Khamis, 30 Ogos 2012

Dewan Pemuda Pas Kawasan Machang -dppkm- Mempersada Perjuangan

Dewan Pemuda Pas Kawasan Machang -dppkm- Mempersada Perjuangan


Alam Ria PASTI Machang

Posted: 29 Aug 2012 09:04 PM PDT


Himpunan Hijau Kelantan serentak majlis Aidilfitri

Posted: 29 Aug 2012 08:26 PM PDT

KOTA BHARU: PAS Kelantan akan menganjurkan dua program serentak pada 15 September ini, iaitu Himpunan Hijau ke Putrajaya dan majlis Jamuan Aidilfitri peringkat negeri.

Ketua Penerangan PAS Kelantan, Dr Mohamed Fadzli Hassan berkata, kedua-dua program berkenaan akan diadakan di Dewan Majlis Daerah Machang dan Padang Majlis Daerah Machang.

Katanya, program Himpunan Hijau antara lain akan diisi dengan ceramah perdana yang akan disampaikan Mursyidul Am, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, Presiden Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dan pimpinan parti yang lain.

"Selain itu program untuk Ekspresi Hijau Anak Muda juga akan dipenuhi dengan program ceramah, motivasi anak muda, persembahan hiburan.

"Pada masa yang sama program khas yang akan diisi oleh muslimat bermula sebelah pagi,"ujarnya.

Bagaimanapun program yang bakal dianjurkan oleh Dewan Ulama yang dikenali Mimbar Ulama' akan diadakan sehari sebelum majlis penuh, selama dua malam berturut-turut.

Beliau memberitahu  program Mimbar Ulama' bermula pada hari Khamis malam Jumaat melalui program khas di peringkat UPU.

Sambungnya, program ini akan dikendalikan Anggota Jawatankuasa Dewan Ulama PAS Kelantan peringkat negeri dengan kerjasama kawasan.

"Hari Jumaat malam Sabtu program khas untuk UPU Kawasan Machang disamping kuliah Maghrib pada hari Sabtu,"ujarnya.

Kerajaan tolak dakwaan pembangunan punca banjir

Posted: 29 Aug 2012 08:25 PM PDT

KOTA BHARU: Kerajaan negeri menafikan pembangunan sebuah pulau berhadapan Pangkalan Kerepok di Kampung Laut, Tumpat akan memberi masalah kepada penduduk di musim tengkujuh.

Timbalan Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob berkata, dakwaan penduduk tidak tepat kerana pembangunan yang dirancang di kawasan berkenaan dijangka tidak memberi kesan berlakunya banjir.

"Berdasar kepada rekod yang ada khususnya dalam tempoh 50 tahun ini sejak 1926, hanya pada 2004 paras banjir direkod paling tinggi iaitu tujuh meter daripada paras bahaya.

"Selepas tahun itu khususnya sejak bermula projek pembangunan di Lembah Sireh, keadaan mula berubah dari segi paras banjir," katanya selepas mesyuarat Exco, di Kota Darulnaim hari ini.

Semalam akhbar melaporkan penduduk Kampung Laut mendakwa mereka kemungkinan diancam banjir buruk pada musim tengkujuh sekiranya kerajaan negeri membangunkan sebuah pulau berhadapan Pangkalan Kerepok.

Kata mereka pulau seluas 404.7 hektar yang terletak di seberang Sungai Kelantan bermula dari Kampung Cina sehingga Kampung Kijang, Kota Bharu dibangunkan sekarang.

Timbalan Menteri Besar berkata, setiap pembangunan yang dirancang terlebih dahulu diambil kira aliran dan paras air termasuk ekologi sungai.

"Kalau nak dikira banjir besar direkod pada 1926 dan 2004, tetapi selepas kerja-kerja mendalamkan Sungai Kelantan dilakukan tidak ada lagi banjir besar yang melanda sekarang," ujarnya.

Katanya juga kerajaan negeri turut mengambil pandangan semua pihak sebelum projek diluluskan termasuk Jabatan Pengairan dan Saliran.

Salam Kemerdekaan Ke 55

Posted: 29 Aug 2012 08:25 PM PDT


Projek Penapis Air 1 Malaysia ada E.coli?

Posted: 29 Aug 2012 08:24 PM PDT

KOTA BHARU: Saban hari media harian memaparkan keprihatinan kerajaan pusat mengatasi masalah bekalan air di Pasir Mas dan Tumpat di bawah projek Penapis Air 1 Malaysia.

Projek berkenaan dikendalikan Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP) menggunakan penapis Ultra BIO Pure, di mana dilaporkan berharga antara RM65,000 hingga RM95,000 seunit.

Sehingga kini beberapa lokasi sudah dipasang peralatan tersebut termasuk Kampung Belukar di Pasir Mas dan Kampung Derdap, Tumpat.

Di Kampung Belukar dipasang di sebelah rumah Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan, Keselamatan Kampung Persekutuan (JKKKP).  Dan Projek Penapis Air 1 Malaysia Padang Tok La difahamkan akan dibina berhampiran rumah Ketua Umno Pasir Mas, Datuk Hanafi Mamat.

Secara jelasnya projek berkenaan biar pun di bawah peruntukan kerajaan pusat sebanyak RM2 juta, namun ia ada kaitkan secara langsung dengan Umno.

Biar pun rakyat Kelantan di kawasan yang dikenal pasti menghadapi tekanan rendah sebelum ini sekarang menerima tambahan bekalan air melalui projek berkenaan, namun ada isu lain pula yang tidak diketahui umum.

Berdasar kepada keputusan makmal yang dikeluarkan sebuah badan daripada kajian sampel air di Kampung Derdak, Tumpat didapati banyak yang tidak menepati piawaian ditetapkan Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN).

Antaranya ujian pH didapati gagal di mana keputusan didapati 6.050 sedangkan standard ditetapkan 6.5.

Begitu juga ujian baki klorin didapati gagal di mana hasil diperolehi 0.01 mg/l sedangkan ditetapkan SPAN tidak kurang 0.2 mg/l.

Manakala kandungan besi juga gagal menepati ketetapan SPAN, di mana ujian mendapati  0.62 mg/l, sedangkan sepatutnya tidak melebihi 0.3 mg/l.

Bagaimanapun menurut kajian tersebut paling membimbangkan ujian kandungan coliform didapati melebihi 200 cfu/100ml sedangkan sepatutnya tiada bahan tersebut.

Begitu juga dengan ujian kandungan  E.coli didapati terdapat 4 cfu/100ml, sedangkan sepatutnya 0 cfu/100ml.

Sumber pakar dalam industri air berkata, sepatutnya SPAN dan Jabatan Kesihatan tidak berdiam diri terhadap isu yang dibangkit tersebut kerana dibimbangi boleh memudaratkan orang ramai.

Tiada ulasan:

Pengikut