Isnin, 18 Oktober 2010

BLOG - BLOG PARTI PAS

BLOG - BLOG PARTI PAS


Peghelih La...

Posted: 18 Oct 2010 11:12 PM PDT

Peghelih La...


Najib sukar perolehi 2/3 majoriti - Dr M

Posted: 18 Oct 2010 02:24 AM PDT

Malaysiakini melaporkan Datuk Seri Najib Razak bakal berdepan dengan laluan sulit untuk memperolehi semula majoriti dua pertiga dalam pilihan raya umum akan datang ekoran prestasi suram pendahulunya, kata Tun Dr Mahathir Mohamad.

"(Najib) warisi kerajaan yang buruk. Beliau lebih hebat daripada (perdana menteri) nombor lima (Tun Abdullah Ahmad Badawi) yang tidak cekap," katanya perdana menteri keempat itu kepada pemberita hari ini.

Baca lagi di sini>>

Utusan Online yang telah diUmnokan

Posted: 18 Oct 2010 01:38 AM PDT

Begitu megahnya bendera keris tak bersarung terpampang di portal berita Utusan Online

“Bajet 2011 – membawa negara ke arah mana ?” - TG Presiden PAS

Posted: 18 Oct 2010 01:13 AM PDT

Bajet 2011 yang dibentangkan oleh Perdana Menteri selaku Menteri Kewangan Pertama pada tanggal 15 Oktober 2010 telah menjelaskan lagi bahawa agenda ekonomi dan transformasi yang dibawa oleh beliau sebenarnya berpusing ditakuk lama dengan diberi penjenamaan semula. Ianya ditaburkan dengan angka yang indah-indah bersifat kosmetik, dengan mengkesampingkan pembinaan manusia yang menjadi enjin melaksanakan agenda perubahan ekonomi berkenaan.

Akhirnya, akibat dari penyelewangan, pembaziran, rasuah yang bermaharajalela serta sistem pemerintahan yang tidak bersifat adil kepada rakyat teramai maka kesejahteraan rakyat tentunya akan berada di takuk lama. Inilah yang ditekankan oleh Parti Islam SeMalaysia (PAS) bahawa asas terbesar ialah bahawa kerajaan yang dipacu oleh UMNO-BN telah gagal dalam mencapai matlamat Dasar Ekonomi Baru setelah diberi peluang memerintah selama lebih 50 tahun, bagaimana mungkin kerajaan yang sama boleh melakukan perubahan dengan satu dasar lain pula sedangkan sistem pemerintahan dan politik peras ugut dan penyisihan komponen ekonomi terhadap rakyat di luar bandar terus berleluasa ?

Dalam masa yang sama, fokus kerajaan juga terus tersasar di atas sebab-sebab yang tidak masuk akal, umpamanya peruntukan untuk program Pusat Anak Permata Negara (PERMATA) yang hanya dinikmati oleh segelintir kecil pihak dan masih diperingkat percubaan menikmati dana sebanyak RM111 juta, berbanding dengan RM 100 juta untuk meningkatkan taraf hidup orang asli dan Peribumi, dan lebih parah lagi berbanding peruntukkan RM95 juta yang diperuntukkan sebagai bantuan per-kapita untuk sekolah agama rakyat (SAR) rendah dan menengah.

PAS KDAS 3

Posted: 18 Oct 2010 09:27 PM PDT

PAS KDAS 3


BAJET ROSMAH DAN BONUS KERAJAAN

Posted: 18 Oct 2010 08:20 AM PDT

Bonus untuk Kakitangan Kerajaan hanyalah saguhati sempena Pembukaan sekolah sahaja. Kemanakah Peruntukan ini dibelanjakan oleh Kerajaan malaysia yang dipimpin oleh Umno Dan Barisan Nasional. Bajet yang banyak menguntunhkan krono-kroni dikalangan mereka sahaja.

Dalam masa yang sama, fokus kerajaan juga terus tersasar di atas sebab-sebab yang tidak masuk akal, umpamanya peruntukan untuk program Pusat Anak Permata Negara (PERMATA) yang hanya dinikmati oleh segelintir kecil pihak dan masih diperingkat percubaan menikmati dana sebanyak RM111 juta, berbanding dengan RM100 juta untuk meningkatkan taraf hidup Orang Asli dan Peribumi, dan lebih parah lagi berbanding peruntukkan RM95 juta yang diperuntukkan sebagai bantuan perkapita untuk sekolah agama rakyat (SAR) rendah dan menengah.

Apa yang penting ialah bukannya jumlah angka-angka yang sedap didengar, umpamanya dibentangkan bahawa pendapatan perkapita meningkat sebanyak 6.1% kepada RM28,000; kononnya kadar pengangguran di takuk 3.5%; sedangkan realitinya rakyat di luar bandar tidak menikmati faedah langsung dari peningkatan angka-angka sedemikian bahkan jauh sekali dari menikmati kesejahteraan hidup akibat dari perubahan angka-angka ini! Inilah hakikatnya. Kita katakan bahawa kerajaan Umno BN lah sebenarnya yang menjadi "saudagar mimpi yang memperdagangkan dongengan" bahkan mengelirukan rakyat dengan angka-angka sedemikian. Projek-projek pelaburan juga dilihat gagal dalam melakukan anjakan terhadap taraf hidup rakyat luar bandar yang miskin dan memerlukan.

Kerajaan juga nampaknya tidak cuba belajar dari kesilapan lalu dengan mengimpikan projek pembangunan Warisan Merdeka dengan menara 100 tingkat beserta kemudahannya yang bakal menelan belanja asas RM5 billion, sedangkan projek koridor yang sepatutnya lebih memberi manafaat kepada rakyat hanyalah menerima secebis peruntukan sahaja. Contohnya peruntukan untuk East Coast Economic Region (ECER) hanyalah RM178 juta, iaitu dalam lingkungan 3.6% dari projek Warisan Merdeka. Ini tidak lagi dicampur dengan kemungkinan projek RM5 billion itu meningkat sebagaimana yang sentiasa berlaku dalam pemerintahan kerajaan Umno BN.

PemudaSikDaily

Posted: 18 Oct 2010 09:16 PM PDT

PemudaSikDaily


Ringankan Beban : Pemuda PAS Sik kerjasama Kelab Kebajikan Nur Utara turun padang.

Posted: 17 Oct 2010 11:31 PM PDT

Sik - Dewan Pemuda PAS Kawasan Sik dengan kerjasama Kelab Kebajikan Nur Utara KKNU turun padang untuk meringankan beban fakir miskin di kawasan Sik. Kata Ketua Dewan Pemuda PAS Kawasan Sik, kami mengalu-alukan kerjasama NGO lebih banyak lagi bagi meringankan beban mereka.

n12selinsing

Posted: 18 Oct 2010 09:15 PM PDT

n12selinsing


IKHTIFAL PASTI BAGAN SERAI

Posted: 18 Oct 2010 12:45 AM PDT

17.10.10 Selinsing; Majlis Ikhtifal PASTI seluruh Bagan Serai telah dilangsungkan dengan jayanya.
Majlis yang bermula jam 9.00 pagi dianjurkan oleh Jawatankuasa PASTI Bagan Serai yang diketuai oleh Sdr Az'raie, antara acara yang dilangsungkan pada hari itu seperti hafazan al-quran, khutbah, bercerita serta nasyid. Semua acara tersebut di wakili oleh kanak-kanak PASTI. Majlis perasmian penutup disempurnakan oleh YB Hj Husin Din, beliau menegaskan bahawa anak-anak adalah aset negara yang perlu dijaga dengan baik, berilah pendidikan yang terbaik kepada mereka, dekatkan mereka dengan Allah.








LAMAN RASMI ADUN MAHARANI

Posted: 18 Oct 2010 09:14 PM PDT

LAMAN RASMI ADUN MAHARANI


ADUAN RAKYAT - MASALAH PERPARITAN DI BANDAR

Posted: 18 Oct 2010 08:29 AM PDT

Seorang peniaga di Jalan Petrie Muar baru-baru ini mengadu bahawa lorong di belakang kedainya memerlukan perhatian daripada pihak Majlis Perbandaran Muar (MPM).
Masalahnya perparitan di lorong di antara Jalan Petrie dan Jalan Majidi ini selalu dinaiki air apabila hujan lebat.Ini disebabkan oleh parit yang  cetek,rosak dan dipenuhi pasir dan sampah.Ia perlu diganti baru dengan parit U yang lebih lebar dan dalam.Juga terdapat pokok hiasan yang menjalar keluar dari belakang kedai yang perlu dibersihkan.
Deretan kedai di Jalan Petri ini terdiri daripada restoran pejabat peguam,bangunan KWSP dan juga HSBC BankYB Dr Mohammad Taslim,selaku ADUN Maharani, dan pembantunya Sdr Hamidun Omar telah melawat kawasan tersebut dan memaklumkan masalah ini kepada pihak MPM.
Terima kasih MPM yang telah mengambil tindakan segera.

Hari ini YB Dr Mohammad dimaklumkan oleh MPM bahawa kawasan ini telah dimasukkan dalam kerja kecil untuk bina semula parit di sini.Terima kasih sekali lagi MPM di atas keperhatinan tuan menyelesaikan masalah rakyat.

Di bawah ini adalah gambar-gambar selepas kerja-kerja pembersihan dijalankan oleh MPM.

Lorong yang menghubungkan Jalan Majidee dan 
lorong di belakang Jalan Petrie.Sampahdan pasir,tanah telah dibersihkan.

Sampah sarap dari dalam parit baru dikeluarkan
 
 Pengadu menunjukkan kawasan yang telah dibersihkan 
tetapi air tidak mengalir kerana masih ada parit yang tersumbat.

Keadaan parit dan jalan yang telah dibersihkan,
cuma paritnya sempit dan sudah terlalu lama.

PAS Negeri Sembilan

Posted: 18 Oct 2010 09:07 PM PDT

PAS Negeri Sembilan


Imam iman N.Sembilan meluahkan perasaan di akhbar

Posted: 18 Oct 2010 05:11 PM PDT

Imam mohon perhatian, sumbangan
Utusan Malaysia 19 Okt 2010

SAYA bagi pihak imam-imam surau Negeri Sembilan ingin meluahkan rasa dukacita kepada pihak yang berwajib kerana kami terpinggir daripada pandangan pihak berwajib mengenai tugas-tugas yang kami jalankan setiap hari bagi mengimarahkan surau di tempat kami.

Kami bertugas setiap hari dengan tiada giliran bagi mengimamkan solat lima waktu. Malam Jumaat pula, kami mengendalikan bacaan Yasin, tahlil dan doa selamat.

Pagi Jumaat pula, kami mengendalikan solat subuh, sujud sejadah, tahlil dan doa selamat di rumah dalam qariah kami. Cuma yang tidak diadakan adalah sembahyang jumaat.

Pada Hari Raya pula, kami mengendalikan sembahyang sunat Aidilfiri dan Aidiladha, serta penyembelihan qurban dan aqiqah. Termasuk juga pengendalian majlis perkahwinan pada hari-hari biasa. Cuma majlis akad nikah sahaja dikendalikan oleh imam masjid yang ada tauliah dan dibawa dua saksi dari masjid. Kami imam-imam surau kalau pergi hanya untuk melihat dan melopong sahaja.

Dengan tugas-tugas sebegini, sepatutnya pihak-pihak yang berkenaan dapat menghulurkan sedikit sumbangan kepada kami. Kami bukannya ingin meminta gaji atau bonus setiap bulan. Paling tidak pun sumbangan duit raya sekali setahun pun sudah memadai.

PAK NGAH
Seremban

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=1019&pub=Utusan_Malaysia&sec=Forum&pg=fo_04.htm

Dewan Pemuda PAS Negeri Sabah

Posted: 18 Oct 2010 09:05 PM PDT

Dewan Pemuda PAS Negeri Sabah


Perasmian Pejabat Pemuda PAS Negeri Sabah

Posted: 18 Oct 2010 08:42 AM PDT

Ust Nasrudin Hassan menerima cenderahati daripada Lahirul Latigu



Memohon doa selepas menandatangani plat perasmian pejabat baru DPPNS



Menerima 3 permohonan baru penubuhan Dewan Pemuda PAS Kawasan






misbahul munir

Posted: 18 Oct 2010 09:04 PM PDT

misbahul munir


Kelab Umno Pesara Kakitangan Kerajaan, Kitar Semula Ahli Lama

Posted: 17 Oct 2010 09:34 PM PDT

BAJET 2011 - KE ARAH MANA NEGARA

Posted: 17 Oct 2010 09:31 PM PDT

DUN PENGKALAN KUNDOR

Posted: 18 Oct 2010 07:22 PM PDT

DUN PENGKALAN KUNDOR


Program Tranformasi Ekonomi (ETP) Terus Dipersoal - FDI Merosot 81%

Posted: 18 Oct 2010 07:16 AM PDT

KUALA LUMPUR, 18 Okt: Kemampuan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak memulihkan ekonomi negara melalui Program Tranformasi Ekonomi (ETP) terus dipersoal.

Menurut Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, era pentadbiran Najib menyaksikan kemasukan pelaburan langsung asing (FDI) ke dalam negara merosot sebanyak 81 peratus dari RM23.47 bilion pada tahun 2008 kepada RM4.43 bilion pada tahun 2009.

"Ini merupakan kemasukan FDI paling rendah sejak 20 tahun lalu selain tahun 2001 di mana negara mencatat kemasukan FDI RM1.54 billion," ujarnya ketika membahaskan Bajet 2011 di Dewan Rakyat, petang ini.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh berkata, World Investment Report 2010 baru-baru ini turut melaporkan yang negara mengalami kemerosotan ketara dalam kemasukan FDI serta peningkatan dalam pengaliran keluar FDI yang menunjukkan ketidakyakinan pelabur dalam ekonomi negara.

"Di kalangan negara-negara Asean, hanya Malaysia mengalami
negative inflow," ujarnya yang ditujukan kepada Najib selaku Menteri Kewangan I.
Beliau yang juga Ketua Umum PKR berkata, Thailand walaupun bergelumang dengan pelbagai kacau bilau politik dan boikot sepanjang 2009 dan 2010 dijangka tumbuh pada kadar 6.5 hingga 7.5 peratus; iaitu setanding atau lebih baik dari sasaran Malaysia, 6 peratus.

Singapura pula katanya, dijangka berkembang pada kadar 13 peratus hingga 15 peratus, iaitu dua kali ganda lebih pantas dari kadar pertumbuhan ekonomi negara.

Pun begitu, Indonesia ujarnya tidak mengalami apa-apa penguncupan dan pertumbuhan ekonominya kekal 6 peratus.
Bagaimanapun katanya lagi, pertumbuhan 6 peratus ekonomi Indonesia adalah lebih baik.

Ini kerana katanya, 7 peratus yang dijangka capai oleh Malaysia adalah pertumbuhan ekonomi negarah selepas penguncupan.

Melihat pada senario ekonomi Asean, beliau berpendapat kadar pertumbuhan ekonomi negara adalah setara dengan Cambodia, Mynmar, Brunei, Laos dan Timor-Leste.

"Ini merupakan pertama kali dalam sejarah FDI Filipina mengatasi Malaysia," ujarnya.

Walhal, katanya lagi, FDI negara-negara Asean yang lain seperti Indonesia, Filipina, Thailand dan Vietnam jauh meninggalkan Malaysia.
Tambahnya lagi, laporan terbaru Bank of America dan Merill Lynch turut tidak menyenaraikan Malaysia sebagai 10 destinasi kemasukan pelaburan asing berbanding China.

Tidak cukup dengan itu, dilaporkan Malaysia diketegorikan sebagai antara negara yang paling kurang diminati oleh pelabur luar.

N.27 - PAS DUN Sura

Posted: 18 Oct 2010 07:18 PM PDT

N.27 - PAS DUN Sura


Ceramah Khas PRK DUN Galas Bersama Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man Di DUN Sura, Dungun 21 Oktober

Posted: 18 Oct 2010 05:59 AM PDT

DUNGUN 18 Oktober, Isnin - Menjelang lebih kurang seminggu sahaja lagi hari penamaan calon pilihan raya kecil N.45 Galas, Kelantan, pihak Lajnah Penerangan DUN Sura mengambil inisiatif membawa maklumat terkini isu-isu yang bakal dicetuskan semasa pertembungan dua parti yang berlainan dasar perjuangan - PAS dan UMNO.

Naib Presiden PAS, Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man merupakan penceramah utama yang akan diiringi oleh Bendahari Badan Perhubungan PAS Negeri Terengganu, Haji Muhyiddin Abd Rashid, sementara ADUN Sura, Y.B. Ustaz Haji Wan Hassan Mohd Ramli sebagai tuanrumah.

Majlis yang dijadualkan berlangsung pada 21 Oktober, Khamis akan diadakan bertempat di Perkarangan Surau Tuan Guru Haji Zainal Abidin, Sura Gate, Dungun.

" Ini merupakan warming-up kepada para petugas termasuk para penyokong khususnya dari Dungun yang akan hadir memberi sokongan moral menjelang tempoh berkempen nanti, "

" Saya mengajak seluruh warga DUN Sura dan Dungun amnya supaya hadir beramai-ramai mengikuti kupasan secara langsung isu-isu semasa, bukan sahaja berkisar hal PRK Galas malahan isu bajet 2011 yang masih mengenepikan nasib golongan bawahan bakal disentuh oleh penceramah yang diundang, " demikian menurut Setiausaha Lajnah Penerangan DUN Sura, Encik Ahmad Roslin Abdul Wahab.

Majlis Tindakan DUN N-23 Dusun Tua

Posted: 18 Oct 2010 07:02 PM PDT

Majlis Tindakan DUN N-23 Dusun Tua


Selamat Menunaikan Haji

Posted: 18 Oct 2010 05:40 PM PDT



Selamat menunaikan ibadat haji kepada Abdullah Mansur Ketua Kampung Bt 14 dan juga kepada mereka-mereka yang diberi peluang dan kesempatan untuk mengerjakan haji pada tahun ini. Kami doakan agar semuanya mendapat haji yang mabrur dan pulang dengan semangat yang baru. Semangat sebagai pejuang yang bakal bakal meng'Galas' amanah khalifah Allah di muka bumi ini.

Amanah yang bukan sedikit, amanah yang cukup besar untuk meletakkan agama di tempat yang sepatutnya. Menegakkan Islam dan mentadbir dunia dengan Islam.

Selamat pergi dan selamat kembali.

Siti Zailah | Home

Posted: 18 Oct 2010 03:28 PM PDT

Siti Zailah | Home


Bajet untuk rakyat atau untuk kroni?

Posted: 17 Oct 2010 08:59 PM PDT

Pengemumuman Perdana Menteri dalam pembentangan bajet untuk membina bangunan paling tinggi 100 tingkat dengan nilai kos RM 5 bilion .Sedangkan masih terdapat sejumlah 2 ribu buah sekolah yang masih dhaif di seluruh negara,ada sekolah yang tiada bilik air,ada sekolah yang tiada letrik,tiada perabut yang lengkap,tiada padang permainan,dinding dan lantai yang amat uzur.Mengapa kerajaan sanggup membazir bina bangunan pencakar langit,untuk bermegah sedangkan keperluan rakyat masih belum selesai.
Jumlah peruntukkan RM 5 bilion,kalau dibina sekolah yang bernilai RM 3 juta setiap satu,kerajaan boleh bina sejumlah 1667 buah sekolah untuk rakyat !!!.
Isu rakyat masih banyak,ubat hospital tak cukup,pendapatan rakyat bumiputra Melayu 70 peratus kurang dari RM 1500 sebulan.Isu kemiskinan rakyat disana-sini.Dimana hati pemimpin Malaysia melihat kesusahan rakyat dan sanggup berbelanja mewah untuk kebanggaan dimata dunia.Penganguran semakin meningkat,isu sosial,isu keruntuhan moral,isu keselamatan dan sebagainya.Jumlah penghijrahan rakyat Malaysia yang berkerja diluar negara sehingga kini berjumlah 1.49 juta orang.Peruntukkan dan janji untuk projek ECER sejumlah RM 178 juta dimana?Masaalah kemudahan di hospital,masaalah tambakan banjir di Rantau Panjang disepanjang sungai Golok sampai sekarang belum dibina lagi!!!!!.
DIMANA SLOGAN RAKYAT DIDAHULUKAN DAN PRESTASI DIUTAMAKAN !.

Dari Kak Lah dimeja Parlimen.

Bajet oh bajet

Posted: 17 Oct 2010 08:33 PM PDT

Bajet 2011 yang dibentangkan oleh Perdana Menteri selaku Menteri Kewangan Pertama pada tanggal 15 Oktober 2010 telah menjelaskan lagi bahawa agenda ekonomi dan transformasi yang dibawa oleh beliau sebenarnya berpusing di takuk lama dengan diberi penjenamaan semula. Ianya ditaburkan dengan angka yang indah-indah bersifat kosmetik, dengan mengkesampingkan pembinaan manusia yang menjadi enjin melaksanakan agenda perubahan ekonomi berkenaan.

Akhirnya, akibat dari penyelewangan, pembaziran, rasuah yang bermaharajalela serta sistem pemerintahan yang tidak bersifat adil kepada rakyat teramai maka kesejahteraan rakyat tentunya akan berada di takuk lama. Inilah yang ditekankan oleh Parti Islam Se-Malaysia (PAS) bahawa asas terbesar ialah bahawa kerajaan yang dipacu oleh Umno BN telah gagal dalam mencapai matlamat Dasar Ekonomi Baru setelah diberi peluang memerintah selama lebih 50 tahun, bagaimana mungkin kerajaan yang sama boleh melakukan perubahan dengan satu dasar lain pula sedangkan sistem pemerintahan dan politik peras ugut dan penyisihan komponen ekonomi terhadap rakyat di luar bandar terus berleluasa?

Dalam masa yang sama, fokus kerajaan juga terus tersasar di atas sebab-sebab yang tidak masuk akal, umpamanya peruntukan untuk program Pusat Anak Permata Negara (PERMATA) yang hanya dinikmati oleh segelintir kecil pihak dan masih diperingkat percubaan menikmati dana sebanyak RM111 juta, berbanding dengan RM100 juta untuk meningkatkan taraf hidup Orang Asli dan Peribumi, dan lebih parah lagi berbanding peruntukkan RM95 juta yang diperuntukkan sebagai bantuan perkapita untuk sekolah agama rakyat (SAR) rendah dan menengah.

Apa yang penting ialah bukannya jumlah angka-angka yang sedap didengar, umpamanya dibentangkan bahawa pendapatan perkapita meningkat sebanyak 6.1% kepada RM28,000; kononnya kadar pengangguran di takuk 3.5%; sedangkan realitinya rakyat di luar bandar tidak menikmati faedah langsung dari peningkatan angka-angka sedemikian bahkan jauh sekali dari menikmati kesejahteraan hidup akibat dari perubahan angka-angka ini! Inilah hakikatnya. Kita katakan bahawa kerajaan Umno BN lah sebenarnya yang menjadi "saudagar mimpi yang memperdagangkan dongengan" bahkan mengelirukan rakyat dengan angka-angka sedemikian. Projek-projek pelaburan juga dilihat gagal dalam melakukan anjakan terhadap taraf hidup rakyat luar bandar yang miskin dan memerlukan.

Kerajaan juga nampaknya tidak cuba belajar dari kesilapan lalu dengan mengimpikan projek pembangunan Warisan Merdeka dengan menara 100 tingkat beserta kemudahannya yang bakal menelan belanja asas RM5 billion, sedangkan projek koridor yang sepatutnya lebih memberi manafaat kepada rakyat hanyalah menerima secebis peruntukan sahaja. Contohnya peruntukan untuk East Coast Economic Region (ECER) hanyalah RM178 juta, iaitu dalam lingkungan 3.6% dari projek Warisan Merdeka. Ini tidak lagi dicampur dengan kemungkinan projek RM5 billion itu meningkat sebagaimana yang sentiasa berlaku dalam pemerintahan kerajaan Umno BN.

Agensi yang sepatutnya melaksanakan amanah untuk membangunkan ekonomi rakyat miskin, kini telah menumpukan pula kepada projek mega sebegini, kerana pimpinan Umno BN lah sebenarnya yang 'bermimpikan projek' lantas 'memperdagangkan tanggungjawab membangunkan ekonomi rakyat'.

PAS menekankan peningkatan taraf hidup rakyat miskin perlulah melalui fasa di mana rakyat teramai ini perlu merasakan bahawa mereka adalah menjadi sebahagian dari enjin aktiviti ekonomi bahkan mereka juga menjadi pemain dalam memperkasakan pembangunan negara.

Mampukah Malaysia bersaing dipersekitaran global untuk Transfomasi Ekonomi

Posted: 17 Oct 2010 08:25 PM PDT

Intipati ucapan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di Majlis Hubungan Luar (CFR) yang berlangsung di New York, semalam (29 Oktober) mengenai Program Transformasi Ekonomi (ETP) di Malaysia adalah merupakan satu lagi ucapan yang tidak menggambarkan keadaan sebenar yang berlaku dalam negara kita.

Perdana Menteri bersyarah mengenai satu paradigma baru yang perlu dilakukan oleh Malaysia sebagai keperluan untuk menyesuaikan Malaysia dengan persekitaran global untuk bersaing dengan pasaran China, India dan Vietnam.

Parti Islam Islam Se-Malaysia (PAS) melihat bahawa hasrat untuk membawa pasaran ekonomi negara ke persada dunia adalah suatu cita-cita yang murni, tetapi keadaan semasa urustadbir dan ketelusan pihak Kerajaan Malaysia di bawah pimpinan Barisan Nasional (BN) di ketika ini sebenarnya adalah merupakan satu halangan besar terhadap impian membawa negara ke ekonomi yang lebih kompetetif dan berdaya saing.

Ini adalah kerana persekitaran kerakusan rasuah dan ketirisan pelaksanaan projek pembangunan ekonomi masih berleluasa serta ketelusan urus tadbir kerajaan yang masih berada di takuk lama malah semakin buruk adalah merupakan halangan terbesar yang gagal dihadapi oleh kerajaan pimpinan Umno BN sejak puluhan tahun di negara kita ini.

Oleh yang demikian, PAS tidak terperanjat dengan pengumuman terbaru Laporan Daya Saing Dunia tahun 2010/2011, Forum Ekonomi Dunia yang mana Malaysia terus jatuh ke tempat 26 daripada 139 buah negara. Untuk rekod dalam laporan sama 2009/2010 Malaysia di tempat 24 dari 133 negara dan dalam tahun 2008/2009 Malaysia di tempat 21 dari 134 negara.

Keputusan ini juga sudah dijangka oleh PAS, malah oleh para penganalisa pasaran berdasarkan rekod buruk Malaysia dari segi ketelusan dan urus tadbir korporat.

Malah campur tangan kuasa politik dalam urus tadbir yang menyebabkan rekod ketelusan dalam urus tadbir semakin teruk dan menyebabkan pelabur semakin tidak yakin dengan daya saing Malaysia. PAS juga memandang serius mendedahan terbaru yang telah dibuat oleh salah seorang tokoh korporat yang hampir dengan pimpinan Umno bahawa terdapat orang-orang peringkat tinggi kerajaan yang telah merancang dan memaksa beliau keluar dan menjual semua pegangan dalam sebuah syarikat korporat secara paksa. Selain dari itu, beliau juga menegaskan bahawa sejumlah saham syarikat berkenaan adalah bukan milik beliau atau pihak yang berkaitan dengan beliau.

