Ahad, 20 Februari 2011

BLOG - BLOG PARTI PKR

BLOG - BLOG PARTI PKR


KEDAH online

Posted: 20 Feb 2011 03:11 AM PST

KEDAH online


Pemuda BN GILA Meroyan???

Posted: 19 Feb 2011 08:18 AM PST

RAKYAT MENENTUKAN SIAPA PEMERINTAH

Posted: 19 Feb 2011 07:58 AM PST

The Spirit of Lubok Kawah/Semangat Lubok Kawah

Posted: 19 Feb 2011 11:32 PM PST

The Spirit of Lubok Kawah/Semangat Lubok Kawah


Aina di Jeti Temerloh

Posted: 19 Feb 2011 09:30 PM PST






Sempat juga saya pergi ke Pekan Sehari Temerloh tadi membawa Aina dan Annuar. Annuar didokong ibunya, tapi Aina turun ke Jeti Temerloh.
Jeti Temerloh terletak di lokasi yang indah dan cukup menawan. Aina berjalan diatas Jeti memandang ke Sg Pahang dan Sg Semantan. Dari Jeti kelihatan jambatan gantung yang menghubungkan Pekan Sehari ke Restoran Patin merentasi Sg Semantan.
Lokasi Jeti ini adalah tempat terletaknya rumah-rumah rakit sejak tahun 1950-an. Keluarga saya tinggal di rumah rakit pada tahun 50-an kerana kami tidak boleh tinggal di Kampong Lubok Kawah. Kampong itu diisytiharkan sebagai kawasan HITAM oleh Inggeris kerana dari kampong itulah berkumpulnya golongan pejuang-pejuang nasionalis menuntut kemerdekaan.
Di Lubok Kawah terdapat Markas Angkatan Pemudia Insaf dan Angkatan Wanita Sedar.
Kami hanya boleh pulang ke Kampong Lubok Kawah menjelang Kemerdekaan Negara dan penduduknya ramai berada didalam tahanan Inggeris, dan yang tua-tua serta kanak-kanak berpindah dari kampong itu ke Chatin, Penak, Kg Tebal, Kg Batu Papan, Kg Berhala Gantang dan lain-lain kampong. Hanya semasa menghampiri MERDEKA barulah kami dapat berpindah semula ke kampong kami.
Di Kampong Lubok Kawah sekarang ini tidak ada lagi penduduk asalnya. Kebanyakan mereka sudah berpindah ke Kg Paya Pulai dan sudah meninggal dunia.
Kini Kampong Lubok Kawah didiami oleh generasi baru dan berlaku penghijrahan beramai-ramai oleh penduduk Negeri Kelantan dan kini mereka mempunyai tanah kampong, tanah ladang dan rumah mereka sendiri di Kg Bukit Tingkat yang terletak lebih kurang 1/2 batu dari Lubok Kawah.
Di lokasi Jeti Temerloh itu, ramai penduduk-penduduk mendiami rumah-rumah rakit didalam tahun 50-an dan sehinggalah ke tahun-tahun 70-an dan 80-an.
Kini hanya ada sedikit sahaja lagi rumah-rumah rakit itu.
Kalau dulunya di tebing Sg Semantan di Lokasi Rumah-Rumah Rakit itu terdapat beberapa buah kedai dan rumah-rumah diatas tanah Kerajaan. Di kawasan tapak tingginya terdapat sederet kedai-kedai dan diatas kawasan bukit yang lebih tinggi darinya terletak sebuah Masjid iaitu di tapak Masjid Abu Bakar yang ada sekarang ini.
Di sebelah hilirnya adalah Rumah Pasung (nama dulu untuk Balai Polis). Ayah saya pernah ditahan semasa ditangkap di akhir tahun 40-an kerana beliau adalah seorang pejuang kemerdekaan yang menganggotai Angkatan Pemuda Insaf.
Ramai ahli keluarga saya yang ditangkap oleh British, bahkan semua saudara mara saya yang dewasa hampir kesemuanya ditahan oleh British kerana mereka adalah pejuang-pejuang kemerdekaaan menganggotai API dibawah pimpinan Ahmad Boestamam.
Di sebelah hulunya terdapat sebuah sekolah Cina bersebelahan dengan Rest House, dan tapak Sekolah Cina itu adalah Sekolah Kee Chee yang ada sekarang, sebuah sekolah yang terbesar di Temerloh pada hari ini. Dan di sekolah itu terdapat ramai juga anak-anak Melayu bersekolah disana.
Anak-anak saudara saya ramai yang belajar di Sekolah itu dan kini sudah melangkah ke peringkat yang lebih tinggi.
Banyak kenangan lama yang boleh saya ukirkan di Jeti Temerloh ini.
Walaupun saya berterima kasih dengan pembinaan Jeti ini, tetapi saya juga mahu limparkan teguran kepada Majlis Perbandaran Temerloh bahawa Jeti ini tidak diberikan penjagaan yang baik.
Ianya kotor. Kesan-kesan banjir yang lepas tidak dibersihkan. Lantai di kawasan "walk" di tebing sungai itu penuh dengan tanah dan sembal, dan tidak terurus dengan kekotorannya.
Saya ingin cadangkan kepada Majlis Perbandaran Temerloh supaya menaik tarafkan Jeti ini supaya menjadi mercu pelancungan di Daerah ini untuk pelancung-pelancung dalam dan luar Negeri.
Aina cukup minat dengan Jeti ini. Masa 2 jam dia disana tidak mencukupi, dan saya janjikan bahawa dalam minggu ini, Insya Allah saya akan bawa dia lagi kesana.


Biro Masyarakat Felda dan Orang Asal terima tanggungjawab untuk DUN Kerdau

Posted: 19 Feb 2011 04:47 AM PST

Sdr Othman Sentol dari Felda Lui Selatan 2 menyerahkan kepada Dato Fauzi Abdul Rahman borang keanggotaan Parti Keadilan Rakyat secara simbolik mewakili rakan-rakannya yang kini bersedia menubuhkan sebuah Ranting PKR di Felda Lui Selatan 2, N. Sembilan, di sebelah kirinya Sdr Rebin Birham, Setiausaha Biro Masyarakat Felda dan Orang Asal PKR Pusat.

Sdr Fauzi Abdul Rahman sedang berbincang dengan Sdr Jamaludin Sharif daripada Pekan Felda Chini untuk penubuhan sebuah ranting PKR di Chini selepas PRK DUN Kerdau.

==
Seramai 87 orang Jentera dari Biro Masyarakat Felda dan Orang Asal Parti Keadilan Rakyat telah diberikan taklimat khas oleh Dato Fauzi Abdul Rahman, Pengerusi Majlis Pimpinan Parti Keadilan Rakyat Negeri Pahang di Rumah Rehat Temerloh pada petang tadi 19hb Februari 2011.
Disamping kagum dengan tindakan Biro yang tidak henti-henti menjalankan kegiatannya di seluruh Negara, Dato Fauzi juga kagum dengan kehadiran Jentera Biro itu yang berkumpul dan berbincang strategi-strategi memperkukuhkan gerakan PKR didalam rancangan-rancangan Felda.
Sejak setahun yang lepas, PKR Pahang melalui Biro Felda telah berjaya menubuhkan ranting-rantingnya didalam rancangan Felda diseluruh Negeri Pahang dan Biro itu juga berjaya mengadakan pelbagai kegiatannya dirancangan-rancangan Felda.
Dato Fauzi mengajak semua Cabang di Negeri Pahang menumpukan kegiatannya bagi menubuhkan ranting-ranting baru di rancangan-rancangan Felda serta di perkampongan orang Asal yang masih belum menubuhkan ranting-ranting. Beliau memberikan pujian kepada Cabang Paya Besar yang telah berjaya menubuhkan ranting Parti di semua rancangan Felda di kawasan Parlimen Paya Besar dengan keanggotaan yang semakin membesar.
Beliau juga memberikan pujian kepada Cabang Kuala Krau yang berjaya menubuhkan ranting-rantingnya di kesemua perkampongan Orang Asal didalam DUN Jenderak.
"Tidak ada jalan pintas, jika kita mahu menang kita kena kerja keras dan kerja smart." kata Dato Fauzi.
Dato Fauzi turut menyentuh senario politik Negara dan beliau menyatakan bahawa Malaysia mesti diselamatkan. Beliau memetik kata-kata daripada N.H. Chan, bekas Hakim Mahkamah Rayuan yang membandingkan senario di Mesir dengan Malaysia.
Hakim Chan menyatakan bahawa regime yang memerintah Mesir adalah terlalu lama dan wujud kesamaan dengan Malaysia bahawa UMNO/BN telah memerintah Malaysia selama lebih 50 tahun; di Mesir berlaku rasuah yang melampau dan keadaan ini dikongsi juga oleh Malaysia dan di Mesir wujud undang-undang yang mencetuskan ketidak-adilan dan keadaan ini juga berlaku di Malaysia.
Kemiskinan di Mesir adalah sama dengan Malaysia dimana pemerintahnya kaya raya dan rakyatnya berada didalam keadaan kemiskinan.
Perbezaaan diantara Mesir dengan Malaysia hanyalah dari sudut keberanian rakyatnya yang sanggup keluar ke jalan-jalan raya mengadakan rebolusi aman dan mendesak pemerintah yang zalim meletakkan jawatan.
Di Malaysia keberanian itu belum wujud, tetapi dengan senario yang hampir sama diantara Mesi dan Malaysia, keadaan itu keberanian itu lambat laung akan tercetus juga di Malaysia jika pemerintah yang ada ini tidak berubah.
Pakatan Rakyat, kata Dato Fauzi, memperjuangkan "3L":
(a) Lapar - PR berjuang untuk menghapuskan kelaparan, iaitu kita mahu mengadakan makanan kepada setiap warga negara dan tidak ada lagi warga negara yang lapar. L pertama itu adalah "Food";
(b) Lampin - PR berjuang untuk keselesaan rakyat agar tidak ada rakyat yang kekurangan pakaian. L kedua ini adalah "Clothing" (Pakaian); dan
(c) Lindung - PR berjuang supaya setiap rakyat Malaysia memperolehi perlindungan secukupnya dalam erti setiap rakyat mempunyai rumah untuk berlindung. L ketiga ini adalah "Housing"
Food, Clothing dan Housing adalah keperluan asasi rakyat dan itu adalah perjuangan utama PR.
Dato Fauzi menyatakan bahawa memenangi Pilihanraya untuk Negeri Pahang bukanlah sesuatu perkara yang mustahil, dan proses itu bermula dengan kerja kuat dan kerja smart setiap anggota parti yang perlu dibimbing dan dipimpin oleh Jawatankuasa khususnya Ketua-Ketua Cabang.
Di hujung majlis taklimat itu, telah dilancarkan pungutan derma dan jumlah yang dapat dikutip adalah RM857.00 dan jumlah ini akan digunakan untuk memulakan bilik gerakan di Felda Jengka 22 untuk PRK DUN Kerdau.
Mesyuarat Biro terdahulu darinya telah menubuhkan Jawatankuasa Pemandu PKR untuk PRK DUN Kerdau dan menyusun aktiviti untuk kerja rumah ke rumah di Felda Jengka 22, Jengka 23 dan Jengka 25.
Mana-mana tenaga daripada mana-mana Negeri yang terdiri daripada anggota PKR dari kalangan Peneroka-Peneroka dan Generasi Muda PKR hendaklah melaporkan diri di Bilik Gerakan PKR di No. 20 Felda Jengka 22.

Zulkifli Noordin

Posted: 19 Feb 2011 09:38 PM PST

Zulkifli Noordin


DAKWAH KAKAGE - KAFIR LUAR TABI'E?

Posted: 19 Feb 2011 01:35 AM PST

(Semoga beliau akan menjadi Muhammad Alee Kuan Yew setelah mendengar dakwah mengenai Islam daripada Tok Guru Nik Aziz Nik Mat)

Salam 2 all.

Teman tertarik dengan kenyataan YAB Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, yang menegaskan bahawa beliau lebih suka berdampingan dengan kepimpinan DAP, termasuk Karpal PooSingh, Kitsiang & Anak Lakinya Guan Eng (maka jadilah singkatannya "Kakage" - bahasa Indon pak!) daripada berdampingan dengan UMNO dan kepimpinannya. Malah Tok Guru lebih mengutamakan Kakage ini daripada kepimpinan UMNO. Alasan Tok Guru mudah - beliau mahu menerangkan Islam kepada Kakage ini!

Teman sebenarnya sangat mengkagumi kegigihan Tok Guru ini. Kerja da'wah memang kerja Rasulullah. Malahan salah satu sifat Rasulullah ialah "tabligh" - menyampaikan. Dan kerja da'wah kepada orang kafir lagilah dituntut. Cuma teman berharap janganlah sampai sanggup mati untuk kafir ini pulak, sebagaimana yang disebut oleh seorang pemimpin PAS yang sanggup mencabar sesiapa dengan kenyataan "over my dead body" kepada sesiapa yang mencabar Karpal PooSingh!

Namun apabila tiba kepada persoalan siapa yang patut kita utamakan, samada sesama Islam atau kafir (dan dalam kes ini DAP bukan kafir biasa, tapi dia "kafir luar tabi'ee", iaitu kafir luarbiasa kerana penentangan secara terang-terang terhadap Islam yang didalam syara' dipanggil "kafir harbi"), kita harus bersikap rasional, matang dan Islamik, berdasarkan Al Quran & Sunnah Rasulullah saw!

Bagi maksud itu, kita berbalik kepada Al Quran & Sunnah Rasulullah saw. Kerana ALLAH swt berfirman, "sesungguhnya inilah kitab (Al Quran) yang menjadi petunjuk bagi menuju jalan ketaqwaan" (Al Baqarah: 2). Didalam ayat 184 pula, ALLAH berfirman "diturunkan Al Quran dibulan Ramadhan sebagai petunjuk bagi manusia, dengan segala keterangan (berserta buktinya), agar kamu dapat membezakan (yang mana Islam yang mana tidak)". Dan Rasulullah saw berpesan dalam khutbatul wida', "aku tinggalkan kepada kamu dua perkara, yang jika kamu berpegang kepadanya nescaya kamu tidak akan sesat - Al Quran & Sunnahku".

Didalam Al Quran, tercatat satu surah iaitu surah ke 80 yang dipanggil Surah 'Abasa, bermaksud "bermasam muka". Surah ini bermula dengan ayat "'Abasa watawallaa - Dia (Muhammad) bermasam muka lalu berpaling.. (dan seterusnya sehingga ayat 40)". Asbabul nuzul, atau sebab turunnya surah ini adalah kerana suatu pristiwa, yang peristiwa ini boleh kita jadikan iktibar dalam menangani isu kenyataan Tok Guru Nik Aziz tersebut.

Menurut riwayat yang disampaikan oleh Ibnu Jabir At-Thabari, dan Ibnu Hatim, yang diterima daripada Ibnu Abbas, menyatakan bahawa pada suatu ketika Rasulullah saw sedang berda'wah dihadapan beberapa kepimpinan kafir Quraisy (kafir harbi yop), termasuk 'Utbah dan Syaibah (kedua-duanya anak Rabi'ah), Abu Jahal bin Hisyam, 'Abbas bin Abdul Muttalib, Ummayyah bin Khalaf dan Al Walid bin Mughirah. Rasulullah saw sememangnya mengharapkan mereka menerima Islam untuk memperkuatkan kedudukan Islam di Makkah yang pada masa itu sangat lemah. Dan mereka adalah pemuka dan pemimpin utama kafir Quraisy (juga kafir harbi kerana menentang Islam).

Tiba-tiba datanglah 'Abdullah bin Umm Maktum, anak saudara Saidatina Khadijah binti Khuwailid, Ummul Muqminin dan isteri pertama Rasulullah. Ibnu Maktum ini seorang yang sudah pun masuk Islam pada masa itu, dan seorang yang sangat miskin lagi buta. Beliau duduk bersebelahan Rasulullah saw, kemudian bertanya beberapa soalan kepada Rasulullah. Pada waktu ini, Rasulullah saw dikatakan berpaling muka daripada Ibnu Maktum dan bermasam muka (mungkin tanda tidak suka - wallahua'lam).

Maka turunlah surah ini langsung dari ALLAH menegur perbuatan Rasulullah saw itu. Sejak daripada teguran langsung dari ALLAH itu, Rasulullah saw sentiasa mengutamakan sesama Islam, dan tia kali berte,u Ibnu Maktum, Rasulullah akan menyebut "Ya marhabban wahai saudaraku yang telah menyebabkan daku ditegur ALLAH!". Malahan Baginda pernah melantik Ibnu Maktum sebagai Gabenor Madinah sebanyak dua kali apabila Baginda keluar berperang.

Mafhum daripada surah ini dan sunnah Rasulullah tersebut jelas bahawa dalam memilih diantara kafir (apatah lagi kafir harbi) dengan umat Islam, kita wajib memilih dan mengutamakan umat Islam, walaupun dia teruk, miskin, buta atau papa kedana!!

JADI JIKA KITA MENGIKUT AL QURAN & SUNNAH, TIDAK TIMBUL PERMASALAHAN SIAPA YANG PERLU KITA UTAMAKAN - UMNO ATAU DAP!! JAWAPANNYA JELAS - DARIPADA ALLAH SENDIRI, DAN SUNNAH RASULULLAH SAW!


Sebenarnya teman memang sangat menghormati dan mengkagumi Tok Guru Nik Aziz sejak mengenali beliau. Tok Guru Nik Aziz lah orang yang mengisytiharkan teman menyertai PAS pada bulan Ogos 1998 selepas kemuncak kes murtadnya Nor 'Aishah Bukhori yang teman kendalikan sebagai peguam. Malah teman pernah tidur pun dirumah Tok Guru di Kg. Pulau Melaka.

Jadi teman mengambil kesempatan ini untuk meminta Tok Guru, kalau benar Tok Guru mahu menerangkan Islam kepada Kakage ini, dan berda'wah kepada mereka, malah telahpun berda'wah (agaknya) selama hampir tiga tahun pun (sejak bersekongkol daripada pilihanraya Mac 2008), maka teman minta Tok Guru bertanya soalan-soalan berikut kepada Kakage ini, dan teman minta soalan itu ditanya dihadapan umum, dan dijawab juga oleh Kakage ini kepada umum, supaya tidak timbul fitnah atau dolak-dalik:

1. adakah Kakage ini, khususnya Karpal PooSingh, masih berpendirian menentang usaha PAS untuk menjadikan Malaysia sebuah negara Islam, dan melaksanakan undang-undang Islam. Adakah belaiu masih dengan pegangan "over my dead body" jika umat Islam Malaysia mahu menubuhkan negara Islam dan melaksanakan undang-undang Islam;

2. adakah Kakage ini bersetuju, jika Pakatan pembangkang menjadi Kerajaan Persekutuan, semua negeri dimana Kerajaan PAS yang memerintah (saperti Kelantan & Kedah) dibenarkan melaksanakan undang-undang Islam saperti hudud, qisas & ta'zir;

3. mengapa Kakage ini bersetuju, dan Karpal PooSingh khususnya, masih mahu menjadi peguam utama membela manusia yang ditabal bininya sebagai anugerah tuhan dalam pertuduhan Anwar meliwat stafnya Saiful Bukhori, sedangkan Karpal PooSingh yang mendedahkan kegiatan homoseks & liwat Anwar didalam Parlimen pada 22.10.1997, diikuti dengan ucapannya mendakwa punya bukti kegiatan homoseks & liwat Anwar di Federal Hotel, dan menjadi peguam mangsa liwat iaitu staf Anwar bernama Azizan & Umi Hafilda, dan memberitahu kepimpinan PAS pada masa itu tentang kegiatan homoseks & liwat Anwar sehingga mereka melabel "Anwar Al Juburi", dan mendesak Anwar bertaubat dan meletak jawatan selepas pembohongan 16 Sept terbongkar;

4. apa pendirian Kakage tentang tindakan Wan Azizah, bini Mursyidul Am PKR Anwar yang juga Presiden PKR (juga ibu kepada Naib Presiden PKR) yang mengisytiharkan dan menabalkan laki dia sendiri sebagai manusia anugerah tuhan; apakah kelebihan Anwar berbanding Tok Guru Nik Aziz, Tuan Guru Haji Hadi, Tuan Guru Dato' Harun Din, Tuan Guru Datuk Ismail Kamus, Tuan Guru Dato' Harun Taib dan Tuan Guru Datuk Tuan Ibrahim. Cuba tanya Kakage ini, jika mereka bersetuju Anwar anugerah tuhan, jadi apa pula kedudukan kesemua Tok Guru dan Tuan Guru yang disebut tadi;

5. adakah Kakage bersetuju untuk mengubah Perjanjian Persefahaman Pakatan Pembangkang yang ditandatangani pada 18.12.2009 di Shah Alam yang pada masa ini menyebut sekiranya PR menang pilihanraya dan menjadi Kerajaan Persekutuan, penubuhan Malaysia sebagai negara Islam dan perlaksanaan undang-undang Islam di Malaysia bukan dasar Pakatan Pembangkang (ini disahkan sendiri oleh beberapa kepimpinan PAS yang "menyembah" Anwar manusia yang ditabal anugerah tuhan oleh bininya). Cuba Tok Guru tanya Kakage ini adakah mereka bersetuju dasar itu dipinda, dan Perjanjian Persefahaman baru ditandatangani untuk menjadi sebagai suatu dasar PR jika menang dalam PRU dan mem[njadi Kerajaan Persekutuan, maka Malaysia akan dijadikan sebuah Negara Islam dan undang-undang Islam akan dilaksanakan!

Begitulah soalan-soalan yang teman minta Tok Guru Nik Aziz tanya kepada Kakage ini secara terbuka, dan diminta mereka menjawabnya secara terbuka. Teman cukup yakin setelah hampir tiga tahun Tok Guru dan kepimpinan PAS lain sudah berda'wah kepada Kakage ini, sudah tentu mereka mudah menerima Islam, malah mungkin bersetuju untuk bersama PAS untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara Islam, dan melaksanakan undang-undang Islam. Jika jawapannya TIDAK, pada pandangan teman, mungkin Tok Guru mahu membaca semula Surah 'Abasa sakli lagi (atau ratuasan kali lagi!!).

Yang baik itu datangnya dari ALLAH, yang tidak itu kelemahan teman sendiri. moga ALLAH memberikan petunjuk dan hidayahNya, dan memberikan keampunan atas kelemahan dan ketidakmampuan kita.

Wallahua'lam & Wassalam.

Zulkifli Bin Noordin
Sabtu
15 Rabi'ul Awal 1432
19 Februari 2011

*Nota: kebetulan kalau mengikut kalendar masihi hari ini adalah harijadi teman. Ramai yang menghantar ucapan selamat hari jadi dengan pelbagai doa. Sebenarnya teman tidak menyambut harijadi mengikut kalendar Kristian ini, apa pun teman ucapkan terima kasih atas doa kalian. Tak sempat teman nak menjawab kesemua ucapan tersebut. Sebenarnya harijadi teman mengikut taqwim Islam ialah Juma'at 14 Ramadhan 1382.
* Mulai 20 Feb sehingga 06 Mac, teman akan berada diluar negara untuk beberapa lawatan kerja termasuk ke Istanbul, Ankara, London dan Bangkok. Insyallah teman akan cuba mengemaskinikan blog, jika tidak teman akan cuba melalui tweeter ataupun facebook insyallah.

Anwar Ibrahim

Posted: 19 Feb 2011 07:39 PM PST

Anwar Ibrahim


Pertumbuhan Ekonomi 2010: Malaysia Terus Terkebelakang Berbanding Jiran

Posted: 18 Feb 2011 09:14 PM PST

Pertumbuhan ekonomi sebanyak 7.2% yang dicatatkan negara pada tahun 2010 perlu dikaji dengan lebih dekat untuk memahami keseluruhan implikasinya.

Angka 7.2% perlu dibandingkan dengan pencapaian jiran-jiran kita dan bukannya dinilai secara bersendirian. Singapura dan Indonesia contohnya masing-masing berjaya mencatatkan pertumbuhan 14.5% dan 6.1% dalam tahun 2010. Kedua-dua jiran kita ini mengatasi pertumbuhan Malaysia; apatah lagi apabila pertumbuhan Indonesia adalah berdasarkan angka pertumbuhan asas yang lebih tinggi kerana Indonesia tidak mengalami penguncupan ekonomi dalam tahun 2009 seperti mana Malaysia dan Singapura.

Pertumbuhan 14.5% yang dicatatkan Singapura disokong oleh pertumbuhan kukuh dalam sektor perkilangan pada kadar 29.7% pertumbuhan tahunan. Jika dibandingkan dengan Singapura, pencapaian kita malap dalam kedua-dua aspek – pertumbuhan ekonomi hanyalah separuh dari yang dicapai Singapura, sementara pertumbuhan sektor perkilangan pada kadar 11.4% hanyalah setakat satu pertiga pencapaian Singapura.

Penjelasan kedua-dua kerajaan dalam menerangkan perbezaan pertumbuhan sektor perkilangan ini adalah amat berbeza. Singapura menyatakan bahawa permintaan yang kukuh dari pasaran dunia memesatkan pertumbuhan sektor perkilangannya, sementara Malaysia pula menyalahkan pasaran dunia sebagai akibat kelembapan sektor perkilangannya – padahal kedua-dua negara sama-sama bergantung kepada barangan eksport dan pasaran dunia. Hakikatnya, barangan yang dikilang di Malaysia semakin hilang daya saingnya di pasaran dunia kerana kita tersekat di tangga nilai yang bawah dan terpaksa bersaing dengan negara-negara yang struktur kosnya lebih murah; sedangkan pesaing seperti Singapura terus menghasilkan barangan bernilai tinggi. Amaran mengenai masalah ini telah diberikan sejak sedekad yang lalu, namun tidak ada satu langkah yang berkesan yang diambil kerajaan selain dari retorik politik yang dibayar oleh rakyat.

Pertumbuhan sektor perkilangan yang lebih rendah berbanding jiran diburukkan lagi dengan penguncupan dua sektor penyumbang utama di dalam suku keempat 2010. Sektor perlombongan dan pertanian adalah penyumbang utama kepada pendapatan Kerajaan Persekutuan melalui hasil minyak dan gas serta kelapa sawit. Kedua-dua sektor ini mencatatkan penguncupan dalam suku keempat pada kadar 1.3% (perlombongan) dan 4.3% (pertanian). Akibatnya, pertumbuhan tahunan yang sangat rendah pada kadar 0.2% (perlombongan) dan 1.7% (pertanian) adalah satu lagi petanda bahawa ekonomi kita semakin malap.

Pandangan ini diperkuatkan lagi oleh angka-angka beberapa indeks yang digunakan untuk menilai sentimen masyarakat niagawan dan orang ramai mengenai hala tuju ekonomi negara. Indeks Suasana Perniagaan yang diterbitkan oleh Institut Kajian Ekonomi Malaysia (MIER) hilang 5.4 mata dalam suku keempat 2010 untuk jatuh ke paras bawah 100 mata buat kali pertama dalam tempoh dua tahun. Malah, keyakinan masyarakat niagawan ke atas prospek ekonomi seperti yang dilambangkan oleh indeks ini menunjukkan penurunan sejak awal 2010 lagi. Bagi sentimen keyakinan orang ramai pula, walaupun Indeks Sentimen Pengguna menokok ke paras 117.2 mata dalam suku keempat, paras itu masih belum setanding dengan paras keyakinan tahun 2007 sebelum kerajaan menaikkan harga minyak secara mendadak dalam tahun 2008.

YAB Dato' Seri Najib Tun Razak sepatutnya lebih ikhlas dan mengakui bahawa ada jurang yang besar di antara pengumuman projek-projek mega yang dibuat dibawah ETP dan realiti ekonomi yang ditanggung masyarakat niagawan dan orang ramai. Ramai di kalangan rakyat Malaysia yang masih ragu-ragu bahawa siri pengumuman projek itu hanyalah wayang yang akhirnya akan menguntungkan golongan pemerintah dan niagawan elit tanpa menyelesaikan masalah pokok dan struktur ekonomi negara.

Pengurusan fiskal dan kewangan negara juga menunjukkan perbezaan yang besar di antara Malaysia dan jiran kita, terutamanya Indonesia.

Tidak seperti Malaysia, Indonesia berjaya mengelak dari kemelesetan ekonomi tahun 2009 dan terus mencatatkan pertumbuhan kukuh sebanyak 6.1% dalam tahun 2010, menjadikannya salah sebuah ekonomi paling mampan di antara 20 negara terkaya di dunia. Laporan United Nations Global Investment Trend Monitor (diterbitkan oleh UNCTAD pada 17 Januari 2011) mencatatkan aliran masuk pelaburan asing (FDI) sebanyak USD12.8 bilion bagi tahun 2010; yang kedua tertinggi di rantau ini selepas Singapura. Pelaburan baru menyumbang sebanyak 32.2% kepada ekonomi Indonesia sementara perbelanjaan kerajaan menyumbang hanyalah 9.1% kepada pertumbuhan ekonomi. Keseluruhan pencapaian ini berasaskan perbelanjaan kerajaan yang berhemah dan tidak berlebihan. Angka defisit fiskal dan hutang kerajaan hanyalah masing-masing 1.1% dan 28.3% berbanding KDNK bagi tahun 2010.

Keadaannya sangat berbeza di Malaysia. Jumlah hutang Kerajaan Persekutuan telah mencecah RM407 bilion menjelang akhir 2010, bersamaan 53.1% berbanding saiz KDNK negara. Kegagalan merancakkan pelaburan swasta menyebabkan kerajaan terlalu bergantung kepada projek-projek mega dan perbelanjaan kerajaan untuk mencapai sasaran pertumbuhan ekonomi, sehinggakan defisit fiskal menjadi salah satu masalah utama ekonomi negara.

Defisit fiskal negara memuncak pada aras 7% dalam tahun 2009 dan hanya menurun kepada 5.6% tahun lalu, sedangkan sasaran kerajaan yang diumumkan di dalam Rancangan Malaysia Ke-10 adalah 5.3% bagi tahun 2010. Malaysia hanya berjaya menarik aliran masuk pelaburan asing (FDI) sebanyak USD7 bilion dalam tahun 2010, jauh ditinggalkan Singapura yang mendapat sejumlah USD37.4 bilion aliran masuk pelaburan asing.

Berdasarkan angka-angka dan perbandingan ini, jelas bahawa pertumbuhan 7.2% hanyalah satu lagi bukti bahawa ekonomi kita semakin terkebelakang berbanding dengan negara jiran. Daya saing Malaysia di pasaran antarabangsa semakin merudum dan kedudukan fiskal serta kewangan negara lebih buruk berbanding negara-negara jiran.

Rakyat tidak akan terkeliru dengan pelbagai kempen dan janji manis yang dibuat kerajaan dan akan terus menuntut reformasi ekonomi agar prospek ekonomi yang malap ini dapat diubah. Reformasi ekonomi hanya akan berkesan sekiranya didokong oleh reformasi politik yang ikhlas.

Malangnya, Kerajaan Persekutuan yang ada telah dibuktikan berkali-kali tiada keikhlasan dalam melaksanakan reformasi politik. Makanya, sebarang dasar ekonomi yang diperkenalkan sebagai reaksi politik tidak akan berjaya menyelesaikan masalah kemalapan ekonomi Malaysia.

DATO' SERI ANWAR IBRAHIM
KETUA PEMBANGKANG
19 FEBRUARI 2011

===
MALAYSIAN ECONOMY IN 2010:
CONTINUING A TREND OF UNDER PERFORMANCE RELATIVE TO NEIGHBOURS

The growth rate of 7.2% registered by the Malaysian economy in 2010 requires a closer scrutiny to understand its full ramifications.

The 7.2% growth should not be viewed in vacuum and must be compared with what our neighbours had achieved in 2010. Singapore and Indonesia registered a growth of 14.5% and 6.1% respectively in 2010. Both outperform Malaysia's growth by miles especially considering that Indonesia's 6.1% growth was calculated on a higher base as Indonesia did not face economic contraction in 2009 unlike Malaysia or Singapore.

In the case of Singapore, the 14.5% growth was achieved on the back of a strong rebound in manufacturing sector which recorded an annual growth of 29.7%. Our performance pales in comparison on both accounts – the growth is half of what Singapore achieved while the growth in manufacturing sector was only 11.4% for 2010, nearly a third of Singapore's manufacturing growth.

There was a big contrast in the way each government explains this in spite of the fact that both countries are export oriented and highly dependent on the global economy – while Singapore cites a strong external demand for its manufacturing products, Malaysia claims the opposite. The reality is our manufacturing products are steadily losing its competitiveness in the global market as we are relegated to the lower rung of the value chain while competitors like Singapore upgrade higher and higher on the value chain. This was pointed out a decade ago, yet nothing effective has been put in place to stem this decline apart from continuous rhetoric paid for by taxpayers' money.

The relatively lower manufacturing growth is compounded by contractions in the fourth quarter of 2010 in two fundamental sectors of the economy. Both mining and agriculture form a significant revenue earner for the Federal Government in the form of income from oil and gas extraction and palm oil. Mining and agriculture sectors registered contractions of 1.3% and 4.3% respectively in the fourth quarter. The annual growth of only 0.2% and 1.7% in mining and agricultural sectors respectively is another symptom of stagnation plaguing the economy.

This is correlated by key indices used to gauge the sentiment of business community and the public on the direction of the economy. The Business Condition Index published by the Malaysian Institute of Economic Research (MIER) loses 5.4 points quarter-to-quarter in the last quarter of 2010, to settle below 100 points for the first time in nearly two years. In fact, the business community's confidence on the overall outlook of the economy had been on the decline since the beginning of 2010. As for the public sentiment, while the Consumer Sentiments Index did improve to 117.2 points in the fourth quarter, it has not recovered to the level of 2007 prior to the fuel price hike of 2008.

YAB Dato' Seri Najib should have been more forthcoming with the public to admit that there is a big disconnect between his economic grandstanding via ETPs and the reality felt by the business community and the public. There is a high degree of scepticism that the series of announcements made are only a smokescreen that will benefit the same type of ruling and business elites while the fundamental problems of the economic are left unhealed.

The fiscal management of the economy also reveals a stark difference between Malaysia and our neighbours, especially Indonesia.

Unlike Malaysia, Indonesia has managed to avoid recession in 2009 and continued to register a strong growth of 6.1% in 2010 in spite of the higher growth base, making it one of the best performing economies among the world's top 20 rich and developing countries. United Nations Global Investment Trend Monitor (published by UNCTAD on 17 January 2011) recorded Indonesia's foreign direct investment inflows at USD12.8 billion in 2010; only second to Singapore in this region in terms of attracting FDIs. New investments contribute 32.2% to the country's economy while government expenditure only contributes 9.1% to the economic growth. This sterling performance was achieved on the back of moderate government spending – Indonesia's fiscal deficit and public sector debt was only 1.1% and 28.3% of its GDP respectively in 2010.

Malaysia's economic story is the opposite of Indonesia's. The total Federal Government debt has ballooned to RM407 billion as at the end of 2010, representing 53.1% of the GDP. The stagnation in private investments had caused the government to rely on pump priming to fuel the economic growth, so much so that fiscal deficit remains one of the biggest economic problems the country is facing. Fiscal deficit peaked at 7% in 2009 and only moderated to 5.6% in 2010, above the government's own target of 5.3% as set out in 10th Malaysian Plan. Malaysia only managed to attract USD7 billion worth of FDIs in 2010 compared to USD37.4 billion achieved by Singapore.

Against this backdrop, the 7.2% growth is yet another proof that our economy is sliding downwards relative to our neighbours. We are losing our competitiveness and our fiscal position is in a lot worse shape compared to the neighbours.

No amount of glossing and public relations campaigns can confuse the public of the urgent need to institute vital economic reforms to reverse the slide. Economic reforms can only be effective if complimented by an equally strong set of political reforms. Unfortunately, this government is incapable of embracing political reforms as proven time and time again, so any reactionary new economic policies will not be able to address the malaise of the Malaysian economy.

DATO' SERI ANWAR IBRAHIM
LEADER OF OPPOSITION
19 FEBRUARY 2011

Tiada ulasan:

Pengikut