Dewan Pemuda Pas Kawasan Machang -dppkm- Mempersada Perjuangan |
- Ceramah Isu - Isu Semasa Di Machang
- Ceramah Di Machang 12/4/2012
- Forum Bicara Islam
- Najib pangku Menteri Wanita beri laluan kepada isteri?
- Integriti: Awang Adek terlepas, Shahrizat kena
- PR bergaya ke Putrajaya jika pilihan raya bersih
- Makin ramai penyokong, ahli tinggalkan Umno
- Rakyat Melaka mahu Ali Rustam sahut debat PAS
- Maik diharap dapat lestari sistem tadbir urus
- Penjelasan Nizar tentang Vale
Ceramah Isu - Isu Semasa Di Machang Posted: 08 Apr 2012 04:53 PM PDT |
Posted: 08 Apr 2012 04:52 PM PDT |
Posted: 08 Apr 2012 04:52 PM PDT |
Najib pangku Menteri Wanita beri laluan kepada isteri? Posted: 08 Apr 2012 04:47 PM PDT KUALA LUMPUR, 8 April: Adakah Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak memangku jawatan Menteri Pembangunan Wanita, Kelulaluan pada arga dan Masyarakat dengan tujuan untuk membolehkan isterinya mendapat laluan menguasai kementerian berkenaan, Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar (gambar) mempersoalkan. Tindakan itu juga, kata beliau, menunjukkan tidak ada Ahli Parlimen atau tokoh Wanita Umno yang mendapat kepercayaan Najib untuk memegang jawatan itu sehingga menyebabkan beliau mengambil keputusan memangku jawatan itu. "Najib tak percaya sesiapa pun dari kalangan Ahli Parlimen wanita yang ada dari Umno dan Barisan Nasional (BN) dan tidak ada tokoh wanita lain dari Umno dan BN yang dipercayainya untuk dilantik sebagai senator dan seterusnya memegang jawatan sebagai menteri berkenaan," kata Mahfuz. Sebelum itu, Ketua Wanita Umno, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil terpaksa melepaskan jawatan sebagai Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat apabila tempoh perkhidmatannya sebagai senator untuk penggal pertama tamat pada 8 April dan tidak disambung oleh pentadbiran Najib dipercayai berikutan kes National Feedlot Corporation (NFCorp) yang melibatkan keluarganya. Tindakan Najib yang memangku sendiri jawatan yang dikosongkan oleh Shahrizat itu dilihat oleh Mahfuz sebagai usaha membentuk pemikiran rakyat bahawa semua liabiliti kes lembu NFCorp bukan hanya ditanggung oleh Shahrizat seorang sahaja, tetapi hendaklah ditanggung sama oleh semua wanita Umno. "Sekali lagi Najib memuaskan kehendak hobinya yang tidak berkesudahan iaitu menonjolkan dirinya sebagai penyelamat ketika beliau menunjukkan bahawa beliau tidak percaya sesiapa pun dari kalangan wanita Umno dan wanita BN untuk memegang jawatan tersebut," kata Ahli Parlimen Pokok Sena itu. Mahfuz juga menolak alasan kononnya Najib tidak sempat hendak membuat pilihan berikutan pengunduran Shahrizat dari jawatan itu. "Najib sudah tahu awal-awal lagi tarikh tamatnya tempoh perkhidmatan Shahrizat sebagai senator. "Alasan tidak sempat membuat pilihan tidak diterima sama sekali dan tidak boleh dipercayai," katanya. Alasan sebenarnya, kata Mahfuz, bukan kerana tidak sempat membuat pilihan. "Alasan yang dilihat umum ialah Najib tidak percaya sesiapa pun dari kalangan wanita Umno dan wanita BN untuk memegang jawatan itu. "Najib hanya percayakan (isterinya, Datin Seri) Rosmah (Mansor) sahaja. "Tindakannya memangku jawatan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat dilihat akan membolehkan isterinya melebarkan lagi cengkaman pengaruhnya," kata beliau. Selepas ini, kata Mahfuz, Rosmah tidak hanya menguasai secara tidak langsung pelbagai bahagian di Jabatan Perdana Menteri di samping menguasai secara tidak langsung Kementerian Kewangan, malah Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat juga akan dikuasainya secara tidak langsung. Selain menjadi Perdana Menteri, Najib juga adalah Menteri Kewangan dan kini pemangku Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat. Rosmah dilihat sebagai isteri Perdana Menteri yang paling berpengaruh dan paling berprofil tinggi salamn sejarah politik Malaysia. Walau dikecam sebagai berlebihan termasuk dari kalangan tokoh-tokoh Umno sendiri, tidak ada sesiapa pun yang berani menghalang kehendak Rosmah termasuk bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad sendiri walaupun beliau dilihat begitu lantang bersuara. |
Integriti: Awang Adek terlepas, Shahrizat kena Posted: 08 Apr 2012 04:46 PM PDT BACHOK, 8 April: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dianggap tidak mengendah soal integriti apabila mengekalkan pelantikan Datuk Dr Awang Adek Hussin sebagai anggota Dewan Negara (Senator). Sedangkan pada 6 Mei 2010 Timbalan Menteri Kewangan itu mengumumkan kerajaan mengeluarkan lesen judi sempena Piala Dunia 2010 di Afrika Selatan. Kenyataan berkenaan dikecam pelbagai pihak sehingga akhirnya kerajaan Barisan Nasional (BN) membatalkan cadangan tersebut. Kewibawaannya lebih tercalar apabila beliau mengakui menerima RM100,000 yang dibayar kepada akaun peribadinya untuk kontrak yang dilulus pada November 2010. Wang tunai itu difahamkan dimasuk ke akaun peribadi Awang Adek di sebuah bank di Bachok. Dakwaan tersebut dibuat blog Thewhistleblower711. Bagaimanapun esok Awang Adek dijadual mengangkat sumpah Ahli Dewan Negara bersama beberapa menteri termasuk Datuk Raja Nong Chik, Tan Sri Dr Koh Tsu Koon dan Datuk Seri Jamil Khir Baharom. Pengarah Pilihan Raya PAS Kelantan, Wan Nik Wan Yussof berkata, transformasi ke arah lebih berintegriti yang disebut-sebut Perdana Menteri sebelum ini diangggap tidak memberi sebarang makna. Ini kerana Fasal 45 (2) Perlembagaan Persekutuan menjelaskan seseorang yang dilantik sebagai Senator hendaklah dipasti terbukti memberi perkhidmatan cemerlang kepada negara. "Namun Dr Awang Adek sudah terpalit dengan banyak isu berkaitan soal integriti. Kalau Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil tidak disambung sebagai Senator kerana isu RM250 juta, sepatutnya Ketua Umno Bachok juga perlu berdepan dengan situasi serupa. "Seseorang anggota kabinet memasuk wang sumbangan ke dalam akaun peribadi tidak boleh dipandang mudah. Kita berharap SPRM tidak membiarkan kerana ia menyentuh soal integriti seperti dihasrat Perdana Menteri," katanya di sini. Pada 9 April 2009 Awang mengangkat sumpah sebagai Senator bagi membolehnya dilantik sebagai Timbalan Menteri Kewangan II. Sebelum ini beliau pernah dilantik sebagai Senator selepas pilihan raya umum 1999. Bagaimanapun difahamkan penggal pertama pelantikannya sebagai Senator tidak mencukupi tiga tahun disebabkan parlimen dibubarkan pada 2004. Wan Nik yang juga bekas anggota parlimen Bachok berkata, tempoh pelantikan Dr Awang Adek sebagai senator mungkin hanya tinggal setahun lagi bagi mengenapkan tempoh dua penggal. Kata beliau sekiranya Timbalan Pengerusi Perhubungan Umno Kelantan terbabit gagal memenangi kerusi parlimen Bachok pada pilihan raya umum ke-13, tempohnya sebagai Senator akan berakhir. |
PR bergaya ke Putrajaya jika pilihan raya bersih Posted: 08 Apr 2012 04:46 PM PDT SHAH ALAM, 8 April: Kemampuan PAS melebarkan sayapnya dari kawasan kampung ke bandar-bandar besar membuktikan parti itu kini berupaya menawan Putrajaya pada pilihan raya umum ke-13 bersama Pakatan Rakyat. Timbalan Presiden, Mohamad Sabu (gambar) berkata, PAS yang pada mulanya bertapak di Pulau Pinang dan merebak ke kawasan yang mempunyai sekolah pondok akhirnya menembusi kawasan bandar, sehingga Shah Alam berjaya menyambut Jubli Peraknya. "Apabila PAS mula merebak ke kawasan-kawasan yang ada pesantren, ia menjadi tapak kekuatan PAS khasnya di Kelantan, Terengganu, Kedah, Perlis, Perak Utara. Selangor kalau ada pun sebelah Tanjung Karang dan Sabak Bernam. "Kita mula merebak masuk ke kota-kota pada tahun 80-an dan 90-an. Di Shah Alam ini pun kita mula bertapak di sekitar kampung iaitu di Meru, Jalan Kebun. "Sekarang PAS sudah berada di bandar, di taman-taman, Shah Alam, Bangi, Petaling Jaya. Bila kita berada di tempat-tempat ini bermakna kita akan ambil alih pemerintahan Putrajaya," kata beliau dalam ceramahnya di program Munajat Perdana Pertahankan Selangor sempena 25 tahun PAS Shah Alam di Stadium Melawati, dekat sini malam tadi. Namun Mohamad berkata, hasrat PAS dan Pakatan Rakyat mara ke Putrajaya hanya akan tercapai jika pilihan raya berjalan secara bersih dan adil. "Kita yakin mampu mara ke Putrajaya dengan gagah dan bergaya, dengan syarat pilihan raya bersih dan adil," katanya. Justeru beliau berkata, perhimpunan Bersih 3.0 pada 28 April ini adalah suatu medan untuk menuntut pilihan raya yang bersih. "Datuk A. Samad Said yang menyambut hari lahirnya yang ke-77 hari ini mengajak orang ramai duduk bantah menuntut pilihan raya bersih. "Kalau anak muda umur 23 tahun tak turun, malulah," katanya. Seruan sama turut dibuat Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim di hadapan kira-kira 5,000 hadirin. "Sampai bila kita mahu ditipu dalam sistem pilihan raya? Maka, kena ada kekuatan raksasa rakyat dalam himpunan Bersih 3.0 pada 28 April ini," kata beliau. Beliau turut mengingatkan jentera Pakatan Rakyat Selangor tidak leka kerana Umno BN mampu menggunakan apa sahaja cara untuk merampas kembali negeri itu. "Di Selangor, kita jangan ambil mudah. Kalau 2008 Pakatan Rakyat ambil Selangor, tahun 2012 tanggungjawab kita untuk pertahankan Selangor," katanya. Turut berucap malam tadi ialah Pesuruhjaya Selangor, Dr Rani Osman dan Yang Dipertua Shah Alam, Khalid Samad. |
Makin ramai penyokong, ahli tinggalkan Umno Posted: 08 Apr 2012 04:45 PM PDT RANTAU PANJANG, 8 April: Impian Datuk Seri Mustapa Mohamed mahu merampas Kelantan pada pilihan raya umum ke-13 tergugat apabila semakin ramai ahli dan penyokong Umno meninggalkan parti itu. Minggu lepas 69 bekas ahli dan penyokong Umno di Dun Gual Periuk menyertai PAS beramai-ramai membabitkan cawangan Umno Kampung Dangar dan Kampung Kedap. Dan malam tadi pula seramai 152 lagi ahli Umno iaitu di Kampung Rengas, Chicha Tinggi Dun Bukit Tuku menyertai PAS beramai-ramai selepas hilang keyakinan terhadap kepimpinan Umno Kelantan dan Rantau Panjang. Pengasas Umno cawangan itu Awang Ismail, 55 atau lebih dikenali sebagai Che Seman berkata, beliau bersama rakan-rakan tidak mahu lagi bersekongkol dengan masalah yang melanda Umno sekarang. "Ketua Bahagian Rantau Panjang, Datuk Abdullah Mat Yassin dan pimpinan peringkat bahagian tidak lagi menjenguk dan melawat kami di peringkat akar umbi. "Ini menyebabkan kami susah hendak mengadu sesuatu masalah. Selain itu banyak masalah lain yang membelit Umno sekarang. Ini menyebabkan kami berpakat meninggalkan Umno beramai-ramai," katanya ketika ditemui selepas program ceramah dan penyerahan borang menyertai PAS. Turut mengisytihar menyertai PAS, Umno Ketua Cawangan Umno Kampung Rengas, Zakaria Ismail, 45. Che Seman mewakili rakan-rakan menyerah borang kepada Timbalan Pesuruhjaya PAS Kelantan, Datuk Mohd Amar Abdullah. Turut hadir Yang Dipertua PAS Rantau Panjang, Abdul Fatah Harun, Adun Gual Periok, Ustaz Mohamad Awang dan Presiden Persatuan Boksing Kelantan, Ramli Awang. Sementara itu dalam majlis berasingan malam Jumaat lalu Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa meraikan ahli-ahli dan penyokong Umno Kubang Kerian pada satu program di tapak pasar minggu Kampung Binjal. Program yang bermula jam 3 petang itu ahli-ahli Umno terbabit diraikan dengan jamuan bakar ayam dan minum petang. Manakala pada sebelah malam pula diadakan program Pemimpin Bersama Rakyat. |
Rakyat Melaka mahu Ali Rustam sahut debat PAS Posted: 08 Apr 2012 04:44 PM PDT BUKIT RAMBAI, 8 April: Rakyat negeri Melaka meletakkan harapan tinggi kepada Ketua Menteri Datuk Seri Mohd Ali Rustam untuk menyahut cabaran debat oleh Pesuruhjaya PAS Melaka, Adly Zahari. Amat Alang, 43 dari Taman Merdeka berkata rakyat khususnya anak muda negeri Melaka memang sudah lama menanti-nanti debat bersejarah antara pimpinan PAS dan Umno. "Rakyat khususnya anak muda ingin mendengar hujah-hujah kedua-dua parti bagi membuat penilaian dan pertimbangan sebelum membuat keputusan untuk memilih siapa pada pilihanraya umum akan datang" ujar Wan Azmi. Rakan beliau Hamed Wahab, 44 dari Durian Tunggal pula berpendapat bahawa debat merupakan kaedah terbaik bagi pimpinan menunjukkan idea dan karisma masing-masing secara spontan di hadapan rakyat. "Di negara-negara maju pimpinan mereka menjadikan pentas debat sebagai cara mereka berkempen dan menonjolkan keupayaan diri dan parti mereka, malangnya di negara kita pemimpin takut untuk berdebat, pemimpin yang takut berdebat ini sebenarnya tidak layak menjadi pemimpin" ujar Anuar. Sementara itu, Adly dalam ceramahnya di sini malam tadi berkata beliau akan tetap menunggu Mohd Ali yang juga Pengerusi Perhubungan Umno Melaka di MITC pada 15 April ini iaitu tarikh debat yang dicadangkan antara mereka berdua. "Saya akan tunggu dia di MITC 15 April, kalau dia takut dia boleh hantar Idris Haron atau Ketua Cawangan Umno yang saya akan tetap berdebat dengan mereka. "Mereka akan kacau program ceramah kita dengan berceramah disebelah kita, lebih baik kita berdebat, bukan terpekik terlolong dari jauh" ujar Adly pada ceramah anjuran DAP sempena perasmian Bilik Gerakan Pilihan Raya DAP Dun Klebang di sini malam tadi. Beliau berkata ketua menteri itu boleh memilih apa juga tajuk yang dia suka untuk debat tersebut. "Kita tidak kisah apa juga tajuk debat kerana yang penting bagi kita ialah mesej dan hujah kita sampai kepada rakyat". "Kalau dia hendak debat tentang Sekolah Harapan boleh, tentang Melaka Maju pun boleh atau tentang pembaziran kerajaan Melaka lagi boleh" tegas Adly. |
Maik diharap dapat lestari sistem tadbir urus Posted: 08 Apr 2012 04:44 PM PDT KOTA BHARU, 8 April: Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Abdul Aziz Nik Mat percaya Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (Maik) pada usia 100 tahun dianggap cukup matang, bahkan mampu menjadi contoh kepada Majlis-Majlis Agama Islam yang lain. Beliau menyatakan demikian dalam perutusan sempena perayaan tersebut, semalam. "Maik telah menjalankan peranan dan fungsinya dengan baik dan cemerlang terutama dalam hal ehwal agama Islam di Kelantan," ujarnya. Justeru, beliau berharap pada masa akan datang Maik dapat melestarikan sistem tadbir urusnya dengan menambah baik sistem sedia ada di samping melaksanakan pembaharuan yang boleh dicontohi semua peringkat. Semalam, Tengku Mahkota Kelantan Dr Tengku Muhammad Fa-Iz Petra Ibni Sultan Ismail Petra berkenan berangkat menyempurnakan upacara Majlis Perasmian Program Cakna Wanita dan Kanak-Kanak di Kompleks Islam Jubli Perak Sultan Ismail Petra, Panji dekat sini. (Gambar: Tengku Muhammad Fa-Iz Petra menyampaikan sumbangan kepada seorang penerima bantuan Maik.) Program bertema Wanita Pemangkin Kesejahteraan Keluarga itu diadakan sempena Majlis Perayaan Ulangtahun ke-100 Tahun Penubuhan Maik. Turut berangkat Tengku Amalin A'ishah Putri binti Sultan Ismail Petra. Hadir sama Speaker Dewan Negeri Kelantan, Datuk Mohd Nassuruddin Daud, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam, Pendidikan dan Dakwah Negeri Datuk Mohd Amar Nik Abdullah dan Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerjaraya, Utiliti dan Alam Sekitar Negeri Datuk Mejar (B) Md Anizam Abd. Rahman. Hadir sama isteri Menteri Besar, Datin Tuan Sabariah Tuan Ishak, Datuk Tengku Rozan binti Almarhum Sultan Yahya Petra dan Datuk Tengku Salwani binti Al-Marhum Sultan Yahya Petra. Setiausaha Kerajaan Kelantan Datuk Dr Zainuddin Ibrahim, Pegawai Kewangan Negeri Mohd Faudzi Che Mamat, Mufti Kerajaan Kelantan Datuk Mohamad Shukri Mohamad dan timbalannya Datuk Nik Abdul Kadir Nik Muhamamad dan Ketua Hakim Syarie Kelantan Datuk Daud Muhammad. Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (Jaheaik), Datuk Che Mohd Rahim Jusoh berkata sempena ulangtahun MAIK itu pengirisan Program Cakna Wanita dan Kanak-Kanak diadakan. "Ini bertujuan meningkat dan merealisasikan kegiatan amal kebajikan, membantu masyarakat di samping memberi peluang kepada kaum wanita, ibu tunggal dan kanak-kanak. "Bahkan memberi peluang kepda golonga ini mendapatkan informasi mengenai peluang perniagaan, maklumat kesihatan dan kekeluargaan. "Istimewa program Demontrasi Masakan Menu Sihat Amalan Rasulullah saw bersama Master Chef Sabri Hassan. Turut diadakan Seminar Ibu Cemerlang Keluarga Gemilang, Seminar Kesedaran Kanser dan Seminar Wanita dan Kepenggunaan. Turut diadakan Bicara Wanita: "Aurat, Fesyen dan Tanggungjawab" bersama Ustazah Zawiah Hassan dan selebriti Nora. Perayaan bermula 7 hingga 11 April itu diserikan dengan 63 gerai jualan dan booth pameran mulai 9.00 pagi hingga 6.00 petang yang turut dijayakan usahawan penerima bantuan Maik, usahawan halal dan agensi kerajaan. |
Posted: 08 Apr 2012 04:43 PM PDT Pakatan Rakyat Perak ingin menolak segala serangan yang terkutuk oleh Menteri Besar Barisan Nasional, yang mana mengatakan bahawa EXCO Pakatan Rakyat terlibat dalam membenarkan dan meluluskan tanah untuk VALE di Teluk Rubiah. Amat tidak masuk akal sama sekali untuk mengatakan bahawa kerajaan PR menawarkan bekas tanah resort di Teluk Rubiah kepada VALE kerana ia adalah tanah persendirian. Kerajaan Pakatan Rakyat Perak telah mencadangkan Tanjung Hantu sebagai kilang mempeletan bijih besi dan juga projek pusat distribusi yang mana dicadangkan VALE. Tanjung Hantu terletak kira-kira 45km dari Teluk Rubiah dan merupakan tempat yang dinyahhutankan dan mempunyai penduduk yang bilangannya kecil sahaja. Tanah yang dicadangkan juga merupakan tanah milik negeri. Kita berpendirian teguh atas pendirian ini. Surat saya hanyalah kenyataan pengaluan, untuk bersetuju untuk menimbangkan kesemua tapak yang dicadangkan termasuk Teluk Rubiah. Seperti mana jua seorang Menteri Besar yang bertanggungjawab, saya menunjukkan budi bahasa dan positiviti kepada seorang yang berpontensi menjadi pelabur asing kepada negeri yang mana patut diterima mereka sebelum apa-apa penyiasatan dan keputusan dibuat. Hal tersebut hanya diperingkat permulaan sahaja. Laporan-laporan daripada agensi negeri yang berkaitan belum lagi dikumpulkan dan dibincangkan,dan ia masih belum dibincangkan dalam mana-mana mesyuarat EXCO. Oleh itu, tidak mungkin sebarang keputusan boleh dibuat atas isu tersebut. Isu tersebut hanya boleh akan dibuat selepas Penilaian Kesan Alam Sekitar dijalankan dan keputusannya hendaklah memuaskan. Tambahan pula agensi-agensi berikut harus dirunding terlebih dahulu: • TNB: Yang mempunyai Stesen Janakuasa hampir dengan Teluk Rubiah • Perdagangan dan Industri Antarabangsa Malaysia (MITI) • Jabatan Perikanan dan Marin • Pejabat Tanah dan Galian • Kementerian Pertahanan : Untuk memastikan ia tidak akan membawa kesan terhadap protokol-protokol berkaitan dengan Tentera Laut,Kementerian Pelaburan, Pembangunan dan Industri. Apabila kita mengkaji tapak yang berpotensi, kita amat terkejut dengan penemuan kita. Harta Makmur Sdn Bhd yang memiliki tanah resort Teluk Rubiah menghadapi masalah kewangan. Syarikat tersebut berhutang dengan kerajaan negeri lebih RM20juta untuk cukai pintu. Ia juga mempunyai sejumlah hutang dan pinjaman belum berbayar kepada pelbagai institusi kewangan melebihi RM200juta. Oleh yang demikian, kita ada beberapa pertanyaan. Adakah keputusan untuk meluluskan projek tersebut di Teluk Rubiah dipengaruhi oleh pertimbangan untuk membantu Harta Makmur dalam keadaan kewangannya meskipun ia bertentangan dengan kehendak rakyat? Tapak tersebut dan kawasan sekitarnya mempunyai tugas sebagai menjadi tumpuan pelancongan di Manjung. Berjuta-juta ringgit dibelanjakan untuk mencantikan kawasan tersebut demi menjadikan ia tumpuan pelancongan yang luar biasa cantiknya. Saya juga ingin tahu mengapa Zambry begitu melindungi kepentingan Harta Makmur, meskipun ia jelas bertentangan dengan kebajikan rakyat. Ia difahamkan bahawa jika terdapat sebarang pertikaian yang timbul atas projek ini, ia telah dinyatakan dalam perjanjian antara BN dan VALE bahawa hal berbangkit tersebut akan diselesaikan dalam mahkamah Singapura. Ini merupakan satu penghinaan terang-terangan kepada negara kita, negeri kita, dan rakyat kita yang mana kedua-dua pihak tidak mengiktiraf sistem kehakiman negara ini. Saya mahukan Zambry memberikan penjelasan menyeluruh tentang hal ini. Meskipun EXCO saya dijemput ke Brazil untuk rundingan lanjut oleh VALE, tidak seperti BN, kami telah menolaknya kerana kita tak boleh bertanya soalan lanjut sedangkan yang sedia ada masih belum dijawab oleh mereka. Kami menolak dan menafikan tanpa kompromi bahawasanya Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat telah berperanan dalam meluluskan projek tersebut dan penukaran tanahnya. Saya selaku Menteri Besar ketika itu, bersama mana-mana ahli EXCO, tidak boleh membuat keputusan secara berasingan untuk meluluskan projek yang sebesar ini. Kita sebagai kerajaan negeri Perak pada waktu itu membuat keputusan secara kolektif untuk isu-isu seperti mana besarnya isu ini dan kita akan terus berbuat demikian apabila kita kembali menjadi kerajaan. Zambry tidak boleh memilih dalam memberi maklumat kepada orang ramai. Gambaran yang diberikan Zambry merupakan gambaran separuh benar pada yang terbaiknya dan penipuan besar pada yang paling teruknya. Sekiranya Zambry ikhlas berkhidmat untuk rakyat dan tidak bermain politik murahan yang didakwa beliau sedang dimainkan oleh kami, kami menuntut dan mencabar beliau untuk mendiklasifikasikan dan mengisytiharkan yang berikut: 1. Kesemua minit mesyuarat oleh agensi-agensi kerajaan berkaitan VALE 2. Kelulusan EXCO BN untuk projek tersebut 3. Surat Kebenaran yang ditandatangani Zambry kepada VALE 4. Perjanjian pelaburan antara Kerajaan Negeri dan VALE Kita percaya bahawa rakyat Perak, dengan hal diatas dinyahklasifikasi, tidak akan percaya segala penipuan oleh Barisan Nasional. Rakyat Perak akan bangkit dengan keputusan yang bijak dan bernas untuk mengembalikan keadilan kepada Perak dan mengembalikan semula demokrasi kepada negara kita. - http://mediaperak.com/2012/04/07/penjelasan-nizar-tentang-vale/ |
You are subscribed to email updates from Dewan Pemuda Pas Kawasan Machang To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan