Pakatan Rakyat |
Posted: 15 Nov 2012 03:25 PM PST | Sadasivan dilantik Pengerusi JK bebas projek kondo Batu Caves. Posted: 15 Nov 2012 03:22 PM PST Manakala Timbalan Pengarah Jabatan Perancangan Bandar dan Desa (JBPD) Negeri Selangor, Norasiah Bee dilantik sebagai Setiausaha. PETALING JAYA: Kerajaan Selangor melantik Ketua Pengarah Lembaga Pembangunan Perindustrian Malaysia (MIDA), Datuk N Sadasivan sebagai Pengerusi jawatankuasa bebas bagi mengkaji kelulusan projek pembinaan kondominium di Batu Caves. Manakala Timbalan Pengarah Jabatan Perancangan Bandar dan Desa (JBPD) Negeri Selangor, Norasiah Bee dilantik sebagai Setiausaha di mana JBPD adalah sekretariat yang akan membantu jawatankuasa bebas ini bergerak lancar. Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mengumumkan demikian selepas mesyuarat Exco di Shah Alam hari ini. Sadasivan berpengalaman dalam bidang pentadbiran serta pengurusan, pernah memegang pengarah di beberapa syarikat swasta dan dua institusi kewangan kerajaan iaitu Bank Negara dan Pengurusan Danaharta Nasional Berhad serta pernah dilantik ke Lembaga Pengarah Petronas. Beliau akan dibantu beberapa anggota jawatankuasa lain yang akan diumumkan dari semasa ke semasa melibatkan golongan profesional dan bebas untuk membantu kerajaan negeri dengan syor-syor bagi menangani isu ini. "Saya akan bertemu dengan Sadasivam serta ahli-ahli yang lain dalam minggu ini untuk menyampaikan hasrat kerajaan dalam penubuhan jawatankuasa bebas ini," kata Abdul Khalid dalam kenyataan media selepas mesyuarat Exco. Antara skop jawatankuasa tersebut adalah untuk mengkaji semula semua projek pembangunan yang telah dibuat dan dirancang di Batu Caves dan mengambil kira setiap aspek termasuk kebajikan rakyat, kepentingan masyarakat Hindu, keselamatan alam sekitar dan undang-undang yang sedia ada. Kerajaan Negeri berpendapat penelitian jawatankuasa ini akan memberi manfaat dan tambah nilai kepada usaha untuk menjadikan Batu Caves sebagai tapak warisan dunia oleh Unesco. Abdul Khalid juga mengulas kenyataan Perdana Menteri yang mahu membatalkan pembinaan kondominium ini sekiranya Barisan Nasional kembali mentadbir negeri Selangor. `Kenyataan raih populariti' "Tindakan tidak profesional Perdana Menteri ini memberi kesan negatif kepada integriti dan pentadbiran yang baik kerana sebarang pembatalan projek perlu dilakukan mengikut prosedur. Rakyat Selangor harus menimbang dengan teliti "janji" Perdana Menteri memandangkan bahawa kerajaan negeri Selangor yang diketuai oleh Barisan Nasional dahulu yang meluluskan projek tersebut," kata Abdul Khalid. Bagaimanapun, kata Menteri Besar sikap Najib ini telah memberi motivasi kepada kerajaan Selangor untuk mentadbir secara lebih profesional, telus dan bertanggungjawab berbanding Barisan Nasional yang tidak konsisten dalam membuat keputusan.Katanya, kerajaan negerii komited untuk memperbetulkan semula kecuaian dan kesilapan yang telah dilakukan oleh pentadbiran BN sebelum ini tetapi perlu dilakukan mengikut tatakelola yang betul dan selaras dengan dasar pentadbiran negeri yang mengutamakan ketelusan dan kebertanggungjawaban. Selaku kerajaan negeri, kita mengutamakan hak serta kepentingan rakyat. Justeru, kita tidak teragak-agak membawa mana-mana pihak ke muka muka pengadilan sekiranya berlaku kecuaian dan penyelewengan, katanya lagi. | Beri perhatian kepada anak muda Posted: 15 Nov 2012 03:18 PM PST Kepimpinan Pemuda perlu membuka ruang kepada anak muda untuk menyalurkan idea mereka dalam memajukan gerakan PAS. PETALING JAYA: Pemuda PAS Perak, Ustaz Mohd Nazri menyeru kepimpinan Pemuda pusat supaya menumpukan perhatian kepada golongan muda untuk menang dalam Pilihanraya Umum ke-13. Katanya, kepimpinan Pemuda perlu membuka ruang kepada anak muda untuk menyalurkan idea mereka dalam memajukan gerakan PAS. Beliau mencadangkan satu menifesto yang menfokuskan golongan muda diwujudkan. "Perjuangkan PTPTN juga satu tarikan minat golongan muda ini kepada PAS," kata Mohd Nazri Justeru, pimpinan pemuda PAS disaran untuk turun bertemu golongan anak muda dengan mengadakan aktiviti-aktiviti yang meraikan jiwa mereka. Ia penting kerana mereka adalah komponen terpenting dalam masyarakat. Perbahasan ini Dewan Pemuda hari ini dipengerusikan oleh Ustaz Misbahul Munir, turut dibantu Kamal Ashaari. Seramai 660 orang perwakilan pemuda kawasan dari seluruh Malaysia memenuhi Dewan Jubli Perak, MPKB-BRI, Kota Bharu bermula dari jam 8.00 pagi lagi. | BANJIR LUMPUR ANCAM KG UNDUSAN Posted: 15 Nov 2012 03:15 PM PST
| Kondo Di Batu Caves: Ronnie Liu Akan Rujuk Peguam Posted: 15 Nov 2012 12:27 AM PST SHAH ALAM : Exco Kerajaan Tempatan Kajian dan Penyelidikan, Ronnie Liu akan berbincang bersama peguamnya berkenaan tuntutan maaf dan saman RM1 juta daripada Ahli Parlimen Hulu Selangor, P Kamalanathan. Katanya, surat tuntutan permohonan maaf tersebut diterima di pejabatnya hari ini dan beliau belum mengambil sebarang keputusan lanjut. "Pembantu peribadi saya telah menerima surat tersebut di pejabat saya dan saya akan membuat rundingan bersama peguam saya dan YB Gobind Singh Deo dahulu," katanya ketika ditemui di pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) hari ini. Ronnie berkata, surat tersebut akan menuntut RM1 juta daripadanya sekiranya tidak memohon maaf berikutan kenyataan yang dikeluarkannya. Sebelum ini, beliau mendakwa P Kamalanatan dan Timbalan Menteri Luar Negeri, Senator A. Kohilan Pillay adalah antara individu yang bertanggungjawab meluluskan cadangan projek pembinaan kondominium 29 tingkat di Batu Caves. Bagaimanapun, P Kamalanathan menafikan dakwaan Ronnie dan mendesaknya supaya memohon maaf secara terbuka atau berdepan tindakan saman berikutan kenyataannya. | Saman AES: Ronnie Arahkan MPKj Jadi Saksi Posted: 15 Nov 2012 12:25 AM PST SHAH ALAM : Exco Kerajaan Tempatan, Kajian dan Penyelidikan, Ronnie Liu akan mengarahkan Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) menjadi saksi terhadap pengguna jalanraya yang disaman kamera Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES). Katanya, beliau akan mengarahkan MPKj untuk menghantar pegawainya menjadi saksi di mahkamah bagi mengesahkan pemasangan kamera itu tidak sah. Ronnie berkata, pemasangan kamera AES di dua kawasan di Kajang adalah tidak sah kerana kontraktor yang dilantik Kerajaan Pusat tidak mendapat Kebenaran Merancang (KM) daripada MPKj. "Pemasangan AES di Kajang adalah di bawah Akta Kerajaan Tempatan 1976 dan sebarang pemasangan perlu mendapat KM daripada Pihak Berkuasa Tempatan (PBT). "Tanpa KM, walaupun kamu pemilik tanah, kamu tidak boleh buat begitu dan ianya dianggap salah," katanya kepada pemberita di bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor (SUK) semalam. Ronnie menjelaskan, Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Seri Chor Chee Heung dan Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Kong Cho Ha seharusnya faham mengenai akta itu kerana sebarang pemasangan perlu mendapatkan kelulusan. "Mesti ada kelulusan baru boleh buat, Dia Menteri (Cho Ha) (Chee Heung) mesti ikut undang-undang juga," jelasnya. Sehubungan itu, Kerajaan Negeri mengeluarkan arahan bagi menanggalkan semula kamera tersebut dalam tempoh 14 hari bermula Isnin lalu. Ronnie berkata, jika amaran tersebut tidak diendahkan, Kerajaan Negeri akan meminta MPKj menanggalkan kamera tersebut. "Kalau tak roboh, kita akan minta MPKj buat surat untuk roboh dalam tempoh 14 hari dan dalam tempoh itu jika tidak dirobohkan, kita akan robohkan, kita patuhi undang-undang," katanya yang juga Adun Pandamaran. Sebelum ini, dua kamera AES tersebut di Kajang dipasang di kilometer 6.6 Lebuhraya Lembah Klang Selatan (SKVE) dan di kilometer 301.6 menuju ke utara di Lebuhraya Utara-Selatan. | Anak Nik Aziz dicabar lawan Muhyiddin Posted: 15 Nov 2012 12:04 AM PST KL TODAY Timbalan Ketua Pemuda Pas Pusat, Nik Abduh Nik Abdul Aziz dicadang bertanding di kawasan Parlimen Pagoh yang kini disandang oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin. Muhyiddin juga merupakan Timbalan Presiden Umno. "Sekarang ini bukan sekadar Kelantan, tetapi agenda untuk menuju ke Putrajaya, mana mungkin kita tidak mampu bertanding di mana-mana kerusi dicalonkan kalau sekiranya kita mengatakan kita hendak ke Putrajaya. "Memandangkan sekarang ini, yang sebaiknya kita letak Timbalan Ketua Pemuda kita, kita calonkan bertanding di Pagoh, di Johor," kata perwakilan dari Kelantan, Ahmad Marzuk Shaary yang disambut dengan laungan takbir para perwakilan. Ahmad Marzuk ketika membahaskan ucapan dasar Ketua Pemuda Pas berkata, Pemuda harus menyahut cabaran bertanding di mana-mana kerusi dan bukannya hanya di negeri-negeri yang ada jaminan menang seperti di Kelantan. Nik Abduh (gambar), anak Menteri Besar Kelantan, yang berada di pentas menganggukkan kepalanya mendengar cadangan itu. Sebelum ini, Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengejutkan negara apabila menyatakan beliau sedia bertanding di kerusi Parlimen Pekan jika diputuskan demikian oleh parti. Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak merupakan Ahli Parlimen Pekan sejak 1976. Nik Abduh sebelum ini disebut akan bertanding pada Pilihan Raya Umum ke- 13 (PRU13) bersedia sekiranya parti menamakan beliau sebagai calon. Nik Abduh, yang dipilih sebagai Timbalan Ketua Pemuda Pas Pusat berkata, bapanya mengambil masa 40 tahun untuk mendidik beliau dalam dunia politik khususnya untuk menentang Umno. "Saya sudah sedia jadi calon sejak 10 tahun dulu, saya juga sedia tunggu 20 tahun lagi untuk dicalonkan, sebelum ini ayah sudah siapkan 40 tahun untuk lawan Umno," katanya. Dalam wawancara bersama Sinar Harian sebelum ini, Timbalan Ketua Pesuruhjaya Pas Kelantan, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah membayangkan Nik Abduh dicalonkan dalam PRU13 atas kapasiti sebagai Timbalan Ketua Pemuda Pas Pusat. Antara kerusi dikaitkan dengan Nik Abduh adalah kerusi Parlimen Kubang Kerian setelah penyandangnya yang juga Naib Presiden Pas, Salahuddin Ayub disahkan berpindah ke Johor. | Beza Saman AES di Malaysia (24 Jam Setiap Hari) VS AES Amerika (6am-9pm Waktu Bekerja Sahaja)? Posted: 15 Nov 2012 12:02 AM PST
Saman AES bukan sahaja di Malaysia, tetapi juga di Amerika contohnya di Chicago. Tujuan utama pelaksaan saman AES ini agak baik di Malaysia, mahu mengurangkan kadar kemalangan di Malaysia yang mana menyebabkan kerajaan rugi setiap tahun sejumlah RM9 bilion (kata Timbalan menteri Pengangkutan). Dan kami sebaenarnya tidak sama sekali menolak terus AES ini. Tetapi kami mahukan sistem saman AES diteliti semula apabila melihatkan pelaksanaannya agak canggung, ramai yang mempertikaikannya. Kami juga sama sekali tidak akan menerima atau menolak bulat-bulat tanpa bersebab….. Semakan kami menunjukkan kalau di Amerika, operasi saman AES di sana :
Begitu juga di Singapura. Di Singapura….
Kalau di Malaysia, lain pula corak operasi saman AES yang cuba dilaksanakan…..
Perbezaan Lokasi Papan Tanda Amaran Saman AES Antara di Malaysia VS Amerika?Jikalau di Amerika Syarikat purata pendapatan rakyat di sana sekitar USD2500 sebulan, sebarang kesalahan yang berjaya dirakam kamera AES akan dikenakan denda maksimum sekitar US100 sahaja. Berbanding di Malaysia, rakyat Malaysia yang berpendapatan RM1800 sebulan perlu membayar saman AES sebanyak RM300 untuk kesalahan yang sama. Samada anda membawa 111kmj ataupun 150kmj. Nilai Rm300 itulah yang perlu anda bayar atas kesalahan melebihi had laju yang telah ditetapkan…
Tambahan pula, setiap instrumen elektronik mesti mempunyai had ralat. AES Redflex contohnya mempunyai kesilapan + / -1 MPH (1.609km/h). Jika ada yang terperangkap dengan kelajuan melebihi 1kmh, kami cukup yakin & percaya akan ada pada masa akan datang akan membawa mencabar kes ini ke mahkamah! Kerana apa? Nah….inilah antara sebab negara lain yang melaksanakan zon penampan had laju dengan tidak mengenakan sebarang tindakan undang-undang ke atas mana-mana kenderaan yang hanya memandu lebih 1-5mph daripada had laju yang ditetapkan. Tetapi di Malaysia? Lagipun, sistem saman AES bukan dibawah PDRM mahupun JPJ. Milik siapakah sistem saman AES ini? Jawapan: syarikat Swasta …Persoalannya, sejak bila SYARIKAT swasta ada kuasa dalam bidang penguatkuasaan undang-undang jalanraya? Semakan banyak saman, semakin banyak untung yang diterima oleh syarikat yang mengendalikan saman AES ini. Jadi, adakah ini dikatakan mendidik? Dan yang paling penting sekali, terma saman yangdigunapakai itu sendiri perlu difahami di mana dalam Akta Pengangkutan Jalan 1987 disebutkan begini…
Tidak semestinya sistem dan niat yang baik boleh memberikan kesan yang baik sekiranya tidak dilaksanakan secara berhemah, berperikemanusiaan dan tidak membebankan. P/S : Saman AES boleh diteruskan dengan syarat pelaksanaannya dikaji semula. KAJI. Setuju? | Harun: Pertahan ijtihad tahalul siyasi Posted: 14 Nov 2012 11:54 PM PST KL TODAY Para ulama di dalam PAS diseru agar mempertahankan ijtihad Tahaaluf Siyasi (persefahaman politik) termasuk mengarahkan semua ahlinya mengundi calon-calon bukan Islam di kalangan Pakatan Rakyat.Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat, Datuk Harun Taib berkata, untuk mencapai matlamat politik Islam, ulamak berijtihad dalam menentukan wasilahnya. "Antaranya, Ulamak dalam PAS berijtihad dengan merujuk kepada al-Qur'an dan al-Hadis membenarkan Tahaaluf Siyasi dengan parti-parti lain dengan syarat-syaratnya sebagai satu wasilah mencapai kemenangan dalam pilihanraya. "Rentetan daripada ijtihad Tahaaluf Siyasi, ahli-ahli PAS diarahkan mengundi calon-calon pilihanraya bukan Islam di kalangan Pakatan Rakyat," katanya. Untuk itu, katanya, ulamak perlu menjelaskan perkara ini kepada ahli-ahli parti dengan dalil-dalil daripada al-Qur'an dan al-Hadis. Dalam masa yang sama juga Ulamak perlu sentiasa prihatin dengan syarat-syarat Tahaaluf Siyasi yang telah digariskan. "Sekiranya berlaku sebarang pelanggaran kepada syarat-syarat tersebut, Ulamak perlu segera menegur kepimpinan parti dan memberikan nasihat," katanya. Beliau berkata demikian ketika memberikan Ucaptama dalam Muktamar Dewan Ulamak PAS Pusat yang berlangsung di Dewan Duyung, Perdana Resort hari ini. Teks ucapannya dibaca Naib Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat, Dato' Dr Mahfudz Mohamad. Gambar: Suasana di dalam Muktamar Dewan Ulama PAS "Tidak cukup hanya dalam kuliah di surau dan masjid serta ceramah, bahkan perlu disiarkan dalam media massa. Youtube, blog, website dan media alternatif lain perlu digunakan semaksimum mungkin untuk tujuan tersebut," katanya. Ulamak perlu memanfaatkan media ini bagi membentuk minda rakyat dan cara pemikirannya agar benar-benar menguntungkan Islam di samping mempunyai semangat untuk menegakkan agama Allah di muka bumi ini, tambahnya. Sementelahan lagi isu berkaitan ijtihad siyasi dan tarbawi biasanya dialpakan oleh banyak pihak. Ulamak Haraki berperanan memenuhi media baru dengan pemikiran dakwah, tarbiyah dan jihad menentang kezaliman. Jihad Ulamak Haraki, katanya, tidak hanya dengan lisan tetapi juga menggunaka mata pena penulisan. "Marilah kita mengisi ruangan yang terbuka luas sebagai medium dakwah moden untuk menyampaikan risalah Allah kepada masyarakat," jelas beliau. "Dalam isu hudud, ada ahli yang bercelaru merasakan bahawa ianya tidak perlu dibicarakan dalam era Tahaaluf Siyasi. Setengahnya terkeliru dengan pandangan bahawa hudud tidak perlu dilaksanakan kerana keadaan bermasyarakat rakyat Malaysia yang belum kondusif. "Ini semua adalah kecelaruan pemikiran kerana gagal mengikuti tarbiyah PAS. Perjuangan menegakkan hudud merupakan agenda Islam dan sudah pasti menjadi agenda PAS," kata Harun."Kita berjuang menjadikan Hudud sebagai sebahagian daripada undang-undang (Taqnin) berdasarkan kuasa demokrasi yang kita miliki. "Setelah ianya menjadi undang-undang negara, pelaksanaannya akan dilakukan oleh badan kehakiman untuk menentukan tahap pelaksanaannya."Kita telah berjaya membentangkan enakmen jenayah Syariah di Kelantan dan Terengganu menurut kuasa demokrasi yang kita miliki," katanya Harun. | Sumali yakin bahagiakan Anne Ngasri Posted: 14 Nov 2012 11:50 PM PST KL TODAY Bakal suami kepada pelakon Anne Ngasri iaitu Mohd Sumali Reduan menganggap perkahwinan kedua mereka yang bakal berlangsung pada Disember depan adalah satu titik kebahagiaan selepas kedua-duanya pernah mengalami kegagalan rumah tangga. Sumali, 40, yang juga Setiausaha Kerja, Pergerakan Pemuda Umno berkata, menerusi perkahwinan itu nanti mereka dapat memperbaiki kesilapan yang pernah dilakukan pada perkahwinan pertama masing-masing supaya dapat membentuk sebuah keluarga yang harmoni dan bahagia. "Kami berdua sangat serius dengan hubungan ini kerana ingin mencari kebahagiaan dan berharap dengan pengalaman lalu dapat mengajar kami untuk membentuk sebuah keluarga bahagia. "Kami saling melengkapi dan pertemuan setahun lalu telah ditentukan dan saya yakin dia adalah pilihan terbaik," ujarnya kepada mStar Online ketika dihubungi pada Rabu. Anne atau nama sebenarnya Nasriah Ngasri, 28, dan Sumali telah bertunang di kediaman keluarga Anne di Jalan Ipoh, dekat sini pada 11 November lalu. Majlis tersebut dihadiri seramai 200 orang tetamu yang terdiri daripada keluarga kedua-dua belah pihak. Pasangan itu menetapkan tarikh 22 Disember depan dan bersepakat untuk bernikah di rumah keluarga lelaki di Pontian, Johor. Sumali yang telah bercerai pada tahun 2010 mempunyai seorang anak lelaki, Suffian Hakim yang berusia tujuh tahun. Sumali memberitahu, ketabahan dan tanggungjawab wanita itu dalam membesarkan tiga anaknya iaitu Abdul Warits, 4, Abdul Wafri, 3 dan Nazharah Afrozah, 2, turut membuatkan dia yakin Anne adalah pilihan tepat sebagai calon isteri. "Saya yakin Anne boleh menyayangi anak tunggal saya seperti mana dia menyayangi tiga anaknya dan saya sangat terharu melihat kesungguhan dan sikap tanggungjawabnya dalam membesarkan anak-anaknya," katanya. Malah kata Sumali, dia sudah bersedia untuk bergelar suami kepada seorang pelakon terkenal dan menganggap permainan dunia hiburan itu dapat dilaluinya dengan baik selepas ini. "Bukan orang politik dan artis sahaja akan ditimpa masalah malah orang biasa pun akan melaluinya. Bagi saya itu bukan persoalan besar kerana pernah melalui pelbagai rintangan dalam hidup dan apa yang penting masyarakat mendoakan yang baik-baik untuk Anne dan saya," ujarnya. Sementara itu, Anne ketika dihubungi berkata, perkahwinan kali kedua ini bukan kerana terdesak namun percaya dengan ketentuan yang telah ditetapkan oleh Tuhan. Malah kata Anne, dia tidak menyangka akan bertemu jodoh dengan Sumali dan mengharapkan semua pihak mendoakan kebahagiaan mereka berdua. "Kalau saya terdesak sejak bercerai kali pertama dulu saya boleh kahwin tetapi ini soal jodoh dan saya menerima dengan hati terbuka. "Saya mohon semua pihak akan mendoakan yang terbaik buat kami selepas ini," jelasnya. Anne memberitahu, dia kini sedang sibuk dengan persiapan perkahwinannya yang akan dibuat secara sederhana tetapi meriah. Anne disahkan bercerai dengan Abdul Wafi Hassan oleh Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur dekat sini pada 25 Jun 2010. Mereka berkahwin pada 26 Mei 2006. | PKNS Serang Balas Zaini Hassan & Utusan Malaysia Posted: 14 Nov 2012 11:45 PM PST KELAB GREENBOC Timbalan Ketua Pengarang Utusan Malaysia, Zaini Hassan nyata tertekan akibat fitnah yang dimainkan beliau sendiri menerusi lidah propaganda UMNO, Utusan Malaysia. Fitnah demi fitnah yang ditaburkan menerusi pemesongan fakta bagi mempengaruhi kaum Melayu untuk berprasangka buruk terhadap Pakatan Rakyat dengan menggunakan agensi Kerajaan Negeri, PKNS, sebagai punching bag. Sebagai sebuah agensi Kerajaan Negeri, PKNS, telah dipertanggungjawabkan untuk mengangkat martabat Melayu dan Bumiputra khususnya di Negeri Selangor. Dalam masa empat tahun pemerintahan Pakatan Rakyat, PKNS telah berjaya menempatkan diri sebagai Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri (PKEN) terbaik di dalam negara berbanding dengan negeri-negeri lain dan dianugerahkan "Best SEDC" pada tahun 2011. Ini dibuktikan dengan kemampuan PKNS untuk membayar zakat dan cukai kepada Lembaga Zakat, Kerajaan Negeri dan Pusat berjumlah hampir RM300 juta dalam masa tidak sampai empat tahun. Namun begitu, Zaini Hassan dan Utusan Malaysia menutup mata dan telinga dan tidak memperakui pencapaian PKNS hasil daripada titik peluh dan keringat warga kerja PKNS yang 99% terdiri daripada orang Melayu. PKNS telah mencatatkan keruntungan demi keuntungan hasil dari operasi yang bersandarkan tahap ketelusan dan akauntabliti yang tinggi dengan diperakui sendiri oleh Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM) dan Transparency International. Keuntungan sebanyak RM420 juta yang dicatat oleh PKNS pada tahun 2011 telah membolehkan PKNS untuk terus menerus melaksanakan tanggungjawab mereka dengan pembinaan rumah-rumah mampu milik bagi nikmat rakyat Negeri Selangor, amnya dan masyarakat Melayu dan Bumiputra, khasnya. Di samping itu, warga kerja PKNS turut mendapat habuan bonus sebanyak 7 bulan pada tahun 2011, sesuatu yang hanya dapat dicapai oleh syarikat-syarikat swasta, GLC dan Multi National Company. Keuntungan PKNS dikongsi dengan warga kerja yang juga kaum Melayu dan Bumiputra. Zaini dan Utusan tidak mahu orang awam untuk diberitahu mengenai projek-projek rakyat seperti pembinaan 12,000 unit rumah-rumah mampu milik di seluruh Negeri Selangor daripada 2008 sehingga 2020. Zaini dan Utusan juga mahu menidakkan kebijaksanaan rakyat dengan memadamkan fakta bahawa 80% daripada pembeli rumah-rumah PKNS adalah terdiri dari kalangan orang Melayu. Tidak cukup dengan perasaan hasad dengki, Zaini dan Utusan terus menerus memfitnah bahawa kononnya PKNS menyelamatkan hutang tokeh Cina tuanpunya Kumpulan Talam yang juga kroni UMNO sedangkan hakikat sebenarnya, PKNS tidak menggunakan satu sen pun daripada tabung dana PKNS bagi urusniaga Kerajaan Negeri untuk mengutip hutang bernilai RM392 juta daripada Kumpulan Talam. Malah, PKNS mendapat yuran perkhidmatan sebanyak RM70,000 kerana bertindak sebagai Special Purpose Vehicle bagi Kerajaan Negeri mengutip hutang daripada Talam. UMNO terus memutar belitkan fakta bagi mengaburi kejayaan Kerajaan Negeri Selangor mengutip kembali hutang berjumlah RM392 juta tersebut daripada Talam bagi manfaat rakyat Negeri Selangor. Perkakas-perkakas UMNO menggunakan NGO-NGO yang tidak bermaruah seperti Sohaimi Shahadan menerusi GPRS, Azwanddin Hamzah menerusi JMM dan Hamidzun Khairuddin menerusi GAPS untuk menghasut rakyat bagi melakukan demo terhadap PKNS saban hari. Azwanddin dan Hamidzun bertindak sebagai front-men Ezam Mohd Noor yang bercita-cita untuk menjadi Menteri Besar Selangor dengan cuba membuktikan kepada Najib Razak bahawa tindakan mereka itu akan membolehkan UMNO kembali menguasai tampuk kepimpinan Negeri Selangor. Tindakan mereka ini telah dilambung tinggi oleh Zaini dan Utusan yang kini terperangkap dengan fitnah rekaan mereka sendiri. Tidak cukup dengan permainan politik jijik mereka, Zaini dan Utusan menambah lagi dosa fitnah mereka dengan mendakwa kononnya PKNS akan menjual aset-aset komersil mereka sedangkan PKNS hanya memindah milik aset-aset tersebut kepada anak syarikat milik penuh PKNS sendiri. Terdesaknya Zaini dan Utusan untuk mencalarkan Pakatan Rakyat, mereka sanggup mempergunakan nama Istana dan mengheret Sultan Selangor bagi memajukan politik perkauman sempit mereka. Apa yang telah mereka capai adalah untuk menabur pasir ke atas periuk nasi lebih 1,500 orang warga kerja sebuah institusi yang telah berjaya mengangkat martabat kaum Melayu dan Bumiputra serta seluruh rakyat Negeri Selangor. Akibat daripada keceluparan Zaini dan Utusan, PKNS tidak mempunyai pilihan lain selain daripada mengambil tindakan undang-undang terhadap mereka yang memfitnah dan mencemarkan imej serta kredibiliti PKNS. Jadi siapakah pejuang Melayu sebenarnya? Penulis upahan seperti Zaini Hassan dengan alat propanda UMNO, Utusan Malaysia atau politikus upahan seperti Sohaimi, Azwanddin, Hamidzun dan Ezam ATAU sebuah institusi yang telah berjuang sepanjang 48 tahun untuk mengangkat kedudukan Melayu dan Bumiputra menerusi program-program pembangunan usahawan dan pembinaan rumah-rumah mampu milik untuk rakyat? Siapa pula yang cuba untuk mencalarkan, menekan dan memfitnah institusi yang memperjuangkan agenda Melayu dan Bumiputra? Jawapannya amat jelas, terang dan nyata. Semoga Allah S.W.T. melindungi rakyat Negeri Selangor, kaum Melayu dan Bumiputra daripada dipengaruhi oleh fitnah-fitnah yang berleluasa akibat puak-puak desperado oportunis politik yang tidak bermaruah ini. –KLd | Laporan BERNAMA Bakal Cetuskan Kemarahan Indonesia Posted: 14 Nov 2012 11:41 PM PST KELAB GREENBOC Agensi berita nasional Malaysia, BERNAMA, semalam telah menyiarkan berita yang dusta dan tidak tepat berkait dengan demonstrasi berhampiran kediaman Duta Besar Malaysia ke Indonesia, di Jalan Patra Kuningan Utara yang berlaku kelmarin. Di dalam laporan BERNAMA yang tersebar dibeberapa media massa pro-kerajaan menyatakanyang hadir menunjuk perasaan itu kira-kira 20 orang sedang media massa Indonesia mnelaporkan angkanya ialah 1,000 orang. Daripada foto yang tersebar di media massa Indonesia, ternyata laporan BERNAMA itu bukan saja tidak tepat tetapi dusta kerana angka sebenar bukannya 20 orang. Cuba lihat gambar di atas. Logikkah hanya 20 peserta penunjuk perasaan? Laporan BERNAMA seterusnya menyatakan: "Dalam demonstasi selama 50 minit itu, beberapa peserta termasuk kanak-kanak dan wanita memegang kain sepanduk berwarna merah" Sudahlah laporannya 20 orang, kemudian dikatakan termasuk wanita dan kanak-kanak! Oleh itu berapa angka yang bukan wanita dan bukan kanak-kanak? Wanita dan kanak-kanak pun menunggang motorsikal? Mana bukti bergambar demo itu disertai cuma 20 orang? Satu usaha BERNAMA yang cuba meemperlecehkan demonstrasi berkenaan dan teknik kewartawanan longkang BERNAMA ini juga selalu digunakan tatkala menyiarkan berita-berita mengenai Pakatan Rakyat di Malaysia! Bendera Malaysia dibakar berhampiran kediaman Duta Besar di Jakarta. | Isu Kondo Batu Caves: Bukan Terlupa, Tetapi Sengaja Buat-buat Lupa Atau Jahil Posted: 14 Nov 2012 11:33 PM PST KELAB GREENBOC Najib lupa siapa punya projek kondo Batu Caves KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dilihat terlupa untuk menyelidik pemilik sebenar projek kondominium 29 tingkat di Batu Caves sebelum membuat pengumuman untuk membatalkan projek tersebut sekiranya Barisan Nasional (BN) berjaya menawan Selangor. Parlimen Shah Alam, Khalid Abdul Samad yang dihubungi memberitahu adalah satu perkara yang melucukan apabila pihak yang meluluskan projek tersebut ingin membatalkannya semula bagi mendapatkan sokongan undi. "Dia (BN) yang lulus lepas dia pulak hendak batalkan, ini tindakan yang amat melucukan. "Saya rasa Najib tidak membuat penyelidikan sepenuhnya siapa pemilik projek tersebut sebelum beliau mengumumkan pembatalan sekiranya BN menawan Selangor," jelasnya. Khalid yang juga Ahli Jawatankuasa PAS Pusat turut menyatakan tindakan Najib itu dilihat amat terdesak apabila sokongan dari orang Cina dan India terhadap BN mula merosot. "Beliau ingin mendapat kembali undi dari kaum India sebab itulah terpaksa membuat pengumuman yang memalukan. "Walhal semua rakyat sudah mengetahui siapa sebenarnya pemilik projek kondominium tersebut, sudah lima tahun tanpa ada pengumuman tiba-tiba bila hampir pilihan raya pengumuman tersebut dilakukan," sambung beliau lagi. Semalam, Najib telah mengumumkan akan membatalkan projek kondominium 29 tingkat di Batu Caves sekiranya BN berjaya menawan Selangor. Beliau membuat pengumuman itu ketika berucap di majlis rumah terbuka Deepavali anjuran MIC di pekarangan kompleks Batu Caves. Namun sebelum itu, Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim telah mengumumkan akan menubuhkan pasukan petugas bebas untuk menyiasat isu kondominium yang berdekatan kuil Subramaniar itu. Exco Kerajaan negeri, Ronnie Liu dalam kenyataan pada 7 November memberitahu kerajaan Selangor mungkin membatalkan kelulusan projek tersebut bagi mengabaikan bantahan Jabatan Alam Sekitar (JAS) negeri. -HD Ulasan GB Yang GB lihat bukannya Najib terlupa tetapi beliau sengaja buat-buat lupa atau memang jahil lansung mengenai projek kondo batu Caves itu. Kebenaran tidak dapat ditolak atau disembunyikan. Sememangnya kerajaan UMNO-BNlah dahulu yang telah meluluskan projek berkenaan. Tetapi bikin kecoh sekarangini untuk membatalkannya dengan niat untuk memburuk-burukkan kerajaan PR negeri Selangor. klik untuk baca | Dr Juanda Jaya Telah Meletakkan Jawatan.. Jom Terjah!! Posted: 14 Nov 2012 09:48 PM PST SEDAKA SEJAHTERASolidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) Perlis telah mendapat berita dari sumber yang dipercayai bahawa Sahibus Samahah Mufti Perlis, Dr Juanda Jaya telah meletakkan jawatan sebagai Ahli Jawatankuasa Baitulmal. SAMM Perlis juga difahamkan perletakan jawatan Dr Juanda dalam agensi pengurusan zakat negeri adalah ekoran daripada sikap pemimpin negeri yang telah berkali-kali membelanjakan wang zakat tanpa mengikut prosedur sebenar dan mengarut antaranya ialah pergi melancong tanpa terlebih dahulu dibawa berbincang dalam mesyuarat Baitulmal.
Malah, perbelanjaan wang zakat oleh Baitulmal Perlis tidak meletakkan keutamaan yang saksama kepada pecahan – asnaf dan dalam banyak keadaan ia nampak lebih menjurus kepada agensi perniagaan berbanding kebajikan.Apakah Baitulmal Perlis hanya membuat keuntungan di sebalik kutipan zakat yang diperolehi? SAMM Perlis di sini ingin mendedahkan Laporan Audit Negara tahun ini telah meletakkan Majlis Agama Islam Perlis di tahap paling rendah berstatus hanya 2 bintang dari kalangan agensi-agensi dan jabatan-jabatan kerajaan Perlis. Ini satu pencapaian dari pentadbir yang tidak cekap dan mungkin tidak amanah. Saban tahun rakyat Perlis yang beragama Islam ikhlas membayar zakat kepada Baitulmal pastinya akan berasa kecewa melihat siri-siri penyelewengan wang zakat yang sepatutnya disalurkan kepada asnaf-asnaf yang ditetapkan mengikut hukum Islam. Bagi anak muda SAMM Perlis, menyalah-guna wang zakat untuk kepentingan sendiri adalah sangat keterlaluan dan wajib disiasat. Nampaknya, tidak banyak dapat diperkatakan lagi apabila Mufti sendiri pun sudah sampai ke tahap kehabisan toleran tidak sanggup untuk berkompromi sehingga meletakkan jawatan. SAMM Perlis memuji tindakkan Dr Juanda Jaya yang mengelak untuk bersubahat, namun menggesa Mufti Perlis membuat aduan agar wang zakat negeri Perlis selamat diagih kepada yang sepatutnya. Baitulmal sebagai agensi di bawah MAIPs, justeru Kerajaan Negeri Perlis tidak dapat lari dari menjawab dakwaan penyelewengan wang zakat ini. Kertas Putih wajar dibentangkan di dalam sidang Dewan Undangan Negeri Perlis. Asrul Nizam Abd Jalil Penyelaras SAMM Perlis | Nasrudin ingatkan Pemuda PAS tidak bersikap eksklusif Posted: 14 Nov 2012 09:41 PM PST Ketua Pemuda PAS Nasrudin Hasan mengingatkan perwakilan dewan tersebut bahawa kini bukannya masanya mereka bersikap eksklusif iaitu "sekadar beraksi di dalam gelanggang sendiri" dalam berdepan dengan pilihan raya. Katanya, Pemuda PAS mesti mempunyai keberanian untuk terjun ke 'hotspot' anak muda yang dambakan bimbingan dengan "menyantuni generasi muda di padang dan gelanggang sukan, pasar malam mahupun uptown". "Dan tahniah kepada beberapa JPRK (Jabatan Pilihan Raya Kecil) dan JPRU (Jabatan pilihan raya umum) yang telah menyusun aktiviti anak muda secara berkala seperti aktiviti futsal, wayang pacak di pasar malam dan kaunter-kaunter semakan daftar pemilih. "Lajnah Kebajikan di semua peringkat perlu mengemudi gerak kerja ziarah dan bantuan kebajikan rakyat secara berterusan sebagai 'Duta Penyelamat dan Kasih Sayang' bersama dengan gerak kerja pilihanraya yang dikemudi Jabatan Pilihanraya di semua peringkat," katanya. Beliau berkata demikian ketika menyampaikan Ucaptama Muktamar Pemuda PAS bertemakan "Mencorak Masa Depan" di Dewan Majlis Perbandaran Kota Bharu di hadapan lebih 700 perwakilan Muktamar Pemuda malam ini. Dalam ucapannya juga, Nasrudin menjelaskan berdasarkan penilaian pencapaian terhadap aktiviti yang dibuat oleh jawatankuasa harian dewan itu mendapati, lajnah, jabatan dan Pemuda negeri mendapat penarafan "kurang memuaskan" dalam hala tuju membina dan menampilkan tokoh pemuda. Katanya, ia hanya merupakan satu daripada lima halatuju yang diberi penarafan demikian setelah genap tempuh setahun perjalanan Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) bagi sesi 2011-2013. Manakala tiga lagi halatuju lagi diberikan taraf "memuaskan" iaitu menampilkan PAS sebagai parti yang prihatin dan pembela nasib rakyat, memperkukuhkan Pakatan Rakyat dan memposisikan PAS sebagai parti teras dalam Pakatan Rakyat dan menggerakkan pendaftaran dan menguasai sokongan pengundi muda. Sementara halatuju berkaitan mengoptimum penggunaan media baru bagi mendominasi pemikiran rakyat diberi penarafan "baik", tambahnya. "Sudah pasti, banyak pencapaian yang boleh dibanggakan dan tidak kurang juga banyak kelemahan yang perlu diperbaiki sepanjang tempoh perjalanan sesi DPPM kali ini. "Pencapaian dan muhasabah tersebut telah direkodkan dan akan dibentangkan secara terperinci melalui Buku Laporan Aktiviti Tahunan DPPM yang akan dipersoal dan diperbahas oleh para perwakilan di dalam muktamar ini," katanya. Sehubungan itu, Nasrudin menyeru seluruh kepimpinan Pemuda PAS di semua peringkat untuk mengamalkan budaya itqan (penelitian dan kualiti) dalam semua aktiviti yang dirancang dan dilaksanakan, supaya agenda tarbiyah, dakwah dan siasah membuahkan hasil yang dicita-citakan. Dalam ucapannya juga, Nasrudin turut menyeru Pemuda PAS mempersiapkan kekuatan mendepani sifat baru politik Malaysia yang semakin rencam dan jatuh bangun parti itu dalam memposisi perjuangannya sebagai gerakan tarbiyah bergantung kepada kompetensi yang dipamerkan oleh ahlinya mengemukakan polisi dan dasar kerajaan bagi menambat keyakinan rakyat. "Maka hari ini, ia bukan lagi suatu pilihan tetapi kewajipan yang sangat mendesak bagi setiap individu pemuda mengasah kepakaran masing-masing, menjadi ahli dan menjuarai bidang yang diwakili, sehingga kita buktikan kepada rakyat betapa 'malaikat tidak dikenali' (the unknown angel) ini benar-benar mampu untuk diberikan amanah memerintah negara. "Ini adalah suatu kewajipan kolektif dalam merealisasikan secara praktikal slogan 'Islam sebagai cara hidup' dalam ruang dan peluang demokrasi di Malaysia," katanya. | Ladang gaharu untuk Orang Asli Posted: 14 Nov 2012 09:36 PM PST Setiap penduduk Orang Asli yang berumur 18 tahun ke atas akan ditawarkan saham koperasi secara percuma apabila ladang gaharu yang melibatkan peruntukan RM3 juta mula ditanam tidak lama lagi. | Harun Taib pada Chua: Hudud tambah peluang kerja Posted: 14 Nov 2012 09:32 PM PST Ketua Dewan Ulama PAS Datuk Harun Taib berkata pelaksanaan hudud akan menambah peluang pekerjaan kepada rakyat dan bukannya menyebabkan hilang peluang pekerjaan seperti didakwa presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek. Dengan nada sinis, Harun berkata, pekerjaan itu akan mewujudkan banyak jawatan baru termasuk untuk penyiasat dan individu untuk melaksanakan hukuman. "Kalau buat hudud, orang kerat tangan (kita) kena latih. Ramai (dan) banyak jawatan baru. Penyiasat pun kita kena latih. "Orang minum arak, kita kena sebat dengan rotan kena ada latihan pulak, tak boleh pukul sembarangan. Jadi banyak jawatan-jawatan (baru akan muncul)," katanya dalam ucapan perasmian Muktamar Dewan Ulama PAS Pusat di Kota Bharu hari ini. Harun berkata demikian bagi mengulas empat cabaran yang dihadapi oleh ulama PAS yang perlu antaranya berkaitan kejahilan rakyat mengenai Islam dan peranan ulama jahat serta pemerintah yang menghalang kerja PAS. Sebelum ini, Chua dilapor mendakwa seramai 1.2 juta rakyat Malaysia akan kehilangan kerja sekiranya PAS melaksanakan hudud di Malaysia. Chua yang memetik satu SMS oleh individu tidak dikenali, menyenaraikan pelbagai industri yang didakwa terjejas dengan kehilangan pekerjaan yang didakwa itu – termasuk pusat judi dan rumah urut – sekiranya hudud dilaksanakan. Harun turut mengulas dakwaan bahawa jumlah pelancong yang melawat negara ini akan berkurangan apabila kilang arak ditutup ekoran pelaksanaan hukum Islam itu. Katanya, tindakan penutupan kilang "lagi bagus" kerana menurutnya, "orang barat datang bukan nak minum arak, kampung dia lagi banyak daripada kampung kita". "Jadi kita boleh diri kilang lain pulak. Buat kilang jus rambutan, jus mangga dan banyak lagi. Akhirnya dihantar ke luar negara, orang putih tak payah datang sini," katanya. Katanya lagi, usaha PAS untuk menerangkan mengenai isu hudud bagaimanapun terhalang dengan peranan "ulama jahat" dan "ulama fulus" yang didakwanya digunakan menewaskan hujah ulama PAS. "(Ini merupakan) ulama yang disediakan oleh kerajaan – mufti kerajaan, ustaz kerajaan – kebanyakannya lah, bukan semua. "Jadi dia dibekalkan dengan berbagai-bagai maklumat, berbagai cara untuk menewaskan, untuk mematahkan hujah ulama PAS," katanya. Selain itu, penjelasan itu hudud juga terhalang dengan tindakan pemerintah yang melihat usaha PAS dengan "memakai kaca mata hitam", katanya. "Kita buat benda baik, dia kata hitam sebab mereka memakai kaca mata hitam... Inilah, apa yang dilakukan, kerajaan memandang dengan kaca mata hitam. Oleh sebab itu, kita terpaksa menghadapinya," katanya. Ujarnya lagi, beliau diturut dicadang untuk mengulas dalam ucapan perasmiannya mengenai isu kebebasan beragama – yang kembali menjadi tumpuan ekoran kenyataan naib presiden PKR Nurul Izzah Anwar dalam satu forum pada 3 November lalu. Harun berkata isu berkenaan hanya perkara remeh dan beliau hanya akan menumpukan soal pilihan raya yang bakal berlangsung tidak lama lagi. "Saya kata, saya tak ada masa yang bincang benda-benda kecil-kecil, kita bincang benda besar sahaja. "Bagaimana kita mahu ahli-ahli kita bekerja keras, secara teratur untuk guling BN dalam pilihan raya," katanya yang disambut dengan laungan takbir. | AMK lancar kempen 'Sumpah Rakyat Kembalikan Hak Rakyat' Posted: 14 Nov 2012 03:55 PM PST Oleh Aisha Geoffrey PETALING JAYA: Angkatan Muda KEADILAN (AMK) hari ini melancarkan kempen 'Sumpah Rakyat Kembalikan Hak Rakyat' dalam usaha menyedarkan rakyat tentang penyelewengan wang yang dilakukan pemimpin Umno. Kempen yang akan menjelajah ke seluruh negara itu dijadual bermula esok di Sabah dan menyelusuri segenap negeri itu selama lima hari. "Kita mula di Sabah sebab negeri itu mengalami isu penyelewengan wang terbesar membabitkan RM40 juta oleh Ketua Menterinya, Datuk Seri Musa Aman," kata Ketua AMK, Shamsul Iskandar Mohd Akin pada sidang media selepas majlis pelancaran kempen, di Ibu Pejabat KEADILAN, di sini petang tadi. Kempen tersebut dilancarkan Presiden, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail. Turut hadir, Ketua Umum, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Menurut Shamsul, seramai 70 jentera AMK termasuk 20 dari Semenanjung akan menggembeling tenaga menjayakan kempen tersebut. "Selain ceramah, 100,000 naskhah risalah khas telah kita cetak, dan di setiap perhentian akan ada Ketua Cabang buat laporan polis berhubung penyelewengan itu," jelasnya. "Kita harap kesedaran rakyat Sabah tentang pentingnya mereka lakukan perubahan. Dengan terjadinya kerugian wang rakyat sebegitu banyak, perlu ada kempen bersepadu agar mesej ini sampai ke peringkat akar umbi," sambung Shamsul. Menurutnya lagi, sebuah trak Chevrolet Colorado disediakan khas sebagai simbolik kepada kempen yang dijadual akan menjelajah Sarawak dan Semenanjung selepas ini. Terdahulu, Wan Azizah, Anwar, Shamsul dan beberapa anggota AMK bergambar bersama trak tersebut yang bertulis 'Sumpah Rakyat Tuntut Hak' dan 'Ini Kalilah Sabah'. Wan Azizah dan Shamsul turut menaiki trak sebagai simbolik pelancaran kempen 'Sumpah Rakyat Kembalikan Hak Rakyat'. | 12 hari lagi untuk BN roboh kamera haram di S'ngor – Exco Posted: 14 Nov 2012 03:52 PM PST Oleh Norutul Ilham SHAH ALAM: Pemasangan kamera Sistem Penguatkuasaan Automatik(AES) di Selangor oleh kontraktor yang dilantik Kerajaan Pusat adalah secara haram, kata Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kerajaan Tempatan, Kajian dan Penyelidikan, Ronnie Liu. Menurutnya, dua kamera tersebut di Kajang yang dipasang di kilometer 6.6 Lebuhraya Lembah Klang Selatan (SKVE) dan di kilometer 301.6 menuju ke utara di Lebuhraya Utara-Selatan tidak mendapat kebenaran daripada Pihak Berkuasa Tempatan (PBT). "AES di Kajang adalah di bawah Akta Kerajaan Tempatan. Sebelum pemasangan perlu dapat Kebenaran Merancang (KM). "Tanpa itu (KM), walaupun kamu pemilik tanah, kamu tak boleh buat begitu, ia dianggap haram, salah. Jadi saya sarankan (Menteri Pengangkutan) Datuk Seri Kong Cho Ha rujuk dulu dan minta nasihat," katanya pada sidang media petang tadi. Jelas Ronnie, sebelum pemasangan, pihak bertanggungjawab mesti mendapat kebenaran yang diperuntukkan dalam undang-undang. "Dia mesti ada kelulusan baru boleh buat. Dia menteri (dan dia) mesti ikut undang-undang juga. "JPJ (Jabatan Pengangkutan Jalan) hanya bagi kontraktor minta izin. (Tapi) kontraktor tak buat. Sehubungan itu, kata Ronnie, amaran Kerajaan Selangor yang memberi tempoh 14 hari kepada Kementerian Pengangkutan untuk menanggalkan semula kamera tersebut di negeri itu sangat berasas. "Dua AES di kawasan Kajang, Majlis Perbandaran Kajang (MPKj), minta surat untuk roboh 14 hari, ekoran taklimat diberikan oleh Pengarah JPJ. "Saya pergi semalam di Lebuhraya Lembah Klang Selatan dan di Lebuhraya PLUS Expressway dari Bangi menghala ke Cyberjaya masih terdapat kamera AES di sana," katanya merujuk laporan muka depan akhbar Suara Keadilan hari ini. Ronnie yang ke lokasi itu semalam bersama seorang lagi Exco, Dr Yaakob Sapari menunjukkan kamera yang bakal dirobohkan jika Kerajaan Pusat berdegil tidak mahu menanggalkan kamera tersebut dalam tempoh yang ditetapkan. Beliau bertegas akan mengarahkan MPKj untuk merobohkan kamera tersebut sekiranya kontraktor berkenaan gagal berbuat demikian. "Kalau tak roboh, kita akan minta MPKj buat surat untuk roboh dalam 14 hari. Kalau (dalam tempoh itu) tak roboh (kamera), kita akan robohkan. Kita patuhi undang-undang," kata Ronnie. Kerajaan Selangor menetapkan 14 hari kepada Kementerian Pengangkutan, bermula Isnin lalu dan tempoh itu berbaki 12 hari lagi dari sekarang. | |||
Posted: 15 Nov 2012 03:15 PM PST Bekas timbalan presiden PAS Nasharudin Mat Isa dilaporkan tidak akan hadir ke Muktamar PAS ke-58 yang bakal berlangsung di Kota Bharu bermula Jumaat kerana memenuhi undangan rasmi ke luar negara. Akhbar Berita Harian menyebut, Nasharudin berada di luar negara sejak Ahad dan undangan tersebut diterima sejak awal lagi. Nasharudin memberitahu akhbar tersebut bahawa ketidakhadirannya itu "bukan isu besar" dan yakin PAS tidak akan mengenakan apa-apa tindakan ke atasnya. "PAS tiada masalah kalau memang beliau atau mana-mana ahli muktamar ada urusan lain yang lebih penting. Tak adalah sampai nak ambil tindakan sebab ini biasa. "Mungkin ramai yang mahu melihat tempat duduknya selepas tidak lagi berada di atas pentas itu saja," katanya seperti dipetik akhbar itu. PAS dalam satu kenyataan pada September lalu menyatakan kontroversi melibatkan Nasharudin dan parti itu dibincangkan atas prinsip "sahabat" dan tidak melayan MP Bachok itu sebagai musuh. Susulan itu, timbul saranan daripada pemimpin parti supaya majlis syura ulama PAS menasihatkan Nasharuddin Mat Isa supaya berundur daripada menganggota jawatankuasa tersebut bagi mengelakkan isu berkaitannya dieksplotasi. Antaranya, bekas naib presiden Datuk Ahmad Awang yang menyarankan Nasharudin berundur daripada majlis syura secara "elok-elok", memandangkan MP Bachok itu menurutnya tiada penyokong. Mesyuarat majlis syura – yang berkuasa memecat keanggotaan ahlinya – pada 9 September lalu bagaimanapun mengekal Nasharudin sebagai anggota jawatankuasa tersebut. Susulan itu, Nasharudin terus mengeluarkan kenyataan yang boleh dianggap mempertikai kerjasama PAS dalam Pakatan dan juga hala tuju partinya itu dalam memperjuangkan Islam. Dalam satu ucapan pada Oktober lalu, Nasharudin mendakwa seorang pemimpin parti itu pernah memberitahunya bahawa kemenangan Islam tidak pernah dibantu oleh orang kafir tetapi hanya oleh umat itu sendiri. Dalam ucapan sama, Nasharudin turut mendakwa bahawa satu majlis kesyukuran yang diadakan di Sarawak tahun lalu menganjurkan doa supaya "Malaysia menjadi negara Kristian". "Selepas pilihan raya di Sarawak baru-baru ini, untuk meraikan kemenangan, parti DAP contohnya, di Sarawak, telah ada satu perhimpunan yang diadakan di satu tempat sebagai majlis kesyukuran. "Dan dalam majlis kesyukuran itu antara perkara yang disebut dan didoakan adalah doa supaya Malaysia menjadi negara Kristian. Kerana kemenangan yang besar sudah ada doa supaya Malaysia jadi negara Kristian," katanya. Terbaru, dalam satu wawancara dengan Mingguan Malaysia Nasharudin turut mengulas mengenai kenyataan kontroversi MP Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar dalam satu forum pada 3 November lalu. Katanya, kenyataan Nurul Izzah itu bermaksud bagi "memberi kebebasan kepada orang Melayu memilih agama atas prinsip kebebasan manusia". Kenyataannnya itu dilihat berbeza dengan pandangan yang disuarakan pemimpin PAS termasuk ahli jawatankuasa pusatnya Khalid Samad yang berpendapat, tafsiran bahawa ucapan kontroversi Nurul Izzah Anwar itu difitnah sebagai menyokong murtad. Khalid yakin bahawa fitnah tersebut digembar-gemburkan untuk menunjukkan bahawa bapa Nurul Izzah, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan juga keluarga ketua umum PKR itu "penganut Islam liberal" dan juga bagi menggambarkan bahawa PAS tidak mampu menghalang perkara itu. |
You are subscribed to email updates from Pakatan Rakyat To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |