Ahad, 20 Februari 2011

BLOG - BLOG PARTI UMNO

BLOG - BLOG PARTI UMNO


umno bahagian cheras

Posted: 19 Feb 2011 01:29 PM PST

umno bahagian cheras


Hormati keputusan mahkamah kekalkan ADUN Pelabuhan Klang- Syed Ali

Posted: 18 Feb 2011 05:09 PM PST

SEMUA pihak harus menghormati keputusan Mahkamah Tinggi Shah Alam semalam yang memutuskan Badrul Hisham Abdullah kekal sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pelabuhan Klang.

Menurut Ketua UMNO Bahagian Cheras, Datuk Wira Syed Ali Alhabshee, keputusan itu juga adalah kemenangan kepada pengundi di Pelabuhan Klang yang memilih Badrul menerusi sistem pilihan raya.

"Mahkamah telah membuat keputusan yang adil dan Pakatan Rakyat (PR) di Selangor sewajarnya menerima dan menghormati keputusan tersebut," ujarnya.

Sehubungan itu, beliau berpendapat tindakan Speaker Dewan Undangan Negeri Selangor, Datuk Teng Chang Kim untuk mengemukakan rayuan mengetepikan keputusan itu minggu depan sebagai bermotifkan politik.

"Apa lagi yang mereka mahu ?, jika tidak mengutungkan mereka akan dipertikaikan tetapi jika memihak kepadanya, mahkamah akan disifatkan sebagai adil, inilah gelagat pembangkang," tegasnya.

"Sepatutnya pihak pembangkang lebih mengutamakan kepentingan rakyat dan memberikan peluang kepada Badrul meneruskan tugasnya sebagai wakil rakyat di kawasan berkenaan.

Beliau mengulas keputusan hakim Mahkamah Tinggi Shah Alam, Datuk Zaleha Yusof yang memutuskan Badrul kekal sebagai ADUN Pelabuhan Klang dan tindakan Teng Chang yang mahu mengemukakan permohonan untuk mengetepikannya.

Menurut Syed Ali lagi, PR di Selangor sepatutnya lebih mengutamakan kepentingan awam daripada berterusan bermain politik.

Katanya, Speaker dan mana-mana pihak dibolehkan mengemukakan rayuan terhadap keputusan mahkamah tetapi adalah lebih baik jika ia mengambil kira kepentingan rakyat.

"Saya percaya penduduk Pelabuhan Klang tidak ada apa-apa yang dipertikaikan terhadap Badrul, cuma PKR sengaja mencetuskan ketegangan politik untuk memburukkan keadaan," katanya.

Dalam kes Badrul jelasnya, kemungkinan sebelum ini wakil rakyat berkenaan menghadapi kesukaran untuk meneruskan khidmatnya sebagai wakil rakyat kerana terpaksa berdepan dengan kes mahkamah.
"Kini (semalam) sudah selesai, keputsuan sudah dibuat oleh mahkamah dan semua pihak harus menerimanya dengan terbuka manakala Badrul pula perlulah menumpukan tanggungjawabnya selaku wakil rakyat di kawasan berkenaan," katanya.
Syed Ali menyifatkan tindakan Speaker itu didorong oleh rasa kecewa pemimpin PR terutama DAp dan PKR terhadap keputusan yang memihak kepada Badrul.

"Kemungkinan mereka mahu mahkamah memihak kepada kehendak pembangkang supaya satu pilihan raya kecil diadakan di Pelabuhan Klang," tambahnya.

Dalam hal ini kata beliau, pembangkang hanya mengutamaklan agenda politik daripada memberi pembelaan kepada rakyat.

PUTERI UMNO BAHAGIAN CHERAS

Posted: 19 Feb 2011 11:28 AM PST

PUTERI UMNO BAHAGIAN CHERAS


PILIHANRAYA KECIL DUN MERLIMAU DAN DUN KERDAU SERENTAK

Posted: 18 Feb 2011 08:39 PM PST


Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan Pilihanraya kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kerdau, Pahang, diadakan serentak dengan PRK DUN Merlimau, Melaka, pada 6 Mac ini, manakala tarikh penamaan calon bagi kedua-dua PRK itu ditetapkan 26 Feb.

Pengerusinya Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata SPR dapat menjimatkan banyak wang dan masa dengan mengadakan kedua-dua pilihan raya kecil itu secara serentak.

Katanya bagi mengadakan pilihan raya kecil DUN Kerdau yang diadakan berikutan kematian anggota Datuk Zaharuddin Abu Kassim akibat serangan jantung pada 12 Februari lepas, SPR akan memerlukan belanja kira-kira RM915,000.

Bercakap pada persidangan media selepas mengadakan mesyuarat khas mengenai pilihan raya kecil Kerdau di sini Jumaat malam, beliau berkata kawasan DUN Kerdau mempunyai 8,999 pemilih berdaftar, termasuk 8,984 pemilih biasa dan 15 pemilih pos.

Pilihan Raya Umum pada 2008 menyaksikan Zaharuddin dari Barisan Nasional (BN) menewaskan calon PAS, Hassanuddin Salim dengan majoriti 1,615 undi.

Kerusi DUN Merlimau pula kosong selepas penyandangnya, Datuk Mohamad Hidhir Abu Hassan, 54, dari BN meninggal dunia pada 20 Januari lalu kerana diserang sakit jantung.

Pada Pilihan Raya Umum 2008, Mohamad Hidhir menang dengan majoriti 2,154 undi menewaskan calon PAS, Jasme Tompang.

SPR sebelum ini sudahpun menetapkan tarikh penamaan calon dan tarikh mengundi PRK Merlimau pada tarikh tersebut.

Abdul Aziz berkata selain melantik 242 petugas untuk mengendalikan proses PRK Kerdau, SPR juga akan menggunakan 10 buah sekolah, dua buah balai raya dan sebuah dewan sebagai pusat mengundi yang mengandungi kesemuanya 22 saluran tempat mengundi.

Beliau berkata daftar pemilih bagi pilihan raya itu akan mula dijual pada 22 Februari dan pengundi juga boleh membuat semakan daftar pemilih untuk mengetahui maklumat pusat mengundi dan saluran mengundi melalui laman web SPR di www.spr.gov.my dan melalui SMS.

Menurutnya pengundi juga boleh menghubungi ibu pejabat SPR di Putrajaya dengan menelefon 03-8885 6500 dan pejabat pilihan raya negeri Pahang di nombor 09-5165025 untuk membuat semakan.

Sumber Berita - BERNAMA

UMNO CAWANGAN TAMAN SEJAHTERA, LUNAS KEDAH DARULAMAN

Posted: 19 Feb 2011 11:16 AM PST

UMNO CAWANGAN TAMAN SEJAHTERA, LUNAS KEDAH DARULAMAN


Apabila Nik Aziz lebih mempercayai DAP daripada UMNO!

Posted: 19 Feb 2011 12:50 AM PST

EPISOD hubungan Pas dengan DAP yang turut dibangkitkan oleh Tun Dr. Mahathir Mohamad sudah banyak diperkatakan. Setiap kali Dr. Mahathir mengkritik Menteri Besar Kelantan Nik Abdul Aziz Nik Mat, beliau tangkas menjawab balas.

Dalam episod terbaru mengenai Pas dan DAP, Mursyidul Am Pas itu menyuarakan, hubungan tersebut membolehkan Pas memperkenalkan Islam kepada DAP kerana perkara itu gagal dilakukan oleh UMNO.

Bagi Nik Aziz, hasil hubungan akrab tersebut, serangan DAP terhadap Islam telah bertukar. Kata tok guru itu, "serangan DAP kepada Islam, alhamdulillah sekarang ini bertukar daripada langkah mayat kepada boleh berunding."

Sejauh mana dakwaan itu benar? Apa yang dirunding, sedangkan sebarang perkara berkaitan agama Islam, mahu dihumban ke tepi oleh kepimpinan DAP. Contohnya boleh dilihat perkembangan Islam di negeri yang dikuasai DAP.

Akibat kenyataan seumpama itu juga, dapat dilihat sekarang keghairahan pemimpin DAP keluar dan masuk masjid serta surau tanpa menjaga sensitiviti umat Islam.

Apa yang telah ditarbiah dan didakwahkan oleh Nik Aziz kepada pemimpin DAP? Tak nampak pun kebaikannya, di sebaliknya semakin bertambah angkuh beberapa wakil rakyat parti itu bertindak kurang ajar dan biadab ketika memasuki kawasan ibadat umat Islam.

'Lesen' kononnya DAP sudah memahami Islam itu dipergunakan apabila DAP ghairah 'menonjolkan soal keislaman' sebagai pendekatan baru untuk menarik orang Melayu kepada parti tersebut.

Amat memeranjatkan sebuah parti yang menolak penubuhan Negara Islam melakukan perubahan nilai. Tidak pernah pun ada dalam perjuangan sosialis DAP selama ini ghairah menonjolkan unsur-unsur keislaman.

Perkara yang sangat pelik ini sedang wujud dan harus diberi perhatian serius. Ini kerana kita tidak mahu orang Melayu Pas, PKR, Melayu liberal dan Melayu yang tidak memihak sesiapa terlupa bahawa di belakang parti itu ada pemimpin yang tidak menitik beratkan Perkara 4 Perlembagaan Persekutuan iaitu agama Islam sebagai agama rasmi, Perkara 153 yang menjamin keistimewaan orang Melayu dan juga penduduk asal Sabah dan Sarawak serta bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan.

Kerana mahu menunjukkan kesetiakawan dengan DAP, perjuangan Pas yang asal untuk menegakkan hukum Hudud kini telah berubah menjadi perjuangan membela bangsa lain iaitu DAP. Hudud tinggal kenangan.

Masihkah anda ingat bagaimana Nik Aziz mengatakan beliau tidak berbangga dengan kejadian dirinya sendiri sebagai bangsa Melayu. Jadi tak menghairankan kini Nik Aziz bersama-sama DAP amat lantang menentang Islam dan Melayu.

Sebagai parti politik, Pas sanggup melakukan apa sahaja untuk memastikan kepentingan politik mereka terjamin dan menghalalkan apa yang mereka lakukan.

Kalau dulu mereka kata bekerjasama dengan orang kafir, kita akan jadi kafir, tetapi kini mereka melakukan perkara sama dan dipertahankannya dengan pelbagai alasan.

Pas menuduh UMNO kafir apabila bekerjasama dengan MCA dan MIC tetapi kini mereka melakukan perbuatan sama apabila bersekongkol dengan DAP.

Banyak situasi sudah kita lihat bagaimana Nik Aziz sanggup menukar tafsiran terhadap Islam kerana politik. Beliau antara pemimpin Pas paling cekap memanipulasi pemikiran dan menukar tafsiran dalam apa-apa isu termasuk menjadikannya selari dengan kehendak rakan bukan Islam.

Sekali lagi, masihkah anda ingat bagaimana Pas menghalalkan tindakan khatib mendoakan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng dalam khutbah Jumaat bagi menggantikan Yang di-Pertuan Agong dengan alasan untuk menarik bukan Islam kepada Islam.

Begitu juga kes Ahli Parlimen Serdang, Teo Nie Ching mencemari kali kedua kesucian institusi Islam dengan memakai pakaian ketat dalam majlis senamrobik di pekarangan masjid.

Apakah semua ini dilakukan oleh Nik Aziz kerana percaya DAP lebih menghormati Islam daripada UMNO. 'Ustaz dan ustazah' DAP sudah mampu memberikan salam dan membaca hadis walaupun belum berkhatan dan mengucap?

Sejak kebelakangan ini, atas nama perkongsian matlamat politik, batas-batas kesucian Islam cuba dilanggar. Selain ruang solat dimasuki, ayat-ayat suci al-Quran dibaca dan diterjemah oleh pemimpin bukan Islam dalam DAP dan PKR.

Janganlah kerana hendak undi politik, maka Nik Aziz dan Pas membiarkan DAP dan bukan Islam lain mencemarkan kesucian agama kita?



Bookmark and Share





www.pemuda-enggang.org

Posted: 19 Feb 2011 11:08 AM PST

www.pemuda-enggang.org


Negara Arab = Revolusi Rakyat atau Boneka Barat?

Posted: 18 Feb 2011 07:01 PM PST

1. Mutakhir ini, ramai yg mengagumi kuasa rakyat di Mesir sehingga mantan presiden hosni mubarak terpaksa berundur. 2. Ramai org termasuk rakyat malaysia bersorak gembira apabila presiden mubarak mengumumkan perletakan jawatan beliau dan menyerahkannya ke majlis tentera mesir. 3. bermula … Continue reading

WACANA PEMUDA UMNO DUN SUNGAI PINANG

Posted: 19 Feb 2011 07:54 AM PST

WACANA PEMUDA UMNO DUN SUNGAI PINANG


Futsal 1 Malaysia

Posted: 18 Feb 2011 08:10 AM PST

Salam, jemput hadir ke Perasmian kejohanan Futsal 1 Malaysia Pemuda BN Kota Raja & Pelancaran kempen tandatangan 100,000 Belia menentang tindakan Kerajaan Negeri Selangor menggunakan wang Rakyat utk membela penderhaka YB Suhaimi Shafiei. Pada hari Sabtu 19hb Feb. jam 9 pagi. Bertempat di Real Arena, Telok Gadong, Klang.Perasmi : Ybhg Sdr Ung Salleh b Ungku Mohd Jamal (KP Umno /BN Sel)
Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Tiada ulasan:

Pengikut