Pengikut

Dewan Pemuda Pas Kawasan Bukit Katil

Posted by Admin Direktori Blog | | Posted on 1:53 PTG

sumber :-

Dewan Pemuda Pas Kawasan Bukit Katil


Anda tak bayar kompaun MBMB? Jaga-jaga kenderaan akan ditunda

Posted: 11 Jul 2014 11:22 PM PDT

BANDA HILIR - Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) akan mengambil tindakan tegas terhadap pemilik kenderaan yang masih belum menjelaskan saman serta kompaun pihak berkuasa tempatan (PBT) itu dengan mengunci (clamping) dan menunda (towing) kenderaan terlibat.

Exco Kerajaan Tempatan dan Alam Sekitar, Datuk Ismail Othman berkata, tindakan itu akan berkuatkuasa mulai 1 Ogos depan di bawah Perintah Pengangkutan Jalan (Peruntukan Tempat Letak Kereta MBMB 2005).

Menurutnya, tindakan penguncian dan penundaan terpaksa dilakukan bagi menangani sikap pemilik-pemilik kenderaan yang tidak bertanggungjawab terhadap kesalahan-kesalahan letak kereta.

"Langkah ini diambil bagi memberi pengajaran kepada mereka yang kerap melakukan kesalahan dan mereka gagal hadir ke mahkamah walaupun saman telah dikeluarkan.

"Peraturan yang dilaksanakan membabitkan seluruh kawasan pentadbiran MBMB ini bagi menambah baik sistem dan tata cara di negeri Melaka dan bersesuaian dengan sebuah negeri maju.

"Sekurang-kurangnya langkah ini dapat membantu mengatasi masalah kesesakan lalu lintas di hujung minggu. Sehingga hari ini terdapat 100,000 kompaun tertunggak yang masih belum dijelaskan," katanya.

Beliau berkata demikian pada majlis berbuka puasa anjuran MBMB di perkarangan Masjid Selat di sini semalam yang turut disertai Datuk Bandar MBMB, Datuk Zainal Abu.

Majlis berkenaan juga meraikan 30 anak yatim dari Persatuan Kebajikan Ar-Riduan, Alai serta seramai 10 orang anak yatim bekas kakitangan MBMB dengan memberikan sumbangan duit raya kepada mereka.

Dalam pada Zainal berkata, pemilik kenderaan yang dikenakan tindakan penguncian dan penundaan perlu terlebih dahulu membayar caj penguncian sebanyak RM200 dan diikuti caj penundaan sebanyak RM150.

"Bagi kenderaan yang tidak dituntut, akan disimpan di stor penyimpanan dan akan dikenakan caj sebanyak RM10 sehari.

"Mereka juga perlu menjelaskan kesemua saman serta tunggakan kompaun di kaunter MBMB sebelum boleh dibenarkan mengambil kenderaan mereka," katanya.

Sinar Harian

ADUN Bukit Baru Sarankan kawal penjualan gam untuk elak salah guna

Posted: 11 Jul 2014 11:11 PM PDT

MELAKA: Adun Bukit Baru (PAS), Dr Md Khalid Kassim menyarankan pihak kerajaan negeri mewujudkan satu mekanisme bagi mengawal penjualan gam bagi mengelakkan penyalahgunaannya khususnya di kalangan remaja ketika perbahasan di Dewan Undangan Negeri Melaka, baru-baru ini.

Beliau berkata, pada masa sekarang sesiapa sahaja boleh membeli gam tersebut di kedai dengan begitu mudah kerana tiadanya kawalan dan pemantauan oleh pihak kerajaan bagi membendung gejala penyalahgunaannya.

"Bukan sahaja kes salahguna menghidu gam bahkan bahan pelarut seperti 'thinner' juga disalahguna oleh golongan remaja yang kebanyakannya Melayu kerana ianya begitu mudah didapati di mana-mana.

"Ia memberikan kesan yang cepat di mana mereka akan berhalusinasi dan merasa gembira tetapi sebenarnya mereka khayal dalam dunia mereka sendiri," ujarnya.

Menurut Dr Khalid, mereka akan mendapat kesan jangka panjang dengan pelbagai penyakit seperti kerosakan jantung, buah pinggang, sum-sum tulang, rosakkan mental dan bermacam lagi.

"Ia susah nak banteras kerana harganya murah dan mudah digunakan, tiada ubat untuk merawatnya kecuali dengan memberhentikan dengan segera aktiviti hidu gam itu.

"Saya mengharapkan usaha yang serius perlulah digembleng oleh semua komponen masyarakat bagi mengatasi permasalahan ini yang semakin berleluasa dan menular di kalangan remaja kita yang akhirnya menjadi gejala sosial dalam negara kita," katanya.

Usul bagi membanteras penyalahgunaan hidu gam itu diluluskan apabila 21 Adun BN menyokong termasuk Dr Khalid manakala 6 Adun DAP berkecuali pada Persidangan Kedua Penggal
Kedua Dewan Undangan Negeri Melaka Yang Ketiga Belas dari 23 Jun hingga 25 Jun 2014.

- Harakah 9 – 12 RAMADAN 1435 / 7 – 10 JULAI 2014

Masjid Al-Azim Cari 30 Pasangan Untuk Nikah FREE. Anda Mahu?

Posted: 10 Jul 2014 08:47 PM PDT

Mungkin ada penduduk Melaka terutamanya orang bujang yang sedang merancang untuk mendirikan rumahtangga menjadi teruja apabila membaca tajuk berita ini. "Masjid Negeri taja majlis kahwin ke?"

Oh tidak.. Program yang dinamakan "JOM NIKAH FREE" seperti yang dinyatakan itu dianjurkan oleh Masjid Al-Azim, Pandan Indah, Selangor. 
10245328_791064324249261_3886434196628348883_n  
Pasangan yang berminat untuk dinikahkan untuk program ini tertakluk kepada beberapa syarat termasuk salah satu pasangan merupakan anak Selangor dan telah mengisi borang berkaitan terlebih dahulu. 
Difahamkan, 30 pasangan yang terpilih akan dinikahkan pada 29 November 2014 di Masjid Al Azim. 

Masjid di Melaka bila lagi?

MyNewsHub


Peniaga bazar rasa tertipu

Posted: 10 Jul 2014 08:37 PM PDT

BATU BERENDAM - Kewujudan dua tapak bazar Ramadan dalam satu kawasan di Taman Merdeka, di sini mengundang rasa tidak puas hati di kalangan peniaga, semalam.

Menurut peniaga, tapak bazar Ramadan asal diuruskan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Pak Balang, Taman Merdeka selepas membuat permohonan kepada Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ).

Ekoran itu, satu lawatan oleh Yang Dipertua MPHTJ telah dilakukan di kawasan tapak berkenaan, sekali gus memutuskan bersetuju mengadakan sebuah tapak bazar Ramadan di situ.

Bagaimanapun, masalah timbul apabila secara tiba-tiba, muncul sebuah lagi tapak bazar Ramadan kira-kira 200 meter dari situ, menyebabkan tapak asal lengang tanpa dikunjungi orang ramai.


Peniaga, Samsudin Serin, 48, berkata, pada asalnya seramai 21 peniaga sudah memohon lesen kepada MPHTJ dengan bayaran RM280.

"Malangnya, ada pihak lain menganjurkan bazar Ramadan di sini sehingga menyebabkan kami peniaga tersepit.

"Kami semua mengikut undang-undang dan membayar lesen tetapi yang tidak ikut undang-undang berniaga di sana. Lebih malang apabila kami pula disindir oleh kumpulan peniaga di sana," katanya.

Seorang lagi peniaga, Nor Azura Abdullah, 29, berkata, dia bersama beberapa peniaga terlibat sudah mengadukan perkara itu kepada MPHTJ tetapi sehingga kini masih belum dapat diselesaikan.

"Saya jual nasi ayam, setiap hari hendak mendapat RM20 pun susah. Nasi ayam saya sejak hari pertama berniaga banyak yang terbuang sedangkan saya terpaksa mengeluarkan modal hampir RM200 sehari.

"Yang kami kesalkan, kebanyakan peniaga di sana beroperasi secara haram dan tanpa lesen tidak diambil tindakan pihak berkuasa, sebaliknya kami di sini yang beroperasi secara sah terus terhimpit," katanya.

Bagi Samsudin Isnin, 54, pula, dia difahamkan oleh MPHTJ hanya terdapat lapan bazar Ramadan saja diluluskan, tetapi pelik kerana kini terdapat sembilan bazar Ramadan.

Sementara itu, isu tapak bazar Ramadan berkenaan turut mendapat perhatian Ahli Parlimen Bukit Katil, Shamsul Iskandar Md Akin dan Adun Ayer Keroh, Khoo Poay Tiong.

Menurut Shamsul Iskandar, isu berkenaan timbul berikutan masalah politik tempatan antara Pengerusi JKKK baharu dengan pengerusi terdahulu.

"Cadangan saya, peniaga terlibat di kedua-dua tapak ini ditempatkan satu tempat di sini, seperti mana dipersetujui antara MPHTJ dengan JKKK di sini," katanya.

Sinar Harian

Comments (0)