Ini merupakan pendedahan terbaru yang membuktikan betapa tidak telusnya pasaran dan pengurusan pasaran Malaysia disebabkan oleh campur tangan politik dan kerajaan.

Justeru PAS mendesak kerajaan dengan segera membuat pengakuan dan pendedahan terbuka terhadap apa yang telah didedahkan oleh Tan Sri Halim Saad tersebut kerana hanya itu yang boleh memperbaiki keyakinan pelabur dan memperbaiki daya saing Malaysia di peringkat global.

Jika gagal, PAS amat yakin daya saing Malaysia akan semakin teruk dan seterusnya akan memburukkan lagi pasaran dan ekonomi negara.

Bajet pilihanraya

Posted: 17 Oct 2010 08:13 PM PDT

Bajet 2011 berjumlah RM213 bilion, RM162.8 bilion untuk belanja mengurus, RM49.2 bilion untuk pembangunan. Maknanya belanja mengurus 3 kali ganda belanja pembangunan. JPM sendiri terima peruntukan sehingga RM15 bilion berbanding RM78 juta untuk parlimen.

Bajet ini satu petunjuk yang sangat jelas, pilihan raya sudah dekat. Bajet yang disasarkan untuk mendapat undi, bukan ekonomi berpendapatan tinggi. GST tak jadi dibuat, elaun pengerusi JKKK dan elaun mesyuarat JKKK naik, elaun Tok Batin naik, elaun Tok Imam naik (tapi kenapa bilal tak naik), elaun guru KAFA naik, imbuhan yang pelbagai tapi adakah rakyat akan merasai imbuhan tersebut? Atau imbuhan-imbuhan ini hanya perangkap. Apa perlunya dibina Menara Warisan PNB setinggi 100 tingkat dengan kos RM5 billion tetapi beban hidup rakyat tidak diringankan.

Menarik kononnya untuk menghargai kaum wanita, cuti bersalin dianjalkan 60 hari ke 90 hari, ada orang kata kerajaan pusat tiru dasar cuti bersalin 90 hari kerajaan PR Selangor. Sebenarnya tidak. Dianjalkan dari 60 hari kepada 90 hari, maknanya kakitangan awam wanita boleh tentu sendiri berapa hari mereka nak cuti bersalin antara 60 hingga 90 hari dengan maksima 300 hari sepanjang perkhidmatan. Berapa puluh tahun pun seorang wanita bekerja dengan kerajaan, cuti bersalin mesti tak lebih 300 hari. Tak ada tambahan apa-apa. Maknanya boleh beranak setakat 3 orang saja. Lepas itu tak ada dah cuti. Kalau siapa nak beranak 5 tetap kena ambil cuti bersalin 60 hari sebab 60 x 5 = 300. Tak sama dengan dasar cuti bersalin 90 yang kerajaan Selangor buat. Jangan cepat rasa seronok. Kena kira betul-betul.

First Lady Rosmah bukan menteri kabinet tetapi Program TADIKA PERMATA PINTAR Rosmah seakan ambil alih dan mengecilkan peranan kementerian Shahrizat. Walaupun Rosmah tak ada sebarang jawatan rasmi, tapi program PERMATA yang dia urus dapat bajet istimewa. RM111 juta peruntukan hasil duit rakyat diberikan seorang suami kepada first lady tersayang sedangkan untuk SAR rendah dan menengah hanya RM95 juta diperuntukan. Satu lagi projek kerajaan BN. Isteri didahulukan, SAR dianak tirikan.

Duti import antara 3 hingga 5 peratus dimansuhkan untuk kira-kira 300 jenis barang-barang kegemaran pelancong dan rakyat tempatan seperti beg tangan berjenama, kasut, baju kanak-kanak, dompet, pewarna rambut, pakaian dalam, seluar dalam, minyak wangi. Mampukah rakyat biasa beli beg tangan berjenama? Kalau mampu pun, apakah ini keperluan mendesak. Penyembur rambut, minyak wangi, seluar dalam import. Semua ni keperluan siapa? Keperluan orang kampung atau keperluan mak datin. Seluar dalam pun masuk bajet. Ada orang kampung pakai minyak wangi import, penyembur rambut import? Berapa ramai rakyat biasa pakai dompet berjenama? Kalau Bajet untuk rakyat, rakyat mana? Apakah rakyat dengan makna kita masyarakat bawahan atau dengan makna ahli politik dan kroni. Kalau bukan untuk rakyat biasa maknanya ia satu lagi bajet untuk kemudahan dan keselesaan warga yang berada. Mereka sebut projek mega di situ, projek mega di sini, hakikatnya berbillion ringgit akan dapat kepada kroni, rakyat hanya dapat ratusan ringgit.

Masa Najib bentang bajet kelmarin, saya tengah memandu di Lebuh Raya Utara Selatan menuju ke Perak, sambil mengikuti perbentangan bajet di dalam kereta. Menarik bila diumumkan, untuk pengguna-pengguna Lebuh Raya PLUS saya dengan sukacitanya mengumumkan… PM berhenti sekejap, saya menjangkakan kalau tak dimansuhkan tol mesti sekurang-kurangnya kerajaan mengurangkan kadar tol. Rupa-rupanya… dengan sukacitanya saya mengumumkan kadar tol di semua 4 lebuh raya kendalian PLUS tidak akan dinaikkan dalam tempoh 5 tahun. Ingatkan nak diumumkan tol dimansuhkan atau sekurang-kurangnya diturunkan. Mungkin ada pemandu di lebuh raya PLUS yang senak perut, tergelak dengar pengumuman ini. Rupanya nak bagi tahu tol tak naik. Tak naik tak payahlah diumumkan. Saya yakin PLUS tak terjejas apa-apa ekoran kadar tol tidak dinaikkan kerana mereka mempunyai perjanjian dengan kerajaan: Sebarang kekurangan pendapatan PLUS ekoran kadar tol yang tidak dinaikkan akan ditampung pihak kerajaan. Ditampung pihak kerajaan maknanya duit rakyat akan digunakan.

Apa pula keperluan ubah suai Seri Perdana, kediaman rasmi Perdana Menteri dengan kos mencecah RM65 juta. Bukankah ia baru saja diubah suai. Apakah ubah suai ini atas kehendak Rosmah? Sekiranya begini duduk perkara maka amat malang bagi rakyat Malaysia mempunyai 'First Lady' yang berselera dan bernafsu tinggi sehingga sang suami perlu membelanjakan puluhan juta ringgit duit rakyat demi memenuhi selera isteri tercinta.

Termasuk tahun ini telah 14 tahun berturut-turut kerajaan BN membentangkan bajet defisit. Untuk Bajet 2011, jumlah defisit kira-kira RM1 billion. Menjadi persoalan kenapa perlu kerajaan berbelanja melebihi pendapatan. Berbelanja melebihi pendapatan bermakna negara perlu berhutang. Setakat tahun ini sahaja jumlah hutang Negara telah mencapai hampir RM400 billion. Kalau kita terus berhutang tanpa mampu menjelaskannya, memang jelas sebagaimana yang dinyatakan oleh Idris Jala, Negara kita menuju bankrap menjelang 2019, setahun sebelum kita mencapai status negara maju 2020.

Pemuda PAS DUN Kemasik

Posted: 18 Oct 2010 03:23 PM PDT

Pemuda PAS DUN Kemasik


ISLAMIC fashion via 1MALAYSIA: Kerajaan Umno promosi pakaian Islamik ala jahiliah...

Posted: 17 Oct 2010 06:11 PM PDT

pas sembrong (bangkit membuat perubahan)

Posted: 18 Oct 2010 03:20 PM PDT

pas sembrong (bangkit membuat perubahan)


Kambing Kelasss

Posted: 18 Oct 2010 08:04 AM PDT









Kuasa Allah Siapa Yang Tahu

Ini bukan gambar biasa sebuah empangan agam!

Jika foto di atas menunjukkan gambaran sebuah empangan biasa, foto-foto di bawah memaparkan keajaiban yang luar biasa. Kemeriahan gerombolan kambing menjilat batu bergaram ini dirakamkan di utara Itali, iaitu di sebuah empangan di ketinggian 4,600 meter.


Alpine Ibex adalah sejenis kambing liar di kawasan pergunungan Eropah. Kambing jenis ini boleh mendaki permukaan gunung yang cerun dan curam, malah ia boleh memanjat setinggi 6,500 ke 15,000 kaki.

Kambing ini gemar menjilat garam pada batu. Dan kebolehannya mendaki itu menjadi ketakjuban ramai saintis yang membuktikan bahawa Alpine Ibex adalah 'gravity-defying goats' yang memiliki sepasang kaki yang mampu melekat dengan utuh di permukaan cerun berbanding manusia atau haiwan lain.



Kuasa Allah memang luar biasa dan Maha Hebat

Rakyat Sabah tak terbela

Posted: 18 Oct 2010 07:42 AM PDT


Datuk Karim Ghani keluar Umno

Ahli politik veteran yang membawa Umno ke Sabah, Datuk Karim Ghani, hari ini mengumumkan keluar parti itu.

Beliau adalah antara bekas pemimpin parti Usno, termasuk Tun Datu Mustapha Datu Harun (pengasas Usno), yang memainkan peranan penting membawa Umno ke negeri itu pada 1990-an.

Usna dibubarkan untuk memberi laluan kepada Umno bertapak di Sabah.

Karim berkata, beliau telah menghantar surat peletakan jawatannya kepada ibupejabat Umno di Kuala Lumpur dan pejabat parti itu di Kota Kinabalu, awal hari ini.

Beliau berkata, keputusannya untuk meninggal Umno itu berkuatkuasa serta-merta.

Katanya, beliau akan kekal tanpa parti sehinggalah menemui parti politik yang sesuai untuk disertainya.

Karim berkata, beliau sudah bosan dengan kegagalan Umno untuk memperjuangkan hak dan kebajikan rakyat Sabah.

- Bernama

Gaji tak cukup, tanggungan banyak

Posted: 18 Oct 2010 07:36 AM PDT


Kerajaan gagal laksana gaji minimum kerana boros
Hazayani Zakaria - harakah

KUALA LUMPUR, 18 Okt: Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata, kerajaan gagal melaksanakan tuntutan gaji minimum di kalangan pekerja kerana amalan boros mereka.

Ahli Parlimen Marang itu sewaktu membahaskan Bajet 2011 di Dewan Rakyat hari ini berkata, kerajaan lebih mementingkan projek mewah yang hanya memberikan keuntungan kepada segelintir golongan daripada kebajikan rakyat bawahan.

"Bagaimana untuk pencapaian taraf negara maju kalau pekerjanya masih mengemis. Isu gaji minima baru di peringkat menubuhkan majlis konsultasi.

"Amalan boros masih diteruskan dengan pembiayaan projek mewah untuk kemegahan dan kepentingan segelintir manusia dan mengabaikan majoriti rakyat," kata beliau yang juga Presiden PAS.

Sementara itu, ketika ditemui di lobi Parliman, beliau menegaskan PAS tetap mendesak kerajaan melaksanakan tuntutan gaji minimum seperti yang diamalkan oleh negara maju yang lain.

"PAS tetap mahu tuntutan gaji minima dilaksanakan kerana sudah banyak negara di dunia memberi gaji minima dan dianggap salah kalau tidak beri gaji minima untuk sara hidup rakyat," katanya.

Menurutnya juga, masih banyak kakitangan sama ada awam atau swasta menerima gaji yang tidak mencukupi untuk menyara keluarga terutamanya mereka yang tinggal di bandar-bandar.

gaji tak cukup

"Masih banyak kakitangan awam dan swasta khususnya di ibu kota dapat gaji tak cukup pun untuk menampung perbelanjaan persekolahan anak-anak dan sebagainya.

"Sepatutnya diambil kira kerana mereka ini jumah yang besar. Malanganya di saat kita tak selesaikan masalah ini, kita tonjolkan bangunan-bangunan yang tinggi yang memberikan keuntungan kepada kroni mereka sahaja," katanya lagi.

Dalam ucapannya juga, Abdul Hadi turut menekankan bahawa orang awam juga harus diberi hak yang sama untuk memantau bajet kerana masyarakat awam adalah sasaran utama.

"Individu yang berkepakaran melalui NGO dan media juga berhak memantau perjalanan jentera kerajaan dan politik bagi menggunakan jumlah wang yang diamanahkan kerana kadang-kadang pendedahan pihak ini menyedarkan yang salah dan silap," katanya.

Beliau yang juga Adun Rhu Rendang turut menegaskan bahawa Akta Rahsia Rasmi (OSA) adalah langkah yang sangat negatif kerana menghalang hak yang adil terhadap negara bagi kebaikan kerajaan dan rakyat.

"Undang-undang ini lebih bersifat menyembunyikan kesalahan dan kelemahan. kerajaan yang kuat dan teguh bersifat berani walaupun menghadapi tuduhan dan tohmahan.

"Tuduhan yang benar memberi kesempatan melakukan pembaikan dan pembetulan, tuduhan yang salah perlu dijawab, dan ada cara lain untuk bertindak terhadap penyebar fitnah.

OSA, tegasnya hanya menjadikan kerajaan berlagak bersih sepanjang masa. dan mendakwa hanya mereka yang berjuang mengekalkan kuasa sahaja bersifat demikian.

Selain itu, Abdul Hadi turut berkata, pembangunan insan tidak terletak kepada pembinaan materialistik semata-mata tetapi juga bergantung kepada dasar pendidikan dan sistem yang merangkumi aspek naluri manusia.

"Persediaan pembangunan insan bukan sahaja bangunan pusat-pusat pendidikan di semua peringkat yang tersergam indah dan kakitangan yang bergaji lumayan, tetapi juga sangat bergantung dengan dasar pendidikan dan sistem yang merangkumi aspek naluri manusia," katanya.

Kelebihan Kidal

Posted: 18 Oct 2010 07:21 AM PDT


Ciri2 Golongan Kidal

Assalamualaikum...

Pada entri kali ini saya ingin berkongsi sedikit maklumat tentang ciri-ciri psikologi orang kidal (menulis dengan tangan kiri). Mungkin anda seorang yang kidal, atau anda ada adik-beradik yang kidal, atau anda mengenali sesiapa sahaja rakan-rakan anda yang kidal (sebenarnya orang ramai kurang ambil kisah tentang seseorang itu kidal atau tidak).

Maklumat ini mungkin boleh membantu anda untuk mengenali mereka dengan cara lebih dekat lagi. Orang kidal lebih banyak menggunakan otak kanan berbanding otak kiri dan hanya 10% populasi manusia dunia ini adalah kidal.

Ciri-ciri golongan kidal secara psikologinya dalam bidang kepimpinan menurut Stanley Coren, seorang profesor psikologi di University of British Columbia dan penulis buku The Left-Hander Syndrome: The Causes and Consequences of Left-Handedness, mengatakan golongan kidal lebih cenderung untuk mendesak, mampu menguasai orang, bijak memanipulasi keadaan dan lebih besar egonya. Semua ciri-ciri tersebut menyesuaikan mereka untuk menjadi seorang pemimpin dan seorang ahli politik yang baik.

Lebih kurang 66% daripada presiden US untuk 30 tahun terakhir ini terdiri daripada golongan kidal seperti Bill Clinton, George H.W. Bush, Ronald Reagan dan Gerald Fold.

Selain itu, Barack Obama dan John McCain timbalannya adalah golongan kidal.
Dari segi personaliti pula, golongan kidal lebih cenderung untuk hidup secara berdikari dan mudah mengadaptasi diri mereka dengan sebarang keadaan.

Ini kerana mereka telah terbiasa dengan keadaan dunia yang tidak disediakan untuk mereka tetapi mereka mampu menyesuaikan diri. Bagi seseorang yang kidal, kesusahan yang paling kerap mereka alami ialah untuk menggunakan gunting.

Walaupun sekarang telah di cipta gunting khas untuk golongn kidal, namun pasarannya masih tidak meluas seperti di negara maju. Barangan ini biasanya di pasarkan secara online sahaja. Ini menyebabkan capaiannya terhad dan sukar didapati.

Kesukaran dan kesusahan ini sebenarnya membantu mereka untuk membina satu daya tahan dalam diri dan berkebolehan untuk menyesuaikan diri dengan apa jua keadaan. Oleh itu sama ada kita kidal atau tidak ia tidak pernah menjadi penghalang kepada kita untuk kita mencapai apa yang kita citakan selama ini.

Setiap apa yang diciptakan oleh Allah pasti ada hikmah disebaliknya.Firman Allah yang bermaksud,

"Dan tiadalah Kami menciptakan langit dan bumi serta segala yang ada di antara keduanya sebagai ciptaan yang tidak mengandungi hikmah dan keadilan; yang demikian adalah sangkaan orang-orang yang kafir! Maka kecelakaanlah bagi orang-orang yang kafir itu dari azab neraka" (Surah Sad ayat 27).

Wallahua'lam .

Manusia mati meninggalkan jasa

Posted: 18 Oct 2010 07:12 AM PDT


Cina kumpul duit bantu Chek Hashim berubat di China
Nazri Abdullah

GUA MUSANG, 18 Okt: Biarpun hanya sempat dua tahun lebih bergelar Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun), namun nama Allahyarham Che Hashim Sulaima tidak lekang dari bibir masyarakat Galas.

Sikapnya yang bertanggungjawab, rendah diri, suka menolong dan tidak berkira dengan rakyat, menjadikan kehilangannya seperti sukar dicari ganti.

Tidak hairanlah jika rata-rata masyarakat sama ada Melayu, Cina, India mahupun Orang Asli sangat sayang kepada Adun PAS tersebut.

Menurut Penghulu Kampung Bandar, Chong Loi San, 60, (gambar) Allahyarham Chek Hashim seorang yang mudah didampingi dan tidak pernah berlagak seperti seorang Yang Berhormat.

"Saya kenal dia lebih 20 tahun, dia orang bagus, bukan senget-senget punya.

"Dia dulu jual rotan, saya beli dengan dia buat niaga kerusi.

"Dia suka tolong sama kita. Pagi ke, petang ke, malam ke, bila kita panggil dia mesti sampai.

"Banyak kaum Cina undi dia sebab dia mudah kira," ceritanya menggambarkan peribadi Allahyarham semasa hayatnya.

Tambah Chong lagi, beliau mengenali bekas Adun Galas itu seorang yang pemurah dan melayan masyarakat berbilang kaum di kawasannya dengan adil.

Antara jasa paling besar Allahyarham katanya, adalah menyelesaikan masalah geran tanah kepada masyarakat Dun itu.

"Kita Cina, India, Melayu Gua Musang bukan nak kaya sangat, kita nak tanah ada geran dan YB ni banyak bantu kita dapatkan geran," tambahnya lagi.

Kehilangan Allahyarham jelasnya sangat dirasai kaum Tionghua Gua Musang yang banyak terhutang budi pada beliau.

"Dia meninggal memang orang Cina sayang sangat. Waktu dia sakit, kita orang Cina kumpul duit nak bawa dia pergi berubat dekat negeri China.

"Saya sendiri suruh sepupu saya teman dia pergi sana sebab Chek Hashim tak tahu cakap Cina," katanya.

Biarpun hanya dua tahun Allahyarham sempat menjadi wakil rakyat mereka, namun tempoh itu katanya sudah cukup membuktikan Adun PAS boleh diberi mandat.

"Kalau YB PAS memang tidak ada masalah. Dia tolong kita, dan kita mesti tolong dia," ujarnya menggambarkan sokongan.

Chek Hashim Sulaima meniggal dunia di Hospital Pakar Al-Islam Kampung Baru, Kuala Lumpur pada jam 4.30 petang 21 September lalu akibat kanser usus.

Allahyarham memenangi kerusi Dun Galas dengan majoriti 646 undi pada pilihan raya umum yang lalu mengalahkan penyandang dari BN, Saufi Deraman.

Berikutan itu, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 4 November ini sebagai hari mengundi bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Galas, manakala 26 Oktober hari penamaan calon.

Secara tradisi, kerusi Dun tersebut adalah milik BN, namun berjaya dirampas PAS pada tsunami politik PRU ke-12 lalu.

SLOW Motion

Posted: 18 Oct 2010 07:07 AM PDT


Rasis: Kit Siang persoal kerajaan lambat bertindak
Hazayani Zakaria

KUALA LUMPUR, 18 Okt: Ahli Parlimen Ipoh Timur, Lim Kit Siang mempersoalkan kelewatan kerajaan mengambil tindakan terhadap dua pengetua sekolah di Johor dan Kedah yang didakwa mengeluarkan kenyataan rasis.

Kit Siang ketika mengemukakan soalan tambahan dalam sesi soal jawab lisan di Dewan Rakyat hari ini berkata kelewatan tindakan kerajaan dalam kes berkenaan ternyata bercanggah dengan kenyataan menteri bahawa tindakan tatatertib akan dikenakan serta-merta ke atas individu yang melakukan kesalahan.

"Kenapa tindakan ke atas pengetua ini lambat. Sungguhpun ada pergantungan tapi lewat dan tidak selaras dengan pengumuman menteri bahawa apabila perkara itu berlaku pergantungan akan dibuat serta merta," kata beliau.

Beliau turut menyoal sama ada kerajaan bercadang untuk menutup Biro Tata Negara (BTN) yang didakwanya menjadi punca kepada amalan rasis di kalangan rakyat.

"Tidakkah kerajaan sedar bahawa kenyataan rasis ini dibuat akibat daripada doktrin BTN iaitu fahaman rasis.

"Adakah kerajaan berhasrat untuk bukan sahaja mengkaji semula kriteria BTN tapi untuk menutup BTN oleh kerana bertentangan dengan gagasan 1Malaysia?" soalnya lagi.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz bagaimanapun menafikan tindakan pengetua mengeluarkan kenyataan rasis itu ada kaitan dengan BTN dan kerajaan tidak akan menutup BTN.

Sebelum itu, ahli Parlimen Bagan, Lim Guan Eng meminta Perdana Menteri menyatakan tindakan yang telah diambil ke atas pengetua dan guru sekolah di Kulai, Kedah dan Pulau Pinang yang menghina pelajar India sebagai anjing dan pelajar Cina balik ke China.

Guan Eng berkata, tindakan seharusnya dikenakan secara adil dan saksama kepada semua pihak tanpa mengira kaum.

"Saya rasa tindakan yang diambil harus dikenakan kepada semua pihak tanpa mengira kaum asalkan mereka mengeluarkan kenyataan berbau perkauman maka tindakan harus diambil secara adil dan saksama tanpa mengira kaum," katanya yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang.

Pada 11 Oktober lalu, Speaker, Tan Sri Pandikar Amin Mulia menolak usul tergempar mengenai perkara tersebut yang dicadangkan Kit Siang.

pelaburan masuk menjunam

Posted: 18 Oct 2010 07:02 AM PDT


FDI merosot 81% - Anwar
Dzulfikar Mashoor

KUALA LUMPUR, 18 Okt: Kemampuan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak memulihkan ekonomi negara melalui Program Tranformasi Ekonomi (ETP) terus dipersoal.

Menurut Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, era pentadbiran Najib menyaksikan kemasukan pelaburan langsung asing (FDI) ke dalam negara merosot sebanyak 81 peratus dari RM23.47 bilion pada tahun 2008 kepada RM4.43 bilion pada tahun 2009.

"Ini merupakan kemasukan FDI paling rendah sejak 20 tahun lalu selain tahun 2001 di mana negara mencatat kemasukan FDI RM1.54 billion," ujarnya ketika membahaskan Bajet 2011 di Dewan Rakyat, petang ini.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh berkata, World Investment Report 2010 baru-baru ini turut melaporkan yang negara mengalami kemerosotan ketara dalam kemasukan FDI serta peningkatan dalam pengaliran keluar FDI yang menunjukkan ketidakyakinan pelabur dalam ekonomi negara.

"Di kalangan negara-negara Asean, hanya Malaysia mengalami negative inflow," ujarnya yang ditujukan kepada Najib selaku Menteri Kewangan I.

Beliau yang juga Ketua Umum PKR berkata, Thailand walaupun bergelumang dengan pelbagai kacau bilau politik dan boikot sepanjang 2009 dan 2010 dijangka tumbuh pada kadar 6.5 hingga 7.5 peratus; iaitu setanding atau lebih baik dari sasaran Malaysia, 6 peratus.

Singapura pula katanya, dijangka berkembang pada kadar 13 peratus hingga 15 peratus, iaitu dua kali ganda lebih pantas dari kadar pertumbuhan ekonomi negara.

Pun begitu, Indonesia ujarnya tidak mengalami apa-apa penguncupan dan pertumbuhan ekonominya kekal 6 peratus.

Bagaimanapun katanya lagi, pertumbuhan 6 peratus ekonomi Indonesia adalah lebih baik.

Ini kerana katanya, 7 peratus yang dijangka capai oleh Malaysia adalah pertumbuhan ekonomi negarah selepas penguncupan.

Melihat pada senario ekonomi Asean, beliau berpendapat kadar pertumbuhan ekonomi negara adalah setara dengan Cambodia, Mynmar, Brunei, Laos dan Timor-Leste.

"Ini merupakan pertama kali dalam sejarah FDI Filipina mengatasi Malaysia," ujarnya.

Walhal, katanya lagi, FDI negara-negara Asean yang lain seperti Indonesia, Filipina, Thailand dan Vietnam jauh meninggalkan Malaysia.

Tambahnya lagi, laporan terbaru Bank of America dan Merill Lynch turut tidak menyenaraikan Malaysia sebagai 10 destinasi kemasukan pelaburan asing berbanding China.

Tidak cukup dengan itu, dilaporkan Malaysia diketegorikan sebagai antara negara yang paling kurang diminati oleh pelabur luar.

ULAMA PEWARIS NABI

Posted: 18 Oct 2010 03:17 PM PDT

ULAMA PEWARIS NABI


PEMBAWAK UMNO KE SABAH KELUAR UMNO

Posted: 18 Oct 2010 02:50 PM PDT


Ahli politik veteran yang membawa Umno ke Sabah, Datuk Karim Ghani, hari ini mengumumkan keluar parti itu.

Beliau adalah antara bekas pemimpin parti Usno, termasuk Tun Datu Mustapha Datu Harun (pengasas Usno), yang memainkan peranan penting membawa Umno ke negeri itu pada 1990-an.

Usna dibubarkan untuk memberi laluan kepada Umno bertapak di Sabah.

Karim berkata, beliau telah menghantar surat peletakan jawatannya kepada ibupejabat Umno di Kuala Lumpur dan pejabat parti itu di Kota Kinabalu, awal hari ini.

Beliau berkata, keputusannya untuk meninggal Umno itu berkuatkuasa serta-merta.

Katanya, beliau akan kekal tanpa parti sehinggalah menemui parti politik yang sesuai untuk disertainya.

Karim berkata, beliau sudah bosan dengan kegagalan Umno untuk memperjuangkan hak dan kebajikan rakyat Sabah.

Bekas naib presiden Usno itu menyertai kumpulan yang setia kepada Usno yang baru-baru ini meminta Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein agar mengkaji semula keputusannya menolak permohonan mereka memulihkan Usno.

Ada laporan menyatakan majoriti bekas pemimpin Usno merasa mereka dipinggirkan dan mahu parti itu dipulihkan untuk membolehkan mereka meneruskan perjuangan politik mereka.

- Bernama


Rujukan http://national-express-malaysia.blogspot.com/2010/09/sabah-muslims-seek-relevance-through.html

KALAU SABIT MEMANG TIGA-TIGA BUNGKUS DAN BOLEH DILUPUS TERUS

Posted: 18 Oct 2010 04:36 AM PDT

1, NST 2. UM 3. BH
Mahkamah Tinggi di sini hari ini menetapkan Khamis depan bagi keputusan kes seorang pengurus pemasaran produk yang memfailkan saman fitnah RM18 juta terhadap media berkaitan laporan kes bunuh eksekutif pemasaran Noritta Samsuddin.

Mikko Kauko Johannes Jarva, 35, warga Finland, memfailkan saman terhadap beberapa syarikat akhbar dan editor mereka berhubung penyiaran artikel serta gambarnya dalam laporan kes bunuh Noritta kira-kira tujuh tahun lepas.

Pada 9 April 2004, Jarva menamakan New Straits Times Press, New Straits Times Sdn. Berita Harian Sdn. Bhd., Utusan Melayu Berhad dan beberapa wartawan sebagai defendan-defendan.

SEDIKIT CETUSAN DIVIDEN & BONUS ZAMAN KHIR TOYO

Posted: 17 Oct 2010 11:45 PM PDT







Permodalan Negeri Selangor Berhad, yang dimiliki oleh Perbadanan Menteri Besar Selangor, penuh dengan dakwat merah (rugi). Tetapi itu tidak menghalang mereka
dari menganugerahkan kedudukan Pengerusi, Pengarah, kakitangan pengurusan, juga
kakitangan eksekutif dan bukan eksekutif, pakej pelancongan mencecah jutaan ringgit. Dan semua ini berlaku tahun demi tahun hinggalah syarikat itu tak tentu arah.

PADAH ASYIK DEDAH KES LIWAT, LANSUNG LEWAT

Posted: 17 Oct 2010 09:26 PM PDT



KUALA LUMPUR – Para penonton TV1 yang menunggu siaran Berita Nasional TV1 yang sepatutnya disiarkan pada pukul 8 malam tadi terkejut apabila siaran berita itu terlewat dan hanya dimulakan 12 minit kemudian.

Kelewatan yang agak lama itu menimbulkan kehairanan banyak pihak terutama peminat setia siaran Berita Nasional yang disiarkan oleh RTM kerana biasanya ia ke udara tepat pada pukul 8 malam.Ketua Pengarah Penyiaran, Datuk Ibrahim Yahaya berkata, beliau masih belum menerima laporan lengkap mengenai kelewatan itu.

"Saya diberitahu tentang kelewatan itu semasa permulaan siaran dan mengarahkan supaya perkara itu diatasi segera," katanya ketika dihubungi Kosmo! semalam. Beliau kini berada di Tokyo, Jepun. Ibrahim berkata, beliau belum pasti punca sebenar yang mengakibatkan kelewatan siaran tersebut tetapi memberi jaminan akan menyiasat masalah itu.

Mungkin ini sebahagian rotes sebab tak dapat bonus kot. Mungkin Betul.
Walaubagaimanapun RTM mungkin selamat sebab ramai yg tak perasan mengenai kelewatan berita RTM. Kecuali yang baca dari internet. Itu sebab Internet superb!
Tambahan lagi ramai dari kita setia dengan buletin utama TV3? atau tengok astro jer.

Banyak kelemahan didalam sistem penyiaran RTM. Walaupun boleh dikatakan RTM memiliki sistem yang setanding dengan negara luar, tetapi penyelarasan dan pengunaannya terbatas.
Jurutera RTM tidak benar benar fasih tentang kejuruteraan penyiaran kebanyakan mereka datang dari kejuruteraan elektronik.
Kami PR tak hairan dengan hal kelewatan berita RTM?? RTM ni memang memualkan. Semua rancangan terbitannya kelihatan ketinggalan zaman dari segi audio visual, prop, set studio dan kualiti suara yang memualkan terutama bila iklan mula dikeudarakan,bila commercial break di RTM ni, suaranya tiba2 macam menjerit sehingga boleh mengejutkan orang yang sedang tidur, tapi tak usahlah kita menegur RTM kerana mereka semua lebih handal dan lebih bijak dari orang lain, kalau malu nak belajar dari MEDIA PRIMA, belajarlah dari AWANI yang baru setahun jagung dalam dunia penyiaran tapi lebih maju kehadapan dalam mutu penyiarannya. Rais pula sibuk dengan masalah peribadinya yang tak sudah2. Kesian RTM......

TIBA-TIBA DI PRK GALAS ADA PULA RM UNTUK UMNO GALAS

Posted: 17 Oct 2010 08:59 PM PDT

Dakwaan PAS bahawa Umno telah membuat janji 'projek MEE segera' di Galas adalah ADALAH benar(Teman yang kata) kerana Projek Perumahan Rakyat yang diumumkan Anggota Parlimen Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah baru-baru ini sudah lama diluluskan kerajaan pusat TAPI kenapa pula akan diumumkan pada 24 Oktober 2010. Sepatutnya masa ini masa PM atau Ahli Parlimen Gua Musang resmikan.

"Tunggulah pengumuman Timbalan Perdana Menteri (Tan Sri Muhyiddin Yassin) mengenai projek perumahanbernilai RM300,000,000 itu di Galas pada 24 Okt ini. Tidak semua yang kita umumkan itu adalah segera dan mungkin apa yang kita umumkan itu sudah lama dalam perancangan atau sudah diluluskan.

USUL BERBISA HARI SELASA

Posted: 17 Oct 2010 06:55 PM PDT


Nantikan usul berbisa dari orang asal Selasa ini di Parlimen.
Tujuan Resolusi :

Adapun kami mewakili Masyarakat Orang Asli Semenanjung Malaysia mengemukakan Resolusi ini adalah untuk:

1. Menggesa Pakatan Rakyat membawa Usul Tergempar di Dewan Rakyat meminta agar dibincangkan mengenai tuntutan Masyarakat Orang Asli Semenanjung Malaysia supaya ditambah perkataan Orang Asli di dalam Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan, yang pada masa sekarang hanya mengiktiraf orang Melayu, Bumiputera Sabah dan Bumiputera Sarawak sahaja.

2. Adapun takrifan Perlembagaan Persekutuan yang ada pada hari ini langsung tidak meletakkan Masyarakat Orang Asli Semenanjung Malaysia pada kedudukan yang sepatutnya sebagai penduduk asal di negara ini.

Di sini kami ingin menarik perhatian Yang Berhormat Dato' Seri mengenai cadangan Masyarakat Orang Asli Semenanjung Malaysia kepada Pakatan Rakyat:

Dengan sebulat-suara kami menyeru Kerajaan Persekutuan (di bawah pimpinan Pakatan Rakyat selepas kejayaan menawan Putrajaya pada Pilihanraya Umum Ke 13) dan Kerajaan-Kerajaan Negeri mengambil perhatian bagaimana untuk memberikan pengiktirafan dan perlindungan secara rasmi terhadap tanah adat Masyarakat Orang Asli.

1. Pemberian hak milik tanah secara individu kepada setiap keluarga Masyarakat Orang Asli, meliputi sebidang tanah pertanian seluas 10 ekar, tapak rumah ¼ ekar dan tanah dusun 1 ekar sepertimana rancangan FELDA.

2. Pewartaan bahagian tanah komunal oleh Kerajaan-Kerajaan Negeri berkenaan, seperti Johor, Melaka, Negeri Sembilan, Selangor, Perak, Kedah, Kelantan, Terengganu dan Pahang sepertimana yang diperuntukan di bawah Seksyen 62, Kanun Tanah Negara.

3. Pewartaan bahagian tanah Orang Asli di bawah Akta Orang Asli 134 Tahun 1954, dengan kebebasan yang tiada had masa serta tanpa sekatan ke atas hak-hak untuk mencari sumber makanan melebihi kawasan bahagian tanah komunal yang telah diwartakan.

4. Dalam kes-kes berkecuali, iaitu yang berhubung-kait dengan Masyarakat Orang Asli yang hidup secara nomad atau separa nomad, yang merupakan kumpulan Orang Asli yang paling mudah terjejas. Maka peruntukan hak untuk mencari sumber makanan dengan bebas yang tiada had masa serta tanpa sekatan (selari dengan peluang yang lebih besar bagi mendapatkan pendidikan, bimbingan vokasional ke arah melestarikan sara hidup mereka).

5. Kerajaan Malaysia di bawah pimpinan Pakatan Rakyat hendaklah membuat kajian tentang kegagalan peranan dan fungsi Jabatan Hal-Ehwal Orang Asli (JHEOA) selama ini. Kita sedia maklum pada masa kini sekitar 10% ke 15% sahaja perjawatan di dalam JHEOA diisi dari kalangan Masyarakat Orang Asli itupun sekadar perkhidmatan sokongan seperti pemandu dan buruh sahaja. Justeru, di bawah pimpinan Pakatan Rakyat, pengisian perjawatan Pegawai-Pegawai JHEOA hendaklah diisi oleh Masyarakat Orang Asli sehingga 80%.

6. Kerajaan Malaysia di bawah pimpinan Pakatan Rakyat hendaklah menjadikan Sambutan Hari Orang Asal Sedunia pada setiap tanggal 8 Ogos sebagai Cuti Umum bagi Persekutuan dan diraikan di seluruh Malaysia. Mencontohi semangat yang telah ditunjukkan oleh Kerajaan Negeri Selangor hari ini.

7. Meminta Pakatan Rakyat supaya memberi peluang kepada pemimpin NGO Masyarakat Orang Asli bertanding di kerusi-kerusi Dewan Undangan Negeri dan kerusi-kerusi Parlimen menggunakan logo Pakatan Rakyat di dalam kawasan-kawasan yang mempunyai bilangan pengundi Orang Asli yang besar.

8. Sistem kouta hendaklah diberikan kepada Masyarakat Orang Asli untuk memasuki IPTA, MRSM, Sekolah Berasrama Penuh dan perkhidmatan Awam.

9. Menyeru Kerajaan Negeri Selangor dan Kerajaan Negeri Kelantan (yang mempunyai bilangan Masyarakat Orang Asli yang besar) yang kini di bawah pimpinan Pakatan Rakyat agar melantik pemimpin NGO Masyarakat Orang Asli sebagai Ahli Dewan Negara (Senator) serta melantik pemimpin NGO Masyarakat Orang Asli sebagai Ahli Majlis Pihak Berkuasa Tempatan.

10. Menyeru pimpinan Pakatan Rakyat samada di peringkat Parlimen mahupun di peringkat Dewan Undangan Negeri agar melantik Pegawai Khas dari Masyarakat Orang Asli bagi menjaga hal-ehwal masyarakat ini di kawasan masing-masing.

WAHAI MB JOHOR, RAKYATMU BUKAN UMNO SAJER!

Posted: 17 Oct 2010 03:18 PM PDT


Penyewa-penyewa kedai di alamat 1-B, Lorong 2, sebelah panggung Wayang Iswaria, Jalan Dato' Toh Ah Boon seramai enam orang telah diberi arahan lisan keluar daripada premis masing-masing oleh pihak Johor Corporation, anak syarikat Kerajaan Negeri Johor. Mereka telah menyewa di premis tersebut sejak 40 tahun yang lalu. Selama tempoh masa tersebut mereka telah sama-sama membangunkan kawasan tersebut daripada kampung kepada sebuah kawasan perniagaan Pekan Tampoi yang dikenali ramai sehingga kini. Kumpulan peniaga ini telah menyerahkan rayuan kepada Dato' Abdul Ghani Othman, Menteri Besar Johor pada hari khamis 14hb Oktober 2010 jam 11 am. Pihak Menteri Besar Johor telah di wakili oleh En. Ahmad Nazir Bin Mohd Nasir, Setiausaha Pembangunan Pejabat Menteri Besar Johor.
Rayuan mereka adalah :
Membenarkan mereka berniaga di kawasan ini sehingga bulan Febuari 2011. Tempoh ini dipohon kerana mereka akan menyambut perayaan tahun baru Cina pada awal bulan Februari 2011. Perpindahan selepas tahun baru Cina akan mengurangkan tekanan dan memberi peluang kepada mereka untuk mencari tempat altenatif.
Bagi mengurangkan bebanan pihak mereka dan menghargai sumbangan mereka yang telah sama-sama membangunkan kawasan ini maka adalah sangat wajar mereka diberi pengecualian sewaan dalam tempoh peralihan ini iaitu di antara Oktober 2010 – Februari 2011.
Mereka juga pernah ditawarkan secara lisan daripada pihak Syarikat Johor Corporatian saguhati perpindahan sebanyak RM1,500 bagi sebuah kedai. Mereka memohon jasa baik pihak Kerajaan Negeri Johor dapat memberi bantuan saguhati perpindahan selayaknya bagi memudahkan proses perpindahan tersebut.
Mereka memohon kepada pihak kerajaan agar memberi keutamaan kepada mereka untuk menyewa atau membeli lot-lot kedai yang akan dibangunkan selepas ini.
Sebelum ini mereka telah menandatangani beberapa dokumen pihak Johor Coperation tanpa kerelaan mereka kerana mereka tidak mengetahui isikandungannya. Mereka telah diasak menandatangani dokumen tersebut dengan segera. Malah pegawai terbabit telah memberi amaran agar jangan berhubung dengan pimpinan PAS dan DAP untuk menyelesaikan masalah tersebut.

oleh SUHAIZAN BIN KAIAT

PUSAT KHIDMAT WAKIL RAKYAT MERBAU PULAS N 33

Posted: 18 Oct 2010 01:04 PM PDT

PUSAT KHIDMAT WAKIL RAKYAT MERBAU PULAS N 33


Matematik Cuti Bersalin 90 hari...daripada 300 hari... sama jugak.. Anak Tiga Orang..!!

Posted: 18 Oct 2010 05:53 AM PDT

18 OCTOBER 2010
Matematik Cuti Bersalin 90 hari...daripada 300 hari... sama jugak.. Anak Tiga Orang..!!
WANITA DITIPU LAGI DEK KERAJAAN BN

PEMBERIAN cuti bersalin sebanyak 90 hari berbanding 60 hari sebelum ini kepada penjawat awam wanita menimbulkan dua reaksi berbeza. Ketika Presiden Persatuan Kesihatan Ibu dan Bayi Malaysia (MAMANEH), Prof Madya Dr Harlina Halizah Siraj bersetuju dengan fleksibiliti menentukan sendiri tempoh cuti bersalin, Perunding Rakan Sebaya Penyusuan Ibu Malaysia, Nor Kamariah Mohd Alwi pula berpendapat ia hanya mengehadkan bilangan anak buat wanita bekerjaya.

Mengulas lanjut, Nor Kamariah berkata, mengikut peruntukan itu, cuti 90 hari daripada 300 hari perkhidmatan itu sama dengan cuti bersalin 90 hari untuk anak pertama hingga tiga saja."Sebelum ini, kerajaan memberikan cuti dua bulan dengan peruntukan 300 hari sepanjang tempoh perkhidmatan dan bilangan itu bersamaan dengan tempoh cuti bersalin hingga anak kelima. Sekarang, bilangan cuti bertambah, tetapi dengan peruntukan sama 300 hari. Ini bermakna cuti hanya untuk sehingga anak ketiga, jika wanita terbabit mahu mengambil cuti sehingga 90 hari setiap kali bersalin," katanya.

Bajet 2011 antara lain memberi tumpuan kepada penjagaan keluarga, terutama anak yang baru dilahirkan. Bagi menambah baik kemudahan cuti bersalin kepada penjawat awam wanita, kerajaan memberi fleksibiliti untuk menentukan sendiri tempoh cuti bersalin bergaji penuh tidak melebihi 90 hari berbanding 60 hari pada masa ini. Kemudahan itu tertakluk kepada kelayakan keseluruhan bilangan cuti bersalin sebanyak 300 hari sepanjang tempoh perkhidmatan.

Sementara itu Dr Harlina yang juga Naib Presiden Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia (JIM) juga berharap sepanjang tempoh itu, ibu mengamalkan penyusuan ibu sepenuhnya.

Beliau yang juga berharap kelonggaran juga diberi kepada ibu untuk bercuti beberapa minggu sebelum bersalin berpendapat memberikan penyusuan penuh dalam tempoh tiga bulan pertama dapat membentuk hubungan baik ibu dan anak.

"Bayi pada usia berkenaan lebih kondusif menerima rangsangan, justeru 'lebih kuat' untuk ditinggalkan ibu ketika keluar bekerja selepas tempoh cuti bersalin berakhir.

Majikan tidak seharusnya melihat cuti panjang diberi menjejaskan produktiviti organisasi kerana banyak bukti menunjukkan wanita berjawatan penting hari ini, mempunyai anak ramai, tetapi tetap fokus terhadap tugas," katanya.

Jelaslah kepada kita BN sekali lagi membohongi rakyat. Diwarwarkan Kerajaan BN prihatin tapi sebenarnya tidak. Teringat kes sama sewaktu BAJET Pak Lah;kononnya yuran sekolah dikurangkan kepada dibawah RM 10,tetapi sebaliknya bayaran lain seperti PIBG,Sukan dimasukkan. Yang jelas Bajet BN adalah Bajet Bini Najib;Rakyat terus ditipu.

Air: Umno takut penyelewengan terbongkar

Posted: 18 Oct 2010 05:46 AM PDT

Mohd Ali Hashim

PERMATANG PAUH, 18 Okt: Exco Kerajaan Negeri Kedah, Datuk Ir Amiruddin Hamzah membidas Umno negeri yang cuba menjadi juara dalam memburukkan kerajaan negeri setelah penyelewengan dalam isu air didedahkan.

Katanya, kenaikan tarif air di negeri Kedah adalah suatu pelarasan yang telah dilakukan setelah 17 tahun lalu bagi menampung kos yang semakin meningkat dalam pengurusan air tersebut.

Pada akhir September yang lalu Syarikat Bekalan Air Darul Aman (Sada) telah mengumumkan kenaikan tarif air di negeri Kedah setelah mendapat kelulusan dari Kerajaan Pusat.

"Kerajaan Pusat melalui Peraturan-Peraturan Industri Perkhidmatan Air dan Kadar Bekalan Air Negeri Kedah 2010 telah menetapkan tarif air ini. Mereka juga yang memberi kelulusan terhadap kenaikan ini.

"Oleh kerana itu Umno tidak harus menuding jari kepada Kerajaan Negeri. Sebenarnya mereka takut penyelewengan yang telah mereka lakukan terbongkar," ujarnya lagi ketika menyampaikan ceramah isu semasa di markas PAS Kampung Pelet, Penanti, kelmarin.

Amiruddin yang juga merupakan Timbalan Pesuruhjaya PAS Kedah berkata, antara penyelewengan yang telah dikenal pasti berlaku ialah kos pembinaan loji pembersihan air di Lubuk Buntar dan Padang Sanai.

Bagi projek pembinaan di Lubuk Buntar kos sebenar adalah dalam lingkungan antara RM25 juta hingga RM30 juta sahaja. Namun begitu apa yang tertera ialah peningkatan mendadak sehingga RM65 juta.

Kos pembinaan loji pembersihan di Padang Sanai pula apa yang menjadi kesangsian ialah kos yang sebenarnya antara RM50 juta hingga RM60 juta, telah melambung sehingga RM155 juta.

"Ini semua adalah antara penyelewengan yang berlaku semasa Kerajaan Negeri belum dikuasai oleh Pakatan Rakyat lagi. Oleh kerana itu kita amat mengharapkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bersikap adil dan cekap dalam menangani masalah ini setelah ianya dipaparkan melalui pelbagai sumber dan saluran," tegasnya lagi.

Dewan Pemuda Pas Kawasan Bukit Katil

Posted: 18 Oct 2010 01:02 PM PDT

Dewan Pemuda Pas Kawasan Bukit Katil


Konvoi Pemuda PAS Bukit Katil

Posted: 17 Oct 2010 04:25 PM PDT

Seramai 30 orang telah menyertai rombongan konvoi jelajah Parlimen Bukit Katil yang melibatkan 20 buah motosikal dan 4 buah kereta untuk menyampaikan mesej kepada rakyat mengenai isu yang berlaku dalam negara khasnya di dalam negeri Melaka.

Konvoi tersebut bermula jam 11 pagi dan berakhir jam 1 petang di Markaz PAS Kawasan Bukit Katil. Setelah selesai, peserta konvoi menunaikan solat zohor berjemaah di Masjid berdepan dengan Markaz PAS Bukit Katil. Konvoi tersebut memberi isyarat kepada keangkuhan kerajaan BN Melaka yang cuba merobohkan PASTI dan Surau di kawasan tersebut.

Jumaat lepas juga telah diadakan demonstrasi membantah kezaliman kerajaan UMNO/BN yang cuba merobohkan PASTI dan surau tersebut. Demonstrasi diadakan di hadapan Masjid berhadapan dengan Markaz PAS.















PEMUDA PAS DUN KIJAL

Posted: 18 Oct 2010 01:43 PM PDT

PEMUDA PAS DUN KIJAL


PUSAT PENGAJIAN ISLAM BUKIT KUANG - Fasa 4

Posted: 17 Oct 2010 09:25 PM PDT

Batu Gajah Mari

Posted: 18 Oct 2010 11:21 AM PDT

Batu Gajah Mari


Alhamdulillah.. Selamat juga Pak Berahim dibedah.. hehe

Posted: 18 Oct 2010 07:36 AM PDT

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgfFjRgpA6vHqBJwhs7XqLaaRPM5lWx0zIN_-N6vownrZ3Zia6Nmvtco0f0IUn53ZevbsLqZeCAJO88bQVWmkM2cPOSC4Uwh989ps2tjWi38DpujKPV0K81Z-RYLG5bTbEPiojLaQbc2vGf/s1600/belahkatak.jpg
gambar hiasan

Syukur Alhamdulillah..

Selamat juga Ahli Parlimen Pasir Mas yang baru ditarik pangkat datuk, Ibrahim Ali menjalani pembedahan jantung tadi. Dapatlah teruskan karier politiknya sebelum PRU 13 nanti.. Lepas ni tak merasa la jadi Ahli Parlimen dah.. jadi wira perkosa je la.. haha.. Best jugak die ni.. Die berada dalam politik lucu yang tiada arah tuju.. melompat je kojenye.. hahaha... menceriakan suasana politik di Malaysia kerana die tak ada peranan langsung..

Veteran UMNO keluar parti

Posted: 18 Oct 2010 07:27 AM PDT

Ahli politik veteran yang membawa Umno ke Sabah, Datuk Karim Ghani, hari ini mengumumkan keluar parti itu.

Beliau adalah antara bekas pemimpin parti Usno, termasuk Tun Datu Mustapha Datu Harun (pengasas Usno), yang memainkan peranan penting membawa Umno ke negeri itu pada 1990-an.

Usna dibubarkan untuk memberi laluan kepada Umno bertapak di Sabah.

Karim berkata, beliau telah menghantar surat peletakan jawatannya kepada ibupejabat Umno di Kuala Lumpur dan pejabat parti itu di Kota Kinabalu, awal hari ini.

Beliau berkata, keputusannya untuk meninggal Umno itu berkuatkuasa serta-merta.

Katanya, beliau akan kekal tanpa parti sehinggalah menemui parti politik yang sesuai untuk disertainya.

Karim berkata, beliau sudah bosan dengan kegagalan Umno untuk memperjuangkan hak dan kebajikan rakyat Sabah.

- Bernama

Dato' Seri dan Tiang Seri

Posted: 18 Oct 2010 05:14 AM PDT




Membaca doa sebelum memulakan upacara meletakkan ancak ke tiang seri salah sebuah rumah Projek Infra Bina Upaya (IBU)-Kampung Guar, Manong


DS Zambry memulakan upacara khurafat tersebut


Merenjis-renjis ancak ke tapak untuk dinaikkan tiang seri







oleh: Khalil Samad

Kali ini teman nak bawa satu tajuk yang bertajuk iaitu SERI.
Bertuahnya manusia yang bernama SERI, walaupun tiada makna dalam Islam tetapi bagi orang melayu mengambarkan sesuatu yang indah.
Semua orang inginkan wajah yang berSERI – SERI, cuma yang manusia lupa ialah janji – janji Allah untuk menyerikan kuburnya di akhirat nanti. Mereka bukan lupa tetapi buat - buat lupa. Kita macam bekas seorang menteri besar di Selangor, sanggup menyeri – yerikan wajahnya dengan kos yang tinggi untuk SERIkan wajah supaya nampak anggun walaupun kulitnya dimakan usianya.
Teman yakin walaupun tidak berSERI – SERI dikacamata manusia, tetapi berSERI – SERI disisi Allah Swt. Teman lawa tak de tapi SERInya ada.
Bagi teman perkara yang baik, indah berSERI - SERI itu itu tidak perlu kata – kata indah, walaupun tidak diucapkan namun ianya tetap indah dan berSERI – SERI..
Seri ini biasanya dikaitkan dengan suasana yang baik dan mengembirakan sahaja.
Kebiasaanya dalam mana – mana kad jemputan orang kahwin….kita dapati bahasa standard tertulis dibawah kad tersebut ` semoga dengan kehadiran dato` datin, tuan puan akan bertambah SERInya majlis tersebut. Ada makna tu....selain datang ke majlis tersebut sebaik - baiknya bawalah hadiah barulah bertambah - tambah SERInya.
Bagi pengampu dasar dan aspirasi BN pula….majlis itu tiada SERI tanpa tepukan gemuruh pengampu pemimpin, walaupun pemimpin baru menyebut ` saya cadangkan…maka semua yang hadir dalam majlis tersebut bertepuk tangan menyokong tanpa mendengar habis cadangan tersebut….maka majlis mereka bertambah SERI dengan kaki – kaki kipas projek tertentu.
Begitu juga didalam pembentangan bajet 2010 baru – baru, turut diSERIkan dengan imbuhan yang banyak kepada projek – projek mega seperti pusat membelah belah di rantau asia ini, peruntukkan yang tinggi untuk PERMATA yang diilhamkan oleh isterinya yang seolah – olah impian isterinya adalah insprasi bajet untuknya kerana kesukaan isterinya itu yang montok diperutnya dan sama ` level `dengan payu daranya, tapi wajah tetap berSERI – SERI dengan tempikan kosmatik mahalnya.
Semua orang memang ramai yang sukakan kuih yang bernama SERI muka, tapi bukan semua bisa membuatkan kuih tradisional ini….pendekata kalau pembuat tidak berSERI – SERI maka pembikinan kuih ini mempergaruhi bentuk dan rasanya. Seperti pembuat ` tapai ` seseorang mestilah sentiasa ceria dan bermajah manis kerana mutu tapai itu bermula dari syaksiah pembuatnya. Itu kata – kata dan nukilan orang tua – tua.
Bagi peminat fanatik Manchester United macam teman ini pula….mereka kelihatan sudah ` frust ` dengan keputusan SERI sejak beberapa perlawanan ini sehingga menyebabkan Manchester City lebih gah dipersada EPL bolasepak Inggeris ini. Jika masih SERI boleh menyebabkan mereka seperti musim lalu terus mencari sentuhan untuk menamatkan musim yang akhirnya bertungkus lumus mencapari kemenangan, tapi akhirnya pasukan Chelsea menjadi juara hanya berbekal kelebihan satu mata daripada MU.
Orang Melayu kebanyakannya begitu mengambil berat dalam perkara-perkara yang berhubung dengan adat istiadat, sehingga ada pepatah Melayu yang menyatakan " Biar Mati Anak Jangan Mati Adat ". Pepatah ini menunjukkan betapa kuat dan kukuhnya pegangan orang-orang Melayu tentang adat istiadat mereka.
Persoalannya golongan manakah yang
mengada dan memperkenalkan adat istiadat dan perkara khurafat tersebut dan sejak bilakah mulanya adat istiadat dan perkara khurafat itu telah bertapak dalam masyarakat Melayu ?

Persoalan yang lebih besar dan penting ialah adakah adat-istiadat yang diamalkan oleh orang-orang Melayu itu bertepatan dan selari dengan Hukum Syarak atau bertentangan sama sekali dengan Hukum Syarak?


Amalan Khurafat ialah perbuatan atau perkara-perkara yang menyalahi hukum syarak yang masih terdapat dalam aktiviti masyarakat Melayu moden sehingga ke hari ini. Kepercayaan yang telah kuat bertapak dan berakar umbi dalam masyarakat Melayu itu seolah-olah telah menjadi satu pegangan atau tradisi yang mesti dilakukan dalm majlis-majlis atau perayaan tertentu.
Diantara sifat khurafat yang masih bertapak dihati masyarakat ialah jampi serapah dan pada tiang SERI rumah ataupun bangunan.

Antara Syarat dan adat Istiadat yang mesti di buat untuk mendirikan rumah baru ialah seperti mengantungkan buah kelapa muda di tiang SERI rumah, menanam tahi besi / emas / perak / tembaga pada setiap tiang SERI rumah dan menepung tawar sebagai upacara memulih rumah tersebut.


Acara-acara tersebut akan dilakukan oleh Bomoh, kononnya untuk
mengelakkan daripada di ganggu oleh jin dan syaitan dan untuk mendapatkan kesejahteraan dan keselamatan kepada semua penghuni rumah tersebut. Sebenarnya upacara tersebut tidak lebih daripada upacara menjamu jin dan tidak ada kena mengena dengan keselamatan dan kesejahteraan penghuni rumah itu.

Isu ini tuan / tuan dan puan / puan mestilah merujuk kepada Tan SERI Mufti PERAK, Kalau dia kata harus makan jawapannya haruslah hukumnya, tapi yang semua orang tahu banyak harus daripada makruh, haram dan sebagainya….kerana dengan harusnya itu menyebabkan kerajaan rakyat dirampas oleh kerajaan 3 katak di Perak ini.
Teman ini bukan apa melihat yang bertitle Dato SERI ke....Tan SERI ke....semuanya berSERI- SERI bila dikalungkan pingat gembira berSERI - SERI.

Penghinaan terhadap Islam

Posted: 17 Oct 2010 11:57 PM PDT

oleh: Batu Gajah Mari

Macam ini ke pakaian Islam..??

Tetapi ini realiti terjadi di Malaysia dibawah pemerintahan UMNO yang menolak Islam. Festival pemakaian islamic yang diadakan Kuala Lumpur April lalu menampilkan cara/fesyen pemakaian muslimah versi Satu Malaysia.

Festival ini dirasmikan oleh wanita perasan dirinya number 1 in Malaysia, Rosmah Puaka.


lihat gambar - gambar dibawah
















tudia Rosmah...

Wahai Mufti Perak..

Posted: 17 Oct 2010 09:30 PM PDT

oleh: Batu Gajah Mari

Nabi saw pernah bersabda :

إنما الأعمال بالنيات و إنما لكل امرئ ما نوى فمن كانت هجرته إلى الله و رسوله فهجرته إلى الله و رسوله و من كانت هجرته لدنيا يصيبها او امرأة ينكحها فهجرته إلى ما هاجر إليه

Riwayat Imam Bukhari dan Imam Muslim

Setiap tindakan bergantung kepada niat dan seseoarang itu diganjarkan berdasarkan apa yang ia niatkan . Barang siapa yang berhijrah [ melompat ] kerana Allah dan Rasulnya saw. maka ia akan mendapat Redha Allah swt dan Rasulnya saw. dan barangsiapa yang berhijrah [ melompat ] kerana memburu kepentingan duniawi atau kerana memburu perempuan yang ingin dikahwininya , maka hijrahnya itu hanya untuk apa yang ia hijrahkan . sementara Allah swt berlepas tangan daripada dirinya .


Hukum Melompat Parti: oleh Ustaz Azhar Idrus



Harussani kata tak salah.. Takkan seorang tokoh agama pon tak tahu.. masyaallah.. bebudak pun dapat fikir.. kenapa tokoh agama berpangkat mufti pun kata tak salah??
Fikir- fikirkan..


petikan dari Sinar Harian

Harussani kata tak Salah


https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgCyXdECoCdi6rgnMDMfCykIMjuQ_vS5AQZbMdcAVlz4ZxtCo_a-2TZ18NJnwSliq34NgymOiljxBifUZDyV7pwFYDXVDity0MfW_O79KuVjDfRHwolhZMWDKIkOOzWg-uM9WRZ_1okROo/s320/harussani_zambry.jpg

IPOH – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) atau ahli Parlimen yang bertindak lompat parti dianggap tidak bersalah selagi mereka tidak mengabaikan tanggungjawab sebagai wakil rakyat kepada parti yang diwakilinya.

Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria berkata demikian dalam sepucuk surat maklum balas yang diserahkan kepada Pengerusi Majlis Tindakan India Muslim Malaysia (MTIMM), Datuk Thasleem Mohamed Ibrahim bertarikh 4 Jun tahun lalu.

Surat itu didedahkan pada muzakarah terbuka berhubung ahli dewan undangan negeri (ADUN) keluar parti dan mengisytiharkan sebagai bebas – pecah amanah pengundi? Dari perspektif Islam yang diadakan di sini, semalam.

Harussani berkata, tujuan utama rakyat memilih wakil rakyat adalah supaya hak dan kebajikan serta permasalahan mereka diperjuangkan dan diselesaikan.

Justeru, beliau menegaskan tugas utama wakil rakyat adalah membela, membantu dan berusaha bersungguh-sungguh menyelesaikan masalah rakyat manakala parti adalah platform baginya untuk memudahkannya melaksanakan amanah dan tanggungjawabnya.

Katanya, apa juga tindakan wakil rakyat yang menyebabkan ia tidak melaksanakan tanggungjawab dan amanahnya sama ada menipu, merasuah, berbohong, pecah amanah adalah dianggap tidak menjalankan tanggungjawab dan berlaku khianat.

Kesian aku tengoknye..

Posted: 17 Oct 2010 09:02 PM PDT

http://sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc4/hs004.snc4/33541_10150105267733662_537408661_7408027_6978408_n.jpg

Dewan Muslimat PAS Kawasan Sandakan

Posted: 18 Oct 2010 11:07 AM PDT

Dewan Muslimat PAS Kawasan Sandakan


MARILAH BERSAMA KITA MEMBERI SOKONGAN PADU...

Posted: 18 Oct 2010 12:27 AM PDT

Assalamu'alaikum dan salam hormat, Seluruh rakyat Sandakan yang cintakan kebenaran, kebaikan dan keadilan dijemput agar bersama-sama memberi sokongan padu terhadap HEMPAS yang akan berlangsung di daerah Sandakan. Marilah beramai-ramai kita menghadirkan diri ke Dewan Persatuan HAKKA, Sandakan pada 24 Oktober ini bagi membuka mata dan hati kita terhadap kebenaran yang cuba disembunyikan oleh pihak berkuasa... Pihak DMPKS mencabar seluruh rakyat Sandakan yang teraniaya di bumi sendiri agar bersama-sama menuntut pembelaan terhadap pihak yang tidak bertanggungjawab tetapi berselindung di sebalik kuasa yang sedia ada. ALLAHU AKBAR, ALLAHU AKBAR, ALLAHU AKBAR.. Bantulah kami ya ALLAH dalam menunaikan amanah sebagai rakyat yang cintakan negara. Jangan kerana kelemahan sebahagian daripada kami, selamanya kaum yang zalim dan tidak amanah menjadi pihak yang berkuasa ke atas kami.

Pemuda Bersamamu v3

Posted: 18 Oct 2010 09:21 AM PDT

Pemuda Bersamamu v3


Naib Presiden PAS Ke DUN Sura, Dungun Menjelang PRK Galas

Posted: 18 Oct 2010 06:04 AM PDT

DUNGUN 18 Oktober, Isnin - Menjelang lebih kurang seminggu sahaja lagi hari penamaan calon pilihan raya kecil N.45 Galas, Kelantan, pihak Lajnah Penerangan DUN Sura mengambil inisiatif membawa maklumat terkini isu-isu yang bakal dicetuskan semasa pertembungan dua parti yang berlainan dasar perjuangan - PAS dan UMNO.

Naib Presiden PAS, Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man merupakan penceramah utama yang akan diiringi oleh Bendahari Badan Perhubungan PAS Negeri Terengganu, Haji Muhyiddin Abd Rashid, sementara ADUN Sura, Y.B. Ustaz Haji Wan Hassan Mohd Ramli sebagai tuanrumah.

seterusnya...

CERAMAH MEGA IJTIMAK : MENTERI BESAR KEDAH BERGANDINGAN KETUA PEMUDA DAP

Posted: 18 Oct 2010 04:38 AM PDT


KUALA TERENGGANU - Sesuai dengan tekad untuk kembali memerintah negeri Terengganu, PAS menjemput dua penceramah 'popular' bagi menyampaikan ucapan pada ceramah mega sempena Ijtimak Kepimpinan PAS Terengganu kali ke-8, 22 Oktober ini.

Pengarah Jabatan Penerangan PAS Negeri Terengganu, Ustaz Wan Sukairi Wan Abdullah berkata, Ustaz Azizan Razak yang juga Pesuruhjaya PAS Negeri Kedah akan menyampaikan isu-isu terkini kerajaan negeri Kedah yang ditadbir oleh PAS.

Katanya, rakyat Terengganu berpeluang mendengar penjelasan isu terbaru, kenaikan harga air di negeri kedah yang menjadi isu hangat masakini.

Disamping itu, kelantangan Anthony Loke Siew Hock merupakan anak muda yang lantang menentang judi di Parlimen Malaysia, akan dibawa ke medan Ijtimak, di perkarangan Surau Kampung Tanjung Batu Rakit.

"Anthony Loke adalah pemimpin DAP yang pertama bangun di Parlimen, menolak judi bolasepak, ketika dibentangkan di Parlimen tidak lama dulu,"kata Wan Sukairi.

Katanya, beliau yang juga Pengerusi DAP Negeri Sembilan akan turut menyampaikan beberapa ceramah di kawasan pengundi Cina sekitar Kuala Terengganu bagi menjelaskan fitnah dan dusta Umno yang menuduh DAP adalah parti yang anti Islam.

Oleh itu, Ustaz Wan Sukairi menyeru supaya seluruh rakyat Terengganu tanpa mengira fahaman politik dan cintakan kebenaran supaya hadir beramai-ramai ke ceramah tersebut.


Dewan Pemuda Pas Sepanggar

Posted: 18 Oct 2010 09:17 AM PDT

Dewan Pemuda Pas Sepanggar


Penubuhan DPP Kawasan: PAS semakin berkembang di Sabah

Posted: 17 Oct 2010 09:23 AM PDT

16 Okt (Kota Kinabalu)- Penyerahan borang permohonan penubuhan Dewan Pemuda PAS kawasan-kawasan baru, yang terdiri daripada DPP Sepanggar, DPP Putatan dan DPP Kota Belud membuktikan bahawa PAS semakin diterima oleh rakyat dan telah berkembang khususnya di negeri Sabah. Majlis penyerahan borang tersebut telah disempurnakan oleh Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, Al-Ustaz Nasaruddin Hassan Tantawi. Pada majlis yang sama juga, Ust. Nasaruddin telah merasmikan pejabat baru DPP negeri Sabah yang bernilai RM150,000.00. Terletak di Kigfisher, Likas, Kota Kinabalu, pejabat ini juga akan beroperasi sebagai pusat aduan rakyat.

Ust Nasaruddin Hassan Tantawi merasmikan pejabat baru Dewan Pemuda PAS negeri Sabah

Bergambar bersama sebahagian exco pemuda PAS negeri Sabah

Pada majlis ceramah yang diadakan tersebut, Ust. Nasaruddin mengingatkan bahawa perjuangan yang dibawa oleh PAS ini akan menghadapi rintangan dan halangan yang besar. Oleh yang demikian perjuangan ini memerlukan pemuda yang istiqamah dan sabar. Turut sama pada ceramah tersebut ialah Saudara Hisyamuddin Sulaiman yang juga Ketua Penerangan PAS Sabah, Saudara Aminudin Aling selaku Timbalan Pesuruhjaya PAS Sabah dan Saudara Razak Jamil yang juga Ketua AMK negeri Sabah.

Pejabat Pemuda PAS negeri Sabah, terletak di tingkat tiga (berhadapan dengan Hospital Likas)

Terkini: Baju Rasmi Pasti seluruh Malaysia

Posted: 06 Feb 2010 02:16 AM PST

Sumber: http://pastikingfisher.blogspot.com/

Kota Kinabalu, 30 Jan:
"Tahun 2011 Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI) akan menggunakan baju baru yang seragam seluruh negara", kata Pengarah Pasti Negeri Sabah Ust. Anuar Ali.

Para pelajar Pasti adalah dimestikan menggunakan baju ini bermula pada tahun 2011. Menurut beliau, para ibubapa boleh menempah baju baru ini melalui Pasti masing-masing, manakala harganya adalah berpatuatan, sekitar RM30 sahaja sepasang, termasuk tudung untuk perempuan dan kopiah untuk lelaki dalam 3 saiz iaitu S,M dan L.


Bagi Pasti kawasan dan cawangan boleh berhubung terus dengan Bendahari Pasti Negeri Sabah, Sdr. Iskhandar di talian 0138987033 untuk tempahan.

Landskap Siasah

Posted: 18 Oct 2010 07:25 AM PDT

Landskap Siasah


Gesaan Transformasikan pendidikan negara melalui Bajet 2011

Posted: 18 Oct 2010 06:29 AM PDT

Kenyataan Media

Dewan Pemuda PAS Gopeng

Gesaan Transformasikan pendidikan negara melalui Bajet 2011

Dewan Pemuda PAS Gopeng memandang serius mengenai pembentangan Bajet 2011 terutama skop yang meliputi sektor pendidikan. Pendidikan bukan suatu institusi yang bersifat kilang untuk menghasilkan tenaga manusia berkemahiran sahaja, malah pendidikan di Malaysia masih jauh daripada menyelami hasrat sebenar mendidik manusia ke arah komuniti yang beradab. Sebagaimana saranan Prof Naquib Al Attas, ta'dib atau mendidik ke arab peradaban, kesopanan dan ketatasusilaan adalah matlamat mutlak pendidikan menurut Islam.

Pemuda PAS Gopeng meneliti gagasan kerajaan dalam bidang pendidikan dengan penuh kerisauan memandangkan kerajaan masih lagi berbahas soal infrastruktur, material (maddiyyah) dan latihan sekadar jangka pendek untuk para guru dan tenaga pendidik.

Untuk Kementerian Pelajaran, peruntukan pembangunan sebanyak RM6.4 billion disediakan bagi membina dan menaik taraf sekolah, asrama, kemudahan dan peralatan serta memartabatkan profesion guru. Adalah diharapkan, kerajaan memperuntukkan dana yang tersendiri untuk ramai tenaga intelegensia dan cendiakawan tempatan meneliti dan mengkaji perjalanan falsafah pendidikan negara dan implimentasinya. 'Retreat' dalam pendidikan adalah satu kemestian.

Menurut kenyataan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Mahyuddin Yassin, pembentukan modal insan yang disasarkan adalah melalui pembangunan daya inovasi dan kreativiti pelajar semasa proses pengajaran dan pembelajara (P&P). Warganegara yang dinamik dan progresif juga dijadikan sasaran untuk dicapai melalui transformasi pendidikan yang dipacu melalui Bajet 2011 dan Model ekonomi baru yang mengimpikan status Negara yang berpendapatan tinggi.

Inovasi dan kreativiti bukanlah perlambangan sesuatu masyarakat yang berpeadaban malah ia hanya salah satu cabang minor untuk mengukuhkan peradaban. Peradaban yang diimpikan melalui pemerkasaan negara Malaysia perlu difikirkan melalui pemugaran sistem moral dan kemanusiaan agar bajet dan belanjawan berjaya memanusiakan rakyat dan pemimpinnya.

Belanjawan yang boros untuk mengurus PLKN sebagai salah satu struktur pendidikan juga amat dikesali oleh rakyat. PLKN masih jauh daripada menghasilkan manusia berakhlak berdasarkan banyak testimoni rakyat. Hasil kaji selidik yang dijalankan oleh beberapa NGO sosial, hanya 15% peserta PLKN solat 5 waktu. Dengan ketiadaan undang-undang mewajibkan solat berjemaah dan mendengar kuliah agama di PLKN ditambahi dengan jadual kem yang bermula seawal 6 pagi menyebabkan institusi solat menjadi murah dalam PLKN. Peruntukan PLKN kini mencecah RM 500 juta setahun kerana kos penyelenggaraan tinggi. Namun baget sebegini tinggi masih gagal menepati hasrat kerangka pendidikan jangka panjang negara. Jurulatih PLKN yang dilatih juga tidak berjaya menjadi contoh baik kepada pelatih.

Muhammad Nuruddin Bashah

Ketua Penerangan Dwn Pemuda PAS Gopeng

18 Oktober 2010

i n t a n h i j a u

Posted: 18 Oct 2010 07:10 AM PDT

i n t a n h i j a u


APA NAK DIHAIRANKAN, RUPA ORANGNYA PUN LEBIH KURANG AJE...

Posted: 18 Oct 2010 05:57 AM PDT






Membaca doa sebelum memulakan upacara meletakkan ancak ke tiang seri salah sebuah rumah Projek Infra Bina Upaya (IBU)-Kampung Guar, Manong


DS Zambry memulakan upacara khurafat tersebut


Merenjis-renjis ancak ke tapak untuk dinaikkan tiang seri




LIM GUAN ENG LEBIH FAHAM RAKYAT DARIPADA NAJIB

Posted: 18 Oct 2010 02:43 AM PDT

 













KUALA LUMPUR, 18 Okt: Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng (gambar) menasihatkan Datuk Seri Najib Tun Razak supaya mengambil pengajaran daripada kezaliman pemerintahan Firaun yang zalim.

Perdana Menteri dinasihatkan demikian kerana sanggup mengetepikan tuntutan bonus dua bulan gaji oleh 1.2 juta kakitangan awam walhal dalam masa yang sama bercadang membina bangunan Menara Warisan.

"(Bajet 2011) tidak sanggup berbelanja RM3.1 bilion (bonus sebulan), tetapi kerajaan boleh mengeluarkan RM5 bilion untuk bina bangunan 100 tingkat," ujarnya yang juga Ahli Parlimen Bagan pagi tadi di lobi Parlimen.

Beliau yang juga Setiausaha Agung DAP berkata, rancangan membina menara tersebut seakan mengulangi sejarah Tun Dr. Mahathir Mohammad, bekas Perdana Menteri membina Menara Berkembar Petronas setinggi 88 tingkat.

Menurut beliau, kerajaan sepatutnya mengutamakan kebajikan rakyat dari membina projek-projek mega yang nyata memberi kepentingan kepada kroni-kroni tertentu.

Lim menyuarakan rasa yakin bahawa kakitangan kerajaan di Pulau Pinang lebih rela menerima bantuan kewangan dari projek mega tersebut.

"Kalau rakyat Pulau Pinang, mereka lebih rela terima RM100 bantuan daripada kerajaan negeri dari terima bangunan 100 tingkat," beliau menambah.

Beliau turut mendakwa Bajet 2011 yang dibentangkan Najib itu suatu belanjawan yang tidak mengutamakan rakyat dan pembaziran yang nyata bertentangan dengan Islam.

Jumaat lalu, Najib ketika membentangkan Bajet 2011 mengumumkan kakitangan kerajaan hanya mendapat RM500 Bantuan Khas Kewangan.

Najib sehari kemudian berkata, sekiranya pentadbirannya memberi RM3.1 juta kepada 1.2 juta kakitangan awam, kerajaan akan menanggung perbelanjaan yang lebih besar.(HARAKAHDAILY)

BAJET 2011 - MEMBAWA NEGARA KITA KE ARAH MANA?

Posted: 18 Oct 2010 12:06 AM PDT

 
















Bajet 2011 yang dibentangkan oleh Perdana Menteri selaku Menteri Kewangan Pertama pada tanggal 15 Oktober 2010 telah menjelaskan lagi bahawa agenda ekonomi dan transformasi yang dibawa oleh beliau sebenarnya berpusing ditakuk lama dengan diberi penjenamaan semula. Ianya ditaburkan dengan angka yang indah-indah bersifat kosmetik, dengan mengkesampingkan pembinaan manusia yang menjadi enjin melaksanakan agenda perubahan ekonomi berkenaan.

Akhirnya, akibat dari penyelewangan, pembaziran, rasuah yang bermaharajalela serta sistem pemerintahan yang tidak bersifat adil kepada rakyat teramai maka kesejahteraan rakyat tentunya akan berada di takuk lama. Inilah yang ditekankan oleh Parti Islam SeMalaysia (PAS) bahawa asas terbesar ialah bahawa kerajaan yang dipacu oleh UMNO-BN telah gagal dalam mencapai matlamat Dasar Ekonomi Baru setelah diberi peluang memerintah selama lebih 50 tahun, bagaimana mungkin kerajaan yang sama boleh melakukan perubahan dengan satu dasar lain pula sedangkan sistem pemerintahan dan politik peras ugut dan penyisihan komponen ekonomi terhadap rakyat di luar bandar terus berleluasa ?

Dalam masa yang sama, fokus kerajaan juga terus tersasar di atas sebab-sebab yang tidak masuk akal, umpamanya peruntukan untuk program Pusat Anak Permata Negara (PERMATA) yang hanya dinikmati oleh segelintir kecil pihak dan masih diperingkat percubaan menikmati dana sebanyak RM111 juta, berbanding dengan RM 100 juta untuk meningkatkan taraf hidup orang asli dan Peribumi, dan lebih parah lagi berbanding peruntukkan RM95 juta yang diperuntukkan sebagai bantuan per-kapita untuk sekolah agama rakyat (SAR) rendah dan menengah.

Apa yang penting ialah bukannya jumlah angka-angka yang sedap didengar, umpamanya dibentangkan bahawa Pendapatan Per Kapita meningkat sebanyak 6.1 % kepada RM28,000; kononnya kadar pengangguran di takuk 3.5%; sedangkan realitinya rakyat di luar bandar tidak menikmati faedah langsung dari peningkatan angka-angka sedemikian bahkan jauh sekali dari menikmati kesejahteraan hidup akibat dari perubahan angka-angka ini !. Inilah hakikatnya. Kita katakan bahawa kerajaan UMNO-BN lah sebenarnya yang menjadi "saudagar mimpi yang memperdagangkan dongengan" bahkan mengelirukan rakyat dengan angka-angka sedemikian. Projek-projek pelaburan juga dilihat gagal dalam melakukan anjakan terhadap taraf hidup rakyat luar bandar yang miskin dan memerlukan.

Kerajaan juga nampaknya tidak cuba belajar dari kesilapan lalu dengan mengimpikan projek pembangunan Warisan Merdeka dengan menara 100 tingkat beserta kemudahannya yang bakal menelan belanja asas RM 5 billion, sedangkan projek koridor yang sepatutnya lebih memberi manafaat kepada rakyat hanyalah menerima secebis peruntukan sahaja. Contohnya peruntukan untuk East Coast Economic Region (ECER) hanyalah RM178 juta, iaitu dalam lingkungan 3.6% dari projek Warisan Merdeka. Ini tidak lagi dicampur dengan kemungkinan projek RM5 billion itu meningkat sebagaimana yang sentiasa berlaku dalam pemerintahan kerajaan UMNO-BN.

Agensi yang sepatutnya melaksanakan amanah untuk membangunkan ekonomi rakyat miskin, kini telah menumpukan pula kepada projek mega sebegini, kerana pimpinan UMNO-BN lah sebenarnya yang 'bermimpikan projek' lantas 'memperdagangkan tanggungjawab membangunkan ekonomi rakyat'.

PAS menekankan peningkatan taraf hidup rakyat miskin perlulah melalui fasa di mana rakyat teramai ini perlu merasakan bahawa mereka adalah menjadi sebahagian dari enjin aktiviti ekonomi bahkan mereka juga menjadi pemain dalam memperkasakan pembangunan negara.


Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hj Hadi Awang
Presiden PAS
7 Zulkaedah 1431 bersamaan 15 Oktober 2010

DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN KOTA RAJA

Posted: 18 Oct 2010 03:13 AM PDT

DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN KOTA RAJA


Penghinaan Buat Islam!!

Posted: 17 Oct 2010 06:09 PM PDT

Dengan menggunakan nama ISLAM untuk menjaja pakaian yang mendedah aurat, suatu penghinaan yang amat jijik dilemparkan kepada ISLAM. Siapa yang sebenarnya memperalatkan agama untuk kepentingan peribadi??

Pemikiran sempit ini semakin mencelarukan kefahaman muda-mudi terhadap Islam itu sendiri sehinggakan terdapat pemikiran Islam ala pemerintah 1Malaysia dan yang dituntut di dalam Al-Quran sendiri. Di mana perginya Ustaz Jamil Khir dan Mashitah Ibrahim yang sebelum ini lantang dalam Forum perdana menghuraikan kewajipan berpakaian seperti termaktub di dalam Surah An-Nur ayat 31??

Adakah dengan penganjuran ini Najib tergamak mengumumkan Bajet 2011 dengan meletakkan SELUAR DALAM dan BAJU TIDUR sebagai agenda nombor 1 dalam kerajaan?? Sepatutnya bajet berbillion ringgit perlu disalurkan kepada program membentuk kefahaman masyarakat terhadap ISLAM, membanteras pusat pelacuran, remaja berpeleseran, muda mudi yang terjebak dengan lembah maksiat, pusat hiburan, judi dan sebagainya menjadi agenda nombor 1 negara.

Adakah negara sudah hancur seperti Turki suatu ketika dahulu dan Acheh, pemimpin negara baru nak sedar untuk kembali kepada ISLAM yang sebenar?? Rakyat perlu hentikan budaya Hendonisme ini sebelum menjadi Barah peringkat ke-5 pada PRU13 akan datang.

ISLAMIC fashion via 1MALAYSIA: Kerajaan Umno promosi pakaian Islamik ala jahiliah..(video inside)..Sumber:

http://ruangbicarapriamalaya.blogspot.com/2010/10/islamic-fashion-via-1malaysia-kerajaan.html








 $ RM yang merasmikan 'Secular' Fashion Festival

 Najib mendapat idea Bajet Seluar Dalam dalam 'Secular' Fashion Festival

Pengikut