Ahad, 13 Julai 2014

Dewan Pemuda Pas Kawasan Bukit Katil

Dewan Pemuda Pas Kawasan Bukit Katil


Apa nak jadi? Sidang DUN Melaka hanya bahas 13 soalan lisan sepanjang 3 hari sesi..

Posted: 13 Jul 2014 03:29 AM PDT

MELAKA: Speaker Dewan Undangan Negeri Melaka, Dato' Othman Muhamad ditegur oleh Adun Kota Laksamana (DAP), Lai Keun Ban kerana membiarkan Exco menjawab soalan lisan dengan panjang dan mengambil masa yang terlalu lama pada Persidangan Dewan Undangan Negeri Melaka, baru-baru ini.

Beliau menyatakan rasa tidak puas-hati kerana hanya 13 soalan lisan sahaja yang dapat dibahaskan pada persidangan kali ini walaupun ia berlangsung tiga hari disebabkan jawapan Exco mengambil masa begitu lama.

"Bersidang dahlah setengah hari selama tiga hari menyebabkan hanya 13 soalan sahaja yang dapat dibahaskan daripada 115 soalan lisan pada kali ini.

"Sepatutnya Speaker hadkan jawapan Exco dalam beberapa minit sahaja baharulah banyak soalan dapat dijawab, ini tidak jawapan meleret-leret dan kekadang terkeluar daripada tajuk serta tak relevan langsung dengan soalan," ujarnya.

Tambah beliau, sudahlah soalan pihak BN diletakkan bahagian awal manakala soalan pihak pembangkang diletakkan bahagian belakang, jadi bagaimana soalan pembangkang boleh dibahaskan dalam sidang Dun.

"Sekiranya speaker mengehadkan masa yang sesuai untuk Exco menjawab soalan maka banyak soalan akan dapat dibahaskan dan ia adil kepada semua Adun bukan seperti yang berlaku sekarang ini ianya menghalang soalan pembangkang daripada dibahaskan.

"Jika speaker kata utamakan 'senioriti' saya juga senior juga sebab sudah pernah jadi Adun sejak zaman Adib Adam sebagai Ketua Menteri," jelasnya.

Persidangan yang bermula jam 9.30 pagi akan membahaskan soalan lisan dan berhenti rehat pada jam 11.15 pagi hingga 11.40 pagi, kemudiannya akan bersambung dengan perbahasan usul hingga berakhir jam 1.30 atau 2 petang setiap hari untuk selama tiga hari persidangan berlangsung.

Harakah 9 – 12 RAMADAN 1435 / 7 – 10 JULAI 2014

Doa Buatmu Palestin >> sajak

Posted: 13 Jul 2014 03:15 AM PDT


Sudah sekian lama
kau mengharung kesengsaran
demi kesengsaraan
demi kesengsraaan
ibarat rantai yang tak putus
bumimu terus diperkosa
sesuka hati

tanpa ada rasa perikemanusiaan
lebih dhasyat dari apa seekor binatang buas
bila akan berakhir
kehancuran itu?

tiada siapa yang tahu
Allah sahaja yang maha mengetahui
kami di sini cuma dapat menyaksikan
betapa bumimu diperlaku
sedemikian rupa
banyak harta benda yang musnah
banyak nyawa yang melayang
sehingga tidak terbilang

berapa ramai anak-anak jadi yatim
berpa ramai para isteri
menjadi balu
wahai rakyat Palestin
kami tahu penderitanmu
berapa berat mata memandang
berat lagi bahu yang memikul
kami di sini tidak mampu mengangkat senjata
berjuang bersama kalian

cuma kami dapat hulurkan
segunung doa buatmu paletinen
kami amat sedar
kalian sebahagian saudara kami dunia akhirat
apa yang kalian rasa
kami di sini terasa...

Wahai saudara-saudaraku Palestin
ini semua ujian besar daripada Allah
kembalilah kepada-NYA dengan segera
pasti Allah akan memberikan pertolangan
wahai saudara-saudaraku Palestin
masih ingatkah kalian tentang Perang Badar
ambillah pengajaran daripadanya...

ROSLY MOHAMAD
Taman Air Molek, Melaka

Harakah 16 – 19 RAMADAN 1435 / 14 – 17 JULAI 2014 

Anak Muda Kampung Nak Senang

Anak Muda Kampung Nak Senang


Tahukah kita syarikat terkuat sokong Israel terletak di N.Sembilan

Posted: 13 Jul 2014 07:35 AM PDT



Kenyataan dan Pendirian Rasmi PACE: Pelaburan berjumlah RM1 bilion oleh Syarikat Coca Cola di Malaysia.

PACE merakamkan rasa dukacita terhadap pelaburan berjumlah RM1 bilion oleh Syarikat Coca-Cola di Malaysia. Syarikat Coca-cola akan mendirikan kilangnya di atas tanah yang dibeli daripada TH (Tabung Haji) Properties di Nilai, Negeri Sembilan dan upacara pecahtanahnya telah disempurnakan oleh YAB Perdana Menteri, Dato' Seri Mohd Najib Bin Tun Hj Abdul Razak pada 15 Mac 2010.

Lebih meresahkan lagi perkembangan ini berlaku di saat-saat Masjid al-Aqsa dikepung dan pihak Zionis Israel terus mengancam keselamatan Masjid al-Aqsa dengan mengumumkan perasmian kuil Hover di persekitaran kejiranan Masjid. Tindakan regim Zionis ini jelas merupakan provokasi terancang sedang di masa yang sama rakyat Palestin di bawah umur 50 tahun dihalang dari memasuki masjid al-Aqsa yang berada beberapa ratus meter sahaja dari kuil tersebut.

Mungkin orang ramai akan bertanya apa hubungkait di antara pembukaan kilang Coca-cola di Malaysia dengan ketegangan yang berlaku di Baitul Maqdis timur dan di Masjid al-Aqsa. Dua perkembangan ini saling berkaitan kerana Syarikat Coca-cola telah dikenal pasti sebagai penyokong kuat kepada ekonomi Israel dan kewujudan entiti haram Yahudi Zionis yang merampas negara Palestin dan mengusir rakyatnya keluar. Sebagai sebuah negara yang merdeka dan berdaulat, Malaysia berhak untuk menentukan dasar dan pendiriannya tanpa di pengaruhi oleh mana-mana pihak yang berkepentingan. Namun Malaysia telah mempertahankan dasar luar yang konsisten terhadap penubuhan negara haram Israel sejak mencapai kemerdekaan iaitu tidak akan mengiktiraf entiti haram tersebut, meskipun Israel adalah negara anggota penuh PBB. Berdasarkan kepada hakikat ini, tindakan membenarkan Syarikat Coca-cola melabur dan membina kilang pembotolan produk minumannya di sini adalah sesuatu yang bercanggah dengan prinsip yang dipertahankan sekian lama. Oleh kerana Syarikat Coca-cola menyokong ekonomi Israel secara terbuka maka mereka bersekongkol dengan regim Zionis yang tidak diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia. Membenarkan kilang syarikat Coca-cola beroperasi di bumi Malaysia boleh memberi implikasi merestui regim Zionis yang bertindak sebagai negara penyangak yang tidak pernah akur kepada undang-undang antarabangsa dan menghormati hak asasi rakyat Palestin.

Sokongan Coca-cola kepada Israel bukanlah berdasarkan dakwaan semata-mata bahkan terdapat dokumentasi lengkap mengenai penglibatan Syarikat Coca-cola di dalam membangunkan ekonomi Israel sejak tahun 1966. Pada tahun 1997, misi ekonomi Kerajaan Israel telah memberi penghargaan kepada Syarikat Coca-cola dalam majlis Penganugerahan Perdagangan Israel atas sokongan berterusan syarikat itu terhadap Israel selama 30 tahun dengan mengabaikan seruan boikot Israel oleh Liga Arab. Pada tahun 2002 Syarikat Coca-cola membuka kilang di atas tanah rakyat Palestin yang dirampas di Kirvat (Qiryat) Gat dalam negara Palestin yang dijajah. Berita ini dilaporkan di dalam akhbar rasmi Israel Haaretz pada 19 Julai 2002. Seperti yang dilaporkan oleh akhbar Ha'aretz pada 18 Oktober 2005, Coca-cola meningkatkan pelaburannya di Israel dengan menguasai 51% saham dalam Tavor Winery, sebuah syarikat pembuat arak di Israel. Ini hanyalah sebahagian dari rekod cemerlang Coca-cola di dalam menyumbang kepada kemakmuran ekonomi Zionis Israel.

Fakta-fakta ini adalah hakikat yang tidak mungkin disanggah tentang betapa eratnya hubungan yang terjalin di antara Syarikat Coca-cola dan entiti haram Israel.

PACE dengan ini mengambil pendirian berikut:

1. PACE memohon agar Kerajaan Malaysia mengkaji semula keputusan untuk membenarkan Syarikat Coca-cola melabur dan membuka kilang operasinya di Malaysia.

2. PACE juga memohon agar TH (Tabung Haji) properties tidak melabur atau terbabit dengan transaksi perniagaan yang meragukan kerana Tabung Haji terlibat secara langsung di dalam menjana pendapatan untuk urusan pengendalian jemaah Haji rakyat Malaysia. PACE mengajak semua pihak supaya prihatin dengan perkara ini kerana secara simboliknya ziarah, umrah dan ibadah haji ke tanah suci Makkatul Mukarramah tidak sewajarnya membawa kepada keruntuhan satu lagi tanah suci, masjid al-Aqsa al-Haram as-Syarif di Baitul Maqdis.

3. PACE menyeru seluruh rakyat Malaysia tanpa mengira keturunan, bangsa dan agama supaya menyahut seruan boikot barangan Israel yang kini sedang berkumandang di seantero dunia. PACE menyokong kempen BDS (Boikot, Divestment and Sanctions - Boikot, pengalihan pelaburan dan sekatan) ke atas Israel yang diterajui oleh VPM (Viva Palestina Malaysia - sebuah koalisi NGO yang menganjurkan kempen boikot ke atas empat produk utama yang menyokong Israel iaitu Coca-cola, McDonald, L'oreal dan Nestle). PACE menyeru seluruh rakyat Malaysia supaya mengutamakan produk tempatan dan hanya membeli produk luar khususnya produk Amerika Syarikat apabila perlu sahaja dan sebagai pilihan yang terakhir.

4. PACE akan terus menyokong Kerajaan Malaysia yang secara konsisten mempertahankan dasar tidak mengiktiraf Israel dan sentiasa peka dengan penderitaan rakyat Palestin dengan membangkitkan hak mereka di pelbagai forum antarabangsa terutama di Persidangan Agung PBB dan OIC.

5. PACE berdoa dan mengharapkan negara Malaysia akan terus dilimpahi dengan rezeki yang melimpah ruah dan penuh keberkatan dari Allah SWT.

Prof Madya Dr Hj Hafidzi Mohd Noor
Pengarah
PACE - (Pusat Kecemerlangan Palestin)

Pengawal keselamatan dengan 2 anak OKU tidak layak dapat bantuan

Posted: 13 Jul 2014 03:56 AM PDT


Dari FB Ustaz Nor Azman Mohamad (Ketua Pemuda PAS N.Sembilan) : Hari ini ( 13 Julai 2014 ) saya menziarahi 2 buah rumah di Johol. Rumah pertama adalah En Aziz di Kampung Menyolai, Kuala Johol yang menyara hidup dengan memandu van jenazah masjid. Beliau tidak lagi boleh membuat kerja-kerja berat kerana tulang belakang telah dimasukkan besi akibat terjatuh. Beliau menanggung 3 orang anak yang masih bersekolah.

Keluarga kedua adalah En Yahya b Adom dari Kampung Kelomboi, Melekai. Beliau mempunyai 7 orang anak dan 2 darinya adalah OKU. Beliau berkhidmat sebagai pengawal keselamatan di Sekolah Menengah Rendah Agama Johol. Isteri beliau tidak bekerja. Beliau pernah memohon bantuan Baitulmal tetapi dikatakan tidak layak. Sesiapa yang ingin menyumbang salurkan ke akaun beliau

En Yahya b Adom
Nombor Akaun : 4 - 2250394 - 26 (Public Bank)
Nombor Telefon : 017 6073747


Tentera Singapura dibentuk oleh Israel – Satu Fakta

Posted: 12 Jul 2014 10:12 PM PDT


Diterjemah dari laman web INDIA DEFENCE CONSULTANTS (IDC) http://www.indiadefence.com/SingAF.htm

Angkatan Tentera Singapura – Satu Analisa oleh IDC

The Singapore Armed Forces

Apabila Singapura berpisah dari Malaysia pada tahun 1963 dan apabila tentera British mengambil keputusan untuk meninggalkan Timur pada tahun 1965, Lee Kuan Yew meminta bantuan India untuk Angkatan Tenteranya dan Hal Ehwal Luar. India hanya bersetuju untuk membantu dalam bidang Hal Ehwal Luar, bagaimanapun Lt Gen Mattew Thomas kemudian menjadi penasihat tentera pada tahun 70an.

Singapura kemudian meminta bantuan Israel dan kemudian Afrika Selatan dan mengambil pendekatan tentera mengikut cara Khidmat Wajib Swiss. Singapura sekarang mempunyai belanjawan sebanyak $4.5 Billion dollar untuk negara yang mempunyai penduduk hampir tiga juta.

Kejayaan tentera Singapura adalah hasil usaha Lee Kuan Yew dan anaknya Brig Gen Lee Sein Leong yang mengambil alih jawatan Perdana Menteri daripada Goh Chok Tong yang sekarang in Menteri Kanan. Singapura sekarang ini akan mengadakan kerjasama dengan India dalam bidang ketenteraan dengan DRDO, Tentera Laut India dan pada hujung tahun ini latihan bersama IAF. Membuka hubungan dengan negara jiran akan menguntungkan India kerana Singapura telah melabur di India dan ekonomi sedang berkembang.

Admiral Teo Che Hean menerangkan kepada semua pegawai kanan India yang melawat Singapura iaitu hubungan strategik yang kuat adalah penting untuk perniagaan. Tentera Laut India telah mendapat manafaat dengan menghantar kapal-kapalnya ke Singapura dan sekarang mempunyai kekuatan kewangan untuk menghantar kapal mengisi minyak. Artikel berikut yang ditulis oleh Amnon Barzilai menceritakan kepada kita dengan terperinci.

Hubungan Cinta Rahsia, Dalam, Gelap
(Sekumpulan pegawai pertahanan Israel yang digelar 'Mexicans', membantu Singapura menubuhkan tenteranya. Ianya satu permulaan hubungan yang amat istimewa)

Oleh Amnon Barzilai

Krismas, 1965, adalah tarikh tidak rasmi bermulanya hubungan cinta yang hebat antara Israel dan Singapura yang amat dirahsiakan. Media antarabangsa, seperti media Israel cuba menyiarkan kisah ini. Sedikit demi sedikit maklumat dibocorkan, ada yang disiarkan, ada yang dinafikan ada yang diabaikan. Israel, seperti biasa ingin memberitahu rakan-rakan mereka tetapi berjaya mengekang kemahuan tersebut. Mereka takut hubungan tersebut akan berakhir sekiranya ianya diketahui umum. Israel mengenakan sekatan berkenaan kisah ini dan rahsia ini tersimpan. Sehinggalah pihak lagi satu tidak dapat lagi merahsiakannya.

Dalam bukunya, "From Third World to First: The Singapore Story 1965-2000," yang diterbitkan pada tahun 2000, Lee Kuan Yew, pengasas dan Perdana Menteri pertama Singapura mendedahkan rahsia yang disimpan selama hampir 40 tahun. Hakikatnya Tentera Israel yang telah mengasaskan tentera Singapura. Misi ketenteraan Israel diketuai oleh Yaakov (Jack) Elazari, ketika itu berpangkat kolonel, kemudian dinaik pangkat ke brigadier jeneral. Setelah meninggalkan tentera, beliau menjadi penasihat tentera Singapura. Dia meninggal dunia 15 tahun lalu. "Untuk mengaburi kehadiran mereka, kita gelarkan mereka 'Mexican', menurut Lee Kuan Yew.

Tentera Singapura hari ini adalah yang terkuat dan termoden di Asia Tenggara. Hubungan pertahanan antara Israel dan Singapura bertambah erat dan diperluaskan, dan sekarang ianya meliputi hubungan kerjasama bidang industri ketenteraan. Bidang kerjasama, menurut sumber asing, tentera Singapura adalah merupakan pelanggan utama Israel dalam bidang pertempuran dan teknologi ketenteraan. Industri kapalterbang Singapura bekerjasama dengan Israel dan Elbit Systems untuk menaik taraf pesawat pejuat F-5 Tentera Udara Turki. Beberapa tahun lalu, Menteri Pertahanan Singapura mendedahkan peluru berpandu anti kereta kebal jenis Gil diusahakan dengan kerjasama kedua-dua negara.

Dikelilingi Orang Islam

Lee Kuan Yew menerangkan pentingnya merahsiakan perkara ini pada kawan rapatnya di peringkat pimpinan, dan menteri pertahanan pertama, Dr. Goh Keng Swee. "Kita mesti mempastikan ketibaan Israel tidak diketahui umum, supaya tidak mendatangkan tentangan dari orang Islam yang tinggal di Malaysia dan Singapura" menurut Lee Kuan Yew. Ini adalah masalah Singapura. Penduduk pulau yang kecil ini 670 kilometer persegi (Israel 30 kali lebih luas) majoritinya berbangsa Cina, dan mereka berada diantara dua negara Islam iaitu Malaysia dan Indonesia. Sehingga 1965, Singapura masih lagi sebahagian Malaysia. Pada tahun tersebut British mengambil keputusan untuk keluar dari jajahannya ke timur Terusan Suez. Dalam proses yang pantas Singapura dipisahkan daripada Malaysia.

Singapura mengisytiharkan kemerdekaan pada 9 Ogos 1965. Dan pada masa tersebut ia hanya mempunyai dua rejimen infantri, yang telah ditubuhkan dan diketuai oleh pegawai British. Dua pertiga tenteranya bukannya penduduk Singapura, dan pemimpin mereka tidak yakin dengan kekuatan tenteranya. Menteri Pertahanan, Goh, menghubungi Mordechai Kidron, bekas duta Israel ke Thailand untuk meminta bantuan. Kidron tiba di Singapura dalam beberapa hari bersama Hezi Carmel dari Mossad. "Goh memberitahu kita hanya Israel, negara kecil yang dikelilingi negara umat Islam, dengan tentera yang kuat, boleh membantu mereka membina tentera yang kuat, tentera yang dinamik", menurut Carmel. Kedua-dua orang Israel menemui Lee, yang menulis "beritahu Keng Swee untuk menunggu dulu sehingga Lal Bahadur Shastri, Perdana Menteri India, dan Presiden Nasser dari Mesir membalas surat saya untuk membentuk tentera Singapura".

Adalah tidak pasti samada Lee percaya India dan Mesir mampu atau berminat untuk membentuk tentera Singapura. Ramai Israel percaya ianya adalah taktik semata-mata. Selepas beberapa minggu India dan Mesir mengucapkan tahniah diatas kemerdekaan mereka tetapi tidak menawarkan bantuan ketenteraan. Lee mengarahkan Goh untuk mengubungi terus pegawai Israel.

Pada masa yang sama, sejurus laporan oleh Kidron dan Carmel, pertahanan Israel menghantar bantuan ketenteraan kepada Singapura. Dalam perbincangan yang dikendalikan oleh Ketua Turus Yitzhak Rabin, dengan kehadiran Timbalan Ketua Turus dan Pengarah Bahagian Operasi , Ezer Weizmann, telah diputuskan untuk melantik Major General Rehavam Ze'evi, ketika itu Timbalan Bahagian Operasi, bertanggungjawab untuk membina tentera Singapura. Ze'evi (digelar"Gandhi" ) melawat Singapura secara rahsia dan memulakan persiapan sekembalinya. "Gandhi ingin membentuk tentera Singapura yang ideal, sesuatu yang kita tidak buat disini", menurut Carmel. "Dengan tidak membentuk Kementerian Pertahanan dan Staf Jeneral, Gandhi mencadangkan organisasi bersepadu, struktur yang lebih ekonomi. Jadi tidak akan ada terlalu ramai jeneral dan terlalu sedikit askar biasa"

Ze'evi melantik Elazari, yang bekerja dibawahnya dalam Bahagian Operasi, sebagai mengetuai kumpulan pembentukan. Lieutenant Colonel Yehuda Golan, ketika itu mengetuai divisyen armor (dia bersara dari tentera Israel berpangkat brigadier general), ditambah dalam kumpulan tersebut. Beberapa ahli kumpulan "menumpukan dalam persiapan untuk membina kem tentera", menurut Golan. Pada mulanya mereka mereka menghasilkan buku "Brown Book," berkatian doktrin peperangan, kemudian buku "Blue Book," mengenai pembantukan Kementerian Pertahanan dan badan perisikan. Brown Book telah diterjemah ke Bahasa Inggeris dan dihantar ke kerajaan Singapura. Pada Oktober 1965, perwakilan tentera dari Singapura tiba di Israel.

"Perwakilan tersebut datang untuk memberitahu kita : 'Tahniah, tapi untuk melaksanakan buku ini, awak dijemput datang ke Singapura,'" menurut Golan. Sebelum berlepas, ahli-ahli misi ketenteraan berjumpa Ketua Turus Biro. "Sahabat sekelian," kata Rabin, "Saya ingin memperingatkan beberapa perkara. Pertama, kita bukannya hendak menjadikan Singapura sebagai jajahan Israel. Tugas awak ialah mengajar mereka kerjaya tentera, supaya mereka boleh berdikari menguruskan tentera mereka. Kejayaan awal ialah adalah apabila mereka berjaya menguruskan tentera mereka sendiri. Kedua, awak pergi kesana bukan untuk memberi arahan tetapi memberi nasihat kepada mereka. Dan ketiga, awak semua bukan pedagang senjata. Bila awak membuat nasihat untuk pembelian senjata, gunakan pertimbangan professional ketenteraan. Jangan ambil kira keputusan mereka samada mereka hendak membeli dengan kita atau orang lain".

Bangun Jam 5:30 pagi

Pada 24 Disember 1965, lima bulan selepas Singapura menjadi negara merdeka, enam pegawai pertahanan Israel dan keluarga mereka berlepas untuk misi yang dirahsiakan. "Elazari dan dua pegawai lain menguruskan penubuhan Kementerian Pertahanan." Menurut Golan. "Tugas saya dengan tiga pegawai lain ialah untuk menubuhkan tentera".

Elazari bekerja mengikut beberapa prinsip asas, dimana tidak lari dari kumpulan asal Israell. Pertama untuk membentuk kader komander dan jurulatih tempatan. Kedua , bahan arahan bertulis dibuat oleh kadet yang dilatih sebagai pegawai. Dan ketiga latihan praktikal akan dikendalikan oleh jurulatih Singapura.

"Kita hendak melatih 40-50 orang yang mempunyai pengalaman tentera dan bersedia untuk bekhidmat dalam kerjaya ketenteraan." Golan mengulas. "Kita menyuruh mereka melantik seorang sebagai komander. Sebagai ketua kumpulan, kadet-kadet tersebut melantik seorang berketurunan India Kirpa Ram Vij, yang seterusnya akan menjadi Ketua Turus Tentera. Selama tiga bulan kita berikan kursus intensif."

Kursus pertama ialah format tentera Israel , bangun jam 5.30 pagi, kemas diri, kawad. Latihan bermula jam 7:30 pagi hingga 1 tengahari. "Selepas beberapa hari berlatih, sekumpulan kadet berjumpa saya dan berkata, ' 'Colonel Golan, orang-orang Arab tidak duduk atas kepala kita? Kenapa kita buat kerja gila ini?' Saya panggil Elazari dan beritahu keadaan yang berlaku. Beberapa hari kemudian dia datang bersama Menteri Pertahanan Dr. Goh, dan memberitahu kadet-kadet, `Buat apa yang Colonel Golan suruh , atau tidak awak kena buat dua kali ganda'. Dalam masa yang sama kumpulan pegawai Israel yang lain menyelia pembinaan kem tentera yang pertama berdasakan pelan Kor Jurutera Israel. Pembinaan kem tentera siap dalam masa tiga bulan. Dalam tempoh kurang setahun, kumpulan Israel telah mengendalikan kursus untuk rekrut baru, kursus ketua platun dan kursus pegawai, menurut pelan yang dihantar dari Israel. Seramai 200 komander telah dilatih.

Penganggur Bukannya Tentera

Sebaik sahaja staf komander siap, pasukan tentera mula dibentuk. Israel telah berssedia menubuhkan dua lagi rejimen infantri, mengikut model tentera Israel, setiap rejiman mempunyai tiga kompeni askar raifel, satu kompeni tambahan dan satu kompeni pengurusan – sejumlah 600 tentera. Lieutenant Colonel Moshe Shefi, seorang jurulatih kursus komander kompeni telah dihantar menjadi penasihat. who was an instructor in a company commanders course, was sent as an adviser. "Kami mendapati ada penentangan saikolgi untuk mengambil rekrut di Singapura," katanya. "Dari 10 kerjaya, kerjaya tentera adalah yang terakhir. Pertama ialah artis, kemudian ahli falsafah, kemudian guru dan ahli perniagaan, dan pencuri tempat kesembilan. Kerjaya tentera adalah kerjaya memalukan di Singapura. Di Singapura , rekrut adalah untuk mengatasi pengangguran."

Pegawai Israel mempunyai masalah. Untuk mengelakkan diri , kebanyakan pemuda yang dipilih (usia 18-24 tahun) yang berbangsa Cina menunjukkan bukti mereka telah bekerja. 70 peratus calon adalah penganggur dan berasal dari Malaysia.. Elazari dan Golan mengadu pada Lee dan Goh, tapi perdana menteri bertegas, "saya nak awak latih orang yang paling primitif di negara ini, yang tidak berpelajaran dan menganggur,' kata Lee.

Terkejut, pegawai Israel cuba memujuk Lee untuk memberi pertimbangan, tapi dia bertegas : "Dalam perang dunia kedua, saya lihat tentera British dan tentera Jepun. Semua tentera British bijak dan berpelajaran. Tapi sebagai tentera mereka tak berguna. Tentera British yang primitif menerima arahan dan melaksanakannya, dan mereka tentera yang luar biasa. Hakikatnya tentera Jepun menewaskan tentera British".

Kata Golan, "Yaakov dan saya cuba menerangkan kepada beliau bukan persoalan pelajaran tetapi ialah motivasi. Tentera Jepun bermotivasi kerana mereka berjuang kerana maharaja, yang dianggap sebagai tuhan. Mereka rela berkorban kerana dia. Apa motivasi yang tentera British ada, yang berjuang beribu kilometer dari negara mereka ?" Penjelasan mengenai semangat berjuang dan bagaimana untuk memberikan motivasi telah diterima Lee.

Selain daripada khidmat wajib dan kerjaya tentera, Singapura juga mengambil contoh khidmat simpanan tentera Israel. Setiap tentera yang tamat berkhidmat biasa dikehendakkai berkhidmat lagi 13 tahun, sehingga umur 33 tahun. Sistem untuk mobilasi khidmat ini telah ditubuhkan dan kementerian pertahanan melakasanakan latihan mengejut. Disebabkan saiz yang kecil dan kurang tempat untuk berlatih, Singapura menubuhkan beberapa kem latihan dengan beberapa negara jiran.

Kejutan Kereta Kebal

Kebimbangan serangan tentera Malaysia, dan pergerakan pantas tentera Singapura, memerlukan keperluan tambahan. Dengan kewujudan infantri, pegawai Israel melakukan kajian mendalam pertempuran tentera Jepun di Asia Tenggara semasa perang dunia kedua dan bagaimana mereka berjaya menceroboh Malaysia dan Singapura. Shefi diberi tugas untuk memberikan ceramah mengenai perkara ini kepada kerajaan Singapura.

Dari apa yang dipelajari Israel, perang antara askar Jepun dan British, mereka membentuk tentera laut daripada sampan-sampan. " Bot tesebut dibuat dari kayu yangbaik dan boleh membawa 10 ke 15 orang askar, dan sesuai digunakan di laut dan sungai," kata Golan. "Dalam laut bergelora mereka boleh guna pendayung atau enjin. Kita beritahu Singapura untuk membeli 20 bot dan kita bentuk kem kecil untuk kompeni infantri berlatih melakukan serangan dan mencari arah".

Kolonel bersara Asher Dar berkata, "Kumpulan kedua sampai Singapura dan melaksanakan apa yang Yehuda Golan bentuk sebagai doktrin peperangan. Kita melatih serangan menggunakan bot kecil dan meriam peluru hidup. Bila ketua bahagian latihan , Yitzhak Hofi, melawat Singapura , kita membuat latihan mendarat briged infantri dan menggunakan perahu layar sejauh 12 kilometer."

Penungguan perang enam hari 1967 adalah memeritkan kepada kumpulan Israel di Singapura. "Kami berasa lega Israel tidak tewas jika tidak tentera Singapura akan hilang keyakinan", kata Lee , menurut jurulatih Israel. Pada Januari 1968 , Singapura mengambil keputusan untuk menubuhkan Kor Armor. Dalam penuh kerahsiaan, satu perjanjian ditandatangani untuk membeli 72 buah kereta kebal AMX-13 dari tentera Israel. Ianya satu keputusan yang berani. Malaysia, jiran yang besar, tiada kereta kebal.

Semasa Hari Merdeka, Ogos 1969, kejutan yang amat besar menanti tetamu, termasuk Menteri Pertahanan Malaysia : 30 kereta kebal melakukan lintas hormat. "Ianya mempunyai kesan dramatik", Lee menulis. Malaysia melahirkan kebimbangan. Menteri Pertahanan Singapura cuba memujuk kerajaan Malaysia menyatakan ianya bukanlah tujuan untuk persengketaan.

Selepas kejayaan Israel pada 1967, dinding kerahsiaam mula terbuka. Perwakilan Singapura di Bangsa-Bangsa Bersatu tidak mengundi resolusi untuk mengutuk Israel oleh negara Arab. Hubungan diplomatik penuh mula terjalin. Pada Oktober 1968 Lee membenarkan Israel menubuhkan misi perdagangan dan Mei 1969 Singapura membenarkan Israel mendirikan kedutaan. Status misi ketenteraan Israel di Singapura diperkukuhkan, dan diketuai oleh mereka yang berpangkat brigadier jeneral.

Asas Tentera Udara

Kumpulan pegawai Israel yang kecil di Singapura diperkuatkan dengan penasihat tentera dalam pelbagai bidang. Ketua Turus Kor Armor, , Major General Abraham Adan, tiba untuk memberikan nasihat pembelian kenderaan perisai. Pada tahun 1968, Adam Tzivoni, kolonel bersara yang mengetuai bahagian perancangan dan senjata tentera udara, telah dilantik sebagai penasihat Simgapura untuk membentuk tentera udara.

"Sebagai ganti pengeluaran tentera British, kerajaan British memberi Singapura geran sebanyak 50 juta pound untuk membeli pesawat British, helikopter dan peluru berpandu," Tzivoni memberitahu. "British tidak sukakan saya. Tugas saya ialah untuk meluluskan perjanjian. Tetapi nampaknya British ingin menjual senjata tidak berguna kepada Simgapura. Selain perjanjian pembelian Hunter, saya menolak semua perjanjian lain." Dibawah pengawasan Tzivoni, sekolah penerbangan dibentuk di Singapura, juga sekolah teknikal, satu skuadron helikopter Alouette dan meriam anti pesawat 40 mm telah dibeli.

Uzi dan Lagu Kawad Israel

Selepas pembentukan rejiman infantri tentera Singapura, timbul persoalan senjata apa harus digunakan. Pegawai-pegawai mahukan Uzi, sub mesingan Israel. Pegawai Israel menolak cadangan tersebut. Benar, Uzi senjata yang hebat pada tahun 1960, tapi untuk jarak dekat sahaja.

Tentera memerlukan raifel penyerang. Wakil dari tentera Israel menggesa kementerian pertahanan menjual raifel baru Gali. Tapi kumpulan berkenaan berpendapat senjata tersebut belum bersedia lalu mencadangkan M-16 Amerika.

Satu lagi masalah ialah keputusan untuk membeli mortar. Rejimen infantri dilengkapi dengan 60 - 52 mm dan 18 mm mortar (meriam katak). Senjata ini dihasilkan dan dikeluarkan oleh syarikat Soltam di bandar Yokne'am, dijual oleh kementerian pertahanan Israel dan diekspot ke seluruh dunia. "Walaupun kita fikir ini ialah mortar terbaik, kita tidak mencadangkannya sebaliknya menggunakan badan perunding bebas untuk mengambil keputusan," menurut Yehuda Golan.


"Israel menekankan kemahiran ketenteraan dan motivasi yang tinggi. Kepintaran berkawad dan pertunjukan ketenteraan, tentera Singapura tidak pernah belajar dari `Mexicans.' Apa yang tentera Singapura belajar adalah dari pegawai British yang mengetuai dua rejimen infantri yang awal", tulis Lee.

"Motto kita ialah kita tidak akan menyibuk apa yang Singapura boleh buat sendiri," menurut Golan. "Mereka ingin mengatur perbarisan Hari Kemerdekaan mereka sendiri. Kami berkata perbarisan ketenteraan menggambarkan mentaliti negara dan sejarahnya." Singapura tidak menjadikan ia satu isu. Bagaimana pun mereka mempunyai masalah yang memerlukan penyelesaian segera – apa rentak hendak dimainkan ketika tentera sedang berkawad. Ketua misi Israel, , Yaakov Elazari, membawa nota lagu dari Israel dan tentera Singapura berkawad diiringi lagu kawad Israel.

Buku Panduan Pertempuran Hutan

Pihak Singapura mengejutkan pegawai Israel apabila mereka menyatakan mereka perlukan kursus tempur dalam hutan. Singapura cuma ada hutan kecil seluas lima kilometer persegi, tapi negara jiran mempunyai hutan yang besar. Kata Yehuda Golan " : Saya beritahu mereka benar, tapi saya bukanlah orangnya, kerana saya tidak tahu apa-apa perang di hutan." Bagaimanapun pegawai Israel cuba mengatasinya. Keputusan dibuat untuk menghantar dua pegawai Singapura sebagai tetamu tentera Malaysia dalam kursus pertempuran dalam hutan.

"Tiga bulan kemudian, dua pegawai tersebut pulang dengan pengalaman yang diperolehi di Malaysia, dan kami membuat latihan tempur dalam hutan selepas itu," menurut Golan. "Atas dasar ingin tahu, saya juga turut serta. Ianya begitu teruk – jelas mereka diajar cara British ketika perang dunia kedua. Saya mengambil keputusan melatih 10 orang pegawai. Kami memasukki hutan dan memulakan permainan perang. Kami latih bidang pandu arah, membentuk pasukan, menyerang dan mencari. Kita merujuk kepada buku panduan perang Amerika di Vietnam. Kita membangunkan cara pandu arah malam. Kita belajar bagaimana berfungsi sebagai sebuah kompeni tempur dalam hutan tebal. Selepas beberapa minggu latihan, saya menulis buku panduan perang dalam hutan untuk Tentera Singapura".

Dewan Pemuda PAS Bagan Datoh

Dewan Pemuda PAS Bagan Datoh


PENGHARGAAN BUAT TENAGA PASTI SEMPENA RAMADHAN.

Posted: 12 Jul 2014 05:33 PM PDT

GAZA BERDARAH : DPPM PRIHATIN LANCARKAN TABUNG KEMANUSIAAN UNTUK PALESTIN.

Posted: 12 Jul 2014 05:23 PM PDT

Barisan Nasional

Barisan Nasional


bumiyang

Posted: 13 Jul 2014 03:28 AM PDT

bumiyang


Seorang Anggota Polis Marin Gugur di Semporna, Seorang Lagi Diculik!!!

Posted: 12 Jul 2014 04:19 PM PDT

Belantan

Posted: 13 Jul 2014 12:04 AM PDT

Belantan


Adakah MCA hanya bunga hiasan didalam pasu?

Posted: 12 Jul 2014 08:58 AM PDT


Sebuah akhbar berbahasa Cina mendakwa masyarakat Cina di negara ini memperlekehkan kemasukan semula MCA ke dalam Kabinet dengan menganggap parti itu telah melanggar janji-janji yang dilafazkan sebelum Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) lalu.

Artikel bertajuk, 'MCA masuk Kabinet seperti bunga hiasan dalam pasu', merupakan pandangan Choon Kok Boon yang disiarkan dalam ruangan Kedai Kopi Orang Ramai halaman C15 akhbar tersebut.

Ketua Pemuda MCA, Chong Sin Woon ditegur kerana terlalu ghairah dan bergembira dengan jawatan-jawatan yang diberikan itu sehingga memuat naik status dalam laman sosial, Facebook, "kembali semula ke Kabinet, tawan kembali kawasan lama yang hilang".

Akhbar itu turut meragui kenyataan presiden parti, Datuk Seri Liow Tiong Lai yang kononnya MCA menyertai semula Kabinet kerana mahu memberikan perkhidmatan terbaik kepada masyarakat Cina, seolah-olah menunjukkan bahawa setiap ahli parti yang diketuainya itu amat setia dan prihatin terhadap segala kebajikan kaum berkenaan.

Semasa kegemilangan MCA antara 2004 dan 2008, iaitu mempunyai empat jawatan menteri dan sembilan jawatan timbalan menteri (4+9) yang membawa maksud mereka lebih berkuasa dan mampu memberikan perkhidmatan terbaik kepada Cina tetapi masih tetap ditolak sepenuhnya oleh kaum itu dalam PRU-12, inikan pula jika dibandingkan dengan situasi terkini (2+3).

Penulis mengandaikan tindakan MCA menyertai Kabinet itu seperti orang tua yang terlalu uzur, tanpa sebatang gigi pun, berjalan begitu lemah dengan bertongkat dalam perjalanan ratusan kilometer hanya untuk mempertahankan sebuah tanah perkuburan Cina.

Mungkin MCA akan bangkit berkuasa selepas menyertai Kabinet, namun segalanya bergantung kepada keberkesanan gandingan menteri dan timbalan itu dalam mempengaruhi polisi dan dasar kerajaan yang secara realitinya mustahil untuk dilakukan oleh mereka.

Tiong Lai diberi jawatan Menteri Pengangkutan, tetapi sebenarnya hal ehwal pengangkutan telah dikawal dan dikuasai sepenuhnya oleh jawatankuasa pengangkutan darat yang ditubuhkan. Rahsia bahawa beliau Menteri Pengangkutan tetapi tidak berkuasa sepenuhnya telah diketahui umum.

Semuanya, bermula dengan perancangan pengangkutan awam hingga kelulusan pengeluaran lesen kenderaan perdagangan bukan dalam bidang kuasanya, namun terdapat satu perkara yang dikuasai oleh Tiong Lai iaitu keputusan mengenai tender pengeluaran nombor plat kenderaan.

Kelak apabila sesiapa mahu mengambil tender nombor plat, Tiong Lai boleh melakukan dengan tangannya sendiri, tanpa perlu minta pihak lain membantu, umpama dari tangan kiri campak ke tangan kanan.

Bagaimanapun, nasib Tiong Lai lebih baik daripada timbalannya, Datuk Dr. Wee Ka Siong yang sehingga kini masih belum mengetahui portfolio dan bidang kuasanya, lebih teruk lagi kerana Pejabat Perdana Menteri yang sesak, menyebabkannya buat sementara waktu terpaksa ke pejabat lama Kementerian Pembangunan Usahawan.

Dalam masa beberapa hari ini, MCA cuba berlagak seperti pahlawan bangsa apabila membangkitkan isu guru-guru di bahagian pendidikan Cina dengan mengasak Timbalan Menteri Pendidikan, Datuk Mary Yap Kain Ching.

Mereka terlupa bahawa orang paling berkuasa di kementerian itu adalah Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan sekali lagi terlupa bahawa sebelum ini MCA dipertanggungjawabkan sebagai Timbalan Menteri Pendidikan bagi menjaga kebajikan guru-guru Cina.

Suara Politik
Belantan

sekupangdua

Posted: 12 Jul 2014 11:46 PM PDT

sekupangdua


ALFATIHAH... SERANGAN LANUN DISABAH! ANGGOTA KESELAMATAN TERKORBAN?

Posted: 12 Jul 2014 05:53 PM PDT

Terkini berita yg diterima menyedihkan. Ada anggota leselamatan yg dikatakan terkorban angkara Lanun atau pun pengganas dari Philipina seperti peristiwa hitam sebelum ini di lahat datu yg membabitkan pengganas sulu. Apa pun kita tunggu tindakan dan hebahan yang lebih terperinci. Apa pun disini teman butirkan maklumat yg diterima..

Al-fatihah..
Anggota esszone / RH 40

01). Kpl 151279 ab.rajah b. Jamuan ( d tembak )
-32 tahun
-Islam
-Berkhwin
-Isteri - salamah bti amad
-Tempat betugas sblm - ppm kg acheh
- Jwtn k63 skrg - jurumudi kpl rondaan air 1, (6) balai polis pu mabul
- alamat - kg Bubul batu 2 smporna sabah.

02. Konst 176543 zakiah bin aleip 
- 26 tahun
- bajau
-islam
- berakhwin ( 1 anak )
- isteri - sharifah erna bti berson
- tempat betugas sblm - ppm w1 p.pinang
-Jwtn skrg konst radar ploter bot RH 40, unit pencegahan jenayah perairan ( marin ) balai polis pu mabul.
- alamat kg. Sambah tengilan tamparuli sabah.
Takziah buat anggota yg gugur tadi di semporna..beliau sempat membalas tembakan namun gugur di Medan pertempuran
Innalillahi wainnalillahi rojiun... 

Pada 12/07/2014 jam lkurang 2310hrs Asp Safardi Samad , Pegawai Marin Semporna terima maklumat awal drpd Ketua Botronda RH40 Sjn Jeffridin Bin Harun berlaku serang hendap dengan melepaskan tembakan secara rambang ke atas kedai makan dan pejabat reception di Jeti Smart Water Bungalow, Resort, Pulau Mabul, Semporna (.)
Saspek disyaki 8 org yang berpakaian gelap, seluar celoring ,muka bertutup dan bersenjatapi jenis Calibrre 7.62 ( kelongsong peluru yg bertaburan) .

 Maklumat mendapati (2) anggota Polis Marin ESSZONE Nama : (1) Kpl Rajah Bin Jamuan (2) Konst Zakiah Bin Alip pada ketika itu sedang makan di tempat kejadian dimana serang hendap berlaku.Manakala sebuah botronda Polis Marin RH 40 berada dijeti yg berhampiran dgn tempat kejadian juga menjadi sasaran. 2 anggota termasuk Sjn Jeffridin yg berada di botronda RH40 sempat mengambil perlindongan.

Kumpulan saspek di syaki datang daripada arah Filipina yg bergerak secara perlahan dari arah belakang ke lokasi dan mungkin naik kepelantar atau berada diair yg surut dan terus serang hendap dengan melepaskan tembakan secara rambang (.) 
Semasa kejadian saspek2 telah melepaskan sekurang2nya (10) das tembakan rambang kearah jeti, botronda RH 40 termasuk kedai makan dan pejabat reception. 

Apabila keadaan reda pemereksaan dibuat olih Sjn Jeffridin yg berada dibot pada waktu kejadian mendapati 2 anggota Polis Marin spt nama diatas telah hilang . Usaha2 mengesan dilaksanakan dan menjumpai mayat Kpl Rajah bin Jamuan berada dibawah jeti tempat kejadian. Manakala seorang lagi hilang samaada di culik atau .....masih dicari.
  
Rumusan.......8 orang suspek2 berlatarbelakangkan komando atau militan tidak bolih dipandang rendah/ringan dan mereka akan senantiasa masuk keperairan juga pulau2 atau daratan untuk membalas dendam kpd penguatkuasa kita atau mencari mangsa untuk mendapatkan wang (ransom)
Kemungkinan terdapat kelemahan kita dan leka atau tidak siapsiaga mendorong pihak musuh mencari kesempatan untuk melakukan sesuatu yang tidak bolih dijangkakan.
Saya akan berbincang dengan Pengarah Operasi Esscom dan perkara2 kelemahan akan dikaji dan dijadikan iktibar supaya usaha2 memantapkan lagi penugasan secara total akan dibuat tanpa kompromi.
Urusan keatas mangsa (aruah) akan dibuat dengan penuh penghormatan dan terbaik.
T.kasih dan salam hormat dari CP Sabah.


oyabun

Posted: 12 Jul 2014 11:38 PM PDT

oyabun


Benarkah tiada pelawaan ke atas Khalid sertai UMNO?

Posted: 12 Jul 2014 09:23 AM PDT


Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, tiada sebarang pelawaan dibuat kepada Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim untuk menyertai UMNO dan sebarang spekulasi mengenainya adalah tidak berasas.

Desas-desus mengenai Abdul Khalid yang kini karier politiknya sedang 'dibunuh' partinya sendiri berkemungkinan menyertai UMNO tersebar apabila beliau dilihat mesra dengan Perdana Menteri pada Majlis Berbuka Puasa Bersama Rakyat Selangor semalam.

"Dia kata dia hadir dan hormati saya sebagai ketua kerajaan di peringkat Pusat. Saya pula hormati dia selaku ketua kerajaan negeri. Tiada apa, saya tak pelawa dia masuk UMNO pun," katanya dalam nada jenaka dalam sidang akhbar di ibu pejabat UMNO di sini hari ini.

Kepada soalan sama ada berlaku pertemuan empat mata antara beliau dengan Abdul Khalid selepas majlis itu semalam, Najib yang juga Presiden UMNO berkata: "Tiada perjumpaan empat mata. Ribuan orang ada di situ. Pertemuan ribuan mata yang ada."

Sementara itu, Najib memberitahu, tempoh persidangan perwakilan bahagian yang sepatutnya berakhir 14 September ini akan dilanjutkan sehingga 30 September berikutan tarikh Perhimpunan Agung UMNO telah ditetapkan pada 25 hingga 29 November.

Wasabi Oyabun..

Panglima Perang Cyber

Posted: 12 Jul 2014 11:12 PM PDT

Panglima Perang Cyber


Identiti NGO2 Musuh Islam Yang Sudah Bertukar Nama - Sebarkan

Posted: 12 Jul 2014 02:44 PM PDT

Taktik terbaru puak menentang Islam ialah menjenamakan semula nama gerakan mereka. Namun Intipatinya tetap sama dan juga diwakili orang yang sama.

Jangan Perlekeh Usaha @Pdrmsia Banteras Judi - Menteri @Zahid_Hamidi

Posted: 12 Jul 2014 10:56 AM PDT



BAGAN DATOH: Polis DiRaja Malaysia (PDRM) sentiasa berusaha membanteras sindiket perjudian, dadah, kongsi gelap dan militan melalui pelbagai operasi, kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. 

Justeru itu, beliau meminta pihak tertentu supaya tidak memperlekehkan usaha PDRM dengan menyifatkan operasi pihak berkuasa sebagai 'hangat-hangat tahi ayam'. 

"Jangan ingat bila kenyataan (media) agak berkurangan, operasi ini tidak berjalan…kami maklumkan hasil kejayaan operasi dari semasa ke semasa. 

"Pihak tertentu juga tidak wajar melemparkan tuduhan kepada polis termasuk Ketua Polis Negara dengan menyifatkan operasi mereka sebagai 'hangat-hangat tahi ayam'," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Program Tadarus Al-Quran Perdana Parlimen Bagan Datoh di Dewan Wisma Umno di sini, hari ini. 

Beliau turut mengingatkan pigak berkenaan serta badan bukan kerajaan (NGO) supata tidak merendahkan usaha PDRM dengan pelbagai dakwaan kononnya berkompromi dalam menjalankan tindakan. 

"Jika menuduh ada pegawai atau anggota polis bersekongkol dengan sindiket perjudian, berikan kami bukti, dan kami tidak akan menoleh ke belakang untuk mengambil tindakan disiplin dan undang-undang terhadap pihak terlibat," katanya. 

Ahmad Zahid berkata, pihaknya tidak mahu anggota dan pegawai polis terbabit dalam perbuatan seperti itu yang dianggapnya sebagai 'tali barut' atau 'pagar makan padi'. 
Sementara itu, beliau berkata, polis mempergiat usahanya menjejaki mereka yang tersenarai sebagai suspek dalam kegiatan kumpulan militan di negara ini. 

Beliau memberi jaminan bahawa pihak berkuasa akan terus mengesan suspek sama ada yang melatih, dilatih atau mendapat latihan di luar negara. – BERNAMA

 
 
http://www.bharian.com.my/bharian/articles/JangananggapusahaPDRM_hangat-hangattahiayam_-Zahid/Article/?mutakhir=1

Gambar program :











Sent from my iPhone

Watch "Malaysia kutuk serangan udara Israel di Gaza" on YouTube

Posted: 12 Jul 2014 10:26 AM PDT

Malaysia kutuk serangan udara Israel di Gaza: http://youtu.be/1T8bobopG30

Menteri Dalam Negeri DS @Zahid_Hamidi kecam keganasan di Gaza Sokong Kenyataan Perdana Menteri @NajibRazak

Posted: 12 Jul 2014 02:50 AM PDT


PUTRAJAYA 11 Julai - Kementerian Dalam Negeri mengecam sekeras-kerasnya siri serangan udara tentera Israel dalam Operasi Perlindungan Sempadan di Semenanjung Gaza yang telah mengorbankan puluhan rakyat Palestin dan mencederakan ratusan yang lain.

Menterinya, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, beliau turut menyokong penuh kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak semalam yang mengecam keganasan di Gaza oleh rejim Zionis itu dalam bulan Ramadan.

"Saya menyokong penuh kenyataan Perdana Menteri yang mengecam keganasan di Gaza dalam semangat kemanusiaan di dalam bulan Ramadan al-Mubarak penuh kemuliaan ini.

"Marilah kita bersatu mengecam keganasan terhadap saudara-mara kita di Gaza semoga mereka diberi kekuatan untuk berhadapan dengan dugaan ini," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Perdana Menteri semalam berjanji untuk terus memberi sokongan tidak berbelah bahagi kepada perjuangan rakyat Palestin selagi negara itu belum menjadi negara berdaulat.

Israel Takut Kena Boikot - Sinar Harian

Posted: 12 Jul 2014 01:15 AM PDT

Israel Takut Kena Boikot

 Benjamin Netanyahu
Benjamin Netanyahu

TEL AVIV - Dalam keghairahan membedil ratusan roket ke Gaza, Israel dilaporkan ketakutan susulan peningkatan kempen boikot produk-produk keluaran mereka.

Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, menganggap kempen boikot itu adalah masalah terbesar jika ia benar-benar dilaksanakan.

Susulan ancaman beberapa negara termasuk Britain, beliau adakan mesyuarat Kabinet tergempar untuk cari penyelesaian.

"Jika negara di seluruh dunia setuju memboikot produk Israel maka ekonomi negara itu berada dalam bahaya," petik laporan Jpost.

Februari lalu, ancaman boikot itu disuarakan Menteri Luar Negara Amerika Syarikat (AS), John Kerry ketika menjadi perantaraan rundingan damai Israel dan Palestin.

"AS mengancam untuk memboikot segala produk Israel, jika rundingan damai Israel dengan Palestin ini gagal," katanya.

Sehari kemudian, Kesatuan Eropah (EU) menyatakan pendirian sama terhadap Israel.

Dilaporkan juga, Menteri Kewangan Israel, Yair Lapid, beberapa kali mengingatkan jika kempen boikot itu menjadi realiti terutama dari EU maka mereka akan terputus hubungan dagang terbesar di negara itu.

"Israel kemungkinan akan mengalami penurunan nilai eksport ke negara EU sehingga AS$5.7 juta (RM18 juta) dan 9,800 penduduknya akan hilang pekerjaan," menurutnya.

Bagaimanapun, Menteri Strategi Israel, Yuval Steinitz berpendapat, ancaman AS dan EU itu bersifat tidak adil dan serius.

"Israel tidak dapat berunding mengenai ancaman itu jika pistol sudah diarahkan ke kepala kami. Ini sayu ugutan," katanya dipetik Jpost

Namun, beliau kemudiannya mengeluarkan kenyataan sinis apabila menyatakan kedua-dua negara itu tidak perlu menipu diri sendiri.

"Kita seharusnya tidak menipu diri sendiri. Dunia sedang memerhati AS dalam rundingan damai ini.

"Kita harus akui jika rundingan dengan Palestin gagal, dunia akan percaya bahawa kita yang bertanggung jawab dan akan ada harga yang harus dibayar," katanya.

http://www.sinarharian.com.my/mobile/global/israel-takut-kena-boikot-1.298745


Sent from my iPhone

UMNO Online - Lebih 2,000 Jemputan Hadir Majlis Berbuka Puasa Bersama Ahli Majlis Tertinggi UMNO Semalam

Posted: 12 Jul 2014 01:01 AM PDT


KUALA LUMPUR, 26 Julai – Majlis berbuka puasa bersama Ahli Majlis Tertinggi UMNO di Dewan Tun Razak, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) hari ini  meriah dengan dihadiri oleh lebih dua ribu jemputan dari pelbagai peringkat.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bersama isteri, Datin Rosmah Mansor, Timbalan Perdana, Tan Sri Muhyiddin Yasin, Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor  dan Setiausaha Kerja UMNO Malaysia, Datuk Ab Rauf Yusoh turut hadir dalam majlis berbuka puasa tersebut,

Selain itu, turut kelihatan menghadiri mahlis tersebut  ialah mantan Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad bersama isteri,  Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Zahid Hamidi, Datuk Seri Shafie Apdal, Ketua Puteri UMNO Malaysia, Datuk Rosnah Shirlin, Ketua Pemuda UMNO Malaysia, Khairy Jamaluddin dan beberapa kenamaan lain, termasuk kakitangan ibu pejabat UMNO turut hadir bersama bagi memeriahkan majlis berbuka puasa yang menjadi acara rutin di dalam bulan Ramadan setiap tahun.

Datuk Seri Najib Tun Razak turut menyampaikan sumbangan berbentuk wang tunai dan hamper kepada lebih 100 orang anak yatim yang turut dijemput dari beberapa buah asmara anak yatim di sekitar Kuala Lumpur bagi memeriahkan lagi program berbuka puasa tersebut.

Selesai berbuka puasa, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Tan Sri Muhyiddin Yasin bersama para hadirin lain turut menunaikan solat berjemaah Marghrib dan Isyak, dan seterusnya menunaikan solat terawih di Surau Ar Rahman bertempat di PWTC. -MediaUMNO


http://www.umno-online.my/?p=89857


tetamu menunaikan solat Maghrib dan Isyak serta Teraweh berjemaah

Naib Presiden Umno DS Ahmad Zahid Hamidi turut hadir


Sent from my iPhone

The Unspinners

Posted: 12 Jul 2014 11:06 PM PDT

The Unspinners


Negaraku NGO baru muka lama, Baik namakan Liwat Ku

Posted: 12 Jul 2014 10:07 PM PDT


Semasa lagu kebangsaan dipermainkan Namewee, bendera diterbalikkan dan lain-lain penghinaan ke ats insttusi kerajaan, mana puak-puak yang ngaku kumpulan mereka kini sebagai Negara Ku?



Ini kumpan sama dan game sama ....muka-mua sama ini juga di dalam BERSIH yang kini termalu mahu ngaku bersih setelah PKR lebih kotor.









Oleh itu, apa yang dikatakan hanyalah bullshit sama ...



Bullshit yang sama dengan COMANGO, IFC, BERSIH, MPKN, Bar Council, ... semua ini Anwar Ku. Baca Sg Rapat SINI.

Liwatku pun boleh ....

Helen kata NGO ini sebenarnya Cina-cina Ku dan tak layak ngaku bangsa Malaysia

Mujahid kini digelar MUN-TAHIK, Ambiga PENAKUT takkan dating Brahim Ali

Posted: 12 Jul 2014 06:00 PM PDT


KENYATAAN MEDIA TOK HIM PRESIDEN PERKASA: 

Barisan Perpaduan Nasional (BPN) dan Perkasa bersyukur, menyambut baik dan menghargai kenyataan YAB PM Dato Seri Najib serta atas keputusan MT UMNO yg telah memberi jaminan bahawa Krajaan sahaja yg berkuasa memuktamadkan Akta Keharmonian selain menegur tingkah laku NUCC yg di'hijak'olih gulongan tertentu yg ada kepentingan jahat.

Hal ini awal2 lagi Perkasa jangkakan kerana amat mengenali sangat individu2 dlm NUCC selain yakin wakil melayu islam dlm NUCC tidak akan berperanan secara berkesan selain dari pekak dan di peralatkan. Jumlah nya lebeh kecil dari puak yg ada niat tertentu.

PM patut rombak dan susun semula anggota NUCC. Teguran mesti di sesuli dgn tindakan. Ini yg dikatakan Kepimpinan berwibawa dan tegas (providing leadership direction and firm).

BPN mengucapkan setinggi tahniah dan akan mengemukakan pandangan serta cadangan mengikut saluran yg betul.. 

BPN dlm proses menyiapkan Memorendum dan akan menghasilkan yg terbaik dan tidak terburu buru.

Ianya akan di serah pd Krajaan mengikut carat yg betul. Jaminan PM utk Menjaga Islam sbagai agama Persekutuan, Bahasa Melayu, Institusi Raja dan hak istimewa melayu & bumiputra yg menjadi asas Perlembagaan Negara adalah prinsip yg tidak akan di gugat sama sekali amat2 BPM dan Perkasa junjung dan julang.


Selain itu, Perkasa ingin mengusulkan PAS memohon pd Majlis Peguam supaya melantik Dr Mujahid Yusof Rawa sebagai 'Pegawai Barua Majls Peguam' supaya peranan nya lebeh berkesan. 

Namanya jupa patut ditukar dgn nama baru 'Muntahik' sebagai menghargai atas cadangan nya supaya Perkasa dan Isma di haramkan.


Saya juga bersetuju menukar nama saya kpd 'SAMYHIM' utk menenuhi syarat Perkasa di terima kumpulan Negaraku yg di naungi Ambiga.

Perkasa ada hak, 'the right to be heard' kerana Perkasa pertubuhan halal. Ianya juga utk menjaga kredibiliti Saudari Ambiga supaya tidak di cap 'double standard' bila bersyarat dgn Perkasa. Mana dia demokrasi, hak asasi, telus yg di perjuangkan oleh Saudari Ambiga. 

Saya harap satu hari nanti, saya dapat 'dating' dgn Ambiga utk bertukar tukar pendapat. Nama saya SamiHim dan Ambiga saya beri nama Aminah.

Proses Integrasi Nasional.


Kpd puak DAP dan Pengurusi Majlis Peguam, tolong jangan hentam saya lagi sebab saya sudah lama tukar nama dari Ibrahim Ali ke nama 'Ah Him'..

Saya lakukan ini sbagai pengorbanan utk memuaskan nafsu mereka mereka ini..

tk..dato ibrahim ali.(tok him).Perkasa.

(HARAP DPT SIAR SEPENUHNYA)

Ambiga tu bukan berani sangat. Hanya bila dikelilingi kawan-kawan dia .... Yakin dia tak berani jumpa Ibrahim Ali!!!!

Laporan M'siakini terhadap Rosmah kebudak-budakan

Posted: 12 Jul 2014 09:06 AM PDT


Berita Malaysiakini ini tidak mempunyai 'news value' melainkan melambung kata-kata Datin Seri Rosmah Mansor untuk diperolok-olokkan dan ngata-ngata.

Pasti mereka akan perolok-olak kata itu seolah-olah Rosmah tidor 4 jam sehari sebab dia kerja dan Dato Najib tak kerja.

Padahal ini hal biasa dalam hidup seorang Muslim ketika bulan Ramadhan. Bagi yang siang kerja  oun, biasanya tidor agak lambat lepas Terawih di masjid dan pagi sebelum subuh pada pukul 4.30 sudah bagun untuk sahur. Lepas sahur selalunya ditunggu hingga subuh masuk waktu.

 Datin Seri mungkin banyak mengiringi suami ke majlis berbuka dan sembahyang terawih. Pasti balaik lambat dan tidak heran dia pulang ditunggu tetamu di rumah.

Waktu siang pun mungkin dia sibuk dengan pelbagai urusan dan acara bulan puasa.

Bagi Malaysia kini mahu permainkan kata-kata Rosmah, itu jahat niat mereka. Mereka mahu ramadhan Rosmah diperolok-olokkan.

Ibadat orang pun kamu nak politik dan perolokkan. 

Khalid buka langkah ketiga silat jawa

Posted: 12 Jul 2014 07:30 AM PDT






Nampaknya Dato Seri Anwar Ibrahim dan pengampunya sudah underestimate Tan Sri Khalid Ibrahim dan gagapnya. Orang gagap sebab dia fikir lgi laju dari dia cakap.

Dalam hal bercakap, Anwar memang hebat dengan putar alam dan pembohingan demi pembohongan berbanding Khalid yang lambat bercakap dan terpilih-pilih perkataan dan ayat yang mahu dicakap. Tapi jangan pandang rendah Khalid.

Memang dia kalah di Kuala Selangor. Bukan senang bila seluruh jentera PKR dihalakan terhadap Khalid. Masaalahnya itu politik dalaman PKR tapi untuk jawatan MB, kenalah lihat percaturan dengan parti lain.

Apahal pun, jika minggu lepas Khalid sudah buka dan nampak mesra dengan ADUN-ADUN dan pemimpin UMNO negeri serta pusat, hari ini Khalid sudah buka satu lai langkah.

Satu kumpulan yang bergelar Pakatan Anak Selangor Menyokong Menteri Besar (PASMEB)elah membuat laporan polis berhubung isu tukar MB. Nama singkatan pun ada bunyi-bynyi PAS seolah Khalid disokog PAS.

Kumpulan yang diketuai oleh Wan Adnan bin Wan Abd Rahman telah membuat laporan polis di balai polis Sg Kapar berkaitan penyalahgunaan nama DYMM Sultan Selangor dalam isu tukar MB. Itu adalah signal dan langkah pembukaan Khalid itu beritahu dia punyai sokongan Sultan.

Wan Adnan membuat aduan terhadap Facebooker dan enam orang yang terlibat mengeluarkan kenyataan yang menimbulkan spekulasi mengenai perletakan jawatan Menteri Besar Selangor pada 7 Julai 2014.

Ianya seolah-olah secara tidak langsung kononnya pihak istana telah memperkenankan perletakan jawatan tersebut. Ini telah menimbulkan kegelisahan rakyat selangor dan memberikan kesan negatif terhadap pentadbiran negeri selangor. 

Mereka yang dibabitkan dalam laporan adalah 7 individu iaitu:-

1. Habib Mazlan - Facebooker
2. Najwan Halimi- Setpol Azmin Ali
3. Samsul Iskandar Mohd Akim - ahli parlimen Bukit Katil
4. Suhaimi Safie - ADUN Seri Muda
5. Abdullah Sani AP Kuala Langat
6. Rafizi ramli - AP Pandan
7. Amiruddin Shari - ADUN Batu Cave

Wan Adanan merupakan seorang perunding bebas yang juga AJK PKR Cabang Kapar dan ahli PKR Ranting Bandar Sultan Suleiman dan diam di Port Kland.


Dalam sidang media, dia mendesak PDRM mengambil tindakan kepada individu yang terlibat. Dia turut menuntut perkara ini diselesaikan dengan segera oleh  pimpinan parti terutamanya PKR bagi menjaga kedaulatan insitusi diraja dan keharmonian di selangor.

Wan Adnan mengecam 'Kajang Move' yang gagal dan menyebabkan berlaku kecelaruan dan huru hara dalam PKR Selangor.



DIpercayai Khalid akan lakukan beberapa langkah seterus kerana Anwar akan berhadapan dengan mahkamah persekutuan pada Ogos 8hb. 

Berdasarkan suara Anwar yang agak sunyi sejak isu pemilihan PKR, dia tidak ada kebolehan untuk menahan lagi hakikat bahawa sudah tersurat bagi Anwar untuk pulang ke Sg Buloh.

Setakat membaca laporan yang dia siarkan di blognya SINI, peguam Ramkarpal hanya mengulang isu basi berkenaan Tan Sri Shafee Abdullah.  Ketika mahkamah rayuan, Anwar TIDAK ADA ISSUE OF LAW yang boleh selamatkan dia ketika itu.

Apa sas untuk Putrajaya drop case dia. Ini kes mahkamahlah bodoh!!!


Pengerusi DAP Sarawak: Ingatkan LGE 2 penggal terlalu lama 'honeymoon'

Posted: 12 Jul 2014 03:30 AM PDT


Pengerusi DAP Sarawak Chong Chieng Jen membuat statemen populis menyerang Tan Sri Adenan Satem dengan mengatakan 4 bulan dalam jawatan Ketua Menteri sebagai hooneymoon.

Elok juga Chong yang juga AP Kuching patut sekali mengingatkan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng bahawa dua penggal terlalu lama buat orang Melaka kelahiran Johor Baru yang letakkan diri sebbagai Ketua Menteri Pulau Pinang.

Orang kata betulkan diri sendiri sebelum sibuk hal orang lain. RUnah sendiri perlu betul dan tersusunbaru sibuk hal rumah orang lain.

Pasti dia akan katakan sebagai rakyat negeri Kuching dia berhak menegur Ketua Menteri. Baiklah tegur mengeur, kerana kita pun mahu juga menegur CHong supaya jadi pembangkang yang baik dna tahu tempatnya.

Kerajaan PBB tidak bleh dituntut untuk menjalankan 10 point reform yang hanya agenda DAP. Kitak tahu juga DAP sedang jaja Impian Sarawak sebagai rancangan DAP untuk pendalaman.


Adakah Impian Sarawak selari dengan 10 point yang mula dibawa ke DUN Sarawak? Sepanjang yang diketahui Impian Sarawak dilaksanakan dengan DAP hanya buat pandai PC dan tuntut kerajaan tempatan buat ini dan buat itu. Lagi pun Impian Sarwak hanya untuk ssatu dua tempat... bolehlah act?

Bila kerajaan buat sesuatu yang baik untuk rakyat pendalaman, DAP jadi batu api dna hasut rrakyat untuk bangkang dan halang langsung dibakar supaya membenci kerajaan. Cara mereka bukan positif tapi negatif.

PBB tidak pun halang atau bangkang Impian Sarawak. Mereka hanya lihat saja kerana tahu ini hanya wayang kulit untuk buat rakyat mimpi dengan janji palsu. Rakyat Pulau Pinang dan Perak tahu sangat apa yang dilakukan oleh kerajaan DAP terhadap rakyat Bumiputera dan kaum minoriti India.

Bila kaum minoriti dapat kuasa, dia lupa akan majoriti rakyat lain.  

Tidak lojik untuk kerajaan pemerintah membawa agenda parti lawan. Pastilah PBB utamakan dan membawa agenda PBB yang dilihat baik untuk sarawak.


Lagi pun kalau DAP serius tentang isu-isu tender kerajaan, tender tanah, lesen membalak, kebebasan maklumat, pengagihan tanah, perumahan, engangkutan awam, pengerusi PAC, reformasi pendidikan, dan pilihanraya kerajaan tempatan, bawa bincang satu persatu dengan terperinci dan bukan mahu sogokk tanpa difahami tujuan dan perincian cadangan.


Dengan pilihanraya negeri hampir dekat, bukankah ini hanya perancangan untuk pilihanraya negeri saja? Masa inilah ada 10 point reform, masa ini juga Impian sarawak, masa inilah janji CM Iban dan masa inilah ada Melayu masuk DAP.

Tidak semu aorang bboleh diperbodohkan dengan gimik politik

.





President Bar Council cabar hakim penjara dirinya

Posted: 11 Jul 2014 11:32 PM PDT


Kenyataan President Bar Council Christopher Leong memanggil hakim mahkamah persekutuan sebagai degil tak peduli (obtuse) adalah menghina mahkamah.

Jika sebelum ini, ada seorang blogger telah dihukum 3 ulan penjara kerana hina mahkamah. Bagi kes persoal keputusan mahkamah, ada dihukum sebulan. Nampaknya Chrstopher sedang cabar Hakim Persekutuan penjara dia.


Hujah piihak yang menuntut ugama anak ditentukan oleh ibu bapa yang tidak masuk Islam hanya berasaskan hujah kontrak asal perkahwinan sepatut diguna sebagai asas untuk menguatkan anak tersebut ditentukan ugama pada ibu.

Pastilah orang ugama Islam dan peguam Islam yang sesat jiwa mereka akan kata mahkamah syariah tidak boleh melebihi mahkamah sivil.

Namun hakim persekutuan perlu ambbilkira tentang kedudukan Islam dalam persekutuan dan lain-lain hujah yang dikemukakan oleh peguam pihak bapa yang masuk Islam.

Pada kami isu ini adalah isu keluarga dan sepatutnya diselesaikan sesama sendiri. tambah lagi, isu seperti ini yang provokasi sering ditimbulkan oleh kaum India.

Apa dibawa ke mahkamah penyelesaiannya mestilah tidak setekat penyelesaian tapi untuk selesaikan hal-hal akan datang dan implikasi undang-undang yang lain.

Kata-kata President Majlis Peguam itu tidak boleh diambil mudah. Tambah lagi dia pernah mahu

Difahami sudah ada laporan polis dibuuat. Malangnya selalu lepas polis buat kes, Gani Patail tidor. Bung Mokhtar dia kejar tapi Rayer di tidak. Pastnya CHristopher pun dia malas nak buat kes.

Namun lebih elok jika peguam terlibat dalam kes membuat komplen kepada mahkamah persekutuan. Hakim boleh arahkan Gani supaya dakwa. Baca SINI

Peranan Majlis Peguam


Majlis Peguam sudah melampau. Ia dibentuk bukan untuk memantau Hakim atau menjaga KPI hakim-hakim.

President Majlis Peguam sudah melewati batasan tugas dan tanggungjawab. Majlis Peguam berfungsi mentadbir pengurusan prngamal undang-undang atau peguam berdaftar dengan Majlis tersebut dan berurusan dgn peguam kerajaan atau Jabatan Peguam Negara dalam pentadbiran undang2.

Majlis Peguam dikawal olih Legal Profession Act dan Akta ini tidak pernah memberi hak dan bidang kuasa untuk melanggar Jurisdiksi Jabatan kehakiman. Penghinaan keatas Jabatan Kehakiman terutama Hakim Mahkamah Persekutuan adalah peghinaan kepada Negara.

Akts hasutan bolih dipakai kerana ungkapan President tersebut berbau politik dan malicious. Art 126 Perlembagaan Persekutuan memberi kuasa  kepada tiga peringkat Hakim i) Mah Persekutuan..ii) Mah Rayuan iii) Mah Tinggi..untuk menghukum sesiapa yg menghina Mahkamah (Hakim).

Sepatutny aMajid Peguam ambil tindakan terhadap mereka-mereka seperti kumppulan Loyar Burok  yang memberi ruang dan mengapikan orang ramai mengkritik keputusan Mahkamah Perseketuan dalam isu Kalimah Allah.

Mereka menjadi conduit untuk orang awam public tidak menghormati judiciary. Ianya bertentangan dengan prinsip rukunegara "Keluhuran undang-undang' dan Mahkamah Tertinggi sebagai "finality of legal disputes" Kalau tidak, litigants akan terus menyalahkan Mahkamah.....

Pandangan mereka seperti Shanmugan , Art Harun, Harris Ibrahim dan lain-lain yang sering merupakan tangan-tangan sama dengan Bar Council, COMANGO, BERSIH,MPKN, KEs Lina Joy, Kalimah allah dll.

ANGIN PERUBAHAN

Posted: 12 Jul 2014 09:35 PM PDT

ANGIN PERUBAHAN


Gerakan Bidas Guan Eng Pasal Gelandangan

Posted: 12 Jul 2014 05:48 AM PDT



PenangWasabi

Posted: 12 Jul 2014 09:26 PM PDT

PenangWasabi


Rafizi punca kemelut PKR?

Posted: 12 Jul 2014 09:40 AM PDT


Pengarah Strategi Parti Keadilan Rakyat (PKR), Rafizi Ramli sewajarnya dipecat daripada parti itu kerana melaksanakan 'Langkah Kajang' yang menjadi punca perbalahan dan kemelut dalaman PKR.

Ahli PKR cabang Subang, Mohd. Shahril Panjang Rani berkata, Langkah Kajang telah mencetuskan perbalahan dan pergaduhan antara pengikut Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dengan Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali.

"Kita meminta Presiden PKR, Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail untuk memecat Rafizi dari jawatan Pengarah Strategi dan ambil tindakan disiplin terhadap beliau.

"Strategi Rafizi hanya merosakkan imej dan perpaduan dalam parti, Rafizi wajar dihukum kerana telah merosakkan parti dengan strategi putar belit beliau," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Menurut Mohd. Shahril, Langkah Kajang yang dicipta oleh Rafizi bersama Abdul Rahim Ghouse merupakan bencana politik kepada PKR dan pengkhianatan terhadap parti.

"Kita mahu Datin Seri Wan Azizah, selaku Presiden PKR dengar dan bertindak atas suara akar umbi parti PKR, jangan pula mahu pecat ahli-ahli yang bersuara untuk selamatkan parti.

"Kita semua sayangkan parti, jangan pecat kita jika bercakap benar, jika mahu pecat ahli-ahli yang bersuara demi untuk kebaikan parti, maka di mana keadilan yang diuar-uarkan," katanya.

Penang Wasabi..

GERAKAN ANTI PKR

Posted: 12 Jul 2014 09:09 PM PDT

GERAKAN ANTI PKR


PKR PARTI HARAMJADAH : 3 BULAN PEMILIHAN MASIH TAKDE KEPUTUSAN !

Posted: 12 Jul 2014 09:23 AM PDT

BERANI MEMBUAT PILIHAN...

Posted: 12 Jul 2014 03:42 PM PDT

BERANI MEMBUAT PILIHAN...


JAKIM nafi pasaraya Giant jual ayam yang ditebuk

Posted: 12 Jul 2014 09:30 AM PDT

SHAH ALAM: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) menafikan sebuah pasar raya di sini menjual ayam yang ditebuk leher dan disembelih tidak mengikut kaedah Islam.

Penolong Pengarah Cawangan Pemantauan dan Penguatkuasaan Bahagian Hab Halal Jakim, Muhammad Naim Mohd Aziz berkata pihaknya dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan telah memeriksa pasar raya berkenaan dan mendapati ayam yang diperoleh dan dijualnya adalah halal dan mematuhi syarak.

"Kita mendapati pembekal ayam ke pasar raya ini kesemuanya adalah pemegang sijil halal yang sah dan tidak ada sebarang keraguan yang timbul.

"Justeru Jakim ingin menasihati orang ramai supaya tidak ragu dan bimbang terhadap produk yang dijual di pasar raya ini kerana ia mempunyai sijil dan logo halal yang disahkan Jakim," katanya kepada pemberita selepas menjalankan pemeriksaan di pasar raya berkenaan, Sabtu.

Beliau berkata pemeriksaan dibuat setelah pihaknya menerima laporan berhubung penyebaran foto seekor ayam yang tersebar luas di Facebook Jumaat, yang ayamnya dikatakan ditebuk di bahagian leher dan tidak disembelih mengikut kaedah Islam.

Bintang Playboy cuba cemar maruah Neymar

Posted: 12 Jul 2014 07:01 AM PDT

Patricia Jordane dikatakan cuba cemar imej Neymar.

Sao Paulo: Penyerang Brazil, Neymar menang dalam rayuannya di mahkamah supaya majalah Playboy edisi tempatan keluaran Jun yang dikatakan memaparkan foto ghairah bekas teman wanitanya, ditarik balik dari jualan.

Mahkamah negeri di Sao Paulo dalam keputusannya kelmarin, setuju semua naskhah majalah yang memaparkan model Patricia Jordane sebagai 'Si cantik berambut perang yang menggembirakan Neymar' di muka depan perlu ditarik balik daripada edaran serta merta.

Keputusan itu bagaimanapun boleh dirayu, kata jurucakap mahkamah kepada Reuters. Kelab peminat rasmi Neymar, meraikan keputusan mahkamah itu dan berkata penerbit majalah itu hanya 'bercakap sesuatu yang tidak betul' mengenai bintang bola sepak itu selain 'juga menggunakan namanya tanpa kebenaran.'

Masih beredar di pasaran

Wakil akhbar untuk Editora Abril, penerbit majalah Playboy do Brasil, berkata kelmarin mahkamah masih belum menyatakan secara rasmi mengenai keputusan terhadap majalah itu, justeru edisi berkenaan masih ada dijual.

Mahkamah memutuskan 10,000 real (RM13,593) denda sehari akan dikenakan sekiranya arahan berkenaan tidak dipatuhi.

Brazil akan menentang Chile awal pagi esok di Belo Horizonte pada pertemuan 16 pasukan terakhir Piala Dunia. Neymar ialah penjaring bersama terbanyak temasya dengan empat gol pada peringkat kumpulan. - REUTERS
disableSelection(document.body) //disable text selection on entire body of page

Hembus nafas terakhir ketika sujud

Posted: 12 Jul 2014 05:19 AM PDT

IMAM 1 Masjid Al-Ghaffar menunjukkan tempat Mohamed Nor ditemui rebah ketika sujud. FOTO Nur Ain Musdad
Jasin: Seorang jemaah lelaki warga emas dipercayai meninggal dunia ketika sedang menunaikan solat Maghrib di Masjid Al-Ghaffar, di sini, malam tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 7.45 malam, mangsa Mohamed Nor Abu, 72, yang juga pesara guru berada di saf hadapan sedang melakukan sujud yang terakhir sebelum rebah secara tiba-tiba.

Imam 1 Masjid Al -Ghaffar Muhamad Adib Hatim berkata, beliau menyedari kejadian sebaik selesai mengimamkan solat fardhu itu.

"Selesai sahaja mengimamkan solat, saya terlihat mangsa sudah rebah dan ketika itu jemaah lain mula mendapatkannya.

"Mulanya kami sangka mangsa pengsan namun disahkan meninggal dunia oleh pihak polis dan hospital yang datang tidak lama kemudian," katanya ketika ditemui di Masjid Al-Ghaffar, di sini.

Muhamad Adib berkata, dia tidak menyangka kejadian itu berlaku memandangkan sebelum itu mereka berbuka bersama di masjid berkenaan.

"Ketika berbuka, arwah berbual seperti biasa dengan dan tidak menunjukkan sebarang perubahan namun tidak menyangka perbualan itu adalah yang terakhir kalinya.

"Ini adalah kejadian pertama berlaku di masjid ini dan diharapkan dapat menjadi pengajaran kepada dan tauladan kepada orang lain. Tidak semua orang dapat merasai pemergian yang baik seperti dialami arwah ini di dalam bulan Ramadan," katanya.

Allhayarham yang menetap di Taman Maju meninggalkan seorang balu dan lima anak.
Jenazahnya dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Taman Maju.

Pemandu tonton video lucah dalam teksi

Posted: 12 Jul 2014 01:01 AM PDT


Seorang penumpang telah menfailkan aduan terhadap syarikat teksi Premier apabila salah seorang pemandunya menonton filem lucah ketika memandu.

Menurut laporan Lianhe Wanbao melalui AsiaOne, Chen Zhi Yong, 30 mendakwa pemandu tersebut menonton hampir 10 minit ketika perjalanannya dari Amoy Street Food Center ke Empress Place Market dan Food Center yang mengambil masa 25 minit.

En. Chen memberitahu wartawan bahawa beliau amat terkejut apabila melihat wanita bogel dalam skrin iPad yang dilekatkan pada stereng teksi berkenaan. Tambahnya lagi, bunyi dari filem tersebut membuatkan beliau rasa tidak selesa.

Beliau merasakan sikap sedemikian bukan sahaja membahayakan dirinya, malah kepada pemandu dan pengguna jalan yang lain.

Akhbar tersebut menyebut, jurucakap dari syarikat teksi sebagai berkata perkara itu sekarang dalam siasatan dan tindakan akan diambil jika ianya benar-benar terjadi.

Pelakon filem Harry Potter meninggal dunia

Posted: 11 Jul 2014 10:43 PM PDT

New York - Pelakon David Legeno yang melakonkan watak sebagai manusia serigala dalam filem "Harry Potter", ditemui meninggal dunia di daerah Death Valley, kata pihak berkuasa California, Jumaat.

Ketua Polis Inyo County berkata, mayat Legeno (50) ditemui oleh pejalan kaki pada pagi hari tersebut, dan dipindahkan menggunakan helikopte.

"Legeno disyaki meninggal akibat diserang demam panas, tetapi pemeriksaan forensik sedang dilakukan untuk mengetahui punca sebenar kematiannya. Tiada tanda-tanda kekerasan ditemui," kata pihak polis.
Bintang berbadan tegap kelahiran London itu adalah petinju profesional dan atlet bela diri yang melakonkan watak sebagai Fenrir Greyback, manusia serigala yang ganas dalam  film Harry Potter.

Ia juga tampil dalam beberapa siri television dan film termasuklah "Snow White and the Huntsman", "Snatch", "Centurion" dan "Batman Begins".

Ditangkap khalwat selepas lari rumah

Posted: 11 Jul 2014 10:20 PM PDT

Gambar hiasan
Kuala Lumpur: Tindakan polis menahan sepasang kekasih di Kajang di sini, awal pagi semalam, membongkar tindakan remaja perempuan berusia 14 tahun itu lari dari rumah.

Dalam kejadian jam 4 pagi itu, anggota polis dikatakan menahan remaja perempuan itu selepas didapati berdua-duaan bersama teman lelakinya berusia 17 tahun.

Ketua Polis Daerah Kajang Asisten Komisioner Ab Rashid Ab Wahab berkata, polis yang menjalankan pemeriksaan mendapati remaja perempuan itu lebih sebulan melarikan diri dari kediaman neneknya di Bangi di sini.

Menurutnya, polis kemudian menghubungi ahli keluarga remaja itu sebelum membawa kedua-dua mereka ke Balai Polis Kajang.

"Soal siasat dijalankan juga mendapati remaja perempuan terbabit mengaku sudah melakukan hubungan seks lebih tujuh kali.

"Terbaru, mereka melakukan hubungan terlarang itu Selasa lalu. Perkara itu turut disahkan doktor Hospital Kajang yang melakukan pemeriksaan kesihatan terhadap remaja terbabit," katanya.

Wanita mahu kahwin empat untuk kepuasan nafsunya

Posted: 11 Jul 2014 09:01 PM PDT

Harare: Seorang wanita yang sudah mempunyai suami, berhasrat berkahwin dengan dua lagi lelaki.

Dukun wanita yang berusia 57 tahun itu, Emma Chaleka berkata, memang menjadi impiannya untuk mempunyai empat suami.

Menurutnya, dia akan menambah bilangan suaminya itu jika mereka sanggup hidup dengan aman di bawah satu bumbung dan menghormati apa yang dianggapnya sebagai 'tugas' masing-masing.

Emma mendakwa suami pertamanya, Never Mudenda yang memperkenalkan dia kepada suami keduanya, Sikabenga Pendasi, 55.

Disebabkan amalan luar biasa yang diamalkannya, perkahwinannya menjadi 'buah mulut' masyarakat di bandar di Gadzema.

Pendasi berkahwin dengan Emma di hadapan saksi yang juga jiran mereka dengan membawa seekor ayam sebagai hantaran.

Bagaimanapun, keadaan bertukar menjadi huru-hara apabila suami pertamanya mula cemburu terhadap suami baru isterinya itu.

Mudenda dan anaknya kemudian menyerang Pendasi. Kerana tidak mahu anak-anaknya dipenjara, Emma memujuk suami keduanya supaya tidak melaporkan kejadian itu kepada polis. Emma sebelum itu mempunyai 11 anak hasil perkahwinan dengan seorang lelaki yang sudah meninggal dunia, selain dua lagi dengan Mudenda. - Agensi

Model Estonia dibunuh, luahan kerabat diraja, Tengku Alang di FB

Posted: 11 Jul 2014 07:01 PM PDT

Regina Soosalu, warga Estonia teman wanita seorang kerabat diraja ditemui dibunuh di Pulau Rawa, Mersing.

Ia menimbulkan persoalan kerana pada awalnya dikatakan mati lemas apabila mayatnya ditemui di pantai pulau itu pada 1 Julai lalu, setelah tiba di pulau berkenaan. Namun polis kini sedang menyiasat kematiannya sebagai bunuh di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan selepas menemui kecederaan "mencurigakan" pada badannya.

Setakat ini dua lelaki direman oleh mahkamah Kota Tinggi kerana kes tersebut dan seramai tujuh individu dibawa untuk membantu siasatan. Menurut laporan mStar, Tengku Alang Reza Ibrahim yang dikatakan teman Regina Soosalu mendiamkan diri berhubung kematian itu di akaun Facebooknya sehingga Selasa.

Sumber memberitahu bahawa dia amat terganggu untuk menceritakan mengenai perkara tersebut. Tengku Alang Reza menyifatkan insiden itu sebagai "tragedi paling buruk di dalam hidupnya".

"Cinta saya, Regina meninggal dunia pada 1 Julai lalu, di bulan suci Ramadan. Dia adalah cinta hati saya, rakan baik saya, dan saya akan terus menjadi inspirasi buat saya," kata Tengku Alang Reza di Facebooknya.

"Hatinya dipenuhi dengan kehebatan, cinta dan belas kasihan untuk semua mahkluk dan kehidupannya sendiri." Hanya kata-kata berikut, kata-kata ungkapan selamat tinggal Tengku Alang Reza kepada Regina Soosalu. "kata-kata tidak dapat meluahkan kekosongan dan kesengsaraan yang saya rasai.

Hanya ucapan perpisahan buat masa ini, tidak akan selamat tinggal. Hingga kita berjumpa lagi, saya mencintaimu My Baby, akan sentiasa di hati saya."

Pensyarah seluar dalam

Posted: 11 Jul 2014 06:01 PM PDT

Sekadar gambar hiasan
Leeds – Seorang profesor menggunakan kaedah tersendiri untuk mengajar. Namun kaedah yang digunakannya itu nyata menyebabkan pelajarnya terkejut dan hampir pitam.

Profesor tersebut Dr. Ian Lamond, mengajar dengan hanya memakai seluar dalam kepada pelajar tahun satu di universiti terbabit.

Kejadian pelik ini berlaku kerana Lamond beranggapan ia adalah kaedah untuk memberikan motivasi kepada pelajarnya terutama bagaimana cara untuk mendapat kaedah penjualan yang menarik.

Tetapi pelajar Lamond tidak beranggapan begitu sebaliknya mereka terkejut dan menggelarnya gila.

Malah aksinya membuka baju hingga tinggal seluar dalam itu dirakamkan pelajarnya dengan ada antara mereka yang terpinga-pinga dan tidak kurang juga yang ketawa.

Susulan itu, pihak universiti kini sedang menjalankan siasatan namun mereka tidak menggantung tugas Lamond.

Lamond, 51, menamatkan PHD dalam bidang polisi seni dan kebudayaan di Universiti Sheffield Hallam pada 2012 dan masih menuntut dalam bidang aktivism politik.

Susulan ayam 'tebuk' di Giant, JAKIM mohon tunggu pengumuman rasmi

Posted: 11 Jul 2014 05:31 PM PDT

Berita terkini isu ayam tebuk leher di pasaraya Giant tersebar dilaman sosial. Pada 11 Julai 2014, pengguna laman sosial digemparkan dengan penyebaran foto seekor ayam yang telah ditebuk dibahagian leher dan bukannya disembelih mengikut kaedah Islam.

Menurut Islam, ayam yang dibunuh secara kejam dan menyeksakan adalah haram untuk dimakan.

Susulan itu, pihak JAKIM menerusi kenyataan rasmi telah menerima laporan orang ramai mengenai isu ayam tebuk dan kini sedang menyiasat dakwaan tersebut.


Kenyataan Rasmi JAKIM Malaysia



Ibu lima anak cedera, mercun meletup di tangan

Posted: 11 Jul 2014 05:11 PM PDT

KOTA BHARU - Seorang ibu kepada lima anak cedera di mata kanan dan jari tangan kiri apabila mercun bola yang dinyalakan meletup di tangannya di Kampung Pasir Dusun, Jeli, semalam.

Dalam kejadian 12.30 tengah hari itu, Fakariah A'alrinah Jusoh, 42, yang sedang menoreh getah di kebun miliknya terdengar ngauman harimau dan bertindak menyalakan mercun tersebut bagi menakutkan haiwan berkenaan kerana bimbangkan keselamatan diri dan anaknya.

Katanya ketika kejadian, anaknya Muhammad Zikri Haziq Muhammad Ruzali, 3, sedang tidur di bangsal di dalam kebun berkenaan.

"Saya dengar bunyi harimau dan sebab bimbangkan keselamatan kami, saya nyalakan mercun tetapi saya tidak sempat lempar, mercun meletup.

"Selepas terkena mercun saya tidak sedarkan diri buat seketika, setelah sedar saya terus menghubungi anak (melalui telefon)," katanya kepada pemberita di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZII) di sini, hari ini.

Katanya dia membawa mercun bola itu ketika menoreh untuk menghalau binatang buas seperti babi dan harimau.

Fakariah merupakan mangsa ketiga akibat mercun di Kelantan bulan ini, selepas kejadian pertama pada 4 Julai lalu yang menyaksikan seorang pelajar lelaki tingkatan dua di Kampung Luar Gual Periuk, Rantau Panjang putus tiga jari tangan kanan.

Pada 5 Julai lalu pula seorang remaja lelaki berusia 17 tahun hilang kesemua jari tangan kanannya akibat letupan mercun jenis bola di Kampung Berangan Apam, Pasir Mas. - Bernama

Tiada pelawaan ke atas Khalid sertai UMNO - Najib

Posted: 11 Jul 2014 05:06 PM PDT

KUALA LUMPUR 11 Julai - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, tiada sebarang pelawaan dibuat kepada Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim untuk menyertai UMNO dan sebarang spekulasi mengenainya adalah tidak berasas.

Desas-desus mengenai Abdul Khalid yang kini karier politiknya sedang 'dibunuh' partinya sendiri berkemungkinan menyertai UMNO tersebar apabila beliau dilihat mesra dengan Perdana Menteri pada Majlis Berbuka Puasa Bersama Rakyat Selangor semalam.

"Dia kata dia hadir dan hormati saya sebagai ketua kerajaan di peringkat Pusat. Saya pula hormati dia selaku ketua kerajaan negeri. Tiada apa, saya tak pelawa dia masuk UMNO pun," katanya dalam nada jenaka dalam sidang akhbar di ibu pejabat UMNO di sini hari ini.

Kepada soalan sama ada berlaku pertemuan empat mata antara beliau dengan Abdul Khalid selepas majlis itu semalam, Najib yang juga Presiden UMNO berkata: "Tiada perjumpaan empat mata. Ribuan orang ada di situ. Pertemuan ribuan mata yang ada."

Sementara itu, Najib memberitahu, tempoh persidangan perwakilan bahagian yang sepatutnya berakhir 14 September ini akan dilanjutkan sehingga 30 September berikutan tarikh Perhimpunan Agung UMNO telah ditetapkan pada 25 hingga 29 November.

Utusan

Rafizi punca kemelut PKR - Akar Umbi

Posted: 11 Jul 2014 05:01 PM PDT

KUALA LUMPUR 11 Julai - Pengarah Strategi Parti Keadilan Rakyat (PKR), Rafizi Ramli sewajarnya dipecat daripada parti itu kerana melaksanakan 'Langkah Kajang' yang menjadi punca perbalahan dan kemelut dalaman PKR.

Ahli PKR cabang Subang, Mohd. Shahril Panjang Rani berkata, Langkah Kajang telah mencetuskan perbalahan dan pergaduhan antara pengikut Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dengan Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali.

"Kita meminta Presiden PKR, Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail untuk memecat Rafizi dari jawatan Pengarah Strategi dan ambil tindakan disiplin terhadap beliau.

"Strategi Rafizi hanya merosakkan imej dan perpaduan dalam parti, Rafizi wajar dihukum kerana telah merosakkan parti dengan strategi putar belit beliau," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Menurut Mohd. Shahril, Langkah Kajang yang dicipta oleh Rafizi bersama Abdul Rahim Ghouse merupakan bencana politik kepada PKR dan pengkhianatan terhadap parti.

"Kita mahu Datin Seri Wan Azizah, selaku Presiden PKR dengar dan bertindak atas suara akar umbi parti PKR, jangan pula mahu pecat ahli-ahli yang bersuara untuk selamatkan parti.

"Kita semua sayangkan parti, jangan pecat kita jika bercakap benar, jika mahu pecat ahli-ahli yang bersuara demi untuk kebaikan parti, maka di mana keadilan yang diuar-uarkan," katanya.

Laporan Gaza oleh Singapura macam gampang!

Posted: 11 Jul 2014 04:02 PM PDT

Telah diketahui, negara jiran Malaysia, Singapura merupakan sekutu kuat negara Israel di Asia.

Tahukah anda, di Singapura ada ditempatkan pejabat ejen risikan negara zionis itu, Mossad ?

Itu mencerminkan hubungan baik antara kedua negara itu sehingga Singapura juga digelar Israel Asia Tenggara kerana memiliki sikap yang hampir sama.

Oleh kerana itu, laporan berita dari Singapura berkaitan serangan yang dilancarkan Israel ke atas Palestin telah disampaikan dengan cara yang agak pelik.

Dalam satu laporan berita berkaitan serangan, berita dari sebuah stesen televisyen di negara itu memaklumkan bahawa negara Singapura amat prihatin dan menyifatkan 'serangan' terhadap Israel oleh Palestin perlu segera dihentikan.

"Israel perlu menahan diri, elak kematian orang awam," menurut perkataan tertera di paparan grafik laporan berkenaan.

Kebanyakan masyarakat dunia ketika ini jelas dengan keadaan yang berlaku bahawa Israel yang merampas sebahagian tanah milik Palestin untuk mewujudkan negara Yahudi kini menyerang negara Israel ekoran kerakusan dan kekejaman mereka ke atas Islam.

Apa yang berlaku sekarang sebenarnya, negara Islam Palestin sedang berhadapan dugaan hebat mempertahankan bumi mereka daripada pencerobohan Israel dan juga mempertahankan Islam daripada terus dihina dengan kejam.

Kebebasan rakyat Palestin yang tidak berdosa disekat dengan pembinaan tembok besi mengelilingi Semenanjung Gaza bagi kononnya mengelakkan serangan dari Palestin tetapi sebaliknya bagi memudahkan mereka membunuh penduduk Islam Palestin.

Tidak cukup dengan pejuang Hamas yang menjadi mangsa serangan, wanita dan kanak-kanak juga turut terkorban dalam keadaan menyayat hati daripada serangan udara yang dilaksanakan bertubi-tubi itu.

Dilaporkan media antarabangsa, sehingga kini angka kematian warga Palestin sudah pun dikatakan mencecah lebih 700 orang sejak serangan dilancarkan awal minggu ini.

Sudah menjadi tanggunjawab Singapura yang menjadi sekutu kuat kuasa jahat dunia itu untuk memberikan laporan berita yang menyebelahi rejim Zionis itu.

Dikhabarkan kini, pihak Israel sedang mengumpulkan kira-kira 40,000 askar dan kereta perisai bagi melaksanakan peringkat seterusnya serangan iaitu serangan darat. – MYNEWSHUB.MY

Apa Yang Tersirat

Posted: 12 Jul 2014 01:48 PM PDT

Apa Yang Tersirat


Rumusan Lawatan PM Ke Sabah

Posted: 12 Jul 2014 07:38 AM PDT

8 Ogos: Anwar Kemukakan Alibi Untuk Tangguh Pengurusan Rayuan Kes Liwatnya?

Posted: 11 Jul 2014 10:57 PM PDT

Anwar sinonim dengan penangguhan jika membabitkan dirinya. Sodomi II ditangguhkan puluhan kali sebelum boleh dibicarakan. Berbagai alasan dikemukakan termasuk sakit, mahu melucutkan pendakwaraya, mempersoalkan dokumentasi dan sebagainya.

8 Ogos selepas umat islam menyambut Hariraya Idulfitri; pengurusan rayuan 5 tahun penjara Anwar atas sebab meliwat akan disebut; ramai yang curiga bahawa pengurusan kes itu akan tertangguh lagi, kerana mungkin Anwar sakit atau peguambelanya tidak dapat hadir kerana masalah yang direka khas,

Pada 7 Mac lalu, Mahkamah Rayuan mengubah keputusan Mahkamah Tinggi dan mensabitkan Anwar dengan pejara 5 tahun; namun hukuman itu dibenar ditangguhkan sementara menunggu rayuan tertuduh ke Mahkamah Persekutuan.

Anwar bebas dengan ikat jamin RM10,000 dan seorang penjamin.

Mahkamah Rayuan di Putrajaya mendapati bahawa terbukti meliwat bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan, 26, di sebuah unit pangsapuri Desa Damansara di Bukit Damansara antara 3.10 petang dan 4.30 petang 26 Jun 2008.

PEJUANG BANGSA

Posted: 12 Jul 2014 11:16 AM PDT

PEJUANG BANGSA


Kelab Putera 1Malaysia &Biro Kebajikan Umno hantar misi bantuan kemanusiaan GAZA

Posted: 12 Jul 2014 09:45 AM PDT



SEREMBAN - Kelab Putera 1Malaysia membuka bilik gerakan misi bantuan kemanusiaan ke Gaza bertempat di Sekretariat Kelab Putera 1Malaysia di Kuala Lumpur, kata Pengerusinya Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim.
   
 Beliau berkata orang ramai yang ingin menghulurkan bantuan kewangan serta barangan seperti pakaian, selimut, ubat-ubatan dan peralatan lain boleh berbuat demikian melalui sekretariat itu yang terletak di Kampung Attap.
   
 Kelab Putera 1Malaysia boleh dihubungi di talian 03-22736004

 Beliau mengagihkan buah kurma, air zam zam dan pakaian kepada imam dan anggota jawatankuasa masjid di Negeri Sembilan di sini hari ini.
   
 Turut hadir Menteri Besar Datuk Seri Mohamad Hasan.
 
 Abdul Azeez juga berkata Biro Kebajikan Umno dengan kerjasama Kelab Putra 1Malaysia dan Aman Malaysia akan menghantar pasukan misi bantuan kemanusiaan ke Gaza tidak lama lagi apabaila mendapat pelepasan pihak berkuasa.
   
 Bantuan dari Wisma Putra dan kerajaan Mesir akan dipohon untuk membolehkan misi berkenaan memasuki Gaza melalui Rafah, katanya.
   
 "Saya juga menjemput doktor pakar pelbagai bidang perkhidmatan dari negara ini untuk ke Gaza," katanya. - Bernama

PENDUDUK KG SELAMAT MENGAMUK LADANG BABI , DESAK KERAJAAN DAP PINDAHKAN @dzainalabidin

Posted: 12 Jul 2014 12:56 AM PDT


TASEK GELUGOR - Lebih 200 penduduk Kampung Selamat, di sini mengadakan perhimpunan secara aman hari ini bagi membantah ternakan babi di kawasan itu dan meminta kerajaan negeri memindahkannya ke kawasan lain.

Pengerusi Kariah Masjid Kampung Selamat Ismail Hassan, 49, berkata penduduk kampung itu sudah hilang sabar setelah sekian lama berdepan dengan masalah ladang babi terutama pencemaran bau busuk dan air dari sisa kumbahan ladang itu. 

Kumpulan berkenaan yang berarak sejauh 100 meter dari Masjid Kampung Selamat ke pekarangan Sekolah Menengah Kebangsaan Kampung Selamat turut menyerahkan memorandum mengenai bantahan itu kepada Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Industri Asas Tani, Pembangunan Desa dan Kesihatan negeri Dr Afif Bahardin yang turut berada di situ.

"Saya mewakili penduduk Kampung Selamat hari ini mahu menyuarakan rasa tidak puas hati penduduk pelbagai kaum yang kurang selesa dengan keadaan ini kerana tidak tahan dengan persekitaran ini.

"Diharapkan selepas penyerahan memorandum ini, pihak berkenaan terutama kerajaan negeri dapat mengambil tindakan sewajarnya agar kehidupan kami lebih berkualiti," katanya kepada pemberita selepas perhimpunan aman itu, di sini hari ini.

Bantahan itu juga diadakan selepas seorang pelajar di Sekolah Kebangsaan Kampung Selamat Muhammad Ammar Muqrish Zulkifli, 12, disahkan dijangkiti virus Ensefalitis Jepun (JE) baru-baru ini.  



Seorang penduduk Mohd Firdaus Daud, 29, berkata mereka juga mahu kerajaan negeri pimpinan DAP mempelajari kaedah menternak babi seperti yang dilakukan di Selangor iaitu menggunakan teknologi dengan sistem penghapus bau dan sisa kumbahan yang lebih baik.

"Kami menyeru kerajaan Pulau Pinang mengambil tindakan segera (isu penternakan babi) dan mendengar rintihan kami yang mahukan udara segar dan suasana nyaman. Mereka sepatutnya pelajari  teknologi menternak babi seperti diamalkan di Selangor," katanya.

Kamarudin Salleh, 46, pula berkata penduduk di Kampung Selamat telah sekian lama menderita dengan bau busuk dari kandang babi berkenaan terutama pada waktu pagi dan malam, dan ia mengganggu keselesaan penduduk.

Sementara itu, Dr Afif berkata pihaknya akan meneliti dan mengkaji pandangan dan suara penduduk Kampung Selamat itu.

"Isu memindahkan ladang babi ini bukanlah sesuatu yang baharu dan kami sudah bawa kepada jawatankuasa aduan untuk meneliti perkara ini namun belum dapat direalisasikan kerana beberapa perkara berbangkit," katanya.

Terdapat 84 ladang babi yang mempunyai populasi kira-kira 100,000 ekor babi di kawasan Kampung Selamat itu. - Bernama




Pengikut