Media-media talibarut BN mengeksploit semahunya isu kononnya Kerajaan Negeri Selangor membiayai kos perundangan ADUN Sri Muda, Shuhami Shafiei yang didakwa di mahkamah kerana menghasut mengikut Seksyen 4(1) Akta Hasutan.
Tujuannya satu, iaitu untuk membangkitkan kemarahan rakyat kononnya kerajaan Negeri Selangor pimpinan Tan Sri Khalid Ibrahim telah menyalahgunakan wang rakyat. Jika pembelaan kerajaan Negeri Selangor terhadap kes mahkamah Shuhaimi itu dianggap pembaziran wang rakyat, maka Kerajaan BN Pusat juga wajib dipersalahkan.
Ini kerana dakwaan yang dibuat di mahkamah turut melibatkan penggunaan wang rakyat. Semua proses mahkamah tidak berlaku dengan percuma.
Jabatan Peguam Negara mempunyai hak untuk tidak mendakwa Shuhami. Apa yang ditulis Shuhami dalam blognya jauh lebih lunak dari pemimpin-pemimpin Umno memalukan, menghina dan memberi kata dua kepada Raja-raja Melayu sewaktu isu pindaan Perlembagaan pada tahun 1983 dan 1993. Apa yang diucapkan pemimpin Umno semuanya tercatat dalam laporan media-media utama Negara yang tersimpan hingga kini. Bukti itu tidak pernah hilang. Mengapa seorang pun tidak didakwa? Ertinya Kerajaan Pusatlah yang memulakan tindakan 'membazirkan wang rakyat' dalam isu ADUN Sri Muda itu. Mereka melakukan pendakwaan terpilih.
Jika tindakan Kerajaan Negeri Selangor itu dibantah, bagaimana pula dengan tindakan mereka menyalahgunakan wang rakyat untuk membiayai kempen politik BN. Penat rasanya saya menulis beberapa siri penyelewengan yang dilakukan oleh kerajaan Negeri Kedah di zaman BN dulu yang menyapu secara terang-terangan wang anak syarikat kerajaan Negeri untuk kempen politik mereka, tetapi sehingga kini tindakan tidak pernah diambil oleh mana-mana pihak pun. SPRM misalnya boleh bertindak tanpa ada pihak yang membuat laporan pun, tetapi mengapa mereka memilih untuk mendiamkan diri jika pihak yang didakwa terbabit dengan penyelewengan itu adalah pemimpin BN.
Kerana Melayu mudah lupa maka saya ingin menyenaraikan semula penyalahgunaan wang rakyat di zaman BN dulu untuk kepentingan politik parti mereka. Ia sangat relevan untuk diungkitkan di saat BN begitu 'prihatin' dengan penyalahgunaan wang rakyat, kononnya.
Menjelang Pilihanraya Umum Ke 12 (PRU 12) BN Kedah telah menggunakan wang syarikat Seri Temin Development Corporation (STDC) sebanyak RM1.7 juta untuk membiayaan program kempen politik BN yang dibuat atas nama "Pemimpin Bersama Rakyat". Kesemua 14 bahagian di Kedah mendapat RM120,000.00 setiap bahagian, manakala bahagian Padang terap mendapat RM120,000.00.
Menjelang PRU 12, Menteri Besar telah memberi hadiah pen berjenama kepada wartawan yang membuat liputan kempen BN menggunakan wang Permodalan Kedah Berhad. Anak syarikat Perbadanan Menteri Besar itu telah menggunakan RM66,470.00 untuk membeli 50 batang pen. 40 batang pen berharga berjenama Mont Blanc berharga RM1,190.00 setiap satu, 9 batang pen berharga RM1,840.00 setiap satu dan sebatang pen lagi berharga RM2,310.00! Pembelian tidak dilakukan melalui sebut harga atau tender, tetapi dibeli terus dari pembekal Ping Hang Trading, Bukit Kayu Hitam.
Menjelang PRU 12, Permodalan Kedah Berhad (PKB) telah mengeluarkan wang yang banyak untuk membantu kempen politik BN. Perbelanjaan kononnya untuk membantu fakir miskin yang mucul dengan banyak di musim pilihanraya. PKB telah mengeluarkan wang tunai sejumlah RM300,000.00 pada 26 Februari 2008 dan RM200,000.00 pada 4 Mac 2008 untuk 'sumbangan politik' BN menghadapi pilihanraya.
Menjelang PRU 12 juga, dua buah syarikat iaitu Charok Indah Enterprise dan Gerbang Utara Enterprise telah diberi projek kononnya untuk kerja-kerja sosial, masing-masing sebanyak RM57,540.00 dan RM86,000.00 oleh PKB. Projek yang dilaksanakan oleh kedua kontraktor tersebut tidak pernah diputuskan oleh mesyuarat Ahli Lembaga Pengarah atau mesyuarat pengurusan PKB. Antara spesifikasi 'kerja-kerja sosial' yang tercatat dalam rekod pembayaran itu ialah antaranya, membekalkan white board, peralatan alat tulis dan kayu ke peti undi BN dalam parlimen Kuala Kedah.
Menjelang PRU 12, STDC telah membelanjakan sebanyak RM78,270 untuk program politik BN di Padang Terap. Secara terperinci berikut adalah maklumat perbelanjaan STDC pada bulan Januari dan Februari 2008, di mana semua program tersebut diadakan di Padang Terap: 1/1/2008 – RM5,810.00, 1/1/2008 – RM26,150.00, 1/1/2008 – RM10,000.00. (Satu hari tiga kali mesyuarat?) 13/2/2008 – RM10,000.00, 13/2/2008 – RM7,905.90, 13/2/2008 – RM4,610.00, 13/2/2008 – RM11,700.00, 13/2.2008 – RM10,000.00. Semuanya berjumlah RM78,270.
Menjelang PRU 12, STDC telah menyewa khemah untuk digunakan sebagai program kempen politik BN sebanyak lebih RM300 ribu. Oleh kerana mereka telah berhutang kepada syarikat pembekal, maka pentadbiran STDC kini yang terpaksa menjelaskan hutang tersebut secara beransur-ansur.
Menjelang PRU 12 juga, STDC telah membekal kain tudung dengan perbelanjaan sebanyak RM20 ribu. Walaupun tidak dinyatakan kain tudung untuk siapa, tetapi tentulah kain tudung itu bukan untuk Muslimat PAS. Bukan juga untuk Wanita MCA, MIC atau Gerakan, sebab mereka tak pakai tudung. Kalau bukan untuk Wanita arau Puteri Umno, siapa lagi?
Itu cuma senarai penyalahgunaan wang rakyat oleh BN menjelang PRU 12. Hanya di Kedah. Bukan untuk semua waktu. Itu pun terbatas kepada senarai penyalahgunaan yang dibuat secara terang-terangan, tidak termasuk yang program kempen BN yang dibuat menggunakan kos dan jentera kerajaan. Macam Perdana Menteri yang turun ke mana-mana, semuanya menggunakan duit rakyat yang banyak tetapi berkempen terang-terangan supaya rakyat menyokong BN dan menolak Pakatan Rakyat. Halal pula bagi mereka.
Di zaman PR mentadbir Kedah sekarang pun ada program Mesra Rakyat yang telah dibuat di beberapa daerah. Menteri Besar cuma turun mencanang misi, visi, dasar dan program kerajaan Negeri. Tiada bendera PAS yang menyambut kedatangan beliau dan tiada kempen politik Umno, PAS. Sebab itu kakitangan kerajaan Kedah lebih selesa untuk bekerja di bawah pentadbiran kini berbanding lalu kerana mereka bekerja betul-betul untuk rakyat, bukan untuk parti pilitik tertentu.
KOTA Sarang Semut Batu 9 di Kedah telah bertukar menjadi lautan manusia apabila himpunan 30,000 pemuda Pas berjaya mencapai sasaran. Katanya kompleks Pas Kedah hari ini dipenuhi dengan anak-anak muda dan digemai laungan takbir penuh semangat.
Sayang saya tidak dapat menyaksikan dengan mata kepala sendiri gelombang Pemuda itu. Alangkah indahnya kalau dapat tengok sendiri, ia akan menambah waja dan semangat dan menjadikan catatan ini lebih realistik.
Apapun syabas diucapkan kepada segenap Pemuda Pas Malaysia kerana berjaya menghimpun dan menunjukkan kekuatan kalangan mereka.
Kejayaan himpunan hari ini ternyata, darah pemuda Pas masih merah dan masih mengalir laju menuruni lembah mencari puncak kemenangan. Mereka tidak mudah goyah atau terkoyak dengan segala dakyah dan tohmahan buruk ke atas parti dan pemimpin mereka.
Saya yakin kalau mereka dibangkit dan dikerah untuk bergerak ke Putrajaya hari ini, dalam jumlah seramai itu mereka akan mara tanpa mempedulikan apa yang berlaku. Dalam himpunan seramai itu semangat mesti berkobar. Mereka akan bergerak hatta berjalan kaki melalui lebuh raya Utara Selatan hingga ke Putrajaya. Saya yakin..
Katanya himpunan di Kota Sarang Semut hari ini lebih berjaya daripada himpunan yang sama dibuat di Kota Bharu empat tahun lepas. Kalau di Kota Bharu himpunan disertai 15,000 tetapi kali ini angkanya meningkat sekali ganda. Boleh disifatkan himpunan di Kota Sarang Semut hari ini adalah kesenimbungan himpunan di Kota Bharu. Perlu rasanya himpunan seumpama ini dijadikan tradisi kepada Pemuda Pas dan bukan pada waktu-waktu tertentu saja. Saya juga yakin kalau himpunan ini sekali lagi diadakan menjelang pilihan raya jumlahnya makin bertambah.
Dengan apa yang dipersaksikan di Kedah hari ini UBN Kedah tidak boleh memandang remeh kepada Pas. Khabarnya apa yang memberi aspirasi kepada himpunan berkenaan kerana Pas melihat akan kesungguhan UBN untuk merampas Kedah dalam pilihan raya akan datang. Kehadiran lebih 20,000 pemuda Pas itu laksana benteng yang akan mempertahankan tahkta kekuasaan Pas di Kedah.
Kejayaan himpunan hari ini memberi signal bahawa Pas akan sedia mengerahkan tenaga dan segala keupayaaan bagi mempertahankan kerajaan Pas Kedah dengan apa saja sekalipun. Apa yang berlaku hari ini membuktikan akan kesiapsiagaan para Pemuda Pas.
Himpunan raksasa itu dirasmikan oleh MB Kedah, Azizan Abdul Razak. Dua Naib Presiden Pas turut hadir dan menyampaikan ucapan menyuntik semangat. Mereka Sallahuddin Ayub dan Tuan Ibrahim Tuan Man. Bekas-bekas ketua pemuda juga turut sama hadir antaranya ialah Abu Bakar Chik dan lain-lain.
Mungkin Pas boleh berbangga dan berpuas hati dengan apa yang ditunjukkan oleh Pemuda mereka itu. Setidak-tidaknya Pas dapat mengambilnya sebagai petunjuk bahawa Pas kian kuat dan semangat ahlinya semakin tinggi. Bayangkan tanpa semangat himpunan itu tidak akan berjaya kerana kehadiran mereka nun jauh di Kedah satu cabaran bagi mereka di Selatan, Timur atau Pantai Barat. Hanya mereka yang digelegakki semangat saja untuk turun ke Kedah.
Justeru himpunan hari ini adalah bersejarah. Dalam sisi lain ia seolah bagaikan menjawab persoalan lain dalam Pas, di mana pada masa sama berlangsung konvensyen Pas di Petaling Jaya untuk mencari nilai baru bagi Pas untuk menyakinkan Melayu terus menyokongnya. Konvensyen hari ini diadakan setelah Pas bermahasabah dan menemui jawaban yang ada petunjuk Melayu melarikan diri dari Pas kerana Pas dilihat begitu akrab dengan rakan Pakatan lain.
Dan dalam Pas tercari-cari apakah penawar dan janji baru untuk Melayu, himpunan Pemuda hari ini memberi jawaban bahawa Pas masih utuh dan kukuh. Bahawa Pas masih mengingat Melayu dengan meletakkan agama sebagai agenda utamanya. Himpunan Pemuda itu yang tidak dicampur dengan pemuda kaum lain menjelaskan bahawa komitmen dan iltizam Pas kepada perjuangan asal mereka.
Dari sudut lain himpunan Pemuda ini jelaslah menunjukkan kekuatan Pas sebenarnya. Dengan kehadiran seramai itu Pas mampu berdiri di atas kakinya sendiri. Sudah pasti jumlah lebih 20,000 yang hadir hari ini tidak termasuk pemuda PKR dan juga Pemuda DAP. Himpunan hari ini adalah genuine mempamirkan kekuatan Pas yang sebenarnya.
Bagaimana pun apa yang dipamerkan hari ini masih belum mencukupi bagi Pas memperakui yang mereka kuat sehingga mampu merampas Putrajaya, walaupun Pas khasnya Pemuda boleh berbangga dengan apa yang berlaku. Makanya Pas memerlukan satu lagi show bagi memperlihatkan kepada rakyat Malaysia yang Pas kini dalam ladumam azam untuk memerintah negara ini.
Mungkin selepas ini Muslimat Pas boleh membuat himpunan yang sama. Kita mahu tengok pula sejauh mana komitmen muslimat Pas dan kesediaan mereka mengorbankan masa dan tenaga untuk parti. Mungkin sukar bagi muslimat hendak menghimpunkan seramai itu kerana pergerakan wanita perlu dihadkan atas sebab-sebab tertentu. Tetapi setidak-tidaknya muslimat harus menganjurkan himpunannya sendiri bagi mengembelingkan kekuatan.
Tegasnya apa yang tercipta di Kedah hari ini ia memberi semangat dan kekuatan baru kepada penyokong Pas di seluruh negara. Yang jelas kepada mata saya bahawa Pas semakin menghijau dan semakin subur. Dengan berkembangnya tunas-tunas baru yang ditunjukkan di Kedah hari ini Pas tidak akan 'kekasikan' untuk melahirkan sebarisan pemimpin yang dinamik untuk masa depan Pas. Pemuda adalah pemimpin masa depan. Kejayaan himpunan hari ini juga menunjukkan kewibawaan pemimpin Pemuda masa kini. Untuk itu segulung syabas dan tahniah kepada Nasruddin Hassan dan seluruh jawatankuasa.
Sekali lagi ditanyai, apakah dengan kekuatan para pemudanya Pas masih memerlukan pergantungan kepada rakan-rakan politik yang lain? Kita tidak mahu pemuda Pas menjadi kuda pada pilihan raya untuk ditunggangi oleh wazir-wazir yang tidak sehaluan dengan langkah dan nawaitu perjuangan kita. Biarlah pemuda menjadi kuda kepada mujahidinnya sendiri kerana seorang mujahidin sedia syahid dalam sangsaraan, mereka tidak tersilau kepada wang ringgit. Perkara ini rasanya perlu diberi perhatian sama oleh Pas
Saya ingin merujuk kepada laporan muka hadapan Mingguan Malaysia hari ini 20 Februari 2011 yang meletakkan tajuk : "NIK AZIZ UBAH NADA : BIMBANG PENURUNAN SOKONGAN MASYARAKAT MELAYU TERHADAP PAS". Di bawah tajuk tersebut ditulis kenyataan, "Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz bin Nik Mat akhirnya mengubah nada mengakui bahawa perjuangan terhadap masyarakat Melayu perlu diutamakan.
Saya menyifatkan bahawa laporan ini merupakan satu bentuk fitnah secara sistematik denga memanipulasikan sebahagian kenyataan YAB Al-Mursyidul Am PAS demi mencapai tujuan politik murahan seperti biasa yang dimainkan oleh akhbar lidah UMNO ini. Mingguan Malaysia sekali lagi merelakan dirinya menggadai prinsip dan etika kewartawanan yang bersifat professional dan terus merendahkan martabat menjadi ejen fitnah dan propaganda murahan. Jika mengikut rekod pemberitaan Mingguan Malaysia, laporan ini akan disusuli dengan pandangan pelbagai pihak di dalam UMNO yang akan berebut-rebut ruang di dalam akhbar untuk menonjolkan pandangan dan pendapat.
Sebelum pihak-pihak ini melontarkan pandangan berasaskan laporan yang kurang tepat, sukalah saya nyatakan bahawa laporan tersebut hakikatnya merujuk kepada ucapan al-Mursyidul Am PAS ketika merasmikan Konvensyen KONVENSYEN NASIONAL PENGUPAYAAN BANGSA - JAMINAN PAS yang bertempat di Auditorium Dewan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) pada 19 Februari 2011.
Realiti yang sebenarnya ialah al-Mursyidul Am merujuk kepada tanggungjawab untuk menyebarkan dakwah yang perlu diutamakan kepada orang-orang Melayu yang sudah menerima Islam terlebih dahulu sebelum bangsa-bangsa lain. Mereka perlu diberikan keutamaan untuk memahami Islam kerana jika bangsa Melayu mengamalkan Islam yang sempurna ia akan menjadi contoh tauladan kepada bangsa lain.
Petikan teks ucapan beliau yang menyebut tentang perkara tersebut adalah seperti berikut : "Bagi PAS, Melayu perlu diutamakan dalamagenda dakwahpada hari ini kerana mereka merupakan bangsa yang terdahulu menerima Islam di Tanah Melayu ini. Firman Allah SWT yang bermaksud : Dan berilah peringatan kepada kerabat-kerabatmu yang terdekat – Surah al-Syuara', ayat 214. Ayat ini memerintahkan agar Rasulullah SAW mengutamakan kaum keluarganya terlebih dahulu di dalam menyampaikan dakwah. Perkataan asyirah di dalam ayat ini bukanlah bermakna kaum tetapi bermakna keluarga. Dalam konteks Malaysia, kaum yang paling dominan dengan Islam ialah kaum Melayu sekalipun Islam tidak terbatas untuk bangsa Melayu sahaja.
Permainan akhbar Mingguan Malaysia boleh dilihat apabila hanya melaporkan kata-kata beliau seperti berikut : "Bagi Pas, orang Melayu perlu diutamakan dalam perjuangan kerana ia adalah kaum terdahulu," katanya ketika berucap merasmikan Konvensyen Nasional Pengupayaan Bangsa: Jaminan Pas di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) di sini hari ini."
Oleh yang demikian, tidak timbul soal YAB Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz mengubah nada kerana apa yang diucapkan oleh beliau ialah dalam konteks dakwah bukan dalam konteks hak istimewa pribumi. Tambahan pula, YAB Tuan Guru sentiasa mendukung perlembagaan Malaysia yang telah menjamin hak-hak istimewa orang-orang Melayu namun tidak menjadikan isu ini sebagai alat untuk menarik sokongan orang-orang Melayu seperti UMNO yang pada hakikatnya mengkhianati bangsa Melayu di dalam banyak perkara.
Justeru, semoga pihak Mingguan Malaysia tidak mengambil kesempatan untuk memutar belitkan sebarang laporan selepas ini. Saya berharap agar kerjasama dan hubungan baik di antara pejabat Menteri Besar Kelantan dengan pihak akhbar Mingguan / Utusan Malaysia boleh diteruskan tanpa sebarang masalah.
Sekian, terima kasih.
Yang menjalankan tugas,
AHMAD FADHLI BIN SHAARI
Setiausaha Akhbar,
YAB Menteri Besar Kelantan.
Bertarikh : 20 Februari 2011 / 17 Rabiul Awal 1432
PAS sebagai sebuah parti politik yang berteraskan Islam memberi jaminan bahawa:
1. PAS tetap komited untuk melaksanakan agenda pengupayaan bangsa Melayu dan Bumiputera berteraskan prinsip-prinsip di atas;
2. PAS akan terus mempertahankan kedaulatan Raja-raja Melayu dan kepentingan bangsa Melayu dan Bumiputera seperti yang telah termaktub dalam Perlembagaan Malaysia;
3. PAS tetap beristiqamah untuk menghayati Islam sebagai satu cara hidup sesuai dengan kerangka perlembagaan Malaysia sebagai teras terpenting usaha mengupayakan Melayu;
4. PAS akan sentiasa memastikan seluruh kegiatan pembangunan bangsa Melayu berkiblatkan akhirat demi mencapai keredhaan Allah;
5. PAS tetap mengutamakan perjuangan untuk membela nasib rakyat terpinggir dan berpendapat rendah yang sebahagian besarnya adalah kaum Melayu dan Bumiputera;
6. PAS akan terus mempertahankan konsep ketuanan rakyat yang berpaksikan keadilan Islam dengan jaminan saksama kepada kaum-kaum lain;
7. PAS tetap memperjuangkan dasar-dasar affirmative yang berasaskan siapa yang berkeperluan (need based) sesuai dengan matlamat keadilan Islam;
8. PAS akan terus komited untuk menampilkan kepimpinan Melayu yang bebas rasuah dan penyelewengan di semua peringkat kepimpinan bermula dari kepimpinan Negara sehingga kepimpinan komuniti;
9. PAS tetap mempertahankan tanah-tanah rizab Melayu, tanah-tanah adat, kampung-kampung tradisi dan penempatan-penempatan yang mempunyai kepentingan Melayu dan Bumiputera seperti Felda, malah berusaha menjadikannya sebagai penyumbang terpenting kekuatan ekonomi Melayu;
10. PAS akan terus mempertahankan warisan Melayu selagi mana tidak bertentangan dengan syarak, sebagai khazanah penting kepada generasi Melayu akan datang;
11. PAS tetap mempertahankan pendidikan vernakular yang telah memberi ruang kepada kewujudan sekolah agama rakyat, madrasah dan sekolah pondok, di samping tidak menolak kepentingan elemen integrasi nasional diterapkan dalam sistem pendidikan dan;
12. PAS akan terus berusaha memasakkan jatidiri berteraskan Islam kepada generasi muda Melayu kerana mereka merupakan teras kepada pengupayaan bangsa Melayu dan waris kepimpinan akan datang.
You are subscribed to email updates from PAS KDAS 3 To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
PRK Kerdau merupakan "medang perang" baru yang akan menguji pengaruh dan sokongan rakyat terhadap parti yang bertanding.
Petugas Pahang yang telah menjalani latihan pilihanraya di beberapa PRK dan ii adalah mendan untuk menguji segala ilmu dan segala kepakaran yang ada.
Berdasarkan corak semasa menunjukkan Pakatan Rakyat menguasai pengundi. Cuma bergantung kepada isu semasa yang berjaya diolah oleh pimpinan-pimpinan yang ada.
Marandaily mengucapkan selamat berjuang kepada PR dan semoga Kerajaan UMNO-BN akan tumbang di PRK Kerdau. Pernamaan Calon akan diadakan pada 26 feb 2011 dan pembuangan undi pada 6 Mac 2011. Keluarlah mengundi untuk selamatkan Negara daripada muflis dan sesat.
Melihatkan keadaannya yang uzur, pasti ramai tidak percaya seorang lelaki warga ...emas berusia 85 tahun menerima surat saman kerana memandu melebihi had laju.
Bagaimanapun, itulah yang terjadi kepada Bakar Ismail (gambar) dari Kampung Sungai Padang, Simpang Empat, yang menerima surat saman atas kesalahan tersebut.
Lebih mengejutkan, kesalahan itu didakwa dilakukannya ketika menunggang motosikal berkuasa 500cc di Kilometer 6.2 Lebuh Raya Utara Selatan, 30 Julai tahun lalu.
Bakar yang mempunyai lima cicit hairan bagaimana dia boleh menerima saman di kawasan yang dia sendiri tidak tahu selok-beloknya.
"Surat saman itu tertera nombor pendaftaran motosikal pak cik iaitu PV 738 kerana memecut lebih daripada had laju dibenarkan iaitu 98 kilometer sejam (kmj) berbanding had laju sepatutnya, 80 kmj.
"Pak cik mana ada motosikal 500cc, yang pak cik ada hanyalah Honda C70, tersadai dalam bangsal sejak tahun lalu," katanya kepada pemberita di rumahnya di sini.
Bakar turut pelik kerana walaupun nombor pendaftaran motosikal tertera sama dengan motosikal Honda C70 miliknya namun kapasiti enjinnya adalah berbeza.
"Motosikal pak cik itu telah berusia lebih 35 tahun, mana mampu pecut dan kalau diikutkan motosikal itu tidak boleh pergi jauh sekadar pekan Simpang Empat sahaja.
"Lagipun motosikal itu tiada cukai jalan, sudah lama pak cik tidak perbaharui cukai jalannya," katanya yang telah membeli motosikal terpakai itu pada 4 September 1979 dengan harga RM1,200.
Katanya, walaupun pernah sampai ke Kuala Lumpur namun dia tidak tahu selok-belok jalan di ibu negara apatah lagi lebuh raya berkenaan.
Tambahnya, surat saman yang dikeluarkan oleh pihak polis di Kuala Lumpur itu dikirim ke rumahnya pada Disember lalu.
"Berdasarkan saman itu, ia dikeluarkan anggota polis peronda pukul 1.53 tengah hari dengan kompaun RM300 dan tawaran kompaun RM150," katanya.
Anak Bakar, Mohd. Nor, 47, berkata, dia telah merujuk perkara itu ke Balai Polis Trafik Kangar dan diminta menulis surat kepada pihak bertanggungjawab di Kuala Lumpur untuk penjelasan.Lihat seterusnya..
SEREMBAN - Semua penghuni di lima blok kediaman Pangsapuri Nilai3 di Nilai, dekat sini, kesal dan kecewa dengan kegagalan pihak berkenaan menyelesaikan pelbagai masalah yang mereka hadapi sejak tujuh tahun lalu.
Penasihat Persatuan Penduduk pangsapuri berkenaan, Affendi Nordin, 51, berkata, isu paling merunsingkan penghuni adalah keretakan ketara pada struktur bangunan terutama di Blok A.
"Sebahagian penduduk mula berpindah ke sini pada 2004 dan kesan retak serta rekahan pada bangunan mula kelihatan kira-kira setahun kemudian.
Selain itu, Affendi berkata, jalan masuk ke pangsapuri terbabit mendap dan retak berikutan hujan lebat beberapa hari lalu.
Menurutnya, lebih dikesali, pihak berkenaan cuma mengambus kesan retak dan mendap dengan pasir sahaja tanpa melakukan kerja pembaikan.
"Cuba bayangkan jika sebuah bas sekolah sarat dengan pelajar melalui jalan yang masih belum dibaiki.
"Saya bimbang mungkin berlaku kemalangan jiwa atau kecederaaan jika jalan terbabit tiba-tiba runtuh pada masa yang sama," katanya.
Affendi berkata, masalah lain dihadapi penduduk termasuklah sistem kumbahan kurang sempurna, kebocoran saluran najis, pengurusan kutipan sampah tidak sistematik dan banyak besi penutup tangki septik hilang dipercayai akibat dicuri.
"Kami memandang serius isu ini kerana selain menimbulkan suasana tidak selesa, ada antaranya yang boleh membahayakan nyawa penduduk.
"Malah, seorang kanak-kanak berumur 9 tahun pernah terjatuh ke dalam tangki septik yang tiada penutup enam bulan lalu. Mujurlah dia selamat tanpa mengalami apa-apa kecederaan," katanya.
Enggan layan aduan
Menurutnya, semua masalah itu telah berulang kali dikemukakan kepada pihak berkenaan termasuk syarikat pemaju namun maklum balas diterima amat mengecewakan.
"Mereka seolah-olah enggan melayan aduan penduduk dan sering menuding jari antara satu sama lain.
"Pihak pemaju juga gagal menyediakan kemudahan awam yang dijanjikan kepada penduduk," katanya.
Affendi berkata, pemaju sepatutnya membina sebuah surau, padang permainan, kawalan keselamatan dan besi penghadang jalan.
"Namun sehingga kini, semua kemudahan berkenaan masih belum nampak bayangnya.
"Sebahagian penduduk enggan membayar caj penyelenggaraan sebanyak RM700 setahun sebagai tanda protes atas kegagalan pemaju menunaikan janji," katanya.
Menurutnya, mereka tidak akan membayarnya selagi masalah yang dihadapi sejak tujuh tahun lalu tidak selesai.
Alhamdulillah,hanya selang beberapa hari TPM Muhyidin menyatakan kegusarannya terhadap kebangkitan PAS di Sarawak,20 Feb 2011 menjadi satu tarikh bersejarah pemantapan posisi PAS dalam landskap politik Sarawak. Bertempat di Miri,lebih 500 penyokong PAS dengan lebih separuh kehadirannya adalah penyokong PAS bukan Muslim,hadir dalam program pelancaran Dewan Himpunan Penyokong PAS Negeri Sarawak. Baik yang dari keturunan Penan,Kayan,Kenyah,Iban,Cina,Melanau dan Orang Ulu serta lain -lain duduk semeja dalam sebuah dewan yang cukup indah bagi membuktikan penerimaan penduduk Sarawak terhadap PAS.Program bermula dengan persembahan Tarian Singa oleh Pasukan Tarian Singa DAP Miri. Lebih menarik alunan bacaan Al-Quran diikuti Tafsir yang diperdengarkan memberi satu suntikan semangat pada petugas PAS Miri disamping diterima baik penjelasannya oleh penyokong Dewan Himpunan. Program pelancaran disempurnakan gilang gemilang oleh YB Ustaz Nasharudin Md Isa,Timbaalan Presiden PAS. Dalam ucapannya ,beliau mengingatkan Regim Taib Mahmud bahawa kuasa rakyat mampu menumbangkan kekuatan mana-mana kerajaan didunia,ini dibuktikan kejatuhan Regim Hosni Mubarak,yang kononnya berkuasa dan didalangi US,namun kebangkitan rakyat yang tertindas tidak lagi dapat dibendung. Iklim politik antara Taib dan Hosni ,yang mengaut keuntungan dan kekayaan sedangkan rakyat hidup merempat di bumi Sarawak yang kaya dengan hasil minyak,gas dan balak,menjadi petanda jelas akan kejatuhan Taib. Ucapan Ustaz Nasha mendapat tepukan gemuruh dari hadirin dan menjadi pembakar semangat petugas bagi memastikan kemenangan Pakatan Rakyat di Miri dan seluruh Sarawak dalam PR DUN akan datang seterusnya PRU 13 kelak. Turut hadir ialah Presiden SNAP,Edwin Dundang,Dr Micahel Teo(PKR),Mdm Eunice Lim (DAP) dan pimpinan PAS Negeri iaitu Haji Adam Ahid,Pesuruhjaya PAS Sarawak ,Abd eddy(Ketua Pemuda PAS) dan YDP PAS Miri,Tuan Haji Jofri Jaraiee dan Encik Hu Pang Chow dan Encik Yeo(DHPP)
KUALA LUMPUR, 20 Feb: Pro Mahasiswa (Pro-M) Universiti Malaya (UM) hari ini menuntut pihak pentadbiran universiti bertanggungjawab di atas kehilangan seorang calon kerusi umum Pro-M, Masturah Abu Bakar.
Masturah dilaporkan hilang oleh seorang rakannya, Nurhanis Wahidah Mohd Mansor di pangsapuri Pantai Permai, kira-kira jam 4.15 petang semalam.
Berikutan kehilangan itu, Nurhanis membuat laporan polis di balai polis Pantai, jan 12.20 malam tadi, selepas enam jam kehilangannya.
Menurut laporan Nurhanis, Masturah bersama beberapa orang wakil calonnya menziarahi rakannya di pangsapuri berkenaan jam 3.15 petang semalam untuk meminta rakan-rakannya di luar kampus turun mengundi esok.
Sepanjang tempoh ziarah tersebut, mangsa dan beberapa orang rakannya menyedari mereka telah diekori oleh beberapa orang lelaki yang tidak dikenali dari jarak yang jauh.
Hanis menceritakan bahawa Masturah turun untuk membeli kredit telefon bimbitnya di kedai berhampiran blok D dan mangsa menyuruhnya menunggu di blok E.
"Setelah kira-kira 10 minit menunggu, saya mendapati Masturah tidak juga kelihatan dan telefon bimbitnya gagal dihubungi," ceritanya.
Manakala satu lagi laporan polis dibuat oleh seorang lagi wakil calon, Rohayu Rosli berhubung panggilan telefon berbau ugutan yang diterimanya jam 11.15 pagi hari ini.
Individu yang membuat pangilan berkenaan mengugut Rohayu supaya tidak melaporkan kes tersebut kepada polis sekiranya mahu mangsa selamat.
200 berhimpun di hadapan Dewan Tunku Canselor
Sementara itu, sekumpulan Pro-M berhimpun di hadapan Dewan Tunku Canselor (DTC) petang tadi bagi menyerahkan memorandum menuntut pihak universiti bertanggungjawab di atas kehilangan itu.
Memorandum berkenaan juga membantah tempoh kempen yang diadakan pada waktu cuti, ketika kebanyakan pelajar tiada di kolej kediaman.
...walaupun dia bukanlah sehebat artis-artis kita yang lain seperti anak Muyiddin Yasin... namun apa yang penting dia memilih satu wajah perjuangan yang sehebat seperti arwah datuknya Tok Kenali... pasti ada paling tidak setitis darah keturunan wali Allah dalam tubuhnya... Takbir!!!
Seorang calon pilihan raya Universiti Malaya (UM) Masturah Abu Bakar dilaporkan hilang sejak petang semalam oleh rakannya sekampusnya.
Ketua Polis Daerah Brickfields ACP Wan Abdul Bari Wan Abdul Khalid berkata polis menerima laporan pada pukul 12.20 tengah malam tadi mengenai kehilangan penuntut berusia 22 tahun itu, dan telah mengadakan operasi mencari mangsa di sekitar pangsapuri tempat ia berkempen tetapi tidak berjaya menemuinya.
Wan Abdul Bari berkata Masturah dilaporkan hilang kira-kira pukul 5 petang semalam semasa dia bersama seorang lagi rakannya berkempen di blok pangsapuri Pantai Permai, Pantai Dalam, yang menjadi tempat penginapan luar penuntut UM.
Rakan mangsa melaporkan bahawa Masturah pergi membeli tambah nilai kredit telefon dan meminta rakannya itu menunggu di Blok E, pangsapuri itu, dan "setelah lama menunggu, Masturah tidak muncul dan dia cuba menghubungi rakannya itu tetapi gagal," katanya kepada Bernama di sini malam ini.
Wan Abdul Bari berkata selepas enam jam mencari bersama penduduk di kawasan berkenaan, rakannya kemudian membuat laporan polis.
Masturah, yang merupakan calon pro-Mahasiwa (Pro-M) UM, akan bertanding kerusi umum pilihan raya kampus itu esok, dilaporkan menerima khidmat pesanan ringkas (SMS) berbaur ugutan dari orang yang tidak dikenali sebelum ini, katanya.
"Siasatan polis masih berjalan dan pada masa yang sama, pihaknya juga meneliti pelbagai kemungkinan dan motif kehilangan mahasiswa itu, termasuk unsure balas dendam," kata Wan Abdul Bari.
Polis bagaimanapun mengklasifikasikan kes itu sebagai orang hilang, katanya.
Semasa kejadian, Masturah yang berkulit sawo matang bercemin mata dan tinggi kira-kira 173 cm berpakaian baju kurung batik berwarna hijau dan merah jambu, berkot labuh warna hitam, bertudung warna merah jambu, dan berkasut sandal warna putih.
Sebanyak 43 kerusi MPP UM dipertandingkan pada sesi 2010/2011 yang merangkumi sembilan kerusi umum, 32 kerusi fakulti dan dua kerusi siswazah. — Bernama
Datuk Seri Abdul Hadi Awang menegaskan nasib orang Melayu di negara ini akan terjamin sekiranya berpegang teguh kepada ajaran Islam bukannya Ketuanan Melayu yang dilaungkan Umno-BN.
Beliau berkata Islam tidak mengamalkan konsep Ketuanan Melayu seperti mana yang dibawa Umno.
"Kalau orang Melayu nak selamat, mesti tegakkan Islam baru selamat.
"Kalau tegakkan Melayu memang tak selamat," kata beliau pada Konvensyen Nasional Pengupayaan Bangsa: Jaminan PAS hari ini.
Hadi yang juga Ahli Parlimen Marang berkata Islam yang diturunkan Allah s.w.t merupakan satu amanat kepada orang Melayu.
"Islam namakan kepimpinan sebagai amanat, sebab itu kepimpinan Islam tidak amalkan konsep menghambakan orang.
"Selain itu, kepimpinan Islam tak semestinya didokong hanya orang Islam, Islam tidak fokus hanya kepada kaum tertentu sahaja," katanya.
Sementara itu Setiausaha Agung PKR Saifuddin Nasution Ismail berkata Pakatan Rakyat perlu membuat satu pendirian tetap sama ada mahu berhadapan dengan Umno atau mengelak berhubung isu Ketuanan Melayu.
Katanya, isu Ketuanan Melayu telah digunakan Umno semata-mata mahu mendapatkan sokongan orang Melayu.
Menurut Ahli Parlimen Machang itu, Umno menggunakan isu Ketuanan Melayu dengan harapan sokongan orang Melayu terhadap PAS dan PKR akan terhakis.
"Kita perlu pilih satu, di persimpangan dua jalan, sama ada berhadapan secara terus dengan Umno dan menyelesaikan perkara ini ataupun mengelak.
"Kedua-duanya boleh kita gunakan, kerana keputusan pilihan raya umum di tangan rakyat, kita mahu tidak mahu kena pilih," katanya ketika berucap pada Konvensyen Nasional Pengupayaan Bangsa: Jaminan PAS.
Kata Saifuddin, isu Ketuanan Melayu ini semakin hangat diperkatakan kerana keputusan pilihan raya umum lalu didakwa menghakis kuasa politik Melayu.
"Golongan yang paling lantang memperkatakan isu Ketuanan Melayu adalah dari kelas pertengahan Melayu, sekali gus turut menjadi wakil kepada kelas bawahan.
"Selain itu, kumpulan-kumpulan ultra-Melayu pula tumbuh seperti cendawan selepas hujan turut menyumbang kepada pola pengundian ini," katanya.
Saifuddin juga menegaskan tugas Pakatan Rakyat sekarang adalah untuk menerangkan kepada orang Melayu bahawa gabungan tiga parti itu akan terus mempertahankan hak orang Melayu seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.
"Kita perlu bebaskan minda orang Melayu yang dikongkong oleh Umno, oleh itu kita kena bertindak sekarang, kerana belum tentu undi kita bertambah nanti," katanya.
Kuala Terengganu - Seramai 80 orang Pemuda DUN Ledang telah menyertai Konvoi 2 biji Bas ke Perhimpunan 30K Pemuda Islam di Kota Sarang Semut Kedah Darul Aman. Alhamdulillah Pemuda kawasan Kuala Terengganu telah menghantar 7 Buah bas ke Himpunan Tersebut yakni sekitar 300 orang.
Semoga semangat ini berterusan dan membawa arus perubahan untuk mengembalikan Negeri Tercinta ini kepada mereka yang lebih Amanah dan Takut kepada ALLAH.
"I've heard of the 1Malaysia concept, but I think we don't need to be told to be united. We've come such a long way that it should already be embedded in our hearts and minds that we are united. Unfortunately, you can still see racial discrimination and polarisation. There is still this ethno-centric view that the Malays are the dominant group and their rights must be protected, and non-Malays are forever the outsiders. "For the concept to succeed, I think the Government should stop with the race politics. It's tiring, really. We grew up with application forms asking us to tick our race. We should stop painting a negative image of the other races, stop thinking about 'us' and 'them' and focus on 'we', 'our' and 'Malaysians'. "No one should be made uncomfortable in their own home. A dear Chinese friend of mine said to me once: 'I don't feel patriotic because I am not made to feel like Malaysia is my home, and I don't feel an affinity to China because I have never lived there'. "I know some Baba Nyonya friends who can trace their lineage back hundreds of years. I'm a fourth generation Malaysian. If I am bumiputra, why can't they be, too? Clearly I have issues with the term. "I think the main reason why we still can't achieve total unity is because of this 'Malay Rights' concept. I'd rather 'Malay Rights' be replaced by human rights. So unless we get rid of this bumiputra status, or reform our views and policies on rights, we will never achieve unity. "For my Merdeka wish, I'd like for Malaysians to have more voice, to be respected and heard. I wish that the Government would uphold the true essence of parliamentary democracy. I wish for the people to no longer fear and discriminate against each other, to see that we are one and the same.
Isk .. isk .. macam mane ayo mani Saiful boleh ade dalam jubonya sendighi?
Apabila saya mengikuti kes perbicaraan Fitnah 2 terhadap DSAI sehari dua ini saya benar-benar rasa lucu dan mengelikan hati. Kenyataan balas oleh Dr. Khairul Nizam bahawa Saifool 'melawan' apabila dipaksa melakukan oral seks dan diliwat memberikan satu kekeliruan kepada sesiapa yang mengikutinya . Kes pembicaraan tersebut ialah di bawah Seksyen 377B iaitu melakukan secara sukarela tanpa paksaan. Tapi saifool diberitahu oleh Dr. Khairul Nizam yang Saifool MELAWAN ! Saya agak geli hati apa bila membaca komen teman-teman FB saya yang menjadi bahan ketawa apabila membayangkan Saifool dalam keadaan MARAH dan MELAWAN tapi 'menonggeng' untuk diliwat oleh seorang tua berumur 63 tahun ! Macamana tu ? Bagaimana rupa Saifool yang 'melawan' tapi dipaksa juga buat oral seks dan diliwat .. ? Saya gelak besar bila salah seorang kawan FB saya Ymtuan tuan menjawab .."macam itik serati.." Saya merasa amat kasihan pada seorang pakar perubatan yang telah diperbodohkan oleh seorang yang bernama Saifool . Kasihan.. Saifool sebelum ini dengan tegas memberitahu yang dia sanggup tidak mandi 2 hari dan tidak berak 3 hari kerana tidak mahu kehilangan bukti . Hebat perancangan si saifool dan tukang rancang ini . Tiba-tiba dalam mahkamah Dr. Khairul Nizam memberitahu yang beliau tidak dapat ambil DNA pada badan Saifool kerana Saifool telah membersihkan diri ! Timbul pula tentang laporan pro-forma iatu doktor berkenaan menyatakan dalam borang tersebut bahawa pengadu dalam kes ini – Mohd Saiful Bukhari Azlan – hanya terlibat dalam "cubaan liwat" dan "cubaan seks oral." Tidak perkataan "diliwat" dan "dipaksa oral seks" ! Karpal Singh berkata beberapa aspek penting dalam borang pro-forma seperti pemeriksaan rektal tidak diisi . Begitu juga dengan pemeriksaan dubur, latar sejarah perubatan Saifool dan peristiwa berhubung kejadian itu tidak diisi oleh doktor yang bertugas iaitu Dr Siew Sheue Feng . Ini membuktikan kaedah mengisi borang pro-forma adalah berlainan dengan apa yang Saifool beritahu kepada doktor.Bercanggah dengan kenyataan Dr. Khairul Nizam yang Saifool mendakwa diliwat dan dipaksa oral seks . Laporan bertulis tersebut menyatakan "cubaan diliwat" dan "cubaan oral seks" . Cobaaan ! Dalam perbicaraan semalam (17 Februari 2011 ) sekali lagi menimbulkan kemusykilan apabila Ketua Unit Jenayah Berat Jabatan Kimia, Dr Seah Lay Hong.memberitahu mahkamah bahawa DNA telah dijumpai pada kawasan peri anal atau di bahagian luar dubur Saifool dan dijumpai 3 DNA iaitu , DNA Saifool , lelaki Y dan seorang lelaki penyumbang lelaki . Macamana DNA Saifool sendiri ada di peri anal nya ? Itu yang saya musykil .. Takkan beliau meliwat duburnya sendiri ? panjang benar 'anu' si Saifool ini sehingga ada air maninya di dubur sendiri? Ini sudah kira luar biasa ! Ini sudah kira ajaib ! Menakjubkan ! Hebat ! Wow ! Lagi musykil bagaimana Saifool dalam keadaan marah dan melawan boleh ghairah dan pancutkan air mani ? Bertambah musykil apabila bersama DNA Saifool terdapat dua lagi DNA yang disebut "lelaki Y" dan "seorang lelaki penyumbang lelaki" yang dijumpai di peri anal Saifool oleh Dr. Seah . 'Lelaki Y' saya sudah faham DNA siapa yang cuba dikaitkan tetapi , " seorang lelaki penyumbang lelaki" yang disebut oleh Dr. Seah , siapakah "lelaki misteri itu" ????? Ketua Unit Jenayah Berat Jabatan Kimia itu juga sewaktu perbicaraan menyatakan , "…. tompokan pertama air mani daripada seluar dalam tersebut menunjukkan ia mengandungi DNA Saiful. Tompokan kedua air mani itu mempunyai dua DNA. Satu miliki Saiful manakala satu lagi miliki seorang lelaki yang tidak dikenali dan dilabelnya sebagai "lelaki Y". Termasuk terdapat kesan tompokan mani pada seluar hitam yang digunakan oleh Saiful. Tompokan itu dikesan berhampiran kawasan zip depan. Dr. Seah berkata berdasarkan ujian yang dijalankannya, kesan tompokan mani di seluar hitam itu adalah milik Saiful sendiri. Saya tidak faham , dia orang ni 'main' pakai seluar dan seluar dalam ke ? Kalau dalam kes 98 , Azizan Abu Bakar tidak dibawa langsung berjumpa doktor . Tidak ada laporan doktor langsung digunakan dalam perbicaraan tersebut . Ini lagi teruk . Lagi tidak masuk akal . Namun DSAI tetap didapati bersalah dan dijatuhi hukuman penjara 9 tahun oleh mahkamah . Tapi kali ini nampaknya taktik tersebut ditukar agar dilihat benar-benar berlaku apabila Saifool pergi sendiri ke Hospital Pusrawi dan selepas membuat laporan polis dibawa pula untuk pemeriksaan oleh 4 orang doktor pakar di HKL . Laporan Dr Mohamed Osman Abdul Hamid daripada Hospital Pusrawi mendapati tiada tanda sebarang koyakkan , pendarahan atau penanahan pada lubang dubur Saifool . Malah apabila di bawa ke HKL dan diperiksa oleh 4 orang pakar mengesahkan tiada sebarang penetrasi atau tusukkan pada lubang dubur Saifool . Lalu di gunakan isu DNA . maka keluarlah bahan pelincir'KY jelly'. Sebab itu tidak koyak tetapi terdapat DNA . Usaha untuk memadamkan isu koyakkan , kerana kesemua doktor termasuk 4 pakar HKL telah sahkan tiada koyakkan pada lubang dubur Saifool . Sekarang bukan ada 1 DNA sahaja , tetapi terdapat 3 DNA termasuk kepunyaan Saifool sendiri dan 'lelaki mistri' . Bukan sahaja terdapat di bahagian luar dubur Saifool tetapi termasuk di seluar hitam dan seluar dalam . Jenis liwat apa ni ? Perbicaraan kali ini benar-benar tidak masuk akal , mengarut , dangkal dan tidak logik . Benar-benar memalukan negara . Kerana kes ini mendapat liputan antarabangsa . Sudah pasti dilihat mahkamah Malaysia seperti 'Mahkamah Kangaroo' . Orang yang tidak ada otak sahaja yang melihat perbicaraan tersebut masih relevan . Kes ini seharusnya dibuang daripada awal lagi dan tidak berasas langsung . Konspirasi ini adalah semata-mata bermotifkan politik bagi tujuan mengaib dan menjatuhkan kredibiliti DSAI . Mungkinkah sumpah laknat yang dibuat oleh Saifool sedang melaknat beliau? Sumber : http://farizmusa.blogspot.com/
Hanya selang beberapa minggu sahaja pilihan raya kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (Dun) Tenang selesai, negara sekali lagi akan menyaksikan pertarungan satu lagi PRK iaitu di Dun Merlimau, Melaka.
Dun Merlimau merupakan kubu kuat Umno-BN sejak ianya mula didaftar sebagai Dun selepas persempadanan semula kawasan pilihan raya pada tahun 1994.
Pilihan raya kecil diadakan berikutan kematian penyandangnya, Allahyarham Dato' Mohd Hidhir Abu Hassan yang juga merupakan salah seorang Exco Kerajaan Negeri Melaka akibat sakit jantung.
Rakyat di Melaka amnya dan pengundi di Merlimau khasnya sudah mula menerima habuan berupa 'projek mee segera' dan kebanjiran pimpinan utama negara yang sudahpun mula berkempen secara 'tidak rasmi' meskipun penamaan calon hanya akan diadakan pada 26 Februari ini.
Melaka pernah menyaksikan pilihan raya Kecil sebelum pilihan raya umum 2008 dimana pada tahun 2007 di Dun Machap.Dalam pilihan raya tersebut Barisan Nasional (BN) diwakili MCA,Lai Meng Chong yang menang besar ke atas calon DAP, Liou Chen Kuang dengan majoriti 4081 undi.
Walaupun Merlimau merupakan kubu kuat Umno sejak empat pilihan raya umum lalu, namun pastinya PAS selaku wakil Pakatan Rakyat akan menjanjikan tentangan yang sengit.
Pada awalnya, kawasan ini mahu ditandingi oleh Parti Keadilan Rakyat (KeADILan) sebaik sahaja Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengumumkan kekosongan kerusi Dun Merlimau.
Namun, setelah perbincangan antara kepimpinan tertinggi Pakatan Rakyat diadakan, mereka bersetuju mengekalkan PAS yang bertanding di Dun tersebut sebelum ini sebagai mewakili Pakatan Rakyat.
PAS pastinya mahu mencapai kemenangan di Dun Merlimau walaupun seperti yang disebut ramai penganalisis politik sebagai suatu yang sukar.
Ini kerana Melaka adalah satu-satunya negeri di Semenanjung Malaysia yang tidak mempunyai wakil pembangkang Melayu terutamanya daripada PAS.
Walaupun sejak 12 pilihan raya umum lalu PAS meletakkan calonnya di Melaka, namun PAS tidak pernah berjaya menghantar wakil ke Sidang Dun Melaka.
Negeri-negeri jiran yang dahulunya dikenali sebagai kubu kuat Umno sudah berjaya ditembusi PAS dimana di Johor PAS memiliki dua Dun, Sungai Abong dan Maharani, sementara di Negeri Sembilan PAS melahirkan anak sulongnya di Dun Paroi.
Di Melaka, PAS telah meletakkan calonna di 13 kerusi Dun dalam pilihan raya umum yang lalu, namun gagal mendapat walaupun satu kerusi.
Pembangkang yang berjaya menembusi Dun Melaka hanya DAP yang mana mereka berjaya menawan lima daripada lapan kerusi yang ditandingi iaitu Dun Bachang,Ayer Keroh,Kesidang,Kota Laksamana dan Bandar Hilir.
Mengikut rekod SPR, dalam PRU-12, PAS diwakili oleh Mejar (b) Jasme Tompang menentang Allahyarham Hidhir dengan majoriti undi lebih 2000. Keadaan Dun Merlimau hampir sama dengan Dun Tenang kerana Umno memiliki kekuatan undi Melayu yang sangat tegar sokongannya kepada mereka.
Pada pilihan raya Umum 1995, Dun Merlimau menyaksikan pertandingan dua penjuru antara calon Semangat 46 dan Umno, dan kemudiannya pada tahun 1999 PAS mewakili Dun Tersebut, namun pada tahun 2004, PAS memberi laluan kepada KeADILan, sementara mengambilnya kembali pada tahun 2008 melalui Jasme.
Mengikut rekod, PRU 2008 menyaksikan seramai 10 471 orang pengundi berdaftar layak mengundi di Dun Merlimau.
Daripada jumlah tersebut,seramai 64.69 peratus pengundi adalah berbangsa Melayu, 21.11 peratus Cina, 14.16 peratus kaum India dan baki 0.04 peratus lain-lain kaum.
Merlimau yang terletak berhampiran Daerah Jasin adalah sebuah pekan kecil yang juga merupakan sempadan negeri antara Johor dan Melaka.
Kawasan Merlimau mempunyai tujuh buah daerah mengundi iaitu Ayer Merbau, Chinchin,Jasin Lalang,Ladang Merlimau,Merlimau Pasir,Permatang Serai dan Pengkalan Samak.
Merlimau memiliki kependudukan Melayu di perkampungan tradisional yang mengamalkan adat dan budaya masyarakat Melayu Melaka yang sangat kuat.
Sementara kaum-kaum lainnya iaitu kaum Cina tinggal di Pekan Merlimau dan India pula di beberapa estate dan kampung tradisis India yang mundur sejak British meninggalkan Melaka.
Sedikit pembangunan yang diterima Merlimau sejak dua pilihan raya umum kebelakangan ini dimana memiliki pusat pendidikan tinggi iaitu Politeknik Merlimau dan Kolej Komuniti Jasin.
Melihat kepada perkembangan pilhan raya umum yang lalu dan beberapa pilihan raya kecil sebelum ini, Merlimau bukanlah kawasan yang boleh diletakkan sebagai kawasan yang mudah bagi PAS untuk menang.
Namun, pastinya pilihan raya kecil pertama di Melaka sejak 2008 dan pertama juga di Merlimau sejak 1994, bakal menyaksikan perubahan lanskap politik bagi Melaka.
Sumber maklumat kedua dan ketiga yang 'jarang' diperolehi masyarakat di Merlimau bakal melimpah di sana bermula 26 Februari ini.
Antara isu yang dijangkakan akan menghiasi kempen di Merlimau termasuklah :
1) Sistem Keretapi Aliran Ringan Monorail-dilancarkan pada 20 Oktober 2010 namun rosak pada hari pelancarannya.
2) Jam bunga di hadapan Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah - RM500,000. Apa pentingnya jam ini untuk rakyat. Bila rakyat mohon untuk peruntukan kebajikan dan lain-lain pimpinan kerajaan menjawab tiada wang.
3) Wang peruntukan setiap Dun ialah RM325,000 tetapi sehingga kini wang ini tidak dilaporkan kepada rakyat ke mana perginya Dun ini.
4) Banjir terus berulang melibatkan beberapa tempat seperti Durian Tunggal, Sungai Rambai dan dan lain-lain. Banjir kilat juga terus melanda di banyak tempat di seluruh Melaka.
6) Menipu rakyat dengan status negeri maju di mana OECD sendiri menafikan bahawa mereka mengiktiraf Melaka sebagai negeri maju.
7) Jumlah anak luar nikah puratanya 2.8 orang sehari dari tahun 2007 hingga 2009
8) Lapangan Terbang yang menelan belanja ratusan juta tetapi tiada pesawat yang beroperasi
9) Melaka ditadbir oleh seorang Ketua Menteri yang didakwa terbabit rasuah semasa pemilihan Umno.
10) Eye On Melaka yang ditutup menyebabkan kerugian puluhan juta wang rakyat.
11) Kegagalan kerajaan dan negeri menguruskan harta wakaf seperti yang dilaporkan oleh Laporan Ketua Audit Negara 2009.
12) Litar Go-Kart di Durian Tunggal yang ditutup kerana tidak berdaya maju sehingga pihak pengurusan gagal membayar sewa
13) Hutang kerajaan negeri yang berjumlah lebih RM500 juta dan dijangka meningkat kepada RM700 juta seperti dilaporkan dalam laporan Ketua Audit Negara 2009.
Semua isu ini pastinya menjadi buah tangan PAS kepada pengundi Merlimau sebagai doktrin agar pengundi membuat perkiraan dalam memilih wakil rakyatnya kali ini.
KUALA LUMPUR: Naib Ketua Pemuda PAS Pusat, Sabky Yusuf berkata, Pemuda PAS Melaka turut mengangkat calonnya sendiri untuk bertanding dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (Dun) Merlimau bagi dipertimbangkan Jawatankuasa pilihan raya PAS peringkat negeri dan pusat.
Katanya, setakat ini mereka menghantar lebih daripada seorang. Namun katanya, senarai calon tersebut akan diputuskan pimpinan tertinggi parti dan Pemuda PAS akan menyokong sesiapa sahaja yang dipilih pucuk pimpinan.
"Dalam mesyuarat exco hari ini kita juga membincangkan mengenai Pilihan Raya Kecil Merlimau dan mendapat taklimat daripada Ketua Pemuda Melaka tentang statistik pilihan raya yang lepas, dan juga persiapan-persiapan yang dibuat jentera pilihan raya di Melaka," katanya dalam satu sidang media di Pejabat Agung PAS, dekat sini, Sabtu lalu.
Beliau juga berkata soal calon sama ada Muslimat atau lain-lain ia akan diputuskan pimpinan. Oleh itu katanya, semua pihak terutamanya peringkat bawah dia berhak mencadangkan nama-nama yang mahu dikemukakan.
"Begitu juga pemuda, muslimat di kawasan tersebut juga berhak untuk mencadangkan nama calon-calon mereka. Apa pun akhirnya keputusan di tangan parti," ulasnya mengenai ura-ura calon muslimat akan dipertaruh di Merlimau.
Sementara itu, kata Sabky, persiapan bagi PRK Merlimau sama seperti pilihanraya pilihanraya yang lepas.
KUALA LUMPUR: Lebih 3000 pengundi muda dikenal pasti sebagai pengundi sasaran oleh Dewan Pemuda PAS Pusat (DMPP) bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun) Merlimau kata, Pengarah Pilihan Raya Pemuda PAS, Firdaus Jaafar.
Katanya, jumlah itu merupakan 35 peratus daripada pengundi di Dun berkenaan. Justeru itu katanya, ini masa terbaik untuk Pemuda PAS menyusun langlah-langkah untuk berkongsi perjuangan dengan pengundi muda untuk menyampaikan mesej parti.
"Kita akan terangkan betapa besarnya kejayaan yang kita lakukan di negeri Pakatan Rakyat kerana pengundi muda perlu tahu dan perlu memahami konsep yang dibawa oleh PAS dan Pakatan Rakyat.
"Selama ini masyarakat melihat PAS seolah-olah parti serpihan ataupun tidak punyai kuasa. Sebenarnya kejayaan di Kedah, Pulau Pinang, Selangor dan di Kelantan merupakan asnaf kepada perjuangan rakyat yang dipimpin oleh PAS," katanya semasa ditemui di Pejabat Agung PAS, Sabtu lalu.
Jadi katanya, kesempatan di Merlimau itu Pemuda PAS akan menggerakkan jentera pilihan raya untuk mengajak pengundi muda memikirkan bahawa pilihan raya Merlimau masa untuk berubah dan kekal dengan slogan Pakatan Rakyat 'Ubah sekarang selamatkan Malaysia.'
Malah katanya, keputusan pilihan raya Merlimau akan menjadi harapan baru kepada rakyat Malaysia khasnya mengenai kenaikan harga barang, petroleum, tol terutamanya pengangkutan awam cukup memberi kesan. Ini katanya, sudah boleh dilihat di Tenang kerana sebaik sahaja Barisan Nasional (BN) menang pada sebelah petangnya harga minyak melambung.
Dengan itu tegasnya, pengundi muda di Merlimau yang 35 peratus itu perlu mengambil sikap berani untuk menolak BN. Katanya sekalipun kemenangan PAS tidak akan memberi kesan kepada kerajaan BN Melaka, paling kurang pengundi muda di Merlimau memberi isyarat tindak tanduk BN tidak dipersetujui rakyat.
Beliau berkata, walaupun masyarakat pedalaman Dun Merlimau rata-ratanya sudah ada pembangunan dan kemudahan asas namun kemudahan itu tidak boleh menenggelamkan segala penyelewengan kenaikan harga barang.
"Mungkin bagi mereka tidak penting tetapi memberikan keburukan kepada masyarakat dalaman di seluruh pendalaman seluruh negara termasuk Sabah dan Sarawak. Pengundi mesti matang untuk membuat keputusan," katanya.
Dalam pada itu ujarnya, bagi menghadapi Pilihan Raya Kecil (PRK) Merlimau pada 6 Mac depan beliau berharap pemuda dari Selangor, Negeri Sembilan dan Johor memberi lebih tumpuan untuk persiapan awal sebelum masuk pilihan raya umum yang dijangkakan pada tahun ini.
KUALA LUMPUR: PAS Melaka mengecam sikap Umno-BN yang terus menerus menggunakan kemudahan awam untuk program politik kepartian terutama menjelang pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (Dun) Merlimau.
Demikian kata Setiausaha Jabatan Pilihan Raya PAS di Melaka, Bahiki Ismail dalam satu kenyataannya baru-baru ini. Baru-baru ini kerajaan menyalahgunakan Dewan Politeknik Merlimau untuk program suai kenal bapa angkat dengan jawatankuasa peti undi Dun Merlimau, dakwanya.
Program tersebut melibatkan pengerusi perhubungan Umno Melaka, Dato' Seri Mohd Ali Rustam yang juga adalah Ketua Menteri. Program telah berlangsung Isnin lalu dan melibat semua ketua-ketua peti undi di Dun Merlimau. Umno-BN sering menuduh PAS berpolitik di masjid dan surau tanpa bukti tetapi sebaliknya merekalah yang sering menggunakan surau, masjid, sekolah dan institusi masyarakat yang lain untuk pogram politik mereka, katanya.
"Kita tidak kisah jika program itu adalah program kerajaan dan agensia-agensinya tetapi yang kita kesalkan ialah mereka secara terang-terang menggunakan harta rakyat yang dibiayai dengan duit rakyat untuk program politik mereka." kata Bahiki.
Sehubungan itu, beliau menggesa tindakan menggunakan harta awam untuk program parti dihentikan serta merta kerana ia jelas mengheret institusi awam ke kancah politik. Bahiki juga mengingatkan semua pengarah, pengetua, guru besar dan pegawai kerajaan supaya tidak tunduk dengan tekanan politik kepartian sehingga membenarkan institusi di bawah tanggungjawab mereka digunakan sewenang-wenangnya oleh Umno-BN untuk program parti.
Mereka semua diberi amanah untuk menjaga harta dan kemudahan awam, janganlah kerana tekanan politik sanggup mengabaikan amanah yang dipikul, katanya.
"Penggunaan harta dan kemudahan awam sudah berlaku dari dulu, kini dan mungkin selamanya namun kita kesal kerana pihak berwajib seperti Polis, SPRM, SPR dan sebagainya tidak berani mengambil tindakan walaupun sudah acapkali kita membuat laporan agar tindakan diambil ke atas pihak terbabit" katanya.
Beliau berharap Umno-BN tidak mengulangi kesilapan itu pada kempen pilihan raya kecil Dun Merlimau kerana ia perbuatan menyalahgunakan duit rakyat. Umno-BN wajar mencontohi PAS yang menjalankan program di premis parti kerana PAS tahu etika dan undang-undang, katanya. HARAKAH 15 - 17 RABIULAWAL 1432 / 18 - 20 FEBRUARI 2011
You are subscribed to email updates from Bukit Katil To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
Siapa kata facebook tak berperanan. Dunia hari ini memang menyebarkan berita dengan pantas menerusi internet dan laman soaial yang boleh dicapai semua , salah satunya adalah facebook. Perhimpunan 30 K pemuda PAS di Kota Sarang Semut ada antara media yang tolong mnyebarkan berita adalah facebook. Sejarah kejatuhan Hosni Mubarak akan dipahat oleh dunia adalah salah satunya melalui laman sosial ini dimana gerangan pemuda dan rakyat bangun menentang Hosni dan kerajaan pimpinan beliau adalah dengan matinya saudara Khalid melalui hentakan dikepala hingga mati pemuda Khalid ini, maka lahirlah Kulluna Khalid dan penyebaran berita ini meluas sehingga ada yang ditangkap dan dikurung kerana peranan facebook dan laman sosial ini. Sebab itu lang Hosni adalah menyekat penyebaran internet dan laman sosial ini sehingga rakyat bangun menentang sehingga sejutaan oranag di Medan Tahrir dan kini teori domino ini sudah merebak ke Libya dan Kuwait dan entah kemana lagi sehinggakan sudah ramai yang menemui ajal kerana keganasan yang tak dapat dibendung lagi. Punca yang boleh disimpulkan adalah kerana ketidakadilan diddalam corak kepimpinan yang terlalu rakus dan lama dipegang oleh pemimpin yang tidak mahu turun dan penyelewengan wang negara yang cukup mengkayakan pemimpin sehingga banyak wang dan harta negara dikaut mereka keluar negara, ketidak teluhan media didalam menyalurkan maklumat kepada rakyat berlainan dengan maklumat sebenar yang mereka perolehi melalui internet yang lebih tepat dan cepat, kerakusan dan ketidakadilan didalam pilihanraya yang dijalankan sehingga pihak pemerintah berjaya mencapai 99 peratus undi. Apabila diteliti, maka didapati adda banyak berlaku penyelewengan didalam menjalankan pengundian. Menyekat parti lain ddaripada mendapat hak yang adil didalam pilihanraya yang dijalankan. Apakah faktor ini tidak ujud didalam negara kita, ayuh mari sama sama kita fikirkan, rasanya memang ada dan bahkan semakin dikira maka semakin berleluasa sekarang ini. Khabarnya internet nak disekat, ceramah nak dikawal, himpunan diluar markas memang dah lama disekat bahkan dimandi dengan air asid . Pilhanraya diatas padang yang senget, TV digunakan semahu mahunya menghentam parti bukan BN, dan penggunaan agensi kerajaan semahu-mahunya dan amat berleluasa serta dana yang diambil dari sumber kerajaan bukan dari parti yang bertanding diddalam emembuat projek segera didalam masa kempen pilihanraya. Maka tak hairanlah bila ada rakyat yang berkata, kalau macam ni lebih baik ramai lagi wakil rakyat mati agar kami boleh dapat b projek yang dah lama dipohon, tetapi tidak ada peruntukan. Bila ada yang mati, tak minta pun akan dapat. bahkan jalan ketandas pun akan ditarkan.
AKHBAR `BERLIDAH SYAITAN' PUTAR BELIT UCAPAN NIK AZIZ
Oleh: WFAUZDIN NS
DI DALAM merasmikan 'Konvensyen Nasional Pengupayaan Bangsa -Jaminan PAS' yang bertempat di Dewan Majlis Bandaraya Shah Alam kelmarin, Mursyidul Am PAS Tuan Guru Nik Aziz berkata di dalam ucapannya, " Bagi PAS, Melayu perlu diutamakan dalam agenda DAKWAH pada hari ini kerana mereka merupakan bangsa yang terdahulu menerima Islam di Tanah Melayu ini." (Teks ucapan sebenar).
Malangnya, akhbar bangsat yang semakin tidak laku di pasaran Mingguan Meloya atau Utusan Meloya keluaran Ahad baru ini melaporkan seperti berikut, "Bagi PAS, orang Melayu perlu diutamakan dalam PERJUANGAN kerana kerana ia adalah kaum terdahulu", katanya ketika berucap merasmikan Konvensyen Nasional Pengupayaan Bangsa - Jaminan PAS di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) di sini hari ini (Mingguan Meloya).
Sekali lagi akhbar bangsat ini memainkan peranan `lidah syaitan' untuk menukar fakta dan memutarbelitkan ucapan Tuan Guru Nik Aziz agar dilihat seolah-olah Mursyidul Am Pas itu sama seperti pemimpin Umno yang gila sangat kepada `Ketuanan Melayu' sehinggakan melupakan agenda perjuangan Islam yang menjadi dasar PAS.
Kesihan buat orang-orang Melayu di kampung-kampung, di hulu-hulu dan juga di rancangan Felda yang masih menjadikan akhbar bangsat ini sebagai `kitab khazah ilmu' harian mereka. Sebab itu, tidak pelik jika kita lihat Umno amat laku di kawasan seperti ini. Mereka amat gembira kerana akhbar bangsat ini ditatap setiap hari oleh orang-orang Melayu di kawasan seperti itu.
Di bandar dan di tempat yang maju, akhbar ini hanya layak dijadikan tisu di dalam tandas. Sebab itu lah di kawasan bandar orang-orang Melayu sedar dan kenal siapa Umno. Akhbar bangsat ini mencari keuntungan dengan cara memperbodohkan orang-orang Melayu.
Akhbar ini tidak akan bersetuju dengan cita-cita PAS untuk mendirikan sebuah negara Islam berpandukan Al-Quran dan Hadith. Mana mungkin akhbar yang mencari untung dengan paparan keputusan judi boleh menerima Islam memerintah. /wfauzdin.blogspot.com
Keputusan Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) mengadakan pilihan raya kecil (PRK) Merlimau dan Kerdau secara serentak merupakan isyarat jelas pilihan raya negeri Sarawak akan diadakan dalam masa terdekat, kata Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Oma
Beliau berkata, PAS dan Pakatan Rakyat harus berwaspada dengan isyarat itu kerana kemungkinan Dewan Undangan Negeri (Dun) Sarawak akan dibubarkan sejurus selepas kedua-dua PRK ini.
"Ini satu isyarat yang harus diberi perhatian oleh PAS dan Pakatan Rakyat untuk persiapan menghadapi pilihan raya umum Sarawak.
"Kemungkinan SPR menyegerakan (pilihan raya kecil) Kerdau ini kerana mereka nak tumpu Sarawak. Kemungkinan selepas sahaja pilihan raya kecil di kedua-dua tempat ini, Dun Sarawak akan dibubarkan maka pilihan raya kecil itu disegerakan," kata beliau ketika ditemui di Konvensyen Nasional Pengupayaan Bangsa-jaminan PAS di Shah Alam semalam.
Mahfuz yang juga ahli Parlimen Pokok Sena turut mendakwa Umno BN mahu PRK Merlimau dan Kerdau diadakan serentak kerana enggan berhadapan dengan asakan Pakatan Rakyat seperti siri PRK sebelum ini.
Umno BN dalam setiap PRK, katanya terpaksa menghabiskan wang yang banyak untuk menawan hati pengundi bagi bersaing dengan Pakatan yang menurunkan kekuatan jentera dari seluruh negara.
Contoh yang paling hampir ujarnya pada PRK di Tenang yang menyaksikan Umno BN terpaksa berusaha keras menarik hati pengundi meskipun kawasan itu merupakan kubu kuat Umno.
"Seperti di Tenang, walaupun Tenang itu kawasan kuat Umno tapi mereka tidak lagi mudah menang seperti pilihan raya kecil sebelum ini.
"Mereka terpaksa berhadapan dengan asakan Pakatan Rakyat, terpaksa berbelanja banyak untuk melaksanakan tawaran yang dijanjikan kepada rakyat kerana kita mengumpulkan seluruh tenaga kita di Tenang.
"Mereka mengharapkan dengan buat pilihan raya kecil serentak, tenaga kita tidak tertumpu kepada satu-satu tempat sahaja, terpaksa dipisah dua. Jadi pilihan raya itu tidak serancak yang berlaku sebelum ini," katanya.
Namun demikian, Mahfuz mahu jentera Pakatan Rakyat melihat keputusan itu secara positif dan menjadikannya sebagai latihan praktikal terakhir untuk menghadapi pilihan raya umum.
"Kepada petugas parti saya harap mereka melihat secara positif kerana memang pun dalam pilihan raya umum jentera di peringkat jentera kawasan dan negeri masing-masing yang berkerja. Kita boleh berkerja dan boleh menang di beberapa negeri.
"Kita harap kita hadapi pilihan raya kecil ini seperti kita hadapi pilihan raya umum. Tiada siapa yang membantu kita tapi jentera tempatan itu akan lebih agresif," katanya.
Selain itu katanya, Pakatan Rakyat boleh menggunakan waktu ini untuk mengenal pasti kelemahan sebelum ini dan memperbaikinya.
"Kita harap ini akan menjadi lapangan sasar menembak terakhir untuk membuat latihan praktikal hadapi pilihan raya umum untuk kita lihat di mana kelemahan kita sebelum ini yang perlu dibaiki.
"Jabatan pilihan raya pusat dan negeri perlu kenal pasti kenapa setiap negeri yang ditugaskan di setiap peti undi tak dapat nak meningkatakan lonjakan undi," katanya.
PAS, katanya akan membuat pengagihan jentera dengan sebaik mungkin untuk bertugas di kedua-dua kawasan.
"Kita akan buat pengagihan selepas ini supaya jentera dapat dimanfaatkan sebaiknya," katanya. -Hrkh
Pemuda PAS Perak mendakwa Umno 'mudah lupa' ekoran menghentam tindakan kerajaan Pakatan Rakyat Pulau Pinang mewujudkan portfolio hal ehwal bukan Islam di negeri itu. Timbalan Ketuanya, Mohd Munir Ali berkata, Umno sepatutnya sedar, merekalah terlebih dahulu mewujudkan potfolio itu di Perak selepas negeri itu diambil alih BN dan diterajui Menteri Besar Zambry Abdul Kadir.
"Sedang pada hakikatnya, setelah rampasan kuasa oleh Umno Barisan Nasional di negeri Perak, kepimpinan Umno BN Perak di bawah Zambry Abdul Kadir yang sebenarnya telah terlebih dahulu mewujudkan portfolio yang sama di dalam pentadbiran Kerajaan Negeri Perak.
"Jawatan potfolio Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Bukan Islam tersebut dipegang oleh seorang wakil tunggal MCA iaitu Datuk Mah Hang Soon. Tidak pula ianya dijadikan isu oleh Umno dan tidak pula Umno mengatakan bahawa taktik yang sama untuk menarik undi rakyat?" soalnya.
Dalam satu kenyataan hari ini beliau berkata, amat jelas bahawa Umno BN mengamalkan 'double standard' dalam memberikan persepsi yang buruk terhadap musuh politik mereka dan mudah melupakan keburukan sendiri yang telah mereka lakukan.
PORTFILIO KHAS: KENAPA SERANG PULAU PINANG TIDAK PERAK, SOAL GUAN ENG - minsider
Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng mempersoalkan tindakan Utusan Malaysia secara terus-menerus menyerang pentadbiran negeri itu ekoran keputusannya mengadakan portfolio bagi hal ehwal agama-agama bukan Islam.
Jelas Lim, portfolio itu bukan perkara baru memandangkan kerajaan negeri Perak pimpinan Zambry Abd Kadir turut mewujudkannya untuk menguruskan hal ehwal agama bukan Islam.
"Apabila saya buat portfolio, saya dihentam dengan begitu teruk... buat tak boleh, tak buat pun tak boleh.
"Portfolio ini bukan perkara baru kerana ia pernah dibuat oleh pemimpin Umno, Menteri Besar Perak yang tidak mendapat mandat rakyat," katanya ketika berucap pada Konvensyen Nasional Pengupayaan Bangsa: Jaminan PAS di sini hari ini.
Kata Setiausaha Agung DAP ini, Zambry telah pun mewujudkan portfolio yang sama pada 2009 selepas merampas negeri Perak daripada Pakatan Rakyat.
"Menteri Besar Perak dulu yang tubuhkan portfolio bukan Islam pada 2009, kenapa tak serang, tak hentam? Kerana beliau pemimpin Umno.
"Bila beliau tubuhkan tidak jadi isu, bila kita buat jadi isu pula," katanya.
JEMPUTAN FORUM UMUM: MENUJU PENGUBAHSUAIAN PILIHAN RAYA DI MALAYSIA
Kami, bagi pihak Jawatankuasa Induk BERSIH 2.0, ingin menjemput anda dan organisasi anda ke forum umum mengenai Pengubahsuaian Terkini Suruhanjaya Pilihan Raya.
Fokus utama forum ini adalah untuk membincangkan isu-isu mengenai pengubahsuaian pilihan raya dan proses-proses yang terlibat untuk melanjutkan usaha ke arah pilihan raya yang telus, bersih dan adil.
Kami sangat mengalu-alukan kedatangan anda dan organisasi anda. Segala maklum balas sangat penting dan menyumbang ke arah pilhan raya yang telus, bersih dan adil.
Butir-butir pelancaran adalah seperti berikut:
Tarikh : 21 Februari 2011 (Isnin) Masa : 8.00 malam – 10.30 malam Tarikh : 21 Februari 2011 (Isnin) Masa : 8.00 malam – 10.30 malam Tempat : Bilik Gerakan Tingkat 1,
Majlis Bandaraya Petaling Jaya, Jalan Yong Shook Lin, 46675 Petaling Jaya. Selangor
Untuk maklumat lanjut, sila berhubung dengan Nurul di talian 03-77844977.
Sekian, terima kasih.
Yang benar, Dato' Ambiga Sreenevasan Pengerusi Ahli Jawatankuasa Induk SELASA 22 HARIBULAN - DI JEMPUT
PAS mengingatkan Umno agar mengambil iktibar dengan kejatuhan pemerintah Tunisia dan Mesir akibat kebangkitan rakyat yang ditindas pemerintah.
Dengan nada memberi amaran, Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata, rakyat Malaysia juga boleh bangkit sedemikian jika pemimpin Umno BN terus menindas rakyat.
"Rakyat ni macam spring, bukan mati hidup, tapi ada perasaan.
"Kalau orang tekan spring ni, bila lama dia pedih tangan dia lepas, spring naik kemuka dia. Ha ingat-ingat..," katanya.
Beliau berkata demikian sewaktu menyampaikan ceramah di hadapan lebih 30 ribu rakyat di perkarangan Kompleks PAS, Kota Sarang Semut di sini malam tadi.
Turut serta berceramah pada malam kemuncak Himpunan 30K Dewan Pemuda PAS itu adalah Timbalannya, Nasharuddin Mat Isa, Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Ustaz Azizan Abd Razak dan Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, Azman Shapawi Abdul Rani.
Sehubungan itu tambahnya, sebelum Umno BN dimalukan dengan kejatuhan sebegitu, mereka perlu memberikan padang sama rata kepada parti-parti politik lain dalam pilihan raya, agar kejatuhan mereka lebih bermaruah.
"Kita mintak pemimpin Umno ni jaga maruah, jangan tipu pilihan raya.
"Jangan guna media untuk sebelah pihak sahaja," katanya lagi.
PAS ganti Umno
Dalam pada itu, beliau turut mengulangi pendirian bahawa PAS perlu menggantikan Umno.
Katanya, Umno telah terbukti tidak mampu membawa keadilan Islam untuk rakyat semua kaum dengan sistem penjajah yang diwarisi mereka, apatah lagi sistem sekular itu sendiri merosakkan Islam.
Sebagai bukti katanya, umat Islam negara ini masih lemah walaupun dipimpin orang Islam sendiri dari Umno BN sejak negara merdeka.
"Kenapa lemah? Kerana kepimpinan Malaysia ini mewarisi pemikiran penjajah barat, pemimpin negara tidak berperangai Islam, tak boleh tolong orang Islam, tak boleh tunjuk contoh baik kepada orang bukan Islam.
"Maaflah orang bukan Islam, pemimpin negara ini nama sahaja Islam tapi amalan pemerintahan dia, rasuah boleh, tipu rakyat boleh," katanya lagi.
Keadaan itu berlaku katanya kerana Islam dikurung di pejabat agama sahaja.
Skop Islam juga disempitkan hanya tertumpu kepada sembahyang, puasa, perkahwinan dan zakat sahaja.
Selain turut menghakis Bahasa Melayu, Umno BN juga didakwa gagal mengurus ekonomi negara sehingga berlaku kenaikan harga barangan yang membebankan rakyat.
Kekayaan negara katanya, hanya berpusing di kalangan pemimpin atasan mereka sahaja dan tauke-tauke yang berkepentingan.
"Orang Melayu kena sedar, bila pilihan raya, tauke-tauke besar bagi duit kepada Umno.
"Bila habis pilihan raya, harga barang dinaikan sebab nak tolong tauke dia yang tolong dalam pilihan raya," tambahnya.
Sehubungan itu beliau mahu rakyat khususnya ahli PAS bekerja kuat untuk memastikan Pakatan Rakyat menggantikan Umno pada Pilihan Raya Umum nanti.
"Pertahankan Kedah ini, kalau Kedah kamu tak perkuat, nak pergi Pptrajaya macam mana.
"Jangan cakap sahaja nak putrajaya, kerja malas, daftar pengundi tak buat, ceramah datang berbatu-batu, tapi nama bila nak mengundi tak ade," tegasnya.
Siapa yang akan lari meninggalkan negara selepas pilhan raya umum nanti jika Barisan Nasional (BN) tumpas buat pertama kalinya dalam sejarah, kata Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Tambahnya, terlalu banyak penyelewengan, skandal pembunuhan dan mengaut kekayaan kroni menyebabkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak tidak senang duduk di negara ini.
Secara sinis, katanya atau Pakatan Rakyat yang memerintah ketika itu akan menghantarnya sebagai Duta Besar ke Mongolia.
"Najib tuduh saya akan lari jika kalah kali ini. Saya nak bagi tahu dia, siapa sebenarnya yang berbuat demikian semua rakyat akan tengok dan tunggu.
"Jika saya nak lari, saya sudah bertindak begitu tahun 1998 lagi apabila saya dipecat dan dituduh dengan berbagai cara. Saya takut Najib yang akan bergegas langkah keluar macam pemimpin Tunisia," tegasnya.
Anwar ketika berceramah di Padang Awam, Seberang Jaya malam tadi menyifatkan penolakan Najib untuk berdebat jelas kerana bimbang masalah negara boleh menyebabkannya tidak lagi diterima sebagai pemimpin.
Jelasnya, tiga persoalan maut akan dibangkitkan seandainya Najib enggan berdebat soal negara tetapi lebih kepada peribadi iaitu kesudahan kes pembunuhan Altantuya Shaariibuu, komisyen RM500 juta pembeliaan kapal selam dan apa yang berlaku di bilik hotel pada tahun 1997.
Menurut Anwar, beliau tidak berminat berdebat soal peribadi takut Najib dipermainkan oleh rakyat sebaliknya ingin menyentuh berkaitan Buku Jingga atau soal ekonomi yang Najib sendiri mendakwa jika Pakatan Rakyat melaksanakan tawaran dalam buku itu negara akan bankrap.
Katanya, Najib gusar kerana jika Buku Jingga dijadikan pedoman tidak mustahil Malaysia menuju kegemilangan semula bukannya bankap atau musnah.
Tambahnya, sebaliknya masa depan rakyat terjamin sebab 100 hari pemerintahan Pakatan memberi seribu kebaikan seperti penghapusan tol, penurunan harga minyak dan seumpamanya.
"Saya tidak mahu berdebat soal peribadi tetapi soal ekonomi dan Buku Jingga. Tetapi jika Najib enggan dan mahu menumpukan soal peribadi, saya sanggup untuk tiga soalan saja. Saya pasti Najib demam," jelasnya yang juga Ahli parlimen Permatang Pauh.
Hadir sama dalam ceramah anjuran PKR Cabang Permatang Pauh itu ialah Pengerusi PKR negeri, Datuk Mansor Othman, Adun Pantai Jerjak, Sim Tze Tzin, Adun Batu Maung, Abdul Malik Kasim dan Ahli Parlimen Balik Pulau, Yusmadi Yusuf.
Ceramah yang bertajuk Jom Bngkar Agenda Buruk Pakatan Rakyat yang dihadiri oleh adik kepada Azmin Ali, Ummi Hafilda tidak mendapat sambutan.. Ceramah itu hanya dihadiri oleh kira 200 orang sahaja walaupun ceramah ini telah di war- warkan di seluruh Perak..
Ceramah itu diadakan di Arena Square, Batu Gajah.. Walaupun tempat itu boleh dipenuhi ribuan orang, namun hanya 'seciput' sahaja yang hadir. Sepatutnya ceramah itu disertai oleh Gobalakrisnan dan Rahimi Osman. Tetapi mereka tidak hadir. Hanya si puaka Hafilda yang hadir, beliau ditemani oleh Kak Midah Sungai Rapat.
Ceramah itu sepatutnya bermula jam 8.00 malam, namun atas sebab tidak ada orang, mereka menunggu kehadiran orang dan ceramah bermula jam 9.30 malam. Kesian Hafilda menunggu. Pada mulanya, mereka telah menyiarkan video berbaur perkauman yang melaga- lagakan DAP dan PAS.
Ummi Hafilda hanya berceramah menghentam dan memfitnah Anwar Ibrahim walaupun tiada bukti. Dia tu memang tak sedar diri. Ayahnya suatu ketika dahulu telah tidak mengakunya anak. Dia sudah dibuang keluarga. Apa motif dia kembali selepas 13 tahun menghilang. Kahwin pun belum. mungkin kocek sudah kosong.
Secarapa pandangan saya, orang langsung tidak percaya si Hafilda ini. Hanya puak-puak UMNgOK yang tengin. sudah-sudah la Ummi Hafilda.. Taubatlah!!!
Perosak minda rakyat
cakap udah le tak reti.. Asyik nak melabun je..
sapa tak kenal dia ni?? haha..
Dia kata dia ni bekas ketua bahagian PKR mane ntah.. Padahal PKR guna istilah cabang.. haha..
udah-udah le merapu wahai ummi
ada yang balik awal.. deme udah tau ummi ni merapu.. haha
Pengumuman artis terkenal, pengacara, penulis lirik dan bekas pengkritik tetap Raja Lawak 5 iaitu Bob Lokman menyertai Parti Islam SeMalaysia (PAS) sesungguhnya sesuatu yang amat mengejutkan semua pihak. Malah kehadirannya dalam beberapa program Pakatan Rakyat sejak akhir-akhir ini banyak menimbulkan tanda tanya peminat hiburann tanahair. Namun, segalanya terjawab apabila Bob Lokman mengisytiharkan diri sebagai Ahli PAS di hadapan 30 ribu Pemuda PAS di Kota Sarang Semut,Kedah semalam. Pengacara rancangan "Teksi Tunai" Astro itu menyerahkan borang keahliannya kepada YAB Ustaz Azizan Razak, Menteri Besar Kedah. Kemasukan beliau ke dalam PAS menyebabkan ramai pemimpin UMNO "kecut perut" sebenarnya. Ini kerana artis itu punyai ramai peminat yang terdiri dari kalangan generasi muda. Kemasukannya ke dalam PAS membuktikan parti itu kini mula diterima oleh golongan artis. Sebelum ini PAS mempunyai Ustaz Akhil Hayy, kemudian Ringgo Arrow dan kini diikuti oleh Bob Lokman. Cuma yang masih dinantikan ialah pengumuman rasmi oleh Amy Seacrh sahaja yang dipercayai telah bersama perjuangan parti PAS sejak kebelakangan ini.
gambar: Paeh | Batu Gajah Mari
Menteri Besar Kedah, Dato' Seri Ustaz Azizan menyambut kedatangan Bob Lokman
Bob Lokman menyerahkan borang keahlian kepada Ustaz Azizan
Bob Lokman disambut dengan Laungan Takbir oleh pemuda-pemuda
selamat datang ke Medan Perjuangan PAS
Bob Lokman menyampaikan ceramah pertamanya bersama PAS
Oleh: Shuhaimi Al-Maniri Ekoran dari perkembangan terbaru dengan kematian ADUN Kerdau, Datuk Zaharuddin Abu Kasim, Perlis sahaja satu-satunya negeri yang belum diadakan pilihanraya kecil selepas PRU ke-12 lalu. Paling banyak ada di Pulau Pinang, iaitu 3 kali dan menjadi lebih menarik bila dua kerusi DUN dalam parlimen dalam Permatang Pauh, iaitu DUN Penanti dan Permatang [...]
Resolusi Konvensyen Nasional Pengupayaan Bangsa; Jaminan PAS
Sebagai sebuah parti politik yang berteraskan Islam PAS memberi jaminan bahawa:
1. PAS tetap komited untuk melaksanakan agenda pengupayaan bangsa Melayu dan Bumiputera berteraskan prinsip-prinsip di atas;
2. PAS akan terus mempertahankan kedaulatan Raja-raja Melayu dan kepentingan bangsa Melayu dan Bumiputera seperti yang telah termaktub dalam Perlembagaan Malaysia;
3. PAS tetap beristiqamah untuk menghayati Islam sebagai satu cara hidup sesuai dengan kerangka perlembagaan Malaysia sebagai teras terpenting usaha mengupayakan Melayu;
4. PAS akan sentiasa memastikan seluruh kegiatan pembangunan bangsa Melayu berkiblatkan akhirat demi mencapai keredhaan Allah;
5. PAS tetap mengutamakan perjuangan untuk membela nasib rakyat terpinggir dan berpendapat rendah yang sebahagian besarnya adalah kaum Melayu dan Bumiputera;
6. PAS akan terus mempertahankan konsep ketuanan rakyat yang berpaksikan keadilan Islam dengan jaminan saksama kepada kaum-kaum lain;
7. PAS tetap memperjuangkan dasar-dasar affirmative yang berasaskan siapa yang berkeperluan (need based) sesuai dengan matlamat keadilan Islam;
8. PAS akan terus komited untuk menampilkan kepimpinan Melayu yang bebas rasuah dan penyelewengan di semua peringkat kepimpinan bermula dari kepimpinan Negara sehingga kepimpinan komuniti;
9. PAS tetap mempertahankan tanah-tanah rizab Melayu, tanah-tanah adat, kampung-kampung tradisi dan penempatan-penempatan yang mempunyai kepentingan Melayu dan Bumiputera seperti Felda, malah berusaha menjadikannya sebagai penyumbang terpenting kekuatan ekonomi Melayu;
10. PAS akan terus mempertahankan warisan Melayu selagi mana tidak bertentangan dengan syarak, sebagai khazanah penting kepada generasi Melayu akan datang;
11. PAS tetap mempertahankan pendidikan vernakular yang telah memberi ruang kepada kewujudan sekolah agama rakyat, madrasah dan sekolah pondok, di samping tidak menolak kepentingan elemen integrasi nasional diterapkan dalam sistem pendidikan dan;
12. PAS akan terus berusaha memasakkan jatidiri berteraskan Islam kepada generasi muda Melayu kerana mereka merupakan teras kepada pengupayaan bangsa Melayu dan waris kepimpinan akan datang.
Satu kempen Zon Bersih telah di jalankan di Kampung Meru bagi menyedarkan penduduk Meru mengenai tahap kebersihan dan peranan yang sepatutnya di mainkan untuk melihat pekan dan kampung Meru menjadi bersih dan senang didiami.
Kempen yang di anjurkan oleh pihak MPK dan mendapat kerjasama dari pihak Alam Flora, kilang-kilang berhampiran serta JKKK Kampung telah berjalan dengan baik.
Selain daripada Ketua Kampung, pegawai dan ahli-ahli majlis MPK turut hadir bagi menunjukkan sokongan mereka kepada usaha mewujudkan Zon Bersih tersebut.
YB Meru, Dr Rani mengucapkan tahniah kepada Ustaz Nurnajhan selaku ahli majlis MPK yang telah banyak berusaha bagi memastikan program tersebut berjalan lancar.
Dr Rani juga melancarkan kempen 3M atau Meru Maju dan Makmur dan berharap warga Meru dapat berganding bahu dalam merealisasikan slogan 3M tersebut.
Ahli-ahli kariah Surau Jamiah telah keluar beramai-ramai bagi menyambut Maulidur Rasul yang telah di anjurkan oleh AJK Surau yang di pimpin oleh pengerusinya, Tuan hj Makhruzi Hj Ehsan.
Menurut YB Dr Abd Rani bin Osman, nama Allahyarham Tuan Hj Ehsan adalah sinonim dengan nama dakwah di bumi Meru ini pada tahun lima puluhan dan telah mendapat tentangan dari pelbagai pihak sejak dari dahulu lagi.
Namun siapa menyangka jenerasi dan keturunan beliaulah yang telah membawa kebangkitan Islam ketahap yang sungguh membanggakan di bumi Meru ini.
You are subscribed to email updates from KHIDMAT MERU To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
Pengumuman artis terkenal, pengacara, penulis lirik dan bekas pengkritik tetap Raja Lawak 5 iaitu Bob Lokman (foto) menyertai Parti Islam SeMalaysia (PAS) sesungguhnya sesuatu yang amat mengejutkan semua pihak. Malah kehadirannya dalam beberapa program Pakatan Rakyat sejak akhir-akhir ini banyak menimbulkan tanda tanya peminat hiburann tanahair. Namun, segalanya terjawab apabila Bob Lokman mengisytiharkan diri sebagai Ahli PAS di hadapan 30 ribu Pemuda PAS di Kota Sarang Semut,Kedah semalam. Pengacara rancangan "Teksi Tunai" Astro itu menyerahkan borang keahliannya kepada YAB Ustaz Azizan Razak, Menteri Besar Kedah. Kemasukan beliau ke dalam PAS menyebabkan ramai pemimpin UMNO "kecut perut" sebenarnya. Ini kerana artis itu punyai ramai peminat yang terdiri dari kalangan generasi muda. Kemasukannya ke dalam PAS membuktikan parti itu kini mula diterima oleh golongan artis. Sebelum ini PAS mempunyai Ustaz Akhil Hayy, kemudian Ringgo Arrow dan kini diikuti oleh Bob Lokman. Cuma yang masih dinantikan ialah pengumuman rasmi oleh Amy Seacrh sahaja yang dipercayai telah bersama perjuangan parti PAS sejak kebelakangan ini.
Bob Lokman menyerahkan borang keahlian PAS kepada Ustaz Azizan
Ustaz Azizan Razak gembira mengangkat borang keahlian PAS Bob Lokman
Ribuan ahli pemuda PAS mendengar ceramah pertama oleh Bob Lokman
[Soalnya sekarang pasti ramai pemimpin dan para penyokong UMNO BN yang "gila meroyan" melihat penyertaan Bob Lokman ke dalam PAS ini terutamanya Setiausaha Agung UMNO si Tengku Adnan Tengku Mansor. Tambahan pula, dalam kenyataan terbarunya beliau jelas memperli Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Aziz Nik Mat kononnya risau akibat parti itu kini hilang sokongan orang-orang Melayu. Nampaknya, kenyataan itu meleset sama sekali sekarang. Bukan orang Melayu biasa yang mula bersama PAS tetapi golongan artis juga. Malah, Bob Lokman dalam kenyataannya mengatakan dia menyertai PAS kerana Islam dan Nik Aziz sendiri. Sungguh sayu melihat penarikan diri Bob Lokman dari menjadi Pengkritik Tetap Raja Lawak 5 awal tahun ini. Beliau mengundur diri sambil memberi tazkirah dengan cara terhormat kepada semua peminat dan peserta Raja Lawak itu sendiri. Ramai yang panik dan terkejut dengan tindakan tersebut. Sangkaan kita dia sengaja buat gimik, rupa-rupanya Bob Lokman memang ingin kembali kepada landasan perjuangan Islam yang sebenar. Tahniah dan syabas diucapkan kepadanya atau keberanian dia buat tindakan yang cukup hebat ini].
Oleh: WFAUZDIN NS ISLAM mengajar kita agar kasih dan cinta kepada bangsa, suku atau kaum kita sendiri kerana kejadian manusia berbagai bangsa dan kaum ini dicipta Allah untuk saling kenal mengenal dan kasih mengasihi.
Apabila Allah mengajar tentang sifat kasih mengasihi sesama manusia walaupun terdiri dari berbilang bangsa, ini bererti sesuatu bangsa atau kaum tidak boleh menzalimi atau tidak berlaku adil kepada bangsa dan kaum yang lain.
Kasih keterlaluan terhadap bangsa sendiri sehinggakan tidak berlaku adil kepada kaum yang lain apatah lagi kasihnya kepada bangsa melebihi kasih dan taat kepada agama itu sesuatu yang dilarang oleh Allah dan itulah sifat Assobiyyah yang sesat.
Umno sebuah parti yang terang dan nyata sekular kerana Umno adalah parti kebangsaan yang sering menonjolkan ketuanan Melayu semata-mata sehinggakan bangsa lain merasa seperti tidak mendapat keadilan. Sekularnya Umno adalah kerana memisahkan agama dengan politik dan dasarnya yang tidak menjurus ke arah menegakkan hukum Islam bahkan komited menentang perjuangan Islam. Islam di dalam Umno umpama wanita menampalkan gincu dibibir.
Umno berjuang kununnya untuk menyelamatkan Melayu, dan perjuangan itu tidak salah di sisi Islam, namun harus diingat Melayu tidak akan selamat jika terus memperjuangkan ketuanan Melayu tanpa memperkasakan Islam. Hanya Islam yang mampu menyelamatkan semua bangsa kerana kepimpinan Islam menekankan amanah, bukan bersifat menindas antara satu sama lain. Tuan Guru Hj Hadi menyebut, "Kita kena yakin kalau Melayu nak selamat maka Melayu hendaklah tegakkan Islam. Kalau tegakkan Melayu, Melayu tak akan selamat kerana Islam memang dipelihara oleh Allah SWT," (Harakahdaily).
Sejarah lampau boleh dijadikan bukti bahawa selama lebih kurang 50 tahun Umno berkuasa di negara ini, di mana letaknya kehebatan orang-orang Melayu? Apakah Melayu di negara ini menguasai ekonomi? Di dalam senarai 10 terkaya di negara ini, berapa orangkah Melayu di situ? Ini bukti jelas betapa Umno gagal menyelamatkan orang-orang Melayu. Orang-orang Melayu di negara ini seperti merempat di negara sendiri. Masalah kemiskinan, pendidikan dan masalah sosial di negara ini dijuarai oleh kaum Melayu.
Usah bicara tentang Islam kerana Umno tidak menunjukkan minat untuk menegakkan hukum Islam di negara ini. Umno gagal membela Melayu dan lebih gagal lagi parti sekular ini di dalam mendaulatkan Islam. Umno kehilangan Melayu dan Islam. Ini adalah kerana Umno hanya mementingkan Melayu sehingga mengenepikan Islam.
Justeru itu, kita tiada pilihan selain dari memilih PAS yang meletakkan Islam jauh lebih tinggi darjatnya dari Melayu. Kesimpulannya, jika kita sayang kepada Melayu, kita mestilah terlebih dahulu mematuhi ajaran Islam. Melayu hanya boleh selamat dengan Islam bukan dengan Umno.
KUALA LUMPUR 19 Feb. - Bosan dengan permainan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menggunakan Islam untuk bekerjasama dengan DAP, Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu, Zulkifli Noordin meminta Menteri Besar Kelantan itu supaya merujuk kembali satu pesanan Allah melaluiSurah Abasa.
"Surah itu diturunkan ketika Nabi Muhammad SAW sedang berbincang dengan segelintir golongan kafir Quraish yang kaya dan berpengaruh. Apa yang terjadi ketika perbincangan itu, datang seorang Muslim papa kedana dan buta bernama Abdullah Ibnu Maktum.
"Abdullah datang ke tepi Rasulullah dan bertanyakan soalan tetapi Nabi (Muhammad) berpaling daripadanya untuk sambung berbincang dengan Abu Jahal serta rakan-rakan (kafir) kerana merasakan Abdullah mengganggu perbincangan itu.
"Ketika itulah Allah menurunkanSurah Abasabagi mengingatkan Nabi supaya mendahulukan seorang Muslim berbanding penganut agama lain, saya nasihatkan tok guru (Nik Abdul Aziz) selak kembali surah itu," katanya ketika dihubungiMingguan Malaysiadi sini hari ini.
Zulkifli yang juga bekas Yang Dipertua Pas Kawasan Bandar Tun Razak berkata demikian bagi mengulas kenyataan Nik Abdul Aziz yang mengakui bekerjasama dengan DAP dalam pihak pembangkang adalah bagi memperkenalkan Islam kepada parti itu.
Dalam satu majlis di Kota Bharu kelmarin, Menteri Besar Kelantan itu antara lain mendakwa hasil kerjasama Pas dengan DAP setakat ini memperlihatkan DAP kini tidak lagi menyerang Islam seperti sebelumnya.
Zulkifli mencabar Nik Abdul Aziz supaya mengemukakan lima soalan terbuka untuk dijawab oleh para pemimpin DAP iaitu Penasihatnya, Lim Kit Siang; Pengerusi, Karpal Singh dan Setiausaha Agung, Lim Guan Eng.
Soalan-soalan itu adalah:
1) Adakah Kit Siang, Karpal dan Guan Eng setuju dengan agenda penubuhan negara Islam yang dibawa Pas?
2) Adakah pihak pembangkang membenarkan Pas melaksanakan hukum syariah di negeri-negeri yang diterajui Pas?
3) Mengapa Pas berdiam diri ketika perjanjian 'Persefahaman pihak pembangkang pada 18 Disember 2009' walhal perjanjian itu tidak meletakkan agenda penubuhan negara Islam?
4) Apa pendirian Nik Aziz, Kit Siang, Karpal dan Guan Eng mengenai kenyataan Dr. Wan Azizah mengatakan Anwar sebagai 'anugerah Tuhan'?
5) Mengapakah pihak pembangkang membenarkan Karpal terus mewakili Anwar dalam kes liwat sedangkan pernah mengakui mempunyai bukti keterlibatan Anwar dalam aktiviti homoseksual?
Katanya, kesemua persoalan itu 'wajib' dijawab oleh Nik Abdul Aziz dalam membuktikan usaha Pas memperkenalkan Islam kepada DAP selama ini.
"Jika Nik Aziz berani wujudkan forum untuk berbincang dengan 'kepala-kepala' DAP itu, saya dengan sedaya-upaya akan cuba mendapatkan slot siaran langsung di stesen televisyen nasional," jelasnya.
Sudah sampai masanya Nik Aziz Nik Mat memerlukan kumpulan penasihat yang mantap bagi membantu beliau dalam mengeluarkan pandangan dan kenyataan media.
Jika tidak, Pas dilihat seperti organisasi pimpinan Ayah Pin. Buktinya, apabila Nik Aziz buka sahaja mulut, ia pasti mengundang padah kepada parti itu sendiri. Imej Pas akan menjadi lebih buruk dan parti itu seolah-olah melacurkan agama.
Terbaru, jawapan Nik Aziz kepada kritikan Dr. Mahathir juga longgar dan amat meragukan. Hujah-hujah Tok Guru tidak meyakinkan.
Awang hanya mahu menyentuh satu perkara iaitu penjelasan Nik Aziz mengapa beliau berbaik dengan DAP. Menurutnya, ia membolehkan Pas memperkenalkan Islam kepada DAP. Dengan kata lain beliau mahu berdakwah kepada ahli-ahli dan penyokong DAP. Sampai ke manakah tahap dakwah itu, apakah sehingga mengislamkan ramai penyokong DAP? Nik Aziz kena perjelaskan hal itu sedalam-dalamnya untuk pemahaman masyarakat Cina dan juga menepis kekeliruan umat Islam. Tetapi Awang percaya Nik Aziz terperangkap dengan kritikan Dr. Mahathir. Ternyata beliau tidak mempunyai jawapan yang konkrit. Jika mahu berbaik dengan parti bukan Islam dan bagi memperkenalkan Islam, UMNO telah mempelopori usaha itu bersama MCA dan MIC seawal tahun 1950an lagi. Muafakat antara agama dan kaum telah lama dimulakan oleh UMNO pada ketika Pas sibuk mengkafirkan parti-parti bukan Melayu suatu masa dahulu. Lebih ramai bukan Islam memeluk Islam terutama di era Tunku Abdul Rahman kerana kesederhanaan dan toleransi agama Islam di bawah naungan kepimpinan UMNO. Yang sebenarnya menjadi isu sekarang ialah sikap Pas terutama Nik Aziz mengikut telunjuk DAP. Beliau tergamak melabel UMNO sebagai pihak yang kononnya tidak mengamalkan Islam tetapi menjulang DAP yang diketahui sentiasa cuba menggugat kepentingan Islam. Beliau terlupa bahawa kerajaan UMNO paling banyak mendirikan masjid, sekolah agama selain universiti Islam, Tabung Haji, memperkenalkan Bank Islam, instrumen kewangan Islam, insurans Islam dan banyak sumbangan lagi. Semua itu bukan hasil perjuangan Pas apatah lagi DAP.
Setakat ini, tiada apa yang menampakkan DAP akur kepada muafakat kepimpinan Islam dalam pakatan pembangkang. Sebaliknya, banyak kepentingan Islam tergugat angkara percaturan politik DAP sementara Pas menjadi picisan. Maknanya Nik Aziz gagal di samping membuka lebih banyak 'pencerobohan' ke atas kepentingan Islam di negara ini. Beliau juga ternyata takut kepada DAP. Penegasan berulang kali Pengerusi DAP, Karpal Singh 'langkah mayat saya sebelum menubuhkan negara Islam' tidak berani disanggah oleh Nik Aziz. Beliau menikus seolah-olah Karpal juga adalah Pengerusi Pas. Belum pernah dalam sejarah Pas, ada pemimpin yang dayus dan celaru seperti Nik Aziz. Belum pernah...
Setelah banyak membawa kecelaruan kepada umat Islam di negara ini selain mencetuskan keresahan kepada masyarakat Melayu, Mursyidul Am Pas, Nik Aziz Nik Mat bertukar nada.
Semalam, Nik Aziz menyatakan bahawa perjuangan terhadap Melayu perlu diutamakan. ''Bagi Pas, orang Melayu perlu diutamakan dalam perjuangan kerana ia adalah kaum terdahulu (di Malaysia),'' katanya.
Malah katanya lagi, kaum paling dominan adalah orang Melayu. Perubahan nada dan pendirian beliau itu mengundang persoalan. Selama ini, Nik Aziz mengetepikan hakikat Melayu perlu diberi lebih perhatian. Beliau langsung tidak mengambil kira soal sejarah, realiti masyarakat Melayu masih jauh ketinggalan dan keistimewaan yang termaktub dalam perlembagaan negara.
Mana-mana pihak yang mengambil pendekatan memperjuangkan kepentingan Melayu, akan dianggapnya sebagai jahil.
Tetapi Awang tidak terkejut. Demi politik, Nik Aziz boleh berubah sekelip mata. Awang setuju dengan mantan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad bahawa Nik Aziz akan melakukan apa sahaja untuk memenangi pilihan raya umum dan kemudian menjadi pemerintah bersama dengan DAP dan PKR.
Hakikatnya di kalangan ramai orang Islam dan masyarakat Melayu, Mursyidul Am Pas itu dilihat sebagai ancaman kepada masa depan agama dan bangsa. Pendirian beliau dalam banyak isu termasuk membenarkan penggunaan kalimah Allah bagi penganut agama lain, tunduk kepada DAP dan mengetepikan agenda perjuangan bangsa, menghiris hati masyarakat Melayu. Apabila pengasas Singapura, Lee Kuan Yew menyeru umat Islam republik itu mengurangkan amalan nilai-nilai Islam baru-baru ini, Nik Aziz sanggup mempertahankan beliau.
Pada pilihan raya kecil di Tenang, beliau sekali lagi mencetuskan keresahan apabila mendakwa umat Islam yang tidak mengundi Pas adalah golongan jahiliah.
Kini Nik Aziz macam lalang ditiup angin terpaksa berpatah balik untuk menyakinkan semula masyarakat Melayu. Pada Awang, itu tidak cukup. Beliau sepatutnya memohon maaf atas banyak kenyataan dan tindak-tanduknya yang memudaratkan kepentingan agama dan bangsa.
Awang juga tertarik dengan perubahan strategi Pas sehingga terpaksa mengadakan Konvensyen Nasional Pengupayaan Bangsa: Jaminan Pas.
Rasanya tidak perlulah Pas bersusah payah mengadakan konvensyen seumpama itu. Ia tidak akan memberi sebarang kesan selagi Nik Aziz dan beberapa pemimpin Pas terus dicucuk hidung oleh DAP dan PKR.
SHAH ALAM, 19 Feb: PAS dalam usahanya mewujudkan sebuah Malaysia Baru yang mengangkat martabat kaum Melayu dan Islam, hari ini memberikan jaminan istimewa terhadap dua belas perkara untuk rakyat Malaysia.
Dua belas jaminan ini terkandung dalam resolusi Konvensyen Nasional Pengupayaan Bangsa; Jaminan PAS yang berlangsung sehari di Auditorium MBSA, dekat sini.
Berikut adalah dua belas resolusi yang dibentangkan oleh Naib Presiden PAS selaku Pengarah Konvensyen, Datuk Mahfuz Omar.
PAS sebagai sebuah parti politik yang berteraskan Islam memberi jaminan bahawa:
1. PAS tetap komited untuk melaksanakan agenda pengupayaan bangsa Melayu dan Bumiputera berteraskan prinsip-prinsip di atas;
2. PAS akan terus mempertahankan kedaulatan Raja-raja Melayu dan kepentingan bangsa Melayu dan Bumiputera seperti yang telah termaktub dalam Perlembagaan Malaysia;
3. PAS tetap beristiqamah untuk menghayati Islam sebagai satu cara hidup sesuai dengan kerangka perlembagaan Malaysia sebagai teras terpenting usaha mengupayakan Melayu;
4. PAS akan sentiasa memastikan seluruh kegiatan pembangunan bangsa Melayu berkiblatkan akhirat demi mencapai keredhaan Allah;
5. PAS tetap mengutamakan perjuangan untuk membela nasib rakyat terpinggir dan berpendapat rendah yang sebahagian besarnya adalah kaum Melayu dan Bumiputera;
6. PAS akan terus mempertahankan konsep ketuanan rakyat yang berpaksikan keadilan Islam dengan jaminan saksama kepada kaum-kaum lain;
7. PAS tetap memperjuangkan dasar-dasar affirmative yang berasaskan siapa yang berkeperluan (need based) sesuai dengan matlamat keadilan Islam;
8. PAS akan terus komited untuk menampilkan kepimpinan Melayu yang bebas rasuah dan penyelewengan di semua peringkat kepimpinan bermula dari kepimpinan Negara sehingga kepimpinan komuniti;
9. PAS tetap mempertahankan tanah-tanah rizab Melayu, tanah-tanah adat, kampung-kampung tradisi dan penempatan-penempatan yang mempunyai kepentingan Melayu dan Bumiputera seperti Felda, malah berusaha menjadikannya sebagai penyumbang terpenting kekuatan ekonomi Melayu;
10. PAS akan terus mempertahankan warisan Melayu selagi mana tidak bertentangan dengan syarak, sebagai khazanah penting kepada generasi Melayu akan datang;
11. PAS tetap mempertahankan pendidikan vernakular yang telah memberi ruang kepada kewujudan sekolah agama rakyat, madrasah dan sekolah pondok, di samping tidak menolak kepentingan elemen integrasi nasional diterapkan dalam sistem pendidikan dan;
12. PAS akan terus berusaha memasakkan jatidiri berteraskan Islam kepada generasi muda Melayu kerana mereka merupakan teras kepada pengupayaan bangsa Melayu dan waris kepimpinan akan datang.