Ahad, 31 Ogos 2014

Barisan Nasional

Barisan Nasional


Taipingmali (tm)

Posted: 31 Aug 2014 01:29 AM PDT

Taipingmali (tm)


Semarakkan Semangat Kemerdekaan: Pemuda UMNO Perak Anjur Program Kembara...

Posted: 30 Aug 2014 05:53 AM PDT

TINDAKAN KETUA MENTERI SARAWAK ADNAN SATIM MEMALUKAN...............

Posted: 30 Aug 2014 01:48 AM PDT

Tindakan dan kenyataan Ketua Menteri Sarawak yang baru iaitu Tan Sri Datuk Amar Hj. Adnan Satim amat memalukan !

Pedih yang teramat sangat dengan kenyataan tersebut, gundah gulana dan malu seperti ayam tertelan kabad.

Kita sedia maklum dan tahu agenda 3 parti pembangkang ini sedang giat menghasut rakyat Sarawak dan Sabah supaya menentang penyatuan dua negeri Borneo ini dalam Malaysia. Mereka mahu mewakili rakyat untuk menuntut kemerdekaan daripada Malaysia.

Kata mereka penyertaan Sabah dan Sarawak dalam Malaysia pada tanggl 16 September 1963 adalah tidak sah dan menyalahi undang-undang antara bangsa. Doris Jones adalah salah seorang aktivis Sabah yang lantang menentang kemasukan Sabah ke dalam Malaysia. Di Sarawak pula Baru Bian menjadi wira kelompok ini untuk menarik keluar bumi kenyalang dari Malaysia. Baru Bian adalah calon Ketua Menteri Sarawak jika Pkr menang besar dalam pilihan raya negeri pada 2011 lalu.

Di samping itu, mereka mahukan Umno tidak masuk ke Sarawak sebagaimana Umno masuk ke Sabah pada awal tahun 90an.  Umno diharamkan masuk ke Sarawak kata mereka.

Adnan Satim dengan penuh sinis menyatakan jika mahu parti Umno tidak masuk ke Sarawak, maka parti lain dari semenanjung juga seperti Pkr, Dap dan Pas tidak boleh masuk ke Sarawak. Hairan kenapa Dap, Pkr dan Pas boleh ke Sarawak tetapi tidak Umno?

Sebenarnya jika kita lihat di Sarawak , tidak ada satu pun komponen parti BN yang ditubuhkan di semenanjung mengembang kan sayapnya ke Sarawak.  Kita tahu di Sarawak sendiri sudah banyak komponen BN yang menjadikan komponen BN berjumlah 14 buah parti dan jumpa parti terbanyak adalah datangnya dari dua buah negeri di Borneo.

Kemasukan Umno ke Sabah bukan lah disebabkan oleh keinginan atau Umno terhengeh-hengeh nak ke sana, tetapi ianya berlaku kerana parti PBS ketika itu telah menikam belakang BN dan akibatnya Umno diminta masuk segera ke sana bagi menentang pengkhianatan PBS ketika itu. Di Sarawak pula tidak ada sebab untuk Umno dan komponen BN ke sana.

Agenda sebenar Pas, Pkr dan Dap bukan sahaja untuk keluar dari Malaysia tetapi untuk menubuhkan sebuah negara baru berunsurkan Tripple S country.

Tahniah kepada Adnan Satim, berani menempelak Pas, Pkr dan Dap...Hidup PBB, Hidup BN , Hidup Adnan Satim.......


Panglima Perang Cyber

Posted: 30 Aug 2014 11:33 PM PDT

Panglima Perang Cyber


Artikel Menarik Blog The Unspinners: Azan dan Doa iringi hari pengisytiharan kemerdekaan 1957

Posted: 30 Aug 2014 07:39 PM PDT


Azan dan Doa iringi hari pengisytiharan kemerdekaan


Lihat di hujung recording video




Doa Syeikh Ahmad bin Mohd Said (Mufti Pertama) Pada Hari Kemerdekaan 1957

Doa Syeikh Ahmad bin Mohd Said (Mufti Pertama) Pada Hari Kemerdekaan 1957

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَـٰنِ الرَّحِيمِ

اَللَّهُمَّ وَفِّقْ سَائِرَ العُمَّالِ وَالوُزَرَاءِ وَالسَّلاَطِينَ وَالمُلُوكِ وَالأُمَرَاءِ لِرِعَايَةِ أُمُورِ الدِّينِ وَالمُحَافَظَةِ عَلَى حُقُوقِ المُسْلِمِينَ وَإِقَامَةِ العَدْلِ فِى الأَحْكَامِ وَالتَّمَسُّـكِ بِفَضَائِلِ الإِسْلاَمِ،
اَللَّهُمَّ وَأَصْلِحْ بِهِمْ شُئُونَ الأُمَّةِ المَلاَيُوِيَّةِ حَتَّى تَتَرَقَّى وَتَتَقَدَّمَ إِلَى أَعْلَى مَا يَتَحَقَّقُ بِهِ بُلُوغُ الأُمْنِيَّةِ. اَللَّهُمَّ وَانْصُرْنَا مَعَاشِرَةَ الأُمَّةِ المَلاَيُوِيَّةِ وَاهْدِنَا وَسَدِّدْنَا خَيْرَ البَرِيَّةِ وَاهْدِنَا الصِّرَاطَ المُسْـتَقِيمَ صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ غَيْرِ المَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ الضَّآلِينَ،
اَللَّهُمَّ اكْشِفْ عَنَّا الكُرُبَاتِ وَسَـلِّمْنَا نَحْنُ مِمَّا فِيهِ مِنَ الآفَاتِ وَاحْفَظْنَا مِنْ كُلِّ سُوءٍ وَمَلاَمٍ وَبَـلِّغْنَا كُلَّ مَقْصُودٍ وَمُرَامٍ وَأَصْلِحْ بَيْنَنَا وَبَيْنَ غَيْرِنَا حَتَّى تَكُونَ فِى أَمَانٍ وَسَلاَمٍ. وَفَرِّجْ عَنَّا كُرُبَاتِنَا فَرْجًا عَاجِلاً بِرَحْمَتِكَ يَا أَرْحَمَ الرَّاحِمِينَ،
اَللَّهُمَّ كُنْ لَنَا وَلَهُمْ وَلِهَذَهِ البِلاَدِ حَافِظًا مِنْ جَمِيعِ البَلاَيَا وَدَافِعًا عَنَّا وَعَنْهُمْ جَمِيعَ الرَّزَايَا، وَانْصُرْنَا عَلَى الأَعْدَاءِ وَالحُسَّادِ وَاحْلُلْ غَضَبَكَ وَنِقْمَتَكَ عَلَى البَغْيِ وَالفَسَادِ اَللَّهُمَّ وَاحْرُسْ بِعَيْنِكَ الَّتِي لاَ تَنَامُ وَاكْـنُفْ بِكَنَفِكَ وَرُكْنِكَ الَّذِي لاَ يُرَام. اَللَّهُمَّ اِرْمِ رَايَةَ الإِسْلاَمِ مَنْشُورَةً وَمَوَاطِنَ الدِّينِ وَالحَـقِّ مَعْمُورَةً.

Yang bermaksud, Ya Allah! Anugerahkanlah taufiq kepada sekelian pentadbir awam, jemaah menteri, para sultan dan raja, serta pemimpin negara bagi memelihara kehendak-kehendak agama, memelihara hak keistimewaan umatnya, menegakkan keadilan dalam undang-undang dan berpegang kepada keindahan Islam.

