bumiyang Posted: 13 Jul 2014 03:28 AM PDT |
Belantan Posted: 13 Jul 2014 12:04 AM PDT Adakah MCA hanya bunga hiasan didalam pasu? Posted: 12 Jul 2014 08:58 AM PDT Sebuah akhbar berbahasa Cina mendakwa masyarakat Cina di negara ini memperlekehkan kemasukan semula MCA ke dalam Kabinet dengan menganggap parti itu telah melanggar janji-janji yang dilafazkan sebelum Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) lalu. Artikel bertajuk, ' MCA masuk Kabinet seperti bunga hiasan dalam pasu', merupakan pandangan Choon Kok Boon yang disiarkan dalam ruangan Kedai Kopi Orang Ramai halaman C15 akhbar tersebut. Ketua Pemuda MCA, Chong Sin Woon ditegur kerana terlalu ghairah dan bergembira dengan jawatan-jawatan yang diberikan itu sehingga memuat naik status dalam laman sosial, Facebook, "kembali semula ke Kabinet, tawan kembali kawasan lama yang hilang". Akhbar itu turut meragui kenyataan presiden parti, Datuk Seri Liow Tiong Lai yang kononnya MCA menyertai semula Kabinet kerana mahu memberikan perkhidmatan terbaik kepada masyarakat Cina, seolah-olah menunjukkan bahawa setiap ahli parti yang diketuainya itu amat setia dan prihatin terhadap segala kebajikan kaum berkenaan. Semasa kegemilangan MCA antara 2004 dan 2008, iaitu mempunyai empat jawatan menteri dan sembilan jawatan timbalan menteri (4+9) yang membawa maksud mereka lebih berkuasa dan mampu memberikan perkhidmatan terbaik kepada Cina tetapi masih tetap ditolak sepenuhnya oleh kaum itu dalam PRU-12, inikan pula jika dibandingkan dengan situasi terkini (2+3). Penulis mengandaikan tindakan MCA menyertai Kabinet itu seperti orang tua yang terlalu uzur, tanpa sebatang gigi pun, berjalan begitu lemah dengan bertongkat dalam perjalanan ratusan kilometer hanya untuk mempertahankan sebuah tanah perkuburan Cina. Mungkin MCA akan bangkit berkuasa selepas menyertai Kabinet, namun segalanya bergantung kepada keberkesanan gandingan menteri dan timbalan itu dalam mempengaruhi polisi dan dasar kerajaan yang secara realitinya mustahil untuk dilakukan oleh mereka. Tiong Lai diberi jawatan Menteri Pengangkutan, tetapi sebenarnya hal ehwal pengangkutan telah dikawal dan dikuasai sepenuhnya oleh jawatankuasa pengangkutan darat yang ditubuhkan. Rahsia bahawa beliau Menteri Pengangkutan tetapi tidak berkuasa sepenuhnya telah diketahui umum. Semuanya, bermula dengan perancangan pengangkutan awam hingga kelulusan pengeluaran lesen kenderaan perdagangan bukan dalam bidang kuasanya, namun terdapat satu perkara yang dikuasai oleh Tiong Lai iaitu keputusan mengenai tender pengeluaran nombor plat kenderaan. Kelak apabila sesiapa mahu mengambil tender nombor plat, Tiong Lai boleh melakukan dengan tangannya sendiri, tanpa perlu minta pihak lain membantu, umpama dari tangan kiri campak ke tangan kanan. Bagaimanapun, nasib Tiong Lai lebih baik daripada timbalannya, Datuk Dr. Wee Ka Siong yang sehingga kini masih belum mengetahui portfolio dan bidang kuasanya, lebih teruk lagi kerana Pejabat Perdana Menteri yang sesak, menyebabkannya buat sementara waktu terpaksa ke pejabat lama Kementerian Pembangunan Usahawan. Dalam masa beberapa hari ini, MCA cuba berlagak seperti pahlawan bangsa apabila membangkitkan isu guru-guru di bahagian pendidikan Cina dengan mengasak Timbalan Menteri Pendidikan, Datuk Mary Yap Kain Ching. Mereka terlupa bahawa orang paling berkuasa di kementerian itu adalah Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan sekali lagi terlupa bahawa sebelum ini MCA dipertanggungjawabkan sebagai Timbalan Menteri Pendidikan bagi menjaga kebajikan guru-guru Cina. Suara Politik Belantan | |
sekupangdua Posted: 12 Jul 2014 11:46 PM PDT ALFATIHAH... SERANGAN LANUN DISABAH! ANGGOTA KESELAMATAN TERKORBAN? Posted: 12 Jul 2014 05:53 PM PDT Terkini berita yg diterima menyedihkan. Ada anggota leselamatan yg dikatakan terkorban angkara Lanun atau pun pengganas dari Philipina seperti peristiwa hitam sebelum ini di lahat datu yg membabitkan pengganas sulu. Apa pun kita tunggu tindakan dan hebahan yang lebih terperinci. Apa pun disini teman butirkan maklumat yg diterima..
Al-fatihah.. Anggota esszone / RH 40
01). Kpl 151279 ab.rajah b. Jamuan ( d tembak ) -32 tahun -Islam -Berkhwin -Isteri - salamah bti amad -Tempat betugas sblm - ppm kg acheh - Jwtn k63 skrg - jurumudi kpl rondaan air 1, (6) balai polis pu mabul - alamat - kg Bubul batu 2 smporna sabah.
02. Konst 176543 zakiah bin aleip - 26 tahun - bajau -islam - berakhwin ( 1 anak ) - isteri - sharifah erna bti berson - tempat betugas sblm - ppm w1 p.pinang -Jwtn skrg konst radar ploter bot RH 40, unit pencegahan jenayah perairan ( marin ) balai polis pu mabul. - alamat kg. Sambah tengilan tamparuli sabah. Takziah buat anggota yg gugur tadi di semporna..beliau sempat membalas tembakan namun gugur di Medan pertempuran Innalillahi wainnalillahi rojiun...
Pada 12/07/2014 jam lkurang 2310hrs Asp Safardi Samad , Pegawai Marin Semporna terima maklumat awal drpd Ketua Botronda RH40 Sjn Jeffridin Bin Harun berlaku serang hendap dengan melepaskan tembakan secara rambang ke atas kedai makan dan pejabat reception di Jeti Smart Water Bungalow, Resort, Pulau Mabul, Semporna (.) Saspek disyaki 8 org yang berpakaian gelap, seluar celoring ,muka bertutup dan bersenjatapi jenis Calibrre 7.62 ( kelongsong peluru yg bertaburan) .
Maklumat mendapati (2) anggota Polis Marin ESSZONE Nama : (1) Kpl Rajah Bin Jamuan (2) Konst Zakiah Bin Alip pada ketika itu sedang makan di tempat kejadian dimana serang hendap berlaku.Manakala sebuah botronda Polis Marin RH 40 berada dijeti yg berhampiran dgn tempat kejadian juga menjadi sasaran. 2 anggota termasuk Sjn Jeffridin yg berada di botronda RH40 sempat mengambil perlindongan.
Kumpulan saspek di syaki datang daripada arah Filipina yg bergerak secara perlahan dari arah belakang ke lokasi dan mungkin naik kepelantar atau berada diair yg surut dan terus serang hendap dengan melepaskan tembakan secara rambang (.) Semasa kejadian saspek2 telah melepaskan sekurang2nya (10) das tembakan rambang kearah jeti, botronda RH 40 termasuk kedai makan dan pejabat reception.
Apabila keadaan reda pemereksaan dibuat olih Sjn Jeffridin yg berada dibot pada waktu kejadian mendapati 2 anggota Polis Marin spt nama diatas telah hilang . Usaha2 mengesan dilaksanakan dan menjumpai mayat Kpl Rajah bin Jamuan berada dibawah jeti tempat kejadian. Manakala seorang lagi hilang samaada di culik atau .....masih dicari. Rumusan.......8 orang suspek2 berlatarbelakangkan komando atau militan tidak bolih dipandang rendah/ringan dan mereka akan senantiasa masuk keperairan juga pulau2 atau daratan untuk membalas dendam kpd penguatkuasa kita atau mencari mangsa untuk mendapatkan wang (ransom) Kemungkinan terdapat kelemahan kita dan leka atau tidak siapsiaga mendorong pihak musuh mencari kesempatan untuk melakukan sesuatu yang tidak bolih dijangkakan. Saya akan berbincang dengan Pengarah Operasi Esscom dan perkara2 kelemahan akan dikaji dan dijadikan iktibar supaya usaha2 memantapkan lagi penugasan secara total akan dibuat tanpa kompromi. Urusan keatas mangsa (aruah) akan dibuat dengan penuh penghormatan dan terbaik. T.kasih dan salam hormat dari CP Sabah.
| |
oyabun Posted: 12 Jul 2014 11:38 PM PDT Benarkah tiada pelawaan ke atas Khalid sertai UMNO? Posted: 12 Jul 2014 09:23 AM PDT Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, tiada sebarang pelawaan dibuat kepada Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim untuk menyertai UMNO dan sebarang spekulasi mengenainya adalah tidak berasas. Desas-desus mengenai Abdul Khalid yang kini karier politiknya sedang 'dibunuh' partinya sendiri berkemungkinan menyertai UMNO tersebar apabila beliau dilihat mesra dengan Perdana Menteri pada Majlis Berbuka Puasa Bersama Rakyat Selangor semalam. "Dia kata dia hadir dan hormati saya sebagai ketua kerajaan di peringkat Pusat. Saya pula hormati dia selaku ketua kerajaan negeri. Tiada apa, saya tak pelawa dia masuk UMNO pun," katanya dalam nada jenaka dalam sidang akhbar di ibu pejabat UMNO di sini hari ini. Kepada soalan sama ada berlaku pertemuan empat mata antara beliau dengan Abdul Khalid selepas majlis itu semalam, Najib yang juga Presiden UMNO berkata: "Tiada perjumpaan empat mata. Ribuan orang ada di situ. Pertemuan ribuan mata yang ada." Sementara itu, Najib memberitahu, tempoh persidangan perwakilan bahagian yang sepatutnya berakhir 14 September ini akan dilanjutkan sehingga 30 September berikutan tarikh Perhimpunan Agung UMNO telah ditetapkan pada 25 hingga 29 November. Wasabi Oyabun.. | |
Panglima Perang Cyber Posted: 12 Jul 2014 11:12 PM PDT Identiti NGO2 Musuh Islam Yang Sudah Bertukar Nama - Sebarkan Posted: 12 Jul 2014 02:44 PM PDT
Taktik terbaru puak menentang Islam ialah menjenamakan semula nama gerakan mereka. Namun Intipatinya tetap sama dan juga diwakili orang yang sama. | Jangan Perlekeh Usaha @Pdrmsia Banteras Judi - Menteri @Zahid_Hamidi Posted: 12 Jul 2014 10:56 AM PDT
BAGAN DATOH: Polis DiRaja Malaysia (PDRM) sentiasa berusaha membanteras sindiket perjudian, dadah, kongsi gelap dan militan melalui pelbagai operasi, kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. Justeru itu, beliau meminta pihak tertentu supaya tidak memperlekehkan usaha PDRM dengan menyifatkan operasi pihak berkuasa sebagai 'hangat-hangat tahi ayam'. "Jangan ingat bila kenyataan (media) agak berkurangan, operasi ini tidak berjalan…kami maklumkan hasil kejayaan operasi dari semasa ke semasa. "Pihak tertentu juga tidak wajar melemparkan tuduhan kepada polis termasuk Ketua Polis Negara dengan menyifatkan operasi mereka sebagai 'hangat-hangat tahi ayam'," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Program Tadarus Al-Quran Perdana Parlimen Bagan Datoh di Dewan Wisma Umno di sini, hari ini. Beliau turut mengingatkan pigak berkenaan serta badan bukan kerajaan (NGO) supata tidak merendahkan usaha PDRM dengan pelbagai dakwaan kononnya berkompromi dalam menjalankan tindakan. "Jika menuduh ada pegawai atau anggota polis bersekongkol dengan sindiket perjudian, berikan kami bukti, dan kami tidak akan menoleh ke belakang untuk mengambil tindakan disiplin dan undang-undang terhadap pihak terlibat," katanya. Ahmad Zahid berkata, pihaknya tidak mahu anggota dan pegawai polis terbabit dalam perbuatan seperti itu yang dianggapnya sebagai 'tali barut' atau 'pagar makan padi'. Sementara itu, beliau berkata, polis mempergiat usahanya menjejaki mereka yang tersenarai sebagai suspek dalam kegiatan kumpulan militan di negara ini. Beliau memberi jaminan bahawa pihak berkuasa akan terus mengesan suspek sama ada yang melatih, dilatih atau mendapat latihan di luar negara. – BERNAMA
Gambar program :
Sent from my iPhone | Watch "Malaysia kutuk serangan udara Israel di Gaza" on YouTube Posted: 12 Jul 2014 10:26 AM PDT | Menteri Dalam Negeri DS @Zahid_Hamidi kecam keganasan di Gaza Sokong Kenyataan Perdana Menteri @NajibRazak Posted: 12 Jul 2014 02:50 AM PDT
PUTRAJAYA 11 Julai - Kementerian Dalam Negeri mengecam sekeras-kerasnya siri serangan udara tentera Israel dalam Operasi Perlindungan Sempadan di Semenanjung Gaza yang telah mengorbankan puluhan rakyat Palestin dan mencederakan ratusan yang lain.
Menterinya, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, beliau turut menyokong penuh kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak semalam yang mengecam keganasan di Gaza oleh rejim Zionis itu dalam bulan Ramadan.
"Saya menyokong penuh kenyataan Perdana Menteri yang mengecam keganasan di Gaza dalam semangat kemanusiaan di dalam bulan Ramadan al-Mubarak penuh kemuliaan ini.
"Marilah kita bersatu mengecam keganasan terhadap saudara-mara kita di Gaza semoga mereka diberi kekuatan untuk berhadapan dengan dugaan ini," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Perdana Menteri semalam berjanji untuk terus memberi sokongan tidak berbelah bahagi kepada perjuangan rakyat Palestin selagi negara itu belum menjadi negara berdaulat. | Israel Takut Kena Boikot - Sinar Harian Posted: 12 Jul 2014 01:15 AM PDT Israel Takut Kena Boikot
Benjamin Netanyahu TEL AVIV - Dalam keghairahan membedil ratusan roket ke Gaza, Israel dilaporkan ketakutan susulan peningkatan kempen boikot produk-produk keluaran mereka.
Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, menganggap kempen boikot itu adalah masalah terbesar jika ia benar-benar dilaksanakan.
Susulan ancaman beberapa negara termasuk Britain, beliau adakan mesyuarat Kabinet tergempar untuk cari penyelesaian.
"Jika negara di seluruh dunia setuju memboikot produk Israel maka ekonomi negara itu berada dalam bahaya," petik laporan Jpost.
Februari lalu, ancaman boikot itu disuarakan Menteri Luar Negara Amerika Syarikat (AS), John Kerry ketika menjadi perantaraan rundingan damai Israel dan Palestin.
"AS mengancam untuk memboikot segala produk Israel, jika rundingan damai Israel dengan Palestin ini gagal," katanya.
Sehari kemudian, Kesatuan Eropah (EU) menyatakan pendirian sama terhadap Israel.
Dilaporkan juga, Menteri Kewangan Israel, Yair Lapid, beberapa kali mengingatkan jika kempen boikot itu menjadi realiti terutama dari EU maka mereka akan terputus hubungan dagang terbesar di negara itu.
"Israel kemungkinan akan mengalami penurunan nilai eksport ke negara EU sehingga AS$5.7 juta (RM18 juta) dan 9,800 penduduknya akan hilang pekerjaan," menurutnya.
Bagaimanapun, Menteri Strategi Israel, Yuval Steinitz berpendapat, ancaman AS dan EU itu bersifat tidak adil dan serius.
"Israel tidak dapat berunding mengenai ancaman itu jika pistol sudah diarahkan ke kepala kami. Ini sayu ugutan," katanya dipetik Jpost
Namun, beliau kemudiannya mengeluarkan kenyataan sinis apabila menyatakan kedua-dua negara itu tidak perlu menipu diri sendiri.
"Kita seharusnya tidak menipu diri sendiri. Dunia sedang memerhati AS dalam rundingan damai ini.
"Kita harus akui jika rundingan dengan Palestin gagal, dunia akan percaya bahawa kita yang bertanggung jawab dan akan ada harga yang harus dibayar," katanya. http://www.sinarharian.com.my/mobile/global/israel-takut-kena-boikot-1.298745
Sent from my iPhone
| UMNO Online - Lebih 2,000 Jemputan Hadir Majlis Berbuka Puasa Bersama Ahli Majlis Tertinggi UMNO Semalam Posted: 12 Jul 2014 01:01 AM PDT
KUALA LUMPUR, 26 Julai – Majlis berbuka puasa bersama Ahli Majlis Tertinggi UMNO di Dewan Tun Razak, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) hari ini meriah dengan dihadiri oleh lebih dua ribu jemputan dari pelbagai peringkat. Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bersama isteri, Datin Rosmah Mansor, Timbalan Perdana, Tan Sri Muhyiddin Yasin, Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor dan Setiausaha Kerja UMNO Malaysia, Datuk Ab Rauf Yusoh turut hadir dalam majlis berbuka puasa tersebut, Selain itu, turut kelihatan menghadiri mahlis tersebut ialah mantan Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad bersama isteri, Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Zahid Hamidi, Datuk Seri Shafie Apdal, Ketua Puteri UMNO Malaysia, Datuk Rosnah Shirlin, Ketua Pemuda UMNO Malaysia, Khairy Jamaluddin dan beberapa kenamaan lain, termasuk kakitangan ibu pejabat UMNO turut hadir bersama bagi memeriahkan majlis berbuka puasa yang menjadi acara rutin di dalam bulan Ramadan setiap tahun. Datuk Seri Najib Tun Razak turut menyampaikan sumbangan berbentuk wang tunai dan hamper kepada lebih 100 orang anak yatim yang turut dijemput dari beberapa buah asmara anak yatim di sekitar Kuala Lumpur bagi memeriahkan lagi program berbuka puasa tersebut. Selesai berbuka puasa, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Tan Sri Muhyiddin Yasin bersama para hadirin lain turut menunaikan solat berjemaah Marghrib dan Isyak, dan seterusnya menunaikan solat terawih di Surau Ar Rahman bertempat di PWTC. -MediaUMNO
http://www.umno-online.my/?p=89857tetamu menunaikan solat Maghrib dan Isyak serta Teraweh berjemaah
Naib Presiden Umno DS Ahmad Zahid Hamidi turut hadir
Sent from my iPhone | |
The Unspinners Posted: 12 Jul 2014 11:06 PM PDT Negaraku NGO baru muka lama, Baik namakan Liwat Ku Posted: 12 Jul 2014 10:07 PM PDT Semasa lagu kebangsaan dipermainkan Namewee, bendera diterbalikkan dan lain-lain penghinaan ke ats insttusi kerajaan, mana puak-puak yang ngaku kumpulan mereka kini sebagai Negara Ku? Ini kumpan sama dan game sama ....muka-mua sama ini juga di dalam BERSIH yang kini termalu mahu ngaku bersih setelah PKR lebih kotor. Oleh itu, apa yang dikatakan hanyalah bullshit sama ... Bullshit yang sama dengan COMANGO, IFC, BERSIH, MPKN, Bar Council, ... semua ini Anwar Ku. Baca Sg Rapat SINI. Liwatku pun boleh ....Helen kata NGO ini sebenarnya Cina-cina Ku dan tak layak ngaku bangsa Malaysia | Mujahid kini digelar MUN-TAHIK, Ambiga PENAKUT takkan dating Brahim Ali Posted: 12 Jul 2014 06:00 PM PDT KENYATAAN MEDIA TOK HIM PRESIDEN PERKASA:
Barisan Perpaduan Nasional (BPN) dan Perkasa bersyukur, menyambut baik dan menghargai kenyataan YAB PM Dato Seri Najib serta atas keputusan MT UMNO yg telah memberi jaminan bahawa Krajaan sahaja yg berkuasa memuktamadkan Akta Keharmonian selain menegur tingkah laku NUCC yg di'hijak'olih gulongan tertentu yg ada kepentingan jahat.
Hal ini awal2 lagi Perkasa jangkakan kerana amat mengenali sangat individu2 dlm NUCC selain yakin wakil melayu islam dlm NUCC tidak akan berperanan secara berkesan selain dari pekak dan di peralatkan. Jumlah nya lebeh kecil dari puak yg ada niat tertentu.
PM patut rombak dan susun semula anggota NUCC. Teguran mesti di sesuli dgn tindakan. Ini yg dikatakan Kepimpinan berwibawa dan tegas (providing leadership direction and firm).
BPN mengucapkan setinggi tahniah dan akan mengemukakan pandangan serta cadangan mengikut saluran yg betul..
BPN dlm proses menyiapkan Memorendum dan akan menghasilkan yg terbaik dan tidak terburu buru.
Ianya akan di serah pd Krajaan mengikut carat yg betul. Jaminan PM utk Menjaga Islam sbagai agama Persekutuan, Bahasa Melayu, Institusi Raja dan hak istimewa melayu & bumiputra yg menjadi asas Perlembagaan Negara adalah prinsip yg tidak akan di gugat sama sekali amat2 BPM dan Perkasa junjung dan julang.
Selain itu, Perkasa ingin mengusulkan PAS memohon pd Majlis Peguam supaya melantik Dr Mujahid Yusof Rawa sebagai 'Pegawai Barua Majls Peguam' supaya peranan nya lebeh berkesan.
Namanya jupa patut ditukar dgn nama baru 'Muntahik' sebagai menghargai atas cadangan nya supaya Perkasa dan Isma di haramkan.
Saya juga bersetuju menukar nama saya kpd 'SAMYHIM' utk menenuhi syarat Perkasa di terima kumpulan Negaraku yg di naungi Ambiga.
Perkasa ada hak, 'the right to be heard' kerana Perkasa pertubuhan halal. Ianya juga utk menjaga kredibiliti Saudari Ambiga supaya tidak di cap 'double standard' bila bersyarat dgn Perkasa. Mana dia demokrasi, hak asasi, telus yg di perjuangkan oleh Saudari Ambiga. Saya harap satu hari nanti, saya dapat 'dating' dgn Ambiga utk bertukar tukar pendapat. Nama saya SamiHim dan Ambiga saya beri nama Aminah.
Proses Integrasi Nasional.
Kpd puak DAP dan Pengurusi Majlis Peguam, tolong jangan hentam saya lagi sebab saya sudah lama tukar nama dari Ibrahim Ali ke nama 'Ah Him'..
Saya lakukan ini sbagai pengorbanan utk memuaskan nafsu mereka mereka ini..
tk..dato ibrahim ali.(tok him).Perkasa.
(HARAP DPT SIAR SEPENUHNYA) Ambiga tu bukan berani sangat. Hanya bila dikelilingi kawan-kawan dia .... Yakin dia tak berani jumpa Ibrahim Ali!!!!
| Laporan M'siakini terhadap Rosmah kebudak-budakan Posted: 12 Jul 2014 09:06 AM PDT Berita Malaysiakini ini tidak mempunyai 'news value' melainkan melambung kata-kata Datin Seri Rosmah Mansor untuk diperolok-olokkan dan ngata-ngata. Pasti mereka akan perolok-olak kata itu seolah-olah Rosmah tidor 4 jam sehari sebab dia kerja dan Dato Najib tak kerja. Padahal ini hal biasa dalam hidup seorang Muslim ketika bulan Ramadhan. Bagi yang siang kerja oun, biasanya tidor agak lambat lepas Terawih di masjid dan pagi sebelum subuh pada pukul 4.30 sudah bagun untuk sahur. Lepas sahur selalunya ditunggu hingga subuh masuk waktu. Datin Seri mungkin banyak mengiringi suami ke majlis berbuka dan sembahyang terawih. Pasti balaik lambat dan tidak heran dia pulang ditunggu tetamu di rumah. Waktu siang pun mungkin dia sibuk dengan pelbagai urusan dan acara bulan puasa. Bagi Malaysia kini mahu permainkan kata-kata Rosmah, itu jahat niat mereka. Mereka mahu ramadhan Rosmah diperolok-olokkan. Ibadat orang pun kamu nak politik dan perolokkan. | Khalid buka langkah ketiga silat jawa Posted: 12 Jul 2014 07:30 AM PDT Nampaknya Dato Seri Anwar Ibrahim dan pengampunya sudah underestimate Tan Sri Khalid Ibrahim dan gagapnya. Orang gagap sebab dia fikir lgi laju dari dia cakap. Dalam hal bercakap, Anwar memang hebat dengan putar alam dan pembohingan demi pembohongan berbanding Khalid yang lambat bercakap dan terpilih-pilih perkataan dan ayat yang mahu dicakap. Tapi jangan pandang rendah Khalid. Memang dia kalah di Kuala Selangor. Bukan senang bila seluruh jentera PKR dihalakan terhadap Khalid. Masaalahnya itu politik dalaman PKR tapi untuk jawatan MB, kenalah lihat percaturan dengan parti lain. Apahal pun, jika minggu lepas Khalid sudah buka dan nampak mesra dengan ADUN-ADUN dan pemimpin UMNO negeri serta pusat, hari ini Khalid sudah buka satu lai langkah. Satu kumpulan yang bergelar Pakatan Anak Selangor Menyokong Menteri Besar (PASMEB)elah membuat laporan polis berhubung isu tukar MB. Nama singkatan pun ada bunyi-bynyi PAS seolah Khalid disokog PAS.
Kumpulan yang diketuai oleh Wan Adnan bin Wan Abd Rahman telah membuat laporan polis di balai polis Sg Kapar berkaitan penyalahgunaan nama DYMM Sultan Selangor dalam isu tukar MB. Itu adalah signal dan langkah pembukaan Khalid itu beritahu dia punyai sokongan Sultan.
Wan Adnan membuat aduan terhadap Facebooker dan enam orang yang terlibat mengeluarkan kenyataan yang menimbulkan spekulasi mengenai perletakan jawatan Menteri Besar Selangor pada 7 Julai 2014.
Ianya seolah-olah secara tidak langsung kononnya pihak istana telah memperkenankan perletakan jawatan tersebut. Ini telah menimbulkan kegelisahan rakyat selangor dan memberikan kesan negatif terhadap pentadbiran negeri selangor.
Mereka yang dibabitkan dalam laporan adalah 7 individu iaitu:-
1. Habib Mazlan - Facebooker 2. Najwan Halimi- Setpol Azmin Ali 3. Samsul Iskandar Mohd Akim - ahli parlimen Bukit Katil 4. Suhaimi Safie - ADUN Seri Muda 5. Abdullah Sani AP Kuala Langat 6. Rafizi ramli - AP Pandan 7. Amiruddin Shari - ADUN Batu Cave
Wan Adanan merupakan seorang perunding bebas yang juga AJK PKR Cabang Kapar dan ahli PKR Ranting Bandar Sultan Suleiman dan diam di Port Kland.
Dalam sidang media, dia mendesak PDRM mengambil tindakan kepada individu yang terlibat. Dia turut menuntut perkara ini diselesaikan dengan segera oleh pimpinan parti terutamanya PKR bagi menjaga kedaulatan insitusi diraja dan keharmonian di selangor.
Wan Adnan mengecam 'Kajang Move' yang gagal dan menyebabkan berlaku kecelaruan dan huru hara dalam PKR Selangor.
DIpercayai Khalid akan lakukan beberapa langkah seterus kerana Anwar akan berhadapan dengan mahkamah persekutuan pada Ogos 8hb.
Berdasarkan suara Anwar yang agak sunyi sejak isu pemilihan PKR, dia tidak ada kebolehan untuk menahan lagi hakikat bahawa sudah tersurat bagi Anwar untuk pulang ke Sg Buloh.
Setakat membaca laporan yang dia siarkan di blognya SINI, peguam Ramkarpal hanya mengulang isu basi berkenaan Tan Sri Shafee Abdullah. Ketika mahkamah rayuan, Anwar TIDAK ADA ISSUE OF LAW yang boleh selamatkan dia ketika itu.
Apa sas untuk Putrajaya drop case dia. Ini kes mahkamahlah bodoh!!!
| Pengerusi DAP Sarawak: Ingatkan LGE 2 penggal terlalu lama 'honeymoon' Posted: 12 Jul 2014 03:30 AM PDT Pengerusi DAP Sarawak Chong Chieng Jen membuat statemen populis menyerang Tan Sri Adenan Satem dengan mengatakan 4 bulan dalam jawatan Ketua Menteri sebagai hooneymoon. Elok juga Chong yang juga AP Kuching patut sekali mengingatkan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng bahawa dua penggal terlalu lama buat orang Melaka kelahiran Johor Baru yang letakkan diri sebbagai Ketua Menteri Pulau Pinang. Orang kata betulkan diri sendiri sebelum sibuk hal orang lain. RUnah sendiri perlu betul dan tersusunbaru sibuk hal rumah orang lain. Pasti dia akan katakan sebagai rakyat negeri Kuching dia berhak menegur Ketua Menteri. Baiklah tegur mengeur, kerana kita pun mahu juga menegur CHong supaya jadi pembangkang yang baik dna tahu tempatnya. Kerajaan PBB tidak bleh dituntut untuk menjalankan 10 point reform yang hanya agenda DAP. Kitak tahu juga DAP sedang jaja Impian Sarawak sebagai rancangan DAP untuk pendalaman. Adakah Impian Sarawak selari dengan 10 point yang mula dibawa ke DUN Sarawak? Sepanjang yang diketahui Impian Sarawak dilaksanakan dengan DAP hanya buat pandai PC dan tuntut kerajaan tempatan buat ini dan buat itu. Lagi pun Impian Sarwak hanya untuk ssatu dua tempat... bolehlah act? Bila kerajaan buat sesuatu yang baik untuk rakyat pendalaman, DAP jadi batu api dna hasut rrakyat untuk bangkang dan halang langsung dibakar supaya membenci kerajaan. Cara mereka bukan positif tapi negatif. PBB tidak pun halang atau bangkang Impian Sarawak. Mereka hanya lihat saja kerana tahu ini hanya wayang kulit untuk buat rakyat mimpi dengan janji palsu. Rakyat Pulau Pinang dan Perak tahu sangat apa yang dilakukan oleh kerajaan DAP terhadap rakyat Bumiputera dan kaum minoriti India. Bila kaum minoriti dapat kuasa, dia lupa akan majoriti rakyat lain. Tidak lojik untuk kerajaan pemerintah membawa agenda parti lawan. Pastilah PBB utamakan dan membawa agenda PBB yang dilihat baik untuk sarawak. Lagi pun kalau DAP serius tentang isu-isu tender kerajaan, tender tanah, lesen membalak, kebebasan maklumat, pengagihan tanah, perumahan, engangkutan awam, pengerusi PAC, reformasi pendidikan, dan pilihanraya kerajaan tempatan, bawa bincang satu persatu dengan terperinci dan bukan mahu sogokk tanpa difahami tujuan dan perincian cadangan. Dengan pilihanraya negeri hampir dekat, bukankah ini hanya perancangan untuk pilihanraya negeri saja? Masa inilah ada 10 point reform, masa ini juga Impian sarawak, masa inilah janji CM Iban dan masa inilah ada Melayu masuk DAP. Tidak semu aorang bboleh diperbodohkan dengan gimik politik . | President Bar Council cabar hakim penjara dirinya Posted: 11 Jul 2014 11:32 PM PDT Kenyataan President Bar Council Christopher Leong memanggil hakim mahkamah persekutuan sebagai degil tak peduli (obtuse) adalah menghina mahkamah. Jika sebelum ini, ada seorang blogger telah dihukum 3 ulan penjara kerana hina mahkamah. Bagi kes persoal keputusan mahkamah, ada dihukum sebulan. Nampaknya Chrstopher sedang cabar Hakim Persekutuan penjara dia. Hujah piihak yang menuntut ugama anak ditentukan oleh ibu bapa yang tidak masuk Islam hanya berasaskan hujah kontrak asal perkahwinan sepatut diguna sebagai asas untuk menguatkan anak tersebut ditentukan ugama pada ibu. Pastilah orang ugama Islam dan peguam Islam yang sesat jiwa mereka akan kata mahkamah syariah tidak boleh melebihi mahkamah sivil. Namun hakim persekutuan perlu ambbilkira tentang kedudukan Islam dalam persekutuan dan lain-lain hujah yang dikemukakan oleh peguam pihak bapa yang masuk Islam. Pada kami isu ini adalah isu keluarga dan sepatutnya diselesaikan sesama sendiri. tambah lagi, isu seperti ini yang provokasi sering ditimbulkan oleh kaum India. Apa dibawa ke mahkamah penyelesaiannya mestilah tidak setekat penyelesaian tapi untuk selesaikan hal-hal akan datang dan implikasi undang-undang yang lain. Kata-kata President Majlis Peguam itu tidak boleh diambil mudah. Tambah lagi dia pernah mahu Difahami sudah ada laporan polis dibuuat. Malangnya selalu lepas polis buat kes, Gani Patail tidor. Bung Mokhtar dia kejar tapi Rayer di tidak. Pastnya CHristopher pun dia malas nak buat kes. Namun lebih elok jika peguam terlibat dalam kes membuat komplen kepada mahkamah persekutuan. Hakim boleh arahkan Gani supaya dakwa. Baca SINIPeranan Majlis PeguamMajlis Peguam sudah melampau. Ia dibentuk bukan untuk memantau Hakim atau menjaga KPI hakim-hakim. President Majlis Peguam sudah melewati batasan tugas dan tanggungjawab. Majlis Peguam berfungsi mentadbir pengurusan prngamal undang-undang atau peguam berdaftar dengan Majlis tersebut dan berurusan dgn peguam kerajaan atau Jabatan Peguam Negara dalam pentadbiran undang2. Majlis Peguam dikawal olih Legal Profession Act dan Akta ini tidak pernah memberi hak dan bidang kuasa untuk melanggar Jurisdiksi Jabatan kehakiman. Penghinaan keatas Jabatan Kehakiman terutama Hakim Mahkamah Persekutuan adalah peghinaan kepada Negara. Akts hasutan bolih dipakai kerana ungkapan President tersebut berbau politik dan malicious. Art 126 Perlembagaan Persekutuan memberi kuasa kepada tiga peringkat Hakim i) Mah Persekutuan..ii) Mah Rayuan iii) Mah Tinggi..untuk menghukum sesiapa yg menghina Mahkamah (Hakim). Sepatutny aMajid Peguam ambil tindakan terhadap mereka-mereka seperti kumppulan Loyar Burok yang memberi ruang dan mengapikan orang ramai mengkritik keputusan Mahkamah Perseketuan dalam isu Kalimah Allah. Mereka menjadi conduit untuk orang awam public tidak menghormati judiciary. Ianya bertentangan dengan prinsip rukunegara "Keluhuran undang-undang' dan Mahkamah Tertinggi sebagai "finality of legal disputes" Kalau tidak, litigants akan terus menyalahkan Mahkamah..... Pandangan mereka seperti Shanmugan , Art Harun, Harris Ibrahim dan lain-lain yang sering merupakan tangan-tangan sama dengan Bar Council, COMANGO, BERSIH,MPKN, KEs Lina Joy, Kalimah allah dll. | |
ANGIN PERUBAHAN Posted: 12 Jul 2014 09:35 PM PDT |
PenangWasabi Posted: 12 Jul 2014 09:26 PM PDT Rafizi punca kemelut PKR? Posted: 12 Jul 2014 09:40 AM PDT Pengarah Strategi Parti Keadilan Rakyat (PKR), Rafizi Ramli sewajarnya dipecat daripada parti itu kerana melaksanakan 'Langkah Kajang' yang menjadi punca perbalahan dan kemelut dalaman PKR. Ahli PKR cabang Subang, Mohd. Shahril Panjang Rani berkata, Langkah Kajang telah mencetuskan perbalahan dan pergaduhan antara pengikut Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dengan Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali. "Kita meminta Presiden PKR, Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail untuk memecat Rafizi dari jawatan Pengarah Strategi dan ambil tindakan disiplin terhadap beliau. "Strategi Rafizi hanya merosakkan imej dan perpaduan dalam parti, Rafizi wajar dihukum kerana telah merosakkan parti dengan strategi putar belit beliau," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini. Menurut Mohd. Shahril, Langkah Kajang yang dicipta oleh Rafizi bersama Abdul Rahim Ghouse merupakan bencana politik kepada PKR dan pengkhianatan terhadap parti. "Kita mahu Datin Seri Wan Azizah, selaku Presiden PKR dengar dan bertindak atas suara akar umbi parti PKR, jangan pula mahu pecat ahli-ahli yang bersuara untuk selamatkan parti. "Kita semua sayangkan parti, jangan pecat kita jika bercakap benar, jika mahu pecat ahli-ahli yang bersuara demi untuk kebaikan parti, maka di mana keadilan yang diuar-uarkan," katanya. Penang Wasabi.. | |
GERAKAN ANTI PKR Posted: 12 Jul 2014 09:09 PM PDT |
BERANI MEMBUAT PILIHAN... Posted: 12 Jul 2014 03:42 PM PDT JAKIM nafi pasaraya Giant jual ayam yang ditebuk Posted: 12 Jul 2014 09:30 AM PDT SHAH ALAM: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) menafikan sebuah pasar raya di sini menjual ayam yang ditebuk leher dan disembelih tidak mengikut kaedah Islam. Penolong Pengarah Cawangan Pemantauan dan Penguatkuasaan Bahagian Hab Halal Jakim, Muhammad Naim Mohd Aziz berkata pihaknya dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan telah memeriksa pasar raya berkenaan dan mendapati ayam yang diperoleh dan dijualnya adalah halal dan mematuhi syarak. "Kita mendapati pembekal ayam ke pasar raya ini kesemuanya adalah pemegang sijil halal yang sah dan tidak ada sebarang keraguan yang timbul. "Justeru Jakim ingin menasihati orang ramai supaya tidak ragu dan bimbang terhadap produk yang dijual di pasar raya ini kerana ia mempunyai sijil dan logo halal yang disahkan Jakim," katanya kepada pemberita selepas menjalankan pemeriksaan di pasar raya berkenaan, Sabtu. Beliau berkata pemeriksaan dibuat setelah pihaknya menerima laporan berhubung penyebaran foto seekor ayam yang tersebar luas di Facebook Jumaat, yang ayamnya dikatakan ditebuk di bahagian leher dan tidak disembelih mengikut kaedah Islam. | Bintang Playboy cuba cemar maruah Neymar Posted: 12 Jul 2014 07:01 AM PDT Patricia Jordane dikatakan cuba cemar imej Neymar. Sao Paulo: Penyerang Brazil, Neymar menang dalam rayuannya di mahkamah supaya majalah Playboy edisi tempatan keluaran Jun yang dikatakan memaparkan foto ghairah bekas teman wanitanya, ditarik balik dari jualan.
Mahkamah negeri di Sao Paulo dalam keputusannya kelmarin, setuju semua naskhah majalah yang memaparkan model Patricia Jordane sebagai 'Si cantik berambut perang yang menggembirakan Neymar' di muka depan perlu ditarik balik daripada edaran serta merta.
Keputusan itu bagaimanapun boleh dirayu, kata jurucakap mahkamah kepada Reuters. Kelab peminat rasmi Neymar, meraikan keputusan mahkamah itu dan berkata penerbit majalah itu hanya 'bercakap sesuatu yang tidak betul' mengenai bintang bola sepak itu selain 'juga menggunakan namanya tanpa kebenaran.'
Masih beredar di pasaran
Wakil akhbar untuk Editora Abril, penerbit majalah Playboy do Brasil, berkata kelmarin mahkamah masih belum menyatakan secara rasmi mengenai keputusan terhadap majalah itu, justeru edisi berkenaan masih ada dijual.
Mahkamah memutuskan 10,000 real (RM13,593) denda sehari akan dikenakan sekiranya arahan berkenaan tidak dipatuhi.
Brazil akan menentang Chile awal pagi esok di Belo Horizonte pada pertemuan 16 pasukan terakhir Piala Dunia. Neymar ialah penjaring bersama terbanyak temasya dengan empat gol pada peringkat kumpulan. - REUTERS disableSelection(document.body) //disable text selection on entire body of page | Hembus nafas terakhir ketika sujud Posted: 12 Jul 2014 05:19 AM PDT | IMAM 1 Masjid Al-Ghaffar menunjukkan tempat Mohamed Nor ditemui rebah ketika sujud. FOTO Nur Ain Musdad
|
Jasin: Seorang jemaah lelaki warga emas dipercayai meninggal dunia ketika sedang menunaikan solat Maghrib di Masjid Al-Ghaffar, di sini, malam tadi. Dalam kejadian kira-kira jam 7.45 malam, mangsa Mohamed Nor Abu, 72, yang juga pesara guru berada di saf hadapan sedang melakukan sujud yang terakhir sebelum rebah secara tiba-tiba. Imam 1 Masjid Al -Ghaffar Muhamad Adib Hatim berkata, beliau menyedari kejadian sebaik selesai mengimamkan solat fardhu itu. "Selesai sahaja mengimamkan solat, saya terlihat mangsa sudah rebah dan ketika itu jemaah lain mula mendapatkannya. "Mulanya kami sangka mangsa pengsan namun disahkan meninggal dunia oleh pihak polis dan hospital yang datang tidak lama kemudian," katanya ketika ditemui di Masjid Al-Ghaffar, di sini. Muhamad Adib berkata, dia tidak menyangka kejadian itu berlaku memandangkan sebelum itu mereka berbuka bersama di masjid berkenaan. "Ketika berbuka, arwah berbual seperti biasa dengan dan tidak menunjukkan sebarang perubahan namun tidak menyangka perbualan itu adalah yang terakhir kalinya. "Ini adalah kejadian pertama berlaku di masjid ini dan diharapkan dapat menjadi pengajaran kepada dan tauladan kepada orang lain. Tidak semua orang dapat merasai pemergian yang baik seperti dialami arwah ini di dalam bulan Ramadan," katanya. Allhayarham yang menetap di Taman Maju meninggalkan seorang balu dan lima anak. Jenazahnya dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Taman Maju. | Pemandu tonton video lucah dalam teksi Posted: 12 Jul 2014 01:01 AM PDT Seorang penumpang telah menfailkan aduan terhadap syarikat teksi Premier apabila salah seorang pemandunya menonton filem lucah ketika memandu. Menurut laporan Lianhe Wanbao melalui AsiaOne, Chen Zhi Yong, 30 mendakwa pemandu tersebut menonton hampir 10 minit ketika perjalanannya dari Amoy Street Food Center ke Empress Place Market dan Food Center yang mengambil masa 25 minit. En. Chen memberitahu wartawan bahawa beliau amat terkejut apabila melihat wanita bogel dalam skrin iPad yang dilekatkan pada stereng teksi berkenaan. Tambahnya lagi, bunyi dari filem tersebut membuatkan beliau rasa tidak selesa. Beliau merasakan sikap sedemikian bukan sahaja membahayakan dirinya, malah kepada pemandu dan pengguna jalan yang lain. Akhbar tersebut menyebut, jurucakap dari syarikat teksi sebagai berkata perkara itu sekarang dalam siasatan dan tindakan akan diambil jika ianya benar-benar terjadi. | Pelakon filem Harry Potter meninggal dunia Posted: 11 Jul 2014 10:43 PM PDT New York - Pelakon David Legeno yang melakonkan watak sebagai manusia serigala dalam filem "Harry Potter", ditemui meninggal dunia di daerah Death Valley, kata pihak berkuasa California, Jumaat. Ketua Polis Inyo County berkata, mayat Legeno (50) ditemui oleh pejalan kaki pada pagi hari tersebut, dan dipindahkan menggunakan helikopte. "Legeno disyaki meninggal akibat diserang demam panas, tetapi pemeriksaan forensik sedang dilakukan untuk mengetahui punca sebenar kematiannya. Tiada tanda-tanda kekerasan ditemui," kata pihak polis. Bintang berbadan tegap kelahiran London itu adalah petinju profesional dan atlet bela diri yang melakonkan watak sebagai Fenrir Greyback, manusia serigala yang ganas dalam film Harry Potter. Ia juga tampil dalam beberapa siri television dan film termasuklah "Snow White and the Huntsman", "Snatch", "Centurion" dan "Batman Begins". | Ditangkap khalwat selepas lari rumah Posted: 11 Jul 2014 10:20 PM PDT | Gambar hiasan |
Kuala Lumpur: Tindakan polis menahan sepasang kekasih di Kajang di sini, awal pagi semalam, membongkar tindakan remaja perempuan berusia 14 tahun itu lari dari rumah. Dalam kejadian jam 4 pagi itu, anggota polis dikatakan menahan remaja perempuan itu selepas didapati berdua-duaan bersama teman lelakinya berusia 17 tahun. Ketua Polis Daerah Kajang Asisten Komisioner Ab Rashid Ab Wahab berkata, polis yang menjalankan pemeriksaan mendapati remaja perempuan itu lebih sebulan melarikan diri dari kediaman neneknya di Bangi di sini. Menurutnya, polis kemudian menghubungi ahli keluarga remaja itu sebelum membawa kedua-dua mereka ke Balai Polis Kajang. "Soal siasat dijalankan juga mendapati remaja perempuan terbabit mengaku sudah melakukan hubungan seks lebih tujuh kali. "Terbaru, mereka melakukan hubungan terlarang itu Selasa lalu. Perkara itu turut disahkan doktor Hospital Kajang yang melakukan pemeriksaan kesihatan terhadap remaja terbabit," katanya. | Wanita mahu kahwin empat untuk kepuasan nafsunya Posted: 11 Jul 2014 09:01 PM PDT Harare: Seorang wanita yang sudah mempunyai suami, berhasrat berkahwin dengan dua lagi lelaki. Dukun wanita yang berusia 57 tahun itu, Emma Chaleka berkata, memang menjadi impiannya untuk mempunyai empat suami. Menurutnya, dia akan menambah bilangan suaminya itu jika mereka sanggup hidup dengan aman di bawah satu bumbung dan menghormati apa yang dianggapnya sebagai 'tugas' masing-masing. Emma mendakwa suami pertamanya, Never Mudenda yang memperkenalkan dia kepada suami keduanya, Sikabenga Pendasi, 55. Disebabkan amalan luar biasa yang diamalkannya, perkahwinannya menjadi 'buah mulut' masyarakat di bandar di Gadzema. Pendasi berkahwin dengan Emma di hadapan saksi yang juga jiran mereka dengan membawa seekor ayam sebagai hantaran. Bagaimanapun, keadaan bertukar menjadi huru-hara apabila suami pertamanya mula cemburu terhadap suami baru isterinya itu. Mudenda dan anaknya kemudian menyerang Pendasi. Kerana tidak mahu anak-anaknya dipenjara, Emma memujuk suami keduanya supaya tidak melaporkan kejadian itu kepada polis. Emma sebelum itu mempunyai 11 anak hasil perkahwinan dengan seorang lelaki yang sudah meninggal dunia, selain dua lagi dengan Mudenda. - Agensi | Model Estonia dibunuh, luahan kerabat diraja, Tengku Alang di FB Posted: 11 Jul 2014 07:01 PM PDT Regina Soosalu, warga Estonia teman wanita seorang kerabat diraja ditemui dibunuh di Pulau Rawa, Mersing. Ia menimbulkan persoalan kerana pada awalnya dikatakan mati lemas apabila mayatnya ditemui di pantai pulau itu pada 1 Julai lalu, setelah tiba di pulau berkenaan. Namun polis kini sedang menyiasat kematiannya sebagai bunuh di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan selepas menemui kecederaan "mencurigakan" pada badannya. Setakat ini dua lelaki direman oleh mahkamah Kota Tinggi kerana kes tersebut dan seramai tujuh individu dibawa untuk membantu siasatan. Menurut laporan mStar, Tengku Alang Reza Ibrahim yang dikatakan teman Regina Soosalu mendiamkan diri berhubung kematian itu di akaun Facebooknya sehingga Selasa. Sumber memberitahu bahawa dia amat terganggu untuk menceritakan mengenai perkara tersebut. Tengku Alang Reza menyifatkan insiden itu sebagai "tragedi paling buruk di dalam hidupnya". "Cinta saya, Regina meninggal dunia pada 1 Julai lalu, di bulan suci Ramadan. Dia adalah cinta hati saya, rakan baik saya, dan saya akan terus menjadi inspirasi buat saya," kata Tengku Alang Reza di Facebooknya. "Hatinya dipenuhi dengan kehebatan, cinta dan belas kasihan untuk semua mahkluk dan kehidupannya sendiri." Hanya kata-kata berikut, kata-kata ungkapan selamat tinggal Tengku Alang Reza kepada Regina Soosalu. "kata-kata tidak dapat meluahkan kekosongan dan kesengsaraan yang saya rasai. Hanya ucapan perpisahan buat masa ini, tidak akan selamat tinggal. Hingga kita berjumpa lagi, saya mencintaimu My Baby, akan sentiasa di hati saya." | Pensyarah seluar dalam Posted: 11 Jul 2014 06:01 PM PDT | Sekadar gambar hiasan |
Leeds – Seorang profesor menggunakan kaedah tersendiri untuk mengajar. Namun kaedah yang digunakannya itu nyata menyebabkan pelajarnya terkejut dan hampir pitam. Profesor tersebut Dr. Ian Lamond, mengajar dengan hanya memakai seluar dalam kepada pelajar tahun satu di universiti terbabit. Kejadian pelik ini berlaku kerana Lamond beranggapan ia adalah kaedah untuk memberikan motivasi kepada pelajarnya terutama bagaimana cara untuk mendapat kaedah penjualan yang menarik. Tetapi pelajar Lamond tidak beranggapan begitu sebaliknya mereka terkejut dan menggelarnya gila. Malah aksinya membuka baju hingga tinggal seluar dalam itu dirakamkan pelajarnya dengan ada antara mereka yang terpinga-pinga dan tidak kurang juga yang ketawa. Susulan itu, pihak universiti kini sedang menjalankan siasatan namun mereka tidak menggantung tugas Lamond. Lamond, 51, menamatkan PHD dalam bidang polisi seni dan kebudayaan di Universiti Sheffield Hallam pada 2012 dan masih menuntut dalam bidang aktivism politik. | Susulan ayam 'tebuk' di Giant, JAKIM mohon tunggu pengumuman rasmi Posted: 11 Jul 2014 05:31 PM PDT Berita terkini isu ayam tebuk leher di pasaraya Giant tersebar dilaman sosial. Pada 11 Julai 2014, pengguna laman sosial digemparkan dengan penyebaran foto seekor ayam yang telah ditebuk dibahagian leher dan bukannya disembelih mengikut kaedah Islam. Menurut Islam, ayam yang dibunuh secara kejam dan menyeksakan adalah haram untuk dimakan. Susulan itu, pihak JAKIM menerusi kenyataan rasmi telah menerima laporan orang ramai mengenai isu ayam tebuk dan kini sedang menyiasat dakwaan tersebut. Kenyataan Rasmi JAKIM Malaysia | Ibu lima anak cedera, mercun meletup di tangan Posted: 11 Jul 2014 05:11 PM PDT KOTA BHARU - Seorang ibu kepada lima anak cedera di mata kanan dan jari tangan kiri apabila mercun bola yang dinyalakan meletup di tangannya di Kampung Pasir Dusun, Jeli, semalam. Dalam kejadian 12.30 tengah hari itu, Fakariah A'alrinah Jusoh, 42, yang sedang menoreh getah di kebun miliknya terdengar ngauman harimau dan bertindak menyalakan mercun tersebut bagi menakutkan haiwan berkenaan kerana bimbangkan keselamatan diri dan anaknya. Katanya ketika kejadian, anaknya Muhammad Zikri Haziq Muhammad Ruzali, 3, sedang tidur di bangsal di dalam kebun berkenaan. "Saya dengar bunyi harimau dan sebab bimbangkan keselamatan kami, saya nyalakan mercun tetapi saya tidak sempat lempar, mercun meletup. "Selepas terkena mercun saya tidak sedarkan diri buat seketika, setelah sedar saya terus menghubungi anak (melalui telefon)," katanya kepada pemberita di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZII) di sini, hari ini. Katanya dia membawa mercun bola itu ketika menoreh untuk menghalau binatang buas seperti babi dan harimau. Fakariah merupakan mangsa ketiga akibat mercun di Kelantan bulan ini, selepas kejadian pertama pada 4 Julai lalu yang menyaksikan seorang pelajar lelaki tingkatan dua di Kampung Luar Gual Periuk, Rantau Panjang putus tiga jari tangan kanan. Pada 5 Julai lalu pula seorang remaja lelaki berusia 17 tahun hilang kesemua jari tangan kanannya akibat letupan mercun jenis bola di Kampung Berangan Apam, Pasir Mas. - Bernama | Tiada pelawaan ke atas Khalid sertai UMNO - Najib Posted: 11 Jul 2014 05:06 PM PDT KUALA LUMPUR 11 Julai - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, tiada sebarang pelawaan dibuat kepada Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim untuk menyertai UMNO dan sebarang spekulasi mengenainya adalah tidak berasas. Desas-desus mengenai Abdul Khalid yang kini karier politiknya sedang 'dibunuh' partinya sendiri berkemungkinan menyertai UMNO tersebar apabila beliau dilihat mesra dengan Perdana Menteri pada Majlis Berbuka Puasa Bersama Rakyat Selangor semalam. "Dia kata dia hadir dan hormati saya sebagai ketua kerajaan di peringkat Pusat. Saya pula hormati dia selaku ketua kerajaan negeri. Tiada apa, saya tak pelawa dia masuk UMNO pun," katanya dalam nada jenaka dalam sidang akhbar di ibu pejabat UMNO di sini hari ini. Kepada soalan sama ada berlaku pertemuan empat mata antara beliau dengan Abdul Khalid selepas majlis itu semalam, Najib yang juga Presiden UMNO berkata: "Tiada perjumpaan empat mata. Ribuan orang ada di situ. Pertemuan ribuan mata yang ada." Sementara itu, Najib memberitahu, tempoh persidangan perwakilan bahagian yang sepatutnya berakhir 14 September ini akan dilanjutkan sehingga 30 September berikutan tarikh Perhimpunan Agung UMNO telah ditetapkan pada 25 hingga 29 November. Utusan | Rafizi punca kemelut PKR - Akar Umbi Posted: 11 Jul 2014 05:01 PM PDT KUALA LUMPUR 11 Julai - Pengarah Strategi Parti Keadilan Rakyat (PKR), Rafizi Ramli sewajarnya dipecat daripada parti itu kerana melaksanakan 'Langkah Kajang' yang menjadi punca perbalahan dan kemelut dalaman PKR. Ahli PKR cabang Subang, Mohd. Shahril Panjang Rani berkata, Langkah Kajang telah mencetuskan perbalahan dan pergaduhan antara pengikut Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dengan Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali. "Kita meminta Presiden PKR, Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail untuk memecat Rafizi dari jawatan Pengarah Strategi dan ambil tindakan disiplin terhadap beliau. "Strategi Rafizi hanya merosakkan imej dan perpaduan dalam parti, Rafizi wajar dihukum kerana telah merosakkan parti dengan strategi putar belit beliau," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini. Menurut Mohd. Shahril, Langkah Kajang yang dicipta oleh Rafizi bersama Abdul Rahim Ghouse merupakan bencana politik kepada PKR dan pengkhianatan terhadap parti. "Kita mahu Datin Seri Wan Azizah, selaku Presiden PKR dengar dan bertindak atas suara akar umbi parti PKR, jangan pula mahu pecat ahli-ahli yang bersuara untuk selamatkan parti. "Kita semua sayangkan parti, jangan pecat kita jika bercakap benar, jika mahu pecat ahli-ahli yang bersuara demi untuk kebaikan parti, maka di mana keadilan yang diuar-uarkan," katanya. | Laporan Gaza oleh Singapura macam gampang! Posted: 11 Jul 2014 04:02 PM PDT Telah diketahui, negara jiran Malaysia, Singapura merupakan sekutu kuat negara Israel di Asia. Tahukah anda, di Singapura ada ditempatkan pejabat ejen risikan negara zionis itu, Mossad ? Itu mencerminkan hubungan baik antara kedua negara itu sehingga Singapura juga digelar Israel Asia Tenggara kerana memiliki sikap yang hampir sama. Oleh kerana itu, laporan berita dari Singapura berkaitan serangan yang dilancarkan Israel ke atas Palestin telah disampaikan dengan cara yang agak pelik. Dalam satu laporan berita berkaitan serangan, berita dari sebuah stesen televisyen di negara itu memaklumkan bahawa negara Singapura amat prihatin dan menyifatkan 'serangan' terhadap Israel oleh Palestin perlu segera dihentikan. "Israel perlu menahan diri, elak kematian orang awam," menurut perkataan tertera di paparan grafik laporan berkenaan. Kebanyakan masyarakat dunia ketika ini jelas dengan keadaan yang berlaku bahawa Israel yang merampas sebahagian tanah milik Palestin untuk mewujudkan negara Yahudi kini menyerang negara Israel ekoran kerakusan dan kekejaman mereka ke atas Islam. Apa yang berlaku sekarang sebenarnya, negara Islam Palestin sedang berhadapan dugaan hebat mempertahankan bumi mereka daripada pencerobohan Israel dan juga mempertahankan Islam daripada terus dihina dengan kejam. Kebebasan rakyat Palestin yang tidak berdosa disekat dengan pembinaan tembok besi mengelilingi Semenanjung Gaza bagi kononnya mengelakkan serangan dari Palestin tetapi sebaliknya bagi memudahkan mereka membunuh penduduk Islam Palestin. Tidak cukup dengan pejuang Hamas yang menjadi mangsa serangan, wanita dan kanak-kanak juga turut terkorban dalam keadaan menyayat hati daripada serangan udara yang dilaksanakan bertubi-tubi itu. Dilaporkan media antarabangsa, sehingga kini angka kematian warga Palestin sudah pun dikatakan mencecah lebih 700 orang sejak serangan dilancarkan awal minggu ini. Sudah menjadi tanggunjawab Singapura yang menjadi sekutu kuat kuasa jahat dunia itu untuk memberikan laporan berita yang menyebelahi rejim Zionis itu. Dikhabarkan kini, pihak Israel sedang mengumpulkan kira-kira 40,000 askar dan kereta perisai bagi melaksanakan peringkat seterusnya serangan iaitu serangan darat. – MYNEWSHUB.MY | |
Apa Yang Tersirat Posted: 12 Jul 2014 01:48 PM PDT Rumusan Lawatan PM Ke Sabah Posted: 12 Jul 2014 07:38 AM PDT | 8 Ogos: Anwar Kemukakan Alibi Untuk Tangguh Pengurusan Rayuan Kes Liwatnya? Posted: 11 Jul 2014 10:57 PM PDT Anwar sinonim dengan penangguhan jika membabitkan dirinya. Sodomi II ditangguhkan puluhan kali sebelum boleh dibicarakan. Berbagai alasan dikemukakan termasuk sakit, mahu melucutkan pendakwaraya, mempersoalkan dokumentasi dan sebagainya.
8 Ogos selepas umat islam menyambut Hariraya Idulfitri; pengurusan rayuan 5 tahun penjara Anwar atas sebab meliwat akan disebut; ramai yang curiga bahawa pengurusan kes itu akan tertangguh lagi, kerana mungkin Anwar sakit atau peguambelanya tidak dapat hadir kerana masalah yang direka khas,
Pada 7 Mac lalu, Mahkamah Rayuan mengubah keputusan Mahkamah Tinggi dan mensabitkan Anwar dengan pejara 5 tahun; namun hukuman itu dibenar ditangguhkan sementara menunggu rayuan tertuduh ke Mahkamah Persekutuan.
Anwar bebas dengan ikat jamin RM10,000 dan seorang penjamin.
Mahkamah Rayuan di Putrajaya mendapati bahawa terbukti meliwat bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan, 26, di sebuah unit pangsapuri Desa Damansara di Bukit Damansara antara 3.10 petang dan 4.30 petang 26 Jun 2008. | |
PEJUANG BANGSA Posted: 12 Jul 2014 11:16 AM PDT Kelab Putera 1Malaysia &Biro Kebajikan Umno hantar misi bantuan kemanusiaan GAZA Posted: 12 Jul 2014 09:45 AM PDT SEREMBAN - Kelab Putera 1Malaysia membuka bilik gerakan misi bantuan kemanusiaan ke Gaza bertempat di Sekretariat Kelab Putera 1Malaysia di Kuala Lumpur, kata Pengerusinya Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim. Beliau berkata orang ramai yang ingin menghulurkan bantuan kewangan serta barangan seperti pakaian, selimut, ubat-ubatan dan peralatan lain boleh berbuat demikian melalui sekretariat itu yang terletak di Kampung Attap. Kelab Putera 1Malaysia boleh dihubungi di talian 03-22736004 Beliau mengagihkan buah kurma, air zam zam dan pakaian kepada imam dan anggota jawatankuasa masjid di Negeri Sembilan di sini hari ini. Turut hadir Menteri Besar Datuk Seri Mohamad Hasan. Abdul Azeez juga berkata Biro Kebajikan Umno dengan kerjasama Kelab Putra 1Malaysia dan Aman Malaysia akan menghantar pasukan misi bantuan kemanusiaan ke Gaza tidak lama lagi apabaila mendapat pelepasan pihak berkuasa. Bantuan dari Wisma Putra dan kerajaan Mesir akan dipohon untuk membolehkan misi berkenaan memasuki Gaza melalui Rafah, katanya. "Saya juga menjemput doktor pakar pelbagai bidang perkhidmatan dari negara ini untuk ke Gaza," katanya. - Bernama | PENDUDUK KG SELAMAT MENGAMUK LADANG BABI , DESAK KERAJAAN DAP PINDAHKAN @dzainalabidin Posted: 12 Jul 2014 12:56 AM PDT
TASEK GELUGOR - Lebih 200 penduduk Kampung Selamat, di sini mengadakan perhimpunan secara aman hari ini bagi membantah ternakan babi di kawasan itu dan meminta kerajaan negeri memindahkannya ke kawasan lain. Pengerusi Kariah Masjid Kampung Selamat Ismail Hassan, 49, berkata penduduk kampung itu sudah hilang sabar setelah sekian lama berdepan dengan masalah ladang babi terutama pencemaran bau busuk dan air dari sisa kumbahan ladang itu. Kumpulan berkenaan yang berarak sejauh 100 meter dari Masjid Kampung Selamat ke pekarangan Sekolah Menengah Kebangsaan Kampung Selamat turut menyerahkan memorandum mengenai bantahan itu kepada Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Industri Asas Tani, Pembangunan Desa dan Kesihatan negeri Dr Afif Bahardin yang turut berada di situ. "Saya mewakili penduduk Kampung Selamat hari ini mahu menyuarakan rasa tidak puas hati penduduk pelbagai kaum yang kurang selesa dengan keadaan ini kerana tidak tahan dengan persekitaran ini. "Diharapkan selepas penyerahan memorandum ini, pihak berkenaan terutama kerajaan negeri dapat mengambil tindakan sewajarnya agar kehidupan kami lebih berkualiti," katanya kepada pemberita selepas perhimpunan aman itu, di sini hari ini. Bantahan itu juga diadakan selepas seorang pelajar di Sekolah Kebangsaan Kampung Selamat Muhammad Ammar Muqrish Zulkifli, 12, disahkan dijangkiti virus Ensefalitis Jepun (JE) baru-baru ini. Seorang penduduk Mohd Firdaus Daud, 29, berkata mereka juga mahu kerajaan negeri pimpinan DAP mempelajari kaedah menternak babi seperti yang dilakukan di Selangor iaitu menggunakan teknologi dengan sistem penghapus bau dan sisa kumbahan yang lebih baik. "Kami menyeru kerajaan Pulau Pinang mengambil tindakan segera (isu penternakan babi) dan mendengar rintihan kami yang mahukan udara segar dan suasana nyaman. Mereka sepatutnya pelajari teknologi menternak babi seperti diamalkan di Selangor," katanya. Kamarudin Salleh, 46, pula berkata penduduk di Kampung Selamat telah sekian lama menderita dengan bau busuk dari kandang babi berkenaan terutama pada waktu pagi dan malam, dan ia mengganggu keselesaan penduduk. Sementara itu, Dr Afif berkata pihaknya akan meneliti dan mengkaji pandangan dan suara penduduk Kampung Selamat itu. "Isu memindahkan ladang babi ini bukanlah sesuatu yang baharu dan kami sudah bawa kepada jawatankuasa aduan untuk meneliti perkara ini namun belum dapat direalisasikan kerana beberapa perkara berbangkit," katanya. Terdapat 84 ladang babi yang mempunyai populasi kira-kira 100,000 ekor babi di kawasan Kampung Selamat itu. - Bernama
| |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan