tunku Posted: 10 Nov 2014 03:56 AM PST AG's Report: Financial performance of ministries at four-year best Posted: 09 Nov 2014 11:25 PM PST Government ministries achieved a four-year best in terms of their financial performance and management for 2013, the third series of the Auditor-General's report revealed. As many as 23 out of the 24 Federal Ministries were rated 'excellent' in 2013 compared to 22 ministries in 2012 and 19 in 2011. The number of ministries achieving the 'excellent' rating also more than doubled when compared to 2009, when only 10 ministries held the rating. However, the same could not be said in regards to the financial performance of Federal Departments, with only 21 out of the 45 departments obtaining an 'excellent' rating. This was a drop in terms of percentage from the previous year, when 21 out of 39 departments were rated 'excellent'. The report stated that the financial performance of ministries and departments could be further improved if controlling officers and heads of departments practiced a more 'hands-on approach'. "Controlling officers and heads of department should conduct a comprehensive check to determine whether the weaknesses highlighted by the National Audit Department also occur in other areas," it said Monday. It also advised the ministries and departments to enhance the effectiveness of their respective Internal Audit Units (UAD). "They should ensure that the UAD staff get sufficient training and guidance, prepare the annual audit plan so that auditing could be carried out according to priorities," the report added. | Former IGP Bakri Omar dies of cancer Posted: 09 Nov 2014 06:21 PM PST Former Inspector-General of Police (IGP) Tan Sri Bakri Omarpassed away at the National Cancer Institute here Monday. He was 66. The country's seventh police chief breathed his last at 8.30am. He will be buried at the Bukit Kiara Muslim Cemetery. | |
RIDHUAN TEE Posted: 10 Nov 2014 03:31 AM PST Beza antara Sekolah Agama dan SJK Posted: 09 Nov 2014 11:28 PM PST (Sinar Harian 10.11.14)
Saya cuba mengelakkan untuk menggunakan istilah ultra kiasu setelah dinasihati oleh rakan seperjuangan, kerana ada yang beranggapan saya merujuk kepada semua orang Cina. Wal hal tidak. Tetapi, mutakhir ini serangan demi serangan mereka keterlaluan. Tidak berlapik dalam berbicara.
Ultra kiasu mempersoalkan kedudukan Sekolah Agama (SA) yang terdiri dari murid beragama Islam sahaja, juga bersifat perkauman sama seperti Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK).
Pertama, jawapan saya, SA tidak perkauman dan tidak rasis kerana operasinya dibenarkan oleh perlembagaan, dan telah dipersetujui oleh semua kaum. Malah kewujudan institusi agama (Melayu) yang lain juga tidak rasis, seperti UiTM, JAKIM, Majlis Agama, Jabatan Agama dan banyak perkara lain berkaitan Islam.
Kedudukan Islam bukan sahaja hanya terkandung dalam Perkara 3, tetapi ia juga harus dibaca bersekali dengan Perkara 8, 11, 12, 121, 150 dan kedudukan Yang di Pertuan Agong dalam hal ehwal agama Islam. Bukti ini menunjukkan Islam dalam Perlembagaan Persekutuan Malaysia mempunyai kedudukan keistimewaan berbanding yang lain.
Melalui kuasa perlembagaan inilah, Seksyen 36 dan 37 Akta Pelajaran 1961 digubal dan mewajibkan mana-mana sekolah yang menerima bantuan kerajaan supaya memperuntukkan pengajaran agama Islam dengan syarat jumlah pelajar di sekolah itu tidak kurang daripada lima belas orang. Semua perbelanjaan bagi pengajaran itu dibiayai oleh kumpulan wang yang dikeluarkan oleh Kerajaan Persekutuan (Mohd Salleh Abas 1985).
Fakta ini menunjukkan Islam, diberikan keistimewaan berbanding agama lain meskipun perlembagaan turut menjamin hak kebebasan beragama. Dana awam boleh digunakan untuk pembangunan syiar Islam.
Bukan Islam di Malaysia amat bernasib baik, kerana kerajaan menyediakan peruntukan untuk pembangunan SJK dan juga rumah ibadat, walaupun tidak disebut dalam perlembagaan. Inilah toleransi dan keadilan yang tidak ada tolok bandingnya.
Perlu diingatkan, lebih dari 15 buah negara di dunia menjunjung agama dalam perlembagaan negara masing-masing, mengikut siapakah yang menjadi majoriti (Kristian, Islam atau Buddha). Antara negara Kristian adalah Ireland (Perkara 6), Norway (Perkara 1), Denmark (Perkara 3), Sepanyol (Perkara 6), Argentina (Perkara 2), Bolivia (Perkara 3), Panama (Perkara 36), dan Paraguay (Perkara 3). Manakala, negara Islam ialah Afghanistan (Perkara 1), Iran (Perkara 1), Iraq (Perkara 13), Jordan (Perkara 2) dan Syria (Perkara 3) dan negara Buddha ialah Thailand (Perkara 7). Kesemua negara ini memberikan keistimewaan kepada agama mereka. Jadi, apa masalahnya?
Kedua, kesemua pelajar sekolah agama boleh menulis dan berkomunikasi dalam Bahasa Melayu (BM) dengan baik. Majoriti mereka lulus BM dalam peperiksaan.
Cuba ultra kiasu kaji berapa ramai pelajar SJK yang gagal dalam BM dan langsung tidak boleh berkomunikasi dalam BM, sehingga kelas peralihan (remove class) terpaksa diwujudkan bagi membantu.
Mana dalam ada dunia ini satu sistem yang menyediakan kelas khas untuk mereka yang buta bahasa kebangsaan, kecuali Malaysia? Hargai usaha kerajaan ini.
Ketiga, dahulu SA kebanyakan dibangunkan oleh rakyat atau umat Islam, termasuk dana bantuannya. Ia dikenali sebagai SA Rakyat (SAR). Sekolah agama bantuan penuh kerajaan tidak banyak, berbanding bilangan SJK berganda-ganda bilangannya yang dibantu sepenuhnya oleh kerajaan hari ini.
Itupun SJK tidak mahu mengikut arahan kerajaan supaya ditambahkan waktu pengajaran dan pembelajaran (P&P) subjek BM. Sebarang cubaan untuk memandaikan murid-murid SJK dalam BM ditentang kerana takut penguasaan bahasa ibunda terjejas.
Keempat, saya adalah kalangan anak Cina pada usia belasan tahun yang mengikuti kelas agama dan mengambilnya dalam peperiksaan. Sepanjang P&P yang berlaku, ustaz atau ustazah tidak pernah tanamkan kebencian kepada kaum lain (bukan Islam), kerana Islam tidak membenarkan.
Kelima, SA menggunakan bahasa pengantar BM, sedangkan SJK menggunakan bahasa asing (ibunda). Sudah tentu tahap kesayangan murid terhadap bahasa berbeza. Murid SJK lebih sayang bahasa ibunda dari bahasa kebangsaan. Mungkin di sini wujud tuduhan perkauman itu.
Keenam, bagi membuktikan perkara di atas, apa kata kita anjurkan debat atau syarahan atau hari interaksi antara SA dan SJK. Kita lihat, siapa yang akan lebih mudah berinteraksi dan bergaul. Saya amat yakin murid-murid SJK akan memencilkan diri, kerana mereka ada masalah komunikasi dalam BM.
Ketujuh, mungkin kepada sesetengah kaum, agama itu tidak penting. Tetapi tidak kepada umat Islam. SA bertujuan untuk mendalamkan pengetahuan umat Islam terhadap Islam. Mudah-mudahan dengan ajaran tersebut, mereka akan menjadi semakin baik dan bertoleransi. Sejarah membuktikan, penerimaan orang Melayu terhadap bukan Melayu yang datang berhijrah, sangat tinggi, disebabkan oleh pengajaran dan kefahaman mereka terhadap Islam. Sebab itu mereka dilayan dengan baik kerana tuntutan agama.
Kesimpulannya, jika ditakdirkan orang Melayu tidak faham Islam ketika mana penghijrahan itu berlaku, apakah kita ada seperti hari ini? Justeru, berpada-padalah bila bercakap. Ingatlah, melalui kefahaman Islam itulah yang menjadi kita boleh hidup selesa dan kaya raya di sini. | |
The Antics of Husin Lempoyang Posted: 10 Nov 2014 03:16 AM PST |
DARUL EHSAN TODAY Posted: 09 Nov 2014 11:31 PM PST Bagai Mana Amerika Melemahkan Umat Islam di Malaysia & Dunia... Posted: 09 Nov 2014 09:30 PM PST
Kalau di iraq dan afganistan, amerika kena serang pakai bom, jet, ratusan ribu bala tentera terpaksa di kerah ke sana bagi memerangi umat Islam...
Mana kala di palestin pula, amerika menghantar drone, kereta kebal, pelancar roket ke gaza untuk berlawan dengan umat Islam di sana...
Tetapi di malaysia, amerika hanya menghantar anjing, SIS dan PONDAN je untuk lawan orang Islam di sini, itu pun orang Islam tak tentu menang lagi...
Lihat la, bertapa murahnya modal amerika untuk menghancurkan umat Islam di malaysia....
| |
Panglima Perang Cyber Posted: 09 Nov 2014 11:30 PM PST Sisters in Islam fries @AzminAli over his ‘respect fatwa’ call Posted: 09 Nov 2014 10:35 PM PST BY EILEEN NG Published: 2 November 2014
Sisters In Islam are aggrieved with Selangor Menteri Besar Azmin Ali for saying that the organisation should respect the fatwa banning it, noting that they have every right to challenge the edict. – November 2, 2014.
Peeved with Selangor Menteri Besar Azmin Ali for saying the state fatwa branding Sisters in Islam (SIS) as deviant should be respected, the non-governmental organisation today demanded that he explain himsef and insisted they are acting within their rights in challenging the edict.
"With all due respect, what does it even mean to 'respect' the fatwa? Perhaps he can enlighten us on the definition of 'liberalism' and 'pluralism'," SIS programme manager Suri Kempe said, when contacted.
The Sun Daily quoted the new menteri besar as saying that the decision by the state religious authorities should be respected.
"The decision has been made and I think it should be respected," he was quoted as saying yesterday before refusing to answer any further questions.
The NGO filed a judicial review against the decree on Friday after stumbling across the fatwa on October 20 on Jakim's website.
The fatwa, which was gazetted in Selangor in July, declared that SIS and any other similar organisations that promote religious liberalism and plurality as being deviant to the teachings of Islam.
In addition, any publication that promoted liberal and pluralistic religious thinking would be declared unlawful and confiscated.
SIS have named the Selangor Fatwa Committee, Selangor Islamic Religious Council (Mais) and the state government as respondents.
Suri said SIS is challenging the fatwa on constitutional grounds.
"Surely we are legally entitled to challenge that which tries to restrict our constitutionally guaranteed fundamental liberties."
She said the organisation had educated more than 10,000 Muslim women to be more aware of their rights and that should not be seen as going against Islamic teachings.
"Does helping nearly 10,000 Muslim women who turned to us for legal help, and providing over 4,000 women with knowledge that has enpowered them to know their rights in Islam constitute liberalism and pluralism, and is therefore, deviant and going against Islamic teachings?" she asked. – November 2, 2014.
| Akta Hasutan : @MuhyiddinYassin @Zahid_Hamidi @ShahrizatJalil @Khairykj Mahu Dikekalkan Posted: 09 Nov 2014 10:08 PM PST Empat pemimpin besar UMNO telah menyuarakan pandangan mereka terhadap usaha untuk menghapuskan Akta Hasutan. Mereka ialah Timbalan Presiden Tan Sri Muhyiddin Yassin, Naib Presiden Kanan UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi Ketua Pemuda UMNO Khairy Jamaluddin dan Ketua Wanita Datuk Seri Shahrizat Abd Jalil.
Terbaru Wanita juga akan menghantar memorandum kepada YAB Perdana Menteri untuk menyatakan bantahan terhadap usaha menghapuskan Akta Hasutan dengan sasaran sejuta tandatangan akan dikumpulkan dalam masa tiga bulan
Mereka telah memberi kenyataan berhubung Akta ini dan ramai juga turut bersuara nada yang sama. Dalam perbincangan di kalangan profesional yang turut disertai bekas Ketua Polis Negara, Peguam, di aplikasi whatsapp dan telegram mereka juga turut menyokong agar Akta Hasutan ini dikekalkan.
Meskipun Kerajaan telah memberi jaminan ia akan dimansuhkan namun ia boleh difikirkan kembali berdasarkan situasi semasa di mana ia masih lagi relevan dengan situasi hari ini yang telah semakin mencabar ekoran kepesatan teknologi canggih dan aplikasi percuma yang turut memburukkan lagi keadaan.
Tidak mustahil pergaduhan antara kaum juga akan berlaku jika benteng terakhir untuk keamanan ini dihapuskan.
Justeru suara yang menekan agar ia dikekalkan ialah suara kepimpinan UMNO sendiri yang turut disambut oleh perwakilan dan rakyat marhaen. MB Kedah yang juga MT UMNO Datuk Mukhriz Mahathir turut membantah Akta Hasutan ini dimansuhkan dalam kenyataannya pada 27 September yang lalu. Berita klik sini
Kita berharap Presiden parti aka Perdana Menteri akan menimbangkan kembali hasrat untuk menghapuskan akta hasutan demi kebaikan masa panjang rakyat dan negara kita.
Timbalan Presiden UMNO Tan Sri Muhyiddin:
MELAKA 27 Okt. – Akta Hasutan 1948 wajar dikekalkan bagi membolehkan pihak berkuasa mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana pihak yang membuat sebarang kenyataan yang menggores perasaan masyarakat pelbagai kaum dan agama di negara ini.
Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berpendapat, adalah penting undang-undang yang mencegah perbuatan menghasut seperti Akta Hasutan dikekalkan dan sedikit pindaan perlu dibuat berikutan beberapa perkembangan mutakhir yang berlaku wajar ditangani segera.
Menurutnya, sejak akhir-akhir ini ada pihak cuba menghasut rakyat sehingga menimbulkan suasana tegang dalam hubungan kaum di negara ini termasuk yang mengeluarkan kenyataan berbaur hasutan menyentuh sensitiviti kaum dan agama.
"Kita tidak boleh membiarkan sikap melampau segelintir pihak boleh menjejaskan keharmonian dan keamanan yang kita kecapi selama ini, apatah lagi jika mereka semakin berani mempersoalkan perkara-perkara yang termaktub di dalam Perlembagaan.
"Antara yang disentuh adalah hak keistimewaan Melayu dan anak negeri Sabah dan Sarawak, hak-hak sah bagi kaum bukan Melayu, kedudukan agama Islam dan kedudukan Raja-Raja Melayu. "Bagi kerajaan tindakan sebegini tidak boleh kita kompromi walau sedikit pun dan pada hemat saya adalah penting Akta Hasutan dikekalkan sebagai satu bentuk kawalan yang membolehkan pihak berkuasa mengambil tindakan terhadap mereka," katanya.... Selanjutnya di sini
Naib Presiden UMNO :
KUALA LUMPUR: Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menyelar sikap sesetengah pihak yang mendesak supaya Akta Hasutan 1948 dimansuhkan tanpa memikirkan impak negatifnya. Beliau menarik perhatian bahawa atas desakan pihak tertentu sebelum ini, kerajaan telah memansuhkan Ordinan Darurat 1969 dan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA). "Sekarang mereka bagaimanapun (desak) nak mansuhkan Akta Hasutan juga…saya tidak fikir ada perlunya, sebab apa lagi yang kita tinggal (ada) untuk melindungi rakyat dan ketenteraman negara," katanya. Ahmad Zahid ditemui pemberita selepas merasmikan perlepasan konvoi kembara bermotosikal sempena ulang tahun ke-75 Utusan Melayu (Malaysia) Berhad di sini hari ini. Mengulas lanjut, beliau berkata: "Tambahan, bila ia dihapuskan, semua fitnah, tohmahan dan kutukan yang dilakukan penghasut boleh dianggap dihalalkan walhal demokrasi kita tidak menuntut begitu." Ganti Ordinan Darurat Ahmad Zahid berkata pemansuhan undang-undang tertentu sebelum ini dilihat telah menjurus kepada peningkatan kadar jenayah dalam kalangan masyarakat. "Malah, jika ditangkap dengan pertuduhan (pun), mereka (penjenayah) akan mencari aspek-aspek teknikal untuk melepaskan diri dan pihak polis tidak dapat berbuat apa-apa biarpun mempunyai bukti kukuh," katanya. Sementara itu, Ahmad Zahid berkata perbincangan terperinci akan dibuat berhubung undang-undang menggantikan Ordinan Darurat. "Bagi melaksanakan dasar keterbukaan berhubung perkara ini, Kementerian Dalam Negeri, polis dan Jabatan Peguam Negara akan mengadakan majlis dialog bersama badan-badan bukan kerajaan, individu dan masyarakat umum untuk mengetahui maklum balas, input dan komen-komen," jelasnya. Konvoi selama tiga hari disertai 28 motosikal berkuasa tinggi dan empat kenderaan lain itu akan melalui perjalanan sejauh 400 kilometer dari Kuala Lumpur ke Queen Street, Singapura untuk menjejaki sejarah penubuhan Utusan Melayu. -Bernama
Bagitu juga Ketua Wanita UMNO Malaysia:
KUALA LUMPUR 9 Nov. - Kerajaan diminta mendengar kebimbangan dan suara hati rakyat terutamanya kaum wanita dalam membantah cadangan penghapusan Akta Hasutan 1948.
Ketua Wanita UMNO, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil berkata, suara majoriti rakyat negara ini perlu diutamakan berbanding beberapa personaliti yang membawa agenda politik semata-mata. Menurutnya, kerajaan tidak perlu takut untuk ke hadapan dalam mendengar suara majoriti tersebut demi menjaga kestabilan dan keselamatan negara.
"Sehubungan itu, Wanita UMNO hari ini sebulat suara menetapkan bahawa segala usaha untuk memansuhkan akta berkenaan perlu ditangguhkan.
"Ini kerana Akta Keharmonian Nasional tidak mencukupi untuk mengekang ancaman yang dapat mengganggu-gugat keselamatan rakyat di negara ini," katanya dalam sidang akhbar selepas menghadiri program Pemahaman Akta Hasutan 1948 di Hotel Seri Pacific di sini hari ini.
Program yang dijalankan secara tertutup anjuran Biro Perundangan dan Advokasi Pergerakan Wanita UMNO itu turut dihadiri bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan; peguambela dan peguamcara, Datuk Salehuddin Saidin dan Pengerusi Pertubuhan Sukarelawan Peguam Malaysia, Datuk Khairul Anwar Rahmat.
Tambah Shahrizat, Wanita UMNO juga akan menghantar satu memorandum kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk membantah pemansuhan tersebut dalam masa terdekat. Jelas beliau, pihaknya juga akan membuat pungutan suara dalam satu referendum sejuta tandatangan untuk diserahkan kepada Najib.
"Wanita UMNO akan mengumpul tandatangan bermula dengan kira-kira 19,000 cawangan UMNO di seluruh negara,'' ujarnya.-Selanjutnya di sini
Khairy Jamaluddin mempertahankan penggunaan Akta Hasutan
Alasan KJ mempertahankan penggunaan Akta Hasutan dengan alasan Kerajaan boleh dikritik sekiranya rakyat merasakan tidak puas hati, namun kebebasan di negara ini ada hadnya, kata Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin. Katanya, tindakan mengikut Akta Hasutan 1948 terhadap beberapa aktivis mahasiswa juga disebabkan perlakuan mereka mengeluarkan kenyataan sensitif dan menyentuh asas negara ini. "Akta Hasutan tidak hanya mensasarkan belia sahaja, ia mensasarkan mereka yang menganggu gugat negara ini dengan kenyataan yang sensitif dan dianggap sebagai menghasut. "Ada beberapa kes kenyataan itu jelas mempertikaikan asas negara kita," kata Khairy di sidang media selepas merasmikan Kopiko Purple League di Petaling Jaya, hari ini. Beliau turut mempertahankan penggunaan akta itu terhadap beberapa individu termasuk kumpulan belia, dengan alasan "mempertahankan keharmonian negara". "Di dalam Malaysia kita kena terima hakikat, kita menjulang kebebasan sebagai hak rakyat, tapi di negara ini kebebasan itu datang dengan batas dan hadnya. "Akta Hasutan adalah untuk mempertahankan keharmonian. Mahu kritik kerajaan tiada masalah," katanya. Baca lanjut di Malaysian Insider
Kenyataan Perdana Menteri
Najib ulangi pendirian mansuh Akta HasutanAstro Awani |Kemas kini:September 05, 2014 (Diterbitkan pada: September 05, 2014 18:49 MYT)
NAJIB: Kerajaan tidak akan membenarkan kebebasan tanpa tanggungjawab terutama dalam soal agama yang dianuti oleh semua rakyat, hak istimewa orang Melayu serta kedudukan raja-raja Melayu. Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengulangi pendirian pentadbirannya mahu memansuhkan Akta Hasutan dan menggantikannya dengan Akta Keharmonian Nasional, lapor Bernama.
Bagaimanapun kata Perdana Menteri perkara berkaitan agama dan bangsa tidak akan diabaikan dalam akta baru itu nanti.
Ini kerana kerajaan tidak akan membenarkan kebebasan tanpa tanggungjawab terutama dalam soal agama yang dianuti oleh semua rakyat, hak istimewa orang Melayu serta kedudukan raja-raja Melayu.
"Kita mesti pertahankan... bukan kata ada (undang-undang) yang baharu ini, semua kita ketepikan... tetapi kita akan masukkan peruntukan-peruntukan yang lebih sesuai," katanya seperti dipetik oleh Bernama.
Najib berkata demikian semasa berucap merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Jerlun di Sekolah Menengah Sains Kubang Pasu di Jerlun, Kedah.
Menurut Najib, setiap kebebasan dan keterbukaan ada batasnya dan terikat kepada prinsip kebertanggungjawaban sebagai asas pertimbangan yang matang termasuk di media sosial.
Katanya, kerajaan memberi ruang kepada rakyat untuk bersuara termasuk menegur pemimpin tetapi harus ada batas, jangan sampai merosakkan keamanan dan keharmonian negara.
"Saya nak beri amaran, sesiapa cuba menggugat keamanan, undang-undang sedia ada akan digunakan. Perkara ini memang dikuatkuasakan," katanya.
Kenyataan ini Najib ini menyusul siasatan dan pendakwaan ke atas beberapa pemimpin politik Pakatan Rakyat di bawah Akta Hasutan 1948 sejak dua minggu lalu. Pada minggu ini, pensyarah Universiti Malaya, Prof Madya Dr. Azmi Sharom didakwa di bawah akta yang sama manakala wartawan Malaysiakini, Susan Loone ditahan untuk siasatan dan kemudian dibebaskan pada Khamis.
Pada Jumaat, bekas pemimpin mahasiswa, Safwan Anang dihukum penjara 10 bulan oleh Mahkamah Sesyen di Kuala Lumpur setelah sabit tuduhan menghasut berhubung satu ucapan pada 13 Mei 2013.
Najib pertama kali membuat pengumuman memansuhkan akta itu dalam satu ucapan pada Julai 2012.
"Peruntukan yang dicadangkan dalam Akta Keharmonian Nasional ini akan memberi penekanan kepada pemupukan semangat harmoni dan saling menghormati dalam masyarakat Malaysia yang berbilang bangsa dan agama," katanya ketika itu.
| Mantan Ketua Polis Negara Tan Sri Mohd Bakri Omar Meninggal Dunia - Al Fatihah Posted: 09 Nov 2014 09:19 PM PST
KUALA LUMPUR 10 Nov. – Bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohd. Bakri Omar meninggal dunia di Hospital Putrajaya pagi ini.
Allahyarham Mohd. Bakri, 66, yang menghidap penyakit kanser mulut sebelum ini disahkan meninggal dunia pada pukul 8.40 pagi.
Difahamkan, jenazah akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara. - UTUSAN ONLINE
| Lagu Firman Juara AF 2014 - Di Pintu Mu (Lirik) Ciptaan M Nasir Posted: 09 Nov 2014 09:15 PM PST | Imigresen gempur PATI di Cameron Highlands - Utusan Online Posted: 09 Nov 2014 04:07 PM PST
SEBAHAGIAN daripada pendatang asing tanpa izin yang diberkas dalam operasi besar-besaran dijalankan oleh Jabatan Imigresen di beberapa kawasan sekitar Cameron Highlands, Pahang, semalam. – utusan/Zulkarnain Mohd. Saidin CAMERON HIGHLANDS 9 Nov. - Jabatan Imigresen mula menggempur pendatang asing tanpa izin (PATI) yang membanjiri tanah tinggi di sini menerusi 'Ops Gempak Tapi Mesra' di beberapa buah pekan di kawasan tanah tinggi itu hari ini.
Operasi dijalankan mulai pukul 12 tengah hari hingga pukul 4 petang ini di sekitar pekan Ringlet, Brincang, Kuala Terla dan Kampung Raja.
Sepanjang operasi, sebanyak 581 warga asing ditangkap dan setelah diperiksa, 181 daripada mereka ditahan kerana tidak memiliki dokumen perjalanan yang sah. Mereka yang ditahan terdiri daripada warga Bangladesh (78), Nepal (40), Myanmar (20), India (10), Indonesia (10) Vietnam (1), Sri Lanka (1) manakala selebihnya dari lain-lain negara. Sebahagian besar warga asing terlibat ditangkap ketika mereka sedang menghabiskan cuti hujung minggu bertemu rakan-rakan.
Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Imigresen Bahagian Kawalan, Datuk Sakib Kusmi berkata, operasi itu adalah yang pertama dijalankan oleh jabatan itu khas untuk menggempurkan PATI susulan laporan akhbar Utusan Malaysia mengenai kebanjiran golongan tersebut di daerah ini. Menurut beliau, selepas ini operasi akan diperhebatkan lagi sehingga kawasan tanah tinggi itu bebas daripada warga asing yang memasuki negara ini secara tidak sah. "Hari ini merupakan operasi pertama dalam menggempur PATI di sini susulan daripada pendedahan oleh pihak media.
"Operasi hari ini tertumpu di kawasan pekan di sini dan selepas ini kita akan masuk sehingga ke kebun sayur di daerah ini untuk mengesan mereka," katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini. Kata beliau, operasi hari ini tidak seperti serbuan terhadap PATI yang biasa dilakukan, sebaliknya pihaknya membuat tangkapan secara mengejut tanpa disedari orang ramai, termasuk pelancong. Menurut beliau, operasi disertai oleh pegawai penguat kuasa dari setiap negeri di Semenanjung. "Ini adalah kali pertama kita mengadakan operasi yang disertai oleh anggota dan pegawai dari setiap negeri iaitu seramai 369 orang yang membuat tangkapan di kawasan-kawasan yang telah kita tetapkan. "PATI yang mereka tahan kemudiannya akan dihantar ke depot tahanan negeri masing-masing dan disiasat untuk tindakan selanjutnya," katanya.
Dalam pada itu, beliau berkata, jumlah warga asing di daerah ini sememangnya agak tinggi bagi memenuhi keperluan tenaga kerja terutama dalam sektor pertanian. Menurut beliau, terdapat 11,016 warga asing yang bekerja secara sah di pelbagai sektor di daerah ini dengan 10,592 daripadanya bekerja di bidang pertanian, 221 di bidang perkhidmatan, 150 di ladang, 49 pembinaan dan empat orang di sektor pembuatan. Beliau berkata, sebahagian besar mereka terdiri daripada warga Bangladesh, diikuti Nepal, Indonesia, India, Myanmar, Pakistan, Vietnam dan Sri Lanka. "Berdasarkan jumlah pemeriksaan warga asing seramai 581 yang kita lakukan hari ini, bermakna masih ramai yang perlu kita kesan," katanya.
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/nasional/imigresen-gempur-pati-8232-di-cameron-highlands-1.23027#sthash.gwqLdlJ2.dpuf Sent from my iPhone
| |
Dialog Dewasa Kritik Berasa Posted: 09 Nov 2014 11:27 PM PST HAKIM YANG MELULUSKAN TRANSGENDER SATU SEKOLAH ANWAR IBRAHIM Posted: 09 Nov 2014 11:00 PM PST
Keputusan Mahkamah Rayuan yang memutuskan Seksyen 66 Enakmen Jenayah Syariah (Negeri Sembilan) 1992 adalah tidak berperlembagaan menjadi cabaran terhadap kedudukan undang-undang Islam di negara ini.
Penghakiman itu menimbulkan persoalan sejauh mana kedudukan Islam di dalam negara terpelihara dan berdaulat.
Telah termaktub Perkara 3 Perlembagaan Persekutuan menegaskan Islam sebagai agama Persekutuan.
Peruntukan Islam agama Persekutuan tersebut tidak harus ditafsir menurut kaca mata penjajah yang mentafsirkan Islam hanya sebagai amalan upacara keagamaan semata-mata, tetapi mesti ditafsirkan sebagai Islam sebagai cara hidup dengan segala perundangannya adalah rujukan tertinggi negara ini dan mana-mana undang-undang yang berlawanan adalah terbatal.
Pada Jumaat, panel tiga hakim yang diketuai Datuk Mohd. Hishamudin Mohd Yunus yang termasuk Hakim Aziah Ali dan Lim Yee Lan membuat keputusan Seksyen 66 Enakmen Syariah (Negri Sembilan) 1992 tidak sah dari segi perlembagaan melalui Perlembagaan Persekutuan Artikel 5, 8,9 dan 10.
Ia rentetan kes tiga lelaki Islam yang dituduh di Mahkamah Syariah Negeri Sembilan di bawah Seksyen 66 kerana memakai pakaian perempuan atau berlagak seperti perempuan di tempat awam.
Kes kemudiannya dibawa ke Mahkamah Sivil bagi memohon perisytiharan bahawa seksyen tersebut adalah tidak berperlembagaan.
Keputusan ini juga memberi maksud undang-undang berkaitan yang diamalkan di negeri dan Wilayah Persekutuan juga batal dan tidak sah.
Keputusan itu juga dilihat tidak selaras dengan Perkara 121 (1A) Perlembagaan Persekutuan yang menyebut bahawa Mahkamah Tinggi Sivil tidak boleh mempunyai bidang kuasa berkenaan dengan apa-apa perkara dalam bidang kuasa Mahkamah Syariah.
Ia telah diperhalusi oleh Hakim Tan Sri Harun Hashim dalam kes Mohammed Habibullah bin Mahmood lwn Faridah binti Dato' Talib [1992] 2 MLJ 793.
Kerajaan Negeri Sembilan secara khusus menerusi Exco Agama dan Majlis Agama Islam Negeri mengambil proses perundangan yang wajar bersifat segera bagi menangani isu ini.
Kita juga menuntut tindakan segera menurut lunas perundangan oleh pihak berwajib yang lain bagi menangani isu ini dengan penuh keprihatinan.
Ia harus bermula dengan Kerajaan Persekutuan menerusi Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan JAKIM serta Exco-exco Agama Negeri dan Majlis-majlis Agama Islam Negeri selaku penasihat dalam hal ehwal agama Islam kepada Sultan, Raja, Yamtuan negeri masing-masing dan Yang DiPertuan Agong bagi negeri yang tidak mempunyai Raja.
Para pengamal undang-undang beragama Islam juga perlu segera bangkit memanfaatkan kemampuan ilmu dan kemahiran guaman mereka di bidang ini bagi membantu pihak berwajib memastikan kedaulatan undang-undang Islam di negara ini terpelihara. Ia merupakan satu jihad semasa pada hari ini. Ujarnya, keputusan itu sekali gus memberi implikasi besar termasuk menjadi kes rujukan di mahkamah pada masa depan yang menggugat keabsahan undang-undang Syariah. Ia akan membuka ruang untuk lebih banyak pihak tampil mempertikaikan keabsahan undang-undang Syariah yang digubal di peringkat negeri.
Ia juga membuka ruang untuk golongan yang melakukan amalan bercanggah dengan Islam berpesta kerana merasakan dilindungi oleh Perlembagaan Persekutuan. | VIRAL FAHMI HINA ORANG SABAH @MusaHjAman Posted: 09 Nov 2014 09:00 PM PST | VIRAL FAHMI KENA HALAU DARI SABAH Posted: 09 Nov 2014 06:30 PM PST Fahmi Zainol MPPUM bersama 6 orang rakannya telah membuat Pidato Haram di kafeteria kolej kediaman E di UMS.
Walaubagaimanapun tindakan tersebut sempat dihalang oleh pasukan keselamatan UMS dan pihak polis. Fahmi dan rakan-rakannya telah dibawa ke bahagian keselamatan UMS untuk disoal siasat.
Dalam masa yang sama juga terdapat sekumpulan pemuda yang membuat perhimpunan aman di luar pagar UMS tanda bantahan kepada Fahmi zainol.
Secara keseluruhannya apa yang dilakukan oleh Fahmi UM kurang mendapat sambutan kerana budaya pelajar UMS tidak suka perkara-perkara yang membuang masa seperti ini, malah terdapat pelajar UMS yang melakukan bantahan secara aman untuk melarang beliau masuk.
Apa yang dilakukan di UM jelas tidak sesuai untuk masyarakat UMS yang lebih cintakan kesejahteraan dan keselesaan.
| VIRAL FAHMI ZAINOL KENA KUTUK KAW KAW DI SABAH Posted: 09 Nov 2014 07:47 AM PST | Kolej Kediaman E Selama Ini Aman Damai, Fahmi Datang Sabah Bikin Kacau- Bilau Saja Kehidupan Kami | Fahmi kamu ingat kamu tarbang datang sini Sabah kami sukakah? Phuiiii muka kau, hidung tak mancung muka tersorong-sorong. Kamu ingat kami orang Sabah bodoh-bodohkah mau dikasi bodoh sama orang macam kamu? Kamu Fahmi sudahlah tak habis belajar, kamu mahu menghasut lagi kami pelajar-pelajar Sabah untuk mengikut cara kamu? Apa kamu pikir kamu siapa? Kamu ingat kamu hebatkah? Kamu pikir kamu boleh kasi maju ini negeri Sabah kah dengan tabiat kamu macam setan! Kami di Sabah sudah lama hidup harmoni, kami di Sabah bukan suka bergaduh-gaduh macam cara kamu hasut kami. Sama ada kami PBS kah, UMNO kah, DAP kah, PAS kah, PKR kah bukan kami peduli semua itu. Jadi yang kamu datang ke UMS buat kacau apa pasal? Kami mahu belajar, kami mahu kampus kami tenang-tenang, bukan bikin ribut. Bullshit! Orang Malaya macam kamu inilah bikin kami benci kamu tahukah? Kamu jangan datang bawa budaya samseng kamu sini, sadar sikit kamu sekolah pun tak habis mahu ajar kami sini. Tambirang saja kau cakap pelajar UMS panggil kau berceramah sini, phuiiii muka kau. Siapa mahu dangar kau berucap sini, adalah 10 orang yang boleh kau kasi bodoh-bodoh. Nasehat kami kepada kamu Fahmi, kalau sekolah pun kau tidak habis kau jangan tembirang mahu ceramah sini Sabah. Jangan karana kau baru satu hari sampai Sabah terus mahu jadi hero. Kami di Sabah tidak suka orang macam kau datang sini buat kacau. Kalau kau mahu makan ambuyat kasi tahu, boleh sumbat di mulut kau. Kami di Sabah tidak suka orang macam kau datang negeri kami buat kacau, bikin semak fikiran saja. Kami ada banyak orang Malaya baik-baik di sini, tapi macam kau ini karana satu titik kamu kasi conteng muka di muka kawan-kawan kamu dari sana. Jadi besok-besok kalau kamu sudah dihalau balik sana Semenanjung, jangan kamu datang Sabah lagi ya, nanti dimakan kau sama orang Utan di Sepilok. Sama perangai kau jua, suka menjerit-jerit macam orang gila. From,Simon and Semon,Kota Kinabalu, Sabah ---------------------------------*Surat dari kotak emel.
| PAS PERSOAL GUAN ENG KENAPA PERBESAR ISU HADI TIDAK HADIR MESYUARAT Posted: 09 Nov 2014 07:00 AM PST | Hanya Mampu Angguk-angguk Geleng-Geleng |
Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali melahirkan rasa kehairanan mengapa DAP memperbesarkan isu ketidakhadiran Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dalam Mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Rakyat. "Tetapi kenapa soal ketidakhadiran ini dibangkit dan diperbesar sekarang?" soal Mustafa, laporharakahdaily. Mustafa bertanya soalan itu sebagai respon kenyataan balas Setiausaha Organisasi DAP Anthony Loke yang membidas kenyataan beliau sebelum ini. Menurut beliau, Loke bukan sahaja mengubah premis asal, tetapi juga telah membuka kepada satu dimensi baharu yang menjurus kepada soal dalaman parti dan antara parti. "Malah beliau (Loke) telah membuat olahan tentang PAS secara tidak berhemat dan tidak tepat," katanya. Mustafa bagaimanapun berkata, beliau tidak berminat untuk memanjangkan polemik isu itu secara terbuka apatah lagi ia membabitkan soal dalaman parti dan antara parti, kerana ia tidak mendatangkan kebaikan kepada Pakatan Rakyat. "Walau bagaimanapun, tidak jadi masalah kepada saya untuk bincang secara direct dengan beliau (Loke) dan mana-mana pimpinan DAP yang lain sebagaimana berlaku sebelum ini, sama ada soal dalaman parti atau antara parti, untuk kebaikan Pakatan Rakyat," katanya. Loke dalam kenyataannya kepada Malaysiakini membidas Mustafa kerana menganggap isu ketidakhadiran Hadi dalam mesyuarat PR sebagai 'perkara remeh dan tidak perlu diberikan perhatian' Menurutnya, Pakatan tidak dapat melangkah ke depan dengan tindakan Hadi itu apatah lagi ia melibatkan soal kesinambungan dan 'survival' politik Pakatan. "Bagaimanakah Pakatan Rakyat dapat berfungsi dengan efektif dan melangkah ke hadapan sekiranya keputusan yang telah dicapai bersama dalam mesyuarat boleh dinafikan oleh Presiden salah satu parti kompenen secara "unilateral" yang tidak hadir dalam mesyuarat," katanya. Loke turut menjawab kenyataan Mustafa yang berkata Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng juga kerap ponteng dalam mesyuarat PR. "Tetapi ketidakhadiran beliau (Guan Eng) dalam mesyuarat tidak pernah menimbulkan masalah kerana beliau tidak pernah mempertikaikan sebarang keputusan yang diputuskan oleh Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat. "Wakil DAP dalam Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat diberikan mandat penuh dan kepercayaan oleh Jawatankuasa Ekskutif Pusat (CEC) DAP untuk membuat keputusan bagi pihak DAP. "Persoalan yang utama di sini ialah adakah wakil PAS dalam Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat diberikan mandat untuk membuat keputusan bagi pihak PAS tanpa kehadiran Presidennya?" soalnya. Mustafa dalam kenyataannya sebelum ini berkata, tindakan Guan Eng yang membangkitkan soal ketidakhadiran Hadi ke mesyuarat PR merupakan perkara remeh yang tidak perlu diperbesar. "Perlu diingat, kerjasama dalam konteks tahaluf siyasi adalah antara parti dengan parti, bukan individu dengan individu. "Jika secara perbandingan, sejak 2008 Guan Eng lebih banyak tak hadir ke mesyuarat PR berbanding Tuan Guru Abdul Hadi. Tetapi itu bukan isu besar," kata beliau kepada harakahdaily. Menurut Mustafa lagi, pemimpin mana-mana parti dalam Pakatan Rakyat termasuk Guan Eng sepatutnya berpegang kepada etika bahawa tidak boleh campur tangan dalam isu dalaman parti lain. "Semua parti ada masalah dalaman. Tapi biar masing-masing parti selesaikan sendiri masalah mereka tanpa campur tangan luar. "PAS sendiri tidak pernah campur tangan isu dalaman DAP. Saya minta Guan Eng hentikan tindakan membangkitkan isu remeh temeh ini," tegas beliau. | |
The Unspinners Posted: 09 Nov 2014 11:11 PM PST Sejak 2008, DAP Penang hanya bina rumah mampu temberang Posted: 09 Nov 2014 09:39 PM PST | COndo mewah di P Pinang |
Kenyataan Media Dato' Zainal Abidin Osman Pengerusi Majlis Tindakan Persekutuan Negeri Pulau Pinang Ahad, 9 November 2014 Merujuk kepada kenyataan YAB Ketua Menteri Pulau Pinang pada Khamis 6 November 2014 dan Ucapan YB Exco Perumahan dan Perancangan Bandar & Desa di Sidang DUN Pulau Pinang pada 7 November 2014. Exco Perumahan dan Perancangan Bandar & Desa Negeri Pulau Pinang telah mengakui bahawa kerajaan negeri Pulau Pinang tidak membina rumah Kos Rendah dan Kos Sederhana Rendah sejak 2008 semasa menjawab soalan YB Ketua Pembangkang di Sidang DUN pada 7 November lalu. YB Exco Perumahan hanya menjelaskan Kerajaan Negeri masih dalam proses memperincikan perancangan projek perumahan Kos Rendah. Sejak mengambil alih Kerajaan Negeri pada 2008, Kerajaan DAP Pulau Pinang hanya menumpu kepada penjualan tanah-tanah milik Kerajaan Negeri. Pada 2011, Kerajaan Negeri melalui CMI dan PDC telah menjual 102 ekar tanah kepada Tropicana Ivory Sdn Bhd pada harga RM1.07 billion di mana bayaran pembelian perlu dijelaskan oleh Ivory dalam tempoh 60 bulan. Sehingga penghujung tahun 2014, Kerajaan Negeri telah menjual seluas 785 ekar tanah di Batu Kawan kepada beberapa pemaju swasta dengan harga jualan terkumpul berjumlah RM1.636 billion. Butiran penjualan adalah seperti berikut: Pada 12 Oktober 2013, PDC menandatangani perjanjian PDA dengan PE Land Sdn Bhd untuk tanah seluas 39.54 ekar pada harga jualan RM65.34 juta (RM 37.94/kps) bagi tujuan pembinaan "premium retail outlet", hotel mewah dan lain-lain. Pada 10 Januari 2014, Kerajaan Negeri menandatangani perjanjian penjualan tanah seluas 245 ekar kepada Aspen Land Sdn Bhd dengan harga RM483,951,600 (RM 45.34/ kps) bagi tujuan pembinaan pusat membeli belah dan pembangunan bercampur. Aspen juga diberikan tempoh 60 bulan untuk menjelaskan harga pembelian tanah tersebut kepada Kerajaan Negeri. Pada 25 Mac 2014, PDC menandatangani perjanjian penjualan tanah seluas 30 ekar dengan Paramount Corp Berhad pada harga jualan berjumlah RM65.56 juta (RM40.50/ kps untuk pembinaan kolej swasta dan RM55.00/kps untuk pembangunan bercampur). Pada 15 September 2014 Eco World Development Group Berhad dilaporkan bersetuju menerima tawaran PDC untuk membeli seluas 470 ekar tanah milik PDC di Batu Kawan pada harga RM1.02 billion bagi tujuan pembinaan padang dan kelab golf (150 ekar) manakala selebihnya bagi tujuan pembangunan bercampur. Tanah-tanah milik PDC adalah tanah-tanah yang diperolehi kerajaan melalui proses pengambilan balik tanah atau tebus guna laut; kedua-duanya turut melibatkan penggunaan dana awam. Pada 8 Februari 1991, Kerajaan Negeri Pulau Pinang pada masa itu telah mewartakan Batu Kawan Estate di bawah Seksyen 8 Akta Pengambilan Tanah 1960. Keseluruhan tanah estet Batu Kawan seluas 5,260 ekar telah diambil balik oleh kerajaanNegeri melalui Pentadbir Tanah Pejabat Tanah dan Daerah Seberang Perai Selatan dengan bayaran pampasan berjumlah RM53,197,974 atau bersamaan RM 8,167 seekar. Batu Kawan Estate telah membawa kes hingga ke Mahkamah Persekutan kerana tidak bersetuju dengan bayaran pampasan yang diberikan. Namun begitu pada 2001, Batu Kawan Estate telah bersetuju untuk menerima pampasan berjumlah RM15,000 seekar (34 sen sekaki persegi) setelah Mahkamah Persekutuan memutuskan bayaran pada kadar tersebut adalah berpatutan. Adalah jelas, Kerajaan Negeri Pulau Pinang telah membuat keuntungan besar dalam penjualan tanah yang diperoleh melalui pengambilan balik tanah kepada syarikat-syarikat pemaju swasta. Oleh kerana harga pemerolehan tanah yang tinggi, pemaju-pemaju swasta akan membina dan menawarkan rumah-rumah pada harga yang lebih tinggi untuk memastikan keuntungan operasi syarikat. Mengikut maklumat diperolehi, pemaju di Bayan Mutiara menawarkan unit apartment dengan keluasan 455 kaki persegi pada harga RM 200,000 seunit. Kerajaan Negeri seringkali bermegah dengan peruntukan RM500 juta kepada PDC hasil penjualan tanah milik kerajaan negeri untuk Projek Rumah Mampu Milik yang sedang dirancang untuk dibina. PERDA dan JKP Sdn Bhd juga menggunakan laba dari jualan rumah untuk tujuan pemajuan rumah Kos Rendah dan Kos Sederhana Rendah pada masa hadapan. Sebagai agensi Persekutuan atau GLC yang terlibat dalam penyediaan perumahan untuk Bumiputera, PERDA dan JKP Sdn Bhd juga perlu memastikan kedua-dua agensi berkenaan terus berdaya maju dan berdaya saing dan mencegah dari menanggung kerugian dalam operasi. Keuntungan RM149 juta yang sering di bangkitkan oleh YAB Ketua Menteri adalah anggaran keuntungan untuk 15 projek terkumpul. Keuntungan sebenar akan lebih kecil dari anggaran keuntungan sekarang bilamana berlaku kenaikan kos pembinaan pada masa hadapan dan pemberian diskaun kepada pembeli-pembeli. Adalah tidak wajar untuk membuat kesimpulan PERDA dan JKP Sdn membuat keuntungan besar melalui projek-projek yang dicadangkan berdasarkan anggaran keuntungan dan menjadikannya sebahagian alasan untuk tidak meluluskan pelan pembangunan yang di pohon. Jangkaan keuntungan 15 projek sebanyak RM149 juta adalah kecil dan munasabah berbanding dengan keuntungan berbilion billion ringgit melalui penjualan tanah-tanah oleh kerajaan negeri yang diperolehi dengan harga 34 sen sekaki persegi. PERDA bersedia merombak komposisi komponen perumahan yang dicadangkan dalam permohonan Pelan Kebenaran Merancang yang terdahulu untuk memenuhi kehendak Pihak Berkuasa sekiranya tidak menyebabkan kerugian kepada PERDA. Namun begitu Pihak Berkuasa negeri perlu berlaku adil kepada PERDA dengan memberi layanan yang sama dinikmati oleh pemaju-pemaju perumahan lain yang membangunkan tanah-tanah yang dibeli daripada Kerajaan Negeri. Beberapa hari lalu, YAB Ketua Menteri mengumumkan bahawa Kerajaan Negeri akan mengalami kerugian berjumlah RM800 juta dalam membina rumah-rumah Mampu Milik. Adalah tidak jelas bagaimana dengan membina 22,545 unit rumah Mampu Milik untuk dijual kepada rakyat Pulau Pinang kerajaan negeri akan mengalami kerugian besar tersebut. Oleh itu, YAB Ketua Menteri perlu menjelaskan dengan terperinci kerugian ini kerana ia melibatkan dana awam. Apakah oleh kerana Kerajaan Negeri tidak mahu mengalami kerugian besar maka Kerajaan Negeri tidak membina satu unit pun Rumah Kos Rendah sejak 2008? Apakah kerana PERDA dan JKP Sdn Bhd berjaya merancang dan memohon kelulusan untuk membina 2447 unit rumah Kos Rendah dan hampir 3500 unit rumah Mampu Milik menyebabkan pihak Kerajaan Negeri tidak mahu melihat projek-projek agensi-agensi Kerajaan Persekutuan berjaya? Sehingga kini PERDA, JKP, UDA dan agensi-agensi Kerajaan Persekutuan yang lain telah membina lebih 35 ribu unit rumah kos rendah,sederhana rendah,kos sederhana,mampu milik dan lain-lain. Untuk 5 tahun akan datang agensi-agensi Kerajaan Pusat akan membina 32 ribu unit rumah lagi, termasuk lebih 9000 unit rumah yang sedang menunggu kelulusan kerajaan negeri untuk membina sejak tahun 2012. Terima kasih. ------------------------- Baca FMT SINI ... tau salahkan orang lain dari diri sendiri. Macam mana orang cina bersikap pelik dan tak bertamaddun. | Rumah mampu milik, bukan hanya mampu pandang Posted: 09 Nov 2014 06:22 PM PST Terbaca di portal pembangkang FMT bahawa MB Johor, Dato Khaled Nordin bahawa Iskandar bukan hanya tempat untuk orang elit. Baguslah .... orang Johor dah kata rumah-rumah di Iskandar bukan mampu milik tapi mampu pandang. Herannya bukankah Khazanah Nasional dan anak-anak syarikat dan bersekutu itu pegangan untuk kerajaan Malaysia. Pastu boleh bersungguh-sungguh untuk mampukan untuk rakyat. Tak lupa Manifesto PRU 13..... Tak mahu pula penyokong malas nak keluar ngundi pada PRU 14 sebab janji tak ditepati. Ikut bajet tahun 2015, macam tak tercapai. | Asyik ponteng kuliah, tarik PTPTN kasi student lain Posted: 09 Nov 2014 04:24 PM PST | Hakim sengaja buat penghakiman salah demi agenda politik? Posted: 09 Nov 2014 05:59 AM PST Penghakiman yg membenarkan lelaki pondan memakai pakaian wanita atas alasan penyakit psychology sungguh mengejutkan. Satu sebab adalah mahkamah rayuan sivil telah mencampuri ruang kuasa mahkamah syariah. Lagi mengejutkan, penghakiman yg diketuai oleh hakim pro pembangkang, dato hishamuddin yunos menghukum undang-undang syariah sebagai melanggar perlembagaan. Padahal beberapa artikel dalam perlembagaan jelas perakui kedudukan istimewa islam dan institusi islam untuk mengurus sendiri ugama islam dan jalankan hukuman di atas kesalahan syariah. Mutakhir ini beberapa hakim mahkamah rayuan dilihat sebagai melanggar prinsip perlembagaan yg mana tiada kebebasan mutlak dan tak berhad. Precedent undang-undang sudah banyak dan jelas tetapi mereka tidak pedulikan. Penghakiman yang dianggap berat sebelah berdasarkan skrip dan agenda politik pembangkang serta agenda hak asasi manusia interpretasi ngo barat. Penghakiman dalam kes-kes melibatkan demonstrasi awam, transgender, teoh beng hock dan yg melibatkan pemimpin-pemimpin pembangkang harus dinilai trend berat sebelah mereka. Malah ada hakim yang dilihat sering menghakimi kes walaupun ada percanggahan kepentingan politik tapi enggan undur diri dari kes. Baca penuh di ABITW SINI | Intelektualisma syok sendiri vs tanggungjawab jaga akidah pihak berkuasa Posted: 09 Nov 2014 02:36 AM PST Anwar mempertahankan SIS dengan menyebut nama seorang ulamak yang menyokong Plural Islam yang menyengutukan tuhan menggunakan hujah kepelbagaian pendapat. Dr Chandra Muzaffarpula mahu pertahankan SIS menggunakan alasan kesediaan untuk membuka minda dan menggalakkan perbincangan intellektual tetapi ABITW SINImelihat ianya hanya perbincangan antara para intelektual yang tidak ada kesudahan.
Sebarang kepelbagain atau perbezaan mesti ada arah untuk bertemu satu kesimpulan dan bukannya cakap tak habis hingga membingungkan orang ramai.
Sementara itu, pihak berkuasa ada tanggungjawab untuk menjaga dan memelihara akidah penganut Islam awam yang terbanyak dan bukan hanya tertunggu-tunggu lalu membiarkan kebingungan keapada orang ramai akibat perbincangan intelektualisma yang tidak ada titik dan noktah.
Perbincangan itu baik tapi ia harus juga bertanggungjawab untuk hanya antara pihak yang kesampaian ilmu dan pemikiran. Bila ada satu kesimpulan, barulah pihak berkuasa melakukan satu adjustment.
Pihak berilmu dan berfikir perlu mencontohi sikap bertanggungjawab seperti mana dalam peristiwa Sheikh Siti Jenar yang mana ahli wali songo ini bersedia dipenggal kepalanya untuk menyelamatkan akidah orang awam walaupun dia istiqamah dengan pandangannya.
Ini adalah kisah serupa dengan kisah Annal Haq yang melibatkan Al Hallaj versi Nusantara. Baca SINI
Bagi Dr Chandra hanya mahu ajak orang awam bincang tak henti-henti untuk dengar hujah sekumpulan yang tak pasti mengamal islam sepenuhnya, tak menolak perkara-perkara yang diharamkan malah mahu halalkan yang haram dan tidak pasti menghayati Islam sehalus-halusnya, apa munasabahnya?
Mereka dan dr Chandra bukan ahlinya. Ini pula untuk melayan perbincangan tak henti untuk hanya seseorang yang gila kuasa dan sudah nyata sanggup lakukan apa saja kemusanahan dan bencana demi merampas jawatan tertinggi eksekutif negara. Tapi tiada hala tuju rancangan yang membanun dan progresif untuk negara. | |
ANGIN PERUBAHAN Posted: 09 Nov 2014 09:25 PM PST |
tok gajah Posted: 09 Nov 2014 09:17 PM PST Pejuang Tok Gajah46 'Rahmat' dari banjir lumpur di Cameron Highland Posted: 09 Nov 2014 08:35 PM PST Imigresen gempur PATI
di Cameron Highlands Operasi pertama susulan laporan Utusan 181 tiada dokumen sah ditahan OLEH SAYED HESHAM IDRIS (UTUSANPERAK@UTUSAN.COM.MY) | 10 November 2014 2:55 AM SEBAHAGIAN daripada pendatang asing tanpa izin yang diberkas dalam operasi besar-besaran dijalankan oleh Jabatan Imigresen di beberapa kawasan sekitar Cameron Highlands, Pahang, semalam. – utusan/Zulkarnain Mohd. SaidinCAMERON HIGHLANDS 9 Nov. - Jabatan Imigresen mula menggempur pendatang asing tanpa izin (PATI) yang membanjiri tanah tinggi di sini menerusi 'Ops Gempak Tapi Mesra' di beberapa buah pekan di kawasan tanah tinggi itu hari ini. Operasi dijalankan mulai pukul 12 tengah hari hingga pukul 4 petang ini di sekitar pekan Ringlet, Brincang, Kuala Terla dan Kampung Raja. Sepanjang operasi, sebanyak 581 warga asing ditangkap dan setelah diperiksa, 181 daripada mereka ditahan kerana tidak memiliki dokumen perjalanan yang sah. Mereka yang ditahan terdiri daripada warga Bangladesh (78), Nepal (40), Myanmar (20), India (10), Indonesia (10) Vietnam (1), Sri Lanka (1) manakala selebihnya dari lain-lain negara. Sebahagian besar warga asing terlibat ditangkap ketika mereka sedang menghabiskan cuti hujung minggu bertemu rakan-rakan. Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Imigresen Bahagian Kawalan, Datuk Sakib Kusmi berkata, operasi itu adalah yang pertama dijalankan oleh jabatan itu khas untuk menggempurkan PATI susulan laporan akhbar Utusan Malaysia mengenai kebanjiran golongan tersebut di daerah ini. Menurut beliau, selepas ini operasi akan diperhebatkan lagi sehingga kawasan tanah tinggi itu bebas daripada warga asing yang memasuki negara ini secara tidak sah. "Hari ini merupakan operasi pertama dalam menggempur PATI di sini susulan daripada pendedahan oleh pihak media. "Operasi hari ini tertumpu di kawasan pekan di sini dan selepas ini kita akan masuk sehingga ke kebun sayur di daerah ini untuk mengesan mereka," katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini. Kata beliau, operasi hari ini tidak seperti serbuan terhadap PATI yang biasa dilakukan, sebaliknya pihaknya membuat tangkapan secara mengejut tanpa disedari orang ramai, termasuk pelancong. Menurut beliau, operasi disertai oleh pegawai penguat kuasa dari setiap negeri di Semenanjung. "Ini adalah kali pertama kita mengadakan operasi yang disertai oleh anggota dan pegawai dari setiap negeri iaitu seramai 369 orang yang membuat tangkapan di kawasan-kawasan yang telah kita tetapkan. "PATI yang mereka tahan kemudiannya akan dihantar ke depot tahanan negeri masing-masing dan disiasat untuk tindakan selanjutnya," katanya. Dalam pada itu, beliau berkata, jumlah warga asing di daerah ini sememangnya agak tinggi bagi memenuhi keperluan tenaga kerja terutama dalam sektor pertanian. Menurut beliau, terdapat 11,016 warga asing yang bekerja secara sah di pelbagai sektor di daerah ini dengan 10,592 daripadanya bekerja di bidang pertanian, 221 di bidang perkhidmatan, 150 di ladang, 49 pembinaan dan empat orang di sektor pembuatan. Beliau berkata, sebahagian besar mereka terdiri daripada warga Bangladesh, diikuti Nepal, Indonesia, India, Myanmar, Pakistan, Vietnam dan Sri Lanka. "Berdasarkan jumlah pemeriksaan warga asing seramai 581 yang kita lakukan hari ini, bermakna masih ramai yang perlu kita kesan," katanya. | |
GERAKAN ANTI PKR Posted: 09 Nov 2014 09:09 PM PST |
BERANI MEMBUAT PILIHAN... Posted: 09 Nov 2014 03:02 PM PST Mabuk dan bogel dalam keretapi Posted: 09 Nov 2014 03:01 PM PST NEW YORK – Kalau dah mabuk, hilang semua rasa malu dan harga diri. Itu yang berlaku kepada seorang lelaki, yang juga penumpang keretapi bawah tanah di sini. Dia menaiki keretapi berkenaan dalam keadaan berbogel, hanya tinggal kasut dan stokin semata-mata. Kelakuannya itu mengejutkan penumpang lain dan semuanya menjauhi lelaki tersebut kerana bimbang dia bertindak ganas. Gambar bogel itu telah dirakamkan oleh seorang editor majalah fesyen Daily Front Row, Peter Davis yang nyata terkejut dengan situasi tersebut. "Dia begitu mabuk dan tidak sedarkan diri. " Lelaki bogel ini berada di dalam keretapi sekurang-kurangnya sehingga enam stesen dan ketika itu terdapat kira-kira 30 penumpang lain,'' katanya yang turut memberitahu lelaki mabuk itu juga tidak mempedulikan orang lain. Davis kemudiannya memuat naik gambar berkenaan dalam Facebook, Twitter dan Instagram dengan banyak komen diterimanya susulan gambar bogel berkenaan. | Anak muda bangkit Posted: 09 Nov 2014 12:50 PM PST | Kalau kena kat orang... Posted: 09 Nov 2014 12:11 AM PST | Tak sempat goda ke ranjang Posted: 08 Nov 2014 05:01 PM PST Kuala Lumpur: Belum sempat menunjukkan aksi ghairah, seramai 20 gadis 'pelayan' ditahan dalam serbuan Bahagian Pencegahan Kongsi Gelap, Maksiat dan Perjudian Ibu Pejabat Petaling Jaya di sebuah pusat hiburan di Sunway Mentari di sini, kelmarin. Dalam operasi jam 10 malam, gadis warga asing itu bertempiaran lari apabila menyedari kehadiran polis. Wanita berumur lingkungan 21 hingga 35 tahun itu akan melakukan tarian termasuk belaian ghairah kepada pengunjung yang hadir sebelum memujuk pelanggan ke ranjang dengan bayaran tertentu. Ketua Polis Petaling Jaya Asisten Komisioner Azmi Abu Kassim berkata, seramai sembilan anggota dan dua pegawai mengepung kawasan itu mengakibatkan semua 'pelayan' terbabit tidak dapat melarikan diri. Menurutnya, hasil risikan polis mendapati pusat hiburan itu beroperasi tanpa lesen selain terbabit dalam aktiviti maksiat. "Semua wanita yang ditahan adalah warga Indonesia yang hanya menggunakan pas lawatan sosial. Empat penjaga premis termasuk seorang wanita turut ditahan untuk membantu siasatan. "Ketika serbuan ada sembilan pengunjung, tetapi dilepaskan selepas diambil keterangan," katanya. Menurutnya, semua yang ditahan kemudian dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya. | |
PEJUANG BANGSA Posted: 09 Nov 2014 11:40 AM PST SINDIRAN PONTENG GUAN ENG KEPADA HADI MACAM POYO - NASRUDIN Posted: 09 Nov 2014 06:56 AM PST
– Kenyataan sinis dan terbuka Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng kebelakangan ini mengenai Pas serta Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dilihat seolah-olah seperti ada dendam.Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Nasrudin Hassan dalam kenyataannya berkata, tindakan Guan Eng yang mempersoalkan kehadiran Abdul Hadi pada setiap mesyuarat PR juga sesuatu yang mengecewakan.Menurutnya, Abdul Hadi bukanlah seperti yang didakwa kerana beliau seorang yang sangat tepati masa dan bertanggungjawab dengan amanahnya. "Ketidakhadiran beliau ke mana-mana mesyuarat adalah sama ada beliau berkeuzuran, bertembung jadual dengan majlis penting atau lain keadaan yang tidak mengizinkan."Mereka yang mengenali peribadi Abdul Hadi secara dekat pasti tidak akan menafikan kenyataan saya ini. Tetapi saya lihat kenyataan Guan Eng berunsur dendam kesumat yang tidak kesampaian," katanya.Nasrudin mengulas kata-kata Guan Eng, yang juga Setiausaha Agung DAP, dalam sebuah video yang disiarkan menerusi sebuah portal berita baru-baru ini, yang mendakwa Abdul Hadi sebagai seorang yang gila kuasa sebagai presiden parti, namun dalam masa samasering kali ponteng mesyuarat Majlis Presiden PR."Mengapa Guan Eng bertindak begitu sejak kebelakangan ini? (Tindakannya) seolah-olah mahu memanaskan suhu politik sebagai tekanan kepada Pas dan percubaan mengeluarkan parti itu daripada PR."Apakah Pas dianggap sebagai liabiliti kepada mereka untuk mereka menang dalam Pilihan Raya Negeri Sarawak kelak?" soalnya.Nasrudin, yang juga Ahli Parlimen Temerloh berkata, cara Guan Eng mengasak dengan terancang itu dan seperti mengambil peranan Umno serta BN untuk terus memberi tekanan kepada Pas."Saya tidak tahu selama mana Pas boleh bersabar. Kerana, sedang kami mahu meredakan keadaan masalah dalaman PR, beliau timbulkan kembali isu yang boleh mengeruhkan lagi keadaan."Kononnya mahu menempelak Abdul Hadi dengan isu kehadiran mesyuarat, sedangkan kehadiran beliau (Guan Eng) ke mesyuarat itu juga sangat buruk. Kata budak-budak sekarang, kenyataan Guan Eng itu macam 'poyo' sahaja," katanya.Menurutnya, setelah diamati perjalanan politik kesemuanya dengan masalah berbeza, kenyataan Guan Eng seakan-akan tidak mahu krisis tersebut tamat."Masalah dalaman parti atau luar parti (sebenarnya) adalah perkara biasa dalam dunia politik dan ia boleh diselesaikan dengan baik."Namun, apa yang lebih ketara, saya lihat seperti beliau mahu melepaskan beban atau membebaskan diri daripada suatu halangan yang menghantui beliau," katanya. - Bernama | |