BERANI MEMBUAT PILIHAN... Posted: 31 Jul 2014 03:13 PM PDT (Video) Nafsu terlanjur: 'Sedap' bersama, sengsara seorang diri Posted: 31 Jul 2014 04:01 PM PDT  | Gambar hiasan |
Usia mereka masih mentah, naif tentang pancaroba sebenar kehidupan. Dek kerana kehidupan bebas, akhirnya mereka terlanjur. Amarah keluarga suatu ketika dahulu baru difahami kini ketika mengusung perut yg memboyot. Namun apakan daya, nasi sudah menjadi bubur. | Cabang PKR mula belot, mahu Khalid kena tindakan disiplin Posted: 31 Jul 2014 05:54 AM PDT SHAH ALAM - Lima ketua cabang PKR hari ini menggesa pimpinan tertinggi parti untuk mengenakan tindakan disiplin terhadap Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dilihat semakin jelas membelakangkan parti sejak kebelakangan ini. Menurut Ketua Cabang Tanjung Karang, Mohd Yahya Mat Sahri, saranan Abdul Khalid agar Adun PR membuat undi tidak percaya terhadap beliau disifatkan sebagai satu tindakan yang bertujuan memalukan parti dan wajar diambil tindakan. "Kami minta pemimpin parti untuk mendengar suara akar umbi yang sudah jelak dengan permainan politik ala Umno yang dimainkan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim. "Kita sedia maklum, tindakan-tindakan beliau sejak akhir-akhir ini jelas membelakangkan pendirian dan ketetapan Majlis Pimpinan Pusat dan pimpinan tertinggi Pakatan Rakyat. Oleh itu, kami gesa pihak pemimpin parti untuk mengenakan tindakan disiplin terhadap beliau ," katanya dalam sebuah kenyataan hari ini. Dalam pada itu, pihaknya turut meminta kesemua ahli parti untuk menyokong penamaan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon Menteri Besar Selangor. Menurutnya lagi, Azizah yang selaku Presiden PKR adalah calon yang paling layak untuk menjadi menteri besar berbanding Adun lain. "Semua anggota parti harus mengenepikan perbezaan pendapat dan bersatu hati untuk menyokong keputusan Majlis Pimpinan Pusat yang menamakan Azizah sebagai calon Menteri Besar Selangor pada 21Julai lalu kerana beliau adalah antara pemimpin tertinggi PKR," katanya lagi. Antara Ketua Cabang yang turut menyokong kenyataan tersebut termasuklah Ketua Cabang Sabak Bernam, Abu Talip Bujang; Ketua Cabang Sungai Besar, Mohamad Fauzi Ahmad; Ketua Cabang Kapar, Azizi Ayob dan Ketua Cabang Sepang, Burhan Aman Shah. | Israel kaitkan Malaysia latih tentera Hamas Posted: 30 Jul 2014 09:30 PM PDT KUALA LUMPUR: Seorang pejuang Hamas yang ditahan Israel mendedahkan dia menerima latihan di Malaysia untuk melancarkan serangan rentas sempadan menggunakan payung terjun berkuasa, menurut satu laporan Jerusalem Post. Shin Bet (Agensi Sekuriti Israel) berkata suspek tersebut merupakan seorang komander sebuah unit Hamas yang berjaya ditahan di Khan Younis. Pejuang itu memberitahu para penyiasat bahawa latihan yang diterimanya adalah sebahagian daripada persiapan Hamas untuk menentang Israel di Semenanjung Gaza. Pejuang itu dikatakan menyertai Hamas pada tahun 2007 dan menjadi ahli sayap ketenteraannya yang bernama Izzadin Kassam. Dia dilaporkan ke Malaysia pada 2012, di mana dia dan sembilan anggota Hamas lain menjalani latihan menerbangkan payung terjun berkuasa. Shin Bet berkata pejuang Hamas itu menyertai unit rizab Hamas pada tahun yang sama dan telah ditugaskan untuk operasi-operasi khas. Pada tahun 2013, pejuang Hamas itu menyertai unit elit dan menerima senapang Kalashnikov untuk dibawa bersamanya pada setiap masa. Dia kemudian dilatih menggunakan senapang M-16, bom tangan roket dan bom lain. Pejuang-pejuang tersebut juga telah diajar bagaimana untuk menculik askar dan cara peperangan dalam terowong. Shin Bet berkata pejuang Hamas itu dijadualkan untuk melatih pejuang lain dalam kemahiran pertempuran bulan ini. Read more at: http://www.astroawani.com/news/show/pejuang-hamas-dilatih-di-malaysia-40976?cp | Whatsapp bocor: Hisam bantai Zuhdi Posted: 30 Jul 2014 09:01 PM PDT Naib Presiden PAS Datuk Husam Musa berkata Pengarah Operasi Pusat Penyelidikan Dr Mohd Zuhdi Marzuki perlu mengambil tanggungjawab sepenuhnya ekoran terbocornya tulisan beliau dalam WhatsApp AJK PAS Pusat. Bagi Husam, PAS tidak boleh diseret dalam masalah ini dan Zuhdi perlu mengambil tanggungjawab jamaah dan bertindak sewajarnya tanpa perlu parti itu mengambil tindakan atas implikasi tersebarnya kenyataan itu. "Memang pihak yang membocorkan tulisan dalaman itu juga salah, tetapi tanpa ada pihak yang menulis sedemikian rupa, ini tidak akan berlaku," kata Husam kepada The Malaysian Insider. Bagi Husam, penyataan senario itu merupakan satu hal, tetapi yang terlalu besar untuk dipikul PAS adalah istilah rasis yang digunakan dalam tulisan itu. "Dengan perkembangan yang berlaku kebelakangan ini termasuk yang (kenyataan) ini, hancur segala yang dibina oleh PAS selama ini," katanya. Husam mengulas kebocoran tulisan analisis senario Zuhdi dalam kumpulan WhatsApp yang kini tersebar luas. Menurut Husam, beliau bukan sebahagian daripada perbincangan WhatsApp itu. Perbincangan WhatsApp yang tersebar itu mendedahkan Zuhdi menulis: "Kalau kita keluar PR kita boleh retain Selangor malah untuk seterusnya. Kita 15 kerusi + TSKI + seorang lagi Adun PKR + 12 Umno, dah bentuk simple majoriti. Umno dalam kenyataannya mutakhir ini boleh terima TSKI jadi MB. "Lepas ini kalau DAP, gereja dan non Muslim melalak isu serban, kalimah Allah, kita boleh jentik saja mereka. Hujung tahun ini ubah sempadan kembalikan semula kuasa politik Melayu Islam. So mana-mana non