Pakatan Rakyat |
Posted: 24 Jan 2012 03:27 PM PST G MANIMARAN SHAH ALAM - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim wajar mengadakan satu debat terbuka berkenaan dasar dan pendekatan kerajaan menguruskan negara, demikian menurut firma kajian pendapat awam, Merdeka Center. Pengarah Eksekutifnya, Ibrahim Suffian berkata, maklumat yang dikumpulkan hasil perbincangan kumpulan berfokus melibatkan profesional-profesional Melayu menunjukkan, mereka berminat untuk melihat satu debat membabitkan kedua-dua pemimpin berkenaan. "Maklumat ini, kami peroleh hasil perbincangan dengan kumpulan profesional Melayu baru-baru ini, mereka mahu kedua-dua Anwar dan Najib mengadakan debat, membincangkan isu-isu yang besar, isu rakyat dan isu negara... bukannya isu-isu peribadi tetapi lebih kepada kepentingan rakyat. "Saya nampak seolah-olah ada satu perubahan dalam kehendak dan keinginan di kalangan rakyat, mereka mahu satu budaya baru, diadakan debat (seperti di negara-negara lain), daripada kempen memburuk-burukkan satu sama lain," kata Ibrahim kepada Sinar Harian Online. Kedua-dua Anwar dan Najib sudah memasuki gelanggang politik negara lebih empat dekad lalu. Najib menjadi Perdana Menteri dan Presiden Umno pada awal 2009 dan akan mengetuai Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya umum pertamanya dalam waktu terdekat. Anwar, bekas timbalan perdana menteri, mengetuai Pakatan Rakyat (PR) awal 2008 dan menjadi Ketua Pembangkang di Parlimen pada Ogos tahun yang sama. Permintaan dan undangan agar kedua-dua pemimpin itu berdebat bukan perkara baru. Ia pernah menjadi perhatian tahun lalu. Dan, pada pertengahan bulan ini, Anwar yang juga Ketua Umum PR mengulangi cabarannya kepada Najib, yang juga Pengerusi BN untuk debat secara terbuka mengenai dasar-dasar kerajaan pimpinannya. Anwar berkata, beliau memandang serius perkara itu kerana ia akan membolehkan rakyat membuat penilaian terhadap pertembungan dua sistem yang wujud di negara ini antara Umno dan BN serta PR. Pelawaan itu dibuat kira-kira seminggu selepas Anwar dibebas dan dilepaskan oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur daripada tuduhan meliwat. "Jika benar Najib ikhlas dan jujur ketika memperkatakan sebelum ini bahawa Malaysia adalah sebuah negara yang mengamalkan demokrasi terbaik di dunia, jadi, kita nak tahu huraiannya," katanya ketika menyampaikan ucapan penggulungan pemimpin pada Konvensyen PR pada 14 Januari lalu. Anwar berkata, PR juga ingin mendengar penjelasan atau jaminan Najib mengenai amalan demokrasi itu dengan memastikan pilihan raya umum akan datang bersih, dan adil tanpa sebarang penipuan sama sekali. Mengulas lanjut isu debat ini, Ibrahim juga berkata, keinginan itu dilahirkan selepas wujud pandangan dan hebahan mengenai perkara itu baru-baru ini, lebih-lebih lagi ketika negara bersiap sedia untuk berhadapan dengan pilihan raya umum. "Saya pun berpandangan bahawa kita perlu bergerak ke arah itu. Saya berharap akan ada pihak yang akan menganjurkan debat-debat melibatkan pemimpin negara supaya rakyat dapat menilai kemampuan dan kebolehan pemimpin menawarkan dasar dan pendekatan pengurusan dan pentadbiran terbaik kepada negara," katanya lagi. Full content generated by Get Full RSS. | ||||||||||||||||||||||||||||
Posted: 24 Jan 2012 03:22 PM PST | ADUN DIGESA BERTINDAK KES SELEWENG PERUNTUKAN Posted: 24 Jan 2012 01:19 AM PST
| Nana teruja dijemput buat persembahan di Kelantan Posted: 24 Jan 2012 01:09 AM PST
KOTA BHARU: Penyanyi berimej baru Siti Nordiana atau lebih dikenali dengan Nana, 28, mengakui mungkin kerana imejnya yang sudah bertudung, beliau diundang oleh kerajaan Kelantan untuk membuat persembahan di negeri itu semalam. Artis yang terkenal lagu duetnya 'Paling Comel' bersama allahyarham Achik itu juga tidak menduga beliau akan dijemput menjayakan program anjuran kerajaan negeri melalui Urusetia Pembangunan Wanita, Keluarga dan Kesihatan. Menurutnya, beliau memang sedar kerajaan Kelantan mempunyai dasarnya sendiri berhubung hiburan dan bukan mudah untuk membuat persembahan di negeri itu. "Tetapi apabila saya tiba-tiba diundang, memang terkejutlah saya dan saya rasa begitu gembira dan dihargai,"ujarnya yang buat pertama kali membuat persembahan secara tertutup sepanjang kariernya sebagai seorang penyanyi. Beliau berkata demikian kepada Harakahdaily, ketika ditemui selepas membuat persembahan Ladies Nite 2012 di Kota Bharu Trade Centre (KTC), malam tadi sempena program Kite. Walaupun beliau belum pernah membuat persembahan tertutup khusus untuk penonton wanita sahaja, namun pengalaman manis itu membuatkan beliau mudah bergerak untuk membuat persembahan. "Tak adalah saya nak 'control' sangat macam sebelum ni, sebab semuanya wanita, sound sistempun wanita, begitu juga keselamatan terdiri dari kaum wanita,"ujarnya. Beliau juga turut teruja dengan penonton wanita Kelantan yang begitu 'sporting' apabila turut menyanyi bersamanya. Sempena persembahannya, beliau mendendangkan enam buah lagu termasuk lagu hitnya 'paling comel'. Sehubungan itu beliau mengucapkan terima kasih pada kerajaan Kelantan kerana sudi mengundangnya dan berhasrat untuk datang lagi sekiranya diundang.
Menyentuh tentang penghijrahannya yang kini imej bertudung beliau berkata ianya bermula akhir Ramadan tahun lalu. Nana bagaimanapun menolak imejnya itu ada kaitan dengan trend artis kini yang semakin ramai bertudung. Sambungnya, apa yang berlaku kerana keinsafan diri bersesuaian dengan usia semakin hari semakin bertambah. "Jadi saya perlu memberi contoh yang baik untuk anak tunggal saya yang kini berusia empat tahun,"ujarnya. Nana yang mula bergiat dalam bidang nyanyian sejak tahun 1999 kini telah berjaya menghasilkan enam album, termasuk dua album duetnya. | Dusuki Sepatutnya Islamkan Umno Posted: 24 Jan 2012 01:01 AM PST MSO Salah seorang orang lama Umno yang masih aktif melontarkan pandangan untuk perbaiki partinya dan juga tidak pernah beradu mengkritik dan menyinis Pas, sedari remaja hingga ke tua, Dusuki Ahmad (foto) pagi ini menerusi 'muka bukunya' memberi pandapat supaya nama mana-mana parti yang menggunakan nama agama menukar nama parti mereka supaya tidak mengelirukan orang ramai. Idea beliau ini tumbuh setelah melihat kepada perwujudan parti-parti politik di Mesir yang tidak menggunakan nama Islam. Pandangan Dusuki itu jelas ditujukan kepada Pas kerana Paslah satu-satu parti yang menggunakan Islam sebagai partinya. Parti Pas ialah Parti Islam Se Malaysia. Hujah dan alasan diberikan Dusuki bagi mengelakkan orang ramai jadi terkeliru sebab ada setengah menganggap petua politik dianggap sebagai petua agama. Begitulah pandangan orang yang memisahkan pegangan agama dengan pegangan perjuangan (politik). Pemisahan ini dipersoal sebagai sesat oleh sesetengah ulamak dan rosak aqidahnya. Tanggapan Dusuki itu juga meletakkan betapa rendahnya pengetahuan orang ramai terhadap pemahaman agama. Apa yang dia fikir sebelum ini orang menerima Pas kerana beranggapan Pas asalah agama. Pandangan agar nama Pas itu ditukar adalah cadangan bermusim dan sudah berlaku sejak lama dulu. Umno begitu takut sekali dengan nama Islam yang dikandungi Pas. Alasan seperti Dusuki katakan itu untuk mengelak kekeliruan. Satu masa Umno menuduh Pas menggunakan Islam sebagai topeng. Umno tuduh Pas memperalatkan Islam untuk kepetingan perjuangan diambil kira seperti mana Umno memperdagangkan Melayu sebagai modal perjuangannya. Umno atau Dusuki tidak boleh menganggap kalau Umno berbuat jahat atau munafik maka begitu juga dengan Pas. Saya bersetuju memang ada kalanya Pas terlebih menggunakan Islam untuk kepentingan politiknya. Pas pernah mengatakan Umno kafir dan jelas itu satu kesalahan. Tetapi sikap dan pandangan itu sudah berubah dan tiada lagi isu-isu mengkafir orang Umno. Tetapi, namun pun begitu tidak semuanya seperti yang ditanggapi oleh Umno itu. Peratus memperalatkan agama oleh Pas itu tidak sampai 10 peratus, dan nilainya jauh lebih rendah dari nilai Umno memperalatkan bangsa. Kalau Pas bercakap berlandaskan Islam menguatkan hujah menggunakan Quran dan Hadith itu adalah kewajiban kerana Pas mengambil Islam sebagai landasan. Berbeza dengan Umno yang mengambil bangsa sebagai modal. Masakan Pas ingin memetik kenyataan atau pun madah orentalis, atau perjuangan kebangsaan dalam menguatkan hujah-hujahnya bagi menyakinkan rakyat dengan perjuangan mereka. Tentulah Pas kena baca ayat-ayat Quran, hadith dan mengambil petikan para ulamak. Cita-cita Pas yang termaktub dalam perlembagaan ialah hendak menerapkan nilai-nilai Islam dalam semua aspek kehidupan termasuk soal-soal muamalat, munakahat, amal ibdat dan sebagainya. Sebelum ini Umno menerusi kerajaan yang dikuasainya pernah mengharamkan penggunaan kalimah Allah dan Muhammad yang digunakan Pas. Selepas itu diharamkan pula lambang Pas - bulan bintang. Nampak sekali Umno takut kepada lambang-lamabng Pas. Kerana ketakutan itu maka Umno diangap sebagai anti Islam. Bagi saya tidak perlu mencadangkan Pas membuang perkataan Islam. Biarkan Pas menggunakannya. Islam atau tidak perjuangan Pas bukan terletak kepada lambang dan nama. Ia akan dinilai kepada pengisian perjuangan dan praktikal para pemimpinnya. Ditenguk kepada kerajaan yang dibangunkan. Begitu juga Melayu atau tidak Umno sejauh mana parti itu memperjuangkan Melayu keseluruhannya. Perjuangan bukan setakat jadi atas slogan dan motto saja. Dusuki tidak perlu mencadangkan Pas membuang perkataan Islam tetapi yang afdal meminta Umno memasuki perkataan Islam atau ad-den dalam nama partinya. Saya cadangkan Umno boleh tukar Malay kepada Muslim, jadi United Muslim Nastional Organisation (Umno). Kenapa harus takut? Alasan diberikan kononnya Umno tidak mahu munafik, tidak mahu memperalatkan agama untuk kepentingan politik. Tetapi sedarkan Umno ia sekarang berada dalam kemunafikan bila mana memperalatkan bukan saja nama Melayu tetapi kemudahan-kemudahan kerajaan juga digunakan untuk kepentingan Umno. Polis, askar, SPR semuanya digunakan untuk kepentingan Umno. Hampir seluruh agensi kerajaan digunakan Umno. Wang kerajaan juga digunakan untuk kepentingan Umno. Apakah itu bukan muanfik? Kalau Umno ikhlas di atas apa yang dikatakan itu nah, Umno kena berhenti menggunakan segala kemudahan rakyat untuk Umno kerana itu adalah munafik nyata. Saya harap Dusuki tidak muanfik dalam hal ini. Dan janganlah kerana kita diberikan peluang untuk mendapat gaji dan upahan dengan jawatan-jawatan tertentu maka kita sanggup membuang ilmu kita atau pun rela menjadi keldai perut labuh. Orang tidak pertikaikan kalau penipuan, pembohongan dan aduk dumba dilakukan oleh bukan ahli agama, tetapi kalau mereka yang fasih dalam agama juga bersikap begitu amatlah dikesali. Lebih dikesali lagi daripada perbuatan menteri menggunakan wang zakat untuk kepentingan diri sendiri. Kesimpulannya cadangan yang dilontar Dusuki itu merupakan rentetan kebimbangan kepada pengaruh Pas. Sudah lama Dusuki dan kuncu-kuncunya mahu menghampuskan Pas tetapi Pas tetap juga hidup malahan paling mencemaskan lagi apabila Pas kini turut sama disokong oleh bukan Melayu satu keadaan yang tidak pernah terfikir oleh otak Dusuki sebelum ini. Inilah mungkin yang menyebabkan fikirannya serabut terpaksa mengemukakan semula cadangan lapok itu. Percayalah Pas tidak akan mudah mati walaupun serangan bertalu-talu ke atasnya kerana ia adalah parti politik yang cuba memenuhi tuntutan Allah sekurang-kurangnya berani meletakkan tanggung kepada agama dalam perlembagaan tidak seperti Umno. Sudah janji Allah Dia akan membantu kerja-kerja ke jalan-Nya. | Panas: 'Duit Zakat Beli Hotel', MUIP Di Gesa Siasat Master Mind Di Sebalik Segala Urusan Berkenaan! Posted: 24 Jan 2012 12:54 AM PST PAHANG DAILY KUANTAN - Gara-gara melantik "orang luar" menjadi Pegawai Hal Ehwal Ekonomi Majlis Ugama Islam Dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) maka akhirnya kontroversi pembelian Hotel MS Garden terjadi.Menurut sumber, pegawai berkenaan dikenali sebagai Izhar Ahmad (foto) yang berasal dari Kelantan itu dipercayai menjadi punca segala kekalutan yang melanda MUIP sekarang ini. Beliau yang bukan merupakan "orang agama" diberi kepercayaan sepenuhnya untuk menjaga hal ehwal ekonomi MUIP. Malah, menurut kariah di kawasan tempat tinggal beliau, kelibatnya tidak pernah dilihat bersama-sama jemaah yang lain di surau tamat perumahan terbabit. Justeru itu, pihak kami mendesak supaya Kerajaan Negeri Pahang menyiasat hal ini demi kepentingan agama Islam itu sendiri. Tindakan beliau yang mempengaruhi Timbalan Yang DiPertua MUIP, Dato' Sri Wan Hj.Abdul Wahid Hj.Wan Hassan untuk menggunakan "duit zakat" bagi membeli hotel terbabit amatlah dikesali. Malah, difahamkan beliau turut memanipulasi nama "pihak istana" untuk membolehkan urusan pengambilan wang zakat dipermudahkan. Tindakan yang mengelirukan ini tidak wajar berlaku sebenarnya, kerana wang zakat adalah bertujuan untuk kebajikan dan bukannya komersial. Menurut sumber, segala urusan pembelian hotel berkenaan kini hampir selesai sepenuhnya. Malah, bayaran deposit urusan pengambilalihan hotel terbabit sudah pun dilunaskan iaitu sebanyak RM5 juta. Difahamkan juga, hotel ini mahu dijadikan "Islamic Hotel" seleras dengan hala tuju MUIP yang mahu meningkatkan syiar agama Islam di negeri ini. Namun, apa yang meragukan ialah pembelian terbabit hanya atas namanya sahaja, sedangkan pihak pengurusan dikekalkan kerana MUIP langsung tidak punyai kepakaran untuk mentadbir sebuah hotel sehebat MS Garden itu sebenarnya. Inilah yang memusykilkan umat Islam andainya segalanya ini berlaku. Nama MUIP akan tertera pada hotel terbabit, sedangkan di dalamnya masih mengekalkan benda yang sama. Apakah Pegawai Hal Ehwal Ekonomi MUIP tidak boleh berfikir sebijak itu dan hanya mengejar komisyen dan keuntungan yang akan diperolehi atas pelaburan yang cukup menimbulkan kontroversi ini. [Jika benar dakwaan pihak terbabit bahawa "Master Mind" di sebalik kontroversi ini ialah Pegawai Hal Ehwal Ekonomi MUIP sendiri, maka tindakan tegas wajar diambil. Beliau adalah "orang luar" yang telah dilantik ke jawatan itu dengan mengenepikan ramai calon-calon anak jati Pahang yang lebih layak sebenarnya. Siasatan telus perlu dilakukan siapakah "proksi" beliau di MUIP hingga membolehkan urusan menggunakan wang zakat untuk tujuan komersial ini. Justeru itu hala tuju MUIP perlu diperbetulkan jika mahu melihat masa depan agama Islam itu terbela. Jika duit zakat pun mahu dikomersialkan, maka apakah akan terjadi kepada Asnaf yang lapan itu gamaknya. Masih ramai asnaf yang gagal mendapat peruntukan wang zakat. Maka, kenapa mahu diselewengan ke jalan pelaburan?. Apa motif wang zakat sebenarnya?. Harap, Pegawai terbabit dapat menjawapnya agar ia tidak kelirukan umat Islam. Bekerjalah kerana Allah, bukan kerana mengejar keuntungan duniawi semata-mata]. | ISU LEMBU KONDO - NFC JEMPUT NGO, MENGAPA RAFIZI DAN JINGGA 13 TIDAK DIJEMPUT? Posted: 24 Jan 2012 12:51 AM PST Oleh: WFAUZDIN NS MAKA laki Shahrizat pun panggil beberapa NGO termasuk PERKASA untuk NFC berikan taklimat tentang syarikatnya yang dikatakan menyeleweng. Berbagai alasan diberikan oleh laki Shahrizat untuk menunjukkan NFC itu bersih sebersihnya dan tiada satu sen pun wang rakyat disalahgunakan. Seperti dijangka, puak-puak lembu pun bersetuju bahawa NFC memang bersih. Kononnya rahsia NFC terdedah akibat orang dalam yang dedahkan kepada Rafizi, Pengarah Strategik PKR. Soalnya, siapa dedah tak penting. Tidak penting juga mengapa ianya didedahkan. Apa yang penting, betulkah RM250 juta wang peruntukan dilesapkan secara tidak sah? Mengapa Ketua Audit Negara tegur? Benarkah ada pembelian kondo, tanah, mercedez dan hotel menggunakan peruntukan secara tidak sah? Lebih penting adakah laki Shahrizat berani membuat laporan Polis terhadap pendedahan dari orang dalam tersebut? Pelik juga, mengapa beberapa NGO dijemput itu tiada dijemput sekali Rafizi atau Jingga 13? Bukankah mereka ini yang rancak memanaskan isu NFC? Mengapa jemput beberapa NGO yang sememangnya suka menjadi `burung Belatuk?'. | Perkasa: 'Tidak logik' untuk halang Ibrahim Ali masuk Selangor Posted: 24 Jan 2012 12:46 AM PST Oleh Shazwan Mustafa Kamal KUALA LUMPUR — Perkasa hari ini menegaskan kerajaan negeri Selangor pimpinan Pakatan Rakyat tidak mempunyai kuasa untuk menghalang Datuk Ibrahim Ali daripada memasuki negeri itu. Kumpulan membela hak Melayu itu memberikan respons terhadap satu kenyataan dikeluarkan Faekah Husin, setiausaha politik Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim semalam. Faekah berkata presiden Perkasa itu diharam memasuki Selangor dan Khalid sedang mempertimbangkan untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap kenyataan Ahli Parlimen Pasir Mas itu kepadanya. "Ini merupakan kenyataan paling bodoh yang tidak pernah saya dengar. Selangor bukan mak bapak awak punya tempat," kata setiausaha agung Perkasa Syed Hassan Syed Ali. Beliau berkata Faekah harus sedar kerajaan negeri tidak boleh buat begitu dan Malaysia adalah negara demokrasi menambah setiap warganegara dibenarkan untuk ke mana-mana dengan bebas. "Sekarang mereka mahu menghalang rakyat memasuki negeri...bagaimana dengan demokrasi. Keadilan," kata Syed Hassan kepada The Malaysian Insider. Isu ini muncul apabila Ibrahim (gambar) mendakwa Khalid mengambil alih portfolio Hal Ehwal Islam akan membolehkan pihak yang mengendalikan peniagaan "tidak bermoral" meneruskan kerja-kerja mereka walaupun dari kalangan orang Islam. Beliau menuduh Khalid tidak serius untuk mempertahankan umat Islam sebaliknya hanya helah politik untuk menagih sokongan ahli perniagaan menjelang pilihan raya umum. Sebagai respons, Faekah berkata keputusan Khalid itu diperkenan Sultan Selangor dan mana-mana yang mempersoalkannya dianggap penghiaan kepada Sultan Selangor. "Ya, pelantikan itu dipersetujui Sultan Selangor tetapi ia dicadangkan kerajaan negeri Selangor. Ia sentiasa menjadi amalan. "Bila anda menghadapi masalah baru anda mahu kaitkan dengan Sultan, dahulu mengapa mempersoalkan pelantikan setiausaha kerajaan negeri," tanya Syed Hassan. Khalid mengambil alih portfolio Hal Ehwal Islam dari Datuk Dr Hasan Ali yang dipecat PAS dan digugurkan dari ahli majlis kerajaan negeri Selangor kerana melanggar disiplin parti. Hasan menggesa penyokong pembangkang agar tidak menyertai perhimpunan 9 Januari di Kompleks Mahkamah Tinggi sebagai sokongan terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim semasa keputusan kes liwatnya. Khalid juga melantikan Ahli Dewan Undangan (ADUN) Sikijang Dr Ahmad Yunus Hairi untuk menggantikan tempat Hasan. | Polis didakwa bersekongkol ganggu ceramah ABU Posted: 24 Jan 2012 12:45 AM PST Pergerakan Asalkan Bukan Umno (ABU) hari ini mengesyaki terdapat anggota polis bersekongkol dengan pihak yang didakwa mengganggu ceramah mereka di Shah Alam pada Sabtu. ABU dan penganjur bersama program itu Hindraf membuat laporan polis berhubung insiden itu di ibu pejabat polis daerah Dang Wangi hari ini. Menurut Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) - penggerak utama kempen itu - terdapat pegawai polis yang kelihatan bercakap-cakap dengan pihak yang didakwa menyerang peserta ceramah itu. Bercakap kepada pemberita, pemimpinnya Badrul Hisham Shaharin berkata mereka menyerahkan salinan gambar, CD dan rakaman video insiden itu untuk disiasat pihak polis. Penganjur juga akan membuat laporan kepada Suruhanjaya Hak Asasi Manusia di ibu negara pagi esok. | KHIANATI RAKYAT!!! Brahim Ali bakal berkubur di Pasir Mas Posted: 23 Jan 2012 10:01 PM PST "Selepas ini barulah dia tahu hujung jatuh kerjaya politiknya. Jangan dok angkuh sangat dengan kemenangan hasil bantuan orang lain," kata penghulu mukim Kasar, Pasir Mas, Rahim Wan Samad. Hujahnya turut disokong Siti Nor Md Midin, 65 dari Kampung Landar, yang meluah perasaan sangat meluat terhadap anggota parlimen Pasir Mas sekarang. Kata beliau rakyat Pasir Mas begitu kecewa terhadap bekas Ketua Bahagian Umno itu kerana menggadaikan amanah dan tanggungjawab yang diberi pengundi. Manakala Dato' Noor Zahidi Omar dikatakan lebih selesa mempertahankan Dun Pengkalan Kubur, dan timbalannya Dato' Rusdi Abdul Aziz pula enggan berganjak daripada Dun Wakaf Bharu. Isu dalaman membelit Umno Pasir Mas, Rantau Panjang dan Tumpat tentunya menyukar misi Dato' Seri Mustapa Mohamed menawan Kelantan. | PKR: NFC Perlu Beri Penjelasan bukan Upah NGO Posted: 23 Jan 2012 09:22 PM PST Oleh Afeeqa Afeera SHAH ALAM, 23 JAN : Tindakan Perbadanan Fitlot Kebangsaan (NFC) yang cuba menutup pelbagai penyelewengan berhubung salah guna dana rakyat secara politik disifatkan sebagai tindakan menutup isu asal berhubung pemberian projek kepada kroni yang menjadi amalan Umno selama ini. Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli berkata, pihak NFC seharusnya menumpukan sedikit masa untuk mengemukakan bukti bagi menafikan dakwaan yang dibuat berhubung penyelewengan dana rakyat oleh syarikat berkenaan yang gagal dilakukan sehingga hari ini. Namun sebaliknya menurut Rafizi, NFC sejak kebelakangan ini dilihat menggunakan agenda politik dengan membawa masuk 'kaki-kaki pukul' seperti Perkasa untuk membela mereka. Sementara itu menurut Ketua Penerangan PKR, Dr Mohamad Nur Manuty, pihaknya tidak menolak kemungkinan NGO yang digunakan untuk memberi kenyataan kepada media dibayar untuk berbuat demikian. | Selamatkan Malaysia untuk Generasi Akan Datang Posted: 23 Jan 2012 09:19 PM PST Oleh TVSelangorSHAH ALAM : Presiden PKR, Datuk Seri Wan Azizah Ismail mengharapkan Tahun Naga yang disambut oleh masyarakat Cina tahun ini akan dimanfaatkan sepenuhnya untuk menyelamatkan negara ini untuk di kembalikan kepada kesepakatan membina kebangkitan bangsa berteraskan maruah, keadilan, penghormatan dan persaudaraan. Berikut adalah perutusan penuh beliau sempena Tahun Baru Cina 2012. Dikesempatan ini saya mengambil sedikit ruang untuk mengucapkan Selamat Tahun Baru Cina - Gong Xi Fa Cai kepada seluruh bangsa Tiong Hua di Malaysia. Juga kepada rakyat Malaysia yang sama-sama menghormati sambutan tahun baru ini. Mengikut kalendar kepercayaan kaum Cina, tahun ini adalah tahun Naga. Tahun yang akan dipenuhi dengan semangat kekuatan, kesihatan serta membawa nasib yang baik. Kita rasa beruntung dengan keharmonian diantara kaum yang telah dipupuk sekian lama. Inilah semangat perpaduan dan hormat menghormati yang perlu kita semua pertahankan. Walaupun ada pihak yang terus menyebarkan fitnah dan mangadu dombakan di antara kaum, namun KEADILAN tetap yakin bahawa rakyat kini sudah matang dan bersedia untuk tinggal secara harmoni tanpa membedakan kepercayaan dan budaya itu satu penghalang kepada keadilan serta hak.Isu-isu penyelewangan dan salah guna kuasa sudah tidak dapat disembunyikan lagi. Pendedahan terus dibongkar agar rakyat dapat memahami bagaimana pentadbiran negara yang diuruskan itu menyebabkan merundumnya ekonomi negara. Malah rakyat dikaburi dengan berita yang kononnya negara berada dilandasan yang selamat. Hakikatnya, lihatlah sahaja harga barang-barang keperluan yang tidak terkawal. Kebebasan rakyat juga disekat. Pandangan rakyat tidak diambil peduli. Generasi kini terus ditekan demi mempertahankan golongan elit yang tamakkan kuasa. Oleh itu, adalah menjadi kewajiban kita semua sebagai rakyat yang cintakan kedamain dan keadilan untuk terus konsistan dalam agenda membersihkan Malaysia dari gejala-gejala yang mencemarkan negara. KEADILAN menyeru kepada semua golongan, tidak kira di kampong atau pun kota, anak muda dan juga mahasiswa, professional dan kakitangan awam, inilah masanya untuk kita sepakat membina kebangkitan bangsa berteraskan maruah, keadilan, penghormatan dan persaudaraan. Selamat Tahun Baru Cina, Gong Xi Fa Cai. | Intelektual dan politik dalam masyarakat Posted: 23 Jan 2012 09:13 PM PST Kritikan yang dibuat oleh Dr.Abdul Aziz Bari, iaitu ketika beliau masih menyandang jawatan profesor di Universiti Islam Antarabangsa (UIA), terhadap campur tangan Sultan Selangor dalam kontroversi Gereja Methodist Damansara Utama pada tempoh hari mengundang kecaman daripada pelbagai pihak. Sesungguhnya pakar perlembagaan ini tidak asing pada kontroversi selama ini sejak beliau meluahkan pandangannya tentang beberapa perkara atau isu yang dirasakan perlu komen ilmiahnya demi kebaikan dan kebajikan masyarakat pada amnya. Lagipun, ini adalah tanggungjawabnya sebagai seorang intelektual yang terpanggil untuk menghulur pandangan dan idea tentang sesuatu yang berlaku dalam masyarakat. Ada kecaman yang dilontarkan terhadap Dr.Aziz Bari yang membayangkan ketidakfahaman pihak yang berkenaan tentang peranan yang seharusnya dimainkan oleh seorang akademik dan intelektual seperti Dr Aziz Bari. Pihak ini berhujah bahawa profesor ini harus meninggalkan akademia dan terjun masuk ke dalam gelanggang politik kepartian jika mahu berjinak-jinak dengan hal atau isu politik kerana, kata mereka, "politik" tidak ada tempat di universiti. Kekeliruan di sini berkisar pada konsep intelektual. Seorang intelektual awam, sama ada berada dalam atau luar institusi pendidikan formal, ialah orang yang menggunakan idea dan hujahan kritis serta kepandaiannya untuk menyumbangkan buah fikiran bagi menangani masalah atau isu yang wujud dalam masyarakat pada sesuatu ketika. Seorang pensyarah yang juga bersifat intelektual bersedia memberikan responsnya terhadap perkara atau isu yang timbul dalam masyarakat yang memerlukan pandangannya yang berpaksikan kepakarannya dan juga ilmu (yang luar daripada kepakarannya) yang telah ditimba selama ini untuk menghasilkan pandangan yang holistik atau menyeluruh. Sebagai seorang intelektual dan ahli akademik, Dr.Aziz Bari (gambar kiri) seharusnya mempunyai kebebasan untuk berfikir dan menyuarakan pandangannya walaupun pendapatnya mungkin tidak selari dengan perspektif pihak-pihak tertentu khususnya pemerintah - kerana pemerintah, seperti golongan manusia lain, bukan selalunya berada di sisi kebenaran dan keadilan. Kebebasan berfikir dan bersuara adalah faktor asas dan bernilai tinggi bagi akademia kerana di sinilah munculnya intelektual yang berkeupayaan untuk menyuarakan pandangan ilmiah lebih-lebih lagi pendapat yang segan atau takut disuarakan oleh kebanyakan ahli masyarakat. Tapi, kita sedia maklum bahawa realiti dalam masyarakat Malaysia, dan ini termasuklah akademia tempatan, menampakkan ruang kebebasan bersuara ini agak sempit lebih-lebih lagi bagi ahli akademik yang berpegang kepada pandangan yang kontra dengan pemerintah yang lazimnya dilihat serong oleh pihak berkuasa dalam universiti dan juga pemerintah. Malah, ahli akademik yang bersifat seperti Dr.Aziz Bari berkemungkinan besar dilabelkan sebagai pemikir partisan dan pro-pembangkang. Nampaknya pandangan yang dipegang oleh mendiang. Edward Said (seorang profesor dan juga intelektual awam di Amerika Syarikat) ada kebenarannya, iaitu seseorang intelektual itu lazimnya mengalami hidup yang "sepi" disebabkan pendapatnya kontroversial, berlainan dan juga berlawanan dengan pandangan sekelompok manusia lain. Sesungguhnya, seseorang intelektual itu berani menjolokkan kebenaran kepada pihak yang berkuasa, iaitu speaking truth to power. Dan barangkali tekanan dan kekangan yang dihadapi oleh Dr.Aziz Bari menjadi semakin kuat hingga menyebabkan beliau terpaksa melepaskan jawatan di universitinya dan terus mengambil keputusan untuk mengambil bahagian aktif dalam politik kepartian dalam niat dan usaha gigihnya untuk membantu memperbaiki masyarakat. UIA, atau sekurang- kurangnya pelajarnya, kehilangan seorang akademik yang komited lagi pintar dalam bidang kepakarannya. Tapi apa yang nampaknya satu kehilangan di pihak UIA menjadi satu "anugerah" kepada dunia politik kepartian kerana sudah tentunya Dr.Aziz Bari dapat memberi sumbangan yang amat bermakna dalam arena politik tanah air dan juga kepada masyarakat secara amnya, lebih-lebih lagi dalam hal yang berkaitan dengan perundangan dan perlembagaan Malaysia. Buah fikirannya dianggar dapat membantu membawa perubahan yang berkesan kepada pentadbiran dan hala tuju negara. Apa yang diharapkan ialah kemunculan kelompok intelektual seperti Dr.Aziz Bari dapat menolong masyarakat keluar daripada belenggu yang boleh disifatkan sebagai "politik celah kelangkang" yang selama ini menghantui masyarakat kita, khususnya melalui kontroversi seks seperti kes liwat yang dikaitkan dengan Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim (gambar kiri). Lantas masyarakat mengharapkan wacana politik boleh bertukar isi dan berkisar kepada persoalan yang lebih serius dan penting, seperti isu ekonomi, pendidikan, hak asasi manusia, kemiskinan, fasisme agama dan etnik, dsb. Ini juga bermakna kita mengharapkan perdebatan di Parlimen menjadi lebih canggih dan bertamaddun dan tidak lagi taksub kepada hal-hal sensasi dan jelek seperti "kebocoran" ala Ahli Parlimen Kinabatangan. Walaupun intelektual seperti Dr.Aziz Bari dianggarkan berhujah secara berpartisan, kita masih boleh membayangkan perbincangan yang bakal dilakukan itu lebih jauh tinggi mutunya jika dibandingkan dengan apa yang berlaku sekarang dan masa dulu. Kemasukan golongan intelektual ke dalam kancah politik bukanlah satu perkara yang baru atau aneh. Syed Husin Ali, bekas profesor dari Universiti Malaya, misalnya, telah lama berkecimpung dalam politik tanah air. Di luar negara seperti Amerika Syarikat, seorang profesor, Zbigniew Brezinski, misalnya, telah diangkat sebagai Penasihat Keselamatan Negara, oleh Jimmy Carter setelah beliau dipilih sebagai presiden negara itu pada tahun 1976. Perlantikan Brezinski ini ada kaitan rapat dengan kepakaran dan keprihatinan yang ada pada beliau. Walau bagaimanapun, para intelektual di luar gelanggang politik kepartian masih lagi mempunyai peranan penting yang boleh dimainkan dalam masyarakat. Menerusi, misalnya, penulisan ilmiah, tulisan popular, kempen petisyen dan ceramah umumnya, intelektual ini dapat merapatkan dirinya dengan ahli masyarakat dengan berkongsi buah fikiran serta melibatkan diri dalam perdebatan umum yang juga boleh meningkatkan kesedaran sosial ahli masyarakat biasa. Di Malaysia masa kini, sumbangan buah fikiran intelektual amat diharapkan lebih-lebih lagi dalam konteks masyarakat di mana suara-suara sumbang yang lantang (yang membawa fikiran sempit lagi merbahaya seperti kelompok fasis agama dan etnik) cuba menenggelamkan pandangan yang lebih rasional dan moderat dalam kalangan rakyat yang sentiasa mengidamkan kesejahteraan, kemajuan dan keamanan. Ini bukanlah bermakna luahan pandangan seperti ini adalah monopoli golongan intelektual, tetapi kelompok ini boleh memainkan peranan yang penting untuk mempengaruhi wacana di peringkat nasional. Begitu juga halnya di Amerika Syarikat. Intelektual seperti Prof. Noam Chomsky (pakar linguistik dan falsafah), mendiang Howard Zinn (profesor sejarah) serta mendiang Edward Said (profesor sastera), sebagai contoh, telah memberi sumbangan intelek yang berharga kepada masyarakat mereka yang berkaitan dengan bidang kepakaran serta bidang yang lain. Ketiga-tiga profesor ini bukan saja memberi pandangan tentang perkara yang berkaitan dengan kepakaran masing-masing, tetapi juga berhujah tentang pergerakan anti-perang, konflik Palestin dan Israel, hak asasi manusia, ekonomi politik media, dan sebagainya. Malah Prof. Zinn pernah dipecatkan dari jawatan pensyarahnya di Spelman College di Atlanta pada 1963 setelah beliau memberi sokongan kepada anak muridnya yang membantah segregasi yang bersifat perkauman. Dengan kata lain, mereka ini sudah tentunya tidak mempunyai ciri-ciri "profesor kangkung"! Sebaliknya, cuba bayangkan sekiranya kelompok intelektual ini berpeluk tubuh, atau berjaya "didiamkan" oleh pihak berkuasa, apabila berhadapan dengan masalah masyarakat: satu pembaziran intelek dan kemuflisan moral sudah tentunya boleh berlaku dalam kalangan masyarakat. *Dr.Mustafa K Anuar ialah pemerhati politik tanah air. | Rampas tanah rakyat petanda kejatuhan Umno T'ganu Posted: 23 Jan 2012 09:11 PM PST
DUNGUN: Pemimpin Umno cawangan yang memimpin Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) dikecam hebat oleh masyarakat setempat kerana "merampas" tanah yang sebelum ini dimiliki oleh Sekolah Rendah Islam Darul Bayan (SRIDB) di Kampung Kolam Mak Tagar, Jalan Santong, Paka, Dungun. Harakahdaily dimaklumkan, tanah berstatus Lesen Menduduki Sementara (TOL) kepunyaan pihak sekolah agama rakyat itu seluas dua ekar dirampas serta diagihkan kepada pihak Umno dan JKKK kawasan itu. SRIDB yang ditubuhkan pada tahun 2001 merupakan sebahagian dari Markaz Tarbiyyah Islamiyyah Darul Bayan (MTIDB) yang berdaftar dengan Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT) sebagai Sekolah Rendah Agama Rakyat. Manakala, tapak kompleks bangunan sekolah yang seluas dua ekar tersebut telah diluluskan oleh kerajaan negeri pada 22 Oktober 2003. Antara yang telah dibangunkan iaitu bangunan tetap satu tingkat bagi menampung 10 kelas, bilik guru, pejabat, surau dan kantin. Bahkan, dalam tempoh 11 tahun dari tarikh kelulusan tersebut kini kompleks SRIDB telah pun mempunyai beberapa buah bangunan bagi keperluan 350 pelajar serta 38 orang guru dan kakitangannya. Mengikut pelan pembangunan SRIDB, cadangan pembangunan seterusnya untuk tapak parkir, pembinaan bangunan tambahan, pembesaran kantin, perumahan guru serta asrama anak yatim Darul Bayan. Pengerusi Lajnah Pendidikan PAS Pusat, Datuk Abu Bakar Chik menyifatkan tindakan pihak JKKK Kampung Limbong yang bertindak 'merampas' tanah Sekolah Rendah Islam Darul Bayan sebagai zalim. Kata beliau, tindakan merampas tanah tersebut satu kezaliman yang tidak boleh dimaafkan dan mesti ditentang oleh rakyat seluruhnya. "Ini bukan pertama kali kerajaan Umno dan Barisan Nasional buat perkara yang memalukan dan kerana hendak memuaskan nafsu JKKK, mereka sanggup menafikan hak rakyat dan hak Darul Bayan. "Tanah ini kita (sekolah) telah bayar Lesen Menduduki Sementara (TOL) sejak tahun 2003, 2004 dan 2005 lagi," ujarnya. Beliau berkata demikian selepas majlis Ceramah Isu Semasa "JKKK Rampas Tanah SRIDB" di perkarangan SRIDB, Kampung Kolam Mak Tagar, Paka, Dungun. Menurut Ustaz Abu Bakar, sejak tahun 2006 pihak kerajaan negeri di bawah Menteri Besarnya, Datuk Seri Idris Jusoh telah membekukan pembayaran lesen TOL tersebut. Beliau yang juga bekas Exco Kerajaan Terengganu menjelaskan pendidikan bukan isu biasa tetapi menjadi isu yang lebih penting dari isu-isu lain. Ini kerana, katanya melalui pendidikanlah agama dapat disemai dalam diri setiap manusia dan rakyat menjadi baik. "Kita (PAS) harap pihak berkenaan pulangkan semula hak (tanah) ini kepada pihak sekolah (SRIDB) sebelum berlaku sesuatu yang tidak diingini, kerana Allah SWT itu Maha Adil dan Bijaksana," tegasnya. Sementara itu, Pengerusi Lajnah Tarbiah PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad berkata tindakan pihak Umno dan JKKK merampas tanah SRIDB petanda kejatuhan kerajaan BN Terengganu. Menurutnya, tindakan serupa pernah dilakukan sebelum ini terhadap sekolah Institut Berakan (IB) di Kuala Terengganu tahun 1991. "Ini (tindakan) petanda Umno-BN akan jatuh di negeri Terengganu kerana perbuatan zalim rampas tanah sekolah agama rakyat (SRIDB). "Mereka (Umno) pernah rampas dan roboh Institut Berakan tahun 1991 dan akhirkan mereka jatuh kerajaan tahun 1999. "Ini bukan sekolah untuk berniaga, buat duit tetapi untuk mendidik anak-anak kita termasuk anak yatim dengan ilmu agama (Islam)," ujarnya. Katanya, rakyat perlu membuat perubahan dalam pilihan raya dengan menolak Umno dan kerajaan BN serta memilih PAS dan Pakatan Rakyat pada PRU13 akan datang. | Posted: 23 Jan 2012 09:02 PM PST BEIJING- China kini mempunyai lebih 500 juta pengguna Internet dan lebih separuh daripadanya menggunakan weibo, blogmikro yang menyamai Twitter yang dapat memintas badan penapisan negara itu, lapor data kerajaan, semalam. Weibo yang menjadi platform popular untuk orang ramai meluahkan kemarahan terhadap ketidakadilan atau rasuah dan mengendali serta menyebarkan berita mengenai bantahan, menimbulkan cabaran kepada usaha kerajaan untuk mengawal informasi. Hampir 56 juta rakyat China, hampir menyamai populasi Britain, menggunakan Internet buat kali pertama pada 2011, mencatat populasi Internet negara itu kepada 513 juta. China mempunyai lebih ramai pengguna Internet berbanding negara lain di dunia. Peningkatan bilangan pengguna menggunakan weibo amat dramatik, angka daripada Pusat Maklumat Rangkaian Internet China menunjukkan ia melonjak kepada 250 juta daripada 63 juta pada akhir 2010. "Pihak berkuasa di China semakin bimbang dengan Internet kerana ia adalah medium penyebaran utama dan sangat sukar untuk dikawal," kata penyelidik Projek Media China yang berpangkalan di Hong Kong, David Bandurski. "Sejak 2005, tumpuan keseluruhan kawalan informasi beralih daripada media tradisional kepada Internet," katanya. China kerap menyekat kandungan laman web yang dirasakan sensitif dari segi politik menerusi sistem penapisan meluas yang digelar 'Tembok Api Besar China' dan amat bimbang dengan kuasa Internet dalam mempengaruhi pendapat umum. Bagaimanapun, pengguna weibo mampu memintas kawalan itu dengan penghantaran semula informasi atau imej secepat tindakan pihak berkuasa menghalangnya. Pengguna weibo dipercayai menyebarkan berita mengenai nahas kereta api laju Julai tahun lalu yang membangkitkan kritikan meluas terhadap kerajaan, kebanyakannya melalui Internet dan menimbulkan keraguan mengenai projek mahal itu.- AFP | Aziz Bari: Khoo Kay Kim buat hal lagi Posted: 23 Jan 2012 08:59 PM PST MALAYSIA KINI Prof Dr Abdul Aziz Bari mempertikaikan tindakan pihak yang mengecamnya sebelum ini kerana mengulas titah Sultan Selangor tetapi berdiam diri terhadap pendapat kontroversi sejarahwan Tan Sri Khoo Kay Kim baru-baru ini. "Khoo buat hal lagi; hari itu dia kata Malaysia tak pernah dijajah (yang kemudian diikuti oleh Zainal Kling). Hari ini dia kata Hang Tuah tak pernah wujud. "Di mana PERKASA? Mana Ezam? Kenapa tak buat repot polis?" soal bekas pensyarah kanan di Universiti Islam Antarabangsa itu. Khoo sebelum ini dilaporkan berkata berkata tiada bukti dan rekod tentang kewujudan Hang Tuah begitu juga dengan Puteri Hang Li Po dari China yang dikatakan telah berkahwin dengan Sultan Melaka di abad ke-15. Manakala Aziz pula dikecam hebat atas kenyataannya bahawa Sultan Selangor Sharafuddin Idris Shah sebagai ketua agama negeri mempunyai hak campur tangan dalam isu Gereja Methodist Damansara Utama (DUMC) tetapi ia perlu selaras dengan ajaran Islam. Selepas Senator Mohd Ezam Noor membuat laporan polis terhadapnya atas dakwaan menghina sultan, beliau menghadapi pelbagai tindakan, termasuklah disiasat pihak berkuasa dan diberikan surat tunjuk sebab oleh universiti. Dalam kenyataannya kepada Malaysiakini, Aziz memperlekehkan sikap golongan itu yang berdiam diri atas nama kebebasan akademik. "Saya hormati sikap mereka; tetapi kalau mereka benar-benar menerima kebebasan akademik Umno-BN harus terima juga komen saya ke atas Sultan Selangor? "Betul atau tidak pendapat saya itu ia adalah natijah ilmu dan kepakaran saya; seperti juga Khoo Kay Kim dan Zainal Kling," | Ops Sikap ke-25 catat 93 maut setakat ini Posted: 23 Jan 2012 08:58 PM PST Ops Sikap ke-25 sempena sambutan Tahun Baru Cina mencatatkan 93 kematian setakat ini, setelah sembilan lagi maut dalam kemalangan di seluruh negara pada hari kelapan, semalam. Laman web Polis Diraja Malaysia melaporkan enam kematian membabitkan penunggang motosikal dan tiga pengguna kereta, lapor Bernama. Laporan itu juga menyebut jumlah kemalangan menurun kepada 973 kes semalam berbanding 1,161 pada hari sebelumnya. Jalan bandaran kekal mencatatkan rekod kemalangan tertinggi dengan 310 kes, diikuti jalan persekutuan (302), jalan negeri (170), lebuh raya (124) dan 63 kes bagi jalan-jalan lain. Sebanyak 17,736 saman dikeluarkan menjadikan jumlah terkumpul 138,574 saman membabitkan pelbagai kesalahan. Ops Sikap kali ini akan berakhir pada 30 Januari. Trafik lancar, kenderaan meningkat Sementara itu, agensi berita nasional itu juga melaporkan, aliran trafik di lebuh raya utama dilapor bergerak lancar pagi ini, namun jumlah kenderaan semakin meningkat. Projek Lebuhraya Utara Selatan (Plus) menerusi laman Twitternya melaporkan aliran trafik lancar di semua lebuh raya kendaliannya termasuk di Lebuhraya Linkedua dan Jambatan Pulau Pinang. Bagaimanapun dua kemalangan dilaporkan berlaku di Lebuhraya Utara Selatan iaitu di kilometer 125.4 arah utara dari Yong Peng ke Pagoh pada pukul 10.10 pagi ini, dan di kilometer 152.4 arah selatan dari Bukit Tambun ke Jawi pada 10.07 pagi. Kedua-dua kemalangan itu tidak menjejaskan aliran trafik. Plus turut menasihati pengguna lebuh raya agar mengikut Jadual Cadangan Waktu Perjalanan (TTA) bagi mengelakkan kesesakan trafik, memandangkan hari ini merupakan hari terakhir cuti umum sempena sambutan Tahun Baru Cina. Sementara itu, Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) menerusi laman Twitternya melaporkan satu kemalangan berlaku di Km 279.0 arah utara berhampiran Seremban-Nilai, melibatkan sebuah kereta pada 9.06 pagi ini. | Pengarang berita TV3 meninggal dunia Posted: 23 Jan 2012 08:56 PM PST Pengarang Berita TV3, Sukardi Abdul Ghany yang juga bekas penolong editor perkhidmatan berita ekonomi meninggal dunia pukul 3.30 pagi ini di Hospital Kuala Lumpur akibat komplikasi buah pinggang. Jenazah dibawa pulang ke rumahnya di No 42, Jalan Joran 19/24, Shah Alam dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Seksyen 21, pagi ini.- Bernama | 'Kritik pertukaran portfolio, bukan kedudukan Sultan' Posted: 23 Jan 2012 08:55 PM PST MALAYSIA KINI Presiden kumpulan pendesak Melayu PERKASA Datuk Ibrahim Ali berkata, kritikannya terhadap pertukaran portfolio agama negeri tiada kena mengena dengan kedudukan Sultan Selangor. Lagi pun, katanya, PERKASA selama ini konsisten membela institusi raja-raja Melayu. "Nak halang saya masuk Selangor. Wah, apa Faekah ingat Selangor ini negeri mak bapak dia ke?"kata Ibrahim yang juga anggota parlimen Pasir Mas. Menteri besar Selangor pagi ini dilaporkan akan berbincang dengan penasihat undang-undang dan agensi berkaitan untuk mengambil tindakan terhadap Ibrahim yang mengkritik keras perubahan portfolio agama negeri itu. Setiausaha politik kepada menteri besar Faekah Husin menyifatkan kenyataan itu sebagai penghinaan kepada Sultan yang memperkenan perkara itu dan mencadangkan Ibrahim dihalang menjejakkan kaki di Selangor. Dalam kenyataan segeranya petang ini, Ibrahim berkata, beliau bersedia sekiranya kerajaan negeri memutuskan mahu mengambil tindakan undang-undang ekoran kenyataannya sebelum ini. "Jika mereka nak saman saya, samanlah. Saya tak boleh buat apa-apa. Biar mahkamah putuskan apa yang saya kata 'mungkin' berlaku itu dan ini, salah atau tidak. Kalau salah saya masuk jail, tak ada hal," katanya. Menjelaskan kenyataannya semalam, Ibrahim berkata, bila ditanya pemberita pandangannya tentang perkara itu, beliau menjawab: "Jika Khalid MB pegang hal ehwal Islam, mungkin itu dan ini akan berlaku hal-hal yang berkaitan dengan Islam". "Itu cabaran padanya," katanya lagi. Ibrahim semalam dilaporkan berkata, pengambil alihan portfolio hal ehwal Islam Selangor oleh Khalid bertujuan untuk memberi jalan kepada kegiatan "tidak bermoral" dan memelihara kepentingan kumpulan ahli perniagaan menjelang pilihan raya. Ibrahim menjelaskan, pemecatan Hasan dan pengambil alihan portfolio berkenaan merupakan "tamparan hebat" kepada PAS, dan menggelarnya "kekalahan untuk Islam dan kemenangan untuk liwat", lapor sebuah portal berita. | Isu NFC: Rafizi terkejut kenyataan Presiden Perkasa Posted: 23 Jan 2012 04:14 PM PST SHAH ALAM - Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli menyelar kenyataan Presiden Perkasa Datuk Ibrahim Ali sambil menyifatkan beliau cuba 'berlagak pandai' dalam isu projek kontroversi Pusat Fidlot Kebangsaan (NFC). Beliau menegaskan, Ibrahim seolah-olah cuba mengugut Ketua Audit Negara dengan memaksa memberin kenyataan rasmi bahawa tidak wujud masalah dalam projek berkenaan. "Saya terkejut dia (Ibrahim Ali) berani kata Ketua Audit tak buat kerja, buat laporan pun salah. Sedangkan dia tu siapa? Seorang yang tidak ada pengalaman langsung dalam bidang tu. "Tekanan yang diberikannya adalah satu intimidasi yang serius kepada Ketua Audit, dia tak ada hak nak campur tangan sebab memang terbukti dia tiada kepakaran dan tidak tahu hujung pangkal siasatan. Dia tak ada hak nak tentukan apa yang patut Ketua Audit buat," katanya kepada Sinar Harian Online. Kelmarin, Ibrahim berkata, "kami mendesak beliau membuat kenyataan rasmi mengenainya dan berlaku adil kepada semua pihak supaya seseorang itu dibela atau dihukum atas sebab yang sah faktanya, bukan kerana persepsi politik." Ibrahim berkata demikian selepas bertemu dengan Pengerusi Eksekutif Fidlot Nasinal Corporation (NFCorp), Datuk Seri Dr. Mohamad Salleh Ismail. Menurut Rafizi, tindakan presiden Perkasa itu perlu diambil perhatian Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak kerana bimbang boleh mengganggu siasatan ke atas NFCorp. Beliau berkata, penglibatan Perkasa dalam hal ini menampakkan kepada dimensi baru skandal yang mungkin cuba digunakan NFCorp melalui politik untuk membersihkan nama syarikatnya "Tindakan ini memburukkan keadaan, sudah empat tahun kebelakangan ini, kedudukan Audit Negara dilihat sangat penting dalam membongkar kes rasuah, melalui siasatan mereka kita sebagai rakyat dapat siasat balik. Sementara itu, Rafizi turut menempelak dakwaan Ibrahim yang mengatakan beliau membeli maklumat daripada bekas pekerja NFCorp atas tujuan untuk membantu pekerja terbabit untuk membalas dendam. "Saya nafikan sekeras-kerasnya dakwaan dia kononnya saya membeli maklumat secara sulit. Apa tujuan dia nak cakap macam itu," katanya. | Gempa bumi besar diramal gegar Tokyo waktu terdekat Posted: 23 Jan 2012 04:14 PM PST TOKYO - Jepun yang dilanda malapetaka berganda awal Mac lalu dijangka akan berhadapan dengan gempa bumi besar, di ibu negaranya Tokyo, dalam empat tahun lagi. Laporan BBC memetik penyelidik-penyelidik dari Universiti Tokyo berkata, kajian pihaknya menunjukkan ada kebarangkalian 75 peratus gempa bumi pada skala tujuh akan melanda rantau itu. Kerajaan Jepun berkata kemungkinan kejadian itu adalah 70 peratus dalam 30 tahun akan datang. Amaran ini dikeluarkan tidak sampai setahun selepas wilayah timur laut Jepun dilanda gempa bumi dan tsunami, dan disusuli dengan krisis nuklear. Kali terakhir Tokyo dilanda gempa bumi besar adalah pada 1923, pada skala 7.9 menyebabkan lebih 100,000 orang terbunuh, kebanyakannya akibat kebakaran. Penyelidik-penyelidik di institut kajian gempa bumi di Universiti Tokyo itu membuat ramalan ini berdasarkan peningkatan kejadian gegaran di Tokyo susulan malapetaka berganda pada 11 Mac lalu. Menurut mereka, berbanding dengan tahun-tahun yang normal, peningkatan gegaran yang dikesan di kawasan metropolitan Tokyo adalah lebih kali ganda. | Lagenda Rock Awie disahkan kena 'Buatan Orang.' Posted: 23 Jan 2012 04:07 PM PST Shahril shaid
Lagenda Rock Malaysia Kumpulan Wings tidak perlu diperkenalkan lagi berdepan dengan satu ujian besar setelah Vokalis mereka Awie telah mengalami penyakit ganjil. Beliau yang juga merupakan Pelakon terkenal itu dilaporkan telah mendapatkan rawatan perubatan di sebuah Hospital Kerajaan akan tetapi pihak doktor mengatakan beliau hanya mengidap batuk biasa. Ianya disahkan melalui pemeriksaan XRAY dada Awie yang tidak menunjukkan sebarang tanda kritikal. Namun Awie semakin ragu-ragu dengan penyakit beliau setelah penyakit beliau dikatakan semakin kritikal lalu memaksa suami kepada adik Pelakon Haliza Misbun ini mendapatkan rawatan tradisional di Perak. Rawatan tersebut telah mengejutkan Awie sendiri apabila beliau telah memuntahkan segumpal bulu ayam dan jarum. "Usaha saya menjalani perubatan moden tidak memberi jawapan yang memuaskan, lalu atas saranan beberapa rakan, saya mencuba beberapa kaedah perubatan tradisional," jelas beliau menjawab soalan wartawan media. "Ketika menjalani rawatan bersama seorang pengamal perubatan tradisional di Tapah, Perak, baru-baru ini, saya tergamam apabila beberapa jarum halus dan bulu ayam keluar daripada tubuh saya. Saya dimaklumkan ia angkara 'buatan orang' yang tidak puas hati dengan saya. Sebelum ini saya tidak percaya sangat perkara mistik, namun saya yakin kewujudan syaitan,"" katanya lagi dengan nada kesal. | Penyampai Stesen Radio Hisap Ganja Ditahan. Posted: 23 Jan 2012 04:06 PM PST shahril shaid
KOTA KINABALU - Seorang wanita yang dipercayai bekerja sebagai Penyampai Stesen Radio Swasta ditahan kerana penyalahgunaan dadah. Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Kinabalu melakukan serbuan ke sebuah pusat hiburan di sini. Penyampai Stesen Radio Berbahasa Inggeris berusia 26 tahun itu dilihat berhibur bersama beberapa rakannya. Selepas pemeriksaan,wanita tersebut dibawa ke ke IPD Kota Kinabalu untuk siasatan lanjut dan sumber mengesahkan ujian air kencing terhadap wanita berkenaan didapati positif dadah jenis ganja. Berikutan itu, penyampai stesen radio terbabit yang masih bujang ditahan di IPD Kota Kinabalu bagi membantu siasatan. Dia boleh dihadapkan ke mahkamah mengikut Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952. Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Ahmad Sofi Zakaria ketika dihubungi berkata, dalam serbuan itu, 33 orang berusia lingkungan 19 hingga 30 tahun diperiksa dan hasil ujian air kencing mendapati tiga positif dadah iaitu dua lelaki dan seorang wanita berusia 20-an didapati positif ganja. "Bagaimanapun, kami masih meneruskan siasatan dan beberapa individu yang positif dadah itu diambil tindakan," katanya. | Posted: 23 Jan 2012 03:53 PM PST malaysiadaily DI Malaysia ini, kita tidak tahu bila pilihan raya akan dijalankan. Kalau di zaman Mahathir Mohamad dahulu, kita berpilihan raya apabila Mahathir mendapat ilham. Ini bukan kenyataan fitnah. Orang ramai selalu terbaca tentang menunggu 'ilham' yang datangnya dari mulut Mahathir sendiri. Di zaman Abdullah Ahmad Badawi, keadaan agak lucu. Ada pemerhati politik berpendapat bahawa tarikh pilihan raya ditetapkan oleh Khairy Jamaludin?, Menantu Abdullah. Ini tidak betul. Yang sahih ialah tarikh pilihan raya hanya diumum satelah Perdana Menteri, Abdullah terbangun dari mimpinya. Di zaman Najib Razak ini, bila pilihan raya akan dijalankan menjadi lagi pelik. Mengikut surah Haji Desas bin Lebai Desus, tidak ada sesiapa yang tahu tarikh pilihan raya kecuali Rosmah Mansor. Amat pelik bunyinya. Lagi pelik dari ilham Mahathir. Lagi menakjubkan dari mimpi Abdullah. Mengikut surah yang semakin tersebar, Rosmah akan mendapat tarikh ini dari Guru Ji yang akan menilik bintang-bintang di langit dan melihat perjalanan cakrawala di alam semesta. Pak bomoh dari Mumbai ini akan menasihatkan Rosmah bila saat dan ketika yang terbaik untuk mengadakan pilihan raya. Saat dan ketika yang molek berpilihan raya ialah apabila bintang kelahiran Anwar Ibrahim mula tergelincir. NAJIB TAKSUB ANGKA 11, ZAHID PULA 38 Ini bukan perkhabaran fitnah. Jangan lupa bagaimana seluruh jantung negara berdebar-debar apabila tarikh 11 November 2011 hampir sampai. Debaran jantung ini berpunca dari Najib sendiri yang percaya bahawa angka 11 ini membawa 'ong'? Najib dikatakan fasik dengan angka 11. Sebenarnya bukan Najib seorang sahaja menteri kabinet yang percaya ada angka-angka khusus yang akan membawa tuah. Lihat Menteri Pertahanan, Zahid Hamidi yang gila dengan angka 38, sehinggakan semua kereta yang dimiliki memakai angka yang sama. Di sini, saya ingin menyebarkan maklumat bahawa penggunaan nujum dan bomoh untuk menetapkan tarikh pilihan raya ini bukan hanya amalan di Malaysia. Di Afrika? Peranan bomoh dalam politik harian cukup besar. Emperor Bokassa dari Afrika Tengah menggunakan khidmat bomoh siang dan malam. Ini sama seperti apa yang dilakukan oleh Idi Amin Dada di Uganda dan Mobuto Sese Seko dari Congo. Kita juga jangan buat-buat lupa pada satu ketika dahulu, bomoh juga memainkan peranan yang penting dalam real politik di Eropah. Sila buka kitab sejarah Revolusi Bolshevik 1917. Selain dari nama Lenin dan Trotsky, kita akan berjumpa dengan nama Rasputin. Lelaki yang berselindung di belakang agama ini ialah seorang bomoh yang mempengaruhi Emperor Nicholas dan Pemaisuri Alexandra. Mungkin ramai yang akan bertanya, kenapa agaknya para politikus ini menggunakan khidmat bomoh. Khidmat bomoh ini diperlukan kerana semua kerajaan dan pentadbiran di negara-negara ini tidak mendapat sokongan ramai. Kerajaan yang bersikap ganas dan zalim memerlukan bomoh. Emperor Bokassa dan Idi Amin menjadi pemimpin negara kerana merampas kuasa. Manakala Mobuto dinaikkan oleh rampasan kuasa CIA. Emperor Nicholas di Rusia dibenci oleh rakyat hingga berlaku revolusi. Bagaimana pula dengan Rosmah dan Najib ? Apa perlunya khidmat bomoh untuk mereka? Ada Apa Dengan Angka '11? Najib? Kenapa Najib percaya kepada angka 11? Soalan ini akan membuka persejarahan politik negara kita. Di Indonesia, 17 Ogos dipilih kerana di tarikh itu rakyat Indonesia yang mengangkat senjata berjaya menghalau Belanda. Di Rusia, 17 Oktober dipilih kerana di saat itu Revolusi Bolshevik berjaya menghalau Czar dan Czarina sementara Lenin mendirikan sebuah republik. Di Tanah Besar China, mereka merayakan 1 Oktober kerana di hari itu, Republik Rakyat China telah diisytiharkan oleh Mao Tse Tung pada 1 Oktober 1949. Tarikh-tarikh ini diambil kerana sejarahnya. Bagaimana pula dengan Tanah Melayu? Untuk warga yang peka pasti akan teringat bagaimana sekali sekala kita terbaca dari media arus perdana tentang sejarah tarikh pengisytiharan British memberikan pentabiran ini kepada United Malay National Organisation. Tarikh 31 Ogos ditemui satelah menilik bulan dan bintang. Orang yang menilik bulan dan bintang ini pula tidak lain dan tidak bukan ialah ayahanda kepada Abdullah Badawi. Sayangnya ilmu menilik bintang dan bulan ini tidak turun ke Abdullah Badawi, maka terpaksalah Pak Dollah kita tidur untuk memimpikan tarikh pilihan raya. Dalam budaya United Malay National Organisation, khidmat bomoh ini bukan sesuatu yang asing. Sesiapa yang rajin membaca dan mentelaah akan menyedari bahawa apa yang saya tulis ini adalah fakta sejarah. Ini berlaku pada tahun 1993 dahulu. Kisah Artis Jadi Bomoh Cuba ingatkan kembali kepada kisah perjuangan seorang penyanyi yang hanya sempat mengeluar sebuah album. Malah klip videonya pernah disiar oleh TV kita. Perempuan cun, langsing dan berambut panjang ini gagal menjadi penyanyi pop tetapi berjaya menjadi bomoh. Khidmatnya amat-amat diperlukan oleh orang-orang politik dalam United Malay National Organisation terutama ketika di tahun pemilihan dan tahun pilihan raya. Sejarah membuktikan betapa dangkalnya Datuk Mazlan Harun seorang Adun dari Batu Talam, Pahang yang percaya kepada kuasa Tongkat Sukarno. Dengan memiliki rotan pendek yang pernah tersepit di celah ketiak Bung Karno, YB kita ini berharap dia akan terus dipilih sebagai calon untuk menjadi Adun. Yang terserlah bijak di sini ialah bomoh Mona Fendy. Minah cun ini cukup faham tentang keberahian politikus Melayu Islam yang kemaruk untuk terus berkuasa. Mona Fendy akhirnya berjaya membelit duit dan tanah Yang Berhormat ini. Rasa saya tidak ada kesedihan atau tragedi dalam kes bunuh ini. Si YB ini bukan sahaja kena tipu duit dan harta malah YB ini pun telah berpolitik untuk menipu orang kampung dan pengundi. Kedangkalan YB ini teserlah apabila dia membenarkan badannya dikerat lapan. Politikus Juga Guna Khidmat Bomoh Dari fakta perbicaraan kes Mona Fendy ini, orang ramai difahamkan bahawa memang ramai ahli politikus United Malay National yang menggunakan khidmat bomoh. Yang diketahui umum hanya seorang berdua tetapi hakikatnya pastilah lebih ramai lagi. Apa sangkut pautnya fakta sejarah ini dengan PRU13? Untuk menjawab soalan ini, para pembaca yang budiman wajib menonton kembali klip video Rosmah Perempuan Puaka di Youtube. Dari klip bersejarah ini, kita semua diberitahu oleh adik Rosmah sendiri bagaimana Sang Kakak telah menggunakan khidmat bomoh sebelum dan sesudah berkahwin dengan Najib. Klip ini juga memuatkan pengakuan isteri bekas Tuan Speaker Dewan Undangan Negeri Sembilan. Bekas isteri Tuan Speaker ini mungkin tidak sedar bahawa dirinya bukan sahaja membocorkan rahsia Rosmah. Pengakuan ini cukup jelas membuktikan bahawa dia sendiri pernah bersama Rosmah mencari segala macam khidmat bomoh. Mengikut surah Mak Datin yang pekat dengan lorat Negeri Sembilan ini, Rosmah telah menggunakan khidmat bomoh untuk mengahwini Najib. Di sini saya ingin menerangkan betapa para pemerhati politik dari luar negara gagal memahami politik Malaysia. Para wartawan dari akhbar dan majalah luar beberapa kali memberikan ramalan tentang tarikh pilihan raya. Banyak pemerhati dari luar yang mengkaitkan tarikh pilihan raya dengan keadaan ekonomi dunia, dengan harga minyak dan dengan kejayaan Najib membuat beberapa kenyataan yang mungkin dilihat menuju ke landasan demokratik. Pandangan-pandangan dan analisa politik ini ada salah dan ada benar. Mengikut kajian ilmu politik moden, maka pastilah kedudukan turun naik ekonomi yang akan menjadi penentu tarikh pilihan raya. Analisa sebegini amat tepat untuk negara-negara Eropah Barat telah memasuki era pasca Rasputin. Tetapi menggunakan pendekatan ilmu politik moden yang sama untuk memahami keseluruhan politik Malaysia pasti satu kesilapan besar. Lembu Rusia Dalam Kandang, Lembu Malaysia Dalam Kondo Untuk memahami lebih dalam politik kontemporari Malaysia, biar saya bawa para pembaca kembali ke zaman Rasputin. Sosok ini hanyalah satu-satunya bomoh yang kewujudannya tercatit dalam sejarah moden Eropah. Malah apa yang dilakukan oleh Rasputin ketika berkhidmat dalam Istana Czar Nicholas juga telah dirakamkan oleh sejarah. Rasputin boleh keluar masuk Istana tanpa larangan. Pemaisuri Alexandra mempercayai Rasputin lebih dari mempercayai penasihat rasminya. Ketika Putera Alexei gering, Permaisuri Alexandra bukan mencari khidmat doktor tetapi meminta Rasputin mengubati anakandanya. Lelaki berambut dan berjanggut panjang diyakini oleh keluarga Czar Nicholas kerana Rasputin dikatakan memiliki ilmu mistik yang dapat melihat masa depan. Rasputin wujud di detik-detik akhir sebelum monarki dihapuskan di Rusia. Ketika itu rasuah dan penyalahgunaan kuasa sedang berleluasa. Siapa yang kaya dialah yang betul. Di Rusia ketika itu ada dua hukum ?satu untuk yang memerintah dan satu lagi untuk yang diperintah. Tidak ada hukum hakam yang dapat mengusik puak yang memerintah. Apakah para pembaca yang budiman tidak dapat melihat persamaan di antara Rusia sebelum menjadi republik dengan apa yang sedang berlaku di hadapan mata kita hari ini. Jika para pembaca dapat menggambar Rasputin keluar masuk ke Istana Czar Nicholas dengan menaiki kereta kuda? Cuba pula bayangkan Bomoh Ji dari Mumbai yang keluar masuk dengan Mercedez ke rumah rasmi Perdana Menteri di Putrajaya? Kemudian cuba bayangkan rupa bentuk muka Guru Ji yang sedang menilik bulan dan bintang untuk mencari tarikh terbaik untuk Najib mengadakan pilihan raya. Jika masih tidak yakin dengan perbandingan dan tanda-tanda yang saya tulis ini, maka sila cari kembali akhbar harian minggu lalu. Buka dan baca berhati-hati. Lihat dan teka berapa ramai agaknya Guru Ji dan Rasputin sedang menjerit-jerit, berdoa dan berbaiah di bangunan PWTC. Jangan lupa, sebelum Czar Nicholas dan Permaisuri Alexandra cuba melarikan diri dari Istana mereka juga telah berbaiah dengan Rasputin. Apa yang membezakan Rusia di zaman Rasputin dengan Malaysia di zaman Guru Ji hanyalah, lembu di Rusia tinggal dalam kandang; manakala lembu di Malaysia tinggal dalam kondo! -ISHAM RAIS (sabahkini) | Pengsan empat jam beratur tuntut baucar RM500 BR1M Posted: 23 Jan 2012 03:48 PM PST malaysiadaily ULU KLAWANG, Jelebu - Akibat menunggu terlalu lama, seorang wanita Orang Asli jatuh pengsan ketika beratur semasa menuntut baucar wang Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) di Dewan Orang Ramai Kampung Batu Serambai, di sini, tengah hari semalam. Sinar Harian difahamkan, wanita berkenaan, Ros Geboy, 43, dari Kampung Orang Asli Kelaka hadir ke dewan itu seawal kaunter itu dibuka iaitu pada jam 8 pagi. Menurut adiknya, Wahab Geboy, 42, kakaknya beratur hampir empat jam dari jam 8 pagi hingga kira-kira jam 12.30 tengah hari. "Kakak saya tidak menghidap sebarang penyakit tetapi mungkin disebabkan cuaca yang sangat panas dan terpaksa beratur panjang menyebabkan dia pengsan. "Kakak saya pengsan selama setengah jam sebelum ambulans datang menghantarnya ke Hospital Jelebu," katanya kepada Sinar Harian. Katanya, kakitangan bank yang bertugas bertindak menuntutkan baucar BR1M milik Ros setelah mendapati dia pengsan ketika beratur. "Saya juga keletihan akibat menunggu terlalu lama tetapi tidak kisah kerana sudah biasa beratur panjang. "Cuma mungkin disebabkan cuaca panas, ia menyebabkan orang mudah pening," katanya. Sementara itu, tinjauan mendapati jumlah penerima yang ramai menyebabkan proses tuntutan baucar memakan masa hingga ada yang terpaksa beratur di luar dewan. Dalam pada itu, seramai 488 penerima baucar BR1M bagi kawasan Dewan Undangan Negeri (Dun) Klawang menghadiri majlis penyerahan bantuan berkenaan. Penyampaian baucar itu disempurnakan Ahli Parlimen Jelebu, Datuk Seri Dr Rais Yatim. Hadir sama, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Klawang, Datuk Yunus Rahmat dan Pegawai Daerah Jelebu, Zulkifli Baharan.-sinarharian | Umno-BN memerintah, semua masalah selesai? Posted: 23 Jan 2012 03:43 PM PST malaysiadaily PEMIMPIN Umno-BN, khasnya PM Najib Razak begitu kemaruk merampas Selangor sehinggakan pada satu majlis bersama rakyat di negeri terkaya itu, Najib antara lain berkata: "Apabila BN memerintah semua masalah selesai." Beliau berlagak bagaikan Raja Midas dalam cerita dongeng kanak-kanak; apa saja yang disentuhnya akan menjadi emas. Apabila Umno-BN kembali memerintah Selangor, apa saja disentuh pemimpinnya akan menjadi - masalah peniaga di Kompleks PKNS Shah Alam akan selesai, masalah sampah akan berakhir, pendeknya semua masalah akan selesai. Demikianlah bagaikan Raja Midas, Najib Razak dan pemimpin Umno-BN berlagak. Tetapi masalahnya di sini, mengapa menanam tebu di bibir mahu selesai semua masalah di Selangor sedangkan masalah-masalah yang melanda negeri-negeri ditadbir BN malah di peringkat kerajaan Pusat gagal diselesaikan? Ambil contoh mudah; satu isu yang membabitkan kepentingan rakyat bawahan iaitu pengangkutan awam. Apa sudah jadi dengan pengangkutan awam negara yang baru-baru ini memerlukan suntikan RM400 juta apabila pengusaha bas mengugut memberhentikan perkhidmatan mereka termasuk di negeri-negeri dikuasai BN seperti Negeri Sembilan, Pahang dan Melaka? Ramai pengguna tersadai, jadi selesaikan masalah ini dulu sebelum menguar-uarkan kata-kata bagaikan perbuatan Raja Midas itu. Kanak-kanak pun tahu kisah Raja Midas ini hanya dongeng saja; jadi adakah pemimpin Umno-BN mahu melagukan dongeng yang sama di Selangor atau di peringkat Pusat? Di peringkat Pusat, lihatlah isu Skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) terus menjadi masalah, sekali gus mencetuskan perasaan marah sesetengah kakitangan awam sehingga terpaksa ditangguhkan pelaksanaannya. Kenapa tidak menjadi Raja Midas, sentuh saja masalah ini, semuanya akan selesai? Demikianlah betapa tidak selari antara janji dan cakap-cakap pemimpin berlidah bercabang dengan hakikat sesuatu perkara itu. Walaupun demikian, perlu disedar bahawa pemimpin satu hal, rakyat pula satu hal juga. Persoalannya jika pemimpin bercakap 'merapu', mengapa rakyat beriya-iya mahu menyakininya? Fikir dan fikirlah akan logik sesuatu perkara itu. Bagaimanapun dalam permasalahan ini, kita tidak tidak menyalahkan rakyat 100 peratus kerana orang awam sekarang ini diasak oleh media massa tali barut Umno-BN yang berterusan mempropagandakan apa saja yang dianggap kebaikan Umno-BN sehingga perkara tidak masuk akal seperti "BN memerintah semua masalah selesai", sebaliknya menghujani pihak lawan dengan peluru berpandu yang juga kadang-kadang tidak masuk akal seperti "DAP yang cauvanis perkauman akan terajui negara" sedangkan parti itu hanya bertanding kira-kira 40 daripada 222 kerusi Parlimen sekali gus tidak memungkinkan hal itu berlaku. Berhubung perkara ini, kita percaya adalah penting untuk rakyat didedahkan ilmu dan informasi agar mereka tidak diperbodohkan pihak yang berlagak bagaikan Raja Midas itu. Kita bersyukur ke hadrat Illahi kerana dengan dengan kemajuan teknologi informasi dan komunikasi (ICT) sekarang ini, media massa pengampu boleh dikesampingkan peranannya, sebaliknya media baru mengambil tempatnya. Bagi kita, kejayaan kebangkitan rakyat di negara-negara Arab seperti Mesir, Tunisia dan Libya yang turut disemarakkan oleh media baru sewajarnya menjadi panduan dalam kita menangkis propaganda murahan pihak terbabit. Tentunya usaha ini memerlukan kerja keras kerana tidak semua rakyat terutama mereka yang tinggal nun jauh di kawasan pedalaman termasuk tanah rancangan Felda dapat mengakses terus media baru ini. Namun jika orang China pada zaman lampau dapat membangkitkan semangat rakyat melalui nota-nota yang dimasukkan dalam kuih bakul atau bulan yang kemudian diseludupkan bagi menjatuhkan maharaja korup, maka sempena perayaan Tahun Baru ini, marilah kita giatkan usaha memperilmu rakyat dengan informasi berguna agar mereka tidak termakan janji tak masuk akal Raja Midas seperti "jika Umno-BN memerintah semua masalah selesai"! -Detikdaily | Palanivel dilantik peneraju pembangunan kaum India Posted: 23 Jan 2012 03:39 PM PST NAJIB mengadakan sesi soal jawab bersama murid Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Kinrara pada Majlis Mesra Bersama Warga Sekolah Tamil Malaysia di sekolah itu, semalam. Kerajaan komited dengan masa depan Sekolah Jenis Kebangsaan TamilOleh Mohd Zin Ali KUALA LUMPUR: Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk G Palanivel dilantik sebagai menteri peneraju untuk memimpin usaha kerajaan bagi membangunkan taraf sosioekonomi masyarakat India. Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengumumkan pelantikan Palanivel yang juga Presiden MIC pada Majlis Mesra Bersama Warga Sekolah Tamil Malaysia di Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) Kinrara, di sini semalam. Najib berkata, masyarakat India harus membina satu visi berpaksikan kepada 'nambikei' atau kepercayaan teguh antara satu sama lain yang berpotensi untuk membawa perubahan ketara bagi masa depan mereka."Kalau kita berpandukan kepada prinsip dan falsafah dalam perkataan nambikei, tidak ada apa yang tidak boleh kita capai dan tidak ada masalah yang tidak boleh diselesaikan. Saya harap nambikei yang menjadi hasrat kita bekerjasama dengan pemimpin Barisan Nasional (BN) supaya terus dapat membuahkan hasil yang amat membanggakan," katanya. Hadir sama, Palanivel; Timbalan Presiden MIC, Datuk Seri S Subramaniam; Presiden Parti Progresif Penduduk (PPP), Datuk Seri M Kayveas dan Pengerusi Persatuan Guru Besar SJKT Malaysia, P Doraisamy. Sementara itu, Najib berkata, kerajaan komited dengan masa depan SJKT yang menyaksikan peruntukan sebanyak RM340 juta bagi pembangunan fizikal dan infrastruktur sekolah Tamil di seluruh negara bagi tempoh antara 2009 hingga 2011. Beliau berkata, dari segi peruntukan pengurusan dan pentadbiran pula, kerajaan sudah melabur kira-kira RM2 bilion untuk sekolah Tamil sejak 2009. Perdana Menteri juga meminta semua pihak yang terbabit dalam pendidikan SJKT tampil dengan satu pelan tindakan untuk memaju dan membangunkan sekolah berkenaan pada masa depan. Sehubungan itu, beliau mencadangkan satu persidangan khas diadakan dalam masa terdekat di kalangan pendidik SJKT, termasuk badan bukan kerajaan (NGO) serta persatuan ibu bapa dan guru (PIBG) untuk mengenal pasti isu berkaitan sekolah berkenaan. Beliau berkata, antara yang patut dibincangkan adalah sama ada kelas peralihan untuk pelajar SJKT masih relevan, masalah kekurangan guru lepasan ijazah di SJKT dan reka bentuk sekolah. "Saya percaya rumusan persidangan akan mendapat pertimbangan Kementerian Pelajaran dengan kerajaan menyokong sepenuhnya sebarang pendekatan baru yang mampu mempengaruhi masa depan ramai anak Malaysia," katanya. Selain itu, Najib mengumumkan mesyuarat Kabinet baru-baru ini meluluskan enam lesen pembinaan SJKT baru di Taman Keladi di Sungai Petani, Heawood Estate (Sungai Siput), Taman Sentosa (Klang), Taman PJS1 (Petaling Jaya), Bandar Mahkota (Cheras) dan Bandar Sri Alam (Masai) serta bersetuju 15 SJKT yang mempunyai kurang 10 murid dipindahkan ke kawasan yang lebih memerlukan. Beliau juga meluluskan peruntukan RM3.5 juta untuk pembinaan sebuah bangunan empat tingkat bagi SJKT Kinrara. |
You are subscribed to email updates from Pakatan Rakyat To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |