Pemuda PAS batu 8 Bendang siam Baru Posted: 11 Dec 2010 01:15 PM PST SYABAS : 3 IN 1...KANTOI BEB...!!! Posted: 10 Dec 2010 06:57 PM PST Fuh susah gak nak carik gambar nih... kalau UMNGOK cukup suka pitnah ahli-ahli PAS dengan buatkan poster fitnah.. panas lah, berapi lah, totey basah lah.. itu lah perkataan di tagline poster mekeka.. asalkan apa yang di pitnah tu nampak real... kkhahkahkah tak caya korang g blog parpukari ngan papagomo... 2-2 sama.. kahkahkha tapi bukan tu aku nak tunjuk kat sini..
Lagi aku nak tunjuk gambar depa ber2 masa kene tangkap dulu...
sapa tak tau citer ape nih korang leh ke link bawah mengikut turutan agar tak pelik citer ape nih? dan siapa disebalik gambar yang aku dok citer nih...
kali nih pasal AmenoWorld mintak aku gambar depa turun dari kapal terbang... mana nak ada mana aku nak cekau... ialah korang pun tau MB Selangor bukan nak sponsor aku follow mamat CCPA Syabas nih dan sekaligus menjadik mata-mata pada Gomen Selaongor... Kalau tak memang aku ikut sampai lam hotel tu... aku nak menyamar jadik orang ketiga bila mereka berdua nanti.. kahkahkah
so aku letak lah gambar mereka berdua pada kali pertama di tangkap pasai berkhalwat di langkawi kelmarin... kalau kali nih mereka di tangkap di tawau mungkin Mesia bakal menyaksikan tangkapan khalwat pengurus besar kanan SYABAS kali ke2 dengan orang sama... Itu pun kalau ada sape berinisiatif mencari mereka di TAWAU...
Orang Tawau pls perhatikan mereka berdua ini di sana.. jika nampak snap gambar kendian report JAITawau.. Esok depa balik so kite tunggu reramai kat Airport... Tulis nama di kadbord masing2 tulis nama BALQESH ABDULLAH dan ISMAIL RUSMIN... Angkut depa reramai wat sidang media betul tak dakwaan ini... kahkahkah ada berani ka Polis ngan JAIS? kahkahkah
Gambar 1, saekor Ismail Rusmin dalam Balai lepas di tangkap... Baju pun dah macam orang lokap... kahkahkah Gambar 2. Gambar mereka berdua, BALQESH ABDULLAH dan ISMAIL RUSMIN... sape yang jamin mereka berdua nih keluar? otang yang jamin pun kene tipu lepas Jamin buat balik pangai.... bzzzztt sekali pandang Ismail Rusmin nih ada iras-iras MUHYIDIN la pulak..... bzzzzttt....
Paling menarik sekali... Baru aku pasan....!
korang nengok gambar nih... kalau tak nampak klik bagi besar...!
Pembelanjaan penebangan mereka ke TAWAU di taja oleh si PEREMPUAN (Balqesh Abdullah).. Ape yang berlaku nih... Tengok sape yang buat bayaran tu? BALQESH ABDULLAH... apa punya jantan lah ISMAIL RUSMIN nih? nak berskandal pun pompuan bayarkan... DONIA...DONIA... yang si Pempuan leh lak ikut si JANTAN nih... ada guna OBAT-OBAT ker? Dahlah tak kacak... duit takmo belanja.. kahkahkahkah
Tapi ahli keluarga ISMAIL ROSMIN nih agak besar.. maksudnya ramai tangungan mungkin sebab tu segala perbelanjaan di taja oleh Si Perempuan... Murah hati lah kononnya... kahkahkah
Ini gambar ahli keluarga ISMAIL ROSMIN.. kesian mereka nih... kene tipu ngan laki dan bapak depa... Donia.. Donia...
Korang pun jangan sengap jer bile laki wat camnih... Bantulah rakyat Selangor... kahkahkah Mintak laki kamu tolong jual SYABAS dekat GOMEN SELANGOR dengan harga murah... kahkahkah
Simpan pun watpe... Pakcik kamu TS ROZALI takleh tolong dah nih.. hakhakhak Read more...
Aku letak gambar mengikut sequence... korang klik kalau nak tengok lagi besar... aku rasa kalau korang nak tau apa cerita sebalik sini dan sana nanti aku mintak Bro ISA olah... pasai dia terre bab2 kes camnih... kahkahkha aku pengalaman kurang...
Berbalik pada tuduhan,
Gambar 1: dulu aku post tapi ramai doakan aku masuk neraka sebab depa kata fitnah... aku maleh layan.. doa depa bukan makbul pun.. kahkahkah.. ini cerita Ismail Rusmin 1st kantoi kat Langkawi... tapi belum ada tangkapan masa nih... date :5/7/10 baca komen kat SINIGambar 2: Sah berita nih betul.. tapi bukan TS Rozali yang gaji setengah juta tu kantoi... tapi anak saudara dia.. staff situ jugak iaitu Ismail Rusmin ccpa syabas.. date: 8/7/10 (perasaan tak 3 hari lepas tu dan kene tangkap petang) Gabar 3: bukti2 pembelian mereka berdua ke TAWAU bersama... korang boleh tengok kat bawah nih...
flight detail.. (gambar bawah) date: 13/8/10 (pelik, kantoi 5/7, denda 8/7 dan beli tiket honewmoon lagi 13/8) bapak berani depa nih..... ada nampak ape aku nampak? apakah denda sebelum nih? ok ini baru bab beli tiket...
Ini pulak comfirmation serta payment atau invoice pada mereka...(gambar bawah) tak mahal pun.. tapi Ismail Rusmin yang tanggung... makin menarik beli tiket pada 13/8/10 bayar 13/8/10.. ok la tu bukan mahal pun... yedak! TAPI BILA MEREKA NAK BELAYAR BERSAMA KE SANA pulak? ini baru bab beli tiket beb... Ini pulak timetable mereka... bila pergi dan bila balik... (gambar bawah) so kita tahu mereka pergi TAWAU pada 5/12/10 (isnin) sehingga 11/12/10 (ESOK!!) so pada portal-portal berita nak amik menda nih jadi bahan berita jangan segan silu.. anda boleh pergi ke airport untuk sambut mereka pada ESOK 1.15 petang... kahkahka mereka sampai kl balik... UTUSAN toksah kalut nak g lah oi! tapi yang syiok nya 6hari beb!
Honeymoon sakan nampak! kahkahkah Adakah kerana urusan kerja mereka pergi? kahkahkah jangan guna alasan bodoh nih.... kerja saekor laki saekor pompuan jer pergi? kahkakah Dari sumber dalaman syarikat mereka, si isteri nih telah berhenti dengan meletak jawatan dari syabas lepas kantoi die ngan bos dia... tapi lepas benti keje len lak jadiknya... nak tau jadik ape? si suami ingatkan insaf suda si isteri itu.. tapi....
korang boleh ulang balik baca dari mula balik... wakakaka (makin menjadik2 lepas kantoi tu..) dan perkara ini berulang-ulang.... kahkahkah kite bayar bil air yang kita minum mandi... si Rusmin Ismail nih pulak belanja joli sakan ngan bini orang... kahkahkah nasib2 Read more... korang masih ingat pasai kes nih? dulu ISMAIL RUSMIN nih kantoi di LANGKAWI dengan perempuan dia? tak ingat? rujuk sini
ini cerita dulu.. sudah kene tangkap dan dan dilepaskan sebab orang besar SYABAS... so memang SYABAS kepada JAMBANtan2 Mesia sebab kerana tindakan anda mereka ini makin berani...
Di beritakan pulak MALAM ini dan sejak 6/12/10 mereka sudah pergi ke TAWAU berdua... dan akan balik esok! apa mereka berdua buat kat sana? korang tanya mereka2 yang berpengalaman... kahkahkah standet malam jumaat baru aku nak pecah berita... kahkahkah
kalau dulu aku tulis CEO syabas, tapi aku silap Ismail Rusmin diceritakan bukan CEO di syabas tapi seorang CCPA... besar gak tu kira CHIEF2 jugak lah... saja aku letak CEO supaya CEO SYABAS bleh amik action pasai terkena sekali dia punya tempias...!
Ismail Rusmin yang tak kacak tapi bini orang nak pasai banyak duit kot!
Tapi walaupun mereka berdua sudah kantoi kelmarin dulu mereka masih mengerjakan tabiat mereka malam yaitu melancong berdua.. saekor laki orang dan saekor lagi bini orang... dan staff pekerja-pekerja SYABAS kali ini tak perlu risau kerana mereka berdua takkan kantoi.. pasai dulu dah kantoi pun lepas... cuma perlu bayar denda sebanyak 1,800 sahaja...
sekian berita malam ini...
segala bukti akan di masukan kendian... kerana tak mahu korang sume terkesima nanti.. dan jangan terkejut pulak sebab bukti tu ada nama si isteri orang itu dan mungkin pekerja SYABAS ramai yang kenal... wakakaka harap maklum | Abu Tholut, pengganas paling dikehendaki polis Indonesia, berjaya ditangkap Posted: 10 Dec 2010 06:53 PM PST Polis Indonesia berjaya menangkap Abu Tholut, pengganas yang paling dikehendaki kerana disyaki terlibat dalam beberapa siri jenayah keganasan di republik itu. Abu Tholut (gambar) yang disebut-sebut terlibat dalam pengeboman Mall Atrium Senen di Jakarta, perancang utama rompakan Bank CIMB-Niaga di Medan, Sumatera Utara, serta terlibat dalam aktiviti kem latihan ketenteraan di Aceh, ditangkap di rumahnya di Kudus, Jawa Tengah, pada Jumaat pagi. "(Abu Tholut) ditangkap sendiri dan tidak ada perlawanan darinya kerana memang selama sebulan ini dia sudah dipantau," kata Ketua Bidang Penerangan Umum, Komisioner Besar Boy Rafli Amar di Jakarta. Bersama Abu Tholut ditemui senjata api jenis FN dan sejumlah peluru kaliber 9mm. Boy Rafli bagaimanapun tidak bersedia memberi keterangan lanjut mengenai penangkapan itu kerana pasukan khas anti pengganas, Densus 88, masih mengumpul maklumat di lapangan. Beliau berkata pada masa ini, pasukan berkenaan terus memburu suspek lain selain melakukan pemantauan terhadap Abu Tholut. Katanya peranan Abu Tholut dalam latihan tentera selama ini "cukup mendalam" dan penangkapannya sememangnya telah diduga. Abu Tholut dikatakan pernah melakukan pertemuan dengan Abu Bakar Ba'asyir dan Dulmatin, dua orang penting dalam kegiatan keganasan di Asia Tenggara, untuk membincangkan latihan ketenteraan di Aceh. Namun Boy Rafli enggan menjelaskan mengenai hubungan ini dan sama ada Abu Tholut akan menjadi saksi untuk Abu Bakar Ba'asyir, yang masih ditahan Markas Besar Polis Indinesia. "Kes Abu Bakar Ba'asyir pada masa ini sedang dalam penyempurnaan," katanya. | Taik ayam cepat sejuk Posted: 10 Dec 2010 06:51 PM PST Aaaaiikkk?? Tak jadi saman pulak. Dulu kata beriya-iya nak menyaman Harakah. Tup-tup tak jadi pulak dah... Iniler yang dikatakan hangat-hangat taik ayam. Mula-mula, sang ayam Pulau Bentung, berkokok berdegor-degor. Lepas tu, berak kapor. Last-last... sejuk macam tu jer. Ini... ayam jantan tak bertelor namanya!! Agaknya dia dah sedor... tak der makna nak saman, sebab sure kalah punyer. Kalau kalah, kena bayar kos mahkamah. Buat apa yang bazir duit. Udah ler duit la ni susah nak masuk. Sejak PR pegang Pulau Pinang.... 'soru' tak berapa banyak nak masuk. Miss sokmo!! Itu satu hal... Satu hal lagi, kalau masuk mahkamah nanti, takut pulak lebih banyak pengor mereka terdedah. Fuuhh... Lagi susah. Malu pulak nanti di'telanjang' satu persatu. Baik-baik Melayu boleh ditipu dan diperdaya, nanti... apabila masuk mahkamah, tembelang mereka terbarai, pengkhianatan mereka terdedah dan habis Melayu Pulau Pinang beramai-ramai, say bye-bye kepada mereka. Jika itu berlaku, lagi parah UMNO Pulau Pinang. Oleh itu... untuk selamat, baik ler pura-pura buat baik, kononnya dia dah memaafkan Harakah. Orang bangang akan kata, oooo... baiknya hati Muhamad Farid Saad, mempunyai sifat yang pemaaf. Ha... ha.. ha.. Ya ler tu. Baik sungguh ler dia.... !! Namun... walau apa pun nawaitu dia, dia telah bertindak bijak dengan tidak menyaman Harakah. Alahai.... Ada akai juga rupanya dia ni. | Ketuanan Melayu : Berjaya Sports Toto Q2 pre-tax profits decline Posted: 10 Dec 2010 06:50 PM PST Berjaya Sports Toto Bhd's pre-tax profit for the second quarter ended October 31, 2010 declined to RM97.740 million from RM147.437 million in the same quarter of 2009. Revenue, fell to RM845.790 million from RM857.105 million previously. In a filing to Bursa Malaysia today, the company said the drop in pre-tax profit was mainly due to the increase in Pool Betting Duty from 6 per cent to 8 per cent with effect from June 1 this year, coupled with a higher prize payout compared to the previous year's corresponding quarter. The decrease in revenue was mainly due to the current quarter having a lower number of draws as compared to the previous year corresponding quarter. For the six-month period ended Oct 31, 2010, its pre-tax profit decreased to RM196.338 million from RM289.575 million in the same period of 2009. Its revenue, fell to RM1.681 billion from RM1.683 billion previously. "Barring unforeseen circumstances, the directors are optimistic that the group's operating performance for the remaining quarters of the financial year ending April 30, 2011 will remain satisfactory," it added. — | Saya nak berubah, tapi sukar..... Posted: 10 Dec 2010 06:47 PM PST BIASA MEWAH...Suzie (kiri) menerima bimbingan isteri pengasas Kewaja, Ruzitah Baharum. KUALA LUMPUR: "Saya hanya tahu layan lelaki. Saya tak minta untuk menjual tubuh, tetapi itu saja pekerjaan mampu saya lakukan kerana saya tak bersekolah tinggi," kata Suzie kepada Harian Metro ketika ditemui di Rumah Kebajikan Wanita dan Remaja (Kewaja), Gombak, di sini, semalam. Pelayan pelanggan (GRO) berusia 22 tahun itu diselamatkan wartawan Harian Metro Rabu lalu apabila dia yang sarat mengandung sembilan bulan mahu menjual bayinya kepada satu pasangan bukan Islam yang menawarkan bayaran RM22,000. Bagaimanapun, dia dapat dipujuk wartawan supaya tidak meneruskan niat itu dan bersetuju memasuki Kewaja untuk mendapatkan perlindungan dan bimbingan sebelum melahirkan bayinya. Suzie berkata, sejak berusia 17 tahun dia sudah terjebak dengan kancah maksiat dan mampu hidup selesa, namun mungkin ada hikmah di sebalik kejadian dia hamil anak luar nikah kerana kini hatinya lebih terbuka untuk mengingati Tuhan dan mendalami Islam. "Sebenarnya saya nak berubah, tapi kehadiran anak ini mengubah fikiran saya. Bagaimana saya mahu menyara anak ini nanti, jadi pilihan yang ada hanya kembali ke pekerjaan asal sebagai GRO," katanya. Ketika ditemui semalam Suzie tidak dapat menggambarkan bagaimana kehidupannya kelak jika anak yang bakal lahir itu mengetahui pekerjaannya. Katanya, dia tidak mahu terus bergelumang maksiat dan dosa, tetapi tidak tahu bagaimana cara mahu menyara anaknya kerana hanya pekerjaan sebagai GRO mampu memberi pendapatan lumayan. "Bayangkan dalam seminggu saya mampu mendapat RM3,000 hanya dengan melayan beberapa lelaki. Jika saya mencari pekerjaan lain, saya takut anak ini akan menderita tak cukup makan," katanya. Anak bongsu daripada dua beradik dari Selayang di sini, tidak tahu bagaimana cara untuk kembali ke pangkal jalan kerana sudah selesa hidup mewah dengan bergelumang maksiat. "Setiap kali melihat wanita bertudung, terdetik hati untuk berubah, tapi sukar mengenangkan pekerjaan saya lakukan ini, malah kebanyakan rakan saya juga GRO dan hidup kami sudah sebati dengan dosa. "Saya akan cuba menipu anak ini nanti dengan mengatakan saya kerja kilang atau apa-apa saja, asalkan dia tak tahu pekerjaan sebenar saya," katanya. Suzie juga berharap ada pihak sudi membantunya keluar dari kancah hina itu. Katanya, di Kewaja dia digalak memperbanyakkan amal ibadat dan mengingati Tuhan memandangkan rasa sakit untuk bersalin diibaratkan seperti bertarung dengan maut. "Saya lebih tenang di sini, tidak lagi diganggu panggilan daripada 'ibu ayam' yang minta saya melayan pelanggan yang ketandusan kasih sayang itu, malah saya berharap hidup akan lebih bererti apabila anak ini lahir kelak," katanya. Dia yang masih menyimpan hasrat untuk kembali menjadi GRO masih dipujuk pihak Kewaja supaya tidak mengulangi dosa silamnya selain memberi dorongan agar mencari pekerjaan lebih baik. Ini berikutan dia malu dan menganggap masyarakat tidak dapat menerimanya lagi walaupun jauh di lubuk hatinya ingin memulakan kehidupan baru bersama bayi yang bakal dilahirkan. | PKR sudah jadi parti 3F - Puad Zarkashi Posted: 10 Dec 2010 06:46 PM PST Jika sebelum ini Parti Keadilan Rakyat (PKR) dilabelkan sebagai parti bateri 3A kerana hanya Datuk Seri Anwar Ibrahim; isterinya, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail dan Timbalan Presiden, Azmin Ali sahaja yang berkuasa, tetapi hari ini, parti itu diberi gelaran baru iaitu parti 3F. Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Dr. Mohd. Puad Zarkashi berkata, parti tersebut kini bukan sahaja sebuah parti anak-beranak ( family) tetapi merupakan sebuah organisasi politik yang mengamalkan penipuan ( fraud) serta pemalsuan ( forgery). Menurutnya, sindrom 3F jauh lebih parah berbanding 3A kerana terbukti, Anwar mengamalkan pemerintah kuku besi dalam parti itu selain pelbagai bentuk penipuan dan pemalsuan yang 'dilondehkan' sendiri oleh ahli parti sehingga menyaksikan mereka meninggalkan PKR secara beramai-ramai. "Tiada sebuah parti pun dalam negara ini yang mengamalkan nepotisme kronik seperti PKR sehingga parti ini digelar parti anak-beranak ( family), tidak cukup dengan Anwar selaku Ketua Umum dan Dr. Wan Azizah sebagai Presiden, anaknya pula dipastikan menang jawatan Naib Presiden. "Pemilihan PKR juga diselubungi dengan segala macam penipuan ( fraud) yang meloyakan, semata-mata untuk memastikan Azmin menang Timbalan Presiden. Penipuan ini berlaku di mana-mana terutamanya di Tawau dan Sandakan sehingga Datuk Zaid Ibrahim sendiri meninggalkan parti. "Tidak cukup dengan itu, PKR juga sanggup memalsukan ( forgery) tandatangan bekas setiausaha agungnya sendiri, Datuk Salehuddin Hashim bagi menghalalkan pemecatan bekas Timbalan Setiausaha Agung, S. Jenapala kerana bimbang beliau akan mencabar Azmin," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia, di sini hari ini. Mengulas lanjut, beliau yang juga Ahli Parlimen Batu Pahat berkata, adalah malang jika rakyat mahu meletakkan harapan kepada sebuah parti yang sanggup melakukan apa sahaja termasuk membelakangkan undang-undang demi memastikan matlamat serta cita-cita politik mereka tercapai. Jelasnya, jika dalam parti sendiri pun Anwar, ahli keluarga serta anak emas beliau, Azmin, sanggup menipu dalam pemilihan serta memalsukan tandatangan, negara ini akan hancur jika PKR menerajui pentadbiran Kerajaan Pusat pada masa hadapan. Dalam perkembangan berkaitan, Mohd. Puad berkata, tindakan pembangkang yang diketuai PKR mengadakan demonstrasi kononnya bagi membantah tarif air serta mempersoalkan hukuman terhadap Anwar ekoran pembohongan dalam isu APCO adalah usaha terdesak parti itu untuk memulihkan kembali sokongan rakyat. Kata Mohd. Puad, hal yang sama juga dilakukan terhadap kes pendakwaan bekas Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Dr. Mohamad Khir Toyo dengan menuduh kononnya pendakwaan itu hanya sekadar gimik kerajaan. "Mereka cuba nak tunjuk kepada rakyat bahawa PKR masih lagi parti yang mendapat sokongan tetapi hakikatnya tidak. Ini terbukti melalui kajian ilmiah yang dijalankan oleh Universiti Malaya (UM) yang didedahkan baru-baru ini bahawa sokongan terhadap Anwar dan PKR jatuh merudum. "Semuanya kerana segala tembelang Anwar sudah terdedah. Rakyat sudah sedar bahawa pemimpin seperti ini tidak boleh dipercayai, maka sebab itu mereka mengadakan demonstrasi dan mempersoalkan hukuman ke atas Anwar sedangkan Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen belum membuat keputusan," katanya. | Ketuanan Melayu : Nallakaruppan cabar Shamsidar.... Posted: 10 Dec 2010 06:45 PM PST | Shamsidar Taharin | Isteri Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Shamsidar Taharin dicabar menjelaskan perlakuan sebenar suaminya serta ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim bagi menyelamatkan rakyat daripada terus ditipu. Bekas rakan karib Anwar, Datuk S. Nallakaruppan berkata, beliau membuat cabaran itu kerana bosan terhadap kuasa 3A (Anwar, Azmin Ali dan Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail) yang sehingga kini belum menjawab setiap cabaran dilakukannya kepada mereka agar menceritakan perkara sebenar. Beliau amat yakin Shamsidar mempunyai pengetahuan luas mengenai Anwar kerana kedua-duanya mempunyai hubungan amat rapat suatu ketika dahulu. "Shamsidar bukan saja arif mengenai suaminya, malah turut mengenali siapa Anwar sebenar. "Dia tidak sepatutnya hanya memikirkan tentang suami tetapi perlu juga memikirkan kepentingan rakyat dan negara agar tidak terus ditipu dengan membongkarkan segalanya," katanya kepada Utusan Malaysia, di sini hari ini. Beliau mengulas dakwaan bekas Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datin Saidatul Badru Tun Said Keruak semalam yang mendakwa parti itu tidak akan berubah menjadi lebih baik kerana ia adalah hak mutlak Anwar. Menurut Saidatul Badru, bukti kepada dakwaannya itu adalah pemilihan yang berlangsung baru-baru ini didominasi oleh calon pilihan Anwar termasuk Azmin, Tian Chua dan anaknya, Nurul Izzah Anwar. Nallakaruppan berkata, beliau dalam masa sama mahu Anwar jujur dan menjadi 'lelaki sejati' dengan mengakui kesilapan dan menceritakan kebenaran kepada umum. "Usahlah terus menulis skrip filem untuk dilakonkan Azizah dan diarahkan Azmin. Rakyat bukan bodoh dan sentiasa menilai pergerakan anda sejak 1998 lagi," katanya. Sementara itu, beliau turut menempelak sikap Ahli Parlimen pembangkang yang beria-ia mempertahankan Anwar daripada dikenakan tindakan ekoran mengaitkan Israel dengan gagasan 1Malaysia kelmarin. "Kenyataan dikeluarkannya itu secara jelas hanya untuk mengaburi kes moral yang sedang dihadapi. Beliau cuba menutup segalanya dengan melakukan apa saja seolah-olah tidak melakukan kesalahan. "Itulah yang dilakukannya pada 1998 dahulu hingga ramai orang terpedaya. Anwar melakukan bermacam-macam perkara demi menutup kesilapannya ketika itu, takkan mereka (pemimpin pembangkang) tidak tahu," katanya. | KPN BARU PUN, SAMA JE Posted: 10 Dec 2010 06:44 PM PST
PDRM masih macam dulu!! Tindak-tanduk anggotanya tak banyak beza. Dapat pun Ketua Polis Negara (KPN) yang baru tapi masih macam dulu juga, Mana ada perubahan? Selepas kes Aminulrashid, remaja 15 tahun mati ditembak, kini ada lagi kes dimana seorang peniaga lelaki berbangsa Cina nyaris maut akibat tembakan polis. semata hanya kerana beliau disyaki penjenayah.(rujuk gambar diatas)
Terbaru,... pada Ahad lepas 5/12/2010, ribuan rakyat berkumpul dalam dua perhimpunan di Masjid Negara bagi membantah kenaikan tarif 37 peratus air Selangor. Kedegilan dan kengganan kumpulan penyokong itu bersurai bukan dengan tujuan untuk merusuh. Polis sepatutnya memantau dan mengawal keadaan. Memberi ruang orang ramai bergerak disamping mengawal lalu lintas,.. bukan bertindak gelojoh seolah-olah ingin memusuhi penunjuk perasaan.
Akhirnya rakyat yang tak bersalah dan tidak berdosa menerima padah. Semburan water canon dan gas pemedih mata dengan ghairah dilepaskan. Insan-insan kerdil tapi bersemangat ini lari bertempiaran. Ada yang ditangkap, disepak, ditendang, diterajang, diseret dan dipulas.(gambar di atas membuktikan).
Nampaknya pihak polis hanya nak menunjukkan kehebatan mereka bertindak pantas. Nak tunjuk kepada pihak kerajaan bahawa kami anggota polis taat dan setia serta sentiasa mengikut perintah. Apalah salahnya mereka memahami dan bersimpati sedikit dengan rakyat ! Ini tidak.. kepatuhan kepada arahan pihak atas, ibarat kerbau dicucuk hidung!
Persoalan 1.. Apakah benar pihak polis tidak menggunakan kekerasan dalam meleraikan perhimpunan tersebut sebagaimana yang dinafikan PDRM?. Bukankah gambar-gambar yang tertera di atas jelas membuktikan sebaliknya?. Janganlah sampai pihak polis ditertawakan oleh rakyat kerana nak menipu, tapi tak pandai menipu !. Jangan buat rakyat jadi muak dan loya bila melihat polis !!
Persoalan 2.. Kenapa jika penyokong Umno membuat sebarang bantahan dan perhimpunan mereka dilayan dengan begitu sopan sekali oleh anggota polis?.... Tak malukah polis dicop sebagai double standard? . Sampai bila rakyat dibiarkan menyimpan perasaan menyampah dan bosan terhadap PDRM ? | PRM: Perpaduan dan Perubahan Posted: 10 Dec 2010 06:43 PM PST | Parti Rakyat Malaysia (PRM) sedang mengkaji dan mempertimbangkan cadangan untuk mengundang individu-individu dari parti politik, pertubuhan-pertubuhan dan orang-perseorangan yang selama ini selalu meyumbangkan idea-idea progresif untuk berbincang mencari jalan terbaik untuk masa depan negara. Setiausaha Agung PRM, Koh Swe Yong dalam satu kenyataan kepada Malaysian Digest berkata, jika Mesyuarat Jawatankuasa Pusat (JKP) PRM yang akan diadakan pada Ahad ini menerima cadangan tersebut, beberapa nama terkemuka akan dijemput menyertainya. "Mereka yang ada dalam senarai undangan termasuk veteran pejuang kemerdekaan Ishak Surin, Adun Dr Mohd Nasir, bekas menteri Zaid Ibrahim, Adun Teng Chang Kim, Adun Saari Sungib, Ahli Parlimen Khalid Samad dan Wee Choo Kiong, pakar Perlembagaan Profesor Aziz Bari, peguam hak asasi manusia Raja Aziz, bekas mufti Perlis Dr Mohd Asri dan lain-lain," kata Koh. "Pada analisis dan telahan PRM, negara kita tidak dapat berkembang dan menemui jalan bantut dalam era globalasasi yang pesat ini, bahkan amat jelas menjadi mundur, dan tekanan kehidupan rakyat kian hari kian besar, puncanya ialah semua sumber dalam negara ini telah dikongkong dan dimanipulasi oleh segelintir elit yang memerintah, elit pemerintah ini bersekongkolan dengan modal asing yang monopoli dan tidak berproduktif, melaksanakan dasar yang semata-mata menjaga kepentingan kumpulan modal monopoli ini," tambah beliau. Tambah beliau lagi, demi mencengkam dan mengawal sumber-sumber dan kekayaan dalam negara ini, modal monopoli ini mengada-adakan persengketaan, menyemai rasa curiga-mencurigai dan mencetus perpecahan antara kaum dan semua lapisan rakyat yang berlainan agama. "Pada jangkaan PRM, sekiranya keadaan seumpama ini tidak diubahkan atau ditransformasi, malapetaka buruk akan menimpa rakyat dan negara," tambah beliau. Menurutnya lagi, seluruh pasaran dalaman dan antarabangsa telah dimanipulasi oleh kumpulan modal monopoli yang bersekongkolan dan rakyat perlu memecahkan keadaan monopoli itu untuk mendapat manfaat dan membawa kemakmuran dan keharmonian untuk negara. | | Ketuanan Melayu : PAS mula sangsi pada Anwar? Posted: 10 Dec 2010 06:42 PM PST "Anwar Ibrahim Liabiliti Kepada Pas"….Perkataan ini cukup popular dan seringkali bermain di kalangan penyokong Pas di peringkat akar umbi khususnya mereka yang "totok" dengan ideologi penubuhan sebuah negara Islam. Malah terdapat juga dakwaan yang menyebut terdapatnya beberapa kumpulan di dalam kepimpinan Pas itu sendiri yang mula sangsi dan ragu-ragu dengan hala tuju mereka hari ini yang semakin terikut-ikut dengan gaya kepimpinan DAP dan PKR. Mengulas senario berkenaan, Pengerusi Biro Agama Pemuda UMNO, Ustaz Hj Afandi Yusof berkata hakikat berkenaan ada kebenarannya kerana Anwar dan kuncu-kuncunya tidak ikhlas untuk bersahabat dengan parti berkenaan. Sebaliknya tegas beliau, Pas hanyalah sekadar batu loncatan untuk Anwar dan puak-puaknya mendapat sokongan rakyat sekaligus merealisasikan impian Anwar untuk bergelar orang nombor satu negara jika diizinkan Allah s.w.t pada masa akan datang. "Saya setuju dengan perkara itu kerana pertembungan pendapat di kalangan kepimpinan Pas cukup kronik kerana terdapat satu puak yang bersetuju dan "totok" dengan Anwar, manakala terdapat kumpulan lain yang hanya mahu menjadikan Anwar sebagai alat untuk mendapat sokongan. "Manakala terdapat puak lain pula yang mahu Pas terus istiqamah dengan prinsip perjuangan mereka untuk menubuhkan negara Islam dan tidak bergantung harap dengan Anwar serta rakan pakatan pembangkang yang lain," katanya. Beliau yang juga Ketua PemudaRantau Panjang seterusnya menasihatkan kepimpinan Pas agar bermuhasabah dan tidak terjerat dengan perangkap yang sentiasa menanti mereka di dalam pakatan pembangkang. Tegas beliau jerat berkenaan hanya menunggu masa untuk memerangkap mereka dan pada waktu ini ianya masih belum terlambat untuk diperbaiki dengan mengelakkan diri daripada jerat berkenaan. "Anwar Ibrahim bakal memusnahkan mereka dan bukannya memusnahkan Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum nanti. Jika perkara ini menjadi kebimbangan, takkan timbul rungutan di akar umbi selain wujudnya beberapa kumpulan di dalam parti berkenaan. Bukankah Ahli Parlimen Kulim, Zulkifli Nordin pernah mendedahkan perkara ini," katanya. Zulkifli Noordin sebelum ini pernah meminta Pas supaya segera mengambil tindakan ke atas pemimpin serta ahli parti itu yang cenderung 'menyembah' Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dikenali sebagai Anwarinas. Katanya, golongan Anwarinas merupakan 'makhluk perosak' dalam Pas yang hanya akan menyebabkan kejatuhan parti itu pada masa depan. Secara sinikal jelasnya, golongan Anwarinas tidak 'memandang' Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang sebagai pemimpin mereka sebaliknya mengangkat Anwar sebagai ketua. Umno Online | Miskin tegar terpinggir di Beluran Posted: 10 Dec 2010 06:41 PM PST Seramai 540 buah keluarga di Kampung Rancangan Nangoh Beluran yang sebahagian daripada mereka benar-benar terpinggir dan terus disisihkan daripada mendapat bantuan Program Pembangunan Rakyat Termiskin (PPRT) dan E-Kasih kerana dasr pilih kasih, sebahagiannya ibu tunggal dan balu; memerlukan keprihatinan Kerajaan Barisan Nasional untuk menyelesaikan masalah miskin tegar yang dideritai mereka selama ini.
Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan Keselamatan Kampung (JKKK) Kg Rancangan Nangoh, Mohd Pimpin Hj Mangas (gambar kanan) ketika mendedahkan perkara ini kepada Ketua Biro Sabahkini.Net Wilayah Sandakan menjelaskan walaupun mereka sudah memohon berkali-kali melalui pejabat Daerah Beluran dan agensi berkaitan, tetapi sehingga hari ini masih tiada khabar berita, bagaikan menunggu sebutir hujan di gurun nan tandus sejak bertahun lamanya.
"Kitapun hairan kenapa pihak kerajaan khususnya kementerian yang berkenaan tidak mahu meluluskan permohonan mereka, sedangkan mereka ini anak jati Kg Nangoh dan juga penyokong kuat Barisan Nasional (UMNO/PBS/UPKO), tetapi masih juga tersingkir untuk mendapatkan agehan bantuan selayaknya," kata Mohd Pimpin. Selaku pengerusi JKKK Kg Rancangan Nangoh yang dimanahkan oleh kerajaan untuk menjaga keselamatan dan kemajuan kampung termasuk kebajikan para penduduk berkenaan, Mohd Pimpin mengharapkan sekiranya pihak berkenaan terbaca berita ini di Sabahkini.net harus mengambil tindakan drastik mengenai penyingkiran sebahagian keluarga yang tidak dapat walaupun satu sen daripada pihak kerajaan. Tegas Mohd Pimpin lagi, pilihanraya umum Ke-13 semakin hampir tetapi para pegawai kerajaan dan dua ADUN serta Ahli Parlimen, nampaknya selamba sahaja tidak begitu menghiraukan permasalahan yang sedang dihadapi rakyat. "Sebagai pengerusi JKKK yang sering kali jadi sasaran dan mangsa keadaan kerana saban hari ada saja mereka jumpa kita minta itu dan ini. Tanya itu tanya ini, sedangkan saya bukan wakil rakyat, sekadar menerima elaun JKKK RM200 sebulan saja. Itupun hanya cukup untuk beli minyak motorsikal sahaja," keluh Mohd Pimpin lagi yang menagih perhatian Ketua Menteri Sabah. Dalam perkembangan berkaitan, Wartawan Sabahkini.Net berkesempatan menemui Bendahari Jawatankuasa Barisan Nasional (BN) Labuk-Sugut merangkap Ahli Majlis Daerah Beluran, James Miki untuk meminta pandangannya mengenai kenyataan Pengerusi JKKK berhubung mengenai penyingkiran tersebut. James berjanji akan membawa perkara ini kepengetahuan ADUN Labuk, Pejabat Daerah dan juga Ketua Bahagian UMNO Beluran agar perkara ini akan dapat diatasi segera untuk menyelesaikan masalah yang tertunggak tersebut.
"Kita tidak mahu sekiranya perkara ini terus berlarutan sehingga menjadi rumit dan isu kepada parti pembangkang yang sentiasa mencari apa saja kelemahan pentadbiran kerajaan khususnya BN," ujarnya. | Kg Baru: Parlimen bahas akta baru Mac depan, bacaan kali pertama 14 Dis Posted: 10 Dec 2010 06:40 PM PST Rang Undang-undang Perbadanan Kampung Baru akan dibahaskan Parlimen Mac depan dengan bacaan kali pertama pada 14 Disember ini, kata Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin. "Kita sudah ada rang undang-undang, jadi kita akan bentangkan di Parlimen buat kali pertama sebelum ia dibahaskan pada Mac tahun depan. "Ia masih belum jadi undang-undang, jadi bagi saya, respons daripada penduduk terutamanya pemilik dan pewaris tanah amat penting bagi menjayakannya," kata beliau ketika dihubungi The Malaysian Insider. Menurut Raja Nong Chik (gambar), satu pertemuan juga akan diadakan dengan pemilik dan pewaris tanah Kampung Baru 14 Disember ini untuk membentangkan dengan terperinci kandungan Rang Undang-undang Perbadanan Kampung Baru. "Siang kita bentangkan (bacaan kali pertama) di Parlimen, malam pula kita akan bentangkan kepada penduduk Kampung Baru. Saya sendiri akan hadir dan bentangkannya. "Mengenai draf rang undang-undang ini, wakil setiap kampung sudah tahu cuma kita akan bentangkan kepada penduduk supaya mereka faham hala tujunya. "Saya juga harap penduduk akan menerima cadangan pembangunan melalui draf rang undang-undang ini, saya tahu mungkin ada yang tidak setuju tapi saya harap majoriti akan menyokongnya," katanya. Beliau turut menjelaskan akta itu digubal berdasarkan cadangan-cadangan yang dikemukakan penduduk. "Saya yakin rang undang-undang ini akan diterima kerana ia adalah hasil idea yang diberikan penduduk Kampung Baru. "Mereka sendiri yang berikan idea bukan kita suka-suka nak buat, sebab itu saya yakin rang undang-undang ini akan dapat sokongan majoriti. "Ini adalah suara penduduk yang mahukan pembangunan untuk Kampung Baru, kerajaan cuma membantu dan kita tiada motif apa-apa dalam perkara ini," katanya. Raja Nong Chik turut memberi jaminan bahawa draf rang undang-undang itu tidak akan menjejaskan ekonomi penduduk di Kampung Baru. "Tidak akan jejaskan pembangunan ekonomi di Kampung Baru, malah ia akan jadi lebih baik," katanya. Ketika ditanya mengenai struktur pembangunan yang akan dibangunkan di Kampung Baru, Raja Nong Chik berkata ia masih lagi di peringkat perbincangan tetapi ia semua akan dibuat berdasarkan cadangan penduduk. "Soal pelan dan struktur pembangunan ia masih lagi di peringkat perbincangan tetapi apa yang boleh saya katakan ia semua adalah idea daripada penduduk. "Ada juga cadangan yang dikemukakan supaya ia berdasarkan daripada model-model bangunan di Timur Tengah, kita masih lagi berbincang," katanya. Pertemuan yang akan diadakan bersama penduduk Kampung Baru pada 14 Disember ini akan melibatkan dua buah kampung iaitu Kampung Hujung Pasir dan Kampung Periuk. Kelmarin, Setiausaha Agung Lembaga Pentadbiran Petempatan Pertanian Melayu (MAS) Kampung Baru Shamsuri Suradi berkata, pertemuan itu akan diadakan di Kelab Sultan Sulaiman dan dianggarkan 300 penduduk akan hadir mendengar taklimat mengenai rang undang-undang itu. Kawasan Kampung Baru Kuala Lumpur yang berusia 110 tahun dan meliputi tujuh buah kampung terletak di atas tanah seluas 90.2 hektar. Kawasan itu kini didiami sekitar 35,000 orang. Kampung Baru mempunyai tujuh buah kampung iaitu Kampung Periuk, Kampung Masjid, Kampung Atas A, Kampung Atas B, Kampung Hujung Pasir, Kampung Paya dan Kampung Pindah. | Speaker DUN Selangor antara dikurnia ‘Datuk’ Posted: 10 Dec 2010 06:39 PM PST Sultan Selangor, berkenan menurunkan tandatangan pada plak perasmian Masjid Kampung Nelayan Telok Gong — Sultan Johor Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar dan Sultan Kelantan Sultan Muhammad V mengetuai senarai 121 penerima darjah dan bintang kebesaran Selangor sempena Hari Keputeraan Ke-65 Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah. Sultan Johor dan Sultan Kelantan masing-masing menerima Darjah Kerabat Yang Amat Dihormati (D.K.). Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar menerima Darjah Kelas Pertama — Darjah Kebesaran Seri Paduka Mahkota Selangor (S.P.M.S.) yang membawa gelaran "Datuk Seri". Turut menerima S.P.M.S. ialah Canselor Universiti Kolej Sedaya International (UCSI) yang juga Pro Canselor Universiti Teknologi Mara (UiTM) Tan Sri Dr Abdul Rahman Arshad. Istiadat pengurniaan darjah kebesaran itu berlangsung di Istana Alam Shah, Klang pada Sabtu. Anakanda Sultan Selangor Tengku Amir Shah dan Pro Canselor Universiti Putra Malaysia (UPM) Tan Sri Nayan Ariffin masing-masing menerima Darjah Kebesaran Datuk Setia-Sultan Sharafuddin Idris Shah (S.S.I.S.) (Kelas Pertama) yang membawa gelaran "Datuk Setia" bagi lelaki dan "Datin Paduka Setia" bagi wanita. Dua belas orang menerima Darjah Kebesaran Datuk Paduka Mahkota Selangor (D.P.M.S.) (Kelas Kedua) yang membawa gelaran "Datuk" bagi lelaki dan "Datin Paduka" bagi wanita iaitu Speaker Dewan Undangan Negeri Selangor Teng Chang Khim, Pengarah Urusan Sime Darby Property Bhd Datuk Tunku Putra Badlishah Ibni Tunku Annuar; Naib Canselor Universiti Pertahanan Nasional Malaysia Leftenan Jeneral Datuk Wira Allatif Mohamed Noor; Pakar Klinikal Kanan O&G Markas Tentera Darat Leftenan Jeneral Datuk Dr Abd Razak Md Yusoff, Panglima Angkatan Bersama Markas Angkatan Tentera Laut Laksamana Madya Datuk Jamil Osman, Timbalan Pengurus Besar Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) Md Nasir Md Arshad, Timbalan Ketua Pengarah II Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia Datuk Wahab Hamid. Turut disenaraikan ialah Yang Dipertua Majlis Perbandaran Klang (MPK) Mislan Tugiu, Pegawai Daerah Hulu Langat Zainal Abidin Aala, Pengarah Jabatan Alam Sekitar Negeri Selangor Che Asmah Ibrahim, Pakar Perunding Bedah Am dan Ketua Jabatan Bedah Hospital Tengku Ampuan Rahimah Dr Mohamed Yusof Abdul Wahab dan Pengarah Nestle (M) Bhd Mohd Rafik Shah Mohamad. Penerima Darjah Kebesaran Datuk-Sultan Sharafuddin Idris Shah (D.S.I.S.) (Kelas Kedua) yang membawa gelaran "Datuk" bagi lelaki dan "Datin Paduka" bagi wanita pula ialah Panglima Sistem Armada Markas Tentera Laut Laksamana Pertama Datuk Khairuddin Khalid, Timbalan AKS Perkhidmatan Anggota Kementerian Pertahanan Brig. Jeneral Datuk Ahmad Annuar Ahmad (TUDM); Dekan Fakulti Sains Pentadbiran dan Pengajian Polisi Datuk Dr Ramlah Adam, Ketua Pasukan Malaysia Perlawanan Bola Sepak Jerman Sukan Olimpik 1972 Datuk M. Chandran, Pegawai Daerah Klang Bakhtiar Hussin, Ketua Pengarah Perbadanan Harta Intelek Malaysia Azizan Mohamad Sidin, Pengarah Institut Penyelidikan Produk Halal UPM Dr Yaakob Che Man; Pengarah Pasukan Pertubuhan Khas Persekutuan Majlis (Sabah Labuan) Keselamatan Negara Misri Barham, Pensyarah Jabatan Fizik Universiti Malaya Prof. Dr Mohd Zambri Zainuddin, Pensyarah Kanan Fakulti Pendidikan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Prof. Madya Dr Ab Halim Tamuri, Pendaftar UPM Wan Azman Wan Omar, Ketua Pegawai Eksekutif Worldwide Holdings Bhd Norazlina Zakaria. Turut menerima D.S.I.S ialah Naib Presiden Eksekutif Sapura Secured Technologies Sdn Bhd Wan Shaharuddin Wan Mahmood, Pegawai Eksekutif NGV Tech Sdn Bhd Zulkifli Sharif, Ketua Pegawai Eksekutif I Berhad Eu Hong Chew dan Timbalan Presiden Eksekutif & Ketua Pegawai Kewangan SP Setia Bhd Group Teow Leong Seng. Seramai 15 orang menerima Darjah Kebesaran Setia Mahkota Selangor (S.M.S) iaitu Pengarah Dasar dan Pengurusan Markas Tentera Darat Kolonel S.Suriakala, Pengarah Sumber Markas Tentera Darat Kolonel Nazri Abu Bakar, Pengarah Undang-undang Markas Tentera Laut Kapten Azhari Abdul Aziz; Pegawai Pemerintah Pengkalan Udara Subang Kolonel Ramlan Kasbi, Ketua Polis Daerah Ampang Jaya ACP Abd. Jalil Hassan dan Ketua Pusat Kesihatan UPM Dr Yahaya Abu Ahmad dan Timbalan Setiausaha Perkhidmatan Suruhanjaya Perkhidmatan Malaysia Lim Mooi Eia; Ketua Penolong Pengarah Bahagian Penyelidikan & Pembangunan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) Mohd Shahzihan Ahmad, Ketua Pendaftar Jabatan Kehakiman Syariah Selangor Zainor Rashid Hassin, Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat Selangor Adnan Abu Bakar, Setiausaha MPK Mohd Ikhsan Mukri; Pengarah Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia (MIDA) Selangor Jauriah A.Ghani; Pegawai Protokol Istana Pejabat Sultan Selangor Ahmad Fasal Zakaria, Pengurus Besar (Operasi Wilayah 1) Tenaga Nasional Berhad (TNB) Mustafa Din dan Ketua Pegawai Eksekutif/Pengarah Urusan Jakel Trading Mohamed Faroz Mohamed Jakel. Seramai 18 orang menerima Darjah Kebesaran Setia-Sultan Sharafuddin Idris Shah (S.I.S) dan 27 orang menerima Darjah Kebesaran Ahli Mahkota Selangor (A.M.S) termasuk bekas penyunting Berita Ekonomi Bernama mendiang Lim Chong yang meninggal dunia akibat serangan jantung pada 26 November lepas. Turut tersenarai sebagai penerima A.M.S ialah wartawan The Star Edward Rajendra. Selain itu, 20 orang menerima Darjah Kebesaran Ahli-Sultan Sharafuddin Idris Shah (A.I.S) dan tujuh orang menerima Bintang Perkhidmatan Cemerlang (B.P.C). Sementara itu, Sultan Selangor turut berkenan mengumumkan pelantikan tiga Jaksa Pendamai (J.P) yang akan berkuat kuasa pada 1 Januari depan. | As Pakatan convention nears, leaders dither on coalition issues Posted: 10 Dec 2010 06:37 PM PST The Pakatan Rakyat (PR) annual convention may just be a week away, but its top leadership has yet to address or decide on various issues, including PAS's insistence for an Islamic state or its logo and formal registration. Expectations are running high for the convention next week, the second one PR has held since the 2008 general elections, amid speculations of snap polls as early as March next year. PR leaders have dubbed the upcoming meet as a "necessity" to reassess and reprioritise on strengthening the coalition, in light of PKR's recently-concluded fractious party elections, where its members have either left the party or complained of fraud in the elections process. A recent Universiti Malaya opinion poll has also revealed that 43 per cent of residents in PKR stronghold areas will not support the party in the next general election due to a decline in confidence after its polls last month. A mere 35 per cent of those polled claimed they would continue to vote for PKR while 22 per cent said they were unsure. "The upcoming convention is crucial for us to get our act together, to reassess Pakatan's goals in light of growing speculations of snap elections," said DAP national publicity secretary Tony Pua (picture). Pua however said that while PR needed to prepare themselves for the next general elections, having a common logo or pushing for a formal coalition was not "substantive" for an electoral win. "It is a right to have but it's not crucial towards a successful coalition. It is more important to concentrate on the common policy platform. If we can arrive at a common policy network it would supercede the idea of a formerly registered coalition. We have already submitted the forms some time back, but it is not a crucial element for us," said Pua, also pointing out that while BN was formally registered, the federal coalition had "failed" to ensure that its members were treated equally. Pua's views was seemingly in tandem with that of PAS president Datuk Seri Abdul Hadi Awang, who had downplayed the need for PR to be formally registered or to have a formal logo before the next general elections. Hadi (picture left) had last week rubbished talk that PR's inability to agree on a common logo was a sign of the coalition's weakness, saying that "logos were not important." "Pakatan Rakyat (PR) can form a federal government without having to be (registered) as a formal coalition. We have achieved successes in the past using our current formula," Hadi told The Malaysian Insider in an interview last week. Among the criticisms that have been directed towards PR since its loose formation was its constant clashing on several key issues, most notably the issue of an Islamic state which PAS has maintained that it will not back down from. PR's inability to come to agreement over its official logo since last year's convention has also been seen as a weak point for the opposition bloc. BN lawmakers have also, from time and time again attacked the three PR component parties for being unable to decide on common policy issues surrounding its stand on the formation of an Islamic state and as to the top PR leadership should they take over Putrajaya. "I cannot tell you right now about whether we have come to an agreement on the logo. It's still some way to go, but we will be announcing something concerning the design of the logo at the upcoming Pakatan convention next weekend. "We are only an informal coalition because we are not registered, but for all purposes and intentions the coalition has already been formalised. The relationship is real. The only difference between the coalition of BN and PR is that BN is legally registered," Pua told The Malaysian Insider. The Petaling Jaya Utara MP insisted that the three PR parties could work effectively together, pointing out the success of PR states like Penang and Selangor as an example. "We make policies together, for instance the governance of state governments we do it together with polices agreed by all three coalition parties," added Pua. The Registrar of Societies (RoS) has been silent on the status of PR's registration application despite giving a positive response early this year. It is understood that the RoS last communicated with PR representatives a "few months ago" to suggest changes to the coalition's name. Another PR lawmaker, PAS MP Dr Dzulkefly Ahmad (picture right) admitted that there were some leaders within PR who were still unhappy with the idea of a formal coalition. "There are opinions from other within PR who are a bit resentful of the idea of formalising. It is just like leaders who are anxious about local elections, there are also leaders who do not want to allow local elections. "Some of our leaders still remain unconvinced as to a formal coalition. You can't get a 100 percent conviction before going on with something. It's the same like 2008, before Pakatan Rakyat was formed there was scepticism among some people within PAS, PKR, DAP. There will always be resistance to change... (but) I do not think that this is the most important issue to iron out. They will eventually accept the need for change,' Dzulkefly told The Malaysian Insider. When asked whether he agreed with Hadi on the formal coalition issue, Dzulkefly said that Hadi had his "rights to his opinion", even though Dzulkefly did not necessarily agree with him. But he too dismissed the urgency for a common logo, saying that a logo was not the "be all and end all for Pakatan." PKR vice-president Nurul Izzah Anwar said that PR was aiming to expand the existing Common Policy Framework (CPF) to more specific economic policies, but declined to elaborate on the exact policies, saying that it would be made available during the convention. "If we are able to forge a clearer common policy, expanding the CPF to something more specific, it would hold sway and attract more voters. That is something which we are looking at," Nurul Izzah told The Malaysian Insider. PR filed an application to register as a formal coalition to the RoS in November last year, just a month before it launched a common policy framework at its inaugural convention. The coalition began as an informal gathering of three parties — PAS-PKR-DAP — in April 2008 following Election 2008. It currently leads the state administrations of Kelantan, Kedah, Penang and Selangor, and holds 77 parliamentary seats. The Malaysian Insider understands that several PR leaders were upset with Datuk Seri Anwar Ibrahim's recent remarks in saying that DAP advisor Lim Kit Siang was promised the deputy prime minister's post should the opposition take over Putrajaya. "The problem is Anwar released this bit of information on his own. In no explicit terms were we made aware that this had been agreed upon," said a PR source. Utusan Malaysia claimed two weeks ago that Anwar had promised Lim the post in such an event, prompting a round of denials by opposition leaders. Anwar later clarified that every coalition leader, regardless of race, had a shot at becoming deputy prime minister, so long as the decision was "made with consensus" among PR component parties. The source told The Malaysian Insider that some PR leaders were concerned that this latest issue could cause affect PR's position in Malay-majority areas. "There will be a PR leadership council meeting this weekend focusing specifically on the convention. If it needs be, we will raise this issue then. Everyone in PR needs to work together so that problems like these can be reduced with minimal effect on PR's image as a whole. We need to be united, and be seen as united," added the source. However, The Malaysian Insider also understands that the convention this weekend will most likely "avoid" touching on sensitive or thorny issues concerning the relationship of the three component parties, and instead will place emphasis on PR states' a chievements. | Kejor Yop Kejor!! Jangan tercecior Posted: 10 Dec 2010 06:36 PM PST Pakatan dah mendahului kita. Kita dah terkebelangkan. Jangan tunggu-tunggu lagi. Ayuh segera kita daftarkan para pengundi baru kita. Kejor!! Kejor!! Kita mesti di depan. Ha.. ha.. ha.. Itulah gesaan yang dibuat kepada jentera pilihan raya Barisan Nasional. Jangan berlengah dan jangan ambil mudah kerana mati hidupnya kita dalam PRU13 nanti ialah para pengundi. Dia juga mahu para pemimpin BN kikis perasaan sombong yang masih menebal agar kelihatan mesra rakyat. Aha.... sedor pun para pemimpin BN sombong... ek?? Mereka ini, hanya tunduk ke bumi dan nampak para pengundi apabila tiba musim pilihan raya jer. Lepas tu... mereka akan menongak ke langit balik. Tak tengok bawah dah... Hidung pun bertambah tinggi mancungnya!! Sebijik macam hidung Yahudi. Dia juga sarankan agar mereka perbanyak program rakyat. Eleh... nak bagi rakyat sukakan mereka sementara pilihan raya dah nak dekat ni. Pura-puralah tu... Hipokrit!! Usah ler.... rakyat takkan terpedaya, especially mereka yang ada otak. Tetapi bagi mereka yang otak dah dikemetotkan, entah ler.... Minyak naik ke... barang naik ke.... tambang naik ke... elektrik naik ke... mereka tetap akan pangkah UMNO/BN. Tapi kan... sekarang ni, puak-puak otak kemetot ni pun dah mula merungut. Agaknya mereka dah mula terkesan dengan keperitan hidup akibat selarasnya subsidi kepada rakyat. Haa... baru ada akai. Rupa-rupanya, Najib hanya beretorik semata-mata. Rupanya, rakyat dahulu yang dibebankannya. Aduhai... 2011, tahun malang bagi rakyat. Kemarau akan melanda poket rakyat. Gersanglah kehidupan rakyat!! Usah banyak pikior lagi... Tolak jer UMNO/BN. Habis cerita!! | Jika tidak mahu berterusan diperbodohkan, wajib tolak BN! Posted: 10 Dec 2010 06:35 PM PST Sesebuah negara jika mahu terus maju ke depan harus sentiasa melakukan perubahan. Perubahan yang semestinya menguntungkan rakyat. Tapi jika sesebuah kerajaan itu tidak mahu berubah. Terus - menerus merompak hasil rakyat, menaikkan harga barang sesuka hati maka bersiap - sedialah untuk kita menyaksikan kejatuhan negara tersebut. Kita rakyat Malaysia harus mahu tidak mahu menolak BN pada pilihan raya umum nanti. Kita tolak bukan kerana kita percayakan Pakatan Rakyat (PAS, DAP dan PKR). Kita WAJIB menolak BN kerana bebanan yang mereka letakkan ke atas bahu kita semakin lama semakin banyak. Kita yang bekerja penat - lelah, siang dan malam dan bersabung nyawa untuk sesuap nasi namun mereka yang bergelar MENTERI dan PERDANA MENTERI yang mendapat segala macam keistimewaan. Dari mekap isteri hingga ke sesuap nasi, SEMUANYA SUBSIDI. Kita rakyat? Subsidi ditarik atas nama pembangunan ekonomi. Zaman sistem khalifah masih berada di dalam muka bumi ini. Dari sudut buku sejarah ramai Khalifah - khalifah agung yang menggunakan duit sendiri untuk membantu rakyat. Mereka tidak pernah sesekali menggunakan duit yang wajib menjadi hak rakyat untuk kepentingan mereka. Lihatlah sejarah Aurangzeb, Salahudin Al-Ayubi, Harun Al-Rasyid, Sultan Muhammad Fatih dan sebagainya. Mereka begitu amanah dalam menunaikan kewajiban mereka sebagai pemimpin. Mereka cukup takut untuk menggunakan dana negara untuk tujuan keraian diri mereka sendiri. Lihat sahaja sejarah Harun Al-Rasyid. Namun Perdana Menteri dan para menteri BN cukup rakus menggunakan duit rakyat. Perbelanjaan Rosmah ke luar negara sahaja sudah mencecah puluhan juta. Alat soleknya mencecah ratusan ribu. Semuanya menggunakan wang rakyat. Mana mungkin mereka mampu membeli dan memperolehinya dengan sekadar wang gaji yang mereka perolehi. Semuanya dengan hasil pengutipan cukai yang tinggi dari rakyat. Mereka berseronok ke luar negara dengan hasil titik - peluh rakyat yang bekerja siang malam. Di saat rakyat semakin terhimpit dengan masalah kewangan, BN terus menaikkan harga barang. Subsidi minyak petrol, gula, susu, tepung dan lain - lain telah ditarik. Semuanya atas nama pembangunan. Pernahkah mereka terfikir untuk memotong gaji para menteri. Jika menteri dan PERDANA MENTERI benar berjiwa rakyat, merekalah yang harus ke depan menjadi contoh dalam menangani duit negara yang semakin mengecil ini. Jika benar mereka mahu melakukan pembangunan untuk kepentingan rakyat, subsidi merekalah yang harus dipotong terlebih dahulu. Bukannya subsidi rakyat. Bukan subsidi barang keperluan rakyat. Sekarang rakyat terpaksa menanggung perbelanjaan negara. Kita yang dipaksa membayar lebih untuk membangunkan negara. Sedangkan pemimpin BN bersenang - lenang. Mereka kaya dan kaya dan terus kaya. Harta berjuta di dalam dan di luar negara. Mereka tidak pernah merasakan kesusahan yang kita hadapi. Mereka dari minyak petrol hingga ke bil eletrik semuanya dibayar. Lantaklah harga petrol nak naik berapa banyak sekalipun, mereka tidak peduli. Kerana mereka tidak perlu membayarnya. RAKYAT YANG BAYAR BUAT MEREKA. Lantaklah harga tepung nak naik. Mereka tidak perlu ambil pusing kerana RAKYAT YANG AKAN MEMBAYAR DUIT TEPUNG TERSEBUT. Adakah ini adil buat kita. Kita dipaksa berkorban sedangkan mereka tidak. Adilkah kah? Jika rakyat terus menyokong BN, maka mereka harus bersedia untuk menerima lebih banyak kenaikan harga minyak, tepung, susu, gula dan barangan keperluan asas lain. Mahukah kita terus dipergunakan seperti KELDAI. Mahukah kita terus dibodohkan? Bangunlah rakyat. TUNJUKKAN SIAPA KITA SEBENARNYA!! | PRU Ke-13: Rampasan Besar-besaran Posted: 10 Dec 2010 06:34 PM PST Jika pembaca mengikuti perkembangan media arus perdana termasuk Astro Awani, kita pasti didendangkan dengan culaan sekelompok 'pengkaji Universiti Malaya' mengenai sambutan KEADILAN. Adakah ia benar? Pencatat melihat, meneliti dan memerhati ianya seperti berat sebelah. Mungkin tanggapan umum berkisar empat pilihanraya kecil yang telah sudah. Ia juga mungkin dilihat mengenai isu pemilihan agung yang baru sahaja lepas. Selain itu melibatkan beberapa wakil rakyat KEADILAN yang telah diugut, ditekan dan disogok agar berhijrah. Mengapa para 'pengakaji UM' itu tidak menambah soalan mengenai unsur-unsur rasuah oleh juak UMNO-BN terhadap ahli, pemimpin dan wakil rakyat KEADILAN tersebut. Berapa billion dibelanjakan untuk merosakkan KEADALAN ? perkiraan kita lebih RM10 billion termasuk di pilihanraya kecil dan pelbagai promosi juga kontrak dan 'aliran tunai'. Jika ia dikemukan, pencatat yakin faktor tersebut lebih adil untuk disajikan kepada rakyat Malaysia. Kita lihat sahaja apa yang berlaku dikalangan BN-UMNO itu sendiri. Mereka sendiri tidak berani melakukan pemilihan agung mereka. Ia jelas menunjukkan UMNO dalam kalam-kabut untuk menentukkan halatuju negara dan berhadapan realiti bahwa mereka sendiri dalam kucar-kacir. KEADILAN sendiri menerima hakikat telah merubah dan menjernihkan pemimpinnya kearah lebih dinamik dan teruji. Pecatat yakin bahawa selain Johor. Pahang , Melaka, Negeri sembilan dan Pahang memperlihatkan 'rampasan besar-besaran' terhadap pilihanraya akan datang. Adakah ia berlaku pada tahun 2011, 2012 atau 2013, ia menjanjikan kepayahan yang tidak dapat dilindungi lagi. Adakah pembaca muskil ? Kita nantikan Pilihanraya Umum ke-13 nanti. | Indian-origin Deputy PM demanded for Malaysia Posted: 10 Dec 2010 06:34 PM PST | Makkal is BN-linked., it should demand from Najib not Pakatan | Makkal Sakthi, a political party of ethnic Indians, has demanded that the opposition alliance Pakatan Rakyat consider appointing a deputy prime minister from among Malaysia's 2.1 million Indians. A Vethamurthy of the Makkal Sakthi party has urged Anwar Ibrahim, a former deputy prime minister, who leads the alliance, to consider appointing an ethnic Indian as deputy prime minister, the Tamil Nesan daily reported Friday. Earlier, Anwar had reportedly favoured the appointment of an ethnic Chinese as deputy prime minister. Welcoming Anwar's comments, Vethamurthy said in Ipoh that importance should also be accorded to the Indian community and an Indian should be made deputy prime minister. Malaysia is due for a parliamentary poll in March 2012. However, there has been speculation that it could be advanced after Prime Minister Najib Tun Razak recently said that the polls could take place 'soon'. Anwar also heads the alliance's largest party, the Parti Keadilan Rakyat (PKR). 'The PKR should not forget that it managed to capture many seats in the last general election due to the support of the Indian community,' Vethamurthy said. The PKR-led opposition won an unprecedented 88 seats in parliament and wrested control of four states in the election held in March 2008. Vethamurthy said that the appointment of an ethnic Indian as deputy prime minister would further boost Malaysia's image internationally. Multi-racial Malaysia is home to seven million ethnic Chinese and 2.1 million Indians. - | Faekah: Desak TPM buktikan Selangor salahguna peruntukkan Posted: 10 Dec 2010 06:33 PM PST Kemukakan bukti jika kerajaan negeri menyalahgunakan dana yang diberi oleh kerajaan pusat, itu yang dikatakan oleh setiausaha Politik Menteri Besar Selangor, Faekah Husin ketika dihubungi oleh Selangorkini. Menurutnya lagi, kerajaan pusat perlu memikirkan kesan kepada kampung-kampung dalam tindakan menyalurkan dana dari kerajaan pusat kepada kerajaan negeri, dengan menggunakan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JKKKP). "Timbalan Perdana Menteri kena buktikan bahawa dana yang dia bagi sebelum ini kepada kerajaan negeri, secara langsung telah disalahgunakan baru dia boleh kata dia wujudkan JKKP kerana tidak mahu sebarang dana daripada pusat disalahgunakan," jelasnya. JKKKP ialah satu badan yang diwujudkan oleh kerajaan persekutuan selepas 8 Mac 2008. Ia bertindan dengan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung(JKKK) sedia ada yang ditadbir oleh kerajaan negeri. Ketua kampung menjadi pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung. Biasanya setiap kali mesyuarat JKKK, penghulu akan turut hadir. Di empat kerajaan negeri Pakatan Rakyat, kerajaan pusat telah melantik lebih 3,000 anggota JKKKP – satu langkah yang dilihat sebagai usaha Barisan Nasional (BN) mahu mengawal pemimpin-pemimpin akar umbi di negeri-negeri terbabit. Penubuhan ini juga mengelirukan rakyat kerana terdapat dua jawatankuasa berbeza seolah berlumba dalam mentadbir urusan di sesebuah tempat. "Semua orang tahu dia wujudkan JKKKP itu kerana nak mewujudkan satu pentadbiran dalam pentadbiran kerana dia nak memecah belahkan instituisi dalam kampung. "Dia tidak mahu menerima kenyataan bahawa Kerajaan Negeri Selangor boleh bergerak sendiri dan juga mereka telah kalah di Selangor," tambahnya lagi. Faekah yang menjawab kenyataan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yasin bahawa kerajaan persekutuan hanya mahu memastikan peruntukan kewangan disalurkan kepada negeri diuruskan dengan berkesan. | PESANAN BUAT RAKAN BLOGGERS - JANGAN BERPUSING WALAU SETENGAH DARJAH SEKALIPUN Posted: 10 Dec 2010 06:32 PM PST ADA benarnya pandangan dan pendapat dari rakan-rakan Bloggers yang mahukan agar PR lebih prihatin dan peka terhadap sumbangan Bloggers pro PR. Mereka semua berjuang tidak seperti Bloggers pro Umno berjuang yang sentiasa menuntut itu dan ini agar mereka terus diberi perhatian dan disanjung walaupun sebenarnya Umno boleh hidup tanpa Bloggers kerana mereka ada media pencacai yang lain. Berbeza dengan kita di dalam PR, kita tiada media cetak atau elektronik sehebat mereka. Kita banyak bergantung kepada media parti yang terhad edarannya dan kadangkala disekat. Kita juga banyak bergantung dengan Bloggers yang bersama dengan perjuangan ini. Kadangkala terfikir juga, di dalam keadaan kita masih belum memerintah dan menjadi kerajaan Pusat pun kita kurang beri perhatian kepada Bloggers seperjuangan, apa akan jadi jika kita sudah memerintah di mana media-media hebat seperti TV, radio dan akhbar perdana telah kita kuasai. Walau bagaimanapun, saya berpesan kepada rakan-rakan Bloggers yang ikhlas berjuang ini. Kita harus menepuk dada kita sendiri, adakah kita memerlukan parti atau parti memerlukan kita untuk terus berjuang? Bagi saya, samada kita dihargai atau tidak, saya tetap percaya bahawa perjuangan ini mesti diteruskan. Biarlah parti memikirkan apakah yang patut mereka lakukan untuk menyampaikan maklumat kepada rakyat. Tugas kita adalah bersama parti untuk melakukan perubahan. Usah difikirkan sangat untuk kita berpusing walau setengah darjah sekali pun kerana kita telah ada `Kiblat' kita di hadapan. Jika parti tidak menghargai usaha-usaha ikhlas kita ini, kita berdoa agar Allah dapat membalas usaha kita sama seperti usaha pejuang-pejuang yang lain. Namun, berpaling dari `Kiblat' walau setengah darjah sekalipun tidak akan dilakukan. Biarlah kita merasa susah sedikit kerana perjuangan ini. Mudah-mudahan usaha kita diberkati oleh Allah SWT. Kurniaan Allah lebih baik dan mulia dari kurniaan insan. Berdoalah agar Allah murahkan rezeki kita agar kita terus dapat menulis dan membantu perjuangan mulia ini. | |