Isnin, 5 November 2012

Pakatan Rakyat

Pakatan Rakyat


Biaqpila

Posted: 05 Nov 2012 03:06 PM PST


SEREMBAN 3 Nov:Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan kerajaan Umno BN sebagai penipu nombor satu di dunia berdasarkan tindak-tanduknya yang sanggup melakukan apa sahaja untuk mengekalkan kuasa.

Berucap pada pra-Himpunan Kebangkitan Rakyat semalam, beliau berkata, daftar pemilih Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menunjukkan peningkatan kira-kira 1 juta pengundi dalam masa setahun.


"Rekod ini hanya boleh berlaku ketika Umno BN berkuasa," katanya di hadapan lebih 12,000 hadirin di Taman Seremban Jaya sambil menunjukkan contoh penipuan Umno melalui skrin layar.

Beliau juga mengingatkan rakyat, saman trafik Automated Enforcement System (AES) dan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) pula hanya ditangguh kerana Umno BN takut kalah pada Pilihan Raya Umum ke-13.

"Kalau ditakdirkan mereka menang, AES dan GST pasti akan dilaksanakan. Anda semua jangan percaya puak ini (Umno BN)," katanya disambut sorakan gamat.

Pada 1 November lalu, Parlimen bersetuju menangguh dan mengkaji semula pelaksanaan AES selepas mendapat bantahan hebat pelbagai pihak khususnya pemimpin Pakatan.

September 2011, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sendiri mengaku ketika berucap di Persidangan Forbes Global CEO bahawa GST mungkin dilaksanakan selepas PRu ke-13.
Dalam pada itu, beliau juga menegaskan pendirian Pakatan untuk mengubah sistem politik berasaskan kaum kepada politik yang membela nasib seluruh rakyat.

"Mereka kata Anwar nak bagi semua pada orang Cina dan India…Bukan semua Cina tauke judi Genting. Apa salahnya kita bagi pada Melayu (bersama-sama) anak Cina dan India yang layak? Tidak usah mainlah politik kaum sebegitu rupa," katanya yang kesal Umno BN memanipulasi isu perkauman untuk mengaut kekayaan negara.

"(Justeru) Melayu (Khususnya) jangan pertahankan rasuah. Orang Melayu berakhlak (pasti) akan bersama-sama tentang penyelewengan, rasuah dan salah guna kuasa," tegasnya lagi.

Selain beliau, Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Penasihat DAP Lim Kit Siang serta pimpinan Pakatan Negeri Sembilan turut memberi ucapan.
Di akhir program, seluruh pimpinan yang hadir naik ke pentas untuk sama-sama melancarkan secara rasmi Himpunan Kebangkitan Rakyat yang akan diikuti dengan program jelajah seluruh negara sebelum kemuncaknya di Stadium Nasional Bukit Jalil Januari depan.

Kerabu Bersuara ®

Posted: 05 Nov 2012 03:01 PM PST

Sedih saban tahun mendengar rintihan golongan guru yang mana mempunyai masalah tetapi dibuat buta tuli oleh pihak kementerian.

berubah la wahai KPM. Kementerian ini perlu ada cara dan kaedah.

kita dapat tahu ramai pasangan suami isteri yang berjauhan macam ni mendapat pandangan dari jabatan agama untuk melakukan proses penceraian.

Wahai KPM, kamu yang kerja kat sana ROBOT kah?

mana dasar kemanusiaan anda?


Jawatan Melalui Bantuan 'Kabel'

Oleh

Zaharuddin Abd Rahman

www.zaharuddin.net

SOALAN

Saya mempunyai satu kemusykilan mengenai hukum rezeki yang diperolehi apabila mendapat kerja bukan atas kelayakan tetapi atas dasar direkomenkan oleh pihak atasan. Apakah hukum bagi pihak atasan yang telah merekomenkan B walaupun pada dasarnya B tidak memenuhi syarat kelayakan utk jawatan tersebut seperti calon lain? Apakah hukum pendapatan B kerana secara terang-terangan mengetahui yang dia mendapat jawatan tersebut di atas rekomen pihak atasan? Mohon penjelasan dari pihak ustaz bagi mengelakkan kekeliruan dalam mendapatkan rezeki yang halal.

JAWAPAN

Dalam hal teknik mendapatkan kerja, ada hak yang sememangnya dinikmati oleh majikan atau pengurusan atasan. Jika tindakan pengurusan atasan masih dalam lingkungan ini tanpa dipengaruhi oleh rasuah dan sogokan. Pada penilian saya, tiada sebarang kesalahan juga dari pandangan hukum Fiqh Islam.

Allah swt menyebutkan:

إنَّ خَيْرَ مَنِ اسْتَأْجَرْتَ الْقَوِيُّ الْأَمِينُ

Ertinya : sesungguhnya orang yang paling baik yang kamu ambil untuk bekerja (pada kita) ialah orang yang kuat lagi dapat dipercaya ( Al-Qasas : 26)

Berdasarkan ayat terbabit, majikan berhak memilih pekerjanya, namun ayat tersebut membawa mesej, sebaik-baik cara pemilihannya adalah berdasarkan kualiti, merit dan amanah.

Pun begitu, sebagaimana kita faham, apabila ia dimaksudkan 'terbaik' maka, terdapat cara lain yang masih dianggap 'baik', tidak buruk dan tidak juga tergolong dalam larangan. Iaitu pemilihan berdasarkan sebab-sebab selain merit tetapi munasabah menurut adat dan praktis yang sihat.

Namun begitu, ia tertakluk juga kepada jenis syarikat. Jika ia sebuah syarikat persendirian, kebebasan dan hak majikan adalah LEBIH BESAR berbanding jika syarikat yang dimaksudkan adalah sebuah syarikat awam atau dimiliki oleh kerajaan.

SYARIKAT SWASTA

Bagi syarikat swasta atau persendirian, preference atau pemberian keutamaan atau rekomen ke atas seseorang calon pemohon pekerja yang dilakukan oleh majikan sama ada oleh Pengurus Besar yang melaksanakan proses interview, atau CEO atau Lembaga Pengarah adalah dibenarkan di dalam Islam iaitu selagi mana keutamaan itu didasari oleh sebab yang munasabah.

Tetapi jika ia disebabkan kerana calon itu lebih seksi, pandai menggoda, punyai hubungan sulit terlarang dengan boss, atau apa jua sebab yang DIHARAMKAN, tatkala itu keutamaan dan cara pemilihan itu turut menjadi haram.

Jika didasari sebab munasabah seperti kerana agamanya, hubungan kerabat, bangsanya, aliran politiknya, kenalan silam, bangsanya dan yang sepertinya, saya kira ia masih di dalam hak majikan. Sekali lagi diingatkan, itu adalah dalam situasi pengambilan pekerja bagi syarikat persendirian.

Pengambilan bekerja adalah berdasarkan kontrak ujr 'ala amal (upah atas tugas), dalam hal ini, ia serupa dengan kontrak wakalah (agen) dimana kita bebas untuk memilih siapa yang ingin dijadikan wakil kita, berdasarkan preference kita yang tersendiri. Demikianlah juga majikan bebas meletakkan keutamaan tersendiri dalam penilaian perlantikan pekerja di bawah mereka.

Jika calon dipilih kerana dia merupakan anak pengerusi dan pengasas syarikat tersebut yang diharapkan menyambung legasi keluarganya. Sudah tentunya ia tiada sebarang masalah dari sudut hukum walaupun calon terbabit kurang kelayakan berbanding pemohon-pemohon lain. Pada hemat saya, tiada isu pemohon lain dizalimi dalam konteks ini. Ia sama sepeti pemberian sedeqah, walaupun di luar sana masih ramai yang mungkin memerlukan dan juga miskin, kita masih digalakkan oleh Islam untuk mendahulukan ahli keluarga yang juga misikin dan memerlukan berbanding orang luar Sebagaimana hadis nabi s.a.w :

الصدقة على المسكين صدقة وهي على ذي الرحم ثنتان صدقة وصلة

Ertinya : Sedeqah kepada orang miskin mendapat satu sedeqah, namun apabila diberi kepada yang punyai pertalian (kerabat), dua pahala iaitu satu sedeqah dan satu lagi adalah merapatkan hubungan ( Riwayat At-Tirmidzi : Hadis Hasan)

Sebagai tambahan kepada hadis di atas, satu analogi mudah; selaku pemilik rumah, kita bebas memilih kontrator mana untuk kita pilih bagi menyiapkan renovasi rumah kita. Sama ada kita memilih atas dasar hubungan rakan atau skill, ia semuanaya terpulang kepada kita. Katalah kita memilih kontraktor atas dasar dia merupakan kenalan rapat kita, mengenepikan skill, ia dibenarkan dan tiada paksaan dalam hukum Islam untuk kita mendahulukan skill dan merit dalam segala-galanya. Namun apabila kita mengurangkan penilaian terhadap skill, kita perlu menimbang tara kesan kebaikan dan keburukan yang mungkin bakal berlaku terhadap hasil kerja yang disiapkan kelak. Mungkin sebahagiannya terpaksa kita tolak ansur.

Tetapi, jika sesebuah syarikat swasta berfungsi mengendalikan apa sahaja yang melibatkan kegunaan masyarakat umum seperi proses pembinaan lebuhraya, stadium, kompleks membeli belah dan apa jua yang melibatkan KEPENTINGAN RAMAI. Dalam Fiqh Islam skill, merit, pengalaman, kemampuan dan kepakaran MESTI diutamakan berbanding yang lain kerana menggadaikan hal itu kerana mengutamakan sebab-sebab lain bakal membawa mudarat besar kepada orang ramai.

SYARIKAT AWAM

Perbincangan di atas mungkin berbeza, jika ia adalah sebuah syarikat awam (public listed) atau syarikat milik kerajaan, semua pemohon tidak patut didiskriminasi hanya kerana aliran politik, kerabat dan sebagainya. Tatkala itu majikan MESTI PATUH kepada syarat utamanya iaitu merit. Itu mesti dijadikan sebagai ukuran utama.

Ketika itu, faktor-faktor lain mestilah tidak menjadi faktor penentu tetapi hanya faktor penyokong sahaja. Ini jelas, kerana apabila ia sebuah syarikat tersenarai di bursa (iaitu syarkat senarai awam), tentunya majoriti pemilik syarikat mementingkan prestasi. Prestasi memerlukan merit dan skill.

Demikian, syarikat kerajaan, yang mesti memberikan keutamaan secara adil kepada calon dan pemohon. Kecuali jika ia mempunai kuota atas dasar bangsa, itu pterpulang kepada polisi umum kerajaan dan bukan berdasarkan penilaian dan keutamaan peribadi dari seseorang seperti ketua jabatan atau pegawai yang menemuduga.

KESIMPULAN

Berdasarkan kepada penjelasan di atas, jika dirujuk kembali kepada soalan, perkara pertama yang perlu disemak adalah jenis syarikat dan tugasan yang bakal dipikul oleh calon terbabit.

Jika ia syarikat swasta, pada asasnya, majikan berhak berbuat demikian, selagi mana tugasan yang bakal dipikul oleh calon kurang kelayakan itu tidak memebabitkan kerja bagi masyarakat umum, kerana bimbang mudarat ke angatas mereka.

Jika syarikat yang dimaksudkan adalah syarprikat milik kerajaan, awam atau Goverment Link Companies (GLC), ketika itu tindakan memberi keutamaan kepada calon tidak berkelayakan adalah suatu KESALAHAN.

Gaji pekerja yang berjaya terpilih berdasarkan kaedah SALAH mungkin terjejas dari sudut halalnya jika dia sendiri mengetahui dia dipilih melalui cara yang salah. Jika dia selepas itu, mempertingkatkan usaha dan ilmu sedaya upaya bagi memperbaiki kelemahannya dan setersunya meningkatkan skill dan merit ke tahap yang diperlukan status bermasalah (syubhah) gaji tadi, tentunya kembali ke status HALAL. Kerana asal gajinya menjadi syubhah adalah pemilihan berdasarkan sokongan tidak sihat seseorang yang tidak boleh diterima sedangkan dirinya kekurangan skill dan merit sepatutnya. Justeru, apabila dia berjaya memulihkan masalah 'kurang skill' itu, tatkala itu, semua akan berubah Sebagaimana boleh difaham dari kaedah Fiqh :-

إذا زال المانع عاد الممنوع

Ertinya : Apabila hilangnya 'sebab' kepada larangan, kembali yang dilarang ( menjadi harus)[1]

Dari kaedah di atas, boleh difahami, apabila pekerja yang dipilih walau tidak cukup kelayakan (kerana pemilihan dibuat atas sebab-sebab keutamaan yang tidak diterima), berjaya menghilangkan satu sebab utama (yang menjadikan tidak tidak layak sebelum ini), tatkala itu, jawatannya dikira kembali menjadi HARUS dan HALAL.

Namun begitu, tindakan pegawai terbabit yang melantik dengan cara yang salah tetap dikira suatu dosa atas kezaliman tindakannya atas ketidakadilan mengenepikan calon yang lebih layak serta melanggar polisi di ketika hari pemilihan.

Bagi calon yang dipilih tadi, jika dia sendiri tidak mengetahuinya sejak dari awal, dan kemudian menjalankan tugasannya dengan sebaiknya dan cemerlang. Ia sama sekali tidak menggugat status halal gaji sejak dari awal juga.

Akhirnya, bagi sesiapa yang telah mendapat kerja melalui jalan sebegitu, tidak perlu terlalu risau, apa yang perlu dilaksanakan kini adalah TINGKATKAN KUALITI sehingga berada di tahap yang sepatutnya dan banyakan bersedeqah, itulah kewajiban mereka.

Persoalan sama ada boleh menggunakan 'kabel' bagi mendapat jawatan jika punyai kelayakan yang sama, dan sama ada itu adalah rasuah, haram atau harus menurut Fiqh Islam. InshaAllah akan dibincangkan dalam artikel yang lain.

Sekian

Zaharuddin Abd Rahman

www.zaharuddin.net

2 Ogos 2010

Dewan Pemuda Pas Kawasan Machang -dppkm- Mempersada Perjuangan

Dewan Pemuda Pas Kawasan Machang -dppkm- Mempersada Perjuangan


PAS buat keputusan 'menjohorkan' PAS di Johor

Posted: 04 Nov 2012 04:30 PM PST


BATU PAHAT: PAS Johor mengambil pendekatan untuk 'menjohorkan' PAS di negeri ini dengan menjadikan seluruh aktiviti dan tindak tanduk para pemimpin dan ahlinya sesuai dengan sosiobudaya orang Johor.


Pendekatan ini disepakati oleh pimpinan PAS Johor dalam konvensyennya yang diadakan di Markas PAS Parit Sulong dekat sini semalam.

[Gambar: AJK Umno Labis, Datuk Abdul Rahman Yunus (bersongkok) bersembang dengan Mazlan Aliman dan Datuk Dr Mahfodz ketika menyertai konvensyen PAS Johor semalam.]

"Ada dua pendekatan, kita men'johor'kan  PAS atau mem'pas'kan Johor. Rasanya yang tepat adalah men'johor'kan PAS iaitu dengan kita di negeri ini mengamalkan budaya orang Johor kerana sememangnya kita orang Johor.

"Dengan cara inilah, kita akan bersama masyarakat dan seterusnya memimpin mereka menuju perubahan," kata Pesuruhjaya PAS Johor, Datuk Dr Mahfodz Mohamad ketika menggulung perbahasan di Konvensyen PAS Johor.

Pandangan yang beliau mula cetuskan dalam ucaptama konvensyen ini turut disokong oleh para peserta konvensyen ini ketika mereka membahaskan ucapan beliau itu.

Melalui pendekatan ini, katanya, pemimpin PAS di semua peringkat perlu meraikan dan memimpin semua aktiviti orang Johor termasuklah majlis membaca Yassin yang dipanggil Yasinan di Johor, marhaban, berzanji dan sebagainya.

"Masa saya nak kahwin dulu, saya dipaksa berzanji. Lalu terpaksalah saya belajar berzanji sampai pandai. Tetapi lepas itu lupa.

"Lepas ini kita mesti berzanji dan memimpin pasukan berzanji, masuk pasukan rewang (gotong royong kenduri) dan memimpinnya, memimpin tahlil.

"Saya rasa kita ada kelebihan ini. Misalnya, bila tahlil, pemimpin Umno takut nak dekat sebab mereka tak pandai. Jadi kita kena mengambil kesempatan ini.

"Inilah yang dinamakan men'johor'kan PAS," kata Dr Mahfodz ketika menggulung perbahasan konvensyen itu.

Semasa memberikan ucapan dasarnya di konvensyen itu, Dr Mahfodz telah membentangkannya sebagai salah satu perkara yang perlu dilakukan oleh PAS di Johor untuk membolehkan PAS diterima dan seterusnya menang.

Untuk itu, katanya, PAS di Johor tidaklah perlu membawa budaya dari luar yang diamalkan oleh pemimpin dan pengikut PAS untuk mem'pas'kan Johor.

Cukup sekadar mengamalkan budaya orang-orang Johor yang sebenarnya tidak bertentangan dengan Islam bahkan jelas ciri-ciri Islamnya.

PAS Johor juga, katanya, sedang mengkaji tentang kesenian yang diamalkan oleh rakyat Johor untuk turut diamalkan atau diterima oleh PAS sekiranya tidak bertentangan dengan Islam.

"Kuda kepang, ghazal dan tarian zapin...saya telah meminta Dewan Ulamak untuk mengkajinya. Mengikut kata Ketua Dewan Ulamak Johor, tidak salah asalkan tidak bercampur dengan pujaan iblis dan syaitan kepada sesetengah upacaranya," kata Dr Mahfodz.

(Kiri: Para peserta Konvensyen PAS Johor makan dalam talam sebagai salah satu budaya rakyat Johor yang cuba dihidupkan PAS dalam konvensyen ini.)

Semasa memberikan ucaptamanya, Dr Mahfodz berkata, PAS perlu memaplikasikan sepenuhnya strategi 'menjohorkan' PAS dalam membina jambatan untuk masyarakat.

"Menjohorkan PAS adalah dalam ertikata kita mengekalkan sosiobudaya Melayu di samping kita berjuang bersama PAS," katanya.

Beliau menggariskan tujuh ciri-ciri 'menjohorkan' PAS yang perlu dipertimbangkan.

Ia termasuklah meraikan budaya rakyat Johor (seperti yasinan, marhaban, rewang/kedarat dan tahlil), budaya kesenian popular rakyat (seperti ghazal, tarian zapin dan kuda kepang), budaya berpakaian (baju melayu teluk belanga, baju kurung Johor dan songkok tinggi Johor).

Selain itu, budaya makanan tradisional (asam pedas, nasi ambeng, laksa Johor, soto, ketupat dll), institusikan kerja kebajikan, budaya engagement dengan masyarakat Melayu dan meraikan budi bhasa Melayu Johor (misalnya menerang bukannya menyerang, memuji bukannya mengeji) dan lain-lain lagi.

Hudud PAS: Soi Lek sudah rasa tertekan

Posted: 04 Nov 2012 04:30 PM PST


KOTA BHARU: Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, menyifatkan kenyataan Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek, dalam sebuah akhbar mingguan hari ini kerana sudah merasai tertekan dengan kemarahan umat Islam.

Mengambil tempoh waktu tertentu akhirnya Presiden MCA membuat kenyataan baru untuk mengelak daripada dirinya terus dikecam.

"Dia sebenarnya rasa tertekan…tersinggung dengan kritikan umat Islam sendiri sebelum ini berhubung tindakannya mempertikaikan hukum hudud dan sebagainya.

"Dia kata dia tidak hina Islam, tetapi pertikaikan hukum hudud PAS, mana boleh jadi begitu sedangkan hukum hudud itu sendiri adalah Islam," ujarnya.

Sambungnya, sebagai contoh andainya ada orang menentang hanya satu dari yang terkandung dalam undang-undang Malaysia, ertinya orang terbabit telah menentang negara ini.

Pada masa yang sama Menteri Besar Kelantan itu juga berkata, Soi Lek seharusnya mempersoalkan 'mana hukum hudud Umno' dan bukannya memperosalkan hudud yang diperjuangkan PAS.

Katanya, sekiranya tiada hukuman itu yang dibentangkan oleh Umno, sudah bererti apa yang diusahakan PAS adalah ajaran Islam.

Beliau berkata demikian kepada Harakahdaily, ketika ditemui di pejabatnya tengah hari tadi bagi mengulas kenyataan Soi Lek yang mendakwa beliau tidak menghina Islam, cuma persoal hudud PAS.

PAS NS tidak sia-siakan harapan Pakatan Rakyat

Posted: 04 Nov 2012 04:30 PM PST


KUALA LUMPUR: PAS Negeri Sembilan tidak akan mensia-siakan harapan Pakatan Rakyat untuk menerajui pentadbiran negara selepas PRU13 nanti.

Pesuruhjayanya, Mohd Taufek Abdul Ghani berkata, Himpunan Kebangkitan Rakyat yang berlangsung di Taman Seremban Jaya semalam merupakan satu kenyataan besar Pakatan Rakyat.

Katanya yang juga berbangga apabila Negeri Sembilan yang dipilih sebagai tuan rumah yang pertama bagi program julung kalinya diadakan itu.

"Kami berbesar hati setelah menjadi tuan rumah yang pertama untuk program ini, Pakatan Rakyat Negeri Sembilan tidak akan mensia-siakan harapan Pakatan Rakyat pusat," katanya kepada Harakahdaily.

Beliau percaya, Negeri Sembilan kini di ambang perubahan apabila kehadiran rakyat berbagai-bagai bangsa dari Melayu, Cina dan India bersatu di bawah satu program yang terbesar.

Tambahnya, dengan tema yang amat sesuai memberi keyakinan kepada rakyat untuk menyokong Pakatan Rakyat ditambah pula ucapan barisan pimpinannya yang bertenaga dan membakar semangat hadirin yang hadir, merupakan petanda yang baik.

"Walaupun di awal program pihak penganjur berdepan dengan segelintir pihak yang cuba menganggu dan membuang poster program," katanya.

Apa yang mengharukan, katanya walaupun hujan turun mencurah-curah namun kehadiran orang ramai tidak menghampakan.

"Alhamdulillah, hujan berhenti di saat-saat ucapan pimpinan Pakatan Rakyat bermula. Walaupun diawal program hujan turun dengan lebatnya," tambah beliau ketika dihubungi.

Beliau difahamkan, akhbar berbangsa Cina dan beberapa akhbar lain melaporkan tidak kurang 30,000 kehadiran peserta dalam Himpunan Kebangkitan Rakyat semalam.

Himpunan Kebangkitan Rakyat akan disemarakkan lagi di Stadium Sultan Muhammad IV Kota Baru Kelantan pada 16 November nanti.

Cara Pakatan lebih baik dari BN

Posted: 04 Nov 2012 04:29 PM PST


Pemuda Negeri Sembilan diajak bersama PR, tinggal BN

Posted: 04 Nov 2012 04:29 PM PST


Anak Muda Kampung Nak Senang

Anak Muda Kampung Nak Senang


Ceramah Umum DUN Kota 10 Nov 2012

Posted: 05 Nov 2012 05:17 AM PST


CERAMAH UMUM
Tarikh : 10 Nov 2012, Sabtu
Masa : 9 mlm
Tempat : Pekan Chengkau, Rembau
Penceramah :
Zulkefly Mohamad Hj Omar, AJK PAS Pusat
Nazree Yunus, Naib Ketua AMK Malaysia
Ustaz Nor Azman, Ketua Penerangan PAS N.Sembilan
Ramlan Roes, Exco AMK Malaysia
Rozmal Malakan, TYDP PAS Rembau

Maklumat lanjut sila hubungi Zamri 013-2124086

Kuliah Ustaz Azhar Idrus 12 Nov 2012 Seremban

Posted: 05 Nov 2012 12:55 AM PST



KULIAH USTAZ AZHAR IDRUS
Isnin 12 Nov 2012 , jam 7 mlm
Di Seremban – Dataran Muhibbah, Kg Ismail, Ampangan
Untuk maklumat lanjut sila hubungi Cikgu Hassan 013-3426346

BLOG - BLOG PARTI PKR

BLOG - BLOG PARTI PKR


ANGKATAN MUDA keADILan CABANG PARIT SULONG

Posted: 05 Nov 2012 03:36 AM PST

ANGKATAN MUDA keADILan CABANG PARIT SULONG


CERAMAH UMUM ANJUARAN PKR DAN AMK CABANG PARIT SULONG.

Posted: 04 Nov 2012 06:08 AM PST


MEDIA Rakyat MALAYSIA

Posted: 05 Nov 2012 03:29 AM PST

MEDIA Rakyat MALAYSIA


SELEPAS HINA ISLAM, HINA PULAK ORANG ISLAM

Posted: 04 Nov 2012 10:25 PM PST

The Spirit of Lubok Kawah/Semangat Lubok Kawah

Posted: 04 Nov 2012 11:16 PM PST

The Spirit of Lubok Kawah/Semangat Lubok Kawah


MERDEKA RAKYAT DI KUALA KRAU 4.11.12

Posted: 04 Nov 2012 03:38 PM PST

Biarlah foto-foto di bawah ini berbicara - dari penyediaan tempat pada 3hb November 2012 sehinggalah tamat Merdeka Rakyat di Kuala Krau pada jam 4.00 petang, 4hb November 2012.





















































Kehadiran melebihi 2000 orang dengan program bermula jam 2.00 petang yang bermula dengan hujan membasahi bumi bukanlah senang untuk diperolehi; tetapi itulah berlaku di program MERDEKA RAKYAT.  Dari jam 2.00 petang wakil-wakil dari Parti-Parti Komponen Pakatan Rakyat telah berucap bermula dengan Sdr Rosli Ahmad, Ketua PKR Cabang Jerantut; Sdr Bostamin Bakar, Ketua PKR Cabang Maran; Sdr Tan Wei Wun, Ketua PKR Cabang Cameron Highlands; Sdr Bob Manolan, AJK Angkatan Muda PKR Pusat; Sdr Ustaz Syahril Azman Al-Hafez; YB Fuziah Saleh, Naib Presiden PKR; Dato Fauzi Abdul Rahman, Pengerusi Majlis Pimpinan PKR Pahang.

Ada beberapa orang lagi pimpinan PR Pahang yang hadir, tetapi oleh kerana masa mencemburui segala-galanya, mereka tidak sempat diberikan peluang untuk berucap.

Dato Seri Anwar Ibrahim sampai di tapak Merdeka Rakyat Kuala Krau jam 3.15 petang, dan sebaik sahaja
persediaan dari Bas Merdeka Rakyat siap, Dato Seri Anwar Ibrahim mulai berucap dan orang ramai meninggalkan kerusi masing-masing untuk menghampiri bas supaya dapat betul-betul rapat menghampiri Dato Seri.  Begitulah orang ramai menyayangi Dato Seri.

Semasa Dato Seri memulakan ucapan, konvoi bermotosikal dari puak-puak penjahat UMNO Kuala Krau melintasi Bas Merdeka Rakyat dengan cat merah untuk dibaling kepada bas, tetapi dengan reaksi orang ramai yang pantas, cat itu tidak dapat dibaling kepada bas, tetapi telah tertumpah kepada kereta-kereta yang diparkir di kawasan itu.

AMK Kuala Krau telah bertindak cepat; mereka mengejar konvoi itu, dan yang membawa cat itu berhenti di Dewan Orang Ramai bersebelahan dengan tapak Merdeka Rakyat, meletakkan cat disana; pada waktu itu AMK Kuala Krau menghampiri Dewan dan konvoi itu melarikan diri; dan mereka tidak dapat mengambil semula tong cat yang diletakkan di Dewan itu kerana AMK Kuala Krau telah menguncikan dengan mangga tong-tong cat yang diletakkan didalam Dewan itu.

Konvoi ini telah mengganggu sekali lagi tetapi kali ini security PKR bertindak lebih pantas, terima kasih kepada Sdr Shafei, Sdr Razali Ithnain, Sdr Ramli Idup, Sdr Mat Juah dan anggota-anggota AMK Kuala Krau yang bertindak begitu pantas menghalang kejahatan syaitan-syaitan UMNO Kuala Krau yang dikenali.

Syaitan-syaitan itu terdiri daripada belia belasan tahun dan setiap dari mereka diupah RM20.00 untuk membuat kacau, dan kami telah mengambil nama-nama mereka itu.  Gambar mereka pun turut diambil.

Pada malam sebelumnya, puak-puak syaitan yang dikenali ini telah menjalankan operasi menurunkan banner-banner PKR, menyembur banner-banner itu dengan cat dengan tulisan fitnah, dan bendera-bendera PKR yang dipasang sepanjang jalan dari Tg Kubu ke pekan Kuala Krau telah ditutup rapat dengan bendera-bendera UMNO.

Usaha mereka untuk menggagalkan Merdeka Rakyat telah gagal tetapi perbuatan mereka itu menyebabkan orang-orang UMNO yang menghadiri Majlis Merdeka Rakyat itu meloya dan mereka samasekali tidak bersetuju dengan perbuatan jahat itu; Alhamdulillah, selepas program itu, ramai diantara ahli-ahli UMNO itu melahirkan rasa keciwa dengan tindakan syaitan yang dikenali itu, dan mereka juga tahu pemimpin UMNO yang mana yang telah mengupah syaitan-syaitan itu untuk membuat kacau.  Insya Allah, pemimpin itu tidak akan diberikan sokongan oleh mereka jika terus dicalonkan oleh BN nanti.

AMK KEDAH

Posted: 04 Nov 2012 09:34 PM PST

AMK KEDAH


JELAJAH DSAI DI SABAK BERNAM DAN TANJUNG MALIM

Posted: 04 Nov 2012 08:47 AM PST

6 November 2012 (Selasa)
1) 8.30 – 12.00 mlm – Ceramah Perdana – (P-Tanjong Malim)
2) Lokasi : Dewan Tokong Khai Kee Theng, Slim River, Perak
3) Penceramah:
i. YB Dato' Seri Anwar Ibrahim
ii. YBhg Dr Mohd Nur Manuty
iii. YB Nizar Jamaluddin
iv. YB Nga Kor Meng
v. YB Sivanesan
vi. YBhg Brigadier General (B) Dato' Abdul Hadi Khatab
vii. YBhg Chua Yee Ling
4) 8.30 – 12.00 mlm – Ceramah Merdeka Rakyat – (P- Sabak Bernam)
5) Lokasi : Dataran Tanah Lesen Parit Baru, Sabak Bernam, Selangor
6) Penceramah:
i. YB Dato' Seri Anwar Ibrahim
ii. YBhg Prof Dr Aziz Bari
iii. YBhg Shamsul Iskandar Mohd Akin
iv. YBhg Ustaz Sallehan Mukhyi
v. YBhg Cik Gu Bard

UPKO AKAN KELUAR BN???

Posted: 04 Nov 2012 08:41 AM PST

Presiden Pertubuhan Pasokmomogun Kadazandusun Murut Bersatu (Upko) Tan Sri Bernard Dompok menafikan dakwaan bekas Timbalan Presiden Upko Datuk Seri Wilfred Bumburing bahawa parti itu hampir-hampir meninggalkan Barisan Nasional (BN). Beliau mengesahkan bahawa majlis tertinggi Upko telahpun membincangkan perkara itu tetapi parti memutuskan untuk terus kekal dalam BN.
"Ada pihak yang mahu bercakap tentang perkara ini, jadi kami membangkitkannya kepada Majlis Tertinggi, dan Majlis Tertinggi kemudian berbincang. "Majoriti menyuarakan supaya kami terus bersama BN disebabkan apa yang dilaksanakan oleh BN berhubung RCI (Suruhanjaya Siasatan Diraja) mengenai pendatang tanpa izin di Sabah) dan sebagainya. Jadi saya boleh mengesahkan bahawa perkara itu ada dibincangkan tetapi parti memutuskan untuk tidak bersetuju," katanya kepada pemberita selepas merasmikan konvensyen Upko bahagian Penampang di sini, Ahad.

Dompok (gambar), yang juga Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, diminta mengulas mengenai kenyataan Bumburing semalam, menegaskan dakwaan sebelum ini oleh bekas Naib Presiden parti Datuk Maijol Mahap bahawa pemimpin Upko memutuskan untuk keluar daripada BN dan menyertai pakatan sebelum mereka (bekas pemimpin) keluar daripada parti dan mengikrarkan sokongan kepada pakatan pembangkang.
Maijol baru-baru ini dipetik sebagai berkata soal untuk keluar itu tidak berlaku kerana Perdana Menteri dan Pengerusi BN Datuk Seri Najib Tun Razak berjanji untuk mengumumkan penubuhan RCI mengenai isu pendatang tanpa izin dan peningkatan luar biasa dalam jumlah penduduk Sabah.
Ketika menolak dakwaan itu, Dompok berkata: "Mereka berbohong atau mereka tidak memberi kenyataan yang tepat kepada media".
"Perkara ini tidak mungkin benar kerana parti mengadakan mesyuarat, kami membangkitkannya dan tiada apa untuk kami sembunyikan. Saya rasa semua orang tahu kami ada bermesyuarat," katanya.

Anwar Ibrahim

Posted: 04 Nov 2012 07:28 PM PST

Anwar Ibrahim


Jelajah Dato Seri Anwar Ibrahim Ke Tanjung Malim & Sabak Bernam 6 Nov 2012

Posted: 03 Nov 2012 08:04 PM PDT

6 November 2012 (Selasa)

1) 8.30 – 12.00 mlm – Ceramah Perdana – (P-Tanjong Malim)

2) Lokasi : Dewan Tokong Khai Kee Theng, Slim River, Perak

3) Penceramah:

i. YB Dato' Seri Anwar Ibrahim

ii. YBhg Dr Mohd Nur Manuty

iii. YB Nizar Jamaluddin

iv. YB Nga Kor Meng

v. YB Sivanesan

vi. YBhg Brigadier General (B) Dato' Abdul Hadi Khatab

vii. YBhg Chua Yee Ling

4) 8.30 – 12.00 mlm – Ceramah Merdeka Rakyat – (P- Sabak Bernam)

5) Lokasi : Dataran Tanah Lesen Parit Baru, Sabak Bernam, Selangor

6) Penceramah:

i. YB Dato' Seri Anwar Ibrahim

ii. YBhg Prof Dr Aziz Bari

iii. YBhg Shamsul Iskandar Mohd Akin

iv. YBhg Ustaz Sallehan Mukhyi

v. YBhg Cik Gu Bard

PARTI KEADILAN RAKYAT NEGERI SEMBILAN

Posted: 04 Nov 2012 10:50 AM PST

PARTI KEADILAN RAKYAT NEGERI SEMBILAN


Lebih 20 ribu hadir Pelancaran Himpunan Kebangkitan Rakyat

Posted: 03 Nov 2012 07:04 PM PDT


Walaupun hujan lebat melanda Seremban Jaya seawal jam 3 petang semalam, program Karnival Rakyat tetap berjaya dijalankan sejurus hujan reda tepat jam 3.45 petang. Lebih menarik kehadiran lebih enam ribu orang pengunjung memenuhi tapak program.

Pelancaran program Anak Muda dan Pidato Pimpinan Muda jam 4.30 petang dilancarkan dengan penuh bersemangat seakan meraikan kemenangan pilihanraya umum! Tanpa diduga umpama semut yang keluar ribuan selepas hujan, para hadirin setia mengikuti program pidato yang diselang seli persembahan-persembahan kebudayaan dan artis-artis.

Pimpinan muda dari parti-parti Pakatan Rakyat seperti Siti Aishah Sheikh, Khairul Anuar @ Jonah, Bob Manolan, Teo Kok Seong, Ustaz Khairil Wafa menyampai pidato yang penuh bersemangat. Kehadiran artis-artis rakyat seperti Nizam Laksamana, Aishah, Dayang Ku Intan dan band indie Heldrasil menambah variasi acara.

Hujan kembali turun dan membasahi tapak program jam 6.45 petang yang berlarutan sehingga jam 9.30 malam, namun orang ramai yang telah hadir seawal petang semalam tetap sabar menunggu. Kehadiran pengunjung terus meningkat sekitar jam 8.00 malam walaupun hujan masih belum reda telah memadatkan padang himpunan.

Maklumat awal petang semalam turut menyebut di Padang Majlis Perbandaran Seremban juga turut berlangsung konsert hiburan yang menampilkan penyanyi ternama M.Nasir dan Hattan. Namun 'konsert berupa gangguan' itu tidak menggagalkan kehadiran di Himpunan Kebangkitan Rakyat!

Sekitar jam 9.30 malam, catatan tidak rasmi kehadiran telah mencecah lebih 20 ribu yang hadir. Selepas beberapa siri himpunan raksasa yang dilangsungkan di Negeri Sembilan iaitu Rapat Rakyat N9 pada 15 Januari 2012 dan Jelajah Merdeka Rakyat pada 7 September 2012 lalu, Himpunan Kebangkitan Rakyat sekali menjadi satu manifestasi rakyat ingin perubahan khususnya di Negeri Sembilan!

Pengikut