Ya Allah! Jadikanlah mereka agen perubah hal keadaan orang-orang Melayu, agar bangsa ini meningkat maju dan kehadapan sehingga tercapai cita-cita yang diidam-idamkan. 

Ya Allah! Bantulah bangsa Melayu, bimbinglah serta jadikanlah kami menjadi sebaik-baik manusia. Tunjukkanlah kami jalan yang lurus, jalan yang telah Engkau kurniakan kepada umat Islam yang telah menikmatinya, bukan sebagaimana orang yang Engkau murkai dan bukan juga orang yang sesat.
Ya Allah! Hindarilah kami daripada sebarang kesusahan, sejahterakanlah kami daripada segala yang boleh memudharatkan, peliharalah kami daripada segala buruk lagi keji dan tunaikanlah segala yang diharap dan dihajati. Harmonikanlah antara kami dan bangsa lain selain kami hingga kami sentiasa dalam keamanan dan keselamatan. Bebaskanlah kami dengan segera daripada segala kepayahan dengan rahmatMu wahai Tuhan yang Maha Merahmati segala yang penyayang.

Ya Allah! Jadikanlah bagi bangsa kami, kaum yang lain dan negara ini penjaga daripada segala bala, yang menghalang kami dan mereka daripada sebarang pencerobohan. Bantulah kami menewaskan segala musuh dan orang yang dengki. Zahirkanlah kemarahanMu dan kemurkaanMu kepada orang yang melampau dan yang melakukan kerosakkan. 

Ya Allah! Awasilah dengan penglihatanMu yang tidak pernah lena dan bentengilah dengan perlindungan dan bentengMu yang tidak mudah diterima.

Oleh,

Al-Marhum Syeikh Haji Ahmad bin Muhammad Said, doa ini dibaca ketika pengisytiharan Kemerdekaan Negara di Stadium Merdeka oleh Tunku Abdul Rahman Putra al-Haj pada 31hb Ogos 1957.

Web Rasmi Mufti Negeri Sembilan


http://theunspinners.blogspot.com/2014/08/azan-dan-doa-iringi-hari-pengisytiharan.html?


Sent from my iPhone

Nepotisme PKR terus diselar PAS - @UMOnline

Posted: 30 Aug 2014 06:56 PM PDT


Nepotisme PKR terus diselar

NASRUDIN HASSAN

KUALA LUMPUR 30 Ogos - Selepas membidas keputusan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menamakan isterinya, Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon tunggal jawatan Menteri Besar Selangor, Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Nasrudin Hassan terus lantang membuat kritikan dalam isu berkenaan.

Kali ini beliau menyentuh mengenai amalan nepotisme dengan merujuk isu pelantikan menantu kepada bekas Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat pada 2009 sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK).

Katanya, ekoran pelantikan berkenaan, Ir. Abdul Ariffahmi Ab. Rahman dikritik hebat sehingga membawa kepada pengunduran beliau.

Justeru, Ahli Parlimen Temerloh itu mempersoalkan apakah nepotisme hanya terpakai kepada menantu Nik Abdul Aziz tetapi tidak kepada pihak lain termasuk dalam isu Menteri Besar Selangor.

"Pas Pusat menasihati Kelantan dan Abdul Ariffahmi akur. Apakah selepas lima tahun, nepotisme tidak lagi menjadi isu pada hari ini. Atau nepotisme hanya untuk Abdul Ariffahmi menantu Nik Abdul Aziz, tidak kepada yang lain," katanya menerusi laman sosial Facebook beliau hari ini.

Semalam, beliau secara sinis menyifatkan keputusan Anwar menamakan Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon tunggal Menteri Besar Selangor satu perkara luar biasa.

Sementara itu, Nasrudin mempersoalkan mengapakah nepotisme tidak diterima dalam isu pelantikan Abdul Ariffahmi lima tahun lalu jika amalan itu dibenarkan.

"Kalau nepotisme dibenarkan dan diterima, kenapa baharu sekarang. Sepatutnya ia sudah diterima lima tahun lalu. Barangkali lima tahun lalu tidak wajar isu nepotisme dibangkitkan bagi mewajarkan amalan nepotisme pada hari ini," ujarnya sinis.

Dalam tulisannya di Facebook, beliau turut memuatkan pautan ke satu video berhubung kenyataan Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali berhubung isu pemilihan calon untuk jawatan Menteri Besar Selangor.



Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Politik/20140831/po_01/Nepotisme-PKR-terus-diselar#ixzz3BvlQEmK5 
© Utusan Melayu (M) Bhd 


Sent from my iPhone

The Unspinners

Posted: 30 Aug 2014 11:28 PM PDT

The Unspinners


Pembentukan Malaysia

Posted: 30 Aug 2014 09:30 PM PDT





Azan dan Doa iringi hari pengisytiharan kemerdekaan

Posted: 30 Aug 2014 07:35 PM PDT



Lihat di hujung recording video




Doa Syeikh Ahmad bin Mohd Said (Mufti Pertama) Pada Hari Kemerdekaan 1957

Doa Syeikh Ahmad bin Mohd Said (Mufti Pertama) Pada Hari Kemerdekaan 1957

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَـٰنِ الرَّحِيمِ

اَللَّهُمَّ وَفِّقْ سَائِرَ العُمَّالِ وَالوُزَرَاءِ وَالسَّلاَطِينَ وَالمُلُوكِ وَالأُمَرَاءِ لِرِعَايَةِ أُمُورِ الدِّينِ وَالمُحَافَظَةِ عَلَى حُقُوقِ المُسْلِمِينَ وَإِقَامَةِ العَدْلِ فِى الأَحْكَامِ وَالتَّمَسُّـكِ بِفَضَائِلِ الإِسْلاَمِ،
اَللَّهُمَّ وَأَصْلِحْ بِهِمْ شُئُونَ الأُمَّةِ المَلاَيُوِيَّةِ حَتَّى تَتَرَقَّى وَتَتَقَدَّمَ إِلَى أَعْلَى مَا يَتَحَقَّقُ بِهِ بُلُوغُ الأُمْنِيَّةِ. اَللَّهُمَّ وَانْصُرْنَا مَعَاشِرَةَ الأُمَّةِ المَلاَيُوِيَّةِ وَاهْدِنَا وَسَدِّدْنَا خَيْرَ البَرِيَّةِ وَاهْدِنَا الصِّرَاطَ المُسْـتَقِيمَ صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ غَيْرِ المَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ الضَّآلِينَ،
اَللَّهُمَّ اكْشِفْ عَنَّا الكُرُبَاتِ وَسَـلِّمْنَا نَحْنُ مِمَّا فِيهِ مِنَ الآفَاتِ وَاحْفَظْنَا مِنْ كُلِّ سُوءٍ وَمَلاَمٍ وَبَـلِّغْنَا كُلَّ مَقْصُودٍ وَمُرَامٍ وَأَصْلِحْ بَيْنَنَا وَبَيْنَ غَيْرِنَا حَتَّى تَكُونَ فِى أَمَانٍ وَسَلاَمٍ. وَفَرِّجْ عَنَّا كُرُبَاتِنَا فَرْجًا عَاجِلاً بِرَحْمَتِكَ يَا أَرْحَمَ الرَّاحِمِينَ،
اَللَّهُمَّ كُنْ لَنَا وَلَهُمْ وَلِهَذَهِ البِلاَدِ حَافِظًا مِنْ جَمِيعِ البَلاَيَا وَدَافِعًا عَنَّا وَعَنْهُمْ جَمِيعَ الرَّزَايَا، وَانْصُرْنَا عَلَى الأَعْدَاءِ وَالحُسَّادِ وَاحْلُلْ غَضَبَكَ وَنِقْمَتَكَ عَلَى البَغْيِ وَالفَسَادِ اَللَّهُمَّ وَاحْرُسْ بِعَيْنِكَ الَّتِي لاَ تَنَامُ وَاكْـنُفْ بِكَنَفِكَ وَرُكْنِكَ الَّذِي لاَ يُرَام. اَللَّهُمَّ اِرْمِ رَايَةَ الإِسْلاَمِ مَنْشُورَةً وَمَوَاطِنَ الدِّينِ وَالحَـقِّ مَعْمُورَةً.

Yang bermaksud, Ya Allah! Anugerahkanlah taufiq kepada sekelian pentadbir awam, jemaah menteri, para sultan dan raja, serta pemimpin negara bagi memelihara kehendak-kehendak agama, memelihara hak keistimewaan umatnya, menegakkan keadilan dalam undang-undang dan berpegang kepada keindahan Islam.

Ya Allah! Jadikanlah mereka agen perubah hal keadaan orang-orang Melayu, agar bangsa ini meningkat maju dan kehadapan sehingga tercapai cita-cita yang diidam-idamkan. 

Ya Allah! Bantulah bangsa Melayu, bimbinglah serta jadikanlah kami menjadi sebaik-baik manusia. Tunjukkanlah kami jalan yang lurus, jalan yang telah Engkau kurniakan kepada umat Islam yang telah menikmatinya, bukan sebagaimana orang yang Engkau murkai dan bukan juga orang yang sesat.
Ya Allah! Hindarilah kami daripada sebarang kesusahan, sejahterakanlah kami daripada segala yang boleh memudharatkan, peliharalah kami daripada segala buruk lagi keji dan tunaikanlah segala yang diharap dan dihajati. Harmonikanlah antara kami dan bangsa lain selain kami hingga kami sentiasa dalam keamanan dan keselamatan. Bebaskanlah kami dengan segera daripada segala kepayahan dengan rahmatMu wahai Tuhan yang Maha Merahmati segala yang penyayang.

Ya Allah! Jadikanlah bagi bangsa kami, kaum yang lain dan negara ini penjaga daripada segala bala, yang menghalang kami dan mereka daripada sebarang pencerobohan. Bantulah kami menewaskan segala musuh dan orang yang dengki. Zahirkanlah kemarahanMu dan kemurkaanMu kepada orang yang melampau dan yang melakukan kerosakkan. 

Ya Allah! Awasilah dengan penglihatanMu yang tidak pernah lena dan bentengilah dengan perlindungan dan bentengMu yang tidak mudah diterima.

Oleh,

Al-Marhum Syeikh Haji Ahmad bin Muhammad Said, doa ini dibaca ketika pengisytiharan Kemerdekaan Negara di Stadium Merdeka oleh Tunku Abdul Rahman Putra al-Haj pada 31hb Ogos 1957.

Web Rasmi Mufti Negeri Sembilan

Titik-titik kemerdekaan: Merdeka! Merdeka! Merdeka!

Posted: 30 Aug 2014 05:30 PM PDT



Titik-titik kemerdekaan: Pengumuman Kemerdekaan

Posted: 30 Aug 2014 08:59 AM PDT


Titik-titik kemerdekaan: Perjanjian Kemerdekaan

Posted: 30 Aug 2014 08:00 AM PDT


Titik-titik kemerdekaan: Rombongan Merdeka

Posted: 30 Aug 2014 07:00 AM PDT


Titik-titik kemerdekaan: UMNO menentang Malayan Union

Posted: 30 Aug 2014 05:32 AM PDT


Mahu sumbang tapi fed-up politik S'ngor? Jadi sukarelawan dan dapatkan dana!!!

Posted: 29 Aug 2014 11:32 PM PDT

Jadilah sukarelawan DRe1M ....




DRE1M FUND

Apakah yang dimaksudkan dengan Dre1m Fund? Dre1m Fund atau Dana Sukarelawan 1Malaysia (DRE1M) membekalkan bantuan kewangan untuk belia menjalankan aktiviti-aktiviti sukarelawan dengan matlamat untuk membantu komuniti dan kumpulan sosial yang disasarkan.

Bantuan kewangan yang diberikan merangkumi aktiviti-aktiviti seperti pembangunan belia, kesejahteraan komuniti, sukan, budaya, dan perusahaan sosial.

Langkah-langkah untuk memohon Dre1m Fund:

Baca sepenuhnya di Flying Kick SINI 

Atau ke laman DRe1M Fund  SINI

DARUL EHSAN TODAY

Posted: 30 Aug 2014 11:05 PM PDT

DARUL EHSAN TODAY


Dalam Diam Pas Selangor Hantar Senarai Calon MB Mereka Sendiri...

Posted: 30 Aug 2014 01:00 AM PDT


Pendirian Pas dalam isu calon Menteri Besar semakin mengelirukan dan 'berbelit' apabila maklumat terbaharu menyatakan Pas negeri sudah mencalonkan empat nama dalam kalangan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) parti itu untuk dipersembahkan kepada Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah bagi mendapat perkenan.

Ia bertentangan dengan kenyataan Setiausaha Agungnya, Datuk Mustafa Ali malam tadi bahawa Pas tidak akan menuntut jawatan berkenaan malah hanya mencalonkan tiga nama daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Sumber dalaman Pas berkata, nama Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail merangkap Presiden PKR dan timbalannya, Azmin Ali juga tidak tersenarai sebagaimana diputuskan dalam mesyuarat Pas negeri di sini malam tadi yang turut dihadiri Mustafa.

Empat wakil rakyat yang dicalonkan ialah Pesuruhjaya Pas negeri, Iskandar Abdul Samad; Timbalan Pesuruhjaya I Pas negeri, Sallehen Mukhyi; Bendahari Pas negeri, Dr. Ahmad Yunus Hairi dan ADUN Tanjung Sepat, Ir. Mohd. Haslin Hassan.

"Senarai empat nama itu adalah mewakili suara serta kehendak kepimpinan dan ahli di peringkat akar umbi yang mahukan jawatan Menteri Besar diwakili pemimpin Pas Selangor.

"Pas Selangor mempunyai ramai tokoh berkelayakan untuk menduduki jawatan Menteri Besar. Selain itu, senarai tersebut mengambil kira keadaan politik semasa di Selangor ketika ini yang menyaksikan Pas telah banyak memberi pengorbanan dalam memastikan kemenangan pakatan pembangkang dalam pilihan raya umum 2008 dan 2013," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Jelas sumber itu lagi, meskipun Mustafa malam tadi menegaskan Pas hanya mencalonkan nama daripada PKR, keputusan muktamad mengenainya masih bergantung kepada perbincangan di antara jawatankuasa di peringkat Pusat.

"Bagaimanapun, cadangan calon-calon Menteri Besar itu adalah daripada Pas Selangor. Terpulang kepada pertimbangan Pusat untuk menentukan langkah seterusnya yang difikirkan sesuai," ujar sumber itu.

Sementara itu, Iskandar yang ditemui pemberita hari ini menafikan penghantaran empat nama calon Menteri Besar daripada Pas negeri termasuk nama beliau, sebaliknya tegas beliau, pihaknya menyerahkan kepada Pas Pusat untuk membuat keputusan dalam perkara tersebut.

"Pas Selangor tidak akan menghantar nama calon Menteri Besar. Kita serahkan kepada Pas Pusat membuat keputusan untuk diserahkan kepada Istana sebelum 3 September ini," katanya ketika ditemui selepas Mesyuarat Tindakan Ekonomi Selangor (MTES) di sini hari ini.

Usaha untuk mendapat pengesahan daripada Sallehen, Ahmad Yunus dan Mohd. Haslin tidak berjaya berikutan panggilan ke telefon bimbit mereka tidak dijawab manakala khidmat pesanan ringkas (SMS) tidak dibalas.

Selasa lalu, PKR dan DAP menerusi kenyataan bersama Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail dan Setiausaha Publisiti DAP, Tony Pua memutuskan akan tetap mempersembahkan nama Wan Azizah kepada Sultan Selangor untuk dipertimbangkan sebagai calon Menteri Besar.

Dalam kenyataan bersama itu, mereka mendakwa pencalonan Wan Azizah adalah selaras dengan konvensi pakatan pembangkang pada 2013 yang mengemukakan hanya satu nama untuk dipertimbangkan sebagai Menteri Besar.

Selain nama Wan Azizah dan Azmin, ADUN Ijok, Dr. Idris Ahmad turut disebut-sebut sebagai calon Menteri Besar yang mewakili PKR. Sumber: Laman Reformasi

Dialog Dewasa Kritik Berasa

Posted: 30 Aug 2014 11:02 PM PDT

Dialog Dewasa Kritik Berasa


GAMBAR LAMA MENARIK DI SABAH TURUT SAMBUT MERDEKA 31 OGOS 1963

Posted: 30 Aug 2014 10:31 PM PDT

SABAH TURUT SERTA MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN PADA 31/8/1963
AMANAT YAB PERDANA MENTERI
SEMPENA HARI KEMERDEKAAN 31/8/2014:-

Datuk Seri Najib Razak sebentar tadi menggariskan tiga amanat penting merdeka demi kesinambungan negara bangsa supaya terus gagah bersaing di persada antarabangsa.

Perdana Menteri berkata, amanat merdeka pertama iaitu mengukuhkan solidariti rakyat Malaysia dalam menghadapi pahit getir cabaran, berdepan dengan dugaan, termasuk kebersatuan dalam kesedihan.

Amanat merdeka kedua ialah memupuk keyakinan bahawa kita mampu mencapai apa jua cita-cita sebagai sebuah negara bangsa jika wujudnya kebersatuan.

Amanat merdeka ketiga pula ialah mewariskan sebuah Malaysia yang makmur lagi sejahtera.

Kredit kepada jentayu

PPS: LIM GUAN ENG AJAK POLIS GADUH, NAK TUBUH REPUBLIK SOSIALIS !

Posted: 30 Aug 2014 07:34 AM PDT


Sah anak Lim Kit Siang telah mencabar pihak polis bergaduh dan ambil tindakan ke atasnya.

Inilah cara gerila komunis dan puak pemisah mengugut pihak berkuasa untuk berperang.

Mungkin ini adalah isyarat gendang perang yang dipalu oleh Lim Guan Eng seorang Ketua Menteri paling celaka dalam sejarah Pulau Pinang.

Mungkin ada asas Lim Guan Eng begitu berani mencabar pihak keselamatan negara. Sudah pasti mereka ada persediaan rapi jika berlaku sesuatu yang di luar jangka ke atas mereka?


Bayangkan sebuah pertubuhan haram dianggotai oleh lebih 10,000 ahli yang kebanyakanya adalah samseng-samseng, gengster, tokey-tokey dadah, judi, pusat pelacuran dan segala serba-serbinya bisnes haram?

Kita selalu dengar di Pulau Pinang, pihak polis kerap melakukan serbuan ke atas makmal-makmal dadah dan nilai rampasannya sering mencecah jutaan ringgit.

Di negeri ini juga sering dijadikan transit bagi penyeludupan dadah, pemerdagangan manusia dan barang-barang tiruan, pusat money laundering dan sebagainya. 

Siapakah yang akan menjaga aktiviti-aktiviti haram ini jika bukan para tonto, samseng dan gengster?

Antara tugasan terselindung PPS adalah untuk melindungi bisnes haram pelacuran DAP. Hasil duit lendir digunakan untuk mendanai kempen politik DAP. Jika duit haram digunakan dalam kempen DAP maka hasilnya pun akan jadi haramjadah.  
Ya...gengster dan samseng yang berubah menjadi Pasukan Peronda Sukarela (PPS). Mereka diupah oleh tokey-tokeynya untuk melakukan kerja-kerja mengawal dan meronda bagi memastikan kegiatan haram mereka dikawal rapi dari serbuan pihak Polis, Imigresen, Kastam, KPDNKK, RELA, Majlis Agama Islam, JAKIM dan sebagainya.

PPS yang seumpama sekumpulan iblis yang menukar imej jahatnya menjadi nampak macam baik semata-mata untuk mengaburi mata masyarakat kononnya melindungi rakyat.

Nampaknya sikap Ketua Menteri paling celaka dalam sejarah ini cuba mencemarkan suasana hari kemerdekaan kita. 

Sudahlah mempunyai tema hari kemerdekaan yang berbeza dengan kerajaan persekutuan, LGE cuba mencabar Ketua Polis Negara pula.

Ketua Polis Negara telah dicabar Komunis LGE untuk berlawan! 

Apa yang DAP cuba hasut rakyat terutamanya kaum cina? 

Di Sabah dan Sarawak mereka cuba menghasut rakyatnya keluar dari Persekutuan Malaysia. Mungkinkah suatu hari nanti DAP akan hasut rakyat di Pulau Pinang untuk keluar dari Malaysia

Gerakan tersusun telah mereka lakukan secara sistematik...

Alihkan pengundi mereka beramai-ramai ke Pulau Pinang termasuk mengubah pengundi ke kawasan-kawasan melayu dan UMNO...

Halau orang-orang Melayu keluar dari Pulau dengan merampas, menghalau dan membina banyak rumah-rumah mewah...

Halang kerajaan pusat bina lebih banyak perumahan rakyat yang memberi manfaat penduduk miskin yang majoritinya Melayu... 

Sempena Hari Kemerdekaan ke 57 kita boleh bertanya berapa banyak kaum DAP  menunjukkan sikap nasionalisme mereka kepada negara?

Berapa banyak premis dan perumahan kaum mereka yang mengibarkan Jalur Gemilang?

Kalau nak bernegara dan bermasyarakat pun tak pandai dan tiada nilai kesetiaan, apa ertinya lagi mereka duduk di negara ini? Tiada cinta yang lahir dalam jiwa mereka!

Mungkin itu tanda-tanda awal yang mahu dilakukan oleh Lim Guan Eng dan DAP ke arah pemisahan dan menjadi sebuah negeri berautonomi dan republik sosialis. 

Di Selangor DAP dan PKR sedang giat melaksanakannya...

Sukakah kalau ada pihak yang melabelkan semua kaum cina adalah komunis, komunis adalah cina disebabkan oleh sikap tidak patriotik, mementingkan diri, kiasu dan rasis yang disemai oleh DAP?


Mungkin tiba masanya sejarah Kedah Tua dibuka semula untuk kita mengetahui sejarah asal usul Pulau Pinang...

Selamat Hari Kemerdekaan ke 57. Disini Lahirnya Sebuah Cinta.

TANTAWI GASAK ANWAR DAN ANWAR TAK MAMPU JAWAB

Posted: 30 Aug 2014 02:41 AM PDT

Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Nasrudin Hassan Tantawi terus mengasak Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan isu nepotisme apabila Ketua Umum PKR itu dilihat bertegas mahu mencalonkan isterinya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon Menteri Besar Selangor.
Dalam tulisan di facebook semalam, Nasrudin membandingkan krisis politik di Selangor hari ini dengan isu nepotisme dalam Kerajaan Negeri Kelantan pada tahun 2009.
"Sewaktu Tuan Guru Nik Abdul Aziz menjadi Menteri Besar Negeri Kelantan, menantunya Ir Abdul Ariffahmi Ab Rahman pernah dikritik hebat kerana dilantik sebagai CEO PMBK pada tahun 2009 dan akhirnya membawa kepada pengunduran beliau.
"Istilah nepotisme menjadi asas kritikan. PAS Pusat menasihati Kelantan dan Ariffahmi akur. Apakah selepas 5 tahun, Nepotisme tidak lagi menjadi isu pada hari ini ? Atau nepotisme hanya untuk Ariffahmi menantu TGNA, tidak kepada yang lain ?," soalnya.
Menulis lanjut, Nasrudin secara sinis mempersoalkan kenapa sekarang nepotisme bukan merupakan satu isu lagi.
"Kalau nepotisme dibenarkan dan diterima, kenapa baru sekarang ? Sepatutnya ia sudah diterima pada 5 tahun yang lalu. Barangkali 5 tahun lalu tidak wajar isu nepotisme dibangkitkan bagi mewajarkan amalan nepotisme di hari ini,"katanya.
Dalam tulisan itu, Nasrudin turut melampirkan rakaman video bertajuk "Azmin Ali Pertikai Keputusan Presiden PKR"
Dalam rakaman video itu, Timbalan Presiden PKR, Mohamad Azmin Ali telah mengkritik Presiden PKR, Wan Azizah kerana menghantar pencalonan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim kepada Sultan Selangor tanpa berunding dengan pimpinan PKR Selangor.
"Timbalan Presiden PKR Azmin Ali hari ini mengkritik kepimpinan parti kerana didakwa mengamalkan nepotisme atau pilih kasih dengan mengetepikan pandangan kepimpinan Selangor dalam menentukan calon menteri besar negeri itu.
"Beliau berkata, Presiden Datuk Seri Wan Azizah Ismail bertindak menyerahkan surat mencalonkan Tan Sri Khalid Ibrahim sebagai menteri besar tanpa persetujuan PKR negeri," lapor Malaysiakini pada 10 Mei 2013.

Belantan

Posted: 30 Aug 2014 11:02 PM PDT

Belantan


Soksek-soksek akhbar berbahasa Cina : Siapakah 'Zhou Yu' PKR?

Posted: 30 Aug 2014 08:43 AM PDT


Akhbar Nanyang Siang Pau bertarikh 26 Ogos 2014 menyiarkan artikel mengenai kenyataan dua pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang mengibaratkan kemelut yang berlaku dalam parti itu sekarang seperti kisah The Three Kingdoms dalam sejarah China.

Artikel yang ditulis wartawan akhbar berkenaan, Koh Kok Wei bertajuk 'Siapa panglima Zhou Yu dalam PKR?' disiarkan dalam ruangan Pendapat Yan Lun halaman W3.

Ketika Kongres Nasional PKR Ke-10 di Shah Alam, Selangor baru-baru ini, Timbalan Presiden, Azmin Ali dan Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Shamsul Iskandar Mohd. Akin menyentuh mengenai sejarah China yang berlaku pada zaman Dinasti Han Timur.

Tidak kira sama ada pernah membaca atau tidak sejarah The Three Kingdoms, kedua-dua mereka terlalu berani untuk menceritakannya kepada para perwakilan.

Memang banyak peristiwa yang berlaku ketika era pemerintahan dinasti berkenaan dan salah satunya adalah mengenai peperangan yang terjadi dan kesetiaan para pahlawan.

Azmin mahu para perwakilan mencontohi kesetiaan pahlawan kepada ketua mereka, Sun Liu sehingga dapat mengalahkan tentera lawan yang diketuai Chao Chao. Menurut Timbalan Presiden PKR itu, ahli-ahli perlu bersatu bagi memastikan parti itu terus kuat.

Walaupun Azmin tidak menceritakan sepenuhnya apa yang berlaku ketika pemerintahan dinasti berkenaan, yang pasti ia hanya berkaitan apa yang terjadi sebelum dan ketika pertempuran di Lembah Chi Bi yang disertai pahlawan berkenaan.

Beliau tidak menceritakan apa yang terjadi selepas kemenangan tentera Sun Liu apabila semangat setiakawan di kalangan pahlawan telah hancur dan mereka membawa haluan masing-masing.

Kisah itu tidak diceritakan kerana ia tidak relevan dengan nasihat supaya ahli-ahli bersatu dan gabungan pihak pembangkang dikekalkan.

Dalam pada itu, Shamsul Iskandar dalam ucapannya pula menyebut isu pelantikan Menteri Besar Selangor baharu yang boleh diibarat serupa dengan kisah hulubalang Zhou Yu.

Walaupun Zhou Yu setia kepada Shun Quan, beliau tidak memberi maklumat yang benar kepada ketuanya sehingga timbul ancaman perpecahan di kalangan pahlawan.

Tindakan Zhou Yu itu bukan kerana beliau berniat untuk mengkhianati ketuanya sebaliknya kerana sikapnya yang agak kurang terbuka.

Beliau ialah orang muda yang bijak dan hebat tetapi kelemahannya kerana suka ikut pandangannya sendiri dan tidak dapat menerima hakikat ada orang lain yang lebih bijak daripada dirinya.

Jika begitulah huraian Shamsul Iskandar, pembaca sudah tentu mahu tahu siapakah individu seperti Zhou Yu yang dikatakan berada dalam PKR?

Berdasarkan perbandingan yang Shamsul Iskandar sebut, Zhou Yu PKR pastinya orang dalam yang menerajui dan berkuasa dalam parti itu.

Beliau juga ialah orang muda yang bertindak sebagai pemimpin yang berilmu dan bijak dalam parti.

Ketika isu untuk menukar Menteri Besar hangat diperkatakan, orang itu sudah pasti memainkan peranan penting untuk mempertahankan kepentingan parti dan lantang menentang mereka yang tidak sehaluan dengan Penasihat PKR, Anwar Ibrahim.

Boleh dipastikan bahawa orang itu bukan Azmin dan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Suara Politik
Belantan

ANGIN PERUBAHAN

Posted: 30 Aug 2014 09:36 PM PDT

ANGIN PERUBAHAN


PPS Sudah Kena Tahan Dengan Polis

Posted: 30 Aug 2014 09:24 PM PDT

Ratu Rock Ella Turut Sama Kempen Bantah Nepotisme Anwar Di Selangor

Posted: 30 Aug 2014 08:16 AM PDT


Gambar ini membuktikan segalanya. Selain Herman Tino yang turun berkempen, Ratu Rock

http://www.tv14.my/?p=6950



Sambutan Merdeka PAS Hambar, Kerusi Lebih Banyak

Posted: 30 Aug 2014 07:35 AM PDT

Polis Sendiri, Tema Merdeka Sendiri, Apa Agenda DAP Buat Begini? #Merdeka57

Posted: 30 Aug 2014 01:04 AM PDT



tok gajah

Posted: 30 Aug 2014 09:34 PM PDT

tok gajah


Kedudukan PAS akan lebih mantap jike bersama BN

Posted: 30 Aug 2014 08:45 PM PDT

"PAS Selangor berkemungkinan kalah 10 kerusi jika p/raya diadakan semula tanpa bersama PR..!!

PAS jangan syok sendiri, 10 kerusi DUN hilang jika tinggalkan Pakatan, kata Mat Taib


Tan Sri Muhammad Muhd Taib berkata PAS perlu diperingatkan selama ini pengundi Cina juga turut memberikan sokongan mereka apabila parti Islam itu berada bersama dalam PR. – Gambar The Malaysian Insider oleh Najjua Zulkefli, 30 Ogos, 2014.

Tan Sri Muhammad Muhd Taib hari ini mengingatkan PAS tidak mengambil jalan mudah meninggalkan Pakatan Rakyat (PR) kerana sekiranya berbuat demikian, parti Islam itu akan mengalami kekalahan yang lebih besar di Selangor..........."

Tok yakin PAS akan lebih mantap jike bersame BN jike di bandingkan dengan bersame PR. Bukan saje parti itu boleh menarik lebih ramai kaum melayu/Islam tetapi ianye juge boleh menarik kaum bukan melayu/Islam.

Keadaan politik yang tidak menentu dan kucar-kacir di Selangor telah membayangkan kite bahawe PR memang tidak mampu mentadbir negare. Sedangkan di Selangor hanye sebuah negeri sahaje pun dah kecuh-mecuh di buat nye.

Senario di Kelantan dan P Pinang tidak boleh di same kan kerane di Kelantan ianye ditadbirkan oleh PAS 100% tanpa campur tangan PKR atau DAP. Begitu juge dengan P Pinang ianye sebenar nye dibawah pentadbiran DAP, walau pun ade juge PKR dalam EXCO negeri nye tetapi EXCO2 PKR ni telah di kongkong dan tidak boleh menentukan ape2 dasar pun.

Tok percaye kaum melayu sudah sedar betape buruk nye Pakatan Rakyat ni, PAS, PKR dan DAP memang tidak boleh mendapat kate sepakat di dalam ape hal pentadbiran bersame. PAS kate lain, PKR kate lain dan DAP lagi lain2 kate nye.

Keadaan yang tidak pernak sepakat dalam PR ni sangat merugikan kaum melayu/Islam, kite bukan saje nampak berpecah-belah tapi pade hakikat sebenar nye kite sudah pun berpecah belah.

Marilah kite kembali bersatu padu mengukuh kan kedudukan bangse melayu dan agama Islam di negare ini.



GERAKAN ANTI PKR

Posted: 30 Aug 2014 09:31 PM PDT

GERAKAN ANTI PKR


JANGAN UCAP OMG..OH MY GOD !

Posted: 30 Aug 2014 08:15 PM PDT

ALLAHUAKBAR..SALAM KEMERDEKAAN KE 57 UNTUK MALAYSIA TANAH AIR TERCINTA !

Posted: 30 Aug 2014 09:23 AM PDT

MALAM NI PROGRAM DI.....sebarkan

Posted: 29 Aug 2014 11:08 PM PDT

BERANI MEMBUAT PILIHAN...

Posted: 30 Aug 2014 03:26 PM PDT

BERANI MEMBUAT PILIHAN...


Isyarat lucah gadis cantik bertudung ini untuk siapa?

Posted: 30 Aug 2014 09:30 AM PDT

Tidak tahulah apa motif sebenar gadis yang berpakaian seragam ini memuat naik satu foto dengan mengangkat jari tengah ini. Biasanya perkara ini hanyalah suka-suka dilakukan. Tetapi mereka tidak tahu yang ia boleh menjatuhkan maruah mereka.

Kalau dilihat dia sedang memegang tag nama serta menunjukkan jari tengah kepada kamera sudah tentu dia amat mahu dikenali dengan perbuatannya ini. Ok, tidak mengapa kalau nak sangat famous dengan benda-benda macam ini SK boleh tolong sebarkan kepada umum tetapi kali ini kita bagi peluang untuk tidak menyiarkan nama dan wajah penuhnya dan tidak lain kali!

Kepada kepada mereka diluar sana diharap berfikir dahulu sebelum berbuat sesuatu. Anda mahu bersukaria kononnya terlampau galak sehingga memuatnaik gambar sebegini boleh. SK dapat, SK post, malu? anda tanggung sendiri. ingatlah pada zaman yang serba canggih ini tidak memerlukan masa sehari atau dua hari untuk tersebar. 5 minit sudah cukup.

Perutusan biadap, kurang ajar Kit Siang sempena merdeka

Posted: 30 Aug 2014 05:23 AM PDT

KUALA LUMPUR – Penasihat DAP, Lim Kit Siang membuat kenyataan biadap bersempena Sambutan Hari Kemerdekaan Ke-57 esok apabila mempersoalkan sama ada Malaysia telah benar-benar merdeka.

Beliau mendakwa, negara ini belum benar-benar merdeka kerana pendekatan pecah dan perintah warisan penjajah British masih diamalkan di negara ini.

"Malaysia masih menggunakan undang-undang British untuk menafikan hak bersuara dan berpendapat dan pelbagai lagi undang-undang yang menindas.

"Penindasan ini seperti yang boleh dilihat daripada beberapa pendakwaan terpilih dan berniat jahat terhadap pemimpin pakatan dalam masa sepuluh hari lalu," dakwanya melalui satu kenyataan media hari ini.

Justeru, Kit Siang mengkritik pelbagai iklan kemerdekaan yang disiarkan media kerana didakwa bertujuan melalaikan rakyat dengan ilusi kemerdekaan dan kebebasan.

Beliau mendakwa, Iklan terbabit cuba menampilkan kehidupan yang seakan sebuah lakonan sedangkan rakyat Malaysia hidup dalam ketakutan dan rasa saling tidak senang antara satu sama lain disebabkan perbezaan warna kulit dan budaya.

"Setelah 57 tahun Merdeka, Malaysia masih lagi merangkak dalam usahanya membina sebuah masyarakat yang harmonis tanpa mengira perbezaan kaum, agama dan fahaman politik," dakwanya. – mynewshub.my

'Saya londeh seluarnya sebelum saya...'

Posted: 30 Aug 2014 03:35 AM PDT

MARIA mengaku menikam seorang ibu yang hamil lapan bulan sebelum membelah perut mangsa.
Mexico City: Seorang wanita mengaku menikam seorang ibu yang hamil lapan bulan sebelum membelah perut mangsa untuk mencuri anak dalam kandungannya.

Maria Rodriguez, 29, dari wilayah Tepic, memberitahu polis, dia mengambil keputusan membunuh Nadia Avila dan mencuri bayi yang dikandungnya selepas menipu keluarganya bahawa dia hamil.


Menurut polis, dia kini berdepan dengan tuduhan membunuh bayi berkenaan dan ibunya.

Ketika menceritakan tindakannya itu, Maria berkata, dia mulanya memukul mangsa hingga pengsan selepas mempelawa Nadia ke rumahnya dengan alasan untuk memberikan baju bayi.

"Apabila saya menekup mulutnya, dia menggigit saya. Saya mengikat tangannya ke belakang untuk mempertahankan diri. Tetapi, ketika itu saya belum membunuhnya.

"Dia menjerit, meminta saya membiarkannya. Saya memukulnya lagi hingga dia pengsan.

"Kemudian saya melondehkan seluarnya dan menikam perutnya.

"Dia bergerak sedikit. Saya membelah perutnya dan mengambil anak itu secepat mungkin kerana tidak mahu dia mati.

"Tetapi saya gagal mengambil bayi berkenaan. Saya melakukannya secara paksa dan berjaya tetapi dia mati," kata Maria.

Maria memberitahu polis, dia terlalu inginkan bayi, tetapi tidak tahu untuk memberitahu keluarganya yang dia tidak hamil.

"Sebelum ini haid saya lewat dan memeriksa darah, tetapi keputusannya negatif. Saya begitu perlukan anak dan semua anggota keluarga menyangka saya hamil. Tetapi saya hanya memperdayakan mereka dan akhirnya, tidak tahu untuk memberitahu keadaan sebenar.

"Tetapi, apabila melihat Nadia yang sarat mengandung, terlintas di hati saya, inilah peluang saya. Saya tidak mengenalinya langsung dan hanya dua kali melihatnya. "Saya memutuskan untuk mencuri kandungannya," kata Maria.

Dia ditangkap selepas memanggil pasukan perubatan untuk membawa mayat bayi yang dikeluarkannya dari perut mangsa supaya boleh memberitahu keluarganya bahawa dia keguguran.

"Bagaimanapun, pasukan perubatan mula mengesyaki sesuatu apabila wanita itu tidak membenarkan mereka memasuki rumahnya," kata jurucakap polis. Maria melarikan diri apabila pasukan perubatan mendesak untuk memeriksanya.

Bagaimanapun, dia berjaya dikesan dan ditahan selepas suami Nadia, Juan Hernandez membuat laporan mengenai kehilangan isterinya. - Agensi

'Nepotisme hanya untuk menantu Nik Aziz?'

Posted: 30 Aug 2014 02:03 AM PDT

Anggota jawatankuasa pusat PAS Nasrudin Hassan meneruskan kritikannya atas amalan nepotisme, yang kini menjmenjadi tumpuan dalam isu pencalonan presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail ke jawatan menteri besar Selangor.

Dalam tulisannya di Facebook, MP Temerloh itu mempersoalkan sikap PAS dalam menangani isu tersebut pada masa ini, memandangkan parti Islam tersebut pernah terpalit dengan masalah sama pada 2009.

Beliau merujuk kepada isu pelantikan menantu kepada Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, menteri besar Kelantan pada 2009 ke jawatan ketua pegawai eksekutif Perbadanan Menteri Besar Kelantan.

Katanya, menantu Nik Aziz itu, Abdul Ariffahmi Ab Rahman terpaksa berundur selepas pelantikan ke jawatan berkenaan mencetus kontroversi.

"Istilah nepotisme menjadi asas kritikan. PAS Pusat menasihati Kelantan dan Ariffahmi akur. Apakah selepas lima tahun, nepotisme tidak lagi menjadi isu pada hari ini?

"Atau nepotisme hanya untuk Ariffahmi menantu (Nik Aziz), tidak kepada yang lain?," soalnya dalam tulisan di Facebook.

Dengan sinis, beliau seterusnya menyatakan bahawa PAS sepatutnya sudah boleh menerima amalan nepotisme ketika parti Islam tersebut menghadapi isu pelantikan Ariffahmi.

"Kalau nepotisme dibenarkan dan diterima, kenapa baru sekarang? Sepatutnya ia sudah diterima pada lima tahun yang lalu.

"Barangkali lima tahun lalu tidak wajar isu nepotisme dibangkitkan bagi mewajarkan amalan nepotisme di hari ini," katanya.

Dalam kenyataannya di laman itu, beliau turut memuatkan pautan ke satu video berhubung kenyataan timbalan presiden PKR Azmin Ali, mengenai isu pemilihan calon untuk jawatan tersebut.

Ratu cantik terlampau...

Posted: 29 Aug 2014 10:31 PM PDT

Yangon, Myanmar: Seorang ratu cantik Myanmar yang digugurkan gelarannya kerana didakwa biadab serta menipu semalam dilaporkan menghilang bersama tiara bernilai antara AS$100,000 (RM315,200) dan AS$200,000 (RM630,400).

May Myat Noe dimahkotakan sebagai Ratu Dunia Asia Pasifik di Seoul, Korea Selatan pada Mei lalu.

Namun, pengarah media penganjur berpangkalan di Seoul, David Kim berkata, ratu cantik berusia 18 tahun itu memang mengecewakan sejak awal.

Kata Kim, selepas memenangi gelaran itu penganjur mengatur perjanjian nyanyian dan video untuk May.

"Kami mahu ubah penampilan dia supaya lebih jelita," katanya.

Justeru, tidak lama kemudian penganjur menghantar May yang memiliki ketinggian 1.7 meter itu ke sebuah hospital untuk menjalani pembedahan buah dada.

Ketika itulah, kata Kim, masalah bermula.

"May membawa ibunya ke Seoul dan lawatan asal mereka selama 10 hari menjadi tiga bulan dengan penganjur menanggung kos tambahan," katanya.

Penganjur juga menanggung kerugian apabila tiket penerbangan pulangnya hangus begitu saja apabila May tidak muncul seperti sepatutnya.

Sumber pula melaporkan May pulang ke Yangon menaiki pesawat lebih awal daripada diurus penganjur.

May dimaklumkan mengenai penarikan balik gelarannya awal minggu ini dan diarah menyerahkan mahkota dimenanginya.

Kata Kim, semua orang tahu May bukan lagi ratu selepas penganjur membatalkan kemenangannya. - AP

Selfie bogel remaja perempuan 13 tahun tersebar

Posted: 29 Aug 2014 08:01 PM PDT

Gara-gara terpengaruh dengan media sosial, seorang remaja perempuan berumur 13 tahun telah menghantar gambar bogel kepada kenalan alam maya yang beliau belum pernah bertentang mata pun.

Sekarang gadis ini berada dalam ketakutan memandangkan gambar beliau telah tersebar dengan meluas.

Peringatan kepada remaja , perempuan, wanita dan lain-lain diluar sana, akibat dari terikut-ikut trend "selfie" bogel anda berkemungkinan akan menanggung malu seumur hidup maka berhati-hatilah.

Sumber

'Puteri Sultan Brunei' kantoi menipu

Posted: 29 Aug 2014 07:21 PM PDT

Gambar hiasan
Bangkok: Empat individu, termasuk seorang mendakwa puteri Sultan Brunei dituduh di mahkamah kerana terbabit dalam penipuan menyebabkan kerugian bernilai RM1.5 juta.

Polis Thailand kelmarin berkata Decha Surinrit, 52; isterinya, Ammaraporn Surinrit, 54; anak perempuan mereka, Sarocha Sathianpak, 21; dan Panrawee Tharapanya, 50 , didakwa menipu serta cuba menipu.

Semua suspek ditangkap dan dibebaskan dengan ikat jamin awal bulan ini. Penangkapan dibuat selepas lapan mangsa membuat aduan diperdaya memindahkan wang bernilai 15 juta baht ke akaun suspek.

Decha didakwa meyakinkan mangsa bahawa Ammaraporn adalah puteri Sultan Brunei yang memiliki wang serta barang kemas bernilai 100 bilion baht (RM10 bilion) yang dirampas mahkamah sebagai sebahagian daripada siasatan pihak berkuasa. Suspek turut menggunakan dokumen palsu kepada mangsa untuk mengukuhkan dakwaan berkenaan. - Agensi

Ketagih seks punya pasal...

Posted: 29 Aug 2014 06:42 PM PDT

Dr Suresh Nair di luar mahkamah, tahun lalu. -foto The Daily Telegraph

PETALING JAYA: Dr Suresh Nair, pakar bedah saraf yang mengalami ketagihan seks dan bertanggungjawab terhadap kematian dua orang pelacur, telah dihantar pulang ke Malaysia.

The Daily Telegraph mendedahkan bahawa Menteri Imigresen Australia Scott Morrison telah mengarahkan penghantaran pulang Dr Nair yang telah menjalani hukuman penjara empat tahun kerana membunuh dan membekalkan kokain selepas dibebaskan di bawah sistem parol pada 31 Julai.

Menurut laporan itu, dia meninggalkan Australia pada Selasa.

Doktor kelahiran Malaysia, yang mempunyai taraf penduduk tetap Australia, telah dibenarkan untuk terus bekerja di sebuah hospital swasta di Sydney walaupun ketagihan kokain dan seks.

Ini menyebabkan beberapa pembedahan mengganggu tugasnya, yang mengakibatkan keadaan beberapa pesakitnya menjadi bertambah teruk.

Nair dipenjara pada tahun 2011 kerana membunuh pelacur berusia 22 tahun, Domingues Zaupa, yang mengambil kokain berlebihan semasa pesta di sebuah apartmen mewah pakar bedah itu di Sydney pada tahun 2009.

Dia juga mengaku bersalah membekalkan kokain, yang mengorbankan pelacur Victoria McIntyre, 23, di apartmennya.

Naarudin Tantawi terus kecam Anwar calonkan isteri sendiri

Posted: 29 Aug 2014 06:01 PM PDT

KUALA LUMPUR 29 Ogos - Kemelut politik Selangor umpama drama berbalas kenyataan apabila keputusan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim menamakan isterinya, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon tunggal jawatan Menteri Besar Selangor dibidas Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Nasrudin Hassan.

Nasrudin yang juga Ahli Parlimen Temerloh secara sinis menyifatkan keputusan Anwar itu sebagai satu perkara luar biasa.

"Berdasarkan nas dan khilaf perbahasan ulama, melantik wanita bagi mengetuai sebuah kerajaan negeri sebagai perkara biasa.

"Tetapi apabila terdapat pihak yang hanya mahu isterinya sahaja menjadi Menteri Besar bagi sebuah kerajaan negeri tanpa khilaf dan tidak perlu diperbahaskan lagi kerana ia keputusan yang muktamad, maka ini adalah satu perkara luar biasa," katanya melalui laman sosial Facebook hari ini.

Semalam, Anwar yang juga Ketua Pembangkang berkata, keputusan menamakan Wan Azizah sebagai calon tunggal Menteri Besar Selangor yang baharu sebagai muktamad.

Anwar juga mahu semua pihak termasuk Pas menerima keputusan yang dimuktamadkan pada mesyuarat majlis pimpinan pakatan pembangkang pada 17 Ogos lalu.

Sementara itu, Pesuruhjayanya, Iskandar Abdul Samad berkata, Pas negeri akan mengadakan perbincangan dalaman bagi mendapatkan pandangan akar umbi berhubung pencalonan jawatan Menteri Besar Selangor.

Menurut beliau, buat masa ini pihaknya akur dengan pendirian kepimpinan tertinggi parti yang memutuskan tidak akan menuntut jawatan tersebut dan hanya mencalonkan wakil daripada PKR.

"Itu (pandangan akar umbi Pas Selangor) kita bincang di peringkat dalaman nanti, namun keputusan untuk senarai pencalonan Menteri Besar, Pas pusat yang akan tentukan," katanya kepada pemberita selepas majlis bacaan Yasin, tahlil serta solat Jumaat di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah di Shah Alam, hari ini.

Dalam pada itu, Iskandar yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Cempaka merangkap Pengerusi Jawatankuasa Tetap Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Peneroka Bandar negeri menafikan spekulasi beliau turut dicalonkan sebagai Menteri Besar bersama-sama tiga lagi ADUN Pas negeri ini.

Menurutnya, Pas negeri tidak mengadakan perbincangan mengenai nama-nama calon Menteri Besar dalam kalangan ADUN Pas negeri semasa mesyuarat malam kelmarin.

"Sebarang nama calon Menteri Besar daripada Pas hanya akan diputuskan oleh Pas pusat. Tidak ada nama-nama itu (senarai empat ADUN Pas Selangor sebagai calon Menteri Besar)," jelasnya.

Utusan Malaysia hari ini melaporkan, Pas Selangor mencalonkan empat nama dalam kalangan ADUN parti itu untuk dipersembahkan kepada Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah bagi mendapat perkenan sebagai Menteri Besar.

Empat ADUN terbabit selain Iskandar ialah Timbalan Pesuruhjaya I Pas negeri, Sallehen Mukhyi; Bendahari Pas negeri, Dr. Ahmad Yunus Hairi dan ADUN Tanjung Sepat, Ir. Mohd. Haslin Hassan.

Apa Yang Tersirat

Posted: 30 Aug 2014 01:25 PM PDT

Apa Yang Tersirat


Khalid Caretaker MB Sehingga PRU-14?

Posted: 29 Aug 2014 06:16 PM PDT

SELAGI Sultan belum perkenaan perletakan Tan Sri Khalid Ibrahim dan 4 exco Selangor daripada Pas masih berstatus exco, selagi itu Khalid boleh meneruskan jawatan sebagai caretaker MB Selangor.

Tiada yang boleh dilakukan oleh Anwar dan DAP, kerana perlantikan MB sekarang terletak pada keputusan Sultan.

Salah Anwar sendiri, mengapa melakukan tindakan yang mengaitkan Sultan, sedangkan istana tidak mahu terlibat dengan masalah dalaman parti itu sendiri. 

Anwar melihat, bahawa Khalid perlu diganti untuk menjadikan isterinya MB Selangor, sementara itu bukan sahaja Sultan malahan rakyat Selangor sendiri tiada sebab mengapa tindakan itu perlu dilakukan.

Kalau dilihat daripada reaksi rakyat, tindakan yang dilakukan Anwar itu memang ditolak meskipun para wakil rakyat daripada PKR dan DAP yang menang pada PRU-13 lalu menyokong pertukaran itu.

Masa kini tidak sama dengan keadaan tahun 2013, walaupun 29 ADUN menyokong Wan Azizah, tidak semestinya rakyat majoriti menyokong. Atas sebab itu, demi merungkai kemelut politik Selangor, elok rakyat diberi pilihan melalui Pilihanraya Negeri.

Pengikut