Jumaat, 4 Oktober 2013

Pakatan Rakyat

Pakatan Rakyat


DIALOG RAKYAT

Posted: 04 Oct 2013 03:17 PM PDT

Akhirnya ISA wujud kembali dalam rupa baru

Posted: 04 Oct 2013 08:00 AM PDT

MSO

 
Setelah berbahas dan kemuncaknya malam tadi, akhirnya Rang Undang-undang Pencegahan Jenayah (Pindaan dan Pemerluasan) 2013 diluluskan dengan suara majoriti penyokong kerajaan jam 12:50 tengah malam tadi. 


Perbahasan rang undang-undang itu hangat dan memperlihatkan kedua-dua pihak pembangkang dan kerajaan saling mempertahankan pendirian dan pandangan masing-masing atas nawaitu untuk menjadikan rang undang-undang berkenaan murni dan benar-benar berimpkatif.  

Pihak kerajaan yakin dan percaya rang undang-undang berkenaan tidak bersifat penganiayaan dan adil serta sangat penting untuk membasmi penjenayah berat di negara ini.

Manakala pihak pembangkang mempersoalkan rang undang-undang berkenaan sebagai hendak mengembalikan semula Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) yang dimansuhkan sebelum ini dalam bentuk baru. Pembangkang juga meragui rang undang berkenaan akan disalah-gunakan.

Walaupun jaminan oleh menteri KDN Zahd Hamidi bahawa ia tidak akan digunakan untuk tujuan politik tetapi pembangkang tetap meraguinya berdasarkan apa yang berlaku sebelum ini. Semasa perwujudan akta ISA tahun 1959 dahulu, ada jaminan oleh perdana menteri ketika itu, Tunku Abdul Rahman Al Haj yang akta berkenaan akan digunakan untuk menangkap para subversif sahaja. 

Tetapi apa yang berlaku jelas ia turut terheret kepada penahanan tanpa bicara terhadap ratusan ahli-ahli politik pembangkang termasuk juga para guru agama dan pondok.

Selain itu pembangkang berhujah rang undang-undang berkenaan juga bertentangan dengan Perlembagaan negara dibawah Artikel 149 perlembagaan negara. Pembangkang juga mempertikaikan kenapa sebelum ia dibentangkan ianya tidak bawa kepada peguam negara untuk diminta nasihat kerana cara itu adalah kehendak perlembagaan. Hal ini dakwa pembangkang diakui sendiri oleh Abdul Ghani Patail yang beliau tidak diberikan draf rang undang-undang berkenaan malahan Ghani dipetik berkata dia sama sekali tidak bersetuju dengan rang undang-undang tersebut.

Bagaimana dakwaan pembangkang itu dinafikan oleh menteri, di mana katanya perkara itu tidak betul dan rang undang-undang itu telah dibawa kepada peguam negara dan pihak-pihak lain sebelum ianya dibawa ke parlimen. Menurut menteri juga ia juga dibaa dalam forum untuk mendapat timba balik daripada orang ramai.

Dalam perhatian saya sessi perbahasan rang undang-undang ini baik diperingkat dasar atau jawatankuasa, hingga keperingkat hendak meluluskan, ia menggambarkan kesungguhan dan keprihatinan di pihak pembangkang bagi menjamin rang undang-undang berkenaan tidak bersifat kejam dan zalim. Hampir semua ahli parlimen dari kedua-dua pihak yang arif mengenai undang-undang mengambil bahagian dalam perbahasan.

Pendek kata rang undang-undang berkenaan dibahas secara lumat leat.

Walaupun disepanjang perbahasan itu ada wakil rakyat yang terbiasa dengan perangainya suka menyampuk dan mempersenda-sendkan di antara satu sama lain, namun keseluruhan sessi perbahasan itu menarik dan mempunyai kualiti sebagai ahli parlimen sewajarnya. Malang sedikit hampir semua cadangan dan teguran pembangkang termasuk dalam soal-soal teknikal dan feudalmental, termasuk alasannya bertantangan dengan perlembagaan tidak dipedulikan oleh menteri KDN.

Semoga dengan lulusnya rang undang-undang berkenaan tujuan dan matlamat kerajaan untuk membenteras penjenayah berat akan tercapai. Kejadian tembak menembak yang menghantui rakyat Malaysia beberapa bulan lalu hendaknya akan dapat diatasi. Sehubungan itu juga indeks jenayah di negara ini akan menurun ke peringkat yang minimum dan munasabah.

Dari aspek lain, perbahasan dan kelulusan rang undang-undang berkenaan juga memberi markah yang besar kepada menterinya Ahmad Zahid Hamidi yang ketika ini sedang berdepan dengan pemilihan kepimpinan di dalam Umno. Rang undang-undang itu sedikit sebanyak membantu beliau untuk mendapat perhatian para perwakilan Umno untuk mengekalkan kedudukan sebagai Naib Presiden Umno yang mendapat undi terbanyak.

Sudah pasti perwakilan akan melihat Zahid seorang menteri yang komited dan serius untuk menangani jenayah dan beliau relatif lebih baik dari menteri KDN sebelum ini. Bahkah cara Zahid menangani jenayah seolah-olah beliau terpaksa memikul najis dan mengisi kekosongan ditinggalkan Hishamuddin Hussein selama ini.

Dan bagi saya rang undang-undang baru itu walaupun ia tidak sama dengan ISA, tetapi dari segi semangat dan rohnya ia mewarisi akta dekronian berkenaan kerana elemen-elemen ketidakadilan masih kelihatan. Sesuatu yang membingungkan saya kenapa dahulu Najib Razak beriya memansuhkan akta ISA dan akata penahanan kediaman tetapi hari ini membenarkan pula wujud akta baru yang hampir sama.

PCA lebih zalim dari ISA - Saari Sungib

Posted: 04 Oct 2013 07:58 AM PDT

 

SHAH ALAM: Undang-Undang Pencegahan Jenayah (Pindaan dan Pemerluasan) 2013 (PCA) yang diluluskan di Dewan Rakyat kelmarin adalah lebih zalim dari Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) yang dimansuhkan pada 2011.

Menurut bekas tahanan ISA, Saari Sungib, kuasa yang ada pada Lembaga Pencegahan Jenayah seperti diperuntukkan PCA, menyebabkan lembaga itu mempunyai kuasa mutlak tanpa boleh dicabar di mahkamah.

"Dalam akta ini sesuatu kes tidak dihadapkan di mahkamah tetapi dihadapkan ke Lembaga Pencegahan Jenayah, apa yang berlaku di situ lembaga ini terdiri dari tiga orang, seorang bekas hakim dan dua lagi dilantik oleh menteri dan keputusan lembaga ini adalah muktamad.

"Orang yang dihadapkan tidak diwakili peguam, tidak boleh merujuk kes ke mahkamah, tidak ada semakan penghakiman, jadi macam ISA jugalah," kata Saari yang juga Adun Hulu Klang.

Menurut Saari lagi, PCA juga terdedah kepada risiko disalahgunakan pihak eksekutif untuk kepentingan politik apabila dua dari tiga panelis dalam Lembaga Pencegahan Jenayah dilantik menteri.

"Apabila ISA diluluskan pada 1 Ogos 1960, ia mempunyai mukadimah cukup panjang dan kabur dan Tun Razak kata untuk tahan komunis tetapi bila diluluskan ISA digunakan untuk ahli politik juga.

"Akta sekarang dipinda ini pun mukadimah yang sama, kabur, terlalu luas bukan sahaja merangkumi pejenayah tetapi semua aktiviti terancang termasuk demontrasi aman, politik boleh ditafsirkan sebagai aktiviti jenayah terancang.

"Katakanlah PAS di sesuatu kawasan merancang dengan baik untuk menang pilihan raya, itu pun boleh dianggap sebagai menggugat keselamatan negara kerana dengan kemenangan PAS didakwa kononnya menimbulkan ketegangan kaum," ujar Saari lagi.

Saari juga berpendapat PCA digubal bagi jalan pintas atas ketidakcekapan kerajaan menguruskan isu jenayah dengan teratur, sedangkan suruhanjaya khas diwujudkan untuk menaiktaraf dan memperbaiki perkhidmatan polis.

Majoriti PAS kawasan di Selangor kekal pemimpin

Posted: 04 Oct 2013 06:37 AM PDT

SHAH ALAM: PAS Kawasan Serdang,  Gombak,  Kota Raja dan Kelana Jaya mengekalkan pemimpin tanpa sebarang pertandingan dalam mesyuarat agung kawasan masing-masing.

Dalam Mesyuarat Agung PAS Kawasan Kelana Jaya,  perwakilan mengekalkan Yang Dipertua (YDP),  Ir Izham Hashim (kanan);  Timbalan YDP,  Mohd Ghazali Daud dan Naib YDP,  Muzammil Hafiz.

Perwakilan PAS Kawasan Serdang turut mengekalkan YDP PAS Kawasan,  Shafie Ngah; Timbalan YDP,  Mazwan Johar dan Naib YDP,  Ustaz Syukor Atan.

Mesyuarat Agung PAS Kawasan Gombak pula mengekalkan penyandang YDP, Ustaz Salehuddin Nasir; Timbalan YDP,  Ustaz Hasbullah Ridzwan dan Naib YDP, Ustaz Farhan Humaizi Abdul Halim.

YDP PAS Kota Raja, Jaafar Shamsuddin;  Timbalan YDP,  Norhalim Sirom dan Naib YDP, Dr Siti Mariah Mahmud (kiri) turut menang tanpa bertanding dalam mesyuarat agung pemilihan baru-baru ini.

Pertandingan dalam Mesyuarat Agung PAS Kawasan Sungai Besar menyaksikan YDP kekal disandang Ustaz Sallehen Mokhyi  manakala  Ustaz Jamsari Marsom kekal sebagai Timbalan YDP dan Ustaz Mustaim Osman sebagai Naib YDP.

Perwakilan PAS Kawasan Kuala Langat pula mengekalkan Dr Ahmad Yunus Hairi sebagai YDP; Timbalan YDP,  Ustaz Zamri Shafiq dan Naib YDP,  Mohd Hamdan Sapar.

Bagi PAS Kawasan Sepang , pertandingan jawatan YDP menyaksikan penyandang jawatan, Jaafar Pangat dikekalkan perwakilan manakala  jawatan Timbalan YDP dan Naib YDP dimenangi tanpa bertanding  Sobirin Marsono dan Ustaz Azrul Aslim.

Iskandar A Samad (kanan) pula kekal sebagai YDP PAS Kawasan Pandan manakala  Meor Ridwan dilantik Timbalan  YDP.  Jawatan Naib YDP yang dipertandingkan dimenangi Suhaimi Ghazali.

Mesyuarat Agung PAS Kawasan Kapar yang berlangsung di Dewan Serbaguna MPK Pekan Meru mengekalkan Dr Abdul Rani Osman sebagai YDP manakala Timbalan YDP disandang   Ustaz Noornajahan Mohd Saleh dan Naib YDP Ustaz Wan Hamidi Wan Mohamad .

Mesyuarat dirasmikan Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu di Dewan Orang Ramai Bandar Sultan Suleiman, Sementa malam sebelumnya.

Di Selayang, jawatan  YDP kekal disandang Zaidy Abdul Talib (kiri) yang juga Adun Templer, Timbalan YDP, Kamaruzaman Md Nor dan Naib YDP,  Azizan Mamat.

Bagi PAS Kawasan Shah Alam, pertandingan  bagi jawatan utama dimenangi  Azli Yusof sebagai YDP;   Zulkifli Md Nani (Timbalan YDP) dan  Jamil Abd Rahim (Naib YDP).

Penyandang YDP, Khalid Abd Samad tidak mempertahankan jawatan bagi memberi laluan kepada muka baru.

DAP mahu pihak urus kemasukan K-Pop disiasat

Posted: 04 Oct 2013 06:32 AM PDT

OLEH DIYANA IBRAHIM

Perbezaan jawapan antara menteri dan bekas menteri Kementerian Belia dan Sukan (KBS) mengenai kedatangan penyanyi K-pop dari Korea membawa kepada desakan DAP agar siasatan dibuat ke atas pegawai dan pihak terlibat.

Ketua Pemuda Dapsy, Teo Kok Seong (gambar) mendesak KBS membuat siasatan terhadap pegawai dan pihak yang terlibat dalam perundingan dengan penaja K-pop ekoran alasan yang diberi menteri tersebut, Khairy Jamaluddin Abu Bakar tidak masuk akal.

Menurut Teo Kok Seong alasan yang kononnya terpaksa membayar RM1.6 juta akibat penaja menarik diri pada saat akhir membuktikan kerajaan tidak berhemah menguruskan perbelanjaan kerana jelasnya ia adalah duit rakyat.

 Ahli Parlimen Rasah itu mempersoalkan sekiranya KBS tidak mendapat persetujuan daripada pihak penaja, bagaimana kerajaan membayar wang pendahuluan kepada kepada penyanyi K-pop untuk datang ke Malaysia kerana ia adalah urusan standard bagi memjemput artis membuat persembahan.

"Kita mahu siasatan terperinci dijalankan kerana alasan yang diberi terlalu mudah. Ini menunjukkan bahawa kerana kesilapan dan kecuaian pihak yang berunding dengan penaja K-pop menyebabkan kerugian RM1.6 juta, iaitu duit rakyat," katanya dalam satu kenyatan hari ini.

Sehari selepas Khairy Jamaluddin mengakui pihak kementeriannya membayar RM1.6 juta untuk membawa tiga kumpulan K-Pop ke Malaysia untuk mengadakan konsert, penyandang jawatan itu Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek menegaskan wang itu datang daripada para penaja.

Menurut Menteri Komunikasi dan Penerangan itu, kementerian menerima RM20 juta daripada penaja korporat dari dalam dan luar negara untuk sambutan itu.

Beliau berkata, wang tajaan berkenaan telah dimasukkan ke dalam akaun Majlis Sukan Negara oleh para penaja di mana ia tidak diambil kira oleh pihak Jabatan Audit Negara.

Mengikut laporan Ketua Audit Negara yang dibentangkan Selasa lalu, terdapat sejumlah wang sebanyak RM12.61 juta telah dibelanjakan oleh KBS sebagai Program Pemberian Bantuan (HBN).

Kos asal yang diperuntukkan KBS ialah RM15 juta namun pada mesyuarat Parlimen yang lepas, KBS memohon pembekalan tambahan untuk HBN sebanyak RM12 juta.

Kini mengikut laporan Ketua Audit Negara, terdapat sejumlah RM12.61 juta lagi dibelanjakan untuk HBN yang menjadikan kos sebenar HBN kepada RM67.61 juta.

Apakah Pak Menteri sedar?

Posted: 04 Oct 2013 06:27 AM PDT

HARAKAH DAILY
Sebagai rakyat Malaysia aku pernah menghadapi;

1. Kereta kena tarik sebab kehabisan minyak

2. Beli minyak RON95 dengan duit syiling

3. Beli susu anak dengan berhutang

4. Tidurkan anak di atas plastik kerana lampin kehabisan

5. Terpaksa makan makanan hampir basi kerana kelaparan.

6. Berjalan kaki ke tempat kerja kerana kenderaan rosak

7. Tidak dapat pulang berhari-raya kerana kekurangan wang dalam perjalanan

8. Bekalan air kena potong sebab bil tertangguh…

9. Pinjam telefon kawan kerana tiada top-up

Apakah pak-pak menteri sedar?

Semua yang tertera di atas adalah sedikit daripada masalah yang aku hadapi kerana kekurang sumber kewangan walaupun kerja macam mau mati, aku kira pelbagai masalah lagi yang serius dihadapi oleh sebahagian rakyat negara ini kerana tekanan hidup disebabkan tidak cukup duit dan kenaikan harga barang.

Setiap kali Laporan Ketua Audit didedahkan, setiap kali itu juga kami sebagai rakyat menangis tetapi sebaliknya pak-pak menteri yang diamanahkan jaga wang negara lain pula hujah mereka…Menteri boleh kata "tiada pembaziran berlaku" … Aku sangat kesal dengan apa yang berlaku, Apakah pak-pak menteri sedar?

Aku tidak mampu berkata apa-apa lagi melainkan berdoa, berdoa dan berdoa…

Coretan oleh:
Ahmad Nazri Khamis
Batu Paha

Sg Limau: PAS dijangka pertaruh Muzaini, Musoddak

Posted: 04 Oct 2013 06:19 AM PDT

MALAYSIA KINI

Pilihan raya kecil DUN Sungai Limau dijangka menyaksikan PAS mencalonkan dua calon muda termasuk setiausaha khas kepada bekas menteri besar, Muzaini Azizan yang juga setiausaha PAS kawasan Jerai.

Seorang lagi adalah Ketua Penerangan PAS Jerai Musoddak Ahmad dilihat sebagai calon utama kerana sudah pengalaman bertanding menentang ADUN Guar Chempedak dan Exco Industri dan Pelaburan, Datuk Ku Rahman Ku Ismail pada pilihan raya umum lalu, lapor Berita Harian.

Ia berdasarkan kepada kenyataan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang menyatakan bahawa PAS dijangka menampilkan calon muda dan yang mampu memikul tangungjawab serta karisma hampir setanding dengan Azizan.

Laporan itu juga menyebut, Musoddak dilihat mempunyai hubungan yang baik dengan kepimpinan PAS pusat dan negeri dan dikatakan bersaing dengan Muzaini yang mempunyai ketokohan dalam menjalankan tanggungjawab parti selepas ketiadaan Tan Sri Azizan Abdul Razak di kawasan itu.

Sementara itu, bagi calon BN, laporan itu berkata Umno dijangka mengemukakan tiga nama iaitu Ketua Umno bahagian Jerai Datuk Mohd Suhaimi Abdullah, timbalannya Fadzillah Mohd Ali dan Pegawai Agama Daerah Kubang Pasu Syeikh Ahmad Fisol Omar untuk pertimbangan.

Laporan itu memetik sumber memberitahu pemilihan Mohd Suhaimi dan Fadzillah mungkin berdasarkan pengaruh mereka di kalangan rakyat di bahagian Jerai selain mempunyai pengalaman bertanding pada pilihan raya umum (PRU) 2004 dan PRU-13 lalu.

Dalam laporan itu juga menyebut, Umno mungkin menampilkan calon berlatarbelakang agama iaitu Syeikh Ahmad Fisol yang juga anak kelahiran Padang Lumat, Sungai Limau selain mempunyai reputasi baik di kalangan penduduk tempatan.

KBS, kerajaan gagal batalkan saman RM4.7juta

Posted: 04 Oct 2013 06:13 AM PDT

THE MALAYSIAN INSIDER

Kementerian Belia dan Sukan (KBS) dan kerajaan Malaysia gagal dalam usaha membatalkan saman RM4.7 juta berhubung kontrak membina dan membangunkan kemudahan pusat sukan bermotor di kawasan Kompleks Sukan Negara di Bukit Jalil di sini.

Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Hue Siew Kheng hari ini menolak permohonan difailkan KBS dan kerajaan itu pada 29 Ogos lepas.

KBS dan kerajaan juga gagal dalam permohonan mereka untuk menangguhkan pelaksanaan keputusan itu sementara menunggu rayuan terhadap perintah pada 29 Ogos itu, selepas Hakim Hue menolak permohonan mereka.

Pada 13 Disember tahun lepas, syarikat pengendali dan pembangun sukan permotoran, Motorsports Knights (M) Sdn Bhd memfailkan saman lebih RM4.7 juta terhadap Perbadanan Stadium Merdeka, KBS dan kerajaan atas dakwaan melanggar kontrak berhubung pembinaan pusat bermotor itu yang dikenali sebagai Integrated Motor Sports Centre (IMSC).

Peguam Mohd Firdaus Mohamood yang mewakili syarikat itu memberitahu pemberita bahawa Hakim Hue menolak permohonan kedua-dua defendan berkenaan untuk menangguhkan pelaksanaan perintah itu selepas mendengar hujahan kedua-dua pihak.

Beliau berkata Hakim Hue yang membuat keputusan itu dalam kamarnya menetapkan 15 dan 19 November ini untuk perbicaraan kes tersebut.

Dalam pernyataan tuntutan, syarikat itu mendakwa defendan pertama, Perbadanan Stadium Merdeka telah menganugerahkan kontrak pembinaan IMSC itu kepadanya di Kompleks Sukan Negara, Bukit Jalil.

Syarikat itu kemudiannya telah memasuki kontrak yang dikenali sebagai 'Sport Management Agreement' (SMA) bertarikh 18 Julai 2006 bagi pembinaan IMSC, dan syarikat itu mula menjalankan kerja pembinaan dan penyediaan dokumen.

Ia mendakwa perintah pembangunan IMSC juga telah diluluskan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) bertarikh 21 November 2007. Berikutan itu, ia juga telah memohon beberapa pembiayaan daripada institusi kewangan dengan menggunakan SMA sebagai dokumen sokongan bagi pembinaan IMSC.

Bagaimanapun, tempoh SMA itu tidak menepati syarat kelayakan bagi membolehkan pembiayaan diberikan dan susulan itu, plaintif telah membuat permohonan kepada defendan untuk mengubah tempoh perjanjian dalam SMA berkenaan.

Pada 8 Jun 2009 defendan pertama telah menamatkan SMA berkenaan dan sehingga ke tarikh itu, plaintif telah membelanjakan lebih RM2 juta untuk kos penyediaan dokumentasi dan kerja-kerja awalan pembinaan.

Syarikat itu mendakwa walaupun SMA telah ditamatkan tetapi melalui perbincangannya dengan defendan pertama, plaintif masih boleh meneruskan kerja pembinaan di tapak itu sementara menunggu perjanjian baharu dengan memasukkan terma-terma baharu ditandatangani plaintif dan defendan pertama.

Bagaimanapun, pada 31 Julai tahun lepas, defendan pertama melalui peguamnya telah menghantar surat supaya syarikat itu mengosongkan kawasan terlibat. Sehubungan itu, plaintif memohon deklarasi bahawa wujud kontrak antara plaintif dan defendan pertama berdasarkan janji defendan pertama kepada plaintif selepas SMA ditamatkan.

Ia juga memohon ganti rugi berjumlah lebih RM4.7 juta untuk wang yang dibelanjakan bagi membuat persediaan dan kerja pembinaan yang telah dijalankan di atas tanah itu.

Defendan kedua dan ketiga iaitu KBS dan kerajaan, dalam kenyataan pembelaan mereka menyatakan mereka bukan privi atau pihak dalam kontrak itu.

Defendan pertama dalam kenyataan pembelaannya, menyatakan plaintif tidak melakukan sebarang kerja pembinaan di tapak itu. – Bernama

Laman berita catat peningkatan pembaca, The Malaysian Insider antara 5 terbaik

Posted: 04 Oct 2013 06:11 AM PDT

Kedudukan 10 laman web berita dan maklumat properti tempatan yang terbaik di Malaysia. 

Kedudukan 10 laman web berita dan maklumat properti tempatan yang terbaik di Malaysia.Rakyat Malaysia semakin aktif untuk mendapatkan maklumat dan berita semasa, lapor Malaysian Digital Association (MDA) yang dikeluarkan hari ini dengan laman The Malaysian Insider memasuki carta lima terbaik untuk kategori laman berita.

Laman The Malaysian Insider yang baru berusia lima tahun mencatat 504 ribu pelawat unik pada bulan Ogos 2013 dengan laman The Star Online menduduki tempat pertama.

Bagi kategori berita, laman portal The Star Online mendapat pelawat unik sebanyak 1,074,000, diikuti Malaysiakini 885,000  dan tempat ketiga Hmetro.com.my 606,000.

 "The Star Online, Malaysiakini dan Hmetro mengekalkan kedudukan mereka sebagai laman paling atas dalam kategori berita," kata MDA lagi.

Dalam laporan MDA hari ini, hampir setengah daripada 30 laman portal teratas berada dalam kategori berita, kewangan dan hiburan.

"Kategori ini adalah penanda aras kepada populariti bagi rakyat Malaysia.

"Sehinggalah Ogos 2012, jumlah keseluruhan pelawat dalam kategori berita juga meningkat secara purata setiap minit pelawat naik kepada 12%  ke 34.8 minit," kata MDA dalam satu kenyataan media hari ini.

Secara keseluruhan merangkumi semua kategori tersebut menyaksikan Maybank2u mengekalkan reputasinya sebagai laman portal tempatan paling banyak dilawati berbanding yang lain sebanyak 2,041,000 pelawat, disusuli Mudah.my dan TheStar.com.my.

"Laman pengguna Maybank berkembang dengan baik dalam tempoh 12 bulan untuk menduduki tempat pertama bagi laman portal tempatan di Malaysia."

Laporan yang dihasilkan tersebut adalah berasaskan aplikasi untuk menjejak pelawat, comScore Media Metrix dan laporan yang dikeluarkan adalah berasaskan pengguna tempatan dan tidak mengambilkira pelawat antarabangsa.

Bagi laporan di Malaysia, laporan comScore Media Metrix dibuat berasaskan data daripada 150 ribu orang lebih yang memenuhi ukuran.

Dalam laporan setakat tahun lepas, Malaysia memiliki jumlah pengguna internet sebanyak hampir 17 juta lebih, bersamaan 60% daripada keseluruhan penduduk, serta antara negara tertinggi di rantau Asia.

Selain itu, internet juga memainkan peranan penting dalam dua pilihanraya umum iaitu tahun 2008 dan 2013 baru-baru ini, yang membawa perubahan drastik daripada segi corak masyarakat mendapatkan maklumat dan berita semasa.

Selain itu, internet juga sering dikaitkan dengan pihak pembangkang, Pakatan Rakyat (PR) yang dikatakan lebih ke depan berbanding kerajaan pemerintah Barisan Nasional (BN) yang masih bergantung kepada media tradisional.

Isu permit akhbar, penerbit The Edge bidas sikap anti-persaingan media lain

Posted: 04 Oct 2013 06:09 AM PDT

Pemilik dan jutawan media Datuk Tong Kooi Ong hari ini membidas sikap anti-persaingan oleh media lawan sebagai punca Putrajaya menangguhkan permit penerbitan kepada akhbar umum, FZ.

FZ, akronim kepada zoo kewangan (financial zoo), sepatutnya menjadi sebuah akhbar bercetak untuk laman portal fz.com yang diterbikan oleh kumpulan media The Edge Communications.

Dalam artikel bertajuk "Say NO to Corporate Kings" di blognya tongkooiong.com (gambar), ahli perniagaan yang dihormati itu berkata Putrajaya telah memberi kelulusan bertarikh 20 Ogos, 2013 untuk permit pencetakan untuk menerbitkan FZ tetapi kemudiaannya menerima sepucuk surat lagi pada 28 Ogos 2013 yang memaklumkan penolakkan permohonan tersebut tanpa sebarang alasan.

 "Apa yang berlaku sepanjang satu minggu antara 20 Ogos ke 28 Ogos 2013? Tiga pihak, setiap seorangnya terlibat dalam syarikat media berlainan telah berjumpa.

"Menjelang 23 Ogos 2013, saya telah dimaklumkan tentang kandungan sepucuk surat yang bakal dikirim, yang bertarikh 28 Ogos 2013, oleh Kementerian Dalam Negeri. Ketua Eksekutif The Edge Media Group telah diberitahu oleh salah seorang daripada tiga pihak ini," tulis Tong dalam artikelnya tanpa menamakan tiga pihak tersebut.

"Kerajaan yang mengatur sektor swasta sekarang ini 'diatur' oleh elit sektor swasta yang berkuasa pula," katanya lagi.

Tong memberi isyarat terhadap kuasa yang menentangnya daripada mendapatkan permit tersebut, mendedahkan beliau telah membuat kerjasama dengan kumpulan Berjaya untuk menggabungkan The Edge dan The Sun pada tahun 2002.

"The Sun mengalami kerugian dan Berjaya ingin berpisah dengannya pada 2008. Kebelakangan ini, saya telah ditanya sama ada saya akan menimbang untuk membeli The Sun semula.

"Saya juga ditanya sama ada akan menimbang untuk bekerjasama dengan The Malay Mail dan Malaysian Reserve," kata beliau, merujuk kepada dua akhbar harian yang dinaungi oleh kumpulan media RedBerry.

Kumpulan Berjaya dikepalai oleh jutawan Tan Sri Vincent Tan manakala RedBerry pula dikuasai oleh Ancom, milik Datuk Siew Ka Wai, dimana kedua-duanya adalam rakan rapat kepada kerajaan Barisan Nasional (BN).

"Pemberian lesen penerbitan kepada FZ untuk mengeluarkan akhbar harian umum jelas akan menjadi ancaman kepada penerbitan lain. Ia juga membuang peluang 'mencari sewa' kepada sesetengah yang mungkin mendapat keuntungan daripada menjual lesen mereka," tambah Tong.

Dalam artikelnya, beliau menggesa kerajaan supaya menimbang kepentingan pengguna daripada kepentingan "raja korporat".

"Kami tahu apa yang terbaik untuk pengguna, walaupun terdapat perdebatan mengenai jangka masa panjang berlawanan dengan matlamat jangka masa pendek, mengenai pekerjaan dan melibatkan sokongan industri tempatan serta membina masyarakat yang kritikal untuk mencapai skala ekonomi.

"Kita boleh menggabungkan objektif ini menjadi satu ukuran pertukaran untuk mencapai hasil yang jelas, ringkas dan hasil yang boleh diukur," katanya lagi.

Malah, Tong menggesa Putrajaya supaya menguatkuasakan Suruhanjaya Persaingan Malaysia (MyCC), memberi mandat untuk melindungi pengguna dan menggubal Akta Persaingan bagi membenarkan "pihak yang mengalami kecederaan untuk menyaman menerusi mahkamah ke atas kerugian yang dialami berpunca daripada sikap anti-persaingan".

"Apa halangan di hadapan jalan untuk memberi yang terbaik kepada pengguna? Kekuasaan, elit yang kekal berkuasa!

"Adakah kita sanggup untuk terus kekal dibawah 'raja korporat?'" soal beliau, sambil menegaskan Malaysia harus mengikut sikap yang diamalkan negara lain untuk menolak mereka ini. -

Ambiga: Terima kasih sajalah Datuk Paul

Posted: 04 Oct 2013 06:04 AM PDT

 


Kerajaan bersedia mempertimbang untuk melantik Pengerusi Bersama BERSIH, Datuk S Ambiga untuk menganggotai panel lima orang bagi menentukan nasib penjenayah yang disyaki bawah Akta Pencegahan Jenayah 1959 (PCA).

NONENamun, Ambiga yang juga seorang peguam tidak berminat dengan cadangan itu.

Menurutnya, pindaan kepada PCA adalah "satu mekanisme yang tidak boleh diterima" kerana mencabuli hak-hak asasi manusia.

"Terima kasihlah atas keyakinan tersebut, tapi tak apalah," katanya sewaktu dihubungi Malaysiakini.

Beliau berkata demikian sewaktu mengulas cadangan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Paul Low yang sebelum ini berkata kerajaan mungkin mempertimbang untuk menjemput personaliti yang boleh dipercayai ke dalam panel itu.

Apakah New York mempertemukan Najib dengan Anwar?

Posted: 04 Oct 2013 05:58 AM PDT

Oleh Mohd Sayuti Omar

Sepanjang mengikuti perbahasan rang undang-undang Pencegahan Jenayah (pindaan dan perluasan) PCA 2013 timbul pertanyaan di dalam kepala saya kenapa ketua pembangkang, Anwar Ibrahim tidak ada dalam dewan? Bukankah rang undang-undang berkenaan penting dan patut diberikan perhatian wajar untuk memastikan rang undang-undang berkenaan yang kini sudah menjadi akta dibahas secara serius dan memuaskan?

Sebagai ketua pembangkang pandangan dan kupasan Anwar Ibrahim berhubung perkara berkenaan sangat penting. Walaupun ahli dewan lain dapat memberi bahasan yang baik tetapi ia tidak sama dengan suara yang dilontar oleh Anwar. Tetapi kenapa Anwar tidak ada?

Apakah Anwar tidak dimaklum mengenai pembentangan rang undang-undang berkenaan? Sebagai ketua pembangkang adalah mutahil kalau Anwar tidak memaklumi atau dimaklumkan rang undang-undang berkenaan. Mengikut amalan biasa deraf rang undang-undang itu diberikan awal-awal lagi kepada semua ahli dewan untuk semakan dan penelitian.

Anwar tidak mengambil bahagian langsung dalam apa-apa perbahasan, baik pada peringkat dasar, jawatan kuasa atau pada bacaan kedua dan peringkat akhirnya. Beliau memasuki dewan selepas rang undang itu diluluskan dengan majoriti dari pihak kerajaan.
  

Anwar baru memberi komen terhadap rang undang-undang itu dihari akhir sidang dewan dalam sidang akhbar khas di parlimen. Dalam sidang itu beliau memberi jaminan akta itu akan ditentang. Kempen akan dilakukan untuk menentang akta pencegahan berkenaan yang bagi pembangkang ia merupakan akta yang zalim dan bertentangan dengan perlembagaan negara.
Tetapi dalam masa sama Anwar sepakat dengan parti Pakatan Rakyat untuk tidak mengadakan bantahan secara demonstrasi seperti mana selalunya. Pendekatan dan sikap ini sesuatu yang anih dan ganjil serta menimbulkan pertanyaan. Kerana sebelum ini apa-apa saja isu yang bertentangan dengan naluri pembangkang akan dieksploitasikan untuk kepentingan politik, walaupun ia berharga murah.
Kerana kegajilan itu menyebabkan saya berfikiran lain mengenainya. Maafkan saya kalau saya membuat kekhilafan didalam menilai apa yang berlaku itu. Saya merasakan ketiadaan Anwar di dalam parlimen kerana ada urusan lebih penting di luar sana?
Umum tahu seminggu lepas perdana menteri Mohd Najib Razak berada di Amerika Syarikat kerana menghadiri persidangan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di New York City. Pemergian Najib adalah jelas kerana tugas dan tanggungjawab kepada negara.
Pada masa ketiadaan Najib dalam negara itu, ketika inilah juga Anwar tidak ada di Malaysia. Khabarnya Anwar juga berada di New York. Ikut bersama ialah isterinya Dr Wan Azizah Wan Ismail. Khabarnya pemergian Anwar dan isteri ada perkara mustahak di sana. Apa dia?
Tidak diketahui apakah program Anwar di New York? Tetapi yang pastinya beliau dan isterinya sama-sama tidur di New York ketika juga Najib dan Rosmah Mansor tidur di sana. Yang pastinya sebagai ahli politik negara, kedua-dua pihak mesti mengetahui di antara satu sama lain. Di New York juga ramai rakyat Malaysia yang kebetulan menjadi sahabat mereka. Tidak mustahil kalau rakyat Malaysia (sahabat mereka itu) memaklumkan kehadiran di antara satu sama lain atau mengajak mereka bertemu dan bersantai.

Juga adalah tidak mustahil kalau mereka sempat makan malam atau minum kopi bersama di New York. Kalau di dalam negara mereka boleh minum tea tarik bersama, apa lagi di New York. Di sana lebih aman kerana jauh dari pandangan Dr Mahathir Mohamad.

Sebelum ini Najib dan Anwar gagal berjumpa dan bersemuka di Jakarta. Kelewatan Najib selama 15 minit menyebabkan pertemuan itu gagal. Namun agenda pertemuan berkenaan masih belum padam. Pada 16 September lalu sempena hari Malaysia, Anwar membuat satu seruan politik yang lunak (ceasefire) iaitu bersedia untuk berdilog dengan kerajaan bagi kepentingan nasional.
Saya melihat pernyataan Anwar itu bukan disengajakan atau diada-adakan. Ia mesti ada sesuatu motif dan tujuannya. Sebagai pemimpin yang ada prinsip dan maruah Anwar tidak mengentuk pintu 'gedung' untuk bertanya apakah ada orang atau tidak di dalamnya melainkan sesudah dia ada suara orang di dalamnya baru beliau mengetuknya.
Apakah kehilangan mereka di Malaysia saat pembentangan rang undang-undang pencegahan jenayah (PCA) 2013 itu kerana mereka berjumpa di New York? Mungkin bagi mereka akta baru itu diterjemahkan bukan sahaja pencegahana jenayah untuk membenteras penjenayah berat bagi mengamankan Malaysia, tetapi ia juga merupakan akta 'pencegahan pergaduhan' di kalangan bangsa Melayu kerana masalah politik yang maksudnya juga untuk mengamankan Malaysia

Internet M'sia masih 'separuh bebas'

Posted: 04 Oct 2013 05:52 AM PDT

MALAYSIA KINI

Malaysia jatuh satu mata dalam tinjauan kebebasan Internet global berbanding tahun lalu, dan kekal "separuh bebas", menurut kajian Freedom House yang berpangkalan di Washington, Amerika Syarikat.

Malaysia mendapat 44 daripada 100 mata, dengan 0 mewakili paling bebas dan 100 paling tidak bebas. Tahun lalu Malaysia mendapat 43 mata.

NONEAntara semua negara di Asia, hanya Jepun dan Filipina disenaraikan dalam kategori bebas.

Kajian itu menyebut Malaysia mengawal kandungan politik, sosial dan agama.

Ia juga mendapati, manipulasi perbincangan atas talian oleh pengulas prokerajaan antara penyebab kejatuhan kedudukan Malaysia.

Penyebab lain termasuk penangkapan penulis blog dan serangan teknikal terhadap pengkritik kerajaan.

Sementara penembusan Internet pula didapati sebanyak 66 peratus daripada keseluruhan 29 juta rakyatnya dan kebebasan akhbar tidak bebas.

Freedom House menjalankan tinjauan di 60 negara di seluruh dunia.

Panel SPRM gesa tubuh JK khas kaji laporan audit

Posted: 04 Oct 2013 05:51 AM PDT

MALAYSIA KINI

Panel bawah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menggesa ketua setiausaha negara (KSN) menubuhkan jawatankuasa khas bagi mengkaji Laporan Ketua Audit Negara 2012 dan membuat cadangan konkrit bagi mengatasi sebarang kelemahan dengan serta-merta.

"Pada waktu yang sama, panel menggesa kerajaan-kerajaan negeri dan syarikat-syarikat kerajaan mengambil tindakan segera bagi menangani semua kelemahan yang ada," kata Pengerusi Panel Perundingan dan Pencegahan Rasuah (PPPR) Datuk Johan Jaaffar.

NONEDalam kenyataannya hari ini, Johan berkata, pihaknya mengambil serius kelemahan yang didedahkan, yang bukan sahaja membolehkan salah guna kuasa dan rasuah tetapi menjejaskan sistem penyampaian kerajaan.

"Pada waktu yang sama, panel mengambil serius kecuaian sistem kawalan dan penjagaan hingga membolehkan peralatan dan barangan (termasuk yang boleh membahayakan seperti senjata api) hilang daripada simpanan.

"Panel juga mengambil serius kurangnya pengawasan ke atas pembekal dan kontraktor hingga berlaku mutu kerja yang tidak memuaskan," katanya.

PPPR juga menyatakan kekesalannya kerana terdapat kelemahan dan kesilapan yang sama berulang walaupun telah didedahkan dalam laporan tahunan sebelum ini.

Shabery: Jabatan Audit culas dalam laporan K-Pop

Posted: 03 Oct 2013 09:53 PM PDT

MALAYSIA KINI


Jabatan Audit Negara culas dalam menjelaskan perkara sebenar dalam isu perbelanjaan RM1.6 juta untuk persembahan K-Pop Hari Belia Negara, kata bekas menteri belia dan sukan Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek.

Shabery, kini menteri komunikasi dan multimedia, berkata, jabatan itu hanya menyatakan jumlah keluar daripada akaun Kementerian Belia dan Sukan (KBS) tanpa mengambil kira jumlah "sumbangan" yang dimasukkan.

Drag race crash Shabery Cheek"Pihak AG Audit culas dalam menjelaskan perkara sebenar kerana wang sumbangan yang dimasukkan ke dalam Akaun Majlis Sukan Negara tidak dinyatakan oleh pihak Audit Negara sebaliknya hanya mengambil kira wang yang keluar dari akaun KBS," katanya.

Selain mendedahkan jumlah kosnya, laporan audit juga menegur KBS atas "perbelanjaan tinggi" dan "tidak "selaras dengan peraturan perbelanjaan berhemat" bagi belanja lain untuk sambutan tersebut - berjumlah hampir RM3 juta.

Kumpulan K-Pop dari Korea Selatan U-Kiss, Teen-Top dan Dal Shabet terlibat dalam persembahan itu.

Menulis di Facebook, Shabery berkata, justeru itu, terbukti bahawa tiada wang rakyat dibazirkan sepertimana dakwaan pembangkang yang hanya bersandarkan rumusan pendek Laporan Ketua Audit Negara 2012.

NONE"Moga Rakyat celik mata dengan perkara ini, kita juga tidak mahukan pembaziran sepertimana laporan audit negara tentang pembelian mesin scanner berharga RM14,000 seunit.

"Tetapi dalam isu KBS, ia tidak pembaziran wang rakyat sebaiknya adalah wang tajaan dari syarikat korporat dalam dan luar negara yang mengambil bahagian pada Hari Belia Negara," katanya.

Bagaimanapun, berbeza dengan Shabery menteri belia dan sukan yang baru Khairy Jamaluddin berkata, KBS membuat bayaran besar itu selepas syarikat yang menawarkan penajaan tidak meneruskan pembiayaan itu.

Hwa Beng dipecat kerana jemput Kit Siang

Posted: 03 Oct 2013 09:47 PM PDT

MALAYSIA KINI

MCA memecat Datuk Lee Hwa Beng, bekas anggota jawatankuasa pusatnya, kerana mengundang tokoh pembangkang ke majlis pelancaran bukunya tahun lalu.
NONE
Perkara ini disahkan oleh seorang pemimpin kanan MCA kepada Malaysiakini, yang mahu namanya dirahsiakan.

Lee mengundang pemimpin popular DAP Lim Kit Siang ke pelancaran buku PKFZ: A Nation's Trust Betrayed, yang menceritakan tentang projek bermasalah Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ).

Beliau pernah menjadi pengerusi Lembaga Pelabuhan Klang (LPK), yang antara lain mengawal selia PKFZ.

Lee juga antara indivu yang memainkan peranan penting dalam audit bebas PKFZ yang diarahkan oleh menteri pengangkutan ketika itu Datuk Seri Ong Tee Keat.

Bung Moktar dapat aduan perwakilan terima ugutan

Posted: 03 Oct 2013 09:45 PM PDT

MALAYSIA KINI

Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Bung Moktar Radin meminta Lembaga Disiplin Umno turun padang bagi memantau calon yang bertanding di peringkat Bahagian Kinabatangan.
  
Bung Moktar yang juga ketua Umno Bahagian Kinabatangan berkata beliau menerima aduan daripada perwakilan Umno di Kinabatangan mengenai ugutan yang diterima mereka yang mempunyai jawatan di peringkat kampung.
  
Beliau berkata mengugut para perwakilan yang mempunyai jawatan di peringkat kampung terutamanya ketua cawangan untuk diambil tindakan jika tidak menyokong adalah satu kesalahan dan melanggar perlembagaan parti.
  
"Aduan yang diterima mengatakan bahawa mana-mana ketua cawangan yang mempunyai jawatan di peringkat kampung yang tidak menyokong calon berkenaan yang bertanding di peringkat bahagian Kinabatangan ini akan diambil tindakan," katanya dalam satu kenyataan di Sandakan hari ini.
  
Bung Moktar kesal dengan sikap calon terbabit yang menggunakan taktik itu yang disifatkan satu perbuatan kotor dan melanggar garispanduan berkempen dalam pemilihan peringkat bahagian.
  
Tanpa menyatakan identiti calon terlibat, beliau berharap Lembaga Disiplin Umno membuat pemantauan dan seterusnya mengambil tindakan terhadap calon berkenaan.
  
Bung Moktar yang mempertahankan jawatan ahli Majlis Tertinggi dan ketua Umno Bahagian Kinabatangan berkata pemantauan itu bagi memastikan tiada taktik kotor dilakukan untuk meraih undi perwakilan.   
- Bernama

Johor sedia sambut kehadiran peserta Ijtimak Tarbawi

Posted: 03 Oct 2013 09:42 PM PDT

KUALA LUMPUR: Persediaan rapi sedang dibuat pihak penganjur menjelang pemukiman ribuan pencinta tarbiyah di Ijtimak Tarbawi 3.0 yang akan bermula esok.

Program pringkat kebangsaan yang akan berlangsung selama tiga hari sehingga 6 Oktober itu akan diadakan di Maahad Tahfiz Al Quran Al Muhammadi Kundang Ulu Ledang, Johor.

Bagi Pengarah Pengisian Ijtimak Tarbawi 3.0, Ridhuan Mohd Nor berkata, ijtimak kali ini bakal menyajikan program pengisian tarbiyah terbaik dari pemimpimpin utama PAS termasuk Presiden Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang.

Dengan jadual pengisisn yang sangat padat, program kali ini diyakini mencapai objektifnya bagi menyediakan ahli PAS khususnya pemuda dengan persiapan fikrah perjuangan dan tarbiyah yang mantap.

"Oleh itu kita sangat-sangat mengalukan kedatangan ahli-ahli PAS ke ijtimak kali ini. Ianya terbuka bukan sahaja kepada pemuda PAS, malah juga kepada muslimat dan pelajar kampus dari dalam dan luar negara.

"InsyaAllah Presiden PAS akan menunjangi pengisian kali ini dengan menyampaikan kuliah tafsir surah Al-Munafiqun," katanya kepada Harakahdaily.

Berikut adalah jadual penuh ijtimak kali ini.

__________________
4 Oktober 2013 (Jumaat)
__________________

3.00pm - Pendaftaran
4.30pm - Solat Asar
5.00pm - Layan diri
[ dan makan malam ]

6.30pm - al Ma'thurat bimbingan  Ust Abdul Muiz

- taklimat program oleh Ustaz Riduan Mohd Nor

7.20pm - Solat Maghrib

7.45pm - Kuliah Maghrib
Tajuk: Mengapa Tarbiyah Sepanjang Masa.

Oleh : Ustaz Syed Abdul Kadir al Jofree

8.45pm - Solat Isya'

9.30pm - Majlis Perasmian Ijtima' Tarbawi

1) Ucapan Ketua DPP Negeri Johor
2) Ucapan Pengarah Ijtima'
3) Ucapan Ketua DPPM
4) Ucapan Perasmian oleh :
Dato Dr Mahfuz Mohamad
Naib Ketua Dewan Ulama' PAS Pusat.

11.45pm - Rehat

__________________
5 Oktober 2013 (Sabtu)
__________________

4.30am - Qiamul-lail
5.45am - Solat Subuh

6.15am - Kuliah Subuh
Tajuk : Khulasah Surah As Shaff. Penyampai : Ustaz Mohd Khalil Abdul Hadi.

7.00am - Rehat dan makan pagi

8.30am -  Kuliah Tafsir 1
Tajuk: Surah al Munafiqun
Pembentang: Al Fadhil Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang.

10.30am - Rehat

11.00am - Kuliah Tafsir 2
Tajuk: Surah al Munafiqun
Pembentang: Al Fadhil Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang.

12.45pm - Rehat, makan tengahari

2.00pm  -  Solat Zohor

2.30pm  - Forum Tarbawi
Tajuk: Cabaran Tarbiyah Dalam Gerakan Islam Moden

Panel:
1) Tuan Haji Salahudin Ayub VP
2) Dr Zuhdi Marzuki COO  PPP

4.15pm - Rehat dan solat Asar
5.00pm - Rehat dan makan malam.

6.30pm - al Ma'thurat dan Tazkirah  oleh : Ustaz Abdul Muiz Muhammad.

7.20pm - Solat Maghrib

7.45pm - Kuliah Maghrib
Tajuk: Dakwah Fardiyah: Pengalaman dalam perjuangan.

Penyampai : Al Fadhil Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man

8.45pm - Solat Isya'

9.15 - Ceramah Tarbawi

Pemidato:

1) Tuan Hj Mohd Sabu
2) Dato' Nik Mohd Amar Abdullah
3) Dato' Abu Bakar Chik
4) Datuk Dr. Mohd Khairuddin Aman Razali
5) Sdr Aminul Huda TPJ Johor
6) Dr. Raja Ahmad Iskandar al Hiss
7) Wakil2 Gerakan Islam

1200am - Rehat

_____________
6 Oktober 2013 (Ahad)
__________________

4.45am - Qiamullail
5.40am - Solat Subur

6.15am - Kuliah Subuh
Tajuk: Ujian dalam perjuangan politik Islam

Penyampai : Ir Hj Khairil Nizam bin Khiruddin. [ Bendahari DPPM ]

7am - Rehat dan makan pagi

8.30am - Wacana Tarbawi
Tajuk: 10 Tarbiyah Utama

Pembentang:
1) YB Ustaz Idris Ahmad
2) Ustaz Zaharudin Muhammad

10.00am - Dialog Tarbawi bersama DPPM.

Panel:  Semua EXCO DPPM

11.30am - Rehat

12.00pm - Majlis Perasmian Penutup.

1) Ucapan pengarah
2) Ucapan Ketua DPPM
3) Perasmian Penutup: Al Fadhil Dato' Dr. Harun Din

1.30pm - Solat Zohor
2.00pm - Majlis Wada'

Ops Bubar: Ceramah bantu OKZ di Melewar esok

Posted: 03 Oct 2013 09:40 PM PDT




 KUALA LUMPUR: PAS Perak akan menganjurkan satu program ceramah bagi menyatakan solidariti terhadap 13 peserta demontrasi Ops Bubar dihadapan Masjid Ubudiah, Bukit Chandan ketika krisis politik perak 2009 lalu.

Kesemua Orang Kena Zalim (OKZ) itu telah dijatuhkan hukuman penjara dua tahun serta denda RM5,000 oleh Mahkamah Seksyen Kuala Kangsar.

Namun kesemua 13 mereka telah dilepaskan setelah hampir seminggu meringkuk dalam Penjara Tapah apabila Mahkamah Tinggi Taiping menerima permohonan peguambela untuk ditangguhkan hukuman sementara proses rayuan dijalankan.

Ketua Penerangan PAS Perak, Dr Ahmad Nuri Al-Amin berkata, ceramah tersebut dijadualkan akan berlangsung di Kolej Universiti Islam Zulkifli  Muhammad (Kuizm), Taman Melewar, Kuala Lumpur jam 9.00 malam pada hari Jumaat ini (esok).

Katanya, ceramah tersebut adalah kemuncak program setelah menjelajah ke seluruh negeri Perak dalam masa dua minggu lalu.

Ceramah tersebut katanya bertujuan untuk mengumpul dana bagi bersama-sama membantu mengurangkan beban terhadap mereka.

"Kesemua 13 OKZ terpaksa menanggung sebilangan kos yang agak tinggi termasuklah denda RM5 ribu yang dijatuhkan, jaminan pelepasan dan kos perbicaraan.

"Malah ada dari kalangan 13 tahan itu kehilangan pekerjaan disebabkan hukuman yang telah disabitkan ke atas mereka," katanya kepada Harakahdaily hari ini.

Ceramah tersebut akan dihadiri oleh Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu, Mantan Menteri Besar Perak, Datuk Seri Nizar Jamaluddin, peguam, Hanipa Maidin, Naib Presiden PKR, Tian Chua, Mantan Speaker Dun Perak, V Sivakumar, dan Pesuruhjaya PAS Perak, Ustaz Abu Bakar Hussien.

Beberapa OKZ juga katanya akan turut hadir ke majlis itu disamping sokongan daripada beberapa NGO termasuklah Seniman Paksi Rakyat (PAKSI).

"Saya mengajak seluruh rakyat khususnya anak Perak disekitar Lembah Klang untuk hadir ke program ini dan dalam masa yang sama dapat membantu kami mengumpul dana bagi membela nasib 13 pejuang ini," jelasnya.

Doktor bergaya ala 'Predator' buat laporan polis

Posted: 03 Oct 2013 09:36 PM PDT

http://bloglist-malaysia.blogspot.com,


Gempar sebelum ini mengenai 'Predator Malaysia' yang datang ke Balai Polis, kononnya sesetengah spekulasi mengatakan predator sesat bertanyakan jalan dan sebagainya.

Siapakah sebenarnya di sebalik topeng dan pakaian lengkap predator ini?

Jangan terkejut kerana manusia yang bertopengkan predator dan pakaian lengkap predator ini adalah seorang doktor.

Doktor yang lengkap dengan seragam predator yang berharga RM85 ribu ini sebenarnya datang ke balai polis untuk membuat laporan mengenai penjualan sijil sakit (MC) palsu di laman sosial Facebook.

Tetapi mengapa harus memakai pakaian sebegini rupa untuk tampil di balai polis?


Sg Limau: SPR tidak telus, nafi hak pengundi

Posted: 03 Oct 2013 09:29 PM PDT

KUALA LUMPUR: Penetapan tarikh pembuangan undi pada hari bekerja membuktikan tindakan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tidak demokratik dan menafikan hak pengundi khususnya mereka yang bekerja di luar kawasan atau negeri.

Ketua Dewan Muslimat PAS Pusar, Siti Zailah Mohd Yusoff menegaskan, dalam menentukan tarikh pembuangan undi seharusnya SPR mengambil kira pengundi yang bekerja luar dari negeri Kedah.

Menurut beliau, cara yang dilakukan SPR sangat tidak telus walaupun pilihan raya kecil (PRK) belum dilaksanakan tetapi pembuangan undi pada hari bekerja telah dilakukan pada PRK Kuala Besut.

"Tindakan SPR itu seolah-olah menafikan hak pengundi yang bekerja untuk balik mengundi," katanya.

Bagi persediaan jentera Muslimat katanya,  muslimat seluruh negara bersedia untuk turun membantu mempertahankan kemenangan di Dun Sungai Limau dengan majoriti yang lebih banyak.

Menurut beliau, selepas jentera Muslimat dilancarkan pada 11 Oktober nanti jentera muslimat akan hadir membantu mengikut jadual yang telah ditetapkan kepada Dun dan negeri.

"Kita akan jalankan program selepas pelancaran. Jika PRK di Kuala Besut pada bulan ramadan, jentera Muslimat bergerak dengan baik, Insya Allah di Dun Sungai Limau mereka akan bekerja dengan lebih baik," tegasnya.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Rantau Panjang yakin PAS akan mempertahankan kemenangan Dun Sungai Limau memandangkan Dun tersebut merupakan kubu PAS.

Katanya, lebih 90 peratus penduduk terdiri daripada orang Melayu dan daripada jumlah itu 43.9 peratus daripada golongan anak muda.

Sudah pasti tambah beliau faktor pengundi muda merupakan penentu kemenangn dan perkembangan terbaru usaha untuk memberi kesedaran kepada pengundi muda sangat penting selain calon PRK daripada orang muda.

Beliau menegaskan, rakyat Dun Sungai Limau seharusnya boleh menilai tindakan BN terhadap Kolej Universiti Insan (Kuin) disewakan kepada swasta dan tidak dimanfaatkan pada matlamat asal.

"Ini merugikan masa depan anak-anak Kedah dan masa depan pendidikan Islam. Begitu juga kerajaan negeri menjadikan pulau Tauba sebagai tempat pelancongan dan diserahkan kepada syarikat dari Australia," katanya.

Sedangkan tambah beliau, pulau Tauba ketika kerajaan PAS tempat itu mahu dijadikan tempat menghafal al-Quran dan pengajian agama. Beliau menegaskan, kerajaan BN seolah-olah tidak mengambil berat tentang pendidikan tetapi lebih mementingkan soal pelaburan semata-mata.

Semalam, SSPR menetapkan 4 November adalah hari pembuangan undi PRK Dun Sungai Limau, Kedah sementara penamaan calon pada 23 Oktober.

PRK itu diadakan berikutan penyandangnya, Tan Sri Ustaz Azizan Abdul Razak meninggal dunia pada jam 11.10 pagi di Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar pada 26 September lalu.

Pada PRU13 Mei lepas, Ustaz Azizan yang mendapat 13,294 undi menang dengan majoriti 2,774 undi menewaskan calon BN, Mohd Fazillah Mohd Ali (10,5204 undi) serta dua calon Bebas, Sobri Ahmad (100) dan Abdullah Hashim (84).

Liow sifatkan EGM serangan kumpulan presiden

Posted: 03 Oct 2013 09:27 PM PDT

MALAYSIA KINI

MCA akan mengadakan mesyuarat agung luar biasa (EGM) pada 20 Okt ini bagi memutuskan sama ada anggota parti itu dibenarkan memegang sebarang jawatan dalam kerajaan dan menegur sikap Timbalan Presiden Datuk Seri Liow Tiong Lai.

Presidennya Datuk Seri Dr Chua Soi Lek (bawah) berkata mesyuarat itu perlu diadakan dalam masa terdekat memandangkan keputusan sama ada menerima atau tidak memegang jawatan dalam kerajaan perlu dicapai dengan segera oleh perwakilan.

NONE"Kami yakin perwakilan akan menilai dan membuat keputusan bijak bagi menentukan masa depan parti," katanya dalam sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Pusat (CC) Khas di Wisma MCA di Kuala Lumpur semalam.

Dr Chua juga berkata mesyuarat EGM itu juga akan menegur sikap Liow yang tidak menghormati keputusan CC menarik balik penggantungan tiga tahun keahlian setiausaha penganjur Datuk Tee Siew Keong, yang juga anggota exco negeri Johor, sehingga mencetuskan konflik dalaman parti.

Bagaimanapun, beliau menegaskan bahawa keputusan menegur tindakan Liow melalui EGM bukan bertujuan untuk menyerang keperibadiannya malah untuk kepentingan masa depan parti.

"Beliau (Liow) secara tiba-tiba telah berubah sikap selepas PRU13 (Pilihanraya Umum ke-13) apabila telah banyak kali memburukkan parti secara umum," katanya.

Ditanya mengenai gesaan Liow sebelum ini yang mahukan keputusan mengembalikan keanggotaan Tee dimuatkan dalam EGM melalui mesyuarat CC itu, beliau berkata: "Liow tidak mengutarakannya dalam mesyuarat tadi."

Dr Chua berkata para perwakilan tidak dibenarkan mengadakan perdebatan, mengangkat sepanduk dan poster serta mengadakan sidang media di sekitar ibu pejabat parti itu sepanjang EGM ini diadakan bermula 9.30 pagi di Dewan Lee San Choon.

Dalam pada itu, katanya Ketua Bahagian Gelang Patah, Jason Teoh dan Ketua Bahagian Muar Tay Puay Chuan dilantik mengisi dua kekosongan daripada jumlah 42 anggota CC.

mca liow tiong lai rebut chua soi lek 080913 02Dua kekosongan itu berlaku berikutan salah seorang daripada anggotanya, Tan Ah Eng yang merupakan Timbalan Ketua Wanita MCA meninggal dunia pada 10 Ogos lepas dan peletakkan jawatan Tee baru-baru ini.

Sementara itu, Liow (kiri) ketika ditemui pemberita selepas mesyuarat CC menyifatkan keputusan menegurnya melalui EGM itu adalah tindakan serangan daripada kumpulan penyokong Dr Chua terhadapnya.

"Saya rasa kecewa kerana mengadakan EGM itu untuk menegur sikap saya itu, saya berharap semua perwakilan akan membuat keputusan bijak demi masa depan parti, dan saya akan berdepan dengan situasi (EGM) itu dengan tenang," katanya.- Bernama

Kos sewaan pesawat VVIP RM80.53 juta

Posted: 03 Oct 2013 09:25 PM PDT

MALAYSIA KINI

Isu kerajaan berbelanja lebih untuk menyenggara pesawat perdana menteri tidak timbul kerana pesawat itu bukan sahaja dikhususkan untuk kegunaan perdana menteri.

NONEMenteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Shahidan Kassim (kiri) berkata negara memiliki tujuh jet eksekutif untuk digunakan oleh Yang di-Pertuan Agong, Timbalan Yang di-Pertuan Agong, perdana menteri dan timbalan perdana menteri bagi memastikan urusan rasmi negara berjalan lancar.

"Penyenggaraan dibuat oleh syarikat-syarikat yang ditentukan. Kalau kita tidak senggara, akan bahaya kerana ini adalah soal keselamatan pemimpin negara.

"Kosnya juga berdasarkan kepada harga yang ditentukan pihak penyenggara," katanya kepada pemberita di lobi Parlimen di Kuala Lumpur semalam.

Terdahulu Anggota Parlimen Taiping Nga Kor Ming mengadakan sidang akhbar untuk mengulas jawapan bertulis yang diterima daripada Shahidan mengenai perkara itu.

Dalam jawapan bertulis itu, Shahidan berkata kerajaan membelanjakan USD25.2 juta (RM80.53 juta) untuk kos sewaan, RM16.515 juta untuk kos penyenggaraan dan RM3.32 juta untuk kos penambahbaikan pesawat VVIP dari tahun 2010 hingga 2012.

Perbelanjaan itu melibatkan rutin berjadual mengikut peraturan dan spesifikasi yang ditetapkan Jabatan Penerbangan Awam Malaysia, katanya.

Shahidan berkata jika perdana menteri menggunakan penerbangan biasa, beliau akan mengambil lebih masa untuk tiba ke sesuatu destinasi, berbanding jet eksekutif.

Mengenai pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Limau pada 4 Nov ini, Shahidan yang juga Pengerusi Badan Perhubungan Umno Perlis, berkata Umno Perlis akan menggerakkan 2,000 anggota untuk membantu pilihan raya kecil itu bagi memastikan kemenangan calon Barisan Nasional. - Bernama

Teori yang boleh difikirkan dalam memilih Naib Presiden Umno

Posted: 03 Oct 2013 09:14 PM PDT

Shahbudin Husin

 

Dua hari lalu, Ahmad Zahid Hamidi menafikan laporan blog ini yang mendedahkan wujud desakan kepada para perwakilan untuk mengekalkan ketiga-tiga penyandang Naib Presiden UMNO sedia ada sehingga menimbulkan keresahan kepada para perwakilan UMNO yang akan mengundi pada 19 Oktober ini.Menurut beliau yang juga Menteri Dalam Negeri, dakwaan itu hanyalah spekulasi semata-mata kerana jawatan Naib Presiden UMNO memang terbuka untuk ditandingi.

Tetapi semalam pula, salah seorang Naib Presiden UMNO, Hishammuddin Hussein berkata, kalau pun ada tuduhan bahawa beliau berpakat dengan dua penyandang jawatan tersebut iaitu Zahid Hamidi dan Shafie Apdal untuk mengekalkan jawatan dalam pemilihan kali ini, ia perlu dilihat dari segi keserasian.

"Kita bergerak dakam suatu entiti yang kukuh, kalau itu dikatakan pakatan ia tidak dapat dinafikan kerana kita mempunyai keserasian dalam menempuh pelbagai cabaran,"jelasnya yang juga Menteri Dalam Negeri yang seakan-akan tidak menafikan adanya pakatan antara mereka untuk saling bekerjasama dan mewujudkan blok undi bagi menghalang pencabar lain turut memenangi jawatan tersebut.
Sementara Zahid menafikan adanya sebarang pakatan, Hishammuddin pula tidak menolaknya. Jelas ada perbezaan pandangan antara kedua mereka. Bagaimana pula agaknya pendirian Shafie Apdal? Mungkin beliau bersetuju dengan Zahid, tetapi tidak mustahil Menteri Kemajuan Luar Bandar itu sependirian dengan Hishammuddin.
Oleh kerana jawatan Presiden dan Timbalan Presiden tidak dipertandingkan dalam pemilihan kali ini, maka perebutan jawatan Naib Presiden UMNO paling menarik perhatian, lebih-lebih lagi dengan penyertaan Mukhriz Mahathir turut bersaing merebut jawatan itu telah dianggap mengganggu kekukuhan kepimpinan Najib yang lebih selesa sekiranya ketiga-tiga penyandang sedia ada dikekalkan.
Berbanding penyertaan Isa Samad dan Ali Rustam yang turut mahu merebut jawatan itu, kemasukan Mukhriz lebih memeningkan kepala Najib sehingga ia disifatkan sebagai ancaman kepada masa depannya. Isa dan Ali dianggap kurang berpotensi untuk memenangi jawatan itu walaupun tidak mustahil mampu melakukan kejutan kerana pernah memenangi jawatan tersebut sebelum ini. Kehadiran Mukhriz sebagai ancaman itu kemudian terpaksa dinafikan oleh Mukhriz sendiri dan juga dengan bantuan bapanya, Mahathir Mohamad yang menegaskan anaknya itu tidak mempunyai apa-apa niat buruk terhadap Najib.
Bagaimanapun, dengan kesemua calon sudah memulakan gerak kerja kempen masing-masing sekarang ini, penerimaan perwakilan di semua negeri masih lagi bercampur-campur. Penerimaan terhadap ketiga-tiga penyandang dikekalkan agak berbelah-bagi kerana ramai yang mahu sekurang-kurangnya seorang daripada mereka digugurkan kali ini.
Ada juga yang mahu dua orang daripadanya ditukar dan diganti dengan muka baru. Bahkan yang mahu ketiga-tiga penyandang ditukar juga ada kerana mereka dianggap turut menyumbang kepada keputusan buruk BN dalam pilihanraya lalu. Ada pula yang mahukan orang lama seperti Isa dan Ali diberi satu slot dalam kedudukan Naib Presiden atas faktor pengalaman yang mereka miliki.
Tetapi dalam semua kombinasi Naib Presiden yang dikehendaki itu, sehingga ini Mukhriz berada di kedudukan paling atas sekali. Majoriti perwakilan daripada semua negeri hampir sepakat berpendapat bahawa Menteri Besar Kedah itu wajar diberikan kemenangan.
Bagaimanapun untuk kemudahan dan sebagai panduan kepada perwakilan yang akan mengundi pada 19 Oktober nanti, di bawah ini dibawakan beberapa teori yang boleh dipertimbangkan dalam memilih calon-calon bagi mengisi tiga kerusi Naib Presiden itu.
Teori pertama – daripada enam calon yang bertanding, ia boleh dipecahkan kepada dua kumpulan iaitu kumpulan penyandang yang terdiri daripada Zahid Hamidi, Hishammuddin dan Shafie manakala kumpulan pencabar pula terdiri daripada Mukhriz, Isa Samad dan Ali Rustam.
Adalah tidak adil sekiranya ketiga-tiga penyandng dikekalkan kerana ia tidak menepati semangat transformasi yang mahu dibawa oleh Najib sendiri. Mengekalkan ketiga-tiga penyandang bermakna tiada pembaharuan. Begitu juga, amat tidak adil jika ketiga-tiga penyandang diketepikan sekaligus dan digantikan dengan mereka daripada kumpulan pencabar.
Kombinasi yang munasabah ialah mengekalkan dua orang penyandang dan memasukkan seorang muka baru atau mengekalkan seorang penyandang dan memasukkan dua muka baru. Pilihlah mana-mana kombinasi calon yang sesuai daripada keenam-enam yang beranding itu.

Teori kedua – oleh kerana yang bertanding ada enam calon manakala yang mahu dipilih adalah tiga, maka keenam-enam calon itu boleh dipecahkan kepada 3 kumpulan berdasarkan latarbelakang masing-masing dan perwakilan bolehlah memilih seorang daripada setiap kumpulan itu untuk menjadi Naib Presiden.
1) Kumpulan A ( anak bekas Perdana Menteri) -Hishammuddin dan Mukhriz.
2) Kumpulan B (anak orang biasa) -Zahid Hamidi dan Shafie Apdal
3) Kumpulan C ( bekas pemimpin negeri) – Isa Samad dan Ali Rustam.

Jika keenam-enam calon itu mahu dipecahkan kepada tiga kumpulan mengikut jawatan sekarang, keadaannya ialah:-

1) Kumpulan A (berjawatan di peringkat negeri) – Mukhriz Mahathir.
2) Kumpulan B ( berjawatan di peringkat Pusat) – Zahid, Hishammuddin dan Shafie.
3) Kumpulan C ( berjawatan dalam GLC) – Ali Rustam dan Isa Samad.

Pecahan calon-calon juga boleh dibuat mengikut zon atau negeri.

1) Kumpulan A ( zon selatan) – Hishammuddin, Ali Rustam dan Isa Samad.
2) Kumpulan B ( zon utara) – Mukhriz Mahathir dan Zahid Hamidi
3) Kumpulan C ( son Sabah) – Shafie Afdal.
Berdasarkan pecahan-pecahan itu, para perwakilan bolehlah memilih seorang calon daripada setiap kumpulan untuk dijadikan Naib Presiden. Ia mungkin menjadi pilihan yang terbaik.
Teori ketiga – sesuai dengan keperluan kepada generasi dan pemimpin muda untuk meneruskan kesinambungan kepimpinan dalam UMNO, sambil tidak melupakan golongan berusia, keenam-enam calon tersebut juga boleh dipecahkan mengikut kategori usia.
1) Kumpulan A – Calon golongan muda iaitu Mukhriz (48 tahun), Hishammuddin (52 tahun) dan Shafie (54 tahun).


2) Kumpulan B – calon golongan tua iaitu Zahid Hamidi (61 tahun), Isa Samad (63 tahun) dan Ali Rustam (64 tahun).
Berdasarkan pecahan usia ini, para perwakilan bolehlah memilih sama ada mahu memilih dua orang daripada golongan muda dan seorang daripada golongan tua ataupun seorang daripada kategori calon muda dan dua orang daripada kategori calon tua. Pilihan ini juga dianggap terbaik dan mampu memberi kestabilan kepada parti.
Daripada ketiga-tiga penyandang berpakat sesama sendiri dan mewujudkan blok undi yang mungkin tidak membuahkan kejayaan dan akhirnya memalukan diri masing-masing, sebenarnya adalah munasabah dan wajar teori mengenai kombinasi calon ini dijadikan rujukan kepada para perwakilan dalam menentukan pilihan yang terbaik untuk masa depan UMNO itu sendiri.

Teori dan kombinasi ini juga mungkin sudah dalam pertimbangan atau pemikiran sebahagian para perwakilan sekarang ini. Bagaimanapun semuanya itu tidak mungkin dilaksanakan jika ada calon yang mengamalkan politik wang, membeli undi, menabur projek, menjanjikan habuan lawatan ke luar negara, menunaikan umrah dan lain-lain bentuk rasuah politik kepada para perwakilan.

Jika berlaku semua unsur-unsur negatif itu dalam pemilihan nanti, perkara yang paling mungkin berlaku ialah sama ada ketiga-tiga penyandang kekal atau ketiga-tiganya kecundang.

Laporan Audit: Kerajaan Negeri maklum kelemahan kewangan KUIS

Posted: 03 Oct 2013 09:12 PM PDT


faekah

Kerajaan Negeri sememangnya maklum dengan kedudukan kewangan Kolej Univesiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) yang lemah serta keperluan untuk mengemaskini urustadbir kolej tersebut sepertimana yang dinyatakan di dalam Laporan Audit Negara 2012. Sehubungan itu beberapa langkah telah dikenal pasti untuk membantu KUIS agar keluar dari masalah kewangan yang ditanggung sejak 2010 yang lalu.

Syarikat milik penuh kerajaan Selangor, Kumpulan Perangsang Selangor (KPS) telah diminta untuk mengkaji situasi KUIS dan berbincang dengan pihak pengurusan serta pihak-pihak berkenaan mengenai bentuk bantuan yang boleh diberikan termasuk menyalurkan dana kepada Kolej Univesiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) yang menanggung kerugian sebanyak RM11.30 juta pada 2011.

KPS sedang dalam perbincangan dengan pemilik tunggal KUIS iaitu Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) dan hasil perbincangan mendapati KUIS memerlukan sekurang-kurangnya RM238 juta bagi memulihkan kewangan KUIS. Dana ini termasuk bayaran berjumlah RM152 juta untuk sekali bayaran (one off payment) kepada syarikat pemegang konsesi; Redha Resources Sdn. Bhd. (RSSB) manakala dana selebihnya pula akan digunakan untuk menaik taraf kemudahan pendidikan di KUIS seperti perpustakaan, dewan kuliah, asrama dan penyelenggaraan bangunan.

RSSB telah diberikan konsesi selama 33 tahun pada 2005 oleh kerajaan Barisan Nasional di bawah pentadbiran mantan Menteri Besar, Dr Mohd Khir Toyo. Sekiranya one off payment ini tidak dibuat, KUIS terpaksa membayar lebih RM19 juta setahun kepada RSSB selama 33 tahun yang mencecah RM600 juta. Setakat ini, KUIS telah membayar sebanyak RM50 juta kepada RSSB.

Seperti yang dinyatakan dalam Laporan Audit Negara, kerugian ini disebabkan proses penyusunan semula KUIS melalui pembangunan secara Build Operate and Transfer (BOT) apabila terpaksa mula membayar sewa asrama dan bangunan kepada RSSB mulai 2009. Pada tahun 2011, tanggungan terhadap konsesi tersebut merupakan 14% dari keseluruhan kos operasi KUIS.

Ironinya, KUIS dikehendaki membayar kos sewaan asrama berdasarkan penginapan 100 peratus dan 300 hari kalendar akademik meskipun kadar penginapan pelajar tidak pernah mencapai kadar 100 peratus dan kalendar akademik adalah kurang dari 280 hari.

RRSB ialah sebuah syarikat yang dikuasai oleh Sulaiman Abdul Razak, seorang pemimpin Umno Selangor yang juga ADUN Permatang. Beliau memiliki saham sebanyak 7,200,000 saham bersamaan 51% pegangan di dalam RRSB, sementara isteri beliau, Jamaliah Kamarudin pula memiliki 800,000 saham bersamaan 6% pegangan. Baki 43% pegangan dimiliki oleh Bina Puri Holdings Bhd iaitu syarikat sub-kontraktor yang menjalankan sepenuhnya operasi pembinaan dan penyenggaraan asrama.

RRSB disokong sepenuhnya oleh Kerajaan Selangor di bawah Barisan Nasional ketika itu. Malah Khir Toyo menjadi saksi pemeteraian perjanjian pinjaman sebanyak RM125.8 juta di antara MAIS, RRSB dan bank-bank pembiaya pada 3 Ogos 2007 untuk membiayai pembinaan asrama pelajar KUIS ini. MAIS turut bertindak sebagai Penjamin dengan memberi jaminan kepada bank-bank jika KUIS gagal membuat bayaran kepada pemegang konsesi; RSSB.

Kontrak pembinaan ini kemudiannya diberikan kepada Bina Puri Holdings Bhd dengan RRSB hanyalah menjadi orang tengah. Dengan kos RM125.8 juta ini, RSSB diberi konsesi sehingga tahun 2039 dengan menerima bayaran keseluruhan mencecah RM600 juta.

KUIS adalah contoh bagaimana pimpinan UMNO-BN mengambil kesempatan sepenuhnya dari dasar memperniagakan pendidikan; akibatnya ditanggung oleh pelajar dan ibubapa kerana terpaksa membayar yuran pengajian dan kos asrama yang tinggi manakala pentadbiran KUIS terpaksa mengabaikan kepentingan lain demi mengawal kedudukan kewangan dari terus menjunam.

Disebabkan 'kesilapan' pemimpin terdahulu memilih pembangunan secara BOT dan menandatangani perjanjian konsesi yang berat sebelah, kerajaan Selangor Pakatan Rakyat di bawah pimpinan Menteri Besar, Tan Sri Dato' Seri Abdul Khalid Ibrahim terpaksa mencari jalan menyelamatkan sebuah institusi pendidikan kebanggaan rakyat Selangor.

Kerajaan sedang berusaha untuk mengambilalih semua kos prasarana dan infrastruktur Kolej dan Universiti milik negeri Selangor agar pentadbiran Universiti dan Kolej tidak dibebankan dengan kos tersebut tetapi hanya mengurus kos operasi harian. Dengan cara ini dijangkakan institusi tersebut akan dapat lebih menumpu kepada mutu pendidikan dan pembelajaran.

FAEKAH HUSIN
SETIAUSAHA POLITIK KEPADA
YAB DATO' MENTERI BESAR SELANGOR

'Jom tutup lampu' simbolik untuk berniaga sambil beribadat

Posted: 03 Oct 2013 09:09 PM PDT


jom tutup lampu

PETALING JAYA: Dunia dan akhirat harus jalan seiring, tidak kira dalam apa juga keadaan terutama dalam perniagaan.

Sehubungan itu, program 'Jom Tutup Lampu' diperkenalkan di pasar malam sekitar Daerah Petaling oleh Adun Taman Medan, Haniza Talha.

"Program ini dilaksanakan bagi memberi kesedaran kepada para peniaga dan pembeli supaya tidak meninggalkan solat walaupun dalam keadaan yang sibuk," katanya sewaktu meninjau Pasar Malam Taman Medan 10 untuk melihat keberkesanannya.

Ternyata program ini disambut baik semua peniaga dengan menutup lampu serta-merta ketika azan Maghrib berkumandang.

"Konsep berniaga dan beramal ini diharap dapat diikuti pasar malam di tempat lain, kerana selain mengejar rezeki yang halal, kita masih mampu laksanakan kewajipan sebagai seorang Muslim," katanya.

Menurut YDP Peniaga Pasar Malam Bumiputera Petaling Jaya, Kamal Abdullah, program ini dilaksanakan sejak tiga minggu lalu di lima pasar malam, antaranya Sri Manja, Lembah Subang, Kampung Lindungan, Medan 9 dan juga di Dato' Harun.

"Saya kemukakan cadangan untuk bina surau di kawasan ini kepada MBPJ dan masih lagi tunggu maklum balas mereka, " katanya.

DUNIACACAMARBA

Posted: 04 Oct 2013 03:13 PM PDT

Minta Hadiah Terlarang

[HM] Kajang: Seorang lelaki pertengahan usia dengan selamba mengajak menantunya mengadakan hubungan seks sebagai hadiah hari lahirnya dan mencabul wanita itu apabila mangsa enggan melayan kehendaknya.

Kejadian memalukan itu berlaku di pejabat lelaki berkenaan di satu kawasan perumahan di sini, kira-kira jam 8 malam, Isnin lalu.

Selepas berjaya meloloskan diri daripada bapa mentuanya yang berusia 50-an itu, mangsa tampil membuat laporan di Balai Polis Kajang, di sini, keesokan hari.

Menurut sumber polis, dalam aduannya mangsa yang berusia 30-an berkata sebelum kejadian dia dihubungi suspek memintanya datang ke pejabat lelaki itu untuk mengambil anak lelakinya berusia lima tahun.

"Sebaik mangsa masuk ke pejabat, suspek menyuruh cucunya keluar dan memberitahu mahu meminta hadiah sempena hari lahirnya daripada mangsa.

"Lelaki itu kemudian berkata dia mahu menyambut hari lahir ala Barat dan mengajak menantunya melakukan hubungan seks dengannya sebagai hadiah," katanya.

Sumber itu berkata, apabila mangsa enggan melayan kehendaknya, lelaki itu tidak puas hati dan mula bertindak rakus.

"Suspek memeluk, mencium serta meraba tubuh menantunya itu. Mangsa marah dan cuba melawan, menyebabkan berlaku pergelutan kecil di antara mereka.

"Ketika dicabul, mangsa merayu dikasihani selain turut memarahi mentuanya itu, namun tidak diendahkan lelaki terbabit," katanya.

Menurutnya, selepas kira-kira 10 minit, mangsa akhirnya berjaya melepaskan diri daripada suspek sebelum pulang ke rumah.

"Keesokan harinya (Selasa), mangsa membuat laporan berhubung kejadian berkenaan. Dalam laporannya itu, mangsa turut memberitahu suspek sebelum ini sudah beberapa kali cuba mencabulnya, namun setiap cubaannya gagal," katanya.

Sumber itu berkata, mangsa juga memberitahu dia nekad membuat laporan polis kerana sudah tidak tahan dengan perbuatan keji suspek selain bimbang dengan keselamatan dirinya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kajang Asisten Komisioner Ab Rashid Ab Wahab ketika dihubungi, mengesahkan menerima laporan mangsa dan kes disiasat mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan (KK). -4/10/13

P/s: Gila!!!!

BLOG - BLOG PARTI PKR

BLOG - BLOG PARTI PKR


Suara Sri Andalas

Posted: 03 Oct 2013 11:11 PM PDT

Suara Sri Andalas


Pelantikan Semula ADUN Sebagai Ahli Majlis PBT Permudah Usaha Selesai Masalah Rakyat

Posted: 03 Oct 2013 09:11 AM PDT

Keberkesanan untuk menyelesaikan masalah dan aduan rakyat terutamanya di peringkat Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) memerlukan penglibatan para ADUN. Ini adalah kerana kebanyakan aduan oleh rakyat dibuat di Pejabat Khidmat Masyarakat ADUN bagi sesebuah kawasan itu sendiri. Maka adalah perlu bagi ADUN yang menerima aduan rakyat membawa isu untuk dikemukakan secara proaktif di peringkat PBT untuk penyelesaian.

Sekiranya ADUN yang menggalas tanggungjawab sebagai wakil rakyat yang dipilih tidak dibenarkan bersuara mahupun terlibat sama dalam proses membuat keputusan dan perubahan diperingkat PBT, bolehkah aduan rakyat diselesaikan secara berkesan? Adalah tidak memadai untuk para ADUN hanya hadir diperingkat eksekutif dan juga PBT sebagai pemerhati.

Saya melihat kekangan yang menghadkan penglibatan ADUN dalam usaha menyelesaikan sesuatu masalah tempatan serta melakukan perubahan adalah suatu langkah yang terbelakang dan merugikan rakyat. Saya mencadangkan supaya para ADUN diberikan semula tempat di PBT sebagai Ahli Majlis yang mewakili rakyat. Ini adalah penting sekiranya kemajuan dan perubahan yang diinginkan hendak dicapai dengan lancar dan berkesan.

YB Dr Xavier Jayakumar
Ahli Dewan Negeri Selangor
N49 Seri Andalas

Gantirugi Tiada Air: Tribunal Nasihat Failkan Kes ke Mahkamah Sivil

Posted: 03 Oct 2013 02:49 AM PDT

SHAH ALAM, 3 OKT: Mahkamah Tribunal Tuntutan Pengguna memutuskan tribunal itu tidak mempunyai kuasa bagi mendengar perbicaraan tuntutan kerugian akibat masalah bekalan air terhadap Syabas.

Sebaliknya pihak penuntut gantirugi dinasihat agar memfailkan tuntutan di Mahkamah Sivil.

Presiden Tribunal Tuntutan Pengguna, Quaik Chong Yu dalam penghakimannya berkata tuntutan yang dibuat lapan pelanggan Syabas itu merupakan tuntutan gantirugi bukan wang.

"Kes ini bukan ditolak tetapi cuma dibatalkan, bermakna pengadu boleh failkan ke Mahkamah Sivil.

"Saya cadangkan agar ambil peguam dan failkan tuntutan di Mahkamah Sivil.

"Saya memang ingin mendengar dan memutuskan kes ini tetapi dengan berat hati saya buat keputusan bahawa tribunal ini tiada kuasa," ujar beliau.

Sementara itu beberapa penuntut ganti rugi menyifatkan keputusan itu sebagai mengecewakan.

"Kalau mahkamah tribunal batalkan, di mana lagi pengguna boleh dapat pembelaan?" Soal pelanggan Syabas yang hanya mahu diikenali sebagai Lee sahaja.

Selvamayahi yang menetap di Apartment 16 tingkat di Ampang pula menganggap keputusan itu mendorong Syabas berterusan mengabaikan penderitaan yang ditanggung sejak Ogos 2012 lagi.

"Saya buat tuntutan ini bukan kerana wang, tetapi supaya Syabas dan semua pihak mengambil teladan dalam memberikan perkhidmatan terbaik kepada pengguna," kata beliau.

Adamulhasza Mohd Noor pula berkata masalah ketiadaan air menyebabkan pengguna terpaksa menanggung kerugian bagi mendapatkan bekalan air.

"Kami terpaksa makan di luar, beli air mineral, menumpang rumah saudara dan ada yang terpaksa menyewa hotel," ujar beliau.

Selain itu masalah itu turut menyebabkan pemilik hartanah kehilangan penyewa.

Hari ini Mahkamah Tribunal Tuntutan Pengguna di sini mula mendengar lapan dari 300 kes yang difailkan terhadap Syabas yang gagal memberikan perkidmatan bekalan air dengan memuaskan.


Sumber: SelangorKu

Anwar : PR Akan Teruskan Bantahan Besar-besar Pindaan PCA

Posted: 03 Oct 2013 02:47 AM PDT

KUALA LUMPUR 3 OKTOBER :  Pakatan Rakyat (PR) akan terus membantah pelaksanaan Undang-undang Pencegahan Jenayah (Pindaah dan Pemerluasan) 2013 atau Prevention of Crime Act (PCA) walaupun diluluskan kerajaan Umno-BN.

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, PR akan mempergiatkan penerangan kepada rakyat pindaan PCA melalui penganjuran kempen, forum dan dialog ke seluruh negara kesan pelaksanaannya kelak.

"Kita akan terus membantah baik dalam Parlimen mahupun di luar untuk memberi penerangan kepada rakyat betapa terdesaknya kerajaan tentang pelaksanaan akta ini.


"PR berpendirian undang-undang ini rakus dan akan disalahgunakan," katanya dalam sidang media di lobi Parlimen hari ini.

Tegas Anwar, langkah kerajaan meluluskan PCA terbukti satu tindakan yang angkuh serta mengenepikan prinsip-prinsip keadilan sejagat.

Katanya lagi, pindaan PCA ternyata melanggar Perlembagaan Persekutuan dan mencabuli hak asasi manusia.

Anwar turut menyifatkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak tidak mempunyai pendirian tetap dan lemah menghadapi tekanan sehingga terpaksa bersetuju dengan undang-undang baru ini.

"Ini pembohongan terang-terangan yang kedua terhadap janji Perdana Menteri pada 16 September 2011 apabila Datuk Seri Najib Razak mengatakan untuk memendekkan tempoh tahanan pencegahan dan memperluaskan peranan mahkamah.

"Termasuk pemansuhan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dan Ordinan Darurat (EO) yang sekaligus menamatkan penahanan tanpa bicara," jelasnya pada sidang media di lobi Parlimen.

Katanya lagi, kerajaan sebelum ini meluluskan Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 atau SOSMA dan kini pindaan PCA 2013.

Jelasnya, undang-undang sekalipun bertujuan baik untuk mencegah jenayah tidak boleh dipertahankan apabila ia mengenepikan prinsip-prinsip keadilan dan mencabul hak-hak asasi yang diperakui dunia.

"Pindaan PCA kini memperuntukkan Seksyen 19A yang membolehkan penahanan tanpa bicara. Malah Seksyen 15A dilihat menafikan semakan kehakiman di mana-mana mahkamah.

"Hakikatnya masalah jenayah di Malaysia memang serius, Pakatan Rakyat tiada berkompromi dalam soal pembanterasan jenayah, namun ia perlu ditangani dengan berkesan secara profesional oleh pasukan polis.

"Langkah-langkah paling berkesan ialah melaksanakan 125 syor-syor yang dirumuskan Suruhanjaya Diraja Penambahbaikan Perjalanan dan Pengurusan PDRM 2005," katanya.

Sumber: SelangorKu

Anwar Ibrahim

Posted: 03 Oct 2013 07:37 PM PDT

Anwar Ibrahim


Cops’ MISSING GUNS the mystery source of supply to the triads, gangsters?

Posted: 01 Oct 2013 11:55 PM PDT

Malaysia-Chronicle

The 2012 Augitor-General’s report showed that at least RM1.3 million in assets, including firearms, vehicles and handcuffs were lost by the Malaysian police over the past three years.

The report, which highlighted many instances of wastage, was presented to Parliament on Tuesday.

The news especially as regards the ‘missing’ firearms can be expected to anger and even alarm Malaysians, who have been frightened by a spate of violent crimes and shootings.

It is telling that the Auditor’s report did not state exactly what sort of firearms were involved but guns are the obvious inference. Some even warn that it could include high-performance machine guns and not just hand revolvers.

“We have been asking where did the gangsters get their guns? The Inspector General of Police and the Home Minister have even put up draconian amendments to the Prevention of Crime Act because they say they need to be able to detain people without trial in order to combat crime. They also launched Ops Cantas which I understand has rounded up more than 10,000 bad hats. Now it is laughable that the guns missing from the police armory may have fallen into wrong hands,” MP for Wangsa Maju Tan Kee Kwong told Malaysia Chronicle.

“The police must not only explain to the public but also tighten up their operations. Where are the checks and balances? The armory must surely have a log of details. Why wasn’t there discipline in maintaining what went in and out? How can we have guns disappearing without a trace? It is clear the police have been lax and they must close up the loopholes.”

Poor internal system of detection

The missing ‘firearms’ formed 14.2% of the total RM1.33 million losses recorded during the period 2010 to 2012. Handcuffs formed the largest portion of missing items at 50.5%.

In his report, the Auditor-General also noted delays in the discovery of the missing assets as well as in the reporting of the losses to the department head, and in preparing an initial report on the missing assets.

The report also stated that there were still many missing cases in 2010 and 2011 that had yet to be solved, as well as surcharges that have yet to be collected.

“Besides that, records in Bukit Aman and state police contingent headquarters containing information on missing assets and the status of investigations need to be coordinated,” it added.

Customs also slip-shod

Malaysia’s Customs Department was also not spared. The Auditor General found that RM602,089 worth of shoes bought for its staff were destroyed because of wrong specification.

Customs department destroyed the 7,659 pairs of new footwear purchased in 2009 for staff after finding that the quality of the shoes and boots had degraded after being kept in its store for three years.

The report said the sizes also did not meet the needs of the officers.

Sample tests conducted by the Science Technology Research Institute of Defence found that the soles of the shoes had turned brittle and split, said the Auditor-General.

According to the report, the goods were part of the department’s uniform distributed to its staff with each person allocated two pairs of shoes before the end of April every year.

Obama CANCELS trip to KL: ‘US in a mess, M’sia in a BIGGER mess’

Posted: 01 Oct 2013 11:51 PM PDT

Malaysia-Chronicle

In a move that is bound to disappoint many Malaysians who had hoped to catch a glimpse of him, US president Barack Obama has cancelled his trip to Kuala Lumpur next week.

According to Malaysian Prime Minister Najib, he received a call from Obama early this morning and was told the bad news.

The US president offered his regrets and promised to make the visit on a later date, revealed Najib.

The Malaysian PM also told reporters that Obama had cited his wish to remain in the US to tackle the partial shutdown of the US government after hitting a constitutional debt ceiling.

Speaking to reporters at an event in Sepang, Najib said US secretary of State John Kerry will still be coming to Kuala Lumpur next week. Obama was initially scheduled to address the Fourth Global Entrepreneurship Summit on October 11 here.

While generally viewed in this region as a positive influence and as reformist, Obama has also drawn some flak from some Malaysians, who feared his visit was to influence Najib into signing the controversial Trans Pacific Partnership Agreement later next year.

The global free trade agreement would require Malaysia to open key economic sectors, a move that has been resisted by many in the country including Opposition Leader Anwar Ibrahim and former premier Mahathir Mohamad, mainly because the terms and conditions for which are shrouded in secrecy and can only be made known 4 years after the agreement has been signed.

But pushing the TPPA to the sidelines is the brewing storm over the US debt, the biggest in the world.

“The US is in a mess, we are in a bigger mess. This is a good wake-up call to Najib that there is no free lunch. Whatever is spent must be paid and when you keep borrowing, one day your lenders will sit up and say, ‘sorry  no more, limit is up’,” Opposition MP for Wangsa Maju Tan Kee Jwong told Malaysia Chronicle.

“At least, US is a world leader in many integral fields like technology, finance, banking, the sciences. Many experts say it cannot be allowed to go bankrupt even though it may already be technically so. Somehow the rest of the world will have to adjust for the US because it contributes so much to the world economy.

“But not Malaysia, I am afraid. For us, the lenders will not be forgiving at all. We have to be responsible for our debt and this is something that Najib and his Umno-BN coalition don’t seem to get. Maybe Najib imagines himself to be the Obama of the East but wait and see what happens if he doesn’t cut out the wastage and excesses. Already Fitch has put Malaysia on negative outlook. If there are no reforms, the others will follow.”

 

Get Muhyiddin, Anwar and AG to investigate wrongdoings in report, says opposition

Posted: 01 Oct 2013 11:50 PM PDT

TMI

The Public Accounts Committee (PAC) will not do justice investigating the Auditor-General’s Report the opposition said today and suggested that a high-powered, three-man panel be set up to take on the task instead.

This panel, they said, can investigate and act against those found to have misused taxpayers' money.

“The panel must be made up of Deputy Prime Minister Tan Sri Muhyiddin Yassin, opposition leader Datuk Seri Anwar Ibrahim and the Auditor-General himself,” DAP secretary-general Lim Guan Eng said today.

He added that the three men named are powerful enough to do the job.

“At the end of the day, PAC is controlled by the government given the 9:5 ratio. What type of enforcement can we expect in the wake of too many cases of misappropriation of government funds?” asked Lim, who is also DAP’s Bagan MP.

“We are offering a genuine suggestion and we are not always out to criticise,” Lim told a press conference at Parliament.

He added that the PAC is only responsible for compiling investigation reports and is therefore seemingly useless.

He was accompanied by PAS vice-president and Pokok Sena MP Datuk Mahfuz Omar, Kulai MP and DAP assistant national publicity secretary Teo Nie Ching and PKR deputy president and Gombak MP Mohamed Azmin Ali.

In an immediate response, PAC chairman Datuk Nur Jazlan Mohamed said it was unfair of the Opposition to describe the committee as “useless” and “irrelevant”.

“The Auditor-General’s report was only made public yesterday and the committee members are still going through it before deciding on the next course of action,” he told The Malaysian Insider.

“They are not being fair to PAC. We are still in the midst of reading the report and one cannot expect a response this fast.”

He added that the next course of action would take a long time as further inquiries needed to be carried out.

“We have to be fair to those involved… in Penang itself, there are still many unresolved issues,” he added, in a reference to the Pakatan Rakyat-ruled state.

The Auditor-General’s Report, a tale of greed from top to bottom

Posted: 01 Oct 2013 09:22 PM PDT

TMI

One really troubling fact about the Auditor-General’s Report released yesterday is that the poison of corruption, wastage and negligence has seeped right down to the lowest levels of government.

Not only have Malaysians got to be worried about corrupt politicians but also civil servants from the top to the bottom. How else do you explain nearly RM200 million being spent on incinerators without the know-how to operate the technology or RM3,000 on wall clocks or custom-made shoes left to rot because they did not meet the specifications?

Money is being spent and wasted like water. And the disease has infected every ministry, government-linked company and institution across the nation. Perhaps it was inevitable given that civil servants have witnessed politicians milking the system for decades and getting away with it.

So why not also jump on the gravy train? After all it is public funds, and it belongs to them to waste it as they see fit. Even more troubling is that no heads have rolled over the years for such sheer wastage and corruption. When was the last time anyone took responsibility for purchasing expensive printers, inks, shoes, clocks and scanners?

Which minister or secretary-general or director-general or even chief clerk has admitted they slipped up and quit to take responsibility for such negligence. Is there any concern that policemen can lose guns or even police cars without anyone having their knuckles rapped for it? Or that money is still being paid out to dead people? One can suppose these dead people are still on the electoral roll.

Is there any shame that clocks are bought for such a hefty price? Or that money is spent despite work not done? The quick answer is no. If a government servant can claim RM300,000 for a four-day trip to study the 999 system, and no one bats an eyelid, what more the millions that are wasted in the name of the people?

The Auditor-General’s Report is now just another book trotted out annually for the government to lament and promise to do better and for the people to anguish over the sheer audacity of such extravagance. The ruling government can claim to do its best and set up more panels to look into the waste or ask the Public Accounts Committee to analyse the Auditor-General’s Report but if nothing is done, the trust deficit gets wider.

It is no use to assuage the people with BR1M cash aids or affordable housing if that comes with closing an eye on the corruption and wastage in Putrajaya and every government department or public agency or state firm. The cancer of corruption is very deep that it has become institutionalised and all we can do is read about the sheer pillage by those who say they work for the people of Malaysia.

The question to ask is simple. Are there any honest people left in the government or civil service that will do anything about the Auditor-General’s Report?

PARTI KEADILAN RAKYAT NEGERI SEMBILAN

Posted: 03 Oct 2013 11:33 AM PDT

PARTI KEADILAN RAKYAT NEGERI SEMBILAN


Penduduk Kampung Hakka minta MB campurtangan

Posted: 03 Oct 2013 12:03 AM PDT

dipetik daripada FMT.com

SEREMBAN: Seramai 50 penduduk Kampung Hakka, Mantin berkumpul di hadapan Pejabat Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohamad Hasan untuk menyerahkan sebuah memorandum yang meminta Mohamad agar campurtangan dalam isu Kampung Hakka yang akan dirobohkan oleh pemaju untuk projek pembangunan.

Pengerusi Jawatankuasa Penduduk Kampung Hakka, Chong Tza Yaw, berkata penduduk Kampung Hakka datang dengan harapan bahawa Menteri Besar akan mengambil tindakan sewajarnya untuk campurtangan dan menggunakan kewibawaan politik (political will) dalam isu ini.
"Kami meletakkan harapan yang tinggi agar Menteri Besar menggunakan kuasa beliau untuk campurtangan dalam isu ini dan menyelesaikan masalah yang kami hadapi.
"Kami sedar kes kami ini berada di mahkamah. Walaubagaimanapun kami mendapati kerajaan negeri mempunyai kuasa untuk campurtangan serta boleh menyelesaikan masalah yang kami hadapi.
"Menteri Besar boleh memberi tekanan atau berunding dengan pemaju untuk menyediakan tanah pampasan kepada kami untuk kami mendirikan kediaman yang baru.

"Saya mewakili penduduk kampung amat berharap Menteri Besar mempertimbangkan tuntutan yang kami utarakan demi masa depan penduduk kampung Tradisi Hakka," kata Chong.
Walaubagaimanapun memorandum itu diterima oleh Setiausaha Sulit Menteri Besar Negeri Sembilan, Shahrulfaizal Tahar. Mohamad tidak dapat menerima memorandum kerana sedang menghadiri Persidangan Dewan Undangan Negeri, Negeri Sembilan pada waktu yang sama.
Chong turut menyerahkan satu lagi memorandum yang serupa kepada Ketua Pembangkang Dewan Undangan Negeri, Negeri Sembilan, Loke Siew Fook (ADUN Chennah – DAP).
Setiausaha Agung Parti Sosialis Malaysia (PSM), S Arutchelvan yang menemani penduduk untuk menyerahkan memorandum itu berkata, isu Kampung Hakka, Mantin mirip kepada kes Kampung Buah Pala di Pulau Pinang.
"Untuk makluman, isu Kampung Buah Pala di Pulau Pinang, kesnya mirip dengan kes Kampung Hakka, Mantin.
"Kerajaan Negeri Pulau Pinang telah menjual tanah perkampungan itu kepada pihak pemaju. Walaubagaimanapun kerajaan Pulau Pinang berunding dengan pihak pemaju dan menuntut pampasan untuk penduduk kampung dengan meminta pemaju menyediakan rumah kepada penduduk kampung.
"Maka Kerajaan Negeri Sembilan juga boleh menggunakan kaedah yang sama untuk mendapatkan pampasan kepada penduduk kampung dalam bentuk tanah lot kosong atau kediaman baru," jelas Arutchelvan.
Sementara itu Loke berkata beliau telah membawa isu Kampung Hakka, Mantin di dalam Persidangan Dewan Undangan Negeri, Negeri Sembilan sebentar tadi.

"Saya berharap esok Menteri Besar akan memberi penjelasan atau respon terhadap isu tersebut.
"Sementara peguam yang DAP sediakan untuk penduduk kampung berjaya mendapatkan arahan interim (interim order) untuk menangguhkan tindakan merobohkan rumah penduduk sehingga pendengaran kes tunggu perintah pengantungan pelaksanaan (stay of execution) didengar pada 17 Oktober di Mahkamah Tinggi Seremban," ujar Loke.
Sementara itu FMT difahamkan ke semua individu yang ditahan polis semalam telah dibebaskan semalam juga.
Turut hadir ADUN Nilai, J Arulkumar (DAP).

Polis hilang aset RM1.33 juta termasuk senjata api, gari

Posted: 03 Oct 2013 12:00 AM PDT

Polis Diraja Malaysia (PDRM) kehilangan 309 unit aset meliputi gari, senjata api dan kenderaan sekaligus kerugian RM1.33 juta, menurut Laporan Ketua Audit Negara.
Kehilangan aset tersebut direkodkan dalam tempoh 2010 hingga 2012.
Statistik yang dikeluarkan Bahagian Pengurusan Aset, Jabatan Logistik PDRM itu mendapati, aset paling banyak hilang adalah gari iaitu 156 unit, diikuti senjata api dan kenderaan, masing-masing 44 dan 29 unit.
"Pengauditan yang dijalankan mendapati secara keseluruhannya pengurusan aset di Ibu Pejabat PDRM dan tiga IPK yang diperiksa adalah kurang memuaskan.
"Pengurusan aset yang tidak teratur dan bersistematik boleh menyebabkan berlakunya kehilangan aset terutama senjata api dan gari yang boleh mengancam keselamatan awam," kata Ketua Audit Negara, Tan Sri Ambrin Buang, dipetik daripada laporan itu.
POLIS
Antara kelemahan yang ditemui audit berkenaan adalah kehilangan aset lewat dikesan, kelewatan melapor kehilangan kepada Ketua Jabatan dan Polis, Ketua Jabatan lewat menyediakan Laporan Awal Kehilangan Aset, Jawatankuasa Penyiasat Kes Kehilangan Aset lewat ditubuhkan, dan Jawatankuasa Kehilangan Aset lewat menyediakan laporan akhir.

Ekoran itu, Ambrin menegur dan mengesyorkan pasukan PDRM memastikan pemeriksaan berkala dilaksanakan mengikut ketetapan supaya kes kehilangan aset berkenaan dapat dikesan.
"Memastikan kehilangan aset yang berpunca daripada kecurian, penipuan, atau kecuaian pegawai/anggota dikenakan tindakan surcaj atau tatatertib supaya menjadi satu usaha pencegahan bagi mengawal kes kehilangan," tegur Ketua Audit.
Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=55897

Kerajaan bayar RM1.6j untuk K-Pop hari belia

Posted: 02 Oct 2013 10:22 PM PDT

Kerajaan pada tahun lalu bersungguh-sungguh menafikan bahawa usaha untuk membawa masuk kumpulan hiburan K-Pop bagi acara Hari Belia Negara 2012 ditanggung dengan wang rakyat.

NONE
Laporan Audit Negara 2012 bagaimanapun mendapati sebaliknya – tiga kumpulan itu didapati dibawa masuk dengan kos RM1.6 juta yang ditanggung kerajaan.

Kementerian itu juga ditegur atas "perbelanjaan tinggi" dan "tidak "selaras dengan peraturan perbelanjaan berhemat" bagi belanja lain untuk sambutan tersebut – berjumlah hampir RM3 juta.

Tiga kumpulan K-Pop – U-Kiss, Teen-Top dan Dal shabet – ditampilkan untuk persembahan ke acara tersebut oleh syarikat Stadium First Sdn Bhd.

Ketua setiausa kementerian Mohd Mohamad dalam laporan Bernama tahun lalu menyatakan bahawa kos untuk membawa masuk persembahan tersebut ditanggung oleh penaja.

Laporan Audit dedah kecurangan kerajaan, salah urus tadbir

Posted: 02 Oct 2013 10:20 PM PDT

Kecurangan penggunaan wang rakyat seperti yang didedahkan dalam Laporan Ketua Audit Negara akibat daripada kegagalan urustadbir kerajaan, kata Naib Presiden KEADILAN, Fuziah Salleh.
Beliau berkata, kerajaan gagal mengamalkan beberapa prinsip yang terkandung dalam tatakelola pentadbiran yang baik seperti akauntabiliti, integriti dan ketelusan.
Fuziah Salleh"Pendedahan laporan itu menunjukkan wang rakyat gagal diurus dengan baik. Begitu banyak pembaziran dan peruntukan yang diberikan hangus begitu sahaja," ujarnya kepadaKeadilan Daily.
Ahli Parlimen Kuantan itu turut bimbang soal keselamatan negara apabila Audit mendapati sebanyak RM1.33 juta aset polis termasuk senjata api dan gari hilang di bawah jagaan pasukan itu.
"Bayangkan aset penting seperti itupun gagal dikendali dengan baik. Adakah keselamatan rakyat terjamin di bawah kawalan polis yang jelas mempunyai kelemahan.
"Itu belum termasuk Jabatan Kastam yang menempah kasut tidak mengikut spesifikasi ditetapkan, kemudian membakarnya. Tindakan ini seolah-olah membakar duit rakyat," katanya.
Beliau mempersoal kegagalan kerajaan mengambil tindakan konkrit untuk memastikan ketirisan wang rakyat tidak berulang.
"Harus difahami bahawa Laporan Audit itu membabitkan banyak aspek termasuk pemerolehan, tender yang tidak mengikut spesifikasi dan sebagainya sehingga membolehkan pemberian projek dan tender kepada kroni.
"Siasatan perlu untuk membasmi aktiviti yang merugikan aset rakyat seperti ini," tegas Fuziah.
Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=55945

SPR: Pilihanraya kecil DUN Sg Limau 4 Nov 2013

Posted: 02 Oct 2013 10:17 PM PDT

Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof mengumumkan bahawa pilihan raya kecil bagi DUN Sungai Limau, Kedah akan diadakan pada 4 November.

Hari penamaan calon pula ditetapkan pada 23 Oktober - yang memberi peluang kepada calon untuk berkempen selama 12 hari termasuk pada hari penamaan.
azlanAbdul Aziz mengumumkan perkara itu dalam satu sidang media hari ini.

Katanya, SPR membuat pertimbangan agar pilihan raya itu diadakan sebelum peperiksaan SPM, pada 6 November, kerana banyak pusat pengundian dan dewan dimiliki sekolah.

"Kita tidak mahu ganggu susunan meja sekolah," katanya lagi yang menambah, anggota Umno memerlukan masa selepas mengadakan pemilihan parti pada 17 Oktober.

SPR juga mempertimbangkan keperluan penganut agama yang menyambut Deepavali pada 2 November dan Awal Muharram pada 5 November.

Keperluan PAS untuk mengadakan muktamar pada 17 November juga diambil kira, katanya lagi.

Ketika ditanya, Abdul Aziz menafikan bahawa SPR mengambil kira tarikh untuk perdana menteri membentangkan Belanjawan 2013 di parlimen.

Pilihan raya kecil kali ini tidak melibatkan pemilihan awal kerana tiada pengundi polis atau tentera didaftarkan di situ.

Pengundi pos bagi petugas media dan warga Malaysia di luar negara untuk kawasan tersebut boleh mula mendaftar hari ini.

Pegawai daerah Abdul Rashid Othman dilantik sebagai pegawai pengurus pilihan raya, dan borang pencalonan akan mula dijual pada 10 Oktober.

Penyandang kerusi tersebut, bekas menteri besar Datuk Seri Azizan Abdul Razak meninggal dunia pada 26 September lalu akibat masalah kesihatan.

Menurut Abdul Aziz, seramai 27,222 individu layak mengundi dalam pilihan ray akecil tersebut, yang terdiri dari 93 peratus Melayu, tujuh peratus Cina dan hanya 57 orang pengundi dari kaum minoriti lain.

SPR akan menggembleng kekuatan seramai 492 orang untuk mengadakan pilihan raya tersebut, yang dijangka melibatkan kos lebih RM1.3 juta. [Baca berita penuh]
Sementara itu, Bernama melaporkan Abdul Aziz berkata, bagi tujuan memantau semua aktiviti kempen pilihan raya sepanjang tempoh
 rasmi berkempen, beliau berkata SPR juga bersetuju untuk menubuhkan tiga Pasukan Penguat kuasa Kempen Pilihan Raya (PP-KPR).
    
Sementara itu, beliau berkata Daftar Pemilih Pilihan Raya bagi bahagian pilihan raya berkenaan akan mula dijual pada 10 Oktober.

Beliau berkata para pengundi dalam bahagian pilihan raya berkenaan boleh membuat semakan Daftar Pemilih untuk mengetahui maklumat pusat mengundi dan saluran mengundi melalui laman sesawang SPR, www.spr.gov .my dan melalui SMS dengan menaip SPR SEMAK No Kad Pengenalan dan hantar kepada 15888 mulai 10 Okt ini.
    
"Para Pengundi boleh menelefon Ibupejabat SPR di Putrajaya 03-88856565 dan Pejabat Pilihan Raya Negeri Kedah 04-700 1313," katanya.
    
Bagi maksud permohonan undi pos pada pilihan raya kecil ini, Abdul Aziz berkata warganegara Malaysia yang berada di luar 

negara, pegawai dan petugas pilihan raya serta petugas media boleh membuat  permohonan undi pos mulai 3 Oktober dengan memuat turun borang permohonan dari lamanweb SPR.   
"Tarikh tutup permohonan undi pos bagi warganegara Malaysia di luar negara ialah pada Hari Penamaan Calon.
    
"Bagi petugas pilihan raya dan petugas media, tarikh tutup permohonan undi pos ialah dua hari selepas Hari Penamaan Calon," katanya.
    
Mengenai penggunaan dakwat kekal, Abdul Aziz  berkata jenis dakwat dan cara penggunaan adalah sama seperti dalam pilihan raya kecil Kuala Besut.
    
"Pengalaman penggunaan dakwat kekal di sana begitu baik dan kita tidak menerima sebarang aduan. Jadi cara dan dakwat yang sama akan digunakan pada pilihan raya kecil itu nanti," katanya.i.

Pengikut