Pakatan Rakyat |
Posted: 14 Jan 2014 03:05 PM PST KERAHMATAN adalah perkataan yang indah namun sukar dinikmati dan kerana hakikat ini, mengecapi kerahmatan adalah sesuatu yang merupakan kemuncak perasaan belas dan ihsan kepada ciptaan Allah. Tidak mungkin kerahmatan ini dihargai jikalau tidak terasas dalam diri kita sebagai seorang muslim sifat Insaniah yang dianjurkan oleh Islam. Muqadimah di atas membuka ruang untuk saya menyinggung perkembangan terkini rampasan beberapa ratus naskhah Injil dari premis Persatuan Injil Selangor oleh unit penguatkuasa Jabatan Agama Islam Selangor (Jais). Membetuli salah tanggapan Adalah jelas di sini pertikaian betul atau tidak tindakan Jais boleh dibahaskan dari sudut perundangan dan kebijaksanaan bertindak dan inilah yang berlaku kepada setiap penguatkuasaan yang dilaksanakan. Saya tidak berminat untuk membahas aspek itu kerana Jais pasti akan mempertahankan tindakannya dan terserahlah kepada pihak pengamal undang-undang untuk membuat penilaiannya. Saya lebih cenderung untuk melihat dalam artikel ini dari sisi prinsip yang memantulkan sifat rahmatan Islam yang mencakupi keseluruhan alam ini termasuk kepada penganut agama lain. Apa yang saya nyatakan sebelum ini dalam kenyataan saya selepas peristiwa rampasan kitab injil itu berpandukan kepada prinsip Islam dalam konteks hubungannya dengan penganut agama lain supaya kejelasan kita kepada isu tidak diheret dengan sentimen dan emosi buta yang boleh mencemarkan nama baik Islam. Saya bimbang dengan sesetengah pihak dari kita yang memandang serong kepada saya sehingga mereka tidak dapat membezakan apa yang saya katakan dari kerangka prinsip dan kemarahan mereka yang tidak berasas. Kita dididik untuk berpegang kepada prinsip, walaupun dalam keadaan marah sekalipun, kita memerlukan prinsip untuk memandukan kita dan Islam sarat dengan prinsip khususnya dalam memahami hubungan Islam dengan agama lain. Semoga prinsip yang saya akan jelaskan di bawah difahami oleh mereka yang kenyataan dan tindak-tandok mereka telah mencemarkan nama baik Islam. Prinsip Pertama: Rahmatan Lil Alamin Prinsip Rahmatan diambil dari kenyataan Al Quran yang menegaskan و ما ارسلناك الا رحمة للعالمين iaitu :
Sebarang tindakan ataupun undang-undang mestilah tidak bercanggah dengan sifat Rahmatan yang diasaskan oleh Islam. Demikianlah kita menentang ISA dan lain-lain akta yang tidak bersandarkan prinsip utama Syariat. Bagi sesebuah otoriti yang bertindak atas nama Islam prinsip ini lebih-lebih lagi hendaklah diutamakan kerana walaupun bertindak atas nama Islam tetapi apabila tidak memantulkan makna Rahmatan maka ia bukanlah dari Islam. Makna Rahmatan bagi hubungan sesama manusia membawa maksud berlembut dan bersantun dalam memelihara hak Allah kepada manusia walaupun manusia tidak dapat menerimanya. Hak Allah ke atas hamba-hambanya tanpa mengira keturunan dan agama ialah menghormati kebebasan mengamalkan agama masing-masing termasuklah upacaranya dan kitab sucinya. Islam hanya menentang dan tidak dapat menerima aspek teologinya (aqidah) dan caranya ialah dengan menjelaskan kepada mereka melalui dakwah dan berdebat dengan cara yang terbaik. Allah berfirman dalam An Nahl 33 : ومن احسن قولا ممن دعا الى الله و قال انني من المسلمين
Para musfassir berpendapat bahawa kerana ayat ini turun di Makkah maka ia adalah ayat tentang tugas Nabi yang besar dalam menerangkan kebenaran Tauhid melalui hujah dan keterangan dari Allah. Kecuali Aisyah (r.a.h) menyatakan ayat ini ialah pujian kepada para muazin yang menyeru untuk mendirikan solat (sedangkan azan hanya disyariatkan selepas hijrah). Kerahmatan Islam juga terserlah dalam menegakkan keadilan tanpa mengira bulu atau agama dan salah satu keadilan yang dibela oleh Islam ialah hak untuk beragama malah segala keperluan ibadat mereka adalah hak yang tidak boleh dirampas dan hendaklah diperuntukkan kepada mereka. Prinsip Kedua: Melarang kutuk agama lain Nabi menunjukkan contoh kepada kita bahawa seorang muslim hanya bertanggungjawab menyampaikan kebenaran tetapi tidak boleh mengecam tuhan-tuhan golongan yang tidak beriman kerana balas membalas kecaman hanya akan mengheret pihak lain akan memaki hamun Allah pula sebagai tindak balas. Allah berfirman dalam Al An'am 108 : ولا تسبوا الذين يدعون من دون الله فيسبوا الله عدوا بغير علم كذلك زينا لكل أمة عملهم ثم إلى ربهم مرجعهم فينبئهم بما كانوا يعملون
Ayat sebelum 108, iaitu 107, dengan tegas menyebut bahawa Muhammad SAW bukan penjamin dan boleh memaksa mereka untuk beriman kerana hakikatnya Allah menyatakan bahawa Dia berkuasa untuk menjadikan mereka beriman tetapi Allah tidak berbuat demikian. Nabi dan orang Islam hanya dituntut dengan penuh hikmah menyeru mereka. لَوْ شَاءَ اللَّهُ مَا أَشْرَكُوا ۗ وَمَا جَعَلْنَاكَ عَلَيْهِمْ حَفِيظًا ۖ وَمَا أَنتَ عَلَيْهِم بِوَكِيل
Prinsip Ketiga: Tiada paksaan dalam agama Islam tersebar keseluruh dunia bukan dengan kekerasan dan pemaksaan. Telah terbukti bahawa penerimaan Islam berlaku secara pilihan dan pemerintahan Islam tidak pernah memaksa mana-mana bangsa yang dikuasainya untuk memeluk Islam. Malah rumah ibadat dan kitab suci mereka dibiarkan untuk penganut masing-masing tanpa ada urusan campurtangan dalam urusan agama orang lain. Sebenarnya umat Islam dipandu dengan prinsip 'Tiada Paksaan dalam memeluk Islam' Ia diasaskan oleh firman Allah dalam Al Baqarah 256 : لا اكراه في الدين قد تبين الرشد من الغي فمن يكفر بالطاغوت و يؤمن بالله فقد استمسك بالعروة الوثقى لا انفصام لها والله سميع عليم
Ayat ini turun di Madinah di kalangan ibu-ibu yang Islam bertanya kepada Rasulalah s.a.w apakah dizinkan mereka memaksa anak-anak mereka yang beragama Yahudi untuk peluk Islam? Menjadi amalan kepada ibu-ibu yang susah mendapat anak untuk bernazar dengan berkata:
Dalam riwayat yang lain apabila Bani Nadhir dihalau dari Madinah anak-anak mereka berada dalam itu lalu untuk menyelematkan anak mereka, mereka mahu memaksa anak-anak mereka memeluk Islam, dan turunlah ayat menerangkan prinsip besar ini iaitu tiada paksaan dalam agama. Prinsip ini konsisten hatta semasa Nabi di Makkah apabila Allah menegaskan bahawa jika dikehendaki semua orang akan beriman. Sifat Nabi yang ambil berat kepada kaumnya menyebabkan dia bimbang keengganan mereka untuk tidak beriman lalu Allah menegur Nabinya dalam Yunus:99 وَلَوْ شَاءَ رَبُّكَ لَآمَنَ مَن فِي الْأَرْضِ كُلُّهُمْ جَمِيعًا ۚ أَفَأَنتَ تُكْرِهُ النَّاسَ حَتَّىٰ يَكُونُوا مُؤْمِنِينَ
Kaedah tiada paksaan menerangkan kepada kita juga tentang perlunya umat Islam menghormati agama lain termasuk rumah ibadatnya dan segala apa yang mereka anggap suci termasuklah kitab mereka. Hormat bukan bererti mengiktirafi mereka tetapi akur kepada realiti kepelbagaian dan bersikap terbuka lewat interaksi dakwah dan mendorong mereka ke arah menghayati keindahan Islam. Abu Bakar Assidiq menulis surat kepada Kristian Najran dengan berkata:
Abu Bakar selaku Khalifah Islam pertama meletakkan asas hubungan atas prinsip 'tiada paksaan'menjadi ikutan sepanjang sejarah Islam dalam hak orang bukan Islam khususnya Ahlul Kitab yang perlu dilindungi oleh pemimpin Islam. Tidak pernah dalam sejarah Islam mana-mana kitab suci dirampas atas apa juga alasan kerana ia mencemari prinsip tiada paksaan. Tiada Paksaan juga bermakna bahawa setiap penganut mempunyai caranya tersendiri memahami keperluan agamanya tanpa ada hak untuk kita mencampuri urusan agama dan kitab suci mereka apatah lagi menentukan apa yang boleh dan apa yang tidak boleh untuk mereka kerana mereka mempunyai undang-undang dan cara mereka tersendiri. Dalam al-Maidah:48 yang menegaskan : ….لكل جعلنا منكم شرعة ومنهاجا ولو شاء الله لجعلكم امة واحدة ولاكن ليبلوكم في ما اتاكم فاستبقوا الخيرات…..
Kitab suci Taurat dan Injil ada undang undangnya dan caranya walaupun Islam merangkumi kitab sebelumnya tetapi hakikatnya injil dan taurat masih ada hari ini dan tiada hak untuk kita menentukan apa yang boleh dan tidak boleh dipakai dalam keperluan kitab mereka kerana itu juga adLah satu bentuk paksaan. Prinsip Keempat: Berdialog Keindahan Islam dan Rahmatnya kepada agama lain terserlah dengan jambatan dakwah dan dialog sebagai interaksi Islam dengan bukan Islam. Walaupun kebenaran Islam tidak diragui lagi, Allah tetap menyatakan prinsip berdialog dan berbincang dengan cara yang baik seperti firmanNya dalam An Nahl ayat 125 : ادع إلى سبيل ربك بالحكمة والموعظة الحسنة وجادلهم بالتي هي أحسن إن ربك هو أعلم بمن ضل عن سبيله وهو أعلم بالمهتدين
Prinsip dialog menuntut supaya dalam apa jua hal maka rundingan dan dialog adalah lebih baik dalam menentukan hubungan dengan agama lain, apatah lagi jika berlaku kekeliruan ataupun sesuatu yang sensitif yang boleh menjejaskan hubungan antara agama di negara ini. Rumusan prinsip Rahmatan Lil Alamin. Prinsip-prinsip di atas membentuk "Rahmatan Islam" kepada keseluruhan Alam dan khususnya dalam hubungan Muslim dan non Muslim. Kita diajar bahawa setiap apa yang kita lakukan tidak boleh bercanggah dengan prinsip di atas selagi tidak ada apa-apa keadaan dan situasi yang membolehkan orang Islam bertindak sebaliknya seperti mempertahankan diri ataupun apabila terbukti sesuatu ancaman itu berlaku. Adalah sesuatu yang bertentangan dengan prinsip juga apabila Islam cuba mencampuri urusan agama orang lain dengan menentukan mana yang boleh dan mana yang tidak boleh lalu bertindak ke atas mereka. Premis hubungan muslim dengan bukan Islam diasaskan oleh kedamaian dan situasi sebaliknya seperti permusuhan adalah sesuatu yang mendatang atas sebab-sebab yang jelas dan bukti yang nyata. Dakwaan kristianisasi jika benar hendaklah ditangani dengan bukti kerana itu bertentangan dengan semangat negara ini yang terbina atas Islam sebagai agama resmi persekutuan. Apa yang berlaku hari ini ialah ialah hubungan dengan bukan Islam seolah berada atas premis permusuhan manakala kedamaian adalah pengecualian. Asas fahaman ini amat bahaya dalam konteks membina negara bangsa dan perpaduan nasional kerana ia rapuh dan boleh dirampas perpaduan yang dibina selama ini oleh pihak-pihak yang sempit gagasan negaranya pada bila-bila masa. Saya menyeru kepada mereka yang tidak setuju dengan pandangan saya bahawa berhujahlah atas prinsip yang saya kemukakan dan jangan berhujah atas emosi dan amarah apatah lagi tuduhan pro Kristian dan malah ada yang mempersoalkan keIslaman saya. Apakah sebahagian kita ini sudah hilang kewarasannya dengan menyebarkan kejahilan dan kebodohan dan menyerang prinsip dan menidakkannya atas nama Islam? ~ SUMBER | |||||||||||||||||||||||||
Posted: 14 Jan 2014 03:04 PM PST | Giat Mara ditutup tiada kaitan dengan Melayu, kata exco Selangor Posted: 14 Jan 2014 05:08 AM PST Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) Selangor Dr Halimah Ali berkata isu rampasan tanah Pusat Giat Mara Selayang seperti mana yang dilaporkan media baru-baru ini tiada kaitan dengan hal ehwal pendidikan anak Melayu. Beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan Negeri Selangor menegaskan apa yang dilakukan DAP menerusi kerajaan negeri sebaliknya adalah berkaitan dengan hak pemilikan tanah yang masih belum selesai. "Bukan pasal DAP yang tutup Giat Mara. Itu masalah tanah yang mungkin Giat Mara belum selesaikan setelah mendirikan Giat Mara. Itu prosedur biasa. "Ini bukannya pasal Melayu. Ini pasal tanah. Kami akan bincangkan esok dalam mesyuarat exco. Kami nak dapatkan maklumat status tanah setelah bertahun-tahun (ia didirikan). Kita nak tahu cerita sebenarnya," katanya kepada The Malaysian Insider. Semalam, The Selangor Chronicle melaporkan DAP menerusi kerajaan hegeri Selangor merampas tanah Pusat Giat Mara Selayang atas alasan ia dibina secara haram di atas tanah kerajaan maka tindakan meroboh perlu dilaksanakan. Menurut laporan itu, exco Selangor Ean Yong Hian Wah dan wakil dari Dewan Perniagaan Cina Kuala Lumpur dan Selangor bersama-sama kontraktor telah datang ke Pusat Giat Mara itu bagi mengeluarkan arahan agar pusat itu ditutup serta-merta. Sebelum ini, Pusat Giat Mara Sabak Bernam ditutup atas arahan sama manakala Pusat Giat Mara Kapar sedang menunggu hari, menurut laporan berkenaan. Sumber sama mendedahkan, Pusat Giat Mara telah dibangunkan di atas tanah Kerajaan Negeri Selangor dan berstatus Lesen Menduduki Sementara (TOL) sebelum Pakatan Rakyat (PR) merampas Selangor pada pilihan raya umum 2008. "Perkara pertama yang mereka lakukan ialah membekukan semua permohonan TOL untuk tanah yang diduduki. Manakala geran yang dikeluarkan pula, diperam sehinggalah kepimpinan PR berasakan peluang untuk mereka mencari publisiti sudah tersedia. "Apabila peluang itu sudah tiba, mereka pun mengadakan majlis publisiti media kononnya PR prihatin memberikan geran kepada penduduk TOL walaupun sebenarnya telah diluluskan pada zaman pentadbiran Barisan Nasional. "Kini, setelah semua status TOL ditarik balik, premis yang berada di atas tanah kerajaan negeri Selangor automatiknya berstatus haram," katanya. | Menteri: Kitar semula kelapa diguna semasa Thaipusam Posted: 14 Jan 2014 05:04 AM PST MALAYSIAKINIMenteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Datuk Seri G Palanivel hari ini mencadangkan kelapa yang dipecahkan di kuil sempena perayaan Thaipusam dikitar semula atau dihantar ke kilang minyak untuk diproses. Beliau berkata langkah itu diamalkan bertahun-tahun yang lepas, terutama di India, iaitu kelapa yang dipecahkan dikumpul dan dikeringkan di bawah matahari untuk dijadikan kelapa kering. Palanivel yang juga Presiden MIC berkata kelapa kering itu kemudian dihantar ke kilang untuk minyaknya diekstrak. "Tetapi ia tidak lagi diamalkan sekarang. Kelapa yang dipecah dikumpul syarikat swasta dan dianggap sebagai bahan buangan yang dibuang di tapak pelupusan. "Cara yang betul untuk menyelesaikan masalah kelapa ini amat diperlukan agar ia boleh dikitar semula untuk dijadikan pelbagai produk mesra alam," katanya kepada Bernama. Palanivel berkata Jabatan Alam Sekitar kementerian akan meneliti perkara itu. "Kita akan mengkaji untuk mengeluarkan lebih banyak lesen untuk perniagaan kitar semula. Seminar dan mesyuarat akan diadakan tidak lama lagi dalam usaha menjadikan Malaysia sebagai negara mesra alam," katanya. Beliau juga menggesa semua kuil Hindu dan jawatankuasa pengurusan agar memikirkan cara untuk merealisasikan konsep hijau, terutama sempena Thaipusam yang disambut pada 17 Jan, untuk mencapai budaya pemuliharaan dan kelestarian alam sekitar. Beliau juga menasihatkan orang ramai agar peka terhadap alam sekitar dalam kehidupan mereka. | 'Idris Jala tak sesuai jadi Kristian jika...' Posted: 14 Jan 2014 04:56 AM PST MALAYSIAKINIMajlis Gereja menuntut Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Idris Jala menyatakan pendirian sekiranya akan terus mempertahankan Penyelesaian 10 Perkara berhubung penggunaan kalimah 'Allah' dalam Bible. Setiausaha badan agama itu, Herman Shastri berkata menteri tersebut tidak harus berdiam diri dalam mempertahankan perkara itu untuk membuktikan kewibawaan sebagai seorang penganut agama Kristian. "Ia (tindakan mempertahankan penyelesaian 10 perkara) adalah tanggungjawab mereka yang terlibat dalam perjanjian telah dibuat. "Oleh itu, Idris Jala yang menjadi perancang utama rundingan perlu tampil menjelaskan (pendiriannya), jika tidak dia tidak sesuai lagi menjadi Kristian," katanya dalam satu forum berhubung kebebasan beragama di Petaling Jaya pada malam tadi. Katanya lagi penganut Kristian dapat menilai keprihatinan kerajaan berhubung isu sedang hangat diperdebatkan itu dengan melihat tindakan ke atas Penyelesaian 10 Perkara. Herman menjelaskan, Penyelesaian 10 Perkara itu antara lainnya membolehkan salinan Bible yang menggunakan perkataan "Allah" boleh diedarkan dengan bebas di Sabah dan Sarawak manakala naskhah edaran di Semenanjung Malaysia perlu dilabelkan "Untuk Kristian Sahaja". Sementara itu, seorang lagi ahli panel dalam forum tersebut membangkitkan soal kejahilan dalam isu penggunaan kalimah Allah yang didakwa menyebakan larangannya berkuatkuasa. Pengerusi NGO Jihad Keadilan, Thasleem Mohamed berkata, larangan berkenaan malah menimbulkan kebingungan di kalangan ulama Islam antarabangsa. "Seramai 62 peratus (orang Islam) daripada jumlah penduduk 27 juta di Malaysia tidak mungkin dapat mengatakan bahawa lebih daripada satu bilion umat Islam di dunia bersalah (kerana membenarkan penggunaan Allah dalam kitab Bible). "(Ini menunjukkan ada) sesuatu yang tidak kena dengan kita (sistem perundangan Malaysia)," katanya Turut berucap dalam program itu ialah pengarah NGO Islamic Renaissance Front, Ahmad Farouk Musa yang berpendapat ia diburukkan lagi dengan persaingan antara parti politik yang ingin mengambil untuk dalam isu tersebut. Katanya, Umno dan PAS lebih serius untuk membuktikan parti mana kelihatan lebih 'Islam' berbanding menyelesaikan kemelut yang telah berlanjutan. "Parti Umno ingin menyampaikan mereka lebih Islam daripada PAS dan PAS cuba menggambarkan bahawa Umno lebih kepada Islam sekular. "Mereka cuba untuk menonjolkan 'Islam' satu sama lain kerana itu kita semua tersepit. "Untuk menjadi orang Islam yang benar, mereka mesti hidup dalam sebuah negara sekular jadi apa yang mereka lakukan adalah berdasarkan kepada kesedaran dan takut kepada Allah," katanya. | Adik PM kenang sikap jimat cermat Tun Razak Posted: 14 Jan 2014 04:53 AM PST MALAYSIAKINIAdik perdana menteri Datuk Seri Nazir Razak menggunakan peluang untuk memperingati ulangtahun ke-38 kematian Allahyarham Tun Abdul Razak Hussein hari ini dengan berkongsi sikap bapanya itu yang tegas dalam amalan berjimat cermat. Katanya, sikap tegas bapanya itu dapat dilihat semasa beliau bersama adik beradik yang lain meminta Allahyarham membina kolam renang di Seri Taman, kediaman rasmi perdana menteri pada masa itu. "Ayah saya dengan jelas mengingatkan kami bahawa walaupun Seri Taman adalah kediaman kami, tetapi ia kepunyaan kerajaan dan secara langsung adalah milik rakyat. "Sebarang wang yang dibelanjakan ke atas rumah itu akan datang daripada wang orang ramai, dan beliau tidak akan membenarkan perbendaharaan negara digunakan untuk tujuan semberono seperti kolam renang," katanya. Nazir dalam tulisan yang disiarkan beberapa akhbar dan portal berita hari ini berkata, bapanya yang marah dengan permintaan itu turut menengking: "Apa orang akan fikir?" Tulisan berkenaan muncul ketika abangnya, Datuk Seri Najib Razak kini berdepan kritikan dari pelbagai sudut susulan rasionalisasi subsidi dan pengumuman kenaikan barangan keperluan dan perkhidmatan selepas pilihan raya umum ke-13. Seri Taman yang terletak di Jalan Perdana, Kuala Lumpur kini dijadikan kompleks bangunan Memorial Tun Abdul Razak. Menurutnya lagi, sikap berhemah bapanya dengan kantung negara itu turut dicerminkan menerusi tindakan mengeluarkan biaya untuk ahli keluarganya yang mahu menemani Allahyarham dalam kunjungan ke Switzerland. "Abang-abang saya selalu bercerita tentang satu peluang yang jarang-jarang mereka perolehi sewaktu menemani beliau dalam satu lawatan rasmi ke Switzerland. "Beliau memastikan beliau membayar perbelanjaan itu sendiri. "Beliau begitu berhati-hati dengan kos lawatan itu kepada kerajaan sehingga beliau memindahkan seluruh rombongannya ke sebuah hotel yang lebih murah daripada yang telah ditempah dan mereka makan di restoran paling murah dalam kawasan dekat dengan hotel itu," tulis Nazir. Dalam tulisan sama, Nazir turut membangkitkan kerisauannya tentang ketegangan di antara kaum dan sesama kaum yang menurutnya kini berada pada "tahap yang membimbangkan". Nazir berpendapat, isu berkenaan dapat diselesaikan jika dengan mengambil iktibar daripada pepatah Melayu yang berbunyi "sesat di hujung pangkalan, kembali ke pangkal jalan". "Pangkal jalan pada pandangan saya adalah nilai-nilai, komitmen, wawasan dan keterlibatan yang ditunjukkan dan didakap Tun Razak," katanya. Pada masa sama katanya, Tun Razak turut meletakkan kepentingan nasional dalam merangka dasar negara walaupun tekal mengangkat taraf hidup bumiputera. "Walaupun beliau komited kepada usaha memperbaiki kualiti hidup Bumiputera untuk mengelakkan satu lagi "13 Mei", beliau melihat ini sebagai satu tanggungjawab nasional dan bukan perkauman. "Ini bagi saya, menjelaskan keazamannya untuk melibatkan rakyat Malaysia yang terbijak dan paling cemerlang dalam usaha ini tanpa mengira asal usul kaum atau etnik mereka," katanya. | Allah: Pakatan perlu tetap pendirian agar tidak hilang sokongan, kata Rafizi Posted: 14 Jan 2014 04:49 AM PST Sikap Pakatan Rakyat (PR) yang masih tidak membuat keputusan berhubung kemelut isu kalimah Allah akan menyebabkan pakatan pembangkang menghampiri pengakhiran politiknya dalam tempoh tiga tahun, yang mungkin memberi kelebihan kepada Umno. Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli, berkata tindakan berat mulut pakatan pembangkang mungkin menyebabkan keputusan kaji selidik Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya Universiti Malaya (UMCEDEL) Disember lalu yang menunjukkan 77% undi Melayu berpendapat terma Allah tidak patut digunakan oleh bukan Islam. Keputusan kaji selidik itu, di sebalik hakikat bahawa pendirian Pakatan selama tiga tahun lalu ialah terma itu tidak eksklusif kepada mana-mana komuniti, katanya, pendirian yang memberikan mereka undi. "Saya tidak rasa kita boleh menyalahkan kepimpinan Pakatan kerana jika ada satu kenyataan dibuat tanpa difikirkan dengan baik boleh membawa kepada keadaan yang lebih teruk," katanya di forum pilihan raya, malam tadi. Bagaimanapun, Ahli Parlimen Pandan penggal pertama itu memberikan amaran jika Pakatan terus enggan membuat keputusan dan berdolak-dalik mengenai pendirian mereka, maka mereka akan jatuh ke tangan Umno atau pihak yang berfikiran seperti itu yang percaya bahawa bermain dengan elemen perkauman dan agama adalah formula terbaik untuk terus berkuasa. Beliau berkata, kepimpinan Pakatan perlu mengambil peranan dan berdepan dengan perkara itu kerana apa pun jua kedudukan yang diambil adalah lebih baik daripada membenarkan Umno terus memanipulasi situasi itu. "Adalah amat penting untuk kalangan pemimpin Pakatan Rakyat untuk mencari jiwa dan bertafakur bagi mendapatkan kaedah terbaik untuk kita berdepan dengan raksasa ini," katanya. Mengakui tugas yang menanti bukan mudah dan mungkin meletakkan sokongan pilihan raya mereka dalam keadaan berisiko, Rafizi bagaimanapun berpendapat, jika situasi semasa berterusan, masyarakat yang progresif pun boleh hilang harapan. Lebih pun, katanya, akan wujud isu dan skandal lain dalam tempoh beberapa tahun akan datang yang akan meneutralkan kekurangan sokongan. Satu lagi kaedah yang boleh diambil oleh Pakatan dalam mengendalikan isu itu ialah memberi tekanan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak untuk memenuhi janji perdamaian yang dibuatnya selepas Pilihan Raya Umum ke-13 di mana beliau menyeru semua supaya bersatu dan menolak polik ekstrem. "Pakatan perlu membuat keputusan mengenai perkara itu secepat mungkin. Tidak berbuat apa-apa akan terus meletakkan negara dalam keadaan ketidakpastian dan suasana cepat berubat apabila elemen tidak bertanggungjawab boleh mempermainkan kewarasan itu berhubung kaum dan agama," katanya. Menjelang 2014, ketegangan semakin marak mengenai isu penggunaan kalimah Allah oleh bukan Islam apabila kumpulan Muslim bertegas mengatakan ia eksklusif untuk Islam. Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menggesa Najib untuk membuat pendirian berhubung kontroversi itu dan mengisytiharkan bahawa beliau tidak bersetuju tindakan dan cara Jabatan Agama Islam Selangor (Jais). Serbuan Jais di premis Persatuan Bible Malaysia dan merampas 300 salinan Bible dalam bahasa Melayu dan Iban dilihat sebagai serangan balas kepada kenyataan editor Herald, Paderi Lawrence Andrew iaitu gereja di Selangor akan terus menggunakan Allah dalam upacara keagamaan mereka dalam bahasa Malaysia, susulan amaran daripada Jais untuk berhenti. Andrew disiasat oleh polis, dan beliau mungkin didakwa kerana kesalahan hasutan. Meskipun cendekiawan Islam antarabangsa menjelaskan bahawa terma itu boleh digunakan oleh sesiapa, pihak berkuasa agama di Malaysia bertindak secara negatif terhadap laporan gereja yang menggunakan perkataan Allah dalam upacara dan bahasa mereka untuk komuniti Kristian yang berbahasa Malaysia. Pertelingkahan agama itu turut membangkitkan persoalan pengesahan solusi 10-perkara yang diperkenalkan sebelum pilihan raya negeri Sarawak pada 2011, yang membenarkan Bible dalam bahasa Melayu dan Iban dicetak, diimport dan diedarkan di seluruh negara dengan beberapa syarat dikenakan untuk semenanjung. Bagaimanapun, pengkritik mendakwa keseluruhan kontroversi itu adalah cubaan untuk mengalih perhatian daripada masalah ekonomi negara seperti peningkatan kos sara hidup berikutan kenaikan harga barang dan pemotongan subsidi. Kemelut penggunaan kalimah Allah bermula pada 2008 apabila Herald diharamkan oleh Kementerian Dalam Negeri (KDN) daripada menggunakan perkataan Arab itu. Gereja Katolik kemudian mencabar larangan itu di mahkamah dan menang apabila Mahkamah Tinggi pada Disember 2009 dalam keputusannya berkata, gereja secara perlembagaan berhak berbuat demikian. Putrajaya kemudian membuat rayuan terhadap keputusan itu dan berjaya memusingkan keputusan awal apabila Mahkamah Rayuan pada Oktober lalu memutuskan bahawa "Allah bukan sebahagian daripada keimanan Kristian". Penganut Kristian membentuk kira-kira 9% daripada 29 juta populasi Malaysia. Hampir dua pertiga penganut Kristian di Malaysia adalah Bumiputera dan kebanyakannya berada di Sabah dan Sarawak yang secara rutin menggunakan bahasa Malaysia dan bahasa suku ketika mengamalkan agama, termasuk menggambarkanTuhan sebagai Allah dalam sembahyang dan kitab suci. Selain Kristian Bumiputera dari Sabah dan Sarawak, sebahagian daripada mereka sudah berpindah ke semenanjung untuk menetap atau bekerja, penganut Kristian di kalangan Orang Asli di semenanjung juga lazimnya menggunakan bahasa Malaysia untuk bersembahyang. | Kenaikan harga beri kesan pada insurans Posted: 14 Jan 2014 04:45 AM PST Dari kiri: Reisch, Ketua Pegawai Jualan Allianz Ong Pin Hean dan Ketua Pegawai Pemasaran Allianz Chin Tze How melancarkan kempen persaraan Allianz di Kuala Lumpur, semalam. PERTUMBUHAN industri insurans hayat di Malaysia tahun ini dijangka lebih rendah berbanding tahun lalu dengan kenaikan harga barangan menjadi antara faktor utama. Ketua Pegawai Eksekutif Allianz Life Insurances Malaysia Bhd (Allianz Life) Jens Reisch berkata, pasaran insurans dijangka mengalami pertumbuhan satu angka tahun ini berbanding dua angka tahun lalu kerana terlalu banyak peralihan produk dilihat berlaku dalam pasaran. "Faktor kedua pula adalah disebabkan isu kenaikan harga barangan yang mungkin memberi kesan kepada industri insurans hayat," katanya ketika ditemui pada Majlis Pelancaran Kempen Persaraan Allianz Life di Kuala Lumpur, semalam. Menurutnya, Allianz Life dijangka merekodkan pertumbuhan dua angka tahun ini tetapi lebih rendah berbanding tahun lalu. Syarikat itu bagaimanapun yakin akan merekodkan pertambahan jualan melalui kempen persaraan terbaru itu. Mengulas mengenai kempen tersebut, Reisch berkata, Allianz Life menyasarkan untuk mencapai 100,000 pemegang polisi insurans persaraan terbaru mereka iaitu Allianz RetirePlus bagi tempoh enam bulan pertama tahun ini. "Matlamat utama kami adalah untuk memberi kesedaran kepada orang ramai mengenai keperluan simpanan selepas persaraan," katanya. Allianz RetirePlus adalah skim insurans yang membantu pelanggan menyemai tabiat menyimpan bagi persaraan mereka. Skim itu menyediakan satu aliran pendapatan tetap setiap tahun bagi mereka yang bersara sama ada pada usia 55 atau 60 tahun sehingga umur 81 tahun dengan polisi yang fleksibel dan pulangan munasabah. | Kerajaan kawal, cegah unsur pluralisme agama dalam negara, kata Jamil Khir Posted: 14 Jan 2014 04:39 AM PST THE MALAYSIAN INSIDER Kerajaan sentiasa mengawal dan mencegah unsur-unsur pluralisme agama yang semakin berkembang di negara ini, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom (gambar). Beliau berkata dengan cara itu unsur kebebasan yang bercanggah dengan ajaran Islam serta adat resam akan dapat dihindar sebaik mungkin. Berucap pada sambutan Maulidur Rasul Peringkat Kebangsaan 1435H/2014M di Masjid Putra di Putrajaya hari ini, Jamil Khir berkata Jabatan Kemajuan Islam Malaysia dengan kerjasama Jabatan Agama Islam Negeri turut berganding bahu untuk mempertahankan akidah umat Islam. "Akhir-akhir ini kita dapati pelbagai usaha yang terancang telah diatur bagi menggugat dan mencabar hak kebebasan yang dibenarkan syariat Islam yang bukan sahaja digerakkan kelompok-kelompok tertentu dalam negara dengan kemudahan dan sokongan media baharu, tetapi turut mendapat sokongan kelompok liberal antarabangsa. "Justeru, jika kualiti keimanan umat Islam yang lemah dan kekaburan kita dalam menegakkan prinsip-prinsip asas agama yang menjadi tunjang kehidupan seseorang Muslim, maka kita akan terpesong," katanya. Dalam pada itu Jamil Khir turut menyeru umat Islam supaya memperkukuhkan lagi pendekatan sederhana seperti yang diamalkan Nabi Muhammad S.A.W. "Wasatiyyah adalah merujuk kepada pelaksanaan Islam secara berhikmah, berimbang bagi menentukan tidak berlaku kekerasan, kezaliman ke atas hak asasi kaum dan agama lain, tetapi pada masa yang sama Islam terus dihargai atau dimartabatkan," katanya. – Bernama | Kebencian kepada pentadbiran Najib merentasi semua, lapor Asia Sentinel Posted: 14 Jan 2014 04:35 AM PST Pentadbiran Datuk Seri Mohd Najib Razak (pic) berdepan kebencian merentasi semua lapisan daripada rakyat sehinggalah dalam Umno sendiri, lapor portal berita Asia Sentinel. Laman tersebut melaporkan situasi sama semasa penyingkiran bekas perdana menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi kini berulang lagi, memetik sumber dalaman Umno kepada Asia Sentinel. "Kebencian sama bukan khusus kepada beberapa segmen Umno dan elit pemerintah sahaja. "Zaman Mahathir, kebencian dan kurang senang hanya di kalangan kumpulan intelektual dan hak asasi manusia. Tetapi Najib, ia merentasi semuanya sehingga ke isterinya dan rakan-rakannya," kata Asia Sentinel yang memetik pendedahan sumber Umno. Walaupun kumpulan blogger daripada kem bekas perdana menteri paling lama Tun Dr Mahathir Mohamad cuba memberikan tekanan kepada Najib, ia masih tidak memadai. "Tangan Mahathir dan Daim (bekas menteri kewangan, Tun Daim Zainuddin) di merata-rata tempat tetapi kuncinya sekarang adalah Najib dan isterinya yang menyediakan semua peluru. "Tanpa peluru tersebut, Mahathir sukar mengerah bala tenteranya untuk menentang Najib," kata sumber yang dipetik dalam Asia Sentinel. Asia Sentinel dalam laporannya juga mendedahkan dua blogger kem Mahathir yang lantang mengkritik Najib, Kadir Jasin dan Outsyedthebox. Kedua-dua blogger tersebut menurut Asia Sentinel seringkali membidas langkah dan polisi pentadbiran Najib yang dilihat banyak membazir. Bekas Ketua Pengarang Kumpulan News Straits Times Press (NSTP), Datuk A. Kadir Jasin sebelum ini membidas Najib susulan kontroversi penggunaan aset kerajaan oleh isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor dalam lawatan luar negara. Kadir secara sinis berkata Najib perlu mengkaji semula peranan menteri-menteri Kabinet selain melantik Rosmah sebagai menteri. Selain itu, Dr Mahathir juga tidak ketinggalan membidas Najib apabila mempersoalkan keperluan Putrajaya memiliki banyak kapal terbang berbanding ketika zaman pemerintahannya. Dr Mahathir berkata beliau tidak memerlukan sebarang pesawat mewah sewaktu pimpinan beliau namun berpendapat kerajaan kini mempunyai wang mencukupi untuk membelanjakan kemewahan tersebut. Tahun lepas, Jabatan Perdana Menteri memberitahu parlimen bahawa Putrajaya kini memiliki sekurang-kurangnya tujuh kapal terbang, termasuk jet kelas perniagaan Boeing. Kapal terbang itu digunakan oleh VVIP termasuk Yang Dipertuan Agung dan perdana menteri. Ia termasuklah Falcon, Global Express, jet kelas perniagaan Boeing, Blackhawk, 2 Augusta dan Fokker F28. Menurut Asia Sentinel lagi, suara-suara marah rakyat serta beberapa pemimpin dalam Umno tersebut juga berpunca daripada pemotongan beberapa subsidi yang diberikan kerajaan baru-baru sehingga mengakibatkan kenaikkan harga barang yang mendadak. Kenaikan harga bahan api, tarif elektrik, air dan gula mewujudkan kesan domino yang menyebabkan harga banyak barang lain meningkat. Setelah dikritik kerana tidak berjimat, Putrajaya baru-baru ini mengumumkan mereka akan mengurangkan elaun hiburan dan perjalanan menteri dan pegawai kanan kerajaan selain membekukan pengubahsuaian pejabat. Tetapi pembangkang melabelkannya sebagai reaksi spontan dan setelah melihat kesan kepada pengurangan subsidi yang dilaksanakan selepas Pilihan Raya Umum 2013. | Selepas diminta letak jawatan, pengerusi SPR ajak pemimpin Umno berbincang Posted: 14 Jan 2014 04:29 AM PST OLEH DIYANA IBRAHIM Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof mengajak pemimpin Umno yang tidak berpuas hati dengan badan itu agar berdialog dengan mereka. Abdul Aziz mempertahankan diri dengan berkata, mereka tidak dipengaruhi oleh mana-mana parti politik seperti yang didakwa. Abdul Aziz berkata demikian sebagai mengulas desakan pemimpin Umno, Datuk Saifudin Abdullah yang meminta beliau dan rakan-rakannya dalam SPR melepaskan jawatan untuk membolehkan mereka yang lebih berintergriti memimpin badan itu. Abdul Aziz ketika dihubungi The Malaysian Insider berkata, SPR bersedia mengadakan perbincangan bagi memperbetul segala dakwaan bekas timbalan menteri pengajian tinggi itu bagaimanapun ia memadai sekiranya pertemuan diadakan secara tertutup dan bukan melalui dialog terbuka. "Seperti yang sedia maklum badan ini ditubuhkan sebagai suruhanjaya bebas untuk melaksanakan tiga tanggungawab utama seperti termaktub dalam perlembagaan persekutuan dan ia bukan untuk membantu mana-mana parti politik menang dalam pilihan raya. "Saya harap beliau (Saifuddin) bersabar dan saya sedia berbincang untuk mengetahui fakta dakwaan tersebut dan beliau boleh berjumpa saya di SPR," katanya kepada The Malaysia Insider melalui sistem pesanan whatsapp. Saifudin terdahulu dalam kenyataannya mendesak ahli SPR untuk meletakkan jawatan berikutan kencenderungan badan itu membantu Barisan Nasional (BN) memenangi pilihan raya. Saifuddin yang berkata demikian dalam satu forum malam tadi mendakwa negara memerlukan pengerusi SPR berpendirian bebas memandangkan keyakinan awam terhadap badan itu semakin menurun. "Kita memerlukan sesaorang yang tekun, bebas dan seorang yang tidak bercakap bagi pihak BN. Awak tidak membantu BN sebenarnya," kata Saifudin. Menjawab mengenai pendirian Pakatan Rakyat (PR) yang menolak pensempadanan semula kawasan pilihan raya sekiranya dikendalikan ahli SPR sedia ada, Abdul Aziz berkata, badan itu hanya menjalankan tanggungjawab mengikut undang-undang. "Saya rasa elok mereka baca dan faham betul-betul mengenai Perlembagaan Persekutuan kerana SPR hanya menjalankan tanggungjawab," katanya. Dalam forum malam tadi, Pengerusi Bersih 2.0, Marina Chin juga mendesak agar semua ahli SPR diberhentikan dan akan bertindak melancarkan petisyen untuk membuat tuntutan itu dan diserahkan kepada Yang di-Pertuan Agong. Bersih 2.0 turut memutuskan persempadanan semula kawasan pilihan raya yang sedang dilaksanakan dihentikan oleh SPR sehingga masalah berkaitan dengannya diselesaikan. Kenyataan itu datang ketika pendedahan kontroversi bekas pemimpin SPR, Tan Sri Rashid Abdul Rahman yang berkata persempadanan semula dibuat untuk mempastikan sesetengah pihak kekal berkuasa. Sebelum ini, Abdul Aziz berkata, PR perlu menyokong persempadanan semula kawasan pilihan raya kerana ia untuk kebaikan semua pihak termasuk mereka. Kali terakhir persempadanan semula dilakukan adalah pada 2003. Proses itu pernah dijalankan pada 1958, 1974, 1984 dan 1994. Semua persempadanan semula dilaksanakan dalam tempoh 10 tahun kecuali antara 1958 dan 1974 (16 tahun) dan 1994 hingga 2003 (9 tahun). Setiap kali pilihan raya umum diadakan selepas persempadanan semula, pencapaian BN akan melonjak dalam pilihan raya tersebut. Antaranya pilihan raya 1986, 1995 dan 2004. Tiada persempadanan semula dibuat menjelang pilihan raya 2013 kerana BN tidak mempunyai majoriti 2/3 untuk meminda perlembagaan. | Guru perlu beriadah kurangkan tekanan kerja Posted: 14 Jan 2014 04:18 AM PST SINAR HARIAN KUALA LUMPUR - Meluangkan masa beriadah dan bersukan sekurang-kurangnya 30 minit tiga kali seminggu menjadi antara kaedah terbaik yang boleh diamalkan guru bagi mengurangkan tekanan kerja. | Wanita jatuh Bukit Tabur meninggal dunia Posted: 14 Jan 2014 04:16 AM PST KUALA LUMPUR - Seorang pendaki wanita berusia 25 tahun yang pengsan akibat terjatuh dari Bukit Tabur, meninggal dunia petang ini. Perkara itu disahkan oleh jurucakap hospital. Soleha Abd Rahman dilaporkan terjatuh kira-kira jam 10.40 pagi tadi. Dia mendaki bukit itu bersama lapan rakannya sebelum tergelincir lalu jatuh ke dalam gaung. Seorang jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat berkata, pasukan penyelamat berjaya menyelamat dan mengeluarkan Soleha dari gaung tersebut kira-kira pukul 2 petang. Awal bulan ini, Anggota Bomba dan Penyelamat serta Jabatan Pertahanan Awam (JPAM) mengambil masa kira-kira 15 jam untuk menyelamat seorang wanita yang terjatuh ke dalam gaung bukit yang sama. Dalam kejadian kira-kira jam 10.20 pagi 5 Januari itu, mangsa Noor Hasmahani Hashim, 28, dari Kampung Baru dipercayai mendaki secara bersendirian sebelum tergelincir ke dalam gaung sedalam kira-kira 10 meter. | Posted: 14 Jan 2014 03:30 AM PST Daripada 100 buah panjang hanya dua buah rumah panjang terbabit BETONG: Pemberian geran dan pinjaman kepada dua buah rumah panjang di N.31 Layar oleh Timbalan Ketua Menteri Sarawak, Alfred Jabu Numpang memberi persoalan yang besar kepada penduduk Betong. Ketua Penerangan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Negeri, Vernon Aji Kedit mempersoalkan tindakan Jabu yang walaupun bagus untuk penduduk tetapi ternyata berat sebelah. "Jabu sangat murah hati memberi geran sejumlah RM60,000 kepada rumah panjang Nyelutong dan jumlah yang sama kepada rumah panjang Penurin, Layar mempunyai lebih 50 buah rumah panjang sekitar sungai Layar, 20 buah sepanjang Padeh dan 20 lagi di sepanjang Spak. "Daripada 100 buah panjang hanya dua buah rumah panjang terbabit yang menerima bantuan daripada Jabu," tegas Vernon dalam sidang media parti "Sebetulnya, Jabu boleh memberi semua geran tersebut kepada semua rumah panjang tetapi beliau memilih untuk memberi kepada dua buah rumah panjang sahaja, Jabu juga memperkenalkan Skim Pinjaman Rumah Panjang isi rumah. Tempoh bayaran balik ialah 25 tahun dengan bayaran bulanan sebanyak RM65 sebulan dimana jumlahnya sebanyak RM18,888.88 dengan kadar faedah 3.5%. Vernon berkata kadar tersebut lebih baik daripada kadar komersial tetapi sikap kerajaan menimbulkan persoalan. "Penduduk akan berhutang dengan kerajaan selama 25 tahun, "Tambahan, apa yang Jabu beri kepada setiap isi rumah di Nyelutong dan Penurin adalah biasa di mana RM2,000 sebagai geran dan pinjaman sebanyak RM10,000 iaitu jumlahnya sebanyak RM12,000 seisi rumah. "Daripada jumlah tersebut hanya RM2,000 ialah percuma manakala RM10,000 tidak percuma tetapi lebih kepada pinjaman yang bakal menyusahkan penduduk selama 25 tahun." tegas Vernon Vernon menyifatkan pemberian wang kepada penduduk kampung untuk membaiki dan mengubahsuai rumah panjang mereka bukanlah pembangunan yang sebenar. | Dr Mohd Daud Abu Bakar tokoh perdana anugerah Maulldur Rasul 2014 Posted: 14 Jan 2014 03:27 AM PST FREE MALAYSIA TODAY Pasti anugerah ini memberikan motivasi kepada saya PUTRAJAYA;Pengerusi Penasihat Syariah Bank Negara Malaysia Dr Mohd Daud Abu Bakar dinobatkan sebagai penerima Tokoh Perdana Anugerah Maulidur Rasul 1435 Hijrah/2014. Beliau menerima RM50,000, plak, sijil dan satu set Tafsir Fi Zilal Al-Quran. Mohd Daud, 50, anak kelahiran Alor Setar, Kedah merupakan pengasas Amani Advisors Sdn Bhd iaitu syarikat kewangan Islam dengan beliau turut disenaraikan dalam kelompok 12 orang di dunia yang paling dihormati dalam industri kewangan Islama masa kini. "Pasti anugerah ini memberikan motivasi kepada saya, keluarga serta rakan sekerja. Kami mempunyai 10 syarikat antarabangsa dan akan meluaskan syarikat yang berasaskan Malaysia ini ke tempat-tempat lain untuk membawa mesej risalah kewangan Islam daripada segi perkhidmatan kewangan dan sebagainya," katanya. Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menerima anugerah itu daripada Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah pada majlis sambutan Maulidur Rasul peringkat kebangsaan di Masjid Putra di sini, hari ini. Mohd Daud berkata anugerah itu juga adalah satu pengiktirafan kepada sumbangannya dalam bidang usahawan syariah demi menjadikan syariah sebagai bidang kerja yang baharu dalam konteks Malaysia dan global. | Pejabat agama Segamat siasat penyebarab fahaman syiah Posted: 14 Jan 2014 03:26 AM PST FREE MALAYSIA TODAY Aduan seorang wanita dari Rompin yang mendakwa dia pengikut fahaman itu SEGAMAT:Pejabat Agama Daerah Segamat sedang menjalankan siasatan rapi untuk mengesan pengikut Syiah yang didakwa giat menyebarkan fahaman berkenaan di daerah ini sejak beberapa bulan lepas. Kadi Daerah Segamat Sulaiman Maidin berkata gerakan itu dilancarkan susulan aduan seorang wanita dari Rompin, Pahang, yang mendakwa dia pengikut fahaman itu daripada seorang penggerak di Segamat. "Kita sedang menjalankan siasatan dan akan mengambil tindakan tegas untuk menghalang mereka daripada terus mempengaruhi umat Islam," katanya kepada pemberita selepas sambutan Maulidur Rasul peringkat Segamat, di sini hari ini. Beliau berkata Jabatan Agama Daerah Segamat dalam masa yang sama sudah mula menjelajah ke-62 masjid di seluruh daerah berkenaan bagi memberikan penerangan berhubung fahaman Syiah. Terdahulu, dalam ceramahnya pada sambutan berkenaan, Sulaiman menerangkan antara ciri-ciri ajaran Syiah adalah mengkafirkan umat Islam yang tidak mahu mengikut fahaman mereka dan tidak beriman kepada 10 sahabat Nabi Muhammad S.A.W. Sehubungan itu, beliau menasihatkan orang ramai supaya berhati-hati terhadap golongan berkenaan yang mempunyai kepentingan peribadi dan nafsu semata-mata seperti menghalalkan nikah mutaah dengan bayaran mas kahwin RM2 sahaja.- Bernama | Baru Ku Tahu , Selama Ini Kangkung Pun Mahal ! Posted: 13 Jan 2014 10:23 PM PST Oleh WFAUZDIN NS AKU tak tahu nak tulis apa hari ini kerana masih teruja dengan sambutan "Hari Kangkung SeMalaysia" yang disambut rata-rata oleh seluruh rakyat Malaysia. Hampir 99.9% warga FB menyambutnya dengan berbagai cara dan itu merupakan satu kejayaan di dalam 'tranformasi' Najib. Hari ini juga radio KOBAT FM yang aku kendalikan pagi tadi mulai siaran dengan Mukaddimah "Salam 1 Kangkung". Begitulah popularnya pengumuman Najib semalam yang tentunya membuatkan 47% rakyat Malaysia akan mengadakan kenduri kesyukuran di atas keprihatinan Najib meringankan beban hidup rakyat Malaysia apabila menurunkan harga kangkung dan bayam. Secara tiba-tiba kangkung sejenis tumbuhan yang hidup kadangkala meliar di tepi-tepi parit dan paya menjadi 'glamour' tidak kalah dengan glamournya "tok peti Bughah". Di dalam kita sibuk memperdebatkan isu Kalimah Allah terutamanya berkaitan dengan rampasan Bible di Selangor oleh JAIS, Najib lebih tertumpu untuk memikirkan tentang kangkung. Jika dulu ada Profesor Kangkung, kini kita ada PM kangkung. Satu lagi kejayaan dan sejarah yang dicipta di bawah Najib. Apabila Najib beritahu kangkung telah turun harga, baru kita sedar selama ini harga kangkung rupanya mahal. Bayangkan, tumbuhan yang hidup di tepi-tepi longkang dan paya dijual dengan mahal di negara ini sehingga kelmarin diumumkan turun harga. Jika Najib tidak umum turunnya harga kangkung, aku pun tidak tahu bahawa kangkung pun mahal rupanya.http://wfauzdin.blogspot.com/ | Akhir Najib mengangkungkan dirinya sendiri Posted: 13 Jan 2014 10:14 PM PST Oleh Mohd Sayuti Omar Semasa ramai orang teruja dengan penampilan Najib Razak sebagai pemimpin, memegang jawatan tertinggi negara sebagai perdana menteri, saya mengambil sikap selamba sahaja dengan kebolehannya. Kenapa, apakah saya membencinya? Tidak. Semuanya kerana saya melihat perjalanan sejarah hidup dan perjuaannya di dalam Umno. Dari situ saya menilai dengan akal saya apa-apa keistimewaan yang ada kepadanya dan apa yang beliau boleh lakukan sebagai pemimpin nombor satu negara. Dalam mata saya Najib tidak mempunyai apa-apa keistimewaan yang boleh patut meletakkan dia ditempat dia berada hari ini. Apa yang ada kepadanya hanya memiliki keluarga bangsawan dan dia sendiri adalah putera dalam sebuah keluarga bangsawan. Ayah dan ibunya adalah anak bangsawan. Najib tidak ada modal diri (aset) yang besar untuk dijadikan cagaran untuk dia menjadi pemimpin seperti gagasan, rekod kepimpinan lampau dan sebagainya. Dia hanya memiliki itu saja. Dia seorang bangsawan. Najib pernah kecewa dengan panggilan ini, dan menafikan, dia menerima dia adalah anak biasa sahaja. Bekas setiausaha politiknya Fatmi Che Salleh pernah menjelaskan hal ini kepada saya, dan menghuraikan yang Najib bukan seorang bangsawan. Tetapi sejarah dan DNA tidak dapat dinafikan, siapa dia sebenarnya. Sebagai anak bangsawan Najib dipuja dan didendang dengan lagu-lagu perhambaan kepadanya. Dia dilindungi dan ditantang bagaikan minyak penuh. Anak petani, penoreka getah, anak nelayan sangat memuja dan terpsona dengannya. Sifat dan perangai semula jadi orang Melayu, akan menyanjung anak bangsawan, sedia menjadi hamba dan kuli. Kalau Najib masuk ke kampung orang kampung akan meletaknya atas tandu dan ramai-ramai dan bergilir-gilir mengusung Najib takut terpijak tahi ayam monir. Dalam satu buku saya, saya pernah persoalkan mengenai kebolehan Najib untuk menjadi seorang pemimpin berdasarkan latar belakang dan sejarah hidupnya. Saya melihat Najib tidak mampu memenuhi keperluan sebagai seorang pemimpin untuk membela rakyat seperti di Malaysia ini khasnya orang Melayu rata-rata masih miskin dan setengahnya berfikiran primitif. Agumen saya mudah sahaja, Najib tidak pernah tahu hal kehidupan orang bawah, soal kemiskinan, penderitaan dan sebagainya tidak pernah dikecapi dengan lidah kehidupannya. Hujah saya, macam mana Najib hendak merasai denyut nadi rakyat semua itu sedangkan dia tidak pernah melaluinya. Najib tidak pernah digigit pacat, lintah dan nyamuk. Jadi rasa-rasa, kemiskinan dan kesengsaraan dia tidak tahui sebab dia bangsawan. Dia tidak pernah memakan pisang tenggala rebut, beras jemah atau pun ubi setelor bakar. Apa yang dia makan ialah kek dan ayam goreng. Sebagai anak bangsawan juga Najib tidak pernah melaku dan menguruskan sendiri hal-hal dirinya; pakai kasut, amabil makanan, kacing baju dan sebagainya semua dilakukan oleh abdi atau amah. Saya percaya kalau Najib meminta agar ada orang membasuh duburnya, ada puteri Umno dari kampung pedalaman yang mahu berbuatnya. Kalau pun Najib mengetahui dan cuma memahami sifat, rupa diri dan kesangsaraan orang miskin hanya melalui novel dan hikayat atau menonton filem-filem dokumatasi di zaman ayahandanya, Razak Hussein. Itu sahaja. Dan kalau setakat menonton dan membaca, tanpa hayati sendiri sejauh mana sangat mengenalkan dia dengan erti kemiskinan dan kepayahan hidup. Dari kronologi perjuangannya pula Najib tidak pernah berlatih untuk menjadi pemimpin. Najib tidak diacuakan dengan apa-apa wadah dan idealisme perjuangan. Dalam kontkes orang Melayu hanya dua saja menjadi matlamat, perjuangan demi bangsa dan Islam. Untuk bangsa apakah wadah perjuangan Najib? Apa yang dia tahu mengenai sejarah perjuangan orang Melayu. Dan apalah medan juang yang beliau pernah turuni? Najib tidak pernah memasuki persatuan-persatuan yang sinonim dengan bangsa Melayu seperti bahasa dan kebudayaan. Dia tidak pernah menjadi mana-mana persatuan belia, sukan, ataupun seni mempertahankan diri. Malahan di zaman kecil dan remajanya dia bersekolah di sekolah Inggeris dan di luar negara. Di universiti dia tidak pernah terlibat dengan gerakan pelajar yang membela isu-isu melibatkan rakyat dan negara. Isu-isu kemiskinan, kesusahan, jauh dari mindanya. Pendeknya Najib tidak pernah ditanam dengan semangat agama dan bangsa. Pemikiran Najib adalah pemikiran sekular dan gaya orang mudah - orang kaya. Kalaupun dia mula mengenali nasionalis Melayu apabila dia menyertai Umno. Penyertaaan itu pun secara kebetulan sahaja selepas ayahnya meninggal dunia tahun 1976, apabila beliau dipilih menjadi calon pilihan raya kecil menggantikan ayahnya. Sebelum itu dia asing dengan Umno dan juga politik. Dalam Umno, Najib naik bukan dengan mengharung perjuangan. Dia tidak naik dari bawah. Jauh sekali dengan melalui jalan-jalan berliku seperti pejuang bangsa lain. Dia naik di dalam Umno umpama masuk ke rumah tanpa membasuh kaki dan pecat kasut. Dia disung masuk ke dalam rumah Umno. Dari jawatan sebagai timbalan ketua pemuda Umno hinggalah kepada ketua, naib presiden, timbalan presiden dan presiden. Najib melalui jalan mudah, atau pun diberi atas rasa hormat tinggi kepada jasa-jasa bapaknya. Jalan mudah itulah menyebabkan dia tidak sempat merasai apa itu perlawanan, apa itu perjuangan dan apa itu jatuh dan bangun dan seterusnya merasai keperitan dalam hidup. Justeru bila dia menjadi PM, dia ambil mudah segala hal. Beliau melihat dengan mata tanpa menjamah sesuatu dengan anggota. Beliau juga tidak ada pemikiran besar yang hendak dibawa dan dikemukakan kepada negara. Dia hanya berteori dan beretorika saja. Sudah hampir lima tahun beliau jadi perdana menteri apa gagasan dan visi yang dibawa? Apa yang dilakukan hanya mencitpa slogan, 1 Malaysia dan transformasi. Setakat slogan tanpa pengisian sesiapa pun boleh lakukan. Itupun transformasi dilakukan diragui oleh banyak pihak termasuk partinya sendiri. Cara Najib banyak menghabiskan wang negara dari mengembungkan perbendaharaan negara. Dia masih belum ada jasa dan budi membanggakan. Apa dilakukan asyik menjual budi dan bakti ayahnya membangunkan Felda. Di mana-mana dia pergi dia sering membangkitkan jasa dan bakti ayahnya. Tindakannya memberi wang 1 Malaysia kepada rakyat untuk mendapat sokongan dikirtik oleh veteran Umno. Bekas ketua Penerangan Umno Malaysia, Hussein Ahmad tidak berkenan dengan cara Najib berpolitik yang disifatkan sebagai politik memelihara harimau yang mana akhirnya membahayakan diri. Kata Hussein Ahamd cara Najib gunakan wang, mengumumkan projek itu dan ini untuk meraih sokongan tidak ubah seperti orang memelihara anak harimau yang kena memberi daging setiap hati. Politik itu kata Hussein bahaya kerana sampai satu peringkat Najib tidak mampu menyediakan daging menyebabkan harimau akan membahamnya setelah tiada makanan (habuan) lain. Mahathir juga mengkritik penggunakan wang kerajaan oleh Najib untuk menagih undi. Walaupun beliau juga berbuat hal yang sama di eranya, tetapi nilainya tidak seteruk Najib. Najib terpaksa menggunakan wang kerana dia tidak ada nilai tambah untuk menarik perhatian rakyat. Mahathir menyifatkan BR1M diperkenalkan Najib tidak memberi untung banyak kepada Umno dan ianya perbuatan sia-sia. Ini diukur kepada sokongan rakyat di dalam pilihan raya lalu di mana UBN mendapat 47% undi popular berbanding sokongan rakyat kepada Pakatan Rakyat melebihi 52%. Apalah yang Najib sebagai anak bangsawan dapat lakukan melainkan mengamalkan politik mudah dan boros begitu? Hari ini ketika rakyat di ambang dibaham kenaikan kos sara hidup ekoran langkah diambil Najib ia menzahirkan rupa diri dan mempamirkan akalnya yang sebenarnya. Semasa menyampaikan bantuan kepada mangsa banjir di Kemaman kelmarin Najib menempelak rakyat yang asyik menyalahkan kerajaan dengan kenaikan harga barangan tanpa mahu melihat faktor-faktor lain. Najib dalam ghairah membela dirinya menyebut, kerajaan telah membuat berbagai iniasitif untuk mengawal harga barangan dan ia sudah menampakkan kesan apabila harga kangkung sudah mulai turun. Najib menyebut kangkung sebagai membuktikan bahawa langkah transformasi dilakukan memberi kesan yang baik. Kenapa Najib harus mengambil kangkung sebagai perbandingan? Apalah yang ada kepada kankgung sejenis sayuran itu. Kenapa tidak mengambil perkara lain. Mungkin kalau anda dapat menyelami apa yang hendak saya bercerita tentang Najib ini, anda tidak perlu merara lucu dan terkejut dengan perbandingan Najib itu, kerana setakat ituilah daya fikir Najib sebagai perdana menteri. Ia sepanjang akar kangkung dan setinggi pucuk kangkung saja.http://msomelayu.blogspot.com/ | Bina Gereja:PAS Tg Karang Akan Serahkan Memo Bantahan Posted: 13 Jan 2014 10:04 PM PST Mahirah Zakaria KUALA LUMPUR - Pas Bahagian Tanjung Karang akan menyerahkan memorandum kepada Majlis Daerah Kuala Selangor (MDKS) bagi menunjukkan tanda bantahan terhadap pembinaan Gereja Methodist di Lot 178 Taman Tanjung Karang. Ketua Pemudanya, Muhd. Jafaruddin Sheikh Daud berkata, pihaknya tidak akan mengadakan demostrasi seperti yang dilakukan pihak lain sebelum ini tetapi akan terus menyalurkan bantahan kepada jabatan kerajaan. "InsyaAllah, pihak kami juga akan mengemukan bantahan terhadap pembinaan gereja tersebut tetapi bukan dengan mengadakan demostrasi tetapi akan terus kepada jabatan kerajaan iaitu kepada MDKS," katanya. Beliau berkata demikian kepada RakyatNews bagi mengulas tindakan penduduk kampung berdekatan yang berhimpun secara aman di kawasan pembinaan bagi membantah pembinaan gereja tersebut Jumaat lalu. [ARTIKEL DI SINI] Ditanya adakah memerandum tersebut bertujuan agar Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim menarik balik kelulusan yang telah diberikan, Muhd. Jafaruddin menafikannya dan mempunyai alasan tersendiri. "Kami tidak minta pembinaan gereja ini dibatalkan kerana ia tertakluk dalam akta kebebasan beragama. Cuma kami mahu pembinaan gereja ini dipindahkan ke kawasan yang penduduk majoritinya penganut agama Kristian. "Ini pendirian kami. Kami meminta agar gereja dipingahkan ke kawasan yang wajar kerana kawasan yang sedia ada ini majoriti penduduknya beragama Islam," tambahnya lagi. Muhd. Jafaruddin turut berkata, pihaknya akan mengumpulkan sebanyak 1000 tandatangan penduduk kampung bagi menunjukkan tanda sokongan terhadap memeorandum bantahan yang akan diserahkan kepada YDP MDKS,Noraini Roslan kelak. | Penerima Diisytihar Bankrap Akan Terima BR1M Secara Tunai - Ahmad Maslan Posted: 13 Jan 2014 10:01 PM PST MSTAR ONLINE PONTIAN: Penerima Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M), yang telah diisytiharkan bankrap akan menerima bantuan wang tunai melalui pejabat daerah masing-masing. Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ahmad Maslan berkata demikian selepas ramai penerima sedia ada dan yang baru yang telah diisytiharkan bankrap bimbang tentang status mereka. Ini berikutan keputusan kerajaan bahawa sistem pembayaran untuk BR1M 3.0 akan dibuat melalui bank. "Mereka telah diisytiharkan muflis kerana pelbagai sebab, termasuk kerana bertindak sebagai penjamin terhadap pinjaman yang diambil oleh saudara-mara dan rakan-rakan mereka, yang menyebabkan akaun bank mereka yang sedia ada dibekukan. Kerajaan sedar masalah ini. "Sekarang, mereka tidak perlu bimbang kerana mereka masih akan menerima bantuan itu. Apa yang mereka perlu lakukan adalah mengisi borang dan mengisytiharkan status mereka kepada pejabat daerah, Jabatan Kebajikan Masyarakat dan di www.hasil.gov.my." katanya. Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Balai Rakyat Haji Ithin di Parit Terus Darat, Benut, di sini, Isnin. Ahmad berkata penerima yang terlantar dan tidak boleh membuka akaun bank kerana sakit atau lemah, atau mereka yang tidak mempunyai jalur pada ibu jari atau ibu jari tidak boleh dibaca juga akan dipertimbangkan untuk BR1M. Beliau berkata terdapat dua juta dari 7.9 juta penerima bantuan BR1M 3.0 yang belum membuka akaun bank. Ahmad yang juga Ahli Parlimen Pontian menggesa penerima yang berpotensi untuk mengisi borang permohonan sebelum tarikh tutup pada 31 Januari kerana kerajaan tidak mempunyai rancangan untuk melanjutkannya. Beliau juga menggesa penerima sedia ada untuk mengemas kini data peribadi mereka dalam pangkalan data penerima, termasuk alamat terkini, nombor akaun dan status perkahwinan, jika perlu. | MIC Gesa Lelaki Serang Kamalanathan Dikenakan Tindakan Posted: 13 Jan 2014 09:56 PM PST MSTAR ONLIE KUALA LUMPUR: Pemimpin MIC mahu tindakan diambil terhadap lelaki yang didakwa menyerang Timbalan Menteri Pelajaran P. Kamalanathan pada Ahad. Setiausaha Agung MIC A.Prakash Rao berkata beliau kesal apabila seorang lelaki menunjukkan kemarahannya di khalayak ramai. "Ini bukan cara untuk mendekati seorang timbalan menteri yang juga Ahli Parlimen Hulu Selangor," kata beliau ketika dihubungi. Pada Ahad, Kamalanathan telah menghadiri program di bahagian ini dan beliau telah diserang oleh seorang lelaki, dipercayai anggota Pemuda Umno Hulu Selangor berhubung permintaannya mengenai pemindahan guru sekolah. Ketua Penerangan MIC L.Sivasubramaniam berkata penyerang 'patut dihukum'. Beliau menggesa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan Presiden MIC Datuk Seri G. Palanivel meneliti kes itu. Ketua Pemuda MIC C.Sivarraajh berkata sayap itu telah membuat laporan polis berhubung kejadian itu. "Ia sama sekali tidak boleh diterima apabila seorang lelaki menyerang seorang timbalan menteri yang merupakan Ahli Parlimen kawasan itu. Perbuatan seperti itu memang salah dan tidak sepatutnya berlaku," katanya sambil menyeru jawatankuasa disiplin Umno untuk bertindak. Ketua Pemuda MIC Selangor Shanker Raj A. berkata tindakan lelaki itu adalah memalukan seluruh pergerakan belia BN. | Polis Buru Pengendali Rumah Warga Emas Terbiar Posted: 13 Jan 2014 09:55 PM PST KUALA LUMPUR: Pengendali rumah penjagaan orang tua yang meninggalkan lima warga emas hidup sengsara dalam keadaan rumah yang kotor dan tiada bekalan air selama dua bulan mungkin melanggar undang-undang sebelum ini. Beberapa bekas sukarelawan di rumah penjagaan orang tua itu mendakwa presiden rumah kebajikan tersebut menggunakan buruh kanak-kanak dan menganiayai penghuni rumah tidak berdaftar berkenaan. "Kanak-kanak di rumah itu diminta membungkus minuman untuk sebuah syarikat minuman terkenal, membuat wayar dan menjahit butang baju Melayu," kata bekas sukarelawan yang membuat aduan kepada Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) pada 2001. Rumah tersebut yang juga menempatkan kanak-kanak terencat akal dan warga emas, didakwa membawa masuk kanak-kanak dari keluarga miskin dan menjanjikan mereka pendidikan dan pekerjaan. Pengendali rumah tersebut turut dilaporkan membiarkan 28 kanak-kanak kelaparan. Kini, polis sedang memburu individu di sebalik rumah penjagaan orang tuan itu. Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mohmad Salleh menyifatkan tindakan meninggalkan lima warga emas itu dalam keadaan persekitaran yang kotor merupakan jenayah kejam. "Kami akan membantu mengesan pengendali rumah tersebut," katanya. Beliau berkata demikian bagi mengulas laporan muka depan akhbar The Star mengenai lima warga emas hidup sengsara selepas ditinggalkan dalam sebuah rumah yang kotor dan tiada bekalan air. Kelima-lima mangsa ditemui dalam keadaan lemah dan kurus kering apabila diselamatkan oleh jiran-jiran di kawasan perumahan itu pada Ahad. Tinjauan The Star menemui sekeping kad nama, dipercayai milik pengendali rumah tersebut, tercicir di rumah itu. Terdapat juga surat tuntutan daripada pemilik rumah dan laporan polis bertarikh Julai tahun lalu terhadap Daniel Paul kerana gagal membayar tunggakan sewa rumah dan bil utiliti. Pemilik rumah tersebut meminta pengendali rumah penjagaan orang tua tersebut untuk membayar tunggakan sewa rumah sebanyak RM2,800, RM2,910 bagi bil air dan RM342 untuk bil elektrik selain meminta mereka mengosongkan rumah terbabit pada 5 Julai tahun lalu. Usaha untuk mendapatkan komen pemilik rumah itu gagal kerana tidak dapat dihubungi. Sementara itu, Ketua Pengarah Kebajikan Masyarakat, Datuk Noraini Mohd Hashim berkata, rumah penjagaan orang tua terbiar itu tidak berdaftar dengan jabatan tersebut. | Exco Selangor Desak Jais Pulangkan Bible Posted: 13 Jan 2014 09:44 PM PST SHAH ALAM - Exco kerajaan Selangor terus mendesak Jabatan Agama Islam (JAIS) untuk memulangkan Bible yang dirampas dari Persatuan Bible Malaysia (BSM) baru-baru ini. Pengarah JAIS, Ahmad Zaharin Mohd Saad berkata, sungguhpun terdapat tekanan dari kerajaan negeri namun pihaknya tetap akan menjalankan siasatan menggunakan prosedur operasi standard (SOP) dengan terus menyimpan dokumen tersebut bagi sisatan lanjut. "Saya tidak mahu cakap mengenai isu Bible ini tetapi kita masih perlu menyimpan Bible tersebut untuk siasatan lanjut. Kita telah mengikut SOP negeri dan SOP baru bagi tindakan seterusnya," katanya kepada pemberita baru-baru ini. Beliau kemudiannya enggan mengulas mengenai tempoh yang diperlukan bagi menyiapkan siasatan tersebut. "Ianya seperti siasatan-siasatan lain. Kita tidak pasti untuk membawa perkara ini kepada mahkamah atau mereka ingin membawa kita ke mahkamah," ujarnya. Sejumlah 321 Bible dirampas awal tahun ini ekoran menggunakan kalimah 'Allah' bagi mentafsirkan di dalam Bible berbahasa Melayu. JAIS semenjak peristiwa tersebut mendapat tekanan banyak pihak terutama dari BSM. | Kenyataan 'kangkung' PM jadi bahan jenaka Posted: 13 Jan 2014 04:52 PM PST MALAYSIAKINIKenyataan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berhubung penurunan harga kangkung di Kemaman semalam kini disebar meluas dan menjadi bahan sindiran dan gelak ketawa di Internet. Selain komen di laman sosial, terdapat pengguna Internet yang secara nakal menujukan lagu rakyat "Lenggang Kangkung" nyanyian penyanyi terkenal Saloma kepada beliau. Malah, terdapat juga pengguna yang membariskan beberapa gambar yang disunting dengan memasukkan dialog menyindir perdana menteri sebagai memahami kesusahan rakyat ekoran kenaikan kos sara hidup. Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar sendiri dalam Twitter beliau tampil menyindir Najib berhubung kenyataannya itu dengan menulis: "Zaman konfrontasi (dengan Indonesia) kerajaan sindir Soekarno makan jagung; sekarang rakyat Malaysia digalak makan kangkung! LOL (ketawa besar)!" Najib semalam dilaporkan berkata: "Kalau harga sayuran naik, sawi naik, kangkung naik, ada masa dia naik, ada masa dia turun. Hari ini dalam surat khabar, saya baca, ada yang dah turun. "Kangkung dulu naik, sekarang ini dah turun. Bila turun apa pasal tak puji kerajaan? Bila naik salahkan kerajaan. Ini tidak adil sebab ini adalah (ekoran) keadaan, cuaca..." Sementara itu, menteri belia dan sukan yang juga ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin tampil menyelar tindakan warga maya itu yang menurutnya tidak rasional. "Tak payah kecoh pasal kangkung. @NajibRazak (Najib) bagi contoh bukan semua benda naik harga. "Ada yg naik sebab faktor cuaca dan lain-lain. Rasional sikitlah," tulisnya di Twitter. | Lelaki ditahan kerana rakam isteri jiran MANDI Posted: 13 Jan 2014 04:51 PM PST MALAYSIA CHRONICLE KUALA LUMPUR - Seorang penjual insurans ditahan polis selepas bertindak merakam video isteri jirannya yang sedang mandi di sebuah kondominium di Bandar Tasik Permaisuri, di sini. Difahamkan, suspek berusia 31 tahun dan telah berkahwin itu dikatakan menaruh minat terhadap isteri jirannya yang berusia 20 tahun. Ekoran itu, mangsa telah bertindak di luar batasan apabila sanggup mengintai dari celahan tingkap kecil di bilik air rumah mangsa dan merekod video wanita itu sedang mandi, kelmarin. Perbuatan mangsa itu bagaimanapun terbongkar apabila wanita itu ternampak telefon bimbit suspek dan dia terus menjerit lalu menghubungi suaminya yang ketika itu berada di luar. Suami mangsa yang dikenali sebagai Affendi, 33, memberitahu, dia terus ke pejabat pengurusan kondominium itu dan meminta mereka menunjukkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang dipasang di koridor berdekatan rumahnya. "Dakwaan isteri saya yang dia melihat satu tangan memegang telefon bimbit ketika dia sedang mandi ternyata benar apabila saya sendiri menyaksikan rakaman CCTV yang menunjukkan jiran saya itu keluar dari kawasan belakang rumah," katanya ketika ditemui pemberita di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE | Adun minta MB T'ganu BERTAUBAT, dakwa banjir kerana rakyat pilih Pakatan Posted: 13 Jan 2014 04:31 PM PST MALAYSIA CHRONICLE Adun Chukai Hanafiah Mat meminta Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said (gambar) bertaubat kerana mengeluarkan ucapan angkuh di majlis penyampaian bantuan banjir oleh Perdana Menteri semalam. Katanya, dalam ucapan Menteri Besar semalam beliau berkata, "Kerana BN kalah kepada pembangkanglah di DUN Chukai, Kemaman dapat bala banjir", lapor laman FMT hari ini. Hanafiah bertanya kenapa ketika PAS menang tiga kerusi (Air Putih, Chukai dan Kijal) dan Parlimen Kemaman (PKR) pada tahun 1999, Kemaman tidak banjir? Sehubungan dengan itu, Hanafiah meminta Ahmad bertaubat kerana seolah-olah beliau tidak percaya bala banjir diturunkan Allah. Kemaman dilanda banjir besar baru-baru ini di mana 80% dari tanahnya telah ditenggelami air. Manakala Adun Batu Burok, Dr Syed Azman Ahmad Nawawi dalam kenyataannya kepada The Malaysian Insider, meminta kerajaan mengisytiharkan darurat di daerah itu bagi membolehkan kerja-kerja bantuan dibuat namun ditolak oleh kerajaan. PAS dan unit-unit di bawahnya telah memberikan bantuan penuh kepada mangsa banjir ketika pemimpin Umno sibuk dengan Perhimpunan Agung Umno di Kuala Lumpur. Ahmad yang pulang ke Kemaman selepas itu kesal dengan apa yang terjadi, namun komen beliau bahawa ia berpunca dari kemenangan calon PAS di Chukai dalam Pilihan Raya Umum ke-13 sangat dikesali. Sikap Ahmad yang berlagak seperti "Robin Hood" menyekat sebuah lori pembawa roti ketika banjir bagi mengambil roti itu untuk mangsa banjir menjadi berita di Terengganu. Semalam Datuk Seri Najib Razak menyampaikan bantuan kepada 19,205 mangsa banjir di negeri ini yang disifatkan sebagai bantuan luar biasa di majlis yang berlangsung di sini. Bantuan banjir ini mencatatkan sejarah apabila produk berupa televisyen, peti sejuk, dapur, tilam dan bantal bernilai RM5,000 disumbangkan kepada setiap keluarga mangsa banjir di Terengganu. Antara produk yang diterima mereka adalah peti sejuk yang disumbangkan Umno, televisyen sumbangan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia serta bantal dan tilam sumbangan Kelab Putera 1Malaysia. Selain itu, kesemua 19,205 keluarga yang terlibat dengan banjir di Terengganu turut menerima bantuan wang tunai RM500 daripada kerajaan pusat dan RM1,500 daripada kerajaan negeri. Najib seterusnya melahirkan rasa terharu dengan jumlah kehadiran yang begitu ramai sehingga mencecah hampir 20,000 orang pada majlis itu dalam keadaan cuaca mendung dan hujan renyai. Yang turut hadir Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek; Ketua Wanita UMNO, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil dan Presiden Kelab Putera 1Malaysia, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim. Mengulas majlis penyampaian tersebut, Hanafiah berkata ramai penerima kecewa kerana terlalu lama beratur untuk mengambil kupon sampai ke petang sehingga mereka tidak dapat menghantar anak mereka ke sekolah dan terpaksa ponteng kerja. "Malah yang lebih mengecewakan mereka pada bulan April, tiga bulan dari sekarang baru mereka dapat menunaikan kupon itu untuk mengambil peti ais, televisyen dan tilam yang dijanjikan itu," kata mereka. Beliau berkata kalau dah tahu bulan April baru dapat ambil barang tersebut, kenapa buat majlis sekarang. "Buatlah pada bulan Mac, sekurang-kurangnya tidak lama mereka menunggu barang yang dijanjikan," katanya lagi. - | NSTP diperintah bayar ganti rugi RM200,000 kepada Kayveas Posted: 13 Jan 2014 04:28 PM PST MALAYSIA CHRONICLE Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini memerintahkan The New Straits Times Press (M) Sdn Bhd (NSTP) membayar ganti rugi RM200,000 kepada presiden Parti Progresif Penduduk Malaysia (PPP) Datuk M. Kayveas (gambar) dalam kes saman fitnah berhubung dakwaan berlaku penyelewengan dalam laporan kewangan parti itu. Hakim Siti Khadijah S. Hassan Badjenid juga memerintahkan NSTP membayar kos sebanyak RM5,000 kepada Kayveas. Dalam keputusannya Siti Khadijah berkata berdasarkan keterangan saksi dalam kes itu mahkamah mendapati Kayveas telah berjaya membuktikan kesnya terhadap NSTP. Sehubungan itu beliau berkata mahkamah membenarkan tuntutan Kayveas terhadap NSTP. Shanmuganathan dan NSTP dan menamakan mereka sebagai defendan pertama dan kedua. Bagaimanapun Kayveas berjaya memperoleh penghakiman terhadap Shanmuganathan. Dalam pernyataan tuntutannya, Kayveas mendakwa wartawan NSTP telah menghadiri satu persidangan akhbar pada 22 Jun, 2009 oleh Shanmuganathan di Putrajaya dan NSTP telah mencetak dan menerbitkan artikel yang memfitnahnya dalam akhbar New Straits Times pada keesokannya. Beliau berkata akibat penerbitan artikel itu, beliau terpaksa menanggung malu dan kesedihan dan reputasi dan nama baiknya sebagai individu dan presiden PPP telah terjejas. NSTP dalam pernyataan pembelaannya berkata artikel itu disiarkan atas kapasiti perlindungan bersyarat kerana ia mempunyai tanggungjawab untuk menerbitkan artikel itu untuk pengetahuan orang awam. – Bernama |
You are subscribed to email updates from Pakatan Rakyat To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |