Khamis, 7 Mei 2015

Dewan Pemuda Pas Kawasan Bukit Katil

Dewan Pemuda Pas Kawasan Bukit Katil


Pembuka ( Pemuda PAS Bukit Katil ) juara futsal Dr Khalid

Posted: 06 May 2015 03:42 PM PDT



MELAKA: Dewan Pemuda PAS Bukit Katil bersama DACS Bukit Katil telah berjaya menganjurkan kejohanan Futsal Piala Dr Khalid di Batu Berendam, di sini, baru-baru ini. Menurut Adun Bukit Baru, Dr Md Khalid Kassim, penyertaan yang diterima begitu menggalakkan dan ia sebagai satu petanda yang positif bagi membentuk satu generasi pemuda yang sihat dan cergas.

"Tahniah kepada pasukan PEMBUKA yang menjuarai kejohanan buat kali pertama ini dan tahniah juga kepada semua yang terlibat dalam menjayakan kejohanan ini, Insya-Allah kejohanan ini akan dibuat secara tahunan. "Sukan futsal ini juga dapat menghindarkan muda-mudi kita daripada terjebak ke dalam gejala sosial yang tidak sihat sehingga boleh menghancurkan masa depan mereka," katanya.

Beliau menambah, kerajaan melalui pihak yang bertanggungjawab mesti menyediakan platform yang terbaik buat anak muda ini agar modal insan yang berharga ini dapat membantu kemajuan negara. "Kemajuan tersebut pula perlulah diseimbangkan dari semua segi sama ada dunia dan akhirat mahupun kejayaan fizikal dan mental kerana ia bertepatan dengan tuntutan syarak.

 "Kita mahu melahirkan pemuda yang sihat dan cergas tubuh badan dan dalam masa sama mentaati perintah Allah dan Rasulnya, seterusnya membawa kesejahteraan hidup dunia akhirat," ujarnya.


Sumber : Harakah 19 – 21 REJAB 1436 / 8 – 10 MEI 2015

BLOG - BLOG PARTI PKR

BLOG - BLOG PARTI PKR


N37 Batu Maung

Posted: 06 May 2015 07:02 PM PDT

N37 Batu Maung


" Ibu Ratu Hatiku" - Selamat Hari Ibu

Posted: 05 May 2015 08:30 PM PDT


 Saya selaku Adun Batu Maung & isteri ingin mengucapkan "Selamat Hari Ibu" kepada semua ibu-ibu khususnya di DUN Batu Maung ."Ibuku Ratu Hatiku" merupakan tema bagi sambutan hari ibu tahun ini kerana dalam kehidupan kita, seorang wanita yang bernama ibu perlulah sentiasa ditabalkan sebagai antara insan yang paling dihormati dan dikasihi . Tema ini juga diharap akan menjadi pendorong kepada generasi hari ini untuk lebih menghargai ibu mereka kerana peranan ibu-ibu ini amatlah besar  bagi menyuburkan nilai kekeluargaan dan mengukuhkan lagi ikatan kasih sayang dalam kalangan ahli keluarga serta masyarakat.

Sambutan Hari Ibu disambut pada setiap ahad minggu kedua bulan Mei setiap tahun (10 Mei 2015). Sambutan turut diraikan serentak di negeri-negeri untuk memberi kesedaran kepada masyarakat untuk menhargai dan meraikan kaum ibu. Oleh demikian diharapkan setiap anak-anak meraikan ibu masing-masing bagi menghargai sumbangan dan jasa ibu kita.



Y.B. Dato' Hj Abdul Malik Kassim
ADUN Batu Maung N37

AMK Shah Alam

Posted: 06 May 2015 01:25 PM PDT

AMK Shah Alam


Posted: 06 May 2015 10:45 AM PDT

Posted: 06 May 2015 10:06 AM PDT

BULETIN RAKYAT

Posted: 06 May 2015 12:05 PM PDT

BULETIN RAKYAT


PRK ROMPIN ~ PAS SEBENARNYA MENANG DALAM KALAH, UNDI BERTAMBAH, HUDUD DI TERIMA MASYARAKAT MELAYU

Posted: 05 May 2015 06:39 PM PDT


ANALISA AWAL PRK ROMPIN .. PAS MENANG DALAM KALAH Walaupun PAS kalah namun hakikatnya PAS berjaya menurunkan majoriti BN dengan drastik sekali sambil mengekalkan jumlah undi diperolehi pada PRU 13 lalu dalam keadaan jumlah turun mengundi turut menurun dan dengan kurangnya sokongan dan dokongan dari rakan-rakan dalam Pakatan Rakyat. PAS masuk gelanggang PRK Rompin kali ini dilihat sebagai bertarung secara solo dengan sedikit amat bantuan dan sokongan dari rakan Parti KeADILan dan tiada langsung dari DAP. Analisa awal PAS terhadap pilihan raya kecil (PRK) Rompin, menunjukkan berlaku peningkatan undi terhadap parti itu bagi semua peti undi di Parlimen Rompin. Ekoran itu, PAS itu telah berjaya tingkatkan sebanyak 10.2 peratus undi popular terhadap PAS. PAS juga mencatatkan kemenangan bagi peti undi Felda Keratong 4 dan Keratong 2, yang sebelum ini milik BN. Malah berjaya tingkatkan jumlah undi di Felda Keratong 5 walaupun tewas di kawasan tersebut. Dalam PRK tersebut, BN mengekalkan kerusi tersebut dengan majoriti 8,895 undi apabila calonnya Datuk Hasan Arifin memperolehi 23,796 undi. Manakala calon PAS Nazri Ahmad mendapatkan 14,901 undi. Walaupun PAS tewas di peti undi Felda Keratong 5, yang merupakan kampung calon PAS dengan hanya 13 undi, parti itu bagaimanapun berjaya meningkatkan bilangan undi generasi muda. Calon PAS dapat mengurangkan banyak majoriti di Keratong 5 dan saluran tiga dan empat (yang merupakan saluran untuk pengundi di bawah 39 tahun) menunjukkan peningkatan sokongan terhadap PAS. Insya-Allah dengan pergolakan politik sekarang ini dengan PAS bekerja lebih keras lagi bagi menghadapi Pilihan Raya Umum yang ke-14 akan datang, tidak nampak sebarang sebab dan alasan PAS tidak boleh merampas kerusi Parlimen Rompin. Paling ketara sekali ialah isu hudud yang digembar gemburkan serta perjalanan pemilihan PAS di Muktamarnya pada Jun ini memberi impak yang besar .. mengambarkan betapa corak dan gaya kepimpinan Tuan Guru Dato' Seri Hj Abdul Hadi Awang yang tegas dan tidak mudah dibuli rakan-rakan dalam PR terutamanya DAP diterima oleh masyarakat Melayu/Islam. Rahmatnya ... sudah boleh menerima betapa PAS bukannya parti yang boleh diperbudak dan diperkotak katikkan sewenang-wenangnya .. PAS masih memerlukan kempinan ulama untuk menerajui parti tersebut.


Dewan Pemuda PAS Bagan Datoh

Pengikut