Isnin, 9 April 2012

BLOG - BLOG PARTI PKR

BLOG - BLOG PARTI PKR


MEDIA Rakyat MALAYSIA

Posted: 09 Apr 2012 03:06 AM PDT

MEDIA Rakyat MALAYSIA


Pra~Road to Bersih 3.0 ~ 20 April 2012 Jumaat 5 ptg ~ Seat-in and protest...

Posted: 08 Apr 2012 09:04 PM PDT

NAJIB TAKUTKAN RAKYAT DGN ANGKA PTPTN ~ RAFIZI

Posted: 08 Apr 2012 04:06 AM PDT

DEMO ANTI PTPTN ~ DATARAN MERDEKA~ 2 PTG ~

Posted: 08 Apr 2012 03:40 AM PDT

Angkatan Muda Parti Keadilan Rakyat Cabang Bukit Gantang, Perak

Posted: 09 Apr 2012 01:17 AM PDT

Angkatan Muda Parti Keadilan Rakyat Cabang Bukit Gantang, Perak


Iklan Ceramah 13 April 2012

Posted: 09 Apr 2012 12:22 AM PDT

Anwar Ibrahim

Posted: 08 Apr 2012 07:31 PM PDT

Anwar Ibrahim


Siri Jelajah Dato’ Seri Anwar Ibrahim ke Perak

Posted: 08 Apr 2012 06:51 PM PDT

Jom Bersih 3.0

10 April 2012 (Selasa)

1)    9.00 – 12.00 mlm – Ceramah Perdana 1- Jom Bersih 3.0

        Lokasi: Markas PAS, Batu 3, Temoh, Tapah

2)    9.00 – 12.00 mlm – Ceramah Perdana 2 – Jom Bersih 3.0

        Lokasi: Taman Wangsa Jaya, Tanjung Malim

                      (Perkarangan Pejabat PKR Tanjung Malim)

3)    Penceramah:

i.                    YB Dato' Seri Anwar Ibrahim

ii.                  YB Dato' Seri Nizar Jamaluddin

iii.                YB Dato' Ngeh Koo Ham

iv.               YB Sivanesan

v.                 YBhg Dr Mohd Nor Manuty

vi.               YBhg Ustaz Zulkifly Ibrahim

vii.             YBhg Mejar (B) Kamal Badri Zainuddin

PTPTN: Najib Baik Berundur Kerana Gagal Sedia Kos RM43b Untuk Hutang Pelajar

Posted: 07 Apr 2012 10:55 PM PDT

Malaysiakini

Ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim menggesa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak meletak jawatan sekiranya tidak mampu menyedia kos RM43 bilion untuk hutang pelajar.

Anwar berkata hutang melalui Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) itu boleh diselesaikan jika kerajaan mengelak daripada menanggung ketirisan perbelanjaan dan menolak perbuatan rasuah.

Berucap dalam satu ceramah sempena sambutan Jubli Perak PAS Shah Alam malam tadi, Anwar turut menempelak Najib kerana menimbulkan kos sebanyak RM43 bilion untuk langkah tersebut.

Anwar mempertikaikan kos berkenaan memandangkan kerajaan didakwa mampu menanggung kerugian seperti dalam isu pembelian saham MAS dan dalam projek National Feedlot Corporation.

“Hei Najib, RM43 bilion hang (kamu) tak reti (pandai) cari? Hang tak reti cari tak apa. Hang berhenti.

“Kalau tak berhenti, kami tolak hang jadi ketua pembangkang parlimen Malaysia selepas ini. (Sampai) tak tahu nak cari duit,” sindir Anwar yang diiringi dengan tepukan hadirin.

Bekas menteri kewangan itu menegaskan bahawa Pakatan Rakyat akan menyelesaikan hutang PTPTN tersebut sekiranya gabungan itu membentuk kerajaan selepas ini.

Anwar mengulas kenyataan Najib semalam yang turut menjelaskan bahawa tindakan itu akan membebankan rakyat kerana kerajaan perlu mengenakan cukai yang tinggi sekiranya langkah itu dilaksanakan.

Keadaan itu boleh dilihat seperti di Norway yang menanggung pengajian tinggi rakyat negara itu sepenuhnya, kata Najib.

Najib juga berkata, kerajaan pada masa ini juga menanggung kira-kira 90 peratus daripada kos pengajian tinggi rakyat manakala PTPTN hanya digunakan untuk membayar yuran pengajian pelajar.

Keghairahan Anwar dan Najib dalam menjuarai isu hutang tersebut dilihat semakin memuncak ekoran rancangan sekumpulan pelajar untuk mengadakan perhimpunan anti-PTPTN pada 14 April.

Perhimpunan yang mensasarkan penyertaan 5,000 pelajar itu dirancang bagi menuntut kerajaan memansuhkan pinjaman tersebut dan menyediakan pendidikan percuma.

Perhimpunan anjuran Solidariti Mahasiswa Malaysia itu juga dirancang sebagai “pemanas badan” sebelum perhimpunan BERSIH 3.0 pada 28 April di lokasi yang sama.

Kes Scorpene Akan Bongkar Kes Altantuya

Posted: 07 Apr 2012 10:48 PM PDT

Malaysiakini

Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim mendakwa siasatan ke atas pembelian kapal selam Scorpene yang dibangkitkan di mahkamah Perancis akan membongkar semula kes pembunuhan wanita Mongolia Altantuya Sharibuu.
Ketua pembangkang itu juga mendakwa siasatan ke atas kes tersebut akan membongkar dakwaan rasuah melibatkan pemimpin Umno.

“Kes (ini) tutup di Malaysia, siasat pun tidak. Tetapi Kerajaan Perancis, kerana pendakwaan dibuat pasal rasuah kapal selam, telah melantik dua hakim bebas untuk menyiasat, kisah kapal selam.

“Saya percaya, dengan kes ini berbangkit, rasuah yang melibatkan pemimpin Umno, dan kes pembunuhan Altantuya (akan) terbongkar semula.

“Di Malaysia tutup, (tetapi) dibuka di Paris… Najib tidur tak lena,” kata Anwar dalam ceramah sempena sambutan Jubli Perak PAS Shah Alam malam tadi.

Mahkamah Perancis membuka siasatan kes ke atas syarikat pertahanan lautnya, DCNS, selepas menerima saman sivil yang dikemukakan ke atas syarikat berkenaan oleh NGO hak asasi Suaram.

Suaram memfailkan saman berkenaan ke atas DCNS atas dakwaan bahawa syarikat itu membayar komisen kepada pemimpin di Malaysia.

Kapal selam Scorpene itu dibeli pada tahun 2002 oleh kerajaan Malaysia ketika Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak bertugas sebagai menteri pertahanan.

Perimekar, syarikat yang dikaitkan dengan Abdul Razak Baginda – orang kepercayaan Najib – dibayar 114 juta euro atau RM570 juta, untuk bertindak sebagai 'orang tengah’ dalam urus niaga penuh kontroversi itu.

Kerajaan bagaimanapun berkata, pembayaran besar kepada Perimekar untuk perkhidmatan “koordinasi dan sokongan’.

Abdul Razak dan dua pengawal peribadi Najib telah didakwa dan dibicarakan ekoran pembunuhan Altantuya Sharibuu pada tahun 2006.

Abdul Razak bagaimana kemudiannya dibebaskan, manakala dua yang lain didapati bersalah dan dihukum mati.

Wee Choo Keong

Posted: 08 Apr 2012 03:31 PM PDT

Wee Choo Keong


AJ & Rashdan: “What cost cutting?” Part 6 – PlaneConsult fees RM2.8 mil!

Posted: 08 Apr 2012 08:40 AM PDT

En Ahmad Jauhari Yahya (AJ) and En Mohammed Rashdan Yusof aka Danny (Rashdan) have jointly appointed PlaneConsult as the consultant of MAS effective from 16-1-2012 to 30-4-2012.  Please read in HERE. If a due diligence has been carried before the appointment of PlaneConsult, both of them ought to have known the glaring facts below: PlaneConsult is [...]

PKR DUN 19 Kepayan P174 Penampang, Sabah.

Posted: 08 Apr 2012 11:36 AM PDT

PKR DUN 19 Kepayan P174 Penampang, Sabah.


PKR SABAH claimed that the Announcement by Sabah Air Aviation S/B on their 3-phase plan is just a KNEE JERK REACTION as a result of the PUBLIC OUTCRY.

Posted: 07 Apr 2012 08:32 PM PDT

DR ROLAND CHIA,

PKR  Supreme Council Member cum PKR Sabah Secretary Dr Roland Chia Ming Shen questioned the sudden announcement of Sabah AIR Aviation Sdn Bhd on their three phase plan  to serve both domestic and regional routes to take over MAS suspension flights. It sounded like a knee jerk reaction as a result of the public outcry that caused this announcement to happen.

Why is the  so called "authorities" concern is taking such a long time to proceed with the application? Why is the Transport Ministry has not stepped in immediately to work on the transition plan before the MAS international flights were suspended to Kota Kinabalu last month?  We have a Sabahan who is a Deputy Minister of Transport . To add salt into injury –the Sabah State government has a stake in MAS through WHSSB- are they too sleeping  in their job? Why these matters were not planned for a proper transition for Sabah AIR Aviation Sdn Bhd  to take over smoothly. This is liken to famous saying " Plan to Fail – Fail to Plan".

In the meantime , Malaysian Airlines System (MAS) sudden suspension of International flights to Sabah is also causing increasing complains every day. Some small & medium size tourism related operators and companies  have been issuing memos to staff of possible cutback of remunerations  due to the potential loss of the income as a result of this suspension. This is definitely a very sad way of ushering into the new year 2012 especially for the lower wage earners group. New school term is only a few days away, and working parents will have severe headache of balancing their expenses with the low wage they earn.

PKR Sabah hopes that these announcement is not just a quick way to pacify the public, a dateline must be given to the Rakyat of Sabah on filling in the vacuums left behind by MAS. Meanwhile, PKR Sabah urged that MAS to continue their International flights to Sabah and also to Sandakan until Sabah Air has fully filled in the vacuum. At least MAS has to fulfill their Corporate Social Responsibility to the Rakyat of Sabah.

Gwo-Burne for Kelana Jaya

Posted: 08 Apr 2012 11:27 AM PDT

Gwo-Burne for Kelana Jaya


Masalah Gelandangan di Malaysia

Posted: 25 Mar 2012 09:43 AM PDT

SOALAN: YB Tuan Gwo Burne-Loh [Kelana Jaya] minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan jumlah mereka yang tidak mempunyai rumah dan tidur di kaki lima dari tahun 2006-2011. Apakah langkah-langkah yang diambil untuk mengelakkan perkara ini terus berlaku. JAWAPAN: Tuan Yang Di Pertua, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) prihatin dan memandang [...]

Bilangan rakyat Malaysia bertukar agama

Posted: 18 Mar 2012 09:46 AM PDT

SOALAN: YB Tuan Gwo Burne-Loh [Kelana Jaya] minta PERDANA MENTERI menyatakan bilangan rakyat Malaysia yang bertukar agama dari agama selain Islam atau tiada agama kepada Islam untuk tahun 2006 hingga 2011. JAWAPAN: (YB SENATOR MEJAR JENERAL DATO' SERI JAMIL KHIR BIN HAJI BAHAROM (B), MENTERI DI JABATAN PERDANA MENTERI) Tuan Yang Di Pertua, Berdasarkan rekod pendaftaran saudara muslim (saudara [...]

Anak Muda Kampung Nak Senang

Posted: 08 Apr 2012 11:03 AM PDT

Anak Muda Kampung Nak Senang


Mobilisasi BERSIH 3.0 di Rembau 14 April 2012

Posted: 08 Apr 2012 06:42 AM PDT


CERAMAH UMUM

Mobilasasi BERSIH 3.0, PTPTN vs PLKN

Tarikh : 14 Apr 2012, Sabtu

Masa : 9 mlm

Tempat : Kg Semerbok, Kota, Rembau

Penceramah :

~ YB Ustaz Mohd Nor Hamzah, Ketua Pemuda PAS Terenggganu/ADUN Bukit Payung

~ Sdr Nazree Yunus, Ketua AMK N.Sembilan

~ Dr Rosli Yaakop, Timbalan Pesuruhjaya PAS N.Sembilan

~ Ustaz Mohamad Nasaei Ismail, Ketua Pemuda PAS Wilayah Persekutuan

~ Rozmal Malakan, Timbalan Yang Dipertua PAS Rembau

Untuk pertanyaan hubungi Zamri 013-2124086


Kepada mereka yang ingin menyumbang ke Tabung Pilihanraya Umum ke 13 untuk PAS DUN Kota (N28) , N.Sembilan sila salurkan melalui akaun berikut :

Nama akaun : PAS MTD DUN KOTA

No akaun : 05-021-02-011755-8

Bank : Bank Islam Malaysia Berhad

Pidato BERSIH 3.0 pd 10 Apr 2012 di Port Dickson

Posted: 07 Apr 2012 11:19 PM PDT


PIDATO ANAK MUDA

Isu BERSIH 3.0, PTPTN, PLKN

Bersama : Mazlan Aliman, Chaa Kee Chin, Ust Norazman Mohamad, Nazree Yunus & Ust Noraiza

Tarikh : 10 Apr 2012, Selasa

Masa : 9 mlm

Tempat : Batu 4, Port Dickson (perkarangan rumah Pak Ngah Zainal), N.Sembilan

Ceramah Mohd Sabu 11 Apr 2012 di Sikamat, Seremban

Posted: 07 Apr 2012 11:19 PM PDT


CERAMAH PERDANA

Jelajah Demi Rakyat

Bersama – Tn Hj Mohamad Sabu, CheguBard, YB Taufek Abd Ghani, YB Ravi, YB Anthony Loke, YB Aminudin, Dr Rafaie Abd Malek & Tunku Harmy Tunku Hanan

Tarikh : 11 Apr 2012, Rabu

Masa : 8.45 mlm

Tempat : PASTI Al-Falah, No.18 Jln 8, Tmn Desa Rhu (depan Pdg Desa Rhu), Sikamat, Seremban

Malam Derita Bangsa 13 Apr 2012 di Jempol

Posted: 07 Apr 2012 11:18 PM PDT


MALAM DERITA BANGSA

Tarikh : 13 April 2012 , Jumaat

Masa : 9 mlm

Tempat : No 388, Felda Raja Alias 4, Bandar Baru Jempol, N.Sembilan

Bersama :

Dinsman – Pyan Habib – Amni Jagat – Alternative Band Club (ABC)


Semua dijemput hadir

BULETIN RAKYAT

Posted: 08 Apr 2012 11:03 AM PDT

BULETIN RAKYAT


SESI KEUSAHAWANAN WANITA ~ SRI WATAN, AMPANG @ 30 MAC 2012

Posted: 08 Apr 2012 03:29 AM PDT

DATUK A.SAMAD SAID ~ SAYA TIDAK MAHU MATI SIA-SIA

Posted: 08 Apr 2012 02:23 AM PDT

Penyokong PAS datang berduyun-duyun malam tadi bagi menyatakan sokongan terhadap pelancaran perhimpunan BERSIH 3.0 oleh pemimpin Pakatan Rakyat yang berlangsung aman tanpa kejadian yang tidak diingini berlaku.

Sebelum itu, sekumpulan 50 orang yang memakai baju kemeja T hitam tertulis perkataan 'Perkasa' berwarna merah, telah mengganggu program PKR di Jalan Putra, yang menyaksikan seorang peniaga hampir dipukul oleh kumpulan itu. ( Klik Sini )
Penyokong BERSIH 3.0 duduk di atas padang yang berlumpur untuk mendengar ceramah lebih tiga jam daripada beberapa tokoh, antaranya Sasterawan Negara Datuk A Samad Said, Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar.
Wartawan Malaysiakini yang membuat liputan menganggarkan lebih 5,000 orang hadir dalam ceramah tersebut.
Dalam ceramahnya, A Samad menjelaskan beliau menyokong untuk mereformasikan sistem pilihan raya memandangkan umurnya yang menjangkau 70-an dan beliau "tidak mahu mati sia-sia".
Jadi, Anda apa lagi, masih nak duduk diam?, fikirkan kenapa pak Samad sanggup turun BERSIH, awapannya mudah, kerana beliau nampak sesuatu yang tidka kene dalam sistem pilihanraya.

MOH...KITE LAWAN YEOP!!!

Posted: 08 Apr 2012 09:02 AM PDT

MOH...KITE LAWAN YEOP!!!


Terputusnya Bekalan Air Di Seluruh Kawasan Gerik

Posted: 08 Apr 2012 03:44 AM PDT

Pecahnya saluran air di loji akibat tanah runtuh menyebabkan ketiadaan air diseluruh kawasan gerik sudah masuk hari ke 4 menyusahkan semua penduduk-penduduk gerik. Diharap mana-mana syarikat  air yang sudi membantu membekalkan bekalan air kepada penduduk-penduduk di sekitar gerik kerana lori-lori yang menghantar bekalan air sekarang tidak memcukupi dan tidak sampai kepada yang memerlukan. Apa yang saya nampak lori-lori air dari sekitar Kedah iaitu Syarikat Bekalan Air Darul Aman dan Pulau-Pinang iaitu Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang yang datang membantu.

Maklumat yang saya terima mungkin beberapa hari lagi atau lebih untuk mengantikan kembali saluran besar paip air yang pecah di loji.

VIDEO BN BUAT KACAU DI BILIK GERAKAN DAP KLEBANG

Posted: 07 Apr 2012 09:43 PM PDT

Tiada ulasan:

Pengikut