Isnin, 19 Mei 2014

Pakatan Rakyat

Pakatan Rakyat


DIALOG RAKYAT

Posted: 19 May 2014 03:22 PM PDT

IPOH – Calon DAP untuk pilihanraya kecil Teluk Intan Dyana Sofya tidak perlu selak kain dan menggunakan kata-kata yang kasar untuk mendapatkan kepercayaan dan rasa hormat rakyat Malaysia.

Ahli Parlimen Batu Kawan Kasthuri Patto dalam kenyataannya hari ini mempertahankan Dyana daripada serangan Ketua Wanita UMNO Datuk Seri Shahrizat Jalil yang dilihat cuba menagih simpati orang ramai terhadap dirinya yang digugurkan daripada senarai calon Barisan Nasional pada PRU ke-13 tahun lalu.

"Hakikatnya, Shahrizat, bukan sahaja anda banyak bercakap kosong, anda menjadi beban kepada UMNO-BN. Anda tidak ada kualiti pemimpin dan terpalit dengan skandal terbesar negara," ujar Kasthuri, merujuk skandal pinjaman mudah NFC bernilai RM250 juta yang menyebabkan Shahrizat meletakkan jawatan menteri pada tahun 2012.

Shahrizat meletakkan jawatan sebagai Menteri Pembangunan Wanita dan Masyarakat pada 8 April 2012, jawatan lantikan yang dipegangnya meski kalah kepada Nurul Izzah Anwar di Parlimen Lembah Pantai.

Shahrizat kini adalah penasihat khas yang bertanggungjawab memantau usahawan wanita dan profesional dengan gaji berjumlah RM27,227.20 sebulan, atau RM326,726.40 setahun.

"Berani kamu Shahrizat yang menerima undi tidak percaya daripada rakyat mahupun parti sehingga tidak diberi peluang bertanding dan menerima gaji penasihat yang dibayar rakyat, melabel Dyana sebagai alat dan boneka?" soal Kasthuri lagi.

Dyana Sofya, peguam berusia 27 tahun bakal menentang Presiden Gerakan Datuk Mah Siew Keong (53 tahun) dalam PRK yang dijadual bermula hari ini dan berakhir pada hari mengundi 31 Mei nanti. – Roketkini.com

"BERANI KERANA BENAR!"

Posted: 19 May 2014 11:55 AM PDT

ANTARA nilai utama kemanusiaan yang dibawa oleh Islam ialah nilai keadilan. Ia akan
menjadikannya sebagai pengukuh kehidupan individu, keluarga, masyarakat dan negara. Al-Quran menjadikan penegakan keadilan di antara manusia sebagai matlamat semua risalah samawi sehingga diutuskan kepada mereka rasul-rasul a.s dan kerana faktor penegakan keadilan, maka dibangunkan langit dan bumi.

Firman Allah SWT yang bermaksud: Dan langit dijadikannya (bumbung) tinggi, serta Dia mengadakan undang-undang dan peraturan neraca keadilan, supaya kamu tidak melampaui batas dalam menjalankan keadilan; Dan betulkanlah cara menimbang itu dengan adil, serta janganlah kamu mengurangi barang yang ditimbang. (al-Rahman: 7-9)

Maksud keadilan ialah memberikan hak kepada mereka yang berhak, sama ada yang berhak itu individu atau kumpulan manusia. Islam memerintahkan agar setiap orang berlaku adil terhadap dirinya dengan menyeimbangkan antara hak dirinya, hak Tuhannya dan hak orang lain.

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: Sesungguhnya bagi jasadmu ada haknya, bagi matamu ada haknya, bagi keluargamu ada haknya dan bagi tetamu ada haknya. (riwayat Bukhari dan Muslim)
Hadis di atas adalah teguran Rasulullah SAW kepada Abdullah Ibnu Amru r.a apabila dia mengabaikan hak dirinya dengan terus menerus berpuasa pada siang hari dan berqiamullail pada malam harinya.

Adil kepada keluarga

Begitu juga Islam telah memerintahkan agar berlaku adil pada keluarga, sama ada kepada suami, isteri dan anak-anak. Ketika Basyir ibnu Saad Al-Ansari hendak mendapatkan persaksian Rasulullah SAW terhadap hibah atau pemberian tertentu, dia mengutamakan pemberian tersebut kepada sebahagian anak-anaknya.

Lalu Rasulullah SAW bertanya kepadanya, "Adakah semua anak kamu berikan yang seumpama ini?" Basyir menjawab, "tidak." Rasulullah SAW bersabda, "Carilah penyaksian ke atas pemberian tersebut selain daripadaku, aku tidak akan membuat persaksian atas ketidakadilan." (riwayat Nasaie)
Ini menggambarkan keadilan harus diberikan, sama ada kepada yang disayanginya atau tidak disayanginya supaya perasaan sayang seseorang itu tidak bersekongkol dengan kebatilan.
Alangkah hebatnya perintah untuk berbuat keadilan ini sehingga al-Quran meminta kepada kita agar berlaku adil, walaupun terhadap orang yang kita musuhi.

Firman Allah SWT yang bermaksud: Wahai orang-orang yang beriman, hendaklah kamu semua sentiasa menjadi orang-orang yang menegakkan keadilan kerana Allah, lagi menerangkan kebenaran dan jangan sekali-kali kebencian kamu terhadap sesuatu kaum itu mendorong kamu kepada tidak melakukan keadilan. Hendaklah kamu berlaku adil (kepada sesiapa jua) kerana sikap adil itu lebih hampir kepada takwa dan bertakwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui dengan mendalamkan apa yang kamu lakukan. (al-Maidah: 8)

Keadilan sosial

Antara bentuk keadilan yang paling jelas ditekankan oleh al-Quran ialah keadilan sosial di mana ia memberi maksud keadilan dalam pembahagian kekayaan, memberi peluang secukupnya kepada rakyat, mendekatkan jurang yang luas antara yang kaya dan miskin, membataskan monopoli orang-orang yang kaya dan mengangkat taraf hidup orang-orang miskin.

Al-Quran turut menganjurkan supaya diberi perhatian penting kepada orang-orang yang kurang bernasib baik dan pengabaian terhadap perkara ini dengan ancaman neraka.

Firman Allah SWT yang bermaksud: (Lalu diperintahkan malaikat penjaga Neraka): Tangkaplah orang yang berdosa itu serta belenggulah dia, kemudian bakarlah dia di dalam Neraka Jahiim; Selain itu, masukkanlah dia dalam (lingkaran) rantai besi yang ukuran panjangnya 70 hasta, (dengan membelitkannya ke badannya)! Sesungguhnya dia dahulu tidak beriman kepada Allah Yang Maha Besar dan dia juga tidak menggalakkan (dirinya dan orang lain) memberi makanan (yang berhak diterima oleh) orang miskin. (al-Haqqah: 30-34)

Agama juga memerintahkan kepada kita untuk berlaku adil dalam perkataan. Kemarahan kita tidak boleh menjadi alasan untuk kita tidak berkata benar dan kerelaan kita kepada seseorang tidak menjadi pendorong kepada kita untuk kita berkata suatu yang tidak benar.

Firman Allah SWT yang bermaksud: Dan apabila kamu mengatakan sesuatu (semasa membuat apa-apa keterangan) maka hendaklah kamu berlaku adil, sekalipun orang itu ada hubungan kerabat (dengan kamu). (al-An'aam: 152)

Barisan Nasional

Barisan Nasional


PEJUANG BANGSA

Posted: 18 May 2014 12:09 PM PDT

PEJUANG BANGSA


PENGUNDI PAS TELUK INTAN JIKA PILIH DYANA , BERMAKNA SOKONG MELAYU TOLAK HUDUD !!

Posted: 18 May 2014 09:03 AM PDT





Bila ini jawapan calon DAP Melayu Dyana bila ditanya tentang isu hudud , memang ini jawapan peguam muda asuhan parti chauvinis DAP iaitu dengan menolak hudud terang-terang . 

Ini kerana sebagai pemimpin parti DAP seperti kata seorang bekas ahli DAP P.Pinang  ,  perjuangan  parti paling atas & harus   diutamakan berbanding agama sendiri . 

GBP ini melontarkan soalan kepada pengundi PAS di Teluk Intan ...

anda perlu bertanya kepada Dyana samada dia  YA atau TIDAK  sokong hukum hudud  nak dibawa ke Parlimen sebagai seorang pemimpin Melayu Islam .  Jika tidak ,  kalau undi anda mengundi Dyana , bermakna ada juga tidak  sokong hukum hudud yang ditolak calon DAP ini !!




Mat Sabu pulak sebagai orang No 2 PAS , memang tugas beliau untuk pastikan undi macai PAS Teluk Intan  harus ke DAP walaupun calonnya tolak hudud terang-terang seperti partinya . Lagi pun bukan ke Mat Sabu adalah abang kesayang Guan Eng dalam PAS. hahaha...




#PRKTELUKINTAN : DYANA HANYALAH PERKAKAS PERGUNA MELAYU - BEKAS AHLI DAP

Posted: 18 May 2014 02:30 AM PDT



- Langkah DAP meletakkan wanita Melayu, Dyana Sofya Mohd. Daud sebagai calon DAP dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Teluk Intan, 31 Mei ini me­rupakan satu lagi agenda pemimpin parti itu untuk mempergunakan orang Melayu dalam menentang pelaksanaan hukum hudud.

Presiden Kongres Melayu Pulau Pinang (KMPP), Rahmad Isahak mendakwa, langkah seumpama itu adalah cara halus yang digunakan oleh parti tersebut dalam memastikan orang Islam sendiri akan menentang hukum Allah.

"Sepatutnya calon ber­kenaan tidak harus menerima pencalonannya terlebih dahulu.
"
Persoalannya sekarang mampukah dia mempengaruhi keluarga Lim (Lim Kit Siang dan Lim Guan Eng) supaya bersetuju dengan pelaksanaan hukum hudud yang bakal dibawa rakan sekutu mereka, Pas atau bersekongkol dengan ketua­nya untuk menentang hukum Allah?" katanya dalam kenya­taan di sini hari ini.

Hari ini, DAP mengumumkan Dyana, 27, sebagai calon DAP dalam PRK Teluk Intan kerana melihatkan graduan Universiti Teknologi Mara (UiTM) itu sebagai pilihan terbaik untuk parti itu mempertahan kerusi Parlimen berkenaan.


Mengulas lanjut, Rahmad menjelaskan, pihaknya yakin pengundi campuran di Teluk Intan terutamanya 37 peratus pengundi Melayu tidak boleh diperbodohkan dengan strategi DAP yang hanya bertujuan mahu memperdagangkan maruah umat Islam.

Dalam pada itu, Setiausaha Agung Gabungan Pelajar-Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS), Zambri Mohd. Isa mencabar Dyana membakar ijazah yang diperolehnya daripada UiTM kerana menganggap penubuhan institusi pendidikan tinggi (IPT) itu mendiskriminasi kaum Cina.

"Kita juga mencabar Dyana meletakkan jawatan sebagai peguam kerana ijazah yang membolehkannya menjadi seorang peguam datangnya daripada UiTM," katanya.

BANNER BILBOARD PCM BONGKAR ISU RUMAH KOS RENDAH DIROSAKKAN MACAI PAKATAN @huan2u

Posted: 18 May 2014 01:16 AM PDT


Kalau BN bertanding di #PRKBukitGelugor , sudah tentu banner bilboard juga  akan dirosakkan sepertimana berlaku kepada  PCM di dalam gambar di atas ini .

Mengapa DAP dan macainya  begitu takut sangat banner bilboard  isu rumah kos rendah dalam bahasa cina ini dipamerkan ??

Lagi pun orang Cina di Penang sudah tak ada yang miskin & isu rumah ini tak beri kesan pun kepada DAP.

Malah mereka menang undi majoriti 40 ribu di PRU13 lepas  , setakat banner PCM  ini celah gigi tokong je untuk counter dan menipu pengundi Cina agar pastikan undi DAP.

Tetapi mengapa ia dirosakkan ??  Adakah DAP bimbang undi merosot ??



AbangTuah

Posted: 18 May 2014 12:08 PM PDT

AbangTuah


Pemimpin Mass Depan Pas??? Lu Fikir Lah Sendiri!!!

Posted: 17 May 2014 04:33 PM PDT



Mentang2 Rosmah X bertudung......

Berbagai2 fitnah dihamburkan mereka ke atas batang tubuh beliau.....

Seolah2 Islam menghalalkan fitnah kepada wanita Muslim tidak bertudung....

Rosmah sedang hadiri majlis anak yatim sebaliknya didakwa Rosmah sedang ikut sama membunuh Dan mengebom Altantunya. Allah s.w.t Maha besar...pembohongan dan fitnah akhirnya terbongkar...

Isu cincin, dah terbukti fitnah pun masih X nak mengaku ....Malah masih tetap guna isu tersebut untuk menipu rakyaat....

Kini dalam PRK Teluk Intan, Pas menyokong pula Muslimah DAP X bertudung...sekali lagi keikhlasan Pas dalam menyerang Rosmah menjadi persoalan, adakah ikhlad demi agama atau hanya demi kepentingan politik?

posted from Bloggeroid

BLOG - BLOG PARTI UMNO

BLOG - BLOG PARTI UMNO


Pentas UMNO Kg.Serdang, Sitiawan. Perak

Posted: 18 May 2014 02:20 PM PDT

Pentas UMNO Kg.Serdang, Sitiawan. Perak


#P76 Teluk Intan : Agenda perguna Melayu?

Posted: 18 May 2014 08:26 AM PDT


Langkah DAP meletakkan wanita Melayu, Dyana Sofya Mohd. Daud sebagai calon DAP dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Teluk Intan, 31 Mei ini me­rupakan satu lagi agenda pemimpin parti itu untuk mempergunakan orang Melayu dalam menentang pelaksanaan hukum hudud.

Presiden Kongres Melayu Pulau Pinang (KMPP), Rahmad Isahak mendakwa, langkah seumpama itu adalah cara halus yang digunakan oleh parti tersebut dalam memastikan orang Islam sendiri akan menentang hukum Allah. "Sepatutnya calon ber­kenaan tidak harus menerima pencalonannya terlebih dahulu.

"Persoalannya sekarang mampukah dia mempengaruhi keluarga Lim (Lim Kit Siang dan Lim Guan Eng) supaya bersetuju dengan pelaksanaan hukum hudud yang bakal dibawa rakan sekutu mereka, Pas atau bersekongkol dengan ketua­nya untuk menentang hukum Allah?" katanya dalam kenya­taan di sini hari ini.



Hari ini, DAP mengumumkan Dyana, 27, sebagai calon DAP dalam PRK Teluk Intan kerana melihatkan graduan Universiti Teknologi Mara (UiTM) itu sebagai pilihan terbaik untuk parti itu mempertahan kerusi Parlimen berkenaan.

Mengulas lanjut, Rahmad menjelaskan, pihaknya yakin pengundi campuran di Teluk Intan terutamanya 37 peratus pengundi Melayu tidak boleh diperbodohkan dengan strategi DAP yang hanya bertujuan mahu memperdagangkan maruah umat Islam.

Dalam pada itu, Setiausaha Agung Gabungan Pelajar-Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS), Zambri Mohd. Isa mencabar Dyana membakar ijazah yang diperolehnya daripada UiTM kerana menganggap penubuhan institusi pendidikan tinggi (IPT) itu mendiskriminasi kaum Cina.

"Kita juga mencabar Dyana meletakkan jawatan sebagai peguam kerana ijazah yang membolehkannya menjadi seorang peguam datangnya daripada UiTM," katanya.

Warna-warni politik
Torashah

Pengikut