Muslim, gereja, kita boleh sergah macam sebelum ini," tulis Zuhdi yang pada masa sama mengecam Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan apa yang berlaku melalui akaun Facebook. Menurut Husam, analisis senario ini bertembung dengan sikap parti itu dan juga Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang, di samping merosakkan jambatan yang dibina dengan pihak luar. "Dalam kes di Terengganu ketika krisis Datuk Seri Ahmad Said dengan BN, kita ambil pendirian tidak akan memujuk Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Umno untuk melompat menyertai PAS. Jadi analisis ini sudah bertentangan dengan pendirian PAS selama ini," kata Husam mengulas cadangan dalam analisis itu yang sedia menerima pihak Umno untuk bekerjasama dengan PAS. Menurut Husam, paling teruk adalah istilah digunakan untuk menyerang pihak luar yang selama ini bekerjasama dengan PAS. "Beliau perlu mengambil tanggungjawab penuh dan tidak mengaitkan PAS dalam hal ini," kata Husam. Sementara itu, AJK PAS Pusat Nasruddin Hassan yang turut serta dalam perbincangan WhatsApp ini mempertahankan analisis Zuhdi dengan berkata ia hanya sebahagian kecil dari analisisnya dan bukan pandangan beliau. "Perbahasan ini agak panjang. Saya menyalinnya semula dengan tekun dan memerhati satu per satu baris keseluruhan perbincangan group ini, mengunakan tulisan saiz 12 dengan format potret A4, saya perolehi sebanyak 115 muka surat. "Perbahasan non-stop menjangkau 2 hari dengan tulisan setebal 115 muka surat A4, tiba-tiba hanya disebarkan secebis sahaja yang mengandungi 11 baris ayat untuk membentuk satu persepsi buruk dan jahat kepada Zuhdi," kata ahli Parlimen Temerloh itu. Beliau berkata, ramai menganggap itu adalah kenyataan Zuhdi, sedangkan beliau tidak mempunyai pendirian sedemikian. "Apa yang tertera melalui perca perbincangan yang didedahkan adalah satu daripada banyak senario analisis yang dibentang Zuhdi apabila ahli group sedang berbincang mengenai satu topik yang menelur dari perbahasan mengenai isu MB Selangor, iaitu 'bagaimana kalau PAS keluar atau dikeluarkan dari Pakatan Rakyat'," kata beliau dalam satu kenyataannya. Sehubungan itu, beliau menyelar individu yang membocorkan sebahagian kecil perbincangan AJK PAS Pusat itu dan mencabar supaya tampil buat pengakuan dan dedahkan keseluruhan 'conversation' ahli kumpulan mengenai isu menteri besar Selangor ini jika beliau adalah seorang yang bertanggungjawab dan berani. "Jika tidak, memang ia seorang yang penakut dan pengkhianat. Menikam rakan dari belakang demi memuaskan hati 'warlord'nya yang berada di luar parti ," katanya. – 31 Julai, 2014. | PAS akan kalah teruk kalau buat pilihanraya semula - DAP Posted: 30 Jul 2014 07:43 PM PDT Pakatan Rakyat (PR) berisiko kalah manakala PAS pula dilenyapkan daripada Selangor sekiranya pilihan raya mengejut diadakan untuk menyelesaikan isu penggantian Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai menteri besar, kata DAP. Pengerusi DAP Selangor Tony Pua berkata PR– yang terdiri daripada PKR, PAS dan DAP – akan mengalami 'kekalahan besar' sekiranya pilihan raya negeri diadakan, tetapi memberi amaran PAS akan kalah lebih besar. Amaran ini berikutan presiden parti Islam itu yang menyokong Khalid untuk kekal sebagai menteri besar sementara parti Khalid, PKR, mahu menggantikannya dengan Presiden Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail. "Desakan PAS untuk menyokong Khalid akan mendorong kepada pilihan raya mengejut, yang akhirnya akan menyebabkan PAS kalah besar, ataupun kalah semua kerusi yang dimenanginya dengan susah payah. Ini kemungkinan besar hanya akan mengembalikan semula Selangor kepada Umno," kata Pua dalam satu kenyataan hari ini. Beliau berkata memandangkan PKR dan DAP mahu menggantikan Khalid, sementara PAS bersama dengan sokongan Umno inginkan Khalid kekalkan jawatannya, oleh itu Dewan Undangan Negeri (DUN) akan terbahagi dua tanpa majoriti yang jelas. "Dalam situasi sebegini, Khalid mungkin akan mendapat kebenaran daripada Sultan Selangor untuk mengadakan pilihan raya mengejut." Pua berkata, PKR dan DAP akan hilang 3% undi Melayu dan 10% undi bukan Melayu di 7 daripada 30 kerusi DUN. Menurut Pua, PKR akan kehilangan Batu Tiga, Ijok, Kota Anggerik, Taman Medan dan Pelabuhan Klang, manakala DAP akan hilang kerusi Kuala Kubu Baru dan Sungai Pelek. PKR akan hanya tinggal 10 kerusi dan DAP 13 kerusi. Namun di kawasan kubu kuat PAS yang mendapat sokongan Melayu, menurut Pua parti itu juga akan hilang 7 daripada 15 kerusi DUN yang dimenanginya semasa Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) lalu. Kerusi DUN terbabit adalah Sabak, Gombak Setia, Dusun Tua, Selat Kajang, Sijangkang, Morib dan Tanjong Sepat. Manakala undi bukan Melayu terhadap PAS juga akan jatuh 25% sekaligus akan menyebabkan PAS hilang kerusi Taman Templer, Hulu Kelang, Lembah Jaya, Seri Serdang dan Paya Jaras, menyebabkannya hanya tinggal tiga kerusi sahaja. Bagaimanapun tiga kerusi di Chempaka, Bangi, dan Meru juga masih dianggap tidak selamat kerana undi Melayu merosot 5% manakala bukan Melayu 30%. "Melihat kepada senario di atas, amat sukar untuk Pakatan Rakyat mempertahankan kuasa mereka di Selangor. "Kemenangan besar akan menjadi milik Umno apabila dapat mengembalikan semula 30 kerusi dalam DUN," katanya. Sehubungan itu, Pua menyeru PAS supaya terus kekal dalam PR dan tidak mengecewakan harapan rakyat Selangor. "Kami harap rakan seperjuangan PAS akan berdiri teguh bersama Pakatan dan melaksanakan janji yang ditaburkan kepada rakyat serta mengelakkan impian rakyat dikecewakan sebelum sempat ditunaikan," katanya. Pemimpin tertinggi PAS, termasuk Presiden Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Mursyidul Am Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat enggan bersetuju dengan tindakan DAP dan PKR yang mahu Khalid disingkirkan sebelum akhir penggal. Konflik itu membawa kepada cadangan melalui perbualan kumpulan AJK PAS Pusat dalam WhatsApp yang mahu bergabung undi dengan Umno demi memastikan kedudukan Khalid dan kuasa politik Melayu-Islam kekal. Namun perbualan WhatsApp yang dibocorkan dan disebarkan kepada umum itu bagaimanapun dinafikan Pengarah Operasi Pusat Penyelidikan PAS (PPP) Dr Mohd Zuhdi Marzuki yang menyatakan cadangannya itu hanya gambaran analisis senario sahaja. – 31 Julai, 2014. - See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/pas-kalah-besar-jika-selangor-adakan-pilihan-raya-mengejut-kata-dap#sthash.slk8JQf3.dpuf | Situasi politik Kedah, Selangor berbeza wahai Rafizi... - Pas Kedah Posted: 30 Jul 2014 06:01 PM PDT ALOR SETAR - Situasi kemelut yang berlaku di Selangor tidak sama dengan krisis yang pernah berlaku dalam PR di Kedah, malah perbandingan antara kedua-duanya juga tidak setara. Ketua Penerangan Pas Kedah, Muhammad Sanusi Md Noor berkata, kenyataan Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail dan Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli yang menjadikan krisis di Kedah di bawah pentadbiran PR sebelum ini sebagai contoh terhadap situasi yang berlaku di Selangor sama sekali tidak wajar serta berlainan sama sekali. Beliau yang juga bekas Setiausaha Politik Menteri Besar Kedah berkata, pendedahan yang dibuat secara terbuka di Facebook bukan bermaksud mahu memanjangkan kemelut melanda Selangor tetapi mahu menunjukkan keadaan sebenar Pas Kedah banyak berkorban untuk menjaga hubungan baik antara rakan pakatan sepanjang tempoh menerajui tampuk pemerintahan negeri. "Saya terpanggil untuk menjelaskan situasi sebenar itu semalam (kelmarin) kerana sama sekali tidak setuju mereka menjadikan krisis berlaku di Kedah sebagai contoh terhadap apa yang berlaku di Selangor. "Situasi tidak sama, di Kedah kerusi PKR sedikit dan masalah kerap berlaku apabila wakil rakyatnya kerap lompat parti hingga turut menggugat kepercayaan penyokong. Namun kita (Pas) sentiasa mencari jalan untuk menolong mereka mengatasi masalah serta berusaha menutup kekurangan yang timbul," katanya kepada Sinar Harian, semalam. Muhammad Sanusi berkata, krisis dalaman berlaku dalam PR Kedah khususnya Pas lebih kepada perumpamaan 'ribut dalam cawan' kerana masih menunjukkan taat setia kepada parti berbeza dengan PKR calon yang lompat parti lebih selesa bergerak bebas atau condong kepada Umno. "Mereka (PKR) bukan berdiam diri, mulia atau baik hati tidak campur tangan dari berbicara siapa patut menjadi MB pada masa itu sebaliknya tumpuan utama parti itu lebih kepada usaha untuk menambah bilangan kerusi termasuk meminta DAP memberi laluan kepada mereka meletak calon PKR di kawasan DAP atas dasar rakan pakatan. "Namun situasi yang berlaku di Selangor sebaliknya kerana pemimpin PKR diminta letak jawatan sebagai menteri besar walaupun tidak mempunyai masalah (seperti lompat parti seperti di sini)," katanya. Dalam perkembangan sama, Muhammad Sanusi turut mencabar Saifuddin supaya menunjukkan satu bukti yang mengaitkan beliau dengan tuduhan isu berkaitan balak, tanah, projek, pasir seperti disampaikan pegawai tadbir kerajaan negeri (KCS), exco dan adun Pas hingga menganggapnya persis ayam berkokok tetapi ekor bergelumang najis. "Saya cabar beliau (Saifuddin) tunjuk satu saja di mana tempatnya kalu benar tuduhan yang diceritakan kepadanya itu benar-benar wujud. Kalau susah nak cari, namakan saja pegawai KCS yang bercerita itu, kalau susah juga, namakan exco atau adun Pas yang bercerita itu. "Jika tiada bukti bermakna beliau cuba menfitnah pemimpin PR sendiri," katanya. Menurutnya, biarpun pelbagai isu kemelut dan pergelutan yang timbul namun PR akan tetap terus bersatu dan tidak akan berpecah. "Bagaimanapun rakan PR perlu menghormati pendirian Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang. Segala keputusan yang mahu diambil tidak boleh dibincang hanya peringkat dalam parti itu sendiri sahaja sebaliknya perlu dibawa ke atas melalui perbincangan bersama rakan-rakan dalam pakatan," katanya. | Cakap-cakap 'orang luar' tak penting, tak perlu dengar - Tok Pa Posted: 30 Jul 2014 05:45 PM PDT KUALA TERENGGANU 30 Julai - Pas tidak akan mengikut telunjuk mana-mana pihak di luar parti untuk mengambil tindakan disiplin ke atas Pengarah Operasi Pusat Penyelidikan Pas, Dr. Mohd. Zuhdi Marzuki yang didakwa mengemukakan cadangan mengkhianati pakatan pembangkang. Setiausaha Agungnya, Datuk Mustafa Ali berkata, tindakan ke atas ahlinya hanya akan dibuat berdasarkan laporan dalaman oleh kalangan anggota parti dan bukannya pihak lain. Beliau bagaimanapun menjelaskan belum mengetahui punca sebenar yang membangkitkan dakwaan Pengarah Strategi Parti Keadilan Rakyat (PKR), Rafizi Ramli terhadap Mohd. Zuhdi sehingga meminta Pas bertindak. "Saya tak baca apa benda dia punya alasan. Kita tak ambil tindakan daripada orang-orang luar cakap. Tindakan disiplin dibuat berdasarkan laporan dalam kalangan ahli Pas sendiri,'' ujar beliau berhubung rentetan isu berkaitan dengan kedudukan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Mohd. Khalid Ibrahim. Katanya, jika soal meninggalkan pakatan pembangkang, itu tidak berbangkit kerana pendirian rasmi parti, malah pendirian pemimpin termasuk Mursyidul Am, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang adalah jelas bahawa UMNO tetap menjadi lawan dalam politik. Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas hadir dalam Majlis Ramah Mesra Aidilfitri Bersama-sama Anak-anak Terengganu di Perantauan di Markas Tarbiyah Pas, Kuala Ibai di sini malam tadi. Rafizi mendakwa mesej kumpulan WhatsApp AJK Pas Pusat tentang senario yang dijangka berlaku sekiranya parti itu keluar daripada pakatan pembangkang menggambarkan kewujudan unsur-unsur khianat dalam kalangan pimpinan tertinggi parti tersebut dengan sikap bermuka-muka. Katanya, pendapat dan sentimen yang dinyatakan oleh Mohd. Zuhdi dalam mesej yang dipercayai dibocorkan oleh seorang pemimpin Pas itu bercanggah dengan janji-janji yang dimeterai parti tersebut dalam pakatan pembangkang. Rafizi meminta agar tindakan disiplin diambil ke atas Mohd. Zuhdi apabila beliau mengutarakan cadangan yang khianat kepada perjanjian yang Pas meterai dengan pakatan pembangkang dan rakyat yang mengundi parti itu serta pakatan pembangkang. Selain itu, Setiausaha Organisasi Kebangsaan DAP, Anthony Loke Siew Fook berkata, kenyataan Mohd. Zuhdi sangat tidak bertanggungjawab dan ada unsur-unsur membelot kepercayaan rakyat. Cadangan untuk membentuk kerajaan negeri Selangor adalah satu pengkhianatan bukan sahaja kepada PKR dan DAP tetapi juga kepada rakyat Selangor khasnya kaum Cina yang memberikan mandat kepada pakatan pembangkang dalam Pilihan Raya Umum Ke-13. Sehubungan itu, Siew Fook meminta pemimpin Pas Pusat mengambil satu pendirian yang tegas tentang cadangan Mohd. Zuhdi dan mengenakan tindakan sewajarnya ke atas pengarah operasi tersebut untuk mengembalikan keyakinan pengundi dan penyokong pakatan pembangkang di seluruh negara terhadap parti berkenaan. Sementara itu Mustafa berkata, soal sama ada pendirian tegas Abdul Hadi mempertahan kepemimpinan Abdul Khalid turut mewakili suara parti hanya akan diputuskan dalam mesyuarat jawatankuasa tertinggi parti pada 10 Ogos depan. Mustafa hanya memberi bayangan itu ketika pergeseran pendapat dalam kalangan pemimpin dan penyokong Pas semakin jelas berhubung kemelut kepimpinan di Selangor selain pertentangan pendirian sebahagian pemimpin parti tersebut dengan PKR. "Tunggulah mesyuarat 10 Ogos ini. Kita akan bawa cadangan itu kepada mesyuarat, tak berbangkit soal Pas setuju atau tak setuju. kita akan bawa dulu, bincang dan selepas itu baru ada keputusan macam mana,'' ujarnya. Katanya, Abdul Hadi sendiri yang akan mempengerusikan mesyuarat itu kelak dan keputusan hasil perbincangan tersebut merupakan pendirian sebenar dan yang rasmi bagi parti. Utusan | PAS Selangor sokong Wan Azizah jadi MB Selangor? Posted: 30 Jul 2014 05:31 PM PDT Shah Alam: "Tidak ada sebarang perbincangan mengenai perkara itu dan PAS Selangor tetap komited dan setia terhadap Pakatan Rakyat," kata Setiausaha PAS Selangor Mohd Khairuddin Othman. Dalam kenyataan dikeluarkannya semalam, beliau berkata, pandangan dikemukakan Pengarah Operasi, Pusat Penyelidikan PAS Pusat Dr Mohd Zuhdi Marzuki itu langsung tidak diketahui PAS Selangor dan mungkin sekadar pandangan peribadi. "Pandangan yang dibuat oleh Dr Zuhdi tidak mempunyai kesan ke atas PAS Selangor dan pendapat yang dibuat olehnya itu adalah pendapat peribadi beliau semata-mata. "Jaminan kami (PAS Selangor), akan kekal dalam Pakatan Rakyat dan jika diteliti rekod PAS selama ini, tidak ada sebarang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang melompat ke parti UMNO ataupun Barisan Nasional (BN) dan kita akan mengekalkannya begitu," katanya. Semalam, ADUN Gombak Setia Hasbullah Mohd Ridzwan berkata, perbincangan mengenai kerajaan gabungan itu hanya membabitkan beberapa individu dalam PAS bukan menggambarkan pendirian parti itu. Beliau yang juga Bekas Ketua Pemuda PAS Selangor berkata, sehingga kini, tiada sebarang kata putus yang dibuat PAS Pusat mengenai kerajaan gabungan dan sekiranya benar berlaku, satu perbincangan dengan PAS Selangor perlu di lakukan. Hasbullah berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai paparan skrin aplikasi WhatsApp dalam kalangan Ahli Jawatankuasa PAS yang membincangkan kerjasama dengan UMNO. Perkara itu dikemukakan Dr Zuhdi dalam usaha mengekalkan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar Selangor. | 13 'fakta' kekuatan Pas tersebar dalam laman sosial Posted: 30 Jul 2014 05:15 PM PDT KUALA LUMPUR 30 Julai - Kenyataan 13 fakta kekuatan Pas dalam pakatan pembangkang kini tersebar luas dalam laman media sosial dan juga kumpulan-kumpulan WhatsApp. Difahamkan, penyebaran fakta-fakta berkenaan adalah ekoran hubungan antara Pas dengan Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang semakin meruncing berhubung kedudukan Menteri Besar Selangor. Fakta-fakta itu juga merupakan mesej bahawa Pas paling layak mengetuai pakatan pembangkang dan bukannya PKR atau DAP. Berikut adalah kenyataan yang tersebar; FAKTA - Kekuatan pakatan pembangkang terletak pada Pas. Tanpa ahli dan penyokong Pas, pakatan pembangkang tidak akan berfungsi. Akar umbi pakatan adalah Pas.
FAKTA - Sejarah penubuhan pakatan pembangkang tidak akan berjaya jika Pas tidak terlibat. Ahli dan penyokong Pas yang membuatkan pakatan nampak ramai dan kuat.
FAKTA - DAP merupakan sekutu paling kurang ahli dan penyokong di awal penubuhan pakatan. Tanpa Pas, parti Lim Kit Siang anak beranak tidak bernyawa.
FAKTA - Hasil bantuan Pas, pemimpin DAP dapat sokongan Melayu bagi menumbangkan UMNO. Tanpa Pas sudah pasti DAP tumbang kepada MCA dan Gerakan.
FAKTA - Pas merupakan tunjang kekuatan pakatan pembangkang kerana ahli dan penyokongnya adalah hardcore dalam memastikan pakatan terus relevan.
FAKTA - PKR merupakan sekutu paling lemah di dalam pakatan pembangkang kerana mempunyai ahli yang sedikit.
FAKTA - Jika diletak pertandingan 1 lawan 1 antara Pas vs PKR, kemenangan akan memihak kepada Pas di semua kerusi majoriti Melayu.
FAKTA - Ahli dan penyokong PKR terdiri daripada mereka yang dibuang daripada UMNO, MIC, MCA, Gerakan kerana pelbagai masalah.
FAKTA - PKR mengetuai setiap demonstrasi yang diadakan pakatan pembangkang namun tanpa penyertaan ahli Pas, demonstrasi PKR tidak akan mendapat sambutan
FAKTA - Lim Kit Siang dan Lim Guang Eng (bukan Islam) tidak layak. Datuk Seri Anwar Ibrahim masalah moral (kes liwat) tidak layak. Datuk Seri Abdul Hadi Awang paling layak ketuai pakatan pembangkang. Suara Pas lebih ramai dalam pakatan.
FAKTA - Sedarlah wahai ahli dan penyokong Pas, tanpa kamu pakatan pembangkang tidak punya apa-apa. Apatah lagi nak harapkan PKR.
FAKTA - PKR sudah lama mempergunakan Pas. Sudah sampai masanya ahli dan penyokong Pas terajui pakatan pembangkang kerana suara anda lebih kuat dan berpengaruh.
FAKTA - Ahli dan penyokong serta kepimpinan Pas, dengarlah suara hati anda dan fikirlah dengan bijak. Mahu jadi keldai tunggangan DAP dan PKR atau ketuai pakatan. | DAP beri amaran kepada PAS Posted: 30 Jul 2014 05:01 PM PDT KUALA LUMPUR 30 Julai - DAP mengingatkan pimpinan Pas agar tidak sekali-kali mempunyai pemikiran untuk bekerjasama dengan UMNO dan sebarang hasrat itu perlu dikutuk dengan sekeras-kerasnya. Setiausaha Organisasi DAP, Anthony Loke Siew Fook berkata, analisis senario oleh Pengarah Operasi Pusat Penyelidikan Pas, Dr. Mohd. Zuhdi Marzuki mengenai kerjasama Pas-UMNO adalah amat tidak bertanggungjawab dan mempunyai unsur-unsur pembelotan. Katanya, Pas mempunyai hak untuk kekal atau keluar daripada pakatan pembangkang namun cadangan untuk bergabung dengan UMNO bagi membentuk kerajaan negeri Selangor adalah pengkhianatan terhadap Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP. "Mana-mana pemimpin yang berfikiran sebegitu dan melontarkan cadangan tersebut perlu dikutuk dengan sekeras-kerasnya, saya ingin mengingatkan Dr. Zuhdi bahawa kerusi-kerusi yang dimenangi oleh Pas di Selangor adalah di bawah payung pakatan kerana ketiga-tiga parti Pas, PKR dan DAP bertanding dalam PRU-13 (Pilihan Raya Umum Ke-13) dengan manifesto bersama pakatan," katanya dalam satu kenyataan di laman Facebook miliknya semalam. Anthony mengulas mengenai mesej daripada Mohd. Zuhdi dalam kumpulan WhatsApp Ahli Jawatankuasa (AJK) Pas Pusat mengenai kajian senario Pas keluar daripada pakatan dan bekerjasama dengan UMNO di Selangor. Mesej kumpulan WhatsApp itu merupakan perbincangan sulit dalam kalangan AJK Pas Pusat namun telah dibocorkan oleh individu tertentu dan tersebar secara meluas sejak Isnin lalu. Menurut Anthony, imaginasi daripada Mohd. Zuhdi bagi 'menjentik DAP' juga telah menjejaskan imej keterbukaan dan semangat toleransi Pas. "DAP menyeru pimpinan Pas pusat untuk mengambil satu pendirian yang tegas untuk menjauhkan diri daripada cadangan Mohd. Zuhdi dan mengambil tindakan yang sewajarnya untuk mengembalikan keyakinan pengundi-pengundi dan penyokong pakatan di seluruh negara terhadap Pas," katanya. Utusan | Selfie Kubur: Pelakon mohon maaf, tapi tak mengaku... Posted: 30 Jul 2014 04:31 PM PDT Kuala Lumpur: "Itu bukan kubur, tetapi cuma bekas tapak kubur lama. Saya boleh bawa sesiapa yang tidak puas hati ke kawasan perkuburan berkenaan di Sipitang untuk membuktikannya," demikian penjelasan pengacara dan pelakon, Mohd Farish Aziz Sulaiman atau Farish Aziz, 30, berkenaan sekeping gambar di akaun Instagram miliknya yang dikecam hebat di Internet. Pada hari raya pertama lalu, selebriti itu memuat naik sekeping foto 'selfie' di sebuah kawasan perkuburan dan tindakannya itu disifatkan kurang ajar serta kurang sensitif. Dalam foto terbabit, Farish kelihatan seolah-olah sedang memijak kubur dan sekali gus dikutuk habis-habisan. Dia yang dihubungi semalam juga tidak sangka perbuatannya itu akan dikecam sedangkan dia sudah memberi penjelasan di Instagram. Menurutnya, tindakan itu di mata orang lain mungkin nampak salah kerana tidak mengetahui perkara sebenar. "Saya minta maaf kepada sesiapa juga yang tersinggung bahkan menyuruh untuk memadam gambar terbabit. Kalau benar ia salah di sisi moral, maafkan saya tapi jika dilihat betul-betul, gambar itu tiada bezanya seperti orang lain yang mengambil gambar di kubur. "Namun, sesiapa pun tidak seharusnya memfitnah hanya kerana melihat gambar berkenaan dan saya terkilan dengan pihak yang sangat busuk hati bertindak menyebarkan gambar itu sehingga menjadi viral. "Akaun itu adalah milik peribadi saya dan saya tidak kisah jika itulah komen-komen yang diberikan tapi bila sudah sampai tahap fitnah, saya memang kesal," katanya kepada Harian Metro, semalam. Farish juga dituduh sengaja memuat naik foto berkenaan atas dasar mahu meraih publisiti murah dan dia menyifatkan perkara itu tidak terlintas pun di fikirannya. "Saya tidak mahu hipokrit dan hanya kerana komen-komen sedemikian yang bagi saya tidak berasas. Ada juga yang bertanya cerita sebenar dan menjelaskan kepada mereka dengan baik. "Ahli keluarga saya pun tidak bising kerana memang di tempat saya berdiri itulah juga kami duduk sewaktu bacaan Yasin. Jadi, berhentilah mengadili saya jika tidak tahu kebenaran," katanya. | Kenyataan rasis: PU Shahul mohon maaf Posted: 30 Jul 2014 04:01 PM PDT "Saya mohon maaf kepada semua khususnya kepada kaum India," kata penceramah bebas Ustaz Shahul Hameed MPH Seeni Mohd selepas video ceramahnya yang didapati menyinggung perasaan kaum India tersebar luas. Menurut penceramah bebas yang dicungkil bakat dalam program Pencetus Ummah itu, dia mengadakan ceramah terbabit secara tertutup namun mendakwa ada individu tertentu yang merakam dan memuat naik video berkenaan tanpa pengetahuannya yang didapati mempunyai niat buruk. Shahul dalam permohonan maaf yang dimuat naik melalui video bedurasi 1 minit 41 saat dalam akaun Facebook miliknya juga mendakwa apa saja yang dikatakannya dalam ceramah terbabit adalah berdasarkan amanah ilmu yang difahaminya. "Mungkin ada beberapa perkataan yang menimbulkan rasa tidak puas hati dan menyinggung perasaan terutamanya kaum India dan jika ia menyinggung perasaan mereka saya memohon maaf. "Saya harap isu ini tidak dipanjangkan lagi dan saya akan pastikan perkara sepertinya ini tidak akan berulang lagi," katanya dalam rakaman video permohonan maaf terbabit. Terdahulu, seramai 30 ahli termasuk wakil Pemuda, Putera dan Wanita MIC negeri serta Parti Progresif Penduduk (PPP) serta NGO Hindu yang lain berkumpul jam 10 pagi di Ibu Pejabat Polis Daerah Timur Laut (IPDTL) di sini semalam bagi membuat laporan polis dan meminta satu siasatan dijalankan terhadap penceramah bebas itu. Ketua Putera MIC negeri, N G Senthelnathan berkata, tindakan itu dibuat selepas melihat Shahul Hameed didakwa sengaja menyentuh sensitiviti penganut agama Hindu dan melakukan tindakan provokasi berunsur perkauman dan meminta dia berhenti daripada terus menjalankan sebarang ceramah sehingga siasatan selesai. Menurutnya, tindakan tegas perlu dikenakan ke terhadap beliau dan pihaknya tidak menyalahkan Shahul Hameed untuk menjalankan ceramah agama atau sebagainya, namun berharap ia tidak menyentuh kepercayaan dan agama kaum lain. "Kami merayu dan meminta kerajaan mengambil tindakan tegas terhadap Shahul Hameed dan juga mana-mana pihak yang cuba melakukan provokasi terhadap kepercayaan agama lain di negara ini kerana tindakan sedemikian tidak seharusnya berlaku. "Negara kita mempunyai berbilang bangsa serta agama dan tidak seharusnya isu ini berlaku yang dilihat boleh mencetuskan rasa tidak tenteram," katanya. Shahul Hameed adalah Naib Juara program realiti, Pencetus Ummah dimana satu ceramahnya yang dimuat naik di laman Youtube menyentuh mengenai penggunaan serbuk kari jenama Alagapas di kalangan umat Islam di negara ini. Video berdurasi 1.02 minit itu bertajuk Serbuk Kari Babas dan Alagapas (sempoi) dimana Shahul Hameed mempersoalkan tindakan umat Islam tidak menggunakan serbuk rempah keluaran syarikat Islam. Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Mior Faridalathrash Wahid berkata, siasatan menyeluruh akan dilakukan terhadap laporan yang dibuat. | |
PEJUANG BANGSA Posted: 31 Jul 2014 11:23 AM PDT PAS PUN BOLEH UGUT KELUAR PR BUKAN SAHAJA DAP - NASRUDIN Posted: 30 Jul 2014 09:42 PM PDT
Jika DAP boleh ugut keluar PR... kenapa PAS tak boleh - Nasrudin
NASRUDIN CABAR PENGKHIANAT DEDAH SEMUA 115 MUKA SURAT PERBINCANGAN KELUAR PR
Nampaknya kebiadapan DAP mempersoalkan sumber WhatApps bocor Dr Zuhdi Marzuki dan mendesak beliau dikenakan tindakan displin memang menyakitkan hati orang-orang PAS. Ini mungkin kerana ramai faham, yang bocor itu perbincangan sulit, dan lebih penting lagi, apa hak DAP nak beri arahan pada PAS?
Ramai yang hairan kenapa PAS kena ikut saja telunjuk DAP dan PKR dalam pakatan pembangkang sedangkan dari segi jentara dan ahli, juga senioriti PAS paling lama.
PAS tubuh tahun 1951, DAP 1966 dan PKR 1999. Orang Melayu kata... dah banyak rasa asam garam.
Semenjak dua menjak ini, kerana PR berkuasa melalui undi bukan Melayu dan Islam, DAP mula mempamerkan taringnya, dia macam ketua yang tak dilantik, de facto leader dalam PR.
Parti itu selalu ugut PAS apabila PAS mahu melaksanakan hasrat asal penubuhan parti itu, iaitu Negara Islam dan Hukum Hudud.
Ini juga persoalan yang dibangkitkan oleh bekas Ketua Pemuda PAS yang juga Ahli Parlimen Temerloh, Nasrudin Hassan melalui facebooknya pagi Khamis tulisnya...
"jika DAP melalui kenyataan beberapa pemimpinnya secara terbuka mahu keluar pakatan pembangkang kalau PAS bawa Enakmen Hudud ke Parlimen kenapa PAS tidak boleh melihat worst case scenario yang sama?"
Soalan AJK kanan PAS pusat itu bukan hanya luahan perasaan beliau semata-mata... tapi ramai pemimpin PAS dah rasa yang kenyataan DAP dan PKR dalam isu WhatApps bocor ini sudah lebih sudu dari kuah.
Nampak hasrat depa perlekeh PAS, sedangkan selama ini tanpa PAS dengan kekuatan jentara akar umbinya... jangan harap DAP dan PKR nak menang besar.
PAS yang paling banyak berkorban dan terkorban dalam 'games' Pakatan Rakyat ini.
Sementara itu, mengulas mengenai kenyataan Pengarah Operasi Pusat Penyelidikan PAS Dr Zuhdi Marzuki, kata Nasrudin apa yang perbincangan mengenai isu keluar PR ini adalah satu perbincangan panjang.
"Perbahasan ini agak panjang. Saya menyalinnya semula dengan tekun dan memerhati satu baris ke satu baris keseluruhan conversation group ini, mengunakan tulisan saiz 12 dengan format potrait A4, saya perolehi sebanyak 115 muka surat. Perbahasan non stop menjangkau 2 hari dengan tulisan setebal 115 muka surat A4," katanya dalam kenyataan bertajuk Pengkhianat Mesti Bertanggungjawab.
Menurut beliau, perbahasan non stop menjangkau 2 hari dengan tulisan setebal 115 muka surat A4, tiba – tiba hanya disebarkan secebis perca yang hanya mengandungi 11 baris ayat untuk membentuk satu persepsi buruk dan jahat kepada Dr Zuhdi Marzuki.
"Bukan sahaja ia adalah perbuatan yang tidak adil malah jahat dan khianat. Pencetus masaalah sebenar yang mencemarkan landskap politik semasa tanahair bukanlah Dr Zuhdi tetapi individu yang membocorkan maklumat perbincangan tertutup. Tanpa pendedahan itu, sudah tentu isu ini tidak tercetus. Terutama pendedahan yang hanya mengambil perca kecil dari keseluruhan lembaran conversation group,"katanya.
Bahkan beliau mencabar... pengkhianat yang membocorkan WhatApps itu supaya mendedahkan keseluruhan perbincangan group AJK PAS Pusat tersebut.
"Saya percaya, jika didedahkan keseluruhannya atau perbahasan secara penuh, persepsi buruk dan sangkaan yang bukan – bukan tidak akan berlaku kepada Dr Zuhdi,"katanya.
Berikut kami siarkan kenyataan beliau sepenuhnya tanpa suntingan.
Pengkhianat Mesti Bertanggungjawab.
Oleh : Nasrudin bin Hassan ( Kenyataan Peribadi tidak mewakili PAS Pusat dan boleh Print Screen )
1. Tidak semena - mena nama Dr Zuhdi Marzuki menjadi besar dan menggegarkan politik tanahair. Secebis perca conversation group whatsapp AJK PAS Pusat disalin keluar oleh individu berhati busuk sedang ia adalah whatsapp group tertutup yang menjadi medan perbahasan dan perbincangan AJK PAS Pusat sebagai mesyuarat tidak rasmi untuk memudahkan banyak perkara dengan memanfaatkan kemudahan sistem komunikasi moden yang wujud hari ini.
2. Apa yang berlaku ialah kami anggota group whatsapp AJK PAS Pusat sedang berbincang mengenai perkembangan politik terkini yang sedang melanda negara khasnya mengenai isu MB Selangor. Timbul pelbagai pandangan dari kalangan AJK PAS Pusat mengenainya. Sebahagian bersetuju dan sebahagian tidak bersetuju dan sebahagian yang lain pula diam tanpa respon. Saya sifatkan ini perkara biasa dalam semua keadaan. Jarang benar untuk kami bersetuju sebulat suara dalam satu - satu isu yang dibincangkan. Perbedaan pandangan itu akan menapis dan menyaring pandangan sebahagian yang lain sementara perbahasan menjadi masak sebelum disimpul menjadi rumusan atau keputusan.
3. Perbahasan ini agak panjang. Saya menyalinnya semula dengan tekun dan memerhati satu baris ke satu baris keseluruhan conversation group ini, mengunakan tulisan saiz 12 dengan format potrait A4, saya perolehi sebanyak 115 muka surat. Perbahasan non stop menjangkau 2 hari dengan tulisan setebal 115 muka surat A4, tiba – tiba hanya disebarkan secebis perca yang hanya mengandungi 11 baris ayat untuk membentuk satu persepsi buruk dan jahat kepada Dr Zuhdi Marzuki. Bukan sahaja ia adalah perbuatan yang tidak adil malah jahat dan khianat. Pencetus masaalah sebenar yang mencemarkan landskap politik semasa tanahair bukanlah Dr Zuhdi tetapi individu yang membocorkan maklumat perbincangan tertutup. Tanpa pendedahan itu, sudah tentu isu ini tidak tercetus. Terutama pendedahan yang hanya mengambil perca kecil dari keseluruhan lembaran conversation group.
4. Alang – alang berbuat dosa, kenapa tidak individu ini mendedahkan keseluruhan conversation group AJK PAS Pusat tersebut. Saya percaya, jika didedahkan keseluruhannya atau perbahasan secara penuh, persepsi buruk dan sangkaan yang bukan – bukan tidak akan berlaku kepada Dr Zuhdi. Justeru itu saya cabar individu yang telah membocorkan maklumat perbincangan dalaman Group AJK PAS Pusat itu tampil mendedahkan keseluruhan isi kandungan perbahasan mengenai isu ini. Kita lihat bagaimana wajah perbahasan dan apa sebenarnya yang berlaku. Jangan minta saya mendedahkannya kerana nakal – nakal saya pun, tidaklah sebusuk perut dan sebenak aqal individu yang menyalin keluar perca conversation group AJK PAS Pusat tersebut.
5. Ramai menganggap itu adalah kenyataan Dr Zuhdi sedang Dr Zuhdi tidak pernah membuat kenyataan sedemikian. Apa yang tertera melalui perca conversation yang didedah adalah satu daripada banyak – banyak scenario analisis yang dibentang oleh Dr Zuhdi apabila anggota group sedang berbincang mengenai satu topic yang menelur dari perbahasan mengenai isu MB Selangor iaitu "bagaimana kalau PAS keluar atau dikeluarkan dari Pakatan Rakyat". Apa scenario yang akan berlaku ? Analisisnya dikemukakan hasil dari cakap – cakap orang bawah dan orang awam secara negative atau positif yang dipungut naik oleh Dr Zuhdi untuk bahan perbincangan mengenai topic tersebut. Ia bukan pemikiran tulen Dr Zuhdi. Malah, bukan Dr Zuhdi yang cadang topik PAS keluar atau dikeluarkan dari Pakatan Rakyat. Ianya dicadangkan oleh anggota group AJK PAS Pusat yang lain. Seperti juga mana – mana pengkaji dan penganalisis mengemukakan hasil analisis sebagai contoh, mereka dapati orang melayu masih ramai yang berfikiran feudal maka bukan bermakna penganalisanya juga berfikiran feudal. Cakap – cakap mengenai PAS keluar atau dikeluarkan dari Pakatan Rakyat ini sudah lama berlegar dikalangan ahli PAS dan sebahagian pimpinan. Malah Dewan Ulamak PAS Pusat lebih setahun lalu pernah mencadangkan supaya Tahaluf Siasi ( Kerjasama Politik ) antara PAS dengan PKR dan DAP itu dikaji semula. Ini menggambarkan scenario itu telah lama berlaku dan mudah serta pantas untuk dianalisis.
6. Sementara itu adalah perbahasan dan perbincangan tertutup maka tidaklah Dr Zuhdi memperindah susun kata sebagaimana mahu dibentang pada khalayak melalui slide show dan seumpamanya, melainkan beliau sekadar menggunakan bahasa dan "istilah lepas" bagi memudahkan perbincangan dan memahami kedudukan scenario yang dianalisisnya. Malah perbahasan itu belum berakhir dan belum merumuskan apa – apa melainkan banyak perkara akan dibawa secara rasmi ke Mesyuarat Penuh AJK PAS Pusat pada 10 Ogos akan datang .
7. Jujur saya menyebut bahawa bukan sahaja Dr Zuhdi dilihat buruk bila conversationnya dikerat kecil begitu malah melalui 115 muka surat conversation yang saya maksudkan tadi, anda akan dapati ramai lagi rakan – rakan saya dari anggota group AJK PAS Pusat turut dilihat buruk seperti Dr Zuhdi malah lebih teruk dari Dr Zuhdi JIKA conversation mereka juga dikerat – kerat kecil sebagaimana dilakukan kepada Dr Zuhdi.
8. Saya teringat seorang kawan saya semasa belajar di Pondok Pasir Tumbuh puluhan tahun yang lalu. Beliau pernah maki hamun Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz kerana beliau mendengar Tuan Guru Hj Nik Abdul Aziz berkata UMNO baik dan secular baik. Sedang menurut pengajian Islam, Sekular bercanggah dengan Islam dan pengamal fahaman secular adalah sesat ! bagaimana Tuan Guru Hj Nik Abdul Aziz kata UMNO baik dan secular baik . Masa itu saya sendiri terpinga – pinga. Saya kata tidak mungkin Tok Guru berkata demikian. Beliau bersumpah Wallahi Demi Allah dia dengar sendiri di Dewan Zulkifli Kota Bharu masa kuliah pagi Jumaat. Oleh kerana beliau adalah kawan saya dan saya yakin beliau juga tidak menipu. Maka saya diamkan diri dan minggu berikutnya saya beli kaset rakaman kuliah Tok Guru dan saya halusi satu persatu perkataan dan ucapan Tok Guru. Akhirnya saya dapat jawapannya. Ucapan penuh Tok Guru ialah " Tuan – tuan ! kita kena tolak fahaman yang bertentang dengan aqidah Islam. Tidak kira apa fahaman itu, muktazilah baik, sosialis baik, nasionalis baik, sekularisme baik, semua kita kena tolak. Kita orang Islam mesti terima Al Quran, orang UMNO baik , Orang PAS baik mesti beramal dengan al Quran … !"
9. Malangnya kawan saya dalam keadaan kurang mahir loghat Kelantan pula mendengar sebahagian dari keseluruhan ucapan akhirnya dia faham Tok Guru kata secular baik, UMNO baik …. Saya senantiasa tersenyum lebar bila mengenang peristiwa itu. Saya kira begitulah lebih kurang jadinya pada Dr Zuhdi. Keseluruhan conversation kami selama 2 hari non stop hanya dipetik dan didedahkan 11 baris dengan tujuan yang sangat jahat bagi membina persepsi buruk pada Dr Zuhdi yang lantang mengkritik Datuk Seri Anwar Ibrahim dan PKR terutama apabila timbul isu MB Selangor. Percayalah, yang mengkritik keras Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam isu MB Selangor ini bukan Dr Zuhdi seorang tapi ramai pimpinan PAS turut sama mengkritik. Tinggal lagi berani melakukannya secara terbuka atau tidak . Ada yang tidak berani kritik terbuka tetapi pedas dan keras kritikannya secara tertutup kerana tidak tahan sabar dengan sikap dan tindakan Datuk Seri Anwar dalam isu MB Selangor. Ada yang berani menyebut secara terbuka di facebook tetapi menyembunyikan wajah dan identiti. Akhirnya si pemberani seperti Dr Zuhdi inilah yang menjadi sasaran .
10. Saya sekali lagi menyelar individu yang telah membocorkan perca conversation group AJK PAS Pusat dan mencabar supaya tampil buat pengakuan dan dedahkan keseluruhan conversation anggota group mengenai isu MB Selangor ini jika beliau adalah seorang yang bertanggungjawab dan berani. Jika tidak, memang ia seorang yang penakut dan pengkhianat. Menikam rakan dari belakang demi memuaskan hati war lordnya yang berada di luar parti. Seperti juga mana – mana pengkaji dan penganalisis mengemukakan hasil analisis sebagai contoh, mereka dapati orang melayu masih ramai yang berfikiran feudal maka bukan bermakna penganalisanya juga berfikiran feudal. Cakap – cakap mengenai PAS keluar atau dikeluarkan dari Pakatan Rakyat ini sudah lama berlegar dikalangan ahli PAS dan sebahagian pimpinan. Malah Dewan Ulamak PAS Pusat lebih setahun lalu pernah mencadangkan supaya Tahaluf Siasi ( Kerjasama Politik ) antara PAS dengan PKR dan DAP itu dikaji semula. Ini menggambarkan scenario itu telah lama berlaku dan mudah serta pantas untuk dianalisis.
Sumber :agenda daily
| |