Pakatan Rakyat |
Posted: 05 Aug 2011 03:42 PM PDT | Pengusiran peguam cetus minat kes Scorpene di Perancis Posted: 05 Aug 2011 03:33 PM PDT Aidila Razak Keputusan kerajaan mengusir peguam Perancis, William Bourdon bulan lepas terbukti satu kesilapan kerana ia sebaliknya telah mencetuskan minat yang lebih besar di kalangan orang awam Perancis terhadap kes pembelian kapal selam oleh kerajaan Malaysia. Bercakap kepada pemberita di Petaling Jaya hari ini, pengarah NGO hak asasi manusia - Suaram - Cynthia Gabriel (kiri) berkata, pengusiran tersebut mendapat liputan meluas media Perancis ekoran reputasi cemerlang Bourdon sebagai peguam hak asasi manusia. "Apabila beliau turun dari kapal terbang ... di Paris selepas dihantar pulang, dia dinanti oleh ramai petugas media. "Orang Perancis tidak tahu yang beliau mengendalikan (kes ini) di Malaysia, dan ia membangkitkan minat yang besar di kalangan orang ramai," katanya. Menurutnya, Bourdon "terkenal" kerana antara lainnya, mewakili pihak yang membuat tuntutan terhadap pemerintahan diktator Pinochet dan kes-kes pembunuhan beramai-ramai Rwanda dan pengusirannya telah memburukkan prestasi Malaysia. Ia juga menimbulkan 'kemarahan" di kalangan rakyat Malaysia yang kemudiannya bermurah hati untuk menyumbang kepada tabung guaman Suaram berhubung kes pembelian kapal selam dari syarikat pembuat kapal Perancis, DCNS, yang sedang didengar di mahkamah Perancis. Hasilnya, Suaram memperolehi kira-kira RM250,000 di tiga acara mengumpul dana tersebut bulan lalu - jauh melepasi sasaran 'sederhana' RM100,000 sebagai dana permulaan. Bagaimanapun, jumlah tersebut hanya mencukupi untuk membiayai peringkat awal pendengaran kes itu. Beliau berkata, pihaknya amat berbesar hati dengan sambutan terhadap jualan tiket, sumbangan, derma dan janji-janji untuk membuat sumbangan. "Malah, ketika kita bercakap ini pun, sumbangan diterima (tetapi) peguam kami memaklumkan bahawa kos terjemahan sahaja ialah €20,000 manakala kos memfailkan kes belum ditentukan lagi," katanya. | BERSIH: Penjelasan JPN tak boleh diterima Posted: 05 Aug 2011 03:16 PM PDT Penjelasan oleh Jabatan Pendaftaran Negara berhubung status kewarganegaraan seorang bakal pengundi yang dilaporkan sebelum ini tidak menyentuh mengenai kebimbangan orang ramai, kata pengerusi BERSIH 2.0, Datuk Ambiga Sreenevasan. Oleh sebab itu, beliau menyokong seruan oleh ahli parlimen Pakatan Rakyat untuk mengadakan sidang tergempar parlimen pada bulan ini bagi mendapatkan penjelasan kepada persoalan yang ditimbulkan berhubung skandal berkenaan. "Kita belum lagi mendapat jawapan bermakna... Perlu ada kebertanggungjawaban dalam isu ini," kata Ambiga dalam satu wawancara dengan Malaysiakini semalam. Katanya lagi, jawapan yang diberikan kepada BERSIH 2.0 setakat ini sangat tidak boleh diterima. Ketua pengarah JPN, Jariah Mohd Said dalam penjelasannya sebelum ini berkata, nama Mismah yang ditemui dalam draf daftar pemilih terbaru itu diberikan taraf penduduk tetap pada 17 Julai, 1982 dan kemudiannya diberikan taraf kerakyatan pada 31 Januari 2011. Bagaimanapun, kenyataan itu tidak dapat menjelaskan bagaimana sistem pengesahan JPN mengkategorikan Mismah sebagai penduduk tetap pada pagi Selasa, tetapi status tersebut ditukar kepada taraf kerakyatan hanya empat jam selepas laporan Malaysiakini disiarkan. Jariah juga tidak menjelaskan dakwaan yang dikemukakan oleh PAS bahawa terdapat sebanyak 1,587 kes seperti itu yang dikesan di seluruh negara. Mengulas lanjut, Ambiga berkata BERSIH 2.0 turut menerima aduan sama tetapi ia tidak dibuktikan sebelum Malaysiakini membuat pendedahan berkenaan. | Suhakam berhasrat temui semua anggota polis terlibat Posted: 05 Aug 2011 03:11 PM PDT Joseph Sipalan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) hari ini berkata ia berhasrat menemui semua anggota polis yang didakwa bertindak ganas terhadap peserta perhimpunan BERSIH 2.0 di Kuala Lumpur pada 9 Julai lepas. Suhakam pesuruhjaya James Nayagam (kanan) berkata ia adalah "Kita perlu buat... Orang ramai tidak sedar, bila anda bercakap tentang siasatan awam, anda perlu bercakap dengan semua yang terlibat. Ia Wakil dari BERSIH 2.0, Suaram, Tenaganita dan Peguam for Liberty, menyerahkan 17 video, 15 testimoni umum dan 17 testimoni khusus Suhakam sebelum ini meminta orang ramai tampil mengemukakan bukti mengenai dakwaan keganasan polis, kepada suruhanjaya itu sehingga 2 Ogos, tetapi tarikh itu dilanjutkan ke hari ini atas permintaan BERSIH 2.0 dan yang lain-lain. | PR: PAS Selangor mahu Najib jawab Posted: 05 Aug 2011 03:10 PM PDT
| Posted: 05 Aug 2011 03:07 PM PDT
| Shahrizat: Pelajar tak patut sertai motivasi 'ala penjara' Posted: 05 Aug 2011 03:06 PM PDT Oleh Syed Mu'az Syed Putra KUALA LUMPUR — Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil menegaskan pihak pengurusan sekolah sepatutnya tidak menghantar pelajar untuk menyertai kursus motivasi di penjara ekoran aduan pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Baru Uda, Johor Baru minggu lalu. Berikutan kursus motivasi itu sekumpulan 32 pelajar mendakwa melalui pengalaman mengerikan apabila ditendang, ditumbuk, malah ada yang berkata mereka digari dan dikurung dalam sel tahanan oleh warden ketika mengikuti kem motivasi "ala penjara" anjuran sekolah di Penjara Kluang pada 29 hingga 31 Julai lalu. Sepanjang tiga hari program berlangsung, kumpulan pelajar tingkatan satu, dua dan empat sekolah berkenaan mendakwa dilayan umpama banduan apabila makanan mereka dicatu, diarah berbogel, melakukan ketuk ketampi dan tekan tubi berulang kali serta hukuman lain setiap kali melakukan kesalahan. Selain itu, kesemua pelajar berkenaan turut dicukur umpama banduan sebenar. Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (gambar) berkata, pelajar-pelajar tidak sepatutnya diberi pendedahan kepada kursus motivasi sedemikian. "Kementerian menegaskan bahawa program kursus motivasi di penjara seperti ini tidak dapat menjamin keberkesan dalam membendung masalah penyalahgunaan dadah dan penglibatan jenayah di kalangan kanak-kanak. "Kajian antarabangsa juga mendedahkan bahawa kesan daripada program seperti itu gagal untuk menghalang kanak-kanak daripada terlibat dengan penyalahgunaan dadah dan jenayah, sebaliknya akan menggalakkan mereka untuk bertindak sebaliknya," katanya dalam satu kenyataan hari ini. Justeru jelas beliau, pengurusan sekolah sepatutnya mengadakan kursus motivasi yang sesuai dengan peringkat umur pelajar. "Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat lebih cenderung mengesyorkan pendekatan pemulihan untuk jenayah kanak-kanak dilakukan, yang mana pendekatan ini boleh mengembalikan mereka kepada kehidupan biasa melalui latihan semula serta rawatan yang bersesuaian untuk membaiki kesilapan yang telah dilakukan pada masa lalu. "Ini juga bermakna bahawa pendekatan pemulihan akan dapat meningkatkan kesedaran kepada kanak-kanak dan risiko kepada mereka apabila melakukan kesalahan jenayah, pada peringkat awal lagi," katanya. Shahrizat juga mengingatkan bahawa sesiapa yang melakukan penderaan terhadap kanak-kanak boleh didenda tidak lebih RM20,000 atau penjara tidak lebih 10 tahun atau kedua-duanya sekali, mengikut Seksyen 31 Akta Kanak-kanak 2001. "Juga di bawah Seksyen 319 Kanun Keseksaan, kesalahan menyalahgunakan individu termasuk kanak-kanak seperti menyebabkan penderaan boleh disabitkan kesalahan di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan denda tidak lebih RM5,000 atau penjara dua tahun penjara atau kedua-duanya jika sabit kesalahan," katanya. Bagaimanapun Jabatan Penjara menafikan dakwaan 32 pelajar lelaki itu didera secara fizikal semasa menyertai kursus motivasi di Penjara Kluang. Ketua Pengarah Penjara Datuk Zulkifli Omar berkata hasil siasatan awal mendapati dakwaan para pelajar terbabit bahawa mereka ditumbuk, dipukul dan mendapat layanan di luar daripada batasan adalah tidak benar. Bagaimanapun, katanya siasatan terperinci sedang dijalankan. | Anuar dilantik pemangku Naib Canselor Unisel Posted: 05 Aug 2011 03:02 PM PDT KUALA LUMPUR — Timbalan Presiden (Akademik) Univesiti Selangor (Unisel) Prof Dr Anuar Ahmad dilantik sebagai pemangku Naib Canselor pusat pengajian tinggi itu bagi menggantikan Datuk Dr Rosti Saruwono yang meletakkkan jawatan dalam 24 jam Selasa lalu. Pelantikan Anuar berkuat kuasa mulai hari ini, kata kenyataan dikeluarkan oleh Sekretariat Akhbar Pejabat Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim petang ini. "Keputusan ini dibuat pada mesyuarat Ahli Lembaga Pengarah Unisel yang diadakan di pejabat Menteri Besar hari ini," kata kenyataan itu. Kenyataan itu menambah, Anuar akan menjalankan tugas-tugas sebagai Naib Canselor dengan dibantu jawatankuasa khas melancarkan pentadbiran universiti serta mengukuhkan kewangan universiti. "Dalam tempoh ini, awatankuasa khas juga akan membantu Ahli Lembaga Pengarah untuk mencari mencari calon sesuai untuk dilantik Naib Canselor Unisel yang baru," kata kenyataan itu lagi. | Daftar pemilih: PAS Selangor buat laporan polis terhadap JPN, SPR Posted: 05 Aug 2011 02:57 PM PDT Oleh Syed Mu'az Syed Putra KUALA LUMPUR — Ekoran pendedahan tukar status kewarganegaraan warga asing dalam tempoh singkat baru-baru ini, PAS Selangor hari ini membuat laporan polis ke atas Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR). Laporan polis dibuat oleh Setiausaha Jabatan Pilihan raya PAS negeri Mohamad Asri Sapar di Ibu pejabat polis daerah Shah Alam petang tadi. Setiausaha PAS Selangor Mohd Khairuddin Othman berkata, laporan itu dibuat kerana wujud terlalu banyak konspirasi sehingga JPN membenarkan pemastautin tetap ditukar status menjadi warga negara Malaysia. "Kita buat laporan terhadap JPN dan SPR kerana timbul terlalu banyak keraguan tentang status kewarganegaraan pemastautin tetap yang mana kalau kita lihat status mereka bertukar ke warganegara dalam tempoh yang singkat. "Kita mahu polis siasat, siapa dalang di sebalik konsprirasi ini kerana ia boleh menjejaskan keselamatan negara," katanya kepada The Malaysian Insider. Jelas beliau, setakat ini pihaknya telah mengenal pasti 1,108 warga asing yang sudah ditukar status kewarganegaraan oleh JPN. "Sebab itu kita buat laporan polis ini, kita mahu polis siasat dengan terperinci, bagaimana ia boleh berlaku sebab jumlahnya terlalu ramai. "Kita juga bimbang akan konspirasi antara JPN dan SPR dalam perkara ini," katanya. Kesemua 1,108 nama warga asing itu diserahkan kepada polis untuk membantu siasatan. Tambah Khairuddin, tindakan JPN melakukan pertukaran status pemastautin tetap merupakan satu penipuan dan tidak bertanggungjawab. "PAS Selangor mempunyai bukti jelas dalam bentuk cetakan, keadaan status kerakyatan sebelum dan selepas pertukaran dalam sistem data JPN yang diubah dalam tempoh tidak sampai 24 jam. "Kami mahu mereka yang terlibat dalam kerja yang mengancam keselamatan negara ini dikenakan tindakan undang-undang yang berat," katanya. | 54 tahun merdeka – bagaimana sekarang? Posted: 05 Aug 2011 04:23 AM PDT
| Mengapa Zambry nafi p'raya olok-olok di Perak Posted: 05 Aug 2011 04:21 AM PDT
| Peserta Bersih saman kerajaan secara berperingkat Posted: 05 Aug 2011 04:16 AM PDT
| Kenapa IC merah bertukar biru kurang 24 jam Posted: 05 Aug 2011 04:13 AM PDT
| Isu Jais: Hentikan buat kenyataan provokatif Posted: 05 Aug 2011 04:11 AM PDT
| Kontraktor Melayu sanjung pendekatan Pulau Pinang Posted: 05 Aug 2011 04:09 AM PDT
| Menteri: Kita kena tahu punca sebenar PPM defisit RM350,000 Posted: 05 Aug 2011 04:04 AM PDT Oleh G Manimaran KUALA LUMPUR — Menteri Belia dan Sukan Datuk Ahmad Shabery Cheek berkata punca sebenar mengakibatkan Persekutuan Pengakap Malaysia (PPM) berhadapan dengan defisit bajet RM350,000, yang didakwa kali pertama, perlu diketahui sebelum membuat tanggapan tepat mengenai isu itu. Sehubungan itu kata beliau, andaian wal bahawa wujudnya penyelewengan tidak adil kerana kemungkinan ada banyak sebab yang membawa kepada situasi tersebut. "Ia bergantung (pada banyak sebab)... anda tidak boleh tuding (wujudnya penyelewengan)," kata beliau kepada The Malaysian Insider. Beliau juga berkata kementeriannya belum menerima apa-apa laporan ataupun permintaan daripada kepimpinan PPM mengenai isu tersebut. "Saya belum mendengar mengenai isu ini, kita tidak tahu apakah puncanya... adakah ia disebabkan oleh perbelanjaan yang keterlaluan ataupun disebabkan peruntukan (daripada kerajaan) yang semakin menurun sejak kebelakangan ini," kata beliau sambil menambah, dana yang diperuntukkan oleh kerajaan kepada PPM dan badan-badan bukan kerajaan kini menurun berbanding dulu. Sejak tahun lalu kerajaan mengumumkan pemotongan peruntukan kewangan ekoran kedudukan kewangan negara semasa. "Saya kena tengok sejauh mana serius masalah ini...," kata beliau lagi yang turut mengatakan bahawa PPM sebenarnya secara langsung terletak di bawah Parlimen. Bagaimanapun katanya, disebabkan kebanyakan ahlinya merupakan belia, maka Kementerian Belia dan Sukan akan mengambil berat tentang isu berkaitan PPM. Ahmad Shabery berkata kementeriannya akan membantu jika ada permintaan daripada pengurusan PPM. "Setakat ini perlu ada permintaan (daripada PPM)," katanya lagi. Dalam kenyatan kepada The Malaysian Insider semalam, bekas Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negara Datuk Dr Kamarudin Kachar meminta agar Putrajaya bercampur tangan ekoran pengakuan PPM bahawa ia berhadapan dengan defisit perbelanjaan sebanyak RM350,000 — dipercayai buat pertama kali wujud dalam pertubuhan beusia satu abad ini. Dalam satu surat diedarkan kepada kepimpinan PPM seluruh negara baru-baru ini, Ketua Setiausaha Eksekutif PPM Mohd Zaki Nurud-Din @ Nordin berkata, "dukacita dimaklumkan bahawa Persekutuan Pengakap Malaysia sedang mengalami defisit perbelanjaan lebih kurang RM350,000." Surat itu tidak menyatakan punca, sebaliknya meminta semua pihak dalaman PPM mengambil tindakan mengelak membuat permohonan bantuan kewangan. Sehubungan itu, kata beliau, PPM berharap pihak dalaman pertubuhan tersebut "tidak lagi mengemukakan sebarang pernohonan bantuan kewangan daripada PPM bagi menampung aktiviti dari program" masing-masing. The Malaysian Insider turut menghubungi PPM beberapa kali sejak semalam tetapi tidak memperoleh respons daripada Zaki. PPM kini diketuai oleh bekas Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Dr Shafie Mohd Salleh. Kamarudin berkata "saya dapati ini tidak sepatutnya berlaku, nampaknya kepimpinan PPM sekarang boros... boros dalam perbelanjaan. Saya dimaklumkan program yang dijalankan melibatkan kunjungan ke luar adalah membazir, boros." "Ini kali pertama situasi seperti ini berlaku, ia sungguh menyedihkan dan mengecewakan... bagaimana ia boleh berlaku? Ada yang tidak kena dalam pengurusan," kata beliau kepada The Malaysian Insider. PPM mempunyai sekitar lapan bangunan dan beberapa bidang tanah di Lembah Klang, kata beliau yang bimbang ia kemungkinan boleh dijual untuk mengatasi masalah defisit. "Kita tidak mahu hartanah bernilai ini dijual," katanya. "Oleh itu saya mengharapkan tindakan sewajarnya. Saya dari PPM dulu, saya tahu bagaimana soal kewangan PPM harus diuruskan," kata beliau. Ia bergerak di bawah Akta Persekutuan Pengakap Malaysia 1968. Sehingga kini, hanya PPM satu-satunya pertubuhan seumpamanya yang dikuatkuasakan melalui akta Parlimen. PPM kini ia dianggotai kira-kira 80,000 ahli di seluruh negara. | Posted: 05 Aug 2011 03:55 AM PDT MSO PENYERBUAN (masuk secara mengejut) pihak penguatkuasa Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) terhadap majlis makan malam di Gereja Methodis Damansara Utama dua hari lepas sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku. Apa lagi kalau aktiviti yang berlaku ketika itu hanya majlis makan malam sosial untuk mengutip dana bagi membantu mereka yang susah. Penyerbuan itu telah menjadi percakapan umum kini dan menimbulkan kekeliruan sejauh mana wajar atau tidak penyerbuan itu. Ini kerana hakikat sebenar di sebalik majlis tidak jelas apakah ianya sekadar majlis sosial atau bermotif tertentu. Justeru ada pihak yang beranggapan kejadian itu tidak menghormati hak asasi orang lain. Di pihak, gereja berkenaan seperti mana dijelas Pastor Daniel Ho majlis itu adalah majlis makan malam yang berkonsepkan 1 Malaysia. Ia dianjurkan oleh sebuah persatuan muhibah. Dalam penjelasannya tidak menampakkan ada unsur-unsur negatif di sebalik majlis berkenaan. Jauh sekali seperti mana tuduhan atau tanggapan di pihak Jais kononnya majlis itu ada motif negatif, untuk memurtadkan orang Islam. Kalau benarlah ia setakat itu, makan malam adalah kewajarannya kalau serbuan itu dipertikaikan. Tetapi apakah benar begitu? Penjelasan dan laporan penuh di sebalik kejadian itu hendaklah ditunggu. Jangan mana-mana pihak mengambil mudah membuat dakwaan dan pertuduhan yang boleh mengerohkan keharmonian hidup di negara ini. Jangan mudah menerima penjelasan pihak gereja itu yang majlis itu setakat makan malam saja tanpa niat dan nawaitu lain. Logiknya Jais tentu adalah alasan tersendiri kenapa mereka membuat penyerbuan itu. Tidak mungkin penyerbuan itu dibuat tanpa sebab. Sebagai badan penguatkuasa agama, yang bertindak menjadi pemantau untuk memastikan perkara mungkar tidak berlaku menjadi tanggungjawab institusi itu untuk membenteraskan apa saja kemungkaran. Cuma dalam hal ini Jais perlu bertindak profesional sejajar dengan ajaran Islam sendiri bagi mengelakkan ia ekstrem. Seperti mana dijelaskan oleh Exco Kerajaan Selangor yang menjaga hal ehwal agama Islam, Dr Hasan Ali (foto) serbuan itu dibuat setelah adanya maklumat mengatakan di majlis makan makan itu ada kegiatan cuba hendak mengkrsitinkan orang Melayu. Antara bukti yang disebut beliau semasa ucapan di majlis itu ada menyebut al-Quran dan pray (doa). Bukti-bukti lain sama ada risalah atau apa-apa dokumen yang boleh mensabitkan tuduhan itu tidak ditemui. Kegagalan menemui bukti lain menyebabkan dakwaan itu longgar. Bagaimana pun apa yang mungkin menimbulkan keraguan di majlis itu terdapat kira-kira 12 orang Melayu. Kehadiran mereka itu yang dikatakan untuk berbuka puasa menimbulkan tanda tanya dan keraguan. Mungkin kalau tidak ada 12 orang Melayu itu Jais tidak akan membuat serbuan. Harus difahami oleh semua orang termasuk media. Tindakan Jais itu dilakukan berdasarkan maklumat. Bila disebut maklumat sudah tentu Jais sendiri tidak dapat menentukan apakah berlaku usaha mengkristinkan Melayu dalam majlis itu. Serbuan itu merupakan langkah untuk menyiasat dakwaan berkenaan. Tiada apa-apa tangkapan yang dibuat. Kejadian itu sudah mulai diperkatakan. Berbagai tanggapan juga sudah mulai wujud. Ada orang Islam sendiri nampak seakan kesal dengan tindakan Jais itu dengan berhujah tidak murtad seseorang Islam itu kalau dia hanya memasuk gereja. Kenapa harus membuat kenyataan itu yang seolah-olah cuba meremehkan Jais? Memang benar seseorang Islam itu tidak akan jatuh murtad sekadar dia memasuki ke dalam gereja. Tuhan tidak pernah menegaskan demikian dan Muhammad s.a.w. tidak melarangnya. Bahkan rumah sembahyang bukan Islam boleh dijadikan tempat berlindung jika berlaku darurat. Demikian juga dengan surau dan masjid. Tidak menjadi masalah kalau mereka masuk ke dalam masjid hatta duduk di atas mimbar. Bagaimana pun perkara yang kena difahami, untuk masuk ke gereja bagi orang Islam ada peraturan dan adat-adatnya. Begitu juga dengan mereka bukan Islam untuk memasuki ke surau atau masjid ada adat-adatnya. Kemuliaan dan kesucian rumah ibadat itu perlu dijagai jangan sampai ia menjadi fitnah dan menyinggung penganutnya. Dalam kasus gereja Metodist di Damansara itu ia boleh dielakkan kalau semua pihak memahami adat-adat dan peraturan tersebut. Tetapi kerana ada sedikit kelalaian di sini menyebabkan berlaku apa yang tidak sepatutnya itu. Misalnya kejadian itu boleh dielakkan kalau pihak gereja memahami akan pantang larang orang Melayu di dalam beragama. Maksunya adat dan peraturan yang terpakai dalam masyarakat negara ini orang Melayu dilihat canggung kalau mereka memasuk atau berada dalam gereja kerana perbuatan itu asing. Apa lagi kalau pada ia masuk itu sedang berlangsung majlis makan malam atau berbuka puasa baginya. Bagi orang Islam untuk berbuka puasa lebih afdal di masjid. Kalau pihak gereja mengerti akan hal ini pengajur tidak akan mengundang orang Melayu 12 orang atau lebih itu kandati atas niat yang baik dan tidak ada pun unsur-unsur kristinisasikan sekalipun. Begitu juga dengan orang Melayu yang berada dalam gereja pada waktu itu tidak wajar mereka berada di situ. Mereka sepatutnya tahu adat dan peraturan agama. Sekali lagi saya katakan dalam konteks sensitiviti masyarakat (sosial) negara ini. Mungkin mereka jahil dalam hal ini atau menganggap tidak mengapa kerana nawaitu mereka baik. Tetapi mereka perlu menyemak dulu perbuatan mereka itu apakah sempurna atau pun bakal menimbulkan masalah. Begitu juga dengan Jais. Memang tugas Jais untuk menjaga kesucian Islam. Tetapi dengan membuat pemeriksaan ala-ala serbua itu ia tidak berapa elok. Apa salah kalau Jais setelah mendapat laporan menghantar sekadar dua atau tiga orang pegawai untuk menyiasat dan memastikan apa yang berlaku. Pegawai Jais boleh kenal pasti sesiapa yang berada di dalam majlis berkenaan kerana jumlahnya sekitar 150 hingga 200 orang saja. Selepas dipastikan memanggilnya di kemudian. Lebih lunak lagi kalau pegawai Jais memanggil pihak penganjur dan mendapatkan maklumat terperinci kemudian 'atukkan' - disemak dengan maklumat yang diperolehi. Sekiranya apa yang didapati itu benar, lebih bijaksana kalau Jais mengeluarkan peringatan ataupun amaran. Rasanya kalau semua pihak, gereja, orang Islam 12 orang dan Jais bijaksana dalam menjalankan tanggungjawab dan peranan masing-masing kekalutan tidak timbul berhubung perkara itu. Tetapi kerana ada sedikit kelemahan dan kurang bijaksana di sini maka kejadian tersebut sudah menjadi isu. Lebih parah dan kronik lagi bila ia ditarik ataupun diambil oleh orang politik untuk dijadikan modal dunia politik mereka | Serbu Gereja: MB Akan Menghadap Sultan Minta Nasihat Posted: 05 Aug 2011 03:53 AM PDT SHAH ALAM: Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim akan menghadap Sultan Selangor, Sultan Sharifuddin Idris Shah untuk mendapatkan nasihat baginda dalam menyelesaikan kontroversi di sebalik tindakan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) melakukan pemeriksaan terhadap sebuah gereja Methodist di Damansara Utama, Rabu lalu. Abdul Khalid berkata tindakan tersebut akan diambil sebaik sahaja beliau menerima laporan daripada JAIS yang akan turut dipersembahkan kepada Sultan Selangor. "Sebaik menerima laporan JAIS saya akan mengadap Tuanku untuk mendapat nasihat dalam menyelesaikan isu ini serta memastikan perkara sebegini tidak akan berlaku lagi. "Sehingga tindakan ini diambil dan isu diselesaikan, semua ahli Majlis Kerajaan Negeri Selangor dilarang dari membuat sebarang kenyataan berkenaan isu ini," katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan pada Jumaat. Abdul Khalid sekali lagi menegaskan bahawa kerajaan negeri amat kesal dengan kejadian tersebut. "Kerajaan Negeri yakin rakyat Selangor tidak rasa terbela dengan kejadian tersebut. "Niat dan tujuan yang baik tidak menghalalkan perbuatan yang gagal mempamerkan keadilan dan kebijaksanaan dalam memimpin masyarakat," katanya. Beliau turut menyeru rakyat meneruskan semangat keharmonian, hormat menghormati dan tolerasi antara agama yang telah wujud sejak sekian lama di negara ini. Rabu lalu, penguat kuasa JAIS menyerbu gereja terbabit selepas mendapat maklumat bahawa terdapat orang Islam turut menghadiri majlis di gereja berkenaan. Ketika serbuan dilakukan kira-kira jam 9 malam, kelihatan seseorang sedang mengadakan pengucapan awam yang ucapannya ada diselitkan perkataan al-Quran dan terdapat bukti kegiatan penyebaran agama bukan Islam terhadap penganut agama Islam. Berpandukan kepada siasatan awal mereka yang terbabit boleh didakwa mengikut Seksyen 10 Enakmen Jenayah Syariah 1995. | Keanggotaan Puteri Umno Kini 360,000 Orang Posted: 05 Aug 2011 03:52 AM PDT BERNAMA PAPAR: Usaha agresif Pergerakan Puteri Umno dalam mendaftarkan keanggotaan baru nyata berhasil apabila jumlah anggota pergerakan itu kini mencecah 360,000. Ketua Puteri Umno Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin berkata pergerakan itu pernah mencatatkan peningkatan keanggotaan sebanyak 30,000 bagi tempoh tiga bulan dengan Sabah mencatat jumlah keanggotaan tertinggi sebanyak 48,265 orang, diikuti Johor dan Kedah. "Di samping itu, inisiatif untuk mendaftarkan ahli yang layak bergelar pemilih juga agresif dijalankan. "Usaha penambahan ahli di seluruh negara akan diteruskan meskipun dalam keadaan mengerjakan ibadah puasa di bulan Ramadan," katanya dalam kenyataan di sini. Rosnah, yang juga Timbalan Menteri Kesihatan, berkata Puteri Umno akan menjadi nadi kepada kepimpinan Umno dan Barisan Nasional (BN) dalam menghadapi pilihan raya umum Ke-13 akan datang. Katanya, antara persediaan pergerakan itu ialah dengan menumpukan usaha membaca sikap pengundi di bawah usia 40 tahun, di samping mengendalikan penggunaan sistem teknologi maklumat. | Pantau Program Keagamaan Lain Jika Libatkan Umat Islam Posted: 05 Aug 2011 03:34 AM PDT PETALING JAYA: Pertubuhan Pribumi Perkara Malaysia (Perkasa) mahu pihak berkuasa agama Islam memantau program kebajikan khususnya yang membabitkan agama lain sekiranya turut disertai oleh orang Islam. Presiden Perkasa, Datuk Ibrahim Ali berkata, langkah berkenaan wajar dilakukan terutamanya bagi mengelakkan penyebaran agama lain kepada penganut Islam menerusi bantuan kebajikan. "Majlis atas nama program kebajikan wajar dipantau kerana di sebalik program tersebut, (kemungkinan) ada agenda halus untuk mengaburi umat Melayu Islam yang daif melalui perbagai bantuan. "Gerakkan aktiviti seumpama ini sudah lama dijalankan. Walaupun di Malaysia ada kebebesan beragama, tapi sebarang bentuk kegiatan keagamaan oleh lain-lain agama yang melibatkan umat Islam, mesti berhati hati, apatah lagi majlis yang dibuat dalam gereja atau kuil," katanya menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS) di sini, Jumaat. Beliau berkata demikian sebagai mengulas mengenai kecaman banyak pihak berhubung tindakan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) menyerbu Gereja Methodist Damansara Utama pada Rabu selepas mendapat maklumat orang Islam menghadiri majlis di gereja berkenaan. Ketika serbuan dilakukan kira-kira pukul 9 malam, kelihatan seseorang sedang mengadakan pengucapan awam yang ucapannya ada diselitkan perkataan al-Quran dan terdapat bukti kegiatan penyebaran agama bukan Islam terhadap penganut agama Islam. Terdapat seramai 12 orang yang beragama Islam menghadiri majlis tersebut namun tiada tangkapan dibuat. Selain itu Ibrahim berkata, penganut agama lain tidak boleh menggunakan alasan kebebasan agama yang terdapat dalam Perlembagaan Persekutuan untuk menyebarkan agama masing-masing kepada orang Islam. "Islam agama rasmi Persekutuan dan pihak penganut agama lain tidak boleh cuba mengajak orang Islam memeluki agama mereka kerana ianya salah di sisi undang-undang. "Jangan guna alasan kebebasan beragama untuk melakukan kegiatan-kegiatan keagamaan terhadap umat Islam dengan menggunakan program bantuan kemiskinan," katanya. | Posted: 05 Aug 2011 03:27 AM PDT http://aspanaliasnet.blogspot.com UMNO sudah mula menampakan retak seribunya. Apa yang berlaku di dalam UMNO sudah beransur-ansur nampak jelas dan tidak mungkin dapat di sorokan lagi. Kata orang jika kita melakukan kesalahan di dalam batu pejal yang tidak dimasuki angin sekali pun akhirnya ia akan di ketahui umum juga. Kalau kita pergi bermalam di padang pasir kita akan mendengar letupan di sana sini dan akan mudah di dengar lagi pada malam hari. Letupan itu ialah letupan batu-batu pejal. Ianya berlaku kerana perubahan suhu yang panas pada siang hari dan suhu yang terlalu sejuk di waktu malam.Pertukaran suhu yang extreme secara berterusan menyebabkan batu yang sepejal mana pun akhirnya akan meletup dan pecah berderai. Anoloji ini sedang berlaku di dalam UMNO. Letupan kecil-kecilannya sudah pun kita dengari sedikit sebanyak selama ini. Tetapi oleh kerana suhu politik dalam UMNO itu begitu panas maka UMNO hanya menunggu masa untuk kita dengar letupan yang kuat yang akan menghancurkan UMO yang dulunya sangat kuat dan pejal seperti batu di padang pasir tadi. Sudah pun berlaku gerakan untuk meminta Najib berhenti dan meletakan jawatan beliau. Sekumpulan bekas-bekas ahli-ahli Parlimen UMNO sedang berjumpa dan bertemu di antara mereka untuk meminta Najib agar melepaskan jawatan kerana beliau (Najib) sudah tidak lagi mampu meneruskan pimpinan negara dengan baik. Najib memang telah menjadi sebutan ramai sejak beberapa tahun dahulu yang beliau tidak akan memimpin lama kerana beliau mempunyai 'baggage' peribadi yang terlalu besar. Tetapi oleh kerana permainan politik yang memerlukan Najib berada sementara bagi membina kepimpinan pimpinan orang lain untuk persediaan mengambil alih pimpinan negara ini. Tetapi Najib mengambil kenaikan beliau ketangga yang tinggi ini kerana kecerdasan kepimpinan beliau sendiri dan beliau tidak mahu mempercayai yang beliau sentiasa di dalam pemerhatian pihak lain di dalam UMNO sendiri. Kumpulan ini hanya menunggu Najib menunjukan kesilapannya yang nyata sahaja untuk memberikan sebab untuk menurunkan beliau. Sebenarnya kepimpinan beliau ini merupakan kepimpinan 'stop gap' untuk membolehkan orang lain yang masih muda untuk naik mengambil alih kepimpinan negara. Dalam percaturan ini Khairy menjadi mangsa kumpulan ini kerana jika Khairy menaiki tangga pimpinan yang tinggi Khairy akan menghalang untuk seorang muda yang lain untuk menaiki tangga kepimpinan negara. Konspirasi dalam UMNO ini amat licik. Konspirasi ini memang telah berlaku begitu lama. Kalau kita ingat Khairy Jamaludin merupakan pemimpin muda yang pada anggapan kumpulan ini akan menghalang seseorang untuk menaikan anak serta ahli keluarga beliau ke takhta kekuasaan negara. Itu sebabnya kempen secara sistematik telah dilakukan untuk menahan kemaraan Khairy dalam politik negara. Berlakulah usaha memomokan benih muda ini dipandangan masyarakat dan ahli UMNO sendiri.Tindakan ini merupakan salah satu dari strategi pihak tertentu untuk menguasai politik UMNO dan negara untuk puak mereka sendiri. Najib pula merupakan pemimpin yang begitu kontroversial dengan baggage besar yang dibawanya bersama beliau dan ini menjadi isu yang sangat 'expedient' bagi kumpulan ini untuk menyahkan Najib dari kepimpinan negara dan menggantikan dengan orang lain yang ada di dalam kepimpinan tertinggi parti. Tentulah pemimpin yang dimaksudkan itu ialah Muhyiddin Yassin yang bagi kumpulan ini sangat sesuai bagi mencapai cita-cita menaikan ahli keluarganya dalam politik dan kepimpinan negara dalam jangka masa yang singkat ini. Tetapi masalah yang paling besar ialah UMNO sudah lumpuh dari segi pembinaan kepimpinan kerana parti ini sudah terlalu lama di abaikan tentang pembinaan kepimpinan. Pucuk pimpinan yang ingin berkuasa terlalu lama menyebabkan beliau bertindak untuk mengambil pemimpin secara tangkap muat asalkan sahaja memberikan ketaat setiaan mereka kepada pucuk pimpinan yang ingin berkuasa dengan lama. Hasilnya sekarang sudah tidak ada lagi sesiapa di kalangan pimpinan atasan yang mungkin mampu untuk mengetuai kerajaan melalu parti UMNO ini. Setiap pengganti akan lebih lemah dari pimpinan yang di ambil alih itu. Ramai orang termasuk blog ini telah selalu mengatakan Abdullah akan lebih lemah kepimpinan dari Dr Mahathir dan sesiapa juga yang mengambil alih Abdullah sudah pasti akan lebih lemah dari beliau (Pak Lah). Sekarang ini jika di alih kepimpinan secara lazim yang kita lakukan orangnya ialah Muhyiddin. Muhyiddin akan membuktikan yang beliau adalah lebih lemah dari Najib dalam masa hanya setahun sahaja. Ini bukan salah Muhyiddin tetapi beliau terpilih di kalangan pemimpin-pemimpin dalam parti yang sudah terlalu ketandusan kepimpinan. Segala 'budding leaders' telah di ketepikan di zaman Dr Mahathir dan tidak timbul-timbul lagi seorang pemimpin yang benar-benar 'viable' kalau kita mencari bakat dari mereka yang menganggotai Majlis Tertinggi UMNO. Menyampahnya pihak-pihak yang tertentu dengan pandangan saya ini, tetapi apakan daya, masa sudah tiada untuk menghiburkan sesiapa kerana negara kita sekarang di ambang kehancuran politiknya. Saya bersedia menerima apa-apa juga kritikan, namun kebenaran tentang apa yang saya telah tulis dalam blog ini sudah banyak menunjukan kebenarannya. Kita bukan memberikan pandangan berdasarkan kepandaian, hanya memberikan pandangan melalui pengalaman yang pernah kita lalui selama ini. Blog ini sekarang ingin menelah. Jika Najib di ambil alih oleh Muhyiddin keadaan yang serupa akan berlaku kerana Muhyiddin dan Najib merupakan dua manusia pemimpin yang datang dari kumpulan yang mempunyai budaya politik dan pimpinan yang sama. Keadaan ini akan berulang dan kepentingan saya hanya satu; iaitu untuk membuktikan yang pandangan saya yang selalu mendapat kritikan yang hebat dari berbagai pihak akan membuahkan kebenarannya. Saya selalu memberikan pandangan, yang kita terpaksa memulakan politik yang baru dan kita bermula dari garisan permulaan seperti yang di lakukan oleh YTM Tunku Abd Rahman dahulu. Untuk memulakannya ianya mesti di lakukan oleh pemimpin yang luar dari pimpinan Majlis Tertinggi yang ada pada hari ini kerana yang ada pada hari ini semuanya merupakan penyumbang besar kepada keadaan kucar kacir yang negara sedang hadapi sekarang. Saya selalu memberikan pandangan yang menjadi kemarahan ramai. Salah satunya ialah pandangan saya yang musuh Najib bukannya parti pembangkang tetapi musuh yang paling besar ialah di kalangan pemimpin-pemimpin UMNO dan kerajaan yang paling hampir dengan diri beliau sendiri. Oleh kerana negara kita memilih jawatan Perdana Menteri secara convention, iaitu Presiden UMNO secara automatic menjadi PM itu, maka masing-masing dalam UMNO terutamanya di keliling Najib yang terhampir itu secara licik melakukan permainan politik kotor terhadap beliau sendiri. Ada orang yang sekarang ini seperti anjing nampak tulang…..air lior meleleh melihat jawatan yang si Najib pegang sekarang. Tetapi Najib seperti yang saya sebutkan selalu, Najib sendiri mempunyai kelemahan yang payah untuk diperbaiki. Nama Najib telah dipersoalkan oleh masyarakat antarabangsa. Ini juga adalah di atas galakan dan permainan politik manusia di sekeliling beliau (Najib) sendiri. Bak kata seorang yang bergiat di dalam UMNO, 'nasib lu lah Najib'. | BONGKAR LAGI !! KALI INI `HANTU' DI KESAN DI PARLIMEN PEKAN? Posted: 05 Aug 2011 03:24 AM PDT Oleh: WFAUZDIN NS DI DALAM kehangatan orang ramai mempertikaikan ketelusan SPR dan JPN di dalam pendaftaran Pengundi dan PR, saya juga ingin mencelah sedikit tetapi bukanlah kes yang besar sepertimana kes rakyat asing diberi taraf warga negara tidak sampai 24 jam itu. Saya cuma ingin berkongsi maklumat, dan maklumat ini saya perolehi dari rakan saya yang sekarang ini masih mencari maklumat-maklumat lain. Maklumlah, di zaman Najib ini kita tidak boleh malas untuk mencari maklumat jika kita tidak mahu diperbodohkan seperti puak-puak mereka. Maklumat ini adalah berkaitan dengan senarai nama Pengundi yang berdaftar di Kawasan Parlimen Pekan, Pahang tetapi No KP dan Nama Pengundi tersebut tiada di dalam Pencarian di JPN. Maksudnya, nama ada di dalam Web Carian SPR, tetapi tiada di dalam carian JPN. Adakah ini yang dimaksudkan `Pengundi Hantu'?. Bagaimana seseorang yang tiada di dalam JPN boleh terdapat di dalam Daftar Mengundi di SPR? Sebenarnya banyak jumlah yang dapat dikesan di Kawasan Parlimen Pekan, iaitu kawasan Najib yang baru-baru ini berjanji akan memBERSIHkan SPR. Tetapi, buat permulaan saya senaraikan 9 nama sahaja dahulu seperti di bawah ini dan anda boleh taip NO KP mereka ke dalam carian JPN, kemudiannya anda taip NO KP yang sama ke dalam carian SPR. Anda sendiri saksikan keputusannya..... 1. 101222755365 ABDULLAH D/O KUNJI MAHIDIN 2. 111231325542 KUNCHIR BINTI DAYANG 3. 131231329576 MEK TEH BINTI DOLAH 4. 141231328417 TANJONG BIN LAMBAK 5. 181231328245 TI VO SO 6. 280623715459 PERUMAL A/L RENGASAMY 7. 300410715346 TAN SAI KEOW 8. 461114715138 SAROJAH A/P SAMY 9. 480225715177 UPAK Senarai ini adalah di antara bukti yang menunjukkan `ada yang tidak kena' dengan SPR atau pun JPN itu sendiri. Jika nama tiada di dalam JPN, mungkin penama tersebut telah meninggal dunia tetapi mengapa masih wujud di dalam SPR? Bukankah SPR berulangkali menyebut pembersihan telah dilakukan? Di zaman IT dan serba canggih ini sukar sangatkah untuk bekerjasama dengan JPN? Justeru itu, usahlah kita asyik berbicara pasal Biometrik sekiranya isu seperti ini pun amat lembab untuk diatasi. Oleh yang demikian, memang wajar BERSIH berhimpun baru-baru ini kerana terlalu banyak `kotoran' yang perlu diBERSIHkan. | Enakmen hiburan tidak pernah dilaksana dahulu Posted: 05 Aug 2011 03:22 AM PDT Oleh al_madd Tindakan Kerajaan Negeri menguatkuasakan Enakmen Hiburan dan Tempat-tempat Hiburan 1997 adalah bertujuan untuk mengelakkan orang Islam memasuki premis hiburan sepanjang bulan Ramadan. Pengerusi Jawatankuasa Agama, Pelajaran dan Koperasi, YB. Dato' Haji Mohamed Taulan Mat Rasul berkata, sejak dahulu lagi enakmen ini sudah ada Cuma tidak dilaksanakan dan semua pihak perlu menghormati langkah yang diambil oleh Kerajaan Negeri. "Kita meminta semua pihak memberikan kerjasama sebaik mungkin dalam usaha bersama-sama menghormati bulan Ramadan yang mulia ini," ujarnya. Beliau berkata demikian ketika ditemui pada majlis perasmian Pesta Konvokesyen Kolej Islam Darul Ulum (KIDU) Kali ke-10 di KIDU, di sini. Menurutnya, pengusaha pusat hiburan juga diminta untuk mematuhi peraturan yang ditetapkan sepanjang bulan Ramadan ini. "Seboleh-bolehnya, mereka perlulah memastikan tiada orang Islam memasuki premis hiburan sepanjang Ramadan," katanya. | Muslim Aid edar daging beku ke Kedah Posted: 05 Aug 2011 03:21 AM PDT Oleh al_madd Sempena bulan Ramadhan yang mulia ini, Kedah telah dipilih untuk menerima bantuan daging beku daripada Yayasan Kemanusiaan Muslim Aid Malaysia (Muslim Aid). Sejumlah 5,440 kilogram daging beku dari Australia yang disumbangkan diagihkan kepada rumah-rumah anak yatim dan sekolah-sekolah agama di seluruh negeri Kedah. Dengan kerjasama kerajaan negeri Kedah bagi mengenal pasti penerima, agihan diadakan di Sekolah Integrasi Faizin, di sini. Apabila tibanya bulan Ramadhan, Muslim Aid menyambutnya dengan pelbagai acara bagi membantu golongan fakir miskin, anak-anak yatim dan mereka yang memerlukan. Menurut wakil Muslim Aid, Hajah Habsah Majuni, saban tahun Muslim Aid menyambut kedatangan Ramadhan dengan pelbagai acara bagi membantu golongan fakir miskin, anak-anak yatim dan mereka yang memerlukan. "Pada tahun ini, dengan memakai tema, Ahlan Ramadhan, Meraikan Asnaf, kami memulakan acara dengan menyerahkan bahan makanan mentah dalam bentuk daging lembu Australia kepada lima negeri asnaf di Malaysia. "Pada tahun ini kami mengambil kira bencana alam yang telah melanda utara Malaysia pada tahun lalu, maka dari sebab itu Kedah, Perlis, Pulau Pinang dan Perak telah dipilih, Kuala Lumpur dan Selangor juga agihan dilakukan," ujar beliau. Sementara itu, wakil Menteri Besar Kedah, Ustaz Mohd Rosli Azmi mengucapkan terima kasih kepada Muslim Aid kerana telah memilih Kedah bagi tujuan tersebut. "Kita ucapkan terima kasih kepada Muslim Aid atas sumbangan ini, pada tahun lepas semasa berlaku banjir, Muslim Aid juga telah menghantar 24 ribu tin daging kepada mangsa-mangsa banjir di Kedah," ujar beliau. | Pemuda PAS Wilayah seru bekas tentera tampil dedahkan kebenaran Posted: 04 Aug 2011 10:02 PM PDT Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan (DPPWP) menyanjung tinggi usaha yang telah dibuat oleh Nasir Mohamad, seorang bekas tentera yang berani tampil membuat pengakuan terhadap penyelewengan undi pos semasa berkhidmat sebagai tentera. Bagi DPPWP, usaha beliau perlu diberikan pujian bagi menegakkan kebenaran bahawa memang benar terdapat penyelewengan dalamsistem undi pos. Dengan pendedahan beliau serta seorang lagi bekas tentera yang membuat pengakuan sama pada tahun 2009 iaitu Abu Kassim membenarkan telahan umum bahawa sememangnya undi pos adalah talian hayat buat UMNO-BN. Tidak hairanlah UMNO-BN memenangi banyak Parlimen di Malaysia yang mempunyai undi pos dengan majoriti besar setiap kali pilihanraya berlangsung. DPPWP membayangkan bagaimana nasib parti-parti selain UMNO-BN bertanding di kawasan-kawasan yang mempunyai beribu jumlah undi pos. Sudah tentu UMNO-BN dengan mudah memenangi kerusi di kawasan terbabit tanpa usaha keras bertemu pengundi kerana mereka sudah ada simpanan tetap sedangkan partilain yang bekerja keras hanya menggigit jari setiap kali pilihanraya. Oleh itu, DPPWP mengharapkan lebih ramai bekas tentera akan tampil mendedahkan pengalaman mereka sebagaimana yang dibuat oleh Nasir Mohamad. Ini kerana tindakan ini dianggap sebagai menipu dalam sistem pilihanraya dan sudah tentu ia berdosa kepada Allah SWT dan rakyat Malaysia umumnya meskipun mereka diarah berbuat demikian tanpa kerelaan hati mereka. Selain itu, ia menafikan hak rakyat khususnya pengundi pos lain dalam memilih parti yang mereka sukai. Justeru itu, bagi menghayati keberkatan bulan Ramadhan ini, DPPWP menyeru bekas-bekas anggota tentera yang pernah terlibat dalam penyelewengan undi pos untuk menginsafi dan menyesali tindakan mereka terdahulu. Salah satu caranya adalah memohon keampunan kepada Allah SWT serta memohon maaf kepada rakyat Malaysia dan tampil mendedahkan kebenaran. DPPWP sanggup menyediakan platform serta ruang buat bekas anggota tentera mendedahkan pengalaman mereka dalam penyelewengan undi pos ini bila-bila masa diperlukan. Ingatlah, kebatilandan kezaliman pasti akan lenyap dan kebenaran jualah yang akan menang. *Kenyataan daripada Mohamad Suhaimi bin Abdul Aziz selaku Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan. | Remaja hilang 3 jari main mercun Posted: 04 Aug 2011 10:01 PM PDT Seorang remaja kehilangan tiga jari tangan kirinya akibat bermain mercun dalam kejadian di Kampung Dewan Beta, dekat Kota Bharu kelmarin. Mangsa, Nasrudin Mohd Nazli, 19, yang putus ibu jari, jari telunjuk dan jari tengah itu merupakan mangsa kedua akibat mercun di Kelantan tetapi merupakan mangsa pertama yang cedera teruk sehingga hilang jari. Pegawai Perhubungan Awam Hospital Raja Perempuan Zainab II, Zaid Ahmad berkata Nasrudin menerima rawatan di jabatan kecemasan hospital itu pada kira-kira pukul 10.25 malam sebelum di tempatkan di wad untuk rawatan lanjut. Katanya mangsa merupakan kes kedua dirujuk ke HRPZ II akibat mercun tahun ini, di mana kes pertama berlaku pada Isnin lepas. "Ini merupakan kes yang kedua kita terima membabitkan mercun, kes pertama pada 1 Ogos lalu, membabitkan seorang remaja berusia 20 tahun, namun dalam kes itu remaja itu hanya cedera ringan," katanya. Ketika ditemui di hospital, Nasrudin berkata kejadian berlaku kira-kira pukul 10 malam ketika beliau dan seorang rakannya sedang menunggang motosikal di kawasan kampungnya. "Masa tu saya dan kawan naik motor pusing kampung, saya yang membonceng kemudian cuba memasang mercun bola. "Selepas membakarnya saya cuba untuk melempar mercun itu tetapi tidak sempat menyebabkan ia (mercun) meletup di tangan saya," katanya. Beliau berkata ketika meraung kesakitan beliau melihat ketiga-tiga jarinya sudah tiada sebelum terus dikejarkan ke hospital untuk rawatan. | |||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Posted: 05 Aug 2011 03:38 PM PDT | Polis Pelatih Dipaksa Makan Cili, Kemaluan Disapu Cili Posted: 05 Aug 2011 07:09 AM PDT Lapan orang jurulatih polis Filipina ditahan selepas video yang memaparkan polis pelatih dipaksa makan cili manakala kemaluan mereka disapu cili. Video yanbg tidak bertarikh itu dikeluarkan oleh Suruhanjaya Manusia Filipina baru-baru ini.
P/s: Tidak setimpal! | Anwar Dakwa 200 Ribu Warga Indonesia Didaftarkan Sebagai Pengundi Posted: 05 Aug 2011 02:05 AM PDT Saya petik: [KD] MANILA: Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, seramai 200,000 warga Indonesia telah didaftarkan sebagai pengundi untuk memenangkan Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum akan datang. | Malaysia Beli 2 Buah Kapal Selam RM6.7 Bilion, VIetnam Bakal Beli 6 Buah Kapal Selam RM6 Bilion Posted: 05 Aug 2011 12:02 AM PDT Berita di beberapa portal antarabangsa melaporkan bahawa Vietnam dalam tempoh beberapa tahun akan membeli enam buah kapal selam berserta jet pejuang. Semuanya gara-gara China meningkatkan kemampuan tentera lautnya sehingga menimbulkan kebimbangan negara serantau. Itu bukan poinnya. Yang mahu ditonjolkan ialah media Russia melaporkan pada Disember 2009 Vietnam bersetuju membeli enam kapal selam elektrik-diesel dengan harga AS$2 billion (RM6 bilion). Hal ini tidak diulas oleh Hanoi pada waktu itu. Namun, Menteri Pertahanan Vietnam, Phung Quang Thanh semalam mendedahkan hal itu kepada media apabila menyatakan kebimbangan terhadap China. "Dalam tempoh lima hingga enam tahun lagi, kita akan mempunyai briged kapal selam enam Kilo 636 Class," kata Thanh seperti dipetik dalam kenyataan akhbar kerajaan, Tuoi Tre, semalam. Saya tidak tahu sama ada speksifikasi kapal selam kelas Kilo dan Scorpene secara terperinci sama atau jauh berbeza sehingga harga kedua-duanya amat berbeza. Namun daripada maklumat di Wiki, saiz dan kemampuan kedua-dua kapal selam ini secara kasar hampir sama. Kedua-duanya menggunakan enjin elektrik-diesel, tetapi kapal selam kelas Kilo lebih panjang sedikit daripada Scorpene. Sekadar serkap jarang. Kelas Kilo:
Kelas Scorpene | Posted: 04 Aug 2011 08:45 PM PDT Saya petik:
P/s: Gila! Apa pendapat Muhyiddin? Masih kemaruk dengan isu pelajar obes? Berkaitan: 3 Murid Ditahan Semalam Harian Metro melaporkan seorang bapa kesal dengan tindakan tiga pelajar senior sebuah sekolah agama di Baling yang mendera dan meliwat tiga murid berusia sembilan tahun dan sepasang kembar berusia lapan tahun sejak 20 Jun lalu. | Ibu Terkejut Mat Indon Tidur Bersama Anak Berusia 14 Tahun, Lagi Mengejutkan Apabila... Posted: 04 Aug 2011 07:45 PM PDT
P/s: 14 tahun beb. Habis lunyai ditebuk Mat Indon. Peringatan kepada ibu bapa yang selalu mengganggap anak anda umpama malaikat. | Posted: 04 Aug 2011 06:45 PM PDT Saya petik:
P/s: Gila!!!! . | Isteri Enggan "Disentuh" Lari Selepas 2 Minggu Kahwin Posted: 04 Aug 2011 05:45 PM PDT Saya petik:
P/s: Macam-macam! | Pelajar Ponteng Cedera Tertoreh Pisau di Tangan Ustaz, Cuba Perhatikan Situasinya Posted: 04 Aug 2011 04:15 PM PDT Saya petik:
P/s: Orang yang melihat isu ini secara sepintas lalu pasti akan menuding jari kepada ustaz yang terlibat dalam kes ini. Silapnya, sewaktu cuba memastikan pelajar di atas kembali ke kelasnya, si ustaz ini memegang pisau kecil. Tidak diketahui pula bagaimana dan mengapa si ustaz ini memegang pisau tersebut.
P/s: Kalau dahulu penceramah dipanggil ke sekolah untuk memberikan motivasi, hari ini pelajar bermasalah terpaksa di hantar ke penjara untuk menyedarkan mereka. Di rumah mereka umpama ustaz/ustazah, di luar rumah mereka umpama samseng/ja****. Bayangkan betapa teruknya moral dan disiplin sesetengah pelajar hari ini! |
You are subscribed to email updates from Pakatan Rakyat To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |