Siapa agaknya yang ajar mereka buat begini.Ini adalah antara gelagat budak-budak Bersih yang berhimpun sekitar Dataran Merdeka Khamis malam menyertai himpunan 'Janji Demokrasi'.
Mereka fikir boleh buat apa saja sesuka hati hingga bulan dan bintang pada bendera negara, Jalur Gemilang ditukar ke warna kuning dan dikibarkan di celah himpunan itu.
Tak cukup itu warna bendera ditukar ke merah putih...macam bendera Republik Singapura dan Indonesia
Apakah ini bendera Republik Bersih Malaysia atau bendera negara jika pembangkang berkuasa?
Apakah mereka merancang hendak jadikan negara ini sebuah republik?
Juga tersebar risalah mengenai pertukaran bendera negara.
Mungkin pihak penganjur gabungan 47 NGO yang pro-Bersih boleh tolong jawab tentang perbuatan yang over dan biadap ini.
Ramai orang biasa di situ yang melihat gelagat terkinja-kinja budak-budak ini kedengaran mencemuhnya.
Puak Bersih mungkin merasa syok sendiri dapat berkumpul sekitar Dataran Merdeka.Namun kalangan orangramai yang ditemui wartawan meluahkan rasa kecewa gara-gara mereka tiada majlis countdown ambang Merdeka seperti yang diadakan setiap tahun.
Pada jam 11.30 malam dianggar sekitar 5,000 orang yang memakai t-shirt kuning Bersih bercampur aduk dicelah orangramai yang datang ingatkan ada countdown ambang Merdeka.
Awalnya 10.30 malam sekitar 1,000 orang sahaja yang kelihatan mundar mandir di situ.
Geng gabungan 47 NGO itu yang membawa ungkapan sama seperti Bersih menuntut pilihanraya adil kemudiannya disertai oleh puak Selamatkan Jalan Sultan yang mula berhimpun di Jalan Hang Jebat dekat Stadium Negara jam 8 malam.
Puak yang menuntut kerajaan menghentikan pengambilan tanah untuk projek MRT kemudiannya berarak ke jalan dekat stesen lama bas Klang.Mereka bersurai jam 9.30 malam untuk ke Dataran Merdeka.
Polis hanya berkawal memastikan lalulintas berjalan lancar dan tidak mengambil sekarang tindakan terhadap mereka yang berhimpun di kedua tempat.
Kawasan padang Dataran Merdeka telah ditutup kepada orang ramai kerana persiapan perbarisan Hari Merdeka pagi Jumaat.
Pada sebelah petangnya polis telah menyatakan perhimpuan Janji Demokrasi adalah haram kerana penganjur tidak memberi notis 10 hari seperti yang ditetapkan oleh Akta Perhimpunan Aman.
Namun penganjur berdegil hendak teruskan juga himpunan itu.
Kini ramai ternanti-nanti apa pula alasan hendak digunakan oleh puak Bersih ini untuk balon polis yang 'berlembut' terhadap himpunan haram mereka.
Puak ini diketahui umum cuba berselindung disebalik kehadiran orangramai yang kebiasaanya berpusu-pusu ke Dataran Merdeka untuk meraikan countdown ambang Merdeka.
Pihak penganjur cuba ' coverline' menyalahkan pihak berkuasa sekat mereka turut meraikan ambang Merdeka sedang kehadiran mereka adalah satu perhimpunan yang terancang.
Kecuali Timbalan Presiden PAS ,Mat Sabu,orang kanan PKR Tian Chua dan Fuziah Salleh tiada pembesar pembangkang lain yang hadir di himpunan itu.
Seperti mereka rancang,Datuk A Samad Said telah mendeklamasi sajak di depan bangunan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur mengadap ke Dataran Merdeka.
Himpunan itu mula bersurai sekitar jam 12.30 malam.Tiada insiden tidak diingini berlaku. - OLEH HELME HANAFI,LUKMAN ABDULLAH DAN NOOR HASILAH ISMAIL -Agendadaily
Aksi yang dirakam di Dataran Merdeka - pengikut Ambiga bertindak liar apabila mula membakar dan memijak-mijak gambar DS Najib Tun Razak & Isteri.-Video oleh YY
Bendera Malaysia menerapkan Sang Saka Merah Puteh iaitu lambang PERANG zaman berzaman bagi Kerajaan Kerajaan Islam di Nusantara ini.
Sang Saka Merah puteh dah lama diserapkan dalam Bendera Malaysia dan Bendera Indonesia. Da ia terkait dengan sejarah nunsatara. Malaysia (Kelantan) adalah Majapahit 11 sementara Majapahit di Jawa yang pernah menguasai Nunsatara sampai ke Champa adalah Majapahit 1! Sejarah Majapahit 1 dan 11 ini juga terkait dengan gerakan dakwah pendakwah gelombang pertama Syeikh Jamaludin Al Kubra yang merupakan leluhur kepada kesultanan di Pattani, Champa, Malaysia, Brunei dan Sunan-sunan di Tanah Jawa!
Sang Saka Merah Puteh Malaysia ada 14 jalur untuk melambangkan 14 negeri dalam Persekutuan
Sang Saka Merah Puteh Indonesia -pertama kali digunakan dalam Peperangan Majaahit dan Demak. Pendiri Kerajaan Demak adalah anakanda Maharaja Majapahit dengan seorang puteri Kerajaan Chermin (Kelantan tua) yang Islam
Di Malaysia Sang Saka Merah Puteh dibuat jalur 14 bagi melambangkan 14 buah negeri dalam Persekutuan Malaysia. Rujukna kenapa warna kuning (DiRaja), Bintang (Lambang Islam) dan biru (rakyat) dimasukkan ada di SINI
Di Indonesia Sang Saka Merah Puteh diletak menyeluruh tanpa camporan apa apa warna lagi bagi menunjukkan ia sebagai satu republik!
Siapa Pakatan untuk memusnahkan sejarah Nusantara dengan perbuatan biadab mengibarkan bendera yang tak menunjukkan sejarah nusnatara sebelah sini dan hakikat Malaysia maseh mempunyai Sultan dan Ugama Islam adalah Ugama Persekutuan!
3 masjid di Wilayah Persekutuan menganjurkan solat hajat malam ini iaitu masjid Negara, Masjid Tuanku Mizan (Putrajaya) dan Masjid Putra (Putrajaya). Umat Islam disyorkan bersolat hajat dan berdoa agar kesejahteraan keamanan dan keselamatan umat Islam di Malaysia dan Nusantara terus dijaga dibawah perlindungan Allah hendaknya.
Jangan lupa untuk menghadiahkan Al Fatehah kepada ruh pejuang yang telah mempertahankan negara ini sejak zaman Melaka, Perang Naning, Perang di Perak, Pahang, Kedah, Terengganu, Kelantan, Sarawak dan Sabah. Al Fatehah ke atas Sultan Ahmad, Datuk Bahaman, Mat Kilau, Datuk Maharajalela, Tok Janggut, Mat Salleh, Rosli Dhobi, Datuk Onn Jaafar, Al Marhum Tunku Abdul Rahman, Tun Abdul Razak, Tun Dr Ismail dan banyak lagi.Tanpa pengorbanan mereka yang sesetengah penyokong party politik PAS cop sebagai "sekular" kita tidak dapat mengamalkan amal ibadah dengan aman dan sempurna seperti hari ini -kata kata ini dipetik dari tausiyah dengan Syeikh Nurudin Al Banjari Al Makki (rujuk youtube di bawah).
Sedang SL melayari beberapa blog lewat malam ini, seorang sahabat yang mendokong perjuangan PAS yang melayari lama FB tiba-tiba bingkas dan bangun dan berkata..... "Bangsat"
Lalu SL bertanya. Kenapa dengan you Jah? Whats wrong Jah (hajah)?
Dia berdiri dan memusingkan notebooknya ke arah SL. Tiba-tiba wajahnya bertukar menjadi merah dan bergenang airmata di kelopak matanya.
SL terus bertanya dan mendesak . Whats wronggg? sambil melihat posting di FBnya..
Dia menjawab "Kepala otak dia" sambil airmatanya mula menitis di pipinya. SL lihat gambar Bendera Republik yang terpampang di notebooknya. Gambar bendera republik semasa demonstrasi perayaan Janji Demokrasi Hari Kemerdekaan yang dianjurkan oleh pihak Pakatan Pembangkang di Dataran Merdeka...
SL lihat dia amat kecewa....
SL fikir, bukan sedikit mereka di luar sana yang kecewa seperti kekecewaa rakan baik SL. Memang bangsat kata hati SL.. Kami terus beredar meninggalkan cafe itu bagai terhalau.
Setibanya SL di rumah, SL tulis kisah ini. Memang "bangsat" memang kerja "Kepala otak" yang GILA.
You are subscribed to email updates from SENJALIZA To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
AloQStaQBlog mengucapkan SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN TANAHAIR MALAYSIA TERCINTA KE 55.
Di doakan semoga Malaysia terus Aman, Makmur, Sejahtera, Maju, Dihormati, Disanjungi dan segala yang terbaik untuk Malaysia.
Ingat, ini bukan berpolitik, tetapi akuilah bahawa SEJARAH NEGARA TELAH MEMBUKTIKAN bahawa sudah 55 TAHUN TANAH MALAYSIA MERDEKA, Kerajaannya adalah BARISAN NASIONAL.
Sama ada anda suka ataupun tidak suka, sama-samalah kita akui bahawa Kesyukuran kita landaskan kepada Allah Taala di atas segala Nikmat dan RahmatNya kepada negara ini DAN wajib juga kita Berterima Kasih kepada Kerajaan Barisan Nasional di atas segala jerih perih dalam membangunkan negara ini sejak tahun 1957 sehingga sekarang (InsyaAllah ianya sampai bila-bila jua nanti...)
Aminnnn Ya Robbal A Laminnnn Ya ALLAH ! ... TERIMA KASIH BN !
The verbal spat between DAP and PAS over Hudud laws is just a drama to drum up their existence the changing political landscape in the country given the changing minds of voters, particularly the new young voters termed as Generation Y. Undeniably, BN's economic transformation programmes have yield certain level of success and the opposition parties are feeling the 'pinch' with their influence and 'charms' fading fast. Their 'attractions' are fast becoming antics for the voters and the BN's success since Datuk Seri Najib Tun Razak took over the country's leadership have got them reeling and searching for more new attractions to stop the young voters from running to Najib, vis-à -vis BN. While PKR, the only party in the opposition that is multi-racial, slogging hard to make amends and repair the heavy damages it is facing in Selangor, DAP and PAS – the first Chinese-based and second is Malay-Islamic based – have to stir up things to make their existence known. The two parties need to project their cause to remind voters they are still on course with their respective objective although both parties 'sleeping together on the same pillow.' Right now their supporters are suspicious of each other – fear their party leaders would derail their objectives in the excitement to rush to Putrajaya – to lead the new government. Because going by the 'love-hate relationship' between leaders of the two parties whose ideologies are miles apart, trouble would be inevitable as each of them try to dominate one another. DAP would surely want PAS to be sidelined so that the Islamic laws and Hudud would not take root in the new administration and PAS, like the leaders have mentioned openly that they would implement Islamic administration…vis-à -vis Islamic laws and Hudud. So right now, members and supporters of both parties are looking at each other with suspicious eyes and minds while the leaders of both parties try hard 'playing dramas' so that their supporters would not run away, thus slipping away their chance of sitting at Putrajaya. Young voters or generation Y understand the game as they are no longer naïve about politics as they know which party is genuine and which is not. So far, they know Najib is genuine and working hard for their future, like a father charting the future of his children. Najib not only does that, he is also known and acknowledge as well as recognized for being caring to the less fortunate like Felda settlers and those below average income group. With such feelings and perception among the young voters, the Generation Y, opposition parties are very worried as they keep on digging whatever scandal they can find to stop the flow of support to Najib and BN.
It seems that Tan Sri Khalid Ibrahim, Selangor's Chief Minister has come to a dead end when pushed by the question regarding the failure of his government to fulfil the water supply for on free domestic use for first 20 cubic meter each month for the people of Selangor. His response to the media regarding this issue in a press conference after chairing the state's exco meeting two days ago, he said, 'manisfesto is not promise', that has really caused rage among rakyat of Selangor. It is not too much to for me to say that the statement seems 'suicidal' for both him and his party. Perhaps Khalid is unaware that a party runs on a few basic elements: 1. Service record, 2. Ideology, 3. Manifesto. Considering that PR still do not have any service record, and they do not have a concrete ideology, we can then say that PR's win in Selangor was merely from the manifesto which they announced. People of Selangor came to the extend of rejecting BN back in 2008 GE even though the party has great achievements, just so that they could enjoy 20m worth of free water supply, pre-school aid and a few other things which was stated in PR's manifesto back then. So, it is a bit sad for rakyat when after 4 years of being in the office, the Cm suddenly admitted that his government should not be responsible to fulfill all of the promises which were stated in the manifesto, because they are not promises. In other words, the manifesto was just made for fun - it was simply drafted and announced just to gain votes. If 'manifesto are not promises', then what is it? According to an online dictionary, manifesto is "the announcement of intention, suggestion and motives or opinion of an individual, group, political party or the government". Holding on to this definition, rakyat of Selangor had chosen PR with the hope that they would implement all of their intention, suggestion and motives or opinion which they announced. It is true that not all of the intentions or suggestions can be implemented because sometimes there are a few setbacks. But that should not be an excuse in failing to provide free water supply to people of Selangor. Especially the fact that they had four years to do it. Even if there are setbacks, they should have been able to rectify the issue. But,the issue here is not about the troubles that are fact by Selangor government to provide free water supply to the state, but this is about the CM of Selangor confirming that his government has never promised to the suggestion, thus, it is not necessary, and it will never be implemented! With that, rakyat should no longer trust any manifesto made or presented by PR.
Newspaper Sinchew Daily dated August 28, 2012 in the opinion column showed an article written by the newspaper's Deputy Editor, Tay Ting Hien regarding the scenario where PAS overpowers the parliament and introduced Islamic Criminal Law. "In one fine day on September 2014, Datuk Seri Abdul Hadi Awang will propose the Islamic Criminal Law in Parliamant. The opposition coalition will begin to break, PAS's MPs will all support the motion while the rest of DAP members will reject it. Both Muslims and Non-Muslim PKR MPs will fight against one another... "Barisan Nasional (BN) as the opposition then will would go left-wing, UMNO's disciplinary board will say, as UMNO Muslim, we definately support the Islamic Criminal Law. Objections made by MCA, Gerakan and MIC will not bring any effect which led them going out of BN... "During the vote in Dewan Rakyat, PAS and UMNO would gain both two thirds of majority and it would then be implemented. At that time, Abdul Hadi would thank all MPs who supported his proposal and he would say the decision came through democracy. "Malaysia has managed to fulfil its objective to become an Islamic nation, the next step would be UMNO and PAS announcing that they will form a coalition government..." I am not a fortune teller for the 2014 politics but the scenario above is not something that is simply made up from hearing rumors. From the knowledge of political science and management science, there is this term known as 'Political Scenario'. Collect all of the current scenarios, put them all together and see the probable target. List down the positive and negative then compare the differences. Scenarios such as the ones above are probable simulations that might happen. As for the political scenario for Abdul Hadi, he had explained it clearly that if PR becomes the government, PAS through democracy would implement Islamic Criminal Law. Even PAS's stand is very clear upon this goal, the fact that they would get to it legally. Moreoverm PAS did get to clear the motion on Islamic Criminal Law in Kelantan's Dewan Undangan Negeri in 1993 with UMNO members supporting them. Under the trust and responsibility for religion, the gap of understanding between both parties were only separated by a thin line. At the time, the law clashed with the Federal Law and that was why it cannot be passed. If it is changed to a different situation, if they are to be the central government and proposed the same motion again, and backed by UMNO, defense of the federal Constitution might be able to be broken. For this country, Islamic Criminal Law does not involve the legal and judiciary system, this could also change the formation of Malaysia and it could lead to a change on our nation's policy and belief. When the law is passed, this means Malaysia would be separated from the outside world and its legal system, hence forming a pure Islamic nation. Chinese society can no longer act as if they do not know anything and they cannot afford to think that everything would get better. As for the structure in the opposition coalition, their goal would definitely to become the government but when they do manage to get what they want, they might still unable to see eye to eye when it comes to separation of powers. Would coalition members be able to block PAS's fight? Everyone would have to pray that the coalition would be a strong pact.
Raktyat would definitely be going out with family and friends to celebrate the eve of our 55th National Independence. Meanwhile, with only a few hours left until midnight, a few of us cannot help but to ask what would happen tonight. This is because as we are all aware of, our focus tonight would not just be on the celebration, there is also this political program which will be organized by NGOs backed by the opposition. The hosting of the event is related to individuals who have been running BERSIH, an organization which had triggered street riots around Kuala Lumpur on July 9, 2011 and April 28, 2012. Previously, they rallied on the name of NGO BERSIH, but things are different this time around, they will not be using NGO platform openly but they are still the very same people/. Looking at the background and dark past of those who were involved in this 'Janji Bersih Assembly', many are wondering on whether tonight would still end up like the chaos which happened during the previous Bersih 3.0. If back then the same organizer failed to fulfil their promise to ensure that everything runs peacefully, how can they guarantee that the same thing would not happen tonight? Just because they failed to control their supporters, added with provocation speeches made by their leader who intentionally ordered supporters to go against the security team, the effects were bad where many were injured, public properties worth millions had to be covered by the government etc. We hope that these supporters in yellow can learn to keep their promise to obey the law and not to break orders made by authorities. Not many Malaysians are willing to trust those who break their promises where they even fail to control their own supporters who created chaos which only harms the country. With such bad records, it would be hard for us not to be worried if this auspicious night would turn to a political rally which could be a threat to the public.
You are subscribed to email updates from tunku To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
Kalau Ada Dulang Di Tangan, Jangan Sampai Jatuh Terhempas, Kalau ada Kuasa Di Tangan, Jangan Sampai Orang Lain Rampas.... Salam Kemerdekaan... Janji Ditepati 55...
Sedih melihat bangsa Melayu menjadi pecacai kepada setan-setan yang ingin menghancurkan bangsa, agama dan negara.
Bila bangsa sendiri kurang ajar, orang lain lagi kurang ajar, bak kata pepatah melayu. "Guru kencing berdiri, anak murid kencing berlari".
Sedih, sedih, sedih. Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
Penulis tertarik dengan tulisan Timbalan Editor akhbar Sinchew Daily yang bertarikh 28 Ogos 2012 mengenai senario PAS menguasai Parlimen dan memperkenalkan undang-undang Jenayah Islam (hudud).
Dalam artikel tersebut, beliau membayangkan seperti berikut: .
Pada satu hari di bulan September 2014 (setelah PR memerintah), Hadi Awang akan usulkan hudud di dalam Parlimen. Maka, PAS pastinya menyokong, DAP membantah dan PKR berpecah dua. BN pula, UMNO akan menyokong dan menyebabkan MCA, Gerakan dan MIC keluar..
Lalu, di dalam undi Dewan Rakyat kemudiannya, PAS dan UMNO akan mendapat majoriti dua pertiga lalu Malaysia pun menjadi Negara Islam acuan PAS..
Apa yang dibayangkan beliau bukan mustahil. Tetapi, tiada jaminan yang ia akan terjadi sepertimana yang beliau bayangkan. Ada kemungkinan ia terjadi begini: .
Setelah PR memerintah, Anwar pun ditabalkan sebagai Perdana Menteri dan masing-masing Hadi Awang dan Lim Kit Siang menjadi Timbalan Perdana Menteri 1 dan 2. .
Pada suatu hari, Hadi Awang, setelah mendapat tekanan dari akar umbi PAS, mengusulkan hudud di dalam Parlimen. DAP pantas membantah menuduh PAS mengkhianati kerjasama PR. Anwar bangun menghalang Hadi bercakap kerana ternyata telah melanggar perjanjian PR. Keadaan kecoh dengan pertikaman lidah di antara ketiga-tiga parti, adegan membaling kerusi dan bertumbuk terjadi sehingga memaksa sidang ditangguhkan. .
Hadi Awang dikenakan tindakan oleh Majlis Disiplin PR dan tekanan diberikan kepada PAS agar memecat Hadi Awang. Mat Sabu kemudiannya mengambil tempat Hadi Awang dan memastikan yang PAS tidak akan lagi membuat usul mengenai hudud atau apa-apa jua yang bertentangan dengan PR terutamanya kehendak dan perjuangan DAP. Soal hudud pun tamat setakat itu. .
Dengan semua kepimpinan atasan PAS telah dikuasai oleh golongan pro-Anwar dan talibarut DAP, maka usul mengenai penghapusan hak keistimewaan bumiputera pun dilakukan oleh DAP. Begitu juga dengan Dasar Kesamarataan Total. DAP, PKR dan PAS menyokong dan begitu juga MCA, Gerakan dan MIC. Tinggallah UMNO keseorangan membantahnya. Ketiga-tiga komponen BN tersebut akhirnya mengambil keputusan keluar dari BN dan BN pun berkubur. .
Di masa yang sama, Majlis Peguam dan badan-badan NGO yang bertemakan 'hak asasi manusia' akan mengemukakan tuntutan agar kerajaan mengiktiraf hak LGBT. Anwar akhirnya akan mengumumkan 'keterpaksaan' menerima tuntutan mereka bagi meningkatkan kedudukan Malaysia dari segi 'hak asasi manusia' dan meletakkan negara seiring dengan negara-negara maju. .
Media asing pun memuji-muji dan menyanjung Malaysia. .
Dan secara tiba-tiba isu-isu berkenaan pihak istana yang mampu memberi gambaran buruk terhadap institusi Raja mula mengambil tempat di semua bentuk media di Malaysia. Ini dilakukan secara berterusan dalam jangkamasa yang lama iaitu bertahun-tahun sehingga imej institusi tersebut menjadi buruk-seburuk-buruknya. Akhirnya, satu usul tergempar dikemukakan iaitu menghapuskan Institusi Raja-raja. .
Pada ketika ini, desas-desus pemberontakan mula kedengaran dan mungkin sudah pun tercetus secara kecil-kecilan. Dalam sekelip mata, Malaysia bukan lagi sebuah negara yang stabil yang mampu menarik pelaburan dan pelancongan. .
Tanpa pengalaman, PR gagal menjana ekonomi sedangkan mereka terperangkap untuk menunaikan segala janji bulan bintang yang terpahat di dalam Buku Jingga. Hutang negara pun bertambah secara drastik. .
Menyedari ramai rakyat mula resah dan tidak puas hati, PR perlu memastikan mereka kekal berkuasa. Maka dengan kuasa yang ada, keputusan pilihanraya pun dimanipulasi dan sempadan pilihanraya dirombak bagi memastikan kedudukan mereka selamat. Pengkritik mereka akan disenyapkan dengan berbagai cara sepertimana yang mereka lakukan hari ini iaitu memecat, jika pengkritik tersebut adalah orang dalam, menghitamkan media yang melaporkan salahlaku mereka dan tidak hairan juga jika ada saja yang 'terjun bangunan' jika berpotensi membuka pekung mereka. .
Media asing yang selama ini menyokong PR mula mengkritik Malaysia. Kerajaan PR mula hilang kawalan dan media asing mula menggambarkan Anwar sebagai diktator yang boros dan tidak berwibawa dan tidak mampu mentadbir. .
Rakyat yang semakin marah mula memberontak secara besar-besaran. Kaum Melayu yang semakin terpinggir akibat dasar kesamarataan total tidak lagi dapat menahan sabar. Mereka juga nekad membela Raja-raja yang terbuang. Ekonomi Malaysia ranap sepenuhnya. .
Akhirnya, pihak asing pun tampil memberi 'bantuan' sekali gus, segala sumber dan hasil negara entah bagaimana, tiba-tiba menjadi milik mereka. .
Hanya beberapa penggal PR memerintah, Malaysia kembali menjadi negara dunia ketiga. .
Jika kaum Cina bimbang dengan penguasaan PAS, kaum Melayu pula bimbang dengan penguasaan DAP. Justeru, kenapa perlu diambil risiko memberi undi kepada mana-mana dari kedua parti ini? .
Di bawah BN, kaum Cina telah pun berjaya menguasai 80% kek ekonomi Malaysia. Di bawah BN juga, Islam kekal di kedudukan tertinggi dan umat Islam berpeluang mengerjakan ibadah tanpa batasan. .
Pendek kata, jika wang yang dikhuatiri oleh kaum Cina, maka BN memberi mereka peluang mengejarnya dan jika akhirat yang dikejar kaum Melayu maka BN tidak pernah menghalang mereka merebutnya. .
Hidup kita ternyata aman, damai, sejahtera dan makmur di bawah pemerintahan BN. Justeru, tepuk dada, tanya selera, apakah yang lebih penting dari keselamatan dan kesejahteraan keluarga dan generasi akan datang? Kenapa kita harus mengambil risiko mengundi 'malaikat yang kita tidak kenal?'
Rakyat would definitely be going out with family and friends to celebrate the eve of our 55th National Independence.
Meanwhile, with only a few hours left until midnight, a few of us cannot help but to ask what would happen tonight.
This is because as we are all aware of, our focus tonight would not just be on the celebration, there is also this political program which will be organized by NGOs backed by the opposition.
The hosting of the event is related to individuals who have been running BERSIH, an organization which had triggered street riots around Kuala Lumpur on July 9, 2011 and April 28, 2012.
Previously, they rallied on the name of NGO BERSIH, but things are different this time around, they will not be using NGO platform openly but they are still the very same people/.
Looking at the background and dark past of those who were involved in this 'Janji Bersih Assembly', many are wondering on whether tonight would still end up like the chaos which happened during the previous Bersih 3.0.
If back then the same organizer failed to fulfil their promise to ensure that everything runs peacefully, how can they guarantee that the same thing would not happen tonight?
Just because they failed to control their supporters, added with provocation speeches made by their leader who intentionally ordered supporters to go against the security team, the effects were bad where many were injured, public properties worth millions had to be covered by the government etc.
We hope that these supporters in yellow can learn to keep their promise to obey the law and not to break orders made by authorities.
Not many Malaysians are willing to trust those who break their promises where they even fail to control their own supporters who created chaos which only harms the country.
With such bad records, it would be hard for us not to be worried if this auspicious night would turn to a political rally which could be a threat to the public.
Castle Iron Kerajaan Pusat menerusi MOF telah membantu Kelantan diatas Defisit Akaun Mengurus sebanyak RM75,809,892/2010 & RM74,883,053/2011.//Fakta!!
Ini bermakna, tampa bantuan tersebut maka ramai yg tak dpt gaji. PAS & Nik Aziz tidak seharusnya menyembunyi fakta ini drp rakyat Kelantan sehinggakan mrk dilihat tidak bersyukur....
Diatas adalah FAKTA menunjukkan ada komen post di page Emma ini yg sebenarnya kaki dgr ceramah PR tetapi otak level bwh budak kindergarten...lain kali kalau tak ada maklumat iaitu fakta dan angka, jgn sembarangan bercakap sebab tak malu ke fb2 lain baca kenyataan kalian yg tak berasas, sebab itu DAP amat mudah memijak kepala Melayu2 spt kalian sebab apa??sebab bodoh tahap jamban!
You are subscribed to email updates from Taiping Mali To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
1. Undang-undang berkaitan Bendera Kebangsaan yang dimiliki Malaysia hanyalah... Seksyen 3 Akta Lambang dan Nama (Mencegah Penggunaan Tidak Wajar) 1963 iaitu "Kesalahan mempamerkan Jalur Gemilang dengan cara yang dianggap menghina boleh dikenakan tindakan iaitu..."Penalty - 5. Any person who contravenes section 3 shall be guilty of an offence and shall be liable on conviction to a fine not exceeding one thousand ringgit."
2. Padahal banyak je lagi bentuk penghinaan yang sering berlaku terhadap Jalur Gemilang selama ini seperti pamer bendera lusuh, uzur atau rosak; menggantung bendera dengan cara yang salah hingga ada yang mencecah lantai, bendera Malaysia dibuat berkemban/baju, ada yang buat alas meja kedai tomyam, dan wujud jugak spesis yang suka bakar bendera kebangsaan Malaysia etc.
3. Kemuncaknya tengah malam tadi, ada kumpulan yang lebih bangsat aka devil (malaikat bak kata orang Pas) yang sengaja menghasut rakyat untuk menukar bendera kebangsaan Malaysia. Tidakkah itu sudah ke tahap penghinaan melampau? Apa KDN akan buat? Apa AG nak buat? Dan soalan paling utama, APA TINDAKAN PERDANA MENTERI MALAYSIA???
4. USA, India etc. dan negara jiran kita Singapore pun ada akta lengkap dengan seksyen dan sub seksyen yang khusus untuk menjaga MARUAH Bendera Kebangsaan mereka agar tidak mudah dihina oleh sesiapa pun, hatta rakyat mereka sendiri. Tapi kita....?
5. Dah sampai masanya kita gubal Akta Bendera Kebangsaan yang baru supaya provokasi hina seperti yang dilakukan bangsat Bersih tajaan Komplot Pembangkang pada sambutan Kemerdekaan ke-55 tengah malam tadi tidak berulang.
6. Andai kerajaan yang ditunjangi UMNO masih lagi nak bagi muka, play safe, nak jadi sochai bacul...kami rasa elok buang jer lambang keris pada bendera UMNO tu dan gantikan dengan gambar "chicken".
7. Jangan sampai majoriti rakyat anggap kepimpinan BN yang menunjangi Kerajaan Malaysia hari ini rupanya spesis Devil yang Bacul!!
Malam ini tentunya ramai warga kota yang akan keluar bersama keluarga atau rakan-rakan untuk sama-sama memeriahkan sambutan malam kemerdekaan negara yang ke-55.
Sementara itu dengan hanya tinggal beberapa jam sahaja lagi menjelang detik 12.00 tengah malam, sebahagian kita mula tertanya-tanya akan senario yang bakal berlaku malam nanti.
Ini kerana tumpuan umum pada malam ini bukan sahaja akan fokus pada pelbagai acara sambutan ambang merdeka yang bakal berlangsung malah turut tertumpu pada satu program politik anti semangat kemerdekaan yang dianjurkan oleh NGO proksi parti pembangkang.
Penganjuran program politik itu mempunyai kaitan rapat dengan individu-individu yang sebelum ini terbabit secara langsung menggerakkan NGO BERSIH yang mencetuskan demonstrasi jalanan dan kekacauan di sekitar Bandaraya Kuala Lumpur pada 09 Julai 2011 dan 28 April 2012.
Sebelumnya mereka berhimpun atas nama NGO BERSIH, kali ini bezanya mereka tidak menggunakan platform NGO tersebut secara terbuka tapi sebenarnya kesemua mereka adalah dari pihak yang sama.
Melihat pada latarbelakang dan sejarah hitam orang perseorangan yang terlibat dalam "Himpunan Janji Bersih" ini, khalayak umum tertanya-tanya mungkinkah malam nanti akan berlaku lagi huru hara atau pertempuran ganas seperti mana himpunan Bersih 3.0 yang lepas?
Jika sebelum ini penganjur yang sama pernah gagal menunaikan janji manis untuk memastikan suasana kekal aman tenteram hingga tamat program, apa jaminan janji yang sama untuk perhimpunan kali ini akan ditepati?.
Gara-gara kegagalan mereka mengawal tingkah laku peserta ditambah lagi dengan ucapan provokasi pemimpin mereka yang sengja menghasut para peserta menentang pihak keselamatan, kesannya ramai yang tercedera manakala harta benda awam pula musnah dan negara terpaksa menanggung kerugian berjuta ringgit.
Kita tetap harap para peserta yang mahu sedondong kuning ini akan belajar menepati janji mematuhi undang-undang dan tiada kalangan mereka yang cuba melanggar arahan pihak berkuasa atau sengaja melakukan provokasi.
Tapi berapa ramai rakyat Malaysia yang sanggup percaya pada janji orang yang pernah gagal menunaikan janji dan berulang kali gagal menjaga peserta sendiri sehingga mencetuskan huru hara dan keganasan yang merugikan negara?
Dengan rekod buruk itu, sukar untuk kita tidak terasa gusar dan bimbang sekiranya malam ambang kemerdekaan negara ini yang patutnya diraikan dengan rasa kesyukuran tiba-tiba bertukar menjadi himpunan politik yang penuh provokasi sama ada terhadap pihak keselamatan atau orang awam.
Kenyataan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim bahawa manifesto parti pembangkang pada pilihan raya umum ke-12 yang lalu 'bukan satu perjanjian' membuktikan sikap munafik pakatan pembangkang.
Pengerusi Gerakan Prihatin Rakyat Selangor, Dato' Sohaimi Shahadan berkata, kenyataan Abdul Khalid itu bukan sahaja membuka tembelang Kerajaan Negeri bahkan membuktikan manifesto yang dilaungkan pada pilihan raya umum lalu sehingga berjaya menumbangkan Barisan Nasional (BN) di Selangor tidak boleh pakai.
"Abdul Khalid nampaknya sudah masuk perangkap yang diciptanya sendiri dan kata-katanya kitu membuktikan bahawa kerajaan pakatan pembangkang yang diterajui PKR hanya bijak menabur janji termasuk memberikan bulan dan bintang tidak boleh dipercayai lagi.
Rakyat perlu membuka mata pada pilihan raya umum akan datang kerana setiap janji manis yang dizahirkan melalui manifesto pembangkang tidak lebih daripada sekadar 'gula-gula' untuk menarik sokongan rakyat semata-mata," ujarnya dalam satu kenyataan hari ini di sini.
Tambahnya, manifesto adalah penyataan umum atau deklarasi yang digunakan oleh seseorang atau parti politikyang bertanding pada pilihan raya umum sebagai dasar perjuangan bagi menarik sokongan pengundi.
Melalui manifesto, calon atau parti politik yang bertanding akan dinilai oleh pengundi sama ada orang yang mereka pilih itu nanti akan dapat membawa perubahan atau kemajuan kepada mereka dan merupakan satu tanggungjawab yang perlu dilaksanakan.
"Manifesto yang digariskan itu perlu dilaksanakan sebagai membuktikan kewibawaan dan kredibiliti individu atau parti politik yang menang kerana kerana manifesto itulah mereka mendapat undi rakyat.
Daripada kenyataan yang diberikan oleh Abdul Khalid secara terbuka itu, jelas manifesto pakatan pembangkang yang kononnya memperjuangkan 'Negeri Berkebajikan' itu hanya retorik semata-mata dan mereka tidak rasa bersalah sedikit pun kerana membohongi rakyat.
Bukan sahaja isu air percuma, bahkan banyak lagi janji-janji yang terdapat dalam manifesto pakatan pembangkang masih tidak tertunai dan mereka tidak pernah peduli dengan janji-janji itu, apa lagi untuk melaksanakannya kerana kemaruk kuasa," ujarnya yang juga EXCO Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia.
Tambahnya, kerana itu tidak hairan jika sekiranya mereka setiap hari menaburkan janji baru yang tidak munasabah kerana mereka sudah pasti tidak akan menunaikannya, malah sikap berbohong memang telah ada pada diri pemimpin sejak dulu lagi.
Jika Abdul Khalid tidak mampu melaksanakan apa yang telah termaktub dalam manifesto pilihan raya, beliau boleh letak jawatan kerana terbukti Menteri Besar Selangor hari ini seorang yang tidak bertanggungjawab dan menipu rakyat.
"Rakyat Selangor tidak memerlukan seorang pemimpin yang suka bercakap bohong dan tidak bertanggungjawab terhadap janji-janji yang dilafazkan. Abdul Khalid juga tidak layak menjadi menjadi Menteri Besar kerana tidak bertanggungjawab untuk menunaikan janji kepada rakyat.
Ini berbeza dengan kerajaan BN yang bertanggungjawab dengan setiap janji dalam manifesto dengan berusaha untuk menunaikannya seperti mana tema Hari Kebangsaan iaitu '55 Tahun Janji Ditepati'.
Rakyat yang waras perlu menilai semula kepimpinan pakatan pembangkang di negeri ini dan kita perlu menolak mereka pada pilihan raya umum yang lalu kerana mereka bukan kerajaan yang amanah dalam melaksanakan janji-janji pilihan raya," tambahnya lagi.
Tema kemerdekaan kita pada tahun ini 'Janji Ditepati', yang menjadi pertikai khususnya dari pemimpin-pemimpin pakatan pembangkang.
Mengapa tema ini dipertikai?
EXCO Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Lokman Noor Adam berkata, kalau kita lihat perkataan 'Janji Ditepati' itu maknanya kita mempunyai aspirasi untuk menunaikan segala janji yang kita taburkan.
Sekiranya seseorang itu menentang tema yang sebegitu cantik iaitu mengotakan janji, sudah pastilah orang-orang ini terdiri daripada orang yang tidak menunaikan janji.
"Mereka tahu sekiranya kita menggunakan tema menunaikan janji, mereka akan rasa terancam. Bagi saya senang sahaja, kita tak payah cerita tentang 87% daripada janji-janji yang dijanjikan kerajaan BN selama 55 tahun sejak kita merdeka pada tahun 1957, sebaliknya kita cerita 85% janji-janji yang tidak pernah ditunaikan pakatan pembangkang.
Contohnya 2008, sebelum mereka memerintah Selangor, mereka telah mengemukakan janji-janji yang menyebabkan rakyat negeri Selangor yang termakan janji, siapa yang termakan janji-janji yang cukup indah," ujarnya mengulas kenyataan Menteri besar Selangor bahawa Manifesto PRU12 yang lalu bukanlah janji.
Tambahnya, janji yang diberikan cukup indah contohnya, surirumah yang tidak bekerja dijanjikan akan diberikan elaun setiap bulan RM600. Mana ada surirumah yang duduk di rumah saja tapi dapat RM600? Jadi, mereka membuat keputusan untuk memangkah pakatan pembangkang.
Bagi mereka yang mempunyai anak-anak, dijanjikan mereka yang menghantar anak-anak ke nursery akan diberikan RM75 sebulan. Anak-anak yang dihantar ke tadika, akan diberikan RM50 sebulan, malah kita lihat mereka-mereka yang mempunyai premis perniagaan umpamanya, dijanjikan akan diberikan pemotongan cukai pintu premis perniagaan sebanyak 10%.
"Mereka yang mempunyai rumah pula, dijanjikan pemotongan cukai pintu sebanyak 20%. Tetapi selepas mereka mendapat kuasa, kita lihat apa yang berlaku. Bila mereka mendapat kuasa, akhirnya kita lihat Pengerusi Perumahan Dan Kerajaan Tempatan, Ronnie Liu mengatakan bahawa sekiranya kerajaan negeri Selangor melakukan pemotongan cukai 20%, kerajaan negeri akan jatuh bankrupt.
Dengan mudah mereka mengatakan kerajaan negeri akan jatuh bankrupt sekiranya mereka menunaikan janji. Maknanya, ketika mereka menaburkan janji, mereka langsung tidak memikirkan bahawa adakah mereka mampu atau tidak menunaikan janji-janji itu," ujarnya lagi.
Dalam masa yang sama, ujarnya ada juga wakil pembangkang dari parti Pas menjanjikan apabila mereka berjaya memerintah Malaysia atau memerintah negeri, mereka akan menghapuskan pusat hiburan. Sekarang, mana dan berapa banyak pusat hiburan mereka hapuskan, di Selangor umpamanya.
"Ketika di zaman pemerintahan BN, 50 tahun kita perintah, 8 Mac 2008 ketika jatuhnya BN di negeri Selangor, mengikut perangkaan Majlis Keselamatan Negara (MKN), jumlah pusat hiburan yang berlesen hanya berjumlah 700 buah.
Tapi kini selepas 4 tahun mereka memerintah, bukan mereka hapuskan, dulu mereka desak kita hapuskan, mereka desak kita tutup kilang arak Carlsberg di Shah Alam, kita lihat di tahun pertama, pada pada 8 Mac 2009 daripada 700 tadi melonjak ke 3800. 8 Mac 2010, melonjak jadi 4500, 2011 melonjak jadi 5817 dan 8 Mac 2012, ianya dah jadi lebih dari 7000 pusat hiburan. Naik berkali ganda berbanding di zaman pemerintahan BN dahulu," tambahnya.
Jika sebelum ini mereka desak BN menutup kilang arak Carlsberg di Shah Alam, kerana kononnya ia menjadi punya wujud masalah sosial, punca pendapatan haram kerajaan BN Selangor tetapi hari ini kita lihat, 31 Disember 2008, permit kilang arak ini dah tamat, permit rumah-rumah urut, Magnum, Sport Toto dan sebagainya tamat.
Kini, 2009, 2010, 2011 dan 2012 …. Dah 4 tahun Pas, DAP dan PKR jugalah yang telah memperbaharui balik permit-permit premis sarang perjudian, kilang arak dan sebagainya. Jika mereka istiqamah hapuskas arak, judi dan maksiat, mereka boleh buat dengan tidak memperbaharui permit, maka kilang ini akan ditutup. Kenapa tak buat sekarang?
"Ini kerana berjanji dengan mudah, tetapi melaksanakan janji tidak semudah seperti mana kita taburkan. BN mungkin tidak mampu menjanjikan seperti mana yang Anwar Ibrahim dan rakan-rakan yang sewaktu dengannya mampu janjikan. Kita hanyakan janji yang realistik dan mampu kita laksanakan dan kita mampu buat. Daripada 100 perkara yang kita janjikan, mungkin 87 yang mampu kita laksanakan sekarang tetapi setidak-tidaknya kita berusaha untuk memastikan setiap janji yang kita lontar, kita cuba tunaikan.
Kita ada track recordyang cukup jelas. 54 tahun Barisan Nasional memerintah, kita boleh lihat track record BN tetapi baru 4 tahun pakatan pembangkang memerintah beberapa buah negeri khususnya di Selangor, terlalu banyak perkara yang mereka janjikan sehingga ke hari ini masih tidak boleh mereka tepati. Sebab itu mereka begitu fobia bila kita menggunakan janji ditepati sebagai tema kemerdekaan kita pada tahun ini. Kita fikirkan bersama, kenapa mereka cukup takut dengan tema ini," ujarnya lagi.
Aku tau korang mesti panas punya tengok video nie, apa pun bertenang...
layan je video nie, nyanyian zahara agus tahun 1959, siapa zahara agus tu? dia nie bini pertama p.ramlee dalam filem madu tiga "butang baju aku mana pahh"
Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan Malaysia Yang Ke 55 "Janji Di Tepati"
Aku cuba sahut saranan kerajaan untuk kibarkan jalur gemilang di kereta, aku pun tak pasti sama ada saranan itu betul-betul datang dari kerajaan atau dj radio yang memandai-mandai kata kerajaan suruh kita kibarkan, tak kisah lah...
Apa yang sedihnya, tiga jam aku pusing satu shah alam tak ada kedai yang jual bendera malaysia versi tempek dekat cermin kereta, dari stesen minyak petronas, kedai mamak, kedai buku cina, kedai buku mamak, 7-11, mydin mart dan macam-macam kedai aku masuk, tak ada satu kedai pun yang jual bendera versi kereta, kenapa? bila aku tanya pekedai tu, jawapan standart depa bagi ialah "dah habis" perghh... kalau betul bendera tu dah habis, dah tentu melata kereta dalam shah alam kibarkan bendera malaysia, tapi aku tak nampak pun...
Dulu sebelum tsunami politik, banyak syarikat glc bagi bendera tu free, petronas, plus dan tah apa-apa lagilah glc berebut-rebut bagi bendera free kat orang ramai, kononnya menaikan semangat petriotik, sampaikan ada yang buat roadblock untuk bagi bendera tu, tapi sekarang bila bn tak dapat 2/3 majoriti, aku tengok dah tak banyak glc buat macam tu, malah kalau dulu stesen minyak petronas lah tempat untuk kita beli bendera pun dah tak jual bendera malaysia lagi, kalau ada pun bendera besar gedabak bukan bendera kereta, ceritanya sekarang aku bukan nak bendera free, aku nak beli, tapi nak beli macam mana kalau kedai yang biasanya jual bendera tu pun dah tak jual lagi...
Atau mungkin kerana negeri yang aku duduk nie di perintah pembangkang tu pasal bendera malaysia payah nak dapat...
So kerajaan jangan terasa kalau merdeka tahun nie rakyat tak kibarkan bendera malaysia pada kereta atau rumah mereka, pasal jangan katakan nak dapat bendera tu free, nak beli pun dah payah sekarang nie...
Mulai 1 Ogos lalu, negara memasuki bulan kemerdekaan yang disambut pada 31 Ogos setiap tahun. Ini adalah kali ke-55 negara menyambut ulang tahun kemerdekaan untuk memperingati tarikh keramat negara bebas daripada belenggu penjajah.
Walaupun bulan kemerdekaan sudah memasuki minggu terakhir , suasana kemerdekaan tidak pun dirasai! Berbeza dengan suasana Ramadan, apatah lagi Aidilfitri. Ini mungkin kerana sudah terlalu banyak pesta di negara ini.
Sehari demi sehari berlalu tanpa sedikit pun rakyat merasai kemeriahan suasana bulan kemerdekaan. Pada malam 31 Ogos ini, walaupun sambutan meriah akan diadakan, namun belum pasti roh kemerdekaan dapat menyerap ke dalam jiwa bangsa Malaysia.
Ramai yang datang untuk menyambut detik-detik kemerdekaan pada malam ini adalah semata-mata untuk menyaksikan persembahan pentas, menyanyi dan menari. Pada malam ini juga ramai anak-anak remaja mendapat 'pasport' daripada ibu bapa untuk keluar rumah dan balik hingga lewat malam dengan alasan untuk menyambut hari kemerdekaan.
Meskipun turut melaungkan seruan "Merdeka, Merdeka, Merdeka" apabila jam tepat menunjukkan pukul 12 malam pada 31 Ogos nanti, ia hanyalah laungan bergemuruh yang tidak ada bezanya dengan laungan pada sambutan tahun baru setiap tahun di hotel-hotel dan pusat-pusat hiburan.
Bagi kumpulan bersemangat kebangsaan yang tebal, keadaan ini sangat membimbangkan mereka kerana menganggap terhakisnya semangat nasionalisme bangsa. Kumpulan ini menganggap masyarakat hari ini gagal mengagumi, apatah lagi menghayati sejarah. Sekiranya mereka dipilih sebagai pemimpin akan datang, ia akan mempercepatkan proses negara tergadai dan berlaku penjajahan baru oleh kuasa-kuasa besar.
Sikap kumpulan nasionalis ini berbeza dengan golongan berfikiran liberal. Mereka tidak bimbang kepada sikap generasi hari ini kerana menganggap ia adalah perkara biasa dalam tamadun manusia. Bagi golongan ini, apa yang mereka tahu ialah kebebasan bermakna rakyat sewajar diberi hak mutlak dalam segala bidang. Kumpulan ini memandang ke depan dan mahu rakyat menguasai ilmu tanpa perlu menoleh ke belakang. Bagi mereka, jika masyarakat tidak menguasai ilmu, mereka akan ketinggalan.
Pengertian kemerdekaan mempunyai semangat dan rohnya tersendiri. Penghayatannya juga berbeza daripada seseorang kepada seseorang yang lain. Bagi seseorang yang berusia 70-an ke atas hari ini, mereka adalah kumpulan yang pernah hidup pada zaman Perang Dunia Kedua yang merasai pahit getirnya kehidupan pada zaman penjajahan British.
Sebelum itu, mereka juga melalui pengalaman ketika pemerintahan Jepun, makan ubi kayu bakar dan bersembunyi di bawah tanah apabila diburu pengganas Komunis. Pengalaman mereka bersekolah, jauh beza daripada anak-anak zaman moden hari ini. Berkaki ayam hingga kaki keras berkematu, adalah perkara biasa.
Bagi golongan ini, sewaktu Perdana Menteri pertama, Allahyarham Tunku Abdul Rahman melaungkan "Merdeka, Merdeka, Merdeka", ia adalah seruan paling beremosi dan ramai yang mengalirkan air mata kerana mereka faham erti kebebasan.
Bagi mereka yang berusia 40 dan 50-an hari ini, kisah kehidupan zaman perang, pemerintahan Jepun dan penyeksaan hidup pada zaman Komunis, sudah mula menjadi cerita penglipur lara bila ayah atau datuk nenek menceritakan kisah lampau mereka sebelum ini. Kumpulan ini tidak dapat menggambarkan keadaan kehidupan zaman sebelum mereka, apatah lagi menyelami pengalaman yang dilalui datuk nenek mereka.
Ketika ayah bercerita kisahnya menelaah buku di bawah lampu minyak tanah atau membeli nasi lemak dengan harga lima sen sebungkus, mereka hanya mendengarnya tanpa emosi dan simpati. Sukar bagi mereka mendalami keadaan itu yang menyebabkan perbualan ibarat percakapan antara itik dengan ayam.
Ketika tiba 31 Ogos setiap tahun, anak-anak muda hari ini juga tidak ketinggalan melaungkan ungkapan "Merdeka, Merdeka, Merdeka", tetapi tidak siapa yang dapat membaca emosi mereka. Apakah mereka benar-benar faham erti kebebasan atau sekadar terikut-ikut dengan laungan untuk menggemakan suasana.
Anak-anak hari ini mempunyai cita-cita yang jauh berbeza daripada cita-cita dan pemikiran masyarakat pra dan pasca kemerdekaan. Keadaan ini berlaku kerana mereka terdedah kepada pelbagai pengaruh luar melalui pelbagai saluran dan media.
Dengan kemajuan teknologi komunikasi dan telekomunikasi, anak-anak yang berusia belasan tahun, seterusnya mereka dalam lingkungan 30-an dan 40-an, mewarisi pemikiran moden. Mereka mungkin faham bahawa sambutan Hari Kemerdekaan adalah detik memperingati kejayaan negara yang berjaya membebaskan diri daripada belenggu penjajahan.
Disebabkan tidak pernah mengenal erti penjajahan, sama ada secara fizikal dan pemikiran, mereka tidak pernah menganggap mereka pernah dijajah. Pengalaman tidak pernah mengajar mereka penyeksaan hidup dijajah. Anak-anak hari ini tidak pernah merasa tidur dalam kerlipan pelita minyak tanah kerana setiap masa mereka membesar di dalam bilik berhawa dingin.
Bagaimana mereka boleh memahami erti mandi di perigi, sedangkan mereka tidak pernah melihat perigi. Mereka hidup dalam zaman moden yang lama kelamaan menghakis semangat nasionalisme bangsa.
Realitinya, golongan muda hari ini mula tidak memahami erti sejarah kerana mereka belajar sejarah semata-mata untuk tujuan peperiksaan. Bagi semua bangsa Malaysia, mereka hanya akan memahami erti kemerdekaan sekiranya mereka menghayati erti keperitan hidup.
Tidak salah meniupkan pemikiran serta jiwa merdeka kepada anak-anak bangsa kerana merekalah yang akan menyelamatkan negara daripada sebarang ancaman pada masa akan datang. Kemerdekaan negara akan hancur sekiranya rakyat berpecah belah.
Dalam suasana kemerdekaan yang akan disambut tengah malam ini nanti, orang Melayu yang berpecah belah, masih belum dapat ditautkan semula. Ini adalah suasana yang amat malang bagi bangsa Melayu kerana kedudukan mereka sebagai tulang belakang bangsa Malaysia.
Bolehkan kita mengatakan bahawa orang Melayu sebagai masyarakat berwawasan sedangkan mereka sendiri terus berpecah belah. Orang Melayu mempunyai sikap prejudis sesama sendiri. Daripada kata-kata, mereka dilihat tidak jujur sesama sendiri hanya disebabkan fahaman politik yang berbeza walaupun seagama. Di depan cakap lain, di belakang cakap lain. Hari ini puji, esok dikeji.
Bila mereka bercakap di khalayak ramai orang mula melemparkan kata-kata mereka bercakap lain di mulut, lain pula di hati. Jika orang yang dihormati bercakap berbelit-belit, bagaimana ia boleh menjadi teladan kepada bangsa dan seagama. Inilah dilema orang Melayu hari ini.
Usaha mengisi kemerdekaan, tidak ada hadnya. Ia perlu diteruskan hingga kepada generasi akan datang walaupun ketika itu sejarah negara zaman silam sudah ditinggalkan jauh. Jika sejarah hari ini yang dijadikan sandaran, bermakna bangsa Malaysia hanya melihat kepada pergolakan bangsa Malaysia yang berlaku di depan mata kita hari ini.
Itulah sebabnya dalam apa keadaan sekali pun, apabila tiba bulan kemerdekaan nama-nama pemimpin negara bermula daripada Allahyarham Tunku Abdul Rahman Putra, Allahyarham Tun Abdul Razak Hussein, Allahyarham Tun Hussein Onn, Tun Dr Mahathir Mohamad dan Tun Abdullah Ahmad Badawi akan disebut kerana setiap mereka mempunyai peranan membina bangsa dan negara.
Begitu juga dengan pemimpin hari ini dan mereka yang akan mewarisi pimpinan negara pada masa akan datang, tetap disanjung. Setakat ini, semua pemimpin yang menerajui negara mempunyai jasa kepada negara berasaskan kepada waktu dan ketika pentadbiran mereka. Semua mereka menyambung tugas menyedarkan rakyat supaya memahami erti kemerdekaan.
Bagaimana keadaan negara pada 50 tahun akan datang. Dari segi fizikalnya, kita yakin Malaysia akan lengkap serba serbi. Isunya ialah bagaimana pemikiran rakyat Malaysia pada 2057 nanti, apabila negara menyambut ulang tahun kemerdekaan ke-100 tahun nanti.
Setakat ini, sejarah menyaksikan betapa kepemimpinan Umno masih berjaya menerajui perjuangan mencapai kemerdekaan dan mengurus cabaran kemerdekaan. Untuk 50 tahun akan datang, pastinya ia bermula hari ini.
Di saat ini, perbalahan sesama bangsa Melayu berada di tahap kritikal. Punca utama adalah perbezaan fahaman politik. Budaya berpuak-puak semakin berleluasa sama ada di bandar mahupun di kampung. Pergolakan ini dilihat oleh orang lain dan mereka gembira melihat kita bersengketa sesama sendiri.
Perpecahan ini amat bahaya yang akan membinasakan bangsa kita sendiri. Pepatah mengatakan 'Bersatu kita teguh, bercerai kita roboh'. Bangsa kita sekarang sedang ditertawakan orang lain kerana kita lemah sebab tidak bersatu. Kita seolah-olah sudah hilang kekuatan kerana ikatan kita amat longgar dan akan roboh bila-bila masa sahaja. Raja-Raja Melayu diperlekehkan oleh bangsa kita sendiri. Orang lain tersenyum gembira melihat kebodohan yang dijelmakan oleh bangsa kita sendiri.
Masa telah sampai. Semboyan telah berbunyi. Gendang telah dipalu. Orang Melayu perlu bertindak untuk menyatukan semula bangsa kita yang kita cintai dan agama Islam yang kita anuti. Kesemua peringkat usia, sama ada golongan terpelajar, golongan ahli agama, pemimpin-pemimpin politik, pelajar, pendidik, golongan petani dan apa-apa sahaja golongan dari kelompok Melayu perlu mulakan gerakan ke akar umbi menyatukan semula puak-puak yang bertelagah ini demi agama dan bangsa.
Janganlah hanya mempunyai sikap membisu dan melihat sahaja tanpa melakukan tindakan demi penyatuan bangsa. Kita kena bertindak. Bukan masanya untuk kita menuding jari menyalahkan puak lain.
Tempat berkumpul bagi menyusun program penyatuan hendaklah kita mulakan di masjid atau pun surau. Kita tinggalkan fahaman politik masing-masing apabila berada di masjid atau surau. Kita hidupkan jemaah dan kita bina semula kekuatan. Peranan masjid atau surau kita kembalikan seperti di zaman Rasulullah s.a.w.
Sejarah para pahlawan Melayu dahulu perlu diceritakan kepada generasi muda. Usaha ini mesti berterusan dan tiada penghujung. Pastinya perjuangan kita akan disanjung oleh generasi akan datang. Kitalah yang bertanggungjawab memastikan agama Allah terpelihara dan bangsa kita bersatu, kuat dan tidak boleh diperlekehkan orang lain. Kita kembalikan kedudukan raja kita yang kita sayangi di tempat yang sepatutnya.
Satu semangat juang yang tinggi perlu ada pada setiap orang Melayu. Kita kumpulkan rakan-rakan berlainan fahaman politik untuk membentuk satu jemaah demi agama dan bangsa Melayu. Ibu bapa juga memainkan peranan sebagai penasihat terbaik kepada anak-anak. Ceritakanlah kepada mereka sejarah zaman dahulu dan pupukkan semangat cintakan agama dan bangsa.
Kepada para pemimpin politik, berdamailah. Semua orang Melayu melihat anda. Adakah cukup sekadar ungkapan atau slogan tanpa diterjemahkan dalam bentuk kenyataan? Ingatlah sejarah di zaman Rasulullah s.a.w. yang mana dua puak bersengketa bersatu, iaitu kaum Ansar dan Muhajirin. Setiap orang Islam adalah saudara kita. Fikirkanlah. Jangan terlalu taksub dengan fahaman politik masing-masing. Berfikir dan bertindaklah secara waras.
Kepada golongan ahli agama, berilah teladan yang baik kepada kami. Bimbinglah, nasihatilah. Kepada YB atau wakil rakyat, tidak kira apa parti anda, dampingilah orang Melayu, bantulah mereka jika mereka perlukan bantuan tanpa mengira parti. Parti hanyalah sebagai wadah perjuangan.
Sempena menyambut hari kemerdekaan ke-55 ini, penulis menyeru kepada semua umat Melayu yang beragama Islam yang amat penulis sayangi, kita buka lembaran baru yang pastinya akan menjadi satu sejarah yang paling indah. Jadikan isu "bagaimana untuk menyatukan semula orang-orang Melayu" sebagai topik perbualan kita walau di mana kita berada.
Allah SWT tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum itu melainkan kaum itu sendiri mengubah nasibnya. Itu janji Allah. Kita tunaikan tanggungjawab kita. Kita jadikan bangsa kita bangsa yang bermaruah, kuat pegangan agamanya, kuat dari segi fizikal juga mental, bersatu serta mempunyai semangat juang yang tinggi.
Salam Kemerdekaan ke-55 Suara Politik Taminsari
You are subscribed to email updates from Belantan To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
Jelas masih ada kewarasan barangkali pada diri Sasterawan Negara Datuk A.Samad Said sekarang ini. Kehadiran beliau yang kini jelas semakin menjauhkan diri termasuk menolak memakai pakaian baju kuning di Dataran Merdeka malam ini, bukti beliau seakan sudah semakin sedar siapakah pembangkang yang sebenar. Dengan muka tidak ceria, beliau seolah kecewa melihat program pakatan makin menjelekkan beliau yang tidak sukakan kekerasan dan fitnah membabi buta... Tempoh hari mungkin beliau sendiri telah diperdaya pihak tertentu dan kerana itu beliau merelakan diri menyertai gerombolan pemberontak yang laparkan darah semasa Bersih 3.0. Kini malam Merdeka yang bersejarah kali 55 ini, sasterawan negara yang hebat seperti beliau sudah mula menyedari selepas mengamati penuh teliti langkah perjuangan yang benar tidak wujud pada atur langkah pihak pembangkang yang makin sumbang gerak tarinya. Tanpa memakai baju kuning, jelas bahasa badan yang ditunjukkan seakan protes kepada kekalutan Pakatan yang nampaknya hanya tahu meniru slogan Barisan dengan menggunakan tema seakan 1Malaysia idea Perdana Menteri kita. Tema mereka 'Sebangsa Senegara Sejiwa' dan ada juga yang menambahkannya menjadi 'sejenis' ekoran kes liwat beliau yang kini sudah berulang kali tanpa sejak dahulu hingga kini, hanya peniruan demi mencari sokongan pengundi. Sekeping gambar boleh menceritakan seribu perkara dan sekeping gambar ini juga barangkali boleh menyedarkan manusia yang cintakan seni dan menyokong pembangkang agar berundur selangkah demi mengelakkan diri dari bersama golongan yang sukakan keluhuran undang-undang diliwati. Namun sekepin gambar ini sudah tentu tidak akan bermakna jika kita tidak menggunakannya di alam maya membuka mata yang masih gagal melihat kudis di sepanjang ipentadbiran Pakatan... Mari kita raikan kemerdekaan dan pertahankannya demi masa depan anak cucu kita semua. Bersatulah wahai bangsaku ! Dirgahayu Malaysia Janji Ditepati Janji Dipateri dulu, kini dan selamanya... Gambar : http://mymassa.blogspot.com/2012/08/gambar-terkini-dataran-merdeka-wajah.html
Alhamdulillah, segala rasa syukur dipanjatkan kepada Tuhan yang Maha Berkuasa, lantaran dengan rahmatnya jua, kita rakyat Malaysia berpeluang meraikan ulangtahun kemerdekaan negara buat kali yang ke-55.
Saudara dan saudari, Sudah lebih lima puluh tahun, dengan berpayungkan piagam asas nasional, yakni Perlembagaan Persekutuan serta berpandukan ideologi kebangsaan Rukun Negara, Malaysia dan rakyatnya telah bertatih dan bertapak membangunkan sebuah negara bangsa.
Maka, berteraskan muafakat dan kerjasama daripada semua pihak, hari ini, saya boleh melaporkan kepada rakyat Malaysia bahawa, kemerdekaan yang telah dicapai lebih lima dekad yang lalu, hasil perjuangan bapa-bapa pengasas negara kita yang datang daripada pelbagai kaum, kepercayaan dan latarbelakang ini, akan terus utuh.
Begitulah, perpaduan nasional yang bertunjangkan kepelbagaian akan kekal menjadi tiang seri kekuatan nasional. Dari sudut kemakmuran nasional pula, ekonomi negara berkembang mapan dengan usaha sistematik dijalankan kerajaan bagi memastikan kemakmuran dan kesejahteraan dapat dirasai oleh semua.
Ternyata, kejayaan yang diimpikan Malaysia bukan hanya kejayaan bersifat material tetapi kejayaan yang bersifat holistik. Oleh kerana itu, di bawah payung Dasar Transformasi Nasional, prakarsa transformasi bukan sahaja melibatkan kerajaan melalui GTP dan ekonomi melalui ETP tetapi juga Transformasi Politik serta Transformasi Kawasan Luar Bandar.
Sesungguhnya, langkah berani pihak kerajaan melaksanakan Program Transformasi Politik bagi mengimbangkan kebebasan individu dan keselamatan negara telah membugar dan mengakarkan lagi demokrasi di Malaysia, sebagai satu budaya yang menjadi asas kepada kestabilan nasional.
Saudara dan saudari, Malaysia merupakan bukti dan manifestasi janji ditepati dan harapan yang dipenuhi. Bagi memahami kebenaran dari kenyataan di atas, setiap seorang daripada kita perlu kembali kepada susurgalur sejarah. Hakikatnya pun, kita mencapai kemerdekaan di tengah-tengah pemberontakan bersenjata Parti Komunis Malaya dalam suasana di mana survival kita sebagai sebuah negara berbilang bukan sahaja daripada segi kaum, bahkan juga agama dan bahasa, pernah disangsikan oleh masyarakat dunia.
Terakam dalam kamar peristiwa, selama lima puluh lima tahun kita berjaya melangkau jangkaan serta telahan yang dibuat pelbagai pihak termasuk di kalangan warganegara sendiri. Terbukti, ramalan kononnya apa yang dimenangi bapa-bapa pengasas negara secara aman serta bijaksana tidak akan mampu dikekalkan apatah lagi ditambahbaik, adalah meleset sama sekali.
Jelasnya, dari satu titik ke satu titik, kita telah berjaya membawa kebebasan dan keamanan kepada sebuah negara yang dahulunya terjajah dan terancam. Kita juga telah berjaya mentransformasikan sebuah negara pertanian berpendapatan rendah yang mana suatu ketika dahulu lebih separuh warganya hidup di bawah paras kemiskinan, dengan bergantung kepada beberapa komoditi, menjadi sebuah negara dengan ekonomi bersifat pelbagai. Malah, dewasa ini, berkembang pula sebagai negara berpendapatan sederhana tinggi berpacu pantas merealisasikan impian menjadi negara maju berpendapatan tinggi menjelang tahun 2020 kelak. InsyaAllah.
Saudara dan saudari, Sepanjang detik yang berlari, kita telah menggantikan kebimbangan dengan harapan, kita telah mencipta sebuah negara di mana yang penting adalah kemahuan dan kesanggupan untuk bekerja keras. Juga, di mana, anak seorang petani, pekebun kecil, buruh dan nelayan berjaya menjadi usahawan serta profesional.
Pucuk pangkalnya, kita telah mencipta sebuah negara sehingga anak-anak Malaysia boleh mendambakan masa depan yang lebih baik. Semuanya ini, merupakan nikmat daripada perancangan penuh teliti dan pelaksanaan amat berkesan oleh pihak Kerajaan yang telah diberi mandat mentadbir semenjak kemerdekaan diperoleh.
Walau apapun, kejayaan yang dikecapi bukan sepatutnya menjadi alasan untuk kita berpeluk tubuh, sebaliknya, ia harus menjadi mangkin menuju sinar yang lebih terang benderang pada hari muka. Oleh itu, dua tahun yang lalu, kita melancarkan fasa pertama Dasar Transformasi Nasional, iaitu Pelan Transformasi Kerajaan dengan tujuh Bidang Keberhasilan Utama Negara. Tujuh NKRA bagi fasa pertama tersebut, akan tamat menjelang akhir tahun ini.
Sehubungan dengan itu, kerajaan akan melangkah ke hadapan dengan pelaksanaan Program Transformasi Kerajaan Fasa ke-2 atau GTP 2 yang bakal melonjakkan lagi kemakmuran negara ke peringkat lebih tinggi. GTP 2 juga akan menyaksikan penglibatan masyarakat yang lebih meluas sekaligus pembabitan yang lebih bermakna daripada pertubuhan bukan kerajaan yakni NGO dan sektor korporat.
Namun, segala usaha dan prakarsa yang dilakukan akan hanya tinggal sia-sia jika tidak didakap dan dimanfaatkan oleh semua segmen masyarakat. Kesimpulannya, sekarang, kita berada pada satu kala masa yang amat monumental bagi Malaysia.
Di sana-sini, rakyat boleh melihat perubahan ketara bukan sahaja di peringkat individu hatta di peringkat keluarga dan komuniti. Justeru, marilah kita menjulang citra Malaysia dengan memenuhi segala janji yang dipateri dan potensi yang dimiliki demi seluruh warganya.
Dari itu, saya ingin sama-sama berpesan, bahawa, janganlah kita sampai mempunah binasa apa yang telah bersusah payah dipupuk dan dicipta.
Janganlah sesekali pula, diporak-peranda harmoninya watan yang telah sekian lama terbina. Moga-moga Tuhan memberi perlindungan dan melimpahkan rahmat-Nya.
There is much about Malaysia's development that we should be proud of. Our economy is growing at a strong and steady pace, while growth around much of the world is either flat or falling. Our capital markets are reaching record highs as global markets continue to struggle, with FGVH and IHH Healthcare recording the world's second and third largest listings . And our success is reflected in global rankings – we have the 15th most efficient goods market; we place 26th in terms of developed infrastructure; and we stand as the 18th most competitive economy.
Much of our progress and our prosperity can be attributed to our forefathers – and we should be thankful to them for it. Alongside the British, they fought valiantly against the communists and quashed the extremism that threatened our way of life. They then secured our independence from colonialism, granting us full control over the resources that have featured strongly in our economic growth: rubber, tin, palm oil and iron ore. These commodities became the backbone of our thriving export industry, providing us with the means to invest in our infrastructure and industrial development.
In the years that followed, we grew from simple townships to large, sprawling metropolises, housing some of our greatest architectural and structural achievements. In 1996, the opening of Kuala Lumpur International Airport established Malaysia as a top international travel hub. Two years later, the rise of the Petronas Twin Towers changed the face of our skyline, and more than a decade later still stand as the tallest twin building in the world and home to Suria KLCC, Malaysia's iconic retail destination. In the intervening years we have continued to invest in our growth, and in the process, improved many of our lives. Take, for example, the Multimedia Super Corridor, Sepang International Circuit or the North-South Expressway. From technology to entertainment, they all in some way symbolise our development and we should all be proud of them and what they stand for.
With the pride of these accomplishments also came revenue. Locally, businesses could perform more efficiently as we embraced technological advancements, both online and off. Agriculture and key commodities benefited as our tools improved, and we experienced an increase in tourism as well as international trade. As economic conditions improved, so did social ones. The quality of education grew and became more accessible to everyone. The increased availability of electricity and water allowed rural areas to operate outside their usual limitations. As business and services grew more widespread, the rakyat no longer had to travel long distances to shop, pay their bills or even watch the latest movies.
On the advent of our 55th year of independence, I urge Malaysians to once more reflect on past events. There is much to be learned from the lessons brought forth by our forefathers. Let us never forget that it was the unity of our Malay, Chinese and Indian ancestors, and not any one race alone that pushed back the communist insurgents and drove them out. Let us never forget that we stood with the Iban/Dayak and Kadazan/Dusun people of Sabah and Sarawak as the nation rose from the backwardness of colonialism. Let us never forget it was as a country standing as one, with the greatest minds from all specialities and all walks of life coming together to propel us to the top of the global pile. And that we celebrate Merdeka in remembrance to those actions and lessons which have brought us our sovereignty, without which Malaysia would not be what it is today.
To me, standing above all else is 1Malaysia, for it is this which symbolises everything that has contributed greatest to our country's wellbeing. Regardless of ethnicity or religion, race or creed, I ask all Malaysians to cherish the road our multiracial history has taken us. It is through this spirit of togetherness which 1Malaysia embodies that allows us to achieve more towards a brighter future. And remember that we have walked together down this road these past 55 years. After all, there is much we can be proud of. How many countries can boast of having citizens of diverse ethnicities coming together for a teh tarik at the local mamak to watch the Olympics and cheer our athletes, celebrate sport and our nation as one.
Inilah jadinya apabila menjadikan seorang manusia yang mahu menyamaratakan Islam dengan agama lain sebagai idola. Sampaikan pak lebai-pak lebai Pas yang tak pernah turun sambut malam Merdeka pun boleh terkinja-kinja macam beruk.
Kemudian sambut merdeka dengan bawa agenda republik (bughah) dan mempersendakan pemimpin. Bukan nampak macam budak tidak cukup akalkah macam ini?!! Inikah gaya demokrasi yang mahu ditegakkan oleh syaitan kuning Bersih?!!
Cakap banyak pun tak guna. Pembaca nilaikanlah sendiri apakah ini kaedah mensyukuri kebebasan yang diredhai Allah SWT. Tak sabar hendak dengar fatwa N.Ajis n co berhubung sambutan dengan cara menyerupai orang hilang akal ini. Tah ayat kitab mana yang akan dipetik bagi menghalalkan semua perbuatan tidak bertamadun dalam video di bawah ini.
*Perangai melayu yang jadi penganut Bersih sudah macam orang tiada agama.
*Tahniah kepada Sentuhan Belacan yang berjaya menghasilkan video Merdeka yang pedas macam ni. Selamat menyambut Hari Kemerdekaan yang ke-55 dari Team MyMassa.
Sudah jadi semacam satu trend di kalangan lanun Pakatan Rakyat, di penghujung era penindasan mereka di Selangor, duit rakyat dilodehkan semahunya, kali ini untuk membeli bas-bas mewah dua tingkat yang harganya tidak kurang RM500K sebuah. Paling menarik, letak gambar muka sendiri pada bas-bas tersebut seolah-olah mereka akan menguasai Selangor buat selama-lamanya.
Kemudian, guna nama RAKYAT untuk tunjuk konon-kononnya bas tersebut disediakan demi kemudahan rakyat. PTUIH!!! Cuba cakap sudah berapa kerat rakyat Selangor yang dapat peluang naik bas-bas MEWAH tersebut secara PERCUMA ?!!
Mewah tidak mewahlah, bas yang dibeli pun mampu dicat mengikut tema semasa lagi. Malah, Ketua UMUM mereka pun tidak mahu ketinggalan, walaupun hanya berjawatan penasihat ekonomi RM 1. Jaja nama MERDEKA untuk halalkan duit rakyat (atau duit CIA?!!) beli BAS mewah dan promosi diri sendiri. Sekarang puak-puak yang selalu kata BN bazir duit rakyat ini tidak mahu komen apa-apakah?!!
Tidak mahukah mereka persoalkan sumber kewangan untuk membeli bas-bas mewah tersebut?!! Kalau kata hasil kutipan tin-tin Milo ceramah pun mungkin juga, tetapi kesian pula pada PAS. Chai totok mereka yang berhempas pulas merayu dan berderma, konco-konco PKR pula yang bermewah-mewah. Itulah akibatnya kerana akal sempit dek kopiah yang sudah ketat dan masam.
Dengar katanya, untuk naik bas-bas tersebut, terutamanya bas Ketua Umum, penumpang perlu mneyebut kata laluan tertentu sebelum pintu bas terbuka. Macam pintu gua ali BABA/pintu kondo di Bangsar.
Namun, kami pasti, 'jambu-jambu' di bawah ini tidak memerlukan sebarang kata laluan untuk menaiki bas Ketua Umum tersebut...
*Nukilan poster yang kreatif daripada seorang Pistol yang Nakal. BN hendak bagi sebuah kereta Proton Preve hanya dengan Tweet #Merdeka55. Pakatan Rakyat Ada?!!
Paku dulang Paku serpih Kata orang Pembangkang yang lebih.
*Ingatkan tak payah ada surat macam ni pun Pakatan Pembangkang boleh kumpul orang. MyMassa dapat SMS dari ketua kampung yang mengadu bahawa mereka DIWAJIBKAN datang. Ada yang cadang buat open house dan doa selamat, terpaksa tunda sebab ARAHAN RASMI dari pemimpin PKR.
SHAH ALAM 29 Ogos - Manifesto parti pembangkang pada Pilihan Raya Umum Ke-12 yang menjanjikan bekalan air kegunaan domestik secara percuma sebanyak 20 meter padu pertama setiap bulan tanpa menyatakan syarat pengguna mesti menggunakan meter individu, adalah 'bukan satu perjanjian'.
Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mengemukakan alasan itu bagi menepis kritikan pelbagai pihak yang mempertikaikan keengganan pentadbiran kerajaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor memberikan kemudahan air percuma kepada ratusan ribu penghuni pangsapuri dan kondominium atas alasan mereka masih menggunakan meter air pukal.
Beliau juga kekal dengan pendirian tidak melayan tuntutan membayar tunggakan air percuma ditaksirkan mencecah RM300 juta setelah para penghuni kediaman bertingkat tersebut dinafikan hak menikmati kemudahan air percuma sejak Ogos 2008.
Kalau manifesto bukan perjanjian, kenapa manifesto @ janji pilihan raya ditabur semasa berkempen?
Jika dah tak mampu nak tunaikan, lain kali tak payah berjanjilah.
Daripada janji-janji yang ditabur oleh Pakatan Pembangkang, majoritinya tak tertunai.
Sebab tu la bila tema Hari Kemerdekaan tahun ini adalah JANJI DITEPATI, maka meroyanlah juak-juak pembangkang yang takut rakyat tuntut janji yang pernah mereka taburkan. Dan akhirnya, mereka menggunakan tema yang berbeza.
Sanggupkah anda ditipu lagi dengan janji mereka? *Fikir-fikirkan.
You are subscribed to email updates from MyMassa To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
Beberapa hari lepas negara kita dikejutkan dengan satu berita kes sumbang mahram yang dikaitkan dengan seorang pemimpin kanan pembangkang manakala mangsanya ialah anak perempuan sendiri yang baru berusia 15 tahun.
Berdasarkan pengakuan mangsa, bapanya telah merogol dirinya di rumah mereka pada tahun 2011.
Berikutan perbuatan sumbang tersebut, mangsa dilaporkan telah melahirkan seorang anak luar nikah di sebuah hospital di Selangor.
Laporan polis telah dibuat oleh seorang jururawat bertugas selepas timbul keraguan kerana usia mangsa yang agak muda disamping faktor ketiadaan si suami yang menemaninya sepanjang proses mangsa melahirkan anak.
Lanjutan dari situ, pemimpin politik tersebut dan seorang anak lelakinya yang berusia 14 tahun telah ditahan bagi membantu siasatan polis manakala sampel DNA kedua-duanya diambil untuk ujian lanjut bagi menentukan kesahihan kes.
Manakala sumber lain pula menyebut, semasa siasatan awal oleh pihak polis didapati telah berlaku tuduh menuduh antara si bapa dengan anak lelakinya berhubung kes tersebut.
Sama ada keterangan mangsa yang melahirkan anak luar nikah ini sah terbukti atau sebaliknya bergantung pada siasatan lanjut oleh pihak polis dan juga keputusan ujian DNA kelak.
Bagaimanapun, jika kes rogol sumbang mahram ini dibicarakan mengikut Draf Hudud PAS yang diluluskan oleh Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan pada November 1993, pastinya peluang untuk mangsa rogol itu mendapat pembelaan terlampau tipis.
Ini kerana berdasarkan kemahuan yang ditetap dalam Keterangan / Bahagian III Seksyen 41 (Syarat-syarat menjadi saksi) dan 42 (Keadaan keterangan)Draf Hudud PAS itu, syaratnya yang berkehendakkan 4 saksi yang tidak berdosa besar dan tidak melakukan dosa kecil yang berulang kali bukan sahaja sukar untuk ditemui malah terlampau jarang perogol yang melampiaskan nafsu mereka dihadapan orang ramai.
Kerapkali kes rogol sama ada melibatkan saudara sedarah (sumbang mahram) atau sebaliknya, jenayah sedemikian dilakukan secara sulit jauh dari pandangan ramai dan kiranya ada saksi yang kebetulan melihatnya tentu sekali mereka akan segera berusaha menghentikan perlakuan tersebut.
Amatlah malang sekiranya 4 saksi yang tidak berdosa besar yang misalnya kebetulan menyaksikan sesuatu cubaan kes rogol atau perlakuan zina suka sama suka hanya berdiam diri menunggu zakar benar-benar masuk ke dalam faraj mangsa rogol kemudian barulah bertindak menghentikan kejadian tersebut.
Dengan kelemahan keterangan dalam Seksyen 41 dan 42 draf Hudud PAS itu, bukan sahaja mangsa rogol terpaksa menghadapi trauma akibat kejadian tersebut malah apabila dirinya gagal menghadirkan empat saksi yang dikehendaki bermakna mangsa pula yang terpaksa berdepan dengan hukuman Hudud PAS.
Demikian juga kelemahan dalam Seksyen 46 (Keterangan Qarinah) draf yang sama menyebut "Dalam perkara zina, kehamilan atau kelahiran anak oleh seseorang perempuan yang tidak mempunyai suami hendaklah menjadi keterangan yang boleh mendapatinya bersalah melakukan zina dan yang demikian hukuman hudud ke atasnya hendaklah dikenakan melainkan jika dapat membuktikan sebaliknya".
Keterangan dalam Seksyen 46 itu berkait langsung dengan Seksyen 41 dan 42, dengan demikian risiko berlakunya kezaliman terhadap mangsa rogol terlampau besar kecualilah jika kes rogol sengaja dilakukan oleh penjenayah di hadapan khalayak ramai misalnya dalam kes peperangan di Bosnia suatu ketika dulu.
Mempertikaikan kelemahan draf hudud PAS bukan bermakna mempertikaikan Hudud Allah. Kedua-duanya jauh berbeza diantara satu sama lain. Hudud PAS dikarang oleh manusia yang gagal meletakkan sifat adil sebagai intipatinya, sedangkan Hudud Allah meletakkan keadilan di aras yang tertinggi, tidak jumud atau statik dalam tafsirannya untuk pembuktian sesuatu kes.
Merujuk pada kes rogol sumbang mahram yang sedang kecoh sekarang, apakah pilihan yang ada bagi mangsa yang telah melahirkan anak luar nikah itu untuk mendapatkan pembelaan apabila draf hudud PAS menutup terus ruang kepada kaedah pembuktian lain misalnya penggunaan DNA, rakaman video, laporan perubatan dan lain-lain?
Bukankah jelas ia bakal menyebabkan berlakunya kezaliman dan ketidakadilan terhadap mangsa rogol tersebut.
Hari kemerdekaan yang ke 55 buat negara kita sekarang ini sudah menjadi bahan momokkan puak revolusioner .Kononnya ini kebangkitan,kononnya ini satu perjuangan.Kononnya sekarang ini mereka melawan penjajah.
Pakatan haprak jelas menghina negara,Bendera jalur gemilang adalah lambang kedaulatan negara,55 tahun sambutan kemerdekaan di sajikan dengan pelbagai penghinaan yang langsung rakyat Malaysia tidak dapat terima dengan akal yang waras.
Kelompok ini kesemuanya hasil tarbiah daripada Hishamudin Rais gay tua ,mereka ini mahukan jalur gemilang ditukar,mereka ini mahukan satu revolusi. Himpunan di dataran merdeka semalam mengabungkan pelbagai macam anasir dari syiah hinggalah kepada komunis.
Bendera dibawah ini adalah bendera sang saka Malaya,bendera yang diangkat sebagai panji perjuangan PKMM (Parti Kebangsaan Melayu Raya) sebuah parti haluan kiri yang berpendapat perjuangan mengangkat senjata menjadi keutamaan mereka.
PKMM:-
Nasionalisme revolusioner juga berpendirianmembangkitkan rakyat ramai bagi melancarkan berbagaibentuk perjuangan dengan mengutamakan perjuangan secara bersenjata. Hanya dengan menghubungkan erat-erat berbagai bentuk perjuangan tanpa bersenjata dengan bentukperjuangan bersenjata, barulah perjuangan kita akan dapat mencapai kemenangan.sumber
Puak ini adalah tulang belakang pakatan haprak,DAP,PKR dan juga PAS kesemua 3 parti ini konsisten melaungkan revolusi.
Pakatan haprak memang mahukan pertumpahan darah,ini adalah jalan terakhir buat pengganas dan militan ini untuk mendapatkan Putrajaya,usaha ini akan diambil jika pada PRU13 nanti mereka tewas.
Anwar,Syamsul ketua AMK,Hishamudin Rais,Tian Chua dan barisan pemimpin haprak pakatan saban hari meniup api kebencian dan pelbagai jenis hasutan.Kesemua ini tujuannya tak lebih kepada membakar sentimen kemarahan yang akhirnya pasti berlaku pertumpahan darah.
Sebelum ini Pisau ada ingatkan bahawa memang perancangan puak haprak pakatan untuk melakukan kekacauan semasa sambutan kemerdekaan. Apa yang mereka mahukan agar kerajaan negera ini dimalukan dengan insiden kekacauan semasa sambutan hari kemerdekaan.
Puak haprak pakatan sudah menjanjikan ada kejutan yang akan berlaku semasa sambutan. Inilah tujuan sebenar kenapa ISA ditentang habis habisan oleh haprak pakatan.Tujuannya hanya untuk menghalalkan apa saja kononnya atas kebebasan bersuara yang akhirnya menjerumus negara didalam suasana yang tidak harmoni.
Pisau kata "DAP dan seluruh puak haprak pakatan dari dulu burukkan negara,hina raja raja,hina jalur gemilang ,mereka mahukan darah keamanan untuk ke Putrajaya"
AKHBAR Nanyang Siangpau bertarikh 25 Ogos 12 melalui ruangan Pendapat Yuanlun memaparkan tulisan Chang Long Yan dari Akademi Kewartawanan dan Komunikasi TAIMA (AKIP) mengenai sikap Lim Guan Eng yang suka lari daripada tajuk.
Komen Setiausaha Agung DAP Pusat, merangkap Ketua Menteri Pulau Pinang itu terhadap rencana dalam edisi Kotej berkaitan buku berjudul Peneng in Sight telah tersebar luas tetapi apabila saya membaca komen beliau, ia seperti sebuah pemikiran seorang 'penyangak'.
Saya ambil sedikit petikan di dalamnya, Guan Eng berkata, beliau menyokong penuh kebebasan bersuara, berani menerima kritikan dan menghormati pandangan yang berbeza-beza.
Sebagai seorang ahli politik, beliau bersedia untuk dikritik walaupun kritikan yang 'mengaibkan' dirinya. Apa yang beliau maksudkan beliau sanggup menerima kritikan termasuk kritikan yang tidak adil.
Mengikut pandangan saya, semua yang Guan Eng katakan itu cuma syok sendiri. Jika tidak beliau tidak mungkin senarai hitamkan wartawan edisi Kotej yang paparkan kritikan terhadap penulisan beliau dalam buku Peneng in Sight itu.
Tindakan itu, memberi penjelasan dengan terang kepada semua, beliau juga pernah senarai hitamkan wartawan lain dan tidak lansung bersikap terbuka apabila dikritik termasuk kritikan yang dikatakan mengaibkan beliau.
Selain itu, jika benar beliau menghormati pandangan yang berbeza-beza, beliau tidak perlu sebut rencana Edisi Kotej itu mengelirukan orang ramai.
Guan Eng seperti belum pernah membaca rencana tersebut (kami terlupa bahawa Guan Eng tidak tahu baca tulisan karekter Cina). Sebab itu beliau berani berkata dengan lantang bahawa tulisan itu memperdayakan orang ramai.
Pihak wartawan juga telah memperbetulkan isi kandungan Edisi Kotej itu dan secara khas mengeluarkan artikel penulisan Guan Eng sendiri dalam rencana akhbar Cina melalui ruang rencana khas wartawan dan bukannya mengada-adakan cerita.
Namun, Guan Eng seperti kebiasaanya suka lari daripada tajuk, sebaliknya bertanya adakah wartawan yang tulis rencana itu telah dipilih dengan teliti.
Yang paling buruk sekali, dalam artikel Edisi Kotej itu, beliau berkata ada banyak rencana (sebenarnya adakah beliau membacanya?) dan dakwanya rencana itu bukan penulisan seorang wartawan kerana timbul banyak perkataan-perkataan yang agak pelik.
Apabila dibaca dengan jelas, beliau berkata itu adalah penulisan orang-orang BN yang menggunakan nama-nama samaran.
Wartawan terbabit telah membongkar bahawa Guan Eng tidak mengikut hujah yang betul kerana 90 peratus penulisan artikel Edisi Kotej itu tulisan wartawan akhbar Cina. Akibat menuduh wartawan menulis artikel tidak benar, Guan Eng disarankan meminta maaf kepada mereka.
Mengkritik polisi kerajaan itu adalah tanggungjawab wartawan, kenapa Guan Eng mengkritik kembali wartawan-wartawan di Pulau Pinang yang mempersoal kerajaan negeri dan dituduh pula sebagai tali barut kerajaan BN?
Ini jelas menunjukkan apa yang Guan Eng sebut tentang kebebasan media dan menghormati pandangan yang berbeza itu hanya cakap syok sendiri, hanya di mulut sahaja.
Sebaliknya, dalam fikiran beliau rencana yang condong kepada BN itu semuanya bermasalah.
Pisau kata " Guan Eng hingga sekarang tak berani jawap seleweng tanah Taman Manggis..makan rasuah berjuta! "
Macam mana haprak pakatan nak menjadi pemerintah,kebodohan mereka tak berpenghujung.
Seperti yang kita semua tahu,sikap Tun M yang memberi kenyataan cukup tajam ,sinis dan tepat hingga haprak pakatan mengelupur bagai syaitan kepanasan apabila dibaca ayat Quran .
Pisau kata " Nik Aziz tu dah nyanyuk..teruskan jadi Mursidol khawarij..senang kami buat kerja"
AKHBAR Sinchew Daily bertarikh 28 Ogos 2012 melalui ruangan Sudut Pendapat memaparkan tulisan Timbalan Editor akhbar itu, Tay Ting Hien berkenaan senario Pas menguasai Parlimen dan memperkenalkan Undang-Undang Jenayah Islam.
"Pada suatu hari pada bulan September 2014, Datuk Seri Abdul Hadi Awang akan usulkan Undang-UndangJenayah Islam di Parlimen. Pakatan pembangkang akan berlaku perpecahan, Ahli Parlimen Pas sebulat suara menyokong sementara semua ahli DAP akan membantahnya. Ahli Parlimen Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang Islam dan bukan Islam akan berpecah...
"Barisan Nasional (BN) jadi pembangkang dalam Parlimen akan condong ke kiri, ahli lembaga disiplin UMNO akan berkata, sebagai orang Islam ahli UMNO semestinya menyokong rang Undang-Undang Jenayah Islam. Bantahan MCA, Gerakan dan MIC tidak berkesan dan mereka umum keluar daripada BN..
"Semasa undi dalam Dewan Rakyat, Pas dan UMNO perolehi majoriti dua pertiga dan dengan itu Undang-Undang Jenayah Islam itu diluluskan. Pada masa itu, Abdul Hadi akan berterima kasih kepada Ahli Parlimen yang menyokong usul itu dan mengatakan ia dicapai melalui proses demokrasi.
"Malaysia telah capai matlamat menjadi sebuah negara Islam, seterusnya Pas dan UMNO umumkan akan bentuk kerajaan gabungan.."
Saya bukan peramal ataupun tukang tilik nasib dalam politik pada 2014 tetapi keadaan seperti diatas itu bukan dicuba diada-adakan dan bukan mendengar khabar daripada orang lain. Dalam ilmu sains politik dan sains pengurusan, ada satu bab yang dinamakan 'Analisis Senario'.
Himpunkan keadaan sedia ada, cantumkan dengan sasaran-sasaran yang kemungkinan akan berlaku. Apakah yang lebih terbaik akan berlaku dan apakah yang terburuk akan berlaku, selepas itu bandingkan perbezaannya.
Keadaan dan senario seperti di atas hanya kemungkinan-kemungkinan simulasi yang akan berlaku dan bukan tiada turutannya.
Dalam senario politik dan pilihan raya Abdul Hadi, beliau telah memberi huraian secara terang dan umumkan jika pakatan pembangkang memerintah Kerajaan Pusat, Pas melalui proses demokrasi akan laksanakan Undang-Undang Jenayah Islam.
Pendirian Pas begitu jelas dan tidak lagi samar-samar, mereka akan mengikut cara sah untuk mencapainya. Lebih-lebih lagi, Pas akan luluskan rang undang-undang Islam berkaitan Undang-Undang Jenayah Islam di Dewan Undangan Negeri Kelantan pada 1993 dan ahli-ahli Umno turut menyokongnya.
Di bawah kepercayaan dan tanggungjawab agama, perbezaan antara dua parti itu hanya dipisahkan dengan satu garisan benang sahaja.
Pada masa itu Undang-Undang tersebut akan bercanggah dengan Undang-Undang Persekutuan dan kerana itu ia tidak boleh dilaksanakan.
Jika ia ditukarkan dengan simulasi senario berlainan, apabila mereka memerintah kerajaan pusat dan kemukan kembali isu itu, pasti akan disokong juga oleh UMNO dan pada masa itu benteng kekebalan Undang-Undang Perlembangaan Persekutuan akan roboh.
Bagi negara ini, Undang-Undang Jenayah Islam tidak melibatkan perundangan dan kehakiman, ia juga boleh mengubah semangat penubuhan Malaysia serta boleh mengubah dasar mahupun kepercayaan negara kita selama ini.
Apabila undang-undang itu diluluskan, bermakna Malaysia akan pisahkan dirinya dengan dunia luar dan undang-undang yang diamalkan negara luar, seterusnya menjadi sebuah negara Islam yang benar-benar tulen.
Masyarakat Cina tidak boleh lagi buat tidak tahu, tidak boleh lagi bersikap berharap semuanya akan menjadi baik.
Struktur dalam pakatan pembangkang, tujuan mereka adalah mahu memerintah Kerajaan Pusat tetapi selepas mereka berkuasa nanti, dari segi pembahagian kuasa dan konsep pelaksanaanya masih tidak boleh mencapai kata sepakat.
Adakah rakan kongsi parti itu mampu menyekat kemaraan Pas? Semua orang perlu berdoa supaya dapat memperkukuhkan kekuatan itu.
Pisau kata "Ini yang dibenci oleh Nik Aziz dan khawarij Anwarinas"
You are subscribed to email updates from PISAU.NET To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
Semua orang tahu dalam kempen pilihanraya umum 2008 PKR dan PAS Selangor dalam manifesto mereka menjanjikan pelbagai bulan dan bintang sekiranya mereka diberi peluang mentadbir Selangor.
Salah satu janji mereka adalah memberi bekalan air percuma untuk kegunaan domestik sebanyak 20 meter padu setiap bulan.
Janji dalam pilihanraya adalah janji kepada semua rakyat di negeri Selangor, tidak kira samada mereka menetap di rumah teres atau pangsapuri.
Namun selepas memenangi pilihanraya lain pula jadinya. Penduduk-penduduk yang tinggal di pangsapuri tidak dapat menikmati air percuma 20 meter padu yang dijanjikan mereka.
Alasan yang diberikan oleh Khalid Ibrahim, penghuni pangsapuri tiada meter individu....
Jika Khalid ikhlas kepada janji yang ditaburkan, Kerajaan Selangor boleh berikan kupon yang bernilai RM 11.00 yang bersamaan dengan 20 meter padu air kepada semua penghuni pangsapuri. Atau bermacam-macam kaedah lain lagi yang boleh digunakan. Hendak seribu daya tak nak seribu dalih.....
Orang-orang kaya yang tinggal di kawasan-kawasan mewah dapat air percuma. Manakala orang-orang yang berpendapatan rendah yang tinggal di pangsapuri dinafikan hak mereka. Itukah yang dinama keadilan kepada semua ?
Beberapa hari lepas penduduk di beberapa pangsapuri di Selangor bangkit menuntut hak mereka untuk mendapatkan air percuma sepertimana yang dijanjikan oleh Khalid dalam manisfesto PRU 12.
Apabila ditanya oleh wartawan tentang tuntutan penduduk pangsapuri, jawapan Khalid Ibrahim sungguh kurang ajar.
Jawapan Khalid Ibrahim itu menunjukkan kepada kita semua tentang sikap atau wajah sebenar puak-puak PKR .
Untuk menawan Selangor mereka tabur 1001 janji manis. Apabila dah menang dan rakyat menuntut hak mereka kata itu bukan satu perjanjian.
Sekarang pula untuk menawan Malaysia mereka sekali lagi taburkan 1001 satu janji manis melalui buku jingga. Tidak cukup apa yang dijanjikan dalam buku jingga mereka tambah lagi di luar buku pula. Antaranya adalah penghapusan PTPTN , penurunan harga kereta dan beberapa janji lain lagi. Dan janji-janji manis itu akan bertambah dari ke hari sehinggalah ke hari pembuangan undi PRU 13 kelak.
Percayalah cakap saya, ditakdirkan menang kelak, sebagaimana yang Khalid Ibrahim kata beberapa hari lepas akan sekali lagi keluar dari mulut pemimpin-pemimpin mereka apabila rakyat menuntut hak. Itu bukan satu perjanjian.....
Saya tak minta anda semua undi BN, tapi kalau anda nak tukar kerajaan dan nak pilih mereka, sila pastikan anda semua menandatangani satu perjanjian yang sah dari sudut undang-undang untuk memastikan kerajaan yang baru yang anda pilih nanti menunaikan segala janji yang telah ditandatangan dan anda boleh menuntut hak. Tak tunai janji anda boleh bawa kes ke mahkamah. Jika tidak dilakukan begitu, maka mereka sekali lagi akan jawab itu bukan satu perjanjian atau tidak ada perjanjian.
Seperti yang saya kata diatas, saya tak minta anda semua undi BN. Saya hanya berpesan atau ingat-mengingati sesama kita untuk memastikan rakyat tidak terus-menerus ditipu hidup-hidup oleh pemimpin munafik. Untuk lebih selamat tuntut satu perjanjian hitam putih dari mereka sebelum anda gunakan kuasa anda untuk tukar kerajaan.
PENGURUS pasukan Kelantan, Azman Ibrahim menyerahkan kepada polis menjalankan siasatan berkenan dengan insiden pergaduhan melibatkan pemain importnya, Obinna Nwaneri di Shah Alam, kelmarin.
Katanya, oleh kerana perkara berkenaan disiasat polis, ia wajar diserahkan kepada pihak berkuasa.
"Perkara ini sudah dilaporkan ke pihak polis, dan masih dalam siasatan, jadi kita tunggu keputusan selanjutnya," kata Azman ketika dihubungi Sinar Harian Online hari ini.
Laporan media menyebut Nwaneri dipanggil polis kelmarin untuk memberi keterangan polis berhubung insiden pergaduhan dengan pengurus syarikat sebuah pasar raya di Plaza Masalam di sini.
Dia dikatakan berang sebelum bertindak kasar terhadap pengurus pasar raya berkenaan.
Pemain itu menyumbangkan gol penyamaan kepada Kelantan ketika menentang ATM di Stadium Majlis Perbandaran Selayang (MPS) malam tadi.
Kedua-dua pasukan mengakhiri perlawanan dengan keputusan seri 1-1.
Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Zahedi Ayob berkata, mangsa dan pemain bola sepak sudah dipanggil untuk diambil keterangan bagi melengkapkan siasatan.
Punca kepada pergaduhan dikatakan masalah potong barisan ketika membuat pembayaran di kaunter pasaraya. Ada yang kata pemain import itu cuba potong Q.
Ada yang kata pelanggan yang dipukul potong Q.
Kalau mengikut saya pula seperti berikut,
Pemain import itu telah berada dalam barisan bersama rakannya. (Tiada dalaman rakaman video).
Sementara menunggu rakannya membuat pembayaran beliau keluar dari barisan sekejap untuk mengambil barang lain berhampiran kaunter pembayaran.
Ketika itu datang lelaki yang membawa bakul dan mengambil tempat yang ditinggalkannya.
Kemudian apabila dia datang balik dan dia memberitahu lelaki yang bawa bakul bahawa itu giliran dia membuat pembayaran.
Dan mungkin lelaki itu mempertikaikan dakwaan pemain import tersebut dan besar kemungkinan juga ada bahasa atau perkataan yang tidak baik, atau ayat-ayat yang pedih yang digunakan oleh lelaki yang membawa bakul.
Mungkin itulah yang membuatkan pemain import itu berang.
Itu teori saya. Jangan ada yang pakai ini bulat-bulat atau menjadikan apa yang saya katakan ini sebagai benda yang benar. Saya hanya menyatakan pendapat berdasar kepada rakaman video diatas.
You are subscribed to email updates from RBF Online To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
Tempat persembunyian A.Samad Said berhampiran Dataran Merdeka akhirnya berjaya dikesan.
Beliau kelihatan sugul dan kecewa melihatkan program aman yang dicanang-canangkannya sekarang ini nampak gayanya seperti mahu ada bibit semburan 'kasih sayang' dari meriam air FRU.
Program Janji Demokrasi ini sebenarnya dirancang bagi menggertak kerajaan untuk beberapa lagi tuntutan tak masuk akal mereka. Mereka cuba berselindung mengatakan perhimpunan mereka itu adalah bertujuan untuk menyambut kemerdekaan.
Agak pelik sambut merdeka dengan mengibarkan bendera yang dicipta sebelum merdeka kemudiaanya memijak-mijak gambar pemimpin negara.
Jelas terpampang kekecewaan di wajah A.Samad Said. Program yang diberi nama JANJI DEMOKRASI telah direntap oleh pengganas BERSIH.
A.Samad Said pun tak sanggup nak pakai baju kuning BERSIH yang melambangkan KEGANASAN.
Mark your calendars for 8 & 9 September – that's when the #VWDasAuto show will be happening! Register for your ticket now
Penganjur seperti mana pada asalnya memberi jaminan kepada orang ramai bahawa peserta-peserta demonstrasi akan hanya datang berhimpun tanpa ada apa-apa kekecohan.
Itu bukan demonstrasi namanya! Demonstrasi perlukan darah dan nyawa...
Namun, oleh kerana tindakan profesional polis dan FRU (setakat ini) menyebabkan segelintir dari peserta demo menjadi bosan. Mereka perlukan kekecohan dan darah!
Jadi, bagi meluangkan masa untuk memprovokasikan pihak berkuasa, inilaha akitviti yang mereka lakukan, bakar dan pijak gambar Perdana Menteri dan isteri.
KUALA LUMPUR - Penyokong-penyokong Himpunan Janji Demokrasi sempena sambutan Hari Kemerdekaan ke-55 esok mula membanjiri lokasi perhimpunan itu di Dataran Merdeka, dengan mengenakan kemeja-T berwarna kuning dan bertulis "bersih".
Suasana di pekarangan Dataran Merdeka mula gamat dengan pelbagai bunyian, namun keadaan masih terkawal setakat ini.
Kedengaran laungan "Bersih" dilaungkan beberapa kali.
Pun begitu sehingga 10.30 malam tadi wakil penganjur Himpunan Janji Demokrasi belum kelihatan.
Mengikut maklumat sebelum ini perhimpunan itu akan bermula jam 11 malam.
Di lokasi tradisi di Dataran Merdeka, orang ramai turut berkumpul untuk menyambut kedatangan tanggal 31 Ogos.
Yang kelihatan Khalid Syiah dan awek-aweknya...
[Ads: Mark your calendars for 8 & 9 September – that's when the #VWDasAuto show will be happening! Register for your ticket now ]
KUALA LUMPUR 30 Ogos - Perhimpunan Janji Demokrasi yang sedang berlangsung malam ini turut mendapat perhatian beberapa peserta berikutan pengedaran risalah desakan agar bendera Jalur Gemilang ditukar kepada reka bentuk yang pernah direkabentuk khas dari Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) sebelum mencapai kemerdekaan satu ketika dahulu.
Sebelum ini, aktivis politik Hishamuddin Rais yang juga merupakan salah seorang tulang belakang penganjuran Perhimpunan malam ini menerusi pernah mempersoalkan rekabentuk Jalur Gemilang dan cetusan lagu/lirik Negaraku.
Kritikan beliau disiarkan menerusi rakaman Rentakini.TV. Ianya disiarkan menerusi rakaman Rentakini.TV berjudul 'Negara Ciplak.'
[Ads: Mark your calendars for 8 & 9 September – that's when the #VWDasAuto show will be happening! Register for your ticket now ]
Nama pengacara ini mula menjadi sebutan selepas kisah percintaan beliau dengan seorang penyanyi popular Indonesia mula diketahui oleh peminat hiburan Malaysia.
Nadia Annuar bersikap terbuka tentang hubungan beliau dan Sammy Simorangkir dan pengacara berusia 28 tahun ini juga gembira apabila kekasih'nya itu tidak menyorok status.
"Hubungan saya sebelum ini, si dia tidak gemarkan status masing masing menjadi suatu perkara yang di'ketahui umum tetapi lain dengan Sammy," ujar Nadia Annuar.
Menurut beliau lagi, Sammy Simorangkir tidak segan & malu memperkenalkan dirinya sebagai kekasih kepada peminat dan media industri hiburan di Indonesia sana.
Di'minta memberikan komen tentang isu seorang wanita yang mengaku pernah tinggal bersama Sammy Simorangkir, bekas pengacara Wanita Hari Ini (WHI) ini tenang menjawab.
"Saya ada disana ketika isu itu timbul dan (Sammy) ceritakan segalanya kepada saya — saya percayakan beliau & kisah yang di'canang itu tidak benar," ujar beliau.
Sedar akan sejarah silam Sammy Simorangkir yang pernah dipenjara akibat salah guna dadah, Nadia Annuar berkata beliau menerima seadanya kisah silam kekasih'nya itu.
Rotikaya
Bagi yang ketinggalan kisah seksi Sammy, anda boleh klik pada pautan dibawah!
TUBAN - Demi memiliki keturunan, Pujo Sumarto (49), warga Desa Prunggahan Wetan, Kecamatan Semanding, Tuban, Jawa Timur, rela melakukan apa sahaja.
Termasuk, merelakan isterinya, Rustami (45), berduaan dalam bilik bersama Mat Tohari, seorang lelaki asal Gresik yang mengaku kiai dan boleh membantu memberikan anak.
Di dalam bilik itu, Gus Mat, panggilan Mat Tohari, mengaku sedang melakukan ritual sembahyang malam khusus bersama Rustami selama 45 minit dalam keadaan gelap, supaya keinginan itu dikarunikan seorang anak dapat terwujud.
Namun, selama dua bulan ritual aneh tersebut dilakukan, Rustami tak juga hamil.
Kegiatan ini mula di ketahui penduduk sekitar hingga membuat kemarahan penduduk yang ingin supaya kiai dengan ritual aneh tersebut diusir dari kampung mereka.
"Jelas ritual seperti itu tidak masuk akal dan menyalahi ketentuan agama Islam. Kenapa mesti di dalam bilik berduaan dengan isteri orang lain pada tengah malam," kata Rosyid, salah seorang penduduk kampung itu.
Kerana itu jugalah penduduk melaporkan kegiatan ini ke pejabat desa setempat supaya Gus Mat diusir dari Prunggahan Wetan agar tidak lagi merosakkan iman penduduk lainya.
Akhirnya semua pihak sepakat bahawa Gus Mat harus dihalau dari Desa Prunggahan Wetan. "Telah disepekati bahawa Mat Tohari yang selama ini tinggal di rumah Eko harus keluar dari Desa Prunggahan Wetan.
Ustaz Don Daniyal Don Biyajid, 28, selamat dinikahkan dengan Husna Mohd Zahry, 24 pada 23 Ogos 2012 yang lalu. Sebagai seorang penceramah popular jadi setiap perkara yang dilakukan menjadi perhatian umum, termasuk juga ramai yang memperkatakan tentang majlis perkahwinannya. Ramai yang mempersoalkan kenapa Husna memakai inai dan majlis persandingan juga telah diadakan, yang dikatakan seperti amalan kaum lain.
Juru gambar rasmi di majlis perkahwinan Ustaz Don dan Husna iaitu nadiazahariphotoArtmosphere Photography juga Photoline-Creative-Studio melalui FBnya ingin berkongsi pengalaman ketika berbual dengan Ustaz Don menjawab isu -isu yang menjadi kontroversi tentang majlis perkahwinannya.
Ustaz Don selesai upacara akad nikah
1. Majlis dibuat secara sederhana tetapi indah. Majlis dimulakan dengan selawat.
Corak inai(henna) yang simple & sweet di tangan Husna, isteri Ustaz Don
Ustaz Don diupacara menyarungkan cincin dijari isterinya, Husna
2. Husna memakai inai di pergelangan tangan sahaja iaitu bukan ditempat aurat, inai tidak berkekalan dan lukisan berbentuk bunga/tumbuhan tidak berbentuk haiwan atau menyerupai makhluk.
Mekap Husna di majlis pernikahannya
Mekap isteri Ustaz Don di majlis perkahwinannya
3. Make up Husna tidak tebal, Ustaz Don berkata dia berkahwin kerana diri Husna sendiri, dia tidak mahu melihat Husna menjadi orang lain dengan bermakeup tebal atau memakai bulu mata palsu.
Gambar romantik perkahwinan Ustaz Don dan Husna
4. Tiada inai di tiga jari Ustaz Don kerana inai di lelaki dipakai hanya untuk tujuan berubat sahaja.
Ustaz Don dan Husna melakukan sembahyang sunat setelah selesai akad nikah
5. Selepas ijab qabul nikah Ustaz Don meminta izin kedua pihak keluarga untuk Husna bersembahyang sunat bersamanya.
Ustaz Don dan Husna sebelum acara menyarungkan cincin
6. Sebelum menyarungkan cincin di jari Husna, Ustaz Don memegang bahagian depan kepala Husna sambil menyebut nama Allah dan mendoakan keberkatan baginya.
Ustaz Don dan Husna di atas pelamin untuk sessi bergambar
7. Tiada sesi bersanding atau merenjis, pelamin hanya untuk tempat mengambil gambar bersama family dan rakan.
Salah satu hantaran perkahwinan Ustaz Don dan Husna
8. Kesemua hantaran di kedua belah pihak berbentuk makanan. Pengantin ingin berkongsi kegembiraan dengan seluruh family ketika membuka hantaran. Tujuan ini juga adalah kerana pengantin tidak mahu hantaran al-Quran/kitab diletak sama level dengan hantaran kasut, baju dan lain-lain.
Diharap bagi mereka yang musykil dan tertanya-tanya perkara yang Ustaz Don dan Husna lakukan di majlis perkahwinannya telah terjawab. Maklumlah nanti takut mengundang fitnah pula sebab tidak tahu sebabnya tapi memandai-mandai beri komen bila tengok gambar perkahwinan Ustaz Don dan Husna.
Selepas membuka mulut tentang status anak keempat beliau, Norish Karman semakin menjadi perhatian dengan pelbagai persoalan lain yang mula timbul.
Namun, semalam ketika ditemui media di majlis rumah terbuka Wanita Hari Ini (WHI), Norish Karman ada menyatakan sebab sebenar gambar anak beliau tersebar.
"Ada pihak menyebarkan gambar anak saya kerana (dia) gagal mendapat wang ugutan," ujar Norish Karman yang pada awal'nya seperti ingin mengelak wartawan.
Pelakon ini sekali lagi menjelaskan yang beliau memang ada merancang untuk perkenalkan anak'nya kepada umum tetapi pihak berniat jahat itu terlebih dahulu menyebarkan gambar.
Selain menerima sokongan moral yang kuat daripada rakan rakan & peminat, Norish Karman juga berkata beliau tidak berhajat meneruskan proses saman beliau.
"Mereka yang menyebarkan gambar anak saya itu bukannya berduit, tidak berbaloi rasanya untuk saya bersusah payah ke mahkamah untuk melayan mereka," tambah Norish Karman.
GEORGETOWN: Seorang wanita warga Indonesia terpaksa melalui pengalaman menakutkan pabila dipaksa melakukan seks oral dengan seorang lelaki yang menyamar sebagai anggota polis dalam kejadia di Lorong Relau, Jalan Paya Terubung di sini Ahad lalu.
Kejadian kira-kira jam 6.30 pagi itu berlaku ketika mangsa berusia 29 tahun berjalan seorang diri untuk pergi bekerja di sebuah kilang perindustrian di Bayan Lepas dan ketika itu datang seorang lelaki menunggang motorsikal lalu menahannya.
Jurucakap polis berkata, berdasarkan siasatan suspek dianggarkan berusia 30-an memperkenalkan diri sebagai anggota polis sebelum mengarahkan mangsa naik motorsikal bersamanya kononnya hendak dibawa ke balai polis untuk pemeriksaan lanjut.
Katannya, mangsa yang ketakutan ketika itu hanya mengikut arahan suspek bagi mengelak ditahan namun dalam perjalanan ke balai polis dia diawa ke satu lorong gelap sebelum diarahkan turun dari motorsikal.
SHAH ALAM - Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein mengingatkan penganjur 'Himpunan Janji Bersih' yang dijadual diadakan di Dataran Merdeka malam ini supaya mematuhi undang-undang di bawah Akta Perhimpunan Aman 2012.
Beliau berkata, penganjur perhimpunan itu perlu mengemukakan permohonan rasmi kepada Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) terlebih dahulu kerana Dataran
Merdeka terletak di bawah bidang kuasa agensi itu.
"Tuan punya kawasan (Dataran Merdeka) ialah DBKL dan kita tidak boleh masuk campur secara langsung dalam hal memberi kebenaran ini.
"Bagaimanapun, kita masih tunggu perkembangan lanjut daripada DBKL dan setakat ini saya belum dapat maklumat rasmi mengenai status permohonan ini," katanya kepada pemberita selepas merasmikan 'Kempen Kesedaran Akibat Jenayah' peringkat kebangsaan anjuran Yayasan Pembangunan Belia India Malaysia di sini, semalam.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai perhimpunan itu yang dijadual diadakan di Dataran Merdeka esok sempena sambutan Hari Kemerdekaan tahun ini.
Hishammuddin berkata polis akan menjaga keselamatan semua pihak termasuk mereka yang 'berniat jahat' dalam perhimpunan itu, nanti.
Beliau berkata, polis tidak akan 'memilih bulu' dalam soal menjaga keselamatan awam dan akan sentiasa memastikan tanggungjawab itu dilakukan dengan baik.
Hishammuddin percaya majoriti rakyat tidak akan terpedaya untuk menyertai perhimpunan itu kerana apa yang berlaku semasa Himpunan Bersih 3.0 lepas, yang menjadi protes jalanan yang ganas, masih segar dalam ingatan orang ramai.
Dalam perkembangan lain, beliau membidas sikap sesetengah pihak yang memperlekeh dan menidakkan kadar indeks jenayah yang diumumkan sebelum ini.
Beliau berkata, adalah penting menjawab tohmahan yang dilemparkan itu dengan segera terutamanya menerusi media sosial supaya ia tidak mempengaruhi pemikiran orang ramai. - Bernama
PULAU PINANG, 28 Ogos – "Mansor patut berhenti berbohong. Jangan terus menegakkan benang yang basah semata-mata kerana takut hilang jawatan. Mansor patut sedar, bukan sahaja bukti minit mesyuarat PKR telah tersebar, tetapi bukti video juga akan didedahkan tidak lama lagi. Hanya tunggu masa sahaja.
"Penafian Mansor terhadap apa yang dikatakan dalam mesyuarat PKR adalah satu bukti bahawa Mansor hanya pentingkan jawatan dan bukannya mendahulukan kepentingan rakyat.
Mansor kini dalam ketakutan. Takut hilang jawatan seperti apa yang pernah terjadi kepada Fairus (Datuk Seri Mohd Fairus Khairuddin)," ujar Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Pulau Pinang, Datuk Zainal Osman. Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai penafian Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang Mansor Osman berkaitan menggelar Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng sebagai angkuh.
Perkara tersebut tersebar apabila minit mesyuarat PKR yang dipengerusikan Mansor bocor dan ianya mendedahkan rasa tidak puas hati Mansor terhadap Guan Eng yang dikatakan bersikap biadap, angkuh dan tidak boleh dipercayai malah menggelar Guan Eng sebagai tokong.
Namun Mansor menafikan perkara tersebut dan hanya mengaku bahawa dia menggelar Guan Eng sebagai tokong yang membawa maksud sebagai 'sanjungan tinggi dan penghormatan' rakyat terhadap Guan Eng. Tambah Zainal Abidin, gelaran tokong yang diberi Mansor kepada Guan Eng pula disifatkan keterlaluan. "Kita tak boleh nak samakan pemimpin atau sesiapa sahaja dengan tokong yang disembah. Sebagai seorang yang beragama Islam, perkara ini boleh meyimpangkan akidah.
"Jangan kerana taksub dan takut hilang jawatan, Mansor lupa hukum hakam agama. Sanggup menipu rakyat dan terus tegakkan perkara yang tidak benar. Sebagai pemimpin, Mansor seharusnya berani untuk berkata benar dan bersuara. Mengapa harus takutkan Guan Eng seperti Guan Eng itu adalah Tuhan.. Jangan jadi seperti lembu dicucuk hidung," ujar Zainal lagi.
Penafian Mansor untuk mengelirukan rakyat mengenai perkara sebenar juga diibaratkan seperti memperbodohkan rakyat Pulau Pinang sendiri. Menurut Zainal Abidin, rakyat Pulau Pinang semakin bijak dan tidak boleh diperkotak katikkan sesuka hati. Apatahlagi mereka yang beragama Islam amat kecewa dengan tindakan Mansor yang seakan menyamakan Guan Eng seperti Tuhan apabila memberi gelaran tokong.
"Saya harap rakyat negeri ini akan membuka mata mengenai sikap sebenar pemimpin seperti ini. Daripada apa yang berlaku ini dapat kita lihat mereka sebenarnya lebih risaukan jawatan daripada memperjuangkan nasib rakyat sendiri. Maka, kita tidak harus terus memberi mandat kepada mereka untuk menjadi 'suara' rakyat," tambahnya lagi. - MediaUMNO
SHAH ALAM - Surat rasmi yang dihantar Pengerusi Sekretariat Ulama Muda Malaysia (Ilmu), Fathul Bari Mat Jahaya kepada Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat bagi membincangkan isu hudud adalah sebagai tanda menghormatinya sebagai seorang daripada ulama dan ilmuwan tersohor di negara ini.
Beliau juga berharap dapat segera mengetahui jadual waktu dan kelapangan Nik Aziz, bagi membolehkannya berjumpa dan berbincang mengenai hudud dengan Menteri Besar Kelantan itu.
"Saya menghantar surat hanya mengikut prosedur yang dilakukan oleh orang biasa kepada pembesar sebagai tanda menghormati dan bukan menerjah secara semberono untuk menemui Tok Guru (Nik Aziz) tanpa mengambil kira waktu kelapangannya.
"Dengan menghantar surat seperti yang dilakukan orang biasa untuk menemui pemimpinnya, saya hanya mengikut prosedur tambahan pula prosedur ini telah digunakan pada zaman nabi dahulu di mana untuk bermuzakarah dengan pembesar-pembesar perlu menghantar surat rasmi terlebih dahulu," katanya kepada Sinar Harian, semalam.
Semalam, Nik Aziz mengeluarkan kenyataan tidak perlu menggunakan surat rasmi bagi mengajak beliau berbincang isu hudud.
Nik Aziz berkata, sewajarnya Fathul Bari bersemuka dengannya secara terus sekiranya ikhlas untuk membincangkan isu hudud secara terperinci dan bukannya membuat kecoh dalam media arus perdana.
Sebelum ini, Sinar Harian melaporkan Ilmu telah menghantar surat rasmi untuk bertemu Nik Aziz bagi tujuan membincangkan isu hudud secara serius dan profesional, bukannya bertikam lidah.
Dalam laporan itu, Fathul Bari berkata, pihaknya belum mendapat sebarang maklum balas daripada Nik Aziz.
Pada 25 dan 26 Ogos lepas, satu kempen istimewa elakkan AIDS telah diadakan oleh sebuah stesyen TV "24-Hour TV: Eroticism Saves the Earth" di Tokyo bagi menggalakkan rakyat Jepun untuk menyumbangkan derma bagi menentang AIDS.
Apa yang menarik mengenai kempen ini adalah model-model yang terlibat akan mempamerkan payudara mereka untuk 'disentuh' oleh penderma.
Setiap peserta kempen yang memberi sumbangan 1000 yen (RM40) kepada kepada program itu akan diberi peluang untuk memegang payudara model-model yang terlibat dengan kempen yang diadakan kali ke 10 dengan slogan "Hentikan AIDS," dan "Jom pakai kondom" itu.
Mengikut laporan, pada tengahri 26 Ogos, program tersebut telah menarik sehingga 4,690 penderma, dan kutipan telah meningkat hingga 4.2 milion yen (RM 0.16 juta) sekali ganda daripada kempen yang lepas.
Paling menarik adalah beberapa orang lelaki telah menderma hampir 20 kali sepanjang kempen tersebut.
Semua duit yang telah dikumpulkan akan didermakan kepada Japan Foundation for AIDS Prevention. Program TV tersebut menambah, AIDS adalah program yang difokuskan buat masa ini kerana penyakit tersebut menunjukkan peningkatan yang membimbangkan.
Tahun ini, program tersebut menampilkan 10 model untuk dipilih dan diraba!
Macam-macam program di Jepun ini. Di Malaysia juga tidak kurang hebatnya. Cuba klik SINI bagi mengikuti satu program kempen yang hebat tajaan Volkswagen.
Terbaik..dan mereka juga-juga mempunyai 'model-model' terbaru untuk ada rasainya sendiri!
Jangan lupa daftar diri anda bagi menghayati kehebatan #VWDasAuto show
Seorang lelaki dari Chongqing China telah dirakamkan aksinya yang cuba meraba beberapa orang gadis dijalanan ketika beliau sedang berjalan.
Apa yang menarik mengenai lelaki tersebut, beliau berlakon sebagai orang buta bagi mendapatkan peluang untuk meraba punggung wanita yang sedang berjalan ke arahnya.
Lihat video dibawah.
Seorang lelaki yang hanya mahu dikenali sebagai Lu, terserempak dengan lelaki berkenaan yang melakukan perkara tidak senonoh itu dan mula merakamkan aksi-aksinya.
Sepanjang 17 minit rakaman video tersebut, Lu berjaya merakamkan lelaki 'buta' itu telah meraba berdozen wanita dari punggung hinngalah ke peha mereka.
Lelaki yang didakwa Lu sebagai buta itu berjaya melepaskan diri di dalam lautan orang ramai sambil sempat menjeling mencari arah untuk berjalan.
Cukup gangster ker tidak? Kalau anda rasa tindakan Yana itu cukup gangster, jangan lupa saksikan drama terbaru lakonannya, Bini-Biniku Perkasa, mulai 3 September, di TV3.
Disebabkan terlalu menjiwai watak Manja (gadis yang berasal dari keluarga gangster) pelakon ini secara tidak sengaja telah terpijak muka salah seorang pelakon lagak ngeri ketika di set drama bersiri terbitan MIG Production ini.
Ketika ditemui, Yana memberitahu tidak banyak perbezaan di antara karakternya di dalam filem Bini-Biniku Gangster (BBG) dan di dalam drama tersebut. Cuma kalau di dalam filem, Manja memakai kostum tetapi untuk drama 13 episod ini, Manja berlawan dengan musuh tak kira dalam apa jua penampilannya. Selain, menuntut Yana lebih banyak melakukan aksi berlawan.
"Dalam filem saya pakai kostum. Tapi dalam drama, kalau katakan saya pakai skirt dan masa tu ada musuh, dengan skirt skirt tu jugalah saya lawan mereka. Tapi ada juga beberapa babak dalam filem yang telah diubah untuk menyesuaikan dengan taraf klasifikasi tontonan umum (U).
"Dalam drama tak seberat filem cuma saya 'masak' gak lah sebab ada banyak babak berlawan. Ada 26 babak. Sebelum ni, pengambaran dijalankan dalam bulan puasa, jadi bila babak berlawan tu memang satu cabaran besar.
"Sampai ada satu ketika tu, saya terpijak dan tertumbuk betul-betul kepala seorang stuntman masa buat aksi berlawan. Selepas daripada kejadian tu, saya jadi sedikit takut dan lebih berhati-hati bila nak buat babak seterusnya", kata Yana ketika di sidang media drama Bini-Biniku Perkasa di Sri Pentas, TV3, semalam.
Bagi melakukan adegan berlawan ala 'street figthing' itu, Yana dan para pelakon lain mendapat tunjuk ajar daripada seorang koreografer bernama Ruben, juga koreografer yang sama untuk filem sebelum ini.
Sementara itu, mengulas mengenai gandingannya bersama Fezrul Khan, Yana berkata Fezrul jauh berbeza dengan Sam (Shaheizy Sam yang memengang watak Hairi dalam filem Bini-Biniku Gangster). Malah memuji cara aktor menginterpretasikan wataknya.
"Fezrul okay! Ni pertama kali saya digandingkan dengan dia untuk cerita komedi. Dia ada cara tersendiri dan saya suka komedi dia", ujarnya.
JOHOR BHARU: Ahli Majlis Syura PAS Datuk Mahfodz Mohamed berpendapat tiada salahnya bagi bekas Timbalan Presiden PAS Nasharudin Mat Isa menjalinkan hubungan baik dengan Umno.
Beliau berkata keputusan untuk mengugurkan Nasharudin daripada Majlis Syura atau parti harus diteliti sepenuhnya supaya tidak menjejaskan peluang PAS pada pilihan raya nanti.
Mahfodz berkata sekiranya alasan untuk menyingkirkan Nasharudin hanya kerana beliau muncul dalam sebuah gambar bersama Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, Majlis Syura perlu membuktikan bahawa mereka tidak mementingkan perkara remeh.
Nasharudin telah menemani Najib dalam sebuah perjumpaan dengan kumpulan ulama Saudi Organisasi Kerjasama Islam di Mekah baru-baru ini.
Mahfodz kemudian berkata, perbincangan Majlis Syura PAS yang bakal berlangsung pada 9 September ini akan turut membincangan mengenai isu Nasharudin.
Beliau sekali lagi menjelaskan tiada masalah bagi mana-mana ahli parti untuk bergaul dengan anggota parti lain termasuk Umno.
Namun Mahfodz menegaskan isu utama membabitkan Nasharudin ialah kurangnya penyertaan beliau dalam aktiviti PAS sejak 2009.
"Masalah berkait Nasharudin adalah kita telah memberikan beliau (Nasharudin) masa setahun lebih untuk memberikan kerjasama, tetapi beliau mengambil keputusan untuk berdiam diri."
GEORGE TOWN: The unseen hands of some master plotters are at work again within the Penang PKR. This time the fall guy is Deputy Chief Minister (I) Mansor Othman.
Those out to drive a wedge between DAP and PKR have succeeded to an extent. Minutes of a private meeting between Mansor and several Chinese representatives were published verbatim in a blog, namely Gelagat Anwar, in its June 16, 18 and 19 postings.
Some insiders say the leak was to trap Mansor and expel him from the state PKR. The sabotage and back-stabbing is nothing new within the state PKR.
Since the 2008 general election, there have been two other such cases. Internal politicking has resulted in Mohammad Fairus Khairudin been booted out as Penang deputy chief minister (I) and Penanti assemblyman in April 2009. Then Bayan Baru MP Mohd Zahrain Hashim was removed as state PKR chief in November 2009.
In the latest episode, the leak revealed that Mansor had described Chief Minister and DAP secretary-general Lim Guan Eng as "cocky and arrogant". He had also said that Lim was revered like "tokong" (deity) by Chinese voters in Penang.
Mansor's depiction of Lim as "cocky and arrogant" is not a surprise as there is no love lost between the two parties.
Local PKR leaders have always felt marginalised under the DAP-helmed Pakatan Rakyat state government.
Although Mansor denied saying "cocky and arrogant" in last Friday's press conference, the damage was already done.
It's learnt that Mansor's colleagues in the state executive council have persuaded him to "eat humble pie" by reading out a prepared text before an army of pressmen.
But if only Mansor had sought a second opinion from other PKR grassroots leaders, he could have avoided the embarrassing situation.
Some party loyalists suggested that Mansor should have instead instructed those who attended the meeting to clear the air at a press conference.
"It would have put the conspirators in an embarrassing situation instead," said insiders.
Conspiracy to oust Mansor
Mansor aside, the blog disclosed that PKR's state deputy chief and Batu Kawan division chief Law Choo Kiang, Bukit Bendera division deputy chief and island municipal (MPPP) councillor Felix Ooi Keat Hin, and Bayan Baru division appointed vice-chairman and MPPP councillor Tan Seng Keat attended the meeting
Others at the meeting were PKR's 2004 general election candidate for Bayan Baru parliamentary and Batu Uban state seats Raymond Ong Ting Cheow; Tanjung Youth chief Ng Chek Siang; Batu Uban branch chief Cheah Peng Guan and Mansor's assistant John Ooi.
They are representatives of an internal all-Chinese group called "Pasukan Keadilan".
Party grassroots are now pointing accusing fingers at "Pasukan Keadilan" for the leak.
They suggested that one or more of them must have audio-recorded and leaked the conversation to the blogger.
Insiders say it is a conspiracy to oust Mansor and fulfil the political interests of the plotters. Firstly, it puts Mansor at loggerheads with Lim. It will be almost impossible now for Mansor to work with Lim given the fact that the DAP leader is known to bear grudges.
Mansor's comments against party's assemblymen Tan Hock Leong (Machang Bubok) and Maktar Shapee (Sungai Bakap), and state information chief Johari Kassim have also put him in a tight spot.
Should Mansor leave the party, it will pave the way for an ambitious PKR politician, who has close ties with Lim, to occupy the deputy chief minister's post. The politician is said to be the man behind "Pasukan Keadilan".
These were the same people who ended Zahrain's political career in 2009.
Grassroots PKR members are puzzled as to why there was a need to form an all-Chinese "Pasukan Keadilan" in a multi-racial PKR.
PKR's Balik Pulau MP Yusmadi Yusoff has described the leak as worse than gutter politics where diplomacy and gentleman politics have taken the backseat.
SHAH ALAM : Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali berkata pengundi Cina patut menyokong parti itu kerana ia hanya akan melaksanakan hukum hudud jika berjaya mendapatkan sokongan Parlimen untuk meminda Perlembagaan.
Dalam wawancara dengan akhbar harian Cina, Sin Chew Daily, Mustafa cuba meleraikan kebimbangan pengundi Cina yang was-was terhadap PAS kerana ketegasan parti itu melaksanakan hukum hudud, walaupun ditentang oleh DAP.
Beliau berkata undi untuk PAS bukan bererti pengundi menyokong pelaksanaan hukum hudud untuk semua kaum jika Pakatan Rakyat menawan Putrajaya pada pilihanraya umum akan datang.
"DAP amat menentang hudud dan saya percaya, undi Cina untuk calon PAS tidak bermakna mereka menyokong hudud," kata beliau.
Mustafa berkata orang Islam diwajibkan menyokong pelaksanaan hudud namun undang-undang itu hanya boleh dilaksanakan jika PAS mendapat sokongan yang diperlukan untuk meminta Perlembagaan.
"Parlimen harus meluluskan pindaan kepada perlembagaan…sama ada ini akan berlaku atau tidak adalah soal lain," kata beliau.
Kenyataan Mustafa itu menyanggah pendirian rasmi Pakatan Rakyat, bahawa hudud bukan menjadi agenda perjuangan pakatan pembangkang itu kerana ia tidak mempunyai persetujuan DAP.
Bagaimanapun pemimpin-pemimpin PAS seperti Murshidul Amnya Datuk Nik Aziz Nik Mat menegaskan hukum hudud itu harus dilaksanakan secepat mungkin dan tidak boleh menunggu sehingga semua pihak memberikan persetujuan.
"Sekalipun Pakatan Rakyat mengambil alih Putrajaya, kami tidak akan laksanakan hudud serta merta kerana ada butiran yang harus gubal serta pandangan orang ramai harus diambil kira," katanya dalam usaha meredakan kesangsian pengundi Cina terhadap parti itu.
PETALING JAYA: Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin menafikan bahawa beliau diberi amaran oleh Kabinet berikutan penentangan beliau terhadap seksyen 114A Akta keterangan 1950.
"Selesai meeting dengan (Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri) Nazri & AG (Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail). Soal "reprimand" tidak timbul. Laporan Mkini tidak betul. Meeting ttg pro & contra #114A," kata Khairy melalui akaun Twitter.
Portal berita Malaysiakini pada pagi ini melaporkan bahawa Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah; Timbalan Menteri Belia dan Sukan Gan Ping Sieu dan Khairy Jamaluddin diberi amaran berikutan pendirian mereka yang bertentangan dalam isu seksyen 114A Akta Keterangan.
Mengulas lebih lanjut mengenai pertemuan tersebut, beliau berkata: "Nazri maklum pada saya, Kabinet putus tidak akan pinda #114A Akta Keterangan. Saya beri beberapa hujah kenapa perlu dipinda semula.
"Satu jam setengah berhujah & mendengar respons dari AG & Solicitor General yg turut hadir ttg 114A," kata Ahli Parlimen Rembau itu lagi menerusi Twitter.
Beliau turut menyatakan bahawa kerajaan tidak akan meminda seksyen 114A.
Percubaan FMT untuk mendapatkan ulasan lanjut daripada beliau gagal meskipun panggilan dibuat beberapa kali.
Seksyen 114A ditentang oleh pertubuhan bukan kerajaan dan pengguna Internet kerana ia meletakkan beban pembuktian ke atas pihak tertuduh dan tidak berlandaskan prinsip tidak bersalah sehingga dibuktikan sebaliknya.
Penentangan ini terserlah apabila kumpulan NGO Pusat Kewartawanan Bebas (CIJ) menganjurkan kempen Hentikan 114A pada 14 Ogos.
Brace yourselves for an iconic unveiling of the best of German engineering and automotive innovations with Volkswagen. Das Auto. Show 2012!
Register now for your tickets to a show like no other at the Kuala Lumpur Convention Centre, 8th and 9th September from 10am till late. Admission is free, and you'll be in for a cinematic experience, car model catwalk and photo activities, to name a few.
You wanted it, and now it's back. Tickets are required, so save yourself a seat now!
Mark your calendars for 8 & 9 September – that's when the #VWDasAuto show will be happening! Register for your ticket now
You are subscribed to email updates from Pilihan Anda To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
Dalam kes Nasharuddin Mat Isa [Nasha], kalau mengikut kepada rentak pemikiran Pimpinan PAS Pusat (kebanyakannya dianggotai oleh kumpulan Anwarinas) – bekas Timbalan Presiden PAS itu akan dicampakkan ke dalam bakul sampah politik.
Tak ada peluang kedua..... Tak ada belas kasihan..! Anwar sudahpun membentuk kesepakatan pandangan bahawa Nasha sudahpun beralih arah dan hanya layak menjadi sampah politik di dalam PAS.
Sebab itulah, di kalangan pimpinan PAS Pusat, ramai yang berlumba-lumba memberikan komen kononnya Nasha sudah tidak ada peluang dalam PAS. Nasha tidak akan diberikan ruang bertanding di dalam PRU13; dan nyawa politiknya akan dicabut oleh malaikat maut politik yang ada dalam pimpinan PAS Pusat.
Siapa Nasha sebelum ini mereka tak mahu peduli..... Pada mereka, Nasha sudah khianat kepada perjuangan.
Anwar yang mempunyai genggaman kepada pimpinan PAS Pusat tidak mahu Nasha berada dalam parti. Inilah hebatnya Ketua Umum. Semua dia boleh tentukan. Line-up PKR pun kuasa Anwar. Line-up PAS pun kuasa Anwar....!
Sayangnya, Anwar gagal membeli pengaruh di dalam Majlis Syura Pas. Inilah kelemahan beliau yang akan segera diperbaiki. Majlis Syura juga perlu dijadikan proksi Anwar dalam masa yang terdekat ini.
AHLI JAWATANKUASA DEWAN ULAMA PAS PUSATSESI 2011-2013
Ketua : YB. Dato' Tuan Guru Haji Harun bin Taib
Timbalan Ketua : YB. Dato' Ustaz Haji Ahmad bin Yakob
Naib Ketua : Dato' Dr. Ustaz Haji Mahfodz bin Mohamad
Setiausaha : Ustaz Dr. Haji Mohd Khairuddin bin Aman Razali at-Takiri
Penolong Setiausaha 1 : Ustaz Dr. Haji Badruzzaman bin Yusof
Penolong Setiausaha 2 : Ustaz Haji Nazmi bin Nik Din
Penolong Setiausaha 3 : Ustaz Haji Nor Najhan bin Mohd Salleh
Bendahari : Dato' Ustaz Haji Husain bin Awang
Ketua Penerangan : Ustaz Haji Nik Muhammad Zawawi bin Hj. Salleh
Pengarah Pilihanraya : Ustaz Haji Muhammad Zain bin Abdul Rahman
Ahli Jawatankuasa Kerja
: Dato' Ustaz Haji Mohamed bin Daud al-lraqi
: Dato' Dr. Ustaz Haji Johari bin Mat
: Ustaz Dr. Haji Shahbudin bin Ngah
: Ustaz Dr. Haji Azhari bin Yaakob
: Ustaz Dr. Haji Ishak bin Sulaiman
: Ustaz Haji Abdullah bin Abdul Razak
: Ustaz Haji Abu Bakar bin Abdullah
: Ustaz Abdullah bin Husain
: Ustaz Haji Khirul Muntanazar bin Ismail
: Ustaz Haji Wan Abdul Halim bin Wan Chik
: Ustaz Haji Mokhtar bin Senik
: Ustaz Mohd Lutfi bin Arifin
: Ustaz Haji Mohd Zainul Asri bin Ramli
: Ustaz Haji Mohd. Khairi bin Zainuddin
: Ustaz Haji Mustafa bin Dolah
: Ustaz Ahmad Adnan bin Fadzil
: Ustaz Haji Mohd Ismi bin Taib
: Ustaz Khairul Azmi bin Ismail
Setakat ini, hanya Majlis Syura sahaja yang mampu memberikan nyawa politik kepada Nasha. Kalau menurut kepada undi pimpinan PAS Pusat – Nasha dah knocked out.... Tak ada peluang bernafas...!!
Nampaknya, Anwar akan cuba melakukan permainan politik dengan Majlis Syura. Anwar tidak bersetuju dengan sistem politik PAS yang memberikan muka kepada kumpulan ulama' lama yang tidak mempunyai pemikiran politik yang lebih ganas.
Siapa boleh menafikan bahawa Nasha tewas Permilihan Muktamar PAS sebelum ini kerana bertebarannya 'duit Anwar' di dalam kawasan muktamar tersenut...? Sekurang-kurangnya, 700 undi perwakilan bertukar tangan kerana wujudnya dana khas yang datang daripada PKR. Tak ada siapa yang boleh menafikan....!!
Sayangnya, Anwar gagal 'membeli' Majlis Syura Pas yang kekal sebagai – institusi check and balance di dalam parti tersebut. Kalau tidak, Presiden sebenar PAS adalah Anwar Ibrahim.
Ustaz Nasharuddin tewas kepada pemimpin sederhana Mohamad Sabu dalam pertandingan tiga penjuru Timbalan Presiden PAS pada 2011.
Mat Sabu menang dengan majoriti 21 undi (420) diikutiTuan Ibrahim Tuan Man (399) dan Nasharuddin (224).
Naib Presiden PAS turut dimenangi tokoh bukan ulama iaitu Salahuddin Ayub (753), Datuk Husam Musa (660) dan Datuk Mahfuz Omar (616).
Saksi mendakwa pihak polis menembak lelaki yang tidak bersenjata daripada jarak dekat dalam kejadian tembak menembak dekat Ampang pada 21 Ogos lalu.
Y Ilavarasen, 24, mendakwa D Dinesh, 26, yang meninggal dunia dua hari selepas kejadian di awal pagi itu tidak membawa sebarang senjata ketika keluar daripada kereta Proton Perdana putih yang ditahan dekat lampu trafik di Ampang Waterfront.
"Saya berada dalam kereta tidak jauh daripadanya dan boleh nampak daripada belakang," kata Ilavarasen dalam sidang media di ibu pejabat PKR di Petaling Jaya hari ini.
"(Polis) tembak daripada jarak dekat, atas dan bawah. Semua orang panik. Keadaan jadi kelam kabut dan tiada amaran, mereka juga tidak kenalkan diri sebagai polis. Mereka hanya menembak ke arah orang dan kereta."
Bagaimanapun, versi polis menggambarkan keadaan berbeza apabila Timbalan Ketua Polis Daerah Ampang Jaya Superintendan Md Nazri Zawawi dilapor sebagai berkata, kenderaan terbabit mengundur dan melanggar kereta peronda selepas dihampiri anggotanya.
"Selepas itu, empat lelaki daripada kenderaan suspek bersenjatakan parang keluar dan memecahkan cermin kereta peronda polis," beliau dipetik sebagai berkata oleh Kosmo! dalam sidang media di Ampang Jaya.
Sambutan kemerdekaan pun sudah dijadikan bahan demonstrasi jalanan. Inilah bahana yang terhasil dari politik yang tidak kenal batas dan sempadan.
Sambutan hari kemerdekaan ini belum pernah gagal dilakukan oleh kerajaan sejak 55 tahun lalu. Hari ini kerajaan dituduh pula mempolitikkan hari kemerdekaan. Walhal, tiada mana-mana negara merdeka di dunia yang tidak meraikan sambutan hari kemerdekaan. Ia memang menjadi tanggungjawab hakiki setiap pemerintah di negara-negara yang bebas dan merdeka.
Semua rakyat di negara merdeka tidak pernah sama sekali menjadikan sambutan hari kemerdekaan negara sebagai platform untuk berpolitik. Semua rakyat bersatu dan melupakan soal parti dan soal politik bila sampai kepada isu kemerdekaan negara.
Tiada mana-mana agama yang menganjurkan penganutnya supaya berlebih-lebihan dalam setiap perkara. Sebaik-baik amalan ialah bersederhana. Tapi, pembangkang di Malaysia boleh dianggap sudah keterlaluan. Segala-galanya sudah dipandang dari sudut kepentingan politik. Makan politik, tidor politik, bersukan politik, beraya politik, puasa politik, maulidur rasul politik, air politik, letrik politik....semua sudah dijadikan politik.
Politik Malaysua sedang dinaikkan taraf sehingga setaraf dengan kesyumulan agama Islam. Mencakupi segala dan segenap ruang hidup. Itulah politik pembangkang. Sangat wajar kita katakan politik pembangkang di Malaysia adalah "politik GILA". Pemikiran rakyat dipaksa untuk memandang setiap perkara dengan pandangan dan tindakan secara politik.
Sambutan kemerdekaan yang cuba membawa seluruh rakyat berbangga dengan negara sendiri dan mengingati segala kepayahan dalam usaha mencapai kemerdekaan akhirnya diperlekehkan dan dijadikan bahan ejekan oleh pembangkang.
Pembangkang ingat semua rakyat Malaysia gila macam mereka? Pembangkang ingat seluruh rakyat Malaysia suka sangat dengan mereka? Pembangkang ingat seluruh rakyat terlalu benci dengan kerajaan sebagaimana kebencian yang berkarat yang ada dihati mereka?
Pembangkang ingat apa saja yang mereka lakukan direstui oleh majoriti rakyat? Pembangkang ingat segala perbuatan dan gerakan propaganda mereka diredhai tuhan? Atau pembangkang ingat tuhan tidak berfungsi lagi dalam menentukan masa depan agama, bangsa dan negara ini?
Pembangkang ingat negara ini "negara mak ayah eh sorang yang punyo"? Dia ingat rakyat yang menyokong mereka terlalu ramai, macam ulat taik?
Penyokong BERSIH masih belum membanjiri Dataran Merdeka. Dianggarkan sekitar 100-200 orang kumpulan berbaju kuning memasuki Dataran Merdeka. Keadaan hiruk pikuk akibat bunyi trompet yang ditiup. Mungkin untuk mengamitkan suasana yang agak hambar. Kebanyakan keluarga sudahpun beredar ke KLCC apabila diberitahu sambutan "countdown" merdeka akan diadakan di sana.
CTS berlintas langsung dari Dataran Merdeka sejak petang tadi. Khabarnya, penyokong-penyokong BERSIH akan berhimpun sekali lagi atas nama Janji Demokrasi. Tidak dapat dipastikan apa yang akan berlaku malam ini.
Kebanyakan yang datang setakat ini bukan majoritinya penyokong Bersih. Hanya Rakyat Malaysia yang cintakan keamanan membawa keluarga bersiar-siar menikmati panorama malam merdeka di Kuala Lumpur.
Mari kita lihat apakah benar Himpunan Janji Bersih yang mereka janjikan itu benar-benar Bersih atau hanya retorik semata-mata, berikut adalah update terkini gambar himpunan janji bersih di dataran merdeka.
Hajar Aswad adalah batu hitam yang terletak di sudut sebelah Tenggara Kaabah, iaitu sudut dari mana Tawaf dimulai merupakan jenis batu 'Ruby' yang diturunkan Allah dari syurga melalui malaikat Jibril. Terdiri dari lapan keping yang terkumpul dan diikat dengan lingkaran perak.
Batu hitam itu sudah licin kerana terus menerus di kecup, dicium dan diusap-usap oleh jutaan malah billion manusia sejak Nabi Ibrahim a.s, iaitu jamaah yang datang ke Baitullah, baik untuk haji mahu pun untuk tujuan Umrah.
Asal Usul Ketika Nabi Ibrahim a.s bersama anaknya membina Ka'bah banyak kekurangan yang dialaminya. Pada mulanya Ka'bah itu tidak ada bumbung dan pintu masuk.
Nabi Ibrahim a.s bersama Nabi Ismail mahu membinanya dengan meninggikan bangunannya dan mengangkut batu dari berbagai gunung. setelah bangunan Kaabah itu hampir selesai, ternyata Nabi Ibrahim masih merasa kekurangan seketul batu lagi untuk diletakkan di Kaabah.
Nabi Ibrahim berkata pada Nabi Ismail, "Pergilah engkau mencari seketul batu yang akan aku letakkan sebagai penanda bagi manusia."
Kemudian Nabi Ismail a.s pun pergi dari satu bukit ke satu bukit untuk mencari batu yang baik dan sesuai. Ketika Nabi Ismail a.s sedang mencari batu di sebuah bukit, tiba-tiba datang malaikat Jibril a.s memberikan sebuah batu yang cantik.
Nabi Ismail dengan segera membawa batu itu kepada Nabi Ibrahim a.s. Nabi Ibrahim a.s. merasa gembira melihat batu yang sungguh cantik itu, beliau menciumnya beberapa kali. Kemudian Nabi Ibrahim a.s bertanya,
"Dari mana kamu dapat batu ini?"
Nabi Ismail berkata, "Batu ini kuterima dari yang tidak memberatkan cucuku dan cucumu (Jibril)."
Nabi Ibrahim mencium lagi batu itu dan diikuti oleh Nabi Ismail a.s. Sehingga sekarang itu dicium oleh orang-orang yang pergi ke Baitullah. Siapa saja yang bertawaf di Kaabah disunnahkan mencium .
Rahsia Besar Yang Tidak Pernah Kita Bayangkan Sebelumnya 1. Satu riwayat Sahih dinyatakan: " dan Makam Ibrahim berasal dari batu-batu ruby syurga yang kalaulah tidak kerana sentuhan dosa-dosa manusia akan dapat menyinari antara timur dan barat. Setiap orang sakit yang memegangnya akan sembuh dari sakitnya"
Duhulunya batu itu putih bersih, tetapi akibat dicium oleh setiap orang yang datang menziarahi Ka'bah, ia menjadi hitam seperti terdapat sekarang. Wallahu a'alam.
2. "'Barangsiapa menunaikan ibadah haji, dan ia tak berbuat rafats dan fasik, maka ia kembali (suci dan bersih) seperti anak manusia yang baru lahir dari perut ibunya." (Muttafaqun alaihi).
3. Mencium hajar aswad pada masa menunaikan Haji Di Baitullah tidak dapat diwakilkan, Ia menjadi penyedut dosa tanpa kita sedari, alangkah beruntungnya orangyang boleh menyentuh, mengusap dan memegangnya.
Hadis Siti Aisyah RA mengatakan bahawa Rasul SAW bersabda
"Nikmatilah (peganglah) ini sebelum diangkat (dari bumi). Ia berasal dari syurga dan setiap sesuatu yang keluar dari syurga akan kembali ke syurga sebelum kiamat".
Akhir kata, Kita semua tahu jika hanyalah batu yang tidak memberikan mudarat atau manfaat, begitu juga dengan Kaabah, ia hanyalah bangunan yang terbuat dari batu.
Akan tetapi apa yang kita lakukan dalam proses ibadah haji tersebut lebih baik kita niatkan sekadar mengikuti ajaran dan sunnah Nabi SAW.
Umar bin Khatab pun juga pernah mengatakan "Aku tahu bahawa kau hanyalah batu, kalaulah bukan kerana aku melihat kekasihku Nabi SAW menciummu dan menyentuhmu, maka aku tidak akan menyentuhmu atau menciummu"
Jadi apa yang dikerjakan berjuta juta umat islam bukanlah menyembah Batu seperti yang banyak dituduhkan kaum yang kerdil sekali akalnya.
Kerana ada rahsia besar dibalik setiap perilaku Nabi Muhammad saw dan sebab tentu saja apa yang dilakukan oleh beliau pastilah berasal dari Allah, sebagaimana yang terdapat dalam firmanNya :
"Dan tiadalah yang diucapkannya itu menurut kemahuan hawa nafsunya. Ucapannya itu tiada lain hanyalah wahyu yang diwahyukan"
Nak gelak ke nak sedih? Nak gelak sebab tengok si Abby yang baru pakai tudung, ilmu agama setahun jagung berani menegur seorang 'Ummarak' Islam yang terkenal dan seorang yang pernah menjadi mufti untuk satu negeri, lawak lawak.. Sedihnya pulak, sebab si Abby ni tak sedar diri, dia ingat dah masuk Pas tu kira hebat laa.. aduhh.. sumber twitter Mc ambil dari blog CTS
Walaupun Dr Asri ni ada sifat dan perangainya yang orang tak suka, tapi ilmuannya memang tidak dapat dinafikan. Mc pun tak berani nak pertikaikan apa yang beliau ada. Dalam post sebelum ini pun, Mc hanya mempertikaikan peribadinya yang agak sombong dan angkuh. Dalam bab agama, memang beliau hebat.. tak dapat dinafikan.
Mari kita tengok apa yang terjadi diantara Dr Asri dan Abby..
Dr Asri memulakan twit mengenai hudud,
Mungkin beliau merasakan dirinya cukup hebat, adalah menjadi tanggungjawab beliau untuk menasihatkan Bekas Mufti ini,
Baca pula balasan Dr Mohd Asri,
Dan sambungan kenyataan beliau di bawah,
Marilah sama-sama kita nasihatkan Ostazah Segera Abbi Abadi agar mendalami ilmu Agama dan pertingkatkan ilmu pengetahuan beliau. Semakin hari kenyataan-kenyataan beliau di laman sosial Twitter nampak seperti memperbodohkan dirinya sendiri. Merendah diri dan bertawaduklah. Jangan sombong semata-mata kerana anda boleh berceramah di depan Tok-Tok Janggut PAS.
Bak kata orang, kalau bodoh tu jangan ditunjuk sangat, nanti bertambah bodohnya orang lihat!!
McTheory: Tu laa.. masuk Pas terus jadi bodoh.. hehe..
Ni gambar-gambar yang diambil ketika rumah terbuka 1Malaysia.. Memang ramai gila yang datang. Berduyun-duyun rakyat Kedah datang beraya bersama PM dan pimpinan UMNO negeri.. Memang terbaiklah sambutan tahun ni..
Komen: Tengok link ni.Time diaorang tulis surat boleh pulak.. Time kita tulis surat tak boleh.. Diaorang buat apa semua boleh.. Kita buat semua tak boleh.. Apa da.. cakap tak serupa bikin...
Lepas tu, boleh pulak dia kata belum baca surat tu lagi. Ada ka patut. Kerja senang macam ni pun tak boleh buat ke..? Camna nak memerintah negara..? Aku dulu masa sekolah rendah pernah hantar kad raya kat Tun M. Aku tulis kat sampul surat tu "Perdana Menteri Malaysia" je... Aku tak tulis alamat pun sebab tak tau alamat. Ala.. time budak kecik, mana la kita tau.. Bukan kata tak sampai. Aku siap dapat balasan lagi.. Takkan nak bagi alasan alamat kot. Kan dah terang tulis nama TG Nik Aziz tu. Come on la.. dah memerintah berapa lama kat Kelantan, takkan bab surat pun fail. Lepas tu menipu pulak. Dia kata ":..siapa Fathul Bari.." Kalau tak kenal, sah la tak boleh jadi ketua lagi. Yang anak buah dia semua dok berforum dengan UFB tu apa..?? TG Nik Aziz tak dapat report ke..?
Kata perjuang agama. Ni orang dok ajak muzakarah pasal agama la ni. Bagi alasan banyak² apa pasai...
Klik gambar untuk paparan lebih jelas
Klik gambar untuk paparan lebih jelas sumber Abu Aqif
Bukan Nik Aziz tak kenai, tapi itulah cara seseorang yang bongkak dan sombong menafikan kelebihan orang lain. Orang bagi madu, dibalasnya tahi, orang bagi bunga dibalasnya duri. Katanya alim ulamak, tapi kelakuan dan perangai tak sama seperti yang disebutkan. Orang ajak muzakarah, taknak, apa yang dia nak berceramah sorang-sorang atas pentas sambil kutuk orang lain. aduhh.. inilah Pas.. perjuangan Islam ikut apa yang dia suka!!
Mengejutkan kerana pelajar sekolah agama boleh membelasah seorang dewasa sehingga mati? Hukum apa yang mereka guna pakai hingga boleh mengambil tindakan undang-undang sendiri? Penceroboh terbabit hanya mencuri, tidak bolehkah mereka tangkap dan serahkan pada polis? Jika keadaan seperti ini berlaku dipihak polis. Akan ada peguam atau wakil dari Dap atau Pakatan Haram yang datang membela nasib si mati. Bagaimana pula dengan kes ini?
Siapa pula nak bela si pencuri yang mati dipukul oleh pelajar tahfiz disekolah agama yang sememangnya Pro Pas ni?
ALOR SETAR- Seorang lelaki berusia 35 tahun yang memecah masuk asrama sebuah sekolah agama swasta di Jalan Sultanah di sini hari ini, mati setelah dibelasah sekumpulan pelajar lelaki sekolah itu.
Dalam kejadian kira-kira pukul 6 pagi itu, suspek, seorang penagih dadah, dikatakan memecah masuk asrama itu dan mencuri telefon bimbit dan sebuah beg, tetapi disedari oleh sekumpulan pelajar yang kemudiannya bergelut dengan lelaki itu untuk menangkapnya.
Ketua Polis Daerah Kota Setar ACP Adzaman Mohd Jan berkata pergelutan antara kumpulan pelajar berusia awal 20-an dengan suspek, menyebabkannya mengalami kecederaan dalaman dan patah tulang rusuk kiri.
Beliau berkata suspek yang dikejarkan ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di sini untuk mendapatkan rawatan disahkan meninggal dunia kira-kira 2 petang.
"Satu laporan polis mengenai kejadian tersebut dibuat oleh pelajar terbabit dan masih menunggu laporan hasil bedah siasat terhadap suspek," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Adzaman berkata berdasarkan rekod, suspek mempunyai empat kes jenayah lampau iaitu pada tahun 2006 termasuk satu kes curi dalam kediaman.
Katanya setakat ini polis belum menahan mana-mana pelajar untuk memberi keterangan sehingga keputusan hasil bedah siasat ke atas suspek diperoleh. -Bernama
McTheory: Takkan Majlis Peguam nak tengok saja kot?
Video dan lagu ni memang terbaik.. memang kena tepat pada batang hidung. Bab berjanji memang pandai.. tapi tiba masa nak tunai.. mimpi indah jadi mimpi sedih!!
JEDDAH - Arab Saudi - Artis terkenal, Paris Hilton telah menukar agama kepada islam menurut jurucakap beliau, Ian Brinkham melalui media CBS. Dengan menukar agama kepada islam, beliau telah mengambil keputusan untuk meninggalkan cara hidup lama sebagai selebriti dan artis terkenal.
gambar lama
Katanya "saya telah menemui kedamaian dalam hidup saya selepas menganut islam. Sebelum ini, saya lebih dikenali sebagai seorang yang tidak bermoral, rendah akhlak dan sanggup melakukan kerja-kerja kotor, tetapi sekarang semua itu sudah berubah. Pujian hanya kepada Allah".
Paris Hilton telah menukar namanya kepada 'Tahirah' yang bermaksud suci dalam bahasa arab. Beliau akan mula memasuki sekolah agama islam pada julai ini. Tindakan mengejut Paris Hilton ini pastinya akan menjadi igauan buruk bagi selebriti-selebriti terkenal yang lain.
Berita ini benar-benar mengejutkan!!
gambar terbaru..
Kalau yang nakal dan buas macam ni pun boleh insaf.. memang mengejutkan.. namun tak tahulah berita ni sahih atau tidak.. kalau sahih Alhamdullilah..
You are subscribed to email updates from Kedah Ke KL To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
ESOK kita akan merayakan sambutan hari kemerdekaan kali ke 55. Bermula dengan perarakan di Dataran Merdeka seawal jam 7 pagi petangnya membawa ke malam sambutan diteruskan di Stadium Nasional Bukit Jalil.
Biarpun pelbagai pandangan dan kecaman yang diterima oleh kerajaan kerana slogan JANJI DITEPATI kita angkat topi pada kerajaan kerana tidak tunduk kepada desakan yang dibuat oleh Pakatan. Persetankan sahaja dengan apa yang mereka lontarkan. Anak jantan!!
Berbalik kepada sambutan kemerdekaan kali ini, di Ulu Kelang Selangor Pakatan sudah pun menaikkan papan tanda untuk menyambut hari kemerdekaan dengan slogan mereka sendiri. Jebat sedikit pun tidak pernah kagum dengan papan tanda tersebut kerana kita sudah muak dengan kebolehan kerajaan Pakatan yang sekadar heboh dengan papan tanda dan janji.
Bertahun memerintah di Ulu Kelang, tiada sebarang pembaharuan atau kemajuan yang Pakatan terjemahkan. Kalau ada pun sekadar menaikkan papan tanda ' ZON BERSIH' yang tak berapa nak bersih. Papan tanda lagi? Itulah kemampuan yang Pakatan ada MEMBANGUN BERSAMA PAPAN TANDA.
31 Ogos bermula jam 8 malam hingga lewat tengah malam jom ramai-ramai kita membanjiri Stadium Nasional Bukit Jalil untuk acara yang penuh gilang gemilang. Selain untuk mencatat rekod dunia dengan himpunan pengamal twitter teramai kita akan berpeluang untuk memenangi pelbagai hadiah cabutan bertuah. Hadiahnya seperti di dalam gambar ini.
Kalau sesiapa nak dapatkan hadiah ini jom ramai-ramai ke stadium, kalau rasa-rasa nakkan papan tanda, pergi sambut merdeka dengan kerajaan PAPAN TANDA.
Budak-budak Pakatan yang tak berapa nak malu, jomlah sertai kami di Stadium Nasional Bukit Jalil..Kita cukup gentleman tak ada nak sisihkan sesiapa...Moh kita!!!