Isnin, 3 Januari 2011

BLOG - BLOG PARTI PAS

BLOG - BLOG PARTI PAS


MTD-RANTAU ABANG

Posted: 03 Jan 2011 11:33 PM PST

MTD-RANTAU ABANG


PAS GANTI UMNO 2011

Posted: 03 Jan 2011 05:50 PM PST








Peghelih La...

Posted: 03 Jan 2011 11:17 PM PST

Peghelih La...


Tahun 2011 akan "Dimeriahkan" dengan kenaikan harga barang : Dr Asri

Posted: 03 Jan 2011 12:58 AM PST

Dari web Dr MAZA

Jika rakyat tidak memprotes dari awal, kita akan melihat tahun baru ini menyaksikan kenaikan harga barang yang membimbangkan. Kesannya akan dirasai oleh rakyat bawahan terutama mereka yang berpendapatan rendah. Para peniaga di pelbagai peringkat akan mengambil kesempatan dalam hal ini. Maka beberapa perkara berikut perlu saya katakan;

Baca selanjutnya…

Kompleks PAS Perlis nak siap dah.....

Posted: 03 Jan 2011 12:33 AM PST

Gambar terkini Kompleks PAS Perlis yang diambil pada 1.1.11 lalu. Bangunan ini sedang berada pada fasa terakhir pembinaannya dan dijangka siap tidak lama lagi. Untuk makluman awal, majlis perasmian dijadualkan pada 18 hingga 20 Mac akan datang.

Muslimat PAS "The Best in the world" : Anuar Tahir

Posted: 03 Jan 2011 12:29 AM PST

SANTAN - Timbalan Pesuruhjaya PAS Perlis, Haji Mohd Anuar Tahir menyifatkan Dewan Muslimat PAS sebagai sebuah sayap wanita gerakan Islam yang terbaik di dunia.

Katanya, beliau telah bertemu dan membuat hubungan dengan pelbagai gerakan Islam dan parti Islam di merata pelusuk dunia, namu baginya Dewan Muslimat PAS adalah yang terulung dari segi komitmen, iltizam dan gerak kerja jemaah.


Salam Perjuangan

Posted: 03 Jan 2011 11:17 PM PST

Salam Perjuangan


KENYATAAN MEDIA TGNA - PERTEMUAN DENGAN YDP AGONG

Posted: 03 Jan 2011 11:02 PM PST

Idris Ahmad

Posted: 03 Jan 2011 11:03 PM PST

Idris Ahmad


Slogan Umno Dahulukan Rakyat, Halwa Telinga Pilihanraya

Posted: 03 Jan 2011 03:05 PM PST

Slogan “Umno Dahulukan Rakyat” akan diperkasakan pada 2011 bagi memberi mesej jelas bahawa Umno sentiasa mahu melakukan yang terbaik dalam hal pembangunan rakyat dan negara, kata Ketua Penerangan Umno Datuk Ahmad Maslan. Pas berpandangan Slogan umno dahulukan rakyat hanyalah halwa telinga  sahaja untuk melalikan rakyat di negara ini. Ia tidak lebih daripada modal pilihanraya yang sudah hampir, bukan sebagai satu tanggungjawab yang berterusan daripada seorang pemimpin.

Ketika slogan ini berkumandang di dada akhbar dan kaca televisyen, rakyat bawahan mengeluh dan sesak dada ketika membawa anak-anak daftar sekolah di awal tahun. Cuba bayangkan anak yang belajar di darjah enam terpaksa berbelanja hampir RM200, manakala sekolah menengah yang berasrama penuh pula ada yang mencecah sampai RM1000.00. Apa erti dengan slogan yang indah, hakikatnya rakyat tertekan dengan kenaikan harga barang, semua gara-gara pemimpin yang rakus dan boros.

Apakah rakyat kenyang dengan slogan yang indah, apabila kenaikan harga barang barang mendadak naik, seperti bawang merah daripada RM3.50 sen sudah mencecah kepada RM12.50 sekilo. Semua peniaga makanan  sudah menaikkan harga 10 peratus  kerana kos bahan mentah yang naik mendadak . Persatuan kedai kopi Selangor/Wilayah Persekutuan menaikkan teh dan kopi susu 20 sen segelas mulai 1 Januari 2011.Tarif letrik sudah diersetujui oleh kabinet untuk naik, hanya menunggu keputusan BN menang PRU 13. Sekarang tidak berani naik kerana takut rakyat hukum dalam pilihanraya. Alasan kenaikan kerana kos operasi meningkat. Ini semua gara-gara Tenaga Nasional ( TNB)  yang terpaksa membayar tenaga kepada pembekal kroni walaupun TNB tidak pakai sebanyak yang dijanjikan  di bawah perjanjian ini yang tidak memberi unsur ekonomi langsung, TNB dikehendakai membeli tenaga daripada IPP (penjana tenaga bebas) pada harga yang lebih tinggi berbading dengan kos penjanaan sendiri. Apabila ini terjadi maka rakyat menjadi mangsa walaupun perjanjian yang yang merugikan wang rakyat. Bagi pemimpin mereka tidak kisah kerana bil letrik mereka rakyat yang membayar.
Pas ingin mengingatkan kepada rakyat undi BN bererti menempah lubang maut, yang akan membawa kesengsaraan dalam hidup.


Filed under: Pilihanraya, Politik

PAS CAWANGAN KERATONG 04 ROMPIN PAHANG

Posted: 03 Jan 2011 09:35 PM PST

PAS CAWANGAN KERATONG 04 ROMPIN PAHANG


Posted: 03 Jan 2011 07:34 AM PST



MUADZAM SHAH DAH JADI PUSAT TERNAK BURUNG WALIT ?

Mungkinkah Bandar Muadzam Shah Pahang yang satu ketika dulu dirancang menjadi bandar baru yang dapat menandingi atau sekurang-kurangnya menyaingi bandar Segamat Johor akan menjadi realiti ?

Melihat fenomena yang ada kini , deretan bangunan kedai yang ada di Bandar MS telah menjadi rumah untuk burung walit. Tanpa mengambil kira persekitaran dan pelbagai permasalahan akan timbul untuk masa akan datang, penguasa burung walit mengambil jalan singkat mencari laba dengan menjadikan tingkat atas bangunan kedai sasaran projek.

Persoalannya adakah sebagai warga Muadzam Shah kita sanggup melihat suasana daripada Bandar baru bertukar kepada pusat ternak burung walit ? Jawapannya ada pada kita semua....Adakah MDR meluluskan lesen atau memberikan kebenaran pekedai-pekedai ini mengusahakan projek ini tanpa memikirkan risiko dimasa depan ? Diharap MDR dapat memberikan penjelasan sebelum orang awam beralih angin ke bandar lain untuk shopping dan sebagainya...

PAS KAWASAN PASIR SALAK : 'Tawan DUN Kg.Gajah & DUN Sg.Manik @ PRU13'

Posted: 03 Jan 2011 09:10 PM PST

PAS LENGGONG

Posted: 03 Jan 2011 07:40 PM PST

PAS LENGGONG


Pembinaan Pejabat Penghulu di Lenggong

Posted: 02 Jan 2011 09:20 PM PST

Berapa kos pembinaannya
cuba teka dan agak.
gambar belum ada.
Kosnya barangkali seperti penyelenggaraan tebingan bukit raja yang runtuh.
Pakai mai tengoklah akan keborosan umno-BN

N.27 - PAS DUN Sura

Posted: 03 Jan 2011 07:27 PM PST

N.27 - PAS DUN Sura


Krisis Minyak Masak - BN (Barang Naik)

Posted: 03 Jan 2011 07:24 AM PST

Sekarang ini krisis kekurangan bekalan minyak masak sudah mula dirasai. Inilah hadiah tahun baru 2011 yang bakal dihadapi oleh seluruh warga terutamanya 'ketuanan melayu'.



Dulu, kita dikejutkan dengan kekurangan bekalan gula. Maka berkokoklah juak-juak pencacai dan pengampu UMNO B-end memberi ulasan logiknya kenaikkan harga gula.

Berkatalah, "penggunaan gula secara berlebihan boleh membawa kegemukan berikutan kadar kalori yang tinggi dan mendedahkan pengguna kepada pelbagai jenis penyakit termasuk diabetes, kolesterol tinggi, darah tinggi dan penyakit jantung.

Oleh itu, kurangkanlah makan manis atau hindarkan terus".

Apabila minyak masak bakal dinaikkan harga, perkara yang sama akan didendangkan sekali lagi oleh menteri yang menjaga kementerian tersebut dengan berkata "kita patut kurangkan makanan yang bergoreng sebaliknya makanlah masakan yang direbus sahaja". Apa punya turr!... mentaliti menteri UMNO.

sumber : payahsungguh.blogspot.com

ULAMA PEWARIS NABI

Posted: 03 Jan 2011 03:06 PM PST

ULAMA PEWARIS NABI


WALAU 3 FELDA PENENTU, MCA MEMANG UMNO RAGU

Posted: 03 Jan 2011 12:09 PM PST

DUN Tenang mempunyai 12 peti undi, Kampung Renong, Pekan Air Panas, Bandar Labis Utara, Bandari Labis Timor, Bandar Labis Tengah, Labis, Felda Tenang, Sawah Bharu, Tenang Station, Ladang Bukit Dato, Cemplak Barat dan Cemplak.

Dengan tiga kawasan merupakan majoriti kaum Cina iaitu, peti undi Labis, Bandar Labis Timor,Bandar Labis Tengah. Manakala kaum India pula di Ladang Bukit Dato dan Tenang Station.

Tujuh lagi peti undi adalah majoriti Melayu yang kebanyakkan mereka adalah peneroka, pekebun kecil serta kakitangan kerajaan.

Tektik UMNO yang popular yang ada unsur paksaan ialah UMNO edar bendera UMNO dan BN, kalau yang ambil dan terus pasang itu dikira pengundi BN, yang ambil tapi simpan itu kita ketegorikan sebagai pembangkang.

Manakala PAS memperoleh 3875 undi pada PRU 2008 berbanding 2138 undi pada tahun 2004. Peningkatan sebanyak 1737 undi sahaja.

UMNO masih ragu-ragu dengan kemampuan MCA dalam meraih undi Cina lebih dari 50 peratus kerana pengundi Cina telah ramai sedar dengan pemerintahan Pakatan Rakyat dan yakin dengan Kerajaan Pakatan rakyat yang sudah mantap di Selangor, P Pinang, Kelantan dan Kedah.
Ini kerana ikut statistik PRU ke 12 lalu, calon PAS Mohd Saim Siran mampu memperoleh sehingga 67 peratus undi kawasan majoriti Cina, sesuatu yang tidak pernah dicapai PAS sebelum ini.

Mengikut risikan pengundi Cina tidak sekali akan kembali kepada BN malah lebih ramai akan mengikut jejak rakan mereka yang telah mengundi PAS yang lalu.

Faktor buruk BN ialah Ahli Parlimen BN dari parti MCA telah memburukkan imej calon UMNO/BN disitu kerana Parlimen Labis merupakan kawasan yang pernah diwakili Presiden MCA sekarang Datuk Dr Chua Soh Lek yang terlibat dengan kes video luchah.

BN/UMNO memang bimbang dan takut dengan orang luar yang balik ke sini bercuti sempana Tahun Baru Cina pengaruhi saudara mara mereka di sini.
Tahun baru Cina jatuh pada 4 Febuari, pengundian pada 30 Januari, jadi ramai pengundi luar terutamanya kaum Cina dijangka ambil cuti awal untuk balik kampung.

Di kalangan orang Cina, isu kenaikan petol,Pengerusi FELDA baru yang pernah terlibat rasuah, harga barang,kes Presiden MCA video luchah, kemakmoran pemerintahan 4 kerajaan PR serta lesen burung memang beri kesan besar cenderong menyokong calon PAS.

Lesen burung yang dimaksudkan adalah lesen untuk pelihara burung yang perlu diperbaharui setiap tahun.
Walaupun kosnya dari segi wang ringgit kecil , lesen itu hanya boleh diperbaharui di Johor Bharu yang memerlukan 2 jam berkereta dari Labis.

UMNO mungkin akan ambil hati orang Cina dengan meminta kerajaan buka pejabat di sinilah, senang orang Cina mahu perbaharui lesen di mana memang sudah jadi tradisi masyarakat Cina Labis pelihara burung terutamanya jenis Murai Batu yang kononnya bawa tuah itu.

Peluang calon Pakatan Rakyat dari calon PAS insyallah akan menerima tentangan sengit dari tektik kotor gabungan SPR , Pasukan keselamatan dan 2 ISA ( Pengerusi FELDA perasuah politik wang dan Akta ISA) dan kawalan melampau pengundi dari peneroka FELDA.

BERTUAHLAH MEDIA TV NAK SIARKAN KEBIJAKSANAAN SULTAN SELANGOR HARI INI

Posted: 03 Jan 2011 03:43 AM PST

Masuk jam 6.45 pagi, tetapi belum cukup masa 5 petang, Khusrin Munawi akhirnya terpaksa akur dengan undang-undang!

Apa sekalipun, hari ini EMPAT sejarah telah tercatat secara tidak sengaja dengan sendirinya hanya kerana kaitan SATU peristiwa!


1) Sultan sudah lama kehilangan kuasa dalam perlembagaan lantaran kerakusan Mahathir Mohamad meminda imuniti (kekebalan) Raja-Raja Melayu pada 1993 hingga KERAjaan Persekutuan terlalu berkuasa di negara ini!

2) Menteri Besar kini dikembalikan haknya untuk bersama dengan Tuanku Sultan melantik serta menitahkan pegawai dalam kerajaan negeri bertugas dengan selesa dan selamat tanpa kekeliruan yang cuba dicetuskan Umno-APCO.

3) Dewan Undangan Negeri juga telah berkuasa semula meminda (dengan syarat majoriti 2/3) undang-undang perlantikan pegawai kerajaan negeri tanpa campur tangan KERAjaan Persekutuan melalui Ketua Setiausaha Negara dan Putrajaya.

4) Tamparan buat Umno-APCO yang tidak sudah-sudah mahu merampas kerajaan negeri melalui politik kebencian serta cuba melaga-lagakan antara kerajaan negeri yang sah dipilih rakyat dengan Sultan sebagai ketua kerajaan.


Tindakan pantas dan bijaksana Menteri Besar, Khalid Ibrahim mengadap Sultan Sharafuddin Idris Shah memaklumkan perkara ini sangat dipuji kerana berjaya meyakinkan baginda bahawa perlantikan Khusrin ini sesuatu yang di luar bidang kuasa baginda.

Dan Umno-APCO terutamanya Najib Altantuya sebagai Pengerusi Perhubungan Negeri tidak dapat merampas hak rakyat dari yang berhak!

Kekeliruan ini jelas terungkai, malah Umno-APCO pula kini berdepan dengan persoalan di kalangan orang Melayu, ke manakah kuasa Sultan dan Raja Melayu kini dicampakkan.

Satu isu yang ternyata memakan diri sendiri, jika dimanipulasi Pakatan Rakyat, sokongan selama ini terhadap Umno-APCO bakal memakan tuan!

Syabas Kerajaan Selangor!

Syabas Rakyat Selangor!

Tahniah buat Sultan Sharafuddin Idris Shah!

Dirgahayu Tuanku!
Jalan Pulang

MALUNYA KERAJAAN , PILUNYA RAKYAT !

Posted: 02 Jan 2011 07:57 PM PST

Bukan di Perlis sahaja , di lembah Kelang (senang cakap kat KL) malah di Bukit Sentosa, Rawang dan Batangkali dan negeri=negeri lain ....minyak makan dari kelapa sawit sukar nak diperolehi.Almaklumkah , Kerajaan BN sentiasa mendahului rakyat. Nak ambil berkat, bagi rakyat kena dulu kesukaran dapat minyak dan rakyat lepaih tu akan akur dan terima sebarang kenaikan harga minyak sawit tersebut.Kalau tak mana nak goreng ikan, nak buat kuih untuk berniaga dan blabla bla.
Wahai Kementerian Pengguna yang boleh dikatakan tak guna dalam menangani rakyat sendiri. kekurangan minyak yang sungguh memalukan Kerajaan BN dan memilukan rakyat pengguna. Walaupun Malaysia pengeluar minyak sawit dunia namun rakyat sendiri sukar dapat walaupun bukan free. Nak bayar pun sukar, kalau nak soroks sebab nak ugut kenaikan harga memang tidak wajar. Kementerian Pengguna patut diajar .Bukan nak pukul, tapi beri panduan jangan jadi pondan.
Mudahnya nak bentras sorok minyak masak, kalau tertangkap masak! Kementerian boleh kesan ke mana minyak dijual dan kenalpasti pelanggan yang menerima bekalan minyak sawit tersebut.
Kita bimbang kementerian memang bagi muka pada penjual minyak masak agar harga minyak dapat dinaikkan.

Pas Cawangan Kota Kemuning

Posted: 03 Jan 2011 01:22 PM PST

Pas Cawangan Kota Kemuning


Berikut kenyataan penuh MB Selangor

Posted: 03 Jan 2011 07:43 AM PST

Antara MP Serdang dan Isteri PM.

Posted: 02 Jan 2011 07:25 PM PST

PAS KOTA TINGGI

Posted: 03 Jan 2011 01:07 PM PST

PAS KOTA TINGGI


Eksperimen Rakyat Memilih Pakatan Rakyat Dalam PRU 2008 Tepat

Posted: 02 Jan 2011 07:43 PM PST


Gesaan Datuk Seri Najib Tun Razak supaya rakyat jangan membuat ekperimen dalam politik untuk menukar kerajaan yang sedia ada, kerana ia akan mendatangkan masalah kepada rakyat pada masa akan datang. PAS berpandangan ucapan Datuk Seri Najib sempena tahun baru 2011 satu pemikiran ke belakang bukan kehadapan walaupun beliau ini terkenal degan slogan retorik, namun dalam tindakan beliau masih berfikiran sempit seolah-olah negara ini hanya boleh ditadbir oleh BN sahaja.

PAS hendak mengingatkan kepada Datuk Seri Najib, tugas pemimpin ialah berfikir untuk menyenangkan rakyat bukan menyusahkan rakyat. Gaji yang sudah lumayan diberikan kepada kepada pemimpin negara adalah wajar dibalas balik dengan merangka strategi untuk kebaikan rakyat bukan sebaliknya.

PAS berpendapat rakyat yang membuat eksperimen untuk menukar kerajaan negeri dalam Pilihanraya Umum 2008 dahulu adalah tepat. Kebahagiaan rakyat yang dapat diukur seperti banyak program-program kebajikan untuk rakyat seperti air percuma di Selangor, skim kifalah untuk warga emas, bantuan sekolah agama rakyat, Tamil dan Cina, bantuan kemasukan universiti, walaupun menghadapi kekangan kewangan di peringkat negeri. Kesemua ini tidak pernah difikir oleh pemimpin Umno sepanjang 53 tahun memerintah. Jika pemikiran yang ada pada pemimpin Pakatan Rakyat yang memerintah negara ini rakyat tidaklah susah sebegini rupa dengan tekanan hidup yang teruk, kuasa membeli semakin menurun, kualiti hidup sudah merosot.

Apakah salah rakyat membuat eksperimen untuk beralih pemerintah yang selama ini mengkhianati amanah rakyat? Akibat rakyat masih belum buat ekperimen untuk menumbangkan Barisan Nasional di peringkat pusat maka rakyat dibeban dengan cukai perkhidmatan 6% daripada 5%. Barang makanan naik 10%, Persatuan Peniaga Kedai Kopi Selangor dan Wilayah Persekutuan akan menaikkan kopi dan teh susu sebanyak 20 sen mulai 1 Jan 2011. Apabila barang naik menteri cuba hendak tunjuk hero bela rakyat dan marah kepada peniaga, pada hal yang buat fasal ialah pemimpin BN yang bertindak menaikkan minyak petrol walaupun negara kita pengeluar minyak.

Eksperimen yang dibuat oleh rakyat sehingga menumbangkan kerajaan BN telah menyebabkan pelabur asing yakin dengan kemampun kerajaan Pakatan Rakyat, buktinya pada 21 Okt 2010 - Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Malaysia, Datuk Mukhriz Mahathir mengakui "Negeri yang paling tinggi menerima kemasukkan FDI adalah Selangor dengan pelaburan sebanyak RM5.66 bilion, yang kedua tinggi adalah Johor iaitu di bawah kerajaan Umno-BN, yang ketiga dan keempat adalah Pulau Pinang dan Kedah manakala Perak pula di tempat yang kelima".

PAS hendak berpesan kepada Presiden Umno sudah cukuplah Umno BN mengkhianat amanah rakyat, dan janganlah ugut rakyat, mereka sudah mempunyai jiwa merdeka dan tahu beza mana kerajaan yang amanah dan kerajaan yang bernanah.

Perlantikan Khusrin Ke arah Malayan Union

Posted: 02 Jan 2011 07:33 PM PST


Parti Islam SeMalaysia PAS berpendapat perlantikan Datuk Khusrin Munawi sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor yang baru satu lagi pencabulan terhadap hak negeri yang sepatutnya tidak berlaku dalam semangat federalisme. Sebelumnya hal ehwal air yang sepatutnya hak negeri sudah dicabul, sekarang perlantikan Setiausaha Kerajaan Negeri pula, kerajaan pusat campur tangan dengan mengenepikan hak negeri

PAS hendak mengigatkan kerajaan pusat, Negeri Selangor ada tuannya. Ketuanya Tan Seri Khalid Ibrahim, perlantikan SUK bukan seperti perlantikan Jawatankuasa Kampung Persekutuan (JKKP) hanya dengan tunjuk sahaja, bukankah kita diajar hendak masuk rumah orang ada adabnya. Kerajaan Selangor dibentuk dengan mandat rakyat yang sah melalui proses pilihanraya, bukannya dengan kudita.


Tindakan yang dibuat oleh Ketua Setiausaha Negara yang melantik tanpa berbincang dengan Menteri Besar seolah-olah negara hendak menuju kepada Malayan Union di mana semua kuasa pusat membolot dan tidak menghormati hak-hak negeri. Kerajaan Pusat mengajar kerajaan negeri supaya tidak mengikut semangat federalisme, nanti senjata makan tuan.

PAS merasa bimbang dengan trend pencabulan hak negeri akan menjejaskan negara di pandangan mata dunia terutama pelabur luar kerana mereka akan memikirkan apa jaminan pelaburan mereka tidak dicabul. PAS hendak mengingatkan kepada BN, kalau pun hendak merampas Selangor berlawanlah secara anak jantan, bukan sebaliknya.

Batu Gajah Mari

Posted: 03 Jan 2011 11:41 AM PST

Batu Gajah Mari


Rombongan DPPK Batu Gajah di Kuliah Jumaat Tok Guru

Posted: 03 Jan 2011 07:16 AM PST

Ini adalah program yang utama dalam Lawatan Mahabbah Dewan Pemuda PAS Batu Gajah ke Kelantan iaitu mendengar Kuliah Jumaat Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Bentara Setia Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat di Dataran Ilmu Kota Bharu. Alhamdulillah, Tuan Guru hadir memberikan kuliah walaupun cuaca hujan. Para pemuda kelihatan amat gembira kerana dapat mendengar kuliah idola mereka dan tidak melepaskan peluang bersalam dengan tokoh ulama' tersebut.
















Tok Guru baru tiba





















Doa Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat




Tuan Guru menjawab pertanyaan wartawan









Pemuda PAS Batu Gajah tidak melepaska peluang bersalaman dengan tok guru




Tok Guru pulang


Pemuda PAS Batu Gajah bergambar

TG Nik Aziz-Islam tidak pernah melarang kegiatan di masjid termasuk senamrobik

Posted: 03 Jan 2011 06:51 AM PST



Islam tidak melarang sebarang kegiatan termasuk senamrobik dilakukan dalam kawasan masjid asalkan kegiatan itu tidak bercanggah dengan syariat Islam, kata Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Menteri Besar Kelantan itu berkata tidak menjadi masalah untuk melakukan kegiatan di luar atau dalam masjid sama ada oleh orang Islam atau bukan Islam.

"Adalah tidak salah dalam Islam pihak tertentu mengadakan kegiatan dalamrumah ibadah orang Islam, kerana zaman Nabi Muhammad s.a.w dahulupun, ada orang kafir masuk (kawasan) masjid kerana ia menjadi pusat segala kegiatan termasuk politik," katanya.

DUN Lembah Jaya

Posted: 03 Jan 2011 11:06 AM PST

DUN Lembah Jaya


Kenyataan Media Penuh Berkenaan Titah Tuanku DYMM Sultan Selangor Dan Perlantikan Setiausaha Kerajaan Negeri

Posted: 03 Jan 2011 07:25 AM PST

Tuanku Titah Perbincangan Selangor-SPA Untuk Penyelesaian Terbaik

by Khalid Ibrahim on Monday, January 3, 2011 at 2:33pm

Saya telah mengadap DYMM Sultan Selangor hari ini bagi membincangkan isu pelantikan Setiausaha Kerajaan Negeri.

DYMM Sultan Selangor telah berpandangan bahawa Baginda tidak mempunyai kuasa untuk menerima atau menolak calon-calon yang dicadangkan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA).

Ini kerana kuasa itu telah ditarik balik pada 1993 iaitu selepas krisis Perlembagaan berlaku yang mana Undang-undang Tubuh Negeri Selangor turut dipinda bagi memusatkan kuasa persekutuan.

DYMM Sultan Selangor mencadangkan supaya kerajaan negeri mengadakan perbincangan dengan SPA untuk mencari penyelesaian terbaik. Saya mengucapkan terima kasih kepada DYMM Sultan atas nasihat dan pandangan baginda.

Justeru itu, demi kebaikan Negeri Selangor dan menjunjung titah Tuanku, Kerajaan negeri akan menulis surat kepada SPA bagi membincangkan semula calon yang layak, sesuai dan berkebolehan untuk mengisi jawatan tersebut.

Sehingga penyelesaian muktamad dicapai antara kerajaan negeri dan SPA, maka kerajaan negeri tidak mahu terlibat dalam sebarang bentuk majlis atau keraian berkaitan jawatan Setiausaha Kerajaan Negeri.

Ini bermakna majlis angkat sumpah di hadapan Menteri Besar tidak akan diadakan dan Dato' Khusrin Munawi tidak akan hadir pada sebarang Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri dan Majlis Tindakan Ekonomi Negeri Selangor sebagai ex-officio.

Pada masa yang sama, Kerajaan Negeri akan mencadangkan kepada Dato' Speaker untuk mengadakan sidang Dewan Negeri Selangor tergempar bagi meminda Undang-undang Tubuh Negeri Selangor untuk mengembalikan kuasa pelantikan tiga pegawai eksekutif iaitu Setiausaha Kerajaan Negeri, Pegawai Kewangan dan Penasihat Undang-Undang Negeri kepada Sultan dan Menteri Besar.


TAN SRI ABDUL KHALID IBRAHIM

DATO' MENTERI BESAR SELANGOR


*sumber http://www.facebook.com/notes/khalid-ibrahim/tuanku-titah-perbincangan-selangor-spa-untuk-penyelesaian-terbaik/488224167788

Majlis Penyampaian Notis 5A Bagi Kg Bukit Sungai Putih Dan Kg Tasek Permai Mukim Ampang Daerah Hulu Langat

Posted: 02 Jan 2011 09:15 PM PST

2 Januari 2011, Menara MPAJ - Pemilik 142 lot tanah dan 79 peniaga Kg. Bukit Sungai Putih dan Kg. Tasek Permai hari ini menerima Notis 5A daripada kerajaan negeri Selangor yang disampaikan oleh YAB Dato' Menteri Besar Selangor Tan Sri Dato' Seri Abdul Khalid Ibrahim.

Notis 5A adalah notis pembayaran premium tanah yang mesti dijelaskan oleh para pemilik tanah yang belum menjelaskan bayaran premium dalam tempoh 4 bulan bagi membolehkan mereka memperolehi hak pemilikan atas tanah dan premis terbabit.

Bagi 142 pemilik rumah kediaman Kg. Bukit Sungai Putih, mereka telah menantikan notis ini sejak 15 tahun lalu. Begitu juga dengan 79 para peniaga di Kg. Tasek Permai yang telah menantikan notis tersebut sejak 34 tahun lalu iaitu sejak zaman pentadbiran kerajaan Umno Barisan Nasional lagi. Kini, impian mereka tercapai dengan bantuan kerajaan baru Selangor yang dipimpin oleh Pakatan Rakyat (PR) melalui program Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES) yang sedang pesat diaktifkan.

Terbukti, kerajaan Selangor di bawah PR sentiasa berusaha dalam memastikan rakyat terbela dengan program-program kebajikan yang telah dirangka seperti Skim Mesra Usia Emas, 20 meter padu air percuma, hadiah masuk IPTA/IPTS, TAWAS dan yang terkini Skim Kesihatan Wanita dan Skim Mikrokredit Selangor.


*lagi gambar di Facebook Dato' Menteri Besar http://www.facebook.com/album.php?aid=270957&id=38012338900&l=bd006fe256

SUMBANGAN KEMBALI KE SEKOLAH FLAT TAMAN KOSAS

Posted: 02 Jan 2011 08:56 PM PST


SUMBANGAN KEMBALI KE SEKOLAH FLAT TAMAN KOSAS

Tarikh: 1 Januari 2011
Masa: 9:00 malam
Tempat: Dewan Flat Taman Kosas
Disempurnakan Oleh: Tuan Hj Khasim Abdul Aziz
Kehadiran: 100 orang
Penerima Sumbangan: 35 orang





SUMBANGAN KEMBALI KE SEKOLAH DAN PENYAMPAIAN SIJIL BADAN BERTINDAK TAMAN INDUSTRI (BBTI)

Posted: 02 Jan 2011 08:40 PM PST


SUMBANGAN KEMBALI KE SEKOLAH DAN PENYAMPAIAN SIJIL BADAN BERTINDAK TAMAN INDUSTRI (BBTI)

Tarikh: 31 Disember 2010
Masa: 9:00 malam
Tempat: Dewan Flat Taman Industri
Disempurnakan Oleh: YB Tuan Hj Khasim Abdul Aziz
Kehadiran: 100 orang
Penerima Sumbangan: 75 orang
Turut Hadir: Ketua JKP Zon 12 Puan Hjh Wan Hasrina Wan Hassan & Ketua Kg. Lembah Jaya Selatan Encik Abdul Jalil Darus




Antara tetamu yang hadir


PROGRAM SUMBANGAN KEMBALI KE SEKOLAH DAN ANAK-ANAK YATIM DUN LEMBAH JAYA & KG. LEMBAH JAYA SELATAN

Posted: 02 Jan 2011 08:11 PM PST


PROGRAM SUMBANGAN KEMBALI KE SEKOLAH DAN ANAK-ANAK YATIM DUN LEMBAH JAYA & KG. LEMBAH JAYA SELATAN

Tarikh: 30 Disember 2010
Masa: 9:30 malam
Tempat: Dewan Orang Ramai Kg. Lembah Jaya Selatan
Disempurnakan Oleh: YB Tuan Hj. Khasim Bin Abdul Aziz
Kehadiran: 250 orang
Penerima Sumbangan: 85 orang pelajar, 24 orang anak yatim
Turut Hadir: Penghulu Mukim Ampang 1, Tuan Abdul Rashid Saman, Ketua-Ketua Kampung DUN Lembah Jaya & Pengerusi-Pengerusi Persatuan Warga Emas, Bomba & Khairat Kematian serta wakil JKP 12

Antara tetamu yang hadir

Pengerusi Majlis Encik Hanafi Zakaria



Saudara Bukhari menerima sumbangan anak yatim mewakili cucu beliau

OKU turut disantuni.. dari kiri YB Tuan Hj Khasim, Tuan Abdul Rashid Saman, adik Salihuddin Dahari, Encik Abdul Jalil Darus, Ketua Kg. Lembah Jaya Selatan


Sumbangan Kembali Ke Sekolah Taman Seri Raya: 35 Pelajar Terima Manfaat

Posted: 02 Jan 2011 07:49 PM PST

Tuan Hj Sarom Jais

29 Disember 2010, Taman Seri Raya - Persatuan Penduduk Taman Seri Raya hari ini menyampai sumbangan kembali ke sekolah bersama DUN Lembah Jaya. Seramai 35 pelajar menerima sumbangan berbentuk buku dan alat-alat tulis tersebut disampaikan oleh Encik Che Yusof bin Che Mat (Faridi), Ketua Kampung Tasek Permai yang mewakili YB Tuan Hj Khasim bin Abdul Aziz tidak dapat hadir. Pengerusi Persatuan Penduduk Tuan Hj Sarom Jais dalam ucapannya mengalu-alukan kehadiran ibu bapa yang memberikan sokongan padu kepada persatuan untuk menjalankan amanah yang telah diberikan.

Turut hadir pada majlis tersebut Ahli Majlis MPAJ Zon 13 Tuan Hj Ali Ismail dan pegawai-pegawai pejabat DUN Lembah Jaya. Majlis berakhir jam 10:30 malam.

Encik Che Yusof Che Mat memberikan ucapan. Turut kelihatan Tuan Hj Ali Ismail

Pelajar dan ibu bapa yang hadir


Pemuda Bersamamu v3

Posted: 03 Jan 2011 09:39 AM PST

Pemuda Bersamamu v3


Adegan Baling Kerusi Mesyuarat Umno Bahagian Seremban

Posted: 02 Jan 2011 10:04 AM PST

SEREMBAN, 9 Nov 2008 - Mesyuarat Perwakilan Umno Bahagian Seremban hari ini terpaksa ditangguhkan apabila berlaku pergaduhan sehingga menyebabkan dua perwakilan cedera ringan. Mesyuarat yang dimulakan pada pukul 10 pagi tadi menjadi gamat dengan adegan baling kerusi dan tumbuk-menumbuk di dalam dewan Kelab Golf Taman Tuanku Ja'afar.

PAS Kawasan Gerik

Posted: 03 Jan 2011 09:15 AM PST

PAS Kawasan Gerik


Selangor : Orang UMNOpun getik pada kelaku pemimpin UMNO ...

Posted: 03 Jan 2011 07:35 AM PST

Oleh : Aspan Alias

Secara peribadi saya ingin mengucapkan tahniah kepada Tan Sri Khalid Ibrahim, Menteri Besar Selangor yang telah mengambil keputusan untuk memanggil sidang Dewan Undangan Negeri Selangor untuk mengembalikan kuasa melantik 3 Ex-offico dalam barisan Exco Kerajaan Negeri kepada Kebawah Duli Tuanku Sultan Selangor dengan nasihat Menteri Besar. Ketiga-tiga jawatan yang dimaksudkan itu ialah Setiausaha Kerajaan Negeri, Pegawai Kewangan Negeri dan Penasihat Undang-Undang Negeri.

Dalam peruntukkan sekarang Kebawah Duli Tuanku telah dilucutkan kuasa melantik ini semasa krisis perlembagaan 1993 yang dicetuskan oleh UMNO pimpinan Dr Mahathir. Saya telah menulis isu ini acapkali didalam blog ini beberapa ketika dahulu untuk membayangkan kekesalan diri saya sendiri diatas tindakkan pemimpin UMNO semasa itu yang beriya-iya benar untuk menghakis kuasa Raja-Raja Melayu termasuklah kuasa Raja-Raja Melayu untuk melantik 3 jawatan Ex-Officio dalam Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri-Negeri diseluruh Negara.

Tuanku Sultan telah bertitah yang Baginda tidak ada kuasa untuk menerima dan menolak nama sesiapa yang dicadangkan oleh PSC kepada Baginda kerana kuasa itu telah ditarik balek hasil dari krisis perlembagaan pada tahun 1993 dahulu. Semasa itu UMNO bertindak tanpa sebarang 'mercy' kepada Raja-Raja Melayu dan kata-kata pemimpin kita semasa itu sangat mengguris hati orang Melayu seperti saya yang tahu tidak ada Melayunya seseorang itu tanpa Raja yang berdaulat.

Saya sedang tercari-cari potongan-potongan akhbar yang boleh membuktikan perlakuan pemimpin-pemimpin kita semasa itu tetapi sampai sekarang saya belum terjumpa lagi. Saya pernah berucap dimerata-rata diseluruh negara membidas tindakkan UMNO 'menderhaka' kepada Raja-Raja Melayu tetapi seperti biasa saya menjadi mangsa kutukkan pihak pimpinan UMNO kerana kononnya saya dan ramai yang lain telah menderhaka kepada UMNO.

Sekarang UMNO baru merasakan betapa lemahnya mereka dan dimana-mana pimpinan mereka sedang berlindung dicelah ketiak Raja-Raja Melayu. Sekarang Najib baru merasakan betapa pentingnya Raja-Raja Melayu dan pernah berkata didalam perhimpunan agung UMNO yang lalu yang Raja-Raja masih ada kuasa untuk melantik pimpinan Kerajaan jika ada pihak yang akan cuba untuk mengambil alihnya. Tetapi beliau selaku Ketua Pemuda semasa itu bersama-sama berlegar keseluruh negara untuk mendapat sokongan untuk melakukan kepada pindaan perlembagaan itu.

Sekarang UMNO pula yang menuduh pihak pembangkang yang menderhaka sedangkan kuasa Raja telah menjadi tirus seperti tali gasing yang dilakukan oleh pindaan perlembagaan dicetusan oleh UMNO semasa itu. Kepada semua yang membidas saya tidak berapa lama dahulu elok berfikir; siapa yang durhaka kepada Raja-Raja Melayu….UMNO kah atau pembangkang?

Saya bergembira kerana Negeri Selangor akan memanggil sidang tergempar Dewan Undangan Negeri Selangor untuk mengembalikan kuasa Kebawah Duli Tuanku dengan nasihat Menteri Besar seperti sebelum pindaan yang dilakukan oleh UMNO pada tahun 1993 dahulu.

Rupa-rupanya Pakatan Rakyat (PR) yang membuktikan mereka adalah pihak yang mengembalikan kedaulatan Raja-Raja Melayu. Jika UMNO jujur dengan apa yang mereka katakan sekarang Negeri-Negeri yang ditadbirnya mengembalikan peruntukan itu kepada peruntukkan asal semasa perjanjian persekutuan ditanda tangani dahulu. Ikutlah contoh Kerajaan Negeri Selangor jika benar UMNO mendaulatkan Raja-Raja Melayu. Jangan bercakap manis dimulut sahaja ibarat menanam tebu dihujung bibir.

Setelah dululuskan oleh DUN Selangor pindaan ini nanti maka Negeri Selangor akan menjadi Negeri yang pertama yang telah sedar dan bertindak membetulkan kesilapan yang dilakukan oleh UMNO pada tahun 1993 dahulu. Didalam sidang khas itu wakil-wakil UMNO wajar memberikan sokongan kepada usul pindaan itu jika UMNO benar-benar telah berubah dan mendaulatkan Raja-Raja Melayu seperti sebelum pindaan pada tahun 1993 itu.

Saya mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada rakyat Negeri Selangor diatas kejayaan saudara-saudari sekelian.

Banyak lagi isu di Selangor yang diulas oleh penulis. Sila lawat dan baca tulisannya di blog beliau http://aspanaliasnet.blogspot.com/

PERHIMPUNAN (HI-TEA) BERSAMA DATO SERI NIZAR DI KG.PLANG PADA 26/12/2010

Posted: 02 Jan 2011 08:26 PM PST

Anggota Unit Amal bersama tetamu khas dan Penceramah.


Wanita PAS & wanita PKR (Mrs.Lee)


Bekas Calon Pengkalan Hulu PRU-12 Lee Sing Long bersama YB. Dato Seri Mohd Nizar.


Kehadiran penduduk Kg.Plang, Kg.Pahit, Kg.Lalang, Kg.Pahat, Kg.Jong, Felda Lepang Nenering & lain-lain tempat berhampiran.


Persediaan makanan oleh petugas wanita PAS Kg.Plang.



Kehadiran wanita terdiri dari masyarakat Cina,Melayu dan India.


Cabutan bertuah oleh YB. Dato Seri Hj Mohd Nizar


Kehadiran tetamu khas - Hj Supian (PKR) dan lain lain


Bekas calon Parlimen Gerik Mohd.Noor (PAS) & bekas calon Pengkan Hulu Lee Sing Long(PKR)


YB. Dato Sri Hj Mohd.Nizar Bin Jamaluddin sedang memberi ucapan

Pusat Khidmat N27 DUN Pantai Merdeka

Posted: 03 Jan 2011 09:13 AM PST

Pusat Khidmat N27 DUN Pantai Merdeka


MUDAH-MUDAHAN BERMANFAAT...

Posted: 03 Jan 2011 12:49 AM PST

Dear Rekan2,

Mohon maaf kalau sudah pernah mendapat informasi serupa
sebelumnya.

Kenalkan saya Rina, mahasiswi salah satu universitas
swasta di Bandung.
Rina pengen berbagi informasi nih buat kita semua,
mudah2an bermanfaat.
Barangkali ada dari rekan2 yg sedang butuh dana/income
dalam jumlah besar..

Rekan2 bisa baca cara mendapatkannya disini (silakan klik
atau copy-paste link berikut ke browser anda):
http://www.program5milyar.com/?id=sukses123

Iseng2 rina udah coba, dan hasilnya udah lumayan banget
utk ukuran rina. Lihat rincian income rina dibawah dan
SCAN BUKU TABUNGAN rina terlampir, klik:
http://www.program5milyar.com/Buku_Tabungan_Rina.pdf
(silakan klik atau copy-paste link diatas)

SCAN BUKU TABUNGAN member lain (Anton):
http://www.program5milyar.com/Rekening_Anton.pdf

Jangan lupa lihat juga scan/print buku tabungan member
lain di menu "Kesaksian", klik:
http://www.program5milyar.com/kesaksian.php?id=sukses123

Program ini dijalankan secara online (maya), tapi uang yg
dihasilkan betul2 riil. Ada transaksi, ada produk, logis,
masuk akal, dan tidak ada satu pihak pun yg dirugikan
dalam program ini.. Program ini dijalankan secara LEGAL &
HALAL (penjelasan detail harap baca di websitenya, di menu
"Legal & Halal")

Websitenya ( http://www.program5milyar.com/?id=sukses123 )
menjelaskan secara lengkap semua hal tentang program ini
sampai sejelas2nya. Mungkin dipahami dulu aja sistem/cara
kerja program ini secara keseluruhan di websitenya.
Sistemnya tidak rumit, mudah sekali dipahami. Rina yakin,
semua uneg2 / pertanyaan2 dari rekan2 pasti akan terjawab
jika membaca semua materi yg ada pada setiap menu di
website tsb. Pastikan rekan2 tidak mengambil
kesimpulan/berkomentar apa2 dulu sebelum betul2 membaca
semua materi yg ada pada setiap menu di website, karena
program5milyar ini unik, berbeda dg bisnis manapun yg
pernah ada.

Rina dulu juga gabung atas ajakan teman yg udah duluan
mendaftar. Tadinya sih rina gak mau berpikir muluk2, asal
bisa balik modal aja udah cukup, lagian kita kan dapat
produk yg nilainya bahkan lebih besar dari yg kita
bayarkan. So, nothing to loose.
Tapi ternyata apa yg rina peroleh sungguh di luar
perkiraan rina. Setelah 8 bulan gabung udah lumayan banget
dapatnya.

Rincian income Rina setelah 8 bulan gabung adalah sbb:
(catatan: semua komisi dibawah ditransfer langsung oleh
member baru ke rekening kita)

Rina dapat "member langsung" sebanyak 17 orang (disebut
member level-1)
=> komisi yg ditransfer ke rekening Rina = 17 x Rp
50.000 = Rp 850.000

Masing2 member level-1 diatas mendapatkan pula member
rata-rata sebanyak 8 orang (disebut member level-2, jumlah
= 8 x 17 = 136 orang)
=> komisi yg ditransfer ke rekening Rina = 136 x Rp
10.000 = Rp 1.360.000

Masing2 member level-2 rata2 mendapatkan member 6 orang
(disebut member level-3, jumlah = 6 x 136 = 816 orang)
=> komisi yg ditransfer ke rekening Rina = 816 x Rp
10.000 = Rp 8.160.000

Masing2 member level-3 rata2 mendapatkan member 4 orang
(disebut member level-4, jumlah = 4 x 816 = 3264 orang)
=> komisi yg ditransfer ke rekening Rina = 3264 x Rp
10.000 = Rp 32.640.000

Masing2 member level-4 rata2 mendapatkan member 3 orang
(disebut member level-5, jumlah = 3 x 3264 = 9792 orang)
=> komisi yg ditransfer ke rekening Rina = 9792 x Rp
50.000 = Rp 489.600.000

Jadi, total komisi yg ditransfer ke rekening Rina (setelah
8 bulan gabung):
= 850.000 + 1.360.000 + 8.160.000 + 32.640.000 +
489.600.000
= Rp 532.610.000,-

Bagaimana dana tsb bertubi2 masuk ke rekening kita? Lihat
SCAN BUKU TABUNGAN Rina terlampir.

Lumayan banget utk ukuran rina. Uang segitu mungkin udah
cukup utk beli rumah and mobil.
Rina yakin kita semua bisa kok mendapatkan income seperti
yg Rina dapatkan di atas. Kuncinya sih asal kita rajin aja
nyebarin link website replika kita ke teman2 kita, rekan
kerja, sodara, ke siapa saja, baik lewat email, milis2,
situs2 iklan, dll, kemudian TUNJUKKAN BUKTI SCAN BUKU
TABUNGAN para member yg telah sukses di program ini, atau
scan buku tabungan anda jika anda sudah mendapatkan income
yg lumayan di program ini, biasanya tidak terlalu sulit
meyakinkan teman2 kita utk bergabung (scan buku tabungan
para member bisa diambil/didownload di menu "Kesaksian" di
website diatas, atau bisa juga gunakan scan buku tabungan
rina terlampir. Jika anda sudah mendapatkan income lumayan
di program ini, anda juga bisa tunjukkan scan buku
tabungan anda ke teman2).

Website replika adalah website atas nama kita sendiri yg
kita dapatkan secara otomatis setelah keanggotaan kita
diaktifkan. Website replika rina adalah:
http://www.program5milyar.com/?id=sukses123
Setiap transaksi yg terjadi lewat website replika kita,
otomatis masuk rekening kita.

Tidak perlu kuatir pengembangan Program Program 5MILYAR
ini akan jenuh, karena pertumbuhan pengguna internet di
Indonesia yg mencapai 6 juta orang lebih per tahun jauh
lebih besar dibanding pertumbuhan peserta program ini.
Jadi program ini abadi, tidak akan ada istilah "member
terakhir" dalam program ini, karena akan selalu ada 6 juta
orang lebih pengguna baru internet tiap tahunnya yg
potensial utk jadi member.

RINA PUNYA TRIK2 / TIPS2 JITU agar bisa merekrut banyak
member berdasarkan pengalaman rina sendiri, gak banyak
orang yg tahu. Rina bisa share jika rekan2 bergabung lewat
account rina:
http://www.program5milyar.com/?id=sukses123

Segera gabung ya..

Sistemnya rina rasa sangat sederhana dan mudah dipahami,
informasi lengkap disini (silakan klik atau copy-paste
link berikut ke browser anda):
http://www.program5milyar.com/?id=sukses123
(website replika Rina, sukses123 adalah username Rina)

Mohon disebarkan juga informasi ini ke teman2 kita yg lain
yg sedang membutuhkan dana dlm jumlah yg besar.

Salam,
Rina
Rina Profile: http://www.friendster.com/rinaku
Join jadi member Friendster dulu, bisa lihat album foto
Rina

"UANG BUKAN SEGALANYA, TAPI SEGALANYA PERLU UANG"

NB:
Jika anda tidak punya akses internet di kantor/kampus,
silakan copy/tulis link berikut:
http://www.program5milyar.com/?id=sukses123
kemudian dibuka di rumah/warnet ya..

Untuk gambaran awal, silakan lihat overview program ini
terlampir.

*************************************************************************
KESAKSIAN MEMBER LAIN, PAK BAMBANG WIDJATMOKO DARI
SURABAYA:

Bisa Menguliahkan Anak dan Biaya Berobat Ibu yg Sakit

Dear webmaster program 5 milyar,

Saya ingin berterima kasih sekali kepada anda karena
dengan adanya program ini saya betul2 terbantu dalam
pemenuhan berbagai kebutuhan dana keluarga saya. Biaya ibu
berobat ke rumah sakit, biaya kuliah anak2, dan insya
Allah untuk biaya beli rumah yg lebih layak bulan depan
(mudah2an).

Awalnya saya kenal program ini, saya mendapat email dari
seorang teman (beda kantor). Ada program bisnis bagus nih,
katanya. Sistemnya sederhana, gampang dipahami, dan kalo
sabar bisa mendapatkan penghasilan lebih dari 5 milyar,
tambahnya lagi. Mendengar kata-kata 5 milyar, saya
berpikir skeptis, mana mungkin, batin saya, akhirnya saya
delete saja email tsb. Sekitar 4 bulan setelah itu, saya
mendapatkan email yg sama dari rekan yg berbeda. Dengan
semangat menggebu2 di emailnya dia bercerita kalo dalam
waktu sebulan dia bergabung, saldo di rekening BNI-nya
bertambah lebih dari Rp 100 juta. Saya berpikir, gak
mungkin dua orang sahabat baik saya berbohong tentang hal
yg sama terhadap saya. Lagi pula gak ada ruginya
bergabung, toh cuma 180 ribu saja, itu pun sudah dapat
produk berupa program bisnis. Akhirnya, iseng2 saya
gabung, tanpa harapan yg berlebihan. Kemudian saya
informasikan program ini lewat email, sms, mulut ke mulut,
dll ke sekitar 80 orang. Sebagian dari mereka ada yg saya
kenal dan ada juga yg tidak, setelah itu saya lupakan.

Sekitar 3 bulan setelah itu, waktu saya menyetor uang ke
bank (jumlahnya sekitar 500 ribu waktu itu), waktu buku
tabungan saya di-print saya menunggu lama sekali,
teller-nya bilang buku tabungan saya sudah tidak muat lagi
dan harus diganti dengan yg baru. Saya kaget, ada apa?
Rasanya dalam 3 bulan terakhir saya tidak melakukan
transaksi apa2. Begitu saya cek, di kolom kredit isinya 50
ribu dan 10 ribu banyak sekali dan di kolom saldo tercetak
angka 160 juta lebih dan jika ditambah dengan buku ke 2
totalnya ada 250 juta sekian. Sontak saya kaget, ini duit
begitu banyak dari mana? Setelah berpikir keras dan
melihat angka 50 ribu dan 10 ribu baru saya teringat
program 5 milyar yg saya pernah gabung dulu karena waktu
gabung saya juga mentransfer 50 ribu dan 10 ribu ke
beberapa orang.

Aduh maaak, terima kasih Tuhan, terima kasih webmaster.
Saya bisa kuliahkan anak dan membantu biaya berobat ibu
saya yg sakit dengan dana ini. Setelah itu saya betul2
percaya bahwa program bisnis ini bener2 bekerja. Sejak itu
saya mulai aktif mempromosikan program ini ke siapa saja,
lewat email, milis, sms, dll. Sekarang hasilnya sudah
lebih dari 500 juta masuk ke rekening bank saya. Sekali
lagi terima kasih webmaster program 5 milyar.
=============================================================================================

Segera nikmati Free Trial 60 hari Protector Postpaid layanan keamanan online bagiPelanggan Speedy.
Info lebih lanjut hubungi 147 atau http://protector.telkomspeedy.com

=============================================================================================

du du du du du, download 'n streaming lagu di www.fulltrek.com.
Gratis 10 lagu tiap bulan untuk pelanggan speedy


=============================================================================================

N45 Dr Halimah Ali

Posted: 03 Jan 2011 09:12 AM PST

N45 Dr Halimah Ali


KEMPEN ANTI ZINA SIRI 2 KERAJAAN SELANGOR

Posted: 03 Jan 2011 06:35 AM PST


YB Dr Hjh Halimah Ali turut menyertai kempen anti zina yang melibatkan pelbagai jabatan dan agensi kerajaan serta NGO seperti YAYASAN AMAL, NISA', ABIM dll.Seluruh Selangor dijalankan operasi menyedarkan kembali anak remaja Islam yang telah larut dengan budaya maksiat yang tidak kira batas. Selepas tengah malam operasi di kawasan lapang seperti di tasik, pantai TANJONG GILA PELABUHAN KLANG serta kompleks membeli belah dll

KAIN PUTIH yang perlu dicorak dan dibentuk untuk menjadi insan cemerlang

Posted: 03 Jan 2011 05:57 AM PST




EXCO PENDIDIKAN beramah mesra dengan guru besar sekolah SG UDANG.
Keadaan anak-anak murid di SK TELOK GADONG yang juga menempatkan anak-anak istimewa. Seramai 140orang pelajar di sekolah ini menurut GURU BESARnya.

EXCO PENDIDIKAN MELAWAT SEKOLAH DI HARI PERTAMA SEKOLAH 2011

Posted: 03 Jan 2011 05:24 AM PST


Alhamdulillah, tadi berjaya selaku EXCO PENDIDIKAN berjaya melawat 2 sekolah rendah dan sebuah sekolah agama dan sebuah tadika untuk meninjau keadaan anak-anak pada hari pertama di sekolah tersebut.Syukur saya juga diberi ruang untuk menyampai sedikit ucapan di perhimpunan pagi di sebuah sekolah di DUN SELAT KLANG.
Ramai ibubapa yang menghantar anak. Ada yang menguruskan pendaftaran dan bayaran yuran.Ramai yang mengeluh hal yuran. Seingat saya dulu zaman PAK LAH jadi PM dikatakan tidak perlu bayar yuran dah.....
Saya sempat berjumpa 2 -3 orang murid tahun pertama yang menangis.

i n t a n h i j a u

Posted: 03 Jan 2011 07:43 AM PST

i n t a n h i j a u


ADUN CHANGKAT JONG ZIARAH KELUARGA MANGSA KEMALANGAN MAUT / ادون چڠکت جوڠ زياره کلوارݢ مڠسا کمالڠن موت

Posted: 02 Jan 2011 11:51 PM PST


TELUK INTAN, 2 Januari - Prihatin akan nasib rakyat maka ADUN Changkat Jong meluangkan masa untuk menziarahi sebuah keluarga yang kematian anak akibat kemalangan maut pada pagi tahun baru. Beliau hadir berserta Timbalan Yang Di Pertua PAS Kawasan Teluk Intan di majlis tahlil yang diadakan di rumah keluarga mangsa di Kampung Sungai Kerawai dekat sini.

Di majlis tersebut YB Hj. Mohd. Anuar Sudin telah diberi penghormatan untuk mengetuai majlis tahlil serta bacaan doa. Turut hadir ialah Ketua PAS Cawangan Sungai Kerawai Sdr. Hj. Jumali Sadeli.
Bapa mangsa, Sdr. Mohd. Shaari sedang menceritakan bagaimana anaknya mengalami kemalangan jalan raya.

Menurut bapa mangsa Mohd. Shaari, anaknya allahyarham Mohd. Rafi, 18, telah mengalami kemalangan semasa balik dari Lumut bersama kawan-kawannya dengan menunggang motorsikal. Pada hari kejadian, motor mangsa telah bergesel dengan sebuah kereta lalu terjatuh di atas jalan raya lalu dilanggar oleh sebuah kereta lain yang menyebabkan mangsa telah meninggal dunia di tempat kemalangan. Mangsa merupakan anak sulung di dalam keluarganya. Namun
YB Anuar menyampaikan sumbangan kepada Sdr. Mohd. Shaari sambil diperhatikan oleh Ketua PAS cawangan, Sdr. Hj. Jumali.

Pada akhir majlis, ADUN Changkat Jong telah menyampaikan sumbangan peribadi  kepada bapa  mangsa serta menyatakan simpati serta meminta beliau bersabar atas apa yang terjadi.

intanhijau.blogspot.com

DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN KOTA RAJA

Posted: 03 Jan 2011 03:36 AM PST

DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN KOTA RAJA


KULIAH HIRAKI 2011

Posted: 03 Jan 2011 12:57 AM PST

SYABAB Kapar

Posted: 03 Jan 2011 03:21 AM PST

SYABAB Kapar


Gambar Battle of The Band

Posted: 02 Jan 2011 01:22 PM PST





Bookmark and Share

Dr Siti Mariah Mahmud

Posted: 03 Jan 2011 03:08 AM PST

Dr Siti Mariah Mahmud


Ignore Wak Khusrin

Posted: 03 Jan 2011 12:04 AM PST

As former director of Selangor Islamic Religious Department (JAIS) Khusrin Munawi reports for duty today as the new state secretary following his controversial appointment, former PKR deputy president Dr Syed Husin Ali said the state administration could choose to just ignore his presence.
 
Khusrin is scheduled to take his oath of office before Menteri Besar Khalid Ibrahim on Thursday, in spite of strong objection from the latter that he had not been consulted by the Federal government who named Khusrin.

Syed Husin, who is Dewan Negara senator from Selangor, however said the state government "could function without him (Khusrin) doing his official duty".

Earlier, constitutional law expert Dr Abdul Aziz Bari said Khusrin's appointment was questionable and said the law favoured the state government and the MB, suggesting that the Pakatan Rakyat government bring the matter to court.

"Under the state constitution, the power to appoint the ex-officio members of the exco — including the State Secretariat — is with the Sultan.  But he (the Sultan) has to consider the names submitted by the relevant service commission; and before he does that, the Sultan must consider the advice of the MB," Aziz was quoted by online news portal The Malaysian Insider.

A doubtful Syed Husin however said the country's biased judiciary meant there was no hope to solve the impasse through the courts.

"The state constitution favours MB, he (Aziz) said. But what guarantee for the court to favour him (MB)? No assurance justice will be meted, even if Prof Aziz opines Constitution favours MB on state secretary issue," he wrote on Twitter.

'Sabotage'

Meanwhile, Khalid accused the government's Chief Secretary Sidek Hassan, who announced Khusrin's appointment, of being "unconstitutional, irresponsible and unprofessional".

"In naming Khusrin Munawi, the chief secretary has disregarded the selection process which is in line with the civil service practice notes as prepared by the state civil service commission which seeks advice from the public civil service at the federal level.

Needless to say, Tan Sri Mohd Sidek's acts are unconstitutional, irresponsible and unprofessional which can be construed as a political act in an attempt to sabotage the credibility of the Pakatan Rakyat government in Selangor," Khalid said in a statement.

Khusrin's staunchly pro-UMNO stance on administration matters did not site well with state leaders.

The state government was also delivered a blow by palace officials, who had effectively shut the door on Khalid who wanted to seek an audience with the Sultan. The Sultan's private secretary however said the decision to give consent to Khusrin's appointment was final.

Kerajaan Negeri Selangor tidak mahu terlibat dalam sebarang bentuk majlis atau keraian berkaitan jawatan Setiausaha Kerajaan (SUK) negeri sehingga penyelesaian muktamad dicapai antara kerajaan negeri dan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA).

Demikian dinyatakan oleh Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim pada sidang media di sini, sebentar tadi.

Berikut kenyataan penuh Tan Sri Khalib Ibrahim, Menteri Besar Selangor.

Saya telah mengadap DYMM Sultan Selangor hari ini bagi membincangkan isu pelantikan Setiausaha Kerajaan Negeri.

DYMM Sultan Selangor telah berpandangan bahawa Baginda tidak mempunyai kuasa untuk menerima atau menolak calon-calon yang dicadangkan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA).

Ini kerana kuasa itu telah ditarik balik pada 1993 iaitu selepas krisis Perlembagaan berlaku yang mana Undang-undang Tubuh Negeri Selangor turut dipinda bagi memusatkan kuasa persekutuan.

DYMM Sultan Selangor mencadangkan supaya kerajaan negeri mengadakan perbincangan dengan SPA untuk mencari penyelesaian terbaik. Saya mengucapkan terima kasih kepada DYMM Sultan atas nasihat dan pandangan baginda.

Justeru itu, demi kebaikan Negeri Selangor dan menjunjung titah Tuanku, Kerajaan negeri akan menulis surat kepada SPA bagi membincangkan semula calon yang layak, sesuai dan berkebolehan untuk mengisi jawatan tersebut.

Sehingga penyelesaian muktamad dicapai antara kerajaan negeri dan SPA, maka kerajaan negeri tidak mahu terlibat dalam sebarang bentuk majlis atau keraian berkaitan jawatan Setiausaha Kerajaan Negeri.

Ini bermakna majlis angkat sumpah di hadapan Menteri Besar tidak akan diadakan dan Dato' Khusrin Munawi tidak akan hadir pada sebarang Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri  dan Majlis Tindakan Ekonomi Negeri Selangor sebagai ex-officio.

Pada masa yang sama, Kerajaan Negeri akan mencadangkan kepada Dato' Speaker untuk mengadakan sidang Dewan Negeri Selangor tergempar bagi meminda Undang-undang Tubuh Negeri Selangor untuk mengembalikan kuasa pelantikan tiga pegawai eksekutif iaitu Setiausaha Kerajaan Negeri, Pegawai Kewangan dan Penasihat Undang-Undang Negeri kepada Sultan dan Menteri Besar.

CINA ISLAM (林川興)

Posted: 03 Jan 2011 01:32 AM PST

CINA ISLAM (林川興)


Kelantan hadiah rumah untuk Khairul Fahmi

Posted: 02 Jan 2011 11:03 PM PST


28 Muharam 1432H.
Oleh : Salmah Mat Husain

KOTA BHARU, 3 Jan: Penjaga gol skuad Harimau Malaya yang berjaya membantu negara menjuarai Piala AFF Suzuki, Khairul Fahmi Che Mat dihadiahkan sebuah rumah oleh kerajaan negeri Kelantan hari ini.

Pengumuman mengenainya dibuat sendiri oleh Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat ketika meraikan kepulangan beliau ke Kelantan di Chabang 4, Cherang dekat sini hari ini.

Bagaimanapun tidak dinyatakan apakah nilai rumah berkenaan. Pengumuman itu dibuat di majlis yang dianjurkan oleh pejabat Anggota Parlimen Kota Bharu dan juga kerajaan negeri Kelantan.

Sebelum ini kerajaan negeri Kelantan pernah menghadiahkan rumah kepada Nik Madihah, pelajar Kelantan yang berjaya menjadi pelajar terbaik Malaysia dalam peperiksaan SPM.

Khairul Fahmi berjaya mempertahankan gawang Malaysia dari ditembusi semasa Indonesia bertandang ke Malaysia yang membawa Malaysia menang 3-0 dalam pusingan pertama perlawanan akhir piala itu di Bukit Jalil.

Beliau juga berjaya menjaga gawang Malaysia dengan baik apabila pasukan negara itu berkunjung ke Jakarta termasuk menyekat sepakan penalti oleh Indonesia.

Malaysia menang dengan agregat 4-2 walaupun kalah di Jakarta dengan 2-1.

Media hari ini melaporkan, sebuah laman web menyiarkan berita kononnya Mancester United berminat dengan Khairul Fahmi apabila pengurusnya, Sir Alex Ferguson mengarahkan lamaran ke atas Khairul dibuat selepas dua jam perlawanan akhir di Jakarta itu.

Tuanku Titah Perbincangan Selangor-SPA Untuk Penyelesaian Terbaik

Posted: 02 Jan 2011 10:57 PM PST

28 Muharram 1432H.
KENYATAAN MEDIA MB SELANGOR

Saya telah mengadap DYMM Sultan Selangor hari ini bagi membincangkan isu pelantikan Setiausaha Kerajaan Negeri.

DYMM Sultan Selangor telah berpandangan bahawa Baginda tidak mempunyai kuasa untuk menerima atau menolak calon-calon yang dicadangkan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA).

Ini kerana kuasa itu telah ditarik balik pada 1993 iaitu selepas krisis Perlembagaan berlaku yang mana Undang-undang Tubuh Negeri Selangor turut dipinda bagi memusatkan kuasa persekutuan.

DYMM Sultan Selangor mencadangkan supaya kerajaan negeri mengadakan perbincangan dengan SPA untuk mencari penyelesaian terbaik. Saya mengucapkan terima kasih kepada DYMM Sultan atas nasihat dan pandangan baginda.

Justeru itu, demi kebaikan Negeri Selangor dan menjunjung titah Tuanku, Kerajaan negeri akan menulis surat kepada SPA bagi membincangkan semula calon yang layak, sesuai dan berkebolehan untuk mengisi jawatan tersebut.

Sehingga penyelesaian muktamad dicapai antara kerajaan negeri dan SPA, maka kerajaan negeri tidak mahu terlibat dalam sebarang bentuk majlis atau keraian berkaitan jawatan Setiausaha Kerajaan Negeri.

Ini bermakna majlis angkat sumpah di hadapan Menteri Besar tidak akan diadakan dan Dato' Khusrin Munawi tidak akan hadir pada sebarang Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri dan Majlis Tindakan Ekonomi Negeri Selangor sebagai ex-officio.

Pada masa yang sama, Kerajaan Negeri akan mencadangkan kepada Dato' Speaker untuk mengadakan sidang Dewan Negeri Selangor tergempar bagi meminda Undang-undang Tubuh Negeri Selangor untuk mengembalikan kuasa pelantikan tiga pegawai eksekutif iaitu Setiausaha Kerajaan Negeri, Pegawai Kewangan dan Penasihat Undang-Undang Negeri kepada Sultan dan Menteri Besar.

TAN SRI ABDUL KHALID IBRAHIM
DATO' MENTERI BESAR SELANGOR.

Mahkamah bebas Md Sabu dan 9 yang lain

Posted: 02 Jan 2011 10:46 PM PST


28 Muharam 1432H

SEBERANG PRAI, 3 Jan: Mahkamah majistret Jawi hari ini membebaskan ahli jawatankuasa PAS Pusat, Mohamed Sabu dan sembilan yang lain tanpa perlu membela diri dari tuduhan menghalang tugas pejawat awam.

Majistret Mohd Izaham Ali melepaskan mereka selepas ditangkap di susur keluar Bukit Tambun di Lebuhraya Utara Selatan pada 9 Disember 2007.

Menurut majistret, terdapat percanggahan antara kenyataan polis dan juga saksi ketika mereka memberikan keterangan.

(Gambar fail: Mohamad Sabu dan tertuduh ketika dibicarakan sebelum ini di Mahkamah Majistret, Jawi)

Pihak pendakwa, katanya, gagal membukti kes mereka ekoran wujudnya keraguan dalam kes pendakwa.

Antaranya, wujudnya keraguan dalam waran tangkap yang dikemukakan pendakwa di samping pencanggahan keterangan antara saksi pendakwa.

Majistret juga berkata, tiada keterangan yang diberikan berhubung dengan dakwaan saksi pendakwa kononnya mereka mengganggu tugas polis seperti menolak polis atau enggan membuka pintu kenderaan seperti yang didakwa saksi pendakwa.

Menurut kertas pertuduhan, kesemua mereka telah dituduh menghalang anggota polis berpangkat Superitenden Mohd Nasir Salleh daripada menyerahkan waran tangkap yang dikeluarkan oleh Mahkamah Majistret, Jalan Duta, Kuala Lumpur terhadap Mohamad Sabu.

Kesalahan tersebut didakwa telah dilakukan di hadapan Plaza Tol Bukit Tambun, Seberang Perai Selatan, lebuhraya PLUS berhadapan susur keluar lebuhraya dari arah Kuala Lumpur ke Pulau Pinang pada jam 7.45 malam 9 Disember 2007.

Kesemua mereka juga dituduh menurut Seksyen 186 Kanun Keseksaan yang mana membawa humuman penjara sehingga dua tahun atau denda sehingga RM10,000 atau kedua-duanya sekali sekiranya disabit akan kesalahan.

Dalam perbicaraan yang diadakan tadi, kesemua yang dituduh terdiri dari Mohamad Sabu, Fauzi Saharat, Abd Rahim Md Ariff, Zairun Azrul Zainal Abidin, Zamarul Aini Abdul Malek, Mohd Bunyamin Ishak, Md Lazim Osman, Abd Razak Ramli, Mohd Sabri Said dan Mohamed Salleh hadir.

Mohamad Hanipa Maidin bersama-sama dengan Aminuddin Zulikifli dan Yusnita Yusoff mewakili kesemua tertuduh.

Khalid menghadap Sultan

Posted: 02 Jan 2011 10:21 PM PST

28 Muharram 1432H.

SHAH ALAM: Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, menghadap Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah di Istana Mestika di sini hari ini.

Kenderaan rasmi Menteri Besar itu dilihat memasuki Istana Mestika pada jam 10.50 pagi dan keluar kira-kira 12.20 tengah hari tadi. Pihak media yang berkumpul di hadapan pintu utama istana itu sejak jam 10 pagi hampa apabila tidak mendapat sebarang komen daripada Menteri Besar yang terus beredar dari situ. Kenderaan pacuan empat roda yang dinaiki Abdul Khalid tidak berhenti walaupun dikerumuni wartawan dan jurugambar.

Difahamkan Abdul Khalid menghadap Sultan Selangor bagi mengemukakan nama tiga calon yang dipilih sebuah panel kerajaan negeri yang dipengerusikan Speaker Dewan Undangan Negeri, Datuk Teng Chang Khim, bagi jawatan Setiausaha Kerajaan Negeri.

Setiausaha Kerajaan Negeri yang baru, Datuk Mohamad Khusrin Munawi, telah hadir di pejabat barunya di Tingkat 19 Bangunan Sultan Salahahuddin Idris Shah di sini sebelum jam 8 pagi tadi.

DEBAT : Pemuda Umno Bacul !

Posted: 02 Jan 2011 07:30 PM PST


" Kami di pihak yang benar ! " laung pimpinan Pemuda PAS Larut disambut dengan laungan takbir oleh para hadirin "

SELAMA | 1 JAN
Kebaculan pemuda umno bahagian Larut kini telah terbukti apabila program debat antara Ketua Pemuda PAS Larut, saudara Nazri Din dengan Ketua Pemuda UMNO Larut , saudara Anwar Arifin tidak menjadi kenyatan disebabkan Ketidakhadiran ketua pemuda umno larut dan telah membuatkan orang ramai yang hadir berasa kecewa dengan sikap Ketua Pemuda UMNO Larut itu.

Setelah menerima berbagai halangan dari pihak tertentu ,program debat yang akan diadakan di Dewan Padang Astaka, Batu Kurau dipindahkan ke Dewan Majlis Daerah Selama. Orang ramai, Wakil Pemuda PAS Larut, Penganjur Program serta Perantara Debat menunggu hampir tiga jam, namun kelibat Ketua Pemuda Umno Larut tidak kelihatan.

Sementara itu, setelah Akmal Kamarudin selaku Naib Ketua Pemuda PAS Larut berjaya menghubungi sudara Anwar untuk bertanyakan dan mendapatkan penjelasan darinya. Namun, seperti lazimnya yang menjadi amalan pemimpin umno beliau memberikan berbagai alasan kuno untuk tidak hadir ke dalam Debat tersebut.

"Anehnya, Pemuda umno yang ajak kami berdebat, tapi mereka memberi banyak alasan yang tidak munasabah untuk tidak hadir sekalipun kami menawarkan untuk berdebat di pejabat umno Batu Kurau atau Pejabat umno di Selama ianya tetap ditolak" Kata Akmal.

"Kami rasa amat kesal dengan sikap mereka kerana kami telah menyediakan pelbagai isu tempatan berkaitan kepentingan rakyat,Melayu dan Islam untuk diketengahkan dalam debat,"

"Kita komited untuk terus memperjuangkan hak rakyat, Islam dan Melayu dengan konsep "Islam Adil untuk semua" dan menolak topeng ketuanan Melayu yang dicanangkan umno demi kepentingan politik murahan umno semata-mata" katanya lagi

Cubaan Kerajaan Pusat rampas kuasa di Selangor

Posted: 02 Jan 2011 07:00 PM PST

3 Jan | IPOH
Pesuruhjaya PAS Perak, Ustaz Abu Bakar Hussain, menyatakan isu perlantikan SUK Selangor merupakan suatu lagi petanda diberikan Allah kepada rakyat Malaysia bahawa kerajaan Umno BN wajar ditolak dalam pilihanraya akan datang.

Beliau menyatakan, Kes perlantikan tersebut jelas menunjukkan kerajaan Umno BN memberi amanah bukan untuk kepentingan rakyat tapi untuk kepentingan peribadi mereka.

Memetik ucapan beliau " Dalam satu hadis Rasulullah s.a.w. digambarkan bahawa kemusnahan akan berlaku sekiranya amanah diberikan kepada orang yang bukan ahlinya. Seorang lelaki datang kepada Rasulullah s.a.w., bertanya tentang " bilakah terjadi kiamat ". Rasulullah s.a.w. menjawab : yang bermaksud :" Apabila hilang amanah, tunggulah kiamat itu. Orang itu bertanya lagi : Bagaimanakah keadaan itu berlaku ? jawab Rasulullah s.a.w. : " iaitu apabila sesuatu urusan diserahkan kepada orang yang bukan ahlinya, maka tunggulah kiamatnya (kerosakan)".

Menurut beliau lagi, tujuan utama perlantikan SUK kerajaan negeri, di mana-mana negeri sekalipun, adalah supaya SUK dapat membantu menggerakkan pengurusan kerajaan negeri berkhidmat kepada rakyat.

Menjalankan tugas mentadbir sesuatu negeri bukan suatu yang mudah malah memerlukan kelayakan dan kerjasama daripada pelbagai pihak baik Adun yang dilantik oleh rakyat ataupun kakitangan kerajaan, jelas beliau.

Dalam kes di Selangor, perlantikan Datuk Mohd Khusrin Munawi sebagai SUK sepatutnya tidak berlaku kerana beliau telahpun mempunyai masalah yang kritikal sebelum ini dengan kerajaan Pakatan Rakyat negeri Selangor sewaktu beliau masih menjawat jawatan Pengarah JAIS. Jelas ini menunjukkan beliau tidak boleh bekerjasama dengan kerajaan negeri seterusnya menjalankan amanah yang diberikan dengan baik.

Beliau jjuga menyatakan, Datuk Mohd Khusrin Munawi jelas dilihat sebagai agen yang dihantar Umno Barisan Nasional untuk mengganggu pentadbiran Pakatan Rakyat di Negeri Selangor, hal ini kerana Umno Bn tidak dapat menerima kenyataan bahawa kerajaan Selangor kini dibawah pemerintahan Pakatan Rakyat.

Beliau juga menyatakan bahawa umno bn sememangnya cuba untuk mendapatkan semula negeri Selangor dengan apa cara sekalipun dan buktinya umno bn sudah Berjaya mendapatkan Perak dengan cara rampasan kuasa sebelum ini.

Pesuruhjaya PAS Perak itu juga menyeru agar rakyat Malaysia menolak kerajaan BN kerana perlantikan ini menunjukkan kerajaan BN tidak meletakkan khidmat kepada rakyat sebagai misi utama mereka sebaliknya berkhidmat memenuhi kepentingan dan kehendak nafsu mereka.

Menurutnya lagi, jika sebelum ini rakyat tercari-cari apakah buktinya bahawa kerajaan pusat BN sering menindas kerajaan negeri di bawah Pakatan Rakyat, kes perlantikan SUK inilah bukti yang kukuh. Inilah perangai yang ditunjukkan kerajaan BN iaitu mengutamakan kepentingan peribadi berbanding amanah berkhidmat untuk rakyat.

Ustaz Abu Bakar Hussain juga mengajak semua pihak untuk bertakwa kepada Allah. Semua pihak harus ingat bahawa berkhidmat untuk rakyat bukan sekadar membantu rakyat menghadapi kehidupan dunia, sebaliknya membantu rakyat menghadapi kehidupan dunia dan akhirat yang kekal abadi.

sumber : ustazabubakar.wordpress.com

Bloggers : Majlis Makan Malam dan Dialog Bersama MB Kelantan

Posted: 02 Jan 2011 06:45 PM PST

KUALA LUMPUR: Kerajaan Negeri Kelantan akan mengadakan Majlis Makan Malam dan Dialog bersama para Blogger Pro Pakatan Rakyat pada 15 Januari ini di Hotel Grand Seasson, berdepan Hospital Kuala Lumpur. Ia sebagai persiapan dan persediaan menghadapi Pilihan Umum ke-13 tidak lama lagi.

Menurut Editor Harakah, Tarmizi Mohd Jam yang diamanahkan untuk urusan pendaftaran blogger dari luar Kelantan, program yang akan bermula jam 8.30 malam itu mempelawa semua blogger pro Pakatan Rakyat daripada negeri Kelantan dan luar Kelantan.

Dalam dialog dengan Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat ini, pelbagai isu dijangka akan dibangkitkan selain dari sama-sama mengemukakan syor dan pendekatan terkini untuk memasyarakatkan blog dan laman sesawang lainnya sebagai media baru yang efisyen menghadapi PRU-13 nanti.

Menurut Tarmizi, semua blogger pro-Pakatan Rakyat boleh MENDAFTAR diri sekarang dengan menghantar emel kepada beliau dialamat editorxkutif@yahoo.com.my serta memaklumwajibkan NAMA dan NAMA BLOG yang sedang beroperasi. INGAT DAFTAR SEKARANG dan sebarkan berita ini dalam blog, Facebook, twitter, website dll yang anda boleh capai.

Semua blogger akan diberi pass masuk ke majlis ini. Tarikh tutup penyertaan sebelum atau pada 6 Januari 2011. Tarmizi mengharapkan mana-mana blogger yang mendapat maklumat ini, boleh memanjangkannya kepada rakan-rakan blogger lain secepat mungkin.

Utusan macam nasi goreng basi

Posted: 02 Jan 2011 06:30 PM PST

28 Muharam 1432H
Oleh : Mohd Sabri Said

TASEK GELUGOR, 2 Jan: Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng menyifatkan Utusan Malaysia umpama 'nasi goreng basi' kerana terus memainkan isu walaupun tahu isu yang dipaparkan tidak lagi relevan pada masyarakat.

Katanya, akhbar tersebut terus menabur fitnah yang boleh dikatakan semua isu sudah dijawab dan ada antaranya telah memakan diri Umno sendiri.

Tambahnya, isu wang judi sampai kini menjadi mainan bibir pemimpin Umno dan Utusan Malaysia sebagai lidah rasmi parti itu sengaja memaparkan isu berkenaan walaupun tahu ia telah selesai.

"Utusan Malaysia macam nasi goreng basi senantiasa ulang cerita yang sudah selesai. Mereka terus sebut isu yang berulang walaupun tahu telah menikam Umno sendiri dengan harapan menyerang Kerajaan Pakatan Rakyat secara bertalu-talu," ujarnya ketika berucap di majlis Jubli Perak PAS Kawasan Tasek Gelugor di Dewan Besar Sungai Dua malam tadi.

Beliau sebagai peneraju Negeri Pulau Pinang berharap rakyat tidak termakan dakyah jahat Umno dan Barisan Nasional (BN) sebaliknya memberi kepercayaan pada Pakatan Rakyat yang sedang memerintah agar terus melaksanakan berbagai program menjana perubahan pemikiran rakyat.

Kerajaan berhati rakyat tambahnya, melakukan berbagai perencanaan untuk meningkatkan sosio ekonomi, kebajikan dan seterusnya memberikan kemudahan terkini seperti Wifi pada rakyat mulai tahun ini.

Selain itu, ujarnya kerajaan berkonsepkan Cekap, Akautabiliti dan Telus (CAT) mahukan pembelaan rakyat dijadikan amalan apabila memberikan RM100 kepada ibu tunggal dan Orang Kurang Upaya (OKU) sebagai rangkaian bantuan kepada warga emas dan miskin tegar.

"Negeri berkebajikan menjadi amalan kerajaan bukan macam Umno dan BN asyik memenuhkan poket sendiri dan sanggup melihat rakyat menderita dan sengsara," tegasnya yang juga Setiausaha Agung DAP.

Khusrin: BN Kian Terdesak Sabotaj Kerajaan Selangor

Posted: 02 Jan 2011 06:00 PM PST

2 JAN: Tindakan Putrajaya melantik terus Datuk Mohd Khusrin Munawi sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri adalah petanda jelas Umno-Barisan Nasional(BN) semakin terdesak untuk mengsabotaj kerajaan Pakatan Rakyat Selangor.

Mantan Menteri Besar Perak Datuk Seri Nizar Jamaluddin berkata jawatan SUK akan membolehkan Khusrin membocorkan maklumat sulit kerajaan negeri kepada Umno sebagaimana yang berlaku dalam kes rampasan kuasa di Perak.

Ahli Parlimen Bukit Gantang dan ADUN Pasir Panjang ini diwawancara oleh Pakar Undang-undang Profesor Dr Abdul Aziz Bari dalam program 'Terus Terang' terbitan Tv Selangor, Nizar menceritakan pengalamannya ketika menerajui kerajaan Pakatan Rakyat di Perak setelah menang pada pilihanraya umum 2008.

Beberapa bulan selepas menubuhkan kerajaan negeri, Nizar menyedari Setiausaha Kerajaan Negeri Perak mengambil arahan secara terus daripada Umno.

"Setelah tiga empat bulan, perjalanan kerajaan negeri tidak lancar kerana adanya unsur-unsur sabotaj. Contohnya, apa sahaja yang kami lulus atau batalkan dalam mesyuarat mingguan disampaikan ke ibu pejabat Umno di Ipoh," katanya.

Nizar berkata Setiasaha Kerajaan Negeri berkenaan bertindak untuk melengkapkan persiapan Umno bagi melancarkan rampasan kuasa.

Akibatnya pegawai-pegawai daerah mula mendapat arahan yang berbaur politik daripada SUK Perak.

"Apa yang diarah tidak dibuat, apa yang tidak diarah dia buat. Surat-surat yang diterima dari daerah-daerah mendapati ia telah ditandatangi oleh SUK, tetapi bila masa pula kami buat keputusan ini? soalnya.

Nizar berharap pengalaman Pakatan Rakyat di Perak akan memberi petunjuk penting kepada kerajaan Selangor dalam berdepan dengan tindakan Putrajaya melantik Khusrin sebagai SUK. Seperti dalam kes Perak, penggerak utama Umno di Selangor adalah juga Datuk Seri Najib Razak sendiri.

"Salah seoraang dari prime mover ambil kuasa di Perak ialah Najib, yang menjadi Pengerusi Umno Perak, kini di Selangor. Keduanya, ialah SUK yang menentang Pakatan Rakyat. Ketiga ialah peranan institusi istana seakan-akan sama.

Nizar menjelaskan rampasan kuasa di Perak berlaku apabila elemen seperti Ketua Setiausaha Negara, Suruhanjaya Pilihan Raya dan individu yang rapat dengan Istana bersekongkol.

"Pada awal Jun, saya bertemu Raja Muda, menceritakan masalah yang saya hadapi. Saya beritahu kerajaan patik diganggu gugat. Saya jawab kerajaan patik digugat Datuk SUK dan Datuk Seri Anuar Zaini. Dia ini adalah 'major player' dan amat rapat dengan istana. Tuanku dengar dan dia amat memikirkan suasana itu.

"Saya terus berjumpa Ketua Setiuasaha Negara, meminta orang nombor dua digantikan dengan individu yang boleh bekerjasama dengan saya. Maka lebih lancar pentadbiran kerajaan negeri. Namun kedua-dua rayuan ini tidak membawa kesan yang diharapkan," jelasnya.

Akhirnya perlembagaan Perak dicabul untuk menobatkan Zambry Kadir dari Umno sebagai Menteri Besar walaupun Nizar tidak meletakkan jawatan atau tidak ada sebarang usul di kemukakan di Dewan Undangan Negeri Perak.

"Saya cukup-cukup yakin kerajaan Pakatan Rakyat Selangor harus berhati-hati, bahkan ambil tindakan lebih drastik dari yang kami ambil di Perak," katanya. (sumber :TVSelangor News)

Tenang: PAS Pulau Pinang mahu pastikan menang

Posted: 02 Jan 2011 05:56 PM PST

28 Muharam 1432H
Oleh : Mohd Sabri Said

TASEK GELUGOR, 2 Jan: Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang, Ustaz Saleh Man berkata, jentera PAS negeri pastinya akan bekerja secara bersungguh-sungguh di Dun Tenang seperti mana jentera negeri lain yang datang memenangkan calon PAS ketika Pilihan raya Kecil (PRK) Permatang Pasir.

"Insya Allah saya akan pastikan semua jentera PAS Pulau Pinang bergerak ke Tenang, Johor. Saya sendiri akan berbincang dengan Pengarah Jabatan Pilihanraya (JPN) PAS Negeri bagi melihat strategi dan lokasi yang PAS Johor cadangkan untuk Pulau Pinang bertapak," jelasnya.

Beliau yakin kedatangan jentera PAS Pulau Pinang akan memeriahkan keadaan sekaligus membantu jentera PAS di Tenang yang barangkali kekurangan pengalaman berbanding jentera yang dihantar oleh negeri.

Budaya politik di Johor, katanya sama sahaja dengan Pulau Pinang di mana orang Melayu masih sayangkan Umno walaupun tahu ia adalah parti yang tidak boleh diharapkan.

Apa pun, katanya sebagai parti yang diamanahkan bertanding mewakili Pakatan Rakyat, PAS perlu mencari di mana kelemahan Umno sebelum merencanakan gerakan bersepadu untuk menghalang kemaraan Umno dan Barisan Nasional (BN) pada PRK itu menjelang pilihan raya umum ke-13 kelak.

"Memandangkan senario politik di Johor sama dengan Pulau Pinang menyenangkan jentera kita mencetuskan perancangan yang lebih berkesan," tegas beliau.

Beliau yakin dalam masa terdekat surat perkeliling mula dikeluarkan oleh JPN bagi menyenangkan penghantaran petugas mengikut kawasan seperti mana lazim dibuat sebelum ini.

'Peraturan untuk Wali Band sama dengan Jom Heboh'

Posted: 02 Jan 2011 05:34 PM PST

28 Muharam 1432H

Konsert kumpulan terkenal Indonesia Wali Band yang dibantah Pemuda Umno Kelantan tidak melanggar Enakmen Kawalan Hiburan dan Tempat-tempat Hiburan 1998 negeri, sama seperti yang dikenakan terhadap aktiviti lain, seperti Jom Heboh anjuran TV3 suatu ketika dahulu.

Sehubungan itu, menurut Dewan Pemuda PAS Negeri Kelantan, perkara itu merupakan pendirian kerajaan Kelantan sejak dasar
Membangun Bersama Islam diperkenal dan tidak "timbul soal mengubah pendirian untuk menarik golongan muda".

"Dalam enakmen kawalan hiburan dan Tempat-tempat Hiburan 1998, sudah disenaraikan bentuk-bentuk larangan yang dikenakan terhadap semua aktiviti persembahan hiburan di Kelantan dan persembahan konsert Wali Band tidak langsung melanggar enakmen tersebut.

"Manakala penganjur konsert, Anjung Tulus Corporation Sdn Bhd telah diberikan syarat agar memastikan tidak berlakunya percampuran di antara penonton lelaki dan perempuan bukan mahram sepanjang persembahan berlangsung," kata ketua penerangannya Ahmad Fadhli Shaari.

Kelmarin Pergerakan Pemuda Umno Kelantan mempersoal kewajaran kerajaan Kelantan membenarkan Wali Band mengadakan persembahannya, yang didakwa semata-mata bermotifkan politik.

Ketuanya Anuar Safian dilaporkan berkata memang menghairankan Kelantan yang dahulunya langsung tidak membenarkan konsert seumpama itu diadakan, tetapi kini demi mendapat sokongan golongan muda, parti itu sanggup melakukan apa sahaja.

Dalam satu kenyataan, Ahmad Fadhli yang juga setiausaha kepada Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Aziz Nik Mat juga berkata, sebarang kelemahan dalam penguatkuasaan enakmen itu tidak sama sekali boleh menafikan hasrat positif yang terkandung dalamnya.

"Pemuda PAS Kelantan ingin menasihatkan Pemuda Umno Kelantan, khususnya ketuanya sendiri agar membaca dan memahami dahulu Enakmen Kawalan Hiburan dan Tempat-tempat Hiburan 1998 sebelum mengeluarkan apa-apa kenyataan yang hanya menampakkan kedangkalan semata-mata," kata Ahmad Fadhli lagi.

SUK baru Khusrin masuk pejabat 6.45 pagi hari ini

Posted: 02 Jan 2011 05:00 PM PST

3 Jan | MI
Bekas pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) Datuk Mohamad Khusrin Munawi hari ini secara rasmi memulakan tugas sebagai Setiausaha Kerajaan (SUK) Negeri seawal 6.45 pagi tadi.

Minggu lalu Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Sidek Hassan mengumumkan Khusrin dilantik sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri yang baru selepas mendapat perkenan Sultan Selangor Sultan, Sultan Sharifuddin Idris Shah. Khusrin dijadual akan mengangkat sumpah di hadapan Sultan Selangor pada 6 Januari ini.

"Saya sudah masuk kerja, saya datang ke pejabat untuk jalankan tugas pada pukul 6.45 pagi tadi. Setakat ini tiada apa-apa masalah mengenai kerja," katanya ketika dihubungi The Malaysian Insider.


Namun ketika ditemui di pejabatnya di Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Khusrin bagaimanapun enggan memberikan sebarang komen perhubung tugas baru beliau. "Saya akan keluarkan kenyataan dalam tempoh terdekat," katanya kepada wartawan di pejabatnya. Hanya jurugambar sahaja yang dibenarkan masuk ke pejabatnya dengan dikawal ketat pengawal keselamatan.

"Kita tidak dibenarkan untuk halang beliau (Khusrin) tapi saya nak tahu kepada siapa beliau laporkan diri untuk bertugas.

"Sepatutnya beliau melaporkan diri kepada Menteri Besar," kata sumber yang rapat dengan Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim. Difahamkan Khalid akan menemui Sultan Selangor pada pukul11 pagi ini di Istana Mestika di sini.

Khusrin sebagai ketua Jabatan Agama Islam Negeri sebelum ini juga dilihat menentang pentadbiran kerajaan negeri dalam beberapa siri isu.

Pelantikan kontroversi Khusrin sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri dilihat menuju krisis perlembagaan jika istiadat mengangkat sumpah di hadapan Sultan Selangor, yang dijadual akan berlangsung 6 Januari ini, diteruskan.

Kerajaan negeri Selangor sebelum ini menegaskan ia mempunyai kata putus dalam menentukan calon Setiausaha Kerajaan Negeri selepas Sultan Selangor memberi perkenan kepada nama yang disyorkan Putrajaya untuk melantik Khusrin.

Khalid yang bercadang untuk menghadap Sultan Selangor Rabu lalu tetapi terpaksa menangguhkan hasrat beliau sebab baginda bercuti sehingga awal minggu depan. (sumber:Malaysian Insider)

Pasar raya tanpa plastik.

Posted: 02 Jan 2011 05:23 AM PST

28 Muharram 1432H.
Drs. Khalil Idham Lim.

Saya amat menyokong langkah yang diambil oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang yang menetapkan semua pasar raya besar (hypermarket), pasar raya, farmasi, restoran makanan segera, rangkaian nasi kandar dan kedai serbaneka (termasuk kiosk stesen minyak) diminta melaksanakan "hari tanpa beg plastik" setiap hari bermula kelmarin

Walaupun pada masa yang sama Kerajaan Pusat cuma menetapkan sehari dalam seminggu kepada pelanggan pasar raya, pasar raya besar dan premis terpilih seluruh negara yang tidak membawa beg sendiri akan dikenakan caj 20 sen bagi setiap beg plastik yang dibekalkan premis berkenaan jika membeli-belah pada setiap Sabtu. Namun langkah yang dilakukan oleh Pulau Pinag lebih ke hadapan dan mempercepatkan langkah memulihkan masalah alam sekitar akibat dari pembuangan sisa platik.

Hasil yang dikumpul itu akan disimpan dalam dana khas bagi melaksanakan program kepenggunaan serta kemasyarakatan menjurus ke arah pemuliharaan alam sekitar.

Ketua Penolong Pengarah Bahagian Kepenggunaan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), Abdul Majid Abdul Rahim, berkata pengguna tidak akan lagi dibekalkan beg plastik percuma ketika membeli belah setiap Sabtu di premis perniagaan terbabit. "Kita minta orang ramai kurangkan penggunaan beg plastik untuk memulihara alam sekitar selain menyemai budaya hidup lestari selaras kempen setiap Sabtu sebagai Hari Tanpa Beg Plastik," katanya ketika menyerahkan risalah sempena Kempen Kurangkan Penggunaan Beg Plastik dan Hari Tanpa Beg Plastik.

Kempen itu juga diharap mampu mengurangkan kesan penggunaan plastik terhadap alam sekitar, ekonomi dan kesihatan pengguna.

Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng, berkata "hari tanpa beg plastik" itu adalah langkah negeri ini untuk menjadi negeri hijau yang pertama di Malaysia. Kerajaan negeri akan menghebahkan program itu melalui pelbagai pendekatan seperti mendirikan papan iklan dan mengedarkan 500,000 risalah untuk menerangkan kepentingan 'hari tanpa beg plastik'," kata dalam sidang DUN Pulau Pinang akhir tahun lepas.

Menurut Guang Eng semasa membentagkan Bajet 2011 itu, 73 pengusaha yang menandatangani deklarasi pengurangan penggunaan beg plastik menunjukkan bahawa mulai 1 Julai 2009 hingga 26 Oktober 2010, Pulau Pinang berjaya menjimatkan 32,508,418 beg plastik.

Hari tanpa plastik cuma bermasalah kepada yang baru mengalaminya, namun selepas pembeli tahu tempat yang dikunjunginya tidak menyediakan plastik percuma berarti dia bebes membawa apa sahaja jenis beg yang disimpna dirumah untuk mengisi barangan yang dibelinya.

Ataupun kalau terlupa apalah salahnya dengan membayar wang sebanyak RM 0.20 yang saya kira cukup kecil nilainya dan sudah tidak boleh membeli sebiji gula-gulapun.

Awas, Teh timbang berbahaya: Jabatan Kesihatan

Posted: 02 Jan 2011 05:17 AM PST

28 Muharram 1432H.

JELI: Teh timbang atau teh sukat yang amat digemari penduduk di negeri ini sebenarnya boleh memudaratkan kesihatan mereka.

Ketua Penolong Pengarah Kanan (Keselamatan dan Kualiti Makanan) Jabatan Kesihatan Kelantan (JKK), Ahmad Nadzri Sulaiman, berkata teh berkenaan yang sering digunakan peniaga kedai kopi sebenarnya mengandungi bahan pewarna sintetik (bukan semula jadi) yang berbahaya kepada kesihatan. "Teh berkenaan tidak mempunyai label dan dijual secara timbang di kedai runcit di negeri ini. Ia berbahaya kepada kesihatan pengguna dalam jangka masa yang lama," katanya. Beliau berkata, penjualan teh perlu mengikut Peraturan-peraturan Makanan 1985 iaitu tidak membenarkan serbuk teh ditambah bahan pewarna.

Katanya, sesiapa yang didapati menjual, mengimport, mengguna dan menyimpan teh timbang ini, jika disabitkan kesalahan, boleh didenda maksimum RM10,000 atau penjara maksimum dua tahun.

Beliau berkata, berdasarkan rekod JKK dari Januari hingga Oktober 2010, sebanyak 1,858 kilogram serbuk teh timbang bernilai RM22,296 dirampas dalam operasi yang dijalankan JKK.

Peniaga restoran, Meriyam Sholah, 45, berkata beliau tidak mengetahui bahaya penggunaan teh itu dan telah menggunakannya sejak sepuluh tahun lalu.
"Makcik memang suka guna teh timbang ni, pekat molek untuk buat air teh terutama teh susu, kalau guna yang uncang tu nampak pucat dan tak sedap, pelanggan pun bising," katanya.

Katanya, harga teh timbang juga lebih murah berbanding teh uncang dan perkara itu penting bagi perniagaannya.

Puad Zainudin, 50, pula berkata beliau pernah mendengar mengenai bahaya penggunaan teh timbang bagaimanapun tetap menggunakannya.

"Saya beli yang harga RM12 sekilo, yang murah RM7 sekilo...yang murah aroma teh tak kuat," katanya. - BERNAMA

Flat Ladang Gemilang Rintihan Penghuni Bandaraya Warisan Pesisir Air

Posted: 02 Jan 2011 04:54 AM PST




28 Muharram 1432H.
Oleh: Dr Azman Ibrahim

Status penghuni Bandaraya Warisan Pesisir Air yang dimiliki oleh penduduk Bandaraya Kuala Terengganu bukanlah suatu kemegahan andai suasana kehidupan semakin menekan golongan berpendapatan rendah dan sederhana.

Sepatutnya pengistiharan Kuala Terengganu sebagai Bandaraya pada pada 1 Januari 2008 daripada Majlis Perbandaran ketika itu akan membantu mempertingkatkan kualiti kehidupan penduduk, menambahbaik segala kemudahan, , meningkatkan taraf sosioekonomi penduduk dan seterusnya membentuk ke arah kehidupan bandar yang lebih sejahtera.

Bukanlah perkara yang patut berlaku andai kemegahan dengan status Bandaraya akhirnya memangsakan rakyat bawahan. Tambahan pula Ahmad Said meletakkan slogan 'Merakyatkan Pentadbiran dan Pembangunan' sebagai motto Kerajaan Negeri.

Mudah difahami, kepentingan rakyat tentunya menjadi keutamaan bagi setiap agenda pentadbiran dan pembangunan. Disokong dengan Bajet tahunan negeri yang melebihi RM1.8 bilion, tentunya tidak sukar bagi Ahmad Said untuk memastikan janji mampu dikota.

Jangan sampai rintihan rakyat kecil di kesampingkan, nanti slogan akan tinggal slogan. Lebih malang kalau rakyat mula menyindir benarkah 'Merakyatkan Pentadbiran dan Pembangunan' atau lebih tepat 'Mengkronikan Pentadbiran dan Pembangunan'?

Dilema yang dihadapi penghuni Flat Ladang Gemilang, Kuala Terenggganu adalah antara siri retetan rintihan rakyat berpendapatan rendah yang rata-ratanya terdiri dari nelayan, peniaga kecil dan pemandu teksi.

Sebahagian besar dari penduduk yang menghuni Flat yang dibangunkan oleh Terengganu SEDC (Perbadanan Memajukan Iktisad Negeri Terengganu) ini adalah penduduk yang dipindahkan ekoran pengambilan balik tanah oleh kerajaan di Kampung Ladang Tok Pelam dan Ladang Mengabang, Kuala Terengganu dengan kadar bayaran pampasan yang tidak seberapa. Keseluruhan penduduk amat menyesali kadar pampasan yang diterima hanya sebanyak RM6,000.00 sahaja apatah lagi dengan lokasi tanah mereka terletak di pusat bandar dan mereka telah mendiaminya semenjak turun temurun.

Faktor pertimbangan kemanusian juga mungkin tidak diambil kira apabila arahan supaya penduduk berpindah serta merta sebelum hari raya puasa yang lalu, seolah-olah bagaikan ada projek penting dan mustahak perlu didirikan segera di atas tanah tapak rumah yang telah begitu lama menyimpan suka duka memori kehidupan mereka sekeluarga. Rayuan penduduk agar diberikan sedikit masa untuk berpindah sekurang-kurangnya selepas menyambut hari raya tetap tidak diendahkan. Malangnya sehingga hari ini belum ada sebarang projek yang bermula.

Walaupun menyedari beban yang dipikul untuk berpindah amat berat, penduduk secara paksa rela berpindah juga ke Flat ini dengan janji kadar bayaran sewa sebanyak RM126 sebulan secara sewabeli. Sekurang-kurangnya suatu hari nanti unit-unit Flat ini akan menjadi milik mereka dan mereka akan memiliki sebuah kediaman.

Kelegaan penghuni nyata tidak berpanjangan apabila baru-baru ini mereka mendapat sepucuk surat dari Terengganu SEDC memaklumkan bahawa semua penduduk perlu membayar sewa bulanan sebanyak RM300 dan status sewabeli flat hanya akan dilaksanakan selepas berlalu tempoh tiga tahun mereka menduduki flat, bukannya serta merta sebagaimana yang dijanjikan sebelum ini.

Penduduk sebelumnya amat berharap, dengan duit bayaran pampasan itu, walaupun tidak seberapa akan membantu sedikit sebanyak mereka memiliki kediaman sendiri tetapi segalanya hampa apabila janji dimungkiri dan mereka kini hanya berstatus penyewa dengan kadar sewa melebihi dua kali ganda dari yang dijanjikan.

RM300 mungkin murah bagi yang tinggal di Bandaraya Kuala Lumpur, Shah Alam, Georgetown, Kuching atau Bandaraya-Bandaraya lain tapi bukan bagi Bandaraya Kuala Terengganu yang sehingga kini masih terdengar suara-suara yang mempertikaikan kelayakkannya dari segi kemudahan infrastruktur, bilangan penduduk dan jumlah perolehan hasil tahunan untuk melayakkannya bergelar Bandaraya. Sesiapa pun yang pernah berkunjung ke Kota Bharu dan Kuala Terengganu tentu dengan mudah, tanpa ragu-ragu boleh menyatakan bahawa Kota Bharu lebih besar dan lebih ketara pembangunannya walaupun cuma bertaraf Majlis Perbandaran.

Apatah lagi penghuninya adalah rakyat bawahan ditambah lagi dengan peningkatan kos sara hidup yang mencengkam di segenap sudut kehidupan. Tolonglah Dato' Seri dengar rayuan dan rintihan rakyat. Jangan ulangi kesilapan sama yang dilakukan Idris Jusoh.

Perak : Saya cadang bonus awal tahun .

Posted: 02 Jan 2011 01:23 AM PST

28 Muharram 1432H.
Drs. Khalil Idham Lim.

Penghujung tahun 2010 membawa sejuta keperitan kepada seluruh rakyat malaysia khususnya di Negeri Perak. Saya mengira semua poket dan simpanan habis dibelanjakan demi meneruskan kehidupan pada tahun 2011 khususnya dalam soal penyediaan dan persiapan bagi anak-anak yang masih bersekolah dari peringkat tadika sehingga di pusat pengajian tinggi.

Sebagai menghargai jasa dan hasrat supaya semua kakitangan Kerajaan negeri Perak berkerja dengan lebih kuat untuk membangunkan negeri yang kita cintai ini maka saya cadangkan :-

1.Pemberian bonus awal tahun RM 500 kepada kira-kira 7,000 kakitangan Kerajaan negeri Perak sebelum berakhir Januari ini yang melibatkan perbelanjaan sebanyak RM3.5 juta.

2. Bonus RM500 tersebut dicadang diberikan kepada semua kakitangan awam sehingga gred 54 termasuk pesara.

3. Cadangan ini mengambil kira kemampuan Kerajaan Negeri Perak seperti yang digambarkan dalam pembentangan bajet 20111 pada sidang DUN Perak dari 30 November hingga 3 Disember yang lepas.

DRS. KHALIL IDHAM LIM
ADUN TITI SERONG

PAS Kawasan Padang Besar

Posted: 03 Jan 2011 01:07 AM PST

PAS Kawasan Padang Besar


YDP: Muslimat PAS terbaik di dunia

Posted: 03 Jan 2011 12:25 AM PST

SANTAN - Yang Dipertua PAS Kawasan, Haji Mohd Anuar Tahir menyifatkan Dewan Muslimat PAS sebagai sebuah sayap wanita gerakan Islam yang terbaik di dunia.

Katanya, beliau telah bertemu dan membuat hubungan dengan pelbagai gerakan Islam dan parti Islam di merata pelusuk dunia, namu baginya Dewan Muslimat PAS adalah yang terulung dari segi komitmen, iltizam dan gerak kerja jemaah.

Beliau yang juga Timbalan Pesuruhjaya PAS Perlis berkata demikian ketika berucap di majlis Minum Petang anjuran Dewan Muslimat PAS Kawasan Padang Besar di Markas Tarbiah PAS Kawasan di sini 31 Disember lalu.

"Alhamdulillah, saya dikurniakan Allah peluang untuk merantau ke banyak negara luar dan bertemu dengan pelbagai gerakan Islam atau parti politik Islam, namun dari pemerhatian saya tiada yang dapat menandingi Dewan Muslimat PAS.

"Parti kita, PAS meletakkan harapan yang tinggi kepada kerja-kerja jemaah yang dilakukan oleh ketiga-tiga sayap parti termasuk Dewan Muslimat. Di negara lain, peranan Muslimat gerakan Islam mungkin terbatas oleh kekangan budaya dan sebagainya, tetapi di sini Muslimat memainkan peranan yang begitu penting," katanya.

Beliau turut melahirkan rasa bangga kerana Muslimat PAS turut diberikan ruang yang luas untuk sama-sama berganding bahu di dalam perjuangan parti yang sekaligus memberikan imej yang baik kepada PAS di peringkat nasional dan antarabangsa.

"Peranan Muslimat PAS kini bukan sekadar perayu undi lagi, tetapi lebih luas dan terbuka. Kita sudah mempunyai Ahli Dewan Rakyat, Ahli Dewan Negara, Adun serta Exco Kerajaan Negeri.

"Zaman ini adalah suatu era di mana wanita bergerak maju ke hadapan. Malah dengan komitmen dan iltizam yang ditunjukkan, Muslimat PAS dilihat lebih hebat dari Wanita Umno," ujarnya lagi.

Pengikut