotor puak ekstremis yang di-dalangi seorang pemimpin yang telah lama tersungkur akibat tabiat buruk-nya sendiri.

Janganlah kita alpa yang hilang Pulau Pinang, seperti kita kehilangan Singapura pada suatu masa dahulu dan yang terkini Pulau Batu Putih.

PKR kini di-ambang kehancuran. Rebutan kuasa di-antara golongan Reformis dan puak Sosialis yang kian hangat akan hanya menjerumuskan parti keluarga itu ke liang lahad.

Reformis yang benar-benar berjuangan sejak penubuhan Parti Keadilan lebih 12 tahun yang lalu tidak mungkin menyerahkan segalanya kepada puak Sosialis yang di-taja DAP.

PKR akan hancur berkecai tidak lama lagi, tetapi yang amat penting bagi orang Melayu dan umat Islam ialah supaya ahli dan penyokong PAS sedar akan mainan politik kotor Anwar Ibrahim dan keluarga Lim Kit Siang.

Ada di-kalangan pemimpin tertinggi PAS yang mungkin sedar akan agenda jahat DAP ini namun mereka se-olah terpaku kerana peranan Anwar yang sungguh licik dan rapat dengan puak Erdogan dalam Pas.

Yang menggelarkan diri mereka Erdogan pun sebenarnya adalah tali-barut Anwar dalam Pas yang sebenarnya bergelar ANWARINAS.

Pemimpin PAS yang masih berpegang kepada ajaran Islam dan perjuangan sebenar parti mereka harus bangkit menyatakan pendirian mereka berhubung 'Pakatan Syaitan" ini.

Janganlah imej PAS di-warnai satu atau dua pemimpin yang meloncat dan menjerit seperti kera kena belacan di Parlimen dan menyambut segala yang di-lontarkan oleh Anwar dan DAP.

Ahli dan penyokong PAS yang masih bersama-sama Presiden Datuk Seri Haji Hadi Awang harus bangkit menentang golongan yang ber-Presiden-kan individu lain yang rakus ingin menjadi PERDANA MENTERI.

Jangan korbankan agama, bangsa dan negara ini demi nafsu politik semata-mata.

KONSPIRASI SYAITAN!

Posted: 31 Oct 2010 09:41 PM PDT


(Gambar hiasan tiada kena mengena dengan artikel ini. Semoga To' Guru berjaya menyampaikan seruan tauhid kepada Lee Kuan Yew)

Salam 2 all.

Nampaknya pendedahan saya berkenaan "Pakatan Syaitan" untuk memberi kuasa autonomi kepada kepimpinan DAP di Pulau Pinang jika Pakatan Rakyat memenangi pilihanraya umum akan datang telah mendapat respon yang sangat memberansangkan.

Ramai juga rakan-rakan daripada PAS yang melahirkan rasa terkejut dengan pendedahan itu, walaupun mereka telah mengesyaki sesuatu yang tidak kena dengan kepimpinan DAP khususnya di Pulau Pinang.

Walaupun ada segelintir badut-badut ingusan PAS yang taksub dengan Anwar cuba menafikan dan mula memaki hamun, namun mereka gagal memberikan jawapan yang menasabah, selain maki hamun dan memfitnah sana sini. Saya hanya nak tanya satu soalan kepada badut-badut ingusan ini, kalau Anwar boleh membohongi mereka dengan "Konspirasi 16 Sept" dan mereka boleh telan hidup-hidup, apakah Anwar tidak boleh membohongi mereka dalam perkara lain.

Saperti beberapa rakan dari PAS Pulau Pinang yang sudah mula sedar dan menghantar soalan kepada saya, mana janji nak melantik YB Ustadz Salleh Man (ADUN PAS-Permatang Pasir) sebagai Yang Di Pertua Majlis Agama Islam Pulau Pinang, janji yang ditabur semasa pilihanraya kecil dahulu. Tanya mereka, takkanlah seorang ADUN PAS pun tidak boleh diberi jawatan Exco menjaga hal ehwal Islam. Ini hal ehwal Islam Pulau Pinang diberi kepada orang yang langsung tidak ada kelayakan dalam hal ehwal Islam!! Takkan itu pun badut-badut ingusan Anwarinas ni tidak nampak! Atau mereka sengaja membuatkan mata mereka kepada kebenaran hanya untuk memuaskan nafsu serakah politik sempit mereka!!

Apakah kita mahu menunggu sehingga nasi menjadi bubur. Pada saya kepimpinan DAP hari ini adalah kepimpinan yang paling rasis, cauvinis dan berfikiran paling sempit, dengan agenda jelas mereka untuk mempercinakan Malaysia ini dan mengenepikan Islam dan Melayu dibumi Tanah Melayu ini! Lihatlah sejarah. Kaji balik dalang disebalik peristiwa 13  Mei. Lihat kenyataan dan maki hamun mereka terhadap bangsa Melayu. Baca sendiri lapuran Mageran bertarikh Okt 1969 maka kita akan tahu isi hati perut puak-puak cauvinis ini. Melainkan kita memilih untuk membutakan mata kita kepada sejarah hanya untuk agenda nafsu kita sendiri, wallahua'lam. 

Janganlah dek kerana agenda politik yang sempit, kita menggadai habis segala prinsip dan perjuangan kita. Janganlah sampai generasi akan datang meludah dikubor kita kerana keghairahan kita mahu menduduki kerusi empuk Putrajaya!

Tepuk dada tanyalah iman.

Wassalam.

Zulkifli Bin Noordin

Isnin

24 Zul Qaedah 1431

01 Nov 2010

@@@@@@@@@@@@@@@@@@@

(Kenyataan YB Tan Tee Beng-Ahli Parlimen Nibong Tebal)

P. Pinang pelopor perjanjian rahsia?

BUKIT MERTAJAM 31 Okt. – Perjanjian rahsia antara Parti Keadilan Rakyat (PKR) dengan DAP terutama menyentuh soal agihan kuasa autonomi politik bukan sesuatu yang mustahil kerana bayangan mengenainya sudah berlaku di negeri-negeri yang dikuasai pakatan pembangkang.

Ahli Parlimen Nibong Tebal, Tan Tee Beng berkata, jika dilihat senario politik terutama di Pulau Pinang, dominasi DAP begitu ketara sehingga rakan-rakan pemimpin parti pakatan pembangkang lain terutama Pas tidak diberi peranan sewajarnya.

"Lihat sahaja di Pulau Pinang apabila DAP dilihat begitu kebal dan tidak boleh disentuh langsung. Pandangan rakan-rakan dalam pentadbiran kerajaan negeri tidak dihiraukan malah yang mengkritik dituduh pula sebagai pengkhianat.

"Keadaan sama boleh dilihat di Perak sebelum ini apabila walaupun Pas memegang kerusi menteri besar, peranan dan teraju pentadbiran negeri dimainkan oleh DAP sehingga Pas dilihat sekadar menjadi boneka," katanya kepada Utusan Malaysia di sini semalam.

Ketika membahaskan Bajet 2011 di Dewan Rakyat kelmarin, Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu, Zulkifli Noordin mendedahkan kewujudan perjanjian rahsia berhubung pegangan kuasa politik antara PKR dengan DAP yang tidak diketahui Pas.

Melalui perjanjian rahsia itu, jelasnya, DAP akan memiliki kuasa autonomi ke atas Pulau Pinang sekiranya pakatan pembangkang berjaya mengambil alih Kerajaan Persekutuan.

Perjanjian itu juga, dakwa Zulkifli, turut membenarkan wakil DAP dilantik sebagai menteri besar di negeri-negeri dimenangi parti tersebut.

Tee Beng berkata, walaupun realitinya kepimpinan kerajaan negeri terdiri daripada gabungan pakatan pembangkang, keputusan daripada segi dasar dan tindakan adalah didominasi DAP.

"Ketika dalam PKR, saya dan rakan-rakan merasai sendiri pengalaman apabila kita membuat teguran terhadap DAP, maka pemimpin atasan minta kita bersabar, bersabar dan bersabar seolah-olah minta kita tutup mulut dan mata. Tetapi sampai bila?," tegasnya.

Anwar Ibrahim

Posted: 01 Nov 2010 07:28 PM PDT

Anwar Ibrahim


Rakyat Batu Sapi Tertindas Sekian Lama

Posted: 01 Nov 2010 07:21 PM PDT

Beberapa hari berkampung di Batu Sapi, nyata sekali mengesankan. Program disusun oleh Jentera Pilihanraya saban waktu untuk menemui rakyat Batu Sapi tanpa lelah.

Hal yang amat memprihatinkan adalah tahap kemiskinan ketara di kalangan ribuan keluarga di Batu Sapi dan kawasan sekitar Sandakan.
Hasil balak dan royalti minyak mencecah berbilion ringgit. Namun di Kampung Gas, Kampung Bukara, Kampung Forest, Pulau Singa yang kami lawati mempamerkan kehidukan merempat yang sungguh menyayat hati.
Semalam kami singgah di pasar BDC – luar biasa daif. Peniaga kecil Muslim mencari nafkah hidup tanpa sebarang prasarana dan pembelaan.
Pemimpin Umno yang sering melalak sebagai jaguh pembela Melayu perlu membeliak mata menyaksikan penganiayaan masyarakat yang dipinggirkan olih pemimpin mereka sendiri.
Kami sekadar menjelaskan dan mendoakan agar rakyat insaf dengan menolak keangkuhan dan rasuah BN.

Sdr Ansari Abdullah diharap akan mendapat dukungan rakyat agar suara mereka akan dikumandangkan di Parlimen dan di seluruh negara.

ANWAR IBRAHIM

Rakyat, KEADILAN Dan Anwar

Posted: 01 Nov 2010 09:15 AM PDT

Oleh Nik Nazmi

Walaupun saya cenderung menyokong pembangkang sebelum Reformasi, apabila Datuk Seri Anwar Ibrahim dipecat sebagai Timbalan Perdana Menteri pada 1998, saya pada mulanya keliru tentang apa yang berlaku dan signifikannya kepada rakyat Malaysia.

Tetapi selepas Gerakan Reformasi memuncak, saya sedar gerakan ini bukan mengenai kes Anwar semata-mata, tetapi suatu kebangkitan rakyat yang selari dengan zamannya.

Apabila saya mula terlibat membantu KEADILAN menerusi Unit Pendidikan Politik-Institut Kajian Dasar sekitar 2001, saya menyedari bahawa KEADILAN lah parti masa depan Malaysia: sebuah gerakan pelbagai kaum yang progresif dan memartabatkan ketuanan Rakyat. Sebab itu saya memilih menyertai KEADILAN.

Perjuangan KEADILAN berasaskan 17 perkara dasar yang menjadi asas matlamat dan perjuangan parti.

Ramai ahli nujum yang mengatakan KEADILAN akan gulung tikar selepas Pilihan Raya Umum 2004 yang meninggalkan KEADILAN hanya kerusi tunggal Permatang Pauh. Apabila Anwar dibebaskan dari penjara pada tahun tersebut, ramai anggap sudah tiada gunanya KEADILAN wujud kerana ikonnya sudah bebas.

Tetapi mereka tersilap. Setahun kemudian di Kongres KEADILAN pertama yang saya hadiri di Kuala Lumpur, usul Agenda Ekonomi Malaysia diluluskan oleh Kongres. Anwar mula bercakap mengenai menggantikan Dasar Ekonomi Baru dengan pendekatan yang menekankan merit dan tindakan afirmatif berdasarkan keperluan.

Waktu itu semua kata tindakan itu gila. Tetapi Anwar menjelajah seluruh Malaysia mempertahankan pendirian tersebut. Selepas Pilihan Raya Umum 2008 yang menyaksikan KEADILAN muncul parti pelbagai kaum paling berjaya dalam sejarah negara, tiba-tiba pendirian tersebut menjadi arus perdana. Mana tidaknya, UMNO yang dahulu menuduh Anwar pengkhianat Melayu pun bersetuju dengan pandangan tersebut.

Pada Pilihan Raya Umum 2008 KEADILAN masuk ke gelanggang Pilihan Raya dengan 5 Janji Anwar yang mewakili manifesto komprehensif tentang agenda parti sekiranya menang di Putrajaya.

Tahun 2010 KEADILAN bersama-sama PAS dan DAP telah menggagaskan Dasar Bersama Pakatan Rakyat yang bersejarah.

Kini KEADILAN sekali lagi mempelopori sejarah politik negara dengan konsep satu anggota satu undi.

Justeru untuk menuduh KEADILAN taksub pada Anwar adalah tuduhan yang tidak berasas sama sekali. Reformis yang mengasaskan parti ini bangkit bukan kerana Anwar sebagai individu, tetapi kerana nilai-nilai yang diwakilinya.

Meninggalkan kes Anwar hanya pada pasukan guamnya

Rosmah Pemangku PM?

Posted: 01 Nov 2010 05:48 AM PDT

Dari Harakah

Tindakan isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor mewakili Perdana Menteri dalam majlis yang tidak boleh disertainya menimbulkan pelbagai persoalan kini apakah beliau adalah pemangku perdana menteri.

“Saya keliru. Jika PM tidak sihat, bukankah sepatutnya timbalan perdana menteri yang mewakili beliau dan kerajaan, dan bukan Rosmah? Atau dia (Rosmah) pemangku PM,” kata Malik Imtiaz Sharwa seorang peguam terkenal dalam twitternya.

Semalam, Rosmah telah berucap mewakili PM di Karnival Deepavali 1Malaysia di Litle India dekat Brickfield.

Dalam majlis itu, Najib melalui teks ucapan yang dibacakan oleh isterinya berjanji akan membantu orang India di negara ini.

Najib telah didapati mempunyai tanda-tanda awal sakit chicken pox dan diminta berehat oleh doktor.

Menurut penasihat medianya, Datuk Seri Jalaludin Bahaudin, Najib juga diingatkan supaya mengelakkan dirinya daripada menghadiri semua majlis rasmi berikutan rawatan perubatan selepas terdapat simptom penyakit cacar itu.

Katanya, presiden Umno itu mula merasa kurang sihat dan kemudian didapati ada ruam panas, sakit otot dan sendi pada hari terakhir Sidang Kemuncak Asean ke-17 dan berkaitan di Hanoi, Vietnam selama tiga hari.

“Setibanya di Subang (Selangor) hari ini, beliau menunjukkan ada tanda-tanda awal menghidapi penyakit cacar dan dengan segera mendapat rawatan. Oleh kerana ubat diberikan awal, Perdana Menteri menunjukkan respon yang baik,” katanya sambil menambah doktor peribadi Najib menasihatkan Perdana Menteri berehat di kediaman dan mengelak daripada menghadiri semua majlis awam dan rasmi.

“Perdana Menteri memohon maaf atas segala kesulitan,” kata Jalaludin.

Belanja Tanpa Kelulusan Bukti UMNO BN Khianat Amanah Rakyat

Posted: 31 Oct 2010 08:29 PM PDT

Oleh Mohd Rahidi Hassan

SELURUH pemimpin Umno-Barisan Nasional yang dipimpin Perdana Menteri, Dato’ Seri Mohd Najib Tun Razak sepatutnya bersedia berundur dari tampuk kuasa dengan seberapa segera.

Sudah terbukti mereka tidak mampu memerintah dan menguruskan hasil mahsul negara dengan baik.

Dalam Laporan Audit 2009 yang dibentangkan kepada Jawatankuasa Kira-kira Awam Negara (PAC) di Parlimen, Ketua Audit Negara, Tan Sri Ambrin Buang mencatatkan bahawa, Kerajaan Persekutuan telah terlebih belanja RM4.83 bilion tahun lalu.

Ini merupakan defisit kedua tertinggi selepas tersasar bajet operasi RM5.7 bilion pada tahun sebelum itu.

“Ini menunjukkan masih terdapat kelemahan dan perancangan kewangan dan pengurusan,” Laporan Ketua Audit dipetik.

Lebih tegas Ambrin menegur Kerajaan Umno-BN, dengan memberi penekanan bahawa bahawa perbelanjaan sepatutnya hanya dilakukan selepas mendapat kelulusan.

Apabila Ketua Audit mencatatkan teguran sebegini, bermakna wujud secara berleluasa tindakan pihak-pihak tertentu membuat perbelanjaan tanpa mendapat kelulusan, sehingga ia menyumbang kepada lebih belanja, yang boleh menjejaskan pentadbiran ekonomi negara.

Ini sebenarnya suatu perkara besar dalam aspek pemerintahan. Iaitu pihak eksekutif (kerajaan) tidak harus membelanjakan wang milik negara dan rakyat sesuka hati.

Dalam Laporan Audit juga didedahkan mendedahkan ada 11 agensi kerajaan, termasuk Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Jabatan Perkhidmatan Awam dan 10 kementerian telah berbelanja melebihi bajet operasi mereka sehingga sebanyak RM3.61 bilion.

Ketua Audit Negara mendapati 15 kementerian dan agensi terlebih berbelanja RM3.74 bilion bagi 42 projek di bawah Rancangan Malaysia Kesembilan.

Senarai teratas adalah Kementerian Pertahanan yang terlebih belanja RM2.03 bilion untuk tiga projek, diikuti oleh Kementerian Pelajaran ((RM927 juta untuk empat projek) dan Jabatan Perbendaharaan (RM547 juta untuk dua projek).

Sementara itu, hutang tertunggak oleh kerajaan-kerajaan negeri kepada Kerajaan Persekutuan pula terkumpul sebanyak RM4.6 bilion atau 13.3 peratus melebihi jumlah RM4.08 bilion yang dicatatkan pada 2008.

Selangor adalah pemiutang terbesar (RM829.86 juta – dicatat semasa BN berkuasa), diikuti Johor (RM809.89 juta), Kedah (RM706.68 juta), Pahang (RM565.08 juta) dan Negri Sembilan (RM504.50 juta).

Jumlah hutang tertunggak itu terus meningkat meskipun RM204.27 juta dalam pembekalan perjanjian air kepada lapan negeri telah diserap oleh Kerajaan Persekutuan.

Bagi badan berkanun, Perbadanan Aset Keretapi (RM1.02 bilion) adalah pemiutang terbesar manakala Perwaja Terengganu Sdn Bhd menduduki senarai syarikat dengan hutang terbesar (RM1.8 bilion).

Hakikatnya, pendedahan Ketua Audit Negara ini merupakan suatu pembongkaran salah laku dan ketirisan pengurusan yang amat serius dilakukan oleh Kerajaan Umno-BN.

Daripada bukti-bukti ini, jelas menunjukkan bahawa mereka yang sering mendabik dada kononnya berjasa besar membangunkan negara, sebenarnya adalah pemimpin yang sangat lemah dan tidak berkualiti.

Jelas Umno-BN sudah tidak mampu menguruskan wang negara, mereka begitu boros dan tidak tahu menjimatkan wang rakyat.

Fenomena ini berlaku kerana pemimpin-pemimpin Umno-BN yang ada pada hari ini, hanya mementingkan diri sendiri lebih daripada rakyat jelata keseluruhannya.

Tiada jalan terbaik untuk mengembalikan negara ke landasan yang betul, melainkan dengan menumbangkan Umno-BN pada Pilihan Raya Umum ke-13 nanti.

Harapan Baru Rakyat Sabah Bermula Di Batu Sapi

Posted: 31 Oct 2010 08:11 PM PDT

Dari Suara Keadilan

Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN), Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata jika kemenangan calon DAP yang mewakili Pakatan Rakyat di Sibu, Sarawak boleh dianggap sebagai kejutan kepada ‘kubu besi’ Barisan Nasional tersebut, kemampuan pengundi Batu Sapi memartabatkan calon KEADILAN ke Parlimen 4 November akan menjadi pukulan kepada Umno-BN.

Berucap dihadapan lebih 1,000 penduduk Batu Sapi di Sanbay Hotel dekat sini petang tadi dalam majlis Debat Perdana anjuran Pakatan Rakyat, Anwar menegaskan kemenangan di kawasan parlimen P185 akan menghantar mesej yang amat jelas bahawa pengundi Sabah dan
Sarawak bersama-sama rakyat Semenanjung menolak sepenuhnya kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang mewakili Umno-BN.

“Kita perlu ingat pada pilihan raya umum 2008 pengundi Semenanjung telah menolak Umno-BN dan undi popular yang Pakatan Rakyat perolehi ialah 51 peratus. BN hanya menang disebabkan undi Sabah dan Sarawak, sebab itu mereka label simpanan tetap.

“Pilihan raya Batu Sapi adalah rahmat Tuhan kepada rakyat Sabah, satu peluang kepada pengundi membuat gegaran di Parlimen, membawa isu-isu yang tidak mungkin diperjuangkan oleh wakil BN mahupun Sapp,” tegas Anwar.

Beliau membidas sikap Umno-BN yang tidak pernah mahu memikirkan masalah rakyat terutamanya di Batu Sapi.

“Apa yang ada dalam Bajet 2011 yang mengutamakan penduduk Batu Sapi. Yang difikirkan oleh Najib ialah mahu mendirikan menara 100 tingkat dan mengkayakan kroni mereka. Balak berpuluh bilion diambil tapi jambatan kecil usang di Kampung Gas untuk kegunaan rakyat miskin pun tidak terjaga. Tak guna punya kerajaan,” bidas Anwar sambil disahut dengan laungan Reformasi oleh yang hadir.

Anwar yang juga Ketua Oposisi berkata Pakatan Rakyat sekarang mampu berdepan dengan rakyat dengan pelbagai bukti dasar yang dilaksanakan oleh negeri yang ditadbir oleh Pakatan Rakyat di Selangor, Pulau Pinang, Kedah serta Kelantan.

“Di Pulau Pinang semasa BN memerintah belanjawan sentiasa defisit tetapi dua setengah tahun sahaja Pakatan Rakyat memerintah rizab kerajaan negeri mencecah lebih RM1 bilion.

“Di Kedah pula selepas enam memerintah, rakyat menikmati pengurangan cukai sebanyak 30 peratus di kawasan bandar dan 70 peratus di luar bandar. Di Selangor rakyat bukan sahaja nikmati air percuma tapi skim khairiat kematian sebanyak RN2,500, untuk pelajar universiti RM1,00- dan macam-macam lagi,” jelas Ahli Parlimen Permatang Pauh itu.

Anwar mengajak rakyat Sabah membuat perubahan yang selama ini menjadi impian mereka dengan bersama-sama lakarkan laluan ke Putrajaya bagi mengubah senario politik perkauman dan kronisme yang menjadi budaya Umno-BN sejak 50 tahun.

anjung setiawangsa

Posted: 01 Nov 2010 03:29 PM PDT

anjung setiawangsa


TIADA PROJEK MEE SEGERA - CAKAP TAK SERUPA BIKIN!

Posted: 31 Oct 2010 11:04 PM PDT

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEg3DdWP7Q_WsBbF8c85f46v2MMXIHMwHRRPRezHyqo9B57V_l_qvdZF0KdEdcasRTu-QZDBmEQJp0VSYoJSDt5pSyHu4_txe02zW40sCsKajXWMJArqKq3ezUhBpYG0I_fezDjWnaEiWiBe/s1600/5129618667_72669e7ca4.jpg

CAKAP TAK SERUPA BIKIN

Wee Choo Keong

Posted: 01 Nov 2010 03:27 PM PDT

Wee Choo Keong


Deputy Minister will tell us all about the famous “netbook” at 11:30 am tomorrow

Posted: 01 Nov 2010 08:55 AM PDT

At about 9:20 pm tonight, the Deputy Minister of the Ministry of Information, Multimedia and Culture, YB Datuk Salang Gandum, took to the floor of Parliament to reply to the questions posed by MPs during the last week Budget 2011 debate.  He began with thanking MPs for bring up questions relating to his ministry. He said that [...]

1-11-2010 Questions Time: 1Malaysia against the prevailing racism

Posted: 01 Nov 2010 07:44 AM PDT

TARIKH                  :         1 NOVEMBER 2010 (ISNIN) SOALAN: Y.B. TUAN WEE CHOO KEONG minta PERDANA MENTERI menyatakan apakah langkah yang telah diambil untuk menghentikan isu perkauman dan sifat anti-nasionalis daripada usaha menggugat kestabilan Negara dan apakah tindakan yang harus diambil dalam kerangka sedia ada untuk mencapai tujuan maksud dan memenuhi objektif program 1Malaysia. JAWAPAN: (YB Senator [...]

PKR PENGKALAN HULU

Posted: 01 Nov 2010 01:32 PM PDT

PKR PENGKALAN HULU


Penyelia DUN Pengkalan Hulu Hadiri Majlis Perkahwinan

Posted: 01 Nov 2010 02:17 AM PDT

Lee Sing Long menghadiri satu majlis Perkahwinan di Kg Pahit Dalam


Ketua Ranting (PKR) Kliam Intan sedang menunjuk ke runtuhan tanah yang mengakibat LongKang tersumbat.


Dalam tinjauan Lee sing Long ketika di Klian Intan, di dapati runtuhan tanah yang mengakibatkan dinding sebuah rumah di atas bukit pecah. Dalam keadaan sedemikian harapan mendapat perhatian dan tindakan segera daripada pihak yang berkaitan ( Pejabat Daerah Pengkalan Hulu )

Wee Choo Keong

Posted: 01 Nov 2010 01:30 PM PDT

Wee Choo Keong


Deputy Minister will tell us all about the famous “netbook” at 11:30 am tomorrow

Posted: 01 Nov 2010 08:55 AM PDT

At about 9:20 pm tonight, the Deputy Minister of the Ministry of Information, Multimedia and Culture, YB Datuk Salang Gandum, took to the floor of Parliament to reply to the questions posed by MPs during the last week Budget 2011 debate.  He began with thanking MPs for bring up questions relating to his ministry. He said that [...]

1-11-2010 Questions Time: 1Malaysia against the prevailing racism

Posted: 01 Nov 2010 07:44 AM PDT

TARIKH                  :         1 NOVEMBER 2010 (ISNIN) SOALAN: Y.B. TUAN WEE CHOO KEONG minta PERDANA MENTERI menyatakan apakah langkah yang telah diambil untuk menghentikan isu perkauman dan sifat anti-nasionalis daripada usaha menggugat kestabilan Negara dan apakah tindakan yang harus diambil dalam kerangka sedia ada untuk mencapai tujuan maksud dan memenuhi objektif program 1Malaysia. JAWAPAN: (YB Senator [...]

MOH...KITE LAWAN YEOP!!!

Posted: 01 Nov 2010 09:31 AM PDT

MOH...KITE LAWAN YEOP!!!


Gempar !!! Balak dicuri di Hutan Simpan Pulau Pangkor...

Posted: 01 Nov 2010 06:11 AM PDT

Yang menghairankan, terdapat papan tanda "hutan simpan" dalam jarak 70 meter daripada lokasi penebangan balak ini.

DUN Pangkor dimenangi oleh Zambry Kadir. Malah, Zambry Kadir sendiri adalah anak Pangkor. Mustahil Zambry Kadir tak tahu.

Atau mungkin Zambry Kadir sememangnya tahu tetapi buat buat tak tahu. Anda fikirkan...

Sibuk tuduh DAP/PAS/PKR @ Pakatan curi balak di Perak...alih alih DUN sendiri pun tak larat nak jaga.....hamlau
Sumber: http://jalanpulang1978.blogspot.com/

Ceramah Pakatan Rakyat 01 November 2010

Posted: 01 Nov 2010 05:41 AM PDT

Seperti malam-malam sebelumnya, Pakatan Rakyat akan mengadakan ceramah di beberapa tempat bersempena dengan pilihanraya kecil DUN Galas.

Antara penceramah yang akan menyampaikan penerangan mereka adalah Exco Kerajaan Kelantan, Husam Musa, AJK PAS Pusat, Mohamad Sabu, Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar, Ketua Pemuda PAS Pusat, Nasrudin Hassan Tantawi dan ADUN Teja, Perak, Chang Lih Kang.







Selepas 38 tahun, Soberi Shafii keluar Umno

Posted: 01 Nov 2010 03:10 AM PDT

KUALA LUMPUR, 1 Nov: Selepas tepat 38 tahun menjadi ahli dan memegang pelbagai jawatan dalam Umno, Mohd Soberi Shafii menghantar surat memohon keluar dari parti itu.

Permohonan itu dihantar kepada pejabat Umno dan dicop pengesahan menerimanya jam 10.45 pagi tadi.

Soberi membuat pengumuman keluar Umno dalam satu sidang media bersama rakan-rakannya di Hotel Istana, hari ini.

Beliau menyifatkan, pemimpin Umno yang ada sekarang bukannya mementingkan parti lagi tetapi menjaga kepentingan diri sendiri dan kroni masing-masing.

(Gambar: Soberi menunjukkan surat maklumat keluar Umno yang disahkan penerimaannya oleh ibu pejabat Umno jam 10.45 pagi tadi)

"Umno khasnya Umno Kelantan lupakanlah khayalan masing-masing untuk menawan Kelantan bahkan kerusi (Umno) yang ada pun akan hilang dalam pilihan raya umum akan datang," kata Soberi yang pernah menjadi calon BN di Dun Kadok, Kelantan pada tahun 1995 lalu.

Beliau yang pernah menjadi Setiausaha Kerja Pergerakan Pemuda Umno Kelantan berkata, kekecewaan kepada para pemimpin Umno yang ada menjadi punca utama beliau mengambil keputusan keluar dari Umno.

"Bayangkan, saya tidak diberikan sebarang tugas untuk parti," katanya kepada wartawan dalam sidang media itu.

Soberi berkata, sikap berpuak-puak Umno khasnya di Kelantan akan menggagalakn segala visi dan misi baik yang dicanangkan oleh presiden Umno, Datuk Seri Najib Razak dalam perhimpunan agung Umno baru-baru ini.

"Sebab itulah, selepas seminggu perhimpunan agung, saya mengambil keputusan ini," katanya.

Soberi berkata, sikap pemimpin Umno yang berpuak-puak akan menggagalkan pelaksanaan segala ucapan Najib itu.

"Di Galas di atas bolehlah nampak bersatu tetapi siapa tahu apa yang berlaku di bawah sana. Saya yakin cantas mencantas berlaku," kata Soberi mengulas pilihan raya kecil Galas yang menunjukkan seolah-olah pemimpin Umno bersatu apabila Tengku Razaleigh dipilih sebagai pemimpin manakala Datuk Mustapha Mohamad sebagai timbalannya.

Soberi berkata, selepas berhenti beliau akan menjelajah seluruh Kelantan untuk berjumpa dengan rakan-rakan yang senasib dengan beliau.

"Mereka ramai di seluruh Kelantan. Saya akan himpunkan mereka kembali dan membentuk satu kuasa baru," kata Soberi. Bagaimanapun beliau nafi akan bersama dengan Perkasa pimpinan Datuk Ibrahim ahli.

"Saya tidak akan bersama dia bahkan saya bukanpun ahli Perkasa," kata Soberi.

Sumber: http://www.harakahdaily.net/v2/

KEMENANGAN MERAH TERCAPAI, KINI TENTUKAN HIJAU PULA - PENGUNDI DI PERANTAUAN, PERBETULKAN NIAT UNTUK JIHAD

Posted: 31 Oct 2010 11:21 PM PDT

Oleh: WFAUZDIN NS


PERGI baju merah, balik dengan warna hijau. Itulah ibarat yang boleh dikatakan kepada kemenangan pasukan bola sepak Kelantan. Setelah Stadium Nasional Bukit Jalil disinari `bulan purnama' malam semalam, semangat itu dibawa ke bumi Kelantan. Kini, Galas menanti kemenangan `warna hijau' pula.

Sebelum perlawanan bermula, ada fanatik politik menyebut perlawanan di antara Kelantan bertemu Negeri Sembilan ibarat pertemuan PAS - Umno. Namun, jangan lupa di bahagian penyokong Negeri Sembilan juga dapat kita saksikan kibaran `bulan purnama', mungkin ini suatu syarat bahawa Negeri Sembilan bakal mengikuti jejak Kelantan pada Pilihanraya Umum Ke 13 nanti.

Justeru itu, kepada semua pengundi yang berada di perantauan kembalilah ke Galas untuk menentukan kemenangan kedua setelah kemenangan pertama dicapai malam semalam. Bak kata Mursyidul Am PAS, baliklah ke Kelantan hatta dengan merangkak sekalipun. Jika dengan niat yang betul untuk mempertahankan kerajaan negeri yang berlandaskan Islam, setiap langkah mu pasti merupakan suatu ibadat dan diberi pahala di sisi Allah, InsyaAllah. Andainya, di dalam perjalanan itu nanti anda ditimpa kemalangan hatta mati di dalam perjalanan untuk mengundi parti yang memperjuangkan Islam, nescaya kematian anda amat berbaloi dan mendapat kerahmatan Allah.

Tetapi, sekiranya anda pulang hanya mahu menyokong parti sekular yang terang-terang menentang Islam, terang-terang pemimpinnya ingin mewujudkan `Hub Hiburan' yang hebat, terang-terang redha dengan judi dan arak, terang-terang menghalalkan kezaliman Akta ISA, maka siapakah yang berani memberi jaminan kebaikan sekiranya anda mati menuju ke jalan itu? Lebih baik anda tidak pulang daripada melakukan perbuatan menyokong puak yang sekular dan zalim seperti itu.

Nawaitu mesti betul. Bukan balik untuk mendapatkan bayaran tambang yang mungkin ada disediakan. Siapa boleh nafikan jika seseorang itu mengundi atau menyokong parti yang ingin laksanakan Islam itu tidak diberi pahala? Dan, siapa boleh bantah bahawa menyokong parti yang terang, jelas dan nyata menolak hukum Islam itu berdosa? Jika berpahala, maka Allah janjikan kesejahteraan dunia dan Akhirat. Jika berdosa tanpa sempat ia akan bertaubat, ke manakah arahnya nanti?

Sumber: http://wfauzdin.blogspot.com/

JANGAN TAKUT UGUTAN UMNO JIKA PANGKAH PAS.....PANGKAH JER PAS !!!

Posted: 31 Oct 2010 11:18 PM PDT

GUA MUSANG, 1 Nov - Rakyat diminta tidak termakan dengan taktik lama Umno semasa proses mencalit kertas undi pada 4 November ini.

YB Zaki Ibrahim menegaskan perkara itu di hadapan kira-kira 50 orang pengundi di Dun Galas di Tapak Pasar Lama Gua Musang.

Walaupun dalam keadaan hujan renyai-renyai, pengundi tetap tidak berganjak untuk mendengar sambil berteduh di bawah bumbung warung berhampiran.

Tegas beliau lagi, dalam keadaan negara demokrasi sebegini, rakyat berhak membuat pilihan dan tidak perlu takut dengan ugutan jentera-jentera Umno yang menggertak mereka dengan pelbagai helah.

"Rakyat jangan tertipu dengan kata-kata bahawa jika memilih PAS, anak-anak mereka bakal tidak mendapat pekerjaan, segala kemudahan ditarik balik, tidak mendapat wang serta pelbagai ugutan lagi."

"Putera, Puteri Umno menakutkan masyarakat dengan mengatakan mereka boleh melihat undi rakyat melalui skrin televisyen."

Perkara ini telah menceroboh keamanan pengundi sehingga mereka takut untuk memangkah PAS, jika mereka mahu. Sekiranya mereka memangkah PAS, mereka takut menghadapi kesukaran-kesurakan di hari-hari seterusnya.

Menurut beliau, ini kerja jahat, menipu orang-orang kampung.

Rakyat juga diingatkan supaya keluar mengundi awal supaya tidak menghadapi masalah terutamanya berhadapan dengan pengundi hantu. Sebelum ini, ada beberapa kes di pilihanraya lepas yang mana apabila mahu mencalit undi, nama dan nombor kad pengenalan mereka sudah digunakan oleh orang lain. Ini adalah kerja-kerja hantu.

Menurut beliau lagi, satu lagi taktik Umno telah dikenalpasti menipu pengundi. Mereka meminta rakyat menyerahkan kad pengenalan dan memberikan hadiah televisyen, mencuri kad pengenalan dan membuat kad pengenalan palsu.

"Rakyat bebas mengundi parti mana yang mereka mahu. Negara kita negara demokrasi. Tidak perlu takut mempertahankannya. Umno pun jangan takut sangat dengan PAS sampaikan perlu menipu rakyat. Kalau ada kes-kes sebegini, segera lapor pada polis. Sekarang kita berlawan secara baik. Jangan takut sangat kepada PAS sampai membuat taktik-taktik khianat."

Beliau turut meminta Umno meyemak janji-janji yang mereka taburkan kepada rakyat di kempen-kempen pilihanraya mereka. "Di Manek Urai, mereka berjanji untuk membina jambatan menghubungkan Manek Urai Lama dengan Manek Urai baru. Sehingga kini tapak tanah pun belum ditetapkan lagi, malah rundingan dengan kerajaan negeri pun belum mereka buat. Pengundi-pengundi di peti undi Manek Urai lama banyak yang kena tipu."

"Begitu juga yang berlaku di Pengkalan Pasir. Umno janji nak membina longkang besar dan bermacam-macam lagi untuk rakyat di sana. Sudah lima tahun rakyat Pasir Mas menunggu. Namun tidak ada langsung usaha untuk mengotakan janji-janji tersebut."

"Inilah Umno. Kini datang menabur janji pula di Galas."

Beliau turut mengingatkan hadirin tentang kerajaan Islam PAS Kelantan yang sifar rasuah selama dua dekad pemerintahannya. "Kita meletakkan Allah di hadapan. Kita takut dengan hanya rasuah seringgit dua lalu kita mendapat imbalan dua tiga tahun dibakar api neraka."

Tegas beliau di majlis yang turut dihadiri YB Chan Ming Kai (ADUN SImpang Pulai), YB Abdullah Mohd Nawi (Adun Wakaf Bharu), YB Azman Shapawi (Dungun) dan beberapa pimpinan Pakatan Rakyat.

YB Abdullah Md Nawi yang berucap di majlis yang sama turut mengingatkan pengundi bahawa kerajaan PAS yang telah memerintah selama 20 tahun dengan segala tekanan telah berjaya menyempurnakan keadilan kepada seluruh rakyat tanpa mengira batas kaum dan agama. Sehingga kini masyarakat Cina berbondong-bondong menyertai PAS kerana mereka merasa selamat di dalamnya.

Beliau turut mengembalikan memori terhadap arwah bekas ADUN Galas, Allahyarham Che Hashim Sulaima, "Beliau sanggup memberikan dirinya untuk kepentingan rakyat. Sehingga di saat-saat akhir beliau di mana beliau sedang tenat pun, apabila diberitakan seorang rakyat sedang sakit, beliau sempat berkata 'kita kena pergi melawat segera.'"

"Sekarang ini PAS menghantar Dr Zul kepada rakyat. Dr Zul sanggup menyambung segala kerja-kerja yang ditinggalkan oleh arwah sebelum ini. Kalau rakyat memberi kuasa tersebut kepada Umno, kerja-kerja ini akan tertunggak dan menyusahkan rakyat kerana kerja-kerja di Gua Musang banyak melibatkan hubungan dengan kerajaan negeri seperti projek-projek tanah. Untuk memudahkan urusan mengendalikannya, seharusnya ADUN yang bakal dilantik adalah daripada pihak kerajaan negeri," tekan beliau.

Sumber: http://intanhijau.blogspot.com/

Galas: Pengundi Terharu Keiklasan Dr Zulkifli Mohamad !!!

Posted: 31 Oct 2010 10:42 PM PDT

Dr Zul mesra dekati pengundi

Masa berbaki yang tinggal lagi empat hari bagi menjalankan kempen dipergunakan sepenuhnya calon PAS, Dr Zulkifli Mohamed bagi mendekati penduduk Galas dalam misi mempertahankan Galas di tangan PAS sempena Pilihan Raya Kecil Dun Galas pada 4 November nanti.

Beliau bersama-sama Adun Jelawat, Cikgu Abdul Aziz Kadir dan Adun Adun Guchil, Tuan Zamri Ariff Tuan Zakaria melawat kawasan Kampung Sungai Terah bagi mendekati pengundi khususnya warga emas serta mereka yang sedang menderita akibat penyakit serius.

Kempen dimulakan dengan mengunjungi bekas Ketua Dewan Muslimat PAS Gua Musang, Hasmah Mohamed, 73, yang sedang berehat di rumahnya.


Beliau disapa mesra Zulkifli yang cukup ramah memulakan tutur bicara memandangkan mereka saling mengenali antara satu sama lain apatah lagi Hasmah begitu aktif bersama Muslimat PAS kawasan untuk tempoh 16 tahun.

Setelah itu, rombongan meneruskan perjalanan ke rumah jiran beliau iaitu Ismail Mahmud, 73, yang sedang duduk bersantai di tangga rumahnya bersama cucu-cucunya sambil menyambut kedatangan rombongan Zulkifli dengan senyuman.


Beliau memulakan celoteh mengenai aktiviti Umno-BN yang merayu pengundi di sekitar kawasan tersebut dengan menaburkan pelbagai bentuk janji manis berbentuk pembangunan serta bantuan.

Namun beliau menepis segala bentuk janji dan pemberian tersebut bersifat sementara dan sering tidak ditunaikan berdasarkan pengalaman dalam beberapa pilihan raya kecil terdahulu.


"Kesemua mereka datang hendak menaburkan projek pembangunan, sehingga lupa bahawa rakyat juga merupakan golongan yang boleh berfikir dan bijak.

"Malah mereka ingin menyusahkan rakyat dengan pembinaan bangunan 100 tingkat dengan wang negara," tegasnya.

Pada kesempatan itu juga Dr Zul membuat pemeriksaan kesihatan Ismail yang mengalami masalah tekanan darah tinggi selain sakit pada bahagian lutut.

Rombongan yang turut disertai Team Medical PAS ini turut membawa kelengkapan perubatan serta peralatan bagi memudahkan proses memeriksa serta merawat mereka yang memerlukan.

Ketika mengunjungi pasangan Aishah Ngah, 63, dan Abdul Rahman Musa, 69, jiran beliau, Yunus Ismail, 80, dimaklumkan sedang terbaring selepas diserang asma.

Beliau yang terkena serangan stroke sejak 15 hingga 20 tahun lalu hanya terbaring kepenatan.

Walau bagaimanapun, pasukan perubatan segera memberikan bantuan rawatan serta ubat-ubatan bagi mengurangkan masalah tersebut.

Abdul Rahman yang juga merupakan tok siak masjid Mukim RPT Sungai Terah turut mengambil peluang berkongsi pelbagai masalah dengan Zulkifli serta dua Adun tersebut.

Setelah itu Zulkifli singgah di sebuah warung bagi menikmati air batu campur beserta goreng pisang bersama penduduk setempat yang berada di warung berkenaan.


Personaliti dan sifat mudah mesra beliau membuatkan penduduk berasa senang untuk berkongsi masalah khususnya bekalan air yang tidak menentu di kawasan tersebut.

Zulkifli yang telah sedia dikenali sebahagian penduduk pula mengambil peluang untuk beramah mesra dan mendekati mereka dengan menggunakan kelebihan yang ada sebagai seorang doktor perubatan.

Selepas berehat seketika, rombongan meneruskan aktiviti kempen di sekitar kampung Batu Papan serta menyertai program 'cakno keluarga' anjuran Urusetia Pembangunan Wanita, Keluarga, Masyarakat dan kesihatan.

Sebaik mendapat maklumat mengenai penangkapan adik perempuan Teoh Beng Hock, beliau bergegas ke Ibu pejabat Polis Kontinjen Gua Musang bagi memantau kes tersebut.

Sumber: http://jalanpulang1978.blogspot.com/

ORANG BANGANG PUN TAHUUUUU...

Posted: 31 Oct 2010 10:35 PM PDT

Kalau tanya orang paling bangang dalam dunia pun tahu apa mereka buat dan siapa yang mereka sokong! NGO yang menamakan diri mereka satu Malaysia dilihat berkeliaran dan memberi sumbangan dalam kawasan Galas. Yang lawaknya mereka kata mereka tidak berkempen dan kebetulan berada di Galas>>> Masuk akai ka???

Apapun inilah bentuk baru rasuah umNo yang dihalalkan oleh SPR... NGO lah kata kan...

Tak pernah dengaq pun NGO ni... tiba tiba dia kata dalam kempen seluruh Malaysia...kebetulan di Galas... ha..ha..haa... lawan tahap gaban ni... baca la sendiri. .


Penduduk sekitar Kampung Baru Cina di Gua Musang dilaporkan dibayar RM100 dan diberi sehelai kemeja-T untuk mengambil bahagian berhimpun untuk majlis 1Malaysia di kawasan perumahan mereka semalam.

Kebanyakan mereka dibayar untuk memakai kemeja-T dengan logo 1Malaysia di depan dan belakang serta dilihat berkeliaran di sekitar kawasan pilihan raya kecil Gasa di Gua Musang itu sejak beberapa hari lalu.

Kemuncaknya, semalam pada jam 3 petang, mereka berkumpul dan melaungkan slogan "1Malaysia" dan berarak sekitar kawasan berkenaan. Habuannya, selain wang tunai, mereka juga dibekalkan dengan sebuah beg yang mengandungi beberapa tin susu serta Milo.

Selain itu, mereka juga menikmati jamuan makan malam yang disediakan oleh pihak penganjur yang menamakan diri mereka sebagai 'NGO 1Malaysia' yang ditugaskan menyebarkan kempen perpaduan kerajaan, tetapi menafikan mereka berkempen untuk mana-mana parti politik.

"Antara 1,000 hingga 2,000 orang tiba untuk mendaftar (untuk majlis perakan itu). Ada juga yang bukan penduduk tempatan tetapi orang luar. Pihak penganjur hanya minta nama dan beberapa butiran lain," kata seorang penduduk yang turut mengambil bahagian selepas jamuan makan malam berkenaan.

Dakwanya, ada juga penduduk yang mengambil kesempatan untuk mendaftar lebih daripada sekali dan oleh kerana majlis ini membabitkan ramai orang, makan tidak mungkin bagi penganjur mengecam mereka.


Pengerusi Dewan Penyokong PAS Gua Musang, Hua Pang Chow, ketika dihubungi mengesahkan perkara itu dan berkata dia dimaklumkan mengenainya oleh penduduk tempatan.

"Malah, saya alu-alukan penduduk supaya pergi dan ambil wang serta barangan. Yang penting, kita tetap undi PAS," katanya.

Sia Teck Keong, penyelaras bagi NGO 1Malaysia di Gua Musang, ketika dihubungi berkata mereka berada di Galas untuk memupuk kempen perpaduan.

Beliau menafikan mereka yang terlibat dibayar tetapi mengakui penduduk diberikan barangan dan kemeja-T.

"Kita lakukan ini di seluruh Malaysia dan secara kebetulan pilihan raya kecil diadakan di sini. Kita akan anjurkan sekali lagi (hari ini), pada jam 11 pagi," katanya.

Ditanya sumber kewangan yang diperolehi bagi membeli barangan untuk diedarkan kepada penduduk, Sia berkata, ia hasil derma usahawan dan peniaga yang menyokong usaha kumpulan itu.

Sumber: http://anaksengat.blogspot.com/

Tiada ulasan:

Pengikut