Isnin, 3 Februari 2014

Pakatan Rakyat

Pakatan Rakyat


BERFIKIR.... MENCARI HAKIKAT KEBENARAN

Posted: 03 Feb 2014 01:10 PM PST

Posted by Admin Direktori Blog | | 1:10 PTG

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info

sumber :-

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info


TERGAMAM - PRK KAJANG PKR DINGIN

Posted: 03 Feb 2014 12:01 PM PST

PENYAPU SIAL

Posted: 03 Feb 2014 01:02 PM PST

Pelik, rumah ibadat penuh

ALOR SETAR - Tinjauan Sambutan Tahun Baru Cina mendapat kejutan, apabila  menyaksikan lebih 100 orang berbagai bangsa berkumpul di sekitar rumah ibadat di Simpang Kuala, dekat sini,kelmarin
Rupa-rupanya, golongan tertentu dipercayai pengemis, gelandangan, orang miskin, peminta sedekah dan bangsa asing ini berkumpul menantikan pemberian wang angpau dilakukan di hadapan rumah ibadat terbabit.

Sungguh menyedihkan, apabila segelintirnya berkerusi roda sambil membawa satu bekas minuman kosong, malah ada juga yang berpakaian lusuh sambil membawa anak kecil duduk di atas tikar mengkuang.

Penduduk tempatan yang hanya ingin dikenali sebagai Kak Noridah, 40, berkata, dia bersama beberapa penduduk tempatan menyaksikan golongan terbabit dipercayai sudah berkumpul di sekitar rumah ibadat terbabit sejak malam 30 Januari lagi.

Golongan terbabit bukannya bersembahyang di dalam rumah ibadat berkenaan, sebaliknya menunggu pemberian wang angpau. Tak kira umur, bangsa mahupun jantina semuanya ada. Peliknya, majoritinya dilihat adalah berbangsa Melayu.

Entah datang dari mana sebahagiannya, sebab ada segelintir dilihat bukan penduduk tempatan. Bayangkan, kalau dari malam semalam (kelmarin) mereka sudah berkumpul di kiri kanan laluan ini, jadi di mana mereka tidur..

Mengikut kata, sepasang suami isteri yang sempat diajak berbual berkata, pemberian wang kepada peminta sedekah yang berkumpul di hadapan rumah ibadat terbabit bertujuan amal.

"Aktiviti memberi wang angpau dilakukan setahun sekali bersempena Tahun Baru Cina. Ia dianggap sebagai kerja amal demi membantu mereka yang memerlukan," katanya.

Katanya, sesiapa yang berkemampuan akan memberi wang kepada golongan tertentu yang berkumpul di kawasan berkenaan selepas keluar bersembahyang dari rumah ibadat terbabit.

Menurutnya, dia sekeluarga turut menghulurkan sedikit wang derma, namun hanya buat mereka yang tidak larat dan cacat sahaja kerana kebanyakannya dilihat masih mampu bekerja.

penyapu sial

Pendedahan di atas memang mengejutkan. Langkah tokong berkenaan mengagihkan bantuan kepada golongan daif memang terpuji, dan tiada pula niat untuk mengeji dan menghina umat Islam yang beratur sebagai peminta sedekah kerana ada kemungkinan benar bahawa mereka adalah dari golongan yang amat memerlukan bantuan.

Namun satu perkara yang bermain di benak iaitu apakah dan dimanakah peranan MAIK dan Jabatan Kebajikan Masyarakat selama ini?

Ia juga menimbulkan satu persoalan, masjid-masjid pun tidak pernah melakukan untuk mengagihkan bantuan tanpa mengira kaum dan agama sepertimana yang dilakukan oleh tokong berkenaan.

Jadi ke mana pergi wang zakat yang every years kita wajib bayar tu beb? So i tertanya mana perginya beb takkan lu UMNO pun nak pau duit zakat beb untuk big mama belanja???

Tulah since tempat kejadian berlaku di kedah. Bagus - bagus PR memerintah sana, lu tetap nak pilih perompak memerintah di sana. Walaupun PR memang ada lambat sikit nak bantu golongan susah (apakan daya kerajaan persekutuan UMNO menganak tiri kerajaan yang diperintah PR) tapi at least diaorang akan tunai janji diaorang.

Kalau UMNO Forever - ever diaorang biar lu all melarat. Tapi dah pilih UMNO untuk memerintah negeri kedah lu all terimalah tahinya yang bakal UMNO berikan nanti.

PENGALAMAN KAWAN  SAYA MINGGU LEPAS MINTA ZAKAT UNTUK ADIK ANGKAT YATIM PIATU UMUR 14 TAHUN. TINGGAL BESAMA NENEK UMUR 80.

KAKITANGAN PEJABAT ZAKAT ALOR SETAR JAWAB BUKAN ASNAF. TAK LAYAK.

DEPA STAFF PUSAT ZAKAT ASNAF KA?

PAKAI BAJU KOT, TIE KERETA PAJERO GUNA DUIT ZAKAT.

LAIN KITA JANGAN BAYAR ZAKAT KAT PUSAT ZAKAT TETAPI BAYAR TERUS PADA PENERIMA ZAKAT

Barisan Nasional

Barisan Nasional


bumiyang

Posted: 03 Feb 2014 03:15 AM PST

bumiyang


Kalau Kaum Cina Boleh Bersatu-padu Kenapa Melayu/Bumiputera X Boleh?

Posted: 02 Feb 2014 10:38 PM PST

Aspirasi Bangsa

Posted: 03 Feb 2014 01:38 AM PST

Aspirasi Bangsa


PKR akan "kenduri" duit Selangor

Posted: 02 Feb 2014 06:36 PM PST

sekupangdua

Posted: 02 Feb 2014 11:40 PM PST

sekupangdua


PRK KAJANG : UMNO TAK PAYAH TUNJUK JAGUH...

Posted: 02 Feb 2014 11:04 PM PST

Masih tak belajar lagi atau pun memang EGO yg ada dan mahukan semua pengundi atau rakyat ataupun ahli parti supaya akur dan hanya perlu angguk dan memuji segala tindakan...

Masih belum belajar lagi ker dengan kesilapan lalu di PRU 13 dan PRK sebelum nie? Jangan jadikan rakyat dan pengundi semakin getek (menyampah) dengan tindakan serta ego yg ditonjolkan. Bukan masa nya semua kena akur seolah mulut korang nie sebagai keramat kun fa yakun... wajib percaya keajaiban setiap kata korang... yg tak masih tak pernah belajar dari kesilapan...

Adakah memang bebal kerana tak belajar dari kesilapan lalu? Apakah dah lupa dengan aib yg terpaksa ditanggung sebenarnya oleh fakyat dan ahli parti di peringkat akar umbi?

Secara peribadinya pendapat teman UMNO atau kompenan lain tak payah nak tunjuk JAGUH atau kononnya perihatin kepada rakan kompenan Parti. Masih belum belajar lagi ker dengan aib dan kekalahan sebelum ini... jadi ini bukan masanya membuktikan kata-kata keramat dari mulut korang. Banyak kali terbukti kekalahan dan aib yg terpaksa ditanggung oleh BN, Ahli parti dan Rakyat. Lagi lama sifat begini kekal maka semakin kuat parahnya pada BN dan rakyat meluat...

Orang UMNO tak perlulah nak tunjuk jaguh atau hero di PRK Kajang... ini kawasan MCA dan biarlah mereka yg meneraju PRK kali nie dan sebagai rakan kompenan sepatutnya bukan lead atau peneraju utama untuk PRK Kajang. Tak perlulah membukit dilambakan peruntukan sehingga berbukit. Tak kan masih tak sedar apa keluh kesah rakyat atau pengundi.... asyik menabur peruntukan terutama untuk kaum Cina yg bukan sekali tetapi berkali-kali dan akhirnya terima kasih diterjemahkan status PADAN MUKA di kertas undi.dah boleh dianggap pesta peruntukan untuk kaum cina sementara yg kaum melayu hanya dapat nganga melihat berbukit dikhususkan utk kaum Cina...

Pemimpin-pemimpin dan pak Menteri masih tak serik dan tak belajar tauladan yg pernah disejarahkan bila kaum Cina tak beri undi sekalipun tak cukup tangan menadah dengan muka diolokan macam setia...

Masa inilah mereka (MCA) patut membuktikan sokongan orang Cina kembali menyokong BN. Biarlah mereka yg buat strategi dan kompenan hanya membantu. Kena ingat dan belajar bila pengakhiran PRU Atau PRK berkesudahan yg ditabur lesap dan yg diharap lebuh. Dan perlu ingat pekara ini juga buat makin banyak parah dan AIB tetpaksa ditanggung oleh kompenan dan terutamanya UMNO...

Jadi rasanya tak payah lah UMNO yg beriya sangat .nak tunjuk keperihatinan atau pun nak tunjuk hero. Biarkan MCA yg meneraju dan kompenan sekadar membantu... dan kelebihan atau kesetiaan akan terjawab bilankita terima keputusan PRK nanti...

DARUL EHSAN TODAY

Posted: 02 Feb 2014 11:22 PM PST

DARUL EHSAN TODAY


Ong Tee Keat Calon Paling Sesuai Untuk Dun Kajang...

Posted: 02 Feb 2014 06:00 PM PST


Pada pandangan aku, calon cina yang cukup sesuai untuk lawan bekas banduan itu adalah bekas ahli parlimen pandan, ong tee keat, pada aku dia seorang ahli politk cina yang berpengalaman luas, pernah memenangi kerusi parlimen pandan dua penggal berturut-turut...

Kalau bukan kerana permainan politik kotor beberapa kerat pemimpin politik dalam MCA yang ketika itu di terajui oleh chua soi lek, aku rasa rafizi ramli sudah pasti tertiarap di tangan ong tee keat pada pilihanraya lepas...


Setakat yang aku dan kita semua tahu, ong tee keat tak ada dosa dalam politik, berbanding dengan bakal calon pkr dun kajang, anwar ibrahim yang berlambak-lambak dosa politik dan dosa dengan Allah Taala, kalau pun ong tee keat ada dosa, itu biasalah, tapi sekurang-kurangnya dia tak pernah masuk penjara kerana di sabitkan dengan kesalahan rasuah dan kini sedang sedang menungu di bicarakan kes dia meliwat saiful bukhari...

The Unspinners

Posted: 02 Feb 2014 11:15 PM PST

The Unspinners


Yang dulu balun Brahim Ali, lawat ke rumah orang tua pada CNY?

Posted: 02 Feb 2014 09:30 PM PST

Teresa to get kok-ed for clip

Posted: 02 Feb 2014 05:38 PM PST

Jangan heran Anwar kalah

Posted: 02 Feb 2014 05:30 AM PST

Tak dapat MB, guling kerajaan dan hapuskan Raja bermula

Posted: 02 Feb 2014 02:30 AM PST

oyabun

Posted: 02 Feb 2014 11:12 PM PST

oyabun


Pengundi Permatang Pauh di 'kencing' lagi : Anwar akui PKR hadapi pelbagai masalah di Selangor?

Posted: 02 Feb 2014 06:47 AM PST


Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim mengakui wujud pelbagai masalah di Selangor yang gagal diselesaikan Kerajaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) sehingga beliau membuat pertimbangan untuk bertanding di Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang.

Anwar berkata, pelbagai masalah besar bertumpu di negeri itu nembabitkan isu kalimah Allah, gereja dan masalah air yang berlarutan selama lima hingga enam tahun dan tidak dapat diselesaikan.

"Dari aspek ekonomi memang bagus tetapi ada yang tidak selesai. Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menghadapi tekanan yang tinggi dan saya perlu bantu beliau.

"Saya akui masalah dalaman memang wujud dan cuba diselesaikan," katanya dalam ceramah di sini malam tadi.

Ceramah berkenaan dihadiri kira-kira 200 orang penyokong PKR dan diadakan bagi memberi penjelasan tentang keputusan beliau bertanding di DUN Kajang.

Sementara itu, dalam sidang akhbar, ketika ditanya tentang kenungkinan Sultan Selangor tidak akan memperkenan beliau sebagai Menteri Besar Selangor jika menang , Anwar meminta supaya Sultan Selangor tidak dilibatkan dalam pergelokan politik.

Kalau sehari tak menipu, bukan Anwar namanya!!!

Wasabi Oyabun..

Panglima Perang Cyber

Posted: 02 Feb 2014 11:10 PM PST

Panglima Perang Cyber


Perkataan Pertama Video CNY @Teresakok Kata 'MELAYU MATI' - KP @RazlanRafii

Posted: 02 Feb 2014 03:29 AM PST





Ketahui la bahawa perkataan dalam video Tahun Baru Cina oleh Teresa Kok adalah "Malay Si" iaitu 'Melayu Mati. Sebutan Si 'mati' itu telah sengaja dipanjangkan oleh Teresa Kok. Sememangnya Teresa Kok dikenali sebagai seorang yang anti Melayu dan Islam telah sengaja video yang cuba membangkitkan kemarahan orang ramai terutamanya orang Melayu.

Secara langsung Teresa Kok cuba menanam kebencian orang cina kepada pemerintah Malaysia dan orang Melayu !!!

KLIK SINI untuk baca cerita berkaitan !!!



Sent from my iPhone

Pemimpin MCA Kecam : Desak Teresa Kok Minta Maaf

Posted: 02 Feb 2014 12:43 AM PST

Check out this video on YouTube:

http://youtu.be/DJcFrGhGF3M


Sent from my iPhone

JDT vs T-Team - Insiden Tumbuk Dalam Terowong Bilik Persalinan - Piala FA 2014

Posted: 02 Feb 2014 12:41 AM PST

Check out this video on YouTube:

http://youtu.be/ktNXlHYBSV4


Sent from my iPhone

Video Ucapan DS @Zahid_Hamidi semalam di PENA Selangor

Posted: 02 Feb 2014 12:37 AM PST

Check out this video on YouTube:

http://youtu.be/X4QHLP6Rv4M


Sent from my iPhone

Belantan

Posted: 02 Feb 2014 11:09 PM PST

Belantan


Andartu DAP, Teresa Kok digesa minta maaf secara terbuka?

Posted: 02 Feb 2014 05:16 PM PST


Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok Suh Sim digesa meminta maaf secara terbuka kepada seluruh rakyat Malaysia berhubung video sindiran sempena sambutan Tahun Baharu Cina, baru-baru ini yang telah mencetuskan rasa tidak puas hati banyak pihak termasuk masyarakat Cina sendiri.

Ketua Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan, Mohd. Razlan Muhammad Rafii berkata, video seperti itu tidak wajar dilakukan oleh mana-mana individu, apatah lagi seorang pemimpin politik ketika masyarakat berbilang kaum bergembira menyambut perayaan Tahun Baharu Cina.

Sehubungan itu, katanya, Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan sebulat suara mengutuk keras video lakonan Teresa itu kerana tindakan tidak bertanggungjawab itu jelas sengaja dilakukan bagi menimbulkan kebencian terhadap kerajaan Barisan Nasional (BN).

"Orang Melayu, Cina dan India mesti melihat video itu supaya mereka boleh menilai sendiri pemimpin yang dipilih oleh pengundi Seputeh pada pilihan raya umum lalu.



"Kami mahu Teresa diberikan pengajaran di atas kebiadapannya bagi memastikan benih-benih kebencian yang terus disebarkan itu tidak menular dalam kehidupan masyarakat negara berbilang kaum," katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Sebelum ini, video sindiran sempena sambutan Tahun Baharu Cina yang memaparkan Teresa selaku moderator bersama tiga tetamu undangan mendapat kecaman pelbagai pihak, khususnya pengguna laman sosial.

Video berdurasi hampir 12 minit yang disiarkan di YouTube itu antara lain memperlihatkan barisan tetamu undangan berkenaan mengeluarkan kenyataan menyindir beberapa perkara, termasuk sistem pendidikan negara dan isu keganasan di Sabah.

Sindiran-sindiran lain didakwa turut ditujukan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor.

Malah, seorang tetamu dikenali Master Yan Yan yang ditanya tentang Tahun Melawat Malaysia 2014 mengutuk Sabah dengan kenyataan berikut : "But then, you can travel to Sabah, where you get to see pirates, with a bonus show of kidnapping and scenes of open fire." (anda boleh melancong ke Sabah, di mana anda boleh melihat lanun, dengan pertunjukan bonus penculikan dan babak tembakan).

Dalam pada itu, Mohd. Razlan juga memberitahu, pihaknya akan menayangkan video tersebut kepada orang ramai di setiap bahagian bagi mendapat maklum balas rakyat selepas menontonnya.

"Kita akan membuat kajian sikap, adakah mereka merasakan video itu meningkatkan semangat perkauman atau sebaliknya.

"Jika keputusan kajian menunjukkan penayangan video tersebut mampu menimbulkan kemarahan serta menyemai semangat perkauman, kita mahu kerajaan ambil tindakan tegas terhadap Teresa," ujarnya.

Suara Politik
Belantan

Khalid Ibrahim Akui Anwar Perkuda Selangor?

Posted: 02 Feb 2014 04:40 AM PST


Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim mengesahkan negerinya diperalatkan oleh Ketua Umum PKR Anwar Ibrahim sebagai batu loncatan untuk mencapai cita-cita beliau menduduki kerusi di pejabat perdana menteri di Perdana Putra, Putrajaya dan bukan mensasarkan jawatan yang disandangnya.

"Sebenarnya Anwar melihat melangkaui jawatan MB. Di penghujung cerita, matlamat ialah peringkat Persekutuan dengan menjadikan Selangor sebagai batu loncatan," katanya pada Khamis.

Sehubungan itu, kata Khalid, beliau tidak mahu terlalu memikirkan soal perubahan menteri besar, termasuk spekulasi Anwar mahu mengambil alih jawatan yang sedang disandang beliau itu buat masa ini, tetapi ingin menghadapi Pilihan Raya Kecil (PRK) Kajang dahulu.

Dalam pemikiran beliau sekarang kombinasi pengalaman korporat yang dimilikinya dan pengalaman mentadbir kerajaan yang ada pada Anwar akan memberikan "head-start" (permulaan yang baik) untuk mencabar Putrajaya.

Khalid juga menegaskan buat masa ini beliau tidak merancang untuk meletakkan jawatan.

"Apa sahaja yang hadir selepas pilihan raya ini nanti, kita akan bincangkan di peringkat Pakatan." katanya dalam wawancara yang dikendalikan wartawan BFM dan The Edge yang disiarkan media rasmi kerajaan negeri Selangorkini.

Wawancara berkenaan dibuat di tengah-tengah kemelut konfrantasi beliau dengan ketua PKR Selangor Azmin Ali serta ura-ura rancangan untuk menggantikan beliau sebagai menteri besar semakin kuat ekoran perletakan jawatan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) PKR Kajang, Lee Chin Cheh.


Ditanya sama ada beliau mempunyai sokongan untuk terus mengetuai kerajaan Selangor daripada PAS dan DAP, Khalid dengan yakin mengiyakannya

"Ya, saya mempunyai sokongan buat masa ini. Parti (PKR) pula terpaksa pasrahlah," jawap beliau sambil ketawa.

Dalam wawancara itu juga, Khalid turut menyentuh mengenai kejayaan pentadbiran pakatan pembangkang membina rizab negeri yang kukuh.

"Sekarang kita bukan sahaja boleh bercakap mengenai idea tetapi juga mempunyai wang untuk menterjemah idea itu kepada bentuk fizikal.

"Takkan kita mahu berharap dan bercakap sahaja? Bagi saya, politik harus lebih daripada sekadar retorik, kerana retorik tidak boleh mengenyangkan perut.

"Pertama, dapatkan dahulu duit yang perlu. Kemudian barulah fikir nak makan apa," kata Khalid yang mendakwa pengumpulan rizab itu perlu dilakukan kerana kerajaan Persekutuan tidak akan meminjamkan dana yang diperlukan Selangor.

Suara Politik
Belantan

Pelan damai Anwar suatu muslihat?

Posted: 02 Feb 2014 12:09 AM PST


Usaha berdamai dan muafakat adalah usaha baik. Manusia rasional dan matang akan bersetuju dengannya. Syariat Islam juga tidak menghalang usaha ini. Tapi kalau ianya datang daripada Anwar Ibrahim, kewaspadaan harus lebih tinggi.

Kalau isunya berhubung keharmonian agama dan kaum, siapakah yang sekian lama melakukan provokasi mengenai kalimah Allah di Malaysia? Anwar memulakannya atas nama kebebasan beragama dan ianya menyentuh sensitiviti umat Islam.

Dulu Anwar terkenal sebagai pejuang agama, bahasa Melayu dan juga dasar pendidikan negara. Kini bila pluralisme agama berbangkit, Anwar semacam mengiyakannya. Ucapan Anwar di London School of Economics menjadi bukti. Bila Dong Zong membangkitkan isu bahasa, Anwar tidak setegas semasa menjadi Menteri Pendidikan dulu. Bila proses transformasi pendidikan berlaku Anwar tidak memberi sebarang respon.

Lazimnya dalam politik praktis pelawaan untuk berdialog terkandung helah. Ada suasana terdesak yang menyebabkan ianya terjadi. Imej pembangkang sudah tercalar dengan pelbagai isu. Dialog diharap dapat melonjakkan kembali imej ini atas asas mereka ini berjiwa besar untuk melakukan dialog.


Telah sekian lama para blogger pembangkang menimbulkan fitnah untuk menghina individu dan kelompok sehingga menyebabkan sebahagian yang emosional dan mati-mati percaya. Anwar tidak pula mengecam perbuatan mereka ini yang menyebabkan krisis terjadi dan salah faham berlaku.

Anwar pernah terlibat dalam pemerintahan negara. Tetapi bila kritikan terhadap Perlembagaan terjadi, dia tidak menyatakan pendirian. Bila hak istimewa orang Melayu dipertikai, Anwar begitu juga. Bila pandangan mufti dan ulama terhadap isu agama diberi, Anwar tidak memberi respons.

Apa maksud ingin mengadakan dialog nasional kalau isu-isu yang berbangkit berpunca daripada pembangkang? Menuduh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) membawa masuk 40,000 orang Bangladesh adalah suatu helah. Anwar tidak rasa bersalah dengan tuduhan itu.

Dialog harus bermula dengan niat yang jelas. Faham politik boleh berbeza tetapi asas-asas fundamental dalam negara berasaskan Perlembagaan harus didukung dan dihormati. Bila Perkara 3(1) dalam Perlembagaan yang memperuntukkan kedudukan dan kebebasan beragama ianya harus dipertahankan.

Orang lain jadi berani mempertikai asas-asas fundamental ini kerana pembangkang tidak mengambil sikap yang tegas dan jelas. Bila perpecahan di kalangan umat Islam terjadi, kenyataan sensitif di kalangan kelompok evangelis Kristian semakin menjadi-jadi. Anwar tidak berbuat apa-apa untuk meleraikan perkara pokok seperti beliau dalam ABIM dan kerajaan dulu.

Anwar harus terlebih dulu memperbetulkan sikap dan pendirian dalam banyak isu. Apa yang berlaku pada Anwar tidak seperti Anwar suatu ketika dulu. Ada ketika Anwar menjadi pragmatik kerana muslihat politik dan ada ketika menampilkan kecenderungan yang pelik dan menyebabkan imejnya tercalar.

Anwar berada dalam kepimpinan organisasi sejak awal 70-an. Sejak mengepalai demonstrasi di Universiti Malaya, memimpin ABIM, terlibat dengan kerajaan agak lama, mengepalai demonstrasi jalanan dan mengetuai pembangkang, pendirian Anwar tidak konsisten.

Cita-citanya untuk menjadi Perdana Menteri masih membara. Pilihan raya lalu tidak mengizinkan ianya berlaku. Penulis percaya Anwar tidak akan berdiam diri bermain dengan isu politik dan isu terakhirnya adalah mengajak orang yang dimusuhinya untuk berdialog dan bertanding sebagai DUN Kajang.

Bagi penulis, hasrat Anwar itu suatu muslihat politik. Anwar ingin menunjukkan kepada kerajaan dan dunia bahawa dia mampu mengembalikan keharmonian dan keamanan semula bukannya kerajaan yang ada pada hari ini.

Kerajaan tidak harus terjebak dengan perangkap yang dipasang oleh Anwar. Sekiranya Anwar ikhlas menyelesaikan masalah hubungan kaum dan agama, pakatan pembangkang boleh melakukannya.

Isu kalimah Allah tidak datang dari kerajaan atau pun UMNO. Keberanian kelompok evangelis Kristian mempertikai peruntukan Perlembagaan dan enakmen negeri tentu ada pihak lain di belakangnya. Keberanian setengah pihak mempertikai isu hak asasi manusia sehingga COMANGO kian lantang tentu ada perancangnya. Inilah isu sebenar yang harus diselesaikan oleh Anwar terlebih dulu sebelum dialog boleh terjadi.

Suara Politik
Belantan

PERAK BANGKIT - MENGGERAKKAN BELIA

Posted: 02 Feb 2014 11:07 PM PST

PERAK BANGKIT - MENGGERAKKAN BELIA


Apakah itu Quru' atau قروء ? Ianya berkaitan Menstrual Cycle - Marilah kita renungi dan fahami

Posted: 01 Feb 2014 12:16 PM PST

Kitaran Pusingan Haid
Maksudnya ialah Menstrual Cycle iaitu Pusingan Haid bagi perempuan. Dalam ayat Surah Al Baqarah, 2:228 - Allah menyebut barangsiapa (Wanita) yang DICERAIKAN hendaklah menunggu 3 kali Quru' sebelum boleh berkahwin dengan orang lain. Ini adalah standing procedure yang Allah tetapkan dan jika dilihat dalam konteks ayat ialah untuk memastikan TIADA Kandungan yang tertinggal dalam Rahim Wanita sebelum beliau bernikah semula KERANA Wanita (Yang Sah dalam Nikah) yang diceraikan sedang ada kandungan dalam Rahimnya - HARAM BERKAHWIN. Kecuali jika dia diserbatan... *faham-faham ajelah*... Huhu...

Bacalah seterusnya di:

APABILA WAHABI MASUK KE SUATU NEGERI - dia akan mengembangkan MATA Penduduknya MENENTANG PENJAJAHAN!

Posted: 01 Feb 2014 02:29 AM PST

Dan WAHABI pun DITAKUTI oleh bangsa-bangsa Penjajah, kerana APABILA WAHABI MASUK KE SUATU NEGERI - dia akan mengembangkan MATA Penduduknya MENENTANG PENJAJAHAN! Sebab FAHAM WAHABI ialah meneguhkan kembali AJARAN TAUHID yang MURNI!

Dan menghapuskan segala sesuatu yang membawa kepada SYIRIK. Jika membawa faham Jangan Usholli dan Jangan Baca Doa Qunut itu ialah Golongan Wahab BB. Sebab usaha perjuangan Tauhid ini; lalu timbullah perasan tiada tempat TAKUT selain Allah. Wahabi adalah penentang kepada JUMUD; iaitu memahami "agama" secara membeku atau RIGID!

Sejarah Awal Nusantara - Siapakah Ratu Simo, ketua Kerajaan Holing di Chopo?

Posted: 01 Feb 2014 12:47 AM PST

Ini adalah catatan Sejarah Orang di Benua China. Pada pertengahan kurun ke 7, terdapat sebuah Kerajaan bernama Holing. Dan nama negeri itu ialah Chopo. Yang menjadi rajanya pada waktu itu ialah Ratu Simo. Agama negeri itu ketika itu ialah Agama Buddha. Kisah ini berlaku di suatu kawasan di Nusantara. 

Apakah kerajaan Holing ini di negeri yang bernama Chopo dan ketuanya ialah Ratu Simo? Ianya menunjukkan lokasi di mana kini? Kisah ini dicatatkan pada garismasanya ialah pada pertengahan kurun ke 7 iaitu 600+++ Masehi. Iaitu selepas Wafat Nabi Muhammad SAW. 

Kisah Bugis Makassar - Merenung dan mengambil iktibar

Posted: 01 Feb 2014 12:37 AM PST

Belanda hanya melihat-lihat dan merenung-renung dan seterusnya MENGAMBIL KESEMPATAN di atas pertelagahan ini. Lalu Aru Palaka dimanjakan oleh Belanda. Yahudi Belanda menjadi pengadu domba. Mereka semua anak Bugis Makassar adalah orang-orang laut yang hebat. Jika Belanda nak melawan kesemuanya pastilah Belanda rabak musnah. Akan tetapi, Belanda guna taktikal adu domba.

Akhirnya Hasanuddin terdesak dan terjadilah Perdamaian Bongaya 1667. Raja-raja Bugis dan Makassar ini bukan orang-orang lain. Mereka bertali darah. Demikianlah juga rakyatnya. Kalau yang menyerang itu adalah saudaranya sendiri, suami adiknya, saudara sepupunya dan kadang-kadang anak atau ayahnya. Samalah sengketa kita UMNO, PAS dan PKR hari ini.
Bacalah seterusnya di:
http://kotalima.blogspot.com/2014/01/kisah-bugis-makassar-merenung-dan.html

Jangan bangga diri! Mengalah bukan beerti kalah

Posted: 01 Feb 2014 12:03 AM PST

Jika orang Jawa membusungkan dada berbangga dengan GAJAH MADA; maka Orang Srivijaya akan berkata bahawa yang mendirikan Candi BROBUDUR itu ialah seorang Raja Budhha dari Sumatera yang pernah menduduki Pulau Jawa.

Jika orang Jawa membanggakan Majapahit; maka orang Melayu akan membuka lagenda lamanya menyatakan Hang Tuah pernah mengamuk di Kraton Sang Prabu Majapahit dan tak ada satria Jawa yang berani menangkapnya.

Jika UMNO berbangga dengan KERAMATnya; maka PAS pula berbangga dengan Negara Islamnya dan PKR berbangga dengan Ketuanan Rakyat. Rupanya bangga membangga itulah menjadikan antara satu sama lain tak mahu mengalah. Mengalah bukan beerti Kalah.

Adakah bank berhak memegang atau menyimpan "Geran" kereta anda?

Posted: 31 Jan 2014 11:36 PM PST

Sekarang, dengan andaian kita mempunyai "sedikit" kelewatan dalam ansuran, tetapi belum lagi dikira suatu "tempoh kelewatan" bagi bank untuk menarik balik kereta kita di bawah AKTA SEWA BELI. 

Di bawah Akta tersebut, kelewatan mesti menjadi lebih daripada 2 bulan 21 hari dan kita berhadapan dengan suatu masalah iaitu - cukai jalan kita tamat tempoh ! Ya kita masih selamat kerana bank tidak boleh menyentuh kereta itu; akan tetapi, kita pasti terdesak mahu mendapatkan cukai jalan supaya kita boleh memandu dengan "aman" di jalan raya tanpa perlu menyelinap keluar dari polis atau JPJ.

Berita buruk ialah apabila kita berlari ke bank meminta mereka untuk pelepasan sementara "geran kereta" kita untuk memperbaharui cukai jalan. Mereka (pihak bank) ENGGAN melakukannya kecuali kita mengemaskini bayaran ansuran kita!

Pertama sekali, pihak bank harus tahu dan akui bahawa mereka tiada hak untuk memegang Title ("geran kereta") itu. Apa yang mereka nak takut pun? Hak pihak bank ke atas kereta itu sentiasa terjamin kerana ada sesuatu pengendorsan pada "geran tersebut" secara NYARING DAN JELAS menyatakan bahawa kereta adalah di bawah lien. Jadi tiada pemindahan boleh dibuat secara sah.

Baca selanjutnya di: 

PenangWasabi

Posted: 02 Feb 2014 09:35 PM PST

PenangWasabi


Kuasa mutlak Sultan Selangor?

Posted: 02 Feb 2014 07:33 AM PST


Pencalonan Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim untuk bertanding dalam pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang menjadi topik hangat di seluruh negara.

Keputusan itu menimbulkan pelbagai persepsi termasuk hasrat Anwar untuk menjadi Menteri Besar Selangor, namun persoalan yang sering diutarakan ialah adakah Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu layak dilantik memegang jawatan itu.

Bekas Hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Mohd. Noor Abdullah menerangkan bahawa Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah mempunyai kuasa mutlak dalam menentukan pelantikan individu yang layak menjadi Menteri Besar negeri itu.

Beliau berkata, kuasa itu diperuntukkan dalam Artikel 51, Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Selangor 1959.

"Sultan Selangor mempunyai kuasa mutlak dalam dua perkara dan boleh membuat keputusan tanpa perlu nasihat iaitu yang pertama dalam hal pemilihan Menteri Besar dan kedua, soal pembubaran Dewan Undangan Negeri.

''Dalam membuat keputusan menyentuh kedua-dua perkara itu, Sultan tidak perlu bertindak atas nasihat sesiapa,'' katanya kepada pemberita di Menara Felda di sini, baru-baru ini.

Jelas Mohd Noor, Sultan berhak untuk melantik seorang anggota DUN sebagai menteri besar yang menurut pertimbangan baginda mendapat keyakinan majoriti dewan dan syarat kedua, seorang Menteri Besar yang dilantik mestilah berketurunan Melayu dan beragama Islam.

Beliau berkata demikian dengan merujuk kepada Artikel 51 (1) serta berdasarkan Artikel 53 (2)(a); dan Artikel 51 (2) tertakluk kepada Artikel 53 (4) dalam Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Selangor 1959.

"Mengikut peruntukan tersebut, Raja atau Sultan bagaimanapun boleh melonggarkan syarat kedua menurut kuasa budi bicaranya bagi menepati syarat pertama," katanya.

Dalam erti kata lain, katanya, perlembagaan memperuntukkan kuasa berada di tangan rakyat dalam proses demokrasi di mana Sultan hanyalah merupakan pemerintah perlembagaan dan mempunyai kuasa melantik Menteri Besar berdasarkan undang-undang yang ditetapkan.

Bagaimanapun, katanya, Sultan tidak boleh memilih siapa yang disukai baginda untuk menjadi Menteri Besar kerana ia boleh ditafsir sebagai mencampuri urusan politik negeri.

"Kalau dalam kes Selangor, dua parti iaitu PAS dan PKR boleh mencadangkan nama calon yang sesuai dan jika ditolak, mereka mesti mencadangkan nama lain," katanya.

Namun, Mohd Noor berkata, calon yang dicadangkan itu mesti daripada parti yang menang dan dalam situasi di Selangor, misalnya, Sultan Selangor boleh menentukan sama ada calon itu pemimpin parti Pas atau PKR.

Dalam situasi sekarang, Mohd Noor berkata, DUN Selangor sudah bersidang dan katakan Anwar menang dalam pilihan raya kecil itu, maka boleh diusulkan di dewan, beliau dicalonkan jadi Menteri Besar.

"Menteri Besar sedia ada (Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim) menjadi MB atas perkenan Sultan untuk lima tahun. Kalau beliau hendak meletak jawatan sebelum lima tahun, beliau boleh menyerahkan surat peletakan jawatan kepada Sultan.

"Sekiranya beliau tidak mahu meletakkan jawatan, maka adakan usul undi tidak percaya terhadap beliau sebagai Menteri Besar dan (jika )usul (itu) menang, beliau kalah. Maka, beliau kena lepaskan jawatan," terang Mohd Noor.

Katanya, selepas melantik Menteri Besar, Sultan juga diperuntukkan kuasa untuk melantik Exco kerajaan negeri berdasarkan cadangan menteri besar.

Kepada persoalan sekiranya keputusan rayuan pihak pendakwaan terhadap kes liwat Anwar nanti berpihak kepada kerajaan, adakah ia akan menjejaskan peluang Anwar untuk bertanding, Mohd Noor berkata, ia tidak terjejas kerana Anwar masih boleh membuat rayuan di Mahkamah Persekutuan.

"(Namun), sesiapa sahaja yang akhirnya disabitkan oleh Mahkamah Persekutuan untuk satu kesalahan yang serius dan tuduhan itu adalah satu kesalahan yang serius, maka kerjayanya sebagai ahli politik atau profesion yang lain akan berakhir," jelasnya. - BERNAMA

Penang Wasabi..

GERAKAN ANTI PKR

Posted: 02 Feb 2014 09:13 PM PST

ANGIN PERUBAHAN

Posted: 02 Feb 2014 09:08 PM PST

ANGIN PERUBAHAN


Satay : Johan Raja Lawak Troll Anwar Ibrahim Di Radio #PRKkajang

Posted: 02 Feb 2014 08:05 PM PST

Video Rasis & Biadap : Teresa Kok Wajib Mohon Maaf

Posted: 02 Feb 2014 07:00 PM PST

Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal yang juga merupakan rakyat Sabah, melahirkan rasa kesal akan video Teresa Kok itu dan wajar diambil tindakan segera.

 Video itu turut memaparkan seorang tetamu yang mempersendakan masyarakat Lahad Datu, khususnya dalam menarik pelancong ke negara ini sempena Tahun Melawat Malaysia 2014.





Beliau berkata perasaan masyarakat di Sabah, khususnya di Lahad Datu, masih bersedih (berikutan insiden pencerobohan militan dari selatan Filipina di Kampung Tanduo tahun lepas). 
"Saya berharap sungguh agar tindakan diambil tentang perkara ini. Keselamatan di negara ini antara perkara yang cukup penting," katanya lagi. 
Beliau menjelaskan insiden pencerobohan militan itu, yang turut mengorbankan anggota keselamatan negara yang bukan sahaja berasal dari Sabah, tetapi juga dari Sarawak dan Semenanjung, tidak harus diperkecilkan dan dijadikan bahan gurauan. 
Dalam video yang dimuat naik dalam laman sesawang Youtube berdurasi 11:39 minit, seorang daripada tetamu dikenali sebagai Master Yan Yan berkata "you can travel to Sabah, where you get to see pirates, with a bonus show of kidnapping and scenes of open fire (anda boleh melancong ke Sabah dan berpeluang melihat lanun dengan pertunjukan bonus, penculikan dan babak tembakan)".

Baca selanjutnya.

Video Tangisan Rafizi Ramli Ini Akan Digunakan Untuk Pujuk Hati Orang Orang PAS #PRKkajang

Posted: 02 Feb 2014 05:28 PM PST



Rafizi Ramli menangis teresak esak untuk memujuk kembali hati orang orang PAS yang tidak bersetuju Anwar Ibrahim bertanding di Kajang. Ini semua lakonan politik. Tangisan yang sama pernah dibuat oleh Kit Siang sebelum PRU13. 

Tangisan Rafizi ini tiada apa apa pun nilai berbanding tangisan rakyat Kajang dan Selangor yang bakal tertipu nanti dengan seribu satu permasalahan nanti. 

Baru 9 bulan PRU13, sudah mahu buat PRK, inilah nilai demokrasi pada PRK. Mempermain mainkan demokrasi untuk kepentingan kuasa. Sudah dapat kuasa, mereka akan lupa pada rakyat. Itu sudah terjadi di Pulau Pinang, PAS tidak serik lagi?

Satay Kajang : Nasrudin Hassan Sindir Anwar Ibrahim?

Posted: 02 Feb 2014 07:54 AM PST



MCA Desak Teresa Kok Minta Maaf Terbitkan Video Biadap

Posted: 02 Feb 2014 03:00 AM PST


Khalid Ibrahim Arah Faekah Henti Perang Twitter #PRKkajang

Posted: 02 Feb 2014 01:00 AM PST


Admin Fan Page Manchester United Marah Pada Penyokong Sendiri?

Posted: 01 Feb 2014 10:19 PM PST



JURI RAKYAT

Posted: 02 Feb 2014 07:20 PM PST

JURI RAKYAT


10 Atlet Wanita Paling Seksi di Dunia

Posted: 02 Feb 2014 08:23 AM PST

Anda mungkin boleh tidak percaya nama Maria Sharapova tidak ada dalam daftar 10 besar atlet terseksi, Namun, Anda mesti percaya bahwa 10 atlet terseksi versi situs ini, yang dirilis pada 18 Januari 2012 memang cukup valid. Tidak hanya andal urusan olahraga, atlet-atlet ini akan membuat takjub siapa pun yang melihat keindahan tubuh mereka.

10. Tania Archer (Atletik)
Namanya mungkin tak terkenal di antara sederetan atlet cantik lain. Bibir sensual dan kulit eksotiknya adalah nilai tersendiri bagi sprinter ini. Selain itu, Tania juga cukup cerdas, jauh dari bayangan kebanyakan orang tentang seorang atlet olahraga cantik. Kata-kata mutiaranya yang terkenal adalah, "Perbedaan mimpi dan tujuan adalah cara mengejarnya."

9. Stacy Keibler (Gulat)
Mantan pegulat di WWE ini memiliki kaki belalang yang akan membuat alien sekalipun tunduk. Bahkan, di masa jayanya sebagai pegulat, Stacy Keibler selalu memuaskan penonton. Setiap naik ring, ia akan berhenti dan sedikit menunggingkan badannya sebelum melewatkan kaki di tali ring sehingga kebanyakan orang akan menahan napas, sambil berharap gerakan itu akan berhenti selamanya. Urusan wajah, kita mungkin tak akan bisa menyebut siapa yang lebih cantik dari Keibler.

8. Ana Ivanovic (Tenis)
Petenis Serbia ini sudah memenangi 11 gelar WTA. Kini, di usia 24 tahun, ia juga bisa mengembangkan karier di dunia model. FHM, Cosmopolitan, Sports Illustrated, adalah beberapa majalah yang sudah merasakan keuntungan berlipat berkat memajang tubuh seksinya sebagai kover.

7. Lauryn Eagle (Tinju)
Dengan rambut coklat dan tatapan sensual, Lauryn Eagle bisa mencari pekerjaan selain olahraga awalnya, petinju profesional. Dan, hal ini memang dilakukan Eagle. Setelah sibuk dengan urusan baku hantam, ia tampil di olahraga yang memanjakan mata pria, lingerie football.

6. Kim Glass (Voli)
Kimberly Marie Glass yang lahir tahun 1984 memiliki tubuh atletis dan kulit eksotis. Ia menjadi salah satu ikon penting ketika Amerika Serikat meraih medali perak di Olimpiade Beijing.

5. Leryn Franco (Atletik)
Leryn Franco adalah runner-up Miss Universo Paraguay 2006. Atlet lempar lembing ini memang lebih terkenal karena kecantikan daripada prestasinya. Dari segi posisi di bleacherreport, Leryn Franco mengalami penurunan. Tahun 2010, ia dinobatkan sebagai yang terseksi sejagat. Namun, kini ia mesti mental di peringkat lima.

4. Shanelle Loraine (Biliar)
Biliar sering dianggap sebagai olahraga negatif. Demikian pula bagi para wanita jika suami atau kekasihnya melihat Shanelle Loraine. Perempuan kelahiran Jepang ini mempunyai bentuk tubuh yang akan membuat lelaki mana pun sungkan berpaling.

3. Malia Jones (Selancar)
Malia Jones, perempuan yang sudah berkepala tiga, namun tetap diakui keseksiannya. Ia sudah tampil di berbagai majalah kenamaan dunia. Sebut saja Esquire dan Sports Illustrated. Yang unik, Malia Jones juga merupakan konsultan ahli untuk film Lilo & Stich.

2. Niki Gudex (Balap Sepeda)
Niki Gudex yang kelahiran 1978 memang sudah cukup tua. Namun, pebalap sepeda gunung ini tak kalah cantik daripada rekan-rekan yang jauh di bawah usianya. FHM mencantumkannya dalam daftar 100 wanita terseksi dalam 5 tahun berturut-turut sejak 2002. Yang menarik, Gudex memiliki pekerjaan sampingan di luar olahraga, yaitu model dan desainer grafis.

1. Alana Blanchard (Selancar)
Tak terbantahkan lagi, Alana Blanchard memang layak dinobatkan sebagai atlet terseksi. Didukung rambut pirang dan wajah yang tak kalah bersaing dengan Miss Universe sekalipun, Alana Blanchard memiliki segalanya untuk menaklukkan pria. Masalah prestasi, perempuan kelahiran 1990 ini menduduki peringkat pertama di 5 lomba selancar yang digelar sepanjang tahun 2007  

Baca Juga Informasi Menarik Lainnya di : http://www.hulubot.com/

BERANI MEMBUAT PILIHAN...

Posted: 02 Feb 2014 03:10 PM PST

BERANI MEMBUAT PILIHAN...


Seluar dalam isteri pemain bola sepak kantoi di restoran

Posted: 02 Feb 2014 03:05 PM PST

Gambar hiasan
Isteri pemain sepak bola Inggeris Gerrard, Alex Curran mengalami saat memalukan ketika makan malam bersama temannya di sebuah restoran.

Istri Steven Gerrard ini kelihatan tampil menawan dan seksi, namun high heels yang dia kenakan membuat tubuhnya tidak stabil.

Ketidakselesaaan tersebut menyebabkan Alex menanggalkan kasutnya dan hanya berkaki ayam. Dan ketika menanggalkan kasutnya secara tidak sengaja ada kamera yang sedang menanti untuk mengambil gambarnya.

Secar tidak sengaja seluar kulit ketat yang dipakainya sedikit tertarik ke bawah, hingga membuatkan seluar dalam hitam berenda atau g-stringnya terlihat dengan jelas.
Alex Curran
Meski melangkau usia lewat 30 an dan memiliki dua anak, Alex tetap memiliki keseksian yang menggoda. Untuk menjaga kesihatan tubuhnya, istri kapten Liverpool ini sering berjogging.

Wan Nor Azlin, gaunnya makin singkat dan seksi!

Posted: 02 Feb 2014 06:02 AM PST

Mutakhir ini semakin ramai artis kita bertudung. Kalau dulu terdedah sana-sini, kini sudah menutup aurat malah sering menyertai majlis ilmu. Sha tabik hormat dengan rakan artis yang berhijrah. Golongan ini wajar jadi ikutan anak muda.

Di sebalik perubahan positif itu ada juga perkembangan sebaliknya. Kalau dulu bertutup litup sekarang tudung pun sudah melayang, kain yang labuh semakin singkat.

Aduh, tepuk dahi!

Minggu lepas, ada teman terserempak dengan Wan Nor Azlin di lokasi penggambaran drama Tesis Terakhir untuk RTM. Tak berkelip biji matanya melihat perubahan ketara pelakon yang pernah popular satu ketika dulu.

Kalau tak bertudung rasanya semua orang sudah sedia maklum tetapi apa yang lebih mengejutkan, dia memakai gaun paras lutut.

Dalam drama itu, dia pegang watak ibu dan tidak perlu pun tampil seksi. Ketika itu Wan Nor Azlin bergegas mahu ke lokasi penggambaran drama Persis Bidadari terbitan Suhan Movies & Trading untuk TV9. Biarpun tergesa-gesa, dia masih sempat bertegur sapa dengan kru di situ.

Sampai ke hari ini, kawan Sha masih tertanya-tanya kenapa pelakon kesayangannya itu berubah begitu sekali. Apa sudah berlaku sehingga semakin singkat pakaiannya?

Sebagai pengikut setia Wan Nor Azlin, dia lebih suka dengan gaya pelakon itu yang cukup manis sebelum ini. Itu lebih molek dipandang. Kalau perubahan itu ada kaitan dengan kerja, ia sesuatu yang mengecewakan.

Alasan sukar mendapat watak andai bertudung dan memakai ikut syariat tidak lagi relevan kerana kita ada stesen TV yang mewajibkan wanita menutup aurat. Dengan syarat itu, banyak syarikat produksi berlumba menerbitkan drama serta telefilem Islamik.

Maka peluang terbuka luas, cuma kenalah rajin mencari ruang. Tidak dinafikan masih ada pengarah dan penerbit pandang pelakon bertudung sebelah mata tetapi majoriti sudah berfikiran terbuka. Soal bertudung atau tidak bukan lagi isu kerana apa yang perlu lebih dipentingkan adalah bakat.

Kalau lakonan bagus, letaklah di mana pasti boleh hidup. Cuma, janganlah goyang kaki tunggu tawaran sebaliknya rajin-rajinlah mencari peluang. Ringankan mulut bertanya, pasti ada yang hulurkan tawaran.

CAK@Hmetro

Anwar hanya layak untuk Exco di S'ngor - PAS

Posted: 02 Feb 2014 04:01 AM PST

KOTA BHARU - Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim didakwa tidak akan dilantik sebagai Menteri Besar Selangor sebaliknya akan menjawat jawatan sebagai Exco sekiranya memenangi PRK Dun Kajang.

Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Khalid Samad berkata, selaku Adun ataupun Exco, Anwar boleh mengadakan pertemuan dengan pegawai Kerajaan Negeri dan memberi penjelasan berkaitan sesuatu isu berbangkit sekiranya mempunyai jawatan dalam Kerajaan Selangor.

"Saya difahamkan pilihan raya adalah untuk memperkukuhkan saf kepimpinan di Selangor dengan penglibatan Anwar paling kurang sebagai Adun. Paling maksimum pun sebagai Exco.

"Persoalan untuk menjawat jawatan menteri besar, beliau (Anwar) tidak berhak menentukan seorang diri. Lebih daripada itu Anwar perlu rujuk dan mendapat persetujuan ketiga-tiga parti," katanya semasa Diskusi Demokrasi di Malaysia anjuran Kerajaan Negeri Kelantan, di sini, hari ini.

Selain Khalid, bekas Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah turut menjadi panel yang dipengerusikan Pensyarah Politik, Prof Madya Datuk Dr Mohamaad Agus Yusoff.

Khalid yang juga Ahli Parlimen Shah Alam berkata, PKR dan Anwar menyedari bahawa terdapat usaha agresif dari pihak BN merampas Selangor seperti terjadinya isu rampasan Bible yang melibatkan jabatan agama negeri itu.

"Beliau (Anwar) ada pengalaman, sebagai Adun atau Exco. Beliau boleh berjumpa dengan pegawai yang terlibat dan memberikan penjelasan. Sekarang ini kalau beliau nak turun tak ada 'locus standi' (hubungan kuat), beliau bukan sebahagian dari pentadbiran kerajaan negeri Selangor, ia boleh membantu, bagi saya sebagai pemimpin Pas Selangor tidak ada ruginya,

"Bagaimanapun persoalan jawatan menteri besar ditimbulkan hanya untuk menakutkan orang ramai khususnya bukan Melayu dengan menggunakan isu, kalau nak kekal (Tan Sri) Abdul Khalid Ibrahim sebagai menteri besar, tentukan Anwar kalah, mereka (BN) menjadikan Abdul Khalid sebagai ikon pula," katanya.

Dalam pada Saifuddin menyifatkan tindakan PKR itu tidak salah dari sudut demokrasi, malah ia turut dilakukan oleh Umno pada 1997 bagi mengantikan bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Muhammad Muhammad Taib.

Bagaimanapun, katanya apa yang membezakan kedua-dua polimik itu adalah Umno sudah jelas menyatakan tujuan PRK itu adalah untuk membawa masuk peneraju baru, tidak seperti apa yang dilakukan oleh PKR kini.

"Memang kita tahu (Tan Sri) Muhammad Taib letak jawatan. Manakala Datuk Abu Hassan Omar beliau orang Selangor dan kita tahu kalau menang dalam PRK akan ganti Muhammad Taib sebagai menteri besar, sama ada membazir atau tidak itu isu berlainan, kita kena melaluinya kerana ia adalah sistem," katanya lagi.

Video Malay Siii (Melayu Sial) dari Teresa Kok...

Posted: 02 Feb 2014 01:16 AM PST

DAP MP for Seputeh Teresa Kok and her friends produce another Chinese New Year (CNY) greeting video clip for 2014. This time she plays a TV Feng Shui show host and she interviews three Feng Shui masters on the fortune of Malaysia in the Year of Horse.

Video hasutan Teresa Kok sangat bahaya, tindakan perlu diambil

Posted: 01 Feb 2014 11:39 PM PST

KOTA KINABALU: Tindakan perlu diambil ke atas anggota Parlimen Seputeh di Selangor Teresa Kok berhubung video berbaur sindiran sempena Tahun Baharu Cina yang diterbitkannya baru-baru ini, kata Menteri Kemajuan Luar Bandar Dan Wilayah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal.

Sambil melahirkan rasa kesal terhadap tindakan anggota Parlimen itu, Mohd Shafie berkata video bertajuk 'Onderful Malaysia' turut memaparkan seorang tetamu yang mempersendakan masyarakat Lahad Datu, khususnya dalam menarik pelancong ke negara ini sempena Tahun Melawat Malaysia 2014.

Beliau berkata perasaan masyarakat di Sabah, khususnya di Lahad Datu, masih bersedih (berikutan insiden pencerobohan militan dari selatan Filipina di Kampung Tanduo tahun lepas).

"Saya berharap sungguh agar tindakan diambil tentang perkara ini. Keselamatan di negara ini antara perkara yang cukup penting," katanya kepada pemberita pada majlis rumah terbuka Tahun Baharu Cina anjuran Parti Liberal Demokratik (LDP) di sini hari ini.

Beliau menjelaskan insiden pencerobohan militan itu, yang turut mengorbankan anggota keselamatan negara yang bukan sahaja bnerasal dari Sabah, tetapi juga dari Sarawak dan Semenanjung, tidak harus diperkecilkan dan dijadikan bahan gurauan.

Dalam video yang dimuat naik dalam laman sesawang Youtube berdurasi 11:39 minit, seorang daripada tetamu dikenali sebagai Master Yan Yan berkata "you can travel to Sabah, where you get to see pirates, with a bonus show of kidnapping and scenes of open fire (anda boleh melancong ke Sabah dan berpeluang melihat lanun dengan pertunjukan bonus, penculikan dan babak tembakan)". - BERNAMA

Adun #Kajang letak letak jawatan memang dirancang, so what?

Posted: 01 Feb 2014 09:37 PM PST

BUKIT MERTAJAM - Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata parti-parti sekutu dalam pakatan pembangkang memang telah membuat perancangan untuk mengosongkan kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun) Kajang bagi memberi laluan kepadanya bertanding di kawasan itu.

Beliau berkata peletakan jawatan Adun Kajang, Lee Chin Cheh pada 27 Januari lepas juga dilakukan menerusi rundingan terlebih dahulu, dan bukan secara mengejut.

"Dia (Chin Cheh) meletak jawatan itu bukan tanpa rundingan. Dia letak (jawatan sebagai Adun) itu memang nak bagi ruang kepada saya untuk bertanding. Kerajaan negeri Selangor juga mengetahui tentang perkara itu.

"Dalam politik kena ada kejutan, dan ini (peletakan jawatan Chin Cheh) dianggap sebagai satu strategi kita (Parti Keadilan Rakyat - PKR)," katanya kepada kira-kira 200 ahli jawatankuasa cabang Angkatan Muda Keadilan (AMK) dan cabang wanita di Yayasan An Nahdoh, Kubang Semang di sini, malam tadi.

Anwar juga mengakui bahawa kerajaan negeri Selangor memang berhadapan dengan masalah dalaman tetapi ia dalam keadaan terkawal.

"Walaupun kerajaan negeri Selangor ditadbir dengan baik dari aspek urusan ekonomi, tetapi masalah gereja dan bible merupakan masalah yang paling berat di Selangor, jadi saya perlu bantu untuk selesaikan masalah itu," katanya.

Anwar juga berkata beliau akan membuat penjelasan secara terperinci mengenai hasratnya bertanding di Dun Kajang Isnin ini, di Kajang bersama Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali.

Chin Cheh memenangi kerusi itu pada pilihan raya umum Mei lepas dengan majoriti 6,824 undi dalam pertembungan enam penjuru dengan BN, Berjasa dan tiga calon bebas. -Bernama

PRK kuatkan demokrasi, harus digalakkan - PKR

Posted: 01 Feb 2014 09:01 PM PST

Penggunaan Pilihan Raya bagi mendapatkan kelebihan politik 'menguatkan demokrasi' sepatutnya digalakkan kata Naib Presiden PKR N Surendran.

Beliau berkata menjadi hak kepada parti politik untuk kembali kepada rakyat sebagai sebahagian strategi politik mereka sama ada melalui pilihan raya kecil (PRK) atau pilihan raya umum (PRU).

"Banyak kritikan (yang diberi) adalah spontan, tidak kuat dan menunjukkan kurangnya pemahaman politik parti dan pilihan raya," kata Surendran dalam kenyataan hari ini.

Pengumuman PKR Selasa lalu bahawa Ketua Umum Datuk Seri Anwar Ibrahim akan bertanding di Kajang selepas peletakan jawatan Lee Chin Cheh mendapat kritikan banyak pihak yang mendakwa parti itu memanipulasikan pilihan raya untuk berkuasa.

"PRK adalah cara yang baik untuk rakyat menunjukkan pendapat mereka. Strategi PRK yang dilakukan dengan teratur menguatkan lagi demokrasi.

"Para pengkritik 'gerakan Kajang' gagal melihat demokrasi moden tidak mampu berfungsi secara berkesan tanpa desakan dan gerakan parti politik bagi mencari kelebihan. Kelebihan politik ini dicari melalui pelbagai kaedah yang dibenarkan termasuk PRK," kata beliau.

Surendran yang juga ahli Parlimen Padang Serai dan seorang peguam berkata Artikel 51 Perlembagaan Persekutuan turut ditulis bagi membenarkan PRK sebagai strategi kerana ia membenarkan seorang wakil rakyat meletak jawatan tanpa syarat dan kelayakan.

"Memaksa PRK sebagai strategi politik ini turut diamalkan di banyak negara demokrasi matang.

"Pada tahun 2008, ahli Parlimen UK David Davis meletakkan Jawatan di House Of Commons bagi memaksa satu PRK diadakan bagi memfokus perhatian terhadap kebebasan awam.

"Dan pada tahun 1986, semua wakil rakyat Unionist meletakkan jawatan dari Parlimen UK sebagai strategi politik," kata beliau.

Gadis kudung diperkosa rakan lelaki

Posted: 01 Feb 2014 08:02 PM PST

KUALA PILAH – Seorang gadis orang kurang upaya (OKU), menjadi mangsa pemuas nafsu rakan lelakinya apabila diajak bermalam di rumahnya di Kampung Gunung Pasir, Seri Menanti dekat sini.

Mangsa, 15, yang kudung pergelangan tangan kiri sejak dilahirkan dirogol pada 5 September tahun lalu di rumah suspek berusia 20 tahun.

Ketua Polis Daerah Kuala Pilah, Superintendan Azmi Abdul Rahim berkata, adik mangsa menyedari kakaknya keluar bersama suspek kira-kira jam 1.30 pagi pada 5 September lalu selepas suspek menjemputnya di rumah.

"Kemudian kakaknya pulang ke rumah pada 6 September kira-kira jam 8.30 malam selepas dihantar suspek.

"Adik lelakinya yang curiga melihat situasi itu, telah mendesak mangsa menceritakan apa yang berlaku. Mangsa mengaku mereka telah melakukan hubungan seks ketika bermalam di rumah suspek," katanya.

Mangsa kemudiannya membuat laporan di Balai Polis Seri Menanti pada 6 September.

"Suspek yang merupakan seorang penganggur melarikan diri sejak sebulan lalu selepas mengetahui mangsa membuat laporan polis.

"Bagaimanapun suspek berjaya ditangkap pada 21 Januari lalu, jam 5 petang di rumahnya, di Kampung Gunung Pasir, dan semasa pemeriksaan suspek gagal menunjukkan kad pengenalannya" katanya.

Atas kesalahan itu, suspek dituduh di Mahkamah Majistret Kuala Pilah atas kesalahan gagal menunjukkan kad pengenalan semasa pemeriksaan polis mengikut peraturan 25(1) PPPN 1990 pada 28 Januari lalu.

"Pada 29 Januari, suspek dituduh di Mahkamah Seksyen Kuala Pilah atas kesalahan merogol mangsa untuk dua pertuduhan kerana merogol sebanyak dua kali pada masa berlainan di tempat yang sama," katanya.

Bagaimanapun, suspek tidak mengaku bersalah atas kesemua pertuduhan dan diikat jamin sebanyak RM11,000.

Paksa bogel lepas samun

Posted: 01 Feb 2014 07:11 PM PST

Gambar hisan
Ledang: Seorang penjaja makanan ringan warga Thailand berdepan detik mencemaskan apabila dia bukan saja disamun, malah dipaksa berbogel sebelum ditinggalkan di Kampung Padang Lalang, dekat sini, Khamis lalu.

Pemangku Ketua Polis Daerah Ledang Deputi Superintendan Mohamad Salleh Abd Razak berkata, dalam kejadian pada jam 1 tengah hari itu, lelaki berusia 20-an itu sedang berniaga di bandar Tangkak, di sini sebelum didatangi seorang lelaki yang kononnya mahu mendapatkan perkhidmatan urutan untuk rakannya.

Kata Mohamad Salleh, mangsa yang turut mencari nafkah mengambil upah mengurut tidak mengesyaki apa-apa lalu bersetuju mengikut lelaki berkenaan menemui rakannya.

"Mangsa membonceng motosikal lelaki itu dan dibawa ke satu lokasi di kampung berkenaan.

"Bagaimanapun, apabila tiba di tepi belukar di kampung berkenaan, suspek memberhentikan motosikal dan seorang rakannya yang menunggu di dalam semak terus keluar dari tempat persembunyian.

Kamera intip dalam tandas wanita Hospital Bentong dikesan

Posted: 01 Feb 2014 06:01 PM PST

Gambar hiasan
Kuantan: Tindakan tidak bertanggungjawab pihak yang meletakkan tiga kamera tersembunyi berbentuk penyangkut baju dan kotak hitam berukuran kira-kira 10 sentimeter di tandas kakitangan wanita Hospital Bentong, baru-baru ini, berkemungkinan didalangi orang dalam.

Pengarah Kesihatan Negeri Datuk Dr Norhizan Ismail berkata, tandas berkenaan yang berada di bahagian unit rawatan kecemasan hanya boleh digunakan oleh kakitangan hospital saja malah orang awam tidak dibenarkan sama sekali memasukinya bagi mengelak kesesakan atau mengganggu privasi doktor atau jururawat yang bertugas.

Katanya, perbuatan meletakkan kamera di bawah sinki dan berbentuk penyangkut baju disedari apabila seorang kakitangan wanita hospital ternampak cahaya merah seolah-olah sedang merakam gambar.
"Kita tidak menolak ada pembabitan daripada orang dalam berikutan tandas itu hanya boleh digunakan oleh kakitangan wanita saja manakala orang awam tidak dibenarkan.

"Kami menyerahkan kepada polis untuk melakukan siasatan terperinci dan sekiranya didapati ada kakitangan hospital berkenaan terbabit, pihak kami akan mengambil tindakan tegas," katanya, ketika dihubungi di sini, semalam.

Sebelum ini, seorang kakitangan hospital berkenaan menjumpai tiga kamera tersembunyi berbentuk penyangkut baju dan kotak hitam berukuran kira-kira 10 Sentimeter di tandas kakitangan wanita sekali gus mengundang pelbagai persoalan masyarakat seterusnya menjadi perbualan hangat di laman sosial.
Antara pihak yang menyebarkan perkara itu adalah badan pemantau jenayah, MyWatch, menerusi twitternya turut berkongsi gambar yang dimuat naik seorang individu dipercayai kakitangan hospital itu menerusi akaun Facebooknya.

PKR S'ngor banyak masalah, Khalid perlu dibantu - DS Anwar

Posted: 01 Feb 2014 05:01 PM PST

PERMATANG PAUH 2 Feb. - Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengakui wujud pelbagai masalah di Selangor yang gagal diselesaikan Kerajaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) sehingga beliau membuat pertimbangan untuk bertanding di Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang.

Anwar berkata, pelbagai masalah besar bertumpu di negeri itu nembabitkan isu kalimah Allah, gereja dan masalah air yang berlarutan selama lima hingga enam tahun dan tidak dapat diselesaikan.

"Dari aspek ekonomi memang bagus tetapi ada yang tidak selesai. Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menghadapi tekanan yang tinggi dan saya perlu bantu beliau.

"Saya akui masalah dalaman memang wujud dan cuba diselesaikan," katanya dalam ceramah di sini malam tadi.

Ceramah berkenaan dihadiri kira-kira 200 orang penyokong PKR dan diadakan bagi memberi penjelasan tentang keputusan beliau bertanding di DUN Kajang.

Sementara itu, dalam sidang akhbar, ketika ditanya tentang kenungkinan Sultan Selangor tidak akan memperkenan beliau sebagai Menteri Besar Selangor jika menang , Anwar meminta supaya Sultan Selangor tidak dilibatkan dalam pergelokan politik. - UTUSAN ONLINE

Seksi dan Kristian 'totok' tak halang Aliza Kim pilih Islam

Posted: 01 Feb 2014 04:01 PM PST

Kuala Lumpur: Dulu dia gemar mengunjungi parti sosial dan bergambar seksi sesuai dengan statusnya sebagai bekas model antarabangsa, tetapi siapa sangka gadis jelita yang juga anak seorang paderi ini beroleh hidayah untuk memeluk Islam sejak tahun lalu.

Itulah kehidupan baru Aliza Kim, 20-an, model kelahiran Oklahoma, Amerika Syarikat berdarah Thailand yang kini menetap di negara ini sejak enam tahun lalu.

Sebagai anak tunggal dan dibesarkan dengan ajaran Kristian sempurna oleh bapa bergelar paderi, Aliza berkata, dia perlu mengambil berat perasaan kedua-dua ibu bapanya sebelum mengumumkan menganut Islam.

Berikutan itu, dia mengambil masa setahun untuk membuktikan kasih sayang sebagai anak kepada ibu bapa sebelum mengisytiharkan pengislamannya kepada masyarakat dan keluarga, Januari lalu.

"Sebelum memaklumkan mereka mengenai status Islam, terlebih dulu saya memberitahu bahawa diri sedang mempelajari Islam dan tiada sebarang bantahan daripada mereka.

"Bapa seorang lelaki yang baik dan taat kepada agama, pernah terlintas di fikiran saya bahawa sukar untuk berterus-terang kepadanya. "Temujanji antara anak dan bapa di Melaka, tahun lalu, memberi peluang kepada saya untuk membuktikan diri masih anak yang mereka sayangi sejak kecil. Kasih sayang itu tidak akan berubah.

"Semestinya pengakuan saya membuatkan mereka bersedih, namun bapa berfikiran terbuka dan mereka menerimanya dengan hati terbuka.

"Pesanan mereka sekiranya Islam memberi ketenangan dan harapan, saya diberi kebebasan untuk meneruskan pilihan itu," kata Aliza ketika ditemui pada majlis Hijab Event 2014, Taman Tasik Titiwangsa, sempena Hari Hijab Sedunia, semalam.

Wanita ini mengakui memiliki alasan kukuh merahsiakan dulu status pengislamannya, termasuk persediaan menjadi Muslimah sejati secara luaran mahupun dalaman dan penerimaan ibu bapanya.

"Sebelum saya umumkan kepada khalayak ramai, saya perlu membuat persediaan awal.

"Saya ingin memakai pakaian menutup aurat, berhijab bukan sekadar menutup rambut, bahkan hati dan fikiran saya.

"Perjalanan saya bergelar Muslimah bermula dengan pembacaan dan kajian untuk mencari ketenangan sebenar dalam hidup. "Jika saya mengumumkan pengislaman ini lebih awal namun tidak memiliki ciri-ciri wanita Muslimah sama ada pemakaian, pemikiran mahupun percakapan, mungkin ada yang menganggap ia mainan dan penghinaan kepada Islam sendiri.

"Saya ingin menjadi Muslimah sejati, di dalam mahupun di luar," katanya yang kini giat menghasilkan buku panduan Islam kepada saudara baru dengan cara lebih mudah.
Berkongsi cerita penghijrahannya, Aliza yang kini aktif menghadiri kelas agama setiap hujung minggu ini mengakui perjalanan mencari kebenaran bermula apabila kehidupan peribadinya berdepan krisis besar, termasuk gemar menyertai parti sosial dan bergambar seksi dalam dunia fotografi.

"Selepas enam bulan hidup dengan cara itu, saya mula bosan dan kekosongan jiwa belum diubati. Kemudian, saya menyesal dan berhasrat untuk kembali kepada ajaran agama.

"Saya tinggalkan semua aktiviti itu dan mendekatkan diri kepada Tuhan dengan harapan dapat menemui ketenangan sebenar.

"Berniat mencari agama dan ajaran sebenar, saya mengunjungi banyak gereja serta membuat kajian mendalam sejak 2012.

"Namun pencarian itu belum memenuhi kekosongan jiwa. Lantas saya mula mengkaji agama dan ajaran yang dibawa golongan nabi termasuk Muhammad, Isa dan Musa.

"Saya percaya nabi tidak akan sekali-kali melakukan kesilapan," katanya sambil mengakui teman menyarankan supaya mengkaji Islam.

Sepanjang pembacaannya mengenai Islam terutama kisah nabi, Aliza mengakui lebih mudah memahami kerana dia turut mempelajarinya dalam Bible.

Aliza berkata, dia tertarik dengan sistem dan penstrukturan Islam dalam aspek kehidupan seperti bersolat, makan, pakaian mahupun bercakap.

"Apabila kita ikhlas mencari Allah, Dia akan datang kepada kita. Kemudian, saya mencari kebenaran mengenai satu Tuhan, bukan saja Islam, Kristian mahupun Yahudi, bahkan agama lain.

"Saya membaca 12 buku dan setiap buku itu membawa saya kepada pencarian dan pengetahuan baru mengenai kebenaran.

"Saya berasakan ia adalah aturan sempurna ditetapkan Allah untuk saya melihat kebenaran.

"Apabila difikirkan semula, secara ikhlas saya yakin sebenarnya kebenaran yang menemui saya," kata lulusan Sarjana Perniagaan Antarabangsa ini.

Disoal masih merindui dunia peragaan, Aliza berkata, pekerjaan itu dilakukan bukan untuk mengejar populariti, sebaliknya mencari pendapatan menampung kehidupannya.

Aksi panas undang kontroversi

Posted: 01 Feb 2014 03:14 PM PST

Komissioner perlawanan, Zainal Mukri mengadakan sidang akhbar berhubung penangguhan perlawanan antara JDT dan T-Team di yang hanya berlangsung selama 45 minit, malam tadi.
JOHOR BAHRU - Aksi pusingan kedua Piala FA antara Pasukan Johor Darul Ta'zim (JDT) menentang T-Team di Stadium Tan Sri Haji Hassan Yunos, Larkin terpaksa ditangguhkan gara-gara keseluruhan pasukan T-Team membuat keputusan tidak mahu turun ke padang bagi memulakan separuh masa kedua perlawanan.

Tindakan pasukan pelawat bertindak demikian ekoran berlaku pertelingkahan di antara jurulatih kecergasan T-Team dengan pengendali pasukan JDT, Cesar Fernando Jimenez yang mendapat campur tangan pemain serta pihak pengurusan pasukan selepas tamat separuh masa pertama ketika mahu memasuki bilik persalinan.

Ketika permainan tamat di babak pertama, JDT mendahului T-Team dengan jaringan 2-1 melalui Luciano Figueora pada minit ke-16 dan 21 manakala gol tunggal T-Team dijaringkan Mohd. Marzuki Yusof.
Pemain JDT, Pablo Aimar (kiri) dan Luciano Figueroa duduk di tengah padang selepas pasukan T-Team enggan meneruskan permainan separuh masa kedua dalam aksi Piala FA di Larkin, Johor Bahru malam tadi. - MINGGUAN/RAJA JAAFAR ALI
Menurut Komissioner Perlawanan, Zainal Mukri, pihaknya belum mendapat laporan rasmi secara bersurat daripada pasukan T-Team apakah punca kejadian berkenaan dan terpaksa membuat keputusan menangguhkan perlawanan selepas menunggu lebih daripada setengah jam

"Kami akan menghantar laporan rasmi perlawanan kepada Jawatankuasa Pertandingan Tempatan (JKPT FAM) dan mereka akan memutuskan sama ada perlawanan akan diteruskan dengan jumlah jaringan setakat ini," katanya ketika ditemui selepas perlawanan dibatalkan, semalam.

Seawal minit pertama, JDT bertali arus menyerang pasukan pelawat dan akhirnya berjaya membolosi gawang pihak lawan pada minit ke-16 melalui jaringan pemain dari Argentina, Figueroa yang menguis masuk sepakan percuma rakan senegara, Pablo Aimar.

Berselang lima minit, Figueroa yang merupakan bekas pemain kelab Greece, Panathinaikos menggandakan kelebihan buat Harimau Selatan setelah menanduk masuk hantaran menarik Aimar pada minit ke-21.

T-Team dihadiahkan sepakan percuma setelah Evaldo Rodrigues dikasari ketua pasukan JDT, Baihakki Khaizan pada minit ke-27 dan mereka berjaya merapatkan kedudukan melalui rembatan jarak jauh ketua pasukan T-Team, Mohd. Marzuki Yusof.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Sukan/20140202/su_03/Aksi-JDT-T-Team-panas#ixzz2s7Bwyy5h
© Utusan Melayu (M) Bhd

Apa Yang Tersirat

Posted: 02 Feb 2014 01:30 PM PST

Apa Yang Tersirat


PRK Kajang: Pemimpin Anugerah Tuhan Mahu Selesaikan Isu Bible, Kalimah Allah dan Air Di Selangor

Posted: 02 Feb 2014 02:23 AM PST

Pemimpin Anugerah Tuhan berkata, antara sebab mengapa beliau minta DUN Kajang dikosongkan dan beliau bertanding di kawasan itu, kerana mahu menyelesaikan isu bible, kalimah Allah dan air di Selangor.

Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim memang berjaya dalam soal meningkatkan ekonomi Selangor, namun gagal menyelesaikan tiga isu itu, dan ianya berlarutan lebih enam tahun. Atas sebab, tiga masalah itu, hanya boleh diselesaikan oleh pemimpin anugerah tuhan, pemimpin bertaraf dunia dan political animal (mahkluk politik).

Duke of UMNO

Posted: 02 Feb 2014 01:21 PM PST

Duke of UMNO


BUAT SAHABAT-SAHABAT DI SABAH & SARAWAK...

Posted: 02 Feb 2014 06:33 AM PST

Semalam saya dapat cerita dari seorang sahabat dari Sarawak yang mengadu tentang sentimen terkini yang makin hangat diperkatakan di sana...

Katanya, rakyat Sarawak sedang hangat memperkata tentang sentimen "anti-Kristian" dan "anti-Borneo", khususnya berkaitan penggunaan kalimah "Allah". Perkara ni turut dapat perhatian Pak-Pak Menteri dari Sarawak seperti Tan Sri James Masing...

Betul ke kita "anti-Kristian"? Betul ke kita "tak suka orang Sabah & Sarawak"? Jom kita cerita sikit...



Terus terang saya katakan, saya tidak anti-Kristian. Saya tak larang pun orang Kristian nak amalkan agama depa di Semenanjung, apatah lagi di Sabah & Sarawak.

Cuma, ada sedikit perbezaan antara Semenanjung jika dibandingkan dengan Sabah & Sarawak dari sudut amalan beragamanya. Itu termaktub dalam perlembagaan...

Contohnya, Islam diberikan hak keistimewaan di Semenanjung dan agama lain tak boleh pertikai keistimewaan tu. Agama lain juga tak boleh sebarkan agama mereka pada umat Islam. 

Tapi di Sabah & Sarawak, perkara tu dikecualikan. Itu memang termaktub masa Sabah & Sarawak nak masuk Malaysia dulu. Jadi, di Sabah & Sarawak, mana-mana agama pun bebas untuk berdakwah sama ada Kristian, Islam dan lain-lain agama...faham, kan?

Jadi, bila menyentuh tentang isu kalimah "Allah", maka ia juga sama dengan contoh di atas. Ia tidak dibenarkan di Semenanjung, tapi dibenarkan di Sabah & Sarawak. 

Justifikasinya mudah, ia adalah kerana majoriti di Semenanjung adalah beragama Islam dan di kepulauan Borneo ramai pula yang beragama Kristian. Adil dan kena pada tempatnya, bukan? Tiada pertikaian dalam soal ini dan kita saling hormat pada hak masing-masing...

"Anti-Borneo"? Saya ingatkan, persepsi ini sudah lama berkubur. Tapi ada lagi? Terkejut juga saya bila sentimen ini dimainkan semula. 

Siapa agaknya dalang yang hidupkan kembali sentimen "paranoid" ini? "Geng Facebook" yang kuat berkempen nak pisahkan Sabah & Sarawak dari Malaysia, kah? Tak ada kerja lain selain nak memecah belah negara? Suka sangat jadi "pengkhianat"?

Saya memang kuat semangat Islam dan jatidiri nasionalis. Namun saya tak pernah "anti-Borneo". Masa saya di universiti dulu, memang saya rapat dengan Borneoian. Malah saya pernah "serumah" dengan depa.. I'd learned a lot from them as they did...kami memang ngam habis!

I did hanged out dengan Sabahan and Sarawakian dulu. Lepak sama-sama. Event I lived kat Sarawak for several months! Memang mula-mula tu tak keluar rumah. Bukan sebab takut kena pukul, tapi sebab tak reti dan tak faham cakap Sarawak! Lepas tahu sikit-sikit, baru la keluar rumah.. hehehee..

Sebenarnya, orang Semenanjung tak "anti-Borneo" pun. Langsung tak ada sentimen tu. Tak tahulah kalau ada pihak-pihak tertentu yang sengaja jadi "batu api" dalam hal ni. Mungkin depa sengaja nak create pepecahan dan permusuhan untuk kepentingan depa.. "golongan pemisah" misalnya, kan?

Orang Semenanjung hormati hak Sabah & Sarawak. Misalnya, kami tak pertikai pun tentang pass imigresen setiap kali kami nak masuk Sabah & Sarawak walaupun Borneoian tak payah isi pun pass imigresen setiap kali nak masuk Semenanjung. 

Sebab kami tahu, semua tu adalah hak dan keistimewaan Sabah & Sarawak yang dipersetujui masa negeri-negeri tu bergabung dengan Semenanjung dulu.. we respect all that, bro.. No prob...

Cuma saya mintak, hati-hati la dengan "golongan" yang suka porak perandakan negara kita ni. Diorang tu memang terdiri dari golongan profesional.. ye laaa.. diorang lawyers, engineers, bisness tycoon and so on... tapi apa motif depa? Dah tentu ada motif dan niat yang buruk di sebaliknya..kan?

Bagi James Masing or Pak-Pak Menteri, jangan la risau sangat. You all sit down dan bincang cari jalan terbaik untuk selesaikan hal ni. Kalau nak ajak saya makan rojak sotong pun boleh... saya suka.. sedap tuuu...heh!

Saya ni bukan la tahu sangat pasal rakyat Sabah & Sarawak ni.. tapi saya memang rapat dengan orang Borneo... istilah ciptaan "Borneoians" memang always my brothers and sisters.. Kami berbeza agama dan bangsa, tapi tu semua tak mampu pisahkan kami sebagai Malaysians.. that's the fact!

PAS & MARINA MAHATHIR MEMANG POYO...

Posted: 02 Feb 2014 04:36 AM PST

4 sweden

Alhamdulillah, 4 orang anak pasangan warganegara Malaysia yang ditahan di Sweden kerana dikatakan "salah pukul anak tak solat" tiba di tanahair dan bakal dipelihara buat sementara waktu oleh saudara mara mereka setelah dibawa pulang oleh Kementerian Luar melalui kedutaan kita di sana…

Yang pentingnya, saudara maranya beragama Islam dan kita tak perlu risau sangat tentang kehidupan serta aqidah Islam mereka berbanding hidup bersama keluarga angkat bukan Islam di sana. Selesai satu perkara…

Sebenarnya, saya mengikuti perkembangan mengenai pasangan Azizul Raheem Awaluddin dan Shalwati Norshal sejak dari mula lagi. Bukan apa, perkembangan seperti ini selalunya akan dapat perhatian dari pihak pembangkang, khususnya PAS, serta aktivis NGO seperti Marina Mahathir…


Namun sehingga kini, PAS hanya berdiam diri selain melaporkan cerita mengenai perkembangan pasangan itu melalui berita yang di"copy paste". Tiada kenyataan yang serius dari kepimpinan PAS. Selalunya, merekalah "juara" dalam isu sebegini. Namun mengapa mereka "bisu" tentang perkara ini agaknya?

Mana pula perginya Marina Mahathir? Hilang ke mana "Sisters In Islam"? Sebelum ini Marina begitu "poyo" sekali ke hulu ke hilir bercakap tentang ideologi "Sisters In Islam" yang kononnya "terbuka". Kenapa Marina tak gunakan "Sisters In Islam" untuk sekolahkan Kerajaan Sweden mengenai ajaran Islam yang membolehkan memukul anak dalam membabitkan hal solat?

ambigamarina

Sebelum ini Marina dan PAS sanggup bersekongkol dengan Ambiga serta "Bershit". Marina dan PAS sanggup turun berdemo mengganggu ketenteraman ibu negara dan menjejaskan imej negara hanya dengan alasan "hak asasi manusia ciptaan barat". Bila menyentuh tentang Islam, kemana perginya PAS dan Marina Mahathir? Kelu seribu bahasa?

Ketika isu mengenai pasangan Azizul – Shalwati dilapor di media, tiada siapa yang peduli. Namun apabila Biro Antarabangsa Pemuda UMNO dan satu NGO guaman melalui Wisma Putra terbang ke Stolkhom untuk berunding, mereka dituduh cari publisiti dan "makan angin" di Sweden…

Tapi, bila empat anak pasangan itu berjaya dibawa pulang ke tanahair, sikit pun mereka tak komen. Sikap buruk sangka sebegini selalunya ada pada siapa kalau bukan pembangkang yang suka politikkan semua isu yang berlaku, kan?

Kini tinggallah pasangan Azizul – Shalwati yang masih lagi "tersangkut" di Sweden. Sudah 3 kali tahanan reman mereka disambung pihak berkuasa di sana. Saya yakin, pihak Wisma Putra sedang berhempas pulas menggunakan segala "skill" diplomasi yang ada untuk membebaskan kedua pasangan tersebut…

demo bantah bakar quran

Sekali lagi saya tanya, mana perginya PAS dan Marina Mahathir? Kenapa tidak kumpul tandatangan dan petisyen? Kenapa tidak berdemo di depan Kedutaan Sweden? Kenapa tidak bakar bendera dan kutuk Kerajaan Sweden di depan kedutaan mereka? Bukankah perkara sebegitu selalu dilakukan PAS dan Marina?

Kenapa perlu pilih isu? Kenapa isu ini tidak menjadi pilihan PAS dan Marina? Kerana isu pasangan Azizul – Shalwati itu tidak memberi sebarang kepentingan bagi PAS dan Marina, bukan? Sebab tak berikan "mileage" politik dan "publisiti" terbuka buat PAS dan Marina, maka isu ini tidak diendah? Poyo betul!

Saya tidak mengharapkan PAS dan Marina memuji Wisma Putra atau Kerajaan pimpinan Datuk Seri Najib mengenai isu ini. Memang mereka takkan pujilah sebab setakat itu saja "matang"nya mereka. Tapi isu Azizul – Shalwati ini di mata saya sangat penting. Ia bukan saja mengenai "rakyat", malah ia juga mengenai ajaran Islam yang dibawa Rasulullah SAW..!

Azizul, Shalwati dan empat orang anak mereka adalah rakyat Malaysia. Pasangan itu ditahan kerana memukul tangan anak lelaki mereka yang enggan solat. Solat memang sangat penting dalam Islam dan Rasulullah SAW pernah bersabda menyuruh kita memukul anak kalau enggan solat dengan tujuan mengajar. Jadi sudah tentu isu ini berkait rapat dengan rakyat dan Islam…

Jadi, dengan mudah saya simpulkan di sini bahawa PAS dan Marina hanya akan bertindak pada isu yang memberi keuntungan pada "mileage" politik dan ideologi liberal "poyo" mereka sahaja. Mereka hanya memilih isu yang beri untuk pada kepentingan mereka sahaja. Isu rakyat dan Islam sebegini mereka tak peduli pun.

Itu pun mereka masih lagi tak malu mengaku memperjuang Islam dan rakyat? Poyo tak? Bila kita kata mereka "poyo", mereka marah. Kalau tak poyo, nak kata macam mana lagi, kan? Memang itu sifat mereka, jelas sangat!

Sumber: Mykmu.net

KURANG AJAR..!!! KIT SIANG PERTIKAI FIRMAN ALLAH..?!!!

Posted: 01 Feb 2014 10:31 PM PST

Kalaulah Kit Siang ada depan saya, rasanya mau jugak saya lempang muka dia. Saya bukan lempang kosong, tapi lempang saya adalah kerana tindakan dia sendiri yang cari "penyakit" seolah-olah mempersoal firman Allah SWT di dalam Al-Quran...

Baru-baru ni Kit Siang pertikai khutbah Jumaat yang ditulis JAKIM. Katanya khutbah tu tak menyokong keharmonian agama di Malaysia kerana menyebut pepecahan umat Islam di negara kita ni tidak hanya kerana lemah iman, tapi juga kerana hasutan dari penganut Kristian dan Yahudi..

Dalam khutbah tu, memang Imam ada sebut begitu. Lalu diperkuatkan lagi dengan firman Allah SWT... 

"Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak sekali-kali akan bersetuju atau suka kepadamu (wahai Muhammad) sehingga engkau menurut ugama mereka (yang telah terpesong itu).
Apa Kit Siang bodoh sangat ke sampai tak reti nak pikir? Khutbah Jumaat tu adalah sebagai peringatan kepada seluruh umat Islam tentang bahaya ancaman dari puak Kristian dan Yahudi yang selalu berusaha memesongkan aqidah umat Islam supaya ikut agama depa... salah ke?

Lagipun, memang Allah ada sebut dalam Al-Quran. Memang kami umat Islam diwajibkan beriman pada Al-Quran. Itu rukun! Apa hal pulak yang Kit Siang nak pertikai rukun Islam? Tak payah cakap pasal keharmonian agama pun, memang kami kena taat pada firman Allah!

Cuma, Tuhan kami takde la suruh berlaku zalim pada agama lain. Allah SWT suruh kami berlaku adil terhadap penganut dan agama lain. Maksudnya, agama lain dibenar amalannya di Malaysia secara bebas. Cuma jangan kacau agama Islam dan kepentingannya... 

Kalau diikut hukum Islam sebenar, mana-mana individu yang murtad, keluar dari Islam, individu tu boleh diperangi. Malah Khalifah Abu Bakr As-Siddiq pernah perangi golongan murtad di zaman beliau. Hukum murtad ialah BUNUH! Berat, kan?

Memang itu cara Islam menjaga aqidah umatnya. Nampak kejam, tapi sebenarnya ia langsung tak kejam. Kejam dari kacamata "hak asasi manusia" yang poyo tu, tapi sebenarnya sangat adil dari sudut kacamata Islam kerana Islam bukanlah agama yang boleh sesuka hati masuk Islam dan keluar Islam!

Dalam bahasa mudah, memeluk agama Islam bukan perkara main-main dan itu adalah antara cara kami jaga kesucian agama Islam...

Jadi, apahal pulak Kit Siang nak cari pasal dengan ketetapan Allah SWT? Teringin sangat nak cetus 13 Mei sekali lagi ke???

Dari sudut keharmonian agama di Malaysia ni, Kit Siang patutnya faham kedudukan Islam di Malaysia sebagaimana yang disebut dalam perlembagaan. Begitu juga dengan agama lain, depa perlu terima hakikat tentang keistimewaan Islam dalam perlembagaan Malaysia dan hukum Islam tu sendiri..

Siapa sebenarnya yang cetus ketidakharmonian agama di Malaysia kalau bukan "Dinasti Lim" sendiri? Siapa yang gatal mulut cetus pertikaian tentang kalimah "Allah" kalau bukan Guan Eng? Nak samaratakan hak agama lain dengan Islam di Malaysia? Hellooo.. tak baca perlembagaan ke???

Saya beri warning pada Kit Siang. This is not the end. Kalau Kit Siang terus kacau Islam kat Malaysia ni... jangan salahkan orang Melayu Islam kalau peristiwa 13 Mei berlaku sekali lagi. 

Saya bukan ugut. Tapi tak mustahil 13 Mei berlaku sekali lagi kalau kesabaran umat Islam terus dicabar Kit Siang, Guan Eng, DAP dan Pakatan Haram begini.

Saya yakin, penganut agama lain faham keadaan ini dan depa takde la perangai buruk macam Kit Siang yang pertikai perkara yang tak sepatutnya... Penganut agama lain semuanya okay saja.. Kit Siang pulak yang lebih-lebih.. nak makan penampar ke???

KHALID BERAHIM DOAKAN ANWAR KALAH DI KAJANG..?!!!

Posted: 01 Feb 2014 06:31 PM PST

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim diumumkan akan bertanding di pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri Kajang berikutan wakil rakyat sebelum ini dengan tidak semena-mena meletak jawatan bagi membolehkan pemimpin kesayangannya bertanding dan menjadi Menteri Besar Selangor.

Jadi, sekarang semua pihak faham bahawa untuk meredakan pergaduhan antara Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Azmin Ali yang dah sanggap sangat nak jadi Menteri Besar dengan Tan Sri Khalid Ibrahim, maka Anwar Ibrahim harus dilantik ke jawatan itu.

Entah hapa-hapa punya langkah politik yang penulis tak berapa nak faham la kan… melainkan menggunakan rakyat untuk menyelesaikan masalah dalaman politik yang gagal ditangani oleh Anwar Ibrahim dengan berkesan.


Cuma, kalau itulah penyelesaiannya… ok… selain perkenan Sultan Selangor yang Mynewshub dimaklumkan hampir pasti tidak akan diberikan kepada Anwar, maka cabaran pertama adalah untuk Anwar menang di Kajang.

Ni bukan Permatang Pauh … tidak semudah itu untuk Anwar menang.

Anwar boleh la cakap Barisan Nasional (BN) tak perlu bertanding apa semua… itu mulut dia, hakikatnya tidak semudah kata-kata.

Bayangkan kalau Anwar kalah… PKR akan hanya tinggal 13 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN)… PAS dan DAP masing-masing akan ada 15 kerusi.

Perbezaan dua kerusi sudah menjadi terlalu besar sebenarnya.

DAP tidak boleh menjadi MB kerana syarat ke jawatan itu perlulah Islam dan Melayu… mereka tidak ada ADUN yang memenuhi syarat berkenaan.

Dengan kelebihan kerusi, dengan memenuhi syarat Melayu serta Islam… takkan PAS akan sekali lagi berdiam diri dan membiarkan PKR melantik calon mereka ke jawatan itu?

Kemungkinan besar jika Anwar kalah… maka Khalid Ibrahim akan kekal Menteri Besar… memang beliau tidak akan meletak jawatan kerana ribut akan melanda pentadbiran Selangor.

Kalau Anwar kalah dan Khalid letak jawatan… tengoklah macam mana PKR, DAP dan PAS bergaduh mahukan jawatan MB nanti.

Silap hari mahu PKR terlepas jawatan MB berkenaan. Jadi, kalau Anwar kalah, Khalid akan kekal.
DAP akan terus memberikan sokongan kepada Khalid tetapi fikir lojik akal… Khalid sah akan menjadi boneka DAP… (situasi yang macam pernah ku lihat… tapi di mana yea?)

ngeh-nizar-nga.jpg w=455

Dan yang pasti diperbodohkan dan kekal dalam sakit hati yang teramat adalah Azmin.

Lepas seorang ADUN letak jawatan… buat PRK…Anwar bertanding…(kalah)… Azmin tetap juga tak jadi MB akhirnya…

Terasa bodoh tak kalau kita berada di kedudukan Azmin ketika itu?

Sambung balik yea… Lepas seorang ADUN letak jawatan… buat PRK Anwar bertanding…(kalah)… kerusi PKR makin kurang… PAS masih melopong sedangkan dah berhak sangat mengambil alih kerusi MB.

Lepas seorang ADUN letak jawatan… buat PRK Anwar bertanding…(kalah)… Khalid kekal MB tetapi semakin menjadi boneka kerana bertahan atas restu DAP.

Dalam situasi rakyat dipergunakan… tak nampak satu penyelesaian yang masuk akal… inikah sahajakah strategi yang mampu difikirkan Rafizi Ramli?

Kalau Anwar menang dan tidak dapat perkenan pulak… apa nak jadi?

Masaklah rakyat Selangor nak tengok drama politik tidak berkesudahan nanti. -Mynewshub.my

THE FLYING KICK

Posted: 02 Feb 2014 01:19 PM PST

THE FLYING KICK


FLASHMOB TURUN DI PEKAN RABU KEDAH... EH, ZAMAN PAS PERINTAH DULU, PARKING KERETA PUN DINAIKKAN KADARNYA!!!

Posted: 02 Feb 2014 12:48 AM PST

BIJAK TERESA KOK CARI ALASAN LEPASKAN DIRI DALAM HAL VIDEO HINA PEMIMPIN NEGARA!!!

Posted: 01 Feb 2014 10:46 PM PST

PEJUANG BANGSA

Posted: 02 Feb 2014 11:35 AM PST

PEJUANG BANGSA


HOT ! SELEPAS WAN AZIZAH , RAFIZI JAMBU PULAK MENANGIS UNTUK ANWAR RAIH UNDI #PRKKAJANG

Posted: 02 Feb 2014 08:00 AM PST




Dulu Wan Azizah dok menangis depan rakyat Permatang Pauh  supaya tolong undi PKR dan Bang Nuar yang dizalimi BN ..

Hari ini Rafizi Jambu pulak sanggup menangis untuk undi   kononnya  telah melukakan hati rakyat Kajang dengan  membuat lagi satu Pilihanraya Kecil dengan alasan tak munasabah .

Lepas ni sapa lagi ye nak berlakon menangis untuk Bang Non ...




 





LANGKAH Rafizi Ramli menjelaskan mengapa PKR pilih langkah itu akan membolehkan PR mengekang strategi politik perkauman Umno yang didakwanya semakin galak mengizinkan bibit-bibit ketegangan kaum untuk bercambah seperti demonstrasi-demonstrasi perkauman di Pulau Pinang baru-baru ini.

Katanya lagi, insiden-insiden sama juga pernah berlaku di Selangor dan demografi Selangor yang menyerupai Malaysia menuntut kehadiran seorang tokoh politik nasional yang mampu mengendalikan sebarang kemungkinan meletusnya ketegangan di antara kaum.

Kepada Rafizi cukuplah berlakon apatah lagi mengaitkan strategi PRK Kajang bertujuan mengekang politik perkauman yang kononnya mainan Umno.

Adakah beliau tidak sedar Lee Chin Cheh letak jawatan dan meminta maaf serta mengakui tindakannya itu adalah demi kepentingan PKR atau PR di Selangor.

Beliau langsung tidak mengaitkan peletakan jawatannya dengan Umno.

Mungkin Rafizi dan PKR sudah silap strategi dan cuba berlagak baik demi menutup kerakusan pemimpin-pemimpin parti itu dalam memburu kuasa.
Rafizi, Anwar, Tan Sri Khalid Ibrahim dan Azmin Ali – watak watak besar dalam strategi PRK Kajang masing-masing mengakui bahawa Kajang adalah laluan ke Putrajaya buat PKR dan pakatan rakyat.
Malangnya, Umno dan BN juga dijadikan kambing hitam.
PKR harus bersedia ditolak rakyat dalam pilihan raya kecil Kajang sekiranya tindakan mengosongkan kerusi Dun demi memberi laluan kepada Anwar dianggap satu keputusan memanipulasi sistem pilihan raya.

HOT ! CERAMAH ANWAR DI PERMATANG PAUH SEMALAM TERUS BOHONG LAGI PENYOKONGNYA !!

Posted: 02 Feb 2014 06:17 AM PST






Semalam Anwar Ibrahim telah turun ke Permatang Pauh untuk main wayang  lagi   penyokong tegarnya  mengenai tindakan bertanding di PRK DUN Kajang .  Malah beliau mengaku juga bahawa PRK berkenaan adalah dirancang tetapi didakwanya ada rundingan !!


Persoalannya sejak bila ada rundingan untuk mengosongkan DUN Kajang ?? Awal- awal lagi pimpinan PAS  negeri mahupun Pusat & Guan Eng sendiri mengesahkan  tidak diberitahu oleh Anwar mengenai perancangan ini .






Jadi di  sini membuktikan Anwar  balik semalam hanya semata mata untuk BOHONG macai tegarnya di Permatang Pauh .  Patut la ramai tak hadir ke program semalam yang hanya dihadiri 200 orang walaupun dihebahkan begitu meluas  oleh AMK diketuai Dr Afif Bahardin .




Selain itu , alasan Anwar  tak munasabah  lagi oleh beliau  yang merancang PRK Kajang adalah mahu membantu Khalid Ibrahim selesai isu kontroversi di Selangor .

Selama ini Anwar sebagai Ketua Pembangkang dan Ketua Umum PKR  tak  boleh bantu  Selangor &  Khalid ke ??

 Adakah  perlu ada jawatan Adun di Selangor baru boleh Anwar bantu Khalid ??  Atau Anwar nak jatuhkan Khalid dan melantik dirinya   jadi MB Selangor  ?? 



Beberapa masalah besar yang wujud di Selangor, terutama melibatkan isu nasional perlu ditangani lebih tegas agar mampu diselesaikan pimpinan PKR, kata Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Anwar berkata, pelbagai isu yang timbul seperti penggunaan kalimah ALLAH oleh bukan Islam, masalah Bible dan gereja termasuk isu air yang berlarutan sejak lima hingga enam tahun lalu yang masih belum diselesaikan oleh Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

"Setakat ini, beliau (Abdul Khalid) boleh uruskan masalah negeri tetapi bila banyak isu nasional yang timbul, ada pandangan yang mengatakan kami perlu masuk campur untuk membantu.

"Selangor ditadbir dengan baik setakat ini tetapi saya perlu bantu untuk selesaikan masalah nasional yang berlaku," katanya pada sidang media selepas program Penerangan Isu PRK N25 Kajang di Yayasan An-Nahdhoh, Kubang Semang, semalam.

MESTI BACA ! TEORI KONSPIRASI ANWAR DI PRK KAJANG DIDEDAHKAN !!

Posted: 02 Feb 2014 12:19 AM PST


Isu PKNS , Khalid dihentam PKR , isu cerai fasakh Izzah , perletakkan jawatan Adun Kajang & pelan damai nasional kepada BN oleh Anwar...  ini semua sebahagian teori konspirasi luar tabiee Bang Non memperbodohkan rakyat..
jom kita buka minda dan pencerahan membaca pendedahan dibuat Zul Nordin 

Salam 2 all.
Selepas sah di umum yang Anwar Ibrahim dipilih menjadi calon PKR untuk Pilihanraya Kecil DUN N.25 Kajang (walaupun SPR belum pun buat pengumuman kekosongan kerusi); barulah saya faham mengapa isu PKNS tercetus, mengapa Khalid Ibrahim diserang bertubi-tubi oleh partinya sendiri tanpa belas-ihsan; kenapa kes cerai fasakh Nurul Izzah didedahkan; mengapa kerusi DUN Kajang dikosongkan tanpa sebab dan kenapa UMNO/ BN didendangkan dengan Pelan Damai Nasional!
Ada kopi disebalik karipap rupanya yop!
SEJARAH BERULANG – KES SAIFUL BUKHARI MENGHANTUI ANWAR
Teringat saya selepas PRU-12 tahun 2008 dahulu. Setelah memenangi kerusi Kulim Bandar-Baharu pada 08.03.2008, berlaku satu insiden yang sangat menakutkan Anwar. Pada 28.06.2008, Saiful Bukhari Azlan, pembantu peribadi Anwar membuat lapuran polis dia diliwat oleh Anwar pada 26.06.2008.
Anwar baru sahaja bebas daripada penjara pada 02.09.2004 setelah menjalani hukuman 6 tahun penjara di Penjara Sg. Buloh setelah disabitkan pada 14.04.1999 dengan kesalahan menyalahgunakan kuasa sebagai TPM mengarahkan Cawangan Khas PDRM mendapatkan Akuan Bersumpah palsu daripada Umi Hafilda dan Azizan Abu Bakar (pemandunya) yang mendakwa diliwat oleh Anwar pada bulan Mac 1993 di Tivolli Villa.
Anwar tahu kalau dia diheret ke Mahkamah dan dikenakan pertuduhan dan disabitkan kesalahan meliwat Saiful, hukuman penjara melebihi 6 tahun menanti beliau. Segala harapan dia nak menjadi PM akan hancur berkecai; malah pada umur senja, dia mungkin reput dalam penjara!
Salah satu strategi yang dirangka pada masa itu ialah untuk memastikan Anwar menjadi Ahli Parlimen dan Ketua Pembangkang; dan dicanangkan kemungkinan Anwar akan menjadi PM melalui konspirasi 16.09.2008. Dengan 81 Ahli Parlimen dibelakang beliau, dengan jawatan sebagai Ketua Pembangkang, kemungkinan untuk Anwar disabitkan kesalahan meliwat Saiful agak tipis.
Mana mungkin Anwar akan dihukum penjara. Satu dunia akan bising. Amerika akan bising. Turki akan bising. IPU akan bising. UNHRC akan bising. Amnesty International akan bising. Dan kita ada Kerajaan yang takut dengan bunyi bising diluar!
Jadi perancangan untuk melaksanakan agenda itu dimulakan dengan mengenal pasti kerusi mana Anwar hendak bertanding. Teman yang pada masa itu penuh dengan semangat dan ketaatan mengkhinzir buta telah menawarkan kerusi Parlimen Kulim Bandar-Baharu. Namun kerja Allah tidak siapa dapat mengatasinya. Petisyen pilihanraya yang difailkan di Mahkamah Tinggi Alor Setar terhadap kerusi Parlimen Kulim Bandar Baharu menyebabkan kerusi itu tidak dapat dikosongkan mengikut perancangan.
Lalu Wan Azizah isteri tercinta, Presiden PKR merangkap Ahli Parlimen Permatang Pauh terpaksa mengorbankan kerusinya demi 'kesejahteraan PKR'. Dan Anwar memenangi PRK P-044 Permatang Pauh pada 26.08.2008. Setelah mengangkat sumpah pada 28.08.2008, Anwar dilantik menjadi Ketua Pembangkang.
Setelah melalui proses perbicaraan yang meleret-leret dengan jumlah penangguhan yang melayakkan kes dimasukkan kedalam Malaysia Book of Record, pada 10.01.2012, Mahkamah membebaskan Anwar daripada dakwaan meliwat Saiful!***
Sekarang Anwar berdepan dengan rayuan kes Saiful. Mahkamah Rayuan telah menetapkan tarikh perbicaraan dalam masa terdekat ini (iaitu 11, 12 & 13 Februari); dan sekali lagi Anwar berdepan dengan risiko hukuman penjara yang panjang jika Mahkamah menerima rayuan Pendakwaraya.
Dan kali ini Pendakwaraya diwakili peguam veteran terkemuka Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah, seorang peguam no-nonsense yang diperakui kehebatan guamannya!
Risiko dipenjarakan menjadi real; risiko impian menjadi PM ke 7 hancur lebur menjadi real; dikala umur 67 tahun dan sudah masuk waktu kubor kata mari, Anwar tidak mungkin boleh menerima hukuman penjara yang panjang. Ianya mesti dipintas at all cost!
Siapa yang berani mahu menghukum penjara seorang Menteri Besar yang berpengaruh atas tuduhan meliwat? Siapa yang berani berdepan dengan masyarakat dunia liberal barat sebagai pemimpin negara yang menghukum MB Selangor dengan tuduhan meliwat? Siapa yang berani nak berdepan dengan kuasa besar Amerika Syarikat? Siapa mahu berdepan dengan Erdogan dan Turki? Siapa nak berdepan dengan Amnesty International, Human Rights Commission dan negara liberal Eropah yang lain – yang mengamalkan seks bebas terbuka termasuk membenarkan homoseksual!
Matlamatnya – Anwar mesti jadi MB Selangor at all cost untuk memastikan Penjara Sg. Buloh bukan destinasi terakhir Anwar dimuka bumi ini!
TAN SRI KHALID PENGHALANG
Tapi Tan Sri Khalid Ibrahim ada disana sebagai MB. Beliau mendapat sokongan penuh DAP; masyarakat peniaga dan korporat Cina dikatakan menyukai cara pentadbirannya yang dikatakan business-friendly, efficient & corrupt free Menteri Besar!
PAS pula tidak senang dengan pendirian Anwar yang liberal, yang menyokong penggunaan kalimah Allah oleh kristian yang bercanggah dengan ketetapan Majlis Syura' PAS.
Dan Khalid bukan jenis yang akan tunduk na'am kepada semua kehendak Anwar. Walaupun beliau diketepikan sebagai Ketua Perhubungan PKR Negeri Selangor, beliau masih lagi berpengaruh. Bila Anwar menghantar Saifudin Nasution sebagai Liason Director antara pejabat MB dengan PKR, Khalid memperlekehkan perlantikan tersebut dengan menyumbat Saifudin di Tingkat 5 dan 'kami boleh berhubung dengan email' – begitu Khalid memperlekeh duta Anwar ke pejabat MB.
Khalid tahu kekuatannya terletak kepada perlindungan dan pengaruh Presiden, Datin Seri Wan Azizah. Selagi Wan Azizah menyokongnya, Anwar dan konco-konconya tidak akan berani melakukan sesuatu terhadap Khalid. Sebab itu Faekah Hussein, panglima kanan Wan Azizah, wanita besi yang paling dibenci oleh segelintir kumpulan anti-Khalid didalam PKR dilantik memegang beberapa portfolio berpengaruh dan berkuasa didalam pejabat MB. Beliau bukan sahaja Setiausaha Politik dan Pegawai Khas MB, beliau juga Pengerusi MBI, badan korporat paling bepengaruh dalam negeri Selangor dengan kekuatan dana yang besar!
Saya kenal Faekah Hussin ini. Beliau adik bekas Ketua Pengarah BPR Datuk Zaki Hussin. Beliau jenis no-nonsense; dan saya cukup yakin beliau tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang cuba menyundal dan merampok khazanah Negeri Selangor. Dan Faekah ini jenis tidak gentar dengan sesiapa – almaklumlah dia seorang peguam! Ini antara punca saya percaya Faekah menjadi begitu tidak terkenal, malah dibenci oleh segelintir mereka dalam PKR yang anti Tan Sri Khalid!
Lalu bagaimana nak pastikan Wan Azizah, dan Faekah, tidak lagi melindungi Khalid?
CHECK-MATE TERHADAP WAN AZIZAH & NURUL IZZAH
Tiba-tiba terbongkar kisah juicy permohonan perceraian fasakh oleh Nurul Izzah, anak sulong Wan Azizah dengan suaminya Raja Ahmad Syahrir. Sebenarnya permohonan sudah difailkan lama, dan tiada sesiapa pun mengetahuinya kecuali peguam, Mahkamah dan beberapa inner-circle dalam PKR.
Tiba-tiba Ahad 26 Jan lepas, berita permohonan perceraian itu terbongkar. Ada sumber dalaman PKR telah mendedahkannya kepada para blogger dan media arus perdana. malah ada yang menerima transkrip terperinci sebab-sebab permohonan perceraian itu dimohon oleh Nurul Izzah, termasuk gambar seorang jejaka yang agak 'jambu' turut disebarkan.
Nurul Izzah adalah Naib Presiden PKR, Ahli Parlimen Lembah Pantai dan rising star didalam PKR. Malah beliau pernah menyatakan hasrat menentang orang kanan Anwar Ibrahim untuk jawatan Timbalan Presiden dalam pemilihan lalu. Beliau penyokong kuat ibunya Wan Azizah dan Khalid Ibrahim.
Sebarang sokongan terbuka daripada Nurul Izzah, disertai sokongan terbuka ibunya Wan Azizah terhadap kepimpinan Khalid sebagai MB akan menyukarkan sebarang cubaan untuk menjatuhkan Khalid.
Jadi Wan Azizah dan Nurul Izzah harus dikekang!
Pembongkaran kes permohonan cerai fasakh oleh Nurul Izzah dengan segala kisah sensasinya menjadi check-mate terhadap Wan Azizah dan Nurul Izzah. Bagaimana mungkin sekarang Wan Azizah dan Nurul Izzah mahu memberikan sokongan terbuka kepada Khalid – pasti mereka akan dicemuh supaya pergi urus hal rumahtangga engkau sendiri lah!
Lalu Khalid terkonteng-konteng keseorangan, tanpa sokongan Presiden dan Naib Presiden, tanpa sebarang jawatan dalam parti. Hanya tinggal DAP dan PAS menjadi sandaran akhir Khalid!
STRATEGI MENGGUSARKAN DAP-PAS
Tiba-tiba muncul pula isu tuntutan untuk terus mengguna-pakai kalimah Allah dalam upacara keagamaan kristian digereja-gereja mereka di Selangor. Pelik! Hanya di gereja-gereja di Selangor, tidak di Pulau Pinang! Dalam keadaan mereka sudah pasti tahu Selangor mempunyai Enakmen Pengawalan Pengembangan Agama Bukan Islam 1988 yang melarang penggunaan kalimah Allah oleh bukan Islam.
Bila isu rampasan bible versi Bahasa Melayu yang menyalah-terjemahkan kalimah Allah tercetus dan JAIS melaksanakan tugasnya mengikut undang-undang dan merampas bible-bible tersebut, ruang terbuka luas untuk Khalid diserang.
Kesempatan ini diambil untuk menakutkan DAP. Sikap Khalid tiba-tiba membuat kenyataan menyokong titah Tuanku Sultan Selangor melarang penggunaan kalimah Allah dan akan terus akur dengan titah itu sudah pasti menggusarkan parti cauvinis DAP ini. Sikap ini sudah pasti akan mengendurkan sokongan DAP kepada Khalid.
Diwaktu yang sama, tindakan Khalid mengarahkan JAIS mengembalikan bible yang dirampas menyebabkan ada penentangan daripada PAS. Kenyataan Exco Hal Ehwal Islam daripada PAS, YB Solehin Mukhyi dilihat tidak senada dengan kenyataan Khalid.
Saya cukup pasti faktor ini akan digunakan sepenuhnya untuk menakutkan elemen-elemen didalam PAS Selangor. Kononnya kalau dibiarkan Khalid terus menajdi MB, PAS akan hilang lebih banyak kerusi dalam PRU nanti, sebab orang Melayu benci! Ini akan pasti menyebabkan PAS berfikir dua tiga kali untuk terus menyokong Khalid!
Akhirnya dengan strategi yang cukup licik dan holistik, Khalid terkonteng-konteng keseorangan. Kali ini Khalid benar-benar terjebak. Dia sudah tidak boleh lari.
Perletakkan jawatan YB Lee Chin Cheh dan pengosongan kerusi DUN Kajang sekadar pelengkap kepada konspirasi menjatuhkan Khalid dan menobatkan Anwar Ibrahim sebagai MB. Malah kemungkinan YB Lee sendiri tidak menyedari permainan politik puak-puak ini!
PELAN DAMAI NASIONAL MEMERANGKAP UMNO
Dan untuk memastikan semuanya berjalan lancar mengikut perancangan, maka ditawarkan kepada UMNO dan Barisan Nasional 'Pelan Damai Nasional'! Ini lawak senario abad ini. Bagaimana mungkin parti yang cacamerba penuh dengan percakaran dalaman dengan begitu sardin mengemukakan 'Pelan Damai Nasional'. Saya ingat Saiful Apek boleh mati ketawa tertelan gigi palsu mendengar berita ini.
Jika UMNO/BN menerima pelan ini, saya cukup yakin nanti akan timbul desakan supaya UMNO/BN membuktikan keikhlasan dengan tidak meletakkan calon bagi PRK N.25 DUN Kajang ini. Sekaligus memberikan Anwar laluan-percuma untuk menjadi ADUN Kajang dan selayaknya ditabalkan sebagai MB Selangor yang baru menggantikan Tan Sri Khalid.
Kalau UMNO/ BN termakan dengan taktik ini, saya kira tidak ada ayat lagi nak diberi kepada UMNO/ BN selain daripada melafazkan innalillah hiwa inna ilai hiro ji'un kepada UMNO/ BN. Nampak sangat UMNO/ BN bekerja keras untuk menjadi pembangkang dalam PRU-14 nanti.
Dan jika ditakdirkan berlaku PRK N.25 Kajang, saya menasihatkan UMNO meletakkan calon UMNO disitu. Saya percaya dengan calon UMNO yang berkaliber dan punya integriti dan kewibawaan, UMNO punya peluang cerah memenangi kerusi DUN Kajang. Jangan dibiar hak demokrasi rakyat Selangor diliwat dengan begitu mudah oleh para peliwat democrazy ini.
TAKTIK AKHIRUL KALAM – VIDEOKLIP
Saya menerima maklumat jika semua perancangan ini gagal, atau pun jika rancangan ini memerlukan satu water-tight ending, maka sebuah videoklip yang diambil daripada sebuah sudut yang agak tinggi disebuah kediaman akan disebarkan. Apa video itu…tunggu dan lihat!
RUMUSAN & OPSYEN BUAT TAN SRI KHALID
Persoalan cepumas sekarang ialah: adakah riwayat Khalid sudah berakhir!
Belum. Jangan write-off Khalid cepat sangat. Beliau seorang tokoh korporat, beliau sudah biasa dengan taktik dan maneouvre seperti ini.
Khalid sekarang ada beberapa opsyen:
1. Khalid boleh buat keras kepala dan terus kekal sebagai MB. Tiada sesiapa pun boleh menggugat kedudukannya. Kalau Khalid memilih opsyen ini, Anwar tidak ada pilihan selain meminta DUN Selangor memanggil sidang tergempar membuat usul undi tidak percaya kepada Khalid. Untuk itu Anwar memerlukan sokongan penuh ADUN DAP dan PAS selain ADUN PKR sendiri. Atau dalam keadaan ekstrim, Anwar boleh mengarahkan semua ADUN PKR tidak menyokong Khalid. Ini akan menjadikan satu suasana DUN tergantung. Tetapi ini semua belum tentu berjaya; dan kalau berjaya pun Anwar akan dilihat sebagai aggressor yang tamak mahukan jawatan sehingga menganiaya dan mengkhianati MB sendiri!
2. Khalid boleh mempengaruhi kesemua ADUN PKR, DAP dan PAS untuk terus menyokong beliau dengan mengadakan undi kepercayaan dalam Dewan. Tetapi ini juga mempunyai risiko kerana tidak mungkin ADUN PKR akan menyebelahi beliau;
3. Khalid boleh membuat pakatan dengan ADUN BN, dengan syarat dia boleh membawa jumlah ADUN yang cukup menyokongnya untuk membentuk sebuah Kerajaan Perpaduan, dan dia terus menjadi MB. Ini juga opsyen yang mempunyai risiko yang tinggi kerana Khalid akan sentiasa duduk dibawah ugutan dan tekanan ADUN-ADUN ini;
4. Atau Khalid boleh mengambil opsyen menelan sahaja apa yang berlaku. Terima sahaja takdir masanya dah berlalu, dah tak ada rezeki. Lantak pi lah siapa pun nak jadi MB. Elok pencen jaga cucu dudok kat masjid bilang buah tasbih; cari pahala sikit; atau
5. Opsyen terakhir dan paling realistik untuk Khalid sekarang ialah membubarkan DUN Selangor. Sebagai MB, hanya beliau, dan tidak ada orang lain dalam dunia ini, yang mempunyai hak legal dan politikal untuk menasihatkan Tuanku Sultan Selangor untuk membubarkan DUN Selangor. Beliau boleh menggunakan alasan bahawa hak demokrasi rakyat Selangor untuk menentukan kepimpinan Kerajaan Selangor yang baru harus dihormati.
Sekiranya beliau digulingkan dengan cara democrazy pintu nelakang luar tabi'e ini, maka apa yang terjadi sebenarnya ialah hak demokrasi rakyat Selangor telah diliwat melalui kaedah politiking pintu belakang akibat mainan politik luar tabi'e pihak tertentu!
Dan jika Tuanku Sultan Selangor memperkenankan sembahan beliau, DUN Selangor boleh dibubarkan dan Pilihanraya Negeri Selangor wajib diadakan dalam tempoh 60 hari. Khalid boleh mengadakan kerjasama-strategik dengan UMNO-BN untuk menawan semula Selangor dengan syarat beliau kekal menjadi MB.
Saya percaya UMNO/BN terbuka dalam menimbang kerjasama-strategik ini. Apa yang penting ialah hak demokrasi rakyat Selangor tidak dicabul sewenang-wenangnya oleh golongan yang tidak bertanggungjawab!
Apa pun, hayat-politik Tan Sri Khalid Ibrahim sebagai MB Selangor sudah hampir ke penghujungnya. Malaikat sakarat-politik sedang menunggu di pintu Bukit Malawati. Tetapi Khalid boleh menukar destinasi politiknya jika bijak mengatur langkah.
Nasihat saya kepada Tan Sri Khalid, baca dan perhalusi sejarah bagaimana Allahyarham Tun Gafar Baba jatuh terkangkang akibat mainan politik luar tabi'e ini.
Pisau ditangan Tan Sri, timun pun ditangan Tan Sri. Buat apa yang Tan Sri patut buat untuk memastikan hak demokrasi rakyat Selangor terus terpelihara, dan maruah Tan Sri dipertahankan!
Wallahua'alam dan Wassalam.
Adios amigos, grasias.
Zulkifli Bin Noordin
Sabtu
01 Rabi'ul Akhir 1435
01 Februari 2014
***Kenyataan ini tidak bermaksud dan tidak sepatutnya difahami yang Mahkamah membebaskan Anwar kerana beliau Ketua Pembangkang atau Ahli Parlimen, atau kerana Mahkamah takut kepada tekanan dalam dan luar negara.
Mahkamah Tinggi telah membuat keputusan berdasarkan kepada pertimbangan undang-undang, fakta dan keterangan yang telah dikemukakan kepada Mahkamah dan merumuskan keputusan sewajarnya.
Samada penghakiman Mahkamah Tinggi itu wajar atau tidak kita tunggu keputusan Mahkamah Rayuan nanti insyallah. Untuk penjelasan lanjut, sila baca keputusan bertulis Mahkamah Tinggi itu didalam mana-mana jurnal perundangan dan kehakiman.
zul4kulim.blogspot.com/

Pengikut