Tarikh: 13/6/2011-ISNIN,Masa: 9.00 Mlm Tempat: Kompleks PAS Kedah, Batu 9, Alor setar, kedah
PENCERAMAH:1.Tuan Haji Mohamad Sabu,Timb. Presiden PAS 2.YB Dato' Ir. Hj Amiruddin Hamzah, AJK PAS Pusat 3.YB Lee Guan AIK,Pengerusi DAP Kedah 4.Ir. Zamri Yusuf, Timb.Pengerusi PKR Kedah 5. Cikgu Azmi Abd hamid, Presiden TERAS
Orang ramai dijemput hadir mendengar ucapan sulung Timbalan Presiden yang baru di Negeri Kedah.
Imbas kembali Sabtu 10 November 2007 di kebanyakan lokasi utama di ibu negara menuju ke Istana Negara. "Gelombang Kuning" yang dicetuskan oleh BERSIH (Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil) berjaya mengumpulkan lebih 100,000 pencinta demokrasi dari pelbagai latarbelakang untuk bersama-sama berarak ke Istana Negara menyerahkan memorandum menuntut perjalanan pilihan raya yang adil.
Empat tuntutan utama NGO tersebut pada ketika itu ialah:
1. Penyemakan semula daftar pemilih yang lengkap demi memastikan segala kesalahan dan ketempangan yang sedia ada dapat dihapuskan; 2. Penggunaan dakwat kekal untuk menghalang pengundian berganda; 3. Pemansuhan sistem pengundian pos kecuali untuk para diplomat dan pengundi lain di luar negara; 4. Akses media yang adil kepada semua pihak dalam pilihanraya supaya semua parti politik boleh menjelaskan dasar dan manifesto mereka kepada rakyat Malaysia.
Bagai menjirus air ke daun keladi, mesej yang cuba disampaikan oleh gabungan NGO ini tidak dipedulikan.
Sebagai kesinambungannya, BERSIH 2.0 akan mengadakan perhimpunan besar-besaran untuk menuntut pilihan raya yang bersih dan adil di Malaysia pada 9 Julai 2011 nanti.
"Saya jamin menteri dan parti politik bahawa ini adalah insiatif masyarakat madani dan bukannya inisiatif mana-mana parti politik," kata pengerusi BERSIH 2.0 Datuk Ambiga Sreenevasan pada sidang akhbar di Kuala Lumpur, lapor Malaysiakini.
BERSIH 2.0 menambah dua lagi tuntutan iaitu masa berkempen dan perbelanjaan pilihan raya termasuk penyelewengan penggunaan harta kerajaan.
Ini menjadikan kesemuanya enam tuntutan menjelang Perhimpunan Bersih 2 yang akan diadakan pada 9 Julai ini.
Rakyat Malaysia sememangnya prihatin akan perihal keBERSIHan. Pilihan raya juga perlu BERSIH agar perjalanan demokrasi dan pemerintahan negara berjalan dengan adil dan lancar dan tidak menzalimi mana-mana pihak.
KOTA BHARU: PAS Kelantan akan menganjurkan dua program serentak pada 15 September ini, iaitu Himpunan Hijau ke Putrajaya dan majlis Jamuan Aidilfitri peringkat negeri.
Ketua Penerangan PAS Kelantan, Dr Mohamed Fadzli Hassan berkata, kedua-dua program berkenaan akan diadakan di Dewan Majlis Daerah Machang dan Padang Majlis Daerah Machang.
Katanya, program Himpunan Hijau antara lain akan diisi dengan ceramah perdana yang akan disampaikan Mursyidul Am, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, Presiden Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dan pimpinan parti yang lain.
"Selain itu program untuk Ekspresi Hijau Anak Muda juga akan dipenuhi dengan program ceramah, motivasi anak muda, persembahan hiburan.
"Pada masa yang sama program khas yang akan diisi oleh muslimat bermula sebelah pagi,"ujarnya.
Bagaimanapun program yang bakal dianjurkan oleh Dewan Ulama yang dikenali Mimbar Ulama' akan diadakan sehari sebelum majlis penuh, selama dua malam berturut-turut.
Beliau memberitahu program Mimbar Ulama' bermula pada hari Khamis malam Jumaat melalui program khas di peringkat UPU.
Sambungnya, program ini akan dikendalikan Anggota Jawatankuasa Dewan Ulama PAS Kelantan peringkat negeri dengan kerjasama kawasan.
"Hari Jumaat malam Sabtu program khas untuk UPU Kawasan Machang disamping kuliah Maghrib pada hari Sabtu,"ujarnya.
KOTA BHARU: Kerajaan negeri menafikan pembangunan sebuah pulau berhadapan Pangkalan Kerepok di Kampung Laut, Tumpat akan memberi masalah kepada penduduk di musim tengkujuh.
Timbalan Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob berkata, dakwaan penduduk tidak tepat kerana pembangunan yang dirancang di kawasan berkenaan dijangka tidak memberi kesan berlakunya banjir.
"Berdasar kepada rekod yang ada khususnya dalam tempoh 50 tahun ini sejak 1926, hanya pada 2004 paras banjir direkod paling tinggi iaitu tujuh meter daripada paras bahaya.
"Selepas tahun itu khususnya sejak bermula projek pembangunan di Lembah Sireh, keadaan mula berubah dari segi paras banjir," katanya selepas mesyuarat Exco, di Kota Darulnaim hari ini.
Semalam akhbar melaporkan penduduk Kampung Laut mendakwa mereka kemungkinan diancam banjir buruk pada musim tengkujuh sekiranya kerajaan negeri membangunkan sebuah pulau berhadapan Pangkalan Kerepok.
Kata mereka pulau seluas 404.7 hektar yang terletak di seberang Sungai Kelantan bermula dari Kampung Cina sehingga Kampung Kijang, Kota Bharu dibangunkan sekarang.
Timbalan Menteri Besar berkata, setiap pembangunan yang dirancang terlebih dahulu diambil kira aliran dan paras air termasuk ekologi sungai.
"Kalau nak dikira banjir besar direkod pada 1926 dan 2004, tetapi selepas kerja-kerja mendalamkan Sungai Kelantan dilakukan tidak ada lagi banjir besar yang melanda sekarang," ujarnya.
Katanya juga kerajaan negeri turut mengambil pandangan semua pihak sebelum projek diluluskan termasuk Jabatan Pengairan dan Saliran.
KOTA BHARU: Saban hari media harian memaparkan keprihatinan kerajaan pusat mengatasi masalah bekalan air di Pasir Mas dan Tumpat di bawah projek Penapis Air 1 Malaysia.
Projek berkenaan dikendalikan Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP) menggunakan penapis Ultra BIO Pure, di mana dilaporkan berharga antara RM65,000 hingga RM95,000 seunit.
Sehingga kini beberapa lokasi sudah dipasang peralatan tersebut termasuk Kampung Belukar di Pasir Mas dan Kampung Derdap, Tumpat.
Di Kampung Belukar dipasang di sebelah rumah Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan, Keselamatan Kampung Persekutuan (JKKKP). Dan Projek Penapis Air 1 Malaysia Padang Tok La difahamkan akan dibina berhampiran rumah Ketua Umno Pasir Mas, Datuk Hanafi Mamat.
Secara jelasnya projek berkenaan biar pun di bawah peruntukan kerajaan pusat sebanyak RM2 juta, namun ia ada kaitkan secara langsung dengan Umno.
Biar pun rakyat Kelantan di kawasan yang dikenal pasti menghadapi tekanan rendah sebelum ini sekarang menerima tambahan bekalan air melalui projek berkenaan, namun ada isu lain pula yang tidak diketahui umum.
Berdasar kepada keputusan makmal yang dikeluarkan sebuah badan daripada kajian sampel air di Kampung Derdak, Tumpat didapati banyak yang tidak menepati piawaian ditetapkan Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN).
Antaranya ujian pH didapati gagal di mana keputusan didapati 6.050 sedangkan standard ditetapkan 6.5.
Begitu juga ujian baki klorin didapati gagal di mana hasil diperolehi 0.01 mg/l sedangkan ditetapkan SPAN tidak kurang 0.2 mg/l.
Manakala kandungan besi juga gagal menepati ketetapan SPAN, di mana ujian mendapati 0.62 mg/l, sedangkan sepatutnya tidak melebihi 0.3 mg/l.
Bagaimanapun menurut kajian tersebut paling membimbangkan ujian kandungan coliform didapati melebihi 200 cfu/100ml sedangkan sepatutnya tiada bahan tersebut.
Begitu juga dengan ujian kandungan E.coli didapati terdapat 4 cfu/100ml, sedangkan sepatutnya 0 cfu/100ml.
Sumber pakar dalam industri air berkata, sepatutnya SPAN dan Jabatan Kesihatan tidak berdiam diri terhadap isu yang dibangkit tersebut kerana dibimbangi boleh memudaratkan orang ramai.
There are still some sane people in PAS, the Islamic party that has never waver from its struggle to set up an Islamic state until recently when the party leadership found out that throwing away the objective brings them 'luck'. 'Luck' in the sense that it has the support of members of supporters of DAP and PKR – one is Chinese-based and the other liberals in every outlook – whose supporters backed PAS in 2008 general election just to displace BN. Now the party leadership is under pressure to expel its former deputy president Nasharuddin Mat Isa, who is politically sane as he continues to follow the path the party was set up for. The call to expel Nasharuddin came from not only the liberals in the party which is split between the young liberals and veteran fundamentalists, the expulsion also came from outside the party. They fear Nasharuddin's close relationship with Umno leaders and the stand he takes on Hudud laws would undermine the good relationship the three parties enjoy under PR. Nasharuddin is politically matured, wise and intelligent, possesses the leadership caliber, miles or kilometres away from present deputy president Mohamad Sabu or Mat Sabu. His support in the party comprised the veteran fundamentalists and young intellectuals who stand hard on the party's original struggle and objectives. So when the party Ulama Council chief Datuk Harun Taib announced today that the council would stand behind Nasharuddin and action should not be taken against him, Harun was actually voicing out the voice of the fundamentalists. And given the close relationship Harun has with party president Abdul Hadi Awang and secretary-general Mustapa Ali, the public can safely assume Harun was actually voicing out the minds of the party president. In short, the party leadership still wants Nasharuddin to be in the party because his defeat to Mat Sabu in the last party election was due to the help of 'external factors' with the aid of the young liberals in the party. And Harun's statement on Nasharuddin has open up a new chapter in PAS – the fundamentalists are still pursuing the party's objective despite the 'drama and play' in the news about Hadi softening on the matter and DAP's Karpal Singh hardening DAP's stand. Reading Harun's statement defending Nasharuddin, the public can now judge and safely assume that the corporation between PAS, DAP and PKR is actually very loose and can break anytime on any issues. Going by that score, the Malays in PKR should also think wisely their positions as their Penang chief Mansor Othman has already become victim in a bigger plan charted by Lim Guan Eng and Anwar Ibrahim.
You are subscribed to email updates from tunku To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
Itulah terjemaahan, "when the circus came to town".
Maka akan dapat dilihat pertunjukkan kata-kata aksi trapeze berbelit-belit di awang-awangan untuk menghasut penuntun dengan pelbagai tuduhan dan fitnah.
Selalunya dimulakan atau diakhiri dengan aksi menggerunkan dan mencemaskan dengan harimau berupa pertembungan dengan pihak berkuasa keselamatan.
Semua ini dilakukan dengan selitan jenaka badut untuk mencuit hati penuntun.
Dalam filem P Ramlee dulu-dulu, dia menyindir dengan ejaan "alif mim nun wau ... sarkas!"
Jaman dah berubah. Tak payah ke mesyuarat parti politik untuk lihat pertunjukkan sarkas. Tunggu bas Pee Gay Arr ... datang ke pekan anda.
Orang yang alim akan diberikan sebahagian dari perbendaharaan ilmu Allah. Pemikiran mereka tajam dan dapat merasakan kejadian yang akan datang. Sesungguhnya kata kata yang keluar dari mulut orang yang tawaduk dan sikit berbicara tapi banyak beribadah lahir dari ikhlasnya mereka beribadah kepada Allah. Tutur bicara mereka juga kadang kadang adalah ilham dengan izin dari Allah .
Bayan dan syarah terakhir Hadratji Al Allamah Al Muhadist Syeikh Maulana Muhammad Yusuf Al Kandahlawi (Amir Tabligh ke 2) 3 hari sebelum mangkat yakni pada 29 hb Zulqaedah, 1384H bersamaan 2hb April, 1965M; hari selasa selepas solat Subuh;
Hadrat Syaikh telah memberi satu ceramah terpenting yang terakhir dalam kehidupan beliau. Selepas Hamd (memanjat pujian kepada Allah) dan selawat, berlawanan dengan kebiasaan, Hadrat Syaikh telah mulai berceramah seperti berikut:
"Lihatlah, saya tidak seberapa sihat. Sepanjang malam saya terpaksa berjaga kerana tidak boleh tidur. Namun demikian saya terpaksa berkata sebab perkara ini adalah amat penting. Siapa pun yang memahaminya dan mengamalkannya maka Allah Taala akan meninggikannya dan memberikan kejayaan. Jika tidak, maka dia akan melumpuhkan kakinya sendiri. Umat ini telah terbentuk dengan penuh susah payah. Untuk menjadikan umat ini, Rasulullah saw. dan Sahabat-Sahabat r.anhum telah banyak berusaha dan menanggung penderitaan. Musuh-musuh Islam yakni Yahudi dan Nasrani telah sentiasa berusaha supaya orang-orang Islam tidak ada sebagai satu umat, bahkan berpecah belah.
Hari ini orang-orang Islam sudah kehilangan sifat umat. Ketika dahulu, semasa mereka hidup sebagai satu umat, hanya dengan bilangan mereka beratus ribu orang sudah cukup untuk menguasai satu dunia. Mereka pada masa itu tidak mempunyai sesuatu. walaupun sebuah rumah dari batu bata. Masjid pun tidak dibina dengan batu bata. Lampu pun tidak dinyalakan di dalam masjid. Lampu telah dinyalakan di dalam Masjid Nabawi hanya selepas sembilan tahun sesudah Hijrah.
Sementara itu, kira-kira seluruh kaum Arab telah memeluk agama Islam. Manusia dari pelbagai kaum, yang bercakap dalam berbagai-bagai bahasa, dan dari berbagai-bagai kabilah telah menjadi satu umat yang bersatu-padu. Apabila kesemua perkara telah diselesaikan, maka barulah lampu telah dinyalakan di dalam Masjid Nabawi. Tetapi cahaya dari lampu hidayat telah dibawa oleh Baginda Rasulullah saw. sudah tersebar ke seluruh tanah Arab, bahkan ke kawasan-kawasan di luar daripadanya juga. Umat sudah terbentuk. Selepas itu umat telah bangun dan ke mana saja mereka tuju, maka negara demi negara telah jatuh di bawah kaki mereka.
Umat ini telah dibentuk secara begini; iaitu, tidak seorang pun di kalangan umat ini menjadi pembantu kepada keluarganya, bangsanya, saudara-maranya, kaumnya, tanahnya; tidak seorang pun yang menjadikan tujuannya mengawasi harta-benda atau anak-isteri; tetapi setiap seorang di kalangan mereka hanya melihat apakah kehendak Allah dan RasulNya. Pada zaman orang-orang Islam hidup sebagai satu umat, di mana-mana pun jika seorang Islam dibunuh, maka seluruh umat telah terkesan, bersimpati dan merasai kepedihan. Kini beribu-ribu dan berjuta-juta orang Islam telah disembelih tetapi kita tidak merasai apa-apa jua.
Umat bukanlah nama satu kaum atau satu golongan manusia yang bermukim di satu kawasan. Tetapi beratus-ratus bahkan beribu-beribu kaum yang tinggal di kawasan yang berlainan bersatu-padu menjadi satu umat. Sesiapa yang menganggap bahawa dia berasal daripada sesuatu kaum atau sesuatu daerah, dan orang lain berasal daripada sesuatu kaum atau sesuatu daerah yang lain, maka dia seolah-olah telah menyembelih umat ini, menghancur-leburkan serta merosakkan hasil usaha baginda Rasulullah saw. dan para Sahabat r.anhum. Apabila terpisah-pisah dan berpecah-belah, kita sendiri telah menyembelih umat ini terlebih dahulu. Yahudi dan Nasrani hanya mengerat umat ini yang sudah tersembelih. Sekiranya orang-orang Islam,hari ini menjadi umat seperti sedia kala, maka semua kekuatan di seluruh dunia sekalipun, tidak boleh menggerakkan walaupun sehelai bulu roma umat ini. Bom atom atau pun roket sekalipun, tidak boleh membinasakan mereka. Tetapi sekiranya mereka dengan semangat perkauman dan kedaerahan meneruskan fahaman menghancur-leburkan umat, maka demi Allah, senjata-senjata dan tentera-tentera kamu tidak boleh selamatkan kamu dari kemusnahan.
Hari ini orang-orang Islam di seluruh dunia telah dihimpit dan dibunuh dengan sebab kehilangan perasaan umat. Mereka telah menyia-nyiakan pengorbanan Baginda Rasulullah saw. Saya berkata tentang perkara ini dengan kepiluan di dalam hati saya, bahawa satu-satunya sebab semua kebinasaan dan kemunduran ini adalah kerana umat tidak lagi ada sebagai satu umat yang bersatu-padu; bahkan mereka telah lupa apa itu UMAT dan bagaimanakah baginda Rasulullah saw. telah membina umat ini!
"Untuk menjadi umat yang sebenar-benarnya dan supaya bantuan Allah bersama dengan orang-orang Islam, tidak cukup dengan hanya di kalangan mereka menghidupkan solat, zikir, madrasah dan kebiasaan mengajar dan belajar ilmu. Ibnu Muljam yang merupakan pembunuh Hadrat Ali r.a. adalah seorang yang banyak bersolat dan berzikir. Sehingga apabila orang-orang yang marah (atas pembunuhan Hadrat Ali r.a.) sebelum membunuhnya cuba memotong lidahnya, maka dia telah berkata, "Buatlah apa yang kamu mau, tetapi janganlah memotong lidah saya; dengannya saya boleh berzikir kepada Allah hingga ke akhir nafas saya dalam kehidupan ini." Namun begitu Baginda Rasulullah saw. telah bersabda, "Pembunuh Ali adalah seorang yang paling buruk dan bernasib malang di kalangan umatku."
Ta'lim dari madrasah telah didapati oleh Abul Fadhal dan Faizi juga. Ilmu dan kepandaian mereka begitu tinggi sehingga boleh menulis tafsir al-Quran walaupun dengan huruf yang tidak bertitik. Walhal merekalah yang telah menyesatkan Akbar [Maharaja India dari keluarga Mughal] dan merosakkan agama Islam. Jadi, bagaimanakah perkara yang ada pada Ibnu Muljam, Abul Fadhal dan Faizi boleh mencukupi untuk menjadi umat yang sebenar dan mendapat nusrah ghaibiah dari Allah Taala. Hadrat Syah Ismail Syahid rah.a., Hadrat Syed Ahmad Syahid rah.a., dan rakan-rakan mereka kesemua adalah satu jamaah yang unggul dan paling baik dari segi keagamaan mereka. Apabila mereka sampai ke kawasan perbatasan [yakni utara-barat Pakistan yang diduduki oleh kaum Pathan], orang-orang di sana telah menjadikan mereka pembesar-pembesar mereka. Maka syaitan telah menimbulkan di dalam hati beberapa orang Islam di sana bahawa, "Mereka ini orang-orang luar, mengapakah mereka diberi kesempatan untuk mengetuai kami?" Maka mereka telah mengawali menentang orang-orang Islam yang teguh mengamalkan agama ini. Beginilah caranya orang-orang Islam menghancurkan perasan umat oleh sebab kedaerahan mereka. Maka Allah Taala telah memberikan pembalasan dan penyeksaan dengan memberi kuasa kepada orang-orang Inggeris ke atas mereka. Ini merupakan azab daripada Allah Taala.
Ingatlah! Bahwa perkataan, kaumku, daerahku, saudaraku dan yang seumpamanya, semuanya adalah perkataan yang memecahbelahkan umat! Perkataan dan semangat sebegitu rupa adalah sangat-sangat dibenci oleh Allah Taala sehingga sedikit kesilapan dari segi ini oleh seorang Sahabat yang begitu tinggi darjatnya seperti Saad ibnu Ubadah r.a. [yang jika tidak diberhentikan dengan serta-merta pada masa itu juga, maka akan wujud perpecahan antara Ansar dan Muhajir] telah dibalas oleh Allah Taala di dunia.
Terdapat riwayat bahawa Saad ibnu Ubadah r.a. telah dibunuh makhluk jin dan di Madinah telah kedengaran pengumuman seperti berikut, tetapi tidak kelihatan makhluk yang mengumumkannya:
[Kami telah membunuh ketua kaum Khazraj: Saad ibnu Ubadah; Kami telah menjadikannya sasaran anak panah kami yang telah memasuki jantungnya!]
Daripada peristiwa ini didapati suatu contoh dan pengajaran bahawa walaupun seseorang itu mempunyai serba-serbi kebaikan, tetapi jika ia melakukan kesalahan dengan menyebabkan perpecahan umat, maka Allah Taala tetap akan menghancurkannya.
Umat akan menjadi umat yang benar apabila setiap individu dan golongan di kalangan umat ini tanpa membeza-bezakan, memegang usaha yang ditinggalkan oleh baginda Rasulullah saw. Dan ingatlah bahawa perkara yang memusnahkan perasaan umat adalah keburukan dari segi muamalat dan muasyarat. Apabila satu individu atau satu golongan di kalangan umat ini menzalimi dan tidak berbuat adil dengan yang lain, tidak menunaikan hak-haknya, menyakitinya, memperkecilkannya atau menghinanya maka timbullah perpecahan dan perasaan umat akan hancur. Sebab inilah saya berkata bahawa umat ini tidak dapat dibentuk dengan hanya kalimah dan tasbih. Umat akan menjadi umat yang sebenar melalui pengislahan muamalat dan muasyarat, melalui menunaikan hak-hak semua pihak dan melalui bersifat ikram terhadap sekalian orang. Bahkan apabila untuk menunaikan hak-hak orang lain, hak-hak sendiri dikorbankan, barulah umat ini akan dapat dibentuk. Baginda Rasulullah saw, Hadrat Abu Bakar As-Siddiq r.a dan Hadrat Umar r.a. telah membentuk umat ini dengan cara mengorbankan kesemua kepunyaan mereka dan menanggung bermacam-macam kesusahan."
Pada zaman Hadrat Umar r.a. suatu ketika telah datang berjuta-juta dinar dan dirham dan mesyuarat telah diadakan untuk membahagi-bahagikannya. Pada masa itu umat sudah dibentuk; yang bermesyuarat itu bukanlah daripada suatu daerah atau satu kaum atau kabilah saja. Bahkan manusia daripada pelbagai kaum, kabilah dan daerah berada dalam syura tersebut yang terkenal sebagai orang-orang khawas dari segi persahabatan dengan Baginda Rasulullah saw. Melalui mesyuarat, mereka denga sepenuh perhatian telah membuat keputusan bahawa dalam pembahagian tersebut, yang paling banyak akan diberi ialah kepada kabilah baginda Rasulullah saw. Kemudian kepada ahli kabilah Hadrat Abu Bakar r.a. dan selepas itu kabilah Hadrat Umar r.a. Maka dengan keputusan ini, saudara mara Hadrat Umar r.a. telah mendapat kedudukan yang ketiga. Apabila keputusan ini telah dikemukakan kepada Hadrat Umar r.a., beliau tidak meluluskan keputusan tersebut lalu berkata, Apa juga yang diperolehi dan akan diperolehi oleh umat ini adalah kerana baginda Rasulullah saw. semata-mata. Jadi, dalam pembagian harta ini, kita akan hanya mempertimbangkan perkaitan hubungan dengan baginda Rasulullah saw sahaja. Kabilah yang paling dekat dengan baginda akan mendapatbahagian yang paling besar. Kemudian yang kedua, yang ketiga, yang keempat dan seterusnya. Jadi, bahagian yang terbanyak telah diberikan kepada Bani Hasyim. Kemudian Bani Abd Manaf, anak-anak Qasa, Kalab, Marra dan seterusnya. Mengikut tertib ini, kabilah Hadrat Umar r.a. sangat jauh terkebelakang dan bahagian yang diperolehi oleh mereka adalah terlalu sedikit. Tetapi Hadrat Umar r.a. tetap membuat keputusan ini. Beliau sendiri telah membelakangkan kabilahnya sendiri dengan pembahagian ini. Dengan cara beginilah umat ini telah dibentuk!
Untuk membentuk umat, apa yang mustahak ialah semua orang perlu mencuba supaya kesatuan hadir di kalangan umat dan supaya tidak timbul perpecahan. Maksud sebuah hadith Baginda Rasulullah saw , "Pada hari kiamat salah seorang akan dibawa kepada Allah Taala untuk pembalasan. Semasa hidup di dunia, orang itu telah mendirikan solat, membayar zakat, berpuasa, mengerjakan haji, bertabligh dan lain-lain amalan yang baik. Tetapi dia akan diberi penyiksaan. Sebab, satu perkataan yang telah diucapkannya menyebabkan perpecahan di kalangan umat. Ia akan dihukum, "Rasakanlah penyiksaan untuk satu perkataan itu yang telah mendatangkan kerugian kepada umat." Seorang lagi yang dihadapkan mempunyai mempunyai kekurangan dari segi solat, zakat, puasa, haji dan lain-lainnya dan dia dalam ketakutan akan azab Allah Taala, tetapi dia telah diberikan banyak pahala dan balasan baik sehingga dengan penuh kehairanan, dia sendiri akan bertanya, Untuk amalan saya yang mana satu, saya dimuliakan begini? Dia akan diberitahu, Pada masa dan keadaan sekian-sekian itu engkau telah mengucapkan satu perkataan yang telah menghentikan satu pergaduhan di kalangan umat yang ditahap perpecahan. Pada ketika perpecahan itu, umat telah kembali bersatu padu disebabkan perkataan kamuitu. Kesemua ini adalah pahala dan balasan untuk perkataan mu itu.
Di dalam membentuk umat dan juga merosakkan umat, peranan yang besar telah dimainkan oleh lidah. Lidah boleh menyenangkan hati orang, boleh juga ia menyakiti dan memecahkan hati. Cukup dengan satu perkataan salah yang keluar daripada lidah, maka menyebabkan penggunaan tongkat dan pergaduhan dan peperangan yang sempurna telah wujud. Demikian juga dengan satu perkataan sahaja boleh mendatangkan perdamaian dan perpaduan; ia boleh menyatukan hati-hati yang berpecah-belah. Oleh itu, perkara yang paling penting ialah lidah (percakapan) mesti dikawal supaya tidak disalahgunakan. Perkara ini hanya akan tercapai apabila seseorang itu sentiasa ada perasaan bahawa Allah ada bersama di setiap tempat dan juga Dia maha mendengar setiap perkataan yang diucapkan."
Di Madinah, pada zaman itu, ada dua kabilah Ansar, iaitu Aus dan Khazraj. Di antara keduanya telah terjadi pergaduhan dan peperangan sejak ratusan tahun. Apabila Rasulullah saw telah berhijrah dan sampai ke Madinah, orang-orang Ansar telah dikurniakan Allah dengan Islam. Maka dengan berkat Baginda dan Islam, pergaduhan dan peperangan itu telah terhenti dan Aus dan Khazraj telah hidupdengan aman dan damai. Melihat keadaan itu, orang-orang Yahudi telah membuat satu perancangan jahat supaya Aus dan Khazraj bergaduh dan berperang semula. Di dalam satu majlis yang dihadiri oleh orang-orang dari kedua kabilah tersebut, salah seorang (mengikut perancangan jahat tersebut) telah menyalakan api (menegangkan keadaan) dengan membaca satu syair mengenai peperangan mereka yang lama. Maka pada mulanya, mereka bertikam lidah antara satu sama lain dan akhirnya senjata telah dikeluarkan oleh kedua-dua pihak. Salah seorang telah segera mengadu kepada Baginda Rasulullah saw. Baginda saw. dengan serta merta datang ke tempat kejadian, lalu bersabda, Kamu hendak berperang sesama sendiri, sedangkan aku masih berada di kalangan kamu? baginda telah berkhutbah dengan ringkas tetapi penuh dengan semangat dan perasaan susah hati. Mereka telah memahami kesilapan masing-masing. Mereka telah sedar bahawa syaitan telah memerangkap mereka dengan perancangan jahat. Kedua-dua belah pihak telah menangis dan memeluk antara satu sama lain. Ayat suci telah diturunkan oleh Allah Taala:
[ يأيها الذين ءامنوا اتقوا الله حق تقاته و لا تموتن إلا وأنتم مسلمون ]
(Seolah-olah Allah memaksudkan) Wahai orang-orang yang beriman! Takutilah Allah sepertimana yang harus kamu takuti kepada-Nya dan sampai ke nafas kamu yang terakhirlah kamu hidup sebagai hamba yang menyerah diri dan mentaati Allah.
Jadi, apabila manusia sentiasa ingat pada Allah, takut kepada kemurkaan-Nya dan sentiasa mentaati-Nya, maka syaitan pun tidak ada kesempatan untuk menyesatkannya dan umat akan terselamat dari semua pergaduhan dan keburukan yang lain.
[ واعتصموا بحبل الله جميعا ًولاتفرقوا واذكروا نعمت الله عليكم إذ كنتم أعداء فألف بين قلوبكم فأصبحتم بنعمته إخوانا ً و كنتم على شفا حفرة من النار فأنقذكم منها ]
(Seolah-olah Allah memaksudkan) Dan berpeganglah kamu sekalian secara berjemaah dengan tali Allah yakni kitab Allah dan agama-Nya dengan teguh; yakni dengan sifat IJTIMA'IYYAT yang sempurna serta sifat perasaan umat, berpegang kepada agama dan berpautlah kepadanya. Jangan menjadi berpecah-belah atas perkauman atau kedaerahan atau dari segi bahasa. Dan janganlah melupakan ihsan Allah yang mana Allah Taala telah menghapuskan permusuhan yang telah berkekalan sesama sendiri di kalangan kamu dan telah menyatukan hati-hati kamu dan telah menjadikan persaudaraan satu sama lain. Semasa kamu berperang sesama sendiri, kamu sebenarnya telahmenghampiri neraka sehingga kamu telah hampir jatuh ke dalamnya; Allah Taala telah memegang kamu dan telah menyelamatkan kamu dari neraka.
Syaitan memang ada bersama kamu. Penyelesaian masalah ini adalah di tangan kamu. Kamu seharusnya berada di dalam satu golongan yang tugasnya hanyalah menyuruh kepada kebaikan dan mencegah daripada keburukan dan fasad.
Dan hendaklah ada di antara kamu satu golongan yang menyeru (berdakwah) kepada kebajikan (mengembangkan Islam), dan menyuruh berbuat segala perkara yang baik, serta melarang daripada segala yang salah (buruk dan keji) dan mereka yang bersifat demikian ialah orang-orang yang berjaya. (Surah Al 'Imran: 104)
Di kalangan umat harus ada satu golongan yang tugasnya menyeru manusia kepada agama dan segala jenis kebaikan; mereka harus meneruskan usaha untuk iman, untuk kebaikan dan kebajikan, mereka perlu usaha atas solat, atas zikir, atas ilmu yang telah di bawa oleh Rasulullah saw. Mereka juga perlu usaha untuk selamatkan manusia dari keburukan dan segala jenis maksiat. Melalui usaha sedemikian rupa umat akan berkekalan sebagai umat yang bersatu-padu.
Dan janganlah kamu menjadi seperti orang-orang (Yahudi dan Nasrani) yang telah berceri-berai dan berselisihan (dalam ugama mereka) sesudah datang kepada mereka keterangan-keterangan yang jelas nyata (yang dibawa oleh Nabi-nabi Allah), dan mereka yang bersifat demikian, akan beroleh azab seksa yang besar. (Surah Al 'Imran: 105)
Sesiapa yang selepas menerima kesemua nasihat-nasihat ini, dan masih meneruskan untuk mengikut jalan syaitan, berjalan secara berasingan, menimbulkan perlawanan dan merosakkan perasaan dan perpaduan umat, maka bagi mereka ada penyeksaan yang keras.
Kesemua ajaran dan perkara-perkara dalam agama mempunyai JORD (kesatuan) dan juga untuk kesatuan dan perpaduan. Di dalam solat ada Jord, dalam puasa ada Jord. Dalam haji ada Jord bagi pelbagai kaum dan bangsa dan negara dan manusia yang bercakap dalam berbagai-bagai bahasa. Di dalam halaqah ta'lim ada Jord. Sifat ikram (memuliakan) orang-orang Islam dan mencintai orang-orang Islam, memberi dan menerima hadiah antara satu sama lain, kesemua ini adalah yang mendatangkan kesatuan dan yang membawa ke syurga. Mereka yang membuat usaha untuk kesemua amalan ini akan mendapati wajah mereka berseri-seri pada hari Hisab."
Dan sebaliknya, benci, hasad, dengki, mengumpat, menghasut, menghinakan orang, mengecilkan hati orang dan menyakiti hati orang, kesemua ini adalah perbuatan yang menyebabkan perpecahan dan membawa ke neraka. Mereka yang melakukan perbuatan tersebut akan dihinakan pada hari Hisab.
(Ingatlah akan) hari (kiamat yang padanya) ada muka (orang-orang) menjadi putih berseri dan ada muka (orang-orang) menjadi hitam legam. Adapun orang-orang yang telah hitam legam mukanya, (mereka akan ditanya secara menempelak): Patutkah kamu kufur ingkar sesudah kamu beriman? Oleh itu rasalah azab seksa Neraka disebabkan kekufuran kamu itu. Adapun orang-orang yang telah putih berseri mukanya, maka mereka berada dalam limpah rahmat Allah (Syurga), mereka kekal di dalamnya. (Surah Al-'Imran: 106-107)
Mereka yang telah memecah-belahkan dan menjalani perbuatan yang memecah-belahkan, telah menghancurkan perasaan umat, maka pada hari kiamat mereka akan bangkit dari kubur masing-masing dengan muka yang hitam; mereka akan diberitahu bahawa kamu telah mengambil cara-cara orang kafir setelah kamu dikurniakan dengan Iman dan Islam. Jadi, rasailah kamu di sini azab neraka sepertimana telah kamu kufurkan. Dan mereka yang ikut jalan yang betul, wajah-wajah mereka akan bercahaya dan berseri-seri. Untuk selama-lamanya mereka akan berada di dalam rahmat Allah Ta'ala dan syurga."
Saudara-saudaraku dan teman-temanku sekalian! Kesemua ayat-ayat ini telah diturunkan pada masa orang-orang Yahudi telah cuba untuk memecah-belahkan orang-orang Ansar dan menjadikan dua kabilah Ansar bermusuhan antara satu sama lain. Di dalam ayat-ayat tersebut, perpecahan, pergaduhan dan berperang antara satu sama lain di kalangan umat telah disifatkan sebagai kufur dan telah diberi ancaman untuk azab di akhirat.
Pada hari ini di seluruh dunia telah berlaku usaha untuk memecah-belahkan perasaan sebagai satu umat. Jalan penyelesaian dan perkara yang boleh mengatasinya ialah hendaklah kamu menyibukkan diri kamu sendiri dalam usaha Baginda Rasulullah s.a.w. Hendaklah kamu mengajak orang-orang Islam ke masjid. Hidupkanlah perbincangan tentang iman. Dirikanlah halqah Ta'lim dan Zikir. Bermesyuaratlah mengenai usaha agama. Telah terbukti bahawa pelbagai kaum, keturunan dan manusia dari berbagai-bagai daerah dan yang bercakap berbagai-bagai bahasa telah bersatu padu melalui amalan-amalan ini di Masjid Nabawi.
Perasaan perpaduan umat akan hidup apabila kamu akan mengelakkan diri dari perkara-perkara yang memberi peluang kepada syaitan untuk memecah-belahkan kamu. Apabila tiga orang duduk bersama, maka hendaklah kamu ingat bahawa yang keempat bersama kamu adalah Allah s.w.t. Apabila ada empat atau lima orang duduk bersama, maka hendaklah kamu selalu ingat bahawa Allah s.w.t bersama kamu sebagai yang kelima atau yang keenam; Dia mendengar setiap perkataan kamu dan Dia melihat sama ada kamu berbincang untuk perpaduan umat ataupun kamu memecahbelahkan umat. Adakah kamu sedang mengumpat atau menghasut, atau membuat perancangan jahat untuk orang lain.
Umat ini telah dibentuk dengan tumpahan darah Baginda Rasulullah s.a.w dan kelaparan Baginda s.a.w, sementara kita hari ini memecahbelahkan umat atas perkara-perkara kita yang kecil. Ingatlah bahawa meninggalkan solat Jumaat pun tidak akan datang begitu banyak keburukan seperti yang berlaku akibat memecah-belahkan umat. Apabila akan datang perasaan perpaduan umat di kalangan orang-orang Islam, maka tidak sekali-kali mereka akan dihinakan di dunia ini.
Ingatan kepada ahli ahli politik yang menyamar sebagai ulama-jangan pecahbelahkan KESATUAN ISLAM melalui fikrah Wahhabi
Kekuatan Russia dan Amerika juga akan tunduk di hadapan mereka. Dan perasaan umat akan hanya datang apabila diamalkan atas ayat:
أَذِلَّةٍ عَلَى الْمُؤْمِنِينَ Bersifat lemah-lembut terhadap orang-orang yang beriman.. (Surah al-Maidah: 54)
Yakni, setiap orang Islam disisi orang Islam yang lain akan mengecilkan, merendahkan, dan menghinakan diri dan akan berkelakuan lemah-lembut terhadapnya. Di dalam tabligh harus kita melatihkan diri untuk perkara ini. Apabila akan datang sifat ( أَذِلَّةٍ عَلَى الْمُؤْمِنِينَ ) di kalangan orang-orang Islam, maka di dunia mereka akan menjadi:
أَعِزَّةٍ عَلَى الْكَافِرِينَ Maksudnya: ..berlaku tegas gagah terhadap orang-orang kafir.. (Surah al-Maidah: 54)
Yakni, ia akan dimuliakan berbanding dengan orang-orang kafir. Ia akan dikurniakan Allah s.w.t dengan kehebatan dan kemenangan ke atas orang-orang kafir.
Pembunuhan ulama Sufi di Rusia oleh Wahhabi
Akhir kata Al Fatehah ke atas ruh ulama ulama negara bekas jajahan Soviet yang dibunuh Wahhabi SINI
Sempena obor dan api kepahlawanan Merdeka ke-55, Pak Sedaro ingin merakam sebuah peristiwa Hero Tak Di Dendang dari Pasukan Lok Kaw "69 Komando PDRM" yang berpangkalan di Hulu Kinta, Perak. Takdir Allah jua, insan ini menjadi Ikon Integriti Sang Saka Biru dan Ikon Harimau kepada Polis Di Raja Malaysia.
Pengkisahan ringkas ini, diharap dibaca oleh DYMM Sultan-Sultan dan Raja-Raja Melayu, YAB Perdana Menteri dan YAB Timbalan Perdana Menteri untuk dianugerahkan Pingat Kepahlawanan Tertinggi Negara iaitu Seri Pahlawan Gagah Perkasa kepada Almarhum Insp. Mohd Zambri Abdul Hamid selepas terkorban diberi pangkat secara medan ke ASP, juga kepada anggota platun kecilnya (patrol - kekuatan 1 patrol ialah 6 orang) antaranya Apot bin Saad (pakar penjejak terbaik dunia diiktiraf oleh SAS), Ahmad Dahalal, Hamzah, Salehuddin (selayaknya mereka dikurniai Pingat Gagah Berani) dan lain-lain kerana berjaya menumpaskan pengganas Komunis sejak mula berkhidmat pada 1963-1999.
VAT 69 telah mengilap kemahiran menjejak musuh di hutan walaupun musuh menggunakan 1001 muslihat untuk mengelak dari dikesan. Dalam Operasi Setia 5, November 1973 dua patrol unit yang diketuai oleh Inspektor Mohd Zabri telah menjejaki kesan musuh selama 28 hari bermula dari Sungai Klah di Perak hingga ke Kuala Medang, Raub, Pahang. Patrol ini berjaya menjejaki 24 tempat rehat musuh dengan kekuatan dianggar seramai 30-40 orang memasuki Negeri Pahang. Pada hari ke-24, Insp. Zabri dititah mengadap KDYMM Sultan Pahang (1973 ialah Sultan Ahmad Shah Al-Haj kini), dan baginda diperdengar tentang operasi berkenaan, Zabri keluar dari hutan melalui Sungai Koyan dan menyembah KDYMM Tuanku Sultan Pahang sendiri kesahihan berita dan pergerakan musuh. Apabila selesai persembahan maklum kepada Tuanku, Zabri kembali ke hutan hingga hari ke-28, sebelum diganti tugas oleh ATM yang terdiri daripada RGK, RRD dan RAMD. Selang beberapa hari, Pegawai RRD bernama Mahinderan terbunuh akibat serang hendap musuh yang dijejaki kumpulan Tuan Mahinderan.
Ekoran peristiwa itu, VAT 69 dikerah serta-merta kembali ke kawasan operasi bersama ATM. Operasi ini dinamakan Gerakan Indera sempena nama Mahinderan, dalam salah satu pertempuran Gerakan Indera XII pada tahun 1980, 69 Komando berjaya membunuh 8 orang pengganas komunis di Bentong, Pahang. Kini, antara insan RAMD yang dikurnia PGB dalam salah satu pertempuran di Pahang ialah Kol (B) Abdul Jalil Makmor yang menetap di Paroi Jaya, Seremban. Ada seorang pegawai Kor Risik Di Raja yang tidak dihadiahkan PGB sedangkan beliau membunuh 2 orang Komunis selang 2 batang pokok getah di Pahang iaitu Lt. Kol Ridhwan (masih bertugas di Pantai Timur) hanya diberikan pingat peringatan Darurat.
Laksamana VAT 69 yang sentiasa membayangi kejayaan pasukan khasnya VAT 69 ialah Inspektor Mohd Zabri Abdul Hamid, beliau seperti yang disebut oleh mantan Ketua Polis Perak,Yuen Yuet Leng "...Zabri is known to me personally and was one of the best jungle operational commanders, an expert navigator and a leader by example."
Bagi Tan Sri Navaratnam, bekas Pegawai Pemerintah Pertama Komando 69 mencatatkan "...ASP Mohd Zabri was an excellent officer. He was highly respected and much liked by all his men; who were deeply saddened and shaken by his death".
Mohd Zabri bin Abdul Hamid lahir di Tapah, Perak pada 15 Ogos 1937, menyertai PDRM pada 1963. Beliau sertai unit 69 Komando pada 1970, mendapat latihan daripada SAS dan diberi kepercayaan sebagai Ketua Jurulatih bagi melatih platun ke-3, 69 Komando pada 1971. Beliau ditugaskan mengetuai 69 Komando bersama pasukan Komando Angkatan Darat Tentera Nasional Indonesia (KOSTRAD) bagi menggempur kubu gerila komunis di sempadan Sarawak/Kalimantan. Wibawanya terbukti bila berjaya membunuh beberapa gerila komunis dalam operasi bersama tersebut.
Platun Mohd Zabri ialah platun 69 Komando Utama yang berjaya membunuh pengganas di Lasah, Sungai Siput, Perak. Operasi terakhir Zabri ialah di Ulu Perak dalam Gerakan Bamboo 2 fasa 2 pada 4 September 1975. Platun di bawah beliau melancarkan gerakan memburu komunis yang membunuh 4 polis bantuan yang menghantar makanan tempur melalui Sungai. Dalam operasi khas ini, platun Zabri berjaya menyerbu danmenawan kem MNLA, merampas sistem mortar, bahan letupan serta bekalan logistik. Takdir Allah pada tarikh itu, Zabri terpijak jerangkap samar, mengakibatkan kecederaan parah di bahagian kaki dan beliau meninggal dunia. Pesanan keramat beliau yang menjadi azimat selamanya kepada VAT 69 ialah "...Teruskan perjuanganmu...hancurkan petualang negara, buru dan hancurkan mereka...biarpun diriku tiada lagi"
Pembaca PM budiman, Pak Sedaro imbau pengkisahan insan ASP Mohd Zabri Abdul Hamid dan platunnya, kerana kumpulan kecil ini tidak menjanjikan kenangan dan gelaran. Natijah yang dibawa mati bersama mereka hanyalah Sayang Kepada Negara, Sayang Kepada Pasukan, Taat Setia, Berdisiplin Tinggi, Hormat kepada Senior.
Dalam satu temubual sulit antara Unit Cawangan Khas bersama Rashid Maidin, Pengerusi Kedua PKM dan Komander Rejimen Ke-10 PKM pernah melemparkan kata-kata..."Kami (PKM) tak takut dengan Askar Melayu dan Polis, kami takut dengan beberapa orang dalam Askar dan Polis. Antaranya saya mahu cerita ialah Zabri Hamid budak Tapah tu dari Lok Kaw, Om itu budak Askar Komando orang Langkawi, Kanang iban dalam Askar Iban (Renjer), Kapt. Hamid pegawai Askar Melayu paling berani, Chin Silat Gayong ini budak Sheikh Meor Abdul Rahman orang Penang dari Lok Kaw dan ada lagi...saya tak ingat, kami ada 20 orang nama-nama Askar Melayu dan Polis, kami tak usik...Ini orang semua Ilmu Tinggi, Allah sayang dengan depa..."
Cuma yang Pak Sedaro syorkan kepada pembaca yang qadin dengan DYMM Al Sultan Abdul Halim Al-Haj, Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong, tolonglah persembahkan khabar berita agar dapat DYMM Seri Paduka menitahkan Pingat Seri Pahlawan Gagah Perkasa kepada Almarhum Mohd Zabri Abdul Hamid (makamnya di Tapah bersebelahan Masjid Pekan Tapah pinggir sungai), dan anak-anak patrolnya dikurnia Pingat Gagah Berani. InsyaAllah, mereka telah berkorban nyawa, jiwa dan raga kepada Tahanair.
Kita! Korban Apa! Korban Siapa! Korban Banyak Mana!
Pemimpin Pas seperti Mat Sabu kerap buat lawak dalam ceramahnya mengenai pengundi hantu dan pengundi Bangla yang akan menjadi pengundi pada PRU 13.
Menurut Pas, Umno sedang giat memberikan kerakyatan kepada pendatang asing seperti Bangla, Myanmar, [ Mat Sabu lupa sebut Pakistan jual karpet dan Awang Hitam Afrika].
Kenapa Pas mesti takut dengan pendatang seperti Indonesia, Bangla, Myanmar dan sebagainya yang menetap di Malaysia dan akhirnya menjadi warganegara.
Ini menunjukkan Pas menjadi balaci kepada Dap. Parti Chauvenist Cina ini yang sepatutnya risau kerana jumlah bangla dan lain-lain akan menyebabkan jumlah pengundi Dap berkurangan, tetapi Dap tak berani cakap, mereka suruh Mat Sabu dan cai-cai Pas yang bercakap bagi pihak Dap.
Ambil contoh di Borneo, Sabah dan Sarawak. semasa Inggeris berkuasa, kedatangan imigeren dari Tongsan datang dalam jumlah yang cukup besar, hari ini jumlah mereka menjadi 80 % daripada jumlah penduduk.
Di Sibu, Kapitan Wong Nai Siong membawa masuk lebih 200 ribu pengikutnya yang beragama Kristian dari menjadi mangsa pembunuhan di tanah besar. Hari ini mereka menguasai sosio, ekonomi dan politik di Borneo. Jika dahulu mereka datuk nenek mereka menyokong kerajaan tetapi generasi kedua, ketiga dan seterusnya sudah tidak lagi menyokong pemerintah sebaliknya cenderung kepada menyokong Dap.
Oleh itu di Sabah wujudnya penentangan terhadap warga tanpa negara dari keturunan Mindanou yang memohon menjadi warganegara. Mereka juga risau dengan jumlah mereka yang akan melebihi pengundi Dap.
Berbalik kepada gambar di atas, Pas tak perlu risau dengan penambahan pengundi Bangla kerana mereka lebih mulia dan baik daripada Dap.
Apabila Perdana Menteri kita Dato Seri Najib Tun Razak datang ke Perak dan naik bas bersama Menteri Besar Perak, Dato Seri Dr Zambry, Pas kutuk kaw-kaw. Begitu juga bila Najib rasmikan bas khidmat Umno Bahagian Bagan Datuk, Kawasan Dr Zahid Hamidi...Pas kutuk juga..
Kini Kerajaan Selangor beli bas khas untuk bawa punaisihat Anwar Ibrahim, bila Pas nak kutuk, TM dah tunggu banyak hari dahh, tak ada satu pun kutukan dari Pas....
Pas pula bila nak beli bas bagi kepada Nik Aziz atau Hadi Awang???
Published on Aug 29, 2012 by abuaqif http://abuaqifstudio.blogspot.com/
Komen Abu Aqif: Time diaorang tulis surat boleh pulak.. Time kita tulis surat tak boleh.. Diaorang buat apa semua boleh.. Kita buat semua tak boleh.. Apa da..
Lepas tu, boleh pulak dia kata belum baca surat tu lagi. Ada ka patut. Kerja senang macam ni pun tak boleh buat ke..? Camna nak memerintah negara..? Aku dulu masa sekolah rendah pernah hantar kad raya kat Tun M. Aku tulis kat sampul surat tu "Perdana Menteri Malaysia" je... Aku tak tulis alamat pun sebab tak tau alamat. Ala.. time budak kecik, mana la kita tau.. Bukan kata tak sampai. Aku siap dapat balasan lagi.. Takkan nak bagi alasan alamat kot. Kan dah terang tulis nama TG Nik Aziz tu. Come on la.. dah memerintah berapa lama kat Kelantan, takkan bab surat pun fail.
Lepas tu menipu pulak. Dia kata ":..siapa Fathul Bari.." Kalau tak kenal, sah la tak boleh jadi ketua lagi. Yang anak buah dia semua dok berforum dengan UFB tu apa..?? TG Nik Aziz tak dapat report ke..?
Kata perjuang agama. Ni orang dok ajak muzakarah pasal agama la ni. Bagi alasan banyak² apa pasai...
USTAZ FATHUL BARI MAT JAHYA (CEO ILMU) Tajuk: Menjawab Teguran TG Nik Aziz Berkenaan Surat Muzakarah Tarikh: 29/08/2012
Video Link: http://www.youtube.com/watch?v=l1PGKRpGL-s
Tahaluf Siyasi - PAS bersungguh sungguh menyakinkan penyokong sendiri,tetapi sebaliknya perancangan peringkat tertinggi kepimpinan PAS sebenarnya lari daripada matlamat yang sebenar.
Published on Aug 29, 2012 by klposdotcom Ahli Dewan Undangan (ADUN) Kuang,Tuan Abdul Shukur Idrus Berkata Kerajaan PR Selangor Gagal Ransang,Bangunkan Ekonomi.Beliau Mengulas Isu Pemberian Air Percuma,Pengeluaran Pasir Melampau Dan Jual Tanah.Beliau Berkata Demikian Pada Majlis Rumah Terbuka Datuk Seri Noh Omar
Perang mulut antara Pas, DAP dan PKR berhubung isu hukum hudud masih belum reda malah terus membara.
Keadaan semakin genting bagi pakatan politik tiga parti tersebut yang sudah tentunya akan mengugat keutuhan Pakatan Rakyat menjelang Pilihan Raya Umum ke 13 nanti.
Walaupun isu pelaksanaan hukum hudud yang diperjuangkan oleh Pas bukanlah sesuatu yang baru namun ia kembali menjadi panas dan bahan polemik sejak kebelakangan ini akibat sikap parti Islam itu yang kini dilihat berdolak dalik dan tidak teguh dalam pendiriannya.
Pada satu pihak, DAP dilihat konsisten dengan penentangan tegasnya terhadap sebarang usaha oleh Pas untuk melaksanakan undang-undang syariah jika Pakatan Rakyat berkuasa.
Ini berlainan pula dengan pihak Pas yang terpaksa menukar warna politik dan mengorbankan prinsip perjuangannya daripada 'Negara Islam' kepada 'Negara Kebajikan' semata-mata kerana hendak menyesuaikan dengan kehendak dan agenda politik DAP, sebuah parti politik perkauman Cina yang amat rasis dan secara terangan menonjolkan sikap anti-Melayu.
Pas sanggup mengorbankan pemimpinnya seperti Hasan Ali yang menyuarakan ketidak puasan hatinya terhadap sikap angkuh dan pro-Kristian DAP dalam kerajaan negeri Selangor namun untuk menyanggah parti rasis itu jauh panggang dari api.
Kini nasib yang sama menimpa Hasan akan bakal diterima oleh Nasharudin Mat Isa, bekas Timbalan Presiden Pas yang mengkritik sikap Pengerusi Kebangsaan DAP, Karpal Singh yang katanya bukan setakat menolak hukum hudud malah secara langsung menentang Islam sekali gus.
Dua kali malang bagi Nasharudin kerana bukan sahaja Karpal menyatakan akan menyaman beliau, malah Presiden Pas, Abdul Hadi Awang yang menjadi sekutu kuat dan pelindungnya satu ketika dahulu pun sudah memisahkan diri daripadanya dan memihak kepada DAP.
Abdul Hadi membayangkan Nasharudin sebagai individu yang sudah tidak penting dalam parti dan boleh dinyahkan dari parti bila-bila masa sahaja dari sekarang.
Begitulah nasib yang terpaksa ditanggung oleh tokoh-tokoh Pas yang hanya bercakap selari dengan prinsip perjuangan parti tetapi tidak secocok dengan selera DAP.
Pas yang pernah mendabik dada sebagai parti terkuat dalam Pakatan Rakyat dan mahu bertanding kerusi terbanyak dalam PRU kelak, juga semakin tertekan kerana PKR mengambil pendirian menyokong DAP dalam isu hukum hudud.
Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim menyatakan bahawa pelaksanaan hukum hudud masih belum sesuai dan ia bukanlah merupakan dasar yang telah dipersetujui bersama oleh ketiga-ketiga pemimpin pembangkang tersebut pada tahun 2009.
Pas kini benar-benar tersepit dan tidak dapat membersihkan imejnya yang kian kotor dan merosot di mata rakyat akibat dilabel sebagai keldai tunggangan DAP dan tukang angguk PKR.
Tidak cukup kemelut yang membelit Pas dan DAP, kini tercetus pula pertelingkahan antara PKR dan DAP di Pulau Pinang apabila Timbalan Ketua Menteri I, Mansor Othman menganggap Ketua Menteri, Kim Guan Eng sebagai angkuh, bongkak dan sombong.
Tindakan nafi menafi dari pihak PKR sudah tentu menjadi perkara biasa dalam blok pembangkang tetapi kata-kata Mansor sebenarnya telah membuka satu lagi jurang antara kedua-dua parti yang pasti akan menjadi semakin lebar dalam hari-hari mendatang.
Masalah sebenar dalam Pakatan Rakyat bukanlah Barisan Nasional sebagai musuh utamanya tetapi Pas, DAP dan PKR yang menjadi musuh paling besar mereka sendiri.
Masalah sebenar dalam Pakatan Rakyat bukanlah Barisan Nasional sebagai musuh utamanya tetapi Pas, DAP dan PKR yang menjadi musuh paling besar mereka sendiri.
Setiap parti bersikap angkuh kerana memikirkan merekalah yang paling berpengaruh dan menyumbang paling banyak dalam PRU pada 2008.
Dengan kedudukan kerusi dalam Dewan Rakyat pasca PRU ke-12 yang hampir sama, ketiga-tiga parti berfikir merekalah yang paling hebat serta kuat dan justeru tidak mahu mengalah.
Pas setakat ini kekal dengan 31 kerusi, diikuti 28 dalam genggaman DAP sementara PKR menjadi paling corot daripada 31 kepada 26 apabila lima wakilnya melompat menjadi ahli bebas.
Anwar pula terpaksa menyokong DAP kerana peranan licik parti perkauman Cina itu yang terus mempertahankan kedudukan beliau sebagai Ketua Pembangkang walaupun PKR yang menjadi parti minoriti tidak layak lagi mengetuai barisan pembangkang dalam Parlimen.
Apatah lagi DAP seringkali menyatakan sokongannya kepada Anwar sebagai bakal Perdana Menteri sekiranya Pakatan Rakyat berkuasa kelak, sesuatu yang sehingga kini tidak pernah disuarakan oleh PAS.
Persekongkolan PKR-DAP dalam isu-isu penting seperti calon Perdana Menteri serta hukum hudud sepatutnya sudah cukup memberi kesedaran kepada pemimpin Pqw bahawa mereka sudah ditipu hidup-hidup.
Namun untuk menutup malu atas kegagalan Pqw menerajui Pakatan Rakyat, parti itu sanggup menjadi hamba kepada PKR dan DAP demi tamakkan kuasa, pangkat dan kedudukan.
Jika Karpal terus dengan niatnya untuk menyaman Nasharudin maka terbuktilah Pqw telah menjadi parti paling bacul di negara ini kerana tidak mampu mempertahankan dasarnya mengenai Islam.
Jika Pas sudah hilang naluri kejantanannya mempertahankan Islam, elok sangatlah parti itu tutup kedai, gugurkan nama suci Islam dan serahkan semua kerusinya kepada PKR dan DAP
Barulah itu dilihat sebagai tanda hamba yang taat dan setia.
Kelmarin negara dikejutkan dengan berita penceroboh sebuah tahfiz telah dipukul oleh pelajar sehingga mati.
Sebelum itu satu keluarga India telah membuat sidang media di ibu pejabat Pkr Tropicana dan menuduh polis sengaja membunuh anaknya seperti cerita cowboy "wild wild west".
Beberapa peguam Pkr dengan muka celakanya begitu teruja mengadakan sidang media.
Sebelum-sebelum ini mereka juga galak dan gelenyar untuk mengadakan sidang media membela penjenayah di Parlimen seperti isu ketuk ketampi oleh Teresa Kok.
Harap pihak peguam dan Dap segeralah ke Kedah untuk membuat pembelaan terhadap simati dengan menghimpunkan kaum keluarga mangsa dan mengkritik pelajar tahfiz tersebut. Mintalah pembelaan agar pelajar tahfiz dituduh kesemuanya dan minta pusat tahfiz ditutup serta merta.
Kejadian kematian di tahfiz adalah kali kedua selepas seorang guru yang memukul seorang kanak-kanak sehingga mati beberapa tahun dulu.
Peguam juga perlu mendesak menteri besar Kedah meletakkan jawatan dan membubarkan dewan negeri. Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
Gelaran "tokong" yang angkuh dan sombong yang ditujukan kepada Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng seperti yang tercatat dalam transkrip perbualan timbalannya, Dr Mansor Othman seakan menjadi satu fenomena baru bagi menggambarkan perwatakan Lim sejak mengambilalih kerajaan di negeri itu.
Cumanya, jika selama ini tokong sebenar yang disembah melalui ritual keagamaan mengikut kepercayaan penganut Buddha kerana ianya diyakini mampu mendatangkan kebaikan kepada mereka, dalam kes Guan Eng pula lagaknya yang mahu dipandang mulia seperti tokong tapi gaya pentadbiran dan langkahnya pula nampak angkuh dan sombong.
Sebetulnya gelaran sinis tersebut menunjukkan watak angkuh dan besar diri yang semakin sebati dalam diri Setiausaha Agung DAP itu tidak begitu disenangi oleh rakan-rakan sepakatan.
Malah bukan satu rahsia lagi, dikalangan pemimpin veteran DAP juga tidak dapat menyembunyikan kerisauan mereka melihatkan tindak tanduk Guan Eng yang kesannya lebih menjarakkan lagi hubungan DAP dengan rakyat kebanyakan.
Bagi mereka sikap Guan Eng yang terlalu mengutamakan kehendak golongan korporat hingga mengabaikan kehendak dan permasalahan rakyat langsung tidak mencerminkan polisi DAP yang selama ini digambarkan mengutamakan aspirasi rakyat bawahan.
Dengan rekod buruk DAP dan PKR yang pernah gagal menunaikan janji terhadap penduduk Kampung Buah Pala sebelum ini, ditambah lagi dengan keangkuhan yang ditonjolkan oleh Guan Eng, maka layaklah bila gelaran tokong yang angkuh dan sombong kekal atas dahi Guan Eng.
Mungkin bagi sesetengah penyokong PR dari PAS dan PKR yang beragama Islam mereka tidak kisah untuk terus menyanjung tinggi Guan Eng yang suatu ketika dulu pernah dilabelkan sebagai "khalifah" setelah terpegun melihat lakonan ramah mesra yang dipamerkan oleh Ketua Menteri itu.
Tapi selepas tersebarnya kenyataan Dr Mansor yang secara sinis menggambarkan Guan Eng ibarat seperti tokong bernyawa, kemudian dikatakan pula gelaran tersebut adalah satu bentuk pujian, makanya ternampak seperti sokongan yang diberikan oleh penduduk P.Pinang khususnya dari PAS dan PKR semacam menyokong dan menyembah tokong pula.
Di Kelantan kita ada tok guru surat pekeliling yang lebih mesra dengan pembangunan tokong dan patung yang tingginya mengalahkan menara majid, di P.Pinang pula ada pemimpin politik yang diiktiraf dan dipuji sebagai tokong. (BB)
Jawatan MB Kedah boleh dikatakan jawatan yang paling panas, malah lebih panas dari jawatan MB Selangor dan Perdana Menteri sendiri. Ini berdasarkan jumlah mereka-mereka yang tergila-gilakan jawatan tersebut sama ada dari parti lawan, dan jauh lebih dahsyat ialah dari dalam parti PAS sendiri.
Parti pembangkang Kedah, iaitu BN dilihat lebih tenang dalam memperkatakan calon MB tetapi, keadaan yang sama tidak berlaku di dalam parti PAS. Dengan begitu ramai yang merasakan diri mereka layak untuk menjadi MB, kedudukan Azizan semakin hari semakin getir.
Malah, PAS Pusat juga tidak ketinggalan memberi tekanan kepada Azizan kerana termakan hasutan para parasit yang tidak gemarkan kepimpinan ulama.
Umum sedia maklum bahawa tentangan paling hebat terhadap Azizan datang dari exconya sendiri yang sebelum ini telah secara terbuka menentangnya dan menuntut beliau meletakkan jawatan. Bukan sekali, malah banyak kali kedengaran exco ini mencabar atau mengutuk Azizan secara berdepan dan juga di belakang.
Mungkinkah kepimpinan PAS Pusat sedang menyediakan si-exco ini untuk menggantikan tempat Azizan?
Alasan yang digunakan oleh musuh-musuh Azizan untuk 'menjerut' beliau adalah masalah kesihatan. Ini kerana, semenjak beberapa bulan kebelakangan ini, Azizan sering keluar masuk hospital atas berbagai masalah antaranya, jantung, diabetes, tekanan darah dan berbagai-bagai lagi. Azizan juga dikatakan sering keletihan dan tidak berdaya untuk bergerak cergas.
Masalah kesihatan Azizan sampai ke kemuncak apabila beliau gagal menghadiri Majlis Rumah Terbuka anjurannya sendiri pada 25 Ogos yang lalu. Majlis yang dihadiri ribuan rakyat Kedah, terpaksa dikendalikan sendirian oleh isteri beliau, To' Puan Hajjah Faikah yang mana menyebabkan ramai rakyat kecewa dan tertanya-tanya.
Khabarnya, keadaan Azizan pada hari tersebut dan malam sebelumnya adalah agak mencemaskan. Sejauh mana berita ini benar, tidak dapat pula dipastikan.
Namun, rata-rata rakyat Kedah cukup maklum dengan kerakusan pihak yang mengidamkan jawatan Azizan dan sanggup berbuat apa saja untuk menjatuhkan beliau. Ramai yang menyatakan bahawa tidak boleh diketepikan yang Azizan telah diserang dengan menggunakan ilmu hitam, selain dari ugutan dan ancaman secara langsung terhadap dirinya dan keluarga.
Umum tahu bahawa pendekatan Azizan yang tegas membela Melayu dan Islam tidak disenangi oleh sekutu PAS, iaitu DAP. Beberapa kali Azizan terpaksa bertelagah dengan DAP yang mana berakhir dengan Azizan terpaksa akur dengan parti kafir harbi tersebut apabila kepimpinan PAS pusat masuk campur.
Maka, tidak hairanlah jika DAP juga sanggup menaja pihak-pihak tertentu untuk menentang Azizan.
Begitu juga dengan seorang pemimpin tertinggi PAS dari Kedah yang masih terawang-awang mencari tempat bertapak. Beliau juga dikatakan amat berdendam dengan Azizan dan Azizan juga telah beberapa kali secara terbuka mengkritik pemimpin tersebut sebagai tidak layak kerana terlalu 'loklaq' (tak senonoh). Tidak mustahil pemimpin tersebut juga mempunyai dendam kesumat terhadap Azizan dan ingin melihat beliau jatuh.
Mungkin ramai yang masih tidak tahu bahawa Azizan adalah antara pemimpin PAS yang tidak dapat bersemuka dengan Anwar Ibrahim. Beliau sebolehnya memastikan yang beliau tidak akan berada dalam satu majlis dengan peliwat tegar tersebut kerana tidak setuju dan tidak mempercayai 'kesucian' Anwar. Beliau hanya akan duduk bersama dengan Anwar, jika majlis tersebut dihadiri oleh kepimpinan PAS Pusat sekadar untuk menghormati kepimpinan PAS Pusat.
Kesemua faktor ini, ditambah dengan ketamakan dan kerakusan individu-individu tertentu meletakkan kedudukan Azizan dalam bahaya. Azizan dikelilingi manusia rakus dan gila kuasa yang sanggup dibeli dan membeli dan membuat apa saja asalkan dapat menjatuhkan beliau.
Walaubagaimanapun, Azizan terkenal dengan sikap yang tabah dan memiliki kekuatan serta pengetahuan yang cukup untuk menghadapi serangan musuh-musuhnya dari berbagai arah dan bentuk.
Namun, apakah Azizan mampu bertahan jika kepimpinan pusat sendiri yang memberi tekanan agar beliau berundur?
Khabarnya, Azizan tidak akan berundur kerana bagi beliau, beliau telah dilantik oleh rakyat dan hanya rakyat yang boleh 'menurunkannya'. Malah, beliau juga telah bersedia dan semakin sihat untuk menghadapi musuh-musuhnya yang selama ini dibiarkan tanpa tentangan balas.
Nampaknya, beliau agak keberatan untuk membiarkan musuh-musuhnya menang percuma.
Inilah yang memeningkan kepala parasit-parasit di dalam PAS yang tidak sabar untuk melenyapkan terus sisa-sisa ulama yang ada di dalam kepimpinan parti. Azizan juga pasti sudah sedia maklum bahawa beliau tidak boleh mengharapkan beberapa kerat 'Ulama' yang tinggal di dalam PAS untuk membelanya kerana kesemua mereka nampaknya sama ada sudah buntu, bingung atau mula termakan 'nasihat' parasit-parasit tersebut.
Azizan kini bersendirian namun nekad untuk menjadi benteng terakhir kepimpinan ulama di dalam PAS.(BB)
Parti-parti komponen Barisan Nasional (BN) Selangor sudah bersedia untuk bergerak sebagai satu pasukan dalam usaha merampas semula negeri itu pada Pilihan Raya Umum Ke-13, kata Koordinator BN negeri, Datuk Seri Mohd. Zin Mohamed.
Katanya, jentera BN termasuk dari UMNO, MCA, MIC, Gerakan dan PPP semakin bersemangat untuk menghadapi kerajaan pakatan pembangkang diterajui PKR yang kini dibelenggu pelbagai isu termasuk isu air, skandal Talam Gate dan sistem penyampaian yang lemah.
"Sudah lama kami memperkasa dan memperkukuhkan jentera parti di peringkat akar umbi dan dari masa ke semasa jentera parti diperkemaskan berdasarkan faktor politik semasa," katanya dalam satu temu bual dengan portal The Selangor Times hari ini.
Beliau yang juga Ahli Parlimen Sepang berkata, BN Selangor sentiasa memantau perkembangan di 56 kawasan DUN dan 22 Parlimen untuk mendalami permasalahan rakyat dan isu-isu yang berbangkit bagi memastikan nasib rakyat Selangor sentiasa terbela walaupun kuasa pentadbiran dikuasai PKR-DAP-Pas.
"Pembentukan Pusat Khidmat Rakyat BN Selangor (Pakar) yang dilancarkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada bulan Mei lepas menjadi platform 'sehenti' yang cukup berkesan dan efektif untuk rakyat Selangor mengemukakan aduan, laporan dan bantahan secara talian hotline yang secara langsung melibatkan hubungan dua hala antara BN dan rakyat," katanya.
Mengulas mengenai pemilihan calon BN di Selangor pada PRU akan datang, Zin yang juga bekas Menteri Kerja Raya berkata, perkara tersebut merupakan kuasa mutlak Presiden UMNO dan menasihatkan semua pihak mendahulukan kepentingan serta masa depan UMNO dan BN .
"Saya akui proses pemilihan calon merupakan faktor yang paling kritikal menjelang mana-mana pilihan raya umum. Parti pembangkang turut mengalami fenomena yang lebih mencemaskan jika dibandingkan dengan BN dalam isu pemilihan calon.
"Tetapi senario dalaman BN lebih terkawal kerana kita mempunyai kepimpinan yang kuat dan apatah lagi di bawah Datuk Seri Najib Tun Razak dan Datuk Seri Noh Omar selaku Timbalan Pengerusi UMNO BN dan UMNO Selangor," katanya.
BN ketika ini menguasai 20 kerusi DUN manakala pakatan PKR, Pas, DAP memenangi 36 kerusi daripada 56 kerusi di negeri itu, sementara bagi Parlimen, BN hanya menang di lima daripada 22 kawasan yang ditandinginya.
Sementara itu, Zin turut membidas sikap kerajaan negeri Selangor khususnya Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim dalam menangani skandal pengambilalihan hutang Talam yang sifatkannya sebagai skandal 'Talam Gate'.
"Beliau masih berdolak-dalik dan bermain politik mengenai isu ini. Banyak pendedahan telah dibuat berhubung isu Talam tetapi kerajaan negeri masih mendiamkan diri. Rakyat mahukan jawapan dan penjelasan yang terperinci bukannya melarikan diri," katanya .
Zin turut menyelar tindakan kerajaan negeri dalam menangani isu air yang semakin kritikal.
Wasabi Oyabun..
You are subscribed to email updates from Oyabun To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
So first came Polaroid, then Nikon and now as expected Samsung. I think Samsung should have been the first one out of the gate to lead the pack because I'm not sure the first cameras are going in the right direction. Samsung with the Galaxy Camera is really focussing on the Android features of the camera because this is what Samsung does best over the previous announcements.
Samsung's Galaxy Camera features the latest version of Android 4.1 which compared to Nikon's choice to use 2.3 offers all of the latest features to ensure that your apps will run as they should.
Apps, apps and apps this ladies and gentlemen like it or not is the portable camera future. This is how these little cameras are choosing to stay alive. I still cant wait to have my hands on any of them to see in a real life situation if I choose my Android powered camera or even the newly announced Sony NEX-5R over my iPhone to capture those memories.
The Samsung Galaxy Camera will feature a Backside Illuminated 16.3mp sensor which is capable of a 3200 ISO sensitivity. The lens on this little guy offers optical stabilization and a range of (35mm equivalent) 23mm-481mm. This 20x optical zoom is quite impressive compared to something such as my phone even with all of the little extra lenses I own with it. Full HD capability is supported as expected and does 1080P at 30fps but also has a slow motion standard definition trick at 120fps.
On the back of the camera is a STUNNING 4.8″ HD display which takes up the entire back of the phone, for those of you who want physical camera buttons this probably isn't the camera for you. It isn't for you because the camera features a zoom rocker, shutter, power and flash pop up button, these are all of the physical controls on this camera. Sleek and modern yes but usable with gloves in the snow? Maybe not so much.
Speaking of the physical design of the camera it also offers GPS, Wifi and the ability to take a sim. The sim is for the extra 3G or 4G capability if you choose to use it. The other physical features which is a let down is that it doesn't support SD cards… It only supports micro SD,micro SDHC and micro SDXC.
It doesn't appear to have the ability to make calls but it does seem to do everything else right. Of course we would like to see a larger sensor but with time this will come and become standard across multiple lines.
There is no price yet announced for the camera or an exact launch date.
Please Support The Phoblographer
We love to bring you guys the latest and greatest news and gear related stuff. However, we can't keep doing that unless we have your continued support. If you would like to purchase any of the items mentioned, please do so by clicking our links first and then purchasing the items as we then get a small portion of the sale to help run the website.
Assalamualaikum, Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir Dan Batin. Saya sekeluarga Dengan Penuh Takzimnya Menjemput Dan Mempersilakan YB, YABhg, YBhg, Tun/ Tan Sri/ Puan Sri/ Dato Seri/ Datin Seri/ Dato/ Datin/ Tuan/ Puan Sahabat Handai Dan Rakan-rakan Seluruh Seisi Keluarga Untuk Hadir Ke Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Kami Pada 1 September 2012 Bersamaan 14 Syawal 1433H Di Dewan Seroja Kementerian Pertahanan Jalan Padang Tembak Kuala Lumpur Bermula Jam 8.00malam Hingga 11.00malam. Semua Dijemput Hadir.
Muhdalena Ahmad, 28, memakai topeng ketika meninggalkan perkarangan Mahkamah Sesyen Putrajaya di sini hari ini. -Foto Bernama
Amuk di JPM
PUTRAJAYA - Wanita yang terlibat dalam kejadian amuk di Jabatan Perdana Menteri (JPM) awal Julai lalu memakai topeng 'Power Rangers' warna merah bagi mengelak wajahnya dirakam media selepas selesai sebutan kesnya di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini.
Muhdalena Ahmad dilihat hadir ke mahkamah berbaju dan bertudung merah, ditemani bapanya, sempat menunjukkan isyarat keamanan ketika wajahnya cuba dirakam media.
Pada prosiding hari ini, mahkamah mengarahkan wanita itu, melantik peguam secepat mungkin.
Hakim Mohd Kafli Che Ali berkata, mahkamah memberi tempoh dalam masa satu bulan untuk dia melantik peguam supaya semua isu berkaitan dokumen-dokumen kes itu boleh diselesaikan sebelum tarikh bicara ditetapkan.
Mahkamah turut menetapkan tarikh 12 September depan untuk pengurusan kes berkenaan.
Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Siti Nor Mazrah Ahmad Din berkata, tertuduh perlu melantik peguam dan menyelesaikan segera perkara-perkara yang dipersetujui antara pihak pendakwaan dengan tertuduh sebelum perbicaraan.
Menurutnya, terdapat pindaan dalam kanun prosedur jenayah yang menyatakan, kes perbicaraan perlu dilaksanakan dalam tempoh 90 hari dari tarikh didakwa.
Pada 19 Julai lalu, Muhdalena Ahmad, 28, mengaku tidak bersalah atas dua tuduhan iaitu mengugut polis dan membawa pedang.
Prosiding pendakwaan ketika itu terpaksa dijalankan di Hospital Putrajaya kerana dia sedang dirawat selepas cedera dalam kejadian amuk berkenaan.
Bagi tuduhan pertama, dia didakwa melakukan ugutan jenayah dengan mengugut mendatangkan cedera parah kepada seorang anggota polis Ridzuan Megat Ahmad manakala bagi tuduhan kedua, dia didakwa membawa sebilah pedang.
Dia didakwa melakukan kedua-dua kesalahan itu di Kompleks B, JPM, Presint 1, Putrajaya kira-kira pukul 2.30 petang, 9 Julai lalu.
Kesalahan pertama didakwa mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara tujuh tahun atau didenda atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.
Bagi tuduhan kedua, dia didakwa mengikut Seksyen 7(1)(a) Akta Bahan-Bahan Kakisan dan Letupan dan Senjata Berbahaya 1958 yang membawa hukuman penjara dua tahun atau denda maksimum RM2,000 atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.
Dia diikat jamin RM10,000 bagi kedua-dua pertuduhan itu.
Pada kejadian tersebut, dia bersama dengan Khalil Afandi Hamid, 47, mengamuk di pekarangan Kompleks B, Jabatan Perdana Menteri di Putrajaya kira-kira jam 2.30 petang, namun Khalil mati ketika dalam perjalanan ke Hospital Putrajaya selepas terkena tembakan di tangan dan bahagian ari-ari, manakala Muhdalena turut terkena tembakan di paha kanan.
Tous les systèmes de Go! Je ne pense pas que j’aurais un emploi dans ce domaine. Ils occupent une place bien. Vous pouvez utiliser poker deluxe machine à gagner les initiés et l’influence gros bonnets. I, éventuellement, doit essayer nouvelles machines a sous demo. Voici comment faire le travail à domicile dollars avec votre deuces wild poker. Attendez de vous rencontrez ce que j’ai préparé pour vous. Ce n’est pas une chirurgie à la roquette. Il n’existe pratiquement pas de points de vue dans ce domaine de la pensée alambiquée. Cela ne s’applique pas seulement à cela.
Cela pourrait effectivement se multiplier mes efforts. Bien que, moi, personnellement, ne pas comprendre que stratégie boule devrait prendre une importance plus machine a piece jeux gratuit. Ce sont quelques revendications fermes. Avez-vous besoin de remuer à la recherche que si je suis pourri ? Voici ce que j’ai remarqué et il est assez mystique. Comment les intrus se procurer des coupons choicest jeux machine à sous gratuits ? Notez qu’il quelque part afin que vous ne l’oubliez pas. jeux de fille est d’avoir un impact profond sur les jeunes professionnels agréés. Je suppose que je suis en train d’écrire ces postes à long randonnées parce que je peux dire à votre devenir nerveux dans l’affaire de machine a sous logiciel. Les résultats ne vous laissera pas de doute sur la façon dont il est utile. Et peut-être, juste peut-être, il y aura un casino gratuit sans depot sans telechargement ou quelque chose comme ça puisque nous pas garder ce masque plus longtemps. L’élément le plus évident, vous remarquerez sur poker en ligne t sans inscription est que c’est le cas s’il y avait un moyen de créer plus tens or better video poker email efficacement. Vous savez, soit vous évier ou vous baigner. Je dois être très sélectif. Il se fait un peu plus frais. david benyamine est essentiel réel. Cercles, nous ne sommes pas plus au Kansas. Comment réaliser dilettantes horaires jeux machine a piece gratuit superbe ? C’est seulement une opération de glisser-déposer.
You are subscribed to email updates from Qaiyum To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
Sejak pakatan pembangkang mengambil alih kerajaan Selangor, negeri tersebut tidak pernah sunyi dari kecelaruan pentadbirannya yang serba serbi tidak kena.
Daripada hal sampah sarap yang berhari-hari berlonggok tidak diangkut, soal masa depan UNISEL yang terancam hinggalah masalah bekalan air bersih, pendek kata segalanya menjadi satu masalah rumit sedangkan tatkala zaman pemerintahan BN semuanya berjalan lancar tanpa celaru.
Segalanya berpunca dari sikap Menteri Besar, Khalid Ibrahim yang agak taksub untuk menonjolkan kebijaksanaan tapi yang lebih terserlah pula ialah bangangnya melampau kewarasan akal manusia.
Dalam hal bekalan air bersih misalnya, waktu heboh diperkatakan ramai risiko bekalan air bersih akan tergendala, kerajaan negeri pimpinan Khalid pula memusing tumpuan umum kepada paras air di empangan dan sungai yang masih penuh bagi menafikan keperluan menyiapkan segera projek Loji Rawatan Air Langat 2 (Langat 2).
Sedangkan tujuan dan keutamaan projek tersebut ialah untuk memastikan bekalan air bersih yang sudah dirawat sentiasa mencukupi untuk keperluan penduduk setelah mengambil kira kapasiti semasa loji-loji sedia ada yang semakin kritikal.
Orang ramai termasuklah sepupu sepapat MB Selangor mana ada yang minum dan guna air seharian dari sumber air mentah empangan atau sungai, semuanya sekarang bergantung penuh pada bekalan air bersih yang sudah menjalani proses rawatan di loji-loji rawatan air.
Tak cukup dengan alasan air penuh di empangan dan sungai, untuk mengukuhkan lagi langkah songsang kerajaan negeri menolak pembangunan projek Langat 2, dijadikan pula alasan pembinaan loji baru di Kuala Langat itu akan menyebabkan harga air naik mencanak sehingga 70%.
Sekali lagi ternampak bangang dan tak cerdiknya kepimpinan kerajaan PKR Selangor. Mereka cuba bersandar pada alasan karut yang seakan lojik tapi sebenarnya satu cubaan untuk menipu dan mengaburi mata rakyat.
Hakikatnya pembinaan loji Langat 2 tidakpun memerlukan tarif air naik mencanak sedemikian rupa kerana kos pembinaan loji Langat 2 sepenuhnya ditanggung oleh Kerajaan Persekutuan melalui pembiayaan Agensi Koperasi Antarabangsa Jepun (JICA).
Urusan mewartakan tarif air bukannya hak mutlak Kerajaan Pusat. Tanpa persetujuan kerajaan negeri, tiada sesiapa pun yang berhak untuk menentukan tarif air naik atau turun.
Demikian juga soal pemberian air percuma 20 meter padu, sekiranya ia mahu diteruskan juga selepas loji Langat 2 siap dibina, langsung tiada kaitan antara satu sama lain.
Jika rasa kantung kewangan negeri masih mampu untuk menanggung kos ratusan juta RM setiap tahun untuk pemberian air percuma itu, itu terpulang pada budi bicara kerajaan negeri.
Malah apabila sebuah loji baru di Sungai labu dengan keupayaan tambahan merawat dan membekalkan 45 JLH air bersih telah beroperasi Mac lalu dengan kos pembinaannya ditanggung sepenuhnya oleh kerajaan pusat, sampai sekarang pun tidak menyebabkan harga air naik.
Tiadapun penduduk Selangor di sekitar Sepang, Sungai Pelek, Bagan Lalang, Tanjung Sepat serta Kundang yang merungut tarif air mereka berubah naik tiba-tiba sebaliknya masing-masing berasa lega kerana bekalan air bersih semakin terjamin dengan siapnya loji baru itu.
Jelaslah sebenarnya polemik yang dicetuskan oleh kerajaan PKR Selangor dalam isu ini bukan sahaja untuk mengalih perhatian rakyat diatas kesilapan awal kerajaan negeri menolak pembangunan Langat 2, malah ianya satu penipuan nyata untuk menutup kegagalan pimpinan negeri dalam mengurus tadbir amanah yang diberikan oleh rakyat kepada mereka.
Banyak persoalan berlegar-legar di pemikiran kita, kenapa Dr Mahathir sewaktu memegang jawatan Perdana Menteri "menolak" hukum Hudud. Sedangkan kita sudah jelas ianya hukum Allah dan termaktub di dalam Al-Quran. Jadi di sini kita rungkaikan sedikit persoalan tersebut.
Undang-undang syariah terbahagi kepada tiga elemen iaitu :
Hudud
Qisas
Ta'zir
Dalam undang-undang syariah Malaysia, Qisas, Ta'zir dan Diat telah dilaksanakan kecuali Hudud. Mari kita lihat perbandingan antara Hudud, Qisas dan Ta'zir.
1. Hukum Hudud – Dari segi istilah Hudud ditakrifkan sebagai keseksaan yang telah ditetapkan oleh nas-nas Al-Quran dan As-Sunnah yang WAJIB dilaksanakan sebagai hak Allah S.W.T. Kadar hukumannya tidak boleh dipinda sama ada dikurang atau ditambah.
2. Qisas – Dari segi syarak, Qisas bererti hukuman yang ditetapkan oleh syarak melalui nas-nas Al-Quran dan hadis-hadis Rasulullah S.A.W. kerana kesalahan-kesalahan yang melibatkan hak individu.
Mengikut hukum Qisas seseorang penjenayah mesti diikuti dengan hukuman yang sama sepertimana dia lakukan ke atas mangsanya. Kalau ia membunuh maka dia mesti dihukum bunuh.
3. Diat – Diat adalah denda yang wajib dibayar kerana kesalahan jenayah sebagai ganti qisas.
Bagi jenayah membunuh dengan sengaja, ada dua hukuman iaitu Qisas atau Diat. Diat hanya boleh dilaksanakan jika dipersetujui oleh waris. Jika tidak, Qisas bunuh dikenakan.
Hukuman bagi jenayah Pembunuhan separuh sengaja dan pembunuhan tidak sengaja adalah Diat sahaja. Qisas tidak dikenakan.
4. Ta'zir – Dan segi istilah ialah hukuman yang dikenakan ke atas orang yang membuat kesalahan dan maksiat atau orang yang mencuaikan kewajipan yang tidak ditetapkan hukuman keseksaannya di dalam Al-Quran dan Hadis atau hukuman yang dikenakan ke atas orang yang melakukan jenayah yang telah ditetapkan keseksaannya, tetapi tidak cukup syarat bagi mengenakan keseksaan itu.
Kesalahan-kesalahan yang termasuk di bawah kategori ta'zir;
(a) Kesalahan-kesalahan hudud atau qisas yang tidak cukup bukti untuk dikenakan hukuman hudud atau qisas.
(b) Kesalahan-kesalahan khalwat, mencuri yang tidak cukup nisab dan sebagainya.
(c) Perbuatan-perbuatan yang boleh mengganggu ketenteraman awam seperti menipu, berjudi, rasuah, mengedar dan penyalahgunaan dadah.
Kerajaan Kelantan telah memperuntukan RM 500,000 untuk menyediakan draf Hudud.
Hudud juga telah diwartakan dan diluluskan di Kelantan. Namun, belum ada perlaksanaannya lagi. Walaupun begitu terdapat 3 versi Hudud yg berbeza dari segi fasal dan huraiannya.
Hudud adalah milik Allah, dan telah ditetapkan oleh Allah. Tetapi mengapa pula boleh berbeza-beza mengikut negeri-negeri yang berlainan?
Sehingga kini ada tiga versi hudud Pas yang masing-masing berbeza.
Pertama hudud Pas Kelantan yang bernama Enakmen Kanun Jenayah Syariah (II) 1993 mempunyai 72 fasal.
Kedua hudud Pas Terengganu yang dibentang dalam seminar pada 12 Mei 2002 bernama Draf Cadangan Undang-Undang Kesalahan Jenayah Syariah (Hudud dan Qisas) Terengganu mempunyai 74 fasal.
Ketiga Rang Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (EKJS) (Hudud dan Qisas) Terengganu 1423H/2002M yang mengandungi 67 fasal sahaja.
Mana satukah hudud yang sebenar antara ketiga-tiga hudud Pas itu?
Draf yang dibentangkan pada seminar di Kuala Terengganu 12 Mei 2002 ada Bughah (Fasal 23, 24 dan 25).
Sedangkan dalam EKJS (II) 1993 Kelantan dan rang yang diluluskan dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu pada 7-9 Julai 2002 tidak ada Bughah.
Mengapakah bughah diketepikan dalam kedua-dua undang-undang hudud itu? Draf Hudud oleh PAS didapati tidak memberi keadilan malah menzalimi rakyat.
Ini kerana Hudud dikatakan terpakai untuk orang Islam sahaja, sebagaimana petikan dlm surat Dr Mahathir (Tun Dr Mahathir) kepada Nik Aziz, yang menyatakan;
1. Jalan yang diambil oleh Kerajaan Pusat ini adalah juga berpandukan kapada kaedah yang terdapat dalam sistem pemerintahan Islam iaitu "tindakan pemerintahan adalah sentiasa bergantung kapada kepentingan ramai (maslahat umum)".
Penguatkuasaan kanun jenayah yang digubal oleh Kerajaan Pas di Kelantan, menurut kajian sehingga setakat ini tidak menampakkan dan tidak menyakinkan pakar-pakar perundangan Islam yang tidak mempunyai sebarang kepentingan politik bahawa ia selari dengan ajaran dan kehendak Islam sebagaimana yang telah diuruskan dengan bijaksana oleh Rasulullah SAW. dan para sahabat.
3. Tidak perlu bagi saya menyatakan disini betapa banyaknya terdapat ayat Al-Quran yang menegaskan tentang pentingnya keadilan dan lebih banyak bagi ayat-ayat yang mencela sebarang jenis kezaliman.
Di samping itu Al-Quran juga sentiasa menggesa supaya dielak daripada terjadinya huru-hara dan Allah sendiri sangat tidak gemarkan kapada mereka yang menyebabkan huru-hara berlaku.
Kita hanya bertindak balas terhadap sikap permusuhan dan serangan yang dilakukan terhadap kita. Di Malaysia, orang bukan Islam bukan sahaja tidak memusuhi kita tetapi mereka memberi kerjasama bahkan membantu kita dalam urusan-urusan yang bersangkutan dengan kegiatan dan amalan ajaran Islam.
4. Khusus mengenai undang-undang jenayah Pas di Kelantan, kajian awal menunjukkan dengan jelas bahawa undang-undang itu yang disediakan menerusi perjuangan sebuah parti politik ternyata bukan sahaja menyebabkan ketidakadilan akan berlaku tetapi, sebaliknya ia akan membawa kezaliman. Kebenaran kenyataan ini adalah berdasarkan kapada keterangan berikut:
(i) Dakwaan bahawa undang-undang ini akan dikuatkuasakan hanya di kalangan orang Islam sahaja dan tidak digunapakai untuk orang bukan Islam akan menyebabkan ketidakadilan dan kezaliman yang ketara berlaku.
Memang benar di zaman Nabi Muhammad SAW., orang Yahudi biasa dihukum di bawah undang-undang yang berada di dalam kitab Taurat mereka tetapi kitab Taurat mempunyai hukuman yang tidak berbedza dengan hukum-hukum dalam al Quran.
Mereka yang berzina umpamanya, akan dihukum rejam sama seperti hukuman terhadap jenayah yang sama bagi orang Islam. Justru itu tidak ada perbedzaan sama ada penjenayah dihukum di bawah undang-undang Islam atau Undang-undang Yahudi di zaman Nabi Muhammad SAW.
Tetapi terdapat perbezaan yang amat ketara di antara hukuman di bawah undang-undang yang ada sekarang dengan hukuman di bawah undang-undang jenayah yang dicadangkan oleh kerajaan Pas di Kelantan.
Menghukum orang Islam dengan lebih berat tetapi orang bukan Islam dengan amat ringan untuk jenayah yang sama atau jenayah dilakukan bersama amatlah tidak adil dan merupakan satu kezaliman, sedangkan undang-undang Pas akan menyebabkan ketidakadilan dan kezaliman berlaku, maka undang-undang Pas tidak boleh diterima sebagai undang-undang Islam atau secucuk dengan undang-undang Islam ataupun selaras dengan ajaran Islam. Ia sebenarnya tertentangan dengan Agama Islam.
5. Hukum Hudud Islam bertujuan untuk memberi keadilan kapada semua pihak. Ia bukanlah bertujuan untuk melakukan kezaliman. Undang-undang Pas jelas menunjukkan ketidakadilan dan kezaliman yang ketara akan berlaku.
Justeru itu undang-undang yang disediakan oleh Pas bukanlah undang-undang yang menepati ajaran Islam. Ia hanyalah undang-undang ciptaan Pas yang bertentangan dengan penekanan oleh agama Islam yang menuntut supaya menghukum secara adil dan menolak sebarang kezaliman.
Kerajaan Pusat akan sentiasa berpandu dan menerima ajaran-ajaran dan amalan Islam dari semua aspek tanpa diheret oleh kehendak organasasi politik yang mempunyai kepentingan yang lain daripada Islam dan kepentingannya.
6. Jika undang-undang Pas yang jelas mengandungi unsur-unsur ketidakadilan dikuatkuasakan dinegara ini, dan jika ia dikatakan itulah Hukum Hudud Islam maka umat Islam dan juga anggota masyarakat bukan Islam akan hilang kepercayaan Islam membawa keadilan untuk penganutnya.
Ia juga memberi gambaran yang buruk terhadap agama yang suci ini dan menjejaskan imej orang-orang Islam di kalangan penganut agama-agama yang lain. Ia tetap akan menyebabkan penganut agama lain menjauhkan diri daripada agama Islam dan menyebabkan orang yang berminat memeluk Islam menolaknya.
DR. MAHATHIR BIN MOHAMAD
15 Julai 1994
Permasalahan yang akan menjadi perkara pokok dalam hal hudud ini ialah perlantikan hakim. Dalam urusan pelantikan hakim terdapat dua percanggahan besar. Pertama tidak merujuk langsung kepada 15 syarat kelayakan menjadi hakim mengikut hukum syarak.
Yang kedua rang EKJS (Hudud dan Qisas) Terengganu tidak ada peruntukan khusus mengenai syarat-syarat kelayakan menjadi hakim. Sebaliknya sekadar disentuh secara tumpang dalam fasal 66 (1) Mahkamah Bicara Syariah Khas yang berbunyi "…daripada hakim Mahkamah Tinggi Syariah atau daripada seorang yang berkelulusan dan berkelayakan dilantik sebagai Hakim Mahkamah Tinggi Malaya."
Yang peliknya apa yang dibentangkan dalam seminar 12 Mei 2002, bulat-bulat Pas Terengganu mencedok fasal 68 EKJS (II) 1993 Kelantan menjadi fasal 70 dalam `Draf Cadangan' yang dibentang pada seminar di Kuala Terengganu. Tiba-tiba dalam rang yang diluluskan di DUN 7-9 Julai 2002 terus dibuang sahaja fasal berkenaan.
Apakah peruntukan fasal 68 EKJS (II) 1993 Kelantan itu tidak diiktiraf oleh Pas Terengganu? Tetapi harus diingat, apabila tidak mengikut syarat-syarat kelayakan dalam Islam maka seseorang hakim itu tidak sah melakukan perbicaraan.
Dengan itu seluruh proses Mahkamah Syariah Khas di bawah Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Hudud dan Qisas) Terengganu menjadi tidak sah.
Jadi, kesimpulannya di sini ialah, Hudud Allah dengan Hudud Pas berbeza. Pas mengubahsuai Hudud Allah supaya memberi manfaat kepada mereka dan mengatakan Hudud Pas adalah Hudud Allah. Mereka juga mendakwa, menolak Hukum Hudud PAS samalah seperti menolak Hudud Allah.
Hukum Hudud Allah tak boleh dipinda atau dikurangkan. Jika hitam, maka hitamlah, tidak boleh dicat putih ataupun kelabu.
Jelaslah Pas memperalatkan Agama Islam demi kepentingan politik. Kemudian menuduh UMNO kafir semata-mata kerana Tun Mahathir menolak Hudud Pas.
Diubahsuai daripada MyKMU.net
* Hudud bermaksud HAD atau Hukum. Jadi perkataan Hududullah bermaksud had-had yang ditetapkan Allah SWT atau Hukum Allah SWT. Hukum Allah SWT adalah bersifat sejagat yakni WAJIB dilaksanakan ke atas semua manusia! PAS pula membawa HUKUM HUDUD yang membawa maksud HUKUM-HUKUM dan hanya akan dilaksanakan ke atas orang Islam. Jadi, kenapa perlu kita sibuk memperjuangkan HUKUM-HUKUM yang bersifat berat sebelah berbanding HUKUM ALLAH yang MAHA ADIL?!!
Pengerusi Sekretariat Ulama Muda Malaysia (Ilmu), Fathul Bari Mat Jahaya memberikan empat sebab kenapa beliau menghantar surat rasmi kepada Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berhubung dengan isu hudud.
*Inilah wartawan Singapura yang sering dikesan dalam perhimpunan haram. Blogger-blogger yang turun buat liputan mesti pernah jumpa minah ni. Nak tahu betapa teruknya reporter Singapura spin cerita pasal Malaysia, boleh baca di blog http://gerakan-anti-pkr.blogspot.com/ yang selalu kantoikan laporan dari negara jiran.
Berita yang baru diterima dari Sabah memaklumkan, kegagalan Lajim membawa masuk YB-YB UMNO dan BN ke dalam Sabah Front dan seterusnya menyokong Anwar telah membuatkan Anwar kembali melenting dan membuli Lajim. Lajim gagal menarik YB Datuk Ghapur dan 4 ADUN UMNO, Lajim juga gagal menarik YB Bung, malah kegagalan Lajim menarik Datuk Osu Sukam, Datuk Hajiji, Datuk Karim Bujang, Datuk Datu Amir Kahar menyertai Anwar pada 12 Ogos yang lalu menunjukkan kelemahan Lajim yang membuatkan Anwar melenting. Mantan SU Lajim memberitahu kita bahawa Lajim telah diperdaya dan terpedaya, janji-janji Anwar untuk membawa masuk jutaan Ringgit ke dalam saku Lajim sebenarnya hanya janji. Kata Lajim, "bagaimana aku mau beli mereka jika wang yang Anwar janji tidak masuk?. Hanya air liur sapa mau masuk?" Akibat dari itu, Lajim telah menyampaikan kepada seorang wakil rakyat UMNO untuk kembali semula kepada BN, malangnya dengan syarat Ketua Menteri ditukar. "Aku bukan tentang DS Najib, kalau CM tukar, ini jam aku lompat balik sama BN, enda da hal bah". Bagaimana pandangan anda? * Laporan dari wakil mymassa di Kota Kinabalu.
You are subscribed to email updates from MyMassa To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
Jika sebelum ini bukan Husam Musa sahaja yang tunduk, malah Mursyidul Am PAS, Nik Aziz juga telah mula tunduk dengan DAP tentang hudud.
"Kita tidak payah tekan atau paksa untuk orang ramai terima undang-undang Allah, 20 atau 30 tahun lagi orang terima pun tidak apa. Hudud ini benda besar dan ia makan masa lama untuk dilaksanakan. Dulunya bila PAS sebut politik Islam, orang tidak boleh terima. Mereka kata mana ada politik Islam tapi bila kami memerintah atas Islam orang boleh terima begitu juga dengan hudud," kata Nik Aziz Nik Mat (Mursyidul Am PAS) pada 27 Disember 2008 di Kota Bharu.
Apakah kenyataan Nik Aziz ini dibuat semata-mata untuk menjaga hati DAP? Mengapa tidak kecam kembali Karpal dan Guan Eng yang terang-terangan tentang hudud dan pemerintahan Islam? Bagaimana nak buat cara Umar Abdul Aziz jika pemerintahan Islam pun telah ditolak oleh DAP. Buat tarian jalanan, i-Dance boleh pula.
Lim Kit Siang menganggap undang-undang hudud dan qisas bukan dasar perjuangan Pakatan Rakyat. "Hukum hudud bukan menjadi dasar DAP dan Pakatan Rakyat," katanya di Kuala Terengganu, semasa hari penamaan calon pada 6 Januari 2008.
Sekali lagi, Kit Siang mahu menunjuk belang berkaitan isu hudud. Adakah Mohd Abdul Wahid Endut berani mengecam kembali Kit Siang tentang isu hudud ini? Kenapa PAS takut dan tunduk dengan DAP seolah-olah pak turut kaldai kepada DAP? DAP berkata yang bukan-bukan, PAS tetap mengiyakan sahaja.
Untuk menutup malu PAS, maka siapa lagi "scapegoat" kalau bukan UMNO yang menjadi bahan kempen murahan PAS.. tak kira kenyataan baik dari ketua mereka mahupun dari tukang bawa beg, bunyinya sama sahaja.
Hukum Hudud bukanlah sesuatu yang baru dalam jajaan PAS dalam arena politik Malaysia. Sejak daripada tahun-tahun awal penubuhan PAS, Hudud dijadikan sebagai agenda utama PAS sekiranya PAS memerintah negara. Bagi PAS, ia adalah yang mesti direalisasikan walau apa keadaan sekalipun. Namun sampai ke hari ini, PAS masih lagi gagal memenangi hati masyarakat Malaysia khususnya daripada pakatan politik mereka DAP dan PKR.
Persoalannya, bila PAS nak memerintah negara? Apakah PAS akan berjaya melaksanakan hukum tersebut bila mereka memerintah kelak? Kenapa PAS tak mahu laksanakan hukum hudud di tiga negeri yang dikuasai mereka khususnya di Kelantan yang telah lama mereka kuasai? Dengan bersandarkan ALASAN apabila "memerintah negara" maka penipuan mereka sudah terserlah.
Secara realitinya sekarang apabila KEDAH dan KELANTAN bertopeng PAS masih tidak mampu melaksanakan hukum Hudud. Jika benar-benar PAS ikhlas dalam memperjuangkan syiar Islam. Inilah masanya untuk PAS merealisasikan hukum HUDUD sebagai utama sebagai permulaan. Persoalannya kenapa tidak berani melaksanakannya?
Permintaan PAS kini Allah telah makburkan sebagai ujian untuk memerintah sebagai KETUA kepada 2 negeri sebagai ukuran, kenapa ingkar? Kenapa masih berdolak-dalik? Kenapa menuduh UMNO? Rakyat yang beragama Islam kini pasti mencabar PAS (kononnya meletakkan Islam sebagai perkara utama) supaya melaksanakan hukum HUDUD, tetapi kini PAS seolah dayus apabila berhadapan dengan DAP dan PKR. Adakah PAS bertuhankan DAP dan PKR atau ALLAH yang Maha Esa?
Hudud Sebagai Isu Pilihanraya
Seperti yang dinyatakan bahawa PAS sejak dahulu lagi akan memainkan atau membawa perkara ini dalam setiap pilihanraya tak kira PRU mahupun PR kecil. Ia adalah salah satu perkara yang terkandung dalam manifesto PAS. Nik Aziz dan Haji Hadi telah banyak kali menyatakan bahawa hudud menjadi teras utama bagi PAS sekiranya PAS menang pilihanraya.
Ia bukannya jajaan semasa kempen pilihanraya sahaja. Ia adalah tuntutan yang berterusan dan hasrat yang tidak boleh diketepikan daripada perjuangan PAS. Bagi Menteri Besar Kedah, Azizan, beliau menyatakan bahawa hudud adalah isu yang dibawa untuk kempen pilihanraya. Walaupun nada berbeza, PAS tetap menjadikan hudud sebagai bahan utama dalam kempen pilihanraya dan akan melaksanakannya sekiranya mereka memerintah kelak.
Apa yang boleh disimpulkan di sini adalah sama ada berjaya atau tidak mereka merealisasikan hasrat tersebut, bagi PAS mereka akan tetap meletakkan hudud sebagai "senjata lelongan" bagi menawan hati pengundi Islam khususnya yang berbangsa Melayu dalam setiap kempen pilihanraya kerana ia adalah platform terbaik bagi mereka memancing undi dan sokongan.
Kini PAS telah berjaya memerintah di dua negeri; Kelantan dan Kedah walaupun terpaksa bersekongkol dengan DAP dan PKR sebagai salah satu strategi politik mereka. Namun apa yang nyata, kedua-dua "rakan politik" mereka tidak bersetuju dengan hasrat PAS. Jadi adakah mereka ini sebagai KETUA pemerintah negeri atau balaci 'pion' DAP?
Hukum Hudud PAS tidak mendapat sokongan daripada DAP dan PKR. Kenyataan-kenyataan pedas dan amaran keras khususnya daripada Lim Kit Siang, Karpal Singh dan beberapa orang kanan DAP bahawa PAS jangan cuba membawa isu hukum hudud kerana dalam perbincangan mereka tidak pernah timbul.
Anwar Ibrahim pula telah berkali-kali diminta untuk memberikan pendirian beliau dan PKR mengenai perkara ini oleh Karpal dan DAP. Beliau tetap membisu seribu bahasa kerana beliau tahu perjuangan PKR adalah lebih mirip kepada DAP - bukan untuk orang Islam atau Melayu. Tambahan pula PKR adalah wadah bagi beliau merealisasikan hasrat beliau untuk jadi PM Malaysia.
Sekiranya sokong hasrat PAS, beliau takut akan kehilangan sokongan daripada bukan Melayu dalam DAP dan PKR. Sekiranya menyatakan sokongan kepada DAP, maka beliau akan kehilangan kepercayaan sebahagian sokongan pengikut Melayu dalam PKR dan ditolak oleh orang PAS.
Maka jelaslah kepada kita bahawa pakatan pembangkang adalah sesuatu yang "superficial" sahaja. Pakatan mereka lebih berbentuk individualistik. Dengan kata lain, hanya untuk menjayakan hasrat parti masing-masing. Pakatan yang tidak sempurna ini hanya untuk mengaburi mata rakyat, sedangkan pada dasarnya, mereka tidak pernah lupa bahawa parti-parti dalam pakatan mereka juga merupakan musuh politik yang perlu diawasi dan dikawal tindak tanduknya.
Suara-suara rasa tidak senang di kalangan mereka acap kali kedengaran. Walaupun dalam mesyuarat pakatan nampaknya seolah-olah mereka bersetuju untuk membantu satu sama lain namun dalam mesyuarat parti masing-masing, lain pula ceritanya.
UMNO Tak Bantah Hudud
Amat menghairankan pula, UMNO tidak pernah menyatakan tidak menyokong unjuran PAS untuk melaksanakan hukum Hudud. Malahan UMNO pernah menyuarakan agar PAS melaksanakan hukum tersebut di negeri Kelantan suatu ketika dahulu. Sekiranya PAS dapat menjayakannya, tidak mustahil bagi UMNO khususnya dan BN amnya akan mengikut jejak PAS.
Namun maklum balas daripada PAS melalui Nik Aziz Nik Mat dan Haji Abdul Hadi Awang telah memberikan alasan bahawa PAS tidak dapat melaksanakannya kerana belum menguasai kerajaan sepenuhnya. Kemana letaknya slogan "Serambi Mekah" yang dilaungkan?
Tetapi apa yang lebih mengejutkan, PAS beriya-iya marahkan UMNO, kononnya halang hudud untuk dilaksanakan tetapi berlembut dengan DAP dan PKR yang secara terang-terangan menentang perlaksanaan hudud. Langkah berlembut ini kononnya nak jaga hati "rakan politik" dalam pakatan pembangkang walaupun terpaksa menggadai kepercayaan penyokong fanatik PAS dan prinsip perjuangan mereka.
Selain daripada PAS menuduh UMNO menolak Hukum Hudud, maka timbul pula tuduhan lain yang tak kurang pentingnya untuk PAS, iaitu menuduh UMNO hendak membuangkan Islam. Tuduhan ini dibuat oleh pemimpin-pemimpin dan ahli-ahli PAS berikutan satu cadangan yang dikemukan oleh para perwakilan UMNO di Perhimpunan Agong parti pada 18, 19 dan 20 November 1994, supaya kerajaan mengharamkan perkataan Islam yang dinamakan kepada parti PAS.
Cadangan ini dikemukakan iaitu berdasarkan pandangan bahawa menamakan Islam kepada sebuah pertubuhan politik itu adalah suatu perbuatan menghina dan mengotori kesucian Islam kerana Islam itu adalah satu agama (addiin) yang diciptakan oleh ALLAH S.W.T melalui kitab AL-QURAN kepada junjungan Besar Nabi Muhammad S.A.W yang tidak ada tolok bandingnya sebagaimana firman ALLAH S.W.T. dalam AL-QURAN Surah Al Imran ayat 19 bermaksud "Sesungguhnya agama disisi ALLAH ialah Islam". Sedangkan parti politik ialah merupakan suatu badan yang mengandungi peraturan dan undang-undang yang dicipta oleh manusia, di dalamnya menjelma berbagai-bagai sikap dan perilaku manusia untuk mendapatkan pengaruh dan kuasa.
Kalaulah Islam dicampur aduk dan dinamakan kepada sebuah pertubuhan politik maka ianya boleh diibaratkan sebiji permata yang dicampakkan ke dalam lumpur sehingga menyebabkan orang tidak mengenali permata itu kecuali mereka yang benar-benar ahli, demikian juga Islam sebagai agama (Addiin) yang maha suci, kalaulah perkataan Islam itu dinamakan kepada sebuah parti politik seperti PAS yang kita kenali sekarang ini, maka jelas ianya terpesong dan mengelirukan akidah umat Islam.
Bukan akidah orang-orang yang berkelulusan Al-Azhar yang menjadi pemimpin PAS, tetapi akidah umat Islam di kampung-kampung seperti di Kelantan dan Terengganu yang tidak mendalami Islam hanya setakat tahu sembahyang dan puasa.
Oleh kerana itulah tidak ada sebuah pertubuhan politik pun dalam dunia Islam yang menamakan Islam terus kepada pertubuhan itu, umpamanya di Mesir dinamakan "Ikhwanul Muslimin", di Pakistan "Jamiatul Islamiah", di Indonesia "Mahsumi" yakni Majlis Syura umat Islam Indonesia kecuali di Malaysia iaitu PAS (Parti Islam Semalaysia).
Oleh yang demikian janganlah terperanjat kalau kalau ada umat Islam di negara ini yang meletakkan lambang PAS di tempat sujud sembahyang, di masjid, di surau, di bilik sembahyang dan mengatakan PAS itu Islam, Islam itu PAS, serta menuduh kapir kepada umat Islam yang tidak menyokong PAS, melakukan pernikahan dua kali, tidak menunaikan fardhu Jumaat beberapa ketika kerana Imam di kampungnya menyokong UMNO dan bermacam-macam peristiwa lagi.
Atas dasar untuk memelihara kesucian Islam dan mengelakkan daripada kekeliruan inilah maka cadangan untuk mengharamkan perkataan Islam kepada parti PAS dikemukakan di Perhimpunan Agung UMNO dahulu, tetapi oleh kerana kepentingan politik dan muslihat-muslihat tertentu PAS maka pemimpin dan ahli-ahlinya telah memutarbelitkan cadangan itu serta menuduh UMNO hendak membuang Islam.
Tuduhan ini disebarluaskan ke seluruh negara sebagai isu politik PAS dan yang lebih mendukacitakan PAS telah mempolitikkan ibadat puasa dan sembahyang hajat dengan maksud bermunajat kepada Allah swt bagi menentang golongan yang mahu membuangkan Islam.
Sebenarnya tidak ada siapa yang boleh membuangkan Islam, hanya yang boleh sekadar untuk menjatuhkan maruah Islam dan memporak perandakan umatnya dan orang yang boleh melakukan semua ialah orang yang bertindak kasar tidak menurut cara dan tata tertib Islam seperti parti pembangkang Melayu yang kita kenali kini. Cara parti itu sangat-sangat bercanggah dengan tuntutan AL-Quran 42:13 yang bermaksud "Tegakkanlah agama (Islam) jangan (haram) berpecah belah padanya".
Oleh itu tuduhan yang mengatakan UMNO hendak membuang Islam itu adalah amat sukar untuk diterima oleh umat Islam yang berpandangan waras, ianya hanya sekadar untuk menimbulkan perasaan buruk sangka dan permusuhan umat Islam sesama umat Islam yang tidak memahami sejarah, kerana umum diketahui bahawa lahirnya UMNO pada tahun 1946 itu adalah umtuk membela umat Melayu dan Islam negara ini angkara dasar penjajah Malayan Union yang akan menghakiskan ketuanan Melayu dan agama Islam dan dinyatakan bahawa penubuhan parti itu antara lain untuk menegak, mempertahan dan mengembangkan Islam di negara ini.
Justeru itulah tidak ada siapa pun yang boleh menafikan bahawa pembangunan dan kemajuan Islam yang kita saksikan pada hari ini sehingga Malaysia menjadi contoh kepada negara-negara Islam yang lain adalah hasil daripada perjuangan UMNO yang memerintah sejak merdeka lagi, bukan hasil perjuangan PAS, walaupun pembangunan dan kemajuan itu terdapat juga kelemahan dan kekurangan di sana sini, itu adalah perkara biasa kerana yang melakukan adalah manusia dan manusia tidak seratus peratus sempurna.
Oleh yang demikian tidaklah keterlaluan kalau kita menyatakan bahawa terhalangnya sedikit sebanyak kelancaran pembangunan baik di bidang ekonomi maupun agama di negara ini adalah angkara sikap dan tindak tanduk PAS yang lebih mementingkan politiknya daripada pembangunan itu, umpamanya penubuhan Bank Islam yang dilancarkan oleh kerajaan pada 1984, PAS awal-awal lagi telah menuduh dan memfitnah penubuhan bank itu dengan mengatakan ia hanya sebagai kulit yang tidak memberi erti apa-apa.
Tuduhan dan fitnah itu sudah belum tentu dapat melemahkan semangat orang ramai khasnya umat Islam untuk memberi sokongan terhadap kewujudan bank itu, sehingga perkembangannya tidak secepat yang dijangka, sedangkan penubuhan bank itu, penubuhan bank itu adalah sebagai asas untuk melaksanakan pengurusan ekonomi dan kewangan Islam pada keseluruhannya, demikian jugalah pembangunan-pembangunan Islam yang lain.
Di sini jelaslah bahawa tuduhan PAS terhadap UMNO hendak membuangkan Islam itu adalah palsu dan putar belit belaka, sebaliknya cara dan tindakan PAS yang bertopengkan Islam itulah yang akan melemah dan memporak perandakan Islam, hanya orang yang melampau, dungu, mistik dan tidak faham politik saja yang menyokong PAS.
Dalam usahanya untuk menimbulkan kebencian kepada UMNO dan pemimpinnya, PAS pernah mendakwa mantan Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad menolak ulama.
Seperti biasa ahli-ahli PAS dan pemimpin-pemimpinnya menerima dakwaan ini dengan begitu mudah dan terus membencikan UMNO dan pemimpinnya. Demikianlah kebencian ini sehingga mereka tidak lagi boleh menerima sebarang penjelasan berkenaan dengan benar atau tidak tuduhan yang keterlaluan ini. Namun yang benar mesti dipertahankan juga jika agama Islam dan perpaduan serta kekuatan umat Islam hendak diwujudkan seperti yang diajar oleh agama Islam yang suci.
Mengikut hadis yang selalu disebut oleh ramai daripada mereka yang berpelajaran agama, ulama adalah pewaris Nabi. Makna pewaris tidak begitu jelas. Apakah oleh kerana ulama menjadi pewaris Nabi maka segala kenyataan yang dibuat oleh ulama adalah setaraf dengan hadis dan sunah Nabi?
Jika ya, maka apakah kenyataan dan perbuatan yang dilakukan oleh ulama menjadi sebahagian daripada ajaran agama Islam yang tidak boleh dipertikaikan seperti mana al-Quran dan hadis-hadis Nabi yang sahih tidak boleh dipertikaikan? Apakah dengan ini umat Islam perlu menerima ulama sebagai setaraf dengan Rasulullah.
Jika ya, maka apakah ini bermakna bahawa Nabi Muhammad s.a.w bukanlah Nabi yang terakhir, bahawa selagi ada orang yang diberi gelaran ulama maka selama itulah akan ada nabi-nabi dalam Islam?
Penulis tidak fikir ulama zaman ini yang sering mendakwa bahawa mereka adalah pewaris Nabi bermaksud bahawa ulama adalah setaraf dengan Nabi atau adalah Nabi. Agama Islam amat jelas dan tegas bahawa Nabi Muhammad s.a.w adalah Nabi yang terakhir yang menjadi Rasulullah dan tidak akan ada lagi Nabi selepas Nabi Muhammad s.a.w. Seperti juga kita tidak boleh menyekutukan Allah s.w.t. kita tidak boleh menyamakan sesiapa lain selepas Nabi Muhammad s.a.w sebagai sekutunya.
Jika ulama bukan Nabi atau setaraf dengan Nabi maka mereka tentulah tidak maksum dan ajaran mereka tidak semestinya benar. Mereka boleh buat salah dan ajaran mereka boleh ditolak. Ini bermakna mereka yang diiktiraf oleh masyarakat sebagai ulama juga tidak semestinya betul dalam ajaran mereka dan tafsiran yang dibuat oleh mereka.
Orang lain, ulama lain boleh mempertikaikan ajaran mereka dan mereka yang mempertikaikan ajaran seseorang ulama tidaklah boleh dianggap sebagai menolak ajaran Islam atau menjadi tidak Islam. Sebab itu kita mempunyai berbagai-bagai mazhab mengikut ajaran ulama-ulama tertentu.
Walaupun kita akui bahawa ulama adalah pewaris Nabi tetapi mereka bukan Nabi dan bukan memiliki sifat-sifat Nabi, namun gelaran ulama masih juga menjadi satu gelaran yang mulia dan mereka yang menjadi ulama perlu diiktiraf sebagai pakar dalam bidang agama, dan pendapat mereka perlu dihormati dan tidak ditolak atau dipertikaikan dengan sewenang-wenangnya.
Memandangkan bahawa ulama adalah orang yang dimuliakan oleh umat Islam, dan sifat-sifat yang ada pada mereka adalah mulia, siapakah yang layak digelar ulama? Bolehkah kita memberi gelaran ini kepada sesiapa sahaja? Bolehkah kita terima tanpa soal siapa sahaja yang mendakwa dirinya sebagai ulama dengan tidak meneliti asas-asas dakwaannya?
Bolehkah kita iktiraf sijil atau keahlian dalam pertubuhan tertentu sebagai kelayakan untuk digelar ulama? Bolehkah kita dengan begitu mudah mengakui seseorang itu adalah pewaris Nabi, semata-mata kerana ia, dan mungkin juga orang-orang yang mempunyai kepentingan yang sama, mendakwa bahawa ia adalah seorang ulama?
Dalam sejarah Islam terdapat ramai juga tokoh yang diberi gelaran ulama. Keempat-empat imam Ahli Sunah Waljamaah iaitu Imam Shafie, Imam Hanafi, Imam Hambali dan Imam Maliki diiktiraf oleh semua orang Islam Sunni sebagai ulama.
Demikian juga mereka yang mengkaji dan memperakui hadis-hadis Nabi seperti Bukhari, Muslim, Tarmizi dan lain-lain diterima oleh umat Islam sebagai ulama. Mereka ini mendapat gelaran ulama kerana pengetahuan mereka yang begitu mendalam berkenaan dengan agama Islam dan kemampuan mereka mempertahankan pendapat mereka tentang ajaran Islam.
Mereka juga menjangkau usia yang tinggi sebelum ajaran mereka diterima oleh pengikut-pengikut. Pada ketika itu barulah mereka diberi gelaran ulama secara konsensus oleh masyarakat semasa. Tidak ada sukatan terhadap taraf pelajaran mereka yang dibuat. Tidak ada sijil ulama yang diberi. Yang berlaku hanyalah umat Islam ketika itu dan kemudiannya menerima mereka sebagai ulama.
Mereka ini hanya didorong oleh kepentingan agama Islam. Mereka tidak dipengaruhi oleh kepentingan-kepentingan lain, termasuk kepentingan politik. Mereka bukan ahli mana-mana parti politik dan dengan itu tidak mempunyai keperluan mempertahankan politik parti mereka atau pun ahli-ahli parti mereka. Mereka inilah ulama Islam yang sebenar-benarnya.
Hari ini sesiapa sahaja boleh diberi gelaran ulama. Bahkan mereka yang menggelarkan diri sebagai ulama mempunyai persatuan yang mana ini tidak pernah diadakan di zaman silam. Sesiapa yang menjadi ahli dalam persatuan ini kononnya menjadi ulama dan pewaris Nabi.
Dengan ini amatlah mudah bagi seseorang menjadi pewaris Nabi. Syarat untuk menjadi ahli persatuan dan dengan itu menjadi pewaris Nabi tidak dijelas kepada umum oleh persatuan.
Mereka yang mempunyai kepentingan-kepentingan lain, umpamanya kepentingan politik juga boleh mendakwa diri mereka sebagai ulama. Dan mereka juga percaya dan mahu masyarakat menerima mereka sebagai pewaris nabi. Segala dakwaan dan tafsiran agama yang dibuat oleh mereka tidak boleh ditolak, disoal atau dipertikaikan. Walaupun amat jelas yang dakwaan mereka adalah bertentangan dengan ajaran Islam, ia tidak boleh ditolak atau dipertikaikan.
Demikian apabila seorang yang mendakwa dirinya sebagai ulama, membuat kenyataan bahawa Tuhan mencarut, mengguna perkataan yang kotor yang manusia yang beradab dan beradat tidak sanggup menggunanya, maka dakwaan 'ulama' ini tidak ditolak atau dipertikaikan.
Sesiapa yang mempertikaikan kenyataan ini dituduh sebagai antiulama, tidak percaya kepada tokoh yang digelar ulama dan tidak menerima bahawa ulama adalah pewaris Nabi. Ada juga mereka yang mendakwa bahawa orang yang seperti ini tidak Islam dan harus dibenci. Jika kita tidak boleh menerima semua yang mendakwa diri mereka sebagai ulama di zaman ini di Malaysia, siapakah yang boleh kita terima sebagai ulama dan pewaris Nabi?
Seperti juga di zaman dahulu tokoh agama yang boleh kita terima sebagai ulama ialah orang yang betul-betul alim dalam bidang agama Islam yang tidak ada kepentingan lain selain daripada perasaan bertanggungjawab terhadap kesahihan dan kebenaran ajaran agama Islam.
Orang yang seperti ini berani mempertahankan kebenaran ajaran yang dibuat olehnya dengan alasan yang boleh diterima akal dan berasas kepada al-Quran dan hadis nabi yang sahih. Orang seperti ini juga berani menegur dan membetulkan segala ajaran dan tafsiran yang salah berkenaan agama Islam yang dibuat oleh sesiapa sahaja, termasuk mereka yang mendakwa diri sendiri sebagai ulama. Orang seperti ini akan memberi alasan yang kukuh yang berasas dan berpunca daripada al-Quran dan hadis Nabi yang sahih.
Orang seperti ini tidak akan membenarkan diri dipengaruhi dengan kepentingan diri, dengan kepentingan orang-orang yang mendakwa diri mereka sebagai ulama, dengan kepentingan politik sesiapa, bahkan tidak takut kepada apa-apa tindakan yang mungkin diambil terhadapnya oleh sesiapa, sama ada pemerintah atau bukan pemerintah.
Jika kita terima hanya orang yang seperti ini sebagai ulama yang sebenar maka sudah tentu ramai daripada orang yang mendakwa diri mereka sebagai ulama, dan ramai pengikut yang taksub kepada mereka ini akan kecewa dan marah. Tetapi kemarahan mereka tidak boleh ditakuti oleh orang Islam yang betul-betul berpegang kepada agama Islam yang sebenar.
Janganlah kerana takut kepada orang tertentu dan kerana kepentingan diri atau politik maka orang yang bukan ulama diterima sebagai ulama dan ajaran atau tafsiran mereka diterima secara membuta-tuli. Jika ini dibuat maka akan rosaklah agama Islam yang suci dan akan berpecah dan bermusuh-musuhanlah orang Islam sesama sendiri.
Walaupun orang yang taksub dengan ajaran orang tertentu sehingga sebarang penjelasan berkenaan dengan siapa dianya ulama dan siapa bukan tidak akan diterima, namun penjelasan perlu dibuat juga. Kita sudahpun menyaksikan bagaimana seorang yang mendakwa dirinya sebagai Imam Mahadi telah berjaya mengumpul penyokong yang amat setia kepadanya sehingga mereka sesat dan akidah mereka diragukan.
Jika kita tidak ingin melihat orang-orang Islam menjadi sesat kerana terlalu taksub dengan 'ulama' yang berkepentingan lain, maka kita perlu menjelaskan berkali-kali tentang siapa dianya ulama dan apakah yang dimaksudkan dengan 'pewaris' Nabi. Mudah-mudahan akan terselamatlah umat Islam di negara ini daripada kesesatan.
Perbezaan fahaman politik dan ideologi tidak dengan sendirinya akan merosakkan akidah. Tetapi apabila politik dan ideologi dikaitkan secara langsung dengan agama Islam maka agama yang sebenar akan menjadi mangsa. Oleh itu janganlah kita dengan mudahnya menerima siapa sahaja sebagai ulama dan pewaris nabi dan kita membenarkan diri kita disesatkan oleh mereka.
Wallahuallam.
Suara Politik Taminsari
You are subscribed to email updates from Belantan To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
KUALA LUMPUR - Para pengguna twitter di Malaysia bakal mencipta rekod dunia melalui Perhimpunan Jelajah Janji Ditepati sempena sambutan ulang tahun kemerdekaan negara yang ke-55 pada 31 Ogos ini.
Kempen anjuran Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan yang bertujuan mempromosikan penggunaan twitter di kalangan rakyat Malaysia serta mengumpulkan 10,000 pengguna twitter bersama Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di Stadium Nasional Bukit Jalil jumaat ini bakal dicatatkan sebagai 'Perhimpunan Pengguna Twitter Terbesar Dunia' dan 'Tweets Terbanyak Dalam Masa 1 Jam' dalam Malaysia Book of Records.
Artis-artis popular tanahair seperti Fizo Omar, Lisa Surihani, Elfira Loy, Mia Sara Nasuha, Remy Ishak, Iqram Dinzly, Kamal Adli, Intan Ladyana, Adi Putra, Scha Al Yahya, Awal Ashaari, Kenchana Devi, Yana Samsudin, Amber Chia, Shaheizy Sam, Johan Asari dan ramai lagi akan turut serta bersama pengguna twitter untuk menulis tweet sempena hari merdeka.
Para pengguna twitter yang menyertai kempen 'tweet #Merdeka55' ini turut berpeluang memenangi hadiah utama cabutan bertuah iaitu sebuah Proton Preve serta pelbagai hadiah menarik menghantar satu 'tweet' berasaskan patrotik dan kemerdekaan ke akaun twitter milik Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak (@NajibRazak).
Selain itu, pihak RapidKL turut bersama menjayakan sambutan kemerdekaan dengan memberikan perkhidmatan LRT secara percuma serta dilanjutkan waktu operasi selama dua malam berturut-turut bermula khamis ini bagi membolehkan warga kota menuju ke Bukit Jalil bagi meraikan kemeriahan sambutan pada 31 Ogos ini.
Layari laman rasmi 'Tweet #Merdeka55' di http://twtupmerdeka.blogspot.com atau ikuti laman twitter mereka @twtupMerdeka untuk sebarang keterangan lanjut.
The spat between PKR and DAP in Penang has now worsen with the state PKR information chief Johari Kassim calling for suspension of those who attended the meeting which minutes were leaked, revealing the dissatisfaction of Mansor Othman towards Lim Guan Eng.
The minutes also revealed Guan Eng wish to have Chinese contesting PKR state seats instead of who PKR leadership feels can win the seats, giving the assumption that PKR plays second-fiddle to Guan Eng in Penang, not equal level.
While the Malays in PKR should start thinking what are they in for, Mansor himself, if he has any feeling about his own dignity and possessing a Malay heart, should take a bold step by just quitting the party and stand on his own.
This action will bring him back his self dignity and the bad perception by the Malays at large after he appeared at a press conference flanked by Guan Eng who sat there without saying a word to make sure that Mansor eat the words that were written in the minutes.
And Mansor, like the slave he is now, did just that to please Guan Eng but he has no idea that in reality Guan Eng does not trust him anymore after what had happened.
Putting Mansor to shame and strip him of his dignity is Guan Eng aim in wanting to stay dominant in Penang and positioning DAP above the rest of the PR parties.
Succeeded in his game, now Penang PKR is facing problem from within Johari Kassim calling on the party leadership to suspend those who attended the meeting to find out who leaked the minutes.
Those who attended the meeting were state deputy chief and Batu Kawan division chief Law Choo Kiang; Bukit Bendera division deputy chief Felix Ooi; Bayan Baru deputy chairman Tan Seng Keat; 2004 candidate for Bayan Baru parliament seat Raymond Ong; Tanjung Youth chief Ng Chek Siang; Batu Uban branch chief Cheah Peng Guan and Mansor assistant John Ooi.
So just think where actually Johari is getting at some Chinese in PKR are selling information to DAP leaders or in short Johari is saying do not trust the Chinese in PKR.
Will the PKR leadership listen to Johari or help Mansor in bringing back his dignity after being ripped naked?
The answer is of course no because PKR chief Anwar Ibrahim is only interested in becoming the Prime Minister and he cannot achieve his aim without the support of DAP and PAS.
So he could not care less what happens to his people so long as he receives the support to be the Prime Minister.
So it is better now for the Malays in Penang PKR to rethink their position and their struggles for the word reformasi is already lost in the forests of politics and what is left now is their conscience a Malay or a sell out.
Tweet Merdeka adalah satu program anjuran JASA di bawah Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan sempena dengan Sambutan Hari Merdeka Ke-55 yang bakal dianjurkan pada 31 Ogos 2012 di Stadium Nasional Bukit Jalil.
Apakah Matlamat Tweet Merdeka?
Tweet Merdeka bertujuan untuk memecahkan rekod dunia dan menempa rekod baru di dalam Malaysia Book of Records berdasarkan kepada 2 kategori yang berikut:
A. Perhimpunan Pengguna Twitter Terbesar di Dunia
B. Jumlah Tweet Terbanyak dalam Tempoh 1 Jam Dengan Menggunakan Hashtag
Apakah Sasaran Tweet Merdeka Untuk Memecahkan Rekod Tersebut?
Untuk melayakkan Tweet Merdeka untuk menempa rekod baru di Malaysia Book of Records, Tweet Merdeka perlu mendapatkan sekurang-kurangnya:
A. 10,000 pengguna Twitter
B. 20,000 tweets dalam masa 1 jam menggunakan hashtag #Merdeka55
Siapa Boleh Sertai?
Sesiapa sahaja yang mempunyai akaun Twitter. Sekiranya anda belum lagi mempunyai akaun Twitter, masih sempat lagi untuk anda mendaftar di Twitter.com
2. Hadir pada hari kejadian dan sahkan pendaftaran anda di kaunter pendaftaran. (Seperti rajah A)
RAJAH A
3. Pastikan anda menerima tag peserta beserta nombor siri, t-shirt Tweet Merdeka (selagi stok masih ada), topi Tweet Merdeka (selagi stok masih ada) dan lain-lain yang ada di dalam beg goodies.
4. Masuk ke dalam Stadium dan duduk di kawasan yang telah ditetapkan untuk program Tweet Merdeka. (Seperti rajah A)
5. Pengiraan peserta akan dibuat berdasarkan pengesahan yang dibuat di kaunter pendaftaran sehingga jam 8.00 malam.
6. Peserta akan turut serta menulis tweet untuk kategori B.
Nota tambahan: Peserta dinasihatkan hadir sebelum jam 6.00 ptg bagi mengelakkan kesesakan di pendaftaran.
Untuk kategori B:
1. Pada hari kejadian, tepat jam 8.15 malam, kesemua pengguna Twitter tidak kira di stadium ataupun di mana sahaja akan memulakan Tweet Merdeka dengan menulis tweet.
2. Perkara yang perlu ada di dalam tweet anda untuk melayakkan kiraan untuk kategori B adalah #Merdeka55 dan @NajibRazak. cth:
"Bersama kita jayakan #Merdeka55 bersama @NajibRazak"
3. Tweet Merdeka akan berlangsung selama 1 jam sehingga jam 9.15 malam.
4. Pengumuman akan dibuat setelah 1 jam.
Apakah Tarikan Lain Yang Ada Semasa Program Tweet Merdeka?
1. Selebriti tempatan seperti Fizo Omar, Lisa Surihani, Elfira Loy, Mia Sara Nasuha, Remy Ishak, Iqram Dinzly, Kamal Adli, Intan Ladyana, Adi Putra, Scha Al Yahya, Awal Ashaari, Kenchana Devi, Yana Samsudin, Amber Chia, Shaheizy Sam, Johan Asari dan ramai lagi akan turut serta bersama peserta di Stadium dan juga menulis tweet pada hari kejadian.
2. ****Cabutan bertuah yang sangat lumayan seperti Iphone 4s, New Ipad, Macbook, Blackberry Curve, dan banyak lagi termasuk sebuah kereta Proton Preve. Belum dapat dipastikan lagi!!!****
3. Sijil Pencapaian sebagai Penempa Rekod Dunia bagi kategori A.
4. Pada masa yang sama, terdapat juga sambutan hari raya peringkat kebangsaan yang diadakan di perkarangan stadium itu sendiri!
5. PM DS Najib Razak akan memilih 3 tweet bertuah pada hari tersebut untuk diberikan hadiah istimewa. (Mungkin makan malam bersama PM)
Sekiranya anda mempunyai sebarang kemusykilan, bolehlah e-mail kepada twtupmerdeka@gmail.com ataupun terus bertanyakan di twitter ataupun Facebook seperti link di atas.
Gelaran "tokong" yang angkuh dan sombong yang ditujukan kepada Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng seperti yang tercatat dalam transkrip perbualan timbalannya, Dr Mansor Othman seakan menjadi satu fenomena baru bagi menggambarkan perwatakan Lim sejak mengambilalih kerajaan di negeri itu.
Cumanya, jika selama ini tokong sebenar yang disembah melalui ritual keagamaan mengikut kepercayaan penganut Buddha kerana ianya diyakini mampu mendatangkan kebaikan kepada mereka, dalam kes Guan Eng pula lagaknya yang mahu dipandang mulia seperti tokong tapi gaya pentadbiran dan langkahnya pula nampak angkuh dan sombong.
Sebetulnya gelaran sinis tersebut menunjukkan watak angkuh dan besar diri yang semakin sebati dalam diri Setiausaha Agung DAP itu tidak begitu disenangi oleh rakan-rakan sepakatan.
Malah bukan satu rahsia lagi, dikalangan pemimpin veteran DAP juga tidak dapat menyembunyikan kerisauan mereka melihatkan tindak tanduk Guan Eng yang kesannya lebih menjarakkan lagi hubungan DAP dengan rakyat kebanyakan.
Bagi mereka sikap Guan Eng yang terlalu mengutamakan kehendak golongan korporat hingga mengabaikan kehendak dan permasalahan rakyat langsung tidak mencerminkan polisi DAP yang selama ini digambarkan mengutamakan aspirasi rakyat bawahan.
Dengan rekod buruk DAP dan PKR yang pernah gagal menunaikan janji terhadap penduduk Kampung Buah Pala sebelum ini, ditambah lagi dengan keangkuhan yang ditonjolkan oleh Guan Eng, maka layaklah bila gelaran tokong yang angkuh dan sombong kekal atas dahi Guan Eng.
Mungkin bagi sesetengah penyokong PR dari PAS dan PKR yang beragama Islam mereka tidak kisah untuk terus menyanjung tinggi Guan Eng yang suatu ketika dulu pernah dilabelkan sebagai "khalifah" setelah terpegun melihat lakonan ramah mesra yang dipamerkan oleh Ketua Menteri itu.
Tapi selepas tersebarnya kenyataan Dr Mansor yang secara sinis menggambarkan Guan Eng ibarat seperti tokong bernyawa, kemudian dikatakan pula gelaran tersebut adalah satu bentuk pujian, makanya ternampak seperti sokongan yang diberikan oleh penduduk P.Pinang khususnya dari PAS dan PKR semacam menyokong dan menyembah tokong pula.
Di Kelantan kita ada tok guru surat pekeliling yang lebih mesra dengan pembangunan tokong dan patung yang tingginya mengalahkan menara majid, di P.Pinang pula ada pemimpin politik yang diiktiraf dan dipuji sebagai tokong.
Bezanya hudud PAS dan Hudud Islam,hudud PAS lebih takutkan DAP daripada hukum Allah.Ini adalah sebab utama kenapa hudud di Kelantan tak dapat dilaksanakan sebaliknya khawarij PAS menyalahkan orang lain.Tuhan pun puak ni tipu apa lah sangat kalau nak menipu umat Islam..
Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad (gambar) menegaskan beliau selama ini hanya menolak hukum hudud yang diperjuangkan Pas dan tidak pernah sesekali menolak hukum syariah itu seperti terkandung dalam ajaran Islam.
Menurutnya, ini kerana hukum hudud yang diperjuangkan parti pembangkang itu cenderung untuk berlaku tidak adil kepada masyarakat Islam di negara ini.
Sebagai contoh katanya, di bawah 'hudud Pas', seseorang beragama Islam yang didapati bersalah mencuri akan dipotong tangan sementara bagi bukan Islam akan hanya dihukum penjara sekiranya didapati bersalah.
"Saya tak boleh sokong itu kerana tak kena dengan Islam. Kalau sesuatu itu tidak adil, ia tidak Islam. Islam tuntut supaya apabila kamu hukum, hukumlah dengan adil.
"Ini tidak adil, adakah orang Islam potong tangan, orang bukan Islam tak potong, masuk dua bulan penjara, itu tidak adil," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Anugerah Inovasi Perdana Menteri (AIPM) 2011 di Institut Jantung Negara (IJN) di sini hari ini.
Isu hudud kembali hangat diperkatakan kebelakangan ini apabila Pas mendakwa akan terus memperjuangkan hukum syariah itu jika pembangkang berjaya membentuk kerajaan kelak sementara rakan sekutunya, DAP dengan keras berulang kali menolak idea tersebut.
Pas juga mendakwa hudud tidak boleh dilaksana sekalipun Kelantan dan Terengganu telah mempunyai Enakmen Jenayah Syariah II Kelantan 1993 dan Enakmen Jenayah Syariah Terengganu 2003 kerana tidak dipersetujui Dr. Mahathir sewaktu beliau menjadi Perdana Menteri.
Selain itu Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang seperti dipetik daripada lidah rasmi parti itu, HarakahDaily pada 1 Oktober 2011 berkata, Pas tidak memaksa orang bukan Islam untuk menerima hudud sama seperti mereka tidak dipaksa memeluk Islam.
Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat pada tahun lalu juga dipetik memberi jaminan bahawa hudud jika dilaksanakan tidak akan dikuatkuasakan ke atas bukan Islam.
Dalam pada itu Penasihat Majlis Agama Islam Johor (MAIJ), Datuk Nooh Gadot ketika dihubungi menjelaskan, hukum syariah termasuk hudud menekankan keadilan ke atas semua pihak dan ia seharusnya terpakai ke atas umat Islam dan bukan Islam dalam sesebuah negara.
"Kafir pun termasuk, kalau hanya untuk Islam, ia sudah lari daripada kehendak hukum ajaran Islam. Maka hudud Islam kalau hendak dilaksanakan perlu ke atas semua pihak," katanya.-Utusan
Pisau kata " Ada pemimpin pakatan sumbang mahram..dah memang jenis nafsu binatang apa pun boleh"
You are subscribed to email updates from PISAU.NET To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
Walaupun telah menghampiri usia 90 tahun dan telah dua kali menjalani pembedahan pintasan jantung tetapi Tun Dr M masih mampu menggoncang dunia politik tanahair.
Hanya dengan sebaris pepatah inggerisyang sungguh sinis digunakan beliau pada 22.Ogos.2012 membuatkan puak-puak pembangkang naik hantu dan sudah seminggu mereka membahaskan perkara itu dan membuatkan pelbagai tafsiran.
Better the devil you know than the angel you don't.
Lebih baik syaitan yang anda kenali daripada malaikat yang anda tidak dikenali.
Tiba-tiba sahaja puak-puak pembangkang menyanjung tinggi Tun Dr M dan menggunakan pepatah itu sebagai modal politik mereka untuk menempelak BN. Katanya Tun berkata mereka adalah malaikat dan BN adalah syaitan.
Tup...tup...tiba-tiba semalam ulama Pas yang telah lama mulutnya terkunci atau dikunci bersuara meminta Tun Dr M agar bertaubat.
SHAH ALAM – Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad harus bertaubat kerana mengeluarkan kenyataan yang merosakkan akidah dirinya dan umat yang percaya kepada kata-katanya.
Timbalan Mursyidul Am Pas, Datuk Dr Haron Din berkata, tulisan Dr Mahathir dalam blognya berbunyi Better the devil you know than the angel you don't yang membawa maksud lebih baik syaitan yang anda kenali daripada malaikat yang anda tidak dikenali' adalah pegangan yang silap.
Menurutnya, tiada istilah atau ayat di dalam al-Quran yang menjelaskan malaikat lebih buruk berbanding dengan syaitan.
Mungkin ramai yang tidak tahu bahawa Haron Din tidak suka kepada Tun Dr M gara-gara sindiran Tun terhadapnya di tahun 90an. Umum tahu Haron Din amat terkenal dengan air penawarnya. Ditahun 90an air penawar beliau cukup hebat dan mendapat sambutan luar biasa orang-orang melayu. Dimana sahaja Harun Din datang mengajar agama berduyun-duyun orang datang membawa botol air.
Tun pernah berkata Harun Din pandai mengubat orang melalui air penawar tetapi apabila beliau sendiri sakit jantung beliau pergi dapatkan rawatan di luar negara. Tun berkata dirinya sendiri buat pembedahan jantung di Malaysia.
Tetapi pada masa itu Haron Din belum menunjukkan secara terbuka lagi sokongannya kepada Pas kerana beliau pada masa itu masih mempunyai hubungan yang rapat dengan Anwar Ibrahim. Selepas pemecatan Anwar pada tahun 98 barulah Haron Din mula bergiat terbuka dalam Pas hingga kini.
Saya tidak berniat nak berlawan dengan apa yang dikatakan Haron Din kepada Tun berhubung isu Malaikat dan syaitan. Sikit sebanyak saya masih ada perasaan hormat kepada beliau.
Semua orang tahu apa yang dikatakan oleh Tun adalah tidak lebih sebagai sindiran sinis sahaja. Tetapi Haron Din kata tak boleh dan Tun perlu bertaubat.
Ok....tak mengapa....bagaimana pula dengan kenyataan-kenyataan sesat yang sering dikeluarkan oleh pemimpin-pemimpin Pas terutamanya Nik Aziz ? Dimana suara Haron Din ?
Umno dikafirkan Pas sejak puluhan tahun.....Mana suara Haron Din ?
Pas haramkan sembelihan orang Umno.....Mana suara Haron Din ?
Pas haramkan beriman orang Umno......Mana suara Haron Din ?
Nik Aziz kata boleh berkawan dengan syaitan.....Mana suara Haron Din ?
Undi Pas masuk syurga....Mana suara Haron Din ?
Pas kata menentang Pas adalah haram.....Mana suara Haron Din ?
Fatwa Haji Hadi 1981.....Mana suara Haron Din ?
Sembahyang dua masjid dalam satu kariah.....Mana suara Haron Din ?
Umno berkawan dengan MCA, MIC dan parti-parti bukan islam lain dikatakan munafik dan kini Pas menjalinkan hubungan dengan DAP......Mana suara Haron Din ?
Pas menyamakan Nabi Muhammad SAW dengan budak kampung yang lain .....Mana suara Haron Din ?
Doa pemimpin pecah perut.....Mana suara Haron Din ?
Itu baru sebahagian, kalau nak senaraikan sampai pagi esok pun tak habis kesesatan-kesesatan yang dilakukan Pas semenjak parti itu wujud sehingga ke hari ini. Belum lagi termasuk kisah bagaimana satu pasangan di Trengganu yang dinikahkan semula oleh imam Pas kerana dikatakan pernikahan sebelum itu tidak sah gara-gara dinikahkan oleh imam yang menyokong Umno.
Sebagai ulama dan kini berada dalam kepimpinan Pas beliau wajib memperbetulkan keadaan. Beliau perlu meminta Nik Aziz dan Haji Hadi bertaubat dan mohon maaf kepada rakyat Malaysia terhadap kekeliruan yang ditimbulkan sebelum ini.
Haron Din sekarang adalah Timbalan Mursyidul Am PAS, dimana bosnya adalah Nik Aziz selaku Mursyidul Am PAS. Kalau nak diikutkan, Haron Din tidak boleh lagi berboskan Nik Aziz kerana Nik Aziz telah melakukan kesesatan apabila mengishtiharkan boleh berkawan dengan syaitan. Sedangkan Haron Din sendiri kata syaitan adalah makhluk Allah yang paling kejam dan derhaka. Akan tetapi sampai ke hari ini pun Haron din masih berboskan Nik Aziz.
Ramai diantara kita tidak sedar sebenarnya kesan daripada kata-kata Nik Aziz yang membolehkan Pas berkawan dengan syaitan telah memberi kesan yang sangat buruk kepada Pas hari ini.
Kalau dulu Pas haramkan menjalin hubungan dengan parti bukan islam. Kini Pas pula yang jalinkan hubungan dengan DAP.
Kalau dulu Pas perjuangkan Negara Islam. Kini Pas sendiri yang gugurkan perjuangan negara islam.
Orang yang pernah ditangkap khalwat bersama isteri orang kini diangkat sebagai Timbalan Presiden.
Pas pertahankan habis-habisan Elizabeth Wong yang berbogel dan diangkat keatas pentas Pas.
Dewan ulama Pas sanggup adakan usul khas dalam persidangan mereka untuk pertahankan aksi Anwar Ibrahim bersama pelacur.
Benarkan orang-orang bukan islam masuk ke tempat sembahyang dalam masjid dan surau.
Sanggup gadaikan kalimah Allah, dan yang paling teruk sekali apabila Pas sanggup berkiblatkan seorang lelaki yang tersenarai sebagai kaum nabi luth, dimana Nabi pun tak mengaku mereka sebagai umat.
Apa yang berlaku diatas kini dan keadaan Pas yang semakin hari semakin menggila semuanya kerana 'berkat' kata-kata Nik Aziz yang membenarkan Pas berkawan dengan syaitan.
Hasil dari persahabatan dengan syaitan, membuatkan Pas dirasuk syaitan hinggakan Hassan Ali yang mempertahankan orang islam daripada murtad pun mereka sanggup pecat. Dan kini keadaan Nasharuddin Mat Isa juga semakin goyang kerana beliau hadir bersama Datuk Najib bertemu dengan ulama-ulama Saudi bagi membincangkan masalah umat islam.
Kerana apa itu semua berlaku ?
Kerana Pas berkawan dengan syaitan !
Tidak salah untuk Haron Din menyatakan pendapat beliau terhadap pepatah inggeris yang digunakan Tun Dr M. Tetapi beliau perlu adil. Jangan pula apabila orang beliau sendiri melakukan kesesatan beliau diam. Apabila pihak lawan atau orang yang dia tidak suka, cepat-cepat dia melompat. Islam yang diturunkan oleh Allah tidak begitu. Itu adalah islam Pas.
You are subscribed to email updates from RBF Online To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
PAS dinasihatkan tidak berharap kepada komitmen Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim untuk melaksanakan hukum hudud sekiranya pembangkang berjaya membentuk kerajaan pada masa depan.
Ahli Dewan Negara, Dato' S Nallakaruppan (gambar) berkata, berdasarkan kenyataan Anwar selama ini, beliau secara jelas menyatakan hukum syariah itu tiada dalam dasar bersama pakatan pembangkang atau dokumen Buku Jingga yang menggariskan agenda pakatan pembangkang.
Sehubungan itu, kata Nallakaruppan, beliau berasa kasihan terhadap para pemimpin PAS yang beria-ia mahu memperjuangkan hukum hudud sedangkan Anwar tidak bersedia melaksanakannya dan DAP pula secara konsisten serta keras menentang agenda tersebut.
"Saya menghormati para pemimpin spiritual PAS yang tegas memperjuangkan hukum hudud kerana mereka ikhlas dan komited terhadap usaha itu, tetapi selagi berada dalam pakatan pembangkang, hudud dilihat amat sukar dilaksanakan.
"Di samping itu, PAS tidak boleh berharap kepada Anwar kerana Anwar sendiri takut terhadap hukum hudud apabila beliau selama ini terlibat dalam pelbagai isu moral," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.
Beliau yang merupakan bekas rakan karib Anwar selama lebih 30 tahun mengulas mengenai pendirian Anwar selaku Ketua Pembangkang yang tidak jelas mengenai hudud ekoran perbalahan berterusan PAS dan DAP dalam aspirasi pelaksanaan hukum itu.
Pada sidang akhbar 28 September 2011, Anwar menjelaskan hudud bukan merupakan sebahagian agenda pembangkang buat masa ini tetapi pada masa sama memperakui kewujudan Enakmen Jenayah Syariah II Kelantan 1993 dan Enakmen Jenayah Syariah Terengganu 2003.
Dalam satu kenyataan menerusi blog beliau kelmarin pula, Anwar sekadar menegaskan pakatan pembangkang mengiktiraf, menghormati perbezaan pandangan serta kedudukan komponen pembangkang berkenaan hukum hudud dan mendakwa ia merupakan penerimaan mereka terhadap amalan konsensus politik.
Sementara itu, Nallakaruppan memberitahu, PAS dan rakyat tidak harus terpedaya dengan tindak-tanduk serta kenyataan bercelaru Anwar dalam isu hudud kerana Ketua Pembangkang tersebut mempunyai keupayaan mengelirukan masyarakat.
"Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad sendiri dalam blog beliau beberapa hari lalu mengakui terpedaya dengan imej Islamik Anwar yang warak dan menasihatkan semua rakyat terutama penyokong pembangkang tidak ikut tertipu.
"Seperti yang kita tahu, Anwar hanya bercita-cita menjadi Perdana Menteri dengan apa cara sekalipun dan mengimpikan untuk menguasai Putrajaya," katanya.
Pendedahan yang dibuat oleh sahabat blogger, ANAK MERDEKA, amat mengejutkan...!
Ingatkan taktik timbulkan kebencian seperti ini sudah tidak wujud lagi, rupa-rupanya masih ada yang mahu mencubanya.
Kewujudan laman-laman muka di Facebook kononnya orang-orang Semenanjung amat membenci orang Sarawak, menimbulkan persoalan, keuntungan jenis apakah yang boleh diperolehi daripada kempen-kempen sebegini rupa?
Sarawak dan Sabah merupakan dua buah negeri yang menyediakan Kerusi Parlimen yang cukup besar. Menguasai Kerusi-Kerusi Parlimen Sabah dan Sarawak bererti bakal menduduki Putrajaya dalam PRU.
Sebelum ini, wujud gerakan 'memerdekakan' dan 'mengautonomikan' Sabah serta Sarawak oleh Pakatan Rakyat. Walaupun Sabah dan Sarawak adalah negeri autonomi di Malaysia serta mempunyai pentadbirannya yang tersendiri, pihak-pihak tertentu sentiasa cuba menanamkan cerita kononnya, Sabah dan Sarawak telah dijajah oleh Semenanjung dan Perkara 20 yang telah dilanggar dengan sewenang-wenangnya.
Kebencian terhadap Semenanjung atau lebih tepat lagi Putrajaya sedang ditimbulkan. Dalam Pilihanraya Negeri Sarawak sebelum ini, kempen bencikan Semenanjung begitu ketara walaupun pihak yang berkempen itu sebenarnya mewakili parti yang berasal dari Semenanjung.
Turut dijadikan isu kempen ialah Al-Kitab berbahasa Melayu dan Agama Islam yang dikatakan menindas agama Kristian. Kempen tersebut begitu berjaya di kawasan-kawasan yang diwakili oleh DAP.
Kalau di Semenanjung, cakap-cakap Kelantan perlu keluar dari Federal kerana telah dianaktirikan sekalipun jumlah bantuan dari Kerajaan Pusat mengatasi negeri-negeri lain, di Sarawak, perkara yang sama juga diperdengarkan.
Tujuannya tidak lain, iaitu menimbulkan kebencian....!
Pihak berkuasa seharusnya menyiasat dan segera bertindak terhadap anasir-anasir subversif yang cuba menimbulkan kekacauan dan merosakkan struktur negara ini. Sudah eloklah wujudnya Akta 114 yang ditentang oleh Pakatan Rakyat.
Selagi Kerajaan bersikap lembut dan 'tak apa', perkara sebegini akan terus berlaku dan dijadikan momokan kepada rakyat Malaysia. Sudah sampai masanya Kerajaan mulai bertindak tegas. Dan sudah sampai masanya, Peguam Negara yang sangat lembut hati itu, mulai berkeras dan bertegas kerana kalau perkara ini merebak dan membesar nanti, dia juga yang tidak cukup waktu untuk duduk bersandar dalam pejabatnya!!!
Selepas Anti-Taib Mahmud, sekarang muncul pula Semenanjung Anti Sarawak... macam Haramjadah...!!
Jepun memang terkenal sebagai negara yang kreatif dalam segala hal. Bahkan sebuah puding berorientasi seks pun dipasarkan sebagai jualan.
Puding ini dimasukkan dalam bungkusan yang kreatif dengan gambar wanita yang mengenakan bra. Cara memakan pudingnya adalah dengan membuka bra tersebut, seperti menanggalkan pakaian wanita.
Agar-agar yang terbuat dari susu ini memang sengaja dibentuk seperti payudara wanita, lengkap dengan putingnya yang memiliki rasa cherry.
Terbukti dari mereka yang pernah mencubanya pasti merasa ketagihan. Puding ini dikhabarkan sangat berlemak, manis, dan membuatkan bibir terasa berlendir.
Harga yang ditawarkan sekitar 400 Yen dan tersedia di hampir seluruh supermarket dan department store di Jepun.
Sementara itu, di Jepun, beberapa pengeluar makanan telah membuat produk seperti ini sejak 2009 lagi
Salah satu yang paling top adalah Jello, yang memiliki varian bernama wanita Jepun, seperti Kimiko, Ayumi, Keiko, dsb dengan karakter berbeza-beza dari wajah, warna rambut, dan ukuran 'payudara
KUALA LUMPUR- Akhbar Sin Chew Daily hari ini menegaskan ia tidak tersalah petik atau memutarbelitkan kenyataan sesiapa tentang cadangan pelaksanaan undang-undang hudud.
Dalam laman webnya, akhbar berbahasa Cina itu berkata ia ingin menjelaskan bahawa laporannya tentang undang-undang hudud bukan sengaja dirancang supaya ia mencetuskan "kekeliruan" tentang PAS atau Pakatan Rakyat, tetapi untuk menyampaikan maklumat tepat dan penting kepada pembaca.
"Sebagai medium untuk orang ramai, kami tidak patut menyembunyikan sebarang maklumat penting daripada pengetahuan umum, terutama sesuatu yang melibatkan kepentingan awam, serta kejadian yang boleh menyebabkan berlaku perubahan terhadap masyarakat kita dengan apa cara sekali pun.
"Pendirian PAS tentang pelaksanaan undang-undang hudud perlu didedahkan kepada umum agar anggota masyarakat boleh memahami, menilai dan membuat pilihan.
"Perkara paling buruk yang boleh kami lakukan ialah menyembunyikan kebenaran, memuji bahagian yang paling baik dan menutup selebihnya.
"Perbuatan paling keji dan paling menipu apabila membuat sesuatu perkara ialah menghidangkan satu cerita kepada masyarakat Islam dan menghidangkan cerita lain pula kepada bukan Islam," katanya dalam artikel bertajuk "Undang-undang Hudud: Kebenaran atau Ilusi? tulisan Tay Tian Yan dan diterjemah ke bahasa Inggeris oleh Dominic Loh.
Artikel itu bertujuan memberi penjelasan tentang dakwaan timbalan presiden PAS Mohamad Sabu (Mat Sabu) dalam Harakahdaily semalam bahawa akhbar itu memutarbelitkan kenyataannya dengan memetik beliau sebagai berkata PAS akan melaksanakan hudud apabila pembangkang menawan Putrajaya.
Artikel berhubung wawancara dengan Mat Sabu disiarkan Sin Chew Daily pada Isnin, dengan memetik beliau sebagai berkata PAS akan mencadangkan pindaan dibuat terhadap Perlembagaan Persekutuan untuk merintis jalan bagi pelaksanaan undang-undang Islam itu.
Dalam artikel hari ini, Sin Chew berkata pemberitanya menghubungi Mat Sabu sekali lagi selepas edisi petang akhbar itu menemui pembaca pada Ahad untuk mendapatkan pengesahan beliau tentang kandungan kenyataannya dan Mat Sabu ingin mengubah perkataan daripada "membuat keputusan" kepada "berhasrat" dan pemberita berkenaan bersetuju mengubahnya.
"Dalam pada itu, kami juga menemu bual ketua penerangan PAS Tuan Ibrahim Tuan Man untuk meminta beliau memberi penjelasan tentang pendirian parti itu tentang isu berkenaan. Respons beliau selari dengan yang disuarakan Mat Sabu.
"Malangnya, selepas laporan itu dicetak, Mat Sabu membuat penafian pada hari berikutnya tentang apa yang beliau katakan dan mendakwa Sin Chew Daily memutarbelitkan ucapannya. Kami cuba menghubungi beliau dengan harapan untuk mendapatkan penjelasan lanjut daripadanya, tapi sehingga kini, kami masih belum berhasil.
"Selama ini, PAS dipandang tinggi dan oleh itu ia perlu memelihara kredibilitinya. Sekiranya parti itu tegas dengan pendiriannya bahawa undang-undang hudud adalah betul dan wajar, maka ia perlu mengisytiharkan secara terbuka agenda politiknya dalam nada yang sama, tidak kira sama ada kepada masyarakat Islam atau bukan Islam dan terus mempromosi dan melobi pelaksanaannya dalam kalangan pengundi Cina," kata akhbar itu.
Bekas calon PKR dalam PRU12 lalu dan tidak dikenali oleh Fuziah Saleh, Ahli Parlimen Kuantan, akan mengambil tindakan terhadap mana-mana blog atau media yang menyiarkan berita tentangnya, anak perempuan berusia 14 tahun yang dirogol dan telah melahirkan seorang bayi serta perbuatan rogol sumbang mahram.
Mohd Nor Jaafar, 59 tahun, yang mempunyai 2 orang isteri dan 11 orang anak yang berusia antara 6 hingga 31 tahun, telah ditahan oleh polis bersama-sama seorang anak lelakinya yang berusia 14 tahun setelah anak perempuannya yang berusia 15 tahun melahirkan seorang bayi lelaki di sebuah hospital di Cheras, Selangor. Remaja yang masih bersekolah itu kini ditempatkan di sebuah rumah perlindungan di Cheras.
Bekas calon pilihanraya PKR itu yang sekarang menyertai Parti KITA pimpinan Zaid Ibrahim menegaskan, dia hanya dipanggil ke balai polis untuk memberi keterangan. Dan sekarang dia telah dibebaskan. Sedangkan berdasarkan maklumat pula, dia dibebaskan dengan jaminan polis dan pihak berkuasa sekarang sedang melakukan ujian pateniti berdasarkan darah ketiga-tiga beranak itu.
Menurut suspek rogol sumbang mahram itu, dia telah diadili oleh blog dan keputusan bersalah, mendahului keputusan mahkamah. Disebabkan itulah, dia mahu menyaman mana-mana blog dan media massa yang menyiarkan berita tentang anak perempuannya yang bunting dan bersalin di sebuah hospital swasta di Cheras, Selangor. (Sel13.com)
p/s: Yang disebarkan bukanlah cerita-cerita penipuan, tapi semuanya yang dikemaskini dari wartawan-wartawan prosfesional yang buat liputan mengenai kes ini.
Saman la semua akhbar dalam Malaysia ni!
Baik sebarkan cerita Superhero Terbaru ini. Boleh juga buat belanja sehari dua. Tapi kalau bawak laju, silap hari bulan kena sama juga...heheheh..
Jangan lupa daftar diri anda bagi menghayati kehebatan #VWDasAuto show
AMPANG : Seorang ustazah dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini, semalam atas tuduhan bersubahat dengan suami baru yang merogol dan mencabul anak kandungnya yang juga bawah umur, tiga bulan lalu.
Tertuduh yang berusia 33 tahun itu bagaimanapun mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan dibacakan dan minta dibicarakan di hadapan Hakim Roszianayati Ahmad.
Mengikut pertuduhan pertama, tertuduh bersubahat kesalahan rogol terhadap anak sulung perempuannya yang berusia 15 tahun satu bulan di rumah mereka di Bukit Ampang Permai, di sini antara jam 12 tengah malam hingga 1 pagi pada April lalu.
Dalam kejadian itu, tertuduh didakwa menyuruh anak perempuannya membuka pakaian dan menutup mulut mangsa tanpa kerelaan ketika suami merogolnya.
Mengikut pertuduhan kedua, tertuduh bersubahat kesalahan rogol terhadap anak sulung perempuannya yang sama di rumah sama dengan menyuruh masuk ke dalam bilik mereka, antara jam 12 tengah malam hingga 1 pagi pada 12 Mei lalu.
Oh kenapalah Abby Abadi sebegitu lantang di Twitter. Bukan sekali dua kenyataan selebriti ini menjadi bahan kontroversi dan kali ini melibatkan seorang bekas mufti.
Mantan Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin atau lebih dikenali sebagai Dr MAZA berkongsi pandangan beliau tentang pelaksanaan hukum hudud menurut Islam.
"Apakah satu keadilan jika dua orang yang terlibat dengan kecurian — seorang dipotong tangan sedangkan seorang lagi di'penjara kerana berbeza agama?" tulis Dr Asri.
Kenyataan Dr Asri itu lantas disambut oleh Abby Abadi yang berbunyi "Maafkan saya. hudud itu kan hukum Allah. Dr (Asri) belajar tinggi kenapa masih persoalkan?"
Kenyataan balas Abby Abadi itu turut mendapat sokongan beberapa orang peminat beliau tetapi ramai yang menegur cara beliau mempertikai kenyataan seorang bekas mufti.
Dr. Asri kemudian memberikan komen balas terhadap kenyataan Abby Abadi dengan mengatakan "Seseorang yang kembali kepada agama & juga dijemput ceramah tidak bererti dia telah benar benar faham Islam. Teliti sebelum komen.
PUTRAJAYA - Wanita yang terlibat dalam kejadian amuk di Jabatan Perdana Menteri (JPM) awal Julai lalu memakai topeng 'Power Rangers' warna merah bagi mengelak wajahnya dirakam media selepas selesai sebutan kesnya di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini.
Muhdalena Ahmad dilihat hadir ke mahkamah berbaju dan bertudung merah, ditemani bapanya, sempat menunjukkan isyarat keamanan ketika wajahnya cuba dirakam media.
Pada prosiding hari ini, mahkamah mengarahkan wanita itu, melantik peguam secepat mungkin.
Hakim Mohd Kafli Che Ali berkata, mahkamah memberi tempoh dalam masa satu bulan untuk dia melantik peguam supaya semua isu berkaitan dokumen-dokumen kes itu boleh diselesaikan sebelum tarikh bicara ditetapkan.
Mahkamah turut menetapkan tarikh 12 September depan untuk pengurusan kes berkenaan.
Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Siti Nor Mazrah Ahmad Din berkata, tertuduh perlu melantik peguam dan menyelesaikan segera perkara-perkara yang dipersetujui antara pihak pendakwaan dengan tertuduh sebelum perbicaraan.
Menurutnya, terdapat pindaan dalam kanun prosedur jenayah yang menyatakan, kes perbicaraan perlu dilaksanakan dalam tempoh 90 hari dari tarikh didakwa.
Pada 19 Julai lalu, Muhdalena Ahmad, 28, mengaku tidak bersalah atas dua tuduhan iaitu mengugut polis dan membawa pedang.
Prosiding pendakwaan ketika itu terpaksa dijalankan di Hospital Putrajaya kerana dia sedang dirawat selepas cedera dalam kejadian amuk berkenaan.
Bagi tuduhan pertama, dia didakwa melakukan ugutan jenayah dengan mengugut mendatangkan cedera parah kepada seorang anggota polis Ridzuan Megat Ahmad manakala bagi tuduhan kedua, dia didakwa membawa sebilah pedang.
Dia didakwa melakukan kedua-dua kesalahan itu di Kompleks B, JPM, Presint 1, Putrajaya kira-kira pukul 2.30 petang, 9 Julai lalu.
Kesalahan pertama didakwa mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara tujuh tahun atau didenda atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.
Bagi tuduhan kedua, dia didakwa mengikut Seksyen 7(1)(a) Akta Bahan-Bahan Kakisan dan Letupan dan Senjata Berbahaya 1958 yang membawa hukuman penjara dua tahun atau denda maksimum RM2,000 atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.
Dia diikat jamin RM10,000 bagi kedua-dua pertuduhan itu.
Pada kejadian tersebut, dia bersama dengan Khalil Afandi Hamid, 47, mengamuk di pekarangan Kompleks B, Jabatan Perdana Menteri di Putrajaya kira-kira jam 2.30 petang, namun Khalil mati ketika dalam perjalanan ke Hospital Putrajaya selepas terkena tembakan di tangan dan bahagian ari-ari, manakala Muhdalena turut terkena tembakan di paha kanan.
Seorang lagi telah dibebaskan dengan bon jaminan berkelakuan baik atas atas kesalahan merogol. Kali ini ialah seorang juruelektrik yang didapati bersalah merogol teman wanitanya berusia 12 tahun sebanyak dua kali pada tahun lepas.
Hakim Mahkamah Sesyen Sitarun Nisa Abdul Aziz mengarahkan Chuah Guan Jiu, 22, dibebaskan dengan ikat jamin RM25,000 dengan bon jaminan berkelakuan baik.
Beliau berkata mahkamah mengambil kira faktor Chuah yang masih muda dan kesalahan pertama.
"Kami juga megambil kira hakikat bahawa perbuatan seksual adalah persetujuan bersama dan dia juga seorang murid tercicir," katanya.
Sitarun Nisa berkata pertimbangan lain ialah masa depan Chuah.
Chuah, yang memakai kemeja dan seluar jeans biru, tidak menunjukkan sebarang emosi apabila hukuman itu dibacakan.
Pada 20 Julai, mahkamah mendapati dia bersalah merogol gadis berusia 12 tahun dan 10 bulan, di flat kediamannya di Air Itam antara 7 pukul pagi dan 1.00 petang pada 18 Julai tahun lepas, dan 2.25 hingga 2.45 keesokan harinya.
Kesalahan itu adalah di bawah Seksyen 376 (1) Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebatan.
Pada Isnin, DPP Lim Cheah Yit berkata Chuah telah memujuk gadis itu supaya ponteng sekolah dan mengikuti dia kembali ke flat atas alasan dia sakit.
"Mereka telah bertemu dan tertuduh sepatutnya melindungi gadis itu tetapi sebaliknya telah mengambil kesempatan.
Gadis tersebut banyak kali meminta tertuduh menghantarnya ke sekolah tetapi dia memberikan alasan tidak sihat dan membawanya ke rumahnya," kata Lim.
Bagi meringankan hukuman, peguam Yusuf Idris berkata anak guamnya memperoleh RM30 sehari dan tinggal bersama ibu bapa dan adik.
"Ini adalah kesalahan pertama. Dia mempunyai pekerjaan tetap sekarang dan pada masa akan datang," katanya.
Yusuf berkata anak guamnya telah insaf dan menggesa mahkamah tidak mengenakan hukuman penjara memandangkan umur Chuah yang masih muda.
Hukuman ini dibuat selepas kes bekas pemain tenpin boling kebangsaan Noor Afizal Azizan yang dibebaskan dengan perintah berkelakuan baik selama lima tahun dengan ikat jamin RM25,000 selepas dia mengaku bersalah merogol seorang gadis berusia 13 tahun.
KUANTAN- Polis sedang menunggu keputusan ujian DNA bagi melengkapkan siasatan berhubung kes sumbang mahram membabitkan seorang pemimpin parti pembangkang dan anak lelakinya.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri SAC T. Narenasegaran berkata sampel darah kedua-dua beranak itu telah dihantar ke Jabatan Kimia untuk ujian paterniti.
"Hasil daripada ujian baru kita akan buat keputusan dan cadangan kepada Timbalan Pendakwa Raya untuk tindakan selanjutnya," katanya kepada pemberita, di sini hari ini.
Beliau diminta mengulas laporan media mengenai penahanan seorang pemimpin kanan parti pembangkang dan anak lelakinya yang berusia 14 tahun bagi membantu siasatan satu kes sumbang mahram.
Media melaporkan dua beranak itu ditahan pada 22 Ogos lepas dan dibebaskan kelmarin dengan jaminan polis.
Tangkapan itu selepas anak perempuannya yang berusia 15 tahun melahirkan seorang bayi lelaki di sebuah hospital di Cheras, Selangor. Remaja yang masih bersekolah itu kini ditempatkan di rumah perlindungan di Cheras.
Mengulas lanjut, Narenasegaran mengesahkan individu itu pernah bertanding pada pilihan raya umum lalu sebagai calon parti pembangkang untuk kerusi dewan undangan negeri dalam kawasan Parlimen Jerantut.
Lelaki berusia 59 tahun itu mempunyai dua isteri dan 11 anak berusia antara enam hingga 31`tahun, katanya. -Bernama
Wah..bunyinya macam angkuh benar Nik Aziz apabila menjawab mengenai protokol yang diikuti oleh Ustaz Fathul Bahri untuk bertemu mana-mana pemimpin di negara ini.
Bukan sahaja tidak mahu menerima surat tersebut, membalasnya pun tidak, malah diperlekehkan pula niat Ustaz Fathul Bahri yang mahu berbincang mengenai hudud bersamanya. Dituduhnya UFB adalah individu yang suka buat bising pada media mengenai hal-hal keagamaan.
Tak mengapalah, sudah lumrah orang tua-tua yang semakin uzur, putaran alam pasti menyaksikan perangai kebudak-budakan akan kembali padanya.
Yang paling kelakar sekali apabila berita yang disiarkan di Sinar Harian, disambut meriah oleh beberapa penganut-penganut PAS yang berbangga dengan tindakan Nik Aziz yang memperlekehkan UFB.
Tidak kurang juga yang memberi sokongan kepada UFB walaupun kemudiaanya cuba disanggah dengan hujah-hujah pendek akal oleh penganut-penganut PAS.
Salah satunya adalah, ketika seorang komentor yang memberi komen mengenai protokol yang dipatuhi oleh UFB bagi mengadap pembesar negeri. Kemudian disanggah oleh penganut PAS mengatakan Nik Aziz tidak perlukan surat untuk bertemu dengannya, hanya perlu pergi ke rumahnya dan dia sentiasa ada di situ.
Timbul persoalan kecil di sini. Nik Aziz tidak perlukan surat kerana dia sentiasa ada di rumah untuk rakyat berjumpa dengannya. Adakah selama ini Nik Aziz tidak mempunyai jadual kerja sendiri? Sentiasa di rumah? Senangnya tugas Menteri Besar ya..rakyat pula perlu mengadapnya untuk mengadu masalah...
Bukankah tugas Menteri Besar untuk 'merayau-rayau' melihat kedaifan rakyatnya untuk ditolong?
UFB mungkin mengambil pendekatan secara rasmi, manalah tahu Nik Aziz bertugas diluar kawasan atau melawat rakyat-rakyatnya yang menderita. Rupa-rupanya ada pengakuan rasmi dari rakyatnya sendiri yang Nik Aziz sentiasa ada di rumah dan boleh bertemu bila-bila masa sahaja...
ALYSON BAIR sering mengalami mimpi ngeri - kengerian hingga semua mimpinya bertukar menjadi realiti!
Dalam dua insiden yang berlaku beberapa bulan lepas, Bair telah bangun dari tidurnya di dalam sebatang Sungai, tidak mampu bernafas atau menyentuh dasar, menurut ABCNews.com. Tabiat berjalan dalam tidurnya menyebabkan ibu bapanya terpaksa mengunci pintu dari dalam dan memasang alat penggera supaya beliau tidak tercedera.
Pada awal Ogos lepas, beliau telah mengalami mimpi ngerinya yang pertama. Di dalam mimpi tersebut beliau telah lemas.
"Saya sangka saya sedang bermimpi, tetapi saya baru sedar ianya satu realiti dan saya sangat takut," katanya kepada wartawan. "Ianya sangat dalam dan saya tidak dapat menyentuh mana-mana dinding atau lantai dan akhirnya saya keletihan. Saya terpaksa berpusing-pusing dan mengapungkan diri."
Beliau kemudiannya berjaya merangkak ke tebing sungai berdekatan rumahnya di Burley, Idaho dan menunggu di situ sehingga orang ramai menjumpainya pada pagi tersebut.
Ibu berusia 31 tahun itu juga berkata, keluarganya telah mengambil semua langkah berjaga-jaga bagi menghalang perkara buruk berlaku ketika beliau berjalan dalam tidurnya. Malangnya, sedikit kealpaan dari proses penjagaan itu mengundang bahaya yang amat dasyat.
Alyson Bair
Pada 20 Ogos yang lalu, ketika suaminya terlupa untuk menutup pintu kerana cuaca panas, beliau sekali lagi berjalan dalam tidurnya dan terus ke sungai. Beliau kemudiaanya dijumpai pada pukul 7:30am, suku batu dari rumahnya di tepi sungai, kesejukan dan letih.
"Ianya amat menakutkan dan merisaukan saya," katanya lagi. "Saya cuba untuk tidak memandu atau membuat perkara lain, tetapi ianya tetapi menakutkan saya. Saya telah menguncikan semua ubat-ubatan dan senapang. Semua yang membahayakan diri saya saya cuba jauhkan kerana saya tidak tahu apa yang akan saya lakukan ketika berjalan dalam tidur."
Ada banyak sebab mengapa individu yang berjalan dalam tidur mereka mengalami episod-episod ngeri dalam hidup mereka. The New York Daily melaporkan bahawa tekanan - bukan ubat yang diambil oleh Bair sudah pun autu immune - turut menjadi punca ianya terjadi.
Bair telah disaranakan berjumpa dengan pakar tidur yang boleh membantunya mengatasi masalah mimpinya itu. Beliau dikira masih lagi beruntung kerana tidak cuba memandu ataupun perkara-perkara lain dan beliau hanya mengalami sindrom hypethermia ketika dalam mimpinya. Namun begitu, ianya masih merisaukan beliau dan keluarganya.
"Saya masih mempunyai keluarga yang masih sayangkan saya," katanya kepada ABCNews.com. "Jadi, jika ada cara lain yang saya boleh bantu orang lain melalui kisah saya, adalah memberi kesedaran mengenai betapa seriusnya keadaan ini jika berlaku kepada orang lain, dan jika ada yang boleh mengubatinya, saya akan cuba apa sahaja."
ROMPIN - Gara-gara menjalin hubungan cinta songsang, seorang remaja dibelasah dengan tongkat kayu sebelum dicabul dua lelaki di dalam sebuah kereta ketika dalam perjalanan dari Bandar Tun Razak ke Temerloh.
Gadis yang hanya mahu dikenali sebagai Ina (bukan nama sebenar) bukan saja dibelasah dan dicabul, malah dia yang berada di tempat duduk penumpang belakang turut dimaki dengan kata kesat dan dipaksa makan cili api.
Lebih mengaibkan, seorang lelaki yang mendakwa dirinya sebagai 'bomoh' sempat merakamkan gambar dan video Ina yang tidak berbaju itu dalam telefon bimbit sambil mengugut untuk menyebarkannya dalam Internet.
Ina yang berusia 19 tahun itu berkata, sepanjang perjalanan itu juga, dia didera fizikal dan mental apabila diasak pelbagai pertanyaan keluarga Tasha (bukan nama sebenar) dan bomoh terbabit tentang hubungan sejenisnya dengan wanita itu.
"Keluarga Tasha datang jumpa keluarga saya di rumah dan paksa saya supaya ikut mereka ke Temerloh kononnya untuk berbincang dan menyelesaikan secara baik kesalahan yang dilakukan saya terhadap Tasha," katanya.
Menurutnya, ibunya yang bimbang sesuatu terjadi ke atas dirinya menghubungi abangnya memaklumkan tentang kedatangan keluarga Tasha ke rumahnya bagi menyelesaikan kes terbabit.
"Bagaimanapun keluarga Tasha tetap berkeras untuk membawa saya ke Temerloh untuk menyelesaikan perkara itu.
"Pada mulanya, mereka tidak membenarkan emak dan kakak saya ikut, namun setelah didesak beberapa kali akhirnya mereka terpaksa membawa kedua-duanya sekali ke Temerloh.
"Emak saya mula curiga, apabila saya dipaksa menaiki kereta berasingan sedangkan emak dan kakak menaiki kereta yang sama," katanya.
Bagaimanapun, katanya, atas alasan bomoh itu yang kononnya tidak berbuat apa-apa terhadap diri saya di dalam kereta terbabit, akhirnya ibu akur dengan alasan tersebut.
"Segala-galanya berubah apabila saya yang duduk di tempat penumpang belakang diapit abang Tasha dan bomoh telah bertindak kejam dengan memukul saya dengan tongkat kayu sambil melemparkan kata kesat," katanya.
Ina berkata, bomoh itu turut merakamkan video dan gambar dia tidak berbaju sambil memaksanya untuk memandang kamera telefon bimbit tersebut.
Katanya, bomoh dan abang Tasha juga mengugut untuk membawanya ke sebuah penempatan Orang Asli kerana ada tujuh lelaki di situ yang sudah sedia menunggu untuk merogolnya.
"Bagaimanapun, ibu Tasha menghubungi anaknya itu supaya segera membawa saya ke rumah mereka kerana sudah lama menanti," katanya.
Katanya, sebaik saja sampai di rumah ibu Tasha, dia dipukul wanita itu.
Menurutnya, kejadian dia dipukul itu hanya mampu disaksikan ibu dan kakaknya itu memandangkan mereka tidak dibenarkan untuk menghalang perbuatan kejam tersebut.
Bagaimanapun, katanya, sebaik dia tiba di rumah, dia menceritakan segala-galanya detik dia dicabul dan dipukul oleh bomoh dan abang Tasha kepada keluarganya sebelum laporan polis dibuat bagi menuntut keadilan bagi pihaknya.
"Pada mulanya, kita tak mahu memperbesarkan perkara ini, namun tindakan yang dilakukan oleh keluarga Tasha amat kejam hingga mendatangkan kecederaan dan mencabul kehormatan saya," katanya.
Menurutnya, sehari selepas kejadian itu, dia membuat laporan polis di Balai Polis Seksyen 9 Shah Alam sebelum membuat laporan polis seterusnya di Balai Polis Bandar Tun Razak, Keratong.
Sementara itu, Ketua Bahagian Pengurusan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Rompin, Asisten Superintendan, Zainul Mujahidin Mat Yudin mengesahkan pihaknya ada menerima laporan berhubung kes terbabit.
Zainul Mujahidin berkata, polis menahan seorang daripada suspek untuk membantu siasatan.
Sebuah mesej berantai dari Blackberry Messenger (BBM) membawa khabar mengejutkan mengenai Artis Cut Tari apabila dikhabarkan telah meninggal dunia siang tadi.
Dalam pesan tersebut disebutkan Cut Tari meninggal dunia di hospital Medistra, Jakarta, Rabu (7/9/2011), pukul 3.27 petang waktu Malaysia.
Kini ramai tertanya-tanya mengenai kesahihan isi BBM tersebut dan terus menjadi pertanyaan ramai orang.
"Inalillahi, berita duka dari artis indonesia yang terlibat dalam rakaman video lucah cut tari menghembuskan nafas terakhir di RS (hospital) Medistra Tebet Jakarta Selatan siang tadi pukul 14:27 (waktu Indonesia), Cut Tari dibawa satu jam sebelumnya dengan keadaan tidak sadarkan diri, sementara doktor yang menangani belum berani bicara apa penyebabnya sebelum pihak keluarga meminta jenazah agar diotopsi," menurut pesanan tersebut.
Namun, semasa hendak mengesahkan berita tersebut, kakak Cut Tari, Cindy, membantah keras khabar tersebut. Menurut Cindy, adiknya dalam keadaan sihat sahaja. Malah kini dia tengah sibuk dengan proses shooting.
"Tiada apa-apa. Dia sihat sahaja. Saya penat apabila ditanya bertubi-tubi. Orangnya kini tengah sibuk shooting. Khabar itu tidak benar," tegas Cindy semasa dihubungi okezone.
Seorang pemandu teksi Romania mendakwa beliau telah diugut dengan pisau dan dipaksa lakukan hubungan seks dengan seorang wanita yang mirip dengan wajah Angelina Jolie.
Nicole Stan memberitahu polis, Luminita Perijoc, 30, telah mengugut untuk membunuhnya kecuali beliau bersetuju melakukan seks oral dengannya setelah dia membawa pemandu teksi tersebut ke apartmentnya.
"Dia meminta tolong saya mengangkat begnya tetapi apabila kami sudah di atas, dia telah membawa saya ke dapur dan mahu saya lakukan seks dengannya," kata bapa anak tiga berusia 34 tahun itu.
"Saya menolak permintaannya, tetapi dia tiba-tiba mengamuk dan kemudian mengambil pisau dan memaksa saya membuka pakaian dan lakukan seks dengannya.
"Tetapi dia tidak puas dengan sekali seks dan meminta saya lakukannya lagi. Apabila saya menolaknya, dia mula menyerang saya dengan pisau dan meminta saya lakukan seks oral pula. Walaupun saya sudah lakukannya, dia tetap menikam saya dengan pisau," tambahnya.
Menurut rakan Perijoc, wanita berkenaan adalah peminat fanatik pelakon wanita Angelina Jolie dan cuba berlagak seperti pelakon tersebut.
Pemandu tekasi yang ketakutan itu berkata lagi, beliau hanya berjaya melepaskan diri setelah mengunci dirinya di dalam bilik tidur wanita tersebut dan membuat panggilan kepada polis melalui telefon bimbitnya.
Beliau telah di bawa ke hospital dan menerima setengah dozen jahitan akibat dari tikaman pisau wanita itu.
Jurucakap polis berkata, pemandu teksi dan wanita itu akan disoal siasat bagi mencari punca sebenar kejadian tersebut berlaku.
Sungguh sungguh PAS ni cuba memanipulasikan isu peribahasa yang digunakan oleh Tun Mahathir dalam penulisan terbaru di blonya. Ditambah pula akhbar2 seperti Sinar Harian sengaja menghangatkan lagi keadaan dengan memperbesarkan isu demikian dengan bertanyakan pada Ulama Pad secara direct translation.
Bukan semunya tak faham, memang saja2 tak buat faham, tambah pula wartawan profesional, bodoh sangat pemahaman dalam bahasa Inggeris masing2. Memalukan betul...
Ianya seolah-olah mengharamkan penggunaa bahasa Inggeris dalam kehidupan seharian pula.
Maksud peribahasa tersebut langsung tidak melibatkan syaitan dan malaikat dan ianya hanya perumpamaan kepada sifat jelik manusia yang cuba digambarkan dengan gaya bahasa. Aah...buang masa aja bagi definisi di sini, semuanya bakal disalah ertikan juga...
Nik Aziz yang terang2 kata boleh berkawan dengan syaitan (rasanya tak ada pun dalam kamus peribahasa Melayu) tidak pula di suruh bertaubat...
Ce baca laporan Sinat Harian yang sengaja bertanyakan pada Dato Harun Din mengenai peribahasa yang diterjemahkan secara terus dan bukan maksud sebaliknya...
SHAH ALAM – Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad harus bertaubat kerana mengeluarkan kenyataan yang merosakkan akidah dirinya dan umat yang percaya kepada kata-katanya.
Timbalan Mursyidul Am Pas, Datuk Dr Haron Din berkata, tulisan Dr Mahathir dalam blognya berbunyi Better the devil you know than the angel you don't yang membawa maksud lebih baik syaitan yang anda kenali daripada malaikat yang anda tidak dikenali' adalah pegangan yang silap.
Menurutnya, tiada istilah atau ayat di dalam al-Quran yang menjelaskan malaikat lebih buruk berbanding dengan syaitan.
"Malaikat adalah makhluk yang tidak pernah derhaka kepada ALLAH dan melakukan apa sahaja yang diperintahkan. Kenyataan (Dr Mahathir) itu seolah-olah ada malaikat yang lebih teruk daripada syaitan.
"Oleh itu, umat Islam tidak boleh mengambil pepatah Inggeris itu kerana ia boleh merosakkan akidah," katanya kepada Sinar Harian, semalam.
Katanya, kenyataan Dr Mahathir itu ternyata memakan diri sendiri kerana umum terutamanya umat Islam mengetahui syaitan itu adalah makhluk ALLAH yang paling kejam dan derhaka.
Selain itu, sebagai bekas pemimpin tertinggi negara dalam tempoh yang lama, adalah tidak wajar Dr Mahathir membuat kenyataan sedemikian rupa dengan melabelkan sesuatu pihak atau pertubuhan dengan nama seburuk itu.
"Ia berlawanan dengan sifat syaitan kerana mereka memang diakui sebagai makhluk yang jahat dan derhaka kepada perintah ALLAH," katanya.
Pada 22 Ogos lalu, dalam entri blog Dr Mahathir di chedet.cc/blog/ bertajuk 'Change' atau 'berubah' ada menyebut 'lebih baik syaitan yang dikenali daripada malaikat yang tidak dikenali' yang menggesa pembaca supaya tidak menyokong Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang disifatkannya sama dengan Presiden Amerika Syarikat, Barrack Obama.
Pada sambutan rumah terbuka sempena Hari Raya baru-baru ini, Dr Mahathir dilaporkan berkata, syaitan yang dimaksudkannya dalam blog itu merujuk kepada kerajaan Barisan Nasional (BN).
Atas desakan peminat, pelantun Patah Seribu ini kembali mengaktifkan semula akuan Twitternya.
Akui timbul rasa bersalah di atas keputusannya yang menutup laman sosial itu sejak seminggu lalu, Shila Amzah, akhirnya akur dengan kehendak peminat yang mahukannya kembali ke alam maya.
"Saya sebenarnya sibuk sangat sejak kebelakangan ini dan saya tak sempat untuk melayan peminat di Twitter.
"Tetapi banyak pula respons diterima sehingga saya rasa bersalah dengan peminat. Ada yang suka ada juga yang tak suka. Apa pun, demi peminat saya kembali mengaktifkan Twitter," katanya.
Bagaimanapun, anak dara ND Lala ini tidak menafikan cemuhan diterima berikutan penampilannya yang tidak bertudung dalam program raya menjadi antara punca dia menutup akaun Twitternya.
"Saya terima banyak teguran dan kritikan akibat penyiaran itu. Mungkin mereka tidak tahu rakaman itu dilakukan sebelum saya bertudung. Ramai yang menyalahkan saya dan menuduh saya bertudung itu hanya sekadar 'hangat-hangat tahi ayam'. Malah ada yang menganggap saya mempersendakan hijab.
"Sejujurnya saya kecewa dan tertekan dengan apa yang berlaku. Namun saya tidak menyalahkan stesen televisyen dalam situasi ini. Walaupun saya cuba menyepikan diri seketika, namun saya sedar masih ada peminat yang menyokong saya dari belakang," kata kekasih Shanaarz Ahmad ini.
Ke Shanghai
Walaupun dihantui pelbagai kontroversi, namun Shila tetap menjaga karier nyanyiannya.
Bakal menggegarkan kota Shanghai dengan penyertaan dalam pertandingan Asian Wave, Shila berharap membawa nama negara ke persada dunia.
Bukan calang-calang pertandingan, Asian Wave akan menyaksikan wakil dari setiap negara hebat seperti Jepun dan Korea untuk berentap meraih gelaran juara.
"Pada 31 Ogos ini saya akan berangkat ke sana selama seminggu. Jika saya berjaya melepasi peringkat saringan, saya akan berentap sekali lagi pada 18 September nanti.
"Saya sangat berbangga kerana dapat mewakili Malaysia dalam pertandingan besar ini. Sebelum ini, memang saya berhasrat untuk berkunjung ke Shanghai.
"Saya teringin nak lihat masjid tertua di dunia yang terletak di sana," katanya.
PETALING JAYA - Pas menafikan parti itu akan membawa usul meminda Perlembagaan Persekutuan bagi membolehkan pelaksanaan hukum hudud jika Pakatan Rakyat (PR) memerintah kelak.
Ahli Jawatankuasa Kerja Pas Pusat, Dr Hatta Ramli berkata, Sin Chew Daily melaporkan Timbalan Presiden parti itu, Mohamad Sabu mengeluarkan kenyataan itu dalam satu wawancara eksklusif, yang disiarkan dalam versi atas taliannya semalam dan muka depan edisi cetaknya hari ini.
"Laporan tersebut mengatakan Pas berhasrat mengusulkan pindaan Perlembagaan di Parlimen dalam usaha melaksanakan hudud sekiranya berjaya mengambil alih Putrajaya.
"Itu tidak benar kerana laporan berita berkenaan dikhuatiri akan menyebabkan rakyat dan pengundi keliru terhadap pendirian Pas dalam Pakatan Rakyat berhubung isu berkenaan", kata beliau pada sidang media selepas Mesyuarat Mingguan Majlis Pakatan Rakyat disini, hari ini.
Menyentuh mengenai pelaksanaan hudud dalam negara, Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat ketika ditemui pagi tadi berkata, PR perlu menang dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) terlebih dahulu sebelum ia boleh dibincangkan.
Hatta yang juga Pengarah Pilihan Raya Pas Pusat berkata, sebelum ini ada dakwaan yang mengatakan Pas akan bekerjasama dengan Umno sekiranya menang pada PRU13.
"Dakwaan itu sememangnya tidak akan berlaku dan walau apa pun yang terjadi, Pas tidak akan bekerjasama dengan Umno.
"Hal ini jelas kerana Umno sering memainkan isu perkauman dan agama," dakwa Hatta lagi.
KUALA LUMPUR - Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata beliau tidak pernah menolak pelaksanaan hukum hudud sepertimana yang terkandung dalam Islam, sebaliknya menolak hukum hudud yang akan dilaksanakan oleh Pas.
"Saya tolak hudud Pas, saya tidak pernah kata saya tolak hudud Islam. Kita kena bezakan antara dua ini... lain langsung," katanya kepada pemberita ketika ditemui pada majlis Anugerah Inovasi Perdana Menteri di Institut Jantung Negara (IJN) di sini hari ini.
Beliau berkata hukum hudud yang mahu dilaksanakan oleh parti pembangkang itu mirip kepada hukuman yang lebih berat dan tiada di dalam al-Quran.
"Saya tidak boleh sokong itu, tidak kena dengan Islam. Kalau sesuatu itu tidak adil, dia tidak Islam. Islam menuntut apabila kamu hukum, hukumlah dengan adil. Ini tidak adil, orang Islam potong tangan tapi orang bukan Islam kena penjara dua bulan," katanya.
Sementara itu, mengenai pilihan raya umum yang dijangka diadakan pada November ini, Mahathir berkata Barisan Nasional (BN) sudah cukup bersedia untuk menghadapinya.
"Jika ditetapkan November, kami akan adakan pada November. Saya fikir BN sudah cukup bersedia, kita selesaikan semuanya dan tumpukanlah perhatian untuk memajukan negara ini," katanya.
Gila..semenjak tersebarnya foto bogel Putera Harry dilaman web hiburan di U.S, pelbagai inisiatif diambil oleh pihak istana bagi mengembalikan maruah mereka.
Namun begitu, segelintir dari rakyat biasa memandang perkara tersebut sebagai satu perkara yang amat luar biasa dan perlu diberi sokongan.
Caranya?
Sekumpulan tentera dan peminat-peminat anggota bersenjata Britain telah mengambil inisiatif dengan membina Facebook group 'Support Prince Harry with a naked salute' (Sokong Putera Harry dengan tabik sambil berbogel).
Hampir 12,000 pengunjung telah menyertai group tersebut!
Mereka tanpa segan silu memuatnaik foto-foto bogel mereka ke group tersebut sambil tabik. Bagi yang bertubuh sasa dan seksi, sempat juga mereka beraksi penuh bergaya dan yang memliki tubuh kurang menarik, pelbagai cara mereka gunakan dengan trick kamerea dan pelbagai lagi.
KUALA LUMPUR - Pengarah Suara Rakyat Malaysia (Suaram) Kua Kia Soong hari ini mendedahkan bahawa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) itu menerima dana dari negara asing dan individu di seluruh negara.
Beliau berkata Suaram, NGO hak asasi manusia, kini dibiayai beberapa negara seperti Amerika Syarikat, Finland dan Kanada dan beberapa negeri di Malaysia selain sumbangan daripada individu.
Bagaimanapun, Kua yang mempertahankan mengenai isu pembiayaan itu merahsiakan jumlah yang diterima Suaram sehingga hari ini serta penyumbang dana dan penaja utama.
"Adakah saya perlu memberitahu anda dari mana dana itu datang? Kenapa semua orang ingin tahu dari mana dana kami?," soal Kua pada majlis pelancaran Laporan Hak Asasi Manusia Malaysia 2011, di sini.
Beliau turut mempersoalkan wartawan tempatan akhbar harian Melayu sama ada mereka mengetahui sumber pembiayaan akhbar mereka.
Kua turut menggesa mana-mana pihak yang tidak berpuas hati dengan Suaram agar membuat laporan polis.
Pada Julai, Suaram selaku peranannya sebagai sebuah NGO bebas telah dipersoalkan berikutan menerima peruntukan tahunan secara konsisten dari 'National Endowment for Democracy' (NED) yang berpangkalan di Amerika Syarikat, sejak 2006.
Menurut portal AIDC, seperti dinyatakan dalam laporan tahunan NED, Suaram menerima sejumlah US$385,000 (RM1,218,328.65) bagi tahun 2006, 2007, 2008 dan 2009.
Selain Suaram, NGO Malaysia yang turut dibiayai seperti disenaraikan NED termasuk International Republican Institute, National Democratic Institute for International Affairs, Southeast Asian Press Alliance, Centre for Independent Journalism, Open Dialogue Centre, Mkini Dot Com dan beberapa yang lain.
Sebelum ini, dilaporkan secara meluas bahawa Suaram tidak pernah didaftarkan sebagai NGO dengan Pendaftar Pertubuhan sebaliknya hanya didaftarkan sebagai sebuah syarikat atas nama, Suara Inisiatif Sdn Bhd dengan modal berbayar RM2 juta.
Sejak itu, Suaram membisu mengenai dakwaan status pertubuhan serta sumber dana pembiayaannya.
KUALA LUMPUR: "Kalau benar dia tidak mempunyai sebarang alahan, pihak berkaitan perlu kaji dari sudut amalan ilmu hitam dan jin. Ia bukan sesuatu yang pelik kerana Piala Malaysia adalah kejohanan penting dan penjaga gol setiap pasukan juga adalah tonggak. Untuk menjatuhkan pasukan, mesti lemahkan tonggak itu," kata pengamal perubatan Islam, Sharhan Shafie.
Beliau mengulas mengenai insiden menimpa penjaga gol Terengganu, Mohd Sharbinee Allawee yang diserang penyakit gatal seluruh badan secara tiba-tiba ketika beraksi dalam perlawanan Kumpulan B Piala Malaysia menentang Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di Stadium Majlis Perbandaran Selayang, Sabtu lalu.
Katanya, persoalan mengenai ilmu hitam atau sihir ini memang wujud dan ia dijelaskan Nabi Muhammad SAW yang membahagikan jin kepada tiga golongan iaitu mempunyai sayap dan terbang di udara, menyerupai ular dan kala jengking serta daripada jenis berpindah randah.
Pada pengamatannya, Sharhan berkata, dia berpendapat Mohd Sharbinee terkena sihir daripada jin di dalam kategori pertama kerana ia berlaku secara mengejut sehingga dia pitam seketika sebelum dikejarkan ke Hospital Selayang.
"Saya tidak bermaksud untuk menuduh sesiapa, tetapi ia perlu diperhalusi kerana jika tidak, Piala Malaysia tahun ini akan diwarnai dengan unsur-unsur sihir seperti yang pernah berlaku pada tahun 60-an dulu.
"Semua orang terdedah kepada ilmu hitam ini apatah lagi individu dikenali ramai seperti bintang bola sepak. Mungkin hari ini terkena kepada Mohd Sharbinee, tak mustahil selepas ini orang lain pula," katanya.
Muka depan akhbar ini Isnin lalu melaporkan Mohd Sharbinee mengalami kegatalan di seluruh badan secara tiba-tiba kira-kira 10 minit sejurus separuh masa kedua bermula memaksa bekas penjaga gol kebangsaan itu menanggalkan sarung tangan dan jersi dipakainya.
Selepas menerima rawatan, dia dibenarkan keluar dari hospital jam dua pagi, namun masih kebingungan kerana doktor memaklumkan dia mengalami alahan daripada makanan atau pun ubat sedangkan sebelum ini dia tidak menghadapi masalah sedemikian.
Sharhan juga menasihati pemain supaya mengamalkan bacaan surah al Fatihah, ayat Kursi serta ayat 57, surah Hud sebelum memasuki padang bagi menghindari sebarang gangguan dan unsur ilmu hitam selain menghalang apa juga bentuk sihir.
Isu demi isu dalam barisan pembangkang meletup di sana sini. Isu Kedah, isu Pulau Pinang, isu Perak, isu Selangor, dan terbaru isu pemimpin PKR di Pahang.
Demang fikir hanya satu cara untuk mengalih perhatian rakyat dari terus memoerkatakan tentang kemelut pembangkang iaitu dengan melakukan satu letupan yang lebih besar.
Tidak sukar untuk mencari isu. Kebetulan sambutan merdeka semakin dekat. Pembangkang boleh cetuskan sesuatu dan mulakan provokasi menjelang sambutan.
Kalau jadi huru hara lebih bagus. Orang akan lupa terus masalah-masalah besar PKR tersebut.
Mungkin pembangkang boleh mulakan dengan mempertikai tema tahun ini.
Ala... Tahu lah Anwar Ibrahim nak buat camna. Harap jangan buat-buat lari ke kedutaan mana-mana dah la. Lepas tu bagitau ada orang nak bunuh.
Di tengah isu sumbang mahram pemimpin PKR Pahang, isu sabotaj air di Selangor, dan komplot tanah DAP Pulau Pinang, orang Melaka tetap meriah dalam persediaan sambutan kemerdekaan.
Nak dibiarkan luncai terjun dengan labunya lagi?
You are subscribed to email updates from waadat To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
Seorang pemimpin kanan sebuah parti pembangkang dan anak lelakinya ditahan bagi membantu polis berhubung satu kes sumbang mahram.
Pemimpin utama sebuah parti baru itu bersama anak lelakinya yang berumur 14tahun ditahan reman pada 22 Ogos lepas bagi membantu siasatan apabila anak perempuannya yang berumur 15 tahun melahirkan seorang bayi lelaki.
Mereka dibebaskan pada Isnin.
Menurut Timbalan Ketua Polis Daerah Jerantut DSP Zakaria Kasim, mangsa, 15, melahirkan seorang bayi lelaki tiga hari lepas di sebuah pusat bersalin di Cheras, Kuala Lumpur.
"Kedua-dua suspek, bapa dan anak itu bagaimanapun dibebaskan semalam atas jaminan pihak polis," katanya kepada Bernama di sini, Selasa.
Beliau berkata, polis juga mengambil sampel DNA kedua-dua suspek dan keputusannya dijangka diketahui dalam tempoh seminggu.
Suspek yang juga saudara terdekat kepada seorang pemimpin kanan sebuah parti pembangkang tanah air, pernah bertanding pada pilihan raya umum ke-12.
Bagaimanapun, suspek yang bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri di Pahang pada pilihan raya umum lepas itu kalah kepada calon Barisan Nasional.
- BERNAMA -
Menurut berita dari Bernama pemimpin tersebut adalah dikalangan pemimpin kanan parti pembangkang yang tewas kerusi DUN ditangan pemimpin BN Pahang.
Pemimpin tersebut tinggal dikawasan Jerantut sudah tentu bertanding dikawasan DUN dalam Parlimen Jerantut.
Pemimpin itu pula baru menjadi pemimpin kanan parti baru.
Parlimen Jerantut mempunya 3 kerusi DUN yang ditandingi oleh kesemua parti pembangkang iaitu: DUN N 9 Tahan DUN N10 Damak DUN N11 Pulau Tawar
Dibawah ini adalah Nuridah Salleh yang bertanding di DUN N9 Tahan yang tewas ditangan calon BN.
Tapi takkan Nuridah Salleh kot.
Ini pula Calon N10 Damak Mohd Nor Bin Jaafar merupakan calon PKR yang tewas kepada calon BN dan kini menjadi pengerusi KITA Cawangan Pahang.
Ini pula Ishak Ghani calon Pas yang bertanding dalam DUN N11 Pulau Tawar yang juga tewas kepada calon BN.
Mungkin pembaca sudah dapat meneka siapa pemimpin utama sebuah parti baru itu bersama anak lelakinya yang berumur 14 tahun ditahan reman pada 22 Ogos lepas bagi membantu siasatan apabila anak perempuannya yang berumur 15 tahun melahirkan seorang bayi lelaki.
Menurut pemberi maklumat kami, si tuduh ini telah ditangkap polis atas tuduhan merogol anak perempuan sendiri.
Ini ekoran laporan polis yang dibuat oleh seorang jururawat sebuah hospital daerah dan negeri lain pada minggu lepas setelah mangsa melahirkan anak.
Si Mangsa telah ditangkap untuk siasatan.
Siapa orangnya? Hint-hint: Adik pula adalah calun PAS.
9:36 PM
Butiran pertuduhan belum diketahui habis tapi ianya melibatkan tuduhan sumbang mahram rupanya.
Sedikit yang diketahui adalah iya ada kaitan keluarga dengan bakal calun Pakatan Rakyat di tempat tertuduh. Siapa dia ...?
Sabar ....
9:19 PM
Dengar-dengar ada bekas calun PKR pada tahun 2008 ditangkap sumbang haram.
Apa itu sumbang haram? Hehehe ... kami pun kurang faham.
Bila melibatkan Pakatn, khsusnya P"Gay"R, ini perkara biasa.
Adakah ianya sumbang mahram?
Adakah iyanya zina haram yang luar biasa punya haram?
Adakah iyanya hubungan seksual yang luar biasa dari zina biasa?
Dengarnya di Pahang.
Orang Pahang .... Semuanya luarbiasa punya besar di Pahang.
Luarbiasa atau besar atau kedua-duanya sekali? Hehehe ... butirnya akan dicari.
Sabar .... akan dikemaskini.
Begitulah petikan dari theunspinner.
Okeh, itu setakat laporan yang aku baca di unspinner tetapi apa yang paling menarik adalah komen dari blog berkenaan dari pembaca !!!
Orang Pahang ... says:
August 28, 2012 10:38:00 PM GMT+08:00
Tertuduh ni mungkin adalah Muhammad Nor bin Jaafar, satu-satu calun PKR di Jerantut pada 2008. Ketika itu dia adalah calun PKR DUN Damak dan bekas Ketua Cabang PKR Jerantut.
Lepas pru 2008, dia ikut faction Zaid Ibrahim dan bersama keluar PKR. Kini Muhamamd Nur adalah Ketua Parti Pembangkang KITA Jerantut.
Dia juga adalah abang kepada Dr. Hamzah bin Jaafar yang dikatakan bakal jadi calun PAS bagi ahli Parlimen Jerantut.
Gua no komen la beb... Kita tunggu pendedahan pihak berkuasa sendiri !!!
Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata beliau tidak pernah menolak pelaksanaan hukum hudud seperti mana yang terkandung dalam Islam.
Sebaliknya, beliau berkata hanya menolak hudud yang akan dilaksanakan oleh PAS.
"Saya tolak hudud PAS, (hudud) Islam saya tak tolak.
Menurut Dr Mahathir terdapat perbezaan yang ketara di antara hukuman hudud yang akan dilaksanakan PAS dan yang disyariatkan Islam.
"Kita kena bezakan antara dua ini (PAS dan Islam)...lain langsung," katanya.
Dr Mahathir berkata pelaksanaan hukuman hudud yang dicadangkan oleh PAS lebih menjurus kepada hukuman berat dan bersifat tidak adil.
"PAS lebih mirip kepada nak kenakan hukuman berat yang tak ada dalam al-Quran...dia (PAS) nak rejam dengan batu. Dalam Quran sebut tentang sebat 100 kali...lelaki dan perempuan.
"Kita tengok di Afghanistan mereka tuduh isterinya secara kejam dan bawa keluar tembak bagi mati...itu bukan (hukuman) Islam," katanya.
Mengulas lanjut Dr Mahathir berkata Islam menuntut supaya berlaku adil apabila meletakkan hukuman kepada seseorang.
Katanya apabila sesuatu hukuman itu dibuat secara tidak adil ia bukanlah hukuman yang dituntut dalam Islam.
"Islam tuntut supaya apabila kamu menghukum, hukumlah dengan adil. Orang Islam potong tangan, tapi orang bukan Islam masuk penjara dua bulan...itu tidak adil. Atau hukum wanita saja yang lelaki tak hukum," tegasnya.
Ditanya tentang pendirian PAS untuk terus melaksanakan hukum hudud walaupun ditentang DAP beliau menjawab:
"Itu dia (PAS) punya masalah, kawan baik dia," katanya.
Abby Abadi tidak habis-habis menimbulkan kontroversi. Kita tidak mempertikaikan kesediaan dirinya untuk bertudung serta bertaubat dari dosa-dosa lampau beliau. Namun apabila bertudung, diberikan tiket untuk berceramah di pentas-pentas politik serta menyerahkan borang keahlian PAS, bukanlah bermakna beliau boleh sesuka hati mengkritik sesiapa sahaja, menjatuhkan hukum serta mengeluarkan hukum hakam Agama. Seolah-olah beliau baru habis pendidikan Agama peringkat tertinggi atau keluar dengan PhD di dalam bidang keagamaan.
Terbaru, cubaan beliau untuk mengkritik Bekas Mufti Besar Perlis, Dr Mohd Asri Zainal Abidin mengundang persoalan balas daripada ilmuan itu yang tidak mampu dijawab oleh Abby Abadi sendiri. Ianya bermula apabila Dr Mohd Asri mengeluarkan kenyataan berikut:
Mungkin beliau merasakan dirinya cukup hebat, adalah menjadi tanggungjawab beliau untuk menasihatkan Bekas Mufti ini,
Baca pula balasan Dr Mohd Asri,
Dan sambungan kenyataan beliau di bawah,
Marilah sama-sama kita nasihatkan Ostazah Segera Abbi Abadi agar mendalami ilmu Agama dan pertingkatkan ilmu pengetahuan beliau. Semakin hari kenyataan-kenyataan beliau di laman sosial Twitter nampak seperti memperbodohkan dirinya sendiri. Merendah diri dan bertawaduklah. Jangan sombong semata-mata kerana anda boleh bercemah di depan Tok-Tok Janggut PAS.
Kite berhari raya riang ria dan saling bermaaf-maafan,ni yang sorang minah ni sibuk duk upload video yang entah pape. Minah ni buat calar imej Melayu dan hari raya kita lah. Minah ni jugak mase nak abis lagu ni die membuka baju dan menayangkannya iatu t***k.
Apa nak jadi la budak zaman sekarang.hilang maruah Melayu kalu buat camni. Kita ni jgn lah terikut sangat budaya barat dan "k-pop" ni.kita bangga dengan seni budaya kita sudah lah.
Akhir kata,mintak2 lah minah ni berubah. Sumber Sini
Pergh! Gerun beb tengok Unit Amal PAS sekarang yang elok berkopiah berserban tapi belakang simpan cota dalam poket seluar. Rasanya standby nak pukul perisik-perisik UMNO kot mana tau ada yang terlepas masuk dalam ceramah tersebut.
Tak dikhabarkan di mana gambar ini dirakam namun yang pasti kita sudah sedia maklum yang Unit Amal PAS adalah samseng sebenar dalam politik. Boleh lihat bukti bergambar seterusnya.
Gambar ini pula dirakam di Stadium Kuala Selangor semasa Ceramah Pakatan di sana. JB ada ditempat kejadian dan sudi menjadi saksi utama jika ada yang ingin bertanya. Pemuda ini cedera teruk dikepala dan telinga akibat dari pukulan Unit Amal PAS yang bertindak agresif.
Siapa yang berlagak samseng sekarang? Itulah info yang Mc dapat dari blog JawaBer6.. apabila Unit Amal cuba melampaui kuasa polis. Teruk betul, pukul orang sesuka hati, serupa Malaysia ni takdak undang-undang. Ini bukan Unit Amal, tapi Unit Anal!! hehe..
McTheory: Unit Anal, sebab tu dia pakai cota.. Anwar suka nih.. heh
Seorang pemimpin kanan sebuah parti pembangkang dan anak lelakinya ditahan bagi membantu polis berhubung satu kes sumbang mahram.
Pemimpin utama sebuah parti baru itu bersama anak lelakinya yang berumur 14 tahun ditahan reman pada 22 Ogos lepas bagi membantu siasatan apabila anak perempuannya yang berumur 15 tahun melahirkan seorang bayi lelaki.
Mereka dibebaskan semalam.
Menurut Timbalan Ketua Polis Daerah Jerantut DSP Zakaria Kasim, mangsa, 15, melahirkan seorang bayi lelaki tiga hari lepas di sebuah pusat bersalin di Cheras, Kuala Lumpur.
"Kedua-dua suspek, bapa dan anak itu bagaimanapun dibebaskan semalam atas jaminan pihak polis," katanya
Beliau berkata polis juga mengambil sampel DNA kedua-dua suspek dan keputusannya dijangka diketahui dalam tempoh seminggu.
Suspek yang juga saudara terdekat kepada seorang pemimpin kanan sebuah parti pembangkang tanah air, pernah bertanding pada pilihan raya umum ke-12.
Bagaimanapun, suspek yang bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri di Pahang pada pilihan raya umum lepas itu kalah kepada calon Barisan Nasional..
Bersempena Hari Kemerdekaan ke 55 pada Jumaat ini, RapidKL, pengendali perkhidmatan LRT dan monorel di Lembah Klang, akan melanjutkan operasi untuk dua malam berturut-turut mulai Khamis ini bagi memberi kemudahan kepada wargakota meraikan kemeriahan sambutan hari bersejarah itu.
RapidKL juga akan memberikan perkhidmatan LRT dan monorel percuma kepada para peserta yang bertugas dan orang ramai yang menghadiri acara 'Perhimpunan 55 Tahun Merdeka, Janji Ditepati' yang akan diadakan di Kompleks Stadium Nasional Bukit Jalil pada Jumaat ini.
"Seperti jutaan rakyat Malaysia lain, kami di RapidKL turut berbangga dengan kejayaan negara meraikan Hari Kemerdekaan yang ke 55 tahun ini. Ini adalah sebahagian daripada sumbangan kami kepada negara bagi meraikan hari bersejarah ini," kata jurucakap RapidKL, Puan Masnizam Hisham dalam satu kenyataan hari ini.
Bersempena dengan sambutan Ambang Merdeka pada 30 Ogos ini, perkhidmatan LRT di stesen terpilih dan semua stesen monorel akan dilanjutkan sehingga jam 1.00 pagi keesokan harinya. Stesen LRT Ampang yang terlibat adalah Bandaraya, Masjid Jamek, Hang Tuah dan Titiwangsa. Sementara Stesen LRT Kelana Jaya adalah KL Sentral, KLCC, Masjid Jamek dan Dang Wangi.
"Stesen-stesen lain akan tutup mengikut jadual biasa. Bagaimanapun, tren akan berhenti untuk menurunkan penumpang dan mereka ada akses untuk keluar stesen. Kami menjangkakan ramai wargakota akan turun ke Dataran Merdeka untuk sambutan Ambang Merdeka.
"Kami juga difahamkan terdapat banyak acara-acara sambutan lain di sekitar bandaraya termasuk sambutan besar-besaran di KLCC yang menghidangkan persembahan artis-artis hebat dan pertunjukan bunga api sempena Ambang Merdeka.
"Berdasarkan kepada pengalaman, kami menjangkakan jumlah penumpang yang besar. Jadi, nasihat saya kepada para penumpang adalah supaya mereka menggunakan Kad MyRapid supaya mereka tidak perlu beratur di mesin-mesin jualan tiket," kata Masnizam.
Untuk operasi pada 31 Ogos bersempena Perhimpunan 55 Tahun Merdeka, Janji Ditepati, beliau berkata operasi LRT akan dilanjutkan sehingga 1 pagi untuk Stesen Bukit Jalil, manakala stesen-stesen LRT dan monorel lain dibuka untuk para penumpang keluar sahaja. Sehubungan dengan itu juga, masa terakhir perlepasan bas RapidKL di stesen-stesen terlibat adalah jam 1.30 pagi.
Selain amanat Perdana Menteri, acara berkenaan akan turut menghidangkan persembahan artis remaja tanah air, seni mempertahankan diri, penganugerahan sijil Pencapaian Cemerlang kepada 10 ikon generasi muda, flashmob, cabutan bertuah dan pertunjukan bunga api.
"Kita akan memantau keperluan tren untuk membawa pulang pengunjung dan sekiranya perlu, operasi ini akan dilanjutkan," katanya.
Untuk perkhidmatan percuma ke Bukit Jalil pada hari Jumaat, Masnizam berkata orang ramai boleh mendapatkan token-token khas untuk perjalanan percuma pergi ke Bukit Jalil mulai pukul 4.00 petang yang akan disediakan di semua stesen-stesen LRT dan monorel.
"Token-token ini diprogramkan khas dan hanya membenarkan para penumpang keluar di stesen LRT Bukit Jalil. Mereka yang inginkan token ini perlu mengambil sendiri di kaunter-kaunter tiket di stesen-stesen LRT dan monorel pada hari Jumaat.
"Untuk pulang, mereka perlu mengambil token pulang di Stesen LRT Bukit Jalil. Kita akan mempunyai notis-notis khas untuk membantu penumpang dan para petugas di semua stesen," tambah beliau.
Paling senang, kalau sangsi, pergi kaunter tanya saja..
SHAH ALAM - Status sebenar sebuah akaun fanpage Facebook yang didaftarkan atas nama Pemuda Umno Malaysia terus menjadi perhatian dengan Khairy Jamaluddin menegaskan permohonan maaf datang daripada pengendali laman berkenaan sendiri.
Sabtu lalu, pengendali akaun itu meminta maaf kepada seluruh rakyat Malaysia berhubung poster berbaur hasutan yang dimuat naik sebelum ini.
Banyak pihak mendakwa dan membuat tanggapan bahawa permohonan datang daripada Pemuda Umno sendiri.
Khairy, Ketua Pemuda Umno dan Barisan Nasional (BN), semalam menjawab kekeliruan itu menerusi laman Twitternya dengan menafikan fanpage itu Facebook rasmi Pemuda Umno.
Beliau juga menegaskan bahawa permintaan maaf itu bukan dibuat oleh Pemuda Umno.
Katanya: "FB itu bukan FB laman rasmi Pemuda Umno. Yang minta maaf itu pengendali laman FB tersebut bukan Pemuda Umno."
Beberapa mesej Khairy yang menjawab respons pengikutnya berhubung permintaan maaf itu juga membawa maksud yang sama.
Salah seorang pengikut yang bernama Daniell Rezuwan berkata: "Permohonan maaf itu wajar. Cuma, Pemuda Umno kena tahan dengan tohmahan flip-flop."
"Apa flip-flop? Ia bukan laman kami. Pentadbir laman itu yang minta maaf. Bukan kami," jawab Khairy ringkas.
Kemudian pemegang akaun itu mencadangkan agar akaun itu ditutup atau mengambil tindakan terhadap pentadbirnya.
Khairy menjawab: "Terserah kepada polis. Kami juga telah menulis kepada FB."
Pengikutnya yang lain juga mencadangkan agar tindakan tegas diambil ke atas pentadbir laman itu.
Pengerusi Unit Media Baru Pergerakan Pemuda Umno Malaysia, Tun Faisal Ismail Aziz ketika dihubungi menyokong kenyataan Khairy.
Katanya: "Kenyataan YB KJ betul. Yang mohon maaf adalah pentadbir laman tersebut dan ia bukan laman rasmi Pergerakan Pemuda Umno Malaysia. PPUM. Penglibatan rasmi adalah melalui YB KJ, YB Razali selaku Naib Presiden dan berita rasmi melalui laman web PPUM.
"Pergerakan Pemuda Umno Malaysia tiada akaun rasmi sama ada Facebook mahupun Twitter cuma laman rasmi Pergerakan Pemuda Umno Malaysia," katanya kepada Sinar Harian Online.
Laman web rasmi PPUM boleh diakses melalui http://www.pemudaumno.org.my.
Menurut Tun Faisal, pihaknya juga tidak pasti siapa yang mengendalikan laman itu, sama ada individu mahupun kumpulan tertentu.
"Kami pun tidak pasti siapa pentadbir laman itu sebenarnya. Ia mungkin hanya inisiatif individu atau kumpulan tertentu tetapi mereka bukan suara rasmi Pemuda Umno," katanya.
Kelmarin, Sinar Harian melaporkan laman Facebook Pemuda Umno Malaysia, yang akaunnya didakwa palsu, meminta maaf berhubung poster berbaur hasutan yang dibawa lebih seminggu lalu atas akaun pergerakan itu.
Akaun itu meminta maaf kepada seluruh rakyat Malaysia menerusi entri ringkas beberapa jam selepas Khairy berkata bahawa pihaknya sudah mengenal pasti individu yang bertanggungjawab atas penyebaran mesej itu.
Malah status Facebook itu juga menyatakan bahawa admin yang terbabit turut sudah dikeluarkan dari fanpage tersebut.
Tiga hari lalu, Khairy nmemberitahu pemberita bahawa beliau akan menyerahkan kepada polis nama-nama orang yang disyaki mengendali akaun palsu pergerakan itu.
Minggu lalu, Setiausaha Kerja Pemuda BN, Ibdillah Ishak membuat laporan polis berhubung satu akaun Facebook yang memuat naik poster berbaur fitnah di Balai Polis Tun H S Lee.
Laman itu memaparkan wajah Presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak di bahagian utama dan disusuli dengan siri laporan berkaitan dengan aktiviti-aktiviti pemimpin Umno khususnya dari Selangor.
Poster yang kontroversi itu membawa mesej bahawa "Jika anda setuju untuk jadikan Kristian sebagai agama rasmi Persekutuan Malaysia, teruskan sokongan anda kepada Pakatan Rakyat".
Komen:
Situasinya senang saja. Pemilik akaun Facebook Pemuda UMNO tu, bukannya orang yang dilantik oleh Organisasi untuk menyuarakan suara rasmi Pemuda UMNO. Akaun Facebook tu atas usaha sendiri. Maksudnya ia facebook personel orang tertentu. Jadi apa saja yang di post dari facebook tu..tak ada kena mengena dengan Pemuda UMNO. Itu pendapat peribadi.. senang saja.. takkan la itu pun tak faham?
Isu ni kecik saja sebenarnya.. fake akaun! Cuma ada mangkuk hayun yang sengaja nak besarkan isu ni sampai jadi panass. Dah berapa banyak artis yang kena Fake Akaun? TV3 Buletin Utama pun pernah kena macam ni dulu. Biasa laa.
Bila orang dah terangkan akaun tu bukan Official Pemuda UMNO punya, kena la faham. Tu pun susahh ka?
adoiyaii..
McTheory: Silap-silap puak Pakatan yang buat 'Akaun palsu' tu kot??
Assalammualaikum Pada Semua Rakyat Kedah.. tak kiralah.. yang betui-betui Kedah atau Kedah celop saja.. pun takpa.. anda dijemput ke Jamuan Hari Raya 1 Malaysia esok, bertempat di Stadium Darulaman. Mula pukui 11 pagi sampai 4 petang. Makanlah sampai pengsan..semuanya percuma!!
Jangan risau, takkan ada kutip derma dengan tin milo hijau semasa anda makan. Mai bawak perut saja.. ok.. terima kasih..
McTheory: Geng TMK pun ada kat sana esok.. nak jumpa kami mai la.. hehe..
Tun M tempohari ada mengeluarkan peribahasa inggeris yang berbunyi 'better the devil you know than the angel you don't'. Saya begitu yakin bahawa orang yang tidak biasa menggunakan peribahasa Inggeris seperti Nik Aziz akan mengungkapkan peribahasa tersebut sebagai "lebih baik syaitan yang kamu kenal daripada malaikat yang kamu tidak kenal".
Orang yang tinggi pemikiran seperti Tun M pasti akan menggunakan bahasa Inggeris dan bukannnya bahasa Melayu bagi mengungkapkan peribahasa ini kerana ianya peribahasa Inggeris. Tun M sebenarnya menyindir parti lawan atau pembangkang yang kita lihat sangat baik seperti Malaikat tetapi batiniahnya lebih teruk jika hendak dibandingkan dengan syaitan yang kita sedia tahu jahat.
Sindiran ini juga ibarat menghentam sifat kepura-puaraan pakatan dalam memperjuangkan kebajikan rakyat. Dahulu mereka kata mereka mahu mewujudkan negara Islam tetapi sekarang mereka kata mahu mewujudkan negara berkebajikan kerana tiada dalam Al-Quran menyatakan negara Islam.
Berkenaan Isu Hudud, PAS berlolong mengatakan mereka mahu melaksanakan hukuman Hudud. Persoalannya mampukah mereka melaksanakan sesuatu rang undang-undang tanpa persetujuan majoriti di Dewan Rakyat? sudikah DAP mengorbankan prinsip mereka mahu membenarkan Hudud dilaksanakan di Malaysia? Sebagai Islam saya menyokong hukuman ini dilaksanakan tetapi biarlah ianya berpaksikan Islam dan bukan hanya sandiwara politik.
Berbalik kepada peribahasa Inggeris, peribahasa asal berbunyi'better the devil you know than the devil you don't'. Tun M ternyata telah mengubah perkataan Devil kepada Angel. Itu bukan masalah besar kepada orang yang mindanya celik. Jika kita buka kamus Bahasa Inggeris - Bahasa Melayu. Angel mempunyai banyak maksud selain Malaikat.
Dalam bahasa Inggeris, perkataan 'angel' mempunyai banyak maksud seperti malaikat, bidadari, baik hati dan menyebelahi pihak yang benar. Namun, agak mengecewakan apabila Seorang Tokoh yang diiktiraf pembangkang hanya berfikiran cetek dengan mengambil maksud angel itu ialah Malaikat. Ini adalah dakwaan yang cuba diputar belitkan dengan bantuan harakah kononnya Tun M rela berbaik dengan Syaitan daripada Malaikat yang sebenar.
Kalau ada pun individu yang rela berbaik dengan syaitan dengan menerima bantuan syaitan ialah Nik Aziz sendiri seperti rakaman dibawah:
Dari sudut mantik pula, peribahasa tersebut telah menyindir pakatan pembangkang yang membawa maksud lebih baik kita kenal dengan orang yang jahat daripada orang yang munafik. Orang yang jahat kita tahu dia memang jahat tetapi orang yang munafik ini adalah orang yang berpura-pura. Bila berkata dia berdusta, bila berjanji dia mungkir. Salah satu janji pembangkang yang kita tahu mereka dusta ialah impian 16 September merampas kerajaan melalui lompat parti.
Secara jelasnya, Nik Aziz tidak memahami perumpamaan yang diberikan oleh Tun M dan sewajarnya Nik Aziz dan harakah memohon maaf atas kekhilafan mereka menyampaikan maklumat yang "Tepat dari Sumber"
Jawatan MB Kedah boleh dikatakan jawatan yang paling panas, malah lebih panas dari jawatan MB Selangor dan Perdana Menteri sendiri. Ini berdasarkan jumlah mereka-mereka yang tergila-gilakan jawatan tersebut sama ada dari parti lawan, dan jauh lebih dahsyat ialah dari dalam parti PAS sendiri.
Parti pembangkang Kedah, iaitu BN dilihat lebih tenang dalam memperkatakan calon MB tetapi, keadaan yang sama tidak berlaku di dalam parti PAS. Dengan begitu ramai yang merasakan diri mereka layak untuk menjadi MB, kedudukan Azizan semakin hari semakin getir.
Malah, PAS Pusat juga tidak ketinggalan memberi tekanan kepada Azizan kerana termakan hasutan para parasit yang tidak gemarkan kepimpinan ulama.
Umum sedia maklum bahawa tentangan paling hebat terhadap Azizan datang dari exconya sendiri yang sebelum ini telah secara terbuka menentangnya dan menuntut beliau meletakkan jawatan. Bukan sekali, malah banyak kali kedengaran exco ini mencabar atau mengutuk Azizan secara berdepan dan juga di belakang.
Mungkinkah kepimpinan PAS Pusat sedang menyediakan si-exco ini untuk menggantikan tempat Azizan?
Alasan yang digunakan oleh musuh-musuh Azizan untuk 'menjerut' beliau adalah masalah kesihatan. Ini kerana, semenjak beberapa bulan kebelakangan ini, Azizan sering keluar masuk hospital atas berbagai masalah antaranya, jantung, diabetes, tekanan darah dan berbagai-bagai lagi. Azizan juga dikatakan sering keletihan dan tidak berdaya untuk bergerak cergas.
Masalah kesihatan Azizan sampai ke kemuncak apabila beliau gagal menghadiri Majlis Rumah Terbuka anjurannya sendiri pada 25 Ogos yang lalu. Majlis yang dihadiri ribuan rakyat Kedah, terpaksa dikendalikan sendirian oleh isteri beliau, To' Puan Hajjah Faikah yang mana menyebabkan ramai rakyat kecewa dan tertanya-tanya.
Khabarnya, keadaan Azizan pada hari tersebut dan malam sebelumnya adalah agak mencemaskan. Sejauh mana berita ini benar, tidak dapat pula dipastikan.
Namun, rata-rata rakyat Kedah cukup maklum dengan kerakusan pihak yang mengidamkan jawatan Azizan dan sanggup berbuat apa saja untuk menjatuhkan beliau. Ramai yang menyatakan bahawa tidak boleh diketepikan yang Azizan telah diserang dengan menggunakan ilmu hitam, selain dari ugutan dan ancaman secara langsung terhadap dirinya dan keluarga.
Umum tahu bahawa pendekatan Azizan yang tegas membela Melayu dan Islam tidak disenangi oleh sekutu PAS, iaitu DAP. Beberapa kali Azizan terpaksa bertelagah dengan DAP yang mana berakhir dengan Azizan terpaksa akur dengan parti kafir harbi tersebut apabila kepimpinan PAS pusat masuk campur.
Maka, tidak hairanlah jika DAP juga sanggup menaja pihak-pihak tertentu untuk menentang Azizan.
Begitu juga dengan seorang pemimpin tertinggi PAS dari Kedah yang masih terawang-awang mencari tempat bertapak. Beliau juga dikatakan amat berdendam dengan Azizan dan Azizan juga telah beberapa kali secara terbuka mengkritik pemimpin tersebut sebagai tidak layak kerana terlalu 'loklaq' (tak senonoh). Tidak mustahil pemimpin tersebut juga mempunyai dendam kesumat terhadap Azizan dan ingin melihat beliau jatuh.
Mungkin ramai yang masih tidak tahu bahawa Azizan adalah antara pemimpin PAS yang tidak dapat bersemuka dengan Anwar Ibrahim. Beliau sebolehnya memastikan yang beliau tidak akan berada dalam satu majlis dengan peliwat tegar tersebut kerana tidak setuju dan tidak mempercayai 'kesucian' Anwar. Beliau hanya akan duduk bersama dengan Anwar, jika majlis tersebut dihadiri oleh kepimpinan PAS Pusat sekadar untuk menghormati kepimpinan PAS Pusat.
Kesemua faktor ini, ditambah dengan ketamakan dan kerakusan individu-individu tertentu meletakkan kedudukan Azizan dalam bahaya. Azizan dikelilingi manusia rakus dan gila kuasa yang sanggup dibeli dan membeli dan membuat apa saja asalkan dapat menjatuhkan beliau.
Walaubagaimanapun, Azizan terkenal dengan sikap yang tabah dan memiliki kekuatan serta pengetahuan yang cukup untuk menghadapi serangan musuh-musuhnya dari berbagai arah dan bentuk.
Namun, apakah Azizan mampu bertahan jika kepimpinan pusat sendiri yang memberi tekanan agar beliau berundur?
Khabarnya, Azizan tidak akan berundur kerana bagi beliau, beliau telah dilantik oleh rakyat dan hanya rakyat yang boleh 'menurunkannya'. Malah, beliau juga telah bersedia dan semakin sihat untuk menghadapi musuh-musuhnya yang selama ini dibiarkan tanpa tentangan balas.
Nampaknya, beliau agak keberatan untuk membiarkan musuh-musuhnya menang percuma.
Inilah yang memeningkan kepala parasit-parasit di dalam PAS yang tidak sabar untuk melenyapkan terus sisa-sisa ulama yang ada di dalam kepimpinan parti. Azizan juga pasti sudah sedia maklum bahawa beliau tidak boleh mengharapkan beberapa kerat 'Ulama' yang tinggal di dalam PAS untuk membelanya kerana kesemua mereka nampaknya sama ada sudah buntu, bingung atau mula termakan 'nasihat' parasit-parasit tersebut.
Azizan kini bersendirian namun nekad untuk menjadi benteng terakhir kepimpinan ulama di dalam PAS.
You are subscribed to email updates from Kedah Ke KL To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.