Ahad, 21 Julai 2013

Dewan Pemuda PAS Petaling Jaya Utara

Dewan Pemuda PAS Petaling Jaya Utara


Internet Banking access to your accounts has been blocked

Posted: 18 Jul 2013 06:50 PM PDT

Dear Customer,

FOR YOUR PROTECTION, Internet Banking access to your
accounts has been blocked
due to system error. error code : [E6343#]

Click Here To Unlock Your Online Account

Thank you for using our service.
Head of Customer Communications.
RHB Bank.

Account Alert

Posted: 17 Jul 2013 08:50 PM PDT

Dear customer,

Important New Security UPDATE!

Validate Your Account.

LOGIN IN 

RHB Customer Services

Dewan Pemuda Pas Kawasan Bukit Katil

Dewan Pemuda Pas Kawasan Bukit Katil


Amalan-amalan Yang Dikasihi Allah di Bulan Ramadhan

Posted: 20 Jul 2013 09:12 PM PDT

اعمال يحبها الله في رمضان
Amalan-amalan Yang Dikasihi Allah di Bulan Ramadhan

أولا: الجلوس بعد صلاة الفجر إلى طلوع الشمس لذكر الله ثم صلاة الضحى
Pertama :
Duduk selepas solat fajar sehingga terbit matahari untuk berzikir kemudian solat sunat dhuha

عن النبي صلى الله عليه وسلم قال: "من صلى الصبح في جماعة، ثم جلس في مصلاه يذكر الله حتى تطلع الشمس، ثم صلى ركعتين، كان له مثل أجر حجة وعمرة تامة".. قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: "تامة تامة تامة". رواه الترمذى
Daripada Nabi S.A.W. telah bersabda " Sesiapa yang solat subuh berjamaah, kemudia ia duduk di tempat solatnya berzikir mengingati Allah sehinggalah terbit matahari, kemudian ia solat dua rakaat, adalah baginya ganjaran seumpama haji dan umrah sesempurnanya
ثانياً:الذكر
**********

Kedua :
Zikirullah
قال رسول الله صلى الله عليه وسلم:
"ألا أنبئكم بخير أعمالكم ، و أزكاها عند مليككم ، و أرفعها في درجاتكم ، و خير لكم من إنفاق الذهب و الورق ، و خير لكم من أن تلقوا عدوكم ، فتضربوا أعناقهم و يضربوا أعناقكم ؟ قالوا : بلى يا رسول الله قال : " ذكر الله " صحيح الإسناد
Rasulullah S.A.W bersabda :
" Apakah kamu mahu aku memberitahu kamu sebaik-baik amalan kamu, sebersih-bersih amalan di sisi Pemilikmu, setinggi-tinggi pada kedudukan kamu, sebaik- baik ganjaran daripada infaq emas dan perak, sebaik-baik ganjaran daripada kamu bertemu musuhmu, maka kamu memancung tengkuk mereka dan mereka memancung tengkuk kamu? Mereka berkata : " Bahkan ya wahai Rasulullah"..Rasulullah S.A.W bersabda : " Zikrullah ".
ثالثاً:الصدقة
*************

Ketiga :
Bersedekah
قال رسول الله صلى الله عليه وسلم:
"إن صدقة السر تطفىء غضب الرب تبارك وتعالى }[صحيح الترغيب].
Rasulullah S.A.W bersabda :
" Sesungguhnya sedekah secara tersembunyi itu menutup kemurkaan Allah Tabaraka wa Ta'ala "

وروى البخارى عن ابن عباس رضى الله عنهما , كان رسول الله صلى الله عليه و سلم : " أجود الناس , و كان أجود ما يكون فى رمضان حين يلقاه جبريل عليه السلام , و كان يلقاه كل ليلة فى رمضان فيدارسه القرآن فلرسول الله صلى الله عليه و سلم أجود بالخير من الريح المرسلة .
Diriwayatkan oleh Bukhari daripada Ibnu Abbas RAhma, adalah Rasulullah seorang yang sangat dermawan, dan Baginda lebih dermawan di dalam bulan Ramadhan ketika bertemu Jibril AS, dan adalah Jibril menemui Baginda pada setiap malam Ramadhan dan mengajar Baginda Al Quran, kedermawan Rasulullah S.A.W melebihi angin yang berhembus

رابعاً:عمرة رمضان
**********

Ke empat :
Umrah di bulan Ramadhan
قال رسول الله صلى الله عليه وسلم:
": عمرة فى رمضان كحجه معى" .( متفق عليه)
Rasulullah S.A.W bersabda :
" Umrah di bulan Ramadhan seperti menunaikan haji bersertaku "

خامساً: السحور
**********

Ke lima :
Bersahur

قد اجتمت الائمة على إستحبابه , فعن أنس رضى الله عنه ان رسول الله صلى الله عليه و سلم قال (( تسحروا فإن السحور بركة ))رواه البخارى و مسلم

Telah sepakat para ulama pada hukumnya sunat. Daripada Anas RA bahawasanya Rasulullah S.A.W. telah bersabda " Bersahurlah kamu sesungguhnya sahur itu keberkatan "

سادسا: تعجيل الفطر
********

Ke enam :
Menyegerakan berbuka

يستحب للصائم أن يُعجل الفطر متى تحقق غروب الشمس فعن سهل بن سعد رضى الله عنه أن النبى صلى الله عليه و سلم قال (( لا يزال الناس بخير ما عجلوا الفطر )) رواة البخارى و مسلم .
و ينبغى ان يكون الفطر رُطبات وتراً فإن لم يجد فعلى الماء , فعن انس رضى الله عنه قال (( كان رسول الله صلى الله عليه و سلم يُفطر على رطبات قبل أن يُصلى , فإن لم يكن فعلى تمرات , فإن لم تكن حسا حسوات من ماء )) رواه ابو داود و الحاكم وصححه الترمزى وحسنه 
Disunatkan bagi orang yang berpuasa bahawa ia menyegerakan berbuka apabila telah yakin tenggelam matahari. Daripada Sahal bin Saad RA bahawasabta Nabis S.A.W. telah bersabda :" Tidak akan putus kebaikan manusia selama mana mereka menyegerakan berbuka".Dan sayugianya berbuka itu dengan 'ruthob' pada kiraan ganjil, jika tidak ada , berbuka dengan minum air. Daripada Anas RA berkata, "Rasulullah SAW berbuka puasa dengan beberapa biji ruthob (tamar basah) sebelum solat, jika tiada ruthob Baginda berbuka dengan tamar, dan sekiranya tamar tiada, baginda akan berbuka dengan air." (Riwayat Abu Dawud dan Tirmidzi. Kata Tirmidzi ia hadis hasan )

سابعا: الدعاء عند الفطر و أثناء الصيام
**********

Ke tujuh :
Berdoa ketika berbuka dan berpuasa

روى ابن ماجه عن عبد الله بن عمرو بن العاص رضى الله عنهما أن النبى صلى الله عليه و سلم قال (( إن للصائم عند فطرة دعوة ما تُرد ))
Diriwayatkan oleh Abdullah bin Amru bin Al As RAhuma bahawasanya Rasulullah S.A.W telah bersabda :" Sesungguhnya bagi orang yang berpuasa itu ada satu doa yang tidak ditolak".

و روى الترمزى بسند صحيح انه صلى الله عليه و سلم قال (( ثلاثة لا ترد دعوتهم : الصائم حتى يفطر و الإمام العادل و المظلوم )) .
Diriwayatkan oleh At Tirmizi dengan sanad yang sahih bahawasanya Nabi S.A.W telah bersabda :" Tiga orang yang doa mereka tidak ditolak : Orang yang berpuasa sehinggalah berbuka, Imam yang adil dan orang yang dizalimi ".

ثامنا: السواك
**********

Ke lapan:
Bersiwak
يستحب للصائم أن يتسوك أثناء الصوم و لا فرق بين اول النهار و آخره
و قال الترمذى (( و لم ير الشافعى بالسواك , أول النهار و آخرة بأساً )) و كان النبى صلى الله عليه و سلم يتسوك و هو صائم .
Disunatkan bagi orang yang berpuasa bahawa bersiwak ia ketika ia berpuasa dan tiada beza samaada pada awal siang atau akhirnya. Berkata Tirmizi ( As Syafie tidak berpandangan siwak itu suatu yang salah samaada di awal atau akhir hari ...) dan adalah Rasulullah S.A.W. bersiwak sedangkan ia berpuasa.

تاسعا: الإجتهاد فى العبادة فى العشر الأواخر من رمضان
**********

Ke sembilan :
Bersungguh-sungguh beribadat pada sepuluh hari terakhir Ramadhan

روى البخارى و مسلم عن عائشة رضى الله عنها أن النبى صلى الله عليه و سلم (( كان إذا دخل العشر الأواخر أحيى الليل , و أيقظ أهله , و شد المئزر )) و فى رواية مسلم (( كان يجتهد فى العشر الأواخر ما لا يجتهد فى غيره ).
Diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim daripada A'isyah RAha, bahawasanya Nabi S.A.W. apabila masuk sepuluh yang terakhir (Ramadhan )..baginda menghidupkan malam ( dengan ibadah ), membangunkan keluarganya dan mengikat kainnya ..dan pada riwayat Muslim ( adalah Baginda bersungguh-sungguh pada sepuluh terakhir apa yang Ia tidak bersungguh lakukan pada selainnya

dipetik daripada: http://takwinfardilmuslim.blogspot.com

Barisan Nasional

Barisan Nasional


Duke of UMNO

Posted: 20 Jul 2013 01:06 PM PDT

Duke of UMNO


EKSKLUSIF #N01KUALABESUT: MUKHRIZ HANTAR JENTERA TERKUAT DARI KEDAH..!!!

Posted: 19 Jul 2013 09:37 PM PDT

DSC_0172

PRK DUN Kuala Besut mempunyai 8 Pusat Daerah Mengundi (PDM) di mana fakta menunjukkan BN menguasai enam PDM berbanding tewas di dua PDM. Salah satu PDM yang BN tewas ialah di PDM Bukit Puteri.

Di PDM Bukit Puteri, BN kurang 90 undi dan keputusan itu menunjukkan PAS agak kuat di kawasan tersebut. Saya diberitahu bahawa kawasan itu yang merupakan sempadan Terengganu – Kelantan memang ramai pengikut PAS.

Kebetulan, saya difahamkan bahawa jentera UMNO-BN Kedah ditempatkan di Kampung Air Terjun dan ditugaskan untuk membantu kemenangan BN di PDM Bukit Puteri. Saya kira, ia adalah tugas yang agak mencabar bagi pasukan jentera UMNO Kedah.


Semalam Menteri Besar Kedah, Datuk Mukhriz Mahathir bersama para Exco Kerajaan Negeri Kedah meluangkan masa berkunjung ke Kampung Air Terjun bagi  memberikan sokongan pada kempen jentera UMNO-BN di sana.

Memulakan langkah di Bilik Gerakan UMNO Kedah A, beliau singgah bersolat Jumaat di Masjid Kampung Tok Has. Menariknya, selepas solat Jumaat, imam masjid berkenaan meminta Mukhriz menyampaikan "tazkirah ringkas" pada jemaah yang hadir!

DSC_0102

Seterusnya, Mukhriz dan Exco-Exconya bergegas ke Kampung Air Terjun bagi menyampaikan zakat di PDM Bukit Puteri. Di situ, beliau sempat meluahkan penghargaan beliau pada Ketua Bahagian Besut, Datuk Seri Idris Jusoh, sebagai salah seorang pemimpin berjiwa besar.

Katanya, konsep Ulul Albab dan Gelombang Biru yang dimulakan di Terengganu telah menjadi "model" dan pemangkin pada kebangkitan rakyat serta UMNO-BN di Kedah untuk merampas kembali tampuk pemerintahan kerajaan negeri dari terus dirosakkan PAS.

Justeru itu katanya, beliau dan jentera UMNO-BN Kedah merasa terhutang budi atas cetusan tersebut dan sedia untuk "membalas budi" Kerajaan BN Terengganu atas "tunjuk ajar" itu.

DSC_0256

Lebih menimbulkan semangat, beliau menegaskan bahawa UMNO-BN Kedah telah menghantar "jentera terbaik" untuk menggempur PAS di PDM Bukit Puteri di PRK Kuala Besut kali ini. Kata-kata tersebut disambut dengan tepukan gemuruh dari hampir 200 warga Bukit Puteri yang hadir…

Selanjutnya, Mukhriz turut meluangkan masa untuk singgah sebentar menunaikan solat asar di rumah seorang orang kuat PAS, Hasan Ali, 68, yang berikrar untuk tidak lagi memberikan undi pada PAS.

Kata "Pokcik" Hasan, dia sudah lebih 56 tahun bersama PAS dan serik untuk terus ditipu dengan sikap hipokrit para pemimpin serta jemaah "bulan purnama" itu.

DSC_0398

Katanya, mereka bercakap seolah-olah mereka lebih Islam dari orang lain, tapi mereka langsung tidak amalkan apa yang mereka katakan. Lain yang dikata, lain yang dibuat. Bak katanya dalam nada kesal, "cakap tak serupa bikin!".

Lebih manis, beliau menegaskan bahawa dia dan seluruh keluarganya di Kampung Air Terjun kali ini nekad untuk bertransformasi bersama Datuk Seri Najib Tun Razak dengan memberikan undi pada BN pada PRK DUN Kuala Besut.

Dengan perkembangan tersebut, saya tertanya-tanya sama ada jentera UMNO-BN Kedah dapat membantu memberikan kemenangan di PDM Bukit Puteri yang dikatakan menjadi "kubu" PAS di Kuala Besut itu?

Nampaknya jentera terkuat UMNO-BN Kedah itu akan menghadapi ujian getir di PRK Kuala Besut. Pun begitu, melihat sambutan dan sokongan masyarakat di PDM Bukit Puteri, insyaAllah, Allah akan permudahkan BN untuk menawan PDM tersebut. Sama-samalah kita doakan…

Sumber: Mykmu.net

SEBOK NAK KALAH DI KUALA BESUT, HUSAM KENA BAYAR RM40,000 PADA BLOGGER..???!!!

Posted: 19 Jul 2013 07:38 PM PDT


Tu diaaa..!!! Sebok sangat jadi Ketua Jentera PAS di PRK Kuala Besut sampai Husam tarik balik saman terhadap Kickdefella? Lepas tu kena bayar pulak RM40,000 kat Kickdefella? Perghhh..!!! Husam Jamnapari ni kaya sangat ke? 

Sekarang ni Husam tarik balik pulak saman dia kat Kickdefella. Lepas tu mahkamah suruh dia bayar pulak RM40,000 sebab tarik balik saman. Dia saman, dia tarik dan dia kena bayar RM40k! Perghhhh..!!! Kenapa dia tarik balik saman tu agaknya? Tak boleh menang kot...? Heh!

Kalau boleh menang, takkan la Husam nak tarik balik saman tu, kan? Nampak sangat dia takde asas nak saman Kickdefella. Dari terus malu dan terpaksa bayar kos lebih banyak, Husam lebih rela dimalukan lebih awal dan bayar RM40k tu..kan? Heh!


Nampaknya Husam sedang berada di zaman kejatuhannya. Nak kata untung jual kambing jamnapari, khabarnya dah lingkup dah business tu...

Lepas tu Husam dipinggirkan pulak dari Kerajaan PAS Kelantan. Pok Nik Ajis pun tak boleh back-up dia dah...Merajuk sakan Husam! Khabarnya sampai gertak nak rebut jawatan Presiden PAS pada muktamar nanti...

Kemudian, dia dianiaya pulak jadi Ketua Jentera PAS kat Kuala Besut. Dah memang PAS tak boleh menang, sengaja je PAS pedajal Husam untuk calarkan rekod peribadi "tauke kambing tidak berjaya" tu... Maka tamatlah riwayat karier Husam sebagai ahli politik PAS PIS PUS lepas ni..?
Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa hari ini menarik balik saman fitnah RM5 juta yang dikemukakan terhadap penulis blog, Syed Azidi Syed Abdul Aziz atau lebih dikenali sebagai Kickdefella dua tahun lalu.
  
Husam yang tidak hadir pada prosiding hari ini diwakili peguam Ahmad Mustaqim Zaki dari Tetuan Hisham Fauzi & Associates manakala Syed Azidi diwakili Peguam Datuk Jahaberdeen Mohamed Yunoos.
  
Bagaimana pun Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Seri Mariana Yahya memutuskan dalam kamar agar Husam membayar kos RM40,000 kepada Syed Azidi kerana tindakan tersebut.
  
Sementara itu, Jahaberdeen yang ditemui pemberita di luar mahkamah berkata, pihak plaintif tidak memberikan sebarang alasan berhubung keputusan menarik balik saman tersebut.
  
Katanya, plaintif datang ke mahkamah pada hari ini untuk menarik semula kes tersebut dengan kebebasan untuk memfailkan semula.

"Mereka juga minta tidak ada kos. Jadi saya bantah, saya kata tidak boleh sebab kes telah berjalan sampai tiga saksi dipanggil. Saya kata kalau hendak tarik boleh tapi dengan tidak boleh failkan semula.
  
"Yang kedua kami minta kos RM40,000 kepada defendan dan mahkamah membenarkan permohonan kami. Mahkamah juga membenarkan permohonan kami agar kes tersebut tidak boleh failkan semula," katanya.
  
Pada 19 September 2011, Husam memfailkan saman terhadap Syed Azidi dengan tuntutan gantirugi RM5 juta ekoran penyiaran artikel berunsur fitnah terhadap plaintif.
  
Artikel tersebut bertajuk 'Husam telah menipu rakyat dan sahabat, Sebelum kita lupa Normala Sudirman' dan Husam itu pembohong yang ketiga-tiganya disiarkan melalui blog defendan, kickdefella.wordpress.com antara Januari hingga Julai tahun lalu.
  
Pada 9 Oktober tahun yang sama, Kickdefella memohon Mahkamah Tinggi Kota Baru memindahkan perbicaraan kes tersebut ke Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.
  
Bagaimanapun, pada 17 April tahun lalu, Hakim Besar Malaya mengarahkan kes tersebut dipindahkan ke Mahkamah Tinggi Kuantan berikutan Hakim Mahkamah Tinggi Kota Baru, Datuk Ahmad Zaidi Ibrahim menarik diri daripada mengendalikan kes berkenaan. - Bernama

LAWAK SAHUR DI #N01KUALABESUT... HEH..!

Posted: 19 Jul 2013 02:17 PM PDT


Cucu Tok Selampit

Posted: 20 Jul 2013 01:03 PM PDT

Cucu Tok Selampit


Hanya Disebabkan Patung Minion, Pekerja Melayu McDonalds Dimaki Kiasu Cina Di Bulan Ramadhan

Posted: 19 Jul 2013 07:05 PM PDT


Video di atas CTS mahu kongsi dengan pembaca-pembaca CTS. Lihatlah bagaimana sikap kiasu dan kurang ajar seorang perempuan berbangsa Cina yang sudah bertaraf makcik atau nenek memarahi dan mengherdik seorang pekerja McDonalds berbangsa Melayu hanya kerana ketidakpuasan hatinya mendapat patung minion yang menjadi kegilaan masyarakat Cina Malaysia sejak beberapa hari lepas. Bagi sesiapa yang masih tidak tahu hujung pangkal apakah itu patung minion, ianaya adalah satu watak di dalam filem "Despicable Me 2" seperti gambar di bawah.

Panas hati CTS melihat video di atas. Kalau CTS merupakan pekerja perempuan Melayu berkenaan, sudah pasti sos cili akan kusumbatkan ke dalam mulut kiasu yang lancang itu. Sungguh kurang adab tidak menghormati orang yang sedang berpuasa. 

Cuba lihat dua lagi video yang CTS sertakan di bawah. Video pertama, situasi diambil di Kampar, Perak yang majoriti penduduknya berbangsa Cina. Video kedua pula diambil di MacDonalds di dalam sebuah pasaraya. Lihatlah barisan orang-orang yang beratur untuk mendapatkan patung minion sejak subuh. Cuba lihat kaum mana? Adakah kaum Melayu, kaum India dan Sikh beratur untuk mendapatkan patung minion? Apa istimewanya patung minion kepada masyarakat Cina? Boleh mendatangkan "ong" kah? Bagilah peluang kepada kanak-kanak untuk memiliki patung berkenaan. Masa anda sudah berlalu.


Other Perspektif

Posted: 20 Jul 2013 01:03 PM PDT

Other Perspektif


Mana buktinya Rafizi Oiii? Who's in denial now?

Posted: 20 Jul 2013 05:18 AM PDT

THE FLYING KICK

Posted: 20 Jul 2013 01:03 PM PDT

THE FLYING KICK


KESIAN PAS DI KUALA BESUT, CERAMAH TAK DAPAT SAMBUTAN!!!

Posted: 20 Jul 2013 04:22 AM PDT

SEEKOR LAGI, KALI INI PARIA,YANG PERLU DITANGKAP KERANA MENGHINA ISLAM!!!

Posted: 19 Jul 2013 05:25 PM PDT

PEJUANG BANGSA

Posted: 20 Jul 2013 11:23 AM PDT

PEJUANG BANGSA


DOSA PAS KEPADA RAKYAT TERENGGANU YANG TAK MAMPU DIJAWAB RAFIZI @Shaberyc

Posted: 20 Jul 2013 02:30 AM PDT




Rakyat Terenggannu diminta untuk mengimbau kembali kezaliman dan dosa yang dilakukan oleh PAS ketika parti tersebut memerintah negeri pada 1999.

Ahli Majlis Tertinggi UMNO Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata, tindakan PAS Terengganu menghalau pelajar sekolah tadika dan tidak membenarkan operasi balai raya harus terus dipersoalkan berikutan masih belum ada pengakuan maaf dari parti berkenaan.

"Kenang kembali apa yang dibuat PAS ketika memerintah dahulu. Saya tak bercakap soal pembangunan kerana PAS sememangnya tidak berminat dengan pembangunan, tiada masjid, jalanraya, madrasah, sekolah agama dibina.

Kita ingat kembali betapa zalimnya mereka (PAS) apabila mereka menghambat keluar pelajar-pelajar sekolah tadika daripada sekolah. Bagi saya ini dosa dan mereka terus mempertahankan dengan mengatakan ia perbuatan yang betul," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Tambah Shabery, PAS begitu angkuh untuk mengakui kesalahan sehinggakan tiada pengakuan salah dan maaf dikalangan pemimpin mereka direkodkan sehingga hari ini.

Oleh yang demikian Shabery yang juga merupakan Menteri Komunikasi dan Multimedia mendesak kepimpinan PAS Terengganu menjawab dan melafazkan maaf kepada seluruh rakyat negeri itu berhubung tindakan zalim mereka.

"Mereka tidak pernah minta maaf kepada rakyat. Saya merayu pemimpin PAS mesti membuat kenyataaan mengaku kesalahan mereka. Ia masih segar dalam pemikiran orang Terengganu.

"Rafizi, atau Husam atau pemimpin PAS Terengganu tolong jawab. Jika PAS memerintah lagi, berapa banyak sekolah, balairaya akan dimusnahkan?," soalnya lagi.

GURU MACAI PEMBANGKANG DAH GELABAH BERDEPAN TINDAKAN KEMENTERIAN !!

Posted: 20 Jul 2013 01:44 AM PDT




Memang ini yang patut dibuat Kementerian Pendidikan terhadap guru-guru yang menjadi pencacai tegar Pakatan .  Sudah la makan gaji duit kerajaan  , tapi  di sekolah mereka  menghasut guru-guru lain membenci kerajaan.

Kalau kerajaan DAP P.Pinang boleh menukar kakitangan kerajaan mereka ke jabatan lain   yang cenderung menyokong BN , mengapa kita tak boleh buat pulak ??  

Jika tidak suka tindakan PPD dan JPN , mereka boleh berhenti kerja je seperti Cikgu Normala . Jadi pencacai tegar PAS 100 % full time ...

Ini kerana ramai lagi di luar sana mahu menjadi guru yang sudah diketahu gaji cukup lumayan dan cuti pulak banyak . Tak percaya lihat sendirilah kereta yang dipakai cikgu di sekolah2 .....ada yang kereta import lagi ..





Guru-guru yang didapati tidak cenderung kepada Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum lalu baru-baru ini dipanggil pegawai Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) dan Pejabat Pelajaran Negeri (JPN).

Beberapa guru ketika ditemui di sini mendakwa ketika dipanggil memberi keterangan kepada pegawai di PPD dan JPN, mereka dituduh memberi sokongan kepada calon Pakatan Rakyat.

Kata mereka ada bukti bergambar yang ditunjukkan kononnya guru tertentu berada di tempat kempen pembangkang.

"Malah ada guru yang diugut untuk ditukar ke Sabah dan Sarawak kerana menyokong Pakatan Rakyat. Harapan mereka dengan ugutan itu dapat mengelakkan guru-guru terbabit memberi sokongan kepada Pakatan.

"Namun ramai guru yang hadir memilih tidak berdiam diri kerana mereka peliknya mengapa guru-guru yang berkempen secara terang-terangan menyokong calon BN tidak diambil tindakan serupa," katanya ketika ditemui di sini. 

Seorang lagi guru berkata, biar pun ditekan namun rata-rata guru di seluruh negara boleh dibilang dengan jari yang menyokong Umno.

Kata beliau biar pun ditekan dengan pelbagai gangguan politik, guru-guru tidak berminat lagi untuk menyokong BN kerana mengetahui banyak penyelewengan dan masalah kepimpinan parti itu. -Hrkh

RAFIZI BIMBANG DAP SERANG TITAS SECARA POLITIK, BERI IMEJ BURUK PAKATAN

Posted: 19 Jul 2013 10:00 PM PDT



MP Pandan Rafizi Ramli berkata pemimpin parti dalam Pakatan Rakyat perlu berhati-hati dan tidak dilihat anti-Islam apabila menyuarakan pandangan berhubung mata pelajaran Tamadun Islam dan Tamadun Asia (Titas).

Katanya, pemimpin Pakatan juga harus mengambil pendirian terbuka dalam isu tersebut dan tidak bercakap untuk kepentingan sesuatu kaum sahaja.

Jelasnya, kenyataannya yang disiarkan dalam laporan The Malay Mail Online pada Isnin lalu bermaksud bahawa beliau menyokong mata pelajaran yang boleh membantu memperkukuh hubungan kaum, sekiranya dijalankan secara berkesan.

Katanya, para pelajar juga akan lebih berminat untuk belajar subjek tersebut sekiranya tidak diwajibkan untuk penilaian purata gred pelajar.

Namun, sekiranya polemik yang timbul adalah berhubung soal sukatan mata pelajaran perkara itu masih boleh ditangani, katanya.

Ulasan berhubung isu berkenaan pula tidak boleh keterlaluan sehingga orang bukan Islam dilihat bersikap anti-Islam, kata Rafizi.

"Kalau soal pengembangan agama Islam, kalau unsur ketamadunan lain tidak cukup (dalam sukatan pelajaran), kita boleh imbanginya.

"Tetapi kalau ditolak mentah-mentah secara politik, ini akan menguatkan persepsi bahawa orang bukan Islam menolak mentah-mentah soal Islam," katanya lagi kepada Malaysiakini ketika dihubungi hari ini.

Pengarah strategi PKR itu berkata, beliau menyuarakan teguran berkenaan agar polemik tersebut tidak mengeruhkan lagi keadaan.

Rafizi berkata demikian apabila ditanya mengenai kenyataan seorang pengkaji dasar Lim Teck Ghee yang mendakwa MP berkenaan mahu mengambil kesempatan politik melalui kenyataannya pada hari Isnin lalu.

Lim dalam tulisan disiarkan Malaysiakini hari ini juga berkata, Rafizi tidak sepatutnya tunduk kepada pandangan berhaluan kanan Melayu.

Mengulas lanjut mengenai dakwaan berkenan, Rafizi berkata beliau juga bimbang sekiranya ada pemimpin yang hanya menyatakan sokongan ke atas isu yang bertentangan dengan sentimen Melayu seperti penghapusan Dasar Ekonomi Baru.

"Jadi tak baiklah orang seperti Lim Teck Ghee hanya menyokong isu yang dibawa Pakatan yang bertentangan dengan sentimen Melayu.

"Kalau sebut tentang DEB, tentang Umno dia sokong. Kalau cadang pasal budaya Melayu, mata pelajaran Islam, ambil pendirian bertentangan," katanya lagi.




*** Rafizi dah nampak kesilapan DAP menentang keras subjek Titas boleh membawa imej buruk kepada  pemimpin bukan Islam dalam PR yang akan dicop  anti Islam .  


KEMENTERIAN KESIHATAN AKAN SIASAT 3 DOKTOR BERSIKAP RASIS DI P.PINANG - HILMI

Posted: 19 Jul 2013 09:10 PM PDT



Kementerian Kesihatan telah mengarahkan Jabatan Kesihatan Negeri Pulau Pinang untuk menyiasat kesahihan dakwaan tiga doktor bersikap rasis dan tidak memberi perkhidmatan baik kepada pesakit di sebuah hospital kerajaan di negeri itu.
  
Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya berkata bagaimanapun setakat ini kementerian belum menerima sebarang laporan berhubung dakwaan itu.
  
"Kami masih lagi menyiasat. Ini satu perkara yang amat serius dan melanggar etika kedoktoran. Doktor dilatih merawat sesiapa sahaja tak kira miskin, kaya, tua muda...memang malang sekali (jika dakwaan ini benar-benar berlaku).
  
"Saya rasa tak timbul masalah doktor rasis ini. Mungkin berlaku salah faham, mungkin bahasa yang digunakan oleh doktor itu tak betul dan tidak tepat menyebabkan orang yang mendengar anggap sebagai rasis," katanya kepada pemberita selepas Majlis Ihya' Ramadan Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang (Perda) bersama Yang Dipertua Negeri Tun Abdul Rahman Abbas di Masjid Jamek Al-Ehsan di Balik Pulau semalam.
  
Turut hadir Pengerusi Perda Shabudin Yahaya, anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Bayan Lepas Nordin Ahmad dan Adun Pulau Betong Muhamad Farid Saad.
  
Hilmi berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Ketua Menteri Lim Guan Eng yang meminta Kementerian Kesihatan menyiasat kesahihan dakwaan tiga doktor berbangsa Cina yang didakwa bersikap rasis dan tidak dapat memberi perkhidmatan baik kepada pesakit Melayu di sebuah hospital kerajaan.
  
Isnin lepas, Lim dalam kenyataan menggesa Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr S Subramaniam menyiasat kesahihan dakwaan berkenaan.
  
Hilmi yang juga anggota Parlimen Balik Pulau berkata jika dakwaan itu benar, kementerian akan memanggil ketiga-tiga doktor terlibat dan memberi nasihat kepada mereka.
  
Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang awal bulan ini menyaksikan pertikaman lidah antara RSN Rayer (DAP-Seri Delima) dan Datuk Roslan Saidin (BN-Pinang Tunggal) berhubung isu perkauman.
  
Kedua-dua wakil rakyat berkenaan bertelagah setelah Rayer mendakwa Roslan cuba mencetuskan isu perkauman apabila mengutarakan mengenai isu tiga doktor berbangsa Cina yang tidak dapat memberi perkhidmatan baik kepada pesakit Melayu di sebuah hospital kerajaan.
  
Lim ketika menggulung perbahasan ucapan Yang Dipertua Negeri pada persidangan DUN itu turut meminta pembangkang negeri ini mengemukakan bukti terhadap dakwaan itu.

Bernama

HOT ! OSTAZAH ABBY TAYANG SUAMI MUDA KELATE KEPADA PENYOKONG PAS #PRKKUALABESUT

Posted: 19 Jul 2013 07:00 PM PDT



Amboi Ostazah Abby PAS ni ...selepas tayang gambar Abe Kelate nya di Instagram , terus heret ke Kuala Besut bagi membantu kempen parti menentang BN .

GPB difahamkan laki baru Ostazah Abby ini adalah pencacai tegar PAS juga ...maknanya satu geng la . Melopong juga la Ostat2 & YB2 PAS yang sudah berbini bagi menambah kuota lagi . hahaha..

Mungkin prinsip   tak mahu merampas laki orang jadi pilihannya adalah lelaki muda hensem ..

nak lawan dengan Abg Norman ke dapat bini muda ?? hahaha.





Desas-desus mengatakan pelakon dan penyanyi Abby Abadi sudah berkahwin lagi akhirnya terjawab apabila dia sendiri mendedahkan gambar suami barunya itu di laman sosial Instagramnya hari ini.

Menurut Abby atau nama sebenarnya Arbaiyah Abdul Manan, 35, dia mengaku telah pun bernikah dengan pasangannya itu, Muhammad Noor Farhan Che Bakar yang 11 tahun lebih muda daripadanya 12 hari yang lalu.

"Memang betul saya telah pun berkahwin 12 hari lepas hanya setelah dua minggu berkenalan.Dia (suami) sebelum ini masih bujang dan berasal dari Tumpat, Kelantan. Saya sengaja merahsiakan pernikahan kami itu daripada media massa.

"Hari ini (Jumaat) saya rasa adalah hari yang sesuai untuk mengumumkannya (pernikahan itu). Saya dan suami berjumpa dan berkenalan di KL (Kuala Lumpur) tetapi tidak menduga ia akan berakhir dengan perkahwinan.





"Saya anggap ini adalah ketentuan Allah dan memang sudah jodoh kami.Kami dijodohkan walaupun dalam perkenalan yang sesingkat itu," katanya.

Sebelum itu laman Instagram dan Twitter ibu kepada tiga anak itu mula heboh dengan pelbagai komen daripada para peminat ekoran tersiarnya gambar Muhammad Noor Farhan yang pertama kali disiarkan untuk tatapan umum.

Malah, dalam laman sosial itu Abby menulis statusnya yang berbunyi 'Dipendekkan cerita sebenarnya sudah 12 hari dia sah menjadi suami saya. Maaf sebab maklumkan lambat pada kalian..Allah kami dulukan.

'Insya-Allah majlisnya bulan raya nanti.Lokasi belum pasti'.Sehingga pukul 4.30 petang ini sebanyak 1087 like dan ucapan tahniah telah diberikan oleh para pengikut Abby ekoran daripada statusnya itu.

Sementara itu, semasa diajukan pertanyaan tentang majlis resepsi yang akan diadakannya secara sederhana itu, dia masih belum menetapkan tarikh acara tersebut dan bakal mengumumkannya kemudian.

"Insya-Allah majlis resepsi perkahwinan saya ini akan diadakan di sebelah keluarga saya di KL pada 31 Ogos ini dan seminggu selepas itu pula di rumah keluarga suami saya di Tumpat," ujarnya lagi. 

HOT ! PAK MENTERI SINDIR BERAPI PASANGAN PORNO ALVIN & VIVIAN MERENGKOK DI PENJARA !

Posted: 19 Jul 2013 05:51 PM PDT



GPB nampak pemimpin BN  termasuk Pak Menteri cukup suka bila pasangan hina Islam di ambil tindakan undang-undang .  Ia juga selaras dengan hasrat majoriti umat Islam yang mendesak kerajaan agar bertegas dalam isu sensitiviti agama & kaum ini .




Antara yang mengecam dengan sindiran panas ialah Timb Menteri Kewangan , Datuk Ahmad Maslan di laman sosial facebooknya .

Manakala Menteri KDN pulak mahu rakyat mengambil pengajaran berhubungan keputusan mahkamah tidak membenarkan pasangan porno ini tidak dibenarkan diikat jamin kerana mempermainkan isu agama .

Suara rakyat di bawah nampaknya sudah didengari kerajaan dan ia telah dibuktikan dengan tindakan agar tiada lagi mana-mana menghina agama Islam .


 Keputusan mahkamah untuk tidak membenarkan pasangan kontroversi Alvin Tan dan Vivian Lee diikat jamin harus dijadikan pengajaran kepada semua untuk tidak sesekali mempermainkan isu agama.

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata perkara tersebut seharusnya menjadi pedoman khsususya golongan muda agar tidak sewenang-wenangnya mempersendakan apa jua agama.

"Sebarang bentuk penghinaan walaupun pada mulanya untuk jenaka tapi dalam soal sensitif, termasuk hal agama tidak boleh dijadikan bahan jenaka dan tidak boleh dikompromi," katanya kepada pemberita selepas Majlis Berbuka Puasa bersama Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) di sini.

Beliau berkata, keharmonian negara seharusnya dipertahankan oleh semua golongan dan usah sesekali cuba menyentuh perkara terkandung dalam Perlembagaan seperti agama Islam sebagai agama rasmi negara.

Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pada Khamis tidak membenarkan pasangan itu diikat jamin sementara menunggu perbicaraan terhadap tiga pertuduhan berhubung tindakan mereka mempersenda umat Islam dan Ramadan dalam Facebook serta mempamerkan gambar lucah dalam blog mereka.

Ahmad Zahid juga meminta supaya apa sahaja keputusan mahkamah berhubung kes itu diterima umum kerana isu agama tidak boleh dilanggar atau dipolemikkan sehingga menjurus kepada kontroversi.

Beliau juga menyokong Akta Keharmonian Nasional yang sedang diusahakan bagi menggantikan Akta Hasutan seperti diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, baru-baru ini.
"Dilihat isi kandungan dalam akta baharu yang akan dibentangkan di Parlimen September ini masih mengekalkan seperti dalam kandungan Akta Hasutan supaya keharmonian negara dapat dipertahankan," katanya

IPOHMALAY

Posted: 20 Jul 2013 09:29 AM PDT

IPOHMALAY


Kompleks F Putrajaya Kini Mula Dibina

Posted: 19 Jul 2013 04:53 PM PDT




IMEJ DIBAWAH MILIK ARKITEK JAFRI MERICAN









Pengikut