Khamis, 9 Mei 2013

Pakatan Rakyat

Pakatan Rakyat


DIALOG RAKYAT

Posted: 09 May 2013 03:09 PM PDT

PRU13: Najibnomic Terus Berkuasa

Posted: 09 May 2013 04:08 AM PDT

"Jikalau sekiranya penduduk negeri-negeri beriman dan bertakwa, pastilah kami akan melimpahkan kepada mereka barakah dari langit dan bumi, tetapi mereka mendustakan (ayat-ayat Kami) itu, Maka kami seksa mereka disebabkan perbuatannya." (Surah al-A'raf : ayat 96)

BN memenangi kerusi, PR memenangi undi

Pada tarikh 5 Mei 2013, sejumlah 11.2 juta (84.84%) daripada 13.2 juta pemilih berdaftar telah menunaikan kewajipan sebagai pengundi dalam PRU13, yang berakhir dengan Barisan Nasional (BN) diisytiharkan berjaya mempertahankan kuasa di peringkat Persekutuan dengan majoriti yang berkurangan berbanding pada PRU12 yang lalu.

Keputusan PRU13, pilihan raya paling sengit dalam sejarah politik tanah air, menyaksikan BN memenangi 133 (60%) daripada 222 kerusi parlimen yang dipertandingkan, jatuh daripada 140 (63%) kerusi yang dimenangi dalam PRU12. Pakatan Rakyat (PR) pula berjaya memenangi 89 (40%) kerusi parlimen; DAP-38, PKR-30 dan PAS-21; rekod tertinggi yang dicapai oleh pembangkang dalam sejarah pilihan raya Malaysia sejak negara mencapai kemerdekaan.

Peratusan keluar mengundi pada PRU13 di peringkat nasional mahupun di peringkat negeri turut mencatatkan rekod baru apabila melepasi paras 84% berbanding rekod tertinggi sebelum ini iaitu 78.9% (PRU 1964), di samping turut menyaksikan pertambahan pengundi baru yang tertinggi (2.4 juta) berbanding pertambahan tidak melebihi 1 juta pada PRU sebelum ini.

Walaupun BN (133) mengatasi PR (89) pada kedudukan kerusi parlimen, iaitu penguasaan 60% daripada keseluruhan 222 kerusi parlimen, PR buat pertama kali berjaya menafikan penguasaan undi popular yang dimenangi BN apabila memperolehi 51.3% daripada keseluruhan undi yang diterima berbanding BN yang hanya menerima 48.7% undi, sebagaimana dibuktikan daripada majoriti kemenangan yang tipis bagi pihak Barisan Nasional dan Pakatan Rakyat di beberapa kerusi parlimen dan negeri.

Ketidakseimbangan penguasaan kerusi dan undi ini bakal mencorak halatuju dasar dan polisi negara dalam tempoh 5 tahun mendatang, khususnya dalam usaha mempertingkatkan tahap sosio-ekonomi rakyat dan memperkukuhkan daya saing ekonomi negara.

Kesinambungan dasar Umno-nomic

Keputusan PRU13 yang bersifat 'status-quo' bermakna segala dasar, polisi dan program ekonomi di bawah pentadbiran Perdana Menteri ke-6 akan terus dilaksanakan.

Beberapa penganalisis ekonomi dan pelaburan menjangkakan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) akan terus berkembang pada kadar 5.0% - 6.0% bagi tahun 2013 dan 2014, kesan daripada kelangsungan projek-projek di bawah Program Transformasi Ekonomi, sentimen pelabur yang meningkat serta pengukuhan pendapatan dan permintaan domestik. Namun, dengan margin kemenangan BN yang kecil, beberapa dasar ekonomi yang 'tidak popular' dijangkakan tidak mampu untuk dilaksanakan dengan mudah, khususnya pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST), Program Rasionalisasi Subsidi (PRS) yang tertangguh sejak 2011 akibat pilihan raya, pemberian konsesi tol yang baru dan agihan kontrak projek mega tanpa tender terbuka yang bakal mengundang polemik di kalangan rakyat, di samping akan memberi impak kepada peningkatan kadar inflasi pada paras 2.0% - 3.0% bagi tahun 2013 dan 2014.

Implikasi ekonomi pasca PRU13 secara lebih terperinci dapat diperhatikan dalam beberapa aspek berikut:

1. Timbal-balik dana politik – Umum dapat melihat bagaimana BN, dan juga PR, berbelanja besar sebelum dan sepanjang tempoh berkempen pilihan raya, dengan dana yang dibiayai daripada pelbagai sumber. Aktiviti pembiayaan dana kempen (political funding) di Malaysia adalah tidak telus dan kurang pemantauan, menyebabkan sukar untuk rakyat menilai secara terbuka jumlah dan ganjaran yang diperoleh oleh pihak yang terlibat. Dengan jumlah 222 kerusi parlimen dan 505 kerusi DUN yang dipertandingkan, jumlah dana yang dilaburkan oleh pihak yang menang mahupun yang kalah sepanjang tempoh berkempen boleh mencecah anggaran minima sekitar RM1 juta – RM5 juta untuk setiap kawasan, mencecah RM1 bilion secara agregat di seluruh negara. Jumlah pembiayaan ini pastinya menuntut kepada timbal-balik (payback) yang akan 'dilunaskan' melalui pemberian tender dan kontrak kerajaan secara tidak telus kepada kontraktor-kontraktor yang diragui, di samping nilai tender yang tinggi pada kadar yang tidak munasabah. Ini pastinya menuntut kepada akauntabiliti dan tranparensi oleh calon-calon yang bertanding, terutamanya bagi mereka yang menang dan memegang jawatan utama di di peringkat kerajaan Persekutuan, Negeri dan PBT serta syarikat-syarikat GLC.

2. Subsidi, GST dan Inflasi – Dianggarkan peruntukan subsidi bagi tahun 2013 adalah RM37.6 bilion, sebahagian besarnya untuk subsidi minyak (RM20 bil) dan pendidikan (RM6 bil). Manifesto BN yang bersifat populis tidak menyatakan secara terbuka tentang subsidi (kenaikan harga minyak, gula dsb), cukai barangan dan perkhidmatan (GST), saman AES dan seumpamanya. Rakyat boleh menjangkakan kerajaan akan mengumumkan pelaksanaan program rasionalisasi subsidi (pengurangan subsidi) yang akan memberi kesan kepada kenaikan harga minyak RON95 sekitar 30 sen – 50 sen dalam tahun ini, seterusnya memberi impak kepada kenaikan harga barangan yang lain. Pembentangan bajet 2014 pada Oktober tahun ini dijangka akan mengumumkan kerangka asas pelaksanaan GST, dengan anggaran 5%-6% kadar cukai untuk setiap perbelanjaan. Dengan anggaran perbelanjaan sekitar RM2,000 sebulan, kadar cukai GST yang perlu dibayar adalah RM100 sebulan, atau RM1,200 setahun, bersamaan dengan nilai BR1M yang akan diteruskan dalam tempoh 5 tahun lagi.

3. Defisit & Hutang Negara – Kelangsungan kuasa kerajaan BN bermakna penerusan projek dan program yang telah dan akan diumumkan oleh Perdana Menteri yang menelan belanja berbilion ringgit, antaranya projek-projek di bawah ETP/GTP, pembangunan koridor-koridor (Iskandar Malaysia, ECER, NCER, SCORE dll), projek minyak dan gas (Petronas, Pengerang, SapuraKencana dll), projek MRT dan LRT di Lembah Klang, projek Keretapi Laju KL-Singapura, projek naiktaraf Lebuhraya Utara Selatan dan Lebuhraya Pantai Timur, pembinaan Lebuhraya Pantai Barat dan Lebuhraya Pan-Borneo, di samping projek-projek perbekalan air di Lembah Klang, Selangor dan Kelantan. Ditambah pula dengan saiz kabinet dan kos operasi kerajaan yang sentiasa meningkat, ini pastinya memberi kesan negatif kepada usaha kerajaan untuk mencapai pengurangan kadar defisit belanjawan 3.0% pada tahun 2015 di samping mengawal kadar hutang kerajaan yamg terus meningkat untuk tidak melepasi paras 55% nisbah hutang kepada KDNK.

4. Kos Sara Hidup & Hutang Isi Rumah – Nisbah hutang isi rumah kepada KDNK telah meningkat daripada 77% pada tahun 2011 kepada 80% pada tahun 2012, dan dijangkakan akan terus meningkat. Ini bermakna secara purata setiap rakyat menghabiskan lebih separuh daripada pendapatan bulanan untuk melangsaikan hutang, khususnya ansuran pembiayaan perumahan (harga rumah yang tinggi), pembiayaan kenderaan (kereta mahal akibat duti eksais 100%), hutang kad kredit, hutang pajak-gadai dan seumpamanya. Langkah kerajaan untuk menaikkan nilai BR1M kepada RM1,200 di samping pemberian bantuan dan elaun yang pelbagai dilihat tidak mampu menyelesaikan punca utama peningkatan kos sara hidup rakyat. Ini kerana rakyat akan terus terbeban dengan kenaikan harga minyak dan barangan keperluan harian, dengan anggaran penambahan kos RM100-RM200 sebulan. Rakyat pastinya ternanti-nanti pengumuman kerajaan untuk menurunkan harga kereta sebanyak 20%-30% dalam bajet 2014, seterusnya dapat memiliki lebih 1 juta rumah mampu milik yang dijanjikan oleh kerajaan.

Bersama kita saksikan sejauh mana Najibnomic akan terus berkuasa, tatkala kesedaran rakyat, khususnya generasi muda kini semakin meningkat untuk melihat model urustadbir ekonomi negara yang lebih telus, adil dan berkebajikan, demi membawa kebaikan kepada negara dan rakyat.

Syahir Sulaiman adalah Pengarah Kajian Polisi, Dewan Pemuda PAS Malaysia

MB bentang cadangan potfolio exco Kelantan

Posted: 09 May 2013 04:00 AM PDT

KUALA LUMPUR: Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yakob (gambar) hari ini membentangkan senarai potfolio kesemua Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri yang telah dilantik.

Pembentangan itu dibuat dalam mesyuarat Badan Perhubungan PAS Negeri Kelantan yang dipengerusikan oleh Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat selaku Pesuruhjaya PAS Kelantan.

Perkara ini dimasukkan beliau di dalam facebooknya hari ini.

Portfolio exco baru kerajaan negeri Kelantan yang dibentangkan adalah sebagaimana berikut :

1. Jawatankuasa Pentadbiran Awam, Perancangan Ekonomi dan Kewangan yang akan dipengerusikan oleh Datuk Ahmad Yakob.

2. Jawatankuasa Pembangunan Wilayah, Tanah, Pelaburan dan Sumber Asli yang dipengerusikan oleh  Datuk Haji Mohd Amar bin Abdullah, Timbalan Menteri Besar Kelantan.

3. Jawatankuasa Kerjaaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar yang dipengerusikan oleh  Datuk Haji Abdul Fattah Hj Mahmood

4. Jawatankuasa Pertanian, Bio Teknologi dan Teknologi Hijau yang dipengerusikan oleh  Datuk Haji Che Abdullah bin Mat Nawi

5. Jawatankuasa Perindustrian, Perdagangan dan Perpaduan Masyarakat yang dipengerusikan oleh  Datuk Haji Anuar Tan bin Abdullah

6. Jawatankuasa Pembangunan Islam, Dakwah, Penerangan dan Hubungan Serantau yang dipengerusikan oleh Datuk Haji Mohd Nassuruddin bin Haji Daud

7. Jawatankuasa Kebudayaan, Pelancongan dan Warisan yang dipengerusikan oleh  Datuk Mejar (B) Hj Mohd Anizam bin Abdul Rahman

8. Jawatankuasa Infrastruktur, Utiliti dan Teknologi Maklumat yang dipengerusikan oleh  Haji Hanifa bin Ahmad

9. Jawatankuasa Pembangunan Insan, Pendidikan dan Pengajian Tinggi yang dipengerusikan oleh  Datuk Dr Mohamed Fadzli bin Dato Haji Hassan

10. Jawatankuasa Pembangunan Keluarga, Kebajikan dan Kesejahteraan Rakyat yang dipengerusikan oleh  Hajah Mumtaz bin Md Nawi

11. Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan NGO yang dipengerusikan oleh  Dr Ramli bin Mamat

"Harapan saya agar semua exco yang dilantik memegang portfolio masing-masing ini dapat menjalankan tugas dengan lancar dan sempurna di bawah keredhaan Allah SWT, Insya-Allah," katanya dalam facebook.

Anwar : Saya Tidak Akan Berundur Sehingga Demokrasi Ditegakkan

Posted: 09 May 2013 03:58 AM PDT


himpunan suara rakyat kelana jaya 01

KELANA JAYA: Ketua Umum Pakatan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim berikrar akan meneruskan perjuangan menuntut keadilan sehingga demokrasi sebenar ditegakkan di Malaysia.

Mengulas desakan awal pihak lawan yang menggesa beliau berundur sekiranya Pakatan Rakyat tewas pada Pilihan Raya Umum ke-13, Anwar menegaskan peningkatan sokongan rakyat terhadap PR merupakan bukti jelas untuk beliau kekal di persada politik negara.

"Ada orang kata Anwar kamu undur kalau kalah. Saya cakap Pakatan Rakyat menang, saya tidak akan undur.

"Kita teliti keputusaan, dengan segala tipu helah, rakyat masih sokong PR pada 52 peratus," katanya dihadapan lebih 50,000 himpunan Suara Rakyat Suara Keramat di Stadium Kelana Jaya semalam.

Dengan nada sinis Anwar menyatakan, tanpa tipu helah pelbagai pihak sudah semestinya Umno-BN sudah tewas pada PRU-13.

anwar himpunan kelana jaya suara rakyat 01

Jelasnya, ini adalah permulaan pertarungan antara rakyat dan penguasa yang korup.

Anwar turut memberikan reaksi balas berhubung laporan akhbar awal miggu ini berhubung persoalan kehendak kaum Cina sehingga beralih mengundi PR.

"Malam ini rakyat beri jawapan. Ada orang tanya Cina mahu apa?

"Saya jawab Melayu, Cina, India, Dayak, Khadazan dan rakyat Malaysia mahu pilihan raya yang adil.

"Saya tambah lagi jawapan Melayu, Cina, India, Dayak, Khadazan dan rakyat Malaysia mahu Umno-BN tumbang.

"Melayu, Cina, India, Dayak, Khadazan dan rakyat Malaysia mahu hak rakyat Malaysia jangan dirampas," katanya lagi.

Anwar turut mengingatkan semua pihak agar tidak melagakan suku kaum di negara ini kerana di dalam kempen PR sendiri menerangkan mesej jelas menolak rasuah, kezaliman dan perkauman.

Selain itu, mulai Sabtu ini, rakyat digalakkan memakai pakaian berwarna hitam seluruh hari sebagai tanda kekecewaan terhadap sistem demokrasi.

Dalam pada itu, Anwar dan barisan pimpinan Pakatan Rakyat turut mengucapkan jutaan terima kasih kepada rakyat yang mengundi PR selain turut sama dalam agenda perubahan.

Pakatan Akan Buru Semua Yang Terlibat Dalam Penipuan PRU 13.

Posted: 09 May 2013 03:54 AM PDT


himpunan suara rakyat kelana jaya 02

KELANA JAYA,: Pakatan Rakyat akan mencari semua yang terlibat di dalam penipuan semasa pengundian pada 5 Mei lalu termasuk Pegawai Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang seleweng dan pemandu bas yang membawa pengundi ragu.

"Bermula minggu ini, saya dan rakan-rakan dalam Pakatan Rakyat akan menumpukan setiap satu saat hidup kami untuk mencari pencuri-pencuri undi kita," kata ketua siasatan itu, Rafizi Ramli.

Rafzi, yang baru dilantik untuk mengetuai jawatankuasa khas siasatan itu, berkata usaha ini akan membuktikan kepada semua pihak bahawa wujudnya beberapa insiden penipuan dan penyelewengan pada PRU-13.

"Kita aka cari Pegawai Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang menipu, kita akan kejar pemandu-pemandu bas yang bawa pengundi asing ke tempat kita.

"Kita akan tunjukkan bukti satu persatu mengapa kerajaan (Perdana Menteri Datuk Seri) Najib wajar ditumbangkan kerana kerajaan haram," katanya dalam ucapan di perhimpunan "Suara Rakyat Suara Keramat"

"Saya minta semua rakyat Malaysia yang sayangkan negara, yang tahu nilai keadilan, kita mesti tolak penyelewengan dan penipuan ini.

"Saya minta rakyat Malaysia membantu berikan bukti supaya kita cabar dia di mahkamah, di jalan, kita lawan mereka di Parlimen sampai menang," katanya yang baru dinobatkan sebagai Ahli Parlimen Pandan.

Rafizi turut akan berkerjasama dengan Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH) serta parti komponen Pakatan Rakyat bagi mencari bukti berhubung penyelewengan ini.

Pakatan percaya bahawa proses pengundian dan kiraan undi pada 5 Mei lalu penuh dengan insiden penipuan seperti ejen calon yang dihalang daripada mengawal kotak undi awal dan penglibatan warga asing sebagai pengundi.

"Warga Pakistan, Myanmar Cuba Buang Undi Pakai MyKad"

Posted: 09 May 2013 03:49 AM PDT


petugas tangkap pengundi warga asing  03

PETALING JAYA  : Petugas pilihanraya Pakatan Rakyat yang ditemui di himpunan "Suara Rakyat Suara Keramat" semalam menceritakan bagaimana mereka menahan warga asing yang cuba menggunakan kad pengenalan palsu untuk mengundi pada PRU 13.

Seorang daripada petugas tersebut Tan Ooi Ngak mendakwa beliau dan petugas lain di pusat mengundi SK Taman Ria di DUN Bukit Selambau, Kedah berjaya mengesan warga Pakistan yang cuba membuang undi.

Tan, yang merupakan seorang petugas jentera tempat mengundi, berkata, warga Pakistan itu ditahan selepas tengahari ketika dia menghampiri pusat mengundi.

"Pemeriksaan mendapati dia adalah warga Pakistan. Dia diarahkan meninggalkan tempat mengundi dengan segera," katanya ketika ditemui di Himpunan "Suara Rakyat Suara Keramat" pada Stadium Kelana Jaya di sini malam ini.
petugas tangkap pengundi warga asing  02

Tan mendedahkan perkara itu sambil menunjukkan gambar warga Pakistan berkenaan.

Manakala petugas Pas Johor Tajuddin Mohamad mendakwa beliau dan petugas lain berjaya menghalang warga Myanmar daripada membuang undi di SK Kluang Barat, Kluang di dalam  DUN Mahkota pada kira-kira 4 ptg.

"Bila diperiksa dia menunjukkan MyKad tetapi bila disuruh menyanyi Negaraku, dia gagal. Kita memberi amaran dan mengarahkan dia beredar dari situ," kata Tajuddin.

Di samping itu, Tajuddin juga berkata proses kiraan undi di Dewan Sultan Ibrahim Shah pada petang itu amat mencurigakan apabila pegawai Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) melambatkan pengumuman keputusan.

Beliau berkata pengiraan undi mendapati calon PR, Khairul Faizi memenangi DUN tersebut dengan majoriti lebih 900 undi.

Bagaimanapun, dakwanya, pengumuman pemenang yang sepatutnya dibuat, ditangguhkan dan petugas SPR mengumumkan masih terdapat undi pos yang belum dibawa masuk.

"Penangguhan hampir dua jam melibatkan pengiraan undi selesai lewat hingga hampir jam 1 pagi.

"Kita mempersoalkan perkara itu kerana ia terlalu lama seolah-olah menafikan kemenangan calon PR," katanya ketika ditemui di Stadium Petaling Jaya di sini malam ini.

Dakwaan mereka adalah antara beberapa siri pendedahan mengenai insiden-insiden yang mencurigakan semasa hari pengundian yang menyebabkan Pakatan mempersoal kesahihan keputusan PRU 13.

Himpunan malam tadi dihadiri kira-kira 50,000 peserta dan pemimpin Pakatan bagi membantah penipuan yang didakwa berleluasa di dalam PRU 13 5 Mei lalu.

Adnan angkat sumpah Menteri Besar Pahang untuk penggal ke-4

Posted: 09 May 2013 03:37 AM PDT

SINAR HARIAN

 

KUANTAN - Pengerusi Barisan Nasional (BN) Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Pahang di Istana Sultan Abu Bakar, Pekan pada 5 petang ini.  

Beliau mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Pahang buat kali keempat di hadapan Sultan Pahang Sultan Ahmad Shah.
  
Adnan, 63, yang juga Pengerusi Badan perhubungan Umno negeri, dilantik semula sebagai Menteri Besar selepas berjaya mengekalkan kemenangan BN di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Pelangai pada pilihan raya umum ke-13 Ahad lepas.
  
BN memenangi 30 daripada 42 kerusi DUN yang dipertandingkan di Pahang berbanding 37 pada 2008.
  
Adnan mula menyandang jawatan Menteri Besar Pahang pada 25 Mei 1999 menggantikan Tan Sri Mohd Khalil Yaakob (kini Tun), yang dilantik sebagai Menteri Penerangan ketika itu.
  
Adnan, yang mempertahan kerusi DUN Pelangai, mula bertanding di kawasan itu pada 1986 dan dilantik sebagai Menteri Besar untuk penggal kedua pada 2004, dan penggal ketiga pada 2008.
  
Beliau dianugerah gelaran 'Datuk Seri Diraja' oleh Sultan Ahmad Shah pada 2010 dan merupakan penerima pertama dalam sejarah Pahang. - Bernama

Mohamad dilantik semula MB Negeri Sembilan

Posted: 09 May 2013 03:35 AM PDT

Wartawan Sinar Harian


SEREMBAN - Pengerusi Barisan Nasional (BN) Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohamad Hasan dilantik semula sebagai menteri besar Sabtu ini.

Upacara angkat sumpah sebagai Menteri Besar Negeri Sembilan akan diadakan di hadapan Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir di Istana Seri Menanti jam 10 pagi.

Pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) Ahad lalu, Mohamad berjaya mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau.

Ini adalah penggal ketiga berturut-turut Mohamad dilantik semula sebagai Menteri Besar Negeri Sembilan.

Hadi sokong Khalid kekal MB Selangor

Posted: 09 May 2013 03:34 AM PDT

SINAR HARIAN

 

MARANG - Pas mahu anggota Dewan Undangan Negeri (Dun)Pelabuhan Klang Tan Sri Khalid Ibrahim dari PKR kekal sebagai Menteri Besar Selangor.

Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata walaupun PKR hanya menang 14 kerusi Dun berbanding Pas dan DAP (masing-masing 15 kerusi), Pas membuat keputusan Khalid harus terus menjadi Menteri Besar Selangor.

"Saya dah berbincang dengan Pas Selangor supaya Menteri Besar dari PKR dikekalkan di Selangor.

"Kita mahu tunjukkan bahawa pakatan rakyat boleh memerintah negeri secara kolektif," katanya ketika berucap dalam ceramah perdana di Rusila semalam.

Abdul Hadi berkata beliau telah menulis serta menandatangani surat persetujuan berhubung perkara itu untuk diserah kepada Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah.

Mengenai pelantikan wakil rakyat Pas dalam barisan exco negeri Selangor, Abdul Hadi berkata beliau menyerahkan kepada Pas Selangor untuk berbincang dengan parti sekutunya. - Bernama

[VIDEO & GAMBAR] 120K Berhimpun: Najib, SPR & BN Tiada Pilihan Kecuali Akui Penipuan PRU13!

Posted: 08 May 2013 11:28 PM PDT


KELAB GREENBOC

Akhabar online, Malaysiakini menganggarkan 120,000 orang hadir di dalam perhimpunan "Pidato Suara Rakyat Suara Keramat - TOLAK PENIPUAN PRU13" yang diadakan malam tadi, satu perhimpunan terbesar Pakatan Rakyat berbanding perhimpunan-perhimpunan lain mutakhir ini.

Kesesakan lalulintas dari Kelana Jaya sehingga sejauh tol NPE berhampiran Sunway. Menurut Peta Trafik Google, seluruh Petaling Jaya mengalami kesesakan.

Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli yang berucap di pentas memberi amaran kepada Utusan Malaysia supaya tidak memainkan isu perkauman.

Katanya, bukan sahaja orang Cina tetapi Melayu juga menyokong Pakatan.

Suasana bingit dengan sorakan dan tiupan vuvuzela, sambil melaungkan "Najib, tipu", "Ubah".

Datuk Seri Anwar Ibrahim mengisytiharkan bahawa rakyat Malaysia, sama ada Melayu, Cina, India, Kadazan atau Dayak, mahu pilihan raya yang bebas dan adil.

Beliau turut mengecam tajuk utama Utusan Malaysia semalam "Apa lagi Cina mahu?".

Anwar berkata, setiap rakyat Malaysia, tanpa mengira bangsa, mahu menuntut hak-hak mereka dan mereka mahu BN tumbang.

Ketika ditemui pemberita kemudiannya, Anwar berkata, beliau kagum dengan kehadiran spontan walaupun perhimpunan itu hanya dipanggil pada hari Isnin.

"Saya tidak akan berhenti sehingga kita sampai ke Putrajaya, sehingga kita dedahkan semua (penipuan) dan tuntut Putrajaya untuk rakyat.

"Mereka berhak mendapatkannya kerana kita, Pakatan, menang undi popular," katanya.

Anwar kemudiannya mengumumkan bahawa satu lagi perhimpunan pada hari Sabtu di Pulau Pinang, serta merancang untuk turut mengadakanya di Ipoh pada hari Jumaat.













DILUAR NEGARA


MELBOURNE


SINGAPURA


TAIPEI

 
LIHAT VIDEO DI SINI DAN JUGA DI SINI

Tiada polis, FRU, meriam air di perhimpunan Pakatan

Posted: 08 May 2013 10:53 PM PDT

Tiada polis beruniform, tiada Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) dan tiada jentera pancutan air kelihatan semasa pembangkang mengadakan perhimpunan haram di Stadium Kelana Jaya malam tadi.

Perhimpunan itu, yang dihadiri ribuan orang itu, menyebabkan kesesakan lalulintas teruk sekitar kawasan berkenaan sejak petang semalam sehingga lewat tengah malam.
   
Perhimpunan haram itu dihadiri sebilangan pemimpin pembangkang seperti Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Lim Kit Siang.
   
Bagaimanapun, dipercayai ini kali pertama perhimpunan anjuran Pakatan Rakyat itu tidak menyaksikan kehadiran pasukan polis beruniform, termasuk unit trafik.
   
Polis mengklasifikasi perhimpunan berkenaan sebagai haram berikutan kegagalan penganjur memberi notis 10 hari sebelum itu mengikut Akta Perhimpunan Aman 2012.
   
Ketua Polis Selangor Datuk Tun Hisan Tun Hamzah berkata polis akan mengambil tindakan terhadap penganjur mengikut Seksyen 9(5) Akta Perhimpunan Aman 2012 kerana menganjurkan perhimpunan tanpa notis.
   
"Kita juga sedang mengkaji ucapan (pemimpin) tadi yang mempunyai kecenderungan menghasut mengikut Seksyen 4(1) Akta Hasutan," katanya kepada Bernama menerusi khidmat sistem pesanan ringkas.- Bernama

1. 120,000 banjiri perhimpunan Pakatan Rakyat
2. Dr M: Pakatan tak boleh terima kekalahan
3. Pakatan tolak keputusan p'raya
4. Rafizi ketuai siasatan penipuan p'raya
5. Tiada lagi projek 16 September

Khalid dijangka dilantik MB, dengan barisan exco baru

Posted: 08 May 2013 10:47 PM PDT

 

Ini adalah hari keempat selepas pilihan raya umum Ahad lalu, dan masih tidak ada tanda-tanda bila menteri besar Selangor yang baru akan mengangkat sumpah.

NONETidak seperti dua negeri Pakatan negeri yang lain di mana menteri besar masing-masing telah mengangkat sumpah,
kelewatan tersebut menguatkan lagi spekulasi bahawa Pakatan sedang menimbang untuk menggantikan penyandang MB, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Spekulasi itu tercetus apabila PKR hanya memenangi 14 kerusi negeri berbanding dengan DAP dan PAS yang masing-masing mendapat 15 kerusi.

Sumber-sumber memberitahu Malaysiakini bahawa walaupun beberapa pemimpin akar umbi PAS merasakan jawatan MB perlu diberikan kepada parti mereka, tetapi pucuk pimpinannya  tidak berkongsi pandangan tersebut.

Malah, Setiausaha Agung PAS Mustafa Ali dan Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng kedua-duanya telah menyuarakan sokongan kepada Khalid untuk meneruskan perkhidmatanya bagi penggal keduanya sebagai menteri besar.

Dengan sokongan yang kuat daripada kedua-dua rakan-rakan Pakatan itu, maka kemungkinannya ialah Khalid akhirnya akan dinamakan untuk jawatan tersebut, walaupun ada puak dalam PKR yang mahukan  pengerusi PKR Selangor, Azmin Ali menjadi MB.

Dan walaupun terdapat beberapa aduan mengenai dakwaan gaya fleksibel Khalid bekerja, berbanding dengan Azmin, tetapi sumber-sumber berkata, Khalid mempunyai kelebihan berdasarkan rekod cemerlang kerajaan Selangor dalam tempoh lima tahun yang lalu.

Azmin Ali.Di bawah kepimpinan beliau, Pakatan Rakyat juga telah memenangi majoriti lebih daripada dua pertiga dalam pilihan raya yang sengit, berdepan dengan BN yang bertekad untuk merampas semula negeri itu.

Menurut sumber-sumber itu lagi, parti-parti komponen Pakatan Rakyat sedang berunding mengenai kuota barisan exco dan jawatan speaker negeri.

Kuota exco sebelumnya ialah masing-masing 4-3-3 bagi PKR-DAP-PAS.

Tetapi dengan kejayaan PAS memenangi lebih kerusi daripada PKR, maka kemungkinan PAS mendapat satu lagi jawatan exco, atau PAS diberi jawatan exco kanan, yang disandang oleh Teresa Kok dari DAP.

Dengan  Khalid dijangka kekal sebagai MB, beliau mungkin berdepan dengan barisan exco baru, dengan ketiga-tiga pihak dijangka menggantikan muka-muka lama.

Raja-raja Melayu kena campur tangan

Posted: 08 May 2013 10:34 PM PDT

Aspan Alias

 

Perhimpunan anjuran Pakatan Rakyat di Kelana Jaya malam tadi sangat berjaya. Jumlah kehadiran tidak kurang dari 80,000 orang dan ini bukannya satu isu kecil yang boleh ditangani dengan mudah. Jika dibayangkan jumlah yang sebegini, sesiapa pun tidak boleh menafikan keresahan orang ramai terhadap tuduhan 'massive fraud' yang berlaku di dalam PRU 13 yang baru selesai itu.
Dalam situasi ini semua pihak wajar mengatasi isu kebangkitan ini dengan kaedah yang benar-benar diterima oleh semua pihak dengan baik.. Tolong jangan perbesarkan isu seperti isu berulangnya insiden 13 Mei. Situasi sekarang tidak akan membawa kepada insiden 13 Mei kerana ia bukan pertentangan diantara kaum. Ia adalah pertentangan diantara pihak rakyat di bawah Pakatan Rakyat yang terdiri dari rakyat berbilang kaum dengan pihak BN yang juga dari berbilang kaum.
Jika ada pihak yang ketakutan akan terjadi insiden 13 Mei itu adalah permainan politik yang tidak baik. Insiden itu akan hanya boleh berlaku jika ada pihak yang sengaja melakukannya secara 'deliberate'. Persoalannya sekarang, bagaimana penyelesaian boleh dilakukan dengan sejujurnya dimana semua pihak ikhlas mahu melihat penyelesaiannya.

Apa yang jelas sekarang pihak Pakatan Rakyat tidak berpuas hati dengan keputusan pilihanraya kerana mereka menuduh PRU kali ini adalah pilihanraya yang penuh dengan penipuan. Sekarang bukan lagi masanya untuk semua pihak balas-membalas dan berbahas dari kedua-dua belah pihak tetapi apa yang perlu dilakukan sekarang ialah cara bagaimana hendak mendapatkan penyelesaiannya.

Pihak kerajaan khususnya pihak pimpinan UMNO yang berada didalam kerajaan sudah tidak boleh melakukan usaha perdamaian dan mencari penyelesaiannya. Siapa sahaja dalam kepimpinan UMNO, maksud saya dalam Majlis Tertinggi parti dan kerajaan tidak boleh mencari penyelesaiannya kerana mereka adalah pihak yang sedang menghadapi tuduhan rakyat yang ramai ini.
Pihak yang dari Pakatan juga tidak boleh melakukan usaha perdamaian ini kerana mereka adalah dari pihak yang menuduh dan tidak berpuas hati. Kita mesti mencari individu yang dihormati dan boleh dipercayai dan diyakini untuk melakukan usaha percantuman yang berpecah, yang boleh 'menyambung yang putus dan menampal yang koyak'.
Pakatan akan mengadakan perhimpunan seperti ini di Pulau Pinang dan Ipoh selepas ini. Jika keadaan ini berpanjangan maka rakyat tidak ada kuasa untuk menjalankan kehidupan seharian dengan teratur kerana berhadapan dengan situasi seperti ini. Bagi saya pihak yang berwajib mesti mencari 'instrument' yang boleh meredakan dan memulakan usaha perdamaian dan seterusnya masing-masing pihak berpuas hati.

Rakyat terpaksa menjalankan kehidupan masing-masing dan politik ini wajar diselesaikan dalam kadar yang segara. Jika perhimpunan ini berlarutan, kita takut budaya berhimpun ini akan terbina dalam masyarakat kita.




Satu fakta yang hakiki, BN sememangnya tidak boleh bertahan lagi dengan keadaan pimpinan BN yang ada sekarang ini.  BN sedang dalam kedudukan bertahan dan ini adalah disebabkan oleh kelalaian yang begitu lama oleh pihak kerajaan dan parti yang memerintah. Kita tidak menjangka yang rakyat boleh keluar dan bertindak berhimpun setiap minggu kerana politik. Kelalaian UMNO selama inilah yang membuahkan budaya politik yang hampir ganas ini.

Isyarat kepada UMNO sudah lama diberikan kepada parti pemerintah ini. Tetapi mereka tidak mahu mengambil isu kemarahan rakyat ini dengan serius sehinggakan rakyat sudah sanggup menghabiskan masa berhimpun dan berhimpun. Bagi Anwar Ibrahim, berdemonstrasi dan berhimpun ini sememangnya sudah menjadi kemahiran beliau sejak beliau dalam usia muda dikampus dahulu. "Anwar is just swimming with the flow" kata seorang rakan yang juga rapat dengan Anwar.
Saya berpendapat agar kekecuhan ini wajar diberhentikan segera. Saya lebih pentingkan untuk rakyat kembali menjalani kehidupan seperti biasa. Kepentingan individu dalam BN mahu pun dalam Pakatan Rakyat wajar dikorbankan. Jika keadaan terus menerus seperti ini maka elok Majlis Raja-Raja Melayu melakukan sesuatu dan mengambil tanggungjawab untuk meredakan keadaan yang panas ini. Jika politik tidak dapat mencari penyelesaiannya maka rakyat terpaksa mengadap Raja-Raja Melayu untuk memainkan peranan yang seadil-adilnya terhadap rakyat ramai yang sedang marah ini untuk berdemokrasi.
Jika tidak ada usaha untuk memuaskan hati rakyat ini maka keadaan negara akan terumbang ambing dalam suasana kehidupan yang tidak menentu…tidak ada yang kalah dan tidak ada yang menang.


Carilah penyelesaian dengan memberikan tanggungjawab merapat dan memuaskan hati semua pihak dapat dicapai. Penyelesaian wajar dilakukan oleh seorang yang mempunyai 'wisdom' tinggi dan mampu bercakap dan berunding dengan semua pihak yang berperang perasaan sekarang ini. Rakyat semakin hari semakin jemu dengan perkelahian politik yang sudah berlarutan sekian lama.
Kalau dikaji dari situasi semalam, keadaan negara tidak akan bertambah aman malahan semakin parah. Sebelum berlaku perkara yang tidak kita ingini, saya tetap berpendapat yang pihak Raja-Raja Melayu wajar mengambil tindakan yang sewajarnya serta merta.
Anak-anak muda sudah terlalu terlibat dengan perhimpunan dan kita khuatir budaya berarak dan berhimpun ini akan menjadi cara hidup rakyat khususnya kepada generasi yang masih muda ini.
Dalam keadaan sekarang ini penaungan di bawah Raja-Raja Melayu sangat di perlukan. Kita mahukan negara yang aman, rakyat yang bersatu padu dan akhirnya mencapai perpaduan nasional yang sejati.

Kita tidak mahu mempertahankan dan menaikkan seseorang kerana keinginan dan kemahuan peribadi. Kita mahukan kehendak rakyat terisi sepenuhnya kerana negara ini rakyat adalah pemiliknya…maksud saya rakyat semua kaum yang berbilang agama dan adat resam itu.-aspanalias.blogspot.com

Permuafakatan selepas pilihan raya umum

Posted: 08 May 2013 10:32 PM PDT

Oleh Tan Seng Giaw

Perdana Menteri mestilah berhenti daripada kenyataan dan dasar perkauman.

Perdamaian bererti semua pihak mengelakkan celaan terutamanya sebutan yang berbaur perkauman.

Perdana Menteri berkata, "tugas berikutnya ialah untuk menyelaraskan pelbagai kaum Malaysia.

Adalah tepat untuk mewujudkan perpaduan selepas pilihan raya. Tetapi, YAB Najib membidas DAP membohong para pengundi Cina dengan ubah serta menyifatkan psunami Cina kerana lebih rakyat semua kaum di sekitar bandar menyokong Pakatan Rakyat.

Kami berpendapat bahawa tidak timbul psunami Cina, hanya tsunami Najib dalam bentuk politik wang, monopoli media dan jurang amalan pilihan raya. Berapa juta atau bilion ringgit yang digunakan oleh parti-parti politik untuk pilihan raya?

Akhirnya siapa yang akan bayar?

Permuafakatan selepas pilihan raya mestilah berteraskan kepada dasar dan kenyataan yang tidak bersebelahan sesuatu kaum, sesuatu agama atau sesuatu wilayah semata-mata.

Tsunami Cina: Pemimpin Umno sanggah kenyataan Najib

Posted: 08 May 2013 10:27 PM PDT

Tun Abdullah Ahmad Badawi berpendapat adalah tidak wajar untuk mengaitkan keputusan PRU13 lalu sebagai isu perkauman.


Kenyataan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak bahawa kemerosotan prestasi Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum ke 13 (PRU13) sebagai akibat dari berlakunya 'tsunami Cina' disanggah oleh para pemimpin Umno sendiri.

Terbaru, bekas Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi berpendapat adalah tidak wajar untuk mengaitkan keputusan PRU13 lalu sebagai isu perkauman.

Katanya, adalah tidak adil untuk menuduh dan menyalahkan kaum tertentu terhadap keputusan PRU13 lalu dan perkara itu tidak boleh dibiarkan berlaku.

"Kita tidak boleh membiarkan sebarang percubaan untuk menjadikan keputusan pilihan raya sebagai isu perkauman. Tindakan tuduh-menuduh dan menyalahkan mana-mana komuniti adalah tidak adil dan tidak memberi manfaat," katanya.

Semalam, Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin Abu Bakar menggesa semua pihak berhenti dari menuding jari dan memainkan isu perkauman selepas PRU13, yang jelas merujuk kepada kenyataan Najib itu.

Khairy meminta semua pihak bertenang dan sesiapa pun tidak harus lekas membuat kesimpulan dan menyalahkan sesuatu kaum.

Ahli Parlimen Rembau itu menegaskan bahawa bukan bangsa Cina sahaja yang memihak kepada pembangkang, perubahan juga berlaku di kawasan-kawasan bandar.

Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Saifuddin Abdullah yang tewas di Parlimen Temerloh menggesa rakyat supaya menjauhi dari bersikap rasis berhubung keputusan PRU13 dan beliau yakin rakyat tidak mengundi berdasarkan sentimen perkauman.

Beliau yang juga bekas Timbalan Menteri Pengajian Tinggi berkata, rakyat sebaliknya mengundi berdasarkan prospek pembangunan seperti isu-isu utama seperti insfrastruktur dan kebajikan.

Saifuddin berkata, walaupun beliau tewas di kawasan majoriti Cina tetapi para pengundi bukannya anti Melayu dan sama ada mereka mengundinya (Saifuddin) atau tidak, rakyat telah membuat pilihan yang bijak.

Apa lagi Cina mahu? 

Ketika diasak oleh para wartawan mengenai apa komen beliau tentang tajuk muka hadapan akhbar Utusan Malaysia bertajuk "Apa lagi Cina mahu" Selasa lalu, Najib cuba mengelak dan menyatakan anda patut lihat apa kata akhbar-akhbar Cina pula, apa yang dilaporkan bukannya semua betul.

Kenyataan Najib yang berbaur perkauman ini adalah satu percubaan untuk menyalahkan orang-orang Cina yang ramai sudah beralih dan menyokong Pakatan Rakyat pada PRU13 dan beliau enggan menyalahkan diri sendiri maupun partinya, Umno-BN.

Mungkin kerana sudah menyedari akan kesilapannya, semalam Najib melalui Twitternya berkata, tugas beliau seterusnya adalah untuk mengharmonikan isu perkauman.

"Tugas saya seterusnya ialah mengharmonikan isu-isu perkauman. Kami perlu mendekati lain-lainnya dalam penyatuan nasional dan kesederhanaan," katanya.

Tetapi beliau tidak dapat menerima kenyataan bahawa bukan sahaja masyarakat Cina menolak kepimpinannya tetapi orang-orang Melayu dan masyarakat India terutama di bandar secara keseluruhan sudah menolak Umno-BN.

Jika diambil kira jumlah undi untuk Parlimen dan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) ternyata BN telah tewas dalam PRU13. Untuk 222 kerusi Parlimen, Pakatan Rakyat memperolehi 5,623,984 undi manakala BN memperoleh 5,237,699 undi.

Untuk 505 kerusi DUN pula, Pakatan Rakyat memperoleh 4,879,699 undi manakala BN memperoleh 4,513,997 undi.

Prestasi BN di bawah Najib juga merudum teruk berbanding prestasi BN pada PRU12 di bawah Abdullah Badawi. Semasa Pak Lah BN memenangi 140 kerusi parlimen dan semasa Najib BN mendapat 133 kerusi iaitu kehilangan sebanyak tujuh kerusi Parlimen.

Ini berbanding dengan Pakatan Rakyat yang mendapat 82 kerusi Parlimen pada 2008, telah meningkat kepada 89 kerusi pada 2013; penambahan sebanyak tujuh kerusi.

Untuk kerusi DUN pula, semasa Pak Lah, BN memenangi 344 kerusi DUN tetapi semasa Najib, jumlah kerusi DUN yang dimenangi BN merosot teruk; tinggal hanya 275 kerusi.

Berbanding dengan prestasi Pakatan Rakyat, kerusi DUN yang dimenangi pada tahun 2008 ialah sebanyak 161 kerusi dan meningkat kepada 230 kerusi pada PRU13, pertambahan sebanyak 71 kerusi.

Tidak benar PR Pulau Pinang gagal dapat sokongan pengundi bukan Cina: Guan Eng

Posted: 08 May 2013 10:19 PM PDT

Roketkini.com

GEORGE TOWN: Tuduhan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak bahawa Pakatan Rakyat Pulau Pinang gagal mendapat sokongan pengundi bukan Cina ternyata meleset dan tidak benar sama sekali kerana undi popular yang diperolehi bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) meningkat sebanyak 7.7 peratus iaitu daripada 58 peratus pada Pilihan Raya Umum 2008 kepada 65.7 peratus pada PRU-13, 5 Mei lalu.

Ketua Menteri, Lim Gua Eng berkata, manakala bagi kerusi DUN, Barisan Nasional (BN) hanya mendapat undi popular sebanyak 32% dengan bakinya merupakan undi rosak dan undi untuk calon bebas.

Katanya, bagi kerusi Parlimen pula, Pakatan Rakyat mencatatkan peningkatan undi popular sebanyak 4% iaitu daripada 63% pada 2008 kepada 67% pada PRU-13, sedangkan BN hanya mendapat 31% dengan bakinya adalah undi rosak.

PR P.Pinang % Undi Popular PRU2008 vs PRU2013 (DUN and Parlimen)

PR P. Pinang% Undi Popular PRU 2008% Undi Popular PRU 2013Pertambahan Peratusan Undi Popular
Parlimen63.0%67.0%4.0%
DUN58.0%65.7%7.7%
Termasuk undi rosak

- Pengurangan pecahan undi daripada PRU 2008 dengan PRU 2013 menunjukkan majoriti pengundi Pulau Pinang menyokong Pakatan Rakyat pada kadar serupa di peringkat Parlimen dan DUN.

PR P. Pinang # undi popular PRU2008 vs PRU2013 (DUN dan Parlimen)

PR P. Pinang# bilangan undi sah PRU2008# bilangan undi sah PRU 2013Pertambahan jumlah undi sah
Parlimen341836492863151027
DUN319757490798171041

- Pertambahan bilangan undi di peringkat DUN adalah lebih besar berbanding pertambahan bilangan undi Parlimen. Ini memperlihatkan peningkatan keyakinan terhadap kerajaan negeri Pakatan Rakyat Pulau Pinang.

Guan Eng yang juga Ahli Parlimen Bagan berkata, pertambahan undi popular untuk Pakatan Rakyat sebanyak 7.7% boleh dikaitkan dengan pertambahan sokongan daripada semua komuniti di Pulau Pinang iaitu Cina, India dan Melayu.

"Walaupun terdapat pertambahan signifikan pengundi Cina dan India, terdapat juga pertambahan daripada pengundi Melayu. Jika tidak bagaimana mungkin sebuah negeri dengan 35% pengundi Melayu dapat memberikan 66-67% undi popular bagi Pakatan Rakyat di kedua-dua kerusi DUN dan Parlimen?

"Memandangkan adalah mustahil untuk mendapat sokongan 100% daripada kedua-dua kaum India dan Cina, pertambahan undi popular dan majoriti seperti yang boleh dilihat di bawah hanya boleh didapati daripada peningkatan sokongan pengundi Melayu," katanya dalam kenyataan media.

Undi Majoriti PR P. Pinang PRU2008 vs PRU2013 (DUN dan Parlimen)

PR P. PinangPR Majority GE2008PR Majority GE2013Pertambahan majoriti  
Parliament141733263004121271(+86%)
State97418257552160134(+164%)  

Majoriti undi Pakatan Rakyat bertambah sehingga 86% bagi kerusi Parlimen dan sehingga 164% bagi kerusi DUN untuk PRU kali ini berbanding PRU 2008. Fakta menunjukkan dengan jelas bahawa Pakatan Rakyat menang di Pulau Pinang lantaran meningkatnya sokongan daripada ketiga-tiga komuniti kaum.

Setiausaha Agung DAP itu berkata, DAP kesal dengan sikap UMNO dan MCA yang membangkitkan isu perkauman dengan kononnya wujud tsunami Cina sedangkan sebenarnya ia adalah tsunami rakyat Malaysia daripada semua tiga kaum terbesar di Pulau Pinang.

"Permainan api perkauman yang dimainkan BN ini sangat bahaya memandangkan kita telah melihat di sepanjang tempoh kempen bahawa sebenarnya kumpulan penyokong BN berketurunan Cina daripada persatuan 1Malaysia yang bertindak kasar terhadap kaum Cina sendiri, manakala penyokong Melayu BN bertindak kasar terhadap orang Melayu.

"Orang Melayu dan bukan Melayu bukanlah sebodoh yang disangka BN sehingga boleh termakan sentimen perkauman yang dimainkan BN, dan mereka pastinya akan menolak politik konfrontasi perkauman BN dan menerima politik kolaborasi Pakatan Rakyat. Saya telah menyebut dalam ucapan majlis angkat sumpah saya semalam bahawa Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat Pulau Pinang 2.0 akan berlaku adil kepada semua tanpa mengira kaum, agama dan pendirian politik, termasuk mereka yang menyokong BN," katanya. – Roketkini.com

Najib tidak patut salahkan pengundi Cina

Posted: 08 May 2013 10:16 PM PDT

Roketkini.com

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak tidak patut bertanya kenapa pengundi Cina tidak menyokong MCA, sebaliknya bertanya kenapa pengundi Melayu mahu mengundi sebuah parti yang diketuai pemimpin yang begitu terkenal seperti Chua Soi Lek.

Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng berkata, dengan terus menyalahkan pengundi Cina dan mendakwa kononnya mereka ditipu DAP supaya tidak mengundi BN, Najib dilihat benci terhadap hak demokratik yang bebas memilih serta mencela intelek pengundi seluruh Malaysia.

Katanya, Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) yang baru selesai menyaksikan "tsunami rakyat Malaysia" mengakibatkan Pakatan Rakyat (PR) memenangi 51% undi popular untuk pertama kali dalam sejarah.

"Meskipun PR mendapat lebih banyak undi berbanding BN dengan sokongan daripada semua kaun, BN terus menyalahkan pengundi Cina. Masyarakat Cina hanya 25% daripada populasi 29 juta rakyat Malaysia iaitu tidak sampai separuh mendaftar sebagai pengundi.

"Daripada jumlah itu, BN mendapat undi sebanyak 5,237,699 bagi semua 222 kerusi Parlimen manakala Pakatan Rakyat menjana 5,623,984 undi. Pakatan membabitkan tiga parti iaitu PKR, PAS dan DAP juga memintas BN di kerusi DUN, dengan mendapat 4,879,699 undi berbanding gabungan 13 parti dalam BN yang mendapat 4,513,997 undi," katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Guan Eng yang juga Ahli Parlimen Bagan berkata, dalam keadaan masyarakat Cina hanya 25% daripada jumlah pengundi, Pakatan Rakyat mendapat 51% undi popular, bagaimana BN boleh menyalahkan komuniti masyarakat Cina.

Beliau berkata, Najib dan BN patut menyiasat kenapa pengundi Melayu dan India juga tidak mengundi MCA, malah kenapa mana-mana Melayu dan India yang baik akan mengundi MCA sedangkan ia dipimpin seorang pemimpin yang begitu terkenal seperti Chua Soi Lek.

"Chua Soi Lek begitu terdesak sehingga lupa dirinya adalah satu liabiliti politik dengan mengkhianati rakyat Malaysia apabila bersekongkol dengan UMNO memainkan sentimen perkauman dengan menyalahkan masyarakat Cina atas kekalahan BN," katanya.-Roketkini.com

Orang melayu takut dengan bayang-bayang sendiri

Posted: 08 May 2013 10:14 PM PDT


Oleh Hasbie Muda

Saya tidak bersedih dengan keputusan PRU13. Tetapi saya sangat sedih dengan mentaliti kebanyakan orang Melayu. Ternyata masih sedikit orang Melayu yang celik politik walaupun majoritinya sudah celik maklumat. Sebenarnya sepanjang sebulan kempen pun saya menyedari kekurangan ini. Tidak sukar untuk berkempen di depan pengundi Cina.

Saya hanya perlukan sekitar 20 minit membentangkan pelbagai data-data ekonomi dan fakta sejarah mengapa perlu rehatkan BN. Mejoritinya faham dan menerima baik. Isu yang berlegar dalam kalangan mereka adalah isu ekonomi, pendidikan dan keselamatan.

Manakala dalam kalangan majoriti pengundi Melayu khususnya di pinggir dan luar bandar, isu yang berlegar-legar adalah isu-isu perkauman. Kelihatan orang melayu takut dengan bayang-bayang sendiri. Tiada keyakinan diri walaupun teras politik negara ini masih orang Melayu selain penduduk majoriti adalah Melayu.

Di hadapan mereka, saya mengambil masa yang lama untuk mengulas isu-isu yang mengarut itu. Ia memenatkan malahan sangat membuang masa.

Apabila saya meninjau laman-laman FB, isu-isu yang berlegar di kalangan orang Melayu adalah perkauman, ancaman DAP, kalimah Allah dan video seks. Hanya segelintir yang menilai polisi dan dasar antara parti yang bertanding.

Awalnya, saya sangkakan hanya cybertrooper Umno yang sengaja menimbulkan isu-isu nonsense tersebut. Rupa-rupanya saya tersilap. Masih ramai termasuk yang berpendidikan tinggi. Saya pencaya program Biro Tata Negara telah berjaya memperbodohkan sebahagian orang Melayu.

Saya sangat sedih dengan hal ini.

Saya sedih sebab ada pemimpin Melayu mengekalkan kuasa dengan memperbodohkan orang Melayu.
Biarlah siapa pun menang dalam pilihanraya tetapi jangan sesekali memperbodohkan bangsa sendiri.

Bangsa Malaysia , Berhimpun Tuntut Pilihan Raya Bersih

Posted: 08 May 2013 10:12 PM PDT

Oleh Mohd Sayuti Omar

Malam tadi  100,000 rakyat Malaysia yang mengakui mereka sebagai Bangsa Malaysia bercampur Melayu, Cina, India dan lain-lain kaum sedang berhimpun di stadium Kelana Jaya, Selangor dalam satu himpunan memprotes pilihan raya ke-13 lalu yang dianggap sebagai tidak telus, kotor dan penuh penipuan.

Walaupun terpaksa berhalangan dengan kesesakan jalan raya berkilo meter dan disirami hujan sesekali lebat dan gerimis ia tidak menghalang orang ramai untuk bergerak memasuki stadium. Ternyata semangat Bangsa Malaysia begitu kuat sekali untuk menutut pilihan raya bersih dan adil.

Himpuan yang pertama kali diadakan selepas pilihan raya umum itu bolehlah dianggap sebagai detik meletak kerja bagi Pakatan Rakyat untuk terus bergerak bagi menumbangkan kerajaan UBN bakal dibentuk Najib Razak minggu depan.

Semengat yang ditunjukkan oleh para himpunan yang mengenakan baju hitam sebagai tanda bergabung atas kekalahan mereka sangat tingga sehingga ada yang tidak mempedulikan hujan dan tetap berdiri atas padang mendengar pidato para pemimpin Pakatan Rakyat.

Ternyata walaupun ada larangan dari pihak polis agar tidak menghadiri himpunan itu kerana ia tidak ada permit tetapi tidak dipedulikan orang ramai. Ini menunjukkan Bangsa Malaysia sudah tidak peduli dan takut kepada arahan polis.

Mungkin Bangsa Malaysia ini menjadi lebih semangatdan yakin apabila peratus undi popular memihak kepada mereka. Begitu juga penegasan Anwar Ibrahim yang mengatakan Pakatan Rakyat menang menjadi peniup semangat untuk Bangsa Malaysia berhimpun dan membuat protes.

Nampaknya episod untuk menumbangkan Najib tidak berakhir pada 5 Mei. Mereka akan terus mengasak dan mengasak sehinggalah Najib mengaku kalah.

PRU13: Pengundi Cina bukan rasis; ini buktinya

Posted: 08 May 2013 04:54 PM PDT


Tuduhan bahawa orang Cina rasis, tidak mengenang budi, dan ingin jadi PM tidak benar dan tidak tepat sama sekali. Tuduhan-tuduhan ini hanyalah andaian tanpa berdasarkan fakta yang sebenar. Adalah dibimbangi tuduhan ini bertujuan mencetuskan kegelisahan dalam kalangan orang Melayu khususnya Melayu luar bandar agar terus berpaut pada Umno walaupun mereka terus-terusan menjadi mangsa kerakusan pimpinannya merompak hasil negara. Umno juga sedar bahawa kemenangan mereka pada kali ini banyak bersandarkan kelompok Melayu ini. Jadi mereka akan berbuat apa-apa sahaja agar kumpulan ini terus kekal walaupun terpaksa meniupkan isu perkauman.

Namun, jika penyokong Umno rajin sedikit membuat kajian mereka akan mendapati bahawa kenyataan pimpinan mereka tentang masyarakat Cina meleset sama sekali.

Selepas meneliti keputusan PRU13 ini, saya mendapati dengan jelas bahawa orang Cina bukanlah memenangkan DAP kerana parti itu berasaskan Cina, tetapi undi mereka kerana menolak Barisan Nasional keseluruhannya. Tambahan pula, mana-mana kawasan yang mempunyai majoriti penduduk Cina atau sekurang-kurangnya 40 peratus pengundi Cina, calonnya daripada Pakatan Rakyat akan menang selesa – tidak kiralah calon itu dari Melayu, Cina, mahupun India.

Antara kawasan yang mempunyai pola sedemikian ialah bagi P48 Bukit Bendera, Pulau Pinang. Pecahan pengundi mengikut kaum bagi kawasan ini ialah Melayu (13.99 %), Cina (73.74 %), India (11.22 %) dan lain-lain (1.14 %). Parlimen ini dimenangi oleh Zairil Khir Johari yang berbangsa Melayu mengalahkan Teh Leong Meng yang berbangsa Cina. Secara logiknya, Zairil Khir Johari boleh kalah teruk tetapi menang dengan majoriti 32,778.

Lihat pula P80 Raub, Pahang. Pecahan pengundi mengikut kaum ialah Melayu (48.93 %), Cina (40.99 %), India (6.60 %), dan lain-lain (3.47 %). Parlimen Raub ini dimenangi oleh Datuk Arif Sabri Abdul Aziz yang berbangsa Melayu mengalahkan Hoh Khai Mun yang berbangsa Cina dengan majoriti 2,814 undi. Pada PRU12 yang lalu Ng Yen Yen mengalahkan calon Melayu dengan majoriti 2752 undi. Pada kali ini berlaku sebaliknya.

Bagi P100 Pandan. Pecahan pengundi di kawasan ini asalnya Melayu adalah majoriti. Ketika itu Datuk Ong Tee Kiat berbangsa Cina telah menang selesa. Namun pada PRU13 ini majoriti pengundi adalah Cina. Pecahan mengikut kaum ialah Melayu (44.36 %), Cina (48.14 %), India (6.60 %) dan lain-lain (0.9 %). Mohd Rafizi berbangsa Melayu menewaskan Lim Chin Yee dan Tan Yew Leng yang berbangsa Cina dengan majoriti 26,729 undi!

Bagi N30 Mentakab, Pahang calon Melayu, Tengku Zulpuri Shah Raja Puji menewaskan penyandang kerusi ini yang berbangsa Cina iaitu Datuk Chuah Boon Seong dengan majoriti 1,554 undi. Pada PRU12, Datuk Chuah menang dengan majoriti 2,439 undi. Pecahan pengundi bagi kawasan ini ialah Melayu (50.94 %) Cina (40.95 %), India (5.92 %) dan lain-lain (2.19 %).

Berdasarkan fakta dan maklumat tersebut, dengan sendirinya menyangkal dakwaan bahawa orang Cina bersikap rasis kerana memenangkan calon bangsa mereka. Orang Cina bukan menolak BN atau bangsa mereka sendiri tetapi mereka menolak pemimpin dan parti yang rasuah, salah guna kuasa, rasuah dan pelbagai lagi masalah.

Selain itu, pengundi cina juga membuktikan bahawa mereka masyarakat yang matang dan celik maklumat serta tidak mudah melatah dengan propaganda politik. MCA telah memainkan isu satu undi untuk DAP bererti satu undi untuk PAS yang mahu mengadakan hukum hudud. Umno juga turut menakut-nakut pengundi melalui isu ini. Walaupun ada kalangan pemimpin DAP yang tidak bersetuju dengan hasrat PAS itu, tetapi para pengundi Cina semakin hari semakin memahami apakah hukum hudud.

Buktinya, mereka telah memberi sokongan yang padu dan memberikan kemenangan bergaya kepada calon-calon PAS di kawasan lebih 40 peratus pengundi Cina.

DUN N13 Sungai Abong, Bakri, Johor. Calon PAS, Dr Sheikh Ibrahim Salleh berjaya mengekalkan kerusi yang dimenanginya pada PRU12 lalu. Majoritinya turut bertambah dari 1,550 pada PRU12 kepada 3,813 pada PRU13. Pecahan pengundi bagi DUN ini ialah Melayu (51.33 %), Cina (45.22 %), India (2.96 %) dan lain-lain (0.48 %).

N15 Maharani. Calon PAS, Dr Mohammad Taslim juga telah mengekalkan kerusi yang dimenangi pada PRU12 dan menambahkan majoritinya daripada 158 pada PRU12 kepada 3,136 pada PRU13. Pecahan pengundi mengikut kaum bagi kawasan ini ialah Melayu (54.98 %), Cina (41.98 %), India (2.50 %) dan lain-lain  (0.54 %).

Seterusnya N21 Parit Yaani, calon PAS, Aminolhuda Hassan berbangsa Melayu telah merampas kerusi ini daripada calon MCA Teo Yew Chuan dengan majoriti kemenangan 1,188. Pada PRU12, MCA menang dengan majoriti 3,857 undi. Pecahan pengundi ialah Melayu (55.61 %), Cina (43.06 %), India (1.82 %) dan lain-lain (0.23 %). Keputusan ini juga membuktikan pengundi Cina bukan rasis kerana turut memberi undi kepada PAS.

Bagi kawasan N41 Puteri Wangsa pula, pengundi Cina dengan jelas membuktikan bahawa kempen menakut-nakutkan mereka dengan isu hudud kurang berkesan dan orang Cina tidak rasis. Hal ini kerana calon PAS, Syed Sis Abdul Rahman menang dengan majoriti 4,469 undi. Pecahan pengundi bagi kawasan ini ialah Melayu (40.27 %), Cina (47.22 %), India (11.79 %) dan lain-lain (0.73 %).

Jika anda rajin menelaah keputusan PRU13 yang lalu, banyak lagi bukti yang menunjukkan bahawa penolakan pengundi Cina bukanlah kerana bangsa atau parti tetapi penolakan total kepada sikap parti pemerintah itu sendiri.

Salah seorang rakan saya berbangsa Cina menyatakan rasa sedihnya apabila dituduh bangsanya bersikap rasis. Bagi beliau, tuduhan itu tidak berasas sama sekali dan tidak menghormati haknya sebagai pengundi untuk membuat pilihan.

Oleh itu, sebagai rakyat Malaysia yang cintakan keamanan, keharmonian antara kaum, dan kemakmuran negara menyeru agar jangan memainkan isu-isu yang boleh mengundang kebencian antara kaum. Marilah kita bersama menuju Malaysia baru yang saling hormat-menghormati antara kaum dan agama.

Ustaz Hadi sebak di depan lebih 20,000 penyokong

Posted: 08 May 2013 04:52 PM PDT



(Orang ramai penuh sesak dari jalan raya hinggalah ke pentas yang terletak di Dewan Terbuka Tok Guru nun di dalam sana)

MARANG: "Wahai anak muda,teruskan perjuangan selepas ini, mungkin kemenangan bukan berlaku pada zaman saya, mungkin kemenangan berlaku pada zaman kamu semua.

"Tetapi saya mengimpikan untuk melihat Islam menang pada zaman saya,impian saya adalah untuk melihat Islam berdaulat."

Inilah kata-kata penutup yang diucapkan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang yang mengakhiri ucapan beliau di Masjid Rusila malam tadi dalam suasana penuh sebak.

Hampir 20,000 memenuhi perkarangan Masjid Rusila malam tadi bagi menyertai perhimpunan Pasca Pilihan Raya Ke 13.

Orang ramai penuh sesak dari Dewan Terbuka Tok Guru sehinggalah ke jalan raya.

Serentak dengan himpunan di Rusila adalah himpunan di Stadium Kelana Jaya dimana lebih 150,000 penuh sesak luar dan dalam stadium itu.

(Lebih 150,000 orang memenuhi luar dan dalam Stadium Kelana Jaya)

Lebuhraya Persekutuan dan Lebuhraya NKVE penuh sesak dengan kenderaan yang menuju ke stadium itu sehingga ke tengah malam tadi.

Pemimpin utama dari Pakatan Rakyat memberikan ucapan di himpunan itu.
Ucapan Tuan Guru Haji Hadi di Rusila itu memberikan harapan khas kepada golongan muda yang banyak memberikan undi kepada PAS dalam pilihan raya kali ini.

Di Terengganu, PAS mendapat 15 kerusi DUN kurang dua kerusi di belakang BN yang mendapat 17 kerusi.

Kerusi Parlimen pula sama banyak iaitu empat untuk PAS dan empat lagi untuk BN.

Malam tadi semua wakil rakyat yang baru terpilih diperkenalkan kepada orang ramai yang hadir.

Turut serta adalah bekas MB Selangor, Tan Sri Muhamad Haji Mohd Taib yang menyertai PAS sebelum pilihan raya baru-baru ini.

Pasca-PRU13: Abim gesa buang amalan politik rasis

Posted: 08 May 2013 04:48 PM PDT

Wartawan Sinar Harian

 

SHAH ALAM - Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim) mengecam sebarang bentuk provokasi dan kenyataan berbau perkauman yang diketengahkan semasa pasca-Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) yang baru sahaja berakhir.

Presidennya, Amidi Abd Manan berkata, penilaian terhadap kenyataan-kenyataan dikeluarkan sebelum ini seakan-akan menafikan suara dan aspirasi rakyat Malaysia secara keseluruhan melalui undi mereka pada pilihan raya yang baru selesai.

"PRU13 menyerlahkan hakikat bahawa trend ataupun pola pengundiaan kali ini tidak semata-mata dipengaruhi sentimen perkauman sempit.

"Sebaliknya, keputusan PRU13 ini menzahirkan sentimen seluruh rakyat Malaysia melangkaui ras perkauman semata-mata," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Tambah beliau, hakikat ini merujuk kepada fakta dan statistik Suruhanjaya Pilihan raya (SPR) sendiri serta kesimpulan institusi dan para penganalisis politik yang berwibawa.

Katanya, pilihan raya adalah hari kebesaran suara rakyat.

Ujar beliau, ketika inilah rakyat berpeluang menyambung hak serta kebebasan mereka menyatakan pandangan serta menentukan masa depan mereka.

"Demokrasi adalah mekanisme penting dalam menjamin keseimbangan dan kestabilan sosiopolitik sesebuah negara dapat dipenuhi.

"Keharmonian dan kestabilan politik hanya akan tercapai sekiranya aspirasi serta suara setiap segmen masyarakat yang ada dalam sesebuah negara.

"Masyarakat Melayu merupakan teras utama politik di tanah air ini maka, kerangka pemikiran politik Melayu seharusnya merujuk kepada Islam yang merupakan esensi utama jati diri Melayu itu sendiri," ujar beliau.

Jelas beliau, Islam menolak sebarang bentuk diskriminasi rasis yang emosi serta sempit.

Sementara itu katanya, PRU13 telah menyaksikan peratus turun mengundi paling tinggi dalam sejarah demokrasi Malaysia.

Dalam pada itu, Abim turut mengambil kesempatan ini merakam ucapan tahniah kepada seluruh rakyat Malaysia di atas keprihatinan terhadap amalan demokrasi di negara ini.

"Sesungguhnya PRU13 merupakan kemuncak kepada manifestasi kesedaran politik yang tinggi di kalangan rakyat Malaysia.

"Seharusnya suara rakyat ini dihormati serta dimartabatkan menerusi lunas-lunas keterbukaan yang dianjurkan dalam demokrasi," katanya lagi.

Pas nasihat BN tidak cetus ketegangan kaum

Posted: 08 May 2013 04:47 PM PDT

Wartawan Sinar Harian

 

SHAH ALAM - Pas memberi amaran kepada Umno-Barisan Nasional (BN) supaya tidak mencetuskan ketegangan kaum susulan penolakan masyarakat Cina terhadap perikatan itu pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13).

Ketua Penerangan Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, dakwaan mengatakan penolakan itu membuktikan pengundi Cina menolak Melayu hanyalah fitnah semata-mata.

"Pengundi Cina sanggup memberi undi kepada calon Melayu tanpa sentimen perkauman sempit sebagaimana yang didakwa oleh Umno.

"... tindakan itu langsung tidak berpijak kepada fakta keputusan sebenar, bahkan lebih kepada membakar perasaan rakyat bagi menimbulkan kebencian antara kaum," kata dalam satu kenyataan, hari ini.

Keputusan PRU13 menunjukkan BN terus menerajui negara sekali gus dapat membentuk semula kerajaan persekutuan selepas berjaya memperoleh 133 kerusi Parlimen.

Selain itu, PR juga menunjuk penambahan kerusi Palimen iaitu sebanyak 89 kerusi.

Beliau menambah, berpuluh-puluh kerusi Parlimen dan Dun yang ditandingi oleh calon Melayu menentang calon dari kaum Tionghoa dalam kawasan campuran dan dimenangi oleh calon Melayu dan itu membuktikan pengundi Cina sanggup menolak calon dari kaum mereka sendiri.

Tambah beliau, penolakan MCA terhadap sebatang jawatan dalam kerajaan jelas menyumbang kepada jurang kebencian yang sengaja ditimbulkan oleh BN.

Katanya, tindakan MCA menyebabkan barisan Kabinet dan kepimpinan di semua peringkat kelihatan seolah-olah dikuasai golongan Melayu sahaja.

Dakwanya sentimen perkauman itu sedang bertiup kuat oleh media perdana bagi menutup pandangan rakyat terhadap penyelewengan PRU13 serta kegagalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak untuk mendapat mandat yang lebih besar.

"Apakah isu perkauman ini akan menjadi penyelamat kedudukan Najib dalam Umno setelah Tun Dr Mahathir menyatakan kekecewaannya secara terbuka terhadap prestasi terburuk BN di PRU13?

"Ia juga sebahagian usaha menutup isu pendatang asing yang turut mengundi, dan tidak mustahil tindakan perkauman ini akan disusuli dengan pelbagai tindakan bagi mengalih kemarahan rakyat terhadap kecacatan sistem pilihan raya negara ini.

DAP hargai sokongan Melayu

Posted: 08 May 2013 04:45 PM PDT

Wartawan Sinar Harian

BENTONG – Peningkatan sokongan pengundi Melayu terhadap Pakatan Rakyat (PR) di sini membantu kemenangan DAP di tiga kerusi Dun iaitu Sabai, Bilut dan Ketari.

Adun Ketari, Lim Chin Chen berkata, peningkatan sokongan pengundi Melayu berlaku disebabkan beberapa faktor termasuk keterbukaan minda mereka menerima maklumat berkaitan isu semasa.

Katanya, kesedaran mereka berkaitan pelbagai isu semasa terutama rasuah dan penyelewengan secara tidak langsung membantu PR.

"Sekiranya pengundi Melayu tidak memberikan sokongan, sudah pasti kemenangan tidak berpihak kepada DAP.

"Berdasarkan peratusan, hampir 40 peratus pengundi Melayu di kawasan Dun Ketari mengundi DAP dan ia menunjukkan orang Melayu kini tidak lagi takut pada parti ini," katanya.

Chin Chen juga berkata, kemenangan di tiga kerusi Dun juga adalah hasil kesepakatan jentera PR terutama Pas yang banyak membantu khususnya di kawasan Melayu.

Sementara itu, Adun Bilut, Chow Yui Hui berkata, pilihan raya kali ini bukan sahaja menunjukkan berlakunya 'Chinese swing', tetapi juga 'Malay swing'.

Katanya, pengundi Melayu kini tidak lagi takut menyatakan pendirian mereka walaupun ditakutkan dengan pelbagai perkara tidak benar.

"Kami menghargai undi mereka dan akan berkhidmat dengan baik di kawasan dimenangi," katanya.

Sementara itu, D Kamache berkata, angin perubahan berlaku di daerah ini kerana sebelum ini, PR tidak memenangi mana-mana kerusi.

Katanya, kubu kuat Barisan Nasional di sini sudah runtuh berikutan kesedaran pengundi terutama Melayu.

"Di Sabai, saya akan mengambil berat soal kebajikan kaum Melayu terutama di Kampung Lengkong, Kampung Jambu Rias dan Felda Sertik.

"Berdasarkan pertemuan saya dengan pengundi Melayu, mereka sememangnya mengharapkan perubahan di kawasan itu," katanya.

SPR bidas pihak enggan terima kekalahan dalam PRU

Posted: 08 May 2013 04:40 PM PDT

SINAR HARIAN

 

PUTRAJAYA - Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof membidas pihak-pihak yang enggan menerima kekalahan pada pilihan raya ke-13 (PRU13),  yang sebaliknya menyalahkan pihak lain dengan membuat pelbagai tuduhan tidak berasas.
  
Beliau berkata pihak ini sengaja mencari kesalahan orang lain kerana enggan mengaku kekalahan, dan bagi mereka, pihak paling mudah untuk dijadikan 'scape goat' atau kambing hitam ialah SPR, dengan menimbulkan pelbagai persepsi bagi menjejaskan integriti, kredebiliti dan kecekapan badan itu.
  
Beliau memberi contoh tuduhan mengenai bekalan eletrik yang terputus semasa pengiraan undi dijalankan yang disebar banyak di laman-laman sosial, yang menurutnya selepas disiasat, perkara itu tidak pernah berlaku.
  
"Mereka nak nampakkan SPR ini tidak ada integriti, tidak 'credible', suka menipu, sehinggakan boleh buat putus bekalan (elektrik), tukar keputusan dalam gelap.

Saya rasa cerita yang dibawa ini satu penipuan, pembohongan, dusta yang sangat melampau, sangat keji. Kalau orang Islam yang buat ini dia memang tidak takut dosa besar nampaknya. Sebab bila kita semak semua pihak, soal putus bekalan ini tidak pernah berlaku," katanya pada sidangan media di pejabatnya di sini hari ini.
  
Beliau juga mempersoalkan tindakan pihak yang menyebar gambar kononnya pengiraan undi dibuat dalam gelap semasa berlaku putus bekalan elektrik, kerana menurutnya perkara itu tidak pernah berlaku, dan gambar itu mungkin dibuat menggunakan tipu helah kamera.
 
Abdul Aziz berkata persepsi merupakan mainan penting dalam politik, dan pihak yang kalah biasanya akan berusaha mencipta persepsi bahawa SPR ini satu badan yang tidak berwibawa, tidak berintegriti, sedangkan ia hanya bertanggungjawab menyediakan gelanggang, bukan menentukan siapa yang boleh menang atau kalah.
  
Beliau memberi contoh kenyataan seorang ahli politik yang secara terangan mendakwa kononnya SPR langsung tidak melaksanakan cadangan Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen Berhubung Dengan Penambahbaikan Proses Pilihan Raya, sedangkan menurutnya sebanyak 19 penambahbaikan diperkenalkan pada PRU13 berasaskan kepada cadangan jawatankuasa ini.
  
Katanya ia boleh dilihat dengan ketara seperti pengenalan dakwat kekal, tiada tempoh bantahan, calon tidak boleh berundur, undi awal, dan banyak lagi, namun persepsi SPR tidak membuat penambahbaikan tetap cuba dibangkitkan ahli politik itu semata-mata untuk menjejaskan integriti dan kredibilitinya.
  
Abdul Aziz berkata dakwat kekal diperkenalkan bagi mengelak pemilih mengundilebih dari sekali, walaupun dalam sejarah negara ini tidak pernah dibuktikan ada orang yang mengundi lebih dari sekali, namun SPR tetap menerima cadangan penggunaan dakwat itu secara positif.
  
Bagaimanapun menurutnya ada pihak sebaliknya sengaja cuba menjejaskan integriti SPR, berusaha sedaya upaya dengan pelbagai cara untuk menghilangkan kesan dakwat itu, semata-mata untuk menimbulkan keraguan orang ramai.

Namun menurutnya SPR tetap akan menerima segala teguran, mengkaji segala laporan daripada pelbagai pihak berhubung penggunaan dakwat kekal itu dan akan berusaha menambah baik aspek penggunaan dakwat kekal itu pada pilihan raya akan datang.
  
Merujuk kepada tohmahan mengenai kewujudan pengundi hantu, Abdul Aziz berkata beliau merasa kesal dengan tindakan sesetengah pihak yang terlalu bertindak mengikut emosi sehingga bukan sahaja menimbulkan kekecohan, malah beliau difahamkan ada juga pemilih yang dihalang dari menunaikan tanggungjawab mengundi, semata-mata kerana rupa parasnya tidak seperti rakyat tempatan.
  
Beliau berkata saringan utama paling penting dalam menentukan kesahihan pengundi adalah kad pengenalan, yang kemudiannya akan dibandingkan dengan daftar pemilih, dan hanya SPR dan polis sahaja yang berhak menahan seseorang untuk memeriksa kad pengenalannya.
  
"Saya diberitahu ada dua bas bawa orang asing nak ke kilang ditahan oleh kumpulan pemantau dari parti yang bertanding dengan kasar sekali, sudah tentu orang tu takut, lintang pukang lari, kerana emosi itulah jadinya," katanya. - Bernama

PKR bidas cubaan takutkan rakyat

Posted: 08 May 2013 04:37 PM PDT

Wartawan Sinar Harian

 

SHAH ALAM - PKR mengecam anasir penghasut yang cuba menakut-nakutkan rakyat terutamanya golongan bukan Melayu mengenai perhimpunan 'Suara Rakyat Suara Keramat' yang dijadual berlangsung di Stadium Kelana Jaya malam tadi.

Pengarah Strateginya, Rafizi Ramli berkata, khidmat pesanan ringkas (SMS) mula disebarkan kononnya perhimpunan itu adalah satu alasan agar satu pergolakan kaum bermula.

"Beberapa pesanan ringkas merujuk kepada peristiwa 13 Mei yang kononnya dikaitkan dengan perhimpunan malam ini (semalam) sedang berlegar jelas berniat jahat.

"Saya akan membuat satu laporan polis di Balai Polis Tropicana pada jam 3 petang ini (petang semalam) agar pihak berkuasa menyiasat secepat mungkin pihak yang cuba menimbulkan huru-hara dan ketakutan dengan memainkan sentimen perkauman melalui edaran SMS tersebut," katanya.

Kerabu Bersuara ®

Posted: 09 May 2013 03:00 PM PDT

Datuk Ahmad Yakob

Alhamdulillah, selesai mesyuarat Badan Perhubungan PAS Negeri Kelantan yang dipengerusikan oleh YB Tuan Guru Dato' Bentara Setia selaku Pesuruhjaya. Saya telah membentangkan portfolio exco baru kerajaan negeri Kelantan sebagaimana berikut :

1. Jawatankuasa Pentadbiran Awam, Perancangan Ekonomi dan Kewangan yang akan dipengerusikan oleh saya sendiri.

2. Jawatankuasa Pembangunan Wilayah, Tanah, Pelaburan dan Sumber Asli yang dipengerusikan oleh YB Dato' Haji Mohd Amar bin Abdullah, Timbalan Menteri Besar Kelantan.

3. Jawatankuasa Kerjaaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar yang dipengerusikan oleh YB Dato' Haji Abdul Fattah Hj Mahmood

4. Jawatankuasa Pertanian, Bio Teknologi dan Teknologi Hijau yang dipengerusikan oleh YB Dato' Haji Che Abdullah bin Mat Nawi

5. Jawatankuasa Perindustrian, Perdagangan dan Perpaduan Masyarakat yang dipengerusikan oleh YB Dato' Haji Anuar Tan bin Abdullah

6. Jawatankuasa Pembangunan Islam, Dakwah, Penerangan dan Hubungan Serantau yang dipengerusikan oleh YB Dato' Haji Mohd Nassuruddin bin Haji Daud

7. Jawatankuasa Kebudayaan, Pelancongan dan Warisan yang dipengerusikan oleh YB Dato' Mejar (B) Hj Mohd Anizam bin Abdul Rahman

8. Jawatankuasa Infrastruktur, Utiliti dan Teknologi Maklumat yang dipengerusikan oleh YB Haji Hanifa bin Ahmad

9. Jawatankuasa Pembangunan Insan, Pendidikan dan Pengajian Tinggi yang dipengerusikan oleh YB Dato' Dr Mohamed Fadzli bin Dato Haji Hassan

10. Jawatankuasa Pembangunan Keluarga, Kebajikan dan Kesejahteraan Rakyat yang dipengerusikan oleh YB Hajah Mumtaz bin Md Nawi

11. Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan NGO yang dipengerusikan oleh YB Dr Ramli bin Mamat

Harapan saya agar semua exco yang dilantik memegang portfolio masing-masing ini dapat menjalankan tugas dengan lancar dan sempurna di bawah keredhaan Allah SWT, Insya-Allah.

Anak Muda Kampung Nak Senang

Anak Muda Kampung Nak Senang


Hospital Rembau, akan siapkah sebelum PRU-14?

Posted: 09 May 2013 12:33 AM PDT




Projek Hospital Rembau pada awalnya dijanjikan pembinaannya pada tahun 2008 semasa PRU-12. Sedangkan tender pembinaan Hospital Rembau baru saja dibuka dan ditutup pada tahun 2013 semasa PRU-13. Hospital Rembau ini terletak di DUN Chembong, DUN yang paling selamat untuk Umno di N.Sembilan.

Semasa PRU-13, PAS tewas di DUN Chembong dengan majoriti 6,480 undi, yang terbanyak di N.Sembilan dan hanya memperolehi 26.57 peratus undi.

Carian di laman web JKR mendapati terdapat sebanyak 61 kontraktor membida tender untuk projek Hospital Rembau. Tender yang paling rendah ialah kontraktor ke 41, iaitu dengan harga RM 91,558,855.00 (RM91 juta), manakala tender yang paling tinggi ialah kontraktor ke 32 dengan harga tender sebanyak RM147,784,539.53 (RM147 juta).

Semua kontraktor yang masuk tender meletakkan tempoh siap ialah 36 bulan.

Akan siapkah pembinaan Hospital Rembau ini menjelang PRU-14?

Sebelum ini projek Hospital Rembau, hanya sekadar tukar papan tanda baru seperti yang dilaporkan di http://rembau-hari-ini.blogspot.com/2013/04/hospital-rembau-sekadar-tukar-papan.html

Kerajaan Perpaduan UMNO dan DAP?

Posted: 08 May 2013 07:12 PM PDT



Jika selepas PRU-12 tahun 2008 lalu sibuk dengan isu Kerajaan Perpaduan UMNO-PAS , kini selepas PRU-13 timbul pula isu Kerajaan Perpaduan UMNO-DAP.


********************
Bekas Menteri Syor DAP Sertai K'jaan Untuk Wakili Masyarakat Cina
Mstar , 9 Mei 2013

KUALA LUMPUR : Bekas Menteri Penerangan, Tan Sri Zainuddin Maidin pada Rabu menyarankan DAP agar menyertai Barisan Nasional (BN) sebagai mewakili kaum Cina. Katanya, langkah itu memang sukar diterima oleh DAP dan BN serta penyokong masing-masing buat masa sekarang tetapi perlu dilakukan demi keharmonian dan kestabilan politik negara.

Pengikut