Isnin, 9 April 2012

Dewan Pemuda PAS Negeri Sabah

Dewan Pemuda PAS Negeri Sabah


Pemuda PAS gesa kembalikan hak, maruah Sabah

Posted: 09 Apr 2012 10:30 AM PDT

KOTA KINABALU, 9 April: Dewan Pemuda PAS Negeri Sabah (DPPNS) mengajak seluruh rakyat Sabah agar menggunakan kuasa yang ada bagi menggembalikan maruah dan martabat negeri ini.
 
Ketuanya, Lahirul Latigu berkata kemerdekaan negeri Sabah sejak 48 tahun lalu sudah tidak mempunyai pengertian, ekoran penjajahan bentuk baru yang dikuasai Umno dan Barisan Nasional.

"Penyatuan Sabah bersama Sarawak, Singapura, dan Tanah Malayu akhirnya membentuk Malaysia melalui perjanjian 1963 hanya berlaku pada 16 September 1963 yang sepatutnya membawa lebih kemakmuran kepada Sabah.


"Namun setelah 48 tahun, Sabah telah jauh ke belakang dihambat kemiskinan. Sedangkan Sabah kaya dengan khazanah alam yang melimpah ruah di laut dan daratan," kata beliau dalam ucapan dasarnya semasa Muktamar DPPNS kali ke-25 di sini, kelmarin.

Para perwakilan dan pemerhati khusyuk mendengar ucapan dasar

Menurutnya, rakyat Sabah perlu sedar mengenai kuasa dan hak dalam penentuan survival politik negeri.

"Rakyat Sabah mesti sedar akan bargaining power yang sekarang terletak di tangan rakyat. Rakyat Sabah perlu mengambil kesempatan ini untuk menuntut segala hak yang begitu jauh dinafikan sekian lama oleh regim Umno/ Bn.

"Rakyat Sabah juga harus bangkit dan memastikan pilihanraya ke-13 ini sebagai satu pungutan suara rakyat (referendum) untuk menolak kepimpinan Umno/ Bn bukan saja di Sabah malah di seluruh Malaysia," ujar beliau.

Pakatan Rakyat

Pakatan Rakyat


ALHUSSEYN

Posted: 09 Apr 2012 03:26 PM PDT

Posted by Admin Direktori Blog | | 3:26 PTG

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info

sumber :-

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info

sumber :-


Najib Lebih Baik Jaga Lembu

Posted: 09 Apr 2012 09:02 AM PDT


Jumlah keseluruhan pinjaman bagi 1.9 juta orang yang dikeluarkan sejak ia mula dikeluarkan sehingga akhir 2012 hanya berjumlah RM28 bilion sahaja. Bukan RM43 bilion seperti disebut-sebut Najib.

Kenyataan perdana menteri bahawa negara tidak mampu menjelaskan hutang itu juga menunjukkan bahawa Najib tidak memahami mekanisme kewangan yang lazim diamalkan – termasuk dalam soal memberi perjanjian dan menjadual semula pinjaman.

Kalau jadi PM dan Menteri Kewangan pun haprak, buat apa duk pi ngada-ngada nak mangku tempat Shahrizat sebagai Menteri Wanita, Keluarga dan Masyarakat ?

Lebih baik tolong jaga lembu Shahrizat selepas PRU-13 ni nanti! Baca di sini

Vale - Mengapa Tanjung Hantu?

Posted: 09 Apr 2012 03:34 AM PDT

Nizar menyatakan, sebagai seorang jurutera, beliau dididik supaya tidak merosakan alam sekitar; maka beliau mencadangkan pada awal-awalnya supaya Vale pergi ke Tanjung Hantu – 45 kilometer daripada Teluk Rubiah.


Nizar turut memperincikan faktor-faktor mengapa Tanjung Hantu dicadangkan bagi menempatkan projek Vale tersebut.

  • Sebab pertama, ialah bakau-bakau disana sudah habis kena tebang.
  • Yang keduanya, tidak ada penempatan perumahan di situ.
  • Yang ketiganya ianya tidak akan menjejaskan industri nelayan.
  • Yang keempatnya kerana berjauhan dari Generation TNB.
  • Dan yang kelimanya, ianya berjauhan dengan naval force.
  • Menurut Nizar, beliau telah memberikan ransangan dan arahan kepada Perak Invest, supaya berhubung dengan Kementerian Pertahanan; mempastikan betul-betul samada penempatan di Teluk Rubiah ini akan menjejaskan keselamatan negara kerana kedudukan naval base disitu.

    Dedahkan syarat-syarat Perjanjian

    Nizar menegaskan, setelah usul dibuat oleh Perak Invest, Pakatan Rakyat, bersama-sama dengan rakyat, telah tidak membenarkan di Teluk Rubiah.

    Nizar minta Zambry mendedahkan surat kelulusan yang membolehkan Vale meruskan operasi perniagaan mereka di Teluk Rubiah.

    "Saya minta didedahkan surat , kami nak lihat perjanjiannya, syarat-syarat yang terkandung dalam surat yang diluluskan oleh Pangkor kepada Vale. Saya cabar!

    "Saya tidak pernah memberikan kelulusan kepada Vale kerana ada syarat-syarat yang tertentu," kata Nizar yang mahu meneruskan ucapannya, namun disuruh berhenti dan diperintahkan duduk oleh Speaker kerana masa untuknya sudah habis.

    Biaqpila

    Posted: 09 Apr 2012 03:23 PM PDT

    Tergelak aku bila membaca kenyataan PM kita yang dalam dunia ni, hanya 3 negara aje yang support education rakyat dia sampai tertiary level. Keh keh keh, kelako. Dah la dibaginya contoh NORWAY!

    Takde negara lebih buruk ke dia boleh ambik nak dijadikan perbandingan dengan Malaysia...sebab kalau nak dibandingkan dengan Norway ni..Malaysia tak jauh ke belakang sebenarnya. Norway nombor satu dalam kadar cukai kenderaan paling tinggi dalam dunia. Nombor satu paling tinggi dalam dunia memastikan rakyat dia membayar cukai semata2 untuk membeli kenderaan.

    KIta? Nombor dua! Dalam banyak2 negara, negara kita adalah negara nombor dua cukai kenderaan paling tinggi dalam dunia, selepas Norway.

    Ada nampak hasil dia? Hasil dia kepada negara..kita ada Proton, kita ada Perodua. Hasil dia kepada rakyat...ramai antara kita bawak Perodua Viva, kereta canggih, terbaik, terhebat, cukup selesa dan mampu milik.

    Fikir sejenak ; makin lama budak makin ramai yang dapat berbelas A dalam SPM. (apa magik diorang buat aku tak nak sentuh hari ni) dan tempat ke IPTA makin lama akan makin berkurangan. Jadi pasti ramai yang terpaksa carik jalan ke IPTS untuk sambung pelajaran. Average kursus IPTS diploma di Malaysia lebih kurang Rm21 ribu dan average course degree adalah RM48 ribu plus...

    Persoalan aku adalah ; kenapa kerajaan membenarkan benda ni terjadi? Seolah-olah tertiary education adalah sesuatu yang golongan mampu sahaja akan dapat. Bagaimana pulak dengan golongan kurang mampu? Golongan yang tidak punya wang ringgit akan jadi terpinggir dan dari situlah akan berlaku keciciran.

    Dari situ PTPTN datang. Jeng jeng jeng!
    Cantik sungguh model bisnes ini. Tak mampu, kita berhutang. Tolong rakyat.

    Kalau benarlah PM kita ikhlas nak membantu rakyat , tolong, tolong..break these chain of business. Rakyat tidak sepatutnya jadi pelanggan dan rakyat tidak sepatutnya diajar untuk berhutang. PM kata "cukai kena tinggi kalau nak abolish PTPTN." Masalahnya cukai kita memang dah tinggi. Mungkin kita tak sedar dan kita hanya sedar pasal cukai pendapatan tapi terlalu banyak sebenarnya cukai yang berlegar2 dalam hidup semua rakyat Malaysia.

    1. Kau nak jaga warranty kereta kau, kau kena servis dekat authorized service centre...ada 6% cukai.
    2. Anak kau nak makan KFC takpun Pizza Hut...6% lagi kau kena.
    3. Kau bayar kereta tiap2 bulan..ada jugak cukai bergantung kepada jenis kereta apa kau beli.
    4. Beli rumah...ada cukai ikut jenis2 dia.

    dan bermacam2 lagilah indirect taxes yang kita main bayar tapi kita tak pernah totalkan berapa sebenarnya yang kita bayar sebab mentaliti kita automatik akan rasa berat bila kena bayar cukai selambak...macam cukai pendapatan..tapi cubalah kira dan totalkan berapa sebenarnya kau bayar dekat kerajaan dalam sebulan.

    Itu aku tak masuk lagi tol...toll is a form of taxes.

    Nak laksanakan GST, laksanakan lah tapi be fair. Ada sesetengah cukai yang kerajaan dah implement yang diorang kena let go. Benda macam rokok,arak dan kasino nak cukai sampai mampus pengguna dia..cukaikan lah.

    Berkaitan dengan PTPTN atau nama glemer dia PTPTipu, hutang is still hutang. Aku tak mintak benda tu nak abolish. Kalau dapat, bagus jugak kalau tak dapat pun aku takde nak pegi riot.

    Tapi pernah tak PM kita ni tanya kenapa kalau budak IPTS pinjam RM65 ribu dia kena bayar balik in total dekat RM80 ribu lebih? PTPTN ni ikhlas nak membantu orang yang tak dapat masuk IPTA atau sebenarnya sebuah badan bisnes serupa along nak cekik darah fresh grad? Itu tak termasuk lagi bayaran servis perkhidmatan PTPTN yang agak besar jugak jumlahnya.

    Kenapa nak berbisnes dengan rakyat?

    Tak salah nak tax tinggi tapi masalahnya di Malaysia ni tak nampak hasilnya. Tak payahlah nak compare dengan Norway. Rakyat Norway dicukaikan 36% daripada income diorang tapi 10% daripada tu akan dikembalikan untuk rakyat pergi bercuti. Hari Ahad kedai semua tutup sebab kerajaan dia nak galakkan rakyat spend masa dengan family.

    Persoalannya, kalau cukai kita dinaikkan pun, mampu ke kerajaan kita push untuk tingkatkan kualiti hidup kita? Sebab selama ni apa yang aku nampak, kerajaan selalu assume...gaji naik, kualiti hidup naik. Sebab tu diorang push nak dapatkan "gaji negara maju" menjelang 2020.

    Gaji besar pun tapi masa untuk spend dengan family tak ada, buat apa? Mana kualitinya? Macam mana nak melahirkan rakyat yang berkualiti?

    Aku pastekan sket beberapa kisah mengenai Norway sebab Najib dah buat perbandingan...

    Norway has for decades been built up as an open, transparent, informal society with strong egalitarian principles and a regulated social welfare system based on what the Norwegians love to call fellesskap (fellowship). This is a country where the prime minister bicycles to work, where approachable politicians walk freely around town and where the chief executive of the country's biggest bank can be spotted doing his family's grocery shopping, all alone, in short-sleeves.

    This is a country where it's not at all unusual to hear its citizens say that they "pay their taxes with joy," because they're keen to spread the wealth and know that they can get a lot back in return, from free university tuition to total coverage of all hospitalization costs.

    Kalau kerajaan tak ada vision nak achieve sesuatu yang macam ni...sila step down. Bagi peluang kepada orang lain memimpin Malaysia dan nak try sesuatu yang lebih baik. Bad leaders lead to bad things.

    cursingmalay

    KONGSI ARTIKEL INI MELALUI FACEBOOK

    Dewan Pemuda Pas Kawasan Bukit Katil

    Dewan Pemuda Pas Kawasan Bukit Katil


    Pemuda Anjur Sukan PASTI Tahunan

    Posted: 09 Apr 2012 09:36 AM PDT


    Alhamdulilah, pada 7/4/2012 iaitu hari sabtu, Dewan Pemuda PAS Kawasan Bukit Katil bersama Majlis Guru PASTI, MGP telah berjaya menganjurkan Sukan PASTI Tahunan. Pesta sukan ini diadakan di padang Maahad Ar-rahmah di kampung Solok Gaung.

    Sukan ini diadakan sebagai salah satu aktiviti tahunan pasti yang diadakan samaada di peringkat kawasan hingga ke peringkat negeri. Ia juga sebagai salah satu aktiviti untuk mengeratkan hubungan silaturahim antara ibu bapa pelajar, Guru PASTI dan juga Pemuda PAS kawasan.

    Sepertimana yang diketahui umum, PASTI ditubuhkan bertujuan untuk melahirkan kanak-kanak soleh pintardi Malaysia melalui pendidikan prasekolah berteraskan Islam. Oleh kerana itu Sukan PASTI ini juga diharap menjadi satu cara untuk mendidik anak-anak kecil ini mengenali bagaimana beriadah dan bersukan mengikut syariat islam.

    Berikut antara gelagat-gelagat pelajar PASTI yang sempat dirakam:













    TAKBIR!!!..

    Dewan Pemuda Pas Kawasan Machang -dppkm- Mempersada Perjuangan

    Dewan Pemuda Pas Kawasan Machang -dppkm- Mempersada Perjuangan


    Ceramah Isu - Isu Semasa Di Machang

    Posted: 08 Apr 2012 04:53 PM PDT

    Ceramah Di Machang 12/4/2012

    Posted: 08 Apr 2012 04:52 PM PDT

    Forum Bicara Islam

    Posted: 08 Apr 2012 04:52 PM PDT

    Najib pangku Menteri Wanita beri laluan kepada isteri?

    Posted: 08 Apr 2012 04:47 PM PDT


    KUALA LUMPUR, 8 April: Adakah Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak memangku jawatan Menteri Pembangunan Wanita, Kelulaluan pada arga dan Masyarakat dengan tujuan untuk membolehkan isterinya mendapat laluan menguasai kementerian berkenaan, Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar (gambar) mempersoalkan.

    Tindakan itu juga, kata beliau, menunjukkan tidak ada Ahli Parlimen atau tokoh Wanita Umno yang mendapat kepercayaan Najib untuk memegang jawatan itu sehingga menyebabkan beliau mengambil keputusan memangku jawatan itu.

    "Najib tak percaya sesiapa pun dari kalangan Ahli Parlimen wanita yang ada dari Umno dan Barisan Nasional (BN) dan tidak ada tokoh wanita lain dari Umno dan BN yang dipercayainya untuk dilantik sebagai senator dan seterusnya memegang jawatan sebagai menteri berkenaan," kata Mahfuz.

    Sebelum itu, Ketua Wanita Umno, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil terpaksa melepaskan jawatan sebagai Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat apabila tempoh perkhidmatannya sebagai senator untuk penggal pertama tamat pada 8 April dan tidak disambung oleh pentadbiran Najib dipercayai berikutan kes National Feedlot Corporation (NFCorp) yang melibatkan keluarganya.

    Tindakan Najib yang memangku sendiri jawatan yang dikosongkan oleh Shahrizat itu dilihat oleh Mahfuz sebagai usaha  membentuk pemikiran rakyat bahawa semua liabiliti kes lembu NFCorp bukan hanya ditanggung oleh Shahrizat seorang sahaja, tetapi hendaklah ditanggung sama oleh semua wanita Umno.

    "Sekali lagi Najib memuaskan kehendak hobinya yang tidak berkesudahan iaitu menonjolkan dirinya sebagai penyelamat ketika beliau menunjukkan bahawa beliau tidak percaya sesiapa pun dari kalangan wanita Umno dan wanita BN untuk memegang jawatan tersebut," kata Ahli Parlimen Pokok Sena itu.

    Mahfuz juga menolak alasan kononnya Najib tidak sempat hendak membuat pilihan berikutan pengunduran Shahrizat dari jawatan itu.

    "Najib sudah tahu awal-awal lagi tarikh tamatnya tempoh perkhidmatan Shahrizat sebagai senator.

    "Alasan tidak sempat membuat pilihan tidak diterima sama sekali dan tidak boleh dipercayai," katanya.

    Alasan sebenarnya, kata Mahfuz, bukan kerana tidak sempat membuat pilihan.

    "Alasan yang dilihat umum ialah Najib tidak percaya sesiapa pun dari kalangan wanita Umno dan wanita BN untuk memegang jawatan itu.

    "Najib hanya percayakan (isterinya, Datin Seri) Rosmah (Mansor) sahaja.

    "Tindakannya memangku jawatan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat dilihat akan membolehkan isterinya melebarkan lagi cengkaman pengaruhnya," kata beliau.

    Selepas ini, kata Mahfuz, Rosmah tidak hanya menguasai secara tidak langsung pelbagai bahagian di Jabatan Perdana Menteri di samping menguasai secara tidak langsung Kementerian Kewangan, malah Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat juga akan dikuasainya secara tidak langsung.

    Selain menjadi Perdana Menteri, Najib juga adalah Menteri Kewangan dan kini pemangku Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.

    Rosmah dilihat sebagai isteri Perdana Menteri yang paling berpengaruh dan paling berprofil tinggi salamn sejarah politik Malaysia.

    Walau dikecam sebagai berlebihan termasuk dari kalangan tokoh-tokoh Umno sendiri, tidak ada sesiapa pun yang berani menghalang kehendak Rosmah termasuk bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad sendiri walaupun beliau dilihat begitu lantang bersuara.

    Integriti: Awang Adek terlepas, Shahrizat kena

    Posted: 08 Apr 2012 04:46 PM PDT

    BACHOK, 8 April: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dianggap tidak mengendah soal integriti apabila mengekalkan pelantikan Datuk Dr Awang Adek Hussin sebagai anggota Dewan Negara (Senator).

    Sedangkan pada 6 Mei 2010 Timbalan Menteri Kewangan itu mengumumkan kerajaan mengeluarkan lesen judi sempena Piala Dunia 2010 di Afrika Selatan.

    Kenyataan berkenaan dikecam pelbagai pihak sehingga akhirnya kerajaan Barisan Nasional (BN) membatalkan cadangan tersebut.

    Kewibawaannya lebih tercalar apabila beliau mengakui menerima RM100,000 yang dibayar kepada akaun peribadinya untuk kontrak yang dilulus pada November 2010.

    Wang tunai itu difahamkan dimasuk ke akaun peribadi Awang Adek di sebuah bank di Bachok. Dakwaan tersebut dibuat blog Thewhistleblower711.

    Bagaimanapun esok Awang Adek dijadual  mengangkat sumpah Ahli Dewan Negara bersama beberapa menteri termasuk Datuk Raja Nong Chik, Tan Sri Dr Koh Tsu Koon dan Datuk Seri Jamil Khir Baharom.

    Pengarah Pilihan Raya PAS Kelantan, Wan Nik Wan Yussof berkata, transformasi ke arah lebih berintegriti yang disebut-sebut Perdana Menteri sebelum ini diangggap tidak memberi sebarang makna.

    Ini kerana Fasal 45 (2) Perlembagaan Persekutuan menjelaskan seseorang yang dilantik sebagai Senator hendaklah dipasti terbukti memberi perkhidmatan cemerlang kepada negara.

    "Namun Dr Awang Adek sudah terpalit dengan banyak isu berkaitan soal integriti. Kalau Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil tidak disambung sebagai Senator kerana isu RM250 juta, sepatutnya Ketua Umno Bachok juga perlu berdepan dengan situasi serupa.

    "Seseorang anggota kabinet memasuk wang sumbangan ke dalam akaun peribadi tidak boleh dipandang mudah. Kita berharap SPRM tidak membiarkan kerana ia menyentuh soal integriti seperti dihasrat Perdana Menteri," katanya di sini.

    Pada 9 April 2009 Awang mengangkat sumpah sebagai Senator bagi membolehnya dilantik sebagai Timbalan Menteri Kewangan II. Sebelum ini beliau pernah dilantik sebagai Senator selepas pilihan raya umum 1999.

    Bagaimanapun difahamkan penggal pertama pelantikannya sebagai Senator tidak mencukupi tiga tahun disebabkan parlimen dibubarkan pada 2004.

    Wan Nik yang juga bekas anggota parlimen Bachok berkata, tempoh pelantikan Dr Awang Adek sebagai senator mungkin hanya tinggal setahun lagi bagi mengenapkan tempoh dua penggal.

    Kata beliau sekiranya Timbalan Pengerusi Perhubungan Umno Kelantan terbabit gagal memenangi kerusi parlimen Bachok pada pilihan raya umum ke-13, tempohnya sebagai Senator akan berakhir.

    PR bergaya ke Putrajaya jika pilihan raya bersih

    Posted: 08 Apr 2012 04:46 PM PDT


    SHAH ALAM, 8  April: Kemampuan PAS melebarkan sayapnya dari kawasan kampung ke bandar-bandar besar membuktikan parti itu kini berupaya menawan Putrajaya pada pilihan raya umum ke-13 bersama Pakatan Rakyat.

    Timbalan Presiden, Mohamad Sabu (gambar) berkata, PAS yang pada mulanya bertapak di Pulau Pinang dan merebak ke kawasan yang mempunyai sekolah pondok akhirnya menembusi kawasan bandar, sehingga Shah Alam berjaya menyambut Jubli Peraknya.

    "Apabila PAS mula merebak ke kawasan-kawasan yang ada pesantren, ia menjadi tapak kekuatan PAS khasnya di Kelantan, Terengganu, Kedah, Perlis, Perak Utara. Selangor kalau ada pun sebelah Tanjung Karang dan Sabak Bernam.

    "Kita mula merebak masuk ke kota-kota pada tahun 80-an dan 90-an. Di Shah Alam ini pun kita mula bertapak di sekitar kampung iaitu di Meru, Jalan Kebun.

    "Sekarang PAS sudah berada di bandar, di taman-taman, Shah Alam, Bangi, Petaling Jaya. Bila kita berada di tempat-tempat ini bermakna kita akan ambil alih pemerintahan Putrajaya," kata beliau dalam ceramahnya di program Munajat Perdana Pertahankan Selangor sempena 25 tahun PAS Shah Alam di Stadium Melawati, dekat sini malam tadi.

    Namun Mohamad berkata, hasrat PAS dan Pakatan Rakyat mara ke Putrajaya hanya akan tercapai jika pilihan raya berjalan secara bersih dan adil.

    "Kita yakin mampu mara ke Putrajaya dengan gagah dan bergaya, dengan syarat pilihan raya bersih dan adil," katanya.

    Justeru beliau berkata, perhimpunan Bersih 3.0 pada 28 April ini adalah suatu medan untuk menuntut pilihan raya yang bersih.

    "Datuk A. Samad Said yang menyambut hari lahirnya yang ke-77 hari ini mengajak orang ramai duduk bantah menuntut pilihan raya bersih.

    "Kalau anak muda umur 23 tahun tak turun, malulah," katanya.

    Seruan sama turut dibuat Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim di hadapan kira-kira 5,000 hadirin.

    "Sampai bila kita mahu ditipu dalam sistem pilihan raya? Maka, kena ada kekuatan raksasa rakyat dalam himpunan Bersih 3.0 pada 28 April ini," kata beliau.

    Beliau turut mengingatkan jentera Pakatan Rakyat Selangor tidak leka kerana Umno BN mampu menggunakan apa sahaja cara untuk merampas kembali negeri itu.

    "Di Selangor, kita jangan ambil mudah. Kalau 2008 Pakatan Rakyat ambil Selangor, tahun 2012 tanggungjawab kita untuk pertahankan Selangor," katanya.

    Turut berucap malam tadi ialah Pesuruhjaya Selangor, Dr Rani Osman dan Yang Dipertua Shah Alam, Khalid Samad.

    Makin ramai penyokong, ahli tinggalkan Umno

    Posted: 08 Apr 2012 04:45 PM PDT


    RANTAU PANJANG, 8 April: Impian Datuk Seri Mustapa Mohamed mahu merampas Kelantan pada pilihan raya umum ke-13 tergugat apabila semakin ramai ahli dan penyokong Umno meninggalkan parti itu.

    Minggu lepas 69 bekas ahli dan penyokong Umno di Dun Gual Periuk menyertai PAS beramai-ramai membabitkan cawangan Umno Kampung Dangar dan Kampung Kedap.

    Dan malam tadi pula seramai 152 lagi ahli Umno iaitu di Kampung Rengas, Chicha Tinggi Dun Bukit Tuku menyertai PAS beramai-ramai selepas hilang keyakinan terhadap kepimpinan Umno Kelantan dan Rantau Panjang.

    Pengasas Umno cawangan itu Awang Ismail, 55 atau lebih dikenali sebagai Che Seman berkata, beliau bersama rakan-rakan tidak mahu lagi bersekongkol dengan masalah yang melanda Umno sekarang.

    "Ketua Bahagian Rantau Panjang, Datuk Abdullah Mat Yassin dan pimpinan peringkat bahagian tidak lagi menjenguk dan melawat kami di peringkat akar umbi.

    "Ini menyebabkan kami susah hendak mengadu sesuatu masalah. Selain itu banyak masalah lain yang membelit Umno sekarang. Ini menyebabkan kami berpakat meninggalkan Umno beramai-ramai," katanya ketika ditemui selepas program ceramah dan penyerahan borang menyertai PAS.

    Turut mengisytihar menyertai PAS, Umno Ketua Cawangan Umno Kampung Rengas, Zakaria Ismail, 45. Che Seman mewakili rakan-rakan menyerah borang kepada  Timbalan Pesuruhjaya PAS Kelantan, Datuk Mohd Amar Abdullah.

    Turut hadir Yang Dipertua PAS Rantau Panjang, Abdul Fatah Harun,  Adun Gual Periok, Ustaz  Mohamad Awang dan Presiden Persatuan Boksing Kelantan, Ramli Awang.

    Sementara itu dalam majlis berasingan malam Jumaat lalu Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa meraikan ahli-ahli dan penyokong Umno Kubang Kerian pada satu program di tapak pasar minggu Kampung Binjal.

    Program yang bermula jam 3 petang itu ahli-ahli Umno terbabit diraikan dengan jamuan bakar ayam dan minum petang. Manakala pada sebelah malam pula diadakan program Pemimpin Bersama Rakyat.

    Rakyat Melaka mahu Ali Rustam sahut debat PAS

    Posted: 08 Apr 2012 04:44 PM PDT

    BUKIT RAMBAI, 8 April: Rakyat negeri Melaka meletakkan harapan tinggi kepada Ketua Menteri Datuk Seri Mohd Ali Rustam untuk menyahut cabaran debat oleh Pesuruhjaya PAS Melaka, Adly Zahari.

    Amat Alang, 43 dari Taman Merdeka berkata rakyat khususnya anak muda negeri Melaka memang sudah lama menanti-nanti debat bersejarah antara pimpinan PAS dan Umno.

    "Rakyat khususnya anak muda ingin mendengar hujah-hujah kedua-dua parti bagi membuat penilaian dan pertimbangan sebelum membuat keputusan untuk memilih siapa pada pilihanraya umum akan datang" ujar Wan Azmi.

    Rakan beliau Hamed Wahab, 44 dari Durian Tunggal pula berpendapat bahawa debat merupakan kaedah terbaik bagi pimpinan menunjukkan idea dan karisma masing-masing secara spontan di hadapan rakyat.

    "Di negara-negara maju pimpinan mereka menjadikan pentas debat sebagai cara mereka berkempen dan menonjolkan keupayaan diri dan parti mereka, malangnya di negara kita pemimpin takut untuk berdebat, pemimpin yang takut berdebat ini sebenarnya tidak layak menjadi pemimpin" ujar Anuar.

    Sementara itu, Adly dalam ceramahnya di sini malam tadi berkata beliau akan tetap menunggu Mohd Ali yang juga Pengerusi Perhubungan Umno Melaka di MITC pada 15 April ini iaitu tarikh debat yang dicadangkan antara mereka berdua.

    "Saya akan tunggu dia di MITC 15 April, kalau dia takut dia boleh hantar Idris Haron atau Ketua Cawangan Umno yang saya akan tetap berdebat dengan mereka.

    "Mereka akan kacau program ceramah kita dengan berceramah disebelah kita, lebih baik kita berdebat, bukan terpekik terlolong dari jauh" ujar Adly pada ceramah anjuran DAP sempena perasmian Bilik Gerakan
    Pilihan Raya DAP Dun Klebang di sini malam tadi.

    Beliau berkata ketua menteri itu boleh memilih apa juga tajuk yang dia suka untuk debat tersebut.

    "Kita tidak kisah apa juga tajuk debat kerana yang penting bagi kita ialah mesej dan hujah kita sampai kepada rakyat".

    "Kalau dia hendak debat tentang Sekolah Harapan boleh, tentang Melaka Maju pun boleh atau tentang pembaziran kerajaan Melaka lagi boleh" tegas Adly.

    Maik diharap dapat lestari sistem tadbir urus

    Posted: 08 Apr 2012 04:44 PM PDT


    KOTA BHARU, 8 April:  Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Abdul Aziz Nik Mat percaya Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (Maik) pada usia 100 tahun dianggap cukup matang, bahkan mampu menjadi contoh kepada Majlis-Majlis Agama Islam yang lain.

    Beliau menyatakan demikian dalam perutusan sempena perayaan tersebut, semalam.

    "Maik telah menjalankan peranan dan fungsinya dengan baik dan cemerlang terutama dalam hal ehwal agama Islam di Kelantan," ujarnya.

    Justeru, beliau berharap pada masa akan datang Maik dapat melestarikan sistem tadbir urusnya dengan menambah baik sistem sedia ada di samping melaksanakan pembaharuan yang boleh dicontohi semua peringkat.

    Semalam, Tengku Mahkota Kelantan Dr Tengku Muhammad Fa-Iz Petra Ibni Sultan Ismail Petra berkenan berangkat menyempurnakan upacara Majlis Perasmian Program Cakna Wanita dan Kanak-Kanak di Kompleks Islam Jubli Perak Sultan Ismail Petra, Panji dekat sini.

    (Gambar: Tengku Muhammad Fa-Iz Petra menyampaikan sumbangan kepada seorang penerima bantuan Maik.)

    Program bertema Wanita Pemangkin Kesejahteraan Keluarga itu diadakan sempena Majlis Perayaan Ulangtahun ke-100 Tahun Penubuhan Maik.

    Turut berangkat Tengku Amalin A'ishah Putri binti Sultan Ismail Petra.

    Hadir sama Speaker Dewan Negeri Kelantan, Datuk Mohd Nassuruddin Daud, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam, Pendidikan dan Dakwah Negeri Datuk Mohd Amar Nik Abdullah dan Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerjaraya, Utiliti dan Alam Sekitar Negeri Datuk Mejar (B) Md Anizam Abd. Rahman.

    Hadir sama isteri Menteri Besar, Datin Tuan Sabariah Tuan Ishak, Datuk Tengku Rozan binti Almarhum Sultan Yahya Petra dan Datuk Tengku Salwani binti Al-Marhum Sultan Yahya Petra.

    Setiausaha Kerajaan Kelantan Datuk Dr Zainuddin Ibrahim, Pegawai Kewangan Negeri Mohd Faudzi Che Mamat, Mufti Kerajaan Kelantan Datuk Mohamad Shukri Mohamad dan timbalannya Datuk Nik Abdul Kadir Nik Muhamamad dan Ketua Hakim Syarie Kelantan Datuk Daud Muhammad.

    Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (Jaheaik), Datuk Che Mohd Rahim Jusoh berkata sempena ulangtahun MAIK itu pengirisan Program Cakna Wanita dan Kanak-Kanak diadakan.

    "Ini bertujuan meningkat dan merealisasikan kegiatan amal kebajikan, membantu masyarakat di samping memberi peluang kepada kaum wanita, ibu tunggal dan kanak-kanak.

    "Bahkan memberi peluang kepda golonga ini mendapatkan informasi mengenai peluang perniagaan, maklumat kesihatan dan kekeluargaan.

    "Istimewa program Demontrasi Masakan Menu Sihat Amalan Rasulullah saw bersama Master Chef Sabri Hassan.

    Turut diadakan Seminar Ibu Cemerlang Keluarga Gemilang, Seminar Kesedaran Kanser dan Seminar Wanita dan Kepenggunaan.

    Turut diadakan Bicara Wanita: "Aurat, Fesyen dan Tanggungjawab" bersama Ustazah Zawiah Hassan dan selebriti Nora.

    Perayaan bermula 7 hingga 11 April  itu diserikan dengan 63 gerai jualan dan booth pameran mulai 9.00 pagi hingga 6.00 petang yang turut dijayakan usahawan penerima bantuan Maik, usahawan halal dan agensi kerajaan.

    Penjelasan Nizar tentang Vale

    Posted: 08 Apr 2012 04:43 PM PDT


    Pakatan Rakyat Perak ingin menolak segala serangan yang terkutuk oleh Menteri Besar Barisan Nasional, yang mana mengatakan bahawa EXCO Pakatan Rakyat terlibat dalam membenarkan dan meluluskan tanah untuk VALE di Teluk Rubiah.


    Amat tidak masuk akal sama sekali untuk mengatakan bahawa kerajaan PR menawarkan bekas tanah resort di Teluk Rubiah kepada VALE kerana ia adalah tanah persendirian. Kerajaan Pakatan Rakyat Perak telah mencadangkan Tanjung Hantu sebagai kilang mempeletan bijih besi dan juga projek pusat distribusi yang mana dicadangkan VALE.

    Tanjung Hantu terletak kira-kira 45km dari Teluk Rubiah dan merupakan tempat yang dinyahhutankan dan mempunyai penduduk yang bilangannya kecil sahaja. Tanah yang dicadangkan juga merupakan tanah milik negeri. Kita berpendirian teguh atas pendirian ini.

    Surat saya hanyalah kenyataan pengaluan, untuk bersetuju untuk menimbangkan kesemua tapak yang dicadangkan termasuk Teluk Rubiah. Seperti mana jua seorang Menteri Besar yang bertanggungjawab, saya menunjukkan budi bahasa dan positiviti kepada seorang yang berpontensi menjadi pelabur asing kepada negeri yang mana patut diterima mereka sebelum apa-apa penyiasatan dan keputusan dibuat.

    Hal tersebut hanya diperingkat permulaan sahaja. Laporan-laporan daripada agensi negeri yang berkaitan belum lagi dikumpulkan dan dibincangkan,dan ia masih belum dibincangkan dalam mana-mana mesyuarat EXCO. Oleh itu, tidak mungkin sebarang keputusan boleh dibuat atas isu tersebut. Isu tersebut hanya boleh akan dibuat selepas Penilaian Kesan Alam Sekitar dijalankan dan keputusannya hendaklah memuaskan. Tambahan pula agensi-agensi berikut harus dirunding terlebih dahulu:

    • TNB: Yang mempunyai Stesen Janakuasa hampir dengan Teluk Rubiah
    • Perdagangan dan Industri Antarabangsa Malaysia (MITI)
    • Jabatan Perikanan dan Marin
    • Pejabat Tanah dan Galian
    • Kementerian Pertahanan : Untuk memastikan ia tidak akan membawa kesan terhadap protokol-protokol berkaitan dengan Tentera Laut,Kementerian Pelaburan, Pembangunan dan Industri.

    Apabila kita mengkaji tapak yang berpotensi, kita amat terkejut dengan penemuan kita. Harta Makmur Sdn Bhd yang memiliki tanah resort Teluk Rubiah menghadapi masalah kewangan. Syarikat tersebut berhutang dengan kerajaan negeri lebih RM20juta untuk cukai pintu. Ia juga mempunyai sejumlah hutang dan pinjaman belum berbayar kepada pelbagai institusi kewangan melebihi RM200juta. Oleh yang demikian, kita ada beberapa pertanyaan.

    Adakah keputusan untuk meluluskan projek tersebut di Teluk Rubiah dipengaruhi oleh pertimbangan untuk membantu Harta Makmur dalam keadaan kewangannya meskipun ia bertentangan dengan kehendak rakyat? Tapak tersebut dan kawasan sekitarnya mempunyai tugas sebagai menjadi tumpuan pelancongan di Manjung. Berjuta-juta ringgit dibelanjakan untuk mencantikan kawasan tersebut demi menjadikan ia tumpuan pelancongan yang luar biasa cantiknya. Saya juga ingin tahu mengapa Zambry begitu melindungi kepentingan Harta Makmur, meskipun ia jelas bertentangan dengan kebajikan rakyat.

    Ia difahamkan bahawa jika terdapat sebarang pertikaian yang timbul atas projek ini, ia telah dinyatakan dalam perjanjian antara BN dan VALE bahawa hal berbangkit tersebut akan diselesaikan dalam mahkamah Singapura. Ini merupakan satu penghinaan terang-terangan kepada negara kita, negeri kita, dan rakyat kita yang mana kedua-dua pihak tidak mengiktiraf sistem kehakiman negara ini. Saya mahukan Zambry memberikan penjelasan menyeluruh tentang hal ini.

    Meskipun EXCO saya dijemput ke Brazil untuk rundingan lanjut oleh VALE, tidak seperti BN, kami telah menolaknya kerana kita tak boleh bertanya soalan lanjut sedangkan yang sedia ada masih belum dijawab oleh mereka.

    Kami menolak dan menafikan tanpa kompromi bahawasanya Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat telah berperanan dalam meluluskan projek tersebut dan penukaran tanahnya.

    Saya selaku Menteri Besar ketika itu, bersama mana-mana ahli EXCO, tidak boleh membuat keputusan secara berasingan untuk meluluskan projek yang sebesar ini. Kita sebagai kerajaan negeri Perak pada waktu itu membuat keputusan secara kolektif untuk isu-isu seperti mana besarnya isu ini dan kita akan terus berbuat demikian apabila kita kembali menjadi kerajaan.

    Zambry tidak boleh memilih dalam memberi maklumat kepada orang ramai. Gambaran yang diberikan Zambry merupakan gambaran separuh benar pada yang terbaiknya dan penipuan besar pada yang paling teruknya. Sekiranya Zambry ikhlas berkhidmat untuk rakyat dan tidak bermain politik murahan yang didakwa beliau sedang dimainkan oleh kami, kami menuntut dan mencabar beliau untuk mendiklasifikasikan dan mengisytiharkan yang berikut:

    1. Kesemua minit mesyuarat oleh agensi-agensi kerajaan berkaitan VALE
    2. Kelulusan EXCO BN untuk projek tersebut
    3. Surat Kebenaran yang ditandatangani Zambry kepada VALE
    4. Perjanjian pelaburan antara Kerajaan Negeri dan VALE

    Kita percaya bahawa rakyat Perak, dengan hal diatas dinyahklasifikasi, tidak akan percaya segala penipuan oleh Barisan Nasional.

    Rakyat Perak akan bangkit dengan keputusan yang bijak dan bernas untuk mengembalikan keadilan kepada Perak dan mengembalikan semula demokrasi kepada negara kita. - http://mediaperak.com/2012/04/07/penjelasan-nizar-tentang-vale/

    Pengikut