Sabtu, 11 Disember 2010

BLOG - BLOG PARTI UMNO

BLOG - BLOG PARTI UMNO


PEMUDA UMNO BAHAGIAN JASIN

Posted: 10 Dec 2010 03:40 PM PST

PEMUDA UMNO BAHAGIAN JASIN


KISAH NAMEWEE DI BLOG

Posted: 09 Dec 2010 08:22 PM PST


Dana Nasi Lemak 2.0: Namewee jumpa Nazri
Penyanyi kontroversial Wee Meng Chee hari ini mengadakan pertemuan singkat dengan Menteri di Perdana Menteri, Datuk Mohd Nazri Abdul Aziz berhubung kesukarannya mendapatkan geran kerajaan bagi menerbitkan filem.

NONEWee, yang lebih dikenali sebagai Namewee, berjumpa dengan Nazri di Parlimen dan memaklumkan ke menteri itu mengenai filem terbarunya, berjudul Nasi Lemak 2.0, dan kepayahan lebih lapan bulan yang dideritainya dalam usaha mendapatkan geran kerajaan.

Dia sebelum ini mendakwa syarat kerajaan yang menetapkan sebahagian besar skrip perlu dalam Bahasa Melayu sebelum dipertimbangkan untuk mendapatkan geran sebagai syarat yang mendiskriminasi dan tidak sehaluan dengan semangat 1Malaysia.

Pada pertemuan 10 minit ini, Wee melahirkan hasratnya untuk berjumpa dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Abdul Razak untuk meluahkan masalah yang dihadapinya dan juga pembikin filem yang lain.

Pada sidang media kemudiannya, Nazri berkata beliau akan menimbulkan perkara berkenaan kepada perdana menteri pada mesyuarat kabinet Jumaat ini.

Namawee & Nazri Aziz - Ibarat Isi & Kuku

Posted by Cucu Tok Selampit
Hebat! Hebat sungguh penerimaan Menteri Jaga Pintu Parlimen kepada Babiwee opps ... Namewee. Kalau Bloggers Melayu di tempat Namewee, mampus sudah kena macam-macam tindakan undang-undang. Ada yang kena blacklist atau didakwa oleh SKMM, ada yang kena buat laporan polis dan macam-macam lagi tindakan ke atas mereka. Lain pulak halnya dengan Cina komunis ni. Bukan main sayang lagi Si Nazri Aziz. Siap dibelanya si Namewee melalui kenyataan medianya bahawa Namewee bukan "racist".

Walaupun berbagai onar yang dilakukan oleh Namewee ini, semuanya kelihatan harum dan cantik di mata Nazri. Sehinggakan kedatangan si tukang karut ini ke Parlimen mendapat layanan seorang Menteri, walaupun seorang Menteri yang haprak. Etika berpakaian jauh tolak ketepi. Walaupun peraturan untuk masuk ke Parlimen mewajibkan berpakaian baju kemeja bertangan panjang dan bertali leher, untuk si Namewee apa sahaja yang dipakainya pun tak mengapa, walaupun sehelai T-Shirt berkolar bulat.

Friday, December 10, 2010

Namewee dilayan Nazri di Parlimen ~ Macamana lah dia tak naik tocang?

Macamanalah sipenghina Negaraku, Azan Suboh, TNB, Cikgu Inshah dan lain lain sensitiviti Melayu ni tak naik tocang dan tumbuh tanduk?

Si kaduk naik junjung ini dilayan seperti VIP oleh Nazri Tan Sri Aziz bilamana penyanyi rap celupar dan kurang ajar ini dilayan begitu istimewa semasa sicelaka ini pergi menghadapnya di Bangunan Parlimen. Boleh selamba je memakai baju T dengan serkop kepalanya begitu? 


KOD ETIKA BERPAKAIAN SERTA PERATURAN-PERATURAN BAGI PELAWAT-PELAWAT AWAM SEMASA BERADA DI PARLIMEN MALAYSIA

PAKAIAN YANG DIBENARKAN
 LELAKI  
 1) Long-Suite dan bertali leher
 2) Berbaju kemeja lengan panjang dan bertali leher
 3) Berbaju batik lengan panjang
 4) Berbaju melayu  lengkap bersamping dan bersongkok
 5) Berseluar panjang (slack)
 6) Berkasut kulit

WANITA 
1) Baju kurung atau kebaya labuh / Blouse berlengan panjang
2) Skirt panjang sekurang-kurangnya di bawah paras lutut
3) Sari berlengan dan pakaian kebangsaan kaum-kaum lain
4) Berseluar panjang (slack)
5) Lain-lain pakaian yang kemas dan sopan
6) Berkasut (bertutup)

PELAJAR SEKOLAH
1) Berpakaian rasmi sekolah

PAKAIAN YANG TIDAK DIBENARKAN
1) Baju T / jaket
2) Baju tanpa lengan / lengan pendek
3) Seluar jeans
4) Pakaian ketat dan menjolok mata
5) Selipar / kasut sukan
6) Baju berkolar bulat / Nehru kolar

PELAWAT TIDAK DIBENARKAN
1)    Membawa kanak-kanak (di bawah umur enam tahun)
2)    Menghisap rokok di kawasan Parlimen
3)    Mengambil gambar semasa berada di dalam Bangunan Parlimen
4)   Pelawat tidak dibenarkan membawa masuk telefon bimbit, kamera, dan lain-lain alat   telekomunikasi ke dalam Dewan Negara / Dewan Rakyat (Simpan di kaunter pengawal Pintu 7)
5)   Pelawat dilarang membawa benda-benda merbahaya yang boleh
      mengancam keselamatan

NOTA
PELAWAT YANG TIDAK MEMATUHI TATACARA BERPAKAIAN SEPERTI DI ATAS ADALAH TIDAK DIBENARKAN MEMASUKI GALERI AWAM DEWAN NEGARA/DEWAN RAKYAT


Hilang lesap bagaikan maruah Melayu yang semakin lama semakin pupus sedikit demi sedikit.

Oh iya! Saya terlupa. Nazri Aziz telah berkata "pada saya kasar itu tidak jadi masalah tetapi lucah adalah tidak dibenarkan, tapi sebagai orang muda mungkin mereka tidak tahu dan perlu ditegur serta diberitahu."

Agaknya pada Nazri video Namewee yang menunjukkan isyarat lucah ' F**k U' tak ada benda dan cuma 'kasar' je?

Bagi Nazri perumpamaan Namewee menunjukkan buah pisang yang merupakan simbolisma kemaluan lelaki dan disuruh Cikgu Besar Puan Inshah menghisapnya ~ bukan lucah?

Bagi Nazri, segala bentuk penghinaan terhadap maruah orang orang Melayu dan umat Islam seMalaysia didalam video video anak gampang seekor initidak lucah?

Peradaban macamana ya yang dipelajari Nazri Aziz sehingga segala penghinaan, pencercaan dan maki hamun sibangsat se ekor ini boleh pula dikatakan tak ada benda olehnya?

Hairan saya! Bilamana segala perbuatan teramat kurang ajar dan biadap Namewee Laknatullah ini boleh diterima Nazri Aziz dan Agendadaily pun boleh pula membuat artikel panjang lebar mempromosikan sicelaka ini didalam portal mereka!

Apakah kita semua tak sama dari segi penghayatan Rukunegara kita?

Kesopanan dan kesusilaan?

Sopankah si Wee Meng Chee ini bila ianya berlaku kurang ajar terhadap Lagu Kebangsaan Negara kita dan segala video videonya terhadap segala apa yang kita sayang dan pandang mulia?

Bagi saya, sikeparat ini sudah kepalang kurang ajar dan ianya harus di ajar!!!

Tindakan Nazri Aziz memberi muka kepada harami ini mengundang natijah yang akan menjahanamkan saki baki maruah Melayu yang tinggal secebis dua cuma.

Apakah Nazri Aziz mengundang kontroversi dan mahukan perhatian media dengan melayani simusibat ini?

Sokongan Nazri Aziz ini akan membuatkan si Namewee makin galak dengan kerja kerja penghinaan nya!

Maka bolehlah si Namewee keluarkan lebih banyak lagi video video yang memaki hamun Melayu dan Muslim dimasa masa akan datang!

Peduli apa dengan maruah dan perasaan Melayu dan umat Islam disini kan?

Ini satu peringatan buat Melayu yang memang mudah lupa!

Lupa nak terasa bila dihina. Lupa nak marah walau maruah diri sudah parah.

Apalah malang nasibmu Melayu? 

Semakin lama semakin tebal kulitmu....

Sipencaci penghina boleh diraikan seperti itu?

Kalau dinegara lain, dah lama berkecai bersepai ditangani mereka yang terhina!

Melayu dah lumrah memberi muka ; sehingga ditunjuki jari tengah masih berlengah!

Namewee mesti seronok dilayan Nazri Aziz. Mungkin selepas ini ia akan terima anugerah?

Malaysia Boleh ma?

Melayu mudah lupa....alpa...tak mengapa....ish! ish! ish! ish!

Melayu??

Masih adakah wira perkasa Melayu???

Entahlah???

SUARAM: ANTARA TERSURAT DAN TERSIRAT

Posted: 09 Dec 2010 08:11 PM PST

Apa SUARAM Buat Mengenai Hak Asasi di Gaza? - Tun Dr. M


BEKAS Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad hari ini menolak dakwaan doktrin "Mahathirisme" telah kembali berikutan pencabulan terhadap politik dan hak asasi manusia oleh kerajaan persekutuan seperti didedahkan oleh Suaram.

Bercakap kepada para pemberita selepas menghadiri Hari Inovasi Ideaprenuer MRSM di Bukit Jalil dekat sini, tokoh politik veteran itu berkata, mereka yang mendakwa memperjuangkan hak asasi manusia tidak seharusnya mementingkan hak asasi di negara ini sahaja.

Beliau berkata, banyak cara untuk menginterpretasi hak asasi manusia dan ini tidak semestinya dilakukan dalam negara ini sahaja.

"Anda lihat……kami membantu mereka di Genting Gaza yang musnah akibat perang sebagai contoh, ini kes hak asasi manusia.  Orang ramai dibunuh.  Adakah mereka memperkatakan tentang hal ini? Adakah mereka berbuat sesuatu untuk menolong? Ini satu pelanggaran hak asasi manusia," bidas Mahathir.

Suaram semalam mendedahkan ulasan Laporan Politik dan Hak Asasi 2010, termasuk sebilangan besar mereka ditahan kerana terlibat dalam perhimpunan dan tekanan terhadap media yang disifatkan sebagai "menutup mulut masyarakat".

"Sudah tentu mereka terpaksa membuat dakwaan terhadap orang yang menentang mereka…..tapi ini bukan satu penilaian yang baik," katanya menambah, beliau juga berhak untuk menyatakan bahawa kumpulan hak asasi juga melanggar hak asasi manusia.

"Saya juga boleh berkata mereka bersalah kerana mencabul hak asasi manusia kerana saya ada hak untuk berkata bahawa mereka menjadi hamba kepada negara-negara lain atau kepada sesetengah ahli politik.  Ini adalah hak saya untuk menyatakan mereka ini melanggar hak asasi manusia," katanya.
 
Testimonial
   
Senarai kesilapan dan salah-laku ke atas parti-parti politik dan pencabulan hak asasi oleh kerajaaan sepanjang 2010 menunjukkan negara kini kembali ke era zaman Tun Dr Mahathir Mohamad, kata pertubuhan hak asasi manusia, Suaram.

azlan 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
Ketika mendedahkan laporannya - Civil and Political Rights Report 2010 hari ini, ahli jawatankuasa sekretariat, Hasbeemaputra Abu Bakar berkata pencabulan itu termasuk jumlah tangkapan yang tinggi ketika perhimpunan oleh rakyat dan kawalan ketat ke atas media yang menunjukkan 'tanda-tanda dasar masyarakat tertutup'.

"Terdapat ruang yang sebegitu kecil bagi golongan yang menentang ataupun pandangan alternatif yang tidak sehaluan dengan kerajaan.

"Ini adalah masa yang getir; ia boleh bergerak kepada kedua-dua arah, tetapi Suaram berpandangan ia petanda bahawa era Mahathir ketika mengawal masyarakat kini kembali," katanya.


SATU MELAYU: Kalau Suaram minat berpolitik, tukas sahaja nama NGO tu sebagai parti politik. Berpolitiklah sesuka hati dan perjuangkanlah apa-apa fahaman yang diminati
 
PPUBJ : Kenapa tiba-tiba sahaja SUARAM jadi begitu perihatin dengan parti pembangkang? Banyak lagi kes-kes yag berlaku di negara ini tidak diendahkan oleh mereka tiba-tiba sahaja kenyataan tersebut dikeluarkan....


Read more: http://sa-melayu.blogspot.com/2010/12/apa-suaram-buat-mengenai-hak-asasi-di.html#ixzz17g5PBJ7j

APA KATA AKHBAR CHINA MENGENAI PAS....

Posted: 09 Dec 2010 07:26 PM PST

Isu-isu akhbar cina

MIMPI DAN KHAYALAN PAS

Akhbar China Press terbitan 6 Disember lalu menyiarkan sebuah artikel mengenai kerajaan Islam dan hukum hudud yang menjadi agenda Pas. Artikel di ruangan perbincangan rakyat bertajuk 'Hadi Awang bermimpi dan berkhayal itu ditulis oleh penulis Xian Ren'. Menurut Xian Ren, Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang sudah lupa diri seketika apabila dengan lantang berkata jika pakatan pembangkang memerintah kerajaan pusat, Pas akan mengotakan janji melaksanakan konsep negara Islam termasuk melaksanakan hukum hudud.

Tulis Xian Ren lagi, jika Pas mahu kotakan konsep itu, syaratnya ialah kedudukan Pas mesti seperti UMNO dalam Barisan Nasional (BN). Iaitu memiliki kerusi yang banyak dan boleh memerintah sendiri.

Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP pula menjadi parti kecil dalam pakatan pembangkang yang peranannya seperti melayan Pas minum kopi dan semua keputusan terletak pada Pas. Barangkali mimpi dan khayalan Pas ini tidak sempat dilaksanakan kerana pakatan pembangkang sudah dijatuhkan oleh rakyat. Xian Ren menulis, sebelum pilihan raya 2008, Pas langsung tidak menyebut mengenai negara Islam.

Apa yang diuar-uarkan ialah perjuangan untuk kepentingan rakyat. Akhirnya Pas mendapat kemenangan besar yang tidak pernah dirasai selama 40 tahun mereka memerintah. Dalam pakatan pembangkang, prestasi undian Pas lebih baik daripada DAP. Tetapi bilangan kerusi Parlimen Pas tidak dapat menandingi DAP dan PKR.

Pada pilihan raya akan datang, Pas memerlukan kerusi yang lebih banyak atau melebihi DAP dan PKR untuk berkuasa penuh. Kaum Cina mengundi Pas pada pilihan raya umum 2008 kerana slogan perjuangan untuk rakyat parti itu.

Tanpa disangka-sangka selepas menang besar Pas sebaliknya tidak mengotakan janjinya. Perjuangan untuk kepentingan rakyat dan negara terus diketepikan dan kembali semula kepada isu negara Islam.

Bermain politik sehingga tidak tahu menjaga percakapan dan langsung tidak amanah. Adakah orang-orang Cina dapat menyokong Pas lagi pada masa depan? Impian Pas mahu menang lebih banyak kerusi di Parlimen pada pilihan raya akan datang sudah tentu tidak mungkin berlaku. Sebab orang-orang Cina lebih rela sokong UMNO kerana Pas tidak mahu meninggalkan konsep dan pemikiran negara Islam mereka. Boleh dibayangkan jika pakatan pembangkang memerintah kerajaan pusat, peranan Pas sudah tentu hanya kecil.

''Sedangkan untuk mencabar UMNO hari ini pun Pas tidak layak, tetapi masih berangan-angan untuk menubuhkan negara Islam dan melaksanakan hukum hudud? Bukankah itu orang-orang bodoh yang sedang bermimpi?," tulis Xian Rein. Sambung penulis itu lagi, walaupun Pas sudah lama berakar umbi di Kelantan, tetapi parti itu masih gagal melaksanakan hukum hudud.

Sebaliknya Hadi ketika ini pula masih lagi mahu bangunkan konsep negara Islam dan hukum hudud. Tidakkah ia hanya semata-mata mahu menyusahkan pakatan pembangkang? Perbuatan itu langsung tidak membantu dan menjadi perosak yang hanya membantu BN. Tambah penulis itu, kesilapan Hadi ialah menganggap orang bukan Islam tidak tahu konsep negara Islam yang sebenar. Sebab itu orang bukan Islam dikatakan membantah konsep tersebut. Sebaliknya orang bukan Islam lebih memahami kesemua konsep-konsep negara Islam, sebab itu mereka tidak boleh menerima konsep itu.

PERLUKAH SEKOLAH MENENGAH

ALIRAN TAMIL?

Seorang penulis yang menggunakan nama samaran Ketua Naga Hijau menerusi akhbar China Press menulis mengenai perlunya sekolah menengah aliran Tamil. Artikel bertajuk 'Apa kata kalau sekolah menengah Tamil ditubuhkan' itu disiarkan menerusi ruangan perbincangan umum akhbar berkenaan terbitan 5 Disember lalu. Menurut penulis berkenaan, ketika ini terdapat kira-kira 60 buah sekolah menengah swasta Cina termasuk sekolah menengah Cina yang telah dijadikan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) yang bilangannya mencecah sehingga 70 hingga 80 buah.

Tetapi kenapa tidak ada sebuah pun sekolah menengah swasta Tamil? Walaupun 60 buah sekolah menegang swasta Cina itu bukan mudah untuk diperoleh, tetapi masyarakat Cina dapat mendidik anak bangsa menjadi cerdik pandai. Menyumbang jasa kepada masyarakat dan negara.

Sehingga ke hari ini keperluan yang diperlukan oleh sekolah-sekolah Cina masih tidak mencukupi. Setiap sen yang ada dalam tangan masyarakat Cina itu boleh menentukan perkembangan dan hidup matinya sekolah menengah swasta Cina. Tidak memberi peluang kepada pembinaan sebuah sekolah menengah swasta Tamil, dalam penerusan budaya bangsa dan kaum orang-orang India, bukankah ia sesuatu yang amat malang? Mereka hanya diberi peluang untuk mendapat pendidikan di sekolah rendah Tamil.

Di sekolah menengah mereka hanya dapat belajar bahasa kebangsaan. Pelajar-pelajar kurang pintar yang ke sekolah kebangsaan, bermakna mereka terlepas peluang dan masa depan untuk mendapat pendidikan.

Kerana taraf bahasa kebangsaan mereka tidak dapat disamakan dengan anak-anak Melayu di sekolah kebangsaan. Begitu juga taraf bahasa kebangsaan anak-anak Cina. Jika mereka tiada pilihan dan peluang untuk terus belajar di sekolah menengah swasta Cina, sejarah hidup mereka juga akan berubah selamanya. Jika kita mahu menikmati taraf hidup yang lebih baik, selain meningkatkan keupayaan pembelajaran anak bangsa, kita sepatutnya lebih terbuka dalam bidang pendidikan.

Turutan budaya peninggalan nenek moyang kita, perlu dihebahkan kepada masyarakat dunia. Dengan itu saudara kaum India boleh terus hidup, mereka perlu membantu anak cucu orang-orang India terus mendapat pendidikan dan meningkatkan ke tahap yang terbaik. ''Sebab itu kewujudan sekolah menengah swasta Tamil amat diperlukan. Jika pihak kementerian pelajaran boleh mewujudkan sekolah menengah Tamil, barulah negara ini boleh ke hadapan," tulis penulis itu.

PANDANGAN PENULIS : Pemimpin PAS kena telan apa jua yang diperkatakan kerana mereka patuh pada perjanjian sebaliknya PKR dan DAP melakukan perjanjian lain yang tidak diketahui oleh PAS!

umno bahagian cheras

Posted: 10 Dec 2010 01:03 PM PST

umno bahagian cheras


Ketua pembangkang ; Syed Ali cabar Anwar contohi Khir Toyo

Posted: 09 Dec 2010 08:45 PM PST

AHLI Parlimen Permatang Pauh, Datuk Seri Anwar Ibrahim dicabar meletakkan jawatan sebagai ketua pembangkang di Parlimen sepertimana dilakukan bekas Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohd. Khir Toyo.

Menurut Ketua UMNO Bahagian Cheras, Datuk Wira Syed Ali Alhabshee, walaupun kesalahannya berbeza tetapi pada dasarnya mereka telah dihadapkan ke mahkamah atas pertuduhan yang lakukan.

Katanya, walaupun mahkamah belum memutuskan sama ada Anwar bersalah atau sebaliknya, tetapi dari segi moral politik, Penasihat Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu perlu meletakkan jawatan

Malah beliau turut mencabar Anwar segera melepaskan jawatan sebagai Ketua Umum PKR kerana jawatan tersebut tidak bertepatan dengan perlembagaan parti itu.

Jawatan tersebut kata Syed Ali, hanya tipu muslihat Anwar untuk terus berkuasa dengan menjadikan Presiden PKR, Datin Seri Dr. Wan Azizah wan isklamil sebagai 'patung bernyawa'.

"Anwar sedang berdepan dengan kes meliwat Mohd. Saiful Bukhari, jika dia pemimpin bermoral dan mempunyai harga diri, sepatutnya mengikuti jejak Mohd. Khir yang sanggup meletakkan jawatan ketua pembangkang di Dewan Undangan Negeri Selangor," tegasnya.

Katanya, walaupun Mohd. Khir belum disabutkan kesalahan, tetapi beliau seorang pemimpin berprinsip dan berani memikul tanggungjawab.

Mohd. Khir kini sedang menghadapi pertuduhan di Mahkamah Seksyen Shah Alam berhubung kes pembelian dua lot tanah dan sebuah rumah di Seksyen 7, Shah Alam.

Menurut Syed Ali lagi, Anwar yang selama ini lantang bercakap soal prinsip dan demokrasi sepatutnya melepaskan jawatan ketua pembangkang kerana kredibilti dan maruahnya sudah tercemar.

Bagaimanapun Syed Ali tidak hairan kerana Anwar merupakan pemain politik putar alam dan licik mempengaruhi keadaan supaya kes liwatnya tidak menjadi tumpuan umum.


Wan Azizah patung bernyawa Anwar

Sebaliknya jelas beliau, Anwar dan pemimpin Pakatan Rakyat (PR) menuduh kerajaan hanya bermain sandiwara dalam kes Mohd. Khir dan memanipulasikannya untuk agenda politik mereka.

Katanya, adalah satu dakwaan tidak berasas jika pemimpin PR beranggapan UMNO boleh berlakun sepertimana mereka (pembangkang) sering lakukan untuk mempengaruhi sokongan rakyat.

"Dulu Anwar pernah muncul sebagai pelakon terkenal gara-gara sakit tulang belakang, Nik Aziz Nik Mat (Datuk) juga kononnya pernah sakit, Karpal Singh juga berlakon sakit hingga beberapa kali kes liwat ditangguhkan, malah ramai lagi pelakon berbakat dalam PKR dan PAS," tegasnya.

"Inilah modus operandi PR terutama PAS dan PKR yang sengaja memutarbelitkan apa jua isu membabitkan pemimpin UMNO walaupun mereka terpaksa berbohong kepada rakyat.

Beliau juga mendedahkan bagaimana berjayanya lakonan Anwar sebagai perancang demontrasi air di Kuala Lumpur baru-baru ini sebagai helah mereka untuk mengambil alih Syabas.

"Anwar kononnya penasihat ekonomi kerajaan PR Selangor, tetapi ternyata beliau hanya perosak ekonomi yang gagal menyelesaikan banyak perkara membabitkan kepentingan rakyat termasuk dalam isu air Syabas," katanya.

Sambil menyifatkannya sebagai talam dua muka, beliau turut menyelar Anwar yang tergamak menjadi alat kepada rejim Israel hanya ingin memenuhi impiannya untuk menjadi Perdana Menteri.

Sepertimana Anwar kata Syed Ali, kerajaan juga perlu menyiasat sumber kewangan yang diperolehi Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali bagi membiayai pelbagai program PKR.

"Banyak orang bercakap Azmin hidup terlalu mewah dan mampu membiayai pelbagai aktiviti parti, sehubungan itu Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malasyia (SPRM) sewajarnya melakukan siasatan," ujarnya.

www.pemuda-enggang.org

Posted: 10 Dec 2010 11:12 AM PST

www.pemuda-enggang.org


Isu SYABAS

Posted: 09 Dec 2010 06:07 PM PST

sumber www.anwaraidc.com AIDCNews – 4/12/10 – Wawancara AIDCNews siri pertama [klik di sini] dengan Pengarah Eksekutif, Bahagian Korporat SYABAS, Abdul Halem Mat Som merungkai banyak persoalan tentang agenda sebenar Penasihat Ekonomi Kerajaan Negeri Selangor, Datuk Seri Anwar Ibrahim melancarkan perang … Continue reading

Apo Kono Eh Jang!

Posted: 10 Dec 2010 07:12 AM PST

Apo Kono Eh Jang!


Jamin: Liwat – RM20k, Jual Tanah Bawah Nilai – RM750k

Posted: 10 Dec 2010 03:41 AM PST

Bangga betul tuan AG kita mengumumkan keberaniannya mencadangkan ikat jamin sebanyak RM 1 juta ke atas mantan Menteri Besar Selangor, Dato Seri Khir Toyo (DSKT) dalam menghadapi pertuduhan rasuahnya di Mahkamah Sesyen Shah Alam. Tuan AG dilapurkan Berita Harian sebagai berkata ""Lihat saja kadar jaminan RM1 juta yang saya cadangkan. Rakan sekerja saya sendiri terkejut,". Suka betul ya tuan AG berjaya mengenakan ikat jamin yang tinggi terhadap DSKT (RM 750k) sehingga terpaksa meminjam daripada saudara mara untuk mengelak dipenjara sementara menanti tarikh perbicaraan. Tahniah tuan AG kerana berjaya menyusahkan orang yang banyak berjasa, jauh nak dibandingkan dengan kejayaan pejabat tuan AG dalam kes-kes berkaitan jenayah yang memanjang je kalah.

Tapi kita mau bertanya dimana pelir tuan AG dalam hal jaminan kes liwat Anwar Ibrahim? Hanya RM 20,000 sahaja yang ditawarkan pendakwa kepada mahkamah dalam kes yang berkaitan jenayah pemerkosaan liwat. Apakah tuan AG hanya berani tunjuk tegas dengan pemimpin yang sedang mengalami kemorosotan dalam karier politiknya pasca pilihanraya umm 2008 tetapi kecut telur berhadapan dengan barisan peguam Anwar yang diketuai OKU Singhnya? Kes liwat yang menjahanamkan masa depan seorang pemuda hanya dikenakan jaminan sebanyak RM 20,000 dan lebih dari itu Anwar bebas keluar masuk negara menjalankan aktiviti politiknya seolah menikmati kebebasan dalam erti kata sebenarnya.

Ironiknya, tuan AG tergerak memberi komen "tutup mulut" hanya setelah Anwar mengeluarkan kenyataan menyifatkan pendakwaan DSKT di mahkamah hanya satu sandiwara politik. Bergetar pelir tuan AG apabila Anwar memperlekehkan pendakwaan yang diketuainya dalam kes DSKT, lantaran tidak mahu mengalah, tuan AG tampil dengan istilah-istilah subjudice, prejudis dan ntah apa lagi yang berkudis. Banyak hati yang menanah melihat pilih kasih tuan AG dalam pengendalian dua kes berprofil tinggi ini tidak dipedulikan, sebaliknya ego dan keinginan menunjukkan kuasa mengatasi segalanya.

Anwar ahli politik pembangkang yang boleh cakap apa pun, yang tuan AG terikut rentak tari dia sekali tu apahal? Nak masuk politk juga ke?

Tak cukup dengan itu, tuan AG juga bangga mengumumkan hanya memerlukan masa antara 2 ke 3 minggu untuk membuktikan kes DSKT. Hanya kerana DSKT menulis untuk mempercepatkan proses undang-undang yang dikenakan ke atasnya , maka tuan AG terlebih memandang tinggi keupayaan pasukan pendakwaan pimpinannya untuk menyelesaikan kes ini dengan mudah. Jika handal sangat, kenapa kes Anwar sampai sekarang belum masuk 50% pun, betullah hakim yang memutuskan tapi kebijaksanaan pihak pendakwaan mengatasi pembelaan juga memainkan peranan. Dan setakat yang kita semua nampak, pasukan pendakwaan dari pejabat tuan AG gagal menahan arus penangguhan yang digerakkan pasukan pembelaan Anwar.

Agaknya tuan AG terlupa, jika DSKT bercakap sedikit mengenai kesnya di dalam blognya, Anwar pula bercakap secara panjang lebar mengenai kesnya tidak jauh daripada bilik yang membicarakannya, iaitu diluar mahkamah. Tak cukup dengan itu sehingga ke luar negara pun ada. Bukan sekali tapi banyak kali daripada "Siapa liwat Siapa" sehingga kepada konspirasi politik - semuanya ketika proses keadilan masih berjalan. Yang ini tuan AG taknak tegur ke prejudice tak subjudice? Mana pelir tuan AG nak mengenakan tindakan menghina mahkamah ke atas Anwar? Apa kes ni tuan AG? Tunjuk berani pada yang diwakili seorang dua peguam tapi kecut telur dengan yang dikeliling 12 ke 13 orang peguam?

Apa yang disebut DSKT dalam blognya hanyalah sedikit penerangan yang perlu untuk dijelaskan kerana isu yang melingkari sebelumnya bahawa hartanah yang menjadi pertikaian itu bernilai RM 24 juta, yang memulakan pun ahli politik lain dari DAP bernama Ng Suee Lim. Sebagai ahli politik dan pemimpin yang dipilih rakyat, adalah perlu baginya mempertahankan diri. Cerita hartanah dibeli dibawah nilai sebenar ini hanya diketahui ramai setelah DSKT dihadapkan ke mahkamah saja, sebelum ini yang kita tahu isu M 24 juta itu saja, jadi wajiblah DSKT unutk memberi penjelasan.
Jika mahu menegur pun boleh sekadar megutus surat kepada peguam beliau, bukan bercakap megah di depan media. Apa yang subjudice pasal RM 24 juta tu, itu bukan kesnya pun.

Sekarang dan pada bila-bila masa DSKT boleh minta tuan AG disqualify daripada mengetuai pasukan pendakwaan dalam kesnya kerana jelas tuan AG sudah tidak bebas dan memihak (bias). Tapi penulis yakin itu tidak akan berlaku kerana DSKT bukan bacul macam Anwar yang nak mengelak daripada pendedahan demi pendedahan kesnya disebut dalam mahkamah.

Oleh: Adamyan

Tiada ulasan:

Pengikut