Dialog Dewasa Kritik Berasa Posted: 30 Jun 2014 11:13 PM PDT Negeri DAP Diserang Wabak JE Dari Ladang Babi. Mana Pejuang Alam Sekitar Anti LYNAS? @najibrazak @khairykj Posted: 30 Jun 2014 09:06 PM PDT Berita yang menggemparkan negara ini. Mana pergi NGO tajaan DAP seperti ANTI LYNAS dan NGO anti Rapid Pengerang? Lihatlah bagaimana hipokritnya Ketua Menteri yang kononnya peduli hal alam sekitar di negeri orang tetapi negerinya sendiri tercemar dengan ladang babi yang menyebabkan rakyat dijangkiti virus JE. Mana lagi bahaya, LYNAS atau LADANG BABI? | WHO ARE YOU CALLING EXTREMIST? Posted: 30 Jun 2014 07:35 PM PDT So you see, if we use our own yardstick or standards in coming to a conclusion then even the existence of Jesus is questionable while there is no doubt that Muhammad did exist. To the Catholics, however, there is no question that Jesus did exist. NO HOLDS BARRED Since the revelation that one PAS leader is amongst an estimated 100 Malays-Muslims (they say 100 but it could even be more) who have gone to Syria and/or Iraq to fight in the civil war there we are reading many statements by Muslims and non-Muslims alike about these 'extremists' or 'terrorists'. Why do you call them extremists (or terrorists)? Is it because they are allegedly fighting for Islam? Why is it when they fight for Islam they are labelled extremists but when they fight for other causes they are not extremists (or terrorists)? Have you not heard the saying that one man's terrorist is another man's patriot? The Americans who fought the British in 1775 are also terrorists as far as the British at that time were concerned. In fact, it is called the American Revolutionary War, which means it was a revolution rather than a war of independence, although the Americans would call it the War of Independence. Okay, I know what many are now going to say. The war of 1775 was not about religion. It was about freedom. Freedom from what? Freedom from Britain? But wasn't the new world 'owned' by the British anyway? What about the Middle East 'war of independence' of 100 years ago that the British engineered, which saw the breakup of the Middle East? Was that not the British working with extremists and terrorists and which is the cause of all the present trouble in the Middle East? Saddam Hussein was an extremist and terrorist. But the west did not see him as that and that is why they supported him in Iraq's war with Iran. He was then a hero who was instrumental in keeping Shia Islam in check. Only when the west no longer had any use for him did they label him an extremist and terrorist and invade Iraq to get rid of him. Fidel Castro is an extremist and terrorist although he ousted a most evil, draconian and corrupt government, but one that was friendly to the United States. If Castro had been pro-United States he would be a patriot and hero and not an extremist and terrorist. Adolf Hitler was an extremist and terrorist and Stalin was a patriot and hero, until he turned on the west. Then Stalin, too, became an extremist and terrorist but only because he was no longer America's friend. Prime Minister Najib Tun Razak is a good man to the United States, Britain, Singapore, etc., because he is pro-American. Because of Najib the United States has a secret defence treaty with Malaysia and they conduct secret joint-trainings. The day that Najib becomes pro-China and condemns America will be the day he becomes a bad man and the United States will give Bersih and the other anti-government NGOs plenty of money to support their effort in trying to topple the Barisan Nasional government and replace it with a Pakatan Rakyat government. Good/bad, extremist/terrorist and patriot/hero are mainly a matter of opinion. Was Chin Peng a good man or a bad man? A Muslim who dares fight in the jihad against an evil government is not a bad person or an extremist/terrorist in the eyes of a fundamentalist Muslim. He would be seen as a true Muslim, just like how many Chinese view Chin Peng, a patriot. But what is the meaning of 'evil government'? Well, evil government, to Muslims, is a government that refuses to implement God's laws or follow God's commandments. Evil means defiance to God. Anyone who defies God is evil. And zalim or cruelty in the Islamic context is denying Muslims their right to God's laws. If you deny citizens their right to a decent living, that is zalim. If you deny citizens their right to a good education, that is zalim. If you deny citizens their right to proper healthcare, that is zalim. If you deny citizens their right to justice and a fair trial, that is zalim. And if you deny citizens their right to come under an Islamic system of government that, to Muslims, is also zalim. So you see, you are looking at this in the perspective of your value system. So you make declarations and label people this, that or the other based on your value system. The liberals would say that it is zalim to not allow gay unions. Men should be allowed to marry men and women to marry women. Others may not view this as zalim. And if the gay community was to launch a war to fight for their rights would you declare this a just war or a silly war? If you were gay you would support this as a just war. You might say that these Muslims who join the civil war are misguided or sesat. You might say that these Muslims do not understand Islam and have misunderstood the Qur'an or have misinterpreted what the Qur'an says. That, again, is a matter of opinion. Others can say the same about the Catholics. They would also say that the Catholics are misguided or sesat and that the Catholics have misunderstood the teachings of Jesus and have misinterpreted what Jesus said. In fact, if you go by what many western scholars say, they even question whether Jesus really did exist or whether there could actually be two Jesuses, one historical Jesus and one mythical Jesus. After all, argue these people, the stories about Jesus are based on secondary evidence while the stories about Muhammad are based on primary evidence. Hence while there is no question regarding whether Muhammad did exist there is doubt as to the existence of Jesus. So you see, if we use our own yardstick or standards in coming to a conclusion then even the existence of Jesus is questionable while there is no doubt that Muhammad did exist. To the Catholics, however, there is no question that Jesus did exist. In the same spirit, when you label this Muslim or that Muslim an extremist or terrorist this is how you see things and only because you are not a Muslim or not a fundamentalist Muslim. To the fundamentalist Muslim, these jihadists are true Muslims, heroes and patriots who are fighting for Islam. (Raja Petra/ Malaysia Today) | TAHNIAH NIK NAZMI ADUN SETIA ATAS KELULUSAN BINA GEREJA TERBESAR DI SERI SETIA Posted: 30 Jun 2014 06:51 PM PDT Satu lagi antara gereja terbesar bakal dibina di Dewan Undangan Negeri (DUN) Seri Setia, di bawah Parlimen Kelana Jaya, Selangor, lapor blog headbomb yang memetik sumber dari laman sosial addin.sunway. Gereja itu dinamakan sebagai Gereja Emmanuel bakal dibina di hadapan Mentari Court. "Adakah pihak UMNO/PAS SINONIMNYA ISLAM mengambil bahagian dalam BANTAHAN. Jikà tiada bantahan difahamkan projek binaan GEREJE EKSLUSIF 4 TINGKAT berhadapan Pangsapuri Damai , belakang Restoran Aliff ini akan dimulakan pembinaan pada hujung Julai yakni menjelang Hari Raya Aidildilfitri 2014. "Tahniah kepada YB Nik Nazmi ADUN SERI SETIA, Tuan Halimey AHLI MAJLIS MBPJ ZON 24 yang telah berjaya merobohkan GERAI HARAM dibelakang tapak gereja. "Masih ingatkah lagi peristiwa YB Gwo Burne Loh Ahli Parlimen Kelana Jaya ditumbuk oleh Pegawai Khas YB Nik Nazmi di TAPAK SURAU Blok 4 DESA MENTARI, PETALING JAYA dalam bantahan kaum India menghalang pembinaan surau di padang berkenaan. Akhirnya pemimpin PAS tewas ditangan kaum BUKAN ISLAM….. "Terkuburlah surau yang kononnya terpaksa DIBATALKAN sedangkan ketika itu difahamkan tapak berkenaan telah diluluskan oleh Exco Agama ketika itu. Persoalannya RAPUHNYA PERJUANGAN AGAMA OLEH PAS. Apakah dasar mahupun TERAS ISLAM telah terkubur……Suatu kekecewaan yang telah sekian lama dipendam diluahkan jua,"lapornya.
| Siapa Pengkhianat Melayu Di Sebalik Jabatan Perpaduan? Posted: 30 Jun 2014 05:37 PM PDT Bekas Ketua Hakim Negara Tun Abdul Hamid Mohamad berkata beliau menolak tawaran menjadi Pengerusi Majlis Konsultasi Perpaduan Negara (MKPN) kerana khuatir diperalat pihak tertentu yang sentiasa mencari peluang memperkukuh kedudukan dan menghakis hak orang Melayu dan kedudukan Islam serta anak negeri Sabah dan Sarawak. Beliau berkata keputusan itu dibuat sebelum mengetahui komposisi dan nama-nama ahli MKPN. "Saya takut kiranya saya akan menjadi 'pengkhianat' kepada bangsa Melayu dan agama Islam," katanya dalam satu kenyataan semalam. Abdul Hamid berkata beliau yakin keputusannya adalah tepat apabila melihat komposisi MKPN sekarang, yang didakwa akan menjadi saluran kepada pihak yang mendokong program parti pembangkang. "Ahli-Ahli Melayu dan Islam tidak akan dapat mempertahankan kedudukan yang diperuntuk dalam Perlembagaan Persekutuan malah ada yang tidak akan mempertahankannya, kerana fahaman mereka yang 'liberal' itu. "Ahli-ahli yang terdiri daripada anak negeri Sabah dan Sarawak, terutama sekali yang beragama Kristian, yang kurang senang dengan orang Melayu dan Islam di Semenanjung kerana isu kalimah Allah juga akan bersekongkol tanpa menyedari bahawa hak-hak mereka juga akan terhakis," katanya. Abdul Hamid juga mendakwa kerajaan, melalui Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN) secara sengaja atau tidak, sudah pun menyerahkan tugas menetapkan dasar dan menyediakan draf undang-undang iaitu 'Racial and Religious Hate Crime Bill', 'National Harmony and Reconciliation Bill' dan National Harmony and Reconciliation Commission Bill' kepada pembangkang, yang dilihat sebagai 'merampas' MKPN.Beliau berkata jika Majlis Peguam diberi peluang berbuat demikian, badan itu akan menggubal mengikut kehendak dan kesesuaian parti-parti yang disokongnya. Abdul Hamid turut mempersoal mengapa pembangkang, khususnya Majlis Peguam, diminta, dibenar dan dibiarkan menetapkan dasar dan menggubalnya sedangkan mereka mempunyai agenda sendiri. Katanya, mengikut amalan biasa, apabila kerajaan hendak membuat sesuatu undang-undang, kerajaan (kementerian atau jabatan) akan terlebih dahulu membuat keputusan-keputusan dasar. "Selepas itu kementerian atau jabatan akan mengarahkan Jabatan Peguam Negara (melalui pegawai-pegawainya di kementerian atau jabatan itu). "Tugas Peguam Negara adalah untuk menggubal seperti yang dikehendaki oleh sesuatu kementerian atau jabatan, mengapa amalan itu tidak diikuti?" katanya. Bagaimanapun, Abdul Hamid berkata beliau bukanlah menolak pembangkang dirunding mengenai rang undang-undang itu, namun janganlah sampai menyerahkan penentuan dasar dan penggubalan kepada mereka. "Kerajaan Barisan Nasional, terutama sekali Umno dan juga PAS akan bertanggungjawab jika undang-undang itu diluluskan dan ia akan menghakis hak-hak orang Melayu dan kedudukan agama Islam. "Pemimpin-Pemimpin anak negeri Sabah dan Sarawak juga tidak akan terlepas daripada tanggungjawab itu," katanya. Bekas Ketua Hakim Negara itu turut memperjelas sebab beliau mengaitkan Majlis Peguam dengan pembangkang dengan merujuk satu insiden pada majlis makan malam anjuran badan itu selepas Pilihan Raya Umum ke-12 semasa beliau menjadi Ketua Hakim Negara.
"Majlis itu tidak ubah seperti majlis menyambut kemenangan parti-parti pembangkang," katanya. – Bernama
*Wow! Majlis Peguam dah kuasai Jabatan Perpaduan? Siapa si kitul di belakang agenda ni?
 | Sumber gambar dari Utusan Malaysia |
| ISYARAT HADI KENA BERUNDUR KATA PENULIS PRO ANWAR Posted: 30 Jun 2014 02:00 AM PDT Penulis pro reformasi, Mohd Sayuti Omar (MSO) seolah-olah menyindir kunjungan orang ramai melawat Datuk Seri Abdul Hadi Awang di Institut Jantung Negara (IJN) sebagai isyarat mahu beliau berundur sebagai Presiden PAS.
Ini kerana keadaan kesihatannya sudah tidak begitu relevan untuk terus memegang jawatan tersebut.
"Saya ingatlah, ramai-ramai datang menzirahi Haji Hadi dengan harapan dia cepat berundur dari memimpin PAS.
"Kesihatan dan akal siasahnya dalam suasana hari ini sudah tidak berapa relevan lagi," kata MSO yang didedahkan blogger PAS, Roslan SMS.
Menurut Roslan, kata-kata MSO di atas diumpamakan sebagai satu serangan terhadap Abdul Hadi dan ia tidak sesuai dilakukan pada bulan Ramadhan.
"Kita biasa dengan serangan musuh dari pelbagai penjuru tetapi apabila kawan sendiri mula menyerang jelas ia kini memilih menjadi musuh dan sudah bosan menjadi kawan," kata Roslan. | |
BERANI MEMBUAT PILIHAN... Posted: 30 Jun 2014 03:39 PM PDT Remaja dakwa diperkosa bapa dan abang kandung di Terengganu Posted: 30 Jun 2014 04:02 PM PDT  | Gambar hiasan |
BESUT: Seorang remaja perempuan berusia 13 tahun telah membuat laporan polis mendakwa beliau telah diperkosa oleh bapa dan abang kandungnya beberapa kali sekita bulan Disember dan awal tahun ini. Ketua Polis Daerah, Superintendent Kamaruddin Mohd Zakaria mengesahkan telah menerima laporan tersebut pada 23 June lepas. "Mangsa yang juga masih belajar, telah mendakwa beliau dirogol oleh bapanya yang berusia dalam lingkungan 40-an di rumah mereka di Gong Nering pada Disember tahun lepas. "Mangsa bersendirian di dalam bilik ketika kejadian itu berlaku," katanya. Mangsa juga mendakwa perbuatan terkutuk bapanya itu berlaku dua kali dalam bulan yang sama. Kamaruddin juga berkata, gadis tersebut turut mendakwa diperkosa abang kandungnya dalam semak ketika menuju ke sekolah. "Mangsa tidak dapat mengingat tarikh sebenar kejadian, dan mengambil keputusan untuk mengadu kepada ibunya baru-baru ini. "Ibu mangsa kemudiaanya memaklumkan kejadian tersebut kepada guru mangsa, dan guru berkenaan menemani mereka untuk membuat laporan di pejabat polis daerah," kata Kamaruddin. - NST | Nahas tawar seks kepada pegawai polis Posted: 30 Jun 2014 07:01 AM PDT  | Gambar hiasan |
KUALA LUMPUR: Gara-gara menawarkan perkhidmatan seks kepada anggota polis, seorang tukang urut wanita berusia 52 tahun dikenakan hukuman penjara lima bulan oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini. Majistret Nurul'Ain Abdul Rahim menjatuhkan hukuman itu terhadap Cheong Lai Peng bermula dari tarikh tangkap selepas tertuduh mengaku bersalah menawarkan perkhidmatan seks kepada seorang anggota polis berpangkat koperal. Wanita itu didakwa melakukan perbuatan itu di tepi Hotel Eastern, Jalan Raja Laut di sini pada pukul 9.50 malam, 12 Jun lepas. "Saya mengaku buat itu tapi kalau saya tahu dia polis, saya tak akan tawarkan perkhidmatan seks kepadanya," katanya yang didakwa mengikut Seksyen 372 (B) Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum satu tahun atau denda atau kedua-duanya sekali. Pendakwaan dijalankan oleh Timbalan Pendakwa Raya, N. Joy Jothi manakala tertuduh tidak diwakili peguam. Sementara itu, di mahkamah yang sama, seorang penganggur Dahalan Abdul Ghani, 29, dipenjara lima bulan selepas mengaku bersalah mengugut sambil mengacukan sebilah parang terhadap B. Prathish Kumar, 24, dan adiknya, Premkumar, Balasamy, 22. Nurul'Ain turut memerintahkan tertuduh menjalani hukuman itu dari tarikh dia ditangkap pada 28 Jun lepas. Dahalan didakwa mengugut adik beradik itu di Rumah Panjang, Jinjang Utara, Sentul di sini pada pukul 6.50 petang, 26 Jun lepas, mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga tujuh tahun, atau denda atau kedua-duanya. Tertuduh yang tidak diwakili peguam memohon agar hukuman ringan dikenakan terhadapnya dengan alasan dia hanya mempertahankan diri ketika diserang oleh mangsa dan rakan-rakannya. Mengikut fakta kes, ketika kejadian Dahlan mengacukan parang terhadap kedua-dua mangsa sambil berkata "You jangan fikir saya lepaskan you, you keluar saya mesti potong you" setelah beberapa kali diganggu oleh mangsa dan rakan-rakan, serta pernah dilanggar ketika menunggang motosikal. Dalam kes berasingan di mahkamah sama, seorang penghantar surat, Premkumar Rajandran, 24, dikenakan hukuman denda RM1,500 selepas mengaku bersalah melakukan ugutan bunuh terhadap abang iparnya berusia 33 tahun, R. Perabagaran. Mahkamah turut memerintahkan tertuduh dipenjara empat bulan jika dia gagal membayar denda tersebut. Bagaimanapun dia membayar denda itu. Premkumar, yang tidak diwakili peguam didakwa melakukan kesalahan itu di Rumah Panjang, Jinjang Utara, Sentul dekat sini, pada 2.15 petang, 8 Jun lepas. Dia didakwa mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan yang boleh dipenjara maksimum tujuh tahun, atau denda atau kedua-duanya. Pendakwaan bagi kedua-dua kes dikendalikan oleh Joy Jothi. - Bernama | Letak kamera dalam bilik persalinan wanita, tapi.... Posted: 30 Jun 2014 06:01 AM PDT  | Gambar hiasan |
Seekonk, Mass ─ Polis Massachuseets mengatakan mereka dapat mengenal pasti seorang lelaki yang menyembunyikan kamera video di bilik persalinan wanita kerana dia tertangkap wajah sendiri ketika hendak memasang kamera tersebut. Menurut laporan Huffingtonpost, Polis berkata kamera itu ditemui di sebuah kelab kesihatan Planet Fitness 24 jam oleh ahli kelab tersebut pada hari Rabu. Kamera itu telah merakam lebih daripada 21 minit rakaman video ketika ditemui. Menurut pekerja Gym berkenaan, dia mengenali lelaki yang memasang kamera itu dan dia adalah salah seorang daripada ahli kelab tersebut, lapor SiakapKeli.com | Gadis 'terhamil' 2 bulan, cari pak sanggup di FB Posted: 30 Jun 2014 12:01 AM PDT Seorang pengguna Facebook yang menggunakan nama Intan Shafina F telah menggunakan laman sosial miliknya bagi mencari calon suami gara-gara sudah mengandung dua bulan. Namun, status tersebut tidak dapat dipastikan sejauh mana kesahihannya. Ada kemungkinan akaun wanita ini telah digodam oleh pihak yang mahu mengenakan dirinya. | Suami datang sendiri jemput isteri dicekup khalwat dalam hotel bajet Posted: 29 Jun 2014 11:01 PM PDT  | Gambar hiasan |
ALOR GAJAH - Seorang wanita sanggup mengaku janda dan tunangan kepada lelaki yang dicekup bersamanya ketika Penguatkuasa Jabatan Agama Islam Melaka (Jaim) membuat serbuan di sebuah hotel bajet, di Rembia di sini, kelmarin. Ketua Penguatkuasanya, Rahimin Bani berkata, wanita berusia 33 tahun dan pasangan mudanya berusia 26 tahun itu ditahan ketika serbuan kira-kira jam 11 pagi. "Wanita itu ditemui berdua-duaan di dalam salah satu bilik di hotel berkenaan selepas pintu dibuka lelaki kira-kira 20 minit diarahkan berbuat demikian. "Mereka yang berpakaian lengkap mengaku sudab bertunang ketika disoal mengenai status dan hubungan antara mereka," katanya di sini, semalam. Rahimin berkata, rahsia wanita tersebut isteri orang hanya terbongkar apabila suaminya sendiri datang ke pejabat penguatkuasa Jaim di Bukit Palah, malam kelmarin. "Suaminya seorang tentera dan mereka yang mempunyai dua anak kini menetap di negeri ini datang ke pejabat kira-kira jam 11 malam. "Maklumat lelaki berkenaan diambil bagi membantu siasatan terhadap isterinya yang ditangkap berkhalwat dengan pasangan mengikut Seksyen 53 Enakmen Kesalahan Syariah Negeri Melaka 1991," katanya. Seramai tiga pegawai dan dua anggota polis terlibat dalam pemeriksaan terhadap wanita yang berasal daripada Negeri Sembilan dan pasangannya yang berniaga sendiri, berasal dari Kelantan. | Puas Nafsu Dengan Gambar Posted: 29 Jun 2014 09:40 PM PDT KUALA LUMPUR: Golongan wanita disaran agar tidak memuatnaik gambar peribadi ke laman sosial kerana dikhuatiri akan menjadi mangsa psikologi seks kaum lelaki. Si pelaku menggunakan modus operandi dengan mengambil gambar wanita yang tidak dikenali di laman sosial seperti Facebook, blog dan sebagainya. Pemilik akaun facebook GfSiapaNi antara yang dikenalpasti aktif memuatnaik gambar-gambar remaja dan wanita. Ia mempunyai hampir 20,000 pengikut di mana sebahagian besar komen berbaur lucah pada setiap gambar wanita yang dipaparkan. Mengulas gejala yang berlaku Pakar Psikologi Klinikal, Azlina Roszy Mohd Ghaffar berkata, tindakan itu dikenali sebagai 'paraphilia' iaitu kepuasan seks yang diperoleh melalui objek. "Ia turut dipanggil 'sexual fetishism' iaitu sejenis ketagihan seks di mana individu mendapat kepuasan dengan melihat gambar," katanya kepada The Rakyat Post. Sementara itu, bekas mufti Perlis dan pendakwah Islam, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin bimbang kecanggihan teknologi menyumbang kepada penyakit psikologi di kalangan lelaki. "Ini merupakan satu penyakit yang dah lama wujud tetapi kini disuburkan kembali dengan kemajuan teknologi sekarang" ujarnya. Menurut Mohd Asri, perkara sebegitu dapat dibendung sekiranya wanita menjaga penerampilan mereka dalam apa juga keadaan termasuk ketika memuatnaik gambar di laman sosial. "Golongan wanita disuruh untuk menjaga pakaian dan penampilan terutama pada zaman sekarang, gambar kita boleh diambil tanpa disangka. "Sepertimana yang dinyatakan dalam Al Quran, wanita disuruh untuk menutup aurat, yang demikian itu supaya mereka dikenali sebagai wanita yang baik," katanya. --The Rakyat Post | Kit Halal kesan DNA babi hanya berharga RM29 Posted: 29 Jun 2014 09:31 PM PDT SELAIN kit halal yang sedang dibangunkan oleh Unisel, ramai yang tidak sedar bahawa alat yang seumpama itu sudah lama berada dalam pasaran. Malah harganya juga semurah RM29 sahaja. Jika kit yang akan dikeluarkan Unisel berupaya mengesan unsur babi dalam tempoh seminit, kit pengesan babi edaran Iftitah Solutions (M) Sdn Bhd (Iftitah Solutions) ini pula mengambil masa yang sedikit lama - 15 minit. Jika ujian DNA di makmal sangat rumit dengan alat khusus serta mengambil masa lama, kit yang mengesan unsur protein ini bagaimanapun tidak memerlukan pengetahuan khusus untuk sesiapa juga melakukan ujian. Menurut Pengarah Urusan Iftitah Solutions, Abdul Syukor Othman, syarikatnya mula memasarkan produk keluaran Rusia ini bagi pasaran tempatan dua tahun lalu. Produk yang didatangkan dalam bentuk jalur (strips) itu menggunakan konsep immunokromatografik iaitu diuji berasaskan protein, antigen dan antibodi. "Dalam kit ini sudah ada antibodi dan apabila bergabung dengan antigen dalam makanan, akan menghasilkan jalur warna. Satu jalur bermakna keputusan negatif dan dua jalur menandakan hasil positif," katanya. Mesra wanitaBagi wanita yang biasanya ke pasar membeli bahan makanan, mereka diyakini tidak akan berasa sukar untuk menggunakan alat ini kerana cara penggunaannya hampir sama dengan kit kehamilan. "Letakkan sedikit sampel makanan ke dalam tiub yang disediakan. Campurkan sedikit air, goncang dan uji dengan jalur untuk lima saat. "Kemudian, letakkan jalur di tempat rata. Garisan pertama biasanya akan muncul serta-merta, manakala garisan kedua muncul dalam 10 hingga 15 minit," katanya. Selain diuji untuk produk makanan, syarikat ini turut mengedarkan kit yang dapat menguji kehadiran lemak dan darah babi dalam kosmetik menggunakan kaedah sama. Harga pasaran kedua-dua produk ini untuk pek single yang memiliki dua jalur ialah RM29. Jimat kosMeskipun hanya dijual dalam talian, Abdul Syukor berkata, kit tersebut mendapat permintaan menggalakkan daripada pengguna yang sememangnya mencari alat sedemikian. "Kebanyakan pelanggan kita adalah suri rumah, pengeluar dan pengusaha kecil yang mahu tahu kandungan produk mereka. Biasanya mereka guna untuk makanan diproses yang ada kemungkinan dicampurkan dengan unsur porsin. "Selain makanan, kit ini juga boleh kesan unsur babi pada peralatan memasak. Saiznya yang kecil juga memudahkan pengguna yang sukar mendapatkan makanan halal ketika ke luar negara," katanya. Masih ragu?Bagaimanapun, mungkin ada yang skeptikal dengan keputusan ujian kit ini yang dikatakan pasti tidak setanding dengan ujian makmal yang dapat mengesan DNA. Abdul Syukor ada jawapannya iaitu protein babi yang dicampurkan dalam makanan masih dapat dikesan meskipun sudah terurai dan bertukar bentuk. "Lagipun, kita sudah melakukan ujian ketepatan kit ini sebelum memasarkannya. Boleh dikatakan, 99 peratus keputusan adalah tepat dan boleh diyakini," katanya. Namun, beliau tetap menegaskan bahawa kit ini hanya boleh dijadikan sebagai saringan awal bagi menentukan kehadiran unsur babi. Nasihatnya, pengguna tetap perlu merujuk kepada ujian makmal untuk keputusan yang lebih lanjut. "Bagaimanapun, saringan awal daripada kit ini dapat menjimatkan kos. Misalnya, pengeluar produk kecil yang mahu uji 10 sampel produknya, boleh guna kit ini. "Hasil ujian kit, mungkin hanya satu sampel positif dan perlu dihantar ke makmal. Jadi, ia lebih menjimatkan kos kerana tidak perlu hantar 10 sampel ke makmal," katanya. Tetap yakini JakimAbdul Syukor berkata, kebanyakan pelanggan yang membeli produk ini lebih kepada kepuasan individu bagi memastikan makanan yang dibeli bebas daripada unsur babi. Namun, sebagai pengedar, beliau sering menekankan kepada pelanggan agar tetap meletakkan keyakinan pada logo halal yang dikeluarkan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim). "Kami tidak pernah persoalkan tujuan pelanggan beli kit ini. Mungkin bagi sesetengah pengguna, mereka membeli kit ini kerana mahukan kepastian dan kepuasan. "Bagaimanapun, tujuan kita jual produk ini juga sebenarnya bagi timbulkan kesedaran orang ramai. Jika mereka mendapati ada unsur babi dalam produk kegunaan mereka hasil ujian kit ini, laporkan pada Jakim," katanya. Dalam pada itu, Abdul Syukor turut berharap produk ini dapat digunakan oleh Jakim bagi membantu operasi pemantauan mereka. "Jika kit ini digunakan sebagai saringan awal dalam operasi Jakim, dapat mengelakkan timbunan sampel yang perlu dibawa ke makmal. "Kami sudah mengemukakan cadangan ini kepada Jakim dan masih menunggu maklum balas mereka," katanya. Info Kit halal unisel- Kos RM1.3 juta diperuntukkan kerajaan Selangor kepada Unisel untuk kaji dan keluarkan kit halal. - Tempoh projek 18 bulan bermula Julai 2014 hingga Disember 2015. -Terbahagi kepada dua komponen iaitu elektronik (gajet) dan sensor (solution). - Menggunakan teknologi pengesan nano yang boleh kesan kandungan zat babi sekecil 0.001 peratus. - Dapat keluar keputusan dalam tempoh seminit. - Boleh digunakan untuk produk makanan, ubatubatan dan kosmetik | Tendang perut isteri hamil 8 bulan Posted: 29 Jun 2014 09:01 PM PDT KUALA TERENGGANU - Hanya kerana perselisihan faham kecil, seorang lelaki seperti hilang akal apabila tergamak menendang perut isterinya yang sedang hamil lapan bulan, dalam satu kejadian, awal pagi kelmarin. Kejadian berlaku di kediaman pasangan itu iaitu berhampiran sebuah sekolah menengah di bandar raya di sini, kira-kira jam 1.15 pagi, ketika mangsa berusia 21 tahun dipercayai sedang berehat sebelum berlaku perselisihan faham dengan suaminya itu. Menurut sumber, pada awalnya pasangan itu hanya berbual biasa sebelum berlaku perselisihan faham sehingga menyebabkan suspek berusia 20-an tiba-tiba naik angin. "Dalam pertengkaran itu, suspek gagal mengawal emosinya sehingga tergamak bertindak agresif menyepak perut isterinya tanpa mengendahkan mangsa yang ketika itu sedang hamil lapan bulan. "Kemarahan suspek tidak berakhir di situ apabila dia bertindak memukul pergelangan tangan mangsa tanpa menghiraukan mangsa yang ketika itu sedang mengerang kesakitan," katanya. Jelas sumber lagi, selain bengkak dan kebas di pergelangan tangan, tindakan kasar suspek itu turut menyebabkan mangsa sakit di perut. "Difahamkan sebelum ini, suspek sudah banyak kali memukul mangsa setiap kali berlaku perselisihan faham yang kebanyakannya hanya berpunca daripada hal-hal kecil dan remeh," katanya. Katanya lagi, mangsa yang tidak tahan menjadi tempat suspek melepaskan geram amarahnya selain bimbang akan keselamatan dirinya pada masa akan datang nekad membuat laporan di Balai Polis Kuala Terengganu untuk tindakan lanjut. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Terengganu Asisten Komisioner Wan Abd Aziz Wan Hamzah ketika dihubungi mengesahkan ada menerima laporan berhubung kejadian berkenaan. Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 8(1) Akta Keganasan Rumah Tangga 1994 (Akta 521) dan Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana dengan sengaja menyebabkan cedera. | Teman serumah bernafsu buas Posted: 29 Jun 2014 08:04 PM PDT  | Gambar hiasan |
Saya ada kenalan lelaki yang gemar berfoya-foya. Dia mempunyai tiga mahupun empat teman wanita dalam satu masa. Saya rasa bersalah terhadap gadis yang pernah ditipu kerana ada di antara mereka kehilangan duit dan kehormatan diri. Saya akui rakan saya memiliki pakej rupa serta kerjaya baik. Namun jika difikirkan aspek lain, wanita itu juga bersalah kerana terlalu mudah 'digula-gulakan'. Saya bimbang kesannya turut tempias kepada saya. Maklumlah, ada keluarga antara mangsa rakan saya menyerang rumah sewa kami. Saya menjadi mangsa melepaskan kemarahan mereka apabila kawan saya gagal ditemui. Dalam situasi ini, perlukah saya mencampuri urusan rakan saya meskipun ia lebih kepada hal peribadinya. JONI Petaling Jaya Selangor Ambil pedoman daripada pepatah orang dulu-dulu yang berbunyi 'ibarat telur sesangkak, pecah sebiji, pecah semua'. Maksudnya, kesilapan dilakukan seseorang menyebabkan orang lain menerima akibatnya. Dalam situasi ini, Dang Setia rasa tanggungjawab saudara menasihati teman serumah bukan bermaksud mencampuri urusannya, tetapi untuk mengingati kesilapan dilakukannya. Tambah pula saudara menjadi mangsa perkara buruk dilakukan, jadi seharusnya rakan itu mendengar dan mengubah tingkah lakunya. Kali ini mungkin kemarahan itu hanya memberi kecederaan, kelak bahaya yang datang mungkin lebih teruk daripada itu. Jika kawan masih meneruskan sikapnya yang berfoya-foya, saudara perlu mencari penyelesaian lebih baik iaitu berpindah bagi mengelak terus menjadi mangsa. | Tanpa ALLAH, Kristian tidak rugi pun Posted: 29 Jun 2014 07:10 PM PDT KEPUTUSAN mahkamah berhubung isu kalimah ALLAH telah pun diketahui. Masih ramai tidak berpuas hati, terutama kalangan ultra kiasu. Saya masih tertanya-tanya apakah tanpa menggunakan kalimah ALLAH, mereka akan menanggung kerugian besar? Sedangkan selama ini, mereka tidak pernah pun menggunakan kalimah, kecuali di Sabah dan Sarawak. Hairannya, yang bersungguh-sungguh mahukan kalimah ini adalah kalangan mereka yang berasal dari Semenanjung. Kesungguhan ultra kiasu ini adalah perancangan licik untuk merosakkan akidah umat Islam yang sedang goyah hari ini. Saya yakin, target mereka adalah umat Islam liberal dan goyah akidahnya. Kumpulan ini mudah didekati dan mudah terpengaruh. Sebab itulah, mereka begitu bersungguh-sungguh mahukan kalimah ALLAH digunakan bersama. Bertambah licik lagi, kini, setelah mahkamah menjatuhkan keputusan, mereka begitu berani mengatakan, larangan penggunaan kalimah ALLAH hanya untuk majalah Herald sahaja. Untuk majlis dan kegunaan lain, tidak ada siapa pun boleh menghalang. Nampak atau tidak! Kenapa saya katakan Kristian tidak sedikit pun rugi atau kehilangan apa-apa pun jika tidak menggunakan kalimah ALLAH? Pertama, kenapa perlu berebut kalimah ALLAH, sedangkan selama ini langsung mereka tidak pernah gunakan? (Maaf, saya hanya rujuk ultra kiasu di Semenanjung, bukan di Sabah Sarawak). Rujuklah 'khutbah' dan ceramah mereka sebelum ini. Lagipun, sebutan ALLAH tidak pernah betul. Kedua, dengan Kristian beralah, prasangka umat Islam kepada mereka selama ini akan menjadi kendur? Keadaan ini, baik untuk perpaduan nasional. Tidakkah selama ini pihak Kristian selalu mendakwa, bila orang sepak pipi kiri, tidak perlu balas, malah bagi pula pipi kanan. Justeru, mengalahlah. Fahamilah sensitiviti orang Melayu. Melayu yang saya kenali dan fahami amat sensitif dengan agama, walaupun mereka tidak beramal dan tidak kuat semangat jihadnya. Begitu juga dengan orang India yang beragama Hindu. Isu agama pada mereka amat sensitif. Misalnya, jika orang Hindu amat memuliakan lembu, kita perlu faham sensitiviti mereka. Tetapi bagi ultra kiasu, terutama kalangan orang Cina, agama tidaklah terlalu penting. Pada mereka, ekonomi yang paling penting. Tanpa agama pun tidak menjadi masalah. Sebab itu, kita lihat dalam keluarga Cina, ada berbagai agama di dalamnya. Peliknya, bila Cina atau India masuk Kristian, mereka menjadi ultra kiasu. Pasal apa? Sebab mereka sudah didogmakan untuk mendakyahkan agamanya dalam apa jua keadaan. Sebab itulah, hari ini, yang begitu berani tampil ke hadapan adalah ultra kiasu dari Semenanjung yang memeluk Kristian. Mereka di Sabah, Sarawak, relaks sahaja. Kenapa? Selama ini mereka sudah menggunakan kalimah ALLAH. Ketiga, banyak lagi nama Tuhan yang selalu mereka gunakan selama ini seperti God, Lord, dan sebagainya. Tambahlah nama-nama lain, tiada siapa yang larang. Keempat, jangan banding dengan negara lain, kerana undang-undang dan cara hidup mereka berbeza dengan Malaysia. Fahamilah kehidupan orang Melayu. Mereka dahulu adalah Buddha-Hindu, termasuk juga fahaman anamisme. Selepas Melayu memeluk Islam, disebabkan oleh kepercayaan dan ketaatan mereka kepada raja, semua Melayu pakat-pakat Melayu Islam. Selepas itu, Melayu tidak lagi bertukar kepada agama lain, walaupun penjajah menjajah dan mendakyahkan agama Kristian. Kenapa Melayu tidak terpengaruh walaupun persekitaran ketika itu tidak Islamik dan terdedah kepada dakyah Kristian seperti sekolah missionari dan sebagainya? Jawapannya, mudah, Islam sudah sebati dan menjadi darah daging orang Melayu. Dengan Islam jugalah, Melayu berubah, menjadi lembut dan lebih bertolak ansur serta berlaku adil. Atas sifat ini jugalah Melayu sanggup menerima orang bukan Melayu menjadi warganegara di sini dengan bilangan yang amat besar tanpa banyak soal. Perkara ini tidak pernah berlaku di negara lain. Di negara lain, golongan berhijrah terlalu sedikit, berbanding Tanah Melayu. Kenapa jadi sedemikian? Islam telah mengetuk pintu hati Melayu supaya menghargai dan menghormati makhluk ciptaan ALLAH berbilang bangsa. Kelima, apakah Kristian akan menjadi kurang Kristiannya, jika tidak menggunakan kalimah ALLAH? Jawapannya, tidak. Akhirnya, cubalah fahami isi hati Melayu. Melayu yang saya kenali amat memahami orang lain. Sebab itu, orang lain boleh hidup senang-lenang di sini. Namun, jika kita terus mencabar Melayu dan sensitivitinya, saya amat bimbang, Melayu akan bangkit dengan garangnya. Itulah yang dinamakan MENGAMUK. Ridhuan Tee | Piala Dunia: Jurulatih Algeria berang dengan wartawan, kerap soal pasal Ramadhan Posted: 29 Jun 2014 07:01 PM PDT PORTO ALEGRE: Jurulatih Algeria, Vahid Halilhodzic naik berang terhadap wartawan yang berulang kali mengajukan soalan sama ada pemainnya akan berpuasa di bulan Ramadan, sehari sebelum perlawanan pusingan kedua menentang Jerman. Algeria dijadualkan menentang juara dunia tiga kali itu di Porto Alegre, pada 4 pagi esok. "Tolong berhenti daripada bertanyakan saya mengenai Ramadan atau saya akan bangun dan beredar," kata jurulatih kelahiran Bosnia itu. "Apabila kamu bertanya soalan, kamu kurang hormat dan saya mahu kamu fokus kepada bola sepak dan bukan perkara lain. "Ini bukan kali pertama saya melatih pasukan yang memiliki pemain Muslim, saya juga seorang Muslim. Saya sentiasa membenarkan pemain-pemain saya untuk membuat keputusan mereka sendiri." Pengendali berusia 61 tahun itu sebelum ini keras dikritik media dari Algeria apabila dituduh menasihatkan pemainnya supaya tidak berpuasa. "Malangnya, saya membaca beberapa surat khabar dan salah satu daripadanya, yang berterusan merosakkan imej saya dan mempersoal maruah dan integriti saya. Mereka memupuk kebencian dan permusuhan terhadap Vahid dan rakan-rakannya dan ia menjijikkan," katanya. - AFP | Minta kebenaran sentuh kemaluan Posted: 29 Jun 2014 06:08 PM PDT Manila: Pihak berkuasa mencadangkan seorang atase buruh dan seorang pemandu atase negara itu dikenakan tindakan kerana terbabit dalam skandal seks pekerja Filipina di luar negara. Sumber Jabatan Kehakiman Filipina berkata, kedua-dua suspek berpangkalan di Arab Saudi itu berdepan pertuduhan salah laku dan mencabul. Katanya, tindakan dibuat selepas pihak berkuasa menerima aduan daripada empat wanita di negara terbabit. "Seorang daripada mereka berkata, atase terbabit menghubunginya ketika dia mahu mendapatkan bantuan daripada pegawai Pejabat Pekerja Luar Negara Filipina (Polo) kerana dirogol majikannya. "Ketika dalam perjalanan ke pejabat sumber manusia, atase terbabit meminta mangsa membenarkan dia menyentuh kemaluannya," katanya. Sumber itu berkata, kejadian berlaku pada 5 Februari lalu. Katanya, wanita terbabit turut menerima panggilan lucah dan ugutan daripada suspek ketika dia cuba menguruskan penghantaran pulang ke negara asal. Menurut sumber berkenaan, kejadian itu sangat memalukan. "Sangat tidak patut lelaki terbabit menggunakan jawatannya untuk bertindak di luar batasan terutama ke atas wanita yang menghadapi masalah di negara asing," katanya. Sementara itu, Jabatan Kehakiman dilaporkan menggugurkan dua lagi aduan yang dibuat mangsa ke atas suspek. Aduan pertama digugurkan kerana pengadu gagal hadir ketika siasatan awal dijalankan, manakala aduan kedua digugurkan kerana kekurangan bukti. Sementara itu, tuduhan salah laku seks bakal dikenakan ke atas pemandu kepada seorang lagi atase berdasarkan laporan seorang pembantu rumah Filipina yang berlindung di pejabat Polo.- Agensi | Wanita maksiat Posted: 29 Jun 2014 05:32 PM PDT Petaling Jaya: Polis menahan 76 pekerja termasuk pelayan pelanggan (GRO) wanita warga asing selepas menyerbu sebuah pusat hiburan di Damansara Uptown di sini, malam kelmarin. Op Noda pada jam 11 malam itu dilakukan empat pegawai dan 13 anggota Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bahagian Kongsi Gelap, Maksiat dan Perjudian (D7) Ibu Pejabat Kontinjen (IPK) Selangor. Pegawai Turus D7 Selangor Deputi Superintendan Abdul Ghaffar Ahmad berkata, 56 daripada GRO yang ditahan adalah warga Thailand manakala seorang Laos berusia lingkungan 20 hingga 30 tahun. "Siasatan polis mendapati GRO terbabit didapati mempunyai pasport lawatan, namun menyalahgunakannya untuk bekerja di pusat hiburan. "Selain GRO terbabit, 18 pekerja lelaki warga asing iaitu enam Thailand, Bangladesh (empat), Pakistan (tiga), Nepal (tiga) dan Myanmar (dua) turut ditahan," katanya ketika ditemui malam kelmarin. Beliau berkata, pemeriksaan mendapati premis itu mempunyai lesen yang sah.  | ANTARA wanita warga asing yang ditahan di sebuah pusat hiburan di Damansara Uptown.
|
"Semua pekerja warga asing yang ditahan akan diambil tindakan mengikut Akta Imigresen 1959/63. "Seorang pengurus premis turut ditahan kerana menggaji pekerja asing tanpa permit sah manakala dua lelaki tempatan yang masing-masing bekerja sebagai pengawal dan deejay diperiksa bagi membantu siasatan, "katanya. Sementara itu, semua yang ditahan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya untuk tindakan lanjut. | Piala Dunia: Costa Rica mara suku akhir atasi Greece Posted: 29 Jun 2014 05:05 PM PDT Costa Rica 1 (Costa Rica layak menerusi sepakan penalti 5-3) Greece 1 RECIFE: Costa Rica yang terpaksa beraksi sejam dengan 10 pemain meneruskan kejutan di Piala Dunia apabila mara ke peringkat suku akhir selepas menyingkirkan Greece menerusi penentuan penalti 5-3 pada aksi pusingan kedua di Arena Pernambuco, sebentar tadi. Penentuan penalti terpaksa dilakukan selepas perlawanan berakhir 1-1 selepas tamat masa tambahan dengan penjaga gol, Keylor Navas boleh diangkat sebagai wira selepas menyelamatkan penalti keempat pemain Greece, Theofanis Gekas. Dan jaringan terakhir Costa Rica menerusi Michael Umana membawa wakil Amerika Utara itu pertembungan getir bertemu Belanda di suku akhir. Menjuarai Kumpulan D dengan menyingkirkan dua jaguh Itali dan England, Costa Rica begitupun tidak menampilkan aksi yang diharapkan pada babak pertama yang berakhir tanpa jaringan dengan Greece lebih banyak bertahan. Begitupun, gawang Greece akhirnya bocor pada minit ke-52 hasil jaringan kapten, Bryan Ruiz yang mudah melepaskan rembatan padu yang gagal dibaca Orestis Karnezis sebelum malang menimpa. Pada minit ke-66, Costa Rica terpaksa beraksi dengan 10 pemain apabila pertahanan, Oscar Duarte diarah keluar padang selepas memperoleh kad kuning kedua. Ketika perlawanan hampir memihak Costa Rica, Greece yang melangkah ke pusingan kedua menerusi kemenangan sukar ke atas Ivory Coast sekali lagi menjaringkan gol di masa kecederaan menerusi Sokratis Papasthathopoulos. Greece memperoleh beberapa peluang terbaik menambah gol pada masa tambahan namun tuah dan kehebatan Navas menghalang mereka. - Agensi | Piala Dunia: Belanda kecewakan Mexico Posted: 29 Jun 2014 05:01 PM PDT Mexico tersingkir gara-gara menghadiahkan sepakan penalti pada masa kecederaan yang disempurnakan Klaas Jan Huntelaar untuk kemenangan 2-1 Belanda. Mendahului 1-0 ketika perlawanan berbaki dua minit di Fortaleza, anak buah Miguel Herrera begitu hampir untuk mara ke peringkat suku akhir sejak 1986 selepa terkandas di peringkat 16 sejak lima edisi lalu.
Namun pemain gantian, Klaas-Jan Huntelaar menjadi watak pemusnah dengan kemasukannya. Tandukannya kepada Wesley Sneijder pada minit ke-88 menjadi detik kebangkitan buat skuad Oranje sebelum menyepak masuk sepakan penalti pada masa kecederaan selepas Arjen Robben dikasari Rafael Marquez.
Keputusan itu meremukkan impian Mexico yang mendahului menerusi tendangan deras Giovani dos Santos selepas tiga minit babak kedua berambung.
Belanda kelihatan bergelut dengan cuaca panas yang mencecah 38 darjah celcius.
Pasukan bimbingan Louis van Gaal itu hampir menyamakan kedudukan pada minit ke-58, tetapi Stefan de Virj gagal melepasi ketangkasan Guillermo Ochoa.
Ochoa terus memainkan peranan besar apabila menafikan percubaan Robben pada minit ke-74.
Sehinggalah drama pada penghujung berlaku, gawang Ochoa dibolosi ekoran kelalaian benteng pertahanan yang memberi ruang kepada Sneijder untuk gol penyamaan.
| |