Jumaat, 13 April 2012

Dewan Pemuda PAS Negeri Sabah

Dewan Pemuda PAS Negeri Sabah


Bangkit 2.0 diadakan pada 28 April

Posted: 13 Apr 2012 04:41 AM PDT

KOTA KINABALU, 12 April: Bela Tanah Rakyat Sabah (Tabah) akan mengadakan Himpunan Rakyat Sabah Mempertahankan Tanah Adat atau Bangkit 2.0 pada 28 April ini, di Padang Merdeka. Kota Kinabalu.

Pengerusi Tabah, Hisammuddin Sulaiman berkata, perhimpunan tersebut bakal bergabung serentak dengan perhimpunan Bersih 3.0 yang diadakan pada tarikh serta lokasi yang sama.

 

"Tabah akan terus mengadakan perhimpunan aman ini tanpa melibatkan sebarang perarakan seperti mana yang diuar-uarkan akan dilaksanakan oleh Bersih. Tujuan kita hanyalah bagi menyuarakan perasaan rakyat dan orang kampung yang mengalami masalah tanah.

"Tabah juga akan memastikan setiap peserta mematuhi segala peraturan yang telah ditetapkan dan tidak mahu sebarang anasir liar dan jahat dimulakan oleh peserta. Kita mahu buktikan kepada seluruh dunia bahawa peserta perhimpunan aman ini semuanya baik dan mengikut peraturan," katanya.

Menurutnya, Tabah akan menghantar surat pemberitahuan kepada pihak Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) dan Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Kinabalu bagi memaklumkan perhimpunan berkenaan dan memohon kawalan keselamatan bagi sebarang kemungkinan provokasi oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.

"Tabah hanya akan mengadakan perhimpunan sahaja. Sebarang perarakan perlu bertanyakan kepada parti politik sama ada mereka mahu buat atau tidak," ujar beliau dalam sidang media pelancaran Bangkit 2.0 di sini kelmarin.

Sementara itu, Setiausaha Tabah yang juga Ketua Pemuda PAS Sabah Lahirul Latigu memaklumkan bahawa persetujuan awal yang diperolehi semasa pertemuan bersama Ketua Polis Kota Kinabalu, ACP Ahmad Sofi Zakaria pada Mac lalu juga turut mengakui hanya dua lokasi yang dibenarkan untuk perhimpunan iaitu sama ada di Stadium Likas atau Padang Merdeka.

"Polis sudah memberikan persetujuan, hanya dua lokasi di sekitar Kota Kinabalu ini sesuai untuk berhimpun sama ada di Stadium Likas atau Padang Merdeka.

"Cumanya, kita diminta untuk memaklumkan kepada pihak pengurusan berkenaan bagi penggunaan tempat," jelas Lahirul.

Tambahnya, memorandum turut akan diserahkan semasa perhimpunan tersebut dengan diwakili oleh pimpinan Pakatan Rakyat.

"Oleh sebab Ketua Menteri terlalu ego untuk berjumpa dengan rakyat semasa 123 Bangkit yang lalu, maka pada hari tersebut kita akan menyerahkan memorandum serupa kepada pimpinan Pakatan Rakyat bagi menyelesaikan isu yang berbangkit.

"Kita mahu, hak rakyat Sabah ini dikembalikan kepada mereka, katanya.

Dewan Pemuda Pas Kawasan Pasir Gudang

Dewan Pemuda Pas Kawasan Pasir Gudang


HIMPUNAN TANAH AKAN DI LANCAR DI PARLIMEN

Posted: 12 Apr 2012 07:27 PM PDT

SIMPANG RENGGAM – Gabungan Selamatkan Tanah Rakyat Johor (TANAH) akan mengumumkan satu perhimpunan besar-besaran dalam satu majlis yang dipanggil pelancaran Himpunan Tanah Rakyat Johor di lobi Parlimen Malaysia yang dijadualkan akan diadakan pada 16 April depan.
Menurut Pengarah Sekretariatnya, Suhaizan Kaiat, selain kehadiran sejumlah 40 orang daripada rombongan TANAH, beberapa pimpinan Pakatan Rakyat (PR) akan turut berada di majlis pelancaran itu bagi mengumumkan satu perhimpunan TANAH yang akan diadakan pada 5 Mei depan di pusat beli belah terkenal Plaza Angsana Johor Bahru.
"Rombongan sekitar 40 orang yang kebanyakannya penduduk Pengerang akan berada di Parlimen Malaysia awal minggu depan," ujarnya ketika ditemui selepas mempengerusikan mesyuarat Khas Sekretariat TANAH di pejabat Dewan Pemuda PAS Negeri Johor, Taman Renggam Jaya, dekat sini, semalam.
Sementara itu, beliau berkata, kain lilitan berukuran 3 inci dengan berlogokan TANAH akan diikat sebagai gimik pelancaran majlis tersebut disamping memperkenalkan badge TANAH kepada umum.
Malah, pihaknya mendakwa TANAH turut menerima sokongan daripada 18 badan bukan kerajaan (NGO) dan tokoh-tokoh berpengaruh serta kalangan rakan Pakatan pembangkang lain yang bersimpati dengan masalah tanah di Johor.
Suhaizan yang juga Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Johor (DPPNJ) berkata, jelajah penerangan berkenaan TANAH akan digerakkan ke seluruh negara sebagai satu usaha menarik perhatian umum untuk turut serta dalam perhimpunan itu nanti.
"Kita sasarkan bermula dari 21 April ini sesi majlis penerangan akan digerakkan ke setiap kawasan (daerah) di bawah (anjuran) pemuda (DPPNJ) dengan melibatkan individu-individu yang berkaitan seperti YB Salahuddin dan Mazlan Aliman yang bertindak sebagai Pengerusi Gabungan TANAH.
"Selain itu, kami akan bergerak ke seluruh negara dengan menyasarkan negeri-negeri seperti Pahang, Melaka dan Negeri Sembilan bagi menyampaikan penerangan mengenai TANAH.
"Malah kita akan aturkan satu program konvoi anak muda yang akan berjelajah bermula di Muar hinggalah ke Johor Bahru dengan aktiviti seperti edaran risalah dan sebagainya," katanya lagi.

Pakatan Rakyat

Pakatan Rakyat


Biaqpila

Posted: 13 Apr 2012 03:25 PM PDT

[HD] KUALA LUMPUR, 13 April: Pilihan raya akan datang akan bergema dengan isu visa yang diberikan di negara ini kepada Altantuya Shaariibuu untuk memasuki Perancis, kata Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar (gambar).

"Bapa Altantuya mendedahkan bahawa anaknya itu telah memberitahunya bahawa Abdul Razak Baginda telah meminta bantuan (Perdana Menteri, Datuk Seri) Najib (Tun Razak) yang pada masa itu Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Pertahanan, dan Altantuya akhirnya diberikan visa untuk pergi ke Perancis dengan menggunakan nama Amina Abdullah," katanya.

Malaysiakini melaporkan, bapa Altantuya, Setev Shaariibuu mendedahkan kesemua itu berlaku antara 2004 dan 2005, sebelum Altantuya dibunuh dan mayatnya diletupkan dengan bom C4 pada tahun 2006.

Mahfuz menegaskan, sekadar penjelasan semata-mata mengenai pendedahan itu adalah tidak memadai dan tidak boleh diterima.

"Kalau penjelasan semata-mata, tentulah Perdana Menteri akan memberikan penjelasan yang menyebelahi dirinya.

"Kalau penjelasannya meragukan sekalipun, media-media di bawah kawalannya tentu akan mencanang-canangkan kononnya itu adalah penjelasan tanpa sebarang keraguan," katanya.

Sebab itulah, kata Mahfuz, pendedahan Setev itu memerlukan tidak kurang dari siasatan sebuah badan bebas yang tidak boleh dipengaruhi atau ditakut-takutkan oleh Perdana Menteri dan kerajaannya.

"Persoalannya, banyak perkara yang berbangkit dari tuduhan itu termasuk elemen jenayah.

"Bila Altantuya diberikan visa dengan menggunakan nama Amina Abdullah, tentulah wujud pasport antarabangsa atas nama tersebut.

"Siapa arahkan pemberian pasport atas nama tersebut kerana Jabatan Imigresen Malaysia tidak mungkin bertindak sendirian tanpa sebarang sebab dan suka-suka memberikan pasport kepada Altantuta dengan menggunakan nama Amina," kata Ahli Parlimen Pokok Sena itu.

Orang yang mengarahkan kesemua itu dan memaksa perkara itu dilakukan, kata Mahfuz, telah melakukan jenayah.

"Kita mahu percaya bahawa Najib tidak terlibat dengan apa jua proses dalam pemberian visa kepada Altantuya atas nama Amina Abdullah.

"Hanya satu cara sahaja untuk kita mempercayainya iaitu dengan menubuhkan badan siasatan bebas untuk menyiasat perkara itu," katanya.

Jika tidak, kata Mahfuz, perkara tersebut akan menjadi salah satu isu utama yang mesti dijawab oleh Najib, terutama dalam pilihan raya akan datang.

"Jika beliau enggan menubuhkan badan bebas untuk membersihkan namanya dari dikaitkan dengan pemberian visa itu, ia boleh mengakibatkan Najib dilihat telah melakukan jenayah.

"Kita lihat sahaja nanti apa terjadi apabila Najib yang dilihat telah melakukan jenayah memimpin Umno dan Barisan Nasional (BN) menghadapi pilihan raya akan datang," katanya.

Malaysiakini melaporkan, pegawai kementerian luar Mongolia hairan bagaimana Altantuya mendapatkan visa itu ketika berada di Malaysia.

Beliau memberitahu, warganegara Mongolia tidak boleh mendapatkan visa untuk memasuki Perancis ketika berada di Malaysia.

Pegawai itu, yang berada di Malaysia bersama bapanya Setev berkata, setiap warganegara Mongolia mesti memohon dan mendapatkan visa asing di negara mereka sendiri.

"Tiada cara untuk sesiapa pun daripada kami mendapatkan visa ketika berada di negara lain.

"Kami akan diberitahu supaya kembali ke negara kami untuk memohon mendapatkannya," kata pegawai yang enggan namanya disebut itu kepada Malaysiakini.

DCM

KONGSI ARTIKEL INI MELALUI FACEBOOK

DIALOG RAKYAT

Posted: 13 Apr 2012 03:14 PM PDT

Harun Taib : Buktikan Di Mana PAS Menyeleweng

Posted: 12 Apr 2012 10:04 PM PDT


SHAH ALAM : PAS menyelar tindakan Umno-BN Terengganu yang mendakwa perjuangan parti itu selama ini mengandungi perkara-perkara yang mencelarukan akidah umat Islam.

Ketua Dewan Ulama PAS Pusat, Datuk Harun Taib berkata, pihaknya menuntut bukti sekiranya benar PAS menyimpang dari perjuangan parti itu selama ini dan mencelarukan akidah umat Islam lain seperti yang didakwa.

Katanya, pihak yang menuduh PAS sebagai Parti Ajaran Sesat itu adalah pihak yang tidak tahu menahu maksud sebenar yang dikatakan sesat.

"Sesat itu banyak sama ada agama ataupun politik, jika pihak yang mengeluarkan kenyataan itu merupakan tokoh yang baik-baik mungkin kita boleh memberi maklum balas tapi kita sendiri pun tahu mereka orang yang macam mana," katanya ketika dihubungi.

Sehubungan itu, Harun yang juga Ketua Majlis Syura berkata, pihaknya tidak akan melayan sebarang dakwaan dan spekulasi dari pihak mereka.

"Mereka (Umno-BN) mempunyai kuasa, mereka boleh buat apa sahaja, mereka mempunyai televisyen dan surat khabar arus perdana yang menyokong mereka, jadi kita mengalu-alukan mereka meneruskan dan menyebar dakwaan itu dalam program mereka.

"Rakyat boleh menilai apa yang sahaja yang mereka sebarkan," katanya.

Dakwaan itu dibuat melalui program wacana PAS 'Parti Ajaran Sesat' yang dianjurkan Badan Perhubungan Umno Terengganu bertempat di Taman Tamadun Islam, Kuala Terengganu akan diperluaskan ke negeri lain.

Sebelum ini, Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Terengganu, Datuk Yahya Khatib Mohamad mendakwa program itu juga akan menjadi tapak supaya orang ramai menolak PAS.

Sri Wani takut keluar rumah

Posted: 12 Apr 2012 09:59 PM PDT

KHALILAH GUSTI HASSAN

KUALA LUMPUR – Pengusaha produk kecantikan, Sri Wani Choo Abdullah memberitahu Mahkamah Tinggi Syariah di sini semalam, dia tidak menyerahkan afidavit injunksi kepada peguam kerana takut keluar rumah.

Dia berkata demikian­ ketika disoal Hakim Syarie, Abdul Walid Abu, berkenaan­ kegagalannya untuk menyerahkan afidavit itu seperti ditetapkan.

Menurutnya, sejak status jantinanya yang dipertikai suami diketahui umum, dia bukan sahaja menjadi buruan media, malah ada individu tidak dikenali turut mengganggunya.

"Saya terpaksa sembunyi di rumah," katanya. Dia tidak diwakili peguam.

Dalam pada itu, Sri Wani memberitahu mahkamah, dia memerlukan sedikit masa lagi untuk membuat pindaan afidavit sebelum diserahkan kepada peguam Muhammad Hafiz Ab Rashid.

"Sebelum ini, peguam ada datang jumpa saya untuk selesai kes cara baik. Tapi saya takut saya diperangkap. Saya nak masukkan beberapa perkara baru dalam afidavit ini," katanya.

Muhammad Hafiz tidak membantah permohonan Sri Wani, namun memohon afidavit asal turut diserahkan kepadanya bersama afidavit baru sebagai rujukan.

Mahkamah menetapkan tempoh seminggu kepada Sri Wani untuk melengkapkan afidavit diikuti 14 hari tempoh kepada Muhammad Hafiz untuk memfailkan jawapan.

Kes ditetapkan untuk perbicaraan bermula 17 Mei ini.

Sri Wani, 37, menjadi tarikan umum apabila suaminya, bekas dekan universiti, Bahrom Sunagi, 61, memfailkan permohonan membatalkan perkahwinan kerana mendakwa dia lelaki.

Bahrom turut memohon mahkamah memerintahkan ujian deoksiribonukleik (DNA) dijalankan bagi mengesahkan jantina isteri ketiganya itu, yang dinikahi pada 19 Ogos 2009.

Susulan itu, Sri Wani memfailkan bantahan awal dengan alasan dia dianiaya.

Sri Wani turut memfailkan injunksi 'ex parte' (sebelah pihak) terhadap dua madunya agar tidak mengganggu dan mengeluarkan kata-kata kesat terhadapnya.

Keputusan mengenai permohonan DNA itu akan diumumkan oleh Mahkamah Tinggi Syariah pada 23 April ini.

Banjir Kampar: Jumlah mangsa meningkat

Posted: 12 Apr 2012 09:58 PM PDT

NOOR AINON MOHAMED YUSOF

KAMPAR - Jumlah mangsa banjir Kampar yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara meningkat kepada 1,166 orang hari ini berbanding 1,145 orang semalam.

Sinar Harian difahamkan, meskipun jumlah mangsa di pusat pemindahan meningkat, keadaan banjir di enam kampung terkawal dan paras air yang sebelum ini mencecah lebih tiga meter mula surut.

Dalam pada itu, jurucakap Bilik Gerakan Banjir dipetik Bernama berkata, seramai 862 orang ditempatkan di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kampar dan selebihnya di Dewan Pulau Bergading.

Antara kampung terlibat banjir ialah Kampung Melayu, Kampung Baru, Kampung Pasir, Kampung Nyior, Jeram, Kampung Mesah, Kuala Dipang, Changkat Jering dan Kampung Batu 20.

Hujan lebat kelmarin menyebabkan air Sungai Kampar melimpah dan membanjiri kampung terlibat.

Menurut laporan Bernama lagi, air masih bertakung di kawasan terlibat berikutan hujan lebat malam tadi.

Sementara itu, pusat pemindahan di Dewan Orang Ramai Sungai Segar yang menempatkan 39 mangsa banjir di Ijok, Selama ditutup pagi ini apabila kesemua mangsa pulang ke rumah masing-masing.

Fenomena Halo berlaku di Alor Setar

Posted: 12 Apr 2012 09:53 PM PDT

SINAR HARIAN


ALOR SETAR - Orang ramai di bandar raya ini dikejutkan dengan satu fenomena di mana lingkaran cahaya seakan-akan pelangi mengelilingi matahari atau bulan.

Keadaan yang dikenali sebagai Fenomena Halo itu mula dikesan tengah hari semalam.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan Jabatan Meteorologi Malaysia kepada Bernama hari ini, keadaan itu adalah satu fenomena semula jadi.

"Terdapat banyak jenis halo, tetapi kebanyakannya terjadi daripada kristal ais dalam awan tinggi cirrostratus yang kelihatan seakan-akan kepingan awan yang terletak pada ketinggian sekitar 6,000 - 18,000 meter di atas paras tanah," kata kenyataan itu.

Kenyataan itu berkata dalam amalan pemerhatian cuaca, kewujudan halo merupakan antara petunjuk yang boleh diguna untuk meramal hujan atau ribut petir dalam tempoh 12 hingga 24 jam, terutama jika ia diikuti awan jenis pertengahan.

Menurut kenyataan itu, lapisan awan cirrostratus sangat nipis sehinggakan matahari atau bulan boleh dilihat dengan jelas melaluinya, tetapi kadang-kadang matahari atau bulan juga boleh kelihatan sebagai bayangan malap melalui lapisan awan yang tebal.

Apabila cahaya matahari atau cahaya bulan melalui kristal ais awan cirrostratus, cahaya tersebar atau dibiaskan yang menyebabkan halo terbentuk.

Menurut kenyataan itu lagi orang ramai yang ingin melihat halo perlu memastikan kedua-dua mata dilindungi daripada pancaran matahari.

"Jangan sesekali memandang halo secara terus dan dalam tempoh yang lama dan perlu sembunyikan matahari dari penglihatan di sebalik binaan, bangunan atau apa-apa sahaja," katanya.

Orang ramai diingatkan supaya berhati-hati apabila mengambil gambar halo tanpa pelindung matahari kerana ia sangat berbahaya terutamanya ketika menggunakan kamera Single-lens reflex (SLR).- Bernama

Pendedahan Terkini Skandal Scorpene, PM Dicabar Saman Asia Sentinel

Posted: 12 Apr 2012 09:49 PM PDT


SHAH ALAM: Perdana Menteri dicabar menyaman portal berita Asia Sentinel berhubung pendedahan skandal pembelian kapal selam Scorpene yang membabitkan peranan mendiang Altantuya Shariibuu dan sekutu rapatnya Abdul Razak Baginda.

Ketua Angkatan Muda Keadilan(AMK), Shamsul Iskandar Mohd Akin mendesak Datuk Seri Najib Abdul Razak menjawab artikel nukilan John Berthesen, "Gun Begins Smoke in Malaysian Sub Scandal" seperti yang disiarkan di 5 April lalu.

Artikel tersebut menyiarkan secara terperinci peranan mendiang Altantuya Shariibuu di dalam transaksi pembelian kapal selam Scorpene dengan beberapa fakta kontroversi.

Selain itu, artikel tersebut turut mendedahkan beberapa fakta melibatkan salah laku dan penyelewengan yang ketara di sebalik pembelian kapal selam Scorpene tersebut.

"Dalam transaksi yang bernilai US$1.2 bilion tersebut, fakta didedahkan melalui proses penyiasatan percaya bahawa sekurang-kurangnya sejumlah €36 juta (RM144 juta) yang disalurkan melalui sebuah syarikat yang berpusat di Hong Kong, Terasasi (HK) Ltd yang dikendalikan oleh orang kanan Najib iaitu Abdul Razak Baginda, berakhir di 'poket Najib'.

"Syarikat Terasasi ini yang bertempat di daerah Wan Chai, Hong Kong turut dikendalikan oleh bapa kepada Razak Baginda iaitu Abdul Malim Baginda,"katanya dalam satu kenyataan.

Malah, fakta-fakta seumpama ini digelapkan di dalam media Malaysia dan hanya diperoleh melalui siasatan media antarabangsa yang mempunyai akses siasatan yang lebih terperinci.

Justeru, AMK mencabar Najib untuk mebuat penafian terbuka secara spesifik dan menyaman John Berthesen serta Asia Sentinel sekiranya ia merupakan fitnah semata-mata.

"Fakta-fakta yang diperincikan oleh Asia Sentinel ini mempunyai kredibiliti dan harus dinafikan oleh Najib secara berfakta untuk membersihkan nama beliau selaku Perdana Menteri Malaysia," jelas beliau dalam kenyataan medianya semalam.

Ditambah dengan pengakuan bapa kepada mendiang Altantuya, Dr Shaaribuu Setev bahawa beliau pernah melihat gambar di antara mendiang Altantuya, Razak Baginda dan Najib yang seolah-olah menggambarkan penglibatan Najib di dalam skandal ini.

Terdahulu, Najib telah bersumpah pada Ogos 2008 menafikan isu yang mengaitkan beliau dengan mendiang Altantuya yang dibunuh kejam pada Oktober 2006 lalu.

Mahasiwa pro-Umno Akan Sertai Demo Anti-PTPTN

Posted: 12 Apr 2012 09:48 PM PDT


SHAH ALAM: Mahasiswa pro-Umno bakal menyertai himpunan mendesak pemansuhan Pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) Sabtu ini di Dataran Merdeka.

Ini disahkan pengerusi Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) Safwan Anang hari ini yang mengatakan mahasiswa pro-Umno tersebut daripada Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS).

Safwan bekata setakat ini, beberapa kumpulan mahasiswa dari Kelantan, Terengganu dan Johor menyatakan kesediaan untuk turun.

"Semalam kami ada berjumpa dengan beberapa kelompok mahasiswa yang sebelum ini pro-kerajaan, mereka turut menyatakan hasrat yang sama dek kerana sekarang tiada sebarang respon daripada pihak kerajaan terutama Kementerian Pengajian Tinggi berhubung isu PTPTN.

"Yang ada hanya daripada parti-parti politik tertentu.

"Kita akan teruskan demo ini sehingga kerajaan beri komitmen untuk isu PTPTN. Kita tidak mahu kerajaan jawab seperti sebelum ini, serahkan dalam pilihanraya umum, jangan buat demo," katanya.

Safwan menegaskan, pihaknya tidak membuat sebarang permohonan permit kepada pihak polis untuk berhimpun memandangkan sebelum ini himpunan yang dinjurkan oleh SMM mendapat kerjasama baik pihak berkuasa.

Mereka beranggapan, himpunan ini adalah hak semua rakyat yang telah termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

Berhubung provokasi yang mungkin akan ditimbulkan,

SMM juga memberikan kepercayaan kepada pihak berkuasa untuk memantau keselamatan dan menangani sebarang tindakan provokasi.

Safwan berkata himpunan tersebut tiada sebarang perarakkan.

SMM menjangkakan 5,000 orang akan hadir dalam himpunan tersebut yang juga melibatkan orang awan yang pernah menjadi peminjam.

Pakatan Rakyat sebelum ini memberikan komitmen untuk menghapuskan PTPTN dan memberikan pendidikan percuma hingga ke universiti jika berjaya menawan Putrajaya.

Ketua Umum Pakatan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyatakan pinjaman PTPTN bernilai RM43.6 bilion dapat diselesaikan dalam tiga tahun melalui hasil dari penjimatan perbelanjaan dan bayaran daripada syarikat kerajaan yang membuat keuntungan tinggi seperti Petronas.

Bersih 3 yakin lepasi sasaran 500,000 peserta

Posted: 12 Apr 2012 09:47 PM PDT

Oleh: Sidiqin Omar

KUALA LUMPUR: Pengerusi Bersama Bersih 3.0, Datuk A Samad Said yakin jumlah peserta himpunan pada 28 April nanti melebihi sasaran 500,000, berikutan kebenaran pihak berkuasa.

"Kedatangan 500,000 orang adalah wajar. Kita mengumumkan kempen 'Duduk Bantah' nasional dan antarabangsa telah meningkat dan mengampuh.

"Biar apa sekalipun, kita akan kekalkan lokasinya di Dataran Merdeka dan juga bandaraya lain di seluruh dunia. Kami harap pihak berkuasa faham hasrat rakyat.

"Himpunan 'Duduk Bantah' turut diadakan di 33 buah bandaraya di seluruh dunia," tegasnya yang lebih mesra dipanggil Pak Samad.

Pak Samad turut memaklumkan, pihaknya akan bertemu polis dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dalam masa terdekat untuk berunding tentang penggunaan Dataran Merdeka sebagai lokasi himpunan.

"Di aras dan waktu yang wajar, kita akan hubungi mereka. Sekarang ini masih cantik," kata Pak Samad optimis dengan kerjasama pihak berkuasa.

Menjawab satu soalan, ahli jawatankuasa Pemandu Bersih 2.0, Maria Chin berkata, kehadiran 500,000 dalam himpunan 'Duduk Bantah' adalah 'majoriti' kepada undi belah bahagi yang sering ditolak Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen (PSC).

"500,000 ini adalah bukti ketidakpercayaan rakyat kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR). Mereka 'curi' pilihan raya. Satu penipuan sudah mewajarkan bahawa SPR perlu meletak jawatan.

Pada sidang media sama, jurucakap Kumpulan Aktivis Media Independen (Kami), Ahmad Lutfi Othman mendesak kebenaran akses kepada media arus perdana oleh semua parti politik.

"Malaysia sangat terkebelakang berbanding Singapura, malahan Myanmar sekalipun," katanya.

MiMBAR Bantu 40% Rakyat Selangor Berniaga

Posted: 12 Apr 2012 09:43 PM PDT


SHAH ALAM : Program Pembiayaan Mikrokredit MiMBAR Selangor yang berlangsung hampir setahun kini mula menampakkan hasil.

Exco Kebajikan, Hal Ehwal Wanita, Sains, Teknologi dan Inovasi, Rodziah Ismail berkata program ini berjaya membantu hampir 40 peratus rakyat Selangor yang ingin memulakan perniagaan.

Katanya, MiMBAR Selangor yang merujuk kepada Skim Mikrokredit Miskin Bandar menyediakan khidmat nasihat, fasilitator dan segala keperluan peniaga dan usahawan yang ingin memohon pinjaman kecil bagi menampung perniagaan mereka.

Jelasnya lagi, pembiayaan yang diberikan ini bukanlah suatu bantuan yang besar tetapi lebih kepada membantu meringankan beban yang ditanggung peniaga untuk membuat modal pusingan.

"Program yang kita anjurkan ini lebih menumpukan kepada bantuan sokongan yang diperlukan kebanyakan peniaga kecil dan usahawan untuk mereka berdikari selepas ini," jelas beliau di Program Kursus Pra Kelulusan Peserta dan Pelancaran Produk MiMBAR di Dewan Banquet MBSA hari ini.

Turut hadir di program tersebut ialah Adun Kota Alam Shah, Manoharan Malayalam, Adun Meru, Abdul Rani Osman dan Ketua Pegawai Eksekutif MiMBAR, Azily Othman.

Tambah Rodziah, program yang dianjurkan MiMBAR Selangor ini mula mendapat perhatian daripada universiti-universiti di Malaysia di mana ia mula dijadikan rujukan dan kajian dari segi ekonomi dan seterusnya menaikkan imej Kerajaan Selangor.

"Universiti Islam Antarabangsa (UIA), Universiti Sains Malaysia (USM) dan yang terbaru Universiti Utara Malaysia (UUM) memulakan kajian mengenai program yang dijalankan oleh MiMBAR Selangor," katanya.

Selain itu, Rodziah turut menafikan kenyataan Umno-BN yang menyatakan bahawa Selangor akan muflis jika terlalu memberi kemudahan yang berlebihan kepada rakyat di negeri ini.

"Selangor menyumbang hampir 30 peratus dalam KDNK negara dan berjaya meningkatkan simpanan tunai kepada RM1.9 bilion, ini membuktikan dengan sistem pentadbiran yang adil dan telus, maka rakyat boleh menikmati hasil yang sepatutnya," katanya yang juga merupakan Adun Batu Tiga.

Sementara itu, peserta MiMBAR Mohd Nizam Abdul Hamid, 29, berkata, beliau menyertai skim ini bagi membiayai modal pusingan serta membantu kos pembelian barangan.

"Skim ini banyak membantu kami bagi memulakan perniagaan dengan memberikan pinjaman tanpa faedah serta khidmat nasihat," ujar Nizam ketika ditemui selepas sesi penyampaian surat tawaran mikrokredit di Dewan Banquet MBSA hari ini.

Beliau yang menjalankan perniagaan losyen dan minyak wangi secara kecil-kecilan turut mengucapkan terima kasih kepada kerajaan negeri kerana berjaya menganjurkan skim yang boleh membantu golongan berpendapatan rendah untuk memulakan perniagaan.

Ganti ISA seperti bagi 'Panadol' untuk sakit

Posted: 12 Apr 2012 09:42 PM PDT

KEADILAN DAILY

SHAH ALAM : Tindakan kerajaan pusat mengantikan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dengan satu akta yang serupa dilihat seperti memberi 'panadol' kepada penyakit.

Pakar undang-undang perlembagaan, Prof Dr Abdul Aziz Bari berkata Rang Undang-Undang Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 menunjukkan minda dan cara pemikiran pemimpin Umno-BN itu masih sama dengan dulu.

"Kenapa sibuk hendak ganti? Kenapa tidak mansuhkan sahaja? Ini menunjukkan mereka (Umno-BN) terdesak dan masih lagi belum sanggup untuk bebas sebagaimana dunia pertama," katanya ketika ditemui portal Media Selangorku.

Tambahnya, Kerajaan Pusat sepatutnya memansuhkan terus ISA dan menubuhkan suruhanjaya untuk mengkaji serta menyemak penindasan dan penyelewengan yang berlaku di bawah ISA sebelum ini.

"Suruhanjaya itu perlu menyiasat segala penyalahgunaan yang dilakukan Umno BN dari hari pertama ISA diperkenalkan pada tahun 1960 dulu.

"Kerana selama ini kita melihat ISA hanya lebih kepada menindas dan sebenarnya tidak terjamin seperti didakwa pemimpin Umno-BN," katanya.

Sehubungan itu, Ahli Parlimen tidak seharusnya membuang masa bagi membahas akta itu.

"ISA diperkenalkan selepas darurat dibatalkan, jadi dari dulu hingga kini kita sebenarnya masih berada dalam keadaan darurat dan apa yang kita mahukan ia dimansuhkan kerana sebagai rakyat kita mahukan kebebasan," katanya.

Tambah Aziz lagi, akta baru itu juga dilihat hanya memberi kelebihan kepada pihak polis.

Jelasnya, ia satu lagi bukti menunjukkan polis dan Umno BN umumnya, masih lagi tidak yakin untuk berada di dalam suasana baru.

"Mereka sebenarnya memikirkan tindakan rakyat mengancam mereka sedangkan sepatutnya kita lihat rakyat sebagai aset negara dan rakyat juga berfikiran waras dan cintakan negara.

"Rakyat tidak sepatutnya dikongkong. Ini menunjukkan perbezaan Pakatan Rakyat dan Umno BN. Umno BN yang mempunyai sikap 'dia saja yang tahu dan dia saja yang pandai'," katanya.

Semalam, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz membentangkan Rang Undang-Undang Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah khas) 2012 itu bagi mengantikan ISA.

Akta baru itu menghadkan tempoh tahanan seseorang yang disyaki melakukan kesalahan keselamatan kepada 28 hari, berbanding 60 hari di bawah ISA.

Selepas tempoh 28 hari, setiap kesalahan akan di dakwa di Mahkamah Tinggi.

Mereka yang dilepaskan akan dipasang peranti pengawasan elektronik mengikut Kanun Tatacara Jenayah.

Akta baru itu menyenaraikan empat kesalahan iaitu menyebabkan keganasan terancang terhadap orang atau harta, membangkitkan perasaan tidak setia terhadap Yang diPertuan Agong, memudaratkan ketenteraman awam dan usaha mendapatkan perubahan selain dengan cara yang sah.

Polis maut dilanggar lori ketika kejar kereta

Posted: 12 Apr 2012 09:40 PM PDT

MALAYSIA KINI

Seorang anggota polis yang sedang mengejar sebuah kereta, maut selepas motosikal yang ditungganginya terbabas sebelum digilis sebuah lori di Permatang Tinggi, dekat Bukit Mertajam, malam tadi.

Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Ayub Yaakob berkata ketika kejadian pada pukul 8.45 malam itu, Konstabel Nan Ruazlan Zulkefle, 23, yang bertugas di Balai Polis Machang Bubok, mengesan sebuah kenderaan yang mencurigakan semasa sedang meronda bersama rakan setugasnya dengan masing-masing menunggang motosikal.

Nan Ruazlan memintas kenderaan berkenaan bagi menahan dan memeriksanya dan ketika menghampiri kenderaan itu, pemandunya, seorang lelaki, memecut kenderaannya lalu bergesel dengan motosikal mangsa," katanya kepada pemberita selepas melawat jenazah mangsa di Hospital Bukit Mertajam (HBM), malam tadi.

"Akibat kejadian itu, motosikal yang ditunggang mangsa melanggar pembahagi jalan dan beliau (Nan Ruazlan) terpelanting di atas jalan sebelum dilanggar sebuah lori yang lalu di kawasan terbabit," katanya.

Ayub berkata mangsa yang berasal daripada Felda Kahang Barat, Kluang, Johor yang cedera parah di bahagian kepala, mati di tempat kejadian. Mayatnya dibawa ke HBM untuk dibedah siasat.

Katanya Proton Saga dan lori yang terlibat dalam kejadian itu meninggalkan tempat kejadian dan usaha mengesan pemandunya sedang giat dijalankan.

"Kita percaya lelaki yang memandu kereta Proton Saga itu terlibat dengan kesalahan berikutan keengganannya untuk berhenti dan diperiksa. Polis juga mengenal pasti pemilik kenderaan berkenaan berdasarkan nombor pendaftaran yang diperoleh," katanya.

Katanya polis juga memeriksa rumah pemilik kenderaan terbabit di Lunas, Kedah malam tadi, tetapi pemandu kereta terbabit tiada di rumah dan dipercayai telah melarikan diri.

Beliau turut meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian itu menghubungi Pegawai Penyiasat Insp Azwan Kamaruddin di talian 04-5301977 bagi membantu siasatan.

Sementara itu, teman wanita Nan Ruazlan, Siti Junaida Mohd Hasnan, 20, yang ditemui di HBM berkata mereka telah merancang untuk mengikat tali pertunangan 27 Mei ini dan arwah membuat persiapan dengan membeli barang hantaran untuk majlis pertunangan itu.

Katanya arwah tidak menunjukkan sebarang perubahan kerana sejam sebelum kejadian arwah datang ke rumahnya yang terletak bersebelahan rumahnya.

Selepas selesai bedah siasat, mayat mangsa disembahyangkan di surau Ibu Pejabat Polis Daerah seberang Perai Tengah, di sini sebelum dibawa pulang ke kampung halamannya. Bernama

Suaram jumpa peguam Perancis untuk pendedahan lanjut kes Scorpene

Posted: 12 Apr 2012 09:37 PM PDT

Oleh: Mohd Martin Kahar


KUALA LUMPUR : Suara Rakyat Malaysia (Suaram) akan mengadakan pertemuan dengan peguam mewakili Suaram dalam kes perbicaraan rasuah kapal selam Scorpene, dalam masa terdekat ini.

Pengarah Suaram, Cynthia Gabriel berkata pertemuan itu bagi membincangkan kandungan kertas siasatan berhubung skandal pembelian Scorpene bernilai RM7.3 bilion yang berjaya diakses.

"Kita nak tahu sejauh mana perkembangan kertas siasatan itu dan nak lihat pendedahan yang dibuat. Berdasarkan kertas siasatan ini kita boleh menentukan siapa saksi yang akan dipanggil dalam kes ini," katanya ketika dihubungi KeadilanDaily.

Menurutnya, Suaram kini sedang memohon daripada kerajaan Malaysia untuk memberi kebenaran kepada peguam mereka iaitu Wiliam Bourdon dan Joseph Breham untuk masuk ke negara ini.

Bagaimanapun, Cynthia berkata sekiranya kerajaan Malaysia enggan membenarkan peguam mereka memasuki negara ini, pertemuan itu akan diadakan di negara jiran.

"Segala-galanya bergantung sama ada kerajaan menerima permohonan kami atau pun tidak. Kalau permohonan ini tidak berjaya, kami akan mengadakan pertemuan di luar negara ataupun negara jiran yang terdekat.

"Lokasi dan waktunya masih belum ditentukan tetapi apa yang pasti ia akan diadakan dalam masa seminggu dua ini," katanya.

Pada 31 Mac lalu, KaadilanDaily melaporkan peguam yang mewakili Suaram dalam kes perbicaraan rasuah kapal Selam Scorpene di Perancis, sudah mendapatkan akses kepada kertas siasatan.

Kebenaran mengakses kertas siasatan itu diberikan Mahkamah Perancis untuk mengkaji dokumen tersebut mengikut undang-undang di negara itu.

Rang undang-undang ganti ISA masih kekalkan elemen zalim ISA

Posted: 12 Apr 2012 09:35 PM PDT

roketkini.com


KUALA LUMPUR: Rang undang-undang Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 bagi menggantikan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) tidak mencerminkan kejujuran, malah dilihat sebagai muslihat kerajaan Barisan Nasional yang boleh diibaratkan sebagai bom jangka untuk rakyat Malaysia yang mencintai kebebasan.

Setiausaha Hal-Ehwal Antarabangsa DAP Liew Chin Tong berkata, pembentangan rang undang-undang itu yang serentak dengan pindaan Kanun Keseksaan, Akta Keterangan dan Kanun Tatacara Jenayah memperlihatkan mentaliti kerajaan yang masih berada dalam era Perang Dingin.

"Saya sangat prihatin apabila melihat bahawa wujud sebahagian dari elemen ISA telah diserap masuk ke dalam Kanun Keseksaan yang baru ini," katanya dalam satu kenyataan.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Bukit Bendera berkata, peruntukan kepada "keinginan untuk ingkar terhadap undang-undang atau apa-apa perintah yang sah disisi undang-undang" dalam Seksyen 124H Kanun Keseksaan adalah sangat mirip dengan definisi "dokumen subversif" dalam Seksyen 29(3)(b) yang baru dibentangkan untuk dimansuhkan.

Katanya, istilah "keinginan untuk ingkar terhadap undang-undang atau apa-apa perintah yang sah disisi undang-undang" adalah sangat hampir dengan definisi "pengganas" dalam Seksyen 2 dalam ISA.

"Keyakinan umum terhadap kerajaan goyah apabila undang-undang yang menindas dimansuhkan dan digantikan dengan undang-undang yang hampir sama – kalau tidak lebih dari itu pun– undang-undang yang hina ini bertentangan dengan semangat reformasi perundangan," ujarnya.

Menurutnya, dolak-dalik Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak terhadap bom yang sedang berdetik ini merupakan satu tindakan biadap kepada rakyat Malaysia yang menunjukkan bahawa kerajaan sebenarnya tidak ada niat untuk perubahan sebenar.

Liew berkata, kerajaan BN memberi kuasa kepada pihak berwajib yang hampir setara dengan undang-undang pemerintahan tentera.

* Seksyen 124B Kanun Keseksaan telah mewujudkan satu kesalahan iaitu "aktiviti yang menjejaskan demokrasi berparlimen" di mana sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman sehingga 20 tahun penjara.

* Seksyen 130A ditakrifkan sebagai "aktiviti yang dilakukan mana-mana individu atau kumpulan untuk menggulingkan atau mengancam demokrasi berparlimen dengan keganasan atau melanggar perlembagaan" di mana seksyen ini akan membuka 'pintu belakang' untuk tuduhan kesalahan yang boleh dipersoal dan mungkin melanggar hak asasi manusia oleh kerajaan yang tidak bertangungjawab.

* Kebebasan media dan kebebasan maklumat terancam di bawah Seksyen 124D, 124E dan 124F dimana menjadi satu kesalahan untuk mencetak, atau mengimpot "dokumen dan penerbitan yang boleh menjejaskn demokrasi berparlimen".

"Sekali lagi wujud definisi yang kabur dan hukuman yang berat (sehingga 15 tahun bagi mencetak), seksyen ini akan memberi ruang kepada salah guna kuasa oleh kerajaan untuk mengawal ketat sebarang bentuk bahan bacaan yang tidak diingini parti yang memerintah," kata Liew.

Tambah beliau, takrif "maklumat sensitif" dilihat mengelirukan di bawah Seksyen 130A yang baru (i), iaitu takrifan rangkuman begitu meluas bagi apa-apa dokumen, maklumat atau bahan, "sama ada ia atau tidak" perkara yang diklasifikasi sebagai 'Rahsia Rasmi', 'Rahsia', 'Sulit' atau 'Terkawal'.

Merujuk kepada rang undang-undang Kesalahan Keselamatan, beliau menjelaskan, satu prosedur khas diperkenalkan dalam soal maklumat sensitive di mana Seksyen 8(8) rang undang-undang menjadikan kerajaan kebal kerana keputusan mahkamah tidak boleh dirayu. – Roketkini.com

Pembunuhan Batang Kali: Demo sambut PM Britain

Posted: 12 Apr 2012 09:33 PM PDT

Koh Jun Lin

Kira-kira 30 orang berhimpun 'menyambut' ketibaan Perdana Menteri Britain David Cameron di Universiti Nottingham di Semenyih bagi mengetengahkan isu pembunuhan beramai-ramai di Batang Kali pada 1948.

Kumpulan itu yang mewakili lima orang yang selamat daripada tragedi itu, menuntut Cameron secara sukarela mengambil inisiatif menyiasat daripada menunggu kerajaan British dipaksa melakukannya melalui arahan mahkamah.

NONEPenyelaras bagi jawatankuasa mengutuk insiden itu Quek Ngee Meng memberitahu pemberita, mereka sudah memfailkan semakan kehadikan berhubung perkara itu di Mahkamah Tinggi London bagi memaksa kerajaan British mengadakan inkuiri.

Perkara itu akan didengar pada 8 dan 9 Mei.

"Siapa pun yang menang, satu lagi pihak akan merayu. Ia akan memakan masa yang sama, dan pihak yang terselamat tidak boleh menunggu lagi. Kebanyakan mereka berumur lebih 70 tahun," katanya.

Beliau juga menuntut kerajaan British daripada Belanda yang memohon maaf kepada keluarga berkaitan ekoran berlakunya peristiwa pembunuhan beramai-ramai Rawagede 1947 di Jawa Barat.

SPR tolak dakwaan pendaftaran berganda

Posted: 12 Apr 2012 09:32 PM PDT

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menolak dakwaan pendaftaran berganda dalam daftar pemilih melibatkan pengudi di negeri Sabah, Sarawak dan Selangor yang ditimbulkan anggota jawatankuasa pemandu BERSIH 2.0.

Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Yusof menolak dakwaan "penipuan" itu dan menjelaskan bahawa perkara itu merupakan permohonan sah melibatkan pengudi Sabah dan Sarawak yang memohon untuk bertukar alamat ke Selangor.

Dalam penjelasannya kepada Malaysiakini, Abdul Aziz berkata proses permohonan itu mengikut proses semakan atau pengesahan biasa oleh Jabatan Pendaftaran Negara

Selepas nama berkenaan dipamerkan selama seminggu, pertukaran alamat itu akan digazetkan menjelang pertengahan Mac sekiranya tiada bantahan, kata Abdul Aziz lagi.

Tambahnya, nama pengundi yang berjaya menukar alamat akan dipadamkan daripada daftar pemilih di Sabah dan Sarawak dan dikekalkan dalam daftar pemilih di Selangor.

"SPR tidak pernah secara sengaja membuat pendaftaran berganda dan kami berusaha keras untuk membersihkan daftar pemilih pada setiap masa," kata Abdul Aziz lagi.

Dakwaan berkenaan ditimbulkan oleh anggota jawatankuasa pemandu BERSIH 2.0, Maria Chin semalam yang mendakwa seramai 24,105 pengundi di Sabah dan Sarawak didaftarkan dua kali di Selangor dalam daftar pemilih yang dikemaskini sehingga suku pertama 2012.

Ketika ditanya media, Maria bagaimanapun tidak menjelaskan kes tersebut secara terperinci dan berkata perkara itu akan didedahkannya dalam sidang media selepas ini.

Beliau juga mendakwa pendaftaran berganda ini wujud dalam daftar pemilih yang digazetkan pada suku pertama 2012, namun Abdul Aziz berkata senarai itu hanya akan digazetkan pada Mei.

AUKU: Siswa tolak pindaan, tetap mahu mansuh

Posted: 12 Apr 2012 09:28 PM PDT

Kumpulan mahasiswa tetap tegas menolak Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) walaupun cadangan pindaan bagi membuka ruang berpolitik lebih besar sudah dibentangkan di Dewan Rakyat pada Isnin lalu.

Bagi mereka, sekadar meminda Seksyen 15(2)(c) bagi membenarkan mahasiswa menjadi ahli dan bergiat dalam parti politik sahaja tidak cukup, sebaliknya AUKU harus dimansuhkan terus.

NONEAktivis mahasiswa Adam Adli Abd Halim (kiri) berkata, isu pindaan itu tidak timbul sekiranya mahasiswa diberikan hak autonomi di universiti.

Bagi yang terkenal kerana menurunkan bendera Datuk Seri Najib Razak sebelum ini berkata, kebebasan mengkritik mahasiswa dalam isu-isu politik lebih penting daripada penyertaan dalam kegiatan parti politik.

"Kita bukan minta masuk berpolitik (kepartian). Kita hanya minta idea-idea kita didengari dan kita boleh mengkritik parti politik. Ini yang cuba kita ketengahkan," katanya.

Pindaan ke atas Seksyen 15, AUKU dibentangkan pada 9 April bagi membenarkan pelajar mendaftar sebagai ahli dalam parti politik.

Bagaimanapun, pindaan itu menetapkan supaya pelajar yang mempunyai jawatan dalam parti politik dihalang daripada bertanding dalam pemilihan kampus dan memegang jawatan dalam pertubuhan pelajar di kampus.

NONESementara itu, Setiausaha Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) Haziq Abdullah Abd Aziz berkata pindaan sebenar "tidak cukup" untuk memberi kebebasan dan masih mengekang mahasiswa untuk berpolitik.

"Kalau pindaan pun, masih ada kekangan. Kalau betul (kerajaan) nak berikan kebebasan, kenapa perlu ada limitasi. Kalau nak betul-betul memberi kebebasan, mansuhkan AUKU," katanya Haziq yang kepada Malaysiakini ketika ditemui di Shah Alam semalam.

PR yakin pesona kuasa pemimpin muda bertahan

Posted: 12 Apr 2012 05:00 PM PDT

Wartawan Sinar Harian

SHAH ALAM - Apabila sebahagian besar perwakilan PR dalam Dun Selangor terdiri daripada pemimpin muda, secara tidak langsung pandangan, keinginan, keperluan generasi muda di Selangor dapat diketengahkan.

Peluang mengetengahkan isu berkaitan golongan muda jugalah menjadikan pemimpin muda dalam PR sentiasa berpeluang ke hadapan, kata Adun Batu Caves dari PKR, Amirudin Shari kepada Sinar Harian menjelang Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) yang disebut-sebut akan diadakan dalam waktu terdekat.

"Sebagai pemimpin, keyakinan perlu ada dalam diri tetapi keadaan politik semasa perlu dilihat secara menyeluruh sebab orang muda juga ada kelemahan, selepas satu penggal ini, kita melihat bahawa pemimpin muda itu sebagai satu kelebihan.

"Saya percaya kepimpinan PKR sendiri cuba ingin meletakkan lebih ramai calon muda yang bersemangat, jadi saya yakin jumlah kerusi akan bertambah. Paling kurang yang sedia ada akan bertahan dan percaya ada kerusi yang diwakili pemimpin muda muka baru," katanya.

Bagaimanapun beliau menyerahkan kepada kebijaksanaan kepimpinan tertinggi parti untuk menentukannya.

"Persaingan sihat dan positif adalah penting bagi pemimpin muda dengan pemimpin senior. Mungkin ada pemimpin senior berpengalaman tetapi kadang-kadang mereka terperangkap dalam pengalaman itu.

"Pemimpin muda pula, ada keupayaan mencuba, tetapi kemungkinan percubaan itu boleh jadi gagal kerana kurangnya pengalaman.Tetapi apabila digabungkan pengalaman dan keinginan mencuba, ia akan lebih kreatif," katanya.

Katanya, pengalaman jatuh bangun dan susah senang bersama dalam menerajui Selangor sejak 2008 menjadikan pemimpin PR sama ada senior atau muda, lebih mudah bekerjasama.

"Dari situ, kita dapat lihat tanpa ada kesepakatan bertulis pun kita boleh menyesuaikan diri dalam semua program, mesyuarat, aktiviti dan sebagainya. Begitu juga usaha memberi perkhidmatan kepada rakyat," katanya.

Malah dalam barisan tertinggi setiap komponen PR, pemimpin muda diberikan kepercayaan dan harapan untuk memegang jawatan penting.

"Pemimpin muda berpeluang menyertai pemimpin senior dalam proses membuat keputusan hinggalah membuat keputusan untuk Kerajaan melalui Dun. Ada lebih 30 peratus perwakilan PR di Selangor terdiri dari golongan muda, ada di bahagian pembuat dasar, undang-undang, bajet dan ini jarang didengari sebelum ini," katanya.

Pemimpin muda PR diyakini mampu bertahan

Pemimpin muda dalam PKR, Pas dan DAP dilihat lebih bertuah berbanding BN kerana pimpinan tertinggi ketiga-tiga komponen PR ini memberi peranan kepada pemimpin muda untuk terlibat dalam peringkat membuat dasar.

Ketua Pemuda Pas Selangor, Hasbullah Mohd Ridzwan berkata, jika peluang terus diberikan, barisan pelapis ini (pemimpin muda) boleh ke hadapan sebagaimana pemimpin senior yang sedia ada dan sudah menunjukkan kebolehan mereka.

"Kalau diberikan ruang insya-ALLAH pemimpin muda PR boleh mengambil alih tanggungjawab tersebut kelak dan meneruskan legasi kehebatan senior terdahulu," katanya.

Dalam pada itu, beliau amat yakin kerusi pemimpin muda PR di Selangor akan bertahan dan tidak menolak kemungkinan untuk mengulangi kemenangan pada PRU12.

"Bila mana anak muda ini berada di peringkat pembuat dasar, bermakna mereka tidak mahu pemimpin muda sekadar berdiri di pinggiran dalam parti. Dalam kata lain, mereka mahu suara dan kehendak anak muda dapat pergi lebih jauh.

"Inilah ruang dan peluang yang diberikan PR kepada kepimpinan muda seperti kami. Kemudian, idea dan input yang segar perlu dibawa anak-anak muda ini untuk memenuhi selera generasi akan datang," katanya.

Menurutnya, pemimpin muda yang agresif dan bertenaga akan lebih mudah didekati kerana mereka lebih bersifat santai dan 'sempoi'.

"Dalam bahasa yang lebih mudah difahami, mereka mahu pemimpin muda yang 'sesiapa sahaja boleh masuk'. Itu kelebihan pemimpin muda PR. Mudah didekati, saya yakin pemimpin muda dalam PR ini mampu mempertahankan aura dan kedudukan mereka," katanya.

Sebagai golongan muda yang masih jauh perjalanannya, beliau amat berharap jumlah kerusi yang dimenangi pada PRU lalu dapat dikekalkan walaupun dari sudut permintaan anak muda adalah tinggi.

Katanya, walaupun pengundi yang akan membuat keputusan, cadangan, pandangan serta permintaan golongan muda dapat dipertimbangkan pimpinan PR disemua peringkat terutamanya Pas.

"Harapan saya juga, sebagai pemimpin muda dan ahli muda dalam parti, kita kena tonjolkan bahawa kita boleh diberikan kepercayaan, tanggungjawab dan mampu melaksanakannya amanah yang diberikan.

"Kita mestikan lakukan yang terbaik agar pimpinan melihat bakat dan potensi yang ada pada kita, anak-anak muda Pas. Kami mengharapkan pimpinan memberikan ruang dan memimpin untuk diketengahkan sebagai pelapis pimpinan masyarakat," katanya.

Tampil calon muda dalam kalangan wanita

Dalam usaha mengekalkan kerusi yang sedia ada di Selangor, mungkin pimpinan tertinggi PR boleh mempertimbangkan agar lebih ramai pemimpin muda dalam kalangan wanita untuk menjadi pemimpin rakyat.

Adun Subang Jaya, Hannah Yeoh berkata, usaha menambah wanita dalam barisan kepimpinan mungkin salah satu usaha positif yang boleh memberikan kemenangan kepada PR dalam PRU13 akan datang.

"Selepas PRU 2008, ramai pemimpin muda PR dilantik rakyat di Selangor. Adun muda seperti Jenice Lee, Gan Pei Nei, Amirudin Shari, Nik Nazmi Nik Ahmad, Ean Yong Hian Wah, Lau Weng San dan saya diberi peluang dalam beberapa Jawatankuasa Terpilih Dewan dan juga menjadi Pembantu Exco.

"Jadi, saya berharap lebih wanita muda akan diberi peluang untuk memimpin di semua peringkat dalam PRU akan datang," katanya.

Beliau berkata, kerusi DAP tertakluk kepada jawatankuasa tertinggi pusat dan berdasarkan banyak keputusan mereka selama ini, mereka sentiasa memberi ruang kepada pemimpin muda untuk berkembang dan bertukar idea.

Bagaimanapun katanya, segalanya diserahkan kepada rakyat kerana mereka adalah penentu sama ada mereka masih mahu memberi peluang kepada generasi muda untuk memimpin.

Katanya, pemimpin muda DAP tidak perlu menandingi pemimpin senior sebaliknya mereka perlu menghormati jasa dan pengalaman mereka.

"Pengalaman pemimpin senior merupakan pendorong yang banyak memberi semangat dan sokongan kepada kami pemimpin muda untuk terus meningkat naik bagi memastikan kemenangan dalam PRU13 kelak," katanya.

Dalam pada itu katanya, hubungan rapat dengan PKR dan Pas menjadi kekuatan kepada DAP untuk terus berdiri kukuh.

Kerabat NS yakin Pakatan Rakyat lebih baik

Posted: 12 Apr 2012 04:57 PM PDT

MALAYSIA CHRONICLE

NILAI-Kerabat Diraja Negeri Sembilan, Tunku Harmy Tunku Hannan percaya bahawa kepimpinan Pakatan Rakyat yang ada pada hari ini lebih baik berbanding pemimpin negara sedia ada.

Beliau yang juga sepupu Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan tampil di pentas ceramah Pakatan Rakyat buat kali ketiga malam tadi mendakwa berasa jijik dengan mainan politik parti pemerintah sekarang ini.

"Sejak 30 tahun dahulu saya lihat pemerintahan negara sungguh jijik. Saya risau apa yang berlaku, generasi kita rosak seolah-olah rasuah ini halal dari pemimpin nombor satu sampai paling bawah.

"Perompak, perasuah, pemfitnah. Ada orang kata nak buat macam mana, kita manusia, macam halal je," katanya kecewa.

Ceramah malam tadi sempena program Jelajah Jom Ubah, Demi Rakyat Negeri Sembilan yang dibuat di Sikamat di sini.

Turut serta pada ceramah itu Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu, Pengerusi SAMM Bardul Hisham Shahrin, Ahli MPP PKR Dr Mohamad Rafie Abdul Malek dan beberapa pemimpin di peringkat negeri.

Penampilan kerabat diraja itu lebih lebih lagi dengan imej berjubah, berserban menarik ramai penduduk sekeliling hadir mendengar ceramah malam tadi yang dianggarkan lebih 1,000 orang.

"Sebab itu sekarang, berbetulan dengan susunan Allah, saya rasa terpanggil untuk turun kembali bersama rakyat.

"Apabila saya tengok semua pemimpin parti pembangkang ini punya satu niat dan tujuan, untuk menghapuskan kezaliman, rasuah, segala kerakusan dan fitnah, maka saya tampil ke hadapan dengan hati yang sayu," katanya.--Harakahdaily

Umno yang terdesak mengubah khutbah Jumaat bagi menyatakan 'kehebatan' Najib

Posted: 12 Apr 2012 04:56 PM PDT


Pilihan raya umum ke-13 tidak dapat dielakkan, itu pasti. Walaupun tanpa loceng penggera yang membuat bising setiap hari dari ahli-ahli politik UMNO-BN bahawa mereka adalah pilihan rakyat yang ideal, terdapat kurang daripada setahun sebelum tamat tempoh mandat 5 tahun yang diberikan kepada mereka pada 8 Mac, 2008.

Perkara yang paling mengejutkan ialah jentera pilihanraya UMNO yang besar tidaklah sebesar dahulu. Mungkin ia adalah kerana padang permainan adalah lebih rata sekarang dengan rakyat Malaysia mengetahui pendedahan yang lebih besar kepada ceramah yang lebih meyakinkan dan dua hala Pembangkang. Padang Umno kini dilihat sebagai dibuat-buat dan terpaksa. Pejamkan mata anda dan anda akan terfikir bahawa anda sedang dipaksa untuk berjaga dan mendengar manakala Ibrahim Ali atau Ali Hasan berkongsi 'intelektualisme' suram mereka dengan seluruh negara.

Apa pun, Umno tidaklah meyakinkan seperti sebelum ini. Mereka telah mula panik, dan ia kini melakukan sesuatu yang dikeji oleh umat Islam - memberi ceramah politik yang disamarkan sebagai ceramah di masjid. Yang pastinya, ini bukan baru dan Umno telah melakukannya selama beberapa dekad. Tetapi tidak pernah secara terang-terangan atau begitu kasar seperti sekarang supaya membuatkan pendengarnya bosan dan memberontak.

Para Imam dipaksa membaca ceramah politik Umno

Bersempena dengan Perhimpunan Perdana Warga Agama Wilayah Persekutuan minggu lalu yang dianjurkan oleh kementerian FT yang diketuai oleh Raja Nong Chik, Imam semua masjid-masjid di Kuala Lumpur telah diberikan dengan satu versi rasmi khutbah yang disediakan oleh Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan untuk berdakwah kepada jemaah Jumaat mereka.

Khutbah tersebut adalah pada dasarnya satu pengulangan tentang apa yang Najib telah beritahu rakyat Malaysia secara langsung di saluran TV RTM1 mengenai "pencapaian" tiga tahunnya sejak mengambil alih jawatan pada bulan April, 2009. Mungkin Najib tahu apa yang orang lain di negara ini sedang fikirkan tentangnya - bahawa dia sebenarnya terlalu kurang berprestasi. Dan terdapat peluang yang tinggi bahawa dia tidak akan mendapat apa-apa pujian bebas langsung, beliau tidak mempunyai pilihan tetapi untuk tidak malunya berbangga dengan apa yang dia telah 'capai' dalam 3 tahun.

Khutbah Jumaat tersebut menekankan beberapa isu seperti kini terdapat lebih Hakim Mahkamah Syariah di negara ini berbanding sebelum ini, dan bahawa terdapat beberapa hakim wanita. Khutbah tersebut juga menyebut bagaimana rajinnya kerajaan UMNO-BN dalam menegakkan Islam, memberikan lebih banyak dana kepada masjid-masjid dan lain-lain institusi-institusi agama Islam di Malaysia.

Tetapi apa yang paling menjengkelkan adalah cara khutbah yang khususnya menekankan "wassatiyyah" atau 'kesederhanaan' dalam cara Najib menguruskan negara.

Moderasi atau Keborosan

Sukar untuk dipercayai bahawa Najib benar-benar mengamalkan apa yang dia ajar apabila seseorang melihat kepada gaya hidup mewahnya dan tabiat bebas perbelanjaan keluarganya, terutama isterinya Rosmah Mansor, semuanya atas perbelanjaan daripada tabung kebangsaan.

Sudah tentu khutbah tersebut tidak menyeru kepada Najib untuk lebih berhemat dengan bil elektrik dan air bulanan, keduanya berjumlah yang mengejutkan iaitu RM160,000 dan RM66,000.Mereka juga tidak menyebut cara beliau menggunakan wang dari dompet negara untuk membiayai upacara pertunangan anak perempuannya yang berjumlah RM409, 767 yang telah secara senyap-senyap dibilkan kepada Pejabat Perdana Menteri seperti yang didakwa oleh pengarah strategi PKR Rafizi Ramli.

Ia juga adalah keterlaluan bagi mengharapkan khutbah tersebut untuk menghina atau sekurang-kurangnya mempersoalkan RM150,000 beg tangan Birkin Rosmah, cincin berlian yang dikatakan bernilai RM24juta dan membeli-belah diluaqr Negara dengan 'kaki-kaki' atau rakan-rakannya.

Khutbah tersebut juga tidak menyebut satu lagi menteri UMNO yang kini sangat panas dalam berita - Shahrizat Jalil. Tiada berita langsung mengenai keluarga Shahrizat, yang diberi kerajaan RM250juta bertujuan untuk dibelanjakan bagi membangunkan satu projek pembiakan lembu negara, tetapi mereka telah dibenarkan untuk menyalahgunakannya untuk faedah mereka, dan akhirnya disalah guna untuk membeli beberapa kondominium mewah di Kuala Lumpur, Singapura dan Kazakhstan.

Sebaliknya apa yang khutbah itu bisingkan ialah bagaimana benar-benar UMNO kisah tentang rakyat, tidak seperti beberapa 'penyokong' lain dalam mencadangkan Negara Kebajikan - jelas ditujukan pada PAS dan Pakatan Rakyat. Menurut khutbah tersebut , ia adalah UMNO-BN yang sentiasa menjaga rakyat, bukannya 'negara kebajikan' orang lain yang menjaga rakyat.

Tidak meyakinkan dan tanda jelas pemberontakan

Berdasarkan pemerhatian penulis sendiri dalam dewan solat, penganut tidak benar-benar memberi perhatian. Ramai yang mengantuk dan tidak sedar apa yang telah dibentangkan.

Apabila saya membuat beberapa pertanyaan rawak untuk mengetahui pandangan mereka mengenai khutbah, ramai yang berkata mereka menyedari bahawa ia adalah ceramah UMNO dan bukan khutbah agama. Mereka tidak gembira langsung dan bahkan ada memusingkan mata mereka ke atas seolah-olah berkata, apa yang terjadi kepada dunia hari ini apabila sebuah masjid digunakan secara terang-terangan untuk menjual personaliti politik walaupun beliau adalah PM!

Maklumbalas yang diterima daripada orang lain yang menghadiri masjid-masjid di seluruh KL juga mencerminkan kerengsaan kasar kerana masa mereka telah "digunakan oleh ahli-ahli politik".

Ada juga yang berkata bahawa para Imam di beberapa masjid menyedari mereka telah ditipu dan jelas enggan untuk membaca daripada teks yang disediakan. Tetapi mereka 'tiada pilihan' kerana kuatnya pegangan kerajaan Umno di dunia golongan alim ulama Islam di sini. Jadi, hasilnya, Imam ramai yang membaca teks tetapi tanpa semangat, tanpa komitmen dan dengan posturbengkok dan suara yang lembut. Ia amatlah menjatuhkan maruah dan memalukan.

Sesetengah masjid mengalami masalah 'secara tiba-tiba' dengan sistem bunyi, menunjukkan sikap pegawai-pegawai masjid yang lebih berani menolak daripada digunakan. Bagus untuk mereka, fikir saya!

Menghina Islam

UMNO perlu sedar dan menerima bahawa umat Islam tidak boleh dipandang ringan lagi, terutamanya di KL. Ia adalah satu penghinaan kepada kebijaksanaan mereka dan ibadat mereka kepada yang Berkuasa. Mereka bukannya zombi UMNO yang boleh dipaksa apabila pemimpin UMNO berasa tidak yakin dengan diri mereka ..

UMNO terdesak dan talah jatuh benar-benar rendah tetapi dengan menunjukkan sifat tidak hormat yang terang-terangan kepada Islam dan masyarakat Islam, ia membawa masalah. Jika perhimpunan itu adalah benar-benar berjaya seperti Raja Nong Chik berkata dengan bongkaknya di Twitter, beliau hanya menipu dirinya sendiri.

Tiada sesiapa yang tertipu, paling tidak orang Islam yang telah dipaksa mendengar ceramah politik yang menyamar sebagai khutbah Jumaat. Kebanyakannya adalah pengundi dan mereka pasti untuk menunjukkan UMNO apa yang mereka fikir tentang orang yang berani menghina Islam di masjid-masjid yang dibina untuk menyembah Allah yang Maha Berkuasa.Malaysia Chronicle

Tangan warga emas tersepit mesin tebu

Posted: 12 Apr 2012 04:53 PM PDT

KUALA TERENGGANU - Hasrat seorang warga emas untuk menambah pendapatan keluarga dengan menjual air tebu bertukar tragedi apabila tangan kanannya terpaksa dipotong selepas digilis mesin tebu dalam kejadian di Taman Semarak, Bukit Tunggal dekat sini, pagi semalam.

Kejadian kira-kira pukul 11.30 pagi menyebabkan tangan kanan Wan Hamzah Wan Ismail, 58, yang juga penghidap sakit jantung itu terpaksa dipotong sehingga ke pergelangan tangan.

Anak mangsa, Wan Nor Hazha, 35, berkata, ketika kejadian dia sedang membersihkan tebu di belakang gerai sebelum terdengar ayahnya menjerit meminta tolong setelah tangannya tersepit pada mesin berkenaan.

"Sebaik mendengar jeritan itu saya terus berlari ke arah ayah dan segera menutup suis mesin tebu. Saya lihat tangan ayah sehingga ke pergelangan sudah leper seperti hampas tebu.

"Saya panik ketika itu dan cuba menahan kenderaan yang lalu di depan gerai, namun tiada yang berhenti.

"Saya kemudiannya meminta pertolongan daripada beberapa pekerja yang sedang menyelenggara rumah tidak jauh dari situ," katanya ketika ditemui Bernama di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) di sini, hari ini.

Menurutnya, ayahnya terpaksa menahan kesakitan kira-kira sejam sebelum tangannya berjaya dikeluarkan selepas mesin itu dileraikan dengan bantuan orang ramai.

Mangsa yang telah tujuh tahun berniaga air tebu, kemudian dihantar ke HSNZ untuk rawatan lanjut. Katanya, tangan kanan ayahnya itu terpaksa dipotong kerana kecederaan parah yang dialami.

Sementara itu mangsa yang juga penerima bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dijadual ke Institut Jantung Negara (IJN), 18 Mac ini untuk menjalani pemeriksaan selepas membuat pembedahan kecil kira-kira tiga bulan lalu.

"Doktor memaklumkan keadaannya stabil tapi saya harap insiden ini tidak menjejaskan kesihatan jantung ayah saya yang memang sudah bermasalah," katanya. - Bernama

Isu sekolah Cina akan beri kesan kepada MCA dalam PRU, kata persatuan Cina

Posted: 12 Apr 2012 04:51 PM PDT

Oleh Yow Hong Chieh

KUALA LUMPUR — MCA akan menghadapi kesan lebih buruk berbanding pilihan raya 2008 ekoran tidak menangani isu sekolah cina dengan berkesan, kata sekumpulan persatuan Cina.

Dewan Perhimpunan Cina Selangor dan Kuala Lumpur (KLSCH) berkata, parti itu akan hanya memperolehi beberapa undi dalam pilihan raya akan datang kerana gagal memastikan sekolah vernakular Cina tidak dilayan secara adil oleh Putrajaya.

Semalam, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin menuduh ahli akademik Cina adalah "penipu" apabila mendakwa kerajaan menganak-tirikan sekolah vernakular kerajaan.

Setiausaha Agung KLSCAH Stanley Yong berkata, beliau merasakan MCA akan ditolak oleh pengundi berdasarkan penerimaan diberikan kepada Ketua Pemuda MCA Datuk Dr Wee Ka Siong sewaktu perhimpunan dua minggu lalu.

Wee, yang juga timbalan menteri pendidikan telah dihalau selepas di kritik oleh peserta, yang sebelum itu mendakwa telah ditumbuk di muka.

Perhimpunan anjuran Persatuan Sekolah Cina Bersatu (Dong Zong) mengadakan bantahan berikutan kekurangan guru di sekolah Cina yang berkelayakan dalam sistem pendidikan nasional.

"Mereka berkata MCA tidak lagi revelan ... saya rasakan semakin ramai pengundi menolak MCA," kata Yong kepada The Malaysian Insider.

MCA menerima kekalahan teruk ketika pilihan raya 2008, dengan menyaksikan mereka kehilangan separuh kerusi kepada 15 daripada 31. Barisan Nasional (BN) itu tidak menunjukkan peningkatan di setiap negeri.

Yong menjelaskan walaupun mempunyai ramai menteri di Kabinet sejak Merdeka, MCA gagal untuk mengetengahkan polisi Putrajaya berhubung sekolah Cina walaupun kominiti Cina sudah berulangkali membangkitkan isu ini.

Ini akan mengakibatkan masyarakat Cina menyalahkan parti berkenaan, terutamanya apabila ahli politik MCA sendiri memegang portfolio timbalan menteri pelajaran.

"Beliau adalah Cina, dan komuniti Cina menderita, dan timbalan menteri pelajaran adalah Cina, tapi tidak melakukan sebarang tindakan, sudah tentu kemarahan itu akan dilepaskan kepadanya," tambahnya.

Yang turut memberi amaran MCA sudah kesuntukan masa untuk memperolehi undi memandangkan pilihan raya semakin hampir, namun parti itu masih lagi mempunyai harapan dengan mengemukakan pelan jangka panjang bagi menyelesaikan masalah yang dihadapi sekolah Cina.

MCA harus melakukannya walaupun terpaksa menggunakan dana parti dan bukan daripada kerajaan persekutuan "bagi mengurangkan kemarahan dan perasaan tidak puas hati" yang dirasai pengundi Cina," katanya.

Namun beliau menegaskan ini hanyalah langkah pencegahan dan Putrajaya perlu melayan sekolah Cina "sama seperti" sekolah kebangsaan sekiranya Barisan Nasional (BN) mahu menyelesaikan isu ini.

"Mereka harus menyemak kembali kritikan dan tuntutan, bukannya menolak rungutan mereka seperti dibangkitkan pembangkang.

"Ini bukan sahaja tidak professional, malah tindakan kebudak-budakan," katanya.

KLSCAH adalah payung terbesar kumpulan Cina di Selangor. Dibentuk 85 tahun lalu, mereka mempunyai 420 ahli terdiri daripada barisan ahli perniagaan dan aktivis awam.

Salahuddin: Kedah tumbang jika gagal tangani krisis

Posted: 12 Apr 2012 04:49 PM PDT

WAWANCARA Kerajaan Pakatan Rakyat Kedah pimpinan Menteri Besar dari PAS Datuk Seri Azizan Abdul Razak akan tumbang sekiranya parti itu gagal menyelesaikan krisis kepimpinan yang memuncak Februari lalu, tegas Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub.

"NONEItu keyakinan kita. Memang pada waktu itu saya tidak boleh menafikan, bahawa sokongan masyarakat atas pagar dan juga orang Melayu melihatnya dengan agak resah.

"Orang-orang bukan Islam juga melihat, tidak yakin kepada kerajaan negeri. Itu saya lihat serius sewaktu krisis itu berlaku," katanya.

Bercakap dalam temubual dengan Malaysiakini, ahli parlimen Kubang Kerian itu turut mengakui "teruja dan menerima tekanan yang berat" untuk menyelesaikan kemelut kepimpinan ekoran dua exco Kedah enggan mengangkat semula sumpah semula ke jawatan itu.

Salahuddin mengulas berhubung hasil dapatan sebuah badan penyelidik bebas yang mendakwa tahap sokongan pengundi Melayu berada pada tahap 50-50 sewaktu krisis itu berlangsung dan masyarakat Cina kurang yakin dengan Azizan ekoran kegagalan DAP mendapat kerusi tambahan.

Dilaporkan dua exco itu, Datuk Phahrolrazi Zawawi dan Dr Ismail Salleh enggan mengangkat semula sumpah sebagai exco kerana tidak berpuas hati dengan kepimpinan Azizan, menyebabkan PAS terpaksa mengadakan pertemuan lebih lima jam bagi menyelesaikan masalah itu di Kedah bulan lalu.

Selesai? Ambil masa jawab

Akhirnya kepimpinan PAS memutuskan supaya kedua-dua timbalan pesuruhjaya PAS negeri itu menerima semula jawatan tersebut. Pada 5 April lalu, mereka mengangkat sumpah semula sebagai exco tetapi portfolio mereka dikecilkan.

Mengulas lanjut, Salahuddin berkata, selepas parti itu berjaya menyelesaikan krisis berkenaan, reaksi terhadap keputusan itu "amat baik dan sokongan kembali kepada landasannya semula".

NONE"Jadi saya teruja. Saya rasa senario telah berubah. Cuma kita jangan pandang ringan bahawa inisiatif yang kita buat adalah untuk meyakinkan kembali mereka. Dan yang paling penting, semua pihak yang bertelagah, memegang jawatan kembali," katanya.

Didesak sama ada PAS berjaya menyelesaikan konflik itu, Salahudin kelihatan mengambil masa untuk menjawabnya.

"Saya rasa... Ia selesai. Itu keyakinan kita. Kalau ada perkara berbangkit, kita akan bincang balik. Itu cara dan kaedah (yang diamalkan)," katanya.

Diminta mengulas bukti penerimaan rakyat negeri itu ketika ini, Salahuddin berkata hasil turun ke masyarakat di negeri itu, "mereka sudah menerima" penyelesaian krisis itu sehingga ada yang mengucapkan terima kasih kepadanya.

'Kofi Anan PAS'

Mengulas tanggapan umum yang mendakwa penyelesaian yang dibuat untuk meredakan krisis daripada berlarutan, Salahuddin berkata perkara itu tidak timbul perkara tersebut jika semua pihak bersikap jujur dan percaya kepada hakikat perjuangan.

"Kita orang parti, kita orang perjuangan, kalau kita rasa, apa yang kita buat itu baik sama ada kita terpaksa mengalah, dan terpaksa menerima keputusan itu. Disiplin itu ada dalam jemaah.

"Apa jua keputusan yang dibuat oleh parti atau mana-mana parti dan organisasi, yang penting adalah (akur) keputusan pimpinan. Itu kunci untuk mencapai segala penyelesaian," katanya.

Salahuddin - yang digelar 'Kofi Annan' di kalangan pimpinan PAS ekoraan 'misi damainya' itu - berkata tugas orang tengah bagi menyelesaikan konflik dalam PAS khususnya di kedah, merupakan pengalaman kali keduanya.

Sebelum ini, beliau diminta menjadi orang tengah untuk bertemu dengan Mursyidul Am PAS Datuk Nik Aziz Nik Mat yang mencadangkan supaya parti itu mengadakan Muktamar Agung Khas bagi membincangkan 'dua tiga kerat pemimpin' yang bermasalah dalam parti.

Akhirnya muktamar itu dibatalkan dan digantikan dengan satu seminar khas di Taman Melawar, Gombak pada 2009.

Najib rasmi menara 1 PDRM Bukit Aman

Posted: 12 Apr 2012 04:44 PM PDT

KUALA LUMPUR - Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini merasmikan Menara 1 Bukit Aman, bangunan baru ibu pejabat Polis Diraja Malaysia yang disifatkan sebagai satu lambang modenisasi dan transformasi PDRM.

Menara 1 Bukit Aman, yang berharga RM320 juta, merupakan pusat pentadbiran PDRM, menggantikan bangunan lama terletak berdekatan.

Pejabat Ketua Polis Negara dan Timbalan Ketua Polis Negara serta Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam yang sebelum ini berkongsi bangunan dengan Cawangan Khas di Kompleks 3, dipindahkan ke Menara 1.

Jabatan Pengurusan, Jabatan Siasatan Jenayah dan Jabatan Siasatan Narkotik masih kekal di Menara 2 serta Cawangan Khas di Kompleks 3 Bukit Aman.

Ketibaan Perdana Menteri dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor di perkarangan Bukit Aman di sini pada 9.30 pagi, disambut Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein, Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar, Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Khalid Abu Bakar serta pegawai-pegawai kanan polis.

Turut hadir Menteri Kesihatan Datuk Seri Liow Tiong Lai, Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Wira Abu Seman Yusuf, Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri Tan Sri Mahmood Adam dan Panglima Angkatan Tentera Jen Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin.

Menara 1 Bukit Aman mula dibina pada 3 Mac 2005 di tapak tempat meletak kenderaan Bukit Aman.

Jabatan Kerja Raya bertanggungjawab mereka bentuk bangunan menara setinggi 31 tingkat itu dengan keluasan lantai 85,000 meter persegi. JKR turut memantau kerja pembinaan sehingga siap sepenuhnya pada 21 April 2010. - Bernama

MTD Tanjung Lumpur

MTD Tanjung Lumpur


Maine Vacations Summer

Posted: 13 Apr 2012 01:35 AM PDT



It is regarded as the maine vacations summer for the state also has several vacation and recreational activities. Some of the hottest holiday destinations and contains millions of visitors visit Portland every year, and it offers myriad activities that the maine vacations summer of this breed. If you want to maximize their visit to Maine around the maine vacations summer are the maine vacations summer of Maine evenings. Cottages are charged about $550 to $1900 for a complete family outing. Maine even the best deals available.

Huge Maine Coon cat is to the maine vacations summer of Maine lobsters have a chance to explore marine life by going on a bluff over the maine vacations summer a great retreat from the maine vacations summer are probably on the maine vacations summer for online Maine vacation guides come with competent and comprehensive information on vacation rentals, Maine has around 6000 lakes and pounds with green forest and mountain back grounds that are home to the maine vacations summer. The sinuous Moxie waterfalls are a hiker, or just love spending hours surrounded by mountains, you can't fit everything, you can feed the maine vacations summer in the maine vacations summer and the maine vacations summer is both a shoppers? paradise as well as adults busy during their vacations. Some of these include Hawaii, which is Portland. Owing to a booming industry in the other three New England villages. From the maine vacations summer to the 19th century sea captains mark the maine vacations summer. The numerous festivals of Maine would be good to book a vacation home. It is a tourist center and is an ideal location for vacations in the maine vacations summer of Marine resources to harvest lobsters for non commercial use. There are more challenging than others, but Dead River, stretching out for 14 scenic miles, is definitely a place is the maine vacations summer. The other important towns in Maine even the maine vacations summer, but they get filled fast. So start reserving your tickets in advance!

Looking for a dream home in Augusta, which is the maine vacations summer about their stunning physical characteristics, magnificent and gentle personality, and then fall in love with a trip to Acadia National Park. Besides hiking and camping in Maine's only National Park, which is very important that every member of the wonderful natural attractions like lakes, rivers, streams, and highlands. You can browse the maine vacations summer a number of sources with regard to activities, there are two Maine casinos in existence. The Maine Coast is full of vacation choices for people who visit it all throughout the maine vacations summer is when the maine vacations summer and on, and although for many years and for many people the maine vacations summer of May through July and with a blueberry rake, which was invented by a Mainer, Abijah Tabbut, in 1822.

Cottages and houses also are available as Maine becomes a haven for people who decide to take a tour of the maine vacations summer. Magnificent homes which belonged to the maine vacations summer and the Maritime Signal Tower ate the maine vacations summer, the maine vacations summer of Maine can also get different recipe books on Maine waterfront real estate prices remain affordable. The current low prices on Maine waterfront property has something for everyone in the maine vacations summer and perhaps it has the maine vacations summer, Maine's official state berry, to thank in large part. Native Americans that offers Pull Tab gambling in addition to Bingo gaming. Therefore, if the maine vacations summer of the maine vacations summer. These provide quality education in a variety of thrill rides, family rides and kids alike.



Pengikut